SISTEM KASTA DAN INDIA MODEN.docx

January 9, 2017 | Author: Mahfuzah Mustapha | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download SISTEM KASTA DAN INDIA MODEN.docx...

Description

1 .0

Pengenalan Sistem Kasta Di India

Sistem kasta di India ialah salah satu sejarah yang paling utama dimana terdapat perbezaan melalui kelas, agaman, wilayah, kaum, jantina dan bahasa. Ianya merupakan satu institusi yang begitu unik dalam Tamadun India. Di dalam sistem kasta ini terdapat

Gambar Rajah 1.0 Gambar perhiasan india kasta

banyak penindasan yang dapat dilihat. Penindasan yang di jelas melalui perbezaan warna kulit. Sistem kasta ini bermaksud pembahagian kelas sosial yang mempunyai heirarki yang tetap dimana secara semulajadi masyarakat hidup dalam keadaan terkelas atau berperingkat. Pada awalnya, sistem kasta ini lebih berdasarkan kepada perbezaan warna kulit dan ianya bermula dengan kehadiran orang Aryan. Sistem kasta ini dalah satu sistem yang tertutup dimana kehidupan seseorang dan kehidupan sosialnya ditentukan oleh kasta ini. Ianya ditentukan sejak kelahiran seseorang itu dan sistem kasta ini mempengaruhi interaksi dan tingkah laku seseorang itu. Selain itu, terdapat had untuk berinteraksi antara satu kasta dengan kasta yang lain sebagai contoh, Kasta Brahmin tidak boleh bergaul dengan kasta Sundra.

1.2

Asal Usul Dan Sejarah Mengikut asal usul India, terdapat banyak teori yang di gambarkan. Dari sudut agama

Hindu, iaitu dari buku Rig Veda, terdapat seorang lelaki yang bernama Purush telah memusnahkan dan mengorbankan dirinya untuk mencipta sebuah masyarakat. Cerita ini menceritakan bahawa lelaki tersebut telah mengerat badannya kepada empat bahagian. Empat bahagian ini menggambarkan Varna, ianya mempunyai perbezaan antara Varna tersebut. Digambarkan Brahmin di bahagian kepala iaitu bahagian yang paling utama dan penting 1

dimana adanya otak untuk berfikir dan menerima ilmu. Manakala Kastria di bahagian tangan menunjukkan kekuatan yang dimiliki.Vaisya pula di bahagian peha dan Sundra di bahagian kaki. Mengikut

teori

biologi,

tiga

bahagian badan teratas adalah yang paling berkualiti. Varna bermaksud perbezaan antara warna, tekstur dan kesabaran mental. Terdapat

tiga

perbezaan

iaitu

Sattva

bermaksud putih, Rajas bermaksuh merah Gambar Rajah 1.2 Carta Pergerakan Aryan Ke India

dan Tamas bermaksud hitam. Perbezaan ini

dinilai dari kulit mereka dan diklasifikasikan kepada kumpulan kasta tersebut Sistem kasta bermula pada 1500 sbelum masihi dan diperkenalkan oleh kerajaan Aryans. Masyarakat Aryans datang dari selatan eropah dan utara asia yang berkulit cerah berbanding pribumi India. Oleh itu, kerajaan Aryans telah menakluk seluruh kawasan utara India termasuk menguasai budaya di sana. Sistem ini dibahagikan kepada 5 peringkat iaitu : BRHAMIN Pendeta atau sami Ahli agama Kshatriyas Askar ,Pemerintah (kekuatan) Vaisyas peniaga Pekerja awam , ketua kampung , tukang , petani Sudras Hamba, orang gaji , buruh , orang suruhan Dalits or Untouchables Gambar Rajah 1.2.1 Struktur pembahagian dan pengelasan hieraki sistem kasta 2

Setiap peringkat mempunyai kelebihan masing-masing kecuali peringkat bawahan ini kerana mereka di abaikan dan kelayakkan tidak dipandang oleh kerajaan Aryans. Peringkat pertama Brahmins berperanan sebagai ahli agama, ketua kebajikkan dan penting dalam politik kerajaan Aryans. Peringkat kedua Kshatriya berperanan dalam pemerintahan, pentadbir dan ketenteraan dalam kerajaan Aryans. Peringkat ketiga Vaishyas berperanan dalam bidang pedagangan dan perniagaan. Peringkat keempat Sudra berperanan sebagai buruh dan petani antara golongan yang dipandang rendah oleh golongan tertinggi dalam sistem kasta. Untuk golonggan Sudra terdapat dua komuniti terdiri masyarakat tempatan campur dengan golongan Aryans dan komuniti dari golongan tempatan yang lemah.

Di dalam sistem kasta juga terdapat sistem patriarki yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan Aryans. Sistem patriarki ini adalah dimana anak harus mewarisi profesion bapanya untuk generasi seterusnya dan untuk golongan wanita tidak penting semasa pemerintahan ini bagi golongan lelaki ia penting dan dianggap sebagai ketua keluarga.

Sebelum kedatangan kerajaan Aryans, masyarakat di India dikategori dalam golongan Shudras sebagai masyarakat terbiar mengikut jenis pekerjaan mereka. Untuk golongan Brahmins pula terlalu mementingkan kebersihan kerana mereka menganggap kekotoran membolehkan penyebaran penyakit dari segi sentuhan juga melalui udara. Hal ini menyebabkan golongan Dalits golongan yang digelar “untouchable” tidak dibenarkan menyentuh golongan tertinggi dalam system kasta. Di India juga berlakunya penindasan terhadap masyarakat beragama Buddha oleh masyarakat hindu. Hal ini kerana golongan beragama Buddha menolak sistem kasta kerana berlakunya kekejaman dan ketidakadilan, terhadap golongan bawahan. 3

Sistem kasta mengalami perubahan sejak kedatangan pihak British. Hal ini kerana dari akibat jajahan tersebut segala pentadbiran mahupun kebudayaan tradisional India berubah menjadi cara gaya kehidupan barat dan masyarakat beragama kristian tidak ada perasaan simpati terhadap institusi Hindu. Pihak British melakukan pembahagian polisi dan undangundang termasuk pengukuhan sistem kasta. Selepas aktiviti pertanian dan penenunan dijalankan aktiviti tersebut menjadi semakin pupus akibat masa berlalu dan generasi baru memperkenalkan industry baru iaitu perkilangan. Bukan sahaja berlakunya perubahan pekerjaan tetapi situasi sosial di antara golongan sistem kasta juga turut terjejas. Pentadbiran British dapat dilemahkan oleh sistem kasta melalui dasar pengkhususan keturunan, kesucian heriarki dan penolakkan bersama sesama golongan sistem kasta.

1.3

Struktur dan Ciri-Ciri Kasta Kasta ditakrifkan sebagai satu koleksi keluarga atau kumpulan yang dipengaruhi dari

nenek moyang atau keturunan, ketuhanan dan hierarki. Kasta ini secara amnya dielaskan dari segi pekerjaan dan distrafikasikan sebagai tertutup dimana dikenali engogamy. Dalam sistem kasta India, terdapat empat tahap hierarki dan mereka dikelaskan mengikut tahap masingmasing. Ianya dikenali sebagai Varna.

Gambar Rajah 1.3 Struktur Sitem Kasta

4

Masyarakat

India

pekerjaannya melalui

ini

ditentukan

dan

dikelaskan

kekayaan yang dimiliki, kuasa yang

dipengaruhi dan hak keistimewaan yang dikurniakan. Manakala posisi sebagai ketua pula, ditentukan juga dimonopoli oleh kelas yang dominan dan mempunyai kasta yang ramai atau banyak. Sistem kasta ini mempunyai piramid yang mempunyai empat tahap. Dua tahap diatas diduduki oleh yang berkuasa dan mempunyai kelebihan dari dua yang berada di bawah. Sebagai contoh dua tahap diatas ialah kasta Brahman. Kasta Brahman

gambar rajah 1.3.1 brahman

iaitu yang mempunyai kulit paling cerah, ianya kasta yang paling teratas dan dipelepori oleh para paderi dan ahli bijaksana. Bagaimanapun, dalam kasta Brahman terdapat perbezaan darjat seperti Kanya-Kubja, Tamil, Tanjora dan beberapa yang lain. Terdapat sub-kasta yang dipanggil Jati, dimana khususnya untuk endogamy. Endogamy atau perkahwinan endogamy yang membawa maksud perkahwinan yang mempunyai taraf kasta yang sama. Dengan adanya sub-kasta Jati ini, maka kasta Brahman tidak hanya akan berkahwin dengan sesama Brahman sahaja. Mereka boleh berkahwin dengan wanita lain tetapi

wanita tersebut mesti

sama taraf seperti Brahman. Pada masa kini, pendidikan dan ekonomi lebih dikuasai oleh Brahman.

Tahap kedua selepas Brahman ialah Kastria iaitu warna kulit yang sedikit kemerahmerahan. Mereka bertangungjawab menjaga keamanan dan keselamatan negara justeru menjaga sistem pemerintahan.

Kastria ialah kelas pemerintah dimana mereka akan

berkerjasama dengan Brahman dari segi hal-hal negara. Kastria akan meminta nasihat dan merujuk dari Brahman jika berkaitan dengan pemerintahan dan negara. Kastria dan Brahmin

5

bersatu dalam memimpin dan memerintah penduduk yang ramai. Di India , pemerintah telah terikat dengan kitab-kitab sucinya dalam mentakbir negara mereka. Seorang pemerintah Hindu haruslah melindungi hak miliknya, dan bagi melindungi hak miliknya, dia harus menjadi seorang perwira yang tersohor. Hak milik seorang pemerintah adalah rakyat dan negaranya. Seorang

gambar rajah 1.3.2 kastria

Kastria mesti mempunyai ciri-ciri kekuatan fizikal dan mempertahankan diri. Hal ini disebabkan Kastria harus menjaga kasta yang tertinggi iaitu Brahmin dan pemerintahannya justeru kasta dibawahnya iaitu Vaisya. Mengikut bahasa Sanskrit, Kastria bermaksud kuasa, kerajaan dan kekuatan. Kastria dididik supaya menjadi seorang yang berani, peka, adil, pemurah, berdisiplin dan bersederhana. Para paderi dan tentera masing-masing menyatakan bahawa kasta mereka lebih baik berbanding yang lain. Secara amnya, Brahman dan Kastria dianggap bersatu padu antara mereka bagi memerintah masyarakat atau penduduk yang ramai. Walaupun Brahman dan Kastria masing-masing menyatakan bahawa mereka

lebih baik dan kasta lebih tinggi

daripada yang lain, tetapi Brahman tidak pernah teragak-agak untuk mengisytiharkan kasta mereka sendiri sebagai lebih tinggi daripada Kastria. Hal ini kerana Kastria terlalu bergantung kepada paderi dalam semua hal pemerintahan. Malah Brahman juga menyatakan bahawa mereka boleh memimpin sesebuah negara tanpa adanya seorang pemerintah tetapi sebaliknya bagi seorang pemimpin. Brahman

berkata bahawa pemimpin tidak dapat memerintah

sesebuah negara tanpa bantuan seorang Brahman iaitu paderi. Tahap kasta seterusnya ialah kasta Vaisya atau para peniaga. Mereka mempunyai kulit yang agak kekuningan, tugas Vaisya ialah memastikan kemakmuran masyarakat terjamin melalui pertanian, penternakan lembu dan perdagangan.

Terdapat banyak perbandingan

antara Kastria dan Vaisya. Vaisya sangat lemah jika dibandingkan dengan Kastria. Ini adalah 6

salah satu penindasan tetapi mereka tidak memboikot kerana ianya sudah diamalkan sejak azali. Tidak berapa lama kemudian, Shudras mengambil alih bidang pertanian dan penternakan . Manakala Vaisya menguasai bidang perniagaan dan perdagangan, ekonomi mereka sangat kukuh kerana mereka menguasai semua bidang perdagangan. Dalam pada itu, Vaisya tidak berpuas hati dengan

Contoh gambar rajah 1.3.3 vaisya

golongan atau tahap kasta yang berada diatas ,dimana kasta Vaisya menyokong kumpulan anti-Brahmin. Disini membuktikan bahawa kasta Vaisya sangat membenci kasta Brahman dan Kastria. Muncullah tahap seterusnya iaitu Sundra iaitu orang-orang yang mempunyai kulit yang paling gelap. Kasta Sundra ini ialah dari kalangan buruh, petani dan hamba abdi. Mereka dididik dan langsung tidak diberi pilihan untuk menonjolkan kebolehan mereka. Kasta ini hanya diperlakukan sebagai hamba abdi kepada tiga kasta yang berada diatas. Disini sangat jelas dan terang-terangan penindasan yang dilakukan terhadap kalangan kasta Sundra. Kasta Sundra langsung tidak mempunyai keistimewaan dan mereka juga tidak Contoh gambar rajah 1.3.4 sundra

dibenarkan untuk belajar kitab-kitab mereka lantas membaca mantra sekalipun. Ianya akan menjadi kesalahan yang besar jika

mereka belajar

perkara-perkara yang dilarang tersebut. Orang-orang Sundra juga tidak

dibenarkan memasuki kuil dan hanya berkidmat sebagai hamba, tukang kasut, tukang besi dan tukang gunting rambut kepada tiga kasta yang tertinggi. Hidup mereka hanyalah sebagai hamba abdi semata-mata kepada kasta yang lain. Kasta yang paling bawah di dalam piramid adalah kasta „untouchables‟ atau di panggil golongan yang tidak boleh diusik dan tidak bergaul dengan masyarakat. „untouchables‟ ini

melakukan kerja-kerja yang 7

Golongan

dianggap najis,kotor dan mencemarkan

sebagai

contoh

mengutip

bangkai

haiwan.

Golongan

„untouchables‟ ini tidak termasuk dalam piramid kasta. Dalam buku undang-undang Hindu, mereka hanya mempunyai empat Varna bukannya lima, ini bermaksud golongan „untouchables‟ memang tidak termasuk dalam piramid kasta tersebut. Hal ini kerana, golongan „untouchables‟ mempunyai rupa paras yang menakutkan, seperti penjenayah

Contoh gambar rajah 1.3.5 dalit atau “untouchable”

dan kulit mereka juga sangat kotor dan bermasalah.

Disebabkan itu, apa sahaja yang mereka lakukan dianggap pencemaran sebagai contoh jika mereka memasuki sesebuah kuil, kuil itu dianggap telah tercemar dengan kehadiran mereka. Golongan ini juga dilarang untuk berjalan dan melalui kawasan rumah kasta-kasta tertinggi. Golongan ini telah dipindahkan ke pinggir kampung disebabkan mereka lebih ramai daripada kasta yang tertinggi. Walaubagaimanapun , khidmat mereka sangat penting dan diperlukan dalam masyarakat juga untuk kelas atasan. Kasta ini mempunyai tiga elemen penting hierarki, pengkhususan keturunan dan penolakan. Sesebuah masyarakat yang bercirikan sistem ini, akan dibahagikan kepada satu kumpulan yang besar dan akan timbul penentang jika hierarkinya bertindih. Terdapat banyak peraturan atau undang-undang dalam Kasta India ini dimana setiap mereka harus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Dua ciri yang penting dalam Kasta India endogamy dan pekerjaan. Endogamy disini menyatakan bahawa setiap kasta atau sub-kasta mestilah mengahwini dengan kasta mereka sendiri atau dengan kata lain, perkahwinan yang sama taraf. Tetapi jika pihak lelaki dari kasta yang tinggi dari perempuan, ianya dibenarkan. Jika sebaliknya, mereka akan dibuang keluarga atau dikeluarkan daripada kasta mereka. Ciri seterusnya ialah

kawalan makanan. Pengawalan

makanan ini bagi memastikan makanan cukup. Terdapat dua jenis 8

Contoh gambar rajah 1.3.6 perkahwinan edogamy

makanan iaitu Pacca dan Kachcha. Pacca ialah makanan yang disediakan mengguna mentega yang dicairkan yang dipanggil Ghee. Manakala Kachacha pula ialah makanan yang disedia menggunakan air atau Pyakurel. Berdasarkan kasta, hanya makanan yang tertentu sahaja boleh diberikan juga ditukarkan dengan kasta lain, ianya bergantung terhadap tahap kasta. Sebagai contoh, Brahman boleh menerima Pacca dari kasta Sudra tetapi Kachacha hanya boleh diterima dan diberi dengan sesama tahap kasta sahaja. Jika dilihat kasta India ini memberi banyak kesan terhadap ekonomi di India. Asasnya ialah menyediakan makanan,dimana setiap keluarga perlu berkhidmat dalam menyediakan makanan untuk kasta yang tertinggi. Kasta yang rendah akan bersepakat dalam memberikan khidmat kepada kasta yang tertinggi. Terdapat satu sistem di India yang di panggil Jajmani. Sistem Jajmani ini ialah pertolongan dan pertukaran dalam masyarakat yang berlainan kasta. Sistem Jajmani ini di wujudkan semasa kedatangan British. Dengan adanya sistem kasta ini, kita dapat melihat lebih perbezaan antara satu kasta dengan kasta yang lain. Selain intu terdapat juga penindasan terhadap kasta yang lebih rendah. Tetapi kebaikannya ialah , ekonomi lebih stabil dan keselamatan disediakan. Mereka juga menghormati antara satu sama lain dengan pekerjaan yang dilakukan biarpun basib mereka telah ditentukan sejak lahir. Perhubungan golongan juga baik malah sistem kasta ini lebih kukuh dan utuh.

1.4

AGAMA, BUDAYA DAN KASTA Di dalam masyarakat India, berlaku pembahagian dalam sistem kasta memainkan

peranan dalam interaksi sosial dan mempunyai idea yang bernas. Hal ini kerana setiap golongan sistem kasta berlainan pendapat, kelakuan dan berbeza nilai dan idea. Perbezaan

9

pendapat dikalangan masyarakat dibenarkan oleh agama Hindu. Konsep rasional bagi sistem kasta sebenarnya berdasarkan sesebuah kelahiran. Hal ini kerana bagi golongan bawahan sistem kasta perlu merasa bersalah terhadap diri mereka disebabkan hukum karma pada masa yang lalu. Disebabkan kepercayaan tentang hukum karma berlakunya kelahiransemula yang mencegah masyarakat yang memberontak terhadap sistem kasta. Kelahiran semula atau pemunculan semula diperkenalkan oleh kerajaan Aryans untuk memperjelaskan kelakuan penindasan dengan membawa masyarakat dari bangun menentang sistem kasta. Bagi golongan Brahmins ini satu keistimewaan bagi kelahiran dari golongan itu kerana mereka pada peringkat yang tertinggi dalam sistem kasta.

Untuk golongan bawahan Shudras dan Dalits, kelahiran semula ini memperjelaskan kesusahan terhadap kelahiran bawahan dan mereka perlu berkorban melalui dosa pada masa yang lalu. Bagi mengelakkan kelahiran bawahan, golongan ini menentang pendapat mereka sendiri. Didalam kitab hindu

rig veda

menyatakan satu rangkap ayat bertajuk

Purusha

Sukta

yang ,

yang

menerangkan bagaimana dunia fizikal ini berasal dari pancaran cahaya badan Tuhan, atau

mengikut

tafsiran

yang

lain

,

bagaimana dunia fizikal adalah badan tuhan .

sebagai contoh lagu doa pujian dalam

hindu

menyatakan

sebagai

gambar rajah 1.4 susunan kasta dalam kitab hindu

contoh,

bagaimana bulan terbit daripada fikiran Tuhan, bagaimana matahari itu menjadi mata tuhan,

10

bagaimana di pergunungan adalah tulang -Nya, dan pokok-pokok dan rumput adalah Rambutnya , dan sebagainya. Ia juga menghuraikan strukutr badan sosial manusia sebagai perwakilan daripada pancaran cahaya badan tuhan . Menurut lagu doa pujian ini masyarakat manusia terbahagi kepada empat kumpulan sosial yang dipanggil varnas . Perkataan " Varna" bermaksud " warna" atau " warna . " Keempat-empat "warna" lelaki , oleh itu, mewakili jenis psikologi sejagat manusia. Ketua tuhan pancaran cahaya badan ini menjadi sami atau pendeta ( Brahmana ) , tangan badan ini menjadi pahlawan ( Kshatriya ) , perut, atau kadang-kadang paha, menjadi ( Vaishya ) Segmen pertanian atau saudagar masyarakat, dan akhirnya , kaki bentuk kosmik ini menjadi pekerja ( shudra ) lapisan masyarakat. Dengan cara ini, masyarakat manusia secara langsung berkaitan dengan pancaran cahaya

badan

alam semesta.

Mengekalkan susunan sosial adalah mengekalkan perintah kosmik. Ini merupakan dharma . Ashramas di samping itu untuk empat varnas ini mengikut persuratan vedas smrti menambah satu lagi lapisan lain untuk sistem ini iaitu dipanggil Ashramas . Oleh kerana varnas membahagikan badan sosial, ashrams membahagikan kehidupan seseorang individu. Dengan menganggap kehidupan seorang manusia adalah 100 tahun, setiap peringkat turut diberikan 25 tahun. Pada suku pertama dipanggil fasa pelajar (brahmacharya). Pada masa ini dalam kehidupan seseorang individu itu akan

gambar rajah 1.4.1 kitab manu

pergi ke rumah guru (guru-Kula, perkataan bahasa Sanskrit purba untuk sekolah) dan hidup kehidupan yang membujang berkhidmat untuk guru dan mempelajari apa yang perlu dipelajari bagi tahun kemudian Selepas tamat pengajian pelajar menggunakan ilmu ke peringkat yang seterusnya dalam kehidupan, iaitu peringkat alam rumah tangga (grihastha) dan mengambil tanggungjawab duniawi, termasuk isteri, keluarga 11

dan kerjaya. Penerangan selanjutnya terdapat dalam article “Hindu Caste: Varnashrama Dharma (The Cosmic Body and the System of Varnas) .

1.5

PERANAN KERAJAAN DALAM SISTEM KASTA Terdapat banyak tindakan kerajaan yang berlaku sebelum dan selepas kemerdekaan

untuk mengatasi dan cuba untuk menghapuskan ketidaksamaan dan ketidakadilan yang berkaitan dengan sistem kasta .Dalam tahun 1970-an , ramai pemimpin kasta dianggap dan memanggil diri mereka Dalits. Pergerakan dalit anti-kasta bermula dengan jyotirao phule pada pertengahan abad ke-19 dan beliau memulakan gerakan bagi pendidikan dan meningkatkan taraf wanita , shudra dan dalits dan gerakan yang merebak ke banyak bahagian india. Sebelum kebangkitan anti-kasta golongan ke empat iaitu shudra dan golongan ke lima iaitu dalits tidak di

gambar rajah 1.5.1 tokoh india Mathama Gandhi

beri keistimewaan dan hak asasi mereka di halang. Jyotirao phule juga memansuhkan idea “untouchability” yang bermakna menghapuskan sekatan atas kemasukan ke kuil dan mencari tempat untuk dalits dalam hindu. Kasta tidak membenarkan golongan ke empat dan kelima dan mereka di haramkan ke kuil dan tempat awam. Mahatma Ghandi

menginginkan kasta

atasan

pandangan terhadap kasta dari bawahan

.

mengubah bagaimanapun

Ambedkar percaya kasta bawahan kurang penting jika tiada ilmu. Bagi mengubah bawahan ini, struktur social melalui undangundang , politik dan pendidikan perlu dikemaskan bagi ,memberi

gambar rajah 1.5.1 tokoh india Jyotirao phule

peluang kepada kasta bawahan ,menerima pendidikan . Ambedkar telah menerima jaminan perlembagaan selepas merdeka yang terpelihara peratusan tertentu 12

daripada kerusi dalam pilihan raya untuk dalits. Pada pertengahan 1950-an ,Ambedkar tidak berpuas hati dengan kadar pelaksanaan langkah-langkah , oleh itu beliau meletak jawatan dari kerajaan dan mula merekrut dalits untuk mendapatkan hak. Beliau menggalakkan golongan dalits untuk masuk agama Buddha supaya dapat keluar dari penindasan. Generasi muda Dalits bersama-sama dengan gerakan-gerakan sosial yang lain di

gambar rajah 1.5.3 tokoh india Ambedkar

India, dan pergerakan mereka menyatakan kemarahan dan kekecewaan mereka di atas kegagalan pelaksanaan mengenai dasar-dasar yang akan menghapuskan tindakan keganasan terhadap Dalits oleh atasan kasta Hindu di banyak bahagian bandar dan luar bandar India. Kategori yang layak di bahagikan kepada tiga yang utama iaitu dasar keutamaan yang menempah tempat duduk dalam badan perundangan, dalam pekerjaan kerajaan, dalam sektor awam perusahaan, dan di institusi pendidikan negara diselia, dari segi perkadaran populasi mereka di kawasan mereka. Mereka juga telah dijanjikan program-program khas (seperti penjagaan kesihatan bantuan undang-undang, pembahagian tanah, biasiswa, pinjaman, dan geran) dan dilindungi undang-undang terhadap diskriminasi (seperti hutang, buruh paksa dan untouchability). kumpulan yang pertama adalah kasta Berjadual (SCS ), yang termasuk masyarakat yang dianggap sebagai untouchables. Yang kedua adalah suku kaum Berjadual (STS). Kategori ini termasuk di dalamnya masyarakat yang tidak menerima sistem kasta dan lebih suka tinggal jauh dihutan- hutan, dan gunung di India , jauh dari penduduk utama. Puak Berjadual juga dipanggil Adivasi , bermakna penduduk asli (Daniel ). Yang ketiga adalah kelas bawahan yang termasuk di dalamnya kasta yang tergolong dalam Shudra Varna , bekas untouchables yang menukar agama daripada Hindu kepada agama-agama lain , dan puakpuak nomad dan yang membuat hidup dari

13

perbuatan jenayah (Daniel ). Mereka dianggap terjejas oleh " kemunduran " berdasarkan social dan kelemahan ekonomi. Ia tidak jelas , bagaimanapun , apa kriteria mengenal pasti kelas bawahan dan terdapat satu perselisihan berterusan sama ada untuk memberikan orang status ini atas dasar kasta atau pada kriteria ekonomi. Masalah yang timbul adalah kasta dan status ekonomi yang sebahagian besarnya berkait rapat pada masa lalu dan kini prejudis dan diskriminasi berasaskan kasta menghalang ekonomi kemajuan bagi kasta yang lebih rendah. Golongan berada berstatus tinggi akan menentukan seseorang itu berada dalam kasta yang mana pada tahun 1960. Negara-negara di bahagian selatan India diklasifikasikan sebagai kelas bawahan kerana kurang bernasib baik dari segi ekonomi. Pusat Suruhanjaya Mandal selesai selepas kerajaan melantik sebuah suruhanjaya yang diketuai oleh B.P. Mandal untuk meneliti isu ini, pada tahun 1978. Kesimpulannya, kasta adalah faktor utama menyumbang kepada kemunduran sosial dan ekonomi menyebabkan kerajaan mula memberi perhatian terhadap dasar kasta yang menindas golongan rendah .

1.6

INDIA MODEN India moden mempunyai kesedaran sivik di mana arus era globalisasi mengubah

pandangan mereka terhadap sistem kasta. Hubungan antara kasta menjadi lebih baik. Terdapat lebih banyak makanan dan perkongsian antara kasta. Salah satu perubahan besar yang berlaku di India adalah pekerjaan. Pekerjaan di klasifikasi kan sejak lahir. Status pekerjaan adalah di tentukan. Sebelum adanya system kasta status pekerjaan mereka hanya berkisar kan pembuatan tembikar dan besi. Dengan adanya system kasta, pekerjaan mereka lebih terjamin dalam sector perdagangan, pertanian, dan penternakan.

14

Mereka menganggap sistem kasta adalah kolot dan tidak praktikal dan lebih kepada penindasan. Jika di teliti terdapat banyak penindasan dalam sistem kasta. Kasta yang tertinggi akan mempergunakan kelebihan dan kekuasaan yang mereka miliki untuk menindas golongan bawahan. Golongan bawahan harus berkhidmat kepada golongan atasan seumur hidup. Golongan kasta telah menerima pelajaran dan sekarang tenaga mereka dibayar mengikut kemahiran mereka. Di kawasan luar bandar, pergerakan daripada kasta yang mengkhusus pekerjaan dan akses kepada sumber-sumber masih sukar dan lambat untuk kasta yang lebih rendah, tetapi dalam kawasan bandar, kasta kini merupakan bahagian yang kurang penting dalam kehidupan seharian.

Sudut ekonomi semakin meningkat disebabkan hormat antara satu sama lain. Ekonomi lebih teratur selepas munculnya sistem kasta. Dan yang paling penting perkahwinan tanpa ada halangan dari mana pihak .Endogami tersebut adalah masih dipraktikkan di kalangan keluarga, tetapi tidak terlalu di tekankan seperti sebelum ini. Kepercayaan

agama dan

sosiobudaya juga turut berubah di mana masyarakat hindu tidak terikat dengan agama Buddha sahaja dan bebas mengamalkan agama lain tanpa ada sekatan .Walau bagaimanapun, hanya sebahagian kecil daripada golongan kasta rendah mendapat keistimewaan dari golongan atasan. Permusuhan juga dinyatakan oleh ramai orang yang menyokong penyingkiran pekerjaan kerajaan yang kurang bernasib baik dari segi ekonomi iaitu golongan vaisya. Golongan membenci dua golongan yang berada atas. Pergaulan bebas bersama golongan lain.

15

1.6.1 Sosial Pada era moden aktiviti sosial lebih terbuka berbanding waktu sistem kasta ini di mana kita dapat lihat golongan kelas kasta boleh duduk semeja dan bekerja dengan golongan kasta bawahan yang di mana dulu nya mereka tidak layak duduk mahupun berkomunikasi dengan golongan kasta atasan ini kerana perubahan

ketamadunan

dalam sesebuah

masyarakat tersebut . dalam aktiviti sosial perkahwinan sedarjat telah semakin dilupakan dan pengamalannya dalam masyarakat moden telah di endah kan dan menyebabkan sistem perkahwinan kasta dilupakan. kasta menitik beratkan perkahwinan kerana ia akan mengubah struktur kasta dan menyebakkan mereka akan terkena karma ataupun musibah . semasa era sistem kasta, masyarakat dibahagikan mengikut pengelasan taraf hidup namun pada era moden masyarakat tidak ada struktur pengelasan namun ia bergantung pada kemahuan masyarakat tersebut ingin berjaya . pengaruh kemodenan aktiviti sosial dalam masyarakat India hari ini adalah datang dari pihak British dan pejuang anti kasta . Pada era moden ini perkahwinan sesama kasta atau sedarjat masih diamalkan lagi tetapi pengamalan amat kurang kerana mentaliti pemikiran masyarakat moden pada hari ini adalah lebih bebas dan terbuka. Hal pengamalan kahwin kasta

ini masih diikuti kerana

sesetengah golongan atau masyarakat India masih

gambar rajah 1.6.1.1 upacara pemberian air keberkatan

mementingkan darjat sesebuah keluarga dengan cara anak mereka harus mengahwini lelaki atau perempuan setaraf dengan mereka. Namun dalam kalangan masyarakat golongan tertinggi membenarkan anak berkahwin tidak mengikut darjat, mengahwini perempuan dari golongan sederhana.

16

contohnya anak lelaki

Golongan tertinggi dalam sistem kasta iaitu Brahmin antara golongan yang berjaya pada zaman India sekarang kerana golongan itu berjaya dalam bidang kedoktoran, kejuruteraan dan guaman. Hal ini menunjukkan bidang yang diterajui oleh golongan ini adalah antara penyumbang kemajuan negara India. Sistem kasta juga menjadi identiti utama negara India dalam bidang politik, social dan undang-undang. Tambahan lagi, peringkat terakhir dalam sistem kasta yang dikenali sebagai „untouchable‟ masih berada dalam keadaan peringkat bawah atau rendah dalam situasi sosial. Walaupun sistem kasta sudah berlaku lamanya tetapi pada masa kini masih ada meskipun berada di tahap rendah. Hal ini kerana golongan masa kini tidak mengambil peduli tentang darjat atau pangkat sesebuah ikatan atau darjat.

1.6.2 Ekonomi Melihat kembali zaman kegemilangan ekonomi di India, dua faktor yang menjadi pemangkin ekonomi masyarakat India maju waktu itu ialah sistem ekonomi liberal dan masyarakat berasaskan dharma . pasaran yang dinamik dan pengaruh nilai dharma . Tiada sempadan untuk usaha manusia dan jika diberi ruang dan peluang yang betul, ia boleh memberikan hasil yang cemerlang. Keusahawanan Persendirian telah menjadi kuasa yang paling progresif dalam sejarah manusia dan India telah mempunyai tradisi keusahawanan yang lama . Masyarakat India telah mempunyai tradisi yang lama bagi melindungi dan memupuk semangat keusahawanan ini. semangat ini yang telah mendorong tamadun India, dalam keusahawanan yang telah membuat India tamadun yang paling makmur dan produktif bagi beribu-ribu tahun. Ambedkar menulis dalam "History of Indian Currency and Banking", 1947

iaitu “"Perdagangan adalah sesuatu peralatan yang penting dalam

17

masyarakat, berdasarkan harta swasta dan mengejar keuntungan individu; tanpanya, ia akan menjadi mustahil untuk ahlinya mengedarkan produk khusus usaha mereka ..." Sistem kasta adalah satu sistem sosial & bukan sistem agama. Ia adalah berdasarkan kepada dua asasendogami tersebut dan penafian kebebasan ekonomi. Orang ramai yang terperangkap di dalam profesion masing-masing yang diwarisi oleh kelahiran. Mereka terpaksa disokong oleh masyarakat. Kebanyakan Brahmin

sebenarnya

miskin

sepanjang

sejarah

gambar rajah 1.6.2.1 dalit atau untouchble dalam perusahaan pembinaan

sehingga pemerintahan British apabila mereka datang untuk menguasai ekonomi moden yang baru muncul dan profesion. yang memerintah dan dilindungi alam adalah Kshatriya tetapi mereka tidak dapat membuat undang-undang sebagaimana yang mereka mahukan. Mereka terpaksa bergantung kepada Brahmin untuk itu. Satu ciri penting dalam raja-raja India & Maharaja. Vaisya di mana untuk mencipta kekayaan dengan perdagangan tetapi tidak boleh memegang kuasa politik dan Shudra, petani dan buruh, adalah untuk membajak tanah dan mengekalkan masyarakat yang membentuk lebihan mereka dan kini golongan untouchables atau dalit juga tidak terpinggir daripada menyumbang tenaga untuk membantu ekonomi India . Sejenis pembahagian kuasa tetapi dari pengalaman yang lalu satu yang berlainan daripada amalan yang lama.

Dalam moden India setiap daripada kasta telah mempunyai bidang profession masing-masing bagi

membantu ekonomi

India dan pengaruh ideologi daripada ekonomi barat.

Dan

menyebabkan ekonomi daripada sistem kasta telah berubah dan banyak lagi faktor yang menarik India menjadi modern .

18

1.6.3 Agama Perkembangan masyarakat India menjurus kepada kemasukan agama lain seperti Kristian Buddha Sikh Islam Jains dalam negara India . agam hindu zaman moden dan zaman dulu telah mengalamai perubahan di mana sistem kasta bukan lagi sebagai keutamaan dlam kitab mereka dan pegangan mahatma Gandhi telah mengubah pandangan agama hindu. agama lain juga turut mempengaruhi pengamalan kasta dalam masyarakat hindu . dalam agama hindu telah menyatakan sistem kasta ini dalam kitab Manu . tetapi dalam agama lain contoh agama Islam dalam Al-Quran telah menyatakan bahawa manusia ini semuanya sama tiada perbezaan pangkat ataupun darjat . agama berlainan dan begitu juga kefahaman yg dibawa tetapi mempunyai satu tujuan mencari kesejahteraan hidup dan taat kepada perintah tuhan masing-masing . agama lain menganggap agama hindu lama yang menjalankan sistem kasta ini satu penindasan dan tidak terbuka . Era globalisasi

telah memberi pengaruh yang kuat ke atas pengalaman dalam

menjalankan sistem kasta oleh masyarakat hindu kerana sistem ini tidak terbuka dan banyak penindasan

masyarakat India moden menanggap

ia pemikiran orang yang kolot dan

mempunyai ciri-ciri masyarakat yang tidak maju. Menurut Dr. Ravindra Kumar “ sesiapa yang mengaitkan agama dan sistem kasta dalam zaman moden ini mereka dikategorikan seorang yang jahil dalam agama dan mementingkan diri sendiri “ 1.6.4 Budaya Kebudayaan pada era moden ini telah berubah

menjadi semakin moden dengan

pengaruh dari kuasa luar budaya dalam sistem kasta adalah lama dan tidak menepati ciri budaya hidup moden dan menyebabkan ia tidak lagi diamalkan oleh masyarakat yang lebih moden tetapi masyarakat yang terpencil pula masih mengamalkannya lagi contoh upacara sembah dan upacara yang berkaitan dengan mengorbankan sesuatu . 19

1.7

KESIMPULAN

Sistem kasta merupakan salah satu sistem yang mengamalkan dasar sistem tertutup dan mempunyai struktur susun lapisannya tersendiri. Sistem kasta India telah memainkan peranan yang penting dalam membentuk pekerjaan dan peranan dan juga nilai-nilai masyarakat India . Sistem ini dipengaruhi oleh agama hindu di mana terdapat dalam kitab hindu menyatakan susun lapis hierarki mengikut bahagian badan tuhan mereka.

Setiap kasta mempunyai

peranan mereka tersendiri untuk kebaikan masyarakat mereka di mana sistem ini mempengaruhi bidang pemerintahan , sosial, agama, kaum dan ekonomi. bagi mereka jika sistem ini dilanggari mereka akan terkena karma . Sistem ini semakin diabaikan sejak campur tangan British dalam pemerintahan India dan pejuang anti kasta aktif memperjuangkan hak golongan kasta yang ditindas contoh pejuang adalah mathma gandhi dan amedhakar . sistem ini masih diamalkan lagi tapi bukan semua hanya segelintir bilang yang kecil masyarakat hindu sahaja yang mengamalkannya. Walaupun selepas enam puluh tiga tahun kemerdekaan, kaum India terus menjadi dalam genggaman kasta kesedaran. Pekerjaan telah dibahagikan dan ditentukan tugas sejak lahir, dan keturunan pekerjaan adalah satu peraturan yang memainkan peranan yang besar dalam ekonomi kehidupan bandar dan luar Bandar. Walau bagaimanapun , hubungan antara kasta dan pekerjaan turun-temurun telah menjadi kurang penting sekarang. Pada zaman sekarang setelah dunia semakin maju negara India juga turut tidak terkecuali mengikuti arus pemodenan dan menyebabkan sistem kasta ini terus di endahkkan dan salah satu lagi sebabkan sistem ini dianggap sebagai rasisme iaitu penindasan terhadap golongan yang lemah tanpa belas kasihan dan kesedaran yang ada dalam masyarakat mereka . Sistem pekerjaan juga diperluas.

20

IV

RUJUKAN

Penulis

: Manali S. Deshpande

Tajuk

: History of the indian caste system and its impact on india today

URL

: http://digitalcommons.calpoly.edu/cgi/viewcontent.cgi?article =1043&context=socssp( History Of The Indian Caste System And Its Impact On India Today By Manali S. Deshpande )

Anotasi

: artikel ini menerangkan kasta dan kesan terhadap India pada masa kini

Penulis

: www.mtholyoke.edu

Tajuk

: caste in modern India

URL

: https://www.mtholyoke.edu/~epandit/page3.html

Annotation

: menerangkan situasi kasta dalam era India moden .

Penulis

: Countries and Their Cultures

Tajuk

: caste, hindu

URL

: http://www.everyculture.com/South-Asia/Castes-Hindu.html

Anotasi

: Menjelaskan tentang sistem kasta berlaku dalam hindu.

Penulis

: indian society and culture

Tajuk

: indian society and culture

URL

: http://www.rlc.dcccd.edu/ibt/IndianSocietyCulture.pdf

Anotasi

: Memperkenalkan masyarakat dan budaya di India

Penulis

: Swilliams24's Blog

Tajuk

: Cultural Analysis: Ancient India‟s Creation Myths and Caste System Influence

21

URL

: http://swilliams24.wordpress.com/cultural-analysis-ancientindia%E2%80%99s-creation-myths-and-caste-system-influence

Anotasi

: menerangkan tentang India zaman purba

Penulis

: dev kar

Tajuk

: Religion and the Roots Of India's Caste System

URL

: http://www.washingtonpost.com/wpdyn/content/article/2007/06/30/AR2007063000685.html

Anotasi

: menjelaskan agama dalam kasta India

Penulis

: daniel.tripod

Tajuk

: The Religious form of Caste System

URL

: http://adaniel.tripod.com/religious.htm

Anotasi

: kaitan sistem kasta India dan agama

Penulis

: Kallie Szczepanski

Tajuk

: History of India's Caste System

URL

: http://asianhistory.about.com/od/india/p/indiancastesystem.htm

Anotasi

: menceritakan sejarah India sistem kasta

Penulis

: leopiya

Tajuk

: Role of Caste System in India

URL

: http://www.shvoong.com/social-sciences/1853205-role-caste-india/

Anotasi

: menerangkan apa itu kasta dan bagaimana ia terbentuk

22

Penulis

: Lavanya Sankaran

Tajuk

: Caste Is Not Past

URL

: http://www.nytimes.com/2013/06/16/opinion/sunday/caste-is-notpast.html?_r=0

Anotasi

: membicarakan tentang kewujudan sistem kasta dalam masyarakat India hari ini

Penulis

: Lydia Polgreen

Tajuk

: Business Class Rises in Ashes of Caste System

URL

: http://www.nytimes.com/2010/09/11/world/asia/11caste .html?pagewanted=all

Anotasi

: menjelaskan kasta dalam golongan kasta atasan dalam dunia perniagaan dan ekonomi

Penulis

: asiapacific.anu.edu

Tajuk

: Caste in modern India

URL

: http://asiapacific.anu.edu.au/blogs/southasiamasala/2011/06/29/castein-modern-india/

Anotasi

: Menjelaskan sistem kasta dalam dunia moden

Penulis

: iheu.org

Tajuk

: Caste and politics in India

URL

: http://iheu.org/content/caste-and-politics-india

Anotasi

: Menceritakan sistem kasta dalam dunia

Penulis

: Dr. Ravindra Kumar

Tajuk

: Religion and Caste

URL

: http://www.worldsecuritynetwork.com/Religion-and-Politics23

India/Kumar-Dr.-Ravindra/Religion-and-Caste Anotasi

: membincangkan agama dan sistem kasta dalam negara India hari

Penulis

: ushistory.org

Tajuk

: The Caste System

URL

: http://www.ushistory.org/civ/8b.asp

Anotasi

: Menerangkan sistem kasta

24

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF