Soalan Esei 1(2)
January 13, 2018 | Author: Rozita Sayan | Category: N/A
Short Description
Hubungan Etnik...
Description
Soalan Esei 1
Bagaimanakah guru dapat memastikan kepelbagaian sosiobudaya pelajar dapat memberi manfaat kepada proses pembelajaran pelajar.
1.0
Pengenalan
Sebagai seorang guru, adalah penting untuk mengetahui dan ambil peduli akan siapa sebenarnya pelajar-pelajar atau komuniti didalam sesebuah kelas. Guru juga perlu meneliti akan pendekatan yang bersesuaian yang dibawa oleh setiap pelajar, bakat serta minat mereka ke dalam situasi pembelajaran. Sewajarnya guru perlu mengetahui bahawa setiap individu pelajar adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yang mana sedikit sebanyak memberi kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka.Setelah guru mampu memahami serta mengenali setiap jenis pelajar didalam kelas,impaknya pelajar boleh mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah.
2.0
Peranan guru untuk memastikan kepelbagaian sosiobudaya pelajar
dapat member manfaat kepada proses pembelajaran pelajar.
2.1
Guru hendaklah memastikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah dapat diterima oleh semua murid. Untuk memastikan kaedah P&P ini dapat diterima oleh semua murid dalam bilik darjah tersebut, guru hendaklah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap profesional dalam pekerjaan.
Guru hendaklah sentiasa bertindak dalam memastikan ruang
pembelajaran murid tidak akan terganggu dengan adanya perbezaan latar belakang, kelas sosial dan kaum masing-masing iaitu dengan tidak membezakan murid antara satu sama lain. Contohnya : Guru hendaklah meletakkan atau menempatkan murid yang mempunyai pelbagai latar belakang dan budaya ini di dalam satu kumpulan yang sama supaya mereka dapat melakukan aktiviti bersama-sama. Dengan cara ini akan dapat memberi kepada muri-murid tersebut untuk berinteraksi sesama sendiri 1
secara terbuka serta akan dapat mewujudkan pergaulan yang tidak berkelompok dan tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Dengan ini suasana pembelajaran yang menyeronokkan akan terbentuk seterusnya akan dapat membantu guru untuk mengawak persekitaran bilik darjah dengan lebih berkesan.
2.2
Guru hendaklah seniasa membantu murid dalam memahami diri
sendiri dalam membentuk nilai, sikap dan tingkah laku yang sesuai. Guru hendaklah membimbing murid untuk memahami kekuatan yang ada pada diri mereka sendiri yang boleh membantu murid lain atau rakan mereka. Dengan ini akan menyebabkan murid tersebut terasa dihargai dan kesannya mereka akan bersungguhsungguh dalam melakukan sesuatu perkara. Di sampinh itu hubungan rapat akan terjalin di antara guru dengan murid. Guru juga hendaklah membantu murid membina konsep positif kendiri serta memberi tunjuk ajar bagi meningkatkan prestasi murid sama ada dari segi akademik dan sebagainya lagi.
2.3
Guru juga hendaklah menunjukkan teladan yang baik di hadapam
murid-murid mereka. Pepatah ada mengatakan contoh melalui teladan. Oleh itu guru mesti menjadi ‘role model” kepada murid-0murid mereka. Contohnya : Guru masuk awal ke kelas, sentiasa bersikap adil serta sentiasa berdiisiplin dalam segala perkara ddan hal. Dengan ini akan meningkatkan rase hormat kurid terhadap guru dan murid akan menjadikan guru sebagai idola mereka. Seterusnya hubungan antara murid dengan guru akan menjadi erat dan menarik minat murid untuk pembelajaran mereka.
2.4
Guru hendaklah membina persefahaman di antara setiap murid yang
mempunyai perbezaan latar belakang. Guru hendaklah memastikan tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, mengejek, menghina antara satu sama lain dan sebagainya. Guru hendaklah sentiasa mengingatkan murid tentang perlunya menghormati kepercayaan setiap kaum serta isu-isu sensitif yang tidak harus dijadikan pertikaian. Dengan ini, aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama perlu dirancang dengan teliti supaya persefahaman antara murid dapat diwujudkan dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar.
2
2.5
Guru hendaklah juga memberi peluang sama rata kepada semua
murid dalam melakukan aktiviti pembelajaran. Aktiviti P&P hendaklah
dipastikan
tidak menjurus kepada mana-mana murid. Guru hendaklah memberi peluang kepada setiap murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang.
2.6
Guru juga hendaklah menggunakan bahasa yang standart kebangsaan
yang boleh difahami oleh semua murid, dan jangan menggunakan dialek bahasa yang sedikit sebanyak memberi kesan dalam pembelajaran. Apabila menggunakan bahasa yang standart akan memberi peluang semua murid melibatkan diri dalam aktiviti P&P.
2.7
Guru juga hendaklah mencatatkan setiap kemajuan dan kelemahan
murid. Kemudian perlulah diambil tindakan yang sewajarnya. Cntohnya membuat penambahbaikan terhadap mutu P&P. Guru juga hendaklah membimbing murid dalam meningkatkan prestasi mereka tanpa membeza-bezakan mereka. Boleh juga minta mereka memberi pandangan tentang apa yang mereka ingin lakukan bersama-sama.
2.8
Guru hendaklah juga mengetahui dan benar-bebnar memahami bidang
kerjaya mereka dan hendaklah bijak menguruskan anak murid mereka yang berbeza sosiobudayanya.
Dalam memastikan perancangan yang dilakukan selaras dengan kepelbagaian sosiobudaya masyarakat, guru hendaklah sentiasa meningkatkan kualiti, kemahiran, keupayaan diri dan sebagainya bagi memastikan kejayaan dapat direalisasikan sepenuhnya.
3
3.0
Penutup
Pengetahuan mengenai latar belakang pelajar serta budaya dan gaya pembelajaran banyak membantu guru dalam menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada setiap pelajar dan menarik kesungguhan serta usaha untuk mencipta pengalaman-pengalaman pembelajaran yang pelbagai. Kepelbagaian pengajaran yang sesuai dengan tahap serta gaya pembelajaran pelajar mampu memberi pulangan yang cukup baik kepada semua pelajar tanpa mengira kepelbagaian yang wujud di dalam sesebuah bilik darjah. Dengan kata lain, ia dapat meningkatkan metodologi pengajaran dan amalan bagi pelajar-pelajar tertentu akan menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna dan bukan hanya berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata. Tanggungjawab seorang guru bukan sahaja mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar tetapi turut mempunyai satu tugas yang besar dalam memahami dunia pendidikan yang sebenar terutama pengurusannya di dalam sesebuah bilik darjah. Hal ini kerana realitinya, kini pelajar yang wujud dalam sesebuah kelas adalah datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza antaranya adalah usia, jantina, bangsa, agama, etnik, personaliti, bahasa, status ekonomi kelurga, kesihatan, lokasi tempat tinggal, emosi, fizikal, tingkah laku dan sosial. Kesemua aspek ini mempengaruhi penerimaan serta minat pelajar untuk terus belajar dan diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.
4
View more...
Comments