strategi pengajaran PJ
October 1, 2017 | Author: Jingyik Hoe | Category: N/A
Short Description
Download strategi pengajaran PJ...
Description
PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI Posted on February 21, 2011 by admin
Pengenalan Tajuk ini akan membincangkan berkaitan pendekatan, kaedah, teknik dan strategi pengajaran Pendidikan Jasmani yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani. Terdapat banyak pendekatan, kaedah, teknik dan strategi dalam pengajaran namun dalam tajuk ini kita akan membincangkan topik penting yang berkaitan. Pelajar harus mencari sumber lain untuk menambah pengetahuan dalam topik berkenaan. Objektif pembelajaran Di akhir tajuk ini pelajar dapat 1. mengenalpasti pendekatan, kaedah, teknik dan strategi dalam pendidikan jasmani. 2. merancang strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani BAHAN PEMBELAJARAN 2.0 Sejarah Pembangunan Tingkah Laku Pengajaran. Pengajaran Pendidikan Jasmani menitikberatkan komponen kecergasan dan telah berubah mengikut perkembangan masyarakat yang berkembang maju maka kaedah pengajaran terpaksa berubah. Oleh itu wujudlah gaya arahan yang mementingkan rangsangan tindakbalas iaitu Pendekatan Tradisional. Pendekatan arahan ini masih wujud dan diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di Malaysia. Pada masa kini suatu pendekatan baru mula muncul menyahut cabaran masyarakat moden yang progresif. Pendekatan Humanistik meresap masuk dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan menjadi popular. Di Malaysia pendekatan Humanistik dan Tradisional digabungkan. Selain itu Pendekatan Tingkahlaku dan Pendekatan Sistem ada dijalankan di Malaysia. Pendekatan Humanistik menekankan perasaan seseorang itu terhadap pengalaman pembelajaran. Fokus ditumpukan kepada seseorang pelajar dan memberi peluang untuk penglibatan individu secara mendalam. .Pembelajaran adalah melalui pengalaman.di mana pelajar digalak untuk bertindak sendiri untuk menemui sesuatu. Pendekatan ini mementingkan pelajar sebagai individu yang
berpotensi dan menitikberatkan pembangunan sosial dan emosi individu. Mengikut Hellison (1973) dalam bukunya Humanistic Physical Education terdapat empat matlamat yang boleh menolong seseorang guru untuk membentuk cara pengajaran Pendidikan Jasmani ke arah kemanusiaan iaitu penghargaan diri(self esteem), merealisasikan diri(self-actualization), kefahaman diri(self-understanding) dan pertimbangan sosial(social consideration). Pendekatan Tingkahlaku menumpukan perhatian kepada pemilikan kandungan mata pelajaran. Ia muncul dari aplikasi psikologi operan(operant psychology) yang dipelopori oleh Skinner(1974). Pendekatan ini menggunakan penguasaan isi kandungan mata pelajaran sebagai pengukur kejayaan pengajaran. Skinner(1974) mencadangkan tiga perkara untuk interaksi antara tingkahlaku dan persekitaran iaitu ketika bila tingkahlaku berlaku, tingkahlaku itu sendiri dan aktiviti pengukuhan. Matlamat pendekatan ini ialah untuk membentuk tingkahlaku terakhir yang boleh diperhati dan dinilai. Aplikasi prinsip psikologi operan ini mencipta suatu alat untuk Pendidikan Jasmani mencapai matlamat bertanggungjawab. Pendekatan Sistem pula menganggap proses pengajaran pembelajaran melibatkan prosedur langkah demi langkah. Pendekatan ini digunakan oleh guru untuk menunjukkan langkah yang digunakan oleh seseorang guru untuk membawa perubahan kepada tingkahlaku. Ciri penting pendekatan ini ia sangat produktif dan ia menunjukkan pertalian antara komponen-komponen yang merangkumi seluruh sistem. Menurut Straub(1976) menyenaraikan sepuluh proses yang terlibat dalam sistem ini iaitu mengenal pasti matlamat, analisis pengajaran, mengenalpasti kemahiran kemasukan pelajar, pembangunan objektif tingkahlaku, pembangunan alat penilaian, rekabentuk strategi pengajaran, pemilihan media, pembangunan atau pemilihan bahan pengajaran dan penilaian formatif. 2.1 Definisi Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Strategi 2.1.1 Pendekatan : Adalah merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan kepada objektifnya (Edward M. Anthony 1963). Ianya merupakan satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsurunsuraksiomatik (kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan). Model pembelajaran diperlukan sebagai rujukan untuk menentukan pendekatan yang dijalankan sesuai digunakan dan mendatangkan
keberkesanan. Pendekatan ini berteraskan kepada prinsip atau teori pembelajaran; - konkrit ke abstrak - mudah ke kompleks - keseluruhan ke sebahagian - umum ke spesisifik (deduktif) Pendekatan mengajar Semasa pengajaran dan pembelajaran seseorang guru boleh menggunakan kaedah-kaedah yang telah dipelajari. Kaedah yang dipilih haruslah bersesuaian dengan tahap kognitif dan psikomotor pelajar. Bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran dicadangkan guru mengaplikasikan strategi, kaedah, teknik dan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan murid. Pendekatan pengajaran berpusatkan guru, pelajar dan berpusatkan bahan seperti penggunaan ICT. 2.1.2 Kaedah Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan Merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektf pembelajaran khusus dalam jangka pendek. Ianya juga adalah sebagai satu cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dan langkahlangkah penyampaian yang tersusun. “Merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih (Edward M. Anthony 1963). Jenis kaedah Kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendididikan Jasmani adalah 1. Kaedah Tradisional Ia meliputi -
Tugasan membaca buku teks
-
Kuliah
-
Mengucap dengan kuat
-
Tumpuan kepada perbendaharaan
-
Laporan secara lisan oleh murid
-
Mengkaji semula(riview)
-
Ujian,kuiz dan peperiksaan
2. Kaedah Kaedah Inkuiri (Penemuan) Kaedah Inkuiri (Penemuan) yang menekankan kepada 5 prosedur iaitu : P1- Kenal pasti masalah P2- Rancang penyelesaian P3- Kumpul maklumat P4- Buat tafsiran P5- Buat kesimpulan 3. Kaedah kumpulan - perbincangan kumpulan - kuliah perbincangan - kerja jawatankuasa - main peranan - Sesi Buzz - Sumbangsaran - Wawancara
- Konferen
4. Kaedah penyelesaian masalah Ia meliputi -
Projek
-
Tinjauan
-
Penyelidikan atau penjelajahan
-
Tunjukcara atau demonstrasi
-
Kelab kesihatan
-
Lawatan
Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan yang panjang, memahami masalah dan memikir dengan logik dan sistematik. Dalam kelas Pendidikan Jasmani pelajar menyelesaikan masalah mengikut langkah berikut. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Menganalisis dan memahami masalah Menyenaraikan syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah. Guna pelbagai strategi untuk mendapatkan maklumat. Membentuk jawapan yang mungkin. Pilih dan uji penyelesaian alternatif. Pilih penyelesaian yang sesuai. Menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu.
Kelebihan 1.Menggalakkan interaksi antara pelajar 2.memupuk tahap pemikiran kognitif yang tinggi 3.menggalakkan ingatan tentang apa yang diuji. Kelemahan
1. Lebih memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusatkan guru 2. Kadangkala sukar untuk melibatkan setiap pelajar dengan berkesan. Pelajar yang lembab atau pelajar yang kurang kemahiran menyelesaikan masalah tidak akan dapat menikmati pelajaran dengan sepenuhnya. 5. Kaedah Kolaboratif Kolaboratif bermakna satu situasi di mana terdapat unsur bermuafakat serta tolak ansur di antara beberapa individu atau pihak untuk menghasilkan sesuatu yang berkesan. Maka pembelajaran kolaboratif adalah satu kaedah di mana sekumpulan murid bermuafakat serta berganding bahu untuk melakukan aktiviti pembelajaran dengan bimbingan sebaya demi untuk menuju ke arah satu matlamat. Ahli kumpulan berbincang, merancang dan membuat persediaan untuk menyelesaikan masalah tugasan yang diberikan oleh guru. Pembelajaran kolaboratif memerlukan semangat setiakawan, saling percaya, mempercayai dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. Prinsip pembelajaran ini ialah kesebayaan, eksperimen, berinteraksi dan kepimpinan. 6. Kaedah Koperatif Unsur- unsur pembelajaran koperatif ialah 1. murid terlibat dalam memberi penerangan kepada rakan. Ahli berinteraksi diantara satu sama lain untuk mewujudkan persefahaman dan kemajuan 2. murid bekerja sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah. Ahli kumpulan bergantung secara positif. 3. murid belajar secara aktif danbukan hanya bergantung kepada guru. Ahli kumpulan bertanggungjawab untuk pencapaian pembelajaran kumpulan. 4. murid tidak terlalu bergantung kepada guru untuk menyelesaikan masalah. Ahli berusaha untuk menyumbangkan idea dan pendapat untuk menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberikan. 5. Ahli harus menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial seperti ikut giliran,memberi galakan,mendengar,memberi pertolongan,memberi penjelasan untuk membolehkan kumpulan berfungsi dengan efektif. 6. Ahli kumpulan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan dari segi pencapaian matlamat. 2.1.3 Teknik Ialah merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya teknik bercerita, bersyarah, perbincangan,
demonstrasi, latih tubi, main peranan, simulasi, sumbang saran dan lain-lain. Untuk menentukan keberkesanan pengajaran di tahap optimum ianya berteraskan kepada kriteria pencapaian objektif berikut ; Umur -
Kebolehan
-
Kecerdasan
-
Minat
Teknik simulasi Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah atau kejadian atau peristiwa yang benar wujud dalam kehidupan seharian untuk diselesaikan di dalam keadaan terkawal dan selamat. Simulasi membolehkan seorang guru menyampaikan secara olok-olok mengenai sesuatu pengalaman yang benar jika sebenarnya dilakukan akan menelan belanja yang besar, memakan masa, merbahaya atau rumit. Salah satu kaedah yang baik untuk menjalankan simulasi ialah dengan menggunakan komputer. Teknik main peranan Satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan lakonan spontan mengenai sesuatu situasi atau masalah oleh sekumpulan murid yang dipilih. Melalui aktiviti ini murid boleh mendapat gambaran dan pengalaman yang baru. Lakonan ini dilakukan tanpa menggunakan sebarang skrip. Ia boleh dilakukan secara berstruktur atau tidak berstruktur. Teknik latih tubi Merupakan sejenis aktiviti yang memerlukan murid melakukan sesuatu aktiviti secara berulang-ulang sehingga mereka menguasai sesuatu kemahiran atau konsep baru dengan lancar.Aktiviti ini boleh dilakukan secara lisan,amali dan bertulis.Latihan seperti ini boleh memperkukuhkan fakta,konsep dan kemahiran pendidikan jasmani yang dipelajari. Teknik demonstrasi
Teknik pengajaran yang memusatkan guru atau aktiviti di mana seseorang menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid dalam sesi pengajaran. Murid lain memerhati dan mengenalpasti prosedur dan cara untuk melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Dengan cara ini diharapkan murid dapat melakukan aktiviti ini dengan sendiri secara sistematik, teratur, kemas dan berkesan. Guru mesti mengetahui dengan jelas demonstrasi yang hendak ditunjukkan serta segala alat kelengkapan yang diperlukan. Demonstrasi boleh dilakukan dengan menggunakan model hidup, model simbolik dan model persepsi. Contoh guru boleh mendemonstrasikan cara menendang bola mengikut teknik yang betul di padang. Teknik sumbangsaran Sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian masalah. Ia juga dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam kumpulan dapat menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap sesuatu topik yang dibincangkan. Untuk membolehkan aktiviti sumbangsaran dijalankan dengan berkesan prinsip asas sumbangsaran harus dipatuhi iaitu 1. topik perbincangan hendaklah sesuai dengan kebolehan murid. 2. kumpulan terdiri dari murid yang pelbagai kebolehan A. pengerusi dan pelapor kumpulan memainkan peranan untuk memastikan perjalanan aktiviti berjalan lancar. B. setiap ahli diberi giliran untuk memberi pendapat atau cadangan. C. semua cadangan hendaklah dicatat untuk dibincangkan secara umum. D. cadangan yang kurang baik atau salah tidak boleh dikritik.
Contoh teknik mengajar kemahiran asas Teknik adalah merupakan cara bagaimana melakukan sesuatu kemahiran dengan betul. Lazimnya apabila teknik lakuannya betul maka hasilnya pastilah betul. Contohnya dalam permainan hoki; kemahiran yang dipilih adalah memukul. Bagaimanakah lakuan memukul dilakukan? Ia melibatkan butiran mengajar bagaimana perlakuan memukul itu dilaksanakan berasaskan kepada caracara memegang kayu; iaitu pegangan rapat, kedudukan kaki, kedudukan bola, hayunan, ikut lajak, sentuh bola , dan sebagainya.
2.1.4 Strategi Ialah merupakan satu penentuan dan perancangan kaedah dan teknik untuk mencapai objektif jangka panjang. Konsepnya adalah berteraskan kepada ; -
Kebijaksanaan memilih pendekatan
-
Kecekapan merancang kaedah dan teknik
-
Berdasarkan objektifnya
Prinsip dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam menangani sesuatu penyampaian maklumat kepada pelajar dapat dicapai melalui pelbagai cara. Kepelbagaian cara dapat mengatasi masalah yang dijangkakan atau tidak terutamanya dalam pengajaran Pendidikan Jasmani yang dijalankan bukan sahaja di bilik darjah tetapi di luar bilik dengan pelbagai situasi rangsangan. Oleh itu strategi pengajaran yang menekankan prinsip-prinsip pengajaran berikut perlu di guna pakai sebagai panduan : Adakan tujuan khas yang biasanya ditulis dalam bentuk objektif pengajaran yang berteraskan kepada domain psikomotor, domain kognitif dan domain afektif. Domain psikomotor – merujuk kepada perkembangan kemahiran manipulatif atau motor. Domain kognitif – merujuk kepada pengiktirafan pengetahuan dalam perkembangan kebolehan dan kemahiran intelek. Domain afektif – merujuk kepada pernyataan nilai, sikap dan penghargaan individu Objektif psikomotor ditulis dalam bentuk eksplisit dan sebaiknya ditulis dalam bentuk SMART iaitu menekankan perkara berikut; -
Kemahiran yang khusus
-
Boleh diukur
-
Boleh dicapai
-
Munasabah
-
Masa mencukupi
Dedahkan hanya satu kemahiran baru sahaja dalam sesuatu kemahiran yang diajar bagi satu sesi pengajaran. Masa yang mencukupi untuk sesuatu gerak kerja yang dijalankan. Masa dihadkan bagi setiap gerak kerja perlu untuk mengawal perjalanan kelas. Beri peluang kepada murid untuk berlatih atau melakukan latih tubi atau mengambil bahagian sepenuhnya dalam satu sesi pengajaran. Latih tubi secara ansur maju dengan mempelbagaikan gerak kerja dan bentuk latihannya perlu ada kesinambungan atau berhubung kait. Adakan pertandingan bersyarat atau permainan kecil yang boleh menimbulkan motivasi murid atau perangsang. Langkah mengajar perlu mengandungi aspek 5P ; P1- Penerangan (semasa, maklum balas) P2- Praktik (pengelolaan) P3- Pelakuan (tunjuk cara, tepat dan berulang) P4- Permainan atau pertandingan P5- Penyeliaan atau pembetulan Pengajaran latihan perlu dirancang terlebih dahulu.
Guru perlu berada di tempat yang strategik semasa memberikan arahan agar mudah dilihat oleh murid-murid. Elakkan bercakap atau memberi arahan selagi pelajar tidak menumpukan atau memberikan perhatian. Penilaian atau refleksi perlu dijalankan untuk mengesan keberkesanan pengajaran pembelajaran. Liabiliti guru Pendidikan Seni Visual 1. Bersikap positif terhadap peranan Pendidikan Seni Visual di sekolah 2. Mempunyai minat dalam bidang Pendidikan Seni Visual 3. Sentiasa aktif dalam bidang kesenian dan pameran 4. mempunyai kemahiran asas dalam berbagai kegiatan seni lukis 5. Seorang yang sabar dan gemar mengajar murid-murid 6. Selalu ingin memajukan diri dalam lapangan kerjaya. Keselamatan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Oleh kerana pendidikan Seni Visual melibatkan amali/kemahiran dan teori maka guru perlu memberi perhatian terhadap faktor keselamatan dari segi aktiviti yang dipilih, peralatan, kawasan atau persekitaran. 1. Adakah ada cara lain untuk menyampaikan pengetahuan? 2. Kurikulum Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di Malaysia mempunyai matlamat khusus. Nyatakan apakah matlamat Pendidikan Seni Visual? Pendidikan Seni Visual ialah membantu murid menjadi cergas dan kreatif melalui pembelajaran pelbagai kemahiran dan pengetahuan seni. 1. Beri 5 objektif Pendidikan Seni Visual yang anda tahu? a. mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. b. menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan kendiri c.
melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian
d. mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal
e. membentuk sahsiah dan disiplin diri dan membuat keputusan bijak dalam kehidupan. Kurikulum Pendidikan Jasmani dibahagikan kepada 3 tunjang pembelajaran.Namakan ketiga-tiga tunjang pembelajaran tersebut yang dapat membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani. 1.
Tunjang Kecergasan
2.
Tunjang Kemahiran
3.
Tunjang kesukanan
Terdapat 3 domain pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Jelaskan secara ringkas apakah aspek penting yang tersurat bagi setiap domain tersebut sebagaimana yang diutarakan oleh Bloom B.S(1956) Domain psikomotor – merujuk kepada perkembangan kemahiran manipulatif atau motor. Domain kognitif – merujuk kepada pengiktirafan pengetahuan dalam perkembangan kebolehan dan kemahiran intelek. Domain afektif – merujuk kepada pernyataan nilai, sikap dan penghargaan individu. Apakah nilai-nilai murni yang terkandung dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani? Nlai tersebut ialah baik hati, berdikari, berhemah tinggi, hormat, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat 3.11 Soalan Tugasan 1. Nyatakan dengan jelas ciri-ciri pendekatan, strategi, teknik dan kaedah dan buatkan perbandingan di antara kenyataan di atas dari aspek pedagogi Pendidikan Jasmani. 2. Dengan menggunakan pengurusan grafik , buat lakaran analitik mengenai Tunjang Pembelajaran Pendidikan Jasmani dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani KBSM dan huraiannya.
3. Berdasarkan format Rancangan Tahunan/ Semester dan Mingguan Pendidikan Jasmani beri pendapat atau pandangan anda adakah ia releven dan masih boleh digunapakai bagi mencapai objektif pembelajaran Pendidikan Jasmani masa kini. Jika anda fikirkan tidak releven beri cadangan format baru dan sokong format baru anda tersebut dengan fakta kukuh serta contoh yang sesuai.
View more...
Comments