Stress

September 6, 2017 | Author: Amie Crawford | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

stress...

Description

MABS1112-BEHAVIOR SCIENCE

ISI KANDUNGAN

Bil.

1.0

Kandungan

PENGHARGAAN

2.0

OBJEKTIF

3.0

PENGENALAN

Halaman

2

3

4-15

3.1 Konsep Dan Sumber Tekanan 3.2 Tanda-Tanda Stress 3.3 Faktor Yang Mempengaruhi Stress 3.4 Cara-Cara Mengatasi Stress 3.5 Peranan Penolong Pegawai Perubatan Dalam Menangani Penyakit Stress

4.0

KESIMPULAN

16

5.0

RUJUKAN

17

1|Page

2013

MABS1112-BEHAVIOR SCIENCE

1.0 PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang telah mengurniakan rahmatNya sehingga dapat saya menyempurnakan tugasan bagi subjek sains tingkahlaku – MABS1112 ini dengan jayanya.Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pensyarah dan penyelia di atas segala bimbingan, teguran dan nasihat yang diberikan sepanjang saya menyempurnakan tugasan ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada kedua ibubapa saya, yang tidak penah leka dalam membimbing dan memberi tunjuk ajar yang bermanfaat serta sokongan dari segi moral dan juga kewangan.

Ribuan terima kasih jua buat rakan-rakan di Kolej sains kesihatan bersekutu johor bahru dan juga kepada orang perseorangan yang turut membantu secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan lukisan ini. Akhir kata, Sekali lagi saya memanjatkan doa kesyukuran ke hadrat Ilahi, agar segala usaha yang disumbangkan diberkati oleh Allah s.w.t di dunia dan akhirat. Sekian,terima kasih.

Ikhlas Dari : ………………….

2|Page

2013

MABS1112-BEHAVIOR SCIENCE

2.0 OBJEKTIF

Menerangkan Tentang Konsep Dan Sejarah Stress

Menyenaraikan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Stress Menerangkan Cara-Cara Mengatasi Stress Menjelaskan Kesan Stress Terhadap Kesihatan Menerangkan Teknik-Teknik Pengurusan Stress Menjelaskan Sumber-Sumber Stress

3|Page

2013

MABS1112-BEHAVIOR SCIENCE

3.0 PENGENALAN

Apabila kita bercakap atau bertanya tentang stress, ramai diantara kita akan terus terbayang tentang perkara-perkara permasalahan, kejadian buruk, tekanan hidup dan sebagainya adakah maksud yang digambarkan oleh segolongan masyarakat kita pada hari ini benar? Jika salah ataupun kurang tepat, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan stress, terdapat banyak pendapat yang mendifinisikan stress “..suatu situasi, peristiwa atau pemikiran yg menyusahkan..”(Anderson, 1978) “..peristiwa yang menyulitkan atau menyusahkan..”( Holmes, 1979) “stres adalah tanggapan seseorg mengenai sesuatu situasi & cara ia menyesuaikan diri..”(Folkman & Lazarus, 1984) “sebarang keadaan yg mengancam atau di anggap mengancam kesejahteraan diri & sukar dikendali..:(Weiten & Lloyd, 1994) Dengan definisi-definisi yang telah diberikan oleh pakar-pakar psikologi dengan ini dapatlah kita merumuskan bahawa stress adalah reaksi diri atau badan terhadap sebarang kesukaran,keadaan atau peristiwa yang menggangu, dan persepsi atau tanggapan bahawa tidak mampu hadapi kesukaran atau suatu keadaan yang menekan.antara aspek yang terlibat dalam topik perbincangan kita ini ialah emosi,tekanan, penyakit dan tahap kesihatan. Seperti yang diketahui umum, stress merupakanperkaitan yang saling berkait dengan gangguan emosi dan fizikal manusia. Emosi merupakansatu petunjuk kepada pengalaman manusia iaitu ianya mejelaskan tentang interaksi antara manusia dengan manusia, dan hubungan manusia dengan alam semulajadi. Selain itu, emosi juga menerangkan tentang tahap tindakan yang wujud seperti kegembiraan, kesedihan,ketegangan dan lain-lain. Oleh itu, emosi banyak memberi makna kepada pengalaman dan harapan kepada apa yang diharapkan dan dijangkakan.

4|Page

2013

MABS1112-BEHAVIOR SCIENCE

3.1 Konsep Dan Sumber Tekanan

EMOSI SOSIAL BUDAYA

KONFLIK MENTAL

SUMBER TEKANAN PEMIKIRAN (KOGNITIF)

KEKECEWAAN

PERSONALITI

Oleh kerana tekanan boleh menyebabkan pelbagai reaksi dan perasaan, dan oleh kerana persepsi terhadap tekanan adalah berbeza mengikut manusia, maka tekanan bukanlah sesuatu yang mudah untuk didifinisikan. Psikologi Kesihatan merupakan bidang di mana Psikologi yang digunakan untuk melakukan pencegahan, merawat masalah yang berkaitan dengan perubatan dan kesihatan, dan melakukan diagnosis. Topik ini merangkumi persoalan bagaimana tahap kesihatan itu dipengaruhi, bagaimana rawatan penyakit dilakukan berasaskan prinsip yang telah ditetapkan dan merujuk kepada hasil kajian psikologi, serta apakah faktor yang menyebabkan kejadian sesuatu penyakit itu.

5|Page

2013

MABS1112-BEHAVIOR SCIENCE Kesihatan mental dan fizikal adalah saling mempunyai perkaitan. Masalah fizikal boleh mempengaruhi kesihatan mental individu dan faktor psikologi juga boleh menyebabkan penyakit fizikal. Terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi kesihatan mental individu dan masyarakat iaitu faktor persekitaran, kesihatan mental dan peirstiwa-peristiwa hidup yang telah berlaku.Maka, masalah kesihatan mental boleh dimanifestasikan sebagai perubahan yang berlaku dalam emosi dan tingkahlaku individu dan pelbagai cara lain lagi. Berdasarkan maklumat yang telah ditunjukkan di atas, jelaslah membuktikan bahawa stress dapat dikonsepkan sebagai satu corak tindakbalas khusus dan tidak khusus dilakukan terhadap kejadian rangsangan yang mengganggu keseimbangan atau melebihi tahap kebolehan individu menyesuaikan diri. Kejadian rangsangan termasuklah berbagai keadaan dalaman dan luaran yang memerlukan individu melakukan sebarang bentuk tindakbalas penyesuaian. Antara contoh rangsangan ini ialah rangsangan Pencetus Stress atau stressor. Stress juga boleh dikatakan sebagai satu pengalaman emosi yang unik yang perlu diberi perhatian lebih oleh ahli psikologi dan ahli sains yang lain. Dalam mana-mana kajian yang telah dilakukan, sama ada kajian asas atau kajian lanjutan, antara persoalan yang kerap dikemukakan adalah bagaimana stress memberi kesan individu secara fisikal dan psikologi, bagaimana cara menangani stress debgan lebih berkesan, dan bagaimana penyebab stress yang biasa terdapat dalam masyarakat mengganggu kehidupan kita.Kesimpulannya, tindakbalas individu terhadap keperluan untuk berubah akibat daripada kewujudan stressor tadi terbentuk dari kombinasi yang berlaku di pelbagai tahap termasuk psikologi, sikap, emosi, dan pemikiran. Stress adalah perkara yang terlalu peribadi. Tahap stress ditentukan oleh penggabungan berbagai tahap ukuran stressor dan kualiti. Sumber-sumber ini diletakkan harapan kepada individu supaya stressor dapat ditangani. Oleh itu, stress dianggap sebagai cukai, iaitu merupakan masalah yang sering berulang yang dialami oleh semua orang.Perubahan- perubahan menyebabkan stress yang berlaku secara semulajadi adalah tidak dapat dielakkan dan merupakan sebahagian dari diri kita. Antara contoh masalah yang menyebabkan stress iaitu tambahan kesesakan lalu lintas, terlepas temu janji dan lain-lain.

6|Page

2013

MABS1112-BEHAVIOR SCIENCE

Sumber pertama yang berkaitan dengan stress ialah kekecewaan kecil yang seringkali berulang. Apabila kekecewaan kecil ini terkumpul dengan kerap, maka ini menyebabkan kejadian stress yang lebih parah berbanding akibat stressor kehidupan yang majoriti. Kejadian stress boleh dikesan apabila selepas terjadinya sesuatu perkara yang menjadi beban, misalnya kehidupan individu seharian yang diwarnai dengan kekecewaan-kekecewaan kecil yang berulang-ulang.Antara jenis kekecewaan kecil yang seringkali dialami oleh individu adalah tidak memperoleh sumber yang mencukupi, berulang-alik ke tempat kerja dengan jarak yang agak jauh dari rumah, jalan yang sesak dan sebagainya.Oleh itu, apabila ketidakpuasan ini berlanjutan, maka kebarangkalian individu yang akan mengalami stress yang terlampau dan menberi kesan kepada tahap kesihatannya. Oleh itu, semakin kerap dan hebat kekecewaan dialami oleh individu, maka semakin parah tahap kesihatannya. Sebaliknya, semakin berkurang tahap stress yang dialami oleh individu, semakin bertambah baik tahap kesihatan individu. Sumber kedua ialah Pencetus Stress Utama dalam kehidupan.Perubahan yang berlaku secara tiba-tiba dalam kehidupan merupakan punca stress kepada banyak perubahan merosakkan kesihatan kita. Terdapat banyak kekangan yang boleh mengganggu kesihatan individu sekiranya tidak dapat dikawal oleh individu. Kejadian seperti yang diharapkan oleh individu, seperti mendapat pekerjaan dan menaikkan pangkat adalah merupakan harapan yang memerlukan perubahan yang besar agar individu itu dapat menyesuaikan dirinya dan membuat adaptasi kepada keperluan baru. Seorang pakar psikologi, iaitu Dohrenwend berpendapat bahawa stress adalah kesan daripada pendedahan kepada perubahan yang berlaku seperti diberhentikan kerja, baru bercerai dan lain-lain. Seterusnya, sumber-sumber stress ialah berlakunya Bencana Alam. Apabila terjadi sesuatu perkara yng negatif, pengkaji mendapati bahawa tindakbalas yang berlaku dalam peringkat pertama ialah terkejut, kemudian bingung tidak faham sepenuhnya dengan apa yang berlaku. Peringkat seterusnya ialah tindakbalas spontan, iaitu mempunyai sedikit kesedaran tentang apa yang telah berlaku dan cuba bertindakbalas dengan apa yang telah berlaku.Peringkat ketiga pula iaitu mereka merasakan telah dapat membuat pencapaian hebat dan sedar bahawa nereka telah

7|Page

2013

MABS1112-BEHAVIOR SCIENCE

penat.Dalam peringkat keempat pula, mereka merasa kecewa dan faham akan kesan bencana dan mengalami gangguan emosi. Namun pada peringkat terakhir, mereka dapat menyesuaikan diri kepada perubahanyang dibawa akibat dari berlakunya bencana. Sumber yang terakhir ialah Masalah Masyarakat yang berlarutan.Dalam sumber ini, terdapat beberapa persoalan yang dikenalpasti, misalnya apakah kesan kumulatif jika berlakunya lebihan populasi, jenayah, dan lain-lain terhadap masyarakat, dan bagaimana perkara ini menjadi pencetus kepada stress yang mengganggu kesihatan mental seseorang.

8|Page

2013

MABS1112-BEHAVIOR SCIENCE

3.2 Tanda-Tanda Stress Tanda-tanda stress dapat dibahagikan kepada dua bahagian :  Tanda-tanda stress emosi  Tanda-tanda fizikal Antara contoh stress emosi dan stress fizikal dapat kita simpulkan seperti jadual dibawah;

‘butterflies in the stomach’ hilang selera makan menjadi ‘fussy’ atau rasa sedih

bimbang, takut tidak ‘boleh berfikir’ (mentally drained) rasa tegang dan tak mampu bertenang tiada tumpuan, keluh kesah menangis rasa tertekan

STRESS FIZIKAL

STRESS EMOSI

tak mampu buat keputusan

sakit dada cirit birit/’indigestion’ mulut kering kerap kencing ‘muscle tension’ over-alertness’ kebas-kebas anggota periferal jantung – kencang, berpeluh-peluh

9|Page

2013

MABS1112-BEHAVIOR SCIENCE

3.3 Faktor Yang Mempengaruhi Stress

ekspektasi jantina persepsi personaliti / tingkahlaku hubungan inepersonal persekitaran tuntutan (demand) Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi stress. Faktor ini bergantung kepada keadaan individu berkenaan sama ada dapat mengatasi stress atau sebaliknya. Antara faktor yang mempengaruhi stress ialah personaliti, iaitu individu mempunyai personality sama ada ekstrovet atau introvert stabil lebih sukar terganggu oleh stress berbanding personality neurosis dan cyclothymic.Seterusnya, sikap individu merupakan faktor kedua yang berkaitan dengan individu di mana mereka mempunyai sikap terburuburu dan sentiasa berlumba dalam segala hal lebih terdedah kepada stress seandainya tidak mencapai apa yang mereka inginkan. Seterusnya, faktor masyarakat dan persekitaran adalah keharmonian hubungan kemasyarakatan dan alam sekitar yang kondusif iaitu faktor ini membantu manusia dalam suasana tenteram dan berupaya mengurangkan stress. Pengalaman lalu juga merupakan faktor di mana mereka yang mempunyai pengalaman yang lalu terhadap sesuatu punca stress serta berupaya mengatasinya adalah lebih kuat dan tidak mudah dipengaruhi oleh stress.

10 | P a g e

2013

MABS1112-BEHAVIOR SCIENCE Kedudukan kewangan adalah faktor di mana mereka yang mempunyai kedudukan yang kukuh lebih sukar mengalami stress berbanding mereka yang miskin.Manakala hubungan kekeluargaan pula merupakan faktor yang mempengaruhi stress di mana jika hubungan keluarga tidak baik menyebabkan individu merupakan pencetus stress, dan seterusnya hubungan kekeluargaan yang baik dapat membantu individu mengatasi stress. Seterusnya, antara faktor yang mempengaruhi stress ialah tahap kesihatan,iaitu individu yang yang menghadapi tahap kesihatan yang lebih sukar diganggu oleh stress berbanding orang yang mengalami masalah kesihatan sama ada gangguan emosi, fizikal atau psikologi.Oleh itu, masyarakat mampu mengawal keadaan stress dengan mengamalkan cara menjaga kesihatan dengan baik seperti mengamalkan tidur dengan mencukupi, selalu bersenam, makan makanan yang berkhasiat dan makanan seimbang serta lain-lain yang member manfaat kepada kesihatan individu berkenaan. Faktor terakhir yang paling tertumpu dalam topik stres ialah pegangan dan kepercayaan kepada agama. Setiap kebaikan adalah dating dari pencipta kita dan setiap keburukan adalah dating daripada diri kita sendiri. Kekurangan pegangan agama menyebabkan seseorang mudah terpengaruh dengan budaya yang tidak baik dan yang mendatangkan keburukan kepada dirinya, manakala kuatnya pegangan agama dan kepercayaan agama seseorang individu tentu tidak akan terpengaruh dengan anasiranasir yang tidak sihat serta individu berkenaan mudah menyedari segala kesilapan dan cuba mengubahnya berpandukan ajaran dan konsep agama yang diamalkannya.

11 | P a g e

2013

MABS1112-BEHAVIOR SCIENCE

3.4 Cara-Cara Mengatasi Stress kebolehan mengenalpasti stress  dapat kurangkan kesan terdapat pelbagai jenis cara mengurus stress  bergantung kepada kesesuaian

kenalpasti stressor kesederhanaan dalam reaksi fizikal kenalpasti faktor-faktor yang boleh diubah kekalkan ketahanan emosi tingkatkan ketahanan fizikal reaksi fizikal/emosi anda

Muzik Selesaikan Masalah Satu Persatu. Menangis atau ketawa

Luahkan Pada Sahabat Karib. Meditasi Atau Bertafakur. Berusaha Dan Berserah. beribadat

12 | P a g e

2013

MABS1112-BEHAVIOR SCIENCE

Terapi muzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda anda. Anda perlu memilih muzik ringan dan yang anda sukai dan denganya setiap hari.

Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan penuh . Semasa menghadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif untuk mengekalkan keadaan tenang. Senaman pernafasan ialah berguna kerana ia boleh dibuat di mana- mana sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta merta. Kita hendaklah menjadikan senaman sebagai satu tabiat harian. Selain itu,cara mangatasi stress ialah bijak menguruskan masa. Kenalpasti kerja harian anda mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya anda dapat menyiapkannya mengikut keutamaan dengan tanpa melengah-lengahkan. Kenalpasti juga kerja yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti borak kosong, perbualan telefon dan yang membazirkan masa anda. Membelanjakan masa yang lebih bagi membuat kerja yang lebih penting. Selain teknik yang diterangkan di atas, anda boleh main pelbagai aktiviti dengan anak-anak; berjalan sekurang-kurangnya dua kilometer sehari; pergi berenang di sungai atau pantai; beri perhatian kepada pemakanan, tidur lapan jam setiap malam, dan menuntun kartoon atau lawak jenaka (komedi) atau baca komik (kerana mengikut pakar perubatan gelak ketawa dan kelucuan melegakan otot, mengurangkan tekanan darah, menambahkan tahap tenaga, dan menyegarkan sistem pernafasan dan darah kita.

13 | P a g e

2013

MABS1112-BEHAVIOR SCIENCE

Seterusnya , cara individu mengatasi masalah stress adalah dengan belajar menangani kritikan dengan bijak. Oleh itu, individu perlu menetapkan matlamat hidup yang realistik dan berupaya menjalin dan mengekalkan persahabatan.Selain itu, anggota keluarga pula perlu meningkatkan ilmu , memberikan pertolongan awal, berbincang dan sentiasa merujuk sekiranya ada perkara yang penting. Seterusnya, mereka juga perlu sentiasa memberi dorongan yang positif untuk menunjukkan kebolehan yang termampu supaya tidak mewujudkan stress. Selain itu, individu juga perlu member sokongan moral dengan tidak member tekanan yang berlebihan. Selain itu juga, setiap ahli keluarga juga perlu sentiasa menjaga rahsia dan keaiban keluarga dan sentiasa meletakkan syarat yang tidak keterlaluan dalam kehidupan bekeluarga supaya tidak berlakunya stress yang boleh mencemarkan nama dan kebahagiaan keluarga. Seterusnya, cara jiran dan masyarakat mengatasi stress ialah menghormati dan menyempurnakan hak-hak jiran.Selain itu, kita juga perlu sentiasa menjaga keharmonian jalinan hubungan kemasyarakatan serta menghormati dan menjaga segala rahsia dan keaiban jiran. Seterusnya, kita juga perlu sentiasa member bantuan kepada jiran mengikut kemempuan kita dan seterusnya perlu memberikan sokongan yang moral yang ikhlas pada masanya, terutamanya jika mereka menghadapi sebarang masalah. Namun begitu, antara tindakan kerajaan dalam usaha mengatasi masalah stress iaitu melakukan kempen dan tahap kesihatan.Sebagai individu, kita memang perlu kempenkan diri kita supaya kita dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan dapat mengurangkan stress. Antara tindakan kerajaan seterusnya ialah menyediakan kemudahan sumber insan untuk membantu mereka yang bermasalah.Contohnya, aktiviti yang dijalankan di hospital oleh Penolong Pegawai Perubatan ialah menjalankan bilik perancang kaunseling keluarga dan menjalankan prosedur dan undang-undang yang berupaya membantu pekerja, majikan dan pengunjung menjaga kebajikan mereka masing-masing.Selain badan kerajaan, badan bukan kerajaan juga berperanan mewujudkan ruang tempat penyaluran bantuan dilakukan dan dalam usaha menyediakan tenaga manusia.

14 | P a g e

2013

MABS1112-BEHAVIOR SCIENCE

2013

3.5 Peranan Penolong Pegawai Perubatan Dalam Menangani Penyakit Stress

Membuat penyelidikan dan mendalami lagi pengetahuan tentang penyakit stress Memberi pesakit ubat-ubatan serta rawatan yang sesuai bagi pesakit yang mengalami masalah stress Memberi sesi kaunseling dan motivasi kepada pesakit yang mengalami masalah stress. Bagi mengelakkan sesuata perkara yang tidak diingini berlaku Merujuk pesakit yang mengalami stress yang terlalu merbahaya kepada pakar Menyediakan laporan serta statistik penyakit tersebut bagi mengetahui taburan penyakit stress tersebut Mengetahui punca serta sebab seseorang pesakit mengalami penyakit stress

15 | P a g e

MABS1112-BEHAVIOR SCIENCE

4.0 KESIMPULAN Ahli-ahli psikologi telah menggunakan beberapa pendekatan bagi menghuraikan konsep-konsep atau idea mereka berkaitan dengan tingkah laku manusia. Antara pendekatan

yang

digunakan

adalah

pendekatan

behaviorisme,

pendekatan

psikoanalitik, pendekatan kognitivisme, pendekatan humanistik dan pendekatan biologi. Pendekatan-pendekatan

ini

mempunyai

kekuatan

tersendiri

dan

kadangkala

berkesinambungan antara satu pendekatan dengan pendekatan yang lain. Sebagai rumusan kepada perbincangan tentang daya tindak terhadap tekanan, telah dinytakan diatas ini berberapa strategi yang dicadangkan oleh para pengkaji. Namun begitu, hal ini hanya suatu cadangan sahaja kerana setiap permasalahan ataupun tekanan yang kita lalui oleh setiap individu adalah terlalu universal, oleh yang sedemikian kita seharusnya bijak dalam mencari penyelesaian atau cara yang terbaik dalam menguruskan ”stress” yang kita semua hadapi.

16 | P a g e

2013

MABS1112-BEHAVIOR SCIENCE

5.0 RUJUKAN

1. Craig Calhoun et al (1994) Sosiology New York : Mc Graw Hill. 2. John C. Rush (1984) Psychology – The Personal Science California : Wadswot Publisher Co.

3. Fieldman Robert (1993) Understanding Psychology New York : Mc Graw Hill. 4. Kagan Jerome (1991) Psychology – An Introduction USA : HBJ College Publisher. 5. Mahmood Nazar Mohamed (1990) Penghantar Psikologi – Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa & Tingkah laku Manusia Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.

6. Rita Atkison et al (1993) Introduction To Psychology USA : HBJ College Publisher.

7. Rohaty Md. Majzub (1993) Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru Kuala Lumpur : Fajar Bakti. 8. Ma’rof Reduan, Haslinda Abdullah (2002) Psikologi. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill

17 | P a g e

2013

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF