Sistem Perparitan

September 1, 2017 | Author: Ayuni Akram | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

sistem perparitan...

Description

SISTEM PERPARITAN Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perparitan berkait rapat dengan parit yang berkaitan dengan masalah bekalan air, pelan-pelan dan projek. Sistem perparitan berperanan penting dalam menghalang tindakan air dari mengurangkan kekuatan dan ketahanan struktur tanah. Asas utama dalam sistem perparitan ialah mengalirkan air larian permukaan menuju ke kawasan tertentu yang lebih selamat dan ekonomi. Secara keseluruhannya, perparitan dilihat merangkumi sub sistem dan sistem penempatan. Bahkan sangat berkepentingan dalam beberapa aspek seperti ekonomi, kesihatan, keselesaan dan keselamatan awam. Oleh itu, perancangan bagi sesuatu sistem perparitan mestilah selaras dengan perancangan pembangunan di sesuatu kawasan. Hal ini penting agar sistem perparitan tersebut dapat memenuhi tuntutan keperluan. Dalam sistem perparitan terdapat juga beberapa perkara yang sering sahaja dipertikaikan iaitu mengenai cara untuk mengendalikan air larian permukaan. Dalam hal ini, kajian yang teliti perlu dilaksanakan dalam aspek yang merangkumi kualiti air larian yang meliputi perkhidmatan bagi proses pengumpulan dan pembuangan sisa pepejal. Keupayaan dalam menyediakan perkhidmatan yang cekap dan optimum dalam pengendalian air permukaan menunjukkan sesuatu sistem itu berjalan dengan baik dan lancar. Perancangan Sistem Perparitan Dalam perkara ini, perancangan yang dibuat dalam sistem perparitan sewajarnya diselaraskan bersama perancangan sistem pembangunan di kawasan terbabit. Sekiranya sistem perparitan tidak dipandang dengan serius dalam sesebuah sistem, sudah pastinya ia akan mengundang permasalahan pada masa akan datang. Perkara-perkara penting yang perlu diberikan perhatian yang lebih dalam sistem ini adalah seperti laluan semula jadi air larian, saluran-saluran binaan dan pembetungan Selain itu, masalah utama yang perlu diberi perhatian merupakan kejadian banjir. Kejadian banjir yang sering kali terjadi ini adalah berpunca daripada kelemahan dalam perancangan perbandaran sesuatu sistem perparitan yang akhirnya menyebabkan berlakunya pertambahan air larian akibat pertambahan kawasan tidak telap air. Merujuk kepada permasalahan ini, pengendalian yang cekap dalam sesuatu sistem adalah amat dititikberatkan dalam mengendali da mengawal air larian permukaan, sekali gus dapat menggelakkan

daripada berlakunya kerosakan atau kehilangan nyawa. Sistem perparitan terbahagi kepada perparitan awal dan perparitan utama:

I.

Perparitan awal Merujuk kepada proses pengumpulan dan pengaliran air larian permukaan daripada

reka bentuk ribut awal yang terdiri daripada ulangan dua, lima dan 10 tahun yang bergantung kepada guna tanah. Secara amnya, perparitan awal ini sudah cukup mampu untuk mengurangkan kos penyelenggaraan serta mengelakkan daripada berlakunya kerosakankerosakan kecil. Kebiasaannya, sistem perparitan peringkat awal ini dilaksanakan di tepi jalan, paip air larian, pembetungan dan struktur lain yang direka bentuk bagi membawa air larian permukaan. II.

Perparitan utama Sistem ini merupakan salah satu saliran terpenting dalam suatu sistem perparitan.

Sistem ini juga antara penyumbang kepada keberkesanan dan kecekapan dalam sistem perparitan. Ia telah direka bentuk bagi kala berulang dalam tempoh 100 tahun bagi menggelakkan berlakunya kerosakan harta benda akibat banjir. Melalui sistem ini, berlakunya proses pengumpulan jumlah air larian daripada sistem perparitan permulaan ke sungai, tasik atau laut. Perparitan utama ini juga terdiri daripada saliran semula jadi dan buatan manusia, saliran bawah tanah, saliran jalan raya dan lain-lain struktur yang direka bentuk untuk membawa air larian permukaan. III.

Perparitan sekunder Merujuk kepada sistem saliran sokongan kepada saluran yang utama. Penggunaan

saliran sekunder ini dilihat amat sesuai sekali dilaksanakan di kawasan perbandaran kerana ia tidak melibatkan penggunaan tanah yang luas. Tambahan pula, sistem saliran yang teratur mengikut kesesuaian dengan keadaan persekitaran dapat diwujudkan. Air larian yang telah dikumpulkan oleh saluran sekunder kemudiannya akan dialirkan terus menuju ke saluran utama.

SISTEM SALIRAN Saliran merupakan sesuatu kaedah yang digunakan untuk menyalirkan air. Sistem saliran ini akan terbentuk di permukaan bumi apabila air hujan mengalir di atasnya. Secara kebiasaannya, sistem saliran akan dicipta dan dibina yang bertujuan untuk mengalirkan air ke kawasan tadahan yang terletak di kawasan paling rendah. Keperluan dalam memiliki sistem saliran yang baik dan cekap adalah penting bagi memudahkan proses pengawalan serta mengelak daripada berlakunya bencana alam seperti banjir dan mengurangkan kesan pencemaran ke atar kualiti air. Secara saintifiknya, sistem saliran ini berfungsi dalam menyalirkan air larian permukaan dari sesuatu kawasan seperti bangunan, kawasan berturap, kawasan jalan dan lain-lain kawasan yang tidak telap air menuju ke kawasan yang selamat seperti sungai, tasik atau laut. Kemampuan untuk menampung jumlah air larian yang diterima menunjukkan ia merupakan sebuah sistem saliran yang baik. Sistem saliran yang baik ini amat penting agar kepentingan ekonomi, keselamatan dan sosial di sesuatu kawasan sentiasa terjaga dan terpelihara dengan baik. Jenis-jenis Sistem Saliran Sistem saliran terdiri daripada pelbagai-bagai bentuk tetapi jenis-jenis sistem saliran ini hanya dibahagikan kepada dua sistem asas yang dikenali sebagai sistem saliran permukaan dan sistem saliran utama. A. Sistem saliran permulaan Sistem saliran permukaan ialah sebuah sistem yang membawa air larian permukaan dari suatu kawasan tertentu. Contohnya, bermula dari kawasan perumahan atau industri lalu air permukaan tersebut disalirkan ke kawasan tadahan seperti sungai, tasik dan juga laut. Kebiasaannya, sistem saliran permulaan akan direka bentuk bagi kala berulang antara dua atau lima tahun bergantung pada keadaan guna tanah dalam perancangan. Sistem saliran permulaan terdiri daripada longkang atau parit di tepi jalan, talang jalan, pembetungan, paip air larian dan lai-lain struktur yang direka betuk untuk membawa air larian permukaan.

B. Sistem saliran utama Sistem saliran utama merupakan sistem saliran perbandaran yang amat penting kerana perancangan dan reka bentuk saliran utama ini memberi keberkesanan yang amat memuaskan. Sistem saliran utama ini juga bertujuan untuk mengumpul jumlah air larian dari sistem saliran permulaan ke sungai, tasik dan laut. Tambahan pula, sistem saliran utama direka bentuk khas bagi kala berulang 100 tahun agar kerosakan harta benda awam dan kehilangan nyawa dapat dielakkan akibat daripada banjir. Sistem ini meliputi beberapa saliran seperti saliran semula jadi dan buatan manusia, saliran bawah tanah, saliran di jalan raya dan lain-lain struktur saliran.

DASAR-DASAR KERAJAAN Terdapat suatu Akta yang meminda dan menyatukan undang-undang berhubung dengan jalan, parit dan bangunan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan di Semenanjung Malaysia. Akta ini dikenali sebagai Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Akta ini hanya boleh dipakai di Semenanjung Malaysia sahaja. Akta ini merujuk kepada pembinaan parit dan alur air, menuntut kos untuk pembinaan, membaiki, pembersihan parit dan lain-lain. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) pula telah ditubuhkan setelah adanya

pengumuman

pembentukan

Kabinet

baru

pada

27

Mac

2004.

NRE

bertanggungjawab dalam beberapa bidang hasil penggabungan jabatan-jabatan daripada empat kementerian iaitu Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Kementerian Perusahaan Utama dan Kementerian Pertanian. Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Jabatan ini telah ditubuhkan pada tahun 1932 di bawah nama Jabatan Parit dan Tali air. Berperanan penting dalam memajukan tanah pertanian yang baru dan merangkumi tanggungjawab pengairan dan saliran. Jabatan ini yang sebelumnya bernaung di bawah Kementerian Pertanian, menerima tanggungjawab baru yang lebih luas. Tugas-tugas tersebut adalah pengairan, kejuruteraan sungai, tebatan banjir, kejuruteraan pantai dan hidrologi.

Seiring dengan tanggungjawab yang kian meluas, maka pada tahun 1989, jabatan ini dengan rasminya telah ditukarkan nama kepada Jabatan Pengairan dan Saliran. Pada 27 Mac 2004, berikutan rombakan kabinet, Jabatan Pengairan dan Saliran telah pun diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Fungsi utama pengairan telah diletakkan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Manakala, fungsifungsi lain termasuk saliran bandar diletakkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. JPS bertanggungjawab dalam bidang pengurusan sumber air, pengurusan sungai dan pantai, tebatan banjir serta saliran bandar. Sebelum pembentukan JPT pada tahun 1932, kerja-kerja yang berkaitan dengan parit dan tali air adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Kerja Raya. Disebabkan oleh kemerosotan industri timah dan getah pada akhir tahun dua puluhan dan pada ketika itu juga keadaan beras semakin merosot. Oleh itu, pada tahun 1930 Pesuruhjaya Tinggi British telah pun bertindak dengan melantik Jawatankuasa Penanaman Padi bagi menentukan langkah terbaik bagi menggalakkan penanaman padi di Tanah Melayu. Sehubungan dengan hal itu, jawatankuasa tersebut telah pun melakukan kajian secara menyeluruh dan menerbitkan laporannya pada tahun 1931. Antara saranan utamanya ialah “sebuah Jabatan Parit dan Tali Air hendaklah ditubuhkan untuk Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan penasihat di Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu, yang akan menyerapkan Cawangan Hidraulik Jabatan Kerja Raya, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu". Maka, pada 1 Januari 1932 saranan ini telah pun diterima pakai sebagai sebuah jabatan berasingan. Kewujudan Jabatan ini dalam hanya masa 10 tahun pertama, sebanyak 20,000 hektar tanah padi baru telah pun berjaya dimajukan dan dibangunkan, kemudahan pengairan saliran juga telah disediakan untuk lebih kurang 50,000 hektar tanah padi yang sedia ada. Jabatan juga telah mengambil alih kerja-kerja penyenggaraan saliran bagi 40,000 hektar tanah estet dan pekebun kecil di Selangor dan Perak. Secara ringkasnya, rancangan pengairan dan perparitan ditubuhkan bagi menyediakan kemudahan pengairan yang mencukupi bagi membolehkan penanaman padi dua kali setahun, dan kemudahan saliran supaya pengeluaran tanaman pokok diperbaiki terutamanya di kebun kecil. Hasil daripada pembentukan Malaysia pada tahun 1963, Jabatan Parit dan Tali Air Negeri tambahan telah ditubuhkan di Sabah dan Sarawak. Hal ini menambah bilangan

Jabatan-jabatan

Negeri

kepada

tiga

belas

dengan

Ibu

Pejabat

Persekutuan

dipertanggungjawabkan dengan hal ehwal parit dan tali air keseluruhan negara ini. Oleh itu, peningkatan yang besar dalam pembangunan selepas tahun 1957 dibayangkan dengan kawasan yang disediakan dengan kemudahan pengairan yang meningkat daripada 205,000 hektar (3,000 hektar dengan kemudahan penanaman dua kali setahun) kepada 332,000 hektar (249,000 hektar dengan kemudahan penanaman dua kali setahun) menjelang akhir tahun 1981. Kawasan yang disediakan dengan kemudahan saliran, juga telah bertambah daripada 142,000 hektar kepada 476,000 hektar dalam tempoh yang sama. Kawasan yang telah dilengkapi dengan kemudahan saliran dilihat telah bertambah daripada 142,000 hektar kepada 476,000 hektar dalam tempoh yang sama. Berhubung dengan perkara terbabit, tebatan banjir telah dijadikan tanggungjawab tambahan Jabatan daripada tahun 1972 dan seterusnya. Pada tahun 1986, kejuruteraan pinggir laut telah menjadi satu lagi fungsi tambahan JPS. Jabatan ini yang berada di bawah arahan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, selama bertahun-tahun ini telah memikul tanggungjawab yang baru dan tanggungjawab yang diperluaskan. Kini, tugas-tugas JPS merangkumi Pengurusan Lembangan Sungai dan Zon Pantai, Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi, Projek Khas, Pengurusan Banjir dan Saliran Mesra Alam. JPS yang telah berjaya melaksanakan rancangan dengan rasa penuh bangga. Pengalaman dan pengetahuan yang telah diperolehnya, bersama-sama dinamisme semasa telah meletakkan Jabatan sebagai penjaga barisan depan sumber air negara.

RUJUKAN Bazlan

Sabri.

Sistem

Perparitan.

Diperoleh

pada

1996

daripada:

http://www.efka.utm.my/thesis/IMAGES/3PSM/1996/HH1/bazlansabri2.pdf. Undang-undang Malaysia. Akta 133 (Akta Jalan, Parit dan Bangunan) 1974. Diperoleh

pada

2003

daripada:

http://www.kpkt.gov.my/kpkt_2013/akta/Akta133y1974bm.pdf. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Diperoleh pada Mac 21, 2014 daripada: http://www.water.gov.my/about-us-mainmenu-243/profile/our-background-mainmenu 508?lang=my. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang Darul Makmur. Diperoleh pada Mac 14, 2014 daripada: http://jps.pahang.gov.my/index.php/ms-my/mengenai-kami/dasar-utama. Norlida. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE). Diperoleh pada Oktober11, 2010 daripada: http://kakba.blogspot.com/2010/10/kementerian-sumber-asli-dan alam.html.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF