Sistem Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Di Negara Malaysia Russia, Dan Filipina

November 1, 2017 | Author: nurfarizabasera | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Article Review mengenai Sistem Pendidikan Teknikal dan Vokasional Di Malaysia, Russia dan Filipina...

Description

SISTEM PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL DI NEGARA MALAYSIA RUSSIA, DAN FILIPINA

1.0 Pengenalan Pendidikan teknik dan vokasional ini merupakan satu sistem pendidikan yang menyediakan latihan khusus untuk kemahiran teknikal dan beberapa kemahiran yang lain. Tujuan utama pendidikan teknik dan vokasional ini adalah untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan, berinovatif dan mampu menghadapi saingan pada peringkat serantau dan juga global serta mengikut dengan keperluan semasa. Selain itu, secara umumnya adalah untuk melatih para pelajar untuk pekerjaan dan mendedahkan mereka kepada suasana kerja dari awal lagi. Sistem pendidikan teknik dan vokasional berbeza dengan sistem pendidikan umum kerana sistem pendidikan teknik dan vokasional ini lebih menekankan aspek kemahiran teknikal dan juga pengetahuan teknikal. Pendidikan teknik dan vokasional ini dianggap semakin penting kerana ianya bersangkut paut dengan corak pembangunan ekonomi sesebuah negara. Perkembangan pertumbuhan ekonomi dunia telah memberi kesan tolakan besar ke atas permintaan tenaga manusia khususnya terhadap tenaga kerja professional, mahir dan separa mahir. Ini merupakan cabaran yang besar kepada sistem pendidikan sesebuah negara terutamanya pendidikan teknik dan vokasional dalam membekalkan tenaga kerja yang berkebolehan serta mahir. Tumpuan pembangunan sesebuah negara pada masa kini adalah lebih ke arah perindustrian dan pembuatan, maka pendidikan teknik dan vokasional perlu menyediakan suatu bentuk sistem pendidikan dan latihan yang seiring dengan keperluan industri serta pasaran semasa. Tenaga manusia yang diperlukan dalam masyarakat industri pada hari ini tentulah tenaga manusia yang cekap dan professional, berfikiran terbuka untuk menerima dan mengkaji maklumat dan ilmu serta dapat membuat penyesuaian dengan cepat.

2.0 Sistem Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Malaysia

Sistem pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia bermula dari peringkat sekolah menengah di mana kurikulum teknikal dan vokasional di gabungkan dengan kurikulum akademik. Pendedahan awal asas kemahiran diberikan kepada pelajar tingkatan 1 selama tiga tahun sebelum mereka membuat pilihan kursus mengikut minat dan kebolehan masing-masing.

Rajah 1 Struktur Sistem Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Malaysia Rajah 1 menunjukkan, secara umum struktur sistem pendidikan teknikal dan vokasional di Malaysia. Peringkat Menengah Rendah Pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia bermula seawal tingkatan 1 (menengah rendah) dalam lingkungan umur 13 hingga 15 tahun, di mana pelajar didedahkan dengan Pendidikan Asas Vokasional (PAV). PAV ialah pendidikan dan latihan vokasional dalam sistem persekolahan peringkat menengah rendah. Komponen utama dalam kurikulum PAV menjurus kepada pembinaan jati diri, pengembangan kompetensi keusahawanan keusahawanan, dan pembangunan kompetensi kemahiran vokasional pada aras SKM1 dan SKM2. Penstrukturan kurikulum bagi pelajar yang menjalani PAV adalah seperti berikut: a) Kemahiran 70 peratus dan akademik 30 peratus.

b) Penumpuan pengajaran dan pembelajaran mengikut komponen: • Jati diri sebanyak 33 peratus. • Teknologi vokasional sebanyak 7 peratus. • Kemahiran vokasional sebanyak 60 peratus. c) Tiga tahap kemahiran vokasional: • Pravokasional (Tingkatan satu). • SKM1 (Tingkatan dua). • SKM2 (Tingkatan tiga). d) Kompetensi keusahawanan merentas kurikulum Peringkat Menengah Tinggi. Para pelajar yang terlibat adalah dalam lingkungan 16 dan 17 tahun. Pendidikan teknik dan vokasional menawarkan tiga aliran yang berlainan kepada para pelajar. Antara aliran yang ditawarkan ialah aliran teknik di Sekolah Menengah Teknik (SMT), aliran vokasional di Kolej Vokasional (KV) dan latihan kemahiran. Kursus-kursus yang dipelajari di sekolah menengah teknik lebih kepada teori-teori dan kurang kepada kerja-kerja kemahiran. Jurusan-jurusan yang ditawarkan ialah kejuruteraan awam, elektrik, mekanikal, sains pertanian dan perdagangan. Manakala kolej vokasional lebih tertumpu kepada bidang-bidang kemahiran yang melahirkan pekerja mahir dan separuh mahir di dalam alam pekerjaan kelak. Orientasi pembelajaran pelajar KV ialah pembelajaran berasaskan kerja dan latihan dalam kerja atau On-job training (OJT). Lulusan KV ialah pekerja mahir dalam sesuatu bidang vokasional dengan kelayakan Sijil Kolej Vokasional, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan kelayakan professional antarabangsa. Bagi lulusan PAV, mereka juga boleh meneruskan pengajian ke peringkat kemahiran vokasional yang lebih tinggi iaitu pengajian peringkat SKM3 hingga DKM di Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA), Institusi Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) dan pengajian peringkat Sijil Kolej Vokasional di KV. Peringkat Tertiari Peringkat ini terdiri daripada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Kursus- kursus pendidikan teknik dan vokasional ini juga telah ditawarkan ke peringkat tertiari.

Antaranya politeknik, institusi pengajian tinggi awam dan swasta dan institusi latihan kemahiran. Politeknik dan Institusi Latihan Kemahiran ditawarkan kepada lepasan SPM untuk mendapatkan pendidikan tinggi. Para pelajar yang mengikuti kursus - kursus ini akan diajar menggunakan mesin - mesin yang lebih besar dan akan melahirkan pekerja kolar biru selepas tamat pengajian. Antara kursus yang ditawarkan dalam peringkat sijil dan diploma ini ialah kejuruteraan awam, elektrik, mekanikal, elektronik, teknologi pemprosesan makanan, perdagangan dan sebagainya. Bagi pelajar yang berkelulusan STPM dan matrikulasi pula akan diserapkan ke institusi pengajian awam dan swasta untuk melahirkan jurutera awam, elektrik dan mekanikal. Kursus- kursus yang ditawarkan juga sama seperti politeknik tetapi pengajaran lebih mendalam bagi membolehkan penghasilan pekerja kolar putih. Pekerjaan kolar putih adalah kerja yang dilakukan oleh golongan pengurusan contohnya seperti professional, perkeranian, dan sebagainya, atau dengan kata lain, bukan kerja kasar yg memerlukan kekuatan tenaga. Manakala, Pekerjaan kolar biru pula adalah pekerjaan yang berkaitan dengan pelaksanaan tugas-tugas yang lebih memerlukan kekuatan dan tenaga fizikal seperti kerja-kerja kilang dan sebagainya.

3.0 Sistem Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Rusia Sistem pemerintahan Rusia yang dahulunya totalitarian berubah kepada demokrasi telah memberi perubahan yang besar kepada ekonomi dan sosial di Rusia. Permintaan terhadap keperluan manusia semakin tinggi dan menyebabkan keperluan terhadap sistem pendidikan vokasional juga semakin mendapat permintaan. Oleh kerana permintaan terhadap tenaga kerja yang mahir dan separa mahir semakin bertambah maka model pendidikan vokasional baru telah dibentuk sebagai sistem interaksi antara negara, pekerja dan perniagaan. Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET) di Rusia terkenal dengan pengkhususan yang meluas dan relevan dengan pekerjaan. Berlakunya perubahan yang besar terhadap pembangunan sistem TVET ini kerana

menganggap semua orang perlu dilengkapi dengan kemahiran kerja khusus sebelum menceburi dunia pekerjaan. Sistem TVET yang baru digubal telah dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu pendidikan vokasional rendah, pendidikan vokasional menengah, pendidikan vokasional tinggi, pendidikan vokasional lepasan ijazah dan pendidikan vokasional tambahan atau khas. Sistem pendidikan ini dilaksanakan dalam pelbagai bentuk. Antaranya, dalam bentuk institusi pendidikan, pendidikan keluarga, pendidikan individu, pendidikan lanjutan atau gabungan salah satu atau semua bentuk ini. Pendidikan vokasional peringkat rendah diwujudkan bertujuan untuk melatih kemahiran bagi melahirkan pekerja untuk semua cabang ekonomi dan sosial. Manakala pendidikan vokasional peringkat menengah diwujudkan bagi menyediakan latihan yang melahirkan tenaga kerja separa mahir. kebanyakan pelajar lepasan peringkat menengah ini akan menceburi bidang industri, pembinaan, pertanian dan perhubungan dan telekomunikasi. Terdapat juga pelajar yang menceburi bidang kesihatan, keselamatan, pendidikan dan lain-lain akan tetapi jumlahnya tidak terlalu banyak. Bagi pendidikan vokasional peringkat tinggi diwujudkan bagi melatih dan memberi kursus lanjutan kepada jurutera dan kepakaran-kepakaran lain untuk mencapai peringkat atau kecekapan yang lebih tinggi (pekerja mahir). Pendidikan vokasional lepasan ijazah pula diwujudkan bagi memberi peluang kepada graduan untuk melanjutkan pelajaran mereka dan memperbaiki kelayakan saintifik serta pedagogi berdasarkan asas kepada pendidikan vokasional peringkat tinggi. Terdapat dua ijazah akademik yang boleh diambil iaitu sains dan kedoktoran. Senarai kursus yang diambil sama dengan senarai kursus yang terdapat dalam pendidikan vokasional peringkat tinggi dan juga mempunyai pusat penyelidikan. Bagi pendidikan vokasional khas atau tambahan terdiri daripada pelbagai program yang tidak formal. Antaranya Institusi Pendidikan Dan Vokasional memberikan sijil kursus khas kepada pelajar, sekolah muzik dan seni, pusat pembangunan kanak-kanak, program pedagogi secara individu dan lain-lain. Institut pendidikan ini melahirkan graduan yang setaraf dengan pendidikan vokasional peringkat menengah dan memberi peluang untuk menyambung pelajaran peringkat yang lebih tinggi.

Kerajaan Rusia telah menetapkan standard asas bagi model baru sistem pendidikan teknik dan vokasional. Standard ini adalah untuk menambahkan kemahiran kepada rakyat Rusia supaya mereka mendapat tempat dalam pasaran kerja dan mampu setanding peringkat dunia. Standard ini mempunyai tiga komponen iaitu asas kurikulum, maksimum beban belajar untuk pelajar dan keperluan latihan untuk graduan. Pendidikan vokasional yang spesifik tidak dimasukkan standard universal kerana kandungan pendidikan untuk setiap profesion adalah tindak balas daripada objektif pendidikan vokasional iaitu melahirkan pekerja untuk ekonomi. Oleh sebab itu, standard vokasional beroperasi dalam satu rangka kerja dimana setiap profesion berdasarkan kaedah yang asas. Standard ini mengandungi penerangan tentang profesion dan komponen dalam pendidikan vokasional

4.0 Sistem Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Filipina Sistem pendidikan di Filipina terdiri daripada pendidikan secara formal dan pendidikan secara tidak formal. Sistem pendidikannya, hampir sama dengan sistem pendidikan di Amerika tetapi berbeza dari segi tahun persekolahan. Bagi pendidikan formal, tahun pembelajaran pendidikan rendah selama 6 tahun dan pendidikan menengah selama 4 tahun. Manakala pendidikan tidak formal diajarkan bergantung kepada spesifikasi dan objektif yang dikehendaki oleh pelajar yang terdiri daripada remaja yang meninggalkan persekolahan dan juga untuk dewasa yang buta huruf. Terdapat tiga buah badan pentadbiran dalam sektor pendidikan di Filipina. Antaranya, Commission of Higher Education (CHED) untuk pengajian tinggi, Department of Education (DepED) untuk pendidikan asas dan Technical Education and Skills Development Authority (TESDA) untuk TVET dann pengajian peringkat pertengahan.

Sistem pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET) di Filipina menyediakan pendidikan dan peluang latihan yang menjuruskan kepada pekerjaan sebenar bagi membantu pelajar mereka untuk mendapat tempat di dalam industri. Ini juga bagi menangani keperluan latihan kemahiran dari industri dan untuk menaik taraf atau membangunkan kecekapan bagi meningkatkan peluang pekerjaan dan meningkatkan produktiviti. Antara pelajar atau pelanggan yang berpotensi untuk memasuki TVET adalah mereka yang merupakan lepasan sekolah tinggi, lepasan sekolah menengah, pelajar kolej dan graduan yang ingin memperolehi kecekapan dalam bidang-bidang pekerjaan yang berbeza. Selain itu, penganggur yang aktif mencari pekerjaan juga merupakan pelanggan berpotensi TVET. Ini termasuk pekerja yang diberhentikan akibat penutupan syarikat, pemberhentian atas sebab yang berkaitan ekonomi dan lain-lain. Terdapat empat mod asas penyampaian latihan: a) Berasaskan sekolah atau penghantaran formal melalui program TVET yang berbeza. Jangka masa sekurang-kurangnya satu tahun tetapi tidak melebihi tiga tahun

b) Berasaskan pusat contoh, latihan tidak formal untuk jangka masa pendek yang dijalankan dalam pusat latihan serantau dan wilayah c) Berasaskan komuniti contoh, program latihan yang direka khusus untuk memenuhi keperluan latihan kemahiran dalam masyarakat untuk memudahkan bekerja sendiri d) Program berasaskan perusahaan seperti perantisan, latihan dual yang dijalankan dalam syarikat atau di industri.

Penilaian dan pensijilan bagi kecekapan pekerja mahir peringkat pertengahan dilakukan untuk menentukan sama ada graduan atau pekerja boleh melakukan pekerjaan yang mencapai standard di tempat kerja berdasarkan piawaian kompetensi. Sijil diberikan kepada mereka yang memenuhi keperluan piawaian kompetensi. TESDA menyatakan bahawa bagi menghasilkan TVET yang berkualiti, latihan berasaskan kompetensi harus dibangunkan dan diajarkan berdasarkan Training Regulations (TRs). TR berfungsi sebagai asas bagi pembangunan program latihan berasaskan kecekapan, terutamanya pembangunan kurikulum, bahan pembelajaran dan penilaian kompetensi untuk semua pendidikan teknikal yang berasaskan kompetensi dan pembangunan kemahiran. Pembangunan TR mengambil pertimbangan empat komponen penting dalam pengajaran latihan iaitu, kurikulum, kelayakan tenaga pengajar, kelengkapan peralatan dan kemudahan untuk latihan.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF