SISPA Semester 4 Pertahanan Awam
November 29, 2017 | Author: NajjZumi | Category: N/A
Short Description
Download SISPA Semester 4 Pertahanan Awam...
Description
SISPA UUM 4 2012
SISPA UUM SEM 4 BAB 1.0 MELAWAN KEBAKARAN ASAS
1
SISPA UUM 4 2012
PENGENALAN KEPADA KEBAKARAN Kebakaran merupakan sesuatu bencana yang disebabkan oleh api atau pembakaran tidak terkawal, membahayakan nyawa manusia, bangunan atau ekologi. Ia boleh terjadi dengan sengaja atau tidak sengaja. Kebakaran lazimnya akan menyebabkan kerosakan atau kemusnahan pada binaan dan kecederaan atau kematian kepada manusia. Kebakaran kadangkala turut menyebabkan ribut kebakaran atau kebakaran liar. Kebakaran boleh menyebabkan kecederaan atau kematian yang berpunca daripada terhidu asap ataupun melecur.
Asas Kimia Kebakaran
Tujuan
Dapat memahami cara untuk mencegah kebakaran.
Dapat memadam kebakaran dengan cara yang betul Tahu bentuk media dan berkesan. pemadaman yang sesuai bagi sesuatu jenis kebakaran. Dapat bertindak dengan cepat dan berkesan.
Definisi Kebakaran Satu
proses
pengewapan
dan
pengoksidaan yang menghasilkan tenaga, haba, cahaya dan karbon dioksida.
2
SISPA UUM 4 2012
Elektrik Statik Elektrik – litar pintas
Percikan
Geseran
Punca-punca Kebakaran
Petir
Haba Mekanikal
Nyalaan Haba Nuklear
Mampatan Gas
Tindak balas Kimia
BAGAIMANA API BERMULA Sebab-sebab Berlaku
Faktor Semualajadi
Kemalangan Kepanasan cahaya matahari, gunung berapi, petir dll.
Sengaja Kelalaian, kecuaian dan kesilapan manusia.
3
Sengaja dibakar, khianat/ jahil.
SISPA UUM 4 2012
Faktor-faktor Berlaku Kebakaran
Bahan Api
Oksigen
•Bahan yang boleh memandu kebakaran. •Kertas, baju, minyak.
Haba
•Oksigen yang cukup untuk membantu kebakaran.
•Haba yang mencapai tahap pembakaran.
Api
Segi Tiga Kebakaran
Bahan Api
Oksigen Api
Haba
Bahan Api
Unsur yang terkandung didalamnya wap/gas mudah terbakar.
Oksigen
Sejenis gas yang terdapat dalam udara yang membantu proses pembakaran.
Terdapat dalam beberapa bentuk iaitu pepejal, cecair dan gas.
Contoh - kayu, arang batu, minyak dan cat.
Peratus kandungan oksigen yang diperlukan untuk pembakaran adalah 16% - 21%.
4
Haba
Tenaga yang diperlukan bagi meningkatkan suhu bahan api. Gas/wap mudah bakar akan dibebaskan dari bahan api dan terbakar apabila mencapai takat suhu tertentu. Peningkatan suhu seterusnya akan membebaskan wap.
SISPA UUM 4 2012
JENIS-JENIS/KELAS API Kelas
Alat Pemadam Api
A -
Pepejal
-
Cth : kayu,kertas
Air & debu kering.
B
Buih, debu kering, Co2, air
-
Cecair
-
Cth : minyak, cat, getah C
Debu kering, Co2& gas
-
Gas
-
Cth : butana, amonia D
Debu kering
-
Logam
-
Cth : potassium, sodium, calsium K
-
Wet chemical
Bahan api akibat Konsentrasi lemak yg tinggi
FAKTOR MEMBANTU KEMEREBAKAN 1) Luas Permukaan Bahan - Keluasan bahan api yang terdedah dengan udara. 2) Kadar Pengeluaran / Pemindahan Haba
- Jumlah & kecepatan haba yang dikeluarkan. 3) Tiupan Angin - Angin yang bertiup membawa banyak oksigen. 4) Suhu Atmosfera - Kelembapan rendah. 5
SISPA UUM 4 2012
CARA BAGAIMANA API MEREBAK
Pengaliran (Conduction)
Olak haba (Convection)
Bahangan (Radiation)
Terus menerus (Direct)
• Bergerak melalui pengalir spt logam, simen & dinding (pengalir haba yg baik). • Bahan pengalir menjadi panas & jika ada bahan api yg bersentuhan dgnnya maka suhunua akan naik & sampai di suhu nyalaan ia akan terbakar dgn sendirinya. • Pemindahan haba yg berlaku di dalam mudah alir spt cecair/gas. • Apabila cecair /gas dipanaskan ia akan mengembang & menjadi ringan. • Gas yg panas akan naik ke atas & gas yg sejuk turun ke bawah secara pusingan sehinggalah keseluruhan gas itu menjadi panas. • Pemindahan haba sbg gelombang elektromagnetik & bukan bermakna gas panas bergerak melaui udara. • Bahangan boleh bergerak melalui kaca tingkap. • Apabila bahan api mendapat haba secara bahangan suhunya akan naik & jika disimpan suhu nyalaan ia akan terbakar. • Kebakaran yg merebak berlaku disebabkan kombinasi pemindahan haba drp 2/3 cara diatas. • Jika api itu merebak ia akan merebak sehinggalah keseluruhan bahan api itu habis terbakar.
6
SISPA UUM 4 2012
Rujukan Pencegahan kebakaran. Diakses daripada http://www.slideshare.net/mechestud/r1001unit-3. Nota-nota yang diberikan di dalam kuliah pada 25 Februari 2012.
7
SISPA UUM 4 2012
SISPA UUM SEM 4 BAB 2.0 MELAWAN KEBAKARAN (SAMBUNGAN)
8
SISPA UUM 4 2012
ALAT-ALAT MEMBAWA KEBAKARAN
Definisi
• Suatu alat di mana ia digunakan bagi tujuan membantu untuk memadamkan kebakaran di peringkat “uncontrollable stage”.
Tujuan
• Memudahkan proses pemadaman dengan lebih efisien serta cepat dan mengurangkan kadar kerugian akibat kebakaran secara amnya • Pengenalan Peralatan Asas
Peralatan Operasi Melawan • Fungsi kebakaran
• Kawad Melawan
BRANCH
DIFFUSER
AUTOMATED GUN
Memberi tekanan pancutan airsecara terus tanpa kawalan. Tetapi mempunyai dua bahagian iaitu branch dan nozzle tip (corong besar & corong kecil) yang dicantumkan boleh buka mengikut kehendak kegunaannya. Sumpitan ini selalunya dikenali sebagai nozzle jet atau sumpitan biasa.
Memberi satu semburan secara terus dan juga pengembangan melalui cara bantuan tangan dalam menentukan kehendak kegunaannya. Sumpitan ini selalunya dikenali sebagai nozzle spray atau sumpitan semburan serta hand control branch (sumpitan boleh laras).
Memberi satu semburan secara terus dan juga pengembangan serta boleh menentukan tekanan pancutan melalui cara bantuan tangan dalam menentukan kegunaannya. (boleh laras). Sumpitan ini selalunya dikenali sebagai gun nozzle kerana ia hampir menyerupai senjata.
9
SISPA UUM 4 2012
HOS PENGANTAR/DELIVERY HOS
KAPLING BETINA /FEMALE COUPLING
KAPLING JANTAN/MALE COUPLING
Sebagai satu saluran bagi menghantar air dari punca air ke satu tempat yang telah ditentukan. Jenisnya seperti kanvas, getah, duraline dll. Saiz hose seperti :panjangnya 100 kaki (30 meter), diameter 11/2”, 2” dan 21/2”. Terbahagi kepada dua bahagian iaitu “kapling jantan” dan “kapling betina”.
Bentuknya mempunyai dua “lug” berbentuk telinga boleh tarik bagi mengunci atau mengeluarkan kapling jantan yang disambungkan.
Bentuknya mempunyai satu jalur bertindih yang mengelilingi corong kapling tersebut sebagai penyendal kekunci.
Penyesuaian Pili Bomba/Hydrant Adaptor • Sebagai satu alat penyesuaian bagi tujuan menyambungkan kapling pili bomba yang berbenang (pillarhydrant) kepada kapling betina yang boleh dicantumkan kepada hos penghantar.
Cabang Pembahagi/Dividing Breaching • Menjadi alat untuk membahagikan aliran air dari satu aliran kepada dua aliran air.
Cabang Pembahagi Laras/Controllable Dividing • Menjadi alat untuk membahagikan aliran air dari satu aliran kepada dua aliran air melalui cara bantuan tangan dalam menentukan kehendak kegunaannya (boleh laras).
Paip Tegak/Stand Pipe • Menjadi satu alat penyambungan punca air yang hampir menyerupai pili bomba (pillar hydrant) bagi mengambil air dari bawah tanah ke permukaan.
10
SISPA UUM 4 2012
Kekunci Pili Bomba/Hydrant Key C/W Bar
Penyesuaian Kekunci Hydrant/False Spindle
• Untuk membuka dan menutup punca air bawah tanah (hydrant pit). Terbahagi kepada dua bahagian iaitu “key” dan “bar”.
• Sebagai satu alat yang disambungkan ke kekunci hydrant bagi disesuaikan dengan hydrant key di dalam hydrant pit.
• Menggunakan kekuatan tangan dgn meletakkan hos dibawah ketiak dgn memastikan kapling jantan diatas & menghala kedepan.
11
Memikul
• Menggunakan 4 jari dengan memegang 2/3 lapisan hos & ibu jari mengepit kapling jantan.
Mengepit
Membimbit
Cara Membawa Hos
• Meletakkan hos diatas bahu & tangan kanan berada di atas hos, tangan kiri memegang lug kapling bagi mengelakkan kecederaan di kepala. • Kapling jantan berada di bawah & menghala kebawah.
SISPA UUM 4 2012
Cara Membentangkan Hos
Coil roll • Memegang lug kapling betina dan mengangkat paras bahu dengan memastikan kedudukan hos yang dibentang melalui di bawah lengan.
Dutch Roll • Tangan kanan memegang kedua-dua kapling betina dan jantan di samping tangan kiri menyokong hos, dan balingan hos dilakukan.
Flaking Roll • Hos di bentang dengan cara menarik kapling betina.
Figure of Eight Roll • Hos di bentang dengan cara menarik kapling betina.
ALAT PEMADAM API KIMIA
1 alat yang digunakan bagi mengawal & memadam kebakaran di peringkat awal yang mana boleh dikendalikan oleh seorang sahaja. Seseorang boleh mengendalikan dengan betul & dapat bertindak mengawal kebakaran dalam masa yang singkat.
Jenis-jenis Alat Pemadam Api •Untuk pemadaman api kelas A. •Berperanan menyejukkan/menurunkan suhu nyalaan. •Isi kandungan 9 liter. •Menggunakan air & CO sebagai bahan pemadam.
•Hanya boleh digunakan di kawasan tertutup. •Menggunakan CO2 sebagai bahan pemadam. •Tidak boleh digunakan pada bahan logam & metal. •Mengeluarkan awan CO & partikel COP padat.
Jenis Air
Jenis CO2
12
SISPA UUM 4 2012
• Untuk pemadaman api kelas A, B, C. • Jarak pancutan > 15-20 kaki. • Berperanan untuk melemaskan api. • Mengandungi serbuk kering yg bersifat inert spt silica + serbuk sodium bikarbonat.
• Untuk pemadaman api kelas B. • Berperanan untuk menyelimut & menurunkan suhu. • menggunakan bahan kimia yang dapat membentuk busa yang stabil dan didorong dengan karbon dioksida pada saat keluar dari tabung.
Jenis Debu Kering
Jenis Buih
CARA MEMADAM KEBAKARAN
Melaparkan (Starvation)
Melemaskan (Smothering)
• Pindahkan bahan api yg belum terbakar ke tempat lain. • Pindahkan yg terbakar itu drp bahan api yg belum terbakar. • Pecahkan/hancurkan bahan api yg mudah terbakar itu kpd bahan api yg lebih kecil supaya mudah dipadamkan.
• Tiup kebakaran kecil/guna guni basah. • Guna alat pemadam api jenis buih. • Semburkan debu kering pada kebakaran lain.
13
Menyejukkan (Cooling) • Pindah/menyerap keluar haba.
SISPA UUM 4 2012
RUJUKAN Pencegahan kebakaran. Diakses daripada http://www.slideshare.net/mechestud/r1001unit-3. Alat-alat melawan kebakaran. Diakses http://www.scribd.com/doc/16805632/Slaid-bantuan-mengajarAlat-MelawanKebakaranguna-Pakai-
daripada
Jenis-jenis alat pemadam api. Diakses daripada http://healthsafetyprotection.com/jenisjenis-alat-pemadan-portable-portable-fire-extinguisher/ Nota-nota yang diberikan di dalam kuliah pada 3/3/2012.
14
SISPA UUM 4 2012
SISPA UUM SEM 4 BAB 3.0 MELAWAN KEBAKARAN (SAMBUNGAN) 15
SISPA UUM 4 2012
Melepaskan Diri Daripada Bangunan Terbakar
Tujuan Memberi nasihat perlindungan diri dan cara melepaskan diri.
Perlindungan Diri Sekiranya terperangkap anda hendaklah mengikuti beberapa prinsip seperti berikut : 1) Tutup mulut dan hidung anda dengan kain / sapu tangan basah. 2) Apabila bergerak dalam sesuatu tempat berasap di dalam bangunan secara tidak biasa, boleh dilakukan secara meraba-raba dengan tangan (melepaskan diri). 3) Udara terbersih dan tersejuk akan berada berhampiran dengan lantai. 4) Anda perlu merangkak. 5) Apabila bergerak ke hadapan, sebelah tangan yang bebas hendaklah angkat sedikit ke atas dan genggam sedikit tapak tangan.
Menyelamatkan Diri
Dari Tingkat 1 Tangga adalah punca bahaya kepada bangunan yang sedang terbakar. Tangga kayu mudah runtuh tanpa memberi sebarang isyarat. Sentiasa merapatkan diri ke bahagian dinding. Susur ke bawah dengan cara ke belakang dan rasa dengan kaki setiap anak tangga sebelum memijaknya. Menjatuhkan diri dari jendela bumbung. Mengurangkan jarak kurang dari 7 kaki dan juga akan mengurangkan kecederaan pada diri.
16
SISPA UUM 4 2012
Dari Tingkat 2 Jangan sesekali hilang fikiran. Menggunakan kain-kain selimut dan cadar untuk mengikat kedua-duanya sebagai tali. Turun mengikut ikatan itu sehingga sampai ke tanah.
Dari Tingkat 3 dan lebih Sediakan tali belati yang panjang yang boleh sampai ke tanah dan cukup kuat. Sebelum penyelamat sampai, anda terpaksa bergantung atas daya sendiri. Tutup pintu, buat panggilan dari jendela dan tunggu untuk diselamatkan. Pintu yang tertutup akan mengurangkan api buat sementara waktu.
Pakaian Di hinggap api
Tutup mulut anda dengan tangan, rebahkan diri dan berguling-guling ke atas tanah, permaidani/ lain-lain yang berhampiran. Jangan sesekali berlari dalam keadaan pakaian terbakar.
Menggeledah Suatu Bilik.. 1. Kanak-kanak biasanya akan mengambil perlindungan di bawah katil/di dalam almari di mana mereka boleh untuk menjauhkan diri asap dan api. 2. Penyelamat hendaklah merentas bilik secara melintang untuk memastikan tiada seseorang pun yang tertinggal.
17
SISPA UUM 4 2012
SISPA UUM SEM 4 BAB 4.0
18
SISPA UUM 4 2012
KAWAD KERING & BASAH
KAWAD KERING DAN BASAH
Kawad Pili Bomba 2 Arahan
:
Kawad Pili Bomba 2, satu aliran 300 kaki, satu nozzel, Pam Pili bomba, pasukan gerak!.
Tugas Nombor 4
:
Kendali peralatan di Pili Bomba.
Nombor 3
:
Bentang 1 hos dari Pili Bomba di No. 4 ke 100 kaki.
19
SISPA UUM 4 2012
Nombor 2
:
Bentang 1 hos dari 100 kaki di No. 3 ke 200 kaki.
Nombor 1
:
Pakai tali pinggang dan selitkan nozzel. Bentang 1 hos dari 200 kaki di No. 2 ke 300 kaki dan pasangkan nozzel.
Cara Melakukan 1. Nombor 2 dan 3
:
Lari ke depan bantu No. 1
2. Nombor 1
:
Perintah nombor 3 “BUKA AIR!”.
3. Nombor 3
:
Jawab “BUKA AIR” dengan Isyarat, pusing ke belakang, langkah 20
SISPA UUM 4 2012
ke sebelah kiri hos dan lari ke 100 kaki.
4. Nombor 3
:
Beritahu No. 4 “BUKA AIR” dengan Isyarat.
5. Nombor 4
:
Jawab “BUKA AIR” dengan Isyarat dan pusing kunci Pili Bomba.
BUKA BUKAAIR AIR 6. Nombor 3
:
Pusing ke belakang, langkah ke sebelah kiri hos dan lari ke depan bantu No. 1 dan No. 2.
7. Nombor 1
:
Perintah No. 3, “TUTUP AIR DAN KEMAS”
21
SISPA UUM 4 2012
8. Nombor 3
:
Jawab “TUTUP AIR DAN KEMAS” dengan Isyarat, pusing ke
belakang, langkah ke sebelah kiri hos dan lari ke 100 kaki
9. Nombor 3
:
Beritahu No.4 “TUTUP AIR DAN KEMAS” dengan Isyarat
10. Nombor 4
:
Jawab “TUTUP AIR DAN KEMAS” dengan Isyarat dan pusing kunci Pili Bomba
TUTUP AIR DAN KEMAS
11. Nombor 4
:
Buka kapling di Pili Bomba dan kemas peralatan
12. Nombor 3
:
Buka kapling di 100 kaki dan gulung hos
22
SISPA UUM 4 2012
13. Nombor 2
:
Buka kapling di 200 kaki dan gulung hos
14. Nombor 1
:
Lapur “ Selamat pagi Tuan, Kumpulan Alpha selesai latihan kawad pili bomba 2, peralatan cukup, anggota selamat, Tuan.”
23
SISPA UUM 4 2012
SISPA UUM SEM 4 BAB 5.0 24
SISPA UUM 4 2012
PENGURUSAN BENCANA PENGURUSAN BENCANA Bencana adalah suatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kehilangan harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat memerlukan pengendalian yang melibatkan sumber, peralatan, kekerapan dan tenaga manusia
Pengenalan
yang ekstensif daripada banyak agensi serta penyelarasan yang berkesan. Berkemungkinan memerlukan tindakan yang kompleks dan jangka masa yang panjang. -Sesuatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks Tafsiran Dalam Arahan MKN No 20
dan
mengakibatkan
kehilangan
nyawa,
kemusnahan kepada harta benda, atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat. -Melibatkan sumber, peralatan, kekerapan dan tenaga manusia yang ekstensif daripada banyak agensi serta penyelarasan yang berkesan.
Bencana boleh dibahagikan kepada 2 :Bencana Alam Semula Jadi
Bencana Buatan Manusia
25
SISPA UUM 4 2012
-Bencana yang berlaku disebabkan faktor -Bencana yang berlaku disebabkan kelalaian cuaca atau geologi seperti; gempa bumi, dan kecuaian manusia contohnya: tanah tsunami, banjir, monsun, siklon atau runtuh, pelepasan gas beracun, jerebu dan tornado dan ribut.
banjir kilat.
-Mengikut Mekanisme Pengurusan Bencana melalui Arahan MKN No. 20 -Bencana di kategorikan kepada 3 tahap yang
dikendalikan
oleh
Jawatankuasa
Pengendalian Dan Pengurusan Bencana. Jenis-jenis Bencana Alam Semula Jadi Tanah Runtuh merupakan yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, dan aliran tidak terkawal. Walaupun graviti bertindak pada cerun curam merupakan punca utama tanah runtuh, terdapat faktor tambahan lain : - gempa bumi yang menghasilkan ketegangan yang menyebabkan cerun lemah runtuh. - berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan, timbunan batu atau bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh dan struktur lain. - Tekanan bertindak menjadikan cerun tidak stabil. sampah atau aliran lumpur. Campuran pekat batu dan lumpur mungkin menghanyutkan pokok, rumah, dan kereta, dengan itu menghalang jambatan dan aliran sungai menyebabkan banjir sepanjang laluannya. Gempa Bumi Adalah getaran yang terjadi permukaan bumi. Gempa bumi biasa disebabkan oleh pergerakan kerak bumi. Kata gempa bumi juga digunakan untuk menunjukkan daerah asal terjadinya kejadian gempa bumi tersebut. Bumi kita walaupun padat, selalu bergerak, dan gempa bumi terjadi apabila tekanan yang terjadi karena pergerakan itu sudah terlalu besar untuk dapat ditahan.
Tsunami -Adalah sebuah ombak yang terjadi setelah sebuah gempa bumi, gempa laut, gunung berapi meletus, atau hentaman meteor di laut. Tenaga setiap tsunami adalah tetap terhadap fungsi ketinggian dan kelajuannya. -Dengan itu, apabila gelombang menghampiri pantai, ketinggiannya meningkat sementara kelajuannya menurun. Gelombang tersebut bergerak pada kelajuan tinggi, hampir tidak dapat dirasakan kesannya oleh kapal laut. 26 -Tsunami boleh menyebabkan kerosakan harta benda dan kehilangan jiwa pada kawasan pesisir pantai dan kepulauan.
SISPA UUM 4 2012
Banjir Adalah peningkatan paras air yang meningkat. Banjir terjadi akibat limpahan air yang berlebihan di suatu tempat akibat hujan lebat, limpahan air sungai, atau empangan.
Rujukan
Pengurusan
Bencana.
(2012).
Diakses
pada
17
April
2012,
http://www.mkn.gov.my/mkn/default/article_m.php?mod=4&fokus=19 Nota-nota yang di berikan di dalam kelas pada 17 Mac 2012.
27
daripada
SISPA UUM 4 2012
SISPA UUM SEM 4 BAB 6.0
28
SISPA UUM 4 2012
PENGURUSAN BENCANA (SAMBUNGAN)
TUGAS-TUGAS PERTAHANAN AWAM DALAM MENGURUSKAN BENCANA Antara tugas Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang telah ditetapkan di dalam Arahan MKN No.20 sewaktu berlakunya bencana adalah seperti berikut: Mengurangkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa sebelum, semasa dan selepas bencana. Membantu menyedia dan menyelenggarakan pusat–pusat pemindahan serta menyediakan makanan bagi mangsa – mangsa. Membantu dalam memberikan pertolongan cemas kepada mangsa- mangsa jika diperlukan.
Mewujudkan Pusat Rehat (Perlindungan/Bantuan)
Pusat pemindahan adalah kawasan perlindungan sementara bagi mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat dengan bencana. Mangsa akan ditempatkan dan diberi kemudahan asas seperti makanan dan keperluan lain. Ini bertujuan untuk mengurangkan kesengsaraan mangsa. Kebiasaannya Pusat pemindahan ini diuruskan oleh Pasukan Bantuan Dan Pemulihan.
Pusat Pemindahan ini ditempatkan di kawasan yang selamat dan tidak terjejas oleh bencana tersebut. Kebiasaannya mangsa–mangsa bencana akan ditempatkan di 29
SISPA UUM 4 2012
dewan–dewan serba guna, balai raya, sekolah dan lain-lain tempat yang boleh memuatkan ramai mangsa.
Disinilah bantuan akan disalurkan kepada mangsa termasuk pakaian, alat keperluan harian dan lain-lain.
Tugas-tugas di Pusat Pemindahan Menyediakan tempat perlindungan sementara kepada mangsa. Menyediakan bantuan keperluan asas kepada mangsa. Menyediakan bantuan makanan dan perubatan. Menyediakan perkhidmatan pemulihan kepada mangsa yang mengalami trauma.
SISPA UUM SEM 4
30
SISPA UUM 4 2012
BAB 7.0 PEPERANGAN
PEPERANGAN Takrif Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi kepada 2 iaitu : 1) semasa peperangan apa – apa jua tindakan yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan sama ada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas masa serangan musuh. 2) semasa aman apa – apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda sama ada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas masa bencana.
JENIS-JENIS PEPERANGAN 1) Perang Konvensional Peperangan Konvensional melibatkan penggunaan semua jenis senjata api ringan dan berat dan pelbagai jenis bom letupan tanpa kimia, unsur biologi ataupun nuklear. Kesan segera daripada peperangan ini ialah kematian, kecederaan dan kebakaran yang 31
SISPA UUM 4 2012
meluas. Penyebab utama bagi kesan – kesan tersebut ialah penggunaan – penggunaan bom. Bom – bom yang biasa digunakan termasuklah :-
1. Bom Serba guna. Bom ini berbentuk bujur dan dindingnya tebal seberat 33% daripada kedudukan sumbunya terletak sama ada di ekornya dan dengan tujuan untuk memusnahkan dengan cara ledakan, serpihan dan gegaran bumi. Ukuran beratnya di antara 250 sehingga 1,000 paun.
2. Bom Kekuatan Tinggi. Bom ini untuk digunakan terhadap sesuatu sasaran dengan menimpakan kerosakan yang maksimum dengan cara ledakan seperti kawasan penduduk ramai. Bom ini mempunyai sarung nipis, dengan kadar muatan bahan letupan / berat yang tinggi sehingga 75% dan fius di kepala sahaja. Besar dan beratnya di antara 2,000 hingga 12,000 paun.
3. Bom Kekuatan Sederhana. Bom ini dimaksudkan untuk kegunaan Gerakan Am dan tempat – tempat sasaran di kilang dan perindustrian biasa. Ianya mempunyai kuasa muatan peletup / berat kira – kira 50% dan sumbunya di kepala atau di ekornya. Ukuran beratnya ialah di antara 250 sehingga 4,000 paun.
4. Bom Serpihan. Bom mini bertujuan untuk kegunaan sebagai senjata pemusnah orang (anti personal) bagi mengakibatkan kerosakan kenderaan dari pecah serpihan sarungnya. Bom ini bersarung nipis dan fiusnya di kepala sahaja. Biasanya digugurkan secara berangkai dan boleh juga digugurkan dengan cara satu – satu butir. Tiap – tiap sebutir beratnya sehingga 20 paun.
5. Bom Kekuatan Sederhana – Penembusan Dalaman. Bom ini berbentuk bujur, padat di kepala dan fiusnya terletak di ekor sahaja. Bom ini untuk digunakan terhadap kubu – kubu dan lain – lain sasaran seperti konkrit yang tebal dan tempat pelindung kapal – kapal selam. Bom – bom ini tersangat besar sehingga sampai 22000 paun beratnya.
6. Bom Penembus Perisai Bom ini dibentuk untuk menembuskan perisai besi atau simen konkrit yang diperkukuhkan, (kubu – kubu) sebelum meletup di dalam sasaran tersebut. Bom ini mempunyai sarung yang tebal pada kepalanya, berfius di ekor sahaja. Kadar muatan bahan letupan / berat ialah kira – kira 10%.
2) Peperangan Kimia Gas ialah sejenis kimia yang bergantung kepada kesan – kesan racunnya dan seperti senjata – senjata yang lain yang digunakan di dalam peperangan. Tujuan utamanya ialah 32
SISPA UUM 4 2012
membunuh atau mencacatkan. Sebagaimana yang didapati, ia boleh digunakan sebagai “ wap yang tidak nampak “. Ianya juga boleh digunakan sebagai debu – debu halus atau titisan cecair yang halus yang berterbangan di udara dan tidak nampak di pandang. Kedua – dua, wap ataupun titisan cecair yang halus adalah MERBAHAYA.
Sifat-sifat dan kesan gas Sifat-sifat Gas
Kesan
1)Gas Saraf ( Nerve gas ) -Boleh jadi tahan lama atau sederhana tahan lama yang mengeluarkan wap yang tidak nampak dan tidak berbau. Gas ini meresap masuk melalui mata dan juga lubang–lubang pernafasan. -Dengan tiada pertolongan alat pengesan yang khas ianya hanya dapat dikesan akan akibat – akibatnya pada tubuh badan sahaja. -Menembusi pakaian dan boleh menyerap ke kulit di bawahnya. Wap dan juga cecair ini tidak akan menyebabkan kegatalan atau melecur kulit.
-Kesan–kesan wap gas (Vapour) : Pendedahan kepada sejumlah wap gas yang rendah dengan tiada apa–apa perlindungan, di dalam beberapa minit sahaja, seseorang akan tegang (ketat) dada dan sesak nafas. Keadaannya samalah seperti seorang yang diserang oleh penyakit lelah, diikuti dengan hidung berair dan pening kepala. -Ini diikuti pula dengan cepatnya anak mata menjadi kecil dan mengganggu pemandangan, seperti sukar hendak melihat benda – benda yang berdekatan dan sakit di belakang mata adalah satu perkara biasa dan teruk. -Pendedahan pada jumlah yang tinggi, tanda – tanda yang disebutkan di atas tadi adalah lebih teruk dan lebih cepat serangannya. -Otot–otot menjadi lemah dan dengan cepatnya mengganggu lain–lain perjalanan urat saraf dan boleh jadi diikuti pula dengan lumpuh anggota dan pengsan dan mengakibatkan kematian jika pertolongan cemas tidak diberikan dengan segera.
2)Gas Mustard -Gas ini tahan lama dan berupa cecair minyak pekat (warna kelabu tua). Ia mengeluarkan wap gas yang tidak nampak dipandang dan berbau seperti bawang merah dan putih, Lobak ataupun mustard. -Baunya tidak berapa kuat, oleh kerana gas ini berupa minyak, maka ianya mudah melekat ke pakaian dan benda – benda lain. Ia menjadi beku apabila jatuh ke dalam air.
-Jika wap gas ini terkena kepada mata dia tidak memberi kesan buat sementara waktu, tetapi jika terdedah beberapa lama akan menyebabkan mata tertutup beberapa jam dan seterusnya akan membutakan mata buat sementara waktu, 1 – 2 minggu. Jika terkena pada kulit akan menyebabkan kulit itu menjadi merah, gatal dan seterusnya melecur dalam masa 12 jam atau lebih. Tempat–tempat yang lembap di tubuh manusia ialah tempat yang senang baginya menyerang seperti saluran pernafasan iaitu di kerongkong yang akan menyebabkan kehilangan suara dan batuk – batuk serak.
33
SISPA UUM 4 2012
Langkah Perlindungan 1. Topeng Gas -Topeng gas ialah alat yang utama digunakan untuk mengawal diri daripada gas–gas apabila berlakunya peperangan tersebut. Ia hendaklah disimpan dengan baik dan dijaga dengan baik. -Jika difikirkan musuh akan menggunakan gas–gas atau difikirkan kemungkinan musuh menggunakannya haruslah bersedia memakai sekiranya mendengar letupan bom sama ada letupan di udara ataupun di permukaan bumi.
2. Rumah atau Tempat Perlindungan -Sebuah rumah yang tidak rosak akan ditutup dengan rapi ataupun sebuah tempat perlindungan yang pintunya ditutup dengan kain selimut dengan secukup–cukupnya rapat adalah memberi satu tempat perlindungan yang baik daripada serangan peperangan wap gas.
3. Mencegah dari jangkitan -Mana–mana tugas yang penting dan perlu dilaksanakan, setiap orang mestilah menghala peredaran udara atau arah angin dari tempat yang berjangkit kerana gas dan kuman akan mengikut arah angin bertiup. Tidak sesiapa pun seharusnya berjalan di atas kawasan jangkitan dan jika pakaian kita dijangkiti hendaklah ianya ditanggalkan dengan secepat mungkin dan jangan dibawa masuk ke dalam bangunan.
4. Makanan dan minuman -Almari–almari di dalam rumah hendaklah ditutup apabila tidak digunakan dan semua makanan yang tidak di dalam bungkusan hendaklah disimpan dan bertutup seperti di bawah besen atau mangkuk dan sebagainya. Semua alat–alat dan perkakas dapur hendaklah dibasuh dengan bersih dengan menggunakan air panas.
3) Peperangan Biologi Peperangan jenis ini menggunakan bom-bom yang diisikan dengan agen-agen hayat yang sangat berbahaya dan tersebar dengan sangat cepat. Apabila bom digugurkan dan meletup, agen-agen biologi akan tersebar dan menyebabkan pihak yang terkena serangan mengalami masalah kesihatan yang dahsyat. Kesan serangan ini akan memberi kesan yang besar kepada orang awam. Untuk mengatasi serangan bom hayat ini adalah sangat sukar kerana:a) Ianya tidak boleh dikesan dengan pancaindera dan kewujudannya tidak boleh dikesan dengan menggunakan pengesan kimia. 34
SISPA UUM 4 2012
b) Kesannya adalah lambat, sukar dan mengambil masa beberapa hari. c) Sukar untuk menentukan kawasan-kawasan yang dijangkiti. d) Proses pembersihan dan penghapusan kuman adalah lambat, sukar dan tidak menentu. e) Proses pembiakan kuman akan menjadi cepat dan ini akan menyebabkan jangkitan ini bertambah bahaya.
Langkah Keselamatan Individu
1)Mempunyai topeng gas. Simpankannya dalam keadaan yang baik, bersih dan jika hendak memakainya, hendaklah memakai dalam keadaan yang terlatih dan cekap.
2)Sekiranya berada di luar rumah, hendaklah sentiasa menutup kepala dengan topi atau skaf dan juga memakai sarung tangan. Sekiranya tiada sarung tangan, hendaklah memasukkan kedua-dua tangan ke dalam poket. 3)Hendaklah berlindung di tempat perlindungan yang tertutup dan selamat seperti di rumah, bilik bawah tanah dan sebagainya kerana dengan cara ini juga dapat mengurangkan banyak ancaman dari bahan – bahan peperangan hayat atau gas-gas yang berbahaya. Ia juga dapat mengurangkan jangkitan semasa serangan. 4)Hendaklah menjaga kesihatan diri dengan seberapa baik yang boleh. Pastikan mandi dengan bersih dan hendaklah memakai pakaian yang bersih selepas serangan. Pastikan juga berkumur dengan air panas atau air garam sekiranya terdedah dengan asapasap daripada serangan tersebut. Kumpulan
1)Pastikan semua pintu, tingkap dan sistem ventilasi ditutup kecuali penapisan udara kerana dapat mengurangkan peredaran udara dengan kadar yang minimum daripada asapasap serangan tersebut. 35
SISPA UUM 4 2012
2)Sentiasa menyediakan topeng-topeng gas untuk digunakan segera sekiranya amaran gas diterima atau bom-bom digugurkan di kawasan berhampiran. 3)Memastikan makanan dan minuman dalam keadaan bertutup. 4)Bilik perlindungan (Panic Room) atau tempat-tempat perlindungan hendaklah berada dalam keadaan bersih peredaran udara yang lancar dan tidak sesak dengan sampah sarap.
Mengelak dari terkena jangkitan
1)Elakkan dari memakai kasut dan pakaian yang terkena jangkitan. 2)Elakkan berada di kawasan-kawasan yang berangin dan berbukit. 3)Kawasan-kawasan yang terkena jangkitan hendaklah sentiasa basah dengan semburan air. Sekiranya tidak dapat dikawal segera, hendaklah diletakkan dengan lapisan tanah yang basah atau lembap. 4)Kawasan yang terkena banyak jangkitan kuman, hendaklah menggunakan ubat-ubat pembasmi kuman yang kuat dan bagi kawasan yang kurang terkena jangkitan kuman, hendaklah menggunakan pemutih asid atau api dan dikawal mengikut keadaan tempat.
4) Peperangan Nuklear
Di zaman sekarang ada beberapa kuasa besar dunia mempunyai simpanan stok senjata nuklear. Di antara Amerika Syarikat dan Russia, mereka mempunyai banyak senjata ini dan senjata nuklear mereka ini dapat dilancarkan dengan sasaran dari jarak jauh. Tiada sebarang negara di dalam dunia ini menganggap mereka itu 36
SISPA UUM 4 2012
terkecuali dari menggunakan senjata ini sekiranya berlaku peperangan. Kuasa kemusnahan senjata nuklear sangatlah besar.
Terdapat satu senjata nuklear yang paling besar sekali ialah peluru pandu antara benua jenis SS 9 kepunyaan Russia. Ia mempunyai lebih kurang 4 kali ganda semua kuasa letupan yang telah digunakan semasa perang dunia ke-2 dan melebihi 1,000 kali ganda kuasa dari bom yang telah menghancurkan Bandar Hiroshima dahulu. Menurut kiraan yang diperoleh, di Hiroshima, terdapat sebanyak 78,000 orang telah terbunuh manakala 84,000 orang tercedera dan beribu-ribu orang lain telah hilang. Sekurang-kurangnya 60,000 buah rumah telah musnah.
Kesan Serangan Nuklear KESAN SERTA MERTA
KESAN JANGKA MASA PANJANG
1)RADIASI AWAL NUKLEAR -Pancaran panas nuklear akan dikeluarkan berterusan dari masa mula-mula bom itu meletup dan hinggalah beberapa lama selepas itu sinaran Gamma akan keluar serta merta daripada bola api. Walaupun pengeluaran pada paras kemuncaknya iaitu sama dengan kelajuan radiasi haba, kesannya masih berbahaya
1)PENYAKIT RADIASI -Apabila seseorang yang terdedah dan terkena sinaran gamma dengan dos yang banyak (walaupun radiasi awal atau beberapa ketika dari sisa-sisa radiasi), ini akan menyebabkan kerosakan teruk pada tali perut (gastro inestestinal) dan akan melemahkan sistem imun badan supaya sukar untuk sembuh kembali.
-Walaupun selepas 1 minit letupan itu berlaku. Sinaran Gamma mempunyai kuasa tembusan yang mendalam. Ianya tidak meninggalkan kesan pada barang-barang atau bahan-bahan tetapi membahayakan kepada manusia iaitu ia boleh mengakibatkan penyakit radiasi. Ianya akan menyebabkan kematian sekiranya radiasi terlalu banyak memasuki tubuh badan.
-Bagi jangka masa panjang, penyakit radiasi akan berlaku apabila terkena dos yang lebih dari 150r. Tanda-tandanya ialah seperti lemah atau letih tubuh badan, pening kepala, kurang penghadaman, dan hilang selera makan.
-Radiasi yang di terima dalam satu masa adalah dinamakan sebagai ’Dosis Radiation’ dan unit ukurannya ialah ‘RONJEN’ (r). -Jadual di bawah ini menunjukkan jarak di mana 50% daripada Dosis Radiation 450 r yang paling merbahaya (iaitu 50% peluang
-Apabila dosnya bertambah, tanda-tandanya ialah muntah dan ceret beret berdarah. Pada masa sama, tanda-tanda ini akan berlaku sekiranya dos yang diterimanya adalah banyak. Anggaran dos-dos yang diterima di antara 350-500 r yang boleh menyebabkan 50% maut kepada sesiapa yang terdedah. Apabila seseorang itu selepas beberapa jam terdedah daripada sinaran gamma, biasanya
37
SISPA UUM 4 2012 untuk hidup) dan sukatan kecemasan semasa peperangan yang akan diterima oleh orang ramai dalam keadaan tempat yang lapang daripada radiasi awal berikutan dari letupan di darat atau di udara. 2) JENIS LETUPAN NUKLEAR -Tekanan gelombang yang kuat disebabkan oleh perkembangan bola api, tersebar keluar dari segenap jurus 1,100 kaki sesaat (sama dengan kelajuan suara) tidak kira kuasa bom tersebut. Ditambah pula, dengan angin yang kuat yang disebabkan oleh pergerakan udara yang banyak. Gelombang tekanan adalah diikuti dengan satu gelombang sedutan (iaitu disebabkan oleh udara separuh kosong). -Tempoh peringkat tekanan udara ini akan menyebabkan kerosakan bangunan-bangunan di antara 0.7 saat sehingga 1 saat oleh bom ukuran 20 KT. Dengan bom ukuran 10 MT akan menghasilkan gelombang tekanan ledakan sehingga 5 saat atau lebih.
menunjukkan tanda-tanda terkejut (shock) yang teruk serta muntah. 2)KECEDERAAN JANGKA MASA PANJANG -Ini termasuk kekurangan darah (anaemia) dan leukimia (lumpuh disebabkan oleh jenis barah darah dalam masa kejadian di antara 36 tahun). Selepas beberapa tahun seseorang itu terdedah pada sinaran gamma, pertumbuhan barah pada tulang-tulang atau tisu akan timbul. Apabila seseorang itu sudah tua, dosnya akan bertambah sebanyak 400 r tetapi ini tidak dapat dipastikan akibat daripada radiasi atau kekurangan keupayaan tubuh badan menentang penyakit ini.
3)KEROSAKAN BAKA (GENETIC) -Sekiranya seseorang itu terkena radiasi, kerosakan baka akan berlaku di atas organ pembiakan sel-sel benih yang mengeluarkan baka. 4)RACUN RADIOAKTIF -Biasanya jangkitan radioaktif berada di dalam debu-debu dan akan masuk dalam tubuh manusia melalui pernafasan, makan, minum, atau liang luka, dan akan menimbulkan penyakit radiasi. Walau bagaimana pun, apabila pengawalan kepada pendedahan sinaran gamma yang berpunca dari sisa radioaktif, maka bahaya dari racun radioaktif itu tidak menjadi begitu serius.
Perlindungan 1. Jarak
Pastikan anda menjauhi kawasan serangan.
Jika berada di kawasan serangan, ambil perlindungan di dalam bangunan yang besar dan terasing.
2. Kepadatan 38
SISPA UUM 4 2012
bangunan-bangunan yang besar dan tinggi dapat menghalang / melambatkan penyebaran radioaktif.
3. Masa
Radioaktif akan lemah mengikut masa. Jangan hampiri kawasan serangan bagi satu tempoh masa.
4. Sentiasa mendengar arahan pihak berkuasa darisemasa ke semasa dan bersedia untuk berpindah ke tempat-tempat perlindungan yang disediakan oleh pihak berkuasa.
PERLINDUNGAN Tempat perlindungan terbahagi kepada tiga kawasan utama iaitu : 1) Tempat Perlindungan Keluarga – Perlindungan dalam unit kediaman individu itu sendiri 2) Tempat Perlindungan Awam– Terdiri daripada bangunan kerajaan, sekolah dan tempat-tempat selamat 3) Tempat Perlindungan Bertingkat – Hampir sama dengan tempat perlindungan awam kecuali ia merangkumi ruang yang lebih besar. KESELAMATAN 1. Semasa berada di tempat perlindungan, anda mestilah berkumpul, mendengar arahan dan pengumuman semasa. 2. Jangan sesekali membawa barangan berbahaya seperti kotak mancis, pisau dan barangan elektrik. 3. Sekiranya anda berada di luar, pastikan anda mencari kawasan perlindungan seperti longkang/pembentung untuk bersembunyi kalau boleh baringkan badan anda.
39
SISPA UUM 4 2012
RUJUKAN
Kecemasan semasa peperangan. (2009). Diakses pada 15 April 2012, daripada http://www.civildefence.gov.my/e-learning%20web/elearning.html MKN
20.
(2008).
Diakses
pada
15
April
http://akta221.blogspot.com/2008/07/mkn-20.html Nota-nota yang diberikan di dalam kuliah pada 14 April 2012.
40
2012,
daripada
SISPA UUM 4 2012
SISPA UUM SEM 4 BAB 8.0 41
SISPA UUM 4 2012
PERANCANGAN KEGIATAN LUAR KULIAH (KLK)
PUSAT KOKURIKULUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA UNIT : PERTOLONGAN CEMAS SUB-UNIT : PERTAHANAN AWAM (GROUP A) (VPCA 3031)
NAMA PROJEK: LATIHAN MEDAN PAYA PAHLAWAN TEMPAT: KEM PAYA PAHLAWAN MALAU, JITRA, KEDAH
42
SISPA UUM 4 2012
TARIKH: 19, 20, 21 APRIL 2012 PENYELARAS: ENCIK MOHAMAD HAFISOL BIN OTHMAN JURULATIH: ENCIK MOHAMMAD NAWAWI BIN AHMAD
1.0
TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan bertujuan untuk mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada En. Ahmad Mujahid Bin Abd. Ghani, Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia, Universiti Utara Malaysia bagi Kegiatan Luar Kampus (KLK). Sehubungan itu, kami juga ingin memohon peruntukan kewangan bagi melancarkan program ini.
2.0
LATAR BELAKANG
2.1
Aktiviti ini akan diadakan pada 19 hingga 21 April 2012. Program tersebut
melibatkan seramai 35 orang ahli Pertahanan Awam Kumpulan A. 2.2
Aktiviti ini juga dilaksanakan bagi AJK memahami dan mengenali dengan lebih dekat
tentang projek yang dijalankan serta mengeratkan hubungan di antara sesama ahli.
3.0
OBJEKTIF
43
SISPA UUM 4 2012
3.1
Memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Pusat Kokurikulum untuk program KLK bagi
semester ini. 3.2
Memupuk hubungan kasih sayang antara semua ahli supaya saling bekerjasama.
3.3
Menguji ketahanan fizikal dan mental.
3.4
Mengaplikasikan apa yang dipelajari di dalam kuliah dan mempraktikkannya.
4.0
BUTIRAN PROGRAM
4.1 Nama Program
:
Kegiatan Luar Kuliah Pertahanan Awam
4.2 Tarikh
:
19 hingga 21 April 2012
4.3 Tempat
:
Kem Paya Pahlawan, Malau, Jitra, Kedah.
4.4 Pegawai Perasmian
:
En. Ahmad Mujahid Bin Abd. Ghani
4.5 Pegawai Penutup
:
Pengarah Pertahanan Awam Negeri Kedah
4.6 Jurulatih
:
En. Mohammad Nawawi Bin Ahmad
4.7Jurulatih pengiring
:
Tuan Hassan Bin Zakaria
5.0
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM
5.1 Penaung
:
Yang Berbahagia En. Ahmad Mujahid Bin Abd. Ghani
44
SISPA UUM 4 2012
(Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia). 5.2 Jurulatih
:
En. Mohammad Nawawi Bin Ahmad
5.3 Pengerusi
:
Muhammad Dzikri b. Mohd Fauzi
6.0
(207336)
SENARAI PELAJAR TERLIBAT
BIL MATRIK
NAMA
1
203549
NORLIA BINTI HALMI
2
203817
NOOR WAHIDA BINTI AB RAHMAN
3
203988
SITI MAZNAH BINTI ISMAIL
4
204164
NOR SHAFYZA ATIKA BINTI AHMAD SOBRI
5
204176
NURUL AIN BINTI MASRAN @ AHMAD
6
204182
NORATIKAH BINTI ZAINI
7
204362
MUHAMMAD HASRI BIN HASAN
8
204881
MOHAMAD HAFIZAN MAULA HAIRUL SALL
9
204897
AZHAR BIN OTHMAN
10
205179
SITI NOR AINI BINTI MOHD.NASIR
11
205242
MOHD ZAIRIL RAFIZI BIN ABD RAZAK
12
205305
NORAIDA BINTI YAHYA
03549 NORLIA BINTI H
45
SISPA UUM 4 2012
13
205429
SYERIDA BINTI SUKERI
14
205467
AMALHAYATI SITI AESHAH BINTI MOHD ZUKI
15
205802
AZWAN BIN IBRAHIM
16
205872
MUHAMMAD ZAMRI BIN ALI
17
205907
AMINADZIRAH BINTI MD ISA
18
205922
SITI NUR IZZATI BINTI SOBRI
19
206004
SUHAIDATUHASMAVIYAH BINTI CHE OMAR
20
206157
MUHAMMAD ARIFF BIN YUSOF
21
206211
HAFIZAL FAHMI BIN MOHD LATIP
22
206322
NURULAIN BINTI ABD SAMAD
23
206449
SITI NORHAIDA BINTI MOHAMMAD DAUD
24
206456
SITI FATIMAH BINTI ZULKIFLI
25
206718
NOORNAIMAH BINTI JABAR
26
206772
AFEEFA BINTI SAIDAN
27
207277
MOHD AZWAN HANIFF BIN MEZAINI
28
207323
NURULHUDA RASHIDA BINTI ABDUL RAHMAN
29
207327
SITI NORAZILAH BINTI MAIL
30
207333
HAYATUN SYAMILA BINTI HAJI ABU BAKAR
31
207409
NORFADZLINA BINTI EDERIS
32
207465
NURUL FATIMAH BINTI MAMAT
33
207478
SITI NADIAH BINTI ABU KASIM
34
207487
NORHAZWANI BINTI MOHD HANAPI
35
207600
NORSYAZWANI BINTI KAMARUL ZAMAN
7.0
TENTATIF PROGRAM
TARIKH
MASA
AKTIVITI
17:15
ANGGOTA BERKUMPUL
18:00
BERGERAK KE LOKASI LATIHAN 46
SISPA UUM 4 2012
19:00
TIBA DI LOKASI/BINA
KHAMIS
PANGKALAN/SOLAT MAGRIB/MAKAN MALAM
21:00
MAJLIS PERASMIAN LDK
1(ULANGKAJI
KAWAD
PILI
BOMBA)
TARIKH
MASA
AKTIVITI
05:30
BANGUN/SOLAT
SUBUH/SENAMAN
PAGI/SARAPAN PAGI
08:45
PERTANDINGAN
MELAWAN
KEBAKARAN
12:30
REHAT/MAKAN TENGAHARI/SOLAT JUMAAT
14:30
SAMBUNGAN
JUMAAT
PERTANDINGAN
MELAWAN KEBAKARAN
15:30
PERTANDINGAN CONFINED SPACE RESCUE
18:00
REHAT
UNTUK
ASAR/MAGHRIB/MAKAN
47
SOLAT
SISPA UUM 4 2012
MALAM/ISYAK
TARIKH
21:00
POST MORTEM
23:59
SENANDUNG SEMALAM/SENTRI
MASA
AKTIVITI
05:30
BANGUN/SOLAT
SUBUH/SENAMAN
PAGI/SARAPAN PAGI 08:45
LDK2
12:30
REHAT/PERSIAPAN PENUTUP/MAKAN
SABTU
TENGAHHARI
SOLAT ZOHOR
14:00
MAJLIS PENUTUP
15:00
BERKEMAS/BERTOLAK BALIK KE UUM
48
SISPA UUM 4 2012
8.0
ASPEK KEWANGAN
PENYATA ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN Pendapatan: Daripada pelajar
RM25 x 35 orang =
RM 875.00
Sumbangan pusat kokurikulum
RM30 x 35 orang =
RM 1050.00
Jumlah
RM 1925.00
Perbelanjaan:
Sajian danj amuan Sarapan pagi (RM2.50x35)
(2 hari)
= RM 175.00
Makan tengahhari (RM4.00x35)
(2 hari)
= RM 280.00 49
SISPA UUM 4 2012
Makan malam (RM4.00x36)
(2 hari)
= RM 280.00 = RM 735.00
Cenderahati
RM 200.00
Penginapan Sewa tapak (RM8x35) (2 hari)
= RM 560.00
Lain-lain Aktiviti
= RM 150.00
Peralatan kecemasan
= RM 100.00
Kontegensi
= RM 140.00 = RM 390.00
Jumlah
RM 1885.00
50
RM 560.00
SISPA UUM 4 2012
9.0
ULASAN JURULATIH
___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ _______________________________________.
....................................................
...............................
EN. MOHAMMAD NAWAWI BIN AHMAD Cop dan Tandatangan Jurulatih
Tarikh :
51
SISPA UUM 4 2012
10.0
CATATAN PENYELARAS
Saya telah meneliti cadangan program ini dan menyokong / tidak menyokong program ini dilaksanakan
Catatan: ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ _______________________________________________________________.
……………………..................
…………………….
Cop dan tandatangan penyelaras
Tarikh : 52
SISPA UUM 4 2012
11.0
KELULUSAN PENGARAH PUSAT KO-K
Saya telah meneliti kertas program ini dan bersetuju / tidak bersetuju : 12.1: Program ini dilaksanakan seperti yang di pohon 12.2: Program ini dilaksanakan dengan syarat-syarat pindaan seperti berikut:
___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ _______________________________________________________________
12.3: Meluluskan peruntukan daripada Pusat Kokurikulum sebanyak: Catatan :
53
SISPA UUM 4 2012
……………………..................
…………………….
ENCIK AHMAD MUJAHID BIN ABD GHANI PENGARAH PUSAT KOKURIKULUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
54
Tarikh :
SISPA UUM 4 2012
55
SISPA UUM 4 2012
SISPA UUM SEM 4 BAB 9.0 HARI INTEGRASI
56
SISPA UUM 4 2012
PENGENALAN
Pertahanan Awam semester 4 di bawah Unit Pertolongan Cemas bersama-sama Unit Kor Mekanik dan Unit Kemahiran Hidup pada semester ini telah menjalani integrasi bertempat di Dewan Mu’adzam Shah (DMS), Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok Kedah menjalankan Majlis Perasmian Hari Kokurikulum Edisi Ke-5 peringkat UUM pada 30 Mac 2012 iaitu jatuh pada hari Jumaat jam tepat 8 a. m. Sempena Perasmian hari Kokurikulum ini, pihak UUM telah menjemput Tunku Panglima Besar Kedah, Datuk Seri Diraja Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk merasmikan hari yang penuh bermakna ini. Fokus UUM pada Hari Kokurikulum pada kali ini adalah ingin memperkasakan program kokurikulum bagi membangunkan bakat dan menyerlahkan lagi kemahiran insaniah dalam kalangan pelajarnya. Oleh itu, pihak UUM akan memberi penekanan terhadap aspek itu sama seperti kursus-kursus akademik lain dalam usaha melahirkan graduan yang memenuhi keperluan negara dan bersaing di pasaran kerja, kata Naib Canselor (NC) kami iaitu Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak. “Antara ciri-ciri kemahiran insaniah yang dimaksudkan seperti berfikir secara kritis dan menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi efektif dan kolaborasi serta inovasi dan kreatif bekerja dalam kumpulan”. NC kami mengatakan lagi, ia boleh digerakkan melalui pendekatan kolaborasi, kaedah penyampaian yang berinovasi, khususnya dalam konteks pembelajaran dan pengajaran serta pengenalan kepada kursus-kursus kokurikulum baharu yang relevan dengan perkembangan semasa. “UUM bukan sahaja ingin melahirkan modal insan dan hanya untuk memenuhi keperluan industri, tetapi sebaliknya mempunyai bakat bagi membantu negara menghadapi persaingan dan menyumbang penyelesaian cabaran semasa dan akan datang. “Usaha bersepadu pada semua peringkat amat penting memandangkan tahap pembelajaran dalam konteks kokurikulum perlu melangkaui bilik kuliah. Para jurulatih kokurikulum diharapkan dapat memaksimumkan potensi setiap mahasiswa semasa mereka berada di kampus,” ujarnya.
57
SISPA UUM 4 2012
Beliau berkata, Pusat Kokurikulum juga
boleh memulakan inovasi dengan
memanfaatkan kedudukan strategik UUM sebagai universiti awam yang pertama memperkenalkan kursus kokurikulum berkredit. Menurutnya, dengan cara itu, pusat itu akan muncul sebagai pelopor kepada penawaran modul-modul latihan kokurikulum yang terancang dan berstruktur sama ada bertaraf diploma atau sijil kemahiran kepada mahasiswa mahupun pihak-pihak luar yang berminat. “Diploma atau sijil yang bakal dikeluarkan nanti perlu diberi pengiktirafan agar ia setanding dengan sijil-sijil kemahiran lain di negara kita. Untuk itu, suka saya mencadangkan agar satu usaha kolaborasi pendidikan dapat dirintis antara Pusat Kokurikulum dengan institusi luar bagi tujuan tersebut,” katanya.
Gambar Tunku Puteri Intan Safinaz beramah mesra bersama mahasiswa Pertahanan Awam semester 4
58
SISPA UUM 4 2012
SISPA UUM SEM 4 BAB 10.0 KAWAD
59
SISPA UUM 4 2012
PENGENALAN Berkawad adalah asas untuk membentuk tatatertib dalam pasukan. Asas dan panduan tataertib semasa peperangan atau semasa aman adalah berdasarkan kepada kawad yang diperbaiki melalui latihan secara berulang. Kawad adalah penting untuk membentuk seseorang ahli yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi, tatatertib, cergas, dan taat kepada perintah ketua. Hal ini adalah kerana ahli-ahli dapat bekerjasama dalam kumpulan bagi mencapai objektif tugas yang hendak dilaksanakan. Melaui kawad juga kita dapat melihat tahap kerjasama dan disiplin yang tinggi dalam sesuatu kumpulan itu.
JENIS-JENIS KAWAD
Kawad Statik -Melibatkan
Kawad Dinamik
Kawad Asas
-Melibatkan pergerakan -Kawad Statik+dinamik
Pergerakan
pergerakan berjalan,
Statik sahaja.
henti dan sebagainya.
Kawad Formasi -Kawad asas+bkn asas
Kawad Statik Kawad statik merupakan asas kepada pelajaran kawad. Kawad statik penting untuk dipelajari kerana ia perkara asas dalam pembentukan disiplin kawad persendirian bagi setiap anggota kadet. Keseragaman dalam kawad kaki akan meperlihatkan tahap kerjasama dan disiplin yang tinggi dalam kumpulan.
Hukuman yang terlibat 1) Sedia 2) Senang diri 3) Sedia dari senang diri 4) Rehatkan diri 60
SISPA UUM 4 2012
5) Berbaris dalam 3 barisan 6) Meluruskan barisan 7) Pusing ke kanan/kiri 8) Menghadap ke hadapan/belakang
Kawad Dinamik Kawad dinamik adalah penting untuk mempelajari kerana ia merupakan kesinambungan pelajaran kawad statik. Pergerakan kawad dinamik yang seragam akan memperlihatkan kerjasama yang tinggi dalam kumpulan.
Hukuman yang terlibat 1) Cepat jalan 2) Berhenti dari cepat jalan 3) Membelok 4) Perlahan jalan 5) Berhenti semasa perlahan jalan 6) Kehadapan hormat 7) Ke kanan hormat 8) Hormat selaku terima sijil/hadiah
Kawad Asas Kawas asas adalah gabungan antara kawad statik dan kawad dinamik. Kawas asas penting untuk mempelajari dan dipraktikkan dalam bentuk latihan ulangan kawad statik dan kawad dinamik. Pergerakan kawad statik dan dinamik yang baik akan menghasilkan kawad asas yang mantap.
61
SISPA UUM 4 2012
Hukuman yang terlibat 1) Penuntut berbaris dalam 3 barisan 2) Paraskan skuad 3) Kawad statik 4) Kawad dinamik
Kawad Formasi Kawad formasi melibatkan pergerakan kawad asas dan juga bukan asas yang diselitkan dengan pelbagai unsur gerak yang menarik. Kawad formasi dipelajari adalah untuk menghasilkan kepelbagaian gerak kawad yang unik. Pergerakan kawad formasi yang menarik akan memberi kelebihan kepada pasukan yang bertanding.
Hukuman yang terlibat 1) Unsur gerak
Keindahan gerak Kekayaan gerak formasi
2) Unsur penghayatan 3) Unsur suara 4) Gerakan penutup
KAWALAN KEHORMATAN Kawalan kehormatan melibatkan perbarisan yang mempunyai protokol tertentu untuk majlis sambutan rasmi. Kawalan kohormatan dipelajari bertujuan untuk memberi hormat keistimewaan kepada tetamu kehormat dalam suatu majlis. Kawalan kehormat yang diadakan dalam suatu majlis sambutan kepada tetamu kehormat menunjukkan suatu penghormatan.
62
SISPA UUM 4 2012
Jenis Kawalan Kehormatan 1) Kawalan kehormatan penuh 2) Kawalan kehormatan separuh 3) Kawalan darjat
63
SISPA UUM 4 2012
RUJUKAN Asas
Kawad
Kaki.
(2011).
Diakses
pada
17
November
2011,
daripada
http://unitpendidikankhasmelaka.edu.my/attachments/article/96/MODUL%20KAW AD%20KAKI%20PERKHEMAHAN%20MOTIVASI%20PENDIDIKAN%20KHAS%202011.pd f
64
View more...
Comments