SKRIP CONTOH GEO KK.pdf

July 25, 2017 | Author: Fahkrul | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download SKRIP CONTOH GEO KK.pdf...

Description

2

1.0 PENGENALAN Penduduk bermaksud manusia yang tinggal di dalam sesuatu kawasan. Terdapat juga pengertian lain tentang penduduk antaranya ialah penduduk ialah mereka yang mendiami sesuatu tempat dalam wilayah tertentu dengan tanpa melihat status kewarganegaraan yang dianut oleh orang tersebut . Selain itu, penduduk juga komponen yang sangat penting dalam sesuatu wilayah dan juga negara. Penduduk akan dianggap sebagai sumber jika dapat menyumbang atau menjana kepada pembangunan negara. Penduduk juga dibahagi kepada beberapa kategori antaranya ialah penduduk produktif, belum produktif, dan tidak lagi produktif yang mana berkait rapat dengan umur penduduk. Penduduk dalam kategori 19 tahun kebawah dianggap belum produktif kerana tidak terlibat dalam kegiatan ekonomi dan masih ditanggung oleh keluarga. Taburan penduduk dapat ditakrifkan sebagai sebaran atau agihan penduduk diatas muka bumi yang tidak sekata. Corak atau pola taburan ialah satu susunan petempatan bentuk petempatan yang terhasil akibat agihan penduduk. Maka akan terhasilah petempatan berpusat, berselerak dan berjajar. Taburan penduduk di Asia Tenggara berbeza dengan taburan penduduk di kawasan lain. Hal ini disebabkan oleh perbezaan antara ciri-ciri budaya dan juga fizikal.

3

2.0 OBJEKTIF KAJIAN Pengkaji menjalankan kajian ini berdasarkan kepada empat objektif iaitu: 1. Mengenalpasti struktur dan komposisi penduduk. 2. Membina jadual yang menunjukkan struktur penduduk dan komposisi penduduk. 3. Menjelaskan ciri-ciri penduduk berdasarkan graf piramid penduduk 4. Menghuraikan kesan komposisi penduduk di kawasan kajian. Melalui kajian ini, pengkaji bersyukur dapat menyelesaikan objektif kajian dalam menjadikan faktor utama dalam kajian ini.

4

3.0 LOKASI KAWASAN KAJIAN Ciri-ciri fizikal di kawasan kajian: Kampung Limau Hantu merupakan kawasan pedalaman sedikit dan jauh dari bandar iaitu Machang. Penduduk kampung ini menggunakan sebaik mungkin kawasannya untuk aktiviti pertanian terutamanya untuk penanaman padi sawah. Hampir keseluruhan penduduknya merupakan seorang petani dan bekerja sebagai pesawah. Namun bukan itu sahaja, kampung ini juga menjadi tumpuan penduduk-penduduk kampung jiran yang lain seperti Kampung Pak Roman, Kampung Tandak, Kampung Lubuk Bunut, Kampung Chanor dan Kampung Pangkal Kuang. Hal ini kerana kampung ini terletak di tengah-tengah kawasan mukimnya, Jadi ia amat strategik untuk bercucuk tanam dan memudahkan jentera-jentera pertanian untuk memasuki kawasan ini. Kampung ini juga mempunyai ciri-ciri tanih yang sesuai untuk penanaman kelapa sawit dan getah seperti Aluvium, Laterit dan Gambut. Tetapi penanaman padi sawah lebih dominan berbanding penanaman kelapa sawit dan getah. Hal ini kerana ciri fizikal yang dapat kita lihat di kampung ini ialah kawasan yang berbentuk tanah pamah di samping mempunyai saliran dari anak sungai yang dikenali sebagai Sungai Sat. Sungai ini memberikan sumbangan yang besar untuk menyalurkan air ke petak-petak sawah padi. Oleh sebab itu penanaman padi adalah yang lebih sesuai berbanding penanaman Kelapa sawit dan getah kerana seperti yang kita ketahui padi sawah memerlukan lebih banyak air berbanding penanaman padi bukit. Selain itu, ciri fizikal yang terdapat di kampung ini juga ialah bukit. Sepanjang kawasan penanaman padi ini terdapat bukit yang mengindahkan lagi pemandangan di waktu petang.

5

Ciri Budaya yang terdapat di kawasan kajian: Kampung Limau hantu juga mempunyai kawasan petempatan yang terdiri daripada 60 buah rumah yang mempunyai penduduk seramai 315 orang.Kebanyakan penduduk di Kampung Limau Hantu akan menghabiskan masa ke bendang bagi mencari sumber pendapatan. Selain itu, di kampung in juga mendapat kemudahan pengangkutan seperti jalan raya. Pembinaan jalan raya menyusuri kawasan penanaman padi memudahkan para petani membawa masuk jentera menuai padi dan membajak tanah. Penduduk kampung ini keseluruhannya ialah penganut agama islam oleh sebab itu di kampung ini terdapat masjid yang dikenali sebagai masjid Mukim Limau Hantu. Akhir sekali , kampung ini juga berhampiran dengan sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Pak Roman. Sekolah ini menjadi tempat pengajian anak-anak para petani kerana hampir dan memudahkan mereka untuk menghantar anak-anak dan mengambilnya bila tamat waktu persekolahan.

6

PETA DAERAH MACHANG

Peta 1: Lokasi kajian penduduk dalam Daerah Machang, Kelantan

7

Peta 2: Peta lakaran Bandar Pasir Mas

4.0 KAEDAH KAJIAN Terdapat beberapa kaedah yang dapat digunakan bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang

kajian yang ingin

dijalankan. Melalui kaedah ini, pengkaji telah

mendapati banyak maklumat penting untuk menjalankan penyelidikan ini. Terdapat beberapa kaedah yang telah pengkaji gunakan semasa penyelidikan dijalankan antaranya ialah kaedah soal selidik, pemerhatian dan perpustakaan.

8

Kaedah Soal Selidik Kaedah soal selidik adalah kaedah utama yang pengkaji gunakan dalam kajian ini bagi mengenalpasti umur, jantina dan juga bilangan isi rumah dikawasan kajian. Kaedah soal selidik memudahkan proses bagi mendapatkan data bagi menjalankan sesuatu kajian terutamanya melibatkan masyarakat. Dengan mengunakan kaedah soal selidik memudahkan proses memungut data kerana penyelidik boleh terus kepada responden bagi mendapatkan maklumat yang diinginkan. Dalam kaedah soal selidik, pengkaji telah menyediakan borang soal selidik untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Dalam borang soal selidik tersebut, pengkaji menyatakan beberapa soalan yang dikehendaki dalam mengenalpasti struktur dan komposisi penduduk antaranya ialah soalan tentang jantina, umur, bangsa dan juga jenis pekerjaan yang dilakukan oleh penduduk di kawasan kajian. Penggunaan borang soal selidik telah memudahkan pengkaji untuk mendapatkan maklumat tentang umur penduduk bagi melukis piramid penduduk. Melalui kaedah ini, pengkaji telah memperoleh maklumat yang betul daripada penduduk dikawasan kajian dan maklumat tersebut telah banyak membantu pengkaji dalam menjalankan kajian pengkaji. Kaedah Pemerhatian Kaedah pemerhatian

dapat didefinisikan sebagai satu proses yang sistematik dalam

mendapatkan maklumat tentang kajian yang dijalankan. Melalui kaedah ini turut memberi gambaran tentang perkara yang berlaku di kawasan kajian untuk memudahkan pengkaji menjalankan penyelidikan. Kaedah ini digunakan untuk meninjau kawasan kajian yang ingin dikaji tentang struktur dan komposisi penduduk di Kg Limau Hantu. Kaedah ini dijalankan

menggunakan

beberapa

peralatan yang sesuai untuk mengambil beberapa

gambar yang diperlukan oleh pengkaji

melalui kamera. Penggunaan kamera dapat

9

menjelaskan lagi keadan yang berlaku di kawasan Kg Limau Hantu. Penggunaan kaedah ini juga dapat

membantu

penyelidik untuk

mendapatkan keadaan yang sebenar tentang

kawasan Kg Limau Hantu terutamanya dari segi komposisi penduduk iaitu umur, jantina, bangsa dan juga jenis pekerjaan yang dilakukan oleh penduduk Kg Limau Hantu. Kaedah Perpustakaan Dalam menyiapkan tugasan ini, pengkaji telah merujuk beberapa bahan rujukan bagi menambahkan lagi maklumat untuk menghasilkan sebuah kajian yang lengkap. Antara bahan rujukan yang pengkaji gunakan ialah dengan melayari laman web internet untuk memperbanyakkan lagi maklumat yang diperolehi mengenai kawasan Kg Limau Hantu. Pengkaji juga turut memuat turun bahan-bahan tersebut sebagai bahan rujukan. Selain itu, pengkaji telah menjalankan kaedah penyelidikan perpustakaan iaitu dengan mengunjungi perpustakaan Universiti Pendidikan Sultan Idris iaitu perpustakaan Tuanku Bainun bagi mendapatkan maklumat

tambahan dengan kepelbagaian

sumber yang terdapat di

perpustakaan tersebut, seperti buku ilmiah, akhbar dan majalah akan memudahkan lagi untuk pengkaji menjalankan kajian ini. Segala maklumat yang kami dapat kumpulkan sangat berguna kepada pengkaji untuk menyiapkan kajian pengkaji tentang struktur dan komposisi penduduk di Kg Limau Hantu. Sememangnya kaedah perpustakaan banyak membantu pengkaji dalam menyelesaikan kajian di kawasan Kg Limau Hantu bagi mengenalpasti struktur dan juga kompisisi penduduk.

10

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN a)Membina jadual yang menunjukkan struktur penduduk. Hasil daripada kaedah kajian yang pengkaji gunakan. Pengkaji telah berjaya memperoleh data tentang penduduk kampung Limau Hantu. Jadual di bawah menunjukkan umur penduduk Kg Limau Hantu mengikut jantina. JADUAL STRUKTUR UMUR PENDUDUK KG LIMAU HANTU UMUR

LELAKI

PEREMPUAN

0-4

18

19

5-9

17

18

10-14

15

16

15-19

13

15

20-24

12

13

25-29

11

12

30-34

11

11

35-39

11

11

40-44

10

10

45-49

9

10

50-54

8

9

55-59

8

9

60-64

7

8

65-69

6

6

70-74

4

5

75-79

3

4

11

80-84

2

2

JUMLAH

149

167

12

b)Melukis piramid penduduk dikawasan kajian i) GRAF PIRAMID PROGRESIF

Skala = 2cm : 5 orang penduduk.

13

c) Menjelaskan bentuk dan ciri yang membentuk piramid penduduk Piramid progresif adalah berbentuk kon, iaitu puncak yang tajam atau tirus dan dasar atau tapak yang lebar serta keadaan rerun yang cekung. Setiap elemen terhadap bentuk piramid ini mewakili ciri-ciri kependudukan yang tertentu. Graf diatas menunjukkan tapak piramid yang lebar. Ini mnunjukkan bahawa kadar kelahiran di Kg Limau Hantu adalah tinggi dan menunjukkan kadar kelahiran yang meningkat. Manakala kadar kematian di kampung tersebut semakin merosot dan juga menurun. Ini disebabkan oleh peningkatan taraf kesihatan dan amalan perancan keluaraga yang dibuat kurang berkesan. Kebanyakan penduduk wanita di Kg Limau Hantu masih lagi mengamalkan amalan perkahwinan di peringkat umur yang muda yang telah banyak meningkatkan tahap fertiliti wanita dan seterusnya menambah kelahiran. Graf piramid diatas juga menunjukkan puncak yang sempit dan tajam. Keadaan ini menggambarkan jangka hayat penduduk di kampung tersebut

adalah rendah. Hal ini

bermakna tempoh hidup golongan tua adalah rendah iaitu sedikit yang melepasi angka 80 tahun. Hal ini mungkin disebabkan oleh taraf kesihatan yang tidak mampu untuk mencegah penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, dan jantung yang menyerang golongan tua. Di samping itu, amalan pemakanan yang tidak seimbang dan kurang berzat dalam kalangan penduduk di negara yang sedang membangun juga memendekkan jangka hayat penduduk.

14

d) Menjelaskan faktor yang mempengaruhi penduduk di kawasan tersebut. i) Faktor Sosial Amalan perkahwinan muda diambil kira sebagai faktor sosial yang dapat mempengaruhi kadar kelahiran di sesebuah kawasan. Amalan perkahwinan pada usia muda meningkatkan kadar kelahiran berikutan kadar kesuburan wanita yang tinggi pada usia muda. Kadar kesuburan wanita adalah antara umur 14 hingga 45 tahun. Perkahwinan pada usia muda berkecenderungan memiliki saiz keluarga yang besar berbanding dengan berkahwin pada usia lewat. Terdapat perkaitan yang rapat antara umur seseorang perempuan semasa berkahwin. Seseorang wanita yang berkahwin pada usia 20 tahun atau lebih dikatakan mempunyai purata anak 5.3 oarang berbanding dengan wanita yang berkahwin pada umur kurang daripada 20 tahun. ii) Faktor Ekonomi Kemajuan sains dan teknologi telah menyebabkan sektor pertanian makanan, iaitu bekalan padi mencukupi untuk keperluan penduduk. Dengan kemajuan sains dan teknologi ini penanaman padi boleh dilakukan dua hingga tiga kali setahun, menggunakan benih cepat matang dan rancangan pengairan di kawasan jelapang padi utama. Begitu juga dengan perkembangan revolusi perindustrian telah menyebabkan sumber alam yang ada disesebuah negara dapat dieksploitasi dengan lebih meluas serta membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk. Keadaan ini telah menyebabkan peningkatan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara serta mewujudkan persekitaran kehidupan yang lebih selesa dan baik. iii) Faktor Dasar Kerajaan Dasar juga bermaksud tindakan-tindakan kerajaan yang mempengaruhi atau cuba mempengaruhi keseimbangan antara kelahiran, kematian dan migrasi.Dasar kependudukan yang diamalkan oleh sesebuah negara itu boleh mempengaruhi pertumbuhan dan

15

pengurangan penduduk. Dasar kependudukan dari aspek dasar keluarga dan kebajikan yang Malaysia perkenalkan ialah Dasar 70 juta Penduduk bertujuan untuk menambah jumlah penduduk bagi menampung keperluan tenaga kerja. Untuk menjayakan polisi ini, kerajaan telah cuba memberikan beberapa insentif seperti cuti bersalin 60 hari, kemudahan rawatan percuma dan rebat cukai pendapatan. e) Menghuraikan kesan komposisi penduduk terhadap sosioekonomi penduduk dikawasan kajian i) Kadar kelahiran tinggi kadar kelahiran yang tinggi banyak mendatangkan kesan positif kepada sesebuah kawasan ataupun negara. Kadar kelahiran yang tinggi memyebabkan adanya banyak tenaga kerja dalam bidang ekonomi. Contohnya, di kawasan kajian kami mendapati ramai tenaga kerja yang mampu menyumbangkan tenaga terutamanya dalam bidang pertanian. Kg Limau Hantu masih lagi menjadikan aktiviti pertanian sebagai kegiatan ekonomi yang utama sebagai punca rezeki dalam menampung keperluan harian. Kegiatan penanaman padi yang dijalankan di kampung tersebut masih berjalan dengan baik. Ini disebabkan masih ramai tenaga kerja yang boleh digunakan untuk mengusahakan kawasan sawah. ii) Bilangan penduduk muda. Bilangan penduduk muda di kawasan kajian iaitu Kg Limau Hantu masih ramai. Ini sebenarnya banyak membantu dalam memperkembangkan ekonomi di kawasan tersebut. Ini kerana dalam apa jua bidang ekonomi, tenaga muda tetap diperlukan dalam menjalankan aktiviti ekonomi seperti pertanian dan juga perindustrian. Tenaga kerja yang muda ataupun golongan muda amat diperlukan kerana tenaga mereka masih kuat dalam membuat apa jua kerja. Di Kg Limau Hantu, masih terdapat ramai golongan tenaga muda yang sanggup menjalankan kegiatan pertanian di sawah. Ada sesetengah golongan muda yang tidak

16

berhijrah ke bandar semata, mata untuk mengusahakan sawah peninggalan daripada orang tua. Tenaga muda juga mampu untuk mengeluarkan idea yang baharu bagi meningkatkan lagi pengeluaran padi di kampung tersebut. Sememangnya tenaga muda banyak memainkan peranan dalam meningkatkan tahap ekonomi di kawasan tersebut. iii) Nisbah Tanggungan Bilangan anak yang banyak di kampung Limau Hantu mungkin boleh membebankan keluarga dan juga kerajaan. Terdapat banyak kanak kanak yang tidak membangun dan tidak berpeluang untuk mendapatkan pendidikan kerana faktor kemiskinan dan juga kedaifan keluarga. Apatah lagi jika sesebuah kerajaan miskin sudah tentu kerajaan tidak dapa menyediakan sekolah yang sempurna untuk rakyatnya. Golongan dewasa yang banyak disesebuah kawasan terutamanya di kawasan yang senag membangun menyebabkan nisbah tanggungan menjadi kecil dan rendah. Keadaan ini telah menyebabkan pendapatan per kapita penduduk menjadi tinggi dan taraf hidup rakyat meningkat. f)Menghuraikan tiga peranan kerajaan dalam mempengaruhi struktur penduduk di kawasa kajian Kerajaan sememangnya memberi fokus yang tinggi terhadap perkampunganperkampungan di Malaysia dan tidak hairanlah kawasan perkampungan yang menjadikan pertanian sebagai sumber rezeki mendapat perhatian yang tinggi. Disini dapat kita lihat peranan penduduk Kampung Limau Hantu sendiri seperti Ketua kampung yang menjadi tulang belakang dan suara penduduk untuk memohon bantuan dari pihak kerajaan.Agensiagensi yang memainkan peranan dalam menyalurkan idea dan bantuan modal kepada para petani ialah seperti agensi MARDI, FAMA, PELADANG dan Jabatan Pertanian Malaysia.Hal ini memberi kemudahan terhadap penduduk untuk memasarkan hasil pertanian tidak kira padi atau pun getah secara komersial. Selain itu, kerajaan telah membina

17

kemudahan infrastruktur bagi kampung ini iaitu kemudahan jalan raya sebagai laluan kereta, motorsikal dan juga jentera pertanian. Kemudahan ini memberi kesan yang baik untuk mempercepatkan pemasaran hasil pertanian tersebut. Kerajaan juga membina sistem pengairan sepanjang kawasan pertanian terutamanya padi sawah.Parit ini mendapat sumber air dari sungai yang berdekatan dan disalurkan terus ke petak-petak sawah. Disini juga dapat kita lihat, pembinaan empangan yang dikenali sebagai empangan “Kemuning” memberikan kemudahan kepada penduduk dari segi bekalan air dan juga elektrik ke setiap rumah. Di kampung ini juga terdapat kemudahan sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Pak Roman dan juga masjid. Kebanyakkan penduduk di kampung ini akan menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut berikutan jarak yang dekat dari rumah masing-masing.

18

6.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, penduduk sebagai agen perubahan diukur dari sudut perubahan yang berlaku terhadap perubahan sosioekonomi, sosiobudaya, landskap fizikal dan landskap budaya. Struktur dan komposisi penduduk serta ciri-ciri penduduk mempengaruhi sesebuah graf piramid penduduk seterusnya memberi impak terhadap komposisi penduduk di kawasan kajian. Secara keseluruhannya, penduduk merupakan satu daripada komponen sumber yang penting dan berharga yang boleh diukur secara kuantiti dan kualiti. Umur dan jantina penduduk diukur penduduk yang dilihat dari sudut kumpulan umur produktif dan tidak produktif. Kualiti penduduk diukur daripada segi sifat fizikal, kesihatan, tahap pendidikan, kemahiran, sikap dan etika. Pertumbuhan penduduk yang pesat mendatangkan kesan terhadap ciri-ciri demografi dan sosioekonomi kepada sesebuah negara. Kesan penurunan kadar kelahiran menyebabkan bilangan penduduk tu meningkat. Jumlah penduduk tua semakin meningkat membawa kepada penuaan penduduk. Kesan penuaan penuaan penduduk boleh dilihat pada ciri-ciri demografi sesebuah graf piramid penduduk dan sosioekonomi. Rajah piramid penduduk yang menunjukkan ciri-ciri demografi dan tahap pembangunan sesebuah negara. Model peralihan demografi juga menunjukkan ciri-ciri tertentu pertumbuhan penduduk di sesuatu kawasan.

19

7.0 SENARAI RUJUKAN Colleta dan Kayam, (1987). Pengembangan Wilayah Pedesaan. Bina Aksara. Jakarta.

Suyanto M. (2002). Pemikiran-Pemikiran Sosial.Fakultas Ekonomi Universitas Indonesia.

dalam

Pembangunan

Kesejahteraan

Temubual antara pengkaji dengan Encik Hatta bin Ali, iaitu Ketua Kampung di Kawasan Kg Limau Hantu, Machang, Kelantan, pada 5 Mac 2017.

Rusly Musa & Nurashikin Abdullah (2013). Teks Pra U Geografi Penggal 3 Alam Sekitar Manusia, Petaling Jaya : Pearson Malaysia Sdn. Bhd

Rosnah Haji Salleh & Chek Zainon Shafie (2011), Teks STPM Geografi, Penggal 1, Penerbit : Pelangi Sdn. Bhd.

Portal Rasmi Majlis Daerah Machang, Kelantan, http://www.mdmachang.gov.my/

20

8.0 LAMPIRAN

1. Kemudahan sistem pengairan

2. kawasan pertanian

3. Kemudahan pusat pendidikan

21

4. Kemudahan jalan raya

5. Kemudahan tempat ibadah

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF