November 19, 2017 | Author: Kitty Teo | Category: N/A
PENGURUSAN SISA PEPEJAL BANDAR DARIPADA PERSPEKTIF PERUNDANGAN Haliza Abdul Rahman Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor. Emel:
[email protected] ABSTRAK Sisa pepejal yang tidak diuruskan dengan sempurna dan lestari akan mendatangkan impak negatif kepada kesihatan alam sekitar dan manusia sendiri. Peningkatan dalam penghasilan sisa pepejal bandar memerlukan tindakan alternatif bagi mengubah amalan sedia ada terutama dalam pengurusan dan pelupusannya. Keutamaan juga perlu diberi dalam usaha meminimumkan penghasilan sisa daripada sumbernya iaitu masyarakat melalui pengamalan kitar semula, guna semula dan pengurangan penggunaan barangan (3R). Sisa pepejal diuruskan melalui pelbagai kaedah seperti penggunaan teknologi, perundangan, pendidikan dan ekonomi. Kaedah perundangan diikuti oleh pemantauan yang berkesan merupakan antara kaedah yang seringkali menjadi pilihan utama dalam menguruskan sisa pepejal secara lestari. Namun, sistem perundangan yang ada perlu diperkukuh dan diintegrasikan bersama undang-undang lain yang berkaitan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan sisa pepejal. Selain itu, dasar dan sistem perundangan yang sedia ada dan akan dibangunkan memerlukan struktur institusi yang cekap bagi menyokong keberkesanannya. Di Malaysia, terdapat beberapa perundangan yang terlibat dalam pengurusan sisa pepejal, antara yang utama ialah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) serta Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Malaysia harus meningkatkan aktiviti amalan 3R, pengasingan sisa pepejal isi rumah dan kadar kitar semula yang membanggakan kerana kaedah perundangan semata-mata tidak berupaya menyelesaikan masalah berkaitan sisa pepejal perbandaran. Kata kunci: Sisa pepejal bandar, pengurusan sisa pepejal, perundangan, lestari
PENGENALAN Trend terkini menunjukkan hampir 67 peratus penduduk Malaysia tinggal di kawasan bandar. Proses pembandaran yang pesat, pencapaian pembangunan dan pertambahan dalam jumlah penduduk khususnya di
kawasan bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Putrajaya telah meningkatkan jumlah sisa pepejal yang dihasilkan. Menurut World Bank (1992), isu pencemaran sisa pepejal di kawasan bandar merupakan isu penting selain isu pencemaran air dan udara. Umumnya, sisa pepejal meliputi semua buangan domestik dan buangan bukan berbahaya seperti buangan komersil dan institusi, buangan dari jalan raya, buangan dari aktiviti pembinaan. Menurut Seow (2016) pula, sisa pepejal ialah sesuatu yang tidak digunakan dan tidak mempunyai nilai ekonomi setelah melalui proses terakhir. Surtahman dan Abd Ghafar (1997), menjelaskan sisa pepejal boleh dibahagikan kepada tiga iaitu buangan perbandaran, buangan pepejal industri dan buangan najis. Sisa pepejal perbandaran ialah sampah sarap seperti kertas, plastik, tin makanan dan sisa makanan. Bagi sisa pepejal kesan daripada aktiviti perindustrian pula seperti buangan binaan bangunan, logam, kayu, kadbod, benang, buangan makanan dan minyak. Pengurusan sisa pepejal bandar yang efektif berupaya mengurangkan amaun sisa yang perlu diuruskan dan seterusnya berupaya mewujudkan sistem pengumpulan dan pelupusan yang berkesan (Latifah 2011). Justeru, sisa pepejal bandar perlu diurus dengan sistematik dan sempurna agar alam sekitar, sumber tanah, air dan udara kekal terpelihara. Perkara ini sangat perlu diberi perhatian kerana kesejahteraan dan kelangsungan alam sekitar bandar melalui persekitaran yang sihat dan seimbang berupaya menjamin kesihatan masyarakat selain membantu penjanaan pembangunan ekonomi negara. Walaupun begitu, tidak terdapat jalan penyelesaian yang standard untuk semua bandar di dunia kerana setiap bandar mempunyai ciri yang tersendiri, Maka, sistem pengurusan sisa pepejal yang berkesan perlu mempertimbangkan beberapa perkara berikut iaitu variasi iklim dan musim, sekatan belanjawan dan pertukaran wang asing, struktur ekonomi negara, ciri fizikal bandar, agama dan sosiobudaya, tahap pengetahuan masyarakat, kualiti pengurusan dan
tenaga mahir sedia ada serta penguatkuasaan piawaian sekitaran (Flintof 1977). Di Malaysia sehingga tahun 1997, sisa pepejal telah diuruskan oleh Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT). Selepas itu, pengurusan sisa pepejal
telah diswastakan dan dikendalikan dilantik iaitu Alam
Flora
Sdn.
oleh empat konsortium yang yang Bhd
(AFSB) (beroperasi di Wilayah
Tengah/Timur), Northern Waste Industries (NWI) (beroperasi di Wilayah Utara), Southern Waste Management (SWM) (beroperasi di Wilayah Selatan) dan Eastern Waste Management (EWM) (beroperasi di Malaysia Timur). Penswastaan ini bermatlamat supaya perkhidmatan berkaitan pengurusan sisa pepejal menjadi lebih cekap dengan kos perkhidmatan yang lebih efektif selain berkemampuan menggunakan jentera yang lebih cekap serta disokong oleh pekerja yang berkemahiran tinggi. Penswastaan diharap mampu masalah pengurusan sisa domestik (Mohd Nasir et al 1994).
ISU–ISU PENGURUSAN SISA PEPEJAL Menurut Zaini et al. (2008), antara isu kritikal dalam pengurusan sisa pepejal adalah keperluan yang mendesak untuk menyelesaikan masalah pelupusan sisa
pepejal dalam persekitaran yang kian mencabar akibat
kekurangan tapak pelupusan dan kadar pertumbuhan penduduk bandar yang
pesat. Penyediaan kemudahan pelupusan sisa juga adalah satu
beban kewangan yang besar kepada kerajaan tempatan dan syarikat yang terbabit kerana kos operasi pengurusan sisa pepejal adalah sangat tinggi. Kutipan dan pengangkutan sisa pepejal merangkumi kira-kira 60% jumlah peruntukan kewangan yang dibelanjakan bagi menguruskan sisa pepejal. Umumnya, jumlah sisa pepejal yang dihasilkan oleh sesebuah masyarakat bergantung kepada i) cara hidup dan budaya ii) taraf sosio ekonomi iii)
musim iv) jumlah penduduk dan v) kemajuan negara. Pada tahun 2000, penjanaan sisa pepejal di Malaysia berjumlah 10,945 tan sehari atau bersamaan 4 bilion tan setahun. Selanjutnya, statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2001 menunjukkan sejumlah 16,247 tan sampah dihasilkan di Malaysia setiap hari. Negeri Selangor mendahului negeri-negeri lain dengan penghasilan sampah sebanyak 2,955 tan sehari. Ini diikuti dengan Kuala Lumpur (2,634 tan/hari), Johor (2,002 tan/hari), Perak (1,596 tan/hari) dan Kedah (1,383 tan/hari) (Azrina 2015). Pada tahun 2008 pula, statistik yang dikeluarkan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam menunjukkan jumlah sampah domestik bagi Kuala Lumpur dan Selangor telah meningkat kepada 1,841,372 tan. Pada tahun 2013 pula, penduduk negara ini dianggar membuang sehingga 33,000 tan metrik sampah setiap hari menjurus kepada perbelanjaan berjumlah RM1.2 bilion untuk kerja pengutipan sampah (Sinar Harian 19 Januari 2014). Bagi purata keseluruhan penduduk pula, 0.8kg sampah dihasilkan seorang individu sehari manakala bandar besar seperti Kuala Lumpur purata jumlah sampah yang dibuang seorang individu meningkat kepada 1.25 kilogram (kg) sehari (Sinar Harian 19 Januari 2014). Keadaan
ini
diburukkan
lagi
dengan
mentaliti
masyarakat
yang
memandang mudah kepada kempen 'kitar semula' yang dua kali dilancarkan pada 1993 dan 2000 dibuktikan dengan peratusan kitar semula yang masih rendah sekitar lima peratus. Angka ini amat jauh daripada sasaran kitar semula sebanyak 22 peratus menjelang 2020 ditetapkan kerajaan apatah jika dibandingkan dengan negara maju seperti Jepun dengan peratusan kitar semula melebihi 50 peratus, Jerman 62 peratus, Austria 68 peratus, Taiwan 60 peratus dan 59 peratus di Singapura. Pada masa ini, hanya 17.39 peratus sahaja rakyat Malaysia yang mengamalkan aktiviti kitar semula. Ini disebabkan oleh faktor tingkahlaku dan faktor penglibatan ahli masyarakat dengan program kitar
semula yang masih rendah di samping kelemahan dalam strategi promosi kempen kitar semula. Tambahan pula, walaupun Malaysia mempunyai jumlah tapak pelupusan sisa pepejal yang banyak namun jumlah ini tidak mencukupi untuk menampung jumlah sampah yang dihasilkan. Terdapat 161 tapak pelupusan sisa pepejal di Malaysia (jumlah ini tidak termasuk sepuluh pihak berkuasa tempatan di Sabah dan Sarawak). Negeri Sarawak mempunyai
jumlah
tapak
pelupusan
sampah
yang
tertinggi
iaitu
sebanyak 28 tapak. Ini diikuti dengan Johor (26), Perak (18), Pahang (14) dan Kelantan (12). Di antara 161 tapak ini, 77 daripadanya terdiri dari tapak pembuangan sampah terbuka (open dumping). 49 tapak terdiri dari pelupusan terkawal (controlled tipping), 19 tapak mempunyai 'bund' dan sisa
pepejalnya
dikambus
setiap
hari,
sepuluh
tapak
mempunyai
kemudahan paip pengumpulan 'leachate' dan paip pengudaraan serta selebihnya mempunyai sistem rawatan 'leachate' (Azrina 2015). Sisa pepejal yang tidak diuruskan dengan sempurna juga menimbulkan pelbagai impak kepada kesihatan masyarakat khususnya jika tempat kediaman mereka berdekatan atau berhampiran dengan tapak pelupusan sampah. Daripada segi kesihatan, didapati sekurang-kurangnya 22 penyakit manusia mempunyai kaitan dengan sisa pepejal. Perkara ini akan berlaku sekiranya sistem pengurusan sisa pepejal yang efisien tidak dilaksanakan. Pengurusan sisa pepejal yang tidak sistematik boleh menyebabkan jangkitan penyakit seperti penyakit kulit akibat daripada sentuhan secara fiizikal dengan sisa atau sampah. Jangkitan mata dan pernafasan pula terjadi apabila terdedah kepada debu dan udara dari tapak pelupusan. Wabak penyakit datang daripada persekitaran yang kotor seperti tapak pelupusan sampah yang menjadi tempat pembiakan vektor pembawa panyakit seperti lalat, nyamuk, tikus dan sebagainya. Kitaran pembiakan lalat dalam cuaca panas adalah lebih kurang 7 hari dan lalat merupakan vektor pembiakan penyakit yang efektif. Lalat adalah pembiak profilik (70,000 lalat boleh dihasilkan dalam 1 kaki padu
garbage) dan pembawa banyak penyakit antaranya disenteri basilus (Noraini 1994). Nyamuk yang membiak di kawasan takungan air di tapak pelupusan pula berupaya menyebarkan penyakit malaria dan demam denggi manakala tikus pula menyebarkan penyakit berbahaya seperti leptospirosis. Seterusnya semasa proses penguraian berlaku, beberapa jenis gas terhasil seperti sulfur dioksida, dioksin, sulfur, karbon oksida dan amonia. Jika gas-gas ini masuk ke dalam tubuh manusia, ia akan bertindakbalas dan menghasilkan toksin yang membahayakan kesihatan seterusnya menyebabkan penyakit kronik seperti hepatotoxicity (kerosakan hati), nephrotoxicity (kerosakan ginjal), pulmonary toxicity (kerosakan peparu), neurotoxicity (gangguan sistem saraf) dan immunotoxicity (kegagalan sistem imun) (http://www.wmam.org). Daripada sudut alam sekitar, pembakaran sampah secara terbuka mengakibatkan pencemaran udara. Pembakaran terbuka melepaskan gas dioksin yang merbahaya ke persekitaran. Gas dari tapak pelupusan (hasil daripada proses pereputan sampah) pula boleh meletup jika dibiarkan berkumpul dalam permukaan tertutup. Metana (salah satu daripada gas tapak pelupusan) yang terhasil di tapak pelupusan sampah lebih efektif dari karbon dioksida sebagai gas rumah hijau yang boleh membawa kepada peningkatan suhu dunia. Selanjutnya, air tercemar (leachate) yang mengalir dari tapak pelupusan sampah boleh mengakibatkan pencemaran sumber air yang serius. Sisa atau sampah yang tidak dibuang atau diuruskan dengan sempurna pula akan meninggalkan kesan yang kurang selesa seperti bau yang busuk dan keadaan persekitaran yang kotor. Bagi meminimumkan penghasilan dan pembuangan sisa pepejal,banyak kaedah yang telah dan cuba dipraktikkan, antaranya mengamalkan pengurusan sisa pepejal bersepadu dan efektif selaras dengan Agenda 21; meningkatkan kesedaran dan kebolehterimaan kalangan masyarakat khususnya
dalam
mengamalkan
kitar
semula,
guna
semula
dan
mengurangkan penggunaan (3R); penggunaan teknologi pelupusan yang komprehensif, meningkatkan akses kepada maklumat berkaitan 3R khususnya
melalui
pendidikan,
kempen,
seminar
dan
sebagainya
berteraskan internet, penggunaan media massa dan media cetak; penerapan perundangan dan pemantauan yang ketat serta meningkatkan penglibatan pihak berkepentingan dalam pembuatan dasar dan keputusan supaya
mewujudkan
perasaan
dan
sikap
tanggungjawab
mereka
berkaitan pengurusan sisa pepejal. Dalam hal ini, kerajaan perlu melakukan kempen secara besaran dan berkesan untuk mengubah paradigma bahawa tanggung jawab dan masalah sisa pepejal adalah tanggung jawab bersama bukan hanya tanggung jawab kerajaan sematamata atau lebih bersifat dari masyarakat kepada kerajaan (bottom-up) (Hasnah et al 2012). Lazimnya program pengurusan yang dirancang mampu memberikan hasil yang berkesan sekiranya mengambilkira pendapat dan pandangan daripada orang awam. Hal ini kerana tindak balas dan komitmen orang awam amat penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan program berterusan sisa pepejal bandar yang dilancarkan di kawasan tertentu. Oleh sebab sisa pepejal turut dihasilkan oleh orang awam, kesedaran mengenai pengurusannya perlu diterapkan, terutamanya melalui program pendidikan. Program pendidikan yang berjaya perlu berlangsung secara berterusan dan konsisten. Program pendidikan yang tidak berkesan boleh mengelirukan, mengurangkan keyakinan atau menimbulkan keraguan dalam kalangan orang awam (Latifah 2011). Di
Malaysia,
dasar
penswastaan
pengurusan
sisa
pepejal
belum
menampakkan hasilnya kerana sistem pengurusan sisa pepejal masih kurang cekap dan tidak sempurna. Faktor ini antara lain disumbangkan oleh (Latifah 2011): i)
Kekurangan maklumat berhubung dengan komposisi dan kadar penjanaan sisa pepejal
ii)
Kekurangan peruntukan kewangan untuk membiayai operasi
iii)
pengurusan sisa pepejal Berlakunya pertindihan pelbagai akta dan undang-undang pada
iv)
peringkat negeri dan persekutuan Kelemahan penguatkuasaan yang menyebabkan peningkatan
v)
pembuangan sisa pepejal haram Kekurangan penyelidikan dan pendidikan berhubung dengan sisa
vi)
pepejal Kekurangan kakitangan yang terlatih dengan kemahiran teknikal.
Strategi pengurusan sisa pepejal dianggap berjaya sekiranya mengambil kira faktor persekitaran dan ekonomi secara lestari. Persekitaran lestari bermaksud pengurusan sisa pepejal bandar berupaya meminimumkan kesan terhadap alam sekitar, yang antaranya termasuk penggunaan tenaga, pencemaran tanah, air dan udara serta gangguan keselesaan. Ekonomi lestari pula bermaksud pengurusan sisa pepejal bandar perlu beroperasi pada kos yang mampu dibayar oleh penduduk. Oleh itu, pengurusan sisa pepejal yang berasaskan persekitaran dan ekonomi lestari perlu bersifat bersepadu, berorientasikan pasaran dan fleksibel (Latifah 2011). Pengurusan sisa pepejal bersepadu bermaksud proses pemilihan teknik, teknologi dan kaedah pengurusan untuk mencapai objektif dan matlamat yang disasarkan (Tchobanoglous et al 1993). Kerajaan juga turut memainkan peranan, sebagai contoh Pelan Fizikal Negara Kedua yang dilancarkan pada tahun 2010 memfokus untuk mewujudkan kawasan bandar yang mampan dan cekap daripada segi pengurusan alam sekitar dan pembangunan ekonomi. Ini diikuti dengan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) (2016-2020), yang mana teras keempatnya memperkasakan pengurusan sumber asli dan alam sekitar. Dalam RMK-11 sahaja, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk
pembersihan
pencemaran
sisa
pepejal
di
sungai
melalui
pemasangan perangkap sampah terapung serta kemudahan pemungutan bagi mengelakkan berlakunya banjir kilat apabila hujan lebat berlaku melebihi satu jam.
PELUPUSAN SISA PEPEJAL Apabila sisa pepejal dibuang, pengurusannya tidak tamat di situ sahaja tetapi
masih
banyak
perkara
yang perlu
diberi
perhatian.
Selain
penjanaan tidak terkawal, faktor kepelbagaian sisa, pembangunan bandar yang berselerak, perubahan teknologi serta sekatan guna tenaga dan bahan mentah turut menambahkan kerumitan masalah (Latifah 2011). Umumnya,
pelupusan
merupakan
sebahagian
daripada
sistem
pengurusan sisa pepejal. Pengurusan sisa pepejal ditakrifkan sebagai gabungan kaedah pencegahan pengeluaran, penyimpanan, pemungutan, pemindahan, pengangkutan, pemprosesan dan akhirnya pelupusan sisa pepejal berlandaskan prinsip kesihatan umum, ekonomi, kejuruteraan, pengekalan estetika dan pertimbangan alam sekitar (Anuar 2016). Dalam pengurusan sisa pepejal pelupusan merupakan proses terakhir sekali yang melibatkan pemusnahan sisa pepejal yang telah atau belum diproses. Tujuan utama menjauhi
penyediaan tapak pelupusan sampah adalah untuk
sentuhan
atau
pendedahan
kepada
manusia
dan
persekitarannya yang boleh menjejaskan kesihatan mereka. Namun, sistem pelupusan sisa pepejal yang kurang sistematik dan berkesan bagi tujuan pemprosesan dan pelupusan berlaku di kebanyakan negara termasuk Malaysia. Kos penyelenggaraan yang tinggi dalam meningkatkan tahap infrastruktur sistem pelupusan dan rawatan sisa buangan buangan yang terhasil pula merupakan
antara
kelemahan
melupuskan
sampah
melalui
tapak
pelupusan. Terdapat pelbagai kaedah dipraktikkan berkaitan dengan pelupusan sisa pepejal. Kaedah pelupusan sisa pepejal merangkumi kaedah pelupusan terbuka, kaedah pelupusan sanitari dan kaedah insinerator. Di Malaysia,
sampah yang dihasilkan dihantar ke tapak pelupusan ataupun ke pusat pembakaran (insinerator) untuk dilupuskan. Kaedah
pelupusan
terbuka
atau
tapak
pelupusan
tradisional
menggunakan kaedah konvensional dan masih dipraktikkan di negara membangun
termasuk
Malaysia.
Menurut
Pickford
(1984),
selain
pemilihan tapak yang sesuai, sistem pengurusan tapak pembuangan terbuka yang sempurna perlu diberikan keutamaan kerana hampir 90% sisa yang dipungut telah dihantar ke tapak pembuangan terbuka. Di negara ini hampir 90 peratus sisa pepejal yang dilupuskan menggunakan sistem tapak pelupusan terbuka. Kebanyakan pihak berkuasa hanya bergantung pada tapak pelupusan sisa pepejal sebagai satu cara untuk melupuskan sisa pepejal. Tapak pelupusan sisa pepejal merupakan kawasan tanah di kawasan lapang yang mana sisa buangan dilonggokkan atau ditanam. Kebiasaannya, tapak pelupusan sisa pepejal terbuka dikaitkan dengan masalah ketiadaan pelapik, kekurangan rawatan dan pengumpulan air sisa, reka bentuk tapak yang tidak sesuai dan proses pemadatan yang tidak mencukupi, tiada pemantauan yang sistematik dan tidak memenuhi keperluan minimum sebagai kawasan tapak pelupusan sisa pepejal sanitari. Justeru, tapak pelupusan sisa pepejal terbuka menghasilkan pelbagai masalah kepada alam sekitar dan kesihatan manusia selain hodoh daripada sudut pandang estetik. Tapak pelupusan sanitari ialah kaedah pelupusan sisa pepejal di atas tanah. Tapak pelupusan sanitari digunakan secara meluas di seluruh dunia kerana ia merupakan kaedah yang paling ekonomi. Kaedah operasinya tidak memerlukan tapak fizikal yang mahal, kos buruh yang murah dan melibatkan teknik pembinaan dengan kos yang rendah jika kawasan itu didapati sesuai digunakan untuk dibangunkan sebagai tapak pelupusan. Sisa pepejal dimampatkan dan kemudiannya ditutup menggunakan tanah atau bahan yang bersesuaian pada setiap hujung operasi menggunakan prinsip kejuruteraan tanpa mengakibatkan gangguan, membahayakan kesihatan atau menjejaskan keselamatan awam (Tchobanaglous et al
1993). Hal ini kerana, ia direka bentuk berasaskan sistem kejuruteraan bagi meminimumkan impak bahan buangan ke atas alam sekitar dan kesihatan manusia. Kaedah insinerator banyak digunakan di negara maju untuk mengatasi masalah pelupusan sisa pepejal. Insinerator ialah satu alat yang berupa tungku pembakaran yang digunakan untuk pengolahan sisa pepejal yang dimampatkan dan kaedah ini sesuai untuk melupuskan bahan yang tidak terbiorosot dan bahan kitar semula (Anuar 2016). Kaedah insinerator dijalankan melalui pengasingan atau pemilihan sisa pepejal untuk dibakar, supaya hanya bahan kimia tertentu sahaja yang akan dibebaskan pada akhir proses. Insinerator berpotensi untuk menyelesaikan masalah di tapak pelupusan sisa pepejal kerana insinerator mampu mengurangkan berat asal bahan buangan hingga 95 peratus selain tidak memerlukan kawasan tapak yang luas. Walaupun begitu, kaedah ini mewujudkan ancaman kepada alam sekitar kerana ia melibatkan pembakaran yang melepaskan bahan toksik seperti dioksin, furan dan merkuri yang mengakibatkan
kesan
buruk
kepada
kesihatan
manusia
dengan
merosakkan sistem pertahanan badan selain mengganggu fungsi hormon (Anuar 2016). PENGURUSAN
SISA
PEPEJAL
BANDAR
BERTERASKAN
PERUNDANGAN Keutamaan yang diberikan kepada aktiviti pembangunan dan ekonomi bandar seolah-olah telah membelakangkan kelestarian alam sekitar. Dalam usaha kerajaan meningkatkan produktiviti pembangunan dan pengukuhan ekonomi khususnya peningkatan serta kepelbagaian dimensi pembangunan bandar dan bandar baru, secara langsung atau tidak langsung sama ada secara disedari atau tidak disedari, usaha ini juga telah memperlihatkan banyak tanda kemerosotan kualiti alam sekitar. Atas nama pembangunan dan kemajuan bandar di samping peningkatan dalam bilangan penduduk bandar, hal ini sebetulnya merupakan suatu
tindakan memperjudikan alam sekitar melalui “aktiviti pencemaran serentak dan bersepadu”, iaitu udara, air, tanah, bunyi bising, buangan sisa dan toksik serta buangan terjadual masih berterusan sehingga kini (Shamsuddin 2015). Umumnya persoalan mengenai alam sekitar perlu dilihat dari sudut perundangan dan bukan perundangan. Perundangan alam sekitar seperti berkaitan sisa pepejal amat perlu dalam menggariskan apa yang baik dan apa yang buruk dalam hubungan antara manusia dengan alam sekeliling, khususnya bagi mengawal perilaku manusia.
Apabila
pendekatan
perundangan
dikaitkan
dengan
isu
pengurusan sisa pepejal, pendekatan ini memberikan suatu gambaran bahawa semua perbuatan yang dilakukan yang memudaratkan manusia dan alam ini, khususnya persekitaran manusia sama ada secara langsung atau tidak langsung perlu dilihat dan ditangani dengan berpandukan undang-undang (Ubahsuaian dari Shamsuddin 2015). Berkaitan pengurusan sisa pepejal, Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara telah digubal pada tahun 2007 (DPSPN). Dasar ini terdiri daripada dua matlamat, enam objektif dan enam teras yang terdiri daripada 35 DPSPN. Matlamat Dasar ini ialah bagi mewujudkan sistem pengurusan sisa pepejal yang
menyeluruh,
bersepadu,
kos
efektif,
mampan
dan
diterima
masyarakat yang mementingkan pemeliharaan alam sekitar, pemilihan teknologi yang mampu bayar dan menjamin kesihatan awam; dan melaksanakan pengurusan sisa pepejal berdasarkan waste management hierarchy yang memberi keutamaan kepada pengurangan sisa melalui 3R, rawatan perantaraan dan pelupusan akhir. Seterusnya, Kerajaan Persekutuan telah mewartakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) pada tahun yang sama dan dikuatkuasakan pada pertengahan tahun 2008. Akta 672 merupakan suatu akta untuk mengadakan dan mengawal selia pengurusan sisa pepejal terkawal dan pembersihan awam bagi maksud menyenggarakan kebersihan
yang
sepatutnya
dan
bagi
perkara-perkara
yang
bersampingan dengannya. Di bawah Akta ini Kerajaan Persekutuan telah diberi kuasa eksekutif berhubung dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Semenanjung Malaysia. Kerajaan Persekutuan telah menggubal akta untuk memindahkan tanggungjawab pengurusan sisa pepejal daripada PBT kepada kerajaan pusat. Seterusnya, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) telah diwujudkan di bawah Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Buangan Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 673). JPSPN adalah agensi yang diberi kuasa
untuk
mentadbir
dan
menguatkuasakan
undang-undang
pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Antara tanggungjawab agensi ini ialah membuat dasar, peraturan-peraturan, garis panduan, merangka pelan perancangan strategik, mengeluarkan lesen, dan seumpamanya berkaitan sisa pepejal. Selain itu, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta Jalan, Saliran dan Bangunan 1974 (Akta 133), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) serta Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) merupakan undang-undang yang berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal di Malaysia. Perincian setiap akta diperjelaskan di bawah: i)
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 – Suatu akta berhubung dengan mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan membaiki alam
ii)
sekeliling,
dan
bagi
maksud-maksud
yang
berkaitan
dengannya. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 – Suatu akta untuk meminda dan menyatukan undang-undang berhubungan dengan jalan, parit dan bangunan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan di Semenanjung Malaysia, dan bagi maksud yang
iii)
berkaitan dengannya. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 – Suatu akta bagi pengawalan dan pengawalseliaan yang sepatutnya mengenai perancangan bandar dan desa di Semenanjung Malaysia dan bagi maksud yang berkenaan dan bersampingan dengannya.
iv)
Akta Kerajaan Tempatan 1976 – Suatu akta bagi menyusun semula dan menyatukan undang-undang berhubungan dengan kerajaan tempatan.
Mengambil contoh Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang menyentuh berkaitan sisa pepejal, seksyen berkaitan adalah seperti di bawah: i)
Seksyen 51 – memberi kuasa yang luas kepada Menteri untuk membuat
peraturan-peraturan
bagi
menguruskan
buangan
khususnya di bawah seksyen 51 (i) iaitu mengawal pengadaan tempat-tempat untuk melupuskan buangan-buangan pepejal ii)
atau cecair di atas atau di dalam tanah. Seksyen 31 dan 32 – Memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk
mengarah
penduduk
sesuatu
premis
memasang,
mengendali dan menyelenggara kelengkapan dengan keadaan iii)
cekap untuk mengawal pengeluaran punca pencemaran. Seksyen 34(A) – Pemilik projek dikehendaki menyediakan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) yang mana laporan
tersebut
perlu
mengandungi
penilaian
akibat
pelaksanaan aktiviti atau projeknya kepada alam sekitar serta mencadangkan
langkah-langkah tebatan/mitigasi yang akan
diambil dalam usaha meminimumkan serta mengawal impak iv)
negatif terhadap alam sekitar. Seksyen 22, 24 dan 25 – Larangan umum terhadap perbuatan melepaskan, meletakkan atau mengeluarkan apa-apa buangan ke dalam alam sekeliling sama ada udara, atas tanah-tanih atau dalam tanah, atau ke dalam mana-mana badan air atau perairan
v)
negara. Seksyen 24(2) (a) – Seseorang hendaklah disifatkan sebagai mencemarkan sesuatu tanah tanih atau permukaan sesuatu tanah jika dia meletakkan apa-apa benda sama ada cecair, pepejal atau gas di dalam atau di atas mana-mana tanah-tanih atau di sesuatu tempat di mana benda itu boleh masuk ke dalam
vi)
mana-mana tanah-tanih. Seksyen 24(2) (b) - Seterusnya, cara seseorang itu menguruskan buangan seperti perbuatan mengadakan di atas mana-mana
tanah suatu tempat melonggokkan sampah sarap, tempat membuang kekotoran, tempat menuang tanah-tanih dan batubatan, tempat meletakkan enap cemar, lubang pancitan buangan atau dengan cara lain menggunakan tanah untuk tempat melupuskan atau tempat melonggokkan buangan pepejal atau cecair tanpa suatu lesen yang sah juga termasuk sebagai salah vii)
satu perbuatan mencemarkan alam sekeliling. Seksyen 25(2) (a) – Seseorang hendaklah disifatkan sebagai mengeluar, melepas dan meletakkan buangan ke dalam perairan daratan jika dia meletakkan apa-apa buangan di dalam atau di atas mana-mana perairan atau di suatu tempat di mana buangan itu boleh masuk ke dalam mana-mana perairan.
Selanjutnya, selaras dengan penswastaan pengurusan sisa pepejal dan pewartaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672), Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta Jalan, Saliran dan Bangunan 1974, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 telah dipinda bagi memantapkan lagi pengurusan sisa pepejal. Perundangan lain yang terpakai adalah : i)
Enakmen Air Bahagian 146 – memperuntukkan kawalan bagi pelupusan mana-mana benda berbahaya atau buruk atau manamana benda yang mana suhunya, kandungan kimia atau kajihayat boleh memudaratkan kesihatan awam, keselamatan
ii)
atau kebajikan mana-mana kegunaan yang berfaedah. Kanun Tanah Negara 1965 – merupakan undang-undang tertinggi di Semenanjung Malaysia mengenai urusan pentadbiran tanah. Kanun
ini
memberi
kuasa
kepada
Pihak
Berkuasa
Negeri
mengkelaskan penggunaan tanah kepada tiga kategori iaitu pertanian,
industri
dan
bangunan.
Pihak
Berkuasa
Negeri
mempunyai kuasa untuk menukar guna tanah sesuatu tanah untuk pembangunan dan pengurusan serta perancangan guna tanah yang baik.
Selain
Akta,
undang-undang
kecil
juga
turut
diaplikasikan
dalam
pengurusan sisa pepejal.Undang-undang kecil atau juga dikenali sebagai undang-undang subsidiari atau wakilan juga sangat penting kerana kategori undang-undang ini memperincikan lagi peruntukan-peruntukan umum dalam sesuatu akta, enakmen atau ordinan. Undang-undang kecil boleh terdiri daripada apa-apa perisytiharan, kaedah, peraturan, perintah, pemberitahuan, perundangan kecil atau kuasa sah yang lainnya dan mempunyai kuasa perundangan. Perundangan kecil ini merupakan pelengkap kepada perundangan induk. Sebagai contoh: i)
Undang-undang Kecil yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan melalui kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Kerajaan
Tempatan
1976
misalnya
Undang-undang
Kecil
Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (yang diluluskan di kebanyakan Majlis Daerah, Majlis Perbandaran atau ii)
Dewan Bandaraya). Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pencemaran daripada Stesen Pemindahan Sisa Pepejal dan Kambus Tanah) 2009 – ini merupakan peraturan baru yang diluluskan bertujuan untuk menguruskan perara berkaitan dengan stesen pemindahan sisa
pepejal
dan
kambus
tanah
yang
membuang
atau
melepaskan larut resapan. Semua tapak pelupusan sampah atau stesen pemindahan sisa pepejal terikat dengan Peraturan ini. Namun timbul persoalan, misalannya, bagaimanakah kedudukan sesuatu perkara itu dilihat menurut undang-undang yang ada? Sejauhmanakan sistem perundangan di negara ini dapat memeberikan sedikit kelegaan kepada manusia dalam perselisihannya dengan alam sekitar sejak kebelakangan ini? Adakah dengan sejumlah besar undang-undang bertulis yang
diluluskan
oleh
badan
perundangan
sudah
mencukupi
bagi
menangani isu alam sekitar hari ini? Justeru, masalah sisa pepejal bandar memerlukan penyelesaian segera dengan menggunakan kaedah perungkaian ke dasar, iaitu dengan cara
pergi kepada asal usul atau punca bermulanya sesuatu masalah berkenaan (Ubahsuaian dari Shamsuddin 2015). Hal ini termasuklah melihat kepada perkara serta isu asas permasalahan ini seperti punca peningkatan sisa pepejal yang dihasilkan, tahap kesedaran masyarakat dalam usaha meminimumkan penghasilan dan pembuangan sisa pepejal, jenis pemakaian dan penggunaan teknologi yang dipilih dalam operasi pelupusannya di samping keberkesanan perundangan yang diwartakan serta isu penguatkuasaan. Harus diingat bahawa dengan hanya bergantung kepada perundangan semata-mata, walau sebanyak mana sekalipun peruntukan undangundang yang ada, undang-undang itu masih tidak dapat menjamin penyelesaian total daripada isu-isu alam sekitar seperti sisa pepejal. tambahan pula tindakan perundangan memerlukan penguatkuasaan dan kejayaan penguatkuasaan undang-undang banyak bergantung kepada aspek sosio budaya dan kemanusiaan, ketegasan dan komitmen penuh daripada
pihak
pengurusan, kewangan
kerajaan,
kecekapan yang
komitmen
dan
kukuh
yang
kemahiran
serta
tinggi
tenaga
kesedaran
pada
peringkat
kerja,
peruntukan
terhadap
pentingnya
pemeliharaan dan perlindungan alam sekitar oleh masyarakat yang menjurus kepada perubahan sikap, budaya dan amalan. Hal
ini
menunjukkan
bahawa
walaupun
terdapat
undang-undang,
peraturan, perintah atau kaedah serta garis panduan yang diperuntukkan sebagai kawalan tetapi ini belum pasti dapat mengawal atau menyekat penghasilan dan peningkatan pembuangan sisa pepejal bandar. Maka, pendekatan perundangan semata-mata
bukanlah satu-satunya cara
penyelesaian terbaik dalam menangani isu sisa pepejal bandar tetapi ianya perlu disokong kuat oleh kaedah bukan perundangan seperti penggunaan teknologi mesra alam yang mampu mengurangkan impak pelupusan sisa pepejal kepada manusia serta alam sekitar, kempenkempen kesedaran, program pendidikan serta peranan agama dalam meningkatkan kecintaan terhadap alam sekitar.
KESIMPULAN Jumlah isipadu sisa pepejal yang kian meningkat dari semasa ke semasa memerlukan suatu pendekatan baru sama ada dari segi teknologi ataupun sistem pengurusannya. Pelan Perancangan Strategik Nasional untuk Pengurusan Sisa Pepejal (2005) menggariskan pengurusan sisa pepejal hendaklah berteraskan kepada hirarki pengurusan sisa pepejal. Sebagai sebuah negara yang sedang bergerak ke arah status negara maju menjelang 2020, Malaysia harus meningkatkan aktiviti amalan 3R, pengasingan sisa pepejal isi rumah dan kadar kitar semula yang membanggakan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa kerana kaedah
perundangan
semata-mata
tidak
berupaya
menyelesaikan
masalah berkaitan sisa pepejal perbandaran. RUJUKAN Anuar Ithnin. 2016. Bahaya tapak pelupusan sisa pepejal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Azrina Sobian. 2015. Pengurusan masalahnya. Kuala Lumpur: IKIM.
sisa
pepejal
di
Malaysia
dan
Flintof, F. 1977. Management of solid waste in developing countries. New Delhi: World Health Organisation. Hasnah Ali, Dody Dermawan, Noraziah Ali, Maznah Ibrahim dan Sarifah Yaacob. 2012. Masyarakat dan amalan pengurusan sisa pepejal ke arah kelestarian komuniti: Kes isi rumah wanita di Bandar Baru Bangi, Malaysia. Malaysia Journal of Society and Space (Geografia), 8 (5): 64-75. http://www.wmam.org. Persatuan Pengurusan Sisa Malaysia. Hughes, K.L, Christy, A.D. & Heimlich, J.E. 2005. Landfill types and liner systems. The Ohio State University. Latifah Abd Manaf. 2011. Aplikasi sistem pintar dalam pengurusan sisa pepejal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Nasir Hassan, Rakmi AR, Zamri J, & Syaiflullah R. 1995. Existing solid waste management and problem privatization of solid waste management in Malaysia. Tabung Haji Technologies, Kuala Lumpur. Noraini Jaafar (1994). “Kejuruteraan Alam Sekitar.” Edisi Kedua. Johor Baharu: Unit Penerbitan Akademik Universiti Teknologi Malaysia. Pickford, J. 1984. The solid waste problems of poor people in the third world cities. Dlm. Holmes, J.R. (ed.). Managing solid waste in developing countries. Chichester: John Wiley and Sons. Seow Ta Wee. 2016. Senario pengurusan sisa pepejal di Malaysia. Batu Pahat: Penerbit UTHM. Shamsuddin Suhor. 2015. Isu dan undang-undang alam sekitar di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sinar Harian. 19 Januari 2014. Rakyat buang 30,000 tan sampah setiap hari. Surtahman Kastin Hasan & Abd Ghafar Ismail. 1997. Alam sekitar: Permasalahan dan pengawalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tchobanaglous, G. Theisen, H & Vigil, S.1993. Integrated solid waste management: engineering principles and management issue. Singapore: McGrew-Hill. World Bank. 1992. World Development Report 1999/2000: Entering the 21st Century. New York: Oxford University Press. Zaini Sakawi, Katiman Rostam & Abd Rahim Md Nor. 2008.Kepentingan pertumbuhan premis kitar semula dalam pengurusan sisa di Malaysia. eBangi, Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 3(1): 10.