Soalan Falsafah Ilmu Students

June 10, 2018 | Author: SharmiLa Rajandran | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

soalan falsafah ilmu student...

Description

30 SOALAN.

FALSAFAH ILMU

JAWAB SEMUA SOALAN.

1. Tokoh falsafah yang menggelarkan dirinya sebagai pencinta kebijaksanaan (lover of wisdom) adalah: A. Plato B. Pytaghoras C. Socrates D. Aristotle

2. Penyataan berikut adalah benar tentang pengertian falsafah KECUALI: A. Berfikir secara integral B. Berfikir secara menyeluruh C. Berfikir secara kritikal dan radikal D. Berfikir secara emosi dan perasaan

3. Manakah penyataan berikut BENAR tentang ciri-ciri ilmu: i.

Mempunyai asas persoalan dan kandungan permasalahan secara sistematik.

ii.

Mempunyai teori atau konsep tertentu yang boleh diterangkan secara rasional.

iii. Mempunyai kenyataan yang terdedah pada ketidak pastian mengikut tanggapan seseorang terhadap sesuatu. iv. Mempunyai kaedah untuk mendapatkannya secara emperikal.

A. i,ii dan iiisahaja. B. ii, iii dan ivsahaja. C. i, ii dan iv sahaja. D. i,iii dan iv sahaja.

4. Soalan nombor 4 adalah berdasarkan rajah di bawah: Manakah yang berikut adalah BENAR tentang falsafah, sains dan agama:

A.

B.

Falsafah Falsafah hanya mampu memberi jawapan secara spekulatif dan tidak meyakinkan.

Sains Ilmu dan sains hanya berusaha menjawab masalah segera.

Falsafah mampu memberi segala jawapan terhadap

Sains hanya mengkaji konsep seperti benda dan tenaga

Agama Agama mampu menjawab persoalan kebenaran yang gagal dijawab oleh ilmu dan falsafah secara tuntas. Agama menjawab semua soalan segera.

C.

D.

semua persoalan kehidupan manusia. Falsafah adalah pemikiran manusia sejak zaman greek sehingga akhir zaman. Falsafah mendorong pemikiran manusia untuk berfikir secara saintifik.

sahaja. Sains adalah aplikasi falsafah manusia. Sains adalah asas tertinggi bagi pengetahuan manusia.

Semua agama membawa kebenaran yang sama. Tiada agama yang salah. Agama adalah candu masyarakat walaupun diamalkan dengan cara yang dapat diterima masyarakat.

5. Siapakah tokoh falsafah yang mengatakan bahawa falsafah adalah pengetahuan tentang segala yang ada: A. Al-Farabi B. Aristotle C. Plato D. Al-Kindi

6. Pilih penyataan yang TIDAK BENAR tentang Ontologi: A. Ontologi adalah kajian tentang hakikat segala sesuatu atau realiti yang ada untuk memahami adanya kewujudan. B. Perbincangan Ontologi sangatlah luas sehingga meliputi segala yang ada dan yang mungkin ada. C. Ontologi adalah cabang falsafah yang membincangkan prinsip paling dasar dan paling dalam dari segala sesuatu yang ada. D. Ontologi bukanlah satu cabang metafizik kerana ia hanya membincangkan aspek kosmologi sahaja.

7. Pertentangan ruang lingkup ilmu dengan bidang falsafah melahirkan tiga aliran pendapat yang berbeza KECUALI: A. Aliran integrasi B. Aliran interdisiplin C. Aliran kreativiti D. Aliran dualisme dan dikotomi.

8. Ilmu teoritikal boleh dibahagikan kepada: A. Fizik B. Matematik C. Metafizik D. Sastera

9. Pembahagian ilmu teoritikal yang membabitkan ilmu fizik, matematik, metafizik dan universal telah diklasifikasikan oleh tokoh berikut: A. Ibnu Sina B. Al-Farabi C. Al-Kindi D. Ikhwan al-Sofa

10. Imam al-Ghazali membahagikan ilmu kepada: A. Ilmu Falsafah dan Metafizik B. Ilmu Fizik dan ilmu Metafizik C. Ilmu Sains Sosial dan Sains Tabie D. Ilmu Syariah dan Ilmu Aqliyyah.

11. Perbincangan Ontologi Ilmu yang berkaitan dengan kewujudan hukum (nomos), sebab akibat (causality) yang tetap sehingga ramalan dapat dilakukan adalah berkaitan dengan: A. Nilai ilmu B. Sifat ilmu C. Hukum ilmu D. Ruang lingkup ilmu

12. Kaedah yang berusaha mencari sebab atau justifikasi tentang sesuatu gejala dengan andaian bahawa hukum yang berkaitan sudah diketahui. Penyataan i ni merujuk kepada: A. Penjelasan nomologi-induktif B. Penjelasan nomologi-deduktif C. Penjelasan nomologi-saintifik D. Penjelasan nomologi-holistik

13. Soalan nombor 13 merujuk kepada rajah di bawah:

KETUHANAN

X SAINS SAINS TABII KEMANUSIAAN

X yang bertanda di atas merujuk kepada prinsip: A. Humanistik B. Saintifik C. Holistik D. Tawhidik

14. Ciri pemikiran ‘bebalisme’ menurut Syed Hussein al-Attas adalah berikut KECUALI: A. Tidak berfikir dengan mendalam B. Tidak konsisten C. Tidak mampu mengenali masalah. D. Tidak memberi tindak balas kepada sesuatu permasalahan.

15. Manakah yang berikut cabaran yang perlu dihadapi dalam pembudayaan ilmu dalam kalangan masyarakat: i.

Menjadikan institusi formal dan tidak formal berfungsi dengan baik dalam masyarakat.

ii. iii.

Memfokuskan kefahaman masyarakat dalam ilmu agama dan peribadatan sahaja. Memberikan imbalan dan insentif kepada para ilmuan dan kegiatan intelektual.

iv.

Menumpukan aktiviti intelektual hanya kepada golongan muda yang berpotensi sahaja.

A. i dan ii sahaja. B. ii dan iii sahaja. C. ii dan iv sahaja. D. iii dan iv sahaja.

16. Cabang falsafah membahaskan tentang terjadinya ilmu, sumber, method, kesahan dan kebenaran ilmu merujuk kepada: A. Aksiologi ilmu B. Ontologi ilmu C. Epistemologi ilmu D. Kosmologi ilmu

17. Soalan nombor 17 merujuk kepada rajah berikut:

Berdasarkan rajah di atas, kedudukan pensil yang dilihat bengkok dalam air merujuk kepada salah satu sumber ilmu berikut: A. Akal B. Pancaindera C. Intuisi D. Wahyu

18. Manakah susunan tingkatan kebenaran yang BENAR: i. Tingkatan kebenaran ilmiah ii.

Tingkatan falsafah

iii.

Tingkatan agama

iv.

Tingkatan kebenaran indera A. iv, ii, iii dan i. B. i, iv, iii dan ii. C. iii, ii, i dan iv. D. ii, i, iii dan iv

19. Teori yang hanya tujuannya bagi memenuhi keperluan,praktikal dan kepentingan hidup manusia serta berdasarkan manfaat atau akibat yang memuaskan adalah merujuk kepada: A. Teori kebenaran konsistensi B. Teori pragmatik C. Teori kebenaran korespondensi D. Teori performatif

20. Soalan nombor 20 berdasarkan jadual di bawah. Berdasarkan jadual di atas, manakah golongan yang TIDAK BENAR seperti yang digariskan oleh Wan Mohd Noor Wan Daud.

A.

Al-La adriyyah

B.

Al-Indiyyah

C. D.

Al-Ananiyyah Al-Inadiyyah

Sophist Golongan yang tidak ingin membuat keputusan pada perkara yang penting dalam agama dan kehidupan. Golongan yang menisbahkan pengetahuan dan kebenaran semua agama adalah sama. Golongan yang memisahkan urusan dunia dan agama. Golongan yang mengetahui kebenaran tetapi tetap tidak menerima kebenaran tersebut.

21. Aliran yang menekankan kepada kemampuan akal atau mencari kebenaran merujuk kepada:

reason

 untuk mendapatkan ilmu dan

A. Empirisisme B. Skeptisisme C. Rasionalisme D. Radikalisme

22. Manakah tokoh yang berikut BUKAN dari aliran empirisisme: A. Rene Descartes B. Francis Bacon C. Roger Bacon D. David Hume

23. Manakah kenyataan berikut TIDAK BENAR tentang ali ran Skeptisme: i.

Skeptisme secara umum merujuk kepada sikap keraguan tentang sesuatu perkara.

ii.

Skeptisme muncul kali pertama oleh anak murid Heractilus iaitu Cratylus.

iii.

Terdapat dua bentuk skeptisme iaitu skeptisme primatif dan skeptisme moden.

iv.

Skeptisme tidak memberi apa-apa sumbangan dalam perkembangan ilmu falsafah.

A. i dan ii sahaja. B. iii dan iv sahaja. C. ii dan iii sahaja. D. i dan iv sahaja.

24. “Let us then suppose the mind to be as we say, white paper, void of all characters, without any ideas; how comes its to be furnished… to this answered in one word, from experience”. Kenyataan di atas merujuk kepada kata-kata yang dinyatakan oleh John Locke berkenaan: A. Empirisisme B. Sekularisme C. Rasionalisme D. Radikalisme

25. Siapakah tokoh yang digelar sebagai bapa falsafah moden? A. Isaac Newton B. Spinoza C. Leibniz D. Rene Descartes 26. “Ali seorang manusia. Semua manusia akan mati. Oleh demikian, Ali akan mati”. Penyataan di atas merujuk kepada kaedah: A. Induktif B. Deduktif C. Retroduktif D. Abduktif

27. Manakah penyataan berikut merupakan BENAR tentang kaedah induktif: i.

Ia adalah penalaran daripada kes yang khusus kepada kesimpulan atau rumusan

ii. iii.

umum. Ia dikenali sebagai logik moden. Induktif terbahagi kepada tiga kategori iaitu al-Istiqra’ al-Tam, al-Istiqra’ al-Naqis dan al-

iv.

Istiqra’ al-Saghir. Induktif tidak menekankan aspek pemerhatian dalam kaedah pemerolehan ilmu.

A. i dan ii sahaja. B. ii dan iiisahaja. C. iii dan iv sahaja. D. i dan iv sahaja.

28. Soalan no 28 merujuk kepada rajah berikut:

Rajah di atas merujuk kepada kerangka berfikir kaedah: A. Hipotetiko Induktif B. Hipotetiko Deduktif C. Retrotiko Induktif D. Retrotiko Deduktif

29. Cabang falsafah yang membincangkan kegunaan sesuatu ilmu atau nilai adalah merujuk kepada: A. Ontologi Ilmu B. Epistemologi Ilmu C. Aksiologi Ilmu D. Deontologi Ilmu

30. Konsep hierarki nilai ilmu adalah seperti berikut KECUALI: A. Nilai instrinsik lebih utama dari nilai ekstrinsik B. Nilai produktif lebih utama dari nilai yang tidak produktif C. Nilai kekal lebih utama dari nilai sementara D. Nilai empatik lebih utama dari nilai simpatik

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF