Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

May 13, 2019 | Author: Jalalludin Ahmad Ar-Rowi | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Sistem Ta'ayyun Wujud Dan Ontologi Mujaddid Alf Tsani, kajian Maktub 122: Daftar Jilid 3...

Description

Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

tβθ3 ä ùs σ÷ ?è ’ 4 Τ¯ 'r ùs ( …νç ‰ ß ‹èÏ ƒã Ν § Oè , t =ù ƒs :ø #$ #( τä ‰ y ö7ƒt ! ª #$ ≅ È %è 4 …νç ‰ ß ‹èÏ ƒã Ν § Oè , t =ù ƒs :ø #$ #( τä ‰ y 7ö tƒ Β¨ /3 ä ←Í %! .x u ° à ΒÏ ≅ ö δ y ≅ ö %è Bertanyalah kepada mereka wahai Muhammad ‫ﷺ‬: “Adakah di antara makhluk-makhluk yang kamu sekutukan dengan Tuhan itu, sesiapa yang mula menciptakan sesuatu kejadian kemudian ia mengembalikan adanya semula pada Hari Qiyamat?” Katakanlah: “Allah jualah yang mula menciptakan sekalian makhluk, kemudian Dia mengembalikan adanya semula untuk menerima balasan, oleh itu mengapa kamu rela dipalingkan kepada menyembah yang lain?” [10:34]

@ïuìÛìnãëc@æa†@†ìuë@åČîÈm@ánî @

ïãbrÛa@ÑÛc@†‡ª@p‹›y@ Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi

Hadhrat Mujaddid Alf Tsani K Ka ajjiia an nM Ma ak kt tu ub b 112222,, D Da afft ta ar r JJiilliid d 33,, M Ma ak kt tu ub ba at t IIm ma am mR Ra ab bb ba an nii Oleh: Hadhrat Sufi Irshad Alam Terjemahan: Hadhrat Faqir Muhammad Tahair Bin ‘Abdur-Rahman Suntingan & Nazhar Farmudah: Hadhrat Faqir Maulawi jalalludin Ahmad Ar-Rowi Terbitan & Edaran:

Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits Markazi Khanqah Abul-Khaliliyyah Naqsyabandiyyah Mujaddidiyyah Akademi Khanqah Ruhani Bazi, Madrasah Ulul Azmi Batu Caves, Gombak, Selangor Darul Ehsan 1436H/2015M

© 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

1

Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Ini adalah terjemahan dan kajian ke atas Maktubat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani – Daftar Jilid 3: Surat 122 yang telah dituliskan kepada Hadhrat Maulana Hassan Dehlawi yang membincangkan Haqiqat Muhammad ‫ﷺ‬, pendapat Ibnu ‘Arabi dan Shifat Wujud. Bismillaahir-Rahmaanir-Rahiim Alhamdulillahi Wa Salamun ‛Ala ‛Ibadihil-Ladzinash-Shtafa

Haqiqat Muhammad ‫ﷺ‬ Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬adalah ciptaan yang paling mulia. Haqiqat Muhammadi ‫‘ ﷺ‬Alaihi Minash-Shalawatu Afdhaluha Wa Minat-Taslimatu Akmaluha adalah penzahiran Zhuhur yang pertama, ianya adalah Haqiqatul-Haqaiq yakni Haqiqat bagi segala Haqiqat. Semua Haqiqat yang lain adalah seperti bayangan Zhilalnya, samada Haqiqat Nabi-nabi atau Haqiqat Malaikat yang agung. Ia adalah Asal Haqiqat-haqiqat. Nabi ‫ ﷺ‬telah bersabda,

‫أَﱠو ُل َﻣﺎ َﺧﻠَ َﻖ ﷲُ ُرْو ِﺣﻲ‬ “Yang pertama sekali diciptakan oleh Allah ialah Ruhku!” [As-Suyuthi] Baginda ‫ ﷺ‬juga telah bersabda, “Sesungguhnya Allah menjadikanku dari Nur ZatNya dan menjadikan orang Mukmin dari Nurku”. [Hadits: ‘Abdul Haqq Ad-Dehlawi, Madarij AnNubuwwah) Oleh yang demikian, semestinya Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬itu adalah Wasilah atau Wasithah di antara semua Haqiqat dengan Haqq Ta’ala. Dan tidak seorang pun yang akan mencapai maksudnya tanpa Wasilah Nabi ‫ﷺ‬. Oleh kerana Baginda ‫ ﷺ‬adalah Nabi kepada Para Nabi dan kedatangannya adalah sebagai Rahmat kepada seluruh alam, atas sebab inilah Nabi Ulul ‘Azmi, walaupun sebagaimana dengan asal kewujudan, adalah Nabi-Nabi ingin menjadi pengikutnya dan berharap untuk dimasukkan di kalangan Umatnya, sepertimana yang telah diriwayatkan oleh Nabi ‫ ﷺ‬di dalam Hadits.

© 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

2

Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

Kepunyaan Khas Ummat Nabi Muhammad ‫ﷺ‬ Soalan 1: Apakah kesempurnaan tersebut yang bergantung kepada menjadi pengikut Nabi Muhammad ‫ ?ﷺ‬Dan Nabi-Nabi yang lain tidak dapat mencapai kesempurnaan tersebut walaupun mereka memiliki khazanah Kenabian? Jawaban 1: Kesempurnaan tersebut adalah Wushul dan Ittihad dengan Haqiqat bagi segala Haqiqat, iaitu Haqiqat Muhammad ‫ﷺ‬. Dan engkau boleh Wushul dan Ittihad dengannya hanya jika dirimu adalah pengikut dan pewaris secara Tab‛iyyat dan Wiratsat Nabi Muhammad ‫ﷺ‬. Sebenarnya, untuk Wushul dan Ittihad dengannya adalah bergantung dengan Fadhzal Ilahi. Dan pemilikan Fadhzal Ilahi dengan bahagian yang banyak adalah di kalangan Ummat Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬iaitu Wali di kalangan Wali yang Khawash. Dan sekiranya seseorang itu bukan di kalangan Ummat Nabi Muhammad ‫ﷺ‬, seseorang itu tidak dapat mencapai kesempurnaan khazanah Wushul dan Ittihad dengan Haqiqat Muhammad ‫ﷺ‬, dan tirai hijab perantaraan di antara seseorang itu dengan Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬tidak terangkat, dan tirai hijab perantaraan akan terangkat hanya melalui Ittihad dengan Haqiqat Muhammad ‫ﷺ‬. Inilah sebabnya, Allah telah berfirman,

>π¨Βé& uöyz öΝçGΖä. “Kamulah sebaik-baik Ummat” [3:110] Baginda Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬adalah lebih Afdhal dari setiap seorang daripada Para Nabi dan setiap satu daripada Para Malaikat yang mulia. Begitu juga, Baginda ‫ ﷺ‬adalah lebih Afdhal dari kesemua mereka yang dihimpunkan bersama. Sepertimana Ashal adalah lebih Afdhal dari setiap satu bayangan Zhilalnya, malahan sekiranya bayangan Zhilal tersebut mengandungi beribu bayangan Zhilal yang bertindih dengan yang lain. Apa sahaja Faidhz yang terlimpah ke atas bayangan Zhilal, ianya telah diterima dari Tuhan melalui Wasilah Wasithah dan pengikutan Thufaili daripada Ashal, iaitu Haqiqat Muhammad ‫ﷺ‬. Faqir telah menerangkan dalam Maktubat bahawa Nuqthah Fawqah yang di atas adalah lebih tinggi daripada kesemua Nuqthah Tahtah yang berada di bawah, yang seumpama bayang-bayangan Zhilal kepada Nuqthah di atas. Nuqthah di atas adalah seumpama Ashal dan kesemua Nuqthah di bawah adalah seumpama bayangan Zhilal kepada Asal. Dan bagi Para ‘Arifin, sekiranya dia menyeberangi Nuqthah yang di atas, ianya adalah pencapaian yang lebih tinggi berbanding dengan sekiranya dia menyeberangi kesemua Nuqthah yang berada di bawah.

© 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

3

Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬Adalah Hubbi Soalan 2: Berdasarkan kepada keterangan ini, ia membuktikan bahawa Wali yang Khawash di kalangan Umat Muhammad ‫ ﷺ‬yang telah Wushul dan Ittihad dengan Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬ini adalah lebih tinggi daripa Para Nabi? Jawaban 2: Tidak ada yang sedemikian telah ditetapkan. Yang telah ditetapkan hanyalah mereka yang Khawash di kalangan Umat ini memiliki sebahagian daripada khazanah tersebut, iaitu Wushul dan Ittihad dengan Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬sementara itu, Para Nabi yang lain tidak memiliki bahagian tersebut. Masih juga, Para Nabi yang lain adalah lebih tinggi kerana mereka dihiasi dan ditinggikan secara Ikhtisas dengan berbagai kesempurnaan yang lain selain daripada Wushul dengan Haqiqat Muhammad ‫ﷺ‬. Malah, bagi mereka yang Khawash dari Khawash di kalangan Umat Muhammad ‫ ﷺ‬ini yang telah mencapai kemajuan pada tahap yang tertinggi, kepalanya tidak sampai ke telapak kaki dari kalangan Nabi yang terendah. Jadi, di manakah kemungkinan kesamaan atau ketinggian mereka yang Khawash di kalangan Umat Muhammad ‫ ﷺ‬terhadap Para Nabi? Allah telah berfirman,

tÎ=y™ößϑø9$# $tΡÏŠ$t7ÏèÏ9 $oΨçGuΗÍ>x. ôMs)t7y™ ô‰s)s9uρ “Dan demi sesungguhnya, telah ada semenjak dahulu lagi ketetapan Kami bagi hambahamba Kami yang diutus menjadi Rasul.” [37:171] Dan sekiranya seseorang di kalangan pengikutnya, sebagai hamba Thufail yang tidak dijemput dan sebagai teman pengiring yang mengikuti Tabi‛iyyat Nabinya telah sampai ke Maqam yang lebih tinggi dari Para Nabi, maka dia telah sampai ke sana adalah sebagai seorang hamba atau seorang pengikut. Semua orang tahu bahawa seorang hamba tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan rakan-rakan tuannya melainkan hanya sebagai hamba. Pada setiap masa, seorang hamba akan menjadi hamba pengiring atau Thufaili, sebagai hamba yang tidak dijemput yang mengiringi tuannya yang merupakan tetamu kehormat. Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬iaitu Haqiqat kepada segala Haqiqat adalah Ta’ayyun dan penzahiran Cinta Zhuhur Hubbi. Cinta tersebut adalah Mabda permulaan penzahiran dan Mansya punca penciptaan seluruh Makhluqat. Dalam sebuah Hadits Qudsi,

ِ ‫ف‬ ْ ‫ﺖ‬ َ ‫اﳋَْﻠ َﻖ ِﻷُ ْﻋَﺮ‬ َ ‫ﺖ أَ ْن أُ ْﻋَﺮ‬ ُ ‫ف ﻓَ َﺨﻠَ ْﻘ‬ ُ ْ‫ﺖ َﻛﻨْـًﺰا ﳐَْﻔﻴﺎ ﻓَﺄَ ْﺣﺒَـﺒ‬ ُ ‫ُﻛْﻨ‬ “Kuntu Kanzan Makhfiyyan. Fa-Ahbabtu An U‛Rafa. Fakhalaqtul-Khalqa Li-U‛Rafa.” “Daku adalah khazanah tersembunyi dan Daku ingin diketahui. Kerana itu lalu Daku menciptakan Makhluq agar Daku diketahui.

© 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

4

Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

Hadits ini membuktikan bahawa yang pertama-tama sekali terbit daripada khazanah tersembunyi adalah Cinta Hubbi. Ianya iaitu Cinta Ilahi adalah sebab bagi penciptaan makhluk-makhluk Khalaiq. Sekiranya Cinta Ilahi ini tiada, makhluk-makhluk yang lain tidak akan diwujudkan. Sebaliknya, alam semesta akan tetap teguh dan tertanam di dalam ‘Adam ketiadaan. Rahsia sebuah Hadits Qudsi,

‫ﺖ ْاﻷَﻓْ َﻼ َك‬ ُ ‫ﻟَ ْﻮ َﻻ َك ﻟَ َﻤﺎ َﺧﻠَ ْﻘ‬

“Law Laka Lama Khalaqtul-Aflaka” “Kalau bukan keranamu, tidak akan Aku ciptakan angkasa raya,” sebenarnya terletak di sini. Dan haqiqat sebuah Hadits Qudsi,

َ‫ت اﻟﱡﺮﺑـُ ْﻮﺑِﻴﱠﺔ‬ ُ ‫ﻟَ ْﻮ َﻻ َك ﻟَ َﻤﺎ أَﻇْ َﻬ ْﺮ‬

“Law Laka Lama Azhartu Ar-Rububiyyata” “Kalau bukan keranamu, tak akan Daku menzahirkan RububiyatKu” hendaklah dicari di sini.

Ta’ayyun Pertama Adalah Ta’ayyun Hubbi Soalan 3: Ibnu ‘Arabi, penulis kitab Futuhat Makkiyyah, telah mengatakan bahawa Ta’ayyun Awwal iaitu Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬adalah Ta’ayyun Hadhrat ‘Ilmi Ijmali. Sebaliknya, di dalam penulisan Tuan Hadhrat sebelum ini, telah mengatakan bahawa Ta’ayyun Awwal adalah Ta’ayyun Wujudi. Tuan Hadhrat telah berpendapat bahawa pusatnya iaitu bahagian Asyraf dan Asbaq yang paling mulia dan paling awal mendahului adalah Haqiqat Muhammad ‫ﷺ‬. Dan Tuan telah menegaskan bahawa Ta’ayyun Hadhrat ‘Ilmi Ijmali sebagai bayangan kepada Ta’ayyun Wujudi. Dan sekarang ini, Tuan Hadhrat telah menuliskan bahawa Ta’ayyun Awwal adalah Ta’ayyun Hubbi dan itulah Haqiqat Muhammad ‫ﷺ‬. Bolehkah kiranya Tuan menyusun semula kenyataan yang saling bercanggahan ini? Jawaban 3: Selalunya akan berlaku, bahawa bayangan sesuatu benda menunjukkan dirinya sebagai Ashal benda tersebut dan menarik Salik ke arahnya. Oleh itu, dua Ta’ayyun tersebut iaitu Ta’ayyun ‘Ilmi Ijmali dan Ta’ayyun Wujudi adalah Ta’ayyun yang pertama sekali yang akan kelihatan bagi Para ‘Arifin semasa ‘Urujnya sebagai Ashal Ta’ayyun, yang pada Haqiqat sebenarnya adalah Ta’ayyun Hubbi.

Ta’ayyun Kedua Adalah Wujudi Soalan 4: Bagaimana mungkin Tuan Hadhrat boleh mengatakan bahawa Ta’ayyun Wujudi adalah bayangan Zhilal bagi Ta’ayyun Hubbi? Apabila Wujud datang sebelum Cinta dan Cinta adalah salah satu cabang Wujud? © 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

5

Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

Jawapan 4: Faqir telah membuktikan di dalam Maktubat bahawa Haqq Ta’ala Wujud dengan ZatNya, bukannya Wujud dengan memerlukan Shifat Wujud. Begitu juga, Lapan Shifat Wajib, Wujud dengan Zat Wujubi bukannya dengan Shifat Wujud. Ini kerana kedua-dua Wujud and Wujub sama sekali tidak ada peluang di sana untuk Wujud pada Martabat La Ta’ayyun itu kerana kedua-duanya adalah hanya I’tibarat. Untuk mengadakan alam semesta supaya Wujud secara Ijad, I’tibar pertama yang dijadikan adalah I’tibar Hubbi. Apa yang dijadikan seterusnya adalah I’tibar Wujud yang merupakan permulaan untuk mengadakan alam semesta supaya Wujud. Tanpa kedua-dua I’tibar ini, I’tibar Hubbi dan I’tibar Wujud, Zat Wajib tidak bergantung Istighna kepada alam semesta atau mengadakan alam semesta menjadi Wujud. Sepertimana ayat Al-Quran,

tÏϑn=≈yèø9$# Çtã ;Í_tós9 ©!$# ¨βÎ) “Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya tidak memerlukan sesuatu dari alam semesta.” (29:6) Ta’ayyun seterusnya adalah sama dengan Ibnu ‘Arabi. Engkau mungkin tidak dapat memerhatikan apa-apa Shifat di sana iaitu pada peringkat di mana Shifat-shifat belum lagi Muta’ayyin ditentukan. Engkau boleh mengatakan mengatakan bahawa Ta’ayyun ‘Ilmi Ijmali adalah bayangan Zhill bagi dua Ta’ayyun sebelumnya iaitu Ta’ayyun Hubbi dan Ta’ayyun Wujudi, dengan menganggap bahawa dua Ta’ayyun tersebut adalah I’tibar Zat yang bertakluk dengan Shifat. Dan Shifat adalah seperti bayangan Zhill Zat Tuhan dan Ta’ayyun ‘Ilmi Ijmali ini adalah bayangan Zhill bagi Ta’ayyun Hubbi dan Ta’ayyun Wujudi. Hendaklah engkau ketahui bahawa apabila engkau memerhatikan dengan pemerhatian yang mendalam terhadap Ta’ayyun Awwal atau Ta’ayyun Hubbi, dengan limpah kurniaNya engkau akan mengetahui bahawa Markaz bagi Ta’ayyun Awwal tersebut adalah Hubbi atau Haqiqat Muhammad ‫ﷺ‬. Dan lingkaran Ta’ayyun tersebut adalah berbentuk bulatan dalam bentuk misalan. Dan lingkaran itu adalah seperti bayangan Zhill kepada pusat Markaz tersebut, dan ianya dipanggil sebagai Khullat atau Haqiqat Ibrahim ‫ﷺ‬. Oleh itu, Hubbi adalah Ashal dan Khullat sebenarnya adalah bayangan Zhill Hubbi. Pusat Markaz ini dan lingkaran luaran bulatan tersebut, kedua-duanya bersama-sama terzahir sebagai Ta’ayyun Awwal. Bahagian bulatan adalah yang paling Asyraf kemuliaan dan paling Asbaq ketinggian adalah Markaz pusatnya dan ianya adalah Hubbi. Apabila dipandang dengan pandangan Kasyaf, bahagian pusat bulatan terzahir sebagai Ta’ayyun Hubbi dan bahagian tersebut adalah Ashal dan bahagian tersebut adalah lebih menguasai. Lingkaran luaran bulatan tersebut adalah seperti bayangan Zhill kepada pusatnya dan lingkaran luaran adalah terbentuk daripada pusatnya. Dari sudut pusat bulatan tersebut, kita mengetahui bahawa pusat tersebut adalah Ashal dan Mansya puncanya iaitu lingkaran luaran bolehlah dianggap sebagai Ta’ayyun Kedua. Namun, pandangan Kasyfi tidak menunjukkan dua Ta’ayyun. Sebaliknya, ianya adalah satu © 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

6

Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

Ta’ayyun yang merangkumi Hubbi dan Khullat, dan satu Ta’ayyun itu adalah mengandungi satu pusat dan lingkaran luaran bulatan. Dalam pandangan Kasyfi, Ta’yyun Kedua adalah Ta’ayyun Wujudi dan ianya seperti bayangan Zhill kepada Ta’ayyun Pertama yang telah diterangkan tadi. Oleh kerana pusatnya adalah Ashal bagi lingkaran bulatan yang meliputi, maka untuk mencapai maksud untuk sampai ke Ashal, tidak ada pilihan lain bagi lingkaran bulatan mestilah menggunakan Wasilah pusatnya. Pusatnya adalah Ashal dan Ijmal bagi bulatan tersebut. Oleh yang demikian, seseorang akan Wushul ke maksud tuntutannya hanya dengan jalan yang akan melalui pusat Markaz tersebut. Penerangan ini menjelaskan bahawa Habibullah ‫ ﷺ‬dan Khalilullah ‫ﷺ‬, kedua-duanya saling berkait rapat dan bergabung. Di sini, Ashal adalah Wasilah bagi bayangan Zhill untuk Wushul kepada maksud yang dituntut. Maka justeru itu, Hadhrat Khalilullah Nabi Ibrahim ‫ ﷺ‬akan memohon Wasilah Hadhrat Habibullah Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬dan berkeinginan untuk masuk menjadi di kalangan Umatnya sepertimana yang telah diriwayatkan di dalam Hadits.

Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬Dan Jalan Nabi Ibrahim ‫ﷺ‬ Soalan 5: Apabila hubung-kait mereka adalah sebegini yang mana Nabi Muhammad ‫ﷺ‬ adalah jauh lebih tinggi martabat ketinggiannya dari Nabi Ibrahim ‫ﷺ‬, maka mengapa Habibullah ‫ ﷺ‬telah diarahkan untuk mengikuti jalan Nabi Ibrahim ‫ ?ﷺ‬Apakah maksudnya? Dan dalam Shalawat Nabi ‫ ﷺ‬telah berdoa, “Sebagaimana Engkau Shalawatkan dan Salam ke atas Ibrahim.( Kamaa Shallayta Wa Sallamta ‘Alaa Ibrahim)?” Jawapan 5: Haqiqat sesuatu perkara yang dimaksudkan di sini bahawa Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬lebih tinggi martabat kedudukannya dan lebih dekat ianya kepada Allah Ta’ala, lebih banyak mengandungi lokus penzahiran Haqiqat tersebut di dalam Alam Unsur iaitu dalam bentuk tubuh Nabi Muhammad ‫ﷺ‬. Dan Haqiqat tersebut iaitu Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬akan lebih banyak dibaluti dengan shifat kemanusiaan atau Basyariyyat. Oleh itu, adalah semakin sukar bagi lokus penzahiran Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬apabila dia hidup dalam bentuk fizikal untuk ‘Uruj kepada Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬tersebut. Nabi Ibrahim ‫ ﷺ‬yang telah dikurniakan dengan Shifat Khullat adalah jalan yang lebar untuk sampai kepada Haqiqat Ibrahim ‫ﷺ‬, dan Haqiqat Ibrahim ‫ ﷺ‬terletak dekat dengan Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬sepertimana yang telah dikatakan sebelum ini. Dan Hadhrat Nabi Ibrahim ‫ﷺ‬ telah sampai ke Haqiqat Ibrahim ‫ ﷺ‬melalui jalan tersebut. Oleh sebab itulah, Hadhrat Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬telah diperintahkan untuk sampai ke Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬dengan mengikuti jalan Ibrahim ‫ﷺ‬, kerana jalan membawa kepada Haqiqat Ibrahim ‫ ﷺ‬adalah lebih dekat dengan Haqiqat Muhammad ‫ﷺ‬. Dalam Shalawat semasa Shalat, Hadhrat Sarwar Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬telah menyarankan kepada kita untuk berdoa bershalawat memohon keberkatan sebagaimana yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim ‫ ﷺ‬tetapi Baginda ‫ ﷺ‬telah menyarankan kepada kita hanya selepas Baginda ‫ ﷺ‬telah sampai ke Daulat kemuliaan © 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

7

Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

mencapai Haqiqat Muhammad ‫ﷺ‬. Sebaliknya, boleh juga kita katakan bahawa sekiranya seorang yang tinggi kedudukannya diarahkan untuk mengikuti seorang yang lebih rendah kedudukannya, maka dalam arahan untuk mengikuti ini, beliau tidak perlu mempunyai suatu kelemahan. Sepertimana Allah Ta’ala telah memerintahkan Nabi Muhammad ‫ﷺ‬ untuk bermesyuarat dengan Para Sahabat,

( Íö∆F{$# ’Îû öΝèδö‘Íρ$x©uρ “Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam sesuatu hal perkara. [3:159] Bersama dengan perintah untuk bermesyuarat dengan Para Sahabat, datang juga perintah untuk mengikuti mereka. Atau sebaliknya apakah faedahnya mesyuarat?

Haqiqat Abu Bakar Dan Haqiqat Israfil Haqiqat Hadhrat Abu Bakar Ash-Shiddiq adalah Nama Ilahi Murabbinya iaitu Mabda Ta’ayyunnya. Dan ianya adalah terus secara langsung bayangan Zhill bagi Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬dengan tanpa apa-apa perantaraan di antara kedua-duanya. Haqiqat Abu Bakar adalah bayangan secara langsung. Dan oleh yang demikian, ianya adalah pengikut dan pewaris langsung Haqiqat Muhammad ‫ﷺ‬. Oleh itu, apa sahaja yang terdapat di dalam Haqiqat Muhammad ‫ﷺ‬, kesemuanya terdapat di dalam bayangan Zhill secara langsung iaitu Haqiqat Abu Bakar. Atas sebab inilah, Hadhrat Abu Bakar Ash-Shiddiq adalah pewaris yang paling Akmal sempurna dan paling Afdhal di kalangan Umat Muhammad ‫ﷺ‬. Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬telah bersabda,

‫ﻣﺎ ﺻﺐ ﷲ ﺷﻲء ﰲ ﺻﺪري إﻻ وﻗﺪ ﺻﺒﺒﺘﻪ ﰲ ﺻﺪر أﰊ ﺑﻜﺮ‬ Ma Shabba Allahu Shay-an Fi Shadri Illa Wa Qad Shababtuhu Fi Shadri Abi Bakrin. “Apa sahaja yang Allah Ta’ala limpahkan ke dadaku, daku telah limpahkan semuanya ke dalam dada Abu Bakar.” Telah disingkapkan juga bahawa Haqiqat Israfil adalah sama dengan Haqiqat Muhammad ‫ﷺ‬. Namun, ianya tidak mempunyai hubungan antara Ashal dan Bayangan Zhilal sepertimana halnya kaitan hubungan antara Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬dan Haqiqat Abu Bakar. Di sana, Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬adalah Ashal dan Haqiqat Abu Bakar adalah bayangan Zhilal. Sebaliknya, dalam hal ini kedua-dua Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬dan Haqiqat Israfil adalah Ashal dan kedua-duanya bukanlah bayangan Zhilal bagi yang lain. Bagaimanapun, terdapat perbezaan di antara Kulliyyat keseluruhannya dan juzuk-juzuk Juziyyatnya. Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬adalah pemimpin secara Kull keseluruhannya dan sebab itulah Haqiqat bagi pemimpin tersebut telah dinamakan dengan namanya iaitu Haqiqat Muhammad ‫ﷺ‬. Haqiqat-haqiqat bagi semua Malaikat yang lain telah dijadikan daripada Haqiqat Israfil.

© 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

8

Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

Ahli SHufi Yang Mengatasi Haqiqat Dirinya Soalan 6: Mungkinkah seorang Shufi yang telah ‘Uruj sehingga sampai ke Haqiqat dirinya iaitu Nama Ilahi, Murabbinya kemudian boleh ‘Uruj lagi menaik ke atasnya? Jawaban 6: Sayr Ilallah dilengkapkan apabila seorang Shufi Wushul kepada Haqiqat selepas menempuh melalui peringkat-peringkat Suluk. Dan ianya dilengkapkan dengan dua cara. Cara Pertama Cara pertama adalah Wushul bukannya sehingga ke Haqiqat Nama Ilahi, tetapi sebaliknya sehingga ke bayang dari bayangan Nama, semasa bayang menunjukkan dirinya sebagai Haqiqat diriNya. Dan Haqiqat tersebut menunjukkan dirinya sebagai Haqiqat kewujudannya dan sebagai lokus penzahiran dalam Nama Ilahi pada Mazhahir yang wajib baginya. Kesannya, akan kelihatan bahawa bayangan Nama Ilahi tersebut adalah seolaholah Haqiqat itu sendiri. Kekeliruan sebegini terjadi pada banyak tempat atas jalan ini. Ianya adalah lembah yang berbahaya bagi Para Salikin. Hanyalah semata-mata dengan Rahmat Allah Ta’ala, Salik akan diselamatkan daripada lembah ini. Tidak ragu-ragu bahawa seseorang mungkin boleh mendapat peningkatan menaiki sehingga ke atas bayang ini yang kelihatan seperti Haqiqat, bahawa sebenarnya ianya memang berlaku. Cara Kedua Cara kedua adalah dia Wushul sehingga ke Haqiqat dirinya. Dalam hal ini, dia mungkin tidak dapat meningkat naik melebihinya tanpa perantaraan yang mengiringi dan mengikuti secara Thufailiyyat dan Tabi‛iyyat orang yang lain kerana Haqiqat tersebut adalah penghujungan Nihayat bagi Isti’dad kesediaannya, yang akan membawanya pergi. Bagaimanapun, sekiranya melalui perantaraan orang lain, dia dibawa ke Haqiqat orang lain yang berada di atas Haqiqat dirinya, maka, dia mungkin akan mencapai peningkatan lalu mengatasi Haqiqat dirinya untuk sampai ke Haqiqat yang lebih tinggi. Adalah dikatakan bahawa perjalanan ini adalah Sayr Qasri iaitu perjalanan dengan dipaksa, dimana seseorang mendapat peningkatan bukannya dengan kemampuannya tetapi dengan menggunakan kemampuan orang lain. Dan dia mencapai peningkatan maju ke tahap yang melampaui apa yang sepatutnya semula jadi secara Tabi’i untuknya atau yang mana dia bersedia secara Isti’dadi untuknya. Sebahagian kecil dari perkara ini telah dinyatakan pada bahagian sebelum ini, dalam menjelaskan tentang Wushul ke Haqiqat Muhammad ‫ﷺ‬.

Perjalanan Mengatasi Haqiqat Muhammad ‫ﷺ‬ Soalan 7: Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬adalah Haqiqat kepada semua Haqiqat yakni Haqiqatul-Haqaiq. Tiada Haqiqat daripada Haqiqat yang Mumkinat yang berada di atas © 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

9

Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

mengatasi Haqiqat Muhammad ‫ﷺ‬. Maka, bagaimana mungkin seseorang boleh menaiki mengatasinya? Bagaimanapun, Tuan Hadhrat telah menulis dalam tulisan Tuan bahawa, “Telah mencapai peningkatan yang di atas Haqiqat Muhammad ‫”ﷺ‬. Apa yang Tuan Hadhrat maksudkan dengan ini? Jawaban 7: Tidak! Tidak ada seorang pun yang mungkin dapat mencapai peningkatan yang di atas Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬kerana di atas Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬terletaknya martabat La Ta’ayyun. Tidak ada Muta’ayyun yang boleh Wushul dan bergabung kepada martabat La Ta’ayyun ini. Sesetengah orang mengatakan bahawa Shufi mungkin boleh mencapai peningkatan yang di atas Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬dan sampai ke La Ta’ayyun dan mereka memberikan alasan dengan mengatakan bahawa Wushul dan bergabung kepada martabat La Ta’ayyun adalah “Tanpa Bagaimana” yakni tanpa Kaifiyyat kebagaimanaan. Namun, bercakap dengan cara sedemikian bukanlah bercakap dengan fasih dan betul kerana ianya adalah percakapan yang sia-sia. Mereka mendapat ketenangan dengan percakapan yang sia-sia kerana mereka belum lagi mencapai kefahaman yang benar tentang kaitan hubungan di antara Wujubi yang La Ta’ayyun dan Mumkinat Muta’ayyun yang dapat ditentukan. Apabila faqir menuliskan, “Telah mencapai peningkatan yang di atas Haqiqat Muhammad ‫”ﷺ‬, apa yang faqir maksudkan dengan Haqiqat tersebut adalah sebenarnya bayangan bagi Haqiqat tersebut. Apa yang faqir harus nyatakan adalah “Telah mencapai peningkatan yang di atas bayangan Zhill Haqiqat Muhammad ‫ﷺ‬.” Dan apa yang faqir maksudkan dengan Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬di sana adalah sebenarnya bermaksud Ta’ayyun Hadhrat ‘Ilmi Ijmali atau Wahdat. Pada masa itu, faqir masih keliru di antara bayangan Zhill Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬iaitu Ta’ayyun ‘Ilmi Ijmali dengan Ashal. Adalah dengan limpahan Rahmat Ilahi semata-mata, apabila faqir telah dibebaskan daripada kesemua bayangan dan mencapai peningkatan Mukasyafah yang lebih tinggi, faqir mendapati bahawa seseorang itu tidak mungkin dapat untuk mencapai peningkatan yang di atas Haqiqat kepada semua Haqiqat iaitu Haqiqat Muhammad ‫ﷺ‬. Bahkan, bahawa ianya benar-benar mustahil sekiranya seseorang mengangkat kakinya dan melangkah keluar dan meninggalkan Daerah Imkan dan meletakkan kakinya ke dalam Daerah Wujubi. Dan ianya adalah mustahil dari segi kedua-dua pemikiran ‘Aqli dan hukum Syar’i. Soalan 8: Dengan pengesahan di atas, ianya menunjukkan bahawa Hadhrat Nabi Muhammad ‫ﷺ‬, penutup bagi Para Nabi tidak mencapai ke peringkat yang mengatasi Haqiqat Muhammad ‫ﷺ‬, adakah ianya benar? Jawaban 8: Bahawa Hadhrat Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬memiliki kedudukan yang tinggi dan martabat yang dimuliakan. Namun, beliau adalah sentiasa termasuk dalam perkara Imkani dan beliau tidak akan meninggalkan Daerah Imkan atau mencapai penyatuan dengan Yang Wajib, ianya akan bermaksud bahawa beliau akan berubah menjadi Tuhan Uluhiyyat. Bagaimanapun, Allah Ta’ala ‫ ﷻ‬adalah di luar dari memerlukan sebarang sekutu. © 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

10

Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

Da’ Ma Adda’atu An-Nashara Fi Nabihim. Apa yang orang Kristian katakan tentang Nabi mereka, Janganlah berkata sedemikian tentang Nabiku.

Mencapai Haqiqat Muhammad ‫ﷺ‬: Perbezaan Di Antara Nabi Dan Wali Soalan 9: Daripada pengesahan di bahagian sebelum ini, adalah jelas bahawa Muslim yang lain sebagai Thufaili hamba pengiring dan pewaris tuannya iaitu Baginda Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬mungkin dapat mencapai Haqiqat kepada semua Haqiqat. Dan mungkin terbentuklah suatu jenis penggabungan dan penyatuan dengan Haqiqat Muhammad ‫ﷺ‬ tersebut dan kemudiannya mendapat sebahagian dari kesempurnaan kemuliaannya. Malah, Hijab penghadang di antara mereka dan Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬telah diangkat dan perantaraan telah dihapuskan dan mereka mencapai martabat kesempurnaan yang tertinggi. Sekiranya sedemikian, maka apakah perbezaan di antara pengikut yang Khawash dan pemimpinnya iaitu Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬atau di antara tetamu kehormat yang asli dan hamba pengiring yang Thufaili dalam kesempurnaan ini? Dan apakah ketinggian pemimpin dan tetamu kehormat ke atas pengikutnya dan hamba pengiring? Jawaban 9: Mereka yang telah Wushul sampai dan Ilhaq bergabung dengan Haqiqat Muhammad ‫ﷺ‬, dapat berbuat demikian dengan cara sebagaimana seorang hamba yang beserta dengan tuannya, atau hamba pengiring yang mengiringi tetamu kehormat. Walaupun mereka yang telah mencapainya adalah Khawashul-Khawash, yang hanya sedikit jumlahnya, masih lagi dia sendiri adalah hamba. Malah, dalam hal sekiranya dia adalah Nabi, masih lagi dia hanyalah seorang hamba pengiring Thufaili yang makan sisasisa makanan tuannya. Bagaimana mungkin dia adalah sama martabatnya dengan tuannya? Dan di mata tuannya, apakah kehormatan and ketinggian yang dimiliki oleh hamba tersebut? Dia tetap seorang Thufail hamba pengiring, walaupun dia duduk dengan tuannya yang merupakan tetamu kehormat, dan makan bersama dengan tuannya, dia masih lagi seorang hamba pengiring. Sekiranya hamba tersebut sampai ke istana yang besar dan indah bersama-sama dengan tuannya, memakan sisa-sisa makanan yang enak yang dibuat untuk tuannya atau menerima penghormatan, masih lagi dia menerimanya disebabkan oleh ketinggian kedudukan tuannya dan kemulian mengikuti tuannya. Adalah dikatakan bahawa tuannya menerima lebih penghormatan kerana hamba yang mengiringinya, walaupun dia sudah pun memiliki kehormatan yang sudah diberikan kepadanya.

© 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

11

Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

Ganjaran Pemimpin Dan Pengikutnya Tidaklah Sama Tarafnya Dengarlah! Nabi ‫ ﷺ‬telah bersabda, “Sesiapa yang memulakan Sunnah yang baik, ditulis untuknya pahala sepertimana pahala semua orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan pahala mereka para pengamal itu sedikit pun.” [Muslim] Oleh itu, lebih banyak pengikut yang mengikuti pemimpin di atas jalan kebaikan yang didirikannya, lebih banyak ganjaran pahala yang akan diperolehinya. Justeru, bagaimana mungkin seorang pemimpin dan pengikut boleh menjadi sama tarafnya? Apakah persamaan yang boleh engkau fikirkan untuk mereka? Dengarlah! Dengarlah! Segolongan manusia mungkin berada pada Maqam yang sama dan mereka mungkin mendapat bahagian dari khazanah yang sama. Masih lagi, mereka akan dilayan secara berbeza, tetapi tidak seorang pun akan mengetahui tentang yang lain. Di dalam Syurga, isteri-isteri Rasulullah ‫ ﷺ‬akan tinggal bersamanya di tempat yang sama. Mereka akan makan makanan yang sama dan minum minuman yang sama. Namun, mereka tidak akan diberi layanan yang sama sebagaimana Rasulullah ‫ﷺ‬. Begitu juga mereka tidak akan mendapat kenikmatan yang sama dan kepimpinan yang dimiliki oleh Rasulullah ‫ﷺ‬. Walaupun mereka berkongsi semua bahagian mereka dengan Nabi ‫ﷺ‬, keistimewaan Afdhaliyyat yang mereka perolehi tidak akan sama dengan keistimewaan Afdhaliyyat yang diterima oleh Rasulullah ‫ﷺ‬. Sekiranya mereka berkongsi keistimewaan dengan Nabi ‫ﷺ‬, maka sepertimana ketinggian Nabi ‫ﷺ‬, mereka adalah lebih tinggi dari orang awam. Ini kerana, keistimewaan Afdhaliyyat adalah bergantung kepada banyaknya ganjaran di sisi Allah Ta’ala ‫ﷻ‬.

Semua Ta’ayyun Adalah Mumkinat Soalan 10: Ta’ayyun Hubbi iaitu Ta’ayyun Awwal atau Haqiqat Muhammad ‫ﷺ‬, adakah ianya Imkani atau Wujubi? Adakah ianya yang Hadits baharu atau Qadim sedia ada? Ibnu ‘Arabi dalam menulis Fushush, telah mengatakan Ta’ayyun Awwal adalah Haqiqat Muhammad ‫ﷺ‬, yang juga adalah Wahdat. Begitu juga, beliau telah mengatakan Ta’ayyun Kedua adalah Wahidiyyat. Beliau telah menetapkan bahawa ‘Ain Tsabitah atau Haqiqathaqiqat Mumkinat berada pada Martabat Wahidiyyat. Beliau memaggil kedua-dua Ta’ayyun tersebut sebagai Ta’ayyun Wujubi dan menganggapnya sebagai Qadim. Beliau menganggap bahawa tiga Ta’ayyun yang lain iaitu Ta’ayyun Ruhi, Ta’ayyun Mitsali dan Ta’ayyun Jasadi sebagai Ta’ayyun Imkani. Apakah ulasan Tuan Hadhrat Mujaddid mengenai perkara ini? Jawapan 10: Pada pendapat faqir, tidak ada yang berkait dengan Ta’ayyuni atau Muta’ayyuni. Apakah Ta’ayyun di sana yang menjadikan La Ta’ayyuni kepada Muta’ayyuni? Percakapan sedemikian datangnya dari perasaan Dzauq Ibnu ‘Arabi dan © 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

12

Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

pengikutnya semasa mengalami keadaan mabuk keruhanian. Sekiranya perkataan yang sama berlaku dalam tulisan faqir, maka ianya hendaklah dianggap sebagai percakapan yang juga datangnya dari mabuk keruhanian seperti Dzauq yang seumpamanya. Pada setiap masa hendaklah kita ketahui bahawa kedua-dua Ta’ayyun tersebut sebenarnya adalah Ta’ayyun Imkani. Dan ianya adalah dijadikan dan perkara baharu yakni Makhluq dan Hadits. Nabi ‫ ﷺ‬telah bersabda,

‫أَﱠو ُل َﻣﺎ َﺧﻠَ َﻖ ﷲُ ﻧـُ ْﻮِري‬

“Awwalu Ma Khalaqa Allahu Nuri.” [Suyuthi] “Pertama-tama apa yang telah diciptakan oleh Allah adalah cahaya Nurku.” Dalam Hadits yang lain dikatakan bahawa tempoh masa penciptaan Nur tersebut juga telah disebutkan. Sepertimana sabda Nabi ‫ﷺ‬, “Dua ribu tahun sebelum penciptaan alam”. Dan segala yang dijadikan dan yang sebelumnya berada di dalam ketiadaan Wujud adalah Imkani dan Hadits baharu. Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬adalah Haqiqat yang merupakan pendahulu bagi semua Haqiqat-haqiqat. Apabila ianya juga adalah Makhluk dan Mumkinat, maka kesemua Haqiqat-haqiqat yang lain juga adalah Makhluk, Mumkinat dan Hadits. Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬dan juga Haqiqat Mumkinat atau ‘Ain Tsabitah, Syaikh Ibnu ‘Arabi menetapkan ianya sebagai Wujubi dan Qadim? Bukankah ia menakjubkan! Ianya bercanggah dengan sabda Nabi ‫ﷺ‬. Setiap juzuk bahagian Mumkinat adalah Mumkinat. Kedua-dua rupa bentuk Shurat dan Haqiqat, ianya juga adalah Mumkinat. Bagaimana mungkin Ta’ayyun Wujubi boleh menjadi Haqiqat Mumkinat? Haqiqat Mumkinat mestilah Mumkinat juga. Perkara Mumkinat tidak memiliki apa-apa saling kaitan atau hubungan Isytarak dan Intisabi dengan Wujubi, melainkan perkara Mumkinat tersebut hanyalah ciptaan yang Wujubi dan yang Wujubi adalah Penciptanya. Bahawa Syaikh Ibnu ‘Arabi tidak membezakan di antara yang Wajib dan Mumkin dan beliau sendiri mengatakan bahawa tidak ada perbezaan di antaranya. Sekiranya dia memberikan alasan yang sama dan sekiranya dia mengatakan bahawa yang Wajib adalah Mumkinat dan Mumkinat adalah yang Wajib, maka dia janganlah takut. Sekiranya Allah memaafkannya, maka ianya di atas KerahimanNya dan PengampunanNya.

4 $tΡù'sÜ÷zr& ÷ρr& !$uΖŠÅ¡®Σ βÎ) !$tΡõ‹Ï{#xσè? Ÿω $oΨ−/u‘ “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.” [2:286] Soalan 11: Di dalam tulisan sebelum ini, Tuan Hadhrat Mujaddid telah menetapkan kaitan hubungan Ashal-Zhilal di antara Wujubi dan Mumkinat. Dan Tuan Hadhrat telah berkata Mumkinat adalah bayangan Wujubi. Dan Tuan Hadhrat juga telah menuliskan bahawa Wujubi, disebabkan ianya dengan iktibar sebagai Ashal adalah Haqiqat bagi Mumkinat dan Mumkinat adalah bayangannya. Dan Tuan Hadhrat telah menyingkapkan © 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

13

Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

seluruh Ma’rifat yang dipanggil Zhilliyyat berdasarkan kepada kenyataan tersebut. Sekiranya Syaikh Ibnu ‘Arabi mengatakan bahawa Wujubi adalah Haqiqat Mumkinat dalam perkara ini, mengapakan beliau tidak boleh berkata demikian? Kenapa beliau masih dipersalahkan? Jawaban 11: Ma’rifat ini yang menetapkan kaitan hubungan di antara Wujubi dan Mumkinat tidak ada bukti dan dalilnya dalam Syari’at. Kesemua Ma’rifat tersebut adalah Ma’rifat yang terbit dari kemabukan Ruhaniyyah. Ianya disebabkan ketidakmampuan untuk sampai ke Haqiqat kaitan perhubungan di antara yang Wajib dan Mumkinat tersebut. Mumkin Cheh Bud, Ke Zhill-I Wajib Ba Shod Apakah kuasa yang dimiliki oleh Mumkinat? Bahawa mereka boleh menjadi bayangan Yang Wajib. Mengapa Yang Wajib akan memiliki bayangan? Apabila bayangan adalah khayalan Mitsal Mawhum kewujudan bagi perkara yang Ashal, iaitu dalam hal ini adalah Tuhan. Begitu juga bayangan Zhill membuktikan bahawa terdapatnya kelemahan iaitu Ashal tidak sempurna kehalusannya. Apabila Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬tidak memiliki bayang kerana kehalusan jasadnya, maka bagaimana mungkin Tuhan Muhammad ‫ ﷺ‬boleh memiliki bayang? Zat IIahi Wujud di luar dengan ZatNya, Istiqlal tidak bergantungan dan dengan Lapan Shifat-shifatNya, itulah Haqiqat Allah Ta’ala. Selain daripada itu, kesemua yang lain adalah Wujud yang dijadikan dan Dia telah Ijad menjadikannya. Dan oleh itu, kesemua yang telah dijadikan, ianya adalah Mumkinat, Makhluq dan Hadits yang bershifat baharu. Bayangan Pencipta itu sendiri bukannya perkara yang diciptakan. Tiada satu pun yang memiliki apa-apa hubungan dengan Penciptanya, melainkan hubungan Makhluqiyyat iaitu yang telah dijadikan oleh Tuhan. Namun, terdapat beberapa hubungan seperti yang dinyatakan dalam Syari’at seperti kehambaan dan kebergantungan dan sebagainya.

Faedah Pengalaman Zhilliyyat Mengetahui alam semesta sebagai bayangan akan membantu Salik atas jalan ini dalam beberapa cara. Ia menariknya kepada Ashal iaitu Tuhan. Dan apabila dengan kesempurnaan Rahmat dan ‘Inayat Ilahi, dia menempuh melalui peringkat-peringkat Manazil bayangan Zhill dan akhirnya dia sampai kepada Ashal, kemudiannya hanya semata-mata dengan Kurniaan Ilahi, dia dapat menyedari bahawa malah Ashal tersebut yang nampaknya seperti Tuhan memiliki Hukum yang sama dengan bayangan Zhill dan ianya tidak layak sebagai objek Mathlub yang dimaksudkan kerana ianya mempunyai tanda dengan kesan-kesan Mumkinat. Dan objek yang dimaksudkan iaitu Tuhan, adalah di luar lingkungan kefahaman Idrak, kesampaian Washal dan kecantuman Ittishal.

#Y‰x©u‘ $tΡÌøΒr& ôÏΒ $oΨs9 ø⋅Äh/yδuρ ZπtΗôqy‘ y7Ρà$©! ÏΒ $uΖÏ?#u !$uΖ−/u‘

“Wahai Tuhan kami, berikanlah Rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami.” (18:10) © 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

14

Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

Keterangan Hanyalah mereka yang daripada kalangan Umat Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬yang boleh mencapai kesempurnaan untuk sampai dan bersatu dengan Haqiqat Muhammadi ‫ﷺ‬. Para Nabi adalah lebih Afdhal daripada Khawashul-Khawash dari kalangan Umat Muhammad ‫ ﷺ‬walaupun mereka telah Wushul dan Ittihad dengan Haqiqat Muhammad ‫ﷺ‬. Mukasyafat terakhir yang dialami oleh Hadhrat Mujaddid ialah bahawa Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬adalah Hubbi iaitu Cinta. Selepas merentasi Martabat-martabat bayangan Zhilal adalah seperti yang ditulis oleh beliau, Mukasyafat mutakhir yang di alami oleh Hadhrat Mujaddid ialah bahawa Ta’ayyun Pertama adalah Ta’ayyun Hubbi iaitu Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬dan idea ini adalah berbeza dengan idea Ibnu ‘Arabi yang mengatakan bahawa Ta’ayyun Pertama adalah Hadhrat ‘Ilmi Ijmali. Malah, Hadhrat Mujaddid memiliki Mukasyafat yang berbeza sebelumnya. Pada mulanya, Hadhrat Mujaddid percaya bahawa Ta’ayyun Pertama adalah Ta’ayyun Wujudi. Namun, setelah Hadhrat Mujaddid mencapai peningkatan yang lebih tinggi, Ma’rifatnya berubah dan beliau menerangkan Haqiqat sebenar Ta’ayyun Pertama. Dua Ta’ayyun tersebut adalah merujuk kepada: 1. Pertama: Ibnu ‘Arabi mengatakan bahawa Ta’ayyun ‘Ilmi Ijmali sebagai Ta’ayyun Pertama dan Hadhrat Mujaddid pada mulanya bersetuju dengan pendapat Ibnu ‘Arabi. 2. Kedua: Selepas Hadhrat Mujaddid telah mencapai ‘Uruj yang lebih tinggi dan sampai ke Maqam yang lebih tinggi dari Ibnu ‘Arabi, di sana beliau mendapati bahawa Ta’ayyun Pertama adalah Ta’ayyun Wujudi. Pusatnya, iaitu bahagian yang paling mulia dan paling awal adalah Haqiqat Muhammad ‫ﷺ‬. Dan apa yang Ibnu ‘Arabi katakan sebagai Ta’ayyun ‘Ilmi Ijmali adalah bayangan bagi Ta’ayyun Wujudi ini. Kasyaf yang mutakhir yang dialami oleh Hadhrat Mujaddid adalah bahawa dia dan Ibnu ‘Arabi, kedua-duanya tersilap. Bahawa sebenarnya, Ta’ayyun ‘Ilmi Ijmali sebenarnya adalah bayangan Zhilal yang menunjukkan dirinya sebagai Ashal Ta’ayyun. Dan Ashal Ta’ayyun atau Ta’ayyun Pertama sebenarnya adalah Ta’ayyun Hubbi. I‛tibarat adalah lintasan-lintasan dalam pemikiran Tuhan yang menyeberangi dari ketiadaan Wujud kepada menjadi Wujud. Dan I’tibarat tersebut, kemudiannya terbit semasa Ta’ayyun Awwal. Hadhrat Mujaddid telah mengatakan di dalam Maktubatnya dan juga di dalam risalah Ma’arif Ladunniyyah bahawa lintasan pemikiran pertama yang Muta’ayyin secara tertentu adalah I’tibarat. Syan atau Syuyun Muta’ayyin pada peringkat seterusnya. Dan Shifat-shifat yang memiliki Wujud Khariji pada luaran, terbit pada peringkat Ta’ayyun seterusnya. Hadhrat Mujaddid menerangkan bahawa I’tibar Hubbi adalah penciptaan pertama, dan keduanya adalah I’tibar Wujudi. Dan kedua-dua kejadian ini menyebabkan terjadinya penciptaan alam semesta. Hadhrat Ibnu ‘Arabi mengatakan bahawa Allah Ta’ala perlu menjadikan alam semesta untuk menzahirkan DiriNya. Namun, Hadhrat Mujaddid menolak pendapat Ibnu ‘Arabi dan mengusulkan bahawa pada mulanya Allah Ta’ala telah menjadikan I’tibar Hubbi dan I’tibar Wujudi. Itu menyebabkanNya untuk mencipta penciptaan yang lain. Allah Ta’ala sama sekali tidak perlu untuk menciptakan alam semesta.

© 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

15

Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

Perbezaan Sistem Ta’ayyun Hadhrat Mujaddid dan Ibnu ‘Arabi Hadhrat Mujaddid menjelaskan bahawa Ta’yyun Wujudi adalah Ta’ayyun Kedua. Hadhrat Mujaddid mengusulkan bahawa Ta’ayyun Ketiga adalah Ta’ayyun ‘Ilmi Ijmali. Pada pendapat Ibnu ‘Arabi, Ta’ayyun ini adalah yang pertama. Namun, berdasarkan kepada Mukasyafat yang terakhir Hadhrat Mujaddid menunjukkan bahawa ‘Ilmi Ijmali datang selepas Ta’ayyun Hubbi dan Ta’ayyun Wujudi. Hadhrat Mujaddid menerima pendapat Ibnu ‘Arabi tentang sistem Ta’ayyun dari Ta’ayyun ‘Ilmi Ijmali dan seterusnya ke bawah sehingga ke Alam Ajsam. Perbezaan pertama di antara sistem Ta’ayyun atau Tanazzulat oleh Ibnu ‘Arabi dan sistem Ta’ayyun Hadhrat Mujaddid adalah bahawa Hadhrat Mujaddid menambah dua lagi Ta’ayyun tambahan di atasnya iaitu Ta’ayyun Hubbi dan Ta’ayyun Wujudi.

Perbezaan Sistem Ta’ayyun Ibnu ‘Arabi dan Hadhrat Mujaddid Sistem Ibnu ‘Arabi – Lima Ta’ayyunat

Pandangan Awal Hadhrat Mujaddid – Enam Ta’ayyunat

Pandangan Mutakhir Hadhrat Mujaddid - Tujuh Ta’ayyunat

Ta’ayyun Pertama adalah Ta’ayyun Hadhrat ‘Ilmi Ijmali

Ta’ayyun Pertama adalah Ta’ayyun Wujudi.

Ta’ayyun Pertama adalah Ta’ayyun Hubbi ianya adalah Haqiqat Muhammad ‫ﷺ‬

Ta’ayyun Kedua adalah Ta’yyun Hadhrat ‘Ilmi Tafshili dan ianya adalah Haqiqat Muhammad ‫ﷺ‬

Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬adalah pusat bagi Ta’ayyun Pertama dan bahagian yang paling mulia dan paling awal

Ta’ayyun Kedua adalah Ta’ayyun Hadhrat ‘Ilmi Ijmali

Ta’ayyun Kedua adalah Ta’ayyun Wujudi

Ta’ayyun Ketiga adalah Ta’ayyun Hadhrat ‘Ilmi Ijmali

© 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

16

Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

Perbezaan Sistem Ta’ayyun Ibnu ‘Arabi dan Hadhrat Mujaddid Sistem Ta’yyun Ibnu ‘Arabi Bil.

Ta’ayyun

Sistem Ta’ayyun Hadhrat Mujaddid Bil.

Ta’ayyun

1

Hubbi

2

Wujudi

1

‘Ilmi Ijmali

3

‘Ilmi Ijmali

2

‘Ilmi Tafshili

4

‘Ilmi Tafshili

3

Ruh

5

Ruh

4

Mitsal

6

Mitsal

5

Jasad

7

Jasad

Perbezaan Sistem Ta’ayyun Ibnu ‘Arabi dan Hadhrat Mujaddid Perkara

Ibnu ‘Arabi

Hadhrat Mujaddid

Lima Ta’ayyun

Tujuh Ta’ayyun dengan tambahan dua Ta’ayyun di atasnya iaitu Hubbi dan Wujudi

1

Jumlah Ta’ayyun atau Tanazzulat

2

Tuhan dan Wujud

Zat Tuhan adalah Wujudnya

Wujud adalah ciptaan Tuhan dan Dia menjadikannya pada Ta’ayyun Kedua

Martabat Wujubi dan Imkani

Dua Ta’ayyun iaitu Ta’ayun ‘Ilmi Ijmali dan ‘Ilmi Tafshili berlaku dalam pemikiran Tuhan, maka ianya adalah pada martabat Wujubi dan Qadim dan tiga Ta’ayyun yang lain adalah Mumkin, Makhluq dan Baharu

Kesemua Ta’ayyun adalah Mumkin, Makhluq dan Baharu

3

© 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

17

Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

Perbezaan kedua adalah Shifat Wujud. Pada pendapat Ibnu ‘Arabi, Zat Allah Ta’ala adalah Wujud. Sebaliknya, Hadhrat Mujaddid berpendapat Wujud adalah ciptaan Allah Ta’ala dan I’tibar Wujud adalah penciptaan kedua selepas I’tibar Hubbi. Perbezaan ketiga adalah Martabat Dua Ta’ayyun ‘Ilmi. Pada pendapat Ibnu ‘Arabi, dua Ta’ayyun tersebut iaitu Ta’ayyun ‘Ilmi Ijmali dan Ta’ayyun ‘Ilmi Tafshili berlaku di dalam lintasan pemikiran Tuhan dan oleh itu, lintasan pemikiran tersebut adalah suci. Sebaliknya, pada pendapat Hadhrat Mujaddid, dua Ta’ayyun tersebut adalah Mumkin, Makhluq atau baharu. Mujaddid mengajarkan bahawa terdapatnya hubungan yang erat di antara Nabi Ibrahim ‫ ﷺ‬dan Nabi Muhammad ‫ﷺ‬.

Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬Dan Jalan Nabi Ibrahim ‫ﷺ‬ Kita mengetahui bahawa Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬adalah berada pada Maqam yang lebih tinggi kedudukannya daripada Nabi Ibrahim ‫ﷺ‬. Namun, kenapa Allah Ta’ala telah memerintahkan agar Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬untuk mengikuti Nabi Ibrahim ‫ ﷺ‬sebagaimana di dalam Al-Quran, “Maka ikutlah Millah Ibrahim yang lurus” dan di dalam Shalat, Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬sendiri telah memohon keberkatan daripada Allah Ta’ala, “Sebagaimana keberkatan yang Engkau telah berikan kepada Nabi Ibrahim.” Apakah sebabnya? Pada permulaan perjalanan Salik, mulanya membuat perjalanan ‘Uruj. Bagi Umat Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬untuk Wushul kepada Allah Ta’ala, pada mulanya ‘Uruj supaya sampai ke Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬kerana Haqiqat Muhammad ‫ﷺ‬ adalah yang paling dekat kepada Allah Ta’ala dan yang paling tinggi dan mulia. Oleh kerana semakin tinggi Haqiqat tersebut, semakin banyak ianya mengandungi unsur-unsur alam Duniawi. Dan oleh kerana Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬adalah yang paling tinggi, jasad tubuh Nabi ‫ ﷺ‬lebih banyak dibaluti dengan sifat kemanusiaan. Kesannya, jarak di antara Haqiqatnya dan jasad tubuhnya adalah yang paling besar dan lebih besar dari Para Nabi yang lain. Oleh itu, semakin sukar untuknya ‘Uruj sampai ke Haqiqatnya. Oleh itu, untuk menjadikan ‘Uruj Baginda Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬menjadi lebih mudah, Allah Ta’ala telah memerintahkan Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬untuk mengikuti jalan Nabi Ibrahim ‫ﷺ‬. Dengan cara sedemikian, Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬akan lebih mudah untuk sampai pada mulanya ke Haqiqat Ibrahim ‫ﷺ‬. Dan Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬kemudiannya boleh bergerak kepada Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬yang terletak dekat dengan Haqiqat Ibrahim ‫ﷺ‬. Mengapakah Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬telah menganjurkan kepada kita untuk mengucapkan Shalawat Ibrahimi ‫ ﷺ‬semasa Shalat? Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬telah menyuruh Umatnya untuk bershalawat dengan cara tersebut agar kita boleh menempuh jalan Ibrahim ‫ ﷺ‬dan sampai ke Haqiqat Ibrahim ‫ ﷺ‬dan seterusnya dengan mudah bergerak ke Haqiqat Muhammad ‫ﷺ‬. Ini kerana, sekiranya kita cuba untuk sampai ke Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬secara langsung, ianya adalah lebih sukar. Jalan yang lebih mudah untuk sampai ke Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬adalah dengan menggunakan perantaraan Haqiqat Ibrahim ‫ﷺ‬. © 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

18

Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

Begitu juga apabila Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬mengikuti Nabi Ibrahim ‫ﷺ‬, bukanlah ianya bermakna bahawa Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬adalah lebih rendah kedudukannya daripada Nabi Ibrahim ‫ﷺ‬. Hadhrat Mujaddid menerangkan tentang Haqiqat Abu Bakar dan Haqiqat Israfil. Hadhrat Mujaddid membincangkan sekiranya Ahli Shufi yang mungkin meningkat naik mengatasi Haqiqat dirinya sendiri. Hadhrat Mujaddid menerangkan bahawa tidak ada seorang pun yang boleh mencapai peningkatan mengatasi Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬iaitu kemuncak kesempurnaan yang boleh dicapai oleh seseorang. Perhatikan bahawa Fahaman Wujud bagi Hadhrat Mujaddid pada fasa terakhir adalah Ta’ayyun Hadhrat ‘Ilmi Ijmali atau Wahdat adalah Ta’ayyun Ketiga dan Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬adalah Ta’ayyun Awwal. Tetapi pada mulanya, Hadhrat Mujaddid berpendapat bahawa Ta’ayyun Hadhrat ‘Ilmi Ijmali adaah Ta’ayyun Kedua yang merupakan bayangan Zhilal kepada Ta’ayyun Awwal iaitu Haqiqat Muhammad ‫ﷺ‬.

Mencapai Haqiqat Muhammad: Perbezaan antara Nabi Dan Wali Bahagian ini merujuk kepada perkara yang berlaku kepada Shufi yang berjaya menempuh Maqam yang tinggi semasa perjalanan ‘Urujnya. Dalam perjalanannya, Shufi ‘Uruj dan terus ‘Uruj ke Maqam demi Maqam yang lebih tinggi. Beberapa orang di kalangan Shufi yang Khawash mencapai Maqam yang tertinggi dan Wushul, lalu Ittihad dengan Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬yang hanya dikhaskan kepada pengikut Nabi Muhammad ‫ﷺ‬. Malah, Para Nabi yang lain mungkin tidak dapat mencapai Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬tersebut kerana mereka bukannya dari kalangan Umat Nabi Muhammad ‫ﷺ‬. Adakah ini bermakna bahawa Shufi yang telah mencapai Ma’rifat Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬adalah lebih tinggi daripada Para Nabi? Perhatikan bahawa Para Nabi tidak mungkin dapat mencapai Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬kerana mereka bukannya di kalangan Umat dan pengikut Nabi Muhammad ‫ﷺ‬. Di sini, Hadhrat Mujaddid telah membawa contoh Nabi-nabi hanya untuk menggambarkan hujah beliau.

Semua Ta’ayyun Adalah Mumkinat Hadhrat Mujaddid menerangkan bahawa kesemua Ta’ayyun, termasuk Ta’ayyun Hubbi adalah dalam martabat Imkani atau Mumkinat. Pendapatnya ini bercanggah dengan pendapat Ibnu ‘Arabi yang mengatakan bahawa Ta’ayyun Pertama dan Ta’ayyun Kedua adalah pada peringkat Wujubi bukan Imkani. Hadhrat Mujaddid mengulas mengenai dua Ta’ayyun yang pertama dalam Sistem Ta’ayyun Ibnu ‘Arabi. Dalam sistemnya, Ibnu ‘Arabi memanggil Ta’ayyun Awwal iaitu Wahdat dan Ta’ayyun Kedua iaitu Wahidiyyat sebagai Ta’ayyun Wujubi. Ibnu ‘Arabi menganggapnya sebagai Ta’ayyun Wujubi dan ianya adalah Qadim.

© 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

19

Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

Hadhrat Mujaddid sebaliknya menganggapnya kedua-dua Ta’ayyun tersebut sebagai Imkani dan perkara yang baharu. Hadhrat Mujaddid membandingkan pendapatnya dengan pendapat Ibnu ’Arabi. Ibnu ‘Arabi percaya bahawa Haqiqat Muhammad ‫ ﷺ‬adalah di dalam pemikiran Tuhan, iaitu pada Martabat Wujubi dan Qadim.

Sistem Ta’ayyun dan Tanazzulat Ibnu ‘Arabi Martabat Ta’ayyun

Shifat Ta’ayyun

Wahdat dan Wahidiyyat

Ta’ayyun Wujubi dan Qadim

Ta’ayyun Ruhi, Mitsali dan Jasadi

Ta’ayyun Imkani dan makhluk baharu

Martabat Sistem Ta’ayyun: Perbezaan di antara Ibnu ‘Arabi dan Mujaddid Martabat Ta’ayyun

Nama Ta’ayyun

1

Ta’ayyun ‘Ilmi Ijmali atau Wahdat

2

Ta’ayyun ‘Ilmi Tafshili atau Wahidiyyat

3

Ta’ayyun Ruhi

4

Ta’ayyun Mitsali

5

Ta’ayyun Jasadi

Ibnu ‘Arabi

Mujaddid

Wujubi Imkani Imkani

Kesilapan Ibnu ‘Arabi Atas Kekeliruan Di Antara Wujubi Dan Imkani Hadhrat Mujaddid walaupun berbeza pendapatnya dengan Ibnu ‘Arabi, dengan sopannya menyatakan bahawa kesilapan Ibnu ‘Arabi adalah disebabkan oleh kekeliruannya di antara Wujubi dan Imkani.

© 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

20

Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

Sistem Ontologi Mujaddid Yang Terakhir Adalah ‘Abdiyyat Bukannya Zhilliyyat Seterusnya, Hadhrat Mujaddid menerangkan tentang sistem Ontologi terakhirnya iaitu ‘Abdiyyat. Maktubat ini dituliskannya pada akhir-akhir kehidupannya dan ianya adalah petunjuk bagi pendapatnya yang mutakhir. Teori-teori Ontologi ini bukannya didapati daripada Al-Quran dan Hadits tetapi ianya pengetahuan yang didapati melalui pengalaman Shufi. Pengalaman Ontologi Hadhrat Mujaddid boleh diringkaskan kepada beberapa fasa seperti berikut: 1. Fasa Permulaan: Beliau mengalami pengalaman yang sama sebagaimana Ibnu ‘Arabi dan pengikutnya mengenai Wahdat Wujud. 2. Fasa Pertengahan: Bagaimanapun, pengalamannya berubah dan beliau mengusulkan doktrin yang dipanggil Zhilliyyat iaitu bayangan atau refleksi yang mengatakan bahawa alam semesta adalah bayangan Tuhan. Hendaklah diperhatikan bahawa Zhilliyyat bukan Ontologinya yang terakhir kerana beliau tidak berada pada Maqam ini. 3. Fasa Terakhir: Sebaliknya, beliau telah mencapai lebih peningkatan dalam perjalanannya dan akhirnya sampai ke Maqam ‘Abdiyyat. Pada Maqam ini, beliau sedar bahawa Zhilliyyat bukannya Maqam terakhir kerana di sana ada lagi Maqam yang lebih tinggi. Beliau mendapati bahawa tidak ada sesiapa yang layak sebagai bayangan Tuhan. Sebaliknya, semuanya adalah hamba. Pada fasa ini, beliau menyedari bahawa Allah Ta’ala adalah di luar jangkauan apa yang boleh dikhayalkannya. Dan manusia hanyalah hamba Allah semata-mata. Di sini seorang muridnya telah bertanya kepada Hadhrat Mujaddid untuk mengetahui penjelasan pendapatnya mengenai Zhilliyyat. Perhatikan bahawa pada Fasa Pertengahan Ma’rifat Hadhrat Mujaddid, beliau mengusulkan doktrin Ontologi Zhilliyyat. Pada fasa tersebut, beliau telah mengatakan bahawa Mumkinat adalah bayangan Zhill Yang Wajib. Dari segi Wujud, Mumkinat memiliki bayangan Wujud. Dan dari sudut Haqiqat, Haqiqatnya adalah tidak Wujud. Oleh itu, kedua-dua Wujud dan Haqiqatnya serta Mumkinat adalah bayangan Tuhan. Apabila seseorang berbincang mengenai “Wahdat Syuhud”, ianya selalunya merujuk kepada Zhilliyyat. Dalam menjawab soalan di atas, Hadhrat Mujaddid menjelaskan kesemua Ma’rifat Shufi yang mengatakan bahawa: 1. Yang Wajib adalah Haqiqat Mumkinat sebagaimana dikatakan oleh Ibnu ‘Arabi dan pengikutnya, dan 2. Mumkinat adalah bayangan Tuhan atau dalam beberapa cara lain yang berhubungan dengan Allah, iaitu Ontologi Zhilliyyat yang dikatakan oleh Hadhrat © 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

21

Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

Mujaddid adalah Ma’rifat yang salah, yang terbit daripada kemabukan Sukr Ruhaniah. Ini adalah disebabkan ketidakmampuan mereka untuk sampai ke Haqiqat perhubungan di antara yang Wajib dan Mumkinat. Hadhrat Mujaddid menerangkan bahawa mengapa Allah Ta’ala tidak memiliki bayangan Zhill. Ini kerana Allah Ta’ala adalah benar-benar tiada bandingan, yang jauh mengatasi Shifat yang memiliki bayangan. Beliau mengatakan bahawa, malah Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬sendiri tidak memiliki bayangan sepertimana yang disebutkan dalam Hadits, bagaimana mungkin Tuhan Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬memiliki bayangan? Hadhrat Mujaddid menerangkan Haqiqat sebenar bahawa Allah Ta’ala adalah tidak dapat dibandingkan, di luar jangkauan dan melampui segala-galanya. Tuhan dan Lapan Shifat-shifatnya sahaja yang Qadim. Semuanya datang selepas itu. Dalam Ontologi Zhilliyyat, Hadhrat Mujaddid mengusulkan bahawa semua Shifat-shifat Wujud di luar dengan bayangan Wujud. Pada zahirnya, pendapat Hadhrat Mujaddid adalah bercanggah dengan ‘Ulama Sunnah yang mengatakan bahawa semua Shifat-shifat Ilahi adalah bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari Zat kerana ianya bukan Dia dan bukan selain dariNya, “La Huwa Wa La Ghayruh”. Namun, pada hakikatnya tiada sebarang percanggahan kerana Hadhrat Mujaddid telah berkata, “Bagaimana mungkin engkau memisahkah Ashal dari BayanganNya? Dan oleh kerana tidak dapat dipisahkan, Bayangan Tuhan adalah sebenarnya bukannya Dia dan bukan selain dariNya.” Bagaimanapun, nampaknya dari keterangan di atas, Hadhrat Mujaddid telah mengubahsuai pandangannya dan mengusulkan bahawa hanya lapan Shifat yang memiliki Wujud luaran dan Qadim dan Shifat-shifat selainnya mempunyai kewujudan yang tiada hubungan dengan Wujud Ilahi dan adalah bershifat baharu. Ini boleh dianggap sebagai perubahan yang besar terhadap Ontologi Ibnu ‘Arabi yang mengatakan bahawa tiada Shifat yang Wujud di luar dan sebaliknya semua Shifat-shifat adalah hanya semata-mata hubungan Tuhan dengan alam semesta. Dan kini, Hadhrat Mujaddid menolak pandangan Zhilliyyat, iaitu Ontologi bayangan yang dialaminya sebelum ini. Maka, mengapakah Allah Ta’ala telah mengurniakan Hadhrat Mujaddid dengan pengalaman Zhilliyyat, jika ianya bukanlah pengalaman yang muktamad yang sebenar? Apakah faedah di dalam pengalaman Zhilliyyat ini? Hadhrat Mujaddid menyatakan kemungkinan bahawa terdapat faedahnya di mana pengalaman tersebut telah membawanya peringkat demi peringkat sehingga sampai ke pengalaman yang sebenar. Akhirnya, Hadhrat Mujaddid mengalami Ma’rifat yang lebih tinggi iaitu ‘Abdiyyat di mana beliau menyedari bahawa Allah Ta’ala adalah benar-benar melampaui dan mengatasi segalan-galanya. Ya! Tiada penghujung bagi Ma’rifat mengenai Allah Ta’ala kerana Dia adalah di luar panca indera Manusia dan Dia memang tidak dapat dikenali.

© 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

22

Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

Rujukan [1]Hadrat Mujaddid menerangkannya di dalam Risalah Mabda’ va Ma`ad, Minha 30 [2]Khwaja Ubaydullah Ahrar mentakrifkan semula Tariqa ini sehinggakan ia dikenali sebagai Tariqa Naqshbandi-Ahrari sehingga ke zaman Hadrat Mujaddid. Hadrat Mujaddid seolah-olah mengatakan bahawa malah Ahrari juga harus bersyukur kepada Khwajah Attar, sepertimana Attaris yang tidak mempunyai Khwaja Ahrar dalam silsilah mereka dan hanya dikenali sebagai Attaris. [3]Khwaja Baqibillah masih lagi hidup semasa risalah ini dituliskan [4]12 Qutb mungkin juga merujuk kepada 12 pengasas Tariqat yang muktabar [5]Ini adalah terjemahan kerana Khalifah Ali tidak bercakap dalam bahasa Parsi [6] Maktubat-i Imam-i Rabbani, volume III, maktub #122 [7]Dalam konteks ini, Shu'un adalah lafaz jamak bagi Shan yang bererti perkara, urusan, pekerjaan yang besar, hal keadaan, kedudukan, kepentingan, hubungan, perkaitan tentang sesuatu [8] Perenggan ini adalah interpretasi terjemahan [9] Sila rujuk kepada penghujung Mukashafat 8 untuk perbicaraan yang lebih lanjut. [10]Maktubat-i Imam-i Rabbani, Jilid III, Surat 122 [11]The Koran has a similar verse, Whatever problem that comes to you is your self (Ma asabaka min sayyi’atin fa-min nafsika) (Koran 4:79) [12] Ma`arif-i Ladinniya, Marifat 20 [13] Maktubat-i Imam-i Rabbani [14] Perenggan ini adalah interpretasi terjemahan [15]Pembolak-balik hati (muqallib-i qalb) [16]This and many other references to this hadith are posted in http://groups/yahoo.com/groups/dogsofalahazrat/message/160 [17] Perenggan ini adalah interpretasi terjemahan [18]Futuh al-Ghayb adalah kitab kerohanian karangan Hadrat Abdul-qadir Jilani (qs) [19] http://www.teachislam.com/dmdocuments/54/Abu%20Isma.pdf di akses pada October 30,2012 [20]Beaurecueil, S, de. “al-Ansar al-Harawi, Abu Isma'il `Abd Allah b. Muh. b. `Ali b. Muh. Ahmad b. `Ali b. Ja`far b. Mansur b. Matt al-Ansari al-Harawi al-Hanbali” Encyclopedia of islam, Second Edition, edited by: P. Bearman, Th. Bianquis, E. Bosworth, E. van Donzel and W.P. Heinrichs. Brill 2009, Brill Online, University of California Berkeley, 19 October 2009. [21] Perenggan ini adalah interpretasi terjemahan [23]Interpretive translation, lit. And the [Muhammadan] reality has been ascribed (itlaq-i haqiqat namudan) onto the shadow of that [prototypal] center (bar zill-i an markaz) [i.e. the circle of shadow]. And to ascribe the [Muhammadan] reality (itlaq-i haqiqat namudan) onto the shadow of that [prototypal] center (bar zill-i an markaz) [i.e. onto the circle of shadow] depends on mistaking the shadow for the prototype (ishtebah-i zill ast ba-asl). [24]Tradisi falsafah dalam falsafah islam seperti Ibnu Sina, Al-Farabi dan lain-lain

© 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

23

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF