struktur bangunan (bab3)
February 12, 2018 | Author: Aqura Last Minutes | Category: N/A
Short Description
Download struktur bangunan (bab3)...
Description
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011
BAB 3 : BAHAGIAN BANGUNAN
3.1 KERJA AWALAN
3.1.1
PENGUKURAN/SETTING OUT
Semasa ‘setting out’ dilakukan, mengukuran penandaan kawasan sempadan perlu dilakukan di tapak projek sebelum kerja-kerja pembinaan seterusnya. Bagi pengukuran jarak tengah ke tengah hanya menggunakan benang yang diikat dari peket ke piket
Benang
Tapak 14DKA09F1088
1
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011
Pada kawasan tengah ke tengah diletakkan kayu segiempat yang ditandakan dahulu supaya benang berada betul-betul dititik tengahnya. Rajah 1 (a) menunjukkan keadaansetelah kerja setting out dilakukan.
Rajah 1 (a)
Setelah kerja penandaan dibuat, kerja-kerja mengali lubang untuk membuat asas pad bersaiz 1mx1mx1m & 1mx2mx1m menggunakan jetera yang sesuai seperti JCB (jentera cangkul belakang). Kerja pengorekan perlu mempertimbangkan banyak faktor seperti keadaan tapak yang sempit, kesesakan tapak dan keselamatan pekerja. Oleh itu, pekerja yang mahir menggunakan jentera yang terbabit sangat penting.
14DKA09F1088
2
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011
3.2 ASAS/FONDATION
3.2.1
PENGENALAN
Asas ialah sebahagian daripada struktur yang menyentuh terus kepada tanah. Asas menerima beban der tiang, rasuk, lantai dan sebagainya dan menyebarkan ke tanah dengan selamatnya. Pembinaan bahagian asas ini memerlukan perhatian khusus supaya ia cukup kukuh dan kekal. Oleh kerana paras tanah kukuh adalah berbeza-beza, maka asas pada umumnya dibahagia kepada 2 iaitu :-
3.2.2
Asas Cetek
:
Contohnya ‘pad footing’, ‘strip footing’.
Asas dalam
:
Contohnya cerucuk, kaison, selinder.
FUNGSI ASAS
14DKA09F1088
3
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011
menerima dan mengagihkan beban bangunan kelapisan tanah dengan selamat.
Asas juga dapat mengelakkan berlaku enapan.
Menyadiakan permukaan yang rata untuk kerja pembinaan.
Meninggikan kestabilan struktur dengan adanya struktur yang ditanam di dalam tanah.
3.2.3
KATEGORI ASAS
Terdapat dua kategori asas iaitu :-
3.2.4
Asas cetek
Asas dalam
JENIS ASAS
14DKA09F1088
4
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011
3.2.5
Asas pad
Asas jalur
Asas rakit
Asas cerucuk
PEMILIHAN ASAS BANGUNAN
Pemilihan asas bergantung kepada bebarapa faktor seperti :
Keadaaan dan kekuatan tanah
Jenis asas yang dipilih dengan mengambil kira dari segi ekonomi asas dan struktur bangunan keseluruhanya.
Sifat dan jenis bangunan
Agihan beban daripada superstruktur
Jumlah beban bangunan keseluruhan bahagiannya.
14DKA09F1088
5
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011
3.2.6
PEMILIHAN ASAS
Sebelum kerja bermula, penyelidikan tapak pelu dibuan untuk menuntukan jenis tanah yang terdapat di situ, dalam lapisan-lapisan tanah, kedudukan tanah keras, paras air bawah tanah dan lain-lain lagi. Seteleh diambil saiz dan berat struktur yang akan dibina atasnya serta faktor-faktor lain seperti ekonomi, maka jenis asas akan dipilih. Secara amnya, jika lapisan tanah keras terletak tidak jauh dari permukaan tanah, maka asas cetek seperti ‘pad footing’ akan dipilih. Tetapi jika sekiranya saiz asas tersebut adalah besar dan tidak ekonomik serta lapisan tanah keras berada jauh di dalam, maka asas dalam seperti asascerucuk akan dipilih.
CERUCUK
a) Definisi Cerucuk adalah elemen yang terbentuk tiang yang berfungsi mengagihkan beban ‘superstruktur’ melalui strata yang kurang mampat atau lapisan air kepada strata yang lebih mampat dan kuat.
b) Jenis-jenis cerucuk
Cerucuk tanggung hujung (End-Bearing Pile) iaitu cerucuk ditahan oleh lapisan tanah keras atau batu.
14DKA09F1088
6
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011
Cerucuk Geseran Hujung (Skin Frictional Pile) iaitu beban struktur ditanggung oleh geseran kilit diseluruh permukaan cerucuk yang bersentuhan dengan tanah.
Oleh kerana banyak faktor-faktor disebut ini seperti kekuatan tanah dan lain-lain adalah perkara yang relative, maka kebanyakan cerucuk mempunyai kedua-dua sifat ‘tanggung hujung’ dan ‘geseran kulit’ tetapi di dalam kadar yang berbeza.
Berdasarkan kepada jenis bahan cerucuk, pembahagian boleh dibuat seperti berikut:
Cerucuk Bakau.
Size 3” atau 5” bulat
Beban yang dibenarkan ½ - 1tan mesti berada dibawah paras air bawah tanah minima.
Cerucuk Kayu Berubat ( Tanalised Timber Pile)
Jenis kayu : Kempas, Keruing
Size 5”x5” , 6”x6”
Beban yang dibenarkan 8-15tan
Cerucuk Konkrit Bertetulang (R.C. Pile)
Size 12”x12” , 14”x14” , 15”x15”
Beban yang dibenarkan 42-65tan
14DKA09F1088
7
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011
3.2.7
Cerucuk Konkrit tegas Dahulu.
Size 10”x10” , 12”X12” , 15”X15”
Beban yang dibenarkan 45-110tan
Cerucuk Keluli ‘H’.
Size 8”x8” , 10”x10” , 12”x12”
Beban yang dibenarkan 50-150 tan
MUTU CERUCUK
SAIZ DAN GEOMETRI
14DKA09F1088
8
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011 Pastikan saiz dan geometri adalah baik. Cerucuk mestilah tegak dan bersudut 90 darjah.
PANCANG TANDA Pancang tanda hendaklah dijalankan dari grid utama struktur yang dicadangkan. Sejurus sebelum memacak cerucuk, kedudukan cerucuk hendaklah ditanda dengan menggunakan pin, pancang-pancang atau penanda-penanda yang boleh dikesan.
KEPUGAKAN Penyimpangan maksumum yang dibenarkan dari garis pugak bagi cerucuk yang telah siap ialah mengkut nisbah 1 dalam 75. Cerucuk yang sudah sendeng dengan berlebihan tidak seharusnya ditegakkan dengan paksaan kerana ini hanya akan merosakkan.
KECONDONGAN Jejung
cerucuk
hendaklah
dipasang
dan
disenggarakan
untuk
mengekalkan kecondongan yang diperlukan. Penyimpangan maksimum yang dibenarkan bagi cerucuk yang telah siap dari kecondongan yang ditentukan atau kecondongan yang ditunjukan dalam pelan-pelan hendaklah mengikut nisbah 1:25.
14DKA09F1088
9
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011
Untuk kerja-kerja membina sebuah rumah bantuan zakat ini, asas yang digunakan ialah asas pad, dimana ianya dibina untuk menanggung beban yang kecil sahaja. Untuk pad bersaiz 1’x1’x1’, bakau 4” dilantak sebanyak 9 batang, manakala untuk pad 2’x1’x1’, bakau 4” dilantak sebanyak 18 batang oleh jengkaut/backhoe. RAJAH 2.7 (a) menunjukkan kerja melantak cerucuk sedang dilakukan.
Rajah 2.7 (a)
Tetopi cerucuk/Pile cap dibina sebelum kerja pembinaan rasuk tanah. Kerja pile cap dimulakan selepas kerja piling work selesai, tetulang Y12R6 berbentuk jaring yang diikat menggunakan dawai dimasukkan kedalam lubang asas bertujuan mengukuhkan asas serta mengurangkan ketebalan asas. Gred konkrit yang digunakan dalam pembinaan pile cap ialah G25 dan nisbah bancuhan ialah 1:1⅓:3 dan simen yang digunakan ialah Simen Portland Biasa. Rajah 2.7 (b) menunjukkan tetulang pile cap telah diletakkan dan penupangan tetulang ‘starter bar’ sedang dilakukan.
14DKA09F1088
10
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011
Rajah 2.7 (b)
Kerja-kerja memulakan stump bermula bersama dengan pile cap, dimana setelah meletakkn tetulang berbentuk jaring diikat bersama ‘starter bar’. Setelah disetting menggunakan benang, bertujuan agar keadaan ‘starter bar’ berada pada titik tiang yang akan dibina. Konkrit G25 dituang kedalam lubang asas bersama tetulang pilecap dan starterbar. Seterusnya kerja penimbusan tanah ini dilakukan secara manual dengan menggunakan cangkul sekiranya kawasan yang akan ditimbus adalah kecil, manakala penggunaan backhoe untuk kawasan yang luas. Ia perlu dilakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kerosakan pada cerucuk. Rajah 2.7 (c) menunjukkan stump telah siap sepenuhnya dan kerja penimbusan tanah juga telah siap sepenuhnya.
14DKA09F1088
11
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011
Rajah 2.7 (c)
3.3 RASUK/BEAM
Beam menerima beban daripada lantai dan memindahkan kepada tiang . Kerja pemasangan rasuk tanah (ground beam) dimulakan dengan kerja mengikat tetulang Y12R6 untuk rasuk tanah. Tetulang yang digunakan terdiri daripada keluli tegangan tinggi, Y12 sebanyak 4 batang digunakan bagi satu tiang. Tetulang ini akan diikat bersama keluli lembut yang disebut ‘link’ saiz R6. Ia dipasang pada jarak 200mm setiap satu. Jumlah link yang diikat pada keluli Y12 ialah sebanyak 18 batang. Link tersebut akan diikat dengan dawai halus dan dikemaskan dengan playar.
Penyediaan kotak bentuk bagi ground beam setinggi 1’ dan lebar 5” dilakukan dengan cermat agar rasuk tanah dapat dicetak dengan sempurna.
14DKA09F1088
12
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011 Tetulang untuk ground beam diletakkan didalam kotak bentuk, sebelum konkrit G25 dituang dan dipadatkan didalam kotak bentuk.
Kemudian, tetulang yang telah siap dipasang akan dibawa ke tapak bina dimana tetulang rasuk akan diletekkan ditapak bina, tetulang tersebut dibaringkan didalam kotak bentuk bagi rasuk tanah dan dialaskan dengan beberapa ketul batu baur untuk membenarkan tetulang berada pada tegah-tengah struktur rasuk.
Konkrit G25 dituang kedalam acuan rasuk tanah dan dipadatkan. Pengerasan konkrit mengambil masa 2 hingga 3 hari, bergantung kepada keadaan cuaca. Pengeringan ground beam mengambil masa selama dua hari sebelum kotak bentuk dibuka. Rajah 3 (a) menunjukkan kotakbentuk bagi rasuk tanah , tetulang yang telah dimasukkan dan konkrit G25 yang telah siap dituang.
Rajah 3 (a)
14DKA09F1088
13
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011 3.4 TIANG/COLUMN
Pada amnya, pembinaan tiang adalah bertujuan untuk menyokong balak atau rasuk untuk sesuatu lantai dimana kotak bentuknya mempunyai papan yang dipanggil ‘sheating’. Tiang juga berfungsi menerima beban daripada rasuk dan memindahkannya kepada asas bangunan. Tiang merupakan struktur yang dibina pugak untuk menanggung beban. Tiang terbahagi kepada dua jenis iaitu tiang tunggal dan tiang jinjang.
Kerja mengikat link dimulakan dalam kerja-kerja menaikkan tiang. Kotak bentuk tiang disediakan tetulang yang digunakan terdiri daripada keluli tegangan tinggi, Y12 dan 4 batang digunakan bagi satu tiang. Panjangnya 12’, tetulang ini akan diikat bersama keluli lembut yang disebut ‘link’ saiz R6. Ia dipasang pada jarak 200mm setiap satu. Saiz bentuk link yang telah siap diikat adalah 3 ‘ x 7’.
Kemudian, tetulang yang telah siap dipasang akan dibawa ke tapak bina dimana tetulang tiang ini akan didirikan. Ditapak bina, tetulang tersebut ditegakkan dan dirikan diatas tetulang asas yang telah ditanam dibawah tanah dan diikat dengan mengggunakan dawai halus yang dikemaskan dengan playar. Kerja ini menggunakan 2 orang pekerja binaan untuk kerja mengikat dan memegang tetulang semasa diikat. Ia dilakukan sehingga tiang benar-benar kukuh.
14DKA09F1088
14
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011
3.5 PEMASANGAN KOTAK BENTUK TIANG
Kotak bentuk tiang ada beberapa bahagian iaitu pendinding, perembat dan pengikat. Pendinding diperbuat daripada papan lapis dan saiznya mengikut ketinggin tiang iaitu 12’ dan tebal 25mm, perembat terdiri daripada kayu 1’ x 2’ dan dipasang pada pendinding bagi mengemaskan kedudukan dan membentuk seperti anak tangga. Kayu pengikat (cleats) akan dipasang pada sisi kotak bentuk pada jarakyang tetentu dan dibina secara selari dengan pendinding dan dipaku, kebiasaannya saiz kayu pengikat adalah 1” x 2”.
Kotak bentuk diatur dalam keadaan tegak mengikut bentuk tiang iaitu bentuk segi empat. Kotak bentuk tiang dibina dengan mneyusun ketiga-tiga sisi tiang tetapi pada sisi keempat hanya dilekatkan sahaja, ianya akan dipasang apabila pemasangan sepenuhnya ditapak.
Pada setiap pendinding, dibuat lubang kecil dan diikat dengan keluli lembut R10 dibiarkan terjulur untuk memulakan kerja memgikat bata. Pemasangan kotak bentuk ini akan dikukuhkan lagi dengan tupang yang akan menahan kotak bentuk apabila diisi dengan konkrit nanti bagi mengelakkan runtuh dan sebagainya. Rajah 4.1 (a) menunjukkan kotak bentuk tiang.
14DKA09F1088
15
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011
Rajah 4.1 (a)
3.6
MELARASKAN KOTAK BENTUK TIANG
Setelah kerja kerja pemasangan kotak bentu tiang siap dipasang, ianya perlu dilaraskan supaya kedudukannya tepat 90º. Pelarasan ini dibuat secara berhati hati untuk mengelakkan daripada berlakunya kedudukan balak atau rasuk yang tidak selaras yang akan menyebabkan binaan bangunan tidak selamat atau merbahaya.
Kerja pelarasan ini dilakukan dengan menggunakn tali pembenang yang diikat pada kayu 1’ x 2’ yang mana panjangnya hampir sama dengan ketinggina kotak bentuk iaitu 12 kaki.
Ia digantungkan dengan pemberat (plum bob) pada benang itu ke bawah dan dilaraskan dengan betul sehingga ianya berada dalam keadaan yang tepat.
14DKA09F1088
16
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011 Ia dijalankan pada dua bahagian iaitu ke arah utara dan ke arah barat. Rajah 4.2 (a) menunjukkan chentoi sedang di gunakan untuk melaraskan tiang.
Rajah 4.2 (a)
Setelah keadaan kotak bentuk tiang berada dalam keadaan seimbang, tupang perlu dilekatkansupaya kedudukan tiang stabil berada pada paras 90º. 14DKA09F1088
17
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011 Kerja ini dimulakan pada setiap bahagian penjuru bangunan dan diikuti pada bahagian tengah bangunan. Kemudian binaan tiang dikuatkan lagi dengan memasang perembat yang menyentuh tiang ke tiang dan dikemaskan
3.7
MENGGAUL KONKRIT TIANG
Konkrit tiang menggunakan gred N20 dan menggunakan nisbah bancuhan 1 : 2 : 4. Ia terdiri daripada simen, batu baur kasar, batu baur halus @ pasir dan air. Jumlah bahan untuk menghasilkan konkrit bagi memenuhi satu struktur binaan tiang ialah 75 kg simen, 2½ kereta sorong pasir, 3 kereta sorong. Simen yang digunakan adalah simen Portlant biasa. simen jenis ini paling banyak digunakan dan ianya juga sesuai di dalam pembinaan konkrit yang umum dimana tempat itu tidak terdapat sulfat atau air tanah.Pasir sungai dan pasir lombong merupakan batu baur halus dan pasir jenis ini adalah lebih sesuai digunakan kerana ianya bersih daripada sebarang kotoran kimia atau bahanbahan lain yang boleh menjejaskan kualiti konkrit.
Fungsi pasir adalah untuk mengisi ruang kosong dalam bancuhan konkrit bagi menguatkan lagi konkrit tersebut. Fungsi batu baur dalam konkrit adalah sebagai pengisi kepada isipadu konkrit dan memberi ketahanan konkrit dalam menahan pengecuta. Ia digaul menggunakan mesin penggaul konkrit ‘ mixture ‘. Mesin jenis ini mempunyai dua jenis iaitu jenis mekanikal atau penggerakhidraulik condong berbalik di atas.Kecondongan tambur adalah 15%dengan garis ukur dan berputar sebanyak 100 pusingan per minit. Pasir dan batu baur akan dimasukkan ke dalam tambur yang berputaritu.Sedikit air dimasukkan ke dalam tambur.Tujuan air ini dimasukansupaya melembabkan bahagian dinding dalam tambur Akhir sekali barulah dimasukan simen dan air yang selebihnya ke dalamtambur itu tadi.Tambur dibiarkan berputar selama lebih kurang 2 minit sehinggalah bancuhan itu tadi menjadi rata, sebati dan 14DKA09F1088
18
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011 sewarna. Konkrit yang telah siap dibancuh diisikan ke dalam baldi dan dibawa ke tapak yang memerlukannya. Rajah 4.3 (a) menunjukkan kerja menggaul konkrit sedang dilakukan.
Rajah 4.3 (a)
3.8
PENUANGAN KONKRIT KE DALAM KOTAK BENTUK
Apabila konkrit telah siap digaul dan diisikan kedalam baldi, ia akan dibawa ke tapak untuk dituangkan kedalam kotak bentuk. Kerja menuang konkrit menggunakan 4 orang pekerja binaan, dimana seorang dibawah akan menghulurkan baldi berisi konkrit dan akan diambil oleh pekerja diatas dan menuang kedalam kotak bentuk.
Untuk menuang konkrit, perlu menggunakan peranca untuk naik ke bahagian atas untuk menuang. Seorang pekerja diatas akan menuangnya ke
14DKA09F1088
19
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011 dalam kotak bentuk sehingga ke paras yang dikehendaki. Semasa menuang, kotak bentuk perlu di goncang secara perlahan-lahan bagi memadatkan konkrit supaya tiada ruang ruang udara yang terbentuk dan akan mengakibatkan ‘honey comb’. Boleh juga menggunakan mesin penggetar ‘ vibrator’. Pastikan konkrit diisikan dengan penuh sehingga mencapai tinggi tiang yang dikehandaki. Setelah siap dituang, konkrit tiang akan dibiarkan mengeras selama 2 atau 3 hari, bergantung kepada keadaan cuaca.
Acuan harus menetap sehingga mencapai kekuatan yang cukup untuk menggung beban sendiri
dan beban yang disokong. Jangka masa untuk
menggalkan acuan bagi bahagian-bahagian yang berlainan.
Bil 1 2 3 4
Bahagian Acuan Jangka Masa Tepi rasuk, tiang dan tembok 2-6 hari Bawah rasuk dan papak (yang tidak 7-14 hari dibebankan) Papan tepi (yang dibebankan) Tidak kurang 7 hari Papan bawah (yang dibebankan) 28 hari
Begitulah proses untuk membina kesemua tiang. Rajah 4.4 (a) menunjukkan konkrit yang siap dibancuh dituang kedalam kerata sorong.
14DKA09F1088
20
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011
Rajah 4.4 (a)
3.9
MENANGGALKAN KOTAK BENTUK
Setelah konkrit tiang mengeras dan kering sepenuhnya, kerja kerja menanggalkan kotak bentuk akan dilakukan. Kerja ini dilakukan bagi mendapatkan satu struktur tiang yang sempurna. Kotak bentuk dibuka secara perlahan lahan dan berhati-hati supaya binaan tiang tidak mengalami sebarang kecacatan. Kerja ini menggunakan penukul untuk mengetuk bahagian kotak bentuk supaya dapat ditanggalkan dengan mudah.
Ia dimulakan dengan mengetuk bahagian bawah kotak bentuk dan sehingga bahagian atas. Pastikan besi R 10 tidak tanggal bersama semasa menanggalkan kotak bentuk. Jika terdapat ruang ruang udara, penampalan akan dibuat keatas tiang tersebut. Kotak bentuk yang telah siap ditanggalkan akan dikumpulkan di satu tempat untuk kegunaan seterusnya. Rajah 4.5 (a) menunjukkan rasuk tanah yang telah dibuka.
14DKA09F1088
21
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011
Rajah 4.5 (a)
4.0 LANTAI/SLAB
Menerima beban kenaan secara langsung dan memindahkan secara langsung. Pemasangan BRC A7 diatas permukaan tanah yang telah di timbus, sebelum kerja melepa konkrit gred 25 untuk lantai. Tiada kemasan lantai yang terlibat didalam kerja-kerja melepa lantai konkit di rumah bantuan zakat ini. Rajah 5 (a) menunjukkan kerja pemasangan BRC A7 sedang dilakukan.
14DKA09F1088
22
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011
Rajah 5 (a)
5.0
DINDING/WALL
Melindungi bangunan daripada kesan cuaca. Membahagi bangunan kepada ruang atau bilik. Menanggung beban daripada komponen struktur atas dan memindahkannya kepada asas (bagi dinding menanggung beban)
5.0.1
Bahan yang diperlukan.
Dalam kerja bata, terdapat tiga bahan yang diperlukan iaitu :
Simen – Simen hendaklah daripada jenis Simen Portland Biasa.
14DKA09F1088
23
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011
Pasir – Pasir untuk penghasilan motar hendaklah daripada jenis pasir air tawar yang keras, bersih dan bebas daripada sebarang selaput kotoran lain.
Motar – Motar hendaklah mengandungi 1 bahagian simen dan 6 bahagian pasir yang dicampur dengan bahan pemudah adun. Pemudah adun hendaklah digunakan mengikut piawai yang ditetapkan. Kotak sukatan hendaklah dibancuh diatas papan pelantar yang bersih atau menggunakan alat pembancuh jentera.
5.0.2
Prinsip utama ikatan bata
Prinsip utama dalam pengikatan bata ialah :
Mengadakan lekap ¼ bata atau ½ bata untuk mengelakkan sambungan tegak yang terus-menerus baik dipermukaan mahupun dalam tembok.
Mengikut ikatan yang ditetapkan oleh ahli rekabentuk. Prinsip yang pertama memastikan kekuatan dan kestabilan tembok yang dibina. Prinsip yang kedua pula pengawal kesenian rekabentuk pan permukaan tembok. Dalam sebab itu, sambungan yang berterusan itu seboleh-bolehnya hendaklah dielakkan dalam segala kerja bata.
5.0.3
Jenis ikatan bata
14DKA09F1088
24
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011 Dalam kerja bata, terdapat banyak jenis ikatan untuk menyusun bata. Antaranya ikatan ini yang biasa digunakan di Malaysia ialah Ikatan Sisi Bata, Ikatan Kepala Bata, Ikatan Inggeris dan Ikatan Flemish.
5.0.4
Kerja pembinaan ikatan bata
Untuk kerja yang dilakukan ini, jenis ikatan yang banyak dilakukan ialah Ikatan Sisi Bata. Kerja-kerja pembinaan Ikatan Bata.
i.
Benang dan pelambab digunakan untuk menandakan kawasan ikatan bata.
ii.
Benang akan dipakukan pada bahagian bawah tingkat dan ditarik benang tadi ke atas mengikut urutan yang ditetapkan dengan disertakan paku sebagai pengukuh.
iii.
Permulaan kerja ikatan bata ialah dengan penuangan bitumen secara pepanjang mengikut tempat ikatan bata yang bakal dibina.
iv.
Kapisan kalis lembap dipotong dan diletakkan diatas bitumen tadi.
v.
Dengan menggunakan sudip tangan, bancuhan motar akan diturap diatas lapisan kalis bembap.
vi.
Bata disusun memanjang bermula dari atas motar tadi. Sambungan antara bata dengan bata ditempelkan sadikit motar sebagai pengikat kalis lembap.
vii.
Kegunaan benang sebagai bantuan untuk mendapatkan penghasilan tembok yang benar-benar lurus secara melintang dan menegak. 14DKA09F1088
25
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011 viii.
Jaring keluli ‘Exment’ dipasang setiap 4 lapisn bata yang berfungsi sebagai menguat dan mengukuhkan ikatan bata itu sendiri.
Rajah 6.4 (a) menunjukkan kerja mengikat batu blok sedang dilakukan.
Rajah 6.4 (a) 5.0.5
Kerja melepa dinding
Kerja melepa dinding (plastering) akan dilakukan apabila kerja-kerja ikatan bata siap dikerjakan. Berikut adalah langkah-langkah permulaan plastering. i.
Simen yang digunakan adalah jenis Portland Biasa yang mematuhi piawai BS 12.
ii.
6.0
Bahan pemudah adun dicampurkan bersama-sama bancuhan mortar.
BUMBUNG/ROOF 14DKA09F1088
26
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011
Bumbung merupakan bahagian bangunan yang paling atas sekali pada suatu bangunan. Ia berfungsi untuk melindungi bangunan daripada kesan cuaca seperti hujan dan panas matahari.
6.0.1
Jenis bumbung
Pembinaan bumbung pada amnya boleh dibahagikan kepada dua kumpulan :i.
Bumbung rata
:
mempunyai kecurunan kurang daripada 10%.
Kasaunya merentang antara tembok, rasau ataupun kekuda dengan jarak 2m - 4m dari tengah untuk menyokong gulung-gulung. ii.
Bumbung cerun
:
mempunyai kecerunan melibihi 10 dari garisan
ufuk. Bumbung curam didapati dalam pelbagai bentuk :
Bumbung Tebar Layar
Bumbung Limas
Bumbung Gambriel
Bumbung Layang
Bumbung Mansard
14DKA09F1088
27
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011 6.0.2
Pemilihan bumbung
Pemilihanya berganting kepada beberapa faktor:-
6.0.3
Jenis bangunan
Ketahanlasakan
Rintangan kepada haba
Pelindungan kepada cahaya
Kecantikan
Ekonomi
Kemungkinan pengubahsuaian pada masa hadapan.
Kerangka bumbung
Dalam pembinaan kerangka bumbung terdapat bebarapa bahagian kayu yang berlainan seperti kasau, kasau limas, kasau lurah dan sebagainya. Struktur kerangka bumbung boleh dibahagikan kepada kategori berikut :
Bumbung Selapis
Bumbung Rata
Bumbung Pisang Sesikat
14DKA09F1088
28
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011
6.0.4
Bumbung Gadung
Bumbung Beralang
Bumbung Kekuda
Kekuda bumbung
Kekuda kayu bebentuk segitiga gabungan angota bumbung seperti pengikat, jeriau siling, kasau penupang dan sebagainya. Kekuda merentang antara dinding luar dan berjarak kira-kira 1.8m antara satu sama lain. Saiz kayu yang digunakan berubah-ubah bedasarkan panjang rentang.untuk rentang yang lebih panjang, saiz kayu bagi anggota kekuda adalah lebih besar.
6.0.5
Penutup bumbung
Penutup bumbung mestilah terdiri daripada bahan-bahan yang kalis air. Bahan-bahan yang digunakan adalah jenis bumbung dan kecerunan bumbung, bahan-bahan yang digunakan untuk membuat penutup bumbung adalah seperti kepingan kuprum, plumbum, zink, aluminium, asbestos, plastik, konkrit dan tanah liat. Kerja pembinaan bumbung bemula dari bumbung terlebih dahulu dan
14DKA09F1088
29
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011 disusuli kerja memasang siling. Rajah 7.5 (a) menunjukkan kerja pemasangan bumbujng sedang dilakukan.
Rajah 7.5 (a)
7.0
SILING
Siling dibina untuk melindungi kayu-kayu jeriau, jermang bumbung dan sebagainya daripada penglihatan mata kasar. Selain itu, ia juga dapat menahan sedikit sebanyak haba yang dapat menimbusi bumbung. Siling yang dimaksudkan ini ialah bangunan-bangunan yang berbumbung curam.
14DKA09F1088
30
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011 Kerja pemasangan siling terus menerus
Satu pengikat dipasangkan terus kepada alang atau kasau bumbung.
Kemudian siling bumbung dipasang secara terus menerus pada kasau atau jeriau bumbung. Siling yang digunakan ialah papan simen berukuran 970mm x 600mm x 6tebal.
Papan simen dipasang dengan memakunya pada kasau atau jeriau.
Jalur atau ruang yang terbentuk diantara papan-papan simen dikemaskan dengan jalur siling yang bersaiz 3.8mm x 13’ Rajah 8 (a) menunjukkan kerja pemasangan siling.
Rajah 8 (a) 8.0
MENGECAT
14DKA09F1088
31
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011 Mengecat seperti seni lukisan memerlukan teknik dan langkah yang betul bagi mendapatkan impak berkesan. Jika karya lukisan dikagumi kerana memaparkan estetika, dinding kediaman sesuai gaya penataan berupaya mengungkap karektor ruang sekali gus menyediakan suasana menarik untuk dihayati.
8.0.1 Bersihkan permukaan yang mahu dicat Sebelum kerja mengecat dimulakan, pastikan permukaan mana-mana ruang sama ada di dalam dan luar kediaman dibersihkan terlebih dulu. Untuk kawasan luar rumah, biasanya akan ada masalah ruang atau dinding berkapur, berlumut atau ada sisa cat yang tertinggal atau cat merekah.
Justeru, gunakan saja penyembur air berkuasa tinggi untuk membuang sisa atau kapur yang terlekat. Boleh juga gunakan sudip untuk membuang sisa cat atau lumut yang terlekat. Bagi ruang dalaman rumah, penggunaan penyembur air berkuasa tinggi atau air yang banyak sudah tentu tidak sesuai kerana ia boleh membasahkan ruang berkenaan. Justeru, gunakan kain pengelap dan basahkan dengan sedikit air untuk membuang habuk atau kapur yang melekat di dinding. Rajah 9.1 (a) menunjukkan kerja membesihkan dinding luar banguna menggunakan penyembur air berkuasa tinggi dengan batuan kren.
14DKA09F1088
32
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011
Rajah 9.1 (a)
8.0.2
Keselamatan
Untuk kawasan luaran yang tinggi seperti di kubah, menara pembesar suara dan bahagian-bahagian yang tinggi, majikan seharusnya menyediakan kren atau peranca untuk kerja-kerja yang akan dilakukan. Alatan keselamatan seperti tali keselamatan, topi keselamatan, kasut keselematan yang sewajarnya untuk kerja memanjat di tempat tinggi. Rajah 9.2 (a) menunjukkan kerja mengecat dengan bantuan peranca.
14DKA09F1088
33
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011
Rajah 9.2 (a)
8.0.3 Pilih peralatan yang berkualiti Selepas permukaan dinding dibersihkan, maka kerja mengecat sudah boleh dilaksanakan.
Namun, pemilihan peralatan mengecat perlulah berkualiti jika anda mahukan hasil yang baik. Untuk kerja mengecat, berus atau penggelek cat perlu berkualiti. Pastikan bulu berus cat tidak mudah tercabut kerana ia akan mengganggu kerja mengecat dan menghasilkan cat yang tidak rata. Berus dan penggelek cat yang baik biasanya boleh dibasuh dan digunakan semula. Basuh menggunakan air biasa atau minyak mengikut jenis cat yang digunakan. Berus dan penggelek cat yang baik biasanya menggunakan bahan yang lembut bukannya keras.
14DKA09F1088
34
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011 8.0.4 Pilih cat yang sesuai
Sealer digunakan untuk lapisan undercoat sebelum kerja-kerja mengecat (warna) dilakukan. Rajah 9.4 (a) menunjukkan cat sealer.
Rajah 9.4 (a)
Gunakan cat weather bond untuk luar rumah (exterior) hanya untuk kawasan berkenaan saja. Cat luar kediaman biasanya boleh juga digunakan untuk ruang dalaman kediaman. Rajah 9.4 (b) menunjukkan cat jotashield untuk dinding exterior.
14DKA09F1088
35
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011
Rajah 9.4 (b)
Namun, cat (emulsi) untuk dalaman rumah (interior) tidak boleh digunakan di luar kediaman. Rajah 9.4 (c) menunjukkan cat jotaplast untuk kegunaan interior.
Rajah 9.4 (c)
14DKA09F1088
36
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011 Baca label pada tin sebelum memilih cat. Cat ada beberapa jenis mengikut kandungan dan kesesuaian serta material yang digunakan. Jangan gunakan cat untuk besi bagi permukaan berasaskan kayu begitu juga sebaliknya. 8.0.5 Waktu mengecat
Kerja mengecat sebenarnya tidak boleh dilakukan sesuka hati saja. Untuk mendapatkan hasil yang baik beberapa perkara perlu di ambil kira terutama jika kerja mengecat membabitkan kawasan di luar kediaman. Waktu yang paling sesuai untuk mengecat luar kediaman adalah pada waktu pagi dan petang iaitu ketika matahari tidak terik. Ini kerana sesetengah cat cepat kering dan tidak digalakkan mengecat pada waktu panas terik kerana ia memberi tindakan kimia kepada cat yang digunakan. Apabila cat cepat kering akan menyebabkan cat merekah. Elakkan mengecat pada waktu hujan kerana ia menyebabkan cat hilang.
8.0.6 Tip: Langkah kerja mengecat
Siling - Amalkan mengecat bahagian siling dulu bagi mengelakkan cat menitis
terus
ke
atas
permukaan
lantai
dan
dinding.
Dinding - Cat sempadan dulu selanjutnya menghala ke bawah. Sentiasa mulakan dengan mengecat tingkap terletak di hujung bilik dan jauh dari sumber cahaya bagi memudahkan anda melihat bahagian kawasan yang sudah
selesai
dicat.
Tingkap dan pintu - Sebelum mula, lindungi bahagian yang tidak perlu dicat seperti engsel, tombol, selak dan sebagainya. Bagi tingkap, cat bahagian rangka dalamnya dulu baru diikuti bingkai serta rangka yang lain.
14DKA09F1088
37
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011 Sementara, untuk pintu, cat mana-mana acuan dulu sebelum panel, segmen melintang dan menegak manakala tubir pintu dicat akhir sekali.
Lantai - Ia dicat selepas dinding dan bahagian lain kering sepenuhnya. Bagaimanapun, pastikan lantai dibersih terlebih dulu kerana partikel habuk dan butir pasir menjadikan cat dilihat menggerutu dan tidak rata.
9.0 KOMEN
Antara beberapa perkara yang ingin saya katakan disini ialah langkah kerja yang dilakukan tidak teratur dan efektif. Ada sesetengah pekerja tidak melakukan kerja dengan sempurna dan membiarkan konkrit yang berlebihan tidak digunakan dan ini akan menyebabkan pembaziran.
Selain itu, semasa pemasangan kotak bentuk bagi pekerja binaan tidak berhati-hati melakukannya. Posisi kedudukan untuk memaku kotak bentuk semasa berada di atas kayu yang dilapik peranca agak berbahaya. Jika berlaku kecuaian boleh mengakibatkan kehilangan nyawa. Selain itu, pengunaan sarung tangan getah juga tidak diaplikasikan sepenuhnya semasa bekerja. Pekerja sering tidak memakai sarung tangan ketika melakukan kerja.
Malahan, pekerja binaan juga tidak mengamalkan peraturan semasa berada di tapak bina sepenuhya. Pekerja tidak memakai topi keselamatan semasa bekerja. Ini amat berisiko tinggi kepada pekerja bahan binaan yang berada ditempat tinggi mungkin akan terjatuh di atas kepala pekeja dibawah.
14DKA09F1088
38
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011
10.0
CADANGAN
Perkara perkara dan peraturan semasa berada di tapak bina seharusnya menjadi tanggungjawab majikan sepenuhnya. Antara beberapa cadangan yang ingin saya kemukakan disini adalah memanfaatkan bahan bahan binaan sepenuhnya. Jika ada bahan binaan yang lebih, ia hendaklah bijak di gunakan di tempat tempat yang perlu. Contohnya, jika ada konkrit yang berlebihan, ia boleh ditampal di struktur tiang yang terdapat ruang udara. Selain itu, ia juga boleh ditampal dijalan yang berlopak atau jalan sementara.
Selain itu, pekerja binaan hendaklah melakukan kerja dengan sempurnadan sesuai dengan tugasnya. Pekerja hendaklah saling bekerjasama antara satu sama lain supaya kerja dapat dilakukan dengan selamat dan sempurna.
Seterusnya, saya juga ingin menasihatkan supaya majikan hendaklah memberitahu dan menyediakan peralatan keselamatan secukupnya kepada pekerja. Ini kerana apa yang saya lihat, ada pekerja memakai kasut‘boot’ ada juga yang tidak memakainya. Begitupun juga dengan penggunaan sarung tangan. Majikan tidak boleh memandang ringan akan hal ini. Ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini tidak berlaku di masa hadapan
14DKA09F1088
39
LATIHAN INDUSTRI 2010 – 2011
Apa
yang
dapat
simpulkan
disini
ialahkebijaksanaan
dalam
menggunakanalatan dan bahan bahan binaan. Bahan binaan yang hendak digunakan hendaklah disukat dengan betul. Ini dilakukan bagi mengelakkan pemmbaziran. Namun, ia jarang jarang sekali berlaku.
Semasa menjalani latihan industri,saya juga dapat melihat sendiri bagaimana konkrit dicuah menggunakan truck mixer, mengikat besi pada tiang dan sebagainya walaupun berada di bawah cahaya matahari. Saya juga dapat mengetahui bagaimana cara-cara memasang tetulang, membengkok tetulang dan banyak lagi pengalaman baru di tapak bina.
14DKA09F1088
40
View more...
Comments