Standard Guru Malaysia

August 13, 2017 | Author: HidayahYusuf | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Standard Guru Malaysia...

Description

4

RIS SEMESTER 1 SESI 2010/201 KOD & NAMA KURSUS

EDU 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR TAJUK

STANDARD GURU MALAYSIA KUMPULAN KULIAH: I NAMA PENSYARAH DR. IKHSAN BIN OTHMAN NAMA AHLI KUMPULAN NAMA NOR ATHIRAH BT GHAZALI SITI ROHANA BT MD ISA NUR HIDAYAH BT MOHD YUSUF KAMAL KHAN BIN KUMAR

NO. ID D20091034654 D20091034655 D20091034657 D20091034659

TANDATANGAN

TARIKH SERAH: 26 OGOS 2010

ISI KANDUNGAN 1

PENGHARGAAN

I

1.0

PENGENALAN STANDARD GURU MALAYSIA

1

2.0

KONSEP DAN PENGERTIAN STANDARD GURU MALAYSIA

1

3.0

ISU-ISU STANDARD GURU MALAYSIA 3.1

ISU BAGI ASPEK SAHSIAH PARA PENDIDIK MELALUI

4

PROFESIONALISME .PERGURUAN 3.2

ISU LATIHAN PERGURUAN YANG KURANG EFISIEN

7

3.3

ISU KEMUDAHAN INSTITUSI PERGURUAN

9

3.4

ISU KELEWATAN KENAIKAN PANGKAT DAN KELEMAHAN

10

KEBAJIKAN .GURU 4.0

CABARAN- CABARAN STANDARD GURU MALAYSIA 4.1

CABARAN DALAM PEMILIHAN CALON GURU

13

4.2

CABARAN MEMANTAPKAN LATIHAN PERGURUAN

14

4.3

CABARAN DALAM MELONJAKKAN KECERMELANGAN

15

INSTITUSI LATIHAN PERGURUAN 4.4

CABARAN DALAM MENAMBAH BAIK LALUAN KERJAYA

16

DAN KEBAJIKAN GURU 5.0

PENDEKATAN STANDARD GURU MALAYSIA 5.1

PENDEKATAN DENGAN MENAMBAH BAIK SISTEM

17

PEMILIHAN GURU 5.2

PENDEKATAN DENGAN MEMANTAPKAN LATIHAN

20

PERGURUAN 5.3

PENDEKATAN DENGAN MELONJAKKAN KECERMELANGAN 23 INSTITUSI LATIHAN PERGURUAN

5.4

PENDEKATAN DENGAN MENAMBAH BAIK LALUAN KERJAYA

24

DAN KEBAJIKAN GURU 6.0

PENUTUP

27

7.0

BIBLIOGRAFI

28

8.0

LAMPIRAN

30

1.0

PENGENALAN STANDARD GURU MALAYSIA

2

Tugasan esei yang diberikan bertajuk Standard Guru Malaysia(SGM). Standard Guru Malaysia ialah satu standard yang menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang harus disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dalam melaksanakan dokumen Standard Guru Malaysia ini terdapat pelbagai isu dan cabarancabaran antaranya ialah isu terhadap pemilihan para guru, isu dan cabaran dalam laluan kerjaya dan kebajikan guru dan isu dalam latihan perguruan contohnya seperti tiada bimbingan yang berkesan dan berterusan daripada guru terlatih kepada guru pelatih dan guru terlatih tidak mewujudkan suasana perbincangan yang kondusif berkaitan tugas sebenar seorang guru. Oleh yang demikian terdapat beberapa pendekatan yang telah dilaksanakan untuk mengatasi isu dan cabaran yang berkaitan dengan Standard Guru Malaysia(SGM) tersebut. Antara-antara pendekatan yang telah diambil ialah memantapkan latihan perguruan, menambahbaik sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan dan juga menambahbaik laluan kerjaya dan kebajikan guru. Secara amnya, Standard Guru Malaysia ini penting untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang. Standard Guru Malaysia akan dapat memastikan guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. 2.0

KONSEP DAN PENGERTIAN STANDARD GURU MALAYSIA

Standard Guru Malaysia (SGM) telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu pada tanggal 2 Disember 2009. Standard Guru Malaysia ialah satu standard yang menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang harus disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Kompetensi didefinisikan sebagai kemahiran profesional guru berdasarkan amalan nilai profesionalisme, pengetahuan dan kefahaman, dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Standard Guru Malaysia ini telah dilancarkan di dalam satu dokumen yang bertujuan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Hal ini 3

kerana Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di mana bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjakkan nilai inteleknya serta diperbanyakkan nilai budayanya. Selain itu, pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti iaitu dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pelajaran Malaysia berkata Standard Guru Malaysia (SGM) yang diperkenalkan hari ini bakal melonjakkan sistem pendidikan negara ke taraf dunia yang mampu melahirkan modal insan dengan kelas pertama. Menurut beliau lagi, selain sebagai kayu pengukur SGM juga akan bertindak sebagai garis panduan dalam melahirkan guru berkeupayaan

tinggi dalam semua bidang dan guru yang berkualiti sekaligus akan

mewujudkan sistem pendidikan dan insan berkualiti. Datuk Alimudin Mohd. Dom iaitu Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pula berkata, SGM turut memperincikan aspek-aspek yang perlu disedia, dilaksana dan dicapai oleh agensi serta institusi yang mengendalikan latihan perguruan (Utusan Malaysia Online). Apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

melancarkan

Standard Guru Malaysia (SGM), timbul persoalan sama ada guru yang ada sekarang tiada kualiti atau kekurangan mutu perkhidmatan dan perlukah piawaian itu dilaksanakan sekarang dan kenapa hanya sekarang ianya mahu dilaksanakan? Namun, persoalan itu kemudian dijawab Pengerusi Majlis Pemuafakatan Persatuan-Persatuan Guru Malaysia, Jemale Paiman, bahawa guru-guru di Malaysia sudah ada standard, namun piawaian itu perlu dimantapkan lagi supaya sesuai dengan keadaan semasa selain menepati standard global serta perlu diguna pakai oleh institut pendidikan perguruan (IPG) untuk melahirkan warga pendidik yang lebih berkualiti.

4

Di samping itu, menurut beliau Standard Guru Malaysia adalah satu usaha untuk meningkatkan profesionalisme perguruan dan bukannya pengkelasan guru. Ini bermakna, dengan adanya SGM yang digunakan IPG, kita akan melahirkan warga pendidik berkualiti untuk pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, selain meningkatkan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta mewujudkan kemahiran inter dan intra personal dimana kemahiran inter dan intra personal tersebut bermaksud kita dapat melahirkan warga pendidik yang bijak mengurus dan berkomunikasi dengan warga sekolah dan komuniti sekelilingnya. Seterusnya, perkara itu juga dipersetujui Presiden Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamad Sabri Mohd Arsad, yang berpendapat SGM akan meningkatkan lagi imej warga pendidik dalam kalangan masyarakat. Pada masa sama, persepsi bahawa bidang perguruan sebagai pilihan kerjaya terakhir selepas gagal mendapat pekerjaan lain, tidak akan timbul lagi. Menurut presiden tersebut SGM adalah piawaian seperti standard dalam bidang profesional lain seperti arkitek, peguam dan akauntan. Standard ini juga bukan hanya bertumpu kepada profesionalisme, tetapi sahsiah, pencapaian dan meningkatkan minat warga pendidik terhadap kerjaya perguruan. Ini bermakna, apabila kita mempunyai guru yang mempunyai standard, bidang pendidikan iaitu pengajaran dan pembelajaran juga ditingkatkan sesuai dengan hasrat kerajaan menjadikan negara ini hab pendidikan pada peringkat global. Selain itu, beliau juga percaya SGM sebagai satu usaha murni sesuai dengan perkembangan pendidikan global selain memenuhi keperluan ibu bapa yang mahukan pendidikan bertaraf dunia untuk anak masing-masing (Rohaniza Idris (2009,Disember 5). SGM iktiraf profesion guru, bukan bebanan. Berita Harian). Mengikut dokumen itu, amalan nilai profesionalisme keguruan meliputi tiga domain utama iaitu diri, profesion dan sosial. Domain diri merujuk pegangan nilai diri guru sedia ada seperti amanah, ikhlas, adil, daya saing dan tahan yang tinggi, cekap dan patut dikembangkan agar mereka boleh memberi sumbangan lebih berkesan kepada profesion keguruan. Profesion pula merujuk pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus, seperti berketrampilan, integriti, kerja sepasukan dan proaktif, manakala domain sosial sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat merangkumi semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar. Aspek kedua, menuntut guru memiliki dan menguasai ilmu yang mantap agar dapat meningkatkan 5

profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta lebih kreatif dan inovatif. Bidang pengetahuan yang patut dikuasai guru termasuk mewujudkan persekitaran

pembelajaran

kondusif,

menambah

baik

amalan

pengajaran

dan

pembelajaran serta mengembangkan potensi murid secara menyeluruh. Aspek ketiga memfokuskan kebolehan guru membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian berhubung pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum yang menuntut pelbagai kemahiran, termasuk mengurus bilik darjah yang membabitkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang berkesan. Kesimpulannya, Standard Guru Malaysia akan dapat memastikan guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Seseorang yang memilih profesion keguruan adalah dipertanggungjawabkan untuk membangunkan modal insan berminda kelas pertama iaitu guru yang mempunyai kualiti dalam menguasai ilmu dan berkemahiran tinggi, guru yang menjunjung nilai budaya bangsa, guru yang mempunyai semangat patriotisme yang utuh dan guru yang mempunyai daya saing yang tinggi serta berwibawa. 3.0

ISU-ISU STANDARD GURU MALAYSIA

3.1

ISU BAGI ASPEK SAHSIAH PARA PENDIDIK MELALUI PROFESIONALISME PERGURUAN

Dunia pendidikan sering menjadi isu penting tidak kira samada dari segi pendidiknya, kaedah yang digunakan, ganjaran dan kenaikan pangkat serta isu-isu semasa yang tidak pernah sunyi dari membabitkan diri pendidik tersebut. Bidang perguruan sering dianggap sebagai profesion kelas pertengahan jauh ditinggalkan oleh bidang-bidang professional yang lain seperti kedoktoran, kejuruteraan mahupun bidang perakaunan. Lagipun, masyarakat telah menganggap bidang ini adalah pilihan terakhir sekiranya tiada kerjaya profesional lain yang sesuai atau tidak mendapat kerja. Masyarakat menganggap untuk menjadi seorang guru bukanlah satu tugas yang sukar. Hanya perlu duduk di dalam kelas dan menyampaikan ilmu kepada pelajar. Itu sahaja. Disamping membuat sedikit kerjakerja kerani seperti menaip dan mengisi borang.

6

Bidang keguruan sering dianggap sebagai satu kerjaya pilihan terakhir bagi sesetengah orang. Ada di antara graduan yang ditanya mengenai pemilihan kerjaya mereka, ramai yang memberikan jawapan yang hampir senada iaitu bidang keguruan adalah pilihan terakhir mereka. Peretomede (1991) menyatakan kajiannya ke atas remaja Nigeria menunjukkan pandangan yang sangat negatif terhadap profesion keguruan di mana lebih 70% responden menyatakan tidak mahu memilih guru sebagai profesion mereka. Pandangan ini lebih ketara bagi responden lelaki di mana 95% dari mereka tidak mahu menjadi guru. Hal ini berkait rapat dengan isu yang ingin dibangkitkan bahawa sahsiah para pendidik kini semakin menurun disebabkan profesion perguruan adalah pilihan mereka yang terakhir, dan mereka tidak menyedari hakikat bahawa bidang perguruan adalah satu bidang yang amat penting bagi mewujudkan generasi yang mempunyai modal insan kelak. Tambahan pula, wawasan guru adalah akan sentiasa cemerlang sama ada kurikulum, ko-kurikulum, pengurusan dan sahsiah. Ini adalah kerana guru bukan hanya memindahkan ilmu sahaja kepada pelajarnya malah membentuk insan yang murni dalam segala-galanya iaitu berusaha melahirkan modal insan yang benar-benar berkualiti. Bagi perkembangan pelajar dari segi fizikal, rohani dan sahsiah, guru harus bersedia berkhidmat dimana-mana jika khidmatnya diperlukan. Guru bersedia membantu sekolah, guru dan murid yang memerlukan bimbingannya. Terdapat pelbagai masalah sahsiah yang telah dilakukan oleh para pendidik pada masa kini. Para pendidik yang berada dalam golongan ini telah melanggar etika perguruan di mana seorang guru tidak seharusnya berkelakuan sedemikian rupa sehingga boleh mencemarkan profesion dan menyebabkan kehilangan kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan ini. Melihat petikan akhbar pada hari ini sudah cukup menunjukkan betapa kualiti guru pada hari ini telah berada pada tahap yang yang meruncingkan. Siapakah mereka itu, persoalan yang mengetuk benak fikiran ramai pembaca akhbar yang menjadi medan maklumat terkini. Kenapa mereka yang bertopengkan seorang guru ini sanggup melakukan pelbagai di luar norma sebagai seorang pendidik? Perasaan sedih, marah dan bimbang menguasai di dalam diri setiap individu yang mempunyai anak-anak di bangku sekolah. Kita yakin bahawa perasaan ibu bapa juga 7

berbaur dengan persoalan yang timbul ini. Andainya begini situasinya, kita harus percaya tiada lagi dalam dunia ini yang bergelar insan bernama guru akan dihormati oleh masyarakat. Masyarakat mula memandang rendah pada profesion perguruan ini.hal ini tidak dapat dijangkalkan lagi kerana terang lagi bersuluh. Satu demi satu kejadian salah laku guru terhadap murid yang dikenali sebagai sindrom ‘cikgu ganas’ berlaku kebelakangan di mana menimbulkan kebimbangan terhadap masyarakat.

Terdapat

beberapa petikan akhbar yang dapat dijadikan contoh tentang hal yang amat mencengkam hati masyarakat pada masa kini. Pada 26 April 2007, di Kuala Lumpur, sukar dipercayai apabila seorang guru antara empat lelaki yang ditahan polis bandar raya kerana terbabit dalam penagihan ganja. Dalam operasi dijalankan sepasukan anggota Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, lelaki berusia 20-an itu, yang mengajar di sebuah sekolah di Lembah Klang, didapati positif dalam ujian air kencing bersama beberapa suspek, termasuk seorang pengawal keselamatan. Dalam pada itu, pada 7 April 2007, SIK: Seorang bapa mendakwa anaknya, murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Lubuk Merbau di sini, ditendang guru agamanya kerana bangun dari tempat duduk untuk mengambil kotak pensil yang terjatuh. Abdul Rashid Hussain, 50, penoreh getah dari Kampung Kuala Beris di sini, berkata perbuatan guru itu tidak boleh diterima kerana menegur menggunakan kaki sehingga menyebabkan anaknya kesakitan. Beliau mendakwa guru itu menendang anaknya dua kali di depan 40 murid lain ketika kelas agama Islam, Isnin lalu. Malah, pada 6 April 2007, di Pasir Gudang, beberapa nota ditulis seorang murid tahun dua yang mencurahkan perasaannya selepas dipukul guru Bahasa Melayu bagaikan menjadi bukti ‘penderaan’ di sebuah sekolah rendah di sini. Bukti itu semakin jelas apabila mata kiri murid itu, Siti Nur Fatihah Samsudin, 8, mengalami pendarahan beku, dipercayai akibat dipukul guru terbabit, petang kelmarin. Perasaan itu hanya diluahkan menerusi tulisan di kertas selepas aduannya kepada ibu bapa tidak diendahkan berikutan mereka beranggapan murid itu mungkin melakukan kesalahan di sekolah. Tuntasnya, terbuktilah bahawa sahsiah para pendidik kini telah menurun ke tahap yang membimbangkan jika dibandingkan dengan guru-guru pada zaman dahulu. 8

Bagaimana mahu mencapai Standard Guru Malaysia seandainya masih ada yang sedemikian rupa. Oleh itu, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara(PIPPN) haruslah memperketatkan syarat kelayakan bagi program-program pengambilan calon guru bagi memenuhi etika perguruan dan mengikuti konsep Standard Guru Malaysia (SGM). Selain itu, KPM melalui Bahagian Pendidikan Guru (BPG) berhasrat memilih bakal guru yang berminat, bukan mereka yang hanya menceburkan diri setelah tiada pilihan lain, kerana sikap separuh hati ini telah terbukti mendatangkan akibat buruk kepada profession itu sendiri petikan daripada Berita Bahagian Pendidikan Guru tahun 1990. 3.2

ISU LATIHAN PERGURUAN YANG KURANG EFISIEN

Institusi pendidikan merupakan aspek yang utama dalam pembentukan generasi muda yang berkualiti. Dalam merealisasikan hasrat itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan pelbagai program untuk memantapkan profesion keguruan. Standard Guru Malaysia (SGM) telah dilancarkan sebagai garis panduan bagi guru-guru mengikut standard yang telah ditetapkan bagi melahirkan guru yang berkualiti dalam mendidik anak bangsa. Namun demikian, masih terdapat kekurangan yang wujud dan perlu diperbaiki. Guru pelatih masih kurang mendapat bimbingan, pengetahuan dan pengalaman untuk menjadi guru yang terlatih sebelum diserap menjadi guru di sekolah-sekolah. Hal ini menyebabkan mereka gagal berfungsi dan bekerja secara efisien. Sepanjang proses pengajian di institusi-institusi pendidikan, mahasiswa-mahasiswi hanya di dedahkan secara teoritikal tentang subjek pilihan. Mereka kurang terdedah dengan dunia realiti di sekolah khususnya proses P&P di dalam kelas dengan tahap pencapaian pelajar yang berbeza. Justeru, latihan mengajar atau praktikum adalah satu bentuk latihan yang dimestikan kepada semua pelajar jurusan pendidikan di institusi pengajian tinggi seluruh dunia. Konsep praktikum yang dilaksanakan ini adalah mirip kepada konsep ‘internship’ yang dilalui oleh doktor pelatih. Ia merupakan jambatan penghubung yang mentautkan antara pengetahuan teori yang diperoleh daripada bilik-bilik kuliah dengan realiti di bilikbilik darjah (Sund dan Trowbridge, 1999). Antara faktor yang menyebabkan latihan perguruan yang kurang efisien ketika guru pelatih menjalani latihan praktikum ialah, masih terdapat guru-guru yang gagal menguasai bidang pengajaran masing-masing, sahsiah guru yang kurang efektif, kurang bimbingan dari guru terlatih dan kurang kemudahan alat bantu mengajar. 9

Isu guru kurang berkemahiran dan kurang menguasai bidang pilihan mereka dilihat menjadi satu masalah yang kian meruncing di sekolah. Terdapat sesetengah guruguru baru yang gagal mengajar secara efektif dan kemungkinan ia berpunca ekoran semasa sepanjang pengajian mereka di institusi. Justeru, agensi dan institusi latihan perguruan perlu memberi penekanan kepada kurikulum latihan perguruan. Kurikulum latihan perguruan guru-guru siswazah ini perlu diberi penekanan kepada penguasaan pengetahuan dan kemahiran pedagogi serta memupuk nilai-nilai keguruan bagi menyediakan guru permulaan yang berkualiti dan cemerlang (Bahagian Pendidikan Guru, 2002). Namun realitinya, hanya sesetengah institusi yang betul-betul memberikan penekanan kepada aspek ini malah ada sebahagian pensyarah atau tenaga pengajar tidak memandang isu ini penting dalam pembentukan guru berkualiti. Sebagai contoh, terdapat sesetengah aspek dalam matapelajaran pilihan mahasiswa tidak diterapkan secara tekal kepada mereka. Selain itu, terdapat juga isu mengenai kurangnya bimbingan dari guru pembimbing terhadap guru pelatih. Berdasarkan kajian Jeswant Kaur dan Tan Hui Leng (1997), guru pelatih kurang berpuas hati dengan kualiti pencerapan yang diterima semasa menjalani latihan praktikum. Malah, kajian Aishah Sahul Hamid (1996) menunjukkan bahawa seramai 20% guru-guru pelatih menyatakan guru pembimbing tidak mempunyai masa yang cukup untuk pencerapan, dan seramai 20.6% guru pelatih berpendapat juga guru pembimbing enggan membenarkan guru pelatih memerhati pengajaran mereka. Dalam pada itu, melalui kajian Hapidah et al. (2002) menyatakan kebanyakan guru-guru terlatih di sekolah-sekolah kurang bertanggungjawab untuk memberi dorongan dan tunjuk ajar, tambahan pula ada yang kurang senang melihat kesungguhan dan dedikasi guru-guru pelatih. Tindakan sebegini seolah-olah memperkecil kehadiran mereka akibatnya menjadikan mereka teragak-agak dalam mempamerkan prestasi sebenar mereka dalam sesi latihan mengajar. Keadaan ini sekaligus menyebabkan guru pelatih gagal menguasai dan menjalani latihan mengajar dengan cemerlang dan efektif. Selain itu, keadaan sekolah yang serba kekurangan atau tiada langsung kemudahan alat bantu mengajar (ABM) dan bahan bantu mengajar (BBM), menyebabkan latihan pengajaran menjadi terbantut dan sesi pengajaran menjadi kurang efektif kepada pelajar kerana kurang visual yang baik. Menurut Sulaiman Ngah Razali (1997), ABM mampu mempelbagaikan kaedah dan teknik mengajar dengan berkesan, menjimatkan 10

tenaga dan masa, menarik perhatian, berkebolehan serta menghasilkan pembelajaran yang maksimum. Kemudahan- kemudahan ini memberikan para pelajar

keselesaan dan

pemahaman yang lebih baik serta membantu guru secara tidak langsung dalam proses P&P di sekolah. Namun, terdapat juga juga sebilangan guru yang kurang mahir serta cetek dalam pengetahuan teknologi maklumat. Menurut Micheal (dalam Razali, 2004), terdapat tiga masalah utama yang menjadi penghalang kepada keberkesanan penggunaan komputer di dalam bilik darjah iaitu kekurangan guru yang terlatih, kekurangan persepaduan penggunaan komputer dalam KBSM serta kemudahan komputer yang kurang lengkap dan terkini dalam sekolah. 3.3

ISU KEMUDAHAN INSTITUSI PERGURUAN

Kemudahan sesebuah institusi perguruan sangat penting bagi memastikan pengeluran bakal pendidik yang beretika, profesionalisme dan mencapai ciri-ciri Standard Guru Malaysia. Tetapi apakah keperluan yang penting bagi individu yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi yang sedang belajar? Semestinya keperluan kemudahan infrastruktur dan infrostruktur yang lengkap. Kemudahan infrastruktur disini adalah landasan sistem informasi berkaitan jaringan komunikasi data di antara sistem informasi secara integrasi dan tidak hanya berupa fizikal jaringan berupa kabel, router, suis dan berbagai-bagai komponen lain, tetapi juga berkait masalah Topologi, Domain, IP Address, Security, Aksesibilitas, jalur lebar, pengaturan talian dan aspek teknik serta aspek lain yang berkaitan erat dengan jaringan komunikasi data. Dalam konsep infrastruktur tidak hanya menyangkut jaringan komunikasi data tetapi juga mempunyai maklumat dan aplikasi serta infrastruktur yang tidak mempunyai kaitan dengan kepemimpinan, regulasi dan sumber daya manusia. Namun dalam praktiknya secara teknik infrastruktur akan menyangkut kepada jaringan komunikasi data. Melalui pencarian dalam internet, kami dapat mengenalpasti masalah tentang kemudahan infrastruktur di institusi perguruan. Sebagai contohnya ramai pelajar daripada Institusi Perguruan Malaysia,Sarawak (IPGM) berasa tidak puas hati dan memberitahu pihak IPGM tentang kelemahan kemudahan di institusi tersebut melalui laman “facebook” di ruangan perbincangan. Di IPGM tersebut, mereka kekurangan tempat 11

meletakkan kenderaan di mana sehingga menyebabkan banyak kenderaan akan diletakkan di tepi-tepi jalan apabila sesi pembelajaran dijalankan. Hal ini boleh mendatangkan banyak masalah seperti kesesakan lalu-lintas dan kemalangan. Ada antara mereka yang merungut tentang kesukaran mengeluarkan wang kerana tidak terdapat mesin ATM tersebut. Pihak yang bertanggungjawab telah menyuarakan hal ini dan permohonan telah dilakukan terhadap Bank Simpanan Nasional (BSN) tetapi dengan beralasan modal untuk menyediakan mesin ATM adalah tinggi ,maka pihak BSN tidak mahu menyediakan kemudahan tersebut. Tambahan pula, ada lagi yang tidak berpuas hati dengan bilangan bilik kuliah serta kemudahan pembelajaran dan pengajaran yang sepatutnya berada dalam keadaan yang baik. Semua sudah maklum bahawa semakin bertambah maju negara ini, semakin ramai para penuntut akan memasuki institusi maka, kekurangan bilik kuliah akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajran tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Kini, jelas menunjukkan terdapat banyak kelemahan dalam institusi perguruan. Justeru, kemudahan yang sepatutnya perlu disediakan dengan baik demi kepentingan para pelajar. 3.4

ISU

KELEWATAN

KENAIKAN

PANGKAT

DAN

KELEMAHAN

KEBAJIKAN .GURU Selain daripada isu latihan perguruan, terdapat juga isu yang sering menganggu prestasi profesion keguruan kini iaitu isu laluan kerjaya dan kebajikan guru. Guru-guru muda hari ini lebih cenderung untuk bekerja setakat yang diarahkan dan tidak mampu bekerja mengikut keupayaan dan kemampuan mereka dalam bidang masing-masing. Mereka lebih terarah untuk bersaing mendapatkan kenaikan pangkat dan setelah berjaya dan merasa selesa dengan gaji yang diperolehi, mereka mula bekerja ala kadar semata-mata untuk bergelar guru sedangkan dalam dunia pendidikan, guru adalah insan yang perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anak bangsa secara ikhlas dan bersemangat. Namun demikian, masih terdapat kesukaran dan halangan yang lain wujud dalam profesion perguruan sehingga mendorong para guru tidak bersemangat untuk bekerja. Kelewatan kenaikan pangkat bukanlah lagi isu yang asing dalam profesion perguruan. Kewujudan suatu jangka waktu yang panjang dalam proses kenaikan pangkat dari DG41 ke DG48 menyebabkan guru rasa terancam. Sebagai contoh, dalam situasi 12

sebenar hari ini, guru gred DG44 yang senior kebanyakannya kini memegang jawatan penolong kanan di sekolah menengah, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah di PPD dan ada juga yang dilantik sebagai pengetua tetapi mereka lambat dan sukar dinaikkan ke gred DG48. Ironinya ada kumpulan guru yang dengan mudah iaitu tiga tahun saja berada di gred DG41 hendak dinaikkan ke gred DG44. Ketidakadilan berlaku kerana ada guru yang terpaksa menunggu sehingga 10 tahun untuk dinaikkan ke gred DG44, itupun selepas lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Dalam situasi yang lain pula, guru siswazah yang dilantik antara 1989 hingga 1995 yang memiliki selain ijazah perakaunan berasa kerugian kerana terpaksa menunggu lama untuk dinaikkan pangkat ke DG48 Khas Untuk Penyandang (KUP) Timed-Based. Rata-rata mereka perlu berkhidmat untuk tempoh 21 hingga 24 tahun sebelum layak memohon DG48 KUP. Keadaan itu agak berlainan jika berbanding rakan sejawat yang dilantik pada 1996 dan selepas itu. Mereka hanya perlu berkhidmat sekitar tempoh 20 tahun untuk layak ke DG48 KUP TimedBased. Contohnya, paling mudah ialah terdapat kalangan guru yang pernah mengajar di Tingkatan 6 lebih 10 tahun tidak ditawarkan DG48. Ini memberi tekanan kepada guruguru yang telah lama berkhidmat kerana masih lagi berada ditahap yang sama walaupun telah banyak berjasa pada negara atau pada jabatan pelajaran. Selain itu, terdapat kelonggaran dalam kaedah pengurusan prestasi perkhidmatan guru setiap kali ujian prestasi dan kecekapan dilaksanakan kepada seluruh warga pendidik. Pengurusan prestasi ini sangat penting dalam mengukur dan menilai sejauhmana keupayaan dan kecemerlangan guru dalam menjalankan tugas secara profesional. Sistem pengujian ini sangat sukar untuk distandardkan kepada seluruh kementerian pendidikan. Hal ini kerana pihak penilai merupakan individu yang bekerja sebagai pengurus atau pentadbir dibahagian kementerian atau bahagian pendidikan yang lain sedangkan mereka tidak bekerja sebagai seorang guru dan hanya berpegang kepada pengalaman mengajar mereka pada zaman lepas. Masalahnya timbul kerana perubahan zaman seiring dengan perubahan tingkahlaku dan sikap pelajar. Pelajar hari ini berbeza dengan sikap pelajar zaman dahulu dan keadaan ini menjadi beban atau risiko kepada seorang pendidik. Penilai pula hanya menilai mengikut pengalaman lepas. Sistem penilaian ini harus diperbaiki mengikut peredaran zaman dan berdasarkan situasi semasa. Dalam pada itu, terdapat juga isu di mana kurangnya kemudahan asas seperti tempat tinggal terutamnya di pedalaman. Sebagai contoh, guru sanggup tidur di bawah 13

bilik darjah demi pendidikan anak Penan. Hal ini berlaku di Long Latin, Ulu Bernam, Sarawak di mana empat orang guru di sebuah sekolah rendah di sini termasuk sepasang guru suami isteri terpaksa tidur dalam sebuah bilik sempit berukuran 20 kaki panjang dan 10 kaki lebar dengan ketinggian hanya tujuh kaki sejak tiga tahun lalu kerana kediaman guru yang sedia ada tidak mencukupi. Menurut pengetua sekolah berkenaan, sekolah tersebut dibina sekitar awal 1980-an dan hanya mempunyai empat unit kediaman guru termasuk satu unit yang sudah uzur serta hampir runtuh dan tidak cukup untuk menampung 12 guru serta keluarga mereka. Sejak enam tahun yang lalu, sekolah berkenaan telah melakukan pelbagai usaha untuk mendapatkan kediaman baru bagi guruguru terbabit namun setakat ini masih tiada respons yang mereka terima. Hal ini jelas menunjukkan bahawasanya kemudahan tempat tinggal terutamanya di kawasan pedalaman adalah tidak mencukupi hak asasi para guru yang bertugas di sana. Malah, isu masalah ketidaksepadanan (mismatch) antara opsyen semasa latihan dengan keperluan mata pelajaran juga sering berlaku. Sebagai contoh menurut Rahmad dan Norani (1995), apabila timbul situasi kekurangan guru dalam sesebuah sekolah, guru yang tiada pengkhususan sesuatu mata pelajaran diminta mengajar mata pelajaran tersebut. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian Norani, Wan Hasmah, Chang Lee Jon dalam “Profesionalisme Guru Baru di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak 1991 – 1995. Para guru diarah untuk mengajar mata pelajaran bukan opsyen mereka dengan alasan tiada guru. Perkara ini menyebabkan status seorang guru menjadi tercemar kerana mengajar tanpa pengetahuan dan kemahiran yang tinggi. Menurut Robiah (1998), dalam merealisasikan hasrat kerajaan ke arah pembentukan negara maju melalui penguasaan pendidikan, kita terpaksa akur kepada masalah kekurangan guru-guru terlatih dalam bidang berkaitan. Terdapat banyak masalah yang timbul ekoran daripada kekurangan guru. Perkara yang paling jelas ialah apabila sesuatu mata pelajaran itu terpaksa diambil alih oleh guru yang bukan dalam bidangnya. Menurut laporan oleh Pejabat pendidikan daerah Kluang, seramai 41 orang guru bukan opsyen telah diarahkan untuk mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup. Ia bagi mengisi kekosongan akibat kekurangan guru Kemahiran Hidup. Mata pelajaran Kemahiran Hidup bertujuan untuk mengembangkan kemahiran manipulatif, kemahiran sosial dan penanaman semangat keusahawanan, daya mereka cipta serta etika kerja dalam kalangan pelajar. Justeru, keadaan akan menjadi sukar apabila guru-guru yang tiada kemahiran asas 14

dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup diminta mengajar mata pelajaran tersebut. Pemilihan dengan berdasarkan kepada minat mahupun paksaan tidak akan menghasilkan pengajaran yang berkesan terutamanya jika guru tersebut adalah dari aliran sastera dikehendaki mengajar aliran sains dan sebaliknya (Dewan Kosmik, 1999). 4.0

CABARAN- CABARAN STANDARD GURU MALAYSIA

4.1

CABARAN DALAM PEMILIHAN CALON GURU

KPM haruslah memantapkan sistem pemilihan calon guru pelatih supaya mereka yang berminat dan mempunyai sahsiah yang baik sahaja dipilih. Dengan tahap profesionalisme dan wawasan sebagai seorang guru, adalah diharapkan guru akan berkhidmat dengan ikhlas kerana agama, bangsa dan negara untuk mencapai tahap cemerlang, gemilang dan terbilang. Faktor keupayaan menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dalam bentuk kesesuaian mempengaruhi jenis personaliti seseorang dengan persekitaran itu. Apabila jenis personaliti tersebut tidak sepadan dengan persekitarannya, maka berlakulah punca kepada sikap tidak berminat terhadap kerja mahupun perkembangannya. (Holland, 1973). Selain itu, antara halangan yang wujud sehingga menyebabkan isu guru tidak memiliki sifat profesionalisme adalah kerana guru mengalami tekanan. Terdapat guru yang tidak berminat menjadi guru terpaksa menjadi guru secara tidak langsung menyebabkan mereka melaksanakan tanggungjawab secara sesuka hati. Malah, terdapat juga guru yang tertekan kerana gaji dan kemudahan dinikmati tidak setimpal dengan tanggungjawab yang dipikul. Hal ini kerana, dewasa ini terdapat banyak aktiviti atau program yang harus mereka selia dan hadiri di sekolah, sedangkan pada masa yang sama mereka harus menunaikan tanggungjawab lain, terutama menguruskan keluarga sendiri. Dalam pada itu, sekiranya profesion ini adalah pilihan yang terakhir bagi guru, maka mereka akan kurang berminat akan profesion ini dan akibatnya selepas dua atau tiga tahun menjadi guru, kebosanan terhadap tugas akan berlaku. Kajian yang dijalankan terhadap beberapa orang guru mengenai kejadian ‘Burn-out’ terhadap guru jelas menunjukkan faktor bahawa guru yang seringkali menghadapi masalah ini adalah guru yang kurang berminat sejak dari awal lagi dalam bidang yang diceburi (Wan Mohd Zahid Nordin). 15

4.2

CABARAN MEMANTAPKAN LATIHAN PERGURUAN

Melalui isu yang timbul, dalam usaha untuk memantapkan latihan perguruan, KPM menghadapi cabaran dalam mereka bentuk kurikulum latihan perguruan, menyediakan sumber manusia dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi. Kurikulum bagi latihan perguruan merupakan dokumen penting yang perlu digubal selari dengan Misi KPM, FPK dan hala tuju agensi dan institusi latihan perguruan. Kurikulum latihan perguruan ini digubal bagi melahirkan guru yang kompeten dan memiliki sahsiah yang bertepatan dengan keperluan dan aspirasi negara. Agensi dan institusi perguruan seharusnya menyediakan tiga komponen dalam latihan perguruan iaitu komponen ikhtisas, komponen akademik dan komponen perkembangan diri. Komponen ikhtisas adalah seperti membina kemahiran, sikap dan pengetahuan asas perguruan. Manakala komponen akademik adalah seperti membina pengetahuan ‘subject matter’. Seterusnya

adalah

komponen

perkembangan

diri

iaitu

membina

kemahiran

mengendalikan aktiviti sukan dan kokurikulum serta kemahiran bersosial. Ini menjadi satu cabaran kepada guru bagi menukar jati diri dan kemajuan dalam diri untuk bersedia menjadi guru yang terbaik. Selain itu, cabaran yang dihadapi oleh KPM ialah kurangnya sumber manusia yang mencukupi semasa latihan praktikum dijalankan. Ini kerana, sumber manusia ini haruslah terdiri daripada pensyarah penasihat dan kaunselor yang dapat memberikan khidmat sokongan supaya guru pelatih sentiasa bermotivasi. Perhubungan yang mesra dan erat akan membantu keperluan keselamatan semasa menjalani praktikum di sekolah (Deas, Harrison, Hendeson, Knutton, Roberts & Trafford, 1996). Disamping itu, cabaran yang dihadapi oleh KPM ialah kekurangan sumber pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang terkini dan lengkap. Kekurangan alat bantu mengajar akan memberi impak yang tidak baik untuk guru ketika proses pembelajaran dan pengajaran. Sumber pengajaran dan pembelajaran adalah satu proses komunikasi antara guru dan pelajar ketika dalam kelas. Jikalau, sumber P&P tidak mencukupi ini akan membantutkan proses P&P tersebut. Dengan sumber pengajaran dan pembelajaran yang lengkap, sesuai dan terkini sama ada dalam bentuk bercetak dan elektronik seperti buku, jurnal, prosiding dan lain-lain akan dapat membantu dalam menjayakan latihan praktikum. Seterusnya, penilaian dan pentaksiran latihan praktikum untuk guru-guru 16

pelatih dilakukan oleh guru pembimbing serta penyelia yang dilantik oleh universiti. Penilaian dilakukan sebagaimana yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002). 4.3

CABARAN DALAM MELONJAKKAN KECERMELANGAN INSTITUSI

......

LATIHAN PERGURUAN

Cabaran yang harus dihadapi oleh KPM ialah memastikan setiap Institut Pendidikan Guru (IPG) mempunyai kemudahan dan pengkhusususan bidang tertentu iaitu Teknologi Maklumat, Bahasa, Sains dan Matematik, Sains Sosial, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam, Teknik dan Vokasional dan Pendidikan Khas, memperkasakan peranan Institut Aminuddin Baki (IAB) untuk kursus dalam perkhidmatan bagi membina sumber tenaga pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang terbaik ke arah meningkatkan profesionalisme guru. Hal ini ditimbulkan bagi memastikan para pelajar sentiasa mendapat hak yang sepatutnya. Cabaran yang dikeluarkan bagi kepuasan para pelajar demi mengeluarkan produk yang berkualiti standing dengan konsep yang ada iaitu Standard Guru Malaysia (SGM). Wan Zahid (1996) menyarankan bahawa untuk membentuk persekitaran kerja yang baik, guru perlulah meningkatkan pengetahuan dan memperbaiki kemahiran mereka. Dengan kepakaran dan kelayakan yang tinggi guru-guru akan dilihat sebagai lebih berkemampuan dalam memberi sumbangan terhadap pembentukan persekitaran yang sesuai dan kondusif. Hal ini juga memainkan peranan yang penting dalam memelihara tahap kualiti dan kemajuan para pelajar di IPG, maktab perguruan dan ipta yang menganjurkan program pendidikan. 4.4

CABARAN DALAM MENAMBAH BAIK LALUAN KERJAYA DAN .... .KEBAJIKAN GURU

Cabaran seterusnya, KPM menghadapi cabaran untuk memastikan guru-guru diberi peluang menikmati laluan kerjaya yang lebih menarik dan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Kenaikan pangkat yang lambat menyebabkan profession guru kurang diminati oleh orang awam. Sebagai contoh, selama 30 tahun perkhidmatan, kebanyakan guru menikmati hanya satu atau dua kali kenaikan pangkat sahaja. Berdasarkan dasar kenaikkan pangkat berasaskan tempoh perkhidmatan, guru kebiasaannya mengambil masa selama 10 tahun untuk dinaikkan daripada gred permulaan 17

ke gred jawatan yang seterusnya. Kemajuan kerjaya yang cepat untuk guru berprestasi tinggi adalah penentu untuk menjadikan profesion keguruan lebih menarik terutama kepada calon guru yang berpotensi tinggi. Walaupun telah penat bekerja tetapi gaji atau taraf hidup masih sama seperti biasa. Kerajaan sentiasa berusaha agar keperluan dan kemudahan guru dipenuhi. Bagi memastikan keselesaan ketika menjalankan tugas, persekitaran kerja di sekolah-sekolah dipertingkatkan supaya lebih kondusif dan selesa. Kesanggupan dan pengorbanan guru untuk mendidik anak luar bandar perlu diberi pengiktirafan dan sokongan. Kemudahan tempat tinggal terutama di kawasan pedalaman dan bandar besar akan disediakan sepenuhnya. Cabaran KPM adalah untuk membina lebih banyak rumah guru dan menyediakan kemudahan asas terutamanya di kawasan pedalaman. Sebagai contoh, empat orang guru di sebuah sekolah rendah di sini termasuk sepasang guru suami isteri terpaksa tidur dalam sebuah bilik sempit berukuran 20 kaki panjang dan 10 kaki lebar dengan ketinggian hanya tujuh kaki sejak tiga tahun lalu kerana kediaman guru yang sedia ada tidak mencukupi.

Faktor topografi di kawasan pedalaman adalah antara

penyebab kenapa perkembangan pembangunan dan kebajikan guru menjadi lambat. Keadaan yang berbukit, tanah merah dan jauh di pedalaman menyebabkan sukar bagi kerajaan untuk menyalurkan sumbangan bagi membangunkan kawasan pedalaman tersebut. Disamping itu, KPM juga berusaha untuk menangani masalah ketidaksepadanan (mismatch) antara opsyen semasa latihan dengan keperluan mata pelajaran yang diajar di sekolah terutama mata pelajaran kritikal. Cabaran KPM adalah untuk memastikan jurang ketidaksepadanan ini diatasi. Masalah kekurangan guru adalah antara halangan atau faktor yang mengundang kepada pengambilan guru-guru yang tidak diiktiraf dan guru-guru bukan opsyen bagi memenuhi kekosongan mata pelajaran. Apabila berlakunya ketidaksepadanan subjek yang diberi kepada guru untuk mengajar berbanding dengan opsyen mereka ketika di institusi tempat mereka belajar ianya akan menjadi masalah kepada para guru kerana subjek yang diajar bukanlah bidang kepakaran mereka. Hal ini akan menyebabkan guru-guru menjadi kurang bersemangat untuk mengendalikan kelas. Mereka terpaksa belajar semula subjek yang diberi, dan ini menjadi kesukaran bagi mereka. Ishak dan Koh Boon (1983) mengatakan, untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan memperkembang kemahiran-kemahiran memerlukan jangkamasa latihan yang 18

panjang. Pengetahuan dan kemahiran yang cukup adalah penting untuk membina minat dan sikap guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun terdapat banyak kursus diadakan berkaitan mata pelajaran yang diajar jika guru tersebut bukan dari bidang mata pelajaran tersebut, namun sejauhmanakah kursus jangka pendek tersebut dapat menyediakan guru-guru bukan opsyen dengan pengetahuan dan kemahiran sama sempurna dan berkesan seperti guru yang sememangnya dari opsyen mata pelajaran tersebut. Sebagai contoh untuk subjek kemahiran hidup, Masrizal (2003) mengatakan, kursus jangka pendek yang dijalankan oleh KPM di dapati berkesan dalam meningkatkan pengetahuan guru-guru tetapi tidak di dalam aspek pengurusan dan penyelenggaraan bengkel. Justeru, kerajaan harus berusaha unutk menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan kerana pengukuran dan penilaian keberkesanan pengajaran guru-guru tidak dapat diukur dengan berkesan kerana berlaku ketidakseimbangan pengetahuan dan pengaplikasian mata pelajaran yang diajar. 5.0

PENDEKATAN STANDARD GURU MALAYSIA

5.1

PENDEKATAN DENGAN MENAMBAH BAIK SISTEM PEMILIHAN GURU

Manambah baik sistem pemilihan calon adalah bermaksud memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon guru. Setiap tahun, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menerima lebih 175,000 permohonan untuk menyertai profesion keguruan dan hanya 20,000 orang ditempatkan di sekolah. Kebanyakan pemohon tidak mempunyai sikap dan aptitud yang sesuai untuk menjadi guru. Justeru berlandaskan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara (PIPPN), syarat kelayakan akan diperketatkan bagi program-program pengambilan calon guru seperti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM). Menurut Datuk Sri Hishammudin Tun Hussein (1996), hasrat kerajaan adalah untuk memastikan bukan sahaja negara dapat melahirkan guru yang berkualiti, tetapi semestinya memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Justeru, mulai tahun 2005, syarat-syarat pengambilan calon guru diperketatkan bagi memastikan KPM mendapat hanyalah calon guru yang berkualiti bagi kerjaya ini. Dengan itu, melalui syarat-syarat tersebut, hanya calon-calon yang layak sahaja yang akan mendapat tempat di Institut Pendidikan Guru (IPG).

19

Dalam usaha demi menghasilkan pendidik yang cemerlang, berkualiti dan bertaraf dunia, pemilihan calon guru pelatih yang berminat dalam kerjaya perguruan perlu dibuat dengan teliti. KPM melalui Bahagian Pendidikan Guru (BPG) berhasrat memilih bakal guru yang berminat, bukan mereka yang hanya menceburkan diri setelah tiada pilihan lain, kerana sikap separuh hati ini telah terbukti mendatangkan akibat buruk kepada profession itu sendiri ( Berita Bahagian Pendidikan Guru, 1990). Namun, trend menjadikan profesion perguruan sebagai pilihan terakhir bukan sesuatu yang baru di negara kita. Pelajar-pelajar pada masa sekarang akan cuba memilih kursus selain dari pendidikan untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) (Tajul Ariffin dan Nor’aini Dan, 1992). Mereka ini hanya akan memilih kursus pendidikan apabila sudah tidak ada pilihan lain yang sesuai dengan kelayakannya. Dalam kajian yang dilakukan oleh Suffean Hussin (1996) pula mendapati faktor perkhidmatan itu sendiri seperti gaji, masa bekerja dan elaun menjadi faktor utama dalam pemilihan kerjaya dalam profesion perguruan. Hendaklah difahami bahawa, profesion perguruan memerlukan individu yang mempunyai kualiti, ketrampilan, kewibawaan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik. Justeru, KPM haruslah memantapkan sistem pemilihan calon guru pelatih supaya mereka yang berminat dan mempunyai sahsiah yang baik sahaja dipilih. Demi mencapai status negara maju menjelang 2020, negara memerlukan tenaga mahir yang mencukupi dalam pelbagai bidang. Penyediaan tenaga kerja ini memerlukan sistem pendidikan yang cekap dan guru yang berktrampilan sesuai dengan bidang-bidang yang diperlukan untuk negara Justeru, antara langkah bagi memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon ialah calon yang ingin menduduki tempat dalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) perlu membuat permohonan secara atas talian seperti yang

telah

diiklankan

dalam

laman

web.

Sebagai

contoh

yang

beralamat:

http://www.emoe.gov.my. Terdapat syarat tambahan KPLI yang bersesuaian diletakkan dengan keperluan opsyen. Seterusnya, agensi dan institusi latihan perguruan akan menapis semua permohonan untuk menentukan calon yang layak untuk menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian teachers Selection Test-MteST). Ujian ini dilakukan secara serentak diseluruh negara. Kemudian, calon yang melepasi ujian akan dipanggil secara dalam talian untuk ditemu duga menerusi laman web agensi dan institusi latihan perguruan. Instrumen ujian ini terdiri daripada empat bahagian iaitu personaliti, minat kerjaya, nilai integriti dan kecerdasan emosi.

20

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom dalam Berita Harian (2009), semua pemohon KPLI perlu lulus dengan purata nilai gred kumulatif (CGPA) 2.75 ke atas pada peringkat sarjana muda sebelum dipanggil mengikuti ujian khas pemilihan guru. Beliau juga mengatakan lagi, berdasarkan CGPA tersebut, membuktikan bahawa pemohon KPLI terdiri daripada kalangan antara yang terbaik di universiti. Apabila menduduki ujian pula, banyak perkara boleh dinilai bagi melihat kesungguhan pemohon untuk menjadi guru. Selain itu, beliau juga mengatakan peringkat ketiga iaitu temu duga yang membolehkan penemuduga menilai sahsiah dan karekter pemohon. Dalam pada itu, aspek kualiti peribadi dan potensi calon guru yang memenuhi standard, terutama yang berhubung dengan nilai amalan profesional, pengetahuan am bidang yang dipohon, keupayaan berkomunikasi dan penguasaan bahasa dapat diteroka. Sesi temu duga adalah langkah bagaimana maklumat tentang diri calon guru dapat dikumpul dan disahkan. Proses temuduga dapat memastikan kesamarataan dan kesaksamaan dalam pemilihan calon guru. Seterusnya, calon yang berjaya akan ditawarkan secara atas talian. Kemudian, agensi dan institusi latihan perguruan patut memastikan calon guru yang berjaya didaftarkan di institusi latihan perguruan setelah memenuhi semua syarat kemasukan yang telah ditetapkan dalam Buku Panduan Pendaftaran. Manakala langkah terakhir ialah, agensi dan institusi latihan perguruan patut memastikan calon guru yang ditaja oleh kerajaan melengkapkan borang perjanjian dan memahami terma yang terkandung dalam borang perjanjian yang telah ditetapkan. Dengan itu, melalui proses penapisan ini, hanya guru yang berpotensi, layak dan sesuai sahaja dipilih memasuki program latihan perguruan. Hanya menerusi penapisan yang teliti dapat menyumbang ke arah penghasilan guru yang berkualiti. 5.2

PENDEKATAN DENGAN MEMANTAPKAN LATIHAN PERGURUAN

Mengikut Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10), latihan perguruan dapat dikukuhkan melalui latihan praktikum. Pengalaman praktikum merupakan elemen penting dalam latihan perguruan kerana dapat memberi pengalaman pengajaran dan pembelajaran sebenar di bilik darjah. Menurut Ismail (1989), latihan mengajar telah dijadikan satu gelanggang di mana guru pelatih mempraktikkan ilmu dan kemahiran yang berkaitan dengan mengajar, menimba pengetahuan dan kemahiran baru dan memberi pengalaman sebenar mengenai tugas seorang guru. Jika dibandingkan dengan sistem persekolahan di 21

Finland dan New Zealand, latihan dan pengalaman praktikum guru pelatih, dari segi kualiti dan kuantiti, sentiasa dipertingkatkan. Oleh itu, kerajaan semestinya akan mengambil langkah untuk meningkatkan kualiti dan ketekalan latihan praktikum kepada guru pelatih, seperti memanjangkan tempoh latihan praktikum dan meningkatkan kerjasama antara guru yang berpengalaman dan guru pelatih agar guru berpengalaman di mana mempunyai kemahiran membimbing yang tinggi dapat menyelia guru pelatih. Komponen utama yang perlu ada dalam praktikum ialah Rancangan Orientasi Sekolah (ROS), pengajaran dan pengalaman bilik darjah, pengajaran dan pengalaman luar bilik darjah dan pembinaan sahsiah yang sesuai dengan profesion keguruan. Bahagian Pendidikan Guru (2000). Setiap guru pelatih sama ada yang mendapat latihan keguruan di maktab atau di universiti perlu menjalani praktikum sebelum dibenarkan mengajar walaupun bakal guru itu seorang siswazah. Oleh itu, bakal guru perlu menjalani praktikum secara amali sebelum layak dilantik sebagai seorang guru terlatih. Antara langkah yang terdapat dalam perancangan RMK-10 ialah, latihan praktikum bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) akan dilanjutkan daripada satu tahun kepada satu tahun setengah. Maka dengan itu, guru pelatih sudah pastinya dapat meningkatkan pengalaman mereka sepanjang latihan praktikum tersebut. Selain itu, Jabatan Pelajaran Negeri akan menyelaras penempatan guru pelatih di sekolah yang layak melaksanakan program ini dan memantau pematuhan oleh guru pembimbing. Oleh itu, sudah pastinya sekolah berkenaan mampu memberikan pematauan dan bimbingan yang secukupnya kepada guru pelatih sepanjang latihan praktikum berlangsung. Dalam pada itu, guru yang berpengalaman akan diberikan kursus pembimbing bagi meningkatkan kebolehan membimbing mereka. Hal ini kerana, tunjuk ajar dari guru yang berpengalaman adalah asas dalam pemantapan pengalaman mengajar sepanjang tempoh latihan. Juga, program praktikum akan menjadi sebahagaian daripada penilaian prestasi sekolah dan guru pembimbing. Justeru, sekolah dan guru pembimbing perlu bersamasama membantu dalam menjayakan latihan praktikum guru pelatih supaya mereka dapat menimba pengalaman yakni berguna apabila mereka mengajar di sekolah nanti. Latihan praktikum memerlukan latihan, pentaksiran dan penilaian bagi memastikan guru pelatih diberi latihan, ditaksir dan dinilai untuk memperoleh penganugerahan kelayakan ikhtisas keguruan dan memenuhi tuntutan SGM. Bagi melaksanakan latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan seharusnya 22

mereka bentuk kurikulum latihan perguruan serta menyediakan sumber manusia dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi. Kurikulum bagi latihan perguruan merupakan dokumen penting yang perlu digubal selari dengan misi KPM, FPK dan hala tuju agensi dan institusi latihan perguruan. Agensi dan institusi latihan perguruan seharusnya memastikan kurikulum latihan perguruan yang direka bentuk merangkumi dua komponen iaitu komponen utama dan komponen teras. Komponen utama ialah mata pelajaran akademik, pengajian profesional, praktikum, internship dan kokurikulum. Manakala, komponen teras terdiri daripada mata pelajaran teras dan asas dinamika yang wajar diikuti oleh semua guru pelatih semasa latihan perguruan. Asas dinamika adalah seperti kemahiran, sikap dan pengetahuan asas perguruan. Kemahiran disini merujuk kepada kemahiran seperti kemahiran mentaksir, kemahiran belajar, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, kemahiran teknologi maklumat dan pengurusan pembelajaran bestari. Dengan itu, kurikulum latihan perguruan ini memastikan agar guru pelatih mendapat pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan selari dengan tuntutan SGM. Antara kandungan pembentukan kurikulum ialah, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Falsafah Pendidikan Guru (FPG), Model Konseptual Pendidikan Guru, skop kandungan mata pelajaran, objektif kandungan mata pelajaran, peruntukan masa, tempoh pengajian, strategi pengajaran dan pembelajaran, komponen utama, komponen teras, pengajian profesional, kokurikulum dan praktikum dan internship. Oleh itu, melalui kurikulum latihan perguruan ia akan dapat melahirkan guru yang kompeten dan memiliki sahsiah yang bertepatan dengan keperluan dan aspirasi negara. Dalam menjalani latihan praktikum di sekolah, perlbagai situasi dan keadaan bakal ditempuhi oleh guru pelatih. Justeru, agensi dan institusi latihan perguruan perlu memastikan tenaga pengajar yang berkelayakan, bertauliah, kompeten dan mencukupi. Hal ini dinamakan sebagai sumber manusia. Sumber manusia ini haruslah terdiri daripada pensyarah penasihat dan kaunselor yang dapat memberikan khidmat sokongan supaya guru pelatih sentiasa bermotivasi. Menurut Huffan dan Lesk (1996), guru pembimbing memainkan peranan seperti bimbingan, nasihat, galakan dan cadangan untuk meningkatkan mutu pengajaran pelatih. Namun, melalui kajian Hapidah et al. (2002) menyatakan bahawa kebanyakan guru-guru terlatih di sekolah-sekolah kurang bertanggungjawab untuk memberi dorongan dan tunjuk ajar, malah ada dalam kalangan mereka kurang senang melihat kesungguhan dan dedikasi guru-guru pelatih. Tindakan 23

sebegini seolah-olah memperkecil kehadiran mereka akibatnya menjadikan mereka teragak-agak dalam mempamerkan prestasi sebenar mereka dalam sesi latihan mengajar. Justeru, guru-guru terlatih seharusnya membimbing guru-guru pelatih dengan memberi nasihat, teguran, bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya supaya guru-guru pelatih ini akan dapat menunjukkan dan mengamalkan tingkah laku yang diinginkan untuk mengajar secara berkesan. Malah, sumber pengajaran dan pembelajaran yang lengkap, sesuai dan terkini sama ada dalam bentuk bercetak dan elektronik seperti buku, jurnal, prosiding dan lainlain akan dapat membantu dalam menjayakan latihan praktikum. Semasa menjalani latihan mengajar, guru pelatih terutamanya yang baru pertama kali mengajar mungkin ingin cuba menggunakan apa yang dipelajari di universiti seperti memilih alat bantu mengajar (ABM) yang baru. Namun, ekoran kemudahan sekolah yang serba kekurangan, mereka tidak dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari. Menurut Jamaluddin (2002), ABM yang digunakan dalam sistem pendidikan pada masa ini adalah alat bantu visual iaitu berbentuk gambar, model, objek dan lain-lain yang mampu mengukuhkan pengalaman konkrit, motivasi belajar serta meningkatkan daya serap dan potensi pelajar. Justeru, kekurangan penggunaan ABM dalam aspek pendidikan khususnya akan menjadikan latihan praktikum tidak akan dapat dijalankan dengan sempurna. Setiap perkembangan teknologi seharusnya bergerak sejajar dengan perkembangan dalam pendidikan. Tuntasnya, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas dan lengkap seperti dasar, kurikulum, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan pembelajaran untuk membolehkan proses latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi untuk melahirkan guru selaras dengan matlamat SGM. 5.3

PENDEKATAN

DENGAN

MELONJAKKAN

KECERMELANGAN

INSTITUSI LATIHAN PERGURUAN Terdapat pelbagai langkah yang telah diambil bagi melonjakkan kecermelangan institusi latihan perguruan. Antaranya ialah, menaik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) yang menawarkan program pada peringkat ijazah sarjana muda pendidikan. IPG ialah institusi latihan keguruan di bawah pentadbiran KPM dan dikawal selia oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG). KPM telah mencipta sejarah baru dengan menarik taraf maktab perguruan kepada IPG seperti yang diluluskan dalam Mesyuarat 24

Jemaah Menteri pada 13 Julai 2005 yang lalu. Dalam usaha meningkatkan jumlah guru siswazah dan menyediakan guru yang berkualiti, peranan IPG telah diperkembangkan untuk melatih guru pada peringkat ijazah berbanding dengan hanya pada peringkat sijil dan diploma. IPG berperanan penting dalam perkhidmatan. Tujuan utama penubuhan IPG ialah memartabatkan profesion keguruan dengan melahirkan guru-guru berkualiti, mahir, bertanggungjawab dan bangga menjadi pendidik serta mencapai sasaran semua guru berijazah di Sekolah Menengah dan 50% di sekolah rendah menjelang 2010. Pada masa kini, terdapat 27 IPG di seluruh negara dengan bilangan pensyarah seramai 3129 orang dan enrolmen 28,755. Berlandaskan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara (PIPPN), KPM telah mereka bentuk dan menggubal kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru. Antaranya ialah, memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru, membangunkan infrastruktur. Infrastruktur dan infostruktur yang lengkap dan terkini dapat mewujudkan suasana belajar dan bekerja yang kondusif bagi menjamin kecermelangan latihan perguruan. Kemudahan ini adalah titik yang menyokong keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran organisasi. Infrastruktur dan infostruktur di institusi latihan perguruan seharusnya memenuhi keperluan kurikulum dan kokurikulum semasa, pentadbiran, pengurusan serta kebajikan guru pelatih dan staf berdasarkan standard dan kos. Selain itu, institusi latihan perguruan harus mrmpunyai rangkaian infrastruktur dan infostruktur yang bersepadu agar dapat menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran. Contoh infrastruktur adalah seperti, Pusat Maklumat Latihan Keguruan, Sistem Penyaluran, Rangkaian ICT, Portal Pendidikan Guru dan Total Campus Management System. Selain itu, KPM akan memastikan setiap IPG mempunyai pengkhusususan bidang tertentu iaitu Teknologi Maklumat, Bahasa, Sains dan Matematiik, Sains Sosial, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam, Teknik dan Vokasional dan Pendidikan Khas, memberi penekanan kepada Penyelidikan dan Pembangunan (R & D) bagi menjadikan penyelidikan sebagai budaya pendidik guru, mempereratkan kerjasama dengan KPTM dan semua IPT yang menawarkan program ijazah pendidikan untuk memastikan penggubalan kurikulum pendidikan guru dibuat menepati kehendak sistem pendidikan negara, memperkasakan peranan Institut Aminuddin Baki (IAB) untuk kursus dalam perkhidmatan bagi membina sumber tenaga pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang 25

terbaik ke arah meningkatkan profesionalisme guru dan yang terakhir ialah meningkatkan kelayakan tenaga pengajar IPG dengan mengadakan Program Peningkatan Akademik yang dijalankan secara sepenuh masa. 5.4

PENDEKATAN DENGAN MENAMBAH BAIK LALUAN KERJAYA DAN KEBAJIKAN GURU

Berdasarkan RMK-10, dalam tempoh rancangan, kerajaan akan melancar dan melaksanakan Tawaran Baru yang menyeluruh kepada semua guru bagi menjadikan profesion keguruan lebih menarik serta meningkatkan profil dan profesionalisme kerjaya tersebut. Dalam pada itu, kerajaan akan meningkatkan guru berijazah di sekolah menengah daripada 89.4% dalam tahun 2009 kepada 90.0% menjelang tahun 2015. Manakala bagi sekolah rendah pula daripada 28% dalam tahun 2099 akan ditingkatkan kepada 60% menjelang 2015. Tiga elemen yang terkandung dalam Tawaran Baru ialah, peluang kenaikan pangkat yang cepat berdasarkan kecekapan dan prestasi, meningkatkan pembangunan profesional berterusan (CPD) secara sistematik kepada semua guru dan kaedah pengurusan prestasi baru yang lebih mantap. Kemajuan kerjaya yang lambat dan perlahan merupakan antara sebab utama siswazah di Malaysia tidak memilih kerjaya perguruan. Selama 30 tahun perkhidmatan, kebanyakan guru menikmati hanya satu atau dua kali kenaikan pangkat sahaja. Berdasarkan dasar kenaikkan pangkat berasaskan tempoh perkhidmatan, guru kebiasaannya mengambil masa selama 10 tahun untuk dinaikkan daripada gred permulaan ke gred jawatan yang seterusnya. Kemajuan kerjaya yang cepat untuk guru berprestasi tinggi adalah penentu untuk menjadikan profesion keguruan lebih menarik terutama kepada calon guru yang berpotensi tinggi. Pendekatan ini juga membolehkan lebih ramai guru berpeluang mencapai gred yang tinggi dalam masa yang singkat dan dengan ini boleh membimbing guru baru lebih awal. Melalui inisiatif Tawaran Baru, pergerakan gred yang lebih cepat berasaskan kompetensi dan prestasi akan dijalankan. Laluan cepat untuk kenaikan pangkat secara automatik akan diberi kepada semua guru tanpa mengira tempoh perkhidmatan dan keperluan memajukan permohonan. Sistem laluan kerjaya baru ini dijangka bermula pada tahun 2011 dan dilaksana sepenuhnya menjelang 2015. Seterusnya, peningkatan pembangunan profesional berterusan (CPD) secara sistematik kepada semua guru bagi menyokong pembangunan keupayaan dan kemajuan kerjaya. CPD ialah proses pembelajaran sepanjang hayat untuk membangun dan 26

meningkatkan

kompetensi

individu.

Secara

umum,

CPD

merangkumi

aktivit

pengembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap. Latihan yang menumpukan pada bidang tugas baru berdasarkan kenaikan pangkat dan memberi penambahbaikan kepada kebolehan pengajaran akan memberi faedah kepada guru. Namun, pada masa kini, tiada pendekatan yang sistematik berkaiatan CPD dalam sistem pendidikan. Penekanan CPD yang menyeluruh akan dilaksanakan pada tahun 2011. Antara elemen yang terkandung ialah, modul CPD yang bersesuian mengikut keperluan dirangka untuk setiap gred jawatan bagi melengkapkan guru dengan peranan baru selepas kenaikan pangkat. Selain itu, modul ini memberi fokus kepada peluang pembelajaran di sekolah. Juga, pelbagai modul CPD seperti kursus latihan formal, pengajian pasca siswazah, pengajian jarak jauh dan aktiviti bimbingan akan membolehkan guru membuat pilihan terbaik untuk pembangunan kerjaya mereka tanpa mengganggu pengajaran dan pembelajaran. “Kita perlu menambah nilai pada diri kita jika sekiranya di masa hadapan kita mahu lebih berjaya lagi dan keupayaan kita untuk menghadapi cabaran dan mengatasi masalah dengan lebih kuat dari masa dulu. Yang kurang cekap kita tambah kecekapan. Inilah maknanya improvement dan untuk itu kita jangan lupa sentiasa menambah nilai pada diri kita.” (Petikan ucapan YAB Tun Abdullah bin Hj Ahmad Badawi di Perhimpunan Agung Umno 2006). Kenyataan ini selari dengan program pembangunan profesional yang mana antara lain bertujuan untuk menambahkan nilai kepada diri seorang profesional tersebut. Manakala, kaedah pengurusan prestasi semasa ke atas guru akan dilaksanakan dengan lebih mantap. Kaedah ini adalah sama dengan penilaian penjawat awam yang lain. Ianya menitikberatkan keupayaan sebenar pengajaran atau kecekapan dalam profesion keguruan dan bukannya prestasi pelajar. Skor penilaian untuk guru akan menjadi lebih bermakna sekiranya ia dapat mengukur prestasi sebenar guru, kurang subjektif dan berasaskan bukti. Berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara (PIPPN), kerajaan menyediakan persekitaran kerja yang kondusif dimana menyediakan kemudahan tempat tinggal yang mencukupi di kawasan pendalaman, luar bandar dan bandar melalui pembinaan rumah guru baru dan membaik pulih rumah guru sedia ada, malah bilik-bilik darjah juga akan dibaik pulih bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih berkesan. Kerajaan sentiasa berusaha agar keperluan dan kemudahan guru dipenuhi. Kesanggupan dan pengorbanan guru untuk mendidik anak luar bandar wajar diberi pengiktirafan dan sokongan. 27

Selain itu, guru-guru juga akan ditempatkan mengikut opsyen dan keperluan di mana kerajaan akan menyediakan perancangan bagi mengatasi masalah kekurangan guru mengikut opsyen dan menyediakan data dan unjuran bilangan guru yang tidak mencukupi mengikut opsyen dan lokasi. Disamping itu juga, kerajaan juga berusaha untuk menangani masalah ketidaksepadanan (mismatch) antara opsyen semasa latihan dengan keperluan mata pelajaran yang diajar di sekolah terutama mata pelajaran kritikal. KPM harus memastikan jurang ketidaksepadanan ini diatasi. Antara usaha yang diambil ialah mengawal jumlah pengambilan ke program bidang pendidikan di IPG dan IPT. Dengan itu, masalah graduan menggangur juga dapat diatasi.

6.0

PENUTUP Kesimpulannya, guru merupakan insan yang dihasratkan oleh negara mempunyai

kompetensi ataupun kemahiran profesional yang tinggi dalam aspek nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah mahupun di institusi pendidikan yang lain. Ketiga-tiga standard tersebut juga membawa maksud aspek yang dikuasai oleh guru adalah saling berkait dan bersepadu. Namun begitu terdapat beberapa isu dan cabaran yang perlu dihadapi oleh beberapa

pihak

seperti

Kementerian

Pelajaran

Malaysia(KPM)

sendiri

dalam

melaksanakan Standard Guru Malaysia tersebut. Antaranya ialah isu terhadap pemilihan para guru, isu dan cabaran dalam laluan kerjaya dan kebajikan guru dan isu dalam latihan perguruan dan isu terhadap sesebuah institusi perguruan. Walaubagaimana pun beberapa pendekatan telah diambil bagi mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi tersebut contohnya seperti memantapkan latihan perguruan, menambahbaik sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan dan juga menambahbaik laluan kerjaya dan kebajikan guru. Secara rumusnya, Standard Guru Malaysia ini penting untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang.

28

7.0

BIBLIOGRAFI

Amrizan Madian (2010, April 2). Guru sanggup tidur bawah bilik darjah demi pendidikan anak Penan. Bernama. Azrul Affandi (2009). Tempoh kursus setahun kurang berkesan lahir guru berkualiti. Berita Harian. Bahagian Pendidikan Guru (2009). Standard guru Malaysia. Putarajaya: Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru senior DG44 lambat naik gred. (2008,Ogos 4). Berita Harian. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Memartabatkan profesion keguruan. Dalam Pelan induk pembangunan pendidikan (PIPP) 2006-2010 (m.s. 105-110). Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Kemahiran dinamika (2000). http://www.mypendidik.net/portal/modules.php? name=News&file=article&sid=3............39 Diperoleh pada Julai 31, 2010.

29

Masalah institusi latihan perguruan (2010). http://www.facebook.com/pages/IPGM............Kampus-Sarawak-Miri/13135831549867?vef=ts Diperoleh pada Julai, 27 2010. Membangun dan mengekalakan madal insan bertaraf dunia. Dalam Rancangan Malaysia ke-10 (m.s.193-251). Putrajaya: Kementerian Mohamad Fauzi bin Hamid (2003). Masalah praktikum di kalangan guru-guru pelatih Institut Perguruan Darulaman. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan : Universiti Utara Malaysia.

Nurul Izzah bt Sharif (2008). Persepsi pelajar aliran sains tahun 2 fakulti pendidikan UTM dari segi sikap, minat dan persekitaran pembelajaran yang positif sebelum menjalani latihan mengajar. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan : Universiti Teknologi Malaysia. Omar Abdull Kareem & Khuan Wai Bing (2005). Perkembangan profesional guru secara berterusan: Perspektif pembangunan sumber manusia. Dalam Masalah pendidikan 2005 (m.s. 131-141) : Universiti Malaya. Perguruan sebagai satu profesion (2000). http://www.guruohguru.wordpress.com diperoleh pada Julai, 10 2010. Profesionalisme perguruan (2000). http://scribd.com/doc/26935059/PROFESIONALISMEPERGURUAN.(etikaguru) Diperoleh pada Julai, 10 2010. Rohaniza Idris (2009,Desember 5). SGM iktiraf profesion guru, bukan bebanan. Berita Harian. Suhaimi B. Mat Sulong @ Mustofa (2006). Membangunkan perisian modul alat bantu mengajar (ABM) bertajuk kimpalan arka bagi tingkatan 4 pengajian kejuruteraan mekanikal. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan : Universiti Teknologi Malaysia. 30

Terlalu lambat naik pangkat (2009, Julai 11). Berita Harian. VeenaRusli (2009) Pelancaran dokumen Standard Guru Malaysia http://apps.emoe.gov.my/bpg/index.cfm?sector=news&page=read&newsid=760. Diperoleh pada Julai, 10 2010.

Wahid Hashim (2000). Guru kelas satu. http://www.tutor.com.my/tutor/index.asp. Diperoleh pada Julai 18, 2010. 8.0

LAMPIRAN

Rajah 1: Logo Standard Guru Malaysia

31

32

Rajah 2: Buku Standard Guru Malaysia

Rajah 3: Pelancaran Dokumen Standard Guru Malaysia oleh Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin

33

Rajah 4: Kerangka Standard Guru Malaysia

34

Rajah 5: Buku Rancangan Malaysia ke-10 2011-2015

35

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF