SIRI PERANG SALIB: FAKTOR, KESAN DAN KERELEVENAN PERANG SALIB
March 22, 2017 | Author: Mohd Ridhwan | Category: N/A
Short Description
Download SIRI PERANG SALIB: FAKTOR, KESAN DAN KERELEVENAN PERANG SALIB ...
Description
(AJ21003) EMPAYAR UTHMANIYYAH DAN ASIA BARAT MODEN HINGGA PERANG DUNIA KEDUA NAMA PENSYARAH: EN. MOHD SHAUKHI MD. RADZI AHLI KUMPULAN: 1. RUDY BIN JOHNNY 2. AG MOHD RIDHWAN BIN DAUD
SOALAN 2 SIRI PERANG SALIB: FAKTOR, KESAN DAN KERELEVENAN PERANG SALIB TERHADAP SITUASI KONFLIK DI RANTAU ASIA BARAT MASA KINI.
PENGENALAN •
•
Perang salib berlaku dalam beberapa siri peperangan yang berlanjutan selama dua abad lamanya. Bermula dengan perang salib I sehingga perang salib IX iaitu dari tahun 1095 sehingga 1291. Perang salib ini tercetus antara umat Kristian di Eropah dan Umat Islam. Perang Salib ini juga merupakan konflik terbesar antara umat Islam yang tengah berkuasa di sebahagian Eropah, Afrika Utara dan Asia, melawan Kristian yang baru bangkit dan berusaha merebut kota Jerusalem. Perang salib adalah penyerangan dari ketaksuban Kristian yang diperintahkan oleh Paus bagi tujuan untuk merebut kota Jerussalem dari tangan kaum Islam. Selain itu, perang ini yang disebabkan oleh beberapa faktor lain iaitu faktor agama, politik, sosial-ekonomi. Peristiwa ini merosakkan hubungan antara dunia Timur dan dunia Barat khususnya antara agama Islam dan Kristian. Di Ambang yang tercetus selama dua abad lamanya telah mengorbankan banyak nyawa mahupun harta dan budaya. Selain itu, masih banyak lagi kesan dari perang salib ini yang akan
FAKTOR-FAKTOR TERCETUSNYA PERANG SALIB • Faktor Agama Pemerintahan Bani Saljuk yang wilayah kekuasaannya meliputi Jerusalem mengetatkan peraturan ziarah bagi orang Kristian ke Bait al-Maqdis. Lalu lintas ziarah mereka terbantut. Kemerdekaan mereka untuk berziarah menjadi hilang. Oleh kerana itu, mereka bergerak untuk merebut kembali kebebasan mereka dan menguasai Jerusalem yang dianggap sebagai holy land dari kekuasaan umat Islam. Di samping itu, Perang Salib merupakan ekspedisi yang menakjubkan sebagai akibat tidak langsung dari proses kebangkitan semangat keagamaan yang melanda Eropah pada abad X-XI M. Dengan demikian, Perang Salib merupakan salah satu usaha membela kepercayaan Kristian, meski tidak dijumpai dalam kitab suci mereka (Bible / Injil) suatu perintah sebagai justifikasi dan legitimasi pelaksanaan Perang Salib.
Pada abad pertengahan, gereja mempunyai peranan dan pengaruh yang besar terhadap masyarakat di Eropah. Pihak gereja menyatakan bahawa siapa saja yang melanggar peraturan yang ditetapkan oleh gereja, maka akan mendapat hukuman. Pada hal masyarakat pada waktu itu banyak yang berbuat kesalahan dan mengerjakan perbuatan yang dilarang oleh gereja. Untuk mensucikan diri dan bertaubat dari kesalahan tersebut, manusia harus banyak berbuat baik dan berbakti menurut ajaran agama (Kristian), dengan berziarah ke Bait al-Maqdis di Jerussalem, berpuasa dan mengerjakan kebaikan lain. Mereka yakin bahawa apabila berziarah ke tanah suci saja mendapat pahala yang besar dan dapat menebus dosa, maka sudah tentu melepaskan dan memerdekakan Jerussalem dari kekuasaan Islam, adalah jauh lebih besar pahalanya Ketika idealisme keagamaan mula tercetus, para pemimpin politik Kristian berfikir keuntungan yang dapat diambil dari konsep mengenai Perang Salib, dan untuk memperoleh kembali keleluasaannya berziarah ke tanah suci Jerussalem. Pada tahun 1095 M, Pope Urban II berseru kepada umat Kristian di Eropah supaya melakukan perang suci. Seruan
• Faktor Politik Menurut Philip K. Hitti, konflik Timur-Barat merupakan konflik yang terpanjang dalam sejarah. Antara Timur dan Barat telah beberapa kali terjadi kenalan-konfrontatif, misalnya ketika terjadi perang antara Trujah dan Parsi pada zaman purba. Konflik tersebut berlangsung hingga zaman pertengahan dalam bentuk konflik dua peradaban Besar, bahkan hingga zaman moden ini iaitu konflik antara Barat dan Timur yang oleh sebahagaian pemerhati dipandang sebagai perwakilan dari konflik Islam-Kristian. Memasuki abad pertengahan, ketika umat Kristian melihat wilayah mereka terancam oleh pengembangan Islam, bahkan Constantinople terancam dari serangan Bani Saljuk, sebab wilayah di sekitar Asia kecil telah dikuasai oleh mereka. Dalam keadaan seperti ini empayar Byzantine menyatukan sokongan segenap umat Kristian di daratan Eropah untuk mempertahankan empayarnya.
Di samping itu, peristiwa kekalahan pasukan Armanus, Raja Rom, dari pasukan Bani Saljuk di bahawa pimpinan Alp Arselan (355-465 H / 1063-1072 M) yang mengakibatkan Manzikart jatuh ke tangan kaum muslimin (464 H / 1071 M), menjadi suatu trauma politik yang harus segera dibalas. Dalam pada itu, muncul citacita di kalangan Kristian Eropah untuk mendirikan kerajaan al-Masih di seluruh wilayah Timur dan menjadikan Timur sebagai zon Kristian. Di sisi lain, tradisi mengembara dan bakat ketenteraan suku Teutonia yang telah mengubah arah sejarah Eropah sejak pemusnahan gereja Sepulchre (gereja tempat di kuburnya Isa) yang dilakukan oleh Khalifah alHakim dari Fathimiyah (386-411 H / 996-1020 M) pada tahun 1009 . Jadi, dalam hal ini tampak adanya dendam politik dari pihak Kristian-Eropah terhadap Islam.
• Faktor Sosial - Ekonomi Para peniaga besar yang berada di bandar Venezia, Genoa, dan Pisa, bercita-cita untuk menguasai sejumlah kota-kota dagang di sepanjang pantai timur dan selatan Laut Tengah untuk memperluaskan rangkaian perdagangan mereka. Untuk itu, mereka rela menanggung sebahagian dana peperangan dengan maksud menjadikan kawasan tersebut sebagai pusat perdagangan, apabila pihak Kristian Eropah memperoleh kemenangan. Hal itu dimungkinkan kerana jalur Eropah akan bersambung dengan laluan perdagangan di Timur melalui jalur strategik tersebut. Demikian pula para pengembara dari kesatria Kristian, merasa puas dengan harta rampasan atau ufti dari negeri taklukan. Susun lapis sosial masyrakat Eropah masyarakat terbahagi ke dalam tiga kelas, iaitu kaum gereja, bangsawan dan rakyat jelata serta hamba. Rakyat jelata dan hamba ini merupakan kumpulan majoriti. Kehidupan mereka sangat hina dan tertindas. Oleh kerana itu seruan kerahan oleh pihak gereja untuk mengambil bahagian dalam perang suci dengan serta merta akan mendapat kebebasan dan kesejahteraan yang lebih baik disambut secara spontan, dan jaminan spiritual bahawa memerangi musuh adalah suatu hal yang terhormat dan mulia, mereka diampuni dosa-dosanya sehingga apabila mati dalam peperangan adalah 'pahlawan agama, dan secara langsung masuk syurga.
KESAN PERANG SALIB • KESAN PERANG SALIB KEPADA UMAT ISLAM 1. Proses Asimilasi Dengan Masyarakat Tempatan 2. Ekonomi 3. Perpaduan dan Penyatuan Umat Islam (Politik) 4. Lahirnya Tokoh-tokoh Islam •. KESAN PERANG SALIB TERHADAP BARAT 1. Mendapat Maklumat Tentang Negara Islam 2. Perdagangan 3. Perkembangan Ilmu Pengetahuan 4. Kesan Sosial dan Politik 5. Kesan Ekonomi 6. Bidang Agama 7. Pengetahuan Geografi
KESAN PERANG SALIB KEPADA UMAT ISLAM • Proses Asimilasi Dengan Masyarakat Tempatan Orang-orang Eropah yang menetap di koloni-koloni itu tidak begitu menyumbang kepada cara kehidupan masyarakat Islam. Kesan-kesan sosial adalah tidak mendalam. Dari segi kebudayaan dan tahap pencapaian intelektual, mereka masih wujud dalam keadaan mundur berbanding dengan orang tempatan. Sebaliknya, orang-orang Latin lebih tertarik kepada cara kehidupan masyarakat Islam seperti aspek-aspek pakaian, makanan dan perumahan. Proses asimilasi tidak berlaku secara meluas kecuali segolongan kecil yang berkahwin dengan orang-orang Muslim dan melahirkan segolongan yang dikenali “poulains” atau orang kacukan.
KESAN PERANG SALIB KEPADA UMAT ISLAM • Ekonomi Dari segi kesan ekonomi peperangan Salib mempergiatkan perdagangan di Syria. Pelabuhan-pelabuhan seperti Tyre, Acre, Askalon dan Gaza menjadi pusat kegiatan komersial dimana golongan saudagar Muslim berdagang dengan pedagang-pedagang Venice, Genoa, Pisa. Pada hal itu, diketahui bahawa penglibatan Venice dalam Perang Salib terdorong oleh motif hendak monopolikan perdagangan Syria, Mesir, Constantinople dan Laut Hitam.
KESAN PERANG SALIB KEPADA UMAT ISLAM • Perpaduan dan Penyatuan Umat Islam (Politik) Di peringkat permulaan Perang Salib, negara-negara Islam di Syria dan Asia Kecil tidak bersatu; pada waktu itu terdapat kerajaankerajaan kecil yang diperintah oleh Atabeg. Keadaan ini berlaku sewaktu pemerintahan Abbasiyah di Baghdad mengalami zaman keruntuhannya. Pada akhir abad ke-11M kerajaan Fatimiyyah di Mesir juga sedang mengalami keruntuhan. Pada waktu itulah tentera Salib datang menyerang dan berjaya menawan Baitul Maqdis. Mereka seterusnya mendirikan wilayah-wilayah kecil di sekitar Syria dan utara Iraq bagi menggantikan pemerintahan Islam. Kejayaan mereka disebabkan perpecahan yang berlaku antara negara-negara Islam iaitu Mesir, Iraq dan Syria. Maruah umat Islam dapat dikembalikan dengan kemunculan tokohtokoh seperti Imad al-Din Zanki, Nur al-Din Mahmud dan setelah itu Salahuddin al-Ayyubi. Salahuddin bukah sahaja dapat mendirikan sebuah kerajaan baru Islam yang kuat di Mesir, iaitu kerajaan Ayyubiyah, tetapi juga berjaya merampas semula Baitul Maqdis daripada tangan tentera Kristian berikutan kemenangan tenteranya di Hittin
Dengan kemunculan kerajaan Mamluk (Mamalik)di Mesir telah menyelamatkan umat Islam daripada diancam tentera Mongol selepas memenangi dalam perang di Ain Jalut. Pada masa yang sama kerajaan Mamluk berjaya menyingkir tentera Salib dari bumi orang Islam. Ini bererti dengan adanya cabaran tentera Salib menyebabkan umat Islam cepat sedar dan segera bersatu. Kesan politik yang positif daripada Perang Salib juga dapat dilihat dari sudut melemahkan kerajaan Byzantine. Kerajaan Byzantine merupakan benteng pertahanan yang kukuh bagi tentera Kristian sejak berabad-abad lamanya. Kerajaan Byzantine berakhir pada abad ke-15 M. Kesan Tamadun di Barat Sejarah telah membuktikan bahawa Eropah Barat pada zaman pertengahan hingga abad ke-11 M masih dalam kemunduran. Pada masa yang sama orang-orang Islam di timur dan Sepanyol hidup dalam keadaan makmur dan bertamadun. Dengan tercetusnya Perang Salib menyebabkan keadaan di Eropah Barat berubah dan menjadi lebih makmur dan maju. Antara sebab-sebab berlakunya kesedaran dan kemakmuran di Eropah Barat pada abad ke-12 adalah kerana tercetusnya Perang Salib. Pada peringkat awal peperangan Salib, dunia Islam wujud dalam keadaan perpecahan dengan munculnya beberapa buah kerajaan kecil Islam. Kerajaan Abbasiyah yang dikuasai oleh Turki tidak berkemampuan menentang tentera
KESAN PERANG SALIB KEPADA UMAT ISLAM • Lahirnya Tokoh-tokoh Islam Antara pemimpin yang berjaya membendung dan menghapuskan musuh-musuh mereka ialah Zanki, Nur al-Din, Saladin, dan Baybars. Pada 1143 Zanji merampas balik kawasan Edessa. Nur al-Din, anaknya, menakluki Damancus dan menduduki seluruh Syria kecuali Antioch, Salah al-Din menakluki Jerusalem pada 1187 TM dan berjaya menyatukan dunia Islam dari Sungai Nil hingga Sungai Tigris. Baybars pemerintah kerajaan Mamluk menghapuskan kuasa dan pengaruh tentera Salib di Syria pada tahun 1250 TM.
KESAN PERANG SALIB TERHADAP BARAT • Mendapat Maklumat Tentang Negara Islam Mereka telah bertukar-tukar hadiah dan pemberian bagi menjalin hubungan diplomatik menerusi perwakilan masing-masing. Atau menerusi kunjungan orang-orang beragama Kristian ke Baitul Maqdis bagi mengerjakan ibadat; mereka tidak dibenarkan bergerak secara bebas di negara-negara Islam. Mereka bergerak bebas di kawasan perairan di sebelah timur. Pada masa ini jugalah mereka berpeluang menyaksikan kedudukan masyarakat dan rumah-rumah orang Islam dengan dekat. Setelah itu ilmu dan pengalaman yang diperoleh itu dibawa diceritakan kepada rakan-rakan mereka yang kembali ke Eropah. Dengan cara Ini pengetahuan mereka tentang orang Islam menjadi semakin nyata dan jelas. Pengetahuan ini telah membuka jalan kepada mereka untuk menjajah negara-negara Islam, bermula dari Sepanyol, setelah itu Asia Barat, dan akhirnya ke sebelah timur hingga ke Nusantara.
KESAN PERANG SALIB TERHADAP BARAT • Perdagangan Para pedagang Eropah telah mengadakan aktiviti perdagangan antara negaranegara Islam di timur dengan negara Eropah di barat. Mereka telah mendirikan pusat-pusat perdagangan tetap di beberapa kawasan seperti Acre (Akka), Saida (Sidon), Ladhikiyah, dan lain-lain. Dari pusat-pusat perdagangan ini mereka mengeksport barangan dari timur dan dibawa ke Eropah. Barangan tersebut seperti kain tenunan daripada kapas, kain sutera, pinggan mangkuk, batu-batu permata dan biji-bijian yang diimport dari India dan Sri Lanka. Barangan seperti gading, permaidani, ubat-ubatan, rempah, bau-bauan diimport dari Asia Barat. Barang-barang tersebut dibawa melalui pelabuhan Damsyik setelah itu dibawa ke pelabuhan-pelabuhan di selatan Syria dan dari sana terus dibawa ke Eropah. Pada mulanya aktiviti perdagangan banyak tertumpu ke kawasan Syria oleh sebab penguasaan tentera Salib di situ. Tetapi menjelang abad ke 13M, oleh sebab serangan tentera Mongol ke atas wilayah itu menyebabkan aktiviti perdagangan beralih ke kawasan Laut Merah, iaitu di Dimyat dan Iskandariah di Mesir. Pemerintahan Mamluk Mesir sangat mengalu-alukan penyertaan para pedagang luar kerana ia boleh memberikan keuntungan yang besar kepada kerajaan Mesir. Dengan terjalinnya hubungan perdagangan dengan negaranegara Eropah ini menyebabkan kerajaan Mamluk menjadi makmur dan kaya raya.
KESAN PERANG SALIB TERHADAP BARAT • Perkembangan Ilmu Pengetahuan Sepertimana biasa perkembangan ilmu pengetahuan memerlukan keadaan dan suasana tenang dan aman. Oleh sebab keadaan di Syria dan Mesir dalam tempoh Perang Salib dari abad ke-11M hingga ke-13M sentiasa dalam keadaan peperangan maka tidaklah berlaku perkembangan ilmu pengetahuan secara meluas di situ. Akan tetapi keadaannya berbeza di Sepanyol dan Sicily. Ketika Syria dan Mesir diserang oleh tentera Salib, di Sepanyol (Andalus) dan Sicily berlaku kegiatan ilmiah seperti penulisan dan terjemahan. Namun begitu, masih terdapat juga hubungan intelektual antara orang Kristian dengan Islam di negeri Syria. Di samping itu, mereka turut terpengaruh dengan cara hidup orang Islam seperti jenis makanan. Beberapa jenis tumbuhan dan tanaman yang terdapat di kawasan Laut Mediterranean seperti padi, limau, tembikai, bawang putih dan tebu telah dibawa dan ditanam di Eropah. Begitu juga barang-barang perubatan seperti akar kayu, rempah, gam yang diimport dari negeri-negeri timur dibawa ke Barat. Mereka tertarik juga dengan kolam-kolam air yang dibina di Syria. Akhirnya mereka membawa pulang idea pembinaan kolam renang dan cara-cara menggunakannya
KESAN PERANG SALIB TERHADAP BARAT • Kesan Sosial dan Politik Perang Salib juga telah mengubah masyarakat Eropah daripada dikongkong oleh gereja kepada kelahiran golongan feudal dan saudagar. Golongan feudal berusaha meluaskan kawasan tanah dan wilayah kekuasaan mereka. Golongan saudagar pula berlumba-lumba mencari barang-barang perdagangan dan pasaran serta membuat berbagai-bagai urusan dan perjanjian perdagangan dengan negara-negara luar termasuk negara-negara Islam. Kedua-dua golongan di atas sentiasa mencari peluang dan kepentingan diri mereka sendiri. Hal ini sudah tentu boleh melemahkan tentera Salib. Pada waktu itu juga pengaruh gereja mula merosot. Institusi gereja dan ajaran agama Kristian sering dicabar. Sebelum Perang Salib berlaku, masyarakat Eropah Barat telah dikongkong oleh golongan feudal yang maha tuan-tuan tanah telah berkuasa danbermaharajalela ke atas kaum tani. Mereka dipaksa mengerjakan tanah pertanian untuk kepentingan tuan-tuan tanah yang terdiri daripada kaum pemerintah dan bangsawan. Akan tetapi setelah berlakunya Perang Salib menyebabkan sistem feudalisme itu tergugat kerana setiap rakyat Eropah tidak kira kaya atau miskin terpaksa menyertai peperangan. Pihak tuan-tuan tanah tidak berupaya menyekat para petani daripada menyertai peperangan demi mempertahankan maruah gereja dan agama Kristian. Oleh itu pemilik-pemilik ladang menghadapi masalah kekurangan pekerja.
• Keadaan ini secara beransur-ansur telah melenyapkan sistem feudalisme di Eropah. Sistem feudalisme juga melibatkan politik dan pentadbiran. Dengan adanya sistem ini secara tidak langiung melemahkan sistem pemerintahan pusat kerana setiap pembesar wilayah yang sekaligus menjadi ketua golongan feudal mempunyai kuasa dan tentera sendiri. Mereka ini bebas menentukan raja yang hendak dipilih. Ertinya raja yang dipilih itu pula boleh dilucutkan bila-bila masa sahaja oleh golongan feudal. Dengan tercetusnya Perang Salib keadaan ini telah bertukar dengan kuasa raja dan kerajaan pusat menjadi lebih berkuasa. Malah golongan feudal dipaksa memberi sumbangan bagi mempertahankan maruah agama dan bangsa. Ramai dikalangan mereka telah tampil ke hadapan untuk rnemberikan sumbangan harta benda, wang dan juga tenaga. Jika sebelum ini tentangan mereka ditujukan pada raja, tetapi dalam Perang Salib tentangan itu dihalakan pada orang Islam. Malah ada di kalangan mereka terpaksa berhutang dan bergadai bagi membiayai Perang Salib. Keadaan ini sudah tentu boleh melemahkan pengaruh golongan feudal. Di samping itu, timbul pula persaingan di kalangan raja-raja di Eropah.
KESAN PERANG SALIB TERHADAP BARAT • Kesan Ekonomi Selain kesan sosial dan politik terdapat juga kesan ekonomi ke atas masyarakat Eropah akibat Perang Salib. Bagi mengendalikan peperangan ini memerlukan tenaga dan wang yang banyak. Untuk mendapatkan wang tersebut ramai antara mereka terpaksa menjual dan menggadai harta. Peluang ini telah diambil ke-sempatan oleh orang-orang Yahudi untuk membeli harta benda tersebut. Kaum Yahudi merupakan kaum yang paling aktif dalam bidang ekonomi di Eropah. Hasil pembelian harta benda tersebut mereka menjadi kaya-raya. Kesempatan ini juga digunakan oleh mereka bagi menambah kekayaan dengan cara memberi pinjaman dan mengenakan bunga yang tinggi. Justeru itu mereka dibenci oleh puak Kristian, lantas mereka diseksa pada masa Perang Salib. Kesan Perang Salib juga menyebabkan munculnya sistem cukai dalam bentuk barn bagi menggantikan sistem lama yangdiamalkan oleh golongan feudal. Louis VII orang yang mula-mula memperkenalkan sistem cukai baru ini. Tujuannya bagi mengumpulkan wang sebanyak mungkin bagi menanggung beban peperangan dalam serangan tentera Salib Peringkat Kedua.
Kesan Perang Salib dan hubungan antara Barat dan Timur juga telah me-makmurkan beberapa kota atau bandar di Eropah seperti Venice, Barcelona, Marseilles, Narobonne dan lain-lain. Sektor pertanian pula telah beralih ke sektor perdagangan dengan kemunculan tokoh-tokoh perniagaan. Dengan kemajuan yang dicapai oleh pusat-pusat perniagaan di bandar-bandar pantai selatan Eropah telah menjadi ikutan oleh bandar-bandar lain di Eropah. Setiap bandar itu menjadi sebuah unit politik dan ekonomi yang bebas. Kesan Perang Salib ini juga telah membawa kepada perkembangan pembinaan jalan perdagangan, pembinaan jalan raya, pasar membeli-belah serta penggunaan lebih banyak kapal dan pengangkutan laut sama ada bagi tujuan perdagangan atau lainnya. Justeru itu memerlukan lebih banyak syarikat perkapalan bagi mengendalikan pelayaran antara negara-negara Eropah dengan negara-negara di sebelah timur.
KESAN PERANG SALIB TERHADAP BARAT • Bidang Agama Golongan Paus merupakan penaja Perang Salib dan mereka telah terlibat dalam peperangan itu dari awal sehingga akhir. Kemunculan Paus bukan sahaja untuk membela agama Kristian tetapi juga bertujuan memperluaskan kuasa gereja dan kepentingan mereka sendiri. Hal ini tidak disenangi oleh pihak istana yang diwakili oleh Maharaja Byzantine. Justeru itu telah menimbulkan perebutan kuasa dan pengaruh antara golongan Paus yang mewakili golongan agama dengan keluarga istana yang mewakili golongan politik dan pemerintah. Atau dengan kata lain, persaingan kuasa antara golongan agama dengan golongan sekular. Pihak gereja telah menggunakan segala pengaruhnya untuk mendapatkan sokongan orang ramai. Bagi menjayakan perang suci ini sudah tentu memerlukan pengorbanan harta benda dan tenaga. Antara cara yang digunakan oleh gereja untuk mendapatkan wang yang banyak adalah dengan mengeluarkan arahan supaya setiap orang memberikan sumbangan.
Pada akhir abad ke-12 M pihak gereja telah mencipta suatu undang-undang baru, iaitu sesiapa yang tidak mampu pergi berperang mereka boleh. membayar wang dengan kadar yang telah ditentukan. Sesiapa yang berbuat demikian akan diampunkan dosanya dan taramya samalah seperti orang yang pergi berperang. Bagi tujuan ini pihak gereja telah menyediakan sejenis borang yang dinamakan 'Borang Pengampunan' (Indulgences, Arab: Sukuk al-Ghufran). Borang-borang ini dijual pada orang ramai. Justeru itu pihak gereja berjaya mengumpulkan wang yang banyak. Keadaan ini sudah tentu menggugat pengaruh istana. Oleh sebab itulah, maka zaman Perang Salib dikenali sebagai 'Zaman persaingan antara Paus dengan Maharaja'. Kesan lain daripada peperangan ini adalah pada permulaan abad ke-13 M, pihak gereja telah mengubah sikap dan cara menyebarkan agama Kristian daripada cara berperang kepada cara lemah lembut (diplomasi) dengan menghantar golongan mubaiigh Kristian ke negara-negara Islam. Perubahan ini berlaku disebabkan mereka menyedari bahawa langkah awal yang menggunakan kekerasan dan kekuatan tentera tidak mendatangkan hasil yang diharapkan, malah kerugian nyawa dan harta benda yang banyak yang terpaksa ditanggung oleh mereka di sepanjang Perang Salib. Bagi tujuan ini pada tahun 1219 M pihak gereja Eropah Barat telah menghantar Pope St. Francis of Assisi ke Mesir untuk menghadap Sultan al-Malik al-Kamil bagi tujuan menjelaskan kedudukan ajaran agama Kristian. Setelah itu diikuti oleh beberapa orang lagi paderi ke Mesir dengan harapan supaya rakyat Mesir menerima ajaran Kristian. Louis IX dari Perancis turut menyebarkan agama Kristian di kalangan tentera Mongol dengan menghantar paderinya bernama William of Rudruquis. Pada tahun 1253 M, Louis IX telah mengarahkan penubuhan sebuah persatuan mubaligh Kristian. Bagi mengendalikan gerakan mubaligh Kristian yang lebih berkesan memerlukan pemahaman tentang banyak bahasa yang digunakan oleh golongan sasaran. Oleh itu pada tahun 1311 M mereka telah mendirikan enam buah institut bahasa untuk mengajar bahasa-bahasa timur di Eropah.
KESAN PERANG SALIB TERHADAP BARAT • Pengetahuan Geograf • Sebelum berlakunya Perang Salib mereka tidak begitu mengenali keadaan kedudukan geografi negeri-negeri Asia Kecil termasuklah Syria dan Mesir. Akan tetapi dalam tempoh Perang Salib banyak buku tentang geografi telah ditulis dan mendedah-kan kedudukan geografi negeri Syria, Mesir dan Iraq yang menjadi sasaran utama mereka, serta menunjukkan jalan-jalan yang boleh dilalui antara Baitul Maqdis dengan negeri-negeri Eropah Barat. Apabila sasaran tentera Salib menjadi semakin luas maka lebih banyak pula negeri yang diketahui mereka bukan sahaja dari segi lokasi tetapi juga bentuk muka bumi, gunung-ganang, sungai, cuaca, pemakanan dan sebagainya. Apabila kegiatan ekonomi clan perdagangan berubah dan bertambah luas di kawasan Laut Mediterranean dalam tempoh Perang Salib maka kajian tentang keadaan Laut Mediterranean itu pula dibuat serta peta tentangnya dilukis dengan terperinci bagi memudahkan urusan pelayaran.
Hal ini dilaksanakan pada akhir abad ke-13 M. Daripada kegiatan mubaligh Kristian yang bermula pada abad ke-13 M telah membuka mata orang Eropah untuk datang ke negeri-negeri sebelah timur. Misalnya, paderi-paderi dihantar oleh Raja Louis IX kepada kaum dan Raja Mongol telah menyaksikan negeri-negeri yang dikuasai oleh tentera Mongol di Asia Tengah. Berdasarkan maklumat yang diperoleh pada tahun 1271 M, Marco Polo telah memulakan pelayarannya ke benua Asia melalui Mawsil, Baghdad dan Khurasan hinggalah ke istana Raja Mongol. Dari sana beliau meneruskan pelayarannya ke negerinegeri sebelah timur sehingga ke India, Burma dan China. Dalam perjalanan pulang beliau melalui Sumatera, India dan Pars (Parsi) dan sampai di negerinya Venice pada tahun 1295 M. Dalam tempoh pelayarannya beliau telah mencatatkan segala yang disaksikannya dan kemudiannya dibukukan. Walaupun Marco Polo dan rakanrakannya terdiri daripada ahli perniagaan dan bukan ahli agama, tetapi aktiviti perniagaan dan rancangan memperluaskan aktiviti tersebut merupakan salah satu sasaran penting gerakan tentera Salib. Dalam pada itu mereka dapat meneruskan gerakan mubaligh Kristian.
KERELEVANAN PERANG SALIB TERHADAP SITUASI KONFLIK DI RANTAU ASIA BARAT MASA KINI
Kesan daripada Perang salib ini turut membawa kepada wujudnya sentimen-sentimen keagamaan yang kuat terhadap umat kristian mahupun umat Islam. Dengan adanya motif ini, maka membawa pengaruh besar terhadap hubungan antara penganut agama Islam dan Kristian dalam waktu yang panjang (Al-Ghozali, 1987:59). Melihat dari beberapa gambaran yang ada maka dapat disimpulkan bahawa, walaupun Perang Salib sudah berakhir namun pada hakikatnya belum berakhir, hal ini kerana adanya perkembanganperkembangan selanjutnya, yang walaupun tidak dalam bentuk yang lain, yang sekaligus merupakan suatu hubungan yang sukar untuk dipisahkan.
Antara hubungan Perang Salib dengan gerakan-gerakan yang dimaksudkan ialah: • Hubungan Perang Salib dengan Orientalisme Orientalisme lahir akibat Perang Salib atau ketika dimulainya pergeseran politik dan agama antara Islam dan Kristen Barat di Palestina. Argumentasi mereka mengatakan bahwa permusuhan politik berkecamuk berawal pada masa pemerintahan Salahuddin dan Nuruddin Zhang dan berlanjut pada anaknya yaitu Al-Adil, sebagai akibat kekalahan beruntun yang dilimpahkan pasukan Islam ke pasukan Salib, semua itu memaksa orang-orang Barat membalas kekalahan. Bertitik tolak dari keterangan diatas, maka dapat digambarkan bahwa Orientalis (pengetahuan orang Barat tentang agama, kebudayaan, peradaban, sastra dan bahasa Timur) sudah lama berkembang di Barat. Hal ini disebabkan karena perhatian orang-orang Barat terhadap Islam atau soal keTimuran sudah sejak Perang Salib. Kemudian mengenai kegiatan-kegiatan Orientalisme dalam studinya terhadap Dunia Timur atau Islam, sebenarnya telah didorong oleh beberapa motivasi, yaitu; motivasi religius, motivasi imperial, motivasi politis, dan motivasi ilmiyah.
Antara hubungan Perang Salib dengan gerakan-gerakan yang dimaksudkan ialah: • Hubungan Perang Salib dengan Kolonialisme Kolonialisme Eropa merupakan tantangan politis dan religius, dan gerakan ini telah menyingkirkan kaum muslimin memerintah di Dunia Islam yang telah berlangsung sejak jaman Nabi Muhammad. Bagi banyak orang di Barat, dugaan mengenai kemenangan Kristen didasarkan pada sejarah yang diromantisiskan untuk merayakan kepahlawanan pejuang Salib dan kecenderungan untuk menginterpretasikan sejarah kekuasaan Amerika selama dua abad lebih, masing-masing agama melihat satu sama lain sebagai militan agar berbaris dan fanatik. Dengan demikian kolonialisme adalah merupakan suatu kelanjutan dari Perang Salib, dimana gerakan-gerakan tersebut sudah merupakan warisan dari kejadian Perang Salib, dalam artian masih mempunyai hubungan yang sulit untuk dipisahkan karena Perang Salib itu sendiri merupakan jembatan bagi kolonialisme untuk menjajah Dunia Islam.
Antara hubungan Perang Salib dengan gerakan-gerakan yang dimaksudkan ialah: • Hubungan Perang Salib dengan Kristenisasi Jika dicermati, semangat salibisme ini sebenarnya telah ada sebelum terjadinya Perang Salib yang berkepanjangan. Semangat untuk menyiarkan agama Kristen diantara bangsa-bangsa yang belum mengenalnya dipandang sebagai satu kewajiban bagi umat Kristiani. Memang tidak bisa dipungkiri bahwa keberhasilan dalam menjalankan misi memang tidak lepas dari Perang Salib, karena Perang Salib merupakann awal bangsa Barat dalam menjalankan misinnya.
• Terdapat pelbagai pandangan daripada sarjana mengenai tentang kerelevanan perang salib terhadap konflik semasa Asia Barat kini. Ada pendapat yang menyatakan bahawa perang salib adalah kesinambungan dan sebaliknya. Sarjana yang beranggapan ianya berkesinambungan adalah disebabkan terdapatnya beberapa persamaan yang berlaku di Rantau Asia Barat kini dengan perang salib yang berlaku ketika dahulu. Bagi berpendapat yang sebaliknya, mereka ini menganggap perang yang berlaku tidak bersandarkan agama. • Perang Salib yang berlangsung lebih kurang dua abad membawa akibat yang sangat relevan bagi perjalanan sejarah Dunia terutamanya terhadap situasi konflik di rantau asia barat masa kini. Antara kerelevanannya ialah Perang Salib telah menjadi penghubung bagi bangsa Eropah untuk mengenali Dunia Islam secara lebih dekat, sehingga menyebabkan kontak hubungan antara Barat dan Timur semakin dekat dan rapat. Selain daripada itu, kemajuan ilmu pengetahuan dan tata-kehidupan masyarakat Timur yang maju menjadi daya pendorong kepada pertumbuhan intelektual bangsa Barat terutamanya Eropah sehingga hal tersebut mempunyai impak yang sangat besar dalam melahirkan era Renaissance di Eropah. Selain itu, seperti yang kita ketahui bangsa Barat sebelum tercetusnya Perang Salib tidak mengenal kemajuan pemikiran bangsa Timur, maka melalui Perang Salib itu, ia membawa kepada kegiatan penyelidikan. Bangsa Eropah juga mula mengenal seni dan pengetahuan penting serta berbagai penemuan telah diperkenalkan di Timur seperti kincir angin, kompas (pelayaran), dan lain-lain. Akhir sekali, bangsa Barat dapat mengenali sistem industri Timur yang telah maju pada ketika itu sehingga menyebabkan apabila mereka kembali ke Eropah mereka lantas menjalankan sistem pemasaran barang-barang hasil produk Timur (Ali, 1997:211).
Perang Salib yang pada awalnya hanya merupakan suatu reaksi dari Kristian Eropah Barat, namun lama-kelamaan timbul suatu keinginan untuk menguasai Dunia Islam. Hal ini dapat dibuktikan dengan adanya cita-cita dari penganut agama Kristian Eropah ini untuk mendirikan kerajaankerajaan mereka di seluruh daerah Timur. Untuk merealisasikan cita-cita diatas, maka jalan satu-satunya yang ditempuh iaitu menyapu bersih umat Islam dengan citacita yang telah dicanangkan tersebut.
KESIMPULAN • Kesimpulannya, jelaslah terdapat banyak faktor yang telah mencetuskan siri Perang Salib berlaku suatu ketika dahulu. Faktor agama memainkan peranan penting selain beberapa lagi faktor lain seperti faktor politik dan faktor ekonomi-sosial. Akibatnya pelbagai kesan telah berlaku selepas tercetusnya siri Perang Salib ini kepada umat Islam dan kepada Barat itu sendiri. Perang Salib adalah perang yang dimulakan dan dilakukan oleh orang-orang Kristian terhadap orang Islam yang berlangsung sebanyak lapan periode yang bermula sejak tahun 1095 sampai dengan 1244 M. Perang Salib terjadi berlatar belakangkan dengan pelbagai faktor, antara lain adalah disebabkan adanya konflik lama antara Timur dengan Barat, dalam hal ini berkaitan hubungan antara orang Islam dengan penganut Kristian. Kedatangan orang Kristen di Jerusalem yang semakin ghairah dan kadang-kadang mendapat rintangan dari penduduk tempatan telah menyebabkan semangat perang internal agama yang pada mulanya menjadi misi dan vidi Perang Salib telah berubah menjadi semangat perang antara agama. Dalam hal ini semangat perang orang Kristian disalurkan untuk memerangi orang Islam. Perang Salib telah mendorong orang Eropah Barat untuk melakukan renaissance di Eropah, lantas selanjutnya membangunkan dunia Eropah Barat sesuai dengan apa yang mereka lihat dan pelajari di dunia Islam. Eropah Barat sebenarnya banyak berhutang budi pada dunia Islam dalam hal peradaban dan ilmu pengetahuan.
View more...
Comments