Soalan Struktur n Esei Pedagogi

December 4, 2017 | Author: Fauzi Jusoh | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Soalan Struktur n Esei Pedagogi...

Description

Soalan struktur. A. Ujian, Pengukuran dan Penilaian. 1. Apakah tujuan ujian, pengukuran dan penilaian diperkenalkan? (6 markah) Jawapan: -

Ujian bertujuan mengenal pasti pencapaian murid dalam aspek pembelajaran. Mengukur tahap prestasi pelajaran antara murid dalam subjek matapelajaran yang berlainan. Membuat analisis dan keputusan serta mengambil tindakan yang berkesan.

B. Jadual Spesifikasi Ujian. 1. Apakah objektif jadual spesifikasi ujian dibentuk? (6 markah) Jawapan: -

Mengenalpasti objektif pelajaran bagi setiap tahap domain objektif yang berdasarkan Taksonomi Bloom. Guru dapat mengukur tahap pembelajaran murid dari awal hingga akhir. Guru tidak akan lupa mengenai kandungan apa yang patut di ajar.

C. Pengayaan. 1. Apakah jenis – jenis aktiviti pengayaan? (6 markah) Jawapan: -

Aktiviti mesti sejajar dengan keperluan kognitif murid. Aktiviti mesti bercorak pembelajaran kendiri berdasarkan modul dan pembelajaran arah kendiri.

D. Pendidikan Pemulihan. 1. Nyatakan tujuan pendidikan pemulihan diwujudkan. (6 markah) Jawapan: -

Mengatasi masalah pembelajaran murid dalam kelas. Boleh mengembangkan potensi dan minat murid-murid. Untuk menanamkan sikap positif kepada murid-murid.

E. Pendidikan Inklusif. 1. Apakah konsep pendidikan inklusif? (6 markah) Jawapan: -

Setiap pelajar berpeluang mendapat pendidikan umum. Pendidikan umum untuk murid-murid cacat yang berada dalam kelas biasa. Kanak-kanak yang tidak dapat mengikuti kurikulum biasa ditempatkan di kelas khas bermasalah pembelajaran (KKBP).

Soalan Esei. A. Ujian, Pengukuran dan Penilaian. 1. Bagaimanakah cara untuk mengaitkan ujian, pengukuran dan penilaian? (10 markah) Jawapan. -

Saling berkait antara satu sama lain dan mempunyai arah tujuan yang sama. Membolehkan tindakan lanjut berdasarkan maklumat dari ujian, pengukuran dan pertimbangan dari penilaian. Sebagai contoh aktiviti pembelajaran murid iaitu menulis perkataan: Ujian – Segala butiran menulis diberi kepada murid dalam bentuk ujian yang dibina, dilaksanakan dan dimarkah mengikut peraturan tertentu. Pengukuran – Menyediakan pelbagai jenis alatan pengukuran untuk mengukur kebolehan murid menulis mengikut prinsip pengukuran. Penilaian – Berdasarkan maklumat yang telah dicari dan diperolehi dari ujian serta pengukuran, satu keputusan atau tindakan susulan boleh dilaksanakan.

B. Jadual Spesifikasi Ujian 1. Huraikan ciri – ciri utama jadual spesifikasi ujian. (10 markah) Jawapan. -

Mengandungi butiran – butiran seperti bentuk dan tempoh ujian masa, kandungan topik yang akan diuji, aras kemahiran untuk soalan dalam ujian, peruntukan peratusan item atau soalan yang akan diuji, bilangan soalan yang hendak diuji dan aras kesukaran yang akan ditetapkan untuk semua soalan dalam ujian.

-

-

Antara aras kemahiran yang akan diuji dalam sebuah soalan ialah pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Merupakan satu jadual dua hala yang mempunyai lajur menegak iaitu mengandungi tajuk – tajuk yang akan diuji dalam sesuatu ujian manakala lajur mendatar mengandungi aras kemahiran bagi soalan – soalan dalam ujian berkenaan. Mengandungi bilangan soalan mengikut aras kesukaran soalan berdasarkan Taksonomi Bloom ( daripada aras pengetahuan sehingga ke aras penilaian) yang akan diuji.

C. Pengayaan. 1. Bagaimanakah cara untuk mengawal aktiviti pengayaan? (10 markah) Jawapan: -

Ia dijalankan secara tidak formal dan tidak dimasukkan dalam jadual waktu tetap sekolah. Guru hanya sebagai pendorong dan penggalak di mana murid-murid digalakan membuat aktiviti pengayaan yang disediakan. Guru akan memberi ganjaran untuk semua aktiviti pengayaan kepada murid supaya mereka merasa dihargai.

D. Pendidikan Pemulihan 1. Nyatakan konsep dan faktor pendidikan pemulihan dilaksanakan di sekolah. (12 markah) Jawapan: -

Pemulihan adalah pendidikan yang diberikan kepada semua murid yang menghadapi masalah pelajaran di bilik darjah.

-

Biasanya masalah 3M – membaca, menulis, mengira.

-

Dijalankan selepas sesuatu kemahiran di ajar.

-

Di adakan di bilik khas.

-

Faktor pembelajaran o Kurikulum tidak atau kurang sesuai o Bahan pengajran kurang menarik

-

Faktor peribadi

-

Kemiskinan Masalah emosi Masalah sosial Didikan atau layanan Faktor kecerdasan Lambat Mudah lupa Sukar memahami Lemah pengamatan Warisan keturunan Kelahiran tidak normal Tidak cukup bulan Kecerdasan otak – pengayakit dan kemalangan Kurang zat makanan

-

Faktor fizikal – letih atau tidak bermaya o Cacat anggota atau deria o Sakit o Mengantuk

-

Faktor psikologi o Emosi o Gugup o personaliti

E. Pendidikan Inklusif. 1. Mengapakah pendidikan inklusif dilaksanakan? (10 markah) Jawapan: -

Merupakan pendidikan umum

-

Setiap manusia berhak mendapat peluang pendidikan.

-

Untuk mengembangka potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani.

-

Contoh pendidikan khas di sesebuah sekolah adalah untuk meningkatkan potensi murid

-

Untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam semua mata pelajaran.

-

Pengukuhan bahasa Melayu perlu diutamakan berdasarkan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

-

Mengelakkan keciciran peluang pedidikan dan ilmu pengetahuan di kalangan kanak-kanak.

Kesimpulan. Secara keseluruhannya, pengujian, pengukuran dan penilaian merupakan komponen yang perlu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana untuk melihat kepada pencapaian murid serta membantu dalam pencapaian matlamat dalam pendidikan.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF