SUMBANGAN Antara sumbangan Mahatma Gandhi dalam tamadun asia ialah beliau telah membentuk sebuah gerakan bukan kekerasan untuk menentang diskriminasi warna kulit di Maritzburg,ibu negeri Natal yang berkonsepkan Sathyagraha- Kartel 1919.Pergerakan di Afrika Selatan tersebut membuka jalan bagi pergerakan memperjuangkan kemerdekaan India. Beliau bahkan telah mengambil peranan dalam perang Zulu di Afrika. Pada tahun 1915 Mohatma Gandhi pulang ke India. Beberapa pergerakan dilakukan untuk memperjuangkan kemerdekaan India. Mahatma Gandhi menjalankan konsep tanpa kekerasaan dan perdamaian sebagai “senjata” untuk melakukan pergerakan terhadap Inggeris. Prinsip Sathyagraha sering diterjermahkan sebagai
“jalan yang benar” atau “jalan menuju kebenaran” telah menjadi sumber inspirasi pelbagai generasi aktivitis-aktivitis demokrasi dan anti-rasisme seperti Marti Luthe King,Jr dan Nelson Mandela.Beliau sering mengatakan bahawa nilai-nilai ajarannya sangat sederhana yang berdasarkan kepercayaan hindu tradisional,kebenaran (satya) dan bukan kekerasan (ahisma).Rakyat dari agama dan suku yang berbeza yang hidup di India kala itu yakin bahwa India perlu dipecah menjadi beberapa negara agar kelompok yang berbeza ini dapat mempunyai negara mereka sendiri. Ramai yang ingin melihat penganut agama Hindu dan Islam berpisah dan mempunyai negara sendiri. Walaupun Gandhi adalah seorang Hindu, beliau menyukai falsafah dari agama-agama lain termasuk Islam dan Kristian. Beliau percaya bahawa manusia tak kira agama harus mempunyai hak yang sama dan hidup bersama secara damai di dalam satu negara. Selain itu, Mahatma Gandhi juga telah memberi sumbangan dalam proses kemerdekaan India dari jajahan British.Ketika kembali ke India, dia membantu dalam proses kemerdekaan India dari jajahan British, hal ini memberikan inspirasi bagi rakyat di koloni-koloni lainnya agar berjuang mendapatkan kemerdekaannya. Beliau seorang tokoh yang bersifat murah hati. Hal ini kerana beliau sanggup mengajar pengikut-pengikut beliau berdasarkan pengalaman yang dilaluinya. Di samping itu, beliau menyebarkan Dharma selama empat puluh lima tahun lamanya kepada umat manusia dengan penuh cinta dan kasih sayang. Beliau mengikrarkan empat prasetya yang berdasarkan cinta dan kasih sayang yang tidak terbatas. Antaranya ialah berusaha menolong semua makhluk, menolak semua keinginan nafsu keduniawian, mempelajari,menghayati dan mengamalkan serta berusaha mencapai pencerahan sempurna. Karya Mahatma Gandhi tidak dilupakan oleh generasi berikutnya. Cucunya, Arun Gandhi dan Rajmohan Gandhi dan bahkan anak cucunya, Tushar Gandhi, adalah aktivis-aktivis sosio-politik yang terlibat dalam mempromosikan gerakan bukankekerasan di seluruh dunia.
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.