Skrip Contoh KK PP PDF

September 22, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Skrip Contoh KK PP PDF...

Description

 

TERHAD

 MA  M A J L I S PE PE R I K SA A N MA L A Y SI A

( MALAYSIAN  MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL COUNCIL)

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHA PERSEKOLAHAN N MALAYSIA (STPM)

( MALAYSIA  MALAYSIA HIGHER SCHOOL SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATIO EXAMINATION  N )

Skrip Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2016

PERINGATAN: Skrip contoh ini khusus untuk kegunaan guru sahaja.  _____________________________  _________________ _________________________ __________________________ __________________________ _______________________ __________ Manual ini terdiri daripada 44 halaman bercetak.

© Majlis Peperiksaan Malaysia 2016

TERHAD

 

TERHAD

RANCANGAN PERNIAGAAN BUTIK RINSSUZANA COLLECTION

TERHAD

 

TERHAD

RUMUSAN EKSEKUTIF

Rancangan perniagaan ini disediakan adalah sebagai garis panduan kepada pengusaha untuk menguruskan Butik Rinssuzana Collection. Hal ini kerana, rancangan perniagaan akan menceritakan dengan lebih jelas tentang misi, matlamat dan objektif sesebuah  perniagaan. Usahawan boleh menjadikan rancangan perniagaan sebagai garis panduan dalam menentukan hala tuju perniagaan serta bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Selain itu, rancangan perniagaan juga bertujuan memberi kemudahan kepada  pasangan raja sehari bagi menguruskan majlis perkahwinan mereka. Rancangan  perniagaan ini akan menjelaskan dengan lebih terperinci tentang pakej-pakej raja sehari yang ditawarkan oleh Butik Rinssuzana Collection kepada pasangan raja sehari.

Pemilik bagi Butik Rinssuzana Collection ialah Norina Suzana Binti Mohamad. Beliau berumur 27 tahun dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di Universiti Malaya. Beliau pernah berkerja sebagai pengurus butik di butik pengantin  professional  professi onal di ibu negara. Disebabkan kemahirannya dalam bidang menjahit,mereka fesyen dan menguruskan butik amat baik beliau telah membuat keputusan dengan membuka Butik Rinssuzana Collection bagi memperkembangkan bakatnya. Butik Rinssuzana Collection mempunyai 27orang kakitangan. Empat pengurus utama Butik Rinssuzana Collection tidak termasuk pengurus besar iaitu pengurus pentadbiran,  pengurus operasi, dan pengurus kewangan.

Pengusaha Butik Rinssuzana Collection menggunakan modal sendiri bagi memulakan perniagaannya. Beliau menggunakan modal sendiri sebanyak RM 400,000. Beliau menggunakan modal tunainya sebanyak RM250,000 serta beberapa assetnya yang lain. Selain itu, beliau juga membuat pinjaman bank sebanyak RM300,000 bagi membeli mesin jahit, ,mesin kelim, mesin tebuk lubang butang dan mesin sulam serta beberapa alatan yang lain.

TERHAD

 

TERHAD

Perniagaan yang dijalankan oleh Butik Rinssuzana Collection ialah perkhidmatan secara perundingan. Mereka amat memfokuskan perkhidmatan secara rundingan bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang majlis yang pasangan raja sehari inginkan. Selain itu, Butik Rinssuzana juga mempunyai slogan iaitu “KESERASIAN RAJA SEHARI BERMULA DI SINI”. Slogan berkenaan amat menitikberatkan tentang kepuasan pelanggan tentang perkhidmatan dan produk yang disediakan. Antara pakej  bagi pasangan raja sehari adalah Pakej Ratu, Pakej Cinta, Pakej Kaseh, Pakej Sayang, Pakej Abadi, Pakej Bahagia, Pakej Pertunangan serta Butik Rinssuzana Collection juga menyediakan Pakej Outdoor bagi pasangan yang mahukan sedikit kelainan. Pakej Outdoor menawarkan Pakej Seri Tanjung, Pakej Seri Mahligai dan Pakej Seri Singahsana.

Sepanjang 4 tahun Butik Rinssuzana Collection beroperasi, jualan butik  berkenaan bertambah kerana terdapat banyak promosi dan pakej pake j yang ditawarkan d itawarkan kepada  pelanggan. Pengusaha berpendapat mewujudkan pelbagai jenis pakej menyebabkan  pelanggan mempunyai pelbagai pilihan. Oleh yang demikian, keuntungan Butik Rinssuzana Collection juga semakin bertambah.

Pesaing- pesaing bagi butik pengantin seperti Butik Rinssuzana Collection agak  banyak tetapi Butik Rinssuzana Collection tetap menjadi pilihan p ilihan nombor satu penduduk di kawasan tersebut. Hal ini kerana, kreativiti mereka agak ketinggalan dan menyebabkan kegagalan dalam memenuhi kehendak dan kemahuan pelanggan. Berlainan pula dengan, Butik Rinssuzana Collection yang banyak menghasilkan idea kreatif lagi segar bagi  pasangan yang raja sehari. Malah, bagi memastikan memast ikan permin permintaan taan pelanggan pe langgan dapat dipenuhi Butik Rinssuzana Collection selalu melakukan penyelidikan pemasaran dan promosi tentang berkembangan reka bentuk terkini serta cita rasa terkini bagi pelanggan.

TERHAD

 

TERHAD

1.0 

PENGENALAN

Butik Rinssuzana Rinssuzana Collection merupakan jenis perniagaan milikan tunggal dim dimana ana Norina Suzana merupaka pemilik bagi Butik Rinssuzana Collection. Perniagaan yang dijalankan di Butik Rinssuzana Collection adalah kelengkapan untuk majlis perkahwinan dan  pakaian pengantin serta pengapit. Dalam beberapa tahun yang akan datang, Butik Rinssuzana Collection ingin memperbanyakkan pakej mereka. Antara yang masih dalam  perancangan ialah Pakej Pak ej Berinai, Pakej Beredoi Bayi dan da n Pakej Khatam Al-Quran yang akan menjadikan Butik Rinssuzana Collection sebuah butik yang lengkap dengan semua  pakej yang pelanggan perlukan.

Jumlah modal permulaan yang digunakan pengusaha untuk membuka Butik Rinssuzana Collection ialah sebanyak RM 400,000. Lokasi Butik Rinssuzana Collection terletak No. D22-A-GB, Jalan Prima Saujana 2/B, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang, Malaysia. Lokasi ini ini merupakan kawasan yang sangat stra strategik tegik kerana terletak di tengah  bandar Kajang. Selain itu, kawasan ini juga mempunyai jumlah penduduk yang tinggi serta pengunjung yang ramai terutama pada hari minggu. Nombor telefon bagi Butik Rinssuzana Collection ialah 03-4333 8888 . Butik Rinssuzana Collection mempunyai kekuatan yang tersendiri. Butik Rinssuzana Collection mengamalkan konsep perkhidmatan secara rundingan. Konsep tersebut mendapat tempat di hati pelanggan kerana layanan yang mereka berikan amat memuaskan. Selain itu, bahan mentah yang digunakan juga amat berkualiti. Butik Rinssuzana Collection juga akan membayar ganti rugi jika terdapat kesilapan berpunca dari pihak beliaun seperti kelewatan menyiapkan tempahan atau tidak menepati  perjanjian yang telah dibuat.

TERHAD

 

TERHAD

Perniagaan Butik Rinssuzana Collection dimulakan pada 1 Januari 2011. Pengusaha Butik Rinssuzana Collection mengupah seramai 27 orang kakitangan bagi menguruskan pentadbiran perniagaannya. Antaranya ialah seorang pengurus pentadbiran, seorang pengurus operasi, seorang pengurus pemasaran dan pengurus kewangan. Hal ini  bagi melancarkan operasi dan memaksimumkan kesilapan. Malah, ia juga bagi memastikan layanan dan perkhidmatan yang mereka berikan sentiasa mendapat kepuasan  pelanggan.

3.0

OBJEKTIF

Butik Rinssuzana Collection telah menentukan beberapa matlamat bagi melancarkan operasi perniagaannya.

Objektif yang pertama ialah memaksimumkan keuntungan. Butik Rinssuzana Collection

ditubuhkan

bagi

mendapatkan

keuntungan

yang

maksimum

untuk

mendapatkan pulangan modal yang lumayan dalam jangka masa pendek dan jangka masa  panjang.Oleh hal yang demikian, Butik Rinssuzana Collection meminimumkan kos  perbelanjaan untuk memaksimumkan keuntungan butik.

Objektif kedua ialah meningkatkan imej butik. Butik Rinssuzana Collection menawarkan perkhidmatan yang berkaitan dengan majlis perkahwinan dan menjual kelengkapan alatan majlis perkahwinan. Selain itu, layanan mesra pelanggan yang diamalkan oleh pekerja Butik Rinssuzana Collection juga dijadikan sebagai platform bagi meningkatkan imej butik.

Objektif ketiga ialah meningkatkan jualan. Butik Rinssuzana Collection juga ingin meningkatkan jumlah jualan terutama bagi pakej-pajek yang ditawarkan dan sentiasa menambak baik semua pakej gar menepati citarasa pelanggan. Ini adalah  bertujuan bagi memaksimumkan keuntungan sekaligus meningkatkan pendapatan butik.

TERHAD

 

TERHAD

Objektif yang terakhir ialah untuk membuka beberapa buah cawangan. Dianggarkan dalam jangka jangka masa 3 tahun yang akan datang Butik Rinssuzana Collection Collection  bercadang untuk membuka lagi 3 cawangan di sekitar kawasan Bangi, Kuala Lumpur dan Seremban untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum.

TERHAD

 

TERHAD

4.0

LATAR BELAKANG SYARIKAT

 NAMA SYARIKAT : Butik Rinssuzana Rinssuzana Collection Sdn. Bhd

 NAMA PENGASAS : Norina Suzana Binti Mohamad

ALAMAT

: No. D22-A-GB, Jalan Prima Saujana 2/B, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang

 NO. TELEFON

: 03-4333 8888

 NO. FAKS

:03-4333 8899

E-MAIL

: [email protected]

LAMAN WEB

: http.//www.SUZANA.com.my

BENTUK PERNIAGAAN : Pemilikan Tunggal

MODAL PERMULAAN

: RM 400,000.00

TARIKH MEMULAKAN PERNIAGAAN PERNIAGAAN : 1 Januari 2011

 NO. PENDAFTARAN : A-805162

TERHAD

 

TERHAD

MASA OPERASI

:

Hari

Waktu Mula

Waktu Berakhir

Isnin

Cuti

Cuti

Selasa –  Selasa  –  Jumaat

8.00 pagi

7.00 malam

Sabtu –  Sabtu  –  Ahad

8.00 pagi

5.30 petang

Jika pelanggan perlu membuat temujanji dengan perunding pada hari Isnin yang mana adalah hari cuti bagi butik ini, pihak Butik Rinssuzana Collection akan mengaturkan temujanji. Butik Rinssuzana Collection sangat mengutamakan keselesaan  pelanggan dan akan cuba memenuhi citarasa pelanggan.

TERHAD

 

TERHAD

5.0

LATAR BELAKANG PEMILIK

 NAMA PEMILIK : Norina Suzana Binti Mohamad Mohamad

 NO. KAD PENGENALAN : 900429-11-5568

ALAMAT ALAMA T

:

No 83, Persiaran 2, Taman Prima Sarjana, 43000 Kajang

Selangor Darul Ehsan

 NO. TELEFON (HP)

 NO TEL BUTIK

: 0129988123

: 03-4333 8888

 NO. FAKS

: 03- 4333 8889

UMUR

: 26 Tahun

KELULUSAN

: Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan,

Universiti Universi ti Malaya, Kuala Lumpur

PENGALAMAN  professional  professi onal yang

:

Pernah bekerja di salah terkenal sebagai

 perkahwinan

dan

menjadi pengurus

sebuah butik perancangan

pengantin pengant in majlis

salah sebuah

butik di

Bangsar

KEMAHIRAN : Mereka fesyen pakaian pengantin tradisional dan moden dan mahir

dalam

rekaan

pelamin

pengantin,

menjahit

dan

dalam

 bidang pengurusan butik pengantin.

TERHAD

 

TERHAD

6.0

LATAR BELAKANG PROJEK

Butik Rinssuzana Collection menjalankan perniagaannya di No. D22-A-GB, Jalan Prima Saujana 2/B, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang. Lokasi tersebut amat strategik kerana terletak di tengah bandar dan berdekatan dengan deretan kedai keperluan harian  penduduk bandar dan pinggir bandar.

Kelengkapan fasilitinya juga baik. Malah, lokasi Butik Rinssuzana Collection  juga lengkap dengan kemudahan infrastuktur kerana berdekatan dengan denga n pusat membeli  belah, kawasan taman perumahan, dan berhampiran jalan utama. Ini memberi kemudaha kemudahan n kepada pelanggan untuk mengunjungi butik tersebut. Kemudahan asas seperti air, elektrik, jalan raya dan talian tel lengkap kerana kedudukan butik yang ditengah  –  tengah   tengah  bandar. Malah, kenderaan awam seperti bas dan teksi juga mudah untuk didapati di kawasan tersebut. Premis Butik Rinssuzana Collection disewa daripada Majlis Perbandaran Kajang. Mengikut perjanjian sewaan premis yang ditandatangan, tempoh sewaan adalah selama lima tahun. Premis berkenaan mempunyai 2 tingkat. Tingkat 1 merupakan ruang pejabat dan tingkat 2 merupakan bilik pameran dan tempat perbincangan pelanggan dengan kakitangan Butik Rinssuzana Collection.

Butik Rinssuzana Collection menawarkan perkhidmatan secara rundingan kepada  pelanggan. Buat masa ini, Butik Rinssuzana Collection hanya memfokuskan kepada  pakej-pakej perkahwinan perka hwinan dan da n pertunangan. p ertunangan. Setiap S etiap pakej yang diwujudkan d iwujudkan sesuai dengan de ngan ekonomi negara sekarang. Contoh, Butik Rinssuzana Collection baru beberapa bulan melancarkan pakej ekonomi kepada pasangan yang ingin majlis yang sederhana tetapi meriah. Ia menjadi satu tarikan yang baru kepada pelanggan. Walaupun ia pakej ekonomi kakitangan Butik Rinssuzana Collection tetap melakukan yang terbaik. Antara pakej pakej yang ditawarkan ialah Pakej Ratu, Pakej Cinta, Pakej Kaseh, Pakej Sayang, Sa yang, Pakej Pake j Abadi, Pakej Bahagia, Pakej Pertunangan serta Butik Rinssuzana Collection juga menyediakan Pakej Outdoor bagi pasangan yang mahukan sedikit kelainan. Pakej

TERHAD

 

TERHAD

Outdoor menawarkan Pakej Seri Tanjung, Pakej Seri Mahligai dan Pakej Seri Singahsana. (Rujuk Lampiran)

Butik Rinssuzana Collection juga amat berhati-hati dalam melakukan perletakkan harga sesuatu pakej. Harga yang ditawarkan oleh Butik Rinssuzana Collection lebih  berpatutan daripada butik-butik yang terdapat di kawasan Kajang. Terutamanya, Butik Amira Collection yang menawarkan harga yang amat tinggi tetapi layanan serta  perkhidmatannya sering bermasalah.

Butik Rinssuzana Collection melakukan promosi secara agresif bagi menaikkan imej serta keuntungan butik. Pengusaha Butik Rinssuzana juga amat aktif dalam melakukan promosi dengan cara mewujukan blog Butik Rinssuzana Collection. Selain itu, promosi butik mereka dilakukan secara besar-besaran melalui media sosial dan media cetak. Antaranya, aplikasi Facebook dan Instagram. Malah, Butik Rinssuzana menawarkan kad keahlian bagi pasangan yang selalu berurusan dengan butik berkenaan.

TERHAD

 

TERHAD

7.0

RANCANGAN ORGANISASI

Setiap jawatan yang terdapat dalam sesebuah organisasi memainkan peranan yang  penting. Butik Rinssuzana mempunyai 15 orang tenaga kerja yang membantu melancarkan perjalanan butik tersebut. Terdapat 5 orang pengurus utama dalam Butik Rinssuzana Collection. Pengurus besar Butik Rinssuzana Collection bertanggungjawab untuk mengurus dan memimpin perniagaannya ke arah hala tuju yang ingin dicapai dalam jangka pendek dan jangka panjang. Pengurus pentadbiran bertanggungjawab untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan pentadbiran butik. Pengurus operasi akan mereka  bentuk pakaian paka ian yang pengantin inginkan. Manakala, Manaka la, pengurus pemasaran akan mengkaji dan menilai pasaran yang akan memberikan pulangan yang besar. Pengurus kewangan akan mengurus perbelanjaan syarikat serta akaun syarikat.

Pengurus perkahwinan merupakan individu yang bertanggungjawab untuk memastikan sesebuah majlis berjalan dengan lancar. Eksekutif pemasaran  bertanggungjawab untuk mengtatarias bilik b ilik pameran pa meran baju pengantin agar dapat menarik  perhatian dan minat pelanggan. Tukang jahit merupakan antara orang penting dalam Butik Rinssuzanan Collection kerana mereka akan menjahit pakaian pengantin seperti yang diinginkan oleh pelanggan. Manakala, jurugambar dalam Butik Rinssuzana Collection bertanggungjawab untuk mengambil gambar sepanjang majlis berlangsung.

Setiap pekerja dalam Butik Rinssuzana Collection akan diberi latihan selama 6  bulan bagi memastikan produktiviti mereka lebih kreatif dan bernas. Latihan tersebut akan diberikan oleh pekerja butik itu sendiri. Malah, mereka mengamalkan konsep Mentor Mentee. Pekerja senior akan mengajar pekerja junior mengikut bidang masingmasing.

Butik Rinnssuzana Collection amat menjaga kebajikan pekerjanya. Pengusaha  butik tersebut menyatakan bahawa pekerja merupakan salah satu asset syarikat yang terpenting. Oleh itu, beliau akan melakukan yang terbaik bagi memastikan pekerjanya

TERHAD

 

TERHAD

sentiasa selesa. Selain itu, beliau juga selalu mendengar pandangan daripada pekerja  bawahan. Butik Rinssuzana Collection mengamalkan konsep terbuka dimana pekerja dibenarkan untuk memberikan pandangan dan pendapat dalam mesyuarat. Setiap pekerja  butik dikenakan potongan KWSP sebanyak 12%. Gaji pekerja Butik Rinssuzana Collection dibayar tepat pada masanya. Antara contoh gaji yang yang diberikan kepada  pekerja.

Jawatan Pengurus Pemasaran Eksekutif Pemasaran Promoter Jumlah

Bil. (ORG) 1

Gaji / Upah Bulanan (RM) 1800

KWSP 12% (RM) 216

Jumlah (RM)

1

1500

180

1680

2

750

90

1680

4

4050

486

5376

2016

Imbuhan Gaji Dan Ganjaran

TERHAD

 

TERHAD

8.0

RANCANGAN PEMASARAN

8.1

Perkhidmatan Yang Disediakan

Butik Rinssuzana Collection menawarkan menawarkan perkhidmatan rundingan yang amat mesra pelanggan. Kebanyakkan pelanggan amat berpuas hati dengan layanan dan  barangan daripada Butik Rinssuzana Collecton. Kelebihan Butik Rinssuzana Collection ialah menyediakan perkhidmatan gubahan hantaran kepada pasangan raja sehari. Kebanyakkan butik yang terdapat di Kajang tidak menyediakan  perkhidmatan sedemikian.

Antara pakej yang ditawarkan oleh Butik Rinssuzana Collection ialah  pakej Pakej Ratu, Pakej Cinta, Pakej Kaseh, Sayang, Pakej Abadi, Pakej Bahagia, Pakej Pertunangan. Bagi menarik perhatian bakal pelanggan Butik Rinssuzana Collection telah mencipta konsep Outdoor. Pakej Outdoor menawarkan Pakej Seri Tanjung, Pakej Seri Mahligai dan Pakej Seri Singgahsana. Hal ini berikutan dengan cita rasa pelanggan yang sentiasa mengikuti peredaran masa. (Rujuk lampiran)

Pelanggan bukan sahaja berpuas hati terhadap layanan Butik Rinssuzana, malah mereka juga amat berpuas dengan hati dengan pakaian pengantin yang mereka tempah. Hal ini kerana, jahitannya kemas dan selesa dipakai. Pereka daripada Butik Rinssuzana amat menitikberatkan reka bentuk yang dimahukan oleh bakal raja sehari. Baju yang telah siap dijahit akan dibungkus dengan  plastik lut sinar untuk memudahkan ia dibawa dan diteliti oleh pasangan bagi menggelakkan sebarang kesalahan atau kesilapan.

TERHAD

 

TERHAD

8.2

Sasaran Pasaran

Sasaran pasaran bagi Butik Rinssuzana Collection tertumpu kepada penduduk di sekitar Taman Saujana dan beberapa kawasan di sekitar Bandar Kajang. Permintaan pelanggan yang luar dari kawasan Bandar Kajang juga mendapat sambutan yang hangat. Hal ini kerana, Butik Rinssuzana Collection pernah mengendalikan majlis perkahwinan seorang anak tokoh koporat di Kuala Lumpur. Ia menyebabkan imej dan nama Butik Rinsuzana Collection meningkat naik. Butik Rinssuzana Collection memfokuskan kepada bakal pasangan raja sehari  berbangsa Melayu.

Kawasan Kajang merupakan kawasan yang mempunyai ramai penduduk. Malah, ia juga dikenali sebagai pusat bandar kerana terdapat pelbagai kemudahan asas dan kemudahan infrastruktur. Malah, Kajang juga berdekatan dengan Bandar Baru Bangi, Putrajaya dan Serdang yang mana merupakan kawasan yang mempunyai penduduk yang ramai dan mempunyai taraf kehidupan sederhana dan tinggi.

Sasaran pasaran Butik Rinssuzana Collection tertumpu di kawasan Nilai, Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka. Malah, terdapat juga permintaan daripada luar kawasan. Butik Rinssuzana Collection akan mempertimbang dahulu dari segi masa dan bayaran. Butik Rinssuzana Collection acapkali mendapat permintaan daripada kawasan Kuala Lumpur dan Melaka.

TERHAD

 

TERHAD

8.3 Promosi

Butik

Rinssuzana

Collection

menjalankan

promosi

secara

agresif

bagi

meningkatkan imej butik serta memaksimumkan keuntungan bagi mencapai objektif dan matlamat yang ditetapkan.

Butik Rinssuzana Rinssuzana Collection menawarkan menawarkan pakej ialah ialah Pakej Ratu, Pakej Cinta, Pakej Kaseh, Pakej Sayang, Pakej Abadi, Pakej Bahagia, Pakej Pertunangan serta Butik Rinssuzana Collection juga menyediakan Pakej Outdoor  bagi pasangan yang mahukan mahuka n sedikit kelainan. Pakej Outdoor menawarkan Pakej Seri Tanjung, Pakej Seri Mahligai dan Pakej Seri Singahsana. Pakej yang disediakan merupakan salah satu promosi bagi menarik minat pelanggan. (Rujuk Lampiran)

Bagi menarik minat pelanggan, Butik Rinssuzana Collection mewujudkan  promosi keahlian untuk pelanggan yang selalu berurusan dengan mereka. Ahli diberikan keistimewaaan seperti potongan harga, barangan percuma serta cabutan  bertuah. Ini kerana biasanya bakalpengantin akan bermula dengan majlis  pertunangan dan diikuti dengan majlis perkahwinan. Oleh itu Butik Rinssuzana Collection akan memastikan pelanggan yang mengambil pakej pertunangan akan terus berminat dan setia untuk mengambil pakej perkahwinan.

Butik Rinssuzana Collection melakukan promosi melalui media sosial dan media cetak. Malah, Butik Rinssuzana Collection telah mewujudkan laman web sendiri iaitu http.//www.SUZANA.com.my bagi memberikan maklumat terbaru kapada pelanggan tentang keluaran pakaian pengantin dan rekaan terbaru  pelamin. Butik Rinssuzana Collection selalu berinteraksi dengan pelanggan melalui

laman

face

book

(Rinssuzana

Collection)dan

instragram

iaitu

(butik.rinssuzana.pengantin) Setiap komen dan cadangan yang diberikan oleh  pelanggan akan diambil kira.

TERHAD

 

TERHAD

Butik Rinssuzana banyak menggunakan khidmat pengiklanan di dalam radio, media cetak seperti majalah-majalah berkaitan perkahwinan, meletakan kain rentang di lokasi startegik dan mengedarkan risalah. Hal berkenaan banyak membantu Rinssuzana Collection untuk berdiri dengan lebih kukuh. Setiap  promosi yang dijalankan mendatangkan keuntungan yang banyak kepada Butik Rinssuzana. Malah, Butik Rinssuzana Collection juga menawarkan potongan harga bagi pasangan yang melangsungkan majlis di dalam cuti sekolah.

8.4

Pesaing

Butik Rinssuzana Collection mempunyai banyak pesaing tetapi Butik Amira Collection amat memberikan impak yang besar kepada Butik Rinssuzana Collection. Hal ini kerana, Butik Amira Collection menawarkan pakej yang hampir sama dengan pakej yang terdapat t erdapat di Butik Rinssuzana Collection. Perbezaan yang ketara antara Butik Rinssuzana Collection dengan Butik Amira Collection ialah harga pakej yang ditawarkan. Butik Rinssuzana Collection menawarkan harga yang lebih rendah berbanding Butik Amira Collection. Selain itu, Butik Amira Collection tidak menyediakan perkhidmatan gubahan hantaran kepada pelanggan.

Butik Amira Collection sudah lama bertapak dan sudah dikenali ramai. Malah, butik tersebut juga menjalankan promosi secara besar-besaran dan meluas. Antaranya, Butik Amira Collection pernah disiarkan dalam Program Wanita Hari Ini. Akan tetapi, Butik Amira Collection mempunyai banyak kelemahan seperti tiada servis penghantaran. Malah, butik tersebut memberi layanan yang buruk kepada pelanggan. Harga pakej yang ditawarkan di Butik Amira Collection jauh lebih tinggi daripada Butik Rinssuzana Collection.

TERHAD

 

TERHAD

8.5

Ramalan Jualan

Bulan

Jualan (Unit)

Jualan (RM)*

1

19

28500

2

18

27000

3

17

25500

4

14

21000

5

23

34500

6

18

27000

7

13

19500

8

20

30000

9

18

27000

10

22

33000

11

28

42000

12

30

45000

Jumlah Tahun 1

240

360,000

Jumlah Tahun 2

247

370,000

Jumlah Tahun 3

252

378,216

Jualan akan dijangka meningkat sebanyak 3% pada tahun pertama, pada tahun kedua ia akan meningkat sebanyak 2% berdasarkan keberkesanan promosi yang dijalankan oleh Butik Rinssuzana Collection

TERHAD

 

TERHAD

9.0

RANCANGAN OPERASI

9.1

Proses Pengeluaran

a)  Input

  Pembekal akan menghantar stok setelah mendapat pesanan



daripada pengurus operasi. Pekerja akan membuat angkutan masuk stok setelah pesanan dibuat melalui surat tanya dan surat tempahan

  Pengurus operasi akan membayar deposit kepada pembekal setelah



menerima stok. Pengurus Operasi akan membuat pemeriksaan bagi memastikan barang dalam berkeadaan baik.

  Pekerja am akan memindahkan barangan yang siap ke dalam bilik



 pameran untuk diperagakan.

b)  Proses Transformasi

  Pelanggan datang ke butik mengadakan berbincangan dan



membuat pilihan ke atas produk yang ingin ditempah.  

  Pelanggan yang membuat keputusan untuk menempah pakaian



akan berbincang dengan pengurus perkahwinan untuk mengetahui rekaan dan tema yang diinginkan.  

  Tukang jahit akan mula menjahit setelah mendapat bentuk yang



diinginkan oleh pelanggan.  

c)  Output

TERHAD

 

TERHAD

  Eksekutif pemasaran akan menyusun atur pakaian yang telah sipa



dijahit dan akan dipamerkan dalam da lam bilik pameran. 

  Pelanggan akan datang sekali lagi untuk mencuba pakaian dan



 boleh memberi komen jika ingin diperbaiki. 

  Produk akhir iaitu pakaian yang telah disesuaikan dengan selera



 pengantin akan disiapkan dua minggu sebelum majlis berlangsung. 

TERHAD

 

TERHAD

9.2

Carta Aliran Proses

Angkutan masuk stok setelah pesanan dibuat terlebih dahulu

Pemeriksaan barangan dibuat bagi memastikan barangan dalam d alam keadaan yang baik

Barangan yang telah siap disimpan dalam stor

Barang dipindahkan untuk diperagakan d iperagakan di tempat pameran dalam  butik

Pelanggan datang dan membuat pilihan pakej serta pakaian  pengantin sama ada mahu ditempah, disewa atau dibeli.

Mendapat maklumat dan keterangan daripada pelanggan

Pelanggan akan menunggu untuk beberapa tempoh untuk Menyedia dan menyiapkan pesaanan yang diinginkan

Menerima bayaran daripada pelanggan pe langgan setelah majlis selesai

TERHAD

 

TERHAD

PETUNJUK:

Pengangkutan

Pemeriksaan

Simpanan

Operasi

Menunggu

TERHAD

 

TERHAD

9.3

Jenis Mesin Jahit Yang Digunakan

Jenis Mesin Jahitan Mesin Jahit

Harga (RM) 1400

Bilangan

Jumlah Harga (RM)

3

4200

Mesin Kelim

1350

2

2700

Mesin Tebuk Lubang Butang Mesin Sulam

1300

2

2600

1450

2

2900

Jumlah

5,5000

9

12,400

TERHAD

 

TERHAD

10.0

RANCANGAN KEWANGAN

10.1.

KOS PELAKSANAAN PROJEK BIL KOS PROJEK 1 ASET TETAP

2

3

JUMLAH

Alatan pejabat Perabot Kelengkapan Papan tanda Mesin jahit Mesin kelim Mesin tebuk lubang Mesin sulam Van JUMLAH ASET SEMASA Pendahuluan- sewa

600 1000 4000 2000 4200 2700 2600 2900 100000 40000 500

Belanja pra-operasi JUMLAH BELANJA-BELANJA Gaji Alatan /bahan Kad perniagaan Pendaftaran perniagaan Lesen perniagaan Risalah Petrol JUMLAH

1000 1500 64512 30,000 200 1300 1000 450 3000 100462

2. SUMBER PEMBIAYAAN BIL PERKARA

1 2 3

Modal sendiri Pinjaman mara Pinjaman bank JUMLAH

FAEDAH

5% 4%

TEMPOH

JUMLAH

10 TAHUN 10 TAHUN

RM130000 RM50000 RM50000 RM 230000

BAYARAN FAEDAH SETAHUN RM 2500 RM 2000 RM 4500

TERHAD

 

TERHAD

3. PINJAMAN JADUAL PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN 1. Jumlah pinjaman

:

rm 50000

 Nama bank/institusi

:

mara

Tempoh pinjaman

:

10 tahun

Kadar bunga

:

5% SETAHUN

TAHUN BAYARAN TAHUNAN

FAEDAH TAHUNAN

0 1 2 3 4 5

RM 2500 RM 2500 RM 2500 RM 2500 RM 2500 RM 2500

6 7 8 9 10

RM 5000 RM 5000 RM 5000 RM 5000 RM 5000 RM 5000

JUMLAH BAYARAN TERKUMPUL RM 0 RM 7500 RM 15 000 RM 22 500 RM 30 000 RM 37 500

RM 5000 RM 2500 RM 5000 RM 2500 RM 5000 RM 2500 RM 5000 RM 2500 RM 5000 RM 2500 2. JUMLAH PINJAMAN :

RM 45 000 RM 52 500 RM 60 000 RM 67 500 RM 75 000 RM 50000

 NAMA BANK/INSTITUSI :

BANK

TEMPOH PINJAMAN

:

10 TAHUN

KADAR BUNGA

:

4% SETAHUN

TAHUN BAYARAN

BAKI PINJAMAN

RM 50 000 RM 45 000 RM 40 000 RM 35 000 RM 30 000 RM 25 000 RM 20 000 RM 15 000 RM 10 000 RM 5 000 RM 0

FAEDAH

JUMLAH

BAKI PINJAMAN

TAHUNAN

TAHUNAN

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

RM 5000 RM 5000 RM 5000 RM 5000 RM 5000 RM 5000 RM 5000 RM 5000 RM 5000 RM 5000

RM 2000 RM 2000 RM 2000 RM 2000 RM 2000 RM 2000 RM 2000 RM 2000 RM 2000 RM 2000

BAYARAN TERKUMPUL RM 0 RM 7000 RM 14 000 RM 21 000 RM 28 000 RM 35 000 RM 42 000 RM 49 000 RM 56 000 RM 63 000

RM 50 000 RM 45 000 RM 40 000 RM 35 000 RM 30 000 RM 25 000 RM 20 000 RM 15 000 RM 10 000 RM 5 000

10

RM 5000

RM 2000

RM 70 000

RM 0

TERHAD

 

TERHAD

4. SEWA BELI ATAU SEWA PAJAK [KALAU ADE ASET]

Tahun

 NAMA ASET

:

VAN

 NAMA PEMILIK

:

MAY BANK BERHAD

HARGA TUNAI

:

RM 100 000

BAYARAN DEPOSIT

:

RM 20 000

JUMLAH PEMBIAYAAN

:

RM 96 800

TEMPOH SEWA BELI

:

RM 7 tahun

KADAR BUNGA

:

3% setahun

Jumlah bayaran tahunan 13 828.56 13 828.56 13 828.56 13 828.56

Jumlah bayaran terkumpul 13 828.56 27 657.12 41 485.68 55 314.24

Baki pinjaman

1 2 3 4

Bayaran  bulanan 1 152.38 1 152.38 1 152.38 1 152.38

5 6 7

1 152.38 1 152.38 1 152.38

13 828.56 13 828.56 13 828.56

69 142.80 82 971.36 96 800.00

27 657.20 13 828.64 0.00

82 971.44 69 142.88 55 314.32 41 485.76

TERHAD

 

TERHAD

6. PENYATA KEWANGAN PROFORMA Perniagaan Butik Rinssuzana Collection  Unjuran penyata aliran tunai Bagi tahun berakhir ……………..  ……………..   Butiran Tunai [awal perniagaan] Tunai di tangan Tunai di bank Jum tunai Jualan tunai Jumlah pendapatan Belanja [awal perniagaan] Gaji Peralatan Pengangkutan Bayaran balik pinjaman Alatan/bahan Kad perniagaan Pendaftaran perniagaan

Jan 200 100 130000 130300 24500 133300 40000 64512 20000 3000 4500 30000 200 1300

Lessen perniagaan Risalah Van Petrol Belanja tunai lain Jumlah belanja tunai Lebihan/kurangan Aliran tunai terkumpul

1000 4500 1152.38 3000 1000 174166.38 [41166.38] [41166.38]

Feb [41166.38] 100 120000 141088 30000 291188

Mac [164857.24] [16485 7.24] 100 120000 151000 33000 304100

Apr

Mei

100 130000 160000 35000 325100

100 130000 170000 40000 665200

64512

64512

64512

64512

4500 10000

4500 10000

4500 10000

4500 10000

1152.38 3000 2000 85164.38 164857.24 164857.24

1152.38 3000 2500

1152.38 3000 2500

1152.38 3000 3000

TERHAD

 

TERHAD

PERNIAGAAN BUTIK RINSSUZANA COLLECTION UNJURAN PENYATA PERDAGANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR ……………..  ……………..  BUTIRAN JUALAN STOK AWAL BELIAN [ - ] STOK AKHIR UNTUNG KASAR

TAHUN 1 24500 30000 10000 38000 6500

TAHUN 2 27440 38000 15000 10000 40440

TAHUN 3 30732.80 10000 12000 12000 40732.8

TAHUN 4 34420.7 12000 13000 15000 18420.7

TAHUN 5 38551.84 15000 15 000 25780 20000 7771.84

TERHAD

 

TERHAD

PERNIAGAAN BUTIK RINSSUZANA COLLECTION   UNJURAN PENYATA PENDAPATAN BAGI TAHUN BERAKHIR ……………..  ……………..  BUTIRAN UNTUNG KASAR BELANJA PENTADBIRAN BELANJA JUALAN DAN PEMASARAN BELANJA PENGELUARAN UNTUNG BERSIH

TAHUN 1 16500 3000

TAHUN 2 40440 2500

TAHUN 3 40732.8 3000

TAHUN 4 18420.7 3000

TAHUN 5 7771.84 3000

1000

1000

1000

1000

1000

3050

4590

5000

3890

2780

9450

32350

31732.8

10530.7 10530. 7

991.84

TERHAD

 

TERHAD

PERNIAGAAN BUTIK RINSSUZANA COLLECTION UNJURAN KUNCI KIRA-KIRA BAGI TAHUN BERAKHIR ……………..  ……………..  BUTIRAN Aset semasa Tunai Inventori Jum aset semasa Aset tetap Peralatan dan kelengkapan Kenderaan Jumlah aset tetap Jumlah aset Liabiliti semasa Liabiliti jangka panjang Jumlah liabiliti Ekuiti pemilik Modal Jumlah ekuiti Jumlah liabiliti dan ekuiti pemilik

TAHUN 1

TAHUN 2

TAHUN 3

TAHUN 4

TAHUN 5

25000 30000 55000

30000 35000 65000

35000 40000 75000

40000 45000 85000

45000 50000 95000

13828.56

13828.56

13828.56

13828.56

13828.56

130000 100000

130000 100000

130000 1300 00 100000

130000 100000

130000 100000

TERHAD

 

TERHAD

11.0

KESIMPULAN

Berdasarkan kajian, pengkaji mendapati bahawa Butik Rinssuzana Collection hampir menjadi sebuah butik yang lengkap dengan pakej- pakej menarik. Terdapat beberapa pakej yang masih dalam perancangan seperti Pakej Berinai, Pakej Bertunang, Pakej Akad Nikah, Pakej Berendoi Bayi dan Pakej Khatam AlQuran.

Pengkaji juga mendapati bahawa Butik Rinssuzana Collection merupakan sebuah butik yang amat mesra pelanggan dan amat mementingkan kepentingan  pelanggan. Bukan sahaja pelanggan dilayan begitu, malah pekerja juga amat terjaga kebajikannya. Gaji pekerja akan dibayar tempat pada masanya begitu juga dengan penghantaran barang kepada pelanggan yang tepat pada masanya.

Pengkaji berharap agar Butik Rinssuzana Collection akan selalu menberi informasi terkini dan rekaan terbaru dalam mereka. Selain itu, pengkaji berharap Butik Rinssuzana Collection menjadi sebuah butik yang terkenal di tanah air dan  persada antarabangsa.

Pengkaji mencadangkan agar Butik Rinssuzana Collection menambahkan lagi pakej yang sedia ada. Contohnya, perkhidmatan catering, kompang dan kugiran. Selain itu, pengkaji berharap agar Butik Rinssuzana Collection menambahkan cawangan ke seluruh negeri di Malaysia.

TERHAD

 

TERHAD

LAMPIRAN

Antara pakej pelamin yang terdapat di Butik Rinssuzana Collection

TERHAD

 

TERHAD

TERHAD

 

TERHAD

Antara pakaian pengantin yang direka oleh Butik Rinssuzana Collection

TERHAD

 

TERHAD

TERHAD

 

TERHAD

TERHAD

 

TERHAD

ANTARA HIASAN BILIK TIDUR PENGANTIN

TERHAD

 

TERHAD

ANTARA GUBAHAN HANTARAN

TERHAD

 

TERHAD

TERHAD

 

TERHAD

41

 

TERHAD

Antara pakej perkahwinan yang ditawarkan di Butik Rinssuzana Collection

PAKEJ PERKAHWINAN RATU (RM 3500)   Sepasang pakaian bersanding (songket@ lace)   Sepasang pakaian berinai (songket@ lace)   Tiga persalinan (wanita dan lelaki)   Hiasan meja makan beradab (8 orang)   Hiasan bilik tidur dan cadar   Pelamin dan set berinai   Pintu Gerbang   Aksesori dan kasut   2 kali solekan dan tatarias   Pakej fotografi ( nikahsanding berinai@persalinan)   Bunga tangan (fresh flower )- free gift PAKEJ PERKAHWINAN CINTA (RM 2300)   Sepasang pakaian bersanding (songket@lace)     2 persalinan(wanita sahaja)     Sepasang pakaian berinai     Hiasan meja makan beradab    Pelamin    Aksesori    Solekan dan tatarias     Pintu gerbang  PAKEJ PERKAHWINAN QASEH RM2000   Sepasang pakaian bersanding (songket@lace)     Sepasang pakaian berinai (songket@lace)     Hiasan kamar pengantin serta cadar      

Pelamin  Aksesori    Solekan dan tatarias   PAKEJ PERKAHWINAN SAYANG (RM 1800)   Sepasang pakaian bersanding (songket@lace)     2 persalinan (wanita sahaja)    Hiasan meja makan beradab    Pelamin    Aksesori    Solekan dan tatarias  

42

 

TERHAD

PAKEJ PERKAHWINAN ABADI (RM 1500)   Sepasang pakaian bersanding(songket@lace)     2 persalinan (wanita sahaja)    Hiasan kamar pengantin    Pelaminn    Aksesori    Solekan dan tatarias   PAKEJ PAKEJ PERKAHWINAN BAHAGIA (RM1100)   Sepasang pakaian bersanding (songket@lace)     Pelamin    Aksesori    Solekan dan tatarias   PAKEJ PERTUNANGAN (RM670)   Sepasang pakaian bertunang     Set pelamin tuning     Aksesori    Solekan dan tatarias   PAKE J PE RKAH WINAN O OUT UTDO DOO OR

PAKEJ SERI TANGJUNG (RM3500)   Pelamin dan dekorasi    Meja makan beradab    2 pintu gerbang     2 pasang tiang bunga     Sekali make-up    Sepasang baju (songket@lace)     Aksesori dan kasut  PAKEJ SERI MAHLIGAI (RM5000)   Pelamin dan dekorasi       

   

 

 

 

Tempat berinai  Meja makan beradab  Karpet laluan  3 pintu gerbang   3 pasang tiang bunga   Sekali make –  make – up up  Sepasang baju (songket@lace)   Aksesori dan kasut 

43

 

TERHAD

PAKEJ SERI SINGGAHSANA (RM 7000)  

 

 

 

   

 

 

 

 

Pelamin eksklusif dan dekorasi taman Tempat berinai Platform Meja makan makan beradab dan gubahan bunga Karpet laluan 4 pintu gerbang 4 pasang tiang bunga Sekali make-up Sepasang pakaian (songket@lace) Aksesori dan kasut

44

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF