Siri Bercakap Dengan Jin Vol 1 - 92

January 27, 2017 | Author: bbashraf | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Siri Bercakap Dengan Jin Vol 1 - 92...

Description

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 1) - Cetakan Kelima (1997) 01. Bercakap dengan Jin 02. Bertemu Dengan Penunggu Babi Hutan  03. Tidur Di Rumah Bunian  04. Kereta Datuk Tersadai Ditepi Jalan  05. Berjaga Dihujung Jambatan  06. Melihat Jembalang Air  07. Terkencing Dalam Seluar  08. Manusia Berkepala Anjing 09. Panjat Bilik Anak Dara  10. Mencari Harta Karun 11. Menunggang Harimau Ditengah Malam 12. Toyol Jadi-jadian 13. Penunggu Hutan Hulu Kinta 14. Bersuamikan Hantu Raya  15. Dikejar Mayat  16. Kain Dalam Perut Gadis  17. Bertarung Dengan Bomoh Orang Asli  18. Diganggu Lembaga Hitam 19. Diresap Semangat Monyet 20. Memburu Raja Pukau  21. Berguru Dengan Syaitan 22. Penunggu Rumah Tok Kaya Sendi Diraja 23. Roh Bayi Mencari Ibu 24. Puaka Tiang Seri  BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 2) - Cetakan Kelima (1997) 25. Sumpah Nasi Tangas  26. Isterinya Jadi Kelip-Kelip 27. Manusia Tanpa Kepala 28. Kubur Berasap  29. Dikacau Penunggu Kolam 30. Ilmu Raja Kelawar 31. Rumah Misteri  32. Bomoh Hujan Kena Uji 33. Muntahkan Ulat Dan Paku Karat 34. Berjanji Dengan Syaitan  35. Mengusung Iblis Tengah Malam  36. Pukau Ular Tedung 37. Terkena Badi Belibis  38. Suara Azan Dalam Kolam  39. Dendam Orang Sabar 40. Pemuda Menjerit Malam 41. Berkasih Dengan Langsuir 42. Sepasang Tangan Berbulu  43. Buaya Jadi-Jadian 44. Skandal Pawang Buaya 45. Badan Pawang Berasap 46. Berjalan Atas Angin 

Page 1 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

47. Syaitan Datang Menguji 48. Bertemu Ibu Santau BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 3) - Cetakan Kelima (1997) 49. Rahsia Sebuah Kolam 50. Manusia Harimau 51. Rahsia Seorang Sahabat 52. Sebilah Keris Aneh 53. Ghaib Dalam Bas 54. Penunggu Rotan Semambu 55. Mamat Bukit Yang Gagah 56. Bomoh Terjun 57. Sumpah Selendang Merah 58. Ilmu Papan Sekeping  59. Kelawar Pontianak 60. Lumpuh Di Kaki BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 4) - Cetakan Pertama (1987)  61.Tulang Jari Di Daun Keladi 62.Puja Kubur 63.Nisan Berdarah 64.Orang Berjubah Hitam  65.Darah Dalam Mulut Gadis 66.Pendekar Terbang  67.Pelihara Ulat Tokak 68.Puja Lidah Anak Dara 69.Ilmu Kaum Kubu 70. Bantal Peluk Berjalan Malam 71.Diburu Manusia Iblis 72.Ditelan Pasir BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 6) - Cetakan Keempat (1997) 85. Katak ganjil 86.Lidah Keluar 87.Tongkat Bertukar Kepala Ular 88.Mayat Berdiri 89.Cawan Bergerak Sendiri 90.Ilmu Pukau Kucing  91.Cahaya Di Lantai 92.Bomoh Tua Bawa Bencana 93.Masih Dalam Ujian 94.Penjaga Ayam Hutan 95.Dikunjung Gadis Waktu Malam  96.Harimau Disangka Kucing BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 7) - Cetakan Pertama (1990) 97. Udin Tarzan Yang Tewas 98. Tubuh Terapung Di Udara 99. Kaki Berbulu 100. Orang Tua Misteri  101. Muncul Dan Hilang Sekelip Mata

Page 2 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

102. Rahsia Sebuah Rumah Tinggal 103. Jamung Tengah Malam 104. Dikuasai Suara Aneh 105. Mandi Di Ambang Pintu 106. Harimau Sembunyi Kuku 107. Makhluk Aneh Di Dusun Durian BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 8) - Cetakan Keempat (1998) 108. Nisan Bergerak  109. Ilmu Suhaimi Keraba 110. Kura-Kura Mata Hijau 111. Kelawar Hisap Darah 112. Kepala Ke Langit 113. Kitab Kejahatan  114. Hitam Separuh Badan 115. Pulang Dari Kubur 116. Budak Ganjil Tanpa Pakaian 117. Ilmu Telapak Pasir Merah 118. Kena Serbuk Tulang  119. Bayang Hitam Datang Lagi BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 9) - Cetakan Pertama (1992)  120. Diganggu Monyet Besar  121. Tetamu Cacat  122. Mengaku Keturunan Hang Jebat  123. Tubuh Terbenam Dalam Pasir  124. Badi Ekor Buaya  125. Berbalut Kain Kuning  126. Tubuh di Awanga-Awangan  127. Direjam Dengan Buluh Kuning  128. Rahsia Daun Seribu Kapit  129. Api Keluar Dari Kubur  130. Si Tua Misteri Dari Solok  131. Menggeletek Macam Cicak BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 13) - Cetakan Pertama (1997) 168. Rahsia Gadis Kerinci 169. Mendengar Suara Ganjil 170. Di Bilik Misteri  171. Mia, Gadis Harimau  172. Lembaga Di Pintu 173. Samion Bongkar Rahsia 174. Gadis Muncul Waktu Subuh 175. Calon Suami Gadis Harimau 176. Memanggil Makhluk Halus 177. Jumpa Di Kubur Lama 178. Diburu Penunggu Rumah Lama 179. Kain Hitam Pembalut Tubuh BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 14) - Cetakan Pertama (1998) 180. Dirasuk Kucing Jantan

Page 3 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

181. Rahsia Di Hujung Kampung 182. Jadi Hamba Iblis 183. Matanya Mula Merah 184. Pengawal Bertelinga Kuda 185. Merebut Geliga Naga 186. Ular Hitam Jelmaan Jin 187. Saka Nenek Moyang 188. Bahana Duri Ikan Pari 189. Tulang Pari Keluar Di Leher 190. Ayah Perkosa Anak Kandung 191. Kubur Dipanah Petir 192. Makhluk Aneh Usung Mayang 193. Daging Pipinya Relai BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 15) - Cetakan Pertama (1999) 194. Terapung Di Atas Kubur 195. Terkapar Di Pangkal Pokok 196. Dikejar Ulat Bangkai 197. Rahsia 4 Peti Hitam 198. Terkapar Di Halaman Rumah  199. Makhluk Halus Dalam Darah 200. Berakhirnya Sebuah Kutukan 201. Tak Dapat Kawal Perasaan 202. Perempuan Berekor Harimau 203. Harimau Menangis 204. Tinggallah Duka Tinggallah Sayang 205. Dara Berat Jodoh 206. Didatangi Kelawar Mata Merah 207. Manusia Kabus BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 16) - Cetakan Pertama (2000)  208. Dara Dimakan Sumpah 209. Dendam Dari Bilik Rahsia 210. Mangsa Susuk Ibu  211. Susuk, Gadai Anak  212. Anak Sulung Nikah Seludang  213. Tak Rela Mati Katak 214. Dendam Dukun Banten 215. Lembaga Hitam Tanpa Kaki  216. Raja Susuk Mati Di Masjid  217. Mayat Berbau Wangi 218. Menjunjung Songkok Hitam  219. Rahsia Pondok Raja Susuk 220. Suara Azan Dalam Rimba Raya 221. Diusik Harimau Raja Susuk 

Page 4 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

SBDJ siri 1‐43  all credit goes to:    http://komuniti‐sbdj.blogspot.com    SBDJ (Jilid 01) ‐ Siri 01 : Bercakap Dengan Jin   

 

Suatu petang dalam tahun 1960. Datuk yang sudah menjangkau usia 57 tahun, membersihkan senapang  kampung berlaras satu di anjung rumahnya. Dengan tenang dia berkata pada saya "Kamu usah jadi  pemburu." "Kenapa tok?" Dia tidak terus menjawab. Datuk terus menimang‐nimang senapangnya.  Kemudian datuk ambil golok perak dia mengasah golok di batu dekat kepala tangga. Dan saya masih  menanti jawapan dari datuk. "Aku tak mahu cucu‐cucu aku jadi pemburu," tiba‐tiba datuk bersuara. Dia  duduk di anjung rumah kembali. Mendengar cakapnya itu saya buat keputusan tidak akan mengajukan  sebarang pertannyaan lagi padanya. Datuk mudah naik darah, kalau selalu ditanya atau disoal. Dia juga  tidak suka orang membangkang cakapnya, terutamanya dari anak‐anak cucunya sendiri.  Datuk memang handal memburu. Tidak ramai orang kampung Mandi Upeh macam datuk. Cukup asyik  dengan kegemaran memburunya, hampir seluruh hutan Jajahan Dinding dijelajahnya. Orang‐orang  kampung menganggap datuk bukan pemburu sebarangan. Pemburu yang ada isi, kalau tidak masakan  dia berani masuk ke dalam hutan yang tidak pernah didatangi oleh manusia. Datuk tidak menembak  sebarangan pada binatang‐binatang buruannya. Dia akan memilih tepat dikening diantara kedua‐dua  kening binatang itu. Dan setiap kali datuk masuk ke hutan dia akan memulakan langkah kaki kiri dahulu.  Kedua belah tumitnya tidak memijak bumi, kecuali sesudah lima tapak melangkah. Lepas itu datuk  berhenti dia membaca sesuatu, lalu mematah ranting kayu yang berada di bawah ketdiak kanannya lalu  dilemparkanya sebelah kiri.  Datuk dapat senapang bukan kerana dia HomeGuard atau AP. Dia minta sendiri pada kerajaan dengan  alasan mahu menjaga tanahnya yang seluas lima belas ekar yang ditanam dengan getah, durdian dari  serangan monyet dan babi hutan. Pemintaan datuk dipenuhi oleh Inggeris, sesudah pegawai polis, tuan  DO serta penghulu dan ketua kampung memeriksa tanah datuk. Datuk beli senapang dari Taiping dalam  tahun 1949. Sejak itulah datuk gdiat memburu dengan senapang. Sebelum itu datuk hanya berburu  dengan membuat jerat dan sebagainya. Banyak perkara‐perkara aneh yang datuk lalui sepanjang  kariernya. Dan saya antara cucu yang selalu mendengar cerita‐cerita datuk itu, kerana saya selalu  menolongnya mencangkul di kebun, kadang‐kadang menjadi temannya ke surau. Datuk terlalu  sayangkan saya, kerana saya adalah cucu lelakinya yang pertama dari anak sulungnya diaitu ibu saya.  Saya tahu apa kelemahan datuk dan kegemaranya. Dia pemurah dan suka mendengar orang mengaji  Al‐Quran, kebetulan pula saya cucunya yang agak terkenal membaca al‐Al‐Quran di kampung itu. Datuk  tidak kedekut mengeluarkan wangnya untuk memberikan pada orang mengaji tapi datuk tidak  memberikannya sendiri melainkan melalui saya. 

Page 5 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Biasanya, kalau datuk suruh beri sepuluh ringgit, saya hanya memberikan separuh saja, yang separuh  lagi masuk saku saya. Pernah datuk bercerita pada saya: "Suatu ketika datuk dan kawan‐kawannya  masuk hutan dekat dengan Gunung Tunggal di Kawasan Segari berhampiran denga Pantai Remis.  Kawasan itu tidak pernah dimasuki oleh manusia. Datuk dan kawan‐kawannya berjaya menembak  beberapa ekor binatang. Kerana terlalu asyik memburu, tanpa disedari datuk telah terpisah dengan  seekor rusa besar. Datuk mengikutnya dengan teliti. Datuk memintas rusa itu sebelah kiri dan  mengambil tempat di sebalik pokok besar. Datuk mengahala muncung senapang pada kepala rusa. Dia  yakin sasarannya akan tepat pada tempat yang dimahunya. Tetapi rusa itu bagaikan mengerti dan  mempunyai pengalaman. Dia mempermainkan datuk, macam mempermainkan kucing. Rusa  merendahkan badannya kemudian menyelinap di depan datuk dan terus hilang.  Datuk terkejut dan bercampur hairan, tapi datuk bukanlah manusia yang mudah putus asa. Dia mencari  kesan jejak rusa itu. Diperhatikannya ke arah mana tapak rusa itu lari. Dia mencium daun‐daun kering  yang terdapat di situ. Akhirnya, datuk merapatkan telinganya dengan bumi. Dia mengeluh, ternyata  kesan rusa itu sukar diperolehinya. Waktu datuk berpusing‐pusing di situ. Seekor rusa lain mjncul di  depan datuk. Rusa itu jauh lebih besar dan tegap dari rusa yang pertama tadi. Matanya berkilau‐kilau  bagaikan menentang mata datuk yang terbeldiak kerana terkejut. Datuk tidak melepaskan peluang dan  terus melepaskan tembakan. Datuk gembira, tembakannya tepat mengenai kening rusa itu. Dia  mencabut golok perak di tangan untuk menyembelih rusa. Golok ditayangkan di depan matanya. Datuk  membaca sesuatu dan menghentakkan ulu golok ke tanah.  Bila datuk memulakan langkah. Rusa itu segera bangun. Di depan mata datuk sekarang wujud dua ekor  rusa. Serentak dengan itu dada datuk berdebar. Dia mula terasa ada sesuatu yang kurang baik akan  terjadi. Datuk terdengar kokok ayam hutan. Datuk melepaskan tembakan. Kena pada salah seekor rusa  itu di kening. Rusa itu rebah dan bangun kembali menjadi tiga ekor. Datuk yakin ada sesuatu kejadian  yang lain di sebalik semuanya itu. Tapi, datuk bukannya manusia lemah semangat, kalau tidak masakan  dia berani meninggalkan kampung halamannya di Aceh, berperahu ke Pengkalan Bharu dan bermukim di  kawasan Bruas. Datuk terus menembak bertalu‐talu. Rusa terus menjadi tiga, empat, lima, enam dan  tujuh. Kokok ayam hutan bertambah nyaring.  Daun‐daun hutan di keliling datuk bergerak‐gerak bagaikan digoncang orang. Tanah yang dipijaknya jadi  bersih tanpa sehelai daun. Datuk menumbuk tanah dengan tangan kiri. Dirasa daging pangkal lehernya  bergerak‐gerak. Datuk senyum. Dia tahu perkara ini mesti dihadapi dengan cara lain. Dia teringat  pesanan arwah neneknya dari tanah seberang, kalau berburu binatang dan terasa daging pangkal leher  bergerak, alamatnya yang diburu bukan binatang lagi, tapi boleh jadi penunggu hutan atau syaitan dan  orang bunian. Datuk letakkan senapang atas tanah. Dia duduk bertafakur mengumpulkan tenaga batin  sambil membaca mentera yang diamalkannya. Melalui pancaindera batin datuk, datuk dapat melihat  dengan jelas, bahawa rusa itu adalah jin penunggu hutan itu.  Muka datuk jadi merah padam, merecik peluh, gigi dilagakannya rapat‐rapat. Mata datuk tidak berkelip.  Dia melihat di depannya, terdiri lembaga berbadan besar, matanya merah menyala, rambut panjang  sampai ke tumit. Giginya besar, dua giginya di sebelah kiri dan kanan terjulur keluar, macam gading  gajah. Dia diapit oleh enam jin yang sama hebat dengannya. 

Page 6 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Kurang ajar, manusia laknat," suara itu bergema, daun‐daun hutan bergerak macam ditiup angin. Datuk  diam bertafakur.  "Kau tahu kesalahan kau manusia ?" Tambah suara itu . Belakang datuk terus dibasahi peluh datuk.  Datuk diam, dia sudah pun menutup lubang‐lubang kelemahan tubuhnya dengan ilmu batin yang  dipusakainya dari arwah neneknya, hingga jin itu tidak berpeluang menyatukan dirinya ke dalam tubuh  datuk.  "Tidak," jawab datuk dengan berani.  "Kau masuk ke dalam kawasan larangan ku."  "Aku sudah meminta kebenaran."  "Aku tidak membenarkan." Jawab jin itu dengan keras. Dua batang giginya yang terjulur bergerak‐gerak.  "Kalau kau tidak membenarkanya, kenapa kau tidak memberi isyarat, masa aku masuk tadi." Cukup  tenang datuk menjawab. Dia sudah bersedia menghadapi semuanya.  "Kau manusia bdiadap," pekik jin itu, pokok hutan bergerak‐gerak.      SBDJ (Jilid 01) ‐ Siri 02 : Bertemu Dengan Penunggu Babi Hutan  Percakapan datuk dengan jin semakin hangat, secara perlahan‐lahan percakapan itu bertukar kepada  pertarungan kebatinan. Kemampuan dan kekuatan datuk benar‐benar teruji. Mata datuk bercahaya  garang dengan urat‐urat timbul di dahi dan lengannya. Peluhnya jangan dikira terus menerus  membasahi seluruh badan.    Datuk tahu kalau dia kalah. Dia akan rebah ke bumi. Seluruh badannya akan lebam. Jadi datuk bertekad  untuk melawan dengan apa cara sekali pun. Masa berlawan itulah datuk terasa cuping telinga sebelah  kirinya lembik. Datuk senyum, satu tanda baik. Kemenangan akan berada di pihaknya. Datuk terus  mengucapkan begini :    Jong keli jong, tali cemati tebang buluh bunting pagi    melemang………    Belum pun tamat datuk mengucapkan mentera itu. Dia terasa pangkal belikatnya keras macam batu.  Datuk tidak boleh bergerak ke kiri dan ke kanan. Datuk terus bertempik dengan menyeru nama guru  ilmu batinnya, serentak dengan itu datuk mengambil senapang seraya berkata : "Kalau aku kalah, aku  Page 7 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

rebah, kalau aku menang, aku berdiri dan kau pulang ke tempat asalmu."    Datuk pun melepaskan satu tembakan kepada rusa. Tepat tembakan datuk kena pada kening rusa. Rusa  yang berjumlah tujuh ekor itu hilang entah ke mana. Kawasan itu jadi sepi. Pemandangan datuk kembali  normal yang ujud di depannya sekarang ialah sebatang pokok besar dengan akar‐akar bergayutan yang  mencecah muka bumi.    Datuk menang dalam pertarungan itu. Sebelum meninggalkan tempat itu, datuk segera mencari  anak‐anak kayu yang bercabang tujuh yang mengarah ke matahari jatuh. Anak kayu bercabang tujuh itu  datuk tikam ke bumi. Cabang yang tujuh ke bawah. Lepas itu datuk memotong cabang tujuh lalu berkata  : "Ini kawasan manusia, dan kau telah pulang ke tempat asalmu."    Datuk pun mencari arah, dia mula masuk tadi. Dia duduk di situ lebih kurang setengah jam. Kemudian  baru kawan‐kawannya pulang. Semua binatang buruan di masukkan ke dalam bonet kereta Ford Angldia  kepunyaan datuk. Dalam perjalanan pulang datuk dan kawan‐kawannya singgah di pekan Pengkalan  Bharu. Mereka makan dan minum kopi disebuah warung dekat surau. Cara kebetulan pula tuan punya  warung itu adalah kenalan datuk yang sama‐sama satu datang dari Aceh. Datuk pun menceritakan  tentang peristiwa yang dialaminya. Menurut tuan punya warung itu, setiap pemburu yang berjumpa  dengan rusa yang berjumlah tujuh, selalunya cukup sulit untuk keluar dari kawasan hutan, kalau keluar  pun dia tidak akan sihat atau separuh gila.    "Biasanya bila meraka sampai ke rumah, mereka terus sakit dan meninggal, masa sakit itulah mereka  tidak tentu arah, kalau silap dilayan atau tidak berjumpa dengan dukun yang handal penyakit itu akan  berjangkit pada si anak, biasanya sakit suka pada anak bongsu." Terang tuan punya warung itu pada  datuk. Datuk terdiam kemudian datuk mengajak tuan punya warung itu ke tepi sungai. Datuk minta tuan  punya warung itu memandikannya dengan air yang bercampur dengan daun tujuh jenis, untuk  mengelakkan badi rusa itu mengikut datuk balik ke rumah.    Walau bagaimanapun, datuk terhindar dari serangan sebarang penyakit. Malah, kegemarannya untuk  memburu bertambah gdiat dan hebat. Asal terdengar saja padanya ada kawasan terdapat landak, kancil  atau kijang, datuk tidak akan melepaskan peluang untuk memburu. Kalau tidak dapat waktu sdiang, dia  akan pergi waktu malam. Memburu adalah suatu kerja yang amat dicintai oleh datuk.    Kalau sudah tiba masanya datuk untuk berburu. Jangan siapa cuba menghalang. Dia tidak peduli. Kalau 

Page 8 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dilarang juga datuk naik darah. Selalu jadi korban kemarahan datuk ialah nenek saya yang tidak bergitu  senang dengan sikap datuk itu. Selain dari berburu datuk cukup rajin belajar ilmu‐ilmu kebatinan. Datuk  pernah bertapa di Gua Ulu Licin tujuh hari tujuh malam tanpa makan sebiji nasi, tapi tubuh datuk tidak  susut.    Kalau ada dukun ilmu batin mengubat orang cara kebatinan, datuk tidak segan‐segan berkawan dan  mencuri ilmu dari dukun itu. Anehnya, datuk tidak berhajat untuk menjadi seorang dukun. "Semua yang  dicari hanya sekadar untuk pelindung diri," kata datuk.    Pada suatu pagi Ahad, datuk telah menerima kunjungan seorang temannya dari Port Weld, dekat  Taiping diaitu Lee Kong Hua, seorang pengusaha kilang kopi. Setelah berbincang agak lama dengan  kawannya itu. Datuk pun mengambil keputusan untuk pergi memburu babi yang selalu merosakkan  tanamannya di Paya Besar. Kawannya itu bersetuju, mereka terus pergi ke balai polis Bruas memberi  tahu tentang hajat mereka untuk memburu babi.    Hasrat datuk dan kawannya itu tidak dihalangi oleh pihak polis, kerana kawasan Paya Besar masih lagi  belum telibat dengan kawasan hitam. Dengan kereta Ford Angldia mereka masuk ke dalam kawasan  Paya Besar ikut jalan enam kaki. Sampai ke kawasan kebun getah lebih kurang pukul sepuluh pagi.    Kemudian datuk dan kawannya itu menyusul jejak tapak kaki babi menghala ke utara. Lebih kurang dua  jam berjalan, babi yang dicari masih tidak ditemui. Mereka masih tidak putus asa. Lee Kong Hua sudah  merancangkan bila dapat babi hutan nanti, dia akan membawa babi itu pulang dengan lori kepunyaan  seorang kawannya yang sudah bersetuju datang ke kebun getah datuk lebih kurang pukul tiga petang.  Dia mengira paling kurang lima ekor babi akan diperolehinya, kerana dia tahu datuk memang cekap  menembak.    Jalan punya jalan akhirnya datuk dengan kawannya tersua dengan seekor babi hutan yang besar. Datuk  melepas tembakan tapi, babi segera melompat masuk ke dalam belukar kecil yang penuh dengan pokok  serunai laut, senduduk, datuk dan kawannya mengelilingi belukar kecil itu, tiba‐tiba babi itu keluar dari  belukar dan berlari ke arah Ulu Dendang. Mereka terus memburunya. Masa memburu datuk dan  kawannya terserempak dengan satu kumpulan babi. Dan babi yang mereka kejar itu berada tidak jauh  dari kumpulan tersebut.    "Dia sudah luka," Datuk memberi tahu kawannya. 

Page 9 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Hati‐hati babi hutan luka selalunya ganas."    "Aku tahu, tunggu di sini, dia mesti ditembak, kalau tidak kita akan diserangnya," tambah datuk lagi.  Kawannya akur pada cakap datuk.    Datuk memintas babi itu dari belakang. Babi itu berpusing mengadap ke datuk. Alangkah gembiranya  hati datuk. Dia sudah mengambil tempat yang baik. Dia terus menghalakan muncung senapang ke arah  kepala babi hutan itu. Macam selalu sasaran yang dipilih oleh datuk ialah pada kening setiap binatang  buruannya. Bila pemetik senapang mahu ditarik babi itu memusingkan tubuhnya lalu masuk ke hutan  sebelah kiri. Datuk terus mengikutinya dengan tenang.    Suatu ketika binatang itu berhenti. Datuk sudah pun mencari tempat yang baik untuk melepaskan  tembakan. Entah macam mana bagaikan ada suatu kuasa yang menarik tangan datuk menarik pemetik  senapang. Dan satu ledakan bergema. Babi terkejut dan terus lari. Datuk terus juga memburu hingga  sampai ke Ulu Sungai Dendang. Di seberang sungai datuk melihat babi hutan itu menyondol‐nyondol  tanah dengan tenang. Datuk berjalan menyusul tebing sungai ke hulu. Dia menyeberang melalui  sebatang pokok merbau tumbang yang merintangi Sungai Dendang.    Jadi berada di kawasan itu, seperti berada di kawasan sendiri fikir datuk. Datuk pun sampai ke seberang.  Ternyata datuk tidak boleh mendekati babi itu, kerana di pisahkan oleh satu kolam kecil yang airnya  keruh. Kalau datuk melepaskan tembakan dari situ pun boleh, tapi datuk tidak mahu. Dia mahu  menembak babi jarak yang dekat sekali. Datuk pun melompat kolam kecil yang seluas kira‐kira lima kaki  itu. Datuk merangkak dan mencari tempat yang baik.    Babi hutan itu itu terus juga menyondol tanah. Datuk berdiri di seballik pokok ara. Tiba‐tiba datuk terasa  telinganya berdesing, pandangannya berubah dan jadi berpinar‐pinar. Datuk bagaikan berada di satu  dunia lain yang sunyi tapi amat menyeramkannya. Dengan pokok‐pokok yang beranika ragam dengan  akar yang berjuntadian. Datuk mengira semuanya terjadi kerana dia terlalu letih, banyak membuang  tenaga kerana belari. Dia mahu merebahkan babi hutan itu dengan segera, kalau babi itu tidak mati,  nanti dia mengamuk, semua penoreh getah di Paya Besar akan diserangnya.    Datuk tahu, kalau babi hutan mengamuk cukup buruk padahnya. Datuk melihat babi hutan itu 

Page 10 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

menyondol tanah di pangkal pokok besar. Datuk meletakkan buntut senapang di bahu. Dengan hati‐hati  dia pun menarik pemetik senapang. Datuk jadi gawat sekali. Senapang itu tidak berbunyi dan babi hutan  terus menyelinap ke balik pokok besar.    Dari celah pokok besar itu muncul seorang wanita yang sungguh cantik. Dia mahu mendekati datuk dan  mengatakan bahawa babi itu berada tidak jauh daripada pohon itu. Dia suruh datuk memburunya dan  datuk sudah tahu, dia terperangkap lagi. Wanita di hadapan datuk terus bercakap dengan manjanya.  Bau harum yang sangat asing menyusuk lubang hidung datuk. Datuk merasa dirinya seakan‐akan  melayang‐layang.    Datuk segera bertafakur menyatukan mata batin dan seluruh kekuatan pancainderanya. Dia terasa ada  sesuatu kuasa yang menyuruh dia ke seberang sungai. Datuk menentang kuasa itu dengan penuh  keyakinan. Kali ini datuk terasa dia mula tewas. Dia terdengar suara perempuan cantik itu ketawa. Datuk  membuka mata. Perempuan cantik itu sudah tiada lagi di hadapannya. Datuk berpatah balik.    Bila datuk sampai ke seberang. Suara desing di telinganya sudah hilang. Pandangnya tidak berkunang.  Pokok‐pokok besar yang dilihat bergayut dengan akar tadi, ternyata hanya pokok‐pokok kecil yang tidak  ada akar bergayut. Datuk duduk di situ, beberapa saat, kemudian kawannya Lee Kong Hua pun sampai  ke tempatnya.    "Kenapa ?" tanya kawan datuk    "Kita balik."    Mereka pun segera pulang ke kebun getah. Sampai di situ sudah ada lori yang dijanjikan oleh Lee Kong  Hua menunggu. Datuk terkejut disamping pemandu dua orang anggota polis seorang berpangkat sarjan  dan seorang lagi polis biasa.    Datuk kenal yang berpangkat sarjan itu namanya Ali, lebih dikenali dengan nama Sarjan Ali, orang Paya  Ara dan membeli tanah berhampiran dengan rumah datuk.   

Page 11 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Kenapa Tok," tanya datuk dengan tenang kepada sarjan itu.    "Kalau saya tahu tadi, awak nak memburu mesti saya tahan, saya tahu awak akan sampai ke Ulu  Dendang," kata Sarjan Ali.    Datuk diam. Kemudian Sarjan Ali terus menyoal datuk, kalau datuk mengalami perkara ganjil semasa  berburu. Datuk bercerita apa yang dialaminya tadi.    "Saya dah duga kawasan itu keras ada penunggunya, banyak orang yang berburu ke situ tidak pulang,  sebulan dulu Cina dari Setdiawan hilang ghaib entah ke mana berburu di situ, bila dikesan cuma jumpa  kain dan rangka sahaja yang tinggal," sambung Sarjan Ali. Meremang bulu roma datuk mendengarnya.    Kemudian datuk dan kawannya ke jalan besar. Terus pulang ke rumah. Penerangan yang diberikan oleh  Sarjan Ali itu membuat datuk ingin lagi sekali pergi berburu di daerah itu. Walau bagaimana pun hasrat  itu dibatalkan oleh datuk sesudah dia menemui seorang tua di Kampung Cangkat Berangan. Orang itu  berkata pada datuk begini : "Jangan pergi, kalau kau menerima cakap perempuan itu yang menyuruh  kau mencari babi itu, kau akan hilang entah ke mana."    "Saya nak jumpa juga."    "Tambahkan lagi ilmu pendinding diri untuk kau." Kata orang tua itu. Namanya Tok Aki Simbang, waktu  mudanya dia seorang pendekar malah pernah terlibat dalam peperangan Larut. Dia adalah orang kuat  Long Jaafar.    Datuk pun belajar lagi beberapa ilmu kebatinan dengan Tok Aki Simbang. Orang tua itu pun  mencurahkan ilmunya pada datuk. Dan datuk memang pun berazam untuk menemui perempuan cantik  itu.    SBDJ (Jilid 01) ‐ Siri 03 : Tidur Di Rumah Bunian  Sebulan kemudian, datuk pergi ke tempat tersebut. Dia berhasrat untuk menemui perempuan cantik.  Tepat, pukul tiga petang datuk pun masuk ke dalam hutan. Lebih kurang setengah jam berada di dalam  Page 12 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

hutan. Datuk diberkas oleh anggota tentera kerana masuk ke dalam kawasan hitam.    Datuk lalu dibawa ke balai polis. Seminggu datuk tidur dalam lokap sementara menanti hari perbicaraan.  Bila dihadapkan ke mahkamah datuk didapati bersalah dan dihukum penjara selama seminggu, datuk  bersyukur pada tuhan, kerana pihak mahkamah mengambil kira hukuman itu berjalan dari tarikh dia  mula ditahan. Pada perbicaraan itu datuk pun dibebaskan.    Datuk mengambil keputusan yang tepat. Dia melupakan tentang perempuan cantik itu. Tapi,  perangainya yang suka memburu itu tidak dapat dikikisnya dari hati. Kalau sehari dia tidak pergi  memburu, dia terasa hidupnya terlalu sepi. Semua yang dilakukannya serba tidak kena. Akhirnya, datuk  teringat tentang hutan kecil di pinggir Bukit Kota. Menurut orang‐orang yang berladang di pinggir bukit  itu, ayam hutan cukup banyak terdapat di situ. Pelanduk dan landak juga selalu ditemui oleh mereka.  Kerana Bukit Kota tidak termasuk dalam kawasan hitam, datuk pun mengambil keputusan untuk  berburu ke tempat tersebut.    Datuk berusaha mengumpulkan beberapa orang kawannya. Diajak berunding untuk berburu ayam  hutan. Semua kawan‐kawannya menolak dengan alasan takut tersua dengan komunis atau terjumpa  dengan anggota tentera.    "Jangan bodoh, kawasan itu, kawasan putih," kata datuk pada kawan‐kawannya dengan nada suara yang  keras sambil meraba‐raba misai tebalnya.    "Kami tak mahu pergi," jawab kawan‐kawan datuk.    Kemudian mereka meninggalkan datuk sendirdian di anjung rumah. Cerita orang‐orang yang berladang  di pinggir Bikit Kota terserempak dengan komunis, bukanlah perkara baru. Sudah jadi buah mulut orang  ramai. Sudah sampai ke pengetahuan ketua Kampung Kota dan penghulu. Sudah pun dilaporkan kepada  pihak polis. Orang‐orang komunis itu memang suka melintas jalan ikut Bukit Kota dari Segari menuju ke  Ulu Perak, akhirnya masuk ke dalam kawasan Thailand. Orang‐orang yang berladang di kaki bukit  merasa beruntung dan bertuah kerana orang‐orang komunis itu tidak menggangu mereka.    Walaupun kawan‐kawannya tidak mahu pergi, datuk tetap meneruskan rancangannya. Dia berazam  mahu menembak ayam hutan sebanyak yang boleh disamping itu dia berharap juga akan dapat  Page 13 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

menembak seekor dua napuh atau landak. Tidak ada persiapan tertentu yang diatur oleh datuk untuk  pergi memburu kecuali sehari sebelum masuk hutan, dia membakar kemenyan di hujung bendul sambil  membasuh mukanya dengan air kelapa muda tiga kali.    Pagi itu, datuk bertolak dari rumah sesudah makan nasi dan minum kopi. Dia menaiki basikal sejauh dua  batu untuk sampai ke ka Bukit Kota. Memang, sudah dirancangnya untuk memburu ayam hutan pada  sebelah pagi. Dia berpendapat pergi memburu pada sebelah pagi banyak untungnya, boleh meredah  hutan hingga matahari jatuh.    Waktu datuk sampai di kaki Bukit Kota, matahari sudah pun meninggi. Air embun di hujung daun  nampak bersinar‐sinar di panah matahari. Datuk tidak terus masuk ke dalam hutan. Dia singgah dulu di  sebuah pondok kepunyaan kawannya. Dia bertanya pada kawannya, arah mana terdapat bunyi kokok  ayam hutan.Kawannya itu pun menunjukkan arahnya.    "Batalkan saja rancangan kau tu." ujar kawannya dengan tenang sambil merenung ke arah pokok‐pokok  hutan. Datuk tersenyum sambil melurut muncung senapangnya dua tiga kali dengan tapak tangan.    "Kenapa?" Datuk menimang senapangnya. Kawannya terdiam tapi merenung pada tali pinggang datuk  yang digayuti peluru.    "Merbahaya."    ""Kau takut aku ditangkap komunis," kalau tidak kenapa kau tahan aku."    Datuk meletakkan buntut senapang ke bumi. Dia merenung pada puncak Bukit Kota. Datuk terdengar  bunyi kokok ayam hutan atau ayam denak. Mata datuk bercahaya, kokok ayam itu bertalu‐talu dan  bersahutan ‐sahutan pula. Datuk sudah tidak boleh bersabar lagi. Dia segera meletakkan senapang atas  bahu dan bersedia untuk melangkah masuk ke dalam hutan.    "Jangan terburu‐buru nanti buruk padahnya." kawan datuk yang bertahi lalat di pipi mengingatkan  datuk. 

Page 14 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Kau usah banyak cakap, kalau mahu daging ayam hutan, cakap terang‐terang, aku boleh beri. Berapa  ekor kau mahu." Balas datuk dan dia pun mengatur langkah menuju lorong ke dalam hutan. Kawannya  segera mengejarnya. Tiba‐tiba sahaja hati datuk jadi panas dengan perbuatan kawannya itu. "Usah  pergi," tahan kawannya. "Ini urusan aku, kau tunggu di pondok habuan kau ada."    "Aku tak mahu apa yang kau dapat, tapi kau mesti ingat tempat ini bukan tempat sebarangan, banyak  orang yang sesat di dalamnya."    "Dia orang itu siapa, dan aku siapa, kalau tak cukup syarat di dada aku tak jadi pemburu tau." Datuk  mula membangga diri. Dan datuk terus masuk ke dalam hutan. Kawannya geleng kepala.    Makin jauh datuk meredah hutan, makin kerap didengannya suara kokok ayam jantan. Datuk pun  sampai ke satu kawasan agak lapang. Datuk berhenti di situ, tiba‐tiba dia terpandang sekumpulan ayam  hutan keluar dari celah‐celah pokok menuju ke kawasan tanah lapang, mencakar‐cakar tanah di situ,  kemudian masuk ke dalam semak kembali. Memang tidak salah lagi inilah tempatnya kata datuk dalam  hati.    Dia merangkak perlahan‐lahan menuju ke balik batang pokok besar. Dia duduk di situ, matahari  beransur terik, tapi sinar matahari itu tidak dapat menjamah batang tubuh datuk kerana dia diteduhi  oleh rimbunan pokok hutan. Datuk memasukkan peluru penabur ke dalam laras senapang. Datuk  terdengar kokok ayam hutan di atas kepalanya. Datuk dongakkan kepala. Dia nampak seekor ayam  jantan dengan bulu yang berkilat bertenggek atas dahan. Ayam itu mengepak‐ngepakkan sayapnya.  Ekornya yang panjang berkilat bergerak‐gerak dimain angin. Datuk melompat, seekor lipan bara  sepanjang satu jengkal keluar dari celah daun‐daun kering merayap atas kasut. Kerana kuat sangat datuk  melompat lipan itu terpelanting atas tanah. Datuk segera memijaknya hingga lipan itu mati. Ayam jantan  atas kepala terbang dan hilang. Datuk kecewa. Dia terus memaki lipan yang sudah hancur itu. Datuk  membuat rancangan lain. Dia mahu berubah tempat kerana datuk yakin ayam‐ayam itu tidak akan  datang ke situ lagi.    Baru lima langkah datuk melangkah dia terdengar kokok ayam. Datuk berpatah balik ke tempat asal.  Datuk duduk di situ sambil menghisap rokok daun nipah. Sepuluh minit masa berlalu, ayam hutan tidak  juga datang ke tanah lapang. Waktu datuk mencampakkan puntung rokoknya ke pangkal pohon meranti  patah cabang, datuk terdengar kokok ayam lagi. Datuk tersenyum. Dia yakin ayam‐ayam itu akan datang 

Page 15 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

juga ke situ. Memang benar dugaan datuk. Ranting pokok sebelah kanannya bergerak‐gerak. Seekor  ayam hinggap di situ, kemudian turun ke tanah lapang. Ayam itu memanggil kawan‐kawannya yang lain.  Dua tiga ekor ayam betina keluar dari celah‐celah pokok lalu menghampiri ayam jantan.    Satu peluang yang baik bagi datuk. Dia melepaskan tembakan. Ayam jantan menggelupur atas tanah.  Datuk segera menerkam lalu menyembelihnya. Masa datuk mengikat kaki ayam untuk digantung ke  pinggangnya, seekor ayam betina meluru padanya lalu berpusing di depan datuk dua tiga kali. Datuk  segera menangkapnya. Mata golok yang tajam pun memutuskan urat di tengkuk ayam. Bila datuk  memeriksa badan ayam itu ternyata pangkal paha ayam itu sudah ditembusi peluru.    Dua ekor ayam hutan tergantung di pinggang datuk. Cukup senang hatinya. Dan datuk bercadang salah  seekor daripada ayam itu akan diberikan pada kawannya yang berladang di kaki bukit. Panas kian terik  dan datuk mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Pada sebelah petangnya dia akan datang lagi  berburu ke situ.    Datuk mendongak ke langit. Matahari sudah agak condong ke barat. Datuk senyum, dia dapat menduga  pukul berapa sekarang. "Masih awal lagi, kalau tak silap baru pukul tiga," kata datuk dalam hati. Dengan  cara mendadak sahaja dia membatalkan rancangannya untuk pulang. Dia mahu memburu lagi. Sebelum  matahari jatuh di kaki langit, dia bercadang untuk menembak paling kurang lima ekor ayam lagi.  Alang‐alang berburu bdiar puas. Esok lusa belum tentu boleh datang lagi ke sini. Siapa tahu entah esok,  entah tulat kawasan ini akan dijadikan 'Black Area'. Sebelum semuanya berlaku bdiar aku gunakan  peluang ini. Itulah yang difikirkan oleh datuk.    Dia menyumbatkan peluru ke dalam laras senapang. Pusing kiri pusing kanan, Akhirnya datuk berjalan  ke arah utara mengikuti lorong ayam hutan dengan harapan di hujung lorong itu dia akan bertemu  dengan barang yang dicarinya. Baru lima ela berjalan datuk sudah terdengar kokok ayam jantan.    "Kali ini kawan‐kawan yang tidak mahu ikut aku memburu tentu rugi," kata datuk dalam hati sambil  mematah dahan pokok hutan. Datuk kian jauh masuk ke dalam hutan. Datuk terdengar bunyi suara  orang bercakap. Dia segera menyembunyikan diri di celah rimbunan pokok hutan. Suara orang bercakap  itu makin lama makin dekat berselang seli dengan bunyi kokok ayam dan suar itik. Sesekali datuk  terdengar bunyi orang mengukur kelapa. Puas datuk melihat kiri kanan, dia tidak nampak pun bayang  manusia. Datuk mengira itu cuma perasaannya sahaja. Dia segera keluar dari tempat persembunydian  dan meneruskan perjalanannya. Datuk terasa kepalanya pening dan dia tercium bau wangi di  kelilingnya. Dia menduga penunggu Bukit Kota mahu menguji dirinya. Cepat‐cepat datuk membaca 

Page 16 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

sesuatu, tetapi bau wangi itu semakin kuat datang. Kepalanya terasa berdenyut‐denyut.    "Ganjil!" kata datuk sambil mengaru tanah. Dengan hujung goloknya datuk membuat garisan tiga segi di  muka bumi. Tapi hujung garisan itu dipacaknya dengan ranting kayu. Mulut datuk terus membaca  sesuatu dengan tenang. Kemudian dia menghembus pancang yang dicacaknya itu dengan mulut.  Ketiga‐tiga pancang itu rebah ke bumi. Tahulah datuk, bahawa dia tidak berhadapan dengan penunggu  Bukit Kota, tapi dia berhadapan dengan makhluk lain yang serba aneh.    Datuk meneruskan perjalanannya. Bau wangi tetap menyumbat lubang hidungnya. Daun‐daun hutan  yang tua berguguran ke bumi. Angin bukit yang bertiup menyegarkan badannya. Rasa pening di  kepalanya hilang. Datuk berhadapan dengan pokok‐pokok bunga yang beraneka rupa. Datuk tidak peduli  pada semuanya itu. Da menyimpang ke kiri, masuk ke arah hutan kelubi. Di situ juga datuk bersua  dengan pokok‐pokok bunga.    Di hujung pokok‐pokok bunga itu terdapat jalan tanah merah. Datuk terus ikut jalan itu , kerana kokok  ayam hutan datangnya dari situ. Datuk berhenti berjalan, bila dia terpandangkan seorang perempuan  tua berdiri di hujung jalan. Bila melihat datuk berhenti, perempuan itu segera menghampirinya.    "Kau sesat," kata perempuan itu.    "Tidak."    "Habis macam mana kau ke mari."    "Saya memburu ayam."    "Patutlah ayam aku banyak yang hilang."    "Saya…." 

Page 17 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Sudah. mari singgah di rumah aku dulu."    Datuk terus mengikuti perempuan tua itu ke rumahnya. Kerana perempuan itu mendakwa, bahawa  ayam yang tergantung di pinggang datuk itu, adalah ayam kepunyaanya, tanpa soal jawab datuk terus  menyerahkan padanya. Ayam itu dijadikan gulai yang kemudiannya dijadikan hidangan makan malam  buat datuk. Selain dari perempuan tua itu datuk dapat berkenalan dengan seorang perempuan muda  yang tinggal serumah dengan perempuan tersebut.    Datuk diberitahu oleh perempuan tua, bahawa perempuan muda itu adalah anaknya, datuk cuma  angguk kepala sahaja, kemudian datuk minta perempuan itu menghantarkannya ke kaki Bukit Kota.  Permintaan datuk itu tidak dapat dipenuhi oleh perempuan tua tersebut. Dia meminta datuk bermalam  di rumahnya.    "Baiklah, tapi pagi esok saya mesti balik," kata datuk.    "Boleh, kami tidak pernah mungkir janji."    "Hantarkan saya sampai ke kaki bukit."    "Tentulah boleh, tapi kau mesti berjanji kepada kami."    "Janji apa ? "    "Jangan menembak binatang ternakan kami."    Datuk terdiam. Apa haknya perempuan tua ini menahan kesukaannya. Datuk menatap wajah orang tua  itu lama‐lama. Orang tua itu tersenyum.   

Page 18 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Kau susah dengan syarat itu ?"    "Tak susah, tapi…."    "Memburulah di tempat lain tapi jangan di sini."    "Baiklah."    "Kalau kau mungkir janji buruk padahnya." Orang tua itu mengingatkan datuk dengan nada yang keras.  Bulu tengkuk datuk meremang.    Malam itu datuk tidak tidur. Orang tua itu mengajak datuk berborak hingga menjelang subuh. Secara  diam‐diam datuk jatuh hati pada perempuan muda yang nampak bersopan santun. Cantik orangnya  dengan sepasang mata yang besinar. Berkulit putih dan rambut terurai di atas bahu. Subuh itu datuk  terpaksa sembahyang subuh di surau bersama dengan penduduk di kampung tersebut. Orang di situ  menerima datuk dengan mesra.    Seperti yang dijanjikan. Orang tua itu bersama anaknya menghantar datuk sehingga ke kaki Bukit Kota.  Sebagai tanda kenangan anak orang tua itu menghadiahkan kepada datuk sebilah keris pendek.    "Ingat, jadilah manusia yang teguh pada janji, tidak menipu dan menyeksa sesama mahkluk, " kata orang  tua, bila bertemu dengan jalan dia mula masuk ke hutan dulu.    "Kalau mahu ayam minta pada kami, jangan menembaknya atau mencurinya," sambung perempuan tua  itu. Datuk mengangguk kepala sambil menoleh ke kanan. Bila datuk menoleh ke kiri semula, perempuan  tua dan anaknya hilang. Datuk pulang tanpa ayam hutan tapi membawa keris pendek yang terpaksa di  usap dengan kemenyan setiap malam Jumaat. Itu pesan perempuan tua yang mesti dipatuhinya, tapi  setiap kali keris itu diusap, anak pada perempuan tua itu akan menjelma. Satu perkara yang tidak  disenangi oleh datuk.   

Page 19 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Lantas datuk mengambil keputusan untuk memulangkan keris itu. Dia pun pergi ke Bukit Kota, satu hari  satu malam dia berada di situ. Dia tidak juga bertemu rumah perempuan tua itu. Tempat yang  ditandanya dulu, ternyata hutan besar yang menakutkan dan penuh dengan pokok‐pokok besar dan  akar kayu berjuntadian. Dari kawan datuk yang membuat pondok di kaki Bukit Kota, datuk mendapat  tahu, bahawa kampung yang dimasukinya dulu ialah kampung orang bunian. Dan datuk terjumlah pada  orang yang beruntung, kerana orang bunian itu berkenan padanya kerana itu dia dilayan, kalau orang  bunian tidak berkenan, sudah pasti datuk sesat di dalam hutan berbulan‐bulan.    Walaupun begitu, datuk masih dapat menjalinkan silaturahimnya dengan orang bunian dengan baik.  Malah dia telah dikira sebagai salah seorang anggota orang bunian. Datuk mendapat tahu semuanya ini  menerusi anak perempuan orang tua melalui keris pendek yang di usapnya pada tdiap‐tdiap malam  jumaat.    "Ingat, buat baik sesama manusia, jangan tamak dalam hidup, bersihkan diri dari perasaan hasad dan  dengki," kata perempuan tua itu pada datuk pada suatu malam.    "Saya tahu," jawab datuk. Kemudian perempuan itu menghilangkan diri di tengah‐tengah bau kemeyan  yang semerbak. Dua minggu kemudian, datuk menghilangkan diri selama seminggu. Seluruh anak  buahnya jadi gempar. Masuk minggu yang kedua, datuk pulang dan memberitahu nenek, bahawa dia  telah berkahwin dengan orang bunian. Nenek terdiam. Tidak memberikan sebarang komen.  SBDJ (Jilid 01) ‐ Siri 04 : Kereta Datuk Tersadai Di Tepi Jalan  Sudah seminggu Hari Raya berlalu, tapi rumah datuk tetap sibuk dengan anak cucu yang datang berhari  raya ke rumahnya, pada malam 27 likur yang lalu, datuk turut sama memasang lampu di halaman rumah  dengan anak cucu. Datuk membelikan mercun untuk anak cucunya. Sesungguhnya, datuk amat  menyayangi semua anak cucunya dan memang menjadi kebiasaan dalam hidup datuk, pada Hari Raya  pertama dia akan mungumpulkan anak cucunya di anjung rumah, makan lemang dan rendang bersama  anak cucu, kemudian akan mengepalai anak cucunya pergi ke masjid untuk sembahyang Hari Raya.    Lepas itu, datuk akan mengajak semua anak cucunya pergi ke tanah kubur menzdiarahi kubur nenek  moyang yang sudah pergi, datuk pun menunjukkan kubur datuk nenek pada anak cucu sambil menyebut  keistimewaan datuk nenek masa ada hayatnya dulu. Dalam suasana yang sibuk itu, tiba‐tiba datuk  menghilangkan diri. Tidak ada siapa yang tahu ke mana datuk pergi. Bila salah seorang cucu  mengesyorkan supaya kehilangkan datuk itu dilaporkan pada pihak polis, nenek dengan tenang bersuara  : 

Page 20 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Usah bimbang, dia akan balik dalam sehari dua ini."    "Dia berhari raya ke rumah yang lagi satu." Jawapan nenek itu, menghilangkan keraguan anak cucu.    Nenek pun menceritakan pada anak cucu, sepanjang bulan puasa yang lalu, datuk tidak pergi turun  memburu, dia banyak menghabiskan masanya di kampung orang bunian, bersama isteri barunya, setiap  kali datuk pulang, dia membawa buah tangan untuk nenek yang dibekalkan oleh orang bunian. Sebagai  isteri yang setdia, nenek tidak pernah bertanya tentang isteri muda datuk. Nenek tahu, kalau ditanya  dan disoal jawab nanti datuk naik darah, akibatnya akan berlaku pertengkaran, kalau sudah bertengkar  nanti mudah masam muka. Kalau ini terjadi tentulah tidak elok. Malu pada anak menantu dan cucu cicit.  Demi menjaga kerukunan rumahtangga dan anak menantu ada baiknya perkara itu dibiarkan. Itulah  pendapat nenek. Dia merasa bersyukur pada Tuhan, kalau datuk sihat dan boleh makan dengan baik, itu  sudah cukup, bagi nenek kalau dia kasihkan datuk sepenuh hati pun tidak ada gunanya, satu hari, salah  seorang daripada mereka akan berpisah juga atas kehendak Allah yang maha besar.    Barang kali esok atau lusa dia akan meninggalkan datuk, bila nyawa miliknya diambil oleh Tuhan, begitu  juga dengan datuk, tidak ada yang abadi di dunia ini melainkan Allah yang maha bijaksana. Nenek  menghitung semuanya ini, kerana itu dia tetap bersikap tenang dan senang ke atas apa yang terjadi  pada diri datuk. Akhirnya anak cucu datuk yang berkumpul di rumah terpaksa meninggalkan rumah  datuk kerana urusan diri masing‐masing. Ada yang sudah bekerja sendiri dan tidak kurang pula yang  makan gaji. Kereta yang bersusun di depan rumah datuk, sebuah demi sebuah meninggalkan halaman  rumah datuk, pulang ke tempat masing‐masing. Nenek berpeluk‐peluk dengan anak cucu sambil  mendoakan keselamatan mereka semasa dalam perjalanan. Nenek berharap pada Hari Raya tahun  depan anak cucu akan kembali ke kampung.    Cuma yang nenek terkilan hanya satu sahaja, diaitu semasa kereta anak cucunya bergerak, datuk tidak  dapat melambaikan tangan. Datuk tidak dapat memeluk anak cucu dengan penuh mesra. Mengingatkan  ini semua nenek jadi sayu, perasaannya cukup hiba.    "Sampaikan salam pada datuk," kata Ahmad Zaki cucu datuk yang kedua belas. Matanya merenung  muka nenek.   

Page 21 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Boleh, jangan bimbang," nenek memberikan pengakuan. Ahmad Zaki yang lewat sekali meninggalkan  rumah datuk. Dia bertugas sebagai guru mengajar di Sekolah Menengah Dr Burhanuddin di Taiping. Bila  semua anak cucu sudah pergi, nenek kembali dengan kerjanya membelah pokok sirih di belakang  rumah, melihat ayam yang bertelur di reban serta memetik kacang panjang. Kalau diikut kata hati,  nenek mahu sahaja mengikut salah seorang dari anak cucunya. Duduk sama mereka. Tidak guna kalau  duduk rumah sendiri sedangkan suami selalu sahaja meninggalkannya.    Bila nenek mengkaji semula hal ini dengan sedalam‐dalamnya, Dia tidak rela meninggalkan datuk. Da  mengira semua yang terjadi atas dirinya adalah atas kehendak Tuhan yang maha besar. Sudah tiga jam  anak cucunya pergi, tapi telinga nenek masih dapat mendengar suara anak cucu, bagaikan terbayang  tingkah kalu anak cucu di depan matanya. Nenek tidak tahu pukul berapa anak cucunya pergi  meninggalkannya yang pasti masa anak cucunya pergi tadi matahari baru naik segalah, tapi sekarang  matahari sudahpun berada di pucuk kelapa.    Nenek masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja dia membasuh dan memotong kacang panjang. Dia  terdengar bunyi suara kereta masuk. Nenek menerpa ke muka pintu. Dia melihat Muhammad Hakim  keluar dari kereta.    "Kenapa ada barang tinggal?" Tanya nenek.    "Tak ada apa nek, kereta Ramlah berlangar dekat pekan pusing. Nenek diam. Dia tahu cucunya itu dalam  perjalanan pulang ke Johor Bharu. Ramlah bertugas sebagai pegawai kastam.    "Apa yang mesti kita buat?" Nenek menyoal. Mohammad Hakim suruh nenek masuk ke dalam keretanya  untuk pergi ke Batu Gajah. Pada jiran sebelah telah ditinggalkan pesan, bila datuk balik suruh dia pergi  ke Hospital Batu Gajah. Jiran yang baik hati itu berjanji mahu menyampaikan amanat itu.    Bagaikan digerakkan oleh sesuatu, datuk yang sudah lama tinggal dengan isteri mudanya di kampung  bunian, teringat mahu balik. Isteri mudanya tidak menahan. Datuk pun balik. Datuk sampai ke rumah  waktu maghrib, dia tidak bertanya pada jiran tentang nenek yang tidak ada di rumah. Selepas  sembahyang, seorang jiran datang menemuinya dan menyampaikan berita yang dipesan. Datuk  menerima pesanan itu dengan tenang.   

Page 22 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Terima kasih, aku ingat lepas sembahyang Isyak aku nak pergi," kata datuk pada jiran yang  menyampaikan pesan. Apa yang dicakapkan oleh datuk, di kotakannya, lepas sembahyang Isyak datuk  pun menghidupkan enjin keretanya, kemudian datuk matikan enjin kereta itu, datuk buka bonet kereta  untuk memastikan dia membawa barang keperluan, kalau tayar keretanya bocor di tengah jalan. Datuk  periksa enjin kereta. Dia yakin keadaan keretanya cukup baik dan selamat untuk perjalanan jauh.    Masa datuk meninggalkan rumah, keadaan langit agak mendung, tidak ada bintang mengerdip, tiada  bulan sabit di kaki langit. Datuk terus memandu kereta Ford Angldianya dengan tenang membelah  kegelapan malam. Kereta datuk sudahpun melintasi Kampung Buruk Bakul dan Simpang Tiga, bila masuk  ke dalam kawasan Kampung Buluh Aur, hujan mula turun dengan lebatnya,agak sukar juga datuk  memandu dalam malam hujan lebat. Dia terpaksa melarikan keretanya dengan perlahan sekali. Sesekali  datuk terbabas ke tepi jalan. Bila berselisih dengan lori balak atau lori ikan datuk terpaksa  memberhentikan keretanya.    Datuk sudahpun melalui Jambatan Nordin di Tanjung Belanja, sekarang datuk sudah memasuki Pekan  Parit. Hujan tidak juga beransur reda, walau apa yang terjadi datuk tetap mahu meneruskan  perjalanannya ke Hospital Batu Gajah. Datuk meninggalkan Pekan Parit, datuk menggigil kesejukan,  sampai di satu selekoh kereta datuk berhenti dengan tiba‐tiba. Da cuba menghidupkan enjinnya,  usahanya itu tidak berjaya. Dalam hujan yang lebat itu datuk keluarkan dari perut kereta. Datuk  membuka bahagian depan dan dengan lampu picit di tangan dia meraba semua wayar yang terdapat  pada injin kereta. Badannya sudah basah. Dia menggigil.    Datuk ingin menghidupkan kereta. Tidak berjaya. Datuk membunyikan hon, tidak bersuara. Datuk masih  juga tenang. Walaupun dia tahu, dia sekarang berada di tempat sunyi. Di kiri kanannya penuh dengan  hutan tebal. Kilat mula bermaharajalela. Dari cahaya kilat itu datuk dapat memastikan bahawa dirinya  berada tidak jauh dari Bukit Berapit. Setiap kali cahaya kilat memancar, dia dapat melihat Bukit Berapit  yang tertegun berdiri di kiri kanan jalan.    Hujan terus turun. Jalanraya sudah penuh dengan air melimpah‐limpah, datuk melihat jam di tangan,  sudah hampir pukul dua belas malam. Tidak ada sebuah kereta yang melintas di situ. Datuk tetap  menggigil dalam perut kereta Ford Angldia, Tiba‐tiba datuk melihat ada cahaya api dari sebelah kanan  jalan. Dia memastikan cahaya lampu itu datangnya dari sebuah rumah.    Datuk ambil golok, lalu diselitkan ke pinggang . Kemudian dia memutuskan untuk pergi ke rumah yang  ada cahaya lampu itu. Datuk menguncikan semua pintu kereta. Datuk menyeberang jalan dalam hujan 

Page 23 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

yang begitu lebat. Datuk masuk ke dalam satu lorong menuju ke rumah tersebut. Sampai sahaja di  kawasan rumah itu, kilat pun memancar, datuk dapat melihat rumah itu, ialah sebuah rumah batu  bertingkat dua, di halamannya penuh dengan pokok‐pokok bunga yang sudah basah dengan air hujan.    Datuk masuk ke bawah rumah lalu mengetuk pintu berulang‐ulang kali. Tidak ada jawapan. Datuk ketuk  lagi. Pintu pun terkuak, seorang perempuan muda berdiri sambil di tangannya tertatang sebuah pelita  minyak tanah.    "Saya mahu tumpang berteduh," kata datuk.    "Begitu, masuklah ke dalam."    "Tak payah, bdiarlah di luar sahaja."    "Jangan begitu masuklah." Pelawa perempuan itu mendesak juga datuk supaya masuk ke dalam rumah.  Akhirnya datuk masuk. Dia disuruh duduk di ruang tamu. Perempuan yang baik hati itu memberikan  datuk kain pelikat dan baju Melayu. Datuk terus memakainya. Perempuan itu juga memberikan datuk  secawan kopi panas habis dihirup, datuk terasa badannya cukup segar.    "Tinggal seorang saja," tanya datuk. Perempuan muda yang berambut panjang itu tersenyum, lampu  minyak tanah terlintuk liok ke kiri dan kanan ditiup angin malam.    "Emak dan ayah saya pergi ke Bagan Serai, tengok orang sakit."    "Suami ?"    "Saya belum bersuami, dulu bertunang dengan askar, tapi tunang saya mati ditembak komunis di Sungai  Siput."   

Page 24 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Kalau begitu, tidak manis saya berada di rumah anak dara, malam‐malam begini,"    "Apa salahnya, kita tidak berbuat jahat, awak datang dengan kereta awak rosak, dan saya berkewajipan  menolongnya, masa ini masa awak, nanti ada masanya saya memerlukan pertolongan dari awak."    "Awak perempuan yang baik hati,"    "Usahlah terlalu memuji," tingkah perempuan muda.    Di luar rumah hujan terus menggila, petir dan kilat juga menunjukkan gagah. Angin yang bertiup  kencang menghasilkan bunyi suara daun yang berlaga sama sendiri, sesekali terdengar bunyi dahan  pokok yang sekah. Datuk terdengar bunyi lolongan anjing sayup‐sayup di luar bersama bunyi suara  kucing berkelahi. Dari arah dapur datuk terdengar bunyi pinggan dan piring berlaga, serentak dengan itu  datuk terdengar bunyi suara perempuan mengilai. Datuk tidak menyoal apa yang didengarnya pada  perempuan muda itu. Dia tetap tenang. Tentulah tidak wajar sekali bertemu di rumah orang yang baik  budi bahasa mahu menyoal hal peribadi. Itu bdiadab namanya. Datuk tidak mahu, perempuan muda itu  menuduh dia bdiadab.    Malam itu, perempuan muda yang cantik, berbibir nipis, berdahi luas memberitahu datuk, bahawa dia  dan orang tuanya berasal dari Pulau Pinang dan berbangsa Cina. Masa zaman pemerintahan Jepun  mereka tinggal di Batu Gajah dan mereka sekeluarga terus memeluk agama Islam. Bila Jepun kalah,  mereka pindah ke Seputih dan membeli rumah dan tanah yang mereka duduki sekarang ini.    Dengan penjelasan itu, datuk senang hati. Kemudian perempuan muda itu memberikan datuk sebuah  bilik yang lengkap dengan katil dan meja serta almari.    "Bilik untuk awak tidur di sini," ujar perempuan muda itu, datuk melihat sebatang lilin yang dimamah api  tersedia di atas meja.    "Usah bimbang, esok saya suruh orang baiki kereta awak," tambah perempuan cantik itu, "kereta awak  dan awak selamat di sini." 

Page 25 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Terima kasih." Perempuan muda itu merapatkan daun pintu bilik. Datuk terdengar perempuan muda  itu mengunci bilik dari luar. Datuk tersenyum, dan terfikir bahawa perempuan muda itu berbuat begitu  adalah untuk kebaikan dirinya. Dia bimbang datuk akan keluar mencarinya di tengah malam lalu  merogolnya. Datuk menggelengkan kepala.    "Aku tidak sejahat itu," kata datuk dalam hati. Dia rebahkan badan atas katil. Bila datuk mahu  merapatkan kedua belah kelopak matanya, dia terdengar bermacam‐macam bunyi di luar, ada bunyi  orang berjalan, ada suara orang menangis. Datuk tidak mengiraukannya barangkali itu cuma  perasaannya sahaja. Akhirnya, datuk terlelap, dia bermimpi ada orang berkepala anjing datang padanya  lalu mahu membaham pangkal pehanya. Datuk melawan dengan sekuat hati. Dalam perlawanan itu,  datuk tewas pada orang berkepala anjing itu. Orang berkepala anjing itu terus mengoyak daging peha  datuk. Darah bertaburan dalam bilik. Datuk menjerit dengan sekuat hati. Datuk pun terjaga.    Datuk terkejut, kerana hari sudah cerah, matahari mula bersinar dan masuk ke dalam ruang bilik. Datuk  mengerutkan dahi, kerana dia mendapati dirinya cuma tidur di atas simen di sebuah bilik yang kotor dan  buruk. Tidak ada katil. Tidak ada meja. Cuma yang ada hanya tunggul kayu dan batang pisang. Datuk  keluar. Datuk menarik nafas panjang. Rumah yang malam tadi indah ternyata sebuah rumah buruk yang  hanya menanti masa untuk rebah ke bumi.    Di halaman rumah penuh dengan hutan keduduk, serunai laut, pemandangan sekitar rumah itu amat  meyeramkan. Datuk mencari perempuan muda yang melayannya semalam. Tidak nampak batang  hidung. Datuk pergi ke ruang tengah. Dia melihat satu cawan sumbing yang kotor. Di dalamnya ada air  hitam yang busuk. Ada dua tiga ekor bangkai cicak yang kembung perutnya terdapat dalam cawan itu.    Datuk mengucap panjang. Dia ingat malam tadi dia minum di situ. Dia yakin air itu sudah masuk ke  dalam perutnya.    "Syaitan, aku dipermainkan oleh syaitan," bisik batin datuk. Dia pun meninggalkan kawasan rumah itu  menuju ke jalanraya. Datuk cuba menghidupkan enjin keretanya. Suara kereta mengaum. Datuk cuba  memandu dua tiga rantai ke depan. Keretanya tidak mengalami sebarang kecelakaan. Datuk terus  menuju Hospital Batu Gajah. Dia kecewa. Ramlah yang terlibat dalam kemalangan jalanraya sudah  meninggal dunia. Jenazahnya telah dibawa ke kampung malam itu juga. Datuk menceritakan kisah yang  dialaminya pada seorang pekerja di Hospital Batu Gajah. 

Page 26 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Begini pak cik, rumah tu rumah tinggal. Anak dara tuan punya rumah itu menggantung diri di ruang  tengah rumah tu," beritahu pekerja itu pada datuk.    "Sebab ?"    "Dia kecewa, kerana tunangnya berkahwin dengan orang lain."    "Begitu..." suara datuk lembut.  SBDJ (Jilid 01) ‐ Siri 05 : Berjaga Di Hujung Jambatan  Datuk amat merahsiakan peristiwa yang terjadi pada dirinya pada anak cucu. Pada orang lain perkara itu  bukan rahsia bagi datuk. Dia boleh menceritakan peristiwa itu dari A sampai Z . Biasanya, perkara itu  cuma sekali sahaja datuk mahu menceritakannya. Kalau ada orang minta datuk bercerita bagi kali yang  kedua, datuk akan marah.    "Aku bukan tukang cerita," katanya. Dan ada orang yang tidak percaya dengan apa yang terjadi pada diri  datuk. Malah, ada yang mengatakan datuk cuma mengadakan cerita itu untuk tujuan bersuka‐suka pada  sebelah petang, bila datuk tidak berburu. Datuk tidak marah dengan tuduhan yang dilemparkan oleh  kawan‐kawan pada dirinya. Cukup mudah bagi datuk menjawab cabaran itu dengan berkata :    "Mari ikut aku atau bdiar aku hantarkan kaldian ke tempat tersebut dan kaldian lihat nanti, apa yang  akan terjadi." Anehnya, tidak ada seorang pun dari kalangan kawan‐kawan datuk yang mahu menjawab  cabaran itu. Akhirnya, cerita datuk bertemu dengan perempuan cantik dan bermalam di rumahnya,  merupakan satu lagenda yang jadi buah mulut orang‐orang setempat. Sekarang, cerita itu tidak lagi  diperkatakan oleh orang.    Dua bulan berselang sesudah peristiwa itu., datuk telah diserang penyakit, seluruh badannya sakit dan  bengkak‐bengkak. Anak cucu membawa datuk ke klinik kerajaan dan swasta, tapi sakit datuk tidak juga  mahu hilang. Bila anak cucu mengambil keputusan untuk menghantarnya ke Rumah Sakit Lumut atau  Batu Gajah, bagi mendapatkan rawatan yang sempurna, datuk membantah dengan alasan, dia tidak  suka duduk di hospital. Tidak ada seorang cucu datuk yang berani memaksa datuk untuk tinggal di  hospital. Jadi datuk terpaksa dirawat secara kampung. Semua dukun dan bomoh yang terkenal dipanggil 

Page 27 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

untuk merawatnya. Sakitnya tidak juga mahu hilang.    Seorang dukun dari Mambang di kawasan dekat Kampar mengatakan sakit datuk sukar diubat, kecuali  oleh pawang yang benar‐benar handal.    "Kenapa tok bomoh?" seorang cucu datuk bertanya.    "Sakitnya dibawa oleh orang atas," jawabnya pendek.    "Siapa orang atas tu tok bomoh," desak cucu datuk. Dan bomoh itu tidak mahu memberikan  jawapannya. Begitulah datuk, dia terus terlantar di tempat tidur menanggung sakit. Walaupun sakit  terlentang merenung atap rumah, datuk masih mahu bercakap, kalau ada kawan‐kawannya yang datang  melawat. Kadang‐kadang datuk memaksa dirinya untuk duduk. Bila anak cucu mahu datang  membantunya. Dia segera melarang dan menepis tangan anak cucunya.  "Aku masih kuat lagi," katanya. Dengan itu semua anak cucu pun menyepi. Pada sutu malam, semua  anak cucu datuk berkumpul dan mengambil keputusan untuk memanggil dukun orang asli yang tinggal  dekat Grik. Entah macam mana rancangan itu sampai ke pengetahuan datuk. Dia jadi berang dan  membuang semua benda yang berhampiran dengannya. Rancangan itu terpaksa dibatalkan. Kemudian  datuk terus dipujuk untuk menerima rawatan doktor swasta yang sanggup datang ke rumah untuk  merawatnya.  Memang di luar dugaan anak cucu, datuk setuju dengan rancangan itu. Menurut doktor itu, sakit datuk  tidaklah berapa serius sangat, tapi dia memerlukan rawatan yang agak lama. Sesudah menerima  suntikkan dan memakan pil yang diberikan oleh doktor itu, datuk pun boleh bangun dan berjalan dari  ruang tengah ke anjung rumah. Mukanya nampak berseri. Tidak pucat lagi. Datuk mula boleh makan  nasi. Sebulan, sesudah menerima rawatan dari doktor swasta ternyata datuk beransur sihat, tapi pada  satu malam, datuk terus rebah sesudah menunaikan sembahyang Isyak.  Dia tidak boleh bercakap. Terpaksa diusung ke tempat tidur. Semua anak cucunya mengerumuninya.  Semua anak cucu yang mengerumuninya resah, bilik tidur datuk dikuasai oleh bau‐bauan yang wangi,  diganti pula dengan bau kemenyan. Serentak dengan itu datuk mula terbatuk dua tiga kali. Dia terus  duduk.  "Carikan aku tiga biji limau, tiga helai daun sirih putus urat, seulas pinang, kemenyan dan tempat  membakarnya," ujar datuk tenang.  "Nak buat apa," tingkah nenek. 

Page 28 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Usah banyak soal, sediakan perkara yang aku mahu itu sekarang," datuk membeldiakkan matanya.  Semua keperluan itu disediakan. Diletakkan dalam dulang tembaga berlapikkan kain kuning. Bila  barang‐barang itu tersedia, bau harum datang kembali menguasai bilik tidur datuk. Duduklah datuk  mengadap dulang tembaga, asap kemenyan pun keluar dari dupa, bagaikan ada kuasa ghaib yang  menaburkan serbuk kemenyan di dalam dupa.    "Duduklah," datuk bersuara sambil merenung ke tepi dinding. Anak cucu merenung ke tepi dinding.  Tidak ada siapa pun yang bediri di situ. Kemudian anak cucu datuk melihat buah limau tiga biji  bergerak‐kerak bagaikan ada tangan yang menyentuhnya.  "Kaldian keluarlah, ada pawang nak mengubat aku," datuk memberi perintah. Semua anak cucu keluar.  Datuk mengunci pintu biliknya dari dalam. Tapi, bau kemenyan terus juga lepas keluar.  "Dah berapa lama sakit ni, kenapa tak beritahu," anak cucu datuk terdengar suara orang perempuan  bercakap di dalam bilik. Semua hati anak cucu berdebar dan cuba mengintai dari celah pintu . Tidak ada  orang lain dalam bilik selain dari datuk sahaja yang terlentang dekat dulang tembaga, sesekali datuk  bergerak, bagaikan ada tangan yang sedang mengurut badannya. Sesekali datuk melipatkan kaki  kanannya menandakan dia tidak mahu kaki kanannya diurut.  "Berapa lama sakit ni," terdengar lagi suara perempuan.    "Dah dekat tiga bulan," sahut datuk  "Patutlah lama tak ke rumah."  "Sibuk."    "Apa asalnya , ada jatuh atau ada tersalah makan."    "Salah makan tu tak ada, tapi jatuh jatuh memang ada,saya jatuh dekat perigi buta."  "Patutlah, kalau jatuh cepat berurut atau berubat, kalau tak diubat inilah jadinya.  "Itu salah saya," datuk mengaku.  Suasana dalam bilik datuk sunyi, cuma yang kedengaran hanyalah bunyi orang mengambil sesuatu serta  bunyi orang mengoyakkan daun sirih.   

Page 29 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Amalkan apa yang saya buat, tapi ingat kalau dah sihat jangan lupakan tempat saya," terdengar lagi  suara perempuan. Beberapa saat kemudian, datuk membuka pintu bilik , bau wangi masuk ke ruang  rumah. Lepas itu datuk membuka pintu depan. Datuk berdiri di muka pintu.    "Selamat jalan," kata datuk pada malam yang samar‐samar itu. Datuk melambaikan tangannya. Entah  pada siapa datuk melambaikaikan tangan. Tidak seorang pun anak cucunya yang tahu. Perkara itu  berlanjutan hingga tiga malam. Masuk malam keempat datuk mengadakan kenduri kesyukuran. Datuk  sudah pulih. Datuk sudah boleh berjalan dan memandu kereta buruknya . Datuk sudah pun  mengucapkan ribuan terima kasih pada doktor swasta yang datang merawatnya. Dan anak cucunya  bertambah pening. Antara doktor dan dukun, siapakah yang sebenarnya merawat datuk hingga sembuh.  Lalu anak cucu datuk membuat kesimpulan begini : Masa kuat sakitnya doktor yang mengurangkannya  dan dukun itu cuma mendapat rahmat dari doktor sahaja.  Seminggu kemudian, datuk ghaib dari rumah dan anak cucu tidak merasa apa‐apa atas kehilangan  SBDJ (Jilid 01) ‐ Siri 06 : Melihat Jembalang Air  Datuk menghadapi peristiwa itu dengan tenang. Dan ular terus menghampirinya. Datuk cabut golok  perak di pinggang.    "Kalau kau berniat baik kau lalu, kalau niatmu buruk kau berhenti." Sebaik sahaja datuk mengakhiri  cakapnya itu ular sudah pun berada di depannya. Ular pun panggung kepala. Bagaikan kilat datuk  mencantas kepala ular. Badan ular terus dikerat tiga. Jatuh ke dalam perut sungai satu‐satu. Barulah  puas hati datuk. Malam bertambah dingin. Daun‐daun pokok di kiri kanan jalan bergerak‐gerak diterjang  oleh angin. Bunyi suara burung hantu bersahut‐sahutan. Di selang‐seli dengan raungan anjing yang  mendayu‐dayu.    Datuk merenung ke dalam sungai. Datuk lihat air sungai yang mengalir tenang itu bergolak dan  berombak. Datuk pasti di tempat air yang beralun dan berombak itulah bangkai ular yang dipotongnya  jatuh. Makin lama, makin kuat alun dan gelombang air sungai itu bersama dengan bunyi yang hebat.  Datuk terdengar bagaikan ada orang mandi di situ. Datuk termenung. Belum pernah dia berhadapan  dengan hal‐hal begitu. Mata datuk terus juga merenung pada air sungai yang beralun dan berbunyi  dengan teliti. Datuk berdebar juga. Terniat dalam hatinya mahu meninggalkan tempat tersebut. Niat itu  mati dengan sendirinya, bila timbul desakan dalam hatinya untuk mengetahui apakah benda dalam  perut sungai.    Dalam suasana agak kelam‐kabut itu. Datuk terpandang, air sungai mula melimpah ke tebing. Di 

Page 30 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tengah‐tengah sungai itu timbul satu lembaga besar hitam, badannya sebesar kerbau jantan. Lembaga  itu terus timbul. Setiap kali lembaga itu bergerak, air terus bergelombang merempuh pokok‐pokok  keladi di tebing sungai. Semuanya tumbang. Macam selalu, bila berhadapan dengan perkara‐perkara  yang aneh datuk akan membaca ayat suci Al‐Al‐Quran. Kali ini datuk membaca ayat 'Kursi' dengan  khusyuk. Semasa dia membaca ayat‐ayat itu lembaga di dalam sungai terus mengamuk dan bertempik,  bagaikan suara gajah. Datuk tidak peduli. Dia terus membaca. Bila ayat itu habis dibaca, suasana di  dalam sungai kembali normal. Air sungai terus mengalir tenang. Daun‐daun pokok tidak bergerak  meskipun angin malam bertiup.    "Syaitan!" kata datuk sambil meninggalkan tempat tersebut. Datuk terus mendapatkan anak buahnya.  Mereka berkumpul kerana hari sudahpun beransur cerah. Datuk terus membawa anak buahnya ke surau  dan menunaikan sembahyang subuh. Lepas sembahyang subuh mereka pun berpecah meneruskan kerja  masing‐masing. Separuh daripada anak buahnya terus ke Paya Besar menoreh getah dan separuh lagi  pergi ke tempat perusahaan membuat batu‐bata di Jalan Parit. Banyak juga anak buah datuk yang  menjadi buruh di syarikat perusahaan itu.    Datuk tidak pula menceritakan apa yang dialaminya pada orang‐orang kampung. Walaupun begitu, ada  juga orang kampung yang mengalami peristiwa seperti yang datuk alami itu bila berjalan malam di  jambatan besi tersebut. Jambatan besi itu masih ada lagi hingga sekarang, terletak di antara Kampung  Pulau Kabung dengan Kampung Mandi Upeh. Tapi peristiwa ganjil seperti yang dialami oleh datuk itu  tidak berlaku lagi.    Di kiri kanan jambatan besi itu kini sudah penuh dengan rumah kediaman. Kadang‐kadang jambatan itu  menjadi tempat persinggahan anak muda pada setiap malam, selepas mereka menonton wayang di  Pekan Sitiawan, Air Tawar atau Bruas. Dan kalau diceritakan kisah‐kisah aneh pada mereka. Mereka  tidak akan percaya, malah mereka akan mentertawakan pada orang yang menceritakannya.    Sebulan selepas dari peristiwa aneh itu, pada satu malam rumah datuk didatangi oleh seorang pemuda.  Udin namanya. Dia meminta jasa baik datuk untuk membuat air penawar pada anak kecilnya yang sudah  seminggu menangis malam.    "Agaknya perut anak kau kembung," kata datuk sambil merenung muka Udin.  "Sudah berbotol minyak angin saya lumurkan ke perutnya." Jawab Udin dengan tenang. Datuk terdiam  kerana dia tahu, dia bukanlah seorang dukun atau pawang, tapi kerana dia merupakan orang yang 

Page 31 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tertua di kampung tersebut, dia dianggap tahu dalam hal‐hal kedukunan.    "Bawa saja anak kau ke klinik," datuk mengesyurkan. Udin terdiam sejenak. Muka datuk direnungnya  lama‐lama.    "Malam klinik dah tutup."    "Sepatutnya, kau tak payah minta penawar dari aku, jumpa doktor lagi baik, sebabnya mereka boleh  memeriksa anak kau, mana tahu anak kau ada mengidap penyakit,"    "Saya tahu, tapi…." Udin berhenti bercakap. Ada rasa kecewa dan putus asa bermain di wajahnya.    "Baiklah, bolehlah aku buatkan penawar, tapi esok kau bawalah anak kau ke klinik," kata datuk lagi.  Datuk pun segera membuat air penawar dan diberikan pada Udin. Sebelum Udin meninggalkan rumah,  lagi sekali datuk memgingatkan Udin supaya membawa anaknya menemui doktor. Datuk berpendapat  berubat dengan doktor lebih baik dari berubat dengan dukun, kerana dengan peralatan moden, sakit  seseorang dapat dikesan dengan cepat.    Pesan datuk itu tidak dipersiakan oleh Udin. Dia terus membawa anaknya menemui doktor dan  menerima rawatan dengan baik. Sejak itu anaknya tidak lagi menangis malam. Memang, begitulah sikap  datuk, dia lebih suka mengalakkan orang‐orang kampung berubat dengan doktor, kecuali kalau sudah  menemui doktor pesakit tidak mahu baik, barulah dia menyuruh berubat cara kampung.    "Mari ikut aku ke rumah Anjang Dollah," kata datuk pada saya.    Pemintaan datuk itu tidak dapat saya tolak. Dengan rasa kecewa saya meninggalkan kumpulan  kawan‐kawan saya yang sedang bermain galah panjang di depan rumah datuk.    "Apa halnya," tanya saya 

Page 32 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Sajalah, aku dengar cerita Anjang Dollah tu handal mengubat orang kena sampuk, aku nak tengok cara  dia mengubatnya. Kalau boleh aku nak belajar darinya."    "Belajar buat apa ?" balas saya. Datuk tersenyum dan terus berkata : "Belajar untuk tahu apa salahnya,  tidak merugikan kita."    Setelah mendengar cakapnya itu. Saya pun tidak mengeluarkan sebarang soalan atau pertanyaan.  Berjalanlah saya dengan datuk petang itu menuju ke Kampung Gelung Gajah yang jaraknya lebih kurang  tiga batu dari kampung datuk. Terpaksa meredah dua tiga anak sungai. Dan rumah Anjang Dollah  letaknya agak terpencil dari rumah‐rumah di situ. Berada di pinggir sebuah kolam dan berhadapan  dengan sebuah belukar kecil.    Lebih kurang pukul empat petang, sampailah saya dan datuk ke rumah Anjang Dollah. Kami dipersilakan  naik. Datuk terus menyatakan, bahawa kedatangannya adalah untuk melihat bagaimana cara dia  mengubati orang yang kena sampuk.    "Apa salahnya," balas Anjang Dollah dengan senyum bangga. Anjang Dollah pun mempersilakan saya  dan datuk masuk ke dalam sebuah bilik kecil. Di dalam bilik itu penuh dengan barang‐barang perubatan  seperti kemenyan hantu, buah limau, buah kelapa dan tempat membakar kemenyan. Di tepi bilik  terdapat sebuah katil dengan tilam dan bantal bersarung kain hitam. Bantal dan tilam itu sudah buruk  benar. Bila saya menghampirinya hidung saya tidak tertahan mencium bau hapak dari bantal dan tilam.    Bila saya mahu membuka kain tilam yang menutup katil itu saya ditahan oleh Anjang Dollah. "Jangan,"  suara Anjang Dollah keras. Saya duduk kembali. Hati saya ingin tahu, siapakah gerangan yang tidur di  situ. Saya yakin ada orang yang tidur di atas katil itu, kerana bila saya perhatikan kain hitam itu bagaikan  bergerak‐gerak mengikuti tarikan nafas manusia.    "Siapa yang baring tu," datuk pula bertanya. Anjang Dollah merenung muka datuk. Saya mula resah  tidak menentu.    "Sahabat saya, orang suruhan saya. Boleh disuruh keluar waktu malam dan balik pagi." Anjang Dollah 

Page 33 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

memperjelaskan pada datuk. Saya dan datuk pun angguk kepala.    "Dia tidur agaknya," tanya saya lagi.    "Dia tak tidur," sahut Anjang Dollah.    "Kalau tak tidur kenapa tak bangunkan." Tingkah datuk.    "Dia malu tengok orang." Itulah jawapan Anjang Dollah. Jawapan itu sebenarnya tidak memuaskan hati  saya. Dan saya mahu bertanya lagi. Bila saya mahu membuka mulut, datuk segera mencuit bahu saya.  Fahamlah saya, bahawa datuk tidak mahu saya menyoal lebih lanjut tentang apa yang berada di atas  katil.    Anjang Dollah meninggalkan kami di dalam bilik. Ada orang datang ke rumahnya. Sepeninggalan Anjang  Dollah itu, bulu roma saya mula berdiri. Rasa takut datang dalam hati saya. Kalaulah tidak ada datuk di  samping pasti tempat itu saya tinggalkan. Anjang Dollah datang. Dia minta kami duduk di ruang tengah.  Di ruang tengah itu terdapat sorang perempuan muda. Duduk bersila di atas lantai. Perempuan muda itu  datang ke rumah Anjang Dollah kerana mahu meminta tolong mengubati adiknya yang menjerit dan  meraung tidak tentu arah macam orang gila.    "Adik saya kena buatan orang Pak Anjang," kata perempuan itu dengan muka agak muram. "Dia  terpaksa diikat dengan tali di tiang rumah," tambah perempuan itu lagi. Anjang Dollah mengigit bibir  dan terus melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali. Tanpa bercakap sepatah, Anjang Dollah  terus ke dapur. Datang semula ke ruang tengah dengan mangkuk putih yang penuh berisi air.    "Mari masuk ke dalam bilik saya," Anjang Dollah menjemput perempuan, datuk dan saya. Kami pun  masuk ke dalam biliknya. Anjang Dollah bersila, di depan katil. Matanya merenung air dalam mangkok  putih sambil mulutnya membaca sesuatu. Entah apa yang dibacanya saya pun tidak tahu. Dia menoleh  ke belakang merenung perempun muda seraya berkata, "Kau balik dulu."    Bila perempuan itu sampai dekat muka pintu. Anjang Dollah memanggilnya kembali dan menyuruh 

Page 34 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

perempuan itu duduk di depannya. Perempuan itu akur dengan perintahnya itu. Anjang Dollah terus  membaca sesuatu. Lebih kurang sepuluh minit Anjang Dollah berbuat begitu. Mukanya bertukar menjadi  hitam. Matanya jadi hijau berkilai. Separuh anggota badannya mengeletar, macam orang kesejukan.  Lama juga Anjang Dollah jadi begitu. Hati saya Tuhan saja yang tahu betapa takutnya saya ketika itu. Bila  wajahnya berubah dalam keadaan biasa. Barulah Anjang Dollah bersuara, tapi suaranya bertukar  menjadi parau.    "Siapa nama adik kau," tanya Anjang Dollah pada perempuan itu.    "Aishah."    "Berapa umurnya?"    "Sembilan belas tahun."    "Siapa nama emaknya."    "Hamidah."    Selesai sahaja Anjang Dollah menyoal dan menerima jawapan dari perempuan itu. Dia segera bangun  dan terus rapat ke katil. Berdiri di situ agak lama juga sambil tangan kanannya memegang pangkal  dagunya.    "Hai sahabatku yang setia, pergilah engkau ke tempat asalmu, ambillah sehelai rambut perempuan mati  beranak," kata Anjang Dollah. Kain hitam mula bergerak. Datuk duduk dengan tenang. Saya merasakan  mahu buang air kecil, terasa mahu buang air besar. Saya jadi serba salah. Rasa mahu buang kecil dan air  besar itu hilang juga, bila saya terfikir kalau masa buang air kecil atau buang air besar kain hitam itu akan  datang pada saya. Buruk padahnya.    "Pergilah sahabatku," ulang Anjang Dollah. Dengan tiba‐tiba kain hitam terjatuh atas lantai. Apa yang 

Page 35 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

saya lihat di atas katil ialah bantal dan tilam bergerak sendiri. Tilam bagaikan digulung oleh orang.    "Dia sudah pergi," kata Anjang Dollah pada datuk. Datuk pun mengangguk kepalanya. Anjang Dollah pun  mengambil kain hitam dan terus memberikan pada perempuan muda itu.    "Kau rimbaskan kain hitam ke muka adikmu tujuh senja, lepas tu kalau tak juga mahu hilang, kau datang  ke mari lagi," kata Anjang Dollah. Dan perempuan itu pun menghulurkan wang pada Anjang Dollah.  Dengan tenang perempuan itu meninggalkan rumah Anjang Dollah.    "Ini baru sedikit sahaja, minggu depan kalau kalian datang, kalian boleh lihat cara lain saya mengubat,  saya boleh kenalkan awak berdua dengan sahabat saya itu," megah benar Anjang Dollah.    "Saya datang lagi," sahut datuk.    "Datanglah, tapi kena datang malam tau,"    "Baiklah."    Datuk memberikan janji. Sesungguhnya janji yang diberikan oleh datuk pada Anjang Dollah satu  penyiksaan pada diri saya. Bila masa yang dijanjikan sampai. Berangkatlah saya dengan datuk menuju ke  rumah Anjang Dollah. Kami terpaksa menggunakan andang yang dibuat dari daun kelapa untuk  menyuluh jalan. Malam cukup gelap. Tidak ada sebiji bintang pun di langit. Sepanjang perjalanan telinga  kami diasak dengan suara katak dan suara burung jampuk dan burung hantu. Bulu roma saya tegak  berdiri, bila terdengar suara lolongan anjing sayup‐sayup dari pinggir kampung.    SBDJ (Jilid 01) ‐ Siri 07 : Terkencing Dalam Seluar    Bulan di langit mula dilitupi awan. Angin kian keras bertiup. Bunyi dedaun yang bergeseran sama sendiri  amat menakutkan. Dan datuk terus melangkah dengan tenang. Api yang memakan daun kelapa, sekejap  marak, sekejap suram. 

Page 36 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Kenapa kita ikut sini tok ?" tanya saya. Tidak ada jawapan yang diberikan oleh datuk, bunga‐bunga api  dari andang daun kelapa jatuh atas bumi. Saya tidak tahu kenapa datuk ikut jalan ini. Kenapa dia tidak  mahu ikut jalan biasa yang mudah dan senang. Tidak perlu melintas tanah sawah yang luas terbentang.    Saya yang memakai baju Melayu cekak musang terpaksa mengulung lengan baju hingga ke siku, kasut  getah dan hujung seluar hitam saya mula basah diresapi oleh air embun. Langkah datuk terus lancar.  Andang kelapa diangkatnya tinggi‐tinggi.    "Kita patah balik ikut jalan lain tok," saya mengemukakan cadangan. Datuk berhenti. Dia cacakkan  andang daun kelapa tepi batas. Datuk membuang pacat yang singgah di kaki seluarnya.    "kenapa mesti patah balik, ikut sini dekat," datuk cabut andang daun kelapa. Saya diam.    Cakapnya tidak boleh dibantah. Saya melangkah dengan hati‐hati. Silap langkah nanti jatuh ke dalam  sawah. Cahaya dari andang daun kelapa menerangi rumpun‐rumpun padi yang baru pecah anak,  sesekali terdengar bunyi haruan melompat dalam air sawah menangkap anak. Suara burung hantu dan  jampuk saling tingkah meningkah. Bulan sudah tidak mengeluarkan sinarnya. Awan telah melindungi  permukaan bulan. Suara lolongan anjing kian bertambah keras. Daun‐daun dari pokok besar yang  memagari batas sebelah kanan tetap bergerak hebat. Angin malam cukup keras bertiup. Badan saya rasa  cukup dingin.    "Lagi cepat kita sampai, lagi baik," suara datuk parau. Dia menoleh ke arah saya.    "Saya sejuk tok, jauh lagi ke ?"    "Ah, kejap lagi sampailah, sekarang kau jalan dulu, biar aku ikut kau dari belakang." Itu perintah datuk.  Badan saya jadi mengeletar, macam‐macam perkara buruk datang dalam hati saya.    "Tok jalan dulu, saya tak tahu jalan," saya berdalih. 

Page 37 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Kau tak tahu, atau pun kau takut?" Datuk ketawa. Dia memaksa saya jalan dulu. Saya tidak ada pilihan  lain. Saya menurut perintahnya. Saya dan datuk sampai di sebuah tali air. Datuk menyuruh saya ke  belakang. Lama juga dia berhenti di tepi tali air itu sambil merenung pada air yang mengalir.    "Jalan ke depan lagi, di sana ada titi tak payah kita melompat," ucap datuk dengan tenang. Kami mara ke  depan. Berhenti di bawah pokok mempelam telur yang berdaun lebat. Cakap datuk memang tepat, di  pangkal pokok mempelam telur terdapat titi batang pinang. Kami menyeberang dengan selamat, dari  situ kami mendaki bukit kecil yang penuh dengan pokok pisang hutan, selesai mendaki bukit itu , kami  berhadapan dengan sebatang jalan tanah merah yang lebarnya kira‐kira dua kaki.    "Ikut jalan ini ke utara," ujar datuk sambil meraba ulu golok peraknya. Saya anggukkan kepala dua tiga  kali. Berjalanlah saya dengan datuk, suara burung hantu terus juga menyumbat lubang telinga. Kami  melintasi sebuah tanah perkuburan. Dari sinar api andang daun kelapa itu, saya melihat batu‐batu nisan  terpacak dengan gagahnya. Suara burung hantu kian kuat. Suara salakkan anjing kian dekat terdengar.  Pokok‐pokok puding dan pokok‐pokok kecil lain yang berhampiran dengan tanah kubur saya lihat  bergerak‐gerak, bagaikan ada benda yang menggoncangnya.    Awan tebal yang melindungi bulan mula beredar, dan sinar bulan mula menerangi sebahagian dari jalan  yang kami lalui, tiba‐tiba awan tebal datang kembali menutup bulan dan andang kelapa yang saya bawa  pun padam. Datuk berhenti, dia membakar andang kelapa yang baru, memang datuk membawa dua tiga  andang daun kelapa untuk digunakan dalam satu‐satu keadaan yang tertentu.    "Jalan cepat sikit, aku rasa tak berapa sedap hati di sini," datuk menyuarakan suara hatinya. Saya diam.    "Langkah panjang sikit," tambah datuk lagi. Saya hanya boleh anggukkan kepala sahaja. Tidak lebih dari  itu. Angin malam yang bertiup menjatuhkan dedaun tua dan ranting‐ranting, berderup‐derup bunyinya,  bagaikan orang mematah kayu kering. Saya mula terasa cemas, tapi saya tidak menyatakan hal pada  datuk.    Saya dan datuk jalan dan terus berjalan, matlamat kami mahu sampai ke rumah Anjang Dollah dengan  secepat mungkin. Barangkali Anjang Dollah sudah bersila di muka pintu menanti kedatangan kami,  agaknya Anjang Dollah sudah menyediakan semua barang yang digunakannya untuk kami, fikir saya 

Page 38 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dalam hati.    Tanah perkuburan tua agak jauh kami tinggalkan. Dada saya terasa lapang, tapi batin saya terus  menyumpah seranah suara burung hantu yang seakan‐akan mengikuti langkah kami. Datuk berhenti  berjalan.    "Siapa tu," suaranya perlahan. Saya merenung ke depan. Saya terpandangkan benda putih berjalan  terhincut‐hincut di depan datuk dan saya, kerana bulan dilitupi awan tebal dan cahaya dari andang  datuk tidak menyala dengan baiknya, saya tidak dapat melihat dengan jelas benda tersebut.    "Barangkali ada orang nak lalu," datuk bersuara tenang. Saya juga sependapat dengan datuk. Suara  burng hantu dan jampuk bertambah galak. Salakkan anjing bertalu‐talu, sayup‐sayup dan memanjang  pula, bagaikan orang menangis di malam sepi. Benda putih terus menghampiri kami, bila datuk mahu  menegurnya, benda putih tersebut itu pun hilang entah ke mana. Saya tidak dapat mempastikan apakah  dia masuk ke dalam hutan pokok pisang di kanan, atau masuk ke dalam belukar di kiri jalan. Benda putih  itu menjelma di depan kami lagi.    "Bukannya manusia," datuk membisik ke telinga saya. Serentak dengan itu dia memadam api andang  daun kelapa.    "Kita ke tepi, biarkan dia lalu," perintah datuk. Saya patuh pada arahan datuk. Kami berdiri di balik  pokok getah besar. Benda putih itu melintas di depan kami. Saya tidak dapat melihat bentuk mukanya.  Apa yang saya lihat pada benda putih itu berjalan tanpa kaki, tidak mempunyai kepala. Berjalan menuju  ke kawasan tanah perkuburan, saya dan datuk melihat Anjang Dollah datang membawa cangkul.    "Apa ni tok," tanya saya pada datuk.    "Kau diam, kau ikut saja apa yang aku buat,"    "Baik tok," saya menoleh ke kiri dan ke kanan. Datuk melangkah ke jalan tanah merah. Dia menarik  tangan saya mengikuti langkah Anjang Dollah menuju ke kawasan perkuburan. Saya menurut sahaja. 

Page 39 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Dua tiga kali saya tersungkur kerana tersepakkan batu‐batu nisan. Datuk berhenti.Saya mendongak ke  langit, awan tebal sudah berlalu dari sisi bulan. Dengan pertolongan sinar bulan enam belas, kami dapat  apa yang dilakukan oleh Anjang Dollah. Dia sedang mencangkul tanah perkuburan. Benda putih duduk  dekat batu nisan.    Anjang Dollah dapat menyelesaikan semua tugas‐tugas dalam masa kurang lebih empat puluh lima  minit. Seluruh badannya dibasahi peluh, nampak berminyak‐minyak ditampar sinar rambulan enam  belas. Dia duduk di pangkal pokok cempedak. Kemudian dia berkata pada kawannya yang nampak putih  itu. Benda putih tanpa kepala dan kaki itu, bagaikan terawang‐awangan, bergerak dan berhenti di depan  Anjang Dollah.    "Hai sahabatku, tunggu di sini, biarkan aku ambil kain kapan dan rambut perempuan, kemudian kau  bawa barang‐barang itu pulang ke rumah kita kau tunggu aku di sana, aku tak boleh balik bersama,  kerana banyak kerja yang mahu aku selesaikan," itulah yang dicakapkan oleh Anjang Dollah pada  sahabatnya.    Anjang Dollah terjun ke dalam kubur. Dia mengambil kain kapan orang mati beranak dan rambut. Lama  juga Anjang Dollah berada di dalam lubang kubur. Benda putih tanpa kepala dan kaki berlegar‐legar di  tepi kubur. Kadang‐kadang dia nampak bagaikan duduk di akar pokok cempedak. Suara burung hantu  kian gamat. Suara jampuk bersahut‐sahutan. Lolong anjing tingkah meningkah. Suara dahan kayu  berlaga sama sendiri jelas kedengaran di rempuh angin malam. Ranting tua dan daun tua gugur ke bumi.    Saya bagaikan terdengar bunyi orang berjalan di belakang. Bila ditoleh , tidak ada apa‐apa. Saya  bagaikan terdengar bunyi burung terbang di atas kepala. Bila diperhatikan tidak ada apa‐apa. Bulu  tengkuk saya berdiri tegak. Macam‐macam perkara aneh saya rasakan. Saya rapat pada datuk yang  duduk tenang. Mulutnya membaca sesuatu, saya sendiri tidak tahu apa yang dibaca olehnya.    "Kau ingat, tidak ada benda yang berkuasa di dunia ini, selain daripada Allah yang maha besar, dan tiada  manusia yang boleh melawan kekuasaannya. Ingatkan Allah yang maha besar," datuk memberitahu  saya, bila dilihatnya saya mengeletar sendirian.    "Kau lihat di depan," datuk menajamkan mulutnya ke arah kubur yang digali oleh Anjang Dollah. Saya  merenung ke depan. Saya lihat benda putih tanpa kepala dan kaki itu terjun ke dalam kubur. Saya  terdengar bunyi suara Anjang Dollah terpekik dalam kubur, tanah kubur berterbangan ke udara, 

Page 40 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

serentak dengan itu juga saya dengar suara mengaum macam suara harimau dari dalam kubur.    Suara jeritan Anjang Dollah beransur lemah. Tanpa dapat ditahan datuk meluru ke tanah kubur. Datuk  mahu menolong Anjang Dollah, dia mengambil sepotong kayu, lalu memukul benda putih yang keluar  dari lubang kubur. Setiap kali datuk memukulnya, benda itu tidak melawan, malah dia mengelak,  akhirnya ghaib dari kawasan perkuburan. Datuk memanggil saya, waktu saya mahu sampai dekat datuk,  saya rasa pangkal seluar saya basah. Sesungguhnya, saya tidak sedar waktu bila saya terkencing dalam  seluar. Datuk suruh saya membakar andang daun kelapa. Saya patuh dengan cakapnya. Bila andang  daun kelapa sudah terbakar. Kawasan sekitar tanah kubur yang digali oleh Anjang Dollah terang.    "Kau lihat ," datuk menuding jari kelingkingnya ke dalam lubang kubur. Lubang kubur saya jenguk.  Anjang Dollah terbaring di dalamnya. Seluruh mukanya berdarah. Di sebelahnya terdapat mayat seorang  perempuan, kepalanya sudah terpisah dengan badan. Kain kapannya sudah koyak dan berdarah.    "Perbuatan yang dikutuki oleh Allah, perbuatan sesat yang terpisah dari ajaran agama, cuma orang yang  tidak beriman dan tidak percayakan Allah saja yang berani membuat kerja sial ini," datuk merungut  panjang. Saya renung muka datuk. Wajahnya penuh kesal. Memang, di luar dugaan datuk, bahawa  pawang Anjang Dollah boleh membuat kerja yang tidak direlakan oleh agama Islam.    "Apa yang patut kita buat datuk," saya menyoal datuk. Lama juga datuk termenung di situ. Saya tidak  tahu apa yang difikirkannya.    "Sebagai orang Islam, Anjang Dollah tidak boleh dibiarkan begini, dia harus dimandikan, dikapan dan  ditanam serta dibacakan talkin," terang datuk.    "Siapa yang mahu menguruskan semuanya ini."    "Siapa lagi, kita yang mesti menyelesaikannya," datuk bersuara tegas.    "Dia membuat kerja yang silap, biarkan dia di situ," bantah saya. Datuk senyum. Suara burung hantu dan  jampuk terus bersahut‐sahutan, tapi suara salakkan anjing sudah tidak ada lagi. Bunyi dahan jatuh masih 

Page 41 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kedengaran.    "Kau silap, kita tahu dia memang beragama Islam, soal dia membuat kerja yang tidak baik tu, soal dia  dengan Tuhan," datuk memberitahu saya. Datuk membuat keputusan yang tepat. Dia mahu  memberitahu pada seluruh penduduk tentang peristiwa yang menimpa diri Anjang Dollah. Dia mahu  menghebahkan hal itu ke seluruh kampung. Datuk juga mengharap pada sesiapa yang mengambil ilmu  salah atau yang berguru dengan Anjang Dollah supaya bertaubat dan membuangkan semua ilmu itu  untuk kembali ke jalan Allah.    Saya merenung ke dalam kubur kembali. Saya lihat mayat perempuan mati beranak itu masih berdarah,  saya kira perempuan itu tentu sahaja baru ditanam. Hal itu saya tanyakan pada datuk.    "Agaknya dia mati semalam," kata datuk.    Dia menarik tangan saya keluar dari kawasan perkuburan. Kami berpatah balik menuju ke kampung. Bila  sampai di kampung nanti, datuk mahu melaporkan perkara itu kepada penghulu. Kami kembali meredah  tanah sawah yang luas terbentang. Kali ini saya tidak mahu berjauhan dengan datuk. Datuk tahu  perasaan hati saya. Dia menyuruh saya memegang pinggang seluarnya.    Sebaik sahaja kami sampai di gigi kampung, saya dan datuk terserempak dengan Imam Hamid. Dia agak  terkejut bila kami nyatakan yang kami baru sahaja kembali dari tanah kubur.    "Apa halnya," tanya Imam Hamid.    "Panjang ceritanya dan Pak Imam ni dari mana," soal datuk.    Imam Hamid terdiam. Kemudian dia memberitahu kami, bahawa dia juga mahu pergi ke kubur.    "Apa sebabnya," datuk mengemukakan soalan. Imam Hamid diam sejenak. 

Page 42 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Anak aku Sepinah mati beranak, dah ditanam pun pagi semalam."    "Kami tak tahu," jawab datuk.    "Silap aku, aku mahu menanamnya cepat, tiba‐tiba malam ini hati aku teringatkan dia, aku bimbang  kuburnya dikorek orang, kau sendiri tahulah sekarang, kubur perempuan mati beranak suka sangat  digali orang," terang Imam Hamid.    Mendengar cakap Imam Hamid itu, wajah datuk segera berubah. Dia mula ragu dengan apa yang  dituturkan oleh Imam Hamid. Jauh dalam hati datuk, timbul satu pertanyaan apakah Imam Hamid  bersubahat dengan Anjang Dollah dalam perkara ini? Datuk terus menepuk bahu Imam Hamid dalam  mengajak dia pulang. Imam Hamid keberatan. Datuk terus memujuk. Ada sesuatu yang mahu disoal oleh  datuk pada Imam Hamid. Kalaulah Imam Hamid membuat kerja terlarang, dia mahu memujuknya  supaya kembali ke jalan Allah.    "Ke rumah saya saja malam ini, ada hal yang mahu saya tanya pada Pak Imam," kata datuk. Mendengar  cakap datuk itu muka Imam Hamid berubah menjadi pucat.    SBDJ (Jilid 01) ‐ Siri 08 : Manusia Berkepala Anjing  Imam Hamid mengedutkan dahinya hingga berlapis empat. Dia renung muka datuk. Dia renung muka  saya hingga kepucatan yang terpamir di wajahnya hilang.    “Mustahak ke ?” soalnya agak ragu.      “Memang mustahak, perkara yang mahu diceritakan ni ada hubungannya dengan diri Pak Imam.”     

Page 43 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Dengan diri saya ?”      “Iya,” datuk angguk kepala.      Tanpa banyak bicara Imam Hamid mengikut datuk dan saya ke rumah. Kami bertiga duduk bersila di  anjung rumah. Macam selalu datuk bila berbual suka bersandar. Sebelah kakinya berdiri lutut. Ini  memang amalan datuk. Menurut datuk duduk begitu bukan duduk yang kosong. Duduk yang ada  makna. Susah kalau musuh mahu menyerang, payah hantu syaitan mahu mengoda.    “Apa dia perkara yang mustahak tu?” Imam Hamid mula mendesak. Datuk tersenyum. Serentak dengan  itu nenek pun meletakkan tiga cawan kopi di depan kami.      “Begini,” datuk menggeliat dan terus bercerita :      “Anjang Dollah sudah mati, pagi esok kita terpaksa uruskan mayatnya untuk di tanam. Dia mati dibunuh  syaitan yang dibelanya.” Imam Hamid terkejut. Kemudain dia senyum. Sepasang matanya merauti paras  datuk. Saya cuma diam sahaja. Tidak baik campur orang tua‐tua bercakap.    “Pemintaan saya diberkati Allah.” Itu yang terhambur dari mulut Imam Hamid. Matanya bercahaya  memandang muka saya.    “Dengan apa Pak Imam membinasakan kerja laknat tu, “datuk terus bertanya. Imam Hamid gosok  batang hidungnya beberapa kali.     

Page 44 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Dengan ayat Quran, kau harus tahu tidak ada kuasa yang dapat mengatasi kekuasaan Tuhan, lagi pun  dalam Quran sudah lengkap semuanya. Kerja jahat memang tidak diberkati Tuhan.” Itulah yang  diberitahu oleh Imam Hamid pada datuk. Datuk angguk kepala. Imam Hamid pun terus bercerita pada  datuk tentang diri Anjang Dollah. Menurut Imam Hamid, Anjang Dollah memanglah dukun yang tidak  bersih. Ia tidak mengamalkan ilmu kedudukannya untuk kebaikan manusia. Dia bekerja bergurukan  syaitan. Kerjanya mengorek kubur perempuan mati beranak, suka ambil kain kapan rambut orang yang  baru mati beranak.      “Agaknya dia dukun sihir Pak Imam,” dengan mendadak datuk bersuara. Imam Hamid mengakuinya  sambil berkata : ” Dia sudah dipengaruhi syaitan sanggup mengambil darah orang mati beranak untuk  makanan syaitan yang dipeliharanya.”      “Siapa pula yang di belanya tu ?” saya tanya. Datuk merenung dengan marah pada saya.      “Hantu itu, adik perempuannya sendiri, dia potong kepalanya dan hal tu tak dikesan oleh sesiapapun.”    “Dahsyatnya,” ujar datuk.      “Memang dahsyat dan aku menduga dia akan mengorek kubur anak aku. Jadi aku bersedia untuk  menghantarkannya.” Imam Hamid berhenti bercerita. Dia minta diri untuk pulang ke rumahnya. Mula  daripada malam itulah datuk mendapat tahu, bahawa Imam Hamid bukan sebarang orang. Dia banyak  ilmu dunia dan akhirat. Sifat orang terpuji pada diri Imam Hamid kerana dia tidak mahu menunjukkan  kebolehannya di mata orang ramai. Inilah yang mengkagumkan diri datuk.      Sebaik sahaja Imam Hamid pulang. Saya dan datuk tidak dapat tidur. Rumah datuk diganggu dengan  bermacam‐macam cara. Pintu rumah datuk terbuka dengan sendiri. Kelambu datuk terbakar sendiri.  Page 45 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Paling mengerikan bila rumah dibaling dengan batu dan kayu. Datuk tidak bertindak dia cuma  membiarkan sahaja. Dia cukup tenang duduk di tengah rumah. Bila datuk mahu pergi ke perigi untuk  mengambil air sembahyang. Dia terkejut. Ruang luas di anjung rumahnya penuh dengan daun buluh dan  batang pisang.    “Syaitan, semuanya kerja syaitan,” keluh datuk. Dia terus ke perigi. Saya juga ikut ke perigi. Kami  sembahyang subuh bersama. Selesai sahaja datuk sembahyang semua daun pisang dan batang buluh  hilang. Pagi itu, kami berdua segera pergi ke tanah kubur. Sampai sahaja di kawasan tanah perkuburan.  Imam Hamid dan beberapa orang kawannya sudah berada di situ. Mayat Anjang Dollah sudah  dimasukkan ke dalam guni. Dua orang anak muda sudapun mengandar guni yang berisi mayat Anjang  Dollah.    Datuk segera mendapatkan Imam Hamid minta kebenaran untuk melihat mayat Anjang Dollah.  Permintaan datuk itu tidak dihampakannya. Sebaik sahaja datuk melihat mayat Anjang Dollah dalam  guni. Air mukanya segera berubah. Jadi cemas.      “Kenapa jadi macam itu ?” Datuk dengan tiba‐tiba bersuara.    “Itulah pembalasan yang dapat kita lihat, bila orang melakukan kerja‐kerja yang bertentangan hukum  Allah,” bisik Imam Hamid pada datuk. Mayat Anjang Dollah pun dibawa ke rumah. Dia dimandi dan  dikapan, akhirnya disemadikan di tanah perkuburan.      Cerita tentang Anjang Dollah pun padam dari jadi pokok perbualan orang‐orang kampung. Datuk mula  berkawan dengan Imam Hamid. Tujuan utama datuk berkawan ialah untuk menambahkan ilmu buat  dirinya. Orang yang selalu dibawa oleh datuk ke rumah Imam Hamid, saya sendiri. Kadang‐kadang saya  jadi bosan dan benci dengan perangai datuk itu. Bila saya memprotes, datuk cuma ketawa sahaja. Dia  berharap benar‐benar supaya saya ambil tahu tentang kepandaian orang Melayu dalam beberapa  bidang tertentu yang menurut datuk kebolehan dan kepandaian itu sudah mulai pupus. Pada dasarnya ,  saya setuju dengan apa yang diperkatakan oleh datuk itu.      Page 46 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Aku tak mahu kau jadi dukun atau pawang,” kata datuk pada satu malam.      “Tak guna saya ikut datuk.”      “Ada gunanya,”      “Apa gunanya, sekadar untuk tahu sahaja tak lebih dari itu, aku mahu kau jadi doktor atau peguam.”      “Jadi dukun, sama juga tarafnya dengan doktor.”      “Itu pendapat yang salah,” dalih datuk.      Kerana malam itu terlalu dingin, saya minta pada datuk untuk tidur dalam biliknya. Permintaan saya itu  diizinkan oleh datuk dengan syarat saya tidak dibenarkan mengusik semua perkakas datuk dalam  biliknya. Pesan datuk itu saya akur. Waktu saya menolak pintu bilik datuk, saya lihat jam di ruang tengah  baru pukul sebelas malam. Sepatutnya saya tidur lebih awal dari itu kerana esoknya saya mesti pergi ke  Kuala Lumpur untuk temuduga sebagai buruh hutan atau forest labourer.    Datuk sudahpun memberikan beberapa petua untuk temuduga tersebut. Antaranya, bila saya mahu  melangkah harus dimulakan dengan kaki kanan. Tidak boleh berpatah balik. Bila berhadapan dengan  orang yang menemuduga kelak. Saya harus membengkokkan jari telunjuk saya sambil berkata.   

Page 47 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Aku tidak mematahkan jariku, tapi mematahkan hati orang yang menyoal. Biar dia simpati dan kasih  pada diriku.” Sebaik sahaja berkata begitu, saya disuruh salawatkan Nabi tiga kali sambil membaca ayat  Kulya.    Semuanya saya lakukan dalam hati. Saya masuk ke dalam bilik datuk rebahkan badan atas katil. Tiba‐tiba  saya rasa katil bergerak. Saya bangun dan menoleh ke kanan. Badan saya mengeletar. Seorang lelaki  berbadan tegap, bermandikan peluh, berdiri di situ. Muka lelaki itu kelihatan hitam. Bila direnung  lama‐lama muka lelaki itu berubah menjadi muka anjing yang garang mula dari pangkal lehernya.      Lelaki itu menjelerkan lidah anjing dan cuba menjilat badan saya. Saya terus menjerit, serentak dengan  itu datuk melompat ke dalam bilik dengan keris di tangan. Manusia berpala anjing merenung muka  datuk dan bersedia untuk menerkam padanya. Datuk angkat tangan kiri separas dada. Tangan kanannya  menunjuk ke arah manusia berkepala anjing. Jari manis dan jari kelingking datuk berkait antara satu  sama lain. Manusia kepala anjing melompat ke sebelah kiri, kemudian hilang di balik dinding. Serentak  dengan itu juga tingkap bilik datuk terbuka kemudian bagaikan dihempas oleh sesuatu benda, papan  tingkap memukul jenang, seluruh bilik bergegar. Barang‐barang yang tersangkut di situ jatuh berserak ke  lantai.    Datuk menerpa ke tepi tingkap. Dilihatnya bulan sedang mengambang. Angin tidak bertiup tetapi pokok  rambutan gading di depan rumah bergerak. Beberap minit kemudian terdengar salakkan anjing  bersahut‐sahutan. Datuk meniup tingkap. Dia menyuruh saya pindah ke bilik lain yang dekat dengan bilik  nenek.      “Jaga cucu kita ni baik‐baik,” datuk beritahu nenek      “Awak na ke mana ?”   

Page 48 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Aku nak selesai masalah baru ini di rumah Imam Hamid.”    “Awak nak pergi seorang.”      “Tentulah,” suara datuk keras.      Baru lima langkah datuk melangkah di halaman terdengar jeritan orang perempuan dari rumah Hussein  Janggut. Datuk bergegas ke situ.      “Kenapa Sin ?” datuk tercungap‐cungap.      “Bilik anak dara saya di masuk orang berkepala anjing.”    “Kemudian apa jadinya ?”      “Dia cuba membawa anak dara saya keluar dari rumah ni,” sungut Hussein Janggut parau. Dalam  beberapa detik sahaja rumah Husein Janggut mula dikerumuni orang kampung. Malam itu sahaja  sekurang‐kurangnya lima buah rumah yang ada anak dara telah didatangi oleh mahluk manusia  berkepala anjing. Seluruh kampung Paya Liam jadi gempar. Malam itu juga bentuk dibentuk  jawatankuasa pengawal kampung. Seluruh isi perut kampung Paya Lima berazam mahu menangkap  manusia aneh itu. Perkara itu segera dilaporkan kepada pihak polis.   

Page 49 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Dua malam kemudian atas inisiatif Imam Hamid, orang lelaki Paya Lima dikumpulkan di surau.  Mengadakan pembacaan Yassin untuk hindarkan manusia kepala anjing berluluasa di kampung tersebut.  Ibubapa yang mempunyai anak dara diminta supaya jangan membenarkan anak dara mereka berjalan  waktu malam, terutama ketika bulan mula mengambang. Setiap anak dara disuruh membawa pisau atau  parang bila mahu tidur. Pintu dan tingkap harus dikunci. Datuk dan Imam Hamid sungguh runsing  dengan kejadian itu.      Dalam sibuk‐sibuk perkara manusia berkepala anjing, Imam Hamid menghilangkan diri dari kampung  tersebut. Dengan itu beberapa tuduhan mula dilemparkan oleh orang‐orang kampung pada Imam  Hamid. Datuk bertindak tegas. Dia menolak semua tuduhan itu dengan alasan yang dapat diterima oleh  orang‐orang kampung.      “Cara yang paling selamat kita lakukan ialah bejaga pada setiap malam.” Itu nasihat datuk pada  orang‐orang kampung. Beberapa orang dukun memberikan petua pada anak dara dan teruna supaya  menaruh inai di jari manis. Dukun‐dukun juga menasihatkan setiap rumah harus menyimpan Quran dan  membacanya pada setiap malam. Dengan itu akan melumpuhkan kegiatan manusia kepala anjing  datang ke rumah yang ada anak dara dan teruna.    Dukun‐dukun atau pawang mengesahkan bahawa manusia kepala anjing itu adalah manusia yang  datangnya dari kampung berhampiran yang sedang mengamalkan ilmu salah. Dia sedang menuntut ilmu  seri pandang yang antara lain memaksa penuntut ilmu menjadi anjing. Dia akan menjadi manusia yang  kacak dan cantik, bila dia sudah dapat memperkosa empat puluh orang gadis atau dapat menghisap  darah anak teruna sebanyak empat puluh empat orang. Kalau dia tidak dapat berbua begitu, dia akan  terus menjadi anjing berbadan manusia hingga hari kiamat. Kalau dia berjaya, dia akan dapat menguasai  hantu syaitan yang akan memberikan kemewahan pada dirinya.    Malam itu, datuk pulang dari surau sesudah membaca Yassin. Waktu datuk mahu melintasi parit kecil  yang memisahkan Kampung Paya Besar dengan Paya Lima, datuk terpandang pokok keduduk dan  serunai laut tepi parit bergerak‐gerak. Datuk sembunyikan diri di balik pokok besar. Di langit bulan mula  mengambang, makin kuat sinar bulan memanah bumi, makin kuat pokok‐pokok kecil di situ bergerak.   

Page 50 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Anjing mula bersuara keras. Datuk membuat keputusan untuk mengetahui apakah gerangan yang  bergerak dalam hutan kecil itu. Bila bulan sudah cukup mengambang. Datuk melihat satu lembaga  manusia bergerak dan berjalan macam anjing, mencium tanah dan pokok‐pokok di situ.    “Syaitan,” sergah datuk. Lembaga itu terus menyalak macam anjing. Dari merangkak lembaga itu tegak  berdiri. Dengan tiba‐tiba sahaja beberapa ekor anjing besar mengelilingi lembaga itu.      “Engkau rupanya memang aku cari selam ini,” suara datuk keras. Bila dia melihat manusia berkepala  anjing hitam itu dengan matanya yang bercahaya ke merah‐merahan. Bulunya cukup tebal. Giginya p   

SBDJ (Jilid 01) ‐ Siri 09 : Panjat Bilik Anak Dara    Sepanjang malam itu, datuk tidak tidur. Dia duduk termenung di anjung rumah hingga matahari pagi  terbit di kaki langit. Cuma ada satu saja yang datuk rasa agak ganjil, setelah menemui manusia berkepala  anjing dia tidak mendengar suara perempun menjerit atau menerima pengaduan dari anak buahnya  sama ada mereka bertemu atau memburu manusia berkepala anjing.      “Agaknya, dia sudah lari dari sini,” beritahu datuk pada nenek ketika sarapan pagi. Nenek tidak  menjawab. Dia cuma merenung muka saya dengan wajah yang sangsi.    “Lari atau menyiapkan diri,” terungkap dari mulut nenek. Datuk tersenyum. Saya terus menghirup air  kopi.    “Biasanya perkara yang jahat tidak lama berkuasa,” suara datuk lembut.      “Maksud awak ?” 

Page 51 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    “Yang jahat tidak diperkenankan oleh Tuhan,” sahut datuk dan terus bangun.      Datuk menyuruh saya pergi ke Paya Besar untuk melihat anak‐anak getah yang baru ditanam semula.  Dia juga menyuruh saya menebang pokok‐pokok pisang di celah anak‐anak getah.      “Tebang yang mana kau agak boleh merosakkan anak getah kita,” pesan datuk. Saya mengangguk. Ke  Paya Besarlah saya pagi itu dengan basikal tua membawa sebilah parang. Lebih kurang pukul tiga petang  saya kembali ke rumah. Terkejut juga saya, bila melihat ada beberapa orang duduk di anjung rumah  berbincang dengan datuk. Saya kira mereka membincangkan peraturan berjaga malam. Saya terus ke  sungai untuk mandi. Lepas itu makan dan membaca suratkhabar jawi, memang datuk tidak pernah  tinggal membeli akhbar sejak dari zaman muda lagi.    Tanpa di duga datuk memanggil saya. Cepat‐cepat saya campakkan surat akhbar dan meluru padanya.      “Ada apa tok ?”    “Malam ini, kau turut sama berjaga.”      “Sayaaa…..” suara saya mati di situ. Kawan‐kawan datuk mengetawakan saya.      “Kau takut ?” tanya datuk sesudah suara ketawa kawan‐kawannya mati. Semua biji mata kawan‐kawan 

Page 52 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

datuk tertumpu ke muka saya.      “Tidak,” jawab saya tegas. Kawan‐kawan datuk berpandangan sama sendiri. Saya ditugaskan berjaga  dekat surau hingga ke rumah Haji Shafie, kawan saya yang disyurkan oleh datuk ialah Bidin yang agak  tiga suku sedikit perangainya.      Sementara menanti malam tiba, saya berpeluang menyoal datuk tentang kehilangan Imam Hamid. Tidak  banyak yang mahu diceritakan oleh datuk tentang Imam Hamid. Datuk cuma mengatakan Imam Hamid  meninggalkan kampung kerana urusan peribadi. Menurut datuk manusia berkepala anjing ini memang  sudah lama wujudnya. Tapi dapat diatasi oleh orang yang cukup handal dalam ilmu kebatinan.      “Tapi orang yang macam tu dak ada lagi,” keluh datuk. Di mukanya terbayang rasa kecewa dan kesal  yang amat sangat. Dia bimbang kalau manusia kepala anjing itu tidak dapat dihancurkan, bukan satu  perkara yang mustahil ada gadis yang menjadi korbannya.      “Macam mana orang tu boleh jadi begitu tok ?” soal saya. Datuk renung muka saya tepat‐tepat. Dia  mengaru pangkal dagunya dua tiga kali. Matanya merenung kosong ke depan.    “Kadang berpunca dari keturunan, ” ujar datuk.      “Caranya.”    “Boleh jadi masa dulu ada datuk neneknya mengamalkan ilmu itu untuk mempertahankan diri, bukan  untuk tujun jahat, maklumlah orang zaman duu banyak mengembara dalam hutan terpaksa banyak 

Page 53 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

menggunakan berbagai ilmu,” datuk berhenti bercakap. Dia telan air lior dua tiga kali. Matanya masih  juga merenung ke depan.      “Biasanya yang datang dari keturunan tu,” jadi bila dia terdesak dan tak sedarkan diri, umpamanya  dipukul oleh orang dengan tidak tentu fasal baru dia jadi, jenis ni tidak merbahaya, boleh dibuang  dengan ancak dan rakit ke dalam tujuh kuala sungai. Dan orang itu akan sempurna terus,” saya  mendengar cakap datuk dengan penuh teliti.    “Di kampung kita ni macam mana ?” soal saya.      “Orang ini menuntut, tapi silap bawa, fasal tu dia mengganas.”    “Silap macam mana ?”      “Tujuan dai menuntut untuk diri sendiri, tapi masa dia menuntut tu, boleh jadi dia menjalani pertapaan,  masa itu dia dipengaruhi syaitan untuk membawa kerja yang tidak baik.”    “Jadi.”    Mendengar cakap saya itu, datuk jadi tergamam. Bila rasa tergamamnya hilang. Dia tersenyum dan terus  menepuk bahu saya dua tiga kali.      “Dia terus jadi syaitan,” tambah datuk   

Page 54 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Kerana itulah bila mahu menuntut ilmu keduniaan, terlebih dahulu mengisi dada dengan ilmu agama,  dapat membesakan mana yang direlakan oleh agama dan yang mana pula ditegahnya. Tak boleh main  ikut‐ikut silap‐silap gaya kita terkeluar dari ajaran agama.      “Keluar macam mana.”      “Takbur dan menafikan kebesaran dan kekuasaan Tuhan, sedangkan sesuatu yang berlaku adalah atas  kehendaknya, kita boleh jadi murtad,” Datuk segera bangun. Memang kalau dia masih ada depan saya,  banyak lagi pertanyaan yang mahu saya tanyakan. Datuk tahu perangai saya. Dia memilih jalan mudah  dengan meninggalkan saya.    Tepat pukul sepuluh malam. Saya dan Bidin tiga suku mudar‐mandir dari satu kawasan ke satu kawasan.  Kemudain menuju ke kawasan rumah Haji Shafie dengan membawa sebatang kayu panjangnya kira‐kira  empat kaki. Saya tidak suka dengan perangai Bidin tiga suku yang suka bercakap besar. Sesekali dia  bersilat tidak tentu fasal. Tidak boleh terdengar katak melompat. Dia buka silat. Kalau dekat dengannya  bertabur darah kepala kena kayu di tanganya. Memang saya tahu, Bidin tiga suku baru dua bulan belajar  silat cekak.      “Kau jalan seorang dulu Din, aku nak rehat di tangga surau,” kata saya sambil duduk di anak tangga  bongsu. Ketika itu sudah pukul sebelas lebih, bulan mula mengambang. Suara salakkan anjing. Mula  kedengaran. Sayup‐sayup.    “Ok, kalau aku jumpa, aku lipat empat,”      “Jangan begitu, tak baik.” Saya terdiam. Bidin tiga suku terus meronda. Dua minit kemudian Bidin tiga  suku datang pada saya.  Page 55 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    “Kenapa ?” tanya saya sambil melihat muka Bidin tiga suku yang pucat lesi. Dia tidak bersuara, jari  kelingkingnya menunjukkan ke arah pangkal pokok mempelam. Dada saya berdebar. Saya beranikan diri  pergi ke pangkal pokok mempelam. Sebaik saja saya sampai ke pangkal pokok tersebut. Saya  terserempak dengan seekor kucing hitam belang putih menangkap tikus. Saya segera mendapatkan  Bidin tiga suku kembali.      “Tak ada apa pun di situ ?” kata saya.      “Di situ, aku jumpa dia, biarlah aku balik dulu, perut aku sakit,” kata Bidin tiga suku terputus‐putus. Saya  membenarkan dia pulang. Tahulah saya kenapa Bidin tiga suku jadi begitu. Saya terus berjaga tanpa  Bidin tiga suku. Berjaga tanpa kawan bukanlah satu perkara yang menyeronokkan. Dua tiga kali aya  membuat keputusan untuk pulang, tapi kerana memikirkan keselamatan orang ramai saya terpaksa juga  berjaga. Suara lolongan anjing makin hebat. Sekali‐sekala terdengar bunyi suara burung jampok. Tingkah  meningkah dengan suara burung hantu.    Angin malam terus juga bertiup, dedaun bergerak. Saya keraskan semangat dan terus meronda. Kalau  ada apa‐apa yang meragukan hati, saya akan terus memukul bedok memberitahu kawan‐kawan lain.  Saya terus berjalan di bawah sinaran bulan yang agak kabur itu. Waktu saya sampai ke pangkal pokok  mempelam bagi kali yang ketiga. Saya lihat kucing hitam berbelang putih masih lagi bermain dengan  tikus yang ditangkapnya. Saya berdiri di situ. Tiba‐tiba bahu saya ditepuk dari belakang. Darah saya  tersirap. Badan saya mengeletar. Tidak berani saya menoleh ke belakang saya benar‐benar jadi  kelam‐kabut. Saya mula mahu menjerit, tapi sepasang tangan mencekup mulut saya dengan keras. Saya  berhempas pulas berusaha melepaskan diri. Saya terasa mulut saya tidak dicekup lagi. Segera saya  menoleh ke belakang.    “Pak Imam.”     

Page 56 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Iya, jangan bising,” Imam Hamid memberi amaran. Dia berkain pelikat. Berbaju Melayu putih dan  bersongkok putih. Matanya merah merenung ke muka saya.    “Ke mana Pak Imam menghilang.”      “Itu bukan urusan kau.”      “Pak Imam yang jadi……,” belum sempat saya menghabiskan perkataan, Imam Hamid menarik tangan  saya ke bawah pokok mempelam. Dia suruh saya duduk dan dia berdiri gagah di depan saya tidak  memalingkan pandangan ke mana‐mana. Saya tentang wajahnya dengan harapan di bawah sinaran  bulan yang muram, saya dapat melihat pertukaran wajahnya dari manusia kepada anjing. Apa yang saya  harapkan tidak terjadi. Pak Imam tetap berwajah manusia. Suara salakkan anjing terus menerus. Burung  kian kuat berbunyi. Angin malam menggugurkan mempelam tua. Dengan mendadak saja bulu tengkok  saya berdiri.    “Datuk kau berjaga sebelah mana ?”      “Sebelah barat Pak Imam ?”      “Bagus, satu peluang yang baik.”      “Apa yang Pak Imam cakapkan ini.”   

Page 57 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Kau mana tahu,” suaranya keras sekali. Dia menarik tangan saya dengan kasar menuju ke surau. Tidak  lama kami berdiri dekat surau. Pak Imam menarik tangan saya menuju ke rumah Pak Jalil. Dia berdiri  betul‐betul dekat tingkap bilik Minah anak dara Pak Jalil. Saya makin yakin, bahawa manusia berkepala  anjing yang dicari selama ini, adalah Pak Imam. Cara yang paling baik saya pilih ialah memukul kepala  Pak Imam dekat kayu bila dia terlali.    Sesungguhnya Pak Imam cukup berhati‐hati dalam kerjanya. Dia tahu dan ingat tiap langkah yang sudah  dan langkah yang akan dibuatnya.      “Saya panggil orang kampung Pak Imam.”      “Jangan, tegahnya. Saya bertambah bingung dengan sikap dan tindak‐tanduk Pak Imam Hamid.    “Mari berlindung,” Pak Imam Hamid menolak badan saya hingga jatuh atas tanah. Kemudian kami  merangkak perlahan‐lahan menuju ke pangkal pokok asam jawa yang dikelilingi oleh semak samun. Pak  Imam Hamid mendongak ke langit melihat bulan. Wajahnya nampak muram, kerana bulan dilangit  dilindungi oleh awan tebal. Bila awan tebal berlalu bulan tersembul indah di dada langit. Wajah Pak  Imam nampak berseri‐seri. Mulutnya mula kumat‐kamit membaca sesuatu. Dada saya mula berdebar.    Dalam keadaan yang mendebarkan itu, saya lihat Pak Imam Hamid menukar baju dan kain dengan  seluar. Seluruh badan Imam Hamid dibalut oleh kain hitam. Songkok putihnya juga ditukar hitam.      “Aku mahu jadi anjing,” katanya sambil menekan batang leher saya ke bumi. Hidung saya mencium  tanah. Imam Hamid meniarap. Sama rata dengan tanah. Dia memberitahu saya supaya jangan lari atau  menjerit. Kalau saya tidak menurut perintahnya, dia akan menikam saya dengan lawi ayam. Saya  bertambah menggeletar. Suara anjing bertambah kuat. Angin makin kencang bertiup. Berdetup‐detap  bunyi ranting menimpa bumi. Bulan terus mengamban. Suara katak bertambah rancak menyanyi. Imam 

Page 58 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Hamid masih meniarap. Matanya merenung ke arah runpun senduduk dan serunai laut di sebelah kanan  rumah Pak Jalil. Dua ekor anjing hitam keluar dari situ meraung panjang ke bulan. Ekornya terpacak ke  langit. Rumpun seduduk dan serunai laut bergerak hebat. Imam Hamid tidak berkata sepatah apa pun.  Mulutnya terus kumat‐kamit. Saya lihat matanya tidak berkedip memandang belukar kecil di depannya.      “Lihat katanya.” Saya memandang ke depan, seorang lelaki berkulit hitam berkepala anjing keluar dari  celah semak itu. Di meraung bagaikan anjing merenung bulan. Lembaga manusia berkepala anjing  melompat ke arah tingkap tempat Minah tidur.      “Datuk kau di mana ?” bisik Imam Hamid.      “Macam saya cakap tadi. Orang ini membalas dendam, selagi keluarga datuk kau tidak dirosakkan dia  tidak akan berhenti,”    Saya segera teringat Pak Jalil memang ada hubungan keluarga dengan datuk, malah dalam perkiraan  datuk, Minah mahu dijadikannya isteri pada seorang cucunya. Jadi cakap Imam Hamid ini memang ada  benarnya. Fikir saya sendirian. Dalam berfikir begitu saya lihat manusia berkepala anjing menepuk  dinding, dan daun tingkap rumah Pak Jalil terkuak dengan sendirinya.  Manusia berkepala anjing melompat ke atas. Bertenggik di bendul tingkap. Saya bertambah  kelam‐kabut. Imam Hamid bangun menuju ke bawah rumah. Dia terus bertempik dan menjerit sekuat  hati., kemudian diikuti dengan suara azan yang nyaring. Saya terus menuju ke surau lalu memukul  beduk. Bila saya pulang ke tempat asal, saya lihat Imam Hamid sedang berhadapan dengan manusia  berkepala anjing. Manusia berkepala anjing terus menyerang Imam Hamid.      Dengan tenang Imam Hamid mengelak serangan itu. Saya mendekati Imam Hamid. Dia menyuruh saya  pergi jauh. Jelas kedengaran Imam Hamid membaca ayat‐ayat suci masa dia bertarung dengan manusia  berkepala anjing. Saya terus berdoa semoga orang‐orang kampung akan datang segera ke tempat Imam  Hamid. Dalam keadaan yang gawat itu, saya lihat manusia berkepala anjing tidak berdaya menyerang 

Page 59 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Imam Hamid. Dia lemah. Ketika itulah Imam Hamid memasukkan jawi ayam ke perut manusia berkepala  anjing. Imam Hamid meneruskan pembacaan ayat‐ayat suci.      Manusia berkepala anjing berguling‐guling atas tanah. Seluruh isi rumah Pak Jalil terjaga. Dan  orang‐orang kampung pun tiba. Datuk meluru ke depan, Imam Hamid segera menghalang.      “Jangan dekat dia, biarkan di situ nanti kita akan tahu siapa dia.”      “Biar saya tikam,” kata datuk.      “Jangan, kita cuma boleh menikam hanya sekali, kalau dua kali kita tikam dia tidak akan mati,” terang  Imam Hamid. Datuk akur dengan perintahnya itu.Bila manusia berkepala anjing itu berhenti  menggelupur, kepalanya segera hilang dan diganti dengan kepala manusia.      “Anjang Dollah,” kata datuk. Imam Hamid senyum, saya bertambah bingung. Macam mana orang yang  sudah mati boleh hidup kembali. Perkara itu segera tanyakan pada Imam Hamid. Dengan senyum Imam  Hamid menjawab, “roh dan badannya tidak di terima bumi, keran mengamalkan ilmu salah.”      “Begitu,” sahut saya lembut. Saya lihat bekas tempat manusia berkepala anjing itu berguling terdapat  batang pisang. Datuk terus memotong batng pisang itu tujuh kerat. Dua dibuang ke dalam semak dan  yang lima lagi dicampakkan ke laut pada keesokan harinya.Atas arahan Imam Hamid, dia menyuruh  penduduk kampung membaca Yassin empat puluh empat malam berturut. Perintah itu juga dituruti oleh  orang‐orang kampung. Sejak itu kampung saya tidak diserang oleh manusia berkepala anjing hingga  sekarang. 

Page 60 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    Dua bulan lepas peristiwa itu, datuk mengajak saya pergi ke Kampung Sungai Sadang. Datuk ke situ  kerana, dia diajak oleh kenalan rapatnya menangkap burung waktu malam. Saya membantah  rancangannya, tapi datuk yang terkenal dengan keras kepala itu tidak peduli dengan bantahan saya.   

SBDJ (Jilid 01) ‐ Siri 10 : Mencari Harta Karun  Mahu atau tidak mahu, saya mesti patuh pada perintahnya. Saya pun memilih beberapa pasang pakaian  yang saya fikirkan sesuai untuk dipakai waktu malam.      “Berapa lama kita di sana tok,” tanya saya sambil memasukkan pakaian ke dalam beg. Datuk yang  sedang menghisap rokok daun berhenti dari menulis rajah di atas kertas putih. Memang itu perangai  datuk. Kalau mahu berjalan ke mana‐mana. Dia buat rajah dalu. Dia mahu mempastikan, apakah  perjalanannya itu membawa tuah atau sebaliknya.      “Boleh jadi sehari dua, boleh jadi seminggu dua, bergantung pada keadaan.”      “Keadaan mana tok ?”      “Kalau banyak burung yang kita dapat lamalah kita di sana.”    “Bila kita nak bertolak.”     

Page 61 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Aku fikir pagi esok saya.”      Datuk bangun. Dia turun ke tanah. Saya kira datuk bersiap‐siap untuk pergi ke kampung bunian  menemui isteri mudanya. Dugaan saya tidak tepat. Datuk cuma pergi ke belakang rumah melihat ayam  dalam kandang. Saya barang yang mahu dibawa sudah saya kemaskan. Saya melangkah ke anjung  rumah. Sebuah kereta tua masuk ke dalam kawasan rumah datuk. Bila pintu kereta dibuka, keluarlah  seorang lelaki Inggeris. Kepalanya separuh botak. Saya kenal orang Inggeris itu. Namanya Mr. Brown  pengurus ladang getah, Sungai Bruas.      Mr. Brown terus mendapatkan datuk di belakang rumah. Pengurus ladang getah itu, memang selalu  menemui datuk, kalau dia mengalami silap urat. Kalau dia diserang penyakit dia lebih dulu meminta  ubat cara kampung dari datuk. Kalau tidak baik baru dia menemui doktor. Pernah dia menawarkan kerja  di ladang getah pada saya. Dia suruh saya jadi kerani. Permintaan itu saya tolak. Kedatangannya pada  hari itu, tidak saya perhiraukan. Saya agak tentu dia silap urat dan menta datuk mengurutnya. Kalau tida  masakan dia datang, fikir saya. Lama juga Mr.Brown bercakap dengan datuk di belakang rumah. Mr.  Brown cukup faseh bercakap Melayu. Dia boleh membaca dan menulis jawi. Pernah dia bercerita pada  saya yang dia lama duduk di Plastine dan Iraq masa perang dunia yang pertama dulu.      Saya terus baring di anjung rumah. Mr.Brown naik ke atas anjung bersama datuk. Saya bangun dan  duduk bersila macam mereka. Mr.Brown membuka peta.      “Di sini, harta itu ada di sini,’ ujarnya dengan tenang sambil menandakan kawasan dalam peta dengan  pensil merah. Datuk termenung panjang.      “Kawasan itu jauh, kalau silap masuk kita sesat dalam hutan,” tingkah datuk sambil memeluk lutut.  Mr.Brown tersenyum. Dia melagakan gigi atas dengan gigi bawahnya beberapa kali. 

Page 62 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    “Minggu dulu mandor saya pergi menembak ayam hutan, mereka jumpa kubur besar dalam hutan,  macam kubur raja. Ada emas atas kubur, tapi mandor saya tidak berani ambil,” jelas Mr.Brown lagi,      “Saya dah minta kebenaran dari tuan OCPD untuk masuk kawasan itu dan membawa barang untuk  meletupkan gua.”    Datuk terdiam. Saya mula resah. Saya tahu kawasan yang disebutkan oleh Mr.Brown itu, ialah kawasan  kerajaan Melayu Bruas lama yang sekarang menjadi hutan belukar. Satu ketika dalu, pernah orang‐orang  kampung yang sesat dalam hutan kerana mencari rotan terjumpa kawasan istana lama, lengkap dengan  taman bunga, rumah batu dan kawasan permakamam di raja. Bila orang itu pergi untuk kedua kalinya  mencari kawasan tersebut. Kawasan itu tidak dijumpai lagi. Malah orang pergi itu, diserang demam  panas berbulan‐bulan lamanya. Menurut cerita arwah Haji Hamid, kawasan itu cukup keras, Mahkota,  emas berlian dan pedang kebesaran raja‐raja dahulu tertanam di situ. Orang‐orang yang jujur dan ikhlas  saja yang selalu terjumpa kawasan tersebut. Arwah Haji Hamid dua kali terjumpa kawasan tersebut.  Anehnya, kalau sesiapa yang berniat mahu mencarinya, sampai kiamat tidak akan terjumpa.    “Saya sudah lama menyiasatnya, sejak saya datang.” Mr.Brown bersuara sambil melihat peta. Datuk  terus tersenyum.    “Di kawasan ini, dulu ada kota kerajaan Gangga Negara,” Mr.Brown tanda peta dengan pensil merah.      “Dari sini, kita boleh pergi ke Padang Serai, dari situ kita pergi ke Segari. Tidak jauh dari situ ada kawasan  kerajaan Manjong,” Mr.Broin berhenti menandakan peta dengan pensil merah. Saya gigit bibir. Datuk  kelihatan tenang. Wajah Mr.Brown nampak cemas. Mata merenung ke peta kembali. Kemudian  Mr.Brown bercerita tentang kerajaan Ganga Negara. Dia tahu semua kawasan dan wilayah kekuasaan  kerajaan Gangga Negara.   

Page 63 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Dari mana awak tahu ?” Soal datuk.      “Di London, di sana semua fasal sejarah Malaya ada di muzium, saya datang ni bukan mahu jadi  manager, tapi saya mahu siasat negeri awak.”      “Kalau dapat awak mahu buat apa ?”      “Barang‐barangnya saya bawa ke London, kemudian saya tulis buku sejarah negeri awak,” ujar  Mr.Brown dengan bangga. Kerana terlalu pandai Mr.Brown memujuk. Datuk mahu membantunya  mencari kesan sejarah lama itu. Mr.Brown berjanji dengan datuk kalau mereka berjumpa dengan  barang‐barang purba. Dia tidak akan mengambilnya. Dia sekadar mahu melihat dan menyiasat serta  mengambil gambar. Mr.Brown juga akan membawa barang makanan yang secukupnya selama  penyiasatan itu diadakan. Selain daripada itu Mr.Brown akan membawa tiga orang pekerjanya untuk  turut sama dalam rombongan itu. Dalam tilikan datuk, rombongannya akan bertemu dengan kawasan  yang dihajati oleh Mr.Brown itu.      Akhirnya, rombongan itu berangkat ke tempat yang dituju. Saya cukup gembira, kerana saya tidak  dikecualikan dari rombongan tersebut. Rombongan kami bertolak dari kawasan rumah datuk, kira‐kira  pukul enam pagi dengan sebuah jeep menuju ke sawasan pecah batu di Seputih. Dari situ berjalan kaki  menuju ke tepi Sungai Bruas. Kami menaiki sebuah sampan kecil yang berbumbung. Sebelum itu,  Mr.Brown dan datuk sudahpun pergi ke Kampung Kota melihat tulisan di batu nisan lama yang terdapat  di situ. Menurut Mr.Brown, mencari kawasan lama itu lebih baik melalui sungai daripada mengikuti jalan  darat. Ada dua sebab, kenapa Mr.Brown memilih ikut sungai, pertama mudah dan kedua orang‐orang  dahulu selalu membuka kawasan di tepi sungai.     

Page 64 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Lama juga bersampan di Sungai Bruas. Akhirnya Mr.Brown menyuruh orang yang mendayung sampan  rapat ke tepi. Dari situ mendaki satu kawasan bukit kecil. Kami berkhemah di situ. Dua hari kami di situ,  masuk hari yang ketiga. Salah seorang daripada rombongan kami jatuh sakit. Dia menjerit tidak tentu  arah. Bagaikan kemasukan hantu. Puas datuk mengubatnya. Sakitnya tidak juga mahu hilang. Matanya  merah. Lidahnya sentiasa keluar.  Mr.Brown mengambil keputusan untuk menghantar pulang dua orang pekerjanya itu. Sepeninggalan  Mr.Brown, datuk dan saya hanya duduk di dalam khemah saja.      Malam itu, saya tidak dapat tidur dengan lena. Macam‐macam suara yang saya dengan. Datuk duduk di  kanan saya, sekali‐sekala, saya dengar datuk bercakap. Dengan siapa dia bercakap, saya tidak pasti.  Tetapi suara orang yang dilawannya bercakap jelas kedengaran. Orang itu menyuruh datuk berpindah ke  tempat lain, kerana kawasan yang diduduki sekarang kawasan larangan. Datuk berjanji dengan orang itu  akan pindah pada pagi esok. Lepas itu, saya lihat datuk tidur dengan lena hingga ke pagi. Lebih kurang  pukul sepuluh pagi Mr.Brown pun tiba. Dia membuka peta lagi. Mr.Brown sukat peta dengan kayu  pembaris.    “Kita masuk ke dalam lagi,” katanya. Tanpa membantah datuk dan saya mengikut perintahnya. Satu  kawasan lapang kami cari. Berkhemahlah kami di situ. Sementara menanti matahari terbenam,  Mr.Brown mengutip dan meneliti tanah dan batu yang ditemuinya di kawasan tersebut.    “Kita berada di kawasannya,” kata Mr.Brown pada datuk sambil membaca buku tebal yang dibawanya.  Setiap kali dia dapat tanah atau batu dia buka buku. Matahari pun terbenam di kaki langit. Datuk ambil  air sembahyang dari kolam yang terdapat di situ. Airnya cukup jernih. Lepas sembahyang datuk dan  Mr.Brown terus masak. Lepas makan Mr.Brown baca buku. Lampu gaslin yang terpasang dalam khemah  cukup terang. Dalam ingatan saya, sudah tiga malam kami berkhemah dalam hutan tebal. Lebih kurang  pukul sembilan, saya sudah tidak berdaya membuka kelopak mata. Saya mengantuk betul. Saya terus  tidur dan bermimpi menemui seorang perempuan yang cantiknya tidak dapat saya lukiskan. Dia  bagaikan gadis bangsawan duduk berjuntai kaki di balairong seri sambil membawa lagu‐lagu Hindu  dengan irama yang merdu dan halus. Dia bangkit lalu mendekati saya. Dia mengajak saya berjalan  mengelilingi istana. Kulitnya cukup halus. Bau badannya semerbak wangi. Senyum sentiasa terukir di  bibir nipisnya.    “Siapa namamu,” tanya saya. Dia tidak menjawab. Jejari tangannya yang lentik terus mengheret tangan  saya menuju ke pokok besar. Saya patuh pada arahannya, berjalan di rerumput yang menghijau di 

Page 65 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

depan istana.    “Ke mana ?” soal saya. Dia tidak menjawab, tapi jari telunjuknya menuju ke arah pohon beringin  rendang.    “Siapa namamu ?” ulang saya lagi. Dia berhenti berjalan.    “Dayang pada Tuan Puteri Zarid Gangga,” dia menjelaskan pada saya. Fahamlah saya sekarang. Rupanya  dia orang kanan dalam istana kerajaan Gangga Negara. Sebaik saja sampai di bawah pohon beringin. Dia  menghilangkan diri. Saya terkejut dan terbangun. Saya lihat Mr.Brown masih lagi membaca buku dan  meneliti ketul batu dan tanah yang dikutipnya. Datuk masih lagi mengadap asap kemenyan yang  dibakar. Saya ceritakan pada mereka apa yang saya alami dalam masa tidur tadi.      Pagi esoknya, kami mencapai kata sepakat untuk mengali tanah di bawah pohon beringin. Lima jam  kami mengali tanah. Akhirnya kami menemukan sebuah peti besi yang dibuat dari logam kekuningan.  Mr.Brown segera membuka peti itu. Datuk terkejut, kerana dalampeti itu terisi tengkorak manusia. Kami  berhenti menggali, kerana hari sudah beransur gelap. Datuk membungkus tengkorak itu dengan kain  kuning. Malam pun tiba. Fatuk mengusap tengkorak itu dengan kemenyan. Dua tiga kali dia meletakkan  tengkorak itu atas peti dan merimbasnya dengan kain hitam.      “Tengkorak ni tak ada apa‐apa,” kata datuk pada Mr.Brown. Mr.Brown anggukkan kepala. Tengkorak itu  diletakkannya di dalam peti. Lepas itu kami masuk ke dalam kelambu masing‐masing. Menjelang tengah  malam, saya terjaga. Bagaikan ada tangan yang mengoyangkan bahu kanan saya. Yang pertama kali saya  dengar, suara wanita menyanyi sayup‐sayup di selang‐seli dengan bunyi gendang. Nyanyian dan bunyi  gendang makin lama makin dekat. Kemudian menghilang. Cuma yang kedengaran bunyi desiran angin  yang kuat. Di tingkah dengan bunyi raungan harimau, suara burung tukang dan jampok  bersahut‐sahutan. Terfikir juga oleh saya untuk membangunkan Mr.Brown dan datuk. Bila saya kaji  dalam‐dalam, mereka tidak perlu dibangunkan.     

Page 66 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Saya jatuhkan kepala atas bantal. Desir angin dan nyanyian burung hutan terhenti. Saya terdengar suara  orang memanggil saya di luar khemah. Saya amati suara itu. Datangnya dari arah pohon beringin. Suara  itu cukup jelas. Saya membuat keputusan untuk keluar dari perut khemah dan menuju ke pohon  beringin seorang diri. Di luar khemah, saya dongak ke atas. Malam memang tidak berbintang, tetepi  awan kelihatan cukup bersih. Angin malam bertiup cukup keras. Pepohon di kiri kanan khemah bagaikan  digoyang orang. Tiba‐tiba saja hati saya membuat keputusan tidak mahu pergi ke bawah pokok beringin.  Saya masuk ke dalam belukar di kanan khemah, saya mahu mengintip dari situ. Saya renung ke arah  datangnya suara wanita itu. Badan saya mengeletar. Sepasang mata saya melihat tubuh seorang wanita  berdiri tanpa kepala di situ. Tanpa saya sedari,dahi saya berpeluh, kawasan tempat wanita itu berdiri  cukup terang.    Saya membuat keputusan untuk masuk ke dalam khemah. Bila saya mahu melangkah, kepala lutut saya  terasa cukup lemah. Saya jatuh terduduk atas tanah. Mata saya masih lagi tertumpu ke arah pohon  beringin. Saya saksikan sebuah kepala bergolek‐golek atas tanah, kemudian memanjat tubuh wanita itu,  lalu bercantum dengan leher. Dalam sekejap mata wanita itu hilang. Kemudian berdiri betul di depan  saya, Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Bumi serasa tidak ada. Peluh terus menguasai  seluruh badan saya. Suara sudah tidak mempu keluar dari kerongkong. Dalam saat yang payah itu,  segera wanita itu hilang. Berdiri di bawah pohon beringin hilir mudek di situ. Memang sahlah, wanita  itulah yang saya temui dalam mimpi saya yang lalu.      Kemudian wanita itu pergi ke khemah yang didiami oleh Mr.Brown dan datuk. Lebih kurang lima enam  langkah mahu sampai ke gigi khemah, dia berpatah balik. Menuju ke kolam tempat datuk mengambil air  sembahyang. Bila wanita itu berdiri di depan kolam, dia terus menjerit. Saya lihat kepalanya jatuh ke  tanah, berguling‐guling menuju ke pangkal pohon beringin. Tubuh wanita itu segera ghaib. Serentak  dengan itu, saya terdengar suara orang bergaduh, saya terdengar suara jeritan gajah. Saya terdengar  bunyi pedang belaga. Semuanya tidak kelihatan dan berlaku di kawasan dekat khemah kami. Bila  semuanya tidak kedengaran lagi, saya lihat ada tubuh lelaki hitam memeluk seorang gadis genit, tanpa  baju dan kain. Lelaki hitam membalutkan tubuh wanita itu dengan jubah yang dipakainya. Wanita  dibawanya naik ke atas belakang gajah. Mereka bergerak ke selatan bersama dengan bunyi gendang  perang yang hebat.      Sementara itu fajar pagi pun tiba. Saya masih tertiarap atas tanah. Seluruh badan saya terasa lemah.  Datuk yang bangun untuk sembahyang subuh bagaikan tahu yang saya tidak ada dalam khemah. Selesai  sembahyang subuh dia pun mencari saya. 

Page 67 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    “Kenapa begini,” tanya datuk terkejut melihat saya terbaring atas tanah. Saya mahu menceritakan  semua yang saya lihat, tapi suara saya tidak keluar. Datuk kembali ke khemah mengambil kain hitam.  Barulah saya boleh bergerak dan bersuara. Datuk memimpin saya ke khemah. Dia merunggut dan  marahkan saya, kerana saya keluar tidak memberitahunya. Semua yang saya lihat saya ceritakan pada  Mr.Brown dan datuk dengan jelas dan terang. Ketika Mr.Brown membuka peti besi kecil tempat  menyimpan tengkorak, dia terkejut. Tengkorak yang berbungkus kain kuning, hilang entah ke mana.    Datuk mencadangkan pada Mr.Brown supaya menggali tanah di sekitar kawasan kolam. Mr.Brown tidak  setuju , dia lebih suka kalau air kolam itu di keringkan, kemudian perut kolam itu digali. Datuk terima  cadangan itu, kerana mengerinkan air kolam itu bukanlah satu perkara yang sukar. Mr.Brown sendiri ada  membawa jentera untuk mengeringkan air. Lebih kurang pukul lapan pagi, kerja untuk mengeringkan  kolam pun bermula. Satu jam kemudian air dalam kolam pun kering. Saya terkejut, rupanya kolam itu  dibuat dari batu gunung yang tersusun rapi. Batu bahagian permukaannya sudah banyak yang pecah  serta ditimbus oleh tanah.      Datuk menduga, kolam itu tempat mandi dan tempat bermain keluarga bangsawan dalam zaman  pemerintah Gangga Negara. Bila air kolam sudah kering betul. Datuk, Mr.Brown dan saya pun  memecahkan lantai kolam. Tanah di situpun kami gali. Barang‐barang yang kami temukan di dalam  kolam itu ialah rangka manusia dan peti besi yang berisikan tengkorak yang hilang dari simpanan  Mr.Brown. Dengan perintah datuk tulang‐tulang serta tengkorak itu ditanam semula dalam satu lubang  dekat pokok meranti. Pada sebelah malamnya, datuk membuat keputusan yang nekad. Dia mengajak  saya dan Mr.Brown tidur dekat kolam yang sudah dikeringkan itu.      “Ini merbahaya,” bantah Mr.Brown.      “Kalau awak mahu mencari apa yang awak hajat, awak kena ikut saya.” Suara datuk meninggi. Matanya  mula merah.    Page 68 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Ok saya ikut.”      “Begitulah.” Datuk pun ketawa berdekah‐dekah.      Sepanjang malam di tepi kolam itu, datuk terus menerus membakar kemenyan. Dia memakai baju  hitam, seluar hitam. Sekali pandang, datuk bagaikan hulubalang kerajaan Melayu Melaka. Datuk terus  membaca mentera di depan asap kemenyan. Sekali‐sekala dia membuka silat. Tiba‐tiba datuk diam.  Matanya pejam. Badannya tidak bergerak. Asap kemenyan berkepul‐kepul naik ke udara. Datuk rebah di  situ. Saya segera mahu menghampirinya.    “Jangan, dia menerima pertunjuk dari orang lain,” kata Mr.Brown sambil memegang bahu kanan saya.  Malam terasa cukup dingin dengan tiupan angin yang sungguh kencang. Suara burung hantu dan  salakkan anjing serigala kedengaran sayup‐sayup. Datuk melompat dan terus duduk bersila memandang  muka Mr.Brown sambil berkata: Seorang pengasuh puteri datang pada aku, dia mengucapkan terima  kasih, kerana kita telah mempersatukan tubuh dengan kepalanya serta menanam jasadnya dengan  penuh hormat. Ketika aku tanya kenapa dia mengalami nasib buruk itu. Dia telah menerangkan pada  aku, kepalanya telah dipancung oleh angkatan Raja Suran, badannya dicampakkan ke dalam kolam,  kepalanya ditanam di bawah pokok beringin. Dia ingin membalas jasa kita semua. Dia telah  memberitahu pada aku di mana barang‐barang Raja Gangga Negara, seperti pedang kebesaran,  mahkota dan emas berlian ditanam.”      “Di mana tempatnya tok, ” tanya saya tidak sabar.      “Sabar, esok saja aku ceritakan.” Suara datuk tenang. Lepas itu dia mengajak kami kembali ke khemah  semula.    Pagi esoknya, datuk menyuruh saya dan Mr.Brown meruntuhkan khemah. Kemudian turun ke dalam 

Page 69 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

sampan. Dari situ kami menyusul tebing sungai Bruas yang penuh dengan buaya liar ke sampai ke  Tanjung Ara ‐ dekat Pangkalan Bharu. Dari situ kami mendarat di satu kawasan berbukit. Hutannya  cukup tebal. Kami berjalan ke arah matahari jatuh hingga bertemu dengan kawasan tanah yang agak  tinggi yang gondol itu penuh dengan batu‐batu pejal. Datuk menyuruh kami mendirikan khemah di situ.    “Puteri itu telah membawa aku ke mari, ” kata datuk, “menurutnya Raja Gangga Negara, Shah Johan  telah menanam hartanya di sini. Jauh dari pusat kerajaannya, dia melakukan ini, sebelum kepalanya  dipancung oleh Raja Suran.” Datuk pun berhenti bercerita. Mr.Brown ketawa berdekah‐dekah. Barang  yang dicari dan dihajati sudah ada didepan matanya.      Kawasan itu segera kami bersihkan. Saya terjumpa patung ular yang dibuat dari tembaga dipuncak tanah  tinggi itu. Patung ditegah oleh datuk dari dijamah oleh sesiapapun. Kata datuk di bawah perut patung  itulah tempat harta karun Raja Gangga Negara.      Mr.Brown pun menyiapkan alat peletup. Menurutnya pendapatnya harta‐harta itu tertanam lebih  kurang sepuluh meter ke dalam bumi. Bila dinamit yang dipasang itu meletup, boleh menolong  melongsurkan tanah sedalam enam atau lapan meter, kemudian tanah itu akan digali. Datuk setuju  dengan cadangan itu, masa untuk meletupkan kawasan itu ditetapkan pada tepat pukul empat petang.    Tepat pukul empat petang, terdengarlah satu letupan bergema dalam hutan tebal, batu‐batu  berterbangan, pokok‐pokok habis tercabut. Tanah tinggi disitu kelihatan rata. Mr.Brown cukup gembira,  dia tidak putus‐putus ketawa. Bila ketawanya berhenti, Mr.Brown terkejut besar, dari kawasan tanah  yang diletupkan itu keluar beratus‐ratus ekor ular sebesar peha menyerang kami. Saya, datuk dan  Mr.Brown lari lintang pukang menuju ke perahu untuk menyelamatkan diri, semua barang‐barang kami  tinggalkan. Sampai di perahu saya lihat dahi Mr.Brown berdarah. Seluarnya habis koyak.    Kami menyusul tepi sungai Bruas menuju ke arah Pekan Pangkalan Bharu, Ketika itu senja sudahpun  tiba, hari sudah mula gelap. Perahu kami tiba‐tiba tidak boleh bergerak. Air sungai melimpah dengan  tiba‐tiba. Tebingnya yang tinggi ditenggelami air. Datuk nampak cemas. Kemudian dia senyum dan  berkata : “Kalau kami salah ampunkanlah.”   

Page 70 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Sehabis sahaja datuk berkata, dari perut sungai timbul seorang lelaki yang bertubuh besar dengan  pakaian kebesaran seorang raja. Anehnya semua pakaiannya itu tidak basah, mestipun ia baru timbul  dari dasar sungai. Wajahnya kelihatan bengis. Malam yang gelap itu bertukar menjadi cerah bagaikan  siang hari. Datuk terus berhadapan dengan orang itu.      “Awak mesti tahu, tidak seorangpun yang boleh mengambil harta kerajaan Gangga Negara. Itu milik  kami. Awak sebenarnya manusia bodoh, kalau ular yang keluar dari lubang yang awak letupkan itu awak  tangkap, ular‐ular itu akan bertukar menjadi harta karun dan emas. Awak mesti menerima hukuman  kerana mengkhinati kami,” lelaki bertubuh besar bersuara.      Datuk masih berhadapan dengannya, cukup tenang menghadapi suasana yang gawat itu. Datuk  mengenakan tanjak di kepala dan mencabut keris dari pinggang.    Nuffnang Ads 

SBDJ (Jilid 01) ‐ Siri 11 : Menunggang Harimau Di Tengah Malam  Datuk terus membaca sesuatu. Datuk mengambil seketul batu dari perut perahu. Batu itu dibalingkan  pada lembaga yang terpacak dalam sungai. Bila batu itu terkena badan lelaki yang besar dan gagah. Dia  segera menjerit dengan sekuat hatinya. Kemudian dia menghilangkan diri. Air sungai yang melempah  terus surut. Suasana yang cerah bertukar menjadi gelap. Saya merenung ke langit. Bintang bertaburan.  Mr.Brown tidak berkata walau sepatah pun. Dia terjelepuk dalam perut sampan.      “Dia sudah pergi,” kata datuk dan terus mengalah sampan ke hilir. Lebih kurang pukul sepuluh malam  kami sampai ke Jambatan Pengkalan Bharu. Dari situ datuk menumpang lori ikan menuju ke Pekan  Pantai Remis. Datuk membuat laporan ke balai polis. Sarjan Ramli menyuruh seorang pemandu kereta  polis membawa datuk ke Jambatan Pengkalan Bharu kembali.     

Page 71 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Dengan kereta polis kami menghantar Mr.Brown ke bunglownya. Kerana jam sudah pukul dua belas.  Mr.Brown menyuruh saya dan datuk tidur di bunglownya. Kira‐kira pukul dua pagi Mr.Brown menjerit  tidak tentu arah. Dia berlari ke seluruh kawasan bunglownya sambil menjerit. Semua pekerja ladangnya  menjadi gempar. Datuk dengan bantuan pekerja ladang getah berjaya menangkap Mr.Brown. Mr.Brown  terpaksa diikat di pangkal pokok getah di depan bunglownya dengan rotan seni. Dan datuk terpaksa  menjaganya hingga ke pagi. Seorang kerani besar di ladang tersebut. Mr.Anadurai terus menghubungi  Hospital Lumut. Lebih kurang pukul sepuluh pagi sebuah ambulan dari Hospital Lumut tiba. Mr.Brown  yang masih menjerit dan mengoyak pakaiannya dimasuk ke dalam kereta tersebut. Dari Hospital Lumut  dia dibawa ke Hospital Besar Ipoh. Seminggu Mr.Brown duduk dalam jeriji besi di Hospital Besar Ipoh.      Lepas itu Mr.Brown dibawa ke rumah sakit otak di Tanjung Rambutan. Tiga bulan Mr.Brown  ditempatkan di situ. Datuk tidak pernah sekali pun melawatnya. Penyakit Mr.Brown tidak juga mahu  sembuh.      “Orang putih tu tak jujur,” datuk mengadu pada saya.      “Kenapa tok kata macam tu ?”      “Aku yakin dia tak jujur,” suara datuk merendah. Saya bertambah binggung kerana datuk tidak  menerangkan apakah maksudnya dengan perkataan tidak jujur itu. Dan saya tidak mahu menyoal lebih  lanjut tentang perkara tersebut. Datuk nampak resah saja sepanjang hari itu. Semua kerja yang  dibuatnya terganggu. Dia asyik mahu marah saja, kalau saya membunyikan radio agak kuat.    “Aku mahu ke rumah orang putih bangsat tu, memanglah orang‐orang dari England ni, satu bangsa yang  tak boleh dipercayai, di depan kita bukan main baik, belakang kita jadi pengkhianat pada diri kita  sendiri,” datuk merunggut panjang. Dia pun mengenakan seluar hitam dan baju merah ke badannya.   

Page 72 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Buat apa datuk ke rumah dia ?” Dia bukan ada.”      “Kau mana tau, ini urusan aku.” Datuk memijak anak tangga turun dan mengambil basikal di bawah  rumah. Dengan basikal dia pergi rumah besar Mr.Brown. Lebih kurang pukul lima petang datuk pun  pulang. Saya melihat dia membawa satu bungkusan kecil di pelantar basikalnya. Sebaik saja datuk  menongkat basikal saya terus menghampirinya.    “Jangan pegang bungkusan tu.”      “Apa bendanya tok ?”      “Tanah yang diambil Mat Sallih bangsat tu, di tempat puaka disembunyikan dalam beg.”      “Tok nak buat apa dengan tanah itu.”      “Aku nak pulangkan balik, kalau tak dipulangkan kita kena petakanya.    Mendengar cakap datuk itu, fahamlah saya kenapa dia menuduh Mr.Brown tidak jujur. Dan malam itu  saya menemani datuk menghanyutkan tanah di sungai. Datuk meletakkan tanah segumpal itu di atas  upih pinang, kemudian dihanyutkan. Masa datuk melakukan semuanya itu, dia tidak bercakap atau  bersuara cuma lulutnya saja yang kelihatan kumat‐kamit membaca sesuatu.  Seminggu selepas datuk menghanyutkan tanah puaka itu. Datuk mendapat berita dari kerani besar 

Page 73 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

ladang getah yang Mr.Brown telah meninggal dunia. Mayatnya telah pun dihantar ke England. Tempat  Mr.Brown segera diganti oleh J.Mackintos dari Singapura, tetapi yang anehnya pengurus baru itu tidak  berani duduk di bunglow. Setiap kali dia tidur di bunglow tersebut. Dia selalu saja diganggu oleh satu  lembaga yang menyerupai Mr.Brown. Kadang‐kadang pengurus baru tiu diangkat dari bilik tidur ke  ruang dapur. Ada kalanya dicampakkan ke tengah halaman bunglow. Jadi, bunglow besar yang serba  lengkap terbiar. Dalam tahun 1960 bunglow besar itu dibakar oleh seorang pekarja ladang getah yang  naik darah kerana setiap malam dia terdengar bunyi orang menangis dalam bunglow tersebut. Sebaik  saja bunglow itu hangus di makan api. Pekerja itu mati ditimpa oleh salah satu tiang dari dalam bunglow  itu hingga kini masih wujud. Penuh dengan pokok‐pokok hutan.      Semua peristiwa itu dijadikan datuk sebagai pengajaran. Dia selalu mengingatkan saya begini : Lakukan  semua pekerjaan atau apa saja dengan rasa tanggung jawab dan jujur. Kerana kejujuran adalah harga  diri manusia yang tidak ternilai. Telalu sedikit manusia yang tidak jujur pada diri sendiri, pada janji dan  sebagainya, bila kau menjadikan kejujuran itu panduan hidup, engkau akan merasa kebahagiannya.      Saya cuma anggukkan kepala sahaja bila mendengar dia berkata begitu. Beberapa bulan berselang,  datuk menyatakan hasratnya untuk pergi ke Kampung Sadang untuk memikat burung waktu malam.  Saya tidak tahu bagaimana datuk teringatkan hal itu. Pada fikiran saya dia sudah tentu melupakannya.  Sebenarnya, saya sudah memutuskan dalam hati, bahawa saya tidak akan menurut bersama datuk pergi  ke tempat tersebut.      “Minggu depan, petang Jumaat aku nak pergi,” datuk mengingatkan saya.      “Baguslah tu tok, barang‐barang yang dulu semuanya ada di dalam bilik.”      “Kau bagaimana ? Tak mahu ikut sama ?” tanya datuk. 

Page 74 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    “Saya malaslah datuk.” Datuk puas hati dengan jawapan saya itu. Sementara menanti petang Jumaat,  datuk hanya duduk di rumah saja. Kadang‐kadang dia menjenguk bini mudanya di kampung bunian.  Pada suatu petang. Selepas datuk menemui isteri mudanya, dia memanggil saya. Cepat‐cepat saya  menghampirinya. Datuk duduk terjuntai kaki di kepala tangga.      “Ada apa datuk ?”      “Dua tiga hari ni, aku selalu teringatkan adik bongsu aku yang duduk di Hulu Kuang, agaknya dia sakit.”    “Habis datuk nak pergi ke sana ?”      “Hajat tu memanglah begitu.”      “Kata datuk, datuk nak pergi ke Kampung Sadang.”    “Itu tak mustahak yang penting adik beradik.” Saya terdiam mendengar cakap datuk itu. Saya segera  teringat, kali terakhir saya bertemu dengan adik bongsu datuk yang saya panggil ayah Ngah itu, dalam  tahun 1947. Lepas itu saya tak pernah bertemu dengannya lagi, terlalu sukar untuk pergi ke Hulu Kuang.  Tidak ada kenderaan yang boleh sampai ke sana. Lagipun kawasan itu termasuk dalam kawasan hitam,  (sekarang sudah ada jalanraya dan kenderaan yang berulang‐alik dari Chemor ke Hulu Kuang) kerana  hal‐hal itu saya dan datuk terpisah dengan keluarga.    Petang itu juga kami bertolak dari rumah datuk ke Ipoh dengan naiki bas. Dari Ipoh kami menyewa teksi 

Page 75 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

pergi ke Chemor. Sampai ke Chemor sudah pukul enam petang. Kami tidak dibenarkan masuk ke Hulu  Kuang, kerana kawasan itu terlibat dengan perintah berkurung dari jam enam petang hingga enam pagi.      Datuk terus melaporkan dirinya ke Balai Polis Chemor kerana kami membuat keputusan untuk tidur di  masjid Chemor. Sesudah memberikan butir‐butir mengenai diri kami kepada pihak polis, kami  dibenarkan tidur di masjid tersebut. Sesudah menunaikan sembahyang Isyak, saya terus baring di bucu  masjid. Datuk baring dekat tiang. Akhirnya saya terlena. Lebih kurang pukul dua malam, datuk  mengejutkan saya.      “Bangun kita pergi ke Hulu Kuang.”      “Macam mana nak pergi, nanti kita kena tangkap atau ditembak askar.”      “Kau ni banyak cakap pula, bangun sajalah,” suara datuk keras.    Dia menarik tangan saya hingga terduduk. Saya terus kesat mata dengan belakang tangan. Datuk  menyuruh saya berdiri di muka pintu masjid. Perintahnya saya ikuti.    “Sebentar lagi dia datang,” Datuk beritahu saya.      “Apa yang datang tok ?” tanya saya ingin tahu.     

Page 76 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Kau jangan banyak cakap,” Datuk menyergah saya.      Mukanya kelihatan bengis. Masa itu datuk sudahpun mengenakan baju hitam, seluar hitam di badan.  Kepalanya juga dililit dengan kain hitam. Dalam hati kecil saya timbul keraguan tentang diri datuk. Saya  mengira dia ada hubungan dengan pengganas komunis. Kalau tidak masakan dia berani berjalan malam  waktu zaman dharurat.    “Ke tepi,” datuk menolak badan saya yang tercegat di muka pintu masjid. Saya tersungkur atas lantai.  Datuk menampar tangan kanannya ke pangkal paha kanannya dengan sekuat hati. Dia melemparkan  tujuh biji batu bertih ke tengah laman masjid. Kemudian datuk menekan ibu jari kanannya ke tapak  tangan kiri tujuh kali berturut‐turut. Tiba‐tiba saya terdengar bunyi suara harimau mengaum. Cukup  kuat. Kepala lutut saya mengeletar. Dengan tiba‐tiba sahaja saya rebah atas lantai masjid dan tidak  berdaya bangun. Seekor harimau belang yang cukup besar muncul di depan halaman masjid sambil  menguit‐guitkan ekornya.      “Makanlah kau lapar,” suara datuk keras. Saya lihat harimau itu terus memakan tujuh biji bertih. Bila  harimau itu selesai makan. Datuk segera merapatinya. Datuk menggosok‐gosok kepala harimau itu  dengan tangannya. Dan lidah harimau yang panjang itu menjilat pipi dan hidung datuk. Harimau itu  berguling‐guling atas tanah sambil kakinya menampar seluruh badan datuk. Datuk mengosok perut  harimau itu. Datuk mengira kuku di jari harimau. Datuk bermain‐main dengan harimau macam bermain  dengan anak kucing. Akhirnya datuk menepuk dahi harimau tujuh kali dengan tangan kiri. Harimau pula  menjilat telinga kanan datuk tujuh kali.      “Bangun, kau dah kenyang.” Mendengar cakap datuk itu , harimau besar segera bangun sambil  menguap. Saya bertambah ngeri melihat giginya yang tajam dan putih. Harimau itu menggaum lagi.  Datuk memanggil saya. Saya cuba bangun tapi saya tidak berdaya. Tempurung lutut saya terasa longgar.  Datuk terus menarik tangan saya. Saya diheret hingga ke depan harimau besar.  “Ini cucu aku,” datuk memberitahu harimau besar. Saya lihat sepasang mata harimau itu merenung  ganas ke wajah datuk. Datuk berdehem tiga kali berturut‐turut. Harimau itu melunjukan kaki depannya.  Badannya direndahkan. Datuk mengangkat badan saya lalu diletakannya di pangkal tengkuk harimau  berbadan besar serta berbelang tebal. Saya rasa nyawa saya sudah melayang dari badan. Badan saya 

Page 77 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

jadi lembik. Saya tidak boleh duduk tegak. Dada dan muka saya terhempap atas batang leher harimau.    Bulu harimau yang kasar dan keras itu mencucuk batang hidung dan pipi saya. Bila harimau itu  mengerak‐gerak badannya saya juga ikut bergerak.      “Peluk tengkuknya kuat‐kuat,” datuk mengigatkan saya.    Antara sedar dengan tidak saya lihat datuk terus naik atas belakang harimau. Harimau besar itu segera  menegakkan badannya. Datuk terus menepuk‐nepuk punggung harimau, macam gembala lembu  menepuk punggung lembu.      “Ke Hulu Kuang,” saya terdengar suara datuk. Serentak dengan itu harimau pun melangkah. Saya rasa  harimau itu berjalan bagaikan tidak jejak ke bumi. Melayang‐layang di udara membelah pekan Chemor  melintasi jambatan keretapi. Terus menghala ke kampung Cik Zainal serta melintasi kawasan Kampung  Baru Tanah Hitam. Saya nampak tentera berjaga dengan senjata di tangan. Semuanya tidak memandang  ke arah kami. Kerana terlalu laju harimau itu bergerak. Badan saya terasa sejuk. Belum selesai saya  menghitung dari satu sampai ke sepuluh. Harimau itu sudahpun tiba di kaki tangga rumah adik bongsu  datuk. Hari masih gelap lagi. Kokok ayam masih kedengaran. Datuk menurunkan saya dari belakang  harimau.    Sebelum harimau meninggalkan kami, datuk memberi harimau itu makan tujuh biji bertih. Saya tidak  tahu dari mana bertih itu diperolehi oleh datuk. Selesai saja harimau itu memakan bertih. Lagi sekali  datuk menepuk‐nepuk dahi harimau. Datuk membisikkan sesuatu ke telinga harimau. Dan harimau itu  bagaikan mengerti dengan apa yang diucapkan oleh datuk kerana telinganya bergerak‐gerak.    “Balik ke rumah kita jaga kampung serta tanah ladang kita,” suara datuk meninggi. Harimau itu  mengguap panjang. Dengan sekelip mata saja harimau besar hilang dari pandangan saya. Datuk tidak  segera mengejutkan adik bongsunya. Menurut datuk pantang besar kalau kita menunggang harimau  mengejutkan tuan rumah yang kita pergi sebelum tuan rumah itu terjaga. Adik bongsu datuk terkejut ,  bila dia membuka pintu rumah pagi itu didapatinya kami duduk di kaki tangga. Dia mengucap panjang  dan merasa takjub bagaimana kami boleh sampai pagi ke tempatnya sedangkan perintah berkurung  Page 78 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

berakhir pada jam enam pagi. Dia terus menyoal datuk bagaimana kami boleh sampai terlalu awal.  Pertanyaan atau soalan itu tidak dijawab oleh datuk. Datuk mengubah tajuk perbualan pada perkara  lain.      Sambil minum kopi pagi, adik bongsu datuk menceritakan keadaan kampung Hulu Kuang sambil  bertanya khabar hal nenek serta anak cucu datuk. Perbualan datuk dengan adik bongsunya sungguh  rancak pagi itu. Saya tidak banyak campur dalam perbualan mereka. Saya lebih senang berdiri di muka  tingkap melihat daun‐daun pokok yang menghijau serta puncak gunung yang diselimuti kabus nipis.    “Kau sakit, aku nampak kau kurus sangat ni,” saya terdengar suara datuk. Saya segera menoleh ke  belakang. Saya lihat datuk sedang memerhati tubuh adik bongsunya yang cengkung dan kurus.      “Saya baru baik dari demam, dan tu kena berjaga malam pula,” jawab adik bongsu datuk.      “Hai, musim dharurat pun kena berjaga malam ?”      “Berjaga dalam rumah ?” sahut isteri adik bongsu datu dari dapur. Saya tertarik hati dengan perbualan  itu. Memaksa saya duduk di sebelah datuk. Datuk saya lihat mengkerutkan keningnya.    “Kenapa pula tu. Ada pencuri ke ?” Pertanyaan itu tidak dijawab oleh adik bongsu datuk dan isterinya.  Mereka kelihatan resah dan tidak menentu.      “Apa halnya cakap. Kalau boleh aku tolong, aku berusaha menolong kalau tak boleh kita cari orang lain  untuk menolongnya,” datuk memberi sebuah harapan. Isteri adik bongsu datuk tersenyum. Adik bongsu 

Page 79 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

datuk termenung panjang.    “Susah orang nak menolongnya,” begitu hampa nada suara adik bongsu datuk.      “Susah macam mana ?” tanya datuk.      “Kerja iblis.”      “Kita lawan cara iblis.”      “Begini, di kampung ni ada toyol jadi‐jadian , sekejap menjelma jadi kucing, sekejap jadi tikus.” Adik  bongsu datuk menerangkan sambil merenung ke kiri kanan. Datuk terdiam. Lama juga datuk termenung.  Datuk bangun berdiri di muka pintu. Tangan kanannya memaut jenang pintu. Datuk duduk kembali.  “biasanya toyol jadi‐jadian ni, ada orang yang membelanya. Dia mesti sepasang ada jantan betinanya.  Rumah kau ada dia masuk ?”    “Ada, dia menyerupai kucing hitam, bila terserempak dengan kami dia menghilangkan diri.” Dengan  penerangan adik bongsunya itu datuk dapat menduga bahawa toyol jadi‐jadian itu masih belum  mempunyai pasangan lagi.    Dan orang yang membela akan berusaha mencari pasangannya. Datuk memberitahu adik bongsunya,  perkara itu boleh diatasi atau dilenyapkan terus dengan syarat dia harus tinggal di Hulu Kuang agak lama  sedikit. Untuk mencari tuan punya toyol jadi‐jadian itu memakan masa. Memerlukan beberapa syarat  yang tertentu.   

Page 80 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Kerjanya sulit, tapi harapan masih ada kerana tuan punya masih mencari pasangannya lagi,” jelas datuk  dengan tenang.    “Macam mana caranya ?” soal isteri adik bongsu datuk. Mendengarkan pertanyaan itu datuk tersenyum  panjang sambil memicit pangkal dagu.      “Kita tunggu kalau ada perempuan mati beranak sulung, baru senang menangkap tuannya. ” Cakap  datuk itu membuat adik bongsu datuk dan isterinya berpandangan.    Dalam kepala isteri adik bongsu datuk mula terbayang tentang perempuan‐perempuan di Kampung  Hulu Kuang yang mengandung anak sulung. Ada lima orang semuanya. Atas persetujuan orang‐orang  Kampung Hulu Kuang datuk diminta duduk di kampung tersebut selama dua bulan untuk menghalau  toyol jadi‐jadian yang menganggu kampung mereka. Nasib datuk dan saya agak baik, baru tiga minggu di  Hulu Kuang, terdengar salah seorang daripada penduduk kampung itu meninggal dunia ketika  melahirkan anak sulung. Anak dan ibu mati serentak. Datuk pergi ke rumah keluarga yang malang itu,  datuk turut sama menghantar jenazah ibu dan anak itu ke tanah kubur.    Tetapi, sebaik sahaja datuk pulang dari tanah kubur. Datuk tidak dapat tidur sepanjang malam.      Dia didatangi dengan berbagai‐bagai mimpi yang ngeri dan menakutkan. Datuk membuka kertas firasat  yang dibawanya. Waktu dia membaca firasat itulah datuk terdengar suara perempuan memujuk anak  yang menangis di bawah rumah. Datuk membuka pintu, datuk melihat satu cahaya berekor panjang naik  ke udara dari tanah perkuburan.    Datuk pun mengejutkan saya. 

SBDJ (Jilid 01) Siri 12 : Toyol Jadi‐Jadian  Kalaulah bukan datuk yang mengejutkan saya di tengah malam buta itu sudah pasti kena penendang 

Page 81 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

sulung saya. Kerana datuk, saya tidak dapat berbuat apa‐apa. Terpaksa saya terima dengan manis muka,  mestipun hati meradang dengan perbuatannya.      “Kenapa tok?” tanya saya sambil mengesel‐gesel kelopak mata. Datuk tersenyum sambil meraba‐raba  misai bengkoknya yang macam tanduk seladang jantan. Sekali‐kali misainya turut bergerak.      “Kita sudah hampir pada matlamatnya.”      “Matlamat apa tuk?”      “Mencari orang yang jadi tuan toyol.”      “Kalau kau faham baguslah.”      Datuk merebahkan badannya di sisi saya. Memang saya tidak sedar waktu mana datuk bangun. Bila saya  buka kelopak mata, datuk sudah sudahpun selesai sembahyang subuh. Dia memaksa saya pergi ke perigi  sendirian untuk mengambil air sembahyang. Saya patuh dengan cakapnya itu.    Datuk tidak dapat dapat melupakan kebiasaannya berjalan berbatu‐batu sambil membasuh muka dan  badannya dengan air embun waktu pagi. Datuk pula tidak mengambil semua air embun di daun kayu  untuk membasuh muka dan badannya. Dia memilih jenis daun yang tidak miang atau gatal. Cara dia  menyapu air ke muka juga agak ganjil. Dia memulakan dari pangkal dagu membawa ke atas hingga  sampai ke gigi rambut. Kemudian baru dia membasuh kedua belah keningnya. Paling akhir sekali 

Page 82 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dilakukannya ialah memasukkan air ke dalam lubang hidung hingga bersin.    Kemudian datuk akan memijak rumput hijau tujuh kali ke arah matahari naik dan enam langkah ke arah  matahari jatuh. Kebiasaannya itu, dibuatnya juga semasa dia berada di Ulu Kuang dekat Chemor, apa  yang datuk lakukan saya terpaksa membuatnya dan datuk berjanji, pada suatu hari kelak, bila umur saya  genap dua puluh satu tahun dia akan memberi beberapa mentera yang perlu dibaca bila mandiair  embun.      Pagi itu, berjalanlah saya bersama datuk di pinggir Kampung Ulu Kuang sambil mandi air embun. Saya  terasa seronok melihat matahari pagi dengan sinar yang kilau‐kilauan di celah‐celah pokok besar. Bila  sinar matahari itu menikam air embun di hujung daun, kelihatan bermanik‐manik dan sungguh menarik  sekali.      Damai dan terhibur hati saya mendengan bunyi kicau beburung hutan yang bermacam ragam dan  bermacam rupa yang terbang dan melompat dari dahan ke dahan. Sambil berjalan datuk memberitahu  nama‐nama burung yang saya nampak. Bilan matahari mula meninggi satu galah, saya dan datuk sudah  jauh meninggalkan pinggir Kampung Ulu Kuang. Kami memasuki satu lorong kecil menuju ke arah  sebuah anak bukit. Di kaki bukit itu ternampak sebuah pokok berdinding tepas dan beratapkan daun  rumbia. Tiangnya dari kayu hutan jenis bulat. Dalam jarak lima puluh langkah mahu sampai ke halaman  pondok itu datuk berhenti berjalan.      “Kenapa datuk?” tanya saya ragu‐ragu. Datuk diam, kedua belah tangannya dilekapkan atas dada. Kedua  belah kelopak matanya dirapatkan. Datuk melangkah tujuh tapak ke depandan berdiri atas kedua belah  tumit kakinya beberapa detik. Bila mata dibuka dan kedua belah tangan diluruskan serta tapak kaki  memijak bumi, datuk kelihatan tersenyum.    “Memang tidak salah penglihatan aku malam tadi, cahaya dari tanah kubur itu menuju ke sini, “dengan  tenang datuk bersuara. Saya jadi termanggu‐manggu.   

Page 83 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Kita balik, kalu kita maju, kita bahaya,” datuk pun menarik tangan saya. Kami berpatah balik menuju ke  rumah adik datuk.    Sepanjang jalan pulang itu datuk tidak banyak bercakap. Dia lebih banyak memerhatikan gerak geri  rumput dan dedaun. Saya faham benar, bila datuk berbuat demikian ertinya dia menumpukan seluruh  perhatinnya pada sesuatu benda yang tidak dapat dijangka oleh akal fikiran manusia biasa. Saya kira,  fikiran dan perasaannya tertumpu ke satu alam yang lain.      Saya tidak berani bertanya padanya tentang hal itu. Saya takut dia naik angin. Kalau datuk naik angin,  saya kena maki dengan percuma. Kalau datuk tidak maki, dia akan menjegilkan biji matanya sebesar  telur ayam hutan.    “Jauh berjalan pagi ni,” soal adik datuk sebaik saja kami tiba di kaki tangga. Dia baru saja melepaskan  ayam di reban. Saya tidak menjawab kecuali tersenyum panjang.    “Macam biasa,” balas datuk. Kami terus membasuh kaki dan memijak tangga naik ke rumah.      Di rumah tengah rumah sudah tersedia sarapan. Air kopi pekat dan rebus ubi kayu serta kelapa parut.      “Rumah siapa dekat belukar tu,” datuk mengkemukakan soalan. Adik datuk terdiam mengingati sesuatu.      “Rumah Kidon.”   

Page 84 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Orang sini jati?”      “Tidak, macam kita juga berasal tanah seberang.”      “Orang Padang ke orang Jambi.”      Pertanyaan datuk itu segera dijawab oleh adiknya. Saya sudahpun berhenti makan ubi rebus, Isteri adik  datuk sudah turun ke tanah pergi ke ladang. Bila pertanyaan itu tidak mendapat jawapan, datuk tidak  lagi mahu mengemukakan pertanyaan. Dia terus menghirup air kopi dengan tenang.    “Dari Sumatera katanya dari keturunan Batak,” tiba‐tiba saja adik datuk bersuara.      “Ada bini tak?” cara tidak sengaja saya bertanya. Datuk menjeling tajam pada saya.      “Dah mati, bininya orang Kedah, emak bapanya bininya menetap di Kuala Kangsar” terang adik datuk  dengan jujur.    “Ada anak?’ cepat‐cepat datuk meningkah.      “Tak ada, bininya tu mati bersalin anak sulung,” 

Page 85 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    “Hummmm…,” suara datuk perlahan. Dia menekan pipi kirinya dengan tangan kanan. Terus‐terang  datuk menyatakan pada adiknya, bahawa dia perlu duduk di Ulu Kuang paling kurang enam bulan. Datuk  juga meminta adiknya membuat sebuah pondok untuk diri dengan alasan senang untuk beramal ibadat  serta berusaha menghancurkan tuanpunya toyol jadi‐jadian. Permintaan datuk itu tidak keberatan untuk  dipenuhi oleh adiknya.    Seminggu kemudian, terpacaklah sebuah pondok baru di Ulu Kuang Chemor yang didirikan secara  gotong‐royong oleh penduduk‐penduduk di situ. Saya dan datuk pun pindahlah ke pondok baru.      Perkara yang tidak menyenangkan hati saya, bila duduk di pondok baru, ialah bila bulan menggambang  penuh. Ketika itu kelihatanlah beberapa ekor harimau besar di depan pondok. Dari atas pondok datuk  melompat ke tanah lalu bersilat dengan harimau‐harimau itu.      Sekiranya, datuk malas ke tanah kerana badannya terlalu letih. Harimau‐harimau itu akan menjulurkan  ekornya dari celah lantai buluh. Datuk akan mencium atau mengurut‐urut ekor harimau itu sambil  membelitkan ke batang lehernya. Bila terdengar bunyi suara burung jampok atau burung hantu, barulah  datuk memerintahkan harimau‐harimau perliharaannya pulang.      “Ambilkan aku kain putih, mangkok putih, taruh air dalam mangkok putih separuh, kain putih letakkan  ke dinding,” datuk mengeluarkan perintah pada saya malam itu. Kalau tidak silap, malam itu malam  Rabu kira‐kira pukul sepuluh. Apa yang diperintahkan datuk saya lakukan dengan senang hati.    Datuk duduk bersila di tengan pondok, Asap kemenyan dari dupa melintuk‐liuk memenuhi ruang  pondok. Baunya semerbak. Datuk mengatur tujuh piring di depan. Piring tepi sebelah kanan ditaruh  batang lengkuas, sementara di sebelah kiri ditaruh sebatang serai. Piring tengah ditaruh darah ayam  yang disembelihnya petang tadi. 

Page 86 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    Tiba‐tiba seekor kucing hitam melompat masuk ke tengah pondok melalui pintu yang terdedah. Kucing  itu merenung muka datuk dengan tajam. Datuk menghalaunya, kucing itu tidak mahu bergerak. Saya  lihat datuk mengeluarkan secekak tualng‐tulang ikan dari karung yang terletak sebelah kanannya. Datuk  melemparkan tulang‐tulang ikan kering itu pada kucing hitam. Dengan tiba‐tiba batang lilin yang  menyala padam. Saya menyalakan lilin tersebut. Saya lihat kucing hitam sudah hilang dan tempatnya  diganti oleh sebungkus kain hitam. Saya kenal, kain hitam itu kepunyaan datuk.      Datuk menyuruh saya memadamkan lampu minyak tanah. Sebatang lilin yang bercahaya  dipadamkannya. Keadaan dalam rumah jadi agak samar‐samar dan sepi sekali. Bunyi katak dan  cengkerik jelas kedengaran. Sayup‐sayup terdengar suara burung hantu ganas di ranting. Atap pondok  bagaikan bergerak‐gerak ditempoh angin. Serentak dengan itu terdengar bunyi air menimpa atap  pondok. Bulu roma saya tegak berdiri bila terdengar bunyi suara orang perempuan ketawa dan  menangis tersedu‐sedu, dekat pokok tembusu di belakang pondok.    “Suara langsuir, bertenang cucuku, bertenang kitan mencari jalan kebaikan dan bukan jalan jahat,” bidik  datuk ke telinga saya.      Datuk tidak bergerak bila seketul batu besar meluru masuk ke dalam pondok. Batu itu tepat mengenai  pangkal bahu kiri datuk. Bila batu jatuh atas lantai, pondok kecil bergegar datuk tidak peduli. Dengan  pertolongan cahaya lilin saya merenung ke muka pintu. Satu lembaga besar tanpa tangan, tanpa kaki  dan kepala berdiri di situ.    Datuk menarik muka saya. Dia suruh saya melihat air dalam mangkok putih. Di luar guruh  bersahut‐sahutan sedangkan cuaca malam itu cukup baik.      “Pedulikan semuanya itu, sekarang kau tengok kain putih tu, apa yang kau lihat, jangan kau ceritakan  pada sesiapa, kalau kau buat juga padahnya kau tanggung sendiri,” kata datuk, dia terus menabur 

Page 87 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kemenyan atas bara dalam dupa.    Saya terpaku, saya hampir tidak percaya dengan apa yang saya lihat pada kain putih. Saya raba ibu jari  kaki saya, saya raba telinga kanan saya, semuanya ada dan saya tahu, bahawa apa yang saya lihat itu  bukan mimpi. Saya melihatnya dalam keadaan sedar dan siuman.    Saya melihat pada kain putih itu, batang tubuh seorang lelaki sedang menggali kubur. Lelaki itu  melakukannya waktu malam, Badannya kelihatan berpeluh.    “Itulah Kidon mengorek kubur anaknya,” datuk memberi tahu saya.      Saya lihat mata cangkul Kidon menyentuh papan keranda. Kidon meletakkan cangkul ke tepi lalu  menyapu peluh di dahi sebentar.      Kidon mengambil sebatang besi lalu mencungkil papan keranda. Bau busuk membuat dia hampir‐hampir  muntah. Kidon tidak peduli semuanya itu. Dia turun ke dalam lubang kubur. Dia menatang mayat  anaknya keluar dari dalam kubur. Diletakkan dekat pokok.      Kidon masukkan papan keranda kembali, kemudian menimbus lubang kubur seperti sedia kala. Kidon  masukkan mayat anaknya ke dalam guni plastik berwarna hijau. Dia memikul cangkul dan besi di bahu  kiri. Tangan kanannya menjinjing mayat anaknya, macam menjinjing ikan dari pasar.    Sampai di rumah Kidon membuka kain kapan anaknya. Mayat anaknya diletakkan atas para yang sudah  disiapkannya terlebih dahulu. Dia membasuh mayat anaknya dalam baldi besar.    “Air basuh mayat itu, diambil dri tujuh kuala anak sungai,” beritahu datuk pada saya. Saya angguk 

Page 88 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kepala. Mata tidak berkelip melihat kain putih, macam menonton wayang gambar, cuma tidak ada  iringan muzik saja. Datuk hanya menerangkan sesekali saja pada saya. Anehnya datuk tidak melihat apa  yang terjadi pada kian putih. Kedua matanya pemjam rapat seperti orang tidur, dengkor nafasnya  macam orang yang sedang tidur lena.    Ketika itu, saya seperti tidak berada di dalam pondok. Saya berada di satu tempat asing sungguh sunyi  sepi sekali.    “Air itu diambil ketika remang‐remang senja, bersama bunyi gagak,” ujur datuk.    Saya lihat Kidon membuka semua pakaian di badan. Dia sudah bogel. Tujuh bunga yang berlainan warna  dimasukkan ke dalam baldi. Selesai memandikan mayat anaknya, Kidon merenjiskan pula dengan air  sebanyak tujuh kali, mulutnya membaca susuatu Kidon basuh muka dan minum air yang telah digunakan  membasuh mayat anaknya tadi.      Saya perhatikan,. Kidon melakukan semuanya itu dengan teliti. Setitik air pun tidak jatuh ke atas lantai.  Mayat anak itu diletakkan atas para. Kidon ambil air mandi mayat anaknya. Disiramkannya ke atas  kepalanya hingga ke hujung kaki.      Selesai dengan tugas itu, Kidon melumurkan mayat anaknya dengan abu dapur dan minyak kelapa.  Mayat anaknya tiu dibawa masuk ke dalam satu bilik. Disitu sudah tersedia sebuah salai tergantung.  Mayat anaknya diletakkan atas salai tersebut dan ditutup dengan kulit kambing.    Kidon keluar dari kamar itu. Masuk semula dengan membawa zing buruk. Zing itu diletakkan di bawah  salai. Atas zing itu ditaruh kayu arang dan habuk‐habuk papan. Kidon menghidupkan api. Bila kayu arang  sudah menjadi bara, barulah dia beredar.      “Mayat itu disalaikan selama empat puluh empat hari, dan Kidon terpaksa berpuasa selama tujuh hari  Page 89 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tujuh malam, amalan itu dikenali dengan nama puasa pati Geni,” datuk membisikkan ke telinga saya. Di  kain putih saya lihat Kidon duduk dengan meletakkan kedua belah tangannya atas lutut kiri dan kanan.  Dia membilang biji tasbih. Menurut datuk pekerjaan itu dilakukan tanpa diketahui oleh orang lain,  selepas menjalani puasa tujuh hari barulah Kidon keluar rumah membuat pekerjaan biasanya iaitu  menoreh getah di kebun Haji Ahmad Alam Shah. Bila mayat bayi sudah cukup disalai selama empat  puluh empat hari, Kidon pun mencari dan menyediakan manisan lebah, pisang emas dan pisang embun.  Kidon juga menyediakan sebuah katil lengkap dengan cadar dan bantal untuk seorang bayi.    Waktu tengah malam mayat itu pun diturunkan dari tempat salai, panjangnya cuma sejengkal dan besar  lebih kurang sama besar dengan anak yang berusia dua tahun, sambil memangku bayinya di tangan kiri,  Kidon membasahkan tubuhnya dengan air dengan tangan kanan. Dia terus berbisik dengan tenang ke  telinga anaknya begini :    “Dengarlah anakku,    Perasaan dan hatimu    Bersatu dengan aku    Dua tubuh Satu harapanku    Kaulah yang mengerjakannya    Tujuh lapis bumi,    Tujuh lapis langit,    Bersatu di bukit Kaf   

Page 90 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Bersemadi dalam diri kita."      Selesai Kidon membisikkan pada telinga anaknya, dia menarik nafas panjang‐panjang, kemudian bibir  bayi yang kering itu ditiupnya. Dia melakukan ini selama tujuh pagi dan tujuh malam. Mayat bayi kering  itu diletakkan di tempat tidur dengan berteman lampu yang terus menyala selama dua puluh empat  jam. Kidon yang berbadan kurus itu, bertambah kurus kerana kurang tidur. Taou dia merasa pusa. Dalam  tempoh beberapa hari lagi mayat anaknya akan dapat digunakan untuk mencari harta orang kampung.  Dia terus membayangkan tentang kemewahan dan kesenangkan dirinya sendiri.      Masa yang ditunggu pun tiba. Kidon masuk ke dalam bilik bayi keringnya. Dia mencium ubun‐ubun bayi  kering itu. Tiba‐tiba ubun‐ubun bayi kering itu mengeluarkan asap setelah Kidon menggunakan jampi  serapah. Bayi kering itu menjelma menjadi kucing jantan hitam. Menjilat‐jilat tapak tangan Kidon. Kidon  pun menepuk‐nepuk kepala kucing hitam. Kidon menjilat kaki kucing dengan lidahnya. Kemudian Kidon  memberikan belut kering pada kucing itu. Dalam masa beberapa saat saja, belut kering itu habis  dimakan oleh kucing itu.      “Kau pergi ke rumah orang kaya, kau ambil wangnya separuh dan bawa kemari,” Kidon memerintah  kucing hitam.    Kucing itu menggaru‐garu paapn lantai akhirnya terjun ikut tingkap. Tugas Kidon setiap malam ialah  menumpukan perhatian pada pelita minyak tanah di depannya. Jika api pelitanya bergoyang tanpa angin  ertinya toyol jelmaannya dalam bahaya, bagi mengatasinya dia harus memadamkan api pelita itu  dengan secepat mungkin. Toyol jelmaannya akan ghaib dari pandangan orang. Saya terkejut bila melihat  Kidon tersungkur di kain putih.      “Ilmunya sudah aku tawarkan,” suara datuk keras.   

Page 91 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Dia membuka mata. Air dalam mangkok putih tertumpah dengan sendirinya. Lilin yang padam menyala  sendiri begitu juga dengan pelita minyak tanah. Saya lihat dari kain hitam keluar asap berkepul‐kepil.  Tulang‐tulang ikan yang berserakan atas lantai berkumpul dengan sendiri dan bergerak masuk ke dalam  karung di samping datuk. Bila asap dari kain hitam hilang. Datuk pun mengangkat kain hitam itu.      “Kau lihat,” ujar datuk pada saya. Saya menggigit bibir. Saya lihat mayat kering terdampar atas lantai  pondok. Baunya cukup busuk. Tekak saya jadi loya dan mahu muntah dibuatnya. Datuk membiarkan  mayat kering itu di situ.    “Kau pulangkan pada yang berhak,” datuk bersuara lagi sambil menyiramkan darah ayam pada mayat  kering. Saya perhatikan mayat kering itu bagaikan bergerak‐gerak. Bila datuk melangkah mahu duduk di  tempat asalnya. Seorang lelaki muncul di muka pintu membawa parang panjang. Badannya kurus. Di  luar bunyi suara burung hantu kembali menguasai malam yang sepi. Di bawah pondok terdengar bunyi  suara perempuan menangis.      “Kau datang Kidon,” lantang suara datuk.      “Jangan buat aku begini, aku mahu hidup, jawab Kidon.    “Kerjamu salah di sisi agama. Kau menyiksa mayat anakmu. Kau jadi tuan pada toyol jelmaan ini. Aku  tahu dalam minggu ini kau mahu mencari pasangannya, bukan begitu Kidon.”    “Memang benar, bergitulah rancangan aku, tapi aku terpaksa membatalkannya, kerana menurut  firasatku ada oang yang tahu rancangan aku tu, orang itu adalah kau.”    “Sekarang, apa yang kau mahu dari aku Kidon?” 

Page 92 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    “Pulangkan toyol jelmaan itu pada aku, aku sembah kau, aku sujud pada kau, janganlah perkara ini  dihebuhkan.”    “Aku tidak mahu menghebahkan pada sesiapa tapi toyolmu akan aku pulangkan ke tempatnya malam ini  juga.” Datuk memberi keputusan muktamad.      Kidon terdiam seketika. Dia melompat turun dan menghilangkan diri dalam kegelapan malam. Suara  langsuir ketawa kedengaran dengan jelas. Bila suara itu hilang, saya terdengan suara orang menjerit  meminta tolong. Saya renung muka datuk. Dia kelihatan muram. Niat saya mahu bertanya padanya  suara siapa yng menjerit itu jadi terbantut melihat wajahnya dalam keadaan begitu. Suara siapa itu?  Saya bertanya dalam hati. Datuk bagaikan tahu apa yang bergolak dalam dada saya. Dia pun rapat pada  saya.   

SBDJ (Jilid 01) Siri 13: Penunggu Hutan Hulu Kinta  Datuk terus berbisik kepada saya, “tidurlah, esok kau akan tahu apa yang dah terjadi,” saya angguk  kepala dan cuba memejamkan mata dengan harapan saya akan terus terlena. Usaha saya itu gagal sama  sekali. Tetapi banyak perkara yang menakutkan datang dalam kepala saya. Datuk tahu dengan apa yang  saya alami. Dua kali dia menghembus muka saay, kemudian memicit batang leher saya mencari urat  tidur. Bila urat tidur itu dipicitnya, mata saya terasa berat sekali. Akhirnya saya terlena.  Bila saya membukakan kelopak mata, saya lihat datuk sudah pun selesai sembahyang subuh. Tanpa  banyak bicara saya terus ke perigi mengambil air sembahyang. Bila saya mahu memulakan sembahyang  saya lihat datuk menyandarkan badannya ke dinding. Kedua belah kakinya diluruskan.  “Aku harap kau akan jadi orang Islam yang teguh dengan rukun yang lima bila kau sudah jadi macam  aku,” ujar datuk sebaik saja saya menyelesaikan perintah Allah. Saya tersenyum.    “Sembahyang itu tiang agama, kita pandai bercakap dan tahu hukum agama tidak bererti, kalau kita  tidak sembahyang,” tambahnya sambil bangun. Datuk berdiri di muka pintu melihat matahari pagi yang  mula terbit di kaki langit. Bunyi kicau burung mula kedengaran. Datuk turun ke tanah. Datuk turun ke  tanah. Saya mengikutinya dari belakang. Sampai dekat pokok besar datuk berhenti berjalan. 

Page 93 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Kenapa ? Datuk tak mahu mandi embun pagi ni ?” tanya saya.  “Mandi, tapi aku nak mencari mayat Kidon dulu.”  “Aku agak di kawasan ni, kau cari arah matahari terbit dan aku arah matahari jatuh.” ” Baiklah Tok.”  Saya berjalan menuju ke arah pokok jejawi besar. Lebih kurang dalam dua puluh langkah mahu sampai  ke pangkal pokok jejawi besar, saya terserempak dengan mayat Kidon. Badan saya menggigil saya lihat  mayat Kidon tanpa kepala. Seluruh badannya bercalar, macam digaru oleh binatang buas. Datuk pun  segera saya panggil.  “Kenapa ?” soal datuk  “Mayat.”  “Mayat,” suara datuk menurun. Dia pun melangkah menuju ke arah mayat Kidon. Datuk mematahkan  anak‐anak pokok lalu menutup mayat Kidon.  “Kita mandi embun dulu,” kata datuk dengan senyum.  “Mayat ni macam mana tok ?”  “Biarkan di situ dulu, lepas mandi embun baru kita uruskan, baru kita beritahu pada orang kampung.”  “Saya faham tok.”  Pagi itu, kami berjalan di tepi hutan kecil sambil mandi embun. Badan terasa cukup segar. Bila mandi  embun selesai. Datuk terus menemui ketua kampung. Kerana Kidon tidak mempunyai sanak saudara,  urusan pengkebumian mayatnya diuruskan oleh pesatuan khairat kematian kampung itu. Ketua  kampung memberitahu pada semua penduduk, bahawa kematian Kidon di baham oleh harimau. Perkara  yang serupa itu juga dilapurkan kepada pihak polis. Sejak kematian Kidon, Kampung Hulu Kuang tidak  lagi diancam toyol yang mencuri wang penduduk dan barang‐barang yang berharga.  Seminggu selepas itu kematian Kidon, pondoknya terbakar dengan sendiri waktu dinihari. Akhirnya  orang‐orang kampung tahu juga yang Kidon membela toyol jadi‐jadian. Mereka datang  mengucapkantahniah atas kejayaan datuk.  “Saya tidak membunuh Kidon, dia mati dimakan oleh toyol yang diciptanya sendiri, biasanya toyol  jadi‐jadian boleh mendurhaka pada tuannya, itulah kepala Kidon hilang,” kata datuk pada pada  orang‐orang kampung yang melawat pondok Kidon yang terbakar itu.  Waktu datuk mengkais‐kais di kawasan rumah Kidon yang sudah dimakan api, datuk menemui  tengkorak. Datuk yakin tengkorak itu ialah tengkorak Kidon. Masuk minggu kedua Kidon dikuburkan  orang‐orang kampung terdengar bunyi suara lelaki menjerit dari tanah kubur waktu malam. Bila disiasat  ternyata suara itu datangnya dari kubur Kidon. Orang‐oang kampung terpaksa membacakan Surah  Yassin selama dua minggu di surau, mohon pada Allah supaya suara menjerit itu tidak kedengari oleh  orang‐orang kampung. Akhirnya dengan kuasa Allah yang maha besar suara itu tidak kedengaran lagi.  Page 94 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Menurut Imam Masjid kampung tersebut, perkara itu berlaku adalah dengan kuasa Allah yang mahu  memperlihatkan kepada manusia di dunia, bahawa sesuatu yang dilakukan tidak mengikut atau  terkeluar dari hukum‐hukum agama akan mendapat balasan yang setimpal dari perbuatannya itu.  “Orang‐orang islam yang baik mendapat rezeki yang halal melalui titik peluhnya sendiri, Islam menyuruh  umatnya berusaha dengan cara yang baik, saya harap apa yang terjadi pada diri Kidon akan menjadi  pelajaran pada kita semua.” Imam Kampung Hulu Kuang yang berbadan tegap itu memberitahu pada  semua penduduk di satu petang di dewan orang ramai. Dalam jangkaannya, saya dan datuk akan  meninggalkan Hulu Kuang pada petang Khamis kerana pada malam Jumaat datuk akan bermalam di  rumah isteri mudanya orang bunian. Jangkaan itu tidak terlaksana. Waktu saya bersiap‐siap pada petang  Rabu seorang lelaki dari Tanjung Rambutan mengajak datuk menembak kijang di Hulu Kinta.  “Saya setuju, tapi macam mana sekarang musim dharurat,” datuk bertanya pada orang yang  mengajaknya. Orang itu ketawa.  “Sebenarnya, saya memang ada memasang jerat pelanduk, kancil dan lain‐lain di hutan Hulu Kinta, kita  dikenakan perintah berkurung pada waktu malam saja,”  “Jadi.”  “Kita boleh pergi pada waktu siang.”  “Hum begitu.”  “Tentu Setuju.”  Pada pagi Khamis, saya dan datuk menaiki bas dari Chemor ke Tanjung Rambutan. Dari situ berjalan kaki  menuju ke batu lapan. Belumpun pukul sepuluh kami sudah berada di dalam hutan tebal. Sebelum itu  kami melapurkan diri di Balai Polis Tanjung Rambutan dan menyatakan tujuan kami masuk ke dalam  hutan. Kawan baru datuk itu memberikan senapang kampunnya untuk digunakan oleh datuk di samping  itu dia juga menyuruh datuk membuat beberapa jerat baru. Sampai di satu kawasan, kawan baru datuk  menyuruh saya dan datuk menuju ke arah sebuah anak bukit yang menurutnya di situ ada beberapa  jerat yang sedang dipasang. Sedangkan dia menuju ke arah lain.  Berpeluh juga saya berjalan dalam hutan itu. Satu keistimewaan datuk yang tidak terdaya saya  melawannya ialah, dia terlalu cepat bergerak dalam hutan. Dahan‐dahan dan pokok‐pokok yang  dipijaknya tidak berbunyi. Saya terkejut besar bila seekor harimau dengan tiba‐tiba muncul dari balik  rimbun pokok salak jambi. Matanya tajam merenung saya. Ekornya bergerak‐gerak.  “Ah, kamu jangan kacau aku nak lalau di sini, pergi cari makan tempat lain,” begitulah datuk berdialog  dengan harimau. Dan harimau itu bagaikan mengerti dengan apa yang datuk katakan itu. Dia bergerak  perlahan‐lahan dan akhirnya menghilangkan diri dalamhutan yang tebal itu.  “Berhenti,” datuk memamaut bahu saya.  “Kenapa tok ?” 

Page 95 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Sembunyikan diri balik pokok.” saya pun akur dengan cakap datuk. Dia meniarap di pangkal pokok  besar. Saya juga begitu. Datuk mencangkung, macam kucing mahu menerkam sesuatu. Mata datuk  tajam melihat pada rimbun anak‐anak pokok yang bergerak. Seekor kancil muncul di depan kami. Datuk  melompat bagaikan kucing, dalam sekelip mata saja dia berjaya menangkap kancil lalu dimasukkan ke  dalam guni.  Kawasan yang kami masuk itu, sekarang sudah dijadikan pusat latihan dan rumah pasukan polis hutan‐  Hulu Kinta. Hutan tebal yang kami jelajahi dulu, sudah digantikan dengan hutan rumah pangsa yang  bertingkat‐tingkat. Datuk dan saya terus berjalan, kalaulah datuk itu adik saya sudah pasti saya menarik  tangannya pulang, saya terasa bosan berjalan dalam hutan yang tebal dan lembab, dnegan  bermacam‐macam bunyi burung hutan. Saya merasakan kesal mengikutnya, kalaulah saya mengikut  cakap adik datuk yang menyuruh saya tinggal di rumah tentulah saya tidak mengalami kesengsaraan  semacam ini.  Bila saya fikirkan dalam‐dalam, ada baiknya menurut datuk berburu dalam hutan. Dapat menambahkan  pengalaman saya sendiri. Kepala dah hati terus melayan perasaan, kaki terus juga melangkah meredah  duri dan onak. Saya mula terasa dahaga, tekak terasa cukup kering,  “Saya dahaga tok.”  “Kau memang banyak ragam, tadi gatal sangat nak ikut.”  “Jahanam.” Datuk merungut panjang sambil menyambung, “jalan ke depan lagi kalau‐kalau ada paya  atau kolam, lepas tu kau minum sampai bengkak perut,” datuk terus menolak saya. Ramalan datuk  tepat, dua puluh langkah melangkah ke depan kami bersua dengan sebuah paya airnya cukup jernih. Bila  saya mahu minum datuk segera menahan.  “Jangan minum.”  “Saya haus tok.”  “Minum di sini, datuk pun mencetus akar besar yang tergantung dari sepohon pokok rendang. Bila akar  itu dipotong, darinya keluar air yang bersih. Dan air itu terus saya minum. Dahaga saya terus hilang. Bila  saya merenung ke arah paya yang berair jernih, saya lihat air di paya itu bergerak‐gerak . Di tengah perut  paya itu terdapat seketul batu besar macam bentuk kapal. Saya terdengar bunyi suara orang ketawa  panjang tetapi bentuk manusia memang tidak kelihatan.  “Ada suara tok.”  “Aku tahu, aku mendengarnya kerana itu aku tidak membenarkan kau meminum air paya.”  “Kita balik saja tok.”  “Tak usah kita tengok apa yang terjadi.”  Datuk dan saya pun segera bersembunyi di dalam rumpun pokok‐pokok hutan. Sya lihat seorang 

Page 96 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

perempuan berkulit putih berambut panjang sampai ke pinggang. Perempuan itu berkemban berenang  ke tengah dan ke tepi sambil ketawa. Tiba‐tiba perempuan itu hilang. Cuma yang tinggal di tengah paya  ialah gelombang air yang beralun‐alun memburu tepi paya.  “Siapa tu tok,” saya menyoal.  “Penunggu paya, jangan tunggu lama di sini, susah kita ,” datuk dan saya mula mengubah haluan, kami  berjalan ke arah selatan. Datuk mula terasa sesuatu yang ganjil. Dia menyatakan rasa sangsinya  terhadap kenalan barunya yang mengajak dia masuk hutan tadi.  Dia mula merasa kesal menerima pelawaan kawannya itu. Lebih aneh lagi kenalan barunya itu tidak pula  menjumpai orang‐orang di Hulu Kuang sebelum menemuinya. Masa melapurkan diri di Balai Polis  Tanjung Rambutan, anggota polis bertugas di situ tidak menyoalnya, seolah‐olah kenalan baru datuk itu  wujud di depan anggota polis itu, meskipun kenalan datuk itu berdiri di depannya.  “Keganjilannya baru aku sedar sekarang,” rungut datuk. Saya tersenyum. Tetapi wajah datuk kelihatan  muram membayangkan rasa kesal yang amat berat dideritainya.  “Aneh juga kawan kita tu, aku bagaikan terpukau. Apakah dia benar‐benar manusia atau jin atau  syaitan,” sebaik saja datuk berhenti bercakap, kenalan barunya terpacul di depan kami. Dia  menghulurkan tangan untuk bersalam dengan datuk. Datuk menyambutnya. Mulut datuk bagaikan  terkunci. Tidak terlahir kata‐kata. Kata kenalan datuk itu menundingkan jarinya ke arah barat daya.  Datuk angguk kepala lalu menarik tangan saya ke arah barat daya. Bila datuk dan saya menoleh ke  belakang, kenalan datuk itu sudah tiada lagi.  Saya terasa bulu tengkuk saya meremang. Bau harum dan wangi mula menusuk lubang hidung saya dan  datuk.  Datuk dan saya tidak berkata walau sepatahpun kami terus berjalan hingga sampai ke tebing Sungai  Kinta. Di seberang sungai terdapat perkampungan orang asli. Perkampungan orang asli itu sekarang  terkenal dengan nama Kinta Intek, kebanyakkan orang asli di situ sudah memeluk agama Islam.  Matahari sudah mula condong, bunyi deru air Sungai Kinta memekakkan lubang telinga. Datuk dan saya  terus membasuh muka. Tidak jauh dari tempat kami berdiri terdapat sebuah jambatan merintangi  sungai tersebut. Di sekitar kawasan jambatan itu sekarang jadi tumpuan orang ramai setiap hari Ahad  untuk berkelah.  “Ke mana kita nak pergi tok, ” saya menyoal datuk.  “Nampaknya ada orang mahu menguji ilmu aku, tapi biarkanlah, ilmu yang aku tuntut untuk kebaikan .  Allah yang tahu hati aku,” datuk bagaikan mengeluh. Dia turun ke dalam sungai dan mandi. Lepas mandi  datuk tukar pakaian, memeng datuk membawa dua pasang pakaian satu untuk dipakai waktu berjalan  dalam hutan, mana kala satu lagi digunakan untuk sembahyang. Datuk terus sembahyang asar di tepi  sungai. Marah juga datuk pada saya kerana tidak membawa pakaian yang bersih untuk sembahyang. 

Page 97 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Lama juga datuk duduk berehat di tepi sungai. Dia membaca sesuatu dan mengambil seketul batu. Batu  itu dilemparkannya ke dalam sungai. Saya diam saja. Biarlah datuk melakukan apa saja yang  difikirkannya patut. Dalam keadaan yang tidak tentu arah itu, saya tercium bau yang cukup wangi. Saya  kira kenalan baru datuk akan menjelma di depan kami. Bau wangi itu hilang, kenalan datuk tidak juga  menjelma.  Saya terus melihat langit, matahari kain condong ke barat. Hati saya sudah menggelabah. Datuk masih  juga tenang dan damai.  “Kita balik saja,” datuk memberitahu saya. Cepat‐cepat saya anggukan kepala. Saya dan datuk  berpusing‐pusing dalam hutan Hulu Kinta mencari jalan keluar. Kami tidak dapat menemui jalan yang  mana kami lalu tadi, yang anehnay ialah sejauh mana kami bergerak, baik arah matahari jatuh atau  matahari naik, kami akan sampai juga ke tepi tebing sungai, malah untuk sampai ke jambatan di sebelah  hilir sungai kami tidak berdaya. Jambatan itu nampak dekat dan kami boleh melihat orang asli berjalan  di atasnya, tapi kami tidak dapat menembusi hutan tebal untuk sampai ke jambatan. Berkali‐kali  diusahakan untuk pergi ke situ tetapi kami gagal juga. Pergi balik pergi balik kami tetap berlegar‐legar di  kawasan tepi sungai itu juga.  Hari mula remang senja. Datuk menggunakan segala kepandaiannya, ternyata kepandaian datuk tidak  berguna sama sekali di dalam hutan Hulu Kinta. Akhirnya datuk memutuskan untuk bermalam saja di  tepi tebing sungai tersebut. Waktu saya mahu pergi ke dalam perut sungai, saya terserempak dengan  seekor ular, sebesar batang kelapa. Saya menjerit. Datuk segara menghampiri saya. Datuk juga terkejut  melihat ular besar itu. Lama juga datuk menenung mata ular itu.  “Matanya berkedip.” Kata datuk dengan penuh semangat.  “Kenapa, mata ular tidak berkedip ke datuk ?”  “Biasanya begitulah, kalau berkedip tu, tandanya jin atau bukan ular biasa.”  Saya terdiam mendengar penerangan datuk itu. Lagi sekali, saya dan datuk tercium bau wangi yang  amat sangat. Hari bertambah gelap. Fikiran saya bertambah kacau. Datuk terus mengadap ular besar.  Perlahan‐lahan ular itu membuka lingkarannya. Dalam sekelip mata saja, ekornya menjunam ke dalam  sungai. Air sungai yang mengalir deras jadi tertahan. Saya lihat air sungai mula melimpah ke atas  terbing. Menenggelamkan batu‐batu besar di tengah sungai di bahagian hulu, manakala di bahagian hilir  sungai, saya lihat air tidak mengalir.  Saya perhatikan datuk bercakap sesuatu dengan ular tersebut. Setiap kali datuk mengahkiri  percakapannya, ular itu mengerakkan kelopak matanya. Ular itu bagaikan mengerti dengan apa yang  datuk cakapkan. Datuk menyuruh saya menutup mata. Saya patut pada cakapnya. Masa saya menutup  mata itu saya terdengar bunyi suara angin yang cukup kuat. Saya juga terdengar bunyi dahan patah  dirempuh angin. Bumi yang saya pijak saya rasa bergerak macam berlaku gerak gempa yang cukup  dahsyat.  “Buka mata,” ujar datuk. 

Page 98 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Saya pun membuka mata. Saya dapat diri saya dan datuk berada di sebuah surau tua. Saya terdengar  suara Azan. Seorang lelaki berjubah hijau, berjanggut separas dada menyuruh saya dan datuk  mengambil air sembahyang, orang tua berserban hijau itu menjadi Imam sembahyang Maghrib. Selepas  membaca doa, orang tua berserban hijau itu menghantar saya dan datuk ke perkampungan orang asli.  Dia menyerahkan saya pada penghulu orang asli yang dipanggilnya dengan nama tok batin bah aloi. Dia  juga menyuruh penghulu orang asli itu menghantar saya dan datuk ke jalan besar Tanjung Rambutan ‐  Ipoh pada siang esoknya. Penghulu orang asli itu memberi pengakuan akan membuat apa yang  diperintahnya.  Bila orang tua itu membuka serban dan bersalaman dengan datuk, barulah saya kenal bahawa orang tua  itulah yang menjadi kenalan baru datuk itu. Dia mengucapkan terima kasih pada datuk yang telah  membinasakan Kidon. Dia juga mengingatkan datuk supaya jangan datang ke hutan Hulu Kinta tanpa  menemuinya terlebih dahulu. Menurutnya, kawasan hutan Hulu Kinta adalah kawasannya. Dia juga  meminta datuk memulangkan kancil yang ditangkap oleh datuk.  “Kalau kamu tidak menangkap binatang peliharaan aku, kami tidak akan sesat di sini,” katanya dengan  senyum.  “Tapi, awak yang mengajak saya ke mari berburu ?”  “Saya mahu menguji sejauh mana awak boleh menghargai nyawa makhluk lain,” katanya dengan  senyum.  “Saya jadi bingung dengan perbuatan kamu,” tingkah datuk.  Jangan bingung, selain dari manusia ada makhluk lain diam di bumi ini, kamu harus mengenali mereka,  tapi kau terlebih dulu mengenali kekuasaan Allah yang menjadikan langit dan bumi,” tambah lelaki  serban hijau. Kemudian dia menghilangkan diri. Sebelum tidur, penghulu orang asli memberitahu saya  dan datuk dia telah memeluk agama Islam. Orang bertanggung jawab mendorong dia memeluk agama  islam ialah lelaki serban hijau itu. Saya menggigit lidah mendengar cakapnya. Datuk pun menceritakan  semua peristiwa yang kami alami pada penghulu orang asli. Dia ketawa. Menurutnya ular besar memang  selalu ditemui oleh anak buahnya. Anehnya ular itu tidak pernah membinasakan orang.  “Kalau dia lahu di depan rumah kami, waktu senja menunjukkan ada perkara yang tidak baik akan  berlaku, tiga bulan dulu dia melintas waktu senja di kampung kami, seminggu kemudian anak saya mati  lemas,” kata penghulu orang asli. Saya dan datuk anggukkan kepala.  “Lelaki serban hijau tu siapa tok batin ?” tanya saya  “Haji Lokman,” jawab penghulu orang asli. Selepas tida ada pertanyaan yang keluar dari mulut saya atau  datuk. Saya dan datuk disuruh tidur di bahagian depan rumah penghulu itu. Pagi esoknya atas  permintaan datuk penghulu orang asli itu membawa saya dan datuk ke kawasan tempat kami bertemu  dengan lelaki serban hijau itu. Tidak terdapat sebarang kesan atau tanda kawasan itu pernah didiami  oleh sesiapa pun. 

Page 99 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Di tempat ni tak ada apa‐apa, dulu kami jumpa orang komunis bunuh diri di sini,” tanpa diminta  penghulu orang asli menerangkan.  Saya dan datuk dihantar oleh penghulu orang asli hingga ke tepi jalan besar. Datuk dan saya membuat  keputusan untuk berjalan kaki sahaja pergi ke Pekan Tanjung Rambutan yang jaraknya kira‐kira dua batu  saja. Sedang seronok melangkah, kenalan baru datuk muncul di depan kami dalam masa dua saat,  kemudian dia menghilangkan diri. Sebaik saja saya dan datuk sampai di depan balai polis Tanjung  Rambutan, beberapa orang Hulu Kuang bersama adik datuk tersenyum memandang kami, mereka  sedang merancang untuk mencari kami di dalam hutan. 

SBDJ (Jilid 01) Siri 14: Bersuamikan Hantu Raya  Tanpa bertangguh‐tangguh lagi datuk pun menceritakan, apa yang kami alami dalam hutan Ulu  Kinta pada orang‐orang kampung Ulu Kinta yang menanti kami di depan Balai Polis Tanjung  Rambutan.Saya tidak melibatkan diri ketika datuk bercerita. Saya lebih senang duduk di pangkal  pokok kelapa di rusuk kanan balai tersebut. Balai itu kini sudah dirobohkan, digantikan dengan  bangunan yang baru.  “Pelik juga ceritanya, betul ke ni?” Saya terdengar salah seorang daripada orang kampung itu  bersuara. Sepasang mata datuk merenung tepat ke arah batang hidung orang itu.  “Terpulanglah pada awak, sama ada awak mahu percaya atau tidak, saya dan cucu sudah  merasa dan mengalaminya.”  “Apa yang orang tu berikan pada awak.”  “Beri apa? Awak gila ke.” Suara datuk mula meninggi dan orang itu terus diam.  Seorang anggota polis menghampiri kumpulan orang yang mengerumi datuk lalu  bertanyakannya: “Apa halnya ni.”  “Orang hilang ni dah jumpa di sini,” seorang lelaki berbadan tegap memberitahu anggota polis  yang sudah berusia hampir lima puluh tahun itu. Tanpa diminta datuk pun menceritakan apa  yang dialaminya pada anggota polis itu.  Kemudian anggota polis itu mengakui apa yang dialami oleh datuk itu pernah dialami oleh  beberapa orang penduduk di sekitar Tanjung Rambutan yang pergi memburu ke kawasan itu.    “Tapi, saya belum pernah bertemu dengannya,” suara anggota polis itu merendah.  Menurutnya, dalam waktu‐waktu tertentu lelaki berserban hijau itu pernah muncul di Market  Tanjung Rambutan. Anehnya, dia hanya bersalam saja dengan siapa yang disukainya, bila orang  yang disalami mahu bertanya sesuatu padanya dia akan hilang dengan sekelip mata sahaja.  Page 100 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Bagi saya perkara ni, sudah jadi perkara biasa,” anggota polis itu menamatkan ceritanya  dengan datuk. Datuk tidak puas hati dengan apa yang dicakapkan oleh anggota polis itu.  “Biasa macam mana?’ Datuk mendesak Anggota polis yang mahu melangkah masuk ke dalam  balai berpatah balik.  Dia berdiri betul‐betul di depan datuk. Matanya cukup tajam menyorot wajah datuk kemudian  dia senyum sinis.  “Awak orang luar, mana awak tahu.” Termenung sejenak datuk mendengar cakap anggota polis  itu.  “Memang, saya bukan orang di sini, tentulah banyak perkara yang tidak saya tahu.”datuk  merendah diri.  “Saya orang Tambun, saya tahu serba sedikit tentang orang yang awak kata itu.”  “Itulah yang mahu saya dengar.”  “Begini, orang itu namanya Haji Lokman. Masa zaman Jepun dulu, dia membunuh tiga orang  askar Jepun di Pekan Tambun.”  “Sebabnya?”  “Dia tak tahan melihat penyiksaan yang dilakukan oleh askar‐askar Jepun pada orang  kampung.”  “Jepun tak tangkap dia?” soal datuk lagi.  Anggota polis yang berbadan tegap itu memicit pangkal dagunya sambil mengkerutkan kening  lebatnya.  “Jepun cuba menangkapnya tapi tidak berjaya. Akhirnya dia ditangkap ketika menunaikan  sembahyang Zohur. Dia dikurung, pada sebelum malamnya dia berjaya melepaskan diri, sejak  itu dia tidak pulang ke rumahnya.”  “Agaknya dia dibunuh Jepun, cerita dia melepaskan diri waktu malam tu sengaja diada‐adakan,”  celah datuk.  “Itulah yang anehnya, nak dikatakan mati, orang selalu berjumpa dengannya. Kalau dia hidup  apa faedahnya menyiksa diri dalam hutan meninggalkan anak bini.”  “Betul juga cakap awak tu.”  “Tapi awak jumpa dia bukan?” soal anggota polis itu. Datuk angguk kepala.  Page 101 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Lupakan saja perkara itu,” tambah anggota polis itu sambil meninggalkan datuk, Orang‐orang  dari Ulu Kuang yang berhimpun di situ berpandangan sama sendiri.  “Sudah, anggaplah ini pengalam yang berharga untuk awak, sama ada orang mahu percaya atau  tidak itu bukan soalnya, tapi awak sudah melihat dan bercakpa dengannya,” salah seorang  penduduk Kampung Ulu Kuang membisikan ke telinga datuk.  “Betul cakap awak tu,” balas datuk.  Datuk dan orang‐orang dari Kampun Ulu Kuang meninggalkan Balai Polis Tanjung Rambutan  menaiki bas menuju ke Chemor . Dari Chemor naik basikal menuju ke Kampun Ulu Kuang.    Dua hari kemudian, saya dan datuk pun meninggalkan Kampung Ulu Kuang.  Pengalaman‐pengalaman aneh yang saya alami itu merupakan khazanah pengalaman yang  tinggi nilainya. Saya kira boleh dijadikan panduan untuk hidup.  Sekaligus mengajar saya erti kebesaran serta kekuasaan Allah. Sesungguhnya Allah maha besar  dan maha berkuasa boleh melakukan apa saja yang diinginnya dan tidak terjangkau oleh akal  fikiran manusia yang selalu mendakwa sudah cukup maju dengan ilmu pengetahuan.  “Tahukah kau, di dunia ini, tidak saja dipenuhi dengan manusia, tetapi dipenuhi juga dengan jin  yang tak dapat dilihat dengan mata kasar, di sinilah pentingnya agama untuk manusia,” kata  datuk pada saya ketika bas yang kami naiki melintasi Pekan Menglembu.  “Aku harap,” tambah datuk lagi, “kau akan jadi orang Islam yang baik. Manusia yang tidak  beragama selalu sesat.”  “Saya pun berharap hidup saya akan menjadi manusia yang dikasihi oleh Allah.”  “Bagus tu, kau mesti patuh apa yang dipertintahnya, jauhi dari perkara yang ditegahnya.  Tunaikan apa yang ditetapkanoleh rukun kerana Islam itu tiang agama.”  “Saya faham tok.”  “Jika tidak patuh pada yang lima tu, Islam kau tidak akan sempurna.”  “Saya tahu tok,” tekanan suara saya merendah. Angin yang masuk ikut tingkap bas menolak  rambut saya denga mesranya.  Sampai saja di kampung halaman datuk kami disambut oleh nenek dengan senang hati. Datuk  tidak menceritakan apa yang dialaminya pada nenek. 

Page 102 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Sayalah yang jadi tukang lapur kejadian pada nenek dan nenek tidak memberikan sebarang  pendapat tentang peristiwa itu. Dia lebih banyak tersenyum dan angguk kepala. Saya tidak tahu  apakah nenek suka atau percaya dengan apa yang saya katakan.  “Saya nak pergi,” tiba‐tiba datuk muncul di ambang pintu tengah. Perbualan saya terhenti. Saya  lihat datuk sudah berpakaian cukup kemas dengan baju melayu teluk belangga hitam serta  seluar hitam. Songkok juga hitam.  “Ke mana ?” tanya nenek.  “Ke rumah bini muda,” balas datuk selamba. Nenek mengizinkan datuk pergi.  Dua hari sesudah datuk pergi ke rumah bini mudanya di kampung orang bunian. Saya dipanggil  oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak ke Batu Gajah untuk menjalani temuduga bagi  memenuhi jawatan buruh hutan yang kosong dalam jabatan tersebut.  Saya terpilih dan ditempatkan di Slim River. Tidak lama saya bertugas di situ. Cuma satu minggu  sahaja. Saya berhenti kerana kerja itu saya kira tidak sesuai dengan jiwa saya.  “Aku tahu, kau tak sesuai, perangai kau tak suka diperintah orang. Kau ni layak kerja sendiri jadi  petani atau peniaga,” kata datuk menyambut kepulangan saya di anjung rumah.  Sesungguhnya jiwa saya rasa tenteram menjaga kebun datuk dan menjual buah‐buahan hasil  dusun datuk di Cangkat Beranagan. Saya rasa hidup begini agak bebas. Sekali sekala ikut datuk  menembak rusa atau kijang di mana‐mana yang disukainya.  Pagi itu, seperti biasa saya pergi kedusun memetik buah langsat dan rambutan untuk dijual  pada peraih yang datang pada sebelah petang. Sedang saya asyik bekerja, datuk menemui saya.  “Banyak yang kau dapat langsat?”  “Kira dua pikul ada tuk.”  “Tinggalkan pada nenek untuk menyelesaikan bila peraih Kum Meng datang petang ni.”  “Kenapa ?”  “Aku nak ajak kau ke kampung Cangkat Cermin, ada wakil ketua kampung datang menjemput  aku.”  “Apa halnya.”  “Usah tanya, ikut cakap aku.”  Saya terdiam dan meninggalkan bakul buah langsat di dusun. Dengan basikal saya dan datuk ke  Page 103 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kampung Cangkat Cermin yang terletak di lebuh raya Ipoh ‐ Lumut. Masa itu, lebuh raya masih  belum dibina lagi. Kami terpaksa berbasikal membelah jalan tanah merah.  Sejak adanya lebuh raya, orang‐orang di Cangkak Cermin tidak menggunakan jalan tanah merah  yang lama itu. Kami sampai ke rumah ketua kampung lebih kurang pukul dua petang. Saya dan  datuk ditempatkan di satu bilik khas.  “Apa salahnya Tok Sidang memanggil saya ?” soal datuk kepada Ketua Kampung yang  berjanggut itu. Ketua Kampung mengerutkan keningnya.  “Ada hajat besar.”  “Apa hajatnya?”  “Anak buah saya berlakikan hantu raya.”  “Ha…,” mulut datuk ternganga.  Saya mula resah tidak menentu. Ketua Kampung terus bercerita tentang diri anak buahnya yang  malang itu. Setiap malam anak buahnya yang baru kematian suami itu di datangi oleh hantu  raya. Menurut ketua kampung itu, hantu raya tersebut tidur dan bercumbuan mesra  dengannya hingga menjelang subuh.  “Siapa nama perempuan itu?” datuk mula menyoal.  “Timah.”  “Bila suaminya mati?”  “Kira‐kira enam bulan yang lalu.”  “Ada anak?”  “Tak ada, suaminya mati dilanggar lori balak di Pekan Air Tawar.”  “Ini kerjanya sulit sikit.” Datuk separuh mengeluh.  “Dia mengadu pada saya minta tolong, bukan setakat itu saja, hantu raya itu kadang‐kadang  mengacau orang kampung,” tambah Ketua Kampung.  Datuk terdiam. Dia berfikir. Tiba‐tiba datuk bangun. Berdiri dan berjalan di anjung rumah Ketua  Kampung.  “Saya perlu jumpa dengannya,” itu yang terkeluar dari mulut datuk. 

Page 104 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Bila ?”  “Kalau boleh sekarang juga.”  Ketua Kampung, saya dan datuk turun dari rumah. Ketua Kampung membawa kami ke rumah  Timah dengan melintasi ladang getah kepunyaan orang Inggeris. Rumah Timah terletak di  sebidang tanah yang agak terpisah dengan rumah‐rumah penduduk di situ. Di kawasan  sekeliling rumahnya ditanam dengan ubi kayu dan keledek. Di bahagian belakang rumahnya  terdapat sepohon pokok cempaka. Tidak jauh daripada pokok itu terdapat sebatang pokok  pulai.    Dari kaki tangga, Ketua Kampung memberi salam. Tidak ada jawapan. Lagi sekali salam diberi.  Pintu rumah Timah terkuak dengan sendiri. Batang tubuh Timah tidak juga muncul. Datuk  pandang saya dan saya pandang Ketua Kampung. Dahi Ketua Kampung kelihatan berkerut.  Sinar matahari petang beransur teduh. Saya terdengar bunyi burung helang bertalu‐talu,  beberapa ekor burung gagak terbang rendah sambil berbunyi. Saya terasa bunyi burung gagak  itu agak berbeda dengan bunyi suara gagak yang selalu saya dengar.  Tiba‐tiba Timah muncul dari bawah rumah. Rambutnya tidak terurus. Mukanya kelihatan pucat  dan matanya nampak tidak bercahaya. Dia semacam takut saja melihat kedatangan kami. Ketua  Kampung segera memberi tahu tujuan kedatangan datuk dan saya. Timah tersenyum lalu  mempersila kan kami naik ke rumah.  “Minta maaf ya,” kata datuk sambil memandang ke wajah Timah. “Rumah ini ada dua bilik,  yang satu lagi untuk siapa?”  “Untuk …,” Timah terdiam. Dia merenung muka Ketua Kampung. Melihat keadaan itu datuk  tidak mengemukakan pertanyaan lagi.  “Memang rumah ini ada dua bilik, saya ingat kerana saya yang mendirikan rumah ini bersama  arwah suaminya dulu,” kata Ketua Kampung memberi penjelasan.  Datuk angguk kepala. Saya agak terkejut bila datuk bersikap kurang ajar sedikit. Dia bangun lalu  melihat kedua‐dua bilik yang terdapat di dalam rumah itu. Saya tahu Ketua Kampung dan Timah  tidak senang dengan sikap datuk itu.  “Itu bilik saya ! jangan masuk,” jerit Timah bila datuk menghampiri bilik di bahagian kiri rumah.  Datuk angguk kepala sambil meraba‐raba misai tebalnya. Datuk pergi ke bilik yang satu lagi.   

Page 105 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Saya terkejut bila datuk tunduk sambil kedua‐dua belah tangannya memegang perut. Saya  segera menerpa untuk membangunkan datuk. Secara mendadak saya rasa pangkal lehar saya  dipukul oleh sesuatu. Pandangan saya berpinar.  “Jangan datang,” pekik datuk bila dia melihat Ketua Kampung mahu menerpa ke arahnya. Ketua  Kampung pun tak jadi datang. Saya dan datuk segera meninggalkan bilik tersebut.  “Merbahaya, kita mesti balik sekarang,” kata datuk. Ketua Kampung tergamam, bagitu juga  dengan Timah. Dalam keadaan kelam kabut itu, datuk mengemukakan soalan pada Timah,  “Bilik siapa itu?”  “Bilik suami saya,” Jawab Timah  “Dia dah mati. Untuk apa bilik tu buatnya.”  “Saayyyya…,” suara Timah terputus.  Datuk tersenyum. Dia sudah tahu apa yang dirahsiakan oleh Timah. Kami bertiga meninggalkan  rumah Timah pulang ke rumah Ketua Kampung. Sebaik saja sampai ke kaki tangga, datuk  meminta jasa baik Ketua Kampung untuk meminjam senapang kampung dan pada sesiapa yang  memiliki senapang.  “Buat apa?” Ketua Kampung menyoal penuh ragu,.  “Nak menembak gagak untuk menolong Timah.”  “Begitu,” suara Ketua Kampung menurun.  Dia segera mencari senapang kampung. Setengah jam kemudian Ketua Kampung kembali  dengan senapang di bahu dan menyerahkan pada datuk.  Datuk membidik‐bidik senapang itu. Dia melurut laras senapang dengan tapak tangan kanan.  Dengan tenang datuk memasukkan peluru kedalam laras senapang, kemudian dia meludah  tapak tangan kanan dua tiga kali. Buntut senapang digosok dengan tapak tangan yang ada air  liur itu.    Datuk menghalakan senapang ke arah sepasang burung gagak yang terbang rendah mencari  ulat daun pisang di kawasan rumah Ketua Kampung. Datuk segera mengambilnya segera.  Bangkai gagak itu digantungnya pada dahan pokok mempelam dekat rumah Ketua Kampung.  Datuk naik ke rumah. Waktu hari mula remang‐remang senja datuk menuju ke pangkal pokok 

Page 106 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

mempelam. Dia menepuk bangkai gagak tiga kali sambil menabur garam halus di bangkai gagak  tersebut. Gerak geri datuk itu saya perhati dengan teliti dari tingkap rumah Ketua Kampung.  “Suami Si Timah itu mengamalkan, ilmu salah, membela hantu raya semasa hidupnya. Begitulah  datuk menyatakan pada Ketua Kampung sebaik saja dia masuk ke dalam rumah. Dengan jujur  Ketua Kampung menyatakan dia memang tak tahu walaupun suami Timah kawan rapatnya.  Ketua Kampung juga mengakui terdapat beberapa perkara aneh pada diri arwah suami Timah,  antaranya dia selalu ditemui oleh orang kampung bekerja di ladang pada waktu malam seorang  diri, bertukang rumah waktu malam, mencari kayu waktu malam seorang diri. Ketika  orang‐orang melihat kejadian aneh itu , suami timah sebenarnya tidak ke mana‐mana, berbual  kosong dengan Ketua Kampung di rumahnya.  Bila Ketua Kampung bertanyakan hal itu suami Timah. Dia menafikan yang dia membuat  kerja‐kerja itu. Malah menuduh orang‐orang kampung mengadakan cerita yang bukan‐bukan  kerana dengki dengan kesenangannya. Dan dengan penjelasannya itu Ketua Kampung tidak  menyoalnya lagi.  Setelah menunaikan sembahyang magrib datuk mengajak saya pergi ke suatu kawasan hutan  tebal. Dia mengandar bangkai gagak dengan tenang. Saya lihat mulut datuk terkumat kamit  membaca sesuatu. Datuk menyuruh saya bersembunyi di sebalik pokok besar. Datuk  meletakkan bangkai gagak yang sudah dipanggang itu di kawasan lapang. Datuk menghidupkan  api. Dia duduk di depan unggun api itu sambil berpeluk tubuh.  Dengan pertolongan cahaya api itu , saya lihat satu lembaga hitam besar berdiri di depan datuk.  Serentak saya terdengar bermacam‐macam bunyi. Ada bunyi suara orang menangis dan  mengilai. Ada suara gendang dipalu.  “Aku tidak bertujuan jahat, aku minta kau ambil anak kau semula, kau dari jin dan kami dari  manusia. Tidak serupa cara hidupnya,” suara datuk meninggi. Lembaga hitam itu bertambah  besar. Dua tiga pokok besar yang dirempuhnya habis tumbang.  Seluruh kawasan itu saya rasa seperti dilanda ribut taufan yang amat kuat. Saya terdengan  bunyi burung gagak berbunyi dan dalam saat itu juga burung gagak datuk terbang menuju ke  lembaga itu. suasana menjadi tenang. Lembaga hitam hilang dari pandangan saya. Datuk segera  bangun dan mendapatkan saya.  “Kita ke rumah Timah,” perintah datuk. Saya pun ikut perintahnya. Bukan lah suatu perkara  yang mudah berjalan dalam gelap. Dua tiga kali saya terjatuh tapi bangun semula. Akhirnya  kami sampai rumah Timah. Lama juga kami di situ, tidak ada sesuatu pun yang dapat kami lihat.  Semuanya macam biasa. 

Page 107 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Datuk mengajak saya pulang ke rumah Ketua Kampung. Datuk menunaikan sembahyang Ishak.  Sesudah makan, datuk mengajak Ketua Kampung ke rumah Timah kembali. Kali ini datuk  menyuruh saya dan Ketua Kampung berpecah, mencari tempat perlindungan masing‐masing.  Datuk memakai baju hitam dan seluar hitam. Dia membawa tiga batang serai, tiga puntung  kayu yang sudah menjadi arang serta sebatang paku. Datuk tidak memakai seluar hitam, dia  memakai seluar kuning dan mengikat kepalanya dengan kain putih. Badan mula merasai  kedinginan. Embun jantan mula menitik. Angin malam yang bergerak melanggar dedaun di  halaman rumah. Dedaun yang berlaga sama sendiri itu melahirkan bunyi tidak menentu. Bunyi  katak bersahut‐sahutan sesekali terdengar bunyi suara anjing bertingkah dengan bunyi suara  burung hantu dan jampok.  Saya lihat pintu rumah Timah berkuak dengan sendirinya. Sinar lampu minyak tanah menerangi  sebahagian dari halaman rumah itu. saya lihat ada bayang‐bayang hitam berdiri di muka pintu.  Serentak dengan itu terdengar bunyi suara orang lelaki batuk bertalu‐talu. Saya berlari  mendapatkan datuk. Saya duduk di sisinya, tiba datuk menyepak pangkal peha saya, saya  terduduk.  “Jangan dekati aku,” katanya.  Saya pun segera menjauhkan diri darinya. Datuk membakar kemayan dan membakar sesuatu.  Dari rumah Timah terdengar suara lelaki. Anjing kian kuat melolong. Saya terdengar kicau  burung murai ditengah malam. Bulu roma saya berdiri. Ketua Kampung datang ke tempat saya  dan datuk.    Perhatian kami tertumpu pada pintu rumah Timah yang terdedah. Saya lihat seorang lelaki  sedang duduk di muka pintu sambil menghisap rokok. Mukanya tidak berapa jelas kelihatan.  Angin malam terus bertiup.  “Kau kenal siapa tu?” tanya datuk pada Ketua Kampung. Ketua Kampung terdiam. Dia terus  menumpu perhatian pada rumah Timah.  “Latif, laki Timah,” katanya pendek. Datuk angguk kepala. Datuk meletakkan tiga batang serai di  depannya. Tangannya menggenggam paku.  “Itu bukan latif, Itu hantu raya,” kata datuk. Sebaik saja datuk selesai bercakap, seketul batu  melayang ke arah Ketua Kampung. Kerana Ketua Kampung juga pandai bersilat, dia mengelak.  Batu terkena pangkal pokok. Datuk mencabut keris lalu menikam bumi. Ketika datuk mencabut  keris pintu rumah Timah terkaup dengan sendirinya. Kami bertiga masuk ke bawah rumah  Timah. Apa yang kami dengar Timah bercakap sesuatu. Kami juga terdengar suara Timah 

Page 108 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

merayu dan suara lelaki sedang di lamun berahi yang kuat. Suara Timah bertambah manja dan  mengerang kepuasan.  “Hantu tu sedang berkasih dengan Timah,” datuk memberitahu Ketua Kampung.  Datuk menikam tiang seri rumah Timah dengan sekuat hati. Bila datuk mencabut keris rumah  Timah bergegar. Semua barang yang ada dalam rumah bergerak dan jatuh ke atas lantai. Timah  menjerit dan terjun ke halaman rumah. Terjelepok Timah di situ. Satu lembaga hitam yang  besar terus mengangkat Timah yang tidak sedar diri itu.  Datuk menyerbu ke arah lembaga hitam itu. datuk melintas di depannya. Ketua Kampung dan  saya turut sama ke situ.  “Berhenti, kau syaitan.,” jerit datuk.  Lembaga hitam itu melepaskan Timah ke atas bumi. Dia merenung tajam ke arah datuk.  “Latif…,” pekik Ketua Kampung.  Lembaga hitam itu segera bertukar menjadi lelaki yang berbadan kurus, berkain pelekat tanpa  baju dengan rambut tak terurus. Dia membuka langkah mengatur silat.  “Tidak ada jalan lain, kita mesti memusnahkannya malam ini juga, kalau sudah sampai subuh  kita berjaya membunuhnya selama‐lamanya kita tidak akan dapat melenyapkannya dari  kampung ini,” ujar datuk.  Mendengar cakap datuk, lelaki kurus itu bertambah marah dan bertukar menjadi lembaga yang  hitam sehitam bulu burung gagak. Seluruh badannya berbulu. Matanya kelihatan mengeluarkan  cahaya.  Datuk mengambil tiga batang surai sambil mengacu‐ngacu ke arahnya. Setiap kali serai itu di  lihatnya, lembaga hitam itu akan menjerit. Seluruh kampung bergema dengan jeritannya yang  amat menakutkan itu. Lembaga itu menutup matannya dari melihat batang serai. Datuk lalu  menayangkan pula kepak burung gagak ke arahnya. Lembaga hitam itu berguling‐guling di atas  tanah bagaikan menahan kesakitan.  “Aku tahu asal usul mu dan roh mu tidak diterima bumi, aku akan menyempurnakan diri mu  kerana engkau adalah manusia yang berasal dari tanah dan ke tanah juga lah engkau kembali,”  kata datuk. Lembaga itu terus berguling‐guling.  “Dia bini aku,” secara mendadak lembaga itu bersuara dan bangun. Datuk tergamam. Dalam  rasa cemas itu lembaga hitam menerpa ke arah datuk sambil kedua‐dua belah tangannya yang  hitam berbulu tebal menekan batang leher datuk. 

Page 109 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  SBDJ (Jilid 01) Siri 15: Dikejar Mayat  Dalam pergelutan yang hebat itu, ternyata datuk tidak dapat menandingi tubuh lembaga yang  berbulu lebat itu. Datuk sering saja tercampak. Dan memang perangai datuk tidak mudah  mengaku kalah. Dia terus bergelut.Saya dan ketua kampung didakap rasa kecemasan. Di langit  saya lihat tidak ada sebiji bintang bersinar. Pokok‐pokok di kiri kanan bagaikan dilanda taufan.  Suara burung hantu bagaikan orang berlagu mengiringi petarungan datuk dengan lembaga itu.    Tiba‐tiba,saya lihat berpuluh‐puluh ekor burng gagak hinggap di ranting pokok. Berbunyi  bersahut‐sahutan. Kemudain burung‐burung gagak itu terus turun ke tanah lapang. Tanah tiu  jadi gelap dengan burung gagak. Saya benar‐benar berada dalam keadaan cemas.Lembaga yang  berbulu lebat terus mencampakkan tubuh datuk kepangkal pokok pisang.      “Bacalah ayat al‐Qurshi,” bisik keuta kampung pada saya. Saya terdiam, dalam saat‐saat cemas  begitu, saya jadi terlupa untuk mengingati ayat tersebut. Bila saya cuba, pembacaan saya  banyak yang silap. Saya menggelabah tidak tentu arah. Datuk tidak juga bangun dari perdu  pikok pisang.    Saya teringat pesan datuk, bahawa ayat al‐Fatihah adalah ibu segala ayat dan mempunyai  kelebihan yang tersendiri. Jadi, kalau kita berhadapan dengan musuh dan sudah tidak ada cara  lain untuk mempertahankan diri, bacalah ayat tersebut sambil berusaha melepaskan diri dari  musuh dengan bertawakal pasa Allah yang maha besar.    Jadi, al‐Fatihah pun saya baca dengan teliti supaya tidak silap. Bila sudah selesai dibaca saya  mula terasa semacam ada semangat baru dalam diri saya. Fahamlah saya, bahawa tidak ada  kuasa yng lebih gagah dan kuat dari kuasa Allah. Saya perhatikan ketua kampung masih terus  membaca ayat al‐Qurshi.     

Page 110 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Di tanah lapang lembaga hidup yang berbulu, berdiri gagah dikelilingi oleh berjuta‐juta burung  gagak. Saya renung ke langit. Saya lihat ada benda terbang separas pucuk pokok kekabu,  berkilau‐kilau. Benda itu seakan‐akan bentuk batang buruk, di bahagian bawahnya keluar  sejenis benda semacam tali, berwarna merah. Benda itu berlegar‐legar atas bumbung rumah  Timah dan akhirnya hilang lalu diganti oleh suara perempuan ketawa manja.      Saya raba telinga, hidung dan mata bagi mempastikan apakah perkara yang saya alami, satu  khayalan saya sendiri. Saya meraba bumi dan rumput. Ternyata saya tidak berhhayal, saya  berhadapan dengan satu dunia yang cukup ganjil dan aneh sekali.      Dalam samar‐samar malam itu , cara kebetulan di langit bulan mula bersinar. Saya lihat datuk  bangun menuju ke arah kami. Di tangannya masih tergenggam batan serai dan bulu burung  gagak.    “Hebat,” sepatah perkataan kelaur dari mulut datuk. Dia terus duduk, kemudian mencangkung,  macam orang mahu memulakan perlumbaan lari. Lepas itu bergerak lagi. Kedua belah  tangannya diletakkan ke daepan, kaki diluruskan ke belakang. Dengan perintah datuk, ketua  kampung mencacakkan bulu burung gagak dan batang serai di depannya.    Datuk merenung ke arah lembaga yang berbulu hitam, saya lihat datuk bagaikan harimau yang  mahu menerkam mangsanya. Sepuluh jarinya mencakar‐cakar tanah. Dia pejamkan matanya  lalu mulutnya bergerak‐gerak. Saya terdengan datuk memebaca sepotong ayat dari al‐Quran.  Saya amati pembacaannya, memang datuk membaca ayat yang pernah dibaca oleh nabi Allah  Yunus ketika ia berada dalam perut ikan.      Datuk menyerahkan hati dan perasaannya pada Allah yang maha besar. Memang semua  kepandaian yang ada padanya tidak terdaya melawan hantu raya jelmaan syaitan itu. datuk 

Page 111 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

terus berdiri. Bulu gagak diangaktnya. Serentak dengan itu dia menyuruh saya membakar  kertas. Bila api sudah menyala. Ketua kampung lalu menghimpunkan daun‐daun kering atas api  yang membara itu.      Entah dari mana datuk mendapat kemenyan, dalam tempoh beberapa saat sja kawasan kami  penuh dengan bau kemenyan. Makin kuat bau kemenyan masuk lubang hidung, kian kuat bunyi  pokok‐pokok di sekeliling kami dirempuh angin, dahan‐dahan bagaikan jatuh mahu menimpa  kami, tetapi bili dilihat ke atas pokok pun tidak bergoyang. Suara gagak tetap bersahut‐sahutan.    Datuk membongkok dan terus menumbuk tanah. Semua burung gagak di tanah. Semua burung  gagak di tanah lapang berterbangan. Hilang dengan sekelip mata. Deru angin tidak sekuat tadi.  Semuanya terasa menyepi. Saya lihat lembaga hitam hilang. Lebih kurang antara lima hingga  tujuh minit kami dipeluk sepi. Datuk meletakkan bulu gagak atas lengan. Ditiup tiga kali  berturut‐turut.    “Kau,” tempik ketua kampung, bila di depan kami wuduj batang tubuh suami Timah. Bila datuk  mahu menerpa ke arahnya. Batang tubuh suami Timah segera hilang. Tempatnya digantikan  dengan kain putih. Kain itu bergerak dan mengelumbung. Saya, ketua kampung dan datuk terus  melihatnya dengan penuh teliti.    “Mayat,” kata saya      “Ya,” memang dalam kain itu mayat,” jawab datuk.      “Mayat siapa?” tanya ketua kampung.    Page 112 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Mayat suami Timah ,” pendek datuk menjawab, sambil menyinsing lengan baju.      Mayat yang terbujur itu begerak lalu mengoyakkan kain kapannya. Mayat itu terus duduk.  Kainkapan berkumpul di bahagian pinggang. Ketua kampung memberitahu saya, bahawa itulah  mayat suami Timah yang telah ditanam oleh orang‐orang kampung saya dulu. Mayat itu  memusingkan badannya sambil duduk. Merenung ke arah datuk dengan pandangan yang cukup  tajam. Bau busuk mula menguasai kawasan tempat kami bernaung. Saya bagaikan mahu  terkeluar isi perut.      Angin malan terus bertiup. Macam‐macam bunyi yang kami dengan. Dalam suasana yang  begitu, saya terdengar bunyi suara orang lelaki merintih menahan kesakitan. Saya tidak tahu  dari mana suara itu datang.      “Kau orang jang bercakap walau sepatah apapun,” datuk mengingatkan kami. Dia maju  selangkah ke depan. Saya perhatikan mata mayat itu lama‐lama. Saya terkejut, memang di  bahagian mata itu terdapat lubang yang boleh mengeluarkan cahaya, kalau seimbas pandang  lubang itu tidak mudah kelihatan terpelohong, kelihatan macam mata manusia yang sempurna.      Datuk undur ke belakang. Dia membuka baju dan mengenakan ke tubuhnya kembali dalam  keadaan terbalik. Dari rusuk baju sebelah kirinya datuk mengambil sebatang jarum panjang.  Mayat yang sudah berbau itu berpusing‐pusing di atas tanah. Datuk membaca mentera dan  menepuk bumi tiga kali. Batang serai dibuang ke arah kanan manakala bulu burung gagak  dipijaknya dengan kaki kiri. Datuk melangkah dua tapak ke depan.   

Page 113 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

:”Kau suami Timah.”      Cukup lantang suara datuk. Mayat itu angguk kepala dan menutup kepalanya dengan kain  kapan semula.    “Kau kenal ketua kampung,” tambah datuk. Mayat itu buka kain kapan lalu merenung ke muka  ketua kampung. Mayat anggukkan kepala. Saya merasa cukup seram. Datuk  menggawang‐gawangkan tangan di depan matanya.    Mayat itu berpusing ke arah datuk kembali. Datuk menumbuk tanah dan mayat suami Timah di  depannya terus menjerit. Bergema ke seluruh kawasan., pokok‐pokok kecil bagaikam mahu  tercabut. Mayat itu cuba bangun, tetapi tidak boleh. Punggungnya seperti melekat pada bumi.      Datuk pun mengangkat kedua belah tangannya ke ats. Lalu diturunkan perlahan‐lahan. Berhenti  separas dada. Sepuluh jari tangan datuk kelihatan kembang macam menahan sesuatu. Saya  perhatikan kaki kanan datuk terbenam ke dalam bumi separas buku lali. Mayat di depannya  terus berhempas pulas.      Mulut datuk berkumat‐kamit. Fahamlah saya datuk sedang berdailog dengan mayat. Kerana  selalu saja mengikut datuk dan selalu pula melihat dia bercakap dengan makhluk ganjil. Saya  dapat membaca dan mentafsir apa yang dicakapkan oleh datuk menerusi gerak bibirnya.    Lebih kurang datuk berbicara :     

Page 114 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Kenapa kau datang ke dunia ini?”      “Menuntut sesuatu.”      “Apa yang kau tuntut?”      “Isteriku.”    “Engkau dengannya tidak boleh bersama.”      “Aku tahu, tapi aku mahu pulang padanya, aku mahu dia membela dan memberi aku makan.”      “Kalau dia tidak mahu bagaimana?”      “Aku akan mencari keluarga aku yang terdekat untuk meminta perlindungan.”      Datuk berhenti bercakap. Timah yang sedar dari pengsan menerkam ke arah kami. Mayat itu 

Page 115 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

masih terkapai‐kapai. Timah terus berlindung di belakang ketua kampung.    “Apa pesannya pada kau sebelum dia mati?”      Dengan mendadak saja datuk mengajukan pertanyaan pada Timah. Timah termenung sejenak  mengingati sesuatu.      “Tak ada apa‐apa,” sahut Timah.      “Mesti ada, kalau tidak hantu suami kau tidak pulang,” sanggah datuk. Timah mengigit bibir.    Mayat suami Timah kelihatan berhempas pulas mahu bangun. Bila mayat itu boleh bangun,  datuk menekan kaki kirinya yang terdapat bulu burung gagak di bawahnya.    “Kalau kaki ini terangkat, syaitan yang menyerupai suami Timah akan lari, kemudian mengacau  semua penduduk kampung,” ujar datuk pada ketua kampung. Serentak saya dan ketua  kampung angguk kepala      Dalam keadaan yang serba gawat itu, dengan tiba‐tiba Timah bersuara :      “Dia ada pesan, sebelum dia dimandikan dan dikapan, dia suruh saya tikamkan tapak kakinya  Page 116 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dengan jarum.”    “Kau buat apa yang disuruhnya,” datuk memotong cakap Timah.    “Tidak.”    “Sebab?”    “Tak sampai hati.”      “Kalau kau membuatnya dulu, semua ini tidak akan terjadi.”    “Saya tak faham.”      “Suami kau yang sebenarnya sudah mati, apa yang kau lihat dan kita lihat ini ialah kapitnya .”      “Maksudnya,” soal Timah macam orang bodoh.      “Suami kau masa hidupnya berkawan dengan syaitan, bila dia mati, kapit atau kawannya itu  mencari tuan yang lain.” 

Page 117 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Dengan cakap datuk itu, Timah mengerti tentang keadaannya yang sebenar. Dan dia mula  faham, kenapa masa suaminya hidup dulu, tanah sawah dan kebun tidak pernah dijenguk,  tetapi habis ditebas dan dicuci orang. Bila ditanya pada suaminya. Dia hanya mendapat  jawapan begini: Sahabat kita yang mengerjakannya. Dan sekarang fahamlah Timah, siapakah  sahabat suaminya yang sebenar. Dia juga mula faham kenapa suaminya selalu bercakap  seorang diri waktu dinihari. Ketua kampung terus tercenggang melihat keadaan yang tidak  pernah dimimpikan untuk melihatnya.      Datuk menyuruh saya memijak bulu burung gagak. Saya akur dengan perintahnya itu. Bila  dipijak, tapak kaki saya terasa cukup panas. Datuk terus meluru ke arah mayat. Datuk merentap  kain kapan yang membalut bahagian kaki mayat itu. Mayat terus menghulurkan kedua belah  tangannya pada datuk, seolah‐olah minta tolong.      Datuk tidak menghiraukan semuanya itu. saya lihat datuk terus menarik kaki mayat. Dia  memasukkan sesuatu di situ. Lagi sekali mayat itu menjerit. Bila gema jerit mayat itu berakhir,  saya lihat datuk duduk berdirikan lutut. Di atas kepala saya terdengar bunyi sesuatu yang berat  dan keras melanggar pokok. Saya terus meniarap. Bila saya bangun dari meniarap. Saya lihat  mayat suami Timah sudah tidak ada lagi di situ, tetapi bau busuk tidak juga hilang dari tempat  yang kami duduki.      Datuk datang ke arah kami. Di kaki langit cahaya kemerah‐merahan mula naik. Tidak lama  sepelas itu, terdengar suara beduk dipalu orang bertalu‐talu dan diikuti dengan suara Azan  memecahkan kedamaian subuh hening.    Datuk menyuruh Timah kembali ke rumahnya, kami bertiga terus menuju ke surau. Selepas  mandi dan menunaikan fardhu subuh, datuk mengadu pada saya kepalanya terasa pening.  Sebaik saja datuk melangkah mahu keluar dari surau, dia terjatuh. Orang‐orang kampung 

Page 118 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

mengusung datuk ke rumah ketua kampung.      Seorang dukun dipanggil untuk merawat datuk, setelah minum air panas bercampur limau  nipis, sakit kepala datuk beransur kurang, kemudian dukun itu mengurut seluruh badan datuk  hingga pulih.      “Angin,” kata dukun itu pada datuk, sebaik saja datuk sendawa dan kentut bertalu‐talu. Semua  orang yang berada di rumah riuh rendah. Bila ketawa sudah berakhir, ketua kampung  menceritakan apa yang kami alami malam semalam. Ada yang mengkerutkan muka dan ada  pula yang geleng kepala. Tetapi, mereka tidak menolak untuk diajak pergi tempat kejadian  malam semalam.      Semuanya terpaksa mengalah pada ketua kampung yang meminta mereka sarapan pagi di  rumahnya. Kira‐kira dua belas orang penduduk kampung, termasuklah saya, datuk dan ketua  kampung terpaksa duduk bersila di anjung rumah ketua kampung menikmati kopi dan rebus  pisang pagi itu. Badan terasa segar, bila perut sudah diisi barulah sedap mengatur perjalanan.    Matahari pagi terus bersinar ketika kami meninggalkan anjung rumah ketua kampung.  Sepanjang perjalanan tidak banyak orang yang bertanya sesuatu daripada datuk atau saya,  semuanya melangkah dengan tenang.      Kira‐kira dua rantai mahu sampai ke tempat kejadian tersebut, semua orang menekup hidung.  Bau busuk mula tercium. Dua tiga orang kampung tidak mahu meneruskan perjalanan. Mereka  muntah dan terus pulang.   

Page 119 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Bau bangkai apa?” saya terdengar suara bertanya pada datuk. Pertanyaan itu tidak segera  dijawab oleh datuk. Dia cuma tersenyum.      “Entah, cuba tanya ketua kampung,” sebaik saja datuk habis bercakap dia berdehem dua tiga  kali.  “Itulah bau yang kami cium sepanjang malam.” Sahut ketua kampung sebelum orang yang  bertanya mengemukakan pertanyaan padanya.      Bila saja kami masuk ke tempat kejadian malam tadi. Bau busuk itu bertambah kuat. Datuk  terus menunjukkan pada orang‐orang kampung tempat mayat itu duduk. Tanah di situ  kelihatan berlubang. Di sekelilingnya terdapat sejenis serbuk berwarna putih seperti hampas  kelapa. Bau busuk yang cukup meloyakan tekak itu berpunca dari situ.    Tiba‐tiba datuk mengambil secebis kain putih yang terdapat di situ. Bila diangkat kain itu, ia  bertukar menjadi habuk macam tepung. Tangan datuk yang memegang kain itu digosokkan ke  tapak kaki kiri. Tujuan datuk berbuat begitu mahu menghilangkan bau busuk yang terdapat di  tapak tangannya.      “Ini membuktikan, bahawa syaitan tu memang wujud, dia mempengaruhi anak adam mengikut  keadaan,” ujar datuk tenang.    Matahari pagi kian meninggi, sudah melampaui pucuk getah. Dari situ, kami terus ke rumah  Timah. Sampai saja di kaki tangga rumahnya, Timah terus mengadu bahawa dia tidak boleh  duduk di dalam rumah peninggalan suaminya.    Page 120 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Kenapa?” Ketua kampung menyoal.      “Seluruh rumah berbau busuk, macam bau bangkai, hingga beras dalam tempayan pun berbau  busuk tok,” suara Timah sayu. Dengan perintah datuk, saya disuruh naik ke rumah. Sebaik saja  saya berada di muka pintu , saya terus termuntah. Semua yang saya makan pagi itu habis  keluar. Cepat‐cepat saya turun.      Atas persetujuan orang‐oarng kampung sebuh rumah lain didirikan untuk Timah. Rumah  lamanya ditinggalkan terbiar. Rumah baru Timah didirikan berhampiran dengan rumah ketua  kampung, dengan usaha ketua kampung itu sendiri (tiga bulan selepas itu) Timah dijodohkan  dengan seorang nelayan yang tinggal di Telok Gadung ‐ Pulau Pangkor.    Habis dari perkongsian hidup Timah dengan suami barunya itu, mereka dikurniakan seorang  anak lelaki. Dan anak lelaki itu kini sudah bekerja dengan Bank Bumiputra. Dalam tahun 1977,  anak lelaki Timah itu telah ditukarkan dari Bank Bumiputra Ipoh ke Bank Bumiputra Batu Pahat ‐  Johor dan sekarang bertugas di Kuala Lumpur. Masa orang‐orang kampung mendirikan rumah  Timah, saya dan datuk turut membantunya. Malah, sebelum Timah pindah ke rumah barunya,  datuklah orang pertama tidur di situ. Tujuan datuk berbuat begitu untuk menjamin rumah itu  tidak didatangi oleh sebarang hantu syaitan, di samping datuk mencari sesuatu alamat.      Menurut datuk, setiap orang yang mahu menduduki rumah baru, sekurang‐kurang satu malam  mesti ditidur oleh orang lelaki terlebih dulu dengan membawa sebungkus gula, susu dan  segenggam beras. Orang yang tidur di situ, mestilah dirinya dalam keadaan bersih.    Sebaik‐baiknya melakukan sembahyang hajat di rumah itu, mohon petunjuk dari Allah atau  memohon padaNya supaya orang yang akan mendudukinya kelak tetap selamat serta  melakukan sesuatu yang baik dan teguh iman serta kuat beribadat. 

Page 121 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Pada hari Timah menaiki rumah barunya, orang‐orang kampung telah mengadakan pembacaan  doa selamat. Dua hari selepas Timah duduk di rumah baru, saya dan datuk pun meninggalkan  Kampung Cangkat Cermin.      Sebaik saja datuk sampai ke rumahnya, dia lagi sekali jatuh pengsan. Bila datuk sedar dari  pengsan seluruh badannya lebam. Dia tidak boleh berdiri. Datuk terpaksa merangkak dari muka  pintu hingga ke tempat tidur. Seluruh sendinya tersa sakit, macam ditikam‐tikam dengan jarum.    Bila malam, datuk menjerit sendiri. Anehnya datuk saya, bila dibawa ke doktor ternyata dia  tidak mengalami sebarang sakit dan bila dia masuk ke dalam rumah, sakitnya datang semula.  Dan datuk tidak mengizinkan saya atau nenek mencari dukun untuk mengubatinya.      Sakit datuk itu berlanjutan hingga ke bulan puasa, tetapi yang peliknya datuk dapat  meneruskan puasanya dengan sempurna. Pada malam dua puluh tujuh likur, datuk memanggil  saya dan nenek. Dia menyuruh kami mencari limau tiga serangkai yang mengarah ke matahari  terbit.    Limau itu harus dipetik sendiri tanpa mengunakan galah atau tangga. Akhirnya apa yang  dikehendaki oleh datuk itu saya perolehi. Dia suruh saya meletakkan limau itu di atas pinggan  putih bersama pinang kering.      Lebih kurang pukul dua belas malam. Rumah datuk didatangi oleh bau yang cukup wangi. Saya  lihat pintu rumah datuk terbuka dengan sendiri. Tidak berapa lama selepas itu, saya terdengar  bunyi suara orang perempuan membaca Quran, suaranya cukup merdu yang datangnya dari  tempat tidur datuk. 

Page 122 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    Perkara itu berlaku tiga malam berturut‐turut. Saya tanyakan hal itu pada nenek. Kata nenek  isteri muda datuk datang mengubatnya. Kadang‐kadang saya terdengar orang bercakap dengan  datuk. Pernah saya terdengar orang itu bertengkar dengan datuk. Bila pertengkaran itu berakhir  suasanan menjadi sepi.      Kemudian dengan jelas saya mendengar suara orang perempuan barkata begini pada datuk :  Al‐Quran yang diturunkan oleh Allah sudah cukup lengkap untuk manusia. Di dalamnya  tersembunyi seribu rahsia perubatan, apa salahnya kita mengambil ayat‐ayat darinya untuk  penawar.  Dan saya tidak pernah bertanyakan hal itu pada datuk. Walau bagaimanapun saya merasa  gembira, bila pagi Syawal tiba, saya lihat datuk sudah sihat. Dia bangun pagi‐pagi dan membaca  al‐Quran sebelum pergi sembahyang hari raya. Di masjid datuk duduk di barisan hadapan  membaca takbir bersama orang ramai.    Setelah selesai sembahyang hari raya, saya dan datuk terus menziarahi rumah seluruh  penduduk kampung. Bila saya dan datuk kembali ke rumah , saya terkejut melihat dua orang  perempuna duduk di anjung ruamh. Perempuan yang berusia agak lanjut itu tersenyum pada  saya bila saya melintas di depannya, manakala perempuan muda yang berselindang lingkup itu  wajahny terlalu manis air mukanya cukup bersih.      Siapa bertanya dalam diri saya, siapakah gerangan perempuan itu?” Dalam keadaan yang  kebingungan itu saya lihat perempuan itu mendekati datuk lalu mencium tangan datuk dengan  diperhatikan oleh perempuan di sebelahnya. Nenek cuma tersenyum saja.      SBDJ (Jilid 01) Siri 16: Kain Dalam Perut Gadis  Sesudah perempuan muda itu mencium tangan datuk, dia pun membetulkan selindangnya yang 

Page 123 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

jatuh ke atas bahu. Saya lihat alis mata perempuan itu cukup tebal dan lentik. Kerlingnya cukup  tajam. Datuk memperkemaskan silanya dan sepasang mata datuk terus meratah ke paras  wanita muda di depannya.Nenek terus menghidangkan lemang dan rendang. Bunyi mercun dan  meriam buluh sekali‐kali terdengar juga memecah kesunyian kampung. Tiba‐tiba saya terkejut,  perempuan tua bangun serentak, tanpa menjamah barang‐barang yang dihidangkan oleh  nenek.    Mereka menuju ke muka pintu, sampai bendul pintu mereka merenung ke arah nenek dan  datuk sambil melambaikan tangan. Datuk kelihatan tersenyum senang. Perempuan tua dan  perempuan muda memijak anak tangga. Sinar matahari yang mencerah di luar menerpa ke  wajah mereka.    Datuk, tiba‐tiba terbatuk dengan kuat. Mata nenek dan mata saya tertumpu ke wajah datuk  sebentar. Bila saya dan nenek berpusing ke arah muka pintu, batang tubuh perempuan muda  dan tua sudah tidak kelihatan lagi di situ. Hilang entah ke mana.      “Ke mana mereka pergi tok?” saya bertanya. Datuk merenung muka nenek. Mereka berbalas  senyum lalu datuk menghadapi hidang yang tersedia.      “Siapa mereka tok?”      Datuk terus menghampiri saya. Dia menepuk bahu saya sambil berkata :      “Itulah nenek muda kau,” suara datuk menendang gegendang telinga saya. Wajah datuk saya  lihat, terpamir sejuta kepuasan dalam dirinya. Saya renung muka nenek, rasa cemburu di  Page 124 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

wajahnya tidak timbul. Betapa nenek berkorban untuk kebahagian datuk. Fikir saya dalam hati.    “Sudahlah tu, mari minum,” datuk menarik tangan saya. Nenek ketawa melihat telatah saya  yang menurutperintah datuk itu. Nenek terus duduk di sisi saya. Selesai makan ketupat dan  rendang datuk mengajak saya ke tanah perkuburan untuk melihat pusara datuk nenek. Selesai  menziarahi kubur datuk nenek dan menghadiahkan al‐Fatihah atas roh, mereka, datuk terus  mengheret saya bertandang ke rumah kenalannya. Satu kerja yang amat tidak saya senangi.  Menyusurlah sayadi bawah pepohon getah mengikut langkah datuk yang rancak. Sinar  matahari yang keras petang itu memaksa badan saya mengeluarkan peluh. Baju dan seluar  terasa bergetah. Kain samping sudah tidak lekat di pinggang sudah bertukar menjadi kain  selipang.      “Ke mana kita tok, saya dan tak tahan ni,” saya mengadu.    “Jalan sikit lagi, kita pergi ke rumah Ujang Selamat.”    “Jauh lagi ke ?”      “Lepas pokok asam kumbang sampailah kita.” Suara datuk mula keras. Matanya, tajam  memandang muka saya.    Tempat yang dituju sampai juga, sebuah rumah papan beratap zing di pinggir bukit Paya Takung  . Halaman rumah yang bersih itu menghala ke sawah yang saujana mata memandang. Itulah  rumah Ujang Selamat ketua kampung Paya Takung dan rumahnya adalah rumah yang paling  cantik dan besar di dalam kampung tersebut.    Ujang Selamat yang berbadan tegap, bermisai lebat memakai seluar dan baju hitam  Page 125 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

mempersilakan saya dan datuk naik. Datuk dan Ujang Selamat bersalaman. Ujang Selamat  ketawa menampakkan giginya yang besar dan kekuningan itu. Data datuk, Ujang Selamat  berasal dari negeri Petani di Selatan Siam. Dia meninggalkan kampung halamannya sesudah  tercetus peperangan antara rakyat Petani yang menuntut kemerdekaan dari kerajaan Siam.    Dalam pertempuran itu, banyak rakyat petani yang tewas ditawan oleh tentera Siam. Ujang  Selamat melarikan diri hingga sampai ke kampung Paya Takung. Dia bertani dan bercucuk  tanam hingga berjaya mendirikan rumah dan membeli tanah di situ. Kemudian kahwin dengan  orang di situ hingga beranak cucu.      Sedang saya dan datuk asyik menjamah lemang, tiba‐tiba rumah Ujang Selamat didatangi  tetamu. Lima orang semuanya. Ujang Selamat memperkenalkan saya dan datuk pada tetamu  tersebut. Kami bersalaman, berkenal mesra dan sama‐sama menjamu selera.      Selesai mengisi perut. Kelima‐lima tetamu itu meninggalkan rumah Ujang Selamat. Saya  bingkas, duduk kat bendul.      “Memang hajat tu nak ke rumah awak, bila awak dah datang elok benarlah,” kata Ujang  Selamat pada datuk sambil mengipaskan badannya dengan kertas suratkhabar.    “Apa halnya?”      “Awak pawang besar tentu tau atau dapat tanda‐tanda,”   

Page 126 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Saya bukannya pawang, saya cuma berusaha untuk menolong.”    “Begini.” Ujang Selamat memperkemaskan silanya. Perut gendutnya yang berlapis itu bagaikan  bergerak‐gerak. Angin dari tengah wawah terasa menyapu wajah.    Datuk termenung panjang, saya lihat daun telinganya bergerak tiga kali ke depan, macam  telinga arnab. Mata dan muka Ujang Selamat ditenungnya.      “Ada saudara mara awak yang sakit?” tanya datuk.      “Semalam, ada orang dari Parit mencari, kalau ada orang yang boleh mengubat anak dara  berperut buncit.”    “Tidak, dia sakit,” biji mata Ujang Selamat terbeliak memandang wajah datuk. Saya sandarkan  badan ke dinding. Matahari petang kian condong.      “Kaum awak Ujang?” soal datuk.      “Ada kena mengena dengan bini saya.”      “Jadi apa ikthiar kau?”  Page 127 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    Minta jasa tok pawanglah untuk mencari orang mengubatnya atau tok pawang sendiri  berusaha.”    Datuk terdiam, saya tahu datuk tidak berapa senang kalau dia dipanggil pawang atau bomoh.  Itu bukanlah cita‐citanya, tetapi kalau dia dipanggil pemburu atau tok buru, dia memang tak  menolak. Dia megah kalau ada orang yang memanggilnya demikian. Datuk termenung panjang.  Saya memanglah tidak begitu gembira kalau datuk memenuhi permintaan Ujang Selamat itu,  tetapi sesiapa pun tidak dapat menahan sikap terpuji datuk yang suka menolong orang itu.      Di luar, matahari mula condong, tanah sawah yang sudah ditumbuhi rumput‐rumput padi  sudah tidak berapa jelas kelihatan, burung pipit terbang rendah menuju ke pohon yang  memagari batas sawah.      “Bagaimana?” soal Ujang Selamat sebaik saja kami sampai di kaki tangga. Datuk terdiam. Ujang  Selamat masih lagi berdiri di tepinya. Memang, Ujang Selamat minta kata pasti dari datuk.      “Kena tengok macam mana jenis penyakitnya.”      “Bila agaknya, kita boleh pergi.”     

Page 128 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Ujang, usahlah kau susah, pagi esok kita pergi dengan bas.”    “Baiklah,” suara Ujang Selamat dibungai kegembiraan.    Malam itu datuk menceritakan pada nenek tentang hasratnya untuk menolong orang sakit.  Nenek membantah dengan alasan, sejak akhir‐akhir ini, setiap kali datuk pulang dari mengubati  orang sakit, dia pula akan diserang sakit, hingga terpaksa menjemput isteri mudanya. Dan hal  bigini tidak berapa digemari oleh nenek, sebagai seorang wanita walau sebaik mana hatinya,  raca cemburu itu tetap wujud dalam dirinya. Akhirnya, nenek mengalah juga bila datuk  menerangkan bahawa di dalam hidupnya dua perkara saja yang boleh mengembirakan hatinya.      Pertama memburu binatang dan kedua menolong orang sakit dengan tidak membelakangi kasih  sayang dan tugasnya sebagai seorang suami terhadap isteri. Seperti biasa sebelum datuk pergi  ke suatu tempat untuk mengubat orang dia akan melakukan sembahyang hajat. Mohon restu  dari Allah yang maha besar. Dan malam itu datuk pun melakukan sembahyang hajat.      Dan pagi esoknya, saya, datuk dan Ujang Selamat bertolak dengan bas menuju ke Parit. Dari  pekan kecil itu kami menaiki perahu menyemberang Sungai Perak menuju ke sebuah kampung.  Belanja Kiri namanya. Dari pengkalan perahu kami berjalan arah ke utara menuju ke sebuah  rumah yang dikelilingi dengan pokok buah‐buahan seperti durian, langsat, manggis dan  rambutan.    Ujang memperkenalkan datuk dengan Haji Azhar tuan rumah. Dan Ujang Selamat menyatakan  tujuan dan maksud datuk datang ke rumahnya. Haji Azhar yang berkulit putih berambut jarang  itu tersemyum. Dia mempersilakan kami naik ke rumahnya. Kami naik ke rumahnya. Kami  duduk di bahagian anjung rumah. Haji Azhar terus menyatakan rasa putus asanya untuk  mengubati sakit yng dideritai oleh anaknya. Sudah berbelas ekar tanah bendangnya dijual.  Sudah berpuluh dukun Siam, China, Gurkha dan orang Asli ditemui mengubati sakit anaknya,  semuanya menemui kegagalan. 

Page 129 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Dia hanya menyerahkan pada keadaan saja. Dan menerima siapa saja yang datang ke rumahnya  untuk mengubati sakit anaknya itu. Untuk mencari dukun atau pawang dia tidak mahu. Dia  benar‐benar kecewa.      Datuk meminta izin pada Haji Azhar untuk melihat si sakit. Dengan rasa rendah hati Haji Azhar  membawa saya dan datuk masuk ke dalam bilik anaknya. Datuk merenung muka anak dara Haji  Azhar sambil mulutnya membaca sesuatu.    Anak dara Haji Azhar gelisah di tempat pembaringan. Matanya bersinar‐sinar merenung ke  wajah datuk. Perut anak dara Haji Azhar kelihatan membusut mengandung sembilan bulan.  Nafasnya kelihatan tersangkut‐sangkut, rambut panjangnya menutup bantal di bawah  kepalanya.    Datuk minta kebenaran pada Haji Azhar dan isterinya untuk menjamah tubuh anaknya. Mereka  mengizinkan. Datuk pun meraba pergelanggan tangan anak dara Haji Azhar lalu berkata :      “Dah berapa lama kena sakit ni?”      “Dah dekat setahun , tapi baru dua bulan ni yang teruknya.”    “Berjalan ke bilik air pun kena pimpin,” celah isteri Haji Azhar. Datuk anggukkan kepala.     

Page 130 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Saya, datuk dan Haji Azhar kembali ke ruang tengah rumah. Kami dapati Ujang Selamat tidak  ada . Dada saya berdebar. Dengan tidak diminta Haji Azhar terus menceritakan pada datuk  selain daripada berubat cara kampung dia juga sudah membawa anaknya ke rumah sakit Ipoh.  Hampir sebulan anaknya ditempatkan di rumah sakit tersebut.    Setelah diperiksa didapati anaknya itu tidak mengalami sebarang sakit ataupun mengandung.  Phak rumah sakit berpendapat sebab perut anaknya buncit kerana mengandungi air. Dan  mereka pun berusaha mengeluarkan air dari perut anaknya itu, tetapi usaha itu gagal. Perut  anaknya tidak juga mahu surut. Akhirnya anak kesayangan Haji Azhar dibawa pulang.      Dua bulan sesudah itu lagi sekali Haji Azhar membawa anaknya ke rumah sakit besar ‐ Ipoh.  Perut anaknya di X‐ray. Pihak doktor di rumah sakit itu tetap berpendapat anaknya tidak  menghidap sebarang jenis penyakit, malah salah seorang doktor Melayu bertugas di situ, Dr.  Megat Khas telah menasihatkan Haji Azhar supaya berubat cara kampung. (Dan Megat Khas  sudah meninggal dunia dalam tahun tujuh puluhan).      Semua yang diceritakan oleh Haji Azhar itu, didengar oleh datuk dengan cukup teliti. Dan setip  kali Haji Azhar berhenti bercakap sepasang matanya tetap tertumpu ke wajah datuk,  seolah‐olah dia mengharapkan sangat‐sangat datuk dapat menyembuhkan penyakit dideritai  oleh anaknya itu.      “Siapa nama anak tuan Haji itu?”      “Latifah.”   

Page 131 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Dulu pernah dipinang orang atau ada menaruh hati pada sesiapa?”    “Menaruh hati tu, saya tak tahulah, tapi orang meminangnya memang ada.”      “Jadi bertunang.”      “Tidak, saya tolak.”      “Sebab.”    “Belum masanya.”      Datuk anggukkan kepala dua tiga kali. Sesekali datuk merenung keluar ikut tingkap rumah yang  terdedah. Kemudian datuk memberi janji pada Haji Azhar untuk berikhtiar mengubati anaknya,  dengan syarat Haji Azhar harus menyediakan buah pinang merkah di pokok, daun delima dan  tulang kucing hitam. Dengan pertolongan Ujang Selamat semua benda‐benda tiu dapat  diadakan.  Lebih kurang pukul sepuluh malam datuk pun mula menjalankan tugasnya denga penuh teliti.  Sedang datuk membaca mentera, tiba‐tiba seketul batu melayang masuk ke dalam rumah.  Jatuh di hujung kepala anak dara Haji Azhar. Dengan sekelip mata saja batu kecil itu,  mengeluarkan asap yang berkepul‐kepul penuh satu ruang rumah. Semua orang dalam rumah  itu habis terbatuk.  Datuk bangun, lalu membuka kain lilit kepalanya. Dua tiga kali dia mengibaskan kain lilit 

Page 132 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kepalanya ke kanan dan ke kiri. Asap itu berhenti dan batu pun ghaib. Tempat batu itu jatuh  nampak berlubang dan hangus. Datuk berhenti dari meneruskan kerjanya.      “Nampaknya sakit anak tuan haji ni, dibuat dengan cara sihir, ada orang dendam dengan  keluarga tuan haji. Ini semua kerja syaitan,” rungut datuk sambil merenung muka Haji Azhar.      “Orang yang membalas dendam ni, bukan kepalang orang, saya minta diri untuk  mengubatnya,” sambung datuk. Muka Haji Azhar berubah. Saya perhatikan kedua belah  kelopak matanya digenangi air jernih. Anaknya yang terlentang kelihatan resah dan badannya  berpeluh.    Datuk menarik tangan Haji Azhar ke sudut rumahnya. Datuk merapatkan mulutnya ke telinga  Haji Azhar.    “Tangguh dulu, kita ikhtiar cara lain malam, esok,” kata datuk.    “Saya mengikut saja, asalkan sakit anak saya baik.”    “Saya tahu, sakit anak tuan haji ni, bukan sebarang sakit, ada campur kerja syaitan.”      “Habis apa yang mesti saya buat?”     

Page 133 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Bersabar dan berikhtiar, dalam alam ini, yang maha berkuasa adalah Allah dan tidak ada  penyakit yang tidak boleh diubat, kalau diizinkan Allah.”      Mendengar cakap datuk itu, Haji Azhar tersenyum. Masih ada harapan untuknya berusaha.  Ujang Selamat juga memberi harapan yang begitu juga pada Haji Azhar. Sepanjang malam itu,  saya dan datuk tidak dapat tidur dengan cukup lena, kerana bermacam‐macam bunyi yang kami  dengar di luar rumah Haji Azhar, bila hal itu diceritakan pada Haji Azhar pagi esoknya, dia  mengakui bahawa sejak anaknya jatuh sakit. Bunyi begitu memang selalu didengarnya.      Datuk membuat keputusan untuk pergi ke rumah kawannya di Sungai Rokam ‐ Ipoh. Menurut  datuk kawannya itu berasal dari Bawean dan boleh mengubati sakit yang dialami oleh anak Haji  Azhar itu. Dengan daya usaha Ujang Selamat, datuk pun bertolak ke Ipoh dengan sebuah kereta  kepunyaan anak buah Ujang Selamat. Datuk meninggalkan Kampung Belanja Kiri di tepi tebing  Sungai Perak itu, kira‐kira pukul lapan setengah pagi. Dan pukul lima petang dia pun pulang  dengan seorang wakil yang berbadan kurus.      “Ini kawan saya, namanya Wansi, dah dua kali ke Mekah,” datuk memperkenalkan kawannya  pada Haji Azhar dan orang‐orang yang menyambut kepulanganya di halam rumah. Datuk terus  bercerita tentang kawannya tiu pada orang ramai. Kata datuk, kawannya itu dulu bekerja  dengan Kelab Lumba Kuda Perak, memang handal berjudi, minum arak dan kaki perempuan,  bila dia jatuh sakit teruk, tiga bulan terlantar di rumah membuat dia insaf, bila dia baik dari sakit  terus menjadi baik dan meninggalkan kerja‐kerja yang ditegah oleh Allah.      Sebelum mengubati anak dara Haji Azhar, Wansi meminta hanya saya, datuk dan dirinya saja  yang boleh berada di tempat dia akan lakukan kerjanya. Semua permintaannya itu dipenuhi.  Dia juga meminta pada Haji Azhar semua kerja yang dilakukannya jangan diberitahu pada orang  ramai. 

Page 134 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Satu syarat yang agak ganjil yang dikenakan oleh Wansi, dia minta Haji Azhar membuat sebuah  pondok kecil di depan rumah Haji Azhar dan pondok itu tidak berpintu. Orang yang boleh  mendiami pondok itu ialah saya, datuk dan dirinya sendiri. Hari yang dipilih oleh Wansi untuk  mengubat ialah hari Rabu, mulai pukul satu tengahari.    Sebelum itu, kami tidak diberkan menemui sesiapa, selama lima jam, kami tidak boleh memijak  tanah, tidak buang air kecil dan besar. Satu kerja yang cukup siksa saya rasakan, kerana datuk  mahu saya mengenali berbagai ragam kehidupan yang ganjil atas dunia ini, saya terpaksa  mematuhinya.    Tengahari Rabu, matahari sudah agak tergelincir dari ubun‐ubun kepala. Saya dan datuk serta  Wansi menghadap dupa yang mengeluarkan asap kemenyan kerana semua tingkap di pondok  itu ditutup, badan terasa panas.    “Sedia,” kata Wansi yang sebaya dengan usia datuk. Dia pun mula bercakap dalam bahasa  Bawean, terlalu cepat cakapnya. Dia berhenti lalu merenung pada datuk. Dia angguk kepala.  Datuk juga angguk kepala. Datuk menghampirinya.    “Ada apa Wansi?” tanya datuk.      “Kita baca ayat Quran dulu,” jawab Wansi sambil menerangkan pada datuk ayat mana yang  mesti dibaca. Sedang mereka asyik membaca ayat‐ayat suci itu, pondok kami bagaikan digegar  orang, serentak dengan itu api menyala dengan tiba‐tiba di tengah pondok. Bila api itu  dipadamkan, menyala pula di bahagian lain. Saya jadi kelam‐kabut di buatnya.      Dengan tenang Wansi mencampakkan seketul besi ke tempat api yang menyala itu. Tiba‐tiba 

Page 135 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

api itu padam dengan sendiri. Dan api ajaib itu tidak lagi datang menyerang pondok. Saya  diberitahu oleh datuk, besi yang berjaya memusnahkan api ajaib itu di depan dupa.    Muka Wansi kelihatan berkerut. Seekor kelawar hitam terbang rendah di depan dupa lalu jatuh  di situ. Wansi mengambil kelawar hitam itu dimasukkan ke dalam uncang yang dibuat dari kain  hitam.    Wansi bangun. Dia merenung datuk dan saya. Wansi melangkah keluar pondok, ikut tingkap.  Saya dan datuk juga berbuat demikian, sebaik saja kami bertiga memijak bumi, dua tiga titik  darah jatuh atas pipi kami, dari mana datangnya saya pun tidak tahu. Wansi naik ke rumah Haji  Azhar terus masuk ke dalam bilik tempat anak dara Haji Azhar terkapar.      Saya terkejut, bila Wansi merentap kain yang menutup perut anak dara Haji Azhar. Perut anak  dara itu kelihatan berkilat dengan urat‐urat yang timbul sekali imbas macam buah tembikai.  Wansi menekan perut anak dara itu dengan kedua belah tangannya. Jeritan anak dara itu  menguasai seluruh Kampunh Belanja Kiri. Saya dengan datuk hanya melihat saja. Jeritan anak  dara yang kuat itu, makin lama, makin beransur kurang dan akhirnya berhenti terus. Dari  hidung anak dara itu keluar darah.      Wansi terus menekan perut anak dara itu, saya lihat tangan Wansi yang keras itu masuk ke  dalam perut anak dara itu bagaikan terkoyak. Pergelangan tangan Wansi penuh dengan darah.  Tiba‐tiba Wansi berpaling pada datuk dan berkata:      “Sudah dapat.”     

Page 136 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Apa dia?”      Wansi tidak menjawab pertanyaan datuk itu. Dia terus menarik tangannya dari perut anak dara.  Saya lihat ditangan Wansi terlekat kain batik Jawa yang berlipat cantik. Dengan segera perut  anak dara yang buncit itu terus kempis dan rata. Wansi melihat lilihan darah di perut anak dara  itu. Dia membaca susuatu, kemudian perut anak dara itu digosoknya dengan tapak tangan  kanan tiga kali berturut‐turut. Dalam sekelip mata saja perut itu bercantum kembali tidak  terdapat sebarang kesan luka atau darah di situ      Anak dara Haji Azhar sedar dari pensan. Dia membuka matanya dan memandang ke arah datuk.  Anak dara Haji Azhar bangun dan terus duduk.      “Kenal, kain siapa ni?” tanya datuk pada anak dara Haji Azhar.    “Saya punya, tapi sudah lama hilang dalam simpanan saya.”    “Di mana hilangnya?” Wansi pula menyoal.”    “Kain batik tu, saya jemur di ampai, tiba‐tiba hilang, itu saja yang saya ingat,” terang anak dara  Haji Azhar dengan jujur.    Datuk pun memanggil Haji Azhar dan isterinya. Mereka mengakuinya, bahawa kain batik tu  dibeli oleh Haji Azhar ketika dia pergi menziarahi keluarganya di Bandung‐Indionesia, bila  pulang ke rumah kain itu dihadiahkan pada Latifah anaknya. Dan pada suatu hari Latifah  mendapati kain batik itu hilang di ampaian sesudah basuh. 

Page 137 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Pada petang Rabu itu juga, Latifah anak dara Haji Azhar dimandikan dengan tujuh jenis bunga di  tepi tebing Sungai Perak oleh Wansi, Menjelang waktu Maghrib Latifah di letakkan di atas  pelantar yang dibina berhampiran dengan ampai tempat kain batiknya hilang. Semua kerja  dilakukan oleh Wansi.      Pada sebelah malamnya, ketika Wansi dan datuk bercakap di anjung rumah, seketul tulang  lengan manusia dilemparkan oleh satu lembaga hitam dari halaman rumah. Bila tulang lengan  itu dijamah oleh datuk, tulang itu terus menjadi arang.      “Sekarang, kita mesti menangkap orang yang mensihirkan kain batik ke dalam perut anak dara  Haji Azhar,” ujar datuk pada Wansi.      “Ya, tapi aku tak mahu orang itu dibalas memadai saja dia disuruh bertaubat,” sebaik saja  Wansi habis bercakap, wajah seorang lelaki muncul di depan Wansi dari dalam kegelapan  malam itu, bila datuk mengamati wajah pemuda itu ternyata dia adalah pawang orang asli yang  terkenal dari batu enam belas jalan Tapah ke Cameron Highland, Pahang.    Wajah lelaki yang bengis itu kelihatan mengeluarkan asap dan melangkah mahu menerkam ke  arah datuk dan Wansi…    SBDJ (Jilid 01) Siri 17: Bertarung Dengan Bomoh Orang Asli  Dan Wansi segera bangun. Datuk juga begitu. Dalam beberapa saat saja lelaki itu hilang dari  penglihatan datuk dan Wansi. Serentak dengan itu, terdengar suara jeritan Latifah yang cukup  keras dan nyaring. Datuk dan Wansi segera masuk ke dalam bilik Latifah.Latifah  Berguling‐guling atas lantai, kedua belah tangannya memegang batang leher. Matanya 

Page 138 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kelihatan merah. Haji Azhar dan isterinya tidak dapat berbuat apa‐apa selain daripada  menangis. Wansi segera memegang pergelangan kaki kiri Latifah. Ditekannya dengan sekuat  hati atas lantai. Jeritan Latifah berhenti dan tidak lagi berguling‐guling atau meronta‐ronta.  Wansi menyuruh Haji Azhar mengangkat anaknya ke atas tilam. Datuk rapat kepada Wansi dan  mendengar dengan tiliti apa yang dicakapkan oleh Wansi padanya. Dtuk keluar dari bilik untuk  beberapa minit. Masuk kembali dengan kain hitam terselipang di bahu. Wansi menyambar kain  hitam itu lalu melibas ke badan Latifah tiga kali berturut‐turut.      Datuk duduk di hujung kepala Latifah. Dia membaca sesuatu. Tiga kali dahi Latifah ditamparnya  dengan belakang tangan. Latifah bangun dan terus duduk.    “Apa yang kau nampak nak?” tanya Wansi.      “Orang hitam mengajak saya keluar,” sura Latifah merendah.    “Lagi apa yang dibuatnya pada kau,” sanggah datuk.      “Dia lari dengan tiba‐tiba,” jawab Latifah tenang.      Wansi terdiam seketika. Dia meminta pencil dan kertas. Bila kertas dan pencil sudah ada di  tangannya. Dia menulis sepotong ayat al‐Quran. Kertas yang sudah ditulinya itu diserahkan  pada Haji Azhar.   

Page 139 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Bacalah ayat ini, ke telinga Latifah bil di agak resah. Dan kau harus mengamalkannya,” ujar  Wansi.      “Caranya?” tanya Haji Azhar.      “Baca seratus kali selepas kau sembahyang yang lima waktu, bila dia sebati dengan dirimu,  banyak faedahnya. Untuk menghalau hantu syaitan.” Cukup lebut nada suara Wansi. Serentak  dengan itu dia menyerahkan sebatang besi pendek yang berbentuk tulang. Menurut Wansi besi  itu adalah besi tulang lengan mawas.      “Besi ni saya tinggalkan pada awak untuk tiga minggu, lepas tu saya ambil balik,” tambah  Wansi. Besi tulang mawas bertukar tangan dari Wansi ke tangan Haji Azhar.    “Untuk apa?”      “Untuk mengubat penyakit anak kau,” sahut datuk.      “Kalau dalam tempoh tiga minggu, anak saya tak baik macam mana?”     

Page 140 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Dengan pertolongan Allah anak kau akan baik. Percayalah, dengan syarat selama tiga minggu,  jangan beri sesiapa menemui Latifah, kecuali kau dan emaknya,” Wansi memberikan sebuah  keyakinan dan harapan pada Haji Azhar.    Haji Azhar tersenyum. Sebelum meninggalkan bilik Latifah Wansi berpesan pada Haji Azhar  supaya mengunci bilik dari dalam. Dan jangan memperhiraukan dengan apa yang berlaku di  luar. Haji Azhar angguk kepala.    Rumah Haji Azhar cukup besar. Ada lapan bilik di dalamnya. Jarak bilik Latifah dengan anjung  rumah memang agak jauh juga jaraknya. Pada mulanya Haji Azhar menawarkan dua bilik  penginapan untuk kami, tetapi datuk dan Wansi menolak dengan alasan tidur di anjung lebih  baik. Tidak panas serta mudah menjalankan kerja‐kerja untuk mengubati Latifah.      Saya resah tidak menentu. Dua tiga kali saya memejamkan mata. Saya tidak juga mahu tidur.  Lampu gaslin sudah lama dipadamkan. Digantikan dengan lampu minyak tanah sengaja  dipendekkan oleh datuk. Cahayanya sekadar cukup menerangi wajah datuk dan Wansi, tetapi  lingkaran cahaya lampu itu sampai juga ke muka saya, agaknya kerana itulah saya tidak dapat  tidur.      Saya merenung ke arah datuk dan Wansi. Mereka sedang membalut rokok daun sambil  bercakap sesuatu. Saya mula terdengar kokok ayam bertalu‐talu, saya kira sudah hampir pukul  dua malam. Dugaan saya tepat sekali. Tidak lama lepas itu, terdengar bunyi jam loceng Haji  Azhar berbunyi dua kali berturut‐turut.      Angin malam yang bertiup menambahkan rasa dingin di badan. Saya terpaksa membengkokkan  badan, seperti angka lima. Sayup‐sayup saya terdengar suara burung hantu dan suara anjing  menyalak panjang. Datuk dan Wansi masih juga belum tidur. 

Page 141 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    Tiba‐tiba, datuk dan Wansi melompat dan lampu padam. Bila datuk menyalakan lampu minyak  tanah kembali terdapat batang pisang berkembar dua terletak atas lantai di anjung rumah.  Batang pisang itu seolah‐olah baru lepas digunakan untuk memandikan mayat. Bila datuk mahu  menjamah batang pisang tersebut, cepat‐cepat Wansi menyepak tangan datuk.      “Jangan dipegang,” kata Wansi.      Saya mengeletar sendirian. Dua kali saya cuba bangun, tetapi saya terjatuh dengan sendiri  hingga kain yang saya pakai terlucut dari pinggang. Saya bogel dalam sinar samar‐samar cahaya  lampu minyak tanah. Wansi yang terpandangkan saya turut tersenyum.      “Kau pergi ke sana,” katanya pada saya, sambil merungut kerana datuk membawa saya. Tanpa  banyak bicara saya akur dengan perintahnya. Saya bersandar pada tiang rumah. Saya lihat dari  batang pisang itu keluar asap berkepul‐kepul. Dua tiga ekor kelawar hitam berterbangan  dengan bebasnya di anjung ruamh, kelawar hitam itu akan kencing, airnya merah macam  darah.    Di luar anjung, kedengaran bunyi deru angin yang cukup kuat. Saya lihat ada bayang putih  memanjang melayang di halaman rumah. Darah saya tersirap. Benda putih itu masuk ke dalam  kawasan anjung dan hilang betul‐betul di tengah‐tengan batang pisang. Suasana di luar rumah  agak gamat juga dengan bunyi suara kokok ayam, salakkan anjing dan suara jampuk  bersahut‐sahutan. Kelawar yang hinggap di bahagian anjung rumah terus bersuara, cukup  seram, giginya yang putih berkilat itu nampak tajam di samping memperlihatkan taringnya.   

Page 142 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Saya jadi tidak tentu arah. Berdiri salah, duduk pun salah. Apakah syaitan‐syaitan ini akan  meragut nyawa saya. Timbul pertanyaan dalam diri. Dalam keadaan yang serba gawat itu, saya  masih dapat membaca beberapa potong ayat al‐Quran yang saya kira dapat menghalau  syaitan‐syaitan itu. Datuk dan Wansi kelihatan tenang memandang batang pisang yang berasap  itu.    Wansi berdiri lalu mengangkat sebelah tangannya ke atas. Lengan tangan kanan yang  diangkatnya itu dirapatkan pada lubang telinga kanannya. Sementara tangan kirinya diletakkan  atas dada, kaki kanannya, menapak dua tapak ke depan. Manakala kaki kirinya dibengkokkan  sedikit.    Wansi menjerit sekuat hati. Bila jeritannya berakhir. Dia bercakap dalam loghat bahasa Bawean,  selesai dia bercakap, beberapa ketul batu dan kayu berterbangan masuk ke dalam anjung  ruamh. Wansi sedikitpun tidak bergerak. Bunyi suara kucing hutan melalak di bawah rumah.  Beberapa ekor tupai hitam, entah dari mana datangnya berlompatan di lantai. Semuanya  melompat ke tanah. Sebaik saja tupai‐tupai itu ghaib, seekor beruk besar muncuk di depan  datuk dan Wansi.    Kali ini datuk mara ke depan dan menolak Wansi ke belakang. Saya agak, tentulah datuk tahu,  bahawa kawannya itu tidak berdaya menentang cubaan syaitan‐syaitan itu. Datuk berpeluk  tubuh. Dia membaca mentera hingga tubuhnya kelihatan berasap. Batang pisang di tengah  anjung bagaikan diangkat orang, bergerak sendiri menuju ke muka pintu dan hilang dalam  gelap.  Tempat batang pisang itu digantikan dengan api yang menyala ganas. Bahang panas itu terasa  ke muka saya. Wansi mengambil uncang hitam lalu memukul ke arah api. Api itu mula runduk.  Wansi memukul lagi hingga api itu bertukar mejadi bara sebesar bola pingpong. Bara itu  terbang. Berlegar‐legar dalam rumah akhirnya keluar menuju ke pondok tempat saya dan datuk  serta Wansi beranung dulu. Pondok itu terbakar.      “Orang ni benar‐benar mahu memalukan keluarga Haji Azhar dan mahu membinasakan kita,”  Page 143 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kata Wansi sambil melurut langan kirinya dengan tapak tangan kanan. Dalam beberapa saat  saja pondok itu hancur menjadi abu. Bara api sebesar bola pingpong menuju ke arah kepala  Wansi. Cepat‐cepat Wansi mengelakkan diri. Sementara itu , datuk masih berusaha untuk  menghalau syaitan‐syaitan ganas itu mengikut kemampuan yang terdaya olehnya.    Bara api sebesar bola pingpong terus berlegar‐legar dalam ruang anjung. Wansi mula bertindak,  saya lihat mukanya berubah. Mulutnya terus bercakap dalam bahasa Bawean. Wansi membalut  tangan kanannya dengan uncang hitam, kemudian bola bara api itu dipegangnya sekuat hati.  Saya lihat tapak tangannya berasap. Saya kira dalam hal ini Wansi lebih gagah dan banyak ilmu  dunianya jika dibandingkan dengan kehandalan yang terdapat dalam diri datuk.    Datuk tersandar di dinding. Mukanya kelihatan biru. Dua kali datuk terbatuk dan mengeluarkan  darah yang cukup kental. Saya urut belakang datuk. Wansi meletakkan bola api yang sudah  menjadi seketul arang itu di tengah anjung rumah. Dia rapat pada datuk. Dua kali dia  menumbuk belakang datuk.      Datuk terbatuk,dari mulut datuk keluar segumpal cacing tanah dan ulat bulu. Cacing dan ulat  bulu itu bergerak atas lantai. Wansi memukulkan uncangnya ke muka datuk. Datuk segera  pulih. Wansi kembali ke tempat arang yang diletaknya. Arang itu masih berasap. Bila asapnya  hilang saya lihat ada kepala manusia terletak di situ, Berlilit dengan kain. Matanya  terkedip‐kedip merenung ke muka datuk, bagaikan minta pertolongan.      “Saya kenal dia Wansi,” kata datuk.      “Siapa manusia ni?”   

Page 144 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Bomoh orang asli, dari batu enam belas, saya pernah bertemu dengannya dua kali,” terang  datuk dengan jujur. Wansi tersenyum. Wansi duduk bersila di depan kepala manusia yang  seoah‐olah melekap pada papan lantai itu.    “Kenapa kau buat jahat dengan orang?” tanya Wansi.    “Saya dapat upah encik,” jawab kepala itu dalam gaya bahasa orang asli bercakap Melayu.  Matanya terkelip‐kelip macam katak puru kena sembur air. Wansi atau datuk. Biarkan mereka  dengan tugas mereka. Saya cuma mahu melihat peristiwa ini sebagai bahan kenangan atau  sejarah yang tersimpan dalam diri saya. Itu saja tekad saya.    “Siapa yang mengupah kau?” datuk menyoal.      “Orang kampung ini juga.”      “Siapa namanya.”      “Tak boleh cakap encik, itu sumpah saya,”      “Awak tahu, kerja awak ni menyusahkan saya dan orang lain,” kian keras nada suara Wansi.  Datuk mula resah. Dia berpusing‐pusing dua tiga kali di depan kepala yang terlekap di lantai. 

Page 145 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    “Tak tahu encik, dia datang minta tolong, katanya orang itu meludah mukanya waktu dia  usik‐usik untuk ajak kahwin, orang itu maki dia, jadi saya ingat perbuatan orang itu tak baik  menghina sesama manusia kerana itu saya tolong dia.” Bagaikan mahu berbuih mulut orang itu  bercakap, cukup siksa.      Datuk dan Wansi berbisik. Kepala yang terlekap di lantai kelihatan bergerak‐gerak. Mukanya  berpeluh‐peluh. Dua tiga helai rambunya gugur. Suasanan malam yang tadi agak gawat  sekarang sudah cukup tenang.      “Awak mesti bercakap betul dengan saya, kalau tidak saya botakkan kepala awak di sini,” Wansi  mula mengugut. Datuk mengigit bibir.      “Jangan buat jahat dengan orang encik.”      “Saya tak buat jahat, awak yang mulakan dulu.”      “Saya mengaku, saya dah kalah, encik kuat. Apa yang encik mahu sekarang?”     

Page 146 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Jangan kacau orang di baruh, nanti orang di darat susah, siapa orang di baruh yang upah  awak?”      “Baiklah encik, kalau saya cakapkan, encik mesti berjanji dengan saya tidak balas dendam.”      “Kami tak mahu balas dendam, kami cuma mahu tahu saja.”    “Orang itu akan datang sendiri berjumpa encik minta maaf, saya akan suruh dia jumpa encik,”      “Bila?” potong datuk dengan cepat.      “Dua hari lagi.”      Selesai saja orang itu bercakap. Wansi pun memukul kepala orang itu dengan uncang yang  dibuat dari kain hitam. Kepala orang itu pun hilang. Jam milik Haji Azhar berbunyi empat kali  berturut‐turut. Dingin subuh mula meresap ke batang tubuh saya. Dalam kedingannan yang  menggigit tulang itu saya terlelap . Bila saya membuka kelopak mata, matahari pagi sudah pun  memancarkan sinarnya di halaman rumah. Murai dan merbah sudahpun berhenti berkicau.      Datuk dan Wansi duduk bersila panggung sambil menghisap daun rokok nipah. Mereka 

Page 147 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

merenung ke arah pondok yang tertegun gagah di bawah kelopak matahari pagi. Kepala saya  terasa pening kerana malam tadi saya menyaksikan dengan mata kepala saya sendiri pondok itu  musnah dijilat api. Apakah saya bermimpi atau ditipu oleh perasaan takut yang menguasai diri  saya. Timbul berbagai pertanyaan dalam hati kecil saya.      “Kenapa pondok ini tidak hancur tok, malam tadi saya lihat terbakar,” itulah pertanyaan  pertama pagi itu, saya ajukan pada datuk. Datuk merenung muka saya sambil tersenyum.    “Memang terbakar, tetapi dibakar oleh syaitan,” balas datuk.    Saya terdiam. Memanglah perkara ini tidak masuk di akal. Kalau diceritakan pada sesiapapun  tidak ada orang yang percaya sedangkan pada kenyataannya saya melihat kejadian‐kejadian itu  sendiri.      Bila datuk melihat daya termenung panjang, dia pun menghampiri saya. Dan menyatakan apa  yang saya lihat iut, bukanlah satu perkara yang aneh. Semuanya terjadi atas kemahuan Allah  yang maha besar.      “Allah itu maha pemurah dan penyayang.”    “Jadi,” tingkah saya.      “Dia akan memperkenankan apa juga yang diminta oleh mahkluknya sama ada jahat atau baik.” 

Page 148 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    “Kalau minta jahat bagaimana?”      “Dipenuhinya dan tanggunglah akibat dari permintaan itu. Sebagai manusia kita diberikan  fikiran untuk meminta sesuatu yang baik atau jahat.”      Saya pun angguk kepala mendengar cakap datuk itu. dalam masa yang sama Haji Azhar minta  datuk dan Wansi duduk sebulan di tempatnya.      “Minta maaf, saya banyak urusan. Saya boleh tunggu hingga hari Jumaat kerana ada orang yang  akan datang ke sini?” Saya lihat wajah Wansi cukup tenang.      “Siapa?” soal Haji Azhar.      “Nantilah saya beritahu kemudian, lagi pun saya mesti balik cepat kerana saya belum lagi  membuat persiapan untuk…’” suara Wansi terhenti. Dia merenung keluar pada pepohon  rambutan dan langsat yang disentuh angin pagi. Matahari terus bersinar garang.      “Nak ke mana selepas mengubat anak saya ni?” 

Page 149 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Saya nak berangkat ke Tanah Suci,” jawapan Wansi itu amat mengejutkan hati datuk. Memang  sebelum ini, Wansi tidak pernah menceritakan hal itu padanya. Saya merasa amat kagum  dengan datuk dan Wansi yang tidak mahu menceritakan apa yang di alaminya malam tadi pada  Haji Azhar. Meskipun Haji Azhar bertanya beberapa kali. Seolah‐olah mereka sepakat  merahsiakan perkara itu.    Bagi menanti hari Jumaat yang ditunggu, saya dan datuk serta Wansi ke Cangkat Banjar dan  Cangkat Melintang mencari akar‐akar kayu dan pucuk‐pucuk hutan. Akar‐akar kayu yang dipilih  itu dijadikan minuman menggantikan kopi, sementara pucuk‐pucuk kayu dijadikan air  pembasuh muka selepas menunaikan sembahyang subuh.      Menurut Wansi akar‐akar kayu itu berguna bagi mencegah sakit buah pinggang, darah tinggi.  Pucuk‐pucuk hutan pula berkesan bagi perjalanan darah di samping mengkalkan wajah supaya  kelihatan muda dan merah.      Memang sudah menjadi amalan dalam hidup datuk selepas menunaikan sembahyang subuh,  dia akan membaca Quran. Begitu juga dengan Wansi. Saya disuruh oleh datuk membaca surah  Yassin. Kelam‐kabut juga saya dibuatnya oleh datuk. Bagamana tidak menggelabah bila datuk  menyuruh saya membaca surah Yassin tanpa naskah Yassin Bila melihat saya dalam keadaan  cemas begitu. Wansi memberikan naskah Yassin pada saya.      “Kau mesti ikut macam datuk kau, boleh baca Yassin tanpa buku,” ujar Wansi.      “Dah diajar, tapi cucu saya ni keras kepala sikit,” tingkah datuk. Disambut dengan ketawa yang 

Page 150 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

memanjang dari Wansi.    Ketika matahari mula bersinar. Dari muka jalan masuk ke rumah Haji Azhar, kelihatan seorang  pemuda berbadan tegap mendatangi ke arah datuk dan Wansi. Sebaik saja sampai di kaki  tangga pemuda itu memberi salam. Wansi mempersilakannya naik.      “Jangan mengapakan saya, malam tadi saya tak boleh tidur, badan saya macam tebakar hangat  sampai ke pagi,” terus terang pemuda berkulit hitam manis, berhidung mancung, rambut ikal  itu meluah kan rahsia dirinya. Wansi dan datuk berpandangan.      “Badan saya masih terasa dingin, walaupun matahari bersinar terang, kabus nipis kelihatan  keluar dari bumi di antara pepohon manggis dan langsat. Suasanan di Kampung Belanja kiri pagi  itu terasa cukup tenteram dengan kicau burung. Melompat dari dahan ke dahan.      “Apa sebabnya awak datang ke sini?” datuk bersuara parau.    “Sayalah yang mengupah bomoh orang asli memasukkan kain batik ke dalam perut anak Haji  Azhar,” sambung pemuda itu sambil merenung lantai. Wansi memperkemaskan silanya.      “Kau harus tahu membuat atau menganiaya sesama manusia satu dosa besar. Allah tidak dapat  mengampunkannya sekiranya orang yang kena aniaya itu tidak memaafkannya,” terang Wansi.     

Page 151 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Saya tahu, saya bertaubat tuan, saya melakukannya kerana mengikut nafsu.” Sebaik saja  pemuda itu selesai bercakap. Haji Azhar dipanggil oleh Wansi. Haji Azhar pun segera datang.  Duduk bersila di antara datuk dan Wansi.    “Inilah orang yang saya tunggu,” kata Wansi pada Haji Azhar. Bila mata haji Azhar terbeliak. Dia  kenal benar dengan pemuda itu, pernah berkerja dengannya sebagai pemandu bot penambang  dari Belanja Kiri ke Pekan Parit, di seberang tebing Sungai Perak, Haji Azhar tahu pemuda itu  boleh bergerak bebas dalam kawasan rumahnya. Orangnya pendiam dan bersopan‐santun.      “Apa, dia keluarga awak?” Satu pertanyaan keluar dari mulut Haji Azhar.      “Tidak tuan Haji,” pendek jawab Wansi.      “Habis kenapa dia jumpa awak.”      “Usah tanya tentang hal itu, kalau awak sayangkan anak awak, jangan rosakkan budak ni,  jangan dipukul atau membalas dendam.”      “Saya tak faham.”     

Page 152 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Saya boleh beri awak faham, tapi awak jangan membalas dendam kerana perbuatan itu  ditegah oleh agama kita yang suci, kalau awak boleh memenuhi syarat ni, awak akan bahagia  hidupnya dan pemuda ini akan tenteram jiwanya.”    “Saya berjanji,” satu keputusan tegas dari Haji Azhar.    Datuk serta Wansi berdiri. Pemuda dan Haji Azhar duduk berhadapan sambil bersalaman,  waktu salam keduanya belum terbuka. Datuk membaca ikrar yang bermaksud, bahawa Haji  Azhar tidak akan membalas dendam dan pemuda itu akan bertaubat. Selasai saja ikrar itu  dibuat, barulah Wansi menceritakan apa yang dilakukan oleh pemuda itu terhadap anaknya.  Badan Haji Azhar saya lihat menggigil menahan marah.      Bila semua urusan selesai. Pada sebelah malamnya diadakan kenduri doa selamat. Dan pada  keesokan harinya kami bertiga pun berangakat meninggalkan Kampung Belanja Kiri. Dua bulan  lepas itu, saya dijemput oleh Haji Azhar datang ke rumahnya lagi sekali, untuk menyaksikan  Latifah bersanding dengan pemuda yang dipilih oleh Haji Azhar.    Dengan pemuda pilihan bapanya itu, Latifah memperolehi dua orang anak. Sekarang Latifah  menetap di Kulai, Johor. Menurut cerita yang terbaru saya dengar, anak sulung Latifah sudah  melahirkan dua orang anak. Haji Azhar meninggal dunia dalam tahun 1980 di Belanja Kiri  kerana sakit tua, isterinya masih lagi hidup dan tinggal bersama Latifah.    Pemuda yang mengupah bomoh siam itu meninggalkan kampung, Belanja Kiri, sesudah  meminta ampun dan maaf pada Haji Azhar. Walaupun perkahwinan Latifah pada hari itu cukup  meriah tetapi datuk tetap berwajah suram, kerana Wansi yang banyak berjasa pada keluarga  Haji Azhar tidak dapat datang. Dia meninggal dunia di Tanah Suci.    Dua hari selepas menghadiri majlis perkahwinan anak Haji Azhar itu, saya dengan datuk pergi  ke Cangkat Pinggang dekat Kampar kerana urusan membeli tanah dusun. Dua malam tidur di 

Page 153 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

rumah ketua Kampung Cangkat Pinggan. Lepas itu kami bertolak ke Tapah. Di Tapah datuk  menginap dua hari di rumah kawannya di Lubuk Katak kira‐kira suku batu dari Pekan Tapah.      Pada keesokan harinya saya dengan datuk bertolak dari Pekan Tapah menuju ke Cameran  Highlands. Sampai di Batu enam belas datuk memetik loceng bas. Kami turun di situ. Dari gigi  jalan kami memasuki satu lorong yang kiri kanannya di tumbuhi pokok‐pokok hutan. Di hujung  lorong itu terdapat sebuah perkampungan orang asli.      Tidak jauh dari kampung ornag asli pada masa itu, terdapat berberapa buah bangunan  pekerja‐pekerja yang terlibat dengan pembinaan projek haidro elektrik. Kebanyakan pekerjanya  terdiri daripada pemuda‐pemuda Melayu terutama di bahagian buruh kasar seperti menebuk  terowong dan meratakan batu. Pergerakkan pekerja‐pekerja itu dapat dilihat dengan mudah  dari perkampungan orang asli yang terletak di kawasan tanah yang tinggi. Sekarang projek itu  sudah siap.      Kedatangan saya disambut dengan baik oleh bomoh orang asli yang berwajah agak garang itu.  Namanya Bah Lanjut. Dia mempersilakan saya dan datuk duduk di anjung rumahnya. Apa yang  mendatangkan rasa kurang senang dalam diri saya, bila melihat anjing kepunyaannya  berkeliaran dalam rumah. Hati saya agak terhibur kerana dari radionya terdengar suara Saloma  mendendangkan lagu Mengapa Dirindu yang menjadi lagu top ketika itu.    Kerana mahu menghormati datuk dan saya yang diketahuinya tidak berapa senang dengan  keadaan rumahnya, lalu dia menempatkan kami di sebuah pondok yang keadaannya cukup  bersih. Siap dengan tempat tidur dan tikar sembahyang. Menurut Bah Lanjut, pondok itu  memang dikhaskan untuk orang Melayu dan Islam bermalam bila meminta ubat darinya. Dalam  pertumuan itu Bah Lanjut berkali‐kali minta ampun dan maaf atas perbuatannya di masa lalu.  Malah, dia sanggup mengajar beberapa ilmu yang ada pada dirinya untuk datuk.   

Page 154 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Hasratnya itu tidak ditolak, datuk mahu menuntut ilmu darinya asalkan ilmu yang dituntut itu  tidak bercanggah dengan hukum‐hukum Allah. Bagi tujuan itu, datuk dan saya terpaksa tinggal  di perkampungan orang asli itu selama dua minggu. Di sini tugas saya bertambah lagi, terpaksa  menjadi tukang masak pada datuk di samping berburu ayam hutan dan pelanduk untuk lauk  makan tengahari dan malam, beras disediakan oleh Bah Lanjut hasil dari tanaman padi  humanya di lereng bukit.    SBDJ (Jilid 01) Siri 18: Diganggu Lembaga Hitam    Di luar hujan turun mencurah‐curah. Kilat dan guruh tingkah meningkah. Cahaya kilat yang  masuk ke dalam pondok menjilat wajah datuk, Bah Lanjut dan saya. Bila bunyi hujan beransur  reda, diganti pula dengan bunyi angin yang cukup keras melanggar dahan dan reranting pokok  hutan. Api pelita melintuk‐liuk mengikut arah tiupan angin. Bagi menyelamatkan api pelita dari  padam, Bah Lanjut segera menaruh daun bertam muda di sekelilingi badan pelita.    Beberapa bahagian daripada daun bertam muda itu dibuat lubang kecil bagi mendapatkan  cahaya dari pelita tersebut. Di luar hujan sudah berhenti terus. Angin sudah tidak sekeras tadi  merempuh reranting dan dedahan pokok hutan. Bunyi cengkerik cukup gamat. Sekali‐sekala  terdengar lolongan anjing hutan sayup‐sayup. Bunyi suara burung tukang cukup nyaring. Saya  melihat jam saku datuk yang bertali tembaga di hujung lututnya.      Waktu Bah Lanjut memperkemaskan silanya,saya dengar raungan harimau cukup nyaring  bersama tempikan gajah. Tanpa di minta oleh datuk, Bah Lanjut perkenalkannya dengan  pemuda yang membalas dendam pada anak Haji Azhar. Menurut Bah Lanjut, seorang asli  membawa pemuda itu menemuinya dan menceritakan apa yang di alami oleh pemuda itu  hingga timbul rasa balas di hatinya.    "Saya menolongnya kerana saya fikir dia telah dihina," nada suara Bah Lanjut penuh kesal.  Datuk tersenyum dan menyuruh Bah Lanjut melupakan peristiwa tersebut.   

Page 155 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Lupakan tentang tu, mari kita cerita tentang hal lain," ujur datuk sambil melagakan gigi bawah.      Bah Lanjut melunjurkan ke dua kakinya. Kulit belakang Bah Lanjut bertemu dengan dinding  pondok yang diperbuat dari kulit kayu Merbau dan Jelutung.      "Ilmu kita bukan untuk merosakkan orang, ilmu kita untuk menolong orang," keluh Bah Lanjut.      "Ilmu kita pun begitu juga," tingkah datuk.      Beberapa ekor nyamuk hutan berterbangan dalam pondok. Melihat saya resah dengan  kedatangan nyamuk itu, Bah Lanjut menepuk tangan, saya lihat nyamuk yang berterbangan itu  menuju ke arahnya Bah Lanjut menadahkan kedua belah tapak tangannya. Nyamuk‐nyamuk  jatuh atas tapak tanganya.      "Pulanglah,jangan kacau kami," kata Bah Lanjut Nyamuk di tapak tangan segera terbang  menuju ke arah tepi dinding dan terus keluar.      Bunyi suara cengkerik di luar pondok beransur kendur. Malam bertambah dingin. Dua kali saya  menguap panjang. Datuk dan Bah Lanjut masih terus bercakap.   

Page 156 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Mahu awak menuntut ilmu pengasih?" kelopak mata saya terasa ringan, mata saya bersinar  merenung kearah muka Bah Lanjut. Saya mengisut ke arahnya, kepala lutut saya dengan kepala  lutut Bah Lanjut berlaga.      "Caranya?" soal datuk. Hati saya cukup gembira, saya memang mengharapkan Bah Lanjut  menurunkan ilmu itu pada datuk dan sekali gus saya akan dapat mengutip ilmu itu. Saya kira,  ilmu pengasih itu cukup baik untuk saya, bila saya sudah ada ilmu pengasih saya boleh memilih  bakal isteri dari anak dara yang wajahnya cantik dari kalangan orang yang berada. Kalau saya di  panggil untuk temuduga sebarang pekerjaan, ilmu pengasih dapat menolong saya.      Orang menemuduga saya akan kasih pada saya, lalu memberikan pekerjaan, walaupun tidak  ada kelulusan, fikir saya dalam hati.      Bah Lanjut mengunyah sesuatu didalam mulut. Saya tidak tahu apa yang dikunyahnya.      "Ilmu tu saya tak mahu, bagilah saya ilmu‐ilmu lain," ujur datuk secara tidak langsung  membunuh harapan yang bertunas dalam hati saya. Saya mengeluh dan datuk tersenyum  merenung ke arah saya, bagaikan dia tahu, apa yang bergolak dalam dada saya.      "Kalau awak tak mahu, berikan pada cucu awak," Bah Lanjut mengemukakan cadangan. Lagi  sekali, saya Iihat senyum datuk bermain di bibir.   

Page 157 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Jodoh pertemuan dan rezeki di tentukan oleh Allah yang maha besar," datuk menepis cakap  Bah Lanjut.    "Kita disuruh berusaha."      "Bukan dengan cara itu tok batin, lagi pula ilmu pengasih ni, banyak buruk baiknya, terutama  kalau terlepas ketangan orang muda."      "Tujuannya baik "      "Memang tujuannya baik, tujuan baiknya sikit sangat. Yang dibuat tujuan yang jahat yang  banyak di lakukan, ilmu tu banyak penggodanya."      "Jadi, awak tak mahulah. Kalau awak mahu,boleh saya bawa naik bukit dan guna mencari ibu  minyaknya."    "Terima kasih sajalah tok batin," suara datuk merendah.    Bah Lanjut terdiam. Suara anjing hutan makin keras. Bunyi burung hantu dan jampuk  bersahut‐sahutan di puncak bukit. Sesekali saya terdengar bunyi orang berjalan di bawah  pondok. Malam bertambah larut. Datuk bangun, lalu membuka pondok. Datuk terkejut. Dua  tapak dia undur ke belakang. Muka datuk pucat. Bah Lanjut menerkam ke arahnya. 

Page 158 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    Saya juga menerkam ke muka pintu. Kaki kami bagaikan terpaku di lantai. Di muka pintu,  terjegat satu lembaga berbulu hitam tebal. Dahi lembaga itu berbulu, lubang hidungnya cukup  luas. Gigi putih lembaga itu menyeringai, bagaikan mahu menelan kami. Saya amati lembaga itu  lama‐lama. Bentuknya macam seekor monyet besar. Tiba‐tiba, Bah Lanjut bergolek diatas lantai  menuju ke arah pelita. Dia cabut daun bertam, lalu membakar kain pelikat datuk yang  tersangkut dekat dinding. Dengan mendadak saja api marak dalam pondok kami. Dan lembaga  yang berdiri dikaki tangga bersuara, bagaikan suara beruang jantan tercium buah kelubi.      Lembaga itu menggawang‐gawangkan tangannya ke kiri dan ke kanan. Kemudian lengannya  yang berbulu itu menutup kedua belah matanya. Lembaga hitam itu menjerit dengan sekuat  hatinya, lalu menendang dinding dekat pintu. Dinding yang dibuat dari kulit kayu itu runtuh dan  pecah berkaca.    Lembaga itu melompat ke tanah dan diikuti dengan bunyi kayu tangga patah. Lembaga itu pun  hilang dalam kegelapan malam yang pekat itu.      Datuk, saya dan Bah Lanjut kembali duduk di ruang tengah pondok, sesudah api yang  membakar kain pelikat datuk dipadamkan.    "Apa bendanya tu tok batin?" soal datuk dengan tenang. Bah Lanjut terdiam. Dia merenung liar  ke kiri dan ke kanan.    "lnilah masalah yang kami hadapi sekarang," bisik Bah Lanjut pada datuk. Datuk angguk kepala.  macam itek angsa bertemu kawan. Saya resah sendiri. Bimbang benar hati saya, kalau lembaga  hitam itu datang lagi. 

Page 159 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Saya harap awak boleh menolong kami dalam hal ini?" Bah Lanjut menyuarakan hasrat  hatinya. Datuk merenung lantai yang terbuat dari buluh itu. Bah Lanjut nampak resah. Sesekali  dia membetulkan parang yang tersangkut di pinggangnya.      "Benda tu, cuma takut pada api saja," sambung Bah Lanjut dengan rasa kesal. Dan barulah saya  faham, kenapa waktu tengahari mahu jatuh di kaki lantai, orang asli membakar kayu besar yang  dilonggokkan di sekeliling rumah mereka.    Api biarkan menyala hingga ke subuh. Bah Lanjut berjalan ke hulu ke hilir dalam ruang pondok.  Berhenti dekat bendul pemisah, antara ruang tengah dengan dapur. Dia duduk dekat bendul  sambil menakik ‐nakik kayu bendul dengan parang kontotnya. Datuk hanya memperhatikan saja  tingkah laku Bah Lanjut. Dari gerak‐geri itu, datuk dapat meramalkan, bahawa penghulu orang  asli itu di amok rasa resah yang tidak menentu. Bah Lanjut merenung ke arah Datuk. Datuk  angkat kepala lalu pandangan mereka bertembung.    "Yang kita bimbangkan tentang keselamatan anak buah kita, terutama anak‐anak dara," Bah  Lanjut mengeluh.    "Sebab?"    "Binatang sial tu, mencari anak dara, sudah dua orang anak buah saya di kampung bukit  sebelah mati kerananya."    "Dahsyat tu."     

Page 160 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Kerana itulah, kalau boleh saya mahu minta tolong dari awak, walaupun saya handal tetapi  dalam hal ni, saya mengaku kalah," Bah Lanjut mengakui kelemahan yang terdapat pada  dirinya. Datuk kerutkan dahi. Saya rebahkan badan di atas lantai buhuh. Bah Lanjut bangun  ambil kain dari dalam beg datuk. Kain itu dicampakkannya pada saya.      "Selimut badan kau, sejuk ni," ujamya sambil ketawa kecil. Bah Lanjut terns mendekati datuk.  Mereka bercakap. Apa yang dikatakan oleh mereka itu dapat ditangkap oleh gegendang telinga  saya, walaupun kelopak mata saya pejam rapat.      Fikiran saya berperang sama sendiri. Bentuk lembaga hitam yang besar itu menari‐nari dalam  kepala saya. Bagaimana, ketika saya terlelap lembaga itu datang, lalu membawa saya ke  tempatnya? Barangkali lembaga itu memakan daging manusia. Apakah daging peha saya akan  dibahamnya?    Semuanya berlegar‐Iegar dalam kepala saya. Datuk terus juga bercakap dengan Bah Lanjut.  Saya pusing kanan. Setiap kali badan saya bergerak, lantai buluh tetap berbunyi kiuk‐kiuk. Bila  bunyi itu terdengar berturut‐turut kali,saya terasa seronok,macam satu nada irama lagu yang  terjadi tanpa penciptanya.      Bah Lanjut memberitahu datuk, lembaga hitam itu sudah dua tiga kali masuk ke dalam  perkampungannya, malah satu ketika anak buahnya hampir berjaya memberkas lembaga hitam  itu dengan mengepungnya, tetapi lembaga itu berjaya menghilangkan diri dengan berpaut pada  dahan meranti condong. Menurut Bah Lanjut, setiap kali lembaga hitam datang, mesti diiringi  dengan bunyi burung hantu atau salakan anjing hutan.      Begini saja, esok kita cari kesan tapak kakinya," datuk memberi satu keputusan yang 

Page 161 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

muktamad. Dan Bah Lanjut bersetuju dengan cadangan datuk itu.      "Sampai ke mana?" soal Bah Lanjut.      "Sehingga mana yang boleh kita cari," batas datuk . Bah Lanjut anggukkan kepala. Mereka terus  bercakap. Gegendang telinga saya sudah tidak mampu mahu mendengar perbualan datuk  dengan Bah Lanjut. Saya terlelap. Bila saya terjaga dari tidur, saya lihat Bah Lanjut sudah tiada  dalam pondok.      Datuk saya Iihat masih termenung panjang. Malas saya mahu menyuruh datuk tidur. Saya kira  dia sedang memikirkan sesuatu. Saya tidur kembali. Pagi itu, sembahyang subuh, datuk terus  mengajak saya mandi air embun. Pagi di perkampungan orang asli cukup mengesankan. Saya  melihat matahari terbit di puncak banjaran gunung titiwangsa, kabus nipis berarak menuju ke  dada langit, kicau burung hutan dan ayam hutan bersahut‐sahutan.    Lepas mandi air embun, saya bakar ubi kayu dan datuk masak air panas. Bila matahari sudah  meninggi, sayup‐sayup terdengar bunyi suara jentera dan pekerja hidro‐elektrik dan di turuti  dengan bunyi ledakkan yang cukup kuat.    "Apa benda tu tok?" tanya saya.      "Dia orang tebuk bukit buat terowong air," begitulah datuk memberi penjelasan. Saya melihat  ke arah bunyi ledakkan itu, saya lihat ada asap berkepul naik ke udara.   

Page 162 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Selesai makan ubi bakar dan minum kopi, Bah Lanjut datang menemui datuk. Dia mengajak  datuk mencari kesan tapak kaki lembaga hitam yang datang ke pondok malam tadi.    "Boleh, nanti saya tukar pakaian," jawab datuk.      Saya dan datuk pun ke atas pondok. Bah Lanjut menanti di tanah. Dia memakai seluar pendek  kuning, berbaju hitam dengan parang kontot tersangkut di pinggang. Sumpit panjangnya  tersandang di belakang.      Saya dan datuk turun ke tanah. Sesudah berkeliling di kawasan sekitar pondok. Saya terjumpa  kesan tapak kaki binatang, macam bentuk tapak kaki gajah, mempunyai empat jari. Saya segera  memberitahu datuk dan Bah Lanjut.    "Memang inilah tapak kakinya," kata Bah Lanjut sambil menguis dedaun di kelilingi tapak kaki  itu. Bah Lanjut berhenti menguis. Dia mengambil sesuatu dari muka tanah.    "Inilah bulunya," pekik Bah Lanjut sambil menunjukkan pada datuk.      Saya dan datuk pun rapat pada Bah Lanjut. Bulu hitam keras itu pindah dari tapak tangan Bah  Lanjut ke tapak tangan datuk. Datuk renung bulu hitam keras itu. Bila bulu itu terkena sinar  matahari, warnanya menjadi perang. Datuk menyerahkan bulu itu pada Bah Lanjut. Dan Bah  Lanjut memasukkan ke dalam buluh yang tersangkut di pinggang sebelah kirinya. Berpandukan  kepada kesan tapak kaki itu, kami bergerak menuju ke arah barat daya. Datuk dan Bah Lanjut  menemui beberapa ranting kayu patah kena pijak. Dua tiga pokok hutan kelihatan terkulai,  bagaikan dirempuh sesuatu. Kesan itu hilang disebuah lurah menghala ke sebuah anak bukit  yang di pisahkan oleh sebatang anak sungai dengan perkampungan orang asli. 

Page 163 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Matahari sudah berada betul‐betul di tengah kepala. Kerana kesan tapak kaki lembaga itu tidak  dapat di kesan lagi, datuk dan Bah Lanjut membuat keputusan pulang saja ke pondok. Datuk  memberi janji akan menolong Bah Lanjut mengatasi masalah tersebut, demi keselamatan anak  buahnya. Dan Bah Lanjut juga memberi ikrar akan membantu datuk sedaya upaya untuk  menangkap atau mengusir lembaga hitam itu.      Sebaik saja kami sampai di pondok, lima orang pemuda Melayu dengan topi putih berbucu  depan belakang, seakan‐akan bentuk topi keledar menanti kami. Mereka bercakap sesama  sendiri.      "Apa halnya ni," tanya Bah Lanjut. Kelima‐lima pemuda itu diam. Mata mereka merenung tepat  ke arah saya dan datuk . Salah seorang daripada pemuda itu berbadan tegap, berkulit hitam  manis menghampiri saya.    "Awak orang asli atau orang Melayu?" tanyanya dengan berbisik pada saya. Saya tersenyum.  Aneh juga rasanya, kerana mereka tidak dapat membezakan saya dan datuk dengan orang asli.      "Saya orang Melayu," jawab saya.      "Itu datuk saya," muka anak muda yang bertanya kelihatan berubah.     

Page 164 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Dia hulurkan tangan, bersalam dengan saya dan datuk .    "Saya Zamri," katanya pada datuk .      "Awak orang mana?"      "Saya orang Jeram, dekat Kuala Dipang, Kampar, saya bekerja di sini." Mendengar cakap  pemuda itu, datuk angguk kepala dan tersenyum. Datuk lalu mempersilakan mereka duduk di  atas tunggul kayu di halaman pondok. Bah Lanjut berdiri di depan kumpulan pemuda  tersebut.Saya terus duduk di sisi salah seorang anak muda yang berkulit hitam, berhidung  mancung.      Tanpa diminta anak muda itu memberitahu saya namanya, Amiruddin, berasal dari Teluk  Bahang, Pulau Pinang. Sudah dua tahun menjadi buruh hidro elektrik di situ.    "Apa halnya?" tanya Bah Lanjut lagi. Zamri bangun sambil meraba‐raba batang hidungnya.      "Kawan kami kena patuk ular di kaki bukit, waktu menebas," katanya.      Bah Lanjut renung muka datuk dan menyatakan, pekerja‐pekerja di situ memang selalu  menemuinya jika ada menghadapi kesulitan seperti itu. 

Page 165 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    "Kenapa tak bawa jumpa doktor?" datuk menghadapkan pertanyaan itu pada Zamri. Bah Lanjut  menggosok‐gosok ulu parang kontotnya.      "Salah seorang kawan saya sudah pun jumpa ketua, memang mahu dibawa ke Hospital Tapah,  tetapi kami terpaksa tunggu kereta.      "Dia mana kawan awak tu?" saya pula bertanya.      "Ada dekat setor, menanti kereta."      Bah Lanjut membisikkan sesuatu ke telinga datuk. Kemudian Bah Lanjut mengajak kelima‐lima  pemuda itu pergi ke tempat kawan mereka yang kena patuk ular itu. Setelah meredah hutan  dan menuruni dua buah anak bukit, akhirnya saya, dan datuk dan Bah Lanjut sampai ke  belakang setor.    Di situ, saya lihat seorang pemuda terbaring atas pangkin. Seorang lelaki berbangsa Jerman  berdiri di sisinya. Pangkal peha pemuda yang baru berusia lebih kurang dua puluh lima tahun  itu diikat dengan kain kuat‐kuat. Lelaki berbangsa Jerman itu meletakkan sesuatu di bahagian  bawah peha yang sudah diikat itu.    Pemuda yang malang itu tidak bergerak. Dadanya kelihatan berombak. Kedua kelopak matanya 

Page 166 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

rapat. Zamri menghampiri lelaki Jerman yang berbadan tegap. Mereka bercakap dalam bahasa  Inggeris. Dua tiga kali orang Jerman itu geleng kepala. Zamri terus juga bercakap akhirnya orang  Jerman menghampiri datuk.      "Migiteis," ujur lelaki itu. Datuk angguk kepal. Lelaki itu bercakap sesuatu pada datuk. Saya lihat  kelopak mata datuk pejam celik. Dia tidak mengerti dengan apa yang diperkatakan oleh orang  Jerman itu. Bahasa yang diucapkan oleh orang Jerman itu terlalu asing buatnya.    "Ini ketua kami, dia setuju memberi peluang pada kami mengubat kawan yang malang itu,  mengikut cara kampung, sementara menanti kereta yang akan membawanya ke rumah sakit  Tapah," Zamri menjadi juru bahasa pada datuk dan Bah Lanjut.      Orang Jerman yang berbadan tegap itu renung muka datuk dan Bah Lanjut. Bila orang Jerman  itu meninggalkan bahagian belakang setor menuju ke pejabat kecilnya bengkel membaiki  lokomotif, Bah Lanjut memerintahkan Zamri dan kawan‐kawannya mencari batang tepus dan  pokok pisang karok (pisang hutan) serta daun langkah dengan secepat mungkin.      Tidak sampai dua puluh minit, barang‐barang yang dikehendaki oleh Bah Lanjut itu diperolehi,  pemuda malang di atas pangkin di bawa kesatu tempat lapang berdekatan dengan pokok  jelutung mati dahan. Bah Lanjut meletakkan barang‐barang yang di kehendaki di sekeliling  pangkin.    "Pukul berapa?" tanya saya pada Zamri.      "Dekat pukul dua petang," jawabnya, tiba‐tiba datuk menepuk bahu saya menyuruh saya diam.  Page 167 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Bah Lanjut mengambil batang tepus lalu dipukul ke pangkal pokok pinang hutan, dipalu ke  tanah tujuh kali. Manakala pucuk daun langkap dikoyak‐koyak, separuh dibuang ke dalam  hutan, separuh lagi dikunyahnya.      Pucuk langkap yang sudah hancur itu diluahkan di pangkal pangkin. Bah Lanjut menyuruh saya  dan datuk serta kawan‐kawan Zamri, duduk di satu tempat agak jauh juga jaraknya dengan  pangkin sambil berpesan jangan bercakap atau bangun. Dan gerak gerinya jangan di tegur. Kami  beredar.    Muka Zamri dan kawan‐kawan agak cemas, mereka agak bimbang kalau‐kalau yang kena patuk  ular itu tidak pulih dalam waktu yang ditepatkan, kereta dari Batu Tiga Puluh Dua akan datang  dan ketua mereka akan memerintahkan supaya kawan yang malang itu dibawa segera ke  Hospital Tapah. Bah Lanjut duduk mencangkung di depan pangkin.    Dia bercakap dalam bahasa orang asli, macam kicau burung hantu bunyinya. Lepas itu dia  mengambil sehelai daun berhampiran tempat tersebut lalu meniupnya. Bunyi tiupan dari daun  itu cukup nyaring dan sakit gegendang telinga saya dibuatnya. Bah Lanjut terus meniupnya  tanpa berhenti‐henti. Peluh di dahi dan di belakang mula keluar. Tiba‐tiba saya melihat  beberapa ekor ular keluar dari hutan kecil di belakang kami, semuanya meluru ke arah pangkin  pemuda malang itu. Anehnya, ular itu berpatah balik kedalam hutan.      Bah Lanjut terus meniup daun tanpa berhenti‐henti. Tanah lapang dekat pangkin pemuda  malang itu, sudah pun di penuhi dengan berbagai bentuk ular, beberapa ekor ular menjalar dan  memanjat belakang Bah Lanjut yang meniup daun. Saya berasa takut, belum pernah saya  melihat ular sebanyak itu dengan beranika rupa dan bentuk. Saya kira semua ular di dalam  hutan sekitar itu berkumpul di situ.    Dada saya berdebar, tanpa memperdulikan kami, ular‐ular terus berkeliaran keluar dan masuk  ke dalam hutan belakang. Kami tidak bergerak. Kami benar‐benar jadi tunggul buruk. Saya jeling 

Page 168 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kemuka daluk. Saya lihat wajahnya tetep tenang. Ular berkeliaran di kaki pangkin. Bah Lanjut  terus meniup daun, ular yang begitu banyak di tanah lapang beransur kurang.      Kawan Zamri yang malang masih terkapar atas pangkin di panggang matahari yang keras.  Dalam beberapa saat saja, semua ular yang ada di situ ghaib semuanya. Bah Lanjut duduk  kembali, dia terus meniup daun dengan sekuat hatinya. Seekor ular hitam, sebesar lengan  kanan saya merayap keluar dari hutan di belakang kami. Ular itu bergerak malas menuju ke  arah Bah Lanjut. Ia berhenti betul‐betul di depan Bah Lanjut. Ular itu panggungkan kepala di  depan muka Bah Lanjut.      Kepala Bah Lanjut dan kepala ular itu kelihatan sarna parasnya. Ular itu mematuk leher atau  kepala Bah Lanjut. Ular hitam yang nampak berkilat di sinar matahari itu merebahkan badannya  atas tanah seketika, kemudian panggung kepala lagi. Perbuatan itu dilakukannya sebanyak tiga  kali berturut.Nada tiupan dari Bah Lanjut beransur perlahan, iramanya yang tadinya keras  berubah pada nada irama yang agak sayu sedikit.      Ular hitam di hadapannya bergerak malas menuju ke arah pangkin, bergerak dengan bebasnya  di atas tubuh kawan Zamri yang terkapar di situ. Ular itu berhenti betul‐betul di bahagian dada  kawan Zamri yang malang.      Ular panggung kepala Iagi ke arah Bah Lanjut, nada tiupan Bah Lanjut bertambah Iemah, ular  hitam rebahkan kepala Ialu merayap ke celah peha kawan Zamri dan berhenti di situ.    Saya Iihat ular itu membenamkan kepalanya di bawah ikatan pada kawan Zamri,lama juga ular  itu mengisap sesuatu di situ. Bah Lanjut bangun, bunyi tiupan dari daun di celah mulut Bah  Lanjut bertambah perlahan. 

Page 169 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Ular hitam berpusing atas pangkin, kemudian turun ke tanah dengan gerak yang amat perlahan  sekali. Sebaik sahaja ular hitam itu sampai di hadapan Bah Lanjut, ular hitam itu sudah tidak  bergerak Iagi. Bah Lanjut menerkam ke arah kawan Zamri di atas pangkin, daun hutan yang di  buat serunai dikelapkan bahagian betis kawan Zamri yang di patuk ular itu. Bah Lanjut menepuk  dada kawan Zamri. Kawan Zamri di atas pangkin menggerakkan kaki dan tangan. Bah Lanjut  menggamit kami datang ke arahnya.      "Dia dah sedar dari pengsan, bisanya dah dihisap oleh ular yang mematuknya," kata Bah Lanjut,  kawan Zamri yang malang pun bangun. Dia turun dari pangkin. Serentak dengan itu kereta dari  Batu Tiga PuIuh Dua pun sampai dan orang Jerman yang mengetuai pekerja di situ datang ke  arah kami, mukanya bengis, dia memaki Zamri dan kawan‐kawannya kerana membawa pemuda  yang kena patuk ular ke tempat lain tanpa memberitahunya.    Orang Jerman itu terkejut, bila dia melihat pemuda yang kena patuk uIar itu sudah boleh berdiri  serta berjalan ke arahnya dan terus bersalam dengannya. Orang Jerman memeluk datuk dan  Bah Lanjut sebagai tanda mengucapkan ribuan terima kasih kerana berjaya menyelamatkan  pekerjanya.      "Beri dia berehat duIu, petang esok saya datang lagi," kata Bah Lanjut pada Zamri. Bah Lanjut  mengambil bangkai ular hitam itu dan dibelitkannya ke leher.    "Buat apa?" tanya duduk penuh ragu.      "Mesti ditanam," jawabnya.Datuk dan saya berpandangan.   

Page 170 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Ilmu inilah yang mahu saya tuntut dari awak," datuk menyatakan hasratnya.      "Boleh, tapi awak mesti tolong saya hancurkan lembaga hitam duIu."      "Saya cuba tok batin."      Kami pun meninggalkan kawasan pekerja hidro elektrik menuju kearah perkampungan orang  asli. Sebaik sahaja sampai di pondok, datuk terus duduk di atas tunggul buruk di hadapan  pondok. Bah Lanjut terus pulang ke rumahnya.    Saya terus masuk ke dalam pondok merebahkan badan, kerana terlalu letih saya tertidur. Bila  saya terjaga dari tidur, saya lihat datuk membincangkan sesuatu dengan Bah Lanjut. Saya  segera mendapatkan mereka.    "Malam ini, kita tunggu lembaga hitam tu datang, esok kita pergi ke kampung lain dekat  Kampung Raja di Tanah Rata," datuk memberitahu saya. Saya terdiam. Bah Lanjut renung muka  saya.      "Di kampung orang darat sana, ada orang sakit kena sembur lembaga hitam." Bah Lanjut  menerangkan kepada saya.    "Walaupun begitu, malam ini kita mesti berjaga kalau lembaga hitam itu datang," terang Bah  Lanjut. Saya angguk kepala. 

Page 171 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  SBDJ (Jilid 01) Siri 19: Diresapi Semangat Monyet  Langit di Batu Enam Belas Jalan Tapah‐Cameron Highlands malam itu cukup cerah. Bah Lanjut  dan datuk terus berjaga di pangkal pokok Jelutung patah dahan. Saya terus mencampakkan  dahan dan ranting kayu ke dalam unggun api di belakang pondok. Bahang dari unggun itu  menghilangkan rasa dingin yang menyelimut tubuh saya. Sesekali terdengar bunyi dahan kayu  berlaga sesama sendiri, dirempuh angin malam, lalu melahirkan satu nada irama yang  memanjang. Embun jantan mula menitik atas kepala saya.      "Sudah dinihari," keluh datuk. Bah Lanjut angguk kepala. Matanya mere¬nung tajam ke arah  hutan tebal di sebelah kanan pondok. Saya terus mencam¬pakkan puntung‐puntung kayu ke  dalam unggun, bila puntung kayu berada di dalam anggun api, ia kelihatan marak dan bunga api  berterbangan ke udara. Saya kira sudah pukul dua lebih. Suara binatang buas terdengar  sayup‐sayup di kaki bukit. Saya lihat datuk tertidur di pangkal pokok Jelutung. Bah Lanjut terus  bergerak ke hulu ke hilir sambil memaut golok di pinggang. Saya tidak memperdulikan mereka.      Tiba‐tiba saya terasa kelopak mata cukup berat. Lepas itu, saya tidak tahu apa yang berlaku, bila  saya membuka mata kembali, saya lihat Bah lanjut pula tertidur di pangkal pokok Jelutung dan  datuk pula bertindak sebagai pengawal. Datuk, saya dan Bah Lanjut merasa cukup kecewa.  Lembaga hitam yang dinantikan sepanjang malam, tidak juga menjelma.      "Dia bagaikan tahu kita menantinya," kata datuk pada Bah Lanjut sesudah melihat fajar subuh  bangun di kaki langit.    "Dia takut agaknya," sahut Bah Lanjut.   

Page 172 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Boleh jadi juga," balas datuk dan Bah Lanjut kecewa. Bah Lanjut meminta diri pulang  kerumahnya. Saya dan datuk beredar menuju ke arah sebuah anak sungai. Kami mengambil air  sembahyang. Hari mula beransur cerah.    Waktu datuk mahu mendaki anak bukit ke pondok, di terserempak dengan tapak kaki binatang,  sebesar tapak kaki gajah, anehnya tapak kaki menyerupai tapak kaki manusia, tetapi  mempunyai empat jari. Jari sebelah kanan berbentuk bulat macam anak lesung batu. Datuk  membuat kesimpulan, itulah ibu jari kaki lembaga hitam. Datuk menandakan kesan tapak kaki  binatang itu dengan sebatang pokok kecil yang dipatahkan dua. Sebelum beredar datuk baca  sesuatu di situ.      "Supaya jangan hilang bila dicari," datuk memberitahu saya. Dan saya cuma tersenyum sambil  angguk kepala dua tiga kali.      Selepas menunaikan sembahyang subuh dan bersarapan pagi, saya dan datuk di halaman  pondok. Beberapa minit kemudian Bah Lanjut datang. Wajahnya nampak riang.    "Kita kena bertolak pergi ke sana," katanya. "Jalan kaki," sahut Bah Lanjut.      "Susah tu," celah saya.      "Tak susah sebelum matahari condong sampailah kita ke sana." Bah Lanjut memberikan satu  keyakinan dalam diri saya. Datuk termenung panjang. Datuk berjalan dua tiga tapak keliling 

Page 173 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

halaman pondok. Berhenti betul‐betul di depan kaki tangga pondok.      "Begini tok batin, tok batin pergi dulu, kami ikut kemudian." "Nanti sesat, susah."      "Tak apa, syarat utamanya bila tok batin sampai ke sana, tandakan kawasan    itu dengan kain merah," datuk mengemukakan cadangan.    "Cara?"    "Ikat kain merah pada buluh, dan buluh itu dicacakkan atas tanah lapang."      "Baiklah." Bah Lanjut pun melangkah ke arah utara. Sebelum hilang ditelan oleh pokok‐pokok  hutan yang tebal itu, Bah Lanjut sempat melambaikan tangan ke arah saya dan datuk. Saya lihat  cukup tangkas Bah Lanjut bergerak, saya tidak dapat melihat bayang atau tubuhnya kecuali  melihat pokok‐pokok yang bergerak saja. Tidak sampai lima minit, saya tidak dapat mendengar  suara Bah Lanjut menjawab laungan dari datuk. Matahari bertambah tinggi, tetapi rasa sejuk  masih kuat mencengkam diri. Bibir saya terketar‐ketar. Datuk mengambil dua tiga helai daun  kayu muda. Digosoknya ke tapak tangan beberapa kali.    "Bila kita bertolak ke Kampung Raja tok?" tanya saya sesudah melihat datuk tidak membuat  sebarang persiapan untuk pergi ke tempat tersebut. Datuk tidak menjawab pertanyaan saya.  Dia terus menakuk‐nakuk pangkal pokok jelutung dengan golok peraknya. Datuk menyuruh  saya mencari ranting dan dahan kering. Saya patuh dengannya. Saya sudahpun berjaya  mengumpul satu bekas dahan dan ranting kering. Saya tempatkan di bawah pokok. 

Page 174 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Bila kita nak pergi," tanya saya lagi sekali. Datuk merenung tajam ke arah saya. Dia kerutkan  mukanya.    "Itu urusan aku. Bila aku ajak, kau ikut. Kalau tidak kau tunggu di sana," nada suara datuk  membayangkan kemarahan. Datuk terus duduk atas tunggul buruk. Saya terdiam memukul  tanah dengan tangan kiri sebanyak tiga kali. Matahari terus memancar. Bunyi burung terus  bersahut‐sahutan. Saya duduk termenung di bawah pondok. Tidak berani saya melihat muka  datuk yang macam muka harimau itu. Datuk berubah tempat duduk bersila di bawah pokok  jelutung. Kedua belah lengannya diletakkan atas kepala lutut.      Mata datuk merenung ke arah hutan. Tiba‐tiba saya lihat beberapa ekor mo¬nyet melompat  atas dahan sambil menjerit, monyet‐monyet itu terus melompat dari dahan ke dahan dengan  cepat seperti dikejar sesuatu. Dada saya berdebar, dari sebelah utara pondok, keluar dua ekor  harimau belang berbadan besar. Salah seekor daripada harimau belang badannya besar. Salah  seekor dari pada harimau itu ternyata mempunyai kaki yang untut sebelah kiri.    Harimau itu menuju ke arah datuk yang duduk mencangkung Lebih kurang lima minit lamanya,  salah seekor daripada harimau itu memusingkan ekornya mengusap dan menyapu wajah datuk  dengan ekornya. Datuk membiarkan ha¬rimau itu melakukan apa saja terhadap dirinya. Bila  sudah penat, harimau itu beredar dan duduk kembali di depan datuk. Harimau yang seekor lagi  pula, menerpa ke arah datuk dan menjilat wajah datuk dengan lidahnya yang merah. Saya lihat  misai harimau yang keras itu berlaga dengan misai datuk yang lembut. Datuk menepuk‐nepuk  pangkal leher harimau itu dengan lemah lembut. Harimau itu mengaum kecil. Datuk memeluk  leher harimau itu dengan penuh rasa kasih sayang.    "Kau rindukan aku," terdengar suara datuk. Harimau menggerak‐gerakkan ekomya. Manakala  harimau yang lagi seekor berguling‐guling di atas tanah sambil keempat‐empat kakinya  menghala ke langit.   

Page 175 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Aku dan cucuku selamat di sini, pulanglah. Berkalih hari kau datang ke sini," selesai saja datuk  bercakap, dia bangun. Harimau segera berdiri di sisinya. Ha¬rimau kaki untut sebelah kanan,  yang tidak untut di sebelah kiri.    "Pulanglah," tambah datuk lagi sambil menepuk‐nepuk belakang harimau.      Kedua ekor harimau itu mengaum serentak. Dan berjalan tenang masuk ke dalam hutan tebal.  Datuk merapati saya lalu menyuruh saya memasak nasi. Datuk juga memberitahu saya, bahawa  dia akan turun ke sungai untuk menangkap ikan.      Datuk terus meninggalkan saya di pondok. Dan saya terus menghidupkan api. Membasuh beras  dan memasak nasi. Sebaik saja air nasi di dalam periuk kering, datuk kembali dari sungai  membawa ikan. Datuk mencari kayu kecil dan ikan itu lalu dipanggang dan diangkatkan pada  api. Semuanya berjalan dengan baik. Bila matahari sudah berada betul‐betul di tengah kepala,  saya dan datuk terus makan, datuk berdiri di halaman melihat bayangannya di atas bumi.      "Sudah masuk sekarang," pendek saja suara datuk. Dan fahamlah saya, ba¬hawa datuk  menyuruh saya pergi ke sungai mengambil air sembahyang. Saya terus pergi ke sungai. Setelah  selesai sembahyang, datuk terus duduk di pangkal jelutung. Entah apa yang dibuat oleh datuk  di situ saya sendiri pun tidak tahu.      "Bah Lanjut sudah sampai ke tempat yang dituju," datuk memberitahu sa¬ya. Datuk terus naik  ke pondok. Ambil pakaian dan barang‐barang keperluan. Saya juga berbuat begitu. Datuk  menutup kedua belah mata saya dengan kain hitam. Dia menyuruh saya berdiri di kaki tangga. 

Page 176 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Saya akur dengan perintah itu, datuk menyuruh saya meluruskan kedua belah tangan saya ke  hadapan.    Darah saya tersirap. Saya menyentuh badan harimau. Saya terasa lidah harimau menjilat‐jilat  kedua belah lengan saya. Datuk memimpin saya ke depan, lalu mendudukkan saya atas badan  harimau.      "Kau tunggang dia sendirian," kata Datuk.      "Aku naik belakang siuntut, tetapi jangan buka kain penutup mata, kalau kauingkar, kau tak  akan melihat dunia lagi," sambung datuk ada nada mengugut perasaan hati saya.    "Saya faham tok."      "Faham saja tak mahu, tapi mesti taat," tengking datuk.    "Saya taat datuk"      "Hum ... bagus."      Saya terasa harimau yang saya tunggang itu bergerak perlahan‐lahan, kemudian laju dan terus  Page 177 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

laju saya terasa kedua belah cuping telinga saya cukup sejuk kerana di sentuh angin. Saya tidak  pasti sama ada harimau yang saya naik itu terbang atau berjalan di atas bumi. Dalam saya  berfikir‐fikir itu, harimau yang saya naik berhenti berjalan. Datuk pun membuka kain yang  membalut ke dua belah mata saya.      "Bagus, kau dah berani sekarang," serentak dengan ucapan itu datuk terus memukul belakang  saya dua tiga kali. Saya raba bibir saya yang terasa kebas. Saya gigit bibir hingga terasa sakit.      "Kaudah berani sekarang," ulang datuk sambil mengeluarkan bertih dari uncangnya. Bertih itu  ditaburkannya atas tanah lapang untuk makanan harimau peliharaannya. Sesudah memakan  bertih, harimau itu mengaum kecil sambil menggoyang‐goyang ekornya. Datuk tepuk kepala  harimau dan iapun terus masuk ke dalam hutan tebal lalu hilang.      “Di mana kita sekarang ni tok?"      "Kita ikut tepi hutan ni menuju ke arah matahari naik." Datuk dan saya pun melangkah serentak  meredah hutan, melanggar akar dan duri. Sayup‐sayup terdengar bunyi kokok ayam hutan,  tingkah meningkah dengan salakan anjing.    Saya yakin, bahawa kami memang tidak jauh dari perkampungan orang asli. Matahari  bertambah condong, kabus tebal mula bangkit di sekitar kawasan hutan. Badan saya  bertambah sejuk. Datuk dan saya terus meredah hutan, dari jauh sudah nampak asap berkepul  dari puncak sebuah bukit kecil.      Page 178 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Berhenti," datuk memaut bahu kanan saya. Kami terdengar bunyi benda bergerak di sebelah  kiri, saya lihat pokok‐pokok di situ bergerak sendiri. Dada bertambah cemas. Seorang lelaki  muncul di situ.      "Bagaimana cepat awak sampai," kata Bah Lanjut kehairanan.    "Kita belum lagi memacak kain," tambahnya sambil meraba dahi. Datuk tidak menjawab  pertanyaan itu. Datuk meminta Bah Lanjut membawanya segera ke perkampungan orang asli di  Kampung Raja.      "Mari," ajak Bah Lanjut, Kami lagi sekali menyelusup di bawah akar dan pokok hutan. Akhimya  kami sampai ke sebuah kawasan perkampungan orang asli. Bah Lanjut membawa kami ke  sebuah rumah di tepi pokok meranti. Bah Lanjut memperkenalkan datuk pada penghuni rumah  itu.    Bah Lanjut juga meminta tuan rumah itu menyediakan sebuah tempat khas untuk datuk dan  saya, tempat itu mestilah bersih, tidak boleh anjing masuk ke situ. Tuanpunya rumah itu  sanggup menyediakan apa yang diminta oleh Bah Lanjut. Saya dan datuk ditempatkan di  sebuah rumah kosong berhampiran dengan sebuah anak sungai.    Datuk gembira, kerana dia mudah mengambil air sembahyang dan mandi. Sesudah meletakkan  barang‐barang yang di bawa ke rumah itu, saya dan datuk kembali semula ke rumah yang  mula‐mula di temui.Bah Lanjut sudah menanti di situ. Bah Lanjut bercakap dalam bahasa  ibundanya dengan tuan rumah itu.      Kemudian, Bah Lanjut membawa saya dan datuk ke satu ruang di tengah rumah. Seorang gadis 

Page 179 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

orang asli terbaring di situ. Cantik juga raut wajahnya. Di hujung kaki itu terletak beberapa  naskah majalah filem. Di hujung kepalanya pula terletak beberapa batang keladi dan pucuk ubi  kayu.    Bah Lanjut memberitahu datuk nama gadis itu ialah Kuntum. Menurut Bah Lanjut, dulu Kuntum  tinggal di Jalan Parang, bersekolah di situ. Gagah untuk menyambungkan pelajaran ke sekolah  menengah di Tapah. Dia terpaksa pulang ke kawasan Kampung Raja membantu orang tuanya  bercucuk‐tanam. Hinggalah pada suatu hari, Kuntum telah di tangkap oleh satu lembaga hitam,  ketika dia menanam padi di lereng bukit.      Tiga hari, tiga malam Kuntum hilang, akhimya orang bertamu Kuntum duduk menangis di  pangkal pokok bertam yang berduri lebat. Bila bawa pulang ke rumah, Kuntum meraung‐raung  tidak tentu arah. Kuntum terpaksa diikat, dengan kepandaian Bah Lanjut, sakit Kuntum  beransur baik, anehnya pula, Kuntum tidak dapat bergerak ke mana‐mana waktu siang. Dia  terkapar di ruang khas.    Bila malam, Kuntum akan sihat seperti orang yang Iidak terkena apa‐apa. Dia boleh memasak,  membaca dan menyanyi. Kadang‐kadang turun ke tengah ha¬laman menari dengan iringan  bunyi suara buluh yang dihentakkan ke bumi. Menjelang dinihari, satu lembaga hitam akan  datang lalu memangku Kuntum untuk di bawa ke dalam hutan.    Bila fajar subuh bangkit ke kaki langit lembaga hitam akan memulangkan Kuntum.      Kerana hari sudah beransur gelap, datuk minta diri untuk pulang ke rumah yang disediakan  untuk kami. Datuk berjanji akan pulang ke rumah Kuntum sesudah waktu Isyak. Datuk tidak  dapat memberikan kata putus samada dia boleh mengubati atau tidak penyakit yang dideritai  oleh gadis orang asli itu. Datuk sekedar menyatakannya.   

Page 180 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Saya lihat datuk sudah mengenakan baju dan seluar hitam ke badan. Kepalanya dililitkan  dengan kain merah selebar dua jari. Datuk mengikat uncang hitam di pinggang. Dia menyuruh  saya memakai baju Melayu putih dan seluar putih. Belitkan kain kuning ke kepala saya. Hati  saya berdebar, belum pernah datuk menyuruh.      "Bermacam usaha telah dilakukan, pernah orang‐orang di sini menyerang lembaga hitam itu,  tetapi semua tidak berjaya, lembaga hitam itu lebih kuat dari kami," beritahu Bah Lanjut pada  datuk. Datuk kelihatan resah. Dia gigit hibir.    "Jadi sekarang bagaimana?" tanya datuk.      "Kedua orang tua Kuntum tidak dapat berbuat apa‐apa, melainkan menyerahkan Kuntum pada  lembaga hitam itu, saya pun harap awak akan dapat menolong kami dalam hal ini," secara jujur  Bah Lanjut menyuarakan hasrat hatinya.    Dia memberitahu kepada kedua orang tua Kuntum bahawa dia akan menyiasat dan mengkaji  punca penyakit itu terlebih dahulu, sebelum memberikan ubat. Selepas sembahyang Isyak,  datuk terus baring. Pusing kiri, pusing kanan. Akhimya dia terlelap. Bila melihat datuk terlelap,  saya pun merebahkan badan dengan harapan datuk akan melupakan janjinya dengan Bah  Lanjut. Saya tahu dan faham benar, kalau datuk pergi ke situ. Sejam dua jam kerjanya tidak  akan selesai.      "Bangun," sergah datuk pada saya. Kelam‐kabut saya dibuatnya. Saya memakai pakaian. Mahu  bertanya, saya takut datuk naik angin. Jalan paling baik saya ikuti ialah, patuh saja dengan apa  yang di perintahnya.   

Page 181 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Bawa damar," ujar datuk.      Saya pun ambil damar dari beg yang terletak dekat dinding rumah. Kemudian, saya ikut datuk  turun. Sebaik saja kaki saya memijak bumi, saya terasa badan saya seram sejuk. Saya melihat  cahaya api yang berkelip‐kelip dari arah rumah orang tua Kuntum. Datuk terus melangkah  sambil menarik tangan saya.      "Datuk," jerit saya sekuat hati bila melihat satu lembaga hitam berdiri di kiri saya. Datuk pun  menoleh ke arah lembaga itu. Cepat‐cepat datuk meraba mancis api di dalam saku seluarnya.  Datuk membakar kertas yang baru diambil dari dalam uncang hitam. Cahaya dari kertas yang  dibakar, menerangi kawasan dari sekitar. Saya dapat melihat lembaga hitam itu dengan jelas.  Tingginya, lebih kurang tinggi saya, seluruh badannya berbulu.      Wajahnya macam wajah beruk. Datuk menerkam ke arah lembaga hitam itu sambil membuka  silat harimau meniti batang. Lembaga hitam itu menepis setiap buah silat yang datuk lepaskan,  saya lihat lembaga hitam itu juga boleh bersilat, mengikut rentak silat datuk. Api yang  membakar kertas padam. Datuk terus bersilat.      Suara lembaga hitam itu mengaum sambil mematahkan pokok‐pokok kecil di sekelilingnya.  Kerana datuk tidak dapat menahan serangan lembaga hitam itu, datuk berundur hingga sampai  ke kaki tangga, saya terus naik ke rumah, lalu membawa pelita minyak tanah kemuka pintu.  Cahaya dari pelita minyak tanah itu, dapat menolong saya melihat gerak lembaga hitam itu  bertarung dengan datuk.   

Page 182 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Satu tendangan yang kencang membuat lembaga hitam itu terguling.    Lembaga hitam menjerit dengan sekuat hati. Serentak dengan itu beberapa lembaga hitam lain  muncul semuanya mahu menyerbu ke arah datuk. Kali ini saya tidak wajar membiarkan datuk  berjuang sendirian. Saya harus bertindak.    Saya ambil golok yang terletak di ruang rumah kemudian melompat ke tanah, lalu membuka  silat halilintar. Saya melompat ke kiri dan ke kanan sambiI menikam bertubi. Salah satu lembaga  hitam itu yang terkena tikaman saya menjerit lalu masuk ke dalam hutan, dengan di ikuti oleh  lembaga hitam yang lain. Datuk terduduk atas tanah. Dadanya berombak ‐ombak menahan  penat. Dengan mendadak saja saya lihat Bah Lanjut muncul di hadapan saya dan datuk.      Hati saya segera bertanya sendirian, apakah lembaga hitam itu ada hubungannya dengan Bah  Lanjut. Apakah lembaga hitam itu jelmaan dari Bah Lanjut. Semuanya bersarang dalam kepala  saya. Dengan cara berbisik, saya ajukan pertanyaan itu pada datuk.      Tanpa diduga, datuk terus menampar muka saya. Sakitnya bukan kepalang. Bah Lanjut terkejut  melihat aksi datuk itu. Tetapi dia tidak berani bertanya ke¬napa datuk melakukan hal itu pada  saya. Dengan cara penuh diplomasi datuk menyuruh Bah Lanjut menunggu kedatangannya di  rumah orang tua Kuntum. Bah Lanjut akur dengan permintaan datuk itu.      Bila Bah Lanjut sudah agak jauh dari kami, barulah datuk dan saya me¬mulakan perjalanan ke  rumah orang tua Kuntum. Datuk memilih jalan belakang. Ada dua sebab kenapa datuk memilih  jalan belakang, pertama dia mahu kedatangannya tidak di ketahui oleh Kuntum dan kedua  orang tuanya. Kedua, datuk mahu mengesan dari arah mana lembaga hitam itu masuk ke  rumah  Kuntum. 

Page 183 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Kenapa ikut belakang, pintu depan terbuka," suara Bah Lanjut nyaring dalam gelap. Dia muncul  tiba‐tiba di hadapan saya dan datuk. Lagi sekali hati saya berdebar. Dan macam‐macam sangka  yang buruk terhadap Bah Lanjut timbul di hati. Datuk tidak menjawab dan saya mengikut  langkah Bah Lanjut. Kemudian naik ke rumah.    Ayah Kuntum tersenyum menyambut kedatangan kami. Sementara ibunya duduk  meneangkung dekat dinding. Datuk terus bercakap dengan kedua orang tua Kuntum. Datuk  membuka uncang kain hitam dan mengeluarkan kain merah, lalu dibakarnya bucu kain merah.  Bila api itu mula mahu marak, datuk memadamkannya. Secara mendadak saja Kuntum bangun  lalu menyepak tangan datuk. Dia bercakap sesuatu yang saya lihat datuk mengerti. Datuk terus  memukul tulang kering Kuntum dengan belakang tangan.    Kuntum menjerit lalu rebah. Ayah Kuntum bangun sambil mengeluarkan parang mahu menetak  datuk. Perbuatannya itu segera di tahan oleh Bah Lanjut. Segera Bah Lanjut menerangkan  padanya kenapa datuk berbuat demi¬kian. Ayah Kuntum mengerti dan minta maaf pada datuk.    Kuntum segera diangkat ke tempatnya dan dibaringkan di situ. Malam bertambah larut. Di luar  rumah terdengar orang berjalan dan bunyi ranting kering patah kena pijak.    Beberapa ekor kelawar liar beterbangan. Tiba‐tiba hidung saya tercium bau wangi yang amat  sangat. Mata saya terasa berat sekali. Kepala terasa sakit dengan mendadak. Saya lihat ayah  dan ibu Kuntum tersungkur ke lantai, begitu juga dengan Bah Lanjut. Tidak sampai lima minit  mereka berdengkur.      "Berikan aku damar," datuk minta damar dari saya. Saya serahkan damar pada datuk. Datuk  segera memecahkan damar itu dengan hati‐hati. Separuh diberikan pada saya dan separuh lagi  diambilnya.   

Page 184 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Datuk suruh saya menekapkan damar itu ke hidung. Bila saya tercium damar,mata saya kembali  segar. Kemudian datuk menyuruh saya pura‐pura tidur dan terdengkur. Datuk juga berbuat  begitu. Saya terasa rumah bergegar. Saya membuka mata sedikit tetapi saya terus pura‐pura  berdengkur.    Kuntum berlari ke tengah rumah. Dia menghulurkan tangannya pada lembaga hitam yang  macam beruk di muka pintu. Lembaga hitam yang berwajah hodoh itu memeluk Kuntum.  Hidungnya yang dempak dan keras itu di tekan ke pipi Kuntum yang lembut sambil bersuara  "Heh ... heh heh ... heh ... hum".      Kuntum menjerit manja kerana terasa geli bila bulu lembaga hitam itu menikam kulit badannya.  Lembaga hitam itu terus mendukung Kuntum ketempat tidur. Saya dan datuk  menggolek‐golekkan badan sambiI berdengkur hingga sampai ke pintu ruang tempat Kuntum  tidur.Lembaga hitam meletakan Kuntum ke atas lantai. Dia terus mencium Kuntum  bertubi‐tubi. Kuntum mengerang kepuasan.    Datuk menarik kaki saya lalu meratakan bibirnya ke telinga saya.      "Kau pergi kesana, jangan lihat," ujur datuk. Saya menginsutkan badan ke arah lain. Tempat  saya segera di ganti oleh datuk. Walaupun begitu telinga saya masih dapat menangkap suara  Kuntum yang sesekali mengerang bersama bunyi suara lembaga hitam itu. Saya terkejut bila  lembaga hitam itu menjerit. Saya sudah tidak dapat berpura‐pura tidur lagi. Saya buka mata.      Saya lihat datuk berdiri di hadapan lembaga hitam. Kuntum terkapar di lantai. Telanjang bulat,  matanya tegak merenung atap rumah. Datuk menyuruh saya melekapkan damar ke lubang  hidung Bah Lanjut dan kedua orang tua Kun¬tum. Bila damar dicium, semuanya bangun. 

Page 185 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Masing‐masing terkejut melihat datuk berhadapan dengan lembaga hitam. Bah Lanjut lalu  memasang lampu minyak tanah. Ruang menjadi terang benderang.      Saya nampak cukup jelas, lembaga hitam itu sebenamya ialah sejenis monyet besar dan  mempunyai sepasang mata yang cukup tajam. Datuk terus mem¬pertahankan diri dari  serangan lembaga hitam. Bah Lanjut dan kedua orang tua Kuntum mula rapat ke arah Iembaga  hitam.      Melihat keadaan yang cemas itu, lem¬baga hitam itu terus melompat dua tiga kali. Kemudian  menghempaskan badannya di dinding rumah yang di perbuat dari kulit kayu. Dinding rumah  pecah. Lembaga hitam itu jatuh ke tanah dan menjerit lalu melarikan diri dalam gelap yang  pekat.    Tanpa membuang masa lagi datuk terus rapat kepala kepada Kuntum. Tubuh Kuntum dibalut  dengan kain batik. Datuk minta Bah Lanjut mencarikan daun dedap. Bah Lanjut segera  mencarinya.      Datuk merimbas daun itu ke tubuh Kunntum sebanyak tujuh kali. Kuntum terkejut dan dia  bagaikan tersedar dari mimpi lalu bertanya pada ibunya apa yang sudah terjadi. Ibunya  menceritakan peristiwa yang berlaku. Kuntum menangis.      Datuk mengambil damar itu diramasnya kuat‐kuat. Saya lihat dari celah¬‐celah jari datuk keluar  asap. Damar yang sudah hancur itu digaulkan dengan daun dedap dalam satu bekas. Datuk  melumurkan semuanya ke tubuh Kuntum.   

Page 186 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Datuk membiarkan Kuntum berguling atas lantai. Kuntum kelihatan macam ikan kekeringan air.  Kuntum terus lemah dan tidak berdaya. Tubuh Kuntum dilitupi asap dan asap itu membentuk  satu lembaga yang menyerupai monyet besar berdiri hingga sampai ke bumbung. Datuk  membaca sesuatu lalu menghembuskan ke arah asap yang berbentuk lembaga itu.      Asap berpecah sekejap, bercantum kembali, berbentuk macam bantal guling, melayang‐layang  di dalam rumah. Datuk pun menggigit bibir.      Dengan tangkas datuk membuka tapak tangan dan menghalakan ke arah asap berbentuk  lembaga. Datuk menghembus kearah tapak tangannya. Asap berbentuk lembaga itu menuju ke  arah pintu lalu keluar.      "Binatang sial itu, sudah meresapkan semangatnya ke dalam Kuntum," kata datuk.      Bah Lanjut terkejut. Datuk menyuruh Bah Lanjut menjaga Kuntum hingga ke siang. Dan datuk  serta saya kembali ke rumah khas. Pagi esoknya, saya dan datuk menemui kesan dan tapak kaki  seperti yang kami temui di Kampung Batu Enam Belas.      Datuk segera memanggil Bah Lanjut. Mereka membuat keputusan untuk mengesan tapak kaki  itu ke arah mana lembaga hitam itu lari. Sebelum pergi, saya dan datuk melihat Kuntum dulu.  Saya lihat Kuntum bertambah segar, tetapi mukanya kelihatan pucat.     

Page 187 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Setelah berbincang dengan Bah Lanjut lebih kurang sepuluh minit, kami pun mula mengesan  tapak kaki lembaga hitam itu. Kerana malam tadi tidak hujan, kesan tapak kaki itu dapat dilihat  dengan jelas.      Kami terus berjalan sambil memotong anak‐anak pokok hutan sebagai tanda tempat itu sudah  kami lalui. Dua kali saya saya berhenti kerana perjalanan itu terasa cukup jauh. Matahari yang  tadi terang sudah beransur condong. Tempat yang kami tuju masih juga belum sampai. Bila hari  sudah beransur gelap, kesan kaki itu sudah dapat kami kesan. Ia hilang betul‐betul di hadapan  sebuah gua.   

SBDJ (Jilid 01) Siri 20: Memburu Raja Pukau    Datuk mengambil keputusan untuk pulang saja ke perkampungan or¬ang asli. Bah Lanjut tidak  membantah dengan keputusan yang di buat oleh datuk itu. Kami meredah hutan untuk pulang.  Kami sampai di perkampungan orang asli ketika bulan sudah berada di pucuk tualang  bercabang lima. Malam itu datuk tidak dapat tidur dengan lelap. Dia selalu saja terjaga dan  datuk akan melompat ke halaman dan berjalan sambil mengelilingi pondok. Saya  mempersetankan saja telatah datuk itu.      Bila datuk selesai sembahyang subuh, dia membakar sehelai kain buruk vang baunya cukup  wangi. Datuk hanya membakar sebahagian saja dari kain buruk itu. Dan abunya datuk isikan  dalam buluh yang beruas pendek. Buluh itu datuk letakkan di hujung bendul pokok.      Bila matahari mula kembang di kaki langit, Bah Lanjut sudah terpaku di halaman pondok. Dia  memberitahu datuk, bahawa sepanjang malam anak buahnya berjaga makhluk ganjil berbulu  tebal tidak datang mengacau anak dara di tempatnya. Bah Lanjut mengucapkan ribuan terima  kasih pada datuk. Dia yakin, datuk telah melakukan sesuatu untuk keselamatan anak buahnya. 

Page 188 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    "Itu cara kebetulan saja tok batin," kata datuk.      "Kita tak percaya, awak memang handal."      "Terpulanglah pada tok batin sendiri," jawab datuk sambil tersenyum lalu merapati Bah Lanjut.      Datuk berbincang sesuatu dengan Bah Lanjut. Kemudian datuk naik ke pondok lalu  menghampiri saya.      "Ke mana?" balas saya agak ragu. Datuk merenung muka saya dengan renungan yang cukup  tajam. Datuk ambil kain selimpang lalu turun. Saya termanggu tidak tahu apa yang patut saya  lakukan. Akhimya, saya juga melompat turun kehalaman. Saya renung muka Bah Lanjut  mengajukan pertanyan.    "Biarkan dia, kalau dia nak ikut siap," jawapan itu bukan saja ditujukan oleh datuk pada Bah  Lanjut, malah ditujukan juga pada diri saya. Fahamlah saya, bahawa mereka mahu menjejak  makhluk yang berburu tebal itu.    Sebelum panas terik mencengkam perkampungan orang asli, kami pun berangkat menuju ke  gua tempat makhluk ganjil menghilangkan diri.   

Page 189 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Sampai saja di hadapan pintu gua, datuk dan Bah Lanjut terus duduk di situ. Saya menyapu  peluh di muka dengan tapak tangan. Waktu saya menoleh ke kiri, saya lihat datuk sudahpun  duduk bersila sambil membentangkan kain hitam atas tanah. Mulutnya terkumat‐kamit  membaca sesuatu. Datuk bangun, berjalan di depan pintu gua tiga kali.    "Kita masuk," kata datuk sambil menjeling ke muka Bah Lanjut. Saya lihat wajah Bah Lanjut agak  cemas.    "Ini kerja mati," Datuk bagaikan tahu apa yang bergolak dalam hati saya. Dia rapat pada saya  lalu menjentik telinga saya, "Kau jangan banyak kere¬nah," cukup lembut nada suaranya  memukul gendang telinga saya, tetapi mem¬punyai kesan yang amat pahit bagi diri saya.    "Sediakan mancis," datuk memberitahu Bah Lanjut lalu menyerahkan segumpal kain buruk  pada saya. Datuk melangkah ke dalam gua. Bah Lanjut dan saya mengekor dari belakang.  Memang sukar berjalan dalam gua yang agak gelap itu. Akhimya kami sampai ke satu kawasan  lapang. Kiri kanan ka¬wasan itu didinding oleh batu pejal. Disudut sebelah kanan, terdapat satu  lagi lubang gua yang lain.    "Kita berada betul‐betul di tengah antara dua gunung," beritahu datuk pada saya. Bah Lanjut  angguk kepala. Dari kawasan lapang itu, saya dapat melihat awan dan langit. Sekiranya berlaku  hujan kami pasti basah, kalau masuk ke dalam perut gua. Menurut datuk keadaan seperti itu  memang terdapat dalam kebanyakan gua di Malaysia.    Tiba‐tiba kami terdengar bunyi sesuatu, saya pun merenung ke atas, terdapat seekor ular hitam  menyusur perhalan‐Iahan pada akar‐akar kayu yang berjuntaian di lurah gunung itu. Ular itu  terus bergerak dan berpaut pada sebatang pokok kecil yang tumbuh di tepi lurah.    "Pedulikan," kata datuk bila melihat air muka saya berubah. Serentak dengan itu kami  terdengar bunyi orang berjalan ke lubang gua sebelah kanan. Datuk menyuruh kami menyorok 

Page 190 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

di celah‐celah batu besar. Bunyi itu, makin lama, makin jelas akhirnya terpacak tiga makhluk  ganjil yang berbulu tebal di kawasan lapang.      Makhluk ganjil itu duduk di situ sambiI memakan daun‐daun kayu yang di bawanya. Gerak‐geri  makhluk ganjil itu tidak banyak bezanya dengan manusia, sarna ada cara dia duduk dan  mematah dahan‐dahan kayu yang berpucuk hijau. Tingginya lebih kurang 2.5 meter, kira‐kira  lapan kaki.    Bila berjalan agak membongkok sedikit ke depan. Wajahnya hampir menyerupai orang utan.  Suaranya macam suara monyet. Ketiga‐tiga makhluk ganjil itu, terus baring di kawasan lapang.  Datuk terus menjerit dengan sekuat hati dan melompat ke kawasan lapang dituruti oleh Bah  Lanjut.    Makhluk ganjil berbulu tebal itu segera bangun. Bersedia untuk menerkam ke arah datuk dan  Bah Lanjut. Datuk bertafakur sejenak sambil membaca sesuatu. Salah seekor daripada makhluk  ganjil itu bergerak ke belakang dan mengambil seketul batu besar. Batu itu dihumbankan ke  arah datuk. Cepat ¬cepat datuk mengelak.      "lni bukan syaitan atau penunggu hutan, binatang ini sesat ke sini," kata datuk pada saya yang  secara mendadak menghampirinya. Bah Lanjut termenung sejenak. Dia kelihatan serba salah.      "Apa yang harus kita buat," datang pertanyaan dari Bah Lanjut.    "Kita halau saja dari sini," jawab datuk sambil meminta mancis api dari Bah Lanjut. Datuk pun  memerintah saya membakar kain buruk yang dibawa. Perintah datuk segera saya laksanakan.  Bila melihat api, makhluk ganjil itu menjerit sambiI menutup matanya dengan tangan yang 

Page 191 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

berbulu tebal. Makhluk ganjil itu takut pada api dan tidak tahan dengan asap dari kain yang  dibakar. Makhluk ganjil itupun lari masuk ke dalam perut gua. Bila saya lihat ke atas terdapat  berpuluh‐puluh ekor monyet bergayut di akar yang berjuntaian di cerun gunung.      "Dia akan meninggalkan tempat ini terus," datuk memberitahu Bah Lanjut, sesudah melihat  sesuatu dari kain hitam yang digenggamnya.      "Tetapi makhluk ganjil itu akan datang juga ke sini untuk membahas dendam," sambung datuk  sambil mengajak saya dan Bah Lanjut keluar dari tengah kawasan gua tersebut.    Sejak dari peristiwa itu kawasan perkampungan orang asli di Kampung Raja‐Cameron Highlands  tidak lagi diganggu makhluk tersebut. Bila kami kembali ke Batu Enam Belas, Bah Lanjut  menyatakan hasratnya untuk menganut agama Islam. Bah Lanjut kagum, setiap kali datuk  berhadapan dengan musuh selalu membaca ayat¬‐ayat al Quran.    Hasrat Bah Lanjut itu tidak dihampakan oleh datuk. Bah Lanjut dibawa ke Tapah untuk  menemui penghulu dan penghulu terus menghubungi Jabatan Agama Is¬lam Perak. Seminggu  kemudian, Bah Lanjut berjaya membuat sebahagian besar daripada anak buahnya me¬nganut  agama Islam.    Dua hari sebelum meninggalkan kampung orang asli di Batu Enam Belas itu, datuk telah di  datangi oleh seorang pemuda asli yang mendakwa datang dari Pahang. Pemuda itu  memberitahu, beberapa orang pemburu telah menemui lapak kaki binatang yang menyerupai  tapak kaki manusia di Kuala Teris, dekat Lanchang di Pahang.      Setelah berunding agak lama dengan pemuda itu, datuk bersetuju pergi ke Kuala Teris ikut jalan 

Page 192 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

hutan satu hari perjalanan, akhirnya kami sampai ke Kuala Teris dan datuk terus menyiasat  tapak kaki makhluk ganjil menyerupai tapak kaki manusia itu, cukup besar dan panjang  bentuknya.    "Binatang ini, kami halau dari Kampung Raja. Usah bimbang, tetapi orang¬‐orang di sini mesti  berjaga, makhluk ganjil itu cukup suka pada anak dara, dia holeh membawa anak dara lari ke  hutan," begitulah datuk memberitahu bebe¬rapa orang penduduk Lanchang yang bertanyakan  tentang makhluk ganjil itu. Menurut hemat datuk, makhluk ganjil itu akan datang lagi ke  kawasan Cameron Highlands kerana kawasan tersebut sesuai dengan makhluk ganjil itu yang  ma¬hukan tempat yang dingin.      Datuk yakin, binatang itu datang dari banjaran gunung Himalaya di Nepal dan berpecah dengan  kumpulannya ketika berlaku ribut salji di kawasan tersebut. Dan binatang ganjil itu sesat  kedalam hutan besar di Pahang. Dari Lanchang datuk terus ke Jerantut menemui Dukun Nong.  Dua minggu saya dan datuk menginap di rumah Dukun Nong.      Masa di rumah Dukun Nong, datuk dijemput oleh seorang lelaki ke Came¬ron Highlands lagi  sekali untuk mencari seorang saudagar sutera dari Thai¬land yang berbangsa Amerika dan  didapati hilang, ketika berjalan mengambil angin di kawasan sebuah banglow. Datuk mencari  saudagar itu bersama dengan pasukan keselamatan.      Seluruh hutan di puncak Cameron Highlands telah di jelajahi tetapi saudagar yang hilang tidak  juga ditemui. Akhirnya, datuk membuat keputusan sendiri. Dia mengajak saya pergi ke kawasan  gua tepat menemui makhluk ganjil dulu, dengan ditemani oleh beberapa orang anggota polis.      Di situ datuk hanya memenuhi beberapa pokok besar yang sudah patah dan beberapa carikan 

Page 193 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kain yang dipercayai kepunyaan saudara tersebut. Datuk yakin saudagar itu sudah ditawan oleh  makhluk ganjil tersebut. Pendapat datuk itu tidak diterima oleh pasukan polis. Dan datuk tidak  mahu ikut dalam usaha selanjutnya.      Ternyata akhirnya, usaha polis tidak mendapatkan sebarang hasil. Mereka terus membatalkan  rancangan untuk mencari saudagar sutera dari Thailand itu. Kehilangan saudagar itu terus  menjadi tanda‐tanda hingga ke hari ini. Kejadian ini berlaku dalam tahun enam puluhan.    Sesudah itu, saya dan datuk lagi sekali pergi ke rumah Dukun Nong dan menceritakan  pengalamannya ketika mencari saudagar yang hilang itu. Dan dukun juga bersetuju dengan  pendapat datuk. Menurut firasat Dukun Nong, saudagar sutera itu memang ditawan makhluk  ganjil sebagai membalas dendam terhadap orang yang menganggu kawasan  persembunyiannya.      Dalam pertemuan itu Dukun Nong memberitahu datuk, makhluk ganjil itu masih berkeliaran  dalam hutan negeri Pahang. Tempat persinggahan yang pa¬ling di sukainya ialah di sekitar  kawasan sejuk. Tetapi dukun Nong cukup yakin binatang itu akan berusaha sedaya upaya  melarikan dirinya dari bertemu dengan manusia, kecuali kalau sudah tidak boleh dielakkan.      Dengan Dukun Nong, datuk mendalami ilmu‐ilmu kebatinan. (Dukun Nong meninggal dunia  dalam tahun tujuh puluhan). Walaubagaimanapun, sejak ke¬hilangan saudagar sutera dari  Thailand yang berbangsa Amerika itu, cerita me¬ngenai makhluk ganjil itu sudah tidak didengar  lagi.    Pengalaman‐pengalaman yang dikutip semasa mengikut datuk di Cameron Highlands menjadi  bahan yang cukup menarik untuk diceritakan pada nenek. Dan nenek hanya ketawa senang  mendengar keistimewaan‐keistimewaan yang dimiliki suaminya. Tetapi nenek memang tidak 

Page 194 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

mengharapkan salah seorang dari pada cucunya mengikut jejak langkah suaminya.      Menurut nenek, kerja yang dilakukan oleh datuk adalah kerja yang berat dan sukar. Tidak  mudah untuk diikuti oleh anak cucunya yang akan hidup dalam dunia yang serba maju ini.      "Kau jangan ikut macam datuk kau," kata nenek kepala tangga sambil merenung wajah datuk  yang duduk disisinya. Datuk melagakan gigi atas dengan gigi bawahnya berkali‐kali. Sepasang  mata datuk merenung ke arah pintu jalan.    "Ada motosikal masuk ke mari tu," datuk segera bangun. Sebelum melangkah ke tanah, dia  merenung muka nenek sambil berkata, "Kerana cucu kita, tak boleh ikut macam kita?"    "Sudah."    "Sudah bagaimana?" balas datuk lagi.      "Mengamalkan ilmu yang awak tuntut bukannya mudah, mesti menjauhkan diri dari semua  perbuatan yang dilarang oleh agama."      "Jadi, awak fikir cuma kita tak boleh buat semuanya tu?"    "Saya ingat tak mudah mereka boleh membuatnya, tak boleh menipu, ber¬judi, berjahat 

Page 195 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dengan perempuan, terpisah dari dunia kehidupan zaman ini, mana ada anak cucu kita bila  sudah ke bandar boleh menjauhkan diri dari perkara begitu, sembahyang lima waktu belum  tentu mereka tunaikan dengan sempurna", begitu nenek memberikan pendapatnya dalam hal  tersebut.    Motosikal Honda 50cc berhenti di kaki tangga. Dua orang lelaki berdiri di tengah hala¬man.  Lelaki yang memakai songkok hitam menyandang senapang kampung berlaras satu itu saya  kenaI. Mat Pie namanya, orang Kampung Dendang dan ada pertalian keluarga dengan datuk  saya.    Dia adalah anggota pengawal kampung yang di kenali pada masa itu dengan nama A.P.  kemudian ditukar menjadi Home Guard atas H.G. Dia sudah mem¬bunuh lima anggota komunis  di Tanah Empat Ratus yang sekarang telah dija¬dikan tanah rancangan dengan nama Bukit Kota  kira‐kira 8 kilometer dari pekan Bruas, terletak di jalan menghala ke bandar Parit. Mat Pie  kawan karib Tok Janggut yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas komunis di  Sungai Rotan dekat Padang Gajah, Taiping. Mat Pie sudah pun meninggal dunia, anak cucunya  masih ada lagi di Kampung Bruas.      "Apa hajatnya'?" tanya datuk pada Mat Pie. Mat Pie memperkenalkan kawannya pada datuk.  Orang Tanjung Tualang, bertugas sebagai kerani dengan sebuah perusahan lombong bijih di  tempatnya. Orang itu namanya Kulub Mai‐din dan lebih di kenai dengan nama Din Kerani di  tempatnya.    Datukpun mempersilakan, kedua orang kawannya itu naik ke rumahnya. Nenek pun membuat  kopi Tidak sampai lima minit bercakap, nenek pun menghidangkan kopi panas dan ubi keledek  rebus pada mereka.      Saya pun tumpang sama. Dari percakapan mereka, saya mendapat tahu yang Din Kerani  meminta pertolongan datuk untuk mencegah kejadian pukau yang kian menjadi‐jadi di 

Page 196 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tempatnya, malah kegiatan gerombolan pukau itu sudah mula melarat ke beberapa buah  kampung lain di sekitar Batu Gajah.      "Perkara yang benar‐benar saya kesalkan kumpulan pukau tu mencuri harta benda orang‐orang  kita yang susah", Din Kerani memberitahu datuk.      Dia juga menyatakan rumah pengurusnya juga sudah di masuki oleh pencuri dengan  menggunakan ilmu pukau yang melakukan kegiatannya dalam seminggu sekali dan masanya  tidak sama.      "Habis apa yang patut saya buat'?" soal datuk.      "Begini, saya tidak mengharapkan sesuatu yang besar, kalu dapat pihak awak menghalang  kejadian dari itu dari berlaku di tempat kami sudah cukup."      "Susah tu, lagi pun saya ni bukannya pandai sangat dan saya belum pun sampai se¬minggu  berada di rumah."    "Dia minta tolong tak akan tak boleh dicuba," sanggah Mat Pie. Saya lihat ,muka datuk tidak  begitu gembira. Dia termenung panjang.     

Page 197 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Begini saja, awak balik dulu esok atau lusa saya akan datang," cukup cepat datuk membuat  keputusan. Din Kerani tersenyum. Mat Pie terus menghirup air kopi, kemudian menjamah ubi  keledek rebus.      "Tinggalkan alamat rumah awak pada saya," datuk bersuara pada Din Kerani. Mat Pie segera  mengeluarkan pensil dari saku bajunya dan menyuruh saya mencari secarik kertas. Bila kertas  saya serahkan pada Mat Pie, dengan tenang dia bersuara, "Kau lukiskan rajah rumah kau, jadi  senang dia mencarinya."      "Betul juga," Din Kerani ambil kertas dan pensil dari Mat Pie. Dia melu¬kiskan rajah masuk ke  rumahnya.Bila selesai kertas itu diserahkan pada datuk. Datuk menatap kertas itu agak lama  juga. Dia menggaru pipi kirinya yang berparut. Telatah datuk diperhatikan dengan teliti oleh  Mat Pie dan Din Kerani dengan tenang.      "Ada pokok tak sebelum masuk ke rumah awak?", soal datuk.    "Ada, awak turun dekat sekolah, sebelah kanan jalan ada pokok pauh, ikut jalan tanah merah  itu ke darat, hujung jalan tu rumah saya," Din Kerani memberikan penerangan.    Datuk angguk kepala tanda faham. Bila semuanya sudah selesai, mereka pun pulang. Datuk  mengiringi mereka hingga ke muka jalan raya. Masa perjalanan itu Mat Pie tolak motosikal dan  Din Kerani terus bercakap dengan datuk. Entah apa yang mereka cakapkan, saya sendiripun  tidak tahu.      Malam itu selepas menunaikan sembahyang Isyak, datuk duduk bersendirian di anjung rumah  Page 198 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

sambil melukiskan rajah‐rajah di atas sekeping kertas. Dia memanggil saya menghampirinya.  Dia menyuruh saya melihat dia melukis rajah dan menulis perkataan dengan tulisan jawi. Saya  akur dengan permintaannya.      "Hari yang baik kita bertolak petang Rabu, tidak ada bahaya yang kita akan peroleh laba, kalau  pergi Khamis, perjalanan bahaya, kita akan kerugian," datuk memberitahu saya, sambil  memberi petua bagaimana mahu memilih hari yang bertuah dalam setiap perjalanan. Lepas itu,  datuk membaca sesuatu sambil memeluk tubuh. Dia minta nenek menyediakan bara atas  tempat bara. Barang yang di minta tiba. Datuk menaburkan kemenyan atas bara. Asap  kemenyan penuh di ruang anjung. Datuk menolak tempat bara itu ketepi. Dia sandarkan badan  ke dinding.    "Kalau tidak kerana Mat Pie, saya memang berat nak pergi ke Tunjung Tualang," rungut datuk.      Nenek mendengar apa yang dicakapkan oleh datuk itu.    "Kenapa pula?"      "Saya sudah malas dengan kerja ini."      "Orang minta tolong, mestilah ditolong."     

Page 199 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Saya faham, tapi ... ," datuk tidak meneruskan kata‐kata itu. Dia bangun lalu pergi ke ruang  tengah. Perasaan datuk saya lihat tidak tenteram malam itu. Saya sesungguhnya memang tidak  tahu dengan apa yang bergolak dalam dadanya. Timbul rasa belas dalam hati saya.Kenapa  datuk mesti menyusahkan diri sendiri untuk menolong orang lain.    Timbul pertanyaan dalam diri saya. Anehnya, pertanyaan itu tidak saya ke mukakan pada diri  datuk. Saya takut menerima akibat darinya. Tanpa saya sedari, datuk turun ke tanah di malam  yang pekat itu. Dia terus naik ke rumah duduk kembali di ruang tengah. Datuk termenung  panjang di situ.    "Kenapa tok?" tanya saya. datuk renung muka saya.    "Perkara ini berat," jawabnya.      "Sebab?"    "Orang yang kita cari ni, bukan sebarang orang, dia menggunakan tengkorak manusia untuk  kerja pukaunya," nada suara datuk menurun. Dahinya saya lihat berkerut empat.    "Walau bagaimanapun kita mesti menolong orang ini," tambahnya dengan rasa penuh  keyakinan sambil mengepalkan penumbuk. Saya tersenyum dan datuk terus masuk ke bilik  tidur.      Sebelum memulakan tugasnya, datuk lebih suka meninjau keadaan tempat untuk dia  menjalankan kerjanya itu. Ini memang sudah menjadi satu kebiasaan yang mesti di lakukannya.  Dua hari berada di rumah Din Kerani, seluruh ka¬wasan kampung itu sudah dijalaninya. 

Page 200 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    Datuk sudah memilih kawasan hutan mana yang harus dilaluinya pada setiap pagi untuk mandi  embun. Hampir separuh dari penduduk kampung itu sudah di lawannya bercakap ketika  berjemaah di surau. Menurut datuk hal ini perlu dilakukan untuk mendapatkan kerjasama  orang ramai, tanpa kerjasama kejayaan agak sukar diperolehi. Masuk malam yang ketiga  bermalam di rumah Din Kerani, sebuah rumah telah di pukau.      Habis harta benda tuan rumah dilarikan orang. Dan esoknya datuk meninjau kawasan rumah  itu. Datuk hanya menemui sekeping daun dedap kering yang diselitkan oleh kumpulan pukau  pada tiang seri rumah. Datuk ambil daun itu. Datuk meminta Din Kerani mendirikan satu  pondok khas untuknya.      Alasan datuk memerlukan pondok itu ialah untuk memudahkan bagi dirinya menjalankan kerja  membenteras kejadian pukau. Permintaan datuk ditunaikan.      Dengan kerjasama orang kampung sebuah pondok didirikan tidak berapa jauh dari rumah Din  Kerani.      "Kumpulan pukau ni, diketuai oleh orang yang banyak tahu tentang ilmu batin", kata datuk  pada Din Kerani pada suatu senja. Datuk berazam untuk menewaskan kepandaian ketuanya  sebelum kumpulan itu dihancurkan. Pada malam yang keempat, datuk sudah bersedia.    Dia memakai seluar hitam, baju hitam dan bertanjak hitam dengan kain selipang berwarna  merah terpampang di dada. Datuk duduk bersila sambil kedua lengannya terletak di atas kepala  Page 201 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

lutut. Datuk menghadapi sehelai kain putih yang diletakkan ke dinding. Dia menyuruh saya  menaruh kemenyan dalam tempat bara yang yang terletak dihadapannya. Dalam masa tidak  sampai lima minit, ruang pondok dipenuhi dengan bau dan asap kemenyan, macam bau  bangkai.      "Orang ini menggunakan tengkorak manusia yang mati di bunuh. Tengkorak itu sudah  disalaikan ke api hingga mengecut jadi sebesar putik kelapa," datuk memberi tahu saya. Saya  angguk kepala. Kain putih saya lihat bergerak‐gerak dan saya lihat ada bayang manusia di situ.  Saya perhatikan kain putih itu penuh minat. Memang ada wajah manusia yang bermisai,  hidungnya pesek mempunyai sepasang mata yang tajam agak jauh ke dalam letaknya.  Orangnya kelihatan seperti orang yang berbudi bahasa dengan sulah di dahi yang cukup luas.  Tingginya lebih kurang lima kaki.      "Sudah jangan lihat," jerit datuk sambil memadamkan bara api dengan tapak tangannya. Saya  lihat tangannya tidak apa‐apa. Tetapi muka datuk saya lihat dirayapi oleh peluh‐peluh halus.      "Orang ini dari sebuah kampung dekat Kampung Gajah, Teluk Anson (sekarang Teluk Intan) dulu  menjadi S.C.", ujar datuk lagi sambil membuka kain putih yang tergantung di dinding. Kain itu di  lipatkannya. Dimasukkan ke dalam beg kertas cap kuda terbang.      "Minggu depan dia akan datang ke sini, kalau tak silap kali ini mereka akan memukau rumah  ketua kampung," tambah datuk.    Dia duduk di sisi saya sambil memetik ibujarinya. Walaupun begini, datuk melahirkan rasa  bimbangnya untuk berhadapan dengan ketua kampulan pukau itu. Menurut hematnya, kalau 

Page 202 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

silap langkah datuk akan menanggung malu yang cukup besar. Tidak ada jalan lain, datuk  terpaksa menghubungi isterinya o¬rang bunian dengan perantaran kuasa ghaib. Datuk  memejamkan matanya yang terbuka luas. Dalam sekilap mata saya, saya lihat di tapak  tangannya sudah tersedia dua biji limau nipis dan sebilah keris pendek.      "Kita akan menolong orang di sini," kata datuk dengan nada suara yang cukup riang pada saya.  Dia bangun, berjalan dalam ruang pondok.      "Ketua pukau ini memang handal orangnya, di Slim River dia meletakkan satu keluarga di  tengah padang dan tidak mengambil barang‐barang yang di rumah," tambah datuk lagi.    "Kenapa jadi begitu tok?"      "Dia mahu menguji kehandalan tuan rumah tu yang cuba mahu menghalang kerjanya, tuan  rumah itu kononnya bersedia menangkap ketua pukau tu dan meminta bayaran yang tinggi  pada kerjanya tu, berita itu sampai ke telinganya dan dia menguji."      "Siapa yang handaI dalam hal ni tok?"      "Tentulah ketua pukau, kalau tidak masakan dia mahu memalukan tuan rumah itu."  Penerangan datuk itu memberikan satu kepuasan pada diri saya.   

Page 203 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Malam yang dinantikan pun tiba, sebuah kereta jenis Morris Minor berhenti di tepi jalan dekat  sekolah Tanjung Tualang. Dari perut kereta itu keluar tiga orang lelaki menuju kerumah ketua  kampung.      Jam ketika itu sudah pukul dua subuh. Saya dengan datuk memperhatikan gerak‐geri manusia  bertiga itu dengan penuh minat. Sampai di rumah ketua kampung, ketiga‐tiga manusia itu  mengelilingi rumah ketua kampung sebanyak tujuh kali.      Kemudian mereka meletakkan tengkorak kecil dipangkal tiang seri. Lelaki yang berbadan kurus  itu terus memuja tengkorak kecil itu yang bertukar warna dari putih ke warna hitam‐hitaman.  Lepas itu dia membakar kemenyan dengan api rokok. Asap kemenyan diasapkan pada  tengkorak.    Tengkorak di kepala tiang seri kelihatan berbuih‐buih dan bergerak‐gerak. Serentak dengan itu  seluruh kawasan berbau busuk kemudian berbau wangi. Saya terasa kelopak mata cukup berat.      "Pukaunya sudah menjadi," bisik datuk pada saya sambil meletakkan kedua tangannya ke muka  saya. Saya terasa segar dan rasa mengantuk terus hilang.   

SBDJ (Jilid 01) Siri 21: Berguru Dengan Syaitan  Datuk tersenyum memandang saya. Dengan pertolongan cahaya bulan yang  samar‐samar itu, saya lihat ketua pukau terus berdiri dekat tengkorak kering.  Tengkorak itu masih juga mengeluarkan buih dan sejenis habuk seakan¬‐akan  asap. Menurut datuk, tengkorak itu diambil dari tengkorak orang mati dibunuh, 

Page 204 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

ketika hujan panas.    Lebih berkesan lagi kalau tengkorak itu dari tengkorak orang yang mati kena  tikam. Tidak kira, sama ada orang yang mati itu orang Islam atau tidak.  Mengambil tengkorak orang yang mati dibunuh itu , harus melalui beberapa ujian  yang tertentu.      Bila tengkorak itu diambil dari tanah perkuburan, harus dipisahkan dengan  badannya, tengkorak yang sudah di pisahkan dengan badan itu tidak boleh  menyentuh tanah atau dipegang. Mesti dibawa pulang dengan mengandarnya.    Orang yang mengandarnya mesti ditutup kedua matanya dengan kain. Mesti  sampai ke rumah sebelum subuh. Tengkorak itu akan disalai sampai kecut,  kemudian dipuja oleh orang‐orang yang tahu dengan kerja‐kerja syaitan itu. Lepas  itu baru diserahkan pada orang yang memerlukannya dengan syarat, bila  memasuki rumah orang, tuan rumah jangan dianayai, kecuali tuan rumah itu  bercakap besar atau takbur dan mahu menguji kebolehan orang yang menyimpan  tengkorak tersebut.      "Sebenamya, ilmu pukau ini ada bermacam‐macam cara, tetapi memukau dengan  tengkorak cukup berkesan. Kekuatan ghaibnya mengatasi ilmu‐¬ilmu pukau yang  lain", begitulah yang dinyatakan oleh datuk pada saya secara ringkas.    "Lihat mereka sudah bersedia untuk masuk ke dalam rumah," kata datuk dengan 

Page 205 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

nada suara yang cukup perlahan. Memang benar cakap datuk itu, saya lihat ketua  pukau dua tiga kali berjalan di hadapan anak tangga. Dia memerintah anak  buahnya memijak anak tangga pertama dengan hati‐hati.      Saya terdengar selak pintu jatuh. Serentak dengan itu daun pintu terbuka. Tuan  rumah tercegat dan mempersilakan kaki‐kaki pukau memijak lantai rumahnya .    "Kau tidurlah, kami tak ganggu kau", cukup lantang suara ketua pukau. Tuan  rumah angguk kepala lalu merebahkan diri di muka pintu.      "Bukan di situ, tempat kau dibilik", mendengar suara ketua pukau, tuan rumah  segera bangun dan menuju ke bilik tidur. Ketua pukau mengambil teng¬korak lalu  melekapkan pada hujung gelegar rumah dekat tiang seri. Dia bagaikan bercakap  sesuatu dengan tengkorak tersebut. Ketua pukau ketuk dinding rumah tiga kali  berturut sambil berkata:    "Mulakan. Ingat niat kita hanya mengambil barang, jangan ganggu anak isteri tuan  rumah."      Habis saja ketua pukau berkata‐kata, seluruh perut rumah terang benderang.  Anak buah ketua pukau pun masuk ke rumah. Mereka mencari barang‐barang  berharga. Lebih dari setengah jam mereka menjalankan kerja tersebut. Anak buah  ketua pukau menurunkan barang yang dicuri. Semua barang‐barang itu 

Page 206 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

diserahkan pada ketuanya. Saya lihat ketua pukau memasukkan barang‐barang  kemas dalam beg kulit hitam, kemudian menghitung wang yang dicuri.      "Dah selesai?" tanyanya pada anak buah.      "Ambil daun tujuh helai dan ranting berkapit dua", ketua pukau membe¬ritahu  anak buahnya. Perintah itu segera dipatuhi oleh anak buahnya. Daun dan ranting  berkepit dua lalu diletakkan di bawah rumah. Ketua pukau lagi sekali berhadapan  dengan tengkorak kecut. Dia bercakap sesuatu di situ.      "Apakah yang mesti kita buat sekarang tok", saya menyoal datuk bila me¬lihat  ketua pukau dan anak buahnya meninggalkan kawasan rumah yang di curi.      "Biarlah mereka pergi", pendek saja datuk memberikan jawapan.    Bila kum¬pulan itu sudah pergi jauh dan datuk yakin jentera kereta kumpulan  pukau sudah dihidupkan dan kereta mereka sudah bergerak, datuk pun  mengambil ran¬ting berkepit dua dan sehelai daun di bawah rumah. Semua  benda‐benda itu datuk bawa pulang ke pondoknya.  Sebaik sahaja datuk sampai ke pondok, dia segera menyalakan pelita dan  menghidupkan bara api di tempatnya. Daun yang sehelai itu dilayarkan ke api  Page 207 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

pelita, manakala ranting berkapit dua dipatah‐patahkan lalu ditaruh kedalam  tempat bara api.      Saya tidak bertanya kenapa datuk melakukan semua kerja itu. Saya lihat datuk  terus termenung didepan bekas bara api sambil menaburkan kemenyan ke  dalamnya.      "Aku harap orang‐orang yang mencuri itu akan datang menemui aku siang esok,"  kata datuk dengan nada suara yang tenang.      Saya terus diam dan merebahkan badan di hujung lutut datuk . Lepas itu saya  tidak tahu apa yang Datuk buat tetapi saya di kejutkan oleh datuk ketika azan  subuh menguasai kampung.      Pagi itu Din Kerani menemui Datuk dan mencarikan pada datuk apa yang berlaku  di rumah ketua kampung. Datuk juga diberitahu, barang‐barang yang hilang  dinilaikan lebih dari enam ribu ringgit, termasuk wang tunai yang berjumlah dua  ribu ringgit, hasil dari penjualan tanah isteri ketua kampung di Rendang Sawa,  dekat Batu Gajah.    Secara terang‐terangan Din Kerani melahirkan rasa kesal kerana datuk tidak 

Page 208 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

berjaya menahan kejadian pukau itu itu dari berlaku. Malah Din Kerani meminta  kata putus dari datuk sama ada dia sanggup menjalankan kerjanya atau tidak.  Kalau tidak sanggup Din Kerani mahu mencari orang lain.      "Apa kau fikir menangkap orang berilmu sama macam menangkap anak ayam?",  tanya datuk pada Din Kerani sambil membeliakkan biji mata.    "Saya dah tak boleh sabar, semua orang kampung dah tahu, saya yang bawa awak  ke sini untuk mengatasi masalah ini, kalau tak berjaya tentulah saya malu."    "Kenapa kau begitu bodoh, beritahu orang kampung? Apa kau tak boleh sabar  sikit?"      Nada suara datuk yang meninggi itu membuat Din Kerani termenung pan¬jang.  Dia bimbang benar kalau rumahnya akan menjadi mangsa ketua pukau. Datuk  minta Din Kerani menunggu di pondok hingga pukul empat petang.    "Buat apa?"      "Untuk melihat ketua pukau"   

Page 209 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Mendengar cakap datuk itu, air muka Din Kerani segera berubah. Dia bagaikan  tidak percaya dengan apa yang dicakap¬kan oleh Datuk. Mana mungkin pencuri  mahu menyerah diri, kalau tidak di¬tangkap. Fikir Din Kerani.    "Benar atau berjenaka?", Din Kerani meminta kepastian.    "Benar", jawab datuk dengan tegas.    Entah apa malangnya, ramalan datuk tidak menjadi kenyataan. Hing¬ga jam lima  petang ketua pukau yang diharapkan itu ti¬dak datang. Satu tamparan yang  cukup hebat dalam tu¬gas datuk. Belum pemah dia mengalami perkara seperti itu  sebelumnya. Mukanya merah padam. Din Kerani tidak mahu bercakap walau  sepatahpun dengan Datuk. Dia meninggalkan pondok dengan seribu pertanyaan.    "Orang ini benar‐benar handal dan dia tidak akan tunduk pada sesiapa," keluh  datuk sambil merenung kemuka saya. Dia terus ambil air sembahyang lalu  menunaikan fardu asar. Saya tidak tahu apa yang dilakukan oleh datuk selepas  sembahyang. Saya lihat dia tertungguk depan tikar sembahyang sambil membuka  beberapa buah kitab.    Habis membaca kitab, Datuk membaca surah Yassin. Datuk berhenti melakukan  semua itu, setelah masuk waktu Maghrib. Saya dan datuk sembah¬yang di  pondok. Bila masuk Isyak saya dan Datuk berjemaah bersama‐sama orang  kampung di surau.   

Page 210 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Di surau orang‐orang kampung membentuk satu jawatankuasa bertindak  mengawal kampung. Mulai malam itu, lima orang lelaki dikehendaki mengawal  kampung mulai jam 9.00 malam hingga 2.00 pagi. Dari pukul 2.00 hingga 6.00,  orang yang lain pula datang mengambil tugas itu yang berjumlah lima orang juga.  Din Kerani dipilih sebagai ketua gerakan tersebut. Dia diwajibkan berada di surau  setiap kali lepas waktu sembahyang Isyak.      Saya merasa kurang senang hati terhadap sikap orang‐orang kampung pada  datuk. Mereka buat tidak kisah dengan datuk, tidak seperti mula‐mula Datuk  datang dulu. Barangkali mereka mula sedar, bahawa datuk tidak mampu  ber¬tindak lebih jauh lagi untuk mencegah kejadian pukau. Meskipun begitu  datuk tidak merasa kecil hati. Dia tetap melayan orang¬‐orang kampung dengan  baik dan peramah. Dia bercakap dengan tok siak, dia menyapa tok imam dan  ketua kampung. Sebelum pulang datuk bercakap dengan Din Kerani dan datuk  minta Din Kerani datang ke pondoknya kira‐kira pukul satu malam.      Malam itu datuk tetap berusaha untuk memberkas ketua pukau. Dia berazam  untuk menangkap ketua pukau itu dan mahu menasihatinya supaya jangan  me¬neruskan kerja yang boleh menyusahkan orang ramai. Datuk mahu  menasihatkan ketua pukau itu supaya mencari rezeki yang halal.    Datuk membentangkan kain hitam di tengah ruang pondok. Dia meletakkan keris  panjang di tengah kain. Mangkuk putih yang berisi air ditempatkan dibucu kain  hitam sebelah kanan. Bucu sebelah kiri diletakkan tempurung serta sabut.    Page 211 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Datuk berdiri tegak menghadapi benda‐benda itu semua. Datuk memakai seluar  hitam serta baju hitam dan pinggangnya diikat dengan kain merah. Kepala dililit  dengan kain kuning. Datuk berdiri sambil memeluk tubuh. Datuk terus membaca  ayat Al‐Iqra' hingga tamat.    Lepas itu dia membaca Al‐Fatihah. Sebaik saja datuk selesai membaca dengan  tiba‐tiba mangkuk putih yang berisi air bagaikan meletup, air melempah atas kain  putih. Datuk terus duduk. Keris panjang saya lihat bergerak sendiri menuju ke  bucu kain hitam sebelah kanan. Wajah datuk cukup cemas. Peluh halus muncul  dengan tiba‐tiba di dahi luasnya.      "Orang ini mencabar aku", kata datuk pada saya.      Cepat‐cepat datuk mem¬buka bungkusan kain kuning yang disimpannya dalam  beg rotan. Dia menge¬luarkan sebilah keris pendek berulu gading. Mata keris itu  kelihatan berkarat. Datuk pernah menceritakan pada saya, bahawa keris itu  memang di bawanya dari Jambi, Indonesia. ltulah satu‐satunya peninggalan orang  tuanya yang dapat diwarisinya. Keris itu pernah digunakan, ketika menentang  Belanda di Acheh.      "Besinya dikutip dari besi‐besi sekitar Acheh dan Jambi, dibuat dengan tangan.  Mata keris itu sudah di taruh racun getah ipoh", kata datuk pada saya satu masa  dahulu. Datuk juga memberitahu keris tersebut pernah membunuh beratus‐ratus  tentera Belanda. 

Page 212 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    Keris itu disimpan dalam busut di bawah rumah. Bila orang tuanya mahu  meninggal dunia, keris itu diserahkan padanya dengan syarat dia tidak boleh  memijak bumi Jambi sampai akhir hayat, kalau mahu keris itu menyimpan bisa  dan kuasanya.      Hanya itu saja yang saya tahu tentang keris tersebut. Datuk terlalu merah¬siakan  tentang keris itu dari anak cucunya, kecuali saya. Datuk melayarkan mata keris ke  atas bara. Saya lihat keris itu bertukar kemerah‐merahan. Di mata keris tersebut  timbul huruf¬‐huruf jawi iaitu dua kalimah syahadah. Datuk menyimpan keris  kembali. Dia merenung tembikar mangkuk putih yang berserak.      "Kau memang mahu menghancurkan aku", tiba‐tiba saya terdengar satu suara  dari arah kanan. Saya segera menoleh. Seorang lelaki tua berdiri di situ. Dari mana  datangnya saya sendiri tidak tahu. Datuk merenung lelaki itu dengan pandangan  yang tajam.    "Aku sebenarnya tidak pernah tenang dan aku harap kau akan memberikan  ketenangan itu pada aku", lelaki itu bersuara lemah.      Datuk terdiam. Saya lihat datuk seperti berada dalam keadaan yang tidak tentu  arah. 

Page 213 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    Datuk menarik tangan saya. Dan saya pun segera mendekatinya. Dalam keadaan  yang agak tenang itu, datuk sempat memberitahu saya, bahawa lelaki tua yang  kelihatan itu adalah kenalannya yang sama‐sama datang dari Jambi.      Bila sampai ke semenanjung, kenalannya itu sudah mati lemas di sungai, dekat  pengkalan di Hutan Melintang. Perahu yang dinaiki kawannya itu karam akibat  berlanggar dengan batang kayu di musim tengkujuh. Datuk menyuruh saya duduk  di muka pintu pondok. Arahan Datuk itu saya patuhi.    "Kenapa kau yang datang Tandang Ali. Aku bukan mencari kau", kata datuk sambil  membaca sesuatu. Ibu jari tangan datuk menekan pangkal belikat. Wajah datuk  agak pucat sedikit.    "Aku tahu apa yang kau cari Ucang Diah", beritahu lelaki itu. Saya terke¬jut,  kerana lelaki itu dapat menyebut nama datuk dengan tepat. Sebenarnya tidak  ramai orang yang tahu nama sebenar datuk. Dalam kad pengenalan datuk  namanya tercatat sebagai ‐ Kulub Mohd Diah. Dan orang‐orang kampung, anak  cucunya juga tahu itulah nama datuk yang sebenar.      Tetapi pada saya, datuk memberitahu secara rahsia nama sebenarnya yang  diberitahu oleh orang tuanya ialah Ucang Diah. Ucang itu adalah nama keturunan  atau suku yang dibawanya dari Jambi. 

Page 214 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    "Engkau boleh memberi ketenangan pada roh aku"    "Maksud kau?"      "Akulah yang memberikan tengkorak pada ketua pukau. Aku mengambilnya dari  kubur dan aku memujanya. Selagi tengkorak itu tidak hilang darinya, roh aku tidak  aman."    "Kenapa kau memanjangkan ajaran syaitan?"      "Itulah silapnya aku."    "Kau tahu hukumnya menyiksa mayat? Berdosa besar."    "Masa itu aku tidak terfikir. Yang aku fikirkan masa itu ialah menyuruh mereka  memukau rumah‐rumah orang putih yang menjajah negara kita, tetapi mereka  melakukan sebaliknya."    "Apapun niat kau tetap berdosa. Islam tidak mengajar pengikutnya membuat 

Page 215 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

jahat. Islam menyuruh umatnya berunding dan menggunakan akal fikiran.  Ke¬napa kau menyempitkan ajaran Islam?"      "Aku tahu..", belum pun sempat orang itu mengakhiri cakapnya, datuk terus  membelakanginya. Dengan sekelip mata saja, lelaki itu hilang dari pandangan  saya. Datuk terus menuju ke muka pintu. Dengan tenang memijak anak tangga  pondok. Saya mengekornya dari belakang.    "Ke mana tok?"      "Ke surau."      Sebaik saja saya dan Datuk melangkah lima langkah ke depan, tiga orang lelaki  menghalang. Saya kenal lelaki yang berbaju putih dengan badek di tangan itu  ialah ketua pukau.    "Hei kalau kau benar‐benar handal tunjukkan, apa hak kau menghalang kerja  kami?", cukup keras suara ketua pukau. Salah seorang dari rakannya memberikan  golok perak kepadanya. Datuk menyuruh saya undur. Muka ketua pukau saya  lihat merah padam dalam samar‐samar cahaya bulan malam itu.      Page 216 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Aku guni kan awak dengan anak awak, kami nak campak kedalam Sungai Kinta,"  ketua pukau terus mengugut.    Datuk berdiri tegak dihadapan ketiga‐tiga lelaki itu. Kaki kanan datuk saya lihat  bergerak‐gerak. Mata datuk tidak berubah merenung muka ketua pukau. Datuk  menikam tumit kaki kanan ke dalam bumi. Separuh dari tumit itu saya lihat  tenggelam.      "Kenapa bersekutu dengan syaitan untuk mencari kemewahan?", datuk terus  menyergah ketua pukau.      Dan ketua pukau sudah tidak sanggup menerima peng¬hinaan itu. Dia lalu  mengangkat golok perak untuk menetak batang leher datuk. Datuk kerutkan  muka. Tumitnya kian kejap ditekan kebumi. Saya lihat seakan‐akan ada kepulan  asap mengelilingi buku lali kaki datuk.    Ketua pukau angkat senjata, tiba‐tiba tangan dan kakinya tidak boleh bergerak  bagaikan terkunci. Dia berusaha mahu bergerak. Usahanya gagal. Mulutnya  separuh terbuka. Datuk melangkah ke depan. Dengan cepat datuk menyentuh  mata golok perak.      Dengan tiba‐tiba golok perak itu patah dua. Ba¬hagian atas yang patah jatuh  betul‐betul di hujung sepatu ketua pukau. Datuk menghentakkan kakinya keatas 

Page 217 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tanah sekuat hati. Golok perak yang tinggal separuh di tangan ketua pukau  terlepas.      "Kuncinya sudah aku buka. Apa yang aku mahu sekarang, ingat bersekutu dengan  syaitan tidak akan boleh ke mana‐mana. Belajarlah hidup dengan berusaha  mencari rezeki yang halal", datuk memberitahu ketua pukau.      Dengan mendadak saja ketiga‐tiga ahli kumpulan pukau itu sujud di kaki datuk.  Cepat cepat datuk menolak ketiga‐tiga badan anggota pukau itu. Datuk berubah  tempat berdiri.    "Jangan sujud di kaki aku. Aku adalah manusia seperti kau juga, berasal dari  tanah. Dalam Islam tidak ada manusia yang tinggi dan rendah, semuanya sama  saja. Kamu semua harus sujud pada Allah yang Maha Besar meminta ampun dan  bertaubat", kata datuk.      "Tapi kami mahu minta maaflah pada orang yang kami curi harta‐bendanya.  Jangan hukum kami."      "Aku tidak boleh menghukum kamu. Allah yang Maha Besar berhak atas dirimu.  Pada Allah terletak hukuman yang adil" 

Page 218 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    "Kami bertaubat"      "Bertaubatlah pada Allah dan aku minta kau serahkan tengkorak itu pada aku",  datuk mengemukakan permintaan secara jujur.      Belumpun sempat ketua pukau melakukan apa yang di perintahkan datuk, Din  Kerani pun datang. Datuk terus memberitahunya, bahawa kaki pukau yang di cari  ada di hadapan. Din Kerani mahu bertindak untuk membawa kaki pukau ke balai  polis. Per¬mintaan itu tidak dapat ditunaikan oleh datuk.      "Maafkan orang yang bersekutu dengan syaitan lebih mulia dari  menghu¬kumnya. Dengan kesempatan yang kita berikan, boleh membuat mereka  insaf dan kembali ke ajaran Islam yang sebenamya", itulah alasan yang diberikan  oleh datuk pada Din Kerani.      Datuk membebaskan mereka, dan mereka berjanji akan memberikan pada datuk  tengkorak kecut yang digunakan ketika mencuri.   

Page 219 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Sejak terjadi peristiwa itu, kejadian mencuri dengan memukau tidak lagi berlaku.  Saya dan datuk terus duduk di Kampung Tanjung Tualang selama tiga minggu lagi.  Dalam rancangan datuk, sesudah dia mendapatkan tengkorak kecut dari ketua  pukau, barulah dia pulang ke kampung.    Ternyata, ketua pukau tidak menunaikan janjinya. Mereka berpindah tempat  melakukan kegiatan memukau di kawasan Kampar pula. Datuk merasa kesal  kerana membebaskan mereka tempohari. Sedarlah datuk, sekali syaitan  me‐nguasai hati manusia memang sukar untuk membuangnya.    Datuk menjadi manusia yang paling berdukacita dengan kejadian itu. Lebih‐lebih  lagi berita itu didengarnya pada setiap hari bila dia berjemaah ke surau. Datuk  pun mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan dia akan cuba  menghancurkan kumpulan pukau itu dengan caranya yang tersendiri.      Dua hari di kampung, datuk terus mengajak saya pergi ke Kampung Bahagia di  Teluk Intan. Kami tinggal di rumah seorang ustaz yang mengajar di sekolah Sultan  Abdul Aziz. Dengan secara jujur datuk memberitahu ustaz tersebut yang secara  kebetulan mempunyai pertalian keluarga yang agak jauh dengan ne¬nek,  tujuannya datang untuk kesitu untuk memberkas kumpulan pukau.    Ustaz tersebut memperkenalkan datuk dengan seorang mata gelap. Mat Jali  namanya, orang Lambor Kanan. Mat Jali memang sudah lama mengikuti kegiatan  kumpulan pukau tersebut. Mat Jali memang mengharapkan dengan adanya  kerjasama dari datuk, kegiatan kumpulan itu akan segera dapat ditum¬paskan.  Memang datuk berazam, bila kumpulan itu dapat di berkas, datuk tidak akan  Page 220 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

memberikan ampun dan maaf pada mereka. Datuk mahu mereka dihukum  mengikut undang‐undang yang telah di tetapkan.    Suatu petang Mat Jali datang menemui datuk. Mereka bercakap panjang di  halaman rumah hingga waktu Maghrib. Lepas waktu maghrib, lagi sekali Mat Jali  datang menemui datuk. Saya tidak mahu ambil tahu dengan apa yang me¬reka  bicarakan. Perkara yang nyata ialah, sambil datuk bercakap, Mat Jali mencatatkan  sesuatu di kertas kecil. Sebelum Mat Jali meninggalkan rumah, Datuk terus  berpesan padanya:      "Saya yakin, mereka akan di situ malam ini. Saya yakin dengan pertolongan Allah  yang Maha Besar, firasat saya ini betul, dan awak akan berjaya"      "Semoga Allah akan memberkati kerja saya ini"      "Sama‐samalah kita berdoa", sahut datuk dari muka pintu.    Datuk masuk kerumah. Dia terus membaca surah Yassin, duduk di ruang tengah  bersama saya dan ustaz. Menurut datuk, kumpulan pukau itu akan kecundang.  Dua sebab kenapa kumpulan pukau itu kecundang. Pertama, ketuanya mungkir  janji dan dan kedua gurunya sendiri tidak merestui kerja tersebut.   

Page 221 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Kerja dia orang licin", kata ustaz.      "Saya tahu. Guru mereka kawan saya dan sudah pun mati, sekarang rohnya tak  aman."    "Macam mana Wak tahu hal itu?"      "Kerja jahat, janganlah ditanya. Pada Wak, cuma Wak mahu buat dengan tak  mahu buat saja. Setiap kerja yang kita lakukan kita harus memikirkan apakah kerja  tu di berkati oleh Allah atau tidak"      "Saya paham"      Cuma setakat itu saya dengar kata‐kata datuk dan ustaz. Lepas itu masing‐masing  masuk bilik. Lebih kurang pukul dua pagi, rumah ustaz di ketuk orang bertalu‐talu.  Datuk buka pintu. Muka Mat Jali tersembul.     

Page 222 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Apa halnya?", soal datuk.      "Semuanya dapat kami tangkap."      ''Dimana?''    "Macam awak katakan itu, mereka nak pukau rumah penghulu Tapah yang duduk  di Bidor."      "Sekarang dia orang di mana?", tanya datuk lagi. Dia tersenyum puas.      "Di Balai Polis Langkap"      "Kenapa di Langkap, tidak di bawa ke Kampar?", celah ustaz yang berbadan besar,  ada janggut sejemput di dagu, memakai kaca mata putih.     

Page 223 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Tak tahu, pegawai suruh bawa ke Langkap, esok baru di bawa ke Kampar"      "Begitu", suara datuk lemah.      Malam itu juga, saya dan datuk naik kereta Moris Minor Mat Jali menuju ke Balai  Polis Langkap. Atas daya usaha Mat Jali, datuk dan saya dapat menemui ketua  pukau bersama kawannya di dalam lokap.      "Kenapa kamu tak insaf?", soal datuk pada ketua pukau. Pertanyaan datuk itu  tidak mendapat jawapan. Ketiga‐tiga kaki pukau itu diam membisu. Dari Mat Jali  datuk mendapat tahu nama sebenar ketua pukau itu ialah Kusman tetapi lebih  dikenali dengan panggilan Hitam. Sudah ada anak dan isteri. Anaknya yang besar  belajar tingkatan dua di Kampar yang pada masa itu dibela oleh abangnya. Datuk  terus meminta tengkorak kering dari ketua pukau.      Datuk memberitahu tengkorak kering itu harus di pulangkan kepada tuannya  secara ghaib, di samping itu datuk juga memberitahu, bawa guru mereka Tandang  Ali memintanya mengambil tengkoraknya itu dari mereka.    "Dia sudah mati", meletus jawapan dari ketua pukau.    Page 224 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Aku tahu, tapi rohnya tidak aman. Bila harta peninggalannya kau pulangkan pada  yang berhak, baru dia aman. Aku tahu, dia kawan aku".      Ketua pukau terdiam. Datuk terus memujuknya. Hingga terbit fajar pagi datuk  tidak memperolehi apa‐apa darinya. Datuk tahu tengkorak itu ada padanya. Siapa  pun tidak akan menjumpainya kalau mencari di badannya, kecuali meng¬gunakan  beberapa petua yang tertentu. Tengkorak itu boleh di sembunyikan dicelah kulit  bahagian paha dimana orang tidak akan nampak.    Pada pukul 10 pagi datuk melihat ketua pukau itu dimasukkan ke dalam perut  jeep untuk di bawa ke Balai Polis Kampar. Sebelum bertolak datuk mengingatkan  polis yang me¬ngawalnya supaya berhati‐hati dengan ketua pukau. Meskipun  tangan digari, dia boleh melepaskan diri. Ketua pukau itu juga mempunyai  beberapa kebolehan dalam ilmu kebatinan. Bagi menjamin ketua pukau itu tidak  boleh melepaskan diri, datuk menawarkan diri untuk mengikuti jeep itu pergi ke  Kampar.      Permintaan datuk itu tidak dapat ditunaikan oleh ketua Balai Polis Leng¬kap.  Datuk merasa bertuah kerana Mat Jali bersedia membawa datuk ke Kampar  dengan menaiki keretanya kerana Mat Jali mengekor dari belakang.    Datuk nampak resah sahaja. Dia menyatakan pada Mat Jali ada sesuatu yang akan  berlaku dalam perjalanan. Tetapi Mat Jali meyakinkan datuk, bahawa semuanya  berjalan dengan baik, 

Page 225 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  malah dia yakin ketua pukau itu tidak akan berjaya me‐lepaskan diri.      Datuk diam. Dia memejamkan kedua belah matanya. Dahinya berkerut. Mukanya  mula di¬datangi oleh peluh‐peluh halus. Saya tahu, bila datuk melakukan hal  sebegitu, dia merenung atau menilik sesuatu yang jauh darinya.    "Dia berjaya membuka garinya", tiba‐tiba datuk bersuara agak keras.      Ketika itu kereta jeep yang membawa ketua pukau sedang melintas jambatan di  Sungai Air Kuning, dekat Kampar (jambatan itu dirobohkan dalam dalam tahun  1976, sebagai gantinya    satu jambatan baru telah dibina, seperti yang ada sekarang ini).      "Dia akan terjun ke dalam sungai", kata datuk lagi.    Sebaik saja datuk selesai bercakap, saya dan Mat Jali melihat ketua pukau terjun  keatas jalan raya, ke¬mudian terjun ke dalam sungai. Polis yang berada di sisinya  terpaku. Mat Jali membunyikan hon menyuruh kereta jeep berhenti. Jeep itu pun  berhenti dan Mat Jali menghentikan keretanya ke tepi. Datuk keluar dari perut 

Page 226 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kereta.    "Dia agak handal orangnya", ujar datuk sambil merenung kedalam sungai yang  berbuih. Polis angkat rifle dan menjunamkan muncung ke arah perut sungai.    "Kita tidak akan dapat menangkapnya. Dia ada ilmu tahanair", kata Datuk.      Cakap datuk itu memang benar. Tiga puluh minit menunggu, ketua pukau tidak  juga muncul. Air tempat dia terjun tetap berbuih.      Datuk memberitahu Mat Jali dia boleh memberkas ketua pukau itu, tetapi  memakan masa sedikit. Datuk meminta Mat Jali menyuruh pemuda jeep  membawa kawan ketua pukau ke Kampar. Jeep pun bergerak. Datuk berdiri di  tebing sungai. Dia mengambil air sungai dengan daun keladi. Air itu di lambung ke  atas.      Sebelum air itu jatuh ketanah, datuk menyambutnya dengan mulutnya,  ke¬mudian air itu disemburkan ke dalam perut sungai. Saya lihat air sungai  bagaikan mengelegak dan berbuih‐buih, kemudian tempat ketua pukau terjun itu  berpusing‐pusing menjadi semacam lubuk.      Page 227 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Dengan mendadak sahaja air sungai itu menjulang badan ketua pukau lalu  mencampakkannya ke tepi tebing. Ketua pukau tersadai di situ. Dari bawah  dagunya keluar satu benda putih.      Benda itu berbuih dan akhirnya menjadi satu tengkorak. Datuk pun mengambil  tengkorak terse but.      Datuk merawat ketua pukau hingga pulih. Dia berdiri sambil merenung Mat Jali di  sisinya, dan bagaikan kilat dia merampas pistol Mat Jali, lalu melepaskan  tembakan ke arah datuk.      Datuk cepat‐cepat menguncikan sendi badannya. Pistol di tangan ketua pukau  terjatuh di kaki, dan secara mendadak saja pistol itu meletup dan pelurunya  mengenai perut kedua pukau. Sebelum ketua pukau rebah ke bumi, datuk  memeluk tubuhnya dan dengan sekilap mata sahaja datuk muntah darah.  Seluruh badan datuk menjadi biru.      SBDJ (Jilid 01) Siri 22: Penunggu Rumah Tok Kaya Sendi Diraja  Datuk rebah ke bumi. Batang tubuh ketua pukau terlepas dari pelukannya. Mat  Jali menghampiri ketua pukau yang sudah kaku itu. Dari lubang hidung dan telinga  keluar darah yang merah kental. Saya menghampiri datuk. Tubuhnya masih  berwarna biru. Muntah darahnya sudah berhenti. Datuk membuka tangannya  perlahan‐Iahan. Tengkorak yang dipegangnya menjadi hitam, macam arang dan 

Page 228 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

akhimya bertukar menjadi serbuk halus macam amang bijih yang dibuang.      "Campakkan ke air", kata Datuk.      Saya mengambil serbuk hitam itu. Bila berada di atas tapak tangan saya, seluruh  badan terasa panas. Cepat‐cepat saya humbankan ke dalam air sungai. Datuk  cuba bangun. Dia tidak berdaya. Setiap kali dia bangun, dia akan rebah. Bagaikan  sendi tulang di kepala lurutnya sudah hancur. Saya jadi kelam‐kabut. Mat Jali  masih lagi memeriksa tubuh badan ketua pukau. Cara kebetulan sebuah jeep  tentera lalu di situ. Mat Jali menahan jeep tersebut. Setelah berunding, pemandu  jeep itu bersetuju membawa mayat ketua pukau ke Balai Polis Kampar.    "Biar saya uruskan datuk saya di sini, kalau boleh encik sampai ke sana, cuba  ikhtiarkan sebuah ambulan untuk datuk saya".      "Saya cuba," itu janji yang diberikan oleh Mat Jali pada saya. Mereka pun berlepas  ke Kampar. Saya merawat datuk mengikut arahan‐arahan yang dikeluarkannya.  Walaupun ada orang yang lalu Ialang dijalanraya, mereka tidak menghiraukan  kami. Pada sangkaan mereka saya dan datuk pencari rotan yang sedang  melepaskan penat di situ.    "Carikan aku daun serunai laut, pucuk daun semuka dan campurkan dengan air  sikit. Ramas daun‐daun itu hingga hancur dan sapukan pada kepala lutut aku”, 

Page 229 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

perintah Datuk yang terpaksa saya lakukan. Hasilnya amat mengejutkan, bila  disapu ke kepala lutut dengan iringan jampi tertentu dari Datuk, saya lihat dia  boleh bangun.    Walaupun begitu, warna biru di tubuhnya tidak juga mahu hilang. Malah wajah  datuk kelihatan lebam macam di pukul sesuatu. Saya bagaikan mahu menangis  bila datuk tidak berdaya melangkah. Dia bagaikan terlupa macam mana mahu  berjalan. Datuk sandarkan badannya pada sebatang pokok dekat situ.      "Badan aku terasa bisa‐bisa, kepala terasa kosong”, datuk mengadu pada saya  sambil meraba batang pokok di belakangnya.    "Apa yang mesti saya buat tok?”      "Tak ada satu pun yang dapat kau buat. Kalau janji aku sudah sampai untuk  menemui Allah”      "Tapi kita harus berikhtiar”      "Aku tahu, tetapi kau bukan orangnya untuk membantu aku dalam hal ini” 

Page 230 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    "Kalau bukan saya, siapakah orangnya tok?"      Datuk terdiam. Badannya jatuh perlahan ke atas bumi. Dia jatuhkan kedua belah  kakinya. Saya pun urut kaki datuk.    "Dalam dunia ini tidak ada sesiapa pun yang boleh mengaku handal dalam apa  juga bidang. Kalau dia merasa dirinya handal, itu hanya perasaan. Sedangkan ada  orang yang lebih handal darinya dan kehandalan diri orang itu pula tertakluk di  bawah kekuasan Allah"      Sesungguh saya tidak tahu, apakah cakap itu ditujukan pada saya oleh datuk.      Saya perhatikan dalam saat‐saat begitu, datuk bercakap ikut suka hati saja. Inilah  yang membimbangkan hati dan perasaan saya. Sedang saya diamok keresahan,  Mat Jali dan ambulan pun tiba. Datuk diusung ke dalam perut kereta ambulan  untuk dibawa ke rumah sakit Kampar.    Datuk pun diberi rawatan segera. Bagi menghilangkan warna biru dan lebam,  datuk terpaksa diberi suntikan ubat. Datuk tidak mahu menerimanya Menurut  Datuk suntikan itu akan memberikan kesan yang kurang baik dalam lubuhnya.  Page 231 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Mat Jali dan saya terpaksa memujuknya. Datuk tidak berganjak dari  keputusannya. Saya memujuknya dengan sedaya upaya yang boleh.    "Tok, suntikan itu untuk memberi kerehatan pada datuk”, kata saya.      "Maksudnya?"    ”Bila datuk dicucuk, datuk akan tidur. Tok dapat tenaga”, tambah saya sambiI  merenung muka Mat Jali supaya dia mengakui kebenaran cakap saya itu. Setelah  termenung lebih dari sepuluh minit, datuk pun setuju untuk melakukan suntikan.  Saya terkejut bila seorang juru rawat yang bertugas memberitahu saya, sudah tiga  batang jarum patah ketika doktor melakukan suntikan di bahu datuk. Dan doktor  tidak mahu meneruskan kerjanya.    "Apa yang mesti saya buat?", tanya saya pada juru rawat tersebut, sambil  merenung ke muka Mat Jali yang duduk di sebelah saya.      "Bagaimana? Boleh kami masuk ke dalam?", Mat Jali mengajukan pertanyaan.  Jururawat yang berketurunan Pakistan tersenyum.      "Boleh. Tuan doktor memang mencari warisnya" 

Page 232 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    "Sebab?"    "Doktor nak tanya sikit", beritahu jururawat. Saya dan Mat Jali masuk kedalam  bilik. Doktor Melayu yang berkulit hitam itu mempersilakan saya dan Mat Jali  duduk.    "Saya orang Melayu, sudah belajar ke luar negeri, tetapi saya tidak membuang  kepercayaan dan keyakinan saya pada ilmu batin", ujar doktor itu sambil  menggigit bibir. Dia lalu memperkenalkan namanya pada kami. Namanya Abdul  Mutalib, anak jati Batu Pahat, Johor. Baru sebulan bertugas di Kampar, sebelum  itu dia bertugas di Hospital Besar Alor Setar, Kedah.    "Saya kurang faham dengan cakap tuan" , suara Mat Jali tenang.    "Kalau orang Melayu tidak percaya pada kuasa ghaib dan kebatinan, ertinya dia  bukanlah orang Melayu tulin. Kekuasaan ghaib, dukun dan pawang adalah  sebahagian dari teras bangsa kita. Kerana itu saya panggil awak”    "Orang tua ini ada memakai ilmu tahan besii. Suruh dia buka", doktor itu  merenung muka saya. Fahamlah saya. Doktor itu memerlukan bantuan dari saya.  Saya pun rapat kepada Datuk. Saya membisikan ke telinganya:    "Bukalah datuk, untuk faedah diri datuk." 

Page 233 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    "Buka apa?", sergah datuk pada saya.      "Tahan besi."      ”Tahan besi?", ulang datuk.      "Ya tok."      Datuk terdiam. Dia merenung muka saya. Sinar matanya cukup lembut  seolah‐olah dari sinar matanya terucap perkataan ini:      "Demi kasih sayangku padamu Tamar, aku lakukan apa saja”    Saya resah. Datuk memejamkan matanya. Mulutnya terkumat‐kumit membaca  sesuatu. Kemudian dia suruh saya memotong kuku di ibujari sebelah kiri. 

Page 234 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Kuku yang sudah di potong itu mesti dilipat tiga dan diletakkan di celah ketiak  kanannya. Apa yang di perlakukan oleh saya diperhatikan oleh doktor itu dengan  penuh minat. Bila semuanya sudah selesai, lagi sekali datuk merenung saya  dengan senyum.      "Sudah", pendek saja dia berkata. Doktor pun tersenyum. Dia mengambil jarum  lalu melakukan suntikan. Semuanya berjalan dengan sempurna. Tidak lama datuk  berada di hospital, cuma dua hari sahaja. Masuk hari yang ketiga, dia minta  keluar. Datuk membuat keputusan untuk tinggal di rumah Mohd Zain, di Batu  Berangkai, Kampar. Mohd Zain, seorang pemborong kelas F dengan Jabatan  Kerja Raya daerah Batang Padang. Dia mengenali datuk kira‐kira dua tahun yang  lalu, ketika membawa isterinya yang diserang sakit lumpuh berubat dengan  datuk.    Dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, sakit lumpuh yang dideritai oleh  isterinya sejak bertahun‐tahun itu di sembuhkan oleh datuk. Sejak itu, dia  menjadikan datuk sebagai ayah angkatnya. Di Batu Berangkai, datuk mengubati  sakitnya dengan caranya yang tersendiri. Setiap pagi dia akan mandi air dari  gunung, dan memakan beberapa jenis pucuk kayu pada sebelah petangnya.  Seminggu kemudian datuk beransur pulih dan sihat.    Semasa tinggal di Batu Barangkai, Mohd Zain memperkenalkan datuk dengan  jutawan Melayu yang juga menjadi orang yang bergelar yang di lantik oleh Sultan  Perak pada masa itu. Jutawan Melayu itu mempunyai beberapa buah lombong di  Menglembu, Pusing, Batu Gajah dan Papan. Dia juga mempunyai beberapa buah  rumah batu di daerah Kinta dan Batang Padang. Dia lebih suka berhubung dengan 

Page 235 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Mohd Zain untuk membaiki sebarang kerosakan di rumahnya.      Salah sebuah rumah batunya terletak dikawasan Sungai Raya. Rumah itu diwarisi  dari arwah ayahnya. Besar tersergam ia terletak tidak jauh dari jalan besar. Dia  tinggal di situ bersama isteri dan dua anak perempuannya, sementara rumahnya  yang lain didiami oleh anak buah jutawan itu sendiri. Salah seorang anak  perempuannya menuntut di Universiti Malaya, ketika itu bertempat di Singapura,  dalam jurusan kedoktoran. Selain daripada mempunyai harta yang banyak,  jutawan itu juga mempunyai dua orang isteri.      Isteri mudanya pula ada pertalian keluarga dengan Mohd Zain. Perkenalan yang  terjalin di rumah Mohd Zain itu, secara tidak langsung memberikan satu tugas  baru pada datuk. Jutawan itu meminta datuk memberikan pendinding di kawasan  rumahnya, supaya tidak dimasuki oleh pencuri. Kerana tugas itu tidak berat, datuk  bersedia menolongnya.    "Berapa upahnya? Seratus atau tiga ratus", jutawan itu menyoal datuk. Saya lihat  datuk tersenyum dan menyandarkan badan pada dinding rumah Mohd Zain.  Muka Mohd Zain saya lihat berubah sedikit.      "Kita bukan hidup dengan kerja ini, harta kita pun ada untuk makan pakai anak  cucu. Kalau sekadar untuk menolong ke jalan baik tak jadi hal", jawap datuk pada  pertanyaan jutawan itu, yang merupakan satu sindiran yang tajam. Jutawan itu  tunduk. 

Page 236 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    "Maafkan saya, kalau cakap tadi menyakitkan hati. Saya sekadar mahu  bersedekah saja", nada suara jutawan itu mula menurun.      "Sedekah saja wang itu ke rumah anak yatim", tingkah datuk. Jutawan itu  anggukkan kepala.      "Bila bapak mahu menolong Tok Kaya Sendi Raja?", Mohd Zain memotong  percakapan. Datuk urut pangkal dagunya. Dia merenung muka jutawan itu dua  tiga kali. Jutawan kelihatan resah.      "Saya terpaksa pergi ke sana setidak‐tidaknya tiga senja saya mesti ke sana"      "Kalau begitu duduk saja dirumah saya”  "Begini saja. Minggu depan saya minta anak angkat saya ni hantar saya kerumah  Tok Kaya”     

Page 237 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Terpulang ikut mana yang baik. Baik pada awak, baiklah pada saya”, kata Tok  Kaya (jutawan) sambil tersenyum. Lalu dia minta diri untuk pulang dari datuk.  Mohd Zain menghantar jutawan itu hingga ke keretanya di tepi jalan besar.    Pagi itu datuk memberitahu Mohd Zain, anak angkatnya, yang dia mahu pergi  mendaki gunung yang terletak di bahagian tepi kawasan Pekan Kampar.      "Buat apa ke sana pak?" tanya isteri Mohd Zain sambil menghidangkan kopi dan  roti.      "Nak cari buluh tumpat."      "Buat apa?", sahut Mohd Zain.      ”Untuk menolong Tok Kaya", jawap datuk.      Itu memuaskan hati Mohd Zain dan isteri, serta saya. Dengan menaiki kereta  Moris Minor kepunyaan Mohd Zain, beliau menurunkan saya dan datuk dekat  sekolah Inggeris di Kampar. Dari situ saya dan datuk masuk ke dalam hutan. Lebih  Page 238 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kurang pukul empat petang, kami kembali ke rumah Mohd Zain di Batu Berangkai.  Sebaik saja sampai di rumah, datuk pun memotong buluh tumpat itu sepanjang  satu kaki.    Buluh yang sudah dipotong itu berjumlah empat semuanya, diletakkan di bawah  rumah. Tidak ada kejadian ganjil yang kami temui semasa di hutan, jadi tidak ada  cerita yang menarik untuk diceritakan pada Mohd Zain yang cukup kagum dan  hormat dengan datuk.    Selepas sembahyang Isyak Mohd Zain masih bercakap dengan datuk di anjung  rumah. Mohd Zain meminta ilmu pengasih dari datuk dengan tujuan supaya  setiap orang yang ditemuinya akan jadi kasih padanya dan mempelawa dia untuk  membuat rumah atau membuat kontrak dengannya. Saya dengar datuk  memarahi Mohd Zain kerana permintaannya itu tidak masuk akal. Menurut datuk,  kalau kerjanya baik dan ikhlas, tidak menipu sesama manusia, dengan sendirinya  dia akan disayangi orang.    "Berusaha dan bekerja keraslah, kau akan mencapai kejayaan. Buat kerja dengan  baik”, itulah yang dapat di tangkap oleh telinga saya. Lepas itu saya lidak dengar  apa yang mereka perkatakan. Saya terlena.      Saya tahu datuk akan melakukan sembahyang hajat. Ada tanda‐tanda yang  menunjukkan datuk akan melakukan kerja itu. Supaya tugasnya tidak terganggu,  saya lebih suka tidur bersendirian di ruang tengah rumah Mohd Zain. Biarlah  datuk tidur sendirian di dalam bilik khas. Dugaan saya itu memang tepat. Apabila  subuh, datuk menyatakan sembahyang hajatnya tidak terganggu oleh dengkor  saya. 

Page 239 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Kau sudah mula mengenali perangai aku", katanya menyindir ketika saya  mengaambil air sembahyang bersamanya.    "Belajar dari pengalaman”, balas saya.      "Petang esok kita pergi ke Sungai Raya”, datuk memberitahu saya lagi.      Saya pun mengangguk tanda setuju. Macam selalu, sebelum matahari bangun di  kaki langit datuk akan mengajak saya mandi embun. Saya sudah pun pandai  memilih jenis daun yang baik di ambil airnya untuk membasuh muka dan badan.  Datuk juga memberitahu saya beberapa potong ayat suci yang harus saya baca  ketika menyentuhkan air embun ke tubuh.      Mandi embun menyegarkan badan dan menegangkan kulit. Dengan nya muka  kelihatan bersih dan tidak dimamah usia. Menyapu atau menggosokkan air  embun ke badan juga harus pandai. Mesti ikut urutan. Dengan itu perjalanan  darah akan menjadi lancar, terhindar dari sakit jantung atau darah tinggi.      Selepas menunaikan sembahyang asar pada petang selasa, saya dan datuk  dihantar oleh Mohd Zain ke kawasan Sungai Raya. Jarak kawasan itu dari bandar  Page 240 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Ipoh lebih kurang 10 kilometer ke selatan. Kami di sambut oleh Pak Ayub Naim  penjaga rumah. Tok Kaya telah pergi ke lapangan terbang bersama anak dan  isterinya untuk menyambut anaknya yang bercuti. Mohd Zain bercakap sesuatu  dengan Pak Ayub Naim.      "Saya balik dulu pak", Mohd Zain memberitahu datuk. Dia menghidupkan jentera  kereta dan keluar dari kawasan rumah Tok Kaya Sendi Raja. Rumah batu besar itu  berbentuk lama, berunsur kesenian dari timur tengah dipadukan dengan seni bina  tempatan menjadikan rumah batu dua tingkat itu kelihatan cantik dalam bentuk  yang tersendiri, besama cat kuning air yang lembut. Berceritalah Pak Ayub Naim  orang Keramat Pulai tentang rumah batu dua tingkat itu pada kami. Menurutnya,  rumah batu itu sudah lebih dari seratus tahun usianya.    Sudah tujuh keturunan dipusakai turun temurun. Tok Kaya Sendi Diraja ialah  pemilik yang tujuh atau keturunan yang ketujuh. Dan selama itu pula, belum  pernah terlintas di hati para pewarisnya untuk merubah bentuk dasar rumah  tersebut. Mereka hanya menambah beberapa bahagian yang tertentu saja. Bila  bulan penuh muncul di langit dan cahayanya melimpah di atas bumbung rumah,  keutuhan dan keunggulannya semakian nampak. Bumbung rumah itu bagaikan  memancar cahaya yang boleh menegakkan bulu roma sesiapa saja.      Kebanyakan penduduk yang tinggal berdekatan enggan lalu di bahagian belakang  rumah tersebut meskipun di situ ada jalan dekat menuju ke kawasan rumah  mereka. ltulah cerita Pak Ayub Naim yang sudah berusia hampir enam puluh  tahun itu. Sama dengan umur Tok Kaya Sendi Raja. Saya dan datuk di tempatkan  di sebuah bilik di bahagian atas ruang tengah. Bahagian atas itu cukup luas  dengan empat tiang besar yang bulat, berukir dengan awan larat bunga raya dan  Page 241 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

pucuk rebung.      Bila saya berdiri di situ saya terasa ada sesuatu yang ganjil. Saya terasa diri saya  seolah‐olah berada jauh dari dunia nyata. Seakan‐akan terlambung ke satu alam  lain yang sukar saya nyatakan.  Saya lapurkan perkara itu pada datuk. Dia hanya tersenyum dan tidak  memberikan sebarang pendapat berhubung dengan perkara itu. Ketika bunga  senja tiba, saya dan datuk meninggalkan bilik. Kami mengelilingi rumah besar itu  tujuh kali. Setiap kali sampai kebahagian bucu rumah, datuk berhenti dan  membaca sesuatu.    "Kita pusing lagi sekali untuk jadikan lapan”, beritahu datuk pada saya. Saya  angguk kepala dan ikut perintahnya.    "Berhenti di sini”, mendengar perintah itu langkah saya mati. Datuk menandakan  tempat itu dengan kayu.    "Kau langkah ke timur, kemudian ke barat lima kali ke belakang. Lepas itu ke utara  dan ke selatan macam tadi juga”    Arahan yang datang dari datuk saya patuh. Bila semua saya lakukan, datuk pun  korek tanah dengan golok lalu menanam buluh tumpat ke dalam tanah.     

Page 242 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Cukuplah tu, agak‐agak satu jengkal ke bumi,. Tidak dikorek anjing, ah mana ada  anjing, kawasan ni berpagar", datuk bercakap seorang diri. Saya tersenyum. Bila  dia menuju ke halaman rumah, Tok Kaya Sendi Diraja dan dua orang anaknya baru  saja keluar dari perut kereta Chevrolet besar.      "Macam mana, sudah selesai?", iltu yang di tanyakan oleh Tok Sendi Diraja pada  datuk.      "Belum selesai. Lagi tiga penjuru belum di taruh", balas datuk. Tok Kaya Sendi  Diraja terus memberitahu datuk, makan minum datuk dan saya akan di hantar  sendiri oleh tukang masak ke bilik. Satu layanan yang sungguh istimewa dari  seorang jutawan pada orang biasa.    Kerana waktu maghrib sudah tiba, datuk dan saya terus naik ke tingkat atas  sesudah mengambil air sembahyang. Lepas sembahyang datuk meneruskan  zikimya. Saya keluar dari bilik mundar‐mandir ruang tengah. Saya terkejut dan  hampir menjerit, dari sudut ruang tengah yang agak suram itu keluar seorang  gadis dengan pakaian diraja. Di kepalanya terletak mahkota yang memancar, di  tangannya terletak sebilah sundang. Kain labuh yang menutup badannya  berwama kuning. Saya terus lari masuk bilik.    "Kenapa, macam kena kejar syaitan."     

Page 243 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Ada puteri raja di sini tok”      "Kau gila? Lain kali jangan merayau. Kalau kau bantah cakap aku, cekik kau sampai  mampus”, datuk memberi amaran dengan nada suara yang marah. Saya diam dan  terus membaca surah Yassin. Datuk sudah pun selesai berzikir. Saya sudah pun  menghabiskan bacaan surah Yassin. Kami baring di atas katil kuno. Tiba‐tiba daun  pintu diketuk orang. Datuk buka pintu dan saya berdiri di belakangnya.    Seorang lelaki muncul, tinggi dan besar orangnya, dada berbulu memakai tanjak  dan ada bintang kebesaran di tengah tanjak, serta padang panjang di pinggang.  Lelaki itu hanya muncul beberapa detik saja di hadapan kami. Datuk segera turun  ke bilik Pak Ayub Naim di bawah. Barang kali Pak Ayub Naim boleh memberikan  keterangan lanjut berhubung dengan perkara aneh yang ditemui. Dia sudah  menjadi penjaga rumah semenjak ayah Tok Kaya Sendi Diraja masih hidup.      "Usah takut, anak dara itu memang salah seorang penguni rumah ini, dia hanya  mengucapkan selamat datang”, katanya dengan berketawa pada Datuk.      "Orang lelaki itu siapa?", soal saya.      "Dia juga macam anak dara tu. Dia memberi salam perkenalan saja pada tuan 

Page 244 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

berdua. Dia tidak akan mengganggu”, jawabnya.    Temyata Datuk tidak puas hati dengan jawapan itu. Tetapi dia tidak mahu  mengemukakan sebarang pertanyaan lanjut. Kami naik ke bilik atas. Hidangan  sudah tersedia. Lepas makan kami sembahyang Isyak. Lepas itu saya tidur.    Empat penjuru rumah Tok Kaya Sendi Diraja sudah di tanam dengan buluh  tumpat. Dengan pertolongan Allah, rumah itu tidak akan dimasuki pencuri. Atas  permintaan Tok Kaya Sendi Diraja, datuk dan saya dijemput duduk dua malam lagi  dirumah itu. Tok Kaya Sendi Diraja mahu Datuk memulih semangat rumah.  Menurut Tok Kaya Sendi Diraja, dia selalu bimbang dan berhadapan dengan  perkara‐perkara aneh bila dia membuat kira‐kira pemiagaan di bilik khasnya.  Kadang‐kadang dia terasa ada mahkluk lain di rumahnya. Pemah satu ketika dia  tertidur dimeja tulis, apabila dia sedar dari tidurnya, dia telah berada di atas katil  disampang isterinya. Pakaiannya ditukar dengan baju tidur tanpa di sedarinya.    "Tetapi belum ada keluarga saya yang dicederakan", adu Tok Kaya Sendi Diraja  pada datuk di ruang tamu bawah. "Saya merahsiakan perkara ini dari kaum  keluarga", tambahnya sambil menyatakan keyakinan bahawa datuk dapat  mengatasi masalah yang dihadapinya itu berdasarkan dari cerita Mohd Zain  kepadanya.    "Saya cuma boleh menolong saya”, kata datuk merendah diri. Tok Kaya Sendi  Diraja tersenyum. Sementara itu di luar, senja kian menjauh. Kedua‐dua anak Tok  Kaya Sendi Diraja mula meninggalkan halaman rumah. Norbaya yang bongsu pergi  ke bahagian dapur, manakala Norlin yang bercuti dari universiti melintas di depan  kami. Dia segera menaiki tangga yang menghubungkan antara ruang bawah  dengan ruang atas. 

Page 245 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    Tok Kaya Sendi Diraja lalu menceritakan tentang anaknya Norlin, yang akan tamat  pengajian doktornya akhir tahun ini. Belum pun cerita itu tamat, kami bertiga  terkejut. Isteri Tok Kaya Sendi Diraja menerpa ke arah kami. Satu jeritan nyaring  dan keras menguasai rumah dua tingkat itu yang datang dari bahagian atas.      "Itu jeritan Norlin", kata isteri Tok Kaya Sendi Diraja.    Kamipun segera memijak anak tetangga yang berbentuk melingkar itu. Sampai di  atas, Tok Kaya Sendi Diraja segera membuka pintu bilik yang selalu Norlin  gunakan ketika menghabiskan cuti dari universiti. Norlin terduduk dipinggir  tempat tidur dengan nafas yang sesak, mukanya pucat benar.    "Ada apa Norlin?", tanya Tok Kaya Sendi Diraja.    Norlin tidak menjawab. Peluh halus tumbuh di dahi. Di luar hari kian gelap.  Terdengar suara gagak sesat menjerit di dahan pokok kekabu.      "Ada apa nak?", soal isterinya pula.     

Page 246 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Ketika itu Pak Ayub Naim pun tiba. Angin kian keras masuk kedalam ruang rumah.  Langsir bergerak‐gerak dengan hebatnya.      "Ada apa Norlin? Cakaplah”, pujuk Tok Kaya Sendi Diraja. Norlin bangun dan terus  memeluk ibunya. Dia menangis di atas dada ibunya semahu‐mahunya. Isteri Tok  Kaya Sendi Diraja mengusap rambut anak perempuannya dengan penuh kasih  sayang.      "Kau nampak manusia di sini", Pak Ayub Nairn bertanya dengan nada suara yang  cukup lembut pada Norlin yang hanya mengangkat bahu saja. Peristiwa yang  terjadi itu memaksa saya duduk sendirian duduk di bilik. Datuk pergi menemui  Tok Kaya Sendi Diraja di biliknya. Datuk bertanya tentang salasilah keturunan Tok  Kaya Sendi Diraja dari A hingga Z.      Kira‐kira pukul sepuluh malam, datuk masuk ke bilik tidur. Dia termenung panjang  di atas katil kuno. Saya tidak berani bertanya apa yang di perkatakannya dengan  Tok Kaya Sendi Diraja. Saya biarkan datuk mengelamun sendirian. Angin malam  berhempas pulas di luar. Dahan‐dahan kayu bergoyang keras. Langit hitam, bulan  pun tidak timbul di langit. Saya resah tidak menentu, bagaikan ada makhluk asing  berdiri di hujung kaki. Datuk masih bertafakur di atas katil kuno.      Tiba‐tiba saya terdengar sesuatu yang keras berlaku diluar rumah seperti bunyi 

Page 247 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dahan kayu dipatah orang. Saya rasa badan saya dilangkah oleh sesuatu. Bulu  roma tengok saya tegak berdiri. Angin kian keras bertiup. Jendela rumah terbuka  dengan sendiri. Saya lihat ada lembaga samar‐samar masuk kedalam ikut jendela  yang terdedah. Angin berhenti bertiup. Diganti dengan titik hujan. Saya tidak tahu  kenapa badan saya berpeluh.    Kepala saya bagaikan di jamah orang. Ada benda sejuk menyentuh pipi saya,  sejuknya bukan kepalang macam hidung orang mati. Saya menepis, tidak ada  yang kena sasaran. Saya hanya menepis angin. Tiba‐tiba pintu bilik diketuk orang.  Datuk melompat dari atas katil dan membuka pintu.      "Anak saya Norlin”, ujar Tok Kaya Sendi Diraja dengan wajah cemas.      "Kenapa?", soal datuk.      "Berjalan dan menari sendirian"      "Allah", keluh datuk.     

Page 248 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Kami pun berlari menuju ke bilik Norlin. Memang benar, Norlin sedang menari  macam tarian klasik orang India. Datuk menyuruh Tok Kaya Sendi Diraja dan  isterinya merebahkan Norlin ke atas katil. Norlin mengikut tanpa sebarang  perlawanan. Bila Norlin di baringkan, jam kuno di tengah rumah berbunyi dua  belas kali.    Hujan kian menjadi ‐jadi di luar. Saya rasa bilik itu terlalu panas. Saya juga terasa  ada makhluk asing beratus‐ratus orang mengisi dalam ruang bilik. Makhluk itu  tidak dapat dilihat tetapi bukti yang menunjukkan makhluk asing berada di situ  memang ada. Buku‐buku bacaan Norlin ada yang terbuka dan tertutup dengan  sendiri. Pensil dan pen yang terbuka juga tertutup dengan sendiri. Hal itu tidak di  sedari oleh Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya. Mereka asyik melihat Norlin.      Muka Norlin pucat, keningnya berkerut dan peluh‐peluh halus membintit di  kening. Seolah‐olah Norlin berhadapan dengan sesuatu yang amat menakutkan.  Matanya tegak merenung ke atas. Sesekali dia tersenyum.  "Norlin, Norlin emak ada di sini", kata isteri Tok Kaya Sendi Diraja sambil  menggoncang badan Norlin yang matanya terbeliak.    "Usir dia, halau dia. Jangan beri dia masuk!" jeritnya sekuat hati.      "Siapa dia nak? Cakap dengan saya", rayu datuk. Norlin merenung ke pintu,  berpaling ke kiri dan ke kanan. Tidak ada sesiapapun di situ.   

Page 249 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

SBDJ (Jilid 01) Siri 23: Roh Bayi Cari Ibu  Datuk menggigit bibir. Sepasang matanya berpaut pada wajah Norlin yang  kelihatan cemas itu. Dari wajah Norlin, mata datuk beralih ke wajah Tok Kaya  Sendi Diraja dan isterinya.    "Mahu halau siapa? Tidak ada seorang pun yang masuk ke sini?", ulang datuk  dengan nada suara yang cukup lembut.    "Ada. Dia selalu ganggu saya, kalau diusir diaaaa...", dan Norlin terus  menghentak‐hentakkan kaki ke lantai sambil meronta‐ronta. Ibunya terus  memeluk dengan erat dan kemas. Datuk terdiam, tidak tahu apa yang harus di  buatnya. Suara bising di bilik atas membangunkan Pak Ayub Naim dan isterinya  yang tidur di bilik bawah. Mereka naik ke bilik Norlin. Waktu Pak Ayub dan  isterinya sampai, Norbaya sedang menyapu peluh yang tumbuh di dahi Norlin.  Isteri Pak Ayub Naim terus bertanya:    "Apa yang dah jadi Norlin?"      "Saya takut makcik", suara Norlin terketar‐ketar. Kemudian Norbaya  memberitahu isteri Pak Ayub Naim bahawa kakaknya seperti melihat sesuatu di  luar bilik mahu mengacaunya. Norbaya terus membaca ayat‐ayat suci, tiba‐tiba  dia mendapati Norlin jatuh pengsan.    "Badannya terus jadi panas makcik", ujar Norbaya. Isteri Pak Ayub Naim resah dan  berkata pada suaminya: 

Page 250 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Apa yang harus kita buat?" Pak Ayub Naim terdiam. Dia berjalan  berpusing‐pusing di hadapan Tok Kaya Sendi Diraja lalu berhenti di hadapan  datuk.      "Norlin diganggu oleh sesuatu. Setahu aku, penjaga rumah tua ni tidak akan  membuat kacau, apa lagi terhadap keluarga Tok Kaya", tutur Pak Ayub Naim.  Mukanya merenung muka datuk dan Tok Kaya Sendi Diraja. Pak Ayub terus  menyambung:      "Kalau pun dia menampakkan dirinya, itu sebagai tanda salam perkenalan.      Isteri Pak Ayub Naim secara tiba‐tiba berdiri. Matanya mula merah merenung ke  wajah Norlin.      "Sama ada salam perkenalan atau tidak, dia tetap syaitan. Saya tahu setiap kali  Norlin cuti dia jadi korban", nada suara isteri Pak Ayub Naim cukup keras. Semua  yang ada dalam bilik itu berpandangan sesama sendiri.     

Page 251 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Kita harus mengatasi masalah ini. Saya tak mahu anak saya jadi korban”, kata  isteri Tok Kaya Sendi Diraja.    "Siapa orangnya boleh menolong kita?", sahut Pak Ayub Naim. Pertanyaan Pak  Ayub Naim tidak mendapat jawapan. Datuk terus bercakap sesuatu dengan Tok  Kaya Sendi Diraja. Kemudian Tok Kaya Sendi Diraja pula membisikkan sesuatu ke  telinga Pak Ayub Naim.      "Baik", tiba‐tiba suara Pak Ayub Naim meninggi lalu keluar dari bilik.      Sepuluh minit kemudian Pak Ayub Naim masuk ke bilik dengan membawa air  dalam mangkuk putih.      "Berikan padanya", ujar Tok Kaya Sendi Diraja. Pak Ayub Naim meletakkan  mangkuk putih berisi air di hadapan datuk. Datuk memasukkan separuh jari  hantunya kedalam mangkuk putih.      "Ambil air ini dan sapukan ke mukanya", beritahu datuk pada isteri Tok Kaya  Sendi Diraja. Perintah datuk segera dilakukan. Bila jari jemari isteri Tok Kaya Sendi  Diraja menyapu air ke muka Norlin, saya lihat Norlin lemah dan terus terlena.    Page 252 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Norlin pun diletakkan ke atas katil dengan di temani oleh ibunya. Tok Kaya Sendi  Diraja, datuk dan Pak Ayub Naim keluar dari situ dan terus menuju ke bilik saya  dan datuk menginap. Mereka berbincang panjang. Datuk dengan rasa rendah hati  ingin membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh keluarga Tok Kaya Sendi  Diraja.    "Saya sekadar mencuba. Sama ada jadi atau tidak terletak pada kuasa Allah. Kalau  Allah memberkati, kita akan berjaya”, ujar datuk.      "Saya faham”, sahut Tok Kaya Sendi Diraja.    "Mencuba apa salahnya”, celah Pak Ayub Naim pula. Akhirnya mereka pun  berpisah.      Esoknya Norlin terus jatuh sakit. Tubuhnya sekejap panas, sekejap sejuk. Datuk  tidak melakukan sesuatu pada sebelah paginya bagi mengubati sakit Norlin.  Menurut datuk Norlin demam kerana lemah semangat. Pada sebelah petangnya,  baru datuk memulakan tugasnya. ltupun sesudah membuat beberapa persiapan  rapi di biliknya. Datuk meminta izin pada Tok Kaya Sendi Diraja untuk masuk ke  bilik Norlin.      "Silakan, emaknya ada di dalam”, Kata Tok Kaya Sendi Diraja. Datuk merenung  muka Tok Kaya Sendi Diraja. 

Page 253 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  ”Jangan tegur apa yang saya lakukan”, dengan tenang datuk mengingatkan  kepada saya dan Tok Kaya  Sendi Diraja. Dengan tenang datuk melangkah. Berdiri betul‐betul di tengah pintu  bilik. Dia memusingkan badannya dari kiri ke kanan.      Dia mengeluarkan kain hitam dari pinggang lalu melemparkan ke ruang tengah  rumah. Lepas itu, datuk pun mempersilakan Tok Kaya Sendi Diraja dan saya  menghampiri Norlin. Tiba‐tiba wajah Norlin berubah menjadi takut dan cemas.  Dia merasakan Datuk mahu mengganggunya. Namun begitu dengan wajah yang  tenang dan penuh keyakinan, datuk memegang urat nadi di tangan kanan Norlin.  Mulut datuk terus terkumat‐kamit. Matanya sekejap terpejam, sekejap terbuka.  Datuk memperhatikan wajah Norlin dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.    Saya lihat datuk menarik nafas panjang. Datuk mengangguk‐anggukkan kepalanya  beberapa kali. Saya terdengar bunyi jam tua di tengah ruang berbunyi lima kali.  Angin petang terasa masuk dengan deras kedalam bilik. Ada bunyi suara burung  gagak liar di pucuk kekabu.    Meski pun diluar cuaca cukup panas dan cerah, tetapi diruang itu tetap kelihatan  muram, malah ada beberapa bahagian rumah itu bagaikan tidak kena sinar  matahari. Sedang saya dan Tok Kaya Sendi Diraja serta isterinya melihat datuk  menjalankan tugasnya dengan tekun. Terdengar bunyi bingkai gambar terhempas  di lantai. Kaca dari bingkai gambar itu bagaikan bergerak sendiri menuju ke arah  tiang seri rumah. Bila Tok Kaya Sendi Diraja mahu merapatinya, datuk segera  menahan.    Page 254 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Jangan”    "Kenapa?"    "Barangkali dia mahu menguji kita"      "Apa yang patut kita lakukan?"      "Tidak ada apa yang yang perlu kita lakukan”, datuk memberi penjelasan pada  Tok Kaya Sendi di Diraja. Dan Tok Kaya Sendi Diraja pun anggukkan kepalanya dua  tiga kali. Waktu isteri Tok Kaya Sendi Diraja membetulkan duduknya kerana  lenguh lama duduk bertempuh, pintu bilik berbunyi dengan kuatnya macam  dihempas oleh tangan manusia.    Gegarannya menjatuhkan botol‐botol kecil yang terletak di atas meja hias Norlin.  Bulu roma saya mula tegak. Datuk masih lagi tenang. Mata Norlin tidak seliar tadi.  Kedua dua biji matanya merenung lelangit rumah. Norlin tidak tahu apa yang  berlaku di sekelilingnya. Dia seolah‐olah berada di dunia lain.      Datuk memberi isyarat kepada Tok Kaya Sendi Diraja supaya mendekatinya. 

Page 255 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    "Bagaimana?", soal Tok Kaya Sendi Diraja pada Datuk.    Datukpun mendekatkan mulutnya ke telinga Tok Kaya Sendi Diraja lalu berbisik:      "Memang ada yang mengacaunya."      "Siapa? Penunggu rumah ini, dia tu rajakah,puterikah atau apa?"    Nampak benar tidak sabarnya Tok Kaya Sendi Diraja bila berhadapan dengan  masalah yang rumit itu. Datuk mula resah. Memang pantang benar bagi dirinya  bila dia menjalankan tugas, di ganggu dengan beberapa soalan atau pertanyaan.  Perbuatan begitu boleh mengganggu tumpuan fikiran pada kerja yang dilakukan.      "Saya tak dapat mengatakan siapa orangnya. Ada baiknya Tok Kaya tengok  sendiri."      "Tengok sendiri? Apa saya seorang sajakah?" 

Page 256 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    "Tidak. Bersama dengan orang yang ada di sini." Mendengar jawapan dari datuk  itu, Tok Kaya Sendi Diraja merenung muka isterinya. Mereka nampak cemas dan  gusar sekali. Norlin masih terkapar di atas katil. Matanya tidak lagi tertumpu pada  lelangit rumah. Datuk memberi isyarat supaya saya menghampirinya.      "Ada apa tok?"      "Kau duduk dekat aku”, suaranya cukup tegas. Saya angguk kepala dengan lemah.  Ekor datuk merenung wajah Tok Kaya Sendi Diraja.      "Usah bimbang. Tok Kaya dan yang lain‐lain harus mandi dengan air bunga tujuh  jenis”, beritahu datuk pada Tok Kaya Sendi Diraja dengan wajah yang selamba.  Datuk lalu minta mangkuk putih berisi air bersama dengan bunga kemboja, bunga  raya dan bunga tanjung.      Tidak sampai sepuluh minit, semua barang yang di kehendaki oleh datuk tersedia  di hadapannya. Tiga kuntum buang yang berlainan jenis itu datuk taburkan ke  atas air dalam mangkuk putih. Jam tua di tengah ruang rumah berbunyi lagi  sebanyak enam kali. Cuaca di luar tidak secerah tadi. Keadaan dalam rumah 

Page 257 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

bertambah suram.    Kami terdengar bunyi deru angin menguasai perut rumah. Bunyinya cukup kuat.  Datuk menyuruh kami menghadapi keadaan itu dengan tenang. Dan datuk pun  memperkemaskan silanya. Datuk memejamkan matanya sambil menarik nafas  dengan tenang. Mulutnya terkumat‐kamit membaca sesuatu. Nafasnya kian  kencang. Wajah datuk berkerut.      Kemudian datuk meraba telinga kirinya tiga kali berturut‐turut. Wajahnya  kelihatan beransur tenang dan tarikan nafasnya bertambah aman. Datuk pun  membuka matanya dengan perlahan‐lahan dan merenung ke kiri dan ke kanan.  Wajah saya dan wajah Tok Kaya Sendi Diraja direnung dengan tajam oleh datuk.      "'Begini Tok Kaya. Penunggu ini sedia menemui kita”, kata datuk.    "Bila?", soal saya tidak sabar.      "Malam ini, kira‐kira pukul sembilan”, jawapan datuk itu ternyata menimbulkan  kebimbangan di hati Tok Kaya Sendi Diraja, lalu dia mengemukakan pertanyaan.    "Dimana?" 

Page 258 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Di ruang rumah ini", jawab datuk dengan nada suara yang agak keras. Bagaikan  ada sesuatu kuasa ghaib, Norlin yang terlentang di atas katil bangun dengan  tiba‐tiba. Dia nampak sihat dan melangkah dengan tenang di hadapan datuk.    "Penunggu rumah sudah membebaskannya. Bawalah dia ke bilik mandi”, datuk  memberitahu isteri Tok Kaya Sendi Diraja. Arahan datuk itu segera dipatuhi.  Kemudian, datuk mengajak saya turun dari bilik Norlin.      "Saya dan cucu mahu memetik bunga tujuh jenis, jadi Tok Kaya tak payahlah  ikut”, beritahu datuk pada Tok Kaya Sendi Diraja.      "Silakan."    "Tapi jangan lupa. Lepas sembahyang Isyak datang jumpa saya ambil air bunga."      "Mesti”, datuk dan Tok Kaya Sendi Diraja pun ketawa.    Dengan pertolongan Pak Ayub Naim, saya dan datuk terus pergi ke Kampung  Keramat Pulai. Pak Ayub Naim terus membawa kami ke satu kawasan di kaki  gunung. Menurut PakAyub Naim semua jenis bunga yang tumbuh di kawasan itu  boleh dipetik. 

Page 259 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    "Tak payah minta kebenaran dari tuannya?", tanya datuk penuh keraguan.      Pak Ayub Naim tersenyum.      "Tanah ini, tanah Tok Kaya sendiri, ambillah."      "Senang hati saya. Kita nak buat ubat mesti dapat izin, kalau dah Tok Kaya punya  senanglah kita berunding”, datuk mengakhiri cakapnya dengan ketawa kecil.  Kawasan di kaki gunung itu memang lapang. Di gunung paling hujung ada tempat  orang memecah batu.      Banyak anak muda Keramat Pulai yang bekerja dengan syarikat pemecah batu  disitu. Arah ke selatan terdapat kawasan kolam lombong tinggal dengan air yang  membiru. Terdapat beberapa orang kampung dari Keramat Pulai memancing di  kolam lombong tinggal itu.      Satu perkara yang menarik, semua jenis bunga terdapat di kawasan tanah lapang  Page 260 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tersebut. Sesekali bila angin datang saya dapat menghidu baru yang cukup wangi.  Datuk pun sudah dapat mengumpulkan tujuh jenis bunga. Semuanya datuk  masukkan ke dalam bekas khas. Ketika itu, kaki langit sudah bertukar warna.  Puncak gunung yang tadi kelihatan hijau dengan tumbuh‐tumbuhan bertukar  menjadi hitam sekata.      "Siapa yang tanam pokok‐pokok bunga di sini?", soal datuk pada Pak Ayub Naim.  Lelaki tua yang sudah beruban itu kerutkan dahi luasnya sebentar.      "Arwah ayah Tok Kaya, masa hayatnya dia selalu jalan di sini setiap malam  jumaat, waktu bulan penuh."    "Buat apa dia ke sini?"      "Itu saya kurang periksa pula."      Mendengar jawapan itu, datuk tidak lagi mengajukan sebarang pertanyaan.  Tetapi cakap Pak Ayub Naim itu menimbulkan beberapa persoalan dalam diri  saya.   

Page 261 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Apakah arwah ayah Tok Kaya Sendi Diraja mempunyai hubungan sulit dengan  makhluk asing? Apakah pokok‐pokok bunga yang di tanam di kawasan kaki  gunung itu mempunyai tujuan yang tertentu? Cukup sukar untuk saya memberi  jawapan pada pertanyaan yang timbul dalam diri saya itu.      Kamipun meninggalkan kawasan kaki gunung itu. Waktu saya dan datuk serta Pak  Ayub Naim melintasi jambatan yang merintangi sebuah anak sungai, suara azan  terdengar dari surau kecil yang terletak di tepi sungai.    Datuk pun memutuskan untuk menunaikan fardhu Maghrib di surau Keramat  Pulai. Selepas menunaikan fardhu Maghrib, kami meneruskan pejalanan ke rumah  Tok Kaya Sendi Diraja.    Kali ini saya tidak mahu naik basikal yang di kayuh oleh datuk. Saya memutuskan  mahu naik basikal yang di bawa oleh Pak Ayub Naim.      "Kenapa?"    "Saya mahu bercakap dengan Pak Ayub Naim"     

Page 262 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Hum, terpulanglah. Boleh ke bawa cucu kami Ayub?"      "Boleh, apa salahnya”      Saya pun terus melompat ke atas lanting basikal. Entah macam mana, Pak Ayub  Naim terus bercerita tentang keistimewaan arwah ayah Tok Kaya Sendi Diraja.  Menurut Pak Ayub Naim, ayah Tok Kaya Sendi Diraja pemah mendapat harta  karun di kaki gunung iaitu tempayan tembaga yang sumbing mulutnya.      Tempayan itu tidak di bawa pulang. Ditempatkan di satu kawasan dan dimandikan  dengan air bunga‐bungaan selepas sembahyang Jumaat. Sejak bertemu tempayan  tentang itu, pemiagaannya bertambah maju. Lombong bijih terus dibuka hingga  ke Jeram Mengkuang dekat Bidor. Bila ayah Tok Kaya Sendi Raya meninggal dunia,  tempayan tembaga itu terus ghaib entah ke mana.      Lebih kurang pukul sembilan malam, sesudah dimandikan dengan air bunga tujuh  jenis, Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya kelihatan tenang dan penuh semangat  untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Begitu juga dengan Norbaya, Norlin  dan Pak Ayub Naim suami isteri. Semuanya duduk di atas tikar mengkuang  panjang dua belas. Norlin mengadu pada datuk yang dirinya terasa pening.   

Page 263 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Datuk pun menyuruh dia baring dekat ibunya. Sesuai dengan permintaan datuk,  hanya tiga batang liIin sahaja yang di pasang menjadikan suasana agak  samar‐samar. Datuk pun duduk lurus‐Iurus.      Mulut datuk terkumat‐kumit. Suasana cukup sunyi, macam berada di tanah  perkuburan di waktu petang. Hanya bunyi tekanan nafas sahaja yang kedengaran.  Entah dari mana, tiba‐tiba terdengar sayup‐sayup suara lolongan anjing.    Cukup menghairankan, sekitar kawasan itu tidak ada orang yang memelihara  anjing. Udara mendadak sahaja menjadi sejuk. Apa terdengar suara orang  mengeluh dari bilik sebelah. Norlin tiba‐tiba bangun lalu memandang wajah  ibunya.    "Bersedialah, sebentar lagi dia akan datang”, ujar datuk perlahan‐lahan tetapi  cukup tegas. Apa yang dikatakan oleh datuk itu memang benar. Di hadapan,  secara perlahan‐lahan muncul semacam gumpalan kabus, bergulung‐gulung dan  kemudian menipis pula secara perlahan‐Iahan.    Bila gumpalan kabus itu hilang, muka isteri Tok Kaya Sendi Diraja berubah  menjadi pucat begitu juga dengan Norlin. Ada lembaga berbentuk bayi  terapung‐apung tanpa seurat benang pun. Matanya yang bercahaya itu  memandang wajah Tok Kaya Sendi Diraja dan isteri. Dari situ beralih pula ke muka  Norlin.     

Page 264 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Siapa namamu anak yang baik?”, tanya datuk.      "Saya belum ada nama”, jawab bayi itu. Tidak terkeluar dari mulut bayi tersebut,  tetapi datangnya dari satu arah yang lain dan bergema pula. Datuk terus  merenung ke arah bayi itu.      "Apakah kau yang punya rumah ini?”, tanya datuk.    Badan datuk saya lihat mula menggigil bagaikan di goncang oleh sesuatu.      "Kau tinggal menetap di sini?", soal datuk lagi.      "Tidak”, terdengar suara gema yang agak jauh.      "Kenapa kau ganggu Norlin?"    "Saya cuma nak jumpa emak saya, isteri Tok Kaya Sendi Diraja" 

Page 265 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Isteri Tok Kaya Sendi Diraja mula mengelabah, kemudian terpekik tertahan‐tahan.  Datuk memberi isyarat pada semua yang ada di situ supaya bertentang. Tetapi  perubahan wajah jelas kelihatan pada Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya.      "Apa fasal kau mahu menemui ibumu?"      "Saya minta di pertanggungjawabkan"      "Maksudmu aku faham"    "Kenapa saya dibunuh?"      "Jadi ibumu telah membunuhmu?"      "Ya. Waktu saya tujuh bulan dalam kandungan dengan pertolongan doktor, saya  di keluarkan dari rahim secara paksa"    Page 266 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Sebaik sahaja suara itu hilang, diganti pula dengan suara tangisan. Suara itu  terdengar sayup‐sayup dan amat memilukan. Datuk meletakkan kedua belah  tangannya atas tempurung lutut. Salah satu dari pada api lilin dihadapannya di  padamkan.      "Kau mahu membalas dendam datang ke sini?"      "Bukan itu maksud saya"      "Jadi apa tujuan mu yang sebenar?"      "Saya memerlukan nama, dan pengakuan dari ibu yang sebenar dan kaum  keluarga"      "Baiklah, selain dari aku dan cucuku, ada ayah, emak dan kakak atau adik kau.  Mereka sudah mengakui kau sebagai keluarga mereka”,ujar datuk sambil  merenung muka Tok Kaya Sendi Diraja. Tok Kaya Sendi Diraja dan isteri  serta‐merta anggukkan kepala. Datuk mengigit bibir lalu bertanya:   

Page 267 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Siapakah orang yang selalu muncul di sini, seperti yang pernah ditemui oleh  cucuku dan orang lain itu?"    Bayi itu kelihatan berpusing‐pusing, lalu berdiri dekat tiang seri. Dia seakan‐akan  ketawa menghadapi ke arah kami. Terdengar bunyi angin yang cukup kuat. Semua  yang ada di ruang rumah berterbangan. Walaupun begitu api lilin yang tidak jadi  padam.      "Mereka adalah waris dari keturunan datuk nenekku, merekalah yang memberi  jalan kemewahan pada keturunan ayah dan ibuku. Dan merekalah yang mendesak  aku supaya menemui ibuku yang sebenar." Terdengar gema suara dari arah kiri  datuk.      "Baiklah, mereka sudah tahu sekarang. Mereka akui kau adalah keturunan  mereka. Pulanglah jangan ganggu kakakmu Norlin”, datuk terus bersuara.      "Aku mahu bersalam dengan mereka”,minta bayi itu.    "Silakan”    Keluarga Tok Kaya Sendi Diraja menghulurkan tangan, ternyata mereka tidak  bersalaman dengan bayi itu. Mereka hanya macam terasa angin yang tenang 

Page 268 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

mengenai jari‐jemari mereka. Seperti waktu mula muncul, bayi itu terus berubah  menjadi gumpalan yang kabur, kemudian menipis, dan akhimya terus menghilang.      Setelah beberapa detik berlalu, datuk kembali bertafakur dan membaca sesuatu.  Dengan nada suara yang parau dan mengandungi maksud tertentu, datuk  bersuara:      “Bangunlah wahai hati nurani yang tidak di kuasai oleh nafsu. Bangun dan  temuilah kami"      Suasana bertambah sepi. Tidak ada seorang pun yang sedar tentang isteri Tok  Kaya Sendi Diraja yang jatuh pengsan. Datuk meletakkan tangannya ke atas dahi  isteri Tok Kaya Sendi Diraja.      ”Saya tak tahu masa bila dia pengsan”, kata Tok Kaya Sendi Diraja.      "Jangan khuatir, kita mencari jalan yang baik”, balas datuk lalu menepuk tikar  mengkuang panjang dua belas.   

Page 269 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Isteri Tok Kaya Sendi Diraja bangun. Duduk bersila, wajahnya pucat. Sepasang  matanya merenung mata datuk.    "Siapakah yang datang tadi? Hati nurani cik puan yang tidak di kuasai oleh  nafsu?", tanya datuk pada isteri Tok Kaya Sendi Diraja. Dia mengangguk.  Wajahnya resah tidak menentu.    "Kau menggugur anakmu waktu berusia tujuh bulan?"    Isteri Tok Kaya Sendi Diraja angguk kepala.      "Kenapa kau berlaku sekejam itu?"      "Sebelum saya kahwin dengan Tok Kaya Sendi Diraja, saya jadi tukang masaknya.  Kemudian terjadi perkara yang tidak baik, saya terus diam dibahagian atas rumah  ini. Apabila genap tujuh bulan, saya dengan persetujuan Tok Kaya Sendi Diraja  menggugurkan bayi ini dengan seorang doktor swasta di Kuala Kangsar"      Satu pengakuan yang jujur dari isteri Tok Kaya Sendi Diraja. Dan Tok Kaya  mengakui apa yang dikatakan oleh isterinya itu memang benar. Datuk pun  merenung wajah Tok Kaya Sendi Diraja. 

Page 270 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    "Awak berdua sudah melakukan dosa”, ujar datuk pada Tok Kaya Sendi Diraja.  Isteri dan suami berpandangan sama sendiri. Sekarang semua peristiwa buruk itu  sudah tidak menjadi rahsia lagi buat keluarga diri Tok Kaya Sendi Diraja. Tok Kaya  Sendi Diraja menundukkan mukanya dan dia baru sedar, bahawa kekayaan yang  ada tidak dapat menutup perbuatan terkutuknya.      "Lupakan semuanya itu. Yang berdosa tetap berdosa. Hanya Allah yang Maha  Besar lagi Penyayang sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman yang setimpal  dengan perbuatan kamu berdua”, tambah datuk.      Tok Kaya terus menarik tangan datuk pergi ke ruang bawah. Saya mengikutinya  dari belakang. Saya tidak tahu apa yang mereka bicarakan. Selepas bercakap  datuk pun mengajak saya ke biliknya. Sebaik sahaja pintu bilik di buka, wajah  lelaki yang garang berbadan besar tercegat di dalam bilik. Datuk berhenti di  hadapannya. Datuk pun memejamkan mata.      "Aku hanya datang untuk membetulkan mana yang silap”, kata datuk pada  lembaga itu yang bergerak ke kanan sambil tersenyum dan terus hilang.    SBDJ (Jilid 01) Siri 24: Puaka Tiang Seris 

Page 271 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Lebih kurang pukul dua belas malam, Tok Kaya Sendi Diraja datang menemui  datuk. Dia pun menceritakan apa yang berlaku sebentar tadi memang tidak di  duganya. Kalaulah dia tahu kejadian itu akan membuka rahsia dirinya, memang  dia tidak akan mengundang datuk kerumahnya. Tetapi, datuk terus menasihati  Tok Kaya Sendi Diraja supaya menerima kenyataan ini dengan rela hati.    "lnilah kuasa Allah, dia melakukan sesuatu atau menunjukkan sesuatu di dunia  untuk kita supaya kita sedar. Allah boleh melakukan pembalasan terhadap kerja  yang tidak direlakanNya di muka dunia tanpa menunggu kita menemui ajal”      Apa yang di perkatakan oleh datuk itu di akui oleh Tok Kaya Sendi Diraja. Dan  malam itu juga, Tok Kaya Sendi Diraja menyatakan hasratnya untuk pergi  menunaikan fardhu haji ke Tanah Suci Mekah. Bila melihat keadaan sudah tenang,  datuk pun memberitahu Tok Kaya Sendi Diraja tentang hasratnya untuk pulang ke  kampung. Mendengar kata‐kata itu, Tok Kaya Sendi Diraja nampak resah.    "Kenapa cepat sangat nak balik? Tunggulah sehari dua lagi”, tahan Tok Kaya Sendi  Diraja.      Datuk tersenyum sambil melihat langit petang yang berwarna kemerah‐merahan  dari anjung rumah.    ”Kita ada anak isteri, ada binatang yang perlu di tengok Tok Kaya” 

Page 272 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    ”Apa yang dirisaukan, ada yang menjaganya”      "Betul. Tapi isteri kita pun dah uzur jadi tak boleh tunggu sehari dua”      Tok Kaya Sendi Diraja bangun dari kerusi. Berjalan ke depan, dekat tingkap. Kedua  belah tapak tangannya menekan jenang tingkap.      "Saya masih mengharap pertolongan awak. Barang kali inilah pertolongan akhir  saya minta", kata Tok Kaya Sendi Diraja sambil memusingkan badannya  memandang wajah datuk.    Tok Kaya Sendi Diraja datang dekat datuk lalu duduk atas kerusi.    "Apa lagi yang mahu saya tolong?”      ”Masalah itu dah selesai, tetapi ada masalah lain"    Page 273 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Maksud Tok Kaya?”      "Orang berbadan besar yang selalu ganggu saya"    Datuk terdiam. Matanya tajam merenung keluar pada pokok‐pokok pisang di  dada jalanraya Ipoh‐Kuala Lumpur yang tidak putus dengan kenderaan.      Ada sesuatu yang datuk fikir. Saya memang mengharapkan supaya datuk menolak  permintaan Tok Kaya Sendi Diraja itu. Sudah bosan saya tinggal dirumah itu. Jiwa  dan fikiran saya tidak pernah tenang dan aman.    "Baiklah, apa yang Tok Kaya mahu dari saya?"      "Menghalau penunggu rumah ini"      "Satu kerja yang sulit. Kalau dia datang kemudian senanglah kita. Tetapi, kalau  sudah jadi penunggu turun temurun memang payah”     

Page 274 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Sebabnya?"    "Ini merupakan satu dari warisan keturunan Tok Kaya"    Jawapan dari datuk itu mendatangkan rasa yang amat kecewa pada diri Tok Kaya  Sendi Diraja. Renungan matanya begitu redup tertumpu ke arah muka datuk.  Datuk bagaikan tahu apa yang bergolak dalam dada Tok Kaya Sendi Diraja.      Dalam sejarah saya mengikuti kegiatan datuk, belum pernah dia menolak setiap  pertolongan yang di minta darinya. Permintaan Tok Kaya Sendi Diraja tidak dapat  ditunaikannya, tanya saya dalam hati.      "Kalau Tok Kaya berhajat juga, boleh saya cuba", datuk memberi harapan.      Segaris senyum senang berlari di bibir Tok Kaya Sendi Diraja. Datuk meminta Tok  Kaya Sendi Diraja mencari tempat bara. Datuk juga mahu bara yang diisikan ke  tempat itu mestilah bara dari kayu keruing yang melintang uratnya. Dengan susah  payah Tok Kaya Sendi Diraja mencari kayu keruing melintang urat.      Nasibnya cukup baik, dengan pertolongan Pak Ayub Naim kayu itu diperolehinya. 

Page 275 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Kayu itu dibakar dan diambil baranya. Semua diserahkan pada datuk. Datuk pun  melihat ke langit lagi sekali.      Dia melihat awan putih yang bergerak lembut kearah matahari. Bila sebahagian  daripada awan itu menutup bahagian pinggir matahari, datuk pun melompat dan  bersuara:    "Bawa perasap itu ke tengah ruang”      Saya sambar tempat bara api dan berlari membawanya ke tengah ruang rumah,  dan meletakkannya di situ. Saya berpatah balik ketempat datuk. Saya lihat datuk  sedang bercakap dengan Tok Kaya Sendi Diraja.      "Di mana kau letakkan benda tu?", tanya datuk.    "Di tengah rumah"      Datuk lagakan gigi atas dengan gigi bawah. Tangan kanannya menyentuh dinding  rumah. Mata datuk kelihatan rapat dan tangan kirinya diletakkan atas bahu Tok  Kaya Sendi Diraja. Secara mendadak saya lihat Tok Kaya Sendi Diraja jatuh, 

Page 276 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

macam ditendang sesuatu. Datuk buka mata dan memandang tepat ke arah saya.  Dia pun membangunkan Tok Kaya Sendi Diraja sambil berkata:    "Salah satu tiang di dalam rumah ini ada penunggunya"    Muka Tok Kaya Sendi Diraja kelihatan pucat. Badannya mengeletar. Bibirnya  kelihatan kebiru‐biruan.      "Datuk nenek Tok Kaya dulu memeliharanya dengan tujuan penjaga rumah”, jelas  datuk.      "Saya tak tahu"      "Sekarang Tok Kaya dah tahu”, ujar datuk dengan ketawa memanjang. Tok Kaya  Sendi Diraja pun tersengih. Datuk pun menyuruh saya meletakkan tempat  perasap dekat tiang seri. Perintah itu saya patuhi. Bila saya mahu melangkah  menrapati Tok Kaya Sendi Diraja dan datuk, saya dapati mereka sudahpun berada  dekat saya.    "Duduk”, kata datuk.   

Page 277 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Saya pun duduk, begitu juga Tok Kaya Sendi Diraja. Saya duduk sebelah kanan dan  Tok Kaya Sendi Diraja duduk sebelah kiri datuk. Semua menghadap ke arah  tempat perasap. Datuk menaburkan kemenyan dalam bara api. Asap kemenyan  menguasai ruang rumah. Datuk bertafakur sejenak. Matanya rapat dan kedua  lengan terletak di atas kepala lutut. Suasana dalam rumah itu terasa aneh sekali.  Terlalu sepi, saya rasa seolah‐olah berada di satu tempat yang cukup tenang dan  terdengar bunyi air sungai mengalir. Dari tiang seri rumah terhidu bahu yang  cukup harum. Saya mengerling dengan ekor mata ke arah tiang seri itu. Saya lihat  tiang seri itu mengeluarkan asap nipis, kemudian terus hilang. Datuk pun menoleh  ke arah Tok Kaya Sendi Diraja dan terus berkata:  "Ada tanda kejayaannya”      Tok Kaya Sendi Diraja terus tersenyum. Datuk pun menyatakan padanya bahawa  dia telah dapat berbicara dengan menunggu itu secara perasaan dengan tenang  sekali. Penunggu rumah itu akan keluar menemui datuk pada tengah malam  nanti. Sebelum bertemu, penunggu yang berwajah garang dan berbadan besar itu  minta diadakan satu upacara kecil dengan menepung tawar tiang seri. Satu  permintaan yang cukup mudah dilaksanakan.    Menjelang waktu Maghrib, tiang seri itu pun ditepung tawar datuk. Tok Kaya  Sendi Diraja dan anak isteri turut menyaksikan upacara kecil itu.      "Begitu saja, biar saya uruskan. Tok Kaya jangan campur tangan dalam soal ini”,  ujar datuk dengan tenang. 

Page 278 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Maksud awak?"      "Begini. Saya akan berjumpa dengannya secara terbuka. Biar saya tanya  asal‐usulnya dan petua bagai mana mahu menghalaunya”    "Saya mahu tengok"      "Percayalah pada saya. Kalau baik berita yang saya dapat, berita baiklah yang  akan saya beritahu, dan begitulah sebaiknya"    Tok Kaya Sendi Diraja sejutu. Dia yakin datuk mahu menolongnya dalam masalah  ini. Tok Kaya Sendi Diraja yakin datuk tidak memiliki hati yang bercabang.    "Kalau dah begitu kata awak, saya menurut saja”, jawapan itu amat  menyenangkan hati datuk.      Tepat jam dua belas malam, datuk pun meletakkan bantal dua bertindih dibucu  katil. Cadar katil yang berwarna kuning di bentangkan atas lantai. Cukup teliti  datuk menyusun kedudukan barang‐barang di atas katil. Sekali padang bagaikan  singgahsana raja‐raja zaman silam, seperti yang selalu kita tonton dalam filem 

Page 279 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

purbawara keluaran tempatan dalam tahun enam puluhan. Datuk mengenakan  baju dan seluar hitam, berkain samping merah, memakai tanjak dan sebilah keris  tersisip di pinggang. Datuk juga menyuruh saya berpakaian kemas. Saya di suruh  oleh datuk duduk di kaki katil. Saya diberi perintah supaya jangan panggungkan  kepala walau apa pun yang berlaku dalam bilik.      Suasana bertambah sepi. Bulu roma saya secara mendadak meremang. Saya  terasa cukup seram. Bunyi kaki orang melangkah jelas kedengaran dan dituruti  dengan bunyi tapak kaki kuda di luar bilik. Datuk pun memadamkan lampu dan  menyalakan sebatang Iilin. Saya cukup resah. Suasana yang sepi bertukar menjadi  agak bising dengan bunyi angin dan daun tingkap terbuka sendiri. Suara burung  jampuk kedengaran sayup‐sayup bersama lolongan anjing yang memanjang. Ada  kalanya lolongan anjing itu berbunyi macam orang menangis dan ketawa. Tetapi,  bunyi lolongan memanjang dan sayu lebih kerap didengar. Datuk berdiri dekat  pintu.      Daun pintu terbuka dengan sendiri dan serentak dengan itu api Iilin pun padam.  Saya resah di dalam kegelapan. Kali ini saya dapat mendengar dengan pasti bunyi  orang duduk atas katil. Kerana gelap saya tidak dapat melihat bentuk manusia itu.  Saya terdengar bunyi suara orang batuk dari atas katil, serentak dengan itu  suasana gelap bertukar menjadi samar‐samar atau dalam istilah daerah tempat  saya keadaan begitu di panggil celah‐celah tanah.    Kerana ingin tahu, larangan datuk saya langgar. Saya panggungkan kepala sedikit  dan ekor mata kanan menjeling ke arah katil. Saya lihat seorang lelaki berbadan  besar, siap dengan tanjak dan bintang kebesaran duduk atas bantal. Misainya  cukup lebat. Sinar matanya tajam dan di sebelah lutut kanan tersimpuh seorang  Page 280 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

puteri.    "Apa hajat?", terdengar suara parau.      "Minta tuan hamba keluar dari sini”, balas datuk.  "Minta maaf. Janji kita, selagi tiang seri ini berada di rumah ini, kita tidak keluar.  Itu janji kita dengan tuan punya rumah asal"      "Saya minta pada tuan hamba. Saya minta maaf kami sekadar meminta”      ”Kau dan aku adalah makhluk Allah. Kenapa harus menghalau makhluk lain yang  punya niat baik"    "Maksud tuan hamba?"      "Aku dari jin yang percaya pada hukum Allah dan memang taat pada perintahnya.  Biarlah kami hidup di sini, sama‐sama menjalankan hukum Allah dan melawan  perkara yang buruk"   

Page 281 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

ltulah percakapan datuk dengan makhluk ganjil itu. Datuk terdiam. Makhluk ganjil  itu turun dari katil dan duduk berhadapan dengan datuk. Saya lihat mereka  bagaikan memperkatakan sesuatu. Perkara itu berlangsung agak lama dan saya  bagaikan di pukau kerana secara mendadak saya terasa mengantuk dan terus  tidur. Apa yang berlaku sesudah itu tidak saya tahu.      Setelah menyelesaikan sembahyang subuh, datuk terus membaca surah Yassin  hingga tamat. Saya membaca beberapa buah kitab yang memang dibawa khas  oleh datuk untuk saya baca bagi mengisi masa lapang. Subuh itu, saya membaca  kitab Tajul Muluk. Seronok juga membacanya.    Tetapi datuk tidak berapa menggalakkan saya membaca kitab tersebut. Dia lebih  suka kalau saya membaca kitab‐kitab fekah yang ada hubungannya dengan  hukum‐hukum agama Islam. Lebih kurang pukul tujuh pagi, datuk pun menemui  Tok Kaya Sendi Diraja di ruang bawah.    Apa yang berlaku malam tadi datuk ceritakan secara terperinci pada Tok Kaya  Sendi Diraja. Tok Kaya Sendi Diraja mengeluh panjang kerana datuk tidak berjaya  mengusir penunggu rumah tersebut. Menurut datuk, berdasarkan cerita dari  makhluk ganjil itu, penunggu itu akan berada di situ sampai satu masa yang tidak  dapat ditentukan, kecuali kalau rumah tersebut dirobohkan dan tiang seri yang  berwarna kekuningan itu dihanyutkan kelaut.    Datuk juga memberitahu Tok Kaya Sendi Diraja, moyangnya dulu membeli  kayu‐kayu itu dari sebuah istana lama di Acheh, Indonesia. Kayu‐kayu itu di bawa  dengan sebuah tongkang dan mendarat di pelabuhan Bagan Datuk.    Page 282 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Moyang Tok Kaya Sendi Diraja menyewa tongkang tersebut dengan seorang  kawan yang berasal dari Sumatera. Kawannya itu pula menggunakan kayu‐kayu  itu untuk membuat rumah di Papan dekat Pusing, Batu Gajah. Rumah binaan  kawannya itu terkenal sebagai Istana Papan. Sekitar tahun tujuh puluhan, istana  papan itu masih wujud lagi dan di jaga oleh anak buah kawan moyang Tok Kaya  Sendi Diraja. Apakah istana itu masih wujud sekarang, saya tidak pasti kerana  kawasan itu telah di tinggalkan untuk kerja‐kerja melombong bijih timah.      "Bagaimana kalau bangunan rumah itu diruntuhkan dan tiang serinya kita  hanyutkan kelaut?”, tanya datuk pada Tok Kaya Sendi Diraja.      "Sayang, itu rumah pusaka"      "Kalau begitu biarkan ia tegak di situ. Kita cuma harus hati‐hati jangan membuat  kerja yang tak baik. Tiap‐tiap malam Jumaat panggil orang‐orang berdekatan  membaca surah Yassin. Usah bimbang dia sekadar menumpang dan menjaga anak  buah Tok Kaya"      "Apa boleh buat saya terpaksa berhadapan dengan semuanya ini”, keluh Tok Kaya  Sendi Diraja sambil tersenyum. Inilah kali pertama datuk gagal dalam usahanya.  Anehnya, datuk tidak pemah merasa kesal dengan peristiwa yang terjadi.   

Page 283 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh datuk. Waktu  datuk dan saya mahu meninggalkan rumah Tok Kaya Sendi Diraja pada pagi  selasa, Tok Kaya menghulurkan sebanyak lima ratus ringgit pada datuk. Sayangnya  pemberian itu di tolak oleh datuk, dia sekadar mengambil wang tambang untuk  pulang yang berjumlah tidak sampai sepuluh ringgit.  Enam bulan kemudian, Tok Kaya Sendi Diraja dan keluarganya berpindah  kerumah baru, di Jalan Lapangan Terbang, Ipoh. Rumah besar yang di tinggalkan  itu telah di sewa oleh Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Jabatan Pelajaran telah  menempatkan guru‐guru pelatih perempuan yang gagaI ke    Maktab Perguruan Perempuan Durian Daun, Melaka. Dan bangunan itu di kenali  oleh masyarakat setempat sebagai pusat latihan guru‐guru normal. Beberapa  orang guru pelatih perempuan telah dicampakkan menerusi tingkap oleh  penunggu rumah besar itu, kerana bercakap tidak senonoh dan mandi terlanjang.  Salah seorang daripada mangsanya, berasal dari Tanjung Belanja dekat Parit yang  sekarang masih mengajar di daerah Krian. Sudah mempunyai dua orang cucu.      Tempat yang paling keras ialah tingkat atas. Lagi sekali datuk diundang ke rumah  batu tersebut. Datuk pun memberi beberapa petunjuk untuk dipatuhi oleh  guru‐guru pelatih perempuan yang tinggal di situ. Bila arahan itu di patuhi  kejadian yang ganjil itu tidak berlaku lagi. Sejak Tok Kaya Sendi Raya berpindah ke  rumah baru, hubungannya dengan datuk tidak putus. Ketika anaknya Norbaya  menikah dengan orang Balik Pulau, Pulau Pinang, Tok Kaya sendiri menjemput  datuk datang ke rumahnya dengan kereta. Begitu juga, ketika menghantar Norlin  ke London untuk menyambungkan pelajarannya, datuk dijemput dan dibawa ke  lapangan terbang Kuala Lumpur.    Page 284 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Tetapi nasib Tok Kaya Sendi Diraja kurang baik. Sebaik sahaja anaknya Norlin  menamatkan pengajian di England, anaknya terus menikah dengan orang putih  dan menetap di Essex, kira‐kira 60 km dari London.      Perbuatan anaknya itu amat mendukacitakan hati Tok Kaya Sendi Diraja. (Tok  Kaya Sendi Diraja meninggal dunia dalam tahun 1971. Norlin dan suami serta dua  orang anaknya tiba sesudah jenazah Tok Kaya Sendi Diraja dimasukkan ke dalam  lubang kubur di tanah perkuburan orang Islam Garap berhampiran jalan besar  Ipoh‐Kuala Kangsar).    Kepulangan datuk ke kampung kali ini amat berbeza sekali. Dia selalu sahaja  mengadu kepada nenek yang dirinya, kerap diserang sakit tulang. Bila sakit itu  datang, datuk terpaksa duduk berhari‐hari di atas katil. Berbagai ubat cara  kampung dilakukan, sakitnya itu cukup susah mahu sembuh. Dan datuk lebih  banyak menghabiskan masanya dengan membuat amal ibadat. Kegemarannya  menembak ayam hutan dilupakannya sarna sekali.      Tetapi isteri mudanya orang bunian selalu mengunjunginya terutama di malam  Jumaat dengan membawa ubat‐ubat dari akar kayu, ternyata ubat‐ubat itu tidak  memberikan sebarang kesan pada datuk. Saya dan cucu‐cucu yang lain telah  membawa datuk menemui doktor swasta di Taiping, Setiawan dan Ipoh, namun  usaha itu juga tidak berjaya. Menurut doktor yang di temui sakit datuk itu adalah  sakit biasa yang akan di alami oleh kebanyakan orang lelaki bila berusia hampir  empat puluh tahun.      Page 285 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Inilah akibatnya bila waktu muda kerja terus merantau ke sana kemari, dah tua  penyakit pula hinggap”, keluh datuk pada suatu petang.      "Itu dah adat dunia, apa datuk takut pada mati?" tanya saya.    Datuk ketawa terkekeh. Secara terang‐terangan dia mengatakan pertanyaan dari  saya itu satu pertanyaan yang bodoh.      "Mati apa yang ditakutkan, cuma kita bimbang kalau amalan kita semasa masih  hidup tidak sempurna sebagai seorang Islam. Mati memang menanti kita”, jawab  datuk.    Saya terdiam. Cakapnya itu memang benar dan tepat sekali. Saya menghabiskan  masa petang itu dengan mendengar cerita dari datuk tentang pengalaman masa  mudanya. Adakalanya saya ketawa berdekah‐dekah, bila datuk membuka kisah  lucu yang pernah dialaminya.Bila duduk berduaan begitu terasa betapa mesranya  datuk melayani saya. Bila sampai waktu Maghrib, datuk terus memerintah saya  untuk menunaikan sembahyang Maghrib. Lepas Maghrib, datuk mengajar saya  untuk mengenali Allah dengan lebih dekat lagi. Dia mengajar saya tentang sifat  dua puluh. Dia juga mengajar saya cara‐cara sembahyang tahajjud dan  sembahyang hajat, di samping beberapa doa yang harus dibaca selepas  menunaikan sembahyang fardhu.     

Page 286 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Kau harus mengamalkan dalam hidupmu, selepas sembahyang Maghrib pada  tiap‐tiap malam Jumaat, eloklah kau membaca surah Yassin”, datuk mengingatkan  saya dan pesannya itu hingga kini masih terpahat dalam hati kecil saya.      Entah apa mimpi datuk, secara mendadak sahaja pagi itu kira‐kira pukul sembilan  dia mengajak saya pergi ke Pekan Air Tawar. Pada mulanya, saya amat keberatan  untuk pergi. Ada dua sebab kenapa saya tidak mahu pergi ke sana. Pertama, Air  Tawar bukanlah satu pekan yang besar. Kedua susana di pekan itu memang tidak  menarik minat saya.    "Aku nak jumpa kawan dari Changkat Keruing, selalunya setiap hari Selasa dia  turun ke Air Tawar”, begitu datuk menyatakan setuju utamanya dia mahu pergi ke  situ.    "Sekarang kita pergi Tok?"      "Tentulah, pergi bersiap”, ujarnya.      Saya pun tukar pakaian. Tidak sampai sepuluh minit saya pun sudah berada di kaki  tangga. Kemudian saya dan datuk jalan beriringan menuju ke gigi jalan raya.  Datuk menahan bas. Kira‐kira empat puluh minit berada dalam perut bas, kami  pun sampai ke tempat yang dituju. Setelah mundar‐mandir dalam pekan kecil itu,  datuk pun menemui kawan lamanya. Usianya tidak banyak beza dengan usia 

Page 287 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

datuk. Mereka bercakap panjang. Saya hanya tumpang dengar saja. Saya terkejut  bila kawan datuk itu mengajak datuk untuk pergi ke Kuala Terung dengan tujuan  tertentu.    Datuk menolak dengan alasan kalau sekedar pergi ke Kuala Terung untuk mencari  kayu bakau bagi kegunaan menahan tebing sungai dari arus deras, datuk tidak  mahu. Berceritalah kawan datuk itu tentang rumahnya yang dibina tepi tebing  Sungai Keruing. Tebing itu setiap hari runtuh kerana dilanda arus sungai yang  deras.    "Kaubina rumah di tempat lain, habis cerita”, kata datuk.    "Malas nak pindah"      "Kalau begitu, kau pacak tebing tu dengan batang buluh”, datuk memberi nasihat.      Kawannya terdiam. Mereka berpandangan dan senyum pun terukir di bibir  mereka kedua. Datuk merenung saya. Bahu kanannya dipegangnya serta ditekan.  Kemudian datuk merenung kedua‐dua biji mata kawannya lama‐lama. Keresahan  terbayang di wajah kawan datuk itu.    "Aku tahu tujuan kau yang sebenar mengajak aku ke Kuala Terung”, cukup  bersengaja tekanan nada suara datuk. Kawannya tersengih, dan wajahnya 

Page 288 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

bertukar kemerah‐merahan menahan rasa malu. Kawan datuk memalingkan  wajahnya ke arah lain.      "Kau berterus terang saja kau mahu meminta pertolongan dari aku”, sambung  datuk lagi. Dan kawannya anggukkan kepala. Saya terus menggigit bibir, mata  saya masih tertumpu kewajah kawan datuk.      "Aku tahu, kalau berterus terang, kau tidak akan menolongnya, kau dah benci  dengan kerja‐kerja menolong orang bukan?"      "Aku tidak pemah memikirkan hal itu. Kalau untuk kebaikan, aku tidak pernah  menolak."      "Salah dugaan aku”, keluh kawan datuk dengan nada suara yang mengandungi  kekesalan.      Kerana mahu bercerita agak panjang, kawan datuk itu mengajak saya dan datuk  masuk ke sebuah warung kepunyaan orang Melayu keturunan Mendailing yang  terletak di sudut kanan jalanraya menuju ke Lumut. Dengan rasa agak kesal  kawan datuk itu memberitahu kegagalannya menghalau syaitan yang  Page 289 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

bermaharajala di sebuah kampung dekat Kuala Terung. Akibat kegagalan itu  tangan kanannya terasa lumpuh dan kebas sepanjang malam. Tidurnya selalu di  ganggu oleh mimpi‐mimpi yang buruk dan menakutkan. Ada kalanya dia tidak  sedarkan diri sampai beberapa jam.      "Jadi apa yang harus aku buat dalam hal ini?", tanya datuk dengan nada suara  menurun.      Wajah kawannya itu direnungnya tepat‐tepat. Dengan tenang datuk menghirup  kopi dihadapannya.    "Kau aku harapkan menolong dalam hal ini"      "Susah menyambung kerja yang terbengkalai”, keluh datuk sambil merenung  kosong ke depan pada kenderaan yang bersimpang siur di dada jalan. Beberapa  detik masa berlalu tanpa diiringi dengan sepatah perkataan dari datuk dan  kawannya. Saya terus menghirup kopi panas.    "Biar aku fikirkan dulu, hari Selasa depan kau datang ke rumah aku”, beritahu  datuk pada kawannya.    Saya lihat kawan datuk itu tersenyum senang. Datuk dan kawannya berjabat  Page 290 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tangan sebagai tanda perpisahan. Waktu berada dalam bas untuk pulang, datuk  memberitahu saya bahawa kejadian aneh yang mengganggu penduduk dekat  Kuala Terung itu harus diatasi. Kalau dibiarkan nanti penduduk di situ salah  anggap dan melupakan kekuasaan Tuhan serta membuat kerja‐kerja yang  bertentangan hukum agama.      "Aku bimbang mereka akan menjadikan kubur itu sebagai tempat keramat”,  pendek saja datuk memberi tahu saya.    Dari apa yang datuk dengar melalui kawannya itu, jelaslah orang yang mereka  kuburkan di tanah perkuburan itu ketika hidupnya telah melakukan kerja‐kerja  yang ditunjukkan oleh syaitan.      "Orang perempuan atau lelaki tok?"      "Perempuan. Masa hidupnya aku ingat telah menduakan suami dan durhaka pada  suaminya sendiri”, beritahu datuk lagi pada saya. Satu keinginan timbul dalam  hati untuk mendengar cerita selanjutnya. Tetapi hasrat itu tidak terlaksana. Bagi  datuk mengajak saya berhadapan dengan kejadian itu lebih baik dari bercerita.    "Kau ikut aku ke sana"   

Page 291 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Ungkapan dari datuk itu amat menggembirakan hati saya.    SBDJ (Jilid 02) Siri 25: Sumpah Nasi Tangas    Suasana di pekan kecil Terung di pagi selasa dalam musim tengkujuh cukup  lembab. Lopak‐lopak yang terdapat berhampiran bangunan‐bangunan kedai di  situ ditakungi air akibat hujan yang memanjang pada sebelah malamnya.    Saya dan datuk masih lagi duduk di warung kopi sebelah kanan jalan menghala ke  Kuala Terung. Di perhentian bas terdapat kira‐kira 10 hingga 15 anak‐anak muda  menanti bas. Mereka mahu ke bandar Taiping menonton filem melayu.    Datuk mula resah, Air kopi sudah habis di cawan. Uda Lodin (kawan datuk) belum  juga tiba, Jam di dinding warung sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Saya  mengambil akhbar Utusan Melayu milik tuan punya warung yang terletak di meja  sebelah.      “Agaknya, ada aral di jalan,” keluh datuk. Saya renung wajah datuk dengan  senyuman. Orang silih berganti keluar dan masuk ke warung. Tiba‐tiba datuk  menekan pangkal ketiak kanan dengan tangan kiri.      “Alamat kurang baik,” ujar datuk tenang.  Page 292 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    “Maksud tuk, apa dia?”      “Kalau dia datang, kita tak boleh pergi ke Kuala Terung sebelum matahari berkalih  tempat. Kalau pergi juga, susah diri kita.”      “Jadi apa yang patut kita buat tuk?”      “Tunggu sampai Uda Lodin tiba.”      Saya kembali membaca akhbar Utusan Melayu. Tepat jam sebelas, Uda Lodin pun  sampai dengan teksi sapu Blue Bird warna biji kundang. Uda Lodin meminta maaf.  Menurutnya, dia singgah di pejabat pos Pantai Remis menemui menantunya yang  bertugas di situ.      Dari Pantai Remis, dia naik teksi sapu dan berhenti di pekan Panchur membeli  buah kelapa dan nangka sebagai buah tangan kepada keluarga rumah yang akan  ditemuinya.  Page 293 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Begini saja, aku tak dapat pergi sekarang. Kira‐kira pukul lima petang ni kau  tunggu aku di situ dan kita pergi bersama,” kata datuk kepada Uda Lodin.      “Sebabnya?,”    “Kau jangan tanya, itu hal aku.”      “Di mana kau nak duduk sementara menanti pukul lima?,”    Datuk terus membayar harga minuman. Dia merenung muka saya sambil  tersenyum. Kemudian, kami bertiga keluar dari erut warung menuju ke jalan  besar.    “Begini Lodin, aku nak pergi ke Kampung Air Kuning. Pukul empat setengah aku  datang. Kau nanti aku di sini.”    “Baiklah.”    “Kau sediakan batang tepus, bunga durian tiga kuntum dan mayang pinang  berbunga sulung serta tujuh helai daun sirih yang bertemu urat.” 

Page 294 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    “Lagi?”    “Tak ada apa‐apa. Kalau kau tak tunggu, aku terus balik.”    “Mesti, saya tunggu.” Uda Lodin ketawa kecil.      Datuk dan saya terus naik bas menuju ke Kampung Air Kuning. Rumah yang kami  tuju adalah sebuah rumah berbumbung limas yang letaknya tidak berapa jauh  dari rumah Pendekar Meor Abdul Rahman, seorang guru seni silat gayung yang  terkenal.      Kata datuk, penghuni rumah itu adalah kenalan lamanya. Kami jadi hampa, bila  mendapati pintu dan tingkap rumah itu tertutup rapat. Seorang jiran  memberitahu bahawa tuan rumah dan keluarganya sudah pergi ke Pontian, Johor  kerana urusan nikah kahwin anaknya.      Datuk membuat keputusan untuk pergi ke Kampung Lalang di Padang Rengas.  Tetapi keputusan itu segera ditukar oleh datuk dengan alasan terlalu jauh. Lantas  dia membuat keputusan baru untuk pergi ke Batu 10 Terung. 

Page 295 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    Sebagai cucu yang amat sayang dan mencintai datuk sendiri, saya tidak  membantah. Elok pada datuk, eloklah pada diri saya, Datuk terus mencari teksi  sapu di Pekan Cangkat Jering. Akhirnya, kami naik teksi sapu Morris Minor  berwarna hitam yang dipandu oleh seorang lelaki India.    Tidak sampai setengah jam, kami sudahpun berada di rumah Shamsuddin., orang  Batu Bara. Dari percakapan antara Shamsuddin dan datuk, tahulah saya bahawa  datuk memang kenalan rapat pada ayah Shamsuddin dengan menyebut ‘Ayah  Tandang’.      Sebelum saya bertanya maksud perkataan itu, datuk telah menerangkan ‘Ayah  Tandang’ merupakan suatu perkataan yang berunsurkan penghormatan tinggi  pada orang ua di kalangan keturunan orang Batu Bara.      Lama juga datuk bercakap dengan Shamsuddin, termasuklah kisah‐kisah  pengalaman datuk bersama arwah ayah Shamsuddin. Belayar dari Sumatera  membelah Selat Melaka menuju ke Pengkalan Baharu waktu mula‐mula dulu.    “”Walaupun datuk kau dan saya datang dari Daerah berlainan di Sumatera, tetapi  mereka berkawan baik berdasarkan semangat Bahasa Melayu yang tidak  mengenal batas keturunan dan suku’” ujar Tandang Shamsuddin sambil  mengerling tajam kepada saya. 

Page 296 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Datuk tersenyum sambil berkata, “ Saya tahu sangat perangai ayah awak, cepat  panas baran, keras kepala dan berani. Saya puji dengan sifat tegasnya.”      “Agaknya, memang begitu sifat orang Batu Bara yang suka merantau.” Celah  Shamsuddin sambil menyatakan keturunan orang Batu Bara tidak banyak  terdapat di Malaysia kecuali di beberapa kampung di sekitar daerah Dinding  (sekarang Manjung) iaitu di Kampung Empat Puluh Pantai dan Kampung Bharu,  Lumut.      Salah seorang daripada orang Batu Bara itu telah meneroka bandar Lumut serta  Teluk Rubiah dan pernah berperang dengan angkatan tentera Siam serta Belanda  di Pulau Pangkor.      Ayah Tandang atau Shamsuddin (sudah meninggal dunia) adalah bapa kepada  salah seorang pengarah dan pelakon filem terkenal di tanah air dewasa ini. Masa  itu, bintang filem tersebut belum menjadi pelakon filem.      Menurut bapanya, anaknya pada masa itu sudah pergi ke Ipoh mengikut  abangnya yang menjadi salah seorang Pegawai RIDA (sekarang MARA).   

Page 297 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Hingga kini, saya tidak pernah berhadapan dengan bintang terkenal itu kecuali  melihat lakonannya di dalam filem.    Lebih kurang pukul tiga petang, saya dan datuk meninggalkan rumah Ayah  Tandang Shamsuddin dan terus naik bas menuju ke Pekan Terung. Uda Lodin  tidak mungkir janji. Dia menanti kami di tempat yang dijanjikan.    Pukul lima setengah petang dengan menaiki kereta salah seorang penduduk Kuala  Terung, saya dan datuk pun sampai ke tempata yang dituju. Kami menginap di  sebuah rumah yang terletak berhampiran dengan Pengkalan Nelayan.    Perkara pertama yang dilakukan oleh datuk ialah pergi melawat ke tanah  perkuburan. Ada beberapa perkara yang perlu datuk lakukan di situ.      Datuk hampir mahu membatalkan kerja‐kerjanya bila diberitahu bahawa kubur  orang yang disyaki dengan kejadian itu dikebumikan di Kampung Terung dan  bukan di Kuala Terung.      “Bagaimana?” tanya Uda Lodin.     

Page 298 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Mana dia rumah yang selalu didatanginya?” tanya datuk. Uda Lodin  menunjukkan sebuah rumah yang letaknya tidak jauh daripada tempat saya dan  datuk menginap.    Bentuk rumah itu agak sederhana dengan atap rumbia dan berdindingkan papan  lidah. Kedudukannya agak terpencil dengan rumah‐rumah yang lain di dalam  kampung tersebut. Saya, Uda Lodin dan datuk terus menuju ke rumah tersebut.    Uda Lodin memperkenalkan datuk kepada tuan rumah yang berkulit hitam manis,  berdahi luas dan rambutnya kerinting. Setelah bercakap beberapa patah  perkataan, lelaki itu mempersilakan kami naik ke rumah.      Perkara pertama yang diajukan oleh datuk pada lelaki tua yang menjangkau usia  lima puluhan ialah ; “Seminggu berapa kali dia datang?”      “Boleh dikatakan pada setiap malam.”      “Apa yang dibuatnya?”      “Makan sisa makanan yang lebih di dapur.” 

Page 299 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    “Sejak awak berikhtiar menghalaunya, apa pulak yang awak dapat?”      Lelaki itu terdiam, Biji matanya tertumpu ke wajah saya. Dia berkisar duduk  sambil memicit dagu tirusnya berkali‐kali. Datuk kerutkan dahi dan Uda Lodin  meraba misai tebalnya.    “Tak ada mendatangkan kesan. Dia tetap macam dulu,” ujar lelaki itu dengan  tenang sambil memberitahu, empat orang anak yang tinggal bersamanya sudah  berpindah ke rumah lain.      “Awak kenapa tak pindah?” soal datuk lagi.    “Buat apa menyusahkan orang,” sahutnya dengan jujur.    “Apa rancangan awak?” Tanya datuk lagi. Lelaki itu kerutkan dahi luasnya hingga  bergaris empat.    “Tak ada apa‐apa rancangan. Saya bimbang benda ganjil itu sudah mula  mengacau orang lain. Saya takut rumah saya akan dibakar oleh orang yang tidak  dapat mengawal perasaan.” 

Page 300 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Sebab?”    “Mereka yakin hantu itu adalah isteri saya.”    “Kau percaya dengan mereka?” tanya datuk lagi. Lelaki itu nampak resah dan  gelisah.      Tanpa ditanya oleh datuk, lelaki itu memberitahu dia juga yakin bahawa hantu  yang selalu menganggunya itu adalah hantu isterinya kerana setiap kali hantu itu  datang, dia pasti memanggil namanya. Dan suara itu serupa dengan suara  isterinya.      Adakalanya, semua barang‐barang di dapur seperti bawang dan cabai berubah  tempat ; satu kegemaran yang biasa dilakukan isterinya sebelum meninggal  dunia.    “Saya mahu berikhtiar menghalaunya,” nada suara lelaki itu lembut tetapi  mengandungi harapan yang besar.    Dia nampak resah dan sepasang matanya tertumpu ke wajah datuk dan Uda  Lodin. 

Page 301 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    “Saya bawakan orang yang boleh menolong awak.” Kata Uda Lodin sambil  menepuk dua kali bahu datuk yang berada di sebelahnya. Datuk tersenyum.      Datuk terus membisikkan sesuatu ke telinga lelaki itu. Dengan tenang, lelaki itu  menganggukkan kepala. Datuk menghampiri Uda Lodin.      “Barang yang aku minta, sudah kau sediakan?” Tanya datuk pada Uda Lodin. Saya  lihat Uda Lodin anggukkan kepala, macam ayam jantan jumpa ayam betina.    “Aku mahu tidur di sini dan kau bawakan barang‐barang itu ke sini,” beritahu  datuk pada Uda Lodin.    “Rumah yang saya sediakan itu, tak sesuaikah?”    “Sesuai. Aku kira di sini lebih baik lagi,” jawab datuk dan Uda Lodin pun terdiam.      Uda Lodin pun meninggalkan kami di situ. Uda Lodin pergi mengambil  barang‐barang yang disediakannya untuk dibawa ke rumah lelaki itu. 

Page 302 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    Bila barang‐barang tersebut diserahkan ke tangan datuk, Uda Lodin pun beredar  dari situ menuju ke rumah jirannya. Uda Lodin berjanji akan menemui datuk  sesudah sembahyang Isyak.      Datuk terus bercakap dengan lelaki yang menjangkau usia lima puluhan di ruang  tengah. Banyak benar pertanyaan yang diajukan datuk kepada lelaki itu untuk  menyingkap rahsia peribadi arwah isterinya.      “Saya selalu ke laut. Banyak hal yang berhubung dengan dirinya yang saya tak  tahu,” kata lelaki itu jujur. Datuk terdiam dan mati akal.      Kerana setiap kali pertanyaan yang berhubung dengan isterinya disoal itulah  jawapan yang diberikan oleh lelaki itu kepada datuk.      Akhirnya, datuk membuat kesimpulan bahawa perhubungan lelaki itu dengan  isterinya agak terhad dan penuh rahsia. Ada rahsia‐rahsia rumahtangga yang  dilindungi oleh si isteri dari pengetahuan suaminya.   

Page 303 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Tak apalah awak tak tahu. Saya cuba berikhtiar mengatasi masalah ini,” datuk  memberikan janji itu kepada lelaki tersebut.      “Memang itulah yang saya harapkan.”      “Awak pernah berkelahi dengannya?” tanya datuk lagi.    “Dulu, saya ni memang buas. Suka beristeri banyak. Isteri saya yang mati tu  adalah isteri yang kelima.” Lelaki itu mebuka rahsia.      Datuk menggigit bibir. Secara tidak langsung, dia sudah dapat mengetahui rahsia  diri lelaki yang nampak cemas itu.    “Isteri yang lain tu, ke mana perginya?”      “Semua saya ceraikan. Tetapi dengan isteri yang mati ini saya tak sanggup  berbuat begitu.”     

Page 304 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Kenapa?”    “Saya tak tahu. Saya cukup sayang dan mendengar perintahnya. Ada kalanya, saya  jadi bodoh bila berhadapan dengannya.”    “Begitu.” Suara datuk lembut. Dan datuk tidak meneruskan sebarang pertanyaan  terhadap diri lelaki itu.    Kerana waktu Maghrib sudah tiba, datuk menyuruh saya mengambil air  sembahyang di perigi. Saya lantas memberitahu datuk yang saya lebih senang  mengambil air sembahyang bersamanya.      “Kenapa?” tanya datuk.      “Periginya jauh tuk. Saya rasa seram.”      “Pergi! Tidak ada benda yang mesti kau takutkan,” nada suara datuk yang keras  sungguh menghampakan.    Saya tidak ada pilihan lain. Saya terpaksa pergi. Berdebar juga hati saya bila  memijak bumi di tengah cahaya yang sama‐samar itu. Lebih menggerunkan,  Page 305 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

sepanjang jalan menuju ke perigi, terdapat beberapa pohon jejawi yang besar dan  akar berjuntaian.      Angin pun ketika itu tidak bertiup. Beberapa ekor burung gagak liar terbang  rendah pulang ke sarang sambil berbunyi. Bunyi gagak itu saya amat‐amati  macam bunyi orang mencarik kain kapan. Saya tahu, kalau saya berpatah balik,  tentu datuk naik darah.      Saya terus melangkah. Langkah saya mati bila seekor kucing hutan melompat di  hadapan saya. Sebelum kucing hutan itu melompat ke dalam hutan, kucing itu  merenung saya sambil membuka mulutnya dengan lebar bersama suara yang  nyaring dan kuat.      Hari bertambah gelap. Pondok perigi nampak berbalam‐balam di hadapan. Saya  berlari dan terus masuk ke dalam pondok perigi yang berdindingkan tepus tanpa  atap. Pepohon rumbia yang berdiri berdekatan pondok perigi kelihatan kaku dan  menakutkan.      Saya terus membaca niat dan membasuh muka. Dengan tiba‐tiba saya terhidu  bau busuk yang amat sangat. Serentak dengan itu saya terasa dinding pondok  perigi diraba orang dari luar. Saya resah tidak menentu.   

Page 306 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Kemudian saya terasa ada orang berdiri di belakang saya. Saya cuba menjeling  kerana keadaan bertambah kabur, saya tidak dapat memastikan dengan tepat  siapakah yang berdiri di belakang saya. Perasaan saya cukup cemas.    “Orang baru, mahu ambil air sembahyang?” Lubang telinga saya diasak dengan  suara orang perempuan. Saya terus menoleh ke belakang. Tidak ada apa yang  saya lihat kecuali bau busuk yang cukup hebat. Tekak saya jadi loya. Tanpa berfikir  panjang saya terus berlari dengan sekuat hati menuju ke rumah.      “Kenapa?” tanya datuk sambil melihat wajah saya yang pucat lesi.      “Ada suara orang perempuan dan bau busuk.”      “Tak apa, itu perkara biasa,” balas datuk sambil menjeling ke wajah tuan rumah  yang berdiri di sebelahnya. Tuan rumah saya lihat resah tidak menentu.      “Itulah dia!” Tiba‐tiba terkeluar dari mulut tuan rumah. Tanpa berlengah‐lengah  lagi, datuk mengajak tuan rumah pergi mengambil air sembahyang di perigi. Saya  terpaksa tinggal sendirian di rumah.   

Page 307 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Bagi menghilangkan rasa takut, saya duduk di atas anak tangga bongsu sambil  menyanyikan lagu ‘Tudung Periok’. Saya pasti benar rangkap lagu yang saya sebut  lintang pukang. Nada atau iramanya tetap sumbang. Bagi menghiburkan hati yang  takut, saya menyanyi terus.    Saya terdengar ayam di reban berketak dengan kuat macam terlihat sesuatu.  Kucing kepunyaan tuan rumah lari tidak menentu macam dikejar sesuatu. Suara  ayam kian keras dan kemudiannya hilang. Saya mula tercium bau busuk. Macam  ada kelibat manusia melintas di depan saya.    Dan saya lihat lampu minyak tanah terpsang dengan sendirinya di ruang tengah.  Daun tingkap tertutup dengan sendirinya.    “Awak siapa? Apa hajat? Aku rasa, aku adik beradik aku dan suami aku, tak  mempunyai saudara mara macam muka kamu.” Saya terdengar suara orang  perempuan dalam rumah.    Saya terdiam. Kemudian saya terdengar bunyi pinggan mangkuk dan periuk  berlaga sesama sendiri di bahagian dapur, macam orang mencari sesuatu. Saya  juga terdengar suara perempuan merungut sesuatu. Bau busuk bertambah hebat.    Hari bertambah gelap. Saya tidak sedar bila datuk dan tuan rumah berada di  depan saya.     

Page 308 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Nak, mari kita sembahyang,” kata datuk. Saya memberitahu datuk tentang bau  busuk dan peristiwa yang saya alami. Datuk tidak peduli. Saya dan tuan rumah  terus sembahyang maghrib berimamkan datuk.      Aneh, setelah memberi salam terkahir, bau busuk sudah tiada lagi. Datuk  menyuruh tuan rumah turun ke dapur melihat periuk dan pinggan mangkuk. Tuan  rumah patuh dengan perintah datuk.      “Baki nasi saya habis dimakannya, dia membasuh pinggan mangkuk yang kotor,”  dengan wajah yang tenang tuan rumah memberitahu datuk sesudah memeriksa  barang‐barang di dapurnya.      ‘Kalau begitu, kau masak nasi sekarang dan masukkan hujung batang tepus ini ke  dalamnya,” ujar datuk sambil memberi batang tepus yang sudah dipotong sedikit.    Tuan rumah terus memasak nasi dan menggoreng ikan kering. Bila semuanya  sudah siap, saya dan tuan rumah makan. Atas permintaan datuk, nasi di bahagian  atas ditinggalkan dalam periuk.      Lebih kurang pukul dua malam, datuk pun mengejutkan saya dari tidur. Datuk  menyalakan api pada sebatang lilin. Uda Lodin yang datang ke rumah itu lepas 

Page 309 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

waktu Isyak juga dibangunkan oleh datuk dari tidurnya.      Tuan rumah yang tidur dekat tiang seri, tidak dikejutkan oleh datuk. Dengkur tuan  rumah cukup keras. Datuk terus bertafakur setelah mengenakan baju hitam,  seluar hitam ke badan serta melilitkan kepalanya dengan kain merah sebesar dua  jari.      Kemudian dia menyuruh saya mengatur tujuh helai daun sirih di muka pintu. Dia  juga menyuruh Uda Lodin meletakkan batang tepus dalam keadaan selang seli di  pintu dapur. Datuk pun menepuk dahi tuan rumah sebanyak tiga kali dan meraba  urat lehernya.    “Apa yang awak buat padanya?” Soal Uda Lodin pada datuk.    “Saya pukau dia supaya tidur terus,” jawab datuk pendek sambil  memperkemaskan silanya.      Datuk pun menyuruh kami duduk tanpa bergerak. Datuk ke dapur dan mengambil  periuk yang berisi nasi lalu meletakkannya di tiang seri.     

Page 310 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Suasana malam itu cukup sepi. Rasa sejuk terasa menyentuh kulit muka dan  badan. Sekali sekala angin bertiup dengan kuatnya di luar menggugurkan  dahan‐dahan pokok yang mati.      Suara jampok tidak kedengaran, suara burung hantu juga begitu, kecuali suara itik  dan ayam di reban, macam melihat sesuatu.      Bau busuk mula menusuk ke lubang hidung. Datuk terus membuka pintu. Dalam  jarak tiga atau empat kaki dari muka pintu, datuk membentang kain hitam yang  berbucu tiga.    Datuk duduk bersila di situ. Sebatang lagi lilin datuk nyalakan. Lilin yang baru  dibakar sumbunya itu datuk letakkan betul‐betul di tengah pintu.      Datuk terus bertafakur. Dia membaca sesuatu. Secara mendadak, api lilin di  tengah pintu padam. Bunyi tapak kaki orang melangkah jelas kedengaran. Datuk  bangun sambil memeluk tubuh.      “Siapa?” Terdengar suara perempuan.   

Page 311 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Tetamu suami kamu.” Jawab datuk.      “Apa halnya?”      “Saja datang.”      “Aku nak masuk ke rumah. Lalu kau dari situ.”      “Masuklah, ini rumah kamu, tapi nyalakan api lilin yang padam.” Selesai sahaja  datuk bercakap, Api lilin yang padam terus menyala.      Bau busuk bertambah kuat. Muka saya terasa dilekati sesuatu. Saya raba dan  cium. Ternyata muka saya dilekati lumpur dari kubur. Baunya juga cukup busuk.  Bunyi tapak kaki orang melangkah kian kuat.      Dengan pertolongan cahaya lilin, saya melihat satu lembaga memakai kain putih  Page 312 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

yang sudah koyak dan penuh lumpur.    “Kain kapan,” kata hati saya. Lembaga itu bagaikan tahu apa yang bergolak dalam  hati saya. Lalu secebis kain kapan yang busuk dicampakkan kepada saya. Bentuk  mukanya tidak dapat saya lihat dengan jelas.      “Aku lapar,” saya terdengar lagi suara perempuan.    “Makanlah,” sahut datuk. Saya lihat periuk nasi bergerak dan saya terdengar  suara orang mengunyah sesuatu. Saya menggigit bibir. Uda lodin menekup lubang  hidungnya dengan tangan.      Dalam cahaya yang samar‐samar itu juga, saya melihat lembaga yang berkain  kapan kotor menghampiri suaminya. Duduk mencangkung di situ sambil  meraba‐raba pipi dan rambut suaminya. Perempuan itu menangis tersedu‐sedu.    Darah saya tersirap kerana jari jemari perempuan itu sudah tidak berdaging lagi.  Hanya tulang jari dengan kuku yang panjang jelas kelihatan berlari‐lari atas pipi  dan tengkuk suaminya. Beberapa daging lengan dan pahanya yang sudah reput  jatuh ke lantai.      Datuk terus melompat dan memukul belakang perempuan itu dengan batang  Page 313 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tepus tujuh kali. Datuk juga menyuruh Uda Lodin memasang api pada pelita  minyak tanah.    Bila pelita sudah dipasang, wajah perempuan itu jelas kelihatan. Matanya sudah  berlubang, daging pipinya jatuh satu persatu ke lantai, macam habuk kayu yang  baru diketam. Giginya masih kuat dan kelihatan putih bersih. Saya tidak sanggup  memandang wajah yang amat menakutkan itu.      “Apa yang kau lakukan pada suamimu?” tanya datuk. Perempuan itu tidak  menjawab. Dia berjalan ke arah periuk nasi. Kedua belah kakinya dikangkangkan  dan periuk nasi itu betul‐betul berada di celah kangkangnya. Beberapa ketul  daging yang buruk di bahagian punggung jatuh ke dalam periuk tersebut.      Dengan beberapa saat, periuk itu diberikan kepada suaminya. Macam ada suatu  kuasa yang luar biasa, suaminya bangun lalu memakan nasi itu dengan lahapnya,  kemudian suaminya tidur kembali.      “Kau berikan suamimu nasi tangas?” Tanya datuk.    “Ya, saya sayangkan dia, saya mahu dia mendengar kata dari saya dan tidak  mencari betina lain.”   

Page 314 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Perbuatan ini dikutuk tuhan dan berdosa besar!”    Perempuan itu tidak menjawab. Dia terus duduk merenung wajah suaminya  sambil memukul‐mukul dadanya.    “Dari siapa kau dapat ilmu ini?” Soal datuk. Perempuan itu tetap membisu. Datuk  pukul lagi hingga perempuan itu mengakui bahawa dia menuntut ilmu dari  seorang perempuan tua yang memang menaruh dendam pada lelaki.    Menurutnya, perempuan itu memang seorang perempuan yang baik. Tetapi  lakinya yang kuat berjudi itu selalu memukulnya bila kalah main judi dan  kemudian dia dimadukan oleh lakinya dengan seorang perempuan.    Mulai dari hari itulah dia mencari ilmu nasi tangas untuk dikenakan pada  suaminya. Hingga suaminya jadi bodoh dan tidak boleh membilang hingga ke  sepuluh kecuali ditunjuk atau diajar olehnya sendiri.      Datuk terdiam. Saya dan Uda Lodin berpandangan sesama sendiri. Saya lihat  datuk membuka kain yang melilit kepalanya. Datuk membuka bajunya dan  menyarungkan ke tubuhnya dalam keadaan terbalik.      “Kau tahu, perbuatanmu salah dengan ajaran agama, dan kau tidak diterima  bumi. Roh kau ditolak ke dunia merayau‐rayau selama empat puluh hari sebelum 

Page 315 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dihumban ke neraka.”      “Saya tidak tahu.”      “Suami kau seorang lelaki yang baik. Kenapa kau buat perkara ini?” Soal datuk  lagi.      Perempuan itu diam. Dia cuba bangun dan mahu menerkam ke arah datuk.  Cepat‐cepat datuk memukul badannya dengan batang tepus. Ternyata pukulan  itu tidak mendatangkan kesan.      Dia membuka kain kapannya lalu melemparkannya kepada datuk. Datuk  menahannya dengan kedua belah tangannya hingga kain kapan itu berbalik  semula kepadanya.    Datuk kemudian membaca beberapa potong ayat suci sehingga perempuan yang  sudah tinggal rangka itu terperosok ke tepi dinding sambil menutup mukanya. Dia  kelihatan takut dan cemas sekali.     

Page 316 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Roh engkau tidak akan diterima Allah selagi kau takut minta ampun dan maaf  pada suamimu.”      “Engkau siapa yang menyuruh aku berbuat begitu?” Balas perempuan itu dengan  kuat. Datuk lalu mengambil sebatang lagi tepus lalu menekan ke dada perempuan  itu.    “Engkau syaitan, engkau syaitan!” Ujar datuk sambil membaca beberapa ayat suci  lagi. Ternyata hantu perempuan itu tidak mahu mengaku kalah.    Barangkali, rasa sabar datuk telah hilang. Datuk terus menepuk kedua belah  tangannya. Perempuan itu menjerit macam kena sesuatu yang panas terus  bersuara minta ampun dari suaminya.      Bila suara jeritan perempuan itu hilang, Semua pelita dalam rumah padam. Bila  dinyalakan semula, perempuan itu sudah hilang. Datuk menepuk dahi suaminya  tiga kali sambil mengurut lehernya.Suaminya tersedar dari tidur.    SBDJ (Jilid 02) Siri 26: Isterinya Jadi Kelip‐Kelip  Dengan nada suara yang keras datuk menyuruh saya membakar sumbu pelita  yang padam. Seluruh ruang rumah terang. Uda Lodin masih terpaku dekat dinding  rumah. Saya lihat Uda Lodin membongkokkan badannya sambiI menekan perut.   

Page 317 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Kau sedar apa yang berlaku?", tanya datuk pada lelaki yang baru sedar dari tidur.      Lelaki itu gelengkan kepalanya beberapa kali. Datuk pun menceritakan semua  yang terjadi pada lelaki (suami perempuan yang jadi hantu) tersebut. Lelaki itu  mengeluh panjang.    "Masa isteri kamu mahu mati apakah perkara ganjil yang kau nampak yang terjadi  padanya?", datuk mengajukan pertanyaan. Lelaki itu terdiam memikirkan  sesuatu. Tiba‐tiba dia tersenyum sambil merenung tajam ke arah datuk.    ”Tak ada yang ganjil cuma..”, lelaki itu berhenti bercakap.    Dia menelan air liur. Saya dan datuk berpandangan dan lelaki itu menyambung  kata‐katanya:      "Masa mengusung jenazahnya dulu, ramai orang bersungut terlalu berat”      "Siapa yang cakap?", tanya datuk.   

Page 318 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Anak‐anak saya"      Datuk tidak dapat bertanya lebih lanjut lagi kerana diganggu oleh suara Uda  Lodin. Datuk pun segera menghampiri Uda Lodin yang berada dalam keadaan  cemas. Perkara pertama yang datuk lakukan pada Uda Lodin ialah memegang  buah betis kaki nya dan mengurut‐urut dengan perlahan‐lahan. Usaha datuk tidak  mendatangkan sebarang kesan.      "Ambilkan aku sehelai sirih”, datuk mengeluarkan perintah.    Barang yang datuk mahu saya adakan. Datuk melipatkan daun sirih menjadi tujuh  bucu dan diletakkan atas tapak tangan kiri. Saya lihat daun sirih itu terus layu  bagaikan kena bahang panas. Dari celah‐celah jari datuk keluar asap menipis naik  bersama bau kemenyan. Datuk melekapkan ke leher Uda Lodin. Uda Lodin  melompat dan menjerit. Sakit perutnya serta merta hilang. Daun sirih yang  dilengkapkan ke pangkal leher Uda Lodin datuk ambil dan terus  meramas‐ramasnya hingga hancur. Dari tapak tangan kiri daun sirih masih lagi  elok dan segar.    "Kau kena badi hantu perempuan”, datuk memberitahu Uda Lodin yang pucat lesi  itu.     

Page 319 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Datuk mengurut‐urut bahagian belakang Uda Lodin hingga mukanya kembali  merah. Datuk menyuruh Uda Lodin melakukan senaman kucing mencangkung.      "Bagaimana rasanya?", tanya saya pada Uda Lodin.    "Baru terasa segar sedikit"      "Kau baca ayat ini”, datuk menghulurkan secebis kertas yang bertulis huruf jawi  pada Uda Lodin. Datuk kembali mendapatkan lelaki tuan rumah. Lelaki itu masih  terpaku duduk di sudut dinding. Barangkali dia memikirkan sesuatu.    "Ada berapa anak kau?", dengan tenang datuk mengajukan pertanyaan.    Saya segera duduk di sebelah datuk. Uda Lodin juga begitu.    "Empat orang, semuanya lelaki"    "Ada di mana?", saya gatal mulut bertanya.  "Semua dah bekerja. Dua di Singapura dan dua lagi ke Kuala Lumpur. Duduk  menyewa di Kampung Pandan”, terang lelaki itu dengan jujur.   

Page 320 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Datuk segera menyiku bahu kanan saya yang membawa maksud supaya saya  berhenti dari mengajukan sebarang pertanyaan pada lelaki itu. Uda Lodin terus  mengeliat. Suasana terasa cukup dingin sekali. Angin malam yang bertiup di luar  melanggar dedahan pokok getah yang melahirkan bermacam‐macam bunyi. Saya  menguap dan mata terasa cukup mengantuk.      "Masih dinihari lagi. Baiklah kita tidur”, kata datuk.    Dan saya secara tiba‐tiba terasa mahu buang air kecil. Saya terus merebahkan  badan dengan harapan saya akan terlena dan tidak akan membuang air kecil pada  waktu subuh. Ternyata rancangan saya tidak berjaya. Saya sudah tidak boleh  tahan lagi. Seluruh pangkal pinggang saya terasa sakit. Saya mencapai pelita dan  terus ke bahagian dapur untuk buang air kecil. Selesai buang air kecil saya pun  melangkah untuk masuk ke ruang tengah. Kaki kanan saya tersepak sesuatu.  Pelita pun saya rendahkan.  Dengan pertolongan cahaya lampu saya dapat melihat seketul tanah merah  bersama secarik kain putih yang ada kesan darah kering. Bila kain dan tanah itu  saya dekatkan ke lubang hidung, baunya amat tidak menyenangkan.    Cukup busuk, macam bau bangkai. Bulu tengkok saya mula meremang. Saya  meletakkan pelita ke tempat asalnya dan terus merebahkan diri di sisi datuk.  Tetapi,saya tidak dapat tidur. Macam‐macam bunyi saya dengar di Iuar. Macam  ada bunyi tapak di kaki orang melangkah dan memijak sesuatu di bawah rumah.     

Page 321 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Saya juga terdengar bunyi suara ayam berkokok dalam reban dengan kuatnya.  Saya cuba bangun untuk melihat dari tingkap. Datuk segera memegang dan  menekan bahu kanan saya. Dia memaksa saya tidur.      "Orang curi ayam tok”      "Bukan"    "Kalau bukan kenapa ayam direban berbunyi?"      “Kau tidurlah, jangan banyak cakap"    Saya tidak dapat berkata apa‐apa. Saya baring kembali dan akhirnya terlena.  Sedang asyik dibuai mimpi, datuk membangunkan saya untuk sembahyang subuh.  Uda Lodin terus jadi imam sembahyang subuh. Bila matahari terbit di kaki langit,  saya dan datuk pun mandi embun. Kemudian datuk mengajak saya pergi ke reban  ayam kepunyaan lelaki tuan rumah itu.      Saya terkejut besar bila terpandangkan beberapa ekor ayam mati dengan tali  perutnya berjela‐jela keluar. Saya Iihat bahagian perut ditebuk dengan kuku. Bila 

Page 322 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

datuk memeriksa seluruh kawasan reban ayam, datuk menemui beberapa cebisan  kain putih yang ada kesan darah kering dan tanah merah. Sedang datuk asyik  membelek‐belek ketul tanah dan kain putih itu, lelaki tuan rumah menghampiri  datuk.      "Setiap kali benda tu datang, habis perut ayam di makannya”, ujar lelaki itu, dan  datuk angguk kepala.    Datuk meletakkan tanah merah dan kain ke tempat asalnya. Saya termenung  panjang. Datuk mengajak lelaki itu masuk ke ruang dapur rumah. Semua kuali dan  periuk dan nasi berselerak. Lebih kurang pukul sepuluh pagi beberapa orang  penduduk setempat datang menemui datuk. Mereka bercerita pada datuk, sejak  berlakunya peristiwa aneh di kampung tersebut, banyak ayam peliharaan mereka  mati akibat ditebuk perutnya oleh makhluk aneh itu.      Manakala bahagian dapur rumah mereka hampir setiap malam kena gelidah. Nasi  yang tinggal di periok habis di makan oleh makhluk ganjil itu. Biasanya periuk  yang sudah disentuh oleh makhluk ganjil itu tidak boleh digunakan lagi.  Meninggalkan bau yang cukup busuk. Macam selalu datuk memberikan janji  untuk membantu mereka mengatasi masalah tersebut. Datuk juga meminta  mereka supaya jangan melakukan sesuatu terhadap lelaki yang isterinya menjadi  makhluk ganjil.    "Semuanya terjadi bukan atas kemahuannya. Tentu tidak baik orang lain yang  membuat salah dan orang lain pula yang menerima hukuman”, kata datuk  memberitahu mereka.  Page 323 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Ternyata keterangan yang datuk berikan amat memuaskan hati mereka. Dan  mereka pun pulang. Selepas sembahyang Zohor, datuk dan saya dengan ditemani  oleh Uda Lodin terus menemui Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung.  Mengadakan mesyuarat kecil di dewan orang ramai. Semua Ahli Jawatankuasa  Kemajuan Kampung bersetuju menyerahkan pada datuk untuk mengatasi  masalah yang menimpa kampung. Mereka berjanji akan memberi sebarang  pertolangan sekiranya datuk memerlukan pertolongan.    Bila mesyuarat itu berakhir, datuk mengajak semua Ahli Jawatankuasa Kemajuan  kampung sembahyang Asar di surau. Datuk jadi imarnnya. Dari surau kecil, kami  pun menuju ke tanah perkuburan. Lelaki malang itu terus menunjukkan kepada  datuk, kubur isterinya. Seluruh kawasan kubur isteri lelaki itu di periksa.    Tidak terdapat sebarang keganjilan. Nisan yang dibuat dari kayu teras berbentuk  bunga rebung tetap utuh dibahagian kepala dan kaki. Pokok puding tetap hidup  subur.    Uda Lodin terus menguis‐nguiskan dedaun getah kering yang menepuk tanah  perkuburan itu dengan ranting getah. Beberapa orang Ahli Jawatan kuasa  Kemajuan kampung meminta diri untuk pulang kerana urusan masing‐masing.  Matahari petang kian menurun. Suasana di tanah perkuburan terasa sunyi. Dua  kali saya mengajak datuk pulang datuk tak mahu pulang. Dia masih mahu mencari  sesuatu di situ. Uda Lodin terus membersihkan kubur dan lelaki yang kematian  jsteri datuk termenung di pangkal getah.    "Pukul berapa sekarang?", tanya Uda Lodin pada datuk.    Page 324 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Cepat‐cepat datuk renung ke langit. Datuk kerutkan dahi sambil merenung muka  Uda Lodin.    "Lebih kurang pukul empat setengah”, kata datuk pendek.    Lelaki yang duduk di pangkal pokok getah segera bangun. Menuju kebahagian  batu nisan dibahagian kaki. Dia terus menolak segala dedaun kering yang terdapat  di situ.    "Lubang”, katanya.      Saya segera meluru ke situ. Memang terdapat satu lubang dalam ukuran satu kaki  bulat. Bila saya mahu menjenguk ke dalam lubang, datuk datang dan menolak  saya ke tepi. Kerana hari sudah beransur gelap saya tidak dapat mengagak berapa  dalam lubang itu. Datuk mahu menimbus lubang, namun hasrat datuk tidak  terlaksana kerana kami tidak membawa cangkul. Uda Iodin menutup lobang itu  dengan daun‐daun kayu kering.      "Dah berapa lama isteri kamu meninggal?", mendadak saja datuk menyoal lelaki  itu.      Uda Lodin merenung ke arah tepi kawasan perkuburan yang penuh dengan  Page 325 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

pepohon keduduk dan anak‐anak getah yang terpegun dalam kesamaran senja  yang kian gelap. Suasana cukup sepi. Saya mula terasa takut . Saya takut melihat  batu‐batu nisan yang terpacak.    "Hari ini genaplah 44 hari”, jawab lelaki itu, serentak dengan itu saya terdengar  pokok‐pokok kecil di pinggir kawasan perkuburan digoncang orang.      Saya menoleh ke arah bunyi itu. Disebabkan suasana bertambah gelap saya tidak  nampak samada pokok‐pokok di situ bergoyang atau tidak. Saya juga mula  terdengar bunyi orang mencarik‐carik kain dan bunyi papan kena ketuk.  Semuanya datang dari arah hutan kecil di pinggir kawasan perkuburan. Bila bunyi  itu hilang, saya terdengar bunyi suara orang perempuan menangis. Pada mulanya  saya mengira semuanya berpunca dari perasaan saya yang takut. Bila Uda Iodin  sendiri memberitahu saya bahawa dia juga mendengar seperti apa yang saya  dengar, ternyata saya tidak berkhayal. Satu kenyataan yang berlaku di depan  mata yang tidak boleh dilihat.      "Ada macam‐macam bunyi saya dengar, macam suara isteri saya”, lelaki kematian  isteri menyatakan pada datuk dan saya.      Datuk diam. Perasaan saya sudah tidak damai. Saya sentiasa berdiri dekat datuk.  Kemudian datuk pun mengajak kami pulang. Sepanjang jalan pulang kami  terdengar bunyi tapak kaki manusia mengikuti langkah kami. Bila direnung  kebelakang, tidak ada apa‐apa yang kelihatan. 

Page 326 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Kami berpisah dengan Uda Lodin di kepala simpang. Dia terus menuju ke rumah  tempat dia menginap. Kami meneruskan perjalanan. Datuk bagaikan tahu yang  langkah kami diekori oleh manusia atau makhluk yang tidak dapat dilihat. Datuk  menyuruh kami berjalan secepat yang boleh. Bila sampai dekat pokok besar,  datuk suruh kami bersembunyi di balik pokok itu.      "Dah dekat waktu Maghrib ni”, kata datuk yang juga bersembunyi di balik pokok  besar. Datuk mengambil tiga helai daun serunai laut yang mati pangkal. Daun itu  datuk genggam sambil membaca sesuatu. Datuk pun memberikan daun itu  kepada kami.      "Kalau kamu nak tengok syaitan, lekapkan daun ini ke kelopak mata kamu.  Kemudian kamu gigit pangkalnya dan renung ke depan”      Arahan yang datuk keluarkan itu kami patuhi. Dada saya berdebar. Apa yang saya  lihat amat menakutkan. Saya nampak satu lembaga berjalan terloncat‐loncat.  Bahagian bawah lembaga itu tidak sampai ke bumi. Dia bagaikan meloncat di atas  awang‐awangan. Bahagian atas atau kepala lembaga itu menajam ke atas. Kain  putih yang membalut tubuh lembaga itu sudah koyak penuh dengan darah kering  dan selut tanah merah. Lembaga itu menoleh ke arah kami. Bahagian mukanya  sudah hancur.  Lubang matanya terpelohong ke dalam. Bahagian daging yang tinggal kelihatan  menggerutu macam kulit katak puru. Tulang pipinya menonjol ke depan. 

Page 327 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Hidungnya sudah tiada tetapi, giginya masih kukuh dengan rambut hitam terurai  atas bahu.      Lembaga itu mengeluarkan suara. Sekejap macam suara orang menangis dan  sekejap macam suara orang mengeluh. Serentak dengan itu, terdengar bunyi  suara gagak dan suara burung tukang sayup‐sayup bertingkah dengan bunyi suara  burung puyuh jantan. Suasana terasa amat menyeramkan. Lembaga itu terus  meloncat ke depan tanpa menoleh ke arah kami lagi. Datuk pun meminta daun  serunai laut dari kami. Daun itu datuk genggam dan terus ditanam ke dalam  tanah. Dua kali datuk melangkah kawasan yang sudah ditanam dengan daun  serunai laut tersebut.    "Itulah isteri kamu. Selagi kamu tidak mengampunkan perbuatannya, dia tidak  akan aman. Tetap berkeliaran di atas dunia hingga hari kiamat”, beritahu datuk  pada lelaki itu.    Saya menggigit jari sambil menjeling ke wajah lelaki itu. Air mukanya nampak  berubah mengundang rasa kesal yang amat sangat. Belum pun sempat lelaki itu  memberikan sebarang jawapan datuk terus mengajak kami pulang. Datuk  mengajak lelaki bersembahyang Maghrib di surau. Lelaki itu menolak dengan  alasan kepalanya terasa pening. Jadi, saya dengan datuk terus ke surau, sesudah  mengambil air sembahyang di kolah, saya terserempak dengan Uda Lodin di kaki  tangga surau.      Atas permintaan orang‐orang kampung, datuk terus jadi imam untuk sembahyang  Maghrib, jadi tugas datuk bersambung lagi. Waktu sembahyang Isyak mereka juga  Page 328 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

minta datuk jadi imam. Permintaan itu tidak datuk hampakan. Selepas  menunaikan sembahyang Isyak datuk bercakap sesuatu dengan ketua kampung.  Entah apa yang mereka cakapkan saya tidak tahu. Tetapi, selesai bercakap ketua  kampung terus bangun dan bercakap dengan lantang.      "Saya minta orang yang ada disini mengikut saya ke rumah orang yang mati isteri  bersama orang tua ini”, ujar ketua kampung sambil menuding jari kelingkingnya  ke arah datuk. Ketua kampung memerintah tiga orang kampung mengambil  cangkul dan daun pisang abu. Orang yang diperintah itu segera ke luar dari perut  surau. Beberapa saat kemudian orang yang diperintah mencari cangkul dan daun  pisang pun tiba. Datuk melarang mereka masuk ke dalam surau. Datuk suruh  mereka duduk di kaki tangga surau.    Angin malam terus bertiup kencang. Datuk mengambil lampu gasolin di tengah  surau lalu dibawa turun. Orang dalam surau mengikut datuk turun.      "Kita kesana semuanya. Tetapi, sepanjang jalan menuju ke rumah itu saya minta  orang yang ada ini membaca surah Alfatihah dan Qulya di dalam hati, jika ada  sesuatu yang ganjil jangan tegur atau direnung”      Tiba‐tiba semua orang yang berada di halaman surau terkejut. Lampu gasolin  padam dengan sendirinya, beberapa ketul tanah merah melayang dalam gelap  malam mengenai tubuh badan orang yang berkumpul. Suasana menjadi gawat.  Datuk pun menekup kedua belah telinganya dengan tapak tangan. Bila datuk 

Page 329 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

menjatuhkan kedua belah tangannya seperti sedia kala, bau busuk mula menerpa  ke dalam lubang hidung orang ramai bersama dengan bunyi suara orang ketawa  yang amat memanjang. Bunyi bergegar, bagaikan digoyang oleh satu tenaga yang  amat kuat.    Lampu gasolin kembali menyala. Saya melihat beberapa kumpulan kelip‐kelip  datang menuju ke arah kami. Cahaya yang keluar dari punggung keli‐kelip itu  menerangkan sebahagian dari pada halaman surau. Datuk membuka kain ikat  kepalanya lalu mengibas ke arah kelip‐kelip itu hingga kumpulan kelip‐kelip itu  berpecah dan hilang. Beberapa orang yang berkumpul di halaman surau terus  menghilangkan diri. Kumpulan yang berjumlah lebih dari dua puluh orang itu  menjadi kecil jumlahnya. Tinggal kira‐kira lima orang. Datuk tersenyum, dia tahu  kumpulan yang lain sudah pulang ke rumah masing‐masing. Tidak sanggup  berhadapan dengan percubaan dari syaitan.      "Kita bergerak sekarang”, kata datuk.      Kumpulan yang tinggal pun bergerak menuju ke rumah lelaki itu. Semuanya  berjalan dengan tenang dan jaraknya tidak jauh antara satu sama lain. Lebih  kurang setengah rantai mahu sampai ke kawasan rumah lelaki itu. Dua orang dari  kumpulan itu melarikan diri setelah mereka melihat satu lembaga besar setinggi  pokok kelapa berdiri di halaman rumah lelaki itu.      "Begini, saya tidak mahu rancangan ini gagal. Saya minta sesiapa yang tidak 

Page 330 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

sanggup bersama saya, sila beritahu saya”, kata datuk.      Uda Lodin muncul didepan datuk bersama ketua kampung. Mereka menyatakan  tidak sanggup untuk menyertai datuk. Dengan rela hati datuk membenarkan  mereka pergi. Tinggallah saya bersama datuk dan seorang penduduk kampung  yang bernama Kamal. Kami meneruskan perjalanan dan masuk ke dalam kawasan  rumah lelaki itu. Sebaik saja berada di depan tangga rumah lelaki itu, Kamal terus  jatuh pengsan sesudah dia melihat wajah seorang perempuan yang amat hodoh  memangku kepala lelaki di muka pintu.      Datuk terpaksa mengeluarkan sehelai daun sireh dari saku baju sebelah kiri. Daun  sireh itu di kunyah‐kunyahnya hingga hancur. Datuk menyemburkan daun sirih itu  ke muka Kamal sehingga Kamal sedar dari pengsannya.    "Kaumakan daun sirih ini”, datuk menghulurkan secebis daun sirih lain kepada  Kamal. Kamal terus mengunyahnya hingga mukanya jadi merah.      "Apa rasa kau, ada rasa takut?”, soal datuk lagi.      "Tak ada”, jawab Kamal serentak dengan itu wajah perempuan hodoh di muka  pintu terus ghaib. 

Page 331 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Hanya yang tinggal batang tubuh lelaki dengan bekas kena gigit di bahagian pipi  dan pangkal leher. Bila saya mahu menyentuh tubuh lelaki itu datuk segera  melarangnya.    "Jangan di sentuh nanti kau kena badinya”, kata datuk.    Saya terdiam. Datuk pun memulihkan lelaki yang tidak sedarkan diri itu. Lelaki  yang kelihatan lesu itu tidak boleh bangun dan terpaksa diusung ke tanah. Datuk  membiarkan lelaki itu terkapar dihalaman.    Dengan pertolongan sinar gasolin, saya melihat lelaki itu cuba bangun tetapi dia  tidak berdaya. Datuk dan saya serta Kamal terus masuk ke bawah rumah. Dalam  beberapa saat lembaga perempuan itu muncul dan cuba menghampiri lelaki yang  terkapar di halaman. Lelaki itu cuba menjerit. Suaranya tidak keluar. Lelaki itu  cuba bangun tapi ternyata dia tidak berdaya. Datuk menepuk bumi dengan  tangan kirinya sebanyak tiga kali. Lembaga dengan wajah yang amat menakutkan  itu merenung ke arah kami. Saya dan Kamal tidak sanggup memandangnya,  segera merenung ke arah lain.      Datuk bangun dan menghampiri lembaga itu. Datuk dan lembaga itu berhadapan  antara satu sama lain. Lagi sekali saya lihat mulut datuk berkumat‐kamit  membaca sesuatu. Lembaga itu bagaikan ditekan oleh sesuatu kuasa segera sujud  di kaki datuk. Datuk tidak ambil kisah lalu mengambil tanah dan dikepal‐kepalnya  tanah itu dengan tangan.   

Page 332 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Dari tanah asalmu, ke tanahlah kembalimu”, suara datuk cukup lantang.      Tanah yang dikepalnya dikenakan pada bahagian tubuh lembaga itu. Satu jeritan  yang amat menakutkan berlaku di malam yang sepi. Lembaga itu hilang dan  tempatnya segera digantikan dengan beribu‐ribu kelip‐kelip sambil mengeluarkan  cahaya yang amat terang. Kelip‐kelip itu berkumpul dan memanjang naik ke  udara. Datuk segera menyuruh Kamal mengambil cangkul dan kami bertiga  meredah malam menuju ke tanah perkuburan.    Saya membawa lampu gasolin. Kami segera menuju ke kubur perempuan yang  kami temui siang tadi. Datuk tanpa membuang masa terus merebut cangkul dari  tangan Kamal. Lubang yang terpelohong segera datuk timbus. Sebaik saja lubang  di timbus, terdengar suara ribut yang amat kuat, dahan‐dahan kering berjatuhan.  Batu nisan di perkuburan saya lihat bagaikan bergerak‐gerak. Bila suara ribut  hilang tanah perkuburan kelihatan terang dari cahaya kelip yang datang  beribu‐ribu banyaknya. Saya terdengar suara orang menangis.      "Kita pulang. Dia akan berkeliaran di muka bumi ini sehingga hari kiamat”, kata  datuk dan kami pun terus pulang.    Waktu kami sampai di rumah lelaki itu hari sudah subuh. Lelaki malang itu masih  terkapar atas tanah. Datuk terus merawatnya hingga pulih.     

Page 333 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Kau ampunkanlah dosa isterimu”, bisik datuk pada lelaki itu.    "Saya bersedia mengampunkannya. Tetapi saya sendiri tidak tahu bagaimana  caranya”, terang lelaki itu dengan jujur.    Hari beransur cerah. Fajar mula terbit di kaki langit. Datuk membawa lelaki itu ke  perigi lalu memandikannya.    SBDJ (Jilid 02) Siri 27: Manusia Tanpa Kepala    Datuk pun membasuh kepala dan muka lelaki itu dengan air daun pisang dara.  Datuk juga membasuhkan seluruh tubuh lelaki itu dengan air bunga tujuh jenis  dan tujuh warna. Kedua belah tapak kaki dan tangan lelaki itu dibasuh oleh datuk  dengan air tanah liat.      Akhirnya, datuk menjiruskan air penawar dari kepala ke kaki lelaki itu datuk  merimbaskan badan lelaki dengan kain hitam sebanyak tiga kali. Dengan penuh  teliti, datuk menyarungkan kain pelikat ke badan lelaki malang itu dalam keadaan  terbalik.      Cara menyarungnya juga agak ganjil iaitu, dari kepala ke kaki. Datuk membawa  lelaki tersebut pulang ke rumahnya. Datuk minta lelaki itu baring di muka pintu  dan datuk meletakkan batang tepus atas dada lelaki itu. Datuk berdiri di anak 

Page 334 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tangga terakhir sambil matanya menatap wajah lelaki itu.      "Kau sekarang bangun perlahan dengan tangan kiri kau menolak batang tepus  hingga ke hujung kaki”, kata datuk dan lelaki itu patuh dengan apa yang dikatakan  oleh datuk.    "Sekarang, tak ada suatu apa pun yang mesti kautakutkan. Tugas aku sudah  selesai”, beritahu datuk pada lelaki itu sambil melangkah ke dalam perut rumah.  Datuk duduk dengan tiang seri menyandarkan badannya. Saya bersandar dekat  dinding. Matahari pagi kian meninggi, sudah masuk pukul sepuluh pagi. Saya kira  bila kerja datuk sudah selesai tentu dia akan pulang.      Paling lewat tiga atau empat petang kami akan meninggalkan Kuala Terong, fikir  saya dalam hati. Lelaki yang sudah diubati oleh datuk terus menghidangkan kopi  pada saya dan datuk. Lelaki itu sendiri menuangkan air kopi ke dalam cawan.      "Minumlah. Goreng pisang belum masak”, ujar lelaki itu.    Datuk senyum. Saya terus menghirup kopi. Tiba‐tiba saya terse¬dak. Air kopi  bersembur ke atas lantai.      Page 335 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Kenapa?", suara datuk keras.      Biji matanya terbeliak merenung wajah saya. Hati saya jadi ke¬cut bila datuk  memandang demikian.      "Kopi ni panas tok”, ujar saya.    "Kalau dah tahu panas, kenapa kau telan. Apa kau tak boleh tunggu sampai air itu  sejuk”, teka¬nan suara datuk cukup keras dan meninggi.      Wa¬jahnya masam. Saya tahu, datuk memang tidak senang dengan perangai  gelojoh saya itu. Datuk mahu saya menjadi manusia yang penuh sopan santun,  bila menghadapi hidangan terutama sekali bila berada di rumah orang.      "Tak apalah tu. Tapi Kamal mana dia?", tanya lelaki itu sambil menyapu air kopi  yang tumpah di lantai dengan kain buruk.    "Dia terus balik”, jawab saya.   

Page 336 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Oh begitu, saya tak sedar. Uda Lodin juga tak nampak batang hidungnya”,  tingkah lelaki itu lagi.      "Uda Lodin tu penat”, datuk bersuara tenang.      Lelaki itu tersenyum. Tanpa memberitahu saya dan datuk, lelaki itu terus ke  dapur. Datang semula sambil membawa sepiring goreng pisang. Kami pun makan  bersama. Memang sedap makan goreng pisang panas bersama air kopi. Bila  sarapan pagi sudah selesai, datuk menghampiri lelaki yang isterinya menjadi  hantu itu sambil berkata:      "Kau ampunkan dosa isterimu?"      "Saya ampunkan"      "Kalau begitu, malam ini kita adakan majlis tahlil"   

Page 337 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Saya tak ada wang"      "Aku beri kau wang”, nada suara datuk cukup tegas.    Datuk selok saku dan mengeluarkan wang. Dengan wajah yang agak cemas lelaki  itu menerima wang pemberian datuk. Saya juga hairan dari mana datuk  memperolehi wang. Setahu saya sewaktu datang dulu, datuk tidak banyak  membawa wang. Saya segera menghampiri datuk dan terus bertanya dari mana  dia dapat wang. Datuk menerangkan pada saya, bahawa wang yang diberikan  pada lelaki itu adalah daun‐daun kering. Dalam tempoh tertentu wang itu akan  akan jadi daun kembali.      "Kenapa tok buat begitu?"      "Untuk menolong orang susah"      "Rugilah orang yang menjual barang padanya"      Page 338 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Tidak. Sebelum wang kertas itu bertukar menjadi daun seperti asalnya, orang  bunian isteri aku akan datang dan menukarkan wang yang betul pada penjual  barang tersebut"    Saya menarik nafas panjang mendengar penjelasan datuk itu. Sebenarnya datuk  bagaikan berahsia dengan diri saya tentang ilmu kepandaian yang ada pada  dirinya. Dia hanya menunjukkan kebolehannya dalam waktu yang tertentu tanpa  di duga atau dijangka oleh sesiapa. Berdasarkan pada itulah saya lebih senang  mengikutinya walau ke mana‐mana.    Dan majlis tahlil pun berlangsung di rumah lelaki itu. Lima belas orang telah hadir.  Datuk sendiri jadi tukang masak dan membacakan doa. Bila acara majlis itu  selesai, datuk memberitahu pada orang yang datang itu bahawa apa yang berlaku  itu adalah petunjuk dari Allah untuk renungan manusia yang masih hidup.      "Jadikanlah ini sebagai contoh dan tauladan. Allah dapat menunjukan kebesaran  dan kekuasaanNya pada bila‐bila masa”, nada suara datuk menurun.      Orang yang berada dalam rumah tertegun. Tumpukan perhatian pada cakap  datuk.      ”Jika kamu sayangkan isteri kamu, cuba elakkan atau kawal diri mereka dari jadi  penderhaka pada kamu. Isteri yang derhaka pada suami, tidak akan mencium bau 

Page 339 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

syurga”    "Tetapi, suami akan berdosa besar, kalau menggunakan taat setia seorang isteri  untuk mencari kesempatan”, datuk mengakhiri cakapnya.      Bila semua tetamu malam itu pulang, saya dan datuk mengambil tempat di ruang  hadapan untuk tidur.  Lelaki itu tidur dalam bilik, manakala Uda Lodin tidur di rumah lain. Uda Lodin  bimbang kalau dia tidur di situ, pengalaman ngeri yang dilalui akan terulang lagi.  Lebih kurang pukul dua belas malam lelaki itu mengejutkan datuk. Saya secepat  kilat bangkit dari baring.      "Ada apa?" tanya datuk.      ”Bagaimana cara saya nak ampunkan isteri saya?"      "Hum..", datuk garu pangkal kening.     

Page 340 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Saya termimpikan dia menangis di atas tanah lapang”, ujar lelaki itu lagi.      Saya sandarkan badan ke tepi dinding. Datuk pun menyoal lelaki itu waktu bi¬la ia  mengalami mimpi itu.    Apakah masa dia mahu tidur tadi badannya bersih dan ada membaca ayat‐ayat  suci.      "Masa saya masuk tidur saya ada air sembahyang. Sebelum tidur saya membaca  ayat al Kursi”, jelas lelaki itu.    "Isteri kau mengharapkan keampunan dari kau?"      "Apa yang mesti saya buat?" tanyanya lagi.      Datuk bangkit dari tidur. Datuk berjalan di kawasan ruang itu dua tiga kali.  Suasana malam cukup sepi.     

Page 341 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Kau pergi ke kubur isterimu tujuh pagi. Bacakan surah Yassin. Setiap kali kau  sembahyang subuh, berdoalah pada Allah minta dosa isteri kau diampun¬kan", itu  nasihat datuk pada lelaki malang itu.      "Saya buat. Saya mahu rohnya tenang dan damai. Saya ampunkan dosanya”, kata  lelaki itu.      Dia pun meninggalkan saya dan datuk di ruang hadapan. Malam itu tidur saya  cukup nyenyak. Bila bangun pagi, badan terasa segar lebih‐lebih lagi bila mandi  embun bersama datuk. Kulit badan terasa sejuk dan kelihatan kemerah‐merahan.  Pagi itu saya bersama datuk meninggalkan Kuala Terung menuju ke pekan Pekan  Terung. Datuk terus menemui Uda Lodin yang memang menanti kedatangannya.    "Kita balik berasinganlah”, beritahu datuk pada Uda Lodin.    "Sebab?"    "Aku nak pergi ke pekan minggu di Changkat Jering. Aku nak beli parang"      "Bagaimana bayaran ubat menolong orang tu? Saya dah minta pada orang  kampung tiga ratus ringgit. Mereka setuju bayar" 

Page 342 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    Dahi datuk bergerak‐gerak. Biji matanya macam berputar‐putar merenung muka  Uda Lodin. Datuk terus memegang batang leher Uda Lodin.      "Kenapa ni?”, Uda Lodin terkejut.      "Ingat aku bukan cari makan dengan cara ini. Aku menolong orang kerana Allah,  bukan niat aku nak buat harta dengan ilmu yang ada pada aku ni. Ilmu ini  pemberian Allah untuk menolong orang. Aku nak hidup mesti berusaha cara lain.  Lagi sekali kau cakap macam itu, aku patahkan batang leher kau”, cukup keras  suara datuk.    Dua tiga orang yang lalu di situ berhenti. Mereka mendekati datuk dan Uda Lodin.  Salah seorang daripada mereka menyangka datuk dan Uda Lodin ber¬gaduh, lalu  menasihati datuk dan Uda Lodin supaya berdamai.    "Jangan campur, ini urusan kami”, ujar datuk pada orang itu.    Dengan wajah yang tersipu‐sipu orang itu menjauhkan diri dari datuk dan Uda  Lodin.   

Page 343 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Kau pergi beritahu pada orang yang kau cakapkan mahu wang, katakan apa yang  aku buat itu semuanya percuma. Tak kena bayar satu sen pun”, datuk  mengeluarkan perintah pada Uda Lodin.      Tanpa banyak cakap Uda Lodin terus naik bas yang memang menanti penumpang  untuk pergi ke Kuala Terung. Datuk terasa lega.      "Kawan ni adakalanya jadi racun”, rungut datuk sebaik saja bas bergerak menuju  ke Kuala Terung.    Datuk yakin Uda Lodin akan memberitahu pada orang tertentu dengan apa yang  di katakan oleh datuk padanya. Saya dan datuk terus menahan teksi yang dipandu  oleh pemuda berbangsa Cina menuju ke pekan minggu Changkat Jering. Memang,  tujuan utama datuk ke situ untuk membeli sebelah parang panjang. Setelah  membayar harga teksi tersebut, saya dan datuk terus masuk ke dalam gerai  menjual buah‐buahan kampung hingga ke gerai makanan, saya dengan datuk  berjalan dalam suasana tenang.    Akhirnya, kami pun sampai ke gerai yang menjual golok serta parang ke¬punyaan  Usman Rumba dari Sayong, Kuala Kangsar. Di samping menjual golok dan parang,  Usamn Rumba juga menjual labu sayung atau labu air yang terkenal itu. Datuk  memberi sebilah parang panjang berulukan tanduk kerbau serta tiga biji labu air.  Setelah membayar harga barang yang kami beli, datuk pun mengajak saya pergi  ke gerai kopi yang berhampiran dengan balai polis di situ. 

Page 344 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    Waktu mahu masuk ke gerai ter¬sebut, seorang angota polis lengkap dengan  pakaian seragam dengan pistol terselit di pinggang, berlari ke arah datuk. Polis itu  menepuk bahu datuk dari belakang. Darah saya tersirap. Apakah salah yang telah  datuk lakukan? Kenapa datuk mesti di tangkap? Persoalan itu timbul dalam  tengkorak kepala saya.      "Kau Atan”, ujar datuk sebaik saja matanya tertumpu ke wajah anggota polis yang  berusia kira‐¬kira empat puluh tahun itu.      Anggota polis itu me¬nyatakan rasa kagumnya kerana datuk masih dapat  mengingatinya, walaupun sudah hampir dua puluh tahun tidak bertemu. Anggota  polis itu berasal dari Johor dan pernah bertugas di balai polis Pekan Bruas sekitar  tahun 1943‐1945. Awal tahun 1946 dia ditukarkan ke balai Polis Umbai, Melaka.  Sejak itu hubungannya dengan datuk putus sarna sekali.      "Ini siapa?", tanya anggota polis itu pada datuk sambil merenung muka saya.      "Tamar cucu aku”, jawab datuk.    Page 345 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Anggota polis tersenyum. Dia memberitahu datuk bahawa anak sulungnya yang  sebaya dengan saya sudah bekerja sebagai anggota polis dan ditempatkan di  Kuala Terung juga. Kemudian Atan (anggota polis), mengajak saya dan datuk ke  rumahnya. Barangkali ada tujuan yang ter¬tentu. Paling kurang, dia mahu  menuntut ilmu dari datuk, fikir saya.    Memang tepat apa yang saya duga. Dia memang sudah lama mencari datuk untuk  diajak ke Batu Pahat. Dia menyatakan hanya datuk seorang saja yang boleh  menyele¬saikan masalah yang di hadapi oleh pihak keluarganya. Sudah banyak  pawang dan dukun terkenal dipanggil ke tempatnya. Tetapi, mereka tidak berjaya  mengatasi masalah yang yang menimpa keluarga anggota polis itu.      "Apa masalahnya?”, soal datuk.      "Kubur anak saudara saya berasap"      "Kuburnya berasap?" datuk terkejut.      "Biasanya kubur itu berasap pada sebelah pagi dan senja. Serentak dengan itu  orang yang dekat tanah kubur terdengar suara orang menjerit minta tolong”, 

Page 346 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

terang anggota polis itu.      Datuk terdiam. Datuk tidak jadi minum kopi yang di hidang oleh isteri anggota  polis itu. Saya kira datuk terkejut dengan apa yang didengarnya itu. Lama juga  datuk termenung. Dahinya berkerut. Belum pemah dia mendengar dan  berhadapan dengan peristiwa semacam itu.    "Ada gambar anak saudara awak tu di sini Atan?", datuk renung muka anggota  polis itu.      "Ada, nanti saya ambilkan”, anggota polis masuk ke dalam bilik dan keluar dengan  sekeping gambar poskad ditangan. Gambar itu diserahkan pada datuk. Lama juga  datuk merenung wajah anak saudara anggota polis tesebut. Tanpa mengucapkan  sesuatu, datuk memulangkan gambar tersebut pada anggota polis yang berasal  dari Johor itu.    "Saya boleh cuba”, pendek datuk memberikan jawapan.    "Terima kasih”, wajah anggota polis itu saya lihat berseri‐seri. Senyumnya tidak  putus‐putus bermain dibibir.  "Bila kita akan pergi?”, tanpa sabar‐sabar anggota polis itu mendesak.      Page 347 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Datuk menggigit bibir sambil merenung ke wajah saya.    "Minggu depan, kita bertolak petang"      "Eloklah tu, saya boleh minta cuti"      "Cara nak pergi macam mana? Pergi bersama atau bersingan?”, datuk  mengajukan pertanyaan.      "Kita pergi dengan kereta saya”, lega hati saya mendengar pengakuan dari  anggota polis itu.      Saya tahu, kalau berasingan, datuk akan menunggang harimau peliharaannya  waktu malam. Satu cara yang amat tidak saya sukai. Seram sejak badan saya  memaut batang leher harimau, meskipun harimau itu jinak dan boleh diurut ekor  dan kepalanya. Datuk terus memberi alasan kenapa dia terpaksa pergi ke Batu  Pahat minggu depan. Pertama dia mahu menemui isteri mudanya (orang bunian)  sebelum berjalan jauh. Kedua, dia perlu menghubungi harimau belaannya untuk  jadi pengiring ketika dia berada di sana. Dan ketiga datuk perlu membuat  persiapan‐persiapan yang tertentu.    Page 348 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Sementara menanti minggu depan, saya dan datuk pulang ke kampung. Sernasa  berada di kampung boleh dikatakan setiap malam datuk memanggil harimau  belaannya datang ke halaman rumah. Datuk memberi harimau itu makan tujuh  biji bertih dan menyediakan air dalam bekas buluh gading. Datuk bermain‐main  dengan harimau di bawah cahaya bulan yang sedang mengambang dan datuk  memberitahu pada harimau belaannya itu supaya pergi ke arah selatan tanahair.      Kadang‐kadang saya lihat datuk duduk atas belakang harimau dengan isterinya  orang bunian menuju ke arah Bukit Kota. Anehnya, bila saya bangun dari tidur  pada esok harinya, saya dapati datuk berada di rumah. Waktu bila dia pulang saya  sendiri tidak tahu.      Pagi Selasa itu, sebuah kereta Austin 1100 bercat merah yang dipandu oleh Atan  (anggota polis) datang ke rumah datuk. Mana barang yang difikirkan perlu  dimasukkan ke dalam bahagian belakang kereta itu. Tepat pukul sepuluh kami  pun bertolak. Lebih kurang pukul empat petang kami pun sampai di Balai Polis  Cheras, Kuala Lumpur. Kami singgah di rumah Kadir Khan, pangkat abang ipar  kepada Atan (Kadir Khan baru saja ditauliahkan menjadi sarjan di Balai Polis  tersebut). Balai polis Cheras kami tinggalkan setelah menunaikan sembahyang  Maghrib.      Sepanjang perjalanan datuk tidak putus‐putus bercerita dengan Atan. Ternyata  banyak yang datuk tahu tentang keluarga dan sanak‐saudara Atan. Perjalanan  yang amat membosankan itu saya isikan dengan tidur. Bila jaga saya akan melihat  Page 349 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

keluar. Pemandangan malam memang tidak menyenangkan hati saya.    Saya juga tidak pernah bertanya pada datuk, bandar atau pekan yang dilintasi  oleh kereta yang saya naik itu. Buat apa bertanya, buat penat mulut saja. Tidak  banyak kendaraan yang kami temui atau berselisih dengan kami sepanjang  perjalanan. Badan terasa cukup sejuk. Bila saya melihat keluar, saya terasa takut  melihat hutan dan bukit yang tertegun di kiri kanan jalan. Tiba‐tiba saya terasa  Atan memperlahankan laju keretanya.      "Pukul berapa?", saya terdengar suara datuk.      Atan tidak tidak menjawab pertanyaan itu. Kereta bagaikan ditarik sesuatu dari  belakang.      "Pukul dua”      "Kita dekat mana ni Atan?"      "Dekat Sungai Rambai, dah dekat sempadan Johor"  Page 350 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Saya terasa cukup resah. Saya yakin kereta yang saya naiki itu tidak bergerak.  Walaupun Atan menekan minyak dan dan memutar setering. Saya panjangkan  leher ke depan. Kepala saya hampir saja mahu menyentuh kepala Atan. Saya  terkejut besar. Saya lihat muka Atan pucat. Matanya tajam merenung ke depan.  Ada sesuatu yang tidak kena terjadi pada kami.      "Tok”, saya mecuit bahu datuk, ”kereta kita tidak berjalan tok”, tambah saya lagi.    Datuk anggukkan kepala. Secara mengejutkan saja, datuk menampar dahi Atan.  Saya lihat Atan terpinga‐pinga macam orang bangun tidur. Dia menyebutkan  sesuatu mengenai kereta yang di pandunya tidak bergerak. Empat tayar kereta  bagaikan terlekat pada sesuatu. Tidak ada sebuah pun kereta yang lalu untuk  diminta pertolongan. Suasana cukup gelap. Datuk membaca sesuatu dan  menghembus pangkal telinga Atan.      "Mengucap Atan”, kata datuk.      Atan pun mengucap dan datuk tahu bahawa Atan sudah pulih dari keadaan  khayalan. Bila datuk bertanya pada Atan kenapa dia jadi demikian, Atan  menyatakan yang dirinya berada di satu tempat lain yang indah, diapit oleh  wanita sambil mendayung sampan.   

Page 351 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Kau diresapi syaitan penunggu”, bisik datuk ke telinga Atan.    Dengan pertolongan lampu kereta, saya melihat tubuh manusia tanpa kepala  sedang menunggang basikal. Saya segera memberitahu pada datuk dan Atan.  Rupanya mereka melihat apa yang saya lihat.    Tubuh manusia tanpa kepala yang naik basikal itu kian hampir pada kami dan  berhenti betul‐betul di hadapan kereta yang di pandu oleh Atan. Jentera kereta  serta‐merta mati. Datuk buka pintu kereta, saya dan Atan pun keluar sarna. Dada  saya berdebar. Jalan raya itu terasa kosong benar. Tidak ada kenderaan yang lalu,  tidak ada manusia yang berjalan. Dari hutan kecil di kiri kanan jalan raya  terdengar bermacam‐macam bunyi.      Ada bunyi air terjun, ada bunyi suara orang menyanyi. Hati saya jadi kecut,  lembaga tanpa kepala itu turun dari basikal. Saya lihat batang lehernya berlubang  penuh dengan urat‐urat yang bertuntai atas dada. Darahnya meleleh di seluruh  badan.      "Syaitan”, jerit datuk.      Mulutnya membaca sesuatu. Datuk mengambil seketul batu lalu dilemparkannya 

Page 352 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

ke arah lembaga tanpa kepala. Lembaga itu menjerit dan terus melompat ke atas  basikal. Kami segera masuk kereta. Datuk menyuruh Atan mengekori lembaga itu.  Bila sampai ke kawasan Sungai Kesang, lembaga tanpa kepala itu terus hilang.  Sampai ke Batu Pahat hal itu diceritakan oleh Atan pada kawan‐kawannya.  Menurut kawan‐kawan Atan, tubuh tanpa kepala itu memang selalu mengacau  pemandu kendaraan. Menurut mereka tubuh tanpa kepala itu berasal dari  tentera Gurkha yang di pancung oleh tentera Jepun dalam perang dunia yang  kedua dulu.      Lebih kurang pukul sembilan pagi pada hari Isnin, kami pun sampai ke Kampung  Jorak Ilahi. Atan memperkenalkan datuk dengan ayah saudaranya iaitu, Omari  berusia lebih kurang enam puluh tahun, ada ladang kelapa dan kopi. Pada  mulanya, datuk membuat keputusan untuk menginap di masjid berhampiran  tanah perkuburan itu.      "Tidur di rumah saya. Masjid itu dikawal jin”, Omari memberitahu datuk.      Kemudian Omari pun bercerita tentang beberapa keanehan yang terjadi pada  masjid itu. Datuk tidak begitu tertarik dengan cerita tersebut. Datuk hanya  tertarik tentang kubur anak Omari yang berasap dan menjerit waktu senja dan  pagi. Setelah berbincang dengan Omari dan Atan, datuk bersetuju melihat  kawasan kubur yang di katakan itu. Bila bunga senja mula jatuh di seluruh  Kampung Jorak Ilahi, datuk pun memakai seluar hitam dan baju hitam. Datuk ikat  kepala dengan kain merah.    Page 353 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Biar saya tinjau dulu dengan cucu saya”, beritahu datuk pada Omari dan Atan.      Kedua‐duanya anggukkan kepala tanda setuju. Omari menyerahkan pada datuk  sebatang anak kopi berdaun tiga. Memang, datuk menyuruh Omari  menyediakannya untuk tangkal. Waktu saya dan datuk sampai di pinggir jalan  kawasan perkuburan, tengkok saya terasa seram. Ada bunyi suara burung murai  batu dan puyuh tanah. Suasana sekeliling kelam dan samar‐samar. Datuk dan saya  berdiri tenang menghadapi batu‐batu nisan yang memenuhi tanah perkuburan.    Angin yang bertiup menolak dedaun di tanah perkuburan. Dedaun itu berlaga  sesama sendiri dan melahirkan bunyi air ombak diselang‐seli dengan bunyi orang  ketawa. Terdengar bunyi suara jampok dan burung hantu kubur mengkais‐kais  tanah. Secara mendadak saja saya memeluk tubuh datuk, bila saya terdengar  bunyi suara orang menjerit dan minta tolong di tanah perkuburan dalam suasana  senja yang bertambah gelap.      Tanpa banyak bercakap, datuk mengheret saya ke tengah kawasan perkuburan.  Langkah kami mati bila berhadapan dengan sebuah kuburan yang mengeluarkan  asap nipis dari rekahan tanah antara dua batang nisan. Datuk pun membakar liIin.  Asap itu jelas kelihatan macam wap yang keluar dari ketul ais. Suara orang minta  tolong dan ampun menendang gegendang telinga saya. Suasana di kawasan  perkuburan itu amat menakutkan saya.    SBDJ (Jilid 02) Siri 28: Kubur Berasap   

Page 354 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Saya masih dapat mengawal perasaan. Datuk pun memadamkan api yang  membakar sumbu lilin. Nyamuk mula menggigit cuping telinga dan muka. Dalam  samar‐samar senja itu datuk memandang wajah saya tepat‐tepat.    "Kita balik saja”, kata datuk.      "Kenapa?"    "Jangan banyak soalan, ikut cakap aku"      "Tapi tok.."      "Jalan”, pekik datuk.      Saya lihat wajah datuk lain macam. Langkah datuk cukup cepat. Saya lihat tapak  kakinya bagaikan tidak menyentuh bumi. Supaya tidak ketinggalan jauh darinya,  saya terpaksa berlari tanpa memandang ke kiri dan ke kanan. Kemudian saya  terdengar bunyi yang ganjil dari arah belakang, macam bunyi tapak kaki orang  memburu saya. Bila di toleh ke belakang tidak ada suatu pun yang saya nampak  kecuali dedaun rumput menutup bumi yang runduk kena pijak. Saya terdengar 

Page 355 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

bunyi suara reriang rimba yang bertali‐temali. Bunyi¬nya berubah dari satu pokok  ke satu pokok. Bunyinya cukup nyaring dan memanjang pula. Kata nenek, kalau  reriang rimba berbunyi dalam bunga senja dan bunyinya tidak putus, membawa  alamat ada penghuni kampung yang akan meninggalkan kampung dan tidak akan  kembali hingga hari kiamat.      "Siapakah yang akan mati?", timbul pertanyaan dalam hati kecil saya. Tentu saja  pertanyaan itu tidak akan menerima jawapan dari sesiapa. Barangkali, kalau  pertanyaan yang sama diajukan pada datuk kemungkinan menerima jawapannya  cukup cerah. Sayang, saya tidak berani bertanya padanya. Datuk terus  melang¬kah. Saya renung ke kiri. Pokok getah berdaun lebat tertegun kaku. Saya  toleh ke kanan, pohon‐pohon koko yang berbuah rapat‐rapat tidak bergerak.      "Tok”, mendadak saja memanggil nama datuk dalam warna senja yang kian gelap  itu.      Datuk berhenti. Entah macamana sepasang mata saya tertumpu pada sepasang  kakinya yang tidak memijak bumi. Saya kedutkan kening dan dahi. Belum pernah  saya melihat datuk dalam keadaan demikian. Hati saya mula ragu‐ragu. Apakah  saya berhadapan dengan datuk atau dengan satu makhluk asing yang menyerupai  datuk.    Bagi membuktikan apakah datuk yang wujud di hadapan saya itu datuk yang  sebenar atau sebaliknya, saya segera menarik hujung bajunya dengan sekuat hati. 

Page 356 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Badan saya bagaikan ditarik oleh satu kuasa menyebabkan saya terdorong ke  depan. Bahu sebelah kanan saya menyondol pangkal belikat datuk. Kemudian  saya terasa satu hentakan yang amat kuat mengenai pangkal telinga kanan saya.  Seluruh badan terasa lemah. Saya tidak mendengar apa‐apa. Semuanya terasa  sunyi dan sepi. Saya tidak tahu, berapa lama saya berkeadaan demikian.      Saya tersedar apabila badan saya digoyang oleh datuk beberapa kali. Telinga saya  diasak dengan bacaan ayat‐ayat suci. Bila saya membuka mata, saya lihat datuk  tersenyum.    "Saya lihat datuk ber.."      "Aku faham”, datuk memotong cakap saya dan menyuruh saya bangun. Suasana  sekeliling bertambah kelam. Bunyi suara burung kuang‐kuik cukup jelas  kedengaran. Kata orang tua‐tua, burung itu berbunyi dari atas kepala harimau.  Ada juga yang mengatakan burung itu jadi kepala jalan kepada hantu dan syaitan.  Sering berbunyi waktu senja begini dan tengah malam menjelang subuh.    Saya tidak boleh bangun. Kedua belah sendi lutut saya terasa longgar, tidak  mampu menahan badan saya agak gemuk ini. Bunyi suara burung kuang‐kuik  semakin dekat. Saya cemas dan saya faham, kalau tidak kena caranya saya dan  datuk akan jadi korban harimau.  "Kita dalam bahaya tok. Rumah Omari agak jauh tok"   

Page 357 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Tak apa. Sepatutnya kau tidak boleh menegur aku bila melihat aku dalam  keadaan yang ganjil"      "Kenapa tok tak cakap tadi?"      "Aku terlupa”, kata datuk dengan wajah yang kesal. Tanpa diminta, datuk  menerangkan pada saya bahawa, dia terpaksa berjalan atas angin untuk  menghindarkan sebarang kejadian buruk. Menurut datuk jarak tapak kakainya  dengan bumi lebih kurang satu kaki setengah ruang yang kosong antara tapak kaki  dengan bumi akan dilalui oleh angin yang boleh me¬misahkan kuasa jahat dari  meresap ke dalam tubunya.      "Apa dia kuasa jahat tu tok?", tanya saya.      "Jin tanah atau jembalang tanah"      "Ganjil benar bunyinya. Ini dah tahyul tok”, kata saya sambil tersenyum.      Page 358 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Belum pun datuk memberikan ja¬wapan pada pertanyaan itu, saya tercium satu  bau yang agak ganjil. Suara burung kuang‐kuik terdengar dari dahan pokok atas  kepala. Datuk masih juga bertenang. Dia suruh saya berdiri tetapi saya tidak  berdaya.      "Kalau aku berjalan memijak bumi tadi, tentu saja aku lumpuh semua badan.  Tempat ini agak keras”, dengan mendadak saja datuk memberitahu saya.      Datuk juga menyatakan, sekiranya saya tidak menarik bajunya, perkara itu tidak  ber¬laku pada diri saya.  Sebabnya, ketika dia berjalan tadi semangat dan perasaannya sudah disatukan  dengan semangat saya. Datuk pun memicit buku lali kanan saya. Mulutnya  terkumat‐kamit membaca sesuatu. Hari bertambah gelap. Bunyi reriang rimba  tidak kedengaran lagi. Ternyata usaha yang datuk lakukan tidak dapat  memberikan kejayaan. Saya tidak mampu berdiri dan saya rasa tempurung lutut  sudah tidak wujud pada tempatnya.      "Kau tahu Tamar kenapa aku berjalan atas angin?"    "Tak tahu"     

Page 359 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Kau perlu belajar dan mengenal adat budaya dan kepercayaan nenek  mo¬yangmu yang tidak lari dari asas agama Islam"      "Maksud tok?"      "Manusia tidak dapat melarikan diri dari empat unsur ini iaitu, tanah, air, api dan  angin. Begitulah yang dikatakan oleh guruku"      "Sebab apa begitu tok?"      "Kalau tidak ada benda‐benda ini, manusia tidak akan dapat bergerak atas alam  ini"      "Maksud tok memang saya tak faham"    "Mudah saja. Manusia berasal dari tanah akan kembali ke tanah. Air pula mesti  ada dalam tubuh manusia. Api yang bermaksud darah mesti ada dalam diri  manusia. Begitu juga dengan angin, jika tidak ada angin manusia tidak akan boleh  bemafas"  Page 360 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    Saya terdiam mendengar keterangan dari datuk itu. Lalu dia menyatakan makhluk  lain sama ada dari jin dan sebagainya juga bergantung pada perkara‐perkara yang  disebutkan itu.      "Pada zahirnya, engkau nampak kakiku tidak memijak bumi. Tetapi dari segi  kebatinannya aku tidak terpisah dengan bumi, seluruh pancaindera bertaut rapat  dengannya. Kerana itu aku tidak boleh bercakap atau mengerakkan tubuhku. Bila  bergerak, kuasa jahat akan meresap ke tubuhku”, datuk pun memberikan  penjelasan.    Saya mahu mengerti dan faham. Apa yang saya ragukan selama ini dengan  sendirinya sudah terjawap. Datuk merenung wajah saya dengan tepat dan tajam  sekali. Dari sinar matanya itu, datuk seolah‐olah berkata begini:    “Jangan kau tanya lagi hai cucuku, Tamar Jalis”    Saya terkejut dari ribuan pokok sebelah kiri, seekor harimau muncul. Misainya  bergerak‐gerak dan dalam samar‐samar senja itu sinar matanya seakan‐akan  bercahaya.    "Kau datang sayang”, kata datuk.   

Page 361 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Harimau bergerak untuk menghampiri datuk. Dengan tenang datuk  menghulurkan lengan tangan kanan kanannya pada harimau itu. Lidah harimau  yang panjang dan merah itu menjilat kulit lengan kanan merebahkan bulu‐bulu  roma hitam dan lebat di tangan datuk yang kaya dengan urat. Datuk lalu memeluk  leher harimau. Datuk merabah‐raba misai harimau, dan harimau besar itu  menguap panjang. Taringnya yang tajam berwarna putih jelas kelihatan.    "Kau tahu aku dalam kesusahan, kau datang ya”, ujar datuk lagi.      Harimau itu terus merebahkan badannya ke atas bumi, bergerak kekanan sambiI  menggerak‐gerakkan ekornya penuh manja. Datuk pun mengurut‐urut‐urut badan  harimau itu berkali‐kali.      "Cucuku sakit. Kau jilatlah tempurung lututnya”    Sebaik sahaja datuk selesai bercakap, harimau itu bangun. Harimau itu menggeliat  dengan kedua belah kaki depannya mencengkam bumi. Manakala kedua belah  kaki belakangnya menendang bumi menyebabkan bahagian belakang badannya  meninggi dan bahagian kepalanya rendah separas bumi. Harimau itu mengaum  kecil sambil membetulkan kedudukan badannya seperti asal.     

Page 362 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Kau harus membuatkan senaman macam harimau ini untuk menguatkan  pinggang dan urat‐urat kaki dan tangan serta belikat dari diserang lumpuh.  Jadikan amalan setiap pagi dan petang”, kata datuk pada saya sambil menyuruh  saya melihat gerak‐geri harimau tersebut.    Dan harimau itu bagaikan mengerti dengan apa yang dikatakan oleh datuk pada  saya, lalu mengulangi perbuatannya itu sebanyak tiga kali berturut‐turut. Dengan  tenang harimau itu membuka mulutnya luas‐Iuas lalu menjulurkan lidahnya  hingga ke pangkal leher. Dengan tenang harimau itu menghampiri saya. Apa yang  saya rasai ialah rasa geli dan sejuk di bahagian kepala lutut, bila lihat harimau itu  menjilat kulit badan saya dari kepala lutut hingga ke buku lali. Sesekali saya terasa  gigi harimau yang tajam itu berlari‐lari lembut atas tempurung lutut. Saya kira  lebih kurang tiga minit harimau itu menjilat dari tempurung kepala hingga ke  buku lali.      Harimau itu terus mengaum panjang dan menghilangkan diri dalam sekelip mata.  Burung Kuang‐kuik berbunyi kembali. Datuk menyuruh saya bangun. Memang  menakjubkan, saya dapat berdiri dengan cukup baik sekali. Saya boleh melangkah  dengan penuh tenaga dan kekuatan.    "Bagaimana? Kau kuat sekaran?"      "Ya tok, saya kuat"   

Page 363 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Tiba‐tiba datuk mengikat kedua belah mata saya dengan kain hitam. Dia  menyuruh saya berdiri betul‐betul disebelah kanannya. Datuk pun meletakan  tangan ke atas bahu saya.      "Langkah setapak ke depan dengan kaki kanan”, ujar datuk.    Perintahnya itu saya patuhi. Apa yang saya alami selanjutnya ialah badan rasa  melayang. Bunyi angin cukup kuat memukul gegendang telinga. Saya bagaikan  terkhayal sejenak.    "Sedia”    Saya terdengar suara datuk. Serentak dengan itu saya terasa sepasang kaki saya  memijak bumi. Datuk pun membuka mata. Saya dan datuk sudah pun berada di  kaki tangga rumah Omari. Dengan wajah yang tenang Omari menjemput kami  naik ke rumah. Kerana waktu Maghrib hampir tiba, saya dan datuk tergesa‐gesa  mandi dan mengambil air sembahyang. Datuk dan Omari berbual‐bual di ruang  tengah sementara menanti waktu Isyak.    Kerana Omari sudah berpisah dengan isterinya, dia hanya menyediakan untuk  makan malam sekadar yang termampu olehnya. Malam itu kami makan nasi beras  bukit berlaukkan ikan kembung rebus yang sudah digoreng serta sambal belacan.  Makanan yang disediakan amat menyelerakan. Untungnya, kami makan sesudah  menunaikan sembahyang Isyak, kalau tidak sudah pasti saya rasa tidak selesa 

Page 364 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

untuk rukuk dan sujud.    Lebih kurang pukul sepuluh malam, saya dan datuk meninggalkan rumah Omari  menuju ke masjid. Sebelum berangkat, Omari memberi pesan supaya berhati‐hati  bila tidur dalam masjid tersebut. Menurutnya, sudah banyak orang dicampak  keluar dari masjid kerana bercakap tidak senonoh dan ikut suka hati.      Omari juga menyatakan masjid itu dikawal oleh jin Islam. Berdasarkan dari  keterangan itu, saya merasakan bukanlah satu perkara yang ganjil kalau masjid itu  dipanggil masjid jin. Satu perkara yang tidak menyenangkan hati saya ialah untuk  sampai masjid tersebut, terpaksa melintas tanah perkuburan yang amat luas.    Memang jadi kebiasaan pada diri datuk, dia lebih suka berjalan waktu malarn  tanpa membawa pelita minyak tanah atau lampu suluh. Sedang kami berjalan,  tiba‐tiba datuk berhenti. Dia bagaikan nampak tubuh manusia bergerak dalam  gelap di celah‐celah batu nisan yang terpacak kejap di situ.      "Datanglah. Aku kenal awak. Sama‐sama anak Adarn”, nada suara datuk cukup  keras.      Saya lihat datuk menekapkan kedua belah tangannya ke pangkal leher. Saya  segera merapatinya. 

Page 365 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    "Keluarlah”, ujar datuk lagi.      Tidak ada jawapan dan tindak balas dari makhluk yang dilawan bercakap oleh  datuk. Saya dan datuk terus tegak kaku di situ. Dalam gelap itu saya rasa ada  orang bergerak, memintas di depan kami. Datuk melompat dengan mendadak  kira‐kira dalam jarak enam kaki tingginya. Bila datuk berdiri semula di tempat  asalnya, dia sudahpun memegang pergelangan tangan seorang lelaki tua.    "Nyalakan lampu minyak tanah kau"      Lelaki itu patuh dengan cakap datuk. Dari cahaya lampu minyak tanah itu, jelas  kelihataan wajah lelaki dalam usia lima puluhan. Wajahnya pucat sungguh.      "Dari mana kau?", soal datuk.      "Saya menyiramkan air yassin ke kubur yang menjerit"   

Page 366 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Kubur siapa?"      "Anak Omari"      "Kau siapa?"      "Saya Mohammad Tammat. Sayalah yang menjaga seluruh kawasan kubur ini dan  saya tinggal di pondok belakang masjid"    Bagi mempastikan orang yang berkata itu manusia sebenar atau makhluk lain  yang menjelma sebagai manusia, datuk menggengam sekepal tanah. Tanah itu  datuk gosokkan ke lengan lelaki itu. Datuk senyum, Mohammad Tammat memang  manusia sebenar kerana tanah yang digosokkan ke lengannya melekat di kulit.  Dan Mohammad Tammat menjerit bila tanah itu ditekan kedalam uratnya.    Datuk pun menceritakan tujuannya datang ke situ. Dengan senang hati  Mohammad Tammat sendiri memasang tiga pelita minyak tanah dalam masjid  tersebut. Bila semua urusannya selesai Mohammad Tammat pun pulang ke  pondoknya. Memang ada terasa seram sejuk bila berada dalam masjid tersebut.  Datuk menyuruh saya tidur di sudut masjid berhampiran dengan tingkap dan  pintu. Datuk terus sembahyang sunat masjid. Selesai sembahyang datuk terus  membaca al‐Quran. Saya akhirnya terlelap. 

Page 367 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    Bila saya terjaga dari tidur, di hadapan saya terdapat seorang tua berjanggut  memakai serban dan jubah hijau. Air mukanya cukup bersih bagaikan ada cahaya  ketenangan di wajahnya.      "Kau tidur di sana nak”, katanya tenang.      "Terima kasih"    Saya pun bangun dan menuju ke tempat yang ditujukkannya. Datuk terus  membaca al‐Quran. Sila lihat di kiri kanan datuk terdapat beberapa orang lelaki  memakai serban hijau dan berjubah hijau penuh khusyuk mendengar datuk  membaca ayat‐ayat suci. Sebarang pembacaan datuk tersalah atau silap segera  ditegur. Ruang masjid saya lihat terang benderang bagaikan ada lampu letrik.  Saya terus tidur dan bangun bila terdengar suara azan subuh memukul gegendang  telinga. Saya segera mengambil air sembahyang. Dalam sekelip mata saja, saya  dapati masjid itu sudah dipenuhi dengan manusia untuk sembahyang subuh.      Sebelum memulakan sembahyang saya bersalam dengan seorang imam. Tidak  banyak perkataan yang diucapkan ketika saya berjabat salam dengannya. Dia  lebih banyak membaca Allahu Akbar. Datuk saya lihat cukup tenang berhadapan  dengan orang‐orang yang tidak dikenali itu. Saya sembahyang agak jauh dengan 

Page 368 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

datuk. Lepas sembahyang orang‐orang itu bersalaman antara satu sama lain.  Akhirnya bersalaman dengan saya sebelum meninggalkan masjid. Pak imam yang  berbadan tegap adalah orang yang terakhir meninggalkan masjid. Bila sampai  dihalaman masjid, dia berpatah balik mendapatkan datuk.    "Awak orang baru, ada hajat datang ke sini?", soalnya.    "Memang, ada hajat besar" .      "Apa hajatnya?"      "Mahu menghilangkan suara yang menjerit dari kubur"      "Dia anak derhaka, saya juga berusaha ke arah itu"    "Maksud pak imam?"      "Ada saya tinggalkan air untuk disiramkan ke atas kuburnya, tetapi orang yang  menyiramnya tu, tidak berapa sempuma” 

Page 369 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Saya kurang faham"      "Dia jarang berjemaah subuh di sini. Sebagai orang Islam ada tempat ibadat,  memang elok sembahyang jemaah banyak faedahnya. Dapat mengekalkan  semangat persaudaraan sesama Islam. Sembahyang seorang dengan sembahyang  jemaah berbeza pahalanya”, kata pak imam itu dengan senyum.      Dia lalu meminta diri dan tetap berdoa pada Allah, semoga niat baik datuk itu  akan berjaya.      "Berusahalah untuk kebaikan. Tetapi apa yang harus awak ambil kira, segala  kejadian yang berlaku sebagai petunjuk dari Allah untuk umat manusia di dunia”,  itulah kata‐katanya yang diucapkan pada datuk dan meninggalkan kesan yang  amat mendalam pada diri saya.      Saya hanya dapat melihat pak imam melangkah lima tapak ke hadapan di  halaman masjid. Batang tubuhnya ghaib dengan mendadak saja sebaik sampai ke  arah sebarang pokok. Bila saya menoleh ke dalam masjid, saya lihat datuk terus  membaca ayat‐ayat suci al‐Quran. Suasana subuh yang amat menyejukan itu  membuat saya dua tiga kali menguap panjang. Sesekali menggeliat  menghilangkan rasa lenguh di badan. 

Page 370 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    "Kau ambil yassin dan baca”, perintah datuk. Saya pun terus membaca yassin  dengan perlahan‐lahan, pembacaan saya sering terganggu dan tidak selancar  pembacaan datuk. Akhirnya, beberapa orang kampung yang berdekatan datang  sembahyang subuh di masjid tersebut. Mereka merasa agak pelik kenapa saya  dan datuk tidak turut sama sembahyang jemaah bersama mereka. Dari gerakan  dan kerdipan mata mereka membayangkan kesangsian. Agaknya, mereka mengira  saya dan datuk berlainan mazhab atau menerima ajaran agama yang silap. Bila  mereka selesai sembahyang, Mohammad Tammat menghampiri datuk.      "Kenapa tak berjamaah sekali?”, tanya Mohammad Tammat.    "Kami sudah sembahyang jemaah"      "Dengan siapa?"      "Tadi ramai orang datang penuh satu masjid"      "Haa.." 

Page 371 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Tak aneh. Saya bercakap dengan pak imam. Saya bertukar senyum dengan bilal  muda"      Mohammad Tammat mengerutkan keningnya. Dia termenung sejenak.  Cepat‐cepat dia menuju ke sudut masjid sebelah kanan dan mengambil sebotol  air jernih. Dia datang pada datuk semula.      "Awak bermimpi agaknya?"      "Saya bercakap benar air dalam botol yang awak ambil tu pemberian pak imam"      "Pelik"    Saya lihat muka Mohammad Tammar berubah lagi. Bibirnya digigit sekuat hati  hingga menimbulkan bekas pada bibir sebelah bawah.      "Awak berjemaah dengan jin" 

Page 372 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    "Alhamdulillah, saya bersyukur atas kebesaran Allah”, datuk pun menadahkan ke  dua belah tangannya.    Orang‐orang kampung pun mula meninggalkan masjid begitu juga dengan  Mohammad Tammat. Bila matahari mula terbit di kaki langit, saya dan datuk pun  keluar untuk mandi embun. Memang diluar dugaan, dalam langkah yang punya  matIamat itu kami sampai ke bahagian belakang masjid yang berhampiran dengan  kawasan perkuburan.    Lubang telinga datuk dan saya mula diasak dengan suara orang menjerit dan  menangis. Saya dan datuk menuju ke arah bunyi suara itu. Matahari pagi mula  memancarkan sinarnya yang lembut, air embun di hujung daun yang terkena  sinaran matahari nampak bermanik‐manik. Burung‐burung mula melompat dari  dahan ke dahan sambil berkicau riang.      Bila saya dan datuk sampai ke kubur anak Omari, saya lihat Mohammad Tammat  terbongkok ‐bongkok menyiramkan air dari dalam botol ke atas tanah kubur. Saya  dan datuk terus menghampiri Mohammad Tammat. Dia tidak memperdulikan  kedatangan kami.  Datuk terus duduk di bahagian kepala kubur. Datuk membaca sesuatu. Air yang di  siram oleh Mohammad Tammat habis satu botol. Mohammad Tammat pun  meletakkan botol kosong itu dekat batu nisan. Saya terkejut, botol kosong itu  bergerak‐gerak bagaikan disentuh oleh manusia, akhirnya botol itu hilang.   

Page 373 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Perkara itu satu perkara biasa”, kata Mohammad Tammat memberitahu saya  yang kehairanan.      Suara dari dalam kubur tidak sekuat tadi. Tetapi saya dapat mendengar dengan  jelas apa yang terkeluar dari dalam perut bumi itu.      "Aduh panasnya. Ampunkan saya emak, ampunkan saya”, itulah yang dapat  ditangkap oleh gegendang telinga saya di pagi yang hening itu. Datuk masih  membisu seribu bahasa. Sinaran matahari yang memancar ke atas kubur cukup  keras, walaupun hari masih pagi benar. Saya perhatikan dengan penuh teliti,  memang terdapat kepulan asap nipis keluar dari tanah kubur. Di bahagian kaki  yang berhampiran dengan batu nisan saya lihat tanah di situ bagaikan retak ‐tetak  kecil.      Saya segera menyatakan apa yang saya lihat itu pada datuk. Datuk menyuruh saya  diam. Mohammat Tammat meninggalkan kami berdua di situ. Datuk terus  membaca ayat‐ayat suci. Saya tetap berada disamping datuk. Bila datuk selesai  membaca ayat‐ayat suci dan menoleh ke kiri, saya dapati pak imam yang berjubah  hijau berdiri disisinya. Pak imam bersalam dengan datuk sambil berkata:    “Dia anak derhaka”     

Page 374 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Pak imam itu hilang. Suasana ditanah perkuburan terasa cukup sepi. Kicau burung  tidak kedengaran, apa yang saya alami ialah rasa seram. Bulu tengok saya  meremang tidak menentu. Suara dari dalam kubur terus hilang. Saya dan datuk  pun pulang ke rumah Omari. Di rumah Omari datuk duduk diruang tengah  memakai baju dan seluar hitam siap dengan tanjaknya sekali. Datuk merenung ke  arah matahari terbit.      Sebelah kanan lututnya tersusun beberapa batang pohon kayu kecil. Sebelah kiri  lututnya terletak mangkok putih tanpa air. Datuk bertafakur kira‐kira sepuluh  minit. Semua yang datuk lakukan itu diperhatikan oleh Omari dan saya penuh  teliti. Datuk memejamkan matanya rapat ‐rapat. Saya terdengar suara orang  batuk. Entah dari mana datangnya saya tidak tahu.      "Kaubenar‐benar mahu menolongnya?”, terdengar suara ghaib.    "Ya, pak imam"      "Dosanya akan hilang sesudah diampun oleh ibu yang melahirkannya"    "Lagi pak imam?"      Page 375 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Dia harus juga meminta ampun pada ibu tirinya"    Sebaik saja suara itu hilang, datuk membukakan matanya. Di tangan kanan datuk  tergenggam sehelai kain berwarna hijau. Kain itu terus dibelitkan ke lehernya.  Datuk merenung ke wajah Omari tepat‐tepat.      "Kau sayangkan anakmu?", tanya datuk.      "Tentu"    Maka berceritalah Omari bahawa anaknya itu pernah menendang dan memaki  ibunya sesuka hati. Malah pernah melukakan perasan ibunya yang melarang dia  bercampur gaul dengan budak‐budak nakal. Larangan itu tidak diperdulikan oleh  anaknya. Akhirnya anak itu terlibat dalam kumpulan penghisap ganja dan jadi  peminat ekor tiga nombor (masa itu judi empat nombor masih belum ada).    "Anak saya itu membuat kerja‐kerja syirik. Menyembah pokok, pergi ke kubur  lama menurun nombor ekor”, kata Omari dengan wajah yang amat muram.      Datuk hanya mendengar penuh teliti. Omari juga menyatakan, ibunya menentang  perbuatan itu hingga timbul pertengkaran. Anaknya tidak dapat mengawal  perasaan lalu memaki ibunya sendiri. Tiga bulan lepas peristiwa itu Omari  Page 376 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

bercerai dengan isterinya, lalu kahwin lagi.    "Anak saya akhirnya bengkak kaki tidak boleh berjalan. Isteri kedua saya  merawatnya. Masa merawat itulah anak saya membaling isteri muda dengan kayu  hingga dahinya luka, isteri muda saya meninggalkan saya"      "Lepas itu apa yang terjadi?", tanya datuk.      "Anak saya dimasukan ke hospital Batu Pahat dan meninggal dunia"      “Awak terlalu manjakan anak”, cungkil datuk lagi.    "Memang. Dialah satu‐satunya anak saya”, suara Omari tersekat‐sekat dan  menangis.      Setelah mengadakan perundingan dengan Omari, datuk berusaha mencari isteri  tuanya. Akhirnya isteri tua Omari ditemui di Pontian sudah menikah dengan  saudara berketurunan Pakistan. Datuk membawa isteri tua ke rumah Omari. Isteri  muda tidak dapat ditemui menurut beberapa orang kampung di situ, isteri muda  Omari sudah pulang ke kampung halamannya di Tanjung Balai Indonesia. Semua 

Page 377 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

peristiwa yang terjadi diceritakan oleh datuk pada isteri tua Omari. Perempuan itu  menangis tersedu‐sedu. Hatinya terasa pilu atas perbuatan bekas suaminya yang  tidak memberitahu tentang kematian anaknya.  Malam itu, saya dan datuk tidur ke masjid jin lagi sekali. Kali ini kami datang ke  masjid agak lewat. Kira‐kira pukul satu tengah malam. Kedatangan kami disambut  oleh pak imam berjubah hitam dimuka pintu masjid.      "Kau sudah jumpa emaknya?", tanya imam itu.      "Ya, pak imam"      “Mana dia?"      "Dia ada di rumah adik Omari"      "Kita ke sana”, jawab pak imam berjubah hijau.     

Page 378 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Kami pun menuju ke rumah adik Omari. Pak imam tetap berada di antara saya  dengan datuk. Suatu perkara ganjil yang saya alami, orang lain tidak dapat  memandang tubuh pak imam. Mereka hanya mendengar suaranya saja,  sedangkan saya dan datuk dapat melihat gerak‐geri pak imam. Pak imam  melakukan sembahyang dua rakaat di rumah adik Omari. Kemudian dia mengajak  datuk dan saya membaca surah Yassin hingga subuh. Sebelum matahari terbit pak  imam itu memberi sebotol air jernih kepada datuk.    "Kau ajak ibunya ke kubur pada sebelah pagi. Suruh dia siramkan air ini atas tanah  kubur itu dan suruh dia baca ayat ini”, pak imam beritahu pada datuk sambil  menyerahkan sehelai kertas yang bertulis jawi.    "Lagi pak imam?"      "Sesudah selesai semuanya itu, ibunya harus melakukan sembahyang tahajud  tengah malam minta Allah mengampunkan dosa anaknya. Tetapi, dia terlebih  dulu dengan hati yang suci mesti mengampunkan perbuatan anaknya itu  terhadapnya"      Janda Omari dan iparnya termanggu‐manggu mendengar suara ghaib itu. Mereka  hanya nampak sekilas pandangan bentuk tubuh imam yang berjubah hijau waktu  berdiri di muka tangga sebelum menghilangkan diri dari kami semua.    SBDJ (Jilid 02) Siri 29: Dikacau Penunggu Kolam 

Page 379 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Apa yang dikatakan oleh imam berjubah hijau itu dilaksanakan oleh janda Omari  dengan sempurna. Datuk tidak banyak campur tangan dalam urusan tersebut,  kecuali menemani janda Omari pergi kekubur selama lapan pagi berturut‐turut.  Masuk hari yang ke empat belas, suara tangisan dari kubur sudah tidak  kedengaran lagi. Dan janda Omari pun menyatakan hasratnya pada datuk untuk  pulang ke Pontian.      "Tangguhkan lah dulu”, kata Omari pada jandanya.      "Kenapa?"    "Lepas mengadakan kenduri kesyukuran malam jumaat ini, kau pulanglah. Aku  minta pada kau demi kasih sayang kita pada anak", Omari menyatakan hasratnya.      Janda Omari termenung. Dalam hati dia membilang hari. Dia menggigit bibir.  Kalau dia memenuhi permintaan Omari bererti dia terpaksa bermalam lagi di  Kampung Jorak Ilahi.    "Hari ini suami saya datang mengambil saya, tak dapat menunaikan hajat baik tu”,  jawab janda Omari.    Page 380 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Datuk merenung muka Omari yang dijamah sinar matahari pagi.    "Bila suami awak datang?", datuk menyoal perempuan yang berwajah lembut.      Kedua‐dua belah kelopak matanya agak hitam kerana kurang tidur dan terlalu  banyak menangis mengenangkan perbuatan bekas suaminya.      "Tengahari ini”, jawabnya pendek.      "Hari ini hari Khamis. Dia tidak marah kalau kau tidur semalam lagi di sini”, celah  datuk.      Perempuan yang berwajah lembut menyimpan seribu penderitaan itu merenung  wajah datuk. Dalam sinaran mata yang redup itu tersembunyi seribu ketegasan  diri yang tidak boleh diubah oleh sesiapa pun. Begitulah firasat datuk bila melihat  bola mata perempuan itu.    "Saya boleh menunaikan permintaan itu kalau mendapat izin dari suami saya.  Tugas isteri membuat apa yang disukai oleh suami dan menjauhkan sebarang  perbuatan yang tidak disukainya. Inilah ibarat saya untuk suami saya”, ujar 

Page 381 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

perempuan itu dengan tenang.      Datuk tesenyum dalam hal ini ternyata datuk kalah. Datuk boleh berhadapan  dengan syaitan dengan gagah dan berani. Tetapi,datuk terpaksa tunduk dengan  perempuan yang kuat iman dan mengikut perintah Allah.      "Itulah yang baiknya, memang yang baik itu untuk Allah dan yang jahat untuk  syaitan dan nafsu”, suara datuk lemah.    Kemudian datuk dan Omari turun ke tanah. Perempuan berwajah lembut duduk  dimuka pintu menanti kedatangan suaminya. Lepas kurang pukul sebelas pagi,  suaminya datang dengan sebuah teksi. Datuk segera menemui suami perempuan  itu. Bercakap sesuatu dengannya.      "Tak jadi halangan kalau untuk kebaikan”, balas suami perempuan itu.      Dengan tenang suami perempuan itu membayar tambang teksi dan meminta  teksi itu datang menjemputnya selepas sembahyang Jumaat pada hari esoknya.  Malam itu, kenduri kesyukuran pun diadakan. Sebelum majlis dijalankan, datuk  bercakap dengan Omari sebentar. Tanpa memberitahu saya datuk pun  menghilangkan diri. Bila tetamu sudah penuh di anjung, datuk secara mendadak 

Page 382 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

saja tersembul dalam barisan orang kampung bersama seorang lelaki berjubah  hijau. Lelaki itu saya lihat tidak banyak cakap. Dia hanya bersalam saja dengan  orang yang datang. Kemudian duduk tunduk membilang tasbih.  Atas permintaan datuk, orang yang berjubah hijau membacakan doa. Bila orang  ramai menjamah hidangan, orang berjubah hijau tidak menjamahnya. Dia terus  membilang tasbih. Bila semua orang selesai makan dan minta diri untuk pulang,  orang berjubah hijau terus bangun dan dan berjabat salam. Tidak ada orang yang  berani bertanya tentang dirinya sama ada pada datuk atau pada Omari. Mulut  orang ramai bagaikan terkunci. Akhirnya, tinggallah saya, datuk, Omari dan  jandanya bersama suami dalam rumah itu merenung ke arah lelaki berjubah hijau.      "Bertaqwalah kamu semua pada Allah, dan Allah akan memberikan kamu semua  pengetahuan dan petunjuk yang baik”, ujar orang yang berjubah hijau itu.    Kemudian dia bagaikan kilat hilang dari dari pengelihatan kami. Kerana semuanya  sudah selesai, datuk dan saya meninggalkan Kampung Jorak Ilahi. Datuk menolak  pemberian Omari seperti kelapa, pisang dan wang sebanyak lima puluh ringgit.    "Saya tidak hidup atas ini. Saya buat kerana Allah semata‐mata. Bersyukurlah  pada Allah atas limpahan kurnia nya yang kita terima”, kata datuk.      "Tapi ini pesan anak saudara saya. Lagipun di sini perkara bagi duit pada orang  yang berjaya macam awak ni sudah jadi perkara biasa"   

Page 383 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Saya bukan orangnya. Sedekahlah pada anak‐anak yatim"    "Maafkan saya”, ujar Omari.      Dalam perjalanan pulang itu, datuk tiba‐tiba teringatkan anak saudaranya itu.  Anehnya, bila saya mencadangkan padanya supaya pergi ke sekolah tempat anak  saudaranya mengajar datuk menolak.      "Jangan kacau dia bekerja mencari rezeki”, kata datuk.    "Habis bagaimana kita mahu mencarinya tok?"      “Ikhtiar dengan bertanya pada orang"    Tidak kuasa saya melawan cakap datuk. Setelah puas bertanya ke sana ke mari,  akhirnya datuk dapat juga tahu lokasi rumah anak saudaranya itu. Tidak lama saya  dan datuk menginap di rumah anak saudaranya itu, tetapi membekalkan saya  satu pengalaman yang aneh. Sepupu saya itu Yusuf namanya. Menyewa sebuah  rumah yang berhampiran dengan tanah kubur. Menurut Yusuf tempat dia tinggal  itu dipanggil Kampung Bagam (beberapa tahun yang lalu waktu saya pergi ke 

Page 384 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Singapura, kawasan di situ sudah banyak berubah. Sudah ada kedai perabut  kepunyaan orang Melayu bertingkat‐ tingkat tingginya.  Sudah ada tempat menjual minyak petrol. Lebih kurang pukul dua belas malam,  saya terdengar pintu rumah Yusuf di ketuk orang bertalu‐talu. Bila dia mahu  membukanya Yusuf menahan.      "Kenapa?", tanya saya.      "Syaitan”, jawab Yusuf.      Mendengar cakap Yusuf itu, datuk bangun. Dia termenung sejenak melihat wajah  Yusuf kelihatan pucat. Anak dan isterinya tidak dikejutkannya.      "Syaitan macam mana?" datuk minta kepastian.    "Saya belum melihatnya, tapi orang yang pernah membuka pintu rumah melihat  perempuan berambut panjang tidak bermata”, Yusuf memberikan penjelasan.     

Page 385 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Sebaik saja Yusuf habis bercakap datuk terus meinbuka pintu. Apa yang dikatakan  Yusuf memang benar. Di muka pintu berdiri seorang perempuan berambut  panjang dengan wajah yang pucat. Dengan sekilas datuk sudah tahu, perempuan  yang dilihatnya itu bukan hantu.    "Apa hal?" tanya datuk.      "Saya lapar"      "Masuk”, perempuan itu pun masuk.      Perbuatan datuk itu memeningkan kepala Yusuf. Datuk memberi perempuan itu  makan. Bagi menguji sama ada perempuan itu sudah dirasuk syaitan atau tidak,  datuk mencampakkan kain hitam berbucu tiga ke arah perempuan itu. Tidak ada  tindakbalas dari perempuan tersebut. Setelah datuk mengadakan temubual  dengan perempuan itu, macam pegawai polis menyiasat orang salah, ternyata  perempuan itu gila dan di singkirkan oleh keluarganya.    Terpaksa tinggal di pinggir hutan dan keluar bila malam. Kemudian orang‐orang  yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah perempuan itu bukan manusia  tetapi hantu perempuan berambut panjang. Malam itu juga datuk cuba memberi  rawatan segera pada perempuan itu. Datuk juga menyuruh perempuan itu  bermalam di rumah Yusuf. Akibat dari perbuatan datuk itu, tersebarlah berita 

Page 386 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kononnya Yusuf menyimpan hantu berambut panjang.    "Aku terpaksa merawatnya selama tiga pagi hingga dia baik”, kata datuk saya dan  Yusuf.      Dan Yusuf tidak dapat berkata apa‐apa. Sama ada dia rela atau dia tidak dia harus  patuh dengan permintaan datuk yang suci itu. Dengan pertolongan Allah yang  Maha Besar, datuk berjaya mengubati perempuan itu dengan memandikan  seluruh tubuhnya dengan tujuh biji air kelapa muda selama tiga pagi. Pada  sebelah petangnya, selama tiga petang datuk menanam separuh badan  perempuan ke dalam di tanah di bawah sinaran matahari selama tiga jam. Kepala  itu dilumurkan dengan asam jawa. Setelah itu, datuk memaksa perempuan  berambut panjang mandi di sungai hingga menggigil kesejukan. Hari terakhir,  datuk pun memanggil semua jiran‐jiran Yusuf berkumpul di halaman rumah  kira‐kira pukul empat petang. Datuk menyuruh perempuan itu duduk di atas  bangku khas. Dibawah bangku itu pula datuk letakkan sabut kepala.    Supaya perempuan itu tidak lari, bahagian pinggang dan badan di ikatkan pada  bangku. Ketika itu datuk sudah pun memakai baju dan seluar hitam, kepalanya  diikat dengan kain merah. Dia pun memerintahkan saya mencurah minyak api lalu  membakar sabut. Datuk berpeluk tubuh mulutnya kumat‐kamit membaca  sesuatu. Perempuan yang berambut panjang terus menjerit sekuat hati. Tiba‐tiba  datuk menepukkan kedua belah tangannya. Api yang marak segera padam diganti  oleh asap tebal.      Perempuan itu terbatuk‐batuk kelemasan. Serentak dengan itu, orang ramai  Page 387 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

melihat tulang‐tulang ikan dan serpihan kaca keluar dari rambut wanita tersebut.  Datuk menyuruh saya menyiram air atas sabut yang dibakar. Perempuan yang  berambut panjang terkulai atas bangku. Datuk lalu mengumpulkan serpihan kaca  dan tulang lalu dimasukkan ke dalam uncang kecil. Datuk menepuk bumi,  perempuan itu tersedar, wajahnya berseri‐seri. Boleh bercakap dengan baik dan  teratur.      "Dia sebenamya anak yatim. Ada orang yang melamarnya tetapi lamarannya  ditolak kaum keluarganya kerana mereka tidak mahu harta peninggalan ayah  perempuan ini lepas ketengah orang lain. Orang yang meminangnya dulu  berdendam lalu mengenakan ilmu sihir padanya”, kata datuk.    Bila datuk mahu meninggalkan kawasan halaman untuk masuk kedalam rumah,  seorang lelaki segera menerkam kepalanya dan mengaku pada datuk bahawa dia  adalah ayah saudara pada perempuan itu.    Dia juga menyuruh anak buahnya menyebarkan fitnah pada perempuan yang  malang itu. Datuk menasihatkan lelaki itu supaya membela anak saudaranya  dengan sebaik mungkin, dengan rasa rendah diri lelaki itu menyesal atas  perbuatannya. Dia berjanji akan memelihara anak saudaranya seperti anaknya  sendiri.      "Awak salah”, kata datuk.   

Page 388 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Apa salah saya?"      "Sebagai seorang Islam awak disuruh. Tetapi awak tidak melakukannya terhadap  anak saudara awak. Awak hanya berserah pada keadaan, satu perbuatan yang  tidak terpuji mengikut ajaran Islam”, jelas datuk lalu membawa anak saudaranya  pulang.      Pagi esoknya, saya dan datuk pun meninggalkan rumah Yusuf menuju ke utara  dengan sebuah teksi. Kami sampai ke Ipoh lebih kurang pukul tujuh petang. Kami  bermalam di rumah kenalan datuk di Kampung Pengkalan Peguh yang letaknya  beberapa batu saja dari kota Ipoh. Pagi esoknya kenalan datuk sendiri  menghantar kami ke kampung. Dua bulan kemudian, datuk menerima surat dari  Yusuf yang mengatakan perempuan yang berambut panjang telah menemui  jodoh dengan seorang pemuda dari Masjid Tanah, Melaka.    Pemuda itu ada hubungan kekeluargaan dengan gadis itu dari sebelah ibunya.  Pemuda itu berkhidmat dengan pihak tentera Inggeris di Singapura di bahagian  R.A.S.C. (Royal Army Service Corps) bertempat di Kem Seletar. Seminggu selepas  kahwin dia membawa isterinya ke tempat bertugas, demikianlah Yusuf menulis  dalam suratnya. (Sepupu saya itu Yusuf kini menetap di Taman Pelangi Johor  Bharu, setelah meletakkan jawatan sebagai guru untuk bergiat dalam lapangan  pemiagaan.    Cukup gembira datuk menerima surat dari anak saudaranya itu. Dia juga berdoa 

Page 389 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

supaya jodoh perempuan berambut panjang dengan pemuda itu akan berkekalan  hingga ke anak cucu. Sejak datuk pulang dari Batu Pahat, kesihatannya tidak  begitu baik. Dia selalu diserang batuk mulai pukul dua belas malam hingga  menjelang waktu subuh.    Bila saya menasihatkannya supaya pergi menemui doktor, datuk tidak mahu. Dia  mengatakan pada saya sakitnya tidak parah dan boleh baik sendiri.  Kadang‐kadang saya terfikir alangkah baiknya kalau saya dapat jadi seperti datuk.  Boleh menolong orang yang sakit. Tetapi, bila saya fikirkan dengan  sedalam‐dalamnya, memang saya tidak dapat mengikuti jejak langkah datuk.      Datuk cukup lokek mahu menurunkan kebolehan dan kepandaiannya dengan diri  saya. Datuk bimbang kalau ilmu yang saya tuntut darinya akan disalah‐gunakan.  Dia hanya menurunkan ilmu‐ilmu yang mudah pada saya seperti mengurut tangan  orang yang tersilap urat serta beberapa petua dan doa untuk diri saya sendiri  yang tidak boleh digunakan untuk orang lain, walaupun untuk anak isteri.    Dari sinilah mulanya timbul dalam hati saya untuk menyambungkan pelajaran  yang terkandas. Atas galakan datuk juga, saya memasuki sekolah malam di  kampung saya. Datuk tidak tahu, bahawa saya akan menyambung alam baktinya  dengan cara yang tersendiri. Saya berazam untuk menjadi seorang doktor.  Dengan itu saya akan boleh menolong orang.      "Datuk kau bukan tak mahu menurunkan ilmu pada kamu Tamar. Tapi pantang  larangnya terlalu ketat, cabarannya juga terlalu kuat. Macam nenek ni, kalau tak  sabar‐sabar dah lama tinggalkan dia”, kata nenek pada saya, setelah saya  Page 390 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

nyatakan rasa kesal saya atas sikap datuk pada suatu petang. Tanpa diduga  perbualan saya dengan nenek didengar oleh datuk. Dia segera mendekati kami.  Matanya merenung wajah saya. Dia membaca apa yang tersirat dalam dada saya.      "Aku boleh memberikan kesenangan, kebahagian pada orang lain, tetapi hal itu  tidak dapat aku berikan pada nenekmu. Kalau dia menuduh aku sebagai lelaki  tidak bertanggungjawab aku tidak marah. Apa yang dikatakannya itu memang  benar”, kata datuk dari kepala tangga.    Nenek merenung muka saya.      "Memang begitu janji aku dengan guru ku dulu. Tidak mengutamakan  kepentingan diri sendiri dan kaum keluarga, kalau tidak ilmuku tidak menjadi.  Tuhan telah memberi aku seorang isteri yang setia dan sabar. Inilah nikmat dari  Allah yang aku terima”, sambung datuk lagi.      Matanya merenung redup pada wajah nenek. Dan nenek pun tersenyum cukup  manis. Belum pernah saya menikmati senyum nenek semanis itu. Agaknya, dia  megah kerana pengorbanannya selama ini di sanjung oleh datuk. Barang kali sikap  bertolak ansur, timbang rasa dan saling memahami tugas masing‐masing  membuat rumahtangga datuk dan nenek kukuh hingga ke anak cucu, fikir saya  dalam hati.   

Page 391 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Meskipun rumah tangga mereka tidak didirikan atas landasan cinta dulu baru  kahwin, mereka mengambil langkah nikah dulu kemudian cinta. Ternyata  kebahagiannya lebih panjang, kemesraannya terlalu padat. Susah mahu diresapi  pertingkahan, fikiran saya terus berjalar ke dalam kepala.      "Nenekmu seorang wanita yang baik”, tambah datuk lagi.    Datuk terus beredar dari kepala tangga. Saya pun melangkah meninggalkan nenek  dengan kerjanya mengupas buah kelapa. Bagi mengisi masa lapang petang itu,  saya berhasrat untuk pergi bercampur dengan kawan‐kawan yang sebaya  bermain gasing. Buah gasing dan tali yang tersimpan di bawah rumah saya ambil.  Cita‐cita saya mahu memangkah dua tiga biji buah gasing kawan‐kawan hingga  terbelah. Secara mendadak saja saya teringatkan batang pancing yang tersadar di  pangkal pokok mempelam. Gasing dan tali saya tinggalkan. Batang pancing saya  ambil.    "Nak ke mana dah petang begini”, tanya nenek    "Nak memancing ikan di sawah"      "Usahlah, dah petang”, tahan nenek.     

Page 392 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Kejap aja nek”, jawab saya dan terus meninggalkan kawasan rumah menuju  kesawah yang terbentang luas.    Matahari sudah condong benar letaknya. Dalam perkiraan saya, waktu itu sudah  pukul lima lebih. Memang tidak wajar saya turun ke sawah memancing. Saya  terus meniti atas batas bendang menuju ke sebuah kolam kecil yang terletak di  bawah sebatang pokok tualang besar dan tinggi. Kiri kanan pokok itu ditumbuhi  oleh pokok‐pokok buluh. Akar‐akar jejawi berjuntai di dahan tualang, sebahagian  darinya mencecah bumi. Beberapa akar itu saya potong separas dada.      Sebelum saya memancing, saya bergayut pada akar itu, macam tarzan bermain  angin. Memang menyeronokkan. Kemudian saya memancing dengan umpan  cacing yang saya korek di tanah pangkal pokok tualang. Nasib saya memang baik  petang itu, pancing saya selalu saja mengena. Tidak sampai satu jam saya sudah  dapat berkati‐kati ikan keli, haruan dan puyu. Ikan‐ikan itu saya letakkan dalam  raga. Azam saya mahu menangkap separuh dari ikan‐ikan yang terdapat dalam  kolam tersebut. Hati saya berdebar dengan tiba‐tiba. Daun telinga kanan saya  bergerak‐gerak dan terasa angin lembut menyentuhnya.      Saya mula rasa ragu‐ragu kerana ketika itu memang tidak ada angin yang bertiup.  Saya segera menoleh ke arah raga yang penuh dengan ikan‐ikan hasil dari pancing  saya. Saya dapati ikan‐ikan di situ semuanya hilang, kecuali seekor ikan haruan  kecil sebesar ibu jari terlompat‐Iompat dalam raga. Saya renung ke langit,  matahari sudah pun runduk di kaki langit. Keadaan sekeliling sawah sudah tidak  secerah tadi. Hati saya bagaikan dipengaruhi oleh sesuatu kuasa untuk terus  memancing, ikan‐ikan saya lihat bagaikan melompat‐Iompat dipermukaan kolam. 

Page 393 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    Saya membuat keputusan yang saya kira cukup baik iaitu meneruskan kerja  memancing ikan di kolam. Sedang saya asyik memancing, hari pun beransur  gelap. Senja kala sudah datang. Saya bagaikan terdengar suara datuk  memanggil‐manggil nama saya. Saya bersedia untuk pulang dan rapat kepangkal  pokok tualang untuk mengambil raga yang berisi ikan. Lagi sekali saya terkejut,  tidak ada seekor ikan pun di situ, kecuali anak haruan kecil sebesar ibu jari  terlompat‐Iompat dalam raga. Saya menarik nafas panjang.    Saya jadi bodoh dengan keadaan yang saya hadapi. Ada sedikit amalan yang datuk  berikan pada saya bila menghadapi keadaan yang begitu. Barangkali, saya perlu  mencubanya sama ada jadi atau tidak, fikir saya. Dengan tenang saya menjamah  bumi dengan hujung kuku jari manis, saya pun membaca sepotong ayat dari  surrah al‐Falak iaitu Qul a'uzubirabbilfalaq hingga akhir. Saya terasa diri saya  bagaikan mendapat sesuatu kekuatan ghaib.    Saya jadi berani. Rasa cemas dan bimbang hilang dalam diri saya. Jari manis saya  tekan ke bumi. Dengan ekor mata saya menjeling sekitar kawasan. Lagi sekali  semangat saya tergugat. Disebelah kanan saya terlihat sepasang kaki macam kaki  itek yang cukup besar, berbulu roma tebal hingga ke buah betis. Saya dongakkan  kepala. Saya berhadapan dengan satu lembaga putih yang cukup tinggi. Lebih  tinggi dari pokok tualang.      Hari sudah beransur gelap. Saya bagaikan terdengar debu angin yang cukup  hebat, bagaikan ribut besar sedang berlaku di sekeliling saya. Saya terdengar  pokok tualang digoncang bertalu‐talu. Saya nampak dengan jelas dengan dedaun 

Page 394 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tualang jatuh ke bumi. Bila bunyi angin ribut berakhir, lembaga itu pun hilang.  Suasana terasa terlalu sepi. Saya campakkan batang pancing dan raga ke dalam  kolam.    Saya bersedia mahu melangkah pulang. Baru lima tapak, saya berhadapan dengan  satu lembaga yang cukup aneh. Tingginya agak sederhana, lebih kurang sama  tinggi dengan bentuk tubuh datuk. Kepala lembaga itu tidak berapa jelas. Tetapi,  dari bahagian leher hingga ke paras pinggang ditumbuhi bulu. Kedua belah  tangannya berbentuk macam sayap burung. Dari pinggang hingga ke kaki serupa  dengan bentuk tubuh manusia biasa. Dalam saat‐saat cemas begitu, saya  terdengar nama saya dipanggil sayup‐sayup dari arah kampung.      Saya kenal benar suara itu ialah suara datuk. Saya cuba menjawab panggilan itu,  tetapi tidak berdaya. Suara saya tidak keluar. Bagaikan ada sesuatu yang menahan  pangkal kerongkong saya. Saya renung ke arah lembaga itu kembali. Kini saya  sudah pasti benar bahawa, lembaga itu memang aneh, kepalanya juga berbentuk  burung ada paruh dan muncung. Kedudukan matanya macam kedudukan mata  manusia.    Sinar matanya tajam tidak berkelip‐kelip memandang ke arah saya. Suara datuk,  makin lama makin dekat kedengaran. Dalam saat‐saat begitu saya tidak dapat  berbuat apa‐apa. Saya hanya berserah pada Allah yang Maha Besar. Saya cuba  membaca beberapa potong ayat al‐Quran, tapi banyak yang silap dan  lintang‐pukang. Perkara yang patut di dahulukan dibaca kemudian begitulah  sebaliknya. Saya jadi tidak tentu arah.    Suara datuk kian dekat. Saya menoleh ke arah datangnya suara datuk. Memang 

Page 395 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

saya lihat datuk ke arah saya dengan membawa sepotong kayu. Saya cuba  melambaikan tangan ke arah datuk. Lambaian saya itu seolah‐olah tidak dapat  dilihat oleh datuk dalam suasana yang agak samar‐samar itu. Lembaga ganjil itu  terus melihat gerak‐geri saya.    Dalam warna senja itu, saya melihat datuk kian hampir dengan saya. Jarak saya  dengan datuk lebih kurang antara sepuluh hingga lima belas kaki. Tetapi, datuk  tidak dapat melihat saya. Suara datuk cukup jelas saya dengar. Sayangnya, saya  tidak dapat menjawab suaranya itu.    "Tak mahu dengar cakap orang inilah padahnya, aku yang susah”, keluh datuk.      Saya lihat dia berdiri betul‐betul di sebelah lembaga ganjil itu. Datuk terus  memacakkan kayu yang dibawanya ke tanah. Serentak dengan itu, saya lihat  lembaga ganjil membuka kedua belah sayapnya lalu terbang kearah dahan  tualang. Secara mendadak saja saya boleh bersuara dengan selantang‐Iantangnya.  Datuk terkejut bila dia mendapati dirinya berhadapan dengan saya. Tanpa banyak  cakap datuk terus menyapu wajah saya dengan tangan kirinya sebanyak tiga kali.      "Kau masuk salah tempat”, kata datuk dan terus membawa saya pulang.      Sampai dijalan rumah, saya dimarahi datuk. Hampir‐hampir saja dia mahu  menampar muka saya. Mujurlah nenek dapat menyabarkan darah datuk yang 

Page 396 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

sedang naik itu. Apa yang saya lihat tadi, bagaikan mimpi dan tidak masuk akal.  Kalau diceritakan pada sesiapa, saya pasti dituduh gila atau berkhayal, paling tidak  dianggap suka mengada‐adakan cerita yang tidak munasabah.    Tetapi, lain pula dengan datuk. Dia terus menyuruh saya bercerita. Dia yakin apa  yang terjadi pada saya ada hubungannya dengan alam. Ada hubungan dengan  makhluk Allah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.  SBDJ (Jilid 02) Siri 30: Ilmu Raja Kelawar  Datuk pun mengeluarkan perintah pendek buat saya.    "Jangan memancing di kolam waktu bunga senja. Kalau kau bantah, aku  patah‐patahkan leher kamu”, begitulah datuk, dalam perintah yang lembut  terselit satu ugutan yang amat menakutkan.      "Faham!" sergahnya.      "Faham tok!"      Ternyata pengakuan saya itu tidak dapat menenangkan perasaannya. Datuk tidak  putus‐putus menyatakan kesalnya pada nenek terhadap perbuatan saya itu.  Tetapi, nenek tetap memberitahu datuk apa yang saya lakukan itu terjadi secara  tidak sengaja.  Page 397 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    "Barang kali mereka mahu menguji sejauh mana kekuatan ilmu yang aku tuntut”,  datuk mengeluh sambil memperkemaskan silanya, menghadapi hidangan makan  malam.    "Usah ingatkan kisah tu”, ujar nenek sambil menghulurkan mangkuk nasi pada  saya. Nasi pun saya masukkan ke dalam pinggan. Nenek hulur pula mangkuk nasi  pada datuk. Bila makan malam selesai, saya tersandar di dinding. Nenek terus  membasuh pinggan mangkuk di dapur. Datuk mengambil daun sirih dari tepak.  Kemudian, datuk menyuruh saya mengambil daun serunai laut dan kapur di ruang  tengah.      Perintah itu saya ikuti. Daun sirih dan serunai laut datuk campurkan dengan  kapur. Ketiga‐tiga benda itu datuk hancurkan dengan tapak tangan. Akhirnya di  rendamkan dalam cawan beberapa saat. Datuk pisahkan daun sirih, daun serunai  laut dan kapur dari air di dalam cawan dengan mengunakan penapis yang halus.  Sebelum air itu diminum, saya lihat datuk membaca sesuatu.    "Ini ubat yang baik”, katanya sambil merebahkan badan atas lantai.      Saya terus masuk ke dalam bilik, saya melihat dan membaca beberapa kitab tua  tentang perubatan tradisional yang ditulis dalam tulisan jawi. Ada beberapa  perkataan Jawa Kuno yang tidak saya faham, saya akan bertanya pada datuk dan 

Page 398 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dia akan memberikan makna perkataan itu pada saya hingga faham. Memang,  ubat yang dibuat oleh datuk cukup berkesan untuk dirinya. Batuk datuk beransur  kurang. Menjelang pukul dua belas malam,batuk datuk tidak kedengaran lagi.  Cuma yang saya dengar bunyi dengkurnya tidak putus‐putus.      Saya terdengar kokok ayam bertalu‐talu. Mata saya masih segar. Tidak ada rasa  mengatuk. Dua buah kitab lama sudah selesai saya baca. Badan mula terasa sejuk.  Saya pun rebahkan badan ke atas lantai. Saya terpandangkan daun tingkap bilik  terbuka dengan sendirinya. Saya bangun untuk merapatkan daun tingkap  tersebut. Bila papan tingkap saya sentuh, saya terdengar bunyi belalang pelesit  berbunyi dengan nyaringnya dari sebelah kanan. Saya cuba mencarinya tetapi,  belalang itu tidak kelihatan kecuali suaranya yang cukup keras. Angin dinihari  yang bertiup lembut membawa bunyi kicau burung murai. Dari mana datangnya,  saya sendiri pun tidak tahu. Dengan sepenuh tenaga, daun tingkap saya tarik.      Usaha saya gagal. Bagaikan ada suatu kuasa yang menahan pada daun tingkap itu.  Saya terasa pula angin terlalu keras bertiup. Saya lihat pokok‐pokok di luar macam  digoncang manusia. Saya juga terdengar sekawan burung berak‐berak terbang  tinggi sambil berbunyi dengan rancaknya. Burung‐burung itu berpusing‐pusing  atas bumbung rumah. Tanpa membuang masa, saya pun dongakkan kepala ke  langit.    Saya terlihat satu cahaya berjerumbai (bertali‐tali) dari bahagian bawah lembaga  yang terbang di angkasa menuju ke arah anak bukit di sebelah utara. Dalam saat  yang sama juga saya terdengar suara burung jampuk bertalu‐talu dari dahan  pokok kekabu tinggi di kanan rumah. Dalam gelap malam yang memanjang itu,  saya bagaikan terpandang kelibat lembaga besar melintas di depan mata saya.  Page 399 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Saya segera mengambil pelita minyak tanah. Bila saya berpatah balik kearah  tingkap, saya dapati tingkap yang lagi satu terbuka dan daun tingkap itu dihempas  bertalu‐talu dengan kuatnya. Semua rumah bergegar. Datuk terjaga dari tidurnya.  Datuk datang dan berdiri di belakang saya. Datuk menyuruh saya beredar dari situ  dan mengambil alih tempat saya. Dia berdiri dimuka tingkap dan burung  berek‐berek lalu berlegar‐legar atas bumbung rumah semula.      Datuk pun menekan pangkal hidungnya dengan ibu jari kanan. Matanya tajam  menembusi malam yang pekat itu. Dengan mudah datuk merapatkan kedua belah  daun tingkap lalu menguncinya. Baru dalam dua tapak datuk melangkah ke arah  saya, daun tingkap terbuka semula. Bila datuk mahu merapatkannya semula, satu  pukulan kepak burung hinggap ke muka datuk. Muka datuk segera berubah jadi  lebam kebiru‐biruan. Datuk jatuh ke atas lantai.    Saya segera mengambil beberapa helai bulu burung yang gugur di sisinya. Saya  lihat datuk berguling‐guling atas lantai menahan kesakitan. Pipi kanan ctatuk  berdarah kena cakar kaki burung.    Saya jadi kelam‐kabut dan saya lihat ke atas bendul tingkap terjulur kepala  manusia yang berbulu burung.  Dalam saat‐saat yang cemas itu datuk membuka kain. Saya tersipu‐sipu  melihatnya berbogel di depan saya. Darah dari pipi kanannya terus mengalir.  Datuk menyarungkan kain pelekat dalam keadaan terbalik dari kepala ke kaki.  Semua perbuatan datuk itu diperhatikan lembaga bermata merah.   

Page 400 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Ambilkan aku segenggam beras”, jerit datuk sekuat hati. Nenek tergesa‐gesa  masuk ke dalam bilik dengan membawa segenggam beras erat‐erat dan  memberikan kepada datuk. Datuk pun melemparkan beras yang digenggamnya ke  arah lembaga bermata merah. Satu jeritan terdengar ditengah malam yang pekat  itu, bersama pekik anjing dan burung hantu bersahut‐sahutan. Lembaga bermata  merah hilang di muka jendela.    Suasana kembali tenang. Nenek memimpin datuk keluar dari bilik saya. Muka  datuk pucat. Darah yang mengalir di pipi bertukar menjadi air putih yang kental.  Baunya cukup busuk macam bau bangkai.      "Ambilkan aku segenggam beras lagi. Basuh beras itu dengan air kelapa muda.  Dan kau jangan terkena air kotor ini, pergilah cepat‐cepat. Aku nak basuh muka.  Aku tak tahan lagi rasanya menahan panas ni. Daging pipi aku macam kena api”,  datuk berkata dengan tenang pada nenek.    Dan nenek pun ke dapur mengambil beras serta memetik kelapa muda jenis  rendah di belakang rumah. Nenek melakukan seperti apa yang dikatakan oleh  datuk. Sambil membaca beberapa ayat‐ayat al‐Quran datuk membasuh mukanya  dengan air kelapa pembasuh beras. Muka datuk kembali merah dan segar. Air  yang jatuh atas lantai datuk sapu dengan kain busuk dan kain itu dimasukkan ke  dalam satu baldi kecil.      "Esok kena tanam”, kata datuk.   

Page 401 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Dia bangun dan terus rapat ke muka jendela. Lama juga datuk berdiri di situ. Saya  tidak tahu apa yang di buatnya. Bila datuk terdengar suara azan subuh, barulah  datuk beredar dari muka tingkap dan mengajak saya mengambil air sembahyang.  Sementara menanti matahari pagi terbit di kaki langit, datuk membaca al‐Quran.  Saya mengulangi mata pelajaran bahasa Inggeris dan membuat kerja rumah  (homework) seperti yang di suruh oleh Mr. Ismail. Mr. Ismail lulusan Kirkby  College mengajar di sekolah rendah Inggeris tempat saya. Kemudian berkawin  dengan seorang gadis yang mengajar satu sekolah. Mr. Ismail akhimya bertukar  mengajar ke Maktab Tentera di Sungai Besi. Dalam pilihanraya tahun tujuh  puluhan, Mr. Ismail bertanding sebagai calon bebas, tetapi kalah ditangan calon  Barisan Nasional bagi Kawasan Pangkalan Bharu. Sejak itu cerita tentang Mr.  Ismail tidak saya dengar lagi.    Pagi itu selepas menanam kain buruk dan baldi, datuk mengajak saya pergi ke  pekan kecil. Kami naik basikal. Saya duduk di belakang dan datuk mengayuh  basikal. Tidak lama kami berada di pekan. Setelah membeli ikan masin dan bilis,  dalam waktu satu jam kami pun pulang. Sementara menanti waktu makan  tengahari, datuk mengajak saya menebang buluh untuk buat raga dan lukah  (bubu).    Datuk cukup cekap memotong buluh dan menakiknya. Dia tidak kelihatan letih  walau sedikit pun. Tugas saya tidak berat, cuma memisahkan ranting buluh dari  batangnya dan membelah buluh yang sudah di potong oleh datuk. Buluh yang  sudah di belah itu saya aturkan atas tanah supaya kena cahaya matahari.    Dengan itu buluh akan cepat kering dan memudahkan kerja merautnya. Kerja  kami berhenti, bila nenek menjemput kami makan. Cukup berselera datuk dan  saya makan. 

Page 402 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Jarang‐jarang kita dapat makan bersama”, kata saya.    "Tentulah, kau dan datuk asyik berjalan aja”, celah nenek.    "Betul, aku rasa esok pun kita tak boleh makan macam ni"    "Kenapa pula?" tanya saya pada datuk.      "Ada alamat aku akan panggil orang"      "Apa alamatnya tok?"      "Masa aku terbang buluh tadi, ada anak kelawar terbang melawan angin.      "Hum baru saya tahu”, saya meningkah cakap datuk.    Disambut dengan ketawa oleh nenek. Memang tepat cakap datuk, lebih kurang  Page 403 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

pukul tiga petang, seorang anak muda berdahi luas tiba di kaki tangga. Anak muda  itu memakai seluar panjang kuning, berbaju putih berlengan pendek dan  memakai selipar Jepun.      "Saya tahu tujuan awak datang”, kata datuk sebelum anak muda itu membuka  mulut. Datuk lalu mengajak anak muda itu naik.      "Tempat awak dikacau syaitan?", tambah datuk lagi.    Anak muda yang termanggu‐manggu itu anggukkan kepala. Tanpa diberi sebarang  isyarat, nenek terus meletakkan kopi dan roti kering di hadapan datuk dan anak  muda itu. Anak muda yang berkulit agak gelap itu memberitahu datuk yang  dirinya bekerja sebagai nelayan di Pantai Remis. Sudah ramai dukun dan pawang  yang ditemuinya meminta jasa baik mereka menghalau sejenis makhluk yang  mengganggu penduduk kampungnya di Batu Tujuh, Segari.    “Semuanya menolak tidak sanggup”, kata anak muda itu.    "Habis mana kau tahu rumah aku? Aku bukan pawang dan aku bukan bomoh"      "Ada orang menyuruh saya minta jasa baik pakcik” 

Page 404 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Siapa?"    "Sarjan Hamid, balai polis Pantai Remis"      "Kau harus tahu. Aku bukan pawang dan aku bukan bukan dukun. Aku hanya  berikhtiar, yang menentukan kejayaannya Allah yang Maha Besar"      "Saya faham pakcik”, nada suara anak muda itu merendah.    Sebelum memulakan sebarang perjalana, datuk menghitung dan mengira apakah  perjalanannya membawa tuah atau celaka. Setelah bertafakur berapa minit,  datuk memberitahu anak muda itu, masa yang paling sesuai melangkah apabila  matahari sudah condong separas dahan kelapa. Anak muda itu tidak membantah  permintaan datuk itu.    Di luar sinar matahari cukup angkuh jatuh atas bumi dan dedaun di halaman  rumah. Kicau burung kelicap amat riang, melompat dari dahan ke dahan bersama  hembusan bayu yang lembut dan nyaman. Kepala saya digayuti persoalan.  Kenapa begitu mudah datuk menunaikan permintaan dari orang yang  memerlukan pertolongannya. Apakah datuk mahu mencari dan menambah  pengalaman? Atau datuk mahu menguji ilmu yang dituntutnya? Persoalan itu  tidak mendapat jawapan dan mati dengan sendirinya dalam tempurung kepala  saya. 

Page 405 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    "Kenapa kau yang sibuk‐sibuk sangat, apa kau diwakilkan oleh penduduk di situ  mencari aku?", datuk menyoal anak muda itu.      "Tidak"    "Kalau tidak kenapa kau mesti bersusah payah?"      "Ada hubungan dengan ayah saya"      "Ayah kau? Siapa dia ayah kau?", datuk agak terkejut.    Matanya merauti seluruh wajah anak muda itu. Dari gerak‐gerinya ternyata anak  muda itu kurang senang dengan pertanyaan itu. Ada sesuatu yang mahu  dirahsiakannya dari datuk.      "Usah berahsia dengan aku. Kalau kau bercakap jujur dan terus terang akan  memudahkan kerja‐kerja aku. Ingatlah, apa yang kau buat sekarang bukan untuk 

Page 406 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kejahatan”, datuk cuba membunuh rasa resah dalam diri anak muda itu. Anak  muda itu tundukan kepala merenung lantai rumah.    "Ayah saya Haji Saad Talu”, dengan nada suara yang lemah anak muda itu  menyatakan pada datuk.    Wajahnya kelihatan agak muram. Datuk memperkemaskan silanya dan merenung  keluar. Melihat dedaun rambutan dan manggis yang di tolak angin.  Bergerak‐gerak penuh malas.    "Pernahkah pakcik dengar nama tu?"      "Pernah. Ayah kamu berasal dari Sumatera dari daerah Talu, aku kira dia sengaja  mengekalkan nama tempat lahir di hujung namanya"      "Ya, memang ayah sendiri ada menceritakan yang dia berasal dari Talu"      Datuk kelihatan tenang mendengar cakap anak muda itu. Datuk menekan pangkal  belikatnya dengan tapak tangan. Menghilangkan rasa lenguh akibat terlalu lama  duduk.   

Page 407 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Ayahmu sakit?" soal datuk lagi.      "Tidak"    "Jadi untuk apa kau datang ke mari?"      "Ayah saya sudah meninggal dunia"      Datuk membeliakkan biji matanya. Hujung kening sebelah kanannya saya lihat  bergerak‐gerak. Tanpa banyak bicara datuk bangun lalu masuk ke dalam biliknya.  Datuk keluar dengan membawa secebis kain hitam tiga segi. Datuk letakkan kain  hitam itu di hujung lutut kanan anak muda tersebut. Kemudian datuk menyuruh  anak muda itu menekan bahagian tengah kain hitam dengan ibu jari kanannya.  Datuk melihat urut‐urut yang timbul di belakang tangan anak muda itu. Datuk  tersenyum lalu memegang pangkal siku anak muda tersebut.    Dalam beberapa saat saja saya lihat dahi anak muda itu berpeluh. Mukanya  berkerut menahan kesakitan yang amat sangat. Saya lihat datuk tidak  memperlakukan sesuatu terhadapnya. Datuk sekadar menemukan kulit tangan  dengan kulit dibahagian siku anak muda itu bagaikan terkunci.    Dari hujung kedua belah bibirnya terkeluar air liur, meleleh hingga kepangkal  Page 408 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dagu. Air liur itu kelihatan kekuningan macam air liur basi dan baunya kurang  menyenangkan. Datuk berhenti menjamah kulit siku anak muda itu. Anak muda  itu nampak termengah‐mengah macam berlari berbelas batu dalam panas yang  terik. Bahagian belakang baju putihnya basah oleh peluh, macam baru kena  hujan.      "Kau ada menuntut sesuatu dari ayahmu?", soal datuk sebaik saja anak muda itu  menyandarkan badannya ke dinding.    Mata datuk dengan mata anak muda itu bertemu. Macam ada perlawanan ilmu  batin antara anak muda itu dengan datuk. Cukup susah saya mahu  menggambarkan keadaan perlawanan itu. Perkara yang nyata urat‐urat dalam  kolam mata anak muda itu bagaikan tersembul merah.  "Berterus‐terang dengan aku. Jangan uji aku nanti kau binasa”, pekik datuk sekuat  hati.      Serentak dengan itu dia menampar lantai. Papan lantai yang ditampar oleh datuk  saya lihat berlubang sebesar tapak tangan. Bahagian tepi papan yang berlubang  itu mengeluarkan asap, manakala papan yang tercerai saya lihat menjadi hitam  macam arang.      "Ada, cuma separuh jalan. Ayah yang paksa saya menuntut darinya. Saya tak  mahu. Dia paksa juga. Jangan jahanamkan hidup saya pakcik”, anak muda itu 

Page 409 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

mula menangis.    Datuk terdiam. Dari gerak‐gerinya saya tahu, datuk kesal dengan apa yang telah  berlaku. Tanpa segan silu datuk minta maaf pada anak muda itu.      "Kamu terlalu berahsia dengan aku. Bukankah sudah aku katakan berterus‐terang  saja dengan aku"      "Saya tidak berniat begitu pakcik. Tetapi, saya bagaikan di gerak oleh sesuatu  untuk berbuat begitu"    "Aku faham, semuanya terjadi diluar kemampuan diri kamu. Ini membuktikan  yang arwah ayah kamu mahu kamu menurut jejak langkahnya"      Mendengar cakap datuk itu, anak muda yang malang terus mengeluh. Secara  terbuka anak muda itu mengakui dia tidak setuju dengan beberapa ilmu  kebatinan yang diamalkan oleh arwah ayahnya yang bertentangan dengan akidah  Islam.      "Banyak perkara yang meragukan saya pakcik”, ujar anak muda itu. 

Page 410 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    "Antaranya?" datuk mula mencungkil rahsia.      "Dia mengajarkan ajaran ilmu matahari yang dibawanya dari salah sebuah negeri  di Timur Tengah semasa dia menjadi kelasi dulu"      "Lagi?"    "Ajaran itu bercampur aduk antara Islam dengan pemujaan pada sesuatu seperti  memuja bulan, matahari dan laut. Adakalanya benda‐benda yang dipuji itu lebih  mulia sifatnya dari Allah yang menjadikan alam ini"    "Dia sudah ke Mekah dan bergelar Haji?"      "Ini juga meragukan saya. Menurut beberapa kawan rapat ayah saya, dia tidak ke  Mekah. Tetapi, menunaikan ibadah haji di salah satu tempat di Pulau Pinang.  Ayah saya tidak pernah sembahyang Jumaat dan berjemaah di surau. Dia lebih  banyak mengasingkan diri dan membuat amalan secara rahsia"      Page 411 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Apa tindakan orang‐orang kampung tempat kamu?”    "Sejak kematian ibu, saya dan ayah dipulaukan. Adik‐adik yang lain membawa diri  ke tempat lain”    Datuk termenung panjang. Dan anak muda itu meneruskan ceritanya tentang  arwah ayahnya. Menurut anak muda itu, ketika ayahnya mahu menghembuskan  nafas yang terakhir, ayahnya berhempas pulas menendang dinding dan lantai.  Sesudah mengeluh macam lembu kena sembelih barulah roh ayahnya bercerai  dengan jasad. Bila ayahnya mahu dikuburkan, satu perbalahan telah berlaku  antara orang  kampung. Satu puak tidak mahu ayahnya dikuburkan di tanah perkuburan Islam.  Mereka mahu menempatkan tubuh ayahnya itu di satu tempat lain. Alasan  mereka kenapa hal itu patut dilakukan, kerana mereka mengira arwah ayahnya  bukan seorang Islam.      Mana kala pihak yang satu lagi mahu tubuh ayah anak muda itu disemadikan di  tanah perkuburan Islam. Alasan mereka arwah Haji Saad memang seorang Islam.  Surat lahir dan kad pengenalan membuktikan yang arwah itu memang Islam.  Pihak itu juga menyatakan, menentukan sama ada seseorang itu Islam atau tidak,  bukanlah terletak di tangan orang kampung. Ada pihak yang tertentu boleh  memutuskan seperti Jabatan Agama, Mufti dan lain‐lain lagi.      "Hanya Allah sahaja lah yang dapat menentukan seseorang itu Islam atau  sebaliknya", kata datuk. 

Page 412 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    Anak muda itu terdiam. Dia tidak mengatakan cakap datuk itu benar atau tidak.  Dari kerdipan matanya yang lembut, saya membut kesimpulan anak muda itu  setuju dengan apa yang dikatakannya oleh datuk.      "Setelah penghulu dan ketua kampung campur tangan, ayah arwah saya ditanam  ditanah perkuburan orang‐orang Islam”, anak muda itu menyambung perbualan  yang terputus.    Anak muda itu menceritakan tentang arwah ayahnya dengan wajah yang muram.  Menurutnya, waktu tubuh ayahnya mahu ditimbus dengan tanah, beberapa orang  kampung yang meletakkan tubuh ayahnya dalam lubang kubur melihat sesuatu  yang ganjil berlaku pada tubuh ayahnya.    "Apa yang ganjilnya tu?", saya pula menyoal.      "Mukanya ditumbuhi bulu macam burung”, jawabnya.      "Apa yang mereka buat?" datuk pula mengajukan pertanyaan.   

Page 413 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Mereka tanya saya sama ada saya mahu melakukan sesuatu. Saya tidak ada  pilihan melainkan menyuruh mereka menimbusnya dengan tanah"      Saya menarik nafas panjang. Seram juga saya mendengarnya. Saya lihat wajah  datuk masih dalam keadaan yang tenang. Anak muda itu menggigit ibu jarinya.  Suasana dalam ruang rumah terasa sepi buat beberapa minit. Kami termenung  panjang. Masing‐masing membuat perhitungan dan tanggapan yang tersendiri  setelah mendengar cerita ganjil dari anak muda itu. Anak muda itu bangun dan  berdiri dekat pintu. Merenung kearah pokok‐pokok mempelam dan manggis yang  disinari mata hari petang. Lama juga dia termenung di situ.      "Selepas orang‐orang kampung pulang dari dari tanah kubur, langit yang cerah  bertukar hitam. Kilat guruh berbunyi kuat. Pokok nibung di belakang rumah kamu  dipanah petir. Kemudian hujan turun dengan lebatnya. Hujan itu berhenti bila  masuk waktu subuh", tanpa di duga datuk terus berkata demikian.      Anak muda segera mengalihkan pandangannya pada datuk.    "Mana pakcik tahu?", anak muda terkejut besar.    "Ilmu yang diamalkan oleh ayah kamu satu ilmu yang salah. Sebenarnya saya tahu  serba sedikit tentang ilmu itu”, terang datuk denganjujar padanya. 

Page 414 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    Datuk lalu memberi penerangan tentang ilmu tersebut. Menurut datuk, ilmu itu di  kenali dengan nama Ilmu Kelawar atau Ilmu Burung yang pernah digunakan oleh  kelasi‐kelasi kapal bila kapal mereka pecah atau karam di tengah laut pada zaman  dahulu. Masa berlaku peperangan antara tentera Belanda dengan pejuang  Kemerdekaan Indonesia, beberapa orang yang mengamalkan ilmu tersebut telah  menggunakannya untuk melawan pihak musuh terutama di daerah Mendailing  dan Talu. Orang yang mahu memperoleh itu harus bertapa dalam keadaan  menanamkan separuh badan dalam tahi kelawar.    Sebelum itu, orang yang terlibat harus pergi ke sebuah gua di Gunung Kidul di  Pulau Jawa. Mengabdikan diri pada syaitan di situ dengan membuat pemujaan  pada sekeping papan yang sudah berusia beribu‐ribu tahun. Papan yang dipuja  akan menjadi lembaga yang menyerupai dengan tubuh badan yang mahu  menuntut ilmu. Kemudian lembaga itu akan menghisap darah ibu kaki orang yang  mahu memperhambakan diri. Syarat utama orang yang menuntut ilmu itu harus  mengakui papan tua itu adalah benda yang paling berkuasa, maha mengetahui  dan menyerahkan roh dan jasadnya pada papan penunggu. Dilarang sama sekali  melakukan perkara‐perkara yang disuruh oleh Allah.    Semasa orang itu menanamkan separuh badannya dalam tahi kelawar, dia hanya  memakan kepak kelawar selama empat puluh empat hari. Bila amalannya sudah  genap, 100 hari tubuhnya akan berbulu seperti burung dari kepala hingga ke  pinggang. Dari pinggang ke bawah macam tubuh manusia. Ketika bulan  mengambang penuh, dia akan terbang dan kembali ke rumah asalnya. Setiap  malam, dia harus menyediakan darah kelawar satu mangkuk putih dan diletakkan  di bawah pokok nibung. Demikian datuk memberitahu tentang ilmu yang  diamalkan oleh arwah ayahnya. 

Page 415 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Apa untungnya ilmu tu datuk?" tanya saya.    "Boleh mengumpulkan kekayaan, asalkan patuh dengan perintah syaitan. Boleh  menjadikan diri macam burung dan terbang untuk menjahanamkan orang. Satu  perbuatan laknat”, kata datuk lagi.      Anak muda yang malang itu mengeluh. Dia mula tahu sekarang kenapa masa  arwah ayahnya masih hi‐  dup, selalu mengasingkan dalam sebuah bilik gelap. Setiap malam tidak pemah  berada dirumah kecuali waktu menjelang subuh.      Lebih kurang pukul empat petang kami pun memulakan perjalanan menuju ke  sebuah kampung kecil dipinggir pekan Segari yang terletak di Daerah Manjung  (dulu Daerah Dinding). Masa yang kami ambil untuk sampai kesitu lebih kurang  satu jam lebih dengan menaiki teksi. Anak muda itu terus menunjukkan ke arah  rumah papan yang letaknya agak terpencil dengan rumah lain dikarnpung  tersebut.      "Sejak ayah saya mati, rumah ini kami tinggalkan. Setiap malam ada manusia  berkepala burung dan berbadan manusia datang mengganggu kami yang diam di  situ. Sejak rumah ditinggalkan kami mendengar orang bercakap dalam bahasa  yang kami tidak tahu", anak muda itu menceritakan tentang rumah papan yang 

Page 416 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kami lihat dari jauh.    "Lagi, ada apa yang ganjil?" tanya datuk.      "Sejak akhir‐akhir ini benda ganjil itu sudah mengganggu rumah orang lain pula”,  tambah anak muda itu.      SBDJ (Jilid 02) Siri 31: Rumah Misteri  Datuk pun melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali. Angin  petang yang bertiup kencang mengugurkan dedaun getah tua yang me¬magari  pinggir kampung. Mata saya masih tertumpu ke arah rumah papan yang  beratap rumbia. Pintu dan tingkap rumah bertutup rapat. Di kaki tangga  ada tempayan besar. Sebelah kanan rumah terdapat pokok mempelam telur  yang sedang berbunga lebat.      "Apa yang kau nampak?", tanya datuk pada saya.    "Tak ada apa‐apa tuk"     

Page 417 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Baguslah”, balas datuk dan terus duduk di atas tunggul getah. Anak muda  yang sejak tadi berdiri di sebelahnya juga turut duduk. Anak muda itu  nampak cemas.    "Nama kamu siapa?"      Saya tersenyum, kenapa begitu lambat datuk mahu mengetahui nama anak  muda itu. Agaknya datuk terlupa atau sengaja dia berbuat demikian dengan  tujuan tertentu, fikir saya dalam hati.      "Nama saya?", ulang anak muda itu.      "Ya nama kau"      "Orang kampung panggil saya Man Beliung, nama sebenar ikut kad  penge¬nalan dan surat beranak Osman"    "Fasal apa orang kampung panggil kamu Man Beliung?", datuk mencungkil  Page 418 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

rahsia.      Osman segera bangun dan kerutkan dahi sempitnya. Sinar matahari petang  kian redup. Beberapa ekor burung gagak liar mula hinggap ke atas tulang  bum¬bung rumah papan beratap rumbia. Gagak‐gagak itu berbaris menghala  ke arah matahari sambiI berbunyi. Suara gagak itu parau dan kalau di  teliti bunyinya macam orang mencarik kain kapan.    "Sebabnya, pasal saya lahir dulu, bidan yang menyambut saya bersama  se¬bilah beliung kecil”, Osman membuka kisah dirinya.      "Mana kau tahu?", tanya datuk lagi.      "Ayah saya yang cakap dan ibu saya sendiri mengakuinya. Menurut kata  ayah, kalau saya tidak disambut dengan beliung kecil itu saya tidak akan  lahir dan ibu akan mengandung sampai mati. Beliung itu ayah yang berikan  pada bidan"      Page 419 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Datuk terdiam mendengar cerita dari Osman. Suara gagak di atas tulang  bumbung rumah papan beratap rumbia terus berbunyi. Saya menumpukan  perhatian ke arah rumah tersebut, sebahagian daripada rumah itu tidak  kena cahaya matahari kerana terlindung oleh pokok besar. Tiba‐tiba  sahaja badan saya terasa saya terasa seram. Bulu roma saya mula tegak,  anehnya bila saya tidak melihat ke arah rumah itu rasa seram tidak saya  rasai.    "Beliung itu ada pada kau?", saya terdengar datuk menyoal Osman.    "Ada saya simpan. Berbalut dengan kain kuning dan diikat dengan benang  tujuh warna"      "Apa warnanya?"      "Saya tak berapa ingat. Tapi warna hitam lebih banyak dari warna lain"      Datuk saya lihat resah tidak menentu. Sekejap dia kerutkan dahi, sekejap  menggaru pangkal kening. Sekejap memicit pangkal hidung. Semua yang  Page 420 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

datuk lakukan serba tak kena. Dalam keadaan datuk yang tidak menentu  itu, saya renung ke arah rumah beratap rumbia. Saya lihat bahagian  tingkap yang tidak kena sinar mata¬hari terbuka dengan sendiri. Ada  kelibat manusia berdiri di situ. Saya memberanikan diri untuk  meli¬hatnya, tiba‐tiba telinga terasa kosong. Tidak ada satu pun yang  dapat saya dengar dan kepala saya terasa pening. Saya segera merenung ke  arah lain. Pen¬dengaran saya kembali macam biasa, rasa mahu pening terus  hilang. Saya tidak berani mengulangi perbuatan itu lagi.      "Kau simpan beliung tu di mana?"      Saya mula bosan dengan sikap datuk. Tidak habis‐habis menyoal Osman dan  tidak merasa bosan macam saya. Dia menjawap dengan jelas apa yang disoal  oleh datuk. Osman terus memberi tahu datuk bahawa beliung itu disimpan  dirumahnya yang terletak berhampiran jalanraya. Osman juga memberitahu  tanah pusaka peninggalan arwah ayahnya berjumlah lima ekar lebih. Tiga  ekar lagi dijadikan dusun.      "Rumah ini ayah saya dirikan di dalam tanah dusun”, kata Osman tanpa  Page 421 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

me¬mandang ke arah rumah peninggalan ayahnya, dia bagaikan takut  memandang rumah pusaka itu. Matahari kian condong ke barat.      Burung gagak kian bertambah duduk atas tulang bumbung rumah papan  beratap rumbia. Bila datuk menyoal Osman kenapa dia mendirikan rumah di  tepi jalan raya atas tanah kerajaan, secara terus terang Osman  menerangkan bahawa dia pemah mendirikan ru¬mah di atas tanah pusaka  peninggalan ayahnya. Malah, dia sendiri sudahpun mencari seorang gadis  sebagai calaon isterinya. Dia mahu menjadi‐kan tanah pusaka itu sebagai  sumber rezekinya. Te¬tapi hasratnya tidak terlaksana bila rumah sudah di  dirikan dan dia tinggal di situ. Osman merasakan tanah peninggalan  ayahnya bukanlah satu tempat yang aman. Setiap malam dia diganggu oleh  makh¬luk ganjil yang dapat dilihatnya.    "Setiap malam badan saya dan pakaian saya di¬lumuri dengan najis manusia  dan binatang. Tiang rumah saya digoncang setiap malam, kerana itu saya  pindah”, beritahu Osman pada datuk.      Osman juga mem¬beritahu, tidak ada orang yang mahu menoreh di kebun  getahnya kerana setiap orang yang cuba menoreh akan di serang oleh  Page 422 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

beribu kelawar dan gagak. Akibatnya orang yang kena serang kelawar  badannya agak gatal dan bengkak. Manakala orang yang diserang burung  gagak badannya kemerah‐merahan akibat dicakar oleh burung tersebut.      "Kebun getah tu, sudah jadi hutan”, keluh Osman.    Hati saya cukup hiba, bila Osman menyatakan dia berhasrat untuk  meninggalkan kampung buat selama‐lamanya.    "Tidak ada gunanya saya tinggal di sini. Orang‐orang kampung mula  men¬curigai saya. Tidak ada gadis yang mahu bersuamikan saya dan tidak  ada orang yang sudi menjadikan saya menantu. Bila pakcik sudah berjaya,  semua tanah ini akan saya jual jika ada orang mahu membelinya. Kalau tak  ada biarkan jadi hutan”, wajah Osman muram sungguh.      Datuk segera menepuk bahu Osman. Datuk menyanjung cita‐cita Osman  disamping memberi satu pengharap baru pada dirinya.      "Jangan putus asa. Allah tidak suka pada orang yang cepat putus asa,  Page 423 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

hidup mesti berusaha”, bisik datuk ke telinga Osman.    Dia senyum. Datuk menggaru pangkal telinga sebelah kanan dua kali  berturut‐turut. Osman pun melihat jam tangan.    "Dah pukul enam pakcik”, ujarnya.      Saya renung wajah datuk. Dan Osman menoleh ke kiri dan ke kanan, macam  mencari sesuatu.      "Mari kita masuk ke rumah tu”, suara datuk separuh keras.    Osman dan saya berpandangan. Dada saya berdebar dan saya tidak dapat  menduga apa yang bergolak dalam hati kecil Osman.      "Mari”, ulang datuk lagi sambil menarik tangan Osman.    Osman patuh dengan perintah datuk. Baru lima tapak Osman melangkah,  mukanya kelihatan pucat. Tidak berdaya untuk mengatur tapak ke hadapan.  Page 424 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Wajah datuk ditatapnya sejenak.      "Kita menempah bahaya pakcik”, katanya.      "Macam mana kau katakan bahaya, kita belum pun sampai"    "Saya terasa seram sejuk pakcik"      "Usah takut, aku ada dekat kau"      Datuk terus mengajak Osman. Ternyata Osman tidak dapat berdalih lagi.  Saya dan Osman terus mengekori datuk, macam anak ayam mengikut ibunya  mencari makanan. Bunyi suara gagak kian gamat seolah‐olah tidak merestui  atas kedatangan kami bertiga. Beberapa ekor burung gagak terbang rendah  ke arah kami. Berlegar‐Iegar atas kepala kami sebelum hinggap di dahan  pokok kiri kanan kami. Saya tidak dapat mengawal mata saya menyorot  tajam ke arah burung‐burung gagak itu. Memang bentuk burung gagak itu  agak besar sedikit dari gagak yang selalu saya lihat. Bahagian kepalanya  Page 425 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

botak hingga ke leher. Dibawah muncungnya tumbuh bulu yang agak jarang  tetapi panjang macam janggut manusia.      "Jangan tengok burung tu”, kata datuk pada saya sambil memusingkan leher  saya hingga tertumpu ke hadapan. Memang, terasa sakit leher bila datuk  berbuat demikian pada saya.      "Jangan belajar jahat. Kawal mata dan hati kamu. Sini bukan tempat  suka‐suka tau”, tambah datuk.    Nada suaranya cukup keras. Saya terus membisu. Ketika itu langit  kelihatan cerah bersama kepulan awan nipis yang berarak ke utara,  meskipun hari sudah pukul enam lebih. Kami terus melangkah mengikut  langkah datuk yang teratur. Dada saya terus juga terus berdebar. Lebih  kurang dalam jarak dua puluh kaki mahu sampai ke kaki tangga rumah papan  beratap rumbia, secara mendadak sahaja datuk berhenti melangkah.      Dia menyuruh saya berdiri di kanan dan Osman di sebelah kirinya. Dia  meminta kami melangkah serentak mengikut langkahnya. Dan langkah pertama  Page 426 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dimulakan dengan kaki kiri. Setiap kali melangkah tumit tidak boleh  menyentuh bumi. Ketika itu, kami tidak dibenarkan oleh datuk memakai  sepatu. Semua sepatu diletakkan di satu tempat khas. Datuk juga  mengingatkan kami supaya jangan menegur kalau terlihat sesuatu yang  ganjil. Semua perintah datuk kami patuhi. Akhirnya kami sampai di kaki  tangga rumah tersebut. Datuk meletakan tapak tangan kanannya atas kepala  tiang tangga yang terbuat dari kayu Medang Sawa. Kepala tiang itu  terukir indah dalam bentuk awan larat yang cukup seni. Lama juga datuk  meletakan tapak tangannya di situ. Saya lihat lengannya bagaikan  bergoyang‐goyang hingga urat‐uratnya kelihatan timbul, macam ada sesuatu  yang menekan tangan datuk. Mukanya mula berpeluh. Urat di kiri kanan  dahi datuk nampak cukup tegang.    "Allahu Akbar..”, pekik datuk sekuat hati.      Serentak dengan itu dia menarik tangannya dari memegang kepala tangga.  Datuk undur dua tapak ke belakang. Datuk pun membaca beberapa potong  ayat al‐Quran.    "Begini, kita naik ke rumah dengan cara membelakang”, kata datuk sambi I  merenung wajah saya dan Osman. Burung gagak terus berbunyi. Tiba‐tiba  Page 427 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

datuk bersuara lagi, "Biar aku naik dulu”      Saya dan Osman berpandangan lagi, datuk menukar rancangan dengan  mendadak. Datuk pun melangkah anak tangga pertama. Matanya merenung  kami, tetapi kakinya terus melangkah. Memang, satu kerja yang sukar  memijak anak tanah dengan cara yang ganjil. Bila sampai ke tangga akhir  barulah datuk memusingkan badannya. Kemudian dia menolak daun pintu yang  tidak berkunci.      "Naik macam biasa, jangan ikut macam aku tadi”, katanya dengan lantang.      Kami pun segera naik ke rumah. Dalam beberapa saat sahaja kami sudah  berada di dalam perut rumah papan beratap rumbia. Rumah itu mempunyai  tiga bilik. Salah satu dari pada bilik itu berkunci. Menurut Osman bilik  itu semasa ayahnya masih hidup tidak dibenarkan sesiapa masuk di  dalamnya. Kerana itu Osman sendiri tidak tahu apa yang terdapat dalam  bilik itu. Datuk melihat keadaan rumah yang penuh dengan sawang dan  sarang labah‐labah dari anjung hingga ke dapur. Ketika berada di ruang  tengah datuk menguis beberapa helai bulu burung gagak serta beberapa  Page 428 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

ekor bangkai kelawar yang sudah kering. Tulang dan kepala kelawar yang  kering dan keras itu bertaburan di situ.      Waktu datuk mahu menjamah tulang‐tulang kelawar itu, kami terdengar  bunyi deru angin yang cukup kuat. Serentak dengan itu seluruh ruang di  penuhi dengan beribu‐ribu ekor kelawar yang bersedia untuk menyerang  kami. Datuk pun membuka baju hitamnya dan menutup kepalanya hingga  menjadi bulat. Mulutnya terkumat‐kamit membaca sesuatu. Saya dan Osman  terus resah. Tidak tahu apa yang mahu dilakukan ketika itu. Datuk  melemparkan bajunya ke arah dinding. Dengan serta‐merta kelawar yang  beribu‐ribu itu hilang dari dalam rumah. Datuk ambil baju dan terus  menyarungkan kembali ke badannya.      Datuk melangkah ke pintu bilik yang berkunci. Dengan tangan kiri datuk  memegang ibu kunci erat‐erat. Mukanya merah padam. Saya lihat datuk  meramas‐ramas ibu kunci hingga hancur. Besi dari ibu kunci bertaburan  atas lantai. Datuk menolak pintu bilik dan menyuruh Osman masuk. Pada  mulanya Osman enggan, namun setelah didesak barulah Osman melangkah  dengan diikuti oleh datuk dan saya. Dalam bilik itu datuk menjumpai satu  rangka manusia terletak atas tilam yang berlapik kain kuning. Tengkorak  Page 429 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dari rangka itu terletak dari atas sebatang kayu pulai kering.    "Kita balik”, kata datuk.      Tanpa banyak bicara kami ikut perintah datuk. Ketika itu hari sudah  beransur gelap. Dengan langkah yang cepat kami menuju rumah Osman di  tepi jalanraya. Bila sahaja kami masuk ke dalam rumah, Osman jatuh  pengsan. Datuk terpaksa merawat Osman hingga pulih. Tidak jauh dari  tempat Osman jatuh tadi, datuk menemui seketul batu sebesar ibu jari.  Batu yang berwarna merah itu datuk masukkan ke dalam uncangnya.      Malam itu selepas menunaikan sebahyang Isyak, datuk minta Osman  mengeluarkan beliung kecil yang disimpannya. Tanpa berlengah‐Iengah lagi  Osman mengeluarkan beliung kecil itu dari dalam kotak kecil yang  diletakkan dibawah katil. Lama juga datuk menilik beliung kecil itu.  Datuk terus memberitahu Osman bahawa beliung yang disimpannya itu  bukanlah beliung yang dibuat dari pada besi, tetapi dibuat dari tulang  manusia. Selagi beliung itu di simpannya ada satu kuasa yang mendampingi  dirinya.  Beliung kecil itu merupakan amanat ayahnya untuk Osman mewarisi ilmunya  Page 430 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

di samping memelihara hantu kelawar peninggal ayahnya.      "Kau harus membuangnya. Kalau tidak dirimu se¬lama‐Iamanya didampingi  oleh syaitan. Bila sampai masanya, kau akan memberikan dia makan de¬ngan  darahmu sendiri, kalau tidak dia akan menja¬hanamkan orang lain”, kata  datuk pada Osman.      "Saya tak tahu pakcik”, balas Osman jujur.      Datuk termenung sebentar. Datuk yakin apa yang dikatakan oleh Osman itu  memang benar. Bagi menghilang¬kan keresahan di hati Osman, datuk terus  berjanji padanya untuk menyelesaikan masalah yang diha¬dapi oleh Osman.    "Minta pakcik al‐Quran”, ujur datuk pada Osman lagi.      "Saya tak ada menyimpannya pakcik"      Page 431 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Surah yasin?"      "Pun tak ada"      "Sebagai seorang Islam kau harus menyimpan al‐Quran di rumah atau Surah  Yasin. Bukan tujuan untuk jadi perhiasan almari, kau harus menyimpan dan  membacanya. Paling kurang setahun sekali kau harus membaca al Quran  selama satu bulan pada setiap bulan Ramadhan. Surah Yasin pula dibaca  pada setiap malam Jumaat. Kau boleh membaca Quran?"      "Boleh pakcik"      "Bagus. Paling akhir kau membaca al‐Quran bila?"    "Paling akhir sekali kira‐kira lima tahun yang lalu waktu saya tamat  belajar dengan Haji Mat Zain"    "Lepas itu?"  Page 432 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    "Tak pernah"      Datuk mengeluh kecil. Datuk menyatakan rasa kesalnya atas sikap Osman  itu. Menurut datuk, orang muda sekarang kian jauh dari al‐Quran walaupun  mereka tahu dan boleh membaca al‐Quran. Perbuatan membaca al‐Quran itu  diamalkan masa kecil, bila sudah dewasa perangai membaca al‐Quran akan  terpisah dari diri mereka.    "Ada yang memikirkan membaca al‐Quran sebagai satu sikap menunjukkan  diri sebagai orang kampung dan ketinggalan zaman. Jadi mereka lebih  senang membaca buku komik atau kartun yang tidak mendatangkan faedah”,  datuk mula berkhutbah. Untungnya dia tidak berkhutbah panjang.    Malam itu Osman terpaksa pergi ke rumah Haji Mat Zin (guru al‐Quran  kampung tersebut) meminjam kitab suci al‐Quran. Bila al‐Quran berada  dihadapan datuk, dia terus membacanya hingga ke subuh.    Sepanjang malam itu tidak ada perkara aneh yang kami alami di pondok  Osman. Tetapi, bila saya mengikuti datuk mengambil air sembahyang subuh,  Page 433 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

di seberang anak sungai yang letaknya tidak berapa jauh dari rumah  Osman, datuk telah dilemparkan dengan najis dari arah kiri. Kerana hari  gelap, datuk tidak dapat melihat siapa yang melemparkan najis padanya.  Najis itu mengenai perut datuk.    "Jangan kacau aku!", pekik datuk.      Bila suara datuk hilang, beberapa pokok besar bergoyang dan daun dari  pokok‐pokok berguguran. Datuk tidak peduli dan terus mandi membersihkan  badan. Bila sudah selesai mandi, datuk terus menyarungkan seluar hitam  dan bersedia mahu mengambil air sembahyang. Dalam samar‐samar subuh itu,  saya dan datuk terpandangkan kaki manusia yang cukup besar. Datuk  terpegun sejenak. Manakala suasana di tebing sungai mula gamat dengan  bunyi suara burung hantu dan gagak. Datuk tidak berkata sepatah pun. Dia  melangkah tenang menuju ke rumah Osman. Sampai dirumah ternyata Osman  masih tidur lagi. Datuk jadi marah dengan tiba‐tiba.      "Bangun. Jangan tidur bersama syaitan, mari kita sembahyang!”, pekik  datuk sambil menyepak punggung Osman.    Page 434 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Tergesa‐gesa Osman bangun lalu mengambil air sembahyang. Bila datuk  membaca doa qunut, saya rasa rumah itu bergegar. Datuk terus  menyelesaikan sembahyang subuhnya. Masa datuk memberi salam akhir, satu  tendangan hinggap di belakang datuk kemudian pipi saya bagaikan  ditamparkan oleh orang. Kibasan tangan itu saya lihat berbulu panjang  dan besar pula. Datuk tidak ambil kisah dengan kejadian itu. Dia tetap  meneruskan kerjanya membaca doa. Rumah terasa bergoncang lagi. Satu  lembaga hitam berdiri di hadapan datuk. Makin lama lembaga itu berdiri  di satu, warnanya segera bertukar dari hitam menjadi seakan‐akan kuning,  kemudian menjadi putih. Saya amati lembaga itu cukup besar. Bentuk  kakinya macam kaki gajah. Dari paras pusat penuh dengan bulu tebal.    Datuk selesai membaca doa. Dia terus mendongakkan kepalanya pada lembaga  itu. Di luar rumah, bunyi burung gagak kian hebat bersama dengan suara  burung hantu. Sesekali terdengar suara orang menangis dan meratap dalam  bahasa yang tidak saya fahami. Subuh itu, bagi saya merupakan subuh yang  amat menakutkan. Suasana subuh yang hening dan damai itu tidak saya  nikmati seperti subuh yang lain. Osman tidak terkata walau sepatah apa  pun. Mukanya pucat lesi.      "Memang kau syaitan. Kau tidak menghampiri orang yang sedang sembahyang.  Page 435 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Apa yang kau mahu”,  datuk pun bangun sambil mengambil kain merah lalu mengikat ke kepalanya.      Datuk berdiri dengan kaki kanannya kehadapan dalam jarak satu kaki  dengan kaki kiri. Datuk terus memeluk tubuh. Dia membaca sesuatu. Bila  mulut datuk tidak bergerak, lembaga di hadapannya hilang dan terpacak  tubuh badan manusia yang berbalut dengan kain kapan. Bahagian atas kain  kapan itu terikat kemas. Begitu juga dengan bahagian kaki. Lembaga itu  bergerak dengan meloncat‐Ioncat. Datuk menjatuhkan kedua belah  tangannya. Kaki kanan rapat dengan kaki kiri. Kemudian datuk menepuk  tangan. Saya lihat kain kapan yang membungkus lembaga itu terbuka.      "Ayah”, jerit Osman.      Datuk segera berpaling dan menendang bahu kanan Osman. Dan Osman terus  pengsan.      "Biarkan dia di situ kau jaga dia. Kalau dia rapat dengan syaitan ni,  Page 436 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

roh jahat akan meresap ke tubuhnya”, demikian datuk memberitahu saya.  Sekarang lembaga itu membukakan ke dua belah tangannya dan bersedia mahu  menyerang. Datuk dengan melompat sambil membuka kain ikat kepalanya lalu  memukul ke arah lembaga itu. Lembaga itu hilang dan tempatnya diganti  oleh batang pisang. Batang pisang itu terus membesar hingga sampai ke  bahagian palang dan akhirnya menjadi satu bentuk yang lain pula iaitu  manusia berkepala burung.    "Lalu kamu dari sini. Sebentar lagi matahari akan terbit dan kau tidak  boleh terkena cahaya matahari. Aku tahu itu sumpah kamu. Sebaik sahaja  datuk mengakhiri cakapnya, burung itu terus hilang. Di kaki langit,  matahari mula menampakkan diri. Datuk memulihkan Osman dari pengsannya.  Datuk mengambil beliung yang dibuat dari tulang. Datuk basuh beliung  kecil itu dengan tujuh jenis air bunga serta tujuh jenis air dari daun  yang hujungnya menghala ke arah matahari terbit. Kemudian datuk  merendamkannya pula ke dalam air yang berlumpur. Bila matahari sudah  cukup keras bersinar, datuk letakkan be‐liung tulang yang direndam itu  ditengah halaman.    Bila beliung tulang itu terkena panahan matahari, muka Osman yang duduk  di sisi datuk menjadi merah macam udang kena bakar. Tiba‐tiba beliung  itu terbakar dalam bekasnya. Wajah Osman kembali macam sedia kala. Bekas  Page 437 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

merendam beliung tulang itu datuk tanam di pangkal pokok rambutan di  tepi jalanraya. (Seminggu selepas itu pokok rambutan itu mati akibat di  panah petir).    Pagi itu juga saya dan Osman serta datuk pergi kerumah papan teratap  rumbia. Lagi sekali bila terlihat rumah itu kami gelisah. Keadaannya  cukup berbeza dengan keadaan yang sebenarnya. Di ruang tengah rumah  bertimbun‐timbun bulu gagak dan bangkai kelawar. Bila kami masuk ke  bilik tempat rangka manusia, kami dapati rangka itu sudah tidak ada  lagi. Tempat meletakkan rangka semuanya menjadi abu. Sebelum datuk  mening¬galkan kawasan rumah itu, datuk menanamkan empat batang buluh  sepanjang enam inci di empat penjuru kawasan rumah tersebut. Di kaki  tangga datuk tanam pula paku karat yang berbalut kain kuning.      "Dengan izin Allah, dia tidak akan dapat masuk kerumah ini lagi”, bisik  datuk pada Osman dan saya.    Kami anggukkan kepala mengiakan cakap datuk itu. Lebih kurang sembilan  pagi, dengan ditemani oleh Osman, datuk terus menemui ketua kampung.      Page 438 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Memang kami tunggu kedatangan awak”, kata ketua kampung yang berkulit  hitam manis, memakai songkok hitam. Usianya dalam lingkungan enam  pu¬luhan. Dia mempersilakan kami duduk.      "Memang arwah ayah Osman ni saya kenal benar. Tetapi, saya tidak  men¬duga yang dia tu ada memakai ilmu salah. Saya kesian pada Osman ni.  Dia tidak tahu apa‐apa dan jadi mangsa orang kampung”, beliau menyatakan  pada datuk.    Secara diam‐¬diam ketua kampung menyatakan bila keadaan sudah baik, dia  berhasrat mahu menjodohkan Osman dengan anak bongsunya. Menurut ketua  kampung, hanya dengan cara itu sahaja boleh mengembalikan kepercayaan  orang kampung terhadap Osman. Kalau boleh biar semua anak buahnya berada  dalam keadaan selamat. Dia tidak rela anak buahnya hidup menderita.    "Sikap tuk ketua ini memang dituntut oleh ajaran Islam, kita orang‐orang  Islam wajib membantu sesama saudara Islam walau dalam apa bentuk pun  yang tujuannya un¬tuk kebaikan. Ini merupakan satu ibadah”      Saya lihat ketua kampung tersenyum lebar.  Page 439 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Bagaimana, ada harapan perkara ni akan be¬rakhir?”, tanya ketua kampung.      "Dengan izin Allah akan berjaya"      "Kami dah berusaha membaca Surah Yasin selama empat puluh empat hari,  nampaknya ti¬dak berkesan”, tambah ketua kampung lagi.      "Satu perkara yang harus kita ingat bahawa membaca Surrah Yasin tidak  semestinya per¬mintaan kita dikabulkan oleh Allah. Kita harus memenuhi  syarat‐syarat tertentu umpamanya kita mesti terlebih dahulu mendekatikan  diri kita pada Allah. Menjalankan segala perintah dan larangannya. Cara  kita meminta itu harus dengan ikhlas. Dan tidak memaksa, jangan bila  sudah terdesak baru ingatkan Allah, di samping itu kita harus  berikhtiar”, lagi sekali datuk memberikan kuliahnya di hadapan ketua  kampung. Setelah mengadakan perundingan dari hati ke hati, ketua kampung  sanggup menemani datuk berjaga di hadapan rumah papan beratap rumbia  pada sebelah malamnya.    Page 440 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Malam itu, selepas selesai sembahyang Isyak, kami membentang tikar  mengkuang di halaman rumah papan beratap rumbia. Seperti selalu, bila  mahu menjalankan tugas‐tugas yang berat datuk akan memakai seluar hitam,  baju hitam, di samping kain ikat kepala berwarna merah. Lebih kurang  pukul dua belas malam, kawasan tempat kami duduk diganggu oleh bunyi  yang amat mengerikan,macam suara gajah.    Bila suara itu hilang, keadaan tempat kami terang berderang. Saya  terkejut, lembaga manusia yang berkepala burung berdiri dihadapan kami.  Bila melihat keadaan yang ganjil itu, ketua kampung terus pengsan. Osman  jadi lemah dan dia juga pengsan. Datuk segera mematahkan pokok keladi  disekitar kawasan itu dan menutup badan ketua kampung dan Osman. Saya  mula terdengar suara anjing menyalak dari arah belakang rumah papan  beratap rumbia. Saya tidak tahu macam mana anjing‐anjing liar berada di  situ. Suara burung jampuk dan burung hantu bertalu‐talu dan kedengaran  suara orang bergendang dan ada kalanya macam suara orang menangis dan  merayu.      Lembaga manusia berkepala burung itu masih berdiri dihadapan datuk  matanya bersinar‐sinar bagaikan mengeluarkan cahaya api. Dalam saat yang  sama saya melihat berpuluh‐puluh mayat yang sudah dikapan dengan kain  Page 441 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

putih terbujur dihadapan datuk. Mayat mayat itu bagaikan bergerak dalam  kain putih.      Datuk terus menepuk bumi. Dia mengambil sebahagian dari tanah  dihadapannya. Tanah itu dibulatkannya sebesar guli. Kemudian datuk  menggengam tanah itu kejap‐kejap. Dari celah‐celah jari datuk keluar  asap. Bila tangannya di buka, tanah itu menjadi merah menyala. Datuk  membalingkan tanah itu ke arah lembaga berbadan manusia berkepala burung.      Bila tanah itu terkena pada lembaga itu, serta‐merta lembaga itu ghaib.  Datuk melompat ke hadapan. Datuk mengeluarkan buluh yang sudah  ditajamkan hujungnya kira‐kira lapan inci panjang dari rusuk kirinya.    “Inilah sumpah kau. Aku tahu buluh saja yang boleh menghilangkan  kuasamu”, jerit datuk lalu menikam ke kiri dan ke kanan.      Pelik juga saya melihat telatah datuk menikam sesuatu yang tiada. Sudah  tujuh kali datuk menikam, tidak ada apa‐apa yang aneh terjadi di hadapan  saya. Bla datuk menikam ke kiri untuk kali yang yang ke sembilan, saya  Page 442 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

terdengar suara jeritan yang cukup kuat.    SBDJ (Jilid 02) Siri 32: Bomoh Hujan Kena Uji    Suara jeritan itu bergema ke seluruh kampung melesapi puncak Gunung  Tungga. Datuk terus mencacakkan buluh runcing ke dada bumi dan  melipatkan kaki seluar sebelah kiri separas lutut. Datuk duduk  mencangkung dengan tapak tangan kirinya terletak pada bahagian atas  buluh runcing. Mulutnya terus ber¬gerak, membaca sesuatu. Ketua kampung  masih belum sedarkan diri. Saya lihat kaki kanan Osman bergerak‐gerak  lemah. Kedua belah tangannya menguakkan dahan dan dedaun yang menutupi  tubuhnya.    "Bangun”, bisik saya pada Osman dan memberitahu padanya supaya jangan  bertanya sesuatu.      Osman patuh dengan permintaan saya itu tetapi wajahnya masih pucat‐Iesi.  Waktu saya menoleh ke kanan kembali saya lihat datuk sudah berdiri  dengan kedua belah tangannya lurus mengarah ke rumah papan beratap  rumbia. Mukanya nampak berpeluh. Bila datuk menjatuhkan kedua belah  tangannya, saya terdengar satu letupan, macam orang memukul bumi dengan  Page 443 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

pelepah pisang. Serentak dengan itu, saya lihat api mula berbunga di  tulang bumbung rumah. Api itu terus marak dengan hebatnya. Bahang dari  api itu terasa panas memukul wajah saya. Kulit muka rasanya bagaikan  terbakar.    Cahaya api dari bumbung rumah itu menerangi kawasan tempat kami  ber¬teduh. Api terus menjulang ke langit dengan hebat bersama bunyi  letupan keciI yang sambung‐menyambung. Tidak sampai dua jam, rumah papan  beratap rumbia itu terus menjadi abu. Ketua kampung pun tersedar dari  pengsan.      "Kenapa panas sangat ni?", tanya ketua kampung.    "Itu”, saya menunjukkan kearah rumah yang sudah menjadi bara dengan jari  telunjuk. Biji mata ketua kampung terbeliak.      "Siapa yang bakar?", tanyanya lagi.      "Terbakar sendiri!"  Page 444 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    Ketua kampung menge¬rutkan dahi sambil menggaru batang leher. Da¬tuk pun  mencabut buluh runcing yang di tanam kebumi. Datuk melihat bahagian  bawah buluh yang su¬dah ditajamkan itu. Memang terdapat kesan‐¬kesan  darah pada buluh itu. Datuk meng¬hilangkan kesan darah pada hujung buluh  dengan me¬nikamkan buluh itu pada batang pisang emas yang baru tumbuh  jantung. Bila datuk mahu mencabut buluh dari ba¬tang pisang, saya dan  Osman serta ketua kam‐pung disimbah dengan air dari arah belakang.    Saya tidak dapat memastikan dari mana arah air itu datang, sama ada dari  sebelah kanan atau kiri kerana malam terlalu gelap. Di langit kelihatan  bintang‐¬bintang bertaburan di mana‐mana. Angin malam yang bertiup agak  keras membuat badan saya mengeletar kesejukan. Saya tidak dapat mengagak  dengan tepat pukul berapa ketika itu. Tetapi berdasarkan arah tiupan  angin dan gerak awan bersisik ikan di langit, saya agak waktu itu sudah  pukul empat pagi. Suara pungguk dan lolongan anjing liar sudah tidak  kedengaran lagi.      Dari longgokan bara rumah yang punah, asap nipis nampak berkerut  men¬julang ke udara yang kemudian berpecah dirempuh angin malam. Datuk  Page 445 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

meng¬hampiri saya.    "Kau kena simbah air Tamar?"      "Ya tok"      "Cuba kau cium lengan kiri kau, ada bau busuk tak"    Saya pun ikut perintah datuk. Walaupun perintah itu ditujukan pada saya  tetapi, ketua kampung dan Osman turut bersama mencium lengan kiri  masing‐masing.    "Busuk, macam bau bangkai”, jawab mereka serentak dan saya anggukkan kepala.      Setuju dengan apa yang dikatakan oleh ketua kampung dan Osman. Datuk  menyuruh kami bertiga berdiri di bawah pokok pisang emas yang baru  tumbuh jantung. Kami disuruh berdiri dengan menemukan bahu  masing‐masing. Sesudah itu, datuk menyuruh saya melihat ke arah utara,  ketua kampung ke arah selatan dan Osman ke arah barat. Dengan keadaan  Page 446 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

itu kami tidak dapat memandang wajah antara satu sama lain. Datuk terus  mengoncangkan perdu pisang emas yang baru tumbuh jantung dengan sekuat  hati. Air embun yang melekat pada daun pisang itu menimpa badan kami.      "Sekarang cium lengan kiri kamu semua”, ujar datuk dengan tenang sambil  menekan pangkal dagunya dengan ibu jari kiri.      "Tak ada baunya lagi”, jawab saya.      "Dah hilang busuknya”, tingkah Osman.    "Ya dah hilang”, sahut ketua kampung bersama senyum.    Datuk menyuruh kami duduk semula di tempat asal. Dengan tenang datuk  membuka lipatan kaki seluar sebelah kiri. Angin sudah tidak sekuat tadi  bertiup, menandakan waktu subuh hampir. Langit kelihatan cerah dan  bintang‐bintang beransur kurang.      Page 447 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Bara api masih kelihatan merah menyala di tapak rumah yang punah,  bunga‐bunga api kelihatan menjulang pendek di udara sebelum padam. Datuk  memperkemaskan silanya dan terus menekapkan kedua belah tangannya ke  dada. Embun subuh sudah terasa menitik ke ubun‐ubun kepala. Rasa sejuk  kian terasa. Saya tidak tahu apakah yang dilakukan oleh datuk ketika  itu. Biji mata saya terbeliak bila saya terpandang dari atas bara api  keluar benda putih dan bulat, sebesar buluh lemang yang panjangnya  kira‐kira dua kaki, terapung‐apang di udara macam ditarik oleh sesuatu  dari atas. Benda putih terus naik setinggi pokok kelapa dara. Berhenti  di situ sebentar.      Kemudian benda bulat itu bergerak macam kilat menuju ke arah kami. Datuk  menyuruh kami meniarap supaya benda itu tidak mengenai kepala. Tetapi  angin dari benda bulat itu berjaya menerbangkan songkok ketua kampung  dan cuping teling saya bagaikan mahu tercabut rasanya dirempuh oleh  angin dari benda bulat itu.      Ketika itu juga dari hutan kecil sebelah kami terdengar bunyi suara  katak betung bersahut‐sahutan yang diselang‐seli dengan bunyi suara  orang bersorak dan ketawa yang amat menyeramkan. Embun subuh kian rancak  Page 448 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

menimpa kulit kepala. Terdengar kokok ayam hutan bertali‐temali dari  kaki Gunung Tunggal.    Saya tidak dapat menahan rasa sejuk yang amat sangat itu. Dahi saya  kerutkan. Dagu saya menggeletar yang mengakibatkan gigi atas dan bawah  saya berlaga dan mengeluarkan bunyi kerup‐kerup yang tidak tentu panjang  pendeknya. Suara lolong anjing liar mula kedengaran sayup‐sayup dan  memanjang macam orang menangis dan meratap sesuatu.      Benda putih itu terus berlegar‐Iegardi atas ruang kepala kami. Hari  masih lagi gelap. Dalam keadaan yang agak gawat itu, saya lihat datuk  berguling‐guling atas tanah menuju ke pangkal pisang yang baru tumbuh  jantung. Datuk duduk sambil menyandarkan badannya pada perdu pisang itu.  Datuk merasa selamat kerana benda putih yang bergerak di awang‐awangan  itu tidak memburunya. Datuk segera berdiri sambil menekapkan ke dua  belah tapak tangannya ke cuping telinga kiri dan kanan, macam orang yang  mahu melaungkan azan. Lebih kurang dua tiga minit datuk berkeadaan demikian.      Akhirnya dia datang ke kawasan lapang. Benda putih itu mula meluru ke  arahnya. Datuk tidak melarikan diri malah berdiri dengan gagah di situ.  Page 449 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Kedua¬‐dua belah tumit kakinya tidak jejak ke bumi dan lutut kanannya  dibengkokkan sedikit. Bila benda putih itu berada betul‐betul di ubun  kepalanya dengan segera datuk membuka kain merah yang melilit kepalanya.  Benda putih itu terus mengelilingi tubuh badan datuk sambil mengeluarkan  suara yang berdengung macam suara ayam kampung kena jolok. Kerana  terlalu cepat dan Iigat benda putih itu berpusing mengelilingi tubuh  datuk. Saya tidak dapat melihat datuk dengan jelasnya. Dalam sekelip  mata saja saya lihat datuk terhoyong‐hayang macam ditolak sesuatu.      Hati saya mengelabah, saya tahu datuk sedang berjuang menentang sesuatu.  Ada niat menolongnya tetapi saya tidak berdaya bergerak. Tempurung lutut  dan dan sendi‐sendi kaki saya terasa bagaikan longgar sekali. Ketika  itu, ada cahaya terang mula bangkit di kaki langit, keadaan hari mula  beransur cerah. Datuk masih lagi terhoyong‐hayang tidak tentu arah.  Tetapi di tangannya masih terlekat kain merah. Datuk bertempik dengan  sekuat hatinya sambiI melompat setinggi tiga kaki. Ketika datuk melompat  itu dia memukul benda putih itu dengan ikat kepalanya. Dua kali lompat,  dua kali pukul tidak menda¬tangkan sebarang kesan pada benda putih itu.  Datuk kelihatan letih dan tidak bermaya. Saya lihat datuk rebah ke bumi  sambil terbatuk‐batuk. Mukanya pucat.    Page 450 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Datuk mencium bumi sambil membengkokkan badannya, tidak ubah macam  kucing yang bersedia untuk menerkam tikus. Kemudian datuk melompat untuk  kali yang ketiga dan terus memukul benda putih itu dengan kain ikat  kepalanya sekuat hati. Hari mula beransur samar‐samar, di kaki langit  cahaya putih mula kelihatan dengan jelas. Datuk kali ini saya lihat  terhumban berhampiran dengan bara api yang sedang marak memamah  kayu‐kayu rumah yang punah. Belumpun sempat badannya menjamah bumi,  datuk sudah meletakkan badannya dalam keadaan tegak. Ketika itu juga  bara api bertambah kuat cahayanya dan beberapa bahagian dari bara api  itu mengeluarkan api. Saya terasa desiran angin dipermukaan bumi.    Saya lihat tapak kaki datuk tidak mencecah bumi. Datuk berdiri atas  angin sambil memeluk tubuhnya erat‐erat. Dan benda putih di  awang‐awangan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap nipis. Bila asap  nipis itu hilang, terdengar letupan seperti letupan mercun kecil. Benda  putih itu terus hilang dan masa itu juga beberapa bilah buluh kering  bertaburan atas tanah. Datuk segera menghampiri kami. Kali ini saya  lihat wajahnya berseri dan kedua kelopak matanya lembam sedikit kerana  kurang tidur.    "Kita balik, sembahyang subuh”, kata datuk.    Page 451 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Dah selesai ke semuanya pakcik?", tanya Osman.      "Dah. Dengan izin Allah yang Maha Besar dan Maha Mengetahui nampaknya  kita berjaya"      "Dia tak ganggu kita lagi?", ketua kampung pula bertanya.    "Nampaknya begitulah"      Kami terus pulang ke pondok Osman dan menunaikan fardu subuh. Ketua  kampung mempersilakan kami ke rumahnya untuk sarapan pagi. Dia juga  menyatakan pada saya, ada sesuatu yang mahu dibincangkannya dengan datuk.    "Saya rasa eloklah sekarang ini kita pergi ke rumah saya”, ulang ketua  kampung dengan senyum.      Osman merenung ke muka saya. Datuk menggigit ibu jari sambil merenung  Page 452 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kosong ke depan.      "Begini saja tuk ketua. Biarlah Osman dan tuk ketua pergi dulu”, nada  suara datuk lembut sambil bangun.    "Kenapa begitu?"      "Saya ada hal sedikit"      "Apa halnya?"      "Saya nak bersenam kemudian nak mandi air embun itu saja. Lepas semua  kerja tu saya buat, saya pergilah. Masa saya sampai ke rumah awak hari  pun cerah dan kopi sudah tersedia”    "Ha tak apalah”, balas ketua kampung.      Page 453 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Datuk dan ketua kampung ketawa besar. Ketua kampung dan Osman  meninggalkan saya dan datuk di pondok. Saya diminta oleh datuk supaya  bersenam gerak kucing dan harimau bangun tidur. Tujuan senaman cara lama  itu dilakukan untuk menghindarkan dari mengalami sakit pinggang dan  lenguh‐lenguh sendi. Satu senaman baru yang diajarkan oleh datuk pada  saya dan di situ ialah senaman ular salin kulit. Senaman jenis ini lebih  banyak memberatkan perkara menarik dan melepaskan nafas, serta  pergerakan sendi‐sendi urut. Tujuan utama senaman ini ialah, memelihara  kulit badan dan muka. Kulit badan tidak mudah kendur dan muka kelihatan  muda atau tidak dimakan tua.      Senaman jenis ini hanya dilakukan seminggu sekali. Orang yang melakukan  senaman ini di tegah memakan makanan yang banyak mengandungi zat asam  selama tiga hari tetapi digalakkan memakan daun hijau yang boleh dibuat  ulam seperti daun pegaga, daun ulam raja, daun saderi dan daun kesum  serta pucuk manggis muda. Selesai melakukan semua jenis senaman itu,  saya dan datuk terus merayau‐rayau ke seluruh kawasan kecil berhampiran  pondok Osman untuk mandi embun. Akhirnya datuk mengajak saya pergi ke  bekas rumah papan beratap rumbia. Ada sesuatu yang mahu datuk cari di  situ. Waktu saya dan datuk tiba ke situ, saya dapati bara api sudah  banyak yang padam, kayu‐kayu alang rumah semuanya sudah rentung menjadi  Page 454 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

arang.    "Mari kita cari buluh yang jatuh bertabur malam tadi”, saya terkejut  dengan ungkapan dari datuk itu.    Bulu tengkuk saya terus meremang. Dada terasa berdebar.    "Mari”, datuk terus menarik tangan saya.      Memang saya tidak ada pilihan lain untuk membantah. Lama juga kami  berlegar‐legar di kawasan yang kami jangkakan tempat bilah‐bilah buluh  itu jatuh. Apa yang kami temui di situ ialah bilah‐bilah buluh yang  sudah rentung. Datuk menguis‐nguiskannya ddengan hujung kaki.    "Memang buluh sumpahnya”, keluh datuk sambil menggigit bibir.    "Saya tak faham cakap tok ni?”      "Hanya dengan buluh saja yang boleh menghilangkan kuasa ilmu orang yang  menuntut ilmu itu. Aku harap malapetaka yang menimpa orang‐orang di sini  Page 455 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

akan tamat”, tambah datuk lagi, lalu mengajak saya kerumah ketua kampung.    Sarapan pagi dirumah ketua kampung memang enak. Kami dihidangkan dengan  kopi panas dan pulut berlaukkan ikan gelama goreng. Anehnya datuk tidak  menjamah pulut itu. Dia hanya minum kopi panas sahaja. Ketua kampung  tidak puas hati dengan sikap datuk.      "Kenapa tak makan pulut?", tanya ketua kampung.    "Minta maaf tuk ketua, saya memang tak makan pulut ni."    "Kami tak tahu, apa sebabnya? Ada pantang larang ya?"    "Saya ni mengidap sakit angin. Orang sakit angin memang tak elok makan  pulut, kerana pulut ni cukup bisa bagi orang yang mengidap sakit itu.  Kalau sudah sembuh pun akan sakit semula jika makan pulut"      Ketua kampung puas hati dengan penerangan datuk itu. Ketua kampung  merasa bersalah kalau datuk tidak makan di rumahnya. Kerana itu, dia  menyuruh anaknya membeli kuih di kedai.  Page 456 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    "Jangan, ini sudah cukup untuk saya”, beritahu datuk pada ketua kampung.      "Saya tak puas hati kalau awak tak makan di rumah saya. Begini saja,  tengah¬ari ni, makan di sini", ketua kampung membuat tawaran lagi.      Tawarannya itu diterima oleh datuk dengan senang hati. Sementara menanti  tengah hari datuk kembali ke pondok Osman. Ketua kampung ikut sama.  Sampai saja di pondok, Osman ambil sebuah baldi kosong dan mengambil air  perigi. Air itu datuk campurkan dengan tujuh jenis daun dan tujuh jenis  bunga. Kemudian datuk memerintahkan Osman memakai kain basahan dan di  suruh duduk di bawah tangga.    "Nak buat apa ni?,” bisik saya ke telinga datuk.    "Nak buang sial dan badi ilmu salah yang hinggap ke badannya”, balas datuk.      Bila Osman duduk di bawah tangga, datuk terus menjirus air ketubuh Osman  Page 457 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dalam tiga peringkat. Lepas itu, datuk tepuk bumi tujuh kali dan dada  Osman tujuh kali. Bila sudah selesai barulah Osman disuruh oleh datuk  memakai pa¬kaian semula.      "Aku harap kau akan selamat terus dan syaitan peliharaan ayah kau sudah  hancur. Kau boleh hidup aman di atas tanah miliknya”, jelas datuk pada  Osman.    Ketua kampung hanya melihat sahaja apa yang di¬lakukan oleh datuk itu  dengan tenang.      "Memanglah, syaitan tak tak pernah sunyi dari mempengaruhi umat  manusia”, datuk tersenyum mendengar cakap ketua kampung itu.      "ltu memang kerjanya. Dalam Surah An‐Nisa telah menjelaskan kerja‐kerja  syaitan yang berbu¬nyi: Dan kehendak syaitan itu ialah menyesat¬kan kamu  satu kesesatan yang jauh”, ujar datuk lagi.      Page 458 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Ketua kampung angguk kepala. Perbualan datuk dengan kedua kampung cukup  rancak sekali. Ba¬nyak benar kisah yang datuk dengar dari ketua kampung.  Malah datuk sendiri tidak merasa segan dan silu mencari  penga¬laman‐pengalamannya di masa lalu. Perbualan mereka terganggu bila  anak gadis tok ketua yang dikiranya menganggu perbualan antaranya dengan  datuk.      "Apa halnya”, kata ketua kampung.      Osman segera bangun dan mere¬nung tajam ke wajah anak gadis ketua  kampung yang berambut panjang, berkulit putih. Mukanya bujur sirih.  Tinggi lampai dan berleher jinjang. Saya memang tertarik dengan gadis  desa berwajah ayu itu. Bila saya lihat wajah Osman, rasa tertarik yang  mula berputik di hati segera saya padamkan.    "Ada orang datang ayah"      "Siapa?"    Page 459 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Pak Mardan bomoh hujan"      "Hum, sekejap lagi aku balik"      Anak gadis ketua kampung meninggalkan kawasan pondok Osman. Kerana waktu  makan tengahari sudah hampir, ketua kampung mengajak kami pergi  bersamanya sekali.    "Eloklah tu, saya ingin juga berkenalan dengan bomoh hujan tu, kalau dia  baik hati dapat saya menuntut ilmu darinya”, datuk segera bangun.      "Dia tu bukan orang lain dengan saya, kami satu pupu”, tingkah ketua  kam¬pung dengan tenang.      Ada rasa megah dalam dirinya kerana datuk mahu menuntut sesuatu dari  sepupunya. Lepas makan tengahari datuk dapat bercakap panjang dengan Pak  Mardan yang sudah berusia hampir lima puluh tahun. Orangnya tegap.  Memelihara misai, janggut dan jambang. Dia tinggal di Kampung Kota yang  Page 460 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

terletak lebih kurang dua batu dari pekan kecil Bruas dalam daerah  Manjung. Menurut Pak Mardan, dia kenal baik dengan bomoh patah yang  tinggal sekampung dengannya iaitu Bedul Hasyim. Datuk minta Pak Mardan  menyampaikan salamnya pada Bedul Hasyim bila dia pulang ke kampungnya  kelak.      "Dengan izin Allah akan saya sampaikan”, katanya.    "Saya dah lama tidak jumpa dia"      "Dia masih sihat lagi”, balas Pak Mardan.      Menurut Pak Mardan dia dalam perjalanan ke Sungai Tinggi (sebuah kampung  yang terletak dalam daerah Matang, lebih kurang dua puluh batu dari  bandar Taiping). Dia diundang oleh anak saudaranya kerana anak  saudaranya mahu menikahkan anak perempuannya dengan orang dari Gunung  Semanggul.     

Page 461 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Tujuan mengundang kita tu ada tujuan yang tertentu”, keluh Pak Mardan  sambil merenung muka ketua kampung.    "Apa tujuannya?", soal Osman.      "Tenaga aku ni diperlukan anak buah, bila mahu menghalau hujan”, Pak  Mardan melahirkan rasa hampanya, disambut oleh ketua kampung dengan  ketawa memanjang.    Bila Pak Mardan mengajak datuk pergi ke Sungai Tinggi datuk menolak  dengan alasan dia tidak dijemput ke majlis nikah kahwin. Tetapi bila Pak  Mardan dan ketua kampung menyatakan bahawa mereka telah diberi kuasa  untuk menjemput orang lain ke majlis orang nikah kahwin itu, datuk  menerimanya dengan senang hati. Saya mengerti, tujuan utama datuk  menerima undangan itu bukanlah kerana mahu makan nasi minyak. Tetapi dia  mahu belajar serba sedikit tentang ilmu menahan hujan dari Pak Mardan.    Esoknya saya, Pak Mardan dan datuk terus pergi ke Sungai Tinggi. Kami  bertolak dengan bas dari Segari pada sebelah pagi dengan bas. Ketua  kampung dan keluarganya bertolak lebih lewat daripada kami. Kedatangan  kami di sambut dengan ramah oleh anak saudara Pak Mardan. Kami sempat  Page 462 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

menyaksikan acara akad nikah yang diadakan pada sebelah pagi, lebih  kurang di antara pukul sepuluh hingga sebelas. Acara naik pelamin  diadakan kira‐kira pukul empat petang setelah tetamu yang dijemput  selesai makan.    Pak Mardan merasa senang kerana tidak ada tanda‐tanda hari akan hujan.  Beberapa orang anak muda di situ melancarkan kutipan memungut wang  secara kilat bagi mengundang pancaragam dari bandar Taiping pada sebelah  malamnya. Kutipan itu, ternyata tidak cukup dan nasib baik pihak tuan  rumah sanggup menambahkan bahagian yang tidak cukup itu. Majlis  perkhawinan itu bertambah rancak dengan kehadiran pancaragam dari  Taiping itu yang membawakan lagu‐lagu rancak dan irama Melayu asli yang  disampaikan para penyanyi dari pancaragam tersebut, antara penyanyinya  ialah Kamal Harun, Aida Suhana dan Zainal Udah.      Walaupun begitu rancak pancaragam dari Taiping mempersembahkan  permainannya, saya lihat Pak Mardan tetap gelisah, begitu juga dengan  datuk. Bagi menghilangkan rasa resah itu Pak Mardan terpaksa menghisap  rokok tembak berbelas‐belas batang. Pak Mardan menarik tangan datuk  untuk pergi ke satu sudut.    Page 463 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Aku rasa ada sesuatu yang tak kena malam ni”, Pak Mardan menyatakan  pada datuk.      Dcituk termenung panjang mendengar cakap Pak Mardan itu. Dia meraba  pangkal kening kanan tujuh kali, meraba telinga kiri lima kali.    "Usah bimbang, kalau ada yang perlu saya tolong tetap saya tolong”, kata  datuk. Walaupun begitu wajahnya saya lihat agak sugul sedikit.    "Malam ini ada majlis bersanding?", datuk menyoal Pak Mardan.    "Ada. Sekejap lagi pengantin lelaki datang”    "Kalau begitu eloklah kita kita beringat‐ingat, manalah tahu kalau ada  hal buruk terjadi"    "Saya faham tu”    Pak Mardan dan datuk duduk kembali di tempat asal. Bila orang ramai mula  datang mahu melihat pengantin naik pelamin, tiba‐tiba hujan turun  mencurah‐curah bersama dentuman petir dan guruh. Muka Pak Mardan  Page 464 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kelihatan pucat, dia lalu membisikkan pada datuk bahawa hujan yang turun  malam itu, bukan sebarang hujan. Pak Mardan yakin hujan itu dibuat oleh  manusia dengan kuasa ilmu halus yang tujuannya tidak baik. Hujan jenis  ini amat berbahaya buat manusia, sebabnya di dalam air hujan itu  terkandung berbagai‐bagai kekotoran buatan manusia, begitulah Pak Mardan  memberitahu datuk.    "Kau tunggu di sini Mardan”, kata datuk, sebaik sahaja ungkapan itu  berakhir, saya dapati datuk ghaib dari penglihatan saya    Pak Mardan terpinga‐pinga. Lebih kurang lima minit datuk menghilangkan  diri. Dia muncul kembali dihadapan saya dan Pak Mardan.    "Aku setuju dengan kau Mardan, kita hadapi semuanya ini”, tekanan suara  datuk mula meninggi.    Lalu datuk minta Pak Mardan mencari baldi plastik untuk menadah air yang  turun dari curung (hujung) atap. Bila air sudah penuh satu baldi, datuk  merendamkan tangan kirinya ke dalam baldi itu. Pak Mardan dan saya jadi  terkejut bila melihat tangan datuk hitam dan air dalam baldi bergolak.  Muka datuk merah padam mulutnya membaca sesuatu, tiba‐tiba baldi plastik  itu pecah.  Page 465 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Aku rasa kau saja selesaikan semua urusan ini. Kau sudah tahu hujan itu  buatan manusia jahat", datuk memberikan amanat pada Pak Mardan. Dengan  senang hati Pak Mardan menerimanya dan meminta saya membantunya.    "Bantulah dia Tamar. Aku ada, bukan apa‐apa kau hanya melihat saja”,  datuk memberikan keizinan pada saya. Dia juga memberikan saya beberapa  butir batu gunung yang putih untuk di taruh dalam kocek baju.    "Mardan, dalam dugaan aku, orang ini mengirimkan guna‐guna melalui hujan  buatannya pada pengantin perempuan”, pesan datuk pada Pak Mardan.    Saya lihat Pak Mardan anggukkan kepala lalu meminta baldi plastik yang  baru dari tuan rumah. Dia menadah air hujan hingga penuh satu baldi.  Kemudian Pak Mardan mengajak saya masuk kerumah dan terus ke bilik  pengantin.    "Usah bimbang, aku ni pangkat datuk pada kau”, Pak Mardan memberitahu  pada pengantin perempuan yang duduk terseliput dihadapan katil. Kemudian  Pak Mardan meminta pada pengiring pengantin supaya membawa pengantin itu  ke bilik lain. Permintaan Pak Mardan dituruti. Tinggalah saya dan Pak  Mardan dalam bilik itu. Pak Mardan terus membasuh seluruh mukanya dengan  Page 466 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

air hujan di dalam baldi. Dia kemudiannya memusatkan seluruh pancaindera  dan membaca mantera yang dipelajari dari gurunya. Saya lihat mulut Pak  Mardan bergerak sebanyak 29 kali. Bila mulutnya bergerak untuk kali yang  ketiga puluh, saya terdengar bisik‐bisik halus dari jauh yang tidak  menentu. Tetapi akhirnya saya dengar nama Halimah disebut‐sebut.    "Apa yang kaudengar?", Pak Mardan menyoal saya.    "Orang memanggil nama Halimah"    "Halimah tu nama pengantin tadi, kita masih ada masa untuk berusaha"    "Kau tunggu di sini"    Pak Mardan terus keluar. Saya mula terasa khayal tidak menentu,  bermacam‐macam bunyi yang saya dengar. Rasa khayal itu segera hilang  bila Pak Mardan menepuk bahu kiri saya. Bila saya menoleh ke belakang,  pengantin perempuan sudah ada dalam bilik. Pak Mardan menyuruh pengantin  perempuan itu duduk di tepi katil. Dia juga menyuruh tuan punya rumah  memberitahu orang ramai dan pihak pengantin lelaki acara bersanding  terpaksa ditangguh dengan alasan Halimah sakit. Pak Mardan menyuruh  Halimah memegang besi kuning yang diberikan oleh Pak Mardan padanya.  Page 467 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Kau pegang besi kuning tu kuat‐kuat, jangan kau lepaskan walau ada yang  terjadi. Kau jangan menjerit”, itulah pesan Pak Mardan pada Halimah.    Saya lihat Halimah anggukkan kepala. Kemudian saya dan Pak Mardan keluar  dari bilik pengantin. Pak Mardan membimbit baldi. Hujan dan petir terus  menjadi‐jadi.    "Ke mana Pak Mardan?"    "Ke bahagian belakang rumah"    Saya dan Pak Mardan memijak anak tangga dengan teliti. Bila sampai  dihadapan datuk, Pak Mardan tersenyum.    "Buatlah apa yang patut. Aku menanti di sini kerana perbuatan jahat  dibuat melalui air hujan eloklah kausaja yang selesaikan. Kau lebih arif  dari aku”, cukup tenang datuk bercakap dan Pak Mardan menerimanya dengan  rasa yang tenang.      SBDJ (Jilid 02) Siri 33: Muntahkan Ulat dan Paku Karat    Page 468 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Pak Mardan dan saya terus ke bahagian belakang rumah. Lama juga Pak  Mardan berlegar‐legar di situ. Hujan terus turun mencurah‐curah. Petir  dan kilat sabung‐menyabung di malam yang pekat. Saya dan Pak Mardan naik  ke bilik pengantin. Halimah masih memegang besi kuning erat‐erat. Pak  Mardan meletakkan baldi di sudut bilik dan terus duduk di situ.    "Kau Tamar, duduk dekat lutut aku ni”, Pak Mardan memerintah dan saya  patuh pada perintahnya.    Pak Mardan merenung ke muka Halimah yang sudah kelihatan cemas. Saya  lihat mulut Pak Mardan bergerak‐gerak. Saya tidak tahu apa yang di bacanya.    "Kau jangan tegur apa yang kami buat Halimah. Aku tahu sebahagian dari  anak rambut kamu sudah terkena tempias air hujan”, suara Pak Mardan parau.    Matanya mula bersinar garang. Pak Mardan terus bersemadi di depan baldi  di plastik berwarna merah. Dalam masa itu Pak Mardan menumpukan seluruh  per¬hatian pada ilmu yang di tuntut dari gurunya, saya lihat baldi dalam  air plastik merah bergerak macam air sedang mendidih. Diluar hujan terus  mencurah¬curah, cahaya petir jelas kelihatan menyelinap ke dalam bilik  pengantin. Kerana saya ada mendapat petua sedikit dari datuk bagaimana  mahu me‐numpukan seluruh pancaindera pada alam lain, saya segera  Page 469 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

melakukannya. Me¬mang saya terasa yang diri saya terpisah dari keadaan  keliling.    Saya berhadapan dengan satu alam yang sunyi dan tenang. Lebih kurang  setengah jam kemudian, saya terdengar sayup‐sayup bunyi berdesing. Makin  lama, makin jelas bunyi itu seperti benda yang sedang terbang me¬nuju ke  arah bilik pengantin. Tidak lama kemudian terdengar bunyi ledakan yang  cukup kuat di atas bumbung rumah, bunyinya macam letupan meriam buluh.  Serentak dengan ledakan itu, saya terdengar bunyi besi‐besi kecil  berlaga sesama sendiri. Saya juga terdengar bunyi logam berjatuhan dari  tulang bumbung berhampiran dengan hujung kaki Halimah. Bila saya membuka  mata, saya dapati Halimah tidak sedarkan diri. Di hujung kakinya  terdapat berpuluh‐puluh batang paku, kaca dan jarum karat berserakan.  Pak Mardan segera menghampiri saya.    "Kalaulah kita terlewat Tamar, aku tidak dapat membayangkan apa yang  terjadi”, ujar Pak Mardan pada saya sambiI meraba pangkal kening sebelah  kiri. Bunyi suara hujan diluar mula berkurangan. Tiba‐tiba terdengar  bunyi letupan kecil betul‐betul di hujung kepala lutut Pak Mardan. Saya  lihat Pak Mardan rebah atas lantai, mukanya segera bertukar menjadi  kehitam‐hitaman. Saya mengelabah, paku dan besi buruk serta jarum karat  bagaikan bergerak‐gerak ke arah saya dan Pak Mardan.  Page 470 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Datukkkk tolongggg”, pekik saya dengan sekuat hati. Ketika itu saya  rasa batang leher saya cukup panas, bila menelan air liur terasa pedih.  Punggung saya bagaikan berada di atas bara api. Dalam keadaan yang gawat  itu, saya dapati datuk sudah pun berdiri diambang pintu.    "Bertenang”, kata datuk lalu melemparkan kain hitam yang terselepang di  dada atas lantai.    Pak Mardan boleh bergerak dan duduk semula seperti asli. Leher saya  tidak terasa panas lagi, punggung saya kembali berada di atas papan lantai.    "Kau saja selesaikan perkara ini Mardan”, kata datuk.    Pak Mardan anggukkan kepala. Datuk terus duduk bersila di tengah pintu.  Halimah masih lagi terkapar di kaki katil macam mayat. Tetapi besi  kuning masih berada dalam dalam genggamannya.    "Bantu saya kalau saya tewas”, beritahu Pak Mardan pada datuk.    "Saya akan bantu mana yang patut, Allah bersama kita”, balas datuk.    Page 471 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Pak Mardan pejamkan mata, saya juga begitu. Tidak ada sesuatu yang aneh  berlaku. Pak Mardan menampar paha kanan saya sekuat hati.      "Begini saja. Kau dan aku sama‐sama melihat air dalam baldi”, bisik Pak  Mardan sambil merenung ke wajah datuk.    Dan datuk bagaikan mengerti dengan apa yang dikatakan oleh Pak Mardan  pada saya. Datuk anggukkan kepala kepada saya dengan maksud supaya  mematuhi apa yang diperintahkan Pak Mardan. Saya pun merenung ke arah  air di dalam baldi, saya lihat air di dalam baldi bergerak macam air  sedang mendidih, mengeluarkan asap tebal macam asap rokok,  berlegar‐Iegar di permukanan baldi, asap itu naik meninggi dan akhirnya  terus hilang. Saya mula terhidu bau hamis, seperti bau darah seekor ayam  yang baru disembelih.    Kepala saya terasa pening tetapi saya masih lagi dapat mendengar bunyi  hujan yang kian berkurangan diluar. Pandangan saya jadi berpinar‐pinar.  Dalam samar‐samar itu, saya lihat bayangan wajah seorang lelaki yang  tidak saya kenali. Dalam keadaan saya terkhayal itu, saya lihat Pak  Mardan menepuk air di dalam bilik. Kemudian Pak Mardan menutup permukaan  baldi dengan kain putih. Datuk melihat saja dengan apa yang dilakukan  Page 472 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

oleh Pak Mardan. Halimah mula bergerak dan melepaskan besi kuning yang  di genggamnya.    "Kau terlepas dari bahaya Halimah”, kata Pak Mardan dan menyuruh Halimah  beredar dari situ.    Hujan berhenti terus. Orang ramai mula membetulkan kain‐kain khemah yang  jatuh dirempuh angin. Pancaragam dari Taiping diminta meneruskan  permainannya kembali. Pak Mardan terus menemui ayah Halimah dan minta  meneruskan acara yang telah ditetapkan. Walaupun acara bersanding agak  lewat diadakan dari masa yang ditetapkan, orang ramai tidak merasa  kecewa malah memuji pihak tuan rumah yang sanggup mengadakan majlis  tersebut. Upacara bersanding berjalan dengan penuh kemeriahan.    "Semuanya sudah selamat”, kata datuk pada Pak Mardan yang ketawa kecil  melihat pengantin perempuan dan lelaki di atas pelamin.    Bila upacara bersanding selesai, Pak Mardan terus menerpa ke bilik  Halimah untuk mengutip paku dan besi yang berserakan.    Malam itu saya dan datuk serta Pak Mardan tidur di masjid. Pada mulanya  pihak tuan rumah melarang kami tidur di masjid. Setelah diberitahu oleh  Page 473 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Pak Mardan bahawa tindakan itu bukanlah berniat mahu memalukan tuan  rumah, tetapi bertujuan menghindarkan sesuatu yang buruk terjadi kalau  Pak Mardan masih ada di situ, orang yang berniat jahat terhadap Halimah  akan mengulangi perbuatan terkutuknya. Alasan itu, dapat diterima oleh  pihak tuan rumah dengan baik.    Banyak perkara yang ditanya oleh datuk pada Pak Mardan berhubung dengan  ilmu menahan hujan. Saya lihat datuk cukup berminat belajar sesuatu dari  Pak Mardan. Rasa meluat mula datang dalam hati saya terhadap sikap datuk  itu. Apa perlunya datuk mencari ilmu lagi? Apakah dia tidak terfikir  usianya sudah lanjut? Apakah ilmunya yang ada tidak mencukupi? tanya  saya dalam hati sambil menyandarkan badan pada pada tiang seri masjid.    "Saya bukan apa‐apa, sekadar mahu tahu saja. Bukankah belajar dan  me¬nambahkan ilmu pengetahuan itu memang dituntut oleh agama Islam”,  saya terdengar suara datuk agak meninggi.      "Memang”, sahut Pak Mardan.      "Saya teringat tentang Surah Ar‐Rahman ayat 33 yang bermaksud lebih  Page 474 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kurang begini: Wahai para jin dan manusia! Kalau kamu sanggup me¬nembus  sempadan langit dan bumi, maka tembuslah. Kau tak akan sanggup melintasi  melainkan dengan kekuatan”, ujar datuk dengan tenang.    Pak Mardan tersenyum seraya berkata, "Maksud kekuatan dari ayat itu  ialah ilmu pengetahuan"    "Betul. Tepat sekali cakap awak tu”, sahut datuk.    Kedua‐duanya saling tepuk ¬menepuk antara satu sama lain. Melihat dari  cara mereka bercakap itu, saya segera membuat kesimpulan antara datuk  dan Pak Mardan memang terdapat rasa persefahaman. Tetapi secara tidak  langsung antara mereka masih mahu menunjukkan yang diri masing‐masing  sama‐sama tahu. Dan saya kira kalau datuk masih meneruskan sikapnya itu,  Pak Mardan tidak begitu mudah mahu melahirkan sesuatu yang dia tahu pada  datuk.    Suasana di luar masjid cukup gelap. Suara cengkerik dan katak  bersahut‐sahutan. Saya merasa kedinginan dan kelopak mata mula rasa agak  berat. Dua kali saya men¬guap panjang. Barangkali datuk mula sedar  bahawa Pak Mardan tergolong dalam golo¬ngan orang yang agak sombong dan  membanggakan diri, yang mengakui dirinya tidak begitu pandai tentang  Page 475 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

hal‐hal ilmu dunia.    "Saya ni baru sangat dalam hal ini. Ilmu dunia tidak sebanyak mana, ilmu  akhirat lagi kurang, saya masih belajar”, begitu lemah nada suara datuk.    Ekor matanya menjeling ke arah saya dalam sinaran lampu gasolin yang  sekejap terang dan sekejap gelap. Mendengar kata‐kata datuk itu, Pak  Mardan termenung panjang. Dia kerutkan kedua belah keningnya, macam  memikirkan sesuatu.    “Saya tidak ada kuasa untuk menahan hujan”, katanya lemah.    "Jadi apa yang awak buat?", sanggah datuk.    "Awak ini macam tak tahu pula, bukankah AIlah berkuasa atas  segala‐galanya. Saya mohon doa pada Allah minta hujan jangan turun di  suatu kawasan"    "Lagi apa yang awak buat?"    "Mengamalkan beberapa petua dari nenek moyang itu saja. Setakat ini  permohonan saya diberkati, itu saja yang buat"  Page 476 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Datuk anggukkan kepala mendengar keterangan dari Pak Mardan. Tetapi  datuk merasakan Pak Mardan menyembunyikan sesuatu darinya. Kerana itu  datuk agak keberatan bila Pak Mardan menyuruh dia baring di atas lantai  masjid. Datuk terus melawan dia bercakap hingga Pak Mardan memberitahu  datuk yang dia memang menuntut ilmu menahan hujan dari seorang bomoh  hujan yang berasal dari Selatan Siam, iaitu di negeri Patani.    "Tiga tahun aku tinggal di sana”, Pak Mardan memberi keterangannya pada  datuk.    Menurut Pak Mardan, ayahnya dulu salah seorang pendekar yang terke¬nal  di Perak. Berjaya memotong leher pihak lawan dalam perang Larut. Ayahnya  telah diberikan 50 ekar tanah sawah oleh Sultan Perak masa itu, sebagai  me‐ngenangkan jasanya. Tanah itu dikecualikan dari sebarang cukai. Bila  tanah itu bertukar pada dirinya, Pak Mardan menjualkan tanah itu pada  seorang jutawan Melayu dari Kuala Kangsar. Hasil wang dari jualan tanah  itu, Pak Mardan membeli tanah lain di Kampung Kota. Saya tidak tahu,  bagaimana datuk memujuk Pak Mardan hingga dia sanggup memberikan pada  datuk beberapa petua dan amalan yang mesti dila¬kukan untuk menahan  hujan. Pak Mardan juga memberitahu datuk yang dirinya ada menyimpan ilmu  melompat yang dituntutnya dari arwah ayahnya dulu.  Page 477 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Ilmu tu dinamakan lompat sekayu kain. Masa perang Larut dulu, ilmu itu  telah digunakan oleh ayah saya bagi menewaskan pihak lawan”, Pak Mardan  tersenyum bangga menceritakan tentang keperwiraan ayahnya.    Datuk mengurut‐urut dada. Kemudian dia tersenyum sinis. Pak Mardan  kurang senang dengan sikap datuk itu, lalu dia menentang biji mata datuk  lama‐lama. Datuk juga berbuat demikian. Dari gerakan dan kelipan mata  Pak Mardan, datuk dapat membaca pembawa atau peribadi Pak Mardan. Datuk  tahu Pak Mardan orangnya pantang dicabar. Kesempatan itu datuk gunakan  untuk menguji sejauh mana kebenaran kata‐kata Pak Mardan.      "Aku tak yakin kau ada ilmu melompat sekayu kain”, amat lantang suara datuk.    Tiba‐tiba saja Pak Mardan bangun. Dia beliakkan mata kearah datuk.    "Awak mahu saya buktikan?"    "Itulah yang sebaiknya?"    "Mari keluar"  Page 478 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Pak Mardan keluar dari masjid. Datuk pun begitu. Saya jadi serba salah.  Dalam samar‐samar lampu gasolin saya lihat jam tua yang tersangkut di  tiang seri. Jarum pendek dan panjang menunjukan ke angka dua belas. Rasa  dingin cukup hebat menggigit kulit badan saya. Bibir saya mengeletar.  Suara katak dan cengkerik kian bertambah hebat. Datuk menghampiri Pak  Mardan dengan tenang.    "Begini saja, sekarang pukul dua belas tepat. Pesan guru saya, tidak  baik melakukan sesuatu tepat jam dua belas malam atau siang, banyak  buruk dari baiknya”, beritahu datuk pada Pak Mardan.    Nampaknya Pak Mardan tidak membuat sebarang bantahan pada datuk.  Sementara menanti jarum jam berganjak dari pukul 12.00 ke pukul 12.02  minit, datuk duduk di kaki tangga masjid. Pak Mardan berdiri di halaman  masjid. Dia sudah pun memakai baju hitam dan seluar serta berselepang  kain kuning. Dia membelakangi datuk.    "Datuk mahu bergaduh?", tanya saya pada datuk.    "Tidak. Sekedar mahu menguji. Setahu aku seorang pendekar atau pahlawan  tidak akan menunjukkan kebolehannya di khalayak ramai. Pahlawan selalu  Page 479 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

bersikap macam harimau menyimpan kuku”, kata datuk.    Cakap datuk itu memang benar. Sudah setengah jam masa berlalu Pak Mardan  tidak juga menunjukkan kebolehan dan kemampuannya. Datuk pun mula  bertindak. Dia mencabar Pak Mardan dengan membalingkan sebilah sundang  ke arah belakang Pak Mardan. Dalam gelap itu Pak Mardan berjaya  menyambar sundang dengan tangan kanannya lalu membalingkan ke arah datuk  kembali dan datuk bagaikan kilat menangkap hulu sundang lalu ditikamkan  ke batang pisang. Sundang terus melekat di situ.    Saya segera masuk ke masjid dan membawa lampu gasolin keluar. Saya  letakkan di atas simen kolah tempat orang mengambil air sembahyang.  Cahaya dari gasolin itu menerangi sebahagian daripada halaman masjid.  Datuk terus menyerang Pak Mardan. Tujuan datuk berbuat demikian supaya  Pak Mardan naik semangat. Tujuan datuk memang berjaya. Pak Mardan lalu  membuat serangan balas yang cukup hebat, buah silat yang dilepaskan pada  datuk cukup tajam dan cepat.    Datuk terus mengelak dan menepis hingga buah‐buah silat yang ditujukan  padanya tidak menjamah badan. Datuk lalu mencabut sundang dari batang  pisang, menerkam ke arah Pak Mardan. Cepat‐cepat Pak Mardan melompat  separas kepala datuk lalu menyepak pergelangan tangan datuk dari udara.  Page 480 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Pak Mardan tidak berjaya, saya lihat dia bagaikan terapung‐apung di  udara membuka silat baru, kemudian kakinya menjamah kaki bumi. Saya  lihat datuk melepaskan sesuatu macam bola api ke arah kaki kiri Pak  Mardan. Dia menjerit lalu melompat melepasi bumbung masjid. Pak Mardan  bagaikan terbang di udara.    Tubuhnya nampak bulat macam seketul kayu itu menuju kearah pokok pisang  tempat sundang terletak tadi. Lebih kurang dalam jarak empat kaki mahu  sampai ke perdu pokok pisang, Pak Mardan hulurkan kaki kanannya. Dari  kaki kanannya itu saya lihat keluar cahaya bulat dan memanjang, macam  api andang. Saya tengar pekikan dari Pak Mardan cukup lantang, serentak  dengan itu terdengar satu letupan kecil.    Saya lihat pokok pisang rebah ke bumi dan terbakar. Dalam beberapa saat  saja saya lihat Pak Mardan dan datuk berdakap‐dakapan di halaman masjid.      "Jangan menguji saya sampai macam itu. Nasib baik saya dapat arahkan  pada perdu pokok pisang, kalau pada awak sudah lain jadinya”, ucap Pak  Mardan sambiI menukar baju hitam kepada baju kemeja putih.    "Saya tahu. Saya cuma menguji bukan bergaduh”, balas datuk, "awak bukan  Page 481 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

calang‐calang orang"    "Ah, tiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya. Macam kau dengan aku  ni ada kelebihan dan ada kekurangannya. Yang sempurna dan gagah hanya  Allah yang Maha Besar”, sebaik saja mengakhiri cakap itu, lagi sekali  Pak Mardan memeluk tubuh datuk.    Kami masuk ke masjid. Ketika saya mahu merebahkan badan di sisi datuk.  Pak Mardan menghampiri saya, muka saya direnungnya lama‐lama.    "Belajarlah sesuatu dari datuk kamu"    "Datuk kedekut dengan ilmu"    "Betulkah cakap cucu awak ini? Tak patut buat begini”, Pak Mardan  mengajukan pertanyaan pada datuk. Saya lihat datuk tersenyum.    "Tak betul tu. Ada saya curahkan ilmu penjaga diri dan beberapa petua  untuknya. Saya rasa itu sudah cukup yang lain tak mustahak. Saya dah  pesan gunakan ilmu itu bila ada musuh atau masa terdesak, tidak boleh di  gunakan sebarangan”, ternyata penjelasan datuk itu memuaskan hati Pak  Mardan.  Page 482 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Zaman kami muda‐muda dulu, kalau tak cukup syarat dengan ilmu di dada  kami tidak merantau. Tetapi, anak ‐anak muda sekarang ini lain pula.  Adat budaya dan cakap orang tua‐tua di lupakan, sudah mahu merantau.  Baru ada ilmu tak sampai sebuku sudah tunjuk pandai”, Pak Mardan macam  merungut.    Datuk anggukkan kepala mengiakan cakapnya. Saya menguap lagi, kelopak  mata terasa cukup berat. Suara datuk dan Pak Mardan yang sedang bercakap  saya dengar kian lama, kian jauh dan akhirnya saya tidak terdengar  apa‐apa lagi.    "Bangun, bangun”, saya dengar suara datuk meninggi dan badan saya  digoncang oleh Pak Mardan.    Saya membuka mata dalam gelap. Lampu gasolin tu sudah lama padam. Rasa  marah mula datang dalam hati, bagaimana saya tidak marah, kalau tengah  sedap tidur terpaksa bangun.    "Kenapa tok?"    "Bangun, jangan banyak cakap"  Page 483 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Hasrat saya untuk mengajukan pertanyaan mati bila terdengar nada suara  datuk begitu keras. Datuk menyuruh saya dan Pak Mardan berpisah. Saya  disuruh merangkak ke arah utara masjid, Pak Mardan ke selatan dan datuk  sendiri merangkak ke arah pintu masjid.    Suara katak dan cengkerik di luar masjid berambah hebat. Saya mula  terdengar deru angin melanggar ranting dan dahan kayu. Dengan tiba‐tiba  bulu roma saya tegak. Dari tingkap masjid yang terbuka di tolak oleh  angin, saya lihat ada api bergerak dalam gelap mengelilingi masjid.  Tiba‐tiba pintu masjid terbuka dengan lebarnya kemudian terkatup dengan  sendirinya, macam ada tenaga manusia menolaknya dari luar.    "Apa hajat?", teriak datuk sekuat hati.    Dan api yang bergerak mengelilingi masjid terus padam.    "Apa hajat?", ulang datuk lagi.    Saya lihat cahaya api itu datang kembali berada betul‐betul di luar  pintu masjid. Teriakan datuk tidak mendapat jawapan. Pak Mardan tanpa  disuruh terus menghidupkan lampu gasolin. Lampu itu dibawa ke pintu  Page 484 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

masjid. Bila melihat cahaya lampu gasolin itu hati saya mula rasa  tenteram. Kerana Pak Mardan sudah berdiri di samping datuk, saya segera  menghampiri mereka.    "Kau nampak apa tu?", Pak Mardan menepuk bahu saya.    Dengan pertolongan cahaya lampu gasolin, saya dapat melihat dengan jelas  sebatang kayu terpacak di halaman masjid, di hujung kayu bahagian atas  terletak tengkorak manusia. Saya pandang wajah datuk. Dia nampak serius,  saya pandang wajah Pak Mardan, ada tanda‐tanda keresahan dimukanya.    "Datanglah, apa hajat kamu?", pekik datuk lagi dan lampu gasolin terus  malap.    Kayu di tengah halaman masjid mengeluarkan cahaya api. Bunyi tapak kaki  manusia memijak dahan dan ranting‐ranting kering mula kedengaran dari  tiap penjuru masjid, saya terasa bagaikan ada beribu manusia yang  bergerak di sekeliling masjid. Datuk terus bertafakur lebih kurang lima  minit. Bila dia membuka mata, lampu gasolin yang malap bersinar terang.  Di halaman masjid terdapat seorang manusia berdiri di sisi kayu yang ada  tengkorak.    Page 485 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"lnilah orang yang saya lihat dalam baldi di rumah pengantin tadi”,  bisik Pak Mardan pada datuk.    Dengan tenang datuk anggukkan kepala lalu keluar dari masjid. Datuk  berdiri berhadapan dengan orang itu. Suara katak dan cengkerik kian  hebat. Angin juga mula bertiup agak ganas. Bila angin berhenti bertiup,  hujan pun turun menambahkan rasa sejuk pada diri saya. Titik hujan yang  halus itu terus menjadi kasar. Pak Mardan segera menarik tangan datuk.  Orang yang berdiri dengan kayu itu terus memeluk tubuhnya. Titik‐titik  hujan tidak mengenai tubuhnya.    "Masuk, orang ini mahu membalas dendam”, beritahu Pak Mardan pada datuk.    Saya lihat datuk termenung sejenak. Dengan tenang datuk memegang kain  hitam di kepala. Kain hitam itu dibukanya. Datuk simpulkan kain hitam  itu hingga menjadi seketul, macam buku benang.    "Kalau niat kau baik, engkau tidak apa‐apa. Tetapi kalau niat kau buruk  kau akan binasa”, ujar datuk pada lelaki ditengah halaman dari muka  pintu masjid.    Datuk lemparkan kain itu ke arah lelaki tersebut. Bila kain itu jatuh di  Page 486 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

hujung kaki lelaki itu, kelihatan asap berkepul‐kepul naik ke udara.  Batang tubuh lelaki itu hilang dalam kepulan asap. Pak Mardan terus  duduk lalu membaca beberapa mentera hingga hujan yang mula teduh  berhenti sama sekali. Bila kepulan asap itu hilang, tengkorak yang yang  berada di hujung kayu jatuh ke atas tanah. Batang tubuh lelaki itu  segera bertukar menjadi hitam. Lidah lelaki itu terjujur keluar macam  lidah anjing yang kehausan, biji matanya mula merah. Datuk menepuk  tangan kanannya tiga kali ke bendul masjid. Orang lelaki di tengah  halaman mula batuk dan muntah darah dua kali. Pak Mardan segera  mengambil air dari dalam kolah satu gayung dan menyerahkan pada datuk.    "Tawarkan dia”, Pak Mardan menyarankan dan datuk terus menunaikannya.    Setelah datuk membaca sesuatu pada air didalam gayung, saya pula  ditugaskan menyimbah air kebadan lelaki itu. Bila air dalam gayung  terkena badan lelaki itu, kulitnya yang hitam segera bertukar macam  biasa, dia sudah tidak muntah lagi. Pak Mardan menghampiri lelaki itu.  Sebelum berdiri di hadapan lelaki tersebut, Pak Mardan terlebih dahulu  membaca beberapa mentera. Dia menguncikan semua pancaindera lelaki  tersebut. Saya merasa terkejut, bila secara tiba‐tiba Pak Mardan  mendapatkan datuk semula.    Page 487 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Awak tengok apa kerja maksiatnya selama ini”, suara Pak Mardan lemah.    Datuk terdiam, dia terus bertafakur lagi. Bila semuanya selesai datuk  terus memberitahu Pak Mardan bahawa lelaki itu pernah meminang Halimah  untuk dijadikan isteri mudanya. Pinangan itu di tolak oleh ayah Halimah  kerana lelaki itu sudah beristeri sepuluh kali. Enam isterinya sudah  diceraikan, empat masih dipakainya lagi. Dia hanya mengharapkan hasil  dari titik peluh isterinya untuk menyarai dirinya. Dia tidak pernah mahu  melakukan sebarang pekerjaan. Dia lebih senang duduk di rumah atau  berjalan ke sana ke mari dengan pakaian yang kemas. Walau pun usia sudah  hampir lima puluh tahun, tetapi dia kelihatan muda, macam anak teruna  yang berusia dua puluhan. Gagah dan tampan. Datuk juga memberitahu Pak  Mardan lelaki itu tidak pernah mandi, kecuali kalau dia bertemu danau di  tengah hutan yang ada teras kayu terendam di dalamnya. Kalau dia mandi,  hanya memadai dengan sekali selam tanpa memakai kain basahan.    Bila air di badannya kering dengan sendiri barulah dia memakai baju dan  seluar. Lepas itu, dia akan mengurungkan diri dalam bilik selama satu  minggu. Masa dia mengurungkan diri dalam bilik itu dia akan melumurkan  seluruh kulitnya dengan najisnya sendiri. Bila Pak Mardan mendapatkan  penjelasan itu dari datuk, dia segera berdiri di hadapan lelaki itu.    Page 488 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Kenapa kau berbuat begitu pada Halimah?", pertanyaan dari Pak Mardan  itu, dijawab oleh lelaki itu dalam bahasa yang tidak dapat saya dan  datuk faham.    Pak Mardan segera memberitahu datuk yang lelaki itu bercakap dalam  bahasa Siam. Kerana Pak Mardan boleh bercakap Siam, lelaki itu terus  dilawan bercakap dalam bahasa itu. Perbuatan itu tidak menyenangkan hati  datuk. Datuk membuka tapak tangan kirinya dan terus membaca sesuatu.    "Orang ini menuntut ilmu bomoh Siam. Biar saya kembalikan hati dan  perasaannya kepada bangsanya sendiri”, rungut datuk lalu melangkah ke  arah lelaki itu.    Sebaik saja datuk sampai di hadapan lelaki itu, dia terus menampar perut  lelaki itu dengan tapak kanannya. Lelaki itu menjerit lalu membongkok  sambil memegang perutnya. Ketika itu juga lelaki tersebut muntah, dari  mulutnya terkeluar segumpal kain kuning yang penuh dengan ulat, sebesar  ulat nangka, bau kain kuning itu macam bau bangkai. Datuk menekan kain  kain kuning itu dengan jari telunjuk kirinya hingga kain itu pecah.  Bila kain itu pecah bertaburan, kaca, batu dan ketul‐ketul daging jatuh  keatas tanah. Ular hidup berserakan atas kawasan muntah orang lelaki  itu. Pak Mardan mencari daun kayu lalu memukul tubuh lelaki itu dengan  Page 489 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

sekuat hatinya. Wajah lelaki yang tampan berubah menjadi kendur dan  bergaris‐garis macam orang lelaki yang berumur lima puluh tahun. Lelaki  itu rebah ke tanah. Datuk segera menghentakkan pangkal siku kirinya ke  belakang lelaki itu dengan sekuat hatinya. Lelaki itu dengan tiba‐tiba  bangun.    "Kau orang Islam?" tanya datuk.    "Ya saya orang Islam"    "Rukun Islam berapa perkara?"    "Lima perkara"    "Pertama apa dia?"    "Mengucap dua kalimah syahadah"    "Cuba kau mengucap dua kalimah syahadah"    Ternyata orang itu tidak dapat menunaikan permintaan datuk. Mata orang  itu terkebil. Toleh kiri, toleh kanan macam orang ketakutan. Pak Mardan  Page 490 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

mengheret lelaki itu ditepi kolah.    "Kita mandikan dia sekarang”, kata Pak Mardan.    "Aku setuju”, balas datuk.    Saya pun menjiruskan air ke tubuh lelaki dengan gayung. Lelaki itu  menggeletar. Dalam kedinginan dinihari bibirnya kelihatan biru. Lututnya  berlaga sama sendiri. Datuk membuka seluar yang dipakai oleh lelaki itu,  digantikan dengan kain dan baju Melayu kepunyaan Pak Mardan. Bila lelaki  disuruh masuk ke masjid dia enggan. Perbuatan itu membuat datuk naik darah.    "Kenapa?", tanya datuk.    "Saya sudah bersumpah dengan guru saya. Tidak akan masuk masjid atau  membaca Al‐Quran"    "Awak mengarut”, datuk mendorong lelaki ke pintu masjid.    Bila lelaki itu melangkah bendul dia jatuh dan dari tubuhnya keluar  kepulan asap nipis. Serentak dengan itu terdengar deru angin yang amat  kuat diluar masjid. Deru angin itu makin kurang dan akhirnya terus  Page 491 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

hilang. Datuk terus mengajarkan lelaki itu mengucap dua kalimah syahadah  dan meminta dia bertaubat.    Cukup sukar untuk menyuruh lelaki itu bertaubat, dia begitu fanatik  dangan ajaran gurunya. Sesudah berbagai pandangan diberikan padanya oleh  Pak Mardan barulah dia mahu bertaubat.    "Awak tidak akan membalas dendam pada saya?", tanyanya pada Pak Mardan.    "Tidak. Aku mahu kau bertaubat dan jangan sekali‐kali mengulangi  perbuatan yang lalu"    Mendengar cakap Pak Mardan lelaki itu terdiam. Walau bagaimanapun, datuk  memberikan kesempatan pada lelaki itu membuat keputusan sendiri. Datuk  tidak mahu memaksa dia. Datuk mahu dia kembali ke pangkal jalan dengan  penuh keinsafan dan kesedaran.    SBDJ (Jilid 02) Siri 34: Berjanji Dengan Syaitan    Saya lihat lelaki itu duduk diatas anak tangga sambil tunduk memicit  pangkal keningnya. Pak Mardan dan datuk hanya memperhatikan saja telatah  lelaki itu dalam kedinginan malam yang mula merangkak ke subuh. Di  Page 492 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

langit, bintang timur mula bangkit bersama kokok ayam yang bertalu‐talu  dari kampung berdekatan. Datuk menggeliat, dia tahu sebentar lagi  orang‐orang kampung akan datang berjemaah di masjid.      Kalau boleh, datuk dan Pak Mardan tidak mahu orang‐orang kampung tahu  tentang perbuatan lelaki itu. Kalau orang‐orang kampung tahu bahawa  angkara yang terjadi di malam pengantin berpunca dari lelaki itu, tentu  sahaja lelaki itu akan menerima akibat yang buruk. Datuk dan Pak Mardan  mahu menghindarkan kejadian itu dari berlaku dalam kawasan masjid.      "Bagaimana? Apakah lafaz taubat yang kau ucapkan tadi benar‐benar ikhlas  atau ditekan oleh rasa terdesak?", soal Pak Mardan. Lelaki itu tidak  menjawap.    "BertaubatIah dengan hati yang jujur. Janganlah kamu ulangi perbuatan  yang terkutuk ini. Ilmu dunia tidak ada yang kekal, tidak ada siapa yang  gagah dan berkuasa selain daripada Allah”, ujar datuk dengan nada suara  yang lembut. Sinar mata datuk redup memandang wajah lelaki itu penuh  simpati.    Page 493 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Kalau kau dah sesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan. Allah  amat mencintai pada makhlukNya yang insaf”, Pak Mardan terus memberi  nasihat.      Lelaki itu tidak menjawap. Dia tetap tunduk sambil memicit pangkal  kening. Dan datuk sudah tidak boleh bersabar dengan perangai lelaki itu,  waktu subuh sudah hampir. Dalam beberapa minit orang‐orang kampung akan  sampai. Datuk tahu kalau dia tidak bertindak, bererti dia mendedahkan  diri lelaki itu pada kecelakaan. Datuk lagi sekali menghampiri lelaki  itu. Angin subuh yang bertiup memberi kesejukan pada diri saya. Kokok  ayam terus juga bersahut‐¬sahutan. Bintang timur di kaki langit kian  mengecil. Tiba‐tiba saya lihat datuk menekan tulang bahu lelaki itu  dengan tangan kanannya sekuat hati. Saya lelaki itu rebah  perlahan‐lahan, badannya kelihatan semacam lembik. Datuk pun berhenti  menekan bahu lelaki itu.    "Pulanglah sebelum orang‐orang kampung datang. Kalau mereka datang kamu  akan menerima padah yang buruk”, ujar datuk sambil menampar belakang  lelaki itu dengan tapak tangan kirinya.    Page 494 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Lelaki itu bagaikan tersedar dari tidur. Toleh kanan dan mula mahu  menyembah kaki datuk. Datuk terus menolak lelaki itu hingga tersungkur  ke belakang.      "Jangan perlakukan aku macam itu, antara kita tidak ada siapa yang besar  dan harus disembah. Menyembah manusia dan patung perbuatan yang salah  dari segi hukum Islam”, kata datuk dalam dingin subuh itu.      Lelaki itu bangun, matanya merenung wajah datuk. Dahinya masih berkerut.  Dia membuka mulut sambil berkata: "Jika aku bertaubat kau tidak akan  melakukan sesuatu pada aku?"      "Jangan bertaubat kerana takutkan manusia, bertaubatlah kerana insaf dan  cinta kau pada Allah”, balas datuk.    Lelaki itu menarik nafas panjang. Matanya masih merenung wajah datuk  meminta simpati. Datuk bagaikan tahu apa yang bergolak dalam dirinya.  Datuk meminta dia bercerita bagaimana puncanya dia boleh menuntut ilmu  Page 495 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

yang bertentangan dengan agama Islam yang suci. Menurutnya, dia  terdorong menuntut ilmu salah itu berpunca dari masyarakat di kampungnya  yang tidak mahu memaafkan atas perbuatan yang dilakukannya. Meskipun dia  mengakui pada mereka, perbuatan itu terpaksa dilakukan kerana terdesak.      "Apa yang kau buat?", tanya Pak Mardan.      "Saya mencuri dua kepul besar padi untuk anak saya yang sakit"    "Bila kau lakukan perkara itu?", datuk pula menyoal.      "Masa mula‐mula Jepun datang ke Malaya. Mereka adukan perbuatan saya itu  pada Jepun. Saya disiksa meskipun saya menyembah kaki orang yang punya  beras itu untuk meminta maaf"      "Lagi?" tanya datuk lagi.      Page 496 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Saya merasa malu, anak isteri saya merasa malu. Akhirnya saya lari ke  Selatan Siam dan menuntut ilmu ini dengan harapan saya akan dihormati  dan dikagumi”, jelas lelaki itu dengan jujur.      Datuk dan Pak Mardan berpandangan.      "Tetapi, bila sudah ada ilmu kau jadi manusia yang takbur dan mahu  tunjuk kuasa lalu memeras orang lain untuk hidup”, ujar datuk lagi.      Lelaki itu terdiam dan termenung panjang. Datuk dan Pak Mardan tidak  tahu apa yang bermain dalam tempurung kepalanya.    "Jangan takut dan merasa malu sesama manusia, tetapi takut dan malulah  pada Allah yang memberikan kau nyawa, tubuh badan dan pancaindera yang  tidak ternilai harganya buat kau, bersyukurlah pada kuasaNya dengan  mengikut segala suruhanNya dan menjauhi dari perbuatan yang ditegahNya”,  datuk terus memberikan penerangan.    Lelaki itu kelihatan resah. Dia mundar‐mandir di halaman masjid. Duduk  Page 497 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

di anak tangga masjid kembali. Tiba‐tiba dia batuk bertalu‐talu. Dia  mengurut‐urut dadanya dengan tangan. Nafasnya kelihatan sesak. Bibirnya  kelihatan kehitam‐hitaman. Saya mula tercium bau kapur barus, bau sintuk  dan limau yang selalu digunakan untuk memandi mayat. Datuk menghampiri  lelaki itu yang mahu merebahkan badannya atas tanah.      Datuk berdiri lutut, kepala lelaki itu diletakkannya atas peha kanan.  Pak Mardan dan saya berpandangan. Subuh sudah pun tiba, sebentar lagi  masjid itu akan didatangi oleh orang‐orang kampung. Kokok ayam juga  sudah mula berkurangan, tidak serancak tadi. Tetapi rasa sejuk terus  menggigit kulit badan bersama hembusan bayu subuh yang tenang. Langit  biru kelihatan bersih, bersama kepulan awan yang berbagai bentuk.  Sesekali saya terdengar bunyi ranting getah dan cempedak yang reput  jatuh ke bumi. Saya menoleh ke arah tanah kubur yang terletak di sebelah  kanan masjid. Samar‐samar saya lihat batu nisan terpacak kaku.      "Badannya dah lemah, gerak nadinya juga lemah”, beritahu datuk pada Pak  Mardan.      Page 498 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Mata lelaki itu tegak memandang langit, mata hitamnya sudah tidak  bercahaya lagi. Datuk rasa cuping lelaki itu.    "Dia ni dah parah macam terkena bisa”, tambah datuk sambil meraba  seluruh kulit lelaki itu.      Tiba‐tiba datuk meletakkan tapak tangan kirinya ke atas ubun‐ubun  kepala. Mulutnya bergerak‐gerak membaca beberapa ayat dari Surah Yasin.      "Ilmu yang dituntutnya memakan dirinya sendiri”, keluh datuk dan dahi  datuk kelihatan berpeluh.      Pak Mardan menekan bibir bawahnya dengan gigi atas. Dalam keadaan yang  agak gawat itu, saya lihat lelaki itu menarik nafas panjang dan terus  mengucap dua kalimah syahadah dengan lancar dan jelas.    Sebaik saja dia selesai mengucap, nafasnya terus terhenti dan datuk  merapatkan kelopak matanya dengan menggosokkan ibu jari kiri pada kulit  matanya.  Page 499 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Allah sayangkan dirinya dan dia mati sebagai seorang Islam. Pada  zahirnya kita lihat dia sesat  dan jauh terpesong dari ajaran agama. Tetapi dengan kuasa Allah dia  sempat mengucapkan dua kalimah syahadah”, keluh Pak Mardan.      Datuk pun mengangkat mayat lelaki itu ke dalam masjid.    "Sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa dan kita sebagai manusia tidak berhak  menjatuhkan hukuman pada seseorang itu sebagai murtad atau kafir. Yang  berhak menentukan semuanya ini adalah Allah. Dan Allah akan menghitung  amalan dan kejahatan seseorang, "kata datuk pula.    Orang‐orang kampung yang ke masjid subuh itu terkejut melihat mayat  dalam masjid. Datuk lalu memberitahu orang kampung apa yang terjadi.  Akibatnya, timbul perbalahan kecil kerana ada orang‐orang kampung yang  tidak mahu menanamkan jenazah lelaki itu.      "Kamu harus ingat, tanggungjawab orang yang hidup ialah menguruskan  mayat ini dengan sempurna, kalau tidak ada seorangpun yang mahu  Page 500 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

menyempurnakannya seluruh penduduk kampung ini menanggung dosa. Ini  fardhu kifayah. Soal dia membuat dosa itu ialah urusan dia dengan  Allah”, suara datuk lantang.      Orang kampung yang baru selesai sembahyang subuh berpandangan sesama  sendiri. Dan perbalahan yang terjadi terus hilang. Semuanya bersetuju  menguruskan mayat lelaki itu.      Akhirnya Pak Mardan dapat juga mengetahui asal‐usul lelaki itu. Dia  berasal dari satu kawasan di Perlis yang letaknya berhampiran dengan  sempadan Siam. Dia datang kesitu kira‐kira sepuluh tahun yang lalu,  membeli sekeping tanah yang letaknya agak terpencil dari kawasan rumah  orang‐orang kampung disitu.      Setelah urusan mengkebumikan jenazah selesai, Pak Mardan, saya dan datuk  bersiap‐siap untuk meninggalkan daerah kampung Sungai Tinggi. Sebaik  saja kami melangkah keluar dari masjid, beberapa orang kampung datang  menemui datuk. Mereka minta datuk dan Pak Mardan tinggal beberapa hari  lagi di situ.  Page 501 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    "Kenapa?", cukup lembut Pak Mardan bertanya pada mereka.    "Kami bimbang kalau ada sesuatu yang buruk terjadi”, balas orang kampung.      Datuk garu pangkal kening kiri dua kali. Datuk renung ke langit melihat  awan putih yang berarak tenang. Datuk renung muka orang kampung.      "Kenapa kita mesti takut pada cerita yang belum terjadi? Kenapa kita  tidak takut pada pada Allah? Kenapa kita tidak memohon perlindungan  dariNya, Allah yang berkuasa. Penuhkan masjid dan surau bila sampai  waktu sembahyang, bacalah Surah Yasin dengan betul pada setiap malam  daripada menghabiskan masa dengan bersembang tidak tentu arah”, terang  datuk sambil memasukkan kad pengenalannya ke dalam saku baju.      "Kalau ada awak lagi baik”, balas orang kampung.    "Saya pun memohon dan minta pada Allah. Ingatlah Allah sayangkan orang  Page 502 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

yang mencintai diriNya. Biarlah kami pulang, saya akan menolong awak  jika difikirkan perlu”, datuk pun menarik tangan saya, meninggalkan  kawasan masjid dengan diikuti oleh Pak Mardan.      Orang‐orang kampung hanya memandang langkah kami yang telah menuju ke  tepi jalan raya. Kerana hari masih awal baru jam dua petang, Pak Mardan  mengajak datuk pergi ke Taiping untuk membeli beberapa helai kain  pelekat cap siput. Datuk pun memenuhi permintaan Pak Mardan, cara  kebetulan pula datuk mahu membeIi beberapa butir kemenyan putih serta  pulut hitam. Sementara menanti bas dari Pantai Remis ke Taiping, datuk  dan Pak Mardan terus bercakap‐cakap.      "Aneh juga manusia yang meninggal tu”, Pak Mardan memulai bicara.      Datuk tersengih sambil menekan daun rumput dengan hujung kasut capal  buatan orang Minang. Saya sudah diatas batu tanda jalan.  "Usahlah dikenang dan disebut orang yang dah mati”, balas datuk.  "Kenapa awak tak berusaha mengubatinya?”, Pak Mardan bertanya.    Page 503 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Bila ajal seseorang itu sudah sampai, tidak ada siapa yang boleh  menahannya"  "Kita boleh berikhtiar"  "Menurut cakap guru aku, seorang dukun atau pawang hanya boleh mengubati  dan menyembuhkan penyakit setakat 99 jenis penyakit saja dengan izin  Allah”, balas datuk.    Pak Mardan menggosok‐gosok batang hidungnya dengan ibu jari kanan.  Kerana terlalu lama digosok batang hidungnya yang dempak itu menjadi  merah dan berkilat bila dipanah sinar matahari.  "Penyakit ini ada berapa jenis?", soal Pak Mardan sambil berhenti  menggosok batang hidung. Matanya tajam merenung wajah datuk.  "Kata guru aku yang diketahui ada 100 jenis, manusia cuma boleh  berikhtiar dan berusaha mengubatinya setakat 99 saja yang satu lagi  tetap menjadi hak Allah. Di sinilah letaknya timbang rasa dan kasihnya  Allah pada manusia, dia cuma mengambilnya satu saja. Manusia sudah  merasa berat sedangkan yang 99 itu dia suruh manusia berikhtar mencari  ubatnya sesuai dengan peredaran masa dan zaman”, datuk bagaikan  berkuliah di hadapan Pak Mardan.    Bas yang dinanti pun tiba. Kami pun naik, lebih kurang 45 minit berada  dalam perut bas, kami pun sampai diperhentian bas bandar Taiping yang  Page 504 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tidak mempunyai bangunan. Dari situ kami bergerak menuju ke bangunan  kedai batu sederet yang terletak dijalan besar. Masuk ke kedai menjual  kain pelekat kepunyaan India Muslim. Setelah berlaku tawar menawar  antara Pak Mardan dengan penjual kain pelekat, Pak Mardan setuju membeli  sehelai kain pelekat cap siput yang bercorak besar.    "Untuk dipakai masjid”, kata Pak Mardan pada saya.    "Cukup cantik warnanya”, balas saya.  “Warna tak penting yang penting berapa lama kain ini boleh digunakan”,  sahut datuk lalu saya dan Pak Mardan ketawa.    Tuan punya kedai tersenyum dan memasukkan wang yang diambil dari Pak  Mardan ke dalam laci yang bermeja panjang. Dari kedai itu, kami menuju  ke pasar besar Taiping untuk membeli kemenyan putih dan pulut hitam dari  pekedai Melayu. Memang jadi kebiasaan pada diri datuk lebih suka membeli  barang dikedai Melayu. Kalau tidak ada, baru dia pergi ke kedai India  Muslim.    Saya kira datuk menyimpan sedikit rasa perkauman. Tetapi, bila hal itu  diajukan padanya datuk menafikan dengan alasan dia berbuat begitu bukan  kerana sikap perkauman. Dia mahu menolong bangsanya yang agak mundur  Page 505 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dalam bidang pemiagaan.  "Kalau aku tidak tolong bangsa aku, siapa lagi?" katanya.    Memang ada lojiknya cakap datuk itu. Ketika datuk memilih‐milih kemenyan  putih yang baik, dia bertemu dengan seorang kenalannya dari Gunung  Semanggul, seorang ulama terkenaI di Perak dan pengasas sekolah Al‐Ehya  Al‐Shariff, iaitu Ustaz Abu Bakar Al Baqir (sudah meninggal dunia).  Datuk memperkenalkan kawannya itu dengan Pak Mardan. Setelah bertanya  khabar tentang anak isteri, datuk terus bercerita pada kawannya itu yang  memakan masa lebih kurang sepuluh minit. Mereka bersalam dan berpisah.  Dari pasar kami bergerak menuju ke sebuah kedai buku. Di kedai buku itu  datuk membeli beberapa buah kitab yang bertulis jawi.  “Saya balik dulu”, tiba‐tiba Pak Mardan memberitahu datuk dalam  perjalanan menuju ke masjid bandar Taiping untuk menunaikan sembahyang  Asar.  Datuk tidak menjawab kecuali tersenyum sambiI meneruskan perjalanan ke  masjid. Bila selesai sembahyang dan berdoa, datuk segera menghampiri Pak  Mardan dan berkata:    "Adat orang berkawan, kalau datang berdua pulang pun berdua, mesti sabar  dan setia serta bertimbang rasa"  "Saya ada hal”, balas Pak Mardan. 

Page 506 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Pelik juga, tiba‐tiba saja ada hal. Kita balik bas pukul tujuh sesudah  sembahyang Maghrib di sini"  "Saya tak mahu. Saya nak pulang sekarang”, saya lihat muka Pak Mardan  berubah. Matanya kelihatan bercahaya. Datuk termenung panjang.  "Terpulanglah pada awak. Cuma yang dikesalkan permintaan awak saya  penuhi. Tetapi permintaan saya awak hampakan. Langkah dan rentak awak  tak sama dengan saya”, datuk meluahkan perasaannya.  Pak Mardan diam. Tangan kanannya menekan jenang pintu. Dia merenung  kearah datuk macam orang mahu bergaduh.    "Saya tak merasa rugi kalau tak berkawan dengan awak”, memang diluar  dugaan saya Pak Mardan mahu berkata begitu pada datuk.  Darah saya naik dengan tiba‐tiba. Malu rasanya diri, bila datuk  diperlakukan demikian. Saya bangun. Tiba‐tiba datuk memegang kaki kanan  saya.  "Jangan ikut darah muda. Ilmu kau tidak sebanyak mana jangan cuba nak  berlagak. Inilah salah satu sebabnya aku tidak mahu menurunkan ilmu aku  pada kau. Kau terlalu pemanas”, kata datuk. Saya duduk kembali.    "Tak apalah Mardan. Pulanglah semoga Allah memberkati perjalananmu,  terhindarlah kau dari sebarang kecelakaan dalam perjalananmu Mardan.  Maafkan aku”, cukup lembut suara datuk dalam ruang lingkup masjid  Page 507 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Taiping yang sejuk dan nyaman itu.  Pak Mardan tidak membalas cakap datuk itu, sebaliknya dia menghempaskan  daun pintu masjid dengan sekuat hati. Dia melangkah meninggalkan masjid.  Datuk termenung panjang, dia memerah otaknya memikirkan sikap Pak Mardan  yang tiba‐tiba menjadi marah tanpa sebab. Akhirnya, datuk membuat  kesimpulan apa yang dialaminya sebentar tadi sebagai satu pengalaman  baru yang aneh dalam hidupnya.  "Ini satu ujian atau sememangnya dia mahu mencabar aku. Kerana dia tahu  aku dengannya tidak seguru, bukan sikap aku membeli tidak bertempat”,  keluh datuk dalam perut masjid sambil memandang kipas angin yang berputar.    Saya hanya memicit pangkal kening sambil merenung keluar menerusi  tingkap masjid yang terdedah. Kenderaan dan manusia yang berjalan  dijalan jelas kelihatan dalam sinar‐sinar matahari petang yang kian redup.  "Sabar itu kunci kebaikan dan marah itu punca kecelakaan. Itu pesan guru  aku dulu dan pesan itu aku sampaikan pada kau Tamar untuk jadi pelita  hidup kamu. Dunia ini penuh dengan misteri”, kata datuk merenung muka saya.    Datuk juga memberitahu saya sebab dia mengambil keputusan untuk pulang  lewat kerana menurut gerak rasa pancainderanya, perjalanan yang dibuat  sebelum matahari terbenam akan berhalangan besar. Sementara menanti  matahari terbenam datuk menghabiskan masanya dengan membaca Al‐Quran.  Page 508 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Saya pun keluar dari perut masjid menuju ke sebuah kedai yang  berdekatan. Saya membeli buku tulisan yang setebal dua puluh muka dan  sebatang pensil yang sudah siap diasah.  Bila buku dan pensil berada di tangan, saya terasa lapang. Ada sesuatu  yang mesti saya kerjakan sementara menanti datuk berhenti membaca  Al‐Quran. Dengan menjadikan mata tangga masjid sebagai meja, saya terus  menulis beberapa rangkap pantun orang tua‐tua yang saya minati dalam  tulisan jawi yang tidak berapa cantik.  Kebanyakan daripada rangkap pantun itu saya perolehi daripada nenek.  Semuanya berunsurkan nasihat dan tunjuk ajar yang baik. Bila ada masa  terluang pantun yang saya tulis itu saya bacakan pada nenek, suka benar  hatinya. Ini salah satu sebab yang mendorong saya untuk menulis pantun.    "Kenapa duduk menulis di sini, kamu anak siapa? Anak peminta sedekah  mana pula yang mahu menumpang di sini? Di sini bukan tempat peminta  sedekah. Masjid bukan rumah kebajikan”, berdesing telinga saya mendengar  kata‐kata itu yang keluar daripada mulut seorang lelaki lima puluhan.  Orangnya kurus dan badannya agak bongkok bila berjalan, memakai kain  pelekat dan baju Melayu, misainya tebal tidak padan dengan bentuk  wajahnya yang kecil dan kering. Dia memakai songkok putih yang sudah  bertahi lalat.    Page 509 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Saya tunggu datuk saya"  "Mana datuk kamu?"  "Dalam masjid baca Al‐Quran"  Lelaki itu diam. Dia terus ke dalam masjid, ambil penyapu lalu  membersihkan kesan‐kesan pasir yang terdapat ditangga masjid dan ruang  hadapan. Tahulah saya bahawa lelaki itu menjadi siak masjid tersebut.  Datuk selesai membaca Al‐Quran. Datuk menghampiri saya dan matanya  memerhati dengan tajam ke arah Tuk Siak yang menyapu bahagian kiri  masjid. Lama juga datuk tenung Tuk Siak yang berbadan melengkung.  "Tamar masuk ke dalam baca kitab atau Surah Yasin dari membuang masa di  situ”, suara datuk yang agak tinggi dan keras itu membuat Tuk Siak  berpaling ke arahnya. Tuk Siak datang mendekati datuk sambil membawa  menyapu.    "Awak Mail. Dah lama kerja di sini?"  "Dah lama. Sejak bercerai dengan isteri, saya tinggalkan Kampung Paya  Takung dan menetap di sini"  "Baguslah”, balas datuk dan mereka pun bersalaman.    Datuk menyatakan pada Mail (Tuk Siak) yang saya ini adalah satu‐satunya  cucu yang paling disayangi dan selalu dibawa ke mana‐mana sebagai teman.  Mail agak terkejut kerana dia memang tidak pemah mengenali saya. Cucu  Page 510 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

datuk yang lain‐lain dikenalinya. Saya memang jarang merayau dalam  kampung walaupun jarak kampung saya dengan Paya Tekung tidaklah begitu  jauh, lebih kurang sebatu saja.  "Semalam saya ke rumah. Orang rumah kata awak dah keluar dan belum tentu  bila baliknya”, kata Mail.    "Apa halnya?"  "Nak minta awak tolong ikhtiarkan tentang anak saya"    "Apa kenanya?"  "Dah berbulan‐bulan terbaring dalam bilik. Kadang‐kadang menjerit‐jerit  dan terpaksa diikat. Dua tiga orang tak boleh terpegang"  "Kita bukan pawang, kita bukan bomoh tapi kalau nak mencuba bolehlah.  Kita berikhtiar, yang menentukan Allah"    Mail terdiam. Kerutkan mukanya sambil mengigit bibir. Dari gerak  matanya, saya kira ada rasa kesangsian bermain dalam hatinya tentang  kemampuan datuk. Sudah berbelas dukun dan pawang yang handal dipanggil,  tetapi, semuanya gagal. Semua doktor yang ditemui mengatakan anaknya  tidak mengalami apa‐apa penyakit. Matahari yang tersangkut di langit  bandar Taiping kian menurun, sinarnya bertambah redup. Di kemuncak Bukit  Maxwell (sekarang Bukit Larut) kelihatan kabus tebal.  Page 511 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Kita berikhtiar, itupun kalau kau mahu”, datuk bersuara membuat Mail  yang termenung itu terkejut.  Dia anggukkan kepala tanda setuju. Dan Mail memberitahu pada datuk, jika  anaknya itu diletakkan di bawah pokok asam kumbang besar dibelakang  rumah, dia akan segar dan berkeadaan seperti orang biasa.  "Begini saja. Lepas sembahyang Isyak aku ikut kau ke rumah melihat dulu  keadaannya”, beritahu datuk pada Mail.    "Saya ingat kita pergi sekarang"      "Boleh juga, dimana rumah kau?"  "Di Kampung Pinang. Saya beli tanah di situ dan buat rumah. Saya dah  kahwin dengan orang Kulim"    "Baguslah”, datuk senyum dan Mail menyatakan pada datuk, bahawa nenek  saya yang ditemuinya semalam tetap sihat.    Untuk pergi ke rumah Mail, saya dan datuk terpaksa naik lanca (beca roda  tiga) yang dikayuh oleh seorang lelaki bangsa India, sedangkan Mail  mengekorinya dengan basikal. Waktu membelok di satu selekoh, beca yang  Page 512 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kami naiki berlaga dengan sebuah kereta. Badan datuk yang tercampak dari  beca menghentak dinding kereta Morris Minor kepunyaan guru besar Sekolah  Melayu Selama yang baru dua hari lulus ujian memandu.  Dalam perlanggaran itu, saya tidak apa‐apa. Tetapi, tayar beca sebelah  kanan jadi macam angka lapan. Dinding kereta Morris Minor remuk dan  pintunya tidak boleh dibuka, melihat keadaan kereta itu, hati saya  berdebar. Tentu datuk mengalami kecederaan yang parah. Saya tersentak  bila melihat  datuk boleh bangun sambil mengibas‐ngibas kesan batu‐batu kecil yang  terletak di pakaiannya. Dia tidak luka dan tidak pula bengkak. Guru  besar segera keluar dari perut kereta dengan wajah yang masam dan mula  menyalahkan penarik beca. Pertengkaran pun berlaku, masing‐masing tidak  mahu mengaku salah. Penarik beca kepal buku lima. Guru besar lipat  lengan baju. Mereka mahu beradu kekuatan. Orang ramai mula berkumpul.  "Mana yang rosak biar saya baik”, ujar datuk lalu memukul dinding kereta  dengan tapak tangan kiri.  Bahagian dinding yang remuk elok kembali. Kemudian datuk memegang tayar  beca yang jadi angka lapan. Dia urut tiga kali macam urut tangan yang  bengkak. Tayar beca itu kembali elok macam asal. Dalam keadaan orang  ramai kelam‐kabut begitu datuk menarik tangan saya meninggalkan kawasan  kejadian sesudah memberi wang pada pemandu beca itu.  Akhirnya kami sampai juga ke rumah Mail dengan beca lain. Di rumah  Page 513 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

barulah saya mendapat tahu dengan jelas tentang Mail. Di samping menjadi  siak dia juga menguruskan pengebumian jenazah orang yang mati di penjara  Taiping kerana hukuman gantung (jika tidak dituntut oleh pihak waris).  Setelah bercerai dengan isterinya yang dulu, dia membawa anak sulungnya  tinggal bersamanya. Setelah anaknya tamat sekolah melalui jasa orang  besar Jajahan Larut yang bergelar Tengku Menteri (kalau tak silap saya),  anaknya itu dapat bekerja sebagai budak pejabat di Jabatan Ukur. Sejak  bekerja, anaknya tidak tinggal bersamanya lagi. Tinggal bersama‐sama  kawan‐kawan dengan menyewa rumah di pinggir bandar Taiping, tidak jauh  dari kawasan perumahan sesak di Tupai.    "Naik”, kata Mail.  Saya dan datuk pun ikut perintahnya. Kami terus masuk ke bilik anaknya  terlantar, tidak bergerak kelihatan macam mayat. Badan kurus dengan pipi  yang cekung.    "Siapa namanya Mail?"  "Razman, orang panggil Man"  "Jadi nama panggilan sehari‐hari Man ya. Emaknya siapa namanya?"    "Munah"    Page 514 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Umurnya?"    "Umur siapa emak atau anak?"  "Anak"    "Dua puluh tiga tahun"  Datuk rapatkan mulut ke telinga Razman dan membisikkan sesuatu.  Tiba‐tiba Razman membuka mata dan bangun. Dia kelihatan gagah berdiri  sambil bertempik dan melompat. Tali belati yang mengikat kakinya  terputus. Razman melompat ikut tingkap dan terus lari ke bawah pokok  asam kumbang. Duduk bersila di situ, dengan kedua belah tangannya  terletak atas kedua tempurung lutut, macam pelajar silat menerima amanat  dari guru silat.    "Anak awak ni dah silap langkah”, beritahu datuk pada Mail sambil turun  dari rumah menuju ke bawah pokok asam kumbang.  Beberapa ela lagi mahu sampai ke bawah pokok tersebut, datuk mencabut  sebatang pokok kecil. Dengan pokok itu datuk membelasah belakang Razman  hingga lembik. Kemudian datuk dukung Razman pulang. Di rumah datuk  menggosok belakang Razman dengan pucuk pisang nangka hingga kesan  berbalar kena pukul itu hilang. Datuk letakkan Razman betul‐betul di  bawah tulang bumbung rumah.  Page 515 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Jangan diubah‐ubah hingga saya datang pada sebelah malam nanti”, pesan  datuk pada Mail.  "Mahu ke mana pula?"  “Ke masjid tadi, saya nak membuat amalan sedikit. Mudah‐mudahan dengan  izin Allah sakit anak awak akan pulih"    "Baiklah”, sahut Mail.  Saya dan datuk kembali ke masjid semula. Selepas menunaikan sembahyang  Isyak, datuk terus membaca Al‐Quran. Kira‐kira pukul tiga pagi sesudah  datuk melakukan sembahyang tahajjud dua rakaat, barulah saya dan datuk  pergi ke rumah Mail. Perjalanan pada sebelah malam itu agak berbeza  dengan perjalanan waktu siang. Sebelum keluar masjid datuk suruh saya  ikat mata dengan kain. Bila kain dibuka saya sudah berada di kaki tangga  rumah Mail. Perkara pertama yang datuk lakukan bila duduk di hadapan  Razman ialah meminta segelas air sejuk. Setelah air itu ditawar jampi  datuk basuh muka Razman dengan air itu. Datuk pegang dan tekan tulang  rusuk sebelah kanan Razman dengan jari hantu.  "Man, dari mana kau dapat semuanya ni?" datuk menyoal.    Razman membuka mata. Terkelip‐kelip macam mata katak puru kena sembur  air. Mulutnya terkumat‐kamit tanpa suara. Kemudian Razman rapatkan  Page 516 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

matanya kembali. Kaku. Datuk mengulangi perbuatannya itu selama tiga  kali berturut‐turut. Semuanya gagal. Datuk lalu meminta Mail mencari  seekor ayam jantan putih. Permintaan itu Mail tunaikan. Bila ayam jantan  putih berada dalam tangan datuk, dia segera meninggalkan ruang rumah  masuk ke bawah rumah.  Datuk sembelih ayam itu betul‐betul di bawah lantai tempat Razman  baring. Darah ayam itu datuk isikan dalam cawan putih. Datuk juga  memberitahu Mail apa yang dilakukannya terhadap Razman jangan ditegur,  walaupun perbuatan itu nampak kejam dan tidak bertimbang rasa. Datuk  bawa darah ayam dalam cawan putih keatas rumah. Datuk dekatkan cawan  yang berisi darah itu ke hidung Razman. Bila tercium bau darah ayam,  Razman segera bangun macam orang sihat mahu meminum darah. Datuk tampar  muka Razman dengan sekuat hatinya hingga Razman rebah atas tempat  tidurnya kembali.  "Setakat ini sahaja. Esok aku ikhtiarkan lagi”, beritahu datuk pada Mail.  Mail anggukkan kepala dan terus masuk ke bilik tidur. Saya dan datuk  pergi ke anjung rumah dan tidur di situ. Malam itu saya tidak mengalami  sebarang mimpi yang aneh. Tetapi diri datuk saya tidak tahu.    SBDJ (Jilid 02) Siri 35: Mengusung Iblis Tengah Malam    Subuh itu, sesudah menunaikan sembahyang subuh dan mandi air em¬bun,  Page 517 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

datuk terus mendukung Razman ke bawah pokok asam kumbang. Kaki Razman  diikat dengan tali sabut ke sebatang anak pokok. Datuk membiarkan sinar  matahari pagi yang cemerlang menikam kulit badan Razman.    "Mail, biarlah aku dengan di temani oleh Tamar selesaikan kerja ni. Kau  tak usah tengok, nanti kau takut. Aku minta kau pergi ke masjid dan baca  Al‐Quran disamping berdoa pada Allah supaya sakit anak kau sembuh”    "Baiklah, tapi awak tak minum lagi?"  "Aku terpaksa berpuasa waktu menjalankan kerja ini. Tamar juga begitu”  "Pelik juga sakit anak saya ni”  "Inilah dunia. Banyak manusia jadi korban syaitan dan iblis semata‐mata  kerana nafsu jahat. Anak kau salah seorang daripadanya”    Saya lihat mulut Mail yang berbadan melengkung itu terlopong. Tanpa  banyak bicara dia meninggalkan kami. Datuk sudah pun mengenakan pakaian  serba hitam. Dia duduk bersila tidak jauh dari tempat Razman terbaring.  Datuk minta saya menumpahkan darah ayam dalam cawan di hujung lututnya.  Saya lakukan. Datuk pun mula bertafakur. Matanya terpejam rapat.  Kedua belah tangannya memeluk dada erat‐erat. Matahari pagi memancar  dengan cantik sekali. Tiba‐tiba Razman mengeliat macam orang baru bangun  tidur. Dia tersenyum dan duduk bersila macam datuk. Datuk petik ibu jari  Page 518 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kaki kiri tiga kali berturut‐turut. Saya terus membaca beberapa potong  ayat Al‐Quran dan Surah An‐Nisa’. ltu pesan datuk yang saya mesti  patuhi. Tiba‐tiba dari tompokan darah ayam di hujung lutut datuk  menjelma seekor ayam jantan putih. Terus berkokok dengan nyaring. Ayam  jantan itu segera menuju kepada Razman.  Dan Razman membelai‐belai badan ayam sambil memerintahkan ayam jantan  itu berjalan kesana ke sini. Apa yang dikatakan oleh Razman, diikuti  oleh ayam itu. Datuk meluruskan tangan kirinya ke depan. Manakala tapak  tangan kanan¬nya melurut lengan kirinya dari pangkal hingga ke hujung  perlahan‐lahan. Bila urutan itu sampai ke hujung jari, ayam jantan yang  mengikut perintah Razman hilang. Razman melompat‐Iompat dan menjerit.  Dia marah kerana datuk menghilangkan ayamjantan putihnya.    Mujurlah tali sabut yang mengikat kakinya kuat. Ikatan yang datuk  lakukan ini bukan sebarang ikatan. Ikat bersyarat dan berpetua. Kalau  tidak pasti putus, kerana tenaga Razman ketika itu cukup luar biasa.  Semua anak‐anak pokok getah, halba dan pokok janggut keli sekitarnya  dicabut dengan mudah. Perkara yang nyata memang ada perlawanan kebatinan  antara datuk dengan kuasa tertentu yang melindungi Razman.  Buktinya, muka datuk berpeluh. Urat‐urat tangannya timbul, kedua belah  bahunya bergerak macam menarik sesuatu dari direbut oleh pihak lain.  Ak¬hirnya Razman lemah sendiri. Terbaring atas tanah. Datuk bertafakur  Page 519 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

lagi. Dalam sinar matahari yang mula keras itu, tiba‐tiba menjelma bapak  kambing hitam meluru ke arah Razman.    Kambing jantan mencium dahi Razman dan Razman pun bangun lalu  me¬nepuk‐nepuk belakang kambing hitam. Melihat keadaan yang ganjil itu,  datuk jadi resah. Datuk menggenggam kedua belah tangannya dan dilapis  dua. Genggam tangan kiri sebelah atas, genggam tangan kanan sebelah  bawah, macam bu¬dak‐budak main tum tum bak. Dia rapatkan mata. Dia  bangun perlahan‐lahan dan berdiri sebelah kaki.  Kaki kanannya dibengkokkan. Bila kaki kanannya diluruskan dan  dihen¬takkan ke bumi sekuat hati, kambing jantan yang menjelma secara  tiba‐tiba mengembik sekuat hati, macam kena curahan air panas dan terus  hilang. Raz¬man rebah kembali. Matahari kian meninggi. Datuk merenung ke  perdu pokok asam kumbang yang berdaun lebat. Badan saya mula berpeluh  terutama di pangkal kedua belah ketiak. Perut mula terasa dimasuki  angin, akibatnya saya sendawa bertalu‐talu. Panas pagi itu memang lain  macam rasanya, kulit muka terasa cukup pedih.  Datuk mengalih pandangannya dari perdu pokok asam kumbang ke arah rumpun  lalang di sebelah barat daya secara perlahan‐Iahan. Tapak tangan kirinya  menekan pangkal dada kiri dan melurut ke bawah perlahan‐Iahan. Bila  pandangannya sampai kepada matlamat, tangan kirinya lurus ke bawah.  Tetapi, jari telun¬juknya menekan pangkal belikat. Mulutnya saya lihat  Page 520 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

bergerak‐gerak, macam membaca sesuatu. Lama juga datuk merenung per¬du  lalang yang tumbuh liar itu.  "Kita bawa Razman segera balik”, kata datuk.  Bila datuk memegang pangkal tangannya, Razman segera mengelupur.  menendang dan menumbuk datuk. Datuk menepis dengan cepat. Tetapi  ten¬dangan Razman dari sebelah kiri tidak dapat dielakkan. Datuk  tersungkur. Mukanya tersembam ke bumi. Saya lihat kekuatan Razman memang  luar biasa. Pergerakannya cukup tangkas macam orang si¬hat. Razman mula  menerkam dan mahu memijak belakang datuk. Cepat‐ce¬pat datuk melarikan  badannya ke kiri hingga keluar dari bawah bayang‐bayang pohon asam  kumbang. Razman tidak dapat melepasi bayang‐bayang pokok asam kumbang.  Bila dia terkeluar dari kawasan bayang‐bayang itu tenaganya jadi lemah.  Datuk menyedari tentang hal itu.  "Carikan aku batang tepus”, pekik datuk pada saya.    Saya toleh ke kiri, toleh ke kanan. Batang tepus tidak juga saya nampak.  "Cari sebelah matahari jatuh. Tak jauh dari pokok talang”, suara datuk  cu¬kup lantang.  Perintahnya saya akur. Memang betul cakap datuk. Batang tepus saya temui  berdekatan dengan pokok talang berbatang licin. Saya cabut se¬batang dan  berlari ke arah datuk lalu menyerahkan batang itu padanya. Datuk mara  lalu memukul bertalu‐talu pada badan Razman. Saya lihat Raz¬man menjerit  Page 521 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dan terlompat‐Iompat bila batang tepus menjamah tubuhnya. Akhirnya,  datuk hentak pangkal sikunya dengan sekuat hati ke pangkal bahu Razman.  Razman melayang rebah ke bumi. Saya kira tulang bahunya pasti patah dua.  Razman tergolek macam ayam kena langgar lori tentera.  Datuk gosok bahagian bahu Razman yang dihentakkan dengan pangkal  sikunya. Kemudian datuk gerakkan tangan Razman berkali‐kali. Urut lagi  dua kali dan gerakkan ke kiri dan ke kanan. Datuk tepuk bumi dan dada  Razman. Saya lihat Razman bergerak ke kiri dan ke kanan. Datuk  menghampiri saya.  "Tangannya yang patah sudah aku betulkan atas izin Allah. Sekarang kita  bawa dia pulang”, kata datuk.    Dia pun memikul batang tubuh Razman. Saya mengekor dari belakang dan  saya terasa macam ada bayang‐bayang orang memburu saya. Rumput kiri  kanan saya lihat macam dipijak orang dalam sinar matahari yang keras.  Anehnya, saya tidak nampak apa‐apa. Tiba‐tiba saya rasa bahu kanan  ba‐gaikan ditampar orang. Pedihnya bukan kepalang. Saya terus melangkah,  peluh terus meleleh di dahi dan mengalir ke pangkal dagu. Kulit muka  terasa pedih dan gatal‐gatal. Dalam hati saya terus membaca Surah An‐Nas  dengan tenang. Gangguan itu tidak berlaku lagi pada diri saya.  Bila sampai di rumah, datuk pun meletakkan Razman di tempatnya. Saya  lihat jam di dinding rumah sudah pukul sebelas pagi. Dari tingkap rumah  Page 522 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Mail, saya melihat kemuncak Bukit Larut yang berkabus tebal. Datuk  bersandar pada tiang seri. Lima belas minit kemudian Mail pun pulang.  Tidak banyak yang ditanya oleh Mail terhadap kerja‐kerja yang dilakukan  oleh datuk. Mail terus masuk ke biliknya untuk menghisap rokok. Dia tahu  datuk berpuasa hari itu. Mail tahu, tidak manis menghisap atau makan di  depan orang yang berpuasa. Mail keluar, duduk bersila di depan datuk.  Datuk masih lagi termenung panjang. Perhatiannya tidak tertumpu apa yang  berlaku di depannya. Datuk bagaikan berada di dunia lain. Saya tahu  bagaimana mahu menyedarkan datuk supaya kembali dalam keadaan biasa.  Saya pun melipat bucu tikar mengkuang dan menindihkannya dengan lutut.  Saya gigit kuku jari kanan sekuat hati sambil pura‐pura batuk. Apa yang  saya lakukan berhasil menyedarkan datuk. Petua yang saya jalankan itu  saya peroleh dari datuk juga. Harus digunakan dalam keadaan yang  tertentu mengikut hari dan bulan Islam di samping mem¬perhitungkan masa.  "Mail”, datuk bersuara sambil merenung wajah Mail. “Ada tak  kejadian¬‐kejadian aneh berlaku di pokok asam kumbang tempat anak kau  suka pergi tu?", tambah datuk.    Mail luruskan kaki kanan. Datuk tarik nafas panjang. Mata saya terus  merenung apa yang ada dalam ruang rumah. Rasa panas bertambah kurang  kerana angin yang bertiup di luar masuk ke ruang rumah menerusi tingkap  dan pintu yang terdedah.  Page 523 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Ada”, jawab Mail.  "Apa dia?"  "Di bawah pokok asam kumbang itu dulu tempat orang mati bertembak"  "Siapa menembaknya Mail?"  "Penjahat itu berbalas tembak dengan pihak polis”    "Siapa namanya Mail?"  "Din Taiwan”  "Waktu matinya petang atau tengah malam?"    "Tengahari, kata orang waktu rembang lebih kurang pukul dua belas tengahari”  Datuk menggigit lidah mendengar keterangan dari Mail itu. Dan Mail  memberitahu datuk bahawa Din Taiwan masa hidupnya memang terkenal  sebagai kaki rompak yang handal. Namanya amat ditakuti oleh penduduk  se¬kitar Daerah Larut. Sikapnya tidak ubah macam kata orang tua‐tua,  beraja di mata, bersultan di hati.  "Kaki botol, kaki rogol. Dia memang pelesit”, keluh Mail.    Datuk tersenyum. Saya memperkemaskan sila. Mail merenung wajah datuk  yang kelihatan tenang. Perut saya mula terasa pedih dan lapar. Bau  sambal tumis petai membuat saya bertambah lapar lagi. Dalam kepala saya  membayangkan betapa enaknya keluarga Mail makan tengahari nanti.  Page 524 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Kalaulah saya tidak berpuasa, dua pinggan nasi tentu habis saya telan.  "Kata orang dia banyak ilmu”, tambah Mail.  "Ilmu untuk dunia tanpa ilmu akhirat selalunya membuat manusia sesat”  "Betul. Cuma yang anehnya bila dia dibawa ke hospital dan pada sebelah  petangnya saya pergi ke tempat itu, saya lihat kesan‐kesan darah Din  Taiwan di tanah hilang, macam ada orang yang mengambilnya”  Datuk terkejut mendengar cerita dari Mail. Muka Mail saya renung. Datuk  bangun, berdiri di muka tingkap merenung ke luar. Dia tidak berkata  walau sepatah pun. Datuk macam memikirkan se¬suatu. Datuk terus  melangkah ke anjung rumah dan tidur.  Datuk bangun bila waktu Zuhur tiba dan terus sembahyang. Sementara  menanti masuk waktu Asar, datuk terus membaca Al‐Quran. Lepas sembahyang  Asar datuk dan saya pergi lagi ke bawah pokok asam kumbang. Dalam jarak  dua puluh kaki dari pokok itu, datuk membentangkan se‐helai kain pelikat  dan kami duduk di atasnya. Matahari sudah condong, sinarnya tidak  sekeras tadi.    "Jangan tegur apa yang kau lihat”, bisik datuk kepada saya sambil  menye¬litkan sehelai daun lalang ke telinga kiri saya.    Datuk juga menyelitkan daun lalang ke telinganya. Saya terasa keadaan  keliling telalu sepi. Dunia bagaikan tidak ada penghuninya.  Page 525 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Tumpukan seluruh pancaindera kamu Tamar pada alam lain”, saya terdengar  sayup‐sayup suara datuk.    Dan saya terasa badan bagaikan berada diawang¬‐awangan sebentar. Hujung  baju datuk saya pegang erat‐erat.    "Buka mata kamu Tamar”, datuk memerintah.    Cakapnya saya patuhi. Mata saya tertumpu pada pangkal pokok asam  kumbang. Saya terlihat seorang lelaki jatuh berlumuran darah. Lelaki itu  hilang dan saya lihat batang tubuh datuk terbongkok‐bongkok mengambil  tanah yang ada kesan darah dari lelaki itu. Datuk juga turut hilang.  Dalam keadaan separuh sedar itu, saya terasa peha saya ditampar oleh  datuk. Saya toleh ke arahnya. Datuk tersenyum daun lalang yang berada di  celah telinga saya sudah pun berada di tangan datuk.  "Sekarang sudah tahu puncanya dengan izin Allah sakit Razman boleh  diubati tetapi dia harus memulangkan barang yang diambilnya kepada orang  yang berhak”, beritahu datuk pada saya.  Matahari kian condong. Datuk masih lagi belum mahu bergerak dari tempat  duduknya. Dia memberitahu saya, bahawa saya dan dirinya harus berada di  situ hingga remang‐remang senja. Menurut datuk diri saya dan dirinya  tidak dapat dilihat oleh sesiapa. Bagi datuk duduk di situ tidak  Page 526 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

menimbulkan sebarang masalah kerana ada saja kerja yang di buatnya.  Mulutnya sentiasa terkumat‐kamit dan anggota badannya yang lain juga  selalu bergerak‐gerak.    Bila hari sudah remang‐remang senja, datuk pun menghentakkan kakinya ke  bumi. Seluruh kawasan itu berbau harum. Saya terpandangkan bayang orang  perempuan yang tidak begitu jelas duduk bersimpuh di hadapan datuk.  Tetapi melihat gaya perempuan itu duduk dan cara dia bertudung, saya  yakin perempuan itu ada¬lah isteri muda datuk iaitu, orang bunian.  Perempuan itu bercakap dengan datuk. Saya tidak dapat menangkap dengan  jelas apa yang diperkatakan oleh datuk dengan perempuan itu. Dengan  sekelip mata perempuan itu hilang. Bekas tempat perempuan itu duduk  terdapat tiga longgok tanah yang berdarah. Datuk terus berpeluk tubuh.  Matanya merenung lurus ke depan. Dia menarik nafas.    Datuk hulurkan kaki kiri ke arah ketiga‐tiga longgok tanah yang  berdarah. Bila kakinya dilipatkan kembali seperti asal, saya lihat dari  tanah longgok pertama keluar ayam jantan putih. Dari longgok kedua  keluar kambing dan dari longgok ketiga terdampar mayat lelaki. Kerana  longgok tanah yang berdarah sederet, semua jenis mak¬hluk yang keluar  darinya beratur sederet.  Remang‐remang senja bertambah hitam. Angin mula menampar‐nampar dedaun  Page 527 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

asam kumbang. Bunyi desiran angin itu cukup kuat bersama titik gerimis  yang sambung menyambung. Saya terasa cukup seram. Ada bermacam‐macam  bunyi yang saya dengar. Ada suara orang minta tolong. Ada suara ayam  berkokok, ada suara kambing mengembik. Akhir sekali saya terdengar suara  orang lelaki memuja sesuatu, suara itu macam suara Razman. Datuk  menamparkan tapak tangan kanan ke tapak tangan kiri, serentak dengan  itu, saya lihat batang tubuh Razman berdiri bagaikan bayang‐bayang dalam  warna senja yang kian beransur gelap. Ketiga‐tiga makhluk yang terdampar  di hadapan datuk bergerak dan menuju ke arah Razman lalu hilang meresap  ke dalam tubuhnya.  Bayang‐bayang Razman hilang lalu diganti dengan suara perempuan mengilai  di atas pucuk pokok asam kumbang. Suara perempuan mengilai itu cukup  nyaring dan ak¬hirnya, pokok asam kumbang bergegar macam di goncang oleh  sesuatu. Buah‐buah asam kumbang yang muda berguguran atas bumi Suasana  menjadi seram. Angin terus bertiup dan suara gagak mula kedengaran.  Macam‐macam lembaga yang amat menakutkan wujud di hadapan saya dan  datuk. Tetapi datuk tidak menampakkan rasa takut atau bimbang. Dia  bagaikan yakin apa yang dikerjakannya akan berjaya. Datuk terus membaca  Surah Al‐Kursi dengan tenang dan teratur. Bila semuanya sudah selesai  dibaca, datuk bangun lalu menghentakkan tumit kaki kirinya ke bumi.  Semua yang ada dihadapan hilang terus.    Page 528 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Syaitan”, kata datuk lalu mengajak saya pulang.    Dalam perjalanan pulang itu datuk memberitahu saya, bahawa Razman telah  memuja darah orang mati dibunuh untuk sesuatu maksud yang jahat. Tetapi  dia tidak dapat menunaikan beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh  syaitan untuk dilaksanakannya. Akibatnya dia jatuh sakit dan ilmu salah  yang dituntutnya itu memakan dirinya sendiri. Razman menguji ilmunya  dengan darah ayam dan kambing. Ternyata ilmunya itu berjaya. Ayam dan  kambing jelmaan yang didampingi oleh syaitan akan mengikut semua  perintahnya. Kemudian Razman mengambil darah orang mati di bunuh di  bawah pokok asam kumbang. Darah orang mati di bunuh itu dipuja dengan  menggunakan beberapa kelengkapan tertentu di bawah pokok tersebut.  "Darah orang mati dibunuh tu dipuja waktu bunga senja”, ujar datuk pada  saya dengan tenang.  Saya anggukan kepala dalam langkah senja yang kian gelap. Tetapi langit  kelihatan bersih dan cerah.  "Darah tu dipuja tujuh Jumaat. Orang yang melakukan pemujaan tu  bersemadi menghadapi arah matahari naik dan arah angin tanpa memakai  pakaian kecuali cawat untuk menutup bahagian kemaluan”, beritahu datuk lagi.    Saya mula terasa cemas tidak tentu pasal. Langkah saya percepatkan.  Datuk terus juga bercakap menerangkan apa yang dia tahu pada saya.  Page 529 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Da¬tuk yakin yang Razaman berguru pada orang yang tahu tentang  kerja‐kerja maksiat ini. Dan orang tempat dia berguru itu belajar  separuh jalan saja.  "Sayang, orang tempat dia berguru itu hanya mencari yang jahat untuk  tujuan yang jahat”, keluh datuk.    "Maksud datuk?", saya memontong cakapnya.  "Dia menuntut untuk niat jahat, bagi merosakkan sesama manusia. Kerana  itu dia tidak menuntut bagaimana mahu menghancurkan perbuatan sendiri”,  jelas datuk lagi.    Saya diam dan tidak mahu menyoal datuk lagi. Akhirnya, kami sampai ke  kaki tangga rumah Mail. Ketika datuk selesai membasuh kaki dan memijak  anak tangga pertama, suara Azan mula kedengaran. Saya cukup gembira  kerana tempoh menahan lapar dan dahaga sudah berakhir. Bila berada dalam  rumah hati saya bertambah lapang. Sudah ada makanan yang tersedia untuk  saya dan datuk. Mail lalu mempersilakan kami menjamah hidangan. Datuk  hanya minum segelas air sejuk dan sebiji pisang. Lepas itu dia terus  sembahyang. Saya juga berbuat demikian dengan harapan selesai datuk  sembahyang, dia akan makan kembali.    Harapan saya tidak dipenuhi. Lepas sembahyang datuk terus berwirid  Page 530 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

panjang dan membaca Surah Yasin tujuh kali hingga masuk ke waktu Isyak.  Bila datuk selesai sembahyang Isyak barulah dia menghadapi hidangan.  Datuk cuma makan tujuh jemput nasi dan minum separuh air sejuk. Tetapi,  saya terus makan dengan semahu‐mahunya. Datuk tidak menegur perbuatan  saya itu. Kerana saya makan terlalu banyak, saya merasa agak sukar mahu  bernafas dan bergerak. Saya tersandar di dinding dan perut kelihatan  agak buncit, macam perut bantal. Datuk menghampiri saya.  "Makan terlalu berlebihan tidak elok. Makan cara itu berkawan dengan  iblis kerana terlalu mengikut nafsu”, bisik datuk ke telinga saya. Saya  tidak dapat berkata apa‐apa. Saya cuma tersenyum sinis.  "Cuba jangan malukan aku”, tambahnya.  Datuk terus menuju ke tempat Razman. Datuk duduk bersimpuh di hadapan  Razman. Datuk serkup muka Razman dengan kain hitam. Dengan hati‐hati  datuk menekan buku lali kaki Razman sebelah kiri. Badan Razman bergerak  dan datuk memanggil Mail supaya duduk dekatnya. Mail datang. Datuk  mengeluarkan sebatang rotan seni dari bawah pahanya. Saya tidak tahu  dari mana datuk memperolehi rotan tersebut. Datuk urut batang rotan itu  tujuh kali ke atas dan tujuh kali ke bawah. Razman secara mendadak  bangun dan datuk dengan cepatnya pula meletakkan hujung rotan itu ke  atas kain hitam.  Saya lihat Razman tidak mampu bangun. Hujung rotan itu bagaikan ada batu  besar yang tidak terdaya ditolak oleh Razman, sedangkan datuk meme¬gang  Page 531 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

pangkal rotan itu dengan dua jari saja. Dalam sekelip mata saja warna  rotan bertukar menjadi hitam. Muka datuk berpeluh. Datuk tarik rotan itu  dan letakkan kembali d bawah pehanya.    "Anak kamu Mail sudah teruk benar. Susah nak menghilangkan ilmu yang  sudah sebati satu badan"    "Saya minta tolong ikhtiarkan. Dialah satu‐satunya anak jantan saya”  "Saya boleh cuba”  Muka Mail kelihatan tenang mendengar janji datuk itu. Datuk meninggalkan  Razman di tempatnya. Datuk ajak Mail pergi ke anjung rumah. Mereka duduk  di situ. Saya malas mahu mengikut mereka. Saya rasa lebih selasa duduk  bersandar di dinding. Saya terus terlelap dan terjaga bila terasa bahu  sebelah kanan ditendang orang. Saya buka mata, saya lihat ada lelaki  berbaju dan berseluar hitam berdiri di hujung kaki Razman. Dada saya  berdebar, bila saya lihat Razman duduk bersila macam orang sihat dan  lelaki yang berdiri itu terus sujud di kaki Razman.    "Sudah kau jalankan perintah aku?", saya terdengar suara Razman.    "Belum”, jawab lelaki itu tunduk.  "Kenapa kau tak ikut perintah aku?"  Page 532 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Upahnya belum saya dapat”  "Kerana itu kau siksa aku begini?”  "Bila saya dapat minum darah perempuan beranak sulung malam Jumaat,  semuanya akan selesai, saya tidak akan menghisap darah awak lagi”  "Aku dalam bahaya. Ada orang yang mahu memisahkan kau dengan aku. Tahu?"  "Darah dan roh awak sudah sebati dengan saya. Awak yang memuja saya,  tidak ada orang yang boleh menewaskan saya. Saya dahaga saya mahu minum”    Sebaik saja lelaki itu berhenti bercakap, saya lihat dia memegang  pergelangan kaki kanan Razman. Dia terus menggigit ibu jari kaki Razman.  Suara Razman bergema menguasai ruang rumah sambil melompat. Datuk segera  datang kepada Razman, batang tubuh lelaki itu hilang. Cuma yang  kelihatan kepulan asap nipis masuk ke lubang hidung Razman bila dia  menarik nafas. Semua yang saya lihat, saya ceritakan pada datuk. Tanpa  membuang masa lagi datuk pun membuka bajunya lalu diserkupkan ke  bahagian dada Razman. Muka Razman datuk serkup dengan kain merah. Rotan  seni datuk letakkan melintang di atas dada Razman.  "Biarkan barang‐barang itu di situ. Kau tunggu di sini, kalau ada  apa‐apa beritahu aku di anjung”, datuk meninggalkan satu pesan yang amat  berat buat saya.    Sebelum datuk beredar dia menyuruh saya membaca Surah Al‐¬ikhlas  Page 533 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

seberapa banyak yang boleh hingga saya terlelap.    Mail masuk kedalam bilik tidur. Selama berada di rumahnya saya cukup  sukar mahu melihat wajah isterinya. Suara isterinya juga jarang  kedengaran memarahi anak‐anaknya yang nakal. Saya terlelap dan datuk  tidur di anjung rumah. Lebih kurang pukul tiga pagi, saya tersedar dari  tidur. Saya lihat datuk sedang melakukan sembahyang Tahajud. Kemudian  dia melakukan pula sembahyang Istikharah. Datuk tidur kembali.    Saya merasa senang hati kerana tidak ada kejadian aneh yang berlaku di  hadapan saya. Dengan dada yang lapang saya menyambung kembali tidur yang  terputus. Setelah menunaikan sembahyang subuh bersama datuk dan Mail,  saya terus berubah tempat. Duduk di anjung rumah dekat kepala lutut  datuk yang sedang membaca Surah Yasin.    "Aku rasa dengan izin Allah aku dapat melawan perbuatan jahat itu. Aku  mesti menjalankannya dengan sebaik‐baiknya. Niat aku bukan apa‐apa, aku  mahu mengembalikan budak itu ke jalan benar”, demikan datuk memberitahu  saya. Datuk juga sudah menyiapkan beberapa rancangan yang akan  dilakukannya selepas dia mandi embun.    Ketika matahari pagi berada di paras pucuk kelapa dara, datuk sudahpun  Page 534 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

selesai mandi embun. Dia kembali mengadap Razman, semua perkakas yang di  letakkan atas tubuh Razman diambilnya. Datuk meneliti rotan seni yang  panjang dua kaki itu dengan rapi sekali. Tidak ada sebarang perubahan  pada rotan tersebut. Datuk ambil air dari tempayan dapur lalu membasuh  muka Razman.    "Razman bangun nak, bangun", suara datuk tenang di hadapan saya dan Mail.  Rotan seni di tangan terus datuk bengkokkan. Bila rotan itu diluruskan  Razman pun bangun dan duduk, macam orang sihat dan terus minta makanan.  Datuk berbisik dengan Mail. Dua tiga kali Mail anggukkan kepala,  kemudian terus ke bahagian dapur. Mail datang kembali membawa secawan  kopi dan dua ketul lepat pisang. Barang‐barang itu datuk ambil. Air kopi  datuk campurkan dengan air dari tem¬payan. Lepat pisang datuk tikam  dengan hujung rotan. Kemudian barang‐barang itu datuk serahkan pada Razman.    Bila Razman mahu menghirup air kopi, cawan yang dipegangnya pecah. Bila  dia mahu makan lepat pisang, lepat pisang itu terbang macam ada orang  yang menyentapnya. Datuk terus bertafakur. Tanpa saya duga secara  mendadak Razman bangun dan menendang ke arah badan datuk. Dua tiga kali  dia menendang tetapi badan datuk tidak ber¬gerak. Datuk membengkokkan  jari telunjuknya. Razman rebah. Datuk saya lihat menginsut ke depan lalu  membaca Surah Yasin dengan nyaring. Bacaan itu diikuti oleh Razman,  Page 535 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tetapi, bila sampai pada ayat‐ayat terakhir suara Razman tidak kedengaran.  Razman terus rebah. Datuk bangun dan membiarkan Razman terkapar di situ.  Datuk lalu minta Mail mengorek lubang separas dada dekat pokok asam  kumbang. Permintaan itu dilaksanakan oleh Mail. Bila lubang itu sudah  dikorek, datuk terus masuk ke dalamnya. Dia minta Mail pulang ke rumah.  Tinggallah saya dengan datuk dan datuk minta saya menimbus separuh  badannya dengan tanah. Datuk minta saya mencarikan beberapa helai daun  lalang kering. Daun lalang kering yang sudah saya peroleh itu, saya  letakkan di hadapannya. Kerana pancaran matahari cukup terik membuat  separuh badan datuk yang tidak ditimbus oleh tanah berpeluh.  "Bakar lalang tu”, perintah datuk.  Saya terus patuh. Bila api membakar lalang kering, saya terasa cukup  panas. Angin yang bertiup membawa lalang yang terbakar ke arah datuk.  Dalam sekelip mata saja saya tidak dapat melihat separuh daripada badan  datuk, hilang dalam kemarakan api. Saya lihat rambut dan muka datuk  terbakar. Saya kira ini satu kerja gila. Kenapa datuk mesti melakukan  kerja yang tidak akan dilakukan oleh manusia yang berfikiran waras?  Apakah datuk juga mendampingi dirinya de¬ngan syaitan? Ini kerja  mengarut, fikir saya sam¬bil menutup kedua belah mata dengan tapak  ta¬ngan. Tidak sanggup saya melihat datuk dalam keadaan demikian.    "Aku tidak berdampingan dengan syaitan Ta¬mar, apa yang aku lakukan ini  Page 536 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

adalah sebahagian dari kerja aku yang aku warisi dari guruku yang tidak  bertentangan dengan ajaran Islam. Ini sebenarnya sebahagian dari ujian  dan ketahanan diri, demi keyakinan aku yang bersandarkan pada kuasa  Allah”, tiba¬‐tiba saya mendengar suara datuk.    Dia berdiri di kanan saya. Baju dan anggota badannya tidak pun rosak.  Paling melucukan datuk sendiri melihat tempat dia kena timbus tadi penuh  dengan api. Datuk meminta saya menyimpan rahsia aneh itu dari  pengetahuan Mail dan orang lain. Segala apa yang terjadi tadi adalah  untuk diri saya dan dirinya saja.  Kami kembali ke rumah Mail. Datuk membuat beberapa persiapan terak¬hir.  Dia mencari sendiri beberapa jenis akar kayu, daun dan beberapa ketul  batu hitam yang diambil dari bekas lombong. Semua barang‐barang itu  datuk kumpulkan dalam kain hitamnya. Dari waktu Zuhur membawa ke waktu  Isyak datuk terus membaca Al‐Quran. Dia berhenti bila sampai waktu  sembahyang. Walau macam mana susahnya, datuk tetap meneruskan puasanya.  Dia berbuka puasa dengan segelas air saja. Dan saya juga diperintahkan  mengikut apa yang dilakukannya. Kerana saya suka dengan tugas datuk yang  mencabar itu, pahit maung dan susah saya harungi dengan harapan  perkara‐perkara aneh itu akan menjadi khazanah pengalaman yang berharga  pada diri saya.    Page 537 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Lebih kurang pukul dua pagi, datuk dan saya memikul batang tubuh Raz¬man  keluar dari rumah tanpa diketahui oleh keluarga Razman. Tempat yang kami  tuju ialah ke perdu pokok asam kumbang. Datuk masukkan separuh badan  Razman ke dalam lubang tempat datuk membakar diri pada sebelah siang  tadi. Badan Razman kami timbus dengan tanah. Datuk pun membakar semua  barang‐barang yang dibungkusnya dalam kain hitam. Api menyala dengan  garangnya, memakan barang‐barang itu. Api menjulang ke atas, macam  disimbah dengan minyak petrol.    Razman menjerit dengan sekuat hati. Datuk memadamkan api itu dengan  sekali hembus. Bila api padam, semua barang‐barang dalam kain hitam  tidak terjejas. Datuk mengambil seketul batu hitam lalu ditanamkan ke  dalam tanah dengan ibu jari kakinya. Dalam masa itu juga bermacam  binatang buas muncul di hadapan datuk dan saya. Ada harimau, ada ular  dan macam‐macam lagi. Semua binatang buas itu hilang bila datuk menepuk  tangannya.    Akhirnya, muncul seorang lelaki dari sebelah kiri Razman, bentuknya  macam bayang‐bayang lalu bersatu dengan diri Razman. Dengan menggunakan  jari kaki juga, datuk cungkil batu hitam yang tertanam. Batu itu datuk  ambil lalu digenggamnya erat‐erat. Dari celah‐celah lurah jarinya keluar  asap. Datuk buka tangannya sebentar. Batu hitam sudah menjadi bara yang  Page 538 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

merah saga. Datuk genggam kembali. Datuk mencampakkan kain hitamnya pada  saya.    "Bakar”, katanya.      Saya pun bakar kain hitam. Cahaya api dari kain hitam itu menerangi  seluruh kawasan yang gelap. Sebenarnya kain hitam tidak terbakar,  sekadar mengeluarkan cahaya seperti lilin yang terbakar. Saya lihat muka  datuk bersih benar malam itu. Dia duduk bersimpuh merenung muka Razman.  "Kau siapa?", tanya datuk.      "Din Taiwan”      "Kenapa kau mengacau orang lain?”      "Dia memuja aku untuk tujuan tertentu”      Page 539 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Sebab?"    "Dia suruh aku bawa gadis bernama Mariam padanya”    "Sudah kau buat?”      "Belum lagi”      "Sebab?"    "Dia belum beri aku darah perempuan beranak sulung”    Percakapan yang terjadi antara datuk dengan Razman berhenti. Datuk lalu  melontar dua urat akar kayu ke arah Razman. Razman menjerit dan meminta  datuk jangan mengu¬langi perbuatannya itu. Datuk setuju dengan syarat  Razman harus bercerita asal‐usulnya. Permintaan itu dipersetujui oleh  Razman. Sebenarnya bukan Razman yang bercakap ketika itu, orang yang  dilawan oleh datuk bercakap itu ialah Din Taiwan.  SBDJ (Jilid 02) Siri 36: Pukau Ular Tedung  Din Taiwan memberitahu datuk dengan ilmunya dia telah merogol lebih dari  Page 540 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

seratus orang wanita yang yang terdiri dari anak dara, janda dan isteri  orang. Dia telah menggunakan ilmunya itu untuk merompak dan membunuh  orang.  Akhirnya di tembak mengunakan peluru emas. Memang pada awalnya, dia  menuntut ilmu itu untuk melindungi dirinya dari perbuatan orang, tetapi,  bila separuh menuntut dia sudah terpengaruh dengan syaitan untuk  merosakkan orang lain demi kebahagiannya. Dia meninggalkan gurunya lalu  menjadi orang jahat. Masa dia membuat kerja‐kerja maksiat itulah dia  selalu mempengaruhi anak‐anak muda lain untuk menganggotai kumpulannya.    Dia mengakui, dialah yang memberi beberapa ajaran pada Razman yang patah  cinta, kerana pinangannya ditolak oleh kedua orang tua Mariam. Dia  mengajarkan Razman supaya melarikan Mariam untuk dijadikan perempuan  simpanan.    "Kau memang jahat”, kata datuk secara mendadak.    "Siapa guru kamu?"    "Aku menuntut pada mulanya dengan orang asli di hutan Sabah, kemudian  aku terus memuja‐memuja roh dan pangkal‐pangkal kayu”   

Page 541 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Syaitan”, jerit datuk lalu membaca Surah Al‐Kursi, kemudian datuk  me¬lemparkan batu yang digenggamnya ke arah Razman (Din Taiwan).    Api men¬julang bersama jeritan yang amat kuat. Bila api padam di kawasan  tempat tubuh Razman ditanam, terdapat timbunan abu. Abu itu berkumpul di  dalam lubang. Datuk timbus abu itu dengan tanah. Kami meninggalkan  kawasan itu bila fajar sidik timbul dikaki langit.    "Kita harus berada di rumah sebelum azan”, beritahu datuk pada saya.    Kami melangkah dengan cepat menuju ke rumah Mail. Tetapi, hati saya  sungguh kesal, secara tidak langsung datuk telah membunuh Razman anak  kesayangan Mail. Apakah yang akan dijawap oleh datuk pada Mail dalam hal  ini? Datuk sudah menambahkan musuh dalam hidupnya. Saya merasa menyesal  dan me¬nganggap datuk seorang pembunuh. Bagi menjimatkan masa, kami  tidak terus ke rumah Mail. Kami singgah di perigi mengambil air  sembahyang. Kemudian ke rumah Mail, terus duduk di anjung. Beberapa  minit kemudian kami terdengar suara azan.    Ketika datuk mahu memulakan sembahyang, Mail datang dan datuk menjadi  imam pagi itu. Setelah selesai sembahyang, datuk tergesa‐gesa masuk  keruang rumah. Alangkah terkejutnya saya, bila mendapati Razman  Page 542 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

terbaring di tempatnya. Saya jadi bodoh dengan kejadian itu. Siapakah  yang didukung dan dibakar oleh datuk tadi?  Dalam keadaan yang serba salah itu, saya lihat datuk berdiri di hujung  kepala Razman. Datuk minta semangkuk air dari Mail. Datuk masukkan  tangan ke dalam mangkuk itu.    Air melekat di hujung jari itu datuk titiskan ke muka Razman. Razman  mengeluh. Serentak dengan itu, saya lihat macam kabus nipis keluar dari  hujung kaki Razman. Kabus nipis itu terus berkumpul dan akhirnya  wujudlah batang tubuh seorang lelaki iaitu, Din Taiwan.    "Pulanglah syaitan, jangan kau kacau anak cucu adam ini”, kata datuk.    Kabus itu ghaib. Mail terkejut, dia tidak tahu dengan siapa datuk  bercakap. Dia tidak nampak seperti apa yang saya lihat. Saya juga hairan  macam mana benda‐benda ganjil itu boleh saya lihat. Bila saya menoleh ke  kiri merenung wajah datuk tersenyum.    "Pulangkan kain hitam aku”, minta datuk, barulah saya sedar yang kian  hitam itu membuat saya melihat kejadian aneh sebentar tadi.    Kain hitam dalam saku saya serahkan pada datuk. Datuk terus lipatkan  Page 543 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kain hitam hingga jadi tiga segi. Kemudian, datuk sumbatkan kain itu ke  dalam saku seluarnya. Perlahan‐lahan datuk membuka sila. Datuk lunjurkan  kaki kirinya dan kaki kanannya dilipatkan. Saya lihat datuk menggigit  ibu jari kirinya dua kali. Kemudian dia menyusun jari sepuluh dan hujang  jarinya itu bertemu dengan bibir atas, macam pendekar zaman silam  mengadap sultan.    Saya terkejut bila datuk terbatuk, bagaikan ada sesuatu yang tersangkut  di kerongkongnya. Datuk senyum pada saya, selalunya bila datuk berbuat  begitu, membawa tanda ada sesuatu yang belum pemah saya lihat akan  dilakukannya. Ramalan saya itu memang tepat. Datuk sudah pun membetulkan  silanya dengan kedua belah tapak tangannya menekan ke pala lutut. Datuk  mengalihkan pandangannya ke mangkuk putih, matanya kelihatan bersinar  tidak berkedip merenung kearah bibir mangkuk putih yang terletak dekat  tubuh Razman. Urat‐urat merah mula timbul dibahagian mata putihnya.  Pangkal urat‐urat yang merah itu bagaikan berakar dari keliling bahagian  anak mata hitamnya. Dan air dalam mangkuk putih berkocak sendiri,  bagaikan ada tenaga ghaib yang menggerakkan badan mangkuk tersebut.    Saya tersentak bila mangkuk itu terbelah dua dan airnya melimpah atas  tikar mengkuang yang dianyam rapat‐rapat. Air yang melimpah itu  kelihatan berkilau‐kulau dipanah oleh sinar matahari pagi yang memancar  Page 544 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

masuk ikut tingkap rumah yang terbuka lebar. Datuk segera membongkok  sambil mengenakan hujung jari hantunya pada air yang melimpah atas  tikar. Sebaik sahaja jari hantu terkena air tersebut, air yang melimpah  terus hilang. Mangkuk putih yang terbelah dua tercantum kembali seperti  asal tanpa air didalamnya. Mail yang melihat kejadian‐kejadian yang  berlaku di depan mata¬nya diam tidak berkata. Dahinya nampak berkerut  sesekali wajahnya kelihatan cemas.    "Bangun anakku”, suara datuk parau.    Serentak dengan itu Razman yang terbaring kaku segera bangun. Dia nampak  terkejut sambil merenung ke kiri dan ke kanan. Datuk merenung biji mata  Razman.    "Bersila di situ”, kata datuk Razman akur dengan perintah datuk itu  macam orang kena pakau.    Datuk lalu memerintahkan Mail mencari pucuk pisang nangka, pucuk palas  dan air satu buyung. Mail mengambil masa kira‐kira setengah jam untuk  mengadakan batang‐batang tersebut. Sementara menanti barang itu berada  di depan datuk. Datuk menyuruh saya melipatkan setiap bucu tikar yang  terdapat di ruang rumah tersebut. Saya laksanakan tugas itu hingga  Page 545 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

selesai. Bila tugas itu selesai saya kembali duduk di sisi datuk. Razman  masih duduk terpaku atas tikar macam patung.    Datuk buka baju yang dipakainya. Letak di hujung lutut sebelah kanan  dengan ibu jari tangan sebelah kiri datuk tekan tepi baju. Datuk  merenung ke arah tingkap yang terdedah. Dia melihat sinar matahari pagi  yang cukup cerah. Saya terasa pangkal kening sebelah kiri saya gatal.  Saya terus menggarunya beberapa kali. Bila saya selesai menggaru, saya  dapati rumah Razman sudah pun ditutup oleh datuk dengan bajunya. Datuk  ambil kembali baju yang menutup muka Razman dengan jari kelingking kiri.  Baju itu datuk sarungkan ke tubuhnya kembali.    Saya lihat muka Razman merah, tidak pucat macam orang sakit. Razman mula  tersenyum. Tetapi dia tidak terdaya mahu bangun, macam ada sesuatu benda  yang berat melekat dibawah punggungnya. Mail sudah pun meletakkan  sebuyung air di hadapan datuk berserta dengan pucuk pisang nangka dan  daun palas ke dalam buyung. Dan mulut buyung datuk tutup dengan kain  pelikat yang selalu di pakai oleh Razman. Kain pelikat itu terbakar dan  mengeluarkan asap nipis. Bila kain pelikat itu menjadi abu, datuk  tekankan kedalam mulut buyung. Dengan hati¬‐hati datuk goncang buyung,  air didalamnya berkocak dan berasap. Datuk terus membaca sesuatu. Datuk  merenung ke arah mangkuk itu dan saya lihat terus jadi retak seribu dan  Page 546 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

hancur berderai. Serbuk dari mangkuk putih itu datuk ambil dan masukkan  ke dalam buyung.    "Rapatlah pada aku dan duduklah di hujung lututku ini, hai anakku”, kata  datuk. Razman terus bangun dan duduk di hujung lutut datuk.    "Yang jahat akan pergi dan yang baik tinggal pada kau”, datuk bersuara  sambil mengangkat buyung lalu meletakkan ke atas kepala Razman.    Buyung yang tidak bocor itu mengeluarkan air lalu membasahi seluruh  tubuh Razman. Saya lihat Razman mula menggigil kesejukan. Datuk ambil  buyung dari atas kepala Razman.    "Buyung dan semua barang‐barang yang ada di dalamnya kau hanyutkan ke  laut”, kata datuk pada Mail.    "Bila?"    "Hari ini belum matahari terbenam”    "Kalau begitu terpaksa pergi ke Port Weld untuk membuang benda ni”,  suara Mail menurun.  Page 547 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Datuk anggukkan kepala. Saya lihat Mail berbisik dengan datuk. Kemudian  Mail ambil burung lalu keluar. Kira‐¬kira sepuluh minit kemudian Mail  kembali. Dia tersenyum di ambang pintu. Melangkah dan terus duduk di  samping datuk.    "Cepat”, kata datuk.    "Saya suruh adik saya uruskan, secara kebetulan pula dia mahu turun ke  laut memancing ikan”    "Kau percaya dengannya?"    "Percaya. Dia adik saya, banyak menolong saya un¬tuk berusaha mengubat  sakit Razman”    "Tak apalah kalau dah begitu”    Datuk puas hati dengan keterangan Mail. Razman sudah tidak menggigil  lagi. Datuk suruh Mail menggantikan pakaian Razman. Cepat‐cepat Mail  bawa Razman ke dalam bilik. Saya terkejut, bila melihat Razman keluar  dari bilik memakai seluar putih, baju baru lengan panjang. Rambutnya  Page 548 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

disikat rapi dan ada jambul di bahagian depan, macam jambul seniman P.  Ramlee dalam filem Hujan Panas. Melihat keadaannya itu, saya kira Razman  terjumlah dalam katogeri anak muda yang kacak juga. Tingginya kira‐kira  lima kaki, lima inci.    "Siapa yang siapkan dirinya Mail?”    "Emak tirinya”    "Begitulah, jiwa orang perempuan ni halus. Penuh simpati dan rasa kasih  sayang yang tidak mengenal batas sempadan, hanya orang yang nakal saja  me¬ngatakan ibu tiri kejam”, ujar datuk lagi.    Razman dan Mail duduk di hadapan datuk. Dengan menggunakan  kebijaksanaannya datuk mencungkil rahsia dari Razman. Apa yang menjadi  misteri dalam diri Razman terbuka. Dia memberikan pengakuan yang jujur  pada datuk. Razman terus memberitahu yang dirinya mencintai seorang  gadis. Gadis yang bekerja sebagai kerani di Jabatan Kerjaraya itu tidak  menolak cintanya. Dalam perkataan lain, mereka saling cinta mencintai.  Razman pun membuat persiapan dengan mengumpulkan wang untuk meminang  gadis tersebut.    Page 549 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Malangnya orang tua gadis itu tidak merestui cinta mereka dan gadis itu  terus ditunangkan dengan seorang pemuda yang menjadi pegawai di¬sebuah  kilang perusahaan di Kamunting. Bertolak dari peristiwa yang tidak  pernah diduga oleh Razman itu, menyebabkan dia menjadi manusia separuh  gila. Bagi menghilangkan rasa sepinya, dia mula mencari ganja dan  terjumpa Din Taiwan. Din Taiwan lah yang menggalakkan dirinya supaya  membalas dendam. Setidak‐tidaknya mencederakan muka kekasihnya atau muka  tunang kekasihnya.    "Saya terpengaruh dan menuntut ilmu jahat darinya", kata Razman dengan  wajah yang tenang.    Mail gelengkan kepalanya. Ada rasa kesal bermain di wa¬jahnya.    "Sepanjang kau terbaring di sini apa yang kamu rasakan?”, tanya datuk.    "Saya sebenarnya tidak sakit. Saya berjalan ke mana‐mana. Saya makan dan  minum”    "Itu hanya perasaan yang kau sangka. Kau sudah jauh dikuasai oleh  syaitan”, datuk merenung muka Razman.    Page 550 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Mail tunduk merenung lantai. Saya tidak tahu apa yang ada dalam kepala  Mail. Angin yang bertiup diluar masuk ke dalam ruang tempat kami duduk.  Razman menguap panjang.    "Mail, dalam hal begini saya tidak salahkan anak awak seratus peratus.  Awak siang malam duduk di masjid tetapi awak tidak pernah ambil tahu  tentang diri anak awak. Apakah dia sudah belajar rukun iman, rukun Islam  dan sembah¬yang. Segala‐galanya awak serahkan pada dirinya untuk  mengetahui semuanya tanpa perhatian dari awak”, ujar datuk.    "Inilah silapnya saya. Saya fikirkan bila dia dah besar dan bekerja dia  tahu mencari yang baik”    "Itu satu pendapat yang silap”    "Saya berjanji hal macam ni tak akan berlaku lagi”    Datuk senang sekali mendengar janji dari Mail. Kemudian saya dan datuk  pergi ke anjung rurnah. Tidak lama kemudian Razman turut serta. Datuk  memberitahu Razman banyak perkara yang harus dilakukan supaya kekuatan  semangat dalam diri Razman dapat dipulihkan seperti sediakala.    Page 551 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Semuanya bergantung pada diri kamu. Sama ada kau setuju atau tidak”,  beri¬tahu datuk pada Razman.    Saya lihat datuk lihat Razman termenung panjang. Sebentar dia gigit  bibir dan sebentar pula raba pang¬kal dagu. Dia bagaikan berada dalam  keadaan serba salah.    "Kalau boleh saya mahu membebaskan diri dari belenggu syaitan”, Razman  bersuara.    "Atas kerelaan hatimu sendiri?"    "Ya. Atas kerelaan saya sendiri”    Mendengar ca¬kap Razman itu, datuk segera bangun. Dari ruang depan datuk  memanggil Mail. Bagaikan kilat Mail datang menemui datuk.    "Biar aku pulihkan semangat anak kamu Mail”    "Memang itulah yang saya harapkan”    "Aku terpaksa tinggal di sini selama tiga hari”  Page 552 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Lebih dari itu pun tak apa”, balas Mail dengan ketawa kecil.    Selama tiga hari tinggal dirumah Mail, datuk menumpukan seluruh  perhatian pada diri Razman. Setiap subuh datuk membangunkan Razman,  mengajak sem¬bahyang bersamanya. Datuk juga memberikan beberapa ayat  untuk Razman baca selepas menu¬naikan sembahyang subuh selama 44 subuh.  Pada setiap petang pula, dari pukul lima ke pukul enam. Datuk mengajak  Razman berlari berbatu‐batu. Sepanjang masa berlari itu Razman tidak  dibenarkan minum kecuali memakan pucuk jambu batu bila terasa letih.  Pada sebelah malamnya, datuk mengajak Razman membaca Su¬rah Yasin hingga  jam dua belas malam.    Kemudian barulah Razman disuruh tidur di anjung rumah tanpa menggu¬nakan  bantal dan gebar. Pukul tiga pagi, datuk akan mengejutkan Razman dari  tidurnya dan menyuruh Razman mandi. Sesudah mandi, Razman disuruh minum  air sejuk sebanyak lima gelas besar. Waktu makan tengah hari Razman  hanya dibenarkan makan nasi tujuh suap, minum air setengah cawan dan  memakan ulam‐ulam yang datuk buat dari dedaun kayu. Memang, Razman  terasa cukup siksa menjalani rawatan yang datuk lakukan. Bila saya  tanyakan pada datuk, kenapa dia lakukan hal seperti itu pada Razman yang  baru sembuh dari sakit, datuk menje¬laskan tujuan dia berbuat demikian  Page 553 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

untuk me¬ngembalikan tenaga pada diri Razman di sam¬ping menguatkan  semangatnya serta memu¬lihkan rasa yakin pada dirinya sendiri.    "Ubat yang aku berikan padanya untuk me¬mulihkan perjalanan darah dalam  urat‐uratnya. Dia terlalu lama baring banyak urat‐urat sendi¬nya jadi  tegang dan kaku”, demikian datuk men¬jelaskan pada saya.    Selepas tiga hari Razman mengalami rawatan dari datuk, dia kelihatan  segar. Tidak banyak mengelamun atau mudah ter¬kejut. Dia nampak  bertambah yakin pada diri¬nya sendiri. Dan dia mula sedar bahawa yang  dirinya adalah hamba Allah yang harus ada kekuatan dalam hidup. Dan  sendi kekuatan setiap orang dalam hidup ini ialah berlandaskan pada  ajaran agama Islam yang dianutinya. Bersandarkan pada itu, Razman  mera¬sakan dirinya berada dalam dunia baru yang serba segar. Dia  merasakan dirinya cukup tenang bila sembahyang. Jiwanya terasa bersih  dan murni setiap kali dia membaca Surah Yasin. Dalam dunia ini dia  merasakan tidak ada yang perlu ditakutkan kecuali Allah yang Maha Besar  dan Maha Me¬ngetahui.    "Bagaimana kau sekarang?", tanya datuk pada Razman ketika mahu  mening¬galkan rumahnya.    Page 554 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Razman yang petang itu memakai baju Melayu dan kain pe¬likat tersenyum.    "Saya rasa diri saya cukup aman, tidak ada rasa takut atau bimbang”    "Baguslah, jangan lupakan sembahyang lima waktu. Jauhkan diri kau dari  kerja‐kerja yang tidak baik. Berusahalah untuk jadi orang yang berguna  pada bangsa dan agama”    "Saya faham. Saya mahu membuat hidup baru”    "Itu yang baiknya”, datuk terus menepuk belakang Razman beberapa kali.    Satu peristiwa yang mengejutkan petang itu ialah bila ayah Razman (Mail)  memulangkan Razman pada datuk.    "Saya mahu menyerahkan Razman pada awak, kerana awak dia baik dari sakit  dan insaf”    "Jangan kata begitu. Bukan kerana saya dia baik. Semuanya kerana Allah,  saya cuma beriktiar”, datuk tepuk meja.    Mail terkejut dan dia mula sedar tentang kesilapan yang dilakukannya.  Page 555 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Maafkan saya. Saya berhasrat dan memang niat dari mula lagi, kalau  sakitnya baik, saya mahu memulangkan pada awak”, sambung Mail teratur  tetapi wa¬jahnya nampak pucat sedikit.    Datuk tersenyum.    "Tak apalah, saya saya terima hajat awak tu, mulai hari ini, Razman jadi  anak angkat saya”, cukup gembira datuk berkata.    Datuk lalu mengeluarkan benang hitam dari sakunya. Benang itu di  pintalnya menjadi tali yang kecil. Datuk keluar wang syiling dua puluh  sen. Datuk tebuk lubang wang tersebut. Datuk sarungkan benang hitam  bersama wang ke leher Razman macam me‐nyarungkan kalung ke leher.    "Inilah tandanya kau jadi anak angkat aku Razman, jangan dicabut kecuali  dia putus”, pesan datuk.    "Saya berjanji”, jawab Razman.    Petang itu juga kami meninggalkan Kampung Pinang, pulang ke tempat asal.  Seminggu kemudian Razman menemui datuk menceritakan yang dirinya telah  Page 556 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

diberhentikan dari Jabatan Ukur. Razman juga menyatakan yang dia  berhasrat untuk menjadi Askar Melayu dan meminta pertolongan dari datuk  untuk memenuhi cita‐citanya. Kerana Razman bersungguh mahu menjadi Askar  Melayu, datuk pun mem‐bawa Razman menemui seorang pegawai Askar Melayu  yang tinggal di Kampung Simee, Ipoh. Pegawai Askar Melayu itu berpangkat  Mejar dan berasal dari Negeri Sembilan.    Pegawai itu bernama Abdul Muluk (kalau tak silap) pernah menemui datuk  untuk mendapatkan beberapa petua serta amalan untuk pelindung diri  ketika berada di hutan memburu pengganas komunis. Cara kebetulan pula,  pegawai itu memang orang yang bertanggung jawab memilih anggota Askar  Melayu yang baru. Syarat yang diperlakukan pada setiap orang yang mahu  menjadi anggota Askar Melayu ada pada diri Razman. Mejar Abdul Muluk  terus membawa Raz¬man menemui pegawai atasnya. Usaha itu berjaya dan  Razman pun mengikuti latihan menjadi Askar Melayu.    Malangnya, semasa menjalankan tugas, Razman terkorban apabila ditembak  pengganas komunis. Jenazah Razman pulang ke kampungnya dan datuk turut  serta mengkebumikan jenazah anak angkatnya. Sejak kematian anak  angkatnya itu, datuk lebih banyak menghabiskan masanya ditanah  perkuburan Razman. Kadang‐kadang bila bertemu dengan kawan‐kawan  rapatnya, datuk mela¬hirkan rasa bangganya atas kematian anak angkatnya  Page 557 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

yang berjuang memper¬tahan tanahair dari ancaman pihak komunis.    Pagi itu, matahari bersinar dengan terangnya. Saya sudah mengorek lebih  kurang dua puluh lubang untuk menanam anak‐anak pisang mas, walaupun  hari baru pukul sebelas pagi. Kerja saya terganggu bila saya terdengar  suara datuk memanggil nama saya dari tepi sempadan. Saya berlari ke arah  datuk. Terasa juga penatnya berlari di atas tanah seluas dua ekar itu.  Terpaksa berlari‐Iari dengan hati‐hati, kalau tersepak tunggul getah  pasti tersembam ke bumi. Kalau tidak kena caranya, dahi boleh berdarah.  Tanah milik datuk terletak dalam mukim Buruk Bakal.    Jaraknya dari jalanraya Kuala Kangsar‐Simpang Tiga, kira‐kira satu batu.  Kira‐kira setengah batu dari tanah datuk ialah kaki gunung yang  bersambung dengan banjaran Titiwangsa. Menurut kata datuk, banjaran  gunung itu memisahkan sempadan Perak dengan negeri Pahang.    "Aku rasa ada orang yang mahu datang ke sini. Kita bersembunyi mana tahu  kalau yang datang orang komunis”, kata datuk sambil membawa saya de¬katnya.    Datuk ketika itu masih lagi memegang hujung kayu yang dicacakkan ke  tanah. Dengan perantaraan kayu yang tercacak itu, datuk dapat mengetahui  sama ada manusia atau binatang buas akan datang ke kawasan tanahnya.  Page 558 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Petuanya mudah saja, kau cari pokok kayu sebesar ibu kaki yang daunnya  lebat kearah matahari terbit dan pucuknya pula menghala ke arah matahari  jatuh, kau potong dan tanamkan ke bumi arah mata angin yang datang.  Tanam kira‐kira setengah kaki, kau lekapkan telinga kau pada batangnya,  nanti kau akan dengar tapak kaki binatang. Kalau manusia kau akan dengar  suaranya”, datuk mencurahkan petua orang tua‐tua pada saya.    Tanah milik datuk itu pada mulanya ditanam dengan pokok‐pokok getah.  Kerana pokok getah sudah tua dan tidak dapat mengeluarkan susu yang  banyak, datuk tebang dengan tujuan untuk di tanam pokok pisang. Peluh  terus membasihi badan datuk dengan dan badan saya. Angin yang bertiup  tidak dapat menghilangkan rasa panas di badan kami.    "Mari”, kata datuk dan terus menarik tangan saya.    Kami terus bersembunyi di bawah rimbunan pokok serunai laut. Waktu saya  mahu bersila di situ, tiba‐tiba seekor ular tedung panggukan kepala.  Saya jadi cemas.    "Jangan bergerak”, bisik datuk pada saya.    Page 559 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Dan saya lihat datuk mengambil daun serunai laut lalu diramasnya hingga  hancur. Datuk tepuk tanah, se¬rentak dengan itu ular tedung terus meluru  ke arah¬nya. Cepat‐cepat datuk membalingkan daun serunai laut yang  diramasnya ke arah ular tedung tersebut. Ular itu bagaikan terpukau di  situ. Datuk terus mengarahkan kedua biji matanya ke mata ular tedung.  Datuk pukau ular tedung yang berbisa itu dengan kuasa matanya dengan  badannya di atas tanah.    "Bergerak”, ujar datuk, ular itu bergerak dan terus merebahkan badannya  atas tanah.    "Bangun”, perintah datuk.    Ular itu bangun.    "Jangan kacau kami. Kami mahu menumpang sebentar, tidak mahu  membi¬nasakan kamu”    Saya lihat ular itu bagaikan faham dengan apa yang datuk kata¬kan. Datuk  menyuruh ular itu pergi ke bawah rimbunan pokok serunai laut. Ular itu  patuh dengan arahan datuk, menyusur perlahan‐Iahan arah ke selatan  hingga hilang dari pandangan saya dan datuk.  Page 560 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Meniarap”, kata datuk pada saya.    Saya pun rebahkan badan dan datuk juga berbuat demikian. Saya lihat  beberapa ekor semut api dan belalang merayap atas daun serunai laut.  Bunyi deru angin jelas kedengaran bersama dengan bunyi ranting‐ranting  kering jatuh ke bumi.          SBDJ (Jilid 02) Siri 37: Terkena Badi Belibis  Matahari terus memancar. Sesekali terdengar suara burung tekukur dan  merbuk tingkah meningkah didahan kayu. Beberapa monyet liar berlompatan  dari dahan ke dahan. Lama juga kami meniarap, saya sudah merasa bosan  dan lemas. Maklumlah mencium bau daun dan tanah.    "Mereka sudah hampir”, kata datuk.    Saya angkat kepala, toleh kiri, toleh kanan. Tidak ada batang tubuh  manusia yang lihat. Saya lihat muka datuk. Dia senyum dan dia bagaikan  tahu apa yang bergolak dalam diri saya.    "Cuba renung ke depan”, bisik datuk.  Page 561 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Saya pun renung ke depan. Dari celah¬‐celah daun serunai laut itu, saya  lihat tiga manusia datang kearah kami. Dua daripadanya membawa senapang  kampung laras dua. Seorang lagi membawa kayu bulat kira‐kira enam kaki  panjangnya. Sambil melangkah mereka mere¬nung ke kiri dan ke kanan macam  mencari sesuatu. Akhirnya, mereka terus duduk atas tanah datuk.    "Keluar”, kata datuk.    "Ke mana?" tanya saya.    "Rapat pada mereka”    "Merbahaya tu tok”    "Kau ni suka sangat bantah cakap orang, ikut saja sudahlah”, datuk mula  marah dan menarik saya keluar dari bawah rimbunan daun serunai laut.    Datuk suruh saya berdiri sambiI meletakkan tapak tangan kanan atas  bahagian pung‐gung.    "Jatuhkan tangan itu dan melangkah perlahan‐Iahan”, perintah datuk saya  Page 562 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

patuhi.    Kerana kami melangkah begitu hati‐hati dan datang pula dari arah  belakang, ketiga‐tiga manusia yang duduk itu tidak sedar kami sudah  menghampiri mereka. Datuk pura‐pura batuk. Ketiga‐tiga manusia itu  melompat dan terkejut besar. Salah seorang daripada mereka menghalakan  muncung senapang itu.    "Kerana awak berniat mahu menembak lepaskan tembakan itu”, kata datuk.    Orang itu tergamam melihat wajah datuk yang dibasahi peluh. Senapangnya  terlepas dari tangan, datuk terus menyambarnya. Melihat senapang sudah  berada di tangan datuk, kawannya yang seorang lagi jadi cemas.  Kawannya itu merasakan keselamatan dua orang kawannya dalam bahaya dan  tanpa berfikir panjang orang itu menghalakan hujung senapangnya ke arah  datuk lalu menarik pemetik senapang. Senapang itu tidak berbunyi dan  mengeluarkan peluru walaupun pemetiknya ditarik berkali‐kali. Melihat  keadaan yang ganjil itu, orang itu jadi cemas. Mukanya pucat.    "Saya tidak berniat jahat pada awak semua. Kenapa mahu menembak kami?  Awak bertiga masuk ke tanah saya”, beritahu datuk pada orang ketiga.    Page 563 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Mereka berpandangan sesama sendiri. Datuk memulangkan senapang di  tangannya kepada orang yang berhak.    "Saya bukan musuh. Saya bukan komunis yang mesti awak takutkan”, tambah  datuk lagi.    Saya lihat orang bertiga menarik nafas panjang. Mereka bersalam dengan  datuk minta maaf. Datuk pula minta mereka melepaskan tembakan ke udara  kerana menurut datuk, peluru senapang itu harus dikeluarkan kerana itu  adalah merupakan niat dari tuan punya senapang. Kalau tidak dilepaskan  senjata itu akan memakan tuannya sendiri. Berpan¬dukan pada petua datuk  itu, kedua lelaki yang memiliki senapang berlaras dua melepaskan  tembakan. Gema dari tembakan itu menguasai seluruh kawasan di pinggir  banjaran gunung Titiwangsa yang mengakibatkan monyet‐monyet liar  bertiampiaran lari, melompat dari dahan ke dahan. Dedaun getah muda dan  tua berguguran. Suasana di kawasan tersebut jadi haru‐hara.    Bila suasana sudah tenang, datuk pun mengajak ketiga‐tiga orang itu  bersila di atas tanah. Kerana kami ada membawa air kopi dan goreng  pisang datuk pun menjamu mereka. Rasa kemesraan terjalin antara kami  dengan orang bertiga.    Page 564 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Saya merenung ke arah lelaki yang berbadan tegap, berambut panjang  de¬ngan parut besar melintang atas dahinya. Dia kelihatan resah tidak  menentu macam ada sesuatu yang dibimbangkannya. Tetapi, dua orang lagi  kawannya tidak begitu resah atau bimbang.    "Ceritakan pada saya”, datuk mengajukkan per¬tanyaan pada orang yang  berbadan tegap itu. O¬rang itu kerutkan dahinya lalu memandang kepada  dua orang kawannya. Dan kawannya memberikan isyarat supaya menjawap apa  yang di soal datuk.    "Kami mencari kawan kami yang ghaib tiba¬‐tiba waktu menembak burung  belibis”, lelaki ber¬badan tegap membuka rahsia.    Datuk anggukkan ke¬pala sambil melihat langit yang cerah dan bersih.    "Di mana?"    "Di kolam dekat kaki gunung waktu senja”    "Bila hilangnya?"    "Kira‐kira dua hari yang lalu”  Page 565 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Awak semua ni dari mana?"    "Kami dari Talang, Kuala Kangsar”    "Jauhnya mencari burung belibis”    "Ada orang yang diberitahu kami di situ tempat burung belibis mandi senja”    Datuk menarik nafas panjang. Datuk menikam‐nikam tanah dengan ran¬ting  getah. Orang bertiga itu melihat sahaja telatah datuk. Wajah orang  bertiga itu jadi pucat bila datuk memberitahu mereka, sejak lepas perang  Jepun, sudah tujuh orang ghaib di kaki gunung itu kerana menembak burung  belibis. Kehi¬langannya tidak dapat dikesan oleh sesiapa pun.    "Masuk kawan awak ini, sudah jadi lapan orang”, ujar datuk sambil  menyapu peluh yang berkumpul dipangkal dagu dengan tapak tangan kiri.  Orang bertiga berpandangan sesama sendiri. Saya melihat ke arah lubang  yang baru saya korek.    "Kalau kami tak jumpa, kami nak buat sembahyang ghaib”, mendadak sahaja  orang berbadan tegap bersuara sambil menggosok laras senapangnya.  Page 566 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Saya tahu bila datuk merenung awan berarak, ertinya dia mencari ke arah  mana tiupan angin itu menuju. Datuk tersenyum, dia sudah menemui apa  yang di carinya.    "Awak semua berhajat benar nak menemui kawan awak yang hilang tu”, tanya  datuk minta kepastian.    "Memang berhajat. Kami mahu mencari mayatnya untuk disempurnakan  pengebumiannya sebagai seorang Islam. Pihak warisnya berharap benar pada  kami mencarinya”, jawab orang berbadan tegap.    Belibis ialah sejenis burung yang bentuk badannya hampir serupa dengan  itik biasa. Tetapi ukurannya lebih kecil. Biasanya terbang berkawan dan  mencari ma¬kan di bekas‐bekas lombong dan paya yang terpencil. Dagingnya  boleh dimakan oleh orang Islam dan rasanya lebih kurang macam daging  ayam hitam.    Datuk terus berpeluk tubuh. Rapatkan kedua belah matanya dan mulutnya  membaca sesuatu. Datuk bertafakur lebih kurang dua minit. Dia muka mata  kembali, renung wajah orang bertiga dengan tenang.    Page 567 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Sebenarnya kau orang masuk kawasan orang lain. Kawan yang hilang tu  namanya Usman, ada isteri dan anak. Satu anaknya bekerja sebagai kerani  Jabatan Parit dan Taliair di Kuala Kangsar, umurnya baru 32 tahun”,  demikian datuk memberi keterangan tentang orang yang hilang. Orang  bertiga besar mengakui apa yang datuk katakan itu memang benar.    "Apa dia ditawan oleh komunis?" tanya orang berbadan tegap.    "Tidak, ada di kawasan kolam tinggal tu”    "Masih hidup lagi ke?"    "Susah nak cakap”, balas datuk sambil tersenyum.    Datuk dan orang bertiga mengadakan perundingan dan datuk pula bersedia  memberikan khidmatnya untuk membantu mereka. Supaya kerja yang akan  dilakukan berjalan lancar, datuk mengajak mereka tinggal di rumah datuk.  Tawaran datuk itu mereka terima. Datuk pun mengadakan rundingan kilat  dengan orang bertiga. Datuk ber¬sedia memberikan khidmatnya bagi  mengatasi masalah yang mereka hadapi. Tawaran dari datuk yang tidak  pernah mereka duga itu amat mengembirakan me¬reka.    Page 568 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Kita akan mencari orang yang ghaib tu dua hari lagi. Kita mulakan pada  sebelah petang dan kita mesti berada di tepi kolam tempat belibis turun  sebelum waktu senja”, datuk meluahkan rancangan pada orang yang  tergonggok di hadapannya.    Ada beberapa persediaan yang perlu datuk ada¬kan. Orang bertiga itu  perlu dibekalkan dengan be¬berapa tangkal tertentu bagi menghindarkan  diri mereka dari diresapi semangat penunggu kolam. Lebih kurang pukul  satu petang, kami pun sam¬pai dirumah. Datuk menyuruh orang bertiga  mandi di sungai. Saya terus memberitahu nenek supaya memasak nasi dan  sayur lebih dari bisa. Ada tetamu baru yang harus di jamu makan sampai  kenyang.    Bila selesai sembahyang Zuhur, kami pun terus makan. Memang enak makan  pucuk ubi bersama gulai lemak pucuk labu dan nasi dari padi huma. Lepas  makan saya terus tersandar di dinding rumah. Datuk menyuruh salah  seorang dari orang bertiga itu pulang ke tempatnya untuk memberitahu  pada orang‐orang ditempatnya yang diri mereka berada dalam keadaan selamat.    "Biarlah saya saja yang pergi”, orang yang berbadan tegap itu menawarkan  diri.    Page 569 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Tidak ada bantahan dari kawan‐kawannya yang lain. Orang itu pun segera  berangkat dengan janji dia akan sampai kerumah datuk sebelum tengah hari  keesokannya. Lepas sembahyang Asar, datuk terus mengajak kenalan barunya  berborak di bawah pokok manggis. Sedang asyik berborak, dua orang anak  muda datang menemui datuk. Datuk terkejut dengan kedatangan anak muda  yang tidak di kenalinya itu. Rasa terkejutnya itu segera hilang dari  dari hati datuk, bila salah seorang anak muda itu memperkenalkan dirinya  sebagai Abdul Rahman Hitam datang dari Parit Terachi, Negeri Sembilan.    "Kami sebenarnya mengelilingi tanah semenanjung dengan berbasikal,  singgah ke sini nak jumpa Mohammad Ramli, kawan saya sama‐sama belajar  di Ipoh dulu”,kata Abdul Rahman Hitam yang berbadan kurus.    "Di Ipoh belajar dimana?",soal datuk.    "Trade School, macam Ramli”    "Macam mana tahu rumah ini?"    "Ikut alamat yang diberi oleh Ramli”  "Ramli itu cucu saya, dia baru dua hari pergi ke Segamat”    Page 570 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Apa halnya?"    "Kerja. Dia jadi juruteknik rendah JKR di sana”    Abdul Rahman Hitam termenung panjang. Rasa hampa terbayang di wajahnya.  Datuk terus menepuk bahu kanan Abdul Rahman dua kali, sambil menjeling  ke arah kawannya yang duduk atas bangku panjang bawah pokok manggis.    "Sabarlah. Satu hari nanti kau akan berjumpa juga dengannya”, ujar datuk.    "Dia kawan baik saya, dah lama kami tak jumpa”, keluh Abdul Rahman  sambil menggigit ibu jari kiri.    Datuk pun memperkenalkan saya dengan Abdul Rahman Hitam. Datuk  memberitahu padanya, saya adalah salah seorang daripada cucunya yang  dipelihara sejak berusia sebulan. Dan Abdul Rahman memberitahu saya, dia  salah seorang pekerja syarikat lombong besi iaitu EMMCO di Bukit Besi,  Terengganu. Dia dihantar oleh sya¬rikat tersebut belajar ke Trade School  Ipoh mengikuti kursus jurutera selama tiga tahun. Di Ipoh dia berkenalan  dan berkawan rapat dengan sepupu saya Mohammad Ramli. Bila dia tamat  belajar dia terus berhenti dari menjadi pekerja dengan syarikat tersebut.    Page 571 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Abdul Rahman mahu meneruskan cita‐cita mengelilingi dunia dengan basikal  dan mahu menetap di Jerman Barat di samping meneruskan pe¬lajarannya di  bidang kejuruteraan. Tidak lama Abdul Rahman bercakap dengan datuk dan  saya, kira‐kira satu jam sahaja. Kemudian Abdul Rahman Hitam dan  kawannya meneruskan perjalanan ke utara. Bila selesai mengelilingi tanah  semenanjung, dia akan mengelilingi dunia pula.    Tetapi sejak petang itu cerita tentang diri Abdul Rahman Hitam tidak  saya ketahui. Apakah dia berjaya dalam cita‐citanya atau dia masih hidup  lagi kini, saya pun tidak tahu. Malah, sepupu saya pun tidak pemah  menyebut tentang dirinya.    "Dia anak muda yang bercita‐cita besar”, kata datuk pada saya sebaik  sahaja Abdul Rahman dan kawannya meninggalkan kawasan rumah.    Suasana petang itu cukup damai. Langit cerah dan angin bertiup lemah  tetapi, mampu meng¬gugurkan daun‐daun manggis yang tua. Datuk mengajak  dua orang kenalannya itu pergi menjala ikan di sungai untuk di buat lauk  makan malam. Kenalannya itu setuju. Saya dengan nenek pula pergi ke  sawah melihat dan memetik buah terung dan mentimun yang ditanam atas  batas ben¬dang. Sebelum menjelang waktu Maghrib kami berkumpul kembali  di rumah.  Page 572 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Pada sebelah malam membawa ke waktu subuh datuk menghabiskan masanya  dengan membaca Al‐Quran. Pada sebelah paginya, datuk mengajar kedua  kenalannya cara membaling buluh runcing supa¬ya tepat pada sasarannya.  Menurut datuk, perkara itu perlu untuk mere¬ka bila masuk ke dalam hutan  kelak. Datuk tidak mahu mereka menggunakan besi jika berhadapan dengan  binatang buas.    Masa yang ditetapkan pun tiba. Datuk sudah pun mengikat benang hitam  bercampur putih pada pergelangan tangan kiri kedua orang kenalannya,  manakala kenalan yang berbadan tegap pula datuk gantungkan benang hitam  ber¬campur putih di lehernya.    "Kau aku jadikan harapan”, kata datuk pada lelaki yang berbadan tegap itu.    Datuk menyerahkan pada mereka buluh kuning sepanjang tiga kaki, tiap  se¬orang. Datuk melihat matahari di langit.  Dia membaca sesuatu dan melangkah tiga tapak ke depan lalu memacakkan  buluh kuning yang dibawanya kesitu. Datukpun menyukat bayang buluh itu  dengan tapak kaki kanannya. Dia merenung wajah saya dan orang bertiga  de¬ngan tersenyum.    Page 573 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Dah pukul lima lebih, eloklah kita pergi, semua barang‐barang dah  siap?", datuk mengajukan pertanyaan pada lelaki yang berbadan tegap.    "Dah”, jawab lelaki itu.    "Periksa lagi sekali. Kita terpaksa bermalam dalam hutan, kalau tak kena  caranya, kita pula yang sesat”    "Ah, seram juga dengarnya. Biarlah saya periksa”    Lelaki berbadan tegap itu terus memeriksa barang‐barang yang akan dibawa  sekali lagi. Dia yakin, semua barang yang diperlukan oleh datuk sudah  ada. Tetapi datuk tidak puas hati, dia sendiri memeriksa barang‐barang  itu bagi kali terakhir.    "Saya puas hati”, katanya pada kami.    Tanpa banyak bicara datuk mening¬galkan pesan pada nenek, kalau dia  tidak pulang dalam masa tiga hari, dia  minta nenek memberitahu orang‐orang kampung supaya mencarinya. Nenek  berjanji akan melaksanakan semua pesan datuk, dan nenek mem¬berikan doa  selamat atas keberangkatan rombongan kami pada petang itu.  Page 574 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Bila sampai kegigi hutan, datuk menyuruh lelaki berbadan tegap dan  berambut panjang jadi kepala jalan. Pada mulanya lelaki berbadan tegap  itu enggan memenuhi permintaan datuk dengan memberi berbagai‐bagai alasan.    "Jangan takut, aku tak membiarkan kamu susah, aku ada bersama kamu. Aku  ingat kamu ikut saja cakap aku ni. Kamu sudah biasa datang ke sini, ini  lebih memudahkan kita, cepat sampai ke tempat yang dituju," suara datuk  mula keras.    "Saya ..... saya"    "Usah berdalih lagi. Jalan saja. Kalau aku jadi kepala jalan lambat  sampai nanti. Semua kerja kita tak menjadi"    "Baiklah"    Lelaki berbadan tegap yang berambut panjang itu membawa kami masuk ke  kawasan hutan sebelah kanan. Saya mula terasa sukar untuk melangkah.  Kaki saya selalu sahaja tersepak akar‐akar kayu. Pokok‐pokok besar yang  terdapat di situ semuanya dililit oleh akar yang berjuntaian, sesekali  saya melihat ular daun memanjat akar menuju ke dahan pokok besar.  Page 575 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Nyamuk mula terasa menggigit muka dan telinga, manakala pacat hutan  berkeliaran di daun‐daun kayu dan cuba memanjat tubuh kami. Bunyi  burung‐burung hutan yang bersahutan membuat bulu tengkuk saya meremang.  Beberapa ekor pelanduk melompat‐Iompat di celah‐celah perdu pokok besar.    "Jangan anaiyakan binatang itu, dia mahu hidup," pesan datuk bila dia  melihat lelaki berbadab tegap mahu melontarkan buluh runcing ke arah  binatang terse but.    Lelaki berbadan tegap itu segera minta maaf pada datuk. Matahari  bertambah condong. Perjalanan menjadi bertambah sukar. Lelaki berbadan  tegap dua tiga kali tersungkur akibat tersepak akar kayu.    "Jauh lagi ke ?", tanya datuk pada lelaki berbadan tegap.    "Tak jauh lagi, lebih kurang lima rantai dari sini"    "Tak apalah," balas datuk sambil meneruskan perjalanan.    Tiba‐tiba lelaki berbadan tegap itu berhenti melangkah. Mukanya pucat  dan undur mendapatkan datuk. Keadaan jadi kelam kabut sebentar. Seekor  Page 576 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

harimau duduk mencangkung di hadapan kawasan yang akan kami lalui. Datuk  tersenyum dan memaksa lelaki berbadan tegap itu mara. Ternyata lelaki  berbadan tegap itu tidak berdaya melangkah. Dia jatuh terjelupuk. Kedua  orang kawannya bersedia untuk lari tetapi diha¬lang oleh datuk.  Perbuatan datuk itu menimbulkan kemarahan pada mereka dan mereka  menghalakan buluh run¬cing kearah datuk.    "Awak berdua jangan nak buat kurang ajar de¬ngan saya”, datuk mula marah.    Saya menggigit bibir dan terus duduk di pangkal pokok besar sambil  memerhati dengan teliti kearah harimau. Saya lihat harimau itu  menjelirkan lidahnya dan terus menguap.    "Awak nak anaiyakan kami!”, jawap salah seorang dari mereka.    "Anaiya apa, saya nak tolong awak”    "Harimau ada di depan awak suruh pergi”    "Apa salahnya?” ,    "Awak nak suruh kami mampus!”, pekik orang itu lalu merodokkan buluh  Page 577 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

runcing ke perut datuk.    Buluh runcing itu tidak dapat menembusi perut da¬tuk. Orang itu jadi  serba salah. Bila orang itu mencuba merodok perut datuk untuk kali yang  kedua, ha¬rimau yang ada di hadapan melompat dan terus merebahkan orang  itu ke bumi.    "Jangan”, pekik datuk.    Harimau itu tidak jadi mencakar muka orang itu dengan kukunya. Datuk  menepuk kepala harimau itu dua tiga kali. Saya lihat harimau itu dengan  penuh manja menjilat lengan datuk.    "Kau tahu aku ke sini”, kata datuk.    Harimau itu goyangkan ekornya sam¬bil mengesel‐geselkan badannya pada  kaki datuk.    "Merbahayakah aku ikut sini?", tanya datuk pada harimau.    Dan harimau itu bagaikan mengerti dengan apa yang dikatakan oleh datuk.  Dia mengaum dengan perlahan lalu memusingkan kepalanya dari arah  Page 578 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

matahari terbit ke arah matahari jatuh.  "Kita ikut arah yang ditunjukkannya”, kata datuk pada saya.    Datuk menyuruh lelaki yang mahu menikamnya dengan buluh runcing bangun.  Begitu juga dengan lelaki yang berbadan tegap. Kali ini saya lihat  gerak‐¬geri lelaki bertiga itu kian bersopan dan menghormati datuk.  Mereka tidak berani memandang wajah datuk. Saya tidak tahu apakah  perbuatan itu kera¬na malu atau kerana mereka takut pada datuk.    "Biar aku jadi kepala jalan, kalau ada diantara kita berniat jahat,  jangan marahkan saya bila menerima padahnya”, datuk mengingatkan lelaki  bertiga. Mereka diam dan tunduk.    "Untut, kau jaga kami dan bawa kami ikut jalan selamat”, kata datuk.    Harimau yang berada beberapa ela di hadapan datuk segera menghampiri  datuk dari rusuk sebelah kiri. Harimau itu mencium badan datuk dan  menjilat tangan kiri datuk sebelum berlari ke depan semula. Kami terus  mengekori harimau itu. Sebaik sahaja sampai ke satu kawasan lapang  harimau itu terus ghaib. Datuk berdiri di kawasan lapang itu sambil  merenung ke kiri dan ke kanan. Kiri kanan kawasan lapang itu di tumbuhi  oleh pokok ‐pokok buluh.  Page 579 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Kita dah sampai”, secara mendadak sahaja lelaki berbadan tegap bersuara.    Dia terus berdiri dekat datuk. Tiba‐tiba kami terdengar kokok ayam hutan  bertalu‐talu. Daun‐daun buluh yang tua berguguran meskipun angin tidak  bertiup ketika itu. Saya merenung di bahagian kawasan lapang yang  ditumbuhi pokok‐pokok buluh. Ternyata pokok‐pokok buluh itu bersambung  dengan kawasan hutan yang tebal hingga ke kaki Gunung Titiwangsa.    "Mana kolamnya?", datuk menyoal lelaki berbadan tegap.    "Mari kita ke hadapan lagi”, jawabnya.    Datuk pun mengikutinya. Saya mula terasa sakit pada pergelangan kaki.  Badan mula terasa letih tetapi saya paksakan juga melangkah menuju ke  tempat yang di cari.    "Disini”, jerit lelaki berbadan tegap.    Dan saya melihat sebuah kolam terbentang di hadapan mata dengan airnya  yang cukup jernih. Di permukaaan kolam terdapat pokok teratai dan  kiambang terapung‐apung. Anak‐anak ikan yang melompat mencipta alun  Page 580 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kecil yang menghempas pada batang teratai. Suasana terasa nyaman dan  sunyi sekali. Datuk segera memerintahkan kami mencari tempat yang sesuai  untuk tempat duduk. Datuk dan lelaki berbadan tegap itu terus  mengelilingi kolam tersebut. Sesekali saya terdengar suara harimau  mengaum yang memberikan keyakinan pada saya bahawa kami berada da¬lam  keadaan yang selamat.    Saya lihat langit yang terbentang. Awan ber¬selisih bersama pancaran  matahari yang membekalkan keadaan yang samar‐¬samar di sekitar kawasan  kolam.    "Pukul berapa?", tanya saya pada salah se¬orang kenalan datuk yang duduk  dekat saya. Orang itu segera melihat jam tangannya.    "Lagi lima minit pukul enam setengah”, katanya.    "Kalau di luar keadaan tak macam ini”    "Tentulah kita sekarang berada di tengah hutan, pokok‐pokok besar ini  melindungi sinar matahari”    "Betul cakap awak tu”, tingkah saya.  Page 581 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Kami berbalas senyum. Kawannya yang seorang lagi membakar  ranting‐ranting kayu untuk di buat unggun. Asap yang datang dari unggun  itu menghalau nyamuk dari menggigit kami. Datuk dan lelaki tegap tu  masih lagi mengelilingi kolam. Saya terus duduk mencangkung macam Cina  kalah judi. Saya masih memikirkan bagaimanakah rupa dan bentuk burung  belibis itu. Tanpa saya sedari, datuk dan lelaki berbadan tegap itu  sudah berdiri di belakang saya. Datuk merenung ke tengah kolam macam  mencari sesuatu. Semua orang yang berada di situ diam tidak berkata  melihat keadaan datuk.    "Di mana hilangnya?", tanya datuk pada lelaki berbadan tegap.    "Di situ”, lelaki berbadan tegap itu menunjuk ke arah sebuah busut  jantan yang tidak jauh letaknya dari perdu buluh.    Datuk anggukkan kepala. Datuk mengeliat dan menguap panjang, kemudian  terus duduk dekat perdu buluh. Datuk termenung panjang di situ. Suasana  yang tenang dan damai itu dipecahkan oleh bunyi suara azan. Kami  berpandangan sesama sendiri. Kami tidak tahu dari arah mana suara azan  itu datang. Bila suara azan itu ghaib, datuk segera bangun menuju ke  bibir kolam. Datuk benamkan tangan kirinya ke dalam air kolam kira‐kira  Page 582 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dua tiga minit. Datuk buat tidak kisah tentang suara azan yang  didengarinya itu.    "Kalau siapa nak mandi boleh mandi, tapi jangan pergi jauh”, ujar datuk  pada kami.    Dia terus memacakkan buluh kuning yang di bawanya dalam kolam. Datuk  terus basuh muka sambiI mulutnya bergerak‐gerak macam mem¬baca sesuatu.  Keadaan di sekitar kawasan kolam bertukar dari samar‐samar menjadi  gelap. Bunyi burung‐burung hutan mula kedengaran tingkah me¬ningkah  antara satu sama lain. Datuk terus memandang ke arah saya dan  kawan‐kawannya.    "Siapa yang mahu mandi, silalah turun”, suara datuk lembut.    Tidak ada seorang pun yang mahu memberi jawapan atas pertanyaan datuk  itu, masing‐¬masing membatu dengan wajah cemas. Datuk pun beredar dari  bibir kolam, berdiri dekat unggun api.    "Kalau mahu mandi, jangan lepas dari kawasan buluh yang aku pacakkan  tu”, tambah datuk sambil membuka baju.    Page 583 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Saya tak mahu mandi”, tiba‐tiba lelaki berbadan tegap bersuara.    Dan dua orang lagi rakannya juga memberikan jawaban yang sama. Datuk  ter¬senyum sambiI membuka seluar dan membelitkan kain basahan ke  pinggangnya. Datuk terus terjun ke dalam kolam. Setelah selesai mandi  dan menyarungkan kain dan baju ke tubuhnya, datuk terus ambil air  sembahyang. Bila melihat datuk berbuat demikian kami terus ambil air  sembahyang.    Kami pun sembahyang Maghrib dan datuk jadi imamnya. Tidak ada sesuatu  pun yang mengacau kami ketika itu. Bila selesai memberi salam, saya  lihat ada harimau duduk tertungguk berhampiran perdu buluh. Bila datuk  selesai membaca doa, harimau tersebut terus ghaib. Datuk tukar pakaian.  Dia menyarungkan seluar dan baju hitam ke tubuhnya. Datuk lilit  kepalanya dengan kain merah dan mendongakkan kepalanya ke langit,  melihat langit dan awan kira‐kira dua tiga saat.    "Kau yakin tempat ini belibis turun?”, soal datuk pada lelaki berbadan  tegap.    Lelaki itu anggukkan kepalanya. Datuk kerutkan kening, dia terasa sudah  cukup lama menanti, sedangkan belibis tidak juga turun bermain dalam  Page 584 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kolam. Datuk terus berpeluk tubuh sebentar. Sepasang matanya tertumpu  kepada air kolam yang tenang itu.    "Baiklah, kita mulakan sekarang. Jangan ada di antara kamu menegur apa  yang aku buat”, datuk mengeluarkan perintah dan dia terus duduk bersila.    Kami pun segera mencari tempat duduk yang sesuai. Datuk terus me¬nekan  bumi dengan ibu jari kiri. Tiga kali berturut‐turut dia melakukan  perkara itu. Kemudian datuk pun meletakkan kedua lengannya atas kepala  lutut kiri dan kanan. Mulutnya membaca sesuatu dan kedua belah matanya  dirapatkan. Datuk menumpukan seluruh pancainderanya ke alam ghaib.  Anehnya, saya lihat datuk berkali‐kali menggelengkan kepalanya dan  berusaha dengan se¬daya upayanya menyatukan seluruh perasaannya dengan  alam ghaib. Wajah datuk terus berpeluh.    Suara burung hantu mula kedengaran. Pokok‐pokok buluh bergoyang dengan  sendirinya macam dilanda ribut besar. Bermacam jenis suara mula  kedengaran. Ada suara orang bertempik, ada suara orang membaca syair  bersama paluan gendang. Bila suara itu hilang, seekor ular sawa sebesar  batang kelapa merayap di hadapan kami. Ular sawa itu menuju kearah datuk  lalu membuka mulutnya di belakang datuk. Badan datuk bagaikan berada  dalam rahang ular itu. Manakala bahagian badan ular pula melingkari  Page 585 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kawasan datuk duduk, tetapi, datuk tidak menghiraukan semuanya.    Kenalan datuk yang bertiga tidak dapat berkata apa‐apa, wajah mereka  pucat. Beberapa saat kemudian ular itu ghaib. Air dalam kolam pula  berkocak. Kemudian berhenti, suasana kembali aman. Tidak ada sebarang  keganjilan berlaku. Semuanya seperti keadaan biasa. Datuk berhenti dari  tugasnya. Datuk nampak resah sekali, wajahnya yang dimandi peluh nampak  merah. Saya terus menyuruh lelaki berbadan tegap menyalakan lampu  gasolin. Tergesa¬‐gesa dia membuka bungkusan yang di bawanya. Dia  keluarkan lampu gasolin dan minyak tanah lalu memasangnya. Cahaya  gasolin menerangi seluruh kawasan tanah lapang. Datuk menggaru pangkal  kening kirinya berkali‐kali. Sesekali dia merenung ke arah busut jantan.    "Susah. Dia sudah tidak bernyawa lagi”, keluh datuk.    SBDJ (Jilid 02) Siri 38: Suara Azan Dalam Kolam    “Dapat mayat nya pun jadilah”, sahut lelaki berbadan tegap.    Datuk angguk kepala dan tersenyum dalam cahaya gasolin yang memancar  garang.   

Page 586 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Baiklah, kalau dah begitu hajat kamu”, nada suara datuk cukup lembut.    Dia menyuruh saya memadamkan lampu gasolin.    "Memadailah dengan cahaya unggun saja”, bisiknya pada saya.    Datuk bangun dan terus menghentak tumitnya ke bumi berkali‐kali. Datuk  menggigit bibirnya sambil melangkah tiga tapak ke depan dan undur tiga  tapak. Kemudian berdiri macam patung dengan kedua belah tangannya  terletak atas dada.    "Ada kamu dengar sesuatu?”, datuk bertanya pada kami.    "Tak ada”, jawab kami serentak.    Datuk menggigit jari. Saya lihat apa yang datuk lakukan semuanya tidak  kena. Macam ada sesuatu yang menghalangnya. Datuk terus bertafakur  beberapa saat. Akhirnya, dia membongkok dan menumbuk bumi sebanyak tiga  kali berturut‐turut. Bunyi bumi yang ditumbuk oleh datuk jelas  kedengaran. Lepas itu tidak ada apa yang kedengaran lagi. Tiba‐tiba saya  terdengar bunyi suara burung. Saya terus toleh kiri dan toleh kanan.  Bila saya melihat kearah kolam, dada saya berdebar‐debar. Seluruh kolam  Page 587 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

itu sudah dipenuhi dengan burung belibis. Burung‐burung itu mandi sambil  membelai bulunya dengan asyik.    Datuk masih bertafakur. Mulutnya bergerak‐gerak macam membaca se¬suatu.  Suara orang mengilai kedengaran lagi. Pokok‐pokok sekitar kolam mula  bergoyang dirempuh angin. Serentak dengan itu terdengar suara gadis  membaca ayat‐ayat suci. Bila suara gadis itu hilang, seekor burung  belibis hitam terbang dipermu¬kaan air dan akhirnya hinggap diatas dahan  pokok yang menjulur ke atas kolam. Angin pun berhenti bertiup. Mata  burung belibis yang bertenggek atas dahan itu bagaikan merenung ke arah  kami.    Dari atas dahan itu burung belibis hitam terbang ke arah busut jantan  dan hinggap di situ. Datuk masih lagi membaca sesuatu. Seluruh badannya  dibasahi peluh. Saya terus menahan nafas, saya tidak mahu bunyi tarikan  nafas saya akan mengganggu datuk yang sedang menjalankan tugasnya. Malam  pekat terus menguasai sekitar kawasan kolam.    Burung belibis yang hinggap di busut jantan terus hilang dari pandangan  mata saya. Bunyi bising mula kedengaran bercampur dengan suara petir,  bumi bagaikan bergegar. Saya terus berdoa semoga jangan terjadi gempa  bumi atau puting beliung. Saya lihat datuk mula bergerak kearah busut  Page 588 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

jantan. Kami bergerak mengikut datuk dengan hati‐hati. Kami menarik  nafas panjang. Di atas busut jantan tertonggok satu lembaga yang besar.  Duduk bersila dengan kedua belah tangannya mendakap dada. Lembagayang  berkulit hitam tanpa baju itu bagaikan sedang menghening cipta atau  bertafakur.    Datuk terus mara ke arahnya. Lebih kurang dalam jarak lima kaki darinya  datuk terus berhenti. Kami jadi resah . Tetapi, tidak seorang pun yang  berani menyatakan keresahan masing‐masing.    "Pergilah ke kolam itu semula, tepuk airnya tujuh kali kemudian sapukan  ke muka, dengan berbuat begitu saja mayat orang yang hilang itu akan  timbul”, kami terdengar suara lelaki.    Suara itu parau dan bernada keras. Saya yakin suara itu keluar dari  mulut datuk. Rasa ragu yang timbul di hati saya itu segera hilang. Suara  itu adalah suara lembaga yang duduk atas busut jantan tetapi, telah di  pindahkan ke dalam diri datuk. Ertinya datuk sudah berjaya mempersatukan  perasaannya dengan alam ghaib. Seterusnya kami dapat mendengar  percakapan yang terjadi antara datuk dengan lembaga itu seperti berikut.    "Ada lagi yang mahu aku pinta padamu"  Page 589 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Apa dia, cakaplah sekarang"    "Kami mohon keselamatan diri orang‐orang yang datang ke sini. Janganlah  diri mereka dianaiya"    "Boleh. Dengan syarat jangan menembak atau membunuh rakyat aku. Kalau  mahu, minta cara baik"    "Bagaimana caranya?"    "Sebelum menembak atau menangkap rakyat aku, sembelih kambing dan  darahnya buang ke dalam kolam"    "Baik"    Bila suara itu tidak kedengaran lagi, datuk terus menampar dada sebelah  kanan tiga kali. Lembaga di atas busut jantan terus hilang dari  pandangan kami. Datuk tergesa‐gesa meraba kedua belah kelopak matanya,  bagaikan orang yang baru sedar dari tidur.    "Kita turut saja apa yang diperintah oleh orang di sini”, kata datuk  Page 590 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kepada kami.    Dia menyuruh saya menghidupkan lampu gasolin. Perintahnya itu saya ikut.  Bila lampu gasolin sudah menyala, seluruh kawasan itu terang benderang.  Burung‐burung belibis yang tadinya penuh satu kolam sudah tidak  kelihatan lagi . Air kolam nampak tenang dengan pokok‐pokok teratai dan  kiambang di permukaannya. Kerana waktu Isyak masih ada, kami terus  menunaikan sembahyang Isyak dan imamnya tetap juga datuk.    Lepas sembahyang, kami merebahkan badan dan terus tidur. Datuk  menghabiskan masa malam dengan membuat amalannya. Dia berdoa dan  membaca  Surah Yasin. Selepas menunaikan sembahyang subuh, datuk terus melakukan  senaman. Bila matahari mula terbit di kaki langit, kami sudahpun  berkumpul dibibir kolam. Datuk akan melakukan upacara menepuk air kolam  tersebut.    "Bersedialah. Kalau buruk yang datang kita tentang, kalau baik yang  datang kita tatang”, ujar datuk sambil duduk mencangkung di bibir kolam.    Rasa sejuk menguasai seluruh badan kami. Dengan hati‐hati datuk pun  menepuk air di kolam. Tepukan itu menimbulkan gelombang di permukaan 

Page 591 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kolam, pokok‐pokok teratai dan kiambang bergerak ke sana ke mari,  bersama hembusan angin yang cukup kuat. Bila datuk menyapukan air kolam  ke mukanya, gelombang dan angin yang bergemuruh itu terus berhenti.  Kemudian datuk menyuruh kami menepuk air di kolam dan menyapu ke muka  masing‐masing. Bila upacara itu selesai datuk terus duduk di tepi kolam  sambil mulutnya berkomat‐kamit membaca sesuatu. Lebih kurang sepuluh  minit datuk berbuat demikian, tiba‐tiba mengapung tubuh manusia  dipermukaan kolam.    "Usman, mayat Usman”, pekik lelaki berbadan tegap.    Dia segera mahu masuk ke dalam kolam. Datuk segera menahan dengan  menolaknya ke belakang. Lelaki berbadan tegap itu jatuh ke atas bumi.  Muka datuk jadi merah. Marah benar dia dengan perbuatan lelaki itu,  memang pantang tujuh keturunan pada datuk jika ada orang lain mahu  mendahului kerja‐kerjanya.    "Kalau aku yang memulakannya, biarlah aku yang menyelesaikan se¬muanya”,  nada suara datuk cukup keras.    Dia pun menyingsing lengan dan melipatkan kaki seluarnya. Mata datuk  tertumpu pada mayat yang terapung atas permukaan kolam. Datuk segera  Page 592 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

membuka kain yang mengikat kepalanya. Kain itu diletakkannya atas bahu  kanan. Dengan tenang datuk turun ke dalam kolam. Air dalam kolam mula  bergelombang. Pancaran matahari pagi yang menikam permukaan kolam  menimbulkan cahaya kilau kemilau pada gelombang air yang membentuk  bulatan kecil. Datuk terus berenang mendapatkan mayat yang terapung.  Lelaki gagah yang jatuh di tolak oleh datuk tadi segera bangun, dia  mengarahkan kawan‐¬kawannya supaya membuat pengusung. Saya tidak mahu  membantu mereka. Saya lebih senang melihat tindak‐tanduk datuk yang  berada dalam perut kolam.    Datuk terus menarik mayat Usman ke tepi kolam. Dengan bantuan orang  bertiga, mayat Usman diletakkandi atas pengusung. Untuk mengusung mayat  ke tepi jalan raya bukanlah satu perkara yang mudah.    "Begini saja, biarkan mayat itu di situ, kita pulang sekarang”, datuk  mengeluarkan perintah yang ganjil.    Muka orang bertiga nampak cemas. Tetapi, mereka tidak berani bertanya  kenapa datuk berbuat demikian. Datuk menyuruh kami keluar dari kawasan  kolam itu dahulu. Kami patuh pada perintahnya. Ketika kami melintasi  pokok besar di tengah kawasan hutan, kami bertemu dengan seekor harimau  yang melangkah gagah, tanpa merenung ke arah ka¬mi.  Page 593 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Harimau itu menuju ke kawasan kolam. Bila kami sampai ke tepi jalan  raya, mayat Usaman sudah berada di situ. Datuk berdiri tidak jauh dari  mayat tersebut, bercakap dengan beberapa orang anggota Pasukan Polis  Hutan. Bila saya memeriksa kawasan tempat mayat Usman diletakkan, saya  tersua dengan tapak kaki harimau. Saya senyum sendirian. Datuk meminta  pertolongan dari rakan karibnya bagi mengatasi masalah yang dihadapinya.  Datuk menghampiri kami. Datuk terus memberitahu kami, Pasukan Polis  Hutan itu mahu masuk ke dalam hutan untuk melancarkan gerakan mencari  Usman yang hilang.    Salah seorang adik Usman yang bertugas sebagai guru sekolah di Kuala  Kangsar telah mengadu kepada polis atas kehilangan abangnya itu. Salah  seorang pegawai Pasukan Polis Hutan menemui datuk. Mereka berjabat salam  dan mempamirkan senyum masing‐masing di bawah sinaran matahari pagi yang  cerah.    "Saya ASP Mualim Hamid”, dengan keramahan, pegawai yang berbadan tegap  dan berkumis rapi memperkenalkan dirinya pada datuk. Mayat Usman yang  terkapar di bibir jalan terus ditutup dengan kain pelikat oleh  kawan¬‐kawannya.    Page 594 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Anak orang mana?", tanya datuk.    "Orang Kota Bharu, Kelantan. Tetapi ayah saya berasal dari Perak"    "Dari daerah mana tu nak?"    "Saya kurang periksa pula tu"    "Bukan apa‐apa. Ada saudara sepupu isteri saya yang merantau ke Kota  Bharu. Orang dari Kampung Gurap dekat Ipoh. Menurut ceritanya tinggal di  Daerah Kubang Krian dan membuka perusahaan batik di situ"    "Menarik juga ceritanya. Tak pernah jumpa dia?"    "Belum pernah. Tetapi saudara maranya ramai di sini iaitu anak buah  abangnya, Uda Lanca"    "Cubalah cari di sana"    "Memang ada niat di hati tu kalau panjang umur nanti sampailah saya.  Saya nak cari anak‐anak atau cucunya”, kata datuk pada pegawai Pasukan  Polis Hutan itu.  Page 595 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Datuk dan ASP Mualim Hamid terus menemui kawan‐kawan Allhyarham Usman.  Datuk dan ASP Mualim Hamid bercakap‐cakap dengan mereka. Kemudian ASP  Mualim Hamid menghubungi pegawai Polis Daerah Dinding (sekarang Manjung)  di Lumut.    "Sekejap lagi mayat ini akan dihantar ke tempatnya dengan kereta polis”,  beritahu ASP Mualim Hamid kepada datuk.    ASP Mualim Hamid terus memerintahkan anak buahnya masuk ke dalam dua  buah trak yang berhenti di situ .  Datuk pun menghantar ASP Mualim Hamid ke jipnya. Sebelum jip itu  bergerak, lagi sekali ASP Mualim Hamid bersalaman dengan datuk. ASP  Mualim memberikan alamat rumahnya kepada datuk.    "Kalau ada masa lapang datanglah ke rumah saya di Hulu Kinta. Boleh kita  bercerita panjang”, kata ASP Mualim Hamid dari dalam jip.    "Tengoklah, kalau ada rezeki dan panjang umur, sampailah saya ke rumah  anak”, balas datuk dengan tenang.    Ketiga‐tiga buah kenderaan yang membawa anggta Pasukan Polis Hutan terus  Page 596 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

bergerak. ASP Mualim Hamid dan anak buahnya melambai‐Iambaikan tangan  kepada kami. Kami membalasnya dengan rasa bangga. Datuk menghampiri  mayat Usman. Kemudian datuk menyuruh orang yang berbadan tegap dan  kawannya mengangkat mayat Usman untuk diletakkan di tempat yang redup.    Lebih kurang pukul sepuluh pagi, sebuah jip polis tiba. Dua orang polis  meluru keluar. Mereka terus menuju ke tempat mayat Usman. Datuk terus  menghampiri pemandu jip. Datuk bercakap dengannya sebentar. Datuk  menarik pengusung dari belakang jip dengan dibantu oleh pemandu jip yang  berkulit agak cerah. Tingginya lebih kurang sama dengan tinggi datuk.  Datuk dan pemandu jip membawa alat pengusung ke tempat mayat Usman.  Mayat Usman pun diletakkan atas pengusung dan di bawa ke dalam perut jip.    "Awak tak pergi sarna?" tanya pemandu jip pada datuk.    "Tidak. Kawan‐kawannya boleh tunjukkan tempatnya”, balas datuk sambil  menepuk bahu pemandu jip itu. Dua tahun kemudian saya mendapat tahu nama  anggota polis yang menjadi pemandu jip itu ialah Mior Hassan. Ayah  kepada kartunis dan novel Mishar dan penyanyi terkenal Sohaimi Meor Hassan.    "Saya doakan selamat sampai”, ujar datuk lagi.    Page 597 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Pemandu jip itu tersenyum dan terus menghidupkan injin jipnya. Beberapa  saat kemudian jip itu meninggalkan kami. Suasana di situ terasa sunyi,  tidak banyak kenderaan yang lalu di situ. Saya dan datuk terus pulang.  Sampai di rumah, nenek menyambut kami di kepala tangga dengan wajah yang  agak sugul. Datuk tidak bertanya pada nenek kenapa dia berkeadaan  demikian. Datuk terus pergi ke sungai. Datuk mandi dan membersihkan  badannya. Lepas menunaikan sem¬bahyang Zuhur datuk dan saya terus makan.  Selesai sahaja makan, datuk terus berehat di anjung rumah sambil membuka  beberapa buah kitab agama.    Saya terus baring di ruang tengah rumah membilang atap serta melihat  beberapa ekor kupu‐kupu sesat yang masuk ke rumah. Kupu‐kupu itu  berlegar‐Iegar disitu mencari jalan ke luar. Nenek terus mendekati  datuk. Duduk berhadapan dengan datuk. Tergesa‐gesa datuk menutup kitab  yang dibacanya.    "Apa yang awak susahkan ni”, datuk mengaju¬kan pertanyaan sambil meraba  pangkal kening kiri¬nya beberapa kali. Nenek menarik nafas panjang.  Wajah datuk direnungnya lama‐lama.    "Apa yang awak risaukan? Cakaplah dengan saya”, soal datuk lagi. Nenek  garu pangkal lehernya berkali‐kali. Kerongko¬ngnya bagaikan tersekat  Page 598 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

untuk memperkatakan sesuatu kepada datuk. Saya bangun terus menghampiri  datuk dan nenek. Wajah mereka saya tatap. Temyata mereka dalam keresahan.    "Semalam ada orang datang mengugut kita semua. Kalau awak campur dalam  urusan mereka”, nenek bersuara lemah.    "Siapa orangnya?"    "Saya tak kenal, mereka datang berdua. Badan mereka tegap‐tegap belaka"    "Apa katanya?"    "Kalau awak menolong Kiai Muslih, mereka nak bunuh kita semua. Mereka  nak bakar kita hidup‐hidup"    Datuk menarik nafas panjang setelah meridengar keterangan dari nenek.  Datuk sandarkan badan pada dinding. Datuk merenung keluar, melihat  pangkal pokok mempelam di halaman rumah yang di panah matahari petang.  Saya lihat datuk kerutkan keningnya macam mengingati sesuatu. Datuk cuba  mengingati orang‐orang dimusuhinya. Datuk gelengkan kepala, sepanjang  ingatannya tiada orang yang dimusuhinya.    Page 599 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Siapa mereka?", tanya datuk pada nenek.    "Saya tak kenaI"    "Lupakan saja. Tidak ada manusia yang mati kerana sumpah dan ugutan"    "Tapi kita kena berjaga‐jaga"    "Saya faham”, datuk bersuara lemah. Datuk bangun dan terus turun dari  rumah. Saya mengikuti datuk yang duduk di bangku panjang di bawah pokok  manggis. Datuk termenung panjang di situ. Datuk menekan‐nekan bumi  dengan ibu jari kaki kirinya. Tiba‐tiba datuk menepuk pangkal paha  kirinya tiga kali berturut‐turut.    "Aku tahu dan aku ingat siapa Kiai Muslih”, kata datuk dengan tekanan  suara yang meninggi.    Dia terus berdiri dan memeluk tubuhnya erat‐erat. Sepasang mata datuk  merenung tajam ke hadapan. Datuk merapatkan kelopak matanya  perlahan‐Iahan sambil menarik nafas. Dadanya nampak berombak dan kedua  belah bahu dan kedua belah cuping telinganya bergerak‐gerak sendiri.  Datuk membuka matanya. Muka datuk saya lihat berpeluh.  Page 600 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Siapa Kiai Muslih, tuk?" tanya saya.  "Dia kawan aku satu masa dulu. Orangnya baik dan kuat beribadat. Pelik  kenapa orang memusuhinya”, keluh datuk sambil menggosok pangkal  hidungnya hingga merah.    Datuk terus mengelilingi pokok manggis dua tiga kali, macam mencari  sesuatu. Dahinya masih berkerut. Saya hanya melihat sahaja telatah  datuk. Kemudian datuk mencari arah angin datang.    "Mari”, datuk menarik tangan saya.    Pada mulanya saya menduga datuk akan mengajak saya pergi kekawasan tanah  yang agak tinggi. Dugaan saya tidak tepat. Datuk mengajak saya masuk ke  rumah. Datuk kembali membaca kitab‐kitab agama hingga menjelang waktu  Asar. Lepas sembahyang Asar, datuk kelihatan resah tidak menentu.  Keresahan itu berlanjutan hingga waktu Maghrib dan Isyak. Semua yang di  buatnya serba tidak kena. Macam ada sesuatu yang besar mengganggu dirinya.    "Kiai Muslih baik orangnya”, keluh datuk sambil menggigit ibu jari  kanannya. Waktu itu sudah pukul sebelas malam.    Page 601 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Tamar"    "Kenapa tuk?"    "Kau tidur dekat tuk malam ini"    "Baik tuk"    Saya pun membentangkan tikar mengkuang di anjung rumah. Kemudian nenek  memberikan saya sebiji bantal. Saya terus merebahkan badan. Datuk terus  membaca Quran. Tiba‐tiba datuk berhenti membaca Quran. Dia merenung ke  arah saya.    "Ingat, bacalah Al‐Fatihah dan Surah Al‐Ikhlas dan mengucap dua kalimah  syahadah dan hadapkan badan kamu ke kiblat, barulah kau tidur"    "Baik tuk”, saya pun patuh dengan apa yang diperintahnya.    Dalam beberapa detik saya terus terlena. Lebih kurang pukul tiga pagi  datuk kejutkan saya. Bila saya buka mata, saya lihat datuk sudah memakai  baju hitam dan seluar hitam. Kepalanya sudahpun dililit dengan kain  merah sebesar dua jari.  Page 602 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Ke mana tuk?"  "Jangan banyak cakap, ikut sahaja cakap aku"    "Tuk marahkan saya?"    "Aku tak marah cuma menegur aja”, balas datuk dengan ketawa kecil.    Saya senang hati kerana berjaya mengusik datuk. Wajahnya yang kelihatan  serius sudah berubah. Wajah datuk nampak manis bila ketawa, meskipun  kulit pipinya sudah berkedut. Dengan langkah yang tenang saya ikut datuk  keluar dari rumah. Suasana terasa amat sepi sekali. Badan terasa cukup  dingin. Dalam keadaaan subuh yang damai itu, saya dan datuk menuju ke  kawasan tanah lapang yang agak tinggi kedudukannya dari tanah  sekelilingnya. Datuk terus duduk bersila di atas tanah itu. Saya duduk  sebelah kanannya. Datuk lekapkan tapak tangan kanan ke dada sebelah  kiri. Mulutnya terkumat¬‐kamit membaca sesuatu. Datuk terus bangun dan  berdiri tegak menghadap ke arah barat daya. Suasana cukup sepi. Tetapi  langit kelihatan begitu cerah. Saya lihat kabus mula bangkit di kawasan  yang agak rendah. Kedua belah cuping telinga saya terasa sejuk di sentuh  angin.    Page 603 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Kiai Muslih, Kiai Muslih”, datuk bersuara.    Tidak ada apa‐apa yang kedengaran kecuali bunyi deru angin yang datang  dari arah barat daya. Datuk tarik nafas panjang.    "Kiai Muslih, Kiai Muslih”, ulang datuk lagi.    "Ya, kenapa?" saya terdengar suara.    Saya tidak dapat mempastikan dari arah mana suara itu datang. Saya  renung kiri kanan, hadapan belakang kalau¬ kalau ada manusia yang muncul  di situ. Tidak ada orang lain selain daripada kami.    "Kau sihat sekarang Muslih?"    "Sihat"    "Keadaan kampung kamu bagaimana?"    "Kemarau panjang"    "Boleh aku datang ke sana?"  Page 604 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Memang itu yang aku harapkan. Sudah dua kali aku menghubungi kau dengan  angin, tapi tak berjaya"    "Macam mana kau tahu aku ada di sini."    "Tiba‐tiba saja hati aku tergerak dan ada alamat yang menunjukkan kau  mahu bercakap dengan aku, kerana itu aku cari tempat yang sesuai untuk  bercakap dengan kau"    "Hajat kita sudah ditunaikan oleh Allah"    "Syukurlah pada‐Nya"    "Baiklah Kiai Muslih, esok aku datang"    Saya terpegun melihat keadaan yang serba aneh itu. Memang ganjil dua  manusia yang duduk berjauhan boleh bercakap dengan perantaraan angin.    "Balik”, saya terkejut.    Apa yang saya fikirkan dalam kepala semuanya hilang. Saya tergesa‐gesa  Page 605 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

bangun dan melangkah mengikut langkah datuk yang begitu cepat. Tetapi,  saya tetap berazam mahu bertanya pada datuk berhubung dengan peristiwa  yang berlaku itu. Hati saya cukup gembira. Tanpa di duga sesudah  sembahyang subuh dan mandi embun, datuk menceritakan pada saya apa yang  dilakukannya itu adalah jalan terakhir dalam usahanya untuk membantu  seorang kawan.    "Bercakap dengan perantaraan angin tak boleh dilakukan selalu, kecuali  sudah terdesak terutama waktu darurat”, kata datuk.    "Kenapa begitu tuk?"    "Banyak amalan yang mesti dibuat sebelum melakukannya dan orang yang  kita lawan bercakap pula mestilah tahu petua dan syarat. Orangnya mesti  warak, jiwanya mesti bersih"    "Saya faham tuk."    Pagi itu, nenek melepaskan kami dengan iringan airmata. Nenek bimbang  kalau langkah kami pagi itu, merupakan langkah terakhir. Nenek tidak  mahu datuk menemui ajal di tempat orang. Kalau boleh biarlah datuk  menghembuskan nafas terakhirnya di rumah.  Page 606 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Usah bimbang, kita pergi bukan mencari lawan, niat kita baik. Kalau  sudah ajal itu lainlah”, datuk memujuk nenek.    "Tapi, orang tu dah beri amaran"    "Ajal maut bukan di tangan manusia. Kau harus tahu Allah yang lebih  berhak dan berkuasa"    "Entahlah”, suara nenek cukup lemah.    Tetapi hatinya terus berdoa pada Allah semoga kami selamat pergi dan  selamat pulang. Kami sampai di kampung Kiai Muslih yang terletak di  daerah Sungai Manik kira‐kira pukul lima petang. Kiai Muslih yang  berasal dari Pakalungan, Jawa Tengah menyambut kedatangan kami dengan  tangan terbuka. Menurut datuk Kiai Muslih datang ke Tanah Semenanjung  sekitar tahun tiga puluhan. Sebelum menetap di daerah Sungai Manik dia  pemah tinggal di Johor.    "Bagaimana sekarang Kiai?"    "Alhamdulillah, saya setakat ini masih sihat"  Page 607 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Cucu perempuan awak dah besar sekarang?"    "Dah jadi anak dara. Sudah bertunang dengan orang di Langkap"    "Siapa namanya?"    "Suariati"    "Tunangnya orang Jawa juga ke?"    “Tidak dengan orang Banjar"    "Ingat dulu, nak dijodohkan dengan cucu saya"    "Tak ada jodoh, carilah cucu saya yang lain"    Sebaik sahaja Kiai Muslih selesai bercakap, datuk terus ketawa sambil  menjeling ke arah saya. Petang itu juga Kiai Muslih membawa datuk dan  saya melawat ke kawasan sekitar kampungnya. Saya dapati parit dan sungai  semuanya kering kontang, tanah sawah kelihatan gersang dan merekah.  Menurut Kiai Muslih, sudah tiga bulan hujan tidak turun. Tetapi  Page 608 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

penduduk‐penduduk di situ tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan air  minum kerana pihak Jabatan Kerjaraya yang berpusat di Teluk Intan  membekalkan air sehari dua kali iaitu pada sebelah petang dan pagi. Air  yang dikhaskan untuk diminum itu juga digunakan untuk membasuh dan  mandi. Masalah besar yang dihadapi oleh para penduduk ialah tanah sawah  yang menjadi punca rezeki mereka tidak dapat diusahakan.    Saya dan datuk hanya dapat menyatakan rasa simpati terhadap nasib malang  yang menimpa penduduk di situ. Datuk juga berjanji pada Kiai Muslih  untuk berikhtiar bagi mengatasi masalah tersebut. Pada sebelah malamnya,  datuk dan Kiai mengadakan perundingan untuk mengajak para penduduk  mengadakan sembahyang hajat. Belum pun Kiai Muslih memberi kata putus  mengenai cadangan datuk itu, seorang penduduk mengetuk pintu rumah Kiai  Muslih. Cepat‐cepat Kiai Muslih membuka pintu.    "Kenapa?", tanya Kiai Muslih pada orang yang datang.    "Ketua kampung suruh berkumpul di dewan, ada mesyuarat"    "Dah malam baru mengadakan mesyuarat, kenapa tak buat pada sebelah siang?"    "Saya tak tahu. Kalau mahu ikut datang ke dewan, jangan banyak cakap”,  Page 609 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

balas orang yang datang lalu menghilangkan diri.    Datuk dapat mempengaruhi Kiai Muslih untuk patuh dengan arahan ketua  kampung itu. Tanpa membuang masa lagi, kami terus menuju ke dewan. Waktu  kami sampai di dewan orang sudah ramai berkumpul di bawah sinaran tiga  buah lampu gasolin. Tidak sampai dua minit kami duduk di dalam dewan,  ketua kampung pun tiba dan terus memberikan ucapan. Ketua kampung  meminta orang yang hadir memberikan pandangan untuk mengatasi masalah  kemarau panjang yang melanda kampung mereka. Sebaik sahaja ketua kampung  berhenti bercakap, Kiai Muslih terus bangun dan berkata:    “Masalah hujan sebenamya adalah kekuasaan Allah. Tetapi Allah juga telah  memberikan fikiran dan akal pada manusia untuk berikhtiar supaya tidak  menyerah diri begitu saja pada alam”, Kiai Muslih berhenti bercakap.    Dia merenung setiap wajah yang ada di dalam dewan.    "Kita sebagai manusia wajib berikhtiar dan berusaha untuk menguasai alam  demi untuk meneruskan hidup kita, berjaya atau tidaknya terletak pada  kuasa Allah. Anehnya, bila saya mengajak tuan‐tuan berusaha semuanya  tidak mahu”, Kiai Muslih menambah.    Page 610 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Tiba‐tiba perhatian orang yang ada di dalam dewan tertumpu ke arah  seorang anak muda yang secara mendadak menumbuk dinding dewan. Anak  muda  itu meluru ke tengah dewan. Berdiri di situ.    "Orang tua ini menyuruh kita berdoa. Dari dulu lagi dia suruh kita  berbuat demikian. Apa dengan berdoa hujan boleh turun dari langit”, kata  anak muda dengan suara yang cukup lantang.    Orang yang berada dalam dewan berpandangan sama sendiri. Tetapi ketua  kampung anggukkan kepala seolah¬olah bersetuju dengan pendapat anak muda  itu. Kiai Muslih kelihatan tenang sambil meraba‐raba janggutnya.    "Allah Maha Pemurah”, balas Kiai Muslih dengan penuh keyakinan.    “Allah selalu memperhatikan doa orang yang takwa serta beriman”, tambah  Kiai Muslih.    Seorang penduduk bangun lalu bertanya, "Apa yang patut kita lakukan Kiai?"    Belum pun sempat Kiai Muslih memberikan jawapan, datuk segera berkata:   

Page 611 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Bagi mereka yang percaya dan yakin, marilah kita melakukan sem¬bahyang  Istisqa untuk memohon pada Allah supaya segera diturunkan hujan rahmat,  hujan yang memberikan air kehidupan pada manusia, insyallah permintaan  kita akan dikabulkan"    Anak muda yang menumbuk dinding segera merenung ke wajah datuk.    "Awak siapa?"    "Saya kawan Kiai Muslih"    "Awak tahu ini bukan urusan awak"    "Saya tahu, apa awak tidak sedar sesuatu yang baik memang dituntut oleh  Allah untuk dilakukan oleh umatnya"    Anak muda itu terdiam mendengar kata‐kata dari datuk. Ketua kampung  segera menyuruh anak muda itu duduk. Setelah diadakan perbincangan  selanjutnya, mesyuarat pun ditamatkan dengan dua kumpulan. Kumpulan  pertama orang yang mahu melakukan sembahyang Istisqa. Kumpulan kedua  orang yang tidak mahu melakukannya yang terdiri dari orang yang tidak  ada pendirian dan jarang melakukan ibadah. Kumpulan kedua ini diketuai  Page 612 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

oleh anak muda dan ketua kampung yang menganjurkan pada orang‐orang  kampung supaya menggali telaga dan kolam sebanyak‐banyaknya untuk  mengatasi masalah kemarau. Pada waktu yang dijanjikan, kedua kelompok  ini menjalankan rancangan masing‐masing.    Sembahyang memohon hujan turun dilakukan di halaman surau kam¬pung  tersebut. Yang bertindak selaku imam ialah Kiai Muslih sendiri. Manakala  kelompok anak muda membawa cangkul ke tengah sawah menggali kolam  dharurat. Beberapa hari kemudian, terdapat tanda‐tanda hari akan hujan.  Langit kelihatan mendung dan gerimis mula turun yang diikuti  ke¬mudiannya dengan hujan yang amat lebat. Semua penduduk merasa gembira  menyambut kedatangan hujan terutama mereka yang melakukan sembahyang  tempohari.    SBDJ (Jilid 02) Siri 39: Dendam Orang Sabar    Selama satu minggu saya dan datuk berada di kampung Kiai Muslih, boleh  dikatakan hari‐hari hujan turun. Kalau tidak sebelah pagi, sebelah  petang pasti hujan. Orang‐orang mula mengerjakan sawah masing‐masing.  Walaupun masalah kemarau yang melanda kampung itu sudah berakhir, tetapi  Kiai Muslih meminta datuk tinggal disitu untuk beberapa bulan lagi. Kiai  Muslih menjadikan datuk teman rapatnya untuk mengajar agama di beberapa  Page 613 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

buah kampung sekitar daerahnya.    "Kenapa datuk terima permintaannya?",saya menyoal datuk pada suatu pagi.    Datuk tersenyum dan memberitahu saya, dia terpaksa berbuat demikian  kerana dia merasakan keselamatan diri Kiai Muslih tidak terjamin.  Tetapi, datuk sendiri tidak dapat mencari siapakah orang yang mahu  menjahanamkan diri Kiai Muslih.    "Alamat dan petua yang aku pakai bagaikan memberitahu sesuatu yang tidak  baik. Apa salahnya kita tengok dan lihat dulu Tamar. Lagi pun Kiai  Muslih tu orang berilmu, banyak yang boleh aku belajar darinya”,  demikian datuk memberitahu saya. Dan saya tidak membantah apa juga  kemahuan datuk.    Sepanjang masa saya dan datuk tinggal di rumah Kiai Muslih, ternyata  rumahnya tidak putus‐putus di kunjungi oleh para penduduk. Mereka datang  menemui Kiai Muslih dengan berbagai‐bagai maksud. Kebanyakan yang datang  itu adalah orang‐orang sakit dan sudah puas menemui doktor tetapi, sakit  yang di tanggung tidak juga mahu sembuh. Bila mereka menemui Kiai Muslih  dengan izin Allah penyakit yang di rawat itu terus sembuh. Biasanya,  Kiai Muslih akan memberikan orang yang sakit itu minum air sejuk yang  Page 614 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

sudah dijampinya terlebih dahulu. Kemudian tangannya bergerak sendiri  mencari bahagian‐bahagian yang sakit. Bila sudah bertemu, disempurnakan  dengan membaca ayat suci dari Al‐Quran.    Kemudian pesakit itu akan diubat dengan ramuan tradisional. Perbuatannya  itu seperti tidak masuk di akal. Tetapi anehnya, kebanyakan pesakit yang  dirawatnya sembuh atau bertambah kurang penyakitnya. Kerana kebolehannya  yang luar biasa itu, Kiai Muslih amat dihormati oleh para penduduk  disitu, dia dianggap sebagai orang tua yang berilmu tinggi. Saya amat  kagum dengan sikap Kiai Muslih yang tidak pernah membe¬sarkan diri. Dia  amat menghormati datuk. Melihat keadaan itu, mustahil ada orang lain  yang mahu memusuhi dirinya.    "Aku gagal mengubat dan memulih semangat seorang lelaki di Tanjung  Malim”, Kiai Muslih mengadu pada datuk.    "Apa sakitnya?"    "Bila bulan terang dia akan menjerit, penyakitnya cukup ganjil. Aku  yakin dia dirasuk syaitan. Rumahnya besar dan pada setiap malam dia  tidur dengan perempuan cantik. Aku harap kau dapat menolong aku"    Page 615 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Tengoklah dulu"    "Aku harap benar‐benar pertolongan kau"    "Begini saja, minggu depan kita kesana”, datuk memberikan jawapan.    Kiai Muslih cukup gembira sambil memandang ke halaman rumahnya. Datuk  mengeliat lemah dan saya melihat jam di tangan. Sudah pukul tiga petang.  Kerana keadaan cuaca agak baik, Kiai Muslih mengajak datuk melihat tanah  sawahnya. Datuk memenuhi permintaan itu. Ketika berjalan di tepi sawah  itu, anak muda yang mempersendakan Kiai Muslih muncul di hadapan kami.  Anak muda itu terus menahan perjalanan kami. Dia rapat pada Kiai Muslih.    "Pinangan saya di tolak, apa kurangnya saya dengan anak muda dari  Langkap tu”, nada suara anak muda itu keras.    "Suriati yang tidak mahu. Lagi pun jodoh kau dengannya tak ada"    "Suadahlah muka sial”, anak muda itu terus meninggalkan kami. Kiai  Muslih masih tersenyum menghadapi peristiwa itu.    Dua hari kemudian sesudah peristiwa di tepi sawah itu terjadi,  Page 616 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

penduduk‐¬penduduk kampung Kiai Muslih jadi gempar. Seorang wanita  berusia dalam lingkungan tiga puluhan ditemui mati di pinggir sawah.  Seluruh badannya hitam. Perempuan malang itu ialah sepupu dengan anak  muda yang mempersendakan Kiai Muslih di dewan dulu.    Serentak dengan itu tercetus khabar‐khabar angin yang mengatakan  perbuatan itu dilakukan oleh Kiai Muslih. Orang yang tidak  bertanggungjawab menyebarkan berita itu mengatakan, Kiai Muslih  memelihara syaitan dan perbuatannya itu dilakukan sebagai membalas  dendam pada anak muda yang menjatuhkan air mukanya di khalayak ramai.  Golongan yang tidak bertanggungjawab itu lalu mengapi‐apikan anak muda  yang sememangnya memusuhi Kiai Muslih, supaya melakukan sesuatu. Anak  muda yang sudah hilang perhitungan itu lalu bertindak liar. Anak muda  itu terus mendatangi rumah Kiai Muslih. Kerana Kiai Muslih tidak ada di  rumah, anak muda itu terus memukul isteri Kiai Muslih kemudian menikam  cucu Kiai Muslih iaitu, Suriati hingga mati.    Anak muda itu terus mencari Kiai Muslih yang sedang dalam perjalanan  pulang ke rumahnya dari kedai. Anak muda itu tanpa berkata sepatah apa  pun terus menikam Kiai Muslih. Kiai Muslih rebah ke bumi. Saya dan datuk  se¬cara kebetulan pula tidak pulang bersama Kiai Muslih dari kedai  petang itu. Bila kami sampai ke tempat kejadian itu, Kiai Muslih masih  Page 617 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

bernyawa. Kami segera membawanya ke rumah. Sampai di rumah Kiai Muslih  mendapati cucunya sudah tidak bernyawa lagi dan kepala isterinya  berdarah. Datuk terus merawat Kiai Muslih.  Datuk juga menasihatkan Kiai Muslih supaya bersabar. Saya disuruh oleh  datuk supaya tinggal di rumah Kiai Muslih kerana datuk mahu melaporkan  kejadian itu pada pihak berkuasa. Saya terus duduk disisi Kiai Muslih  yang terbaring di dalam rumahnya. Tiba‐tiba saya terkejut, Kiai Muslih  bangun. Mukanya merah. Dia boleh berjalan macam orang sihat.    "Kau uruskan bersama datukmu jenazah cucu aku”, katanya pada saya.    "Mahu ke mana ?", tanya saya.    Kiai Muslih tidak menjawap dan terus keluar rumah. Kehilangan Kiai  Muslih merunsingkan hati datuk. Walaupun isterinya sudah dihantar ke  Hospital Teluk Intan dan jenazah cucunya sudah di kuburkan, Kiai Muslih  tidak juga muncul‐muncul. Kesempatan itu digunakan dengan sebaik‐baiknya  oleh pihak yang menye¬barkan fitnah. Kononnya Kiai Muslih melarikan diri  kerana tidak sanggup menghadapi kemarahan orang kampung terhadap  perbuatannya. Datuk menafikan semua tuduhan itu, akibatnya datuk dituduh  bersuhabat sama dalam  kerja terkutuk itu. Datuk di beri kata dua untuk membuktikan ke¬benaran  Page 618 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

cakapnya itu dalam tempoh dua hari oleh ketua kampung. Jika datuk gagal,  ketua kampung minta datuk dengan hormatnya keluar dari kampung tersebut.    "Tamar, inilah ujian yang berat buat aku, kita harus menggunakan  kesempatan ini dengan sebaik¬‐baiknya Tamar”, kata datuk pada saya,  sebaik sahaja dia pulang dari menemui ketua kampung kira‐kira pukul dua  petang.    Selepas sembahyang Zuhur di kampung tersebut, datuk terus menuju ke  rumah Kiai Muslih. Dia terus duduk bersila di anjung rumah tersebut.  Kedua belah tapak tanganya terlekap atas tempurung lututnya. Datuk  bertafakur.    "Keimanan Kiai Muslih tercabar, sabarnya sudah hilang. Dia mahu  mem¬balas dendam yang sepatutnya tidak boleh dilakukan olehnya,  kemarahan yang dipengaruhi syaitan sudah menguasai dirinya”, dengan  mendadak datuk ber¬suara, wajahnya kelihatan muram. Datuk mengajak saya  pergi ke arah kawasan bukit yang terdapat di situ. Cuaca yang tadi  terang mula muram dengan awan hitam di langit. Datuk dan saya terus  meredah hutan tebal. Akhirnya, kami sampai di situ kawasan lapang. Di  atas batu besar kelihatan Kiai Muslih duduk bersila bertafakur.    Page 619 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Mantera hitam, mantera putih bersatulah”, kedengaran suara Kiai Muslih.  Kemudian Kiai Muslih menumpukan kekuatan batinnya, menyatukan rasa  dengan alam. Dari mulutnya terkeluar bermacam‐macam mantera yang kian  lama kian keras diucapkannya.    "Kiai berhentikan perbuatan itu, kau sudah dipengaruhi syaitan”, jerit  da¬tuk berkali‐kali.    Kiai Muslih mempersetankan larangan datuk. Dia terus membaca manteranya.  Awan hitam di langit semakin menebal dan guruh mula bersahut¬‐sahutan.  Datuk menggunakan kekuasaaan batin untuk menghubungi diri Kiai Muslih.  Saya lihat dahi datuk berpeluh dan mukanya merah, macam udang kena  bakar. Tiba‐tiba datuk tersungkur atas bumi macam dihentak sesuatu. Saya  mula resah tidak menentu. Dalam keadaan yang cemas itu hujan pun turun  bersama dengan petir. Hujan bagaikan dicurah‐curah lakunya, cukup lebat  bersama dengan angin dan petir. Datuk saya lihat bergerak dan merangkak  ke perdu pokok besar. Saya mengikutinya berteduh di situ. Datuk menangis  tersedu‐sedu. Dia tidak putus‐putus menyatakan rasa kesalnya terhadap  tindakan Kiai Muslih yang terburu‐buru itu.    "Semuanya sudah menjadi bubur Tamar, aku tidak berdaya menahan  ke¬marahan orang yang paling sabar”, ujar datuk dalam sedu sedan yang  Page 620 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

meman¬jang.    Hujan lebat terus mencurah‐curah, beberapa kawasan rendah mula dinaiki  air. Menjelang waktu Maghrib seluruh kampung dilanda banjir besar.  Gelombang banjir yang besar itu menghancurkan apa saja yang  merinta¬nginya. Kiai Muslih terus membaca manteranya tanpa mempedulikan  hujan dan petir yang meledak di atas kepalanya. Datuk masih juga  berusaha untuk memulihkan semangat Kiai Muslih ke alam nyata. Datuk  menggunakan segala kepandaian yang ada pada dirinya. Usahanya gagal.  Saya sudah menggigil, kulit badan terasa kecut tetapi, datuk saya lihat  tidak mengalami apa yang saya alami. Badannya sentiasa panas dan nampak  berasap.    "Kiai, kau sudah sesat", pekik datuk dengan sekuat hati. Serentak dengan  itu Kiai Muslih menoleh kearah datuk.    Tiba‐tiba kilat menyambar dengan kuatnya di kepala Kiai Muslih. Lidah  petir yang tajam menyambar kearah Kiai Muslih. Terdengar satu gegeran  yang amat kuat, seluruh kawasan itu dijilat api. Seluruh tubuh Kiai  hangus terbakar. Saya terus pengsan. Bila saya sedar dari pengsan, saya  dapati datuk duduk bertafakur atas bahu di tempat Kiai Muslih duduk.  Datuk membaca ayat‐ayat Quran dengan nyaring dan kuat, hujan  Page 621 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

beransur‐ansur teduh dan akhirnya berhenti terus.    "Allah yang Maha Besar telah menunjukkan pada kita bahawa perbuatan  membalas dendam sesama manusia tidak diperkenankan. Dalam membalas  den¬dam orang yang tidak berdosa akan terkorban”, kata datuk pada saya,  kemudian datuk melihat mayat Kiai Muslih yang hangus.    Esoknya, bila banjir beransur surut, datuk pun menemui ketua kampung dan  menceritakan perkara yang telah berlaku. Ketua kampung mula sedar dan  insaf. Ketua kampung mengakui yang dirinya telah banyak membuat  kesilapan dan percaya pada khabar‐khabar angin, akibatnya banyak anak  buahnya yang tidak berdosa menjadi korban. Ketua kampung juga  memberitahu datuk, anak muda yang menjadi musuh Kiai Muslih hilang di  bawa air yang melanda kampung tersebut. Walaupun begitu, datuk tetap  menasihatkan ketua kampung supaya bersabar.    Ketika saya dan datuk meninggalkan kampung tersebut menuju ke Tan¬jung  Malim, kami mendapat khabar yang ketua kampung juga menemui ajalnya  secara ngeri. Ketua kampung mati ditimpa pokok kelapa ketika  membersihkan kawasan rumahnya dari sampah sarap yang dibawa oleh air  ketika banjir. Datuk hanya terdiam mendengar berita itu dan terus  menghadiahkan Al‐Fatihah pada roh ketua kampung.  Page 622 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Saya tahu, datuk pergi ke Tanjung Malim untuk menunaikan permintaan  arwah Kiai Muslih untuk mengubati penyakit ganjil yang dihadapi seorang  lelaki di tempat tersebut. Kerana kami sampai ke pekan Tanjung Malim  pada waktu senja, kami terus menuju ke masjid. Setelah menunaikan  sembahyang Maghrib dan Isyak di Masjid Tanjung Malim, kami terus pergi  ke sebuah kedai makan di pekan tersebut. Datuk terus bertanya pada tuan  punya kedai tentang seorang lelaki yang tinggal di rumah besar dan  mengidap penyakit ganjil. Tuan punya kedai itu memberikan jawapan yang  menghampakan tetapi, dia berjanji pada datuk untuk menemukan datuk  dengan penghulu.    "Barangkali penghulu tahu, kalau dia tidak tahu saya akan membantu  encik”, ujar tuan punya kedai.    Setelah membayar harga makanan dan minuman, datuk dan saya pun segera  beredar dari kedai tersebut. Saya kira datuk akan menginap di hotel  malam itu. Kiraan saya itu tidak tepat. Datuk mengambil keputusan untuk  tidur di masjid sahaja.    "Kita tidur di masjid saja, buat amalan sikit. Sementara kita masih  hidup ni buatlah mana patut untuk bekalan hari akhirat”, kata datuk pada  Page 623 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

saya.    Ketika itu kami sedang melintasi landasan keretapi yang dibina atas dada  jalan raya. Beberapa buah lori dan kereta membunyikan hon menyuruh kami  berjalan ke tepi. Hati saya tiba‐tiba jadi marah dengan sikap pemandu  kenderaan itu. Mereka memandu agak laju sambiI memasang lampu besar,  tanpa memikirkan keselamatan orang‐orang yang berjalan kaki.  Pemandu‐pemandu kenderaan itu merasakan jalanraya tersebut adalah hak  mereka saja. Mereka seolah‐olah berlumba dijalanraya sama ada mereka  datang dari arah Kuala Lumpur atau arah lpoh (masa itu lebuhraya Slim  River‐¬Tanjung Malim masih belum ada) masing‐masing mahu sampai segera  ke tempat yang di tuju. Mata saya dan datuk jadi silau akibat suluhan  lampu kenderaan.    "Kadang‐kadang manusia ni, bila dapat kemudahan tidak pernah bersyukur  pada Allah dan tidak pula mahu memikirkan tentang orang lain yang tidak  ada kemudahan”, rungut datuk.    Saya menggigit bibir sambiI memijak rerumput di tepi jalan. Sesekali  saya merenung kearah tiang dan lampu jalan yang setia memancarkan  cahaya. Waktu saya dan datuk masuk ke kawasan masjid, kami bertemu  dengan seorang lelaki berumur sekitar tujuh puluhan memakai kain dan  Page 624 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

baju Melayu serta memakai serban hijau. Orang tua yang kelihatan gagah  itu memberi salam. Datuk membalas salamnya dan terus berjabat tangan.    "Ke mana?", tanya orang tua itu pada datuk.    "Cadang tu nak bermalam di masjid ni"    "Memang baguslah tu, berlindung di rumah Allah nanti awak dapat  syafaatnya. Tetapi sebelum tu eloklah awak merepotkan diri ke balai  polis dan nyatakan awak nak bermalam di masjid"    "Apakah ini undang‐undang?"    Orang tua yang berserban hijau itu terdiam sejenak dan memalingkan  mukanya ke arah pekan Tanjung Malim. Saya tidak dapat melihat wajahnya  dengan jelas kerana cahaya dari lampu jalan tidak berapa kuat menyinari  kawasan masjid.    "Bukan udang‐undang, tapi untuk keselamatan diri awak. Bukan awak tak  tahu kawasan sekitar Tanjung Malim belum jadi kawasan putih, sekarang  zaman darurat, musim orang komunis mengamuk”, jelas orang tua itu tanpa  memandang wajah datuk.  Page 625 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Saya faham sekarang. Terima kasihlah atas nasihat awak"    "Sama‐sama, nama saya Haji Ramli, saya nak balik sekarang"    Sebaik saja dia mengakhiri kata‐kata itu, dia terus berjalan menuju ke  arah jalan raya. Datuk terpinga‐pinga ada semacam kekesalan terbayang di  wajah datuk kerana tidak sempat memperkenalkan dirinya pada orang tua itu.  Tetapi, datuk mematuhi nasihatnya. Kami terus menuju ke balai polis.  Salah seorang anggota polis yang bertugas pada malam itu menyambut  keda¬tangan kami dengan ramah. Saya melihat jam yang tersangkut di  dinding balai polis sudah hampir pukul dua belas tengah malam.    "Apa halnya pakcik?"    "Saya dan cucu saya ni nak repot diri, kami nak tidur di masjid”, kata  datuk.    "lnilah yang sebaiknya untuk faedah bersama. Waktu darurat begini  kadang‐¬kadang ada pemeriksaan mengejut waktu malam yang masanya tidak  me¬nentu. Siapa yang suruh pakcik kemari?"    Page 626 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Haji Ramli"    "Haji Ramli?”, anggota polis itu nampak resah sambil mengerutkan  dahi¬nya. Anggota polis itu merenung wajah datuk penuh keraguan.    "Kenapa encik?"    "Haji Ramli tu sebenarnya sudah mati kira‐kira enam bulan yang lalu  dalam serangan hendap komunis di Behrang.    "Siapa dia Haji Ramli yang sebenarnya encik?"    "Dia sebenarnya sarjan di balai polis ni. Dia orang Kuala Klawang,  Negeri Sembilan. Agaknya pakcik ni silap orang. Pakcik dah mengantuk  agaknya”, anggota polis yang bercakap dalam loghat Kedah itu  mengetawakan datuk.    Sesungguhnya datuk tidak tersinggung dengan sikap anggota polis itu. Dan  datuk tidak mahu mempertahankan kenyataan yang dilihatnya. Barangkali  datuk memikirkan perbuatan itu satu perbuatan yang sia‐sia. Cukup sukar  me¬nerangkan sesuatu tanpa bersandarkan pada kenyataan yang lojik.    Page 627 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Barangkali cakap encik betul”, kata datuk sebaik saja anggota polis itu  berhenti ketawa.    Anggota polis itu minta kad pengenalan (kad pengenalan la¬ma yang  bentuknya kembar dua dari kertas biasa, ukuran gambarnya besar sedikit  dari ukuran gambar kad pengenalan sekarang). Anggota polis itu menatap  gambar datuk sejenak. Kemudian mencatatkan sesuatu di kertas. Kad  pengenalan datuk dikembalikan. Saya sudah dua tiga kali menguap panjang.    "Pakcik ni mahu ke mana sebenarnya?", soal anggota polis itu lagi.    "Saya datang kemari, nak menolong orang sakit, saya cuma menunaikan  amanat seorang kawan"    "Pakcik ni Tuk Pawanglah?"    "Tidak"    "Dukun?"    "Tidak"    Page 628 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Bomoh?"    “Juga tidak, saya sekadar mahu membuat jasa sesama manusia"    "Pakcik ni ganjil orangnya"    "Dalam dunia ni tak ada manusia yang ganjil, semuanya sama belaka"    Anggota polis itu tersenyum sinis. Kemudian dia menyerahkan sekeping  kertas kuning yang tercatat nama datuk dan nombor repot. Kertas itu  datuk masukkan ke dalam saku bajunya.    "Terima kasih encik"    "Sama‐sama. Bila pakcik mahu meninggalkan masjid untuk pergi ke  mana‐mana sila laporkan diri"    "Baik encik"    Datuk dan saya pun meninggalkan balai polis menuju ke masjid. Bila  berada dalam perut masjid datuk terus membaca Al‐Quran dan saya pun  mencari tempat yang sesuai untuk merebahkan badan. Tempat yang sesuai  Page 629 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

saya temui, badan pun saya rebahkan dalam beberapa saat saja saya sudah  tidak dapat mendengar suara datuk.    Rasa marah dan geram mula menguasai diri saya. Kerana terlalu geram saya  genggam penumbuk lalu menekan penumbuk ke dinding masjid, hingga buku  lima saya terasa sejuk menyentuh simen dinding. Siapa tidak meradang  sedang nyenyak tidur dipaksa bangun.    "Sial”, pekik saya.    "Jangan biadab!”, balas datuk serentak dengan itu tangan kanan datuk  menekan rehang mulut saya. Lepas itu, dia menekan pangkal pelipat kaki  kanan saya beberapa minit, hingga muka dan badan saya berpeluh. Badan  terasa segar dan bertenaga rasa mengantuk dan malas terus hilang. Datuk  terus menarik tangan saya menuju ke pintu masjid. Di situ sudah sedia  menanti dua orang lelaki. Mereka tersenyum merenung pada kami. Salah  seorang dari lelaki itu saya kenali, iaitu anggota polis yang kami temui  di balai polis. Dan seorang lagi tidak saya kenali. Orangnya kurus  memakai baju kemeja putih dan berseluar kuning. Wajahnya nampak muram.    "Ada apa encik? Encik nak periksa kami?”, tanya saya.    Page 630 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Tidak"    "Jadi kenapa encik datang kemari?”, datuk me¬nyoal pada anggota polis.    Saya lihat anggota polis yang menyandang senjata api di bahunya terse¬nyum.    "Begini pakcik. Dia ni kawan saya dan kerjanya pun macam saya juga. Dia  nak minta tolong tengokkan anaknya tidak berhenti‐henti menjerit”,  anggota polis itu menjelaskan tujuannya yang sebenar.    Datuk termenung sejenak. Ada rasa kurang senang hati terpamir di  wajahnya. Memang, datuk tidak berapa suka orang lain tahu tentang  kebolehannya. Datuk gigit bibir.    "Saya minta Tuk Pawang tengokkan saja”, rayu lelaki yang memakai baju  putih sambil merenung wajah datuk.    Anggota polis di sebelahnya tidak berkata apa‐apa.    "Saya bukan pawang, saya bukan bomoh”, kata datuk serius. Wajah lelaki  yang berbaju putih itu segera berubah.    Page 631 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Kami minta tolong pakcik”, anggota polis pula merayu. Lagi sekali datuk  termenung panjang.    "Saya bukan bomoh dan bukan pawang , saya cuma boleh berikhtiar saja.  Allah yang menentukan”, nada suara datuk lemah.    "Kami faham dan apa yang kami buat ni adalah ikhtiar kami”, sahut  anggota polis.    Setelah meraba pangkal telinga kanannya dua kali berturut‐turut, datuk  memberi persetujuan untuk memenuhi permintaan mereka. Kami pun  meninggalkan kawasan masjid. Dalam jangkaan saya waktu itu sudah pukul  tiga pagi kerana bintang‐bintang di langit sudah berkurangan angin pula  tidak sekuat tadi bertiup.    Akhimya, saya dan datuk sampai ke rumah yang di tuju. Anggota polis  tidak turut sama, dia kembali ke balai menyambung tugasnya. Masa berada  di rumah itu, kami terdengar bunyi tembakan yang bertalu‐talu dari arah  barat laut. Lelaki yang berbaju putih itu memberitahu datuk ada  pertempuran di hutan antara pasukan keselamatan dengan pihak komunis.  Datuk hanya ang¬gukkan kepala mendengar penjelasan itu. Tetapi, saya  bagaikan terasa ada sesuatu yang ganjil, lalu saya membuat kesimpulan  Page 632 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

bahawa diri saya dan datuk sudah dipermainkan. Saya membuat kesimpulan  itu, kerana saya tidak terdengar suara orang menangis. Suasana dalam  rumah itu terasa tenang dan damai sekali lampu letrik ber¬sinar dengan  terangnya. Saya dan datuk duduk bersila dekat pintu sementara lelaki  berbaju putih duduk tidak jauh dari datuk membelakangi ruang rumah.    "Mana dia anak awak?", tanya datuk.    "Begitulah keadaannya, ada masa dia diam ada masa dia menangis"    "Bawa dia kemari"    Lelaki berbaju putih itu terus memerintahkan isteri membawa anaknya ke  ruang tamu. Isteri lelaki berbaju putih itu dalam ling¬kungan usia tiga  puluhan berkulit cerah dan tinggi lampai orangnya. Kelopak matanya  kelihatan bengkak, barangkali terlalu lama menangis. Dia pun meletakkan  anak yang dipangku di hadapan datuk. Anak itu cukup nyenyak tidur.  Tiba‐tiba anak itu menangis dengan sekuat hatinya. Ma¬tanya terbeliak  macam melihat sesuatu yang amat menakutkan, sedangkan kaki dan tangannya  bergerak‐gerak macam orang menari mengikuti irama gen¬dang yang di palu.    Datuk tidak melakukan sesuatu terhadap anak perempuan itu. Budak  Page 633 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

pe¬rempuan itu cukup comel rupa parasnya, berusia kira‐kira sepuluh  tahun, berambut ikal yang dipotong separas bahu. Kulitnya cerah macam  ibunya juga.  Dia kelihatan menarik dengan pakaian baju kebaya merah dan berkain  hijau. Budak comel itu terus menjerit dan menangis hingga wajahnya  kelihatan agak kebiru‐biruan. Datuk membaca sesuatu lalu memegang tumit  kaki gadis comel. Tangisan dan jeritan budak comel itu terhenti. Dia  kembali tidur. Datuk terus diberi penjelasan oleh lelaki yang berbaju putih.    Menurut lelaki itu, anaknya sudah dua hari dua malam berkeadaan  demi¬kian. Sudah di bawa ke klinik swasta dan doktor mengesahkan anaknya  tetap normal. Beberapa orang dukun tempatan pula menga¬takan anaknya itu  terkena sampuk ketika melin¬tasi sebuah busut jantan sekembalinya dari  seko¬lah. Dukun‐dukun itu cuma mengubatinya. Semua¬nya tidak berjaya  keadaan anaknya tetap macam itu.    "Tolong saya tuan. Anak saya cuma dua orang saja, dialah yang tua.  Seorang lagi lelaki. Apa yang tuan syaratkan saya tunai, ambillah emas  di badan saya ini sebagai cagaran”, isteri lelaki berbaju pu¬tih merayu  datuk sambil menangis. Keadaan dalam rumah sudahjadi hara biru, beberapa  orang jiran kiri kanan bangunan sederet itu terjaga. Mereka lalu datang  ke tempat kami.  Page 634 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Begini saja. Saya minta awak membaca Al‐Fatihah dan Surah Al‐Iklas  seberapa banyak boleh. Jangan menangis dan meratap. Perbuatan itu tidak  baik, memberi peluang syaitan menguasai hati awak”, kata datuk dengan  tenang.    Isteri lelaki berbaju putih itu terdiam. Kemudian datuk meminta  jiran‐¬jiran tetangga yang datang supaya pulang ke rumah masing‐masing.  Datuk memberitahu mereka selagi mereka berada disitu, datuk tidak dapat  melakukan sesuatu. Permintaan itu dipatuhi oleh jiran‐jiran yang datang.  Suasana dalam rumah kembali tenang. Datuk terus menepuk lantai rumah  tiga kali. Mulutnya bergerak‐gerak membaca sesuatu, kemudian datuk  meletakkan ibu jarinya atas dahi gadis co¬mel. Ditekannya dahi anak  comel itu hingga berbekas.    "Saya minta maaf. Anak awak ni suka sangat melihat kera berjoget”, kata  datuk sambil memandang wajah lelaki yang berbaju putih dan isterinya.  Mereka kelihatan tercengang. Datuk tersenyum lalu meminta isteri lelaki  berbaju putih itu membangunkan anak lelakinya yang berusia lapan tahun.  Permintaan itu di tunaikan.    Bila budak lelaki yang berusia lapan tahun itu berada di depan datuk,  Page 635 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

wajahnya kelihatan cemas. Datuk pun memegang tapak tangan kanannya  sebentar.    "Jangan takut. Cakap perkara yang betul dengan tuk”, kata datuk sambil  melepaskan tangan budak lelaki yang dipegangnya. Budak lelaki itu  anggukkan kepala.    "Cucu sama kakak ada tengok tarian kera?"    "Ada”    "Seronok tak?"    "Seronok. Kera tu menari joget ikut gendang. Dia menari dekat kakak  sambil memeluk pinggang kakak"    Datuk puas hati dengan penjelasan budak lelaki itu. Datuk menyuruh  isteri lelaki berbaju putih membawa anaknya ke kamar tidur semula. Bila  isteri lelaki yang berbaju putih datang semula dan duduk di sisi  sua¬minya, datuk pun memperkemaskan silanya. Datuk pun mengedutkan  dahinya hingga pangkal ke dua keningnya seakan‐akan bertemu. Mata datuk  saya lihat kian mengecil. 

Page 636 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Mengapa dibiarkan anak perempuan awak dipegang oleh kera yang  me¬nari?", pertanyaan itu datuk ajukan pada lelaki yang berbaju putih.    Lelaki itu kelihatan resah, kemudian secara terus terang dia memberitahu  datuk bahawa perkara yang terjadi itu di luar pengetahuan isteri dan  dirinya. Datuk lalu menggesa lelaki berbaju putih mencari kera dan  tuannya. Lagi sekali wajah lelaki itu cemas, bukanlah mudah untuk  mencari kera dan tuannya waktu begini.    "Saya tak kenaI dengan tuannya?"    "Begini. Aku rasa kera dan tuannya tu bermalam di kaki lima kedai,  cubalah pergi ke sana. Tetapi ingat, jangan kau apa‐apakan dia, bawa dia  kemari”, beritahu datuk.    Lelaki berbaju putih itu segera keluar dari rumah menuju ke balai polis.  Dengan di temani oleh anggota polis yang bertugas di situ dia pergi ke  tempat tersebut. Sementara menanti kepulangan mereka, datuk terus  merawat gadis comel secara kebatinan. Datuk tidak menyentuh kulit gadis  comel itu. Datuk hanya memusingkan hujung bajunya dengan jari  kelingking. Setiap kali hujung baju itu dipusingkan, gadis comel itu  Page 637 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

akan menjegilkan biji matanya, macam orang ketakutan.    Saya hanya melihat saja apa yang berlaku di hadapan mata. Sementara  dalam kepala saya tergambar permainan tarian kera yang pernah saya  lihat. Tarian kera ini selalunya dipertunjukkan di kawasan yang menjadi  tempat lalu lintas orang ramai. Kera yang menari itu dikenakan baju  cantik, macam baju orang perempuan serta di beri kipas yang di buat dari  bilah buluh. Tuan punya kera akan memukul gendang dan kera itu akan  menari mengikut rentak dan irama gendang yang dipalu.      SBDJ (Jilid 02) Siri 40: Pemuda Menjerit Malam    Setelah selesai menari kera itu akan membawa tempurung menemui orang  yang melihatnya. Orang ramai akan mencampakkan wang ke dalam tempurung.  Bila bertemu dengan budak perempuan yang comel kera itu akan menarik  baju atau memeluk pinggang gadis comel sebagai tanda persahabatan.  Tarian kera ini pada mulanya diperkenalkan oleh orang‐orang India yang  datang dari Madras. Orang Melayu juga ada menjalankan pertunjukan ini  de¬ngan tujuan mencari wang. Kalau kera itu bertuankan orang‐orang India  tarian yang dipersembahkan tetap berunsurkan tarian India, kalau orang  Melayu yang jadi tuannya, kera itu pandai menari joget atau inang.    Page 638 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Kalau kera betina akan dinamakan Minah dan kera jantan dinamakan Mulung  atau Meletik. Kata orang tarian kera ini ada unsur‐unsur sihir yang  dapat menarik perhatian orang ramai serta rasa simpati untuk  menghulurkan ban¬tuan, sejauh manakah kebenaran kata‐kata itu tidak  dapat dipastikan oleh sesiapapun. Akhirnya, lelaki berbaju putih itu pun  pulang. Rambutnya kelihatan kusut masai dan matanya merah serta berair.  Isterinya terus bertanya:    "Mana keranya bang?"    "Ada di luar"    "Bawa masuk”, tingkah datuk sambil bangun.    Beberapa saat kemudian kera dan tuannya muncul di muka pintu. Datuk  mempersilakan tuan punya kera duduk disisinya. Setelah bercakap sebentar  dengannya, datuk sudah dapat mengetahui serba sedikit tentang latar  belakang tuan punya kera itu.    "Saya nak ambil sehelai bulu tengkuk kera ini”, ujar datuk.    Saya jadi hai¬ran mendengar cakap datuk itu. Kalau hanya memerlukan  Page 639 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

sehelai bulu tengkuk kera, tidak wajar tuan punya kera itu di bawa  bersama. Suruh saja lelaki berbaju putih itu mencabut sehelai saja bulu  kera tersebut. Ini lebih mudah dan tidak menyusahkan tuan punya kera .  Kadang‐kadang saya jadi bodoh dengan sikap datuk. Tuan punya kera tidak  membantah dengan hasrat yang disuarakan oleh datuk. Dia pun menolak kera  ke depan datuk. Dengan tenang datuk mencabut bulu kera tersebut . Isteri  lelaki berbaju putih nampak resah.    "Bulu kera ini saya rendam dalam gelas kira‐kira setengah jam, kemudian  air diminumkan pada anak awak, dengan izin Allah setelah air diminum  anak awak akan sembuh. Saya yakin anak awak ni kena sihir bulu kera dan  inilah ubatnya”    Lelaki berbaju putih dan isterinya mendengar cakap datuk dengan teliti.  Tuan punya kera yang berbadan tegap itu terus melurut‐Iurut badan  keranya. Dia macam buat tidak kisah dengan apa yang terjadi di depan  matanya. Dia sanggup menanti di situ hingga ke pagi asalkan diberi wang.    Masa terus berlalu, semuanya menanti waktu yang di janjikan dengan dada  yang berdebar. Gadis comel itu sudah dua kali menjerit sekuat hati .  Datuk masih lagi bertahan, dia tidak akan melakukan sesuatu selagi belum  sampai waktu setengah jam. Saya melihat ke gelas, tempat merendam bulu kera.  Page 640 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Sementara itu tuan punya kera terus bercerita tentang pengalaman manis  dan pahit sepanjang waktu dia menjaja tarian kera, merantau dari satu  tempat ke satu tempat. Dia berasal dari Burma dan menetap bertahun‐tahun  di India sebelum datang ke Tanah Melayu. Dia tidak menganut sebarang  fahaman agama. Namanya juga sering berubah‐ubah mengikut keadaan.    "Bila masuk ke pekan yang banyak orang Melayu, saya jadi Melayu, kalau  masuk estate saya jadi India, kalau pergi ke tempat Cina saya jadi Cina,  nama saya ada tiga, saya tidur tidak kira di mana‐mana, kadang‐kadang di  masjid, kadang‐kadang dikuil atau tokong Cina”, demikian tuan punya kera  menceri¬takan perihal dirinya penuh bangga dalam bahasa Melayu pasar  yang tonggang langgang tapi boleh difahami.    "Sekarang sudah sampai masanya”, tekanan suara nada datuk penuh yakin.    Dia lalu mengambil gelas yang berisi air dan bulu kera. Dengan sedikit  paksaan datuk berjaya memaksa gadis comel itu minum air bulu kera.    "Kita tunggu setengah jam lagi, kalau dia tidak menjerit bererti anak  encik sudah sembuh. Tetapi, kalau dia tidak sembuh atau akan maut kerana  sa¬kitnya ini, kera ini terpaksa di sembelih, darahnya di beri pada anak  Page 641 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

encik untuk di minum”, semua yang ada disitu bertambah kecut mendengar  pen¬jelasan datuk.    Lebih‐Iebih tuan punya kera. Lelaki berbaju pu¬tih dan isterinya mula  didatangi butir‐butir peluh di dahi, mereka sering kali melihat jam di  dinding. Gadis comel terbujur di atas lantai pucat le¬si. Masa terus  berlalu, kedinginan kian kuat terasa menyapa tubuh badan saya.    "Limat minit lagi”, kata datuk.    Isteri lelaki berbaju putih anggukkan kepala. Empat minit, tiga minit,  dua minit dan akhirnya tepat setengah jam. Gadis comel itu tidak  menjerit, dia bangun dari tempat baringnya. Datuk menyuruh gadis comel  itu membaca Al‐Fatihah dan mengucap dua kalimah syahadah. Gadis itu  dapat melakukan segala‐galanya dengan lancar dan teratur. Datuk gembira.  Tetapi, kegembiraan hanya berlaku sebentar saja. Lelaki berbaju putih  dan tuan punya kera bertengkar. Tuan punya kera itu tidak patuh dengan  janjinya.    "Waktu saya ajak datang tadi dia mengenakan bayaran sepuluh ringgit,  sekarang dia mahu dua puluh ringgit”, keluh lelaki berbaju putih.    Page 642 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Isterinya pula mula membuka gelang dan kalung di leher untuk diserahkan  pada tuan punya kera. Perbuatan itu segera ditegah oleh datuk.  Cepat‐cepat datuk menepuk bahu tuan punya kera dan terus mengambil wang  sepuluh ringgit dari lelaki berbaju putih, lalu diserahkan pada tuan  punya kera yang bagaikan terkena pukau, menerima dan mendengar cakap  datuk. Datuk, saya dan tuan punya kera meninggalkan rumah lelaki berbaju  putih. Bila sampai di luar kawasan balai polis, datuk terus memegang  bahu tuan punya kera.    Tiba‐tiba kera yang didukung oleh tuan punya menyerang datuk dengan  meng¬gigit lengan datuk. Ternyata gigi kera yang tajam itu tidak mampu  menembus kulit lengan datuk. Dalam malam yang dingin itu, saya lihat  muka tuan punya kera berubah, dari wajah seorang yang agak bodoh dan  tolol menjadi bengis dan garang. Dia mengarahkan keranya menyerang  di.mana‐mana bahagian tubuh datuk. Datuk terus bertahan. Tiba‐tiba badan  saya mengeletar, bukan kerana rasa sejuk yang di bawa oleh angin subuh,  tetapi, kerana kera yang saya lihat kecil itu berubah jadi besar. Lebih  tinggi dari datuk, kera itu membuka mulutnya dengan luas , kedua‐dua  taring yang panjang dan tajam itu menyeringai. Datuk masih bertenang,  dia mengelak bila kera itu menyerang. Tuan punya kera terus mengeluarkan  arahan.    Page 643 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Tiba‐tiba datuk berjaya menangkap ekor kera itu. Dalam beberapa saat  saja kera itu kembali kepada keadaan asalnya. Tuan punya kera pula mula  me¬nyerang dari sebelah kanan. Datuk mengelak setapak, kemudian memukul  pangkal leher tuan punya kera hingga tersungkur. Ketika itu, beberapa  orang anggota polis yang dapat melihat keadaan di luar balai segera  keluar. Masa anggota polis itu sampai ke situ, datuk sudahpun  membangunkan tuan punya kera. Dengan nada suara yang merayu‐rayu tuan  punya kera minta datuk jangan mengapa‐apakan dirinya.    "Awak jahat. Awak sengaja menggunakan ilmu halus awak untuk  memper¬dayakan orang. Saya tahu, awak sengaja kenakan pada budak  perempauan itu. Bila dia sakit awak tahu menawarnya dan awak kenakan  bayaran yang tinggi, ini kerja awak”, kata datuk sambil memulas tangan  tuan punya kera.    "Saya cari makan tuan”    "Bukan cara ini awak cari makan, lagi sekali awak buat kerja ni, awak  mati tahu?”, ugut datuk sambiI memeriksa badan tuan punya kera.    Datuk menemui sekeping kulit kera yang sudah kering yang dibalut dengan  beberapa rajah serta tulisan Burma. Datuk bakar kulit keras dan  Page 644 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

pembalutnya, datuk tidak peduli dengan rayuan dari tuan punya yang  menyembah‐nyembah kakinya.    "Awak balik”, kata datuk.    Tanpa banyak cakap tuan punya kera beredar dari situ dengan wajah yang  muram. Pada anggota polis yang berada di tempat tersebut ,datuk  menasihatkan mereka supaya jangan membenarkan anak‐anak perempuan  mereka  melihat tarian kera dalam jarak dekat, apa lagi membiar¬kan kera  memanjat atau memeluk badan anak‐anak mereka.    "Tarian tu selalu digunakan oleh tuan punya menyerapkan semangat ke¬ra.  Tetapi, tidak semua pula tuan punya tarian kera berperangai begitu. Kita  harus berjaga‐jaga. Tarian itu ada unsur‐unsur pe¬mujaan roh ghaib”,  datuk membuka rahsia di seba¬lik tarian kera.    Kemudian kami terus ke masjid. Tidak lama le¬pas itu waktu subuh sudah  tiba, kami pun bersem¬bahyang subuh dengan orang‐orang yang datang ke  masjid tersebut. Kerana memikirkan saya dan datuk orang musafir yang  menumpang tidur di masjid, ti‐dak banyak yang mahu bercakap dengan kami,  walau¬pun kami bersikap ramah pada mereka. Mereka datang ke masjid hanya 

Page 645 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

untuk sembahyang saja dan melupakan ajaran agama yang menyuruh  pengikutnya menjalin persahabatan dan kemes¬raan dengan orang yang  seagama dengan mereka.    Lebih kurang pukul lapan pagi kami pun keluar dari masjid menuju ke  kedai tempat kami makan ma¬lam tadi. Sepanjang jalan ke kedai datuk  terus merungut kerana dia tidak melakukan kebiasaannya mandi embun.  Kedatangan kami di sambut oleh tuan punya kedai makan ramah sekali.  Malah, dia turut makan semeja dengan kami. Banyak perkara yang  ditanyakan¬nya pada datuk. Saya kira tuan punya kedai itu seorang yang  bijak kerana sambil bercakap itu dia sebenarnya mengemukakan pertanyaan  yang tidak begitu ketara terhadap diri datuk.  Secara tidak langsung datuk sendiri membuka rahsia tujuan sebenarnya  mahu mengubati lelaki yang dikatakan mengidap penyakit aneh itu.    "Sebenarnya, lelaki tu ada hubungan keluarga dengan saya. Tetapi, saya  tidak begitu yakin berubat cara tradisional ni “, kata tuan punya kedai  sambil menghirup air kopi.    Datuk pandang muka saya seolah‐olah datuk memberitahu bahawa, dirinya  terperangkap dalam kemanisan budi dan tutur bicara tuan punya kedai.    Page 646 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Kenapa awak tidak berterus terang dengan saya sejak semalam?”,datuk  melahirkan rasa kurang senangnya.    Tuan punya kedai terdiam. Datuk hirup kopi dengan tenang. Beberapa orang  pelanggan terus keluar dan masuk.    "Minta maaf, kalau saya katakan kebanyakan orang‐orang kita ni terutama  yang mendakwa dirinya bomoh dan pawang, selalunya cari kesempatan,  ke¬bolehan tidak setinggi mana cakap saja yang melambung”, tuan punya  kedai meluahkan apa yang tersirat dalam hatinya.    Datuk tersenyum sambil menjentik badan cawan dengan jari manisnya. Tuan  punya kedai menyepitkan sebatang rokok cap tembak (Rough Rider) ke  bibirnya. Hujung rokok itu di bakarnya dan disedutnya panjang‐panjang.  Asap rokok yang diluahkannya berlegar‐Iegar dalam ruang kedai sebelum  hilang di bawa angin pergi.    "Hubungan keluarga macam mana tu?", datuk menyoal tuan punya kedai  sambil menghabiskan sisa‐sisa kopi yang ada di dalam cawan.    "Pangkat dua pupu dengan saya”    Page 647 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Awak kenal dengan Kiai Muslih?"    "Kenal tu tidak, saya cuma kenal pada namanya saja. Kiai itu juga pemah  mengubatnya. Tapi, tidak juga mahu sembuh”    "Apa pendapat awak tentangnya?"    "Dia tu saya rasa jujur orangnya”    "Awak tahu dia dah meninggal?"    "Saya tak tahu, bila dia meninggal?", tuan punya kedai terkejut.    Datuk terus menerangkan pada tuan punya tentang kedudukan yang  sebenarnya. Wajah tuan punya kedai kelihatan cemas sedikit, bila datuk  menyatakan kedatangan‐nya ke situ adalah untuk menunaikan amanat Kiai  Muslih.    "Kita sekadar mahu menunaikan permintaan kawan, itu pun kalau kaum  keluarga sipemuda tu setuju. Kita sekadar mahu menolong dan kita  bukannya pawang atau dukun. Kita tidak mencari makan atas nama pawang  atau bomoh”, cukup tentang datuk berkata.  Page 648 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Tuan punya kedai terdiam. Datuk pun bangun untuk membayar harga makanan  serta bersedia mahu meninggalkan kedai tersebut.    "Nanti dulu, maafkan saya kalau tersinggung”    "Saya tak tersinggung, itu hak awak”    "Saya tahu itu hak saya tapi, perbuatan itu kurang baik. Lagi sekali  saya minta maaf. Sebab zaman sekarang, banyak orang menyamar jadi bomoh”    "Selalunya yang asli tetap asli, jarang mahu menunjuk kebolehan”    "Saya setuju”    Bila datuk mahu membayar harga minuman dan makanan, tuan kedai itu tidak  menerimanya. Malah tuan punya kedai itu membawa saya dan datuk ke sebuah  bilik khas di bahagian belakang kedainya. Tuan punya kedai itu  memberitahu pada datuk yang saudaranya (Ielaki berpenyakit ganjil)  berusia lebih kurang tiga puluh lapan tahun. Tidak suka menerima tetamu  datang ke rumah walaupun ibubapanya.    Page 649 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Hati‐hatilah awak bila kesana. Banyak orang yang cuba mengubati dikejar  dengan parang panjang, kecuali Kiai Muslih”, tuan puny a kedai  mengingatkan datuk.    "Aneh juga perangainya”, balas datuk.    "Dia bukan sakit tapi kemasukan syaitan”    "Barangkali”, jawab datuk pendek.    Datuk terus memberitahu tuan punya kedai yang dirinya tidak dapat pergi  dengan segera ke rumah lelaki aneh itu. Paling cepat dua hari lagi.  Datuk perlu membuat beberapa persiapan tertentu. Dan datuk tetap memilih  masjid sebagai tempat menginap sementara menanti masa yang di tunggu itu  tiba.    Sejak menginap di masjid datuk terus menjalin persahabatan dengan  anggota‐anggota polis disitu. Dan datuk sudah pun mendapat kebenaran  untuk berjalan pada setiap subuh di kawasan pinggir pekan Tanjung Malim  yang terdapat pokok‐pokok tumbuhan. Sebelum pergi ke tempat tersebut  datuk dikehendaki melaporkan diri kepada pihak berkuasa di balai polis.  Walaupun tujuan datuk pergi ke kawasan hutan tersebut untuk mandi embun.  Page 650 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Tarikh yang dijanjikan pun tiba. Datuk dijemput oleh tuan punya kedai  dengan kereta menuju ke kawasan perkampungan Melayu yang terletak ke  selatan bandar Tanjung Malim. Bila sampai ke kawasan tersebut datuk pun  diperkenalkan dengan kaum kerabat pemuda yang malang itu. Saya dengan  datuk sampai di kampung tersebut pada sebelah pagi. Dan pada sebelah  petangnya saya dan datuk sudahpun mengetahui kedu¬dukan rumah batu  tempat pemuda aneh itu tinggaI. Kawasan sekeliling rumah batu itu  ditumbuhi pohon‐pohon besar. Halaman rumahnya lapang dengan pokok‐pokok  bunga raya. Dibelakang rumah terdapat kolam besar. Petang itu juga datuk  menghampiri rumah batu tersebut. Dari jauh lagi pemuda ganjil  melambai‐Iambaikan tangan pada datuk. Datuk terus masuk ke kawasan rumah  tersebut. Pemuda ganjil mendekatinya.    "Apa hajat kemari?" tanya pemuda ganjil.    Wajahnya cengkung. Matanya merah, misai dan janggut serta jambang tumbuh  liar di wajahnya. Datuk cuba tersenyum kepadanya.    "Saya nak memancing ikan”, datuk berbohong.    "Pergilah ke tempat lain. Kawasan ni kawasan saya dan tuan puteri”,  Page 651 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

ujarnya serius.    "Minta maaf, saya tak tahu”, kata datuk.    Pemuda ganjil itu tersenyum dan terus menghalau datuk dari kawasan  rumahnya dengan maki hamun. Datuk terus menemui ke dua orang tua lelaki  ganjil itu. Datuk memberitahu mereka segala usaha akan diikhtiarkan pada  waktu malam hari Selasa ketika bulan mengambang. Sebelum usaha itu  dilancarkan, datuk perlu mengetahui gerak‐gerinya. Da¬tuk merasa senang  hati kerana kedua orang tua lelaki ganjil itu sanggup membantu datuk.  Sementara menanti musim bulan mengambang, saya dan datuk perlu tinggal  di kampung tersebut selama dua hari lagi.    "Malam ni tiga belas Syaaban, malam esok empat belas dan malam lusa baru  lima belas”, kata datuk pada saya sambil menggigit ibu jarinya. Saya  anggukkan kepala dengan harapan datuk akan terus duduk di tebing sungai  itu. Saya sudah tidak sanggup lagi untuk berjalan di kawasan yang penuh  se¬mak samun itu. Selain dari itu, hati saya sentiasa bimbang dan cemas.  Manalah tahu, tiba‐tiba pemuda yang tinggal di rumah batu akan keluar  membawa parang untuk memotong leher saya dan datuk. Dan bermacam‐macam  perkara bermain dalam kepala saya.    Page 652 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Memang elok, malam lumaat”, tambah datuk lagi sambil merenung ke arah  rumah batu yang sudah jauh tertinggal di belakang.    Saya terus menggigit bibir sambiI merenung ke langit. Saya lihat awan  petang itu cukup bersih. Datuk berhenti melangkah. Dengan teliti dia  meletakkan punggungnya atas batu besar yang terdampar di bibir Sungai  Bernam. Tidak jauh dari batu besar itu terdapat sepohon pokok ara yang  akarnya terjuntai ke dalam air sungai. Perdu pokok ara itu cukup besar,  kira‐kira dua pemelok. Air Sungai Bernam yang mengalir itu seakan‐akan  berpusing‐pusing di bahagian akar pokok ara itu sebelum mengalir ke  selatan. Kerana air Sungai Bernam yang mengalir itu cukup jernih, pasir  dan batu‐batu yang terdapat di dasarnya boleh dilihat dengan jelas.  Datuk saya lihat merenung air sungai yang seakan‐akan berpusing  berhampiran dengan akar ara yang terjuntai itu. Datuk macam mencari  sesuatu. Dahinya saya lihat berkedut bersama bintit‐bin¬tit peluh yang  tumbuh di kiri kanan pipinya. Saya merasa hairan dan takjub dengan sikap  datuk yang tiba‐tiba berubah itu.    "Kita harus mencari akar‐akar kayu, pucuk‐pu¬cuk kayu dan batu‐batu yang  terdapat dalam sungai ni Tamar”, ujar datuk sambil merenung muka saya.    Macam ada sesuatu yang timbul dalam diri saya untuk menentang apa yang  Page 653 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

datuk cakapkan. Apa perlunya batu dan akar kayu itu? Apakah datuk tidak  tahu hari sudah petang? Apakah dia tidak terfikir pemuda yang berada di  rumah batu itu akan sampai ke tempat saya dan datuk duduk sekarang? Saya  mengeluh dalam hati.    "Semuanya ada guna untuk kita Tamar. Aku tahu apa yang kau fikirkan dan  kau jangan cuba membantah cakap aku”    Mendengar suara datuk itu, muka saya segera berubah. Saya malu pada diri  saya sendiri. Datuk sudah tahu apa yang tersirat dalam hati saya. Datuk  renung muka saya sebentar. Kemudian dengan tenang datuk Iipatkan kedua  belah kaki seluarnya hingga separas kepala lutut. Datuk terus turun ke  dalam sungai. Meranduk air sungai dengan tenang sambil membongkokkan  badan mengutip batu‐batu yang berada betul‐betul di tengah sungai.  Kebanyakan batu yang dikutip itu berbentuk leper dan bersegi tiga. Datuk  masukkan batu‐batu itu ke dalam saku bajunya. Jumlah batu yang dikutip  oleh datuk lebih kurang tiga puluh tiga biji. Datuk memanjat tebing  sungai dan terus menghampiri saya.    "Mari kita ke sana”, ujar datuk sambil menuding jarinya ke arah matahari  terbit.    Page 654 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Saya pun segera bangun dan mengeliat dua tiga kali. Datuk terus  lang¬kah. Saya tidak ada pilihan lain dan terpaksa mengikutnya saja.    Matahari petang kian condong, bebayang pokok memanjang di tanah. Awan  saya lihat tetap berarak tenang. Kami masuk ke kawasan hutan kecil yang  bersambung dengan kaki sebuah bukit. Pokok‐pokok yang tumbuh di kaki  bukit itu agak subur . Dengan menggunakan tangannya datuk pun mematahkan  beberapa dahan kayu yang berdaun lebat. Kami kian jauh mara ke dalam  hutan dipinggir bukit itu, matahari kian mengecil membuat suasana di  sekitar kawasan tersebut agak muram. Dan datuk dengan menggunakan  kekuatannya berjaya mencabut beberapa akar kayu hutan.    "Balik”, kata datuk .    Kepalang gembiranya hati saya mendengar cakap datuk itu. Kami berpatah  balik menuju ke tebing sungai, tempat kami mula bergerak tadi. Sebaik  saja sampai di bawah pokok ara tempat saya dan datuk duduk tadi,  terdapat kesan‐kesan darah pada akar pokok tersebut. Datuk melihat kesan  darah itu dengan teliti.    "Darah apa agaknya?", rungut datuk sambil merenung muka saya.    Page 655 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Cepat‐¬cepat saya gelengkan kepala. Ketika itu saya lihat di kaki  langit, cahaya merah dan kekuningan mula bangkit, menandakan tidak lama  lagi waktu Maghrib akan tiba. Tanpa banyak cakap, datuk pun menutup  kesan darah di akar kayu ara dengan daun kering.    Tiba‐tiba saya Iihat wajah datuk berubah. Ekor matanya menjeling tajam  ke kiri dan ke kanan, macam kucing mengamati langkah mangsanya. Saya  segera menggigit bibir, bila melihat ada titisan darah jatuh dari dahan  pokok ara. Darah itu menitik atas lengan datuk dan mengalir  perlahan‐Iahan menuju ke hujung jarinya.    "Ambilkan daun keladi dan sapukan darah di lengan ini”, kata datuk.    Saya pun segera mematuhi perintahnya. Sebaik saja darah di lengan itu  saya sapukan dengan daun keladi, datuk pun mengambil daun keladi dari  saya lalu diletakkan atas tanah dengan keadaan yang terlentang.  Macam kilat datuk melompat lalu membuka silat langkah pertama sambil  melepaskan buah silat kiri dan kanan. Pergerakan datuk cukup cepat dan  tangkas. Bila datuk mematikan langkahnya, saya lihat daun keladi yang  dile¬takkan dalam keadaan terlentang hancur.    Akhirnya datuk dongakkan kepala dan sepasang matanya merenung tajam ke  Page 656 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

arah salah satu dahan ara. Urat‐urat di mata datuk kelihatan seakan‐akan  timbul dan berwarna merah. Dari kedua‐dua belah bibir matanya, saya  lihat keluar asap yang nipis macam kabus. Dahi datuk berpeluh begitu  juga kulit pipinya, dagu datuk bergerak¬gerak. Datuk terus menenung  dahan ara itu. Tiba‐tiba dahan yang ditenungnya patah dan jatuh ke bumi.    "Selesai”, kata datuk lalu menarik tangan saya ke arah kesan kena bakar.    Daun yang terdapat di dahan itu semuanya layu dan kecut. Datuk tidak  mence¬ritakan apa‐apa pun berhubung dengan dahan yang patah dan darah  yang menitis pada lengannya. Kami pun meninggalkan kawasan tersebut.  Hari sudah beransur gelap. Kerana kami ditempatkan di sebuah rumah khas  oleh keluarga pemuda ganjil itu membuat saya dan datuk terasa agak  selesa dan bebas bergerak.    Malam itu, datuk membuat keputusan yang amat menakjubkan. Dia mahu  meninjau keadaan kawasan sekitar rumah batu. Dia mahu melihat apa yang  dilakukan oleh pemuda itu ketika bulan menggambang.    "Siapkan keris kecil untuk aku”, datuk mengeluarkan perintah.    Sebaik saja dia selesai menunaikan sembahyang Isyak, saya segera  Page 657 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

mengeluarkan keris kecil dari tempatnya dan terus menyerahkan pada  datuk. Datuk gulung keris itu dengan kain hitam dan terus diselitkan ke  pinggangnya. Sebelum meninggalkan rumah khas tempat kami menginap, datuk  terlebih dahulu duduk bersila di muka pintu sambil membaca sesuatu. Saya  di suruhnya melihat bulan di langit. Saya berdiri dimuka tingkap melihat  langit dan awan. Datuk terus bertafakur, kepalanya sudahpun dililit  dengan kain merah.    "Malam ni baru 13 Syaaban, bulan tidak begitu besar”, ujar datuk sambil  menepuk lantai tiga kali.    Dia terus mundar‐mandir di ruang rumah. Saya biarkan datuk dengan  keadaannya. Saya tidak mahu campur dalam urusannya. Saya tersenyum, di  langit bulan mula timbul, awan nipis yang melitupinya mula bergerak,  terpisah dengan bulan yang sebesar buah kelapa sulung itu. Datuk segera  menghampiri dan berdiri dekat muka tingkap. Wajahnya kelihatan berseri‐seri.    "Malam ni mulakan dulu”, kata datuk.    "Terlalu cepat datuk bertindak?"    "Apa salahnya, menguji dulu sebelum masuk gelanggang”  Page 658 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Saya takut kerja datuk jadi kerja yang sia‐sia?"    "Kita sekadar mencuba”, jawab datuk.    Tiba‐tiba datuk dan saya terdengar lolongan anjing sayup‐sayup. Bulan di  langit kian menyerlah. Awan kian bersih dan bergerak‐gerak  perlahan‐Iahan mengikut arah angin. Suara lolongan anjing kian kuat dan  menyeramkan. Pokok‐pokok sekitar kawasan rumah tempat kami menginap mula  bergerak‐gerak disentuh angin.    "Aku dengar bunyi suara orang menjerit”, bisik datuk ke telinga saya.    Dan datuk menyuruh saya mengamati arah mana suara orang menjerit itu  datang. Saya pun pasang telinga dengan teliti. Dada saya mulai berdebar.    "Dari arah rumah batu tuk”    "Aku rasa pun begitu juga”    "Apa yang patut kita buat tuk?"    Page 659 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Kita pergi kesana, meninjau”    Saya menarik nafas panjang bila mendengar cakap datuk itu. Suara  lolongan anjing kian kuat, angin juga mula bertiup agak kencang. Saya  merasa hairan, kenapa hal itu terjadi dengan mendadak. Bila dilihat  keadaan hari, memang tidak wajar angin boleh bertiup begitu kencang.  Suara orang menjerit kian galak, bersambung‐sambung dalam lolongan yang  memanjang. Datuk menyuruh saya turun dahulu. Dia mahu menguncikan daun  pintu. Saya terus turun. Bila kaki saya memijak bumi, dada saya terasa  berdebar‐debar.    Dalam keadaan yang resah itu, sebiji pisang muda macam dibaling orang  tertentu mengenai dahi saya. Pandangan saya jadi berpinar‐pinar. Badan  saya terhuyung‐hayang. Dalam keadaan yang tidak keruan itu datuk terus  memeluk saya. Datuk dudukkan saya atas anak tangga. Dengan  perlahan‐lahan datuk menepuk dahi saya tiga kali berturut‐turut.  Pandangan saya kembali normal. Dan badan saya tidak lagi terhuyung‐hayang.    SBDJ (Jilid 02) Siri 41: Berkasih Dengan Langsuir    Datuk terus duduk di sisi saya di kaki tangga. Kami merenung suasana  malam yang kelam itu. Suara lolongan anjing terus sambung menyambung,  Page 660 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tingkah meningkah dengan suara cengkerik dan katak. Angin malam yang  ber¬tiup melanggar dedaun dan dahan‐dahan pokok sekitar kawasan rumah,  melahirkan bermacam‐macam bunyi. Sekejap terdengar semacam orang  berlari, sekejap terdengar semacam suara orang mengerang kerana menahan  kesakitan.    "Selalunya perbuatan ni, perbuatan syaitan”, kata datuk lalu bangun,  menuju ke kawasan yang di duga tempat buah pisang muda jatuh.    Seluruh kawasan itu datuk periksa. Tidak ada buah pisang muda yang  ditemui, kecuali pelepah pisang yang panjangnya kira‐kira lima inci.  Datuk ambil pelepah pisang itu lalu diramasnya hingga hancur.    "Mari kita pergi ke rumah batu tu”, datuk tarik tangan saya.    Kerana datuk menarik agak kasar dan kuat, saya hampir tersungkur mencium  tanah. Me¬mang, ada ketikanya datuk kadang‐kadang bersikap kasar dengan  saya Dan saya tidak pernah tersinggung dengan perbuatannya itu, kerana  saya tahu kasih sayangnya terhadap saya tidak pernah surut dari hari  nuraninya.    Kami pun berjalan dengan hati‐hati. Tidak ada kesukaran yang kami hadapi  Page 661 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kerana cahaya bulan malam tiga belas Syaaban yang mengeluarkan cahaya  yang samar‐samar banyak menolong kami. Setelah berjalan kira‐kira  sepuluh minit, kami pun sampai di kawasan rumah batu dua tingkat itu.  Datuk membuat keputusan untuk masuk ke kawasan rumah batu itu dari  bahagian belakang yang dipagari dengan pokok‐pokok buluh. Datuk  mengalami kesulitan kerana bahagian sebelah dalam pokok‐pokok buluh itu  dilapisi dengan kawat berduri. Dalam jarak lima atau sepuluh kaki dari  pohon‐pohon buluh yang di tanam itu terdapat pula pokok besar yang  tumbuh merimbun bersama dengan akar‐akar yang berjuntaian. Suasana di  situ terasa amat menyerarnkan.    Ada bermacam‐macam bunyi yang saya dengar. Dengan pertolongan ca¬haya  bulan saya dapat melihat beberapa ekor ular, lipan dan kala jengking  merayap‐rayap atas daun buluh yang kemudian memanjat akar yang  berjuntaian dari pokok besar.    "Bagaimana kita nak masuk tok?”, tanya saya dengan jujur.    Datuk terdiam. Matanya mula melihat bulan tiga belas Syaaban yang kian  bersinar di dada langit. Ketika itu juga, saya terasa angin malam mula  bertiup. Dedaun tua dari pokok besar kelihatan melayang‐Iayang dan terus  jatuh di atas daun buluh. Suara lolongan anjing kian hebat. Dalam  Page 662 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

saat‐saat begitu saya terdengar suara burung hantu bersahut‐sahutan di  atas pokok besar. Bunyi angin yang menyentuh dedaun dan dahan‐dahan kayu  amat menakutkan. Bunyinya kadang kala macam orang menangis, macam orang  mengeluh.    Semua terpaksa saya hadapi dengan tenang kerana datuk tetap dengan  cita‐¬citanya untuk masuk ke dalam kawasan rumah batu dua tingkat itu.  Sayup‐¬sayup saya terdengar bunyi lonceng jam dari rumah dua tingkat itu  berbunyi sebanyak dua belas kali. Badan saya mula menggigil akibat  dijamah angin malam. Suara jeritan anjing liar bersahut‐sahutan  memanjang bagaikan merayu¬‐rayu hiba. Datuk mula berdiri kemas‐kemas  sambil memeluk tubuh. Datuk lalu menyuruh saya berdiri di sisinya dan  berpeluk tubuh. Datuk mula mem¬baca sesuatu. Dalam keadaan yang tenang  itu tiba‐tiba badan saya dan datuk ditimpa oleh air, macam air hujan  sedangkan hari tidak hujan, cuaca cukup baik, langit cerah bersama bulan  yang sedang mengambang.    "Air apa tok?" saya menyoal datuk.    Pertanyaan saya tidak mendapat jawa¬pan. Angin kian kuat bertiup,  lolongan anjing dan suara burung hantu berpadu menguasai malam yang  sudah berganjak ke subuh. Air dari langit itu datang lagi, menimpa muka  Page 663 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

saya.    “Air apa tok?"    "Air kencing langsuir”    "Ha, saya takut tok”    "Diamlah”, pekik datuk.    Saya terdiam terus. Datuk segera mengangkat kedua belah tangannya  separas dada, lurus, kemudian kedua belah tangannya itu dibengkukkannya  hingga sepuluh jarinya menghala ke dada. Datuk menggerak‐gerakkan  ke¬palanya. Sebaik saja datuk meletakkan tapak ta¬ngan kirinya ke atas  bahu kanan, pokok besar ber¬goyang dengan hebatnya. Ranting‐ranting  kering jatuh ke bumi bertalu‐talu.    Bila saja pokok besar itu berhenti bergoyang, terdengar suara orang  perempuan mengilai pan¬jang. Selain dari suara itu terdengar juga bunyi  orang memukul pangkal peha dengan tapak tangan bertalu‐talu, suara  ketawa itu sambung menyam¬bung dan bertingkah pula dengan suara anjing  liar yang menyalak panjang. Lagi sekali pokok besar itu bergoyang. Datuk  Page 664 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

masih bertenang. Dia tidak peduli dengan suara perempuan yang ketawa  itu. Datuk menarik nafas panjang serentak dengan itu suara perempuan  mengilai segera berhenti dan diganti dengan suara perempuan menangis  panjang.    "Jangan perdayakan aku”, suara datuk mula meninggi.    Datuk terus me¬lompat ke arah pokok besar. Perdu pokok besar itu  dipeluknya kuat‐kuat. Dengan kekuatan yang luar biasa datuk mengegarkan  pokok tersebut hingga daun dan dahan pokok itu jatuh ke tanah. Suara  perempuan mengilai dan menangis terus hilang. Suasana di sekeliling luar  rumah batu dua tingkat itu terasa sunyi sekali. Datuk masih lagi berada  di bawah pokok besar. Dengan tenang datuk menikam perdu pokok besar  dengan jari kelingking, saya lihat jari kelingkling datuk terbenam dalam  perdu pokok tersebut. Bila jarinya dicabut, saya terdengar suara jeritan  yang memanjang di atas pokok.    Datuk melompat kembali ke sisi saya. Datuk terus duduk bersila di atas  tanah membaca sesuatu. Dalam keadaan yang kelam kabut itu, suara jeritan  di atas pokok berhenti. Dari perdu pokok saya lihat seorang wanita  berjalan ke arah kami, wanita itu memakai kain serba putih. Bila wanita  yang memakai pakaian serba putih itu sampai di tempat saya dan datuk  Page 665 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

duduk, perempuan itu terus mengilai sambil mengibas‐ngibas pa¬kaian  putihnya ke kiri dan ke kanan, ketika itu juga bunyi suara burung hantu  bertambah kuat bersama lolongan anjing. Perempuan yang memakai pakaian  serba putih itu bagaikan terangkat dari bumi bergerak menuju ke bumbung  rumah batu dua tingkat.    "Apa benda tu tuk?"    "Itulah langsuir”    "Dia nak kemana tok?”    "Entah”, suara datuk pendek.    Saya terdiam dan tidak mahu mengemukakan pertanyaan padanya. Datuk dan  saya terus berlegar‐legar di tepi pagar pokok buluh. Saya tidak tahu  apakah yang akan datuk lakukan. Saya selalu saja cemas melihat ular yang  menjalar di atas pokok buluh. Datuk terus menepuk bumi tiga kali.  Seluruh kawasan tempat saya berdiri jadi berasap tebal. Dua tiga kali  saya terbatuk, kepala saya mula terasa pening. Lagi sekali datuk  menampar bumi, kali ini saya lihat pagar‐pagar dari pokok buluh  ter¬belah dua terbentang jalan berpasir menuju ke dalam kawasan rumah  Page 666 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

batu dua tingkat.    "Masuk”, kata datuk.    "Ya, saya ikut”    Saya pun mengikut langkah datuk. Datuk melangkah tiga langkah ke depan.  Bila langkah yang keempat dimulai, datuk merendahkan badannya ke kiri  dan tumit kakinya diangkat setinggi empat inci. Sementara kaki sebelah  kanan di angkat separas lutut. Apa yang datuk lakukan saya buat dengan  teliti. Datuk terus menampar tapak kaki kirinya dengan tangan kanan tiga  kali berturut‐turut. Bila datuk me¬letakkan ibu jari kirinya ke pangkal  hidungnya, saya terdengar satu letupan kecil dan diikuti dengan kepulan  asap yang tebal.    Bila kepulan asap itu hilang, pokok buluh yang terpisah tadi bercantum  kembali. Dan kami sudah pun berada di dalam kawasan rumah batu dua  tingkat. Saya dan datuk duduk di bawah pokok Bunga Tanjung. Tingkap  bilik tidur di rumah batu dua tingkat itu terbuka. Lampu masih terpasang.    "Kita tengok apa yang akan berlaku. Kau jangan tegur”, datuk  mengingatkan saya, sambil melilitkan secebis kain hitam di pergelangan  Page 667 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tangan kanan saya. Angin malam, terus juga bertiup, embun jantan mula  turun. Saya mula terasa kesejukan, bibir saya mengeletar. Tiba‐tiba  lampu di bilik tidur dipadamkan buat beberapa minit. Bila lampu itu di  hidupkan, pemuda yang dikatakan mengalami penyakit ganjil mendepankan  kedua belah tangannya sambil menguap panjang. Lepas itu dia menekan  jenang tingkap. Kerana dia tidak memakai baju, bulu dadanya jelas  kelihatan begitu juga dengan bulu ketiaknya. Wa¬laupun malam terasa amat  dingin tetapi pemuda yang tinggal di rumah batu dua tingkat itu tidak  terasa dingin.    Pemuda itu merenung ke langit pada bulan yang kelihatan bersinar di dada  langit. Dengan mendadak saja pemuda itu menjerit terlolong macam anjing  menyalak kucing di atas pokok. Bila pemuda itu se¬lesai menjerit dia  terus memadamkan lampu biliknya. Dalam beberapa minit kemudian saya  dapat lihat lampu di bahagian bawah me¬nyala. Serentak dengan itu pemuda  tersebut terus membuka pintu. Sinar lampu di bahagian depan itu sampai  ke kawasan pokok Bunga Tanjung, saya dan datuk terpaksa berlindung di  balik batang pokok tersebut, dengan berbuat demikian kami harap pemuda  tersebut tidak akan dapat melihat kami. Apa yang kami harapkan memang  menjadi, pemuda itu tidak merenung ke arah kami.    "Wangi”, bisik saya pada datuk, kerana saya terhidu bau yang wangi datuk  Page 668 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

segera menekup mulut saya dan memberitahu saya supaya jangan menegur  sesuatu yang dirasakan ganjil. Cakap datuk itu saya patuhi. Bau wangi  itu terus menusuk lubang hidung saya.    Tiba‐tiba pemuda yang tinggal dirumah batu dua tingkat itu muncul di  muka pintu dengan pakaian yang cukup rapi. Dia berdiri sambil  menyandarkan badannya ke tiang pintu. Dia merenung ke depan sambiI  menarik nafas de¬ngan tenang. Seolah‐olah dia cukup senang menyedut  udara yang berbau harum itu. Dari kejauhan saya dan datuk mula terdengar  lolongan anjing yang mendayu‐dayu. Di tengah suara anjing yang  mendayu‐dayu itu pemuda ganjil itu menari sambil menyanyi dengan kuatnya  dan matanya tetap melihat bulan yang me¬ngambang. Saya mengeluh panjang,  dari arah jalan yang menuju ke pintu rumah batu dua tingkat itu, saya  melihat seorang perempuan bergaun putih menuju kearah tempat pemuda  ganjil itu berdiri.    Angin malam yang berhembus membuat gaun perempuan berkibar‐kibar,  seakan‐akan menari dijalan menuju ke rumah yang sepi itu. Datuk menyuruh  saya membaca beberapa potong ayat Al‐Quran dengan tujuan menghalau  syaitan. Saya jadi kelam kabut, tidak ada satu ayat pun yang dapat saya  ingati. Seluruh badan saya mengeletar.  Datuk segera membaca beberapa mantera peneguh semangat, kemudian datuk  Page 669 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

hembus cuping telinga sebelah kanan saya tiga kali berturut‐turut. Rasa  cemas dan darah gemuruh saya mula terkawal. Saya dapat menumpukan  per¬hatian saya pada lelaki ganjil dan perempuan yang bergaun putih.    Saya lihat perempuan bergaun putih itu sudah berdiri di hadapan pemuda  tersebut sambil menghulurkan tangannya. Pemuda itu menyambut tangan  perempuan yang bergaun putih dengan senang hati. Mereka  berpeluk‐pelukan. Suara anjing terus menyalak mendayu‐dayu, angin terus  bertiup tenang, bau harum menguasai seluruh kawasan rumah batu dua  tingkat itu.    "Perempuan itu syaitan menjadikan dirinya wanita cantik”, bisik datuk  pada saya.    "Mana boleh begitu, dia manusia”, saya membantah.    "Kau baring rapatkan telinga kanan kau ke bumi, dan mata kau renung ke  arahnya”, ujar datuk.    Saya patuh dengan cakapnya. Bila saya sudah meniarap datuk pun memegang  buku lali kaki kiri saya, dia menyuruh saya melihat ke arah perempuan  yang memakai gaun puith. Lagi sekali saya menarik nafas panjang,  Page 670 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

perempuan yang bergaun putih memang berwajah hodoh. Matanya merah,  kepalanya tanpa rambut, hidungnya panjang macam sumbu badak dari kedua  belah rehangnya terjulur gigi yang panjang macam gading gajah.    "Sudah, jangan tengok lama‐lama, nanti kau tak boleh tidur”, datuk terus  menepuk pangkal ketiak saya.    Semua yang saya lihat hilang, perempuan yang bergaun putih yang sebentar  tadi saya lihat dalam keadaan yang amat mena¬kutkan, sudah kembali  normal pada penglihatan macam manusia biasa. Pemuda dan perempuan  bergaun putih itu melangkah ke arah bangku yang terletak dibawah pokok  Cempaka, mereka duduk di situ dan ber¬cengkerama.    "Kau cantik macam kawan kau juga Mariatun”, kata pemuda itu sambil  memeluk pinggang wariita yang bergaun putih.    Percakapan mereka dapat saya dengar dengan jelas, setelah datuk dan saya  berkisar tempat duduk iaitu ke arah angin datang. Datuk juga mengikat  secebis kain hitam pada sebatang kayu yang dipacakkan dihadapan kami.  Memang menakjubkan, kain hitam yang se¬besar dua jari itu bagaikan ada  kuasa menghan¬tarkan buah bicara pemuda ganjil dan perempuan bergaun  putih kepada saya dan datuk.  Page 671 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Jangan kau tinggalkan aku dan kawan‐kawan¬ku”, suara perempuan bergaun  putih.    Si pemuda terus ketawa terkekeh mendengar cakap kekasih¬nya itu.  Tiba‐tiba pemuda itu terus mendukung perempuan bergaun putih, dibawanya  kerumah iaitu di tingkat atas. Beberapa saat kemudian lampu dibilik  tidur menyala, saya lihat perempuan bergaun putih membuka gaunnya lalu  merangkul pinggang pemuda. Kedua‐duanya rebah di atas ranjang, apa yang  saya dengar ialah suara ketawa pemuda dan perempuan bergaun putih penuh  mesra.    Datuk terus mengajak saya pulang, saya tidak membantah. Waktu saya dan  datuk keluar dari kawasan rumah batu dua tingkat itu, bau harum masih  lagi berleluasa di situ, suara salakan anjing mendayu‐dayu, dan lampu di  bilik tidur pemuda ganjil itu terus menyala. Sebaik saja saya dan datuk  sampai ke kaki tangga rumah khas, saya ter¬dengar suara jeritan orang  perempuan, lalu di ikuti oleh suara orang lelaki, cukup nyaring dan  meremangkan bulu tengkuk. Jeritan dari lelaki itu me¬manjang dan bergema  di tengah malam yang dingin.    Suara jeritan itu berlanjutan hingga beberapa jam. Bila bulan di langit  Page 672 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dili¬puti awan dan tidak boleh mengeluarkan sinarannya, suara jeritan  pemuda itu akan berhenti. Datuk tidak menghiraukan semuanya itu. Datuk  sandarkan badan ke dinding. Saya rebahkan badan di atas lantai. Beberapa  minit kemudian saya terlena, tidak ada sesuatu yang saya takutkan, bila  tidur sudah menguasai diri.    Pagi itu, datuk sengaja mengajak saya pergi mandi embun berhampiran  kawasan rumah batu dua tingkat itu. Kemudian datuk dan saya terus  menceroboh ke kawasan rumah pemuda yang di anggap oleh orang‐orang  kampung mengalami penyakit ganjil. Saya dan datuk masuk ikut sebelah  kanan bangunan tersebut. Kerana banyak pokok‐pokok tumbuhan yang tumbuh  di situ, kami tidak begitu sukar untuk memperolehi air embun.  Menurut datuk, kebanyakan pokok yang tumbuh di situ semuanya dari jenis  daun yang ada khasiat. Sedang saya dan datuk asyik mandi embun,  tiba¬‐tiba secara mengejut seekor kucing hitam muncul dari celah‐celah  rimbunan pokok buluh. Rupa kucing itu amat ganjil sekali. Seluruh bulu  di badannya berwarna hitam. Tetapi dibahagian mukanya terdapat buluh  putih yang tumbuh melintang.    Kucing itu menerkam ke arah datuk dan mahu membaham ibu jari kaki kiri  datuk. Cepat‐cepat datuk mengelak, kucing itu segera pula melompat ke  arah datuk dan bersedia untuk menggigit jari tangan kiri datuk. Datuk  Page 673 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

menggigit bibir, dia terasa ada sesuatu yang ganjil pada kucing hitam  itu. Kucing hitam itu bukan kucing sebarangan. Matahari pagi terus  bangkit dan mengeluarkan sinarnya lalu memanah ke setiap dinding rumah  batu dua tingkat itu. Saya mula terasa kulit muka pedih, akibat sinaran  matahari.    "Bersedia”, kata datuk.    Serentak dengan itu datuk menghentakkan tumit kaki kanannya ke bumi  sebanyak tujuh kali. Kucing hitam itu mengiau , saya lihat kucing hitam  itu sudah tidak mampu untuk bergerak tetapi dia masih mampu  memperlihatkan gigi dan taringnya pada kami.    "Berambus kau”, suara datuk keras, dia lantas memetik ibu jari tangannya.    Kucing hitam itu bagaikan ditolak oleh sesuatu, tercampak ke dalam perdu  buluh dan mengiau panjang di situ.    "Mari kita mandi lagi”, datuk tolak badan saya.    Saya terdorong ke hadapan. Kami sudah berada betul‐betul di hadapan  pintu rumah batu dua tingkat. Da¬tuk meneliti keadaan pintu rumah  Page 674 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tersebut, macam mencari sesuatu. Saya dan datuk terkejut. Pintu rumah  batu dua tingkat itu terbuka. Pemuda ganjil muncul di hadapan kami  dengan senyum.    "Mengacau saya?"    "Tidak, kami tersesat”    "Huh, sila masuk”    Datuk dan saya terus menunaikan jemputan pemuda itu. Pagi itu pemuda  tersebut nampak kemas, rambutnya disikat rapi lurus ke belakang.  Orangnya tinggi kurus. Wajahnya agak pucat dan kurang bermaya bila  melangkah. Kelopak matanya seakan‐akan mahu tertutup macam orang  keletihan dan kurang tidur.    "Nak minum apa?", tanya pemuda itu pada kami.    "Tak payah, kami sudah minum”    "Saya kurang tidur, malam tadi isteri saya datang”    Page 675 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Isteri?”    "Ya, kenapa?"    Datuk tidak menjawab pertanyaan orang muda itu. Tanpa di minta oleh  datuk, pemuda itu menceritakan orang‐orang kampung menyingkirkan dirinya  kerana berkahwin sendi¬rian. Datuk hanya anggukkan kepala sahaja.  Ternyata cerita pemuda itu amat berbeza dengan cerita orang tua dan  orang kampung sendiri. Kemudian pemuda itu membawa saya dan datuk ke  dapurnya. Dia menunjukkan periuk dan kuali yang selalu di gunakan oleh  isterinya. Pemuda itu juga menunjukkan beberapa helai rambut isterinya  yang disimpan dalam botol. Tetapi, bila datuk mahu memasukkan paku ke  dalam botol yang ada rambut isterinya, pemuda itu melarangnya.    "Pesan isteri saya, jangan bawa paku bila datang ke sini, rambutnya tak  boleh kena paku, nanti rumah terbakar”    "Maafkan saya, berapa bini awak?”    “Tiga orang”    "Bila dia datang melawat awak?"  Page 676 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Sebelah malam, bila bulan mengambang mereka datang bergilir‐gilir”    Dialog yang terjadi antara datuk dengan pemuda itu amat menarik hati  saya. Dari percakapannya itu, tidak nampak pemuda itu seorang yang  ganjil. Dia adalah manusia biasa. Soalnya, kenapa dia menjerit bila  bulan mengambang dan tinggal sendirian di rumah batu dua tingkat?  Pertanyaan itu berlegar‐Iegar dalam kepala saya. Akhirnya, datuk meminta  diri dari pemuda itu untuk pulang. Pemuda ganjil menghantar kami ke  pintu pagar. Baru tujuh tapak datuk melangkah dari pintu pagar rumah  batu, dia segera memusingkan badannya menyebabkan langkah saya yang  rancak terhenti. Datuk merenung ke pintu pagar dan saya lihat pemuda  ganjil melambai‐Iam¬baikan tangan ke arahnya.    "Dia bagaikan tahu gerak‐geri aku”, keluh datuk dan memusingkan badannya  ke tempat asal, membelakangi pintu pagar dan rumah batu.    Datuk dan saya meneruskan perjalanan tanpa menoleh ke arah pintu pagar  rumah batu. Matahari pagi terus kembang, cahayanya jatuh ke daun‐daun  pokok yang dilekati air embun, sekali pandang air embun yang di panah  oleh sinar matahari kelihatan berkilau‐kilauan bagaikan batu berlian.  Hati saya terasa senang men¬dengar kicauan berburung dihujung dahan.  Page 677 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Berhenti dulu”, kata datuk dan langkah saya terus kaku.    Datuk terus mengeliat sambil meramas daun ketapang dengan tangan kanan.  Datuk melihat pokok‐pokok ketapang yang berdaun lebat tumbuh di situ.  Tanpa memberitahu saya, datuk terus memeriksa setiap batang pokok  ketapang .yang terdapat di situ.    "Apa yang tok cari?", tanya saya setelah datuk berada di samping saya.  Datuk mengedutkan dahi sambil menggigit bibirnya.    "Tak ada apa‐apa”    "Kalau tak ada apa‐apa, kenapa diperiksa?"    "Ah, kau ni banyak cakap sangat, jalanlah”, suara datuk agak keras.    Dia terus menolak bahu kanan saya. Walaupun saya tidak melahirkan  sebarang bantahan atas tindak‐tanduk datuk itu, tetapi hati saya tetap  tidak puas. Cara yang paling selamat ialah melihat tindak‐tanduk datuk  selanjutnya itu lebih baik dari memaksa dirinya bercerita, fikir saya  dalam hati. Saya dan datuk terus mengatur langkah, meninggalkan  Page 678 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

pokok‐pokok keta¬pang, pokok buluh dan keduduk di belakang. Badan saya  mula berpeluh dan perut sebelah kanan saya mula terasa sakit kerana  penat berjalan. Tetapi, datuk tidak nampak letih. Langkahnya masih  rancak, mukanya kelihatan merah dan berseri, macam orang muda yang baru  berusia tiga puluhan.    Kami sampai ke rumah yang dikhaskan untuk kami. Datuk terus memasak air  panas dan membuat kopi. Ketika kami sedang enak menghirup kopi, saya  terdengar suara orang batuk diluar. Datuk segera letakkan cawan kopi ke  piring dan mata kanannya dikecilkan hingga kedua belah keningnya hampir  bertemu. Dengan perlahan‐Iahan datuk meletakkan jari manis sebelah kanan  atas tulang pipi. Dia bagaikan melihat sesuatu di luar rumah dengan  kuasa matanya.    "Naiklah”, ujar datuk. Seorang lelaki memakai baju Melayu cekak musang,  berkain pelikat petak besar muncul di muka pintu. Sebelum meletakkan  punggungnya ke lantai lelaki itu angkat tangan pada datuk .    "Silakan duduk”    "Terima kasih"    Page 679 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Lelaki itu sandarkan badan ke dinding. Datuk pun segera duduk disisinya.  Wajah lelaki itu kelihatan tenang dengan rambut yang disikat rapi lurus  ke belakang.    "Bagaimana dengan anak saya?"    "Sabarlah, saya sedang berusaha”    "Malam tadi dia datang ke rumah saya, dia nak tikam emaknya dengan buluh  runcing. Dia marahkan emaknya kerana awak ada di sini”    "Malam tadi? Ah pelik benar keadaannya”    "Tidak pelik. Dia datang betul, nasib baik setelah saya pujuk dia  tinggalkan rumah saya dengan aman”    Wajah datuk saya lihat cemas sedikit setelah mendengar cerita dari ayah  pemuda aneh itu. Hati saya jadi serba salah untuk memastikan sama ada  cerita itu benar atau tidak. Se¬panjang yang saya tahu dan Iihat pemuda  aneh itu tidak kemana malam tadi. Saya kira datuk mengetahui tentang  kedudukan hal ini. Datuk renung muka saya sambil menegakkan ibu jari  kirinya, saya faham dengan maksud itu. Dia mahu saya jangan campur dalam  Page 680 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

urusannya atau membuka rahsia apa yang telah dilakukan oleh datuk dan  saya malam tadi.    "Saya tak tahu langsung perkara itu”, datuk membohongi ayah pemuda  ganjil itu.    Secara diplomasi datuk bagaikan memaksa ayah pemuda ganjil bercerita  tentang rumah batu tempat pemuda ganjil itu tinggal. Tujuan datuk  berbuat demikian bukan apa‐apa atau ada maksud yang tertentu. Saya kira  dengan mengetahui asal usul sesuatu kejadian itu adalah lebih baik dan  memu¬dahkan tugasnya. Senang bertindak dan membuat keputusan. Mungkin  kerana ayah pemuda ganjil itu memang mengharapkan pertolongan datuk  untuk mengubat anaknya, dia terus bercerita dengan terus terang.    Menurutnya, rumah batu itu milik arwah ayahnya yang berasal dari Muara  Enim, Jambi, Sumatera Selatan, Indonesia. Rumah itu didirikan dari hasil  rompakan yang dilakukan oleh arwah ayahnya ketika disana. Dalam  rancangannya, wang yang dirompak dari o¬rang‐orang Belanda itu akan  dikumpul untuk digunakan bagi menentang pen¬jajah Belanda. Kerana arwah  ayahnya cekap dalam kira mengira dan dianggap amanah lalu ia dilantik  sebagai penyimpan wang rompakkan itu. Tiba‐tiba arwah ayahnya gelap mata  lalu melarikan wang itu ke tanah Semenanjung. Bila sampai di  Page 681 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Semenanjung, ayahnya menukar nama dan membeli sebi¬dang tanah lalu  mendirikan rumah batu, di samping itu menjalankan pernia¬gaan kayu balak  dan lombong.    "Sayangnya, rumah itu tidak dapat didiami oleh arwah ayah saya kerana  ada lembaga hitam yang tangannya berbulu tebal mengganggu ayah saya.  Malah saya, menurut cakap ibu dilahirkan di rumah lain”, kata ayah  pemuda ganjil itu.    Katanya lagi, dalam zaman pemerintahan Jepun rumah itu dijadikan mar¬kas  tentera Jepun untuk memancung kepala orang‐orang yang menentang mereka.  Bila Jepun kalah rumah itu dijual pada seorang saudagar Cina, tetapi  saudagar itu memulangkan kembali rumah tersebut pada warisnya.    "Bila ayah awak meninggal?" tanya datuk.    "Sebelum Jepun mendarat di Kota Sharu, Kelantan dalam tahun 1942”    "Apa amanatnya pada awak?"  "Dia mahu anak saya atau cucunya dihantar ke Padang Panjang, Sumatera,  untuk belajar agama, dia mahu cucunya jadi seorang ulama yang terkenal”    Page 682 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Awak tunaikan amanatnya?"    "Saya tunaikan”    "Anak yang mana awak hantar ke sana?"    "Anak saya yang tinggal di rumah batu itu”    Datuk tersentak mendengar cakap ayah pemuda ganjil itu. Saya menarik  nafas panjang. Ayah pemuda ganjil itu menggaru kulit rambutnya yang  tidak gatal. Matanya merenung sayu ke wajah saya macam orang putus asa.  Datuk bangun lalu berdiri di muka tingkap melihat sinar matahari pagi  yang garang menikam halaman rumah.    "Berapa lama anak awak di sana?", soal datuk.    "Baru dua tahun disana, dia tidak mahu belajar dan pulang kesini lalu  tinggal di rumah itu”, ayah pemuda ganjil memicit dahinya berkali‐kali.    Datuk kembali duduk di sisinya.    SBDJ (Jilid 02) Siri 42: Sepasang Tangan Berbulu  Page 683 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Suasana dalam rumah terasa amat sepi. Datuk dan ayah pemuda ganjil itu  tidak berkata walau sepatah pun, begitu juga dengan saya. Kesepian itu  terusik juga oleh kicau burung murai yang mencari cacing di luar rumah.    "Sabarlah, nanti saya usahakan. Dengan izin Allah anak awak akan kembali  pada keadaan asal”, tiba‐tiba datuk bersuara.    Bahu ayah pemuda ganjil itu ditepuknya berkali‐kali. Ayah pemuda ganjil  itu minta diri dan datuk meng¬hantarnya hingga ke kaki tangga.    "Menerima amanah mudah tetapi menunaikan amanah memang pahit. Ba¬nyak  godaan dan dugaan yang tiba. Kalau kurang iman jahanam diri sendiri dan  balanya berterusan”, kata datuk dengan nada suara yang lemah sambil  merenung wajah ayah pemuda ganjil.    Dari muka pintu saya lihat, ayah pemuda ganjil itu berada dalam serba  salah, air mukanya berubah mendengar kata‐kata dari datuk itu.    "Apakah anak saya menerima bala dari perbuatan datuknya?"    "Entahlah, hanya Allah yang mengetahui dalam hal ini”  Page 684 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Saya rasa perbuatan ayah saya tidak bertentangan dengan hukurn agama.  Dia merampas harta musuh dalam keadaan darurat atau berperang”    "Saya faham. Kalau tak silap, perbuatan itu diharuskan oleh agama Islam.  Malah Nabi Muhammad S.A.W. pernah melakukannya. Harta rampasan itu  dibahagi‐bahagikan atau digunakan untuk kebajikan agama, tetapi ayah  awak tidak amanah sudah menyimpang jauh dari hukum Islam”    Ayah pemuda ganjil itu terdiam mendengar keterangan dari datuk. Tanpa  banyak cakap dia terus berjabat salam dengan datuk, kemudian melangkah  dengan tenang meninggalkan kawasan rumah khas kami.    "Kau tunggu rumah. Aku mahu mengambil air sembahyang”, datuk memberitahu  saya.    Belum pun sempat saya memberi jawapan, datuk hilang dari pandangan saya.  Tidak tahu kemana datuk pergi.  Semua cawan dan piring kosong saya bawa ke¬ bahagian dapur dan terus  membasuhnya hingga bersih. Lepas itu saya susun atas para. Bila saya  kembali ke ruang tengah rumah, saya dapati datuk sedang duduk menghadap  ke arah kiblat. Datuk membaca Surah Yasin hingga tamat. Kemudian dia  Page 685 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

membilang tasbih berzikir panjang. Saya membiarkan datuk dengan kerjanya  dan saya terus menyusun dan membersihkan akar‐akar kayu dan batu‐batu  yang dikutip semalam.    Menurut datuk, bila semuanya sudah bersih, barang‐barang itu mesti  dile¬takkan di atas bendul rumah supaya kena matahari dan benda‐benda  itu tidak boleh dilangkah oleh manusia atau binatang. Bila matahari  berada betul¬‐betul di tulang bumbung rumah, datuk menghentikan  tugasnya. Dia mengambil beberapa akar kayu dan batu yang saya susun di  bendul. Barang‐barang itu di bawanya ke tanah dan diatur atas sekeping  papan pada tengahari yang rembang. Datuk berpanas di situ hingga seluruh  badannya berpeluh. Datuk masuk ke rumah lalu menyapu peluh di muka  dengan belakang tangan. Kerana waktu Zuhur sudah sampai, datuk menggesa  saya mengambil air sembahyang. Saya dapati datuk sudah berada di sisi  saya. Datuk tidak saya hiraukan.    "Air itu tidak rata. Kau harus membasuh kakimu hingga sampai ke bulu  lali dan air itu mesti kena jari kakimu, ambil air sembahyang mesti  betul. Kalau ambil air sembahyang tidak betul macam mana sembahyang  boleh betul”, tegur datuk. Saya tersenyum dan segera mematuhi cakapnya.    "Ingat, jangan ambil air sembahyang sebarang. Ikut syaratnya, kalau tak  Page 686 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tahu belajar dan bertanya”, tambahnya.    Dan datuk terus mengambil air sem¬bahyang. Bila sudah selesai, kami  kembali ke rumah menunaikan fardu zuhur. Lebih kurang pukul dua petang,  datuk suruh saya kumpulkan akar‐akar kayu dan batu yang dijemurnya dalam  baldi kecil. Dengan baldi kecil itu, saya dan datuk membawa  barang‐barang tersebut kerumah batu. Lebih kurang satu rantai mahu  sampai ke rumah itu, datuk mengambil baldi dari tangan saya. Bila sampai  di pintu pagar rumah batu, datuk tepuk baldi dengan tangan kanannya dan  pintu pagar terbuka dengan sendiri. Sebaik sahaja berada di halaman  rumah batu, datuk ambil tiga batu dan tiga urat akar kayu. Batu dibuang  kearah kanan dan akar kayu dibuang ke arah kiri. Mulut datuk kelihatan  bergerak‐gerak, sebiji batu dalam baldi diambilnya lagi dan batu itu di  gosoknya berkali‐kali.    Akhirnya, batu itu diletakkan betul‐betul didepan pintu rumah batu yang  tertutup rapat. Bila datuk memijak batu itu dengan kaki kirinya, pintu  rumah batu terbuka dengan sendirinya. Saya terpandang macam ada batang  tubuh wanita berdiri di muka pintu beberapa saat. Saya tidak dapat  memastikan wajah wanita itu kerana ia muncul sekejap saja dan macam  bayang‐bayang pula.    Page 687 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Mari masuk Tamar”, kata datuk.    "Untuk apa tok?"    "Mari masuk”, sergah datuk sambiI merenung kelangit melihat matahari  yang bersinar terik serta gumpalan awan yang bergerak ke arah barat daya.    Saya tidak tahu, entah mengapa kaki saya terasa berat untuk melangkah,  macam ada sesuatu yang membelenggu kedua belah kaki saya. Bulu roma saya  mula tegak, rasa takut bersarang dalam hati. Bila saya renung ke arah  pintu yang terdedah, saya bagaikan terpandang sesuatu yang aneh. Saya  semacam terpandang orang berjanggut panjang beberapa saat. Bila orang  itu hilang, saya terlihat perempuan cantik berhidung panjang sampai ke  dada. Bila perempuan itu hilang saya terlihat orang memakan bara api,  semuanya bertukar ganti dalam masa yang cukup pantas.    "Saya takut tok”    "Mengarut, mari”, datuk menarik tangan saya sambil menekan nadi di  pergelangan tangan dengan ibu jarinya bagaikan terkejut, macam orang  kena kejutan letrik.    Page 688 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Mengucap Tamar”, kata datuk lagi saya pun terus mengucap dua kalimah  syahadah dengan tenang dan teratur.    Saya dan datuk terus melangkah ke dalam ruang rumah. Saya lihat beberapa  ekor labah‐Iabah merayap di dinding. Hampir seluruh kawasan ruang itu  dipenuhi oleh sarang labah‐Iabah dan angkut‐angkut, keadaan didalam  rumah itu kelihatan suram dan samar‐samar. Datuk membuka salah sebuah  tingkap di situ untuk mendapatkan cahaya matahari. Bila cahaya matahari  masuk ke dalamnya, ba¬rulah saya melihat pecahan kaca dan tembikar  ber¬selerak di lantai, dua tiga ekor lipan bara melarikan diri dari  terkena cahaya matahari, empat kerusi kuno dan sebuah meja kuno sudah  berlubang‐Iubang di makan oleh anai‐anai.    Di kaki tangga untuk naik ke tingkat atas ter¬dapat sebuah busut jantan  yang tingginya hampir lima kaki. Kalau direnung lama‐lama busut jantan  itu bentuknya macam seorang lelaki berpeluk tubuh. Bila datuk menjamah  bahagian atas busut jantan itu, beribu‐ribu kalkatu keluar memenuhi  ruang rumah batu itu. Datuk dan saya segera memanjat anak tangga menuju  ke tingkat atas. Terdapat lima bilik di tingkat tersebut, salah sebuah  bilik di situ kelihatan bersih dan langsir kuning terpasang dengan rapi,  beberapa keping patahan dari batu nisan kelihatan berselerak di muka  pintu bilik.  Page 689 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Saya dan datuk jenguk ke dalam bilik. Pemuda ganjil sedang tidur dengan  nyenyaknya di atas katil kuno dengan beralaskan daun‐daun ketapang  kering sambil memeluk batu nisan. Bila datuk mahu masuk ke bilik  tersebut, rumah batu itu terasa bergegar disertai dengan bunyi dentuman  yang amat kuat macam bunyi petir. Saya dan datuk mula terdengar bunyi  air hujan mencurah‐curah di luar. Bagi memastikan apakah di luar  betul‐betul hujan, datuk segera membuka tingkap, ternyata hari tidak  hujan. Cuaca cukup baik, matahari tetap bersinar, langit biru kelihatan  bersih.    Satu hal yang menakjubkan. Bila daun tingkap terbuka perkara yang aneh  itu tidak kedengaran, bila daun tingkap dirapatkan macam‐macam bunyi  mengusik gegendang telinga. Datuk rapat ke katil pemuda ganjil. Bila  datuk duduk di sisinya, saya terlihat sepasang tangan yang berbulu  sebesar pokok pinang dara keluar dari dinding bilik. Sepasang tangan itu  mengarah ke batang leher datuk.    "Aku akan mengembalikan pada orang yang berhak. Jangan ganggu kami dan  perdayakan anak cucunya”, kata datuk.    Sebaik saja datuk selesai bercakap sepasang tangan yang berbulu itu  Page 690 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

hilang dari tepi dinding bilik. Datuk cuba mengejutkan pemuda ganjil  yang sedang tidur. Usaha datuk itu gagal. Setiap kali dia mahu menjamah  kaki pemuda ganjil itu, bayang¬‐bayang perempuan akan muncul di atas  katil seolah‐olah menghalang perbuatan datuk.    "Rumah ni, rumah syaitan”, keluh datuk lalu dia membaca beberapa potong  ayat Al‐Quran dari Surah Jin. Ketika datuk membaca surah tersebut, pasir  dan batu berterbangan dalam bilik. Datuk tidak peduli, dia terus membaca  hingga bayang‐bayang perempuan itu hilang dari penglihatan datuk dan  saya. Bila keadaan sudah tenang, datuk pun membangunkan pemuda ganjil  yang sedang tidur. Wajah pemuda itu nampak pucat lesi. Dia bagaikan  berada dalam satu keadaan yang cukup asing, mulutnya terus mengungkapkan  perka¬taan yang tidak berapa jelas dan sukar difahami.    Tanpa saya duga, pemuda ganjil yang nampaknya tidak bermaya tiba‐tiba  melompat. Suaranya keras dan mengaum macam suara kucing yang sedang  marah bila ekornya dipijak. Pemuda ganjil menerkam ke arah datuk. Tetapi  datuk yang sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan itu segera  me¬nekan kepala katil dengan ibu jari kiri. Dan pemuda ganjil itu  seperti ditolak oleh kuasa ghaib kembali ke tem¬pat asalnya. Duduk di  situ kali ini dia menentang datuk dengan kuasa matanya. Keadaan itu  datuk hadapi dengan tenang. Datuk menggunakan kuasa matanya hingga mata  Page 691 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

pemuda yang bersinar garang jadi layu dan terus tertutup. Pemuda ganjil  itu rebah atas katil kembali.    Datuk terus membaca Surah Al‐Falak. Bila sudah selesai membaca su¬rah  tersebut datuk meraba tubuh pemuda ganjil mulai dari kaki hingga ke  pangkal leher dan datuk mematikan rabaan itu dengan menjentik sebanyak  tiga kali cuping telinga kiri pemuda ganjil. Manakala dari sebelah  telinga kanannya datuk membisikkan beberapa potong ayat Al‐Quran hingga  pemuda itu membuka matanya. Datuk segera mendukung pemuda ganjil itu  keluar dari rumah batu. Bila kami berada di luar kawasan rumah batu,  tiba‐tiba hujan panas turun mencurah‐curah. Habis rambut saya basah  begitu juga dengan datuk. Pemuda ganjil yang terkapar dalam dukungan  datuk tidak bergerak. Matanya pejam dan mulutnya yang separuh terbuka di  masuki oleh air hujan. Peliknya, hujan panas itu terjadi dalam jarak  beberapa ela sahaja dari kawasan rumah batu itu.    "Inilah kebesaran Allah. Dalam panas ada hujan. Dalam hujan ada panas.  Semoga Allah memberkati niat suci aku”, kata datuk lalu mempercepatkan  langkahnya.    Bila sampai di rumah, datuk terus me¬mandikan pemuda ganjil itu dengan  air yang saya ambil dari sungai.  Page 692 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Dengan jari manisnya datuk mencabut tujuh helai rambut pemuda ganjil di  bahagian ubun¬‐ubunnya. Rambut itu datuk simpulkan lalu disuruh saya  menanamnya.    "Kau mahu minum ?" tanya datuk pada pemuda ganjil.    Walaupun pemuda ganjil itu tidak memberikan sebarang jawapan, datuk  tetap menyuruh saya membuat air kopi panas yang dicampurkan dengan  bawang putih.    "Minum”, kata datuk.    Pemuda ganjil itu bagaikan dipukau menurut saja perintah datuk. Bila air  kopi habis di minum, pemuda itu mula batuk dan bersin. Dia sedawa  berkali‐kali. Mukanya kelihatan berpeluh dan merah.    "Emak dan ayah saya, mana dia ?", tanya pemuda itu.    "Ada, kau mahu jumpa dia?", balas datuk.    "Mahu”    Page 693 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Cuba kau mengucap sekarang”    "Boleh, Ashha..”, pemuda itu mengucap dengan lancarnya.    Datuk gembira dan menyuruh saya memanggil kedua orang tua pemuda ganjil  itu. Bila kedua orang tua pemuda ganjil itu tiba, suasana dalam rumah  jadi lain macam. Ibu pemuda ganjil itu menangis, dia tidak terfikir  anaknya yang aneh boleh kembali kepangkuannya walaupun wajah dan tubuh  anaknya agak berbeza dari dulu.    "Jangan sentuh dia”, datuk melarang ibu pemuda ganjil itu menjamah tubuh  anak kesayangannya.    Ibu pemuda ganjil itu jadi terkejut. Suaminya segera memujuk hingga rasa  terkejut itu hilang dari dirinya.  Datuk mengarahkan kedua ibubapa pemuda ganjil itu duduk di hadapan¬nya.  Manakala datuk, saya dan pemuda ganjil duduk sebaris jarak kami dengan  kedua orang tua pemuda ganjil itu kira‐kira dua kaki.    "Kau jawap pertanyaan aku sebelum kau bertemu dengan kedua orang tua  kamu”, kata datuk sambiI memandang ke wajah pemuda ganjil.    Page 694 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Saya lihat pemuda itu anggukkan kepala tanpa memandang ke hadapan atau  ke kiri dan ke kanan.    "Baik”, balas pemuda ganjil.    "Siapa nama ayah kau?"    "Ansaruddin Hasibuan”    "Emak kau?"    "Teh Mayang Mengurai”    "Salah”, pekik datuk sambil menumbuk lantai, semua yang ada dalam rumah  jadi terkejut.    Datuk segera memegang leher pemuda ganjil sambil mencabut sehelai bulu  roma telinga kanan pemuda itu. Ada pertentangan dari pemuda ganjil itu,  tetapi, setelah datuk menekan dengan ibu jari kaki kiri di pahanya  pemuda itu menyerah. Bulu roma telinga pemuda ganjil itu datuk letakkan  atas tapak tangan ka¬nan. Datuk hembus bulu telinga itu dengan kuasa  hidungnya. Bulu roma itu kelihatan melayang‐Iayang dalam ruang rumah.  Page 695 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Pulanglah ke tempat asalmu dan jangan ganggu anak cucu Adam”, suara  datuk cukup lantang.    Bulu roma yang berterbangan dalam rumah terus menuju ke muka pintu.  Semua yang ada dalam rumah tercengang‐cengang. Kami terdengar suara  orang perempuan menangis dengan sayu di tengah hari yang menyerlah itu.  Sesungguhnya, saya tidak tahu dari arah mana suara itu datang. Bila  keadaan sudah tenang, datuk terus bertanya pada pemuda itu.    "Siapa nama emak kamu?"    "Rabiatun”, jawap pemuda itu.    "Betul”    Datuk menyuruh pemuda itu mencium lutut ibunya. Pemuda ganjil itu ikut  cakap datuk. Bila dia selesai mencium lutut ibunya, pemuda itu segera  memeluk ayahnya sambil minta maaf. Mereka berpeluk‐pelukan dan  bertangis‐tangisan. Datuk dan saya terus menyaksikan peristiwa yang  penuh dramatik itu dengan perasaan terharu. Air mata saya meleleh  dipipi. Sedarlah saya betapa kasihnya ibu dan ayah terhadap anaknya.  Page 696 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Dengan izin datuk, pemuda ganjil itu dibenarkan pulang ke rumahnya.  Tetapi, sebelum pemuda itu masuk ke rumah, dia harus dimandikan dulu di  bawah tangga atau di pintu rumah. Perkara itu di lakukan sebagai syarat  atau petua dari orang tua‐tua, kononnya untuk meng¬halau hantu syaitan.    "Walaupun ini merupakan petua tetapi tidak ber¬tentangan dengan ajaran  agama, tujuannya baik”, ka¬ta datuk pada ibu pemuda ganji itu.    Syarat itu sengaja di sampaikan pada ibunya ke¬rana kerja‐kerja harus di  lakukan oleh ibunya sen¬diri. Ayahnya tidak dibenarkan oleh datuk ikut  pu¬lang sam.    "Awak duduk di sini, hingga lepas waktu Asar. Banyak perkara yang mahu  saya cakapkan pada awak”, ujar datuk pada ayah pemuda ganjil.    Saya renung wajah ayah pemuda ganjil itu. Dia nampak tenang dan setuju  dengan cadangan datuk itu. Pemuda ganjil dan ibunya segera berangkat  dari rumah yang kami diami. Sementara menanti waktu Asar tiba, saya  terpaksa memasak nasi dan meng¬goreng ikan gelama masin. Bahan‐bahan  yang saya masak itu adalah pembe‐rian ayah pemuda ganjil itu semalam.    Bila waktu Asar tiba, kami pun sembahyang. Lepas sembahyang dan wirid  Page 697 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

sedikit barulah kami makan. Lepas makan kami berehat di anjung rumah.  Masa berehat itulah datuk menyoal bermacam‐macam hal pada ayah pemuda  ganjil itu.    "Harta anak yatim, harta pusaka dan amanah orang, jangan dipermainkan  kalau tak sanggup jangan diterima”, saya terdengar suara datuk dalam  nada yang lembut.    Ketika dia bercakap itu matanya merenung wajah ayah pemuda ganjil di  sebelahnya.    "Maksud awak? Saya tak faham”, tanya ayah pemuda ganjil.    "Saya rasa, ini pendapat saya. Boleh jadi betul, boleh jadi tidak.  Sepasang tangan yang berbulu di rumah batu itu merupakan petunjuk dari  Allah bahawa rumah yang dibina oleh arwah ayah awak tu dari wang yang  perolehi secara tidak halal”    "Saya faham cakap awak”    "Saya bukan apa‐apa. Cuma mengingatkan kalau mahu membuat rumah biarlah  dari wang yang halal kerana rumah itu tempat kita berlindung dan membuat  Page 698 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

amal ibadat. Membuat rumah dari duit yang halal berkatnya lebih, hati  kita sentiasa tenang bila bernaung di bawahnya” ujar datuk lagi.    Saya tidak tahu kenapa perkara itu yang datuk timbulkan. Saya renung  muka datuk, tidak ada sebarang perubahan di wajahnya. Lebih kurang pukul  enam petang, barulah ayah pemuda ganjil itu meninggalkan rumah khas  kami. Sebelum dia melangkah, dia terus berkata pada datuk.    "Sudah selesaikah kerja awak?"    "Belum”    "Apa yang belum selesai?"    "Saya mahu pergi ke rumah batu itu lagi malam ini, kalau awak nak ikut  datanglah lepas waktu Isyak”    "Boleh juga, saya akan datang”    "Baguslah tu”, datuk pun melambaikan tangan pada ayah pemuda ganjil  tersebut.    Page 699 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Bila masuk waktu Maghrib, hujan turun dengan lebatnya. Hujan yang lebat  itu tidak mengganggu datuk berwirid dari Maghrib hingga masuk waktu  Isyak. Cuma hati saya saja yang berdebar kerana hujan yang lebat itu  disertai juga oleh bunyi petir dan angin yang kuat. Tiba‐tiba saya  menggigil kesejukan. Badan segera saya selimutkan dengan kain pelikat,  saya duduk mencangkung. Dagu saya bertemu dengan kepala lutut. Kilat,  angin dan hujan terus bermaharajalela diluar. Datuk masih lagi berada di  tikar sembahyang. Satu ledakan petir yang kuat bergema, sinarnya  menerangi seluruh rumah.    Telinga saya bagaikan fana dan terasa kosong. Bila cahaya kilat itu  hilang, saya lihat batang tubuh perempuan terpacak tidak jauh dari depan  datuk. Wa¬jahnya manis sekali dengan rambut terurai hingga kepinggang,  memakai baju kebaya dari kain songket warna hijau, begitu juga dengan  baju. Selindang songket terletak atas bahunya yang lebar.    "Kau rampas suami aku. Binatang, kau harus bersedia menerima  pembala¬san”, katanya pada datuk.    Wajahnya bertukar jadi merah macam udang kena bakar. Saya lihat datuk  segera berdiri, saya tidak tahu waktu mana datuk mem¬buang kain  sarungnya dan memakai seluar hitam, baju hitam dengan kain merah  Page 700 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

terlilit di kepala.    "Kau Puteri Mayang Mengurai?", tanya datuk.    "Ya, kenapa?”    "Dari mana kaudatang?"    "Dari Gunung Tahan”    "Bohong, kau syaitan. Kau langsiur menjelma menjadi manusia untuk  memperdaya manusia”    "Itu soal aku, bukan soal kau. Aku mahu suami aku”, suara perempuan itu  mula meninggi.    Datuk menarik nafas panjang. Kedua belah tangannya di¬lekapkan ke  dadanya yang bidang. Bibir bawahnya nampak bergerak‐gerak.    "Aku bersedia memulangkan orang yang kau sayangi, kalau kau benar  ma¬nusia. Buktikan yang diri kau manusia”, datuk mengajukan pertanyaan.    Page 701 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Pe¬rempuan yang berdiri di depannya kelihatan tenang. Wajahnya yang  merah sudah tidak merah lagi.    "Bukankah dengan wujudnya aku di sini membuktikan itu semua”, katanya.    "Masih belum cukup, aku sangsi”    "Apa lagi yang kaumahu?"    "Kau berdiri di situ, jangan bergerak‐gerak”    "Baik”    Datuk senang hati dengan jawapan itu. Datuk pun mula meluruskan ke dua  belah tangannya. Mulutnya mula bergerak membaca ayat Al‐Kursi.  Pe¬rempuan itu tersenyum tetapi, bila sampai pada ayat pertengahan  perempuan itu tidak senyum lagi, malah cuba memberikan isyarat pada  datuk supaya jangan meneruskan pembacaannya. Datuk tidak peduli. Datuk  terus membaca ayat tersebut. Bila sampai pada ayat terakhir, saya lihat  seluruh tubuh badan wanita itu jadi merah macam bara, wanita itu  terkapai‐kapai macam minta tolong. Dalam beberapa saat saja badan yang  merah menjadi hitam macam arang, kemudian terus hilang.  Page 702 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Syaitan itu sudah binasa”, datuk memberitahu saya.    Perlahan‐Iahan da¬tuk menyingsing lengan baju kanannya. Dia kembali  duduk di depan tikar sembahyang. Saya tidak tahu apakah yang di bacanya.  Rasa menggigil di badan saya mula hilang. Saya terus ikat kain di  pinggang. Hujan dan petir masih berterusan di luar. Datuk terus membuka  tingkap tetapi, cepat‐cepat daun tingkap itu dirapat¬kannya kembali,  tempias hujan menjamah wajahnya.    "Masih belum datang lagi”, rungut datuk.    "Sabarlah, barangkali kerana hujan"    "Betul juga cakap kau Tamar”    "Kita tunggu sampai hujan teduh tok”    "Aku fikir pun begitu juga”, nada suara datuk menurun.    Dia kembali duduk di tikar sembahyang membaca Surah Yasin. Dalam kiraan  saya, hujan lebat itu berlaku selama satu jam. Sebaik saja hujan  Page 703 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

berhenti, ayah kepada pemuda ganjil datang ke rumah kami. Datuk memberi  dia minum kopi panas.    "Kita pergi sekarang”, kata datuk.    "Boleh, saya ada bawa lampu picit”    "Tak pakai lampu picit pun tak apa”    "Gelap nanti tak nampak jalan”    "Saya ingat, mana lopak dan pokok besar”    "Hum..”, mulut ayah pemuda ganjil terpelohong kehairanan.    Tanpa banyak kerenah, datuk pun turun dan di ikuti oleh saya dan ayah  pemuda ganjiI. Bila kami memijak bumi, tanah yang dibasahi air hujan  terasa menyentuh kulit kaki meskipun saya memakai sepatu getah. Datuk  yang memakai capal kulit itu cukup cepat melangkah. Percikan pasir dan  tanah dari kibasan capalnya terasa mengenai muka saya. Lebih kurang  sepuluh minit berjalan dalam gelap yang dikepalai oleh datuk, kami pun  sampai ke rumah batu.  Page 704 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Bila berada dalam rumah batu itu. Keadaannhya saya rasa berbeza dengan  keadaan sebelah pagi tadi. Saya tidak terasa seram atau takut. Datuk  terus kumpulkan kayu dan papan‐papan buruk lalu dibakarnya. Api yang  marak itu menerangi bahagian bawah rumah batu itu. Datuk mencari  bahagian sudut rumah itu yang mengarah ke kiblat. Datuk duduk bertafakur  beberapa minit disitu. Bila kerjanya itu selesai datuk pun menghampiri kami.    “Sekurang‐kurangnya tiga gadis Cina telah di¬rogol dan dibunuh oleh  tentera Jepun dirumah ini. Mayatnya di tanam di be¬lakang rumah”, datuk  memberitahu saya.    Menurut datuk, ada kemungkinan perempuan‐perempuan cantik yang da¬tang  menemui pemuda ganjil pada setiap malam itu berasal dari syaitan yang  mengambil kesempatan untuk menggoda pemuda ganjil yang memang  diketahuinya mudah digoda kerana imannya kurang kuat dan baru mahu  men¬dalami hal‐hal agama.    "Tangan yang berbulu berpunca dari apa?"    Secara mendadak ayah pemuda ganjil itu bertanya. Datuk segera mengambil  sebatang kayu dan menikam ke arah api yang sedang marak itu, muka datuk  Page 705 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

nampak berpeluh. Dahinya berkedut. Dia berhenti menikam api dengan serta  merta. Datuk termenung panjang, terlalu sukar nampaknya datuk mahu  menjawab pertanyaan itu.    "Saya tak tahu. Itu kuasa Allah, kejadian itu barangkali sebagai  petunjuk pada manusia supaya jangan tamak dan haloba kerana mahu hidup  senang dan tergamak melakukan pecah amanah”, cukup teratur datuk  bercakap sambiI matanya merenung wajah saya.    Tanpa saya duga, dalam bangunan rumah batu dua tingkat itu, di depan api  yang marak datuk menceritakan yang dirinya pemah mengalami kejadian itu  di dua buah rumah besar. Kejadian pertama berlaku di Alor Setar dan  kejadian ke dua berlaku di Pekan, Pahang.    Rumah di Alor Setar itu didirikan di atas tanah pesaka yang tidak di  farait atau dibahagikan mengikut hukum syarak. Sehingga menimbulkan  perbalahan di kalangan empat saudara, abang yang tua dalam keluarga itu  menggunakan kuasa kuku besinya. Dia mengambil semua tanah pesaka itu  untuk dirinya, dalam masa yang sama abang yang tua itu kena loteri  kebajikan masyarakat. Dia pun mendirikan rumah batu yang besar dan  membawa anak bininya tinggal di situ. Sejak tinggal di rumah baru itu  anak bininya sentiasa sakit dan diganggu oleh satu lembaga besar hingga  Page 706 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

membuat abang yang tua berada dalam keadaan resah dan tidak tenang.    Seorang guru agama menasihatkan abang yang tua itu supaya menjual tanah  tersebut. Hasil dari pendapatan jualan itu dibahagikan sesama  keluarganya atau membahagikan tanah pesaka di kalangan keluarganya  mengikut hukum agama, abang yang tua memilih cara kedua. Bila tanah itu  dibahagikan mengikut hukum syarak, lembaga hitam itu tidak muncul dan  keluarganya tidak sakit, rumah batu itu dipecahkan kerana didirikan  dengan wang loteri.    "Tetapi abang yang tua tidak akan terlepas dari dosa di akhirat kerana  dia berjudi”, kata datuk.    Kejadian di Pekan Pahang hampir sama dengan kejadian di Alor Setar, cuma  bezanya rumah besar yang didirikan oleh seorang haji disitu, adalah  hasil dari penyelewengan wang kutipan zakat fitrah orang Islam, dan haji  itu sendiri membunuh diri dalam rumah tersebut.    "ltulah pembalasan Allah di dunia pada orang yang tidak amanah”, kata  datuk mengakhiri ceritanya. Saya termenung panjang, begitu juga dengan  ayah pemuda ganjil tersebut.    Page 707 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Sudahlah, mari kita pulang”, kata datuk, kami pun segera pulang.    Sebaik saja kami sampai di kaki tangga, satu ledakan petir terjadi.  Cahaya kilat itu menerangi seluruh kawasan di sekitar kami, bila cahaya  kilat itu berakhir, kami jadi tergamam dan terkejut besar kerana  dibahagian bumbung rumah batu dua tingkat kelihatan api menjulang. Api  itu terus marak dan membakar seluruh rumah batu dua tingkat. Datuk tidak  menghiraukan kejadian itu, malah dia menyuruh kami balik ke rumah.  Sepanjang malam itu, saya tidak dapat tidur kerana memikirkan kejadian  yang saya lihat.    Pagi esoknya, kami pergi kerumah batu yang jadi korban petir . Tidak ada  bentuk rumah yang wujud di situ, kecuali tiang batu yang hitam macam  arang terpacak mengarah ke langit.    "Awak jual tanah ni atau wakafkan, kalau awak jual wangnya jangan awak  ambil satu sen pun, semuanya di berikan pada baitulmal atau ke rumah  anak‐¬anak yatim. Saya rasa inilah cara yang paling baik dengan itu  keturunan awak akan terselamat dari kutukan Allah”, datuk menasihatkan  ayah pemuda ganjil.    "Lagi apa yang mesti saya buat?"  Page 708 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Beramallah pada Allah, mohon limpah rahmat dariNya. Kita ini hamba  Allah, pada Allah lah kita mengadu dan Allah akan membuat keputusan yang  maha adil”, tambah datuk lagi.    Dua hari kemudian, sedang saya dan datuk berkemas untuk pulang, ayah  pemuda ganjil itu datang menemui datuk lalu menyerahkan wang sebanyak  lima ratus ringgit, sebagai tanda terima kasih atas kejayaan datuk  mengubati anaknya.    "Simpan wang awak. Saya tidak cari makan cara ini. Saya menolong sesama  manusia dengan ikhlas, kebolehan yang ada pada saya adalah milik Allah”,  muka ayah pemuda ganjil pucat mendengar cakap datuk.    "Maafkan saya, tapi saya mahu bersedekah”, balasnya.    "Sedekahlah pada fakir miskin”, jawab datuk tegas dan mengucapkan ribuan  terima kasih atas layanan yang diberikan kepada saya dan datuk.    Ayah pemuda ganjil itu menghantar kami ke perhentian bas. Tiga bulan  kemudian, ayah pemuda ganjil itu datang menemui datuk dan menyatakan apa  yang dinasihati oleh datuk telah dilaksanakannya. Tanahnya sudah dijual  Page 709 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dan wangnya sudah diserahkan pada Baitulmal.    "Anak saya sudah sihat, saya akan menghantarnya ke Padang Panjang untuk  belajar agama. Kalau ada rezeki saya mahu melanjutkan pelajarannya  hingga ke Kaherah, mulai tahun ini saya akan membayar zakat”    "Baguslah tu”, jawab datuk.    Dan saya masih dapat membayangkan bagai¬mana ayah pemuda ganjil itu  menangis teresak‐esak ketika meninggalkan ha¬laman rumah datuk.    SBDJ (Jilid 02) ‐ Siri 43 : Buaya Jadi Jadian    Musim tengkujuh pun tiba. Langit di Kampung Mandi Upeh sentiasa  kelihatan mendung dan setiap hari hujan turun. Sungai kecil yang  merentang di tengah‐tengah kampung melimpahkan airnya hingga ke paras  tebing. Dan sejak pulang dari Tanjung Malim, datuk tidak kemana‐mana.  Dia banyak menghabiskan masanya di ladang getah. Sekali‐sekala dia ke  hutan melihat jerat pelanduknya sama ada mengena atau tidak. Sepanjang  musim tengkujuh kesihatan datuk tidak begitu baik. Dia selalu diserang  sakit lelah dan lemah‐lemah badan. Walaupun begitu, datuk tidak pernah  lupa melakukan senaman harimau dan mandi embun pada setiap pagi.  Page 710 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Dan amalan meminum air dingin satu tem¬purung yang sudah diembun selama  satu malam tetap diteruskannya. Menurut datuk air dingin itu mesti  diminum sebelum sarapan pagi. Khasiatnya, dapat melancarkan perjalanan  darah serta membersihkan perut. Air dingin itu juga dapat menegangkan  kulit, bagi orang yang mengamalkannya akan kelihatan muda. Datuk juga  memberitahu saya, tempurung yang dijadikan bekas air dingin itu dipilih  dari kelapa masak yang gugur sendiri. Tempurung dari kelapa itu dibelah  serta di jemur hingga isinya lekang sendiri. Bahagian tempurung yang  tidak digunakan itu ditanam di pangkal pokok kelapa itu. Tempurung yang  dijadikan bekas minuman itu ialah bahagian bawah. Bila sudah cukup  kering, tempurung itu dibersihkan serta dikilatkan dengan serpihan kaca  dan di jemur kembali selama tujuh hari berturut‐turut. Kemudian baru  dijadikan bekas minuman. Setiap kali datuk mahu meminum air dingin dalam  tempurung itu, dia mesti membaca Al‐Fatihah sebanyak tujuh kali dalam  masa senafas.    Dan saya, hingga kini tidak dapat mengamalkan petua‐petua tersebut  dise¬babkan oleh beberapa hal yang tertentu.    Pada suatu pagi , selepas datuk melakukan senaman dia terus berehat di  ruang rumah. Ketika itu nenek menghampirinya.  Page 711 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Bagaimana? Bila kita nak pergi ke Tanjung Ara?", soal nenek.    "Untuk apa?"    "Dah lupa? Jemputan kahwin anak Alang Botak”    "Tak lupa. Bukankah jemputan tu esok, esoklah kita pergi”    "Awak ni merepek. Bukankah saya dengan Alang Botak itu adik‐beradik,  kami sepupu. Tidak baik pergi kenduri‐kendara rumah adik‐beradik untuk  makan aje. Kita harus pergi awal, boleh tolong tegakkan balai, siapkan  tempat orang makan”, nenek mula bersyarah di hadapan datuk. Saya lihat  datuk tersenyum dan mengangkat ke dua belah tangannya ke atas, macam  komunis menyerah diri pada pasukan askar Melayu.    "Saya salah. Awak betul, kerana itu saya ikut cakap awak”, kata datuk  sambil berjenaka.    Nenek ketawa keciI. Begitulah sikap datuk dengan nenek. Saling bertolak  ansur. Datuk tidak segan‐silu menurut kata nenek, kalau kata‐¬kata itu  baik dan benar. Datuk akan menentang berhabis‐habisan kalau pendapat  Page 712 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

atau fikiran nenek tidak menguntungkan. Mereka bertengkar dan bermasam  muka untuk mencari kebenaran bagi mencipta suasana rumah tangga yang  kekal tanpa mahu mencari perkelahian yang mengakibatkan rumahtangga  berada dalam kegentingan yang berakhir pada sebuah jurang pemisahan.  Barangkali inilah rahsia kebahagian dan keda¬maian rumahtangga datuk dan  nenek.    Dan saya sering bertanya dalam diri saya, apakah dalam hidup saya kelak,  saya akan menemui seorang isteri sebaik dan semulia hati nenek? Apakah  saya dapat menjadi lelaki seperti datuk yang sanggup menghilangkan rasa  ego seorang suami di mata seorang isteri demi kerukunan rumah tangga.    "Entahlah… Begini saja, kita pergi sejam lagi. Sementara itu eloklah  awak berkemas, bawalah gula barang sekati dua, kelapa sepuluh atau dua  puluh biji dan pisang dua tiga tandan”, kata datuk.    Nenek bagaikan terkejut.    "Awak ni bergurau atau cakap betul‐betul”, tanya nenek sambiI  menge¬rutkan keningnya. Datuk terus mempamirkan giginya.    "Saya cakap betul, kita tolong mereka dengan apa yang ada pada kita”  Page 713 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Nak bawa barang‐barang tu dengan bas? Susah jadinya. Itulah ada kereta  awak tak mahu baiki, seka¬rang siapa susah”, rungut nenek.    "Sama‐sama susah”, jawab datuk.    Nenek dan saya terus ketawa. Bila ketawa saya dan nenek bera¬khir, datuk  masih lagi tersengih.    "Begini saja. Awak dengan Tamar pergi naik bas dulu, barang‐barang tu  biar saya bawa kemudian, saya juga nak bawa kambing untuk Alang Botak”    "Ini dah cukup baik”, balas nenek yang kemudian menggesa saya menukar  pakaian. Saya tukar pakaian dan nenek terus menge¬maskan pakaian lalu  dimasukkan ke dalam beg rotan empat segi. Saya diberi tugas tertentu  oleh nenek iaitu memikul beras sebanyak empat gantang yang diisikan  dalam guni gandum. Bagi nenek, beras empat gantang itu sebagai tanda  buah tangan untuk keluarganya di Tanjung Ara.    "Bila awak nak bertolak?", soal nenek pada datuk di kepala tangga.    Datuk menggigit bibir sambil memetik ibu jari kirinya. Dan sepasang mata  Page 714 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

datuk tertumpu ke arah anak bukit yang letaknya tidak jauh dari rumah.    "Awak jalanlah dulu, saya tetap sampai”, suara datuk penuh keyakinan.    Saya dan nenek pun berangkat dari rumah.    Ketika berada dalam perut bas, hati saya cukup gembira kerana nenek  tidak putus‐putus menjamu saya dengan kuih‐kuih yang dibelinya di  perhentian bas. Apa saja yang saya minta nenek tunaikan. Nenek saya  lihat cukup gembira sekali, maklumlah dia mahu bertemu dengan kaum  keluarganya di Tanjung Ara. Dalam perut bas itu juga, pertama kali nenek  membuka rahsia asal keturu¬nannya. Menurut nenek, keturunannya berasal  dari Bugis yang berhijrah ke Johor, dari Johor berpindah ke lembah  Sungai Kelang, Selangor, yang kemudian terlibat dalam peperangan saudara  di Selangor.    Dari Selangor mereka berhijrah ke Perak membantu Sultan Muzaffar Shah  yang bersengketa dengan adiknya. Sultan Muzaffar Shah yang di bantu oleh  orang‐orang Bugis menang, lalu ditabalkan jadi Sultan Perak. Salah  seorang keluarga nenek menjadi ayam tambatan pada Sultan Perak pada masa  itu. Sayangnya nenek tidak menyatakan pada saya siapa nama keluarganya  yang menjadi pahlawan terbilang itu.  Page 715 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Kaum kerabat nenek masih terdapat di Johor terutama di daerah Batu  Pahat. Di Selangor pula di kawasan Jeram dan Permatang. Tetapi moyang  nenek memilih Tanjung Ara sebagai tempat bernaung, setelah berperahu  dari Kuala Dinding ke sini”, kata nenek dengan megah.    Saya anggukkan kepala kerana saya tahu, tidak mungkin saya dapat  me¬nyusur jejak‐jejak keturunan nenek yang sudah begitu lama. Bas yang  kami naiki sampai di pekan kecil Pengkalan Bharu. Dari situ, saya dan  nenek terpaksa berjalan kaki melintasi satu kawasan lapang yang dipenuhi  dengan pokok kemunting (kemuning) serta rerumput yang berdaun merah.    Kata nenek, kawasan lapang itu disebut Padang Antah Berantah dan  men¬jadi medan pertempuran angkatan Raja Shamsul Baharin menentang  angkatan Raja Champa (Kemboja). Dalam pertempuran itu Raja Shamsul  Baharin me¬mang, seluruh Padang Antah Berantah dipenuhi dengan  darah‐darah pahlawan Champa. Kesan daripada peperangan itu,  rumput‐rumput yang tumbuh di situ jadi merah begitu juga dengan pasirnya  (sekarang kawasan tersebut sudah dita¬nam dengan pokok kelapa). Saya  tidak dapat memastikan sama ada cerita itu benar atau tidak. Kerana  nenek hanya memperolehi cerita itu dari mulut ke mulut cuma.    Page 716 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Memikul empat gantang beras dengan berjalan kaki sejauh hampir dua batu  memang memenatkan, badan saya jadi berpeluh. Bagi menghilangkan rasa  penat dan bosan pada diri saya, nenek terus bercerita kisah‐kisah lalu  yang menggerunkan, dan kadang‐kadang melucukan. Saya jadi terhibur di  bawah panahan matahari yang amat terik.    Ketika saya dan nenek mahu menyeberang di atas jambatan, saya ter¬lihat  pokok keduduk dan petai cina di sebelah kiri bergoyang‐goyang. Nenek  suruh saya berhenti. Saya segera menoleh ke kiri, saya dapati datuk  berdiri di situ menarik seekor kambing. Dua tandan pisang dan dua puluh  biji kelapa berada di sebelah kanan. Ma¬nakala di tangannya tergantung  bungkusan gula.    "Cepat awak sampai”, kata nenek.    "Kawan kita menghantarnya”, jawab datuk. Ketika itu juga saya terlihat  ekor harimau dari celah‐celah rumput keduduk dan petai cina.    "Baliklah”, kata datuk dan ekor harimau itu hilang dari penglihatan  saya. Saya faham apa yang sudah berlaku.    "Begini. Awak tunggu di sini, biar saya jalan dulu. Kemudian saya suruh  Page 717 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

anak Alang Botak me¬ngambil barang yang awak bawa ini dengan basi¬kal”,  nenek mengeluarkan cadangan.    Datuk termenung seenak, bila senyum berakhir dia kerutkan kening luasnya  sambil merenung ke arah rumah Alang Botak yang berada di seberang sana.    "Kita pergi bersama”, balas datuk.    "Barang‐barang ni macam mana?"    "Kita tinggalkan di sini dulu, sementara menanti anak Alang Botak  me¬ngambilnya”    "Nanti hilang pula”    "Ah, tak usah takutlah tidak ada siapa yang mahu mencurinya”, jawab da¬tuk.    Nenek terdiam. Beberapa saat kemudian kami pun melangkah serentak. Alang  Botak menyambut kami dengan penuh keriangan. Alang Botak dengan datuk  berpeluk‐pelukan. Ketika berpeluk‐pelukan itulah datuk sempat  membisikkan sesuatu ke telinga Alang Botak. Bila selesai berpeluk, Alang  Botak terus memerintahkan salah seorang anaknya supaya mengambil  Page 718 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

barang‐barang di kepala jambatan.    Dengan di temani oleh Alang Botak, datuk berkesempatan menemui  tukang‐¬tukang masak dibelakang rumah, menemui tukang buat balai di  hadapan rumah serta menemui orang yang sedang menegakkan tiang pelantar  tempat mele¬takkan gelas dan balang air. Semuanya bekerja dengan tekun  di bawah semangat gotong‐royong. Kerana datuk memang pandai dan tahu  dalam hal masak‐memasak datuk mencampurkan dirinya dengan tukang‐tukang  masak di kampung itu. Saya di¬arah oleh datuk untuk memotong bawang dan  halia. Berpeluh dahi dan meleleh air mata saya membuat kerja‐kerja itu.  Sedang kami asyik dengan tugas¬tugas yang dijalankan kami dikejutkan  dengan suara jeritan dari arah tebing sungai. Semua orang yang berada  dibahagian belakang rumah segera bangun.    "Agaknya ada orang ditangkap buaya”, kata seorang lelaki berkulit hitam  yang berdiri di sebelah datuk.    Belum pun sempat datuk mengajukan pertanyaan pada lelaki itu, seorang  perempuan setengah umur berlari ke arah kami.    "Tolong, tolong anak saya disambar buaya”, kata perempuan itu dengan  wajah cemas. Dia mula menangis, rambutnya kelihatan mengerbang.  Page 719 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Di mana?" tanya datuk.    "Di tepi sungai”    "Mari “, kata datuk dan orang‐orang yang berada di situ segera mengikut  datuk menuju ke tebing sungai.    Bila sampai di tebing sungai, orang ramai sudah pun berkumpul di situ,  ada yang membawa parang. Ada yang membawa lembing dan senapang kampung  masing‐masing mahu membunuh buaya, tetapi buaya yang mahu dibunuh tidak  kelihatan. Datuk tidak mempedulikan mereka yang sedang marah itu. Datuk  terus duduk bersimpuh di tepi tebing. Datuk mengambil segenggam tanah  lalu di¬campakkannya ke dalam Sungai Tanjung Ara yang mengalir tenang.  Di tempat tanah itu jatuh, air sungai kelihatan berbuih macam air yang  sedang mendidih.    Tiba‐tiba seekor buaya muncul, bagaikan kilat buaya itu melibaskan  ekor¬nya ke arah datuk. Nasib baik datuk sempat mengelak dan buaya itu  terus menyelam. Belum pun sempat datuk duduk kembali, buaya itu muncul  semula di permukaan sungai lalu melibaskan ekornya yang panjang itu ke  tebing sungai. Libasan dari ekor buaya itu mengenai salah seorang  Page 720 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

penduduk Kampung Tanjung Ara yang berdiri dekat datuk. Lelaki malang itu  terhumban ke dalam air dan bagaikan kilat rahang buaya itu menyambut  tubuh badan lelaki itu, lalu lelaki dan buaya itu ghaib dari permukaan  sungai mula bergelombang.    Orang ramai yang tadi begitu ghairah mahu membunuh buaya jadi terpaku  dan setengah daripada mereka berundur jauh dari tebing sungai. Datuk  mula kelihatan resah tidak menentu. Bajunya mula dibasahi peluh dan  mukanya kelihatan merah padam dipanah cahaya matahari pukul tiga petang  yang cukup terik. Saya perhatikan datuk bagaikan hilang matlamat dan  keyakinan pada diri sendiri. Dia lalu merenung ke tebing seberang sana  yang penuh dengan tum¬buhan pokok‐pokok keladi dan mengkuang liar.  Hujung daun mengkuang men¬cecah permukaan air sungai. Dalam saat‐saat  yang amat genting itu, buaya ganas tadi muncul sambil menjulang  mangsanya tinggi dari paras permukaan air sungai. Tangan dan kaki lelaki  itu terkapai¬‐kapai macam katak puru di mulut ulat.    Gigi‐gigi buaya yang tajam itu terus terbe¬nam di badan lelaki itu.  Darah kelihatan memancut ke luar. Datuk saya lihat sudah hilang  sabarnya. Datuk terus bertempik dengan sekuat hatinya sambil terjun ke  dalam sungai. Datuk terus memeluk badan buaya itu dengan sekuat hatinya.  Dengan menggunakan jari kelingkingnya datuk menujah mata buaya itu.  Page 721 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Buaya itu terus mengelupar dan air sungai terus bergelom‐bang. Buaya itu  terus menghempaskan badannya. Tetapi pelukan datuk tetap kemas dan  jarinya terus menujah mata buaya. Mungkin kerana terasa amat sakit,  buaya itu membuka rahangnya hingga badan lelaki itu terlepas darinya.  Datuk berhenti memeluk buaya itu lalu me¬nyambar badan lelaki itu dan  terus dibawa ke tepi tebing.    Dan buaya ganas itu terus hilang di permukaan air sungai. Orang‐orang  kampung yang berada di situ terus menyambut batang tubuh lelaki tersebut  dan dibaringkan ke atas tanah. Datuk pun mengesat darah di badan lelaki  malang itu. Saya di suruh oleh datuk memetik dedaun hijau dari pokok  pulai penipu bukit untuk dijadikan ubat penahan darah. Lelaki itupun  sedar dari pengsan. Dia tidak berdaya mahu bangun. Cepat‐cepat datuk  membetulkan urat belikat dan urat tangan lelaki itu. Datuk meminta  orang‐orang kampung yang mengerumun lelaki malang itu supaya beredar  agak jauh sedikit. Cakap datuk mereka patuhi. Seluruh badan lelaki itu  datuk raba dengan belakang tangan.    Semua biji mata orang yang berdiri di tepi tebing bagaikan terbeliak  bila mereka melihat air Sungai Tanjung Ara bergelombang dan keruh.  Pokok¬‐pokok keladi dan mengkuang kelihatan bergoyang‐goyang kembali.  Bila gelombang air sungai berakhir, dua ekor buaya timbul di permukaan  Page 722 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

air, berpusing‐pusing di tengah‐tengah sungai sambil melibas‐libaskan  ekor masing‐masing pada air Sungai Tanjung Ara. Percikan air itu  menjulang ke udara dan jatuh kembali atas permukaan air sungai. Pancaran  matahari yang keras terus menikam pada gelombang air sungai akibat dari  libasan ekor buaya itu. Pancaran tikaman matahari itu  menimbulkan satu cahaya yang kilau kemilau, bagaikan cahaya berlian di  suluh dengan lampu picit. Orang‐orang kampung terpegun melihat kelakuan  dua ekor buaya itu. Tanpa di duga, dengan cara yang mendadak sekali,  kedua‐¬dua ekor buaya itu meluru ke tepi lalu memanjat tebing sungai.    “Berundur “, kata datuk pada orang ramai.    Mereka pun berundur dan ke¬dua‐dua buaya itu terus merangkak, sambil  memanggungkan kepalanya melihat ke kiri dan ke kanan, macam biawak mahu  menangkap anak ayam. Datuk masih lagi kelihatan resah gelisah.    "Biarkan orang itu di situ, saya mahu umpankan buaya”, suara datuk keras  melarang orang yang mahu mengangkat lelaki malang itu ke tempat lain.    Sikap datuk itu menimbulkan kemarahan seorang lelaki lain yang berbadan  tegap. Melihatkan bentuk tubuh lelaki itu, ternyata dia bukanlah orang  Melayu tulin. Dalam badannya itu mengalir darah campuran Melayu dan  Page 723 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Pakistan. ltulah tanggapan saya pada lelaki itu.    "Awak mahu memperjudikan nyawa orang. Kalau awak tidak ubah anak saudara  saya ni ke tempat lain, awak saya tembak sampai mati”, lelaki yang naik  darah itu menghalakan muncung senapang kampung ke arah datuk. Datuk  tersenyum.    "Saya tetap patuh dengan apa yang saya kata. Kalau awak nak berkeras  saya bersedia menerimanya”, jawab datuk.    "Binatang”, jerit lelaki itu sambil menarik pemetik senapang. Lelaki itu  jadi cemas, senapangnya tidak mengeluarkan sebarang bunyi, kecuali  muncung senapangnya berasap.    "Awak berundur dari sini, sebelum saya bertindak”, kata datuk sambil  mengesat peluh di pangkal kening kirinya dengan tapak tangan kanan.  Lelaki itu bagaikan terpukau, menurut saja perintah datuk.    Kedua‐dua ekor buaya itu terus mara ke arah lelaki malang yang terkapar  di atas tanah. Air mata lelaki malang itu meleleh dipipi. Datuk terus  memberi semangat padanya supaya bertenang. Datuk tidak akan menyerahkan  tubuh badannya untuk dikoyak‐koyak oleh buaya ganas dengan begitu saja.  Page 724 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Lebih kurang dalam jarak sepuluh kaki kedua‐dua buaya itu mahu  meng¬hampiri lelaki malang itu, datuk segera melompat dan berdiri di  tengah‐¬tengah. Melihat perbuatan datuk itu, kedua‐dua ekor buaya itu  jadi marah lalu membuka mulut dengan seluas‐Iuasnya. Datuk sudah  bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.    Kedua belah tangan datuk terus memeluk tubuh, matanya tepat menikam ke  arah kedua‐dua ekor ma¬ta buaya itu. Tumit kiri datuk tekankan ke bumi  hingga terbenam separas buku lali. Datuk membongkok lalu menghentakkan  pangkal siku kanan ke tanah. Datuk terus duduk mencangkung dengan  mene¬kan kepala lutut kiri ke bumi dan kepala lutut kanan¬nya bertemu  dengan dagu. Kedua‐dua ekor buaya itu merapatkan kembali mulutnya dan  cuba mahu merangkak, ternyata buaya itu tidak boleh bergerak. Datuk  sudah pun menguncikan sendi‐sendi kaki buaya itu.    "Tutup mulut kamu”, saya terdengar suara datuk dan kedua‐dua ekor buaya  itu merapatkan mulutnya. Datuk segera bangun sambil memeluk tubuh, kedua  belah kakinya di kangkangnya sedikit.    "Sekarang kau kembali ke lubuk kamu dan pulangkan mayat anak cucu aku  yang kau binasakan itu”, kata datuk dengan lantang.    Page 725 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Datuk terus melompat se¬tinggi empat kaki dari paras bumi. Bila kaki  datuk menyentuh bumi, kedua‐¬dua ekor buaya itu masih terpukau lagi  ditempatnya. Datuk lalu memerintahkan orang‐orang kampung itu mengusung  lelaki malang ke rumahnya. Perintah datuk segera dipatuhi. Datuk kembali  berdiri di hadapan kedua‐dua ekor buaya itu.    "Pulang, kataku pulang”, sergah datuk lagi dan buaya‐buaya itu bagaikan  baru tersedar dari tidur. Segera berpusing lalu terjun ke dalam sungai  dan air sungai kembali bergelombang yang airnya memukul tebing.  Tanah tebing yang tidak kuat terus runtuh ke dalam sungai dan  menimbulkan buih‐buih yang kecil sebelum bersatu dengan air sungai.  Matahari yang sejak tadi bersinar dengan terik, mula beransur redup.  Gumpalan awan hitam yang tebal mula melindungi matahari.    Orang‐orang kampung yang tadi begitu ramai berdiri di tebing mula  beransur kurang. Kebanyakan daripada mereka pergi ke rumah lelaki yang  malang itu. Angin pun mula bertiup menggoyangkan dedaun pokok di bibir  tebing. Datuk membuka baju. Baju itu diikatkan ke pinggangnya. Datuk  duduk bersila di tepi tebing dengan kedua belah tangannya terletak di  atas kedua tempurung lutut. Datuk bertafakur di situ sambil membaca  sesuatu. Datuk berdiri tanpa membuka tangan yang memeluk tubuhnya.    Page 726 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Pulangkan cucuku”, kata datuk. Serentak dengan itu, seekor buaya timbul  di muncungnya terpanggang tubuh seorang kanak‐kanak lelaki dalam usia  empat belas tahun. Buaya itu meletakkan tubuh budak lelaki yang sudah  menjadi mayat itu di bibir tebing. Cepat‐cepat datuk mengambil mayat  budak lelaki itu, lalu di serahkan pada orang‐orang kampung yang masih  berada di situ. Mereka pun membawa mayat budak lelaki itu ke rumah  ibunya. Dan buaya yang menyerahkan mayat budak itu terus hilang dari  penglihatan saya dan datuk.    Sebagai tanda yang tugasnya sudah selesai, lagi sekali datuk mengepal  tanah dan mencampakkan ke dalam sungai. Bila tanah itu bertemu dengan  air sungai, dengan sekelip mata saja timbul berpuluh‐puluh ekor buaya di  per¬mukaan air Sungai Tanjung Ara, buaya‐buaya itu mempamirkan badan  masing¬‐masing sambil melibas‐libaskan ekornya pada permukaan air  sungai. Melihat keadaan yang ganjil itu, wajah datuk segera berubah  menjadi cemas tidak menentu. Dia merenung muka saya.    "Sebenarnya, ada orang tertentu yang menaikkan semangat buaya, itu  supaya menjadi ganas”, kata datuk sambil menarik tangan saya pulang ke  rumah Alang Botak. Petang itu juga mayat budak lelaki yang jadi korban  buaya dikebumikan.    Page 727 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Dan lelaki malang itu terus menerima rawatan dari datuk. Sebelum  men¬jelang waktu Maghrib lelaki malang itu kembali sihat dan terus  membantu kerja‐kerja kenduri‐kenduri di rumah Alang Botak. Sepanjang  malam itu o¬rang‐orang yang berada di rumah Alang terus memperkatakan  tentang peristiwa yang berlaku pada sebelah siang tadi.    Sesungguhnya, peristiwa yang terjadi itu mencatatkan kemeriahan suasana  kenduri di rumah Alang Botak yang kemuncaknya akan berlangsung pada  esok¬nya. Bagi menjaga keselamatan diri orang ramai, pengumuman segera  dike¬luarkan oleh ketua kampung, yang menasihatkan orang‐orang kampung  supaya jangan mandi di sungai.    Malah, anak lelaki Alang Botak yang bakal jadi raja sehari itu dilarang  sama sekali melintas di atas jambatan, begitu juga dengan pibak  pengantin perempuan. Hari itu, adalah kemuncak segala kemeriahan di  rumah Alang Botak. Pagi‐pagi rumahnya sudah dikunjungi orang ramai.  Kira‐kira pukul sepuluh pagi, macam‐macam permainan diadakan di balai  yang dimulai dengan silat, tarian zapin dan permainan dabus. Kira‐kira  pukul dua belas tengahari, kampung kecil itu menjadi gempar kerana ada  orang yang mengingkari pesanan ketua kampung, akibatnya dua orang sudah  menjadi mangsa buaya. Pukul satu tepat, tiga orang lagi menjadi korban  buaya.  Page 728 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Buaya‐buaya di Sungai Tanjung Ara mula mengamuk. Siapa saja yang  ber¬diri di tebing akan akan terus di libas oleh buaya‐buaya itu dengan  ekornya. Datuk sudah tidak mampu mengatasi masalah itu. Dia mengaku,  ilmu dunia yang ada pada dirinya tidak boleh mengalahkan buaya‐buaya  tersebut. Dengan bantuan orang‐orang kampung, tebing sungai itu lalu  dipagari de¬ngan kawat berduri. Apa yang terjadi tidak mengganggu‐gugat  rancangan yang sudah di atur. Acara persandingan terus dijalankan. Bila  acara persandi¬ngan itu tamat, satu mesyuarat kecil telah diadakan di  halaman rumah Alang Botak untuk mencari jalan bagi mengatasi masalah  yang sedang di hadapi.    Dalam mesyuarat itu orang‐orang kampung meminta datuk menggunakan  kebolehannya untuk menghalau buaya‐buaya ganas tersebut. Datuk tidak  dapat memenuhi permintaan mereka. Menurut datuk, kebolehan yang ada pada  dirinya masih belum cukup unutk menjinakkan buaya‐buaya ganas itu.  Kejujuran yang datuk tunjukkan tidak dapat diterima oleh orang‐orang  kampung.    "Kamu sudah membuktikan di depan mata kami, usahlah kamu berdalih.  Agaknya kamu yang memuja buaya‐buaya tu supaya menjadi ganas. Sebelum  kamu datang buaya‐buaya itu tidak mengacau kami”, seorang lebai muda  Page 729 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

menghujah datuk di hadapan orang ramai.    Pendapat lebai muda itu mendapat sokongan sebagaian besar dari  orang‐¬orang kampung. Datuk berada dalam suasana yang serba salah.    "Apa yang saya lakukan semalam, sekadar mendapatkan mayat budak itu.  Dari percubaan pertama itu saya dapat mengesan yang buaya‐buaya itu  diarah oleh orang‐orang tertentu yang dapat mempengaruhi buaya supaya  menganas”, datuk memberi penjelasan dalam percubaan membersihkan nama  dan dirinya.    "Mungkin di antara buaya‐buaya itu, ada buaya jadi‐jadian”, tambah datuk.    Orang ramai terdiam sejenak, mereka berpandangan sarna sendiri dan  berbisik ‐bisik. Lebai muda yang berkulit cerah bangun lagi. Keadaannya  lebih bersopan santun dari tadi. Dia memperkenalkan dirinya.    "Maafkan saya, kalau perbuatan saya tadi menyakitkan hati tuan, nama  saya Kamaruddin dan saya bekas anggota tentera laut dan sekarang membuat  kerja menangkap udang di Sungai Tanjung Ara ni, apakah yang patut kita  lakukan sekarang?"    Page 730 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Datuk merenung muka lebai muda itu sejenak. Datuk merasakan lebai muda  itu memang jujur orangnya. Tidak berdolak‐dalik atau mahu menguji datuk,  dia bercakap apa yang difikirkannya patut dicakapkan, sesuai dengan  keadaan dirinya yang baru berusia lebih kurang empat puluh tahun.    "Kita cari pawang buaya yang handal”, kata datuk.    "Kalau begitu kita panggil Saadun Juling”, jawab salah seorang penduduk  kampung.    "Dia tu tinggal di mana?", lebai muda bertanya.    "Di Sungai Rotan”, jawab orang yang mengeluarkan cadangan.    "Saya setuju dan saya boleh membantunya”, datuk memberikan pengakuan.    Kata sepakat pun di buat. Beberapa orang penduduk kampung Tanjung Ara  disuruh pergi ke Sungai Rotan menjemput Saadun Juling. Permintaan itu  tidak dihampakan oleh Saadun luling. Dua hari kemudian, pawang buaya itu  sudah pun berada di Tanjung Ara. Datuk terus mendam¬pinginya. Saadun  Juling memberitahu orang‐orang kampung, dia tidak dapat melakukan  kerjanya dengan secepat mungkin. Dia perlu mengambil masa kira‐¬kira  Page 731 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tiga minggu.    Selama dia menjalankan tugasnya itu, dia minta orang‐orang kampung  menanggung makan minum dan mematuhi syarat‐syarat yang dikenakan,  antaranya orang‐orang kampung dilarang berjalan malam, kecuali dirinya.  Seminggu sudah berlalu Saadun Juling hanya asyik berjalan di sepanjang  tebing sungai. Kadang‐kadang dia menyorok di balik pokok besar mengintai  perempuan mandi dan membasuh kain disungai. Ada kalanya, dia berdiri di  tebing sungai bercakap dengan air.    Satu perkara yang tidak dapat dinafikan, sejak Saadun Juling berada di  Tanjung Ara, buaya‐buaya suIit untuk dilihat. Tidak lagi mengganggu  orang‐orang kampung yang mandi di sungai. O¬rang‐orang yang bekerja  menangkap udang galah mendapat hasil yang berlipat ganda. Hal ini  meyakinkan orang‐orang kampung yang Saadun Juling itu seorang pawang  buaya yang handal. Masuk minggu yang kedua, seorang suami di kampung itu  mengadu pada datuk secara suIit‐suIit tentang isterinya yang telah  berjaya dipujuk rayu oleh pawang buaya hingga melakukan hubungan suIit.  Dan si suami tidak dapat berbuat apa‐apa, setiap kali dia memandang atau  berhadapan dengan pawang buaya untuk mempersoalkan kedudukan yang  sebenar, dia jadi kasihan dan berasa takut yang tidak bersebab. Si suami  cuba membentangkan masalah dirinya pada orang‐orang kampung, mereka  Page 732 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tidak dapat menerima lalu menuduh si suami itu berniat jahat terhadap  pawang buaya yang mahu mengembalikan suasana aman di Tanjung Ara.    "Masa bila dia membuat hubungan sulit tu?", tanya datuk pada si suami.    "Malam”    "Waktu tu, kau berada di mana?"    "Dirumah?"    "Kenapa kau tidak bertindak?"    "Saya macam kena pukau. Tidak boleh bangun dari tempat tidur dan tidak  boleh bersuara”    Datuk terdiam mendengar cakap si suami itu. Ada rasa simpati terpamir di  wajah datuk.    "Kau bersabar, jangan bertindak terburu‐buru. Jika perkara ini benar aku  akan menolong kau. Aku tidak mahu perkara maksiat terjadi di sini.  Kerja‐¬kerja yang didorong oleh syaitan harus kita tentang”  Page 733 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Macam mana nak menentangnya?"    "Kau berjanji jangan beritahu sesiapa apa yang mahu aku lakukan”    "Saya berjanji”    "Pawang tu tinggal di surau. Malam ni aku nak mengintip gerak gerinya”    "Awak akan binasa, kalau melanggar pantangnya”    "Allah lebih berkuasa darinya. Allah memberkati kerja‐kerja yang baik  dan jujur. Allah mengeji perbuatan zina. Kalau kita tidak menegakkan  kebena¬ran, Allah akan mendakwa kita di akhirat kelak, kerana kita tahu  perbuatan itu ditegah oleh Allah”    "Saya faham”    "Kau pulanglah dulu”, kata datuk, si suami itu terus pulang.    Pertemuan datuk dengan si suami itu tidak diketahui oleh sesiapa,  walaupun pertemuan itu diadakan di rumah Alang Botak. Dan Alang Botak  Page 734 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

menganggap pertemuan itu adalah pertemuan biasa.               

             

Page 735 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

all credit goes to:    http://komuniti‐sbdj.blogspot.com      SBDJ (Jilid 02) ‐ Siri 44 : Skandal Pawang Buaya  Datuk masih lagi berdiri di anjung rumah Alang Botak. Kedua belah tapak  tangannya menekan kayu palang yang memisahkan bahagian dalam anjung  dengan bahagian luar rumah. Mata datuk merenung tajam ke arah batang  tubuh si suami malang yang dijamah oleh sinaran matahari petang yang  lembut. Batang tubuh si suami malang hilang dari pandangan datuk di  balik pokok besar, dekat liku jalan yang tajam. Datuk mengeluh kecil  sambil menggamit saya yang sedang berlari bersama kenalan‐kenalan baru  mengelilingi pokok asam belimbing buluh di tengah halaman rumah Alang Botak.    "Ada apa tok?", tanya saya di kaki tangga sambil menyapu peluh di dahi  dengan telapak tangan kanan. Datuk senyum sambil meraba misai bengkoknya.    "Jangan terlalu riang bermain. Tok takut hilang riang datang duka”,  katanya dengan tenang.    Saya gigit bibir dan termenung panjang sambil berfikir, kenapa datuk  harus mengeluarkan ingatan itu pada saya? Apakah dia sudah dapat  men¬cium nasib malang yang akan menimpa diri saya? Pertanyaan itu terus  berlegar¬‐legar dalam kepala saya tanpa menemui sebarang jawapan.    "Sudah, jangan termenung”, kata datuk sambil menepuk bahu kanan saya.   

Page 736 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Sesungguhnya, saya tidak sedar bila masanya datuk turun ke tanah lalu  ber¬diri di sisi saya.    "Mari ikut aku ke tebing sungai”, tambahnya lalu mengatur langkah.    Saya pusing kekanan lalu mengekorinya dari belakang. Langkah datuk cukup  pantas. Kenalan‐kenalan baru saya cuma melihat saja telatah saya dan  datuk. Meskipun matahari petang memancar redup, bahang panas terasa juga  menjamah kulit badan. Muka saya berpeluh, ketiak terasa bergetah begitu  juga dengan bahagian belakang saya. Langkah datuk cukup cepat. Bagi  mem¬persimbangkan langkahnya dengan langkah saya, saya terpaksa  berlari‐Iari anak. Saya dan datuk sampai ke tebing sungai Tanjung Ara.  Air sungai kelihatan tenang dan nampak bermanik‐manik disentuh sinar  matahari. Rumput‐rumput hijau di tebing terus merunduk bila kami pijak,  tetapi, bangun semula bila kami mengatur tapak kaki ke arah lain.    Saya macam orang bodoh dibuat oleh datuk. Dia tidak berkata walau  sepatah pun. Matanya tetap merenung ke arah riak air sungai yang beralun  lembut. Meskipun dia melangkah tanpa merenung bumi, datuk bagaikan ada  panca indera yang keenam, boleh mengelakkan dirinya dari melanggar  tunggul buruk atau lubang yang banyak terdapat di tebing sungai. Sudah  berantai‐rantai berjalan di tepi tebing sungai menuju ke hulu. Belum  terdapat tanda‐tanda yang datuk akan berhenti melangkah. Kedua belah  pangkal paha saya mula terasa sakit. Angin petang yang bertiup tidak  dapat menghi¬langkan rasa resah dalam diri saya. Saya resah mengikut 

Page 737 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

cara datuk berjalan, saya resah kalau buaya timbul lalu ekornya memukul  badan saya yang berjalan di tepi tebing sungai.    "Aw...”, jerit saya sekuat hati, kaki kanan saya bagaikan dipukul dengan  kayu keras. Tanah tebing tempat saya berdiri kelihatan rebak dan air  sungai bergelombang kuat. Saya sudah tidak mampu berdiri lagi. Pandangan  saya mula berkunang‐kunang. Satu pukulan datang lagi. Kali ini lebih  kuat dari pukulan yang pertama. Badan saya bagaikan ditarik oleh sesuatu  yang mendorong sebahagian daripada badan saya tercampak ke dalam sungai.  Saya terus menjerit dan mulai terasa lemas. Air sungai terus menyumbat  lubang hidung dan mulut saya. Badan saya bagaikan dibelit oleh sesuatu  yang secara tidak langsung menekan dan menarik saya ke tengah sungai.  Saya berjuang dengan menggu¬nakan segala kekuatan yang terdapat dalam  diri saya supaya badan saya jangan tenggelam.    "Tolong saya tok, tolong”, kata saya dalam keadaan tercungap‐cungap.  Antara tenggelam dan timbul itu, saya masih lagi dapat melihat batang  tubuh datuk di tepi tebing dalam keadaan yang samar‐samar.    "Sabar Tamar”, kata datuk lalu dia melemparkan kain ikat kepalanya ke  arah saya. Cepat‐cepat kain ikat kepala yang berwama merah itu saya  sambar. Saya berpaut pada kain itu sekuat hati. Kemu¬dian badan saya  bagaikan terbang ke udara lalu jatuh betul‐betul di kaki datuk.    "Kau sakit”, tanya datuk. 

Page 738 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Saya anggukkan ke¬pala. Datuk segera mengambil sekepal rumput hijau lalu  menyapu ke muka saya tiga kali berturut¬turut. Kemudian datuk menyuruh  saya mengu¬nyah dan menelan rumput hijau. Pada mulanya, tekak saya tidak  dapat meneri¬manya kerana rasa rumput itu pahit dan payau. Bila rumput  itu saya telan, secara tiba‐tiba saya terkencing dan terus muntah.    "Bisanya sudah aku tawarkan tetapi paha kanan kau luka kena giginya”,  datuk bersuara tenang.    Saya masih lagi terlentang di bumi merenung awan dan langit. Rasa sakit  mula terasa di paha kanan saya. Datuk terus meraba paha saya dan darah  mula membasahi rumput‐rumput hijau yang segar di situ. Kain lilit kepala  tempat saya bergantung tadi, masih berada dalam tangan datuk. Saya  merasa hairan, kain lilit kepala yang tidak sepanjang mana itu boleh  menyelamatkan saya. Bagaimana kain merah itu boleh panjang dan men¬jadi  tali untuk menolong saya?, timbul pertanyaan dalam hati. Datuk terus  memetik daun serunai laut, pucuk mengkuang hutan dan pucuk gelenggang.  Semua jenis daun itu datuk satukan dan terus diramasnya hinga sebati dan  kemudian diperahnya. Air dari perahan daun itu datuk sapukan ke bahagian  paha yang luka.    Darah segar berhenti keluar, rasa sakit tidak terasa, diganti dengan  rasa sejuk dan segar. Datuk segera menyuruh saya duduk di bawah pokok  pulai. Dia kembali ke tepi sungai. Duduk bertenggung di situ. Beberapa 

Page 739 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

saat kemudian seekor buaya timbul dan rapat ke tebing sungai. Datuk  berkata sesuatu dan buaya itu membuka mulutnya luas‐Iuas. Datuk hulurkan  tangannya ke dalam mulut buaya macam mengambil sesuatu. Datuk berlari ke  arah saya. Tangan yang diselukkannya ke dalam mulut buaya itu, segera  disapukan ke paha saya yang luka. Tiga kali datuk berbuat demikian  hingga saya terasa yang diri saya tidak mengalami apa‐apa kecederaan.  Saya boleh bangun dan cuba berlari, rasa sakit tidak saya alami. Datuk  mendapatkan buaya yang sedang membuka mulut itu. Datuk tepuk kepalanya  tiga kali, hingga buaya itu merapatkan mulutnya lalu tenggelam ke dalam air.    "Masih ada buaya yang tidak dapat dipujanya. Tidak dapat diambil  sema¬ngatnya dan buaya itu akan jadi sahabat kita”, ujar datuk pada saya  sambiI melihat bekas gigitan buaya di paha saya. Parutnya hingga kini  kekal di paha saya, berwarna kehitam‐hitaman dan kulit parut itu timbul  sebesar jari ke¬lingking yang memanjang bentuknya.    Datuk terus memimpin saya ke rumah Alang Botak. Sambil merawat saya  malam itu, datuk menceritakan apa yang berlaku atas diri saya pada Alang  Botak. Bila Alang Botak mendesak datuk supaya melaporkan hal itu pada  pawang buaya (Saadun Juling), datuk menolak dan meminta Alang Botak  me¬rahsiakan kejadian. Datuk tidak mahu kejadian itu akan jadi buah  mulut orang kampung yang boleh menghilangkan rasa keyakinan orang‐orang  kampung terhadap kemam¬puan pawang buaya tersebut. Malam itu, kalau  tidak silap saya malam Selasa, lebih kurang pukul dua belas tepat, datuk  membangunkan saya. Dia suruh saya bersiap. 

Page 740 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Ke mana tok tengah malam buta begini?"    "Aku nak meronda kampung”    "Sebab?"    Datuk tidak menjawab pertanyaan saya. Dia duduk disudut bilik sambil  melilitkan kain merah ke kepala. Kemudian mulutnya kumat‐kamit macam  membaca sesuatu.    "Sudah sampai masa pertukarannya, antara penggantian masa dari dua belas  kedua belas, dari bulan muram ke bulan bercahaya dari laluan kuasa  syaitan kepada manusia”    Saya dengar suara datuk bercakap sendirian. Bila habis ber¬cakap jam  dinding rumah Alang Botak berbunyi dua belas kali. Saya terdengar  desiran angin malam melanggar daun‐daun di luar rumah. Saya terasa seram  sendirian. Saya juga terdengar bunyi suara kocakkan air sungai yang  hebat dituruti dengan bunyi orang memukul air sungai dengan papan,  bunyinya bersahut‐sahutan dan memanjang bercampur dengan tiupan serunai  batang padi. Bulu roma saya mula berdiri. Bunyi desiran angin ber¬tambah  kuat membawa suara lolongan anjing liar yang mendayu‐dayu.    "Sekarang sudah pukul dua belas dua minit tengah malam, yang bertukar 

Page 741 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

sudah berlaku, kita pergi sekarang Tamar”, datuk mengeluarkan perintah  dan dia sudah pun membuka pintu. Berdiri di situ merenung malam yang kelam.    Datuk melangkah, saya pun melangkah. Tujuh biji anak tangga kami pijak  hingga akhirnya, tapak kaki saya dan datuk bertemu tanah. Embun jantan  yang menitik menyentuh kulit telinga dan hidung. Kedinginan mula terasa  menggigit tubuh. Bu¬nyi kocakkan air dan tiupan serunai batang padi  sudah tiada kedengaran lagi. Tetapi, desiran dedaun yang disentuh angin  tetap juga kedenga¬ran. Di langit tiada sebiji pun bintang. Dan  cengkerik terus bernyanyi. Katak puru terus melompat.    "Kau jangan banyak soal dan banyak tanya, ikut saja apa yang aku buat”,  satu ingatan dari datuk.    Saya anggukkan kepala. Kami pun berjalan melintasi pepohon kecil yang  tumbuh di kiri kanan jalan enam kaki.  Sekali‐sekala badan saya dilanggar oleh kelawar liar yang terbang malam.  Dari celah‐celah pepohon yang kecil yang tumbuh merimbun itu terdengar  suara burung segan. Berjalan malam di tengah hawa yang dingin begitu  amat menyiksakan. Bibir saya terketar‐ketar. Sekarang, kami terpaksa  menempuh kawasan yang penuh dengan pokok¬pokok kelapa. Beberapa biji  buah kelapa mambung jatuh, mengejutkan hati saya. Semangat terasa  hilang. Akhirnya, saya dapat mengesan ke mana datuk mahu membawa saya  malam itu. Ternyata kami sedang menuju ke sebuah surau lama yang tidak  digunakan di kampung itu. Di bahagian belakang surau itu terdapat sebuah 

Page 742 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

pondok yang bersambung dengan surau tersebut. Disitulah pawang buaya  Saadun Juling ditempatkan oleh orang‐orang kampung.    "Berhenti”, ujar datuk, sebaik saja sampai ke perdu pokok kelapa gading.    Saya pun berhenti melangkah. Datuk terus duduk bersila dibawah pokok  kelapa. Saya pun begitu. Dari pondok di belakang surau terdengar bunyi  orang menepuk tapak tangan yang diikuti dengan suara orang menyebut  sesuatu, suara itu sekejap meninggi sekejap menurun macam orang membaca  Quran. Kalau didengar dengan teliti, ternyata orang itu bukan membaca  Quran, tetapi menyeru sesuatu yang sengaja dibuat macam orang membaca  Quran. Ada panjang, ada pendeknya.    "Rapat ke pondok, jangan berjalan. Kita merangkak perlahan‐lahan jangan  sampai terdengar olehnya”, datuk pun mula merangkak atas pasir.    Datuk jadi kepala jalan dan saya menuruti dari belakang. Bila sampai di  bawah pondok, kami segera bangun.  Dari celah‐celah dinding tepus, saya dan datuk mengintai ke dalam  pondok. Angin malam kian kurang bertiup, suara anjing liar cukup jelas  kedengaran bersama dengan suara burung hantu dan jampuk. Suara itu  tingkah meningkah, bersahut‐sahutan macam satu irama muzik di majlis  pesta. Keadaan bertambah seram dan menakutkan bila suara anjing, burung  han¬tu dan jampuk itu disambut oleh suara dari dalam pondok yang  gementar dan parau bunyinya. 

Page 743 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Tamar, kau lihat sini”, bisik datuk dan menyuruh saya mengintai ke  da¬lam pondok.    Saya terkejut besar. Pawang buaya Saadun Juling yang tidak per¬nah saya  tegur sapa itu sedang duduk bersimpuh menghadapi sebatang lilin besar  berwarna merah. Di hujung kedua belah lututnya terdapat lilin kecil yang  diletakkan atas papan. Kedua‐dua lilin itu mengeluarkan cahaya yang  malap. Cahaya dari lilin besar cukup jelas memperlihatkan dada Saadun  Juling yang bidang. Kepalanya hilang di selubung oleh kain hitam yang  lunjung (ta¬jam ke atas macam pucung). Di bahagian kain yang menutup  mata, hidung dan mulut dilubangkan yang di kiri kanan lubang itu  dilapisi dengan kain putih mengikuti selebar mana lubang uitu dibuat.  Memang menyeramkan melihat keadaan Saadun Juling, dalam keadaan  demikian, kepalanya bergoyang ke kiri dan ke kanan macam orang ratib  sambil mengeluarkan suara yang serak dan parau. Dua tiga ekor kelawar  liar berter¬bangan dalam pondok.    Dua tiga ekor cicak mula datang ke arah Saadun Juling. Cicak‐cicak itu  beratur di hadapannya. Salah seekor dari cicak itu yang bentuk badannya  agak besar dari cicak biasa segera menjungkitkan ekornya,  berpusing‐pusing ma¬cam gasing. Pada mulanya cicak itu berpusing ligat,  kemudian beransur per¬lahan‐Iahan. Sebelum cicak itu berhenti berpusing  Saadun Juling segera menangkapnya. Saadun Juling dekatkan cicak itu ke  api lilin besar. Ketika itu cicak‐cicak yang tidak ditangkap segera 

Page 744 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

menghilangkan diri, lilin di kiri kanan lututnya segera padam. Suasana  dalam pondok bertambah ke¬lam, ketika itu terdengar bunyi deru air yang  amat kuat, seolah‐olah lantai pondok itu menjadi aliran air sungai.    Terdengar bunyi ekor buaya memukul air bertalu¬‐talu. Seluruh badan  Saadun Juling jadi basah kuyup oleh air yang dari mana datangnya, saya  sendiri tidak tahu. Dalam cahaya samar‐samar itu, saya lihat ada  bayang‐bayang buaya duduk tertungguk di hadapan Saadun Juling. Warna  buaya itu tidak berapa jelas. Bila bayang buaya itu hilang, terdengar  suara orang ketawa memanjang dari setiap sudut pondok, sarang  labah‐labah berterbangan atas lantai. Badan saya jadi berpeluh, saya  terasa ada sesuatu yang lalu di sisi saya yang tidak dapat saya lihat  dengan mata kasar.    Ada bunyi benda merangkak atas pasir menuju ke sungai. Suara burung  hantu kian kuat berbunyi, lolongan anjing bertambah sayu dan langit yang  tadi muram mula cerah. Saya renung ke kanan, saya lihat datuk meraba  hujung kening kanannya tiga kali berturut‐turut, masa itu juga lubang  telinga saya me¬nangkap bunyi deru angin yang amat kuat. Bagi memastikan  dari arah mana angin itu datang, saya renung ke kanan dan ke kiri, saya  lihat pokok‐pokok kecil tidak bergoyang. Tetapi, badan saya mula terasa  mahu rebah macam ditolak oleh angin yang kencang, saya terpaksa berpaut  pada tiang gelegar pondok.    "Kau pegang kuat‐kuat, semuanya untuk sementara saja”, bisik datuk pada 

Page 745 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

saya sambil meramas‐ramas lengan tangan kanan saya berkali‐kali. Badan  saya terasa panas. Dan badan saya terasa bertambah kuat dan tegap. Tidak  lagi terasa mahu rebah.    "Kita tunggu dan lihat, sampai dia keluar dari pondok ini”, beritahu  datuk pada saya lagi. Muka datuk saya renung, saya sudah tidak terdaya  lagi mahu berdiri. Kepala lutut terasa lenguh. Apa yang saya alami,  tidak saya ceritakan pada datuk, saya takut dia marah. Mahu atau tidak,  saya terpaksa mengintai ke dalam pondok melihat apa yang akan dilakukan  selanjutnya oleh Saadun Juling. Saadun Juling membuka sarung kepalanya,  kain itu dilipat rapi dan diletakkan dekat dinding pondok. Saadun Juling  bangun, berjalan tiga langkah ke hadapan, berpusing ke belakang  lalu melangkah tiga tapak sambil tangan kanannya diletakkan atas kepala.  Kemudian dia berdiri seperti mula‐mula tadi. Duduk, membaca sesuatu  dengan tenang. Saadun Juling membuka bungkusan dari kain hitam.    "Apa benda tu tok?" Saya beranikan diri menyoal datuk.    "Tengok dulu, jangan banyak tanya”, balas datuk.    Saya menggigit bibir dan mata terus melihat gerak‐geri Saadun Juling.  Dengan tenang Saadun Juling mengambil sesuatu lalu di sumbat ke dalam  mulut, dikunyahnya dengan tenang dan penuh nafsu.    "Dia makan daging buaya kering”, datuk menjelaskan pada saya. Saadun 

Page 746 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Juling bangun, ambil mangkuk dan air dan duduk kembali. Mangkuk yang  sudah diisi air itu diletakkan di hadapannya. Kemudian Saadun mengambil  sesuatu dari bungkusan kain hitam. Benda yang diambilnya itu direndam ke  dalam mangkuk kira‐kira sepuluh minit. Kemudian, cepat‐cepat Saadun  Juling meminumnya. Dalam beberapa saat saja mukanya kelihatan merah.    "Kau tahu apa yang direndamnya tu Tamar?"    "Tak tahu tok”    "Dia rendam cuIa buaya tembaga”    "Apa dia cula buaya tu tok?"    "Anu buaya, eh, alat kelamin buaya jantan”    "Gunanya tok?"    "Bila kau besar, kau akan tahu sendiri gunanya”    Setelah beberapa tahun ke¬mudian saya tahu juga kegunaan cuIa buaya itu.  Menurut kepercayaan tradi¬sional, cuIa buaya jantan itu setelah disalai  atau dikeringkan, kemudian diren¬damkan ke dalam air sejuk atau air  panas, dan airnya diminum bagi mendapatkan kekuatan luar biasa pada alat  kelamin lelaki bila melakukan hubungan jenis. 

Page 747 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Saadun Juling menyimpan kembali semua barang‐barang yang dibungkus¬nya.  Dia mengenakan baju Melayu cekak musang ke badannya. Dengan tenang dia  meninggalkan pondok menuju ke tebing sungai. Datuk dan saya mengikutinya  dari belakang. Sampai di tebing sungai, Saadun berdiri dekat tunggul  buruk sambil memeluk tubuh.  Dia toleh kiri, toleh kanan bagi memastikan tidak ada orang yang  mengintip dirinya. Bila sudah yakin tidak ada orang yang mengintipnya,  dia pun terus membongkok di tepi tebing sungai menepuk air sungai tiga  kali berturut‐tu¬rut. Air sungai bergelora, semua pokok keladi dan  mengkuang di gigi sungai bergerak‐gerak. Bila gelora air sungai menjadi  tenang, berpuluh‐puluh ekor buaya timbul di . permukaan sungai.    Saadun Juling duduk bersimpuh di atas te¬bing sambil bersuara:    “Jum Kali jum, laut Khal¬zum dari bukit Kaf ke Jabal Nur Bahtera Noh  jadi penyelamat. Aku tahu asal usulmu terselamat dari bencana neraka  seorang anak bernaung di bahtera Noh. Dengar kata Noh, dengar kataku.  Ucapku, adalah ucap Sulai¬man, terkunci gerakmu, mendengar kataku berkat  doa, Asyahadu anla illaha… Jangan ganggu umat Adam, selagi belum aku  perintahkan, pulanglah...”    Sebaik saja pawang buaya Saadun Juling selesai bercakap, buaya‐buaya itu  terus hilang. Suasana di sekitar sungai kembali damai. Saadun Juling  bertempik dengan sekuat hatinya. Dia terjun ke dalam sungai berenang dan 

Page 748 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

mandi dengan bebasnya di malam yang dingin. Buaya tetap mengiringinya  bila dia berenang ke tengah sungai. Bila selesai mandi dan berenang,  Saadun Juling segera naik ke darat. Kenakan seluar dan baju, langkahnya  cukup rancak menuju ke sebuah rumah di pinggir kampung. Dia terus ketuk  pintu rumah yang berdindingkan papan berlidah. Seorang perempuan muda  berkemban membuka pintu. Mereka bertukar‐tukar senyum. Perempuan muda  itu duduk di muka pintu. Saadun Juling pula duduk di anak tangga paling  akhir. Perempuan muda itu hulurkan tangannya dan Saadun Juling  menggosok‐gosok tangan perempuan muda itu.    "Suami kau sudah tidur?"    "Sudah”    "Malam ini aku datang lagi. Kau pasti merasa bahagia”    "Hum...”, suara perempuan muda itu penuh manja.    Saya lihat Saadun Juling mengeluarkan sesuatu dari dalam sakunya lalu  mengenakan pada bahu perempaun muda. Dan perempuan muda itu kelihatan  seperti orang ber¬khayal.    "Sial. Dia mengenakan minyak ekor buaya pada perempuan itu. Minyak ekor  buaya yang sudah dijampi bila terkena pada kulit perempuan, boleh  membuat perempuan itu menyerah dan berkhayal”, rungut datuk sambil 

Page 749 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

meng¬genggam penumbuk. Mukanya merah padam.    Sesungguhnya datuk memang tidak boleh berhadapan dengan manusia yang  menggunakan kepandaian dan kebolehan untuk memperdayakan sesama manusia.  Bagi datuk, setiap orang atau anggota masyarakat yang ada kebolehan  tersendiri sewajarnya menggunakan kebolehannya itu untuk menolong sesama  manusia, bukannya untuk digunakan bagi kepentingan diri sendiri.    "Manusia dibekalkan oleh Allah dengan akal dan fikiran. Tahu membezakan  yang buruk dan yang baik. Tetapi, manusia selalu memilih yang buruk  kerana yang buruk itu indah bagi syaitan. Aku tak mahu kejadian begini  berlaku di hadapan mata aku”, tambah datuk, badannya mula mengeletar  menahan perasaan marah.    Dua tiga batang pokok keduduk dan pokok rambutan yang sebesar pangkal  lengan datuk cabut hingga keakar umbi, matanya mula merah wajahnya amat  menyeramkan, nada suaranya cukup keras. Datuk cuba menahan sabar sedaya  upaya yang boleh. Kesabaran datuk sudah tidak boleh ditahan lagi bila  dia melihat Saadun Juling menarik wanita muda itu ke dalam rumah. Datuk  segera bertempik, Saadun Juling terkejut lalu terjun ke tanah.  Pe¬rempuan muda yang berkemban juga terkejut, dia bagaikan tersedar dari  kha¬yalan. Perempuan itu menangis di ambang pintu. Suaminya keluar lalu  memim¬pin perempuan muda ke dalam rumah. Saadun Juling hilang dalam  gelap. Datuk terus menemui suami perempuan muda itu.   

Page 750 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Aku harap kau tidak menceritakan semuanya ini pada orang lain. Aku  sedang berusaha menolong kau, bawalah isteri kamu ke tempat tidur. Basuh  mukanya dengan air dan suruh dia ambil air sembahyang, aku selesaikan  kerja aku malam ini”, ujar datuk pada suami perempuan muda itu. Si suami  yang malang itu anggukkan kepala dan berjanji akan mematuhi apa yang  datuk sarankan padanya.    "Mari kita cari pawang sial tu”, datuk renung muka saya.    Tangan saya di tariknya. Saya kira datuk akan terus menuju ke pondok di  belakang surau. Ru¬panya, datuk melencong ke kiri menuju ke tebing  sungai. Di tebing sungai itu Saadun Juling sedang memerintahkan  buaya‐buaya supaya mengganas, sam¬bar apa saja yang ada di tebing sungai  tidak kira manusia atau binatang ter¬nakan.    "Saadun hentikan perbuatan syaitan itu”, pekik datuk.    Saadun Juling tersenyum dan membiarkan datuk serta saya meng¬hampirinya  yang berdiri di tebing sungai. Dalam perhitungannya, bila datuk berdiri  di tebing sungai, buaya‐buaya akan melompat ke¬darat lalu menyambar paha  datuk. Perhitungan Saadun tidak menjadi kenyataan . Memang buaya‐¬buaya  itu timbul tetapi, tidak ada seekor pun yang mahu menyerang datuk dan saya.    Melihat keadaan itu, Saadun Juling jadi resah. Datuk kian hampir  padanya. Saadun Juling me¬raba pangkal pinggangnya, macam mencari 

Page 751 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

se¬suatu. Datuk terus melangkah, lagi lima tapak datuk melangkah pasti  muka Saadun Juling dengan datuk akan berlaga. Badan saya mula menggigil,  hawa malam yang dingin kian terasa mencucuk kulit tubuh saya. Kepala  buaya kelihatan timbul di permukaan sungai, suara kokok ayam mula  terdengar bertalu‐talu, suara ungka dan burung tukang juga terdengar  sayup‐sayup datang dari kaki bukit.    "Kita bersahabat Saadun, dalam hidup aku tidak ada musuh sesama orang  Islam kerana setiap orang Islam itu adalah bersaudara”, datuk  menghulurkan tangan.    Saadun Juling terdiam, mulutnya bergerak‐gerak, dia mahu menggu¬nakan  segala kebolehan yang ada pada dirinya untuk menguji datuk. Tiba‐tiba  dalam gelap itu, satu pukulan yang keras hinggap di kepala datuk.  Pukulan itu tidak mendatangkan sebarang kesan pada datuk. Saya terkejut,  Saadun Juling hilang dari pandangan, tempat dia berdiri segera di ganti  oleh seorang tua yang berjanggut panjang. Orang tua berjanggut panjang  itu berdiri beberapa detik saja di situ. Bila orang tua itu hilang,  batang tubuh Saadun Juling terpacak di situ.    "Saadun, kuasa yang abadi dalam dunia ini ialah kuasa Allah, kuasa  syaitan hanya sifat sementara saja. Bila datang yang hak, kuasanya tidak  bermakna lagi, aku tidak mahu bergaduh atau bermusuh sesama Islam”, kata  datuk lagi.   

Page 752 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Saadun Juling tetap membisu seribu bahasa. Saadun Juling masih juga  menun‐jukkan sikap permusuhan. Datuk segera membongkok. Hujung ibu jari  kanannya di teka ke bumi hingga tenggelam separas kuku, bila ibu jari  itu di cabutnya kembali, Saadun Juling jadi lemah, tidak mampu berdiri.  Datuk segera memangku tubuhnya dan di bawa pulang ke pondok di belakang  surau. Datuk letakkan batang tubuh Saadun Juling di tengah ruang pondok.  Lebih dari sepuluh minit datuk mengurut seluruh tubuh Saadun Juling  hingga dia pulih seperti sediakala. Bila dia sedar datuk memberi Saadun  minum air panas.    Di kaki langit, cahaya subuh mula bangkit, suara ayam berkokok mula  hilang, tidak lama kemudian terdengar suara Azan subuh dilaungkan dari  menara masjid. Datuk segera mengambil air sembahyang dan melakukan  sembahyang subuh di pondok tempat Saadun Juling menginap. Bila keadaan  hari sudah beransur cerah, datuk terus mandi embun, kemudian kembali ke  rnmah Alang Botak. Datuk sedikit pun tidak bimbang atau cemas membiarkan  Saadun Juling sendirian di pondok tersebut tanpa mengikat kaki atau  tangannya. Menurut datuk, kekuatan Saadun Juling tidak akan pulih,  selagi rambutnya tidak kena cahaya matahari. Sebaik saja saya dan datuk  sampai di anak tangga rumah, Alang Botak sudah menanti kami di ambang  pintu, dia menyatakan rasa cemas dan bim¬bangnya kerana datuk dan saya  tidak turut sama sembahyang subuh di masjid.    "Ke mana sepanjang malam tadi, saya sedar masa awak berdua keluarma¬lam  tadi?", soal Alang Botak. 

Page 753 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Ada hal sedikit”, jelas datuk.    Kami terus memijak anak tangga. Bila sampai ke dalam rumah, sarapan pagi  sudah tersedia. Nenek sudah pun menuangkan kopi ke dalam cawan. Saya  terus sarapan tetapi datuk cuma minum air sejuk saja. Lebih kurang pukul  tujuh pagi, saya dan datuk terus menuju ke pondok tempat Saadun Juling  menginap. Ketika saya dan datuk melintas di hadapan dewan orang ramai  kampung tersebut, beberapa orang penduduk segera memberitahu datuk,  bahawa buaya kembali mengganas, memukul apa saja yang berdiri di tepi  tebing. Datuk menyuruh mereka bersabar hingga pawang buaya, Saadun  Juling bertindak.    "Kenapa tok cakap macam tu pada dia orang. Tok kan tahu pawang tu memang  tak berapa baik orangnya”, saya minta kepastian dari datuk. Datuk renung  muka saya sambil tersenyum dia berkata:    "Tak baik membuka keburukan seorang pada orang lain”    Saya terdiam. Akhirnya saya dan datuk sampai ke pondok tempat Saadun  Juling terbaring. Datuk terus menghampirinya, dia kelihatan letih dan  wajahnya nampak lesu. Matanya tidak bercahaya langsung. Datuk segera  memicit buah betisnya dua tiga kali. Di luar, matahari pagi mula  memancar. Datuk segera mengusung Saadun Juling ke tanah. Sebelum itu,  datuk terlebih dahulu menggosok mukanya dengan kain ikat kepala sebanyak 

Page 754 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tiga kali berturut‐turut. Saadun Juling di biarkan duduk di atas tanah,  bila sinar matahari pagi men¬jamah rambutnya, Saadun Juling mula  menggeliat dan mukanya kembali me¬rah. Dalam beberapa saat saja, dia  sudah boleh bangun dan bercakap.    "Kenapa awak buat saya begini? Saya dijemput untuk menghalau buaya, ini  balasan awak terhadap saya”, itulah kata‐kata pertama yang ditujukan  oleh Saadun Juling pada datuk.    Saya lihat datuk tetap bersikap tenang. Dia terus mengikut langkah  Saadun Juling yang menuju ke pondok. Bila Saadun Juling mahu masuk ke  rumah datuk menghalangnya dengan berdiri di muka pintu. Saadun Juling  terpaksa berdiri di atas tanah dan datuk berdiri di ambang pintu pondok.    "Kenapa awak harus menipu diri sendiri?", suara datuk lantang.    "Maksud awak?"    "Awak berlagak jadi orang baik, sedangkan hati awak kotor. Awak bersikap  mahu menolong orang tetapi, hati kecil awak telah melakukan kejahatan.  Di mana keikhlasan diri awak?”    "Saya tak faham”    "Awak goda isteri orang untuk berzina” 

Page 755 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Tangan kanan datuk memegang jenang pintu pondok. Wajah Saadun Juling  kelihatan pucat. Dia kelihatan resah dan terus merenung tanah.    "Awak bukannya menghalau buaya tetapi awak ganaskan buaya, kemudian awak  pujuk buaya‐buaya di sini mendengar cakap awak dengan tujuan supaya  orang percayakan awak. Bila orang sudah percaya awak perdayakan mereka.  Orang lain boleh awak tipu, tapi saya bukan orangnya. Kalau awak benar,  buktikan kebenaran awak tu”, datuk mencabar Saadun Juling.    Memang di luar dugaan saya yang Saadun Juling sangup menjawab cabaran  datuk itu.    "Boleh, mari kita ke sungai sekarang”, katanya.    "Mari”, sahut datuk dengan tenang.    Kami bertiga pun segera menuju ke sungai . Sampai di sungai, Saadun  Juling terus menyeru semangat buaya, dan buaya‐buaya pun timbul,  berbaris macam kayu buruk.    "Awak tengok, semua buaya dalam sungai ini saya kuasai dan buaya‐buaya  ini akan meninggalkan tempat ini. Kalau saya bohong dan menipu ada buaya  yang tidak mendengar cakap saya”   

Page 756 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Betulkah ni Saadun?"    "Betul, saya bekerja kerana Allah. Kalau awak boleh buktikan perbuatan  saya ni salah, saya mengikut cakap awak”    "Saadun, dalam membuat kerja‐kerja begini, janganlah mempermainkan nama  Allah nanti kita dikutuknya”    "Ah… buktikan kerja saya ni tidak ikhlas, usah banyak cakap”    "Kalau awak berhajat, boleh saya lakukan, ingat perbuatan kita ini  mencari kebenaran, buka mahu menunjuk pandai”    "Saya setuju”    Datuk segera berdiri di tepi tebing. Datuk membaca surah AI‐Fatihah dan  beberapa surah yang lain termasuklah ayat Qursi. Datuk berhenti membaca  dan terus mengambil segenggam tanah lalu di buang ke dalam sungai.  Beberapa saat kemudian, seekor buaya timbul terus membuka mulutnya ke  arah datuk. Datuk mencampakkan sehelai daun ke dalam mulut buaya itu.  Dengan tenang buaya itu merapatkan mulutnya lalu bercampur dengan  buaya‐buaya lain yang timbul di permukaan sungai.    "Bagaimana Saadun? Apa kau masih tidak mahu mengakui perbuatan terku¬tuk  itu, apa kau mahu aku hebahkan perkara ini pada orang lain?", tanya 

Page 757 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

datuk pada Saadun Juling.    Saya terdiam. Datuk gosok batang hidungnya dua tiga kali. Saadun Juling  tidak juga mahu mengakui segala kesilapan yang sudah dilakukan. Kemudian  datuk terus memujuk Saadun Juling supaya berhenti da¬ripada melakukan  kerja‐kerja yang tidak terpuji itu. Datuk lalu menyebut padanya tentang  maksud dari Surah At‐tin yang bermaksud lebih kurang begini:  Sesungguhnya Allah itu mencipta manusia sebaik‐baik kejadian, kemudian  Allah akan mencampakkan mereka ke tempat yang paling ren¬dah sekali,  kecuali orang yang beriman dan beramal soleh.    "Saadun, marilah kita gunakan segala ilmu dan kepandaian pemberian Allah  ini untuk menolong sesama manusia, bukan menjahanamkan mereka”, pujuk  datuk Saadun Juling yang mengeluh dan termenung panjang.    "Kejahatan terlalu panjang umurnya berbanding kebaikan, jadi masa yang  pendek itu harus kita isi dengan perjuangan menegakkan kebaikan”, tambah  datuk lagi.    Saya lihat Saadun Juling mula resah. Saadun Juling termenung panjang,  matanya merenung ke arah air sungai yang nampak berkilau‐kilau disinar  matahari pa¬gi. Buaya‐buaya yang timbul sudah menghilang¬kan diri. Air  Sungai Tanjung Ara tetap mengalir tenang. Cahaya matahari yang memancar  terik itu membentuk bayang‐bayang kami yang pen¬dek di bumi.   

Page 758 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Kaufikir dan tanyalah dirimu sendiri, apa¬kah kamu mahu mengakhiri  hidupmu dengan ca¬ra begini. Ingatilah alam dunia ini sentiasa bersi¬fat  baru, tidak ada yang kekal. Yang abadi hanya¬lah Allah jua, kata datuk lagi.    Saadun Juling tetap membisu seribu bahasa. Datuk terus bertindak, tangan  kanan Saadun Juling disambarnya lalu dipulas ke belakang. Saadun Juling  terkial‐kial menahan kesakitan.    "Aku tak menghalang kau nak membuat jahat kerana itu adalah  tanggungjawab kau dengan Allah. Tetapi, kalau kau mahu melakukan sesuatu  yang tidak senonoh di sini aku akan jadi penghalangnya”, nada suara  datuk mula keras.    Tangan Saadun Juling dilepaskannya. Mungkin Saadun Juling merasa insaf  atau mera¬sakan dirinya tidak selamat selagi tidak berterus terang  dengan datuk. Dia lalu memilih jalan yang mudah, dia mengakui ilmu yang  di tuntutnya itu memang bercanggah dengan hukum agama dan tatasusila  kehidupan. Te¬tapi, dia tidak boleh berpisah dengan semuanya itu, kalau  dia tidak melakukan sesuatu mengikut ilmu yang dituntutnya, badannya  sakit‐sakit dan batuk darah.    "Dari mana kamu menuntut ilmu ini Saadun?"    "Dari kawan baik ayah saya yang berasal dari Kuala Tari, Acheh, Sumatera”   

Page 759 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Apa pantangnya?"    "Saya tidak boleh kahwin seumur hidup. Kalau aku mahu memenuhkan  tuntutan nafsuku, aku mesti menggoda atau merayu perempuan yang sudah  bersuami sampai aku berjaya tidur dengannya. Aku juga dilarang melakukan  hubungan jenis dengan janda muda walau secantik manapun”, Saadun  bersuara dengan tenang.    Datuk mendengarnya dengan teliti. Saadun Juling juga menceritakan  bagaimana dia jatuh hati dengan seorang janda muda di Kuala Sepetang dan  hampir mahu melangsungkan perkahwinan dengannya. Akibatnya dia hampir  dibaham oleh buaya ketika menangkap buaya di Sungai Krian.    "Sekarang, aku minta kau menangkap buaya yang ganas dan buaya‐buaya lain  jangan kau ganggu atau kau puja semangatnya”, datuk melahirkan  permin¬taannya dan juga permintaan orang‐orang kampung.    Saadun Juling terdiam. Dia macam keberatan mahu melaksanakan permintaan  datuk itu.    "Engkau sebenarnya menjadi buaya. Salah seekor dari buaya itu sudah kau  satukan dengan semangat kau. Aku tahu buaya itu berwarna putih dan kau  memberitahu pada orang‐orang di sini yang buaya itu buaya keramat. Mana  ada buaya keramat cuma kau yang mengkeramatkan”, datuk membuka rahsia.   

Page 760 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Saadun Juling menggigit bibir.          SBDJ (Jilid 02) ‐ Siri 45 : Badan Pawang Berasap    Datuk terus menggosok‐gosok pangkal hidungnya beberapa kali. Matahari  pagi kian meninggi, sudah berada di paras pucuk kelapa bercabang dua dan  sinarnya terus menjamah pada air sungai yang bergelombang kecil itu.  Memang tidak ada seorang pun penduduk Kampung Tanjung Ara yang  mengetahui kami berada di kawasan itu. Kedudukannya agak tersorok dan  dilindungi oleh beberapa pohon‐pohon besar yang di gayuti oleh akar  sebesar lengan budak. Manakala bibir tebing tempat kami berdiri pula,  berkeadaan seperti sebuah teluk kecil yang pantai¬nya berpasir halus.  Melihat pada keadaan tempat tersebut dan bentuk pasir yang terdapat di  situ, temyata kawasan tesebut menjadi tempat buaya berjemur dan bertelur.    "Bagaimana? Apa kaumahu menyangkal dengan apa yang aku katakan itu?",  datuk terus renung wajah Saadun Juling.    Tidak ada jawapan yang diberikan oleh Saadun Juling pada pertanyaan itu.  Datuk lalu mengerutkan dahinya hingga kelihatan berlapis dua. Saadun  Juling secara mendadak mengenggam penumbuk dan menahan nafas hingga  mukanya kelihatan merah. Bila Saadun Juling melepaskan nafasnya  terdengar macam bunyi suara bua‐ya mendengkur dan wajahnya kelihatan  garang sekali, biji matanya terbeliak mempamirkan urat mata yang merah 

Page 761 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

berlajur atas selaput mata putihnya. Ke¬lopak matanya nampak berlapis  macam kulit buaya tua.    "Aku tahu kau marahkan aku Saadun. Tetapi, cuba kau fikir berapa lama  kau ¬mahu melakukan kerja terkutuk ini?"    "Itu urusan aku”    "Dan urusan aku pula menyelamatkan orang‐orang di sini”    Lagi sekali Saadun Juling terdiam. Perlahan‐Iahan dia melangkah ke  hadapan sambil mem¬belakangi datuk. Dalam sekelip mata saja, Saadun  memusingkan badannya lalu berdiri berhadapan dengan datuk sambiI  membongkokkan badannya, tetapi biji matanya tetap menentang biji mata  datuk. Dada saya mula berdebar dan hati kecil saya bagaikan dapat  meramalkan yang Sadun Juling akan bertindak di luar rasa peri  kemanusiaan. Datuk masih lagi berdiri dengan tenang, mata datuk tidak  berkelip‐kelip ke arah biji mata Saadun Juling yang kelihatan agak  tersembul dan bersinar‐sinar, macam mata kucing hutan terkena suluh  lampu picit.    "Aeiiii…”, pekik Saadun Juling sambil melompat lalu melepaskan satu  tendangan kilat ke dada datuk.    Kerana tendangan itu terlalu kencang dan kuat, datuk jatuh ke bumi. 

Page 762 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Dalam keadaan yang serba cemas itu, Saadun Juling ber¬pusing ke arah  saya lalu melepaskan penumbuk sulungnya ke pipi kanan saya, pandangan  saya jadi berpinar‐pinar, pipi mula terasa bengkak dan menebal. Saya  terjatuh atas rumpun lalang liar, saya tidak berdaya mahu bangun. Saadun  Juling terus menyerang datuk dengan bertubi‐tubi, menyepak dan  me¬nendang ikut suka hatinya pada tubuh datuk yang tersungkur di bumi.  Datuk tidak membalas serangannya yang begitu cepat bagaikan kilat itu,  datuk lebih banyak mengelak dan mempertahankan dirinya. Saadun Juling  memperlihatkan kehandalannya mengalahkan pihak lawan, gerak tangan dan  kakinya macam kibasan ekor buaya, muka datuk mula dibasahi darah. Datuk  kelihatan tidak bermaya dan Saadun Juling kian ganas, terus menyerang  tanpa belas kasihan.    "Aieee...”, jerit Saadun Juling dengan lantang, ketika itu saya lihat  batang tubuhnya sudah berada diawang‐awangan dan bersedia untuk  menendang pang¬kal leher datuk.    Kalau tendangan itu tepat pada sasarannya, pasti nyawa datuk melayang  dari badan. Bila tendangan dari Saadun Juling hampir ke batang leher,  datuk segera mengelak dengan memusingkan badannya ke arah perdu pokok  bunga tanjung. Usaha datuk itu berjaya, Saadun Juling tertendang perdu  bunga tanjung. Ke¬rana tendangan itu terlalu kuat sebahagian dari pada  kulit perdu bunga Tanjung terkopak. Saadun Juling menjalar atas bumi  seketika, kemudian dia merangkak ma¬cam buaya untuk menyerang datuk.  Dengan cepat datuk bangun lalu melompat ke atas belakang Saadun Juling. 

Page 763 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Kedua belah tangan datuk memegang rambut Saadun Juling di bahagian  ubun‐ubun kepala. Saadun Juling tidak melawan, dia terkapar atas bumi  dengan kedua belah tangannya terkedang, macam katak mati dilanggar tayar  lori.    "Saadun, aku tahu di mana kekuatan dan sum¬pah ilmu kamu”, kata datuk  sambiI bangun.    Di tangan datuk saya lihat tergengam rambut Saadun Juling, tanpa banyak  cakap Saadun Juling terus bangun dan duduk bersandar di perdu bunga  tan¬jung. Dia kelihatan letih benar, nafasnya tercungap‐cungap. Datuk  terus membersihkan darah di muka dengan daun serunai laut. Kemudian daun  itu diramas‐ramasnya, lalu disapukan ke bahagian muka yang bengkak.  Tidak sampai sepuluh minit kemudian, bengkak dan lebam di mukanya terus  hilang. Ketika datuk mengubat mukanya dengan daun serunai laut, rambut  Saadun Juling di sembunyikan di celah ketiak kanan.    "Saadun, aku minta pada kamu supaya jangan memuja semangat buaya yang  boleh menyusahkan orang‐orang di sini”, datuk merayu dengan nada suara  yang lembut . Saadun Juling juihkan bibir bawahnya ke hadapan. Datuk  terus termenung panjang.    "Saadun, jangan jadikan diri kamu tempat orang meletakkan sumpah dan  cara kau mencari rezeki begini tidak berkat, rezeki yang kau terima  panas. Kau tak akan boleh hidup senang”, tambah datuk lagi dengan wajah 

Page 764 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

yang tenang.    Saadun Juling tetap membisu, tidak ada tanda‐tanda yang menunjukkan  dirinya mahu patuh dengan permintaan datuk. Datuk jadi serba salah,  segala usahanya me¬nemui jalan buntu. Datuk terus membasuh muka dengan  air sungai. Lama juga datuk merenung bayang wajahnya dalam air, setelah  itu dia memetik daun keladi liar yang tum¬buh di tebing sungai, daun  keladi itu terus diisinya dengan air sambil mulut¬nya bergerak‐gerak  membaca sesuatu.  Dengan kedua belah tangannya, dia menatang air di dalam daun keladi  dengan hati‐hati (kerana dia tidak mahu rambut Saadun Juling yang  disembunyikannya di celah ketiak itu jatuh ke tanah).    Bila datuk sudah hampir dengan Saadun Juling yang tercungap‐cungap di  pangkal pokok itu, datuk segera mencurahkan air dalam daun keladi ke  muka Saadun Juling. Saya lihat muka Saadun Juling pucat seketika,  kemudian baru berdarah kembali. Sebelum Saadun Juling berkata sesuatu,  datuk terus menepuk dahi Saadun Juling sebanyak tiga kali berturut‐turut  sambil membaca selawat nabi.    "Biarkan dia di situ. Aku sudah melembutkan hatinya. Semoga niat baik  aku diberkati oleh Allah”, ujar datuk pada saya. Datuk terus duduk di  sisi saya sambil melagakan ibu jari dengan jari telunjuk, macam orang  membilang tasbih.   

Page 765 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Saadun, marilah kita berbuat baik sesama manusia dan mencari rezeki  yang halal, tidak memeras orang lain secara terhormat untuk kepentingan  diri kita sendiri”, kata datuk sambil merenung ke muka Saadun Juling.  Saya lihat Saadun Juling menarik nafas panjang sambil merenung ke arah  langit yang terang benderang itu.    "Aku minta kau menghentikan perbuatan jahat dan menghalau buaya da¬ri  sini, itu saja permintaan aku Saadun, satu permintaan yang cukup mudah”,  saya terdengar suara datuk mula meninggi. Saadun Juling menjeling tajam  ke wajah datuk.    "Mudah bagi kau, tapi susah bagi aku”, suara Saadun Juling mula keras.    "Maksud kau?"    "Kalau aku menurut cakap kau, ertinya aku menyerah nyawa pada buaya, aku  akan mati”    "Hidup mati kau, bukan kuasa buaya, nyawa seseorang tergantung pada Allah”    "Kalau kau pandai, kau sendiri halau buaya di sungai. Aku tak mahu, kau  jangan halang kerja aku”    "Eh, Saadun aku bukan pawang buaya macam kau, apa yang aku lakukan  selama ini ialah petua untuk menjinakkan buaya, petua tu aku perolehi 

Page 766 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dari orang tua‐tua, itu saja yang ada pada diriku”    Matahari kian panas bersinar, angin yang bertiup sekitar kawasan itu  tidak dapat memberikan rasa sejuk pada diri saya. Setiap kali saya  menggerakkan kulit muka, akan terasa sakit dan pedih akibat kena  penumbuk sulung dari Saadun Juling. Bila saya raba dengan tapak tangan  bahagian kulit yang pedih itu, terasa tebal dan membengkak.    "Tak apa Saadun, aku rnengajak cara baik kau ¬tak mahu. Mulai saat ini  kita bermusuh, kalau aku lalai akan jadi habuan kau dan kalau kau pula  lalai, kau akan jadi habuan aku. Ingat kejahatan kamu akan aku ceritakan  pada orang‐orang di sini”, da¬tuk mengugut Saadun Juling.    Rambut Saadun Juling yang disembunyikan di bawah ketiak dikeluarkan  untuk disimpan dalam saku baju hitamnya, kemudian datuk mengajak saya  pulang. Baru lima langkah melangkah, Saadun Juling menerpa ke arah datuk  sambil menghulurkan ulu golok pada datuk. Saya dan datuk tergamam.  Langkah kami terus mati. Datuk dan saya berpandangan, secara  perlahan‐Iahan saya melangkah tiga tapak ke belakang. Bukan kerana  takut, cuma bersiap sedia untuk lari, kalau Saadun Juling mengamuk  dengan tiba‐tiba.    "Untuk apa Saadun?"    "Potong rambut saya di bahagian tengkuk. Mulakan dari kiri ke kanan, 

Page 767 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

jangan sampai sehelai pun rambut saya jatuh ke tanah”    Datuk pun segera mengambil golok dari tangan Saadun Juling. Datuk renung  rambut Saadun Juling yang panjang dan lebat itu. Dengan hati‐hati datuk  mematuhi arahan yang dikatakan oleh Saadun Juling. Rambut yang sudah di  potong itu segera di serahkan pada Saadun Juling kem¬bali, kemudian dia  membungkusnya dengan kain hitam.    "Mari kita duduk”, ujar Saadun Juling.    Panas kian terik. Lima minit masa berlalu, kami tidak bercakap walau  sepatah pun. Curna Saadun Juling saja yang memandang liar ke kiri dan ke  kanan. Dari saku baju sebelah kirinya, Saadun Juling mengeluarkan kotak  kecil. Kotak itu diserahkan pada datuk.    "Bukalah kotak itu”, katanya.    Datuk pun membuka kotak tersebut. Di dalamnya termuat sebilah pisau  cukur bersarung hitam, segumpal rambut, se¬butir telur buaya yang masih  baik keadaannya serta dua bilah gigi buaya yang sudah berlubang, pada  lubang itu dicucuk dengan benang hitam, bila disarung¬kan ke leher akan  menjadi kalung.    "Ini ibu geliga buaya”, Saadun Juling menunjukkan pada datuk satu benda  putih yang berkilat dan bentuknya seperti batu sebesar ibu jari. 

Page 768 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Benda putih itu dikeluarkan oleh Saadun Juling dari sebelah rusuk  kirinya. Datuk anggukkan kepala mendengar penerangan dari Saadun Juling,  saya cuma melihat dan memasang telinga sahaja.    “Semangat buaya yang saya puja berada di sini, sekarang biarlah saya  pulangkan padanya kembali dan saya minta pada buaya‐buaya di sini pindah  ke tempat lain”, muka datuk berubah mendengar kata‐kata itu.    Saadun Juling terus mengambil sekepal pasir dan sehelai daun keladi.  Pasir yang di genggamnya itu ditaruh atas daun keladi dan ibu geliga  buaya ditaruh di tengah‐tengah pasir lalu dibungkus dengan daun keladi.  Bungkusan itu di genggamnya sebentar sambil mulutnya menyebut sesuatu  yang sukar saya fahami, bahasa yang di ucapkan bercampur aduk, ada  bahasa Siam, ada bahasa Jawa dan bahasa Acheh. Bila semuanya sudah  selesai, bungkusan itu dilemparkan ke dalam sungai. Dalam sekelip mata  saja, air sungai bergelombang. Bila gelombang air sungai berakhir,  berpuluh‐puluh ekor buaya timbul. Semua kepala buaya itu meng¬hadap ke  hilir.    "Pindahlah kamu dari sini, aku bukan bapak kamu lagi, pergilah ke  mana‐¬mana”, jerit Saadun Juling.    Ternyata buaya‐buaya di sungai itu mendengar cakapnya, buaya‐buaya itu  bergerak menuju ke kuala. Saya kagum dengan ke¬bolehan luar biasa yang 

Page 769 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dimiliki oleh Saadun Juling. Saya kira rasa kagum itu terjadi juga pada  diri datuk.  Sebabnya, apa yang dilakukan oleh Saadun Juling datuk perhatikan dengan  penuh minat. Saadun Juling masih lagi merenung air sungai yang kelihatan  agak tenang. Kelopak matanya tidak berkedip. Tiba‐tiba air sungai  bergelom¬bang kembali, seekor buaya sebesar batang kelapa timbul di  permukaan sungai, buaya itu berenang ke tepi sungai.    "Berhenti dan tunjukkan badan kamu”, kata Saadun Juling, buaya itu  segera menimbulkan seluruh badannya. Warna badan buaya itu agak  keputih‐putihan sedikit dan pergerakkan kaki serta ekornya tidak  sepantas macam buya‐buaya yang lain.    "Aku tidak memerlukan kamu lagi, aku kembalikan semangat kamu yang aku  pinjam pada kamu kembali, sumpah yang kita buat sudah tidak ada lagi,  kau berhak memakan daging aku dan aku berhak membunuh kamu”, Saadun  Juling terus berkata‐kata dengan buaya tersebut.    Saya lihat buaya itu terus menyelam dan ghaib. Di tempat buaya itu  menyelam muncul sepo¬tong kayu hitam macam kayu arang yang pan¬jangnya  kira‐kira dua kaki. Kayu itu berpusing‐pusing di situ dengan ligatnya  sambil mengeluarkan asap yang nipis dipermukaan sungai. Asap itu nampak  memanjang naik ke udara. Beberapa saat kemudian asap itu hilang, dan  Saadun Juling terus jatuh ke tanah. Badan Saadun Juling kelihatan kaku,  tidak bergerak dan kedua be¬lah kelopak matanya tertutup rapat. Dari 

Page 770 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

sinar matahari yang cukup terik itu, saya lihat seluruh badan Saadun  Juling mengeluarkan wap seperti wap dari ketul asis. Bila wap itu hilang  Saadun Juling mula bergerak dan terus bangun. Dengan langkah yang tenang  dia mendekati datuk.    "Kamu lihat buaya putih tadi?"    "Ya”    "Sebenamya badan buaya itu tidak putih cuma penglihatan kita saja yang  membuat kita menyangka buaya itu putih”    "Maksud kau Saadun?"    “Itulah buaya jadi‐jadian yang aku puja dari puntung kayu hanyut di  tengah sungai waktu malam, sebelum puntung itu aku puja, puntung itu aku  serahkan pada guruku untuk ditapa selama tujuh minggu dalam lubuk yang  airnya berpusing, setelah dipujanya barulah diserahkan pada aku untuk  memujanya de¬ngan beberapa syarat yang tertentu”    Datuk renung wajah Saadun Juling lama‐lama, kemudian datuk tersenyum  sambil meraba pipi kanannya berkali‐kali. Datuk hulurkan tangan pada  Saadun Juling, cepat‐cepat Saadun Juling menyambut huluran tangan datuk  itu. Mereka berjabat salam penuh mesra sambi ketawa penuh makna.   

Page 771 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Kita bersahabat ,tetapi kalau kau tersilap langkah ertinya kau habuan  aku. Begitu juga dengan aku kalau tersilap langkah akan jadi habuan  kamu, " kata‐¬kata itu diucapkan oleh Saadun Juling dengan penuh semangat.    "Kalau itu sebagai satu syarat untuk kita bersahabat, aku terima  Saadun”, balas datuk.    "Memang itu syaratnya, aku senang bila kau terima syarat tersebut”,  sa¬hut Saadun Juling. Seram juga mendengar janji dua orang yang mahu  bersa¬habat ini, pelik dan ganjil sekali buat diri saya.    Saadun Juling terus melangkah beberapa tapak ke belakang dan ke hadapan  di depan datuk. Kerana datuk masih duduk bersila di tanah, langkah yang  di atur oleh Saadun Juling itu diperhatikannya dengan ekor mata sambil  bersedia kalau langkah itu akan bertukar menjadi buah silat lalu mencari  sasaran di tubuh datuk. Mujurlah langkah Saadun Juling tetap dengan  langkahnya, tidak ada tanda‐¬tanda akan bertukar menjadi buah silat  membuat perasaan datuk jadi tenang. Dalam keadaan yang begitu tenang  Saadun Juling terus melompat dengan tiba¬‐tiba dan terus duduk bersila  di hadapan datuk. Saadun Juling hulurkan kepalanya yang berambut panjang  serta lebat itu pada datuk.    "Gunakan pisau cukur tadi dan cukurlah rambut ini, aku mahu membuang  segala ilmu yang aku tuntut”, wajah datuk kelihatan berubah, bagaikan  tidak percaya dengan apa yang dituturkan oleh Saadun Juling padanya. 

Page 772 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Kau mahu mempermainkan aku atau kau memang berhajat betul”    "Aku bercakap benar, segala kekuatan ilmu yang aku tuntut terletak pada  rambutku. Sebab itulah aku menyimpan rambut panjang, ada tujuan dan  gunanya, kata orang ada muslihatnya”    "Begitu. Fahamlah aku sekarang”    "Eh, kau memang bijak, pura‐pura tidak tahu. Padahal kau sendiri tahu,  bila kau menarik rambut aku tadi aku sudah tahu yang kau sudah  mengetahui rahsia diri aku”    Datuk tersenyum mendengar kata‐kata dari Saadun Juling itu. Datuk tidak  dapat berdalih lagi, secara terus terang datuk mengatakan pada Saadun  Juling, segala rahsia kekuatan itu diketahuinya setelah melihat  cara‐¬cara Saadun Juling berjalan serta cara kerdipan mata Saadun  Juling. Secara jujur pula Saadun Juling mengakui, sebab utama dia mahu  mengikut cakap datuk kerana datuk mengetahui rahsia kekuatan dirinya.  Andainya datuk tidak mengetahui rahsia itu dia bermusuh dengan datuk  hingga hari kiamat.    Tanpa membuang masa lagi, datuk pun mencukur rambut Saadun Juling dengan  meninggalkan rambut bahagian ubun‐ubun kepala dalam bentuk bulat, kerana  rambut yang tinggal itu panjang membuat saya teringat pada rambut kaun 

Page 773 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Red Indian di Amerika yang selalu saya Iihat dalam filem cowboy. Saya  tersenyum, memang bodoh kelihatannya bila orang tua berjambul dengan  rambut panjang, sebabnya, datuk meninggalkan rambut tersebut adalah atas  permintaan Saadun Juling sendiri.    "Sekarang cukurlah rambut yang tinggal itu dan kau bersedialah  menge¬lakkan diri kau dari terkena badinya”, kata Saadun Juling sambil  menyuruh datuk mengambil segumpal rambut, telur buaya dan dua bilah gigi  buaya dari dalam kotak kecil. Kalung dari gigi buaya disangkutkan ke  lehernya, manakala segumpal rambut dan telur buaya diletakkan atas daun  keladi dan daun keladi yang diisikan dengan barang tersebut pun  diletakkan di bawah paha kanan Saadun Juling.    "Sekarang, cukurlah rambut itu dari arah matahari jatuh membawa ke arah  matahari naik”, Saadun Juling segera memberikan perintah.    Datuk segera mela¬kukannya. Bila mata pisau cukur terkena bahagian  rambut tersebut, secara me¬ngejut hujan turun dalam panas yang terik  itu. Air hujan yang kasar itu jatuh atas permukaan sungai membuat air  sungai kelihatan seperti meruap‐ruap. Saadun Juling memejamkan matanya  dan tangan datuk yang memegang pisau cukur kelihatan bergerak‐gerak  tidak tentu arah macam di tolak sesuatu. Akhirnya dapat juga datuk  mencukur rambut sejemput itu, setelah dia membaca beberapa potong ayat suci.    Bila rambut itu selesai di cukur, hujan panas segera berhenti. Tetapi, 

Page 774 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

wajah datuk kelihatan kebiru‐biruan, kedua belah bibirnya nampak hitam  dan badannya menggeletar macam orang kena serang demam kura. Datuk  segera menghampiri saya serta menyuruh saya mencari daun lidah buaya dan  cendawan telinga monyet. Berpeluh juga badan saya mencari bahan‐bahan  yang dikehendaki oleh datuk sekitar kawasan itu. Nasib saya agak baik,  cendawan telinga monyet saya temui di batang getah buruk. Daun lidah  buaya pula saya temui dalam jarak satu rantai dari batang getah buruk  tersebut. Semua bahan‐bahan itu saya serahkan pada datuk. Cendawan  telinga monyet datuk patah dua. Sebelah digosokkan pada tapak kaki kiri  dan yang sebelah digosokkan pada tapak kaki kanan beberapa kali hingga  rasa mengeletar di badannya hilang. Bahagian kulit atas daun lidah buaya  datuk kupas (siat) dengan golok, bila kulit itu tersiat terdapat sejenis  lendir yang rupanya macam agar‐agar.    Lendir itu datuk taruh atas tapak tangan lalu dimakannya. Saya terasa  geli ‐geleman dan tekak saya terasa loya melihat datuk menelan lendir  dari daun lidah buaya. Bahagian bawah daun itu datuk kupas juga,  lendimya datuk ambil dan disapukan ke muka serta kedua belah lengannya.  Bibir datuk yang keliha¬tan hitam segera bertukar menjadi merah begitu  juga dengan wajahnya yang kebiru‐biruan pulih seperti sediakala.    "Daun lidah buaya ini banyak khasiatnya, kalau anak dara mahu kulit  mukanya bersih serta halus tanpa jerawat sapulah lendir dari daun ini.  Kalau kita mahu kelihatan muda (awet muda) sapukan lendirnya ke muka  setiap petang, kalau badan terasa panas atau mahu menjaga kesihatan 

Page 775 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tubuh badan, ini khasiatnya”, kata datuk pada saya sambil mengeliat.    "Kalau mahu mengekalkan rumah tangga hingga mati dan mahu berbini lebih  dari satu daun lidah buaya juga boleh digunakan. Orang lelaki yang  mema¬kai daun lidah buaya muda menawan hati orang perempuan. Tapi mesti  ada petua dan syaratnya, belajarlah dengan datuk awak”, sampuk Saadun  Juling.    Dan saya mengharapkan datuk akan mengeluarkan petuanya dan saya  ber¬sedia melakukannya. Sebagai lelaki tentu saja saya teringin memikat  atau jadi pujaan setiap gadis, kalau perlu mahu beristeri lebih dari satu.    "Petua yang itu tidak boleh diberikan pada Tamar. Belum tentu petua itu  digunakan dengan sebaik‐baiknya, hari ini kita nampak bagus, bila dah  dewasa belum tentu dia bagus. Kalau petua tu terlepas padanya aku yakin  dia akan jadi kambing randuk (bapak kambing) yang kerjanya membilang  kepala bini atau membilang kepala betina”, kata datuk lalu disambut  dengan ketawa berdekah‐¬dekah oleh Saadun Juling.    Sesunguhnya, kata‐kata datuk itu meninggalkan kesan kecewa yang amat  mendalam pada diri saya. Apa boleh buat, mahu bertanya atau meminta  petua itu pada datuk saya takut, silap‐silap tanya atau minta nanti  penampar hinggap ke muka paling kurang kena maki. Matahari sudah berada  betul‐betul di atas kepala dan burung helang siwah mula terbang rendah  mencari makan sambil berbunyi sekali‐sekala, ketika itu jugalah Saadun 

Page 776 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Juling membentang kain kuning berbucu tiga di atas tanah. Rambutnya  sudah dicukur, dikumpul atas kain kuning tersebut. Begitu juga dengan  pisau cukur, telur buaya, kalung gigi buaya dan segumpal rambut, semua  benda‐benda itu dibungkus dengan kain kuning lalu diletakkan di atas  batang buruk dan dihanyut¬kan ke tengah sungai.    Bila kain kuning di atas batang buruk itu berge¬rak ke hilir, helang  siwah yang terbang terus men¬junam serta menyambar kain kuning tersebut,  bila kain kuning itu berada dimuncung burung helang yang berlegar‐Iegar  di udara, terdengar satu leda¬kan macam ledakan petir dan badan helang  yang berada di udara berkecai, bulunya berterbangan ja¬tuh atas  permukaan sungai.    "Semuanya sudah habis, ilmu yang di tuntut sudah pulang ke tanah asalnya  di Kuala Tari, Acheh, menemui tuannya”, ujar Saadun Juling dengan wajah  yang gusar.    "Habiskan usia kamu yang ada ini untuk mengabadikan diri pada Allah,  mohon ampun dan bertaubatlah pada Allah, semoga kau akan bahagia dunia  akhirat”, datuk terus menepuk bahu Saadun Juling sambil meninggalkan  kawasan tersebut menuju ke pondoknya.    Bunyi ledakan petir di tengah hari itu rupanya menimbulkan kegemparan  pada para penduduk di Tanjung Ara, beberapa orang penduduk yang ingin  tahu tentang kejadian itu segera mencari datuk. 

Page 777 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Apa yang mahu dirisaukan, bunyi petir ditengah hari perkara biasa  semua¬nya berlaku atas kehendak Allah, kalau mahu mengetahui rahsianya  carilah sendiri, saya sendiri tidak tahu”, kata datuk pada orang‐orang  kampung yang menemuinya dikaki tangga pondok tempat Saadun Juling menumpang.    Tanpa banyak soal jawab, orang‐orang kampung terus pulang ke rumah  ma¬sing‐masing. Sebagai membuktikan kejujuran dan keikhlasan hatinya  pada orang‐orang kampung Tanjung Ara dan datuk, Saadun Juling membuat  keputusan untuk tinggal di kampung tersebut selama dua minggu lagi.  Alasan yang diberikan pada orang‐orang kampung ialah untuk melihat  se¬jauh mana kejayaannya menghalau buaya di sungai tersebut. Sungguh  memeranjatkan, usaha Saadun Juling tidak sia‐sia. Buaya cukup sulit  untuk di temui di sungai tersebut. Kalu ada pun, buaya tersebut hanya  sekadar menumpang lalu, mempamirkan tubuh badan seminit dua di permukaan  sungai, kemudian terus hilang dan amat sukar dikesan kemana buaya itu  menghilangkan diri.    Kerana kejayaan itu, orang‐orang kampung telah sepakat untuk mengadakan  kenduri kesyukuran dengan mengadakan jamuan makan tengahari di surau  kampung tersebut setelah menunaikan sembahyang Zuhur secara berjemaah.    “Saya minta pada orang di sini supaya jangan membuang cicak ke sungai  atau memancing ikan berumpankan cicak, perbuatan itu memang dilarang dan  merupakan satu pantang. Kalau dilanggar pantang itu buaya akan mengamuk 

Page 778 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kembali. Jika ada diantara tuan‐tuan yang memanggang cicak dengan buluh  atau sebagainya lalu dibuang ke sungai padahnya cukup buruk, buaya akan  mem¬balas dendam, dalam ilmu pawang buaya hal ini memang merupakan  pantang besar”, demikian Saadun Juling memberitahu orang‐orang kampung.    Dia juga menyatakan pada orang‐orang kampung bahawa segala ilmu yang  dituntutnya bagi menangkap buaya, sudah dibuangnya kerana dia mula sedar  yang ilmu itu banyak bertentangan dengan ajaran agama Islam. Dalam  majlis kesyukuran itu juga, datuk mengambil daya usahanya sendiri  mempertemukan Saadun Juling dengan suami wanita yang digodanya. Memang  diluar dugaan datuk pertemuan yang diadakan dengan tujuan yang baik  menjadi sebaliknya. Suami wanita itu menaruh dendam pada Saadun Juling.  Bila dia berhadapan dengan Saadun Juling tanpa berfikir panjang, dia  terus mencabar Saadun Juling supaya bergaduh dengan menggunakan parang  panjang.    "Saadun, aku harap kau bersabar, orang yang sabar dikasihi oleh Allah,  tujuan kita bukan mahu bergaduh, apa yang kita lakukan adalah untuk  kebaikan. Untuk menghilangkan rasa permusuhan sesama Islam, bukankah  Islam mahu para pe‐ngikutnya berbaik‐baik, hidup aman dan saling  tolong‐menolong”, kata datuk kepada Saadun Juling.    "Saya ikut cakap awak, asalkan tujuannya baik”, sahut Saadun Juling.    Datuk terus mendekati si suami yang sedang marah itu. Datuk tepuk bahu 

Page 779 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kanannya dua tiga kali, kemudian datuk ambil keris pendek yang  tergenggam di tangan si suami itu. Keris itu datuk masukkan ke dalam  sarungnya. Orang‐orang kam¬pung yang tidak tahu tentang kedudukan  perkara tersebut jadi tercengang‐cengang sambil berbisik sama sendiri.    "Usah bimbang, mereka ada selisih faham sedikit. Biarlah saya yang cuba  mengatasinya. Saya yakin kalau kita bersikap sebagai orang Islam sejati,  ma¬salah ini boleh selesai”, datuk memberitahu orang‐orang kampung dan  menyuruh mereka bersurai.    Datuk terus menemui si suami yang sedang naik darah itu kembali. Datuk  terus bercakap‐cakap dengannya sebentar, Saadun Juling cuma me¬lihat  dari jauh saja. Saya menarik nafas tanda senang hati kerana datuk  berjaya memujuk si suami yang sedang marah itu. Saadun Juling bersalam  dengan si suami yang mempunyai parut di betis kanannya, kemudian si  suami itu me¬ngajak datuk, Saadun Juling dan saya ke rumahnya. Kami di  jamu dengan kopi panas di anjung rumah.    "Saya mengaku saya bersalah dalam hal ini, ambillah golok ini dan  lakukan apa saja demi menjaga kehormatan awak sebagai seorang suami,  saya rela mati atas perbuatan saya”, tiba‐tiba Saadun Juling  menghulurkan ulu golok pada sisuami yang berparut di betis kanan.    "Tak perlu, saya faham dan saya sudah mengetahui kedudukan diri awak.  Saya maafkan awak, walaupun perbuatan saya ini satu perbuatan dayus pada 

Page 780 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

mata orang lain, saya tidak merasa kesal. Menjauhkan perasaan dendam dan  bergaduh sesama orang yang seagama itu lebih mulia”, dengan tenang si  suami itu bercakap pada Saadun Juling.    Mereka berdakap‐dakapan dan menangis. Saya dan datuk sungguh terharu  melihat peristiwa tersebut. Dengan perasaan yang ikhlas si suami itu  terus bertanya pada isterinya, sama ada dia mencintai dirinya atau  Saadun Juling. Dengan jujur si isteri itu menjawab, dia memang tidak  mencintai atau menyayangi suaminya, kerana si suami itu bukan pilihan  hatinya. Dia menikah dulu semata‐mata mendengar cakap ke dua orang tuanya.    Si suami menerima keterangan itu dengan dada yang terbuka, kemudian dia  membuat keputusan menceraikan isterinya, setelah Saadun Juling  mem¬berikan jaminan yang dirinya akan memperisterikan wanita tersebut.  Saadun Juling membuktikan kata‐katanya itu, setelah wanita itu lepas  edah, dia terus menikah dengan wanita tersebut.  Kemudian Saadun Juling membawa isterinya ke kampung halamannya dan  memulakan penghidupan baru dengan membuka kedai kopi dan barang¬‐barang  runcit di tempatnya dan namanya sebagai pawang buaya terus dilupakan orang.   

SBDJ (Jilid 02) ‐ Siri 46 : Berjalan Atas Angin    Kedai kopi dan barang‐barang runcit yang diusahakan oleh Saadun Juling  mendapat sambutan amat menggalakkan dari para penduduk setempat. Di  samping berniaga, Saadun Juling terus mendalami ilmu agama. Setiap 

Page 781 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

malam, dia mengundang seorang guru agama yang terkemuka di daerahnya  Tuan Haji Nawawi Al‐Petani ke rumahnya. Dia belajar selok‐belok agama  Islam dari pukul sepuluh hingga menjelang dua belas malam. Selama dua  tahun Saadun Juling berniaga, dia telah mender¬makan wang ringgitnya  untuk membesarkan beberapa buah masjid di daerah¬nya, juga mendirikan  beberapa buah surau serta mendirikan sekolah agama rakyat untuk  kanak‐kanak yang berusia tujuh tahun ke atas belajar agama Is¬lam.    Atas nasihat Tuan Haji Nawawi Al‐Petani, Saadun Juling dan isterinya  berhijrah ke Kelantan. Dua tahun menetap di Kelantan, kemudian pindah ke  Petani di Selatan Siam, mendalami ilmu agama Islam dengan beberapa guru  agama yang terkenal di sana. Setelah menetap selama tiga tahun di  Petani, Saadun Julling dan isterinya pergi ke tanah suci dengan berjalan  kaki dan akhirnya menetap di Jeddah. Menurut beberapa orang penduduk  Tanjung Ara yang pernah pergi ke Mekah dan sempat berjumpa dengan Saadun  Juling di Jeddah, menyatakan yang Saadun Juling telah membuka perniagaan  di sana. Khabarnya, Saadun Juling boleh bertutur bahasa Arab dengan  fasih, boleh menulis dan hafaz Quran. Namanya juga sudah berubah dari  Saadun Juling menjadi Saadun Al¬Hafiz. Datuk cukup gembira mendengar  berita yang disampaikan oleh pendu¬duk Tanjung Ara padanya.    “Rajin dan usaha itu tangga kejayaan dan Allah tidak pemah menghampakan  harapan dan cita‐cita manusia yang bekerja keras untuk mengubah nasib  hidup¬nya. Contohnya, kau sendiri sudah melihat dan mendengar tentang  hal diri Saa¬dun Juling yang sesat dalam perjalanan hidup dan kembali ke 

Page 782 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

pangkal jalan untuk membina hidup baru yang lebih bererti sebagai  manusia yang beragama Islam”, ujar datuk pada saya.    Wajah datuk saya renung, kelihatan peluh‐peluh halus mula meruap didahi  luas yang disinari oleh matahari petang dalam kawasan kebun pisang  emasnya yang seluas satu ekar lebih. Saya tahu, sejak dua tiga tahun  kebelakangan ini, saya dan datuk banyak menghabiskan masa di kebun  pisang. Saya menolong datuk membuang daun¬‐daun pisang kering, menebang  dan mengambil pisang yang sudah tua. Buah‐buah pisang tua itu  dilonggokkan pada satu tempat, sementara menanti lori pemborong buah  pisang mengambilnya. Dan urusan menimbang, menjual dan mengutip wang  datuk serahkan bulat‐bulat pada saya.    "Lama sungguh kita tidak ke mana‐mana tok”, kata saya, sebaik saya  selesai menebang pokok pisang di hujung sempadan. Datuk yang asyik  me¬ngumpul daun‐daun pisang tua, dekat pangkal pokok pulai, berhenti  mengum¬pulkan dedaun pisang itu. Dia terus renung muka saya dan akhirnya  duduk atas batang getah yang tumbang.    "Kenapa? Kau jemu duduk di rumah?”    "Tidak, saja tanya”    "Sejak balik dari Tanjung Ara, kalau tak sikap aku, sudah dua kali  mening¬galkan tumah, kali pertama aku pergi ke Sungai Petai, dekat Alor 

Page 783 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Gajah Melaka. Kali kedua aku pergi ke Bukit Tengah di Seberang Perai”    "Tapi, saya tok tak ajak”    "Oh, aku terlupa nak ajak”, kata datuk sambil ketawa.    Dia menyapu peluh di dahinya dengan telapak tangan kanan. Matahari  petang kian condong. Bayang saya yang berdiri dekat pokok pisang emas  kelihatan memanjang di bumi. Bunyi suara burung tekukur dan merbuk,  sudah jarang‐jarang kedengaran. Angin juga mula bertiup lemah.    "Berkemaslah Tamar, kita balik. Esok kalau panjang umur kita datang  lagi”, tekanan suara datuk cukup rendah.    Dia pun melangkah ke pondok yang terletak di bucu tanah sebelah kanan.  Saya mengekornya dari belakang. Pondok itu sengaja didirikan oleh datuk  sebagai tempat berehat dan sembahyang. Tidak jauh dari pondok itu  terdapat sebatang anak sungai yang airnya cukup jernih. Air sungai itu  tidak pernah kering walaupun musim kemarau. Jika musim tengkujuh airnya  tidak pernah melimpah ke paras tebing. Sampai di pon¬dok, datuk terus  berehat di pelantar dekat tangga. Saya menggeliat dua tiga kali di  depannya untuk menghilangkan rasa lenguh di pangkal belikat dan lengan.    "Aku nak mandi ke sungai, kau nak ikut?”, datuk mempelawa saya sambil  meletakkan kain basahan di bahu sebelah kiri. 

Page 784 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Tak mahu tok”    "Sebab?"    "Bila mandi di sini, sampai di rumah kena mandi lagi. Kita balik  terpaksa berjalan, badan kita tentu berpeluh, lebih baik mandi sekali di  rumah”    "Terpulanglah pada kau Tamar”    Datuk pun mengatur langkah menuju ke sungai. Sementara menanti datuk  selesai mandi, saya terus membersihkan sekitar kawasan pondok. Semua  sampah sarap yang sudah di kumpulkan itu saya bakar. Bila saya mahu  melangkah ke arah pangkal pokok tembusu untuk mengutip daun‐daun yang  jatuh di pangkalnya, saya dapati datuk sudah tercegat di situ. Dada saya  berdebar. Batang tubuh datuk saya perhatikan, dari atas ke bawah, dari  bawah ke atas. Saya terasa ada sesuatu yang ganjil terjadi pada diri datuk.    "Kenapa? Kamu terkejut kerana aku berada di sini?”, datuk menjegilkan  biji matanya ke arah saya.    Pertanyaan itu tidak saya balas. Saya masih mencari jawapan, bagaimana  datuk boleh berada di situ? Biasanya, bila pulang dari su¬ngai, datuk  akan menggunakan jalan yang selalu digunakan. Aneh, macam mana saya 

Page 785 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tidak dapat mendengar bunyi tapak kakinya. Semua persoalan itu muncul  dalam tempurung kepala saya.    “Tok ada masalah?" Saya memberanikan diri, mengajukan pertanyaan. Saya  lihat datuk gelengkan kepala sambil tersenyum. Dengan tenang datuk  menarik tangan saya menuju ke pelantar. Kami duduk di situ. Datuk  menepuk bahu kiri saya, penuh dengan rasa kasih mesra. Dan datuk  bagaikan tahu tentang keraguan yang timbul dalam hati saya.    "Sebenarnya, aku berjalan tadi mengikut gerak angin dan tapak kaki aku  bila tersentuh bumi atau daun tidak akan mengeluarkan sebarang bunyi,  batang tubuh aku tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia, aku berada  di sisi kamu ketika kamu membakar sampah, malah aku menolong  menghidupkan api, kau¬ tak nampak”, datuk membuka rahsia dirinya.    Saya menarik nafas panjang, perlahan‐Iahan saya melagakan gigi atas  dengan gigi bawah beberapa kali. Keterangan dari datuk itu amat menakjubkan.    "Agaknya datuk dikejar binatang buas membuat datuk terpaksa bertindak  begini”    "Tidak”    "Kalau tidak untuk apa datuk berjalan mengikut arah angin dan  menghi¬langkan diri, mesti ada sesuatu muslihat” 

Page 786 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Tak ada Tamar, apa yang aku lakukan sekadar mengamalkan. Sebabnya, ilmu  yang ada jika tidak diamalkan dalam masa tertentu boleh jadi kita lupa”    "Saya faham”    Datuk terus mengajak saya pulang. Kira‐kira dua puluh langkah  meninggalkan pondok, saya teringatkan buah‐buah pisang yang ter¬longgok  di bahagian tengah kebun. Saya bimbang kalau buah‐buah pisang yang  dianggarkan beratnya lebih dari lima belas pikul itu akan hilang.  Barangkali datuk lupa tentang buah‐buah pisang tersebut. Saya perlu  mengingatkannya. Saya tidak rela sama sekali buah‐buah pisang itu akan  jadi habuan pencuri. Mana boleh jadi, kita yang bekerja setengah mati  orang lain mendapat feadahnya dengan mudah. Hujung baju datuk segera  saya tarik dari belakang. Langkahnya terus mati.    "Kenapa?"    "Pisang kita tok?”    "Kenapa pula dengannya? Kau nak bermalam dengan buah‐buah pisang itu?”    "Takut dicuri orang tok”    "Haaaa” 

Page 787 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Datuk segera menyandarkan badannya pada salah satu pokok getah yang  berbaris dikiri kanan jalan yang kami lalui. Dia mengedutkan dahinya  sambil menepuk tangan tiga kali berturut‐turut. Kemudian datuk tegakkan  badannya sambil menghalakan wajahnya ke arah angin yang datang. Datuk  lurut lengan kanan dengan tapak tangan kiri, tiga kali berturut‐turut.  Dengan tenang datuk memetik ibu jarinya sebanyak dua kali, bunyi yang  lahir dari petikan ibu jarinya berbunyi cukup kuat.    "Datang ke mari sekejap, ada kerja yang nak aku serahkan pada kamu”,  ujar datuk dengan te¬nang. Saya segera menghampirinya. Berdiri di  se¬belah kiri datuk.    Tiba‐tiba datuk menolak badan saya hingga tersungkur atas tanah. Saya  segera bangun, muka datuk saya renung, ternyata datuk tidak ambil kisah  dengan apa yang terjadi. Mulutnya kelihatan ber¬gerak‐gerak. Bila  mulutnya berhenti dari bergerak, saya terus mengajukan pertanyaan padanya.    "Kenapa saya di tolak tok?"    "Aku tak panggil kau”    "Habis datuk panggil siapa?"    "Itu, aku panggil itu”, jari telunjuk datuk menuding ke arah rimbunan 

Page 788 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

pokok senduduk yang kelihatan bergoyang‐goyang. Saya tergamam, seekor  harimau belang menuju ke arah datuk. Berhenti dan merebahkan badannya  atas tanah di depan datuk, sambil mengoyang‐goyangkan ekornya, tidak  ubah seperti kucing yang manja. Datuk tepuk kepala harimau itu dua tiga  kali. Harimau itu membuka mulut¬nya luas‐Iuas. Lidahnya menjilat  pergelangan tangan datuk. Saya memberanikan diri lalu mengurut‐urut  badan harimau tersebut. Dengan penuh rasa manja hari¬mau itu  mengerak‐gerakkan ekornya ke bahu dan muka saya hingga terasa geli.    "Malam ni, kau jaga pisang kami, esok aku nak jual. Ingat kalau ada  orang yang mahu mencurinya kau halaukan saja, jangan cederakan manusia”,  kata datuk pada harimau itu, saya lihat harimau itu merenung ke muka  datuk, ke¬mudian memejamkan kedua belah matanya sambil mengaum kecil.    "Pulanglah,” kata datuk, harimau itu segera bangun dan  menggesel‐geselkan badannya ke badan datuk. Kemudian harimau itu  bergerak menuju ke rumpun senduduk lalu hilang. Datuk menepuk bahu saya  dua tiga kali.    "Kausudah tahu siapa yang aku panggil Tamar?"    "Tahu tok”    "Dialah yang menjaga pisang kita malam ini”   

Page 789 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Saya tahu tok”    "Kalau sudah tahu, jangan banyak bertanya, mari kita blaik”    Kami pun melangkah. Langkah datuk terlalu cepat membuat saya terpaksa  berlari‐Iari anak. Jarak rumah datuk dengan kebun pisang lebih kurang  dua batu. Memang perangai datuk, tidak suka naik basikal pergi ke kebun  pisangnya, dia lebih suka berjalan kaki. Satu keistimewaan yang terdapat  pada diri datuk, dia tidak pernah merasa letih berjalan kaki, walaupun  sampai berpuluh‐puluh batu. Badan saya mula berpeluh tetapi, angin  petang yang bertiup perlahan‐Iahan itu dapat mengu¬rangkan rasa  kepanasan di badan.    Hati saya jadi terhibur, melihat telatah dan ragam monyet‐monyet liar  yang berlompatan dengan bebas di dahan‐dahan pokok getah yang berdiri di  kiri‐kanan jalan enam kaki. Sedang asyik melangkah, saya dikejutkan oleh  suara jeritan dari datuk se¬cara mendadak. Saya lihat datuk membuka  langkah silat sambil melompat ke kanan. Dalam saat yang sama saya lihat  sebatang dahan getah mati jatuh menuju ke arah datuk. Dengan tangkas  datuk menyambar dahan itu lalu dicampakkan ke sebelah kanan jalan.    Dahan getah yang jatuh itu sama besarnya dengan betis pemuda yang  beru¬sia 20 tahun. Andainya dahan getah itu tepat mengenai batang tubuh  datuk, pasti membawa maut. Datuk segera menoleh ke arah saya sambil  tersenyum bangga. Datuk pun memberi isyarat supaya meneruskan perjalanan. 

Page 790 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Berjalan dalam hutan atau dimana‐mana, kita harus berwaspada. Mesti  tahu menguasai diri, pandai mengira langkah dan gerak makhluk serta  alam”, sambil berjalan datuk memberikan ceramah kecil. Saya anggukkan  kepala. Me¬mang saya tidak ada minat untuk mendengarnya. Semua yang  diluahkan oleh datuk tidak masuk dalam otak saya.    "Semuanya itu mustahak untuk diri kita, kalau tidak mahu menuntut  ilmunya, tidak salah kalau sekadar kita mahu ambil tahu saja”, sambung  datuk lagi . Saya gigit bibir. Kedua belah pangkal peha saya mula terasa  sakit .    "Bagaimana kita mahu tahu tentang semuanya itu tok?", secara tidak  dise¬dari saya mengeluarkan pertanyaan.    "Setiap manusia ada pancaindera yang lima. Kita hanya memerlukan satu  daya usaha untuk mempertajamkan pancaindera yang lima itu supaya jadi  lebih berkesan lagi. Caranya harus belajar dari petua orang tua‐tua dan  kita harus amalkan. Perkara yang utama dan penting ialah keyakinan,  tabah dan sabar”, cukup ghairah datuk menerangkannya pada saya.    Kerana saya tidak mengemukakan sebarang pertanyaan, datuk tidak  melanjutkan keterangannya. Kami terus berjalan, sambil berjalan saya  terus me¬renung ke arah dahan‐dahan pokok getah tempat monyet liar  bergayutan. Saya juga mengawasi kalau ada dahan getah mati yang mahu 

Page 791 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

jatuh. Saya kira kalau ada dahan yang jatuh sebesar lengan budak, saya  mahu menyam¬butnya seperti apa yang telah datuk lakukan.    "Jangan mencuba, kalau tidak tahu. Nanti padah menimpa diri”, saya jadi  terkejut dengan kata‐kata datuk tu. Rupa‐rupanya datuk dapat membaca apa  yang tersirat dalam dada saya.    "Saya cuma berangan‐angan saja tok”    "Angan‐angan kalau dilakukan dengan baik, cukup pertimbangan yang  sempurna akan jadi cita‐cita”    "Saya faham tok. Tetapi, untuk menjayakan cita‐cita tu bukanlah satu  perkara yang mudah”    "Kau berusaha. Kalau kau mahu belajar ilmu gerak manusia dan alam, cari  sendiri jangan harap ada orang lain datang menyerah untuk memberikan  ilmu itu"    “Begitu”    Datuk segera menolak ke arah saya. Dia merasakan jawapan yang terakhir  dari saya itu, macam menyindir dan membayangkan rasa tidak ada  kesungguhan dari saya. Akhirnya, kami pun sampai ke rumah.   

Page 792 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Saya terus memetik buah belimbing buluh yang tua. Buah belimbing itu  saya bawa ke sungai bersama dua tiga helai daun pandan wangi. Buah  belimbing yang sudah diramas itu, saya gosokkan ke badan untuk  menghilangkan getah pisang yang terletak di badan serta menghilangkan  rasa gatal dan daki. Kemudian daun pandan yang sudah di campurkan dengan  air satu baldi, saya juruskan ke tubuh untuk mewangikan bau peluh dan  badan. Saya dan datuk terus ke surau untuk sembahyang Maghrib dan Isyak.    Lebih kurang pukul sepuluh malam, baru kami pulang. Datuk seperti biasa  akan menghabiskan masa sebelah malamnya dengan membaca Quran hingga  menjelang waktu subuh.    Pagi itu, saya di suruh oleh datuk supaya menemui Lim Kim Bok yang  menjadi peraih buah pisang. Setelah berunding dengan Lim Kim Bok  beberapa minit, dia terus menelefon adiknya, Lim Tong King yang tinggal  di Sitiawan.    "Adik saya beli semua pisang datuk awak, dia nak jual pisang tu ke Kuala  Lumpur, Melaka dan Johor Bharu”,katanya.    "Bila dia sampai Kim Bok?"    "Sekarang pukul tujuh. Lebih kurang pukul lapan setengah dia sampai”    "Saya mahu nanti di mana? Nanti dia tak tahu tempatnya” 

Page 793 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Tunggu di kebun, adik saya tahu tempatnya. Sudah banyak kali dia ambil  pisang di kebun datuk awak”    "Dia tahu di mana tempatnya, Paya Besar”    "Apa awak cakap ni. Saya kata dia tahu, apa lagi mahu banyak cakap”    "Jangan marah”, ujar saya sambil ketawa kecil.    Saya terus pulang ke rumah. Dari rumah, saya bersama datuk dan nenek  berjalan kaki menuju ke kebun pisang di Paya Besar. Sampai di kebun  pisang saya terlihat kesan tapak kaki harimau.    "Ada orang menunggu pisang awak malam tadi?", nenek bersuara.    "Ada”, jawab datuk, sambil menaburkan tujuh biji bertih kedalam rumpun  pokok senduduk. Saya lihat rumpun senduduk itu bergoyang dan saya  terpan¬dang kelibat seekor harimau.    "Pulanglah, kau sudah menolong aku”, kata datuk lagi. Seekor harimau  me¬lintas di depan kami sambil berjalan tunduk macam kucing peliharaan  melintas di hadapan tuannya. Sementara menanti lori yang dijanjikan  tiba, kami terus membersihkan kawasan kebun pisang. Satu jam kemudian  lori yang ditunggu¬‐tunggu pun tiba. Semua pisang yang ada di situ 

Page 794 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

ditimbang dan dimasukkan ke dalam lori. Di situ juga Lim Tong King  membuat pembayaran. Wang dari hasil penjualan pisang yang berjumlah  lebih kurang tiga ratus ringgit datuk serahkan pada nenek.    "Simpan wang tu baik‐baik, seratus ringgit awak serahkan pada Imam Musa  untuk tabung masjid dan lima puluh ringgit awak bagi pada Long Munah  yang baru mati suami dua hari lalu. Bakinya terpulanglah pada awak”,  nenek anggukkan kepala mendengar cakap datuk itu.    Lim Tong Kim menghampiri datuk, dia menarik tangan datuk menuju ke arah  pokok getah tua dekat sempadan tanah sebelah kanan. Mereka  bercakap¬‐cakap sebentar, kemudian datuk datang menemui nenek kembali.    "Kita balik naik lori”, kata datuk pada nenek sambiI merenung muka saya.  Cepat‐cepat saya menggigit bibir dan rasa aneh mula bersarang dalam dada  saya.    Selalunya datuk tidak pernah mahu pulang awal, mesti ada muslihat  tertentu yang membuat datuk bertindak begitu demikian hati kecil saya  mem¬buat ramalan.    "Kenapa tok nak balik cepat?", tanya saya.    "Si Lim Tong King ni, ajak aku jadi kawannya ke Johor Bharu, dia takut  kerana banyak bawa duit” 

Page 795 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Ah, awak ni mengarut, kerana orang sanggup bersusah payah”, nenek  melahirkan rasa kurang senangnya. Datuk saya lihat tersenyum.    "Mari naik”, kata Lim Tong King.    Nenek pun naik lori duduk di depan dekat pemandu. Saya dan Lim Tong King  duduk di bahagian belakang lori yang tidak berbumbung itu. Lim Tong King  yang jadi towkey pisang itu bertindak sebagai kalindan, sekali pandang  memang tidak ada potongan seorang saudagar pada diri Lim Tong King.  Enjin lori pun dihidupkan. Datuk masih lagi tercegat di situ. Tidak ada  tanda‐tanda yang dirinya akan naik lori.    "Naiklah tok”, kata saya.    "Tak payah, aku jalan kaki saja”, jawabnya sambil memulakan langkah.    Lori yang berkepala merah, berbadan hijau pun bergerak, melalui jalan  enam kaki. Bila layar lori itu terlanggar lubang, badan saya turut  terhuyung‐hayang, macam orang mabuk todi. Lori yang kami naiki sampai  dihalaman rumah.  Pemandu lori dan Lim Tong Kim terkejut melihat datuk duduk di kaki  tangga sambiI melurut‐Iurut sebatang kayu. Nenek turun dari lori, begitu  juga dengan saya. Cepat‐cepat saya masuk ke rumah mengemaskan pakaian  yang saya fikirkan perlu untuk di bawa 

Page 796 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

.  "Awak jalan kaki ke atau terbang”, kata Lim Tong King.    "Jalan kaki”    "Awak mesti pakai ilmu”    "Tidak”, jawap datuk sambil ketawa kecil.    Saya keluar dari rumah dan berdiri dekat datuk. Kemudian, datuk pun  bangun berjalan tiga langkah ke depan lalu memacak kayu yang dilurutnya  tadi di atas tanah. Datuk renung ke langit, melihat awan dan matahari  yang kian marak bersinar. Datuk cabut kayu itu sambil menggigit lidah.  Bahagian kayu yang tertanam di tanah datuk raba ber‐kali‐kali.  Kesan tanah yang terletak di situ datuk ambil. Tanah itu datuk ramas  berkali¬‐kali. Telapak tangannya dibuka dan tanah yang diramasnya  kelihatan berbuku¬‐buku. Dengan mulutnya, datuk hembus tanah di telapak  tangannya hingga berterbangan entah ke mana.    "Langkah kita baik, tapi ada halangan sedikit, dengan izin Allah  rintangan itu berjaya kita atasi”, begitulah datuk memberitahu saya.    Lim Tong Kim ke¬lihatan tercengang‐cengang. Datuk terus tepuk bahu kanan  Lim Tong King. Datuk terus rapat ke lori berkepala merah. Saya ikut dari  belakang. 

Page 797 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Saya ikut awak, belum tentu sampai ke Johor Bharu. Sebabnya, bila saya  ingat nak balik, saya balik awak tak boleh halang saya”, datuk  mengeluarkan syarat pada Lim Tong King.    Ternyata, syarat tidak mendapat bantahan. Kami meninggalkan rumah  kira‐kira jam sepuluh pagi Rabu. Datuk dan saya duduk di bahagian depan  lori, Lim Tong King duduk di belakang. Satu hal yang tidak menyenangkan  diri saya, lori yang membawa pisang itu terlalu ke¬rap sangat berhenti,  kerana mengambil dan menjual pisang di bandar‐bandar yang dilaluinya.    Lebih kurang pukul dua petang, kami sampai ke Kuala Dipang, datuk  menunaikan sembahyang Zohor di situ. Sembahyang Asar datuk lakukan di  Masjid Bidor. Dari Bidor, LimTong King tidak lagi jadi kelindan. Dia  mengambil tugas kawannya. Dia jadi pemandu dan kawannya jadi ke¬lindan.  Kali ini, saya mula terasa seronok naik lori tersebut kerana tidak  ber¬henti‐henti lagi.    "Berhenti di Kelumpang Tong King, saya nak sembahyang Maghrib”, datuk  mengingatkan Lim Tong King, sebaik sahaja kami melintasi pekan Tanjung  Malim.    Bila sampai di Kelumpang datuk terus ke masjid dan Lim Tong King  mengurus penjualan pisang dengan Cina di pekan tersebut. Bila datuk  keluar dari masjid, Lim Tong King masih lagi belum selesai berurus 

Page 798 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dengan kawannya. Datuk memberitahu Lim Tong King yang dia mahu balik ke  masjid semula.    "Begini, awak tunggu di masjid. Bila kerja saya selesai, saya panggil  awak, lagipun saya rasa tak larat nak bawa lori sampai ke Kuala Lumpur.  Saya ingat mahu tidur di rumah abang ipar saya yang berniaga kedai  runcit di Kuala Kubu Bharu”, Lim Tong King memberitahu datuk.    "Kalau begitu kata awak, saya ikut saja”, balas datuk.    "Saya bimbang, saya bawa duit dekat lima ribu ringgit”    "Tak apa”, datuk menenangkan perasaan Lim Tong King.    Saya dan datuk kembali ke masjid. Bila selesai sembahyang Isyak baru Lim  Tong King me¬manggil kami melalui seorang budak Melayu yang bekerja di  kedai yang membeli pisangnya. Kami tinggalkan pekan Kelumpang lebih  kurang hampir pukul sepuluh malam. Entah apa malangnya, ketika lori yang  saya dan datuk tumpangi melalui satu selekoh berhampiran dengan tanah  perkuburan orang‐orang Cina, lori itu mengalami kerosakan. Enjinnya mati  dengan tiba‐tiba.    Puas dibaiki tidak juga mahu hidup. Lim Tong King menyuruh kawannya  pergi ke Kelumpang mencari foremen. Nasib baik sebuah kereta yang  ditahan mahu berhenti dan bersedia membawa kawan Lim Tong King ke 

Page 799 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Kelumpang. Sejam kemudian, kawannya kembali tanpa foremen. Akhirnya,  datuk mem¬buat keputusan supaya kami duduk di dalam lori sementara  menanti hari siang. Pada mulanya, kerap juga kereta lalu disitu. Bila  menjelang pukul satu malam, kereta mula berkurangan. Suasana di situ  terasa cukup sunyi. Bila saya toleh ke kanan, rasa takut mula menghantui  hati saya.    Apa yang saya lihat ialah batu‐batu nisan di tanah perkuburan Cina.  Keadaan itu membuat saya tidak dapat memejamkan mata. Bila saya ingat,  datuk juga tidur dalam lori, rasa takut segera hilang. Lebih kurang  pukul empat pagi, saya terdengar lolongan anjing sayup‐sayup, bersama  dengan bunyi desiran angin yang melanggar dedaun getah di kiri kanan  jalan raya tersebut. Saya renung ke tanah perkuburan Cina, saya lihat  kabus mula menguasai seluruh kawasan itu. Batu‐batu nisan yang tertegak  kaku di situ saya rasa ber¬gerak‐gerak. Dalam keadaan yang cemas itu,  sebuah kereta Fiat 600 berwarna putih berhenti di belakang lori.    Dari perut kereta itu keluar empat orang lelaki Cina yang berusia antara  dua puluh tahun hingga tiga puluh tahun. Mereka segera menuju ke  bahagian depan lori. Lim Tong King yang tidur di bawah lori terkejut,  salah seorang dari lelaki itu mengeluarkan parang pemotong daging lalu  mengacukan ke muka Lim Tong King. Saya jadi tergamam melihat peristiwa  yang terjadi di depan mata. Datuk yang duduk bersandar dekat sebatang  pokok tidak jauh dari lori itu, buat tidak kisah dengan apa yang  berlaku. Lim Tong King masih lagi bertekak dengan empat lelaki tersebut. 

Page 800 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Entah apa yang dikatakan oleh Lim Tong King, membuat lelaki yang  me¬megang pisau pemotong daging itu naik darah. Dia pun melepaskan  penumbuk sulung ke muka Lim Tong King. Kawan Lim Tong King tidak dapat  berbuat apa‐apa.    Empat lelaki itu terus mengkopakkan kusyen tempat duduk pemandu. Mereka  berjaya mengambil wang dalam satu beg plastik yang diletakkan di situ.  Lim Tong King menjerit.    "Letakkan, jangan ambil orang punya barang”, kata datuk. Saya tidak  sedar waktu bila datuk menghampiri mereka. Empat lelaki itu segera  merenung muka datuk.    "Hei Melayu, lu jangan kacau kita. Kita tak ada kacau sama awak”, salah  seorang dari lelaki itu menyergah datuk sambil melepaskan tendangan  terbang ala kung fu. Datuk tidak sempat mengelak, tendangan itu tepat  mengenai dada datuk. Saya lihat datuk tersungkur. Empat lelaki itu  menyerbu datuk. Batang tubuh datuk tidak dapat saya lihat, hilang di  kerumuni oleh empat lelaki itu.    Datuk menjerit dan empat lelaki itu terhumban berhampiran lori. Tiga  da¬rinya sudah tidak berdaya bangun. Tetapi seorang daripada mereka  masih ke¬lihatan gagah. Datuk berhadapan dengannya, lelaki itu membuka  silat kung fu dan datuk membuka buah langkah silat harimau jantan yang  lebih banyak bersikap bertahan dari melakukan serangan. 

Page 801 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Kerana datuk lebih banyak bertahan dari menyerang, membuat dia  mem¬punyai lebih tenaga, berbanding dengan serangan kung fu dari lelaki  tersebut. Datuk saya lihat banyak menggunakan tipu helah dan akal dalam  pertarungan itu. Lelaki yang berbadan tegap tidak putus asa, kali ini  dia melompat cukup tinggi menuju pada datuk.    Saya lihat datuk tersenyum dan menyerahkan tubuh badannya untuk digasak  oleh lelaki itu. Tetapi, bila lelaki itu merendahkan badannya dan  menghu¬lurkan kaki kirinya untuk menendang pangkal leher datuk,  cepat‐cepat datuk melompat sambil menyam‐bar tangan kanan lelaki yang  terkedang itu. Datuk memusingkan ke belakang dan lelaki itu jatuh ke  tanah, macam nangka busuk. Bila lelaki itu cuba mahu bangun, datuk  segera menepuk bumi. Kedua belah kaki lelaki itu bagaikan terpasung. Dia  tidak boleh bergerak. Datuk tepuk bumi lagi sekali, barulah lelaki itu  boleh mengangkat kedua belah kakinya dan me¬merintahkan kawan‐kawannya  menuju ke kereta untuk lari.    Bila mereka berada dalam kereta, cepat‐cepat mereka menghidupkan enjin  kereta. Ketika itu juga terdengar ledakan pistol dari kereta tersebut,  rupanya lelaki yang bertarung dengan datuk tadi mengambil pistol dan  menembak datuk bertalu‐talu. Anehnya, peluru pistol yang ditujukan pada  datuk tidak mencederakan tubuh badannya, cuma baju datuk sahaja yang  berlubang‐lubang. Melihat keadaan itu, empat lelaki itu jadi cemas,  mereka naikkan cermin kereta dan bersedia mahu meninggalkan tempat tersebut.   

Page 802 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Datuk segera menghulurkan tangan kanannya sambil mengembangkan  ke¬lima‐lima jarinya. Sungguh menakjubkan, enjin kereta segera mati dan  badan kereta nampak terangkat kira‐kira lima kaki dari bumi,  melayang‐layang se¬bentar atas permukaan tanah perkuburan orang Cina di  situ. Keempat‐empat lelaki itu menjerit dan datuk merapatkan tangannya  ke dada, kereta itu segera berhenti di hadapannya.    "Buka pintu”, kata datuk.    Pintu kereta pun terbuka.    "Keluar”    Ke empat‐empat lelaki itu keluar.    "Pulangkan duit”    Ke empat‐empat lelaki itu segera menuju kepada Lim Tong King. Mereka  sujud di kaki Lim Tong King. Salah seorang daripada mereka menyerahkan  kembali wang yang di curi.    "Tolong baiki lori ini”, kata datuk, salah seorang dari lelaki menuju ke  lori dan terus membuka bonet. Dia melakukan sesuatu di situ. Kemudian  bonet lori dirapatkan.   

Page 803 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Sudah baik”, katanya.    Lim Tong King masuk ke perut lori, menghidupkan enjin, ternyata enjin  lori boleh dihidupkan. Saya tersenyum senang.    "Pulang, lain kali jangan kacau orang”, kata datuk.    Ke empat‐empat lelaki itu masuk ke dalam kereta lalu meninggalkan kami.  Lima belas minit kemudian, kami pula meninggalkan kawasan tersebut. Kali  ini kami singgah di Kerling. Datuk menunaikan sembahyang subuh di situ.  Selepas membaca Al‐Quran dan wirid di masjid tersebut, saya dan datuk  menuju ke kedai kopi. Seperti yang dijanjikan Lim Tong King dan kawannya  sudah menanti di situ. Saya dan datuk sampai ke kedai itu lebih kurang  pukul enam setengah pagi.    "Awak minum dulu, saya nak cari foremen nak minta tolong periksa lori  ni, supaya boleh berjalan dengan baik”, kata Lim Tong King.    Datuk bersetuju dengan apa yang dicakapkan oleh Lim Tong King. Saya dan  datuk terus masuk ke kedai kopi tersebut. Dalam kedai kopi terdapat  lebih kurang sepuluh orang lelaki yang terdiri daripada para pekerja  Jabatan Kerjaraya dan buruh ladang getah, minum kopi di situ. Di sudut  sebelah kiri kelihatan seorang lelaki Melayu memakai ketayap putih,  berusia sekitar lima puluh tahun. Datuk bersalam dengan lelaki itu yang  datuk kenali semasa sembahyang di masjid sebentar tadi. 

Page 804 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Kedai ini memang di buka sejak pukul enam pagi. Saya yang punya kedai  tetapi, anak‐anak saya yang menjalankan perniagaan”, lelaki berketayap  putih memberitahu datuk.    Tidak saya duga, pertemuan di situ melahirkan rasa persau¬daraan sesama  Islam yang mendalam antara datuk dengan lelaki itu. Datuk menceritakan  apa yang terjadi pada dirinya dalam perjalanan tadi.    "Saya ni orang Islam, berdosa hukumnya mempercayai perkara yang  karut¬‐marut, tetapi, kejadian yang awak alami itu sudah kerap benar  berlaku. Konon ceritanya, manusia yang awak lawan tu bukannya manusia”,  cukup tenang lelaki itu bercakap.    "Kalau bukan manusia, siapa mereka?"    "Syaitan. Pernah terjadi pada diri saya diserang perompak di situ bila  saya menyerah dan hari sudah siang saya jumpa wang yang saya rompak itu  atas nisan kubur Cina. Tidak jauh dari tempat kejadian itu saya terjumpa  bangkai kereta yang menurut pihak polis terlibat dalam kemalangan jalan  raya. Empat pemuda Cina yang menaikinya mati dan dikuburkan di situ”    Dada saya berdebar mendengar cakapnya. Memang, saya sedar dan lihat  ketika meninggalkan kawasan itu, menjelang waktu subuh tadi, saya  terlihat bangkai kereta yang sudah berkarat dalam hutan lalang tidak 

Page 805 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

jauh dari tempat lori kami berhenti. Hal ini sungguh memeningkan kepala  saya. Apakah yang datuk lawan malam tadi syaitan atau hantu dari tanah  perkuburan orang Cina? Saya sendiri tidak dapat memberikan jawapannya.    Satu hal yang pasti, kawasan perkuburan Cina yang terletak diantara  Tanjung Malim dan Kerling itu, memang menarik perhatian para pemandu,  kerana di kawasan jalan yang berliku dan menaiki bukit itu kerap berlaku  kemalangan yang dahsyat hingga kini.    Perbualan datuk dengan lelaki berketayap putih itu terhenti. Suasana  dalam kedai kopi pagi jadi kelam‐kabut. Salah seorang dari orang yang  minum disitu muntah darah dan mengelepar atas lantai, macam ayam kena  sembelih. Datuk segera menghampirinya. Datuk tekan dada orang itu dengan  ibu jari, darah keluar memancut‐mancut dari mulutnya. Datuk segera  mengambil segelas air sejuk, gelas yang berisi air itu datuk rapatkan ke  bibirnya. Datuk membaca sesuatu. Kemudian datuk berikan pada orang yang  sakit itu. Bila air sejuk diminum habis satu gelas, orang itu terus  muntah. Saya lihat muntahnya bercampur dengan kaca halus dan pasir,  serta beberapa jenis serbuk.    Datuk tepuk belakang orang itu, muntahnya berhenti. Datuk segera  mem¬bancuh garam dengan air satu gelas, air garam itu juga disuruhnya  orang yang sakit itu minum. Bila air garam itu selesai di minum, orang  itu segera sihat.  Dia mengucapkan ribuan terima kasih pada datuk dan memperkenalkan 

Page 806 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dirinya sebagai Abdul Halim, berasal dari Kelantan dan bekerja sebagai  pe¬mandu lori balak. Pada Abdul Halim, datuk membekalkan seketul ibu  garam dan datuk menasihatkan padanya, sebelum minum kopi, baik di  mana‐mana pun serbuk garam itu mesti dibubuhkan terlebih dahulu sebagai  penawar racun.    "Ini satu santau. Ada orang yang berniat tidak baik pada awak”, bisik  datuk pada lelaki yang berketayap puith itu. Muka orang itu kelihatan  berubah wajah datuk direnungnya.    "Boleh awak menolong saya?"    "Saya cuma boleh berusaha. Yang menentukan kejayaannya adalah Allah.  Tetapi ingat, kalau saya menolong awak, jangan sekali‐kali awak mahu  mem¬balas dendam, saya cuma mahu berusaha menyekat perbuatan orang itu  su¬paya jangan merebak dan merosakkan orang lain”, kata datuk.    "Ya, tapi saya mahu tahu orangnya”    "Tak boleh. Belum tentu hal itu sengaja di lakukannya. Boleh jadi dia  ter¬silap. Kita perlu mencari puncanya”, terang datuk lagi.    Lelaki berketayap putih itu terdiam.   

SBDJ (Jilid 03) Siri 47: Bila Syaitan Datang menguji 

Page 807 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Saya mula terasa bosan duduk dalam kedai kopi. Bagi menghilangkan rasa  bosan itu, saya terus menggaru pangkal dagu beberapa kali.    Dan sepasang mata saya terus tertumpu ke dada jalan raya yang mula sibuk  dengan kenderaan. Debu‐debu jalan berterbangan dalam sinar matahari pagi  yang kian garang.    Saya toleh ke kiri. Lelaki berketayap putih dan datuk masih termenung.  Masing‐masing merenung dinding kedai kopi yang cat putihnya sudah pudar  bertukar menjadi kekuning‐kuningan. Apa yang mereka fikir, saya pun  tidak tahu.    Orang‐orang yang datang minum dan makan pagi sudah berkurangan, tidak  sehebat tadi. Pekerja‐pekerja di kedai itu lebih banyak duduk dari  melayani para pelanggan.    Agaknya mereka masih mengenangkan peristiwa ganjil yang telah berlaku  beberapa jam tadi. Mereka juga berharap pada setiap pelanggan yang baru  datang, tidak akan dapat mencium berita buruk itu.    Lelaki berketayap putih memanggil pekerjanya yang bertugas sebagai  tukang membancuh kopi. Pekerja yang berbadan tegap, berambut kerinting  serta bermulut lebar itu menghampirinya.   

Page 808 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Ada apa hal Ayah?"  "Beritahu pada semua yang bekerja di sini supaya merahsiakan kejadian  yang baru berlaku, kalau kisah ini merebak alamat kedai kita tak laku."    "Saya faham ayah," jawab pekerja itu sambil beredar dari lelaki yang  berketayap putih.    Datuk saya lihat tersenyum memandang pada lelaki berketayap putih. Datuk  renung biji matanya tepat‐tepat, kemudian datuk tepuk bahu kiri lelaki  berketayap putih itu.    "Awak takut kedai awak tak didatangi orang? Dan awak mahu merahsiakan  kejadian tu," ujar datuk sambil menarik nafas.    "Lelaki berketayap putih termenung sejenak.    "Ya, saya takut," katanya tegas.    "Pernahkah awak terfikir bahawa rezeki yang awak terima selama ini,  adalah pemberian Allah?"    "Bukan terfikir, malah mengakuinya."    "Kalau awak sudah mengakuinya kenapa awak takut, kalau cerita yang  berlaku di kedai awak tersebar pada orang ramai." 

Page 809 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Kata‐kata yang diluahkan oleh datuk itu, membuat lelaki berketayap putih  terkejut. Air mukanya nampak berubah. Dia menggeliat sambil  memicit‐micit pergelangan tangan kanannya.    "Rezeki manusia tidak berada di tangan manusia tetapi, berada di tangan  Allah Yang Maha Besar, rezeki itu pula tidak datang bergolek kalau  manusia tidak berusaha mencarinya," datuk memulakan ceramah kecil di  hadapan lelaki berketayap putih.    Saya lihat lelaki itu tunduk mendengar kata‐kata datuk itu.    "Jangan jadikan diri kita derhaka pada Allah kerana sesuatu kejadian  yang kecil, juga jangan tenggelamkan diri kita dalam sifat tamak  haluba," sambung datuk lagi sambil bangun lalu berjalan menuju meja  kosong yang terletak dekat pintu masuk.    Datuk duduk di situ.    Beberapa minit kemudian, lelaki berketayap putih menghampiri datuk  lantas duduk di situ.    "Kejadian seperti ini, selalu saja berlaku di sini, setiap kedai kopi  yang terkena musibah tersebut terus gulung tikar, saya tak mahu hal  begitu jadi pada diri saya, saya tak ada harta untuk saya tinggalkan 

Page 810 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

pada anak‐anak saya bila saya mati," lelaki berketayap putih mengadu hal  pada datuk.    Rasa simpati mula berbunga dalam hati saya. Memang, saya mengharapkan  datuk dapat melakukan sesuatu untuk menolong orang tersebut.    "Nasib manusia selalunya tidak sama," kata datuk.    "Saya faham, tetapi saya memikirkan nasib anak‐anak saya."    "Sepatutnya awak tak boleh memikirkan hal mereka, apa yang perlu awak  fikirkan ialah tentang nasib awak sesudah awak mati, ada baiknya awak  menghitung amal ibadat yang telah awak buat, dari memikirkan nasib  anak‐anak sesudah awak mati," saya lihat datuk begitu bersemangat  bercakap. Tidak ada tanda‐tanda yang menunjukkan dirinya, mahu menolong  orang tersebut.    Saya benci dengan tindak tanduk datuk itu, terlalu banyak bercakap dan  menasihati orang. Rasa benci itu, saya perlihatkan pada datuk dengan  cara yang sopan. Saya keluar dari perut kedai, berdiri di kaki lima  kedai sambil berlari‐lari.    Ternyata perbuatan saya tidak disenangi datuk. Dia menjengilkan biji  matanya, membuat saya jadi cemas dan takut. Saya segera masuk ke kedai  kopi kembali. Duduk di sisi datuk. 

Page 811 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Orang yang beriman dan berilmu, tidak akan meninggalkan hanta pada  anak‐anak tetapi, meninggalkan atau membekalkan ilmu pengetahuan dunia  akhirat yang secukupnya, kerana doa anak yang salih untuk orang tuanya  yang sudah meninggal diberkati Allah," beritahu datuk pada lelaki  berketayap putih itu.  Tiba‐tiba datuk bangun dan terus berjabat tangan dengan lelaki  berketayap putih sambil mengucapkan terima kasih. Perbuatan datuk itu  amat mengejutkan dan di luar dugaan saya sama sekali. Datuk pun  melangkah keluar dari kedai kopi.  "Janji awak dengan saya bagaimana?" Kata lelaki berketayap putih sambil  memegang bahu kanan datuk.  "Saya ingat," jawab datuk dengan tidak mematikan langkahnya menuju ke  gigi jalan.  Tidak sampai lima minit kami berdiri di gigi jalan, lori yang dipandu  oleh Lim Tong King pun tiba.  "Sudah dibaik benda yang rosak," itulah persoalan pertama yang diajukan  oleh datuk pada Lim Tong King. Saya lihat wajah kawan Lim Tong King  cukup riang duduk di atas buah‐buah pisang.  "Pelik sungguh, sudah diperiksa oleh formen, tidak ada yang rosak,"  cukup jelas suara Lim Tong King memberitahu datuk. Saya tersenyum  mendengarnya.  "Saya tak dapat ikut awak, janji kita cuma di sini saja Lim," wajah Lim  Tong King kelihatan muram, dia menggigit bibir sambil merenung muka datuk.  "Janganlah susah hati, pergilah awak akan selamat sampai ke tempat yang 

Page 812 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dituju," kata datuk.  "Tapi."  "Tak apa, awak pergilah, dengan izin Allah awak selamat."  "Baik," balas Lim Tong King sambil menekan minyak lori dan lori pun  bergerak perlahan‐lahan meninggalkan kami. Kawan Lim Tong King  melambai‐lambai tangan pada saya.  "Ke mana kita nak pergi tuk?"  "Ke mana lagi, ke masjidlah."  "Hum...," saya mengeluh pendek.  Baru sepuluh langkah menapak, saya terpaksa berhenti kerana lelaki  berketayap putih mengejar kami dari belakang sembil memanggil‐manggil  nama datuk.  Anehnya datuk tidak hirau langsung dengan teriakan dari lelaki itu. Dia  terus melangkah dan melangkah.  "Jangan bimbang, datuk saya akan tunaikan janjinya dengan pak cik," kata  saya sebaik saja lelaki berketayap putih berhenti dekat saya.  "Dia mahu ke mana tu?"  "Ke masjid membaca Quran dan berzikir."  "Baik ajak saja datuk awak duduk di rumah saya, lagi baik."  "Saya tak berani nak beritahu dia, saya fikir usah ganggu dia, kalau ada  apa‐apa hal jumpa saja waktu sembahyang Zohor nanti."  "Datuk awak ni ganjil orangnya."  "Memang datuk saya ni ganjil tetapi, ganjilnya tidak menyusahkan orang  lain, tidak pernah mungkir janji. Tak apalah pak cik saya pergi dulu."  Lelaki berketayap putih saya tinggalkan dalam keadaan termangu‐mangu. 

Page 813 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Saya terus memburu datuk hingga dapat jalan bersaing dengannya.  "Apa yang dia mahu Tamar?"  "Menanyakan janji tuk dengannya."  "Mudah sangat tidak percaya sesama manusia, perbuatannya menunjukkan  sifat‐sifat tamak, sebagai seorang Islam dia harus percaya dengan janji  yang dibuat oleh orang yang seagama dengannya, bukankah menepati janji  itu salah satu dari peraturan yang harus dipatuhi setiap orang Islam,"  demikian datuk merungut. Saya diam saja, tidak kuasa saya menjawab  rungutannya itu.  Datuk dan saya sampai ke masjid. Datuk mengambil air sembahyang dan  melakukan sembahyang sunat untuk menghormati masjid dan membuat  keputusan untuk beriktikaf di masjid bagi melakukan amal ibadah.  "Tamar."  "Ya, tuk, ada apa‐apa hal," kata saya sambil duduk di sisinya. Datuk  merenung muka saya sambil membelai ‐belai rambut saya yang jatuh atas  dahi dengan penuh manja.  Tangan datuk saya pegang dan saya cium, tiba‐tiba hati saya terasa hiba,  tidak dapat saya nyatakan padanya, betapa sayang saya pada datuk yang  pada zahirnya nampak kasar dan bengis membela saya.  "Masjid", sebaik‐baik tempat untuk kita beramal, gunakanlah kesempatan  maha besar," ujar datuk. Dia pun bangun mengambil Quran dan terus  membacanya.  Saya tanpa membuang masa terus mencari beberapa buah kitab agama yang  terdapat dalam masjid itu dan terus membacanya secaranya merangkak‐rangkak.  Lebih kurang pukul dua belas setengah tengah hari, seorang lelaki dalam 

Page 814 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

lingkungan usia lapan puluhan masuk ke masjid. Janggut dan misainya  sudah putih tetapi, kulit mukanya tegang dan sepasang matanya kelihatan  bercahaya, menandakan yang dirinya waktu muda dulu seorang yang pintar.  Dari gerak badan dan cara dia berjalan, saya dapat menduga bahawa orang  tua itu mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang ilmu  mempertahankan diri.  Orang tua itu melakukan sembahyang sunat masjid. Selesai sembahyang  sunat dia duduk di satu sudut masjid dan terus berzikir dengan khusyuk.  Bila datuk berhenti membaca Quran dan orang tua itu berhenti berzikir.  Datuk segera menemuinya, mereka bersalam‐salaman.  Waktu datuk dan orang tua itu bercakap‐cakap, saya segera menjauhkan  diri. Duduk bersendirian dekat pintu masjid. Beberapa minit kemudian,  orang tua tersebut melintas di hadapan saya. Dia terus memukul beduk  (kerantung) menandakan waktu zuhur sudah tiba.  "Siapa nak azan (bang) saya atau awak?" Tanya orang tua itu pada datuk.  Saya lihat datuk tersenyum memandang pada saya.  "Biarlah orang muda yang membuatnya," balas datuk.  "Siapa orangnya?"  "Cucu saya," jawab datuk dan orang tua itu memandang ke wajah saya  dengan senyum yang menarik. Dia menghampiri saya lalu menepuk‐nepuk  kepala saya dua kali berturut‐turut.  "Tunaikan permintaan datukmu, mendengar cakap orang tua untuk jalan  kebaikan, diberkati oleh Allah," bisik orang tua itu pada saya. Dua kali  saya menarik nafas bagi menghilangkan rasa darah gemuruh dalam diri.  "Cepat Tamar," jerit datuk. Saya pun memulakan azan dengan suara yang 

Page 815 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

amat lantang, saya mahu suara saya didengar oleh semua penduduk yang  tinggal di sekitar kawasan berhampiran dengan masjid.  Selesai saja saya mengerjakan azan, saya dapati lima enam orang penduduk  sudah berada dalam masjid. Sembahyang Zuhur itu diimamkan oleh orang tua  tersebut. Selesai saja sembahyang dan berdoa orang‐orang kampung pun  meninggalkan perut masjid menuju ke rumah masing‐masing.  Datuk menyandarkan badannya ke dinding masjid. Dia menggigit lidah  sambil meraba‐raba kening kirinya berkali‐kali.  "Orang tu, tak datang tuk," bisik saya pada datuk.  "Tak apalah, agaknya dia ada hal, malam nanti dia tentu datang mencari  kita," balas datuk dengan tenang.  Orang tua yang sejak lepas sembahyang duduk di tempatnya, segera bangun.  Dia menghampiri datuk.  "Awak jangan ke mana‐mana, saya nak balik dulu. Lepas tu saya datang  jumpa awak lagi."  "Apa halnya?"  "Awak tunggulah sampai saya datang," balas orang tua itu sambil  melangkah bendul masjid.  Datuk kembali membaca Quran. Saya mula mengelabah kerana perut mula  terasa lapar. Saya tidak tahu bagaimana caranya untuk menyatakan pada  datuk yang diri saya cukup lapar.  Saya tidak berani mengganggu datuk yang sedang membaca Quran, memang  pantang datuk nenek tujuh keturunan bagi datuk, kalau ada sesiapa yang  mahu menahan atau mengganggu dia membaca Quran.  Akhirnya, saya terus baring di dalam masjid dengan harapan bila berbuat 

Page 816 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

demikian saya akan tertidur. Memang susah mahu tidur, kalau perut  kosong. Glek kiri, golek kanan. Menelentang meniarap mata tidak juga  mahu rapat.  "Assalammualaikum." terdengar suara dari luar masjid. Saya segera bangun  dan menerpa ke pintu. Orang tua yang berjanji dengan datuk tadi sudah  tiba. Dia membimbit mangkuk tingkat berwarna kebiru‐biruan.  "Masuk pakcik," kata saya. Orang tua itu terus masuk dan berdehem dua  kali berturut‐turut. Dtuk segera menoleh ke arahnya sambil menutup  Quran. Orang tua itu meletakkan mangkuk tingkat dan terus duduk bersila  di hadapannya.  "Mari kita makan, ini rezeki awak sama cucu awak, mari," orang tua itu  terus membuka mangkuk tingkatnya. Diletakkannya berderet atas lantai.  Datuk pun datang dan terus duduk bersila.  "Perbuatan begini tidak digalakkan dalam Islam," datuk bersuara dengan  tiba‐tiba. Orang tua itu merenung muka datuk.  "Maksud awak?"  "Orang Islam tidak digalakkan makan sedekah, Islam menyuruh umatnya  berusaha kerana itu nabi besar kita Mehammad S.A.W. pernah bersabda,  tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima, eritnya umat  Islam disuruh berusaha."  "Saya faham maksud awak tu, satu perkara yang harus awak kaji dan fikir,  awak tidak duduk di masjid sepanjang masa membuat amalan kemudian hidup  atas sedekat orang, perbuatan tidak terpuji. Awak musafir dan saya mahu  memberi awak makan, kalau tak ada saya, awak pun boleh makan."  "Awak orang tua yang hebat." 

Page 817 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Saya tidak hebat, yang hebat dan berkuasa ialah Allah. Niat saya mahu  makan bersama awak," orang tua itu pun menyorongkan nasi ke hujung lutut  saya dan datuk.  Kami pun makan bersama. Bila selesai makan saya terpaksa membersihkan  mangkuk tingkat orang tua itu di telaga. Mangkuk tingkat yang sudah  dibersihkan itu, saya susun seperti asal lalu saya serahkan pada orang  tua tersebut.  Saya kira orang tua itu akan pulang, setelah saya serahkan mangkuk  tingkat padanya, rupa‐rupanya dia tidak mahu pulang. Dia mengajak datuk  duduk di serambi masjid dan terus bercerita panjang dengan datuk.  Orang tua itu memberitahu datuk, dia berasal dari Bangkahulu. Bila  berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu dia menetap di sebuah kampung di  dalam kawasan Batang Kali yang dikenali dengan nama Genting Malik.  Dalam zaman pemerintahan Jepun, dia telah membunuh tiga orang tentera  Jepun dengan parang panjang yang mahu merogol seorang gadis jirannya.  "Saya lari malam, bila tentera Jepun mengamuk dan menyeksa orang‐orang  kampung akibat perbuatan saya itu, saya sampai ke Kerling sesudah  mencukur rambut dan dan menyamar sebagai orang asli," orang tua itu mula  membuka lipatan sejarah silamnya.  Menurutnya, semasa di Kampung Genting Malik, dia dikenali sebagai Ujang  Silat. tetapi, bila menetap di Kerling namanya segera bertukar menjadi  Mahyuddin.  "Pada mulanya saya tinggal jauh di pendalaman, kemudian bila orang putih  memerintah Malaya kembali, saya dibawa oleh anak angkat saya tinggal  berhampiran masjid ini," katanya lagi. 

Page 818 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Awak tak ada isteri?"  "Tak ada, tapi kaya dengan anak angkat."  "Badan awak bertuah," ujar datuk berjenaka. Orang tua itu turut ketawa.  Mungkin kerana terasa jemu duduk di anjung masjid, orang tua itu  mengajak datuk berjalan di halaman masjid. Kemudian mereka duduk di atas  sebatang kayu, sambil menikmati suasana petang yang begitu tenteram dan  damai.  "Sejak awak datang subuh tadi, saya dapat meneka yang diri awak ni ada  isi dunia akhirat," orang tua memaut bahu kanan datuk. Matanya dengan  mata datuk berlaga. Datuk tidak menjawab pertanyaan yang diajukan oleh  orang tua itu. Daruk macam mahu menyembunyikan sesuatu dari orang tua itu.  "Saya tak ada apa‐apa," jawab datuk.  "Tak apalah, saya sekadar bertanya dan meneka," balas orang tua itu. Dia  menggigit bibir dan terus juga menepuk‐nepuk bahu datuk.  Selepas menunaikan sembahyang Asar, orang tua itu menjemput saya dan  datuk ke rumahnya. Jemputan itu kami penuhi dengan rasa bangga.  Rumah orang tua itu, terletak kira‐kira sepuluh rantai dari masjid,  kedudukannya agak terpisah dari rumah‐rumah yang lain. Tidak beberapa  kecil berbumbung limas dan berdindingkan papan lidah.  Rumah itu mempunyai dua bilik, satu bilik tidur dan satu bilik  sembahyang. Apa yang menarik hati saya tentang bilik sembahyangnya,  kerana didalamnya terdapat kitab‐kitab agama yang tersusun rapi atas rak.  Manakala di sebelah kanan sudut bilik itu terdapat , beberapa bilah  senjata seperti lembing, pedang, keris dan parang panjang.  "Parang itulah yang membunuh askar Jepun," katanya sambil menatang 

Page 819 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

parang panjang yang terdapat kesan darah kering bercampur dengan karat.  Datuk dan saya pun anggukkan kepala. Kemudian, tanpa diminta oleh orang  tua itu, datuk pun menceritakan tujuan sebenarnya, kenapa dia menginap  di masjid.  "Niat awak baik, tapi jangan terkejut bila kerja awak selesai, apa yang  awak fikirkan tidak sama dengan apa yang awak alami," kata orang tua itu.  "Apa maksud awak?"  "Tak payah saya terangkan jawapannya akan awak tahu sendiri," balas  orang tua itu, saya dan datuk berpandangan orang tua itu tetap senyum  memandang kepada kami.  Tiba‐tiba saja datuk minta diri, macam ada sesuatu yang tidak kena dalam  hatinya. Orang tua itu mengizinkan permintaan kami. Sebaik saja kaki  kami memijak bumi, orang tua itu terus terjun ke tanah dan menghalang  perjalanan datuk.  "Orang yang meminta pertolongan, kau tu namanya Dumba, tetapi  orang‐orang di sini mengenalinya sebagai Jahid atau Lebai Jahid," kata  orang tua itu.  Belum pun sempat datuk mengemukakan sebarang pertanyaan orang tua itu  sudah berdiri di muka pintu. Cukup pertanyaan orang tua itu sudah  berdiri di muka pintu. Cukup cepat dia bergerak, saya tidak sedar masa  bila dia memijak anak tangga.  Saya dan datuk meneruskan perjalanan. Sebaik saja sampai dekat pokok  besar berhampiran masjid, lelaki berketayap putih muncul dari balik pkok.  Pandangannya semacam saja melihat kami. Datuk terus menyapanya. Sayang  sekali, teguran datuk tidak dijawabnya, kecuali mengganggukkan kepala saja. 

Page 820 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Kau baru balik dari rumah Mahyuddin?" Tanyanya.  "Ya, kenapa?" Tapi, saya syak dia yang membuat perkara tak baik ni,"  lelaki berketayap putih melahirkan apa yang ada dalam hatinya.  Datuk terdiam. Saya pula menggigit lidah. Lelaki berketayap putih  kelihatan cukup tenang.  "Jangan mudah menaruh syak wasangka pada seseorang, kalau tak ada  buktinya," jawab datuk. Dari wajahnya, ternyata lelaki berketayap putih  amat kecewa dengan jawapan dari datuk itu.  Kerana lelaki berketayap putih itu semacam memaksa mengajak datuk ke  rumahnya, dengan alasan memudahkan datuk datang bila dijemput pada  sebelah malam nanti, datuk segera menunaikan permintaannya.  "Saya akan pergi ke rumah awak. Tetapi, saya tidak akan naik ke rumah  dan minum."  "Kenapa?"  "Itu sebahagian dari petua, saya tidak akan makan atau minum di rumah  orang yang memerlukan pertolongan dari saya."  "Tak apalah," lelaki berketayap putih memberikan persetujuan.  Saya dan datuk pun mengekorinya dari belakang. Sepanjang jalan ke  rumahnya, saya senyum sendirian kerana syarat yang datuk kenakan  padanya, adalah syarat yang sengaja diadakan‐adakan oleh datuk, mungkin  datuk berbuat demikian dengan tujuan tertentu.  Sebaik saja sampai di rumahnya, perkara pertama yang datuk lakukan ialah  berdiri di pangkal tiang seri rumahnya. Kemudian mengelilingi kawasan  rumahnya dua kali sambil memetik daun hati‐hati yang ditanam tiap  penjuru rumah. 

Page 821 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Kami balik dulu," datuk memberitahu lelaki berketayap putih.  "Silakan, tapi bila awak mahu datang untuk membantu saya?"  "Malam ni saya datang."  "Pukul berapa?"  "Tengok gerak hati tapi yang tentunya dengan izin Allah saya akan datang  malam ini."  Ketika kami meninggalkan rumah Dumba (lelaki beketayap putih), matahari  sudah condong benar. Bayang pokok pinang yang tumbuh di kiri kanan jalan  kelihatan memanjang atas daun lalang tua.  Sebelum sampai ke jalan raya Kuala Lumpur ‐ Tanjung Malim, kami terpaksa  mendaki bukit kecil yang agak curam.  ‐ HILANG ‐  Macam selalu, lepas sembahyang Maghrib dan Isyak, datuk akan  menghabiskan masanya dengan membaca Quran dan berwirid panjang.  Saya terus menelentang dekat dinding masjid memikirkan sesuatu yang saya  kira agak ganjil telah berlaku dalam masjid tersebut. Pada hemat saya,  datuk sendiri pun menyedari hal tersebut tetapi dia sengaja tidak mahu  memberitahu pada saya.  Waktu sembahyang Maghrib tadi Mahyuddin (orang tua) ada datang tetapi,  Dumba (lelaki berketayap putih) tidak datang. Bila Dumba datang untuk  menunaikan sembahyang Isyak, ada perselisihan perbadi yang tidak mudah  dapat dikesan oleh orang lain.  Tepat jam dua pagi, datuk mengejutkan saya dari tidur. Dia suruh saya  membasuh muka. Bila saya selesai membasuh muka di perigi, saya dapati  datuk sudah berada di halaman masjid. Siap berpakaian serba hitam dengan 

Page 822 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kain merah terlilit di kepala.  "Siap Tamar," katanya, saya segera menghampirinya. Datuk segera  meletakkan tangan kanannya atas bahu kiri saya. Secara mendadak saja  badan saya menggeletar. Bila datuk angkat tangannya. Rasa menggeletar  itu segera hilang.  "Pegang hujung baju aku dan pejamkan mata," katanya. Cakap datuk saya  patuhi. Saya tidak sedar apa yang berlaku setelah itu. Saya rasa badan  saya melayang‐layang. Bunyi angin berdengung‐dengung menolak gegendang  telinga saya.  Tiba‐tiba saya terasa macam ada sesuatu yang menarik sepasang kaki saya.  badan saya terhumban atas rimbunan pokok yang tidak dapat saya tentukan.  Muka saya terkena pada sejenis daun yang agak kesat dan miangnya.  "Tamar, buka matamu, kita diperdayakan," saya terdengar suara datuk. Dan  kelopak mata pun saya buka. Pertama yang saya lihat ialah langit dan  awan malam.  Saya renung kiri kanan, saya dapati diri saya dan datuk berada dalam  rumpunan lalang tua. Datuk segera bangun sambil menepis‐nepis dedaun  lalang yang lekat di bajunya.  "Bangun Tamar," katanya pada saya sambil menarik tangan kanan saya yang  terasa sakit kerana dicucuk oleh tunggul lalang.  Dalam keadaan yang serba sulit itu, (maklumlah malam terlalu pekat) saya  tidak tahu apa yang harus saya lakukan, bergerak saja, kaki sudah  tersepak kayu atau terpijak tunggul lalang.  Aneh juga, tunggul lalang di situ cukup tajam, boleh menembusi tapak  sepatu getah cap tiga bintang yang saya pakai. 

Page 823 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Tamar, pejamkan matamu," perintah datuk saya ikuti.  "Buka matamu sambil mengucap dua kalimah syahdat dan selawatkan nabi  tiga kali, kemudian kau baca ayat dari Surah Ibrahim waktu nabi Ibrahim  dibakar oleh kaumnya," beritahu datuk lagi.  Semua kemahuan datuk itu saya penuhi. Bila saya membuka mata kawasan  sekeliling itu jadi terang‐benderang, macam cahaya bulan yang mengambang  penuh.  Saya dan datuk keluar dari kawasan tersebut dan cahaya yang terang itu  terus ghaib. Baru saja tiga langkah datuk dan saya melangkah untuk  menuju ke rumah Dumba, sekumpulan anjing liar segera mengelilingi kami.  Anjing‐anjing itu cukup garang dengan mulut separuh terbuka menjelirkan  lidah, bersedia untuk menerkam pada saya dan datuk.  Setapak kami bergerak, selangkah anjing‐anjing liar itu merapati kami.  Ketika itu juga suasana di situ berubah keadaan, kami bagaikan berada di  hutan tebal, terdengar bermacam‐macam suara bersama dengan titik‐titik  hujan yang kasar.  Angin juga bertiup cukup kuat, dedaun yang jatuh mengeluarkan bunyi yang  menggaum bila terkena bumi.  Saya terpandang dari celah‐celah pokok‐pokok besar tersembul lembaga  yang tidak menentu rupa bentuknya, menyapu bumi, giginya juga kelihatan  ganjil.  Gigi bahagian atas cukup panjang dan terkeluar menutup bibir bahagian  bawah, hidungnya juga panjang dan lembik berjuntai hingga atas gigi.  Lembaga‐lembaga itu memegang tali yang terikat pada leher anjing.  Telinga saya mula dihujani dengan suara orang ketawa dan menjerit, saya 

Page 824 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

lihat rambut lembaga yang panjang itu bagaikan terpacak ke atas dan  badan lembaga tanpa kaki itu terangkat dan bergerak di awang‐awangan,  mengikuti tiupan angin.  "Matilah kita tuk," saya mengeluh.  "Ini permainan syaitan, kita berdua diperdayakan, kita harus berusaha,"  bisik datuk pada saya, ketika itu wajahnya saya lihat cukup cemas.  Datuk melangkah ke depan setapak, anjing‐anjing liar pun mara, kian  dekat dengan kami, begitu juga dengan lembaga yang bergantungan,  mempamerkan gigi seolah‐olah ketawa pada kami.  Datuk terus memeluk tubuh sambil menahan nafas. Matanya merenung tajam  ke arah seekor anjing yang bentuk badannya lebih besar dari anjing yang  lain‐lain, bulunya juga berbeza dengan anjing‐anjing lain.  Anjing besar itu berbulu hitam berkilat, sedangkan anjing‐anjing yang  lain bewarna kekuningan.  Tenungan mata dari datuk itu dilawan oleh anjing tersebut dengan matanya  yang bagaikan tersembul. Anjing itu terus menggaum. Dalam saat‐saat  begitu saya terlihat batang tubuh Mahyuddin melintas di hadapan kami dan  hilang dengan sekelip mata.  Datuk segera menjatuhkan kedua belah tangannya. Datuk menggenggam  penumbuk, tetapi jari kelingking kiri dan kanan tidak dilipatkan,  kedua‐dua jari itu menunjuk ke bumi.  Bibir datuk bergera‐gerak, sebaik saja bibirnya berhenti bergerak,  dengan pantas datuk menepuk tangan, ketika itu juga terdengar satu  ledakan yang amat kuat macam bunyi petir.  Seluruh kawasan itu dipenuhi dengan kabus bercampur asap tebal, tidak 

Page 825 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

ada satu pun yang dapat dipandang. Saya segera memeluk pinggang datuk  dengan sekuat hati.        SBDJ (Jilid 03) Siri 48: Bertemu Ibu Santau    HIDUNG dan mata, saya tekankan ke badan datuk dengan sekuat hati.  Gegendang telinga saya terus juga menangkap bunyi suara orang ketawa  sambung‐menyambung. Bila suara orang ketawa itu berakhir, segera  digantikan dengan bunyi tapak kaki binatang yang sedang berlari, macam  bunyi tapak kaki kerbau dikejar harimau.    Saya ketakutan, bulu tengkuk meremang. Badan datuk saya paut sepenuh  tenaga. Saya tidak mahu berpisah dengan datuk. Dalam saat yang serba  gawat itu, saya rasa bahu kanan saya di pegang oleh orang. Badan saya  terus menggeletar.    "Tamar kau cucu tuk," saya terdengar suara datuk cukup jelas. Tangan  yang terlekap atas bahu saya segera bergerak ke kepala.    "Cucu tuk harus berani, hanya orang yang berani dan tegas saja yang  boleh hidup dalam dunia yang penuh dengan tipu daya manusia," tambah  datuk sambil menepuk‐nepuk kepala saya.    Saya segera memisahkan muka saya yang terlekap di badan datuk. Kelopak  mata pun saya buka luas‐luas. Saya jadi tergamam sebentar sambil 

Page 826 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

mengkedutkan kulit dahi. Ada sesuatu yang aneh terasa dalam diri. Saya  segera terfikir, apakah saya bermimpi atau berada dalam alam khayalan.  Saya segera meraba kulit pipi, batang hidung dan daun telinga. Kemudian  ibu jari saya gigit sekuat hati hingga terasa sakit, ternyata saya tidak  bermimpi. Saya berada di alam nyata, batang tubuh saya terpacak di atas  bumi di halaman rumah Dumba di malam yang tidak berapa pekat.    "Tuk, apa dah jadi," tanya saya.    "Kita diuji dan diperdayakan, kita harus melawan. Jika kita lari bererti  kita akan mati," jawab datuk sambil meletakkan tapak tangan kanannya di  atas bahu kiri. Tangan kirinya diluruskan. Kaki kanannya dibengkukkannya  sedikit, manakala kaki kirinya tetap dalam keadaan lurus.    Bunyi angin yang merempuh dedaun pinang dan kelapa cukup kuat  kedengaran. Putik‐putik kelapa dan pinang berguguran ke bumi, macam  bunyi buah mempelam gugur yang pokoknya digoncang oleh manusia. Datuk  segera merenung langit malam, ada bulan berbentuk sabit yang mula  didekati oleh awan hitam berbentuk kepala burung geruda. Angin terus  menderu, sayup‐sayup terdengar suara jampuk miang meningkah suara burung  hantu mengilai di hujung dahan, sesekali terdengar bunyi raungan  serigala di kaki bukit. Semuanya menjadikan suasana malam itu cukup  seram dan menakutkan. Bila saya renung ke arah kaki bukit, terlihat  kabus putih memanjang naik ke udara, kabus itu bagaikan bergerak menuju  pada saya dan datuk dalam bentuk lembaga manusia bermata satu. Biasanya 

Page 827 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kabus tidak akan terus naik menuju ke langit tetapi, kabus yang saya  lihat ini, memang ganjil pada bentuknya yang seakan‐akan bentuk pokok  besar tanpa dahan dan ranting. Dalam keadaan bentuk pokok besar itu, ia  kelihatan menembusi langit.    Saya jadi bodoh dengan keadaan yang begitu pelik. Tiba‐tiba kabus yang  berbentuk pokok itu mengepung diri saya dan datuk. Apa yang wujud di  hadapan kami ialah pemandangan yang semuanya kelihatan putih macam kain  kapan pembalut mayat. Datuk masih tidak berganjak dari tempat asalnya.  Dia bagaikan tidak ambil kisah apa yang terjadi di hadapan matanya.  Dalam sekelip mata kabus yang berbentuk pokok besar itu menjadi manusia  berkepala tengkorak. Dari leher ke perut berbentuk badan ular sawa. Dari  bahagian perut hingga ke bahagian lutut berbentuk ruas buluh. Anehnya,  mereka tidak mempunyai kaki untuk memijak bumi, keadaannya  tergantung‐gantung. Jumlahnya pula bukan sedikit.    Semua manusia tengkorak itu bergerak sambil mengeluarkan suara ketawa  yang memanjang, manakala bahagian mata yang berlubang mengeluarkan  beribu‐ribu kelip‐kelip atau kunang‐kunang. Semua kunang‐kunang itu  menuju ke arah datuk, macam lebah yang keluar dari sarang kerana di  kacau orang. Seluruh tubuh dauk digayuti oleh kunang‐kunang itu, datuk  terus melompat sambil berkata : Allah hu Akhbar tiga kali  berturut‐turut. Habis saja datuk menyebut perkataan tersebut,  kunang‐kunang itu hilang.   

Page 828 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Datuk terus membaca sesuatu sambil membuka kain ikat kepalanya. Dalam  saat yang sama terdengar ledakkan. Api pun menjilat seluruh kawasan  tempat lembaga putih berdiri. Suara tangisan mula kedengaran, bila api  yang marak itu padam. Saya dan datuk tetap berada di tempat asal iaitu  di halaman rumah Dumba.    "Kita pulang Tamar, kalau kita mara padah buruk menanti kita," bisik  datuk pada saya. Kami pun mula melangkah untuk pulang. Saya merasa amat  kecewa dengan sikap datuk kali ini. Datuk tidak mahu melakukan sesuatu  supaya perjalanan pulang jadi cepat. Masa mahu datang ke rumah Dumba  tadi, dia suruh saya pejamkan mata sambil memaut bajunya. Kenapa masa  mahu pulang datuk tidak mahu melakukan hal sedemikian? Timbul pertanyaan  dalam hati saya.    “Cara itu dilakukan ketika ada hal yang dikirakan mustahak saja, tak  boleh digunakan ikut suka hati,” tanpa diduga datuk menyelesaikan  masalah yang menghantui fikiran saya. Pelik juga, saya tidak bertanya,  saya tidak mengeluh. Tetapi, datuk tahu apa yang tersurat dalam hati.  Itulah istimewanya datuk saya. Kami terus melangkah dengan tenang dalam  malam yang dingin memburu subuh. Kokok ayam sayup‐sayup kedengaran  bersama titik air embun subuh yang menjamah wajah saya dan datuk.    “Melihat pada kedudukan bulan sabit, tiupan angin dan gerak awan,  sekarang dah pukul empat pagi,” kata datuk ketika memasuki sebuah lorang  kecil yang menuju ke jalan raya. Kiri kanan lorong itu ditumbuhi dengan 

Page 829 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

pokok‐pokok keduduk yang bergoyang, saya terlihat seperti ada  bayang‐bayang manusia melintas di hadapan kami.    “Apa benda tu tuk?”    “Kau diam.”    Saya terus mengigit bibir. Bayang‐bayang iu ghaib entah ke mana. Dalam  keadaan yang serba pelik itu, muncul pula seekor kucing hutan yang  berbulu tebal, matanya merah menyala merenung ke arah saya dan datuk  sambil membuka mulutnya luas‐luas, mempamirkan kedua siung giginya putih  dan tajam. Kucing hitam itu juga ghaib dalam sekelip mata.    “Sudahlah, tak guna bersembunyi, ilmu dunia tidak ada yang kekal,  semuanya bersifat sementara dan ilmu itu akan lemah kuasanya mengikut  umur dan kekuatan diri kita, bukankah kita ini hamba Allah,” saya  terdengar suara datuk bercakap ke arah tempat bayang‐bayang manusia dan  kucing hitam itu ghaib. Bila datuk selesai bercakap, terdengar salakan  anjing macam mengejar sesuatu di kawasan yang tidak jauh dari tempat  kami berhenti. Saya dan datuk meneruskan perjalanan.    Kali ini langkah datuk cukup panjang dan laju. Saya terpaksa  berlari‐lari anak untuk menyamakan langkah saya dengan langkahnya.  Hasilnya, saya termengah‐mengah dan badan terus berpeluh dalam dingin  subuh. Datuk dan saya sampai ke kaki tangga masjid. Datuk terus membasuh 

Page 830 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kaki dan badan di perigi, kemudian datuk mengambil air sembahyang,  selalu bila datuk berada dalam masjid dia terus membaca Quran hingga  terentak waktu subuh. Masa yang sedikit itu saya gunakan untuk tidur.    “Bangun, jangan tidur bertemankan syaitan,” datuk goncang badan saya  yang tersandar di tiang masjid. Bila saya buka kelopak mata, saya dapati  orang‐orang kampung sudah berada dalam masjid. Saya juga diberitahu oleh  datuk yang azan sudah dilaungkan oleh salah seorang para jemaah.    “Saya mimpi tuk.”    “Mimpi apa?”    “Saya terdengar suara orang menyanyikan lagu Pasir Roboh tuk.”    “Ah, yang kau dengar tu suara azan, syaitan cuba mengkhayalkan kau,  pergi ambil air sembahyang,” sergah datuk. Saya pun terus ambil air  sembahyang dan menunaikan fardhu Subuh.    “Hebat juga awak malam tadi,” ujar Mahyuddin.    “Saya tak faham dengan apa yang awak cakap.”    “Tak faham atau sengaja tidak mahu faham,” Mahyuddin tepuk bahu datuk  dan terus melangkah pulang. 

Page 831 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Saya yang berdiri dekat datuk segera kedutkan dahi. Pelik juga saya  memikirkan kata‐kata Mahyuddin itu? Apakah peristiwa yang terjadi malam  tadi ada hubungannya dengan diri Mahyuddin. Saya juga tidak dapat  mempastikan antara Dumba dengan Mahyuddin siapa yang lebih awal datang  ke masjid, saya juga tidak tahu adakah mereka bertegur sapa antara satu  sama lain.    MANDI    Pagi itu saya dan datuk berjalan ke arah utara masjid, mencari air embun  di hujung daun untuk disapu ke muka dan badan. Bila matahari pagi berada  di paras pucuk kelapa dara, kami kembali ke masjid sebentar.    "Kau tunggu di sini, biar aku yang masuk," datuk menyuruh saya berdiri  di kaki tangga. Dia pun melangkah ke dalam masjid. Kira‐kira tiga minit  kemudian datuk keluar dari masjid dengan wajah yang tidak begitu riang.    "Aku sudah berjanji, kalau tidak aku mahu balik saja hari ini," datuk  semacam mengeluh di hadapan saya. Sebelum datuk melangkah dia terus  membaca sepotong ayat dari Quran, mohon pada Allah semoga perjalanannya  ke tempat yang dituju tetap selamat dan diberkati.    Di bawah sinar matahari pagi yang cerah, saya mengikuti langkah datuk  yang tidah saya ketahui arah tujuannya. Bila saya dapati datuk tidak 

Page 832 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

melencung dari jalan tanah merah yang dilalui, saya sudah dapat menduga  yang datuk mahu pergi ke kedai Dumba. Saya gembira kerana perut saya  akan diisi dengan nasi lemak dan kopi.    Dumba menyambut kedatangan kami di muka pintu dengan wajah yang riang.  Dia memeluk tubuh datuk sambil menyatakan rasa terima kasih yang tidak  terhingga pada datuk.    "Saya sangka awak dah lupa dengan janji awak pada saya, malam tadi saya  tunggu di rumah sampai pukul tiga pagi tapi, awak tak datang," Dumba  merungut di depan datuk. Saya lihat datuk mempamirkan senyum. Sepasang  matanya meraut seluruh wajah Dumba. Bila datuk merenung dengan tepat  pada kedua‐dua anak mata Dumba, cepat‐cepat Dumba mengalihkan  pandanyannya ke arah lain. Dia bagaikan tidak mampu menahan sinar anak  mata datuk yang tajam dan bercahaya itu.    Dumba menarik datuk ke dalam kedai tanpa mahu mendengar jawapan dari  datuk atas pertanyaan yang diajukan olehnya.    "Jangan duduk di sini, mari kita masuk ke bilik saya." ujar Dumba ketika  datuk menarik bangku untuk duduk dalam ruang kedainya. Datuk renung ke  arah bilik yang ditunjukkan oleh Dumba dengan jari telunjuknya.    Bilik tersebut terletak di bahagian dapur kedai yang dipisahkan oleh  satu ruang khas selebar empat kaki. Pintu bilik dibuat dari papan yang 

Page 833 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

sudah diketam tanpa palang zig‐zag. Ada dua pasu bunga terletak di kiri  kanan pintu yang ditanam dengan pokok daun hati‐hati serta lidah buaya.    Dumba buka pintu. Kami pun masuk dan duduk bersila di lantai menghadapi  sebuah meja panjang yang rendah. Bentuk meja itu hampir menyerupai meja  yang digunakan oleh orang Jepun untuk minum teh. Tiang meja dibuat dari  buluh, begitu juga dengan bahagian permukaan meja dianyam dengan buluh  yang terlalu indah dan seni pembuatannya. Beberapa pokok buluh aur,  buluh betung dan buluh lemang ditanam dalam pasu besar pada setiap sudut  bilik menjadikan suasana dalam bilik itu cukup tenang dan aman tetapi,  agak seram. Seorang pekerjanya masuk lalu meletakkan tiga cawan kopi  bersama tiga pinggan kecil nasi lemak. Dumba duduk bersila di sebelah  meja buluh tersebut.    "Minum dan makanlah ini yang ada untuk awak berdua," kata Dumba.    Saya pun memperkemaskan sila lalu membongkok untuk memegang tangkai  cawan. Secara mendadak datuk mendehem sambil menepuk pangkal paha kanan  saya. Saya tidak jadi memegang tangkai cawan.    "Minum jangan segan‐segan," suara Dumba cukup ramah.    Datuk anggukkan kepala sambil menyeluk saku bajunya. Datuk mengeluarkan  secebis kain merah yang selalu digunakan untuk mengikat kepalanya, kain  itu datuk genggam. Datuk tarik nafas panjang‐panjang. Sepasang mata 

Page 834 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

datuk merenung air kopi di dalam cawan dengan renungan yang amat luar  biasa sekali. Saya terkejut, cwan di hadapan saya dan datuk kelihatan  merekah dan akhirnya terus pecah berkecai, air kopi melimpah atas meja  buluh. Pinggan nasi lemak terbalik dengan sendirinya.    Dumba terus memegang bibir meja, suasana cerah dalam bilik segera  bertukar menjadi agak kelam, macam hari mahu hujan. Saya tidak berbuat  apa‐apa. Punggung saya bagaikan terpaku di lantai. Tidak boleh bergerak  walau seinci pun. Kerongkong saya tiba‐tiba terasa sakit dan pedih untuk  menelan air liur. Antara datuk dan Dumba bagaikan ada pertarungan secara  kebatinan. Masing‐masing menggunakan tenungan kekuatan kuasa mata. Saya  lihat datuk meletakkan ibu jari kirinya atas muka meja. Ibu jari itu  datuk tekan hingga bahagian yang ditekan itu mengeluarkan asap serta  berlubang.    "Saya senang berhadapan dengan asak Dumba, kita boleh mencarikejujuran  di sini," suara datuk parau. Urat matanya kelihatan merah tersembul.  Dumba berhenti memegang bibir meja, bahagian bibir meja yang dipegangnya  kelihatan hitam. Dumba termenung sejenak.    "Saya bukan orangnya untuk awak jadikan musuh," tambah datuk sambil  berdiri.    Dada saya terasa panas macam ada bara api di dalamnya. Saya cuba bangun  tetapi, tidak berdaya, punggung terasa berat. Dumba terus duduk 

Page 835 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

bertafakur, kedua belah ibu jarinya didekatkan ke lubang hidung. Datuk  mula bersikap kurang ajar. Datuk pijak dada meja yang dibuat dari buluh.  Dumba tidak juga bergerak dari tempatnya. Perlahan‐lahan Dumba  meletakkan tangan kanannya di atas meja, ketika itu juga cahaya panas  mula masuk ke dalam ruang bilik. Batang tubuh datuk yang berdiri  mencipta bayang yang memanjang di atas lantai. Dumba bangun bagaikan  kilat lalu melintasi bayang datuk sambil menghembuskan nafas dengan  sekuat hati pada ibu jari kirinya yang terlekap di hidung.    "Dumba jangan khianati aku," pekik datuk sambil menundukkan badan.  Hembusan angin dari hidungnya tepat mengenai tiang bilik. Tiang itu  berasap dan berlubang. Saya kira kalau hembusan angin dari hidung Dumba  kena pada tubuh datuk, tentu tubuh datuk berlubang dari belakang hingga  ke dada.    Bila asap di tiang itu hilang, saya lihat di lantai pangkal tiang ada  habuk dalam bentuk abu yang berkilat‐kilat. Datuk menepuk dadanya dengan  tangan kiri. Habuk yang terkumpul segera berselerak menjadi dua  bahagian. Bahagian pertama menjadi serbuk kaca yang halus, manakalan  bahagian kedua terdiri dari miang‐miang buluh bercampur dengan sejenis  getah dari pokok Ipoh. Dumba tersandar di dinding bilik. Dia kelihatan  tidak bermaya. Kemudian jatuh perlahan‐lahan dan terduduk di situ.  Seluruh mukanya berpeluh.    "Mengakulah Dumba, semua kejadian yang berlaku di sini, puncanya dari 

Page 836 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kau. Aku tahu kau mahu menguju aku, sebab itu kau kenakan pemandu lori  balak yang minum di kedai kamu," datuk meluahkan perasaannya.    Dumba tidak berkata walau sepatah pun. Saya menarik nafas dengan rasa  lega yang amat sangat kerana saya boleh bergerak dan bangun. Dada saya  yang terasa panas kembali normal.    "Demi Allah yang Maha Besar, kalahlah aku tahu niat kau dari mula‐mula  dulu, aku tidak akan berjanji mahu menolong kau. Apakah daya keikhlasan  dan kejujuran hatiku sudah kau salah tafsirkan, kau mahu memperdayakan  aku Dumba," datuk terus mengeluh, wajahnya kelihatan muram, penuh dengan  rasa hampa dan kecewa yang amat sangat.    SINAR    Matahari yang bersinar garang di luar, membekalkan cahaya yang cukup  bagi menerangi seluruh sudut bilik. Wajah Dumba yang terkena sinar  matahari kelihatan pucat, macam wajah orang mati. Datuk segera  menghampiri Dumba, datuk letakkan tangan kanannya atas bahu Dumba.  Ketika itu juga saya lihat pergelangan tangan datuk menjadi hitam  kebiru‐biruan, macam tangan orang yang terkena bisa ular tedung. Datuk  segera mengikat pergelangan tangannya itu dengan kain merah. Kelima‐lima  jari datuk menjadi hitam. Wajah datuk terus berpeluh‐peluh. Peluh itu  menitik ke atas badannya.   

Page 837 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Saya terkejut dan hampir tidak percaya dengan apa yang saya lihat.  Kelima‐lima jari datuk merekah dan retak seribu. Dari rekahan itu keluar  air jernih menitik atas lantai. Beberapa saat kemudian, keadaan  kelima‐lima jari datuk kembali dalam keadaan biasa. Wajah Dumba kembali  berdarah, tidak pucat macam wajah mayat.    "Dumba aku mahu kau berterus terang dan marilah kita mencari sesuatu  yang baik untuk diri kita dan orang lain," nada suara datuk merendah.  Dahi Dumba digosoknya berkali‐kali. Datuk terus duduk bersila di hadapan  Dumba..    "Kau ada masalah? Sila terangkan, kalau boleh aku atasi aku akan  membantu kau," datuk renung muka Dumba. Saya lihat Dumba kedutkan  keningnya. Sepasang mata Dumba menatap tiap sudut bilik, bagaikan  mencari sesuatu.    "Sebenarnya, aku benci semuanya ini, tetapi aku tidak ada cara lain  untuk mengatasinya, sama ada aku mahu atau tidak aku terpaksa melakukannya."    "Apa yang awak cakapkan ini?"    "Hal yang kau lihat."    "Ilmu santau yang kau amalkan ini."   

Page 838 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Ya ilmu yang aku tuntut ini mengikat diri aku, kalau aku tidak  melakukan dengan apa yang aku janjikan ketika menuntut dulu, anak bini  aku jadi korban."    "Kerana sayangkan anak bini, orang lain kau korbankan."    "Ya aku terpaksa."    Datuk menggigit bibir. Dia masih kurang yakin dengan apa yang dikatakan  oleh Dumba. Dia merasakan kata‐kata itu merupakan satu perangkap bagi  Dumba untuk menguji sejauh mana kekuatan diri datuk. Sesungguhnya, datuk  tidak mahu dirinya diuji atau dicuba. Datuk tahu dia serba kekurangan.  Apa yang ada pada dirinya sekadar cukup untuk melindungi dirinya sendiri.    "Maafkan aku Dumba, apa yang terjadi bukanlah niat aku untuk mencabarmu,  semua yang aku lakukan kerana mahu menolong kau."    "Aku faham," suara Dumba parau. Dia pun bangun sambil mengajak datuk  duduk di satu sudut bilik berdekatan dengan pokok buluh aur yang ditanam  dalam pasu besar. Pada mulanya, datuk memang keberatan untuk memenuhi  permintaan Dumba itu. Tetapi, setelah Dumba sendiri mengubah kedudukan  pasu besar yang ditanam dengan pokok buluh aur itu ke tempat lain,  barulah datuk memenuhi permintaannya.    "Ingat Dumba yang kita cari kebaikan, bukannya pergaduhan." 

Page 839 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Saya faham."    "Kalau kau sudah faham, penuhi syarat dari aku."    "Apa syaratnya."    "Duduk berhadapan, kedua‐dua kepala lutut kau bertemu dengan kepala  lutut aku, tangan kanan aku menindih tangan kanan kamu. Apa kamu setuju?"    "Setuju."    Datuk tersenyum. Dia dapat membaca hati dan perasaan Dumba. Dia mula  sedar, Dumba benar‐benar berniat baik. Dumba tidak akan melakukan  sesuatu yang buruk pada dirinya. Sebenarnya, syarat yang dikenakan oleh  datuk pada Dumba banyak membawa keuntungan pada diri datuk sendiri.    Saya tahu, bila datuk mempertemukan kepala lututnya dengan kepala lutut  Dumba, secara tidak langsung datuk menguncikan pergerakan Dumba yang  dikiranya akan bermula dari gerakan kaki. Bila datuk menindih tangan  kanan Dumba dengan sendirinya racun santau yang berada di celah kuku  Dumba akan menjadi tawar. Cukup bijak datuk bertindak kali ini. Dia  tidak mahu diperdayakan, fikir saya.    "Apa masalah kamu Dumba," datuk renung biji mata Dumba. 

Page 840 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Aku merasakan saat kematian aku sudah hampir, boleh jadi dalam tempoh  sebulan dua lagi."    "Macam mana kau tahu semuanya ini?"    "Mengikut firasat ilmu yang aku tuntut, menunjukkan ada tanda‐tanda yang  aku akan mati."    "Salah satu daripada contohnya Dumba?"    "Aku selalu menangis bila mahu menunaikan janji yang aku buat ketika  menuntut dulu. aku takut dengan ilmu yang aku amalkan dan aku merasakan  diri aku terlalu jauh dengan Allah yang mencipta diriku dan Alam."    Datuk memejamkan kelopak matanya. Saya terdengar bunyi daun pintu  diketuk orang. Datuk menyuruh saya membuka pintu. Bila pintu dibuka,  tidak ada manusia di luar. Tengkok saya mula terasa seram. Pintu saya  rapatkan kembali. Bila saya mahu duduk, terdengar lagi ketukan di pintu  tetapi, kali ini datuk memberi isyarat pada saya supaya jangan  memperdulikan ketukan itu. Aneh, pintu itu terbuka dengan sendiri dan  tertutup dengan sendiri.    "Ceritakan apa yang terniat dalam hatimu Dumba."   

Page 841 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Begini, aku tidak akan menurunkan ilmu ini pada keturunan aku, kerana  tidak menguntungkan tetapi, bila ku mati, salah seorang daripada anak  aku akan mewarisnya dengan secara tidak langsung, perkara itu terjadi  diluar pengetahuan meraka dan kerelaan aku."    "Kalau mereka menolak bagaimana?"    "Mereka akan jadi korban, aku harap kau dapat menolong aku, aku sudah  menguji kamu, aku tahu kau boleh berusaha ke arah itu."    CERITA    Datuk menarik nafas panjang. Kemudian datuk minta Dumba menceritakan  bagaimana hal itu boleh terjadi pada dirinya. Dumba pun bercerita dari A  hingga ke Z. menurut Dumba dia berasal dari satu daerah di Mendiling ‐  Sumatera Utara, tempat atau kampung halamannya di panggil Panai.    Ayahnya bekerja di ladang cengkih kepunyaan Belanda. Tuan punya ladang  tersebut mempunyai beberapa orang ketua pekerja yang terdiri dari  orang‐orang Indonesia yang tidak bertimbang rasa, selalunya menyiksa  para pekerja. Akibat dari perbuatan ketua‐ketua pekerja di situ membuat  ayahnya masuk ke hutan dan bertapa dalam sebuah gua dengan tujuan  menuntut ilmu. Bila ayahnya keluar dari tempat pertapaan, Ayahnya terus  membalas dendam dengan menggunakan ilmu santau. Akhirnya, ayahnya  mengambil upah membunuh orang dengan ilmu yang dituntutnya. 

Page 842 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Walaupun ayah saya handal tetapi, dia mati juga ditikam orang dengan  ranting buluh tumpat," kata Dumba dengan wajah yang sedih.    "Itu saja ceritanya Dumba."    "Ada lagi, kerana menuntut ilmu itu adik perempuan saya jadi korban,  ketika ayah menuntut adik saya di panah petir dan mayatnya terus hilang,  menurut ayah, adik saya memang dijadikan makanan syaitan tempat ayah  menuntun ilmu."    Datuk menggaru kepala yang tidak gatal. Sekali‐sekala datuk menjeling ke  arah saya sambil mengerutkan dahinya. Saya tidak tahu apa yang datuk  fikirkan. Suasan dalam bilik yang tadi cerah tiba‐tiba menjadi agak  gelap. Saya segera bangun dan membuka tingkap kecil di sudut bilik  melihat ke langit. Ada awan mendung bertompok‐tompok tetapi, matahari  masih bersinar, saya juga terlihat titik‐titik yang halus turun dari  langit, Jam ketika itu saya kira baru pukul sembilan pagi.    "Macam mana dengan kau?" soal datuk.    "Bila ayah meninggal dunia, saya membawa diri ke Perlis sambil  mengamalkan ilmu yang diajar oleh ayah pada saya, tujuannya untuk  mempertahankan diri tetapi....," Dumba terus berhenti bercerita, matanya  merenung sayu pada datuk dan saya. Datuk, tidak putus asa, dia terus 

Page 843 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

mendesak Dumba bercerita.    Kata Dumba, sampai di Perlis dia menetap di Kuala Perlis dan bekerja  dengan kapal kecil yang berulang alik dari Kuala Perlis ke Setul (sebuah  tempat di Selatan Siam), bila ada orang‐orang Siam yang bersikap kasar  dan menyakitkan hatinya, dia menggunakan ilmunya untuk membinasakan mereka.    "Saya akhirnya menikah dengan orang Kuala Perlis dan berpindah ke Alor  Setar dengan azam untuk membuang ilmu tersebut, tetapi usaha saya tidak  berjaya, kerana saya berazam mahu meninggalkannya, anak pertama saya  mati muntah darah, sejak itu saya terus mengamalkannya," kata Dumba.  Saya dan datuk terus memasang telinga.    "Dari Alor Setar saya pindah ke Perak iaitu di Air Tawar, dekat  Sitiawan, ke Gopeng dan Hutan Melintang, setiap tempat saya bernaung  memang ada manusia yang jadi korban yang kadang‐kadang berpunca dari  perkara yang kecil‐kecil, saya dan keluarga saya jadi kera sumbang."    "Kemudian apa yang kamu lakukan?"    "Saya pergi ke Pahang dan akhirnya menetap di sini, saya tidak sanggup  lagi nak jadi pembunuh, paling kurang setahun mesti seorang saya  korbankan dengan santau kalau tidak diri saya akan jadi korban, saya  tersepit sekarang," Dumba berterus‐terang dengan datuk.   

Page 844 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Datuk terus memisahkan kedua‐dua kepala lututnya yang bertemu dengan  kepala lutut Dumba. Begitu juga dengan tangannya yang menindih tangan  Dumba. Datuk mengisut kebelakang hingga terjadi ruang jarak selebar dua  kaki antara Datuk dan Dumba. Di luar hujan rintik‐rintik segera bertukar  menjadi hujan panas yang agak lebat. Tempiasnya masuk ke dalam bilik.  Datuk tidak mengetahui isi hati Dumba sampai ke akar umbinya. Bila  semuanya perkara sudah diketahui akan memudahkan kerja datuk.    "Awak bermusuh dengan Mahyuddin?" soal datuk.    "Ya, salah seorang anak sahabat karibnya jadi korban saya, perkara itu  terjadi secara tidak sengaja, ketika itu janji saya dengan ilmu yang  saya tuntut sudah cukup tempohnya, saya harus memberikan satu nyawa,  orang yang saya pilih adalah orang luar tetapi, ketika saya melepaskan  santau dari kuku, anak sahabat karib Mahyuddin melintas dan muntah darah."    "Mahyuddin tahu hal ini?"    "Dia tahu tetapi, usahanya untuk membinasakan saya tidak berjaya saya  dilindungi oleh ilmu saya."    "Kau sebenarnya mahu membunuh aku pagi itu, kerana aku dapat tepis angin  yang datang pemandu balak itu jadi korban."    "Ya saya mengaku, awak orang luar dan saya kira awak adalah mangsa saya, 

Page 845 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

sayangnya sangkaan saya tidak tepat, rupa‐rupanya awak tidak berjalan  dengan lidah dan gigi saja, awak ada isi."    MENGELUH    Datuk mengeluh. Dia sudah mengetahui segala‐galanya. Datuk terus bangun  lalu menendang pasu yang berisi pokok‐pokok buluh. Dumba hanya melihat  apa yang daruk lakukan dengan mulut separuh terbuka.    "Kau mahu memisahkan dirimu dengan ilmu Santau Dumba?" soal datuk.    "Ya."    "Pecahkan buluh yang jadi tiang meja ini," ujar datuk lagi. Dumba  lakukan apa yang datuk perintahkan.    Bila tiang meja dari buluh itu dipecahkan, seluruh lantai bilik itu  dipenuhi dengan kaca‐kaca yang halus, rambut dan serbuk dari miang buluh.    "Ini ibu santau?" Tanya datuk. Dumba anggukkan kepala. Datuk tidak  berani menjamah benda‐benda itu. Datuk seluk saku baju sebelah tangan.   

SBDJ (Jilid 03) Siri 49: Rahsia Sebuah Kolam    Secebis kain hitam berbucu tiga dikeluarkannya. Datuk tahan nafas sambil 

Page 846 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

bibirnya bergerak‐gerak. Perlahan‐lahan datuk membuka tapak tangan  kanannya dan kain hitam itu digosoknya berkali‐kali di tapak tangan.  Setiap kali datuk gosok tapak tangan dengan kain hitam, kaca‐kaca halus,  dan serbuk dari miang buluh bergerak dan berkumpul di ruang tengah bilik.    "Kau warisi ibu santau ini dari ayah kamu? Setiap kali ada orang yang  kau santau ibu santau ini akan bcrtambah, bila tidak ada orang yang kau  korbankan dia akan susut?", datuk ajukan pertanyaan pada Dumba. Saya  lihat Dumba anggukkan kepala.    "Kau mahu melupa dan membuangkan ilmu yang kau tuntut ini Dumba?"    "Ya."    "Secara rela atas keinsafan bahawa ilmu syaitan ini tidak diberkati oleh  Allah atau secara terpaksa?"    "Secara ikhlas, saya mahu kembali ke jalan Allah, saya mahu amal ibadah  saya diterima oleh Allah. Sekarang saya sembahyang dan puasa, ikut semua  perintah Allah tetapi, saya membuat perkara yang ditegahnya."    Mendengar kata‐kata Dumba itu, datuk terus renung wajah saya. Beberapa  saat datuk melagakan gigi atasnya dengan gigi bawah beberapa kali,  sambil mengecilkan mata kanannya. Bola matanya yang terlindung oleh  kelopak mata merenung jauh ke arah tertentu yang sukar saya gambarkan. 

Page 847 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Saya yakin, apa yang datuk lakukan itu adalah satu sorotan secara  kebatinan ke dalam hati kecil Dumba.    "Kau ikhlas Dumba?"    "Ya, saya mahu bertaubat', ujar Dumba sambil menangis.    Bila tangisan Dumba berakhir, terdengar satu ledakan petir yang amat  kuat. Lantai tempat kami duduk bergegar. Muka meja yang dibuat dari  anyaman buluh berkecai atas lantai. Saya menerpa ke pintu. Daun pintu  saya tolak, saya lihat suasana di luar tetap tenang. Matahari bersinar  dengan baik, tidak ada hujan dan pekerja‐pekerja di kedai itu tidak  kelihatan cemas, mereka tidak mendengar bunyi ledakan petir.    Daun pintu saya rapatkan kembali. Berdiri di situ sambil merenung ke  arah Dumba dan datuk yang duduk berhadapan. Kedua belah tapak tangan  kiri mereka bercantum. Mereka bersalam dalam keadaan yang luar biasa  sekali. Setahu saya, bersalam dengan tangan kiri hanya dilakukan oleh  anggota‐anggota pengakap saja. Mereka bangun perlahan‐Iahan, macam orang  membuka bunga silat di gelanggang. Tangan yang berjabat tidak juga  terbuka. Sekarang mereka sudah berdiri dengan betul. Berpandang wajah  dan bertentang mata.    Datuk menekan telapak tangan kirinya pada telapak tangan kiri Dumba. Dan  Dumba terus mempertahankan dengan penuh tenaga supaya dia tidak jatuh. 

Page 848 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Tiba‐tiba Dumba mengeluh dan badannya kian merendah. Dia tidak berjaya  memisahkan telapak tangan kirinya yang bagaikan bercantum dengan telapak  tangan kiri datuk. Dumba terduduk dan datuk segera menarik telapak  tangan kirinya. Bila telapak tangan kiri datuk berpisah dengan Dumba,  muka datuk kelihatan berpeluh.    "Sampai saat‐saat begini, kau masih mahu menguji aku Dumba?"    "Saya tidak berniat begitu tetapi, saya bagaikan dipaksa berbuat begitu."    "Sebagai manusia yang ada pengalaman dalam hal ini, kau tentu dapal  merasakan dari arah mana perintah tersembunyi itu datang?"    "Dari sebelah kanan."    "Aku rasa, kekuatan itu mengikut tekanan angin yang bertiup dari sebelah  kanan badan kau Dumba."    "Ya."    Datuk terus menekan pangkal belikat kirinya. Kemudian datuk terus duduk  bersila panggung. Tumit kaki kanannya yang menindih kaki kiri dirapatkan  ke pangkal pusat. Dengan meluruskan tangan kiri, datuk menekan hujung  jari kaki kanan dengan jari kaki kiri. Cara duduknya, tidak ubah seperti  pendekar yang mahu memberikan tauliah pada anak murid yang sudah tamat 

Page 849 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

menuntut ilmu silat.    Perlahan‐lahan daluk merenung dinding bilik, macam mencari sesuatu.  Datuk senyum, apa yang dicarinya sudah ditemui. Datuk menggamit saya  yang masih berdiri dekat pintu. Saya segera datang dan duduk di sisinya.    "Apa yang aku duga memang tidak lari, ada lubang rahsia unluk angin  masuk ke dalam. Kenapa ini kau rahsiakan dari aku Dumba?", suara datuk  meninggi. Dia tidak merenung ke wajah Dumba.    "Saya sebenarnya tidak tahu", balas Dumba.    Datuk termenung panjang. Dia anggukkan kepala beberapa kali, bagaikan  setuju dengan apa yang dicakapkan oleh Dumba itu. Datuk meluruskan  badannya seketika. Perlahan‐lahan dia memusingkan badannya lalu  berhadapan dengan dinding rumah.    "Dumba, kau rapat ke dinding mengikut arahan telunjuk aku", kata datuk  sambil menuding jari telunjuk ke dinding. Dumba bangun dan mematuhi  cakap datuk.    "Tutupkan lubang itu dengan kain ini", sambung datuk lagi sambil  melemparkan secebis kain kuning sebesar dua jari pada Dumba. Dumba  sambut kain tersebut sambil anggukkan kepala.   

Page 850 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Sumbat cepat", ujar datuk lagi dalam nada suara yang agak meninggi.  Puas Dumba mencari lubang yang dikatakan itu tidak juga ditemuinya.    "Kau duduk di situ dan mengisut perlahan‐lahan ke arah dinding, bila aku  kata berhenti kau berhenti", arahan yang dikeluarkan oleh datuk dipatuhi  oleh Dumba dengan hormat. Dumba pun mengisut. Lebih kurang dalam jarak  satu kaki mahu sampai ke tepi dinding, datuk menyuruh Dumba berhenti  mengisut.    Satu arahan lagi datuk keluarkan untuk Dumha. Datuk suruh Dumba hulurkan  tangan kanannya yang memegang kain kuning ke depan. Dumba lakukan dengan  teliti hingga telapak tangannya yang mengenggam kain kuning itu bertemu  dengan dinding. Dumba terkejut besar, dia berhadapan dengan satu lubang  kecil sebesar wang siling lima puluh sen. Aneh, sudah bertahun‐tahun aku  gunakan bilik ini, tetapi aku tidak tahu yang dinding ini berlubang,  bisik hati kecil Dumba. Keningnya kelihatan berkerut.    "Sumbat lubang tu', pekik datuk. Dumba segera menyumbat lubang itu  dengan kain kuning. Tiba‐tiba saya dapati seluruh ruang bilik jadi gelap  gelita buat beberapa saat. Bila keadaan kembali terang, Dumba segera  mendapatkan datuk kembali.    "Saya tahu sekarang, bila saya duduk dengan membelakangai dinding  tersebut, saya selalu merasai diri saya ini cukup bertenaga dan mampu  melakukan apa saja", Dumba menyatakan pada datuk. Saya lihat datuk 

Page 851 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tersenyum. Tanpa menyebut sesuatu datuk terus bangun. Melangkah ke  tengah ruang bilik. Berdiri di situ dengan kedua belah tangannya memeluk  tubuh. Matanya merenung tajam pada serbuk kaca, rambut dan serbuk dari  miang buluh yang berkumpul di situ. Lama juga datuk merenung benda‐benda  ganjil itu, serbuk kaca kelihatan berkilau‐kilauan.    "Carikan aku besi berlubang sepanjang enam inci Dumba", datuk mohon  pertolongan dari Dumba. Tanpa membuang masa Dumba terus menuju ke arah  peti hitam yang terletak di sudut bilik. Bila penutup peti hitam yang  dibuat dari kayu Medang Sawa itu dibuka, kelihatan kepul asap yang nipis  naik ke udara. Tanpa memperdulikan kepulan asap terscbut, Dumba hulurkan  tangan kedalam peti tersebut. Dia berjaya mengambil dan mengeluarkan  besi bulat sepanjang enam inci. Dengan tenang dia melangkah menghampiri  datuk dan serahkan besi itu pada datuk. Dengan menggunakan kain hitam  sebagai lapik telapak tangan, datuk menerima besi tersebut.    "Memang bekas asalnya", suara datuk merendah sambil merenung besi  tersebut dari hujung ke pangkal beberapa kali.    "Memang betul", jawab Dumba.    "Dulu kau menerimanya dengan menggunakan besi ini, dan sekarang kita  matikan kekuatannya dengan besi ini", balas datuk.    "Saya mengikut saja" 

Page 852 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Itu yang aku harapkan dari kau Dumba"    Datuk terus membongkok sambil menyumbat sesuatu ke pangkal besi bulat  tersebut. Besi bulat sepanjang enam inci itu diletakkan bcrdekatan  dengan scrbuk kaca, rambut dan miang buluh. Datuk tegakkan badannya  kembali. Berdiri dengan meletakkan telapak tangan kanan ke atas bahu  kiri. Kaki kanannya dilangkah setapak ke depan. Datuk jatuhkan tangan  kanan seperti keadaan asal. Lagi sekali datuk membongkok dan memusingkan  badannya melepasi longgokan serbuk kaca, rambut dan miang buluh. Datuk  meniarap atas lantai.    Perlahan‐lahan dia menghembus benda‐benda tersebut dan dengan  perlahan‐lahan pula benda‐benda itu bergerak dan terus masuk ke dalam  lubang bcsi sepanjang enam inci itu.  Bila semua benda‐benda itu berada dalam lubang, datuk segera menyumbat  bahagian pangkal lubang besi itu dengan segumpal kain hitam. Saya  terkejut, dengan tiba‐tiba sahaja besi sepanjang enam inci itu menjadi  merah, seperti besi yang dibakar. Datuk membiarkan besi itu disitu. Bila  besi itu menjadi hitam macam kayu arang, barulah datuk mengambilnya  dengan menggunakan kain hitam juga.    "Ke mari Tamar", kata datuk. Saya segera menghampirinya dan Dumba yang  tidak dipanggil juga ikut menghampirinya. Datuk memandang wajah kami  dengan tenang. 

Page 853 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Cuba lihat"    Biji mata saya dan Dumba tertumpu pada tempat yang ditunjukkan oleh  datuk. Saya gelengkan kepala beberaopa kali sambil menggigit lidah.    "Terbakar", kata Dumba.    "Mestilah, ini menunjukkan betapa bisanya ibu santau yang kau simpan,  tempat habuk‐habuk itu berkumpul jadi macam arang", balas datuk. Dumba  terdiam seketika. Wajahnya mempamerkan rasa kesal.    "Serbuk santau ini, bila dah masuk ke dalam tubuh manusia semua saluran  darah jadi rosak, kau tengok Dumba betapa tidak baiknya santau kepada  manusia". Dumba hanya menggigit bibir mendengar cakap datuk itu. Saya  anggukkan kepala beberapa kali.    Tanpa membuang masa lagi, datuk terus memasukkan besi sepanjang enam  inci ke dalam buluh kuning yang panjangnya kira‐kira satu kaki, ukuran  lubang buluh itu kira‐kira satu hingga dua inci. Datuk balut buluh  kuning itu dengan kain hitam. Buluh kuning itu datuk perolehi dari dalam  bilik itu juga. Datuk letakkan buluh kuning yang sudah berbalut itu atas  peti hitam.    "Aku harap semuanya sudah selesai segala petua dan langkah sudah aku 

Page 854 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

buat sebaik‐baiknya, kalau ada ujian dari syaitan kita hadapi bersama",  dengan tenang datuk menujukan kata‐kata itu pada Dumba. Datuk terus  melangkah ke pintu. Dia buka daun pintu lebar‐lebar. Datuk berdiri  disitu merenung ke langit. Daun pintu datuk rapatkan kembali. Semua  gerak‐geri datuk diperhatikan oleh Dumba dengan ekor matanya. Saya kira,  Dumba belum begitu yakin dengan niat datuk untuk berbuat baik dengannya.    "Meniarap", pekik datuk dengan sekuat hati.    Bagaikan ada satu kuasa yang mendorongkan saya merebahkan badan dengan  begitu pantas atas lantai. Dumba juga demikian. Bila saya renung arah  datuk saya dapati datuk juga sudah merapatkan badannya atas lantai.  Ketika itu juga saya terdengar deru angin yang cukup kuat dalam bilik  tersebut, angin itu berpusing‐pusing dalam empat penjuru bilik. Semua  yang berada dalam bilik tersebut berterbangan. Bila bunyi deru angin itu  berakhir, saya terdengar bunyi suara ledakkan yang tidak berapa kuat.    "Bangun", kata datuk.    Saya dan Dumba segera bangun. Ketika itu juga saya lihat pintu bilik  terbuka dengan lebarnya, beberapa keping kertas melayang‐layang keluar  ikut pintu tersebut. Bila keadaan sudah kembali tenang, datuk segera  menghampiri saya dan Dumba. Secara mendadak saja, hati saya menjadi  cemas dan berdebar tidak menentu. Perkara yang tidak pernah saya  fikirkan, berlaku di hadapan mata saya sendiri. Dumba menangis 

Page 855 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

teresak‐esak sambil memaut lutut datuk.    "Jangan buat begitu Dumba, cara yang kau lakukan ini seperti menyembah  dan mendewa‐dewakan aku, perbuatan ini salah, tidak ada yang mulia di  antara kita, kerana kita semuanya hamba Allah", kata datuk.    Ternyata Dumba tidak menghiraukan kata‐kata datuk itu. Dia terus memeluk  lutut datuk. Dengan kasar datuk menolak Dumba hingga terlentang atas  lantai. Dumba berguling‐guling sambil menangis. Saya jadi kelam‐kabut  melihat keadaan yang serba ganjil itu. Datuk yang tadi kelihatan tenang  dan lembut segera bertindak agak kasar. Tangan kanan Dumba disambarnya  serta dipulaskannya ke belakang.    "Apa kena kau Dumba?"    "Masanya sudah sampai"    "Apa yang sampai?"    "Saya akan mati tuan, hari ini saya akan mati tuan"    "Mana kau tahu?"    "Saya tahu tuan, bila besi yang saya berikan pada tuan tadi dimasukkan  ke dalam buluh kuning, kuasanya akan hilang. Ayah saya dulu, secara 

Page 856 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tidak sengaja telah memasukkan besi itu ke dalam buluh kuning, akhirnya  dia mati dibunuh orang."    Datuk terus menggigit bibir sambil mengerutkan keningnya. Dia jadi serba  salah bila berhadapan dengan orang yang teguh keyakinannya pada sesuatu  perkara yang tidak berasas. Datuk sedar keyakinan yang ada dalam diri  Dumba itu secara tidak langsung menafikan kekuasaan Allah. Meskipun  tangan Dumba dipulas agak kuat, kesannya tidak ada pada Dumba. Dia terus  meronta‐ronta seolah‐olah dia tidak mengalami sebarang rasa sakit.    Dalam saat‐saat yang mencemaskan itu, saya lihat datuk terus membaca  surah Al‐Fatihah beberapa kali. Kemudian datuk merapatkan mulutnya ke  telinga Dumba sambil membaca surah Al‐Ikhlas. Sebaik saja ayat‐ayat dari  surah itu tersebut datuk tamatkan, saya lihat Dumba terdiam. Tidak  menangis dan tidak meronta‐ronta lagi.    "Dumba"    "Ya"    "Tahukah kau ajal maut seseorang terletak pada Allah, tidak ada manusia  di dunia ini boleh menentukan tarikh kematian seseorang, walaupun orang  itu pandai melangit, kaya dengan ilmu batin, kaya dengan seribu petua  dan langkah."   

Page 857 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Tetapi, ayah saya sudah membuktikan kebenaran itu."    "Itu terjadi secara kebetulan saja, kalau ayah awak tidak memasukkan  besi itu ke dalam buluh kuning, dia akan mati juga, kerana janjinya  sudah sampai", datuk melepaskan tangan Dumba dan termenung sejenak.  Sepasang matanya merenung wajah datuk.    "Dumba, memang menjadi tabiat orang‐orang Melayu yang mengamalkan ilmu  dunia, perkara yang berlaku secara kebetulan itu dianggap sebagai  perkara yang benar dan mesti, mereka sudah melupakan kebesaran Allah,  akal fikiran yang diberikan oleh Allah pada mereka tidak dimanfaatkan  dengan sebaik‐baiknya, di sinilah syaitan memesongkan iktikad kita  sebagai orang Islam", datuk memberikan ceramah singkat.    Saya lihat Dumba terdiam. Dia sandarkan badannya ke dinding sambil  melihat pokok‐pokok buluh di dalam biliknya yang sudah lintang‐pukang  kedudukannya. Daun buluh juga sudah kelihatan layu. Datuk segera bangun  lalu mengambil buluh kuning yang terletak atas peti hitam. Buluh kuning  itu diletakkan di celah ketiak kirinya.    "Mari kita selesaikan kerja ni, Dumba."    "Ke mana lagi tuan."    "Jangan panggil aku tuan, panggil nama atau kawan kawan saja', ujar 

Page 858 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

datuk sambil melangkah ke pintu. Saya segera bangun begitu juga dengan  Dumba. Sampai di muka pintu, datuk berhenti sebentar. Dia merenung ke  arah saya dan Dumba.    "Ke mana kita nak pergi?", soal Dumba dengan nada suara yang agak cemas.    "Ke hutan mencari kolam tinggal untuk membuang ini", balas datuk sambil  menunjukkan buluh kuning yang terkapit di celah ketiaknya.    Tanpa membuang masa lagi kami keluar dari bilik khas Dumba yang terlelak  di bahagian belakang kedainya. Ketika melintas di ruang kedai, saya  lihat ramai juga orang yang minum kopi di situ. Dumba terus menemui  salah seorang pekerja sambil bercakap sesuatu. Lepas itu Dumba kembali  mengekori datuk hingga ke tepi jalanraya. Datuk merenung ke langit lagi.    "Cuaca baik", katanya.    "Ke mana kita nak pergi tuk?"    "Ke bukit sana", telunjuk datuk mengarah ke sebuah bukit yang letaknya  cukup jauh, nampaknya berbalam‐balam dari tepi jalan.    Saya mula membayangkan tentang kcsusahan yang akan dialami untuk sampai  ke tempat tersebut. Saya terbayangkan pacat gunung yang laparkan darah,  saya terbayang binatang‐binatang buas dan akar‐akar kayu. Mahu saja saya 

Page 859 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

mencadangkan pada datuk, supaya membatalkan hasratnya itu. Tetapi, saya  tidak berani menyuarakannya pada datuk.    "Mari, jangan buang masa lagi", datuk pun melangkahkan kaki kanannya.  Saya dan Dumba juga melangkah tetapi saya tidak berapa pasti sama ada  saya melangkah kaki kanan atau kaki kiri dulu. Bagi saya, kaki kanan  atau kiri tetap sama. Pokoknya, mesti sampai ke tempat yang dituju. Itu  pendapat saya, pendapat seorang cucu yang berani‐berani takut dengan  datuknya. Satu sikap yang tidak wajar wujud dalam diri seseorang yang  mahu menjadi orang berilmu macam datuk. Kerana itu agaknya, saya tidak  punya cita‐cita walau sebesar biji saga untuk jadi macam datuk. Tetapi,  saya terhibur mengikutinya ke mana‐mana.    Lebih kurang setengah batu kami berjalan kaki di tepi jalan raya menuju  ke arah Tajung Malim. Sampailah kami di satu selekoh berdekatan dengan  sebuah bukit kecil, datuk menyuruh kami berhenti berjalan.    "Kita masuk ikut ini", kata datuk.    "Awak tahu jalannya?", tanya Dumba.    "Ikut saja cakap saya", balas datuk sambil tersenyum memandang ke arah  saya. Saya keberatan sekali untuk melangkah kaki masuk ke dalam hutan  kecil di tepi jalan yang dipenuhi dengan rimbunan pokok‐pokok yang  subur. Beberapa orang pemandu kenderaan yang lalu dijalanraya merenung 

Page 860 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

ke arah kami yang berdiri di tepi jalan. Mereka merasa hairan melihat  kami herdiri di situ sambil merenung ke bukit kecil. Badan saya mula  berpeluh dipanah matahari yang cukup terik. Melihat kedudukan matahari  ketika itu, saya meramalkan sudah hampir pukul dua belas tengahari.    "Mari", datuk terus menarik tangan saya ke dalam hutan kecil. Dumba  mengikut dari belakang. Lebih kurang dua puluh minit bcrjalan, saya  sudah tidak mendengar bunyi kenderaan di jalanraya. Kiri kanan saya di  penuhi dcngan pokok‐pokok besar yang tinggi. Cuaca agak lembab, sinar  matahari tidak dapat menembusi kawasan yang kami lalui kerana dilindungi  oleh pokok‐pokok besar. Suara burung liar bersahut‐sahutan, di samping  suara reriang rimba yang memanjang dan menyeramkan. Perjalanan saya  tidak begitu lancar, saya terpaksa melangkah dengan hati‐hati supaya  tidak tersepakkan akar‐akar rotan, dan kayu yang menjalar di situ.    Saya lihat Dumba tidak mengalami masalah seperti yang saya hadapi. Dia  melangkah dengan rancak dan bersemangat. Tetapi, wajahnya sentiasa  dibayangi rasa cemas, sesekali dia mengeluh macam orang yang putus asa.  Datuk terus juga melangkah tanpa memperdulikan keadaan diri saya dan  Dumba. Dia tidak mahu ambil tahu sama ada kami merasa dahaga atau letih.  Perjalanan menuju ke bukit tersebut kian sukar. Dua tiga kali saya  terjatuh terlanggar akar kayu. Nyamuk hutan yang besar, kian ganas  menyerang saya dan Dumba. Suara nyamuk itu cukup nyaring dan kuat sekali.    "Dahaga, saya dahaga tuk", jerit saya. Datuk mematikan langkahnya lalu 

Page 861 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

menghampiri ke pokok besar yang berjuntaian dengan akar‐akar sebesar  lengan budak. Salah satu akar itu datuk potong dengan golok.    "Mari minum", katanya sambil menghulurkan akar yang mengeluarkan air  yang jernih itu kepada saya. Air dari akar kayu itu terus saya sedut  hingga rasa dahaga hilang. Dumba juga melepaskan rasa dahaganya seperti  yang saya lakukan tetapi datuk tidak berbuat demikian. Dia cuma  membasuhi muka saja.    "Jauhkah lagi tuk?", tanya saya.    "Tak jauh lagi, kira‐kira selari angin saja."    "Selari angin tu apa dia tuk?"    "Jarak selari angin tu, kira dua batu lagi", terang datuk sambil ketawa.  Saya dan Dumba mengeluh, dua batu berjalan dalam hutan bukanlah satu  perkara yang senang.    "Jangan duduk lama sangat, mari kita pergi sekarang", sebaik saja  mendengar cakap datuk itu, saya dan Dumba segera bangun dan meneruskan  perjalanan dalam hutan yang tidak berapa saya senangi itu. Saya  menyumpah‐nyumpah dalam hati bila saya terpaksa mendaki bukit yang  dilerengnya dipenuhi dengan pokok‐pokok bertam dan kelubi yang berduri  tajam. 

Page 862 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Kalau kurang hati‐hati melangkah, pasti tergelincir dan jatuh dalam  rimbunan pokok bertam dan kelubi. Anda tentu dapat membayangkan betapa  sakitnya badan, bila duri‐duri yang tajam itu menyucuk daging tubuh saya  yang lembut ini.    Setelah bersusah payah mendaki, akhirnya kami sampai ke puncak bukit  yang tinggi menjulang itu. Dari puncak bukit itu, saya dapat melihat  hutan yang cukup luas menghijau dengan dedaun kayu. Pemandangannya amat  menarik dan cantik sekali. Keadaan bertambah menyenangkan, bila angin  menyentuh kulit muka dan badan, terasa sejuk dan nyaman sekali. Awan  kelihatan berarak dengan tenang, tidak ada suara burung hutan atau  monyet, kecuali bunyi deru angin dan sesekali kelihatan burung helang  terbang rendah di bawah puncak bukit.    Rasa susah dan penat saya hilang dengan sendirinya bila berhadapan  dengan keadaan alam yang begitu indah. Sungguh indah ciptaan Allah keluh  batin saya sendirian.    "Kalau tak silap, kita sekarang berada di sempadan antara negeri Pahang  dan Selangor." ujar datuk yang tersandar di pangkal pokok besar. Sebaik  saja dia bercakap, datuk segera bangun.  Dia berjalan menuju ke arah barat daya tanpa mengajak saya dan Dumba  ikut serta. Dalam waktu beberapa minit datuk hilang dari pandangan kami  dilindungi oleh pokok‐pokok besar yang tumbuh gagah di situ. 

Page 863 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Saya dan Dumba berpandangan, bimbang juga dengan tindak‐tanduk datuk  itu. Rasa bimbang itu hilang bila datuk muncul dengan tiba‐tiba dari  arah belakang kami.    "Aku dah jumpa kolam tinggal", beritahu datuk pada kami dengan wajah  yang riang. Datuk terus mengajak kami menuju ke kolam tersebut.    Jarak kolam tinggal dari tempat mula‐mula kami berhenti lebih kurang  lima rantai. Kedudukan kolam itu betul‐betul berada di tengah puncak  bukit, bentukanya macam kawah dan tebingnya agak curam sedikit tanpa  ditumbuhi sebarang jenis rumput. Kolam itu tidak berapa besar,  panjangnya dianggarkan sepuluh kaki dan lebarnya antara lima hingga enam  kaki. Airnya cukup jernih. Bahagian atas tebing kolam itu dikelilingi  oleh pokok besar dan bertam. Kerana kolam itu berada di bahagian tengah  puncak bukit, airnya dapat menerima sinaran matahari dengan cukup sempurna.    Anehnya, walaupun kolam itu dikelilingi oleh pokok‐pokok besar, tidak  ada sehelai pun daun dari pokok‐pokok tersebut jatuh ke kolam atau  tersadai di tebingnya. Saya merasakan kolam itu bagaikan dijaga oleh  orang tertentu dengan begitu rapi dan baik sekali. Datuk terus berpusing  di bibir kolam itu sebanyak tiga kali. Kemudian, datuk mengambil ranting  kering lalu dicampakkan ke dalam kolam. Air dalam kolam berombak.    "Tempat yang sesuai", kata datuk sambil bertinggung dibibir kolam. 

Page 864 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Sepasang matanya merenung tajam pada air kolam. Dia menajamkan mulutnya  sambil menghembus angin.    "Dalam kolam ini tidak ada ikan, kolam ini juga bukan tempat binatang  minum", tambah datuk lagi sambil berdiri. Saya dan Dumba berpandangan  sama sendiri. Tidak berani menyoal atau bertanya sesuatu pada datuk.    "Kita tidak boleh membuang jenis bisa ke dalam kolam yang jadi tempat  binatang minum atau tempat ikan, perbuatan begitu, satu perbuatan yang  kejam menyiksa makhluk lain untuk kesenangan diri sendiri, kerana itu  aku ajak kau ke mari", datuk berleter lagi.    Dumba terdiam, dia nampak resah tidak menentu, macam ada sesuatu yang  menekan perasaannya.    "Semuanya kita tamatkan di sini Dumba, dan kau rela aku melakukan  semuanya ini?", datuk mengajukan pertanyaan sambil mcrenung wajah Dumba  dengan tepat. Dumba anggukkan kepala sambil menyembunyikan rasa cemasnya  dari pengetahuan datuk.    "Kau takut Dumba?"    "Ya, saya kira hidup saya juga akan berakhir di sini."    "Jangan jadi bodoh.", datuk marah dengan tiba‐tiba. Suara datuk yang 

Page 865 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

meninggi itu membuat Dumba terkejut. Rasa takut dan cemas hilang dari  diri Dumba. Datuk segera mengambil buluh kuning yang tersepit di celah  ketiaknya. Buluh itu dijulangnya tiga kali ke udara sambil mulutnya  membaca sesuatu. Dengan pantas datuk mencabut sebatang pokok yang  besarnya kira‐kira sama besar dengan betis budak berusia enam tahun.    Datuk terus mengikat buluh kuning pada bahagian akar pokok tcrsebut  dengan tali guni. Kemudian datuk terus membenamkan akar pokok dan bawang  kayu ke dalam kolam.  Cara datuk membenamkan pokok tersebut juga agak ganjil, dia tidak perlu  masuk ke dalam kolam. Apa yang dibuatnya ialah berlari sebanyak tujuh  kali mengelilingi kolam dan akhirnya dia melompat menyeberangi kolam  dari sebelah kiri ke kanan.    Bila dia yakin yang dirinya berada betul‐betul di tengah‐tengah kolam,  barulah pokok yang dicabutnya itu ditekan ke dalam perut kolam. Datuk  berada betul‐betul di bahagian tengah kolam itu tidak lama. Dia berada  di situ lebih kurang tiga minit saja. Dan keadaannya seperti orang  terbang dengan kedua belah kakinya lurus ke arah tebing kolam, manakala  tangannya terus menekan pokok yang masih berdaun itu ke perut kolam  dengan penuh tenaga.    Bila tugasnya selesai, datuk memusingkan badannya ke udara dan bergerak  ke tepi tebing sebelah kiri. Dia berdiri di situ, seolah‐olah dia tidak  melakukan sesuatu. Semua kejadian yang saya anggap amat menakjubkan itu 

Page 866 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

berlaku bagaikan mimpi di badapan mata saya dan Dumba. Datuk segera  menghampiri kami. Saya lihat pokok yang datuk cacakkan di tengah kolam  itu bertukar warna. Daunnya yang hijau segar terus menjadi layu dan  kering begitu juga dengan batangnya.    Air dalam kolam yang tadi jernih dan tenang segera bertukar menjadi  kelabu dan berbuih, macam buih sabun. Buih‐buih itu pula mengeluarkan  asap di permukaan kolam. Datuk melihat kejadian itu dengan tenang. Bila  asap di permukaan kolam tinggal itu hilang, datuk menyuruh saya mencari  pucuk bertam dan kelubi. Dumba pula disuruhnya mencari kulit pokok samak  dan kulit jelutung. Kulit pokok itu harus diambil dari arah kanan ke  kiri. Semua yang datuk inginkan dapat saya dan Dumba adakan.    Semua ramuan itu datuk biarkan berada daIam kolam selama setengah jam.  Bila tempohnya sudah cukup, air kolam kembaIi jernih dan pokok yang yang  datuk benamkan di tengah kolam kembaIi segar.    "Dumba, ibu santau yang kau simpan ini akan kekal selama sepuluh  keturunan dalam keluarga kau, bisanya macam bisa asal, kau sudah  membuangnya dan ibu santau tidak akan mencari sesiapa untuk jadi  tuannya", terang datuk pada Dumba.    Saya lihat Dumba menarik nafas panjang. Dia terus memeluk datuk dengan  eratnya. Datuk terus menepuk‐nepuk bahunya dengan penuh mesra.   

Page 867 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Saya terlepas dari kuasa syaitan, saya harap keturunan saya yang akan  datang tidak akan jadi pembunuh akibat mewarisi ilmu santau yang tidak  pernah saya minta", kata Dumba sambil mengesat air mata.    Datuk terus menasihatkan Dumba supaya bertenang. Terharu juga perasaan  saya melihat peristiwa yang terjadi di antara Dumba dengan datuk di  tengah hutan itu. Bila keadaan sudah tenang datuk mengambil pucuk  bertam, kelubi dan kulit pokok samak serta kulit pokok jelutung. Datuk  mengambil dengan tangan sambil memasukkan separuh dari kakinya ke dalam  kolam.    "Dengan izin Allah yang maha besar, kerja aku berjaya", suara datuk  lemah. Dia terus membaca Al‐Fatihah dan doa kesyukuran.          SBDJ (Jilid 03) Siri 50: Manusia Harimau    Bila datuk merasakan tidak ada hal‐hal yang perlu dilakukannya, dia pun  mengajak kami pulang.    "Kalau sesiapa di antara kamu masuk ke dalam hutan dan bertemu dengan  pokok yang tumbuh dalam kolam, hati‐hatilah menggunakan air dari kolam  tersebut”, sambil mengeliat datuk berkata begitu kepada saya.    "Kenapa tuk?" 

Page 868 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Orang tua‐tua dulu yang kaya dengan ilmu dunianya, membuang saka ilmu  dunia dengan tiga cara, terutama kalau ilmu yang dituntutnya bercanggah  dengan ajaran Islam atau ilmu yang dituntutnya akan menjadi ilmu  keturunan”, datuk memicit‐micit bahu kirinya dengan tapak tangan.  "Ke mana ilmu salah tu dibuang tuk?", soal saya lagi.    Datuk terdiam seketika macam mengingati sesuatu. Dia terus melangkah  mencari arah jalan pulang yang harus dilalui. Datuk memilih jalan pulang  ikut sebelah kanan bukit, datuk tidak mahu mengikut jalan awal yang  telah digunakan tadi. Apa tujuan datuk berbuat demikian, saya tidak  dapat meramalkan. Mungkin ada muslihat tertentu fikir saya.    Saya dongak ke langit, matahari sudah berubah kedudukannya. Tiupan angin  juga tidak serancak tadi. Mengikut kedudukan matahari, saya kira waktu  zohor sudah hampir dan saya dapat menduga bahawa datuk mahu mencari  jalan dekat supaya cepat sampai ke rumah. Dia mahu berada di rumah  sebelum waktu zohor berakhir.    "Tempat yang dipilih ialah Kuala Sungai yang bertemu dengan laut, dan  ketiga seperti yang aku lakukan tadi”, secara mendadak datuk menjawab  pertanyaan saya yang terputus tadi.    Jawapan yang saya nantikan tu datuk berikan ketika saya bergayut pada  sebatang pokok untuk turun dari puncak bukit. Saya tersenyum sendirian, 

Page 869 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dengan sikap datuk. Kenapa untuk menjawab pertanyaan yang mudah itu  mesti memakan masa yang agak lama. Saya rasa menuruni bukit lebih sukar  dari mendakinya. Sebabnya, ketika menuruni bukit kita harus pandai  mengimbangi badan, kalau kurang pandai boleh membuat kita terlajak ke  depan yang boleh menyebabkan kita terlanggar batu atau pokok. Anehnya  kesukaran yang saya hadapi itu, tidak menjadi masalah buat datuk. Dia  boleh berjalan dengan cepatnya.    Akhirnya, kami sampai ke kaki bukit. Perjalanan seterusnya tidaklah  berapa sukar. Tetapi, sendi kedua belah kaki saya mula berasa sengal dan  sakit‐sakit.    "Hati‐hati minum air kolam yang ada pokok tumbuh di dalamnya, mana tahu  kalau pokok itu dijadikan penekan ibu ilmu salah, kalau orang yang  membuang ilmu bisa itu tidak menawarnya akan membawa padah pada orang  yang meminumnya”, datuk mengingatkan saya dan Dumba, ketika itu kami  sudah agak jauh meninggalkan bukit yang telah kami daki tadi.    Suara kenderaan mula terdengar sayup‐sayup menendang gegendang telinga.  Langkah saya terus rancak, kalau diturutkan hati mahu saja saya berlari  supaya segera sampai ke tepi jalanraya. Rupanya langkah saya yang rancak  dan bersemangat itu tidak boleh dilanjutkan lagi. Ada sesuatu yang  menghalangnya. Datuk menyuruh saya dan Dumba berlindung di balik pokok  besar. Tindakan datuk itu amat mengejutkan. Wajahnya kelihatan cemas  sedikit. Dari balik pokok besar saya dan Dumba melihat dengan teliti 

Page 870 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tingkah laku datuk yang berdiri di kawasan yang agak lapang itu. Datuk  meletakkan tangan kanannya ke cuping telinga kiri, macam mendengar  sesuatu. Datuk melangkah dua tapak arah ke kanan. Berhenti di situ  sambil merenung dedaun pokok yang bergoyang di kiri kanannya kerana  dirempuh angin.    "Silakan, kalau masih sangsi”, suara datuk cukup lantang.  Saya tidak tahu kepada siapa kata‐kata itu ditujukan oleh datuk. Dumba  renung muka saya dengan penuh rasa ragu dan bimbang. Saya cuma tersenyum  saja. Tetapi, mata saya tetap tertumpu ke arah datuk. Saya Iihat, datuk  menapak dua langkah ke kiri pula, berhenti di situ dengan tenang. Macam  menanti sesuatu. Siapakah yang datuk tunggu dan nanti dalam hutan  begini, kata hati saya.    "Silakan”, ulang datuk lagi.  "Ya, aku datang dan bertemu lagi dengan kau”, terdengar suara dari arah  kanan datuk.  Saya terkejut, apa yang saya lihat ialah batang tubuh Mahyuddin, berdiri  sambil memeluk tubuh. Mahyuddin memintas di depan datuk. Berdiri  berdepan dengan datuk sambiI memeluk tubuh.  Gerak‐gerinya cukup pantas, macam orang muda yang berusia tiga puluhan.  Sinar matanya cukup garang. Tidak terpamer segaris senyum pun di  wajahnya. Keadaan yang saya lihat itu amat membimbangkan.    Pertemuan datuk dengan Mahyuddin kali ini bukanlah pertemuan seorang 

Page 871 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

sahabat dengan sahabat, tetapi pertemuan dua orang musuh yang sudah lama  menaruh dendam. Saya berdoa pada Allah, semoga Allah yang Maha Besar  akan membiarkan kesabaran pada datuk, mudah‐mudahan datuk tidak akan  bertindak liar. Saya tidak mahu datuk menjadi mangsa Mahyuddin. Rupanya,  doa saya diperkenankan oleh Allah.    Datuk kelihatan cukup tenang, meskipun Mahyuddin bersikap agak kasar  dengan tujuan menaikkan rasa marah dan geram di hati datuk. Semuanya  tidak mendatangkan kesan, datuk tetap berlembut dan sabar. Tindakan  datuk itu memperlihatkan dirinya sebagai seorang yang pengecut dan  penakut. Satu hal yang pasti, meskipun datuk mengalah dia tetap  berjaga‐jaga. Setiap langkah Mahyuddin bagaikan sudah dibacanya terlebih  dahulu.  "Kau bersubahat, kau melindungi Dumba manusia pembunuh”, kata Mahyuddin  dengan nada suara yang keras. Badannya kelihatan mengeletar, matanya  bertambah merah.  "Nanti dulu, biar aku terangkan keadaan sebenarnya."    "Sudah, kau menyimpan ibu santau itu di sini."    "Tidak Mahyuddin, kau silap."  "Sudah, jangan berdusta. Manusia pura‐pura, kau munafik."    "Mahyuddin dengar dulu."  "Sudah” 

Page 872 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Mata Mahyuddin mula menentang biji mala datuk untuk beberapa saat dengan  harapan untuk menewaskan datuk. Usaha itu gagal, datuk masih macam  keadaan biasa, masih mampu melahirkan senyum untuk Mahyuddin.  "Biarkan aku selesaikan Dumba di sini, jangan kau lindungi dia, kalau  kau berkeras buruk padahnya", Mahyuddin melahirkan cita‐citanya yang  sebenar tanpa selindung¬‐selindung lagi.  Datuk meraba dahi luasnya berkali‐kali. Memang datuk berada dalam  saat‐saat yang paling genting sekali. Andainya datuk tersalah langkah  atau tersilap cakap, dirinya akan terjerat.  Datuk terus duduk bersila atas tanah. Saya kira, tindakan datuk tidak  kena pada tempatnya. Dia seolah‐olah menyerah nyawanya pada Mahyuddin,  betapa tidak dengan sekali terkam bersama parang di lengan, Ieher datuk  akan pulus.  Anehnya, Mahyuddin tidak menyerang datuk. Dia membiarkan datuk duduk  dengan aman di atas tanah. Mungkin Mahyuddin berpendapat bukanlah  langkah atau prinsip seorang pcndekar menyerang orang yang tidak  melawan. Kemenangan yang diperolehi secara itu bukanlah satu kemenangan  yang terpuji tetapi, satu kemenangan yang keji. .  Datuk masih lagi duduk bersila, perasaannya berperang sama sendiri,  apakah wajar dia menyerahkan Dumba pada Mahyuddin begitu saja? Memang,  kalau dia mahu mencari jalan senang, serahkan Dumba pada Mahyuddin habis  perkara, mereka tidak bermusuh.  Tetapi, cara itu bukanlah satu cara yang baik. Apalah untungnya  menyerahkan orang yang sudah insaf atas perbuatannya yang lalu pada 

Page 873 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

musuh ketatnya.  Membunuh manusia yang seagama kerana dendam bukanlah ajaran agama Islam.  Orang yang sudah insaf itu harus diberikan kesempatan membetulkan  dirinya. Siapa tahu, orang yang sudah insaf atas perbuatannya akan  menjadi manusia yang baik dan berguna pada bangsa dan agama.  Semua persoalan itu menghantui diri datuk. Dia harus memberi satu  keputusan yang tegas. Dia juga harus menanggung sebarang akibat dari  keputusan yang dibuatnya.    Tiba‐tiba datuk melompat dan berdiri kembali. Kali ini tidak ada senyum  yang terpancar di wajahnya. Datuk kelihatan begitu serius merenung wajah  Mahyuddin.  "Tidak, Dumba dalam perlindungan aku, dia harus diberi kesempatan  membetulkan dirinya”, kata datuk sambil melipat lengan bajunya hingga ke  paras siku. Mahyuddin kelihatan tergamam dengan tindakan datuk itu.  "Tak apa”, balas Mahyuddin, dia mula mengangkat kedua belah tangannya ke  depan. Sepasang kakinya mula bergerak memijak pokok‐pokok kecil.  Mahyuddin kelihatan menggigil dan wajahnya nampak merah. Mahyuddin sudah  naik angin, kemarahannya sudah tidak dapat ditahan‐tahan lagi. Dia  membuka silat sambil mematah‐matahkan pokok‐pokok yang tumbuh liar di  kiri kanannya. Melihat rentak dan bunga silat yang dihasilkan oleh  Mahyuddin itu, datuk menduga Mahyuddin bukan orang sebarangan, ilmu  silat alau pendekar yang ada pada dirinya melambangkan yang dirinya  memiliki ilmu kelas tinggi di dalam salah satu aliran silat.   

Page 874 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Datuk membiarkan Mahyuddin membuka rentak dan langkah silat dengan  tujuan membaca kepandaian yang dimiliki oleh Mahyuddin.  "Aku tahu sekarang, dia membawa aliran silat harimau yang disebut Cilek  Babiat oleh orang‐orang Mendailing (Mandailing)”, bisik hati kecil  datuk, datuk bersedia unluk mengelakkan diri dari serangan Mahyuddin.  Datuk tahu benar, silat jenis itu hanya terdapat di kalangan masyarakat  Mendailing saja. Bukan satu perkara yang mudah untuk sampai ke taraf  pendekar dalam jurusan ilmu silat Cilek Babiat, banyak rintangan dan  dugaan yang harus dilalui. Datuk melangkah ke kanan dengan kedua belah  tangannya berkembang di bahagian paras dada. Kaki kanannya bergerak ke  depan dalam keadaan yang tidak lurus, begitu juga dengan kaki kirinya  yang bertugas sebagai tupang (penyokong) pada kaki kanannya.    Gerakan datuk begitu hati‐hati sekali. Dalam saat yang sama juga datuk  cuba mengunci dan mematikan langkah Mahyuddin secara batin. Usaha datuk  itu gagal sama sekali. Datuk mula merasakan semua usaha yang  dilakukannya tidak menjadi. Datuk berada di dalam keadaan yang agak  sukar. Sebagai manusia yang tidak mengenal erti putus asa datuk terus  berusaha sambil berdoa, supaya segala usahanya, itu direstui Allah.  Datuk tidak mahu menyerahkan begitu saja pada Mahyuddin.    Datuk juga sedar, orang‐orang yang tinggi pengetahuannya, dalam ilmu  silat Cilek Babiat (silat harimau) dalam waktu tertentu akan bertukar  menjadi seekor harimau yang ganas. Datuk tahu, Mahyuddin boleh melakukan  perkara demikian sekiranya dia terdesak. 

Page 875 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Sebelum terjadi, aku mesti hati‐hati, cara yang paling baik menimbulkan  kemarahannya supaya dia jadi harimau”, datuk membuat keputusan dengan  langkah silatnya yang teratur itu.  Sambil mempertahankan diri, datuk terus mencari akal bagaimana mahu  menimbulkan kemarahan yang meluap‐¬luap dalam diri Mahyuddin. Datuk  terus mendongakkan kepalanya ke langit melihat matahari yang  kedudukannya sudah agak condong ke barat. Angin juga bertiup dalam  keadaan yang lemah. Kerana kedudukan matahari sudah condong membuat  pokok‐pokok atau manusia yang kena panahan matahari mencipta  bayang‐bayang di bumi.  Sumpahan atau pantang pada orang‐orang yang menuntut ilmu silat Cilek  Babiat atau silat harimau bila pihak musuh menindih bayangnya. Datuk  tahu benar tentang pantang larang itu, dia mahu mengambil kesempatan  dari pantang‐larang itu. Di bawah hembusan angin hutan yang lemah itu,  datuk melompat dan menerkam ke arah Mahyuddin hingga bayang‐¬bayang  datuk dapat menindih bayang‐bayang Mahyuddin. Dalam saat yang agak  kelam‐kabut itu, datuk menyeru nama Dumba dan menyuruhnya keluar dari  tempat persembunyiannya. Dumba meluru keluar.  "Awak mencabar saya”, kata Mahyuddin dengan nada suara yang cukup keras.    Dia melompat, semua tumbuh¬‐tumbuhan yang terdapat di sekeliling  ditendang hingga tercabut.  Kali ini Mahyuddin tidak menyerang datuk. Dia hanya berdiri sambiI  membuka sepuluh jari tangannya. Badan Mahyuddin mengeletar, sepuluh jari  tangannya bergoyang. 

Page 876 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Dumba, kembali ke tempat kamu”, kata datuk. Dumba segera bersembunyi.  Mahyuddin membongkokkan badannya, sambil bergerak dalam langkah silat  yang teratur, sepasang matanya yang tajam dan merah tetap merenung muka  datuk.    "Eeee hemmmm ... “, jerit Mahyuddin dan datuk saya lihat tersandar di  perdu pokok besar, seolah‐olah bahagian dadanya ditendang oleh sesuatu.  Datuk terus bertahan di situ. Gerak kaki datuk terasa amat lemah.  Mahyuddin dengan perlahan‐lahan rapat ke arah datuk sambil mengembangkan  sepuluh jari tangannya.  Jejari itu bergerak‐gerak bagaikan mahu mengoyak kulit dada datuk yang  tersandar di perdu pokok besar itu. Datuk masih lagi bertenang. Mata  datuk tetap mengawasi langkah kaki Mahyuddin yang bergerak setapak dalam  langkah silat harimau.  Tiba‐tiba Mahyuddin memberhentikan gerakan langkahnya. Dia merenung muka  datuk dengan tepat sekali. Datuk terus menentang mata Mahyuddin yang  kelihatan berkaca‐kaca bersama‐sama dengan urat mata yang merah. Datuk  kelihatan seperti orang lemas. Mahyuddin terus merendahkan badannya,  kemudian bangun secara perlahan‐lahan, ketika itu saya mula nampak  perubahan yang aneh terjadi pada diri Mahyuddin, terutama bentuk wajah  dan kepalanya bertukar seakan‐akan wajah harimau.    Bulu yang halus berwarna merah kekuning‐kuningan tumbuh di wajahnya.  Rambutnya juga berwarna demikian. Bulu yang berwarna merah  kekuning‐kuningan itu terus merayap ke leher, ke lengan hingga ke 

Page 877 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

seluruh badannya. Bentuk asal Mahyuddin sudah hilang sama sekali. Dari  hujung sepuluh jari tangannya muncul kuku tajam yang meruncing, macam  kuku harimau, kekuatan Mahyuddin juga kelihatan bertambah seperti  kekuatan seekor harimau jantan. Saya mengurut dada beberapa kali,  kasihan melihat datuk yang tidak boleh bergerak itu, sebenarnya datuk  masih boleh meninggalkan perdu pokok besar itu jika dia mahu berbuat  demikian.  Anehnya, kenapa datuk tidak mahu menyelamatkan dirinya yang berada dalam  bahaya itu? Timbul pertanyaan dalam diri saya. Dalam kepayahan itu, saya  lihat datuk tidak mengalihkan wajah dan matanya dari merenung wajah  Mahyuddin yang bertubuh harimau itu. Mulut datuk kelihatan  bergerak‐gerak, tentunya datuk membaca sesuatu. Mahyuddin yang sudah  menjadi harimau itu terus marah sambil cuba mencakar wajah datuk.  Saya terkejut, Mahyuddin berhenti merapati datuk. Dia terpaku di situ,  sinar matanya yang garang tiba‐tiba menjadi layu. Walaupun Mahyuddin  tidak melangkah, mata datuk tetap merenung wajah Mahyuddin yang  kelihatan mula bertukar kepada wajah asalnya. Mahyuddin terpacak di situ  dengan nafas yang tercungap‐cungap.  Bila datuk merasakan yang dirinya berada dalam keadaan selamat, barulah  datuk bergerak dari pangkal pokok besar itu. Datuk terus menghampiri  Mahyuddin. Datuk hulurkan tangan sambil berselawat sebanyak tiga kali.  Huluran tangan datuk itu disambut oleh Mahyuddin. Masa berjabat tangan  itu datuk dan Mahyuddin mengucapkan dua kalimat syahadah dengan jelas.    "Kita orang Islam, tidak ada permusuhan dan dendam sesama orang Islam. 

Page 878 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Setiap orang Islam adalah bersaudara, bila dua orang Islam bergaduh,  tempatnya ialah neraka sama ada yang membunuh atau terbunuh”, dengan  mendadak Mahyuddin bersuara, tekanan suaranya agak Iemah kepenatan.  Saya lihat Mahyuddin seperti mengalami sesuatu, dia kelihatan susah  bernafas macam orang keIemasan. Mahyuddin terus duduk atas tanah.    "Bertenang Mahyuddin, hilangkan perasaan marah kamu yang masih ada  sisanya dalam hati”, kata datuk.  "Ya, aku sedang berusaha kearah itu. Aku sedang berikhtiar untuk  mengembalikan seluruh semangat aku seperti sediakala."  "Baguslah, aku tahu orang‐orang yang menuntut ilmu silat harimau ke  peringkat tinggi akan menjadi manusia harimau bila dilanda marah yang  amat sangat atau dirinya terancam.    "Aku kira kesalahan aku boleh kau maafkan”, nada suara datuk cukup  lembut, macam jejaka kacak memujuk dara pujaan hati yang tersinggung.  "Aku maafkan”, jawab Mahyuddin pendek. Datuk memanggil saya dan Dumba.  Kami pun keluar dari tempat persembunyian. Datuk suruh Dumba duduk  sebelah Mahyuddin. Pada mulanya Dumba agak keberatan mematuhi cakap  datuk itu. Dumba masih ragu‐ragu dengan kejujuran dan keikhlasan hati  Mahyuddin. Setelah datuk paksa, barulah Dumba duduk dekat Mahyuddin.  Rasa bimbang segera lari dari hati Dumba bila Mahyuddin menghulurkan  tangan padanya sambil membaca selawat. Saya terus merenung Mahyuddin  dengan rasa kagum atas kebolehan yang ada pada dirinya. Tidak hairanlah,  dia baleh menewaskan tentera Jepun dengan mudah. 

Page 879 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Maafkan saya Mahyuddin, saya nak bertanya sedikit”, datuk renung muka  Mahyuddin.    "Sila sahabat."  "Awak bukan orang Bangkahulu sejati?"    "Mana sahabat tau?"  "Biasanya ilmu silat Cilek Babiat diamalkan orang‐orang dari daerah  Mahyuddin, Sumatera.  "Tepat sekali, saya dilahir dan dibesarkan di Kampung Hutabargot,  kemudian merantau ke Bangkahulu. Di tempat asal saya memelihara dan  menunggang harimau bukanlah satu hal yang aneh, sudah jadi perkara  biasa”, Mahyuddin menerangkan pada datuk dengan wajah yang berseri‐seri.  Saya dan Dumba berpandangan. Datuk mengaru‐garu kepalanya yang tidak  gatal. Beberapa helai rambut tua lekat di jari datuk. Rambut itu  berterbangan menuju ke arah selatan. Sinar matahari kian meredup, dan  rasa panas di tubuh mula berkurangan.  "Orang‐orang Mendailing di tempat asal saya menyebut harimau sebagai Na  Betengi yang bermaksud yang kuat perkasa”, tokok Mahyuddin lagi. Datuk  anggukkan kepala.    Saya bangun dan mengeliat untuk menghilangkan rasa lenguh. Saya duduk  kembali.  "Walaupun harimau dimuliakan, tetapi martabat harimau jauh Iebih rendah,  dibandingkan dengan martabat mannsia. Harimau tidak kuat menentang muka 

Page 880 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

manusia, kerana itu harimau menyerang manusia dari belakang”  Saya lihat air muka Mahyuddin berubah, dia terkejut mendengar cakap  datuk tadi. Kemudian dia tersenyum tenang.  "Sahabat tahu kunci dan kelemahan ilmu silat saya, sebab itu sahabat  menentang muka saya ketika berlawan, saya yakin sahabat mempunyai  pengetahuan yang luas tentang asal‐usul harimau. Sahabat orang  Mendailing?", begitu ghairah Mahyuddin bersuara, dia terus berubah  tempat, duduk bertentang muka dengan datuk.  "Saya berasal dari Jambi. Barangkali datuk nenek saya berasal dari  tempat yang sama dengan awak”, pendek datuk menjawab.  "Tahu asal‐usul harimau?"  "Tahu."  "Apa dia?"  "Harimau makhluk Allah sama seperti manusia. Tetapi manusia itu  dijadikan oleh Allah sebaik‐baik kejadian, ini kelebihan manusia”, datuk  menyapu peluh yang tumbuh di dahi dengan telapak tangan kanannya.  Mahyuddin terdiam. Kemudian tanpa diminta oleh sesiapa, datuk terus  memperkatakan tentang martabat manusia, dari segi martabatnya manusia  terletak di tengah‐tengah antara martabat binatang dan martabat  malaikat. Dari segi keperluan makanan dan keturunan, manusia adalah  dianggap sebagai tumbuhan.    Dari segi bergerak dan merasa mengikut pilihan, manusia dianggap sebagai  binatang. Dari segi rupa dan bentuk, manusia seperti gambar yang  terukir. Tetapi, keistimewaan manusia ialah mengetahui tentang hakikat 

Page 881 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

benda‐benda. Manusia yang menggunakan seluruh anggota dan tenaganya  untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat dan beramal, adalah serupa dengan  malaikat.    Semua pendapat yang datuk bentang itu berdasarkan pembacaan dari  kitab‐kitab agama terutama karya Imam¬ AI‐Ghazali. Tidak ada di antara  kami yang ingin bertanya berhubung dengan perkara yang dihuraikan oleh  datuk itu. Masing¬‐masing terpegun, macam kena pukau.  “Tahukah kamu, Saiyidatuna Aisyah telah meriwayatkan Sabda Rasullullah  yang bermaksud lebih kurang begini: Manusia itu kedua matanya sebagai  petunjuk, kedua telinganya sebagai corong, lidahnya sebagai jurubahasa,  kedua tangannya sebagai sayap, kedua kakinya sebagai pembawa utusan dan  hatinya sebagai raja. Jika raja itu baik, maka baiklah  tentera‐tenteranya”, sambung datuk lagi sambil bangun.    Datuk merenung ke arah Mahyuddin dan Dumba yang sedang meraba‐raba dagu  masing‐masing. Datuk mengeliat untuk menghilangkan rasa lenguh.  "Aku harap, jangan ada di antara kamu yang bertanya perbezaan martabat  binatang dengan manusia”, tambah datuk.  Kemudian datuk mencadangkan supaya kami pulang ke rumah. Cadangan datuk  itu tidak mendapat sebarang bangkangan. Kami pun mula menapak  meninggalkan kawasan tersebut. Satu perkara yang amat menyenangkan hati  saya dalam perjalanan pulang atas sikap ramah yang diperlihatkan oleh  Mahyuddin. Dia terus bercerita tentang manusia dan harimau.   

Page 882 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Di tempat saya, orang‐orang yang memelihara harimau ataupun manusia  harimau ataupun dikira sebagai manusia yang berilmu tinggi, biasanya  tidak banyak cakap, selalu merendah diri”, kata Mahyuddin memulakan  kisahnya dibawah sinar matahari yang tidak berapa garang.    Saya berusaha dengan seboleh‐bolehnya supaya berada dekatnya untuk  mendengar cerita. Akibat terlalu ghairah mahu mendengar cerita dari  Mahyuddin saya terlanggarkan batang buruk hingga terjatuh dua tiga kali.  Datuk tersenyurn saja melihat telatah saya yang agak lucu itu. Semua  pokok‐pokok kecil saya langgar tanpa menghitung atau mengira yang diri  saya akan sakit dibidas oleh pokok‐¬pokok yang saya rempuh itu.    Menurut Mahyuddin untuk memelihara harimau atau menjadi manusia harimau  seseorang itu mesti bertapa selama berbulan‐bulan di dalam hutan.  "Setelah bertapa berbulan‐bulan, berjaya mengatasi segala cubaan dan  dugaan, seekor harimau akan mendekati si pertapa dan menyerahkan diri.  Harimau itu terus ditunggangnya hingga sampai kekampung”, kata Mahyuddin  sambil melompat parit kecil di depan.  Datuk tidak pula menyoal mahu bertanya sesuatu ketika Mahyuddin  bercerita. Datuk hanya mendengar sambiI melangkah dengan tenang. Dumba  pula begitu berminat mendengar cerita Mahyuddin. Kalau boleh dia mahu  Mahyuddin terus bercerita tanpa berhenti‐henti.  "Susah tak pelihara harirnau?", saya menyoal cara mendadak.  "Memelihara harimau berbeza dengan memelihara kambing atau kerbau,  memelihara harimau secara sembunyi‐sembunyi. Harimau yang dipelihara 

Page 883 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

hidup bebas dalam hutan. Bila kita perlukan panggil saja, pasti dia tiba."  "Faedahnya yang kita perolehi darinya?"  "Boleh dijadikan kawan, boleh disuruh menangkap ikan, menjaga rumah dan  naik atas belakang”, Mahyuddin ketawa sambil menepuk‐nepuk bahu saya.  "Perkara yang jelas, setiap pemelihara harimau tidak mempunyai tujuan  jahat. Lagi apa yang mahu kau tanya pada aku, hai cucu seorang sahabat”,  Mahyuddin berhenti berjalan, dia merenung wajah saya sambil berkata:  "Kau mahu jadi manusia harimau?"  "Tak mahu."    Serentak dengan itu saya terdengar suara datuk dan Dumba ketawa panjang.  Bagi menghilangkan rasa malu, saya buat‐¬buat ketawa. Akhirnya kami  sampai ke tepi jalanraya. Kami berhenti di situ buat beberapa minit.  Sebenarnya, saya masih belum puas hati dengan apa yang saya tanyakan  pada Mahyuddin. Masih ada lagi soalan‐soalan yang mahu saya hadapkan  padanya.  "Cukuplah kita berehat, mari kita melangkah”, datuk mengeluarkan  perintah. Dan perintah itu kami patuhi. SambiI berjalan saya terus  bertanya dengan Mahyuddin secara perlahan‐Iahan. Apakah ilmu memelihara  harimau atau silat harimau dapat diwariskan pada orang lain?  "Ada yang boleh, ada yang tidak”, bisik Mahyuddin.    "Macam mana begitu?"  "Mengikut cara ilmu itu diperolehi ketika menuntut. Kalau sudah berjanji  mahu mewariskan pada orang lain bolehlah diwariskan, kalau tidak maka 

Page 884 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tak boleh."  "Begitu."  "Jadi manusia harimau pula macam mana?"    "Lagi susah, kena menuntut."  Tiba‐tiba datuk menepuk bahu saya dari belakang. Dengan kasar dia  memisahkan saya dengan Mahyuddin. Rupa‐rupanya datuk kurang senang  dengan sikap saya itu.  "Tamar, apa yang kau tanyakan itu tak berfaedah untuk diri kamu, kamu  tidak mustahak mengetahui semuanya itu”, suara datuk keras. Saya  terdiam. Mahyuddin tersenyum merenung arah datuk.  "Biar saya terangkan sahabat. Cucu sahabat bertanya tentang manusia  harimau. Untuk jadi manusia harimau harus belajar silat harimau sampai  ke peringkat paling tinggi. Itu saja yang mahu saya jelaskan padanya”,  kata Mahyuddin pada datuk.  "Jangan layan sangat cucu saya tu. Dia tu kadang‐kadang melalut tak  tentu pasal."  "Tak apa, dia sekadar bertanya”, Mahyuddin segera menarik saya ke depan.  Saya dan Mahyuddin berjalan bersaingan.    Datuk berjalan di belakang kami. Saya merasa bertuah kerana datuk tidak  menolak permintaan Mahyuddin.  "Di kampung asal saya memang ada orang yang mewariskan harimau  perliharaan umpamanya dari ayah ke anak hingga ke cucu‐cicitnya. Kerana  itu di kawasan kebun penduduk di sana selalu ditemui harimau yang sudah 

Page 885 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tua berkeliaran dengan keadaan kakinya yang pincang. Itulah harimau yang  di wariskan dari ayah ke anak atau cucu”, saya amat puas hati dengan  keterangan yang diberikan oleh Mahyuddin itu.  Lepas itu, saya tidak lagi mengajukan apa‐apa pertanyaan pada Mahyuddin,  malah memisahkan diri darinya. Saya lebih senang berjalan bersaingan  dengan Dumba di belakang. Biarlah datuk dengan Mahyuddin di hadapan.  Akhirnya, kami sampai ke tempat asal. Dumba berpisah dengan kami. Dia  menuju ke kedainya. Saya, datuk dan Mahyuddin terus menuju ke masjid.  Kami menunaikan sembahyang Asar, kemudian baru mengqada sembahyang Zohor  yang tertinggal.  "Mari kerumah saya”, bisik Mahyuddin pada datuk setelah menunaikan kerja  yang wajib. Datuk terdiam, matanya merenung ke arah saya yang duduk  bersandar di dinding masjid.  "Apa halnya? Dah petang begini saya malas nak bergerak ke mana‐mana,  niat hati tu nak balik saja ke kampung”, balas datuk.  "Ada hal yang mahu saya bincangkan dengan awak?"    "Bincang apa? Awak dengan Dumba sudah elok."    "Ada hal lain, marilah."  Datuk termenung panjang, macam memikirkan sesuatu. Perasaannya berbalah  sama sendiri, sama ada dia mahu menunaikan permintaan Mahyuddin atau  tidak. Datuk terus melangkah menuju ke pintu masjid dengan diikuti oleh  Mahyuddin. Mereka berhenti di situ, merenung ke halaman masjid yang  lapang. Mereka tidak bercakap walau sepatah apa pun. 

Page 886 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Akhirnya, datuk dan saya serta Mahyuddin berdiri di halaman masjid. Saya  terasa lapang kerana angin petang yang bertiup waktu itu memberikan rasa  segar pada diri saya.    "Macam mana? Boleh pergi ke rumah saya?"  "Boleh”, balas datuk.  Saya lihat wajah Mahyuddin cukup riang. Dia terus menepuk‐nepuk bahu  datuk beberapa kali. Kemudian dia jadi kepala jalan membawa kami ke  rumahnya.    Bila saya dan datuk masuk ke rumahnya, saya dapati sudah ada hidangan  ringan untuk makan petang tersedia di ruang tengah. Siapakah yang  menyediakan semuanya itu? Apakah hidangan itu dihantar oleh harimau  peliharaan Mahyuddin? Timbul pertanyaan dalam hati saya. Saya terus  duduk bersila menghadapi hidangan yang tersedia.    "Minumlah”, pelawa Mahyuddin. Datuk anggukkan kepala tanpa menyentuh  cawan yang diisi dengan air teh panas. Bila datuk enggan meminum teh  yang tersedia, Mahyuddin terus bertindak dengan meminumnya terlebih  dahulu dan Mahyuddin yakin dengan perbuatannya itu akan menyakinkan hati  datuk bahawa air teh yang tersedia tidak mengandungi racun.    "Kita tahu air teh ini bersih. Jangan ragu dengan kejujuran saya, tapi  saya tidak berapa gemar minum teh sebelah petang”, kata datuk. 

Page 887 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Mahyuddin tersenyum sambil menghulurkan cawan teh kepada saya, bagaikan  orang mengantuk disorongkan bantal, air teh itu terus saya hirup.        SBDJ (Jilid 03) Siri 51: Rahsia Seorang Sahabat    Tiba‐tiba saya tersedak. Mata dan hidung terus berair. Dan sepasang mata  datuk tertumpu ke wajah saya. Renungannya begitu tajam. Tangan kanan  saya yang memegang cawan teh terus menggeletar. Perlahan‐lahan cawan itu  saya letakkan kembali ke tempat asalnya (dalam talam kecil). Mahyuddin  terus menepuk belakang saya perlahan‐lahan, kemudian dia mengurut‐ngurut  dua tiga kali di bahagian tengah tulang belakang. Perjalanan nafas  terasa normal kembali.    "Tak apa, tersedak tengah minum, menurut kata orang tua‐tua, ada orang  yang menyebut nama kamu Tamar”, ujar Mahyuddin.    "Itu tandanya, minum tak menyebut kalimah Allah, cuba baca Bismillah  tadi, tentu tidak begitu jadinya”, sahut datuk.    Saya segera berpaling ke arahnya. Saya menggigit bibir, renungan datuk  tidak lagi setajam tadi. Tetapi, saya tahu datuk begitu kesal dengan  sikap yang telah saya lakukan itu.    "Dia tak sengaja, usahlah dikesalkan”, Mahyuddin bersuara.   

Page 888 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Saya tahu, kalau dari sekarang tidak ditegur nanti perbuatan itu  diulang lagi. Malu kita bila disebut orang membela cucu yang tak tahu  adat dan tak senonoh”, jawab datuk.    "Sudahlah, masih boleh dibetulkan”, balas Mahyuddin sambil tersenyum  pada datuk.    Dari tingkap yang terdedah, saya dapat melihat awan petang yang berarak  perlahan‐lahan arah ke selatan, sesekali ternampak burung gagak terbang  rendah mencari ulat di daun pisang nangka dan embun. Kerana datuk tidak  menjamah pisang goreng dan air teh, Mahyuddin terpaksa membawa  barang‐barang itu ke dapur. Datuk sandarkan badan pada dinding rumah.  Dahinya kelihatan berkedut macam memikirkan sesuatu, saya masih lagi  melihat gumpalan awan serta burung gagak yang terbang bebas di luar.    "Kalau mengantuk bawa baring dulu”, kata Mahyuddin pada datuk.    Saya bagaikan terkejut dan merasa hairan, bila masanya Mahyuddin  melintas di hadapan saya dari ruang dapur menuju ke ruang tengah.  Berdasarkan pada tempat yang saya duduk itu, sesiapa saja yang mahu  pergi ke dapur atau dari dapur mahu ke ruang tengah mesti melintas di  hadapan saya. Ah, ini memang perkara pelik, macam mana saya tak boleh  sedar langsung Mahyuddin melintas. Agaknya, dia mahu menguji kepandaian  datuk lagi. Memanglah manusia Mahyuddin ini tidak boleh dipercayai.  Semua persoalan itu bermain‐main dalam kepala saya. Rasa curiga berbunga 

Page 889 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kembali dalam hati. Datuk harus diberitahu tentang hal ini, biar datuk  bertindak segera, kalau lambat bertindak nanti celaka menimpa diri.    "Apa yang kau fikir Tamar?", tanya datuk dengan mendadak.    "Mahyuddin tuk”, kata saya semacam berbisik.    Datuk tersenyum sambil menepuk bahu kiri saya berkali‐kali. Datuk  kembali duduk di tempat asalnya. Sesungguhnya saya tidak sedar masa bila  datuk merapati saya. Mahyuddin yang duduk berhadapan dengan datuk,  tersenyum ke arah saya. Dia bagaikan tahu apa yang tersirat dalam dada saya.    "Cucu awak memang pemerhati orangnya”, kata Mahyuddin pada datuk.  "Betul kah cakap awak ni?"  "Saya bercakap setelah melihat, tadi sengaja saya menghilangkan diri di  hadapannya ketika dia termenung panjang, rupa‐rupanya dia sedar, malah  langkah saya ke dapur dikiranya”, tambah Mahyuddin lagi.    Datuk tarik nafas panjang. Begitulah perangai datuk, dia semacam tidak  senang bila ada orang memuji saya secara . berhadapan. Saya garu pangkal  dagu beberapa kali, kembang juga rasa hati bila menerima pujian begitu.  Mahyuddin memperkemaskan silanya. Datuk pula sandarkan badan ke dinding.  Mereka sekarang berada dalam keadaan yang cukup selesa. Angin petang  yang masuk ikut jendela memberikan rasa segar pada mereka. Barangkali,  datuk dan Mahyuddin senang berada dalam keadaan demikian. Bagi diri saya 

Page 890 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tidak pula begitu, saya rasa jemu duduk dalam rumah tanpa melakukan sesuatu.    "Apa hajat sebenar awak menjemput saya ke mari. Cakaplah, kalau boleh  saya tolong, tetap saya tolong, kalau tak boleh saya menolak”, senang  hati saya bila datuk bersuara demikian.    Datuk mahu menyelesaikan masalahnya dengan segera dan dengan segera pula  dia mahu meninggalkan rumah Mahyuddin. Saya lihat Mahyuddin mengerutkan  dahi luasnya, lama benar dia termenung. Dia seperti berada dalam keadaan  serba salah. Tiba‐tiba Mahyuddin bangun dan menuju ke tingkap. Berdiri  di situ dengan membelakangi datuk. Mahyuddin merenung ke arah  pokok‐pokok yang tumbuh subur di lereng sebuah bukit yang tidak jauh  dari rumahnya.  Melihat bentuk tubuh Mahyuddin dari belakang, memang menarik serta  menampakkan ciri‐ciri seorang pahlawan. Bidang belakangnya lebar, kedua  belah pangkal lengannya kelihatan tegap. Cukup sajak dia berdiri, kena  pula dengan tubuhnya yang tinggi.    "Aku telah berjanji dengan diri sendiri, engkau adalah satu‐satunya  sahabat ku dunia akhirat”, Mahyuddin pusingkan badan merenung wajah datuk.    "Jadi apa yang engkau mahu aku lakukan untuk menguatkan persahabatan tu  Mahyuddin?"  "Apa yang ada pada saya, mahu saya nyatakan pada awak."  "Jangan bergurau kawan." 

Page 891 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Saya tidak bergurau tentang sesuatu yang benar."  Datuk terdiam mendengar kata‐kata Mahyuddin i tu. Dengan lemah Mahyuddin  melangkah merapati datuk. Mereka duduk berhadapan. Mahyuddin letakkan  tangan kanannya atas kepala lutut datuk dengan tenang.  "Ada rahsia yang mahu saya tanyakan pada sahabat”, bisik Mahyuddin.    "Silakan”, datuk tersenyum. Bahu Mahyuddin ditepuknya dua tiga kali.  Mereka berbalas senyum. Anehnya, Mahyuddin tidak terus mengajukan  pertanyaan pada datuk. Ada keraguan yang terpamer di wajah Mahyuddin.  "Tanyalah apa yang mahu kau tanyakan pada ku, apa rahsia yang mahu kau  katakan pada ku Mahyuddin?"    "Sahabat juga membela harimau seperti saya."    "Tidak."  Muka Mahyuddin jadi pucat, bila dia mendengar datuk menyebut perkataan  'tidak' dengan serta merta dia menekup mulutnya dengan kedua belah  telapak tangannya. Dahi Mahyuddin kelihatan berkerut. Saya kira  Mahyuddin merasa kesal dengan apa yang telah dilakukannya. Dia bimbang  dengan tindak tanduknya itu, perasaan datuk akan terguris.    "Maafkan saya”, Mahyuddin tersipu‐sipu.  "Tak apa, setiap orang berhak bertanya dan menyoal, perbuatan kamu tidak  salah."   

Page 892 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Tapi, boleh melukakan perasaan orang."  "Tidak,kerana aku sememangnya tidak membela harimau, cuma ada orang yang  berpendapat aku membelanya”, datuk membuka rahsia diri.  Mahyuddin anggukkan kepala. Saya mula resah tidak menentu, memang bosan  duduk dalam rumah yang pergerakannya serba terbatas. Saya sandarkan  badan ke dinding dan kedua belah kaki saya luruskan. Dan sepasang mata  saya kembali tertumpu pada awan serta dedaun yang dapat saya lihat dari  jendela yang terdedah.    "Pelik juga, orang yang tidak tahu tentang harimau dapat menguasai  harimau”, rungut Mahyuddin sambil matanya merenung pangkal dagu datuk.    Kemudian Mahyuddin minta izin dari datuk untuk melihat garis‐garis di  pergelangan tangan kiri datuk. Permintaan itu tidak dihampakan. Setiap  bulu roma dan kedut kulit lengan datuk ditatap oleh Mahyuddin dengan  teliti, sesekali dia menggosok lengan datuk dengan telapak tangannya  perlahan‐lahan macam mencari atau merasa sesuatu.    "Berdasarkan rabaan dan gerak urat‐urat sendi awak, memanglah awak tidak  memelihara harimau, awak berterus terang dengan saya”, Mahyuddin  berhenti meraba pergelangan tangan datuk.    Dia termenung sejenak. Kulit dahinya kelihatan berlapis dan kedua belah  kelopak matanya kelihatan kian mengecil melindungi sepasang anak matanya  yang tajam. Tiba‐tiba Mahyuddin melepaskan sebuah keluhan. Belakangnya 

Page 893 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

bertemu dengan papan dinding. Keningnya masih juga berkerut.    "Awak memang tidak ada hubungan dengan harimau tetapi ... "  "Teruskan Mahyuddin”, desak datuk.  "Waktu saya mengejar awak dalam hutan, saya selalu di pintas dan  disergah oleh harimau, mujurlah saya berjaya mengunci geraknya, kalau  tidak mati saya."    "Biasanya harimau yang mengikut saya tidak mengacau atau membinasakan  sesiapa kecuali dirinya dicederakan"  "Begitulah, antara kita berdua ada perbezaan dalam menguasai dunia  binatang."  "Aku tidak menguasai binatang”, kata datuk dengan nada suara yang agak  tinggi, seolah‐olah menafikan tanggapan yang dibuat oleh Mahyuddin itu.    Cepat –cepat Mahyuddin tepuk bahu datuk. Mereka berbalas senyum. Saya  terkejut bila Mahyuddin kenyitkan matanya pada saya. Dengan itu,  fahamlah saya yang Mahyuddin sekadar mahu mengusik datuk.  "Saya fikir eloklah kita keluar dari rumah ni, duduk berehat di belakang  rumah pula." Mahyuddin mengeluarkan cadangan.  Sayangnya cadangan itu ditolak oleh datuk dengan alasan, kalau dia  berada di tepi hutan kecil di belakang rumah, harimau yang selama ini  mengikuti dirinya akan muncul!.  "Biarkan si Tamar saja yang keluar untuk bermain”, kata datuk. Saya  gembira mendengar perintah itu. Tanpa membuang masa, saya terus melompat 

Page 894 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

ikut pintu, dalam beberapa saat saja sudah berada di tanah. Bila berada  di tanah saya jadi bodoh, saya tidak tahu dengan siapa saya mesti  berkawan. Saya renung ke hulu hilir silih berganti. Akhirnya, saya duduk  di bawah pohon mempelam. Dalam keadaan matahari yang kian mengecil di  dada langit, saya tercium bau yang am at wangi, beberapa ekor ayam  hutan, entah dari mana datangnya muncul di bawah rumah.  Saya naik ke rumah kembali. Bila saya berdiri di muka pintu, saya lihat  datuk dan Mahyuddin berdiri tanpa baju. Saya tidak tahu apa yang mereka  lakukan ketika saya tidak ada di atas rumah.  Saya duduk di tempat asal saya. Datuk dan Mahyuddin masih lagi berdiri,  mereka bagaikan tidak menyedari kedatangan saya.  Saya pura‐pura batuk. Serentak datuk dan Mahyuddin merenung ke arah saya  dengan rasa terkejut. Keduanya mengenakan baju ke badan kembali dan  terus berdiri. Mereka masih lagi merenung ke arah saya.  "Ada apa tuk?" Tanya saya.  "Tak ada apa‐apa Tamar, kami cuma berlatih menguatkan urat‐urat badan”,  balas datuk dengan wajah yang selamba. Saya menggigit bibir dan terus  duduk.  Aneh, datuk dan Mahyuddin masih lagi berdiri, bertentang mata dengan  kedua belah tangan menolak bahu pihak yang menentang (datuk tolak bahu  Mahyuddin dan Mahyuddin pula tolak bahu datuk) masing‐masing kelihatan  berusaha menewaskan pihak yang menentang. Muka datuk dan Mahyuddin  kelihatan merah, sepasang kaki mereka bagaikan melekat di lamai. Badan  keduanya kelihatan berulas‐ulas dan daging yang terlekap di bahagian  bawah ketiak, kelihatan mengembang macam ahli bina badan dalam pertunjukan. 

Page 895 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Semua yang saya lihat menimbulkan berbagai‐bagai ramalan pada diri saya,  mungkin mereka beradu kekuatan cara batin atau mungkin saja. Ramalan  yang terjadi dalam diri saya itu bagaikan mendesak menyuruh saya menyoal  datuk.  "Latihan apa ni tuk, saya tak pernah melihat tuk berlatih macam ini”,  tanya saya dan terus bangun, kemudian duduk berhampiran kaki kanannya,  saya lihat urat‐urat dan ketul¬ketul daging di betis datuk berulas‐ulas  pejal.  "Jauh Tamar”, tekanan suara datuk meninggi. Saya tidak peduli dengan  perintahnya. Saya merasa seronok melihat daging buah betisnya yang pejal  bergerak‐gerak, geram juga rasa hati melihat bulu romanya yang tumbuh  panjang di betis, bulu romanya juga bergerak, macam tunggul lalang  dilanggar kaki lembu.  "Jauhhhh .... “, tempik datuk, saya jadi terkejut dan terus melompat  lari ke arah muka pintu. Suara datuk yang keras dan kasar itu membuat  badan saya jadi menggeletar tidak tentu arah.  Saya terus duduk di atas bendul pintu sambil berjuntai kaki tetapi,  sepasang mata saya masih menyorot telatah datuk dan Mahyuddin.  Tiba‐tiba, Mahyuddin menjatuhkan kedua belah tangannya dari memaut bahu  datuk, kedua belah telapak tangannya dikembangkan macam bentuk ekor  burung merpati, Mahyuddin melompat lalu melepaskan satu tendangan yang  cukup kencang ke dada datuk. Bagaikan kilat datuk memegang telapak kaki  kanan Mahyuddin dan terus memusingkannya. Mahyuddin terlentang atas lantai.   

Page 896 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Macam mana boleh jadi begini? Pada mulanya kita berjanji melakukan  semuanya ini sekadar untuk menegangkan urat di samping mencari punca  atau bentuk langkah silat yang kita  amalkan serupa atau tidak, tiba‐tiba lain pula yang kau lakukan”, nada  suara datuk cukup kecewa dan hampa. Wajahnya kelihatan muram sekali.  Saya menggigit bibir. Mahyuddin segera meraba pangkal lehernya  berkali‐kali. Kemudian dia terus duduk dalam keadaan berdiri lutut.  Kedua belah lengannya terkandas atas kepala lutut. Dia termenung panjang  dengan sepasang matanya merenung lantai.    "Inilah kelemahan saya sahabat, terlalu sangat menurut kata hati hingga  menenggelamkan akal fikiran sendiri”, kesal benar bunyi nada suara  Mahyuddin.  Ketika dia berkata ‐kata itu wa jah datuk tidak dipandangnya. Saya lihat  datuk masih berada dalam keadaan yang sungguh tenang. Dua tiga kali dia  meraba‐raba hujung dagunya.    "Mungkin pengalaman lalu mengajar saya jadi begini?" "Pengalaman macam  mana Mahyuddin."  "Masa belajar silat dulu, kawan seguru yang dianggap setia, diajak tidur  di rumah, makan seperiuk tiba‐tiba mengkhianati diri saya sendiri."  "Khianat macam mana?"  "Isteri saya dirampas dengan secara terhormat hingga saya bercerai,  kemudian dia kahwin dengan isteri saya."   

Page 897 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Datuk menghampiri Mahyuddin,dua tiga kali bahu manusia harimau  (Mahyuddin) diurut oleh datuk dengan penuh manja, macam seorang ayah  memujuk anak kesayangan yang merajuk. Dan saya bagaikan ditolak‐tolak  oleh sesuatu yang menyebabkan saya bergerak dan duduk di sebelah  Mahyuddin. Mahyuddin menarik nafas panjang, kepalanya diangkat  perlahan‐lahan hingga tegak. Dia merenung dinding rumah dan setiap benda  yang ada ditatapnya dengan renungan yang sayu sekali. Dan angin petang  yang masuk ke rumah menyentuh rambutnya yang terjuntai di atas dahi,  rambut itu bergerak‐gerak lemah.    "Dalam zaman pemerintahan Jepun dulu, kawan serumah yang dianggap  sebagai adik dunia akhirat, tiba‐tiba mengadu pada Jepun tentang  kegiatan saya hingga saya diburu Jepun, saya ditangkap hingga dipaksa  minum air sabun oleh tentera Jepun, dengan kehendak Allah saya  dibebaskan, pengalaman yang saya tempoh mengajar saya jadi begini  sahabat”, Mahyuddin meraba bibir bawahnya dengan hujung kelingking.    Saya lihat kelopak matanya digenangi air jernih. Rasa simpati dan hiba  menguasai diri saya. Tanpa disedari air mata membasahi kulit pipi saya  yang keras.    "Tamar, kau orang lelaki, kau anak jantan, yang mempunyai hati betina,  jangan mudah mengeluarkan air mata”, bisik datuk ke telinga.  Cepat‐cepat saya kesat air mata, segaris senyum saya pamerkan untuk  datuk. Tanpa membuang masa lagi datuk menegakkan ibu jari kanannya 

Page 898 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

sambil tersenyum lebar. Hati saya jadi kembang macam bunga matahari  kembang pagi.    Di luar matahari mula jatuh di kaki langit. Kicau burung tidak  kedengaran dan rama‐rama sudah berhenti terbang. Kecuali bunyi suara  burung kuang mula kedengaran. Dan alam keliling mula beransur  samar‐samar. Mahyuddin masih lagi duduk di tempat. tadi dengan datuk di  sisinya.  "Sejak itu, saya rasa cukup susah untuk menegakkan keyakinan dalam diri  saya terhadap orang yang bersikap jujur pada saya”, keluh Mahyuddin.  Datuk terus juga menepuk¬‐nepuk bahu Mahyuddin, jari tangan datuk terus  dipegang oleh Mahyuddin erat‐erat, muka datuk dipandangnya.  "Salah kah saya sahabat?"  "Kau tidak bersalah, pengalaman membentuk kau jadi begitu dan itu adalah  hak kau dan hak itu kalau kau kembalikan pada ajaran agama Islam yang  mahukan seliap pengikutnya bersikap jujur, timbang rasa dan kasih  sayang, sudah tentu tentu merasa bahagia."    "Apa yang mesti saya buat.."  "Kembali pada ajaran agama, bersihkan hati dan perasaan”, terang datuk.  Lagi sekali Mahyuddin tunduk merenung lantai.  "Mari kita bersihkan diri dan pergi ke masjid, Maghrib sudah dekat”,  sambung datuk.    Tanpa banyak soal, saya terus ke telaga dan mandi, diikuti oleh 

Page 899 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Mahyuddin dan akhir sekali datuk. Setelah itu serentak kami melangkah  meninggalkan rumah. Setelah selesai sembahyang Maghrib dan Isyak, datuk  membaca Al‐Quran, saya membaca Muqaddam, Mahyuddin membaca surah Yasin.  Kira‐kira jam sebelas malam, kami berhenti dari kerja‐kerja yang  dilakukan. Datuk membuat. keputusan untuk bermalam di masjid tetapi,  Mahyuddin mendesak datuk bermalam di rumahnya.    "Masjid sebaik‐baik tempat untuk berteduh”, kata datuk. "Ke rumah saya  sajalah, banyak hal yang belum saya selesaikan dengan sahabat, banyak  rahsia diri saya yang belum terbongkar untuk pengetahuan awak."  "Kita selesaikan di sini, berkatnya lebih”, datuk menolak.    Wajah Mahyuddin segera berubah, dia mula menunjukkan sikap menentang.  Dia jadi panas hati kerana datuk tidak mahu memenuhi permintaannya. Saya  jadi resah, saya takut berlaku perkelahian lagi. Kerana saya tahu  perangai datuk, dia tidak akan mengalah pada sesiapa sampai kali  keempat, ini memang merupakan satu pantang larang dalam dirinya. Dia  boleh dihina, dijatuhkan maruahnya di mana‐mana saja sebanyak tiga kali,  tetapi untuk kali yang keempat dia akan bangun melawan secara  berhabis‐habisan.    Dalam keadaan diri saya yang serba salah itu, saya lihat datuk  sembahyang dua rakaat, seolah‐olah tidak ada sesuatu pun yang berlaku.  Setelah memberi salam terakhir, dia senyum pada Mahyuddin dan  menghulurkan salam. Mahyuddin menyambut salam itu. 

Page 900 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Bebaskan diri dari rasa cepat marah, orang yang cepat marah adalah  tempat syaitan bermain yang menjadikan kita menyimpan perasaan hasad dan  dendam,” sambil tersenyum datuk berkata. Mahyuddin terdiam.    “Isikan dada dengan rasa sabar kerana sabar itu akan membuat kita  mengenali diri sendiri yang serba kurang dan secara tidak langsung  membuat kita berfikir, bahawa tidak ada yang lebih berkuasa di dunia ini  selain daripada Allah, “ tambah datuk lagi.    Mahyuddin merenung muka datuk, kemudian tanpa dipaksa oleh sesiapa, dia  bersetuju untuk tinggal bersama datuk di masjid tersebut sepanjang malam.    Rupanya di dalam masjid, Mahyuddin memperoleh satu ketenangan bagi  dirinya serta datuk dan saya. Mahyuddin menceritakan pada datuk, sejak  dia dikhianati oleh kawannya sendiri, dia tidak pernah berhasrat untuk  mempunyai seorang isteri.    "Kalau saya kahwin bukan kerana saya sukakan perempuan tetapi sekadar  mengelakkan diri saya dari melakukan zina”, katanya. Dan datuk tidak  mahu menyoal lebih lanjut lagi tentang hal itu. Dan perkara itu mati  begitu sahaja.    “Saya tahu, awak memang tidak membela harimau dan harimau yang  mendampingi awak itu merupakan harimau peninggalan datuk nenek awak yang 

Page 901 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

diwariskan pada awak, sampai waktunya harimau itu akan meninggalkan awak  juga”, saya terkejut mendengar cakap Mahyuddin itu.    “Lagi apa yang awak tahu?”    “Awak adalah waris terakhir, bila awak mati harimau itu tidak akan  mencari keturunan awak untuk menjadi tuannya”    “Saya tidak tahu”    “Sekarang awak sudah tahu, harimau yang mendampingi awak tu sudah cukup  tua, sebagai makhluk yang bernyawa dia akan mati juga”    Penjelasan Mahyuddin itu amat menarik sekali. Sebagai manusia yang sedar  dirinya serba kekurangan, datuk mengakui bahawa, Mahyuddin bukan  calang‐calang manusia. Dia tahu dengan apa yang dicakapkannya. Dia  manusia yang arif tentang harimau dan dunianya. Datuk rasa cukup kagum  dengan Mahyuddin, tidak banyak manusia di alam Melayu yang belajar silat  harimau.    "Inilah kelebihan awak dan kekurangan awak tidak boleh mengawal perasaan  marah, sesungguhnya tidak ada ilmu yang cukup sempurna, bagi manusia”,  kata datuk.    “Tepat sekali”, sahut Mahyuddin. 

Page 902 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Kelopak mata saya terasa berat, bayang datuk dan Mahyuddin memanjang di  dinding dalam sinar lampu gasolin yang sekejap terang dan sekejap malap.    Saya merebahkan badan atas lantai, lantas saya terkenangkan nenek di  kampung, saya membayangkan ketika begini nenek akan berada di ruang  tengah rumah, berbumbung limas dengan sebuah pelita minyak tanah di  hadapannya.    Nenek akan menjalankan kerjanya dengan tekun menganyam tikar mengkuang  panjang dua belas atau melurut mengkuang ladang dengan kayu untuk dibuat  tudung saji. Tiba‐tiba saja rasa rindu pada nenek berbunga dalam hati  kecil saya.    “Tunggu sebentar, biar saya pulang dulu, sebelum kokok ayam pertama  berbunyi saya akan datang ke sini”    “Kenapa begitu pula jadinya?”    “Kedatangan saya kali ini akan membuka rahsia diri saya pada awak, bila  rahsia itu saya buka, saya akan merasa bahagia kerana orang yang mahu  saya serahkan atau mewarisi pusaka saya telah saya temui”    “Maksud awak saya yang berhak?”   

Page 903 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Kira‐kiranya begitulah”, sahut Mahyuddin dengan senyum.    Mahyuddin berdiri. Melangkah tiga tapak ke hadapan, bila dia melangkah  untuk kali keempat, batang tubuhnya terus hilang dari penglihatan saya.  Sebagai manusia yang ingin mengetahui sesuatu, saya segera menerpa ke  pintu masjid dan berdiri kaku di situ.    Apa yang saya lihat ialah kegelapan malam yang cukup pekat. Di langit  tidak ada sebiji bintang tergantung, pokok‐¬pokok di hadapan masjid  kelihatan kaku. Bunyi burung kuang kuit mula kedengaran.    "Tamar, kalau burung tu berbunyi, tandanya ada harimau berjalan malam”,  kata datuk. Perlahan‐lahan saya melangkah meninggalkan muka pintu masjid.    "Biasanya burung tu berbunyi awal tapi malam ni agak jauh malam baru  berbunyi, jangan‐jangan suara syaitan”, sambung datuk lagi. Saya segera  melompat dan tiba‐tiba saja saya dapati diri saya berada di celah ketiak  datuk.    "Bukan di sini tempat kamu Tamar, pergi tidur di sana”, datuk menolak  badan saya dengan keras, tanpa rasa belas kasihan.    Akhirnya saya rebahkan badan untuk kali keduanya dekat tiang. Marah juga  rasa hati dengan sikap datuk itu. Saya terlelap. Serentak dengan kokok  ayam kali pertama malam itu, saya terjaga dari tidur, saya lihat datuk 

Page 904 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

masih lagi menunggu kedatangan Mahyuddin dengan setia, lampu gasolin  sudah padam.    "Belum datang lagi tuk?"    "Belum."    "Jangan‐jangan dia nak mainkan kita."  "Kita tunggu sampai pagi, kalau dia tak datang kita pergi ke rumahnya,  lepas tu kita balik ke kampung"  Saya terdiam mendengar kala‐kata datuk itu, tidak jauh dari tempat datuk  duduk, kelihatan cahaya api yang sekejap garang dan sekejap mengecil  mengikut tekanan ataupun tiupan angin yang masuk ke dalam masjid. Saya  pasti api itu datangnya dari seludang kelapa kering. Siapa yang membuatnya?  "Aku yang membuatnya, waktu kau tidur tadi aku cari seludang kelapa, aku  hancurkan dengan batu kemudian diikat dengan tali guni, kalau tak ada  seludang ni mati kita kena nyamuk”, saya senyum dalam gelap mendengar  penjelasan itu.    Memang saya tahu datuk boleh membuat kerja seperti itu tetapi mencair  seludang kelapa kering tengah malam, bukanlah satu kerja yang mudah.    "Tidurlah Tamar, kalau dia datang nanti, aku bangunkan kamu”, nasihat  datuk pada saya. Tanpa mengucapkan terima kasih pada datuk, saya terus  membengkokkan badan jadi macam angka lima untuk menahan kesejukan. Baru 

Page 905 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

sekali lelap, saya terdengar bunyi tapak kaki orang memijak lantai  masjid. Cepat‐cepat saya buka kelopak mata. Saya lihat datuk berdiri di  muka pintu masjid sambil memeluk tubuhnya. Mata datuk tertumpu keluar,  dia seolah‐olah dapat melihat sesuatu dalam gelap. Lama benar datuk  berdiri di situ.    Saya tidak jadi meneruskan tidur saya yang terputus. Saya bangun  perlahan‐lahan dan terus duduk, semua gerak geri datuk saya perhatikan  dengan cukup teliti. Burung kuang‐kuik kian kuat berbunyi,  bersahut‐sahutan dengan kokok ayam yang memanjang. Saya pasti kokok ayam  itu bukan kali pertama, paling kurang kokok, kali yang kedua atau yang  ketiga. Mungkin kerana Mahyuddin tidak muncul dalam waktu yang  dijanjikan, membuat datuk resah.    Datuk meluruskan tangan kiri, tangan kanannya yang meraba ikat kepala  itu, saya terdengar desir angin yang cukup kuat, datang dari arah pintu  masjid tempat datuk berdiri. Baju dan seluar datuk nampak  bergerak‐gerak, begitu juga dengan kain ikat kepalanya. Tiupan angin itu  cukup kuat membuat datuk terpaksa memegang jenang pintu, kalau datuk  tidak berpaut saya yakin dia akan jatuh.  Kira‐kira sepuluh minit kemudian tiupan angin itu berhenti, saya  terdengar seperti ada benda jatuh atas lantai masjid. Datuk menuju ke  arah bunyi benda jatuh.   

SBDJ (Jilid 03) Siri 52: Sebilah Keris Aneh 

Page 906 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Baru dua langkah datuk mengatur tapak, saya terpandangkan cahaya api  yang kuat. Cahaya itu kelihatan bergerak menuju ke masjid. Perasaan saya  jadi cemas.  "Ada orang bawa suluh datang ke sini tuk”, kata saya memberitahu datuk.  Dan datuk segera membatalkan niatnya menuju ke arah benda jatuh. Dia  patah balik dan berdiri dekat saya di ambang pintu masjid. Tiada rasa  cemas dan bimbang terpamer di wajahnya.  "Tamar"  "Ya tuk"  "Yang kau tengok tu bukannya suluh."  "Kalau bukan suluh, apa dia tuk?"  "Itu disebut andang yang dibuat dari daun kelapa."  "Hum, saya tak tahu tuk."  "Kalau tak tahu belajar, orang Melayu kaya dengan bahasa, setiap benda  ada nama dan gelarannya."  "Huh..”, satu keluhan terpancut dari mulut saya.  Dalam saat‐saat cemas begitu, datuk masih mahu memperkenalkan saya  dengan benda‐benda yang baru. Saya mula terasa yang diri saya ini,  terlalu miskin dengan perbendaharaan kata‐kata bahasa sendiri. Mata saya  masih lagi terpaku pada andang daun kelapa. Bunga‐bunga api yang dicipta  oleh andang tersebut kelihatan berterbangan di udara, sebelum jatuh ke  bumi. Satu pemandangan yang amat menarik dan cantik bagi saya. Cahaya  api itu, kian lama kian hampir ke masjid.  "Sahabat, saya datang”, dada saya terasa lapang. Saya kenal dengan suara 

Page 907 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

itu. Datuk renung muka saya. Api andang daun kelapa pun padam. Dengan  tenang Mahyuddin melangkah menghampiri saya dan datuk. Wajahnya nampak  tenang.  "Kenapa lambat'!"  "Mencari benda yang mahu saya serahkan pada awak. Benda itu hilang dari  tempat simpanannya”, suara Mahyuddin penuh kesal.  Datuk terus menepuk‐nepuk bahu Mahyuddin beberapa kali. Mahyuddin seluk  baju cekak musang yang dipakainya. Dia mengeluarkan sekotak mancis cap  kuda terbang. Mahyuddin terus membakar sumbu pelita minyak tanah yang  dibawanya. Sebahagian daripada ruang masjid terang benderang dilingkari  oleh cahaya lampu minyak tanah.  Saya merenung ke luar, tidak ada satu benda pun yang dapat saya lihat,  suasananya gelap. Datuk dan Mahyuddin sandarkan badan ke dinding masjid.  Masing‐masing merenung api di sumbu pelita minyak tanah yang  terlentuk‐lentuk ke kiri dan ke kanan mengikut hembusan angin malam.  Suara cengkerik jelas kedengaran.  “Tadi ada benda jatuh dalam masjid, baru mula nak cari, awak dah  datang”, ujar datuk seraya menggosok‐gosok pangkal hidungnya.  "Apa bendanya sahabat?"  "Entah, saya pun tak tahu, pinjam pelita sekejap biar saya cari apa  bendanya."  "Itu memang elok, kalau yang jatuh tu benda tak bernyawa tak apalah,  tetapi kalau benda bernyawa seperti ular atau lain‐¬lain, bahaya kita  dibuatnya."  "Betul cakap awak”, balas datuk. 

Page 908 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Saya renung kiri kanan, memang seram bila Mahyuddin menyebut perkataan  'ular' bulu tengkuk saya berdiri dengan sendiri. Saya dapat membayangkan  kalau benar ular jatuh tengah masjid, pasti bukan ular sembarangan,  mungkin ular jadi‐jadian. Saya terus melompat dan duduk di sisi Mahyuddin.  "Kau takut?" Tanyanya pada saya.  "Tidak”, balas saya sambil menegakkan dada.  Tunjuk berani tetapi, hati tetap berdebar. Tuhan sahaja yang tahu  perasaan saya ketika itu. Kepala lutut saya yang bertemu dengan kepala  lutut Mahyuddin menggeletar, membuat Mahyuddin tersenyum sinis pada  saya. Dengan cahaya pelita minyak tanah di tangan, datuk terus berarak  menuju ke arah sebelah kanan masjid. Datuk yakin di situlah benda ganjil  ilu jatuh. Saya dan Mahyuddin hanya melihat segala gerak‐geri datuk.  "Keris”, jerit datuk.  Saya dan Mahyuddin segera menghampirinya. Sebilah keris terdampar atas  lantai masjid. Hulunya diperbuat dari tanduk dalam bentuk muncung dan  paruh burung helang. Sarungnya diperbuat dari kayu jenis keras. Bila  terkena cahaya pelita, sarung dan hulu keris kelihatan bersinar•sinar.  Datuk tidak berani menjamah keris tersebut, kerana hulu keris  mengeluarkan asap nipis yang memanjang ke atas, bentuk asap itu  kelihatan berliku‐liku. Bila asap itu hilang, keris tersebut kelihatan  bergerak sendiri dalam sarungnya, macam mahu keluar. Dengan tenang  Mahyuddin menjamah keris tersebut. Kemudian membalutkan badan keris itu  dengan kain kuning yang dikeluarkan dari saku seluarnya. Keris itu  diletakkan kembali atas lantai dan Mahyuddin terus duduk bersila di  depan keris. Dia kelihatan macam orang bertafakur. 

Page 909 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Inilah yang mahu saya berikan pada sahabat, belum pun sempat saya  bertindak dia dah terbang mencari sahabat”, ujar Mahyuddin sambil  merenung wajah datuk.  Beberapa saat kemudian, saya lihat Mahyuddin menatang keris itu untuk  diserahkan pada datuk. Tetapi, datuk enggan menerimanya. Mahyuddin  terpaksa meletakkan kembali atas Rupanya tindak tanduk datuk itu  difahami oleh Mahyuddin.  Datuk mahu dia bercerita serba sedikit tentang keris ganjil itu. Menurut  Mahyuddin, keris itu dibuat dengan tangan oleh guru silatnya. Mata keris  itu dipadukan dengan lima jenis besi yang diambil dari lima buah gua di  gugusan kepulauan Melayu iaitu dari tanah Bugis, Melaka, Bukit  Seguntang, Pulau Mindanao (Filipina) dan Patani (Selatan Siam). Ketika  dia bertapa dalam hutan, mata keris itu telah dijilat oleh harimau tiga  malam berturut‐turut.  Kata Mahyuddin lagi, keris itu telah membunuh tiga orang Belanda, tiga  orang Inggeris dan lima korbannya terdiri dari orang‐orang asing yang  mahu menjajah alam Melayu. Saya menarik nafas panjang mendengar  ceritanya. Saya kira, ceritanya itu tidak dapat diterima oleh akal.  Datuk tidak melahirkan sebarang pendapat berhubung dengan cerita  Mahyuddin itu. Datuk hanya menggigit kuku di ibu jari.  "Sekarang sahabat sudah tahu, sayalah harimau dan sayalah orang yang  menyimpan keris air liur harimau yang bisa. Ingat, keris ini ada  pantangnya. Jangan dibuat sembarangan, pantangnya tidak boleh ditikam ke  badan manusia yang sebangsa dan seagama, kalau dilanggar pantang orang  yang menyimpannya akan mati muntah darah”, kata Mahyuddin lagi. Saya 

Page 910 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

garu dahi dan datuk terus membisu seribu bahasa.  "Sahabat, umur saya dah lebih lapan puluh tahun, dengan kemahuan Allah  saya sudah menemui seorang sahabat, sekarang sudah sampailah masanya  saya menghebahkan rahsia diri saya pada orang‐orang kampung. Sahabat dan  cucu sahabat menjadi saksi dalam hal ini”, tekanan suara Mahyuddin cukup  lantang.  Mukanya kelihatan berseri‐seri. Dia terus meletakkan keris yang berbalut  kain kuning atas riba datuk. Cepat‐cepat datuk meletakkan keris itu ke  tempat asalnya. Datuk tidak mahu menerima pemberian tersebut. Datuk  segera bangun. Tangan kanannya ditekankan ke dinding masjid. Pelita  minyak tanah terus mengerdip. Suara katak dan cengkerik tidak  putus‐putus berbunyi.  "Apa erti semuanya ini Mahyuddin?", soal datuk.  "Orang yang merantau akan kembali, setiap kehebatan dan kekuatan ilmu  dunia yang dituntut akan terpisah juga dengan manusia, hanya ilmu  akhirat saja yang dibawa, begitu juga dengan saya”, cukup jelas dan  teratur Mahyuddin berkata‐kata.  Tetapi, saya jadi kelam‐kabut, sukar sekali memahami atau mencari pati  dari kata‐katanya itu, berbelit‐belit macam ada unsur falsafah.  "Sahabat ku.. "  "Saya faham, tunggu sampai sembahyang subuh”, ujar datuk bila Mahyuddin  mahu menyambung kata‐katanya.  Mahyuddin patuh dengan permintaan datuk. Mahyuddin bangun, berjalan ke  muka pintu surau. Datuk mengekor di belakangnya. Mereka berdiri di situ  merenung ke kaki langit, sebutir bintang timur kelihatan mengerdip 

Page 911 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dengan indah. Awan cukup bersih.  "Mahyuddin."  "Ya sahabat."  "Awak berkawan dengan jin?"  "Ahhh...”  Mahyuddin tidak menghabiskan kata‐katanya. Datuk terus memicit bahu  kanan Mahyuddin yang kelihatan resah tidak menentu. Saya mula rapat ke  arah datuk dan Mahyuddin, berdiri di belakang mereka. Pelita minyak  tanah terus menyala. Badan saya mula terasa sejuk. Dua tiga kali saya  mengeliat dan menguap panjang.  "Mahyuddin maafkan aku, kalau kau tersinggung. Aku bukan apa‐apa  Mahyuddin, kita sebagai manusia harus hati‐¬hati, jangan sampai berkawan  dengan jin kafir. Kata orang ketika kita mahu mati nanti kita  disesatkannya”, ujar datuk.  Mahyuddin terus membisu. Mata Mahyuddin masih tertumpu ke kaki langit.  "Sebaik‐baiknya biar kita kenai dengan jin yang seagama dengan kita,  sekadar berkenal saja, kerana mereka makhluk Allah, jangan sekali‐kali  kita memperhambakan diri kita pada mereka atau kita hambakan mereka”,  sambung datuk lagi.  "Sudahlah sahabat, usahlah mengajar”, dari nada suara yang dikeluarkan  Mahyuddin itu ternyata dia kurang senang dengan sikap datuk. Datuk terus  diam. Rupanya sikap datuk itu menguntungkan. Mahyuddin kelihatan tenang.  Dia berjalan ke arah kerantung (beduk) yang tergantung di luar masjid.  Kerantung itu dipalunya bekali¬‐kali menandakan Subuh sudah hampir.  Mahyuddin dan datuk terus mengambil air sembahyang. 

Page 912 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Pukul lagi kerantung tu, waktu Subuh sudah masuk”, Mahyuddin  mengeluarkan perintah pada saya, ketika dia melintas di depan saya.  Tanpa membuang masa, saya terus memukul kerantung bertalu‐talu. Memukul  kerantung memang menjadi kegemaran saya, tidak saya nafikan, serba  sedikit saya telah belajar dari datuk meningkah kerantung dengan  baiknya, tingkah (pukulan) yang saya buat itu semacam ada satu irama  yang boleh membuat orang tersentak dari tidur. Kata datuk, memukul  kerantung Subuh mesti pandai, tidak sembarangan, mesti menarik minat  orang dan boleh membuat orang bangun dari tidur, walaupun bukan bangun  untuk bersembahyang. Peluang itu saya gunakan sekarang.  "Sudah”, jerkah datuk sekuat hati, kayu pemukul terlepas dari tangan  saya. "Bila orang suruh pukul, buatlah setakat yang patut, ini sampai  berjam‐jam”, sambung datuk lagi.  Saya tersengih, macam kerang busuk. Apa mahu dikatakan lagi, memang  salah diri sendiri, tanggunglah akibatnya.  Azan Subuh dilaungkan oleh Mahyuddin, suaranya memang merdu. Kalau  dengar pada suaranya, memang orang tidak duga yang Mahyuddin sudah  berusia hampir lapan puluhan, suaranya lantang macam orang muda berusia  dua puluhan.  Setelah selesai menunaikan sembahyang Subuh, Mahyuddin berlari ke pintu.  Dia minta orang yang bersama dalam masjid supaya jangan meninggalkan  masjid.  Dari muka pintu, Mahyuddin membuka rahsia dirinya. Dia menceritakan  namanya yang sebenar serta asal usulnya. Orang ramai agak terkejut  dengan peristiwa itu. 

Page 913 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Saya rasa tugas saya sudah hampir selesai. Halalkan makan minum saya,  terima kasih atas budi baik orang di sini. Pada sesiapa yang terlalu  hormat dan kagum dengan diri saya, buangkan semuanya itu. Saya adalah  manusia biasa”, cukup bersemangat Mahyuddin bercakap, kemudian dia  berjabat tangan dan berpeluk‐pelukan dengan setiap orang yang lalu dekat  pintu. Dia menangis dan memeluk badan Dumba.  Bila semuanya selesai, Mahyuddin tergesa‐gesa meninggalkan masjid tanpa  mengucapkan sesuatu pada saya dan datuk. Ketika itu hari sudah hampir  cerah. Matahari mula bangun di kaki langit, menebarkan sinarnya ke  seluruh pelosok kampung.  "Ganjil perangainya, dengan orang berpeluk bersalam dengan kita dia buat  tak tahu”, datuk melahirkan rasa kurang senang. Saya tersenyum sambil  merenung ke arahnya.  "Agaknya dia lupakan kita tuk."  "Boleh jadi juga, maklumlah manusia ini tidak lepas dari sifat lalai dan  lemah”, datuk tersenyum.  Rambut genjur saya dijamahnya berkali‐kali. Penuh manja. Setelah selesai  mandi embun dan membuat serba sedikit senaman. Datuk dan saya menuju ke  kedai kopi. Saya makan sebungkus nasi lemak dan minum secawan kopi.  Datuk pula minum air panas yang di campur dengan sedikit garam. Sebagai  mengalas perut, datuk cuma makan dua biji kuih koci.  "Minum air panas dengan garam untuk cuci perut dan melancarkan  perjalanan darah, boleh menghilangkan sakit tekak. Garam mesti dikacau  hingga hancur dan airnya bila sudah dingin baru diminum”, begitu datuk  memberitahu saya. 

Page 914 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Biasanya datuk tidak minum dengan air panas”, kata saya.  "Itu masa di rumah, kau sendiri tahu di rumah tuk minum air yang sudah  di dingin sepanjang malam dan diisi dengan labu, di kedai mana kita nak  dapat air macam tu."  "Saya, faham sekarang."  "Apa yang tuk buat ni boleh diamalkan tetapi khasiatnya kurang sedikit  dari air yang kita dinginkan sepanjang malam."  Datuk membayar semua harga minuman dan makanan.  Kami pulang ke masjid untuk mengambil barang datuk yang tertinggal  iaitu, sehelai kain hitam tiga segi. Pada mulanya, datuk memutuskan  selepas sarapan pagi, mahu terus pulang ke kampung.  "Kau tunggu di sini, biar aku saja yang masuk”, saya tidak membantah  arahan itu. Badan datuk hilang ditelan pintu masjid. Beberapa minit  kemudian dia muncul. Kali ini saya lihat wajahnya lain macam, dahinya  berkerut. Di tangan kanannya terdapat bungkusan yang dibalut dengan kain  kuning. Saya tahu apa yang ada dalam tangan datuk, kerana itu saya tidak  menegurnya.  Matahari kian bersinar. Saya kira sudah pukul lapan. Kulit muka saya  terasa pedih kena panahan matahari. Dua tiga kali saya meraba kulit  muka, tanpa saya sedari datuk sudah berdiri di sisi saya. Dua tiga kali  datuk dongakkan kepala melihat matahari, kelopak matanya pejam celik  menahan panahan matahari.  "Mari kita pulangkan hak Mahyuddin ni."  "Tapi, dia dah beri pada datuk."  "Aku tidak kata apa‐apa, sama ada mahu menerima atau menolaknya." 

Page 915 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Betul juga cakap tuk tu."  Secara tidak sengaja saya terpandangkan lengan kanan datuk yang memegang  benda berbalut kain kuning. Urat‐urat lengan datuk kelihatan timbul.  Benda yang dipegangnya seakan‐akan bergerak sendiri dalam genggaman  datuk. Kulit muka datuk kelihatan tegang macam menahan sesuatu. Saya  terpegun dengan kejadian itu.  "Tamar, jangan tengok benda dalam tangan aku”, pekik datuk. Serentak  dengan itu telapak tangan kirinya jatuh atas kepala saya. Kepala saya  dipulasnya, hingga pandangan saya beralih ke arah lain. Batang tengkuk  saya terasa sakit sekali.  "Jangan”, tambah datuk lagi. Badan saya ditolaknya ke depan.  "Nak ke mana lagi tuk?"  "Ikut aku ke rumah Mahyuddin”, biji mata datuk kelihatan bersinar  garang. Gerak‐gerinya jadi serba tangkas.  Begitulah, di bawah sinar matahari saya dan datuk melangkah di jalan  kecil yang muat untuk dua basikal berselisih. Sebelah kanan jalan  ditumbuhi lalang dan sebelah kirinya dikuasai oleh pokok serunai laut.  Langkah datuk terlalu cepat dan saya terpaksa berlari anak supaya tidak  jauh ketinggalan di belakangnya. Ketika bintik‐bintik peluh menguasai  dahi, saya dan datuk sudah pun berada di halaman rumah Mahyuddin. Pintu  rumah tertutup rapat Tiga kali datuk memberi salam, semuanya tidak  berjawab. Datuk renung tanah di halaman rumah.  "Tapak harimau”, kata datuk.  "Tapak harimau?”, tanya saya cemas, badan mula terasa lain macam.  "Ya”, datuk terus membongkok meneliti kesan tapak kaki harimau. 

Page 916 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Datuk luruskan badannya kembali, dan merenung ke arah belukar kecil di  belakang rumah Mahyuddin. Datuk mengikut kesan tapak kaki harimau yang  menuju ke belukar tersebut Ternyata kesan tapak kaki harimau itu tidak  sampai ke tepi belukar. Hilang di antara tiang depan dengan tiang  bahagian lapur rumah. Datuk termenung panjang, kemudian mendekati saya  yang berdiri tidak jauh dari tangga. Datuk renung muka saya tepat‐tepat  dan bergerak dari kiri ke kanan di depan saya. Datuk berhenti melangkah.  Bibir bawahnya ditekan dengan ibu jari seketika.  "Ganjil”, kata datuk. "Apa yang ganjil tuk?"  "Tapak harimau hilang dalam kawasan rumah”, suara datuk rendah.  Keris yang berbalut kain kuning masih dalam genggamannya. Kerana saya  ditegah melihatnya, saya tidak melihat malah hampir lupa dengan keris  tersebut yang berada pada datuk.  "Ikut aku Tamar."  "Baik tuk."  "Jangan tegur, jangan tanya apa yang aku buat"  "Baik tuk."  Sinar matahari bertambah terik, sesekali kedengaran suara ungka  bersahut‐sahutan di kaki bukit. Burung murai terus berkicau di hujung  dahan menyambut sinar matahari yang memancar terang. Datuk pijak anak  tangga pertama hingga ke anak tangga bongsu. Saya juga berbuat begitu.  Datuk tolak daun pintu yang tidak berkunci. Pandangan pertama yang saya  lihat sesudah pintu terbuka amat mengejutkan. Mahyuddin terbaring kaku  di ruang tengah rumah. Mukanya nampak lebam. Baju cekak musang di  bahagian dadanya terbelah dua. Kulit badannya terkoyak macam dicakar 

Page 917 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

sesuatu, kedua belah kakinya terlipat. Terdapat garisan yang memanjang  di kedua belah betisnya. Datuk jamah pergelangan tangan Mahyuddin,  memeriksa pergerakan nadinya. Datuk menarik nafas panjang sambil  meluruskan kedua belah kaki Mahyuddin. Bahagian dada Mahyuddin datuk  tutup dengan kain pelekat berkotak besar, berwarna merah dan hijau. Kain  pelekat itu datuk ambil dari longgokkan kain Mahyuddin yang terletak  dekat dinding rumah.  "Dia sudah mati."  "Keadaannya ganjil sekali tuk."  "Setiap orang yang dapat meresapkan perasaannya menjadi harimau akan  mati dalam keadaan begini. Selalunya, bila orang menuntut ilmu ini  membuka rahsia diri sendiri, dia tidak akan lama hidup."  "Dia boleh menentukan tarikh matinya tuk?"  "Tidak, dia cuma dapat alamat saja. Kematian dirinya terletak pada kuasa  Allah yang Maha Besar. Ada orang yang  menuntut ilmu ini membuka rahsia dirinya di depan orang ramai tetapi,  masih hidup beberapa tahun lagi."  "Apa yang terjadi pada dirinya, cara kebetulan saja ya tuk."  "Ya memang cara kebetulan, selepas dia buat pengumuman dia pun mati, ini  tidak bererti dia sudah menentukan tarikh matinya. Ingat, jangan  sesatkan diri dengan kejadian begini”, ujar datuk sambil meraba‐raba  hujung dagunya.  Saya dan datuk berehat sebentar dalam rumah Mahyuddin. Keris yang  berbalut kain kuning datuk letakkan dalam peti hitam di bucu rumah. Peti  hitam itu datuk tindih dengan seketul batu yang datuk ambil di ruang 

Page 918 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dapur. Tiba‐tiba saya terdengar menggelodak dalam peti hitam macam ada  orang mengetuk‐ngetuk dari dalam. Bunyinya cukup kuat tetapi, beberapa  minit kemudian bunyi itu beransur kurang dan terus hilang. Wajah datuk  kelihatan tenang.  "Aneh sungguh mayat Mahyuddin tuk"  "Ya Tamar, sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia  melompat macam harimau untuk beberapa minit, kemudian menjadi lemah dan  terus mati”  "Dahsyatnya tuk."  "Begitulah ilmu dunia, tidak ada yang kekal, ada kelebihan dan  kekurangan”, nada suara datuk amat perlahan sekali.  Datuk menyuruh saya menemui Dumba untuk menceritakan hal yang berlaku  pada diri Mahyuddin. Perintah datuk saya patuhi. Dengan ditemani oleh  Dumba saya pergi ke rumah anak angkat Mahyuddin. Tidak sampai setengah  jam, berita kematian Mahyuddin heboh seluruh kampung. Salah seorang  penduduk kampung terus menuju ke masjid, memukul beduk (kerantung)  menandakan ada kematian berlaku di kampung. Menjelang waktu Zohor, mayat  Mahyuddin pun dike¬bumikan. Orang yang bekerja keras menyelenggarakan  pengebumian Mahyuddin, tidak lain dan tidak bukan ialah Dumba sendiri  dengan dibantu oleh anak angkat Mahyuddin.  "Semuanya sudah selesai, biarlah kami balik”, beritahu datuk pada anak  angkat Mahyuddin dan Dumba di kaki tangga.  Muka Dumba segera berubah mendengar cakap datuk, begitu juga dengan anak  angkat Mahyuddin. Mereka tahu, bukanlah satu perkara yang mudah untuk  mendapatkan kenderaan, bila sudah pukul lima petang. Belum sampai ke 

Page 919 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Slim River hari sudah malam, lagi pun perkhidmatan bas penumpang tamat  pada jam enam petang.  "Begini saja, arwah bapa angkat saya ada meninggalkan pesan, sekiranya  dia mati, dia minta rumahnya ditunggu selama satu malam. Orang yang  dipilihnya ialah tuan sendiri”, anak angkat Mahyuddin membuka rahsia.  Orangnya bertubuh kecil, berambut kerinting dan berdahi sempit.  "Bila dia cakap dengan awak?"  "Sejak dia mengenali diri tuan, katanya tuan tahu serba sedikit tentang  kebolehannya."  Datuk termenung panjang. Saya tahu fikiran datuk ketika itu berbalah  sama ada mahu tidur di rumah Mahyuddin atau meneruskan perjalanan. Kalau  datuk bertanya pada saya, sama ada mahu bermalam di situ atau pulang,  saya akan menyuruh datuk pulang saja. Apakan daya datuk tidak bertanya  pada saya.  "Tunaikan pesanan arwah. Kalau dulu awak minta saya berbaik dengannya  dan saya penuhi permintaan awak, sekarang saya minta awak tunaikan  wasiatnya”, Dumba pula mengeluarkan pendapatnya.  Datuk masih lagi termenung, keningnya kelihatan berkedut. Ruang rumah  Mahyuddin direnung pada setiap sudut. Akhirnya, biji mata datuk tertumpu  pada peti hitam yang berisikan keris.  "Baiklah, cuma semalam saja”, kata datuk sambil bangun.  Anak angkat Mahyuddin dan Dumba yang sedang duduk bersila di lantai  rumah turut bangun sama. Mereka kelihatan riang. Datuk tidak  menghampakan permintaan mereka. Malam itu setelah selesai sembahyang  Maghrib dan Isyak di masjid, saya dan datuk terus menuju ke rumah arwah 

Page 920 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Mahyuddin, bila sampai di rumah, anak angkatnya sudah sedia menanti  kami. Makan malam sudah tersedia di ruang rumah. Tiga pelita minyak  tanah sudah terpasang.  Ada satu keganjilan yang dilakukan datuk ketika makan malam. Dia  mengepalkan nasi sebanyak tujuh kepal. Diletakkan berderet di pinggir  pinggan. Datuk memulakan makan nasi yang sudah dikepalkannya itu dari  kiri ke kanan. Dia tidak menjamah lauk pauk yang tersedia di situ.  "Ini petua, kalau si mati bersahabat dengan makhluk jahat kita boleh  tahu”, datuk membuka rahsia. Mulut anak angkat Mahyuddin terlopong.  Sayang, datuk cuma membuka rahsia setakat itu saja. Dia tidak  menerangkan perkara ini dengan lebih mendalam lagi.  "Macam mana kita nak tahu hal tu tuan?" Tanya anak angkat Mahyuddin.  "Bila kepal nasi yang ganjil bilangannya kita telan, kita akan tersedak,  tapi ada pula caranya yang boleh membuat hal itu jadi. Bukan boleh pakai  suap saja, nanti lain kali aku beritahu pada kamu”, datuk terus meneguk  air.  Lebih kurang pukul sepuluh malam. Anak angkat Mahyuddin membawa pulang  pinggan mangkuk yang telah digunakan itu. Saya terus baring dan datuk  terus membaca surah Yasin. Dalam suasana yang tenang itu, peti hitam  yang berisikan keris berbunyi. Batu penindih yang diletakkan di atas  penutupnya terus bergerak. Makin lama, bunyi itu makin kuat. Saya mula  resah. Datuk berhenti membaca surah Yasin. Dia terus renung ke arah peti  hitam yang masih berbunyi itu. Datuk lagakan gigi atas dengan gigi bawah  berkali‐kali. Mulutnya mula bergerak¬‐gerak macam membaca sesuatu.  Tiba‐tiba datuk menampar lantai rumah dengan sekuat hati. Bunyi dalam 

Page 921 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

peti hitam terus berhenti. Serentak dengan itu, pintu rumah terbuka.  Anak angkat Mahyuddin terpacak di situ. Mukanya pucat lesi, ditoreh  tidak berdarah.  "Kenapa?" Tanya datuk.  "Saya diikuti harimau besar."  "Tak apa, kau baliklah, ambil kain pelekat ayah kamu dan belitkan ke  badan, nanti harimau itu tak akan mengikut kau lagi”, datuk menyerahkan  kain pelekat pada anak angkat Mahyuddin.  Dengan tenang lelaki berambut kerinting yang mempunyai anak satu itu  meninggalkan rumah. Usaha datuk tidak sia‐sia. Setelah dibekalkan dengan  kain pelekat, anak angkat Mahyuddin dapat meneruskan perjalanannya  dengan aman. Kalau dia diganggu atau diekori harimau tentu dia datang  menemui datuk. Kami tunggu hingga jam dua belas malam. Anak angkat  Mahyuddin tidak juga muncul‐muncul.  Lebih kurang jam dua pagi, saya terpandangkan seorang lelaki berserban  kuning duduk atas peti hitam menatang sebilah keris. Wajahnya kelihatan  bersih. Hal itu segera saya beritahu pada datuk yang masih membaca surah  Yasin. Lelaki berserban kuning masih lagi duduk di atas peti hitam.  Kedua belah tangannya terletak atas kepala lutut. Saya lihat keris yang  ditatangnya sudah tidak ada lagi di tangannya. Bila datuk selesai  membaca surah Yasin, dia segera merapati peti hitam. Orang yang  berserban kuning sudah tidak ada lagi di situ. Datuk membuka peti hitam  dan mengeluarkan keris yang berbalut kain kuning. Keris itu ditatangnya  seketika.  "Bukan keturunan aku mengambil barang yang bukan hak aku, sekarang aku 

Page 922 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

pulangkan kembali pada yang berhak kerana orang yang menjaganya selama  ini sudah tak ada lagi”, perkataan yang keluar dari mulut datuk cukup  jelas dan teratur, bagaikan ada manusia di hadapannya mendengar apa yang  dikatakannya.  Datuk membuka sila lalu bangun. Dia melangkah dua tapak ke belakang.  Berhenti dan meluruskan kedua belah kakinya, macam tentera yang sedang  berkawad di padang. Kedua belah tangannya masih lagi menatang keris yang  berbalut kain kuning. Datuk maju setapak, dua tapak dan berdiri  betul‐betul di depan peti hitam. Keris yang berbalut kain kuning  diletakkannya di situ.  "Ini hak kamu, aku diberikan kuasa oleh Mahyuddin untuk menjaga sekejap  saja”, kata datuk sambil duduk bersila, macam seorang panglima menghadap  sultan di zaman silam.  Ketika itu juga, terdengar suara harimau mengaum di bawah rumah.  Suaranya cukup kuat dan nyaring sekali, boleh membangunkan seluruh  penduduk kampung yang sedang tidur. Rumah terasa bergegar seketika,  tiupan angin mula terasa, cukup lembut dan nyaman sekali. Setelah itu,  suasana tenang dan sepi sekali. Saya terlihat orang berserban kuning  berdiri dekat peti hitam membongkok lalu mencapai keris yang berbalut  dengan kain kuning. Datuk masih terpegun di situ. Beberapa saat  kemudian, orang yang berserban kuning hilang dari pandangan saya.  "Semuanya sudah selesai Tamar”, bisik datuk pada saya. Dia menyuruh saya  tidur kembali, tetapi mata saya tidak mahu tidur. Saya terus bertanya  pada datuk:  "Apakah yang kita lihat tadi jin, kawan Mahyuddin tuk?" 

Page 923 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Susah aku nak cakap, tetapi itulah kenyataan yang kita lihat,  sudahlah”, kata datuk.  Akhirnya saya terlelap.   

SBDJ (Jilid 03) Siri 53: Ghaib Dalam Bas    Saya kira, tidak ada perlu datuk fikirkan. Sembahyang Subuh sudah  ditunaikan. Mandi embun sudah dilakukan. Malah, kawasan rumah arwah  Mahyuddin sudah kelilingi sebanyak tujuh kali. Empat penjuru kawasan  rumah tersebut sudah ditanam dengan dahan pokok delima yang dipotong  sepanjang enam inci.  "Tujuannya bukan apa‐apa, cuma nak mengelakkan orang¬‐orang yang tidak  bertanggungjawab dari membuat perkara tak senonoh. Maklumlah semua orang  tahu, arwah Mahyuddin bukan sebarang orang, mana tahu ada orang yang  cuba menuju tempat tidurnya, minta itu minta ini, kerja syaitan dan  maksiat begini cepat mempengaruhi fikiran orang‐orang kita, lebih‐lebih  lagi kerja maksiat tu boleh mendatangkan wang ringgit.", datuk  menjelaskan tentang perkara yang di bualnya pada saya.  Datuk terus duduk di batang kelapa buruk di sudut kanan halaman rumah.  Saya terus memperhatikan beberapa ekor burung merak melompat dari dahan  ke dahan di pohon mempelam.  "Datuk awak di mana?”  Saya dikejutkan oleh suara Dumba.  "Itu, datuk atas batang kelapa." Jari telunjuk saya menuding ke arah datuk.  "Tengok burung, di sini memang banyak burung”, anak angkat Mahyuddin 

Page 924 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

mencelah, kemudian terus mengekori Dumba menuju ke tempat datuk.  Saya capai sepotong kayu lalu membaling ke arah burung yang hinggap di  ranting. Saya ketawa melihat burung‐burung itu berterbangan. Kemudian,  saya berlari mendapatkan datuk. Saya lihat kelopak mata Dumba berair,  begitu juga dengan kelopak mata anak angkat Mahyuddin. Datuk menggigit  bibir, sesekali menggosok pangkal hidung dengan ibu jari. Di wajah datuk  tergambar kesedihan.  "Muktamad, sebelum masuk waktu Zuhur kami berdua akan meninggalkan  tempat ini”, ujar datuk dan sepasang matanya silih berganti merenung  muka Dumba dan anak angkat Mahyuddin.  "Bagaimana kalau bertolak lepas Zuhur?”, Dumba mengajukan cadangan.  Mengikut petua dan langkah, hari ini mesti bertolak sebelum Zuhur baru  terlepas dari bencana buruk, petua peninggalan nenek moyang kita tak  rugi diikuti, ini merupakan warisan”, jawab datuk.  Dalam masa yang sama, saya sempat menjeling ke arah jam yang terlekat di  tangan anak angkat Dumba. Jarum panjangnya menunjuk angka dua belas dan  jarum pendeknya mengarah ke angka tujuh.  "Kalau sudah balik, bila pula nak datang ke sini lagi?”, anak angkat  Mahyuddin mengeluarkan pertanyaan. Datuk tersenyum sambil merenung wajah  Dumba.  "Kalau panjang umur dan diizinkan Allah yang Maha Kuasa, saya akan  datang juga ke sini."  "Dengan kehendak Allah juga kita bertemu dan awak lerusaha mem betulkan  kesilapan yang saya lakukan."  Dengan mendadak Dumba meningkah cakap datuk. Semua yang ada di situ 

Page 925 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

terus ketawa. Bila ketawa berakhir, aya lihat lagi sekali datuk merenung  bumi agak lama. BiIa kepalanya diluruskan, saya lihat matanya merah.  Tahulah saya bahawa datuk menahan air matanya membasahi kulit pipinya.  "Memang tidak pernah terfikir dalam hidup ini yang saya akan berjumpa  dengan orang‐orang di sini, kemudian menetap di sini hampir dua minggu,  semuanya terjadi atas kehendak Allah”, nada suara datuk tersekat‐sekat.  Dumba terus menerpa pada datuk. Mereka berpeluk‐pelukan sejenak. Bila  Dumba melepaskan lingkaran tangannya dari tubuh, anak angkat Mahyuddin  segera berjabat salam dengan datuk.  "Mari ke rumah saya untuk makan pagi?”, bisik anak angkat Mahyuddin.  "Terima kasih lain kali saja”,balas datuk sambil mengajak kami naik ke  rumah arwah Mahyuddin. Semuanya tidak membantah. Bila berada dalam  rumah, datuk mengarahkan anak angkat Mahyuddin mengarnbil beberapa helai  kain pelikat, sehelai sejadah serta sekeping tikar mengkuang panjang dua  belas. Barang‐barang itu datuk suruh hantarkan kc masjid untuk digunakan  oleh ramai yang berjemaah di situ. Datuk juga minta anak angkatnya  menyelesaikan hutang‐piutang Mahyuddin, sekiranya dia ada berhutang  ketika hayatnya.  "Peti hitam dah tak ada tuk”, kata saya bila melihat tempat peti hitam  itu kosong. Datuk terdiam sejenak, kemudian dia senyum.  "Kembali pada yang hak”, pendek datuk menjawab.  "Ada perca kain kuning tiga segi di tempat peti hitam tuk."  "Biarkan. Orang yang berhak memberitahu kita dia sudah mengambil haknya”  Selesai sahaja datuk berkata, perca kain itu melayang‐layang macam  ditiup angin, sedangkan angin tidak bertiup ketika itu. Perca kain itu 

Page 926 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

bergerak menuju ke tingkap dan akhirnya hilang.  Apa yang saya lihat itu, dilihat juga oleh Dumba dan anak angkat  Mahyuddin. Dan kehilangan peti hitam itu juga disedari oleh anak angkat  Mahyuddin tetapi dia tidak kelihatan cemas.  "Ayah dah beritahu saya, katanya, peti hitam dan isinya akan hilang bila  dia mati. Ayahnya juga berhasral unlllk memberikan isi peti hitam pada  saya."  "Kau dapat isinya'?", celah datuk.  "Tak dapat. Sebenarnya, kalau tak dapat, kata ayah, saya tak cukup  syarat. Tetapi ayah berjanji sebelum dia mati barang dalam peti hitam  akan diberikan pada orang yang difikirkannya layak”, terang anak angkat  Mahyuddin lagi.  Datuk tidak bertanya lebih lanjut lagi tentang perkara itu pada anak  angkatnya Mahyuddin. Datuk mengajak kami keluar dari rumah dan duduk  kembali di halaman. Saya sudah pun membimbit beg rotan empat segi. Di  dalamnya termuat beberapa helai pakaian saya dan datuk. Semuanya sudah  saya basuh semalam.  Mungkin dalam petua datuk, ketika matahari sudah berada di paras pucuk  kelapa dara serta tiupan angin lembut dari arah selatan, adalah saat  paling baik untuk memulakan perjalanan. Lagi sekali datuk berjabat salam  dengan Dumba. Saya lihat Dumba tidak dapat menahan kesedihan.  "Awak banyak menolong saya dan menyedarkan saya”, kata Dumba.  "Bukan saya. Allah yang membuka hati awak. Saya cuma berusaha”, balas  datuk sambil merangkum tangan.  Saya dan datuk pun mula mengatur langkah. Sampai dekat pokok macang 

Page 927 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

(bacang) di liku jalan, dua orang lelaki muncul dengan pakaian yang agak  kotor. Baju dan seluarnya terdapat kesan‐kesan getah yang sudah keras.  Mereka menahan datuk dan saya.  "Kenapa?", suara datuk lembut.  "Tolong kami."  "Tolong apa? Nak minta tolong toreh getah?”, tanya saya.  Sesungguhnya, saya kurang senang dengan kedatangan dua manusia itu.  Mereka mengganggu perjalanan saya dan  datuk untuk segera pulang.  "Jangan biadap. Mana budi bahasa kamu sebagai Melayu?”, telapak tangan  kanan datuk menekan pipi kanan saya. Marah sungguh dia dengan sikap saya  itu. Datuk terus melayan kedua penoreh getah itu.  "Kami ni selesai menoreh kira‐kira pukul tujuh pagi, sementara menanti  getah berhenti menitik dalam mangkuk, kami pergi ke kubur Mahyuddin”,  terang penoreh yang berbadan kurus.  Dari jauh saya nampak Dumba dan anak angkat Mahyuddin menuju ke arah  saya dan datuk.  "Apa yang nak kamu cari di kuburnya?”, datuk jegilkan biji mata. Kedua  lelaki itu tersengih. Mereka kelihatan serba salah.  "Apa yang kau orang nak cari di sana?", soal datuk lagi.  "Mahyuddin tu banyak ilmu dunia. Kami nak cari sesuatu darinya”, sahut  lelaki yang berbadan kurus.  "Habis, dapat apa yang kamu cari?"  "Huh, kami jumpa harimau atas kuburnya."  "Apa yang kau orang dapat dari harimau tu?" 

Page 928 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Kami takut, lalu lari”, sahut lelaki yang bermata sipit.  Datuk menggigit bibir sambil merenung muka dua lelaki itu.  "Aku tahu, kau orang mahu meninjau. Kemudian kau orang nak menurun  nombor ekor di kuburnya”, nada suara datuk meninggi. Kedua lelaki itu  anggukkan kepala, mengakui apa yang datuk katakan itu. Ketika itu juga  anak angkat Mahyuddin dan Dumba sampai. Datuk terus menceritakan apa  yang berlaku.  "Biadab, tidak tahu menghormati perasaan orang lain”, tiba‐tiba tercetus  ungkapan dari mulut anak angkat Mahyuddin.  "Sabar”, pekik datuk lalu menangkap pergelangan tangan anak angkat  Mahyuddin yang mahu melepaskan penumbuk ke muka salah seorang daripada  lelaki itu. Badan anak angkat Mahyuddin kelihatan menggeletar menahan  perasaan marah.  "Memang, dia orang dagang, tapi,aku anak angkatnya, apa kau orang berdua  tidak memikirkan perasaan aku? Apa rasa hati kamu berdua kalau kubur  saudara‐mara kamu dipermainkan begitu,” anak angkat Mahyuddin terus  meluahkan perasaannya.  Saya kira, kalau datuk tidak ada di situ, pasti berlaku pertengkaran.  “Sudahlah, lupakan semuanya itu”, datuk memujuk. Dan lelaki itu segera  meminta maaf pada anak angkat Mahyuddin. Dada saya terasa lapang, bila  anak angkat Mahyuddin bersedia memaafkan perbuatan kedua lelaki itu.  Kemudian datuk menyuruh kedua lelaki itu pergi ke kebun getah untuk  mengutip susu getah.  “Kami takut”, ujar kedua lelaki itu serentak.  “Takut apa?”, soal Dumba. 

Page 929 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Takut harimau”  “Pergilah, tak apa. Kalau kau orang tidak berniat serong .Tetapi kalau  berhajat nak menurun nombor ekor di situ, batang tengkuk kau orang akan  dipatahkan oleh harimau itu”, kata datuk.  Ternyata, kedua lelaki itu enggan beredar. Mereka tidak yakin dengan apa  yang datuk katakan itu.  “Apa tunggu lagi, pergilah buat kerja”, Dumba bersuara. Kedua lelaki itu  berpandangan sama sendiri, sesekali menoleh ke arah kebun getah, macam  mengawasi sesuatu.  “Aku nak balik aje”, tiba‐tiba yang berbadan kurus bersuara.  Biji matanya tertumpu ke wajah datuk. Kemudian, dia terus melangkah  dengan diikuti oleh kawannya. Datuk segera memintas di hadapan mereka  hingga langkah mereka mati.  “Ingat, jangan cuba menurun di kubur atau di pangkal pokok kerana mahu  menikam nombor ekor. Itu perbuatan orang syirik. Carilah rezeki cara  yang halal, nanti hidup di berkati Allah”, ujar datuk dengan nada suara  yang rendah.  Kedua lelaki itu anggukkan kepala. Datuk langkah setapak ke depan sambil  mendepangkan kedua belah tangannya.  “Ingat”, jerit datuk serentak dengan itu kedua belah tangannya singgah  ke atas bahu lelaki itu. Saya menarik nafas panjang, bila saya lihat  datuk menekan bahu kedua lelaki tersebut. Tekanan yang datuk lakukan  itu, saya kira cukup kuat, kalau tidak masakan wajah kedua lelaki itu  macam menahan kesakitan. Datuk jatuhkan kedua belah tangannya dari atas  bahu kedua lelaki itu. Datuk terus membongkok lalu mengambil sekepal tanah. 

Page 930 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Kamu tahu, asal kita semua dari tanah, ambil tanah ini”, ujar datuk  lalu menyerahkan kepalan tanah di tangannya kepada kedua lelaki itu.  Macam kena pukau, kedua lelaki itu menahan tangan, menerima tanah yang  diberikan oleh datuk.  "Bawa”, sahut kedua lelaki itu serentak.  Mereka renung muka saya sejenak, kemudian mengalihkan biji mata merenung  wajah Dumba dan anak angkat Mahyuddin. Tanpa mengucapkan sesuatu, mereka  melangkah menuju ke kebun getah meneruskan kerja masing‐masing.  "Apa azimat yang diberi pada mereka?”, soal Dumba pada datuk.  "Azimat?"  "Azimat apa yang awak beri pada mereka”, ulang Dumba.  "Dalam hidup ni, tidak ada azimat. Aku cuma memberi sekepal tanah biasa  yang tidak membawa apa‐apa makna pada mereka. Tetapi, aku yakin mereka  merasakan tanah itu sebagai tangkal yang boleh menghalau harimau."  "Jadi awak menipu mereka?", sanggah anak angkat Mahyuddin sambil  tersenyum sinis.  Datuk menggigit bibirnya sambil mata merenung pada pohon getah yang  berbaris di hadapannya.  "Aku tidak menipu, apa yang aku lakukan adalah petua orang tua‐tua.  Manusia yang sedang takut, kalau kita sergah dengan sekuat hati akan  jadi berani. Lebih‐lebih lagi selepas disergah, kita berikan sesuatu  yang kita kirakan boleh memberi kepercayaan atau semangat pada mereka”,  datuk membocorkan rahsianya.  Menurut datuk, ketika menyerahkan benda‐benda itu mesti cepat dilakukan.  Jangan beri kesempatan pada orang yang menerimanya bertanya sesuatu 

Page 931 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kepada orang yang memberi. Bila orang itu sudah bertanya, pasti  menimbulkan keraguan dalam dirinya. Bila sudah ada keraguan dalam  dirinya, semangatnya tidak akan padu lagi dan boleh menimbulkan rasa  waswas.  Terkejut anak angkat Mahyuddin dan Dumba mendengar penjelasan itu.  "Sebab itulah, orang‐orang Melayu dulu, kalau memilih panglima perang,  terdiri dari orang yang suara garang. Berbadan tegap dan pintar, kerana  orang‐orang seperti itu boleh memberi semangat pada anak buahnya. Dari  itu lah timbulnya tangkal dan azimat di kalangan orang‐orang kita yang  kononnya boleh membuat seseorang itu kebal”, sambung datuk lagi.  Saya tersenyum. Dumba saya lihat gelengkan kepala.  "Tetapi, semuanya itu ada sesuatu yang sengaja awak tak beritahu pada  kami”, anak angkat Mahyuddin mula mencungkil rahsia diri datuk.  "Tak ada apa‐apa. Mana ada azimat dalam Islam. Para sahabat nabi  berjuang menentang musuh tidak pakai azimat tetapi mereka berbekalkan  semangat dan keyakinan. Mereka berjuang penuh semangat untuk menegakkan  Islam. Mereka yakin, mereka tidak akan mati kalau tidak diizinkan Allah  yang Maha Besar”, kata‐kata yang datuk ucapkan itu membuat anak angkat  Mahyuddin dan Dumba tidak mengajukan sebarang pertanyaan lagi.  "Mari”, datuk menarik tangan saya.  "Ke mana tuk'?"  "Hai, baliklah, ke mana lagi?"  Saya pun melangkah menuju ke jalan raya. Dumba dan Mahyuddin terus  mengiringi kami. Lebih kurang sepuluh minit berjalan, kami pun sampai ke  bibir jalan raya. Berdiri di situ menunggu bas yang mahu pergi ke 

Page 932 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Tanjung Malim.  Matahari terus bersinar. Bas yang dinanti belum juga tiba. Saya sudah  tidak sanggup berdiri dan terus duduk di atas seketul batu.  "Bas”, kata Dumba. Saya segera melompat untuk menaiki bas. Bas pun  berhenti, dan saya melangkah ke dalam perut bas. Datuk masih lagi  berdiri di tepi jalan. Perbuatannya itu kurang disenangi oleh penjual  tiket bas yang berbangsa Cina. Penjual tiket terus memukul alat penekan  lubang tiket ke besi bas, memberitahu datuk supaya segera naik.  "Hai orang tua cepatlah. Ini bas bukan sendiri punya”, sergah penjual  tiket bas. Pemandu bas yang berbadan tegap membunyikan hon bas.  "Hei cepatlah”, pekik pemandu bas yang berbangsa India itu, sambil  memaki‐maki datuk. Saya mula terasa takut dan terus duduk di bangku.  Tidak ada penumpang di dalam bas.  "Sekejap Encik”, kata datuk.  "Apa lu ingat ini bas lu punya ke?”, sergah pemandu bas dengan wajah  yang garang. Datuk tersenyum padanya sambil mengangkat tangan tanda  minta maaf. Rupanya, sikap baik yang datuk ditunjukkan itu menambahkan  rasa marah pada penjual tiket bas.  "Eh, bodoh naiklah”, sergah penjual tiket.  "Encik, saya tahu saya salah, tapi cakaplah baik‐baik sikit”, balas datuk.  "Apa lu ingat lu besar”, jawab penjual tiket.  "Saya tak besar, tapi Tuhan lagi besar dari semua tau”, suara datuk mula  meninggi.  Dinding bas terus ditamparnya, serentak dengan itu enjin bas terus mati.  Saya turun dari bas. Berdiri dekat datuk yang buat tidak tahu dengan apa 

Page 933 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

yang berlaku. Muka pemandu bas dan penjual tiket mula dibasahi peluh  dalam sinar panas mula terik.  "Satu perkara yang mahu aku ingatkan pada kamu berdua, jangan cemas bila  melihat harimau berkeliaran di halaman rumah arwah Mahyuddin selama tiga  petang berturut‐turut. Lepas tiga hari harimau itu akan hilang. Tolong  perhatikan kubur Mahyuddin jangan sampai dikeramatkan oleh orang¬‐orang  tertentu”, datuk meninggalkan pesan pada Dumba dan anak angkat  Mahyuddin. Mereka bersalaman dan berpeluk‐‐pelukan.  Datuk pijak tangga bas, begitu juga dengan saya. Kami duduk di bangku  belakang pemandu bas.  "Apa pasal tak jalan?", tanya datuk pada pemandu bas yang sedang  terbongkok‐bongkok dengan stereng bas. Pemandu bas segera merenung muka  datuk dengan wajah yang masam. Dia menggigit bibir.  "Saya panas, jalanlah apa tunggu lagi”, datuk merungut dan rungutan itu  didengar oleh penjual tiket yang berdiri dekat datuk.  Dia pun menghempaskan papan tiket atas bangku, dan memperlihatkan rasa  marahnya yang amat sangat pada datuk.  Kalau datuk menegur atau bersuara, pasti dia bersedia melakukan sesuatu.  Datuk bangun dan menepuk bahu penjual tiket.  "Saya tolong awak hidupkan enjin bas”, ujar datuk. Penjual tiket dan  pemandu bas menjuihkan bibir ke depan sambil merenung sinis pada datuk.  "Sudahlah, lu apa tahu”, ejek pemandu bas.  "Dengan izin Allah, saya boleh menolong awak”, balas datuk lalu memukul  kepala gear bas yang tertonjol di situ. Sebaik sahaja datuk  melakukannya, enjin bas segera hidup. Pemandu bas terkejut dan terus 

Page 934 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

mematikan suis bas, kemudian menghidupkan kembali. Ternyata enjin bas  berjalan dengan baik.  Tanpa mengucapkan sesuatu, pemandu bas duduk kembali di tempatnya lalu  menekan minyak dan menolak gear satu, bas pun meluncur dengan tenang.  Saya dan datuk melambaikan tangan pada anak angkat Mahyuddin dan Dumba.  Saya terasa ada sesuatu yang aneh berlaku dalam bas. Penjual tiket tidak  meminta wang pada datuk walaupun bas itu sudah berjalan hampir tiga  batu. Sampai di satu selekoh bas berhenti kerana mengambil orang. Ketika  orang itu naik, datuk segera bangun.  "Saya turun di sini, cucu saya saja yang naik bas sampai ke Tanjung  Malim. Ini tambangnya”, datuk menghulurkan wang pada penjual tiket.  Dalam keadaan serba salah penjual tiket mengambil wang dari tangan  datuk, tetapi, wang itu diserahkan pada saya kembali tanpa pengetahuan  datuk. Bas terus berjalan, datuk melambaikan tangan pada saya.  "Apa pasal tak ambil tambang?", tanya saya pada penjual tiket.  "Tak apa, lu duduk. Kalau ada inspektor tiket datang, saya boleh cakap."  "Nanti datuk saya marah sama saya."  "Dia mana tahu, dia sudah turun."  "Betul, awak cakap”, balas saya. Penjual tiket itu terus ketawa. Bas  berhenti lagi mengambil penumpang. Saya perhatikan hampir separuh bangku  dalam bas sudah dipenuhi dengan penumpang. Dan bas kian kerap berhenti  lagi mengambil penumpang. Tekak saya mula terasa loya kerana tidak tahan  dengan bau minyak diesel. Bagi menghilangkan rasa loya itu saya tekan  perut dengan tangan. Akhirnya, saya terlelap. Bila saya terjaga, bas  sudah berhenti di perhentian Tanjung Malim. Dua tiga kali saya gosok 

Page 935 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

mata. Saya biarkan penumpang‐¬penumpang lain turun dulu. Biarlah saya  turun kemudian. Pemandu dan penjual tiket masih berdiri di tempat  masing¬‐masing. Semua penumpang sudah turun. Dada saya mula berdebar.  Saya renung wajah penjual tiket.  "Turunlah apa tunggu lagi?", katanya pada saya.  "Tunggu di luarlah. Saya ingat dia tumpang lori, awak tunggu di sana”,  ujar penjual tiket sambiI menuding jari telunjuk ke sebuah gerai menjual  buah‐buahan. Saya terdiam, fikiran saya jadi kelam‐kabut. Saya salahkan  diri saya sendiri, sepatutnya saya bertanya datuk, ketika dia turun dari  bas tadi. Aneh, semuanya tidak terfikir oleh saya ketika itu. Lagi  sekali saya menarik nafas panjang. Kali ini pandangan saya tertumpu ke  wajah pemandu bas.  "Lu punya datuk bodoh punya orang. Sudah naik bas apa pasal mahu  turun?”, pemandu bas menyatakan rasa kesalnya. Tiba‐tiba wajah pemandu  bas jadi pucat, mulutnya terlopong. Matanya tajam merenung ke bahagian  belakang bas. Saya segera menoleh, saya juga terkejut besar. Dua tiga  kali saya gosokkan mata bagi memastikan apakah yang saya lihat itu satu  kenyataan atau khayalan saya saja.  “Tuk”, kata saya.  "Ya, ini memang datuk kau Tamar, kau tidak berkhayal kau menghadapi  kenyataan”, suara datuk parau. Saya segera menerkam ke arahnya lantas  menjabat tangannya. Datuk terus menghampiri pemandu dan penjual tiket.  "Eh, orang tua lu manusia ke hantu?'', tanya penjual tiket penuh rasa  curiga. Datuk tersenyum lalu menepuk bahu penjual tiket.  "Saya manusia serupa macam awak”, kata datuk. 

Page 936 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Tadi, awak turun macam mana awak boleh duduk di belakang?"  "Betul, saya turun. Saya jalan kaki ke sini. Masa bas berhenti di sini,  saya naik tapi awak tak nampak”, datuk memberi penjelasan pada pemandu  bas yang menyoal. Saya gosok batang hidung dua tiga kali. Saya tidak  tahu kenapa datuk melakukan semuanya itu.  "Saya buat macam ni, supaya lain kali awak jangan cakap besar dan  sombong. Saya mahu awak belajar menghormati orang tua‐tua, tidak kira  apa bangsa pun, kerana awak juga satu hari akan menjadi tua”, datuk  memulangkan paku buah keras pada pemandu dan penjual tiket. Saya lihat  pemandu dan penjual tiket terdiam. Mereka tarik nafas panjang penuh rasa  takjub. Saya dan datuk turun dari bas. Tiba‐tiba pemandu dan penjual  tiket meluru ke arah datuk. Kedua belah tangan datuk mereka sambar untuk  dicium, kemudian mereka terus membongkok macam mahu menyembah datuk.  "Jangan”, kata datuk sambil menarik tangan kiri dan ka¬nannya. Kemudian  datuk menyuruh mereka menegakkan badan. Mereka patuh dengan cakap datuk.  "Dalam ajaran Islam, tidak boleh menyembah sesama manusia kerana manusia  itu adalah sama di sisi Allah, baik dia hitam atau pun putih”, datuk  terus menepuk‐nepuk bahu kedua lelaki itu.  "Tapi, awak lain macam punya orang?"  "Lain macam mana?"  "Awak boleh mati dan hidupkan enjin kereta, kemudian awak boleh berjalan  laju macam bas."  "Semuanya itu cara kebetulan saja”, kata datuk tersekat‐¬sekat. Orang  ramai mula menghurung datuk. Pemandu bas itu terus juga mengajukan  berbagai‐bagai pertanyaan. Semua pertanyaan itu mempunyai unsur‐unsur 

Page 937 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

memuja dan mengagumi diri datuk. Satu perbuatan yang tidak disenangi  oleh datuk.  "Mari”, datuk terus menarik tangan saya. Kami menyusup di celah‐celah  orang ramai yang mengelilingi pemandu dan penjual tiket.  "Tengok, tadi orang tua tu ada di sini sekarang dia sudah hilang. Dia  banyak ganjil punya orang, saya ingat dia hantu”, suara pemandu bas  meninggi.  Orang ramai yang berada di perhentian bas jadi kelam‐¬kabut lalu menuju  ke tempat pemandu dan penjual tiket. Tidak lama kemudian suara pemandu  bas itu kian menurun dan hilang, digantikan oleh suara ketawa dari orang  ramai.  Datuk dan saya hanya melihat peristiwa yang melucukan dari jarak dekat,  kira‐kira lima atau sepuluh kaki saja jaraknya dari orang ramai yang  mengelilingi pemandu bas. Anehnya, setiap orang yang lalu di hadapan  kami bagaikan tidak nampak dengan batang tubuh saya dan datuk.  Seolah‐olah kami tidak wujud di situ. Mereka berulang‐alik dan kami  terpaksa mengelakkan diri dari dilanggar.  "Sebenarnya, aku mahu bercerita panjang pada mereka. Aku mahu  menjelaskan kedudukan yang sebenar, bila mereka buat bising aku terpaksa  melarikan diri”, keluh datuk penuh rasa kesal.  "Bagaimana bila orang sudah tidak ada, kita jumpa mereka tuk?"  "Tak payahlah, lain kali saja kalau ada umur aku jumpa mereka."  "Tapi, mereka jadi serba salah tuk, orang menuduh mereka gila."  Datuk memicit pangkal dagunya. Orang ramai yang menghurung pemandu dan  penjual tiket mula berkurangan. Dan setiap orang yang meninggalkan 

Page 938 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kawasan itu menuduh mereka mabuk todi. Akhirnya pemandu dan penjual  tiket mula sedar yang perbuatan mereka, adalah perbualan sia‐sia. Mereka  masuk ke dalam perut bas kembali, kerana bangku‐bangku kosong dalam bas  sudah dipenuhi dengan para penumpang.  "Syukurlah, keadaan sudah tenang”, kata datuk.  Tanpa banyak soal saya terus mengekori datuk menuju ke jalan besar.  Ketika kami berjalan di kaki lima bangunan di situ, sebuah kereta Morris  Minor berwarna hitam berhenti. Seorang lelaki keluar dari kereta  tersebut dan meluru ke arah datuk.  "Kenal saya?", kala lelaki itu.  "Rasanya, saya kenal."  "Bukan rasa, memang dah kenal. Bukankah awak yang menolong anak saya dulu."  "Oh, bagaimana dengan anak awak?"  "Sudah jadi manusia. Awak nak ke mana ni?"  "Saya sebenarnya nak ke Ipoh."  "Begini”, lelaki itu tidak meneruskan perkataannya. Ada semacam keraguan  bermain dalam kepalanya. Dia nampak keberatan untuk menyatakan sesuatu  pada datuk.  "Terangkan pada saya”, datuk mendesak. Lelaki itu mempamerkan senyum.  Dengan nada suara yang lemah dia berkala:  "Saya tak dapat nak menolong awak. Saya tak dapat nak menghantar awak  hingga ke Ipoh."  "Itu yang awak susahkan, saya tak minta awak berbuat begitu."  "Saya tahu, awak sudah menolong saya. Alangkah baiknya dalam saat begini  saya boleh menolong awak." 

Page 939 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Jangan begitu. Setiap pertolongan yang saya berikan tidak minta  dibalas”, suara datuk cukup tenang. Lelaki itu tunduk merenung simen  kaki lima.  "Saya mahu ke Sungkai. Bagaimana kalau awak berdua menumpang saya sampai  ke Sungkai?"  "Boleh juga”, balas datuk.  Tanpa membuang masa, saya dan datuk masuk ke perut kereta. Sepanjang  perjalanan itu, lelaki tersebut tidak putus‐putus melahirkan rasa  kesalnya kerana tidak dapat menghantar datuk hingga ke Ipoh.  "Kalau saya tak ada hal mustahak di Sungkai, saya hantar awak hingga ke  Ipoh. Jasa awak menolong anak saya dulu, belum dapat saya balas”, lelaki  itu terus mengeluh sambil memaut stereng kereta erat‐erat.  Saya yang duduk di bahagian belakang kereta, terus melihat pokok‐pokok  dan bukit‐bukau yang tertegun di kiri kanan jalan. Satu pemandangan yang  amat mengasyikkan buat saya. Seronok benar saya melihat daun‐daun pokok  yang menghijau itu.  "Awak tak usah sebut‐sebut lagi perkahwinan itu. Bersyukurlah pada Allah  kerana anak awak sudah baik. Awak tak perlu memikirkan untuk membalas  jasa saya”, cara mendadak datuk bersuara.      SBDJ (Jilid 03) Siri 54: Penunggu Rotan Semambu    “Sebagai manusia saya juga merasakan satu kesilapan kalau saya sudah  menolong seseorang kemudian minta dikenang atau dibalas, Islam tidak  menyuruh kita menuntut sesuatu bila sudah menolong orang lain. Kerana 

Page 940 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tolong me¬nolong antara satu sama lain itu adalah amal jariah kita  sesama manusia.”  Saya lihat lelaki itu anggukkan kepala mendengar kata‐kata dari datuk  itu. Mungkin sudah kehabisan modal atau sengaja mahu menumpukan  perhatian pada kenderaan yang dipandunya, membuat lelaki itu tidak  mengemukakan sebarang pertanyaan pada datuk. Rupa‐rupanya datuk senang  dengan keadaan demikian. Dia merapatkan kedua belah kelopak matanya  macam orang tidur. Saya tahu benar‐benar, bila datuk berbuat demikian  fikirannya tidak tertumpu pada keadaan kelilingnya. Dia sebenarnya  memusatkan hati dan perasaannya pada sesuatu tempat dan jarak yang  berpuluh‐puluh atau beratus batu dari tempat dia duduk sekarang. Saya  tidak tahu bagaimana datuk boleh mencantumkan seluruh perasaannya pada  tempat tersebut, kadang‐kadang dia bagaikan tahu tentang sesuatu  kejadian di tempat yang dihayatinya.    "Tamar."    "Ya Tuk."    "Nenek kau tidak berapa sihat, sudah dua hari demam tapi masih boleh  berjalan dan menumbuk padi"    "Kasihan nenek tuk, kalau kita sampai cepat saya tolong dia menumbuk  padi di lesung."   

Page 941 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Sabarlah”, kata datuk dengan tenang.    Rupanya percakapan saya dengan datuk diikuti dengan teliti oleh orang  yang memandu kereta itu. Dia mengerutkan dahi mungkin sedang memikirkan  sesuatu, fikir saya. Kereta yang kami tumpangi terus merempuh beberapa  selekoh tajam.    "Macam mana awak boleh tahu tentang hal isteri awak?", tanya lelaki itu  sambil menjeling ke arah datuk. Saya renung muka datuk.    "Menggunakan pancaindera yang lima pemberian Allah, saya manfaatkan  pemberian itu dengan sebaik mungkin. Tetapi, sebelum menggunakan kita  harus mengenali Allah terlebih dahulu. Andainya kita mahu menggunakannya  tanpa mengenali Allah terlebih dahulu pun boleh juga tetapi ... “, datuk  berhenti bercakap, matanya merenung keluar. Dua tiga kali datuk  mengangkat bahu kanannya, macam ada sesuatu yang mengusik di bawah  ketiaknya.    "Cuba jelaskan biar saya faham?”, desak lelaki itu. "Kalau dibuat juga  dengan tidak mengenali Allah, orang yang melakukannya akan dikuasai  syaitan."    "Hum “, begitu suara lelaki itu pendek dan membayangkan dia faham dengan  apa yang dikatakan oleh datuk itu.   

Page 942 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Akhirnya kami pun sampai di pekan Sungkai. Dari situ, datuk dan saya  menyewa sebuah teksi terus ke Ipoh. Lebih kurang pukul empat petang saya  dan datuk sampai ke kampung. Perkara pertama yang saya lakukan sebaik  sampai ke rumah ialah menuju ke bilik nenek. Saya lihat nenek terbaring  dengan tubuhnya berselimut dengan kain batik Jawa.    “Tamar.”    “Ya nek.”    “Tolong picit kan kaki nenek.”    “Baik nek.”    Saya pun terus memicit kedua belah kaki nenek yang sejuk itu. Menurut  nenek, sebelum dia menumbuk padi tadi, demamnya tidaklah berapa terus.  Tetapi, setelah lima gantang padi selesai ditumbuk seluruh sendinya  terasa sakit.    “Kenapa nek tak hantar padi ke kilang?”, tanya saya.    “Memang turun temurun kita tumbuk pagi, belum pernah kita menghantar ke  kilang. Padi yang sudah di kilang rasanya tak sedap. Khasiatnya banyak  yang kurang”, jelas nenek.   

Page 943 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Saya pun tidak mengemukakan sebarang pertanyaan padanya. Dan terus  memicit seluruh tubuh nenek. Kira‐kira setengah ham kemudian, datuk  datang membawa sebiji kelapa muda dan beberapa helai daun sirih. Datuk  menyuruh nenek bangun. Datuk masukkan tiga helai daun sirih ke dalam  perut kelapa muda yang sudah ditebuk. Dibiarkan daun sirih terendam  dalam air kelapa kira‐kira sepuluh minit. Datuk keluarkan daun sirih itu  kembali. Terus dilipat menjadi tiga segi. Akhirnya datuk hancurkan daun  sirih itu di telapak tangannya.    Daun sirih yang sudah dihancurkan itu mengeluarkan air. Dan air daun  sirih itu datuk sapukan pada kedua belah buku lali nenek. Dari buku  lali, air sirih itu disapukan ke belakang serta ke setiap sendi badan  nenek. Bila semuanya sudah selesai datuk suruh nenek minum air kelapa muda.    “Minum dengan senafas. Kalau boleh habiskan sekali”, pesan datuk pada  nenek. Semua pesan itu nenek patuhi. Sebaik saja air kelapa habis  terminum nenek kelihatan lemah dan tidak bermaya. Badannya kelihatan  lembik, kelopak matanya sudah tidak boleh dibukakannya. Datuk rebahkan  nenek atas tikar dan terus menyelimutinya.    “Air kelapa mengeluarkan panas tetapi melemahkan badan. Dengan itu, dia  akan dapat berehat, air sirih dapat mengembalikan pergerakan urat‐urat  yang lemah”, bisik datuk pada saya. Dia terus ke dapur mengambil bawang  putih dan halia. Semua bahan‐bahan itu ditumbuk dalam lesung batu hingga  hancur. Bila sudah hancur, dikeluarkan dari lesung batu dan dimasukkan 

Page 944 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

ke dalam gelas lalu di campur dengan satu sudu madu lebah serta air panas.    "Bila nenek kau bangun nanti, suruh dia minum benda ini", datuk  menyerahkan gelas pada saya.    Datuk terus meninggalkan bilik nenek. Datuk menuju ke halaman rumah.  Saya tidak tahu apa yang dilakukannya di situ. Saya terus memicit‐micit  jari‐jari kaki nenek. Tiba‐tiba nenek bangun dan membuang kain batik  jawa yang menye¬lubung tubuhnya. Muka nenek kelihatan merah dan berpeluh.    "Aku dahaga, ambilkan aku air.”    "Ini airnya."  Saya serahkan cawan yang diberikan oleh datuk itu pada nenek. Tanpa  membuang masa lagi nenek terus meminumnya. Atas permintaan nenek saya  meninggalkan biliknya. Menurut nenek badannya sudah tidak sejuk lagi,  sendi‐sendi badannya juga sudah tidak terasa sakit.    ‐‐‐ oooOOOooo ‐‐‐    Sudah enam bulan saya dan datuk tinggal di kampung. Setiap pagi kami ke  kebun dan ke sawah. Sesekali datuk mengulangi kerja lamanya dengan  mengajak saya memasang jerat pelanduk dan memburu ayam hutan. Boleh  dikatakan setiap kali ke hutan kami tidak pernah pulang dengan tangan  kosong. Saya sudah pandai mengesan jejak pelanduk dan rusa. Hidung saya 

Page 945 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

juga dapat menghidu bau binatang dari jarak setengah batu. Semun  kebolehan yang saya miliki itu, berkat dari kesabaran saya belajar dari  datuk.    Selain dari memburu, ada minat baru yang datang secara mendadak dalam  diri datuk. Minat baru datuk ialah mencari rotan. Tujuan datuk mencari  rotan bukanlah untuk mencari wang seperti yang dilakukan oleh  pencari‐pencari rotan yang lain. Datuk cuma mencari rotan semambu untuk  dibuat tongkat yang jumlahnya bukan sedikit dan bentuknya pula  bermacam¬‐macam. Semua tongkat rotan itu datuk aturkan di ruang tengah  rumah dan berjaya menarik perhatian setiap tetamu yang datang ke  rumahnya. Datuk tidak akan menjual tongkat‐tongkatnya itu, walaupun  ditawar dengan harga yang tinggi. Tetapi, datuk akan memberikan tongkat  secara percuma pada sesiapa yang difikirkan layak diberi.    "Bersiap, pagi esok lepas sembahyang subuh kita ikut Mamat Bukit dan  kawan‐kawannya mencari rotan di hutan Bubu dekat Senggeng”, kata datuk  pada saya pada suatu pagi.    "Itu pun kalau kau nak ikut”, tambah datuk.    "Saya nak ikut tuk”, jawab saya tegas. Datuk terus menepuk kepala saya  berkali‐kali.    Pagi itu, nenek terpaksa bangun pukul tiga pagi, menanak nasi dan 

Page 946 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

menggoreng ikan. Nasi dan ikan goreng ditaruh dalam upih lalu dibalut  dengan kertas surat khabar. Datuk sudah pun menyediakan air dalam satu  tong plastik besar.    "Nasi bekal itu taruh dalam beg Tamar. Tong air itu biar aku yang bawa”,  kata datuk sebaik saja dia menunaikan sembahyang Subuh. Datuk sudah pun  mengenakan pakaian yang biasa digunakannya ketika masuk hutan. Sementara  menanti Mamat Bukit dan kawan‐kawannya tiba, datuk dan saya duduk di  anjung rumah.    Beberapa minit kemudian Mamat Bukit dan kawan‐¬kawannya pun tiba. Saya  dan datuk pun meninggalkan rumah. Nenek cuma melihat langkah kami dengan  teliti hingga hilang dari pandangannya.    Berjalan di hutan dalam keadaan cuaca yang agak samar dan sejuk itu amat  menyulitkan bagi diri saya. Badan saya menggeletar sendirian. Sebelum  matahari terbit di kaki langit, kami sudah pun meredah empat hutan dara  dan hutan tebal. Akhirnya, kami sampai di satu kawasan lapang lalu  berehat di situ. Saya sandarkan badan ke pangkal pokok meranti. Mamat  Bukit dan kawan‐kawannya (empat orang semuanya) terus menebas anak‐anak  pokok di situ dengan golok perak. Datuk terus bergerak dari pokok ke  pokok, memukul perdu dengan sepotong kayu.    Badan saya masih terasa dingin walaupun sinar matahari mula menjalar di  bumi yang lembap. Burung‐burung liar yang beraneka bentuk dan warna mula 

Page 947 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

berterbangan sambil berbunyi. Matahari terus memancar, keadaan di  sekeliling juga turut beransur cerah.    "Kita minum dulu”, kata datuk sambil duduk. Mamat Bukit dan  kawan‐kawannya berhenti menebas. Mereka terus duduk dan mengeluarkan  bekalan air kopi masing‐masing. Selesai minum kopi Mamat Bukit segera  menggulung rokok daunnya bersama tembakau jawa. Dia kelihatan puas  setelah menyedut rokok daun.    "Dah mandi embun?", Mamat Bukit menyoal datuk.    "Sudah."    "Rotan semambu banyak sebelah sana."    Mamat Bukit mengarahkan jari telunjuk ke arah barat daya yang berhutan  tebal. Datuk merenung ke situ sambil menganggukkan kepalanya beberapa  kali. Kawan‐kawan Mamat Bukit memasukkan bekalan air kopi ke tempat  asalnya, mereka terus bangun sambil mengeliatkan pinggang masing‐masing  beberapa kali.    "Kita berpecah. Udin Candung ikut aku. Dollah Beranggas ikut Samad  Perang. Sebelum waktu Asar kita bertemu di sini dan dirikan pondok untuk  bermalam. Petang esok baru kita balik”, Mamat Bukit mengeluarkan  perintah pada kawan‐¬kawannya. Mereka pun bergerak mengikut arahan yang 

Page 948 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

telah ditetapkan oleh Mamat Bukit.    "Kita macam mana tuk?”, saya renung muka datuk.    "Kita ada rancangan kita sendiri, sabarlah Tamar."    "Tapi, kita dah bercerai dengan mereka?"    "Tak apa”, nada suara datuk cukup lembut. Dia terus menyangkutkan golok  perak di tali pinggang yang dibuat dari kulit yang selebar satu inci.  Saya segera bangun, beberapa ekor pacat hutan kelihatan merayap di atas  daun kering menuju pada saya. Datuk saya lihat masih lagi berdiri di  situ, tidak ada tanda‐tanda untuk melangkah.    "Bagaimana kita tuk, boleh kita mulakan sekarang?", soal saya lagi.    Datuk tetap membisu dan masih mundar mandir di hadapan saya. Inilah  saat‐saat yang paling saya benci, bila datuk bertindak demikian. Cara  yang paling baik saya lakukan ialah turut sama membisu. Biarkan apa saja  yang mahu datuk lakukan. Tindakan saya ilu memang ada untungnya. Saya  tidak marah atau merungut sesuatu yang akan menimbulkan kemarahan pada  datuk.    Matahari kian meninggi, saya renung ke utara dan nampak barisan Gunung  Titiwangsa yang tertegun kaku, kabus nipis kelihatan mengelilinginya. 

Page 949 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Buat beberapa saat saya bagaikan terpukau pada keindahan semula jadi  dalam pancaran sinar matahari pagi yang kian meninggi.    Dari arah belakang saya terdengar sesuatu yang agak ganjil, macam bunyi  orang mematahkan anak‐anak pokok hutan yang kecil. Bunyi itu makin lama  makin jelas dan dekat. Saya renung datuk yang sedang membongkok,  mencabut anak pokok besar jari kelingking. Mustahil datuk tidak dapat  mendengar bunyi suara terscbut, pendengarannya lebih tajam dari saya.  Tetapi, kenapa dia tidak bertindak atau membuat persediaan? Sedang saya  melayan pertanyaan dalam hati, Bunyi suara ranting dan pokok hutan yang  dipatahkan bertambah hebat, saya jadi cemas.    Tanpa berfikir panjang saya terus memalingkan muka ke belakang. Saya  terkejut, sepasang kaki saya menjadi lemah tidak mampu menahan tubuh  untuk berdiri tegak. Sekawan gajah dalam jumlah enam hingga tujuh ekor  mengangkat belalai masing‐masing ke arah saya sementara kaki gajah yang  sebesar batang kelapa dara memijak anak‐anak pokok hutan di sekeliling  hingga menjadi rata dan ranap. Dalam waktu cemas begitu, saya jadi panik  tidak lahu apa yang palut saya lakukan. Gajah‐gajah liar itu terus mara  seolah‐olah batang tubuh saya tidak wujud di depan mereka. Telinga gajah  yang lebar itu terus memukul badan masing‐¬masing dan melahirkan bunyi  yang agak kurang menyenangkan buat diri saya.    Dalam keadaan yang tergamam itu, saya terasa badan saya macam disambar  sesuatu, melayang‐Iayang dan akhirnya tercampak di perdu pokok besar, 

Page 950 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kira‐kira tiga puluh kaki jaraknya dari kumpulan gajah‐gajah liar.    Buat beberapa saat pandangan saya berpinar‐pinar dan pendengaran saya  jadi pana (tuli). Bila keadaan sudah pulih, saya lihat datuk berdiri di  hadapan kumpulan gajah liar sambil memegang sebatang pokok kecil di  tangan kanan. Tangan kirinya diangkat melepasi kepalanya. Gajah‐gajah  liar itu bagaikan berhenti dari melangkah sambil menegakkan belalai  masing‐masing setinggi yang boleh. Tempikkan dilahirkan oleh gajah‐gajah  itu dalam keadaan yang serentak membuat suasana di dalam hutan menjadi  kacau bilau dan kelam kabut.    "Pusing ke sana”, pekik datuk dengan sekuat hati. Kesemua gajah‐gajah  liar itu memusingkan badannya mengikut arahan tangan kiri datuk.    "Kita semua makhluk Allah dan sama‐sama mencari rezeki pemberian‐Nya.  Kau dengan cara kau. Kami dengan cara kami. Jalankan kewajipan  masing‐masing dan jangan kami”, tambah datuk sambil menjatuhkan tangannya.    Aneh sekali gajah‐gajah liar itu bagaikan mengerti dengan cakap datuk.  Sambil menjatuhkan belalai gajah‐gajah itu bergerak ke kanan menuju ke  kawasan yang banyak ditumbuhi pokok enau dan bayas.    "Bangun Tamar."    "Tak boleh tuk, saya sakit." 

Page 951 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Di mana?"    "Tangan dan paha kanan tuk.”    "Hum..."    Datuk segera menghampiri saya. Paha kanan saya dirabanya hingga di  pergelangan kaki. Dengan sepenuh tenaga datuk merentap kaki saya hingga  setiap sendi sebelah kanan badan saya berbunyi.    "Bangun”, ucapnya.    Saya pun bangun dan melangkah duatiga tapak.    "Lagi di mana terasa sakit Tamar?"    "Bahu."    Datuk terus memeriksa bahu kanan saya. Dari pangkal bahu membawa ke  hujung siku, kulit saya menjadi lebam.    Setiap kali datuk menekan daging badan di bahagian itu, saya terasa  sakit yang bukan kepalang dan membuat saya terasa mahu buang air kecil  dengan serta‐merta. 

Page 952 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Tunggu di sini”, bisik datuk ke telinga. Saya anggukkan kepala. Datuk  menuju ke perdu pokok salak, selembar daun salak yang masih hijau  diambilnya. Dari situ datuk melangkah ke arah pokok jelutung dan terus  terbongkok‐bongkok di situ, macam mencari sesuatu. Datuk datang pada  saya kembali menatang sesuatu di dalam daun salak, saya lihat benda yang  datuk tatang itu lembik berwarna agak hijau muda. Tanpa berkata apa‐apa  datuk terus melumurkan benda itu di bahagian badan saya yang lebam dan  daun salak muda terus dibekamnya sekali. Bagi mengelakkan daun salak itu  jatuh, datuk terus mengikatnya dengan akar berwarna kebiru‐biruan yang  datuk ambil di tanah.    "Baring, luruskan kaki dan tangan. Bila aku kata bangun, kau bangun."    "Baik tuk”, badan saya rebahkan ke bumi.    Datuk terus duduk di sisi saya dengan wajah yang tenang dan sabar.    "Apa rasanya?", tanya datuk.    "Panas sampai ke tulang."    "Tak apa, sikit lagi sakit kau baik."    Lama juga saya terbaring di tanah. Muka saya berpeluh disimbah sinar 

Page 953 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

matahari, tetapi rasa sakit seluruh badan terasa beransur‐ansur kurang,  kemudian hilang terus.    "Bangun, dan berlari.”    Saya segera bangun dan terus berlari dengan mengelilingi kawasan tanah  lapang. Saya berhenti berlari atas perintah datuk.    "Apa rasanya badan kau?"    "Dah tak sakit lagi tuk."    "Mari dekat aku. Biar aku buka balut di lengan kau."    Saya terus menghampiri datuk. Tangan kanan saya hulurkan padanya. Datuk  terus membelek‐belek tangan saya itu seketika. Daun salak yang hijau itu  saya lihat menjadi kecut, macam terkena bahang api. Sebelum membuka  balut tersebut datuk terlebih dahulu merentap tangan kanan saya secara  mengejut hingga berbu¬nyi. Bila balutan itu dibuka, lebam yang memanjang  dari bahu hingga ke hujung siku sudah tidak ada lagi. Bila datuk  menekannya dengan ibu jari, sudah tidak terasa sakit lagi. Saya boleh  menggerakkan lengan kanan itu seperti biasa.    Baju yang koyak datuk cantumkan kembali dengan meng¬gunakan sejenis  getah yang diambilnya dari sebatang pokok. Datuk tidak menyatakan pada 

Page 954 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

saya, getah pokok jenis apa yang diambilnya dan saya tidak berminat  untuk bertanya padanya.    "Kita melangkah sekarang, menuju ke arah yang ditunjukkan oleh Mamat  Bukit. Aku harap kita dapat rotan semambu yang elok”, datuk menggeliat  dua tiga kali sambil melihat arah kedudukan matahari.    Dalam perjalanan menuju ke tempat yang dikatakan oleh Mamat Bukit,  langkah datuk terlalu cepat, andainya saya menoleh ke arah lain datuk  akan hilang dari pandangan saya. Berjalan dalam hutan yang penuh dengan  akar‐akar kayu, tunggul‐tunggul lama serta pokok‐pokok besar bukan satu  hal yang mudah bagi diri saya. Tetapi, hal semacam itu tidak menimbulkan  masalah buat diri datuk.    "Ubat apa yang tuk balutkan ke lengan saya tadi?"    "Tahi gajah."    "Tahi gajah?”, ulang saya dengan rasa yang amat terkejut.    Datuk berhenti melangkah lalu merenung muka saya bersama segaris senyum.  Tekak saya terasa loya dan badan terasa geli.    "Itu petua orang tua‐tua dan hasilnya sudah kau lihat sendiri. Kau tak  perlu risau, petang nanti kau cuci badan kau dengan tujuh jenis daun 

Page 955 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

yang aku cari”, kata datuk lagi.    Dia meneruskan perjalanan. Saya juga begitu. Saya dan datuk terpaksa  menyeberangi sebatang anak sungai yang airnya mengalir jernih. Anak‐anak  seluang berkejaran di celah‐celah batu. Airnya terasa sejuk sekali.  Kemudian kami mendaki bukit kecil sebelah kanan tebing sungai. Di  lereng‐lereng bukit itu kami menemui rotan yang banyak tetapi rotan yang  ada di situ bukanlah rotan yang dicari oleh datuk.    Kami mendaki ke puncak bukit. Datuk terpegun melihat rotan semambu yang  terdapat di situ. Dia bagaikan orang gila menerkam dari satu perdu rotan  ke satu perdu rotan. Semua rotan semambu yang dilihatnya menarik belaka,  tidak tahu yang mana satu harus diambilnya. Mungkin kerana penat  bergerak, datuk terus duduk sambil melunjurkan kedua belah kakinya. Saya  masih lagi melihat daun rotan yang menghijau, bergoyang‐goyang ditiup angin.    "Kau pergi ke bawah ambil air di sungai”, datuk mengeluarkan perintah.  Wajahnya saya renung dan datuk bagaikan tahu apa yang menjadi persoalan  dalam diri saya ketika itu.    "Kau tak ada bekas nak isi air?"    "Ya tuk."    "Itu perkara mudah, biar aku buatkan", datuk pun bangun. 

Page 956 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Dia mengambil daun hutan yang lebar lima enam lembar, daun‐daun itu di  cantumkannya. Bagi mengelakkan daun yang dicantumkan itu terbuka, datuk  menggunakan rotan kecil yang ditajamkan dan dicucuk pada setiap sendi  atau pelipat daun hutan yang sudah dijadikan dalam bentuk baldi empat segi.    "Sekarang kau pergi ambil air."    Saya pun menuruni lereng bukit dengan hati‐hati. Tetapi, hati berasa  kurang sedap. Saya bagaikan merasa ada mata di dalam hutan itu yang  memerhatikan gerak‐geri saya. Bila saya berdiri di tebing sungai, saya  terdengar bunyi orang berenang di sebelah hilir. Saya terus menoleh ke  arah itu, apa yang saya lihat ialah air jernih kelihatan  berkilau‐kilauan dipanah matahari. Saya kira, apa yang saya dengar itu  cuma perasaan saja, mana mungkin ada manusia di dalam hutan selain saya  dan datuk. Tidak masuk di akal air sungai yang cetek itu membolehkan  manusia berenang di dalamnya. Kalau boleh pun pasti yang melakukannya  manusia dungu, fikir saya.    Saya terus mengambil air sungai dan membawa pada datuk. Kami terus makan  tengahari dalam hutan. Setelah makan datuk pula pergi ke sungai, mandi  dan mengambil air sembahyang. Lepas itu, barulah datuk memilih rotan  semambu yang dikira baik untuknya. Datuk cuma mengambil tiga batang saja.    "Tiga pun sudah cukup, lain kali aku datang lagi”, kata datuk pada saya 

Page 957 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

sambil meneliti ruas rotan semambunya.    Kedua belah tangan datuk genggam, dengan genggaman itu juga datuk  menyukat rotan semambu dari hujung ke pangkal. Datuk memulakan sukatan  itu dengan perkataan untung dan rugi. Bila sampai ke bahagian pangkal  semuanya berakhir dengan perkataan untung. Kepalang gembiranya datuk,  senyuman terus bermain di bibirnya.    Senyuman di bibir datuk terus berhenti dikejutkan oleh bunyi perdu rotan  semambu, dedaun rotan berguguran macam ada tangan raksasa yang  menggoncangnya, akar‐akar rotan tercabut sendiri.    "Syaitan”, kata datuk.    "Bukan tuk, penunggu rotan semambu."    "Mana ada penunggu, penunggu tu syaitan”, suara datuk mula meninggi dan  dia terus berdiri merenung ke arah perdu rotan semambu yang sudah  tercabut. Saya menarik nafas panjang. Rasa takut dan cemas terus  menguasai diri. Datuk tidak berganjak dari tempat asalnya, matanya tidak  berkedip merenung pada setiap perdu rotan yang tercabut.    Saya terkejut bila terdengar bunyi deru seperti bunyi jentera penolak  datang, semua pokok‐pokok di situ bergoyang. Datuk segera membongkok  lalu mengambil tanah dan tanah itu dikepal‐kepalnya macam nasi. Dengan 

Page 958 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

sepenuh tenaga dia melemparkan kepalan tanah itu pada perdu yang  tercabut. Suara jentera hilang dan perdu rotan semambu saya lihat tetap  seperti keadaan asal, tidak tercabut.    "Syaitan, syaitan”, datuk menyebutnya berulang kali sambil mengajak saya  beredar dari situ tanpa membawa rotan semambu yang diambilnya.    "Ke mana kita nak pergi tuk?"    Saya terus mengikutinya menuju ke arah timur bukit kecil, sambil  berjalan itu datuk terus memperkenalkan jenis pokok hutan pada saya.  Akhirnya datuk mematikan langkahnya. Dia terasa kakinya tersepak kan  sesuatu yang keras. Dia terus membongkok dan memeriksa tanah yang  di¬pijaknya. Bila datuk tegakkan badan, di tangannya terlekap sepotong  besi yang panjangnya kira‐kira enam inci. Besi itu sudah berkarat dan  bentuknya bulat kecil, kira‐kira sebesar ibu jari tangan orang dewasa.    "Tulang mawas agaknya tuk?"    "Bukan."    "Kalau bukan besi apa pula tuk?"    "Inilah yang aku fikirkan."   

Page 959 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Datuk terus duduk di tanah. Besi itu terus ditelitinya. Ketika itu  matahari sudah agak condong kedudukannya. Dalam perkiraan saya, jika  matahari itu bergerak atau tergelincir dari kedudukannya dalam jarak dua  jengkal bererti waktu Asar sudah tiba. Saya mencadangkan pada datuk  supaya pulang saja ke tempat asal (tempat bermalam yang dicadangkan oleh  Mamat Bukit). Datuk menolak cadangan saya itu, dia masih mahu mencari  rotan semambu lagi. Mahu atau tidak, saya terpaksa mengikutinya. Kami  terus mara dalam hutan tebal. Tetapi perjalanan yang rancak itu berhenti  juga, bila kami berhadapan dengan rangka besi yang bentuknya macam ekor  ikan paus tersadai di satu kawasan.    "Rangka bas tuk."    "Bukan. Aku tengok macam ekor kapal terbang”, balas datuk. Dia terus  menghampiri ekor kapal terbang sambil mengetuk‐ngetuknya dengan belakang  parang. Pada bahagian ekor yang terpacak ke atas terdapat nombor.  Manakala pada bahagian tepinya (badan) terdapat perkataan ‘The Air  Transport Command’ serta ‘The US Army Air Force'. Perkataan itu terus  melekat di kepala saya hingga kini.    Seluruh kawasan itu kami periksa dengan teliti, begitu juga dengan  bahagian dalamnya. Semua alat di dalamnya masih baik. Tanpa mengusik  sesuatu kami meninggalkan rangka kapal terbang itu. Kami mengambil  keputusan untuk pulang ke tempat asal. Bila sampai di tempat datuk  mengambil rotan semambu tadi, dilihatnya tiga batang rotan semambu yang 

Page 960 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dipilihnya masih berada di situ. Tanpa berfikir panjang datuk terus  mengambilnya, kemudian kami mandi di sungai.    Bila kami sampai ke tempat mula‐mula tiba tadi, Mamat Bukit dan  kawan‐kawan sudah ada, malah mereka sudah pun membuat bangsal kecil  untuk bermalam. Beberapa longgokan rotan seni terdapat di situ.    "Sebelah sana, ada alur air untuk mandi dan ambil air sembahyang. Airnya  jernih yang datang dari gunung”, kata Mamat pada datuk. Alur ialah  aliran air atau parit kecil yang airnya sentiasa mengalir. Datuk senang  dengan penerangan Mamat Bukit. Dia terus ke situ mengambil air sembahyang.    Setelah selesai menunaikan sembahyang Asar, saya terus berborak dengan  kawan‐kawan Mamat Bukit. Macam‐macam hal yang kami kisahkan. Tetapi  datuk tetap merahsiakan kejadian ganjil yang dialaminya ketika mengambil  rotan semambu tadi.    "Kami jumpa bangkai kapal terbang orang putih”, ujar Samad Perang sambil  menunjukkan barang‐barang yang diambilnya dari bangkai kapal terbang.  Antara barang‐barang itu ialah tiga biji topi yang ada lambang tentera,  dua bekas air, selimut, dua pasang sepatu kulit, pisau, serta buku catatan.   

SBDJ (Jilid 03) Siri 55: Mamat Bukit Yang Gagah    Saya dan datuk berpandangan, tahulah kami sebelum kami tiba ke situ, 

Page 961 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

mereka terlebih dahulu sampai.    "Lagi apa yang kau dapat?", tanya Mamat Bukit pada Dollah Beranggas  sambil merenung muka Samad Perang. Mereka berbalas senyum. Dengan tenang  Dollah Beranggas mengeluarkan seluar dan baju kelabu yang ada tanda  tentera di dadanya. Dia juga mengeluarkan beberapa kerongsong peluru.    "Ini baju dan seluar dalam perempuan. Aku jumpa tiga keping gambar”,  Dollah memberikan gambar‐gambar itu pada datuk. Habis saja datuk  melihatnya diserahkan pada saya. Saya lihat gambar itu dengan tenang,  dua keping gambar menunjukkan dua orang lelaki bersama keluarganya,  manakala yang sekeping lagi gambar seorang gadis bersama orang tuanya.  Saya kira lelaki tua itu ayahnya.    "Saya fikir barang‐barang ni membahayakan diri kita. Kalau kita  tertembung dengan orang dalam (komunis) kita akan ditahan, dan kita tak  boleh mencari rotan di sini”, ujar Mamat Bukit.    "Apa yang nak ditakutkan? Kita jumpa dari bangkai kapal terbang. Orang  dalam tu sendiri tentu sudah jumpa lebih dahulu dari kita. Aku ingat  orang‐orang yang ada di dalamnya sudah dibunuh”, Dollah Beranggas bersuara.    Dia terus memberitahu datuk yang dia dan kawan‐kawannya pernah melihat  sebuah kapal terbang berlegar‐legar rendah di kawasan hutan Bubu,  Senggeng, kemudian terus hilang. 

Page 962 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Aku melihatnya dari Kampung Cangkat pada satu petang kira‐kira tiga  bulan yang lalu, dan sekarang kita sudah jumpa”, tambah Dollah Beranggas  lagi. Dia enggan memenuhi permintaan Mamat Bukit yang mahu semua  barang‐barang itu dibakar.    "Demi keselamatan diri kita, ada baiknya kita bakar”, kata datuk. Dan  cakap datuk itu segera dipatuhi. Selepas menunaikan sembahyang Maghrib,  semua barang‐barang itu jadi bahan unggun api. Rasa sedih dan hampa  terbayang di wajah Samad Perang dan Dollah Beranggas.    Kira‐kira dua belas malam, bangsal tempat kami berteduh bergegar, macam  digoncang orang. Datuk yang sedang wirid membaling tasbih segera  mem¬bangunkan Mamat Bukit dan Mamat Bukit memerintahkan kawan‐kawannya  memeriksa setiap penjuru bangsal. Tidak terdapat tanda‐tanda kesan orang  atau binatang liar yang datang ke situ. Keadaan begini mendatangkan rasa  cemas di hati saya.    "Tiga batang rotan semambu saya hilang”, datuk mengadu kepada Mamat  Bukit yang masih tercegat di depan bangsal. Wajah Mamat Bukit saya lihat  cemas sedikit.    "Di mana awak letak?"    "Saya letak dekat hujung lutut." 

Page 963 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Awak dah cari?"    "Nak cari apa, masa bangsal ni bergoyang rotan semambu masih ada lagi di  situ tak sampai seminit rotan semambu itu hilang dari mata.    Mamat Bukit terdiam mendengar penjelasan dari datuk. Dengan lampu picit  berubat (bateri) lapan, Mamat Bukit menyuluh tempat datuk meletakkan  rotan semambunya. Datuk menepuk dahi dua tiga kali, rotan semambunya  masih berada di situ. Bila datuk mahu menjamahnya, Mamat Bukit segera  menahannya.    “Jangan, kita tengok dulu”, kata Mamat Bukit tanpa mengubah pancaran  cahaya lampu picit nya. Tiga batang rotan semambu itu bergerak‐gerak dan  bertukar warna dari hijau menjadi merah, hitam dan kuning macam tembaga.  Dalam beberapa saat pula bertukar menjadi ular tedung yang kepalanya  menghala pada kami. Mamat Bukit terus melompat dan menyambar ranting  pokok berdaun hijau di sisinya.    Daun dan ranting dihumbankan pada rotan semambu yang menjadi ular.  Ketika ranting dan daun hijau mengenai rotan semambu, saya terlihat satu  pancaran cahaya macam kilat yang datang dari arah kanan bangsal, rotan  semambu milik datuk kembali pada keadaan asalnya.    “Ganjil”, kata datuk. 

Page 964 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Ganjil pada awak, pada kami tidak. Hal semacam itu selalu terjadi pada  pencari rotan”, dedah Mamat Bukit lalu mengajak saya dan datuk duduk  berlonggok dengan kawan‐kawannya.    "Kalau awak nak tahu itulah penunggu rotan”, tiba‐tiba Udin Candung  bersuara. Kata‐kata itu ditujukan pada datuk.    "Itu syaitan”, balas datuk.    "Bukan. Itu penunggu”, sahut kawan‐kawan Mamat Bukit serentak. Mereka  seolah‐olah tidak mahu menerima dengan apa yang diucapkan oleh datuk.  Saya lihat datuk tersenyum. Dia tidak marah bila orang tidak mahu  menerima pendapatnya. Kerana takut berlaku sesuatu perkara yang tidak  diingini terjadi, satu keputusan telah diambil. Semua yang ada di situ  tidak boleh tidur serentak. Datuk terkecuali dari keputusan itu kerana  dia sudah pun tidur selepas menunaikan sembahyang Isyak, kira‐kira dua  jam lamanya. Sekarang, datuk memutuskan untuk berjaga sampai pagi sambil  membaca ayat‐ayat suci.    "Awak boleh pilih sama ada mahu berjaga atau tidur”, kata Mamat Bukit  pada saya sambil tersenyum. Kerana memikirkan berjaga lebih selamat dari  tidur, saya memutuskan untuk berjaga macam datuk. Ternyata Mamat Bukit  senang dengan keputusan itu.   

Page 965 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Kau orang tidur dulu, biar aku sama Dollah Beranggas berjaga. Bila aku  kejut kau orang mesti bangun”, beritahu Mamat Bukit pada Udin Candung  dan Samad Perang. Tidak ada bantahan daripada orang yang menerima  arahan. Udin Candung dan Samad Perang pun merebahkan badan masing¬masing.    Sudah setengah jam masa berlalu. Dollah Beranggas tidak mampu berjaga.  Atas rasa kasihan Mamat Bukit mengizinkan Dollah Berangas tidur.  Tinggallah saya dan Mamat Bukit menghadapi unggun api. Datuk tidak  menghiraukan kami, dia tetap dengan tugasnya membilang tasbih dan  membaca ayat‐ayat suci dalam bangsal. Saya terhibur dengan cerita‐cerita  yang diungkapkan oleh Mamat Bukit tentang pengalaman‐pengalaman aneh  yang dialaminya ketika bermalam dalam hutan.    Semua cubaan dan rintangan itu dapat diatasinya. Berdasarkan pada  cerita‐cerita itu, saya segera membuat kesimpulan bahawa Mamat Bukit  bukanlah calang‐calang orangnya. Menurutnya, gelaran Bukit di hujung  namanya itu diberi oleh penduduk‐penduduk kampungnya kerana  kepandaiannya menguasai puncak bukit serta tahu nama‐nama bukit di  daerahnya. Memang seronok bercakap atau berborak dengan Mamat Bukit,  masa yang berlalu tidak terasa sama sekali.    "Cahaya”, jerit saya bila melihat cahaya api itu datangnya dari salah  satu puncak gunung dari barisan Banjaran Titiwangsa. Saya perhatikan  cahaya itu menuju ke arah kami.   

Page 966 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Bertenang”, bisik Mamat Bukit pada saya.    Mamat Bukit pun bangun. Berdiri sambil merenung tajam ke arah cahaya  itu. Dia meluruskan tangan kanannya ke arah cahaya itu. Kelima‐lima  jarinya terkembang macam menahan sesuatu. Dalam beberapa detik  kelima‐lima jarinya bergerak macam orang memulas buah kelapa.    "Puhhhhhh...”, katanya sekuat hati. Saya lihat cahaya sebesar bola tenis  bagaikan pecah, berserakan di udara dan akhirnya hilang entah ke mana.  Dahi Mamat Bukit berpeluh dan dia terus jatuh. Dalam beberapa minit saja  dia bangun kembali. Mungkin kerana kedinginan dia terus merapatkan  badannya ke unggun api. Datuk masih lagi dengan tugasnya. Dengkur  kawan‐¬kawan yang tidur bertambah kuat. Lagi sekali saya terkejut,  apabila seekor lembu jantan berwarna putih berdiri di sebelah kanan  Mamat Bukit, sambil ekornya memukul badannya. Bila Mamat Bukit bergerak,  lembu itu dengan tiba‐tiba bersuara, jadi marah dan merenung ke arah  saya dan Mamat Bukit.    Belum pun sempat saya dan Mamat Bukit berbuat sesuatu, lembu itu terus  mengelilingi unggun api beberapa kali. Akhirnya, lembu itu naik minyak  dan menyerang apa saja yang terdapat di sekelilingnya. Dua tiga kali  lembu itu mahu melanggar saya. Kalau tidak kerana kecekapan Mamat Bukit  mempertahankan diri saya dengan gerak dan langkah silatnya yang tangkas,  sudah pasti badan saya hancur dipijak lembu tersebut.   

Page 967 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Kau ke sana”, Mamat Bukit menolak badan saya dari berpaut padanya. Saya  terdorong agak jauh juga dari unggun api. Rupanya Mamat Bukit  menggunakan kepintarannya, dengan berbuat demikian lembu yang sedang  naik minyak itu akan menyerang saya. Dalam saat begitu memberi  kesempatan pada Mamat Bukit melakukan sesuatu. Ketika lembu itu memburu  saya, Mamat Bukit terus menyambar ekor lembu dan terus dipulasnya dengan  sekuat hati. Mamat Bukit dan lembu memperadukan tenaga. Dalam  pertarungan itu Mamat Bukit lebih hebat, lembu itu tidak terdaya menarik  batang tubuh Mamat Bukit. Lembu itu terus jatuh dan hilang, tanah tempat  lembu itu jatuh berasap dan berlubang. Seluruh badan Mamat Bukit  dibasahi peluh dan nafasnya tercungap‐cungap.    "Tempat ni memang keras”, rungut Mamat Bukit sambil merenung Iubang yang  berasap. Sebelum saya mengajukan sebarang pertanyaan pada Mamat Bukit,  lubang yang berasap itu terus menjadi rata tanpa meninggalkan sebarang  kesan.    "Saya mesti mengadakan semah atau jamuan di tempat ini”, Mamat Bukit  lalu menandakan tempat itu dengan sebatang kayu yang bercabang dua.  Salah satu cabang itu Mamat Bukit ikatkan dengan kain warna hitam.  Mamat Bukit terus duduk bersila di situ, badannya terus menggeletar,  suaranya juga berubah parau dan kasar, kemudian bertukar macam suara  orang perempuan. Mamat Bukit terus menghempas‐hempaskan badannya di  bumi, macam ayam kena sembelih. Kelakuan Mamat Bukit itu mengejutkan  kawan‐kawannya yang sedang tidur. Mereka terus menerkam ke arah Mamat 

Page 968 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Bukit yang tidak sedarkan diri. Samad Perang terus mencangkung di depannya.    "Hai datuk penunggu, kenapa anak cucu yang mencari makan di sini  diganggu?”, kata Samad Perang. Mamat Bukit yang berguling‐guling atas  tanah berhenti berguling, terus duduk mencangkung sambil menekankan  mulutnya ke bumi. Saya Iihat bibirnya penuh dengan tanah.    "Datuk mahu makan? Boleh kami beri”, sambung Samad Perang.    "Ya, kambing jantan warna putih, disembelih, tujuh sikat pisang emas”,  balas Mamat Bukit dalam suara seorang perempuan, Mamat Bukit terus mengilai.    "Lagi apa tuk penunggu mahu?"    "Adakan jamuan itu pada tiap‐tiap tahun, nanti kau orang senang mencari  rezeki di sini."    "Baik datuk penunggu."    "Ingat pesan aku."    Begitulah lebih kurang percakapan Samad Perang dengan penunggu rotan  yang meresap ke dalam diri Mamat Bukit. Bila percakapan itu selesai,  Mamat Bukit pun pulih seperti biasa. Datuk tidak campur tangan dalam  urusan tersebut. 

Page 969 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Pagi itu, setelah datuk menunaikan sembahyang Subuh serta mandi embun,  barulah datuk bertanya pada Mamat Bukit tentang peristiwa yang  dialaminya pada sebelah malam. Datuk mengakui tentang kehebatan Mamat  Bukit, menurut datuk kalau calang‐calang orang tidak mungkin boleh  berhadapan dengan kejadian yang aneh itu. Nampaknya Mamat Bukit kurang  senang dengan pujian yang diberikan oleh datuk.    "Saya buat apa yang saya tahu”, beritahu Mamat Bukit pada datuk.    "Dari mana kau belajar semuanya ini Mamat?"    "Dari arwah orang tua saya."    "Cuma ada satu saja yang cacatnya dalam perkara ini."    Saya lihat muka Mamat Bukit segera berubah. Dia bagaikan terkejut  menerima kata‐kata datuk yang tidak diduga sama sekali terkeluar dari  mulut datuk. Dengan pandangan yang tajam dia merenung muka datuk lama‐lama.    "Apa maksud dengan cacat yang awak katakan?”, soal Mamat Bukit.    "Saya tahu, ayah awak memang handal di hutan, saya berkawan dengannya.  Saya merasa megah kerana awal sedikit sebanyak dapat ilmu darinya.”   

Page 970 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Lagi?"    "Sejak semalam saya belum melihat awak bersembahyang sebagai tanda  bersyukur pada pemberianNya, awak menerima rezekiNya, tapi awak tidak  pernah mengingatinya. Maafkan saya kalau tersinggung, sebagai seorang  Islam saya cuma mengingatkan awak. Saya tidak memaksa”, dengan tenang  datuk bersuara. Mamat Bukit tersenyum. Dan Mamat Bukit tidak mahu  memperkatakan perkara yang datuk sebutkan itu. Dia mengalih persoalan  pada penunggu rotan semambu yang mahukan kambing putih, secara tidak  langsung dia membebankan masalah itu pada diri datuk, cara halis dia  seolah‐olah mahukan datuk mengadakan kambing putih itu.    Datuk yang mengerti dengan tujuan dan maksud Mamat Bukit itu, menolak  permintaan itu dengan secara terhormat. Dan Mamat Bukit pula tidak  merasa hampa atau kecewa dengan sikap datuk itu, malah kalau datuk tidak  mahu mengadakan, dia sendiri akan berusaha hingga perkara yang  dijanjikannya itu pasti terlaksana.    “Usahlah buat kerja membazir tu Mamat. Itu perbuatan syaitan”, kata  datuk dengan tenang. Mamat Bukit gelengkan kepala beberapa kali.    “Ini janji.”    “Janji dengan Syaitan.”   

Page 971 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Tidak, dengan penunggu”, suara Mamat Bukit mula meninggi. Matanya merah  merenung muka datuk. Dan kawan‐kawannya juga merasa kurang senang dengan  tindak‐tanduk datuk itu.    Dollah Beranggas menghampiri datuk. Dua kali bahu kanan datuk ditepuknya.    “Awak tak usah masuk campur, ini urusan kami selesaikan sendiri”, kata  Dollah Beranggas.    “Tapi perbuatan itu tak kena pada tempatnya, bertentangan dengan hukum  agama Islam.”    “awak tahu, bila hajat penunggu ditunaikan, rotan akan menjadi‐jadi dan  rezeki kami akan bertambah.”    Datuk menggigit bibir, muka Dollah Beranggas direnungnya. Saya lihat  Mamat Bukit, Samad Perang dan udin Candung tersenyum sinis pada datuk.    “Kerja mengarut.”    “Mengarut pada awak, pada kami tidak”, sahut Mamat Bukit. Datuk terus  membisu dan beredar dari situ menuju ke belakang bangsal. Tidak siapa  yang tahu kenapa datuk pergi ke belakang bangsal.    Saya tahu, datuk kurang senang dengan peristiwa yang terjadi, begitu 

Page 972 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dengan Mamat Bukit dan kawan‐kawannya. Mereka merasakan kehadiran datuk  dalam kumpulan mereka tidak mendatangkan manfaat yang besar. Samad  Perang secara terang‐terangan menyalahkan Mamat Bukit yang membenarkan  datuk ikut serta dalam kumpulan mereka. Mamat Bukit tetap mempertahankan  apa yang dibuatnya itu memang kena pada tempatnya.    Mujurlah perbalahan kecil yang terjadi antara mereka tidak sampai  didengar oleh datuk. Kalau datuk dengar sudah tentu perasaannya tersinggung.    “Jangan beritahu pada datuk awak, apa yang awak dengar...”, Mamat Bukit  mengingatkan saya. Tanpa berfikir panjang saya anggukkan kepala.    Matahari pagi kian meninggi, jalur sinarnya memanah pada daun‐daun  kering di bumi. Mamat Bukit dan kawan‐kawannya sudah pun memikul gulung  rotan ke atas bahu masing‐masing. Bersedia untuk pulang.    “Macam mana ni? Kita balik ikut jalan kita datang atau ikut jalan  lain?”, Udin Candung bersuara.    “Ikut jalan datang”, balas Samad Perang.    Saya merasa kagum dengan tenaga yang dimiliki oleh mereka. Walaupun  tubuh badan mereka agak kecil, tetapi mereka mampu memikul gulung  (berkas) rotan yang berat untuk meredah hutan dan paya.   

Page 973 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Nanti dulu, sahabat saya belum bersedia”, suara Mamat Bukit meninggi.  Dan kawan‐kawannya terpaksa meletakkan kembali gulung rotan di bahu ke  tanah. Semua biji mata kawan‐kawan Mamat Bukit merenung pada datuk yang  muncul dari belakang bangsal. Dia tangan kanannya ada sebatang kayu  sebesar ibu jari kaki.    “Buat apa kayu tu?”, tanya Mamat Bukit.    “Buat tongkat, waktu turun dari bukit.”    “Saya dah bertahun masuk hutan, tak pernah bawa kayu bila turun bukit.”    "Itu awak, sudah biasa. Saya tak pandai."    Kawan‐kawan Mamat Bukit terus ketawa mendengar jawapan dari datuk itu.  Datuk terus mengambil rotan semambunya dalam bangsal. Tiba‐tiba datuk  berpatah balik, mukanya nampak cemas.    "Kenapa?", soal Mamat Bukit.    "Ular tedung dekat rotan semambu saya."    "Itulah, awak tak percaya pada penunggu. Sekarang apa dah jadi?”, cara  mendadak saja Samad Perang bersuara yang diakhiri dengan senyum menyindir.   

Page 974 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Jangan timbulkan masalah lagi”, Mamat Bukit menengking Samad Perang dan  di wajahnya terpamer rasa kesal atas tindakan Mamat Bukit itu.    Mamat Bukit terus mengajak datuk ke tempat rotan semambu. Saya pun ikut  serta. Apa yang dikatakan oleh datuk itu memang benar. Seekor ular‐  tedung berlingkar atas batang rotan semambu milik datuk. Bila mendengar  bunyi tapak kaki kami, ular itu bergerak‐¬gerak dan panggungkan kepala.  Sebenarnya, kalau datuk tidak memanggil Mamat Bukit pun masalah itu  boleh diatasi. Datuk boleh mengusir ular itu dengan kayu atau  membunuhnya. Ada masalah yang lebih besar dari itu datuk boleh  menyelesaikannya, kenapa masalah sekecil ini datuk memerlukan tenaga  orang lain? Tindak‐tanduk datuk itu menimbulkan tanda tanya pada diri  saya sendiri. Apakah muslihat datuk yang sebenar? Apakah dia mahu  menguji kemampuan diri Mamat Bukit atau sekadar mahu tahu sejauh mana  Mamat Bukit mempercayai perkara tahyul.    Mamat Bukit hulurkan tangan kirinya pada ular itu. Saya lihat badan ular  itu bergerak cepalt lalu mematuk tangan Mamat Bukit. Aneh, Mamat Bukit  masih tersenyum dan terus menangkap kepala ular. Dengan ibu jari dan  telunjuk dia menekan rahang ular hingga mulutnya terbuka. Siung (gigi)  ular jelas kelihatan. Mamat Bukit tekan siung ular itu pada kayu keras  hingga siungnya mengeluarkan air jernih yang agak kental.    "Itu bisa ular”, bisik datuk pada saya.   

Page 975 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Ular di tangan Mamat Bukit jadi lemah. Mamat Bukit melemparkan ular itu  ke dalam hutan tebal. Dengan telapak tangannya, Mamat Bukit mengambil  bisa ular yang jatuh atas daun kering dan digosokkan pada kedua belah  tangannya.    "Dengan cara ini saya akan kebal dari sebarang bisa ular”, beritahu  Mamat Bukit pada datuk.    "Kau memang hebat Mamat."    "Sebenarnya begini, saya belajar perkara ini semasa saya berada di Siam."    "Macam mana awak boleh ke sana?"    "Panjang ceritanya. Saya ditangkap oleh tentera Jepun dan jadi buruh  keretapi maut, saya lari dari kem. Berbulan‐bulan duduk dalam hutan.  Masa itulah saya berjumpa dengan seorang sami”, Mamat Bukit berhenti  bercerita.    "Apa yang awak buat dengan sami tu?"    "Dialah yang mengajar saya ilmu ini, tetapi, sebelum itu saya terpaksa  makan hempedu ular yang bisa."    "Begitu”, keluh datuk sambil mengerutkan dahi. 

Page 976 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Mamat Bukit terus menepuk‐nepuk belakang saya berkali‐¬kali. Datuk terus  melihat kawasan sekeliling.    "Jadi ular tadi bukan ular penunggu?", saya bertanya padanya.    "Bukan”, sahut Mamat Bukit lalu menyuruh datuk mengambil rotan semambu.    Datuk terus ambil rotan semambu, kemudian kami pun menuju ke kawasan  lapang depan bangsal. Samad Perang, Udin Candung dan Dollah Beranggas  masih duduk mencangkung di situ.    “Mari, kila beredar sekarang”, Mamat Bukit mengeluarkan perintah.  Kawan‐kawannya bangun serentak dan meletakkan gulung rotan ke atas bahu  masing‐masing. Mamat Bukit jadi kepala jalan. Datuk berada di belakang  sekali. Baru dua tiga rantai melangkah, Mamat memerintahkan kami berhenti.    "Tak seronok rasanya, kawan kita berada di belakang sekali. Kenapa tak  ke depan dekat saya”, kata‐kata itu Mamat Bukit tujukan pada datuk.    "Tak apa, biarlah saja jadi ekor jalan."    "Bukan apa‐apa, kalau bercerai nanti saya takut awak sesat."    "Dengan izin Allah, saya tak sesat." 

Page 977 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Mamat Bukit puas hati dengan penjelasan datuk itu. Dia meneruskan  perjalanan. Orang yang paling resah sekali dengan sikap datuk itu ialah  Samad Perang. Dia seolah‐olah tidak mahu datuk berada di belakangnya.  Kalau boleh biarlah datuk berada di depannya. Kenapa Samad Perang  bersikap demikian? Saya sendiri pun tidak tahu. Badan saya mula  berpeluh, saya kira orang‐orang lain dalam perjalanan juga berpeluh.  Kami sudah pun menuruni tiga buah bukit yang curam. Setiap kali turun  bukit saya pasti jatuh kerana tidak pandai mengimbangi badan. Satu hal  yang pasti, dalam perjalanan itu kami tidak banyak bercakap, kecuali ada  hal yang penting.    "Sial”, pekik Samad Perang sambil membuangkan gulung rotan di bahu.    Samad Perang terus mencabut golok perak dan mencantas semua pokok‐pokok  kecil di kelilingnya. Rambutnya yang digunting pendek kelihatan tegak  macam bulu landak, biji natanya mula merah. Kata‐kata yang lahir dari  mulutnya tidak menentu dan curang jelas, sukar untuk memahami dengan apa  yang dituturkannya.    "Buat bulatan keliling dia. Kalau dia mahu lari, tangkap”, Mamat Bukit  mengeluarkan arahan. Arahan itu segera dipatuhi. Samad Perang terus  mengamuk, tidak ada seorang pun yang berani menghampirinya.    "Siapa berani sila rapat, aku keluarkan isi perut kamu semua”, suaranya 

Page 978 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

meninggi. Golok perak terus diacu‐acukan pada kami yang mengelilinginya.  Samad Perang gulingkan badan atas tanah. Habis semua pokok‐pokok renek  di situ dilanggarnya. Aneh, bajunya tidak koyak, badannya juga tidak luka.    "Aku mahu kambing jantan putih”, suara Samad Perang berlainan benar kali  ini. Parau dan garang. Dia cuba merempuh bulatan yang kami buat. Dalam  masa kelam kabut itu, Mamat Bukit terus mencabut sebatang pokok kecil.  Badan Samad Perang dipukulnya bertalutalu. Pukulan itu tidak  mendatangkan sebarang kesan pada Samad Perang. Malah, Samad Perang  bertambah berang. Kekuatan yang diperlihatkannya amat luar biasa sekali.  Mamal Bukit tidak boleh menahan sabar lagi, bila Samad Perang menendang  perut Udin Candung hingga termuntah¬‐muntah. Udin Candung tersungkur di  bumi.    Mamat Bukit segera bertindak. Dia melompat tinggi dan melepaskan satu  tendangan kencang di bahu kanan Samad Perang. Samad Perang tergolek di  bumi. Mamat Bukit terus mengikat kedua belah tangan dan kaki Samad  Perang dengan rotan. Kemudian dia menyuruh Dollah Berangas dan Udin  Candung membuat pengusung. Cukup cepat mereka bekerja. Tidak sampai satu  jam, pengusung pun siap.    "Nampaknya kita terpaksa pikul sampai ke rumah”, kata Mamat Bukit. Bagi  memastikan Samad Perang tidak melompat dari pengusung, badannya diikat  dengan rotan pada gelegar pengusung. Mamat Bukit dan Dollah Berangas  didepan, Udin Candung dan datuk di belakang. Saya terkecuali dari tugas 

Page 979 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

itu, tetapi, saya terpaksa memikul tiga batang rotan semambu milik  datuk. Tiga batang rotan semambu bukanlah berat sangat, tetapi, rotan  semambu yang saya pikul ini beratnya agak aneh, macam berat seguni padi.    Saya teringat pesan datuk. Katanya, bila hati merasa cemas atau sangsi  terhadap sesuatu bacalah ayat Kursi. Hal itu segera saya lakukan. Rotan  semambu yang terasa berat itu menjadi ringan kembali.    Memikul manusia dalam hutan bukanlah satu perkara yang mudah. Kerana  semangat setia kawan yang kental, kerja yang sukar itu menjadi senang.    Lebih kurang pukul dua petang, pengusung yang membawa Samad Perang  terdampar di halaman rumahnya. Kaum keluarganya jadi gempar. Ada yang  menangis dan ada yang meratap. Pada sangkaan mereka Samad Perang sudah  meninggal dunia. Bila keadaan sebenar dijelaskan oleh Mamat Bukit,  suasana menjadi aman dan tenang. Samad Perang dibawa ke dalam rumah dan  dibaringkan di ruang anjung. Semua ikatannya dibuka. Marnat Bukit meraba  pangkal lehernya lalu menekan salah satu urat di situ.    Samad Perang membukakan kedua belah kelopak matanya. Dia senyum seketika  dan lepas itu dia terus melompat dan bertempik, semua barang yang ada  berada di anjung habis ditendangnya. Samad Perang menjelirkan lidahnya  macam anjing kehausan. Dan sepasang matanya yang merah merenung tajam ke  wajah isterinya yang berdiri tidak jauh darinya. Gerakannya cukup  pantas, dengan sekelip mata sahaja dia menerkam ke arah isterinya dan 

Page 980 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

terus mencekik leher isterinya.    Mamat Bukit segera bertindak. Dia melepaskan satu penumbuk kencang di  dagu Samad Perang. Saya lihat Samad Perang terus jatuh. Udin Candung  terus memapah isteri Samad Perang dalam keadaan separuh sedar dan  pengsan ke ruang tengah rumah. Beberapa orang perempuan terus memberi  rawatan kilat pada isteri Samad Perang.    Di luar dugaan, Samad Perang yang kena penumbuk kencang itu boleh bangun  dengan segera dan terus menyerang Mamat Bukit. Datuk, Udin Candung serta  Dollah Berangas terus menangkap Samad Perang tetapi,usaha itu gagal.  Samad Perang terlalu gagah. Dengan sekali pusing sahaja ketiga‐tiga  orang itu terhumban atas lantai anjung rumah. Dahi Udin Candung berdarah  kena tiang. Bibir Dollah Beranggas pecah kena lantai. Pangkal kening  datuk bengkak kena penumbuk. Mamat Bukit berhempas mahu melepaskan  dirinya dari pelukan Samad Perang. Setiap kali Samad Perang menggigit  tubuhnya, muka Mamat Bukit berkerut menahan kesakitan. Darah membasahi  baju Mamat Bukit. Satu pemandangan yang amat ngeri bagi diri saya.    "Tolong saya, tangkap dia”, jerit Mamat Bukit. Dengan serentak datuk dan  Dollah Beranggas memeluk tubuh Samad Perang dari belakang. Kedua‐duanya  kena penendang, tersungkur atas lantai. Udin Candung pula bertindak dan  mengalami nasib yang sama.    "Kita tangkap kakinya”, Dollah Beranggas beri cadangan. 

Page 981 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Ya, mari kita cuba”, jawab Udin Candung.    "Satu cara yang baik”, sahut datuk.    Serentak mereka bertiga memaut kaki Samad Perang dan Samad Perang pun  rebah. Mamat Bukit berjaya melepaskan dirinya dan terus memeluk tubuh  Samad Perang.      SBDJ (Jilid 03) Siri 56: Bomoh Terjun    DATUK terus memulaskan kedua belah tangan Samad Perang ke belakang. Udin  Candung pula memegang kedua belah kaki. Mamat Bukit terus duduk di atas  belakang Samad Perang.    “Dollah kau ambil rotan,” Mamat Bukit beri arahan pada Dollah Beranggas.  Cepat‐cepat Dollah Beranggas melompat ke tanah dan segera naik ke rumah  bersama segulung rotan.    Tanpa membuang masa, Dollah Beranggas buka gulung rotan dan terus  mengikat kedua belah pergelangan kaki Samad Perang.    “Rotan. Aku nak ikat tangannya, cepat sikit Dollah,” Dollah pun  melemparkan rotan pada Mamat Bukit. Kedua belah tangan Samad Perang pun  terus diikat. 

Page 982 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Samad Perang terkapar di situ, nafasnya tercungap‐cungap macam ikan atas  daratan.  Mungkin kerana letih membuat datuk, Mamat Bukit, Udin Candung dan Dollah  Beranggas tersandar di dinding rumah.    “Kita tak boleh membiarkan dia begitu, kesian dan tak elok pada mata  orang lain, macam kita tak berakal sangat,” kata datuk pada Mamat Bukit.    “Habis apa yang patut kita buat?, Kalau kita buka ikatannya nanti dia  membunuh orang lain.”    ”Bagaimana, kalau kita rantaikan kakinya pada tiang seri.”    “Betul juga cakap awak, kita kena berunding dengan kaum keluarganya dulu.”    “Terpulanglah pada awak Mamat.”    Mamat Bukit pun menemui keluarga Samad Perang. Setelah berunding Mamat  Bukit menyuruh Dollah Berangas mencari rantai besi dan kunci. Dollah  Beranggas segera akur dengan permintaan Mamat Bukit itu.Setengah jam  kemudian, Dollah Beranggas kembali ke rumah dengan membawa rantai besi  serta ibu kunci tembaga. Semuanya diserahkan pada Mamat Bukit.    “Di mana kamu dapat barang‐barang ni Dollah?” Soal Mamat Bukit. 

Page 983 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Rantai besi dan kunci tu, saya pinjam dari Haji Ishak.”    “Macam rantai pengikat sampan (perahu) rupanya.”    “Ya, memang rantai pengikat sampan, kunci tembaga tu kunci peti duitnya.”    “Habis sekarang peti duitnya tak berkuncilah Dollah?”    “Duitnya memang tak ada, dia simpan petinya saja,” kata Dollah Beranggas  sambil tersenyum.    Samad Perang pun diangkat berhampiran tiang seri, kakinya terus  dirantai, dan dikunci. Rotan yang mengikat kaki dan tangannya pun  dibuka. Samad Perang terus bangun sambil meronta‐ronta.    “Lepaskan aku, lepaskan aku, aku nak kambing putih, aku nak balik ke  bukit,” jerit Samad Perang dengan lantang.    Pinggan berisikan nasi yang dihulurkan oleh isterinya terus  dipecahkannya dan nasinya dipijak‐pijak. Jiran‐jiran yang melihat  kejadian aneh itu, ada yang geleng kepala dan ada pula yang menangis  penuh simpati. Beberapa orang dukun yang cuba mengubati semuanya kena  maki hamun dari Samad Perang. Dan datuk tidak dapat berbuat apa‐apa  dalam masalah ini, datuk merasakan apa yang terjadi pada diri Samad 

Page 984 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Perang memang ganjil sekali.    “Pelik, sungguh tadi elok sihat tiba‐tiba ini jadinya,” keluh datuk.    “Bukan apa‐apa tu, kena sampuk penunggu bukit,” celah Mamat Perang.    “Penunggu?”    “Ya, apa awak tak percaya? Awak dah tengok sekarang.”    Datuk menggigit kuku di jari manis. Dia agak enggan mahu mengakui  kebenaran kata‐kata akhir dari Mamat Bukit itu. Dan Mamat Bukit bagaikan  tahu kesangsian yang bermain dalam diri datuk.    “Kau tidak percaya pada penunggu?”    “Susah nak aku cakpkan, terus terang aku katakan pada kamu Mamat, ini  semuanya kerja syaitan.”    “Terpulanglah, tak usah kita bertengkar fasal ini, apa yang mesti kita  fikirkan bagaimana mahu memulihkan diri Samad Perang.”    “Ya, memang betul cakap kau.”    Mamat Bukit dan datuk berbalas senyum. Secara spontan Mamat Bukit minta 

Page 985 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

datuk mengubatinya. Tetapi, datuk menolaknya dengan alasan dia tidak  mampu. Samad Perang yang dirantai kakinya terus menjerit sambil  menumbuk‐numbuk dada. Dia berusaha mahu memutuskan rantai besi, untuk  lari ke hutan. Tiang seri dari kayu cengal terus digegarnya.  Kerana kedudukan tiang seri itu teguh dan dipasak dengan baji kayu jenis  keras, membuat tiang itu tidak bergerak walau sedikit pun.    “Saya balik dulu Mamat,” bisik datuk pada Mamat Bukit.    “Silakan. Tapi esok macam mana?”    “Saya tak faham cakap awak.”    “Mudah saja, pagi esok kami nak ke hutan menghantar kambing jantan putih  serta membuat semahan atau jamuan untuk penunggu.”    “Saya tidak mahu subahat dengan kerja‐kerja yang bercanggah dengan  ajaran agama Islam Mamat.”    “Tak apalah, awak jangan menyesal kalau penunggu kacau awak.”    “Saya serahkan pada Allah yang maha besar.”    Saya dan datuk pun meninggalkan rumah Samad Perang yang jaraknya dengan  rumah datuk kira‐kira dua batu lebih. Bersama sinar matahari petang yang 

Page 986 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kian menurun, terdengar sayup‐sayup jeritan Samad Perang.Sampai di rumah  datuk terus menyeltkan rotan semambunya di gelegar rumah. Bila saya  tanya kenapa datuk tidak membawa masuk ke dalam rumah. Datuk hanya  memberi jawapan yang pendek begini bunyinya:    “Menurut petua orang tua‐tua, barang‐barang yang diambil dari hutan,  tidak baik dibawa terus ke dalam rumah.”    “Apa sebabnya tuk?”    “Entahlah, tapi itu kepercayaan entah betul entah tidak dan hati aku  ragu‐ragu nak bawa masuk.”    Saya puas hati dengan penjelasan yang diberikan, tidak ada pertanyaan  yang mahu saya kemukakan padanya. Dari air mukanya saya dapat menduga  bahawa datuk begitu kecewa dengan nasib malang yang menimpa diri Samad  Perang. Dua hari kemudian, saya dan datuk pergi semula ke rumah Samad  Perang kembali. Orang pertama yang ditemui oleh datuk ialah Mamat Bukit.  Mereka bersalaman.    “Permintaan penunggu sudah kami tunaikan,” beritahu Mamat Bukit.    “Macam mana kamu buat?”    “Kami buat ancak, semua barang yang dikehendakinya kami letakkan di 

Page 987 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

situ, di bawah pokok besar.”    “Kambing jantan putih?”    “Kami sembelih, separuh dagingnya kami bawa balik, separuh lagi kami  tinggalkan di bawah pokok.”    “Kerja membazir,” datuk terus merungut.    Mamat Bukit ketawa kecil dan memberikan keyakinan pada datuk yang  penyakit Samad Perang akan sembuh dalam sedikit masa lagi kerana  permintaan penunggu sudah dipenuhi.  Datuk agak keberatan untuk mempercayai jaminan yang diberikan oleh Mamat  Bukit itu.  Dengan ditemani oleh Mamat Bukit datuk terus menemui isteri Samad Perang.    “Sudahkah awak berusaha mengubati penyakit suami awak?”    “Sudah dua orang pawang saya panggil, semuanya gagal.”    “Awak tak mahu bawa ke rumah sakit?”    "Kalau dibawa ke rumah sakit, suami saya akan dihantar ke rumah sakit  otak di Tanjung Rambutan, saya mahu berusaha cara kampung.”   

Page 988 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Ya, kita cuba cara kampung dulu,” datuk memberikan keyakinan pada  isteris Samad Perang.    Datuk pun meninggalkan isteri Samad Perang di situ, baru tiga langkah  datuk melangkah meninggalkan, isteri Samad Perang segera menghampirinya.    “Malam ni ada bomoh terkenal datang untuk mengubati suami saya.”    “Bomoh dari mana?”    “Dari mana saya tak tahu, anak saudara saya yang uruskan, bayarannya  juga mahal.”    “Berapa?”    “Lima ratus ringgit, tidak termasuk tambang dan makan minumnya, saya  harap awak datang malam ni.”    “Baiklah.”    Malam itu selepas menunaikan sembahyang Isyak, saya dan datuk terpaksa  menapak sejauh dua batu menuju ke rumah Samad Perang. Ketika kami tiba,  beberapa jiran sudahpun berada di anjung rumah. Semuanya duduk bersila.  Seorang lelaki berbadan tegap yang dipanggil Mahaguru duduk menghadapi  mangkuk perasap yang berisi bara. Dia menaburkan kemenyan atas bara, 

Page 989 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

seluruh ruang dikuasai bau kemenyan. Satu baldi air tersedia di sebelah  kanannya. Lelaki yang dipanggil mahaguru itu terus bangun, dia membuka  langkah silat dan menyeru nama beberapa pahlawan Melayu, antara nama  yang disebutnya termasuklah nama Hang Jebat. Dia terus menampar muka  Samad Perang dan kakinya menyepak badan Samad Perang. Kemudia dia  mengambil baldi yang berisi air. Badan Samad Perang dijirusnya dengan  air. Saya lihat badan Samad Perang menggeletar kesejukan. Lelaki yang  digelar mahaguru itu meletakkan hujung keris yang berluk sembilan atas  dahi Samad Perang.    “Ikut cakap aku,” katanya.    “Saya patuh dengan perintah mahaguru,” jawab Samad Perang.    “Buka kunci dan rantai besi,” suara mahaguru keras.    Rantai besi yang mengikat kaki Samad Perang pun dibuka oleh Mamat Bukit.  Mahaguru terus duduk berhadapan dengan Samad Perang yang kelihatannya  terlalu lemah dan mengikut apa sahaja perintah yang dikeluarkan oleh  mahaguru. Beberapa orang jiran berbisik sama sendiri memuji kehandalan  Mahaguru. Dengan perlahan‐lahan Mahaguru menghembus asap kemenyan ke  muka Samad Perang. Mahaguru terus menepuk lantai dengan tangan kiri.  Keris berluk sembilan diletakkan dekat kepala lutut kiri.    “Bukan apa‐apa, dia ditegur jin bukit,” kata mahaguru. 

Page 990 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Apa macam boleh dipulihkan Mahaguru,” tanya isteri Samad Perang.    “Boleh baik, usahkan jin bukit, jin gunung pun boleh saya ajar,” kata  Mahaguru dengan bangga.    Mahaguru pun menentang biji mata Samad Perang. Tiba‐tiba Samad Perang  bertempik dan bangun, tempat perasap kemenyan ditendang hingga hancur,  bara bertabutan atas lantai. Keris mahaguru disambarnya, muka mahaguru  disepaknya. Semua orang yang berada di situ terkejut. Dan mahaguru yang  mendakwa dirinya bomoh terkenal jadi kelam‐kabut, tanpa berfikir panjang  dia terus terjun ikut tingkap melarikan diri, kain sampingnya tersangkut  di tingkap, semua alat‐alat perubatannya habis dipijak‐pijak oleh Samad  Perang.Bila melihat mahaguru lari ikut tingkap, jiran‐jiran yang berada  di situ juga lari bertempiaran, beberapa orang jiran bengkak di dahi  akibat berlaga sama sendiri, saya dan datuk juga lari. Keadaan jadi  kelam kabut masing‐masing mahu menyelamatkan diri. Dalam keadaan yang  tidak menentu itu Samad Perang terus menjerit dan lari menuju ke hutan  di malam yang hitam. Mujurlah Mamat Bukit cepat bertindak dengan memburu  Samad Perang. Mamat Bukit berjaya menangkap Samad Perang dan kedua belah  kakinya dirantai kembali.      Mungkin kerana keletihan membuat Samad Perang tidak melakukan sesuatu  yang ganjil setelah kakinya diikat. Dia terus tidur hingga berdengkur. 

Page 991 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Lebih kurang pukul satu malam dia bangun dan meminta nasi. Permintaan  itu segera ditunaikan oleh isterinya. Samad Perang makan tiga pinggan  nasi tanpa lauk. Bila perutnya sudah kenyang dia tidur kembali.  Sepanjang malam itu saya, datuk dan Mamat Bukit berada di rumah Samad  Perang semata‐mata memenuhi permintaan isterinya. Menjelang waktu Subuh,  Samad Perang kembali menjerit dan meronta‐ronta di tiang seri. Bila  matahari terbit di kaki langit dia terus tidur. Sebelum meninggalkan  rumah Samad Perang pagi itu, datuk berpesan pada isterinya supaya  berikhtiar mengubati suaminya, walau dengan apa cara sekalipun. Datuk  juga melahirkan rasa puas hatinya pada Mamat Bukit yang berjanji akan  membantu isteri Samad Perang yang sedang dilanda masalah besar itu.    “Saya tidak akan membiarkan keluarga kawan saya menderita.”    “Baguslah, semoga Allah akan menolong kamu.”    “Saya juga berharap awak tidak membiarkan saya keseorangan.”    “Tidak, carilah saya bila awak memerlukan pertolongan.”    Mamat Bukit senang hati dengan janji yang diberikan oleh datuk itu.  Mereka terus berjabat tangan. Tetapi Mamat Bukit melahirkan juga rasa  kesalnya atas sikap manusia yang menggelarkan dirinya sebagai mahaguru itu.    “Hati‐hati bila kau mencari orang untuk mengubat kawan kamu Mamat, 

Page 992 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

sekarang banyak orang menyamar. Ada ilmu setengah cawan mengaku mahaguru.”    “Ya, saya faham. Mahaguru tu sambil dia lari sempat juga dia menyambar  wang dalam mangkuk putih.”    “Itulah manusia Mamat.”    “Kalau tak sanggup mengaku tak sanggup, jangan ambil wang orang, bini  Samad sandar tanah pada ketua kampung nak cari wang sebanyak itu.”    “Lupakan saja tentang itu Mamat, kita cari yang lain.”    “Doakan saya berjaya.”    “Jangan bimbang, saya tetap bersama awak.”    Datuk dan saya pun meninggalkan Mamat Bukit di halaman rumah Samad Perang.    RUMAH    Sudah dua minggu saya dan datuk tidak mengunjungi rumah Samad Perang.  Tetapi datuk tahu segala kegiatan yang terjadi di rumah tersebut. Dollah  Beranggas selalu menemui datuk dan menceritakan apa yang terjadi. Dari  mulut Dollah Beranggas juga datuk mendapat tahu, selama dua minggu lima  orang bomoh sudah diundang untuk mengubati sakit yang ditanggung oleh 

Page 993 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Samad Perang. Semua usaha itu menemui jalan buntu. Masuk minggu yang  ketiga, Mamat Bukit sendiri datang ke rumah datuk.    “Bagaimana sekarang apa usaha yang telah kamu lakukan Mamat?”    “Macam‐macam ikhtiar saya jalankan. Malam ini ada sukarela nak  mengubatinya.”    “Siapa orangnya.”    “Saya tak kenal, kalau awak nak kenal eloklah datang malam ini.”    “Baiklah saya datang nanti.”    Seperti yang dijanjikan, kira pukul sepuluh malam. Saya dan datuk pun  sampai di rumah Samad Perang. Tidak ada apa‐apa peralatan yang  disediakan di ruang tengah seperti tempat perasap kemenyan, mangkuk  putih atau sebagainya yang selalu digunakan oleh bomoh atau dukun bila  mengubati orang yang sedang sakit. Mamat Bukit terus memperkenalkan  datuk dengan seorang lelaki. Orangnya kurus, memakai songkok hitam yang  sudah kuning tepinya. Air mukanya nampak bersih dan tenang. Datuk terus  bersalam dan memperkenalkan diri padanya.    “Dari mana,” bisik datuk padanya.   

Page 994 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Asalnya orang Parit Jawa, Johor. Sekarang menetap di Cenderung Balai  Teluk Intan.”    “Macam mana boleh datang ke sini?”    “Saya datang ke rumah anak yang jadi guru sekolah di sini, dia minta  tolong ikhtiarkan mengubat orang sakit ganjil.”    “Ada hubungan keluarga dengan orang sakit.”    “Tidak, anak si sakit ini, murid anak saya. Menurutnya budak itu pintar  tetapi, sejak ayahnya sakit sudah lama tak datang ke sekolah.”    “Kerja apa?”    “Saya bersawah dan jadi imam surau.”    Walaupun baru bertemu, saya lihat datuk dan orang itu sudah cukup mesra,  bagaikan sudah berkenalan bertahun‐tahun.    “Silakan kiai,” kata Mamat Bukit.    “Jangan panggil saya kiai, ini terlalu tinggi panggil saja nama biasa,  nama saya Sajono.”   

Page 995 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Minta maaf pak.”    “Tak mengapa, awak tak tahu.”    Sajono bangun dan terus menuju ke tempat Samad Perang. Dia menyuruh  Mamat Bukit membukakan rantai besi yang mengikat kaki Samad Perang. Bila  rantai dibuka, macam diarah‐arah oleh sesuatu Samad Perang terus duduk  bersila di hadapan Sajono. Sajono menentang biji mata Samad Perang. Saya  lihat mata Samad Perang tidak berkelip menentang mata Sajono. Makin  lama, makin garang sinar mata Samad Perang. Sajono pun begitu juga.  Mereka beradu kekuatan dengan mata. Badan Samad Perang menggeletar macam  menahan benda berat yang terdampar atas kedua belah bahunya. Sesekali  saya terdengar dengan jelas suara Sajono membaca ayat‐ayat al‐Quran dari  surah Al‐Jin. Tiba‐tiba Sajono terus jatuh atas lantai. Biji mata Samad  Perang yang merah dan kelihatan agak tersembul itu terus merenung muka  Sajono. Perlahan‐lahan Sajono bangun tetapi, tersungkur kembali. Sajono  bangun kembali.    Kali ini dia memperkemaskan duduknya. Wajahnya kelihatan tenang dan  peluh‐peluh halus kelihatan membintik‐bintik di kedua belah pipinya yang  berkulit lembut itu. Sajono terus membaca ayat‐ayat dari al‐Quran. Semua  orang yang ada di situ dapat mendengarnya. Sebabnya, ketika Sajono  berikhtiar mengubati Samad Perang, suasana di ruang anjung agak sepi.  Tidak ada seorang pun yang berani bercakap atau bersuara. Andainya kalu  ada sebatang jarum yang jatuh pun akan dapat didengar, begitulah tenang 

Page 996 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dan sunyi di ruang anjung. Semua yang hadir tumpukan seluruh perhatian  pada Sajono. Cara Sajono berusaha berbeza dengan cara‐cara yang  dilakukan para pawang atau dukun yang datang mengubati Samad Perang  dulu, kebanyakan melompat atau bersilat. Aada pula yang seperti  kemasukan syaitan bercakap tidak tentu arah dan terus tidak sedarkan diri.    “Memang Sajono ada cara yang tersendiri,” kata hati kecil saya. Dan saya  kira orang‐orang yang berada di situ juga akan beranggapan demikian.    Suasana yang sepi itu berkocak juga akhirnya, semua orang yang hadir  terkejut besar. Samad Perang yang tadinya kelihatan gagah dan garang  beransur lemah dan terus rebah atas lantai. Terkapar di situ, macam ayam  kena sembelih. Sajono terus sujud syukur pada Allah yang memberkati  usahanya, Sajono terus merenung wajah‐wajah yang ada di situ dengan senyum.    “Bersyukurlah tuan‐tuan semua pada Allah yang memberkati usaha saya  ini,” katanya dengan tenang. Mamat Bukit segera menghampirinya.    “Apa sakitnya Pak Sajono.”    “Semuanya ni kerja syaitan.”    “Syaitan?”    “Ya, syaitan. Awak tahu syaitan pada setiap saat beruasaha mahu 

Page 997 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

membinasa anak Adam, dalam pelbagai bentuk dan cara adakalanya  menyerupai manusia.    Saya lihat Mamat Bukit menarik nafas panjang, agaknya dia dapat menerima  dengan apa yang dikatakan oleh Sajono itu. Saya dan datuk berpandangan.  Samad Perang sedar dari pengsan. Sajono menghampirinya. Dua kali Sajono  menepuk bahunya.    “Ikat dia kembali, saya akan datang lagi untuk berusaha menolongnya,”  beritahu Sajono pada Mamat Bukit. Samad Perang pun dirantai semula.  Datuk terus mendekati Sajono.    “Syaitan terlalu kuat mempengaruhi perasaannya,” kata Sajono.    “Apa lagi yang mahu tuan lakukan padanya.”    “Malam besok saya datang lagi, saya mahu menyambung kerja‐kerja ini di  rumah anak saya.”    “Memang baik cadangan awak, saya harap awak akan bersama saya malam esok.”    Datuk dan Sajono berpeluk‐pelukan. Dengan diiringi oleh anak saudara  Samad Perang, Sajono melangkah ke tangga. Dari kaki tangga Sajono terus  duduk di atas lanting basikal (bahagian belakang basikal untuk seorang  penumpang). Anak saudara Samad Perang terus kayuh basikal membelah 

Page 998 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kegelapan malam menuju ke jalan besar.    “Saya tunggu sampai pagi di sini,” kata Mamat Bukit pada datuk, bila  datuk minta diri untuk pulang. Saya dan datuk terus menapak menuju ke  rumah sejauh dua batu di malam yang mula dingin.    DATANG    Malam itu, saya dan datuk datang lagi ke rumah Samad Perang. Kami terus  duduk di anjung. Isteri Samad Perang menghidangkan dua cawan kopi untuk  kami.    “Minum, kopi bujang aje,” kata isteri Samad Perang.    “Tak apa inipun sudah seribu rahmat dapat kopi,” balas datuk bersama  ketawa kecil. Saya merenung permukaan cawan yang berasap nipis.    “Mamat Bukit ke mana?” Tanya datuk pada isteri Samad Perang yang  kelihatan cengkung dan agak pucat itu tetapi, masih mampu melayan setiap  tetamu yang datang ke rumahnya dengan wajah yang manis.    Senyumnya tidak pernah mati dari bermain dari bibir. Setiap kata yang  diucapkannya membayangkan ketabahan dan keyakinan yang suaminya akan  pulih seperti sediakala.   

Page 999 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Mamat Bukit belum datang lagi, tiap‐tiap malam dia berjaga menjaga  suami saya, katanya malam ni dia datang lewat sikit,” ujar isteri Samad  Perang.    “Payah mahu mencari kawan yang setia macam dia.”    “Nampaknya, begitulah.”    “Macam mana keadaannya, selepas kami balik malam semalam.”    “Ada kurang sikit cuma, waktu subuh dia menjerit dan meronta‐ronta nak  lari masuk ke hutan.”    “Bersabar, berkat usaha dan diizinkan oleh Allah, dia akan sembuh.”    “Saya harap begitu.”    Percakapan datuk dengan isteri Samad Perang saya ikuti dengan teliti.  Datuk minta izin pada isteri Samad Perang untuk melihat suaminya,  permintaan datuk itu diperkenankan.    “Tamar kau nak ikut aku?”    “Tak mahu, biar saya tunggu di sini.”   

Page 1000 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Tak mahu pun tak apa,” kata datuk sambil bangun.    Datuk pun melangkah, satu, dua, tiga, masuk langkah yang keempat saya  mula terasa seram. Pungung saya terangkat dari lantai. Bulu tengkuk saya  meremang dengan sendiri. Tanpa membuang masa saya terus mengejar datuk.    “Kenapa Tamar?”    “Saya seram tuk.”    “Seram? Kau ni penakut sangat,” rungut datuk sambil menjeling tajam pada  saya.    Isteri Samad Perang tersenyum melihat telatah saya yang agak melucukan itu.    Datuk menghampiri Samad Perang yang terikat di tiang seri. Kedua belah  kelopak mata Samad Perang bertaut rapat, dadanya kelihatan turun naik,  menarik dan melepaskan nafas macam orang penat selepas melakukan  kerja‐kerja yang berat.    “Jangan bangunkan, biar dia tidur,” kata datuk, bila melihat isteri  Samad Perang mahu mengejutkan suaminya.    Tanpa diduga Samad Perang membuka kedua belah kelopak matanya.   

Page 1001 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Kawan awak, ini cucunya,” celah isterinya.    Samad Perang diam. Kedua‐dua biji matanya kelihatan merah macam biji  saga. Dari atas ke bawah, dari bawah ke atas, dia memandang saya dan datuk.    “Aummmmmm...,” Samad Perang mendengus sambil memperlihatkan giginya,  macam harimau jantan berhadapan dengan kucing.    Samad Perang terus meronta‐ronta mahu menerkam ke arah datuk dan saya.  Kami segera berundur dan menuju ke anjung rumah semula. Datuk nampak  kesal. Dia seolah‐olah menyesal menghampiri Samad Perang tadi. Saya  merenung keluar, tidak ada sesuatu yang dapat saya lihat. Semua gelap  belaka.Bunyi cengkerik dan burung hantu jelas kedengaran. Dalam saat  yang sama kedengaran suara Samad Perang ketawa memanjang, bersama bunyi  rantai besi berlaga dengan lantai dan tiang seri.    Suasana begitu sungguh tidak menyenangkan dan menakutkan diri saya.  Badan saya menggeletar tidak tentu arah. Datuk tetap duduk bersila  sambil menundukkan kepalanya merenung lantai. Isteri Samad Perang  kelihatan tidak tentu arah. Sekejap datang ke ruang anjung, sekejap  berlari ke ruang tengah dan menuju ke dapur, tidak ubah macam kucing  kehilangan anak.    “Sabar dan tenang,” datuk mendamaikan hati isteri Samad Perang.   

Page 1002 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Minta pertolongan dan perlindungan dari Allah,” suara isteri Samad  Perang perlahan sekali.    Rasa cemas dan takut yang menguasai diri saya dan isteri Samad Perang  segera hilang, bila Mamat Bukit dan Sajono tiba.    “Dah lama sampai?” Tanya Mamat Bukit pada datuk.    “Lama juga, kira setengah jam lebih.”    “Saya terlambat sikit, memang mengikut petua saya, masa datang malam,  kedua dan ketiga harus dilambatkan sejam, tidak boleh datang dalam masa  yang sama, malam ini saya datang pukul sebelas, malam esok pukul dua  belas,” Sajono menerangkan sebab‐sebab ia datang lewat.    Datuk anggukkan kepala dan terus bersalam dengan Sajono dan Mamat Bukit.  Sajono dan Mamat Bukit duduk. Isteri Samad Perang meletakkan dua cawan  kopi di hadapan mereka.    “Minta maaf, saya tak boleh minum selagi kerja belum selesai, malam  pertama boleh minum, sebelum memulakan kerja, malam kedua boleh minum  selepas selesai jalankan kerja dan malam ketiga langsung tak boleh  minum, walaupun kerja dah selesai,” Sajono memberitahu isteri Samad Perang.    Kopi yang disediakan untuk Sajono dibawa ke dapur kembali. Dan Mamat 

Page 1003 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Bukit terus minum kopi bahagiannya. Angin malam yang bertiup lembut  masuk ke ruang rumah menerusi jendela yang terbuka, beberapa ekor  kalkatu terus mengharung cahaya gasolin. Seekor kelawar sesat masuk ke  ruang tengah rumah terbang tidak tentu arah dan akhirnya keluar ikut  jendela. Bunyi burung hantu dan jampuk jelas kedengaran. Semuanya itu  tidak mendatangkan sebarang kesan buat diri Sajono, malah dia marahkan  Mamat Bukit yang cuba mahu membunuh seekor cicak yang jatuh dari tulang  bumbung ke atas lantai.    “Jangan bunuh dia biarkan dia hidup, bukankah dia makhluk Allah,” katanya.    “Cicak membawa sial pada kita, Kiai,” balas Mamat Bukit.    “Pada Allah tidak ada makhluk yang sial dan bertuah, cuma manusia saja  yang pandai membeza‐bezakannya,” jawab Sajono.    Tidak ada jiran‐jiran lain yang datang ke rumah Samad Perang. Malam  sebelumnya, ruang anjung itu penuh dengan para jiran yang jumlahnya  lebih dari dua puluh orang. Mungkin mereka merasa bosan atau merasakan  tidak ada faedahnya berjaga, sedang keadaan Samad Perang tidak banyak  berubah, menyebabkan mereka tidak mahu datang.    “Saya mulakan sekarang,” kata Sajono pada datuk.    “Silakan.” 

Page 1004 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Mari ikut saya, Sajono renung muka datuk, renung muka Mamat Bukit dan saya.    Tanpa banyak karenah, datuk, Mamat Bukit dan saya terus mengiringi  Sajono menuju ke tempat Samad Perang dirantai. Sajono terus menepuk bahu  Samad Perang, kemudian duduk bersila berhadapan dengan Samad Perang.    “Kamu bukakan rantainya,” kata Sajono pada saya. Badan saya mula  menggeletar menerima anak kunci dari Mamat Bukit.    “Cucu saya pak,” kata datuk dengan wajah yang cemas.    “Tak mengapa biarkan.”    “Tapi, dia tak tahu semuanya ini pak.”    “Dia harus belajar,” Sajono merenung wajah datuk sambil menepuk bahu  kiri datuk....      SBDJ (Jilid 03) Siri 57: Sumpah Seladang Merah    Saya lihat datuk kurang senang dengan arahan yang diberikan oleh Sajono  pada saya.    “Ayuh, orang muda,” suara Sajono lembut. 

Page 1005 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Cucu saya, masih bodoh pak.”    “Dia harus belajar, mungkin di masa akan datang dia tidak akan  berhadapan dengan perkara semacam ini.”    “Tapi...”    “Jangan bimbang, biarkan dia lalui pengalaman ini, setidak‐tidaknya akan  jadi bahan sejarah untuk dirinya. Ayuh,” Sajono menggosok‐gosok kepala  saya.    Badan saya menggeletar. Takut dan bimbangnya Tuhan saja yang tahu. Saya  berharap datuk akan berusaha menggagalkan rancangan yang diaturkan oleh  Sajono itu.    “Pergi Tamar, jangan kecewakan kepercayaan orang.” Kata datuk. Ternyata,  saya tidak ada pilihan lain.    Saya pun rapat ke arah Samad Perang yang terlentang, kedua belah kakinya  terkangkang. Biji matanya bergerak mengikut gerak geri saya. Dengan  hati‐hati saya masukkan anak kunci ke lubang kunci. Usaha saya berjaya.  Saya renung muka Sajono.    “Kau sudah membuka kunci di kakinya, sekarang rantai dan kunci di 

Page 1006 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

bahagian tangannya,” perintah Sajono. Saya renung muka datuk minta  simpati. Datuk tersenyum.    “Buka kunci di tangannya Tamar,” perintah datuk. Saya sungguh kecewa  dengan sikapnya itu.    Saya terus membuka kunci di kedua belah tangannya. Bila saya memberi  belakang pada Samad Perang, saya terasa ada sesuatu yang menghentak pada  pangkal belikat saya. Saya terjerumus di hujung lutut Sajono. Samad  Perang mula melompat dan menari, tidak ubah macam orang orang berjoget.    “Bangun nak, kau jatuh sendiri, orang yang sakit tidak menendangmu, ada  orang lain yang membuatnya,” Sajono melekapkan telapak tangan kanannya  di dahi saya.    Badan saya tidak terasa sakit malah macam tidak ada apa‐apa yang berlaku  pada saya. Saya segera duduk di sebelah datuk. Sajono terus merenung  dengan renungan yang tajam dan marah. Samad Perang berhenti menari.    “Duduk di sini,” kata Sajono. Samad Perang terus duduk.    Sajono mengeluarkan rotan seni sepanjang enam inci dari celah  pinggangnya. Badan Samad Perang dipukulnya lima kali berturut‐turut.  Kemudian dia menentang biji mata Samad Perang.  Samad Perang angkat kepala dan terus menentang mata Sajono dengan wajah 

Page 1007 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

yang bengis. Sajono tetap tenang dan matanya tidak berkedip memanah ke  mata Samad Perang. Saya lihat seluruh badan Samad Perang menggeletar dan  akhirnya rebah atas lantai.    “Bangun, tentang mata saya,” kata Sajono. Samad Perang berusaha bangun.  Percubaannya itu tetap gagal, setiap kali dia bangun, setiap kali pula  dia rebah.    Mukanya nampak pucat, kedua‐dua belah cuping telinganya nampak kecut.    “Awak bangun perlahan‐lahan Samad dan kemaskan sila, duduk mengadap  saya,” ucap Sajono dalam nada suara yang lembut.    Cukup sukar Samad Perang mematuhi arahan Sajono itu. Setelah menghempas  pulas, akhirnya Samad Perang berjaya. Duduk bersila di hadapan Sajono.  Saya sudah dua kali mengucap. Datuk dan Mamat Bukit tidak berkata  apa‐apa. Mereka Cuma memperhati dengan penuh teliti segala gerak‐geri  Sajono dan Samad Perang. Sajono merenung muka datuk dan Mamat Bukit.  Mereka berbalas senyum. Sajono rapat pada Samad Perang.    “Yang jahat, yang baik semuanya keluar,” suara Sajono meninggi.    Samad Perang rebah kembali. Tidak sedarkan diri. Tidak ada sesuatu yang  dilakukan oleh Sajono untuk menyedarkan Samad Perang dari pengsan.   

Page 1008 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Biarkan dia sedar sendiri.” Beritahu Sajono pada Mamat Bukit dan datuk.  Isteri Samad Perang sandarkan badan ke dinding dengan wajah yang tenang.    Malam bertambah tua udara terasa amat dingin sekali. Sayup‐sayup  kedengaran kokok ayam. Bunyi burung hantu dan jampuk, tidak kedengaran  lagi, suara cengkerik juga tidak sehebat tadi. Sesekali terdengar bunyi  dedaun rumbia di pinggir rumah berlaga sama sendiri, disentuh angin  malam yang bertiup. Samad Perang sedar dari pengsan. Dia terus duduk  dalam keadaan yang amat letih sekali. Sajono tersenyum sambil  menggosok‐gosok kedua belah telapak tangannya. Kemudian, Sajono  membetulkan letak songkoknya yang senget. Kain pelikat berpetak besar  yang tersangkut di bahu kanan diubah ke bahu kiri.    “Yang jahat jangan datang, yang baik berumah dalam diri,” cukup lantang  suara Sajono. Mukanya kelihatan merah padam. Anak rambut di kiri kanan  pelipisnya bergerak‐gerak.    Samad Perang jatuh pengsan lagi. Kali ini, Sajono segera memulihkannya  dengan menggunakan kain pelikat.    “Air,” muka Samad Perang.    “Berikan,” ujar Sajono.    Isteri Samad Perang hulurkan segelas air pada Mamat Bukit dan Mamat 

Page 1009 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Bukit serahkan pada Samad Perang.    “Minum,” kata Sajono.    “Terima kasih,” jawab Samad Perang.    Semua yang ada di situ merasa gembira. Saya lihat kelopak mata isteri  Samad Perang digenangi air jernih. Tetapi dibibirnya tetap terukir  segaris senyum yang melambangkan kebahagiaan dirinya.    “Pertama kali saya melihat suami saya bercakap dengan baik dan sopan  santun,” kata isteri Samad Perang pada datuk. Sajono yang berwajah  tenang menggigit bibir. Samad Perang merenung wajah isterinya.    “Kau menangis, Sofiah?”    “Tak, saya tak menangis bang.”    “Matamu berair.”    “Ya, saya menangis bang, saya gembira kerana abang dah baik.”    “Aku tak faham dengan cakap kau Sofiah.”    “Abang sebenarnya sakit.” 

Page 1010 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Sakit?” Samad Perang renung Mamat Bukit.    Saya lihat Mamat Bukit anggukkan kepala. Membenarkan kata‐kata yang  diucapkan oleh isterinya.    “Beri dia bantal, biar dia berehat,” Sajono menujukan kata‐kata itu pada  isteri Samad Perang. Perempuan yang berbadan kurus dan berwajah cengkung  itu segera masuk ke bilik tidur dan keluar membawa sebiji bantal.    Samad Perang saya lihat seperti keadaan orang bingung. Dia renung pada  rantai besi dan ibu kunci yang terdapat pada tiang seri.    “Saya mengantuk,” katanya pada Mamat Bukit.    “Tidurlah dulu.”    “Maafkan saya, mata saya tak boleh tahan,” suara Samad Perang lemah sekali.    Dia terus merebahkan badannya atas lantai. Mamat Bukit angkat kepalanya  dan isterinya menyorongkan bantal.    “Ikat tangannya saja, bukan apa‐apa sekadar untuk berjaga,” isteri Samad  Perang segera mematuhi arahan dari Sajono.   

Page 1011 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Dalam beberapa minit saja, kami yang berada di situ sudah dapat  mendengar suara dengkur Samad Perang.    “Selesai atau ada lagi Kiai?” cukup hati‐hati Mamat Bukit mengajukan  pertanyaan pada Sajono yang sedang duduk termenung macam memikirkan sesuatu.    “Ada lagi ke Kiai?” ulang Mamat Bukit.    “Untuk malam ini dah selesai, malam esok saya datang untuk  menamatkannya,” Sajono bangun.    JALAN    Saya dan datuk juga berjalan dalam ruang rumah dua kali. Bermula dari  arah selatan menuju ke utara dan berhenti di muka pintu. Dia merenung  malam yang gelap, merenung pokok‐pokok yang tertegun di halaman. Kokok  ayam bertambah kerap. Udara sejuk kian terasa.    “Saya nak pulang,” kata Sajono pendek dan ketika itu juga saya terdengar  jam dinding di rumah Samad Perang berbunyi sebanyak dua belas kali.    Mamat Bukit segera turun ke tanah. Isteri Samad Perang membawa lampu  gasolin ke muka pintu. Cahaya daripada lampu gasolin menerangi  sebahagian daripada kawasan halaman rumah.   

Page 1012 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Saya hantarkan Kiai,” ujar Mamat Bukit sambil menolak basikal tua  keluar dari bawah rumah. Sajono memijak mata anak tangga dengan teliti.    Dia akhirnya menyarungkan selipar kulit ke kaki. Berdiri di situ sejenak.    “Malam esok saya datang lagi, saya minta sediakan rotan halus atau rotan  seni yang panjangnya kira‐kira tiga kaki,” Sajono meninggalkan pesan  pada isteri Samad Perang.    “Saya balik dulu, malam esok saya harap awak datang,” Sajono merenung  muka datuk.    “Dengan izin Allah saya akan datang,” balas datuk.    “Saya harap Allah akan memperkenankan permintaan awak,” balas Sajono  lalu bersalaman dengan datuk.    “Jaga suami awak baik‐baik, saya rasa malam ni dia akan tidur sampai  siang. Kalau takut, cari kawan,” Sajono renung isteri Samad Perang.    “Baik Kiai, saya jaga dia.”    “Lepas hantar Kiai, saya datang ke mari,” cara mendadak Mamat Bukit  bersuara.   

Page 1013 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Bagus,” celah datuk. Sajono renung muka saya dan tangan kanannya  menepuk bahu kiri saya.    Sajono terus duduk di bahagian belakang basikal. Mamat Bukit pun kayuh  basikal tanpa lampu membelah malam yang gelap.    “Hebat, naik basikal malam tak berlampu,” kata saya.    “Mamat sudah biasa begitu,” sahut isteri Samad Perang.    Datuk ketawa kecil, seolah‐olah memberitahu saya, itulah keistimewaan  orang kampung yang tidak kenal duna moden, tidak kenal lampu letrik di  tepi jalan. Tetapi, mereka tidak pernah mengeluh dengan keadaan itu,  mereka hadapi dengan tenang dan penuh cabaran.    “Kami balik dulu,” beritahu datuk pada isteri Samad Perang.    “Selamat jalan, jangan lupa malam esok datang lagi.”    “Kalau tak ada sakit demam dan umur pula panjang, saya sampai, jawab datuk.    Saya dan datuk sampai ke rumah hampir pukul satu subuh. Nenek menyambut  kami dengan wajah yang masam di muka pintu. Tetapi, datuk tetap  memberikan senyum yang paling manis untuk seorang isteri yang setia,  seperti nenek. 

Page 1014 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Janda mana yang awak gila, anak dara mana yang awak intai hingga jauh  malam baru sampai ke rumah,” gegendang telinga saya menangkap suara nenek.    “Tak ada janda, tak ada anak dara, yang ada awak seorang aje, sebab  itulah saya balik ke rumah,” tingkah datuk yang diakhiri dengan ketawa  pendek.    Nenek terus diam dan merapatkan daun pintu serta menguncikannya sekali.  Saya terus merebahkan badan di bilik kecil yang dikhaskan untuk saya.  Semua yang saya lihat dan alami di rumah Samad Perang terbayang kembali.  Sukar untuk dipercayai dengan fikiran yang waras, bila seseorang  menyuruh sesuatu yang dianggap jahat dan baik keluar dari tubuh manusia,  kemudian mengizinkan benda yang baik menguasai hati dan perasaan manusia  seperti yang dilakukan oleh Sajono pada Samad Perang. Andainya, kalau  saya ceritakan pada orang lain tentang kejadian itu, pasti orang yang  mendengarnya ketawa dan mengira perkara itu tidak masuk akal lalu  menuduh saya pembohong.    Tetapi, perkara yang tidak masuk di akal itulah yang saya saksikan  dengan mata kepala saya sendiri. Memang aneh, dunia dan manusia tidak  dapat dipisahkan dari menjalani kejadian‐kejadian aneh yang  kadang‐kadang tidak masuk di akal, kata hati kecil saya sambil menarik  selimut. Akhirnya saya terlelap.   

Page 1015 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Saya terjaga dari tidur, bila datuk menarik kaki saya dengan kuatnya.    “Bangun, jangan dilayan kemahuan hati, nanti kau berkawan dengan  syaitan, bangun sembahyang Subuh,” katanya keras.    Saya tidak boleh membantah. Saya pun bangun dan menjalankan rukun Islam  kedua.    KETIGA    Datuk sengaja pulang lewat ke rumah Samad Perang malam ini. Kata datuk  tidak guna pergi awal, Sajono sendiri sudah mengatakan yang dirinya akan  sampai ke rumah tersebut pukul dua belas tengah malam.    “Pukul sebelas kita bertolak dari rumah, sementara itu biar aku membaca  Quran,” beritahu datuk pada saya.    Rasa gembira menguasai hati saya, bila mendengar keputusan dari datuk.    “Kau pergi baca surah Yasin,” ujar datuk lagi.    “Saya baca dalam bilik tuk.”    Tanpa membuang masa saya masuk ke bilik. Pintu bilik saya kunci dari dalam.   

Page 1016 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Membaca surah Yasin, bukanlah satu tugas yang menyenangkan hati saya,  lebih‐lebih lagi kalau ada tugas lain yang saya kira lebih mustahak dari  itu. Jadi, saya buat keputusan yang muktamad. Saya tidak mahu membaca  surah Yasin. Saya harus menyambung kerja saya yang terbengkalai sejak  dua tiga hari yang lalu, iaitu membuat sangkar burung. Pelita minyak  tanah saya pasang dua sekali. Keadaan dalam bilik cukup terang tetapi,  saya tidak puas hati. Saya mahu cahaya yang terang lagi. Saya pasang  lima batang lilin. Kemudian saya keluarkan pisau kecil serta bilah‐bilah  buluh yang sudah diraut dari bawah katil. Saya pun memulakan kerja  membuat sangkat burung mengikut bentuk yang saya ingini.    “Tamar kau baca Yasin atau tidur, tak dengan suara pun.”    “Saya baca tuk, tapi tak boleh kuat, suara serak, tekak saya sakit.”    “Betul ke ni Tamar.”    “Betul, sumpah tuk,” kata saya sambil menajamkan bilah buluh bahagian  bawah, kemudian bilah itu saya tekan pada rotan yang dijadikan gelegar  sangkar.    Bagi meyakinkan hati datuk yang saya membaca surah Yasin sesekali saya  tinggikan suara sambil menyebut beberapa ayat dari surah tersebut yang  saya ingati. Sambil melakukannya, saya ketawa sendirian kerana saya  sudah berjaya memperdayakan datuk. Tepat jam sebelas malam, datuk terus 

Page 1017 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

ketuk pintu bilik. Kelam‐kabut saya sorongkan sangkat yang baru siap  separuh ke bawah katil. Kepala saya sarungkan dengan songkok, surah  Yasin saya pegang. Pintu bilik saya buka lebar‐lebar.    “Bagus, kau cucu yang baik dan mendengar cakap,” kata datuk.    “Terima kasih tuk.”    “Habis, apa lagi.”    Saya dan datuk pun meninggalkan rumah. Nenek Cuma menghantar hingga ke  kaki tangga saja. Nenek berpesan supaya kami berhati‐hati berjalan  kerana banyak binatang bisa yang merayap malam. Begitulah sikap nenek  saya, dalam marah dia tetap sayangkan suami. Setiap detik yang berlalu,  tidak dipersiakan begitu saja, tetap diisi dengan doa dan harapan semoga  berbahagia serta dipanjangkan usia.    “Nenekmu wanita kampun yang banyak menyerahkan harapan pada keadaan.  Seorang isteri yang setia tetapi mempunyai suami yang kurang  mementingkan hati dan perasaannya,” datuk mengeluh dalam perjalanan.    “Saya sayangkan nenek tuk.”    “Aku juga sayangkan dia Tamar. Kalau kau mencari isteri, carilah  perempuan sebaik nenekmu.” 

Page 1018 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Saya tak mahu kahwin tuk.”    “Satu waktu, kau akan kahwin juga Tamar.”    “Dengan siapa tuk.”    “Hanya Allah Yang Maha Besar akan menentukan jodohmu Tamar.” Saya  tersenyum mendengar cakap datuk.    Saya bayangkan dalam kepala wajah‐wajah gadis yang saya kenali. Tetapi,  semuanya tidak saya minati. Kami sampai ke rumah Samad Perang. Sajono  dan Mamat Bukit duduk di bawah pokok bertemankan lampu minyak tanah.  Datuk tidak menyoal kenapa mereka duduk di luar tidak di dalam rumah.  Datuk tahu selagi belum tepat jam dua belas malam, Sajono tidak akan  memijak lantai rumah Samad Perang. Saya dan datuk turut duduk di bawah  pokok. Sajono yang tenang tidak banyak bercakap. Tetapi, Mamat Bukit  tetap rancak bercakap dengan datuk.    MASUK    Tepat jam dua belas. Kami pun masuk ke rumah Samad Perang. Duduk di  ruang tengah. Isteri Samad Perang menyerahkan rotan seni pada Sajono.    “Bagaimana keadaannya,” tanya Sajono. 

Page 1019 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Alhamdulillah, dia tidak meracau dan terus tidur, bila dia jaga dia  minta air.”    “Lagi.”    “Dia bercakap dengan baik dan mula bertanya khabar tentang kawan‐kawannya.”    “Bersyukurlah pada Allah yang memberkati usaha‐usaha kita,” Sajono  menadahkan kedua belah telapak tangannya sambil membaca sesuatu.    Bila mulutnya berhenti bergerak, kedua belah telapak tangannya menyapu  muka.    “Saya mulakan sekarang,” beritahu Sajono pada datuk dan Mamat Bukit.    “Silakan,” jawab Mamat Bukit dan datuk serentak.    Sajono terus membuka kunci pada rantai besi yang mengikat tangan Samad  Perang.    “Bangun,” Sajono kejutkan Samad Perang, tergesa‐gesa Samad Perang, gosok  kelopak mata serta duduk bersila di depan Sajono.    Tangan kanan Samad Perang dijamah oleh Sajono, tiap sendi jejari tangan 

Page 1020 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

itu dipicitnya berkali‐kali. Kemudian Sajono mengikat jejari tangan  kanan itu dengan rotan seni. Bila dirasakannya ikatan itu sudah cukup  kejap, Sajono terus merentapnya dengan kasar sekali.  Samad Perang kelihatan cemas wajahnya berkerut menahan rasa sakit. Samad  Perang terus menjerit dan meronta‐ronta. Sajono terus memegang hujung  rotan dengan sekuat hatinya. Samad Perang berpusing‐pusing di lantai,  dia bagaikan kehilangan tenaga untuk berdiri dan jejari tangan kanannya  yang diikat dengan rotan, kelihatan lembik. Samad Perang terus lemah,  suaranya bagaikan tidak keluar ketika itu juga Sajono meratapinya, lalu  menepuk belakangnya. Saya lihat Samad Perang terus kaku, macam patung  kayu tetapi, kelopak mata masih boleh dipejam celikkan.    “Syaitan masih mahu mengganggunya lagi,” Sajono renung muka Mamat Bukit.  Cepat‐cepat Mamat Bukit anggukkan kepala. Datuk juga begitu.”    Samad Perang rebah perlahan‐lahan atas lantai. Tetapi Sajono segera  memulihkan badan Samad Perang yang lemah itu dengan melucutkan rotan  yang mengikat kelima‐lima jari kanannya.    “Samad,” kata Sajono.    “Ya.”    “Kau kenal dengan saya?”   

Page 1021 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Tak kenal, awak siapa?”    “Saya Sajono, datang untuk berusaha memulihkan sakit dan Allah  mengizinkan usaha itu, kau beransur sembuh.”    “Terima kasih.”    “Ingat Samad, Allah itu Maha Besar, Maha Mengetahui, tidak ada kuasa  yang boleh mengatasi kuasa Allah, penunggu itu syaitan.”    “Saya faham,” kata Samad Perang.    Sajono tersenyum merenung kami. Dia menyerahkan rotan yang telah  digunakannya pada isteri Samad Perang. Dia pun membaca doa kesyukuran  pada Allah yang telah memberkati segala usahanya itu.    “Hantarkan saya pulang,” Sajono mengemukakan pertanyaan pada Mamat Bukit  yang bersandar di dinding.”    “Terlalu cepat nak balik,” kata datuk pula, muka Sajono di renungnya  lama‐lama.    Sajono membetulkan songkoknya. Dan hujung kain pelikat di bahu dirabanya  berkali‐kali.   

Page 1022 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Niat dari rumah untuk menolong orang, bila niat sudah tercapai, mesti  pulang, hidup tidak boleh banyak cabang nanti ditumpangi syaitan,”  Sajono memberikan ceramah pendek. Datuk anggukkan kepalanya.    “Apa puncanya sakit kawan saya ni Kiai,” Mamat Bukit menyoal.    “Amalan yang baik, tersilap langkah itu saja silapnya.”    “Maksud Kiai.”    “Saya cuma dapat memberi tahu setakat itu saja.”    Sajono pun bangun melangkah menuju ambang pintu. Mamat Bukit segera  memintas di depannya dan terus menuju ke tanah. Dalam beberapa minit  saja, Mamat Bukit sudah sedia dengan basikal buruk di kaki tangga.    “Semoga Allah akan memberkati perjalanan awak,” suara datuk pendek.    “Mudah‐mudahan,” jawab Sajono.    Mamat Bukit pun kayuh basikal. Saya dan datuk berpandangan, ketika itu  juga saya terdengar suara dari isteri Samad Perang menyuruh kami duduk  untuk minum kopi panas. Permintaan itu tidak kami hampakan. Samad Perang  yang sudah pulih itu turut sama duduk dekat datuk. Terlalu banyak yang  Samad Perang tanyakan pada datuk berhubung dengan dirinya. Semua 

Page 1023 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

pertanyaan itu tidak perlu dijawab oleh datuk. Isterinya menjelaskan  kedudukan yang sebenar. Di malam yang singkat itu, tanpa diminta oleh  sesiapa Samad Perang menceritakan pada datuk dan saya bagaimana nama  perang tercantum di hujung namanya.    Menurut Samad gelaran perang di hujung namanya itu diperolehi waktu  zaman darurat dulu. Ketika itu dia berkhidmat dalam pasukan keselamatan.  Saya jadi polis di bahagian Jungle Squad, setiap kali saya membawa  orang‐orang saya masuk hutan, pasukan yang saya pimpin selalu kena  serang dan sejak itu nama saya ditambah dengan perkataan perang kerana  bila masuk hutan saya mesti berperang dengan komunis,” kata Samad Perang  dengan nada suara yang rendah tetapi, wajahnya tetap membayangkan rasa  bangga dan megah. Samad Perang juga memberitahu kami, ketika berkhidmat  dalam pasukan keselamatan jugalah, dia belajar ilmu yang bertujuan untuk  mempertahankan dirinya dari serangan pihak musuh.    “Apa ilmu yang kau belajar?” tanya datuk.    “Ilmu kebal, saya juga mandi minyak dan lain‐lain lagi hingga saya  diberikan oleh guru saya selendang merah.”    “Di mana kau belajar semuanya itu?”    “Waktu saya bertugas di Cincin, Melaka.”   

Page 1024 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Apa yang kau dapat dari ilmu yang kau tuntut itu.”    “Bila saya masuk hutan, saya pakai selendang merah, komunis tidak  sanggup menentang pasukan yang saya pimpin terlalu lama.”    Datuk terdiam mendengar keterangan dari Samad Perang. Isterinya  tersenyum mendengar cerita suaminya.    Samad Perang nampak bersih, biji matanya merenung tulang bumbung rumah  dua tiga kali.    “Dulu, suami saya patuh dengan syarat yang diberikan oleh mahaguru,  tetapi, sejak dia berhenti semua syarat‐syarat itu dilupa,” tiba‐tiba  isteri Samad Perang bersuara.    Biji mata datuk terbeliak mendengarnya. Samad Perang cuma senyum saja.    “Apa syarat‐syaratnya?” Datuk mula mencungkil rahsia. Samad Perang  renung isterinya. Kemudian anggukkan kepala, seolah‐olah memberi  kebenaran pada isterinya untuk menjawab pertanyaan yang diajukan oleh  datuk.    “Apa syaratnya?” Ulang datuk lagi.    “Sembahyang lima waktu tak boleh tinggal, tidak boleh minum arak, tidak 

Page 1025 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

boleh berjudi dan main perempuan, setiap malam Jumaat mesti baca Yasin,  tidak boleh makan minum di kedai bukan Islam,” cukup lancar isteri Samad  Perang bercakap.    Saya lihat Samad Perang terdiam. Wajahnya nampak kesal sesekali dia  menarik nafas panjang, membayangkan rasa hampa dan kecewa dalam hati.    “Semuanya saya langgar, saya minum arak, saya berjudi saya percaya pada  perkara‐perkara tahyul, akibatnya saya tanggung sekarang. Saya  menyesal,” kata Samad Perang.    Saya simpati dengan nasib malang yang menimpa diri Samad Perang. Tetapi,  bila saya fikirkan yang dirinya gagal memenuhi syarat‐syarat yang  dicarinya sendiri. Rasa simpati itu segera hilang.    “Mulai sekarang, ikut pesan guru kamu yang baik itu dan buang perangai  yang tidak baik dari dirimu,” datuk melahirkan nasihat.    Datuk minta diri untuk pulang. Samad Perang dan isterinya mengizinkan  permintaan datuk itu.    Bila saya dan datuk berada di halaman rumah. Mamat Bukit pun tiba.  Mukanya berpeluh dalam kedinginan malam.    “Bagaimana keadaan dirinya,” Mamat Bukit bersuara. 

Page 1026 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Nampaknya sihat dan elok.”    “Kata Kiai, dia akan pulih betul dalam seminggu dua ini.    Kiai itu juga beritahu saya, guru tempat Samad Perang belajar ilmu dulu,  sepupunya.”    “Apa pesannya, ilmu yang dituntut sudah luput, pesan yang baik mesti  diikut, kalau tidak diikut syaitan datang lagi.”    “Sepupunya, masih ada lagi?”    “Sudah balik ke Tanah Jawa.”    Datuk bersalam dengan Mamat Bukit. Kami tinggalkan halaman rumah Samad  Perang ketika Mamat Bukit memijak anak tangga pertama. Angin malam terus  bertiup lembut, menggugurkan dedaun tua. Kokok ayam mula kedengaran  sayup‐sayup. Saya dan datuk terus melangkah dengan tenang. Waktu saya  dan datuk sampai ke rumah, nenek masih belum tidur lagi. Dia menunggu  kami pulang untuk makan malam bersama.    “Nasi dan lauknya masih panas, baru selesai dimasak, saya dah agak awak  bersama cucu pulang dalam waktu begini,” kata nenek lalu duduk di sisi  datuk. 

Page 1027 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Kami makan dengan penuh selera, meskipun malam sudah terlalu dekat  menuju ke pagi.    PINDAH    Sebulan kemudian, saya dan datuk mengunjungi rumah Samad Perang.  Keadaannya sudah banyak berubah, tidak mudah naik darah. Wajahnya  kelihatan tenang, berhati‐hati bila bercakap.    “Sejak malam itu, saya sudah insaf, saya berkawan baik dengan Sajono,  saya belajar ilmu mengubat orang sakt dengan menggunakan rotan,”  beritahu Samad Perang pada datuk.    “Kau mahu jadi dukun pula?”    “Saya sudah belajar, kalau ada anak buah saya mengalami sakt macam itu,  bolehlah saya gunakan ilmu yang saya tuntut.”    “Bagus, apa kau tak pernah ke hutan lagi mencari rotan?”    “Saya sudah berhenti, biarlah Mamat Bukit dan kawan‐kawannya membuat  kerja itu.”    “Kau buat apa sekarang?” 

Page 1028 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Saya mengusahakan tanah di belakang rumah, saya tanam pisang dan  keledek, ini sumber rezeki saya.”    “Pelik?”    “Tak pelik, saya tak mahu buat kerja maksiat.”    “Maksud awak?”    “Masa mencari rotan dulu, sayalah kepala memuja tunggul buruh, pokok  besar untuk mencari kekayaan.”    “Aku tak faham Samad.”    “Saya jadi kepala menurun nombor ekor, memang kami berjaya dapat duit  ekor sampai lima enam ribu, tapi duit habis begitu saja. Duit haram  tetap panas,” Samad Perang mengeluh.    Datuk tersenyum kerana sudah mengetahui rahsia sebenar kenapa Samad  Perang menentang bermati‐matian ketika dia menyertai rombongan Mamat  Bukit mencari rotan dulu.    “Sudahlah Samad lupakan semuanya itu,” kata datuk dengan tenang. Samad  Perang ketawa. 

Page 1029 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Sebulan dua lagi, saya nak pindah ke Kuala Lumpur, anak saudara saya  mengajak saya ke sana, katanya di sana ada banyak peluang berniaga,”  terkejut juga saya mendengar cakap Samad Perang itu.    Saya harap apa yang diucapkannya itu tidak akan menjadi kenyataan.    “Kau bergurau atau sungguh‐sungguh,” tanya datuk.    “Apa yang dicakapkannya tu betul, saya dah pergi ke Kuala Lumpur, saya  sudah menandakan tanah untuk dibuat rumah, anak saudara saya yang buat  semuanya ini,” jawab isteri Samad Perang.    “Di mana? Di Kuala Lumpur tu luas,” soal datuk lagi.    “Di Kampung Nakhoda, dekat Batu Caves, pacak rumah dulu, sementara nak  bertapak, malam saya nak jual mee, siang Samad menjual ikan dan sayur di  pasar Selayang,”    “Banyak modalnya itu.”    “Anak saudara yang keluarkan modal dulu,” tambah isteri Samad Perang.    Beberapa bulan kemudian, Samad Perang dan isterinya pindah ke Kuala  Lumpur. Berita terakhir yang saya dengan dari kawan‐kawannya, Samad 

Page 1030 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Perang sudah menjadi ahli perniagaan yang berjaya di Kampung Nakhoda.  Tanah haram yang didudukinya, sudah menjadi miliknya sendiri. Dia  mendirikan rumah batu dua tingkat. Samad Perang banyak menghabiskan masa  lapangnya di masjid.    Saya gembira mendengar berita itu dan berharap Samad Perang tidak akan  jatuh dalam dunia perniagaannya, kalau dia jatuh, saya bimbang dia akan  membuat kerja lamanya menyembah tunggul dan pokok‐pokok besar untuk  meminta nombor ekor.    “Allah memberikan jalan yang baik untuknya, semoga dia akan jadi manusia  yang berguna pada agama, saya senang dengan cara saya mencari rezeki  dengan memanjat bukit untuk mencari rotan,” kata Mamat Bukit, bila dia  mendengar berita tentang kawan karibnya itu.   

SBDJ (Jilid 03) Siri 58: Ilmu Papan Sekeping    SUDAH dua jam, saya duduk di pangkal pokok kekabu di tebing sungai.  Tidak ada seekor ikan pun yang mahu menjamah umpan di mata pancing.    “Banyak ikan yang kau dapat?”    Saya segera menoleh ke kanan. Samad Perang tercegat di situ dengan  sepasang matanya merenung tajam ke arah saya. Batang pancing saya  cacakkan ke tanah. 

Page 1031 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Tak ada ikan yang mahu makan umpan pancing. Bila pakcik datang dari  Kuala Lumpur?”    “Dah dua hari, melihat rumah lama dan kawasannya. Sudah penuh dengan  lalang.”    “Dah jumpa datuk saya?”    “Belum lagi, cadang tu memang nak jumpa dia, sengaja pak cik jalan ikut  tepi sungai, redup sikit.”    “Kalau pakcik nak jumpa dia elok sangat tu, diapun ada di rumah. Masa  saya tinggalkan tadi, dia mencangkul.”    “Tak apalah Tamar, kau memancinglah tetapi, kau ingat memancing ni mesti  sabar.”    “Ya pakcik.”    Samad Perang terus meninggalkan saya di perdu kekabu. Samad Perang yang  saya lihat sebentar tadi, berbeza dengan Samad Perang yang dulu. Mukanya  kelihatan bersih dan badannya gemuk. Kulit mukanya kelihatan  kemerah‐merahan. Matahari petang yang memancar garang mula menurun. Air  sungai yang tadi memancarkan cahaya yang berkilau‐kilau kerana dipanah 

Page 1032 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

sinar matahari, sudah tidak bercahaya lagi. Tetapi, ikan‐ikan terus  bermain di permukaan air sambil menangkap serangga yang hanyut. Anehnya,  ikan‐ikan itu tidak mahu menjamah umpan beras kunyit di mata pancing.  Selalunya, umpan yang dibuat oleh nenek jadi kegemaran ikan, belum  pernah saya pulang ke rumah dengan tangan kosong. Paling kurang saya  akan dapat dua tiga ekor baung putih dan teroboi atau ikan keli. Petang  itu, tuah tidak berada di pihak saya. Pulanglah saya dengan tangan  kosong bersama matahari petang yang kian rapat ke puncak gunung di  seberang sungai.    “Kenapa muka masam macam cuka, kau tak dapat ikan,” tegur nenek bila  saya sandarkan batang pancing di pokok rambutan di belakang rumah.    Pertanyaan nenek tidak saya jawab. Saya terus duduk di anak tangga bongsu.    “Tamar, aku bercakap dengan kamu, kenapa kamu diam?” Suara nenek mula  meninggi. Berdiri di depan saya bercekak pinggang. Kain tudung yang  menutup kepalanya jatuh atas bahu. Dan sanggul lintangnya jelas  kelihatan, hitam berkilat diselang‐seli dengan uban.    “Saya meradang tak dapat ikan nek.”    “Itu puncanya, eh apa kau sudah lupa, rezeki kita di tangan Allah, kalau  kau sudah berusaha tetapi, tidak dapat, ertinya rezeki kau tak ada, apa  kau mahu melawan kuasa Allah.” 

Page 1033 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Tidaklah begitu nek.”    “Kalau sudah tahu, kenapa kau mesti marah? Kau harus bersyukur kerana  hari‐hari lain kau dapat ikan.”    Saya terdiam mendengar kata‐kata nenek itu. Saya terus senyum dan bangun  menuju ke arah datuk yang sedang duduk termenung di penjuru halaman  rumah sebelah kanan. Tangannya masih memegang cangkul.    “Ada pakcik Samad Perang jumpa Tuk?”    “Ada, kenapa Tamar?”    “Sebelum dia jumpa tuk, dia jumpa saya di tepi sungai.”    “Hum, macam tu, dia baru saja balik.”    Saya anggukkan kepala mendengar cerita dari datuk itu. Datuk dan saya  beredar dari situ menuju ke bawah pokok manggis yang tidak jauh dari  kaki tangga. Di bawah pokok tersebut datuk dirikan pelantar papan yang  muat untuk empat orang duduk bersila. Tiang pelantar datuk buat dari  buluh kuning, tingginya kira‐kira satu kaki dari paras bumi. Saya dan  datuk terus duduk di situ. Beberapa minit kemudian nenek datang  meletakkan dua cawan kopi panas. 

Page 1034 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Apa cerita Samad Perang dengan awak? Saya nampak tadi, bukan main  rancak bercakap,” nenek menyoal datuk. Saya cuma senyum saja.    “Tak ada apa‐apa, Cuma dia bertanya pendapat saya berhubung dengan tanah  dan rumahnya yang sudah ditinggalkannya hampir dua tahun tu.”    “Kenapa pula?”    “Dulu dia suruh anak buahnya duduk dan bersihkan tanah, tapi anak  buahnya tak mahu, kata mereka tanah dan rumah tu berhantu.”    “Dia suruh awak duduk di situ?”    “Tidak pula...,” datuk tidak meneruskan kata‐katanya.    Datuk terus menghirup air kopi. Saya menggigit bibir sambil merenung ke  arah beberapa ekor burung yang hinggap di dahan manggis.    MAWAR    Datuk meletakkan cawan kopi yang berbunga mawar di atas piring. Datuk  kedutkan kedua belah keningnya macam memikirkan sesuatu. Ia merenung ke  arah muka jalan.   

Page 1035 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Mamat Bukit datang,” katanya dengan tenang. Saya dan nenek terus  merenung ke arah muka jalan masuk ke halaman rumah.    Mamat Bukit terbongkok‐bongkok mengayuh basikal menuju ke arah kami.  Sampai dekat pelantar Mamat Bukit tongkatkan basikal tuanya. Tanpa  mengucapkan sesuatu, Mamat Bukit terus duduk di sisi datuk. Dahinya  berpeluh dan nafasnya turun naik. Datuk tidak peduli dengan Mamat Bukit  yang nampak agak cemas. Dengan tenang datuk menghirup kopi.    “Pergi buatkan kopi untuk dia,” bisik datuk pada nenek. Nenek pun  bangun. Bila Mamat Bukit sudah tenang, datuk pun menghadiahkan senyum  padanya.    “Ada apa masalah Mamat?” tanya datuk. Mamat Bukit tersenyum, dalam masa  yang sama nenek menghulurkan secawan kopi padanya.    “Minum Mamat.” Kata nenek.    “Terima kasih, kerana susah‐susah buat kopi untuk saya,” balas Mamat  Bukit. Nenek terus duduk di tempat asalnya. Saya terus menghirup kopi.  Beberapa helai daun manggis yang sudah tua, gugur ke bumi.    “Jadi kau menjaga dan mengusahakan tanah Samad Perang?” Mamat Bukit agak  terkejut dengan pertanyaan yang dihadapkan oleh datuk padanya.   

Page 1036 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Mana awak tahu semuanya ini?” soal Mamat Bukit.    “Samad Perang bertanyakan pendapat aku dalam hal tersebut dan aku setuju  dengan apa yang dirancangkannya, eloklah kau mengusahakan tanah dan  menjaga rumahnya, aku kira kau orang yang paling sesuai sekali, kau  sahabatnya.”    “Apa kata anak buahnya yang lain?”  “Usah kau bimbang hal tersebut, dia sudah serahkan pada anak buahnya  tapi, mereka tak mahu menjaganya.”    “Tapi, ada hal lain lagi.”    “Apa dia Mamat? Cakaplah,” suara datuk agak meninggi. Biji matanya cukup  tajam merauti wajah Mamat Perang. Mamat Perang segera menundukkan  kepala. Dahinya nampak berkerut.    “Sebaik saja saya menerima amanat Samad Perang untuk menjaga rumah dan  mengusahakan tanahnya, anak saudaranya datang dan mengatakan rumah dan  tanah Samad Perang, ditunggu jin tanah,” suara Mamat Bukit  tersangkut‐sangkut.    Nenek terus renung muka Mamat Bukit. Saya lihat nenek tersenyum dan  terus bersuara:   

Page 1037 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Kenapa kau tak tanya Samad Perang, tentang hal itu?”    “Nak tanya macam mana? Anak saudaranya datang sesudah Samad Perang balik.”    Saya dan datuk ketawa mendengar jawapan dari Mamat Bukit. Datuk terus  menepuk bahu Mamat Bukit.    “Semuanya tu karut, kerana Samad Perang dulu diserang penyakit ganjil,  kaum kerabatnya merasakan penyakit itu berpunca dari tanah yang  didudukinya, semuanya tu karut, kau pergi jaga rumah dan usahakan  tanahnya, jalankan amanat kawan kamu tu dengan jujur dan ikhlas,” ujar  datuk.    Mamat Bukit anggukan kepala. Setuju dengan cakap datuk. Lebih‐lebih lagi  datuk telah memberi jaminan padanya. Sedia membantunya jika menghadapi  sebarang masalah.    “Kalau dah ada jaminan macam tu. Saya tak bimbang,” suara Mamat Bukit  merendah. Di bibirnya terpamer senyum. Dia pun menghirup kopi yang  tersedia di depannya. Kemudian Mamat Bukit minta diri untuk pulang.    “Apa yang mahu awak tahu, sekarang sudah jelas,” datuk renung muka  nenek. Saya lihat nenek tersenyum, lalu mengambil cawan kosong.    Beberapa minit kemudian, saya dan datuk pun beredar dari pelantar di 

Page 1038 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

bawah pokok manggis. Senja pun merangkak tiba. Suasana beransur menjadi  samar‐samar. Beduk di surau pun dipalu orang dan diikuti dengan suara  azan Maghrib.    TETAMU    Saya tidur kembali setelah menunaikan sembahyang Subuh. Bila saya  terjaga dari tidur yntuk kali yang kedua, saya lihat jam bulat yang  terletak atas meja di hujung kepala, sudah menunjukkan pukul lapan pagi.  Saya terus melakukan senaman seperti yang diajar oleh datuk. Senaman  yang dilakukan selamat sepuluh minit itu mengeluarkan peluh di seluruh  badan. Saya biarkan peluh badan kering dengan sendirinya. Saya ingat  pesan datuk yang mengatakan, bila badan berpeluh kerana bersenam, jangan  terus mandi. Jangan kesat peluh dengan tuala, biarkan peluh itu keluar  dan kering dengan sendirinya. Bila dikesat dengan tuala, mungkin  liang‐liang bulu roma tersumbat oleh daki peluh. Akibatnya, boleh  menimbulkan rasa sakit‐sakit dalam badan. Bila peluh sudah kering, saya  terus ke sungai. Biasanya saya terjun dari bibir tebing ke dalam sungai.  Tetapi, pagi itu kebiasaan tersebut tidak saya lakukan. Apa yang saya  lakukan ialah mengenakan kedua belah telapak kaki saya dengan air di  permukaan sungai. Sedikit demi sedikit saya meranduk air sungai.  Mula‐mula, kedua belah buku lali saya kena air. Lepas itu, buah betis  melarat hingga ke tempurung lutut. Randuk lagi hingga air sungai paras  pinggang. Kemudian, baru saya tenggelamkan badan paras leher. Akhirnya,  saya terus menyelam dan berenang dengan bebas. 

Page 1039 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Semuanya yang saya lakukan itu semata‐mata mematuhi petua dari datuk.  Menurutnya, bila kita mandi sebaik‐baiknya hindarkan menjirus air atau  mengenakan air terus ke badan dengan mengejut. Cara itu, kurang baik,  boleh membuat pergerakan darah dalam urat terganggu. Cara yang baik  kenakan air dari bawah, kemudian terus membawa ke atas (kepala). Dengan  berbuat demikian perjalanan darah tidak terganggu. Tambah datuk, jika  petua itu diamalkan terus menerus, boleh menghindarkan diri dari  diserang penyakit lumpuh,kebas atau sakit‐sakit di bahagian sendi badan.  Apakah petuadatuk itu betul atau tidak, saya tidak dapat mempastikannya  tetapi, petua tetap saya amalkan.    Lepas mandi di sungai, saya terus pulang ke rumah. Sampai di rumah saya  agak terkejut sedikit. Dua orang wanita, sedang duduk di pelantar di  bawah pokok manggis. Saya segera menghampiri mereka. Saya lihat wanita  yang memakai baju kurung merah, berusia dalam lingkungan dua puluhan.  Wanita yang memakai baju kurung putih berusia kira‐kira lima puluhan.    “Cari siapa?” tanya saya. “Tuan rumah ni.”    “Yang lelaki ke, yang perempuan?” wanita yang berusia lima puluhan itu  terdiam. Dia renung muka saya sejenak.    “Awak siapa.” Cara mendadak wanita berusia lima puluh menyoal saya.  Tanpa membuang masa, saya terus menerangkan hubungan diri saya dengan 

Page 1040 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

orang yang dicakap oleh mereka.    “Saya ada hajat besar nak jumpa datuk awak,” terang wanita yang memakai  baju kurung putih. Saya menggigit lidah, saya yakin mereka datang dari  Kedah.    Kalau tidak dari Kedah mungkin mereka dari Perak Utara atau Pulau  Pinang. Sebabnya saya berkata begitu, loghat percakapan mereka, loghat  orang utara.    “Begini saja makcik, biar saya pakai seluar dan baju dulu, kemudian saya  panggil datuk dan nenek saya, kalau tak silap mereka pergi ke kebun  pisang,” terang saya dengan jujur.    “Jauh ke, kebun pisangnya?”    “Dekat aje, makcik tunggulah. Apa hajat makcik yang sebenar?”  “Tak payahlah saya terangkan pada awak, pergilah panggil datuk awak tu,  makcik ni datang dari jauh,” tambah wanita berbaju kurung putih, tanpa  menyebut dari mana dia datang. Setelah mengenakan seluar dan baju, saya  segera menemui datuk dan nenek di kebun pisang. Tanpa banyak cakap  mereka pun pulang.    Nenek terus menjemput kedua orang perempuan itu ke dalam rumah. Macam  selalu, nenek terus menghidangkan kopi pada tetamu yang tidak diundang itu. 

Page 1041 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Saya ni datang dari Kulim, menurut adik lelaki saya yang bekerja di  Pusat Pertanian di pekan ini, awak bomoh handal,” perempuan berbaju  kurung membuka mulut di depan datuk. Saya lihat datuk tenang saja.    “Ini anak perempuan saya nombor dua, dia ni ada penyakit, sudah ramai  bomoh mengatakan dia ni kena buatan orang, saya minta tuk bomoh tolong  tilikkan siapa yang membuat anak saya ni,” tambahnya dengan wajah serius.    Datuk segera sandarkan badan ke dinding. Merenung tajam pada nenek yang  duduk tidak jauh dari perempuan berbaju kurung putih.    “Saya bukan bomoh, saya bukan dukun. Cuma adik awak saja yang mengatakan  saya dukun,” suara datuk agak meninggi.    “Tapi...”    “Tak ada tapinya, saya bukan bomoh saya bukan dukun,” datuk terus  memotong cakap wanita yang berbaju kurung putih. Air mukanya segera  berubah. Nenek agak terkejut dengan sikap datuk itu.    Saya tidak tahu kenapa datuk bertindak demikian. Saya lihat kedua orang  wanita itu jadi serba‐salah.    “Maafkan saya,” suara datuk menurun. Dia menarik nafas panjang sambil 

Page 1042 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

menggaru‐garu pangkal lehernya. Dan wanita yang memakai baju kurung  putih terus tunduk merenung lantai.    “Sepatutnya, saya yang minta maaf kerana datang tidak memberitahu,  mungkin melanggar pantang.”    “Awak tak melanggar pantang, kita sesama Islam tetap bersaudara. Tetapi,  saya kesal kerana awak mengatakan saya bomoh handal, seolah‐olah saya ni  lebih berkuasa dari Allah, sedangkan saya bukannya bomoh atau dukun.”    “Maafkan saya.”    “Lagi satu saya marah, kerana awak minta tilik atau minta tengok tentang  orang yang kononnya, membuat anak awak. Saya nak tanya, awak orang  Islam? Betul atau tidak.”    “Saya orang Islam, kenapa awak tanya macam tu.”    “Sebagai orang Islam, awak harus tahu menengok dan menilik tu perbuatan  syirik, kenapa kerja yang ditegah oleh agama awak lakukan? Apa awak  percaya pada bomoh dan dukun dari kuasa Allah?” Wanita berbaju kurung  putih itu terdiam.    Kemudian, dengan cara terhormat datuk meminta kedua orang wanita itu  pulang saja ke Kulim dan datuk tidak mahu mendengar tentang masalah yang 

Page 1043 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

mereka hadapi. Bila datuk sudah bertindak demikian, nenek segera campur  tangan.    “Mereka datang dari jauh, setidak‐tidaknya awak dengarlah cerita mereka,  kenapa awak nak naik darah tak tentu sebab,” kata nenek. Datuk segera  bangun, berdiri di muka tingkap kedua belah telapak tangannya menekan  bendul tingkap.    Datuk merenung ke arah dedaun manggis dan rambutan yang bergoyang  disentuh angin. Saya lihat kedua belah cuping telinganya seakan‐akan  bergerak‐gerak. Datuk duduk kembali di tempat asalnya.    “Begini saja, kerana hal ini, hal orang perempuan eloklah awak ceritakan  pada isteri saya. Minta maaf, kalau saya bersikap kasar dengan awak  berdua, saya tahu sangat perangai orang perempuan, kerja tengok menengok  atau menilik dan jumpa bomoh memang kesukaan orang perempuan, janganlah  menambahkan dosa kering dalam hidup kita,” cukup tenang datuk berkata‐kata.    Datuk bangun kembali. Dia terus menarik tangan saya.    “Ke mana tuk?”    “Tolong kerja aku di kebun pisang.”    “Orang yang datang ni macam mana?” 

Page 1044 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Biar nenek kamu yang selesaikan.”    KELUAR    Saya terpaksa patuh dengan arahan yang dikeluarkan oleh datuk. Sampai di  kebun pisang saya terpaksa mencangkul. Bila matahari berada betul‐betul  di ubun kepala. Barulah saya dan datuk pulang. Setelah menunaikan  sembahyang Zuhur. Saya dan datuk terus menghadapi hidangan yang  disediakan oleh nenek. Waktu saya dan datuk berehat di anjung rumah.  Nenek segera datang. Duduk dekat saya. Nenek memerhatikan gerak geri  datuk dengan teliti. Bila dilihatnya, datuk berada dalam keadaan yang  betul‐betul tenang. Nenek terus mengusik datuk.    “Awak ni, makin tua makin menarik,” kata nenek.    “Sudahlah, jangan nak mengada‐ngada, malu dilihat cucu. Dah tua‐tua nak  bergurau,” balas datuk dengan senyum yang lebar.    Nenek terus ketawa panjang sambil menjeling ke arah saya. Datuk terus  mengipaskan badan dengan kipas yang dibuat dari daun mengkuang rimba.    “Apa cerita perempuan tadi?” tanya datuk. Nenek kenyit mata. Memberitahu  saya yang jeratnya sudah mengena.   

Page 1045 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Saya dah suruh mereka datang jumpa awak lepas waktu Asar.”    “Apa halnya?”    “Soal rumahtangga. Menurut ceritanya, si suami bersikap dingin pada  isteri dalam setahun hanya sekali bersama, mana ada orang perempuan yang  sanggup menghadapi masalah begini,” terang nenek dengan wajah yang selamba.    Kemudian nenek terus bercerita:    Perempuan yang memakai baju kurung putih itu namanya Naemah. Suaminya  berniaga kedai runcit. Mereka mempunyai tiga orang anak. Anak yang tua,  lelaki sudah bekerja. Anak yang kedua perempuan namanya Sariyah yang  datang bersamanya memakai baju kurung merah. Anak yang ketiga seorang  perempuan. Sudah menikah dan mengikut suaminya bertugas di Arau, Perlis.  Suami Sariyah bertugas sebagai pegawai dalam Angkatan Tentera Laut di  bahagian kejuruteraan dan ditempatkan di Butterworth. Usia Sariyah sudah  dua puluh tiga tahun dan mempunyai lima orang anak yang masih kecil.  Sebelum menikah dengan Zainuddin (suaminya) Sariyah bertugas sebagai  guru sekolah rendah. Bila sudah menikah terus berhenti atas permintaan  suaminya. Di awal perkahwinan, mereka cukup bahagia. Bila sudah dapat  anak lima. Suaminya berubah sikap, sudah tidak mahu tidur bersama. Bila  didesak, suaminya akan mengeluarkan kata‐kata yang kurang menyenangkan.    “Tak apalah, bila mereka datang nanti saya tanya lagi. Pelik juga 

Page 1046 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

ceritanya,” kata datuk sambil termenung panjang. Nenek segera ke dapur.    Saya mengikut nenek. Sampai di ruang dapur nenek meneruskan kerjanya  menganyam tikar mengkuang. Saya terus belajar menganyam tikar mengkuang  dari nenek. Ternyata kerja itu tidak sesuai dengan diri saya. Nenek saya  tinggalkan. Saya terus menuju ke pelantar di bawah pokok manggis.  Rebahkan badan di situ. Saya terus tertidur. Saya dikejutkan oleh datuk  bila sampai waktu Asar untuk sembahyang. Seperti yang dijanjikan lepas  waktu Asar Naemah dan anaknya Sariyah pun datang. Mereka terus duduk di  hadapan datuk yang menunggu kedatangan mereka di anjung rumah. Kali ini  wajah datuk nampak gembira.    “Awak menikah dulu macam mana? Maksud saya, ada tak berkenalan dulu  sebelum nikah,” soal datuk pada Sariyah.    “Kami menikah suka sama suka, kami berkawan sejak di bangku sekolah lagi. “    “Awak yakin, masa berkenalan dulu suami awak, tidak ada berkenalan  dengan orang lain?”    “Setahu saya tak ada.”    “Hubungan awak dengan mertua dan adik serta abang ipar awak bagaimana?”    “Dengan mertua tidak begitu baik, begitu juga dengan kakak dan ipar yang 

Page 1047 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

lain.”    Datuk menarik nafas panjang. Dia termenung sejenak. Wajah Naemah  direnungnya sebentar. Datuk menggigit kuku di ibu jarinya dua tiga kali.    “Awak ada ambil tahu tentang anak awak ni, maksud saya awak sudah  mengajar dia memasak dan melayan suami dengan baik,” tanya datuk pada  Naemah, yang sejak tadi mendengar percakapan datuk dengan anaknya.    “Sudah, rumahtangga mereka elok tapi...,” Naemah tidak meneruskan  kata‐katanya. Dan datuk tidak mendesak supaya Naemah menerangkan sesuatu  dengan lebih lanjut lagi. Datuk menghampiri nenek. Mereka berbisik sesuatu.    “Kerana anak awak perempuan, biarlah orang perempuan yang menyelesaikan.  Isteri saya akan menguruskan hal anak awak,”ujar datuk pada Sariyah.  Datuk memerintahkan saya memasang tirai kain. Perintah itu segera saya  patuhi.    “Isteri saya pandai mengurut, biarlah dia memeriksa diri anak awak.  Sekarang pergi sebelah tirai sana,” beritahu datuk lagi. Naemah dan  anaknya segera berubah tempat duduk di  sebalik tirai. Kerana kain tirai itu dibuat dari kain bekas guni gandum  yang tebal, saya tidak tahu apa yang berlaku di balik tirai tersebut.  Datuk duduk dengan membelakangi ke arah muka pintu. Kedua belah telapak  tangan datuk menekan lantai rumah. 

Page 1048 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Apa yang mesti saya buat,” terdengar suara nenek dari balik tirai.    “Jamah dan urut perutnya dari pangkal pusat ke atas, Awak tak usah takut  saya akan memberi tunjuk ajar,” jawab datuk.    Saya terus duduk di sisi datuk. Saya lihat telapak tangan datuk bergerak  ke sana ke mari atas lantai, macam orang mengurut tubuh manusia.    “Berhenti di situ,” nada suara datuk meninggi.    “Ya, saya berhenti di sini,” jawab nenek.    “Nafsu suaminya dikunci, melalui urut yang dibuat tadi. Sariyah banyak  kurangnya sebagai seorang isteri bila bersama, tidak dapat memberi  sesuatu yang baik untuk suami, dirinya macam papan sekeping.”    “Apa maksud awak papan sekeping?”  “Sejenis ilmu syaitan yang diamalkan oleh manusia yang lupakan kekuasaan  Allah, Ilmu itu dikenali sebagai ilmu papan sekeping, kalau terkena pada  orang perempuan hidupnya sudah tidak bermakna lagi.”    “Bagaimana dengan perempuan yang saya urut ini?”    “Sudah terlalu jauh.,” datuk seakan‐akan mengeluh. Wajahnya nampak gusar 

Page 1049 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

sekali.    Datuk menyuruh saya membuka tirai. Datuk memanggil Sariyah. Suruh duduk  berhadapan dengannya. Naemah duduk dekat nenek.    "Apa benda‐benda ganjil yang selalu awak temu dalam rumah awak?" Agak  terkejut juga Sariyah mendengar pertanyaan dari datuk itu.    Sariyah renung muka ibunya (Naemah) sambil mengerutkan dahi. Saya lihat  ibunya anggukkan kepala.    "Sudah setahun lebih, setiap Selasa saya jumpa anak‐anak ular di bilik  air. Pada setiap malam Khamis ada sejenis belalang, macam belalang  kunyit masuk ke bilik tidur, belalang tu suka hinggap di pangkal belikat  saya."    "Apa yang kamu buat?"    "Anak‐anak ulat hitam tu, saya jirus dengan air panas. Tapi sebanyak  mana yang mati, sebanyak itu yang datang."    "Dengan belalang."    "Saya bunuh tapi dia datang juga."   

Page 1050 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Datuk terdiam. Sepasang matanya, merenung keluar menerusi pintu rumah  yang terdedah. Angin terus berlegar‐legar di luar rumah menyentuh dedaun  pokok yang terdapat di situ. Dan angin yang masuk ke dalam rumah  menyentuh wajah saya.  Terasa amat nyaman sekali. Tiba‐tiba suasana yang begitu tenang, macam  ada orang membaling batu ke dinding. salah satu papan dinding rumah  tercabut. Bila saya mahu memeriksanya datuk segera menahan. Kata datuk,  biarkan papan dinding  itu di situ. Biar dia yang uruskan semuanya.    Aneh, sungguh. Tidak ada manusia yang lalu lalang di sekitar kawasan  rumah. Siapa pula yang membaling batu ke rumah waktu siang. Bunyinya ada  tetapi batunya tidak ada. Macam mana papan dinding yang dipaku kuat  boleh tercabut? Semua  persoalan itu menerpa dalam tempurung kepala saya.    "Saya akan cuba berikhtiar mengatasi nasib malang yang menimpa awak.  Kalau diizinkan Allah usaha saya akan berjaya. Tetapi, awak jangan  menggantungkan harapan pada saya," cukup lemah nada suara yang keluar  dari mulut datuk.    "Berdoalah pada Allah, semoga apa yang kita lakukan diberkatinya,  sebagainya, sebagai orang perempuan, saya tahu perasaan awak yang tidak  mendapat perhatian dari suami," nenek meningkah. Sepasang matanya  merenung redup ke wajah Sariyah. 

Page 1051 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Awak balik dulu ke tempat awak, dua minggu lagi awak datang ke sini,  kalau tak boleh datang beritahu pada saya cepat. Dengan itu mudah saya  pergi ke tempat awak," saya bangga mendengar kata‐kata datuk. Saya  berdoa supaya Sariyah jangan  datang ke rumah datuk. Biar datuk sendiri yang pergi ke rumahnya. Dapat  juga saya berjalan.    "Saya datang. suami saya tidak ada di sana. Dia pergi kursus selama tiga  minggu di Singapura. Semasa dia tak ada, dia izinkan saya pergi ke  mana‐mana untuk menghiburkan hati."    "Saya yakin suami awak kasihkan awak tapi ada penghalangnya."    "Bolehkah awak tengok siapa penghalangnya?" Ibu Sariyah turut campur.    "Tolong jangan sampai saya membatalkan usaha ini," jawab datuk keras.  Ibu Sariyah terus membisu.    Datuk terus merenung muka Sariyah. Saya membetulkan rambut saya yang  jatuk ke dahi. Ibu Sariyah tunduk merenung lantai. Nenek terus termenung  panjang.    "Awak balik nanti, buatlah sembahyang hajat. Awak buat sendiri jangan  minta tolong pada orang lain. Mohon pada Allah supaya bencana yang ada 

Page 1052 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

segera hilang dari awak."    "Baiklah," Sariyah memberikan janji.    Sebelum mereka pulang. Datuk membekalkan dua buku lengkuas dan dua buku  kunyit pada Sariyah.    "Lengkuas ni potong empat dan letakkan pada empat penjuru dalam bilik  air awak. Kunyit pun potong empat letakkan pada empat penjuru bilik  tidur, sebelum meletakkan di tempat yang saya sebut itu, bacalah surah  Al‐Fatihah sepuluh kali, barang‐barang  ni jangan dilangkah. Awak tinggal di rumah batu?"    "Ya, saya menyewa rumah dua tingkat."    "Bagus, bila awak datang ke mari nanti, ceritakan apa yang awak lihat  setelah benda‐benda itu diletakkan di tempat yang saya katakan. Awak  kena buat cepat."    "Ya, saya akan balik ke Butterworth hari ini juga."    Datuk gembira dengan pengakuan yang diberikan oleh Sariyah. Datuk suruh  nenek menghantar Sariyah dan ibunya hingga ke tepi jalan enam kaki.    Datuk terus mencari penukul dan mengenakan papan dinding yang tercabut 

Page 1053 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

ke tempat asalnya. Bila semua kerjanya selesai. Datuk terus duduk di  muka pintu merenung arah ke selatan.    "Tuk"    "Kenapa"    "Ilmu papan sekeping tu apa dia tuk."    Datuk tersenyum. Dia memanggil saya duduk di sisinya. Bila saya berada  dekatnya. Datuk gosokkan kepala saya dua tiga kali. Dia tersenyum.  Menurut datuk, ilmu itu berasal dari salah satu tempat dari selatan  benua India. Ilmu itu dibawa oleh orang‐orang India Muslim yang datang  ke tanah Semenanjung.    "Kebanyakkan orang‐orang India Muslim yang datang ke tanah air sudah  beristeri, sebelum mereka datang, mereka kenakan ilmu itu pada  isterinya, tujuannya untuk mengelakkan isteri mereka melakukan perbuatan  terkutuk, bila mereka tidak ada kerana merantau," datuk memulakan ceritanya.    "Bila ilmu itu dikenakan, setiap orang lelaki yang memandang isteri  mereka walau secantik mana pun, tidak terasa apa‐apa," sambung datuk.  Saya hanya anggukkan kepala.    Tiba‐tiba bulu tengkuk saya meremang. Bila datuk menjelaskan orang‐orang 

Page 1054 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

yang mengamalkan ilmu tersebut biasanya menyimpan sekeping papan keranda  orang yang mati berdarah. Papan itu dipotong kecil‐kecil dan disimpan  dalam peti hitam di sesuatu tempat yang tertentu. Selalunya peti hitam  itu ditanam dalam tanah.    "Cara mereka membuatnya macam mana tuk?" Tanya saya.    "Mereka akan mengambil tiga helai rambut perempuan yang gugur di atas  bantal waktu pagi, dililitkan pada salah satu papan keranda yang sudah  dipotong halus‐halus itu, kemudian ditanam di pangkal pokok atau  disimpan saja. Biasanya orang‐orang India Muslim yang merantau  membawanya ke mana‐mana atau di buang ke laut."    "Kejam," kata saya.    "Memang kejam menganiayakan kaum perempuan, kalau dah sayangkan bini  bawalah ke mana‐mana, buat apa ditinggalkan dengan cara ini. Peliknya,  bila sampai ke sini mereka kahwin, bini yang ditinggalkan terus merana,"  datuk semacam mengeluh.    Datuk turun ke tanah. Saya terus mengekorinya menuju ke sudut rumah.  Datuk melihat lukah yang tergantung di dahan belimbing buluh. Salah satu  lukah itu datuk ambil.    "Aku mahu menahan lukah di sungai, kau pikul lukah ini ke sungai," saya 

Page 1055 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

segera menyambut lukah yang datuk hulurkan pada saya. Sepanjang jalan  menuju ke sungai datuk terus bercerita tentang ilmu papan sekeping.    Kata datuk, ilmu papan sekeping banyak menggunakan mentera dalam bahasa  yang sukar dimengertikan, banyak menggunakan pemujaan pada hantu syaitan.    "Bahasa bercampur aduk, ada bahasa hindu tua, ada bahasa jawa tua dan  Siam. Ilmu itu cukup terkenal di kalangan dukun‐dukun Siam yang kemudian  dituntut oleh beberapa orang Melayu secara diam‐diam,' datuk berhenti  bercakap kerana kami sudah sampai ke tepi sungai.    Saya lihat air sungai mengalir dengan tenang. Dua tiga helai daun getah  yang sudah tua terkapar di permukaan sungai dibawa oleh arus menuju ke  hilir.    "Apakah suami Sariyah mengenakan ilmu itu pada isterinya tuk?"    "Aku tak fikir begitu, suaminya orang berpelajaran, mana mungkin mahu  buat kerja macam itu."    "Jadi, siapa yang membuat angkara buruk tu tuk?"    "Aku tak tahu, mungkin perkara itu jadi secara kebetulan. Tak apalah  Taman, aku akan berusaha memulihkannya, selalunya kerja‐kerja syaitan  akan musnah dengan kuasa Allah," kata datuk. 

Page 1056 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Tanpa membuang masa datuk turun ke dalam perut sungai. Dia mencari lubuk  yang difikirkan banyak ikan. Di situ datuk menahan lukah.   

SBDJ (Jilid 03) Siri 59: Kelawar Pontianak    Biji‐biji getah yang dikutip saya lambakkan atas tanah. Datuk masih lagi  menjalin bilah buluh dengan rotan. Dia membuat lukah (bubu) baru yang  panjangnya satu hasta dengan injap bermata belas. Memang perangai datuk,  kalau membuat lukah, mesti dimulakan waktu matahari terbit. Bila  matahari sudah tinggi segalah, kerja itu diberhentikan.    Kalau diteruskan, lukah yang dibuat tidak membawa tuah. Ertinya, tidak  ada ikan yang mahu masuk dalam lukah. Saya terus memecahkan kulit biji  getah dengan kayu. Isinya saya taruh dalam penapis buluh.    “Jumlahnya mesti ganjil,” tegur datuk ketika saya mencucukkan dawai  halus ke dalam isi biji getah untuk umpan lukah.    Saya terpaksa mengira kembali isi biji getah yang sudah dicucuk  berangkai. Semua jumlahnya ganjil belaka. Tetapi, ada satu yang mesti  saya patuhi. Isi biji getah itu tidak boleh dilangkah, tidak boleh kena  bayang.    “Sekarang kau masukkan umpan biji getah ke dalam lukah yang kita angkat 

Page 1057 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dari sungai pagi tadi, sandarkan ke pangkal pokok manggis,” datuk suruh  dengan hati‐hati. Kalau tersilap, pasti datuk bertempik dari atas pelantar.    “Menahan lukah dengan umpan biji getah ni bagus, bila biji getah tu dah  masam, ikan akan mencari sampai ke dalam bubu,” datuk tersenyum dan  terus bangun.    Semua bilah buluh, rotan serta pisau peraut diletakkannya dalam bakul  mengkuang. Datuk tidak mahu meneruskan kerja tersebut kerana matahari  sudah meninggi.    “Tuk nak ke mana?”    “Aku nak tengok putik Salak Jambi,” katanya.    “Tapi tuk, orang yang berjanji dengan kita dulu datang hari ini,  tempohnya dah cukup.”    “Aku tahu, dia orang datang sebelah petang,” balas datuk dengan tenang.  Langkahnya dipercepatkan menuju ke perdu Salak Jambi yang ditanamnya  tidak jauh dari kawasan rumah.    Saya tidak tahu, kenapa datuk menaruh perhatian yang besar pada perdu  Salak Jambi yang jumlahnya tidak sampai lima perdu.   

Page 1058 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Datuk Cuma memberitahu saya yang pokok salak itu benihnya dibawa dari  tanah Jambi.    Buahnya besar dan agak panjang bentuknya, berbeza dengan buah salak dari  Pahang dan Terengganu. Rasanya manis dan isinya juga tebal.    Datuk tidak pernah menjual buah salaknya. Dia lebih suka memberi percuma  pada orang‐orang kampung. Datuk juga menyuruh orang‐orang yang menerima  pemberiannya menanam biji salak tersebut.    Kata datuk, pada satu waktu nanti, buah salak akan menjadi buah yang  berharga dan amat digemari orang ramai. Hanya keadaan saja yang dapat  menentukan kebenaran dari kata‐kata datuk itu.    Saya mengelap peluh yang mula mengalir di bahu dengan telapak tangan.    Matahari terus memancar dengan garang. Semua kulit‐kulit biji getah yang  bertaburan atas tanah saya kumpulkan dalam kertas lalu saya buangkan ke  tempat sampah. Petang nanti akan saya bakar.    TEGUR    “Apa yang kau menungkan,” tegur nenek bila melihat saya termenung  panjang di halaman rumah. Saya tidak menjawab pertanyaan kecuali  memberikan senyum mesra. 

Page 1059 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Kenapa tak ikut tuk tengok pokok salak?”    “Habis kau nak buat apa.”    “Saya nak pergi ke surau, saya nak main gasing dengan kawan‐kawan di situ.”    “Ikut suka kaulah,” balas nenek.    Saya terus ke surau. Sampai di halaman surau saya lihat sudah ada dua  tiga orang kawan‐kawan main gasing. Saya turut campur dalam permainan  tersebut. Saya bangga kerana gasing yang saya buat dari kayu limau  berjaya memecahkan dua buah gasing kawan. Setiap kali saya memangkah  gasing dalam gelanggang kawan‐kawan semuanya terdiam. Mereka tumpukan  perhatian ke arah saya. Kerana terlalu asyik bermain, saya pulang ke  rumah kira‐kira pukul lima petang dengan perut yang lapar.    Mungkin kerana ada tetamu di rumah, datuk tidak marah pada saya. Macam  selalu, pukul berapa saya pulang, nenek yang baik hati akan menyediakan  hidangan untuk saya. Nenek cuma menasihatkan saya supaya jangan  mengulangi perbuatannya yang tidak disenangi oleh datuk.    Datuk tidak marah saya bermain gasing dengan kawan‐kawan. Apa yang jadi  pantangnya, kerana asyik main, saya lupa sembahyang Zuhur serta lewat  menunaikan fardu Asar. 

Page 1060 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Bila kau main gasing sampai melupakan perintah Allah, ertinya kau  bermain dengan syaitan,” kata datuk dengan nada suara yang lembut,  ketika saya melintas di depannya menuju ke bilik.    Tetamu yang datang menjeling kearah saya. Terasa tebal kulit muka bila  saya disindir begitu. Saya terus memencilkan diri dalam bilik.    “Sudah awak buat perkara yang saya suruh,” saya terdengar suara datuk.  Telinga saya rapatkan ke dinding. Saya tidak dapat mengawal perasaan  ingin tahu yang timbul meluap‐luap dalam dada.    “Sudah,” terdengar suara perempuan menjawab. Pasti suara Sariyah.    “Apa kesannya?”    “Anak‐anak ular hitam dan belalang tidak datang lagi. Tetapi, saya tidak  dapat tidur lena, selalu terjaga, mimpi yang bukan‐bukan.”    “Apakah mimpi yang kau alami sama pada setiap malam?”    “Ya sama.”    “Apa mimpinya.”   

Page 1061 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Orang hitam berbadan besar menangkap saya, dibawa ke sarang ular bisa.  Saya mahu dicampakkan ke situ. Bila saya menjerit saya terus terjaga.”    “Pelik,” kata datuk.    Dengan tiba‐tiba bulu roma saya tegak. Saya terasa macam ada makhluk  halus yang tidak dapat saya lihat berdiri di belakang saya. Dan saya  rasakan makhluk itu berbadan besar seperti apa yang diceritakan oleh  Sariyah pada datuk. Saya lawan perasaan yang terjadi dalam diri saya  itu. Makin saya lawan, makin terasa seram. Benda ganjil yang tidak dapat  dilihat itu seperti mengarahkan biji matanya kearah saya.    Saya terus meluru keluar. Duduk dekat datuk. Saya lihat wajah datuk  begitu tenang, seolah‐olah dia mengerti dengan apa yang terjadi. Sariyah  dan ibunya tercengang melihat kedatangan saya itu.    “Sekarang awak urut perempuan ini lagi,” beritahu datuk pada nenek. Dahi  nenek nampak berkedut.    “Tak payah pasang tirai? Awak ni dah mengarut nak mengurut perempuan di  depan lelaki,” nenek melahirkan protes dalam senyum. Datuk terdiam sejenak.    “Tak payah, bawa dia masuk ke dalam bilik Tamar.”    “Lagi?” 

Page 1062 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Saya akan memberi perintah dari luar macam yang kita buat dua minggu lalu.”    “Awak tahu, lepas saya mengurut perempuan ini dua minggu lalu, saya  mimpi seperti apa yang diceritakannya pada awak, kemudian seluruh badan  saya terasa bisa‐bisa.”    “Kenapa awak tak cakap?”    “Malas nak cakap dengan awak,” nenek menjuihkan bibirnya ke depan. Datuk  tersenyum panjang.    Sariyah dan ibunya masuk ke dalam bilik saya dengan ditemani oleh nenek.  Datuk memperkemaskan silanya dengan meletakkan kedua belah lengannya  atas kedua belah tempurung lututnya. Kedua belah matanya datuk rapatkan.    “Urut rusuk kiri bawa ke kanan. Berhenti di situ. Tekan pangkal pusatnya  dengan tangan kiri. Tangan kanan tekan pangkal pinggangnya kuat‐kuat,”  begitu datuk mengeluarkan arahan dengan mata terpejam. Saya kira nenek  tentu mengikut apa yang datuk suruh.    “Aduhhh, tolong,” saya terdengar suara Sariyah.    “Jangan lepaskan, biar dahinya berpeluh,” balas datuk.   

Page 1063 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Ada ketul keras macam batu,” jawab nenek.    “Tekan, jangan lepas,” balas datuk.    “Tolong sayaaaa,” suara Sariyah bertambah lemah. Akhirnya saya terdengar  Sariyah mengeluh kuat. Lepas itu tidak terdengar apa‐apa.    Dalam masa yang sama, tanpa angin. Daun‐daun tingkap bergerak lalu  menghempaskan kayu jenang, melahirkan bunyi yang kuat macam ada orang  yang membuka dan menutup, kain langsir putus dari pengikatnya, tidak  ubah macam direntap oleh tangan manusia dengan kasar.    PEDULI    Datuk tidak mempedulikan keadaan yang agak ganjil itu. Dia terus  pejamkan matanya. Dan suasana yang tidak menyenangkan itu terus hilang.    “Sudah lepaskan bahagian yang awak pegang,” seru datuk dari luar. Saya  terdengar suara Sariyah kembali dengan keadaan normal, bercakap sesuatu  dengan ibunya.    “Sekarang genggam penumbuk di tangan kiri dan tekankan ke perut  perempuan itu di bahagian pusatnya,” sambil mengeluarkan perintah itu  datuk membuka silanya lalu bertinggung untuk beberapa minit. Datuk duduk  kembali. 

Page 1064 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Buka tangan awak dan lihat apa yang ada.”    “Serpihan papan berbalut kain merah,” jawab nenek.    “Masukkan barang itu ke dalam mangkuk putih, tutup dengan kain atau  kertas, kemudian bawa pada saya,” selesai saja datuk bercakap, kedua  belah kelopak matanya dibuka.    Nenek keluar dari bilik lalu meletakkan mangkuk putih bertutup kain di  hadapan datuk. Bila nenek mahu melangkah ke dalam bilik datuk terus  bersuara:    “Awak urut dia macam awak mengurut perempuan yang baru lepas bersalin  tiga hari.”    “Baiklah.”    Nenek masuk ke bilik lalu melakukan apa yang datuk suruh. Bila nenek  selesai mengurut, Sariyah dan ibunya segera keluar.    Saya lihat muka Sariyah berseri‐seri dan merah, macam wajah anak dara  yang baru berusia belasan tahun. Kalau dilihat sekali imbas, pasti orang  tidak menyangka yang Sariyah sudah punya anak lima.   

Page 1065 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Saya tidak menafikan, sesungguhnya dalam usia saya yang begini, saya  memang tertarik pada dirinya. Air mukanya begitu menarik dan menawan  boleh membuat lelaki tidak tidur malam.    Mereka terus duduk di hadapan datuk. Saya lihat kulit Sariyah yang  kemerah‐merahan itu bersih dan gebu sekali, tidak terlihat lubang‐lubang  bekas jerawat seperti sebelumnya. Kulitnya cukup lembut sekali.    “Awak mesti mematuhi syarat‐syarat yang saya berikan ini, jika awak  benar‐benar mahu masalah yang awak alami ini berakhir,” kata datuk  sambil merenung wajah Sariyah dan ibunya.    “Apa dia syarat‐syaratnya tu?” Tanya ibu Sariyah macam tidak  sabar‐sabar. Datuk termenung sejenak.    “Mudah saja, syarat pertama jangan meninggalkan sembahyang lima waktu,  membaca yasin malam Jumaat dan selalu bersedekah pada anak‐anak yatim  atau orang miskin bila awak mampu berbuat begitu,” datuk bercakap sebentar.    “Syarat kedua, jangan mengatakan atau membabitkan orang lain yang  kononnya penyakit awak ni, adalah perbuatan orang lain, itu perbuatan  yang salah,” datuk raba pangkal tengkuknya sejenak.    “Awak mesti berbaik dengan ipar dan mak mentua awak,” tambah datuk lagi.   

Page 1066 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Kalau mereka menolak dan menyakitkan hati saya bagaimana?” Tanya Sariyah.    “Awak harus bersabar, biar apapun yang mereka lakukan jangan melawan  mentua, emak mentua sama juga dengan emak sendiri, kalau tidak tahan  dengan sikapnya, cari jalan asalkan jangan sampai timbul permusuhan,  saya tidak mahu awak memberitahu orang lain awak berubat di sini.”    “Saya berjanji dan saya berterima kasih pada tuan.”    “Jangan berterima kasih pada saya tetapi, bersyukurlah pada Allah kerana  dengan Allah juga, saya boleh menolong awak, jangan panggil saya tuan,  panggil saja ayah atau pakcik.    “Ya ayah.”    “Kerana awak saya kira perempuan yang baik dan jujur, mulai dari hari  ini awak saya anggap macam anak saya sendiri,” datuk luahkan apa yang  tersirat dalam hatinya.    Sariyah dan ibunya berpandangan. Mereka pun berbalas senyum tetapi,  tidak dapat mengatasi senyum nenek yang membayangkan kepuasan tersendiri.    Dengan wajah yang manis datuk menyuruh saya memetik tujuh helai daun  sirih yang bertemu urat di belakang rumah. Suruhannya itu segera saya  patuhi. Tujuh helai daun sirih bertemu urat saya serahkan padanya. 

Page 1067 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Datuk patahkan semua tangkai sirih, begitu juga dengan bahagian  hujungnya. Tiap daun sirih datuk lipat tiga. Semua tulang belakang daun  sirih datuk buang. Daun‐daun sirih yang sudah dilipat itu datuk taruh  tiga butir gula pasir.    “Ini bukan apa‐apa, cuma petua untuk penyeri wajah kamu, tiap‐tiap daun  sirih ini ada tiga biji gula putih, jangan jatuhkan gula‐gula itu,  selepas bangun tidur kumur mulut dan kunyah daun sirih ini hingga  hancur, telan hampasnya sesudah itu barulah kamu basuh muka dengan air  suam, kenakan air itu ke seluruh kulit muka kamu,” kata datuk.    Sebelum datuk serahkan daun‐daun sirih pada Sariyah datuk membaca sesuatu.    “Pantangnya, jangan makan benda‐benda masam dan pahit sebelum masuk  waktu Asar selama tiga bulan, lepas itu tak apa,” datuk mengingatkan  Sariyah.    Semua daun sirih yang dibungkus itu diserahkan pada Sariyah. Datuk juga  mengingatkan Sariyah supaya daun sirih itu jangan dilangkah atau terkena  bayang diri.    “Berapa upahnya ayah?” Soal Sariyah.    “Saya tidak mencari rezeki cara ini.” 

Page 1068 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Tapi ayah sudah menolong saya.”    “Ayah tidak menolong awak, Allah yang berkuasa menolong awak, saya cuma  berusaha, kalau Allah tidak mengizinkan, usaha saya tidak berjaya,  lupakan hasrat awak tu.”    “Oh…” keluh Sariyah.    “Pulanglah ke rumah awak, jangan lupa dengan syarat yang saya kenakan,”  ujar datuk dengan tenang.    Sariyah dan ibunya terus bersalaman dengan nenek. Kemudian mereka  meninggalkan rumah dengan tenang.    “Apa yang awak rasa waktu mengurutnya tadi,” datuk bertanya pada nenek.    “Sudah banyak berubah, sudah cukup syaratnya sebagai seorang isteri,  semua urat‐urat dalam perut dan sendinya bergerak macam manusia yang  sempurna, tidak terasa macam papan sekeping, sudah ada lekuknya, sebagai  orang perempuan saya tahu apa yang ada pada diri seseorang isteri,  semuanya itu ada pada Sariyah,” jelas nenek pada datuk. Datuk puas hati  dengan keterangan yang diberikan oleh nenek itu.    PISANG 

Page 1069 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Matahari sudah mula condong tetapi, datuk masih juga mahu mengajak saya  ke kebun pisang. Saya tidak tahu kenapa datuk harus pergi ke tempat  tersebut dalam waktu begini.    Biasanya, kalau matahari sudah condong, datuk tidak mahu pergi ke kebun  pisang.    Dia lebih suka menghabiskan masa petangnya membuat kerja dalam rumah  hingga menjelang waktu Maghrib.    “Sudah petang benar tuk.”    “Tak apa, bila hari sudah remang‐remang senja kita baliklah ke rumah.”    “Tak apalah tuk,” balas saya.    Saya dan datuk pun menuju ke kebun pisang. Dedaun pisang yang tua  dibuang. Anak‐anak pisang yang tumbuh banyak di sesuatu perdu  dikurangkan menjadi satu atau dua. Buah‐buah pisang yang sudah cukup tua  diambil untuk dibawa pulang.    Saya begitu seronok bekerja dalam suasana petang yang begitu tenang dan  aman. Datuk juga begitu.   

Page 1070 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Tanpa disedari matahari kian rapat ke kaki langit, suasana yang terang  mula beransur kelam, beburung kelicap sudah mula kurang hinggap di  jantung pisang. Semuanya pulang ke sarang.    “Sudah beransur gelap tuk,” saya mengingatkan datuk.    “Tunggu sikit lagi Tamar, biar aku buang anak pisang yang tak berguna  ni,” datuk masih lagi membongkok di perdu pisang.    Bila kerjanya selesai di perdu pisang tersebut, datuk meneruskan  kerjanya di perdu pisang lain.    Tidak ada tanda‐tandanya yang datuk akan pulang segera. Dia sungguh ayik  dengan kerjanya. Cara ini membuat saya resah dan gelisah.    Hari sudah beransur gelap. Suara gagak liar terbang senja mula  kedengaran. Beberapa ekor gagak liar terus hinggap di pokok pisang  sambil berbunyi.    Saya baling burung‐burung gagak itu dengan kayu. Burung‐burung terbang  sebentar kemudian datang semula ke pokok pisang sambil berbunyi. Saya  cuba sorak dengan suara yang kuat. Burung‐burung gagak itu tidak peduli.  Terus berbunyi seolah‐olah tidak takut dengan manusia. Saya jadi lemas  dalam keadaan yang tidak menyenangkan itu.   

Page 1071 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Hari mula beransur gelap. Puncak bukit yang letaknya tidak jauh dari  kawasan kebun pisang sudah tidak jelas untuk saya tatap. Burung‐burung  gagak liar terus berbunyi. Saya terus berlari kearah datuk. Darah saya  tersirap. Datuk sedang berguling‐guling atas tanah. Tiga ekor kelawar  yang bentuk tubuhnya lebih besar dari kelawar yang biasa saya temui,  menuju kearah pangkal leher datuk. Suara kelawar itu cukup nyaring  sambil mengeluarkan giginya yang tajam berbentuk taji kearah datuk.  Suara kelawar itu juga berbeza dengan suara kelawar biasa, begitu juga  dengan bentuk giginya.    Dalam keadaan yang berguling‐guling itu datuk sempat membelitkan  daun‐daun pisang kering ke batang lehernya. Cara datuk mempertahankan  diri dari jadi mangsa kelawar aneh itu. Dalam keadaan yang cemas itu,  salah seekor dari kelawar tersebut menjunamkan badannya kearah datuk.    Dengan cepat datuk menghalakan parang panjangnya kea rah kelawar.  Tetakan dari datuk tidak kena sasaran. Dan kelawar itu sempat  membenamkan kukunya ke lengan kiri datuk. Baju di lengan terbelah dua.  Dalam keadaan yang samar‐samar itu, saya melihat darah mengalir dari  lengan kiri lalu membasahi seluruh lengan baju yang berwarna putih.  Suara kelawar bertambah kuat, bagaikan orang bersorak dalam sesuatu  perlawanan bola.    “Berlindung Tamar,” jerit datuk, saya segera berlindung di balik pokok  pisang. 

Page 1072 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Datuk saya lihat berjaya bangun. Dia terus menghayun parang panjangnya  kea rah tiga ekor kelawar. Salah seekor dari kelawar itu terkena parang  panjang. Sayapnya putuh dua. Kelawar itu jatuh atas tanah. Sementara  yang dua ekor lagi terus menyerang bertubi‐tubi kearah muka datuk. Saya  terdengar suara datuk menjerit, mukanya mula berdarah. Datuk terus  berjuang hingga kedua‐dua ekor kelawar aneh itu terkorban. Datuk segera  menghampiri saya. Darah masih lagi mengalir di mukanya.    “Pipi kanan aku kena cakar,” kata datuk tercungap‐cungap sambil mengesat  darah di mukanya dengan pucuk pisang yang belum kembang.    “Kelawar apa tu tuk, ganjil benar rupanya.”    “Kelawar jenis ni menghisap darah manusia dan binatang, kata orang  kelawar pontianak. Selalunya kelawar jenis ini berada dalam hutan tebal  terutama di kawasan yang banyak terdapat rusa, landak dan harimau,  banyak pemburu yang jadi korbannya,” datuk menerangkan pada saya.    “Macam mana boleh masuk ke kampung kita tuk?”    “Entahlah, agaknya sudah banyak hutan yang dibuka orang atau sudah tak  ada harimau dan rusa lagi dalam hutan, kelawar jenis ni mencari mangsa  waktu malam.”   

Page 1073 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Seram saya tuk.”    “Apa mahu diseramkan, mari kita balik, hari dah gelap benar. Waktu  Maghrib sudah masuk,” balas datuk.    Memang benar hari sudah gelap. Suasana dalam kebun pisang terasa kurang  menyenangkan. Belum pernah datuk meninggalkan kebun pisang dalam keadaan  begini.    Sambil melangkah saya terus merenung ke kiri dan ke kanan. Saya lihat  dedaun pisang terus bergerak, walaupun tiada angin yang bertiup. Saya  lihat beberapa ekor burung gagak liar berterbangan tanpa suara.    “Datuk,” jerit saya. Datuk pun mematikan langkahnya.    “Ada apa Tamar?”    “Tuk tengok ke kanan.”    Datuk segera toleh ke kanan. Dia tidak berkata apa‐apa. Badan saya terus  menggeletar. Siapa yang tidak menggeletar bila melihat bayang manusia  yang besar dan tinggi bergerak dalam kebun pisang sambil mematahkan  batang‐batang pisang.    Dalam saat‐saat tertentu, bayang‐bayang itu memperlihatkan bentuk 

Page 1074 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

badannya yang sebenar. Wajahnya mengerutu. Dagunya panjang. Kepalanya  botak dan kuku dari sepuluh jarinya terjulur kira‐kira dua kaki. Biji  matanya terperosok ke dalam dan mengeluarkan cahaya yang halus.    “Tak ada apa‐apa pun Tamar,” balas datuk.    “Ada hantu tuk.”    “Ah jangan mengarut mana ada hantu di sini, cepat jangan fikir yang  bukan‐bukan.” Sergah datuk.    Saya cuba melangkah tapi tidak terdaya. Bayang‐bayang itu serasa memburu  saya. Bila melihat keadaan saya begitu. Datuk terus mendukung saya.  Sampai di rumah saya diletakkan di anjung. Saya terkapar di situ. Tidak  terdaya bangun. Sendi‐sendi badan terasa tidak dapat digunakan seperti  selalu. Datuk terus menunaikan fardu Maghrib. Sementara menanti datuk  selesai sembahyang bayang‐bayang aneh itu terus mengganggu saya dalam  pelbagai bentuk.    Ada ketikanya wajah yang mengerutu itu mengeluarkan darah ke seluruh  muka. Ada ketika lain pula bertukar menjadi wajah yang paling hodoh  dengan mata satu di tengah dahi. Dari kulit wajah yang hodoh itu keluar  beribu cacing tanah. Dan cacing itu dimakannya macam orang makan mi  rebus atau mi goreng.   

Page 1075 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Paling menakutkan bila bayang‐bayang itu mempamerkan giginya yang  bertaring dua. Darah celah‐celah taring kulit keluar ulat tidak ubah  macam ulat tahi dengan bau yang amat busuk. Saya tidak terdaya melawan.  Hanya berserah pada Allah.    “Ayahmu menghalang apa yang aku buat, sekarang aku mahu kamu merasakan  kesakitan dari apa yang aku buat,” terdengar bergemuruh suara dari  bayang‐bayang tersebut, waktu saya mendengar suara itu, saya melihat  cacing tanah berguguran dari wajahnya lalu menimpa muka saya.    Kemudian, saya terlihat kaki besar, seperti kaki gajah yang kulitnya  berlapis‐lapis. Dari lapisan kulit yang berbulu itu mengalir nanah  bercampur darah bersama ulat‐ulat halus yang bentuknya panjang,  kira‐kira dua inci. Ulat‐ulat itu bergerak ke kiri dan ke kanan.    Anehnya, kaki itu cuma sebelah sahaja yang dapat saya lihat. Lagi  sebelah saya tidak tahu ke mana perginya. Kaki gajah itu bergerak untuk  memijak dada saya. Sampai di sini saya tidak terdaya lagi. Saya terus  menjerit.    SUARA    Datuk dan nenek terus menerpa pada saya. Mereka meraba seluruh badan.  Saya tidak terdaya mengeluarkan suara. Tekak saya terasa amat kering dan  panas sekali. 

Page 1076 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Ambilkan aku semangkuk air,” saya terdengar suara datuk. Air yang  diminta segera nenek adakan. Diserahkan pada datuk. Dengan tenang datuk  membaca surah Al‐fatihah yang jumlahnya saya tidak tahu. Datuk curahkan  air itu ke muka saya. Bila air terkena muka baru saya boleh bersuara dan  tekak tidak terasa panas lagi.    “Apa yang kau nampak Tamar?”    “Benda dari kebun pisang datang.”    “Apa yang dibuatnya pada kamu?”    “Mahu memijak dada saya tuk.”    “Kenapa kau tak baca ayat Quran yang aku ajar untuk menghalau syaitan.”    “Saya terlupa tuk.”    “Ah…,”    Datuk dan nenek terus mengusung saya ke bahagian dapur, saya dimandikan.  Kemudian saya diletakkan atas katil lalu diselimutkan dengan kain tebal.    Nenek terus mengurut badan saya. 

Page 1077 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Cuba bangun dan berjalan,” saya terdengar suara datuk. Selimut saya  buka. Saya turun dari katil dan cuba melangkah. Saya terjatuh. Sepasang  kaki saya jadi lemah dengan tiba‐tiba.    Kerana saya tidak mahu ditinggalkan sendirian di atas katil, nenek dan  datuk terpaksa mengusung saya ke tengah rumah. Saya disuruh duduk  bersandar pada dinding. Nenek meneruskan kerjanya di dapur. Dan datuk  terus membaca al‐Quran.    Lebih kurang pukul dua belas tengah malam, datuk berhenti dari membaca  Quran. Suasana malam terasa sepi dan dingin sekali. Saya sudah dua kali  terlelap dalam duduk. Datuk sudah bersedia untuk melakukan sembahyang  sunat, sebelum melakukan sembahyang istikharah.    Tiba‐tiba datuk menghampiri saya. Dia tidak jadi melakukan sembahyang  sunat.    “Kalau kau mengantuk, biar tuk bawa kau ke dalam bilik.”    “Tak apa tuk, biarlah saya di sini.”    “Kalau sudah begitu kata kau, tak apalah.”    Tanpa diduga datuk terus menarik sepasang kaki saya dengan kuatnya. Saya 

Page 1078 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

terus jatuh. Tetapi, saya tidak merasa sakit di bahagian kaki yang datuk  tarik. Saya tidak merasakan apa‐apa. Jauh sekali untuk menjerit dan  mengadu sakit.    Datuk mendudukkan saya seperti sediakala. Air mukanya nampak berubah.  Saya dapat menduga datuk berada dalam keadaan pilu dan hampa yang amat  sangat. Tetapi, dia tidak mengeluarkan air mata. Datuk terus memeluk dan  mencium dahi saya.    “Tamar, kau lumpuh dengan tiba‐tiba, kau tidak dapat menemani datuk ke  mana‐mana, apa dosa cucuku hingga dia jadi begini,” keluh datuk. Dia  terus mencium saya dan saya terasa air matanya mengalir di dahi saya.    Datuk terus masuk bilik mengambil bantal. Dia suruh saya baring dan  badan saya terus diselimutkan. Saya lihat datuk berada dalam keadaan  yang serba salah. Sekejap menggigit bibir, sekejap menggigit bibir dan  lidah.    Datuk terus membuka pintu dengan luasnya. Saya dapat melihat keadaan  yang gelap di luar. Angin malam terus menyerbu masuk ke dalam rumah.  Suara pungguk terdengar sayup‐sayup, bersama dengan bunyi suara kucing  jantan mencari betina.    Belum pernah saya lihat datuk melakukan pekerjaan seperti itu. Macam  kerja orang bodoh membuka pintu rumah waktu malam. Tidak ada sesuatu 

Page 1079 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

keindahan yang dapat dilhat dalam malam yang pekat, selain dari rasa  sejuk, bunyi burung pungguk, bunyi burung hantu dan lolongan anjing liar  yang memanjang dan menyeramkan.    Datuk terus duduk menghadapi pintu yang terdedah. Kerana perbuatan itu  agak asing bagi diri saya lantas saya menyoal.    “Kenapa buka pintu tuk?”    “Ada tetamu yang nak datang malam ni, begitulah mengikut petua dan gerak  tubuhku Tamar.”    “Siapa orangnya tuk? Orang gila saja yang berjalan malam.”    “Aku sendiripun tak tahu, kalau yang datang baik, baiklah yang aku beri,  kalau jahat yang datang, jahatlah yang aku beri,” kata datuk.    Datuk terus duduk menghadapi muka pintu yang terdedah. Lengan bajunya  yang agak labuh itu nampak bergerak‐gerak disentuh angin, begitu juga  dengan hujung rambutnya yang terjulur dari bawah songkok hitamnya.    Saya terdengar bunyi kucing menggaru papan yang diikuti dengan suara  burung tukang dan jampuk bersahut‐sahutan. Datuk masih lagi duduk di  tempatnya.   

Page 1080 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Masuk,” saya terdengar suara datuk. Serentak dengan itu sekeping papan  yang panjangnya kira‐kira lebih dari lima kaki masuk ke tengah rumah  menerusi pintu, macam ada tangan ajaib yang menolak papan itu masuk.    Papan sekeping yang sudah agak reput itu membawa beberapa cebisan kain  putih yang terlekat pada papan tersebut tertanggal dengan sendirinya.    “Bukan papan dan kain saja yang datang, ada pengikutnya kenapa tak  tunjukkan diri, bukankah kita semuanya makhluk Allah,” ujar datuk dengan  tenang.    Habis sahaja datuk bercakap, semua tingkap rumah yang tertutup terbuka  dengan sendiri. Kemudian tertutup kembali. Papan sekeping di tengah  rumah terus bergerak tersandar pada dinding.    “Ada yang mengangkat dan mengubahnya, aku tahu iblis dan syaitan selalu  menipu dan menggoda manusia mengikut kemampuan yang ada pada diri  manusia, kalau manusia boleh mengubat manusia yang sakit, syaitan akan  mencelah untuk memesongkan keyakinan orang itu, kalau boleh cuba mahu  memaksa orang itu memainkan ayat‐ayat Quran untuk tujuan yang tidak  baik,” datuk terus berkata‐kata dengan tenang.    Datuk terus berdiri. Saya lihat di depannya wujud seorang lelaki  berjanggut dan berjubah membawa tasbih. Orang itu tersenyum pada datuk.  Bila datuk hulurkan tangan untuk bersalam orang itu tidak mahu 

Page 1081 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

menyambutnya.    “Tak apa kau tak mahu bersalam dengan aku. Tetapi, aku megah kerana kau  datang dalam keadaan begini, kau datang seperti orang alim yang taat  pada hokum Allah, kau berbuat begitu kerana kau tahu aku selama ini  patuh dengan perintah Allah,” tambah datuk lagi.    Orang itu tersenyum. Dia terus membilang tasbih di tangan.    “Kau halang kerja aku?” suara lelaki itu keras.    “Halangan itu terjadi dengan izin Allah.”    “Tapi, aku memberi pertolongan pada orang yang memerlukan pertolongan,  bukan itu jalan kebaikan.”    “Bukan pertolongan, kau mahu memisahkan sebuah rumahtangga yang  didirikan oleh manusia dengan cara yang betul. Allah tidak menyuruh  sesiapapun di dunia memisahkan si suami dengan isteri yang dinikahinya  secara halal.”    Orang itu terdiam. Datuk tetap tenang. Saya saksikan kejadian dengan  penuh minat, meskipun kedua belah kaki saya ketika itu berada dalam  keadaan lumpuh.   

Page 1082 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Aku ini Wali Allah, jangan permainkan aku.” Orang berjanggut dan  berjubah tinggikan suara. Tasbih di tangan terus dibilangnya tanpa berhenti.    “Tidak ada sesiapa yang boleh mendakwa dirinya Wali Allah, sama ada  orang itu Wali atau tidak ditentukan oleh Allah Yang Maha Besar,  bukannya dirinya sendiri atau manusia yang masih hidup menentukannya,  kau syaitan,” pekik datuk.    Lelaki berjanggut dan berjubah jegilkan biji mata. Datuk terus membaca  ayat‐ayat dari al‐Quran. Tiba‐tiba lelaki itu terus hilang. Tempatnya,  segera digantikan oleh bayang seorang lelaki.    Orangnya berbadan sederhana, memakai songkok dan misaim tebal. Sekali  imbas orang itu macam seorang yang baik dan warak. Orang itu merenung  wajah datuk.    Beberapa saat kemudian bayang orang itu hilang. Begitu juga dengan papan  sekeping di tengah rumah.    Datuk rapatkan daun pintu. Datang menghampiri saya. Badan saya  digosoknya berkali‐kali.    “Masih ada halangan yang panjang kerana aku menolong Sariyah dan  menjadikan dia anak angkat aku,” kata datuk.   

Page 1083 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Siapa orangnya tuk.”    “Aku tak kenal, tapi orang itu berteduh di bawah ketiak syaitan, banyak  menggunakan ilmu salah dan sihir dalam menolong orang, pandai memainkan  ayat‐ayat suci untuk tujuan jahatnya.”    “Kenapa begitu tuk?”    “Aku pun tak tahu, mungkin untuk dihormati mungkin juga untuk mencari  wang, dan orang itu satu ketika akan membalas dendam,” keluh datuk  sambil merenung wajah saya.   

SBDJ (Jilid 03) Siri 60: Lumpuh Di Kaki    Perlahan‐lahan datuk meraba dahi saya. Dari dahi jejari datuk merayap ke  pangkal tengkuk. Saya rasa jejari datuk sejuk macam ais.    “Keadaan badan kamu macam biasa, tidak panas dan tidak pula sejuk,  berdasarkan denyut darah yang aku rasa dari kepala hingga ke pangkal  tengkuk, kau masih ada harapan.”    “Maksud datuk?”    “Lumpuh di kaki kamu boleh sembuh jika diizinkan oleh Allah, cuma aku  mesti berusaha.” 

Page 1084 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Bawa saya ke hospital untuk diperiksa, saya tidak mahu berubat dengan  dukun dan bomoh.”    “Kalau itu yang kamu mahu, aku turutkan,” balas datuk dengan senyum.    Pintu yang terdedah terus juga menghantar angin malam ke dalam rumah.  Suara jampuk sudah tidak sehebat tadi, begitu juga dengan bunyi burung  hantu. Sesekali terdengar bunyi suara burung cenderawasih yang terbang  berkawan. Kokok ayam jantan pun meningkah dalam suasana malam yang  memburu pagi.    “Mudah‐mudahan Allah akan memberkati segala usahaku,” datuk melahirkan  harapan, sambil meraba kedua belah kaki saya yang lumpuh dan saya memang  mengharapkan apa yang datuk katakan itu akan menjadi kenyataan.    “Sabar Tamar, aku akan berusaha.” Sebaik sahaja datuk mengakhiri  kata‐katanya, satu pancaran kilat melemparkan sinarnya ke dalam ruang  rumah. Datuk dan saya terkejut seketika.    “Barangkali hari nak hujan Tamar?”    “Agak‐agaknya begitulah tuk.”    Datuk terus bangun. Ia memulakan langkah menuju ke pintu. Langkah satu, 

Page 1085 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

langkah dua, dan tiga berjalan lancar. Langkah keempat segera terbantut.  Diganggu oleh bunyi petir yang amat kuat. Datuk segera menoleh kearah  saya. Bunyi angin kencang jelas kedengaran melanggar dedaun dan  reranting pokok di luar. Angin itu seolah‐olah berlegar‐legar di kawasan  rumah.    Datuk pun menghidupkan langkah yang mati. Ia berdiri di muka pintu  sambil kedua belah tangannya merapatkan daun pintu. Datuk terus memasang  selak pintu. Bunyi titik‐titik hujan mula kedengaran bersama dengan  tiupan angin. Rasa dingin mula menyerbu tubuh badan. Kokok ayam jantan  terus kedengaran.    “Hujan tu rahmat Allah, menyegarkan pokok‐pokok. Kata orang hujan  menjelang Subuh membawa berkat pada orang yang jaga, membawa celaka pada  orang yang tidur.”    “Silap tu tuk, sebetulnya membawa nikmat pada orang yang tidur dan tidak  membawa apa‐apa pada orang yang jaga.”    “Dari mana kau belajar semuanya ini Tamar?”    “Dari kawan‐kawan tuk.”    Saya lihat datuk tersenyum panjang mendengar kata‐kata itu. Ia terus  duduk di sisi saya. Kedua belah kaki saya yang lumpuh diurutnya 

Page 1086 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

perlahan‐lahan.    “Celaka pada orang yang tidur maksudnya, orang itu tidak akan bangun  menunaikan sembahyang Subuh kerana terlalu seronok tidur waktu hujan dan  syaitan akan membekalkan dirinya dengan mimpi‐mimpi yang indah. Berkat  pada orang yang jaga kerana ia dapat menunaikan sembahyang Subuh dengan  sempurna,” datuk menjelaskan pada saya. Saya terus anggukkan kepala  membenarkan kata‐katanya itu.    Hujan lebat yang bermaharajalela di luar membuat saya menguap dan rasa  mengantuk yang amat sangat. Dua tiga kali saya tersengguk‐sengguk macam  ayam mabuk tahi. Kalau datuk tidak ada di sini, sudah lama saya berdengkur.    “Aku nak sembahyang jemaah di masjid Tamar.”    “Hujan, macam mana tuk nak pergi?”    “Walau macam mana susah pun, perintah Allah tidak boleh diketepikan. Aku  ni sihat dan diberi akal, lagi pun masjid bukannya jauh dengan rumah,  aku pakai payung, kalau tak ada payung cari daun pisang.”    “Uzur macam saya ni tak payahlah sembahyang tuk.”    “Kena, kalau kau tak boleh bangun, boleh sembahyang cara duduk, soal  utama perintah Allah mesti ditunaikan.” 

Page 1087 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Hum…,” keluh saya dalam hati.    Datuk segera mengejutkan nenek. Kemudian, ia terus keluar ikut pintu  dapur. Pesan datuk, nenek mesti menjaga saya supaya jangan terlelap  kecuali matahari sudah memancar, saya dibenarkan tidur.    “Jaga si Tamar tu jangan sampai ia tertidur, kalau tertidur sentap kedua  belah kakinya sekuat hati,” saya dapat mendengar pesan terakhir dari datuk.    Kerana tidak mahu kaki saya ditarik secara mengejut, saya mengambil  keputusan tidak akan tidur hingga tengahari. Salah satu cara bagi  mengelakkan saya tertidur, saya minta nenek bercerita sambil memicit  kedua belah kaki saya. Permintaan saya itu ditunaikan oleh nenek. Baru  sahaja nenek mahu memulakan cerita dan mengurut, terdengar azan Subuh  dalam deru hujan. Suara azan itu sungguh merdu dan menusuk perasaan.  Saya terpegun sambil mengingati kebesaran Allah yang menjadikan alam  semesta.    “Biar aku sembahyang dulu, jangan tidur,” nenek mengingatkan saya dan  terus menuju ke ruang dapur untuk mengambil air sembahyang.    Nenek menunaikan fardhu Subuh dekat saya. Masa nenek sembahyang itu saya  dapat peluang merapatkan kedua belah kelopak mata. Tetapi, saya tidak  dapat tidur dengan sempurna, bila mahu terlelap, saya didatangi oleh 

Page 1088 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

mimpi‐mimpi yang menggerunkan, membuat saya terjaga kembali. Setelah  selesai menunaikan sembahyang nenek terus ke dapur. Ia kembali  menghampiri saya dengan membawa mangkuk tembikar besar berisi kerak nasi  bercampur air dingin.    “Buat apa benda ni nek?”    “Untuk mengubat kaki kau, supaya urat‐uratnya jangan kaku.” Nenek terus  melumurkan kerak nasi pada sepasang kaki saya.    Aduh, sejuknya sampai ke tulang. Nenek tersenyum melihat wajah saya yang  berkerut‐kerut. Saya merasa beruntung kerana nenek hanya melumurkan  kerak nasi ke kaki sebanyak tiga kali. Kalau lebih dari itu, pasti saya  terkencing. Sebelum matahari terbit di kaki langit, datuk sudah berada  di rumah. Ia sudah pun mandi air embun dan melakukan senaman.    Mungkin, nenek mahu menjaga hati saya supaya tidak rasa disisihkan.  Nenek membawa hidangan sarapan ke tempat saya duduk. Sikap nenek yang  mementingkan perasaan orang lain, membuat hati saya rasa gembira.  Walaupun saya sakit tetapi tidak terpisah untuk bersarapan bersama nenek  dan datuk seperti keadaan sebelum sakit dulu. Selesai sarapan, datuk  terus menyatakan pada nenek untuk membawa saya ke hospital. Wajah nenek  nampak berubah setelah mendengar kata‐kata datuk itu.    “Kenapa tak berusaha cara kampung?” tanya nenek. 

Page 1089 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Kita sekadar memenuhi hajat Tamar.”    “Kalau tak mahu sembuh bagaimana?”    “Kita cuma berusaha, doktor yang mengubat orang sakit tu pun berusaha,  dia tidak dapat menentukan penyakit seseorang itu boleh sembuh, tanpa  diizinkan Allah.:    “Saya faham, selalunya awak tidak begitu, awak tak suka berubat dengan  doktor.”    “Awak silap, saya tak suka tu, kalau sakit itu terjadi pada diri saya,  pada orang lain saya galakkan jumpa doktor, bukankah doktor tu belajar  dan mempunyai alat‐alat yang lengkap, kita cuma ada petua saja.”    “Begitu pula,” keluh nenek.    TEKSI    Datuk terus meninggalkan saya dan nenek. Ia pergi mencari teksi.  Setengah jam kemudian, datuk kembali dengan teksi tua milik Awang Said.  Saya pun diusung ke dalam teksi. Duduk di bangku belakang bersama nenek.  Datuk duduk di hadapan bersama Awang Said.   

Page 1090 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Dalam perjalanan menuju ke hospital daerah yang terletak di bandar kecil  Lumut, datuk terus berborak rancak dengan Awang Said. Sampai sahaja di  hospital yang terletak di atas bukit kecil yang menghadapi Selat  Dinding, saya diusung ke bilik pemeriksaan.    Doktor yang memeriksa saya ialah Doktor M.K. Menon. Orangnya peramah,  pandai berbahasa Melayu meskipun ia dari keturunan Ceylon. Setelah  diperiksa, doktor terus menyatakan pada datuk semua gerakan darah dalam  kaki saya berjalan lancar dan baik. Doktor itu merasa pelik bagaimana  sakit lumpuh itu boleh terjadi. Kaki saya terus di X‐ray. Hasil dari  X‐ray juga menunjukkan urat‐urat di kaki berada dalam keadaan baik,  tidak ada yang tersimpul atau terputus. Keadaan darah juga macam biasa.  Saya jadi lemas dan bosan kerana terlalu banyak pemeriksaan dilakukan  sebelum saya diletakkan dalam wad.    Sebulan lebih saya merengkok dalam hospital. Hari‐hari daging paha saya  disuntuk, kesanya tidak mendatangkan apa‐apa, tidak ada tanda‐tanda  sakit lumpuh yang saya alami akan sembuh. Walaupun demikian, hati saya  tetap terhibur. Setiap pagi nenek mengunjungi saya untuk melumurkan  kerak nasi di kaki. Nenek tidak peduli dengan teguran beberapa orang  jururawat yang bertugas di wad tersebut yang melarangnya membawa kerak  nasi serta melumurkan ke kaki saya.    Nenek menerima larangan itu dengan wajah yang manis, penuh simpati  melambangkan sifat seorang wanita kampung yang banyak menyerahkan 

Page 1091 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

sesuatu pada keadaan. Tidak mudah mahu melawan atau membantah tetapi  banyak merayu.    “Saya berikhtiar cara orang kampung cu, bukan mahu melawan doktor, saya  tahu cu lebih pandai dari saya, doktor lagi pandai, kalau tak boleh  sebelah pagi biar saya buat sebelah malam,” itulah yang diucapkan oleh  nenek setiap kali jururawat yang bertugas menegur perbuatannya.    Di Lumut, nenek menginap di rumah anak buahnya yang bekerja sebagai  pemandu kereta dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jarak rumahnya  dengan hospital tidak jauh. Tidak sampai setengah batu. Tidak menjadi  masalah untuk nenek mengunjungi saya sehari dua kali, pada sebelah pagi  dan petang atau pada sebelah malam.    Biasanya, pada sebelah petang atau malam, ia ditemani oleh anak buahnya  yang dipanggilnya sebagai Din sahaja. Nenek menyuruh saya memanggil  lelaki yang kurus tinggi itu sebagai Pak Din. Dalam masa tertentu nenek  selalu menceritakan pada saya tentang hubung‐kait dirinya dengan Mat  Ladin ayah pada Pak Din. Pak Din yang sudah berkeluarga itu juga  menasihati saya supaya sabar. Di samping itu, ia juga berjanji akan  berikhtiar mencari bomoh atau pawang terkenal dalam usaha menyembuhkan  kaki saya yang lumpuh itu.    Secara jujur saya katakan pada Pak Din yang saya tidak begitu tertarik  untuk mengubati kaki saya yang lumpuh itu dengan dukun atau bomoh. 

Page 1092 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Sebabnya, terlalu sulit mencari seorang dukun yang jujur dan pandai,  kebanyakan dukun atau pawang bila mengubati seseorang selalu menurun  dengan memanggil roh datuk nenek yang saya kira, perbuatan itu  bertentangan dengan ajaran Islam.    LAWAT    Pada suatu pagi, setelah nenek pulang. Katil saya dikunjungi oleh  seorang lelaki tua. Tinggi lampai orangnya. Dari raut wajahnya, saya  dapat meneka bahawa lelaki tua itu berbangsa Cina.    “Saya Hassan.”    “Saya Tamar.”    Saya segera menyambut huluran tangan orang tua itu. Saya mempersilakan  ia duduk di katil. Ia memakai seluar warna kelabu tahi anjing. Bajunya  berwarna putih yang dibuat dari kain belacu. Bentuknya, seperti bentuk  baju yang selalu digunakan oleh pekebun‐pekebun sayur bangsa Cina.  Bahagian tengkuknya bulat, macam tengkuk baju Melayu yang selalu dipakai  oleh orang‐orang Melayu Johor. Di tempat saya baju jenis ini disebut  sebagai baju Melayu Teluk Belanga. Bahagian depan baju orang tua itu  mempunyai lima butang. Songkok putih (ketayap) yang dipakainya cukup  bersih. Saya kira ia seorang saudara baru Islam (mualaf) yang mahu  mengutip derma. Saya nanti ia menghulurkan kertas derma. Tetapi ia tidak 

Page 1093 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

berbuat demikian.    “Dah lama masuk agama Islam?” Orang tua itu merenung muka saya sejenak.  Ia tersenyum sambil menepuk‐nepuk bahu saya. Kemudian ia menarik nafas,  seolah‐olah dirinya berhadapan dengan sesuatu kekecewaan yang amat sangat.    “Setiap orang Melayu yang saya temui, mereka akan bertanya seperti apa  yang awak tanyakan, saya tak salah kan mereka kerana mereka tidak tahu.”    “Cuba terangkan hal yang sebenarnya pada saya.”    “Nanti dulu, barangkali petang ini, esok atau lusa awak akan tahu juga,”  balas orang tua itu dengan tenang.    Kerana tidak mahu mengganggu fikiran dan perasaannya, perkara itu tidak  saya ulangi. Setiap para pekerja hospital Lumut yang bertugas dalam wad  tersebut akan memberi salam pada orang itu dengan ramah sekali.  Seolah‐olah mereka sudah mengenali orang tua itu sejak lama dan orang  tua itu tidak dilarang untuk menemui sesiapa sahaja pesakit yang ingin  ditemuinya.    “Anak sakit apa?” tanyanya pada saya.    “Kedua belah kaki saya lumpuh.”   

Page 1094 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Apa kata doktor tentang sakit tu.”    “Doktor sendiri tidak tahu puncanya, bila di x‐ray dan diselidik, semua  urat‐urat di kaki saya elok, darah berjalan dengan baik.”    “Dia tak suruh awak keluar?”    “Tidak, kata doktor penyakit saya masih dalam kajian, dua minggu lagi  doktor pakar dari Kuala Lumpur akan datang memeriksa saya.”    “Bersabarlah, esok saya datang jumpa awak, kalau diizinkan oleh Allah  saya akan cuba mengubati kaki awak.”    “Ubat kaki saya?”    “Ya.”    Orang tua itu terus bangun dan meninggalkan saya di katil, tanpa sempat  saya mengucapkan terima kasih padanya. Kepala saya terus digayuti dengan  bebagai‐bagai persoalan tentang diri orang itu, yang saya anggap sebagai  orang tua yang ganjil. Bila nenek dan Pak Din menemui saya pada sebelah  petang. Semua yang saya alami pada sebelah pagi saya ceritakan pada  mereka. Nenek terus menggesa Pak Din supaya mengambil datuk yang tinggal  di kampung. Nenek mahu, datuk mesti berada bersama saya ketika orang tua  itu datang. 

Page 1095 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Tak apa sekejap lagi saya ambil dia,” Pak Din memberikan ikrar pada  nenek. Tidak sulit bagi Pak Din mengambil datuk di kampung yang jaraknya  kira‐kira tiga puluh batu.    “Saya pergi ambil dia,” tiba‐tiba Pak Din bersuara dan terus keluar dari  wad.    Saya renung wajah nenek yang duduk di sisi saya. Angin petang yang  datang dari arah Selat Dinding membekalkan rasa nyaman ke batang tubuh  saya dan nenek. Beberapa orang pelawat keluar masuk dari dalam wad.  Mereka melawat sahabat handai yang terlantar di situ.    “Kau kenal orangnya Tamar.”    “Tak kenal nek.”    “Habis macam mana dia mahu menolong kau.”    “Dia datang melawat saya, kemudian berjanji untuk menolong saya.”    Nenek menggigit bibir bawah setelah mendengar penjelasan dari saya.  Matanya merenung saya keluar wad. Macam ada sesuatu yang nenek fikirkan.  Macam selalu, sebelum nenek meninggalkan saya, ia pasti menekankan ibu  jarinya ke pangkal paha saya. Kenapa ia berbuat demikian, saya sendiri 

Page 1096 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

pun tidak tahu.    Nenek keluar dari wad. Dengan renungan yang sayu saya melihat nenek  melangkah di jalanraya menuruni bukit kecil. Saya kira sepanjang  perjalanan menuju ke rumah Pak Din. Ia pasti mendoakan supaya sakit  lumpuh yang saya deritai akan berakhir. Malam itu, saya tidak dapat  tidur dengan lena. Bahagian kaki saya yang lumpuh terasa amat sakit,  macam ditikam dengan jarum. Bisanya bukan kepalang.    Selain dari itu, wajah orang tua yang menemui saya pada sebelah pagi  tadi, sering‐kali datang dalam kepala saya. Bermacam‐macam sangkaan  buruk terhadap orang tua itu timbul dalam diri saya. Saya ragu‐ragu,  apakah kedatangannya kelak benar‐benar mahu menolong saya atau dia ada  menyimpan maksud yang tertentu. Mungkin ia mahu memperdayakan saya.  Susah benar saya mahu menyingkirkan semua persoalan itu dari dalam  kepala saya.    DATANG    Saya gembira, ketika matahari pagi melebarkan sayapnya ke dalam wad,  nenek dan datuk sudah pun berada di sisi saya. Wajah mereka kelihatan  tenang menanti kedatangan orang tua aneh.    “Kalau ia datang dengan tujuan baik untuk mengubat cucuku, aku terima  dengan baik, kalau ia datang dengan niat buruk, ia akan menerima 

Page 1097 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

padahnya,” kata datuk pada nenek. Saya lihat nenek tidak menjawab  kata‐kata itu.    Beberapa orang jururawat yang bertugas pada sebelah pagi, berkeliaran  dalam wad. Mereka buat tidak tahu dengan kehadiran nenek dan datuk ke  katil saya, begitu juga dengan para pesakit yang ada dalam wad tersebut.  Rupanya, orang tua yang berjanji itu amanah orangnya. Tepat jam sembilan  setengah pagi ia sudah berada di tepi katil saya. Berkali‐kali ia  mengucapkan Alhamdulillah, bila saya perkenalkan dirinya dengan datuk.  Mereka terus bersalam.    “Boleh saya sentuh kaki cucu awak?”    “Silakan.”    “Alhamdulillah.”    Orang tua itu, terus meraba‐raba kedua belah kaki saya yang lumpuh. Ia  menekan beberapa urat di pergelangan kaki. Semua gerak‐gerinya  diperhatikan oleh datuk dan nenek. Hasil dari sentuhan di urat kaki.  Badan saya terus berpeluh.    “Begini, pagi esok dan lusa saya datang lagi,” katanya sambil memberikan  saya serangkai buah tasbih. Ia menyuruh saya menyebut perkataan  Subhanallah seberapa banyak yang boleh sambil membilang buah tasbih. 

Page 1098 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Ia juga menyuruh saya meyakinkan diri yang saya tidak mengalami sakit  lumpuh. Hari kedua, orang tua itu datang lagi. Ia terus memicit  urat‐urat di pergelangan kaki saya seperti hari pertama. Sebelum pulang,  ia membekalkan saya dengan sepotong ayat al‐Quran dari Surah al‐Waqiah.  Ayat itu mesti saya baca pada setiap saat. Pada sebelah petangnya, saya  boleh menggerakkan kaki sebelah kanan dengan perlahan‐lahan. Hal itu  segera saya beritahu pada datuk dan nenek. Mereka gembira. Hari ketiga,  orang tua itu datang lebih awal dari biasa. Kali ini semua daging di  kedua belah kaki saya dipicitnya hingga lebam.    Sakitnya Allah sahaja yang tahu, berair mata saya dibuatnya. Selalunya  bila selesai ia mengurut kaki saya, ia terus pulang. Tetapi kali ini ia  tidak terus pulang. Ia terus berada di sisi katil saya. Anehnya, bila  doktor melawat ke katil saya ia terus bercakap dengan doktor tentang  keadaan kaki saya. Doktor hanya tersenyum dan terus mencatat sesuatu di  kertas yang tergantung di hujung katil saya.    Kira‐kira pukul sebelah pagi, ia menyuruh saya bangun dari katil. Tentu  sahaja saya tidak dapat melakukan seperti apa yang dikatakannya.  Mujurlah, datuk dan nenek memapah saya. Saya dapat berdiri dengan  dikapit oleh nenek dan datuk. Kemudian orang tua itu menyuruh datuk dan  nenek tinggalkan saya. Saya dapat berpaut pada datuk. Orang tua itu  menyuruh datuk memimpin saya berjalan.   

Page 1099 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Tolak,” saya terdengar suara orang tua itu. Dan saya dapati datuk  meninggalkan saya sendirian. Kerana datuk tidak menolak saya, orang tua  segera datang dekat saya dan terus menolak bahu saya.    Saya terasa badan saya mahu jatuh ke kanan. Saya cuba mengimbangi badan  suapaya jangan jatuh. Dalam keadaan cemas begitu, saya dapat mengimbangi  badan saya dan terus melangkah beberapa langkah ke depan dan akhirnya  berhenti dekat sebuah katil pesakit lain. Saya terus berdiri di situ,  sambil memikirkan apakah kaki saya sudah tidak lumpuh lagi. Saya segera  teringatkan cakap orang tua yang menyuruh saya menyakinkan diri bahawa  saya tidak lumpuh. Berpegangkan pada keyakinan itu, saya terus melangkah  mendatangi katil saya. Ternyata saya boleh berjalan. Kaki saya sudah  tidak lumpuh lagi.    “Alhamdulillah, kaki cucu awak sudah sembuh,” kata orang tua itu pada  datuk dan nenek.    Apa yang menarik perhatian saya, bila datuk dan nenek mengucapkan ribuan  terima kasih, orang tua tidak mengucapkan perkataan sama‐sama seperti  yang dilakukan oleh kebanyakan orang bila menerima ucapan terima kasih.  Ia hanya menjawab dengan perkataan Alhamdulillah. Seolah‐olah orang tua  itu bagaikan tidak mengerti dan faham dengan budi bahasa orang Melayu.    Petang itu juga, kaki saya terus diperiksa oleh doktor M.K. Menon. Dan  ia mengakui kaki saya sudah pulih seperti sediakala. Bila datuk 

Page 1100 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

menyatakan, orang tua itu yang berusaha memulihkan kaki saya, doktor  M.K. Menon hanya tersenyum sahaja. Saya dan nenek terus pulang ke rumah  Pak Din. Datuk tidak ikut pulang kerana ia mahu bercerita panjang dengan  orang tua yang menolong saya itu.    Sampai di rumah Pak Din, nenek masih mengingatkan saya supaya jangan  bergerak terlalu cergas, menurutnya kaki saya belum begitu baik lagi.  Pukul lima petang baru datuk pulang ke rumah Pak Din. Nenek terus  mengajak datuk pulang ke kampung. Cadangan nenek itu dibantah oleh  datuk, kerana ia sudah berjanji dengan orang tua untuk sembahyang  Maghrib dan Isyak bersama di masjid Lumut.    “Saya setuju, tidur lagi semalam di sini, esok baru balik,” ujar Mak  Bedah, isteri Pak Din menyokong cadangan datuk. Nenek akur dengan  permintaan datuk dan Mak Bedah. Saya tersenyum, kesempatan untuk  bermesra dengan anak‐anak Pak Din terbuka luas.    MASJID    Pada mulanya hasrat saya untuk menemani datuk ke masjid ditentang oleh  nenek. Alasan nenek cukup kuat kenapa ia berbuat demikian. Pertama,  keadaan kaki saya belum begitu kuat. Kedua, orang yang baru sembuh dari  lumpuh tidak boleh kena angin dan embun malam.    “Tak mengapa biarlah Tamar ikut saya berjemaah di Masjid. Lepas 

Page 1101 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

sembahyang Isyak, kami balik. Lagi pun saya ada bersamanya,” kata datuk.    “Saya tahu tapi, sejauh mana awak boleh mengawalnya. Awak tahu, kalau  kakinya kena embun, salah satu kakinya akan mengecil dan tidak ada  mempunyai buah betis.”    “Dengan izin Allah saya boleh mengawalnya,” balas datuk. Nenek terus  menarik nafas panjang.    Saya dan datuk terus melangkah ke masjid Lumut yang letaknya di suatu  kawasan yang agak tinggi. Dari pintu masjid saya dapat melihat pangkalan  yang jadi tumpuan orang ramai untuk pergi ke Pulau Pangkor, Damar Laut  dan Kampung Baru.    Ramai juga yang sembahyang jemaah di masjid tersebut, kebanyakannya  terdiri dari kakitangan kerajaan. Lepas sembahyang Maghrib dan Isyak  datuk terus membaca al‐Quran yang memakan masa hampir satu jam. Orang  tua yang merawat saya di hospital juga ada di situ. Ia membaca surah  yasin dengan penuh khusyuk. Orang itu menamatkan pembacaan surah yasin.  Ia terus mendekati saya sambil tersenyum.    “Saya harap sakit di kaki tidak akan berulang lagi.”    “Saya juga berharap begitu.”   

Page 1102 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Bersyukurlah pada Allah,” katanya lalu menepuk‐nepuk bahu kanan saya.    Datuk berhenti membaca Quran. Ia terus menghampiri saya dan orang tua  yang duduk di tengan masjid. Semua para jemaah sudah pulang. Sesekali  terdengar hembusan angin yang datang dari Selat Dinding menguasai ruang  masjid yang luas.    “Tak balik?” tanya datuk pada orang tua itu.    “Tidak, saya tak ada rumah, saya bermalam di masjid ini untuk seminggu  dua kemudian saya akan berjalan dan bermalam di masjid lain pula.”    “Macam mana kalau malam ini, bermalam di rumah saudara saya.”    “Alhamdulillah, saya minta maaf.”    Datuk menggigit bibir mendengar jawapan dari orang tua itu. Memang  perangai datuk, dia merasakan dirinya tidak lengkap, kalau ia tidak  mengenali latar belakang orang yang dikenalinya.    “Maafkan saya, kalau pertanyaan saya kurang menyenangkan diri awak?”    “Silakan, saya tak marah.”    “Dah lama masuk Islam?” 

Page 1103 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Sejak berada dalam perut ibu saya.”    “Awak mempermain‐mainkan saya.”    “Tidak saya bercakap benar.”    Datuk terdiam sambil merenung wajah saya berkali‐kali. Mungkin orang tua  itu tahu, apa yang bergolak dalam dada datuk. Dan ia merasakan dirinya  perlu menyelesaikan rasa sangsi yang bersarang dalam dada datuk dan  saya. Di bawah bumbung masjid yang tenang didakap malam. Orang tua  tersebut terus mengungkapkan kisah dirinya pada saya dan datuk.    Menurutnya, ia berasal dari Yunan satu daerah di Negara China. Semua  penduduk di situ beragama Islam sejak abad ke‐8 yang dikembangkan oleh  pedagang‐pedagang Islam dari Tanah Arab.    “Minta maaf, kalau saya katakan bahawa kami lebih awal mengenali agama  Islam, jika dibandingkan dengan kedatangan Islam ke Melaka. Saya bukan  baru sepuluh atau dua puluh tahun beragama Islam, saya Cina Islam tulin,  sejak datuk nenek lagi,” orang tua itu memperkemaskan silanya.    “Masih ada lagi kaum keluarga di sana,” soal datuk.    “Itu saya tak tahu, hanya Allah saja yang menyelamatkan diri mereka.” 

Page 1104 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Saya tak faham dengan cakap awak.”    “Kalau awak mahu memahaminya, saya terpaksa bercerita panjang, mahukah  awak mendengarnya.”    “Mahu,” sahut datuk.    Orang tua itu tunduk merenung lantai masjid. Kemudian ia membaca doa.  Katanya, doa itu untuk para arwah umat Islam di tempatnya. Bila dia  selesai membaca doa, wajah datuk direnungnya dengan pandangan yang sayu.  Ia pun memulakan ceritanya.    “Bila komunis berkuasa kebebasan terus disekat, orang‐orang Islam di  tempat saya ditekan,” katanya memulakan kisah dirinya.    Menurut orang tua itu lagi, ayahnya menjadi Imam Masjid dan dihormati  oleh para penduduk setempat. Pihak komunis kurang senang dengan kegiatan  ayahnya. Mereka melarang ayahnya menjadi imam dan menggunakan masjid.    Melihat tekanan yang begitu kuat terhadap diri ayahnya membuat ia  membentuk satu pasukan yang terdiri dari tiga orang pemuda untuk  mempertahankan kesucian agama Islam di samping menghalang anggota  komunis dari membunuh dan memukul orang‐orang Islam yang sedang  bersembahyang. 

Page 1105 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Dua orang kawan saya ditangkap dan dihukum tembak selepas menunaikan  sembahyang Zuhur, saya sungguh sedih dengan peristiwa tersebut, dua hari  kemudian saya terus bertindak menetak dua orang anggota komunis yang  berkawal di kampung saya,” orang tua itu berhenti bercerita.    Ia menelan air liur dan meraba pangkal hidungnya berkali‐kali. Menahan  rasa sedih yang mula menggoncang dada. Akibat dari tindakannya yang  terburu‐buru itu. Dia terus diburu oleh anggota komunis. Ia berpisah  dari kedua orang tua yang dicintai.    Pada suatu malam ia berjaya meloloskan dirinya masuk ke rumah. Ia terus  meminta pertolongan dari ayahnya untuk menyelamatkan dirinya. Ia kecewa  bila orang tuanya menyatakan tidak dapat berbuat sesuatu terhadapnya.  Orang tuanya menyuruh ia melakukan sembahyang Istikharah. Lepas  sembahyang tersebut, orang tuanya menyuruh ia berzikir hingga menjelang  fardhu Subuh.    “Saya masih ingat, ketika saya melakukan sembahyang Subuh, emak saya  memasukkan pakaian saya ke dalam beg kecil berserta dengan bekalan nasi  serta wang,” orang tua itu berhenti bercerita. Ia termenung panjang.    “Ayah menyuruh saya meninggalkan rumah setelah sembahyang Subuh. Saya  keberatan mahu mengikut cakapnya kerana kawasan rumah saya sudah  dikepung oleh orang‐orang komunis, mereka tahu tentang kepulangan saya,” 

Page 1106 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kata orang tua itu pada datuk. Ia mematikan ceritanya.    “Akhirnya apa yang kau buat?” soal datuk.    “Ayah terus mendesak supaya saya meninggalkan rumah. Ia menyuruh saya  melangkah dengan kaki kanan dan terus membaca doa qunut sepanjang  perjalanan di samping meyakinkan yang diri saya dilindungi Allah.”    “Kau turut cakapnya?”    “Ya, saya turut cakapnya. Saya terus melangkah dan membaca doa qunut  sepanjang perjalanan. Dengan izin Allah, semua anggota komunis tidak  nampak saya. Akhirnya, saya bertemu dengan seorang lelaki dan membawa  saya ke sebuah pelabuhan lalu saya naik tongkang miliknya hingga sampai  ke Singapura.”    “Hebat pengalaman awak.”    “Semuanya atas izin Allah.”    Saya renung muka orang tua itu sejenak. Saya kira ceritanya berakhir di  situ sahaja. Sangkaan saya itu tidak tepat. Orang tua itu masih mahu  bercerita tentang dirinya.    Menurutnya, dari Singapura ia berhijrah ke Semenanjung dan kedatangannya 

Page 1107 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

disambut oleh saudara‐saudara Islamnya di semenanjng dengan senang hati.  Bagi menyarai kehidupannya, ia berniaga buku‐buku agama dan minyak  wangi. Hasil dari berjimat cermat, ia sudah dua kali pergi ke tanah suci.    Orang tua itu juga menceritakan pada datuk ketika di Yunan dulu, ia  sempat belajar dari orang tuanya cara‐cara mengubat orang yang kena  sakit lumpuh dan bengkak paru‐paru.    “Saya tak pakai hantu syaitan, saya memohon pada Allah berdasarkan pada  ayat‐ayat dari quran. Tetapi, orang yang mahu diubati itu mesti  diyakinkan pada diri sendiri.”    “Awak mengubat orang sepenuh masa?” Datuk cungkil rahsia dirinya.    “Tidak, saya ni berniaga menjual buku‐buku agama, minyak wangi, saya  merantau dari satu tempat ke satu tempat.”    “Kalau dah berniaga kenapa merayau ke hospital.”    “Ini amal jariah saya, kalau dulu saya pernah ditolong oleh orang,  kenapa saya tidak boleh menolong orang terutama orang seagama dengan saya.”    “Saya berdoa awak akan selamat sejahtera.”    “Alhamdulillah, memang sudah jadi kebiasaan saya, bila saya tinggal di 

Page 1108 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

masjid yang berhampiran dengan hospital saya mesti pergi ke hospital  untuk menolong orang‐orang yang memerlukan pertolongan seperti cucu awak.”    Saya mula menguap. Tetapi, datuk saya lihat masih bertenaga. Tidak ada  tanda‐tanda yang menunjukkan diri datuk akan mengantuk atau mahu tidur.  Ia masih ghairah lagi mahu mendengar cerita dari orang tua itu. Walaupun  apa yang ingin diketahuinya dari orang tua itu sudah habis.    “Cucu awak sakit ganjil, ada syaitan campur tangan.” Saya terkejut  mendengar cakap orang tua itu. Bulu tengkok saya mula berdiri.    “Boleh awak menolong saya dalam hal ini.”    “Minta maaf, awak berusahalah sendiri. Yakinlah syaitan akan kalah  dengan kuasa Allah,” orang tua itu segera bangun. Ia meminta maaf pada  datuk kerana ia mahu tidur.    “Besok saya akan merantau lagi menjual buku‐buku agama ke arah selatan,  mungkin dua tiga bulan atau lebih saya akan datang ke sini,” katanya  lalu merebahkan badan di tepi dinding.    Saya dan datuk pun meninggalkan masjid Lumut, kira‐kira pukul satu  malam. Sepanjang jalan menuju ke rumah Pak Din, suasana terasa amat sepi  sekali. Cuma terdengar bunyi deru bunyi angin dari Selat Dinding.  Tiba‐tiba kaki kiri saya terkena air embun. Sakit datang serta‐merta. 

Page 1109 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Tidak terdaya rasanya mahu melangkah. Mujurlah rasa sakit itu tidak  lama, cuma lima minit sahaja. Lepas itu kaki saya pulih kembali.    Lepas sarapan pagi di rumah Pak Din, datuk bergegas menuju ke masjid  dengan harapan untuk menemui orang tua tersebut. Ternyata, kedatangan  datuk sudah terlewat. Datuk diberitahu, oleh Tuk Siak masjid, yang orang  tua sudah meniggalkan masjid setelah menunaikan sembahyang Subuh. Datuk  pulang ke rumah Pak Din dengan rasa hampa.    “Tak apa, bila ia datang lagi saya beritahu Pak Long,” kata Pak Din,  ketika saya, nenek dan datuk masuk ke dalam perut teksi.    Waktu teksi bergerak meninggalkan bandar kecil Lumut saya  melambai‐lambaikan tangan pada Pak Din. Sejak hari itu, saya tidak  pernah lagi berjumpa dengan Pak Din.    Beberapa tahun yang lalu, saya menerima berita Pak Din sudah berhenti  dari jadi pemandu di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Khabarnya sejak  berhenti, Pak Din membuka kedai makan di Lumut yang dikenali sebagai  Warung Pak Din.    Di samping itu Pak Din juga membawa teksi bagi menambahkan  pendapatannya. Anak‐anaknya sudah besar‐besar belaka dan sudah ada yang  bekerja.   

Page 1110 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

SBDJ (Jilid 04) Siri 61: Tulang Jari Di Daun Keladi    Sejak pulang dari Hospital Lumut, sudah tiga minggu saya berkurung dalam  rumah. Setiap malam, nenek akan membalut kaki saya dengan Naga Buana.  Perut pula, dibalut dengan pucuk pisang emas.    “Kenapa nek buat begini, pada kaki dan perut saya?”    “Untuk mengelakkan kaki kau dari kisit urat dalam perut mesti  dikecutkan, kalau tak dibalut dengan daun pisang, perut kau boroi bila  berkalih umur.”    “Huh, saya dah jemu kena balut nek.”    “Jangan begitu, perut mesti dijaga. Kau tahu sakit angin, sakit urat  saraf dan sakit‐sakit badan semuanya berpunca dari perut. Kalau perut  sihat, badan juga sihat.”    Saya terdiam mendengar cakap nenek itu. Saya hubungkan cakap nenek itu,  dengan kata‐kata yang telah diucapkan oleh seorang Imam dalam khutbah  Jumaatnya. Imam itu memetik sabda nabi Muhammad SAW yang menyuruh  umatnya supaya makan tidak berlebih‐lebihan. Ia mahu umatnya makan  sederhana saja.    “Kalau engkau melihat orang lelaki perut boroi dan badannya gemuk, 

Page 1111 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tandanya orang itu tidak sihat. Aku tak mahu kau jadi macam itu, bila  sudah berumur empat puluh lebih, jagalah perut kerana perut kunci  kesihatan,” tambah nenek. Saya terus anggukkan kepala.    Demi kebaikan, saya relakan nenek membalut perut saya dengan pucuk  pisang emas, bercampur minyak kelapa. Tetapi, rasa bosan duduk di rumah  memang tidak dapat saya hindarkan. Datuk amat mematuhi cakap nenek dan  tidak mahu mengajak saya ke mana‐mana. Datuk suruh saya duduk di rumah  membaca kitab agama dan quran. Katanya, kalau nenek mengizinkan atau  pantang larangnya sudah tamat. Ia pasti membawa saya ke mana sahaja.  Satu janji yang amat menyenangkan.    Sebagai orang tua yang banyak pengalaman, datuk tahu saya akan merasa  jemu dan bosan membaca quran dan kitab. Bila ia turun ke pekan ia  belikan akhbar tulisan jawi – Utusan Melayu. Kalau datuk pergi ke Balai  Penghulu, pasti ia pulang dengan membawa risalah‐risalah dari Jabatan  Penerangan dan Jabatan Pertanian. Semuanya dalam tulisan jawi. Kalau  anginnya baik, ia akan membeli akhbar dan majalah kanak‐kanak, seperti  Utusan Kanak‐kanak, Tunas dan lain‐lain lagi.    Jangan harap datuk mahu membeli akhbar dan majalah hiburan seperti  Utusan Filem dan Sports, Fesyen, Gelanggang Filem dan Arena Filem.  Pantang tujuh keturunan bagi datuk, kalau saya menatap majalah‐majalah  tersebut. Saya hanya mendapat tahu tentang perkembangan filem‐filem  Melayu dan bintang‐bintang filemnya seperti P. Ramlee, Kasma Booty, 

Page 1112 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Nordin Ahmad dan Roomai Noor, menerusi mulut‐mulut kawan‐kawan. Begitu  juga dengan kisah penyanyi masa itu seperti R. Azmi, Jasni serta Momok  dan Nona Asiah.    “Buat apa tahu tentang orang wayang dan penyanyi, jangan baca kisah  mereka, semuanya tak berfaedah. Semuanya itu kisah dunia yang tak boleh  dibuat bekal ke akhirat. Lebih baik kau baca kitab,” kata datuk bila  saya menyatakan ingin membaca dan memiliki majalah‐majalah tersebut.    Kata datuk, kata muktamad. Tidak ada ulang‐rayu. Kalau dilawan biji  matanya akan tersembul, macam telur burung merpati. Suaranya jadi keras  dan parau macam guruh. Mahu tak mahu terpaksa baca kisah menanam pokok  getah, menanam padi dan menanam kelapa.    Sesekali hati kecil saya memberontak juga. Mana boleh tahan cuma  berlegar‐legar dalam kawasan rumah sahaja. Paling jauh saya dibenarkan  oleh nenek pergi ke rumah Haji Salim, kira‐kira dua rantai jaraknya  dengan rumah datuk. Bukan ada apa‐apa di rumah Haji Salim menitik dan  membakar besi untuk membuat keris dan parang.    Saya kagum melihat Haji Salim memegang besi panas dan membentuknya  hingga menjadi sebilah keris yang berlok tujuh atau sembilan. Bila saya  tanya pada Haji Salim, apa ilmu yang dipakai hingga tapak tangannya  tidak terbakar. Haji Salim tidak mahu memberitahu, ia cuma berkata:   

Page 1113 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Keyakinan pada diri sendiri dan Allah mengizinkan semuanya itu.”    Jawapan yang membosankan. Sambil memerhatikan ia bekerja, ia menyuruh  saya membaca al‐Quran. Kalau pembacaan tajwid saya tidak betul ia segera  menegurnya. Bila saya tidak mahu membaca quran, ia akan bercerita pada  saya tentang kisah‐kisah 25 orang nabi pilihan atau memberi penerangan  tentang fardhu Ain, fardhu Kifayah dan fikah.    INDAH    Pagi selasa yang indah. Di dada langit, matahari memancar cemerlang.  Dedaun di ranting bergerak lembut mengikut irama angin. Saya masih lagi  membalut badan dengan gebar. Perbuatan yang jarang‐jarang saya lakukan.  Jam sudah pukul sembilan. Jalur sinar matahari masuk ikut tingkap yang  dibuka separuh itu, terdampar atas lantai. Sebenarnya, saya memprotes  sikap nenek. Ia tidak membenarkan saya mengikut datuk pergi ke hutan  untuk melihat jerat napuh dan pelanduk. Meskipun datuk sudah meminta  izin darinya.    Nenek lebih senang, kalau saya menghabiskan masa berjam‐jam dengan Haji  Salim. Sepanjang ingatan saya selama tiga minggu berkurung di rumah.  Sudah dua kali datuk berjalan jauh. Kali pertama datuk ikut kenalannya  pergi ke Dungun, Terengganu. Kali kedua, datuk pergi ke Kroh di Ulu  Perak mencari gading gajah.   

Page 1114 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Nenek sudah melampau, mahu ke hutan tengok jerat pun tidak boleh,”  rungut saya.    Gebar saya campakkan ke tepi. Saya segera bangun. Saya terus bersilat  dengan tujuan untuk menyegarkan tubuh badan. Boleh juga diistilahkan  bersilat untuk bersenam.    “Tamar kau buat apa di dalam, macam nak patah lantai rumah,” pekik nenek  bertalu‐talu sambil mengetuk‐ngetuk pintu bilik.    Tanpa melabuhkan kain yang berada di paras lutut, saya terus membuka  pintu. Saya ketawa melihat nenek yang terkejut.    “Kenapa muka nenek pucat? Apa nenek merasa hairan melihat gulung kain  berat ke kanan dan kain pula atas lutut? Saya bersilat untuk menegangkat  urat,” ucap saya. Nenek tidak menjawab. Wajahnya mula pucat.    “Nenek marah?”    “Tidak Tamar.”    “Nenek sakit?”    “Tidak Tamar.”   

Page 1115 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Habis, apa yang nenek fikirkan?”    “Kaki kau Tamar.”    “Kaki saya? Kenapa dengan kaki saya nek.”    Tidak ada jawapan dari nenek. Sepasang mata hitamnya tertumbuk pada  sepasang kaki saya. Nenek menarik tangan saya ke ruang tengah. Saya  disuruh duduk di lantai sambil menjulurkan kaki. Wajah nenek terus  didakap rasa cemas yang sukar untuk dibaca.    “Itulah kau langgar petua aku Tamar. Kaki kau tak boleh kena air embun  dan angin masa berubat, sekarang apa dah jadi kau lihat sendiri,” suara  nenek tersekat‐sekat.    Wajah cemasnya segera bertukar dibayangi rasa kecewa. Saya terus  merenung kaki. Memang benar kata nenek! Kaki saya terus mengecil, kisit.  Tidak berbuah betis lagi. Tetapi aneh sekali kesannya hampir tidak  terasa. Hati saya mula terasa hiba dan mahu menangis. Saya rasa hidup  ini sudah tidak bermakna lagi. Apalah ertinya hidup bagi saya, kalau  anggota tubuh sudah cacat. Apalah nilainya sepasang kaki, kalau tidak  boleh digunakan.    Sesungguhnya, saya tidak sanggup menghadapi penderitaan seperti ini.  Saya terus menangis. Nenek terus membelek‐belek urat‐urat di kaki. 

Page 1116 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Kerana datuk sudah pergi ke hutan, nenek segera menemui Haji Salim. Saya  cemas bila Haji Salim datang dengan membawa sebilah keris tanpa ulu dan  sarung. Saya lihat keris itu masih berasap kerana baru dikeluarkan dari  api. Haji Salim terus menjamah buku lali kaki. Ia kelihatan tenang.  Senyum tidak putus‐putus menari di bibirnya.    “Usah bimbang, berusahalah dengan sabar. Carilah daun serunai laut, daun  gelanggang dan pucuk paku hutan. Sapukan pada kaki setiap pagi. Kisitnya  masih baru, ada harapan baik,” wajah Haji Salim kelihatan tenang. Senyum  terus bermain di wajahnya.    Haji Salim segera meminta diri. Bila sampai di anak tangga penghabisan  ia berhenti. Renung muka nenek dengan muka saya silih berganti.    “Tamar sikit lagi datang ke tempat aku, biar aku ajar kau membuat  keris,” Haji Salim meraba pangkal leher kiri.    “Kaki saya Aji.”    “Tak apa, sakitnya masih baru.”    “Saya bimbang Aji.”    “Tak usah bimbang.”   

Page 1117 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Haji Salim terus melangkah menuju ke rumahnya. Nenek kerutkan dahi.  Sesekali menggaru tempurung rambut yang tidak gatal. Dua tiga helai ubat  melekat di jari. Nenek berada dalam keadaan yang serba salah. Saya terus  duduk berjuntai kaki di muka pintu. Nenek ke dapur. Saya tidak tahu apa  yang nenek buat di dapur. Saya bayangkan dalam hati, kalau kedua belah  kaki saya dipotong. Tentu susah jadinya. Saya terpaksa berjalan memakai  tongkat.    Lamunan yang tidak bertepi itu, mati dengan mendadak. Diganggu oleh  lintasan bayangan yang kurang jelas. Dan bayangan itu terjadi hanya  dalam beberapa detik sahaja. Kesannya amat mendebarkan hati. Bulu roma  saya tegak dalam sinaran matahari pagi yang kian garang. Kepala saya  terasa pening. Pandangan saya mula berpinar‐pinar. Pokok‐pokok yang saya  lihat nampak bergoyang. Perut terasa pedih dan tekak juga mula loya.  Rasa muntah‐muntah mula terasa.    “Nenek…,” jerit saya.    Nenek segera datang. Bahu saya dipegangnya. Kemudian nenek meletakkan  telapak tangan kanannya ke dada saya. Ia menarik nafas dengan tenang.    “Dada kau berdebar?”    “Ye nek.”   

Page 1118 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Apa puncanya?”    “Saya macam terpandang lintasan bayangan hitam melintas di depan saya nek.”    “Itu cuma perasaan kau saja Tamar.”    “Betul nek.”    “Sudahlah Tamar, pergi mandi. Lepas itu pergi makan. Kopi dan rebus  keledek aku sediakan untuk kamu.”    Nenek meninggalkan saya. Arahannya saya patuhi. Ada sesuatu yang saya  rasa tidak kena pada kedua belah kaki. Waktu melangkah dari pintu depan  menuju ke ruang dapur tadi, terasa sengal‐sengal di pelipat. Saya juga  terasa amat sukar untuk mengimbangi badan. Semuanya tidak saya nyatakan  pada nenek. Semangat saya untuk pergi ke rumah Haji Salim meluap‐luap.  Saya mahu menghilangkan sakit di pelipat dan rasa sengal itu dengan  berjalan.    Setelah mengenakan seluar panjang kuning, baju kemeja lengan pendek saya  ke rumah Haji Salim. Nenek hanya memerhatikan sahaja gelagat saya di  muka pintu. Sampai di rumah Haji Salim saya terus duduk di bangsal  kerjanya. Pada mulanya, saya duduk dekat tempat membakar besi. Saya  tidak tahan dengan bahang bara api yang garang.   

Page 1119 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Kau tak tahan dengan bahang api Tamar?”    “Ya Pak Aji, kulit muka macam mahu terbakar rasanya.”    “Inilah orang muda sekarang. Bahang api pun tak tahan, tak pernah mahu  merasakan susah.”    “Sebenarnya saya tak berapa biasa dengan keadaan macam ini.”    “Kau harus biasakan, sebagai orang Melayu, kau tidak akan melepaskan  diri dari berhadapan dengan tanah, air, api dan angin.”    “Ya, saya faham.”    Haji Salim tersenyum. Ia sudah arif dengan perangai saya. Bila saya  menyebut perkataan terakhir itu. Ia sudah dapat membaca hati saya yang  tidak berminat untuk mendengar dengan perkara yang dikatakannya itu.  Saya menoleh ke kanan. Atas pelantar bangsalnya tersusun beberapa bilah  parang, ada yang panjang, beberapa bilah tajak dan pisau penyabit.  Semuanya barang‐barang itu tidak mempunyai ulu. Haji Salim mengangkat  besi merah dari dalam bara dengan menggunakan penyepit besi. Besi yang  merah menyala itu diletakkan atas pelantar.    “Sebelum besi ini dibakar, sudah aku campurkan dengan tujuh jenis besi,”  kata Haji Salim sambil mengambil besi yang masih merah itu. Besi itu 

Page 1120 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

terus di tempa hingga menjadi sebilah keris dengan tangan.    “Pak Aji nak jual keris ni?” tanya saya.    “Tidak, nak pakai sendiri.”    “Boleh buatkan saya sebilah.”    “Belum masanya.”    Haji Salim menghampiri saya. Ia rasa kaki saya. Dengan hati‐hati Haji  Salim menuangkan air dari dalam labu tanah ke dalam gelas. Air dalam  gelas itu dirapatkan ke bibirnya yang sedang bergerak‐gerak membaca  sesuatu.    “Nah sapukan ke kaki kamu, dengan izin Allah sakit sengal yang kamu rasa  itu, akan hilang,” Haji Salim sambil menyerahkan air dalam gelas pada  saya. Air itu saya sapukan ke kaki. Sepuluh minit kemudian rasa  sengal‐sengal di kaki terus hilang.    “Kau usah bimbang, kaki kau yang kisit, tak berdaging tu, akan sembuh  nenek kau boleh mengusahakannya.”    “Dengan apa nenek nak menyembuhkannya Pak Aji.”   

Page 1121 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Dengan senaman, kalau nenek kau tak tahu datuk kau tahu, datuk kau tu  apa kurangnya.”    REBAH    Saya terus diam. Badan saya rebahkan atas pelantar. Dua hari dulu, waktu  saya baring di pelantar, cucunya datang membawakan dua cawan kopi. Kali  ini saya berharap kisah yang berlaku itu akan berulang lagi. Saya mahu  melihat cucu perempuannya yang berwajah manis, berkulit cerah. Ada  lesung pipit di pipi. Tidak mudah mengeluarkan kata‐kata. Tetapi  senyumnya amat murah sekali. Sesungguhnya, saya terpikat dengan sinar  matanya yang lembut. Dengan rambutnya yang ikal mayang. Dengan senyumnya  yang menawan.    “Hari ni nampaknya, tak ada kopi Tamar.”    “Tak apa Pak Aji.”    “Bukan tak apa Tamar, aku terpaksa masak sendiri.”    “Mak Aji ke mana?”    “Dia menghantar Saadiah, ke rumah emak bapanya di Beranang, dah sebulan  dia berada di sini, emak bapanya suruh balik. Dengar cerita ada orang  nak masuk meminangnya.” 

Page 1122 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Hum, begitu,” kata saya dengan tenang.    Satu kehampaan berkocak dalam dda saya. Tujuan utama saya menemui Haji  Salim, bukanlah mahu menunaikan pesannya. Ada tujuan lain. Saya mahu  melihat wajah Saadiah cucunya. Saya mahu kenyit mata padanya. Apakan  daya, harapan yang dicari tidak terlaksana.    “Tamar.”    “Ya Pak Aji.”    “Kau mahu tahu tanda‐tanda orang yang celaka dalam dunia.”    “Mahu.”    Haji Salim berhenti menempa mata keris dengan tangan sebentar. Ia renung  muka saya. Aneh, renungan itu, saya rasakan bukan renungan Haji Salim  tetapi renungan Saadiah cucunya. Saya tersenyum.    “Kenapa kau senyum?”    “Tak ada apa‐apa Pak Aji.”    “Tanda‐tanda orang‐orang celaka tu ada empat. Pertama, lupakan dosa‐dosa 

Page 1123 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

yang lepas dan tidak mahu bertaubat. Kedua, ia mengingati amal ibadah  yang dibuatnya, menghitung berapa banyak sedekah jariahnya, berapa  banyak sembahyang yang dibuat,” Haji Salim berhenti bercakap.    Ia merenung bentuk keris yang ada di atas pelantar. Keris itu sudah siap  separuh. Cuma bahagian pangkalnya sahaja yang belum menjadi.    “Tanda yang ketiga, kau nak tahu apa dia Tamar?”    “Saya tak tahu Pak Aji.”    “Tanda yang ketiga, orang yang berkenaan sentiasa memandang orang yang  berdarjat, tidak pandang orang yang miskin dengan sebelah mata pun.”    “Tanda yang keempat pula Pak Aji? Apa dia.”    “Yang keempat pula, dalam hal akhirat orang itu merasakan dirinya saja  yang sudah sempurna, memandang hinga orang yang tidak sembahyang, tidak  puasa serta mengamalkan hukum Islam, seolah‐olah dirinya seorang saja  orang Islam yang tulin, itulah tanda‐tanda orang yang celaka di dunia.”    Haji Salim berhenti berkata‐kata. Ia meneruskan kerjanya kembali.  Menempa sebilah keris dengan tangannya sendiri. Setiap kali ia menekan  besi, besi itu kelihatan lembut dan mengikut bentuk yang dihajatinya.   

Page 1124 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Saya segera menoleh ke kiri, ke arah jalan yang menghubungkan rumah  datuk dengan rumah Haji Salim. Saya berbuat demikian kerana terdengar  nama saya dipanggil berkali‐kali. Kerana panggilan itu kurang jelas,  saya tidak dapat meneka, suara siapa yang saya dengar. Nenek suaranya  nyaring dan halus tetapi, suara yang saya dengar kasar. Kalau mahu  dikatakan suara datuk memang mustahil, datuk masih belum pulang dan  suara datuk tidak macam itu.    Suara datuk agak serak‐serak basah dan parau. Paling menakjubkan tidak  nampak bayang datuk atau nenek di muka jalan. Jadi suara siapa pula yang  saya dengar? Keresahan yang melanda diri saya, dapat dibaca oleh Haji Salim.    “Kau terdengar suara orang memanggil nama kamu Tamar?”    “Ya Pak Aji, agaknya suara hantu Pak Aji.”    “Bukan, mana ada hantu waktu siang begini, aku agak suara makhluk Allah  yang berkenankan kamu.”    “Macam mana Pak Aji tahu, saya terdengar suara orang.”    “Dari gerak‐geri kamu Tamar.”    Saya mula resah. Hati mula berdebar. Badan terasa lain macam. Bulu roma  saya mula tegak tanpa sebab. Saya mula dibayangi dengan bermacam‐macam 

Page 1125 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

perasaan. Ada lintasan bayangan seperti yang terjadi di muka pintu tadi,  melintas di depan saya. Bentuknya sukar mahu digambarkan dengan tepat.    Sepintas lalu, bentuknya macam papan keranda yang melayang‐layang. Ada  sehelai kain hitam melekat di papan itu. Dari kain hitam itu berjuntai  jari‐jari tangan tanpa daging. Tulang‐tulang jari yang keras dan putih  itu bagaikan mahu mencakar wajah saya. Inilah yang menimbulkan rasa  takut dalam hati.    “Biarlah, saya balik dulu Pak Aji.”    “Silakan Tamar.”    Saya pun meninggalkan Haji Salim di bangsal. Dalam debar dada yang cemas  saya terus melangkah tanpa menoleh ke arah Haji Salim. Dahi saya mula  berpeluh. Sebaik sahaja saya sampai dekat pokok mempelam pauh yang besar  dan tinggi, dahan mempelam itu patah lalu jatuh. Kalau tidak cepat saya  mengelak, pasti saya ditimpa dahan tersebut. Dalam masa yang sama,  lintasan bayangan yang tidak menyenangkan itu terjadi lagi di hadapan saya.    Langkah saya terus kaku sebentar. Bila saya mahu melangkah kembali  terdengar suara menyebut nama saya. Cepat‐cepat saya merenung ke arah  pangkal pokok mempelam. Rasa cemas segera hilang. Seorang tua yang tidak  saya kenali muncul di situ dan menuju pada saya.   

Page 1126 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Berikan ini pada datuk kamu,” kata orang tua itu. Ia menyerahkan satu  bungkusan kecil yang berbalut dengan dauh keladi, bila bungkusan itu  mahu saya buka, orang tua segera memegang tangan saya.    “Belajarlah jadi manusia yang amanah,” katanya.    “Maafkan saya.”    “Aku maafkan, jangan menoleh arah mana kamu datang, kerana aku mahu ke  sana.”    “Ya, saya faham.”    Orang tua itu segera bergerak ke arah belakang saya. Bunyi tapak kakinya  cukup jelas menuju ke arah rumah Haji Salim. Saya terpegun sejenak, bau  yang amat wangi segera menyumbat lubang hidung. Saya pasti bau wangi itu  datang dari tubuh badan orang tua tersebut.    Ada dua persoalan timbul dalam hati saya. Pertama, kenapa orang tua itu  tidak memberi salam. Kedua, orang tua itu memang bukan orang kampung. Ia  orang asing. Dua persoalan yang menggugat hati, membuat saya melanggar  larangannya.    Saya segera menoleh ke belakang. Orang tua itu tidak kelihatan lagi.  Tetapi, bau wangi masih dapat dicium. Dedaun senduduk dan lalang di 

Page 1127 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

sebelah kanan jalan, kelihatan bergerak‐gerak, macam baru sahaja  dirempuh oleh manusia. Saya tahu, kawasan sebelah kanan jalan yang  dikuasai oleh pokok senduduk dan lalang itu, luasnya hampir suku batu.  Hujung kawasannya bertemu dengan sebuah anak sungai. Seberang sungai itu  terdapat kawasan perkuburan yang tidak digunakan lagi.    Nenek pernah memberitahu saya, kawasan perkuburan itu tidak luas. Cuma  menempatkan tujuh buah kubur. Batu nisannya diambil dari batu gunung.  Tidak seorang pun yang tahu, mayat siapa yang ditanam di situ. Kata  datuk ada waktu yang terluang, ia seringkali mengajak saya ke situ untuk  membersihkannya. Bagi datuk membersihkan kubur merupakan satu amalan  yang baik.    Bila saya mengingatkan orang yang baru saya temui itu menuju ke kubur  lama, saya jadi takut. Saya terus lari menuju ke rumah. Waktu itu saya  tidak ingat langsung yang kaki saya tidak begitu baik.    JATUH    Waktu saya sampai di kaki tangga. Saya sudah kehabisan tenaga. Tidak  mampu memijak mata tangga yang setia menanti sesiapa sahaja untuk  memijaknya. Saya terjatuh. Bungkusan barang dalam daun keladi terbuka  dan tercampak dekat saya.    “Tolong,” jerit saya, bila melihat tulang jari terdampar atas tanah, 

Page 1128 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

(tidak jauh dari daun keladi yang jadi pembungkusnya) nenek segera  menerpa pada saya. Nenek segera memapah saya. Ia suruh saya duduk atas  tangga.    Tanpa diduga, datuk pulang awal dari hutan. Tidak ada pelanduk atau  napuh yang dibawanya. Datuk terkejut dengan apa yang terjadi pada saya.    “Kenapa Tamar?” Tanya datuk.    “Ada orang beri barang pada tuk.”    “Mana dia barangnya?”    “Itu dia tuk.”    Mata datuk melihat ke arah yang ditunjuk oleh jari telunjuk saya. Dia  menggigit ibu jari kanannya. Macam memikirkan sesuatu. Datuk suruh nenek  beredar dari situ. Nenek segera masuk ke rumah.    “Pelik, masa dalam hutan tadi ada orang yang tak aku kenal, kirim salam  pada kau. Bila aku tanya siapa dia, orang itu terus meninggalkan aku,  tetapi ia meninggalkan bungkusan daun keladi dekat pokok meranti,” datuk  memulakan cerita.    “Apa isinya tuk.” 

Page 1129 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Sama dengan apa yang aku lihat sekarang, tulang jari manusia.”    “Orang yang tok jumpa tu, lelaki ke perempuan.”    “Perempuan tua.”    “Serupa juga dengan saya, saya juga jumpa perempuan tua, mukanya ditutup.”    Datuk tidak berkata apa‐apa lagi. Ia suruh saya masuk ke rumah. Daun  keladi dan tulang jari manusia itu diambilnya dan terus ditanam  kira‐kira serantai dari halaman rumah.    JUMPA    Pukul empat setengah petang. Datuk duduk di anjung rumah sambil membaca  kitab. Datuk tidak memakai baju. Kepalanya dilekati oleh ketayap putih.  Datuk seolah‐olah, tidak menganggap sesuatu yang luarbiasa dengan  peristiwa yang terjadi. Mungkin peristiwa itu tidak menarik minatnya.  Kalau datuk tertarik, pasti ia bercerita. Bila melihat sikap datuk  begitu, saya sendiri tidak ambil kisah dengan apa yang terjadi.    Nenek terus berusaha memulihkan kaki saya yang kian mengecil itu. Ia  menyentuh dan mengurut urat‐urat tertentu di kaki. Di samping itu, nenek  juga sudah menyediakan berbagai‐bagai jenis dauh untuk dibalut ke kaki 

Page 1130 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

saya.    “Kaki Tamar tu, kalau diizinkan Allah, akan sembuh juga,” cara mendadak  datuk bersuara.    “Kalau tak diusahakan, tentu tak menjadi,” balas nenek. Suaranya agak  meninggi. Datuk tutup kitab yang dibacanya. Ia renung muka nenek.    “Kalau kakinya mengecil atau kisit tak ada isi disebabkan kena air embun  dan angin, kenapa kita tak cuba ubat dengan embun dan angin juga,” kata  datuk. Ia bangun lalu rapat ke arah nenek yang mengurut kaki saya.    “Caranya bagaimana?”    “Kita lumurkan kakinya dengan embun, dua puluh pagi Jumaat, kita juga  kenakan angin malam Jumaat, di samping membaca doa tertentu,” kata datuk  tenang.    “Awak buatkan.”    “Ya, saya buatkan mulai malam dan pagi Jumaat depan.”    Nenek tersenyum mendengar pengakuan datuk. Ia merasakan datuk tidak  melepaskan tanggungjawab itu pada dirinya seorang sahaja.   

Page 1131 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Tiba‐tiba saya terhidu bau wangi yang amat kuat. Saya segera bergerak  menuju ke muka pintu. Tanpa saya sedari datuk mengekor dari belakang.  Saya terkejut, di halaman rumah, ada perempuan tua yang saya tengok pada  sebelah pagi berdiri di situ. Kali ini, mukanya ditutup dengan kain  selendang.    “Ada apa hajat,” tanya datuk.    “Tak ada apa‐apa hajat buat apa datang ke mari.”    “Nak berziarah pun tak boleh.”    Datuk terdiam. Mulutnya bagaikan terkunci untuk menjawab kata‐kata dari  perempuan tua itu. Datuk segera merenung ke arah saya. Melihat perempuan  tua itu masih tercegat di halaman, saya terus bersuara:    “Beradatlah sikit, berilah salam.”    “Sudahlah, saya nak cari rumah orang yang pandai membuat keris, keris  suami saya hilang,” suara perempuan tua itu tenang.    “Awak pergi arah ke darat sana, cari orang nama Haji Salim, dia pandai  buat keris, kalau pedang laki awak hilang pun dia boleh buat.”    “Awak menyindir.” 

Page 1132 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Sudahlah perempuan….” Datuk segera menutup mulut saya dengan tangan.    Biji mata datuk bagaikan mahu tersembul merenung muka saya. Bila sudah  begitu keadaannya, tentulah datuk sudah marah. Saya tunduk.    “Maafkan cucu saya,” kata datuk. Perempuan tua itu pusingkan badannya.  Ia terus menuju ke rumah Haji Salim.    “Jangan biadap sangat, kita belum kenal siapa dia,” kata datuk. Dengan  tenang datuk menarik tangan saya untuk masuk ke ruang tengah. Dari  gerak‐gerinya, saya tahu perasaan datuk tidak tenteram.    Rasa tidak tenteram dalam diri datuk itu berlanjutan hingga masuk waktu  asar. Lepas sembahyang asar, ia masih lagi memikirkan tentang perempuan  tua yang ditemuinya dalam hutan, tentang perempuan tua yang memberikan  barang saya, tentang perempuan tua yang baru meninggalkan halaman rumah  sebentar tadi.    “Boleh jadi apa yang kita lalui ini, ada hubungannya dengan Sariyah yang  aku tolong dan aku jadikan anak angkat,” keluh datuk.    “Apa yang mesti kita buat tuk?”    “Kita hadapi semuanya, kita sudah terlalu jauh dicabarnya, kaki kau 

Page 1133 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

hampir lumpuh tetapi, mereka masih belum puas, percayalah kalai kita  berusaha dan berserah pada Allah kita akan menang.”    “Masanya terlalu panjang tuk.”    “Sabarlah, kemenangan tidak akan terjadi dengan sekelip mata.”    Saya menggigit bibir mendengar cakap datuk. Wajah perempuan tua masih  terbayang di kepala saya. Wajahnya yang ditutup dengan kain selendang,  saya bayangkan amat hodoh sekali. Matanya terperosok ke dalam. Tidak ada  hidung. Dahinya bersopak dan kulit pipi mengerutu.    “Jangan fikirkan yang bukan‐bukan tentang dirinya,” saya terkejut  mendengar cakap datuk itu. Rupa‐rupanya datuk dapat membaca dengan apa  yang tersirat dalam hati saya.    “Membayangkan wajah orang dalam keadaan buruk, memang tidak baik. Itu  perbuatan syaitan,” sambung datuk. Saya tersengih. Saya terus menuju ke  muka pintu.    Saya lihat matahari petang sudah condong benar. Burung gagak itu hinggap  di pelepah pisang mencari ulat dalam daun pisang yang bergulung. Angin  petang tidak bertiup langsung, membuat badan saya terasa panas dan  berpeluh.   

Page 1134 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Tiba‐tiba saya terpandang tulang jejari manusia bertaburan atas tanah di  halaman. Tulang‐tulang itu bagaikan muncul dari perut bumi dan bumi  kelihatan macam merekah. Dari rekahan bumi itu saya bagaikan terlihat  tengkorak manusia bergerak‐gerak, bagaikan mahu tersembul. Saya jadi  cemas. Saya renung ke arah halaman rumah lama‐lama. Ternyata apa yang  saya lihat tadi, memang tidak ada. Tetapi, saya merasa hairan kenapa hal  yang tidak ada itu boleh wujud di hadapan mata saya.    Barangkali, semuanya ini perasaan semata‐mata, saya terlalu banyak  memikirkan tentang wajah perempuan tua itu, membuatkan saya  terpandang‐pandangkan perkara yang menakutkan, kata hati saya. Saya  renung bayang pokok kelapa yang memanjang di bumi. Matahari petang kian  condong. Sesekali terdengar kokok ayam jantan, menunjukkan lagak di  depan ayam betina sambil mengembangkan kepak di badan. Burung gagak  terbang bersimpang siur, mencari ulat daun pisang.    Dalam keramahan dan keganjilan suasana petang itu, saya dikejutkan oleh  suara yang tidak asing lagi buat saya. Cepat‐cepat saya merenung ke arah  suara itu datang. Haji Salim tercegat di sempadan halaman rumah.    “Ada apa Pak Aji?”    “Datuk kau, ada di rumah Tamar.”    “Ada.” 

Page 1135 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Haji Salim rapat ke kaki tangga datuk pula segera mempamerkan diri di  muka pintu. Saya ditolak ke belakang.    “Apa hajat sahabat?” tanya datuk.    “Nak mengajak pergi berziarah ke kubur lama.”    “Kenapa dah sayup benar, matahari dah nak jatuh, susah jadinya kalau  kita tidak berhati‐hati.”    “Tak apa, tadi ada orang perempuan tua jumpa saya, minta tolong  tengokkan anak perempuannya yang sesat di kubur lama.”    “Sahabat kenal orang perempuan tua itu.”    “Tak kenal pula.”    Datuk melangkah turun. Matahari kian bertambah condong. Burung gagak  terus berbunyi. Haji Salim menghampiri datuk. Masing‐masing mengedutkan  dahi luas, macam memikirkan sesuatu masalah yang besar.    “Kalau tak kenal macam mana kita tolong,” datuk meluahkan suara hatinya.  Haji Salim termenung sejenak. Mungkin ia sependapat dengan pendapat yang  datuk bentangkan. 

Page 1136 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Tak apalah, kita tolong,” jawab Haji Salim.    “Sahabat yakinkah yang perempuan tua tu manusia?”    “Tentulah manusia, bukan syaitan.”    “Kalau begitu, biar saya tukar pakaian dulu.”    Datuk segera naik ke rumah. Pakai seluar dan baju Melayu. Selitkan  parang panjang di pinggang. Tujuannya bukan apa‐apa. Parang itu akan  digunakan untuk menebas semak‐samun di tanah perkuburan. Bila semuanya  sudah selesai mereka pun berangkat. Saya pun ikut sama.    Meredah hutan senduduk dan lalang, bukanlah sesuatu yang mudah. Mujurlah  datuk membawa parang panjang. Haji Salim bawa golok. Dapatlah  dahan‐dahan dan ranting senduduk dirintis. Dengan berbuat demikian,  banyak masa terbuang.    Sebenarnya, memang ada jalan pintas yang boleh cepat sampai ke kawasan  tanah perkuburan lama itu. Pelik juga, kenapa datuk dan Haji Salim tidak  mahu ikut jalan tersebut. Agaknya, dengan cara meredah hutan senduduk  dan lalang, mereka berharap akan dapat bertemu dengan anak pada  perempuan tua yang hilang.   

Page 1137 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Ramalan saya itu mungkin tepat dan mungkin tidak tepat. Perkara yang  pasti, saya tidak menghadapi sebarang kesukaran. Setelah hutan senduduk  dirintis, barulah saya dibenarkan berjalan. Seronok berjalan dengan  orang tua yang tahu menghargai kekurangan diri orang seperti saya.    Setelah badan dibasahi peluh. Kami sampai ke tebing sungai. Menyeberang  sungai yang cetek airnya, tidak banyak menghadapi masalah. Air sungai  yang sejuk itu memberikan rasa kesegaran pada tubuh.    Saya merenung ke kaki langit, matahari yang kian condong mula dihampiri  awan putih yang tebal. Kerana kawasan kubur lama itu dikelilingi oleh  pokok‐pokok jati dan jejawi yang besar, digayuti oleh akar‐akar hutan  yang berselirat, menjadikan suasana di situ agak samar‐samar dan sunyi.    Bunyi dengung nyamuk cukup jelas. Begitu juga dengan suara burung merbah  dan burung puyuh. Tidak jauh dari kawasan kubur itu terdapat sebuah  busut jantan yang tingginya sama paras dengan orang dewasa. Anai‐anai  kelihatan merayap di puncak busut itu. Tanah busut nampak  berlubang‐lubang dan seakan‐akan merekah.   

SBDJ (Jilid 04) Siri 62: Puja Kubur    Datuk dan Haji Salim terus merenung ke tanah perkuburan yang dipenuhi  dengan pokok‐pokok kecil. Batu nisan yang dibuat dari batu gunung tidak  berapa jelas kelihatan, kecuali sebuah kubur yang terletak di kawasan 

Page 1138 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tanah yang agak tinggi. Batu nisannya kelihatan menonjol. Bentuknya juga  tidak sama dengan batu nisan yang lain.    Ukuran tingginya separas pinggang. Batunya bulat macam batu sempadan  letaknya agak condong ke arah barat daya. Penuh dengan lumut yang  menghijau.    “Mustahil, ada orang sesat di sini. Tak ada sebab kenapa orang perempuan  tua tu membawa anaknya ke sini dan sesat. Dia cari apa di sini,” kata  datuk pada Haji Salim yang macam rusa masuk kampung. Renung sana, renung  sini di kawasan perkuburan lama.    “Kita dipermainkan orang sahabat,” tambah datuk lagi.    “Tak apa, mari kita cari sambil membersihkan kubur lama, mana tahu anak  perempuannya ada di sini, mungkin tertidur kerana keletihan.”    “Kalau dah begitu kata sahabat, kita menurut saja,” jawab datuk penuh  rasa keyakinan.    Datuk dan Haji Salim mula menebang pokok‐pokok yang sebesar ibu jari  kaki orang dewasa di tanah kubur. Hari mula beransur gelap. Dalam  jangkaan saya, sudah pukul enam setengah lebih. Saya sudah tidak sanggup  lagi menampar nyamuk di pipi dan paha. Jejari terasa lenguh menggaru  bekas gigitan nyamuk. 

Page 1139 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Tuk.”    Datuk dan Haji Salim berhenti menebas dan menebang. Mereka merenung ke  arah saya.    “Kenapa Tamar?” tanya Haji Salim.    “Saya nampak macam ada orang dekat kubur yang hujung sana.”    “Mana kau tahu?” soal datuk.    “Saya terdengar bunyi suara orang batuk, pokok‐pokok kecil di situ  bergerak‐gerak.” Jelas saya.    Datuk dan Haji Salim berpandangan. Beberapa ekor tupai jantan  berlompatan di dahan jejawi. Burung gagak berlegar‐legar di atas kepala  sambil berbunyi.    Suara cengkerik dan katak mula menyanyi kerana hari kian bertambah  gelap. Angin yang bertiup lemah membuat badan terasa seram sejuk.    “Kita ke situ sahabat,” ajak datuk.    “Jum, barangkali orang betul,” Haji Salim setuju dengan cadangan datuk. 

Page 1140 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Kami pun bergerak ke arah kubur yang terpisah dengan kubur yang lain itu.    Lebih kurang lima belas kaki mahu sampai ke kubur tersebut, datuk dan  Haji Salim berhenti melangkah.    Memang ada manusia di situ, memakai kain tudung putih tunduk menghadapi  tanah kubur. Jejari tangannya mencabut rerumput dan mematahkan anak‐anak  pokok kecil di situ.    “Assalamualaikum,” kata datuk. Tidak ada jawapan yang diterima.    “Buat apa tu,” kata Haji Salim.    “Bersihkan kubur,” terdengar jawapan yang parau.    Angin bertiup menggugurkan dedaun dan ranting mati. Suasana terasa  seram, lebih‐lebih lagi bila terdengar monyet sayup‐sayup bersama suara  gagak dan burung kuang.    “Mengapa cuci kubur dah dekat nak malam?” soal datuk lagi.    “Waktu lain tak ada masa,” datuk menerima jawapan.    Masa datuk dan Haji Salim bersoal‐jawab dengan orang yang tidak dikenali  itu, hati saya terus berdebar‐debar. 

Page 1141 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Nak makan marilah,” tiba‐tiba orang yang tidak dikenali itu mempelawa.    Datuk dan Haji Salim berpandangan. Ada keraguan yang menguasai hati  datuk dan Haji Salim. Mana ada orang Islam yang makan di kubur waktu  senja begini, fikir saya.    Datuk dan Haji Salim terus mendekati orang yang tidak dikenali itu. Saya  memang tidak mahu terpisah jauh dari mereka. Kalau mereka melangkah ke  kiri, saya ke kiri. Kalau ke kanan, saya ke kanan.    Dalam suasana yang berunsur gelap di kawasan perkuburan lama itu. Kami  melihat perempuan yang bertudung lingkup, berkain batik jawa dan memakai  baju kebaya, membongkok badan, mulutnya bertemu dengan tanah kubur.  Keadaannya tidak ubah macam kucing sedang makan sesuatu.    “Kenapa duduk macam itu,” tegur datuk.    Perempuan itu segera bangun berdiri. Potongan badannya memang menarik.  Macam badan Latifah Omar. (masa itu bintang filem Latifah Omar memang  terkenal). Mukanya masih ditutup dengan kain selendang. Cuma bahagian  matanya sahaja jelas kelihatan.    Alisnya hitam berkilat dan tebal. Sinar matanya amat tajam memanah pada  kami. Dalam saat‐saat begitu saya teringat Saadiah cucu Haji Salim yang 

Page 1142 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

saya gilai secara diam‐diam.    “Awak ni siapa sebenarnya?” tanya Haji Salim.    “Tak kenal, saya yang jumpa awak tadi, saya jumpa budak ni,” perempuan  itu tersenyum pada saya. Darah saya mula berderau. Saya renung muka  datuk berkali‐kali.    “Yang jumpa saya tu perempuan tua, awak muda,” sanggah saya.    “Memanglah tadi saya tua, bila dah makan di kubur saya jadi muda,”  balasnya.    Datuk singgung pangkal belikat Haji Salim dengan siku. Haji Salim faham  dengan alamat yang datuk lakukan itu. Perempuan muda itu menjatuhkan  kain yang menutup sebahagian dari mukanya.    Bila kain itu jatuh atas dada. Muka datuk dan Haji Salim berkerut, muka  saya jadi pucat lesi. Wajah perempuan itu amat menakutkan. Tidak ada  daging pipi, tidak ada biji mata. Cuma yang ada tulang‐tulang dagu, pipi  dan tempurung kepala.    Bila ia mengangkat kain tudung untuk menutup wajah hodohnya kembali,  saya lihat jejari tangannya tidak berdaging. Tulang jejarinya keras,  bergerak macam kaki ketam. 

Page 1143 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Aneh, bila wajahnya ditutup, kening lebatnya kelihatan semacam ada.  Perempuan itu meluruskan kedua belah tangannya ke atas. Serentak dengan  itu kami terdengar orang ketawa yang datangnya dari arah pokok‐pokok  besar di situ.    Monyet‐monyet liar dan tupai berlompatan di dahan melarikan dirinya,  seperti berada dalam suasana ketakutan yang amat sangat. Gema ketawa itu  memanjang dan berlanjutan, akhirnya kedengaran sayup‐sayup dan terus  menghilang.    “Kita balik saja, sahabat,” ulang datuk lagi. Haji Salim segera meraba  jari‐jari di tangan. Ia renung kiri kanan, seolah‐olah tidak percaya  dengan apa yang dihadapinya.    “Kita lihat kubur tempat perempuan tu duduk,” datuk memenuhi permintaan  Haji Salim.    Tidak ada sesuatu yang aneh di situ. Tanah kubur itu bersih, terdapat  beberapa keping daun keladi besar yang terlentang.    “Syaitan,” keluh datuk.    Haji Salim anggukkan kepala. Kami pun memulakan langkah untuk pulang.  Bila berada di luar kawasan kubur lama itu, keadaan hari tidaklah berada 

Page 1144 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

gelap sangat seperti yang dialami ketika berada di kawasan kubur.    Bila kami mula meredah hutan senduduk dan lalang, kami terdengar suara  budak menangis. Datuk dan Haji Salim buat tidak kisah dengan semuanya  itu. Tetap meneruskan perjalanan dengan tenang.    Sebenarnya selain dari terdengar bunyi suara budak menangis, kami juga  seringkali diganggu oleh lintasan bayangan hitam yang membuat langkah  kami mati.    “Jangan bimbang sahabat, jalan terus,” datuk mengingatkan Haji Salim,  setiap kali bayangan hitam itu menjelma.    Haji Salim yang jujur dan bersedia menolong orang, meluahkan rasa  kesalnya kerana mendengar kata‐kata perempuan tua yang aneh itu.    Senja mula tiba. Kami masih lagi berada dalam kawasan pokok senduduk dan  lalang. Beberapa ular liar yang melintas, melarikan diri bila terdengar  bunyi tapak kaki kami. Akhirnya, kami sampai di bibir jalan yang jadi  penghubung antara rumah datuk dengan Haji Salim.    Kami berhenti sebentar di situ. Haji Salim mengeliat beberapa kali untuk  menghilangkan rasa lenguh yang menyerang pinggangnya. Datuk pula  membelek‐belek kaki seluarnya yang koyak akibat tersangkut tunggul.   

Page 1145 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Pelik sungguh, apa yang kita alami,” kata Haji Salim.    “Ya, saya merasakan begitu juga,” balas datuk yang usianya tidak jauh  bezanya dengan Haji Salim. Mereka terus termenung. Tanpa diduga datuk  menepuk bahu Haji Salim.    “Awak ingat tak, kira‐kira sepuluh tahun yang lalu, keadaan yang sama  seperti ini pernah terjadi,” kata‐kata datuk itu membuat Haji Salim  terus duduk di tanah. Kedua belah tangannya memicit kepala. Ia tersenyum.    “Ingat, kita mendengar bunyi suara orang menjerit dan menyanyi serta  bergendang dari kubur lama waktu malam, tak ada pula orang perempuan  macam hari ini,” Haji Salim mula mengingati apa yang telah berlaku.    “Sahabat ingat puncanya?” Soal datuk.    “Ingat. Ada persatuan sejarah dari luar mengatakan kubur lama tu, kubur  pahlawan Melayu. Mereka terus melakukan tahlil di situ.”    “Kita dan sahabat melarang mereka melakukan perkara itu, kerana kita  belum tahu sama ada orang yang mati itu beragama Islam, tapi mereka  teruskan juga.”    “Akibatnya, penduduk kampung ini tak aman tidur, setiap malam mendengar  orang menjerit dan menyanyi. Sejak kampung ini dibuka kubur tu memang 

Page 1146 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dah ada,” Haji Salim berhenti bercakap. Ia senyum ke arah datuk.    Datuk mengeliat. Haji Salim segera bangun, merenung ke arah rumahnya  dalam samar‐samar senja yang mula menguasai seluruh kawasan kampung.    Kerana Haji Salim minta datuk singgah di rumahnya sebentar, untuk  melihat keris yang baru selesai dibuatnya. Datuk dan saya terpaksa pergi  ke rumahnya dulu. Haji Salim segera memegang bahu kanan datuk.    “Saya fikir, kubur lama tu dikacau orang. Ada tanda‐tanda kubur itu  didatangi orang dalam waktu yang tertentu. Hati saya kuat mengatakan  begitu,” beritahu Haji Salim pada datuk.    Saya lihat datuk termenung sejenak. Dalam keadaan yang tenang itu, tanpa  diduga beberapa helai daun keladi besar terdampar atas bangsal. Tidak  tahu siapa yang meletakkannya. Hal itu tidak disedari oleh Haji Salim.  Tetapi, mata datuk tajam itu dapat melihatnya. Tanpa memberitahu Haji  Salim, datuk terus mengambil daun keladi itu. Dilipat dua lalu  dimasukkan ke dalam saku seluarnya.    “Daun keladi, di mana awak dapat?” soal Haji Salim.    “Atas pelantar sahabat, saya minta sahabat jangan tanya lagi hal itu,”  balas datuk. Haji Salim anggukkan kepala.   

Page 1147 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Memang pada mulanya tergambar rasa cemas pada diri Haji Salim. Tetapi  bila datuk mengatakan daun keladi yang datang cara tiba‐tiba itu, tidak  mendatangkan sebarang kesan, Haji Salim mula rasa lega.    “Kubur lama itu didatangi orang, tandanya daun keladi. Biasanya daun  keladi digunakan untuk menuntut ilmu yang salah atau menjalankan ajaran  yang tak betul,” Haji Salim terus menguatkan pendapatnya itu.    “Saya tahu, petua itu sama dengan petua saya. Kita harus mencegah  perbuatan ini,” balas datuk.    Di luar dugaan saya sama sekali. Bila datuk dan Haji Salim membuat  keputusan yang amat mengejut dan menyeramkan. Mereka mahu pergi ke  kawasan tanah perkuburan lama itu, waktu tengah malam Jumaat minggu yang  akan datang.    “Masanya sahabat,” datuk minta kepastian.    “Pukul satu malam, setuju.”    “Setuju, sebelum itu kita harus berdoa dulu pada Allah.”    “Sama‐sama kita buat,” balas datuk.    Saya dan datuk terus meninggalkan bangsal Haji Salim menuju ke rumah. 

Page 1148 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Sampai di kaki tangga, hari sudah gelap betul. Dan suara azan mula  terdengar. Datuk terus mandi dan mengambil air sembahyang. Saya juga  melakukan seperti apa yang datuk lakukan.    Lepas sembahyang Maghrib, datuk memanggil saya ke sisinya. Ia memeriksa  kaki saya. Kata datuk, kaki saya akan sembuh. Sebabnya masa berjalan  siang tadi, saya tidak menghadapi sebarang kesulitan. Ini bererti  uratnya masih elok.    Isi yang mengecil (kisit) itu akan berisi kembali. Apa yang perlu  dilakukan, mematuhi petua yang telah disebut oleh datuk pada nenek.    “Tamar.”    “Ya tuk.”    “Aku ada tugas besar yang mencabar.”    “Apa dia tuk?”    “Pertama, menentang musuh yang marahkan aku kerana menolong Sariyah.  Kedua, berhadapan dengan masalah yang aku hadapi bersama Haji Salim  siang tadi.”    “Tuk perlukan pertolongan saya?” 

Page 1149 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Kau tak boleh menolong. Apa yang aku mahu kau dampingi Haji Salim  sepanjang minggu ini jangan kacau aku. Aku mahu membuat persediaan.”    Saya menarik nafas panjang. Perintah yang baru dikeluarkan oleh datuk  mesti dipatuhi. Saya mula renung muka datuk. Perlahan‐lahan datuk  menepuk bahu saya.    “Tamar, ikut Haji Salim, galilah ilmu darinya. Kemudian kau ikut aku  bersamanya ke tanah kubur. Haji Salim tu baik orangnya, tinggi  pengetahuan agamanya, kau harus belajar darinya.”    “Baik tuk.”    Datuk senang hati dengan pengakuan yang saya berikan padanya. Kemudian,  datuk menyuruh nenek masak nasi serta menyediakan hidangan yang sedap  untuk saya dan dirinya. Saya senyum melihat telatah datuk. Dalam ia  serius itu, ada lucunya. Itulah datuk saya yang aneh buat orang lain.  Tetapi amat istimewa buat diri saya.    LEMBAP    Suasana pagi itu terasa lembap sekali. Matahari terasa segan untuk  menebarkan sinarnya ke bumi. Semua lopak dan parit dipenuhi air, tanah  bertukar menjadi becak. Hujung daun terus menetaskan baki air hujan yang 

Page 1150 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

masih tinggal.    “Lebat hujan malam tadi, dari Maghrib hingga Subuh,” cetus datuk sambil  melihat air menitik satu‐satu dari hujung atap. Saya anggukkan kepala.  Datuk terus menyandang senapang kampung berlaras dua ke bahu.    “Aku mahu ke hutan menembak ayam,” datuk melangkah ke ambang pintu.    Saya turut dari belakang. Sampai di anak tangga terakhir, datuk  mengenakan sepasang sepatu getah warna kuning ke kakinya.    “Kau pergilah ke rumah Haji Salim, tengok dia buat keris. Carilah  pengetahuan darinya,” datuk terus melangkah dalam suasana pagi yang lembap.    Saya masih duduk di mata anak tangga terakhir. Ada sesuatu yang saya  fikirkan.    Sudah lama benar datuk ke hutan tanpa membawa senapang kampung berlaras  dua. Ia merasa lebih aman membawa golok atau parang panjang untuk  melihat jerat yang dipasang. Cara mendadak sahaja, kebiasaan yang  diamalkannya ditinggalkan pada hari ini.    Saya tidak kuasa mahu memikirkan tentang datuk. Ia lebih dewasa dan  banyak pengalaman dari saya. Ia tahu apa yang patut dibuatnya. Saya  merenung ke hujung jalan. Bayang datuk sudah tidak kelihatan lagi. Ia 

Page 1151 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

sudah membeluk ke kanan. Mengayuh basikal tuanya di permukaan jalan raya.    Sebelum sampai kawasan hutan yang mahu dimasuki, datuk terpaksa tunggang  basikal sejauh dua batu. Saya kira tubuhnya yang sihat itu akan dipecahi  peluh‐peluh halus. Datuk tidak akan meredah hutan dengan basikal, ia  akan meninggalkan basikalnya di bawah pokok pauh di bibir jalan raya.    Cuaca pagi yang lembap itu, membuat saya malas bergerak ke mana‐mana.  Rasanya dalam suasana begitu, cukup seronok baring di katil sambil membaca.    Saya sedar, apa yang saya impikan itu tidak akan terlaksana. Pantang  bagi nenek, kalau melihat cucunya membuang masa di atas katil. Kata  nenek, orang lelaki yang selalu baring di katil waktu pagi hingga tengah  hari akan jadi malas. Pintu rezeki ditutup oleh tuhan dan ia akan mati  kelaparan.    Kata‐kata nenek itu cukup berkesan dalam diri saya. Sesungguhnya saya  tidak mahu menjadi lelaki pemalas. Apatah lagi mati kelaparan. Saya  bangun dan terus masuk ke rumah. Kenakan baju kemeja biru berlengan  pendek ke tubuh. Sarungkan seluar panjang putih, berkaki besar ke badan.  Sikat rambut dengan rapi, kenakan minyak attar ke badan.    “Mahu ke mana Tamar,” nenek merenung tubuh saya dari atas ke bawah, dari  bawah ke atas. Bijinya matanya bagaikan berputar‐putar.   

Page 1152 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Ke rumah Haji Salim nek.”    “Bergaya benar nampaknya kau hari ni, Tamar.”    “Sekali‐sekala nek.”    “Hum…,” keluh nenek bersama senyum tawar pagi yang lembap.    Sejak akhir‐akhir ini, nenek mengikuti dengan teliti perubahan yang  terjadi pada diri saya. Nenek bagaikan tahu, bahawa cucu lelakinya sudah  masuk alam remaja, tidak suka pakai seluar pendek dengan rambut yang  kusut‐masai.    Nenek juga sedar, bila saya bersikat di cermin, pasti memakan masa  berjam‐jam. Bukan apa‐apa, saya cuma meniru jambul P.Ramlee.  Kadang‐kadang mencontengkan arang di bibir, meniru misai P.Ramlee, ada  kalanya, memakai baju yang berkotak‐kotak macam P.Ramlee, dalam filem  Sedarah.    Semuanya saya lakukan waktu datuk tidak ada di rumah. Kalau datuk ada,  ia selalu melarang perbuatan saya itu. Datuk tidak suka saya meniru. Apa  yang datuk mahu ialah, membuat sesuatu mengikut kemahuan sendiri tanpa  terpengaruh dengan orang lain.    “Tamar, Tamar,” terdengar suara di halaman rumah. 

Page 1153 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Suara siapa tu nek.”    “Kalau tak silap aku, suara Haji Salim,” saya dan nenek menerpa ke muka  pintu. Haji Salim tercegat di kaki tangga.    “Ada apa haji?”    “Aku nak ajak Tamar pergi ke Kampung Haji Ariff di Temoh.”    “Apa halnya?”    “Aku nak mengambil biji benih durian dari sepupu aku.”    “Pergi dengan bas atau teksi?”    “Dengan motosikal.”    “Boleh, apa salahnya. Tak minta pun tak apa, asalkan Tamar keluar dengan  haji. Dengan orang lain terasa juga bimbang di hati.”    Saya gembira mendengar kata‐kata dari nenek. Saya terus masuk ke bilik.  Sikat rambut dan membentuk jambul P.Ramlee di kepala.    Ternyata, jambul ala P.Ramlee yang saya usahakan itu habis runduk 

Page 1154 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

ditampar angin motor. Tidak saya duga sama sekali, bahawa Haji Salim  memang kaki pecut, bagaikan mahu pecah bunyi enjin honda 50cc yang  dipandunya dengan laju. Ekor serbannya melayang‐layang macam ekor wau  yang berbentuk ikan bawal.    Dari kampung hingga ke bandar Ipoh, cuaca sepanjang perjalanan redup  sahaja. Bila masuk ke kawasan pekan Kampar, matahari bersinar dengan  teriknya. Pangkal ketiak dan paha saya terasa bergetah.    TEMOH    Saya dan Haji Salim sampai di pekan Temoh. Kami singgah di warung  menjual kopi. Dua cawan kopi diminta dari tuan punya warung. Satu untuk  saya dan lagi satu untuk Haji Salim.    “Kita jalan‐jalan dulu tamar, lepas tu baru pergi ke Kampung Haji Ariff.”    “Saya mengikut aje.”    “Bagus,” Haji Salim menepuk bahu kanan saya berkali‐kali.    Sinar matahari pukul sebelas pagi, terasa amat perit menggigit kulit  tengkuk dan muka saya.    Kami terus melangkah di bibir jalan menuju ke arah pekan Tapah. Telinga 

Page 1155 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

saya terdengar‐dengar sayup‐sayup bunyi gendang orang jual ubat.    “Orang Cina jual ubat,” kata saya.    “Singsih jual ubat,” tingkah Haji Salim.    “Kita tengok Pak Aji.”    “Boleh, mari.”    Saya dan Haji Salim mempercepatkan langkah, menuju ke arah manusia yang  sedang berlonggok mengerumuni penjual ubat tersebut. Saya tidak faham  dengan apa yang dikatakan oleh penjual ubat, kerana ia bercakap dalam  bahasa Cina. Setiap kali cakapnya berakhir, gendang akan dipalu.  Bunyinya cukup membingitkan gegendang telinga.    Setiap orang yang lalu di situ, tidak kira orang Melayu, Cina atau India  akan berhenti dan terus menghurung penjual ubat tersebut. Meskipun  mereka tidak tahu berbahasa Cina, cara dan gerak‐geri yang dilakukan  oleh penjual ubat itu membuat mereka faham tentang khasiat‐khasiat ubat  yang dijual.    Kerana orang terlalu ramai mengerumuni penjual ubat, membuat saya tidak  dapat melihat wajah penjual ubat itu. Setelah mencelah sana, mencelah  sini. Saya berjaya sampai ke garisan sempadan penjual ubat itu. 

Page 1156 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Saya terus duduk mencangkung di situ. Penjual ubat itu berbadan besar  dan tegap, macam seorang ahli gusti. Daging di tubuhnya kelihatan  berketul‐ketul. Ia memakai seluar hitam dengan tali pinggang besar  berwarna merah. Kaki seluarnya yang kecil dimasukkan ke dalam kasut  hitam yang tinggi separas lutut. Dua orang kawannya juga berbadan tegap.  Kawannya yang memukul gendang berwajah bengis, perutnya boroi dengan  pusat yang berbuku.    Manakala yag memegang tombak, membalut tubuhnya dengan baju dan seluar  hitam yang dibuat dari kain sutera. Di samping tombak yang bermata  seperti beliung itu, ia juga memegang parang bermata lebar. Semuanya  berkilat tajam.    Di depan penjual ubat itu berlonggok‐longgok akar ubat dan batang‐batang  kayu kecil. Tidak jauh dari longgokan batang kayu dan akar, tersusun  botol‐botol yang berisi pil, terdapat juga kepala ular dan kulit ular  yang sudah dikeringkan.    “Ini singsih bukan sini punya, dia Taiwan mari,” seorang lelaki Cina  memeberitahu kawannya yang berbangsa Melayu. Orang Melayu itu anggukkan  kepala sambil tersenyum.    “Dia banyak kuat punya orang,” tambah lelaki Cina itu lagi.   

Page 1157 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Rugilah, dia tak tahu cakap Malaysia.”    “Lu betul.”    Dua orang kawan baik itu ketawa.    Penjual ubat merasakan dirinya diketawakan. Dengan mata yang garang ia  merenung lelaki Melayu dan Cina itu. Wajah kedua‐duanya kelihatan pucat.  Lepas itu mereka tidak berani bercakap.    Penjual ubat itu terus berdiri di tengah gelanggang sambil menumbuk ke  kiri dan ke kanan. Bila ia berhenti daripada melakukan pergerakan itu,  gendang pun dipalu dengan sekuat hati. Bagaikan mahu pecah gegendang  telinga dibuatnya.    Kawannya yang memegang tombak pula bercakap. Selesai ia bercakap gendang  pun dipalu. Penjual ubat membuka langkah Kuntau melompat ke atas ke kiri  dan ke kanan, daging badannya nampak berulas‐ulas, macam ulas durian  tembaga yang bagu dikopek.    Penjual ubat berhenti dari langkah kuntau. Ia meletakkan tangan kanannya  di atas tunggul kayu yang memang disediakan di situ. Kawannya yang  memegang tombak, melepaskan tombak di tangannya, lalu mengambil parang  bermata lebar.   

Page 1158 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

SBDJ (Jilid 04) Siri 63: Nisan Berdarah    Saya terus menekup mata, bila kawannya yang memegang parang mengangkat  parangnya tinggi‐tinggi dan terus menjatuhkan atas lengan penjual. Semua  orang di situ mengeluh, ada pula yang memalingkan muka ke arah lain.  Tidak sanggup melihat darah dan lengan yang terputus dua.    “Yaaaakkk,” saya terdengar suara pemegang parang, lepas itu saya tidak  terdengar apa‐apa.    Semuanya sunyi sepi. Bila saya terdengar suara tepukan tangan orang  ramai, saya segera menjatuhkan telapak tangan yang menutup mata saya.    Aduh, sungguh mengkagumkan, lengan penjual ubat tidak putus dua. Tidak  ada darah yang menitik atas muka tunggul. Wajah penjual ubat kelihatan  tenang sambil menggosok lengannya dengan sejenis minyak yang dipamerkan  di situ. Sedang penjual ubat asyik menggosok minyak di lengan, pemukul  gendang mengambil tombak bermata kapak, lalu mengkapak belakang penjual  ubat dengan sekuat hati.    Semuanya tidak mendatangkan kesah, penjual ubat tersenyum bahagian  belakangnya terus digosok dengan minyak. Dalam beberapa minit sahaja,  orang yang berkumpul di situ berebut‐rebut membeli minyak tersebut yang  harganya lima puluh sen sebotol. Bila orang ramai selesai membeli  ubatnya. Ia memperlihatkan kekuatan kulit tubuhnya yang tidak mampu 

Page 1159 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dilukakan dengan senjata tajam. Ia menikam perutnya dengan pedang.  Ternyata pedang itu tidak mampu menembusi kulit perutnya.    “Orang Melayu mana ada kuat macam saya,” ujarnya dalam bahasa pasar yang  tunggang‐langgang. Ia merenung satu‐satu wajah orang Melayu yang ada di  situ. Kemudian, ia mencabar orang Melayu yang ada di situ menunjukkan  kekuatan.    Seorang Cina tempatan menghampiri penjual ubat. Cina tempatan itu  menasihatkan penjual ubat dari Taiwan, supaya jangan berbuat demikian.  Perbuatan itu boleh menyinggung perasaan orang Melayu di tempatnya.  Penjual ubat dari Taiwan itu, tidak mengendahkan nasihat Cina tempatan  tersebut. Ia terus mencabar dan mencabar.    “Eh, lu jangan ingat orang Melayu tak kuat,” saya segera menoleh ke kanan.    Saya lihat Haji Salim melangkah garisan putih yang ada di situ. Ia  menyinsingkan lengan bajunya. Penjual ubat dari Taiwan terus ketawa.  Orang ramai yang ada di situ resah. Mereka bimbang, kalau sesuatu yang  tidak diingini akan terjadi. Cina tempatan segera menghampiri Haji  Salim, bahu Haji Salim dipegangnya dengan lembut sekali.    “Haji tolong jangan gaduh, dia bukan Malaysia punya orang, dia tak tahu  punya adat,” pujuk Cina tempatan.   

Page 1160 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Saya tahu, fasal dia bukan orang Malaysia, saya mahu tunjuk sama dia  orang Malaysia juga kuat,” balas Haji Salim. Saya mula terasa kecut dan  cemas.    “Pak Haji tak usah Pak Haji, ini merbahaya,” pujuk saya pula.    “Tak apa Tamar,” balas Haji Salim dengan tenang. Ia menyuruh saya keluar  gelanggang.    Penjual ubat dari Taiwan tersenyum sinis melihat saya dan Haji Salim.    “Sekarang kalau lu boleh kasi luka, gua beri lu lima ratus, kalau gua  kasi luka lu berapa lu kasi,” penjual dari Taiwan menyoal Haji Salim.    Saya lihat muka Haji Salim selamba sahaja. Sesekali memberi isyarat  tangan pada Cina tempatan supaya bersabar dan bertenang.    “Tak usah kasi apa‐apa, gua tak mahu lu punya wang dan gua punya wang  tak mahu kasi sama lu,” ujar Haji Salim dan terus meletakkan lengannya  atas tunggul kayu.    “Nanti lu punya tangan putus macam mana?”    “Tak apa.”   

Page 1161 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Betul ni.”    “Betul, semua orang boleh jadi saksi.”    “OK, kita mula.”    “Ayuh.”    Penjual ubat dari Taiwan pun mengambil parang bermata lebar. Lengan Haji  Salim ditetaknya dengan sekuat hati. Ia terkejut, lengan Haji Salim  tidak putus dua atau pun berdarah.    “Silakan, tetaklah seberapa banyak yang kamu suka,” kata Haji Salim.    Muka penjual ubat jadi merah padam. Tanpa membuang masa, ia terus  menetak sebanyak tiga kali berturut‐turut. Semuanya tidak mendatangkan  kesan. Penjual ubat itu merenung orang yang mengelilinginya.    “Sekarang lu kasi pukul saya punya tangan,” penjual ubat bersuara.    “Jangan marah kalau luka,” balas Haji Salim.    “Tak marah, gua kuat.”    “Silakan.” 

Page 1162 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Penjual ubat dari Taiwan itu terus duduk mencangkung. Lengan kanannya  diletakkan atas tunggul kayu khas. Ia menarik dan menahan nafas,  perutnya kelihatan kempis, kiri kanan pipinya kelihatan kembung, macam  monyet menyembunyikan makanan dalam mulut.    Haji Salim mengambil parang bermata lebar. Berdiri dengan tenang dekat  penjual ubat itu. Kedua belah bibir Haji Salim kelihatan bergerak‐gerak.  Saya kira ia sedang membaca ‘Bismillah’ untuk melakukan pekerjaan itu.    Semua biji mata orang ramai tertumpu pada Haji Salim yang memakai serban  putih, berseluar kuning dengan baju putih berbutang lima. Ada di antara  orang ramai itu berbisik sama sendiri. Mereka bagaikan tidak percaya  lelaki yang bertubuh kurus dengan janggut sejemput itu boleh  mencederakan lengan penjual ubat dari Taiwan. Dalam keadaan orang ramai  yang termanggu‐manggu itu. Haji Salim pun menjatuhkan parang bermata  lebar ke atas penjual ubat.    “Wahhhhh….,” suara penjual ubat meninggi. Mukanya kelihatan berkerut  menahan kesakitan. Urat‐urat hijau nampak menonjol menolak kulit.    Dalam saat‐saat begitu, bahagian daging yang membengkak itu menjadi  merah dan akhirnya bertukar menjadi hitam kebiru‐biruan. Kawan penjual  ubat segera menyapukan minyak. Hasilnya tidak ada apa‐apa. Makin disapu  dengan minyak, makin besar bengkaknya dan penjual ubat beransur lemah. 

Page 1163 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Ia tidak terdaya menggerak‐gerakkan tangan yang kena tetak itu. Ia cuba  bangun, usahanya itu gagal juga.    Haji Salim segera menghampirinya. Bahu penjual ubat itu disentuhnya  dengan jari kelingking kiri.    “Lu bangun,” kata Haji Salim.    Penjual ubat itu terus bangun tetapi, lengan yang kena tetak itu  kelihatan terkulai dan terus bengkak. Mukanya terus berpeluh. Haji Salim  terus menjamah jari telunjuk kanan penjual ubat. Jari itu direntapnya  hingga berbunyi.    Beberapa minit kemudian bengkak yang membatas di lengan beransur kurang  dan akhirnya terus pulih seperti sediakala. Kesan mata parang masih  kelihatan seperti satu garisan di lengan penjual ubat. Orang ramai yang  menyaksikan peristiwa itu tercengang. Beberapa orang anak muda  menghampiri Haji Salim, mereka bertanya sesuatu pada Haji Salim yang  berbadan kurus itu.    “Lu memang kuat,” penjual ubat itu merenung muka Haji Salim.    “Ini semua tuhan punya kuasa,” jawab Haji Salim pendek.    Penjual ubat itu segera menghulurkan wang lima ratus ringgit pada Haji 

Page 1164 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Salim. Dengan wajah yang tenang Haji Salim menolak.    “Tak mahu.”    “Apa fasal, kita sudah janji.”    “Saya bukan mahu lawan itu macam, saya panas hati bila lu cakap orang  Melayu tak ada kuat dan tak boleh lawan sama lu.”    “Saya sudah banyak tempat pergi, belum ada orang Melayu berani lawan,  jadi saya ingat orang Melayu memang tak kuat.”    “Lu silap, orang Melayu tak suka tunjuk‐tunjuk kuat itu macam, tapi  kalau sudah lu cakap besar, saya mau cuba.”    “Lu betul punya haji, bukan main‐main punya haji, badan kurus tapi hati  banyak kuat.”    “Sudahlah kawan.”    “Sekarang saya tak mahu cakap itu macam lagi, lu serupa saya punya  saudara,” penjual ubat itu terus bersalam dengan Haji Salim.    Penjual ubat itu terus mengemaskan semua bahan‐bahan perniagaan.  Disumbatkan ke dalam kereta Morris Minor berwarna hitam. 

Page 1165 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Kita kawan, tak mahu lawan‐lawan,” kata penjual ubat itu dan terus  masuk ke kereta. Ia meninggalkan tempat itu menuju arah ke Tapah.    Saya dan Haji Salim meninggalkan tempat tersebut. Kami menuju ke tempat  motorsikal yang diletakkan berhampiran dengan warung penjual kopi. Bila  sahaja Haji Salim memegang motosikalnya, cina tempatan yang menegah ia  beradu kekuatan tadi datang menghampirinya.    “Terima kasih, lu sudah ajar itu orang. Dia cakap tak baik, macam dia  saja yang kuat. Lagi satu, dia cakap selalu kata Melayu tak kuat, dia  macam suruh Melayu sama Cina gaduh,” kata Cina tempatan itu.    “Tak apa, saya ingat dia mesti terus balik Taiwan dan tak mahu datang ke  sini lagi.”    “Saya harap juga begitu, dia bukan Cina Malaysia, dia tak tahu kita di  sini, tak kira Melayu, Cina India semua mahu hidup baik‐baik dan satu hati.”    “Sudahlah lu siapa nama?”    “Saya nama Lim Kim Seng, lu siapa nama?”    “Haji Salim.”   

Page 1166 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Baik, terima kasih.”    “Sama‐sama.”    NAIK    Cina tempatan itu meninggalkan saya dan Haji Salim, ia menuju ke arah  kiri jalan. Saya lihat ia naik basikal menuju ke arah kawasan  perlombongan yang tidak berapa jauh dari pekan Temoh.    Bila Haji Salim menghidupkan enjin motorsikal, beberapa orang pemuda  menghampirinya. Mereka terus menghulurkan tangan untuk bersalam dengan  Haji Salim. Enjin motorsikal terus dimatikan. Haji Salim terus berdiri  di tengah kumpulan para pemuda yang berjumlah antara lima hingga tujuh  orang.    “Kami mahu menuntut ilmu dari Pak haji,” salah seorang daripada pemuda  itu menyampaikan hasrat hati.    Saya, mereka tidak pandang langsung. Saya bagaikan tidak wujud di situ.  Haji Salim merenung wajah mereka satu‐satu dengan tenang.    “Minta maaf, aku bukan orang handal,” jawab Haji Salim.    “Tak usah jadi harimau menyembunyikan kuku, kami sudah lihat kemampuan 

Page 1167 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tuan haji tadi,” balas jurucakap pemuda itu.    “Semuanya dengan izin Allah. Kalau mahu mencari sesuatu kau pelajarilah  isi Quran. Ingat, sebelum itu kau harus mengenali Allah lebih dahulu.”    “Maksud Pak Haji.”    “Kalau diizinkan oleh Allah semua perkara boleh berlaku. Tetapi kalau  kamu tidak mengenalinya, bagaimana kamu mahu minta pertolongan dariNya.”    “Kami mahu mengenali Allah dengan pertolongan tuan haji.”    “Carilah ilmu itu. Tetapi, bukan pada saya. Ingat, menuntut ilmu atau  belajar itu memang dituntut oleh agama Islam. Hukumnya fardhu kifayah.”    Haji Salim menepuk baju pemuda yang menjadi jurucakap kumpulan itu. Saya  lihat pemuda itu resah tidak menentu sambil merenung wajah  kawan‐kawannya yang lain.    “Tamar kita pergi sekarang,” kata Haji Salim pada saya.    Ia terus menghidupkan enjin motorsikal. Ia duduk atas motorsikal dan  Haji Salim mengangkat tangan kanannya sebagai tanda selamat jalan.    Akhirnya, bahagian depan warung dan kumpulan pemuda itu kami tinggalkan. 

Page 1168 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Kami terus menuju ke Kampung Haji Ariff.    Sepupu Haji Salim menyambut kami. Tengahari itu, kami makan di rumah  sepupunya. Kira‐kira pukul empat, kami kembali ke kampung dengan membawa  benih durian dari jenis yang baik. Dekat waktu senja kami pun sampai di  rumah. Haji Salim memberikan saya dua pokok benih durian.    “Kau tanam dekat rumah.” Kata Haji Salim.    “Masa kau menanamnya, bacalah Bismillah dan selawatkan nabi tiga kali.”    “Ya Pak Haji, saya faham.”    Saya pun meninggalkan rumah Haji Salim menuju ke rumah nenek. Waktu itu,  hari sudah beransur gelap.    Saya melangkah dengan cepat sekali. Sampai dekat pokok besar, langkah  saya tidak serancak mula melangkah tadi. Hati saya berdebar. Saya  menoleh ke kiri. Saya terpandang tubuh manusia berdiri di balik pokok  besar. Kerana pandangan pertama tidak berapa jelas. Saya memandang untuk  kali kedua. Saya lihat datuk berdiri di situ. Bila saya panggil namanya,  datuk terus menghilangkan diri.    Rasa cemas mula menguasai diri saya. Mustahil waktu menjelang Maghrib  datuk mahu berada di situ? Kalau datuk, bila namanya dipanggil, dia 

Page 1169 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

pasti menyahut. Aneh, kenapa setelah namanya disebut datuk menghilangkan  diri. Timbul pertanyaan dalam diri saya.    Saya terus renung ke arah pokok besar untuk kali yang ketiga. Di tempat  saya melihat datuk berdiri tadi, diganti oleh seorang perempuan yang  memakai serban putih. Perempuan itu mengamit saya, menyuruh saya  menghampirinya.    Kali ini, saya sudah dapat memutuskan bahawa apa yang saya lihat itu  bukannya manusia. Tetapi, syaitan yang menyerupai manusia. Saya terus  membaca ayat al‐kursi. Sampai tamat ayat itu saya baca, perempuan yang  memakai serba putih masih juga tersenyum. Kerana takut yang terlalu kuat  menguasai diri, saya terus berlari dengan sekuat hati. Benih durian saya  campakkan.    Sampai di rumah saya lihat nenek dan datuk berada di muka pintu menanti  kepulangan saya. Mereka tidak bertanya bila melihat muka saya pucat.  Datuk menyuruh saya mandi. Baju yang saya pakai dilarangnya untuk dibawa  masuk ke rumah. Saya tidak bertanya kenapa datuk dan nenek melarang saya  membawa masuk baju ke rumah.    Apa yang saya alami sebentar tadi, tidak saya nyatakan pada datuk. Saya  kira, peristiwa itu adalah kecil dan tidak wajar di beritahu pada  mereka. Mungkin apa yang saya lihat itu memang betul, mungkin tidak.  Sebabnya, bila seseorang itu sudah dikuasai rasa takut, tunggul pun 

Page 1170 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

disangka hantu.    Selepas makan malam, apa yang saya alami bersama Haji Salim di Temoh  itu, saya ceritakan pada datuk. Aneh, saya tidak nampak datuk merasa  terkejut dengan apa yang telah saya alami itu.    “Kerana itu, aku suruh kau ikut dia. Kau harus sedar Tamar, orang yang  berilmu tidak pernah mahu menunjukkan ilmunya pada sebarang orang dan  sebarang tempat.”    “Untuk apa ilmu itu, kalau tidak ditunjukkan pada orang tuk?”    “Ilmu bukan untuk ditunjuk pada sesiapa, ilmu untuk menolong orang dan  untuk kegunaan sendiri.”    “Saya faham.”    Datuk tersenyum mendengar cakap saya itu. Bagaikan faham, bila saya  berkata begitu, ertinya saya tidak mahu mendengar ceramahnya.    “Bila aku mahu menerangkan sesuatu, kau cuba melarikan diri dari  mendengarnya,” rungut datuk.    Saya terus bangun masuk ke bilik. Saya menatap majalah hiburan sambil  berbaring di atas katil. Saya terdengar suara datuk membaca Yasin dengan 

Page 1171 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

lantangnya. Makin lama makin sayup terdengar suara datuk. Dan akhirnya  saya tidak terdaya untuk menahan sepasang kelopak mata saya dari bercantum.    KUBUR    Saya merasa pelik, bila Haji Salim sembahyang Maghrib di rumah datuk.  Lepas sembahyang Maghrib mereka membaca Quran. Bagi nenek perkara itu  merupakan sesuatu yang ganjil.    “Ada apa rancangan. Haji Salim dengan datuk kamu?” tanya nenek.    “Petang ni, petang apa nek?”    “Petang Jumaat dan malam ni malam Jumaat.”    “Nek tahu datuk dan Haji Salim nak pergi ke kubur lama tengah malam ini.”    “Kubur lama? Nak buat apa?”    “Itu kenalah tanya datuk.”    Nenek terdiam. Matanya, tajam merenung muka saya. Saya pasti, nenek  tidak akan bertanya pada datuk berhubung dengan hal tersebut. Bukan  perangai nenek mahu mengambil tahu tentang gerak‐geri seorang suami.   

Page 1172 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Untuk apa datuk dan Haji Salim pergi ke situ Tamar,” begitu lembut  suara nenek.    Renungan matanya, cukup redup meraut seluruh paras saya.    “Dia orang nak tengok, kerana orang puja kubur lama.”    “Nak tangkap orang tu ke?”    “Entahlah, saya pun tak tahu.”    “Bagus juga tu, menghalangkan orang membuat maksiat,” balas nenek.    Ia terus bangun menuju ke dapur. Tentu nenek membuat air kopi untuk Haji  Salim dan datuk. Lebih kurang pukul dua belas malam. Datuk dan Haji  Salim berhenti membaca Quran. Datuk terus menepuk bahu saya dengan kasar.    “Orang baca Quran tak ikut sama, tersengguk‐sengguk, macam burung  hantu,” kata datuk. Haji Salim ketawa sambil menghirup air kopi.    Saya lihat ada enam cawan kosong di situ. Ini bererti datuk dan Haji  Salim terpaksa berhenti dari membaca Quran sebanyak enam kali, kerana  minum kopi.    “Haji Salim ni mengikut petua datuk. Biasanya datuk kalau minum kopi ia 

Page 1173 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tidak akan menggunakan cawan yang sama. Ia akan menukarkan cawan setiap  kali menuang air kopi yang baru.”    Cara itu datuk lakukan, bila ia mahu melaksanakan sesuatu tugas yang  dianggapnya terlalu berat dan sukar.    “Sudah sampai masanya untuk kita berangkat,” datuk renung muka Haji  Salim. Perlahan‐lahan Haji Salim anggukkan kepala tanda setuju.    Datuk terus sarungkan baju hitam serta seluar hitam ke tubuh. Kepalanya  dililitkan dengan kain kuning sebesar dua jari.    Haji Salim tidak menukarkan pakaiannya. Ia memakai seluar Melayu berkaki  besar. Bajunya dari kain batik Jawa yang terpamer lukisan wayang kulit.  Songkok putihnya terletak kemas di kepala. Golok pendek terselit di  pinggang.    “Kalau kau nak ikut Tamar, mari,” suara datuk merendah.    Kain pelikat saya gantikan dengan seluar kuning. Baju T merah saya  tukarkan dengan baju Melayu cekak musang. Datuk menyelitkan rotan  semambu yang panjangnya kira dua depa ke celah ketiak. Ada tugas baru  yang datuk berikan pada saya. Saya disuruh membawa lampu suluh. Tanpa  banyak cakap kami pun turun dari rumah. Berdiri di halaman rumah sebentar.   

Page 1174 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Kita melangkah sekarang,” datuk mengeluarkan arahan.    Kami pun melangkah menuju ke arah kubur lama. Datuk mengarahkan pada  saya, jangan memasang lampu kecuali arahannya sendiri. Memang tidak  selesa berjalan dalam belukar waktu tanpa menggunakan lampu. Dua tiga  kali saya tersepakkan tunggul dan akar kayu. Saya tidak berani membuat  bantahan.    Malam itu, keadaan langit cerah. Gumpalan awan hitam nampak berarak  lembut menuju ke arah barat daya. Saya kira tidak lama lagi hujan pasti  turun. Hal itu saya bisikkan pada Haji Salim.    “Mengikut pengalaman aku yang sudah‐sudah, hujan akan turun menjelang  subuh,” balas Haji Salim perlahan‐lahan. Datuk terus meredah hutan.    Sesekali kelihatan cahaya kilat menangkap di kaki langit. Deru angin  malam terus juga menampar‐nampar gegendang telinga. Terdengar ngiau  kucing jantan mencari kucing betina. Suara jampuk dan burung hantu  terdengar sayup‐sayup. Begitu juga dengan suara anjing menyalak sesuatu  di malam yang dingin. Angin malam yang menyentuh kulit muka dan leher  membuat saya terasa seram.    Selalunya, kalau berjalan malam saya terasa takut. Tetapi malam itu rasa  takut itu tidak terjadi dalam diri saya. Apa yang ada ialah rasa berani  dan tabah. Cara kebetulan pula saya berjalan di tengah. Di depan saya 

Page 1175 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

datuk, di belakang saya Haji Salim.    Haji Salim terus menyuluh ke arah pangkal pokok yang bergoyang dalam  suluhan lampu picit. Serentak dengan itu terdengar suara ngauman yang  memanjang. Belum pun sempat datuk bersedia untuk menghadapi sebarang  kemungkinan, satu lembaga menerpa ke arah datuk bersama ngauman yang  cukup kuat. Datuk rebah ke bumi.    “Rimau Kumbang Haji,” pekik datuk.    Haji Salim mendekati datuk. Dengan tangkas, ia menendang badan harimau  yang mahu menggigit lengan datuk. Dengan sekali tendang sahaja harimau  itu terpelanting dan terus hilang. Kesannya tidak dapat dicari.    “Bangun,” kata Haji Salim.    “Ke mana dia pergi.”    “Biarkan dia.”    “Pelik,” rungut datuk sambil bangun.    Perjalanan diteruskan lagi. Kami bertiga menyeberangi anak sungai.  Airnya terasa cukup sejuk sekali. Haji Salim menyuruh saya melangkah  perlahan‐lahan. Ia tidak mahu air sungai yang diranduk itu mengeluarkan 

Page 1176 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

bunyi. Langit sudah kelihatan tidak cerah lagi. Di mana‐mana kelihatan  awan hitam bertompok‐tompok.    Angin terus bertiup agak kencang dari tadi. Dahan‐dahan mati terus  jatuh, bunyinya macam orang berlari. Semuanya datuk dan Haji Salim buat  tidak kisah. Kami sampai ke tebing dan terus memanjatnya. Dari situ kami  mula tercium bau kemenyan yang cukup hebat dibawa angin.    “Jalan perlahan ke arah kubur lama,” perintah Haji Salim.    “Ya,” jawab datuk pendek.    Lebih kurang satu rantai mahu sampai ke kubur lama, kami melihat cahaya  api di atas kubur. Kami juga terdengar suara orang bercakap yang  disertai dengan suara tahlil.    Datuk menyuruh saya dan Haji Salim merangkak seperti dirinya. Kami pun  merangkak menuju ke arah kubur lama. Lebih kurang dua kaki mahu sampai  ke kawasan kubur lama, datuk menyuruh saya dan Haji Salim duduk sambil  merenung ke arah kubur lama.    Dengan pertolongan cahaya api dari pinggir kubur itu, saya dapat melihat  dengan jelasnya kira‐kira sepuluh orang sedang mengelilingi kubur yang  berbatu nisan tinggi dan besar. Mereka semuanya memakai kain hitam dan  kepala mereka juga bertudung dengan kain hitam. Di bahagian kepala nisan 

Page 1177 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

terdapat tempat perasap dengan bara yang merah menyala.    Ada orang yang melemparkan kemenyan ke dalam tempat bara. Saya tidak  dapat mempastikan dengan tepat, apakah orang yang duduk sebelah kanan  atau sebelah kiri yang melemparkan kemenyan ke dalam tempat bara itu.  Ada orang yang ditugaskan untuk menjaga api di pinggir kubur. Orang itu  memegang kayu panjang untuk menolak tunggul‐tunggul kayu ke dalam api.  Dengan itu api tersebut terus menyala sambil mengeluarkan bunga‐bunga  api yang halus terbang ke atas.    Salah seorang daripada mereka terus bangun, menatang seorang kanak‐kanak  kecil. Kanak‐kanak itu didekatkan pada api tersebut. Tiba‐tiba  kanak‐kanak itu menangis.    “Pulangkan pada aku, dia anakku,” terdengar suara perempuan.    “Aku boleh pulangkan, tetapi….,” suara orang yang menatang kanak‐kanak  itu adalah orang lelaki.    “Tapi apa?” tanya orang perempuan.    “Biar aku potong lehernya.”    “Untuk apa?”   

Page 1178 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Ini janji kita dulu.”    “Nanti ibunya marah, aku cuma menjaganya saja.”    “Jadi, ini bukan anak kamu, kamu curi dari ibunya.”    “Ya.”    “Dia hak aku,” suara orang lelaki itu meninggi.   

SBDJ (Jilid 04) Siri 64: Orang Berjubah Hitam    Suara di sekitar kubur lama kembali sepi. Tidak ada terdengar suara  orang perempuan dan suara kanak‐kanak menangis. Lelaki yang menatang  kanak‐kanak itu meletakkan kanak‐kanak itu atas kubur. Kanak‐kanak itu  kembali menangis dan terus diam bila lelaki itu menyumbat susu ke dalam  mulutnya.    “Aku yakin kanak‐kanak itu, bukan kanak‐kanak betul,” beritahu datuk  pada Haji Salim.    “Tapi, macam mana ia boleh menangis tuk,” tanya saya.    “Itu bukan suara kanak‐kanak tu Tamar.”   

Page 1179 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Habis suara siapa tuk?”    “Suara itu datang dari dalam kubur.”    Saya terus diam. Dengan serta merta bulu tengkuk saya mula meremang.  Tetapi mata saya terus tertumpu ke arah kubur lama. Saya lihat lelaki  itu mengeluarkan pisau lalu menikam kanak‐kanak tersebut. Suara jeritan  kanak‐kanak itu melalak. Saya lihat darah dari perut kanak‐kanak itu  mercik. Membasahi pergelangan tangan lelaki yang menikamnya.    Suara ketawa dari orang yang mengelilingi kubur lama itu mula terdengar.  Bila suara ketawa itu berakhir, terdengar suara orang perempuan mengilai  bersahut‐sahutan dari angkasa. Orang‐orang yang mengelilingi kubur lama  bertepuk tangan menyambut hilai ketawa dari udara.    Lebih kurang lima minit suara ketawa dan mengilai itu berbalas‐balas.  Lepas itu suasana di situ terasa sepi. Orang lelaki yang menikam  kanak‐kanak itu terus berdiri. Ia mendepangkan kedua belah tangannya.  Kain hitam yang dipakainya mengembang lebar macam sayap kelawar.    “Hai ratu, raja dahulu. Aku tahu kuburmu kubur Seri Banian, waris  terdekat dari Selendang Delima. Khabarkan pada kami di mana harta  keturunan kamu disimpan,” suara lelaki itu meninggi.    Tidak ada jawapan yang terdengar. Lelaki itu mengulangi perkataan itu 

Page 1180 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

untuk kali yang kedua. Tiada jawapan yang diterima. Lelaki berjubah  hitam itu berjalan atas kubur. Suara lolongan anjing terdengar  sayup‐sayup. Burung hantu terus menyanyi dengan semahu‐mahunya. Angin  bertiup dengan kencang. Pokok‐pokok di belakang kami bergegar macam ada  orang yang menggoyangkannya. Ada lembaga besar dan tinggi melintas di  depan kami.    “Jangan tegur apa yang kamu lihat,” datuk memberi pesan.    Saya dan Haji Salim anggukkan kepala. Lelaki yang berdiri di atas kubur  berhenti berjalan. Berdiri di depan seorang lelaki yang berpakaian  macamnya. Lelaki itu melompat dan melutut di depannya.    “Semua harta itu ada di dalam kubur kami. Kamu tidak boleh mengambilnya  kalau tidak memenuhi syarat,” orang berlutut bersuara.    “Apa syaratnya?”    “Kami mahu lidah dara sunti, bukannya kanak‐kanak, syarat kedua kami  mahu mengacau penduduk di sini dan syarat ketiga kamu semua harus datang  ke sini pada setiap tengah malam Jumaat,” selesai sahaja orang itu  berkata‐kata ia terus rebah. Tidak ada orang yang mahu menolong  membangunkannya.    Orang yang mengelilingi kubur lama terus ketawa. Mereka bertepuk bila 

Page 1181 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

melihat orang yang rebah bangun dan terus duduk bersimpuh di depan  lelaki yang berdiri.    “Syarat dari siapa?” tanya lelaki yang berdiri.    “Syarat dari aku, raja terawal yang memerintah negeri ini. Berasal dari  utara,” suara perempuan yang halus dan lunak. Ia membuka kain hitam yang  menutup kepalanya.    Dengan pertolongan cahaya api, wajahnya mudah dilihat. Orangnya berkulit  putih berambut panjang separas bahu. Orang lain yang mengelilingi kubur  terus bertepuk tangan, macam orang tidak sedarkan diri.    Datuk terus mengarah saya dan Haji Salim supaya rapat ke kubur. Kami  terus merangkak dengan perlahan‐lahan. Berhenti merangkak bila berada di  belakang orang‐orang yang mengelilingi kubur lama itu.    Malam yang kian jauh memburu pagi itu, terasa amat dingin sekali. Pokok  kecil yang tumbuh sekitar kawasan itu nampak bergoyang disentuh angin.  Cengkerik dan katak puru terus melompat tetapi, nyamuk tidak ada yang  datang menyerang kami. Mungkin nyamuk takut dengan sinaran api yang  marak itu.    “Bukan orang sini,” bisik datuk pada Haji Salim.   

Page 1182 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Aku rasa pun begitu,” jawab Haji Salim sambil merapatkan dadanya ke tanah.    Saya menggaru cuping telinga. Saya terasa terlalu sukar untuk bernafas  dalam keadaan meniarap. Bau tanah menyucuk lubang hidung. Kalau ada  semut yang merayap di pipi, tak boleh ditampar. Semut itu harus  ditangkap dan diletakkan atas daun‐daun kering.    “Apa yang mereka buat tuk?” tanya saya pada datuk.    “Memuja kubur.”    “Tujuannya untuk apa tuk.”    “Ada bermacam‐macam, mungkin mereka mahu mencari harta karun mungkin  mereka mahu mengamalkan ilmu salah.”    “Apa yang harus kita buat tuk?”    “Menghalau mereka dari sini, mereka tak boleh dibiarkan begitu, nanti  kita yang susah. Syaitan yang dipuja tu akan ganggu kita semua.”    Saya terdiam. Tidak ada pertanyaan yang mahu saya kemukakan pada datuk.  Biji mata saya arahkan pada dua orang yang berada di tengah kubur. Saya  lihat orang yang duduk berlutut sudah berdiri. Ia mengeluarkan botol  besar dari dalam kain hitamnya. Botol itu diserahkan pada orang di 

Page 1183 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

depannya.    Bila lelaki itu mendapat botol, tanpa membuang masa botol itu diketuknya  pada batu nisan. Serpihan botol itu diambilnya dan diserahkan pada orang  yang baru bangun dari melutut itu.    “Untuk raja,” katanya.    “Terima kasih, kau pula harus melutut,” orang yang berdiri segera melutut.    Dan orang yang dipanggil sebagai raja itu menutup kembali kepalanya  dengan kain hitam.    “Apa yang aku mahu adalah darah kamu semua,” orang yang dipanggil raja  itu terus bersuara.    Ia menyerahkan kembali serpihan kaca pada orang yang berdiri. Salah  seorang daripada orang yang mengelilingi kubur lama itu bangun. Ia  meletakkan baldi kecil di depan orang yang melutut. Dengan tenang orang  yang melutut itu melukakan lengan tangan kirinya. Ia membiarkan darahnya  menitis dalam baldi. Perbuatan yang sama juga dilakukan oleh orang‐orang  yang mengelilingi kubur lama.    Bila semuanya sudah menitiskan darah dalam baldi. Orang dipanggil raja  itu terus minum darah. Bila selesai berbuat demikian, baldi itu 

Page 1184 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

diserahkan pada orang lain untuk menikmati rasa darah dalam baldi. Bila  upacara ganjil itu selesai. Darah yang masih ada dalam baldi dicurahkan  pada batu nisan. Orang‐orang yang mengelilingi kubur lama terus bertepuk  tangan.    “Makan,” kata orang yang dipanggil raja.    Semua orang yang mengelilingi kubur lama mengeluarkan daun keladi dari  celah ketiak lalu diletakkan di depan. Orang yang dipanggil raja itu  mengeluarkan sesuatu dari dalam kain hitam dan meletakkan atas daun  keladi yang tersusun di depan orang‐orang yang mengelilingi kubur lama.    “Makan,” katanya.    Orang‐orang yang mengelilingi kubur lama terus membongkok dan menyuapkan  sesuatu dari daun keladi ke mulut. Upacara itu berlangsung kira‐kira  lima minit sahaja.    “Apa lagi yang kamu mahu?” tanya orang yang dipanggil raja dan terus duduk.    Belakangnya disandarkan kepada batu nisan. Matanya menatap wajah‐wajah  orang yang mengelilingi kubur lama.    “Ilmu yang bertentangan dengan hukum agama hukum akal, tidak mengenal  belas sesama manusia,” jawab orang‐orang yang mengelilingi kubur lama 

Page 1185 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

itu serentak.    “Baik, setiap kamu yang ada di sini harus membawa lidah anak dara sunti,  kemudian bila lidah itu sudah ada di sini, aku tawarkan untuk memperdaya  semua manusia,” cukup tenang orang dipaggil raja itu memberikan jawapan.    Datuk dan Haji Salim terus diserang rasa gelisah. Mereka tahu kalau  semua orang yang mengelilingi kubur lama itu mematuhi permintaan manusia  yang dipanggil raja itu, padahnya akan menimpa gadis‐gadis sunti yang  tidak berdosa.    “Ini sudah merbahaya,” rungut datuk.    “Memang merbahaya,” jawab Haji Salim.    Saya hanya menggigit bibir. Pelik juga saya memikirkan, kenapa datuk dan  Haji Salim tidak mahu bertindak dengan segera.    Selain daripada itu, bila mereka merompak waktu malam, tubuh mereka  sukar dilihat dengan mata kasar. Penjelasan datuk itu diakui oleh Haji  Salim.    Bila semuanya sudah mengenakan kesah darah di batu nisan ke tubuh,  mereka duduk di tempat asal kembali dan terus bertepuk tangan. Orang  yang pengsan di batu nisan tidak ada siapa yang mahu ambil tahu. 

Page 1186 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Akhirnya orang itu sedar sendiri. Ia membuka kain hitam yang menutup  kepalanya. Dan wajahnya saya lihat berbeza sekali.    Kalau tadi kulitnya putih lembut dengan rambut panjang, kali ini kulit  wajahnya menjadi sawo matang dan keras, rambutnya digunting pendek macam  tentera yang baru selesai menjalani latihan, di pusat latihan tentera di  Port Dickson. Ia melangkah longlai ke tepi kubur lama lalu duduk di  situ. Saya menguap panjang sebanyak dua kali. Rasa mengantuk kian  terasa. Rasa dingin kian hebat menggigit kulit tubuh.    Tanpa diduga, Haji Salim terbatuk dengan kuat. Semua orang yang  mengelilingi kubur segera bangun. Mereka terus membakar andang daun  kelapa. Seluruh kawasan kubur terang benderang. Kain hitam yang  membungkus kepala mereka jatuhkan. Semuanya berambut pendek dengan wajah  yang bengis.    Dalam keadaan yang cemas begitu, datuk terus melompat dan berdiri tidak  jauh dari mereka.    “Maksiat,” pekik datuk. Haji Salim dan saya terus berdiri di kiri dan  kanan datuk.    Pada mulanya kumpulan berjubah hitam itu mahu menentang kedatangan kami.  Tetapi, bila mereka melihat Haji Salim melambaikan tangan ke arah hutan  tebal, seolah‐olah memanggil orang lain keluar dari hutan tebal, membuat 

Page 1187 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kumpulan itu berpandangan sama sendiri.    “Apa yang kamu buat di sini,” tanya datuk. Tiadak ada jawapan yang  diterima. Semua anggota kumpulan itu melangkah setapak ke belakang.    “Tinggalkan,” saya terdengar suara dari sebelah kanan.    Serentak dengan itu anggota kumpulan tersebut terus menghilangkan diri.  Meredah pokok‐pokok yang terdapat di sekitar kawasan tersebut.    Haji Salim terus mengejar mereka dengan harapan salah seorang daripada  mereka dapat ditangkap. Usaha Haji Salim itu gagal. Kumpulan berjubah  hitam itu cukup cekap berlari dalam gelap. Apa yang mereka bawa seperti  tempat perasap, daun kelai, baldi dan botol semuanya sempat disambat  untuk dibawa lari bersama.    Haji Salim kembali mendapatkan saya dan datuk yang berdiri di atas  kubur. Haji Salim tercungap‐cungap. Dengan pertolongan cahaya api, saya  dapat melihat peluh menitik dari muka ke atas bajunya.    “Penat,” Haji Salim merungut.    “Sepatutnya, jangan dikejar tadi,” balas datuk.    “Itulah silap saya, sekarang apa yang harus kita buat. Kalau kumpulan 

Page 1188 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

itu mengamuk, susah kita dibuatnya.”    “Bertenang, masih ada masa untuk kita berusaha.”    “Caranya?”    “Nanti kita fikirkan.”    Datuk terus menepuk bahu Haji Salim. Tanpa banyak cakap kami pun  meninggalkan kawasan tanah kubur lama itu. Seperti yang diduga, ketika  kami menyeberang sungai mahu pulang ke rumah, hujan turun dengan  lebatnya. Titik‐titik hujan yang kasar itu disertai dengan kilat dan  bunyi guruh.    Seluruh pakaian kami habis basah kuyup. Saya menggeletar dan dua kali  buang air kecil. Berjalan dalam hujan waktu malam memang menyeksakan.  Sama ada suka atau tidak saya mesti menjalaninya dengan perasaan yang  sabar.    “Singgah dulu, kita sembahyang Subuh bersama,” kata Haji Salim bila  sampai ke kawasan rumahnya.    “Tak payahlah, rumah kita pun tak jauh lagi,” datuk menolak permintaan  Haji Salim dengan tenang.   

Page 1189 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Haji Salim menuju ke rumahnya. Saya dan datuk meneruskan perjalanan.    Hari masih gelap, hujan terus gugur bersama kilat dan bunyi guruh  sambung‐menyambung. Memang dalam suasana demikian memang seronok tidur,  fikir saya. Entah apa yang datuk fikirkan ketika berjalan dalam hujan  itu, saya sendiri pun tidak tahu. Saya dan datuk pun sampai di rumah.    “Pergi mandi tukar baju basah tu,” perintah datuk.    “Baik tuk,” saya pun masuk ke bilik air. Datuk terus menuju ke perigi.  Baru dua gayung air menjirus badan, saya terdengar pintu bilik air  diketuk orang bertalu‐talu.    “Siapa tu?”    “Aku.”    “Aku tu siapa?”    “Nenek kaulah, kenapa kau mandi di rumah Tamar. Kenapa tak mandi di telaga.”    “Tuk yang suruh nek.”    “Cucu dengan datuk sama saja. Adakah patut suruh cucu mandi di rumah,”  rungut nenek. Saya tersenyum sendirian dalam bilik air. 

Page 1190 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Lepas mandi saya terus ganti pakaian. Tidak lama lagi waktu Subuh akan  tiba. Nenek melarang saya masuk ke bilik tidur. Ia tahu, kalau saya  masuk bilik tidur, sembahyang Subuh pasti tidak saya lakukan.    “Apa yang kau orang dapat di kubur lama Tamar?”    “Itu kena tanya tuk,” saya renung muka nenek. Dalam waktu yang sama  datuk masuk ke rumah. Ia berdiri di depan nenek sebentar.    “Awak nak tahu apa kami dapat di kubur lama?”    “Apa dia?”    “Jumpa orang buat kerja maksiat.”    “Kerja maksiat.”    “Ya.”    Datuk pun masuk ke ruang tengah. Tiba‐tiba terdengar suara datuk  menjerit. Saya dan nenek menerpa ke ruang tengah. Saya lihat datuk  membongkok mengambil sesuatu dan mencampakkan ke luar ikut tingkap.    “Apa dia tuk?” 

Page 1191 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Daging orang dalam daun keladi, aku campakkan ke tanah.”    “Kenapa tuk tak tanam.”    “Ah, tak usah banyak tanya,” suara datuk keras.    Kerana azan Subuh sudah kedengaran, saya dan datuk meneruskan sembahyang  Subuh. Lepas sembahyang saya ikut datuk bersenam. Hujan masih lagi  turun, tetapi tidak selebat tadi. Pagi itu, datuk tidak mandi embun.    Lebih kurang pukul sembilan pagi, hujan berhenti terus. Matahari kembali  bersinar. Datuk dan saya berehat di anjung rumah. Dari jauh kelihatan  bayang seorang lelaki berbaju putih berseluar hitam datang ke arah kami.  Langkahnya cukup laju. Sampai di halaman ia terus memberi salam. Datuk  membalasnya dengan penuh hormat.    “Silakan naik,” pelawa datuk. Orang itu tidak menjawab. Ia terus  mengurut‐urut janggut sejemput di bawah dagu.    Satu hal yang pasti, orang itu tidak berani menentang mata datuk. Setiap  kali datuk merenung matanya ia segera mengalihkan pandangannya ke arah  lain.    “Rasanya kita pernah berjumpa tapi, di mana saya tak ingat,” datuk 

Page 1192 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

bersuara dengan nada riang.    Belum pun selesai datuk berkata‐kata. Orang itu memalingkan mukanya ke  kiri dan terus melangkah tanpa mahu menoleh lagi ke rumah datuk.  Akhirnya, hilang dalam sinar matahari yang kian garang. Datuk termenung  sejenak. Dahinya kelihatan berkerut macam mengingati sesuatu. Datuk  menumbuk lantai sambil berkata:    “Aku ingat.”    “Apa yang tuk ingat.”    “Orang itu pernah datang jumpa aku di rumah ni waktu malam, masa itu ia  memakai jubah sambil membilang tasbih,”    “Siapa orangnya tuk?”    “Namanya aku tak tahu, tapi ia pernah memberi amaran pada aku kerana  menolong perempuan yang aku jadikan anak angkat.”    Saya anggukkan kepala. Wajah Sariyah dan ibunya terbayang di ruang mata  saya. Sudah lama mereka tidak datang menemui datuk. Rasa kesal terus  juga bermain di hati saya. Kenapa datuk mesti menerima akibatnya setelah  melakukan sesuatu yang bertujuan untuk kebaikan.   

Page 1193 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Saya segera menggigit bibir bawah. Rasa geram terus meluap‐luap di dalam  dada. Kalau diturutkan kata hati, mahu rasanya saya membawa kayu dan  memukul batang leher lelaki jahanam itu.    Dalam saya berperang dengan perasaan itu cara mendadak Haji Salim  datang. Ia membawa sebilah keris. Datuk mengajak ia naik. Haji Salim  menolak.    “Ada apa hajat?” tanya datuk.    “Nak mengajak pergi ke kubur lama.”    “Apa pula sebabnya?”    “Hati saya berkata‐kata tak puas rasanya kalau tak melihat apa yang  ditinggalkan oleh orang‐orang maksiat itu.”    “Kalau begitu, eloklah kita pergi.”    Datuk pun turun. Saya juga ikut turun. Tanpa memberitahu nenek datuk  terus menuju ke kawasan kubur lama. Kerana hujan lebat pada sebelah  malam, kesan air hujan masih terasa di daun kayu dan bumi pun agak  lembap sepanjang perjalanan menuju ke tempat tersebut.    Biasanya, air sungai tidak naik. Tetapi, pagi itu air sungai naik 

Page 1194 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kira‐kira dua kaki. Airnya pula mengalir keruh. Kami terpaksa meranduk  air yang keruh itu. Tidak banyak perkara yang datuk bualkan sepanjang  perjalanan itu. Ia asyik membaca sesuatu. Sebabnya saya bernai berkata  begitu, sepanjang perjalanan itu mulut datuk sentiasa bergerak‐gerak  sahaja.    Setelah melawan arus sungai, kami pun sampai ke seberang dan terus  memanjat tebing. Dari situ bergerak menuju ke kubur lama. Apa yang saya  lihat di situ ialah puntung‐puntung kayu dan abu yang lembap. Kesan  darah di batu nisan sudah tidak kelihatan lagi. Semuanya hilang kena air  hujan.    Datuk dan Haji Salim terus memeriksa seluruh kawasan kubur lama. Mereka  terjumpa dengan serpihan tembikar tempat perasap serta beberapa ketul  kemenyan yang bertaburan. Haji Salim mengambil ketul kemenyan itu.  Ditelitinya sebentar, kemudian dicampakkan dalam semak.    “Kita balik saja,” saya terdengar suara datuk.    “Ya, tak ada guna membuang masa di sini,” sahut Haji Salim.    Kami pun melangkah meninggalkan kawasan kubur lama. Bila sampai dekat  sungai kami terdengar suara orang perempuan memanggil nama Haji Salim  dan datuk bertalu‐talu. Datuk dan Haji Salim buat tidak kisah dengan  panggilan itu. 

Page 1195 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Jangan dijawab,” datuk mengingatkan saya.    “Kenapa tuk.”    “Itu suara syaitan.”    “Suara syaitan,” ulang saya sambil meraba pangkal tengkuk.    GANGGU PENDUDUK    Sudah seminggu lebih penduduk kampung Mandi Upih didakap keresahan.  Setiap senja dan Subuh rumah mereka didatangi orang‐orang berjubah hitam  yang tidak dikenali.    Orang‐orang yang berjubah hitam itu mengetuk pintu, terutama waktu  sembahyang Maghrib. Kalau pintu tidak dibuka ketukannya terus  berlanjutan. Kalau dibiarkan papan pintu akan pecah. Bila dibuka, orang  yang membuka hanya melihat belakang manusia berjubah hitam dalam tempoh  beberapa saat sahaja. Kemudian orang berjubah hitam itu terus hilang.    Kalau yang membuka pintu itu orang lelaki. Ia tidak melihat manusia  berjubah hitam tetapi, ia akan melihat wanita cantik memakai pakaian  serba kuning dengan wajah yang menawan. Kalau direnung lama‐lama, wajah  yang menawan itu akan bertukar menjadi hodoh. Gigi yang putih menjadi 

Page 1196 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

merah , macam darah. Kiri kanan gigi akan tumbuh siung. Hidung yang  mancung jadi berlubang dengan beberapa ekor ulat, begitu juga dengan  biji mata. Sebelum menghilangkan diri perempuan itu akan ketawa. Dari  mulutnya akan keluar bau yang amat busuk. Tidak ubah macam bau bangkai.    Malang bagi orang luar atau saudara mara yang datang ke rumah saudara  mara di kampung itu waktu Maghrib. Mereka terpaksa membaca ayat fatihah  dan ayat ‘Qulhuallah’ serta dua kalimah syahadat dengan lantang. Bila  pembacaan itu betul dan lancar, baru saudara atau adik‐adik membuka  pintu dan mempersilakan masuk. Kalau tidak boleh membaca anak sendiri  pun tidak akan dibuka pintu. Mereka berbuat demikian, kerana mematuhi  nasihat dari Haji Salim.    Akibat dari undang‐undang yang tidak bertulis, kanak‐kanak yang belum ke  sekolah sudah lancar membaca ayat‐ayat tersebut. Kesannya memang baik.  Sejak undang‐undang itu dilancarkan, orang‐orang jubah hitam mula  berkurangan mengacau para penduduk di situ waktu Maghrib.    Meskipun kegiatan kumpulan jubah hitam itu berkurangan. Tetapi, datuk  tidak puas hati. Ia mahu menghancurkan dan melenyapkan kumpulan itu dari  mengacau para penduduk. Jadi, tidaklah menghairankan kalau ada setiap  masa datuk berusaha dengan pelbagai cara untuk menghancurkan kumpulan itu.    Hari itu, seorang lelaki mengunjungi rumah datuk. Tetamu yang jadi  kenalan baik Haji Salim itu dipersilakan masuk ke rumah. Ia ditemani 

Page 1197 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

oleh Haji Salim.    “Apa hajatnya,” soal datuk.    Teman Haji Salim yang berasal dari Kampung Matang Aceh itu tunduk  merenung lantai. Kemudian ia mengangkat mukanya perlahan‐lahan merenung  muka datuk dan Haji Salim.    “Silakan,” gesa Haji Salim.    “Saya disuruh oleh Ketua Kampung Matang Aceh menemui awak.”    “Sebabnya.”    “Ada anak dara sunti di kampung mati dicekik orang waktu senja dan  lidahnya dipotong,” kata teman Haji Salim.    “Dah repot pada polis.”    “Sudah.”    “Bila perkara itu terjadi.”    “Dua hari yang lalu.”   

Page 1198 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Jumpa saya nak buat apa?”    “Minta ikhtiar supaya perkara macam itu jangan berulang lagi.”    Datuk menarik nafas panjang. Datuk renung muka Haji Salim. Mereka  berbalas senyum, macam ada sesuatu rahsia besar yang tersembunyi dalam  pancaran senyuman mereka.    “Baliklah, jaga kampung,” nasihat datuk.    Teman Haji Salim minta diri dan pulang. Haji Salim cuma menghantarnya  hingga ke kaki tangga sahaja. Kemudian ia naik ke rumah datuk kembali.  Datuk di anjung.    “Saya yakin, perbuatan itu dilakukan oleh orang yang kita lihat di kubur  lama,” Haji Salim meluahkan perasaannya. Datuk anggukkan kepala. Lama  juga datuk dan Haji Salim bertukar‐tukar fikiran dan pendapat.    Akhirnya, mereka meninggalkan rumah untuk pergi ke surau untuk  menunaikan sembahyang Asar. Lepas sembahyang Asar, datuk tidak pulang ke  rumah. Ia singgah di rumah Haji Salim. Haji Salim membawa datuk melawat  ke bahagian tempat ia menempah keris.    Datuk terkejut besar, bila ia melihat beberapa bilah lembing yang di  bahagian hujung matanya terlekat buah limau nipis manakala ulu lembing 

Page 1199 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dilumur dengan tanah liat yang berwarna kuning.    “Buat apa ni Haji?”    “Ini caranya membunuh orang yang tidak makan besi tajam.”    “Kenapa kita mesti membunuh, kalau kumpulan jubah hitam itu berniat  jahat, jawabnya mata lembinglah.”    Datuk ketawa mendengar cakap Haji Salim. Sebenarnya, ia juga ada petua  tersendiri bagi mengalahkan orang yang tidak mampan oleh peluru dan  senjata tajam. Petua yang diamalkan itu mesti diiringi dengan pembacaan  ayat‐ayat suci. Hal itu tidak pula dinyatakan oleh datuk pada Haji Salim.    “Aku yakin, orang‐orang itu tak payah dicari, mereka akan datang mencari  kita. Aku rasa orang itu ada dekat kita.,” ujar datuk lagi. Haji Salim  renung kiri kanan, macam mencari sesuatu. Ia tidak nampak ada manusia di  situ, selain diri saya, datuk dan dirinya.    “Awak bergurau.”    “Tidak, saya yakin orang itu ada di sini,” selesai sahaja datuk  bercakap, ulu lembing yang tersusun itu terangkat sendiri macam ada  orang yang mengangkatnya.   

Page 1200 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Ulu lembing itu tersusun kembali seperti asal, ketika itu juga Haji  Salim terlihat bayang‐bayang manusia melintas di depannya.    “Awak menggunakan pancaindera yang keenam,” kata Haji Salim.    “Tidak, saya menggunakan gerak rasa dan hati. Sejak masuk tadi saya  terasa ada orang bersembunyi di sini, tapi sukat untuk dilihat,” jelas  datuk.    Haji Salim tersenyum lalu menepuk pangkal lengan kanan datuk.    “Kebolehan yang ada pada awak dan pada saya kita satukan untuk menentang  perkara jahat.”        SBDJ (Jilid 04) Siri 65: Darah Dalam Mulut Gadis    Haji Salim menggigit bibir. Matanya merenung wajah saya dan datuk  sebentar. Ia menarik nafas panjang sambil menepuk pangkal lengan datuk.    “Bagaimana kalau kebolehan yang ada pada awak dan saya disatukan untuk  menentang perkara jahat.”    “Saya juga terfikir ke arah itu tapi…,” datuk tidak meneruskan  kata‐katanya. Saya lihat datuk kerutkan kening macam ada sesuatu masalah  besar yang bermain dalam kepala. 

Page 1201 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Apa masalah yang awak fikirkan?” mendadak Haji Salim mengajukan  pertanyaan.    “Dari mana harus kita mulakan kerja ni, inilah yang saya fikirkan.”    “Mudah saja.”    “Mudah macam mana?”…    “Kita tahu, ada orang yang memuja syaitan dan syaitan yang dipuja tu  mula bergerak dan kita harus menentangnya.”    “Banyak persediaan yang mesti kita adakan Haji.”    “Kita adakan,” tingkah Haji Salim tenang.    Datuk meraba pangkal leher berkali‐kali. Sinar matahari petang yang  lembut masuk ke ruang tempat kami duduk melalui jendela yang terbuka.  Haji Salim terus memicit ibu jari kanan perlahan‐lahan.    Datuk bangun dan berdiri di muka jendela, melihat beberapa ekor burung  gagak yang terbang rendah sambil berbunyi. Haji Salim juga bangun  mengambil sebilah keris. Mata keris itu dilurutnya dengan limau nipis.  Air limau menitis atas kain pelekat yang dipakai. 

Page 1202 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Aduh,” jerit saya sekuat hati.    Cara tiba‐tiba saya terasa batang leher ditekan oleh sepasang tangan  yang kasar dan berbulu tebal. Makin kuat saya bergerak, makin kejap  tangan berbulu itu menekan leher membuat saya susah bernafas.    Datuk dan Haji Salim segera menghampiri saya. Aneh, bila mereka berada  dekat saya, tangan kasar yang berbulu, melepaskan leher saya. Semua yang  berada di ruang itu bergerak dengan sendiri. Lembing yang tersusun di  atas tempatnya bergerak lagi, macam dilanggar sesuatu.    “Benda sial tu, masih ada lagi di sini,” nada suara datuk meninggi.  Matanya, merenung ke setiap penjuru ruang. Haji Salim terus menghampiri  saya, melihat bahagian tengkuk saya yang disentuh oleh tangan ghaib.    “Leher cucu kamu lebam dan bercalar,” Haji Salim memberitahu datuk  dengan wajah yang sedikit cemas.    “Tak apa, benda tu mencabar kita,” balas datuk.    “Kalau selalu dicabar, padahnya kita yang menanggung,” rungut Haji Salim  penuh kesal.    Haji Salim terus mengurut tengkuk saya. Rasa sakit dan sengal terus 

Page 1203 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

berkurangan. Saya dapat menggerakkan leher saya ke kiri dan ke kanan  dengan aman. Rasa pedih dari kesan tercalar itu masih dapat saya  rasakan. Datuk dan Haji Salim kembali di tempat asal.    Benda‐benda yang berada di ruang tersebut terus bergerak. Datuk dan Haji  Salim tidak ambil kisah dengan semuanya itu, seolah‐olah tidak ada apa  yang berlaku di situ. Mereka terus merancang untuk melakukan sesuatu.    “Huuuupppp…,” jerit Haji Salim sambil melompat. Seekor belalang kunyit  yang besar hinggap di pangkal lengan Haji Salim. Mata belalang itu  kelihatan bersinar‐sinar merenung ke arah datuk dan saya.    Haji Salim cuba menangkap belalang tersebut. Usahanya tidak berjaya,  setiap kali ia cuba mengangkat tangan, belalang itu terbang ke tempat  lain. Bila Haji Salim diam, belalang itu datang padanya. Hinggap di mana  suka. Ada masanya di pangkal hidung, di telinga atau di kening. Tindak  tanduk belalang kunyit itu memang tidak menyenangkan Haji Salim. Ia jadi  marah.    “Belalang sial,” jerit Haji Salim bila belalang kunyit itu hinggap di  cuping telinganya untuk kali yang kelima. Ia bangun dan terus mengambil  batang penyapu.    Belalang itu terbang ke arah dinding dan hinggap di situ. Haji Salim  angkat penyapu dan hayun ke dinding. Belum pun sempat penyapu menjamah 

Page 1204 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dinding, belalang itu terus terbang dan hinggap di batang hidungnya.  Marah Haji Salim kian menjadi‐jadi, mukanya kelihatan kemerah‐merahan,  sinar matanya nampak garang sekali.    “Sudah, jangan dilawan nanti awak penat sendiri,” kata datuk.    “Sial betul.”    “Ada cara menghalaunya, ambilkan saya sebiji cili kering, sebiji bawang  besar dan limau nipis,” kata datuk dengan tenang.    “Nak buat apa?”    “Saya nak menumis sambal belalang kunyit?”    “Ah…,” Haji Salim terkejut. Wajah datuk direnungnya tepat. Ia mahu  mempastikan apakah datuk bercakap benar atau sekadar untuk bergurau senda.    “Kau bergurau dalam masa orang cemas begini?”    “Tidak,” datuk bangun menuju ke ruang dapur. Tiba‐tiba belalang yang  terbang ke sana ke mari dalam ruang, terus menghilang tanpa dapat dikesan.    “Dah hilang,” kata saya. Langkah datuk terus mati. Haji Salim letakkan  penyapu atas pelantar. Kami merenung ke setiap sudut tidak bergerak 

Page 1205 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

lagi. Suasana terasa sepi sekali.    “Aku harap dia keluar terus dari sini,” keluh datuk lalu melangkah dan  berdiri di muka jendela. Melihat langit petang yang cerah, beberapa ekor  burung gagak kelihatan terbang dengan bebas sambil berbunyi.    “Biar kami balik dulu,” kata datuk. Saya pun segera bangun mengikut  langkah datuk menuju ke muka pintu.    “Boleh saya gunakan petua awak untuk menghalau belalang tu, kalau‐kalau  ia datang lagi,” Haji Salim berlari mendapatkan datuk. Saya lihat datuk  tersenyum.    “Boleh, saya dapat petua tu dari orang tua‐tua yang terdahulu. Kata  mereka itulah petua menghalau hantu syaitan seperti pelesit dan  jembalana,” terang datuk dengan tenang. Haji Salim anggukkan kepala.    PULANG    Saya dan datuk meninggalkan rumah Haji Salim. Matahari terus beransur  condong. Burung‐burung gagak berkeliaran melompat dari dahan ke dahan  sambil berbunyi dalam nada suara yang nyaring. Lebih kurang dua puluh  langkah kaki melangkah, saya menoleh ke arah rumah Haji Salim. Saya  lihat Haji Salim masih tercegat di muka pintu, melambai‐lambaikan tangan  ke arah saya dan datuk. 

Page 1206 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Ada masanya petua orang tua‐tua tu boleh dipakai, kau sendiri tengok.  Lepas aku cakap begitu belalang tu terus ghaib entah ke mana,” beritahu  datuk kepada saya. Macam selalu, bila datuk berkata demikian, saya cuma  anggukkan kepala sahaja.    Kira‐kira sepuluh minit perjalanan, akhirnya saya dan datuk sampai ke  rumah. Saya terus menuju ke bilik dapur. Saya lihat nenek sedang duduk  memilih antah beras. Tanpa membuang masa, saya terus duduk di sisi nenek  dan terus membantunya memilih antah beras.    Saya mampu bertahan di sisi nenek cuma kira‐kira lima minit sahaja.  Memilih antah beras memang membosankan dan tidak layak untuk dikerjakan  oleh orang lelaki. Saya terus bangun untuk pergi ke ruang anjung rumah.  Baru mahu melangkah nenek terus bersuara.    “Kau dan datuk singgah di mana? Hingga lambat balik. Air kopi yang  disediakan semuanya sudah sejuk.”    “Singgah rumah Haji Salim,” sahut datuk dari atas.    Saya senyum memandang ke arah nenek. Saya lihat nenek tersenyum. Saya  terus masuk ruang anjung. Tukar baju dan seluar.Saya ambil gasing dan  tali di bawah meja. Kemudian melompat ke halaman rumah. Hasrat hati saya  mahu pergi mencari kawan untuk diajak main gasing. 

Page 1207 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Tamar.”    “Ya tuk.”    “Kau mahu main gasing dengan kawan‐kawan.”    “Ya tuk.”    “Jangan main lama‐lama, dekat Maghrib mesti balik. Aku tak mahu kau  merayau ke mana‐mana. Keadaan tidak begitu aman.”    “Saya pergi main kejap aje tuk.”    “Pergilah.”    “Baik tuk,” saya terus melompat keriangan. Kemudian terus berlari menuju  ke rumah beberapa orang kawan. Menjelang waktu Maghrib baru saya pulang.  Tetapi kepulangan saya, tidak segembira waktu saya pergi tadi.    Gasing kesayangan saya terbelah dua dipangkah oleh kawan. Mahu menangis  rasanya, melihat gasing yang dibuat dari batang limau terkopak dua dan  pakunya tercabut lalu hilang.    “Esok aku buat yang baru,” kata saya menghiburkan hati. 

Page 1208 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  MENETAP    Sudah dua hari Haji Salim tidak datang ke rumah. Sudah dua hari  orang‐orang kampung terhindar dari gangguan perkara‐perkara yang ganjil.  Semuanya berada dalam keadaan aman.    Selama dua hari juga, datuk tidak membincangkan perkara kubur lama di  hujung kampung dengan nenek atau saya. Datuk lebih banyak membisu dan  membuat amalan pada waktu malam. Pada sebelah siangnya, datuk banyak  menghabiskan dengan membuat lukah atau memburu ayam hutan.    Berdasarkan pada tindak tanduknya itu, saya menganggap datuk dan Haji  Salim telah berjaya membanteras perbuatan terkutuk itu dengan cara  kebatinan. Kalaulah anggapan saya itu benar, saya memang gembira.    Dua minggu kemudian, kira‐kira pukul sepuluh malam, Haji Salim datang ke  rumah datuk dengan membawa sundang. Datuk yang sedang membaca surah  Yasin terkejut dengan kedatangan Haji Salim.    “Bukankah sudah saya pesan, kita tak boleh berpandangan muka, bertegur  selama tiga minggu. Apa awak sudah lupa. Kalau macam ini awak, usaha  kita akan jadi sia‐sia, kita buat perkara bodoh,” suara datuk keras.  Pertama kali saya lihat datuk bersikap kasar terhadap Haji Salim.   

Page 1209 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Datuk berdiri di muka pintu tanpa mahu menjemput Haji Salim naik ke  anjung. Andang daun kelapa yang dibawah oleh Haji Salim menerangi  sebahagian daripada halaman rumah. Cahaya andang itu juga menjalar  hingga ke ruang anjung.    “Maafkan saya, saya ada masalah besar,” tambah Haji Salim yang memakai  kain pelekat petak besar, berbaju putih tebal yang sudah bertukar warna  menjadi agak kekuning‐kuningan, bersongkok putih yang tepinya sudah  bertahi lalat.    “Apa masalahnya?”    “Cucu saudara saya, hilang.”    “Lelaki ke perempuan.”    “Perempuan, baru anak dara sunti.”    “Haaa…,” datuk mengeluh. Wajahnya mula resah. Kemarahan yang merajai  wajahnya sebentar tadi terus hilang.    “Sudah dicari ke belum?” tanya datuk.    “Saya sudah puas mencarinya, bila tak terdaya baru saya jumpa awak. Saya  ingat pesan yang awak buat pada saya dulu, saya terpaksa melanggarnya. 

Page 1210 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Saya sudah terpaksa.”    “Sudah terpaksa tak apalah,” suara datuk terus lembut.    Datuk terus menjemput Haji Salim naik ke anjung. Jemputan datuk itu  segera ditunaikan. Andang daun kelapa dipadam dan disandarkan pada  pangkal tiang. Tanpa dijemput saya datang ke anjung. Duduk bersimpuh  dekat datuk.    “Kita pergi ke kubur lama,” Haji Salim mengemukakan cadangan.    “Jangan terburu‐buru, kita cari,” balas datuk.    “Di mana kita nak cari, sudah puas mencarinya. Saya dah putus asa.  Sudahlah cucu saudara saya tu tak ada ayah, ada emak lumpuh pula, entah  apalah nasibnya,” Haji Salim tunduk merenung lantai.    Saya jadi hiba. Badan saya terasa sejuk dijamah angin malam yang membawa  suara katak dan cengkerik bersahut‐sahutan. Bunyi burung hantu di hujung  dahan jelas kedengaran.    “Jangan putus asa, mari kita ikhtiar untuk kali terakhir kumpulkan  orang‐orang kampung,” datuk renung muka Haji Salim.    “Orang‐orang kampung tunggu dekat dewan sementara menanti awak datang. 

Page 1211 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Saya tahu ini semua kerja orang yang memuja kubur, mereka dendam dengan  saya,” keluh Haji Salim.    “Sudahlah tu, mari kita ke dewan,” datuk terus bangun meninggalkan ruang  anjung.    Haji Salim juga berbuat demikian. Sampai di halaman, Haji Salim  menghidupkan api andang daun kelapa. Datuk terus menyuluh ke kiri dan ke  kanan dengan lampu picit. Saya masih lagi berdiri di anjung rumah. Tidak  tahu apa yang harus saya lakukan. Apakah saya harus mengikuti mereka  atau tinggal bersama nenek di rumah.    “Kau jangan ikut Tamar,” kata nenek.    “Ha….saya nak ikut,” saya terus melompat, memburu datuk dan Haji Salim  yang berada dalam jarak 30 kaki dari saya.    Datuk dan Haji Salim tidak menoleh ke arah saya, mereka terus melangkah  dengan rancak. Walau bagaimanapun, mereka tahu saya mengikuti mereka di  belakang.    Cahaya obor daun kelapa Haji Salim terus menerangi permukaan jalan,  bunga‐bunga api dari obor daun kelapa berterbangan di udara ditolak  angin malam. Siulan cengkerik dan bunyi katak tidak pernah putus.   

Page 1212 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Kami sampai ke dewan, terdapat kira‐kira antara enam hingga sepuluh  orang kampung yang duduk bertenggek pada bibir simen dan semuanya saya  kenal. Beberapa dari mereka menyedut rokok daun bertembakau jawa. Bau  asap dari rokok daun bertembakau jawa itu membuat nyamuk tidak berani  dekat pada orang‐orang kampung yang ada di situ.    “Kau Daud, duduk dekat rumah budak tu, kau tentu tahu waktu bila budak  itu hilang,” datuk mengajukan pertanyaan pada seorang lelaki yang  berbadan kurus.    “Budak perempuan tu memang selalu mandi di sungai waktu Maghrib nak  tiba, saya sudah tegur tapi dia tak peduli.”    “Bukan itu, aku nak tahu waktu bila ia hilang Daud.”    “Begini, petang tadi saya nampak dia ke sungai. Maghrib dia tak balik,  emaknya menangis dan suruh saya mencarinya.”    “Kau pergi cari?”    “Saya cari tapi tak jumpa, saya minta tolong jiran lain. Semuanya  sia‐sia. Kemudian baru saya beritahu Haji Salim,” Daud berhenti  bercakap. Wajahnya sedih.    Dan orang‐orang kampung yang ada di situ mengakui keterangan Daud itu. 

Page 1213 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Mereka terlibat dalam usaha mencari gadis sunti yang hilang itu. Mereka  juga memberitahu datuk, mustahil gadis sunti itu dihanyutkan oleh arus  sungai kerana air sungai begitu cetek sekali. Mahu dikatakan gadis itu  dilarikan oleh orang jahat juga tidak masuk di akal. Belum ada orang  jahat yang muncul di kampung.    “Ah, semuanya ni perbuatan orang yang memuja kubur,” tiba‐tiba Haji  Salim bersuara lantang dan bersedia untuk mengeluarkan beberapa ungkapan  lagi.    “Sudah haji, dalam sesuatu hal kalau kita terlalu menurut perasaan akan  membawa padah buruk pada diri kita,” tingkah datuk. Orang‐orang kampung  yang ada di situ anggukkan kepala, seolah‐olah setuju dengan apa yang  datuk katakan itu.    “Begini saja, kita cari malam ni juga,” datuk mengemukakan cadangan.    Ternyata tidak semua orang‐orang kampung yang ada di situ mahu menerima  cadangan datuk.    “Siapa mahu ikut saya,” tanya datuk lagi. Cuma tiga orang sahaja yang  mengangkat tangan tanda setuju, manakala yang lain tidak mengangkat  tangan termasuklah Daud, jiran terdekat keluarga gadis sunti yang hilang.    “Kenapa Daud?” soal Haji Salim. 

Page 1214 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Kerja sia‐sia. Susah mencari orang hilang waktu malam. Kami dah buat  tadi,” sahut Daud.    “Habis apa yang patut kita lakukan?” Soal Haji Salim.    “Kita cari siang esok, lagi mudah.”    “Tak apalah, siapa yang tak mahu boleh pulang. Siapa yang mahu ikut,  bersedia,” datuk mengeluarkan arahan. Kumpulan Daud terus meninggalkan  kawasan dewan.    Bila saya hitung, ternyata cuma tiga orang sahaja orang kampung yang  mahu menyertai kami. Dicampur dengan diri saya, datuk dan Haji Salim,  jumlah kami menjadi enam orang sahaja.    “Kita pecahkan enam orang ni, menjadi tiga kumpulan. Tamar ikut Borhan,  Salleh ikut Haji Salim, Hassan ikut saya.” Datuk mula mengatur gerakan.  Saya segera berdiri di belakang Borhan yang sudah pun menyalakan obor  daun kelapa.    “Saya yakin dengan pertolonga Allah yang Maha Besar, budak perempuan  yang hilang tu akan kita jumpa juga,” kata datuk lalu mengajak kami  pergi ke tebing sungai.   

Page 1215 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Ia menyuruh kami mencari kesan‐kesan yang ditinggalkan oleh budak  perempuan yang hilang itu.    Seluruh kawasan tempat gadis sunti mandi, habis kami jajahi. Pokok  besar, pokok kecil semuanya kena pijak dan diselongkar. Tidak ada  sesuatu kesan pun yang dapat kami temui.  Haji Salim cacakkan andang daun kelapa ke tanah. Ia terus duduk di atas  sebatang pokok yang tumbang. Langit waktu itu kelihatan cerah. Gumpalan  awan putih bergerak perlahan‐lahan arah barat daya. Bulan yang sedang  mengecil terus dipagar oleh bintang‐bintang yang sedang mengerdip. Embun  malam terasa menjamah rambut.    “Begini, Tamar dan Borhan cari sebelah sana, terus hingga sampai ke kaki  bukit. Haji Salim sama Salleh dari sebelah sini hingga ke hilir sungai.  Saya sama Hassan cari dari seberang sungai hingga sampai ke kawasan  bendang,” datuk mengeluarkan aturcara dari pertimbangan akal fikirannya.  Tidak ada bantahan. Semuanya berpecah mengikut arahan yang ditetap.    Saya jadi gementar, usia Borhan dengan saya jaraknya antara lima dan  enam tahun sahaja. Tidak ada pengalaman. Dan orang‐orang yang mengikut  datuk dan Haji Salim lebih beruntung lagi. Datuk dan Haji Salim orang  tua yang banyak pengalaman, tidak mudah gementar bila berhadapan dengan  kecemasan.    Saya dan Borhan bertengkar kecil, masing‐masing tidak mahu jadi kepala. 

Page 1216 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Borhan mahu saya jadi kepala, sedangkan saya keberatan kerana itu  merupakan tugas yang berat. Akhirnya Borhan mengalah.    “Tak apa, kalau kau tak mahu apa boleh buat, marilah,” Borhan terus  meredah hutan kecil.    Saya tersenyum tetapi, saya ditugaskan untuk membawa obor daun kelapa.  Kami terus meredah hutan.    Angin malam yang bertiup membuat badan saya terasa amat dingin. Beberapa  batang ranting kering dan daun kering berjatuhan ke bumi akibat dirempuh  angin. Bunyi katak dan cengkerik terus rancak kedengaran di samping  bunyi tolongan anjing liar yang ditingkah oleh bunyi kelawar yang  terbang malam mencari makanan.    Semua lubang, semua perdu pokok dan rimbunan lalang kami jenguk.  Beberapa ekor katak dan belalang berlompatan, bagaikan marah kerana  tempat mereka diganggu. Sesekali, kaki saya terpijak lopak. Dedaun yang  saya langgar merempuh batang leher lalu, menjatuhkan air embun yang  lekat di hujungnya pada kulit tengkuk. Terasa cukup sejuk.    Tiba‐tiba saya tersepakkan sesuatu yang lembut dalam rumpun lalang. Bila  saya bergerak, terasa benda lembut itu memaut pergelangan kaki saya.  Benda lembut sejuk itu merayap hingga ke buah betis saya.   

Page 1217 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Dada saya berdebar, badan terasa seram sejuk. Lolongan anjung kian jelas  kedengaran. Suara cengkerik dan katak kian bertambah rancak. Angin terus  menggugurkan ranting‐ranting kering yang bunyinya amat menakutkan.    “Kenapa berdiri di situ Tamar.”    “Ada…,” saya tidak dapat meneruskan kata‐kata. Badan saya terus  menggeletar. Malam yang dingin terasa panas hingga memercikkan  peluh‐peluh halus di dahi.    “Kenapa muka kamu pucat Tamar?”    “Ahhh..Ahhh ada…,” mulut saya terus terlopong. Benda lembut sejuk itu  terus meraba buah betis saya.    Melihat saya dalam keadaan yang cemas itu, Borhan menghampiri saya dan  terus merampas obor dari tangan saya. Ia terus menyuluh ke arah rumpun  lalang. Biji mata Borhan terbeliak. Tangannya terus menggeletar dan obor  terus bergerak tidak tentu arah menurut getaran tangannya.    “Mayat Tamar,” suara Borhan separuh menjerit. Mukanya kelihatan berubah.  Mujurlah, rasa cemas itu sekejap saja menguasai dirinya. Beberapa minit  kemudian, ia kembali tenang. Ia menarik tangan saya dari rumpun lalang.  Saya angkat kaki kanan tetapi tidak berdaya. Kaki saya bagaikan ditarik  oleh sesuatu. Jari‐jemari manusia saya rasa mula merayap dari buah betis 

Page 1218 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

menurun ke buku lali.    “Mayat pegang aku Borhan.”    “Nanti aku lepaskan.”    Borhan pacakkan atas bumi. Dari cahaya obor itu saya melihat mayat  seorang gadis terlentang. Biji matanya terbeliak, mulutnya ternganga,  penuh dengan darah beku. Rambutnya mengerbang.    Perkara yang benar‐benar mencemaskan perasaan saya bila saya melihat  jari jemari mayat itu memaut pergelangan kaki saya. Macam diarahkan oleh  sesuatu untuk berbuat demikian. Dengan ekor mata saya menjeling ke arah  jari‐jemari mayat dan kaki kanan saya.    Rupa‐rupanya telapak kaki kanan saya memijak pangkal lengan mayat itu.  Tidak hairanlah bila saya menggerakkan kaki, tangan dan jari‐jemarinya  turut sama bergerak. Biji matanya yang terbeliak dengan rambut yang  terhurai pada mayat tersebut memang menakutkan.    Saya rasa matanya bagaikan melihat diri saya hingga ke jantung hati.  Kakinya terkangkang keras. Kain batik lusuh yang dipakainya terselak  hingga ke pangkal paha dan baju kebayangan pula terkoyak di bahagian  dada. Saya kira ada perlawanan antara orang yang menyerang dengan  mangsanya. 

Page 1219 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Borhan terus menatap mayat itu. Tanpa diduga, Borhan menutup kedua belah  matanya dengan telapak tangan.    “Mayat tu bergerak,” katanya.    “Bergerak,” pekik saya lalu membuka langkah seribu.    Habis pokok besar dan kecil saya redah, tidak terasa sakit walau sedikit  pun. Melihat saya lari, Borhan juga ikut lari lintang pukang di malam  yang gelap melanggar apa sahaja yang menghalang.    Anehnya, kami sampai serentak ke tempat mula datang tadi. Kami tidak  dapat berkata apa‐apa, cuma tercungap‐cungap macam ikan kekurangan air.    Tidak sampai lima minit kami berada di situ Haji Salim, Hassan, Salleh  dan datuk pun tiba. Mereka tercengang melihat kami tercungap‐cungap  dengan wajah yang pucat.    “Ada orang jumpa?” tanya datuk.    “Adaa…,” jawab Borhan sambil menyandarkan badannya pada saya. Tiba‐tiba  ia terus rebah. Haji Salim terus mendekatinya.    “Pengsan,” kata Haji Salim. 

Page 1220 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Semua yang ada di situ segera memberi pertolongan pada Borhan. Akhirnya,  Borhan pulih dari pengsan. Datuk memberikan rawatan dengan secukupnya  pada Borhan. Mukanya yang pucat lesi, kembali merah.    “Apa yang kau jumpa Borhan?” Datuk terus menyoal Borhan. Tangan datuk  terus memicit setiap sendi tubuh Borhan. Air embun yang gugur terus  menyentuh rambut kami. Dua tiga orang menguap panjang.    “Cucu saudara Haji Salim, si Timah sudah mati,” suara Borhan lemah. Haji  Salim terus termenung panjang. Matanya merenung pokok‐pokok hutan yang  tegak kaki di malam yang dingin.    Lolongan anjing sudah tidak kedengaran lagi. Diganti dengan suara burung  hantu dan jampuk. Bunyi katak dan cengkerik tetap hebat macam tadi.    Datuk dan Haji Salim mengadakan rundingan. Kemudian datuk minta saya dan  Borhan menunjukkan rumpun lalang tempat mayat itu dijumpai. Kali ini  saya jadi kepala jalan. Saya tidak merasa takut atau gentar kerana ada  datuk dan Haji Salim.    Kami sampai ke rumpun lalang. Haji Salim terus mengangkat tubuh cucu  saudaranya yang sudah kaku. Usianya sekitar tiga belas tahun. Datuk  merenung mayat gadis malang itu dengan tenang.   

Page 1221 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Lidahnya dipotong orang,” beritahu datuk pada Haji Salim.    “Memang tak salah agakan saya.”    “Kita berusaha mencari orang yang membuat kerja laknat itu.”    “Ya, kematian cucu saudara saya harus dibalas,” nada suara Haji Salim  keras.    Saya, Hassan, Salleh dan Borhan hanya mendengar sahaja dengan apa yang  dikatakan oleh datuk dan Haji Salim. Ketika mayat itu berada di pangkuan  Haji Salim, saya tidak berani merenungnya.    Mayat gadis sunti yang malang itu dibawa ke rumah ibunya. Diletakkan di  ruang depan. Siang esok mayat gadis malang itu akan diuruskan  pengkebumiannya, begitu mengikut rancangan Haji Salim yang disampaikan  pada datuk.    Lebih kurang pukul empat pagi, saya dan datuk meninggalkan rumah ibu  gadis yang malang itu. Haji Salim terus membaca Quran dekat cucu  saudaranya.    “Biar kami balik dulu Haji,” kata datuk pada Haji Salim. Waktu itu,  sudah pukul empat pagi, bintang timur sudah pun muncul di kaki langit.  Udara terasa bertambah dingin. 

Page 1222 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Tak apalah, esok datang awal. Kalau boleh biarlah sebelum pukul lapan  pagi,”jawab Haji Salim pendek. Ia terus membaca Quran dekat jenazah cucu  saudaranya. Saya dan datuk meninggalkan rumah gadis sinti yang malang.    TANAM    Sudah dua mingu , jenazah gadis sunti yang malang itu disemadikan di  tanah perkuburan Islam di Jalan Parit. Saya masih ingat, waktu  orang‐orang kampung meratakan tanah kubur, kira‐kira pukul sebelas pagi,  cuaca begitu baik, matahari memancar keras.    Tanpa diduga oleh sesiapa pun, dalam cuaca panas yang terik itu, hujan  turun dengan selebatnya. Pakaian ornag kampung yang ada di situ semuanya  basah kuyup. Beberapa orang kampung meramalkan bahawa, hujan panas yang  turun waktu orang menanam jenazah membawa alamat yang kurang baik pada  orang yang masih hidup.   

SBDJ (Jilid 04) Siri 66: Pendekar Terbang    Datuk menolak ramalan yang tidak berasas itu. tetapi ramalan yang  bergerak dari mulut ke mulut itu, tidak dapat disekat dan terus  mempengaruhi orang‐orang kampung. Akibatnya, orang‐orang kampung berada  dalam kecemasan.   

Page 1223 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Entah siapa yang pandai buat ramalan mengarut tu,” rungut Haji Salim  ketika saya mengunjungi tempat kerjanya. Dari cara ia bercakap dan kerut  wajahnya membayangkan rasa kesal yang mendalam.    “Kau lihat sendiri Tamar dah dua minggu cucu saudaraku ditanam, sudah  dua minggu jugalah peristiwa hujan panas itu terjadi, tak ada pun  perkara yang tak baik terjadi,” sambungnya lagi sambil membakar beberapa  campuran besi untuk dibuat keris panjang.    Saya anggukkan kepala. Setuju dengan pendapatnya. Apa yang dikatakan  oleh Haji Salim itu memang benar. Sejak dua minggu kebelakangan ini,  tidak terdapat makhluk berjubah hitam dan wanita berwajah cantik,  merayau seluruh kampung menjelang waktu Maghrib. Tidur saya juga aman  tenteram, tidak diganggu oleh mimpi‐mimpi yang menakutkan.    “Kubur lama juga tidak dipuja orang lagi?” saya terkejut mendengar  kata‐kata Haji Salim. Wajahnya yang berpeluh dan merah dibahangi oleh  kepanasan, saya tenung.    “Macam mana Pak Haji tahu?”    “Aku pergi sendiri dengan tidak memberitahu datuk kamu.”    “Kerja tu merbahaya Pak Haji.”   

Page 1224 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Aku tahu. Kalau aku pergi dengan datuk kamu, aku tak boleh membalas  dendam. Datuk kamu bertindak lambat sangat,” tambah Haji Salim lagi.    Saya menarik nafas panjang. Tahulah saya bahawa Haji Salim masih menaruh  dendam pada orang‐orang yang memuja kubur lama. Ia yakin, kematian cucu  saudaranya angkara manusia pemuja syaitan.    “Kematian cucu saudaraku mesti dibalas,” ujarnya sambil menggengam  penumbuk.    Peluhnya yang meleleh dari hujung dahi terus menitik atas dadanya. Air  peluh itu bercampur dengan air peluh di dada lalu mengalir ke arah  perutnya yang agak buncit sedikit dan kulitnya nampak kendur. Saya terus  memerhatikan ia membuat kerja. Secara tidak diduga, saya teringatkan  datuk yang sejak pagi lagi pergi ke kaki bukit memberu ayam hutan.    “Aku tahu, datuk kamu sudah memagar seluruh kampung ni dengan beberapa  syarat dan petua,” Haji Salim merenung ke arah saya.    Cepat‐cepat saya kerutkan dahi, saya tidak tahu dari mana Haji Salim  mendapat sumber cerita yang baru ini. Saya kira, Haji Salim cuma mahu  bergurau atau cuba membuat ramalan kosong. Sepanjang ingatan saya, belum  pernah datuk melakukan sesuatu kerja tanpa memberitahu saya. Selangkah  ia bergerak dalam usaha untuk kebaikan ia pasti memberitahu saya. Kalau  tidak beritahu pada saya, ia akan beritahu pada nenek. Dan nenek akan 

Page 1225 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

memberitahu saya.    Bila Haji Salim berkata demikian, menimbulkan rasa sangsi dalam diri  saya terhadap Haji Salim. Saya rasakan, Haji Salim seolah‐olah mengintip  segala kegiatan datuk. Apakah Haji Salim meragui kejujuran datuk?  Mungkin Haji Salim mahu memperlihatkan kelebihan yang ada pada dirinya  pada datuk.    Mungkin Haji Salim merasakan apa yang dilihatnya di tanah kubur lama itu  satu rancangan datuk yang disembunyikan dari pengetahuannya, timbul  petanyaan dalam diri saya. Kalaulah apa yang saya fikirkan itu benar,  sesuatu yang lebih dahsyat akan terjadi bila dua orang yang berilmu mahu  menunjukkan kepandaian masing‐masing.    “Aku yang meminta datuk kamu membuatnya. Pada mulanya ia enggan. Setelah  aku rayu baru ia setuju, ia melakukannya waktu tengah malam tanpa ada  orang lain yang tahu, kecuali diri aku sendiri,” saya tersenyum. Rasa  sangsi dan bimbang yang bergolak dalam dada saya menemui jalan akhir.    “Hari ni hari Rabu. Aku ada janji dengan orang nak berjumpa di Kampung  Ulu Kelubi,” Haji Salim berhenti membakar besi. Ia mengelap peluh di  tubuhnya dengan tuala kecil cap matahari.    “Apa halnya Pak Haji?”   

Page 1226 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Orang tu menempah parang. Parangnya dah siap. Aku nak menghantarnya  sekarang, apa kau nak ikut sama.”    “Boleh juga.”    “Orang ni aneh sikit Tamar. Matanya buta tapi ia tahu warna baju yang  dipakai oleh orang yang datang berjumpa dengannya.”    “Hebat orang tu Pak Haji.”    “Tak tahulah aku nak kata, hebat atau tidak. Kau tengoklah sendiri.”  Haji Salim ketawa.    Ia meninggalkan saya di rumah kerjanya. Haji Salim masuk ke bilik mandi.  Kemudian pakai kain dan baju Melayu. Dengan motorsikal, kami menuju ke  Kampung Kelubi. Saya ditugaskan oleh Haji Salim memegang parang.    Lebih kurang sepuluh minit kami melalui jalanraya, akhirnya kami melalui  memasuki satu lorong kecil. Tidak sampai lima minit melalui lorong yang  sempit itu, kami sampai ke sebuah rumah papan kecil.    Haji Salim tongkat motorsikal di bawah pokok mempelam. Dalam perkiraan  saya, jarak Kampung Kelubi dengan kampung saya kira sepuluh batu lebih.  Kampung Kelubi berada dalam jajahan Larut dan Matang.   

Page 1227 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Haji Salim terus memberi salam. Salam Haji Salim dijawab. Bila saya  merenung ke pintu rumah, seorang lelaki tercegat di situ, orangnya  kecil, berkulit agak hitam, rambutnya kerinting.    “Naik, budak yang pakai baju merah dan berseluar putih tu siapa?” tanya  orang itu pada Haji Salim. Saya tahu kata‐kata itu ditujukan pada saya.    “Nanti sekejap lagi saya beritahu,” jawab Haji Salim dan terus melangkah  ke kaki tangga.    Bila berada dalam rumah orang itu, saya duduk dekat Haji Salim. Orang  itu terus menjentik parang yang diberikan oleh Haji Salim padanya dengan  kuku ibu jari kiri.    “Besinya baik, tidak rapuh,” katanya sambil meletakkan parang itu di  hujung lututnya. Dari raut wajahnya, saya kira orang itu berusia antara  50‐55 tahun. Haji Salim memanggilnya sebagai Lebai Din. Peramah dan suka  berjenaka.    “Budak yang kamu bawa ni, berkulit cerah, rambut kerinting, ada parut di  kepala,” Lebai Din terus memperkatakan diri saya. Semua yang  dikatakannya itu memang tepat. Meskipun matanya buta. Saya kagum dengan  kebolehannya itu.    “Pak Lebai nak buat apa parang ni?” tanya saya. 

Page 1228 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Nak menebas kebun getah, biar mudah aku menoreh.”    “Eh, buta pun boleh menoreh dan menebas kebun.”    “Apa kau fikir orang buta tak boleh kerja? Dalam hidup ni biar kita buta  mata, jangan buta hati. Kalau dah buta hati, celik pun tak guna.”    Haji Salim ketawa mendengar cakap Lebai Din itu. Saya merasakan ungkapan  itu satu sindiran buat saya yang celik. Kalau saya tidak fikir yang  berkata itu orang yang cacat anggotanya, mahu rasanya saya bertekak.  Panas hati saya disindir dalam baik.    “Dia bukan menyindir, cakapnya itu penuh makna,” kata Haji Salim bila  melihat saya dalam keadaan resah. Lebai Din tersenyum.    “Aku tahu budak tu marah. Tapi dia harus ingat, orang cepat marah selalu  rugi. Hei budak kamu marahkan aku?” ujar Lebai Din dalam senyum yang  memanjang.    “Saya tak marah.”    “Belajarlah dalam hidup untuk jadi orang yang tidak lekas marah. Aku  tahu kamu budak pintar,” Lebai Din terus menepuk nepuk kepala saya. Haji  Salim hanya memperhatikan sahaja telatah Lebai Din terhadap diri saya. 

Page 1229 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Tanpa diminta, Lebai Din menceritakan pada saya bahawa kedua belah  matanya buta sejak kecil lagi. Pada mulanya ia sakit mata dalam usia  tujuh tahun. Ibunya membawa dia menemui dukun mata. Entah di mana  silapnya, sejak menemui dukun mata itu matanya terus sakit dan akhirnya  menjadi buta.    Menurut cerita ibunya, dukun mata itu tersalah ramuan ubat. Mungkin  dukun mata itu merasa bersalah lalu menjadikan ia anak angkat. Semasa  menjadi anak angkat dukun mata itulah ia belajar silat, mengenal bentuk  tubuh dan kulit orang berdasarkan bau badan. Dari tekanan suara  seseorang ia dapat membaca watak peribadi orang itu.    Memanglah Lebai Din orang buta yang hebat, pada tanggapan saya. Kalau ia  bercerita tentang dirinya memang asyik kita mendengarnya.    “Itu kisah lalu,” katanya mengakhiri cerita dirinya sambil merenung ke  arah saya.    Meskipun kedua belah kelopak matanya tercantum, saya masih dapat  merasakan di sebalik kulit yang bercantum itu ada sepasang mata yang  tajam boleh menembusi hati dan perasaan sesiapa yang berada di hadapannya.    “Sekarang ada kisah baru Haji,” Lebai Din memperkemaskan silanya. Ia  meraba kepala lututnya. 

Page 1230 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Cerita apa Pak Lebai?” sahut Haji Salim.    “Begini, sejak dua tiga minggu lalu, orang‐orang di kampung ini heboh  memperkatakan tentang seorang pendekar yang boleh terbang atas angin.”    “Siapa orangnya Pak Lebai?”    “Aku tak kenal.”    “Pernah Pak Lebai bercakap dengannya.”    “Ada sekali. Waktu aku sedang motong getah ia lalu, kemudian ia minta  kebenaran dari aku untuk mendirikan pondok di kebun getah aku.”    “Aku izinkan. Bila aku izinkan dia tak mahu, dia minta kebenaran untuk  dirikan pondok di sawah aku yang terpencil.”    “Habis Pak Lebai izinkan.”    “Aku izinkan. Apalah salahnya dia nak menumpang. Lagipun bumi ini Allah  yang punya. Kita cuma diamanatkan untuk menjaganya semasa kita masih hidup.”    Haji Salim merenung wajah saya. Kemudian Haji Salim kerutkan kening  sambil meraba‐raba pangkal dagunya. Macam memikirkan sesuatu. 

Page 1231 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Bila aku tanya kenapa dia tak mahu mendirikan pondok dalam kebun getah  yang letaknya tidak jauh dari rumah aku, jawapannya meragukan,” Lebai  Din berhenti bercerita. Ia termenung panjang. Perbuatannya itu membuat  saya tidak sabar lalu mengajukan pertanyaan.    “Apa dia jawapannya Pak Lebai?”    “Hai kau pun nak tahu jawapannya?”    “Ceritakanlah Lebai, saya juga nak tahu,” sahut Haji Salim dengan tenang.    “Katanya, dia ramai anak murid. Mengajar silat dari tengah malam hingga  pagi, kalau dekat kampung nanti orang kampung marah,” Lebai Din  memberikan keterangan. Saya dan Haji Salim anggukkan kepala.    “Dari cara orang tu bercakap berdasarkan gerak suaranya, dia memang  tidak jujur. Kalau aku boleh mengintip mahu aku mengintipnya waktu  malam.” Sambung Lebai Din. Dari cara Lebai Din bercerita itu, ia  seolah‐olah minta Haji Salim mengintip gerak geri pendekar tersebut.    Lebih kurang sejam kami berada di rumahnya, kami pun minta diri. Kami  tidak singgah di mana‐mana. Terus pulang ke rumah. Bila sampai di rumah  Haji Salim, saya terkejut besar melihat datuk berdiri di halaman rumah  Haji Salim sambil memulas tangan kanan Daud ke belakang. 

Page 1232 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Daud saya lihat tunduk sambil menahan kesakitan. Wajah datuk merah. Haji  Salim segera menghampiri datuk.    “Kenapa? Kenapa Daud dibuat macam tu,” suara Haji Salim lembut. Wajahnya  cemas. Datuk tidak menjawab. Daud ditolaknya hingga terjerumus ke bumi.    “Aku bunuh kamu, kalau kamu membuat perkara maksiat tu,” suara datuk  meninggi.    Datuk terus menumbuk pokok pisang melepaskan geramnya. Pokok pisang yang  ditumbuk datuk terus patah dua macam dipotong dengan parang. Datuk terus  termenung panjang di situ. Haji Salim segera menghampiri Daud yang baru  bangun sambil meraba dadanya. Mukanya nampak pucat.    “Kenapa Daud?” soal Haji Salim.    “Saya orang miskin. Kata orang dalam kubur lama ada harta karun, ada  emas berlian, jadi saya cuba korek. Baru dua kali korek orang tua  datang,” Daud merenung ke arah datuk. Muka Daud nampak cemas sekali.    Haji Salim terus menarik Daud ke dalam ruang tempat kerjanya. Ia suruh  Daud duduk di situ. Kemudian Haji Salim terus menemui datuk. Mereka  bercakap‐cakap sebentar. Datuk dan Haji Salim terus menemui Daud.   

Page 1233 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Sekarang aku mahu kau bercerita perkara yang benar,” kata Haji Salim  pada Daud. Datuk tidak berkata apa‐apa. Ia cuma termenung dan berusaha  menenangkan rasa marah yang membara dalam dirinya.    Daud terus bercerita. Kira‐kira dua bulan yang lalu, ia diajak oleh  seorang kawannya dari Pulau Pinang untuk memasuki satu kumpulan yang  kerjanya mencari kubur lama untuk dipuja dengan tujuan mencari harta  karun. Menurut ketua kumpulan, setiap kubur lama terutama kubur  raja‐raja dahulu kala menyimpan harta karun kerana dipercayai  orang‐orang yang mati itu ditanam bersama‐sama dengan hartanya. Dalam  usaha mencari harta karun itu, mereka sudah menjelajah ke seluruh tanah  air. Mereka bergerak waktu malam.    “Siapa nama ketua kumpulan kamu,” soal datuk.    “Kamal, orang Batu Maung. Tetapi, ketua nombor satu seorang dukun tua  yang berulat kaki. Saya yang memberitahu mereka di sini ada kubur lama.”    “Patutlah kamu selalu keluar. Kata kamu kerja kontrak tetapi lain pula  yang kamu lakukan,” potong Haji Salim.    “Ya, saya menipu,” sahut Daud.    Datuk terus merisik rahsia dari Daud. Daud mengakui dia pernah memakai  Jubah Hitam dan berada di kubur lama melakukan pemujaan. Tetapi, ia 

Page 1234 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tidak pernah memotong lidah anak dara sunti. Cuma ia memberitahu pada  kumpulannya tentang jumlah anak dara sunti yang terdapat di kampungnya.    “Kata dukun panglima di kampung kita ni susah sikit, ada penghalangnya.  Penghalangnya besar dia ni,” Daud menudingkan jari telunjuknya ke arah  datuk. Haji Salim menarik nafas panjang. Datuk tersenyum, ia sudah dapat  mengawal perasaannya.    “Orang yang kau sebut sebagai Dukun Pendekar tu, boleh mengubat orang  dan mengambil upah membuat orang,” tanya datuk.    “Ya, semua kerja jahat dia boleh buat. Dia berdendamkan kamu,” jawab  Daud. Datuk menarik nafas panjang.    “Begini saja Daud. Kau ceritakan pada kami tentang kehebatan Dukun  Pendekar yang aku lihat pada kami. Kalau ia betul‐betul hebat, kami ikut  dia. Sama‐sama kita cari harta karun. Aku tahu tempat kubur lama yang  menyimpan harta,” Haji Salim memujuk Daud penuh sopan santun.    Pada mulanya, Daud keberatan mahu menceritakan kisah ketuanya itu. Bila  Haji Salim memperlihatkan kemampuannya menggenggam bara api dan  mematahkan besi pejal, Daud terus membuka rahsia.    Kata Daud, kaki kanan Dukun Pendekar dihinggapi penyakit tokak, sudah  berulat. Ulat‐ulat tokak itu tidak pernah dibuang atau dibunuh. Jika 

Page 1235 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

ulat‐ulat itu jatuh, ia akan mengutipnya dibungkus dalam kain kuning.  Kemudian ulat‐ulat dipelihara dalam balang besar dan diberi makan  bangkai dan lidah manusia serta binatang.    Setiap kali Dukun Pendekar masuk gelanggang, tokak di kaki kanannya  sukar untuk dikesan oleh para muridnya. Ia pernah melihatkan  kemampuannya di hadapan Daud dan anak‐anak muridnya yang lain, berjalan  dalam hujan lebat waktu malam dengan membawa pelita. Pelita yang  dibawanya tidak padam.    Dia berjalan cukup laju, kalau ia mahu pergi ke sesuatu tempat, ia akan  menyebut nama tempat. Selesai saja sebut nama tempat tersebut ia akan  hilang dan dirinya akan berada di tempat yang disebutnya,” ujar Daud  penuh rasa kekaguman.    “Lagi apa kebolehannya?” desak datuk.    “Bila ia berhadapan dengan orang yang warak dan taat dengan hukum Allah,  ia akan memperlihatkan dirinya sebagai orang yang tinggi dalam ilmu  agama. Boleh menyebut ayat al‐Quran dengan fasih.”    “Waktu siang, suka memencilkan dirinya di gua atau pondok buruk.”    Datuk dan Haji Salim berpandangan. Saya memicit jerawat batu di pipi  kanan. Angin yang menerpa ke dalam ruang menjamah wajah saya. Terasa 

Page 1236 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

nyaman dan selesa. Beberapa helai daun kering kelihatan gugur di halaman.    Daud terus membisu, rambut panjangnya yang menyerkup dahi diangkatnya  dengan telapak tangan kanan. Parut di dahi sebelah kiri jelas kelihatan.  Parut itu nampak kehitam‐hitaman sedikit.    “Orang tu sekarang duduk di mana?” suara datuk agak meninggi.    Sepasang matanya tertumpu ke wajah Daud. Cepat‐cepat Daud mengalihkan  pandangannya ke arah lain. Tidak mampu Daud menentang sepasang biji mata  datuk yang berkaca‐kaca itu.    “Orang tu, berada tak jauh dari sini. Jangan kacau, dia berjanji pada  saya tidak mahu kacau orang‐orang kampung kita,” kata Daud yang berbadan  tegap dan tidak suka memakai baju.    “Buktinya?” tingkah Haji Salim.    “Dah dua minggu dia tak kacau,” balas Daud sambil merenung wajah Haji  Salim. Aneh sungguh sikap Daud. Cakap dengan Haji Salim berani, tentang  muka dengan datuk tidak berani.    Saya hanya memerhatikan telatah Daud dengan ekor mata sambil memicit  jerawat yang mula membengkak di sudut dagu kanan. Memicit jerawat memang  menyeronokkan. Bila terasa sakit dilepaskan, kemudian diraba, digosok 

Page 1237 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

perlahan‐lahan dan dipicit lagi.    “Boleh kau tunjukkan tempatnya pada kami,” nada suara datuk mula lembut.  Kali ini datuk tidak merenung ke arah Daud. Datuk renung dinding. Saya  lihat Daud merenung muka datuk. Perlahan‐lahan Daud menjuihkan bibirnya  ke depan, ia semacam memperkecil‐kecilkan datuk.    “Pendekar Kamal, tidak mudah dijumpai atau ditemui. Lebih‐lebih lagi,  kalau orang yang mahu menemuinya mempunyai niat tertentu,” Daud segera  bangun. Melangkah dua tapak ke arah saya, berdiri di sisi saya.  Tiba‐tiba perasaan saya jadi gementar.    Saya jeling ulas‐ulas lengan Daud yang menonjol dan keras. Orangnya  cukup tinggi hampir lima kaki tujuh inci. Saya jeling dadanya yang  berbulu. Saya kira, kalau ia menghentakkan siku kanannya ke dada saya,  pasti saya tersungkur.    “Saya tidak akan menunjukkan tempat Pendekar Kamal, walaupun tempatnya  saya tahu,” cara mendadak sahaja Daud menjerit. Ia terus menendang  pelipat kaki saya, saya terus jatuh.    Daud terus menendang apa sahaja yang ada di depannya. Saya cuba bangun.  Belumpun sempat saya berdiri dengan betul, satu penendang hinggap di  bahagian kanan perut saya. Saya terus menggulung‐gulung atas lantai  menahan kesakitan. Perut terasa senak. Daud terus melompat dan menyambar 

Page 1238 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

lembing.    “Sesiapa yang mahu kacau guru aku, aku bunuh sampai mampus,” Daud  mengacukan mata lembing ke arah Haji Salim. Saya lihat Haji Salim tenang  sahaja.    Melihat datuk dan Haji Salim terpaku dengan tindakannya itu, Daud mula  memperlihatkan taringnya. Ia melompat atas pelantar lalu mengambil  parang panjang. Lembing di tangan terus dibuang.    “Daud,” jerit Haji Salim.    Serentak itu Haji Salim melompat lalu melepaskan penampar sulungnya yang  lembut ke pipi kiri Daud. Tidak saya duga sama sekali penampar yang  lembut itu boleh menyebabkan Daud jatuh tersungkur. Daud mengeletek  macam ikan keli kena pukul. Mulut Daud kelihatan berbuih‐buih sambil  mengeluarkan suara dengkur, tidak ubah macam bunyi lembu yang kena  sembelih.    “Macam mana awak buat budak ni Haji?” tanya datuk.    “Saya lepaskan bisa biar dia tahu tua‐tua saya, bukan tua saja. Tua‐tua  saya, tua berisi.”    “Awak sudah keterlaluan.” 

Page 1239 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Saya tahu. Melihatkan sikapnya yang takbur saya terpaksa menamparnya  dengan bisa tangan.”    “Awak yang melepaskan bisa tangan, saya tidak upaya menawarnya. Awak  tawarlah sendiri.”    Haji Salim mendekatkan telapak tangan kirinya yang menampar muka Daud ke  bibirnya. Saya lihat bibirnya bergerak‐gerak, kemudian jejarinya terus  dicium. Haji Salim rapat ke arah Daud. Tangan kirinya diletakkan ke pipi  Daud. Badan Daud yang menggeletar kembali macam biasa. Mulutnya yang  berbuih, sudah tidak berbuih lagi.    Dengkurnya yang meninggi mula menurun. Daud membuka mata dan terus duduk  termenung, tidak ubah macam ayam mabuk tahi.    “Budak tu belum cukup pulih. Kalau dibiarkan begitu dia akan jadi bodoh  seumur hidup,” datuk mengingatkan Haji Salim. Saya lihat Haji Salim  anggukkan kepala.    Ia meninggalkan kami di ruang kerjanya, menuju ke ruang dapur. Saya  tidak tahu apa yang dilakukan oleh Haji Salim di ruang dapurnya. Haji  Salim menemui kami kembali. Di tangannya ada secawan air putih. Ia terus  menghampiri Daud. Kepala Daud digosoknya beberapa kali.   

Page 1240 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Minum air ini,” ia memujuk.    Daud terus mengambil cawan di tangan Haji Salim. Tanpa berfikir panjang,  Daud terus meneguk air di cawan sampai habis. Dalam sekelip mata sahaja,  Daud terus bangun dan bertenaga kembali.    Mata Daud kelihatan merah. Ia mula bertempik dan menyambar parang  semula. Kali ini, terus menyerang dengan melulu. Saya terpaksa lari keluar.    Daud memilih datuk sebagai sasaran utamanya. Ia terus menyerang  bertubi‐tubi. Setiap kali Daud melibaskan parang panjangnya, datuk  terpaksa melompat ke kiri, melompat ke kanan. Datuk terus menyusup ke  bawah pelantar dan melindungkan badannya dengan papan. Datuk terus  bersembunyi di situ.    Melihat datuk menyusup bawah pelantar, Daud bertambah marah. Ia terus  menjerit‐jerit sambil memukul dadanya dengan hulu parang. Ia menoleh ke  kanan lalu menyerang Haji Salim dengan bertubi‐tubi. Macam datuk juga,  Haji Salim terpaksa mengelak ke mana sahaja, asalkan mata parangnya  tidak menjamah tubuhnya.    Kekuatan Daud sungguh berbisa. Langkahnya cukup cepat macam kilat.  Telapak kakinya seolah‐olah tidak memijak lantai. Wajahnya cukup garang  dan menggerunkan sesiapa yang melihatnya.   

Page 1241 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Jangan apa‐apakan budak itu, dia dah kemasukan syaitan. Pertahankan  diri awak dari kena parangnya,” jerit datuk dari bawah pelantar  mengingatkan Haji Salim. Datuk tidak mahu Haji Salim bertindak sebarangan.   

SBDJ (Jilid 04) Siri 67: Pelihara Ulat Tokak    Mujurlah ingatan datuk itu, sedia dipatuhi oleh Haji Salim. Ia tetap  bersikap tenang. Serangan mata parang dari Daud dapat dielakkannya  dengan mudah. Tetapi, Daud terus mengasak dan menyerang. Ia tidak nampak  penat pun. Makin lama makin bertambah tenaganya. Seluruh badan Daud  terus dibasahi oleh peluh.    “Ah, haji laknat,” pekik Daud sambil melompat tinggi ke arah Haji Salim.    Daud melepaskan tetakan pancung ke arah leher Haji Salim. Cepat‐cepat  Haji Salim merebahkan badannya. Mata parang panjang singgah di papan  diding dan terus melekat di situ.    Daud menarik parang panjangnya dan papan dinding pun terkopak. Ia  berpusing ke kanan lalu melakukan serangan kilat. Haji Salim mula  terdesak. Ruang untuknya bergerak bagi mempertahankan diri begitu  terhad. Daud mahu menggunakan kesempatan itu untuk menamatkan riwayat  Haji Salim.    Dalam keadaan yang terdesak itu, Haji Salim masih berjaya menepis 

Page 1242 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

serangan dari Daud. Haji Salim berjaya mengguling‐gulingkan badannya  hingga beralih tempat ke arah pintu keluar. Bila sampai di muka pintu,  Haji Salim segera bangun untuk lari keluar. Dalam masa itu Daud  melepaskan satu tetakan yang tajam ke arah perut Haji Salim. Waktu Haji  Salim mahu mengelakkan serangan itu, mata parang di tangan Daud sempat  jatuh ke bahu kanan Haji Salim.    Saya lihat darah memuak keluar dari pangkal bahu kanan Haji Salim. Daud  terus ketawa sambil menjilat‐jilat kesah darah Haji Salim yang melekat  di mata parang panjang. Waktu Daud asyik menjilat‐jilat darah itu, Haji  Salim menerpa ke arah Daud. Daud ditolaknya hingga jatuh. Datuk keluar  dari bawah pelantar dan terus merampas parang panjang dari tangan Daud.    “Kau sudah melampau,” jerkah datuk pada Daud yang terkial‐kial mahu  bangun. Haji Salim segera mengambil kain untuk membalut luka di  lengannya. Saya pun melangkah ke dalam ruang kerja Haji Salim.    “Mengapa ini kau lakukan pada aku Daud,” Haji Salim renung muka Daud.  Saya lihat Daud terus membisu. Ia berdiri kaku sambil menggigit  bibirnya. Datuk terus menghampirinya. Dan Daud berusaha dengan sedaya  upaya menjauhkan dirinya dari datuk.    “Ah,” jerit Daud lalu menumbuk pangkal tengkuk datuk. Datuk terjatuh.  Daud sambar parang dari tangan datuk dan terus bertempik dengan sekuat  hati. Daud terus keluar dari ruang tempat kerja, berlari dalam panas 

Page 1243 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

yang terik. Suara tempikan Daud mengejutkan penduduk Kampung Mandi Upih.    Sambil berlari Daud terus memarang apa sahaja. Ia mengamuk dengan  semahu‐mahunya. Pokok pisang, dahan rambutan dan manggis jadi mangsanya.  Tidak memadai dengan itu Daud terus membunuh lembu, kambing, ayam serta  itik yang ditemuinya.    “Kita tangkap dia,” kata datuk. Serentak dengan itu, saya dan Haji Salim  terus mengikut datuk memburu Daud yang lari menuju ke Kampung Gaduh.  Saya tercungap‐cungap dan berhasrat tidak mahu memburunya. Tetapi, datuk  tetap memaksa saya.    Dari Kampung Gaduh, Daud terus memasuki Kampung Bakar Sampah menuju ke  Kampung Kilang. Dari Kampung Kilang ia terus mengamuk hingga ke Ulu  Licin dan akhirnya menghilangkan diri dalam hutan di Ulu Licin.    Saya, Haji Salim dan datuk kembali ke tempat asal. Sebaik sahaja kami  sampai di rumah Haji Salim, orang‐orang kampung sudah berkumpul. Mereka  ingin mengetahui apa yang terjadi. Haji Salim terus memberikan  penjelasan dengan terperinci. Selesai Haji Salim bercakap, datuk pula  mengambil peranan, memeberikan penerangan selanjutnya.    Saya lihat, baik datuk mahupun Haji Salim tidak membocorkan rahsia diri  Daud yang mereka ketahui. Mereka tidak memburuk‐burukkan Daud, mereka  sekadar berkata bahawa Daud jadi demikian kerana fikirannya terganggu 

Page 1244 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dengan kejadian yang berlaku di kampung.    “Usah bimbang. Baliklah ke rumah masing‐masing dan teruskan kerja macam  biasa,” beritahu datuk pada mereka. Semuanya anggukkan kepala tanda setuju.    “Kami harap kalau ada hal‐hal yang buruk segera beritahu kami. Kami  tidak mahu anak‐anak dara sunti kami jadi korban tidak tentu fasal,”  cara mendadak salah seorang daripada mereka bersuara.    Orang yang bersuara itu, seorang lelaki tua yang sudah berusia kira‐kira  lapan puluh tahan, memakai tongkat.    “Mana yang kami tahu, kami khabarkan. Mana yang kami tak tahu, kita  serahkan pada Allah. Semoga Allah akan melindungi kita semua,” balas  Haji Salim dalam nada suara yang lembut.    Orang‐orang kampung puas hati dengan jaminan itu. Mereka pun bersurai.    Anehnya, tidak ada seorangpun yang bertanya tentang lengan kanan Haji  Salim yang berbalut. Mungkin mereka tidak nampak atau perasan dengan apa  yang ditanggung oleh Haji Salim. Satu hal yang pasti, sama ada datuk  atau Haji Salim tetap merahsiakan kemampuan diri masing‐masing di mata  orang kampung.    “Bagaimana dengan luka tu masih terasakah bisanya?” tanya datuk pada 

Page 1245 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Haji Salim, bila keadaan suasana sekitar beransur aman.    “Tak apa, esok sembuhlah. Malam ni saya tawar sendiri,” jawab Haji Salim  dengan tenang.    “Kalau begitu, biarlah kami pulang,” ujar datuk.    “Silakan, tapi…,” Haji Salim tidak meneruskan kata‐katanya. Ia termenung  panjang sambil menatap batang tubuh datuk, dari atas ke bawah, dari  bawah ke atas.    Melihat keadaan Haji Salim yang lain macam itu, datuk terus mengajukan  pertanyaan.    “Kenapa Haji?”    “Saya terasa badan kurang sedap, terasa tiap sendi berdenyut‐denyut.”    “Agaknya bisa parang panjang.”    “Bukan.”    “Kalau bukan itu, apa dia?”    “Setiap kali saya teringatkan Daud dan gurunya, badan saya terasa sakit, 

Page 1246 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kepala terasa berpusing.”    “Bukan apa‐apa tu, darah terlalu banyak keluar.”    “Boleh jadi betul, boleh jadi tidak cakap awak tu.”    “Terpulanglah pada awak,” balas datuk. Mereka ketawa serentak dan saya  cuma tumpang senyum sahaja.    “Kampung kita dalam bahaya, berhati‐hatilah. Lepas sembahyang Zuhur dan  Asar, saya nak jumpa awak,” Haji Salim menyambung perbualan yang terputus.    “Jumpa di mana? Di surau atau di rumah saya.”    “Di rumah awak. Ada rahsia yang nak saya cakapkan. Tunggu saja di rumah.”    “Baiklah.”    Saya dan datuk pun mengatur langkah. Panas yang memancar terik menikam  ke kulit muka hingga terasa pedih. Awan kelihatan putih bersih berarak  di dada langit. Angin yang bertiup cuma mampu mengerak‐gerakkan dedaun  tetapi tidak berjaya mengurangkan rasa panas pada diri saya.    Saya terus berjalan mengekori datuk sambil mata liar memandang ke kiri  dan ke kanan, melihat burung merbah dan murai melompat di dahan. Kepala 

Page 1247 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

saya terus menggambarkan wajah guru Daud. Aneh, setiap kali saya cuba  membayangkan bentuk wajah gurunya, bulu tengkuk saya meremang. Saya  merasakan semacam ada orang yang memerhatikan langkah saya dalam  perjalanan. Saya terus tidak berani mengingati nama Daud dan gurunya.    MANDI    Kami sampai di rumah. Saya terus mandi, begitu juga dengan datuk. Kami  sembahyang Zuhur, saya disuruh oleh nenek membersihkan kawasan rumah.  Pada mulanya saya enggan melakukannya. Bila nenek berjanji mahu  memberikan wang sebanyak lima ringgit, saya menyatakan kesanggupan.    Menjelang waktu Asar, seluruh kawasan rumah bersih. Tidak ada daun di  halaman, tidak ada dahan atau ranting kayu yang berserakkan. Semuanya  sudah dikumpul dan dibakar. Semut dan nyamuk habis lari. Ular dan kala  terus membawa diri.    Nenek memujuk saya sebagai orang yang rajin. Memang leceh bila nenek  memberitahu saya upahnya akan dibayar selepas musim menuai. Saya dan  nenek terus bertengkar kecil. Tetapi, saya merasakan pertengkaran kecil  itu menguntungkan saya. Sebabnya, lepas bertengkar nenek menaikkan upah  dari lima ringgit menjadi tujuh ringgit.    Nenek terus bayar tunai tanpa mahu menanti musim menuai. Ada syarat yang  nenek kenakan. Syaratnya bukan susah. Lepas sembahyang Asar nanti, saya 

Page 1248 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dimestikan membelah tujuh batang kayu getah untuk dijadikan kayu api.    Masa itu wang tujuh ringgit cukup tinggi nilainya sama dengan nilai lima  belas ringgit sekarang. Saya boleh membeli baju, seluar dan sepasang  sepatu getah FUNG KEONG bertapak tebal atau saya boleh pergi ke bandar  Taiping menonton filem Melayu dan tidur di hotel kelas rendah.    “Kau pergi sembayang dulu, lepas sembahyang selesai kerja tu,” ujar  nenek. Tanpa membuang masa saya terus mandi dan mengambil air  sembahyang. Bila saya masuk ke ruang tengah datuk sudahpun menanti. Ia  menjadi imam dan saya jadi makmumnya.    Setelah memberi salam terakhir, saya hulurkan tangan pada datuk untuk  bersalam. Waktu itu saya terlihat ada seorang lelaki duduk di sisi saya.  Ia juga menghulurkan tangan untuk bersalam dengan datuk. Saya tidak tahu  dari mana lelaki itu datang. Ia memakai pakaian serba hijau. Dan serban  hijaunya terikat kemas di kepala.    Saya yakin orang inilah yang muncul di depan datuk kira‐kira sebulan  yang lalu. Saya tidak memperhiraukannya. Datuk menyambut salam dari  saya. Dada saya berdebar kerana datuk tidak terkejut dengan kehadiran  orang itu.    Datuk menyambut salam darinya. Tetapi, bila telapak tangannya mahu  menyentuh telapak tangan datuk, cepat‐cepat orang itu menarik tangannya 

Page 1249 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dan terus menyembunyikannya ke dalam saku bajunya. Orang itu memalingkan  mukanya ke arah lain. Tidak mahu menentang wajah datuk. Orang itu lebih  senang melihat sinar matahari yang beransur reda di luar.    “Kau benar‐benar mahu menjahanamkan aku,” orang itu bersuara dengan  tenang tanpa merenung wajah datuk.    Bila dilihatnya datuk tidak mengindahkan cakapnya, ia terus menyapu  mukanya dengan telapak tangan kanan. Datuk terus membaca doa hingga tamat.    “Jangan begitu, akibatnya buruk,” tambah orang itu lagi.    “Maksud kamu?” soal datuk.    “Kau menyeksa anak murid aku.”    “Siapa anak murid kamu?”    “Daud.”    “Daud?” ulang datuk dengan rasa gugup.    “Ya. Itu saja yang mahu aku ingatkan kamu. Aku nak balik ke Ulu Kelubi,”  orang itu segera bangun, melangkah ke pintu. Berdiri di situ sejenak  merenung ke dalam rumah. Ia terus memijak anak tangga. Dalam beberapa 

Page 1250 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

minit sahaja orang itu hilang dari pandangan saya dan datuk.    Datuk terus menemui nenek. Mereka bercakap seketika. Datuk kembali ke  ruang tengah mengenakan baju putih ke badan. Ia sarung seluar warna  kelabu. Tanpa menegur saya datuk turun dari rumah. Saya segera menemui  nenek.    “Datuk nak ke mana nek?”    “Katanya nak pergi ke Kampung Ulu Kelubi, apa pula halnya tak beritahu  aku.”    “Ha, saya nak ikut,” jerit saya lalu meninggalkan nenek. Datuk terus  saya buru.    Datuk singgah di rumah Haji Salim sebentar. Dilihatnya Haji Salim  terbaring di atas pelantar. Datuk rasa badan Haji Salim. Ternyata badan  Haji Salim panas, keliling lengannya yang kena parang mula membengkak.  Haji Salim tidak dapat menggerakkan tangannya.    “Badan aku tak berapa sihat, kau seorang saja pergi ke Kampung Ulu  Kelubi, jumpa Lebai Din. Cucu kamu tahu rumahnya,” ujar Haji Salim  sambil merenung ke arah saya.    Datuk anggukkan kepala. Ia tidak mengeluarkan sepatah perkataan pun 

Page 1251 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

untuk saya. Tetapi, dari kerdipan mata dan air mukanya, saya yakin datuk  merestui saya mengikutinya.    LEBAI    Kami terus ke rumah Lebai Din. Saya terus memperkenalkan datuk dengan  Lebai Din. Mereka terus bercakap penuh mesra, ada nasihat tertentu yang  disampaikan oleh Lebai Din pada datuk. Semuanya di dengar oleh datuk  dengan teliti.    “Hati‐hatilah dengan orang itu. Saya tak boleh melihat rupanya tetapi  setiap kali ia bercakap dengan saya, saya rasa dia bukan sebarang orang.  Banyak ilmu salah yang dimilikunya,” terang Lebai Din.    “Saya bukan apa‐apa. Saya cuma nak berjumpa dan bercakap‐cakap panjang  dengannya,” jawab datuk.    “Kalau niat awak baik, Allah menyebelahi awak.”    “Saya berdoa Allah akan melindungi saya,” suara datuk merendah. Kami pun  terus meninggalkan rumah Lebai Din.    Saya dan datuk terpaksa meredah kebun getah yang cukup luas. Pokok getah  tua yang berbatang besar masih mampu mengeluarkan susu getah yang  banyak. Dedaunnya kelihatan menghijau serta bergoyang‐goyang di tolak 

Page 1252 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

angin petang.    Kulit buah getah berserakkan atas rumput. Pot‐pot getah bertaburan di  pangkal pokok getah. Langkah datuk cukup cepat, ia kelihatan bagaikan  tidak menghadapi masalah memijak ranting dan kayu yang lintang pukang di  celah‐celah nirai getah.    Saya terpaksa melangkah dengan hati‐hati, silap langkah saya akan  tersepakkan tunggul atau akar yang merayap di bumi. Berjalan di  celah‐celah nirai pokok getah terasa amat seronok. Cahaya matarahi tidak  menjamah muka kerana dihalang oleh dedaun getah yang lebat dan  berlapis‐lapis.    Saya dan datuk sampai ke kepala sawah. Dari situ kami melihat ke arah  sebuah pondok lama yang terletak di tengah‐tengah sawah. Pondok itu  didirikan di atas sebidang tanah yang agak tinggi dari permukaan sawah.  Kawasannya agak luas.    Ada pokok kelapa gading yang berbuah lebat di samping beberapa batang  pokok rumbia. Untuk ke pondok lama tersebut, kami terpaksa melalui batas  yang sempit dan memanjang.    Di kiri kanan batas yang penuh dengan pokok‐pokok padi yang baru  bunting, anak‐anak ikan haruan dan keli berlari liar di celah‐celah  padi. Angin yang bertiup membuat air dalam sawah bergelombang. Saya dan 

Page 1253 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

datuk terpaksa memijak batas dengan teliti serta mengimbangi badan.    Kalau tidak pandai mengimbangi badan pasti jatuh ke dalam pohon padi.  Seluruh badan akan basah kena air sawah. Lumpur sawah akan masuk ke  mata. Saya menarik nafas panjang kerana berjaya sampai ke kawasan pondok  lama. Saya lihat pintu dan tingap pondok lama tertutup rapat. Rumput  tumbuh subur hingga ke bawah pondok.    Saya renung ke arah datuk yang berdiri di sisi saya. Datuk anggukkan  kepala memberi syarat, supaya mara ke arah pondok. Saya terus mengekori  datuk hingga ke kaki tangga pondok lama.    Tanpa di sangka‐sangka, pintu pondok lama terbuka sendiri. Seorang  lelaki tua duduk di muka pintu. Bau hapak mula datang menerkam lubang  hidung. Tekak saya mula terasa loya dan mahu muntah. Orang tua itu  menjuntai kaki kanannya. Saya lihat ada tokak di buah betisnya, beberapa  ekor ulat macam ulat nangka jatuh ke tanah.    Ulat yang masih lekat di tokaknya terus bergerak‐gerak memakan daging  buah betisnya. Memang menggelikan melihat ulat‐ulat hidup yang jumlahnya  bukan sedikit bergerak.    Saya tergamam bila orang tua itu mengambil ulat‐ulat yang jatuh atas  tangga lalu menaruh kembali pada tokaknya.   

Page 1254 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Apa hajat?” tanyanya pada datuk.    “Tadi kita berjumpa tapi tak puas. Fasal itu saya datang lagi ke sini.”    “Oh, awak salah orang.”    “Tidak.”    “Awak yakin.”    “Saya yakin awaklah yang datang ke rumah saya dan sembahyang bersama.”    Mendengar cakap datuk itu, orang tua tersebut terdiam. Wajahnya yang  kasar dan keras, penuh dengan parut berubah menjadi pucat. Memang, kalau  direnung wajah orang tua itu lama‐lama terasa seram sekali.    Sepasang matanya kelihatan besar. Kiri dan kanan di bawah kelopak  matanya ada kulit tumbuh yang berlapis‐lapis. Kulit itu kelihatan  lembik. Kulit pipi sebelah kanannya menggerutu dan lembik macam telinga  gajah. Manakala kulit pipi sebelah kiri terdapat seketul tahi lalat  hitam, sebesar telur ayam.    Tahi lalat yang melekat di pipi macam terjuntai‐juntai. Bila ia bergerak  ke kanan atau ke kiri, tahi lalatnya itu kelihatan terbuai‐buai. Di  bawah dagunya tumbuh daging tebal yang berair. Dan parut kelihatan di 

Page 1255 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

mana‐mana atas kulit mukanya. Bibir atas dan bibir bawahnya tebal.  Hidungnya dempak dan besar. Sebelah keningnya tidak berbulu.    “Sial,” pekiknya lalu menutup pintu. Datuk dan saya berpandangan.    Matahari petang bertambah condong, angin terus bertiup sepoi‐sepoi  bahasa. Dedaun kelapa melintuk ke kiri, melintuk ke kanan mengikut  arahan tiupan angin.    “Ya, aku datang,” saya dan datuk pusing badan ke kiri. Di situ muncul  seorang lelaki berpakaian serba hijau. Ia memberi salam pada datuk,  segera datuk menjawabnya. Orang itu tersenyum.    “Sudahlah Kamal, kau jangan memperdayakan aku lagi,” datuk segera  menyinsing lengan. Saya terus lari ke pangkal pokok kelapa. Sandarkan  badan di situ.    “Mana murid kamu yang membuka rahsianya, kau perdayakan mereka, kau  pura‐pura mengajar agama dan silat. Ajaran agama yang kau bawa  bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Kau tidak mengajak mereka  pada kebaikan, kau mengajak mereka pada jalan kejahatan untuk  kepentingan dirimu.”    “Kau silap kawan.”   

Page 1256 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Aku tidak silap Kamal. Kau memang orang yang tahu tentang agam dan  mempelajari agama secara mendalam. Sayangnya kau jadikan agama sebagai  alat untuk memenuhi kemahuan kamu.”    “Buktinya?”    “Tak payah aku terangkan. Kau ke mari kerana mencari aku untuk membalas  dendam. Banyak rancangan kau yang aku gagalkan.”    “Ya,” jawab orang itu.    Serentak dengan itu, pakaian hijau yang membalut tubuhnya terbuka. Dan  badannya terus dibalut dengan pakaian serba hitam. Di kepalanya terletak  tanjak berwarna hitam, kain sampingnya juga hitam. Kaki seluarnya kecil  dan agak singkat. Ia berdiri berpeluk tubuh, macam seorang pendekar.    “Dia pakai pakaian dua lapis, tapi macam mana ia membuka pakaian hijau  di badannya,” hati saya tertanya dan terus berubah tempat. Dari pangkal  pokok kelapa duduk di anak tangga.    Saya menarik nafas dengan tenang. Saya tahu sebentar lagi, saya akan  menyaksikan satu pertarungan yang hebat.    “Alang‐alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan,” kata  orang itu sambil merenung ke arah sebatang pokok pisang dara. Tiba‐tiba 

Page 1257 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

pokok pisang dara itu patah dua. Orang itu memperlihatkan kemampuan  kuasa matanya di depan datuk.    Tidak memadai dengan itu, ia renung ke arah seekor tupai yang sedang  melompat dari hujung dahan mempelam menuju ke hujung pelepah rumbia.  Tupai itu jatuh atas tanah, mengeletek tidak tentu arah dan terus mati.  Melihatkan kehebatan yang diperlihatkan oleh orang itu, saya rasa datuk  bukanlah tandingannya. Ilmu kebatinan yang dimiliknya sungguh hebat sekali.    Saya segera menghampiri datuk. Saya mengajak datuk pulang. Bagi saya,  kalau dengan Daud datuk mengalah, betapa pula ia akan menentang gurunya.  Saya tidak mahu melihat datuk yang saya sayangi kalah untuk kali  keduanya. Bukan zamannya untuk datuk beradu kekuatan lagi, usianya kian  bertambah tua.    “Pulang saja tuk.”    “Kau diam, orang pengecut bukan keturunan aku,” tengking datuk. Saya  termangu‐mangu bila ditengking begitu.    Kamal terus memperlihatkan kemampuannya lagi. Ia membuka langkah silat  sambil menarik kaki seluarnya yang menyimpan tokak. Anehnya, tokaknya  memang tidak kelihatan. Kakinya tetap elok macam kaki orang biasa. Tidak  ada tokak, tidak ada ulat macam ulat nangka.   

Page 1258 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Kamal membengkokkan badannya. Kedua belah tangannya dibuka lebar‐lebar.  Ia terus melompat separas pucuk padi. Ia berjalan dan bersilat atas  pucuk‐pucuk padi yang menghijau. Tidak ada pokok padi yang patah atau  daunnya relai. Keadaan Kamal seperti orang memperlihatkan senaman aerobik.    Dari atas pucuk‐pucuk padi Kamal melompat lagi. Kami ini ia berada di  awang‐awangan terus membuka silatnya. Ia seolah‐olah seperti orang  terbang bergerak ke sana, bergerak ke sini, di udara dengan bebas.  Tiba‐tiba Kamal menghilangkan diri.    “Bagaimana?” katanya dengan muncul dari arah belakang saya. Kali ini  badannya diselimut dengan kain hitam. Cuma bahagian mukanya sahaja yang  kelihatan.    Bila saya melihat keadaannya begitu, saya teringat orang yang berjubah  hitam di kubur lama. Suaranya juga macam suara orang di kubur lama.    Datuk segera menoleh ke arahnya. Kamal mendepangkan kedua belah  tangannya. Dari celah‐celah kain hitam yang menyelimuti seluruh tubuhnya  keluar beberapa ekor ulat dan lipan. Merayap atas kain hitam, tidak  tentu arah.    “Syaitannya cukup kuat,” kata datuk sambil menggigit bibir. Saya terdiam  dan terus merenung ke arah tingkap pondok yang terbuka dengan sendirinya.   

Page 1259 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Di situ saya lihat Daud tersengih. Ia melontarkan sebatang kayu ke arah  Kamal. Kamal terus menyambutnya, dengan kayu itu Kamal terus menyerang  datuk.    “Persediaan kita belum cukup Tamar, mari kita balik,” kata datuk pada  saya. Datuk terus meniti batas menuju ke arah kebun getah dengan layu.  Saya terpaksa berlari. Sayup‐sayup saya terdengar suara ketawa Kamal dan  Daud.    TERBENAM    Sebelum matahari berada di puncak bukit, saya dan datuk sudah pun berada  di rumah. Nenek memberitahu datuk yang Haji Salim sakit tenat. Luka di  lengan kanannya terus dihurungi ulat‐ulat yang besar. Ulat‐ulat itu  membiak dengan cepat sekali memakan daging lengan dan menghisap darah  Haji Salim.    “Badannya tidak bermaya, mukanya pucat,” beritahu nenek pada datuk.  Tanpa membuang masa, kami pergi ke rumah Haji Salim. Memang benar cakap  nenek, Haji Salim terkapar di pelantar di depan isterinya.    “Kita bawa saja ke hospital,” kata isteri Haji Salim pada datuk.    “Nanti dulu. Ini sihir, mana boleh luka baru terus berulat. Ambilkan  saya satu baldi air, tujuh helai daun limau purut, tujuh helai pucuk ubi 

Page 1260 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

gajah, taruhkan semuanya itu dalam baldi air tadi,” beritahu datuk pada  isteri Haji Salim.    Sementara menanti barang‐barang yang dipesan itu tiba, datuk terus  memeriksa lengan Haji Salim yang luka. Saya lihat ulat‐ulat itu sama  panjang dan bentuknya serupa dengan ulat‐ulat yang terdapat pada tokak  di kaki Kamal. Luka di lengan Haji Salim mula mengeluarkan bau hapak.    “Haji,” seru datuk. Haji Salim membuka mata dan merenung sayu ke arah  datuk.    “Terasa bisa seluruh badan,” soal datuk lagi.    “Ya, kau usahakan. Ini kerja sihir. Ada orang yang mengamalkan ilmu tuju  ulat. Orang ini mengamalkan Ilmu Cenderaular, semuanya bertuhankan  syaitan,” kata Haji Salim. Datuk menarik nafas panjang.    Barang‐barang yang dipesan oleh datuk pada isteri Haji Salim pun tiba.  Datuk terus bersila menghadapi baldi yang berisi air, pucuk ubi gajah  dan daun limau purut. Perkara pertama yang datuk lakukan membaca ayat  fatihah seribu kali. Kemudian, ia membaca surah yasin, tiga kali berturut.    “Bersedia Haji, kami nak jiruskan air ke badan,” datuk bangun lalu  menjinjing baldi berisi air. Perlahan‐lahan datuk tumpahkan air ke tubuh  Haji Salim yang dimulai dari ubun‐ubun kepala membawa ke hujung kaki. 

Page 1261 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Selesai sahaja datuk melakukan semuanya itu, badan Haji Salim terus  menggeletar. Dan ulat‐ulat yang mengerumuni luka di lengannya terus  gugur satu persatu atas lantai pelantar.   

SBDJ (Jilid 04) Siri 68: Puja Lidah Anak Dara    “CUBA kau tengok Tamar, apa yang jatuh atas lantai,” cukup lembut datuk  mengeluarkan perintah. Dengan rasa jijik saya segera mematuhi cakap  datuk. Saya periksa ulat‐ulat yang ada atas lantai.    “Bukan ulat tuk,” beritahu saya terketar‐ketar.    “Kalau bukan ulat, apa bendanya?”    “Benang putih yang sudah reput dan bercerai‐cerai, kalau dikumpulkan  jumlahnya dekat tiga buku benang.”    “Sebenarnya, penglihatan kita sudah disihir. Benang nampak macam ulat,”  datuk terus renung ke muka isteri Haji Salim. Datuk juga menyuruh isteri  Haji Salim mencari tiga pucuk pisang tanduk yang belum kembang penuh.    Isteri Haji Salim menyediakan bahan‐bahan tersebut. Tubuh Haji Salim  diletakkan atas pucuk pisang tersebut, manakala kepalanya dilapik dengan  badan kukur kelapa. Mata kukur yang bergigi seratus dicabut. Diikat pada 

Page 1262 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

ibu kaki kanan dan kiri Haji Salim.    Tubuh Haji Salim tidak menggeletar lagi. Ia terbaring kaku, macam orang  pengsan. Beberapa minit kemudian, Haji Salim membuka mata. Mukanya yang  pucat kembali menjadi merah. Pucuk pisang yang melapik badannya terus  kecut dan layu, seperti kena api.    Haji Salim terus duduk. Bengkak di lengannya terus surut. Wajah datuk  direnung oleh Haji Salim seketika, seolah‐olah mengucapkan ribuan terima  kasih. Datuk terus memeluk tubuh Haji Salim erat‐erat.    “Kita sedar kita kena sihir, tapi tak terdaya melawannya. Pengaruh  syaitan tu cukup kuat. Kita jadi lupa dengan beberapa ayat Quran yang  perlu dibaca bila terasa diri disihir orang,” beritahu Haji Salim pada  datuk dalam keadaan suara yang terputus‐putus.    Datuk terus menepuk‐nepuk belakang Haji Salim sambil berkata:    “Rawatlah luka awak tu. Kalau tak boleh pergi saja ke klinik kerajaan.”    “Rasanya, boleh dibuat cara kampung.”    “Buatlah mana yang patut. Asalkan luka awak sembuh.”    “Saya cuba. Dengan izin Allah, tetap sembuh.” 

Page 1263 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Saya cuma tersenyum sahaja mendengarkan perbualan datuk dengan Haji  Salim. Isteri Haji Salim juga tersenyum. Senyumnya tentu lebih lebar  daripada saya. Suaminya sudah beransur pulih.    Datuk juga menceritakan pada Haji Salim tentang usahanya mencari rumah  Dukun Pendekar yang mencari guru pada Daud. Haji Salim anggukkan kepala.    “Saya tidak mampu melawannya. Ilmu batinnya yang diapit syaitan cukup  kuat,” terang datuk dengan wajah kesal.    “Berusaha dan berikhtiarlah. Kalau dibiarkan ramai orang yang jahanam.”    “Tengoklah, sebelah malam nanti saya pergi lagi ke pondoknya.”    “Kalau begitu, biar saya ikut sama.”    “Tak payahlah, diri awak belum cukup baik.”    “Apa yang boleh saya tolong?”    “Awak doakan kejayaan saya.”    “Saya berjanji.”   

Page 1264 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Datuk terus bersalam dengan Haji Salim. Kami meninggalkan rumah Haji  Salim. Waktu saya sampai di kaki tangga rumah datuk, matahari sudah pun  berada di kaki langit. Beberapa ekor burung gagak berterbangan menuju ke  sarang. Kelawar mula mengembangkan kepak mahu memulakan tugas mencari  rezeki.    Saya renung ke langit, cukup bersih. Saya lihat keluang terus terbang  berkawan‐kawan mencari bunga durian. Cara kebetulan waktu itu musim  durian berbunga di kampung saya. Terdengar sayup‐sayup tembakan senapang  kampung berlaras satu, berturut‐turutan. Dan fahamlah saya tembakan itu  dilepaskan oleh beberapa orang Cina yang datang dari Sitiawan dan Air  Tawar yang suka makan daging keluang.    “Cepat mandi. Maghrib dah tiba, kita nak pergi ke surau sekarang. Kau  lambat, kau tinggal,” sergah datuk dari anjung rumah. Ia sudah siap  mandi dan mengenakan pakaian yang rapi.”    “Malam ini, ada guru agama dari Jabatan Agama Islam mengajar rukun haji  dan mandi mayat,” sambung datuk lagi.    Tanpa membuang masa saya terus mandi. Tergesa‐gesa sarungkan kain  pelekat dan baju Melayu. Kepala saya terus diserkup dengan ketayap putih.    TINGGAL   

Page 1265 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Saya meninggalkan surau kira‐kira jam sebelas lebih. Lepas makan malam,  saya terus masuk ke bilik tidur. Datuk terus membaca Quran di ruang  tengah. Mungkin badan terlalu letih, saya terus terlelap.    Saya terjaga, bila datuk menyentapkan kaki kanan saya agak kuat dari  biasa. Tanpa fikir panjang, saya terus duduk.    “Cepat sangat Subuh datang.”    “Bukan Subuh. Baru pukul tiga pagi. Bangun ikut aku.”    “Ke mana tuk?”    “Bangun, jangan banyak cakap.”    Saya terus bangun dan tukar pakaian. Kemudian terus mengikut datuk  menuju ke pondok lama di tengah sawah. Berjalan, dalam keadaan yang agak  gelap dalam suasana yang dingin memang terasa sukar sekali. Dua tiga  kali saya terjatuh kerana tersepakkan tunggul dan ranting kayu.    “Melangkah dengan teliti,” beritahu datuk bila kami sampai di halaman  pondok lama. Semua pintu dan tingkap pondok tertutup rapat.    Dari celah‐celah papan dinding yang susunannya tidak teratur dan rapat,  terlihat cahaya pelita minyak tanah. Saya dan datuk mengintai ke dalam 

Page 1266 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

pondok melalui celah‐celah papan dinding. Ada dua tubuh bengkok terkapar  atas lantai, macam angka lima yang jaraknya tidak jauh dari pelita  minyak tanah. Mereka memakai baju dan seluar hitam.    Saya kenal mereka. Lelaki yang meletakkan tangannya atas leher sambil  mengeluarkan dengkur yang kecil itu ialah Daud. Manakala lelaki yang  merapatkan kepala lututnya dengan pangkal dagu dan tidak berdengkur itu  ialah Kamal, guru pada Daud.    Tidak jauh dari pelita minyak tanah, di sebelah kanan terdapat beberapa  keping daging kering yang nipis, diletakkan atas daun pisang. Sekali  pandang daging itu bentuknya macam paru goreng. Tidak jauh dari daging  kering terdapat dupa yang diisi dengan bara. Dupa itu mengeluarkan asap  yang nipis bersama bau kemenyan.    “Apa benda yang macam daging kering tu tuk?”    “Cuba kau kira, berapa jumlah daging kering tu,” selesai mendengar cakap  datuk itu, saya terus menghitung daging kering tersebut.    “Ada tujuh keping tuk.”    “Maknanya, mereka sudah memotong tujuh lidah anak dara sunti.”    “Ah…,” keluh saya cemas. Badan saya mula terasa seram sejuk. 

Page 1267 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Perkara‐perkara yang buruk dan menakutkan mula terbayang dalam kepala.    “Mereka baru lepas memuja lidah,” bisik datuk ke telinga saya. Datuk  terus menggaru pangkal pipi kanannya yang digigit nyamuk. Seekor katak  puru melompat tidak jauh dari kaki saya. Beberapa ekor nyamuk mula  menggigit cuping telinga saya.    Angin pukul tiga pagi terus bertiup garang. Dedaun rumbia berlaga sama  sendiri, begitu juga dengan daun kelapa. Dahan dan ranting kering terus  gugur ke bumi. Bunyi dedaun rimba, daun kelapa dan reranting yang jatuh  itu bila berpadu menimbulkan bunyi yang tidak menentu.    Sesekali terdengar macam bunyi suara bayi menangis. Bila diteliti  terdengar seperti bunyi orang mengeluh menahan kesakitan. Ada masanya  pula macam bunyi orang ketawa.    Disebabkan saya tahu punca dari semuanya itu adalah dari dedaun dan  ranting jatuh yang ditiup angin, hati saya tidaklah cemas sangat tetapi  debarnya tetap ada.    Tiba‐tiba saya lihat Kamal bangun. Ia membuka seluarnya dan bertelanjang  bulat. Saya menutup muka bila ia menghalakan anunya yang hodoh ke arah  saya.    “Sial, haram jadah,” kutuk saya. Datuk tersenyum melihat telatah saya. 

Page 1268 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Tiba‐tiba saya terdengar bunyi air, saya membuka mata. Ya Allah, kenapa  begitu buruk benar perangai Kamal. Ia kencing berdiri dalam pondok yang  jadi tempat tidurnya.    Kamal sarung seluarnya kembali. Ia duduk sambil mengutip ulat‐ulat tokak  yang jatuh atas lantai, ditaruh ke dalam tokaknya kembali.    “Masuklah kenapa mengintai, perbuatan tu tak baik,” cara mendadak sahaja  Kamal bersuara. Saya tahu, kata‐kata itu ditujukan pada datuk dan saya.  Cepat‐cepat bahu datuk saya cuit.    “Jangan silap, dia bukan bercakap dengan kita. Dia bercakap dengan orang  lain.”    “Ah, dengan siapa tuk.”    “Kau cakaplah.”    Cakap datuk itu memang tepat, saya lihat salah satu lidah yang ada di  depannya bergerak‐gerak. Lidah itu berpusing‐pusing di depan Kamal  sebentar. Kemudian lidah itu terus berdampar atas dupa. Bara dalam dupa  terus padam. Kepulan asap bertambah tebal keluar dari dupa.    Dari gumpalan asap itu, saya lihat ada kepala manusia terawang‐awangan.  Dari mulutnya terjelir lidah yang panjang dan menitik darah segar ke 

Page 1269 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dalam dupa.    Kepala yang botak licin dengan dua mata terpelohong ke dalam  berpusing‐pusing atas dupa. Berhenti bila mata yang berlubang itu  menentang mata Kamal. Daud terus berdengkur, tidak tahu apa yang berlaku  pada sisinya.    “Kamu lapar?” tanya Kamal. Lidah yang terjulur dari kepala yang licin  itu tersentap ke dalam. Dari matanya yang terpelohong ke dalam  memancarkan cahaya bara yang menyilaukan pandangan saya.    Perlahan‐lahan Kamal mengangkat kakinya tokak itu ke arah bara. Beberapa  detik kemudian, lidah dari kepala botak terjulur kembali. Kali ini lebih  panjang dan lebar dari tadi. Lidah yang merah segar itu terus  menjilat‐jilat tokak di kaki Kamal, macam lidah kucing menjilat susu  yang tumpah.    Beratus‐ratus ekor ulat dari tokak Kamal berlari atas lidah dan hilang  ditelan oleh kepala licin. Perkara itu berlangsung kira dua tiga minit  sahaja. Semua ulat‐ulat di tokak Kamal hilang. Kamal menarik kakinya  kembali.    Tanpa dikejutkan oleh sesiapa, Daud terus bangun dan melukakan ibu jari  kakinya dengan pisau lipat. Darah merah memancut dari ibu kaki. Sebelum  darah itu menitik ke atas lantai, Daud menghalakan ibu jari pada lidah 

Page 1270 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dari kepala botak.    Keadaan Daud dan Kamal berbeza sekali. Ulat di tokak Kamal dijilat  dengan lidah tetapi darah Daud terus disedut dengan rakusnya oleh kepala  di atas dupa. Masa darahnya disedut, Daud tetap senyum.    “Tarik kaki kamu,” Kamal mengeluarkan arahan. Cepat‐cepat Daud menyentap  kakinya. Kepala licin di atas dupa berpusing lagi. Asap kian tebal dan  menghitam.    Asap yang menebal di dupa mula menipis. Kepala manusia yang menggerunkan  itu masih berada di situ. Kali ini ia tidak berpusing. Kepalanya yang  botak licin mula ditumbuhi oleh rambut yang hitam lebat dan panjang  sampai ke atas lantai. Dan rambut itu seolah‐olah menjadi tiang untuk  kepala tanpa badan itu berada dalam keadaan tegak.    “Lidah anak dara sunti masih belum cukup 44. Kalau tak cukup apa yang  kamu tuntut tidak akan menjadi. Kamu tidak akan menjadi kaya‐raya. Kamu  tidak akan dapat harta karun. Kamu tak boleh hidup sampai dunia kiamat,”  terdengar suara parau yang keras. Tidak tahu dari arah mada datangnya.    Tetapi yang pasti, mulut dari kepala yang kaku atas dupa itu  bergerak‐gerak. Matanya nampak berkedip‐kedip sekali sekala.    “Apa yang kamu dapat sekarang cuma separuh sahaja. Pantangnya kamu tidak 

Page 1271 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

boleh kena air dan pasir yang timbul di tengah sungai. Semua pantang itu  menjadi tawar bila dapat 44 lidah anak dara sunti,” bergema lagi suara  parau yang keras. Kamal termenung dan merenung muka Daud.    Kamal terus mengangkat kedua belah tapak tangannya ke dahi. Ia menyembah  kepala di atas dupa sambil berkata:    “Kami dalam bahaya di sini, Mahaguru.”    “Aku tahu, kamu harus pindah. Cari mangsa di tempat lain.”    “Ya Mahaguru.”    “Kamu sekarang diintip musuh.”    “Ha…,” Kamal terus melompat seketika. Kemudian duduk kembali dengan tenang.    Asap dalam dupa berhenti. Kepala yang ada di situ terus hilang. Apa yang  saya lihat sekarang, ialah keping lidah yang terawang‐awang dan kembali  terkapar di atas lantai bersama lidah‐lidah kering yang lain.    “Sebelum mereka menyerang kita, elok kita balik,” kata datuk. Kami  tergesa‐gesa pulang. Waktu kami meniti atas batas bendang, kami melihat  sejenis cahaya yang memanjang memancar di atas bumbung pondok lama.  Cahaya itu bergumpal‐gumpal di situ dan bentuknya macam kepala ribut. 

Page 1272 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Syaitan,” tutur datuk sebaik sahaja sampai ke kawasan kebun getah. Saya  menoleh melihat cahaya yang sudah bertukar rupa. Kali ini muncul dari  tulang bumbung pondok lama. Bentuk cahaya itu sebesar telur ayam, merah  menyala dalam jumlah antara sepuluh hingga dua puluh biji.    Cahaya bulat itu kelihatan bergolek‐golek atas atap rumbia. Kemudian  bertukar jadi memanjang dan tajam menuju ke dada langit dalam bentuk  ekor ikan pari. Sekali pandang macam bunga api dengan berbagai‐bagai warna.    Bila cahaya yang menuju ke dada langit itu hilang, saya dapati api  membakar daun‐daun getah yang kering di sekeliling saya. Api itu terus  marak. Katak dan cengkerik bertempiaran lari menyelamatkan diri.    “Jangan peduli dengan api tu,” kata datuk lalu menarik tangan saya untuk  merempuh api. Saya keberatan untuk melakukannya. Saya bimbang kalau kaki  seluar saya disambar api, badan saya pasti terbakar.    “Ikut aku, jangan banyak fikir,” tambah datuk lagi dengan nada suara  yang keras. Badan saya mula berpeluh. Bahang api membuat saya jadi tidak  tentu arah. Api terus marak, kiri kanan, depan dan belakang penuh dengan  api.    “Kita tersepit tuk, kita boleh mati di sini tuk!” kata saya.   

Page 1273 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Kalau Allah berkehendakkan kita hidup, kita tetap selamat.    “Tapi saya bimbang.”    “Apa yang kau bimbangkan,” sergah datuk sambil menjegilkan sepasang  matanya. Saya terus terdiam.    Di langit, bulan sabit mula muncul. Awan putih berarak tenang di langit  biru. Angin dinihari terus bertiup menggugurkan dedaun getah yang sudah  tua. Peluh dingin terus menguasai sekujur tubuh saya. Pejam celik saya  menatap wajah datuk dalam keadaan yang selamba.    Api kian menghampiri diri saya dan datuk. Perlahan‐lahan datuk  membongkokkan badan mengambil sekepal tanah. Dengan tenang tanah yang  dikepal itu terus diserakkan ke arah api yang mengelilingi kami.    “Biasanya dengan cara ini dapat menahan perbuatan syaitan,” kata datuk  sambil merenung ke arah saya yang sedang menyapu peluh di dahi dengan  telapak tangan.    Tiba‐tiba datuk kelihatan resah. Api tidak juga padam malah kian  meninggi. Gegendang telinga saya menangkap suara orang ketawa yang  dibawa oleh angin dinihari.    “Terlalu kebal ilmunya Tamar.” 

Page 1274 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Apa yang mesti tuk buat.”    “Sabar. Allah memberkati orang yang berusaha.”    “Hum….,” keluh saya separuh kecewa.    Datuk membongkok lagi. Kalau sebentar tadi ia mengepal tanah dengan  tangan kanan, kali ini ia mengepal tanah dengan tangan kiri dan tanah  itu terus diserakkannya dari arah kiri membawa ke kanan. Saya terkejut,  api yang menjulang terus menjadi kecil dan akhirnya padam.    “Kita tak boleh tunggu lama di sini,” datuk terus menarik tangan kanan  saya. Sepasang bibir datuk terus bergerak‐gerak. Apa yang dibacanya saya  tidak tahu.    “Jangan tengok,” suara datuk meninggi, bila ia melihat saya enggan  melangkah dan masih merenung ke arah dedaun getah kering yang bertaburan  atas tanah. Saya merasa pelik kerana tidak terdapat kesan abu atau  dedaun kering yang rentung dimamah api.    “Langkah cepat,” datuk mendesak dan perintahnya itu saya patuhi. Kami  terus melangkah dalam nirai getah. Langkah datuk terlalu cepat. Saya  tercungap‐cungap mengikutnya dari belakang.   

Page 1275 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

GUGUR    Angin dinihari terus bertiup menggugurkan dedaun getah tua. Suara kokok  ayam sayup‐sayup terdengar. Suara burung tukang muncul sekali sekala  bersama dengan laungan anjing. Suasana demikian membekalkan rasa cemas  dan bimbang dalam diri saya.    Dua tiga kali perasaan saya tersentak, bila beberapa ekor katak puru  yang memburu serangga melompat berhampiran kaki seluar saya. Memang  timbul niat mahu memijaknya supaya katak‐katak itu mati. Tetapi bila  teringat pesan datuk yang melarang membunuh binatang tanpa sebab, hasrat  itu segera saya batalkan.    “Berhenti,” kata datuk.    Saya pun berhenti melangkah. Angin dinihari yang bertiup membekalkan  rasa sejuk ke seluruh tubuh. Datuk meletakkan telapak tangan kanan ke  atas kening kirinya untuk beberapa saat. Dahinya nampak berkedut.    Dari kening kiri datuk ubah telapak tangannya ke atas dada sebelah  kanan. Perlahan‐lahan datuk menjatuhkan tangan kanan dan sepasang mata  lembutnya meratah wajah saya.    “Kenapa tuk?”   

Page 1276 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Daging dada aku bergerak‐gerak.”    “Apa alamatnya tuk?”    “Mengikut petua orang tua‐tua, ada bahaya yang tidak diduga,” suara  datuk lemah.    Sebaik sahaja berhenti bercakap, saya terlihat seketul benda putih  sebesar telur ayam melayang‐layang di udara. Paling menceaskan hati  saya, benda putih itu menuju ke arah saya dan datuk.    “Ambil daun getah kering, kepitkan ke celah ketiak dan meniarap serta  berlindung di balik pokok yang kecil,” datuk mgeneluarkan arahan. Kelam  kabut saya mencari daun getah kering dan mematuhi dengan apa yang  dikatakan oleh datuk.    Benang putih itu berputar‐putar atas kepala kami sambil mengeluarkan  suara macam dengung kumbang yang amat kuat. Bila suara dengung itu  berkurangan benda putih itu mengeluarkan cahaya api dan jatuh kira‐kira  sepuluh kaki di depan saya dan datuk. Di tempat benda itu jatuh segera  terbakar.    Sebelum api itu melarat datuk segera mengepal tanah dan melemparkan ke  arah api tersebut. Api segera padam.   

Page 1277 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Mari kita lihat apa bendanya, Tamar.”    “Takut tuk, barangkali bom tangan.”    “Kau merepek Tamar,” ujar datuk bersama ketawa kecil.    Saya dan datuk pun mengatur langkah menuju ke tempat benda putih itu  jatuh. Belum pun saya dapat mempastikan benda tersebut, datuk segera  menutupnya dengan kain merah dan membungkusnya.    “Apa bendanya tu tuk?”    “Nanti sampai di rumah kamu boleh tengok.”    “Di sini ada pantang larangnya tuk?”    “Ah, kamu memang banyak mulut. Tanya itu, tanya ini. Apa kamu tak boleh  diam.”    Saya segera menutup mulut dengan telapak tangan. Tidak berani menentang  biji mata datuk yang terbeliak bagaikan memancarkan cahaya yang panas.    Saya terus mengekornya dari belakang dengan meninggalkan perdu pohon  getah yang tertegun kaku. Dahan getah yang berlapis terus bergerak bila  disentuh angin lalu mengeluarkan suara macam budak menangis. 

Page 1278 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Entah mengapa, setiap kali saya melangkah dada saya terus berdebar.  Macam ada sesuatu yang memperlihatkan gerak geri saya dan datuk. Saya  dongak ke langit, awan tetap bersih, bulan sabit tetap ada. Lolongan  anjing tetap berterusan.    “Tamar,” jerit datuk sekuat hati. Saya lihat datuk rebah ke bumi sambil  memegang bahu kanannya. Datuk cuba bangun ternyata ia tidak mampu  berbuat demikian. Saya jadi tidak tentu arah. Tidak tahu apa yang patut  saya lakukan.    “Ada orang menendang aku cara curi Tamar.”    “Siapa orangnya?”    “Aku tak tahu,” suara datuk tersangkut‐sangkut macam menahan kesakitan  yang amat sangat.    “Jangan dekat aku Tamar. Kau bediri di situ, buka seluar kamu, kau  telanjang di situ. Angkat kaki kanan kamu separas lutut,” kata datuk  bila saya mahu bergerak menghampirinya.    “Sejuk tuk, saya malu anu saya kena angin.”    “Hei, ikut cakap aku, kalau kamu mahu hidup.” 

Page 1279 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Ah,” keluh saya sambil melucutkan seluar.    Bila saya berdiri dalam keadaan bogel, bulu roma di betis dan paha terus  berdiri akibat dirempuh angin dinihari. Badan saya menggeletar. Tidak  sanggup saya merenung bahagian tubuh saya yang terdedah.    Datuk terus mengguling‐gulingkan badannya di tanah. Saya tidak tahu,  kenapa datuk melakukan semuanya itu. satu hal yang pasti setelah  berguling sebanyak lima kali, datuk dapat bangun dan berdiri dengan baik  sekali.    Gembira hati saya, datuk yang kelihatan tenang sambil menekan pangkal  belikatnya dengan kedua belah tangan. Kami mengatur langkah kembali.  Ketika itu juga, kami terdengar bunyi tapak kaki orang berlari dengan  memijak daun‐daun getah yang kering.    “Jangan pedulikan,” bisik datuk dengan lembut. Saya terus melangkah.  Bila sampai di pohon getah yang tumbang, kami melihat ada benda putih  baring atas batang tersebut.    “Jangan toleh sampai dua kali,” datuk mengingatkan saya.    “Baik tuk.”   

Page 1280 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Bila sampai dekat pokok kabung (enau) saya lihat rambut perempuan  berjuntai di pelepah kabung. Rambut itu mencecah bumi. Rambut itu nampak  kasar dan keras dan warnya agak perang.    Dari celah‐celah rambut itu ternampak batang tubuh seorang perempuan  dalam keadaan yang bogel, berkulit putih tanpa mata dan dahi.    “Jangan renung,” kata datuk.    “Baik tuk,” balas saya.    “Semuanya syaitan,” rungut datuk dan meneruskan perjalanan tanpa mahu  menoleh ke kiri dan ke kanan. Kawasan pokok kabung (enau) terus kami  tinggalkan di belakang. Kini kami membelok ke kanan melintasi sebuah  danau kecil.    Tiba‐tiba saya lihat dari permukaan danau yang berair cetek muncul  berpuluh‐puluh tangan yang berbulu. Semua tangan‐tangan itu menghala ke  arah kami. Saya didatangi rasa cemas kembali. Datuk segera mengambil  sehelai rumput serunai laut. Rumput itu diramas hingga hancur.    Sebelum rumput yang hancur itu dicampakkan ke dalam danau yang berair  cetek datuk membaca sesuatu. Aneh sekali, bila rumput itu jatuh ke dalam  danau berair cetek, tangan‐tangan yang terkapai di permukaan danau terus  hilang. 

Page 1281 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Ingat, kerja kita belum selesai. Mungkin esok mungkin lusa kita bertemu  lagi,” tiba‐tiba datuk dan saya terdengar suara dari arah kanan.    Bila kami menoleh, seorang lelaki berdiri di situ. Bau tokak yang busuk  dan hapak mula mencucuk lubang hidung kami.    “Orang tu datang lagi tuk,” bisik saya pada datuk.    “Aku tahu Tamar. Dia menggunakan semua ilmunya untuk menewaskan.”    “Jadi, apa yang mesti kita buat tuk.”    “Kalau Allah mengizinkan kita berjaya, tentu kita menang.”    Datuk merenung ke arah lelaki yang berdiri dalam jarah sepuluh kaki  darinya. Saya segera berlindung di belakang datuk. Bau busuk dan hapak  dari tokak lelaki itu membuat tekak saya menjadi loya dan terasa mahu  muntah.    “Aku berpegang pada kata orang tua‐tua. Musuh jangan dicari. Kalau musuh  datang elakkan diri tetapi sudah beralah dan mengelak musuh datang juga,  aku tidak menolak lawan,” tutur datuk dengan nada suara yang lembut pada  lelaki itu.   

Page 1282 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Lelaki itu tersenyum lalu membelakangi datuk dan saya. Beberapa detik  kemudian lelaki itu terus ghaib. Saya dan datuk merasa aman dan  mempercepatkan langkah. Datuk mahu sebelum azan Subuh dilaungkan, kami  mesti berada di rumah.    Tanpa diduga datuk berhenti melangkah. Ia pusingkan badannya ke  belakang. Sepasang mata tajamnya merenungi batang tubuh saya sambil  ketawa kecil. Saya resah dan serba salah.    “Kau telanjang Tamar?”    “Ha, telanjang,” kata saya tersipu‐sipu sambil menutup anu saya dengan  kedua belah telapak tangan. Datuk terus ketawa. Seluar yang terletak di  bahu kanan segera saya turunkan. Sesungguhnya, saya lupa dengan seluar  dan diri saya yang telanjang akibat diresapi rasa takut dan cemas melulu.    “Pakai seluar tu cepat. Tak malu dah besar telanjang,” usik datuk. Saya  terus sarung seluar ke badan serta meneruskan perjalanan.    Peristiwa yang lucu itu meninggalkan kesan dalam diri saya hingga kini.  Setiap kali saya melihat kanak‐kanak telanjang, saya pasti teringatkan  peristiwa lalu yang membuat saya senyum sendirian.    SAMPAI   

Page 1283 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Waktu saya dan datuk sampai di kaki tangga terdengar suara azan Subuh  yang mendayu‐dayu. Saya terus pergi ke perigi untuk membersihkan badan  dan datuk pula menuju ke sungai dengan tujuan yang sama seperti apa yang  saya lakukan.    Lepas menunaikan sembahyang Subuh tanpa minum kopi dan makan kuih saya  terus tidur. Tidak mampu rasanya saya menahan kelopak mata yang terasa  amat berat. Saya dikejutkan oleh nenek kira‐kira pukul dua belas tengah  hari.    Bila saya bangun dan mahu melangkah menuju ke dapur untuk membasuh muka,  saya terasa pening. Pandangan saya berpinar‐pinar. Lantai yang saya  pijak terasa turun naik dan berpusing‐pusing. Saya hilang pedoman dan  terus jatuh atas lantai.    Nenek berlari dari dapur menghampiri saya. Tanpa membuang masa ia  menyandarkan badan saya ke dinding. Badan saya diurutnya, dua tiga kali.  Saya tersedak dan sendawa beberapa kali. Dari jendela, nenek memanggil  datuk yang sedang menjemur jala di halaman. Datuk segera naik ke rumha.    “Kenapa?” tanya datuk.    “Cucu awak ni, bangun tidur terus pening dan jatuh atas lantai."   

SBDJ (Jilid 04) Siri 69: Ilmu Kaum Kubu 

Page 1284 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Kamu ni ada‐ada saja,” datuk terus meraba dan menggosok serta memicit  pergelangan kaki saya. Berkerut muka saya menahan sakit. Sendawa saya  bertalu‐talu.    “Aku dah pesan. Setiap kali bangun tidur, jangan bangun terus. Pusing ke  kanan sekali, pusing ke kiri sekali sambil gerakkan kaki dan tangan  perlahan‐lahan. Kemudian duduk dan membongkok dua tiga kali. Kemudian  menggeliat perlahan‐lahan dan tarik nafas panjang‐panjang,” datuk mula  membebel.    “Saya jarang buat tuk.”    “Inilah yang susah. Ada petua diberikan tetapi tidak mahu diamalkan.  Tujuan aku suruh buat macam itu, untuk melembutkan urat, mengeluarkan  angin dari badan dan perut. Lepas sembahyang Subuh terus tidur. Tidak  makan tidak minum, akibatnya angin masuk perut,” tambah datuk lagi.    Nenek yang baik hati terus menggosok‐gosok bahu kanan dan kiri saya.  Datuk bangun dan terus keluar. Dengan langkah yang tenang saya terus ke  daput mencuci muka. Lepas ucui muka saya terus makan.    Bila perut diisi dengan nasi dan lauk‐pauk, badan mula terasa segar dan  malas mahu bergerak ke mana‐mana. Saya sandarkan badan ke dinding. Datuk  tetap dengan kerjanya di luar. Selesai menjemur jalan, ia meraut bilah 

Page 1285 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

lukah. Kadang‐kadang saya merasa hairan dengan datuk. Setiap masa ada  sahaja kerja yang dilakukannya. Ia seolah‐olah tidak pernah merasa letih.    Setelah penat bersandar, saya bangun menuju ke arah serambi rumah. Baru  tiga kali melangkah saya teringatkan tentang barang yang dibungkus oleh  datuk malam tadi. Saya tidak tahu di mana datuk meletakkan barang  tersebut. Saya terus mendapatkan datuk yang sedang meraut bilah lukah.    “Ha, apa yang kamu mahu. Kamu nak pergi menangkap burung?”    “Tidak tuk.”    “Kalau bukan itu, apa yang kamu mahu?”    “Saya nak tanya tentang barang yang tuk bungkus malam tadi.”    “Barang,” datuk kerutkan dahi.    “Barang yang nampak bercahaya kemudian tuk bungkus,” saya mengingatkan  datuk.    Datuk senyum. Ia faham dan ingat kembali peristiwa yang dialami. Ia  meninggalkan bilah‐bilah lukah yang baru diraut separuh.    Datuk masuk bawah rumah, ia mengambil sesuatu dari gelegar rumah. Saya 

Page 1286 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

hanya melihat dari luar. Tetapi, saya tahu datuk meletakkan benda itu  pada gelegar rumah yang ada kuda‐kuda dan kuda‐kuda itu pula mengarah  hala matahari terbenam.    Tentu ada petua dan muslihat yang tertentu datuk melakukan semua itu.  pada hal kalau diletakkan di mana‐mana pun benda itu saya fikir tidak  mendatangkan mudarat pada sesiapa saja.    Ah, datuk sudah tua ada pengalaman dan ada sedikit ilmu. Tentu dia tahu  dengan apa yang dibuatnya, fikir saya.    Datuk keluar dari bawah rumah membawa bungkusan kain merah. Tanpa  memanggil saya, datuk menuju ke halaman rumah. Ia membuat garisan bulat  di tanah dengan ranting kayu. Bungkusan kain merah diletakkan di tengah  dalam garisan bulat.    “Tamar ke mari,” laung datuk. Saya terus berlari menghampiri datuk yang  duduk bertinggung di luar garisan bulat. Peluh terus membasahi baju  datuk dalam panas yang terik dan garang.    “Kamu bertinggung di sini.”    Saya terus bertinggung di sisi datuk. Peluh‐peluh halus mula meruap di  muka saya. Dengan perlahan‐lahan datuk membuka bungkusan kain merah.   

Page 1287 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Bila bungkusan itu terbuka, saya lihat biji telur burung puyuh. Datuk  tidak menjamah telur tersebut. Ia menolak telur itu dengan ranting kayu  supaya kedudukannya beratur lima sebaris.    Saya menggigit bibir. Pelik, telur yang sekecil itu boleh mengeluarkan  api dan membakar dedaun kering. Memang sekali pandang telur puyuh itu  tidak ada bezanya dengan telur puyuh yang sering saya temui di sarangnya.    Tetapi bagaimana orang yang kakinya mempunyai tokak memanfaatkan telur  tersebut untuk mengancam keselamatan orang lain.    Pertanyaan itu terus berputar‐putar dalam tengkorak kepala saya. Mahu  saya ajukan pertanyaan pada datuk tetapi, bila saya melihat datuk  termenung panjang, hasrat itu saya batalkan.    Datuk terus duduk bersimpuh sambil menguris‐guris tanah dengan ranting  kayu. Ia menulis perkataan Allah dan Muhammad di tanah.    Beberapa minit kemudian tulisan di tanah itu dipadamkannya. Ia merenung  ke arah saya. Kedua belah bibirnya kelihatan bergerak‐gerak. Bila  mulutnya berhenti bergerak, ia menyerahkan ranting kayu pada saya.    “Pukul semua telur tu hingga pecah,” katanya. Saya terus memukul ke  lima‐lima biji telur puyuh itu dengan sekaligus. Saya lihat ada  percikkan api yang halus keluar dari telur. 

Page 1288 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Bila percikkan api itu berhenti, keluar asap nipis dan akhirnya asap itu  hilang dalam sinaran matahari yang keras.    “Orang itu menggunakan ilmu tuju‐tuju telur puyuh, ilmu syaitan yang ada  di dadanya sudah terlalu tinggi,” beritahu datuk pada saya. Datuk terus  mengkuis‐kuiskan kulit telur burung puyuh hingga berserakkan atas tanah.    Sekejap lagi, kamu nampak apa yang ada dalam telur yang baru kamu  pecahkan tadi,” dengan rasa dada yang lapang, saya terdengar ungkapan  yang diluahkan oleh datuk.    Sepasang mata saya tumpukan pada kulit‐kulit telur burung puyuh dalam  garisan bulat.    Panas terik terus menggigit kulit tubuh. Dan muka saya terus dibasahi  peluh. Datuk pun demikian juga. Saya terlihat beberapa batang jarum  berkelip‐kelip dipanah matahari. Saya juga melihat beberapa ekor semut  api mengelilingi gumpalan rambut dan tulang ikan terubuk. Beberapa ketul  batu juga terdapat di situ.    “Tuju‐tuju telur puyuh ini kalau kena tubuh kita, sukar untuk  diselamatkan. Bisanya tidak boleh ditahan. Seluruh badan jatuh biru.  Tempat yang jadi sasarannya dada, perut dan mata,” terang datuk.   

Page 1289 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Macam mana, kalau jatuh atas tanah boleh mengeluarkan api?” soal saya.  Datuk mengelap peluh di dahi dengan jari telunjuk.    “Bila ada orang yang mampu mengalihkannya, benda itu jatuh ke tanah dan  keluarkan api. Kalau jatuh dalam air menjadi racun. Berbulan‐bulan baru  racun dalam air itu hilang.”    “Di mana orang ni menuntut ilmu syaitan ni tuk?”    “Aku agak dari kaum Kubu tu. Ilmu dunianya terlalu kuat.”    “Kau tak usah tanya semuanya itu. Makin lama kau hidup, makin banyaklah  hal‐hal dunia yang diturunkan oleh syaitan pada anak Adam dan kau akan  tahu,” tamat berhenti bercerita.    Datuk menggenggam sekepal tanah dan tanah itu ditaburkan dalam garisan  bulat. Bila tanah yang ditabur oleh datuk itu kena pada kulit telur,  jarum, rambut dan tulang terubuk terus menjadi hitam, macam arang.  Kemudian hancur menjadi abu. Tanah dalam garisan bulat bertukar menjadi  warna kemerah‐merahan macam darah.    “Sekejap lagi tanah tu akan bertukar menjadi macam warna asalnya,” kata  datuk. Tidak lama kemudian tanah yang di dalam garisan kembali dalam  warna asalnya. Datuk terus memadamkan garisan bulat dan menepuk bumi  dengan tangan kiri sebanyak tiga kali berturut‐turut. 

Page 1290 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Kau tengok sendiri, kain kuning jadi lapik telur puyuh pun hangus jadi  abu,” datuk menudingkan jari telunjuknya. Cakap datuk itu memang benar.  Kesan kain kuning itu sukar dijejaki.    Suara azan Zuhur terus berkumandang. Datuk mengajak saya mengambil air  sembahyang. Selesai sembahyang datuk mengajak saya duduk di ruang  tengah. Ia mengajar saya tentang sifat dua puluh serta menunjukkan cara  sembahyang yang betul.    “Awak tak pergi tengok Haji Salim?” nenek muncul di ambang pintu dapur  dengan wajah yang agak cemas. Datuk menutup kitab di depannya dan  diletakkan atas rak. Datuk mengenakan baju ke badan, menukarkan kain  dengan seluar.    “Kenapa dengan Haji Salim, bukankah dia nak ubat sakitnya sendiri,”  datuk berhenti melangkah dan merenung ke wajah nenek dengan seribu  persoalan.    “Sakitnya datang balik. Dia muntah darah dan meracau tak tentu arah,”  jawab nenek.    “Apa yang nak dibuat oleh bininya?”    “Nak dihantar ke hospital.” 

Page 1291 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Ah,” kata datuk dan terus meluru ke muka pintu. Dengan sekelip mata  datuk hilang dari pandangan saya.    IKUT    Tanpa mengucapkan sesuatu pada nenek, saya terus melompat dan memburu  datuk dari belakang. Tercungap‐cungap saya bila sampai ke rumah Haji  Salim. Saya lihat datuk sedang memangku Haji Salim. Saya segera  menghampiri datuk.    “Bawakan saya ke hospital sahabat,” rayu Haji Salim.    “Saya tunaikan, kalau itu yang awak mahu,” balas datuk dan meletakkan  kembali kepala Haji Salim atas bantal.    Datuk meninggalkan rumah Haji Salim. Datang kembali dengan sebuah teksi.  Haji Salim pun diusung dan diletakkan dalam perut teksi. Bila berada  dalam teksi batuk darah yang dideritai oleh Haji Salim berhenti. Ia  tidak meracau lagi.    “Ke mana kita, nak bawa ke Taiping atau ke Ipoh?” tanya datuk pada  isteri Haji Salim yang memakai baju kurung kedah dan berkain batik.  Isteri Haji Salim termenung sejenak.   

Page 1292 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Bawa ke Taiping. Anak saudaranya ada kerja di hospital Taiping,”  tiba‐tiba sahaja isteri Haji Salim bersuara.    “Kerja apa?” tanya datuk.    “Pembantu hospital. Kalau haji masuk hospital, saya boleh tumpang di  rumah anak saudaranya. Dapat saya menengok haji di hospital tiap‐tiap  hari,” terang isteri Haji Salim.    Teksi pun bergerak meninggalkan halaman rumah Haji Salim. Saya dan nenek  serta jiran‐jiran berdoa, semoga Haji Salim yang peramah, suka mengambil  berat tentang jiran‐jiran akan segera sembuh.    “Mari kita balik Tamar. Kalau tunggu di sini pun tak guna, dia tu balik  lambat tu. Agaknya dekat Maghrib baru sampai,” ujar nenek pada saya.  Nenek pun merapatkan pintu rumah Haji Salim. Kami pun meninggalkan rumah  sahabat baik datuk.    Sampai di rumah, saya beritahu nenek yang saya mahu pergi keluar. Tetapi  nenek keberatan untuk memenuhi permintaan saya. Nenek menyuruh saya  menyambung kerja‐kerja datuk yang belum selesai. Nenek suruh saya raut  bilah lukah, nenek suruh saya membetulkan jala yang koyak.    “Saya nak pergi ke sawah nak menangkap burung,” kata saya.   

Page 1293 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Nak tangkap burung apa Tamar?”    “Burung wak‐wak.”    “Panas macam ni. Eh kau tahu kalau terlalu lama berpanas nanti demam.”    “Tak apalah,” balas saya terus meninggalkan nenek.    Dengan nenek saya berani menentang atau membantah perintahnya. Tetapi,  dengan datuk saya tidak berani buat demikian. Telinga saya pernah  dipulas oleh datuk, macam mahu tercabut rasanya, akibat saya membantah  cakapnya.    Sampai di kawasan sawah yang lapang, saya mula mencari rumpun Menerung  yang jadi tempat berlindung burung wak‐wak. Pokok atau rumpun tersebut  berbatang lembut serta mempunyai tiga segi, berdaun kecil dan panjang,  mempunyai umbi dan akar yang kuat.    Tumbuhan jenis ini memang jadi musuh pada pesawah. (Mungkin di tempat  anda tumbuhan jenis ini disebut dengan perkataan yang lain.)    Kini saya berdiri di depan kawasan tumbuhan Menerung (nerung) yang luas.  Dua ketul kayu pembaling yang saya ikat di pinggang pun saya buka. Kayu  itu saya pegang. Kayu yang berukuran kira‐kira satu kaki itu digunakan  untuk membaling ke arah burung wak‐wak yang mahu terbang. 

Page 1294 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Tiga minggu saya belajar membaling ke arah wak‐wak yang terbang dari  Haji Salim. Tanpa membuang masa saya terus meranduk ke dalam rumpun  Menerung.    Beberapa ekor burung wak‐wak muncul dari rumpun menerung dan terus  terbang untuk menyelamatkan diri. Tanpa membuang masa saya terus  membalingkan kayu ke arah burung‐burung tersebut.    Dua ekor tidak cukup. Paling kurang dapat sepuluh ekor baru cukup, saya  membuat keputusan tersendiri sambil mengikat kaki dua ekor burung  wak‐wak dan saya letakkan di bawah perdu mempelam. Saya terus  mengharungi rumpung menerung lagi.    “Bagaimana? Banyak burung yang kau dapat?” saya tergamam sebentar.    Di depan saya wujud dua orang lelaki. Mereka ialah Kamal dan Daud. Saya  tidak menjawab pertanyaan mereka. Kamal mengangkat kaki yang dikuasai  tokak separas dada saya.    “Sampaikan salam kami pada datuk kamu,” kata Daud.    Saya terus muntah bagaikan mahu keluar semua isi perut saya. Tanpa  membuang masa saya terus memusingkan badan dan lari langkah seribu.   

Page 1295 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Semua yang saya alami ketika berada di tengah sawah tidak saya ceritakan  pada nenek. Dan nenek terus menyindir saya kerana pulang dengan tangan  kosong.    KEMBALI    Tepat pukul enam setengah petang, teksi yang membawa Haji Salim ke  Hospital Taiping pun pulang. Saya dan nenek bergegas ke rumah Haji Salim  kembali.    “Doktor sudah mengesahkan Haji Salim sihat. Sebaik sahaja meninggalkan  rumah ini batuk darahnya terus berhenti, badannya cukup sihat,” isteri  Haji Salim memberitahu nenek.    Datuk dan pemandu teksi menganggukkan kepala mengiakan kata‐kata isteri  Haji Salim.    Bagi orang lain saya tidak tahu tetapi bagi saya, cerita yang  disampaikan oleh isteri Haji Salim itu menimbulkan keraguan dalam hati  saya. Dalam saat‐saat begitu, saya teringatkan Kamal (si tokak di kaki)  dan Daud.    Jiran‐jiran yang berkerumun di halaman rumah terus dikejutkan dengan  suara batuk Haji Salim bertalu‐talu. Setiap kali datuk itu berakhir,  Haji Salim akan muntah darah. Darah yang diluahkannya berbuku‐buku serta 

Page 1296 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

merah kehitam‐hitaman. Muntah dari Haji Salim datuk kumpulkan dalam  mangkuk putih. Jiran‐jiran yang berkumpul di halaman terus bercakap sama  sendiri.    Ada yang mulut lepas mengatakan Haji Salim kena buatan manusia. Bila  kata‐kata itu didengar oleh Haji Salim, ia segera bangun dan berdiri di  muka pintu. Tidak peduli dengan larangan datuk dan isterinya yang  menyuruh ia baring.    “Hei kamu. Sakit yang aku tanggung ni bukan buatan mausia. Sakit ini  datangnya dari Allah. Baliklah ke rumah masing‐masing. Jangan bercakap  yang bukan‐bukan di sini,” suara Haji Salim meninggi.    Jiran‐jiran yang jumlahnya antara sepuluh hingga lima belas orang  berpandangan sesama sendiri. Kemudian mereka bersurai. Haji Salim terus  merebahkan badanya atas pelantar.    Isterinya memberikan segelas air Lidah Buaya yang dicampurkan dengan  gula batu yang dibancuh dengan serbuk Lampoyang.    Bila bahan yang ada dalam gelas itu diteguk oleh Haji Salim. Batuknya  beransur kurang dan muntah darahnya tidak sekerap tadi berlaku.    “Kenapa awak halau jiran‐jiran kita?” isteri Haji Salim mengajukan  pertanyaan. Perlahan‐lahan Haji Salim mengalihkan wajahnya ke kanan, 

Page 1297 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

merenung muka datuk. Saya lihat datuk meraba batang hidungnya dua tiga  kali.    “Kalau dibiarkan mereka di situ, makin banyak perkara karut‐marut mereka  cakapkan. Membiarkan mereka bercakap tentang manusia yang melebihi kuasa  Allah, mengajar mereka menjadi syirik. Aku tak mahu bersubahat dalam  perkara semacam ini,” kata Haji Salim dengan tenang. Datuk anggukkan  kepala. Isteri Haji Salim terdiam.    Saya terus menguap sambil merenung ke luar rumah. Sebentar lagi maghrib  pasti tiba. Tetapi, datuk masih tidak berganjak dari duduk merenungi ke  arah Haji Salim.    Kerana cuaca sudah beransur gelap, isteri Haji Salim terus memasang  pelita minyak tanah. Pelita minyak tanah itu diletakkan tidak jauh dari  saya. Isteri Haji Salim terus bangun. Ia mahu menutup semua jendela rumah.    Bila semua jendela rumah sudah dirapatkan, isteri Haji Salim terus  keluar, menutup pintu reban ayam itik. Kemudian terus ke telaga.    Dari cahaya lampu minyak tanah, saya terlihat jejari Haji Salim yang  kasar dan keras meraba pergelangan tangan datuk. Kemudian jejari datuk  dan Haji Salim kelihatan bercantum.    “Kamu jangan balik, tunggu aku,” suara Haji Salim tenang. 

Page 1298 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Ya, saya tunggu kalau itu hajat sahabat.”    “Aku rasa persahabatan kita tidak lama. Aku kembali kepada yang berhak.”    “Tak usahlah mengarut sahabat.”    “Aku bercakap benar. Banyak ayat‐ayat suci yang aku amal sudah lupa atau  tersilap baca.”    “Sudahlah haji.”    “Aku mahu kau jadi imam maghrib di sini, kita sembahyang sama‐sama.”    “Baiklah.”    Haji Salim tersenyum. Dengan perlahan‐lahan ia bangun. Saya cuba  menolongnya tetapi, Haji Salim menolak pertolongan saya. Ia sendiri  pergi ke perigi mengambil air sembahyang. Kemudian menukarkan kain yang  dipakainya dengan kain baru.    Kali ini saya lihat, Haji Salim berpakaian lengkap sebagai seorang Haji.  Perkara seperti ini memang jarang dilakukannya. Datuk hanya memerhatikan  sahaja gerak dan tingkah laku kawan karibnya itu.   

Page 1299 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Apa yang nyata, sejak Haji Salim bercakap‐cakap dengannya sebentar tadi,  datuk lebih banyak termenung. Macam memikirkan sesuatu.    Dalam keadaan yang saya anggap berlainan dari keadaan biasa itu, saya  terdengar suara azan Maghrib. Beberapa saat kemudian datuk mengambil  tempatnya sebagai imam.    Fardhu Maghrib sudah ditunaikan. Doa dan wirid sudah pun selesai dibaca.  Tetapi, Haji Salim tidak membenarkan saya dan datuk pulang. Sebenarnya,  saya tidak setuju dengan tindakan Haji Salim itu. Ada kerja yang perlu  saya lakukan di rumah.    Saya mahu menyiapkan sangkar burung yang belum siap. Apakan daya datuk  sendiri memperkenankan permintaan Haji Salim. Sama ada rela atau tidak,  saya terpaksa akur dengan keputusan datuk.    “Tunggu, kita sembahyang Isyak pula. Kali ini biar kita jadi imam. Lepas  tu kita makan dan baca Quran sampai pagi,” ujar Haji Salim dalam sinar  lampu gasolen yang menyinar menerangi tiap sudut ruang.    Datuk sandarkan badan ke dinding. Isteri Haji Salim menyorongkan tepak  sirih. Sehelai daun sirih yang besar dan hijau segar datuk ambil. Datuk  renung urat‐urat sirih yang berselirat. Datuk letakkan kembali daun  sirih ke tempat asalnya kembali.   

Page 1300 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Ada sedikit petua yang nak kita sampaikan pada awak,” Haji Salim  bersuara tenang.    “Petua apa tua?” sahut datuk.    “Nanti dulu, lepas sembahyang Subuh kita bagi tahu.”    “Tak apalah, saya tunggu.”    “Bila kita bagi tahu, amalkan petua tu.”    “Tengoklah, kalau sesuai dan saya yakin pula, tentulah saya amalkan.”    “Baguslah tu.”    Datuk dan Haji Salim berbalas senyum. Angin malam yang masuk melaui  jejaring bahagian atas dinding rumah, membekalkan rasa dingin pada diri  saya. Datuk menegakkan kaki kiri dan terus memeluk kepala lutut. Haji  Salim memicit daging lengan kirinya perlahan‐lahan. Suasana begini amat  membosankan bagi diri saya.    Bunyi cengkerik dan dedaun yang disentuh angin jelas kedengaran.  Sesekali gegendang telinga saya menangkap bunyi suara kucing biang  menggaru papan, terdengar juga suara burung jampuk merayu di hujung dahan.   

Page 1301 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Isteri Haji Salim terus merendang ikan pekasam, baunya cukup  menyelerakan. Saya kira, isteri Haji Salim seorang yang yang cukup cekap  membuat kerja‐kerja di dapur.    Kalau saya mahu mencari calon isteri, saya pasti memilih gadis yang  memiliki tingkah laku macam isteri Haji Salim. Barangkali cucunya,  Saadiah mewarisi perangai yang terpuji itu. Saya senyum sendirian.    Saadiah berwajah manis, memilik lesung pipit di pipi, berkulit cerah  terus terbayang di ruang mata. Bagi saya, Saadiah gadis melayu yang  cukup ayu, bersopan santun tetapi berat mulut. Sinar matanya cukup tajam.    Pernah saya bermimpi berjalan dengannya sambil berpegang tangan. Dan  mimpi itu tidak pernah saya ceritakan pada sesiapa.    “Kenapa senyum seorang diri,” kejut Haji Salim. Matanya merenung muka  saya. Apakah Haji Salim dapat membaca rahsia hati saya? Kalau benar,  perkara itu amat memalukan, fikir saya.    “Orang yang senyum sendiri, dipermainkan syaitan,” tambah Haji Salim  lagi. Datuk anggukkan kepala. Setuju dengan pendapat Haji Salim.    “Begini Pak Aji, saya fikir orang yang senyum sendiri dan bercakap  sendiri tu bukan dipermainkan syaitan. Tetapi ia melepaskan sesuatu yang  tersembunyi dalam hatinya,” antara berani bercampur takut, saya menjawab 

Page 1302 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kata‐kata Haji Salim.    “Betul cakap kamu tu Tamar. Tapi syaitan tu selalu mengambil kesempatan  dari orang yang suka mengikut perasaan,” jawab Haji Salim.    “Macam mana nak mengatasinya Pak Aji?”    “Kita mesti selalu beristighfar Tamar.”    “Sekarang kau dah faham,” celah datuk.    “Faham,” jawab saya.    Ingatan saya pada Saadiah terus punah. Kesal juga rasa hati bila  khayalan dikacau oleh orang lain. Saya terus menelan air liur. Harapan  terus juga berbunga, semoga pada satu waktu dan ketika, saya dapat  bertutur sepatah dua dengan Saadiah yang saya rindui secara diam‐diam.    Saya menguap panjang. Badan kian bertambah dingin. Bunyi angin malam  kian keras bertiup di luar. Suara anjing terdengar sayup‐sayup di  pinggir kampung.    Haji Salim bangun menuju ke ruang kerjanya. Datang kembali ke tempat  saya dan datuk dengan sebilah keris tanpa ulu. Keris itu diletakkan atas  lantai. 

Page 1303 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Haji Salim bangun kembali. Kali ini masuk ke bilik tidurnya. Entah apa  yang dibuatnya di dalam, tidak ada sesiapa pun yang tahu. Haji Salim  keluar dari bilik. Di tangannya ada ulu keris berbentuk kepala burung  geruda.    “Ulu dan mata keris ni, saya berikan awak.”    “Terima kasih,” datuk menyambut pemberian itu dengan wajah tenang.  Beberapa saat, datuk menatap ulu dan mata keris itu dengan teliti  sekali. Saya lihat datuk menarik nafas dengan penuh bersemangat.    “Kenakan ulu dan matanya pada pagi Jumaat, buat sarungnya pada pagi  Isnin, ini petua.”    “Usah bimbang, pesan awak saya buat.”    “Simpanlah baik‐baik.”    “Sudah tentu.”    Datuk terus menatap wajah Haji Salim tanpa berkedip. Haji Salim tetap  mempamerkan senyuman yang cukup manis. Dua tiga kali, saya terdengar  batuk isteri Haji Salim di dapur. Haji Salim terus memperkemaskan silanya.   

Page 1304 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Awak ada dengar cerita, ilmu dunia boleh mengambil nyawa manusia,”  datuk bagaikan terkejut mendengar kata‐kata dari Haji Salim.    “Takbur dan bidaah,” sahut datuk.   

SBDJ (Jilid 04) Siri 70: Bantal Peluk Berjalan Malam    “Kita juga tidak percaya tapi ramai orang yang percaya dengan perkara  yang karut‐marut tu.”    “Ajal maut milik Allah. Kalau ajal kita belum tiba, jatuh dalam gunung  berapi pun kita hidup. Bila ajal dan janji kita sudah tiba, digigit  semut pun kita mati.”    “Kita jangan lupa, nyawa kita ini dipinjamkan oleh Allah pada kita. Bila  sampai waktunya nyawa kita akan diambilnya. Jadi kenapa kita takut pada  mati, kalau kita sudah membuat persiapan yang cukup,” balas Haji Salim  dengan tenang. Ketika ia berkata‐kata tadi, saya lihat sinar matanya  cukup tajam.    “Kita setuju,” jawab datuk.    “Mari sembahyang, Isyak dah sampai,” Haji Salim segera bangun. Ketika  itu juga terdengar suara azan Isyak dari surau membelah ketenangan  seluruh kampung. 

Page 1305 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Kita jadi imam,” tambah Haji Salim.    “Silakan,” ujar datuk tersenyum.    “Nanti dulu,” kata saya.    “Kenapa pula budak ni,” keras sekali suara datuk.    “Saya terkentut dalam diam tuk.”    “Ah kamu ni, ada ada saja. Pergi cepat.”    Saya meluru ke bilik air. Saya terdengar suara ketawa dari haji dan  datuk tingkah meningkah. Mereka geli hati dengan kelakuan saya. Memang  kelemahan diri saya, air sembahyang saya cepat batal. Bila ada air  sembahyang perut buat ragam dan sering mahu mengeluarkan udara kotor  dari dalamnya.    Kalau tidak ada air sembahyang, perut tidak pula buat hal. Entah mengapa  begini jadinya, mungkin dugaan pada orang yang ada air sembahyang  terlalu banyak, fikir saya sendirian. Nantilah satu hari, mahu saya  tanyakan hal itu pada Haji Salim.    Haji Salim mengambil tempatnya sebagai imam. Saya dan datuk berdiri 

Page 1306 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

hampir berlaga bahu. Memang pesan datuk kalau sembahyang jemaah mesti  rapat, jangan ada ruang untuk syaitan lalu yang menggoda kita sembahyang.    Sembahyang Isyak dapat disempurnakan dengan aman. Haji Salim terus  membaca doa. Suaranya cukup terang dan jelas sekali. Cara mendadak  suaranya yang terang itu beransur lemah dan tidak kedengaran langsung.    Saya lihat Haji Salim terus rebah di tikar sembahyang. Datuk dan saya  terus menghampirinya. Haji Salim kelihatan sukar untuk bernafas. Datuk  segera mahu melakukan rawatan kecemasan.    “Tak payah, masanya sudah sampai,” kata Haji Salim. Nafasnya beransur  tenang. Ia terus merenung wajah datuk dengan senyum. Dengan susah payah  Haji Salim melunjurkan kedua belah kakinya. Ia terus baring. Sepasang  matanya merenung lelangit rumah dengan tenang.    Isterinya datang membawa bantal. Datuk segera mengambil bantal itu,  terus mengenepikan ke kepala Haji Salim. Ia kelihatan lemah sekali.    “Maafkan aku, kalau ada tersilap dan kasar bahasa pada kamu,” Haji Salim  renung muka isterinya. Perlahan‐lahan isterinya anggukkan kepala bersama  wajah yang gusar.    “Begitu juga pada kamu Tamar,” Haji Salim renung muka datuk dan saya.   

Page 1307 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Serentak datuk dan saya anggukkan kepala. Isteri Haji Salim mula tersedu  dan datuk terus memujuk isteri Haji Salim supaya jangan menangis dan  meraung. Ternyata isteri Haji Salim patuh dengan cakap datuk.    “Sahabat, kita nak tidur. Kita rasa bekalan kita sudah cukup,” suara  Haji Salim cukup lemah. Sinar matanya cukup redup menikam wajah datuk.  Saya lihat datuk menarik nafas dengan rasa yang penuh berdebar.    Beberapa saat kemudian, saya lihat Haji Salim merapatkan kedua belah  kelopak matanya dengan aman. Wajahnya nampak seakan‐akan orang  tersenyum. Datuk segera merasai perjalanan nadinya.    “Dia kembali pada yang HAK. Semoga amal ibadahnya diterima oleh Allah,”  beritahu datuk pada isteri Haji Salim. Dan saya lihat perempuan tua yang  berwajah tenang itu mengesat air matanya dengan hujung baju.    “Saya goreng pekasam kesukaannya tapi…,” perempuan Haji Salim tidak  terdaya meneruskan kata‐kata itu. ia terus tersedu. Saya dan datuk  berpandangan.    “Jangan disesali kematiannya. Kita mesti merelakan apa yang sudah diatur  oleh Allah,” datuk mengingatkan isteri Haji Salim yang masih termenung.    “Baik tuk.”   

Page 1308 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Pergi sekarang.”    SEMPIT    Dengan hati‐hati saya memijak anak tangga kiri kanan jalan menuju ke  surau ditumbuhi pokok‐pokok kecil yang merimbun. Memang sukar berjalan  di jalan yang sempit. Kalaulah orang lain yang menyuruh, pasti saya bantah.    Melangkah di jalan yang sempit waktu malam, memang menyulitkan. Dua tiga  kali saya terlanggarkan akar pokok yang melintang atas jalan. Bukan  kepalang sakitnya.    Ada masanya saya terpaksa melompat, akibat dilanggar oleh katak puru  yang muncul dari rimbunan pokok kecil di kiri kanan jalan. Saya lihat  langit yang cerah, gumpalan awan terus berarak.    Saya sampai dekat pokok kelapa yang patah pucuk, akibat dipanah petir.  Dari pangkal pokok kelapa itu, saya lihat cahaya gasolin di surau  terang‐benderang. Hati saya gembira kerana surau masih belum  ditinggalkan oleh orang kampung.    Dalam gelap yang pekat itu, suara cengkerik kian rancak menyanyi.  Beberapa ekor kelip‐kelip terbang tidak tentu arah. Desir angin yang  menyentuh dedaun terus berbunyi. Jarak surau dengan rumah Haji Salim  kira‐kira suku batu. 

Page 1309 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Tiba‐tiba saya tersepakkan benda lembik. Saya berhenti melangkah sambil  memusingkan kaki kanan saya dengan harapan dapat merasakan benda lembik  itu. Anehnya, benda lembik itu tidak tersentuh bila melangkah. Dan  dengan tiba‐tiba saya teringatkan Haji Salim yang sudah menjadi mayat.    Saya juga teringat cakap orang tua‐tua yang mengatakan bila ada orang  mati malam, syaitan selalu merayau di kawasan orang ang meninggal dunia  bertujuan untuk menakut‐nakutkan orang yang masih hidup. Mengingatkan  semuanya itu, cara mendadak sahaja bulu tengkuk saya meremang. Rasa  takut mula bersarang dalam diri.    Cara yang paling baik dilakukan, berlari sahaja dalam gelap. Redah atau  langgar apa sahaja, dengan itu cepat sampai ke surau dan terus pukul  kerantung tujuh kali berturut‐turut.    Setelah diperhitung dan dipertimbangkan dengan teliti, saya membuat  keputusan untuk lari menuju ke surau. Baru lima enam langkah berlari,  saya terlihat benda putih sebesar buah kelapa datang bergolek‐golek ke  arah kaki saya.    Dalam jarak dua kaki dari saya, benda putih itu berhenti bergolek.  Bentuknya juga berubah jadi memanjang bantal peluk. Perlahan‐lahan benda  putih itu bangun, berdiri setinggi tubuh saya. Saya renung kiri kanan.  Apa yang saya lihat, barisan kelip‐kelip yang terbang menuju ke satu 

Page 1310 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

arah, iaitu arah barat daya.    Saya jadi tidak tentu arah dan bersedia menjerit memanggil datuk.  Tetapi, hasrat itu saya batalkan. Saya terus membaca ayat‐ayat Quran  untuk menghalau syaitan. Makin kerap ayat‐ayat Quran itu saya ulangi,  makin rancak benda putih itu berpusing‐pusing di depan saya.    Saya terus lari sekuat hati menuju ke surau. Sampai di surau saya dapati  tidak ada seorang pun di situ. Saya terus memanggil‐manggil nama Siak  beberapa kali. Tidak ada jawapan yang saya terima. Tetapi, mengapa Tuk  Siak tidak mematikan lampu gasolin. Barangkali ia terlupa, kata hati saya.    Tanpa membuang masa, saya ambil kayu pemukul lalu memukul kerantung  tujuh kali berturut‐turut. Selesai sahaja kerantung (beduk) dipukul  lampu gasolin terus padam dengan sendiri. Hati saya berdebar. Dan saya  bagaikan mahu menangis rasanya. Saya terus duduk di tangga surau.    Dalam keadaan yang kelam‐kabut itu, saya terdengar bunyi suara orang  batuk dari arah belakang surau.    “Siapa yang mati?” tanya suara dari belakang surau.    “Tuk Siak di mana?”    “Aku tanya lain, kamu jawab lain.” 

Page 1311 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Haji Salim yang mati.”    “Eloklah tu.”    Darah saya tersirap. Dan saya yakin, itu bukan suara Mat Upih Tuk Siak  surau. Suara Mat Upih parau bercampur nyaring. Tetapi suara yang saya  dengar ini, keras tidak nyaring dan serak.    Setiap orang kampung yang menerima berita kematian akan menjawab dengan  kata‐kata; Innalillah wa inna Ilaihirajiun. Mereka tidak akan  mengucapkan perkataan, eloklah tu, seperti yang diucapkan oleh orang  dari arah belakang surau.    “Itulah padahnya melawan kita,” tercetus lagi kata‐kata dari orang yang  tidak saya kenali. Dengan tidak disangka‐sangka rasa marah dan benci  tumbuh dalam hati saya terhadap orang itu.    “Ei, manusia tak baik cakap macam tu. Kamu juga akan mati,” balas saya.    “Sudahlah, tak lama lagi giliran datuk kamu.”    “Nyawa datuk aku bukan di tangan kamu, tahu.”    “Tunggu, dan lihat sendiri.” 

Page 1312 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Laknat.”    Sebaik sahaja kata‐kata itu saya ucapkan, saya tercium bau yang amat  busuk. Saya terlihat dua lembaga manusia melintas di depan saya. Dari  bentuk lembaga itu, saya tahu orang itu tidak lain tidak bukan ialah  Kamal dan Daud.    “Aku tahu siapa kamu,” jerit saya.    Dalam saya terus berlari meninggalkan surau, terdengar suara orang  ketawa berdekah‐dekah dituruti dengan bunyi tapak kaki memburu saya  dengan kuat. Saya terus berlari tanpa mahu menoleh ke belakang, ke kiri  atau ke kanan.    Bila saya sampai di rumah Haji Salim, saya lihat orang sudah ramai. Mat  Upih duduk di halaman rumah bersama dengan kawan‐kawan. Semuanya memakai  songkok putih.    “Macam mana tahu Haji Salim meninggal?” saya ajukan pertanyaan pada Mat  Upih yang berkulit putih, berasal dari Pangkalan Bharu, dekat Pantai Remis.    “Ada orang datang beritahu para jemaah. Bila disuruh pukul kerantung,  dia tak mahu. Katanya kamu nak pukul lepas sembahyang Subuh,” jawab Mat  Upih. 

Page 1313 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Pak Mat Upih kenal orangnya?”    “Inilah yang kami bincangkan. Orang tu memakai serba hijau, kami  ingatkan keluarga si arwah yang datang dari jauh,” Mat Upih renung  kawan‐kawannya. Semua kawan‐kawannya anggukkan kepala.    Saya garu pangkal telinga dua tiga kali. Di sudut halaman datuk sedang  berunding dengan penggali kubur. Isteri Haji Salim sedang bercakap  dengan Borhan. saya terus menghampiri mereka.    “Aku nak suruh si Borhan ni telefon anak buahku dan telefon malam ni  juga. Mana yang tak ada telefon pagi esok di pejabat,” terang isteri  Haji Salim lalu memberi nombor telefon pada Borhan.    “Macam mana kau nak buat Borhan,” soal saya.    “Aku ke pekan malam ni juga, gunakan telefon abang aku Tamar.”    “Bila balik ke sini?”    “Malam ni juga.”    Borhan segera meluru ke Honda 70cc miliknya. Meninggalkan saya yang  terpaku di sisi isteri Haji Salim. Bunyi enjin motosikal Borhan tidak 

Page 1314 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kedengaran lagi.    Berita kematian Haji Salim cukup cepat merebak ke seluruh kampung. Tidak  sampai dua jam rumah arwah Haji Salim jadi tumpuan. Semua yang datang  tanpa di arah tahu dengan tugas masing‐masing.    Ada yang datang membawa ketam, penukul dan paku serta gergaji. Ada yang  datang membawa papan dan kayu. Mereka bergotong‐royong membuat keranda  dan pengusung. Menjelang pukul dua belas malam, semua kelengkapan itu siap.    Tepat pukul satu pagi, orang‐orang yang datang pulang ke rumah  masing‐masing. Mereka sudah tahu tugas‐tugas yang akan dilakukan pada  esok pagi. Beberapa orang penduduk kampung terus membaca Quran di depan  jenazah Haji Salim.    Pada mulanya, perbuatan itu ditentang oleh datuk. Menurut datuk membaca  Quran di depan jenazah merupakan perbuatan yang bidaah, tidak pernah  dilakukan oleh Nabi Besar Muhammad SAW.    “Tidak. Tujuannya baik dan perkara ini harus. Kita menyedekahkan pada  roh arwah, kita tak usah bertekak atas perkara ini, nanti menimbulkan  perbalahan antara kita,” sanggah Pak Imam.    “Saya tak pula bermaksud begitu. Setahu saya amal ibadah yang  ditambah‐tambah, perkara yang tidak dilakukan oleh nabi kita buat, sudah 

Page 1315 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tentu perbuatan tu dicela oleh agama kita,” datuk mempertahankan  pendapatnya.    “Sebenarnya masalah ini, ulama‐ulama besar pun tidak sependapat. Ada  yang kata boleh, ada yang kata tidak. Sudah jadi kebiasaan orang‐orang  kita membaca Quran di depan jenazah,” tambah Imam lagi.    “Tak apalah, saya akan tanya pada ahli‐ahli agama dalam hal ini, supaya  orang kita dapat melakukan sesuatu yang baik mengikut nabi,” suara datuk  merendah.    “Saya setuju dengan awak, tapi apa yang berjalan sekarang jangan dikacau.”    “Demi perpaduan penduduk perkara tu saya tak halang. Tetapi bila saya  dapat hujah yang kuat saya menentangnya.”    “Saya setuju,” Pak Imam tersenyum.    Saya tersenyum mendengar percakapan antara datuk dan Pak Imam. Mereka  sering bertolak ansur demi kepentingan dan perpaduan para penduduk. Pak  Imam terus naik ke rumah. Saya duduk dekat pokok mempelam. Dua tiga kali  saya menguap. Kelopak mata terasa amat berat sekali. Rasa dingin kian  hebat mendakap seluruh badan. Tanpa diduga saya terlena sejenak.    “Tamar.” 

Page 1316 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Saya membuka mata. Saya lihat datuk sudah pun duduk di sisi saya. Muka  saya ditenungnya lama‐lama. Kemudian pangkal ketiak kanan saya  ditamparnya sekuat hati. Rasa mengantuk segera hilang.    “Jangan mudah tidur di mana‐mana, nanti dikacau syaitan,” katanya pada  saya.    “Saya mengantuk tuk.”    “Kalau mengantuk balik ke rumah.”    “Saya takut tuk.”    “Takut?” datuk membeliakkan biji mata pada saya.    Saya terus menceritakan pada datuk, segala kejadian aneh yang saya lalui  ketika pergi ke surau beberapa jam tadi. Datuk mendengarnya dengan tenang.    “Dendamnya pada kita belum habis,” cetus datuk sambil meraba ulu keris  pemberian Haji Salim yang disimpan dalam uncang kecil. Datuk  meninggalkan saya. Ia terus menemui isteri Haji Salim. Setelah  bercakap‐cakap sebentar dengan datuk, isteri Haji Salim masuk ke rumah.  Keluar kembali dengan ditemanui oleh nenek.   

Page 1317 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Datuk dan nenek bercakap‐cakap sebentar. Datuk tinggalkan nenek dan  terus menghampiri saya.    “Kita balik dulu Tamar. Lepas Subuh kita datang lagi ke sini. Di rumah  kamu boleh tidur.”    “Ini sudah cukup baik tuk.”    “Cepat bangun.”    Saya segera bangun. Badan saya menggeletar kesejukan. Langit tetap cerah  tetapi sekitar kawasan rumah Haji Salim terus didakap oleh suasana malam  yang agak pekat. Suara jampuk berpadu dengan suara pungguk mendendangkan  irama malam yang tidak pernah habis selagi dunia berkembang. Begitu juga  dengan suara cengkerik.    Langkah datuk cepat, tidak tersepakkan tunggul atau akar. Ia cukup arif  dengan jalan yang dilaluinya. Bagi mengelakkan supaya saya jangan jauh  ketinggalakan, saya terpaksa berlari. Kerana berlari membuat badan saya  berpeluh dan menghilangkan rasa sejuk.    “Tamar.”    Datuk menepuk bahu saya. Langkah kami terus kaku.   

Page 1318 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Ada apa tuk?”    “Kau nampak apa‐apa Tamar.”    “Tak ada apa‐apa tuk,” saya renung ke kiri, saya renung ke kanan. Dalam  gelap gelita itu saya ternampak ada bentuk manusia berdiri antara saya  dengan datuk.    “Ada orang tuk.”    Sebaik sahaja kata‐kata itu berakhir, bayang‐bayang orang itu segera  hilang. Ia muncul di depan datuk. Kali ini bayang‐bayang ini menjadi  nyata. Mempamerkan wajah dan batang tubuhnya. Bila datuk mahu menyapa,  orang itu segera hilang dan berdiri jauh di belakang saya.    Orang itu membongkok macam mencari sesuatu di atas tanah. Perlahan‐lahan  orang itu mengeluarkan buluh tajam dan bersedia mahu menikam tanah yang  ada kesan tapak kaki saya dan datuk.    Waktu orang itu mahu menikam buluh tajam ke arah kesan tapak kaki saya  dan datuk, bagaikan kilat datuk melompat lalu melakukan satu tendangan  yang kuat ke arah pergelangan tangan orang itu. Buluh di tangan orang  itu terpelanting lalu melekat di batang pokok pisang.    Orang itu terus tercengan. Tergamam untuk melakukan sesuatu. Dalam 

Page 1319 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

keadaan yang serba‐salah itu datuk melepaskan satu tendangan yang  kencang pada orang tersebut. Saya lihat orang itu tersandar di pangkal  pokok pisang.    Kalau orang itu tidak mengelak sudah pasti buluh tajam yang tercabut dan  terjatuh dari pokok pisang mengenai perutnya. Kalaulah perkara itu  terjadi, sukar untuk saya membayangkannya.    “Aku tahu, kamu menuntut dari kaum kubu di Sumatera, tidak ada sesiapa  yang boleh mengalahkan kamu kecuali kaum itu sendiri,” kata datuk. Saya  lihat orang itu terdiam. Datuk segera merapatinya.    “Kamal, kamu menggelarkan diri kamu mahaguru. Kau memaksa orang  memanggil kamu datuk. Kamulah penipu besar di dunia ini,” datuk terus  mengutuk orang itu. tidak ada jawapan dari orang tersebut.    “Aku tahu, ilmu dunia orang kubu cukup hebat, bekas tapak kaki manusia  musuhnya kalau ditikam dengan buluh orang itu boleh mati. Jika musuhnya  berada jauh dalam jarah berpuluh‐puluh batu, boleh dibunuh dengan  membalingkan pisau ke arah rumah musuh dan musuhnya mati dengan  serta‐merta. Aku juga tahu ilmu itu tidak ada pada kamu Kamal,” sambung  datuk dalam nafas yang tercungap‐cungap.    Saya tidak berkata apa‐apa. Bau hapak mula menyumbat lubang hidung saya.  Ketika itu juga saya lihat beribu‐ribu kelip‐kelip berterbangan sekitar 

Page 1320 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kawasan kami berada. Cahaya dari kelip‐kelip itu memudahkan saya melihat  pergerakan Kamal yang mula mahu bangun.    “Kalau ajalku belum sampai dan tidak diizinkan oleh Allah mati di tangan  kamu, usahlah kamu memburu aku Kamal,” beritahu datuk lagi. Kamal terus  bangun.    “Buktinya Haji Salim,” pekik Kamal.    “Kamu silap. Ia mati kerana sudah sampai janjinya.”    “Sial, kamu sial, menghalang kerja‐kerja aku.”    “Kalau kamu mahu menunjukkan kehandalan ilmu dunia kaum kubu yang kamu  tuntut, aku bukanlah tempatnya. Aku tahu ilmu kamu tidak cukup lagi.”    “Mana kamu tahu.”    “Aku berasal di Tanah Jambi. Aku sudah bercampur gaul dengan beberapa  orang ketua kaum tersebut, banyak ilmu dunia dia orang yang aku tahu.  Serba sedikit pantang larang dan sumpahnya aku tahu,” datuk berhenti  bercakap.    Kelip‐kelip kian bertambah. Kamal termenung panjang. Bau tokaknya kian  kuat berbau. Lolongan anjing sayup‐sayup terdengar. Bunyi angin kian 

Page 1321 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kuat bertiup.    “Tokak di kaki kamu tu terjadi kerana kamu tidak pergi berjumpa dengan  ketua orang kubu yang mahu tuntut ilmu. Kamu tidak membawa upahnya  seekor babi hutan pada setiap tahun.”    “Ah mengarut.”    “Kamal, aku tak mahu cakap banyak. Eloklah kamu pindah dari sini sebelum  kamu dilaknati oleh Allah. Pergilah ke mana‐mana dan bertaubat.”    “Sudahlah.”    Dengan sekelip mata kelip‐kelip yang beribu‐ribu itu terus hilang. Kamal  juga lesap dari pandangan saya dan datuk. Buluh yang ada di bawah pohon  pisang terbakar dengan sendirinya.    Datuk menarik nafas panjang. Di wajahnya terbayang rasa kesal. Lama juga  datuk termenung, macam ada sesuatu yang difikirkannya.    “Mari Tamar.”    Saya pun terus melangkah mengikut rentak kaki datuk. Dua tiga kali  melangkah, saya renung ke belakang. Bimbang, kalau Kamal muncul lalu  menikam saya. Kalau perkara itu terjadi, tentu saya mati katak. 

Page 1322 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Kami selamat sampai ke rumah. Tidak ada perkara yang tidak diingini  berlaku. Sampai di rumah saya terus tidur. Saya tidak tahu apa yang  datuk lakukan dalam biliknya.    USUNG    Pagi itu, sebelum pergi ke rumah arwah Haji Salim, datuk duduk di kepala  tangga. Saya terus menghampirinya.    “Tamar.”    “Ya, tuk.”    “Kau ingat dengan Daud.”    “Ingat tuk, kenapa tuk.”    “Dia menipu kita. Katanya dulu, Kamal orang nombor dua yang menjalankan  perintah guru. Sebenarnya Kamal itulah kepala nombor satu.”    “Betul ke tuk.”    “Sudahlah, mari kita pergi ke rumah arwah Haji Salim.”   

Page 1323 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Waktu kami sampai orang ramai di rumah Haji Salim. Sanak saudaranya yang  jauh sudah ada yang tiba. Saya pusing keliling rumah, kalau‐kalau  Saadiah dan keluarganya sudah tiba. Ternyata Saadiah masih belum sampai.    Rasa terkilan berbunga dalam diri saya. Rindu benar rasanya mahu melihat  lesung pipit di pipi Saadiah. Dalam rasa kehampaan yang memanjang itu  saya terus menuju ke arah Lebai Din yang buta kedua belah matanya.    “Tamar,” kata Lebai Din. Saya tersenyum bagaimana orang tua yang buta  ini memanggil nama saya dengan tepat. Padahal saya tidak menegurnya.    “Kau pakai baju dan seluar putih hari ni,” tambahnya.    “Ya Pak Lebai,” jawab saya.    Lebai Din terus ketawa dan menepuk belakang saya beberapa kali dengan  penuh kemesraan. Tangannya saya pegang erat‐erat.    “Macam mana tahu Pak Aji meninggal?” tanya saya.    “Borhan beritahu.”    “Macam mana datang?”    “Jalan kaki Tamar.” 

Page 1324 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Jauh tu Pak Lebai.”    “Sebagai orang Islam bila tahu saudara seagama meninggal kita mesti  datang,” katanya. Saya anggukkan kepala. Setuju dengan pendapatnya itu.    Datuk datang dan terus duduk di sebelah Lebai Din. Saya tahu bila datuk  datang, saya tidak boleh bercakap ikut suka hati, nanti kena tegur oleh  datuk.    “Bila mahu dikebumikan,” tanya Lebai Din.    “Lepas Zuhur, nanti anaknya dari Beranang tiba. Kalau tak sampai juga,  tak boleh ditunggu lagi.”    “Bagus, menyegerakan mengkebumikan mayat memang dituntut oleh agama, tak  baik melambat‐lambatkannya,” jawab Lebai Din.    Orang tidak putus‐putus datang ke rumah Haji Salim, orang sekampung  semuanya tidak pergi kerja hari itu. orang luar dari kampung juga tidak  kurang ramai yang datang. Melihat keadaan itu, saya meramalkan semasa  hayatnya, Haji Salim memang terkenal dan dihormati.    “Orang yang duduk di tanah saya tu dah pindah,” Lebai Din memberitahu  pada datuk. Saya lihat datuk terkejut. 

Page 1325 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Macam mana awak tahu.”    “Lepas sembahyang Subuh tadi, orang tu lalu dekat rumah saya dan  beritahu perkara tu.”    “Biadab, manusia biadab.”    “Biarlah dia biadab, asalkan kita tidak jadi macam dia. Saya bersyukur  pada Allah…”    “Bersyukur, bersyukur apa?”    “Dia sudah meninggalkan pondok itu. kalau di suruh keluar dengan paksa  lain pula jadinya.”    “Begitu,” saya lihat datuk ketawa kecil. Keterangan dari Lebai Din  membunuh keraguan dalam diri datuk.    Seperti yang dijanjikan, lepas waktu Zuhur jenazah Haji Salim pun  diusung ke tanah perkuburan. Masa di tanah kubur saya terlihat Kamal dan  Daud ada di celah‐celah orang ramai yang sedang mendengar Pak Imam  membaca talkin.    “Mata kamu rabun.” 

Page 1326 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Tak, saya nampak tuk.”    “Pandangan kamu saja, semuanya kerana takut.” Suara datuk keras. Saya  terus diam.    Bila semuanya sudah selesai. Orang ramai pun meninggalkan tanah kubur.  Tetapi, datuk dan Lebai Din masih berdiri di sisi pusara Haji Salim.  Wajah mereka muram, mata mereka merah.    “Allah kasihkan dirinya, kerana itu ia dipanggil,” keluh datuk. Lebai  Din menarik nafas, matanya tidak berkedip merenung tanah pusara.    “Saya kehilangan kawan,” tambah datuk lagi.    “Saya juga begitu. Susah mahu mencari orang macamnya, penyabar dan  bertimbang rasa,” sahut Lebai Din. Serentak datuk dan Lebai Din  meninggalkan pusara.    “Tadi, saya rasa laknat tu ada sama,” cara mendadak sahaja Lebai Din  memberitahu datuk. Muka datuk segera berubah. Perlahan‐lahan ia menarik  nafas. 

Page 1327 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

all credit goes to:    http://komuniti‐sbdj.blogspot.com  SBDJ (Jilid 04) Siri 71: Diburu Manusia Iblis    Saya gembira dengan berita itu. Secara tidak langsung perkara yang  disebutkan oleh Lebai Din itu menguatkan kata‐kata yang saya ucapkan  pada datuk sebentar tadi.    “Kalau macam tu, tak salahlah apa yang dikatakan cucu saya tadi, dia  nampak orang tu,” datuk segera menjeling ke arah saya. Lebai Din terus  tersenyum.    “Saya tak nampak, tapi bau yang dibawa angin meyakinkan saya orang tu  ada di tanah kubur,” Lebai Din terus melangkah.    GUGUR    Dedaun getah tua terus berguguran dirempuh angin. Walaupun angin bertiup  tetapi baju kami basah juga diresapi peluh. Panas terlalu terik. Kami  terus berjalan di celah‐celah nirai getah yang tua.    Sambil berjalan itu, mata saya tetap liar merenung ke arah dedahan getah  yang digayuti oleh monyet‐monyet liar. Monyet‐monyet itu memulas dan  menggigit buah getah yang berwarna hijau. Buah‐buah getah yang dibuang  oleh monyet tersebut bersepah‐sepah di mana‐mana. 

Page 1328 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Bila sampai di rumah Haji Salim, Lebai Din terus jumpa isteri Haji  Salim. Ia meninggalkan rumah tersebut. Datuk pula menemui isteri Haji  Salim bertanyakan kalau‐kalau isteri arwah memerlukan apa‐apa  pertolongan darinya.    Masa datuk bercakap‐cakap itu, sebuah teksi masuk ke kawasan rumah Haji  Salim. Saya tersenyum bila perut teksi itu meluahkan Saadiah, ibu dan  ayahnya serta adik‐adiknya. Mereka meluru ke rumah dengan wajah yang  resah dan muram.    Ayah Saadiah menyelesaikan pembayaran tambang teksi. Kemudian menemui  datuk. Mereka bersalam. Datuk minta ia bersabar. Tetapi ayah Saadiah  ternyata tidak berjaya menahan rasa sedih. Dia terus menangis. Datuk  memimpinnya ke rumah.    Saya terus ikut datuk. Bila saya berdiri di muka pintu, saya lihat  Saadiah yang tersedu merenung ke arah saya. Dalam wajah yang rawan ia  masih sempat menghadiahkan sebuah senyum manis dan penuh erti untuk saya.    Aduh, dalam sedu‐sedan pun wajahnya tetap manis, inilah yang membuat  diri saya tidak tentu arah. Kalau datuk tidak ada di situ pasti saya  menghampirinya, memujuknya supaya jangan bersedih dan menangis, harus  menerima segala‐galanya dengan sabar.   

Page 1329 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Apakan daya datuk ada dekat saya. Kalau saya turutkan kata hati, pasti  saya dimarahi datuk. Hanya renungan dan kerlingan mata sahaja yang dapat  saya lakukan. Lebih dari itu saya tidak sanggup membuatnya.    “Mari kita balik Tamar.”    “Ya tuk,” jawab saya sambil cuba menghampiri Saadiah yang berdiri di  pintu ruang tengah. Saya lihat Saadiah seakan‐akan melangkah mahu  menghampiri saya.    “Ke mana kamu nak pergi tu Tamar. Ikut ini bukannya nak keluar ikut  pintu dapur.”    “Haaa…,” saya pura‐pura terkejut. Beberapa orang wanita yang ada di  ruang rumah tersenyum ke arah saya. Tebal rasa kulit muka. Saya terus  menuju ke pintu. Pijak tangga dan terus melangkah pulang.    Sebelum sampai di selekoh jalan, saya renung ke arah muka pintu sambil  melambai‐lambaikan tangan. Saya renung datuk. Dia tunduk melangkah.  Cepat‐cepat lambaian tangan Saadiah saya balas. Baru dua kali lambai.  Datuk terus berdehem. Saya terkejut dan tidak menoleh ke arah rumah Haji  Salim.    Sudah seminggu Haji Salim meninggal dunia. Saya rasa cukup sepi. Dalam  tempoh seminggu itu, secara diam‐diam saya mengunjungi rumah arwah Haji 

Page 1330 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Salim. Dua kali saya dapat bercakap dengan Saadiah.    Saya gembira bila Saadiah memberitahu saya yang dia akan tinggal lama  bersama neneknya. Persetujuan sudah dibuat antara nenek dengan kedua  orang tuanya yang sudah pun pulang ke Beranang. Sebenarnya setiap hari  saya berdoa supaya Saadiah terus tinggal bersama neneknya.    Rupanya tindak‐tanduk saya itu dapat dikesan oleh datuk. Suatu hari  datuk memanggil saya.    “Aku rasa kamu berkenan dengan Saadiah?”    “Tidak tuk, saya kawan biasa saja.”    “Hai, dua malam yang lalu aku dengar kau mengigau menyebut nama Saadiah.”    “Haa tuk silap tu.”    “Tak silap Tamar. Aku tahu, aku juga muda macam kamu. Tak usahlah  sembunyi‐sembunyi. Cuma aku nak ingatkan satu saja.”    “Apa dia tuk?”    “Urus diri sendiri dulu, sebelum nak menguruskan anak orang. Berfikir  dengan masak‐masak sebelum berkenan dengan anak orang. Kalau kamu rasa 

Page 1331 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kamu sanggup aku tak menghalangnya.”    “Ha tuk ni mengarut.”    Saya segera meninggalkan datuk dengan perasaan malu. Dalam kata‐kata  yang lunak datuk mengenakan saya. Sindirannya tajam dan penuh makna. Dua  tiga hari saya tidak mahu memandang muka datuk. Bila rasa malu itu sudah  hilang barulah saya mendampinginya.    Dan datuk tidak lagi menyebut perkara Saadiah di depan saya. Saya juga  cuba menjauhkan diri dari Saadiah. Malangnya makin saya cuba menjauhkan  diri, hati bagaikan digaru‐garu mahu melihat wajahnya. Sehari tidak  dipandang, saya rasa hidup ini tidak ada ertinya.    Setiap pagi, bila datuk keluar dan nenek membuat kerja‐kerja dapur, cara  sembunyi‐sembunyi saya pergi ke kawasan belukar di belakang rumah Haji  Salim pura‐pura melastik burung. Bukan apa‐apa, dapat renung rambut  Saadiah sudah cukup.    KELUAR    Macam selalu, datuk tidak pernah betah duduk di rumah. Perangainya yang  suka berjalan, menengok sanak‐saudara dan sahabat handai yang jauh sudah  mendarah daging dalam dirinya.   

Page 1332 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Kali ini datuk mengajak saya mengunjungi pusara Siti Lipat di Belanja  Kiri. Saya membantah, kampung tersebut sudah kerap saya kunjungi. Tidak  ada sesuatu yang istimewa, kecuali musim buah durian dan langsat.    Pergi ke Belanja Kiri musim buah‐buahan memang seronok. Naik muak makan  buah durian. Tidak saya duga perbuatan saya itu menimbulkan kemarahan  yang amat sangat pada diri datuk.    “Kamu tahu di situ ramai kaum kerabat kamu. Kamu mesti ikut. Biar kamu  kenal asal keturunan kamu,” katanya. Saya terus membisu. Dalam masa itu  juga saya teringatkan Sungai Sandang dan Sungai Perak.    “Siti Lipat tu dua kali moyang kamu. Kamu mesti pergi ke kubur membaca  fatihah.” Tambahnya lagi. Saya tidak ada jalan lagi. Terpaksa ikut  cakapnya.    Berat juga rasa hati mahu meninggalkan Saadiah. Kalau saya tidak  memikirkan yang diri saya ini sejak kecil dipelihata datuk dan nenek,  pasti saya memberontak dan melawannya. Bila dikenangkan jasa mereka  membela saya, semuanya tidak jadi saya lakukan.    Di Belanja Kiri, kami tinggal di rumah Mehran yang letaknya tidak jauh  dari rumah Hajah Fatimah, iaitu kakak Mehran. Kedua‐dua wanita ini  mempunyai pertalian keluarga yang cukup rapat dekat datuk.   

Page 1333 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Malam itu selepas makan, Mehran menceritakan tentang kisah Siti Lipat.  Saya tahu Mehran berbuat demikian kerana mahu memenuhi permintaan datuk.    “Kamu ceritakan pada budak nakal ni siapa dia Siti Lipat,” kata datuk  yang duduk bersandar di dinding sambil mengunyah daun sirih. Hajah  Fatimah ketawa sahaja melihat telatah datuk yang selalu membanggakan  asal keturunannya itu.    Maka berceritalah Mehran pada malam itu. menurutnya Siti Lipat berasal  dari sebuah kampung yang tidak jauh dari Cekar Galah di daerah Kangsar.  Orangnya cantik, pandai bersilat, peramah dan bersopan santun.    Tiba‐tiba perempuan cantik itu berselisih faham dengan keluarga. Ia  merajuk lalu membuat rakit buluh dan menghilir ikut Sungai Perak.  Hatinya terlalu keras. Masa berakit itu semua halangan ditempuh dengan  tabah.    Sampai di Cekar Galah, ia dipujuk oleh kaum keluarga yang ada di situ  supaya kembali ke pangkuan keluarga. Nasihat itu tidak diindahkan oleh  Siti Lipat yang berkulit putih, memiliki raut wajah macam orang Arab.    Ia meneruskan perjalanan hingga rakitnya tersekat di sebuah jeram. Masa  tersangkut di jeram itulah ia didatangi oleh seorang lelaku yang bernama  Kanda Ali, iaitu orang suruhan Sultan. Kedatangan Kanda Ali ditentang  oleh Siti Lipat. 

Page 1334 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Akhirnya, Siti Lipat berjaya dipujuk dan dibawa ke istana. Siti Lipat  berkahwin dengan Kanda Ali. Tetapi, kerana dirinya cantik ia digoda oleh  orang lain. Mereka menyangka Siti Lipat mudah digoda.    Kerana sakit hati, orang yang jahat itu terus berusaha mahu membunuh  suaminya. Perbuatan itu menjadikan Siti Lipat marah. Ia terus bertindak  dan berjaya membunuh orang yang mahu membunuh suaminya.    Perkara itu sampai ke pengetahuan Sultan. Siti Lipat dan suami  diperintahkan ditangkap serta dihukum bunuh.    Orang yang mahu menangkap Siti Lipat semuanya mati di hujung kerisnya.  Tidak ada seorang pun yang berani rapat dengannya. Siti Lipat dan Kanda  Ali melarikan diri dengan rakit hingga sampai ke Tepus.    “Dari situ mereka pindah ke sini, menetap hingga mereka mati,” kata  Mehran menamatkan ceritanya. Saya tersenyum. Sukar untuk saya  mempercayai cerita dari mulut ke mulut itu. Walaupun kubur Siti Lipat  masih wujud di Belanja Kiri, mungkin cerita itu ada tokok tambahnya,  fikir saya.    “Awak tahu, Saadun anak saudara kita sudah nak jadi dukun. Kononnya  berguru dengan kaki tokak,” cara mendadak Hajah Fatimah membuka mulut.   

Page 1335 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Itu bahaya, itu bomoh pembohong,” kata saya.    “Eh, bomoh kaki tokak tu sudah banyak mengubat orang sakit, semuanya  sembuh. Tapi bayarannya mahal. Tengok jenis penyakit kena lima puluh  ringgit. Sekali berubat kena dua tiga ratus. Apa yang peliknya sakit  yang diubatinya semuanya sembuh.” Tambah Hajah Fatimah.    “Kita kena panggil dia Mahaguru,” tingkah Mehran dengan lebih serius.    “Ini sudah mengarut. Esok saya nak jumpa Saadun, jangan berguru pada  bomoh penipu tu,” tiba‐tiba datuk melenting. Ia terus bangun. Berdiri  dengan wajah yang merah. Mehran dan Hajah Fatimah jadi cemas.    “Kita tak mahu anak buah kita diperalatkan oleh orang tu. Kalau sudah  masuk perangkapnya, kita semua menerima bala yang besar,” sambung datuk.  Ia terus duduk kembali.    Saya segera teringatkan Saadun anak saudara dua wanita tersebut.  Orangnya berbadan kurus, suka belajar perkara dukun‐mendukun. Pernah  menuntut ilmu dengan orang asli. Pernah pergi ke Siam.    “Kita mesti selamatkan Dun,” suara datuk keras. Ia renung muka Mehran  dan Hajah Fatimah yang tercengang. Datuk nampak resah, kalau boleh malam  itu juga ia mahu menemui Saadun. Tetapi hasrat itu dihalang oleh kedua  ibu saudara Saadun. 

Page 1336 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Esok saja kamu cari si Dun tu Mat Diah. Malam ni kalau kamu pergi ke  rumahnya, kamu tak dapat jumpa dengannya.”    “Dia ke mana?”    “Ikut gurunya belajar agama.”    “Di mana?”    “Di kaki bukit dekat Cangkat Banjar.”    “Masjid ada, surau ada. Kenapa belajar agama dalam hutan.”    “Entahlah, kami tak tahu,” balas Hajah Fatimah dan Mehran serentak.    Datuk terdiam. Saya lihat jam tua yang tersangkut di dinding sudah pukul  sebelas malam. Datuk membincangkan sesuatu dengan suami Hajah Fatimah.  Hajah Fatimah dan suaminya pulang ke rumah.    Pukul sebelas setengah, suami Mehran pulang dari memburu rusa. Tidak ada  seekor rusa atau pelanduk yang dibawa. Kata suami Mehran, ia dan  kawan‐kawannya tidak dapat masuk hutan kerana gajah liar mula berkeliaran.    Sebelum masuk bilik tidur, suami Mehran menyatakan bimbangnya dengan 

Page 1337 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

perangai Saadun yang mula mencari kubur‐kubur lama sekitar kampung.  Salah sebuah kubur lama yang diminatinya ialah kubur Siti Lipat.    “Ini tidak boleh dibiarkan, nanti kubur lama tu dipuja,” cetus datuk.    “Buat apa?” soal suami Mehran.    “Kumpulan mereka tu percaya dalam kubur lama ada emas dan harta karun.”    “Kerja bidaah tu,” bentak suami Mehran.    “Sebelum dia tersesat jauh, kita perlu menyedarkannya. Jangan biarkan  keturunan kita tunduk dengan kuasa syaitan,” datuk terus menggenggam  penumbuk.    Mehran dan suaminya bertukar pandangan.    “Siapa yang berani melarang budak tu. Kalau silap cakap, kepala kita  diparangnya,” Mehran bersuara. Suaminya anggukkan kepala. Rasa cemas  terbayang di wajahnya.    “Dia tu, kalau dah naik angin, bukan kenal tua muda,” Mehran menambah.    “Biar saya uruskan. Membiarkan orang yang membuat kerja bertentangan  dengan agama, ertinya kita bersubahat. Dosa orang bersubahat ini terlalu 

Page 1338 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

besar,” jelas datuk. Mehran dan suaminya terus terdiam.    Saya dan datuk masuk ke bilik tidur yang dikhaskan untuk kami berdua.  Saya terus tidur dan datuk terus membaca Quran kecil yang selalu  dibawanya ke mana‐mana.    Saya tidak tahu pukul berapa datuk tidur. Saya terjaga bila dikejutkan  oleh datuk untuk melakukan sembahyang Subuh. Sebelum matahari terbit,  datuk sudah berjalan seluruh kampung kerana mandi embun.    Lepas sarapan, menebas kebun durian dan langsat milik Mehran. Tujuan  datuk berbuat demikian untuk mengeluarkan peluh. Tepat pukul sepuluh  datuk pergi ke sungai Perak. Ia berenang dan menyelam. Datuk memberi  petua pada saya untuk menyelam lama dalam sungai sampai setengah jam.    Petua itu saya lakukan dan hasilnya memang memuaskan. Masa berada dalam  air, saya rasakan air sungai tidak menempuh tubuh badan. Kita seperti  berada di dalam bilik kaca, dapat bernafas dengan baik. Dapat melihat  ikan‐ikan berenang.    Semua ikan dan binatang dalam air tidak boleh diusik atau ditepis,  meskipun ikan itu melanggar tubuh sendiri. Jika ditepis atau dimaki, air  akan menyerbu tubuh dan tidak boleh bernafas. Selain daripada itu, waktu  mahu menimbulkan badan di permukaan sungai, mesti menemukan kulit kepala  dengan dasar sungai sebanyak kali. 

Page 1339 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Waktu naik, badan tidak boleh tegak. Mesti ikut arus air serta mengadap  arah matahi jatuh. Tidak boleh melagakan gigi atas dengan gigi bawah  atau menggigit lidah. Mulut mesti berada dalam keadaan separuh terbuka.  Amalan dan petua itu pada mata kasar cukup mudah. Tetapi bila  dilaksanakan terlalu sukar rasanya.    Pantangnya yang paling besar tidak boleh terjun dalam sungai kepala  dulu. Tidak boleh minum air sungai, walau macam mana dahaga sekalipun.  Amalan itu saya lakukan hanya beberapa tahun sahaja. Lepas itu saya  tinggalkan langsung hingga kini.    Orang yang mengamalkan ilmu menyelam lama sampai berjam‐jam dilarang  memakan ikan sungai yang dibuat gulai kecuali digoreng tanpa membuang  kepala dan ekor serta sisik ikan. Tidak boleh kencing dan buang air  besar dalam sungai.    “Kita ke rumah Saadun. Sebelum tu kita balik ke rumah Mehran dulu, aku  nak tukar pakaian,” ujar datuk.    Kami pun meninggalkan tebing sungai Perak. Setelah menukar pakaian kami  menuju ke Kampung Tua dengan harapan Saadun ada di rumah. Baru separuh  jalan melangkah, kami bertembung dengan Mat Resad yang tepok. Macam  selalu, Mat Resad yang suka bergurau itu terus mengusik datuk dengan  kata‐kata yang melucukan hingga datuk ketawa terbahak‐bahak. 

Page 1340 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Kamu dari mana Mat Resad?”    “Balik tengok orang berlatih silat.”    “Kenapa kamu tak belajar.”    “Malaslah, lain macam silat yang diajar. Belum bersilat kena sembah  matahari. Kena bayar duit lima ringgit setiap kali masuk gelanggang.”    “Lagi apa syaratnya?”    “Syarat yang boleh diterima mengakui mahaguru silat, sebagai orang kuat  boleh melakukan apa saja. Setiap orang murid mesti menganggap mahaguru  itu sebagai nabi.”    “Ada mahaguru tu di situ.”    “Tak ada. Yang mengajar tu orang kanannya yang dipanggil panglima.”    “Siapa namanya Mat Resad?”    “Daud.”    “Daud,” suara datuk gugup bersama wajah yang cemas. Hati saya mulai 

Page 1341 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

cemas. Mat Resad mengarahkan jari telunjuk arah kanan. Tanpa mengucapkan  sesuatu pada Mat Resad, datuk menarik tangan saya.    KAYU    Bila Daud melihat datuk berdiri di bucu gelanggang, ia berhenti membuka  langkah silat. Ia suruh anak muridnya ke tepi. Perlahan‐lahan Daud  memegang sepotong kayu berhampiran kakinya. Kayu itu diangkat dan  separas dada. Semua anak muridnya terkejut melihat kayu itu mengeluarkan  asap dan hancur.    Daud cuba memperlihatkan kemampuannya di depan anak‐anak muridnya serta  datuk. Datuk masih tenang menghadapi semuanya itu.    Datuk terus masuk gelanggang. Tiba‐tiba Daud hilang entah ke mana. Saya  terhidu bau busuk dan hapak. Datuk merenung anak‐anak murid Daud yang  secara kebetulan pula semuanya ada hubungan keluarga dengan datuk.    “Kamu balik semua,” suara datuk lembut. Tidak seorang pun yang mahu  mematuhi cakap datuk. Saya lihat datuk tersenyum.    “Baliklah kalau tidak mahu jadi sesat. Aku kenal siapa dia guru kamu,”  datuk kecewa lagi. Mereka tidak juga mahu meninggalkan gelanggang.    “Kalau kamu tak mahu balik tak apa. Kalau apa yang terjadi pada diri 

Page 1342 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kamu, jangan salahkan aku. Sebagai orang tua aku sudah memberitahu  kamu,” datuk terus meninggalkan gelanggang menuju ke rumah Saadun. Bila  saya renung gelanggang itu kembali, kumpulan anak‐anak muda itu pun  bersurai.    Rumah Saadun yang pangkat cucu saudara pada datuk letaknya agak  terpencil. Di kelilingi pokok pisang dan rumpun buluh. Di belakang  pondok terdapat pokok jejawi yang besar. Akar‐akar pokok berjuntaian.    Dari jauh kami sudah terhidu bau kemenyan. Panas pagi mula memancar agak  terik memanah atas dedaun pisang yang hijau dan lebar. Ayam peliharaan  Saadun berlari di halaman pondok. Datuk berhenti melangkah, ia terus  menepuk bumi sambil mulut bergerak‐gerak.    Kami terus rapat ke dinding pondok. Terdengar bunyi orang batuk dan  bercakap‐cakap.    “Permulaannya, malam ini kita adakan pemujaan di kubur. Kita bawa  budak‐budak yang belajar silat dengan Daud. Langkah kedua kita potong  lidah anak dara sunti,” saya kenal itulah suara Kamal yang jadi musuh  datuk nombor satu.    “Dia tidak serik lagi,” bisik datuk pada saya dan terus mengetuk pintu  pondok Saadun berkali‐kali.   

Page 1343 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Saya terdengar Kamal melarang Saadun membuka pintu. Datuk terus marah  membara. Pintu pondok dijentiknya dan papan pintu terus terkopak. Datuk  meluru dan berdiri di muka pintu, macam seorang hulubalang dengan  pandangan mata yang tajam dan liar sekali.    Saya tetap berdiri tidak jauh dari datuk. Saya lihat muka Saadun pucat  lesi. Kamal menyandar badan ke dinding sambil mendirikan lutut kanannya.  Cukup tenang Kamal membalut rokok daun tanpa memandang muka datuk.    “Kamu keluar Saadun,” suara datuk meninggi. Saadun seperti berada dalam  keadaan yang serba salah. Sekejap renung muka datuk, sekejap renung muka  Kamal.    “Saya mahu belajar Ayah Uda.”    “Bukan tempatnya, kamu keluar.”    “Tapi.”    “Tak ada tapi. Keluar kata aku, keluar,” kian keras suara datuk. Saadun  terus keluar tanpa memperdulikan suara batuk dari Kamal yang memberi  isyarat jangan keluar.    Perlahan‐lahan Kamal mengangkat kakinya yang dihinggapi tokak. Ulat‐ulat  tokak yang jatuh atas lantai dipegang serta ditaruh kembali pada 

Page 1344 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tokaknya. Ia semacam tidak kisah dengan kehadiran datuk di depannya.    “Kamu memburu aku,” suara Kamal parau. Ia angkatkan kepala mempamerkan  mukanya yang mengerutu dan berbonjol lembik.    “Aku tak memburu kamu. Semuanya terjadi cara kebetulan.”    “Agaknya, aku tak boleh lari dari kamu.”    “Itu aku tak tahu semuanya tu Kamal.”    “Tak tahu.”    “Ya, aku tak tahu si Saadun ni anak buah kamu. Kalau aku tahu, aku tak  ingin mendekatinya.”    “Sudahlah Kamal.”    Kamal membuka tengkoloknya. Ia mencapai tongkat yang berkepala ular. Ia  bangun sambil berusaha supaya ulat yang memakan buah betisnya tidak  jatuh atas lantai.    Datuk masih juga berdiri di muka pintu. Saadun terpegun melihat  peristiwa yang terjadi di depannya. Sebelum Kamal mengangkat tongkatnya,  datuk membuka kain yang membelit pinggangnya. Kain itu dikibaskan ke 

Page 1345 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

arah tongkat Kamal. Dengan sekali sentak sahaja tongkat Kamal  berlegar‐legar di depan datuk, macam harimau dalam kandang besi.    Datuk bagaikan tahu niat Kamal, ia menyuruh saya dan Saadun beredar  darinya. Mungkin dengan berbuat demikian memudahkan datuk mempertahankan  diri bila Kamal meluru ke arahnya.    “Kamal, aku tahu kekuatan ilmu dunia yang kamu tuntut hanya berkesan  pada sebelah malam. Bila siang kurang berkesan,” kata datuk.    Kamal tidak menjawab. Ia membuka bajunya. Saya lihat di leher dan  pergelangan tangannya penuh dengan tangkai yang dibuat dari tulang  binatang.    Seluruh kulit di badannya berbenjol‐benjol dan penuh dengan parut. Sinar  matanya cukup tajam, macam mata kucing yang sedang memburu tikus. Cara  mendadak sahaja Kamal hilang dari pandangan kami.    “Tamar.”    “Ya tuk.”    “Carikan aku tujuh helai daun lalang.”    “Baik tuk.” 

Page 1346 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Saya terus mencari tujuh helai daun lalang. Saya serahkan pada datuk  yang berdiri di muka pintu. Dedaun lalang itu datuk ramas. Diludah dua  tiga kali. Daun lalang dilemparkan di tengah pondok. Di tempat daun  lalang itu jatuh, terpacak sekujur tubuh Kamal.    “Kalau kamu belajar ilmu dunia dari kaum kubu, aku juga belajar petua  untuk menawar ilmu itu dari orang kubu juga,” ujar datuk dengan tenang.  Kamal terus membongkokkan badan. Kepalanya dimasukkan ke celah kangkang.  Datuk juga tidak berganjak dari muka pintu. Panas yang terik di luar  pondok membuat badan Kamal nampak berminyak.    Datuk terus membaca sesuatu. Secara mendadak semua tangkal dan azimat di  badan relai dan jatuh berserak atas lantai pondok. Kamal terus  mengguling‐gulingkan badan atas lantai pondok dua tiga kali.    Akhirnya, ia berdiri tegak di tengah pondok. Datuk terus merendahkan  badan, beberapa ketul batu yang datang dari tempat Kamal berdiri lalu  atas kepala datuk.    “Kamal, kamu tidak mahu bersahabat dengan aku untuk jalan kebaikan,”  kata datuk. Kamal terus membisu. Ia berlari dalam ruang pondok dan terus  mengambil tongkat berkepala ular di sudut pondok.    Ia menghentakkan tongkat itu pada tiang pondok. Sebaik sahaja tongkat 

Page 1347 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

itu bertukar menjadi pedang pendek. Datuk tergamam.    Tiba‐tiba saya terdengar suara Saadun mengeluh. Saya segera menoleh.  Saya lihat Saadun tersungkur atas tanah. Bila saya mahu menerpa ke  arahnya satu tendangan hinggap di bahu saya. Tendangan itu cukup keras.  Saya tercampak di perdu pisang.    Saya lihat Daud berdiri tidak jauh dari saya. Belum pun sempat saya  menyebut sesuatu, saya lihat Daud menyerang datuk dari arah belakang.  Datuk mengelak dan melepaskan pukulan ekor buaya jalan ke badan Daud.  Pukulan itu membuat Daud tersungkur lalu merempuh papan pondok. Papan  pondok berkecai.    Bila datuk mahu melepaskan pukulan ekor buaya jalang kali kedua, Kamal  meluru ke arah datuk dengan pedang pendek. Datuk terdesak tetapi sempat  melepaskan tamparan kucing jantan ke pergelangan tangan Kamal. Pedang  pendek terlepas dari tangan, jatuh atas lantai pondok dan bertukar  menjadi tongkat kembali.    “Sihir,” jerit datuk sambil melipatkan lengan bajunya. Ketika itu juga  Kamal mengangkat kakinya yang tokak ke arah datuk. Saya lihat datuk  terhoyong‐hayang. Bau busuk yang cukup busuk mula menguasai seluruh  kawasan pondok.    “Tamar pandangan aku gelap,” jerit datuk dengan sekuat hati. Kamal 

Page 1348 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

berjaya melepaskan dirinya dari dalam pondok. Ia terus mengangkat Daud.  Badan Daud ditepuknya dua tiga kali. Daud kembali cergas dan bertenaga.    Kamal mengambil sekepal tanah. Dilemparkannya ke arah datuk. Bahagian  baju datuk yang kena tanah terus berlubang dan reput macam kena air  asid. Datuk terus terhoyong‐hayang. Datuk jatuh dan menggolekkan  badannya atas rumput.    Datuk meniarapkan badan atas rumput, dua tiga kali ia menyondol‐nyondol  rumput hijau. Datuk terus kaku di situ untuk beberapa saat. Saya  tergamam tidak tahu apa yang harus dilakukan. Saadun masih mengerang  kesakitan.    Saya cuba bangun tetapi tidak terdaya. Saya cuma dapat melihat  pergerakan datuk dari jauh. Perlahan‐lahan datuk memusingkan badannya  merenung ke arah matahai, datuk membukakan kelopak matanya dalam panas  yang cukup terik.          SBDJ (Jilid 04) Siri 72: Ditelan Pasir    DATUK bangun. Duduk mencangkung. Ia memeluk kedua belah lututnya. Datuk  melihat bajunya yang berlubang‐lubang. Datuk gelengkan kepala beberapa  kali. Ia terus bangun. Melakukan senaman dalam panas. Bila seluruh  tenaganya sudah pulih. Ia merapati saya. 

Page 1349 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Datuk meraba tempat yang kena tendang di tubuh saya. Ia mengurut dan  menyentuh tiap sendi urat. Sekejap sahaja badan saya sudah berpeluh dan  bertenaga kembali. Saya bangun dan boleh bergerak seperti sediakala.    Datuk merawat Saadun pula hingga pulih. Saadun segera mendekati saya.  Muka saya direnungnya dengan seribu tanda anya. Semuanya terjadi  bagaikan mimpi dan, tidak diduga sama sekali.    “Ke mana mereka lari”, datuk menujukan pertanyaan pada saya dan Saadun.  Serentak kami gelengkan kepala. Datuk termenung panjang. Ia mencari arah  angin datang. Bila sudah diketahui arah angin datang. Datuk menghalakan  telinganya ke arah itu.    “Mereka menuju ke sungai,” bisik datuk.  “Kita buru tuk.”    “Tak payah, aku tahu dan yakin mereka tidak meninggalkan tempat ini  sebelum matahari terbenam. Mereka menyorokkan diri," datuk menggeliat.  Ia terus memusing seluruh pondok. Sampai di sudut pondok sebelah kanan,  datuk terhenti. Berdiri di situ membilang jari kaki.    “Selagi belum berkalih hari, kita tak akan jumpa mereka lepas Asar kalau  kita mencarinya, dengan izin Allah kita berjumpa,” beritahu datuk pada  saya dan Saadun. 

Page 1350 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Datuk melhat gerakan awan di langit, ia juga melihat dedaun pisang yang  melintuk‐liuk diterkam angin. Ia menggeliat lagi.    Dua tiga tahun yang lalu bila datuk berhadapan dengan perkara yang  terpaksa mengeluarkan tenaga datuk tidak mudah letih atau penat tetapi,  keadaan itu berbeza sejak akhir‐akhir akhir ini.    Mungkin disebabkan usianya sudah bertambah tua atau boleh jadi juga  datuk menghidap penyakit yang memang dirahsiakan dari pengetahuan saya  dan keluarganya yang lain. Walau apapun sejak kematian Haji Salim, datuk  lebih banyak termenung macam memikirkan sesuatu.    Perkara begini kadang‐kadang menimbulkan kebimbangan dalam diri saya.  Mahu rasanya saya bertanya tetapi bimbang takut dimarahinya, perkara itu  saya pendamkan walaupun hati saya parah menahan perasaan. Kalau boleh  saya tidak mahu datuk mati cepat, biarlah ia mati bila saya sudah  berusia lebih dari empat puluh tahun.    Saya harus menerima banyak pengalaman darinya untuk jadi bahan renungan  atau jadi bahan cerita pada anak‐anak cucu saya atau pada kawan‐kawan  yang sebaya dengan saya pada suatu masa kelak. Terlalu banyak yang saya  fikirkan tentang diri datuk.    Datuk duduk atas tanah dengan kedua belah lututnya ditegakkan. Ia 

Page 1351 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

menarik nafas dengan tenang. Datuk mengambil ranting kayu dan terus  menikam‐nikam rumput dengan hujung ranting kayu. Rambut hitamnya yang  sudah lebih separuh dikuasai warna putih bergerak‐geräk ditolak angin.  Dua tiga kali datuk terbatuk.    “Saadun mari ke sini.”    Saadun terus menghampirinya. Berdiri di depan datuk sambil melipat baju  kemeja lengan panjang. Usia Saadun sekitar tiga puluh lima tahun. Sudah  mendirikan rumahtangga tapi bercerai setelah mendapat seorang anak  lelaki. Anak itu dipelihara oleh isterinya yang tinggal di Teluk  Kepayang dekat Bota.    Saya menganggap Saadun sebagai manusia yang istimewa, sejak saya  mengenalinya, ia tidak pemah memakai kasut. Ia mengunjungi kota‐kota  besar seperti Kuala Lumpur, Seremban, Ipoh, Pulau Pinang dengan kaki  ayam. Aneh juga melihatnya memakai kemeja lengan panjang, seluar panjang  yang menarik dengan belahan rambut yang rapi tetapi tidak memakai kasut.    Kerana keistimewaan itulah, di mana Saadun berada, ia tetap jadi  perhatian orang ramai. Saadun tidak ambil peduli, ia seolah‐olah  mensifatkan orang yang melihatnya sebagai orang yang tidak tahu  menghargai kebebasan orang lain.    “Apa yang diajar oleh orang itu pada kamu Saadun,” soal datuk. 

Page 1352 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Ia beritahu saya, agama Islam yang kita amalkan ni semuanya salah, ia  mahu membetulkan kesilapan yang telah kita lakukan.”  “Laknat betul orang tu.”  “Ayah Uda jangan kata begitu, katanya, kita semua tidak perlu ke Mekah,  tak perlu puasa dan sembahyang.”  “Lagi apa katanya pada kamu.”  “Segala Mufti, Kadi, Tuk Imam dan Pak Haji serta Pak Lebai yang  sembahyang dan taat dengan perintah Allah tu sebenarnya berpura‐pura.”  “Sudahlah Saadun, aku kenal siapa dia.”    Datuk segera bangun. Ia renung ke arah barat daya sambil menghela nafas  dalam‐dalam. Tanpa mengucapkan sesuatu, datuk terus melangkah. Saya dan  Saadun terus mengikutinya. Sampai separuh jalan Saadun berpatah balik  menuju rumahnya. Datuk tidak melarang Saadun bertindak demikian.    “Biarkan dia Tamar” kata datuk. Saya tidak menjawab dan meneruskan  pejalanan. Kami sampai di rumah Mehran. Datuk terus mandi limau di  perigi. Bajunya yang berlubang‐lubang itu terus dibakar. Datuk juga  mengumpul tujuh jenis bunga, tujuh jenis daun serta tujuh ruas buluh lemang.    Semua bahan‐bahan itu datuk satukan dalam guni. Dijemur dalam sinar  matahari yang terik kira‐kira satu jam lebih. Setelah itu bahan‐bahan  tersebut datuk bakar hingga menjadi abu.    Angin yang bertiup kencang menerbangkan abu itu ke arah selatan. Datuk 

Page 1353 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

memperhatikan gerakan debu itu pergi hingga hilang dari penglihatannya.    Sambil memandang abu yang digerakkan oleh angin, bibir datuk terus  bergerak, macam membaca sesuatu. Apa yang dibacanya saya sendiripun  tidak tahu.    Datuk mandi lagi. Sudah dua kali datuk mandi. Kali ini ia lebih lama  berada di telaga. Tiap inci kulit tubuhnya disamak dengan lumpur. Bila  semuanya sudab selesai, ia terus masuk ke bilik meneruskan kebiasaannya  membaca Quran hingga sampai waktu Zuhur.    Selesai sahaja menunaikan fardhu Zuhur, kami terus duduk di ruang anjung  rumah. Mehran datang menemui kami. Mehran mengeluarkan sesuatu dari  kotak kecil yang dibawanya.    “Bahagian kamu Mat Diah,” Mehran menghulurkan sampul surat tebal yang  berisi wang. Saya agak jumlah wang itu cukup besar, tidak kurang  daripada lima ratus ringgit.    “Apa dia Mehran.”  “Musim durian dan langsat tahun ni baik, lebih dari lima ribu  diperolehi, mengikut pesan arwah moyang dulu, pendapatan itu harus  dibahagikan sama rata dengan anak cucunya. Inilah bahagian kamu lapan  ratus ringgit,” tokok Mehran.   

Page 1354 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Datuk merenung sampul surat itu sebentar. Ia renung muka saya. Berdebar  hati saya menanti perintah darinya untuk mengambil wang tersebut.  Perintah yang dinanti tidak juga keluar dari mulut datuk.    “Aku datang bukan nak menagih bahagian, aku nak jumpa kaum kerabat,  sedekahkan bahagian aku ni untuk membaiki masjid kampung ni,” kata datuk  lalu menolak sampul surat pada Mehran kembali. Saya menarik nafas kecewa  yang berpanjangan.    Saya tahu moyang pada datuk dulu meninggalkan harta yang banyak. Semua  harta itu sudahpun dibahagi‐bahagikan pada anak‐anak, kecuali sekeping  tanah yang seluas tujuh ekar dekat Sungai Sadang.    Tanah itu ditanam dengan pokok durian dari jenis yang baik serta  langsat. Tanah itu diwakafkan pada anak cucunya. Orang yang diamanatkan  untuk mengendalikan dan membahagikan pendapatan dari tanah itu ialah Mehran.    Wasiat itu dibuat atas kertas di depan penghulu, kerana itu anak‐anaknya  tidak berani menuntut tanah seluas lima ekar.    “Tujuan moyang kamu membuat wasiat dulu, bukan apa‐apa Mat Diah, dia  mahu kalau anak cucunya ada yang susah bolehlah duduk di situ,” kata  Mehran lagi.    “Aku tahu, kebanyakan anak cucunya hidup senang, apalah salahnya kalau 

Page 1355 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kita bermuafakat segala pendapatan dan tanah tersebut kita sedekahkan  pada fakir miskin, membina surau dan masjid,” balas datuk.    “Aku faham maksud kamu Mat Diah.”  “Mulai hari ni, bahagian saya serahkan pada masjid, dengan izin Allah  saya sekarang pun tak susah, rezeki saya ada.”  “Aku tahu, kau memang tak susah tanah kamu banyak untuk makan pakai kain  dengan bini dan si Tamarni, sampai seratus tahun lagi boleh cukup.”  “Sudahlah itu, mulai hari ni, bila saya datang jangan fikirkan saya nak  menuntut bahagian saya.”  “Kami tak pernah memikirkan macam tu, mari kita makan.”    Kami terus makan. Saya tahu, setiap kali datuk menginap di rumab Mehran  ia selalu membeli beras, gula, kopi dan ikan bergantung selama mana ia  tinggal di rumah tersebut.    Bila Mehran menolak pemberian datuk itu membuat datuk hanya mampu  bertahan sehari dua sahaja di rumab Mehran. Kata datuk datang ke rumah  kaum keluarga sampai berminggu‐minggu, tidak baik menyusahkan mereka.  Paling lama tiga hari. Dan kata‐kata datuk itu saya jadikan panduan  hidup saya untuk masa akan datang.    Lepas sembahyang Asar, datuk mengajak saya ke Sungai Perak. Saya tahu  tujuan datuk itu, ia mahu mengesan tempat persembunyian Daud dan Kamal.  Kami sampai di tepi tebing Sungai Perak. Berteduh di bawah pokok kekabu 

Page 1356 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

yang sedang berbuah. Datuk merenung ke pulau kecil di perut Sungai Perak.    Pulau itu ditumbuhi dengan pokok‐pokok kecil. Di bahagian hujung pulau  itu terdapat pasir yang memutih. Beberapa ekor burung kedidi berjalan di  pinggir pasir sambil mengembangkan kepak. Saya tidak tertarik dengan  pulau kecil itu.    Saya lebih senang melihat bangunan tua di pekan Parit yang tertegun  tidak jauh dan tebing Sungai Perak di seberang. Air Sungai Perak nampak  bermanik‐manik diserlah oleh sinar matahari.    Dari bawah tebing kami terdengar suara orang bercakap‐cakap. Datuk  menggaru kepala dan menarik tangan saya menuruni tebing yang agak curam.  Dua tiga kali saya terjatuh kerana terlanggar akar yang berselirat,  beberapa bahagian tebing yang berpasir itu berlubang‐lubang.    Datuk beritahu saya lubang itu dibuat oleh beberapa penduduk tertentu di  situ. Mereka mencari pasir yang halus dan bersih. Pasir itu digunakan  untuk menggosok gigi, hasilnya gigi mereka kelihatan putih dan bersih.  Cara itu pernah saya lakukan hasilnya memang balk. Gigi saya putih  berkilat dan tidak pernah diserang sakit gigi.    Bila saya kenal dengan ubat gigi moden, cara itu saya tinggalkan. Saya  rasa itu sudah ketinggalan zaman. Jika digunakan pasti diketawakan oleh  kawan‐kawan. 

Page 1357 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Bila kami sampai di gigi air. Saya lihat Saadun sedang mengalah sampan.  Di depannya ada dua orang lelaki menutup kepalanya.    “Saadun di mana nak kamu bawa manusia laknat tu,” pekik datuk. Saadun  tidak menjawab. Ia makin kuat mengalah sampan membelah arus. Kedua orang  yang duduk di depannya menggunakan tangan untuk mengalah sampan.    “Saadun, jangan tolong mereka,” jerit datuk. Saadun terus galah sampan.  Saya lihat sampan itu terus meluncur dengan lajunya. Datuk merenung ke  arah sampan yang kosong dekatnya. Rantai sampan itu dipasang kunci.    “Itu sampan laki Hajah Fatimah,” kata datuk, Ia turun membongkok lalu  memegang rantai sampan. Rantai sampan itu terputus. Datuk cabut galah  sampan.    “Naik” kata datuk. Saya pun melompat atas perut sampan. Haluan sampah  datuk betulkan. Ia terus galah sampan memburu sampan Saadun yang  jaraknya kira‐kira 30 kaki. Bila melihat datuk galah sampan. Saadun  melipatkan tenaganya. Sesekali ia menoleh ke arab datuk dengan rasa  cemas yang amat sangat.    “Saadun jangan tolong orang jahat,” suara datuk cukup keras. Saadun  tidak merenung ke arab datuk. Ia menganggap larangan datuk itu tidak  memberikan sebarang kesan. 

Page 1358 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Budak sial tu,” rungut datuk, ia terus menikam galah sampai ke air.  Kali ini saya rasa sampan itu meluncur cukup laju.    Dalam beberapa minit sahaja, sampan kami sudah menghampiri sampan  Saadun. Datuk cuba memintas, usaha datuk itu tidak berjaya. Kali ini  datuk cuba menghimpit sampan Saadun supaya menuju ke pulau. Usaha datuk  kali ini berjaya. Saadun tidak ada cara lain untuk mengelak, sampannya  melanggar tebing pulau.    Salah seorang lelaki yang duduk di depan Saadun terus berdiri. Saadun  undurkan sampannya, kali ini menuju ke arah pasir yang timbul di hujung  pulau.    “Jangan Daud, jangan,” Kamal menjerit. Jeritan itu tidak dihiraukan oleb  Daud. Ia terus melompat atas pasir. Satu jeritan yang amat kuat  menguasai perut sungai. Saya lihat Daud terkapai‐kapai, separuh dan  badannya sudah pun ditelan oleh pasir hujung pulau.    “Tolong aku mahaguru tolong,” rayu Daud tangannya terkapai‐kapai, pasir  sudah pun menguasai kedua belah bahunya. Kamal tidak melakukan sesuatu  untuk menyelamatkan Daud. Pasir sudah sampai ke paras hidung Daud.    “Aku tak boleh menolong kamu,kamu melanggar sumpah,” suara Kamal cukup  keras. Ia membuka tudung kepalanya. Daud terus ghaib ditelan pasir. Di 

Page 1359 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tempat Daud tenggelam itu, saya lihat pasir membuak‐buak bersama kepulan  asap yang tebal.    Saya lihat datuk terdiam. Masa tu juga Saadun berjaya mengalihkan haluan  perahunya. Berjaya meninggalkan pulau kecil, datuk mengalihkan sampannya  ke tempat Daud tenggelam. Pasir putih terus bertukar jadi hitam macam arang.    “Mana dia Saadun.”  “Itu.”  "Tak apa kita buru dia,”  “Tapi, dia dah jauh tuk.”    “Tak apa,” datuk menjawab pendek. Ia terus menepuk air sungai. Sampannya  bergerak sendiri terus melintasi pulau kecil, memburu sampan Saadun.  Tiba‐tiba saya lihat Kamal menarik sesuatu dari pinggangnya.    Datuk terjun ke dalam sungai. Hilang tidak dapat diduga ke mana datuk  pergi. Saya terkejut, bila melihat datuk berdiri di tebing menanti  kedatangan Saadun dan Kamal. Saya terpaksa mengalah sampan sendiri.    Kamal jadi tak tentu arah, bila melihat datuk menantikan kedatangannya  di tebing. Ia menahan Saadun dari mengalah sampan. Muka Saadun direnungnya.    “Kerana kamu ada hubungan keluarga dengan seteru aku, kamu tak boleh  diharap,” seru Kamal jelas dapat didengar. Ia meletakkan tangan kanannya 

Page 1360 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

atas bahu kiri Saadun.    Saadun melolong minta tolong. Saadun rebah atas sampan. Darah  membuak‐buak keluar mulutnya. Kamal menendang Saadun ke dalam sungai.  Saadun terus tenggelam. Kamal membuka bajunya dan terus melompat dari  atas sampan. Ia bagaikan terbang menuju ke tebing sungai. Kamal memang  bijak dan sudah merancangkan dengan teliti apa yang mahu dilakukan.    Sepasang kakinya mencecah tebing sungai di belakang bangunan enjin  pembekal air (bangunan itu kini sudah tidak digunakan lagi). Datuk tidak  dapat berbuat apa‐apa. Dalam jangkaan datuk ia pasti mendapat mendarat  di tempat yang ditunggu oleh datuk.    Datuk berlari ke arah bangunan tersebut, mencari Kamal. Usaha datuk itu  sia‐sia belaka. Ia cuma bertemu dengan seekor kucing hitam. Bila datuk  mahu menangkapnya, kucing hitam terus mencakar tangan datuk dan terus  lari tidak dapat dikesan. Datuk menanggung kecewa yang amat sangat.    Setelab badan berpeluh dan urat‐urat di pinggang bagaikan terasa mahu  putus mengalah sampan, saya berjaya juga sampai ke tebing. Saya lihat  sampan milik Saadun terus dihanyutkan oleh arus ke hilir. Saya terasa  hiba dan hampir mahu menitiskan air mata. Saya kehilangan seorang  keluarga yang sukar dicari ganti.    Saya tambatkan perahu ke akar pokok sena. Datuk terus mengajak saya ke 

Page 1361 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Balai Polis Parit membuat aduan apa yang terjadi pada sarjan polis  berbangsa Pakistan yang memakai nombor 1000.    “Mayat cucu saudara awak mesti dicari,” kata Sarjan 1000 pada datuk.  Saya garu telinga, bukan senang mencari mayat dalam sungai. Mesti  mencari penyelam yang cukup handal. “Kita terpaksa cari pawang selam,”  sambung Sarjan 1000.    “Saya tahu.”  “Awak boleh buat kerja tu”  “Saya cuba kalau diizinkan Allah saya berjaya,” suara datuk lemah.  Sarjan 1000 memanggil dua anggota polis itu pada datuk. Anggota polis  yang berkulit cerah namanya Mohd Hatta orang Kelantan, yang berkulit  agak gelap bernama Tajuddin orang Rembau, Negeri Sembilan.    “Ikut saya ada kes bunuh,” kata Sarjan 1000 pada kedua anggota polis  itu. Kami pun meninggalkan Balai Polis Parit menuju ke tebing tempat  saya mengikat sampan tadi.    Sebelum tadi ke situ datuk minta jasa baik Sarjan 1000 memberitahu  perkara itu pada saudara maranya di Belanja Kiri. Seorang anggota polis  telah diarahkan ke kampung tersebut.    Tidak sampai dua jam berita itu tersebar dengan cepat ke Daerah Parit.  Tebing sungai mula dikerumuni orang. Hal itu menyusahkan hati datuk. 

Page 1362 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Saya tidak boleh buat kerja sekarang bisik datuk pada Sarjan 1000. Dua  orang anggota polis yang ada di situ terkejut dengan kata‐kata datuk itu.  “Apa fasal”  “Saya tak mahu orang tahu apa yang ada pada saya, bila orang tidak ada,  baru saya boleh buat kerja itu.”  “Itu senang, kita larang dan adakan sekatan supaya orang jangan datang  ke sini.”  “Begini saja sarjan, sejam lagi saya buat, sebelum itu kita suruh orang  yang ada di sini balik, kecuali saudara mara saya.”  “Ya, saya ikut cakap awak.”  “Terima kasih.”    Kawasan tebing itu terus dikawal oleh anggota polis. Tidak ada seorang  pun yang dibenarkan datang.    Datuk merasa tenang. Sajan 1000 banyak bertolak ansur dan mahu menerima  pendapat dan pandangannya. Datuk menghampiri Sarjan 1000. Mereka  berbisik sesuatu.    “Ikut aku, Tamar,” kata datuk pada saya. Kami bertiga (saya, datuk dan  Sarjan 1000) meninggalkan tempat tersebut menuju ke Balai Polis.    Saya merasa tidak begitu selesa duduk di Balai Polis. Saya minta izin  dan datuk untuk pergi ke padang sekolah Cina yang terletak di sebelah 

Page 1363 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Balai Polis.    Permintaan saya itu diizinkan oleh datuk. Saya terus pergi ke tempat  tersebut. Dari situ saya merayap lain mendaki sebuah bukit kecil yang  letaknya tidak jauh dari sekolah Cina.    Di puncak bukit kecil itu terdapat sebuah rumah yang agak besar bercat  putih. Saya tidak tahu rumah itu kepunyaan siapa.    Setelah puas menikmati pandangan dari puncak bukit, saya segera kembali  ke Balai Polis, Datuk terus merungut kerana saya terlalu lama merayap di  luar. Saya diam membatu hingga rungutnya berakhir.    TUGAS    Di bawah sinar matahari petang yang kian condong. Datuk terus  bertinggung di tepi merenung gelombang kecil di permukaan sungai. Saya  masih berdiri tidak jauh dari datuk.    Dua orang anggota polis yang bertugas di situ menasihatkan orang ramai,  jangan menghampiri kawasan tebing. Kali ini, Sarjan 1000 tidak datang  kerana ada urusan di balai. Walaupun sinar matahari tidak terik tetapi,  dahi dan badan saya tetap berpeluh.    “Tamar, ke mari.” 

Page 1364 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Saya segera berlari menghampiri datuk. Perlahan‐lahan datuk bangun lalu  memegang bahu kiri saya. Renungannya begitu tajam menyorot wajah saya.    “Aku nak mulakan sekarang, kau tunggu aku di sini. Mesti bertinggung  macam aku dan apa yang kamu nampak di air jangan ditegur,” datuk  mengeluarkan arahan. Tentu sahaja arahan itu saya patuhi.    Datuk terus menuruni tebing sungai yang agak curam itu. Dengan tenang  datuk meredah air sungai. Semua gerak‐geri datuk saya perhatikan dengan  teliti. Air sungai terus menelan tubuh datuk separuh dada.    Tiba‐tiba datuk terus menyelam, ketika itu juga orang ramai tidak lagi  mahu mematuhi arahan dari dua orang anggota polis tersebut. Dalam  beberapa saat saja tebing sungai dipenuhi dengan orang ramai.  Masing‐masing tumpukan perhatian pada air Sungai Perak yang mengalir lembut.    “Dah dekat 45 minit menyelam belum juga timbul‐timbul hebat betul orang  tua itu,” seorang anak muda yang berdiri dekat saya bersuara. Saya terus  membatu sambil berdoa supaya Allah menyelamatkan datuk dari sebarang  bencana.    Hati saya mendadak jadi marah dan mengutuki orang ramai yang berdiri di  tebing sungai. Mulut mereka terlalu celupar, bercakap ikut sedap mulut.  Dua orang anggota polis terus mengawasi gerak‐geri orang ramai supaya 

Page 1365 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

jangan ada di antara mereka turun ke gigi air.    Orang ramai bersorak sambil bertepuk tangan bila mereka lihat datuk  timbul di permukaan sungai. Datuk terus rapat ke gigi air dan memanjat  tebing. Datuk berdiri dekat saya dan orang ramai terus mengerumuninya.    Beberapa orang dari mereka cuba memeluk datuk dengan tujuan supaya air  yang lekat di tubuh datuk meresap ke pakaian mereka. Perbuatan itu  segera ditegah oleb kedua orang anggota polis.    Larangan itu tidak diperendahkan. Mereka terus berusaha untuk memeluk  tubuh datuk. Saya lihat datuk cuba mengelak sambil meminta orang‐orang  yang cuba mahu memeluknya supaya jangan mendekatinya.    “Kenapa saya dibuat macam ini?” Tanya datuk sambil merenung muka orang  yang terlibat. Aneh, datuk tidak memperlihatkan kemarahannya, tetap  ramah dan tenang. Senyum terus bermain di bibirnya.  “Kami mahu mendapat rahmat dari awak,” jawab seorang.  “Rahmat? Rahmat apa?” Datuk terkejut.  “Kata orang, kalau kita memeluk tubuh orang yang menyelam lama hingga  air di tubuhnya meresap ke kulit tubuh, kita tidak akan mati lemas dan  ditangkap buaya.”  “Kamu tahu? Ajal dan rezeki manusia ditentukan Allah,” suara datuk  meninggi. Orang yang ditanya terdiam dan anggukkan kepala.  “Kalau kamu sudah tahu, kenapa kamu nak buat kerja mengarut ni, pergi 

Page 1366 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

balik,” ujar datuk.  “Tapi.”  “Tapi apa? Apa kamu mahu?”  “Awak bomoh besar dan pawang besar,”  “Saya bukan pawang, saya bukan bomoh. Eh, kenapa singkat benar kamu  berfikir? Apa kamu fikir pawang dan bomoh tu ada kuasa, boleh menentukan  hidup seseorang, sedangkan dirinya pun dijadikan oleh Allah.”  “Saya...”  “Sudah,” pekik datuk. Orang itu terus meninggalkan datuk. Dan orang  ramai berbisik sama sendiri. Ada di antara mereka yang menjuihkan bibir,  Mereka mengejek diri datuk.    Orang ramai mula beransur‐ansur meninggalkan kawasan tebing sungai.  Datuk terus mendekati kedua orang anggota polis.    “Saya nak cari lepas waktu Isyak,” beritahu datuk pada anggota polis.  Mereka berpandangan sama sendiri. Saya terus meraba‐raba pangkal dagu.  Datuk sudah pun menukarkan pakaiannya yang basah dengan pakaian yang kering.    “Tak apalah, kalau itu yang awak mahu tapi, kami terpaksa melaporkan  pada sarjan dengan apa yang awak buat tadi. Kami agak, sarjan 1000 sudah  menghubungi ketua polis di Ipoh, minta bantuan dari penyelam Tentera  Laut,” kata Mohd Hatta (anggota polis) pada datuk. Saya lihat datuk  anggukkan kepala.   

Page 1367 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Tanpa membuang masa kami pun meninggalkan kawasan tebing sungai menuju  ke Balai Polis. Sarjan 1000 menyambut datuk dengan wajah yang tenang.  Datuk terus menceritakan pada sarjan tentang rancangan yang telah  diatur, Sarjan 1000 anggukkan kepala.    Datuk diajak oleh Tajuddin (anggota polis) ke rumahnya. Ajakan itu datuk  penuhi. Saya dan datuk dijamu dengan goreng pisang dan kopi panas.  Banyak juga perkara dan petua yang ditanyakan oleh Tajuddin pada datuk.  Saya lihat datuk tidak keberatan memberitahu pada Tajuddin.    Saya kira Tajuddin merupakan keluarga yang bahagia. Isterinya peramah  dan terlalu hormat pada tetamu. Mereka mempunyai tiga orang anak. Dua  perempuan dan seorang lelaki. Kedua‐dua orang anak perempuannya tinggal  bersama ibunya di Rembau. Cuma anak lelakinya sahaja yang duduk dengan  mereka. Anak lelakinya itu belajar di darjah enam Sekolah Melayu  Parit(sekarang disebut Sekolah Kebangsaan).    Malam itu, setelah selesai sembahyang Maghrib dan Isyak di masjid. Saya  dan datuk kembali ke rumah Tajuddin. Sampai sahaja di rumahnya hidangan  makan malam sudah tersedia.    Tajuddin dan isterinya merasa terkilan kerana datuk makan terlalu  sedikit tetapi, mereka memuji diri saya kerana makan penuh nafsu. Malu  juga rasanya, bila nama saya disebut‐sebut sebagai orang yang suka makan  banyak. 

Page 1368 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Walauapa pun rasa malu itu segera hilang bila saya memikirkan makan  banyak dapat memberi kegembiraan pada tuan rumah yang secara tidak  langsung memberikan penghormatan kepada mereka.    “Budak ni, semuanya dia telan kecuali batu dan kayu,” kata datuk  berjenaka dan disambut dengan ketawa oleh Tajuddin dan isterinya. Saya  terus tersengih tetapi, hati tetap marah dengan datuk.    “Bukan tak sudi, memang jadi kebiasaan pada saya, bila ada kerja,  lebih‐lebih lagi kerja menyelam mencari mayat saya makan tak banyak,”  datuk menerangkan pada Tajuddin dan isterinya. Penjelasan itu dapat  diterima oleh pasangan suami isteri tersebut.    “Malam ni tidur di sini,” pelawa isteri Tajuddin.  “Minta maaf, selesai saja kerja saya terpaksa balik ke rumah saudara  saya,” jawab datuk lembut.  “Kalau begitu, biar saja cucunya tidur di sini,” tingkah Tajuddin.  “Minta maaf, saya kena ikut datuk saya,” cepat‐cepat saya menjawab.  “Biarlah kami pergi dulu,” datuk segera bangun dan meangkah ke muka  pintu. Saya segera menuruti datuk dengan perasaan sedikit gementar. Saya  berdoa supaya tugas yang akan dilakukan oleh datuk dapat berjalan dengan  lancar.  “Saya nak ikut sama,” kata Tajuddin sebaik sahaja kami sampai di kaki  tangga. Tajuddin meluru ke bawah. Kalau tadi Tajuddin memakai pakaian 

Page 1369 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

seragam sekarang, pakaian itu tidak digunakan, kerana ia sudah selesai  bertugas,   

SBDJ (Jilid 04) Siri 73: Diserang Kucing Hitam    KAMI bertiga terus menuju ke Balai Polis. Sarjan 1000 menyambut kami  dengan wajah yang riang. Setelah datuk bercakap‐cakap sebentar dengan  Sarjan 1000, kami terus menuju ke tebing sungai. Sarjan 1000 memerintah  seorang anggoa polis keturunan India menemani kami ke tempat tersebut.    Sampai sahaja di tebing sungai, datuk terus berdiri tempat ia  bertinggung waktu siang tadi. Saya disuruhnya berdiri dekat pokok besar.  Manakala Tajuddin dan anggota polis keturunan India pula berdiri tidak  jauh dari saya.    Dua tiga kali saya menampar nyamuk yang menyerang daun telinga saya.  Menampar nyamuk dalam gelap merupakan kerja yang sia‐sia. Tidak ada  nyamuk yang dapat dibunuh malah nyamuk kian banyak datang dan berdengung  di keliling telinga.    Saya merenung ke sungai, tidak ada sesuatu yang dapat dilihat semuanya  nampak hitam belaka, Sekali‐sekala saya terpandang cahaya pelita  berkelip‐kelip di seberang sungai. Sudah hampir lima belas minit  berdiri, datuk tidak memperlihatkan kesungguhannya untuk menjalankan  tugas. Ia kelihatan macam orang mengelamun tidak tentu arah. 

Page 1370 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Apa yang datuk lakukan itu memang tidak saya senangi. Saya sudah tidak  mampu untuk menyerahkan badan saya pada nyamuk di dalam gelap. Telinga  saya sudah tidak mampu mendengar suara cengkerik dan katak. Mata juga  sudah tidak terdaya merenung kegelapan.    Bila kepala didongakkan ke langit, cuma yang nampak kerdipan  bintang‐bintang. Saya tidak tahu apakah perkara yang saya alami itu  dirasai juga oleh Tajuddin dan kawannya.    Darah saya tersirap, sehelai daun menimpa batang tengkuk, sedangkan  angin malam tidak bertiup, bulu roma saya terus berdiri, bunyi cengkerik  dan katak kian rancak. Datuk masih lagi berdiri merenung ke arah dada  sungai yang diselimuti kegelapan.    “Tamar,” suara datuk separuh keras.    “Ada apa tuk.”    “Nah, bakar lilin ni,” datuk pun menyerahkan pada saya sebatang lilin  dan sekotak mancis. Cahaya lilin itu terus menerangi kawasan sekitar.  Anda sendiri dapat membayangkan sejauh mana kekuatan dari cahaya lilin  sebatang.    Datuk terus memicit kedua belah lengannya, kemudian kedua belah buah 

Page 1371 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

betisnya hingga sampai ke buku lali. Tajuddin dan kawannya segera  menghampiri datuk. Dari cahaya lilin yang samar‐samar saya dapat melihat  kedua‐dua wajah mereka yang didakap keresahan.    “Bila nak dimulakan?” Tajuddin membuka mulut.    “Sekejap lagi kenapa? Kalau kamu rasa jemu kamu boleh balik, biar aku  selesaikan sendiri.”    “Bukan begitu, saya rasa dah lama benar kita duduk di sini.”    “Kerja begini mesti sabar,” balas datuk lalu merenung wajah Tajuddin dan  anggota polis keturunan India. Mereka terdiam dan terus duduk dalam  lingkungan cahaya lilin.    “Sekarang aku nak mulakan tetapi, ingat pesan aku ni, jangan gunakan  lampu picit, kecuali bila kamu mendengar suara aku di tengah sungai,”  lagi sekali datuk merenung anggota keturunan India dan Tajuddin.    Saya lihat mereka anggukkan kepala. Setuju untuk mematuhi cakap datuk,  bila datuk melangkah, saya terdengar suara kucing mengiau panjang dan  saya terasa seram.    “Bunyi kucing,” anggota polis keturunan India bersuara, ia renung muka  Tajuddin dan saya. Datuk merenung ke kiri dan ke kanan. 

Page 1372 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Saya lihat Tajuddin seperti orang serba‐salah dan bersedia untuk  menggunakan lampu picitnya untuk menyuluh ke arah suara kucing tersebut.    “Aku juga terdengar suara kucing, pedulikan,” datuk mengingatkan kami.  Ia terus melangkah. Saya menoleh ke kanan pada rimbunan pokok kecil yang  terdapat di situ. Nafas saya jadi sesak, ada sepasang mata binatang yang  kelihatan kemerah‐merahan merenung ke arah saya. Serentak dengan itu,  saya terdengar ranting‐ranting kering seperti dipatah‐patahkan oleh manusia.    “Tuk,” saya bersuara separuh cemas.    “Aku tahu apa yang kamu dengar dan lihat, pedulikan perkara tu Tamar,”    “Tapi tuk.”    “Sudah jangan banyak cakap.”    Saya tercengang datuk meneruskan langkahnya menuruni tebing sungai. Saya  jadi tak tentu arah, begitu juga dengan Tajuddin dan anggota polis  keturunan India. Datuk sudah pun menyelam. Bunyi deru air sungai yang  melanggar reranting dan dahan pohon yang rebah ke sungai cukup jelas.    Dengan tujuan untuk menghilangkan rasa takut, saya, Tajuddin serta  seorang anggota polls keturunan india duduk berdekatan, kami 

Page 1373 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

mengelilingi cahaya lilin yang memancar samar.    Suara cengkerik terus menyanyi dengan hebat. Perasaan cemas kami terus  bertambah cemas bila terdengar suara lolongan anjing liar dari arah  pekan Parit.    Daun‐daun dan pohon kami berlindung terus berguguran, macam ada tangan  manusia yang berusaha menceraikan daun daun itu dan rantingnya. Paling  mencemaskan daun yang gugur itu bukanlah daun yang sudah tua tetapi daun  yang masih hijau dan muda.    Suara kucing jantan mengiau muncul dengan mendadak dituruti dengan bunyi  kuku kucing menggaru papan. Semuanya muncul dari arah pokok‐pokok kecil  di sekeliling kami.    Perasaan takut, cemas dan bimbang terus menghantui perasaan kami  bertiga. Dua tiga kali Tajuddin mengeluarkan lampu picit dari saku  seluarnya. Ia berhasrat mahu menyuluh seluruh kawasan sekeliling.    Tetapi, setiap kali lampu picit berada dalam tangannya, anggota polis  keturunan India selalu membisikkan ke telinganya tentang pesan datuk.  Hidung saya terhidu bau bunga tanjung. Cukup wangi. Dedaun muda terus  berguguran. Perhatian dan ingatan saya tidak lagi tertumpu pada datuk.  Suara kucing tetap mengiau. Saya terus mencapai sebatang kayu dengan  niat kalau ada binatang melintas di depan, pasti saya pukul. Kami terus 

Page 1374 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

duduk berhimpit‐himpit.    “Pukul berapa sekarang?” Tanya anggota polis keturunan India pada  Tajuddin. Cepat‐cepat Tajuddin melihat jam di tangan.    “Pukul dua belas, Maniam.”    “Patutlah aku terasa air embun.”    “Saya juga kena titis embun,” kata saya.    Serentak kami menoleh ke belakang kerana terdengar bunyi kaki binatang  memijak daun‐daun kering. Dari cahaya lilin yang samar‐samar itu, kami  melihat seekor kucing hitam yang menjilat bulunya. Sesekali kucing itu  membuka mulutnya melihatkan taringnya yang putih tajam pada kami.    Dalam keadaan yang gelap itu saya terdengar Tajuddin menjerit. Saya  segera mengeluarkan mancis dan menyalakan lilin yang padam.    Saya terkejut melihat tangan kanan Tajuddin yang berdarah.    “Dicakar kucing” Maniam (anggota polis keturunan India) memberitahu  saya. Tanpa membuang masa lagi saya terus mengoyakkan hujung baju saya.  Dengan cebisan kain itu saya mengesat darah di lengan Tajuddin.   

Page 1375 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Belum pun selesai saya mengesat darah di lengan Tajuddin, terdengar  bunyi tapak kaki orang berlari yang jaraknya tidak begitu jauh dari  pohon tempat kami duduk. Bau bunga Tanjung kian menjadi‐jadi. Lolongan  anjing bersahut‐sahutan, Suara cengkerik kian hebat.    Kami terus rapat ke perdu pokok. Kami menanti orang yang berlari dalam  gelap itu menghampiri kami. Bunyi tapak kaki itu terus hilang digantikan  dengan bunyi orang menggali tanah kubur dan bunyi orang mengoyakkan kain.    “Kucing hitam,” kata Maniam, seekor kucing hitam tercegat di depan kami  sambil membuka mulut, lidahnya menjilat daun‐daun kering di depannya.  Matanya memancarkan cahaya merah macam bara.    Tajuddin segera berlindung di belakang Maniam. Dari cahaya lilin, saya  lihat kucing itu melengkungkan badannya sambil mengiau garang, misainya  kelihatan keras dan tajam.    Kami bertiga terpaku dan tidak tahu untuk berbuat apa‐apa bila melihat  kucing hitam itu mengembangkan bulunya sambil menjelirkan lidahnya yang  panjang. Ekornya ditegakkan. Bentuk kucing itu agak besar dari kucing  biasa. Bentuk mukanya amat menyeramkan dan biji matanya agak besar.    Kucing itu mengiau garang dan terus menerkam ke arah Maniam dengan  pantas sekali. Maniam tidak sempat mengelak dan kucing hitam itu  membenamkan kukunya ke kulit pipi Maniam. Cepat‐cepat Maniam meraba 

Page 1376 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kulit mukanya yang dicakar oleh kucing hitam.    Dalam keadaan yang tak tentu arah itu kucing tersebut menyerang ke arah  Maniam lagi sekali. Tetapi, kali ini Maniam sempat mengelak dan  melepaskan satu penumbuk ke arah kucing hingga terpelanting.    Darah dan muka Maniam terus menitis atas daun‐daun kering. Maniam  mengeluarkan sapu tangan dari seluarnya dan terus mengesat darah di  wajahnya.  Saya tidak tahu sama sekali, macam mana kucing hitam yang terpelanting  jauh itu boleh berada di depan Maniam dan Tajuddin. Kucing hitam itu  berlegar‐legar di situ sambil menjilat kesan darah yang melekat di daun  kering. Saya tidak tahu, apa yang harus saya lakukan.    “Sial, kucing sial,” jerkah saya sambil menghentakkan kaki ke bumi.  Tidak saya duga sama sekali perbuatan itu menjadikan kucing hitam itu  bertambah garang. Ia mengiau ganas sambil membukakan mulutnya pada saya.  Giginya yang putih tajam kelihatan kemerah‐merahan dilekati darah.    Kucing itu memperlihatkan rasa marahnya dengan mencakar‐cakar tanah dan  kayu yang ada di depannya. Melompat ke sana ke sini seolah‐olah  memperlihatkan kehebatannya di malam yang kian beransur tua. Kucing itu  terus menyerang lengan tangan Tajuddin untuk kali kedua.    Tajuddin terus menjerit dan berusaha dengan sedaya upaya memisahkan gigi 

Page 1377 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kucing yang menggigit lengannya. Usaha Tajuddin itu tidak berhasil,  kucing hitam terus menggigit sambil mencakar‐cakar tangan Tajuddin.  Melihat keadaan yang cemas dan membimbangkan itu, saya segera mencari  kayu dan membelasah badan kucing hitam dengan sekuat hati sehingga ia  berhenti menggigit daging lengan Tajuddin.    Kali ini kucing hitam yang ganas itu terus menyerang saya. Waktu  menyerang Maniam, ia memilih daging pipi sebagai sasaran dan daging  lengan menjadi matlamatnya bila menyerang Tajuddin. Bila ia menyerang  saya daging paha pula jadi sasaran. Saya terpaksa mempertahankan daging  paha saya dari jadi mangsa giginya dengan kayu.    Setiap kali saya menghayunkan kayu ke badannya, kucing itu dapat  mengelakkan dan menggunakan kepintarannya menyerang saya dari arah  belakang, kanan dan kiri.    Akibatnya saya keletihan dan terhoyong‐hayang, ketika itulah kucing yang  tidak mengenal belas kasihan mengoyakkan seluar dari daging paha saya  hingga berdarah. Saya menjerit dan terus berusaha untuk menewaskannya.    Saya terus mencekik tengkuk kucing dengan sekuat hati. Kedua belah  tangan saya terus dicakarnya hingga berdarah. Walaupun begitu saya tidak  begitu mudah untuk melepaskan batang lehernya yang saya cekik. Usaha  saya kali ini berhasil, kucing itu berhenti menggigit dan mencakar  lengan saya. 

Page 1378 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Sebaik sahaja leher kucing itu saya lepaskan, saya terus jatuh atas  tanah. Kucing hitam terus ghaib entah ke mana. Maniam dan Tajuddin  segera menghampiri dan menyandarkan saya ke perdu pokok. Tajuddin  membukakan baju saya lalu mengikatkan ke paha saya yang luka. Maniam  mengesat darah di lengan saya.    Kami mengambil keputusan mengejut untuk pulang ke Balai Polis. Belum pun  keputusan itu dilaksanakan, kami terdengar suara datuk dari tengah  sungai. Perasaan kami bertambah lega.    Maniam dan Tajuddin terus menggunakan lampu. Menyuluh kiri kanan,  bimbang kalau kucing hitam yang ghaib muncul mendadak.    “Dari marna kucing sial itu datang,” tanya Maniam.    “Entah,” jawab saya.    “Jangan pedulikan semuanya itu, suluh orang yang di tengah sungai,”  Tajuddin bersuara, serentak dengan itu juga dua lampu picit memancarkan  suluhannya ke sungai. Saya lihat datuk berenang ke tebing sambil menarik  sesuatu.    “Dah jumpa mayat,” Maniam beritahu Tajuddin.   

Page 1379 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Agaknya,” jawab Tajuddin. Mereka terus rapat ke tebing dan cahayà lampu  picit mereka tetap tertumpu ke arah datuk.    Saya terus mengumpulkan daun‐daun kering dan kayu, kemudian terus  membakarnya. Hasil dari usaha itu, kawasan sekitar tebing  terang‐benderang, memudahkan saya bergerak ke mana‐mana. Nyamuk terus lari.    Saya terfikir, kalau kucing hitam itu muncul kembali, saya pasti  menggunakan puntung‐puntung yang berapi itu untuk menentangnya.    “Mari kita tolong dia,” Maniam terus menarik tangan Tajuddin. Mereka  terus menuruni tebing sungai. Saya merasakan diri saya lebih selamat,  kalau bersama Tajuddin dan Maniam. Tanpa membuang masa saya terus  memburu mereka menuruni tebing sungai yang agak curam.    Badan mula terasa dingin dirempuh angin yang bergerak dari permukaan  sungai. Langit tetap cerah bersama gumpalan awan yang bersih. Kami  bertiga berdiri di gigi air. Terasa amat sejuk, bila air sungai  menyentuh kulit kaki. Tajuddin dan Maniam tetap menghalakan muncung  lampu picitnya ke arah datuk.    “Tolong pangku mayat ni,” datuk minta bantuan. Maniam dan Tajuddin  menyerahkan lampu picit pada saya. Tugas saya sekarang menyuluh ke arah  mereka. Tajuddin dan Maniam terus mengharung air sungai, Mereka membantu  datuk memangku mayat Saadun dan dibawa atas tebing. 

Page 1380 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Mayat Saadun terus dibaringkan atas daun‐daun kering. Saya terus  mencampakkan ranting dan daun‐daun kering dalam unggun api. Datuk  menukarkan pakaian yang basah dengan pakaian yang kering. Ia mendiangkan  badannya dekat api.    “Biar kami ke balai dulu, melaporkan perkara ni pada Sarjan 1000 dan  minta jeep untuk membawa mayat ni ke hospital,” Maniam menyatakan pada  datuk sambil menyandangkan riffle ke bahu. Tajuddin kelihatan cemas sedikit.    “Eloklah tu, tapi sebelum pergi nanti dulu,” kata datuk lalu memetik  beberapa helai dedaun yang hijau berkilat dari pepohon kecil sekitarnya.    Datuk melekapkan dedaun hijau segar ke bahagian badan Tajuddin dan  Maniam yang luka akibat digigit dan dicakar oleh kucing hitam.    “Ini untuk menahan bisa, gigi dan kuku kucing cukup bisa, ada jenis daun  dan rumput yang boleh digunakan menahan bisanya, perhatikan daun atau  rumput yang dimakan kucing bila ia sakit, daun dan rumput tu boleh  dijadikan penawar bisanya,” terang datuk pada Tajuddin dan Maniam.    Mayat Saadun terkapar atas dedaun kering, biji matanya terbeliak dan  mulutnya separuh terbuka. Dari kedua belah telinganya meleleh air jernih.    Saya tak berani merenung mayat Saadun lama‐lama, bila direnung biji 

Page 1381 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

matanya bergerak ke sana sini. Menyorot tiap langkah dan gerak‐geri saya.    “Pergilah, biar saya nanti di sini,” ujar datuk tenang. Maniam, terus  melangkah tetapi, Tajuddin masih ragu untuk melangkah, macam ada sesuatu  yang ditakutinya.    “Pergilah Tajuddin, dengan izin Allah kamu selamat dalam perjalanan,”  kata datuk. Tajuddin terus melangkah. Meninggalkan saya dan datuk.    Saya menceritakan pada datuk apa yang kami alami ketika ia menyelam  tadi, Datuk tidak memperlihatkan rasa terkejut atau cemas. Ia hanya  tersenyum sambil melipatkan hujung lengan bajunya. Suasana yang agak  tenang di malam yang hitam itu diganggu oleh suara kucing yang cukup  keras. Datuk mengedutkan dahinya sambil mencampakkan ketul‐ketul kayu ke  dalam unggun api.    Suara kucing terus meninggi dan nyaring, daun‐daun kering nampak  bergerak‐gerak macam ditolak oleh sesuatu. Ranting‐ranting yang  bertaburan dekat kaki saya juga bergolek perlahan‐lahan. Ada bunyi tapak  kaki orang melintas di depan saya tetapi orangnya tidak dapat dilihat.    Kejadian‐kejadian begitu amat menakutkan bagi saya. Datuk tetap tenang.  Ia tidak tergugat dengan kejadian‐kejadian yang saya anggap agak luar  biasa itu. Ia curna menggigit bibir, bila melihat beberapa ekor ulat  bulu bergerak ke arahnya. Dengan ranting kayu datuk menolak ulat‐ulat 

Page 1382 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

itu ke pangkal pokok.    Beberapa ekor semut api meluru ke arah mayat Saadun. Datuk berusaha  menghalau semut‐semut api dan memanjat mayat Saadun. Datuk menghalau  semut‐semut itu dengan daun‐daun segar yang dipatahkan dari dahan pokok  kecil berhampiran.    “Kucing hitam,” jerit saya.    Seekor kucing hitam muncul dekat unggun api. Kucing itu menyapu‐nyapu  mukanya dengan kaki depan. Renungannya lembut ke arah datuk seolah‐olah  minta simpati, bentuk tubuhnya agak kecil sedikit dari kucing hitam yang  mencakar Tajuddin dan Maniam serta saya.    Kucing hitam yang baru muncul ini, tidak memperlihatkan sebarang  keanehan, tidak memperlihatkan lidah dan taringnya. Ia kelihatan cukup  manja sambil menjilat‐jilat tubuh di badannya.    “Kamu sesat, kalau sesat baliklah,” ujar datuk sambil merenung kucing  hitam. Kucing hitam itu mengiau manja, tidak mahu berganjak dari tempat  ia duduk.    “Baliklah pada tuan kamu,” suara datuk keras. Kucing hitam itu  menegakkan ekor serta membongkokkan badannya. Bersedia untuk menerkam ke  arah datuk. Saya lihat datuk menggeliat dan akhirnya menggenggam 

Page 1383 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

penumbuk. Ia melangkah dua tapak ke depan macam orang mahu bersilat.    “Balik sebelum kamu binasa,” ujar datuk lalu membuka silat. Kucing hitam  itu terus mengiau garang dan cuba menerkam ke arah datuk. Cepat‐cepat  datuk membongkok lalu mengambil sekepal tanah. Tanah itu dilemparkan ke  arah kucing hitam. Terdengar bunyi jeritan kucing hitam yang amat kuat,  macam menahan kesakitan kerana ekornya tersepit.    Kucing hitam itu dengan serta‐merta ghaib. Datuk terus membersihkan  kawasan keliling tempat mayat Saadun. Pada mulanya, ingin saya menyoal  datuk tentang kemunculan kucing hitam yang aneh itu. Malam itu juga  mayat Saadun d bawa ke hospital Batu Gajah.    Esoknya, mayat Saadun pun dikebumikan di kampung halamannya. Menurut  doktor, Saadun mati akibat salah satu urat di saluran pernafasannya  putus seperti dikerat dengan benda rajam. Saadun bukan mati kerana lemas.    Datuk memberitahu saya, mayat Saadun sukar diambil kerana tersepit pada  timbunan kayu besar di sebuah lubuk yang dalam. Setiap kali mayat itu  ditarik keluar, seluruh sendinya merasa lemah dan tenaganya bagaikan  tiada dan pandangannya jadi kabur.    “Boleh jadi perkara tu berlaku, kerana aku terlalu penat dan kurang  tidur,” itulah alasan datuk tetapi, saya merasakan alasan itu sekadar  untuk alasan cuma. Datuk bagaikan mahu menyembunyikan sesuatu dari saya. 

Page 1384 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Sesungguhnya saya kurang puas hati dengan cakap datuk itu. Tunggu, satu  waktu yang baik, pasti saya menyoalnya.    Dua minggu setelah pengkebumian Saadun, datuk menemui Sarjan 1000,  mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang diberikan pada datuk.  Datuk juga menemui Maniam dan Tajuddin. Bengkak di muka Maniam sudah pun  beransur surut, begitu juga dengan bengkak di lengan tangan Tajuddin.    Walaupun begitu, mereka menghadapi masalah kerana diganggu oleh  kedatangan kucing hitam pada setiap malam.    “Pukul berapa kucing itu datang?” Tanya datuk pada Tajuddin.    “Tepat pukul dua belas malam, mencakar‐cakar dinding rumah hingga ke  subuh, kami sekeluarga tak dapat tidur, bila dicari kucing itu tidak  nampak.”    “Begini, sebelum kejadian itu, macam mana kamu tahu, kucing itu kucing  hitam.”    “Begini, sebelum kejadian tu, saya pemah terserempak dengan kucing hitam  ganjil dikaki tangga rumah saya waktu Maghrib kucing itu menyapu‐nyapu  mukanya dengan ekor, saya pukul dengan pelepah kelapa, sejak itu kami  sekeluarga terus diganggu,” jelas Tajuddin pada datuk.   

Page 1385 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Maniam pula menceritakan pada datuk begini: bila ia bekerja malam, ia  selalu sahaja diekori oleh kucing hitam dari jarak yang agak dekat,  kalau ia tidak hati‐hati kucing hitam itu akan menerkam ke arahnya  sambil memperlihatkan lidah dan taringnya yang tajam.    “Saya orang bujang yang tidak tinggal di berek, saya takut balik ke  rumah saya, setiap kali saya balik dengan basikal kucing itu mengejar  saya, pernah saya nak membunuhnya tapi kucing itu bagaikan tahu niat  hati saya, sentiasa saja menjauhkan diri dari saya,” Maniam menerangkan  pada datuk. Datuk termenung panjang mendengar cerita aneh dari dua  anggota polis itu. Datuk renung muka Maniam dan Tajuddin yang duduk atas  batu di depan pintu masuk kawasan ke balai Polis.    Dalam panas terik itu, saya merenung ke arah pasar yang terletak di  depan balai. Beberapa orang lelaki dan wanita yang keluar dari perut  pasar membawa ikan dan sayur. Saya jeling ke arah jam tangan Tajuddin.  Sudah pukul sebelas, patutlah panas terik.    “Pemah tak, kamu terjaga malam dan tengok kucing hitam ada dekat kamu,”  pertanyaan itu datuk tujukan pada Maniam.    “Ada.”    “Apa yang dibuatnya?”   

Page 1386 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Kucing itu jilat ibu jari kaki sebelah kanan.”    “Hum, lepas tu apa yang kamu buat?”    “Saya cuba bangun tetapi, tak terdaya, seluruh kaki kanan saya terasa  lemah, bila kucing tu bilang, rasa lemah terus hilang.”    “Pelik,” rungut datuk.    Saya renung muka Tajuddin yang didakap keresahan. Datuk mengecilkan  kedua belah mata. Kening lebatnya hampir mahu bertemu. Seluruh muka saya  sudahpun diruap peluh‐peluh halus.    “Apa yang patut saya buat?” Tanya Maniam mendadak.    “Sabar, dua hari lagi, aku jumpa kamu berdua, kalau dalam tempoh dua  hari kucing hitam itu mengganas juga, kau berdua carilah aku,” datuk  memberi pengakuan. Matanya masih mengecil lagi. Saya lihat mata hitamnya  tidak bergerak bagaikan melihat sesuatu yang berada dalam jarak yang  amat jauh.    Bila melihat datuk dalam keadaan demikian, saya tidak mengizinkan Maniam  atau Tajuddin mengajukan sebarang pertanyaan pada datuk. Perbuatan itu  boleh mengganggu penghayatan datuk pada sesuatu yang tidak dapat dilihat  oleh sesiapa kecuali datuk sendiri. 

Page 1387 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Saya segera menulis alamat rumah datuk pada sekeping kertas. Kertas itu  saya serahkan pada Maniam dan Tajuddin. Ketika mereka menatap alamat  rumah datuk di kertas. Cara mengejut sahaja datuk batuk.    Saya tersengih, batuk itu sebagai tanda amaran yang tugas datuk sudah  berakhir. Datuk renung ke arah saya sejenak. Dia senyum, bagaikan  mengucap sejuta terima kasih kerana saya telah membantunya.    “Rahsiakan semuanya ini pada orang lain,” datuk bersuara lembut. Saya  renung muka Maniam dan Tajuddin. Mereka jadi panik. Tidak ada rahsia  yang mereka terima dari dauk, tiba‐tiba datuk memberi amaran.    “Maksud aku, alamat rumah aku dan janji aku pada kamu berdua jangan  diceritakan pada sesiapa, kalau pesan ini kamu langgar, aku tak dapat  membantu kamu berdua,” datuk menenangkan rasa risau dalam kepala Maniam  dan Tajuddin.    “Kami berjanji,” sahut Tajuddin.    “Kalau sudah berjanji, peganglah pada janji,” balas datukku dalam nada  suara yang cukup lembut.    Tajuddin dan Maniam segera bangun. Muka mereka nampak pucat.  Kedua‐duanya segera mendapatkan datuk, macam ada sesuatu yang mengikuti 

Page 1388 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

mereka. Paling mengejutkan badan kedua‐duanya menggeletar, tidak, tentu  arah macam orang kesejukan. Aneh macam mana mereka kesejukan dalam  pancaran matahari yang garang.    “Kenapa?” Tanya saya.    “Kami dengar suara kucing,” jawab Tajuddin. Saya segera pergi ke  longkang, renung kiri, renung kanan. Tidak ada kucing di situ kecuali  beberapa ekor katak puru bersembunyi di celah‐celah rumput yang tumbuh  liar di bibir longkang.    Bau hapak bercampur hanyir dan air longkang yang mengalir lambat itu  membuat saya mahu muntah. Saya terus mendapatkan datuk.    “Tak ada kucing pun,” kata saya.    “Kalau tak ada kucing macam mana boleh ada suara kucing, cuma perasaan  kamu berdua saja,” datuk menyokong saya.    “Saya dengar,” kata Maniam.    “Saya dengar, saya yakin itu suara kucing hitam,” kata Tajuddin.    Dalam keadaan yang membingungkan itu. Seekor kucing hitam muncul di  depan kami. Tidak ada seorang yang dapat rnempastikan dari arah mana 

Page 1389 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kucing hitam itu muncul. Kucing itu menguap di depan kami,  memperlihatkan gigi tajam dan lidah panjang yang merah pada kami. Kucing  itu menjilat jilat di jarinya.   

SBDJ (Jilid 04) Siri 74: Perempuan Cantik Koyak Kain    DATUK terus mengangkat kaki kiri. Dengan tangan kiri, dia terus menepuk  tapak kaki lima kali herturut‐turut. Kucing hitam terus mengiau sekuat  hati sambil berdiri di kaki. Mulutnya terbuka luas. Mata merah bagaikan  seketul bara api dari kayu bakau.    Perlahan‐lahan datuk menjatuhkan kaki kirinya sambil menahan nafas. Bila  dia menghembuskan nafas, tangan kiri terus diluruskan. Sebaik sahaja  tapak kaki kiri bertemu dengan batu jalan. Kucing hitam terus menjerit  serta melompat separas kepala saya. Kucing hitam terus ghaib.    Sekujur tubuh saya dibasahi peluh. Panas bagaikan menyengat menggigit  kulit muka. Mulut Tajuddin dan Maniam terlopong. Muka mereka bertambah  pucat. Datuk menatap muka Maniam dan Tajuddin. Deru kenderaan yang lalu  di dada jalan raya menyumbat lubang telinga.    Debu‐debu dan kenderaan yang bergerak dalam suasana panas amat  membosankan. Beberapa orang anggota polis yang bertugas di balai  merenung ke arah kami. Ganjil bagi mereka melihat kami bercakap dalam  panas yang amat membahang. 

Page 1390 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Ular, ularr..” suara itu datang dari arah pasar. Perhatian terus  ditumpukan ke arah pasar. Suasana di situ kelihatan kelam‐kabut, penjual  dan pembeli bertempiaran keluar dari pasar. Mereka berlari tidak tentu  arah. Jerit mereka sambung‐menyambung.    Dua orang penjual ikan dengan pisau pemotong ikan di tangan, melintasi  jalan raya. Sebuah kereta terpaksa melakukan brek kecemasan. Sebuah lori  membawa durian yang berada dalam jarak dekat dengan kereta itu, tidak  dapat melakukan brek kecemasan. Akibatnya, lori itu terus menyondol  punggung kereta.    Pemandu dan penumpang kereta tidak mengalami kecederaan. Begitu juga  dengan pemandu dan kelindan lori yang membawa durian. Suasana menjadi  bertambah kacau. Cerita ular muncul dalam pasar terus merebak dengan  cepatnya.    Penjual ikan yang selamat dari dilanggar kereta kecil terus masuk ke  kawasan depan balai polis. Datuk segera menangkap tangannya. Datuk  merampas pisau pemotong ikan darinya. Manakala yang seorang lagi terus  lari ke arah belakang pekan. Tidak muncul‐muncul lagi.    Mungkin penjual ikan bangsa Cina itu pulang ke rumahnya, fikir saya.  Bila saya menoleh ke arah Maniam dan Tajuddin saya dapati mereka sudah  pun meninggalkan saya. Mereka lari masuk ke balai polis. 

Page 1391 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Beberapa orang anggota polis segera pergi ke tempat kejadian. Mereka  mengawal keadaan supaya perjalanan kenderaan di jalan raya berjalan  dengan lancar. Beberapa orang anggota polis yang tidak bertugas segera  mencari kayu dan buluh untuk pergi ke pasar.    “Jangan,” kata datuk pada anggota polis itu. Mereka patuh dengan cakap  datuk. Sarjan 1000 segera mendapatkan datuk. Mereka bercakap‐cakap  sebentar. Sarjan 1000 segera meyuruh anggota‐anggota polis yang membawa  kayu dan buluh pulang ke balai.    “Macam mana rupanya ular tu?” Tanya datuk pada penjual ikan yang berasal  dari Kedah.    “Hitam besar, sebesar pinang dara, menjilat darah ikan lantai pasar.”    “Kamu tahu dari mana dia datang?”    “Tak tahu, yang saya ingat sebelum tu ada seorang lelaki tua, bau  badannya busuk masuk pasar.”    “Apa yang dicarinya?”    “Dia berjalan dalam pasar, bila saya kata ada bau busuk lelaki itu  hilang, lima minit kemudian tempat lelaki itu hilang, muncul ular besar,  lidahnya menjilat bangkai ikan dan darah.” 

Page 1392 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Hummmmmmmmmm...,” datuk mengeluh pendek.    Sarjan 1000 yang mendengar perbualan antara datuk dengan penjual ikan  itu menggigit bibir. Dahinya terus dikedutkan. Sementara itu kereta dan  lori yang berlanggar segera diubahkan ke tepi jalan.    “Mari kita pergi tengok,” datuk menarik tangan penjual ikan.    “Minta maaf,” penjual ikan itu menolak.    “Tak apalah kalau kamu tak mahu.”    “Saya takut.”    “Tak apa, kamu pergi ke balai,” sebaik sahaja selesai datuk bercakap,  penjual ikan itu terus menuju ke balai polis. Datuk terus bercakap  dengan Sarjan 1000. Datuk tidak dapat menenma cadangan dan Sarjan 1000  untuk menembak ular tersebut.    “Kalau tidak dibunuh, ular tu boleh mengancam keselamatan orang ramai,”  kata Sarjan 1000.    “Saya tahu Sarjan, kita cari jalan lain.”   

Page 1393 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Apa caranya?”    “Begini saja, kita tunggu di sini, awak suruh orang yang ada dua tiga  orang tepi jalan ni pulang, jangan suruh mereka tunggu di situ.”    “Baik.”    PULANG    Sarjan segera menyuruh orang‐orang itu pulang. Keadaan kembali tenang.  Beberapa orang suri rumah yang masuk ke pasar disuruh pulang. Keadaan  dalam pasar sunyi sepi. Panas tengah hari kian mencengkam, batu di jalan  kelihatan seperti ada air.    “Sekarang awak berdiri di belakang saya dalam jarak sepuluh kaki, Tamar  pula berdiri di belakang awak dalam jarak yang sama,” datuk mengeluarkan  perintah pada saya dan Sarjan 1000. Perintah itu segera kami patuhi.  Kenderaan kian berkurangan melalui jalan raya di depan pasar.    Datuk terus memeluk tubuh sambil merenung ke arah pasar. Saya lihat  sebuah teksi berhenti mengejut di jalan raya. Di depan teksi tersebut  kelihatan seekor ular hitam sebesar batang pinang dara, berwarna hitam  melintasi jalan raya dalam panas tengah hari yang membahang.    Bila teksi itu bergerak semula, ular hitam sebesar batang pinang dara 

Page 1394 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

sudah pun berada di depan datuk. Ular itu mengelilingi datuk. Dalam  sinar matahari yang keras itu, saya lihat mulut itu mengeluarkan asap nipis.    Datuk angkat kaki kanan, melangkah tiga tapak ke depan. Datuk membuka  tangan yang memeluk tubuh dan undur tiga tapak ke belakang akhirnya  datuk membuka silat. Serentak dengan itu terdengar satu ledakan yang  kuat macam suara petir. Dari sebelah kanan datuk memancar cahaya kilat  yang memanjang menuju ke arah pucuk kelapa.    Suara ledakan di tengah bandar itu didengar oleh para penduduk beberapa  buah kampung sekitar pekan kecil tersebut. Bila ledakan itu berakhir,  ular hitam sebesar pinang dara itu terus ghaib.    Saya lihat tubuh datuk dibasahi peluh. Nafasnya tercuogap‐cungap. Rumput  hijau yang berada tidak jauh dari datuk nampak hangus. Manakala batu  jalan menuju ke balai polis, tempat ular hitam sebesar pinang dara itu  bergerak, kelihatan merkah.    Datuk meletakkan hujung jari telunjuknya di hujung dahi. Dari hujung  dahi, dia menjatuhkan jarinya perlahan‐lahan hingga ke pangkal dagu.  Peluh yang disapu oleh jari telunjuk berjatuhan atas dada.    “Masih belum selesai lagi,” rungut datuk. Sarjan 1000 menarik nafas  panjang sambil merenung muka saya dengan seribu macam persoalan.   

Page 1395 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Sekarang orang yang berniaga bolehlah pulang ke tempat berniaga,” datuk  beritahu Sarjan 1000. Dan Sarjan 1000 segera menghebahkan perkara itu  pada orang‐orang yang berada di situ. Sepuluh minit kemudian, pasar ikan  dan sayur berdenyut kembali dengan manusia. Mereka seolah‐olah lupa  dengan apa yang berlaku.    Beberapa orang kampung yang berdekatan, datang ke balai polis. Mereka  mahu mengetahui punca ledakan yang mereka dengar. Mereka kecewa, tidak  seorang pun anggota polis di balai tersebut dapat memberi penjelasan  dengan terperinci.    “Tidak ada sesuatu yang ganjil dan saya sendiri tidak dapat  menerangkannya, kalau awak mahu tahu tanyalah pada penjual ikan dan  sayur di market,” itulah jawapan yang datuk berikan pada salah seorang  lelaki yang bertanya padanya berhubung dengan perkara aneh itu. Orang  yang bertanya menggigit bibir lain meninggalkan datuk.    Kerana waktu Zuhur sudah tiba, saya dan datuk menuju ke masjid. Setelah  menunaikan fardu Zuhur serta berwirid pendek, kamipun meninggalkan  masjid yang letaknya tidak berapa jauh dari Sungai Perak.    Sebabnya saya beranggapan demikian, kerana pakaian lelaki itu bertampung  di sana, bertampung di sini, tidak jauh darinya terdapat tongkat dan  tempurung.   

Page 1396 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Datuk berhenti melangkah. Dia terus menyeluk saku bajunya. Bersedia  untuk mencampakkan seringgit dua ke dalam tempurung peminta sedekah.  Saya sudah masak benar dengan perangai datuk. Terlalu murah hati dengan  peminta sedekah, sanggup berlapar asalkan peminta sedekah diberi wang.    “Berikan padanya” datuk hulurkan wang kertas lima ringgit pada saya.    “Banyak sangat ni tuk.”    “Berikan saja, jangan banyak cakap,” datuk membeliakkan biji mata. Saya  terkejut dan terus melangkah mendapatkan peminta sedekah.    Bila saya berdiri di depan peminta sedekah, bulu tengkuk saya terus  berdiri. Perasaan saya terus berdebar, macam ada sesuatu yang kurang  menyenangkan. Saya rasa sepasang mata lelaki itu begitu tajam menyorot  tiap langkah saya. Badan saya terus menggeletar.    “Apa lagi yang kau tunggu Tamar,” jerit datuk.    “Saya takut tuk?”    “Apa yang kamu takutkan, bukankah dia makhluk macam kamu juga.”    “Saya tak mahu tuk,” saya segera berpatah balik ke arah datuk yang  berdiri tidak jauh dan saya. 

Page 1397 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Tidak saya duga, perbuatan saya itu menimbulkan rasa marah pada datuk.  Dia segera mengheret saya ke arah peminta sedekah di bawah pokok. Sebaik  sahaja saya dan datuk berdiri di depan peminta sedekah tersebut, tanpa  diduga peminta sedekah itu segera bangun.    Dia melemparkan tempurung dan tongkatnya arah utara. Perbuatannya itu  memang aneh sekali. Saya dan datuk merenung ke arah kawasan dia  melemparkan tongkat dan tempurung. Bila kami merenung kembali ke  arahnya. Peminta sedekah itu, sudah tiada lagi di situ. Saya dan datuk  terhidu bau busuk yang amat kuat.    “Sudahlah, kita dipedaya lagi.”    “Siapa yang mempedayakan kita tuk?”    “Nantilah, aku terangkan kemudian.”    “Saya boleh agak orangnya tuk.”    “Sudahlah, jangan nak merepek.”    Nada suara datuk yang keras itu, membunuh hasrat saya untuk menunjukkan  sebarang pertanyaan. Tetapi, otak saya segera memikirkan tentang Kamal.  Semua gerak‐gerinya timbul dalam kepala. Dua tiga kali, saya menggosok 

Page 1398 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kelopak mata, saya bagaikan terpandang‐pandang tubuh Kamal dan kakinya  yang tokak wujud di depan saya.    “Berusaha melupakannya, bila kau ingat atau terkenangkan dirinya, dia  datang dekat kamu,” kata‐kata datuk it membuat seluruh bulu roma saya  tegak berdiri. Saya tidak berjaya melupakannya, makin kuat saya mahu  melupakannya, makin kuat pula ingatan itu berlegar‐legar dalam kepala.    Datuk segera mengeluarkan sapu tangan. Muka saya digosoknya dengan  saputangan dua warna iaitu hitam dan kuning, bentuknya tiga segi. Dua  kali muka saya digosok dengan saputangan. Kepala saya terasa berdesing  sebentar kemudian terasa cukup lapang. Bayang Kamal terus hilang.    MAKAN    Saya dan datuk singgah di kedai makan, tidak jauh dari tebing sungai.  Saya minta nasi dan gulai tempoyak ikan baung. Datuk hanya meminta  segelas air sejuk. Sebelum, air itu diteguk datuk membaca sesuatu.    Sementara menanti saya selesai makan, datuk terus termenung. Sesekali  dia menggaru batang lehernya. Dua orang lelaki yang duduk tidak jauh dan  meja kami, bercerita dengan rancaknya tentang buaya putih yang dilihat  o1e beberapa penduduk di kampung seberang.    Menurut cerita kedua lelaki itu, buaya putih tersebut muncul di tengah 

Page 1399 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

sungai waktu bulan mengambang penuh. Buaya itu mengekor sampan yang  digalah oleh orang‐orang yang pulang malam dari pekan Parit. Setakat ini  belum ada orang yang diganggu oleb buaya putih itu.    Buaya itu sekadar memperlihatkan dirinya sahaja. Bila ada orang memaki  hamunnya, buaya putih akan membuka mulutnya luas‐luas sambil ekornya  memukul air sungai.    “Buaya putih tu, buaya keramat, malam esok orang‐orang kampung aku akan  mengadakan jamuan untuk buaya putih,” saya menjeling ke arah lelaki yang  bercakap itu. Orangnya berbadan kurus, ada misai nipis melintang di  bibir. Di dagunya tergantung sejemput janggut. Saya menyebut janggut  jenis itu sebagai janggut kambing.    “Buaya putih itu berasal dan manusia, kalau tak dibuat jamuan atau  semahan akan mendatangkan bala pada kita,” sambung lelaki itu. Kawannya  yang tertonggok di depan anggukkan kepala. Datuk segera mencuit bahu  saya. Dia suruh saya makan cepat. Datuk tidak begitu minat mendengar  perbualan kedua orang lelaki itu.    Dari cara kedua lelaki itu bercakap (dengan nada suara yang keras),  seolah‐olah mahu menanik perhatian pelanggan‐pelanggan lain yang berada  dalam kedai makan. Saya tidak tahu tujuan sebenar kedua‐dua orang lelaki  itu.   

Page 1400 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Bangun,” kata datuk. Saya anggukkan kepala dan terus bangun. Saya terus  menuju ke meja penerima wang. Saya jelaskan bayaran makan dan minuman  yang dipesan. Kami tinggalkan kedai makan.    “Memuja dan membuat jamuan tu kerja khurafat, mana ada buaya keramat,”  bisik datuk pada saya.    “Habis buaya itu, buaya apa tuk.”    “Boleh jadi memang ada buaya putih, boleh jadi itu kerja syaitan.”    “Sudahlah, jangan tanya perkara macam tu pada aku Tamar.”    Kerana patuh dengan permintaannya, saya tidak mengajukan sebarang  pertanyaan pada datuk. Kami menuju ke arah stesen minyak. Dan situ kami  bergerak menuju ke kedai menjual kain baju. Berdiri di situ menanti bas.  Hampir sepuluh minit berdiri bas yang ditunggu tidak juga datang.    “Kita cari teksi Tamar,” kata datuk.    “Elok juga tu, kalau tak dapat teksi betul, kita baik teksi sapu tuk.”    “Mana‐mana pun boleh.”    Saya dan datuk menuju ke tempat teksi. Nasib kami cukup baik. Malik Cina 

Page 1401 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

(kawan datuk) yang membawa teksi sapu bersedia untuk menghantar saya dan  datuk pulang dengan percuma.    Pada mulanya, datuk enggan menerima tawaran itu tetapi setelah dipujuk  beberapa kali oleh Malik Cina datuk menerimanya.    Datuk memberitahu saya, sebab kawannya itu dipanggil Malik Cina kerana  wajahnya mirip orang Cina serta boleh bercakap bahasa Cina dengan lancar  sekali.    “Ini cucu awak,” tanya Malik Cina pada datuk.    “Ya,” datuk anggukkan kepala. Malik Cina senyum lalu mempersilakan saya  dan datuk masuk ke keretanya.    “Setahu aku, kamu dulu pindah ke Kelantan, habis macam mana kamu boleh  bawa teksi di sini.”    “Betul, itu dulu, malah aku sudah mengambil keputusan nak menetap di  Kuabang Kerian,” Malik Cina meraba batang lehernya.    “Habis kenapa balik ke sini?”    “Bila anak perempuan sulung aku kahwin, nasib buruk menimpa keluarga kami.”   

Page 1402 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Nasib buruk macam mana? Rumah kamu terbakar, harta benda kamu dirampas  orang atau kamu dapat menantu orang jahat.”    “Bukan itu,” jawab Malik Cina pendek.    Saya lihat muka Malik Cina gusar. Sesekali dia menarik nafas panjang  sambil memandu kereta dengan tenang. Datuk menggigit bibir sambil  merenung ke arah pepohon yang tumbuh subur di kaki kiri kanan jalan.  Kereta yang dipandu oleh Malik Cina melalui liku jalan yang tajam.    Angin terasa memukul wajah saya. Rambut saya mengerbang tidak tentu  arah. Terpaksa disikat dengan rapi tetapi, rambut yang disikat itu mampu  bertahan untuk beberapa minit sahaja.    “Menantu kamu tu orang mana?” tanya datuk.    “Orang Mersing, sama‐sama kerja satu pejabat dengan anak perempuan aku.”    “Apa kerjanya?”    “Kedua‐duanya kerja di Jabatan Parit dan Taliair,” Malik Cina menjeling  datuk dengan ekor mata.    Datuk mengkepal‐kepal kedua belah tangannya. Sesekali meraba hujung mata  dengan jari kelingking. Saya sandarkan badan ke kusyen berlagak macam 

Page 1403 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

orang kaya. Bergerak ke sana, bergerak ke sini dengan bebas maklumlah  duduk seorang diri di belakang.    “Tiga minggu lepas nikah, anak perempuan aku buat perangai, masuk saja  waktu asar, dia terus menjerit dan mengoyak pakaiannya hingga hancur.  Dah puas aku bawa jumpa doktor pakar jiwa, sakitnya tak juga berubah.”    “Berubat cara kampung kau tak cuba.”    “Sudah, berpuluh pawang dan bomoh yang lari lintang pukang.”    “Kenapa jadi macam tu?”    “Bila dia tengok pawang atau bomoh, sakitnya menjadi jadi kekuatannya  macam orang lelaki, tiga orang tak mampu memegangnya, api bara dipijak  dan dimakan.” Malik Cina menelan air liur.    Saya tumpukan seluruh perhatian pada cerita yang disampaikan oleh Malik  Cina pada datuk. Menarik tetapi tetap terasa seram. Saya terus menyikat  rambut yang menutup dahi. Bila tayar kereta melanggar lopak, badan dan  kereta terasa bergegar, bagaikan dinding dan pintu mahu tercabut rasanya  maklumlah kereta tua.    "Setelah berfikir panjang, semua tanah dan rumah saya di Kubang Kerian  saya jual dan menantu saya pula mengizinkan saya membawa isterinya 

Page 1404 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dengan tujuan nama berubat, dah lima bulan aku menetap di Sungai Siput,”  sambung Malik Cina.    “Jauh sungguh kamu cari penumpang sampai ke sini.”    “Pagi tadi, ada orang sewa kereta aku ke Teluk Intan. Dari Teluk Intan,  aku dapat penumpang nak ke Parit, supaya jangan pulang kosong aku cari  penumpang untuk ke Kuala Kangsar, dari Kuala Kangsar aku cari penumpang  untuk ke Sungai Siput, tiba‐tiba aku jumpa kamu,” Malik Cina ketawa  berdekah‐dekah.    “Lepas kamu hantar aku ni, kamu nak cari penumpang lagi?” tanya datuk.    “Tidak, aku nak terus balik,” jawab Malik Cina.    Malik Cina memberhentikan teksi sapunya di tepi jalan. Datuk hulurkan  wang sewa teksi sapu. Malik Cina meno1ak dengan alasan apa yang  dilakukan itu sebagai tanda persahabatan. Menurutnya, dia bersyukur  kerana dapat berjumpa dengan datuk. Perjumpaan itu tidak dapat  dinilaikan dengan wang ringgit.    “Aku cuma nak minta tolong pada kau satu saja,” suara Malik Cina  mendatar masuk ke lubang telinga datuk.    “Apa dia Malik?” 

Page 1405 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Kalau kau ada kenal bomoh atau pawang handal, sila beritahu aku. Aku  nak berikhtiar nak ubat anak aku.”    “Tak usahlah, kau berubatlah ke hospital.”    “Aku bukan tak percaya dengan doktor tapi, aku dah berusaha ke arah itu,  hasilnya kurang berkesan, aku juga tak percaya pada bomoh dan pawang,  banyak bomoh dan pawang menipu tapi, aku mencuba,” Malik Cina menelan  air liur.    Datuk termenung panjang. Dia renung muka saya sejenak. Angin petang di  bawah sinar matahari yang redup terasa menampar‐nampar kulit muka saya.  Perlahan‐lahan saya menarik nafas dalam‐dalam.    Nantilah aku tanya orang‐orang kampung kalau ada yang tahu pawang atau  bomoh,” datuk memberikan jawapan. Cepat‐cepat Malik Cina menyambar  tangan datuk. Dipegangnya erat‐erat. Mukanya kelihatan berseri‐seri.    “Aku ingin nak tengok penyakit anak kamu tu Malik?” tambah datuk.    “Bila, kamu nak datang bagi tahu, biar aku ambil kamu.”    “Tak tentu, boleh jadi dalam minggu depan.”   

Page 1406 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Macam tu susahlah.”    “Tak susah, kau lukis rajah ke rumah kamu Malik,”    “Ya, tunggu sekejap,” Malik Cina mengambil sekeping kertas dan pensel  dari dalam kereta.    Kemudian Malik Cina melukis rajah jalan ke rumahnya. Setelah siap  dilukis kertas itu diserahkan pada datuk. Datuk meneliti rajah yang  dibuat oleh Malik Cina dengan teliti. Datuk anggukkan kepala dua tiga kali.    “Aku tahu, tanah dan rumah yang kamu beli tak jauh dari Kampung Bahagia.”    “Betul, tapi kena lalu Kampung Bahagia dulu baru sampai ke rumah aku,  pada hal jaraknya dengan jalan raya Kuala Kangsar ‐ Ipoh tak jauh,  kerana tak ada jalan pintas semuanya jauh.”    “Tanah siapa yang kamu beli?”    “Tanah Cina, jangan terkejut bila kamu datang ke rumah aku, kamu melihat  anak perempuan aku berpakaian tak senonoh, macam orang separuh bogel dan  memaki hamun kamu.”    “Itu perkara biasa,” balas datuk.   

Page 1407 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Datuk mempelawa Malik Cina ke rumah untuk menikmati kopi petang. Malik  Cina menolak dengan alasan dia mahu pulang segera. Lagi sekali datuk dan  Malik Cina bersalam‐salaman. Beberapa saat kemudian teksi sapu milik  Malik Cina meninggalkan saya dan datuk di bibir jalan.    Sampai di rumah datuk memberitahu saya, umurnya dengan Malik Cina  berbeza hampir lapan tahun. Tetapi, Malik Cina nampak lebih tua dari  datuk. Datuk juga memberitahu saya, Abang Malik dikenali maka Suhaimi  Jepun, jadi kawan rapat datuk ketika menuntut ilmu silat.    Tetapi, Suhaimi Jepun mati gantung diri kerana malu isterinya dilarikan  oleh orang. Malu dengan peristiwa yang dilakukan oleh abangnya yang  bertentangan dengan ajaran agama Islam itu, Malik Cina pindah ke tempat  lain. Itulah latar belakang keluarga Malik Cina yang dinyatakan oleh  datuk pada saya.    BERJALAN    Saya terkejut bila datuk menyatakan dia mahu pergi ke rumah Malik Cina.  Saya termenung panjang, padahal semalam datuk memberitahu Malik Cina dia  mahu pergi ke tempat tersebut dalam minggu depan.    “Kenapa mendadak saja tuk nak pergi?”    “Itu soal aku, bukan soal kamu,” tebal rasa kulit muka saya. 

Page 1408 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Pukul berapa kita nak pergi tuk.”    “Sekejap lagi, aku mahu sampai ke rumahnya sebelum waktu Asar, kau pergi  dulu naik bas,” terkejut lagi saya mendengar kata‐kata dari datuk.    Belum pernah datuk menyuruh saya pergi ke sesuatu tempat seorang diri.  Ke mana‐mana kami tetap bersama barang kali datuk mahu menguji saya?  Apakah saya mampu pergi ke mana‐mana seorang diri. Cabaran ini mesti  dijawab. Saya anak jantan bukannya pondan, timbul azam dalam diri saya.    “Datuk pula macam mana?”    “Itu urusan aku, kamu pergi dulu, nanti aku dekat simpang masuk ke  Kampung Bahagia.”    “Baiklah tuk,” balas saya.    Datuk memberikan wang tambang. Dia juga memilih pakaian yang perlu  dibawa dan memasukkan ke dalam beg sandang. Nenek tidak dapat berbuat  apa‐apa.    Saya terpaksa naik bas sendirian. Terasa bosan kerana tidak ada kawan  untuk dilawan bercakap. Semuanya saya hadapi dengan perasaan yang tenang  dan tabah. Saya beruntung dalam perjalanan itu, saya bertemu dengan 

Page 1409 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

seorang pemuda yang sebaya dengan saya. Namanya, Zainuddin dan nama  bapanya Ismail.    Saya bertemu dengan Zainuddin di perhentian bas Kuala Kangsar. Dia dalam  perjalanan ke Ipoh. Dari Ipoh dia akan meneruskan perjalanannya dengan  bas ekspres ke Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur dia naik has untuk ke  Melaka menziarahi ayah saudaranya yang bertugas sebagai tentera di  Terendak Kem.    Akhirnya saya sampai juga ke simpang masuk ke Kampung Bahagia. Saya  tersentak bila melihat datuk sudah ada di situ. Dia menyambut saya  dengan wajah yang manis. Dia bertanya pengalaman saya naik bas. Semuanya  saya ceritakan. Bila saya bertanya, bagaimana datuk boleh berada di  situ. Apakah dia naik teksi atau bas? Datuk tidak mahu menjawab.    Bila saya tanya berulang kali, datuk jadi marah. Dia jegilkan biji mata  ke arah saya. Saya dan datuk terus berjalan kaki melalui kawasan  perumahan. Lebih kurang 200 meter mahu sampai ke rumah Malik Cina, kami  bertemu dengannya.    "Naik kereta saya, kenapa semalam tak mahu cakap, kalau cakap  siang‐siang bukankah mudah,” Malik Cina menyatakan nasa kesalnya. Datuk  hanya ketawa sahaja sambil masuk ke kereta (teksi sapu).    “Kamu tak cari penumpang hari ni, Malik?” 

Page 1410 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Hari ini cuti, semalam dapat lebih.”    “Ini kerja orang malas namanya.”    “Kerja sendiri.”    “Betul cakap kamu, kerja sendiri tak ada siapa yang marah kalau tak  buat, kalau tak ada beras di rumah pun orang tak marah,” usik datuk,  serentak kami ketawa.    DADA    Setelah menunaikan sembahyang Asar, datuk mengajak saya melihat keadaan  anak perempuan Malik Cina. Orangnya cantik, berkulit putih, hidung  mancung tinggi lampai dengai rambut panjang separas dada. Usianya  sekitar dua puluhan. Saya merasa kasihan melihat gadis secantik itu  tidur dalam keadaan kakinya dirantai.    Saya dan datuk kembali ke ruang anjung rumah. Datuk mencungkil rahsia  dari Malik Cina. Tanpa berselindung‐selindung Malik Cina memberitahu,  bila perempuan cantik itu terjaga dari tidur dia akan menjerit, untuk  memberhentikan dirinya dari menjerit, terpaksa diberi kain. Kain itu  akan dikoyaknya hingga hancur.   

Page 1411 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Sekarang ni, saya menggantikan kain itu dengan kertas nampaknya dia  dapat menerima kertas tu, saya terpaksa menyediakan lima enam kati  kertas sehari, kalau tak diadakan, dia akan menjerit sambil mencubit  kulit badannya dan membuka pakaian,” sebaik sahaja Malik Cina habis  berkata kami terdengar suara perempuan menjerit. Bulu roma saya terus  berdiri.    Malik Cina meninggalkan kami. Dia membuka rantai kaki anak perempuannya.  Isteri Malik Cina segera membawa setimbun kertas dan diletakkan di bawah  pokok manggis di belakang rumah. Bila rantai kakinya dibuka perempuan  cantik itu segera mendapatkan timbunan kertas.    Dia terus mengoyak kertas sesuka hati, ketika itu kalau dibersihkan  makanan atau air minuman, semuanya habis dicampakkan ke mana sahaja  mengikut sesuka hatinya.    Jiran‐jiran yang berdekatan, segera mengerumuni perempuan cantik itu.  Mereka merasa terhibur melihat perempuan cantik mengoyak kertas, malah  ada yang datang itu membawa kertas dan kain untuk diberikan padanya.    Saya merasa perbuatan jiran‐jiran itu sudah keterlaluan, mereka mencari  hiburan dari orang yang sedang sakit. Sepatutnya mereka bersimpati  dengan penderitaan gadis tersebut.    “Mari Tamar, kita lihat lebih dekat lagi perangainya,” kata datuk. 

Page 1412 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Boleh juga tuk,” balas saya. Kami terus melangkah ke arah pokok  manggis. Malik Cina dan isterinya yang ada di situ kelihatan sugul  melihat kedatangan kami.    Datuk berhenti di depan gadis cantik. Datuk bertinggung di depannya.  Perempuan itu terus mengoyak‐ngoyak kertas.   

SBDJ (Jilid 04) Siri 75: Telan Darah Dan Nanah    DATUK terus batuk di depannya. Perempuan cantik itu berhenti  mengoyak‐ngoyak kertas. Matanya merenung muka datuk. Matanya kelihatan  bersinar‐sinar.    “Siapa nama kamu,” tanya datuk. Perempuan cantik terus membisu. Orang  yang ada di situ terus mengetawakan datuk. Mereka mengira perbuatan  datuk itu, satu perbuatan yang bodoh kerana bercakap dengan orang gila.    Saya lihat air muka datuk berubah. Tanpa diduga perempuan cantik itu  terus menampar muka datuk. Suara ketawa dari orang‐orang yang  mengelilingi perempuan cantik kian kuat. Muka datuk jadi merah, saya  kira datuk terasa malu. Perempuan cantik itu terus meludah muka datuk.    Saya lihat datuk menggigit bibir. Saya mula cemas, bila kedua‐dua belah  daun telinga datuk bergerak‐gerak. Saya tahu bila daun telinga datuk 

Page 1413 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

bergerak, ertinya dia sudah berada dalam tahap kemarahan yang amat  hebat. Orang‐orang yang ada di situ terus mengetawakan datuk.    Beberapa orang pemuda yang kurang ajar mengeboo‐boo diri datuk. Datuk  toleh kiri, toleh kanan. Dia sudah dapat mengawal rasa marahnya.    “Eh, syaitan, kamu buat apaaa...,” pekik datuk sekuat hati.    Suaranya dapat didengar oleh seluruh penduduk kampung. Orang yang  mengetawakan dirinya terkejut dan ada yang bertempiaran lari tidak tentu  hala. Dalam sekelip mata sahaja datuk sudah berdiri sambil mencekak  pinggang.    Perempuan cantik, anak Malik Cina jatuh terlentang dan terus pengsan.  Terkapar di perdu manggis macam mayat. Orang yang berkumpul terus hilang  entah ke mana. Datuk masih lagi berdiri, Malik Cina dan isterinya  tergamam, tidak berkata sepatah apa pun, macam orang kena pukau.    “Anak kamu disihir, bawa dia ke tempatnya, jangan dirantai kakinya,”  ujar datuk pada Malik Cina. Tanpa membuang masa sepasang suami isteri  itu mengusung anak kesayangan mereka ke bilik khas.    Ketika tubuh perempuan cantik itu diusung, di kaki langit mula kelihatan  awan kemerah‐merahan. Sebentar lagi, matahari akan menyelesaikan tugasnya.  Datuk kembali ke ruang anjung rumah. Datuk minta segelas air dan tujuh 

Page 1414 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

biji beras dari Malik Cina. Barang yang diminta itu segera diadakan.  Datuk masukkan tujuh biji beras ke dalam gelas yang berair. Datuk  membaca sesuatu pada air tersebut.    “Sapukan air ini ke mukanya, dan separuh lagi beri dia minum, kalau ada  lebih lagi, sapukan pada pergelangan tangan dan kakinya,” datuk  menyerahkan gelas berisi air dan tujuh biji beras pada Malik Cina. Malik  Cina pun membawa gelas itu ke bilik anaknya.    Saya pun menyandarkan badan ke dinding sambil memicit jejari di kaki.  Datuk meluruskan kedua belah tangan lantas diletakkan atas sepasang  kepala lututnya. Mata datuk terus menikam tikar mengkuang yang  terbentang menutup lantai.    Sinar matahari yang lembut menjalani lantai rumah. Angin pun menghantar  rasa dingin. Tetapi, hati saya masih panas dengan sikap orang‐orang  kampung yang mengejek‐ngejek datuk. Tidak ada budi bahasa, tidak ada  timbang rasa.    Mereka mencari kepuasan dan hiburan dari penderitaan orang lain. Mereka  ketawa melihat anak perempuan Malik Cina yang suka mengoyakkan kain dan  kertas. Mereka ketawa, bila anak perempuan Malik Cina menampar muka  datuk. Mulut mereka melahirkan rasa simpati sedangkan hati tidak begitu.    Semua persoalan itu berlegar‐legar dalam tempurung kepala saya. Bibir 

Page 1415 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

terus saya gigit. Datuk masih lagi tunduk merenung lantai. Saya alihkan  pandangan ke halaman rumah Malik Cina yang bersih. Angin lembut terasa  menampar wajah.    Datuk batuk, bagaikan kilat saya merenung kearahnya. Saya lihat datuk  masih lagi tunduk dengan sepasang tangan berada atas tempurung lutut.  Saya mula bosan berhadapan dengan suasana begini. Terasa jemu tidak menentu.    “Tamar.”    “Ya tuk.”    “Apa yang kau fikirkan.”    “Tak ada apa‐apa tuk.”    “Betul, kau tak fikir apa‐apa?”    “Betul tuk.”    Datuk terus menegakkan badannya. Lengan yang berada atas tempurung lutut  berubah tempat. Kedua belah telapak tangan datuk menekan tikar  mengkuang. Saya lihat datuk berada dalam keadaan yang aman sekali.  Wajahnya kelihatan tenang dan damai.   

Page 1416 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Saya segera mendekati datuk. Saya berharap dalam keadaan yang bosan dan  menjemukan itu, datuk mahu bercakap‐cakap atau bercerita apa sahaja.  Kalau datuk meluahkan nasihat. Saya sanggup menerimanya. Andainya, datuk  menceritakan tentang zaman kanak‐kanak hingga ke zaman remaja, saya  sanggup mendengarnya. Asalkan rasa jemu dan bosan hilang dari hati.    Datuk jeling saya bersama senyum nipis. Bahu saya ditepuknya. Datuk  bersedia untuk mengungkapkan sesuatu.    Mulutnya nampak seakan‐akan bergerak‐gerak. Saya kesal, gerakan bibirnya  tidak mengeluarkan suara. Diganggu oleh jeritan yang memanjang dan nyaring.    “Dia menjerit lagi,” kata datuk dengan wajah yang resah. Saya terdengar  bunyi keras dan kain dikoyak berturut‐turut. Datuk segera berdiri. Malik  Cina keluar dari bilik khas anaknya menemui datuk.    “Dia mengamuk lagi, dia menendang emaknya dan mengoyakkan kain gebar dan  cadar katil,” beritahu Malik Cina sambil menelan air liur. Keresahan dan  kebimbangan jelas terpamer di mukanya. Malik Cina tidak tentu arah.  Sekejap garu batang leher, sekejap garu telinga capangnya.    “Apa yang mesti saya buat? Bagaimana kalau kakinya saya rantaikan  semula,” Malik Cina renung muka saya dan saya hadiahkan senyum untuknya.    Suara jeritan kian lantang diikuti dengan bunyi tapak kaki orang 

Page 1417 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

berlari. Terdengar bunyi kaca pecah berderai. Dinding rumah terus  ditendang bertalu‐talu. Malik Cina memulakan langkahnya menuju ke bilik  khas anaknya. Datuk terus memegang tangan kirinya.    Malik Cina agak terkejut, bibir bawahnya yang tebal nampak bergerak.  Keningnya agak terangkat sedikit. Suara jeritan anak perempuannya terus  menguasai kampung.    “Jangan rantai dia,” kata datuk.    “Bagaimana, kalau dia lari dari rumah dan mengacau orang kampung?”    “Bersabar, sekejap lagi dia berhenti, air yang aku berikan tadi, ada  lagi atau dah habis?”    “Air tadi, dah habis.”    “Tak apa, ambil air lain, cepat sikit,” desak datuk. Malik Cina  anggukkan kepala.    Datuk terus melagakan gigi atas dengan gigi bawah berkali‐kali. Kemudian  melangkah dengan tenang di ruang anjung. Kedua belah tangannya  disilangkan ke belakang. Datuk sedang memikirkan sesuatu. Malik Cina  segera meninggalkan kami menuju ke ruang dapur.   

Page 1418 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Setelah puas bergerak ke sana ke sini, datuk terus duduk bersila sambil  sandarkan badan ke dinding. Lutut kanan didirikan dan dahinya terus  bertemu dengan tempurung lutut Saya kurang senang melihat datuk dalam  keadaan demikian. Saya segera menghampirinya.    “Ada apa‐apa masalah tuk?”    “Tak ada apa‐apa, kalau ada pun kau tak boleh menolongnya,” jawab datuk  tanpa memandang wajah saya. Datuk menyindir saya. Tetapi, saya masih  tersenyum. Suara jeritan anak Malik Cina terus berlanjutan. Beberapa  orang jiran tetangga mula datang.    “Kurang elok kalau ramai sangat jiran‐jiran datang,” rungut datuk sambil  menjatuhkan lutut kanannya. Matanya tertumpu pada wajah saya yang tidak  dapat menangkap maksud dari kata‐katanya itu.    “Boleh menganggu kerja aku, lagipun yang datang ni cuma nak tengok,  kemudian jadikan bahan cenita pada orang lain yang tak sempat datang,”  tambah datuk lagi. Saya lihat buah halkum di batang lehernya  bergerak‐gerak, bila datuk menelan air liur.    Malik Cina datang. Segelas air sejuk diserahkan pad datuk. Saya lihat  datuk memperhatikan air dalam gelas dengan teliti. Malik terus duduk  bersila di depan datuk. Perlahan‐lahan datuk menjentik lantai tiga kali  berturut‐turut. Suara jeritan anak Malik Cina beransur kurang dan lemah 

Page 1419 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

akhirnya  hilang terus.    Dengan wajah yang tenang datuk mendekatkan gelas berisi air sejuk ke  bibir. Saya lihat bibir datuk bergerak agak perlahan‐lahan sekali. Dari  gerak bibirnya itu, saya dapat meneka bahawa datuk sedang membaca  Fatihah dengan khusyuk sekali. Malik Cina hanya melihat semua gerak‐geri  datuk dengan teliti.    KELAM    Saya renung ke halaman rumah. Keadaan hari sudah beransur kelam. Tetapi,  langit dan awan kelihatan cerah sekali. Angin tidak sekencang tadi bertiup.  Beberapa orang jiran tetangga mula meninggalkan rumah Malik Cina. Meraka  agak kecewa kerana tidak dapat menyaksikan kelakuan aneh Malik Cina.    “Sudah tak menjerit lagi?” Bisik saya pada Malik Cina. Tidak ada jawapan  yang saya terima tetapi, ekor mata datuk menikam ke wajah saya. Dia  dengar dengan jelas apa yang saya bisikkan pada Malik Cina. Anak telinga  datuk cukup tajam.    “Agaknya, dia dah letih,” kata datuk. Saya dan Malik Cina segera  merenung ke arah datuk. Dan tanpa membuang masa, datuk terus menyerahkan  gelas berisi air sejuk pada Malik Cina. Air dalam gelas kelihatan  bergerak serta berkocak kecil tetapi gelas bertukar tangan dari datuk ke 

Page 1420 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Malik Cina.    “Lagi apa yang mesti saya buat?”    “Buat macam air pertama yang aku berikan pada kamu tadi.”    “Saya ingat”    “Bagus, aku ingatkan lagi sekali, air pertama untuk basuh muka, untuk  minum, sapu pergelangan tangan dan kaki tetapi, air ini ditambahkan  sedikit caranya iaitu menyapu pangkal dagunya,” datuk mengulanginya  dengan harapan Malik Cina tidak akan melakukan kesilapan.    “Baik‐baik air tu berkocak,” saya terus menudingkan jari telunjuk ke  arah gelas yang ditatang oleh Malik Cina. Cepat‐cepat Malik Cina  memperlahankan langkah dan mengurangkan goyang tangan hingga air dalam  gelas tidak berkocak dan meleleh di bibir gelas. Malik Cina meneruskan  langkahnya menuju ke bilik khas anaknya.    “Dengan izin Allah penyakitnya hilang,” suara datuk lembut dan ditujukan  pada saya. Sebagai jawapan, saya anggukkan kepala dengan harapan apa  yang diingini oleh datuk bakal menjadi kenyataan.    Datuk terus merenung ke halaman datuk. Dahi luasnya dikerutkan. Datuk  menggerakkan lehernya ke kiri dan ke kanan hingga rasa lenguh terus 

Page 1421 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

hilang. Datuk menggeliat.    “Waktu Maghrib dah nak masuk Tamar,”    “Ya, kita nak sembahyang di rumah atau di masjid tuk?”    “Aku fikir berjemaah lebih baik, pahalanya lebih, jum kita ke masjid”    “Saya mengikut saja.”    Datuk membetulkan baju yang dipakai. Meraba kaki seluar dan membetulkan  letak songkok. Kain pelekat yang tersangkut di bahu datuk raba dua tiga  kali. Saya menarik nafas terhibur mendengar kicau burung yang terbang  pulang sarang.    Malik Cina mendekati datuk. Saya lihat pakaian Malik Cina agak kemas.  Rasa cemas tidak terpamer di wajahnya. Sesekali ia melepaskan senyum  bila terpandangkan diri saya yang merenung ke arah dedahan pokok di  halaman, tempat murai dan merbah melompat.    “Aku nak ke masjid Malik.”    “Kenapa tak sembahyang di sini?”    “Biarlah aku berjemaah, dapat juga aku berkenalan dengan orang orang di 

Page 1422 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

sini,” datuk meraba misai nipisnya dengan jari telunjuk. Malik Cina  termenung sejenak. Ada sesuatu yang di fikirkannya.    “Bagaimana dengan anak kamu” Malik Cina bagaikan tersentak mendengar  pertanyaan dari datuk. Ia terus mengigit kuku di ibu jari kanan.    “Nampaknya dia letih dan terus tidur.”    “Bagus tapi jangan biarkan dia tidur senja, bila kau dengar suara azan,  kau kejutkan dari tidur, kalau dia melawan atau mahu menjerit simbahkan  air yang aku berikan pada kamu ke mukanya.”    “Tapi,” Malik Cina berhenti bercakap.    “Apa lagi Malik?”    “Siapa yang nak buat semuanya tu.”    “Kamulah, siapa lagi,” nada suara datuk meninggi.    “Saya nak ikut berjemaah ke masjid.”    “Tak payah, kau sembahyang di rumah, jaga anak kamu. Kalau kamu mahu dia  elok,” datuk jegilkan biji mata. Mukanya nampak merah.   

Page 1423 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Malik Cina tidak berkata apa‐apa. Akhirnya, anggukkan kepala. Setuju  dengan cadangan datuk. Mereka berbalas senyum penuh mesra.    TINGGAL    Malik Cina kami tinggalkan. Sampai di masjid datuk terus bersalaman  dengan para jemaah yang lain. Mereka melayani datuk dan saya penuh  mesra. Bila sampai waktu Maghrib, beduk ke kepala tangga masjid pun  dipukul orang bertalu‐talu.    “Boleh cucu saya mulakan azan,” begitu sopan datuk mengajukan pertanyaan  pada lelaki yang memakai serban, menyimpan janggut yang sudah putih.  Terasa sedikit kesal di hati saya atas sikap datuk. Hatinya mahu berbudi  tetapi diri saya yang jadi sasaran. Kenapa dia sendiri tidak mahu  mengeluarkan suara untuk berazan? Timbul pertanyaan dalam diri saya.    “Silakan, cara kebetulan pula bilal masjid tak datang, tak payahlah saya  cari orang lain,” sahut orang itu. Datuk pun menolak saya ke arah lelaki  tua tersebut. Dan akhirnya saya mendapat tahu bahawa orang tua itu  adalah imam besar masjid tersebut.    “Silakan,” ucap lelaki tua itu.    “Jangan segan‐segan Tamar, mulakan,” tingkah datuk.   

Page 1424 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Saya tidak ada pilihan. Dengan keyakinan pada diri sendiri, saya terus  melaungkan azan. Saya tidak tahu bagaimana penerimaan orang‐orang di  situ terhadap suara saya.    Apakah mereka menganggap suara saya baik atau sebaliknya? Apakab mereka  merasakan laungan azan saya macam orang baru belajar. Sesungguhnya saya  tidak tahu. Hanyalah Allah sahaja yang mengetahui hati mereka.    “Boleh tahan juga suara cucu awak,” puji imam. Saya lihat datuk  tersengih. Matanya merenung ke arah saya dengan penuh rasa bangga. Saya  kira datuk sengaja melakukan perkara tersebut.    Dia mahu menguji diri saya. Apakah saya mengalami perasaan darah gemuruh  bila disuruh melakukan azan di tempat lain. Ternyata saya lulus dalam ujian.  Saya kira datuk tentu gembira. Pasti bila pulang nanti datuk akan  menceritakan kemampuan diri saya pada nenek. Saya juga berharap ujian  yang baru dilalui akan juga jadi pembuka hati pada datuk untuk  mencurahkan serba sedikit ilmunya pada saya.    Mungkin esok, mungkin bulan depan atau tahun depan datuk akan menurunkan  petua dan pengetahuan tradisional pada saya. Timbul harapan yang  berbunga dalam diri.    Selepas menunaikan fardu Maghrib, datuk terus berborak dengan imam.  Mereka berhenti berborak ketika masuk waktu Isyak. Dalam waktu yang amat 

Page 1425 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

singkat itu, datuk memperolehi beberapa orang kenalan baru yang sehaluan.    Kawan‐kawan baru datuk itu terus membuat ramalan kedatangannya ke  kampung tersebut untuk mengubatkan gadis Malik Cina. Datuk cuma  tersenyum sahaja dan datuk memberitahu mereka Malik Cina adalah kawan  lamanya.    Kunjungannya adalah kunjungan seorang sahabat. Tidak lebih dari itu dan  tidak ada kena mengena untuk mengubat anak gadis Malik Cina.    “Saya bukan bomoh,” kata datuk.    “Agaknya awak pawang,” celah seorang.    “Tidak.”    “Agaknya dukun,” sahut satu suara.    “Dukun, pawang, bomoh adalah sama tetapi, saya bukan dari golongan itu,  saya adalah hamba Allah macam awak semua, tidak ada yang istimewa pada  diri saya, kenapa tuan mahu mahu bertanya sesuatu yang bukan pada  tempatnya,” begitu lantang suara datuk.    Kata‐kata datuk itu dapat diterima oleh mereka. Tidak ada pertanyaan  yang diajukan pada datuk dan saya tidak lagi jadi perhatian mereka. 

Page 1426 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Kami sampai ke rumah Malik Cina kira‐kira pukul sembilan lebih. Malik  Cina menyambut kami di muka pintu. Senyumnya tetap bermain di bibir.  Malik Cina terus bertanya pada datuk tentang pengalamannya bersama para  jemaah di inasjid. Datuk terus memberitahu, ia mengalami pengalaman yang  sungguh menggembirakan hatinya.    “Siapa yang laungkan azan tadi?” Malik Cina bertanya.    “Kenapa?” Sambut datuk.    “Suara orang baru, kalau Bilal Halim saya kenal, saya yakin suara yang  saya dengar tadi bukan suaranya.”    “Si Tamar cucu aku nak cuba.”    “Haaa...,” Malik Cina terkejut.    “Suaranya lantang dan nafasnya panjang,” sambung Malik Cina.    Datuk terus ketawa. Bangga cucunya menenima pujian. Tanpa segan‐segan  datuk menepuk bahu kanan saya berkali‐kali. Senyumnya, terus berbunga.  Rasa bangga menyelinap dalam hati. Siapa tidak bangga menerima pujian.    “Cucu kamu memang hebat,” bersama senyum Malik Cina memuji. 

Page 1427 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Betuk ke?” Datuk pura‐pura terkejut.    “Betul,” wajah Malik Cina nampak serius. Senyum datuk terus meniti di  bibir. Saya menggaru pangkal dagu beberapa kali.    “Mari kita makan,” ajak Malik Cina. Bau tumis petai, bilis terus  menyumbat lubang hidung. Rasa lapar mula terasa. Saya dan datuk mengikut  Malik Cina ke ruang makan. Kami duduk bersila. Makanan yang dihidangkan  memang sesuai dengan selera saya.    “Silakan,” jemput Malik Cina. Nasi terus ditaruh dalam pinggan saya dan  datuk. Entah mengapa malam itu saya makan dengan lahap tanpa silu dan  segan. Tetapi, datuk tetap macam biasa iaitu menghadkan makanan.    “Cepat benar berhenti makan?” Malik Cina renung muka datuk.    “Dah kenyang,” datuk terus membasuh tangan.    “Agaknya, awak mengira suap nasi awak?”    “Ya, ada hadnya, kalau lebih dari had amalan saya, boleh mendatangkan  mudarat,” balas datuk lalu menyandarkan badan ke dinding.    Saya terkejut, malam itulah baru saya tahu bahawa datuk menghitung nasi 

Page 1428 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

yang disuapnya. Dia tidak makan sebarangan atau mengikut kemahuan nafsu.  Saya berharap Malik Cina akan mengemukakan pertanyaan pada datuk.    Biar Malik Cina tanya berapa suap nasi untuk makan malam dan berapa suap  pula untuk makan tengah hari. Sayang, Malik Cina tidak mengemukakan  pertanyaan itu pada datuk dan harapan saya untuk mengetahui rahsia  tersebut turut musnah. Tidak mengapa, satu ketika yang baik akan saya  tanyakan petua itu.    Dari ruang makan saya dan datuk berubah ke ruang anjung. Suara katak dan  cengkerik jelas kedengaran. Dalam saat‐saat tertentu terdengar bunyi  kucing jantan mengiau mencari kucing betina.    Bulu roma saya mula tegak dalam desiran angin malam yang lembut itu saya  terdengar suara burung jampuk dan salakan anjing mendayu‐dayu.    “Macam mana dengan anak kamu Malik?”    “Masa awak tinggalkan rumah ni tadi, dia terus tidur, waktu Isyak tadi  dia terjaga tapi dia nampak lemah benar,” terang Malik Cina.    Gegendang telinga saya menangkap bunyi desiran angin yang menyentuh  dedaun di halaman rumah. Langit nampak cerah. Beberapa ekor kelawar  berterbangan mencari mangsanya. Dari anjung rumah juga saya dapat  melihat lampu minyak tanah berkelip‐kelip, bergerak arah ke utara. 

Page 1429 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Saya kira jumlahnya lebih dari sepuluh. Barangkali orang kampung  berjalan malam. Mereka bertandang ke rumah jiran untuk menghabiskan masa  malam dengan bercerita apa sahaja. Tetapi, kenapa bawa pelita terlalu  banyak, timbul pertanyaan dalam hati saya.    Suara burung jampuk kian ramah berbunyi bersama salakan anjing. Anjing  terus menyentuh dedaun. Kelawar kian kerap berterbangan. Badan saya mula  terasa dingin. Rasa mengantuk mula menyerang. Tetapi Malik Cina dan  datuk masih ghairah bercerita.    “Jangan ganggu dia, biar dia tidur, kalau dia minta nasi berikan nasi,  aku tahu dia tu lapar, sebelum nasi diberikan padanya kau kepalkan nasi  itu sambil membaca sebelas kali ayat fatihah,” datuk lunjurkan kedua  belah kakinya.    “Kalau dia tak mahu makan, bila tengok nasi dah dikepalkan macam mana?”    “Insya‐Allah, dia mahu, aku tahu dia lapar.” Datuk raba pangkal hidung.    “Ya, dah lama anak saya tu tak makan nasi, cuma dia makan kulit pisang  dan bulu jagung, kalau tak ada benda benda tu dia tak mahu makan.”    “Ganjil sungguh sakit anak kamu Malik.”   

Page 1430 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Entahlah, saya sendiri tak tahu nak kata apa.”    “Sah, anak kamu kena buatan orang, anak kamu disihir, agaknya dia ni  pernah berkasar dengan orang, sekarang orang tu balas dendam.”    “Entahlah, saya pun tak tahu,” Malik Cina melepaskan sebuah keluhan.    Wajahnya nampak hampa dan kecewa sekali. Dari gerak gerinya ia memang  mengharapkan pertolongan dari datuk. Saya mula menguap panjang. Datuk  tepuk bahu kiri saya kerana menguap dengan membuka mulut lebar‐lebar.    “Tak baik menguap macam tu, macam mulut buaya lapar,” sergah datuk. Saya  tersipu‐sipu malu. Malik Cina nampak tersengih. Tidak sanggup saya  menentang wajah mereka. Saya tunduk merenung lantai dengan perasaan yang  serba salah.    “Bolehkah sakit anak saya itu baik,” Malik Cina menggantungkan harapan  pada datuk. Dua tiga kali datuk menggigit bibir. Dua tiga kali ia  meraba‐raba ibu jari kanannya. Sesekali ia menarik nafas panjang bersama  renungan yang tajam ke arah halaman rumah. Kegelapan malam sunggul pekat.    “Kita berusaha, kalau diizinkan Allah sakitnya akan sembuh,” suara datuk  dalam nada yang lembut, penuh harapan. Malik Cina tunduk sambil menelan  air liur. Saya terdengar jam dinding di rumah Malik Cina berdenting dua  belas kali. Badan saya kian sejuk. Dua tiga kali saya tersengguk‐sengguk. 

Page 1431 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Bagi menghilangkan rasa mengantuk, saya merenung ke luar anjung rumah.  Biji mata saya terbeliak, saya terlihat berpuluh puluh pelita mmyak  tanah bergerak sendin dalam jarak kira 400 meter dari rumah. Saya  teringat, siang tadi kawasan itu saya lihat penuh dengan hutan. Tidak  ada sebuah rumahpun terdapat di situ.    Saya mula resah. Apakah saya sedang melihat manusia atau melihat syaitan  berpesta. Tambul pertanyaan dalam hati saya. Seluruh badan mula terasa  seram sejuk. Lolongan anjing, kian nyaring.    Suara burung hantu dan jampuk tingkah‐meningkah. Desiran dedaun yang  berlaga sama sendiri kian kuat. Saya bertambah terkejut melihat jumlah  pelita minyak tanah kian bertambah. Semuanya menuju ke arah utara.    “Tuk tengok tu,” kata saya lalu menunjukkan ke arah pelita minyak tanah.  Datuk dan Malik Cina segera melihat ke arah tersebut. Mereka  berpandangan sesama sendiri. Tidak ada sesuatu yang mereka lihat.    “Kami tak nampak apa‐apa Tamar,” kata datuk.    “Ada pelita minyak tanah berjalan sendiri.”    “Mustahil di situ kawasan hutan, masa Jepun dulu dijadikan tempat  memancung kepala orang. Kau mengarut,” kata Malik Cina. Datuk gelengkan 

Page 1432 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kepala.    Saya masih melihat pelita minyak tanah berbaris serta bergerak sendiri.  Anehnya, datuk dan Malik Cina tidak dapat melihat cahaya pelita  tersebut. Sukar untuk saya menyakinkan diri mereka. Saya terus tarik nafas.    “Sudahlah Tamar, pergi tidur. Bilik kamu dan datuk sudah aku kemaskan.”  Malik Cina menepuk bahu saya. Arahannya segera saya patuhi. Datuk dan  Malik Cina saya tinggalkan di ruang anjung. Bilik yang disediakan untuk  saya menempatkan dua buah katil bujang.    Bila saya letakkan kepala atas bantal, badan mula terasa geram. Macam  ada sesuatu yang berkeliaran dalam bilik tersebut. Pada papan dinding  saya rasakan ada sepasang mata merah merenung saya. Badan saya  menggeletar. Bila saya membaca ayat Kursi, rasa takut itu hilang dan  saya terlelap.    Masa terlelap itu, saya bermimpi menemui seorang lelaki yang ganjil.  Berpakaian serba hitam. Saya lihat kelopak mata kirinya berlapis tiga.  Tiap‐tiap lapisan kelopak matanya itu ada tahi lalat yang sekejap  mengembang dan sekejap mengecil. Matanya bagaikan mahu tersembul, macam  mata udang berwarna merah.    Daging pipinya kelihatan lembik dan berlendir. Ada air jernih di  celah‐celah daging pipinya yang lembik itu. Air itu bercampur nanah 

Page 1433 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

meleleh perlahan‐lahan ke mulutnya. Lelaki ganjil itu menelan air jernih  bercampur nanah dengan penuh ghairah dan bernafsu sekali. Lelaki itu  menyuruh saya menjilat daging pipinya yang lembik.    Saya menolak permintaannya. Lelaki itu jadi marah dan dia mula  menghampiri saya. Kedua belah tangannya yang berkuku panjang menghala ke  batang leher saya. Denga sedaya upaya saya cuba mengelak. Usaha saya  gagal. Saya tidak berdaya menentangnya dan terus menjerit dengan sekuat  hati.    Bila saya terjaga, saya terlihat datuk sedang membaca Quran kecil di  katil sebelah. Datuk renung ke arah saya.    “Kau mengigau?”    “Saya mimpi, ada orang nak cekik tengkuk saya.”    “Kau tidak membaca surah al‐farihah. Bukankah sudah aku pesan sebelum  tidur, baca surah al‐farihah dua puluh satu kali, lepas tu jangan cakap  dan terus tidur.”    “Saya terlupa tuk.”    “Patutlah kamu diganggu syaitan, kau abaikan pesanan aku Tamar.”   

Page 1434 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Saya terlupa sungguh tuk.”    “Sudah, tidur semula.”    Saya rebahkan badan atas katil. Kali mi saya tidak dapat tidur. Kerana  takut datuk marah, saya pura‐pura tidur dengan memejamkan kedua belah  kelopak mata saya. Desiran angin malam di luar, jelas kedengaran. Suara  burung hantu dan lolongan anjing tetap kedengaran.    Saya buka mata separuh, saya lihat datuk masih lagi kedengaran membaca  Quran. Kemudian saya lihat dia melakukan sembahyang dua rakaat dan terus  berwirid panjang. Rasa takut terus hilang dari hati saya. Tiba‐tiba,  saya dikejutkan oleh suara orang perempuan yang sedang marah‐marah.    Serentak dengan itu juga saya terdengar bilik saya ditendang  bertalu‐talu. Beberapa ketul bateri lampu suluh yang diletakkan atas  meja dekat katil jatuh bertaburan atas lantai. Datuk berhenti dari  melakukan wirid. Dia termenung.    “Ayah, saya dahaga cepat ambil saya air,” suara perempuan meminta  sesuatu. Dituruti dengan bunyi tapak kaki memijak lantai menuju ke dapur.    “Malik, jangan berikan air itu terus kepadanya, berikan pada aku dulu,”  suara datuk meninggi.   

Page 1435 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Ya, saya buat dengan apa yang awak mahu,” itu suara Malik Cina.    “Kenapa, bagi dengan jantan tua tu,” suara perempuan meningkah, tentu  suara anak Malik Cina. Dinding bilik terus ditendang bertalu‐talu.    Saya bangun. Duduk di sisi datuk. Suara perempuan merungut dan mengetuk  sesuatu tetap kedengaran. Saya resah, tetapi saya lihat datuk masih  berada dalam keadaan tenang.    Datuk ambil gelas air dari tangan Malik Cina. Datuk tatang air dalam  gelas di tapak tangan kanannya. Datuk membaca sesuatu dan menghembus  pemukaan gelas dengan mulut.    “Berikan padanya, sekarang.”    “Ya,” sahut Malik Cina lalu menyambut gelas itu dari tangan datuk di  bawa ke bilik anaknya. Dan saya tidak lagi mendengar suara anaknya  menjerit atau merungut sesuatu. Datuk terus membaca Quran.   

SBDJ (Jilid 05) Siri 76: Uji Ilmu Pada Isteri Orang    MATAHARI pagi memancar indah. Sinarnya jatuh pada dedaun dan rerumput di  halaman. Sekawan itik air berlari di tanah lapang menuju ke arah danau  nan terbentang membiru. Dan kabus kelihatan kian menipis di puncak bukit.   

Page 1436 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Saya masih lagi berdiri di muka jendela. Datuk yang sudah selesai mandi  embun terus melakukan senaman Harimau Bangun Tidur. Saya terus  menggeliat sambil melebarkan kedua belah tangan. Saya tarik nafas  panjang. Angin pagi yang menyentuh kulit tubuh, membuat saya terasa  seram dan sejuk.    Datuk terus bersenam. Dari arah dapur saya terdengar batuk Malik Cina.  Sesekali terdengar suara isterinya merungut sesuatu. Tidak tahu apa yang  dirungutkan, kerana suaranya tidak berapa jelas.    Datuk berhenti melakukan senaman. Ia mengenakan seluar dan baju ke  tubuh. Wajahnya nampak kemerah‐merahan dan berseri. Seimbas pandang  datuk kelihatan lebih muda dari usianya. Dengan tenang datuk turun ke  tanah. Datuk berdiri sejenak di kaki tangga.    Macam ada sesuatu yang ganjil saya rasakan pagi itu. Selalunya, datuk  mengajak saya turun atau memberitahu sesuatu yang akan dilakukannya.  Tetapi, kenapa perkara seperti itu tidak datuk lakukan pagi ini? Timbul  pertanyaan dalam hati saya.    Datuk bergerak meninggalkan kaki tangga. Ia menuju ke tengah halaman dan  berdiri di situ sebentar. Kemudian datuk membongkokkan badannya lalu  mencabut beberapa rumpun rumput hijau. Rumpun rumput itu datuk ramas dan  datuk kenakan dengan air embun yang berada di dedaun mempelam dan bunga  di sisinya. 

Page 1437 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Semua gerak‐geri datuk saya perhatikan dengan penuh teliti. Datuk  memasukkan rumpun rumput itu ke dalam sakunya. Ia terus juga  mundar‐mandir mengelilingi halaman rumah. Sampai di sudut kanan halaman,  datuk berdiri di situ merenung ke arah matahari jatuh.    Perlahan‐lahan datuk angkat kaki kanannya separas pusat. Badannya  dipusingkan lebih dari sepuluh kaki. Saya kagum, kerana datuk  mengimbangi badannya dengan sebelah kaki. Saya kira, apa yang datuk  lakukan itu satu senaman untuk menegangkan kulit tubuh.    Senaman seperti itu, amat jarang sekali dilakukan oleh datuk. Dalam  sebulan, ia cuma melakukan dua atau tiga kali sahaja di tempat yang  berlainan. Kadang‐kadang apa yang datuk lakukan, memang melucukan dan  boleh jadi bahan ketawa atau dianggap sebagai kerja orang yang tidak  siuman. Terutama pada orang yang tidak mengenali diri datuk.    Saya membiarkan wajah disentuh oleh sinar matahari yang ramah. Dalam  saat‐saat demikian, saya semacam terlibat satu lintasan bayangan di  halaman. Bentuknya kurang jelas dan sukar untuk digambarkan. Saya jadi  tidak tentu arah. Macam‐macam perasaan timbul dalam hati. Tiba‐tiba  lintasan bayangan itu muncul kembali.    Badan saya mula berpeluh dalam hembusan angin pagi yang nyaman. Secara  tidak sengaja saya mendongak ke langit. Saya menggigit ibu jari dan 

Page 1438 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

terus tersenyum. Saya sudah dapat mengesan dari mana lintasan bayangan  itu muncul.    “Ya, dari pelepah kelapa dara yang ditiup angin.”    Bisik batin saya. Sepasang mata saya tertumpu ke pelepah kelapa yang  bergoyang. Sinaran matahari yang mula keras tertumpu ke arah pelepah  tersebut dan membentuk bebayang yang panjang di bumi.  Bila angin bertiup agak kencang pelepah kelapa itu tu bergerak dengan  cepat, lantas membentuk lintasan bebayang yang panjang di bumi (untuk  beberapa saat). Ternyata saya sudah ditipu oleh perasaan saya sendiri.  Perlahan‐lahan saya menarik nafas panjang dan senyum pun terukir di  bibir. Keraguan dan kebimbangan yang merajai hati, sudah pun berakhir.    “Datuk kamu ke mana Tamar?”    Saya menoleh ke kanan. Malik Cina tersenyum ke arah saya. Ia memakai  baju Melayu, berkain pelekat kotak berwama putih dan hijau serta  berjalur merah. Songkok putihnya terserkup kemas di kepala. Rambut di  bahagi pelipis kanannya, kelihatan memutih.    “Itu dia”    Jari telunjuk saya menuding ke arah datuk. Malik Cina tersenyum lalu  melambaikan tangan ke arah datuk. Mereka berbalas senyum. Datuk bergerak 

Page 1439 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

menghampiri ke arah anak tangga. Malik Cina menggaru pangkal lehernya  dua tiga kali.    “Buat apa di situ?” Tanya Malik Cina, matanya menatap wajah datuk. Biji  mata saya juga tertikam ke muka datuk yang kelihatan kemerah‐merahan.  Tanda sihat.    “Bersenam,” suara datuk lembut.    “Dab tua‐tua mahu jaga badan.”    “Bukan jaga badan, jaga kesihatan, tubuh badan perlu dijaga. Bila sihat  mudah kita buat amal ibadah dan menolong orang, bukankah, menjaga  kesihatan diri disuruh oleh Islam.”    “Saya setuju dengan awak,” Malik Cina menegakkan ibu jari kanannya.    Mereka ketawa serentak. Datuk terus memijak mata tangga. Sampai di  ambang pintu ia berdiri sebentar. Renung kiri, renung kanan. Melangkah  kembali menuju ke ruang anjung.    “Macam mana anak kamu Malik?”    “Alhamdulillah, sejak minum air yang awak beri tu, ia terus tidur nyenyak.”   

Page 1440 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Aku harap, dia tidak menjerit lagi.”    “Saya juga harap begitu.” Malik Cina membetulkan songkok putihnya. Ia  menggaru pipi kanannya dua kali. Malik Cina terus duduk bersila. Datuk  juga berbuat demikian.    “Ke mari kamu,” Datuk renung ke arah saya. Tanpa buang masa saya terus  duduk di sisinya. Malik Cina dengan tenang membalut rokok daun.  Isterinya datang lalu menghidangkan kuih dan satu teko air kopi,  berserta beberapa cawan.    “Cuma ini saja yang ada, kuih jemput,” Malik Cina terus menuangkan air  kopi ke dalam cawan. Asap nipis berlegar‐legar di permukaan cawan.  Isteri Malik Cina meninggalkan kami.    “Ini pun sudah cukup baik,” kata datuk sambil mengenakan telapak tangan  kanannya dengan asap nipis yang bermain di permukaan cawan.    Perbuatan itu segera disedari oleh Malik Cina. Air mukanya nampak  berubah. Pelik juga, kenapa datuk melakukan perkara sedemikian? Ah,  datuk mempenlihatkan perkara yang ganjil ketika berada di rumah sahabat  lamanya. Timbul pertanyaan dalam diri saya.    “Kau terkejut dengan apa yang aku buat ni?” Datuk ajukan pertanyaan pada  Malik Cina. Dengan sopan sekali Malik Cina anggukkan kepala sambil 

Page 1441 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

meletakkan piring kuih jemput di depan datuk. Saya menjeling ke arah datuk.    “Kau tak usah bimbang, apa yang aku buat ni hanyalah petua dan orang  tua‐tua. Menurut kata mereka, jika nak menguji sesuatu keluarga tu kena  sihir, beginilah caranya,” datuk membuka rahsia.    “Tak kan minuman dan makanan yang dibuat sendiri pun disihir?” Malik  Cina ragu‐ragu.    “Kau sendiri tahu, kerja syaitan ini, selagi ada udara, selagi ada  langit dan bumi serta air semuanya dimanfaatkan untuk menjahanam dan  membinasakan anak adam,” terang datuk. Malik Cina terdiam.    KOPI    Datuk terus menghirup air kopi. Datuk menggerakkan bahu kanannya dua  kali sambil mencuit kepala lutut saya dengan ibu jari kelengkengnya.    “Minum, semuanya selamat,” suara datuk tenang. Tanpa membuang masa saya  terus minum kopi dan makan kuih jemput. Terasa cukup enak. Saya tidak  pasti berapa banyak kuih jemput sudah masuk ke dalam perut.    Datuk tersenyum melihat kuih jemput yang kian berkurang di piring. Dan  datuk pura‐pura batuk. Mengingatkan saya supaya jangan lahap sangat  makan. Tetapi, Malik Cina terus juga menyuruh saya makan kuih jemput. 

Page 1442 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Katanya, di dapur masih ada kuih jemput yang panas dan baru.    “Ahhhhhhh.”    Mendadak sahaja datuk bersuara demikian. Tangkai cawan terpisah dari  badan. Piring kuih jemput terus jadi retak seribu. Serentak dengan itu  juga terdengar suara jeritan anak Malik Cina. Keras dan nyaring sekali.    Datuk terus bangun. Cawan, teko dan piring di depan terus ditendang.  Semuanya hancur berkecai. Saya terkejut, bila melihat anak perempuan  Malik Cina berdiri depan kami. Matanya kelihatan merah dan rambutnya  mengerbang.    Anak perempuan Malik Cina terus menyambar langsir tingkap. Kain langsir  itu dikoyaknya hingga hancur. Ia bersedia untuk mengoyak baju dan kain  yang dipakainya. Sebelum perkara itu dilakukan, Malik Cina segera  menyerah seberkas akhbar lama padanya.    Akhbar lama itu terus dikoyak. Tidak sampai sepuluh minit, naskhah  akhbar lama itu habis dicarik‐carik dan bersepah atas Iantai.  Perlahan‐lahan ia membuka sepuluh jarinya dan bersedia untuk mencakar  muka datuk. Sebelum bergerak ke arah datuk. Ia membuka silat dan  menyembah ke arah matahari.    Melihat keadaan yang agak cemas itu, saya terus melompat ke tanah untuk 

Page 1443 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

menyelamatkan diri. Saya mula menggigil ketakutan. Sesungguhnya, saya  sendiri tidak sedar bagaimana saya boleh terjun dari rumah yang  mempunyai tujuh anak tangga. Air kopi yang saya minum mdi terasa mahu  keluar menerusi kemaluan saya.    Anehnya, dalam rasa takut itu timbul pula rasa berani dalam diri saya.  Rasa ingin mengetahui apa yang terjadi mendorong saya berlindung di  balik pohon bunga raya. Saya mengintai keadaan dalam rumah. Semuanya  dapat saya ithat dengan jelas.    Malik Cina cuba memeluk tubuh anaknya. Tetapi, ia ditolak hingga  terlentang. Isterinya cuba memegang tangan anaknya, ia juga ditendang  hingga tersandar ke dinding. Anak Malik Cina terus menjerit, rambutnya  yang terurai menutup ebahagian dan wajahnya. Ia melangkah ke arah datuk.    Datuk masih lagi duduk di tempatnya. Tiba‐tiba datuk menepuk lantai  dengan sekuat hati. Anak Malik Cina bagaikan terpaku di lantai. Tidak  terdaya melangkah ke mana‐mana. Tegak bagaikan patung. Datuk terus  bangun melafazkan azan dengan suara yang amat lantang sekali. Seluruh  penduduk kampung jadi gempar. Mereka dikejutkan dengan suara azan waktu  pagi yang bening.    Selesai datuk melafazkan azan. Datuk membaca ayat Kursi dengan kuat  sekali. Belum pernah datuk membaca ayat Kursi selantang itu. Bila  pembacaan ayat suci itu berakhir, anak perempuan Malik Cina jatuh 

Page 1444 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

berdentum di lantai. Terkapar bagaikan mayat.    “Jangan sentuh tubuhnya.”    Suara datuk meninggi. Isteri Malik Cina tidak jadi menyentuh tubuh  anaknya. Dari kerutan wajahnya, ternyata perempuan yang berusia hampir  lima puluh tahun itu, kurang senang dengan perintah datuk.  Perempuan itu terus dipeluk rasa resah dan gelisah. Sesekali, ia meraba  kelopak matanya yang terasa berair. Hatinya terasa amat sayu. Ibu mana  yang tidak sayangkan anak. Lebih lebih lagi melihat keadaan anak yang  terlantar dengan keadaan pakaian yang tidak senonoh.    “Boleh saya selimutkan tubuhnya dengan kain, saya malu kalau ada orang  yang datang dan nampak anak saya dalam keadaan begini,” rayu Malik Cina.    “Jangan, jangan disentuh dan jangan rapat dengannya.”    “Habis, awak mahu seksa anak saya begini,” jerit isteri Malik Cina.    “Kalau awak mahu saya selesaikan semuanya, ikut sahaja cakap saya, kalau  awak tak setuju, saya tak marah,” datuk renung muka Malik Cina.    SEPI    Suasana dalam rumah menyepi. Deru angin yang melanggar dedaun dan 

Page 1445 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

reranting jelas kedengaran. Malik Cina dan isterinya saling  berpandangan. Datuk terus meraba‐raba pangkal telinganya macam ada  sesuatu yang didengarnya.    “Kami mahu awak meneruskan hingga berjaya,” Malik Cina membuat  keputusan. Isterinya terus membatu. Biji matanya terus menjilat batang  tubuh anaknya yang terkapar.    Melihat keadaan dalam rumah sudah tenteram. Saya keluar dari tempat  persembunyian. Naik ke rumah dan duduk dekat datuk.    “Kamu ke mana tadi Tamar?”    “Saya lari, saya takut.”    “Memanglah kamu ni pengecut,” suara datuk serak. Ia telan air liur. Saya  tersengih, tebal rasa kulit muka, bila disoal begitu di depan Malik Cina  dan isterinya. Bagi menutup rasa malu itu, saya cuba tersenyum pada  Malik Cina. Malangnya senyuman yang saya berikan tidak dibalas.    “Kali ni, kamu jangan lari ke mana‐mana walau apapun yang terjadi kau  duduk di situ, hadap semua yang datang,” datuk mengeluarkan perintah.  Wajahnya nampak serius. Sepasang tangannya terus memeluk tubuhnya  kejap‐kejap. Mata datuk tertumpu ke arah permukaan tikar mengkuang yang  terbentang. Kedua belah pipinya kelihatan kembung dan daun telinganya 

Page 1446 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

nampak tegak, macam telinga arnab.    Datuk angkat punggungnya perlahan‐lahan. Kedua belah tangannya dibuka.  Udara yang ada dalam mulutnya dihembuskan. Kedua belah pipinya yang  kembung terus jadi kempis. Datuk meluruskan tubuhnya macam batang kayu.    Saya perhatikan gerak‐geri datuk dengan teliti. Di luar rumah, sinar  matahari kian garang. Beberapa orang kampung yang terdengar jeritan anak  Malik Cina segera menghampiri rumah. Kerana tidak ada sesiapa pun yang  mempelawa mereka, mereka terus berdiri di hujung halaman rumah sambil  memanjangkan leher. Mereka ingin mengetahui apa yang terjadi dalam rumah.    Rupanya, kedatangan orang‐orang kampung itu, tidak menyenangkan hati  Malik Cina. Ia minta kebenaran pada datuk untuk menutupkan pintu dan  tingkap. Permintaannya tidak diperkenankan oleh datuk.    “Jangan pedulikan mereka, kau pergi carikan mayang pinang dan cendawan  batang,” kata datuk pada Malik Cina.    “Kamu pula carikan aku kain putih dan bunga cengkih,” datuk renung muka  isteri Malik Cina. Tanpa bersuara sepatah apa pun, pasangan suami isteri  itu turun dan rumah.    Datuk meraba pangkal telinga kiri dengan tangan kanannya. Ia melangkah  dua tapak ke depan. Urat‐urat di batang lehernya narnpak menonjol. Datuk 

Page 1447 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

memusingkan badannya ke kanan dengan kaki kanannya terangkat dan  badannya dibengkokkan sedikit. Kedua belah tangannya kelihatan bergerak  lembut, macam mengikut irama muzik.    Sekali pandang, gerakan yang datuk lakukan itu macam orang mahu  memulakan Tarian Inang Pulau Kampai. Saya terasa geli hati.    “Kamu tunggu budak perempuan ni,” suara datuk keras serentak dengan itu  ia menghentakkan kakinya ke lantai rumah. Saya terpinga‐pinga. Amat  berat rasanya untuk memenuhi permintaannya.    Belum pun sempat saya menyampaikan bantahan pada nya. Datuk sudah  meninggalkan saya sendirian. Ia melangkah tenang menuju ke halaman rumah  dalam sinar matahari yan keras. Bayang tubuh datuk nampak memanjang di  tanah.    Bila datuk hampir ke hujung halaman tempat orang‐orang kampung berdiri,  datuk pusingkan lehernya ke kanan. Tiba‐tiba, orang‐orang yang berdiri  di situ lari lintang‐pukang tidak tentu arah, macam terpandangkan  sesuatu yang amat menakutkan.    “Datuk.”    Pekik saya sekuat hati. Datuk segera melihat ke arah saya. Ya Allah,  wajah datuk berubah, jadi macam muka hanimau yang amat menakutkan. Badan 

Page 1448 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

saya menggeletar dan kepala lutut saya terasa amat lemah sekali. Saya  berdoa dalam saat saat demikian, supaya datuk jangan datang ke rumah.    Doa saya diperkenankan oleh Allah, datuk tidak memandang ke arah saya.  Ia meneruskan perjalanannya dalam panas terik membelah hutan kecil di  hujung halaman. Orang‐orang yang lari tadi menyampaikan berita pada  kawan‐kawan tentang keanehan yang terjadi pada datuk. Seluruh kampung  jadi gempar.    Tidak sampai satu jam, cerita manusia berkepala harimau hauskan darah  merebak ke seluruh kampung. Halaman rumah dan kaki tangga rumah Malik  Cina mula dikerumuni oleh orang‐orang kampung, mereka membawa parang,  lembing serta senapang kampung berlaras satu. Mereka mahu menangkap  manusia berkepala harimau.    “Eh, budak! Mana dia Malik Cina?” Salah seorang dari orang yang berada  di kaki tangga mengajukan pertanyaan pada saya.    “Dia keluar cari ubat anaknya,” jawab saya.    “Bininya ke mana?”    “Cari ubat juga.”    “Orang tua yang baru datang tu ke mana perginya?” 

Page 1449 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Keluar.”    “Sudah sahlah, rumah ni jadi punca manusia kepala harimau,” suara orang  di kaki tangga kian meninggi. Saya jadi tidak tentu arah. Macam‐macam  yang saya fikirkan. Saya renung anak Malik Cina yang terbujur. Saya  renung muka orang‐orang kampung di halaman. Semuanya masam, tidak  memperlihatkan rasa persahabatan.    Saya yakin, kalau orang‐orang naik ke rumah dan menjentik hidung saya.  Tentu saya mati kelemasan, jumlah mereka bukan sedikit. Inilah, saat  yang paling genting dalam hidup saya. Pada siapa mahu saya sampaikan  rasa cemas dan takut ini?    TAKUT    Rasa cemas dan takut yang menguasai diri saya terus berakhir. Malik Cina  dan isterinya muncul di depan saya. Mereka masuk ke rumah menerusi pintu  dapur. Semua barang‐barang yang diingini oleh datuk mereka adakan.  Mereka juga terkejut melihat orang berkumpul di kaki tangga dan di  halaman rumah.    “Eh Malik ke mana orang tua itu kamu sembunyikan, dia bawa bencana,”  tanya seorang penduduk pada Malik Cina.   

Page 1450 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Aku tak sembunyikan dia, masa aku keluar rumah tadi, dia ada di sini?”  tingkah Malik Cina.    “Kau tahu tak apa yang sudah terjadi?”    “Aku tak tahu.”    “Kami mahu tangkap dia, kalau dibiarkan seluruh kampung jadi huru‐bara,  dia tu bukan manusia, aku tengok badannya sahaja serupa kita tetapi,  kepalanya tak serupa kita, dia berkepalakan harimau,” sambung orang itu  bersungguh‐sungguh. Air liurnya bersembur.    Malik Cina dan isterinya berpandangan sama sendiri, Orang yang berkumpul  terus membisu. Seluruh wajah mereka kelihatan cemas. Tetapi, biji mata  mereka tertumpu ke arah saya. Mereka bagaikan mahu mematahkan seluruh  tulang temulang di anggota tubuh saya.    “Kamu cari aku, aku datang,” saya terdengar suara datuk dari arah  belakang kumpulan orang kampung. Semu orang yang berkumpul kelihatan  terkejut. Beberapa orang dari mereka terus merendahkan badan dan  menyusup di bawah rumah, kemudian terus menghilangkan diri. Saya kembali  bersemangat. Muka orang yang berdiri di halaman, saya renung satu‐persatu.    Saya lihat datuk melangkah dengan gagahnya sambil membibit baldi yang  berisi air. Dua orang cuba menghalang perjalanan datuk. Tetapi, usaha 

Page 1451 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

mereka gagal. Bila datuk berdehem, kedua‐dua orang yang menahan datuk  itu terus terjatuh, seolah‐olah tulang kaki mereka tidak berguna sama  sekali.    Anehnya, bila datuk meninggalkan mereka dalam jarak sepuluh langkah,  mereka dapat bangun kembali, Tetapi, mereka terlupa dengan apa yang  mereka alami. Datuk terus merempuh barisan orang ramai itu. Bila sampai  di kaki tangga, datuk terus berdiri di situ. Baldi yang berisi air  diletakkan di sebelah kanannya.    Saya berharap datuk tidak akan bertindak yang boleh menimbulkan seribu  ketegangan dan haru‐biru. Isteri Malik Cina terus menangis tersedu‐sedu.    “Apa yang kamu mahu?” Tanya datuk pada orang ramai.    “Kamu tukang sihir dan kami mahu menghukum kamu,” jawab seorang lelaki.  Badannya cukup tegak. Besar dan nampak gagah.    “Kenapa kamu cakap macam tu?” Soal datuk lagi.    “Tadi, kami nampak kepala kamu bertukar jadi kepala harimau.”    “Itu tandanya kamu tidak ikhlas, kamu mahu menganiayakan aku, kalau kamu  jujur, kamu tak nampak semuanya itu.”   

Page 1452 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Kamu berdalih.”    “Siapa yang berdalih, kamu atau aku cakap dengan jujur?” pekik datuk  lalu menghentakkan kakinya ke mata anak tangga.    Orang itu terdiam. Mulutnya bagaikan terkunci. Datuk membaca sesuatu  sambil melipatkan ibu jari kanannya dan jari kelengkengnya menekan ibu  jari tersebut. Saya tahu, selagi datuk tidak menegakkan ibu jarinya,  orang itu tidak kan boleh berkata‐kata walau sepatah pun.    “Cakap dengan jujur,” ujar datuk. Ibu jari dan jari kelengkengnya  ditegakkan. Muka orang itu berpeluh. Nafasnya jadi sesak. Tempurung  lututnya menggeletar.    “Ya, saya mengaku, saya mahu menggunakan ilmu sihir saya yang boleh  melumpuhkan seluruh badan awak,” orang itu memberikan pengakuan. Datuk  tersenyum.    “Sekarang kamu dah mengaku, apa yang kamu mahu dari aku, kamu mahu  bersahabat atau untuk menjadi lawan,” datuk renung muka orang itu.    “Aku mahu bersahabat.”    “Kalau mahu bersahabat, pulanglah ke rumah. Aku tahu, kamu tak suka  orang mengubat anak Malik Cina, kau suka perempuan itu menjerit dan 

Page 1453 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

koyak kain, kemudian kau tumpangkan ilmu salah kamu. Aku tahu, kamu yang  suruh orang‐orang mengerumuni anak Malik Cina. Betul atau tidak?”    “Betul.”    “Kenapa kamu buat macam tu.”    “Saya sebenarnya sedang menuntut ilmu terlentang ke langit anak Malik  Cma yang sakit ini mahu saya jadikan ujian.”    “Sudahlah, berhentikan perbuatan itu. Pulanglah ke rumah dan bertaubat,  biar aku uruskan anak Malik Cina,” suara datuk keras.    Orang itu tundukkan kepalanya. Tanpa mengucapkan sesuatu ia meninggalkan  rumah Malik Cina. Kawan kawannya yang lain menurut jejak langkahnya.  Datuk menyorot langkah mereka hingga keluar dari kawasan halaman rumah  Malik Cina.    Datuk terus duduk dekat anak Malik Cina. Ia minta barang,, barang yang  dipesan dari Malik Cina isterinya. Semua barang‐barang itu dimasukkan ke  dalam baldi yang berisi air kecuali kain putih.    “Ikatkan kain putih itu pada buku lali anak kamu,” kata datuk pada  isteri Malik Cina. Perintah itu segera dipatuhi.   

Page 1454 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Ini usaha terakhir, aku hanya menjalankan ikhtiar. Allah yang akan  menentukan untuk menyembuhkan penyakit atau sebaliknya. Cara ini tidak  sesuai dengan perubatan moden tetapi inilah ikhtiar yang terdaya aku  lakukan,” sambung datuk lagi dengan tenang.    Datuk tarik baldi ke depannya. Ia memperkemaskan silanya. Kedua belah  lengan bajunya dilipat separas siku. Datuk terus membaca Al‐Fatihah  seribu kali. Bila sudah selesai, datuk berdiri di muka pintu.    Datuk melihat matahari yang memancar garang dengan wajah yang tenang dan  penuh keyakinan. Mulutnya telap bergerak. Entah apa yang dibacanya, saya  sendiri pun tidak tahu.    “Sekarang usung anak kamu ke tengah laman rumah, biarkan ia di situ,”  beritahu datuk pada Malik Cina. Anak perempuan Malik Cina segera  diusung. Saya hanya memegang bahagian buah betis dengan perasaan  bimbang. Saya takut, ketika diusung nanti, anak perempuan Malik Cina  tersedar dari pengsan dan terus menendang saya.    Syukur, apa yang saya bimbangkan tidak berlaku. Anak Malik Cina  diletakkan di tengah halaman dalam sinaran matahari yang amat garang.  Datuk terus membimbit baldi ke halaman rumah. Tanpa menegur Malik Cina  dan saya, datuk terus menjiruskan air dalam baldi ke tubuh anak Malik Cina.    Anak Malik Cina tersedar dari pengsan. Saya merasa terkejut air yang 

Page 1455 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

membasahi tubuhnya kering dengan serta‐merta. Kain dan baju terus kering.    “Pergi ambil kain, balutkan tubuhnya, ia sejuk tu,” datuk menujukan  kata‐kata itu untuk isteri Malik Cina. Isteri Malik Cina masuk ke rumah  dan keluar dengan sehelai batik jawa. Tubuh anaknya segera dibalutkan  dengan kain tersebut.    “Bangun nak,” kata datuk. Anak Malik Cina terus bangun. Ia duduk  mencangkung. Matanya merenung ke arah datuk. Cahaya matanya cukup lembut.    “Kenapa saya ni,” tanyanya tersipu‐sipu.    “Kau tak ada apa‐apa, baliklah ke rumah.”    “Ya saya nak balik.”    MANDI    Anak Malik Cina terus menuju ke rumah. Kami mengekorinya dengan  hati‐hati. Sampai di rumah, anak Malik Cina terus mandi, kerana  keadaannya agak lemah. Datuk menyuruh isteri Malik Cina mendampinginya.  Anak Malik Cina terus menghias diri. Sikat rambut dengan rapi serta  menaruh bedak ke pipi. Ia mula menyebut nama suaminya berkali.    “Kamu layan karenahnya, jangan dimarah, sebaiknya kau beri hatinya 

Page 1456 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

gembira hingga ia percaya pada diri sendiri. Dalam tempoh dua tiga hari  ni, ia akan menghadapi tekanan perasaan yang hebat, susah untuknya  membuang kebiasaan yang dialami masa ia sakit dulu,” datuk mengingatkan  Malik Cina. Malik Cina anggukkan kepala.    “Aku terpaksa duduk di rumah kamu dua hari lagi, bila anak kamu sudah  sihat dan pulih, aku pergi,” datuk renung muka Malik Cina.    “Itulah yang aku harapkan,” Malik Cina keriangan. Tetapi saya kurang  senang mendengar kata‐kata itu. Duduk di rumah memang membosankan.  Apakan daya, kata‐kata datuk tidak boleh dibantah.    Selama tiga hari berikutnya, datuk terus berikhtiar memulihkan sisa  sakit yang dideritai oleh anak Malik Cina. Setiap pagi dan petang anak  Malik Cina disuruh minum segelas air sejuk yang sudah dibacakan dengan  Bismilah seratus kali.   

SBDJ (Jilid 05) Siri 77: Akibat Malukan Orang    AKHIRNYA, anak Malik Cina terus pulih seperti sedia kala. Malik Cina  terus menghubungi menantunya tentang keadaan isterinya yang sudah baik.    Tempoh yang dijanjikan sudah cukup. Saya dan datuk pun bersedia untuk  meninggalkan rumah Malik Cina. Isterinya menangis melihat saya dan datuk  berdiri di ambang pintu untuk melangkah pulang. 

Page 1457 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Bagaimana,kalau saya hantarkan,” Malik Cina kemukakan cadangan. Datuk  kerutkan dahi. Merenung ke kiri dan ke kanan halaman dengan wajah yang  tenang.    “Tak payah, biar kami balik sendiri.”    “Bagaimana dengan kerja yang lalu, berapa upah dan pengerasnya.”    “Apa yang Allah kurniakan pada aku, adalah untuk kebaikan bagi menolong  sesama manusia. Aku bukan mencari makan dengan kerja‐kerja begini.”    “Maksudnya?”    “Tak ada apa‐apa bayaran.”    Malik Cina termenung panjang. Saya terus mengikat tali kasut. Tiupan  angin terasa memukul dedaun telinga dan pipi saya.    “Boleh saya tahu, siapa yang membuat anak saya jadi begini,” cara  mendadak isteri Malik Cina mengajukan pertanyaan. Malik Cina kelihatan  resah tidak keruan.    “Kenapa kamu tanya siapa yang membuatnya?”   

Page 1458 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Saya nak balas dendam, kalau boleh saya minta awak buat kerja tu, kalau  upahnya satu ekar tanah pun, saya sanggup mengadakannya.”    Membalas dendam dan ambil upah untuk merosakkan hidup orang lain itu  bukan kerja saya,” suara datuk meninggi wajahnya nampak masam. Datuk  terus menggenggam penumbuk.    “Malik,” pekik datuk dengan wajah yang marah.    “Ya, kenapa?”    “Banyakkan bersedekah pada anak‐anak yatim dan orang susah, selalulah  baca Yasin setiap malam Jumaat, pohon doa, pada Allah minta jauhkan dari  segala bala.”    “Ya saya faham, saya nak tahu benarkah sakit anak saya dari buatan  orang,” Malik Cma mengajukan pertanyaan.    “Itu aku tak tahu tetapi, aku rasa apa yang kau alami sekarang merupakan  pembalasan dan Allah.”    “Ah, saya rasa, sepanjang hidup saya ni, says tak permah menganiayakan  orang, saya tak pernah buat orang susah.”    “Kau tak boleh cakap begitu, mungkin masa muda kamu dulu kamu pernah 

Page 1459 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

menipu atau memberi malu pada seseorang,” datuk menarik nafas panjang.  Isteri Malik Cina yang berdiam segera membenamkan pacak sanggul lintang  pada sanggul yang seketul atas kepala.    “Itu saja yang nak saya katakan pada kamu berdua, terpulanglah pada kamu  berdua memikirkannya sama ada kamu berdua nak ikut atau percaya dengan  cakap aku,” selesai sahaja datuk berkata‐kata. Ia terus menggeliat.  Tangan saya ditariknya untuk menuruni anak‐anak tangga yang dibuat dari  kayu cengal.    Bila sahaja tapak kaki datuk memijak mata tangga terakhir. Malik Cina,  menyebut nama datuk. Mereka berpandangan. Sinar mata Malik Cina redup  tertampar ke wajah datuk.    “Ada apa lagi Malik?”    “Barangkali cakap kamu benar.”    “Maksud kamu.”    Malik Cina terdiam. Pandangannya dialihkan ke arah dinding rumah. Anak  perempuannya yang datang cara mendadak di sisinya, renung muka saya,  kemudian melangkah dengan tenang.    “Katakan apa saja Malik, aku bersedia mendengarnya,” pohon datuk. Malik 

Page 1460 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Cina turun menghampiri datuk. Bahu datuk dipegangnya. Dadanya nampak  berombak. Wajahnya juga kelihatan rasa tidak menentu.    Malik Cina memaksa datuk duduk di mata tangga terakhir. Saya berdiri  dekat mereka. lsterinya mungkin tidak mahu campur dalam urusan datuk dan  Malik Cina, segera menuruti jejak langkah anaknya menuju ke ruang belakang.    “Kau betul dalam hal ini, dulu aku meminang seorang perempuan, bila  sampai waktu mahu menikah, aku tidak pergi ke rumahnya pada hal kedua  orang tua gadis itu, sudah pun memanggil orang kampung, kaum kerabatnya  sudah berkumpul,” Malik Cina membuka rahsia dirinya.    “Kenapa kamu buat macam tu Malik?”    “Saya cara mendadak tak sukakan dia, saya dah jatuh hati dengan isteri  saya sekarang.”    “Lepas tu apa yang kau buat, kau tak minta maaf.”    “Tidak, saya takut pada keluarga perempuan tersebut, kalau saya pergi,  tentu saya menerima padah yang buruk, saya buat tak tahu dan nikah  dengan bini saya sekarang.”    LEMBUT   

Page 1461 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Cerita dari Malik Cina itu, membuat datuk menarik nafas panjang. Rasa  kecewanya terhadap perangainya Malik Cina terbayang di wajahnya. Angin  yang bertiup lembut terus menyentuh wajah saya dan datuk.    “Aku pernah dengar cerita macam tu, tapi aku tak menduga kau yang  melakukannya,” kata datuk.    “Dari siapa dengar cerita tu?” Soal Malik Cina.    “Aku tak ingat dari siapa?” Jawab datuk dan terus bangun. Sarungkan  kasut capal bertali dua ke kaki. Datuk melangkah dua tapak ke depan.    Datuk berhenti melangkah. Pusingkan badan dan berdiri berdepan dengan  Malik Cina yang masih duduk di mata anak tangga terakhir. Bahagian tepi  rambut Malik Cina nampak bergerak‐gerak disentuh angin.    “Kalau dulu, kau pernah memalukan orang lain, sekarang kau sendiri  merasakan balasannya. Ingat, kalau kita pernah menganiayakan orang satu  hari kelak kita akan menerima padahnya, kalau tidak pada kita, mungkin  pada anak cucu kita,” jelas datuk dengan tenang. Malik Cina segera  berdiri. Biji mata datuk ditentangnya.    “Saya sedar dan faham semuanya,” balas Malik Cina lembut.    “Ingat mulai hari ini, bersibkan hatimu, jangan menganiayakan orang, 

Page 1462 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

jangan menjatuhkan maruah orang, buatlah baik sesama insan.”    “Ya saya berjanji.”    “Aku doakan kamu bahagia,” tenang sekali datuk bersuara.    Datuk bersalam dengan Malik Cina. Cepat‐cepat Malik Cina memeluk tubuh  datuk. Mereka berdakapan penuh mesra.    Saya hanya memerhatikan sahaja gerak‐geri datuk dan Malik Cina.    “Biar saya hantar awak ke pekan Sungai Siput,” Malik Cina mengemukakan  cadangan. Datuk segera menjatuhkan sepasang tangannya yang merangkum  tubuh Malik Cina.    “Tak payah, biarlah kami berjalan kaki.”    “Kenapa pula? Naik kereta lagi bagus.”    “Terima kasih Malik, biar kami berjalan.”    Malik Cina garu hujung dagunya berkali‐kali. Hatinya tidak berapa  seronok mendengar alasan yang dikemukakan oleh datuk. Dua kali  tawarannya ditolak oleh datuk.   

Page 1463 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Terkilan rasa hati saya, datang dijemput, bila balik jalan kaki,” Malik  Cina meluahkan rasa hatinya.    “Tak apalah ini permintaan tuan punya dir, kenapa kamu nak susah hati.”    “Saya tahu, tapi kurang seronok.”    “Tak apalah, aku cakap ikhlas,” jelas datuk.    Datuk menarik tangan saya untuk memulakan langkah.    Tiba‐tiba isteri Malik Cina meluru ke arah kami. Di tangannya terselit  sampul surat panjang berwarna kekuningan. Isteri Malik Cina hulurkan  sampul surat itu pada datuk.    “Apa bendanya ni?” Datuk agak terkejut.    “Duit, ada dua ratus ringgit untuk upah mengubati anak saya,” jelas  isteri Malik Cina. Datuk tergamam. Sampul surat di tangan isteri Malik  ditepisnya. Wang bertaburan atas tanah.    Muka datuk serta‐merta menjadi marah. Nafasnya tercunggap‐cunggap.  Badannya menggeletar menahan rasa marah. Muka isteri Malik Cina jadi pucat.    “Malik,” jerit datuk sekuat hati. Malik Cina segera menghampirinya. 

Page 1464 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Wajah isteri Malik Cina yang pucat segera bertukar menjadi  kemerah‐merahan. Wang yang bertaburan atas tanah dikutipnya sehelai demi  sehelai dan disumbat ke mulut sampul surat.    “Bukankah sudah aku katakan, aku bukan mencari rezeki dengan mengubati  orang, aku sekadar berusaha yang menentukannya Allah, mengapa perkara  yang aku benci ini kamu lakukan pada aku? Apa kamu mahu menguji aku,”  datuk meledakkan apa yang ada dalam hatinya.    “Maafkan saya, saya terlupa beritahu bini saya, dia tak tahu, tak  terniat untuk menguji awak,” sahut Malik Cina.    Mukanya nampak cemas.    Datuk termenung. Perlahan‐lahan ia menatap wajah isteri Malik Cina yang  keadaannya tidak tentu arah.    “Maafkan aku, aku tak berniat nak menjatuhkan air muka kamu, maafkan  aku,” nada suara datuk dibalut rasa kesal yang memanjang. Datuk terus  beristighfar beberapa kali.    “Maafkan aku,” ulang datuk.    “Saya maafkan,” balas isteri Malik Cina. Datuk gembira mendengar  kata‐kata yang diluahkan oleh isteri Malik Cina. Dan Malik Cina pula 

Page 1465 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

berkali‐kali minta maaf pada datuk kerana kesalahannya tidak memberitahu  isterinya, tentang pantang larang yang diamalkan datuk.    “Wang itu kau sedekah pada anak‐anak yatim, pada fakir miskin atau  hadiahkan pada masjid, barangkali dengan wang itu dapat digunakan untuk  membaiki mana‐mana bahagian masjid yang rosak,” dalam nada yang lembut  datuk menyatakan pada Malik Cina dan isterinya. Mereka anggukkan kepala.    “Aku nak pesan pada kamu supaya mengamalkan membaca Al‐Fatihah sebanyak  41 kali, di antara sembahyang sunat Subuh dengan fardhu Subuh,” beritahu  datuk pada Malik Cina.    “Apa faedahnya mengamalkannya?” Soal Malik Cina tidak sabar.    “Kalau orang itu makan gaji, mudah naik pangkat.”    “Lagi.”    “Kalau ia miskin akan jadi kaya, ada saja rezeki yang halal diberikan  Allah untuknya.”    “Lagi?”    “Kalau ia banyak hutang, ada saja jalan diberikan Allah untuknya  menyelesaikan hutang.” 

Page 1466 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Malik Cina renung muka isterinya yang khusyuk mendengar penerangan dan  datuk. Saya hanya diam tetapi, apa yang saya dengar tetap saya sematkan  dalam hati, Memang tidak mudah datuk mahu memberikan amalan pada  seseorang. Entah apa mimpinya ia mahu memberikan pada Malik Cina.    “Lagi apa faedahnya amalan itu,” Malik Cina mencungkil rahsia.    “Kalau seseorang itu sakit dan amalkan membaca, dengan izin Allah  sakitnya akan sembuh,” jelas datuk.    “Lagi?”    “Jika ia lemah, akan dikuatkan oieh Allah.”    “Lagi.”    “Jika orang itu berdagang atau merantau di negeri orang. Ia tetap  dihormati dan dimuliakan, cita‐citanya sampai dan orang itu tidak akan  dimusuhi oleh sesiapa,” datuk terbatuk.    “Banyak faedahnya,” kata isteri Malik Cina.    “Ya, dengan syarat diamalkan, tidak meninggalkan sembahyang lima waktu,  nampaknya mudah tetapi jarang orang dapat mengamalkannya dengan 

Page 1467 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

sempurna,” datuk meraba angkal dagu. Ia renung muka saya, memberi  isyarat untuk memulakan perjalanan.    “Tapi, kamu sekeluarga harus mengamalkannya, terutama anak kamu, supaya  sakitnya tidak berulang lagi,” datuk mengingatkan Malik Cina dan isteri.    Datuk bersalaman dengan Malik Cina. Kemudian saya pula bersalaman, Saya  rasakan genggaman Malik Cina cukup erat, seolah‐olah tidak mahu  melepaskan saya pulang.    “Selamat jalan, semoga kamu dengan cucu selamat sampai ke tempat yang  dituju,” ujar Malik Cina pada datuk.    “Semoga Allah memberkati dan menyelamatkan keluarga kamu dari sebarang  bencana,” jawab datuk. Malik Cina tunduk tetapi, di kelopak mata  isterinya tergenang air jernih.    Saya renung ke arah rumah Malik Cina. Saya lihat anaknya berdiri di muka  pintu merenung ke arah saya. Memang, anak perempuan Malik cantik  sungguh. Secara diam‐diam saya tertarik dengan kecantikannya. Kalau saya  disuruh menatap wajahnya selama dua tiga jam, saya sanggup melakukannya.    “Eh tengok apa tu, kamu tahu dia bini orang,” terdengar suara datuk  memukul gegendang telinga saya.   

Page 1468 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Cepat saya menoleh ke kanan, Malik Cina tersenyum ke arah saya. Toleh ke  kiri isteri Malik Cina juga tersenyum. Saya terasa malu dan untuk  menghilangkan nasa malu itu, saya terus melangkah dengan cepat  mendahului langkah datuk.    “Cucu awak dah besar, dah ada perasaan pada perempuan,” saya terdengar  suara Malik Cina. Kata‐kata itu menyindir diri saya. Saya terdengar  ketawa datuk pendek. Ketawa itu juga saya rasakan menyindir diri saya.  Menyesal saya renung ke rumah Malik Cina. Kalau saya renung tadi, tentu  saya tidak diketawakan dan jadi bahan bualan mereka. Batin saya terus  merungut, penuh nasa kesal.    LANGKAH    Saya terus melangkah. Saya tidak peduli sama ada datuk mengikuti saya  dari belakang atau tidak. Soal yang penting bagi saya ialah tidak mahu  pandang muka Malik Cina dan isterinya. Tidak mahu dengar suara mereka.  Semuanya menyakitkan hati. Saya terus melangkah.    Bila sampai dekat pokok besar. Datuk terus memegang bahu saya. Ia  menyuruh saya jalan bersaing dengannya. Tidak kuasa saya melihat  wajahnya. Saya masih terasa malu kerana rahsia diri saya sudah  diketahuinya. Saya berdoa semoga datuk tidak menimbulkan perkara itu  pada saya. Sesungguhnya, saya tidak rela malu untuk kali kedua pada  datuk. Hati saya terasa lega. Datuk tidak menimbulkan perkara tersebut. 

Page 1469 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Kami terus melangkah seiring di bawah hembusan bayu yang datang dari  arah sebuah bukit yang letaknya di pinggir Kampung Bahagia.    Kicau burung yang menyanyi di pepohon kiri kanan jalan amat  menyeronokkan. Matahari pagi yang berada di paras pucuk kelapa dara  bersinar lembut. Kabus nipis kelihatan bangkit perlahan‐lahan di puncak  banjaran Titiwangsa. Bayu pun menggerakkan dedaun menghijau.    Indahnya alam ciptaan Allah. Kata nenek, kalau kita mengkagumi keindahan  alam ciptaan Allah, kita harus bersyukur dan memuji‐Nya. Kemudian  bandingkan betapa kerdilnya diri kita dalam keindahan alam itu.    Nenek juga berkata, orang‐orang yang tinggal di kawasan alam semulajadi.  Selalunya hidup aman dan panjang umur, Sentiasa tenang. Sebabnya mereka  jadi demikian, kerana mereka selalu bersyukur pada Allah secara tidak  langsung mereka mendekati diri dengan‐Nya. Dan orang‐orang yang selalu  mendampingi dirinya dengan Allah, selalu merasa hahagia meskipun pada  lahirnya mereka nampak susah dan sukar.    Kekayaan dan pangkat serta penghormatan tidak bererti, kalau batin  manusia yang mewah itu tidak tenteram. Sebabnya kebahagiaan tidak  terletak pada kekayaan. Kebahagiaan terletak pada had. Bila hati  tenteram, jiwa pun bersih dan wajah pun berseri.    Itu pendapat nenek yang tidak pernah ke sekolah. Susah juga untuk saya 

Page 1470 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

mempercayainya tetapi, kata nenek lagi, bila saya bertambah tua dan  sudah mengalami rempah‐ratus kehidupan, barulah saya tahu, apakah  cakapnya itu benar atau tidak. Macam‐macam yang datang dalam kepala saya.    Tiba‐tiba saya dan datuk sudah pun sampai ke bibir jalan raya Ipoh ‐  Kuala Kangsar. Saya duduk di batu tepi jalan sambil mengusik‐ngusik  rumput semalu. Rumput yang kembang segar itu akan terus mengecut bila  saya usik dengan hujung sepatu.    Datuk terus merenung ke arah kenderaan yang lalu lalang di jalan raya.  Saya terus resah. Sudah berada di tepi jalan raya, datuk masih belum  beritahu saya ke mana harus pergi? Ini yang susahnya mengikut datuk. Ia  tidak mempunyai rancangan yang tertentu.    Saya segera mendekati datuk. Ia tersenyum sumbing memandang ke arah  saya. Ia bagaikan tahu dengan apa yang bergolak dalam diri saya.    “Kita ni nak ke mana tuk?”    “Ke Bakap, dekat Batu Gajah.”    “Bukan nak pergi ke pekan Sungai Siput?”    “Kamu berjalan ikut aku, apa yang aku buat kamu ikut saja jangan banyak  cakap. Belum apa apa dah nak mengajar orang tua.” 

Page 1471 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Perasaan saya tersentap mendengar kata‐kata datuk itu. Ditanya  jawapannya kena marah. Tidak ditanya hati resah. Memang serba salah jadi  cucu pada datuk yang selalu beranggapan yang cucunya tudak pandai dan  mesti patuh dengan cakapnya.    Datuk menahan bas yang mahu ke Ipoh. Saya disuruh naik dulu. Saya  memilih tempat di bahagian belakang. Tetapi datuk tidak setuju dengan  tempat yang saya pilih itu. Ia suruh saya pilih tempat duduk yang  berhampiran dengan pemandu.    “Jangan biasakan bila naik bas duduk di belakang.”    “Kenapa tuk?”    “Tak bagus, kalau ada kejadian yang tak diingini kita susah bertindak,  sebaik‐baiknya pilih di bahagian tengah.”    “Sebabnya tuk?”    “Kalau diserang komunis dari depan kita dapat bersedia begitu juga kalau  diserang dari arah belakang.”    “Tapi, kita duduk di bahagian depan sekarang tuk?”   

Page 1472 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Tak apa kerana aku rasa perjalanan kali ini selamat.”    Saya diam. Tidak kuasa mengajukan sebarang pertanyaaan padanya. Bas  terus meluncur. Saya terus terlelap. Saya terkejut bila bas berhenti  dengan tiba‐tiba. Saya gosok kedua belah mata dan renung kiri dan kanan.  Apa yang saya lihat ialah kebun getah yang subur.    “Kita ni di mana tuk?”    “Kita baru meninggalkan Pekan Chemur.”    “Kenapa has ni berhenti di tengah hutan tuk.”    “Kamu tengok tu,” datuk meluruskan telunjuknya ke arah belukar kecil di  kiri bas.    Saya terkejut, saya lihat lebih dari dua puluh orang lelaki memakai baju  seragam dengan topi leper berbucu lima. Di tangan mereka lengkap dengan  senjata api.    “Itu askar tuk,” kata saya.    “Bukan, itu komunis,” sebaik sahaja datuk mengakhiri kata‐katanya. Tiga  orang anggota komunis naik ke bas. Seorang berdiri di tangga bas.  Seorang berdiri di bahagian tengah. Dan seorang di bahagian belakang bas. 

Page 1473 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Saya amati, yang berdiri di tangga bas. Orang India. Di tengah bas,  orang Cina dan di bahagian belakang orang Melayu. Saya kira yang berdiri  di tengah adalah ketua mereka. Manakala di luar bas kelihatan lebih dari  dua puluh anggota komunis duduk dalam belukar. Mereka menghalakan  muncung senapang ke arah bas.    Penumpang bas yang sebahagian besarnya terdiri dari orang Melayu dan  Cina serta beberapa orang India kelihatan cemas. Pemandu bas diarahkan  turun oleh komunis berbangsa India. Wang yang ada pada penjual tiket bas  dirampas oleh komunis berbangsa Cina. Penjual tiket juga disuruh turun.    “Sekarang, semua orang bangun, letakkan duit, jam tangan, emas dan apa  yang kamu bawa dekat pintu has, kalau kamu membantah kami tembak. Keluar  satu‐satu,” perintah komunis Melayu yang berada di bahagian belakang bas.    Semua penumpang bas patuh. Semua barang yang mereka bawa diserahkan pada  pihak komunis. Bila sudah turun dari bas. Kami disuruh berbaris. Seorang  anggota komunis melakukan pemeriksaan pada diri penumpang. Semua kad  pengenalan bas dirampas dan dikumpulkan di tanah lapang untuk dibakar.    Dua orang pemuda Melayu dihentak oleh anggota komunis dengan buntut  senapang. Sebabnya, kedua pemuda Melayu itu tidak mahu menyerahkan  rantai leher yang dipakai. Saya lihat pemuda Melayu itu jatuh terlentang  dan mulut mereka berlumuran darah. 

Page 1474 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Datuk hanya melihat peristiwa itu dengan tenang. Dahinya nampak berpeluh  dipanah sinar matahari yang garang. Saya kira ketika itu, lebih kurang  pukul sebelas pagi.    “Ingat siapa tak mahu dengar cakap kami inilah padahnya,” kata anggota  komunis berbangsa Melayu. Anggota komunis bangsa India dan Cina  menegakkan ibu jarinya memuji tindakan anggota komunis bangsa Melayu itu.    “Ini hari gua kasi power sama lu, lu boleh bikin apa saja,” kata anggota  komunis Cina (ketua) pada anggota komunis bangsa Melayu. Sedangkan  anggota komunis bangsa India ketawa. Matanya merenung tajam pada gadis  India berkulit cerah. Berusia sekitar 18 tahun.    Gadis India yang memakai sari itu nampak gelisah. Berkali‐kali ia  merenung wajah ibunya. Tetapi, anggota komunis bangsa India itu terus  melihatnya terutama di bahagian perut gadis India yang dibalut oleh kain  sari.    “Lu suka sama dia, kalau suka ambil bawa masuk hutan,” ujar ketuanya.    “Nanti dulu,” jawab anggota komunis bangsa India. Keadaan ketika itu  memang mencemaskan. Pemandu kenderaan yang lalu‐lalang di situ, buat  tidak kisah dengan apa yang terjadi. Mungkin mereka menyangka bas yang  berhenti itu rosak. 

Page 1475 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Eh budak, kenapa kamu tak serahkan cincin yang kamu pakai,” anggota  komunis menghampiri saya.    “Ini bukan emas, ini suasa, orang lelaki haram pakai emas,” kata saya.    “Sekarang kasi sama kami.”    “Tak boleh,” saya berkeras.    “Kuranggg ajjjjar punya budak.”    Muka saya ditampar dan perut saya ditendang. Saya berguling‐guling  dibumi menahan kesakitan. Saya melolong minta tolong pada datuk. Saya  lihat datuk tidak juga bertindak. Dan anggota komunis Melayu itu  mengangkat buntut senapangnya untuk menghentak kepala saya.    Belum pun sempat buntut senapang itu hinggap di kepala saya. Datuk  menerpa ke arah anggota komunis tersebut. Ia menendang senapang ditangan  anggota komunis tersebut. Senapang itu terpelanting dan terus meletup.  Salah seorang anggota komunis yang berdiri tidak jauh dari situ menjerit  dan terus rebah.    Perutnya yang ditembusi peluru mengeluarkan darah yang banyak. Tendengan  datuk itu disusuli dengan penumbuk. Anggota komunis itu tersandar di 

Page 1476 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

pangkal getah. Bila ia cuba bangun, datuk bagaikan terbang menerkam ke  arahnya. Satu tendangan hinggap dibahagian kiri perutnya. Anggota  komunis itu terus lembik di situ.    Suasana menjadi tegang. Dalam beberapa saat sahaja anggota komunis terus  mengerumuni datuk. Mereka menghalakan muncung senapang ke arah datuk.  Saya menjadi cemas dan datuk menjadi kaku. Tetapi, ekor matanya terus  mengawasi anggota komunis di sekilingnya.    Anggota komunis berbangsa India menghampiri datuk. Tanpa berkata  apa‐apa, ia melepaskan penumbuk ke arah datuk. Cepat‐cepat datuk  mengelak dan terus menyambar pergelangan tangannya.    Dengan sekuat hati, datuk menolaknya ke kanan, Ia terperosok dalam perdu  nanas. Pistol yang terselit di pinggangnya terpelanting lalu jatuh di  depan datuk. Tanpa membuang masa datuk terus memijak pistol itu hingga  terbenam dalam tanah.    “Tangkap dia dan tembak,” ketua komunis yang berbangsa Cina mengeluarkan  perintah. Belum pun sempat datuk menoleh ke kanan, tiga orang anggota  komunis memeluk tubuhnya dengan kejap. Anggota komunis bangsa India yang  terperosok dalam perdu nanas segera bangun. Wajahnya nampak bercalar.    “Ikat dan tembak dia,” katanya marah sambil melempar tali sabut pada  kawannya. Datuk kelihatan tenang. Ia membiarkan anggota‐anggota komnunis 

Page 1477 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

itu membelitkan tali sabut ke tubuhnya. Datuk ditarik macam lembu menuju  ke pangkal pokok Petai. Datuk terus diikat di situ.    “Sekarang suruh orang‐orang yang turun dari bas naik ke bas semula,  suruh diaorang tengok kita tembak orang tua yang nak mampus ni,” ketua  komunis bangsa Cina mengeluar arahan pada anggota komunis bangsa Melayu.    Arahan itu segera dipatuhi. Penumpang bas kembali ke tempat duduk  masing‐masing. Tetapi, pemandu bas dan penjual tiket tidak dibenarkan  naik bas. Mereka disuruh berdiri tidak jauh dari pintu bas.    “Eh kamu budak, mari sini, kamu duduk sini, kamu tengok macam mana orang  tuani mampus,” anggota komunis bangsa India bersuara lalu menarik  tengkuk baju saya. Saya disuruh duduk bertinggung menghadap ke arah  datuk. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa cemas dan takutnya saya  ketika itu.    BAKAR    Ditengah suasana tengah hari yang terik dan perit itu, saya rasa kulit  muka saya bagaikan mahu terbakar. Baju saya basah diresapi peluh. Saya  menangis tersedu di depan datuk.    “Tamar, jangan menangis, tidak ada manusia yang boleh memisahkan roh  dari jasad seseorang, jika tidak diizinkan oleh Allah, janganlah kamu 

Page 1478 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

takut pada mereka,” kata datuk berpandangan sama sendiri. Dua tiga orang  daripada mereka menjuihkan bibir dan sebahagian yang lain senyum dan  ketawa kecil.    “Sekejap lagi kamu tahu, siapa besar, Allah kamu atau peluru senapang,  masa itu kamu boleh minta tolong dengan Allah,” sindir anggota komunis  bangsa Melayu. Datuk hanya diam sahaja. Wajahnya kelihatan aman tenang  sekali.    Saya terus mengesat air mata, ketika itu juga saya terdengar suara  jeritan burung helang, panjang dan amat nyaring sekali. Saya lihat ke  langit, saya lihat burung helang itu terbang berlegar‐legar di atas  kepala kami.    Menurut petua orang tua‐tua, bila burung helang berbunyi di atas kepala  dan berpusing‐pusing waktu tengah hari, itu tandanya orang yang berada  di bawahnya akan menemui kesusahan, bagi mengelakkan perkara itu  terjadi, orang yang mendengarnya harus memukul pangkal pokok besar  sekuat hati, dengan harapan dapat didengar oleh burung helang, dengan  itu burung helang tersebut akan terbang ke tempat lain.   

SBDJ (Jilid 05) Siri 78: Kakinya Dipaut Bumi    DALAM keadaan begini, tentu sahaja saya tidak dapat melakukan petua  dari orang tua‐tua yang pernah saya dengar itu. Saya hanya berserah pada 

Page 1479 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Allah sahaja. Tiba‐tiba ketua komunis itu memerintah tiga orang komunis  berdiri di depan datuk dalam jarak dua puluh kaki. Mereka juga diarah  menyediakan peluru dalam senapang.    “Semua mesti tembak tepat di kepalanya,” kata ketua komunis itu.    “Baik,” serentak anggota komunis itu menjawab.    “Kalau sesiapa tidak tembak tepat di kepalanya, orang itu saya tembak  dengan pistol ini,” ketua kornunis itu memusingkan pistolnya di tangan.  Langkahnya tidak ubah macam seorang koboi.    “Sedia,” kata ketua komunis. Tiga anggota komunis halakan muncung  senapang ke arah datuk. Dada saya berdebar. Datuk nampaknya menyerahkan  dirinya pada Allah. Ia tidak bimbang. Sesekali terdengar ia membaca ayat  At‐Fatihah dengan agak lantang.    “Hei Melayu tua, sekarang kita tengok siapa kuat, senapang orang aku  atau kamu punya Allah,” sindir ketua komunis itu.    “Allah Hu Akbar,” jawab datuk perlahan.    “Dia panggil dia punya Tuhan,” ketua komunis itu ketawa terkekeh.  Kemudian ia memerintah tiga orangnya melepaskan tembakan pada datuk.   

Page 1480 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Semua orang yang berada dalam bas menekup muka. Tidak sampai hati  melihat peristiwa yang amat menyeramkan. Badan saya menggigil dalam gema  tembakan yang bertalu‐talu itu. Tiba‐tiba tembakan itu berhenti. Saya  membuka mata.    Saya gembira, bila melihat datuk tidak apa‐apa. Ia berdiri dengan tenang  di pangkal pokok. Tali sabut yang membalut tubuhnya sudah hancur dimamah  peluru. Datuk terus meluru ke arah saya. Anggota komunis yang ada di  situ bagaikan terpaku, tidak berani menyapa atau menahan datuk memeluk  tubuh saya.    “Tuk kebal,” tanya saya padanya.    “Tidak, cuma peluru tidak kena tubuh aku, aku mohon Allah melindungi  diriku, syukur permintaanku telab diperkenankan oleh Allah yang maha  besar,” bisik datuk dan segera menarik tangan saya untuk menuju ke bas.  Ternyata datuk tidak mahu bergaduh dengan anggota komunis yang jumlahnya  bukan sedikit.    Tiba‐tiba ketua komunis itu menghampiri datuk. Wajahnya cukup bengis. Ia  merasa kecewa kerana datuk tidak menemui ajal di hujung senapang anak  buahnya. Ketua komunis itu menekan muncung pistolnya ke telinga datuk.  Datuk menahan nafas kemudian menjatuhkan badannya ke bumi lalu memaut  lutut ketua komunis tersebut.   

Page 1481 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Ketua komunis itu terjatuh. Tetapi bangun dengan cepat, sebelum Ia  melakukan sesuatu pada datuk. Saya lihat datuk sudah pun berdiri.  Sandarkan badan ke pangkal getah. Datuk terus memeluk tubuhnya. Matanya  mula kelihatan kemerah‐merahan.    “Tangkap dia lagi sekali, kali ni kita sumbat dia dalam sangkar babi,  kemudian rendam dalam telaga,” secara mendadak anggota komunis Melayu  bersuara dengan nyaring.    Anggota komunis yang lain segera patuh. Tetapi, sebelum mereka memulakan  langkah pertama. Datuk segera menghentakkan telapak kaki kanannya ke  bumi. Tiba‐tiba anggota komunis Melayu itu menjerit. Ia tidak terdaya  melangkah kakinya bagaikan terbenam dalam tanab. Begitu juga dengan  anggota komunis yang lain.    Datuk terus menghampiri auggota komunis bangsa lndia dan Cina. Datuk  terus menjentik hidung mereka. Mereka terpekik terlolong, macam kena  sengat tebuan.    “Sekarang pulangkan barang‐barang yang kamu rampas pada tuannya, kalau  tidak kamu dan orang‐orang kamu susah nanti,” kata datuk pada komunis.    “Baik, sekarang saya pulangkan,” jawabnya.    Tetapi, ia menghadapi masalah yang lain pula, orang‐orangnya tidak boleh 

Page 1482 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

bergerak, walaupun diperintah berkali‐kali dengan suara yang nyaring.  Datuk tahu di mana silapnya perkara itu. Ia segera membongkok dan  menepuk muka bumi dengan tangan kanannya. Bila semuanya dilakukan oleh  datuk, baru anggota komunis itu boleh bergerak.    “Sekarang kasi balik orang punya barang,” ketua komunis mengeluarkan  perintah lagi. Tidak ada sesiapa yang membantah. Semua barang‐barang  yang dirampas diletakkkan atas tanah lapang. Kemudian ketua komunis itu  menyuruh orang yang berada dalam bas turun untuk mengambil barang‐barang  mereka.    Tidak sampai setengah jam, upacara memulangkan barang‐barang yang  dirampas pada tuannya pun selesai. Datuk menyuruh mereka naik ke bas  semula. Datuk juga menyuruh pemandu bas menghidupkan enjin bas.    “Siapa suruh lu kasi tahu driver bas, hidup enjin bas?” Ketua komunis  mula marah. Suaranya cukup garang dan matanya tertumpu ke wajah datuk.    “Saya kesian dengan dia orang, hidup mesti tolong‐menolong,” balas datuk.    “Apa awak cakap, ini awak kenal?” Ketua komunis halakan muncung pistol  ke batang hidung datuk. Datuk tarik nafas panjang. Ia merasakan dirinya  tercabar dan terhina.    Datuk menggigit bibir. Matanya tidak berkedip merenung ke arah saya. 

Page 1483 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Dadanya nampak berombak menarik dan melepaskan nafas.    “Biadap,” pekik datuk.    Dan cara tiba‐tiba pistol di tangan ketua komunis itu terlucut. Mukanya  kelihatan pucat. Dan datuk terus jengkal mukanya dengan jari. Ketua  komunis itu terdiam. Ia terkejut dengan apa yang dilakukan oleh datuk.    “Biadap, memang tak tahu mengenang budi,” rungut datuk. Ia renung semua  anggota komunis yang berdiri di sisinya. Saya terdim, tidak berani  berkata sesuatu apa pun.    “Kamu balik ke hutan, kalau kamu mahu selamat,” pekik datuk lagi.  Anggota‐anggota komunis yang berdiri itu, segera bergerak dan  menghilangkan diri dalam hutan.    Tetapi, tiga orang anggota komunis tidak mempedulikan kata‐kata datuk.  Mereka ini dianggap orang kanan dan ada kuasa dalam pasukan komunis yang  berjumlah hampir tiga puluh orang itu. Datuk renung muka komunis Melayu,  kemudian komunis India dan akhir sekali komunis Cina.    “Sekarang bas boleh jalan,” jerit datuk ke arah pemandu bas. Beberapa  minit kemudian bas Ipoh‐Kuala Kangsar terus bergerak. Meninggalkan kami  berlima di pinggir hutan iaitu tiga orang anggota komunis, diri saya dan  datuk. 

Page 1484 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Tanpa saya duga anggota komunis Melayu itu menyeluk sakunya. Ia  mengeluarkan tangkal dan seketul kemenyan. Ia membakar kemenyan dengan  mancis api. Saya rasa seluruh kawasan saya berdiri penuh dengan asap  tebal. Saya terdengar bunyi orang bercakap tetapi, orangnya tidak kelihatan.    Memang tidak lojik, asap kemenyan yang sedikit itu boleh menguasai  seluruh kawasan belukar. Saya dan datuk terbatuk dua tiga kali.    “Mereka dah hilang tuk,” kata saya pada datuk.    “Aku tahu, mereka hilangkan diri dari kita.”    “Apa yang patut kita buat tuk?”    “Sabarlah.”    Saya dan datuk mendiamkan diri kira‐kira lima minit, asap kemenyan terus  menipis dan hilang. Datuk mengajak saya menuju ke bibir jalan raya. Bila  kami melangkah, anggota komunis Melayu muncul dari balik pokok getah. Ia  tidak merenung ke arah saya dan datuk.    “Ikut kami, bersatu dengan kami untuk membebaskan tanahair dari  penjajah,” katanya dengan suara yang lembut.   

Page 1485 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Kita sudah merdeka, bukan kau tak tahu, kita merdeka pada 1957,  sekarang sudah enam tahun lebih kita merdeka,” jelas datuk.    “Kite tidak benar‐benar merdeka, kamu harus membantu kami, ini tawaran  paling balk untuk kamu, kalau kamu mahu hidup, kalau tidak kamu dua  beranak kami bunuh di sini.”    “Tidak, perjuangan kamu perjuangan sia‐sia,” balas datuk tegas.    Kali ini komunis Melayu itu merenung ke arah datuk. Ia menghilangkan  dirinya beberapa saat di celah daun keladi liar. Kemudian Ia memunculkan  dirinya di antara saya dengan datuk.    “Apa fasal kamu kata perjuangan kami sia‐sia, kami berjuang untuk  kemerdekaan tanahair, untuk kebebasan berfikir,” komunis Melayu itu  bersuara lagi.    “Kamu komunis yang tidak percayakan kewujudan Allah,” sanggah datuk. Dan  kali ini datuk kelihatan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.    Komunis Melayu itu mencampakkan seutas tangkal atas tanah. Kawasan  tempat tangkal itu jatuh terus dikuasai oleh api. Anggota komunis itu  tepuk tangan. Api yang marak itu terus padam.    “Kau memang handal,” kata datuk. 

Page 1486 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Kalau tak cukup syarat, aku tak jadi komunis,” jawabnya.    “Aku tak boleh bekerjasama dengan kamu,” kata datuk.    “Jangan menyesal”    “Tidak.”    Komunis Melayu itu menghilangkan diri. Saya dan datuk meneruskan  perjalanan. Tiba‐tiba komunis Melayu dan dua orang kawannya muncul di  depan kami. Mereka bersedia untuk menangkap kami. Datuk masih tenang. Ia  tidak merasa bimbang, walaupun muncung senapang menghala ke arah perutnya.    “Sekarang, mahu ikut atau mahu mati,” ketua komunis (Cina) terus  bersuara. Kali ini, muncung senapangnya ditekan ke pusat datuk. Saya  lihat ketua komunis cukup hati‐hati. Ia tidak mahu peristiwa yang  dialaminya sebentar tadi berulang pada dirinya.    “Tidak mahu,” jawab datuk.    “Tidak mahu, ertinya awak mati,” suara ketua komunis keras. Ia cuba  menarik pemetik senapang. Cepat‐cepat datuk memegang muncung senapang  itu menjadi lembut macam timah dibakar.   

Page 1487 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Ketua komunis itu terus juga menarik pemetik senapang. Anehnya, senapang  itu tidak meletup tetapi, kelongsong pelurunya terus keluar. Ketua  komunis itu mendapati seluruh tangannya terbakar dan melecur.    Komunis Melayu itu jadi marah, kerana ketuanya dipermainkan. Ia  mengeluarkan sejambak tangkal dari sakunya. Mulutnya mula bergerak  membaca mantera dan jampi. Datuk terus membaca Fatihah dengan lancar  sebanyak 41 kali.    Semua tangkal yang dikeluarkan oleb komunis Melayu tu hancur menjadi  abu. Telapak tangannya kelihatan merah macam terbakar. Semua tangkal  yang dipasang di tangan, di pinggang dan leher habis jatuh ke tanah.  Semuanya menjadi abu dan debu.    “Pulanglah, aku tak mahu apa‐apakan kamu, cuma nasihat aku pada kamu  jangan menuntut ilmu dari syaitan.” kata datuk pada komunis Melayu itu.  Rupanya, komunis Melayu itu tidak mampu melangkah. Kedua belah kakinya  macam lumpuh. Komunis Cina dan India terus menghampirinya.    Komunis berbangsa India terus menembak komunis Melayu dengan pistol.  Perbuatan itu amat mengejutkan datuk.    “Kenapa kamu bunuh dia?” Tanya datuk.    “Dia lumpuh, orang lumpuh dan tidak sihat, memang tidak dikehendaki oleh 

Page 1488 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

pasukan kami,” jelas ketua komunis. Datuk terdiam. Tidak dapat berbuat  apa‐apa.    Datuk menarik nafas dalam‐dalam sambil merenung ke arah saya.  Perlahan‐lahan datuk gelengkan kepala, bila melihat mereka mengusung  mayat komunis Melayu ke dalam hutan. Saya menggaru pangkal leher. Sedih  rasa hati melihat bangsa sendiri dipikul macam binatang.    “Hei, nanti dulu.”    Datuk meluru ke arah anggota komums yang memikul kawannya. Mereka  berhenti melangkah. Mayat yang diikat kaki dan tangan diletakkan atas  tanah. Kayu pengandar dibiarkan berada di mayat tersebut.    “Kenapa?” Tanya ketua komunis.    “Dia orang Melayu dan beragama Islam, serahkan pada saya, biar saya  kebumikan cara hukum Islam. Awak tahu, cara yang awak lakukan ini  menyeksa mayat, perbuatan begini tidak baik menurut agama kami. Islam  mahu setiap penganutnya yang mati mesti segera ditanamkan.”    “Itu urusan agama kamu, tapi dia ini dah jadi ahli kami dan apa yang  berlaku adalah urusan kami,” jawab ketua komunis.    Datuk terdiam. Ketua komunis terus mengarahkan orang‐orangnya memikul 

Page 1489 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

mayat komunis Melayu itu dalam hutan. Kumpulan komunis itu meninggalkan  kami. Mereka melepaskan tembakan ke udara bertalu‐talu.    “Sudahlah Tamar, aku tak berani bertindak lebih jauh dari apa yang kamu  lihat, kalau aku berkeras bereti aku menempah bahaya,” datuk bagaikan  merungut. Ia terus mengajak saya keluar dari kawasan hutan menuju ke  tepi jalan raya. Kami berdiri di situ sambil menahan kenderaan yang lalu.    Tidak ada sebuah kenderaan pun yang mahu berhenti. Badan saya terus  berpeluh. Sinar matahari bertambah garang. Dada jalan raya dibahangi  kepanasan kelihatan macam ada air bertakung. Beberapa lori tentera terus  melintas di depan kami. Anggota tentera yang ada di dalamnya lengkap  dengan senjata. Mereka merenung ke arah kami dengan renungan yang tajam.    Tiba‐tiba sebuah jeep polis yang berdindingkan besi waja berhenti di  depan kami. Dua orang anggota polis yang memakai topi bulat dan  berjambul di tengah menghampiri kami dengan raifel yang tersedia di tangan.    Kedua‐dua anggota itu menghampiri datuk. Segera datuk terangkan apa yang  telah terjadi. Kedua‐dua anggota polis agak terkejut. Saya dan datuk  disuruh masuk ke perut jeep. Lemas rasanya berada dalam perut jeep yang  tidak bertingkap.    “Nak bawa kami ke mana?” Tanya datuk.   

Page 1490 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Ke Balai Polis Cemur, buat laporan,” jelas anggota polis yang duduk di  sisi datuk.    ”Jangan bimbang awak tak apa‐apa cuma melaporkan apa yang terjadi,”  tambahnya. Datuk anggukkan kepala. Jeep yang kaml tumpangi berpatah  balik ke Pekan Cemur.    Datuk dan saya diperkenalkan dengan ketua Balai Polis. Datuk  menceritakan apa yang dialami. Seorang anggota polis mencatatkan apa  yang diterangkan oleh datuk.    “Kawasan tempat kejadian itu, namanya Kantan dan saya yakin pemandu bas  itu membuat laporan di Balai Polis Ipoh,” terang ketua Balai Polis pada  datuk. Ia menjeling ke arah saya. Kemudian ketua Balai Polis itu  menyuruh anggota polis yang bertugas di bahagian semboyan menghubungi  Pejabat Polis Negeri untuk melaporkan apa yang terjadi.    “Saya yakin, pihak pasukan keselamatan akan mengesan jejak  anggota‐anggota komunis itu,” terang ketua Balai Polis. Datuk anggukkan  kepala.    “Kalau begitu biarlah kami balik dulu,” kata datuk.    “Awak berdua nak ke mana?”   

Page 1491 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Ke Batu Gajah”    “Kalau begitu awak berdua tumpang jeep yang awak naik tadi sampai ke Ipoh.”    “Tak payahlah, biar kami naik teksi.”    “Jangan begitu, awak berdua naiklah, jeep itu memang nak pergi ke Balai  Polis Pusat di Ipoh.”    “Tapi.”    “Tak ada tapinya.”    “Saya minta maaf, biarlah kami naik teksl dari sini,” datuk menolak  dengan wajah yang manis.    Jawapan datuk itu kurang memuaskan hati ketua Balai Polis. Ia macam  merasakan keselamatan diri saya dan datuk tidak begitu terjamin. Ia  minta seorang anggota polis menemani datuk dan saya ke tempat teksi.    “Pastikan mereka naik teksi,” pesan ketua Balai polis itu pada anggota  polis yang akan menemani ke tempat teksi. Saya lihat anggota polis itu  mengangguk.    Akhirnya, kami naik teksi menuju ke Ipoh. Says tahu, kalau datuk ada 

Page 1492 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

masa, tentu ia tidak mahu terus ke Ipoh. Mungkin Ia mahu berada lebih  lama di Cemur. Ramai saudara‐maranya di situ terutama di Ulu Kuang.    “Kalau tak diganggu oleh komunis, mahu pergi ke Ulu Kuang,” ujar datuk  sebaik sahaja turun dari teksi. Saya senyum, datuk memang agak aneh  orangnya.    Kalau hatinya tergerak untuk singgah di mana‐mana dalam perjalanan Ia  akan turun di tempat yang diingininya, sedangkan ia sudah pun membayar  tambang perjalanan terus.    SEGAMAT    Saya masih ingat, satu waktu datuk mengajak saya pergi ke Kluang, naik  keretapi dari Taiping. Bila sampai di Segamat ia terus turun untuk ke  Jemantah menemui kawan lamanya, padahal datuk sudah membayar tambang  Taiping ‐ Kluang. Inilah keganjilan datuk, kerana itu nenek tidak suka  mengikutnya berjalan ke mana‐mana.    “Apa yang kamu menungkan, mari kita pergi stesen bas”, jerkah datuk. Apa  yang bermain dalam kepala terus hilang. Kami naik beca menuju ke bas  stesen. Sampai di stesen bas, datuk jumpa kawan dan kawannya itu  mengajak Ia minum kopi.    Hampir dua puluh minit saya termangu di kedai kopi, mendengar datuk 

Page 1493 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

bercerita dengan kawannya. Perkara yang diceritakan fasal kebun pisang,  fasal kebun dan musuh‐musuh yang merosakkan tanaman mereka. Kemudian  cerita fasal anak cucu. Memang bosan mendengar cerita seperti itu.    Bila saya memperlihatkan wajah kurang senang, barulah datuk sedar  tentang kesilapan kecil yang dilakukannya. Ia segera membayar air  minuman dan bangun. Bersalaman dengan kawannya dan terus keluar dari  kedai. Saya gembira dengan tindakan yang dilakukan oleh datuk.    “Dia tu aku kenal sepuluh tahun yang lalu, orang kuat politik menentang  Inggeris, dia tu bekas anggota Angkatan Pemuda Insaf yang diketuai oleh  Boestamam,” beritahu datuk pada saya.    “Macam mana tuk boleh kenal dengannya?” Saya cungkil rahsia.    “Dulu, aku pergi ke hospital Ipoh tengok anak buah aku yang kerja  atendan di situ, aku terjumpa dia mengambil ubat. Aku tegur dia,  kemudian dia menceritakan pada aku, dia orang tahanan politik di jalan  Asby, dia juga kirim salam pada ayah saudara kamu yang jadi anggota API  macamnya,” jelas datuk. Saya anggukkan kepala.    (Boestamam yang dimaksudkan oleh datuk ialah Datuk Ahmad Boestamam yang  meninggal dunia pada 18 November 1983 di Kuala Lumpur. Angkatan Pemuda  Insaf atau API adalah parti politik yang dipimpinnya untuk  memperjuangkan kemerdekaan tanahair). 

Page 1494 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Kamu puas hati dengan keterangan aku ni Tamar?”    “Puas hati tuk.”    “Lain kali kamu mesti ingat, kalau aku jumpa dengan sesiapa dan bercakap  panjang, itu tandanya orang yang aku lawan bercakap tu, bukan sebarang  orang.”    ”Ada juga orang yang tuk kenal di tepi jalan tapi datuk bercakap  panjang,” saya lihat datuk bagaikan tersentak mendengar kata‐kata saya itu.    Mungkin datuk tidak terdaya menafikan kata‐kata saya itu. Saya lihat  datuk tersenyum sambil merenung ke arah manusia yang mundar‐mandir di  bas stesen. Bunyi enjin bas menderu‐deru mengganggu anak telinga saya.    “Barangkali itu kelemahan datuk kamu Tamar, aku suka bercakap dengan  siapa saja,” datuk semacam mengeluh. Bahu saya ditepuknya berkali‐kali.  Saya dan datuk menuju ke bas yang akan menuju ke bandar Batu Gajah.  Sebaik sahaja penjual tiket menghampiri datuk dan enjin bas dihidupkan  datuk segera bangun dan turun dari bas.    “Kenapa tuk?”    “Habis kite nak naik apa tuk.” 

Page 1495 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Aku rasa tak sedap hati naik bas.”    “Mari kita ke tempat teksi, kita naik teksi.”    Meluat rasa hati dengan sikap datuk. Mahu sahaja saya membangkang  rancangannya. Tetapi, bila mengingatkan perangai datuk yang pantang  dibantah atau dihalang itu, saya menurut sahaja. Hati kecil saya tetap  membebel berjalan di tengah panas menuju ke perhentian teksi yang  letaknya agak jauh dari stesen bas.    Kami sampai ke bandar Batu Gajah dan singgah di masjid untuk sembahyang  Zuhur. Datuk berkenalan dengan seorang penjual sayur di pasar Batu Gajah  yang cara kebetulan menunaikan fardhu Zuhur di situ.    Saya yang duduk bersandar di dinding masjid dalam jarak kira‐kira  sepuluh kaki dari mereka, tidak dapat mendengar dengan jelas perbualan  mereka. Dari raut wajah datuk, saya dapat meneka yang penjual sayur ini  menyampaikan sesuatu yang menarik minat hati datuk.    Mereka bersalaman dan berpisah. Sebelum keluar dari masjid penjual sayur  berkulit hitam dengan tahi lalat sebesar biji betik di bibir kanan  tersenyum ke arah saya. Senyuman mesra itu saya balas.    Saya dan datuk meninggalkan masjid. Kami menyusur kaki lima bangunan 

Page 1496 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kedai. Bandar Batu Gajah terbahagi dua, sebelah selatan disebut Pekan  Lama dan sebelah utara disebut Pekan Baru. Saya dan datuk sedang menuju  ke arah Pekan Baru.    “Ke mana?” Seorang lelaki berkulit cerah, berbadan gempal menegur datuk.  Raut wajahnya tampan ada mirip aktor Allahyarham Nordin Ahmad.    “Ha kamu, kamu anak Haji Alwi,” suara datuk riang.    Datuk segera menarik tangan anak muda itu ke dalam sebuah restoran milik  India Muslim. Haji Alwi memang saya kenal. Ia orang kampung saya berasal  dari Kerinci, Pulau Sumarera Barat.    Kami duduk di meja tepi sebelah kanan kedal. Tersorok dari pandangan  orang ramai.    “Kamu buat apa di sini Zamri?” Tanya datuk.    “Sejak saya tinggalkan kampung, saya terus masuk polis, nama saya juga  sudah bertukar, bukannya Zamri lagi.”    “Habis, kamu pakai nama apa? Nama orang putih?”    “Pakai nama Islam, nama saya sekarang Mat Noor, sekarang ni nak ke  mana?” Soal Mat Noor. 

Page 1497 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Aku nak ke Bakap nak jumpa kawan.”    “Hum,” Mat Noor tersenyum.    Minuman yang dipesan oleh Mat Noor pun diletakkan atas meja. Sambil  minum, Mat Noor menceritakan sebab utama meninggalkan kampung kerana  takut diberkas oleb lnggeris. Ketika ia menjadi orang kuat parti Boestamam.    Mat Noor berhijrah ke Kajang. Bila kerajaan lnggeris memerintahkan  setiap rakyat Tanah Melayu mesti memiliki kad pengenalan dan setiap yang  mahu membuat kad pengenalan mesti membawa surat tarikh lahir atau surat  beranak. Kesempatan itu digunakan dengan sebaik mungkin oleh Mat Noor  untuk masa depannya.    Ia memberitahu Pegawai Daerah surat lahirnya sudah hilang. Ia diperintah  membuat surat sumpah di depan hakim dengan membawa dua orang saksi.  Perintah itu dipatuhi oleh Mat Noor. Sejak hari itu, nama Zamri yang  diberikan oleh orang tuanya tidak digunakan lagi. Di mana‐mana orang  mengenalinya sebagai Mat Noor.    “Kalau saya pakal nama lain, sudah tentu saya kena masuk kem tahanan,  saya tak boleh ingat , saya buat kad pengenalan masa saya dah berumur  dua puluh tahun,” Mat Noor mengenangkan kisah lalu.   

Page 1498 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Kamu dah berumur dua puluh empat tahun, aku pula lagilah tua, dah dekat  lima puluh, orang kampung jadi takut, maklumlah itulah kali pertama kad  pengenalan diperkenalkan pada kita, aku ingat masa nak ambil gambar kad  pengenalan ayah kamu pakai serban, masa tu dia baru balik dari Mekah,”  kata datuk dan mereka terus ketawa serentak.    Pertemuan yang tidak diduga antara datuk dengan Mat Noor, sedikit  sebanyak memberikan pengetahuan pada saya bagaimana anak‐anak kampung  berjuang menentang penjajah untuk kebebasan tanahair tercinta.    Ini membuktikan anak‐anak Melayu di kampung, memang manusia yang berjiwa  besar, tahu menilai dan menghargai erti kebebasan dan kemerdekaan tanahair.  Selain dari itu, saya juga mendapat tahu bahawa penggunaan kad  pengenalan mula digunakan di tanahair sejak zaman Inggeris lagi.    “Bia balik dari Bakap nanti, singgahlah di rumah saya, duduk semalam  dua, boleh jumpa anak bini saya,” pelawa Mat Noor ketika keluar dari  restoran tersebut.    “Tengok keadaan dulu, kalau ada masa boleh singgah.”    “Kalau mahu mesti ada masa,” jawab Mat Noor yang berusia sekitar  39‐40‐an. Ia senyum ke arah saya. Kami meninggalkan Mat Noor di kaki  lima restoran.   

Page 1499 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

JUMPA    Datuk amat gembira, ia dapat bertemu dengan kawan lamanya di Kampung  Bakap. Melihat bentuk tubuh dan wajah kawan datuk itu, saya dapat  menduga yang usia tidak jauh berbeza dengan datuk. Kalau datuk tua cuma  beberapa tahun sahaja. Begitu juga dengan dirinya, kalau Ia muda, cuma  dalam jarak beberapa tahun.    Sementara datuk dan kawannya itu berborak panjang di anjung rumah, saya  terus berdiri di bawah pohon kelapa dalam sinaran matahari petang yang  redup.    Saya merenung ke sebuah kapal korek yang berada dalam danau yang luas.  Kapal Korek itu sedang mengeluarkan bijih timah dari perut bumi.    Ingin sekali saya menghampiri kapal korek yang besar itu. Tetapi, datuk  melarangnya dengan alasan takut saya jatuh ke dalam lombong yang airnya  cukup dalam. Kawan datuk juga tidal menggalakkan saya pergi ke tempat  tersebut. Katanya ada budak yang jatuh dan mati kerana tanah tempat mereka  berdiri rebak dan mereka jatuh dalam lombong.    Sedang asyik memerhatikan kapal korek tersebut, seorang budak lelaki  menghampiri saya. Saya kira usianya sama dengan saya kerana tinggi kami  hampir sama. Dengan wajah yang ramah Ia memperkenalkan dirinya sebagai  Ramli. 

Page 1500 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Dalam beberapa minit sahaja kami jadi begitu mesra. Ayah Ramli menjadi  buruh kapal korek yang saya lihat. Ramli yang ramah itu menceritakan  pada saya, dulu kawasan yang menjadi lombong itu adalah perkampungan dan  penuh dengan rumah orang Melayu.   

SBDJ (Jilid 05) Siri 79: Wanita Tanpa Wajah Jalan Malam    PEMILIK lombong itu membeli tanah milik orang Melayu dengan harga yang  mahal. Dan orang Melayu yang menjual tanah itu diberi tapak rumah yang  terletak di satu kawasan lain. Tidak lama lagi tulang mayat yang ada di  tanah perkuburan tersebut akan dipindahkan ke tempat lain. Segala  perbelanjaan ditanggung oleh pihak tuan punya lombong.    “Tidak lama lagi kampung kami tinggal nama saja, semua rumah yang ada  ini, paling lama boleh bertahan lima enam bulan saja lagi, lepas tu  terpaksa pindah. Di bawah tempat kita berdiri ini penuh dengan bijih,”  kata Ramli.    “Macam mana kalau mereka tak mahu pindah?”    “Mana boleh semuanya sudah dijual duit pun dah ambil dari tauke  lombong,” jawab Ramli.    “Rugi mereka jual tanah,” kata saya. 

Page 1501 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Awak tak boleh cakap macam ini, kalau mereka tak jual tanah, mereka  juga tak boleh kaya, takkan nak cangkul tanah cari bijih, lagipun  tawaran yang datang ni memang tinggi,” kata Ramli. Bila saya fikirkan  dengan halus cakapnya itu memang ada benarnya.    Rupanya Ramli yang hampir sebaya dengan saya itu, terlalu pintar  bercakap. Ia boleh bercerita tentang apa sahaja yang ada hubung kait  dengan Kampung Bakap. Kami terus bercerita panjang. Kami berpisah ketika  azan Maghrib dilaungkan.    Ramli kini menjadi pelombong Melayu yang berjaya, setelah ia meletakkan  jawatan sebagai Pengarah Galian Negeri Perak. Anak sulungnya menuntut  ilmu kedoktoran di England.    Kawan datuk itu namanya, Alang Abdul Rauf. Datuk memanggilnya Rauf  sahaja. Sebagai orang kampung yang sederhana, ia mempunyai dua ekar  tanah dusun dan tiga ekar ladang getah. Hasil dari tanah miliknya itu  menjadi sumber pendapatannya.    Sejak enam bulan kebelakangan ini, ia membuat kerja tambahan menggali  kubur lama waktu malam. Tulang‐temulang dari kubur lama itu dikumpulkan  lalu ditanam di kawasan perkuburan yang baru. Semua pembiayaan kerja itu  diuruskan oleh pihak tuan punya lombong yang mahu mencari bijih di  kawasan tersebut. 

Page 1502 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Alang Rauf dibantu oleh empat orang lain. Mereka menjalankan kerja  selepas waktu Isyak hingga ke Subuh. Sepanjang tugas itu dilaksanakan  mereka tidak menghadapi sebarang kejadian aneh. Semua kerja berjalan  dengan lancar.    “Bagaimana, kalau kamu dengan cucu kamu ikut kami malam ini,” Alang  Abdul Rauf membuat tawaran pada datuk setelah selesai sembahyang Isyak.  Bulu tengkuk saya jadi meremang mendengar pelawaan itu. Ah, itu kerja  gila, pergi kubur waktu malam dan menggalinya pula, rungut saya dalam hati.    “Minta maaf, malam ni saya ada berjanji dengan orang yang berniaga di  pasar Batu Gajah,” ajar datuk tenang.    “Nak ke mana pula?”    “Orang tu beritahu saya, di kampung tempat dia menyewa rumah dikawal  oleb satu lembaga putih, sesiapa yang datang ke kampungnya dengan niat  nak mencuri atau mengambil sesuatu lembaga putih akan menganggunya.”    “Aku tahu cerita tu kalau tak silap di Kampung Dhobi di Pekan Lama.”    “Agaknya, begitulah,” datuk menelan air liur. Alang Abdul Rauf menggaru  pipi kiri. Kemudian menyedut rokok daun dengan penuh nafsu. Suara  cengkerik jelas kedengaran menendang gegendang telinga. 

Page 1503 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Alang Abdul Rauf pun terus bercerita pada datuk. Kira‐kira tiga bulan  yang latu, waktu musim buah durian gugur. Tiga orang pemuda India yang  nakal telah datang ke kampung tersebut untuk mencuri buah durian waktu  malam.    Sedang mereka mengutip buah durian, tiba‐tiba mereka terpandang lembaga  putih memakai kain telekung. Pada sangkaan pemuda‐pemuda India itu,  orang‐orang kampung cuba menakutkan mereka.    Mereka terus membalingkan kulit durian dan dahan kayu ke arah lembaga  tersebt. Lembaga itu tidak bersuara malah terus duduk di tunggul buruk.  Kerana memikirkan yang bertelekung itu orang perempuan, ketiga‐tiga  pemuda India ini terus rapat ke arah lembaga tersebut.    Bila sahaja lembaga itu merenung ke arah mereka. Ketiga‐tiga pemuda  India itu terus menjerit dan lari lintang‐pukang. Dua hari kemudian  seorang daripada pemuda India itu mati gantung diri. Manakala yang dua  orang terus gila dan dihantar ke hospital Bahagia Tanjung Rambutan.    “Apa yang mereka lihat.” tanya datuk.    “Entahlah,aku pun tak tahu.”    “Pelik juga ceritanya.” 

Page 1504 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Kalau kamu nak tahu, kamu pergi sendiri. Aku nak mulakan kerja,  kawan‐kawan aku dah menunggu,” Alang Abdul Rauf segera bangun menuju ke  pintu.    “Tak apalah Rauf, aku juga nak pergi ke tempat yang aku janjikan dengan  peniaga tu,” datuk terus bangun.    “Kamu balik atau tidak malam ni?”    “Belum tahu lagi.”    “Tak apalah, kalau kamu balik dan aku tak ada di rumah kamu ketuk aja  pintu, nanti orang rumah aku bukakan pintu.”    Alang Abdul Rauf terus melangkah menuju ke tempat kerjanya. Saya dan  datuk juga mengatur langkah.    Sampai sahaja di depan Masjid Batu Gajah, kenalan datuk sudah pun  menunggu. Di situ kami menuju ke rumahnya. Isterinya menghidangkan kopi  dan biskut kering.    “Awak ni berminat sangat nampaknya, apa awak seorang pawang dan nak  menghalaunya,” tanya peniaga tersebut pada datuk. Ketika itu jam sudah  pun hampir pukul dua belas malam. 

Page 1505 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Bukan apa‐apa, saya cuma nak tengok, apakah cerita betul atau sengaja  diada‐adakan.”    “Kalau awak tak mahu, biar kami pergi berdua.”    “Tak apalah. saya hantarkan awak ke hujung kampung.”    “Boleh juga,” jawab datuk.    Tepat pukul dua belas malam. Kami meninggalkan rumah. Peniaga tersebut  cuma menghantar kami hingga sampai ke pohon jejawi yang besar. Ia  membekalkan lampu suluh pada datuk. Saya mula resah. Angin malam yang  bertiup lembut terus menjamah wajah saya.    “Saya setakat sini saja, awak tahu menuju rumah saya,” lembut benar  suara peniaga. Membayangkan rasa cemas.    “Saya tahu menuju rumah awak, terima kasih.”    “Sebenarnya, saya tak pula suruh awak buat macam ni, saya sekadar  bercerita saja di masjid tadi, saya fikirkan awak olok‐olok aje nak  datang rupa‐rupanya awak sungguh‐sungguh.”    “Saya memang suka buat kerja macam ni,” jawab datuk. Dan peniaga itu 

Page 1506 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

meninggalkan kami di bawah pepohon jejawi yang besar itu.    Dua tiga kali saya meraba pangkal dagu bila terdengar lolongan anjing  bersahut‐sahutan dari bahagian tengah dan hujung kampung. Lolongan  anjing itu disertai dengan salakan yang tidak putus‐putus macam menyalak  sesuatu. Saya lihat ke langit, saya nampak awan putih bersih bergerak  lemah ke selatan.    Suara katak dan cengkerik menambahkan rasa seram. Beberapa helai daun  jejawi yang tua gugur lalu menyentuh kepala saya. Datuk tetap tenang  menyuluh ke kiri dan ke kanan dengan lampu picitnya. Melihat dari  langkah dan gerak tangan datuk, menggambarkan yang dirinya tidak perlu  membuat apa‐apa persiapan.    Datuk tidak membaca ayat‐ayat suci. Ia kelihatan tenang dan adakalanya  ia tersenyum panjang. Datuk duduk bersila di pangkal jejawi. Akar‐akar  yang bergayutan di pohon jejawi bergerak sendiri macam ada orang yang  menolaknya. Akar‐akar itu memukul belakang datuk dan adakalanya memukul  bahagian punggung saya. Terasa juga sakitnya tetapi, saya diamkan sahaja.    “Suluh baik‐baik,” datuk mengingatkan saya. Arahan datuk saya patuhi.    Saya terdengar kicau burung murai. Pelik juga macam mana murai boleh  berkicau malam. Bila kicau mural itu berhenti. Ada titik air jatuh dari  dahan jejawi, macam air dari perahan kain yang dibasuh. Air itu turun 

Page 1507 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

berjuntai. Salakan anjing beransur perlahan begitu juga dengan lolongannya.    Terdengar bunyi kaki orang memijak reranting dan dedaun kering dalam  gelap malam. Bila disuluh dengan lampu picit. Tidak ada sesuatu yang  dapat dilihat. Bulu tengkuk saya meremang. Badan saya terasa seram sejuk.    Beberapa ekor tikus liar. Entah dari mana datangnya melintas di depan  saya dan datuk. Seekor anjing yang bertompok hitam putih melompat di  depan datuk dan terus hilang. Beberapa saat kemudian terdengar suara  anjing menderam macam menegur sesuatu.    “Dia tidak datang kerana kita tidak mengambil sesuatu di sini,” kata  datuk pada saya sambil bangun. Ia menggeliat.    “Apa yang kita nak ambil tuk?”    “Ikut aku Tamar.”    Saya lihat datuk menyuluh ke kanan. Dari suluhan lampu picit ternampak  beberapa batang pokok delima yang berdaun lebat. Datuk mengajak saya  menuju ke pohon delima itu. Datuk serahkan lampu picit pada saya.    “Suluh, biar aku petik sebiji dua,” beritahu datuk pada saya.    “Baik tuk.” 

Page 1508 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Datuk memetik dua biji delima yang masak ranum. Dia masukkan ke dalam  sakunya dan datuk melangkah ke arah pohon kelapa yang berada di depannya.    Tiba‐tiba dari balik pohon kelapa itu muncul lembaga manusia, memakai  kain putih menutup seluruh tubuh hingga ke kaki. Hujung kain putihnya  mengheret dedaun dan ranting yang melekat dan mengeluarkan bunyi macam  bunyi pinggan yang ditarik atas meja tanpa alas.    Ia berjalan di depan kami dalam jarak lima belas kaki. Bila datuk dan  saya berhenti berjalan. Ia juga turut berhenti. B11a datuk mengalihkan  perjalanan ke arah lain. Ia hilang untuk beberapa minit dan akhirnya  muncul di depan kami.    Perbuatannya itu seolah‐olah menyekat perjalanan saya dan datuk. Lebih  dari satu jam kami berlegar‐legar di situ. Ke mana sahaja kami pergi  lembaga putih tetap berada di depan. Ia tidak menoleh ke arah saya dan  datuk. Bagaikan ia mahu menyembunyikan wajahnya dari kami.    Ia juga tidak mengganggu atau cuba menakutkan saya dan datuk. Saya  mengajak datuk pulang. Malangnya datuk tidak mahu mendengar cakap saya.    “Dia tidak berkasar, susah aku nak menduganya,” beritahu datuk pada saya  dengan wajah sedikit kecewa. Dan datuk cuba mendekatinya. Lembaga putih  itu bagaikan tahu ape yang tersirat di hati datuk. Ia tidak bergerak, 

Page 1509 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tertegun dengan membelakangi kami.    Datuk terus menepuk bahu lembaga putih. Dengan pantas lembaga itu  memusingkan badannya. Menentang wajah saya dan datuk. Badan saya  menggeletar dan lembik. Saya jatuh tanpa berkata apa‐apa. Datuk tidak  berganjak, Ia tetap menentang wajah lembaga putih itu.    Macam mana badan saya tidak lembik dan jatuh. Lembaga putih itu tidak  berwajah. Bahagian muka yang tidak ditutup dengan kain putih itu  sebenarnya kosong, nampak berlubang dan hitam pekat tetapi ada kilau  cahaya yang amat kecil yang menyebabkan mata jadi silau bila ditentang.  Kepala terasa pening.    “Aku cuma nak tengok kamu saja, apa yang aku ambil aku pulangkan ke  tempatnya,” kata datuk pada lembaga itu. Perlahan‐lahan lembaga itu  memusingkan badannya ke arah depan. Datuk membangunkan saya. Lembaga  putih masih berdiri di tempatnya.    “Kita mengambil hak orang,” beritahu datuk pada saya. Tangan saya  ditariknya menuju ke pohon delima. Datuk mengeluarkan buah delima dari  koceknya dan diletakkan di pangkal pokok delima. Bila kami toleh ke arah  lembaga putih, lembaga itu sudah pun hilang.    Salakan dan lolongan anjing kedengaran bertalu‐talu dari arah selatan.  Datuk menarik tangan saya menuju ke rumah peniaga. Saya terkejut, 

Page 1510 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

peniaga itu menunggu kami di kaki tangga. Jam tua di tengah rumahnya  berdenting dua kali.    “Jumpa?” Tanyanya.    “Jumpa, saya dah jumpa,” balas datuk.    “Apa katanya?”    “Dia mengawal kampung awak,” jawab datuk. Peniaga itu agak terkejut  dengan jawapan yang diberikan oleh datuk.    Ia termenung. Dengan nada suara yang lembut ia berkata; “Ramai orang  yang berkata, seperti yang awak katakan itu.” Datuk tersenyum panjang.  Datuk terus duduk di sisinya. Saya masih berdiri.    Peniaga itu mengajak datuk tidur di rumahnya dengan alasan ia mahu datuk  bercerita, bagaimana lembaga putih itu boleh berkeliaran di kampungnya.  Ia juga ingin tahu betulkah lembaga itu menjelma untuk mengawal kampung  tersebut.    Datuk menolak permintaannya. Datuk juga berjanji padanya, satu hari  nanti, datuk akan menceritakan padanya bagaimana lembaga putih tu boleh  muncul. Peniaga itu puas hati dengan penjelasan datuk dan merestui  perjalanan kampung ke rumah Alang Abdul Rauf. 

Page 1511 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Along Abdul Rauf sudah pun pulang kerja ketika kami tiba di rumahnya. Ia  sudah menyediakan tilam dan bantal untuk kami. Macam selalu, sebelum  tidur datuk akan melakukan sembahyang sunat. Mungkin kerana terlalu  letih, Along Abdul Rauf tidak mahu bercerita panjang.    “Esok kamu ceritakan pada aku apa yang kamu alami,” kata Along Abdul  Rauf. Saya merasa senang hati. Saya dapat tidur cepat. Sudah tidak tahan  rasa menahan kelopak mata.    “Tak apalah Rauf, esok saja.”    “Tidurlah.” Alang Abdul Rauf meninggalkan kami.    GORENG    Pagi itu, kami sarapan pagi di anjung rumah Along Abdul Rauf. Goreng  pisang yang disediakan oleh isterinya membuat saya makan dengan penuh  selera sekali.    “Kamu jumpa?” Along Rauf memulakan ceritanya.    “Jumpa dan bercakap dengannya.”    “Apa katanya?” 

Page 1512 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Aku saja yang bercakap tetapi dia diam juga.”    “Ah, kamu mempermainkan aku.” balas Along Abdul Rauf sambil ketawa  panjang. Saya cuma tersenyum lebar. Seronok juga melihat orang tua  berjenaka.    Tanpa diminta oleh datuk, Along Abdul Rauf terus bercerita berhubung  dengan lembaga putih. Menurutnya, lembaga itu sudah lama muncul di  tempat tersebut.    Beberapa orang pawang telah dipanggil untuk menghalaunya tetapi tidak  berjaya. Penduduk di tempat tersebut terpaksa bertindak demikian kerana  ramai penduduk yang terserempak dengan lembaga putih bila pulang malam.  Malah, ada yang jatuh sakit.    “Saya rasa susah nak mencari orang yang boleh menghalaunya,” tercetus  suara datuk.    “Kalau macam tu susahlah.”    “Tak susah satu masa nanti lembaga ini akan hilang dengan sendirinya,  asalkan penduduk di situ selalu mengadakan pembacaan yasin secara  beramai‐ramai di masjid atau surau pada setiap malam Jumaat,” jelas  datuk dengan tenang. 

Page 1513 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Datuk terus memberitahu Alang Abdul Rauf, lembaga putih itu ada  hubungannya dengan orang kaya atau orang yang mula meneroka kampung  tersebut. Orang kaya atau peneroka kampung tersebut memelihara sejenis  makhluk untuk jadi pengapit dirinya atau untuk menjaga hartanya.    “Ilmu itu apa namanya?” Mendadak sahaja Alang Abdul Rauf bertanya.    “Setengah orang menyebutnya Pengapit dan setengah orang pula menyebutnya  sebagai kembar” jelas datuk.    “Tujuannya baik, tentu tak salah?”    “Sebagal orang islam kenapa kita mesti minta pertolongan dari makhluk  lain seperti syaitan atan jin, kenapa kita tidak memohon pertolongan  dari Allah? Perbuatan begini sudah salah boleh memesongkan iktikad kita.”    “Tapi, kita mohon sesuatu yang baik untuk keselamatan diri dan Allah  perkenankan,” Alang Abdul Rauf tidak puas hati.    “Bukankah Allah itu pemurah, apa yang diminta akan diberi tetapi, Allah  memberikan fikiran pada kita untuk berfikir bagi memilih mana yang baik,  Allah suka pada orang berfikir.” Sanggah datuk. Dan datuk bersedia  melanjutkannya kalau Alang Abdul Rauf mahu berhujah tentang perkara itu.   

Page 1514 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Kamu tahu tak, apakah makhluk pengapit dari jin dan syaitan atau  sebagainya,” tanya Alang Abdul Rauf lagi.    “Boleh jadi kedua‐duanya sekali,” pendek datuk menjawab.    “Hum,” keluh Alang Abdul Rauf.    Datuk terus menerangkan pada Alang Abdul Rauf, bila orang yang  mengamalkan ilmu pengapit itu meninggal dunia. Pengapitnya akan  berkeliaran mencari kerabat si mati yang mahu membelanya.    Andainya keluarga si mati itu tidak tahu simpati membela pengapit atau  tidak mahu menyambung usaha si mati, pengapitnya berkeliaran ke mana  sahaja di kawasan kampung yang pernah jadi tempat tinggal si mati.  Pengapit itu akan menjadi penunggu kampung secara sukarela dengan  harapan ada orang yang bersimpati untuk mengambilnya menjadi pengapit.    “Kamu tahu macam mana cara orang itu membela pengapitnya?” Cungkil Alang  Abdul Rauf.    “Dia mengadakan kenduri, membaca doa tetapi, lebihan dari jamuan kenduri  itu diambil diletakkan dalam niru lalu dicampakkan ke dalam hutan atau  di bawah pokok besar.”    “Mana kamu tahu semuanya ni?” 

Page 1515 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Aku pernah berdamping dengan orang yang membela pengapit tetapi, aku  tak mengamalkannya kerana perbuatan ini bertentang dengan ajaran Agama  Islam.”    “Hebat juga kamu ni?”    “Bagi aku, kita harus menyerahkan diri pada Allah minta perlindungan  pada‐Nya, buat apa yang disuruh, jauh dari kerja yang ditegahnya. Ajaran  Islam kalau diikut dengan betul, kita selamat dunia akhirat.”    “Tetapi, ada orang campur‐adukkan ajaran agama dengan ilmu dunia, campur  dengan perkara tahyul, bagaimana pendapat kamu.”    “Itu cara yang salah dan tanggungjawab orang itu untuk berhadapan dengan  Allah,” datuk tersenyum.    Biji mata Alang Abdul Rauf terbeliak bila datuk memberitahunya, jika  datuk memasukkan segenggam tanah ke arah muka lembaga putih yang kosong  itu, pasti lembaga itu akan mengikutnya dan akan menjadi hamba datuk  sampai datuk mati.    “Bukan itu tujuan aku mencarinya, aku sekadar nak tahu saja. kalau aku  tanya orang‐orang kampung tersebut, aku mesti dapat tahu pengapit siapa  lembaga putih itu, tapi kena makan masa yang panjang.” 

Page 1516 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Tak usab buat kerja salah tu,” tahan Alang Abdul Rauf.    “Kalau kamu tak cakap pun, aku tak akan membuatnya.”    “Bagus, malam esok ikut aku ke kubur korek mayat,” pelawa Alang Abdul Rauf.    “Boleh juga,” jawab datuk pantas. Saya menarik nafas panjang.    Saya tinggalkan datuk dan Alang Abdul Rauf yang rancak berbual. Saya  duduk berjuntai kaki di tangga, melihat pepohon yang berdaun lebat di  halaman rumah Alang Abdul Rauf. Dari radio jiran tetangga Alang Abdul  Rauf, saya menikmati lagu ‘Tak Mengapa’ dendangan A. Rahman Hassan yang  popular ketika itu.    Hati saya jadi terhibur lalu menepuk tangan perlahan‐lahan mengikut  rentak irama lagu tersebut. Sesekali saya menyebutkan senikatanya.  Memang, semua senikata lagu itu tidak dapat saya ingati. Tetapi,  iramanya memang menarik, sambil mendengar lagu tersebut, saya cuba  mengkhayalkan dalam kepala yang saya sedang mendendangkan lagu itu di  atas pentas di hadapan ribuan para peminat.    Saya tersenyum bila menerima tepukan yang bergemuruh. Saya lalu  menundukkan badan dan kepala membalas penghormatan itu. Saya bayangkan,  ketika turun dari pentas saya terus dikerumuni oleh para peniinat, 

Page 1517 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

mereka hulurkan tangan untuk bersalaman, mereka lari beri autograf untuk  ditandatangani. Ada yang beri baju dan sapu tangan untuk ditandatangani.  Saya jadi lemas di tengah para peminat yang terdiri dari para belia.  Saya juga membayangkan gambar saya jadi bahan siaran majalah hiburan. Di  mana‐mana saya pergi, saya tetap disanjungi dan dihormati. Setiap hari  saya membalas beratus‐ratus surat perninat. Oh, seronoknya.    “Eb, kamu ini tak habis‐habis dengan menung, berangan‐angan,” datuk  terus menepuk bahu kanan saya. Semua khayalan indah yang berbunga dalam  kepala hancur punah. Saya renung mukanya dengan rasa kesal. Bukannya  senang mahu membina satu khayalan yang menyeronokkan.    “Kamu ikut Alang Abdul Rauf pergi ke Kota Baru,” kata datuk.    “Tuk nak ke mana?”    “Aku nak jumpa dengan peniaga di pasar Batu Gajah.”    “Kalau macam tu, saya ikut tuk saja, tak seronok dengan Alang Rauf, saya  tak begitu kenal dengannya tuk.”    “Jangan bantah cakap aku.” suara datuk mula keras. Dan Alang Abdul Rauf  segera mendekati saya. Perlahan‐lahan saya lagakan gigi atas dengan gigi  bawah berkali‐kali.   

Page 1518 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Mari,” kata Alang Abdul Rauf. Saya tak ada pilihan. Terpaksa ikut cakap  datuk dan mematuhi ajakan datuk.    Datuk, saya dan Alang Abdul Rauf meninggalkan rumah. Jalan bersaingan  hingga sampai kepala simpang. Dari situ kami berpecah. Datuk menuju ke  pasar Batu Gajah. Alang Abdul Rauf dan saya menuju ke tempat yang  dirancangkan.    Seronok juga ikut Alang Abdul Rauf. Saya dapat pengalaman baru yang amat  menyeronokkan. Melintasi ladang getah dan kawasan perlombongan yang amat  luas. Tidak saya sangka Alang Abdul Rauf yang sudah tua, (saya kira  usianya sekitar lima puluh tujuh) masih bertenaga mengayuh basikal  berbatu‐batu. Saya yang membonceng di belakangnya perlu mengimbangkan  badan supaya tidak berat sebelah.    Sesekali terpaksa angkat punggung, bila tayar basikalnya melanggar  akar‐akar getah yang berselirat di jalan kampung. Alang Abdul Rauf  memberitahu, dia sengaja membawa saya melalui jalan tersebut, kerana  jalan kampung itu merupakan jalan pintas yang terdekat untuk sampai ke  Kota Baru, sebuah pekan kecil dalam daerah Kinta.    Sejam kemudian, kami sampai ke pekan kecil itu. Alang Abdul Rauf  sandarkan basikal di pangkal pokok jati depan kedai kopi. Bahagian  belakang baju Melayunya, saya lihat dibasahi peluh. Daging punggung saya  terasa kebas dan sengal‐sengal. 

Page 1519 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Kita minum, rumah adik aku tak jauh Lagi,” kata Alang Abdul Rauf.    “Saya tak dahaga pakcik.”    “Tak dahaga pun, apa salahnya minum.”    “Tak payahlah pakcik.”    “Jangan begitu, datuk kamu tak marah, dia suruh aku bawa kamu, biar kamu  tahu tentang keadaan orang di sini.”    “Hummmm,” ketuh saya lalu mengikutnya masuk kekedai kopi.    Alang Abdul Rauf minta dua cawan kopi. Sementara menanti kopi yang  dipesan, Alang Abdul Rauf menatap akhbar Utusan Melayu yang memang  disediakan okh pihak pekedai untuk para pelanggan yang datang minum.  Saya lihat tidak berapa ramai orang yang minum dalam kedai tersebut.    Kebanyakannya sudab tua‐tua belaka. Tetapi, mereka tetap bersikap ramah  pada saya dan Alang Abdul Rauf. Mereka tidak kedekut untuk memberikan  senyuman pada kami. Sikap mereka itu membuat saya gembira dan senang  hati. Kopi yang dipesan pun sampai.    “Minumlah” kata Alang Abdul Rauf pada saya. Cepat‐cepat saya anggukkan 

Page 1520 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kepala lalu mendekatkan piring dan cawan ke tepi meja. Saya kacau air  dalam cawan dengan sudu. Biar gula, kopi dan susu jadi sebati. Alang  Abdul Rauf masih lagi menatap akhbar. Seolah‐olah buat tidak kisah  dengan air kopi yang dipesannya.    “Pak cik kenapa tak minum?” Tanya saya. Alang Abdul Rauf jatuhkan  suratkhabar atas meja. Muka saya ditentangnya sambil menolak suratkhabar  Utusan Melayu ke tepi. Saya terus mendermakan senyum padanya sambil  mengangkat cawan untuk menghirup air kopi.    “Tamar.”    Cawan kopi saya letakkan atas meja kembali. Saya lihat Alang Abdul Rauf  menekup kedua belah telinganya dengan telapak tangan. Matanya tertatap  pada dada meja. Memang saya, tidak mengerti kenapa Alang Abdul Rauf  berbuat demikian. Mungkin itu kebiasaan yang sering dilakukannya atau  dia mengalami sakit telinga, saya membuat andaian yang tersendiri.    Alang Abdul Rauf terus menghirup kopi. Bahu kanan saya dicuitnya,  menyuruh saya minum. Tanpa membuang masa, air kopi terus saya hirup.  Rasa kering di anak tekak terus berakhir.    “Makan kuih,” kata Alang Abdul Rauf. Ia terus mengambil pulut udang  dalam piring. Pembalut pulut udang dikoyakkannya dengan berhati‐hati.   

Page 1521 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Sebelum pulut udang disumbat ke dalam mulut, pembalut bahagian atas dan  bawah terus dibuang. Alang Abdul Rauf terus mengunyah pulut udang dan  kemudian ditelan.    Saya terus mengambil kuih Seri Muka, bila kuih itu saya dekatkan ke  mulut. Alang Abdul Rauf terus berdehem. Saya segera memandang padanya  dengan ragu‐ragu. Kenapa setiap kali saya mahu minum dan makan, Alang  Abdul Rauf melakukan sesuatu.    “Kau tak baca bismillah,” Alang Abdul Rauf mengingatkan.    “Oh. terima kasih.”    Saya terus membaca bismillah. Kuih Seri Muka saya kunyah dengan rakus  sekali. Alang Abdul Rauf tersenyum memandang pada saya. Beberapa orang  pelanggan, masuk dan keluar dari kedai kopi. Matahari yang memancar  garang di luar menghantar bahang panas ke dalam kedai.    Badan saya jadi berpeluh. Alang Abdul Rauf menghabiskan sisa‐sisa kopi  di cawan. Ia minta lagi secawan kopi. Jumlah pulut udang dalam piring  terus berkurangan. Saya kira kopi dan pulut udang merupakan makanan dan  minuman yang amat digemari olch Alang Abdul Rauf.    “Tamar, kau mahu mengamalkan petua orang tua‐tua.”   

Page 1522 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

‘Mahu pakcik.”    Alang Abdul Rauf kacau kopi dengan sudu berkali‐kali. Sudu yang berlaga  dengan bibir cawan melahirkan bunyi yang amat menyeronokkan bagi diri  saya. Sebelum minum kopi, Alang Abdul Rauf menggosok‐gosok rambutnya  dengan telapak tangan. Kemudian baru ia minum dengan tenang.    “Apa petua yang pakcik nak cakapkan dengan saya?”        Tags: tamar jalis bercakap dengan jin,tamar jalis blogspot,tamar jalis  siri bercakap dengan jin,tamar jalis siri bercakap dengan jin,siapa  tamar jalis,siri tamar jalis,cerita seram tamar jalis,koleksi tamar  jalis,buku tamar jalis,koleksi cerita tamar jalis,novel tamar jalis,siri  bercakap dengan jin tamar jalis,buku bercakap dengan jin   

SBDJ (Jilid 05) Siri 80: Mayat Berbau Wangi    "Begini," Alang Abdul Rauf menggosok‐gosok badan cawan dengan jari  kelingkingnya. Lagi sekali ia merenung ke kiri dan ke kanan. Ia menarik  nafas panjang. Kesan air kopi yang melekat di bibir bawahnya terus  dikesat dengan hujung jari telunjuk. Saya masih menanti, apakah  petua‐petua yang akan diucapkannya kepada saya.    "Begini Tamar, orang tua‐tua kita dulu, banyak mengamalkan petua 

Page 1523 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

terutama bila berdepan dengan minuman dan makanan," Alang Abdul Rauf  memulakan," petua tu digunakan untuk menjaga diri, mungkin makanan atau  minuman yang diberi atau dihidangkan oleh orang lain pada kita, ada  benda‐benda bisa yang termasuk secara tidak sengaja," tambahnya dengan  nada suara yang lembut.    Wajahnya nampak tenang sekali. Saya anggukkan kepala beberapa kali  sambil merenung tangkai cawan.    "Apa dia petuanya pak cik?"    "Selalunya, orang menaruh guna‐guna dalam minuman, juga makanan dengan  tujuan untuk menjadikan seseorang tu bodoh, ada juga yang cuba menaruh  racun," Alang Abdul Rauf membetulkan duduknya, supaya selesa.    "Cara pertama gunakan lidah untuk menjolok lelangit, kalau terasa geli,  bolehlah minum dan makan benda yang dihidangkan, kalau tidak terasa  apa‐apa semacam kebas jangan makan atau minum, itu merbahaya," Alang  Abdul Rauf meluahkan petua pertama. Saya mendengar dengan penuh minat.    "Lagi petua yang ketiga macam mana pula?"    "Sebelum makan atau minum, gosok rambut dengan telapak tangan, biasanya,  jika rambut digosok terasa kesat dan mengeluarkan bunyi, jika tak dengan  bunyi, jangan minum dan makan barang yang dihidangkan di depan kamu," 

Page 1524 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Alang Abdul Rauf meluahkan semua petua yang diketahuinya pada saya.    Saya mengaru‐garu batang leher yang gatal. Mata terus merenung ke setiap  sudut kedai kopi. Saya kira petua‐petua yang dikatakan oleh Alang Abdul  Rauf itu memang baik untuk diamalkan.    "Tetapi, orang‐orang muda sekarang mana mahu amalkan semua petua,  Bismillah pun jarang dibaca bila mahu makan atau minum," kata Alang  Abdul Rauf dan saya merasakan kata‐kata itu, bagaikan menyindir diri  saya sendiri. Muka Alang Abdul Rauf saya pandang sejenak.    "Tapi, aku yakin kamu selalu baca Bismillah setiap kali minum dan makan,  bukan begitu Tamar?"    "Insya‐Allah pak cik," balas saya dengan segaris senyum.    "Mari kita pergi Tamar."    Alang Abdul Rauf terus bangun. Ia menuju ke meja tuan punya kedai kopi.  Alang Abdul Rauf bayar harga kopi dan kuih. Kedai kopi kami tinggalkan  dan saya terus duduk di pelantar basikal menuju ke rumah adiknya yang  terletak kira‐kira sebatu dari kedai kopi tersebut.    ADIK   

Page 1525 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Tujuan utama Alang Abdul Rauf menemui adiknya untuk membincangkan tanah  pusaka peninggalan orang tua mereka. Alang Abdul Rauf mahu menjual tanah  pusaka itu pada orang lain.    Tetapi adiknya tidak setuju dengna alasan tanah pusaka itu mahu ditanam  dengna pokok durian dan langsat. Sedangkan Alang Abdul Rauf berpendapat  cara yang mahu dilakukan oleh adiknya itu tidak sesuai kerana kedudukan  tanah itu jauh dan tidak pernah dijaga.    "Dari tanah tu terbiar ada baiknya kita jual, duitnya kita bagi sama,  selama ni duit cukai tanah aku yang membayar hasilnya tak ada apa‐apa,"  ujar Alang Abdul Rauf pada adiknya.    "Saya tak mahu jual, kalau abang jual juga, kita bukan lagi adik  beradik," suara adiknya keras.    "Kalau sudah begitu kata kamu, tak jadilah aku nak jual tapi, cukainya  kita bayar sama‐sama."    "Abang saja yang bayar, saya mana ada duit, anak‐anak saya ramai, bila  saya ada duit nanti saya bayar."    "Itulah yang selalu kamu cakapkan, bila aku datang minta duit kamu  lari," suara Alang Abdul Rauf meninggi. Adiknya terus membisu.   

Page 1526 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Mungkin kerana sifat penyabarnya, Alang ABdul Rauf tidak mahu  menyebut‐nyebut soal tanah pusaka dalam perbincangan berikut dengan  adiknya. Anehnya, sebelum Alang Abdul Rauf pulang, adiknya meminta wang  darinya. Alang Abdul Rauf hulurkan wang dua puluh ringgit pada adiknya.    "Itulah adik aku Tamar, namanya Mat Judin, susah mahu diajak berunding,"  bisik Alang Abdul Rauf pada saya, ketika turun dari rumah.    "Adik nombor berapa pak cik."    "Adik bongsu, yang dia tahu minta duit tak beri tarik muka, kerana tak  mahu bergaduh dengan adik‐beradik, terpaksa aku ikut cakapnya," terang  Alang Abdul Rauf.    "Apa pendapat kamu tentangnya."    "Tak ada apa‐apa pak cik," balas saya dengan senyum pendek. Saya tidak  mahu melibatkan diri dalam urusan keluarga orang lain.    Kami tinggalkan rumah Mat Judin, ketika matahari sudah condong. Seronok  naik basikal di bawah lindungan pokok‐pokok getah. Terasa cukup redup  dan selesa sekali. Peluh tidak sehebat tadi mercik di dahi dan tubuh.  Alang Abdul Rauf cukup rancak bercerita tentang keluarganya. Saya cuma  anggukkan kepala. Sesekali, saya ketawa, bila terdengar peristiwa lucu  terjadi antara Alang Abdul Rauf dengan adik bongsunya. 

Page 1527 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Tiba‐tiba, Alang Abdul rauf brek basikalnya dengan mengejut. Saya  terpelanting ke tanah. Siku kiri saya berdarah kena tunggul getah.  Dengan susah payah saya bangun. Pada mulanya saya mahu marahkan Alang  Abdul Rauf tetapi, bila saya lihat dirinya terkial‐kial ditindih basikal  dan baju Melayu cekak musangnya koyak, saya tidak jadi marah.    "Kenapa pak cik," tanya saya.    "Tengok tu,"    "Ha," mulut saya ternganga. Kepala lutut saya terasa lemah. Seekor ular  tedung sela memanggungkan kepalanya separas dada saya. Ular itu  kelihatan seperti berdiri atas ekornya.    "Kamu jangan bergerak, Tamar," perintah Alang Abdul Rauf. Saya mematikan  diri. Tegak macam patung.    Ular tedung selar itu menggerakkan kepalanya ke kanan mengikut gerakan  tubuh Alang Abdul Rauf yang cuba mendirikan basikalnya. Ular tedung sela  itu terus mematuk ke arah tubuh Alang Abdul Rauf. Anehnya patukan ular  itu bagaikan tidak sampai ke tubuh Alang Abdul Rauf, macam ada sesuatu  yang menghalangnya.    Ular tedung sela berhenti mematuk tubuh Alang Abdul Rauf . Basikal tua 

Page 1528 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

berjaya ditegakkan. Ular tedung sela masih berdiri dengan kepala yang  terkembang.    Perlahan‐lahan Alang Abdul Rauf membongkokkan badannya. Ular tedung sela  turut merendahkan badannya dan bersedia untuk melepaskan patukan pada  ubun‐ubun kepala Alang Abdul Rauf.    Belum pun sempat ular tedung sela membenamkan siungnya yang bisa ke  kulit Alang Abdul Rauf, saya lihat Alang Abdul Rauf terus melompat  dengan sekelip mata sahaja, bahagian bawah kepala ular tedung sudah  berada dalam genggamannya. Cepat‐cepat Alang Abdul Rauf menekan siung  ular tedung pada besi galang basikal.    "Kau ambil mangkuk getah dan tadah," perintah Alang Abdul Rauf. Saya  segera mengambil mangkuk yang tersangkut pada pohon getah lalu menadah  bisa ular tedung yang keluar. Badan ular terus melilit lengan Alang  Abdul Rauf. Pada mulanya lilitan itu cukup kuat dan kejap. Sepuluh minit  kemudian, lilitan ular tedung menjadi lemah dan badannya terus lurus ke  bawah, tidak bermaya.    "Balik ke tempat kamu," kata Alang Abdul Rauf meletakkan ular tedung  sela atas tanah. Beberapa minit kemudian, ular tedung sela itu  menggerakkan ekornya beberapa kali. Panggungkan kepala separas lutut  Alang Abdul Rauf untuk beberapa saat. Badannya direndahkan lalu melata  atas bumi masuk ke dalam semak di sebelah kanan jalan. 

Page 1529 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Buat apa bisa ular ni pak cik, tanya saya. Alang Abdul Rauf terus  mengeluarkan botol kecil yang dibawanya. Ditutup dengan sapu tangan  bewarna merah.    "Jarang‐jarang dapat bertemu dengan ular tedung, entah macam mana petang  ni, dia datang serah diri," Mukanya kelihatan kemerah‐merahan.    "Buat apa bisa ular ni pak cik?" ulang saya lagi.    "Untuk menawarkan bisa ular," balasnya tersenyum.    "Naik, kita balik," gesa Alang Abdul Rauf pada saya. Ia terus menolak  basikalnya atas jalan tanah merah. Tanpa membuang masa saya terus  melompat atas lanting basikal. Kali ini Alang Abdul Rauf kayuh basikal  dengan laju sekali. Rambut saya terus mengerbang ditolak angin.    "Pak cik saya nak tanya sikit?"    "Apa dia tamar."    "Tadi saya nampak ular tu patuk ke badan pak cik tapi macam tak sampai."    "Betul ke?" Alang Abdul Rauf macam terkejut.   

Page 1530 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Ya, pak cik."    Alang Abdul Raud tidak menjawab, ia terus membongkok kayuh basikal.  Langgar akar dan tanah keras. Saya terpaksa angkat punggung. Kalau tak  buat macam itu, daging punggung saya terasa sakit dan mungkin juga  lebam. Angin yang memukul tubuh membekalkan kesegaran.    "Lain kali saja perkara tu aku ceritakan pada kamu Tamar."    "Kenapa?"    "Tak usahlah kamu tanya kenapa."    "Bisa ular tu nak buat apa pula?"    "Kamu terlalu banyak bertanya," suara Alang Abdul Rauf mula meninggi.  Saya tahu ia kurang senang dengan sikap saya. Buat beberapa ketika kami  tidak bercakap. Bunyi rantai basikal tua yang tidak pernah ditaruh  minyak menyakitkan anak telinga saya.    "Bisa ular itu, aku campurkan dengan minyak kelapa tulin kemudian aku  hangatkan ke api hingga mendidih, isi dalam botol," tidak saya duga  Alang Abdul Rauf mahu membuka rahsia kegunaan bisa ular yang diambilnya  sebentar tadi. Saya tersenyum dan memasang telinga untuk mendengar  keterangan lanjut darinya. 

Page 1531 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Lepas tu pak cik buat apa?"    "Aku jadikan minyak untuk menyapu seluruh badan, bila mahu tidur malam,  dengan izin Allah jika kita kena patuk ular bisanya terus tawar,  kadang‐kadang ular tidak mahu mematuk kita, kecuali ular yang  betul‐betul ganas."    "Macam ular tadi."    Alang Abdul Rauf terus anggukkan kepala. Badannya terus membongkok kayuh  basikal.    "Selain dari itu, apa khasiatnya lagi."    "Boleh menghilangkan sakit‐sakit lenguh sendi, terkehel dan penawar bisa  binatang."    "Macam tu, barulah saya tahu."    "Datuk kau tak cakap dengan kau."    "Tidak."    Alang Abdul Rauf terbatuk. Basikal terus dikayuh dengan tenaga tuanya. 

Page 1532 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Bau peluhnya terasa hangit menyucuk lubang hidung saya. Baju dibahagian  ketiaknya basah dengan peluh. Dedaun getah yang tua terus berguguran.  Melayang‐layang di udara sebelum tersadai di tanah.    "Kalau macam tu, kenapa pak cik tak tangkap ular dan ambil bisa untuk  dijadikan ubat, jual pada orang ramai macam tukang‐tukang ubat kaki lima  buat," soal saya. Alang Abdul Rauf memperlahankan laju basikalnya.    "Tak boleh, kita tak boleh tangkap sebarang ular bisa, kecuali ular yang  betul‐betul garang dan menyerang kita, macam ular tadi. Kalau sengaja  kita tempah cari ular bisa, perkara tu tak mahu menjadi," terang Alang  Abdul Rauf dalam keadaan yang mengah.    Ia terus menyapu peluh di dahi dengan telapak tangannya. Saya terus  melihat pepohon getah yang kaku. Dua tiga ekor kera berlompatan di dahan  getah, memulas dan membuang buah getah muda.    "Lagi satu ubat macam tu, tak boleh dijual, kalau dijual mujarabnya  kurang, malah tak datang kesan langsung, kita boleh menyimpannya dan  menggunakannya untuk orang yang benar‐benar memerlukan pertolongan,  kalau dijadikan punca rezeki, ia tak mahu menjadi, silap‐silap caranya  kita dituduh orang, jadi penipu." lanjut Alang Abdul Rauf penuh  semangat. Saya terus diam.    Apa yang saya fikirkan dalam kepala, macam mana Alang Abdul Rauf tahu 

Page 1533 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kegunaan bisa ular itu. Apakah sebelum itu ia pernah kena patuk ular  bisa atau memang sejak dulu lagi, ia ada ilmu ular.    "Agaknya pak cik ada ilmu ular?" Saya memberanikan diri bertanya. Soalan  saya tidak dijawabnya untuk beberapa minit. Saya tidak berani  mengulanginya, saya takut kena marah. Saya biarkan ia mengayuh basikal  dengan tenang.    "Tak ada ilmu, memang aku tak tahu ilmu ular, cuma setiap kali  berhadapan dengan ular aku baca Bismillah, kemudian amalkan petua orang  tua‐tua bersama dengan rasa yakin dan berani, tidak melupai kebesaran  ALLAH."    "Apa dia petuanya."    "Bila kamu jumpa kulit ular mahu bersalin kulit, ambil kulitnya itu,  bawa pulang dan bakar, abunya kamu isi dalam buluh kecil, bila kamu  masuk hutan yang kamu fikirkan terdapat ular bisa bawalah buluh tu,  dengan izin Allah, ular datang ke kaki kamu menyerah diri. Kamu jangan  buat apa‐apa, bacalah Bismillah dan tangkap ular itu, letakkan ke tanah  sebelah kanan tempat kamu berdiri." Alang Abdul Rauf berhenti bercakap.  Ia menelan air liur dua tiga kali. Bau peluhnya bertambah hebat.    "Biarkan ular itu pergi, kalau ular tu tak mampu bergerak kerana terkena  sumpah kulitnya, kau mesti meletakkan di tempat yang kamu fikirkan ia 

Page 1534 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

boleh bergerak. sebaik‐baiknya cari pucuk gelenggang letakkan atas  kepalanya, kamu dapat tengok ular itu lari macam pelesit," tokok Alang  Abdul Rauf sambil batuk.    "Berani kamu membuatnya Tamar?"    "Tak berapa yakin."    "Kalau tak yakin, jangan cuba‐cuba melakukannya nanti kamu terima padah,  lagipun petua ni ada ujiannya, bila kamu bawa kulit ular dalam buluh,  macam‐macam ular yang tak pernah kamu lihat akan kamu lihat."    "Ular macam mana tu pak cik?"    "Ular kepala dua, kadang kepala tiga, ada masanya kamu jumpa ular  bertanduk, kalau kamu takut, petua tu tak akan menjadi."    "Kalau saya berjaya macam mana pak cik?"    "Kamu boleh jadi macam aku, bila jumpa ular yang garang macam tadi ambil  bisanya dan buat seperti apa yang aku katakan," Alang Abdul Rauf menoleh  ke arah saya bersama senyum sinis.    Saya tahu, ia semacam memperkecilkan kemampuan diri saya. Sesungguhnya,  saya tidak minat sama sekali untuk jadi macam dirinya. Tetapi saya 

Page 1535 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

seronok melihat kejadian‐kejadian yang aneh dalam hidup saya. Saya  bercadang minta kebenaran dari datuk untuk tinggal lebih lama dengan  Alang Abdul Rauf, saya mahu berkongsi pengalaman dengannya. Saya yakin  tidak ramai orang‐orang tua yang ada ilmu dan petua dalam dada seperti  Alang Abdul Rauf.    Kalau saya tidak mahu mengambil petua darinya, apa salahnya melihat  dirinya mengamalkan petua itu. Setidak‐tidaknya akan jadi bahan cerita  anan cucu saya, betapa orang‐orang tua terdahulu mempunyak keistimewaan  yang tersendiri.    RUMAH    Lebih kurang pukul empat petang, saya dan Alang Abdul Rauf sampai ke  rumah. Saya lihat datuk duduk menongkat lutut atas pelantar di bawah  pohon mempelam membaca akhbar dengan tenang.    "Macam mana, semuanya berjalan dengan selamat." tanya datuk pada Alang  Abdul Rauf yang sedang menyandarkan basikal tuanya di tiang rumah.    "Semuanya selamat, kalau tak selamat aku dan cucu kamu tak sampai ke  sini," sahut Alang Abdul Rauf dalam nada suara yang meninggi. Datuk  melipatkan akhbar yang dibaca. Saya terus menghampirinya dan duduk  disisinya.   

Page 1536 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Beberapa minit kemudian Alang Abdul Rauf datang ke pelantar dan duduk di  sebelah kanan saya. Datuk terus meraba‐raba dagunya.    "Apa yang cucu aku dapat ikut kamu Alang?"    "Banyak yang dia dapat, kamu tak percaya cubalah tanya dirinya sendiri."    "Betul ke ni Alang atau nak bergurau saja," tingkah datuk dan mereka  ketawa berderai di bawah sinar matahari petang yang cerah.    "Eh Tamar kau cakapkan pada datuk kamu, apa yang kamu tengok dan masa  kamu ikut aku," Alang Abdul Rauf merenung mata saya. Datuk menggaru‐garu  pangkal telinganya.    "Cakaplah Tamar," Alang Abdul Rauf seperti mendesak.    "Tak payah Tamar cakap pun aku dah tahu, kamu bawa balik bisa ular  tedung Alang," Saya lihat muka Alang Abdul Rauf berubah. Ia terkejut  besar. Memang ia tidak menduga yang datuk tahu apa yang telah terjadi.    "Mana kamu tahu?" tanyanya cemas.    "Hidung aku dapat menciumnya," balas datuk.    "Bukan hidung, tetapi pancaindera yang kelima memberitahu aku." 

Page 1537 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Kamu memang manusia aneh."    "Tak aneh, tetapi aku mengamalkan pantang larang dan petua orang  tua‐tua," suara datuk merendah. Alang Abdul Rauf termenung panjang.  Membiarkan angin petang menyentuh wajahnya. Saya mengeliat dua tiga kali.    "Sengaja aku suruh si Tamar ikut kamu, biar dia tahu setiap orang ada  kelebihan dan kekurangannya, aku tak suruh dia ikut saja, semuanya sudah  aku kira dan perhitungkan," datuk membuka rahsia.    "Jadi, semuanya sudah kamu rancang." tanya Alang Abdul rauf.    "Ya, bila kamu sebut kamu nak pergi jauh, aku segera terfikir untuk  menyuruh Tamar menemani kamu, aku tahu kamu bukan sebarang orang,  setidak‐tidaknya Tamar dah tahu kamu memang handal melemahkan ular berbisa.    "Kamu memang bijak, cara kamu mengajar cucu kamu supaya menghargai  kehebatan orang tua‐tua memang tidak terasa."    "Entahlah," datuk terus menepuk pangkal pahanya berkali‐kali.    Saya terus bangun dan menggeliat, tidak lama kemudian terdengar suara  azan asar. Kami bertiga segera bangun. Menuju ke rumah. Saya basuh muka  dan kepala. Datuk tukar baju dan Alang Abdul Rauf tergesa‐gesa mandi. 

Page 1538 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Kami pun menuju ke masjid untuk berjemaah. Selesai berjemaah Alang Abdul  Rauf mengajak saya dan datuk meninjau ke kawasan tanah perkuburan yang  sudah dikosongkan. Tidak lama lagi kawasan itu akan menjadi kolam lombong.    "Kawasan sebelah sana, kubur‐kuburnya masih belum diubah."    Alang ABdul Rauf berdiri di bawah pohon gajus. Tangannya mengarah ke  kawasan perkuburan yang penuh dengan susunan batu nisan dalam pelbagai  aneka bentuk. Pokok‐pokok yang tumbuh di situ, seolah‐olah menjadi  payung pada perkuburan dan batu nisan. Sinar matahari bagaikan tidak  menyentuh tanah kubur.    "Kubur yang kamu korek tu sebelah mana?" Tanya datuk pada Alang Abdul  Rauf, saya lihat Alang Abdul Rauf membetulkan songkok putihnya yang  senget di kepala. Ia menarik nafas panjang.    "Saya korek sebelah kiri kawasan kubur yang kita nampak ni, lepas tu  baru sebelah kanan. Semua kawasan kubur orang Islam ini penuh dengan  bijih," tangan kanan Alang Abdul Rauf terus cekak pinggang merenung  kawasan‐kawasan yang disebutnya.    "Sejak kamu korek kubur, kamu tak jumpa dengan perkara‐perkara yang  ganjil Alang?" Saya lihat Alang Abdul Rauf tersenyum sumbing mendengar  pertanyaan dari datuk. Saya terus garu kepala dalam keresahan yang tidak 

Page 1539 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

menentu.    "Setakat ini, dengan izin Allah tak ada perkara buruk yang aku alami,"  jawab Alang Abdul Rauf.    "Syukur, tetapi sikit‐sikit tu ada," datuk buat serkap jarang.    Saya terus menggosok‐gosok pangkal hidung. Alang Abdul Rauf merenung  wajah datuk.    "Perkara tu ada juga, umpamanya jumpa perempuan cantik berjalan dekat  pokok besar, jumpa musang yang bertukar menjadi kucing," satu pengakuan  dari Alang Abdul Rauf yang tidak berselindung. Tidak saya duga serkap  jarang datuk menjadi tepat.    "Itu syaitan nak menguji kamu," celah datuk.    "Aku pun fikir begitu juga, aku dan kawan‐kawan buat tak kisah,  harimaukah, perempuan burukkah, kami tak peduli akhirnya benda‐benda tu  semuanya terus hilang," Alang Abdul Rauf terus ketawa.    Dari pinggir kawasan kubur, kami menyusur ke kanan menuju ke kaki bukit,  melihat kebun‐kebun getah yang bakal jadi lombong. Bergerak lagi melalui  kawasan dusun yang penuh dengan pohon kelapa, durian dan langsat,  semuanya tidak boleh bertahan lama di situ. Dalam sedikit masa lagi 

Page 1540 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kawasan durian itu akan menjadi lombong yang memuntahkan bijih dari  perut bumi.    Saya dapat membayangkan dalam tempoh dua tiga tahun lagi, kawasan  sekitar akan menjadi lapang. Penuh dengan pepasir dan saujana mata  memandang. Dan kawasan tempat yang kami lalui sekarang, tidak mungkin  dapat dikesan. Kami terus berjalan. Terasa segar dan menyenangkan kerana  hembusan angin yang sepoi‐sepoi bahasa.    "Ke mana lagi kamu nak bawa aku Alang?" Tanya datuk.    "Tak ke mana‐mana, kita pergi ke sungai dari situ kita terus pulang.    "Sungai tu ada ikan tak?"    "Ada, kenapa? Kau nak memancing," Alang Abdul Rauf renung muka datuk.  Mereka berbalas senyum.    "Kalau ada ikan, aku nak menjala," ujar datuk.    "Itu satu cadangan yang baik, aku juga nak ikut kamu menjala."    "Bila kita nak menjala?" Datuk renung muka Alang Abdul Rauf yang sedang  mengerutkan dahinya.   

Page 1541 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Nanti dua tiga malam lagi."    "Boleh juga, kalau aku tak ubah rancangan, memanglah aku nak duduk dua  tiga hari di sini," datuk menelan air liur. Kami terus melangkah.  Akhirnya sampai ke rumah.    Seronok rasa hati, setelah penat berjalan. Isteri Alang Abdul Rauf  menyediakan kopi dan goreng pisang panas. Saya terus makan dengan  lahapnya. Lepas makan dan minum kopi, datuk terus berborak dengan Alang  Abdul Rauf di serambi rumah hingga menjelang waktu Maghrib. Entah apa  yang mereka cakapkan saya tidak berminat mahu mendengarnya. Bukannya  menarik sangat cerita orang tua‐tua.    KUBUR    Malam itu lepas sembahyang Isyak, datuk dan Alang Abdul Rauf terus  berwirid hingga jam sepuluh malam. Sebaik sahaja wirid berhenti,  kawan‐kawan Alang Abdul Rauf yang mengorek kubur terus datang dan duduk  di serambi. Saya kira jumlahnya lebih kurang enam orang. Semuanya  berbadan tegap tetapi, wajah mereka nampak tenang dan berani untuk  menghadapi dugaan dan rintangan.    Datuk dan Alang Abdul Rauf berbincang, sejenak, tanpa saya duga  perbincangan mereka, kerana mahu membawa saya ikut sama rombongan  menggali kubur. Alang Abdul Rauf menggalakkan datuk supaya membenarkan 

Page 1542 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

saya ikut serta dalam rombongan menggali kubur. Datuk patuh dengan  cadangan Alang Abdul Rauf.    Pukul sepuluh lebih, kami meninggalkan rumah menuju ke tanah perkuburan  yang sunyi dan seram. Saya terdengar bunyi suara burung hantu  sayup‐sayup, saya juga terdengar desiran angin malam menyentuh dedaun  getah yang memagari kawasan perkuburan.    Bunyi dedaun yang disentuh angin itu melahirkan suara yang menakutkan,  ada masa terdengar seperti orang menangis dan ada masa pula terdengar  macam bunyi orang ketawa yang tidak putus‐putus.    Dari sinaran lampu picit, saya melihat batu‐batu nisan tegak kaku. Malah  ada yang nampak berkilau‐kilau kena cahaya lampu picit. Katak‐katak puru  melompat di kaki membuat saya terperanjat. Bagi saya tidak menghadapi  masalah yang sukar berjalan di situ kerana saya di barisan tengah.    Kepala jalan Alang Abdul Rauf, dituruti oleh orang kanannya. Kemudian  datuk, diri saya dan kawan‐kawan Alang Abdul Rauf. Menurut Alang Abdul  Rauf yang jadi pembantunya cuma tiga orang sahaja yang lain cumma  ikut‐ikut sahaja, mereka mahu menggeletar kerana kesejukan.    "Kita korek dua kubur malam ni, kau sebelah kanan dan aku korek kubur  ini," Alang Abdul Rauf memberitahu kawannya yang sedang berusaha  menyalakan api gasolin. Seluruh kawasan yang mahu dikorek 

Page 1543 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

terang‐benderang tetapi, cahaya gasolin tidak mampu menghalau nyamuk  yang memang dahagakan darah manusia.    Suasana di situ mula dikuasai dengan bunyi cangkul dan menyebak  membongkar tanah kubur. Tanah‐tanah yang segar bertimbun sedikit demi  sedikit lalu membentuk sebuah bukit kecil. Suara jampuk dan burung hantu  bersahut‐sahutan, angin menjatuhkan reranting kering yang bunyinya macam  orang berjalan. Terdengar juga salakan anjing yang bertalu‐talu dan  berpanjangan. Saya melihat malam yang pekat bersama titik‐titik embun  dari langit.    Ada seribu macam bunyi yang datang ke telinga saya. Semuanya membuatkan  bulu tengkuk saya tegak. Terdengar juga suara seakan‐akan orang  menangis. Bila saya renung ke arah yang tidak kena cahaya lampu gasolin.  Saya lihat nisan yang tadi kaku, macam bergerak‐gerak. Saya lihat datuk  masih duduk dengan tenang.    Bila kubur yang digali oleh Alang Abdul Rauf sampai separuh, saya mula  terhidu bau wangi macam kasturi.   

SBDJ (Jilid 05) Siri 81: Dicakar Kucing Hutan    DI bawah sinar lampu gasolin yang cerah, saya tatap wajah datuk. Datuk  nampak tenang menarik dan melepaskan nafas. Alang Abdul Rauf terus  menggosok batang cangkul dengan sepasang telapak tangannya. 

Page 1544 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Kawan‐kawannya terus menggali kubur dengan rancak sekali. Bau wangi  terus menguasai tanah perkuburan.    Saya terus mendekati datuk.    “Bau apa yang wangi tu tuk?”    “Ada mata tengok, ada telinga dengar.”    Jawapan yang datuk hamburkan itu amat mengecewakan diri saya. Suara  cengkerik dan katak terus berlarutan. Angin yang bertiup membekalkan  rasa dingin ke seluruh tubuh. Bunyi mata pencebak dan cangkul berlaga  dengan tanah jelas kedengaran. Suara burung hantu dan jampuk sayup‐sayup  kedengaran.    Salah seorang dari kawan Alang Abdul Rauf menghampiri kami. Badannya  nampak peluh dan saya terhidu bau hangit yang meloyakan tekak. Saya  paling hidung saya ke arah lain. Tetapi bau hangit itu tetap memburu  hidung saya.    “Lap peluh kamu.”    Alang Abdul Rauf mencampakkan kain padanya. Orang itu terus menyapu  peluh yang melekat di badan. Ia tersenyum ke arah saya. Ia bagaikan tahu  yang saya tidak menyenangi dirinya. 

Page 1545 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Dah jumpa tulang orang mati?” Alang Abdul Rauf mengajukan pertanyaan  padanya. Orang itu tidak menjawab, Ia mencapai botol air sejuk di hujung  lutut Alang Abdul Rauf.    Saya lihat buah halkumnya bergerak kencang ketika ia meneguk air dari  dalam botol. Kulit perutnya juga turun bergerak‐gerak. Sebahagian dari  air yang tidak masuk ke mulutnya terus jatuh atas dada bidangnya yang  berbulu lebat. Ia berhenti minum. Botol diletakkan kembali dekat hujung  lutut Alang Abdul Rauf.    “Kali ni bukan jumpa tulang,” katanya sambil menyapu kesan air yang  melekat di bibirnya. Saya angkat kepala merenung muka datuk yang  kelihatan terkejut. Alang Abdul Rauf menujah‐nujah permukaan tanah  dengan ranting kayu.    “Kalau bukan tulang, kamu jumpa apa?” tanya datuk.    “Mayat tak reput.”    “Mayat tak reput?” Alang Abdul Rauf terus berdiri.    “Ya bau wangi ini, datangnya dari mayat tu,” orang itu tersenyum. Muka  Alang Abdul Rauf nampak resah. Datuk terus menggigit kuku di jari. Saya  teraba‐raba batang leher beberapa kali. Badan terasa seram. 

Page 1546 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Aku dah agak bau wangi tu dari kubur yang digali, waktu aku menolong  kamu menggali tadi, makin jauh dikorek makin kuat bau tu menyumbat  hidungku,” Alang Abdul Rauf bersuara lemah. Ia merenung muka datuk sejenak.    “Aku berhenti mengorek tadi kerana pinggang aku terasa sakit, dan terus  duduk dekat kawan aku ni tapi, bau wangi tu sampai ke sini,” tambah  Alang Abdul Rauf sambil menggeliat beberapa kali.    “Eloklah kita tengok Alang,” datuk mengeluarkan cadangan. Alang Abdul  Rauf mengekori langkah mereka yang tenang menuju ke kubur yang jaraknya  dari tempat saya dan datuk, kira‐kira sepuluh kaki. Datuk dan Abdul Rauf  jengok ke lubang kubur. Kawan Abdul Rauf yang berbadan tegap bercekak  pinggang merenung ke arah kawannya yang sedang berhempas‐pulas mengorek  kubur yang lagi satu.    Tiba‐tiba saya bagaikan dipaksa untuk melihat ke dalam kubur. Tanpa  memberitahu datuk dan Alang Abdul Rauf saya jenguk lubang kubur. Saya  menarik nafas. Apa yang saya lihat ialah mayat seorang lelaki dalam  keadaan yang baik. Wajahnya nampak bersih dalam keadaan yang tersenyum.  Alang Abdul Rauf segera menyuruh kawannya mengambil kain untuk menutup  mayat dalam lubang kubur. Perintah Alang Abdul Rauf segera dipatuhi.    “Sekarang kamu pergi ke balai polis, laporkan perkara ni pada tuk  sarjan,” kara Alang Abdul Rauf pada kawannya. Tanpa sebarang bantahan 

Page 1547 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kawannya terus meninggalkan kami, meredah malam menuju ke arah jalan  raya pergi ke balai polis. Embun jantan yang gugur dari langit terasa  menyentuh muka.    Saya mula menguap, bau tanah kubur yang baru dikorek memang kurang  menyenangkan hidung saya. Sesekali saya tercium bau kapur barus dan bau  air mawar. Saya tidak tahu, apakah bau tersebut tercium oleh datuk dan  Alang Abdul Rauf. Bunyi dedaun yang disentuh angin bagaikan bunyi tapak  kaki orang memijak daun getah di musim kemarau. Bunyinya bersambung‐sambung.    “Dah kurang bau wanginya,” ujar Alang Abdul Rauf pada datuk yang sedang  meraba‐raba misainya. Mulut datuk tetap bergerak. Entah apa yang  dibacanya saya sendiri pun tidak tahu.    “Ya, tapi bau ni takkan hilang terus,” sanggah datuk.    “Mana awak tahu?”    “Bukankah bau tu datang dari mayat, waktu begini bau kurang, menjelang  subuh dan pagi baunya bertambah harum dan kuat,” jelas datuk lagi.    “Eh, macam mana awak tahu semuanya ni?” Alang Abdul Rauf tatap muka  datuk di bawah sinar lampu gasolin yang memancar terang. Saya terus  merenung ke arah kawan Alang Abdul Rauf yang sedang menggali kubur yang  lagi satu. 

Page 1548 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Sesekali saya terdengar suara mereka ketawa berselang seli dengan suara  batuk. Barang kali kawan Alang Abdul Rauf yang itu tidak menghadapi  masalah. Kalau ada masalah terus mereka datang ke sini, kata hati saya  sambil menggaru pangkal leher yang gatal akibat digigit nyamuk.    “Awak tahu makin terasa cuaca sejuk, makin kuat baunya, saya dah tahu,  sebabnya dalam cuaca yang sejuk udara tidak dapat bergerak dengan  lancar, sentiasa berpusing‐pusing sebelum bergerak lebih jauh,” saya  lihat datuk bersuara dengan tenang dan penuh keyakinan.    Apakah cakap datuk itu memang benar atau sengaja di ada‐adakan bagi  menyenangkan hati Alang Abdul Rauf. Saya lihat Alang Abdul Rauf  anggukkan kepala. Setuju dengan apa yang diucapkan oleh datuk. Saya  menggeliat, menghilangkan rasa lenguh di pinggang. Rasa seram tetap  menguasai seluruh badan saya.    “Pak Alang ke mari.”    Serentak kami memandang ke arah suara memanggil nama Alang Abdul Rauf.  Dua orang lagi kawan Alang Abdul Rauf yang bersandar pada sebatang pokok  terus mendekati datuk. Saya lihat muka keduanya sangat pucat.    “Kamu ke mana? Diam tak bercakap,” Alang Abdul Rauf menyoal kedua‐dua  orang kawannya dengan wajah bersahaja. 

Page 1549 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  PUTUS    Suara burung hantu dan jampuk masih berterusan. Laungan anjing tidak  pernah putus. Tetapi, deru angin malam bertambah lemah.    “Kamu tengok apa yang dia orang mahu. Tolong dia orang, kalau ada  apa‐apa masalah datang bagi tahu aku di sini,” Alang Abdul Rauf  mengeluarkan penintah.    “Baiklah Pak Alang,” kedua‐duanya meninggalkan kami.    “Mari kita duduk di sana,” Alang Abdul Rauf meluruskan jari  kelingkingnya ke arah sebatang pokok kayu condong.    “Boleh juga, datuk.    “Mari.”    Kami bertiga terus menuju ke pokok condong. Duduk di situ. Datuk dan  Alang Abdul Rauf duduk berdekatan hingga berlaga bahu. Saya duduk  berdepan dengan mereka. Saya lihat datuk resah tidak menentu.    Dalam saat yang sama saya bagaikan terasa ada sesuatu yang bergerak di  ruang kosong, antara saya dengan Alang Abdul Rauf. Saya rasa benda yang 

Page 1550 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

bergerak dan tidak dapat dilihat itu seperti kaki gajah. Dedaun kering  dan reranting kecil nampak bergerak dan terbenam di bumi macam dipijak  sesuatu. Meninggalkan tapak yang besar. Bentuknya macam tapak kaki  manusia yang berjari empat.    Alang Abdul Rauf segera bangun. Sebaik saja Alang Abdul Rauf berdiri. Ia  terus jatuh terlentang macam ditolak sesuatu, baju Melayu yang  dipakainya terkoyak bagaikan kena rentap oleh tangan manusia. Saya  segera menghampiri Alang Abdul Rauf. Dadanya bercalar bagaikan dicakar  oleh kuku kucing hutan. Muka Alang Abdul Rauf berkerut menahan kesakitan.    Datuk segera bertindak, merentap daun gelenggang yang berbunga tunggal  di kanannya. Daun itu digosoknya dengan kedua belah telapak tangan  hingga hancur dan mengeluarkan air. Kemudian, air dan daun gelenggang  itu disapu ke dada Alang Abdul Rauf. Darah berhenti keluar dan bekas  kena cakar itu nampak kering.    “Aduh!”    Saya terus berguling di tanah. Bahu kanan saya bagaikan ditikam dengan  pisau belati. Pedih dan sakitnya hingga tidak terkata. Dalam pandangan  yang berpinar‐pinar itu, saya lihat datuk bergerak ke sana dan ke sini  sambil mengembangkan tangannya. Menepis ke kiri dan ke kanan. Tidak tahu  apa yang datuk tepiskan. Saya tidak nampak ada orang yang menyerangnya.  Pokok‐pokok kecil sekitar pokok condong jadi rata akibat dipijak oleh datuk. 

Page 1551 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Alang Abdul Rauf mula bertenaga. Duduk bersila di tanah sambil melagakan  jari telunjuk dengan ibu jari berkali‐kali seperti orang membilang  tasbih. Pandangan saya jadi gelap dan saya terdengar suara orang membaca  Quran. Saya mengikut pembacaan itu dalam hati sambil menyerahkan diri  pada Allah yang maha besar. Saya terdaya membuka kelopak mata. Saya  toleh ke kanan, saya lihat Alang Abdul Rauf sedang membaca ayat‐ayat suci.    Datuk yang tertiarap di bumi bangun perlahan‐lahan. Sekujur tubuhnya  berpeluh dan baju yang dipakainya penuh dengan tanah kubur. Alang Abdul  Rauf berhenti membaca ayat‐ayat suci dan membantu datuk. Saya masih lagi  terkapar menahan rasa sakit. Datuk menghampiri saya lalu menampar bahu  saya yang sakit. Lagi sekali saya terus pengsan. Tidak tahu berapa lama  saya tidak sedarkan diri. Bila saya sedar saya rasa bahu saya tidak  sakit lagi.    Datuk terus mengikat ranting kering dengan kain hitam. Ranting kering  itu ikat bersusun. Ranting kering yang sudah diikat itu terus dipijak  hingga terbenam dalam bumi. Suasana terasa amat sepi sekali.    “Syaitan kacau kita,” Alang Abdul Rauf.    “Saya tahu,” balas Alang Abdul Rauf.    “Apa ikhtiar kita?” 

Page 1552 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Usah bimbang, kuasa Allah tak ada sesiapa yang dapa menentangnya,”  balas Alang Abdul Rauf penuh keyakinan.    “Aghhhhh”    Serentak saya dan Alang Abdul Rauf serta datuk menoleh ke kanan. Kami  terbangun. Dari celah pepohon di atas perkuburan kami terlihat satu  lembaga yang amat menggerunkan, lembaga tanpa badan itu bagaikan muncul  dari pohon. Kami berpandangan sama sendiri. Mata saya kembali tertumpu  pada lembaga tersebut. Keadaannya amat menakutkan.    Mulutnya cukup lebar hingga bertemu dengan telinga. Bibir bawahnya nipis  di pagar dengan gigi yang halus dan putih, macam gigi ikan haruan. Biji  matanya agak tersorok jauh ke dalam, memancarkan sinar yang garang.    Datuk menarik nafas dengan kencang sekali. Alang Abdul Rauf toleh kiri  dan toleh kanan. Kulit mukanya nampak pucat. Perhatian saya masih  tertumpu pada lembaga tanpa badan. Rambutnya yang kusut masai menutup  dahinya yang luas dan terdapat bekas jahitan hingga ke pangkal leher.    Kulit pipinya nampak lembik ke kanan dan ke kiri bersama gerak darah  segar. Hidungnya rasa sama dengan kulit pipi. Bila matanya yang  kebiru‐biruan menatap muka saya seluruh badan saya menggeletar.  Bibir Alang Abdul Rauf membaca ayat Qursi lembaga itu membuka mulutnya 

Page 1553 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

lebar‐lebar serta menjelirkan lidahnya yang panjang macam lidah cicak.  Setiap kali lidahnya bergerak, keluar air lendir berwarna putih.    Alang Abdul Rauf terus membaca ayat‐ayat suci. Saya terdengar bunyi  ombak yang kuat. Aneh sekali, macam mana suara ombak boleh terdengar di  tanah kubur sedangkan laut berpuluh‐puluh batu jaraknya. Dalam gemuruh  bunyi ombak itu lembaga yang berada di depan kami terus hilang.    Suasana kembali tenang. Tiada deru ombak, tiada lembaga putih tanpa  kepala di depan mata. Tetapi, keresahan tetap terbayang di wajah Alang  Abdul Rauf dan datuk. Mata mereka sentiasa saja mengawasi kiri dan  kanan. Bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang buruk.    “Rasanya tak ada apa‐apa yang nak ganggu kita,” datuk renung muka Alang  Abdul Rauf. Perlahan‐lahan Alang Abdul Rauf anggukkan kepala.    “Tapi, rasanya ada baik kita tinggalkan tempat ini,” suara Alang Abdul  Rauf lemah. Matanya tertumpu ke arah kawan‐kawannya yang sudah berhenti  menggali kubur.    “Kita ke sana, tengok apa yang dia orang dapat,” tambah Alang Abdul Rauf.    “Mari,” Alang Abdul Rauf cuit bahu datuk.    “Boleh juga,” balas datuk. 

Page 1554 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Sebelum melangkah saya merenung arah kubur yang sudah digali. Teringin  rasa hati mahu melihat mayat yang tidak reput dan berbau wangi. Tidak  mungkin saya pergi ke situ sendiri tanpa ditemani oleh datuk dan Alang  Abdul Rauf.    “Mari,” datuk tarik tangan saya. Sinar lampu gasolin terus menerangi  kawasan kubur. Sayang, sinar lampu tersebut tidak mampu menerangi jalan  yang bakal kami lalui. Terpaksa menggunakan lampu picit.    Bila sudah hampir dengan kubur yang digali oleh kawan‐kawan Alang Abdu  Rauf lampu picit tidak perlu digunakan lagi kerana sinar lampu gasolin  yang terpasang di tempat mereka bekerja cukup terang.    Apa yang menghairankan saya, kawan‐kawan Alang Abdul Rauf yang berhenti  rehat dan menggali kubur itu menutup hidung mereka dengan kain yang  diikat ke belakang. Saya tersenyum melihat cara mereka yang sekaligus  mengingatkan saya pada filem cowboy dalam adegan rompakan.    “Awak ada tercium bau busuk?” tanya datuk pada Alang Abdul Rauf.    “Ada, dahlah busuk hapak pula,” Alang Abdul Rauf seperti merungut.    LUBANG   

Page 1555 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Kian hampir dengan kawan‐kawan Alang Abdul Rauf, makin kuat bau busuk  itu menyucuk lubang hidung. Saya tidak dapat menggambarkan bau busuk  itu. Saya bagaikan mahu muntah tetapi, saya berusaha menahannya dengan  menekan ibu jari ke pangkal dagu hingga terasa sakit.    “Dari mana bau busuk ini?” Alang Abdul Rauf menyoal kawan‐kawannya.  Salah seorang dari kawan Alang Abdul Rauf meluruskan jari telunjuknya  pada pada tanah kubur yang bertimbun.    “Dah jumpa tulang mayat?” tambah Alang Abdul Rauf.    Serentak kawan‐kawannya gelengkan kepala. Datuk dan saya hanya berdiam  diri saja.    “Kita tak boleh lambat, kita mesti selesaikan segera,” Alang Abdul Rauf  bersuara dalam nada yang penuh kesal. Kawan‐kawannya berpandangan sama  sendiri. Angin tetap bertiup. Suara lolong anjing kian menjadi‐jadi.  Suara jampuk dan burung hantu tetap rancak bersenandung riang. Saya  menggaru batang leher dua tiga kali. Datuk memetik beberapa daun pokok  yang berdekatan. Saya tidak tahu kenapa datuk memetik dedaun tersebut.    “Mari kita korek,” Alang Abdul Rauf ambil cangkul dari salah seorang  kawannya.    “Kami bukan tak mahu korek, kami tak tahan dengan bau busuk,” kawan 

Page 1556 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Alang Abdul Rauf menerangkan dengan penuh jujur. Alang Abdul Rauf  melepaskan ulu cangkul yang dipegangnya. Sepasang matanya merenung tajam  pada datuk. Datuk segera menghampirinya dan menyerahkan daun pada Alang  Abdul Rauf.    “Buat apa?” tanya Alang Abdul Rauf.    “Gulung dan sumbatkan dalam lubang hidung, tentukan nafas boleh keluar,  kalau tidak awak mati lemas,” ujar datuk. Alang Abdul Rauf segera  mematuhi cakap datuk.    “Memang, tak ada bau busuk,” katanya dengan suara yang meninggi.  Kawan‐kawannya segera menerkam ke arah datuk. Mereka mengambil daun dari  datuk. Digulung dan disumbat ke lubang hidung. Kemudian Alang Abdul Rauf  terus menggali kubur di bawah sinar lampu gasolin.    Saya berdiri di tepi kubur, entah apa malangnya daun yang saya sumbat ke  lubang hidung kerap kali jatuh. Bila daun itu jatuh. Bau busuk segera  masuk ke lubang hidung.    Tetapi entah mengapa saya tidak merasa jemu atau penat mengambil daun  yang jatuh dari lubang hidung untuk disumbatkan kembali. Kalau tadi  datuk tidak mahu melibatkan diri dalam urusan menggali kubur, kali ini  ia terus ambil cangkul dan mengkais‐kais tanah sekitar kubur. Alang  Abdul Rauf dan kawan‐kawannya menyambung kembali kerja yang terhenti. 

Page 1557 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Saya tetap berada di sisi datuk. Ke mana ia bergerak, di situlah saya  berada. Saya tidak mahu bila ada kejadian buruk yang berlaku, saya  terpisah dari datuk.    Saya kurang ilmu dan kurang pengalaman ditambah pula dengan usia yang  masih hijau. Jadi saya memerlukan seseorang yang boleh jadi tempat saya  berlindung. Buat saat ini, saya kira orang yang paling layak sekali  ialah datuk.    Salab seorang dari kawan Alang Abdul Rauf melompat dari dalam kubur ke  tebing. Tanpa berkata sesuatu ia terus mengambil lampu gasolin lalu  diletakkan betul‐betul di tepi lubang kubur. Cahaya dari lampu gasolin  itu menyinari seluruh perut kubur.    “Mayatnya tak reput juga,” suara Alang Abdul Rauf lantang. Saya terus  menerpa ke tebing kubur. Rasa takut hilang diatasi oleh rasa ingin  melihat dengan apa yang dikatakan oleh Alang Abdul Rauf. Datuk juga  mencangkung di tepi kubur melihat mayat yang dikatakan tidak reput itu.    Alang Abdul Rauf bersama dua orang kawannya naik ke tebing kubur.  Manakala kawan yang lain berada dalam kubur. Orang yang berada dalam  kubur segera mengangkat mayat tersebut dengan hati‐hati sekali.    “Kita sambut mayat tu baik‐baik,” Alang Abdul Rauf keluarkan arahan. 

Page 1558 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Saya ditolak oleh datuk ke kanan. Saya tahu, datuk tidak mahu saya  berdiri dekatnya. Boleh menghalang kerjanya dan kawan‐kawan Alang Abdul  Rauf yang mahu menyambut mayat itu.    Saya merasa beruntung, bila saya berubah tempat ke kanan, saya dapat  melihat gerak‐geri mereka dengan jelas sekali. Setiap pergerakan mereka  tidak terlepas dari pandangan saya. Mereka mengangkat mayat itu dengan  berhati‐hati sekali. Begitu juga dengan pihak yang menyambutnya tetap  berhati‐hati dan berjaga. Mereka bagaikan tidak mengizinkan mayat yang  tidak reput itu terjatuh atau sebagainya.    Mayat itu selamat sampai di atas. Dietakkan di tanah yang bersih dengan  beralaskan kain bekas tepung gandum yang sudah dicantumkan. Ketika  melihat mayat yang terbujur di depan mata, entah macam mana daun yang  saya sumbatkan ke dalam kedua‐dua lubang hidung terjatuh.    Saya jadi resah dan terus menekup mulut menahan rasa mahu muntah.  Sekarang sudah pasti, bau busuk yang meloyakan tekak itu datangnya dari  mayat yang terbujur di depan saya. Di bawah sinar lampu gasolin yang  memancar itu, saya lihat kuku dan jejari mayat itu membelit bahagian  dadanya. Wajah mayat itu amat menyeramkan.    “Jangan tengok,” salah seorang kawan Alang Abdul Rauf berbisik pada  saya, “belum pernah saya tengok mayat macam ini, badan saya jadi seram  sejuk, kalau orang dewasa macam saya rasa satu macam, apa lagi kamu,” 

Page 1559 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tambah orang itu. Saya diam, cakapnya memang benar. Tetapi, keinginan  saya yang tinggi tidak mengizinkan hati saya mematuhi cakapnya.    “Jangan tengok,” Tamar kata datuk.    “Tutup saja mayat itu dengan kain,” ujar Alang Abdul Rauf. Dan mayat  yang menakutkan itu pun ditutup dengan kain. Datuk duduk dan sandarkan  badan pada sebatang pohon. Alang Abdul Rauf dan kawan‐kawannya terus  mencari kayu untuk dijadikan pengusung untuk membawa mayat itu keluar  dari kawasan perkuburan.    Tiba‐tiba saya terpandangkan kain penutup mayat bergerak macam ditolak  sesuatu dari dalam. Kemudian kain di hujung kaki mayat itu juga  bergerak. Saya segera mendekati datuk. Saya lihat datuk tenang. Saya  pandang ke arah mayat kembali. Kali ini saya lihat mayat itu terus duduk  mencangkung dengan kain menutup tubuh. Saya jadi cemas.    “Mayat itu duduk tuk.”    “Kau jangan mengarut, orang dah mati macam mana boleh bangun atau bergerak.”    “Kalau tak percaya cuba tuk tengok.”    Datuk segera renung ke arah mayat tersebut. Datuk tersenyum lalu menepuk  kepala saya beberapa kali. Perlahan‐lahan datuk gelengkan kepala seraya 

Page 1560 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

berkata:    “Aku tak nampak mayat itu bangun, tetap baring maca tadi.”    “Saya nampak tuk.”    “Tengok mayat tu duduk mencangkung,” tambah saya sambil merenung ke arah  mayat. Dua tiga kali saya gosok kelopak maca. Mayat itu tetap mencangkung.    Aneh kenapa pandangan datuk dan saya berbeza pada mayat itu. Apakah mata  saya sudah rosak? Fikir saya sambil menggosok‐gosok mata.    “Kamu mengantuk,” tambah datuk.    “Tidak,” balas saya.    “Renung muka aku, Tamar.”    Saya terus renung muka datuk. Saya terdengar suara datuk membaca  Bismillah dan dituruti dengan pembacaan ayat Alhamdulillah hingga akhir.  Sebaik saja pembacaan itu tamat, telapak tangan datuk menyapu sepasang  kelopak mata saya tiga kali berturut‐turut.    Pandangan saya jadi berpinar‐pinar. Lampu gasolin yang tergantung saya  lihat jadi dua, begitu juga dengan kawan‐kawan Alang Abdul Rauf. 

Page 1561 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Semuanya nampak kembar. Kelopak mata saya pejam celikkan berkali‐kali.    “Kau nampak mayat tu duduk mencangkung lagi?”    Pertanyaan datuk itu tidak saya jawab. Saya arahkan sepasang mata pada  mayat. Ternyata mayat yang saya lihat sebentar tadi duduk mencangkung  tetap baring kaku. Muka datuk saya tatap sejenak.    “Pelik dah memang sah, saya nampak mayat tu duduk mencangkung macam mana  pula sekarang dia baring,” kata saya dengan rasa takjub. Datuk menggaru  pangkal keningnya berkali‐kali.    “Apa yang kamu lihat tadi bukannya mayat tetapi syaitan yang menyerupai  mayat,” jelas datuk.    “Kalau begitu kita balik saja tuk, saya tak suka melihat benda‐benda  yang ganjil.”    “Sabar, kita tunggu sampai semua urusan mereka selesai.”    Saya menarik nafas dalam‐dalam. Kata‐kata datuk itu terus saya patuhi.  Kalau saya membantah, pasti datuk menyuruh saya pulang sendirian. Mana  mungkin saya berani berjalan seorang diri di kawasan kubur yang telah  membekalkan saya dengan berbagai‐bagai peristiwa yang tidak menyenangkan.   

Page 1562 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Malam kian larut, rasa dingin kian hebat mencengkam kulit tubuh.  Lolongan anjing sudah pun berhenti tetapi, suara jampuk dan burung hantu  tetap kedengaran tetapi tidaklah serancak tadi.    Angin tidak lagi bertiup. Titisan embun tetap berlanjutan. Dedaun kering  di permukaan tanah kubur melahirkan bunyi bila dirayapi oleh serangga  liar yang berjalan malam.    Beberapa orang rakan Alang Abdul Rauf sandarkan badan ke pangkal pokok.  Ada di antara mereka yang terlelap dan berdengkur. Suasana di tanah  perkuburan lama itu terasa amat sepi sekali. Datuk dan Alang Abdul Rauf  kelihatan tidak mengantuk.    CAKAP    Tiba‐tiba suasana sepi dan hening di tanah perkuburan lama itu diganggu  oleh bunyi ranting patah macam dipijak oleh manusia, serentak dengan itu  juga terdengar bunyi suara orang bercakap yang sukar difahami maksudnya.    Ada cahaya menyuluh ke arah pepokok besar di kawasan perkuburan. Agak  sukar menentukan dari arah mana cahaya itu datang. Saya lihat muka datuk  dan datuk pandang muka Alang Abdul Rauf dengan rasa yang cemas.    Secara mendadak saja rakan‐rakan Alang Abdul Rauf yang terlena di  pangkal pokok segera bangun, mereka bagaikan digerakkan oleh sesuatu 

Page 1563 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

yang aneh. Mata mereka nampak merah dan muka membayangkan rasa takut.    “Kenapa?” tanya datuk.    “Saya mimpi mayat ini bangun dan mahu mencekik leher saya,” kata kawan  Alang Abdul Rauf yang bertahi lalat di pipi kiri. Bila ditanya pada  kawan‐kawannya yang lain, semuanya mengakui mengalami mimpi yang sama.  Bagaimana perkara macam ini boleh terjadi? Lima orang mengalami mimpi  yang sama, hati kecil saya bersuara.    Alang Abdul Rauf menyuruh rakan‐rakannya membasuh muka dengan air yang  dibawa (air itu diisi dalam botol besar, yang bertujuan untuk dibuat air  minuman). Cakap Alang Abdul Rauf segera dipatuhi. Suara orang bercakap  dan bunyi tapak kaki memijak reranting kering kian kuat.   

SBDJ (Jilid 05) Siri 82: Harta Karun Di Kaki Cangkat    “KITA berjaga‐jaga, mungkin orang betul mungkin tidak,” datuk  mengingatkan. Ia terus bangun. Bersedia menghadapi seribu kemungkinan.  Rasa bimbang itu berakhir dengan kemunculan dua anggota polis serta  kawan Alang Abdul Rauf yang telah diperintahkan pergi ke balai polis.    Saya ketawa sendirian, masalah yang menghantui diri saya dan orang‐orang  lain di tanah kubur sudah terjawab. Kedua anggota polis itu merungut  kerana terhidu bau busuk. Setelah Alang Abdul Rauf mengadakan 

Page 1564 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

perbincangan dengan anggota polis kedua‐dua mayat yang tidak reput itu  terus diusung keluar dari kawasan tanah perkuburan.    “Pagi esok saya uruskan untuk ditanam di kawasan baru,” beritahu Alang  Abdul Rauf pada ketua balai Polis. Tidak ada bantahan dari ketua balai  tetapi, kedua‐dua mayat itu terpaksa disimpan di hospital Batu Gajah  sementara menanti hari siang.    Semua yang terlibat dengan kerja‐kerja menggali mayat di tanah  perkuburan lama terus pulang ke rumah masing‐masing.    DATANG    Pagi itu, lebih kurang pukul lapan, kawan‐kawan Alang Abdul Rauf yang  menggali kubur malam tadi datang. Alang Abdul Rauf segera menyuruh pergi  ke kawasan tanah perkuburan yang baru untuk menggali lubang bagi menanam  mayat yang tidak reput yang ditemui malam tadi.    “Semuanya pergi dulu, aku ke balai dulu menyelesaikan semua urusan,  tunggu di sana sampai mayat tiba, boleh jadi aku tumpang jeep polis yang  bawa mayat ke situ,” terang Alang Abdul Rauf. Kawan‐kawannya mengangguk  tanda setuju mematuhi cakapnya.    Sebaik‐baik saja kawan‐kawan Alang Abdul Rauf pergi saya dan datuk serta  Alang Abdul Rauf pun berangkat ke balai polis. Saya terkejut, bila 

Page 1565 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

melihat orang ramai berkumpul d depan balai.    Semuanya mahu melihat mayat tidak reput yang baru saja dikeluarkan dari  hospital. Kebanyakkannya meninjau dari jauh kerana tidak sanggup  menghidu bau busuk.    “Mana lagi satu mayat,” soal Alang Abdul Rauf pada ketua balai yang  berdiri tidak jauh dari jeep.    “Yang lagi satu sekejap lagi sampailah, kami pakai dua jeep,” jelas  ketua balai. Alang Abdul Rauf renung muka datuk. Saya beredar dari situ  menuju ke tanah lapang. Hidu saya tidak tahan menghidu bau busuk dari  mayat dalam jeep.    “Begini saja, boleh tak datuk sarjan hantar mayat ni ke masjid, di sana  ada orang menanti untuk menguruskannya mayat ini mahu dimandikan dan  dikafankan sebelum ditanam,” ujar Alang Abdul Rauf dengan wajah yang tenang.    “Kalau begitu, biar saya suruh drebar hantar mayat ke masjid.”    “Itulah yang baiknya, datuk sarjan.”    Waktu jeep itu mula bergerak, beberapa orang yang tidak menghiraukan bau  busuk rapat ke jeep. Mereka menyelak kain penutup mayat, sebaik sahaja  kain itu terbuka, muka mereka terus pucat tidak berdarah. Tanpa berkata 

Page 1566 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

sepatah pun mereka terus menjauhkkan diri dari jeep. Ada di antaranya  yang muntah.    Jeep yang membawa mayat tidak reput dan berbau busuk itu meninggalkan  kawasan balai menuju ke masjid. Datuk, Alang Abdul Rauf dan saya tidak  ikut serta. Kami menanti mayat yang lagi satu. Orang ramai masih lagi  menunggu di kawasan balai polis. Mereka bagaikan tahu ada mayat yang  akan tiba.    Sepuluh minit kemudian jeep yang membawa mayat kedua pun tiba. Sebaik  saja jeep itu berhenti, orang ramai terus menghampirinya. Semuanya  bersuara mengatakan mayat yang baru sampai itu berbau wangi.    Dalam keadaan yang agak ketam‐kabut itu ada tangan yang membuka kain  penutup mayat. Mana yang sempat melihat rupa mayat itu terus memberitahu  kawan‐kawannya yang lain tentang wajah mayat yang bersih, tenang dalam  keadaan tersenyum.    Cerita itu cukup cepat merebak. Orang kian ramai datang ke kawasan balai  polis. Masing‐masing mahu melihat rupa mayat yang tidak reput dan  mengeluarkan bau wangi yang harum.    Dalam keadaan yang tidak menentu itu, ketua balai menyuruh Alang Abdul  Rauf, datuk dan saya masuk ke perut jeep. Perintahnya itu segera kami  patuhi. Sebelum jeep bergerak datuk dan Alang Abdul Rauf bersalaman 

Page 1567 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dengan ketua balai polis yang berbadan tegap, memiliki raut muka yang  agak garang, berkulit hitam tetapi, setiap kali bercakap nada suaranya  lembut dan bersopan sekali.    Ketika jeep bergerak perlahan‐lahan, keluar dari kawasan balai polis,  orang ramai terus mengikutinya hingga sampai ke pintu pagar. Mereka  bagaikan tidak puas menatap dan mencium bau wangi dari mayat yang tidak  reput itu.    Dalam keghairahan orang ramai yang mahu melihat mayat tidak reput,  pemandu jeep terus menekan minyak. Dan jeep terus meluncur laju. Orang  ramai yang berkerumun di tepi pagar dan terus digayut rasa kecewa dan  hampa yang memanjang.    SELESAI    Sebelum masuk waktu Zuhur, urusan mengkebumikan dua mayat yang tidak  reput itu pun selesai. Tetapi, kisahnya menjadi buah bibir orang‐orang  sekitar Batu Gajah. Dan ceritanya pula berbeza dengan cerita yang  sebenar. Sudah ditokok tambah untuk menyedapkan sesiapa saja yang  mendengarnya.    Datuk sudah tahu cerita sebenarnya hanya tersenyum. Begitu juga dengan  Alang Abdui Rauf. Seronoknya, ada di antara tukang‐tukang cerita itu  yang tidak tahu peristiwa tersebut telah dilalui oleh datuk dan Atang 

Page 1568 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Abdul Rauf serta kawan‐kawannya.    Mereka pun bercerita di depan datuk dan Alang Abdul Rauf, kononnya,  kedua‐dua mayat yang tidak reput itu telah memberitahu pada orang yang  menemui mereka (mayat), tentang harta karun yang tertanam di satu tempat  yang disebut sebagai Cangkat.    Cangkat yang dimaksudkan oleh mereka itu ialah sebuah kawasan tanah yang  kedudukannya agak tinggi dengan keadaan tanah sekitarnya dan telah  dibangunkan hospital, pejabat kerajaan, kem tentera serta kawasan  perumahan. Di kawasan kaki Cangkat itulah kononnya ada harta karun yang  nilainya berjuta‐juta ringgit.    Akibat percayakan cakap‐cakap yang tidak bertanggung jawab itu, beberapa  orang telah masuk ke kawasan tersebut dan menggali tanah di kawasan kaki  bukit itu, akibatnya mereka telah diberkas oleh polis kerana menceroboh  tanah kerajaan yang sudah dipagar untuk dibangunkan beberapa projek yang  berfaedah untuk orang ramai.    Walaupun ada yang ditangkap dan dikenakan denda tetapi, masih terdapat  juga orang yang berani menceroboh dan menggali tanah dikawasan tersebut.  Mereka cukup yakin dan percaya dengan cerita yang sengaja di  adakan‐adakan oleh pihak yang suka menyebar khabar‐khabar angin.    “Satu hari nanti mereka sedar, apa yang mereka dengar bukannya cerita 

Page 1569 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

yang betul,” kata datuk pada Alang Abdul Rauf yang kurang senang dengan  cerita‐cerita yang sampai ke telinganya.    “Cerita mayat wangi dan busuk ini, dah merebak sampai ke Pulau Pinang,  entah siapa yang menyebarnya,” keluh Alang Abdul Rauf.    “Mulut manusia tak ada sesiapa yang boleh menahannya,” sanggah datuk.  Mereka ketawa sambil melihat matahari petang yang kian condong dari  anjung rumah.    “Esok, aku balik Alang,” kata datuk. Alang Abdul Rauf sambil berhenti  menggulung rokok daun bersama tembakau jawa. Muka datuk direnungnya.  Hati saya cukup gembira dengan keputusan yang datuk buat. Saya sudah  bosan tinggal di rumah orang lama‐lama.    “Tak apalah, kalau dah begitu hajat awak, Maghrib ni kita berjemaah di  masjid Batu Gajah,” tutur Alang Abdul Rauf sambil meletakkan rokok nipah  ke bibir.    “Kenapa tak jemaah di surau kampung ni, Alang?”    “Ada guru agama dari Selekoh, Bagan Datuk nak bersyarah hal agama, aku  rasa elok kita pergi,” balas Alang Abdul Rauf.    “Elok juga tu, kalau begitu elok kita mandi dan bersiap tak lama lagi 

Page 1570 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

sampailah waktu Maghnib,” suara datuk riang.    Datuk menyuruh saya mandi dulu. Kemudian dia pula menyusul dan diikuti  oleh Alang Abdul Rauf. Akhirnya kami pun menuju ke masjid Batu Gajah.  Sebaik saja sampai di masjid salah seorang para jemaah memberitahu datuk  bahawa guru agama itu memang dijemput khas dari Selakoh dan namanya  memang terkenal di negeri Perak.    Selepas menunaikan waktu Maghrib guru agama itupun menyampaikan ceramah  agamanya hingga sampai waktu Isyak. Setelah menunaikan fardu Isyak para  jemaah pun beransur pulang. Alang Abdul Rauf pun mengajak datuk pulang  tetapi, permintaan Alang Abdul Rauf itu tidak dapat ditunaikan oleh  datuk. Alang Abdul Rauf terkejut.    Setelah diterangkan oleh datuk tujuan sebenarnya. Alang Abdul Rauf  segera faham dan masuk ke masjid kembali. Mereka duduk dekat guru agama  yang sedang bersiap‐siap untuk pergi ke rumah imam masjid tempat Ia  bermalam.    “Ada apa hajat?” Tanya guru agama itu.    “Saya cuma nak bertanya tentang hal‐hal agama dan macam‐macam hal lain  yang ada hubungannya dengan makhluk Allah,” ujar datuk.    “Silakan, mana yang saya tahu, saya terangkan, mana yang saya tak tahu, 

Page 1571 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

saya tanya pada orang yang lebih tahu kemudian saya beritahu pada awak,”  terang guru agama itu dengan jujur dan ikhlas.    Datuk dan Alang Abdul Rauf berpandangan. Datuk pun memberikan syarat  pada Alang Abdul Rauf untuk mengemukakan pertanyaan.    Alang Abdul Rauf pun menerangkan pada guru agama tentang peristiwa mayat  yang ditemuinya ‐ satu berbau busuk dan satu berbau wangi tetapi  kedua‐dua mayat itu tidak reput. Guru agama itu mendengar dengan khusyuk  keterangan dari Alang Abdul Rauf.    “Kata orang, mayat yang tak reput tu menunjukkan masa hidupnya si mati  hafiz Quran,” cara mendadak saja Imam masjid yang duduk di sebelahnya  mengeluarkan pendapat. Guru agama terkenal itu diam. In merenung muka  Alang Abdul Rauf dan datuk berkali‐kali.    “Saya juga pernah dengar orang kata macam tu, seseorang yang boleh  mengingati ayat Quran dari awal hingga akhir boleh membaca dengan betul  masa hidupnya, bila mati mayatnya tak reput, itu kata orang‐orang, entah  benar entahkan tidak Allah saja yang menentukannya,” jelas guru agama  terkenal dengan jujur. Tiba‐tiba saja imam masjid yang berada di  sebelahnya tersenyum memandang Alang Abdul Rauf.    “Rauf,” katanya “kau nak tanya tentang mayat yang aku kafankan pagi tadi?”   

Page 1572 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Alang Abdul Rauf anggukkan kepala. Imam masjid renung muka guru agama  sambil berkata:    “Begini tuan guru, biar saya bercerita tetapi ini cerita saja, entahkan  betul entahkan tidak, saya tak berani nak kata.”    “Ceritakan, barangkali cerita itu ada faedahnya untuk orang yang hidup,  boleh dijadikan panduan,” guru agama itu memberikan kerjasama pada imam  masjid.    Imam masjid itu bercerita, mayat yang tidak reput dan berbau wangi itu  adalah mayat seorang lelaki yang buta tetapi boleh membaca Quran dengan  lancar, semasa hayatnya menjadi guru agama pada anak‐anak raja di istana  serta menjadi kadi dan imam masjid, ketika kawasan Batu Gajah ini mula  diterokai. Orang itu berasal dari Kelantan.    “Mana tuk Imam tahu semuanya ni?” tanya guru agama.    “Arwah ayah saya yang menceritakan pada saya, ayah saya adalah anak  muridnya, masa ayah saya hidup dulu, ayah saya selalu menziarahi  kuburnya,” jelas imam itu.    “Lagi apa cerita ayah awak tentangnya” Soal datuk.    “Kata ayah saya, orang tu masa mudanya belajar agama di tanah suci,” 

Page 1573 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

jelas imam itu sambil merenung wajah guru agama yang duduk di sisinya.  Serentak Alang Abdul Rauf dan datuk anggukkan kepala.    “Macam mana dengan mayat yang lagi satu, berbau busuk dan mukanya  menakutkan? Mayat siapa agaknya, Pak Imam tentu tahu ceritanya,” datuk  mengajukan pertanyaan. Saya lihat Pak Imam terdiam sejenak, macam  memikirkan sesuatu.    “Saya tak tahu,” katanya pendek.    Datuk dan Alang Abdul Rauf berpandangan. Rasa kecewa jelas terbayang di  wajah mereka.    Saya lihat guru agama yang duduk di depan kami, meraba‐raba hujung  serbannya berkali‐kali. Sesekali ia kelihatan merenung ke ruang masjid  yang luas.    “Kata orang,” guru agama itu mula bersuara. Alang Abdul Rauf dan datuk  memperkemaskan sila masing‐masing.    Pak Imam juga menumpukan seluruh perhatiannya pada guru agama. Matanya  tidak berkedip merenung ke arah bibir guru agama tersebut.    “Mayat tak reput, berbau busuk dan muka pula berbulu in pernah saya  dengar ceritanya, kata orang mayat yang macam itu, menandakan si mati 

Page 1574 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

itu masa hidupnya orang yang alim tahu hal‐hal agama, hafaz Quran  tetapi, banyak mengamalkan perbuatan yang bertentangan dengan hukum  agama,” sambung guru agama itu.    “Maksud tuan guru macam mana?” Tanya datuk.    “Begini, dia menjalankan semua yang disuruh agama tetapi, dia juga  melakukan perkara yang ditegah, umpamanya dia jadi dukun atau bomoh dan  bersahabat dengan syaitan.”    “Begitu,” sahut Alang Abdul Rauf.    “Ya, ada orang alim dan dihormati jadi tukang ramal memberi nombor ekor  pada orang ramai dengan mengguna ayat‐ayat Quran, jadi tukang tilik, ada  juga yang memutuskan ubat dengan cara berjamu, pada hal dia tahu cara  itu bertentangan dengan ajaran agama tetapi dilakukannya juga,” terang  guru agama itu dengan wajah yang tenang. Kami semua termanggu mendengar  kata‐katanya.    “Mayat tak reput, berbau busuk, badan dan muka berbulu pernah saya  dengar ceritanya. Kata orang yang terdahulu dari kita, mayat‐macam itu  menandakan yang si mati masa hidupnya orang berilmu, hafaz Quran tapi,  banyak mengamalkan perbuatan yang ditegah oleh agama,” tokok guru agama  itu dengan nada suara yang bersahaja, saya menggaru pangkal dagu yang  gatal secara tiba‐tiba. 

Page 1575 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Perbuatan yang macam mana itu tuk guru?” Datuk mendesak.    “Begini,” ujar guru agama sambil membetulkan silanya supaya nampak  kemas. Terdengar suara cicak menjerit dari tulang bumbung masjid. Bunyi  dedaun yang berlaga sesama sendiri jelas kedengaran akibat dirempuh  angin malam.    “Umpamanya,” guru agama menyambung cerita, “banyak mengamalkan ilmu  dunia kebal dan senjata tajam, jadi dukun dan bomoh, berjamu pokok besar  serta bersahabat dengan iblis.”    “Bukankah jadi dukun dan bomoh itu baik, menolong sesama manusia,”  ungkah Alang Abdul Rauf. Sepasang mata guru agama tertancap ke wajah  Alang Abdul Rauf. Datuk nampak resah dan saya mula menggeliat.    “Tengok caranya, kalau kita mengamalkan petua yang tidak bertentangan  dengan agama, tidak menjadi salah, kalau sudah sampai menurun panggil  roh datuk nenek, berjamu itu dan ini, tentu tak elok, apa lagi minta  tolong pada keramat itu dan ini, syirik jadinya,” cukup tenang guru  agama itu memberikan penjelasan. Senyum sentiasa bermain di bibirnya.    “Allah itu maha pemurah, yang baik kamu minta, yang baik diberinya,  kalau yang jahat kamu minta yang jahat juga dibaginya tetapi, kita  sebagai makhluk yang berakal tentu dapat memilih mana yang baik dan yang 

Page 1576 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

buruk,” makin ghairah guru agama itu meluahkan keterangan yang diketahuinya.    “Hum, begitu,” Alang Abdul Rauf bersuara sambil anggukkan kepala.    “Iblis, tidak pemah berhenti berusaha merosakkan anak Adam, janganlah  terkejut, kaiau ada orang alim jadi tukang tilik, mencari nombor ekor  dengan ayat Quran dan macam‐ macam lagi, pada hal mereka tahu apa yang  mereka lakukan itu bertentangan dengan ajaran agama tetapi, kenapa  perkara itu dilakukan juga?” Guru agama itu mengemukakan pertanyaan,  matanya merenung muka saya, muka datuk dan Alang Abdul Rauf seolah‐olah  mengharapkan jawapan dari pertanyaan yang diajukannya itu.    Imam masjid duduk dekat guru agama tersebut tetap membatu seperti tadi.  Sesekali kelihatan ia menguap panjang sambil memejam‐celikkan matanya.  Saya tahu imam masjid itu mula terasa mengantuk. Kerana tidak ada  sesiapa pun yang mahu memberikan jawapan pada pertanyaannya itu, wajah  guru agama itu nampak seakan‐akan kecewa sedikit.    “Mereka dikuasai iblis,” mendadak saja imam masjid bersuara. Saya lihat  guru agama itu anggukkan kepala. Ia senyum lagi, sinar matanya yang  bersinar tertumpu ke wajah saya.    “Orang yang tidak terdaya melawan nafsu, selalu jadi mainan iblis,  seorang dukun atau bomoh biasanya mempunyai keinginan dan nafsu yang  tinggi, ingin memperlihatkan kebolehan diri sendiri pada orang lain, 

Page 1577 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

bila sudah ada orang percaya, mulalah kenakan bayaran, pada mulanya  murah kemudian mahal bila sampai saat begini, iblis mencelah lalu  memperkudakan keinginan dan nafsunya, kalau dia sedar betapa lemah  dirinya dan betapa besar pula kuasa Allah, dia tidak akan melakukan  semuanya,” satu keterangan dari guru agama yang amat mengesankan bagi  saya. Apakah keberkesanan itu terpancar juga dalam hati datuk dan Alang  Abdul Rauf. Hanya Allah saja yang tahu.    Entah mengapa malam itu, guru agama itu kian rancak mahu memberi semacam  kursus agama singkat. Guru agama itu mengingatkan kami supaya setiap  kali bangun dari tidur mengucap dua kalimah syahadat sebelum melakukan  sesuatu.    “Kamu tahu, bila kita terjaga dari tidur, iblis sudahpun mengikat diri  kita dengan tiga rantai dan kita perlu memutuskan rantai itu terlebih  dahulu, sebelum kita meneruskan kehidupan, bila tidak diputuskan rantai  iblis terus mengikat diri kita sepanjang hari yang boleh mendorongkan  kita melakukan sesuatu yang dimurkai Allah,” tercetus kata‐kata dari  guru agama itu. Saya lihat imam masjid membeliakkan biji matanya. Datuk  kemaskan silanya, begitu juga dengan Alang Abdul Rauf.    “Bagaimana caranya kita nak memutuskan rantai tu, tuk guru,” saya  bagaikan mendapat satu kekuatan untuk mengajukan pertanyaan padanya.  Datuk menjeling tajam pada saya tetapi Alang Abdul Rauf menepuk bahu  saya sambil berbisik memuji keberanian saya itu. 

Page 1578 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Rantai pertama diputuskan dengan mengucapkan dua kalimah syahadat,  sebaik saja tenjaga dari tidur. Rantai kedua diputuskan dengan mengambil  air sembahyang dan rantai ketiga diputuskan dengan mendirikan solat  Subuh,” ujar guru agama itu, wajahnya nampak berseri‐seri tanda  kepuasaan. Matanya masih merenung ke arah saya.    Alang Abdul Rauf terus menegakkan ibu jari kelingkingnya, beri semangat  pada saya untuk mengemukakan sebarang pertanyaan lagi pada guru agama  tersebut. Saya gelengkan kepala sambil ekor mata melirik pada datuk yang  tertunduk merenung lantai.    “Rantai tu ada di bahagian mana tubuh kita tuk guru?” Alang Abdul Rauf  mengemukakan pertanyaan. Guru agama itu meraba‐raba hujung hidungnya  dengan jari kelingking berkali‐kali.    “Pertama, iblis tu merantai hati dan niat kita, kemudian merantai  fikiran dan mata kita, bila iktikad hidup dipesongkan sejak subuh,  cubalah kita bayangkan bagaimana mudahnya iblis menguasai diri kita  sepanjang hari,” guru agama itu menarik nafas dalam‐dalam. Matanya  merenung ke arah jam yang terlekap di tiang seri masjid.    Dua tiga kali saya menggosok kelopak mata hingga berair sambil menguap.  Saya mula terasa mengantuk. Pak Imam yang duduk berdekatan dengan guru  agama kelihatan tersengguk‐sengguk dua tiga kali. Alang Abdul Rauf 

Page 1579 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tersenyum panjang melihat telatah Pak Imam tersebut. Tiba‐tiba Pak Imam  membeliakkan biji matanya sambil menggeliat dan terus berdiri.    “Dah pukul sebelas,” terpancut kata‐kata dari mulut guru agama.    “Ya,” tingkah Abdul Rauf.    “Kalau begitu eloklah kita balik,” Pak Imam terus memotong. Datuk dan  saya berpandangan. Alang Abdul Rauf pula turut berdiri.    Guru agama masih lagi duduk bersila dengan sepasang tangannya bergerak  lembut menyusun beberapa buah kitab yang berserak di depannya. Semua  kitab tersebut disumbatkannya ke dalam beg bimbit yang dibuat dari kulit  kambing.    “Dah mengantuk?” Guru agama itu mengajukan pertanyaan pada Alang Abdul Rauf.    “Macam mana tak mengantuk embun jantan pun dah turun,” sambung guru  agama itu lagi bila melihat kami tidak menjawap pertanyaannya. Guru  agama itu segera bangun dengan diikuti oleh datuk.    “Macam mana Pak Imam bolehkah saya balik?” Guru agama itu tujukan  pertanyaan untuk Pak Imam yang selalu saja menggosok kelopak matanya.    “Boleh, tak salah asalkan tuk guru mahu.” 

Page 1580 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Kalau begitu, lain kali saja, kita bercerita panjang, saya tak pandai  cerita tentang politik dunia dan dalam negeri, saya cuma tahu cerita  tentang agama saja, semua perkara yang dah ceritakan itu saya ambil dari  hadis yang sahih dan ada juga dari hadis yang dhaif".    Walaupun sudah mahu pulang tetapi, guru agama itu seperti mahu  melanjutkan ceramah yang tidak termasuk dalam jadualnya. Ia berdiri  sambil merenung wajah‐wajah kami yang ada di depannya.    “Terima kasih tuk guru, saya cuma nak tanya sikit saja tadi tak sangka  boleh berpanjangan sampai pukul sebelas malam,” Alang Abdul Rauf  melahirkan rasa terkilannya.    “Tak apa, saya memang suka begitu, orang tanya sikit saya jawab  panjang‐panjang, sebabnya bila ada orang bertanya saya menjawab secara  tak langsung mempertajamkan ingatan saya pada ilmu yang saya pelajari,  kalau saya tak dapat jawab ertinya ilmu saya tak cukup lagi dan saya  mesti belajar lagi”    Guru agama itu terus merendah diri. Pak Imam tetap tersengih. Datuk dan  Alang Abdul Rauf tunduk merenung lantai. Kagum dengan sikap guru agama  yang mengamalkan resmi padi, makin tunduk makin berisi.    Saya terkejut bila saya melihat guru agama itu menghulurkan tangan pada 

Page 1581 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

datuk, pada Alang Abdul Rauf dan saya untuk bersalam. Memang, dia guru  agama yang rendah diri dan hati, bisik hati saya kerana sebelum mi, saya  pernah berhadapan dengan beberapa orang guru agama, mereka tidak akan  menghulurkan tangan untuk bersalam dengan orang lain, melainkan orang  yang ingin bersalam itu menghulurkan tangan terlebih dahulu barulah  mereka mahu bersalam.    “Kita jumpa lagi lain kali tuk guru, maaf lahir batin,” kata datuk. Guru  agama tersenyum tangan datuk tetap digenggamnya erat‐erat.    “Kalau diizinkan Allah dan umur kita panjang, kita tetap berjumpa,  amalkan kata‐kata saya yang baik dan buangkan mana yang difikirkan tidak  baik.”    “Saya tak faham tuk guru.”    “Saya beritahu awak apa yang saya tahu, kemudian awak cari dan tambahlah  ilmu, saya ni walaupun boleh memberi ceramah tetapi saya masih juga  belajar, ilmu Allah tak ada sempadannya.”    “Saya faham tuk guru,” nada suara datuk merendah. Guru agama tersenyum  kemudian merenung muka Alang Abdul Rauf. Mereka berbalas senyum.    “Rajin‐rajin sembahyang dan ikut perintah Allah,” secara mendadak saja  guru agama itu menjatuhkan telapak tangan kanannya ke bahu kiri saya, 

Page 1582 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dituruti dengan tepukan yang bertalu‐talu penuh kemesraan. Alang Abdul  Rauf, datuk dan Pak Imam ketawa melihat keadaan saya yang tergamam.    “Anak awak ke?” Guru agama tujukan pertanyaan pada datuk.    “Tidak,” jawab datuk.    “Cucu?” Soal guru agama.    “Ya cucu saya,” datuk anggukkan kepala. Guru agama berhenti menepuk bahu  saya. Ia terus mendekati datuk dan Pak Imam, kemudian ia mengajak kami  keluar dari perut masjid.    “Dia budak yang cerdik, asuhlah dia dengan agama sebelum melepaskan  dirinya ke mana‐mana, bila dirinya sudah ada asas agama kita tidak  bimbang, bila dia pergi ke mana, walaupun merantau ke kaki langit,  dadanya sudah berisi dengan akidah islam,” demikian guru agama itu  menyatakan pada datuk sebaik saja berada di luar masjid. Saya faham,  ungkapan yang diluahkannya itu adalah untuk diri saya. Datuk mendengar  penuh teliti dengan nasihat yang diluahkan oleh guru agama itu.    Angin yang bertiup membuat badan saya terasa dingin. Kepala saya  dongakkan ke langit, melihat awan‐gemawan dan bintang‐bintang yang  berserakkan. Dalam saat yang sama terdengar lolongan anjing sayup‐sayup  datangnya dari arah pekan Batu Gajah. 

Page 1583 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Membentuk diri seseorang supaya teguh beramal dan mengingati Allah,  mestilah bermula dari kecil, macam kata orang tua‐tua membentuk buluh  dari rebungnya,” lanjut guru agama itu dan semua yang mendengarnya  anggukkan kepala, macam itik air bertemu kawan. Lagi sekali datuk, Alang  Abdul Rauf dan saya bersalaman dengan guru agama itu.    Kami berpisah, guru agama dan Pak Imam menghala arah selatan, saya,  Alang Abdul Rauf serta datuk menuju ke arah utara.   

SBDJ (Jilid 05) Siri 83: Bunuh Jembalang    SEPANJANG jalan pulang, kami tidak banyak bercakap. Sekali‐sekala datuk  berdehem kecil dan Alang Abdul Rauf menguap. Lebih kurang dalam jarak  lima batas kaki mahu sampai ke kaki tangga rumah Alang Abdul Rauf saya  terdengar sesuatu dari sebelah kanan saya.    Saya segera menoleh, tidak ada sesuatu yang dapat saya lihat dengan  jelas dalam suasana gelap itu, kecuali gerakan dedaun serunai laut dan  senduduk yang melintuk‐lintuk ke kiri dan ke kanan diusik angin malam.    Isteri Alang Abdul Rauf membuka pintu. Cahaya dalam lampu gasolin yang  tergantung di tengah rumah melimpah di halaman. Isteri Alang Abdul Rauf  yang memakai baju kurung labuh berdiri di muka pintu. Mukanya, kelihatan  resah macam menyembunyikan sebuah kebimbangan yang amat sangat dalam 

Page 1584 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

hatinya.    “Lambat balik,” katanya sambil merenung ke kiri dan ke kanan halaman  rumah. Alang Abdul Rauf terus menguap di kaki tangga dan buat tidak  kisah dengan pertanyaan yang dihadapkan oleh isterinya.    “Oi, saya tanya kenapa lambat balik,” kali ini tekanan suara isterinya  meninggi. Alang Abdul Rauf garu cuping telinga macam orang baru  terbangun dari tidur. Perbuatannya itu membuat saya ketawa kecil.    Akibatnya, telinga saya dijentik oleh datuk. Pedihnya bukan kepalang.  Saya segera mengerti, apa yang saya lakukan itu sudah agak keterlaluan.    “Belajarlah menghormati perasaan orang lain,” bisik datuk.    “Saya tak sengaja tuk,”    “Ajar diri, supaya lepas dari perbuatan tidak sengaja,” lanjut datuk.  Sepasang matanya dijegilkan pada saya. Tidak berani saya menentangnya.  Menentang mata datuk bererti membantah saranan yang diluahkannya. Boleh  menjadikan datuk membebel sepanjang malam. Perkara macam itu tidak saya  relakan berlaku.    “Ada guru agama, ceramahnya elok dan baik, kalau awak ikut sama tadi  tentu beruntung,” Alang Abdul Rauf menjawab pertanyaan dari isterinya. 

Page 1585 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Jawapan itu memuaskan hati isterinya. Saya dan datuk buka kasut lalu  memijak mata anak tangga seperti yang dilakukan oleh Alang Abdul Rauf.  Kami duduk di ruang rumah dengan pintu yang masih terbuka.    “Makan, nasi dan lauk dah siap,” beritahu isteri Alang Abdul Rauf.    “Mari kita makan,” jemput Alang Abdul Rauf. Ketika saya mahu bangun,  mata saya memandang ke arah pintu yang masih terdedah.    “Tuk tengok tu,” suara saya separuh meninggi. Serentak Alang Abdul Rauf  serta isteri dan datuk memandang keluar. Muka mereka nampak berubah.  Saya duduk kembali. Badan saya menggeletar dengan tiba dan bulu roma  seluruh badan segera dirapatkannya.    “Masa awak ke masjid tadi, ada orang ketuk pintu dan panggil nama awak  berkali‐kali, bila saya buka pintu tak ada satu pun yang saya nampak,  agaknya jembalang itulah yang mengetuknya,” dari dalam bilik isteri  Alang Abdul Rauf terus bersuara. Datuk renung muka Alang Abdul Rauf dan  Alang Abdul Rauf yang mahu mendekati pintu segera dihalang. Disuruh  berdiri sebelah kanannya.    “Jangan mengelabah, kita mesti tenang,” datuk bersuara.    “Inilah kali pertama saya berdepan dengan perkara ganjil macam ni,  tolonglah saya,” 

Page 1586 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Jangan minta tolong pada saya minta tolong dan perlindungan dari Allah.”    “Agaknya syaitan nak uji kita?”    “Boleh jadi juga,” datuk menjawab pendek.    Datuk maju setapak ke muka pintu. Alang Abdul Rauf juga melangkah  setapak. Isteri Alang Abdul Rauf secara mengejut keluar dari bilik tidur  dengan keris panjang terhunus di tangan. Rambutnya yang tadi bersanggul  rapi mula mengerbang. Matanya melilau ke kiri dan ke kanan.    “Mak cik nak ke mana?”    Saya bangun dan mendekatinya. Badan saya ditolaknya dengan sekuat tenaga  hingga saya terdorong ke dinding dan terus jatuh. Datuk tidak pun mahu  menoleh ke arah saya, kecuali Alang Abdul Rauf yang cuba menerkam ke  arah saya. Tetapi, tidak berhasil kerana tangan datuk memaut bahu kirinya.    “Jangan pedulikan semuanya tu,” suara datuk parau tanpa memandang muka  Alang Abdul Rauf. Alang Abdul Rauf merenung ke halaman rumah kembali.    “Biar aku tikam benda celaka tu dengan keris pesaka ni,” jerit isteri  Alang Abdul Rauf lalu merempuh datuk dan Alang Abdul Rauf yang berdiri  di muka pintu. Datuk berpusing ke kiri, bagaikan kilat tangannya 

Page 1587 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

menumbuk lengan kanan isteri Alang Abdul Rauf hingga keris jatuh  terpacak di lantai. Ulu keris yang berbentuk paruh burung helang itu  bergerak‐gerak.    Isteri Alang Abdul Rauf jadi marah. Jeritnya makin keras lengan bajunya  dilipat hingga melepasi bahagian siku. Ia tetap mahu terjun ke halaman  rumah. Datuk dan Alang Abdul Rauf cuba menghalangnya. Dalam saat yang  agak kelam‐kabut itu, Alang Abdul Rauf cuba menghalangnya. Dalam saat  yang agak kelam‐kabut itu, isteri Alang Abdul Rauf yang tahu langkah  silat itu melepaskan satu tendangan yang kencang ke arah kemaluan  suaminya. Alang Abdul Rauf terbongkok‐bongkok menahan kesakitan dan  terus jatuh.    Isteri Alang Abdul Rauf yang seperti kemasukan syaitan itu, mula  berhadapan dengan datuk yang cuba menghalang usahanya. Datuk kali ini,  tidak mahu berlembut lagi. Kalau berlembut keadaan menjadi bertambah  tidak tentu arah.    Saya pula memberanikan diri merenung ke halaman rumah. Ternyata saya  tidak sanggup melihat ke arah tempat tersebut, siapa pun pasti  menggeletar tubuhnya merenung sesuatu yang ganjil lebih‐lebih lagi kalau  benda yang dipandang itu tidak tentu bentuknya, boleh berubah dalam  sekelip mata. Sebentar menjadi bentuk manusia yang diselimut dengan kain  putih dari hujung kaki hingga ke kepala, sebentar jadi harimau atau  gajah putih yang berbadan besar tertegun di halaman rumah. 

Page 1588 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Tamar jangan tengok,” sergah datuk. Saya akur dengan cakapnya itu.  Datuk angkat tangan kiri lalu melepaskan satu pukulan yang agak kencang  ke bahagian belikat isteri Alang Abdul Rauf, wanita itu tersandar pada  dinding dan tidak bergerak.    “Rawat pak cik tu,” datuk keluar perintah, saya terus mengurut‐ngurut  belakang Alang Abdul Rauf hingga rasa sengal dan sakit di kemaluannya  hilang. Alang Abdul Rauf bangun dan cuba menyandarkan isterinya tetapi  datuk melarangnya. Alang Abdul Rauf mencabut keris yang terpacak di lantai.    “Nak buat apa Alang?”    “Biar aku bunuh jambalang tu.”    “Jangan, bukan masanya.”    “Kita perlu bertindak.”    “Aku kata bukan masanya, faham tak?” Suara datuk mula keras. Alang Abdul  Rauf terus meletakkan keris atas lantai kembali. Saya diam tidak  terkata. Tidak tahu, apa yang harus saya lakukan. Hati kecil saya terus  berdoa, semoga tidak akan terjadi perbalahan antara datuk dengan Alang  Abdul Rauf.   

Page 1589 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Kau duduk bersila dekat Tamar, biar aku selesaikan kerja” itu perintah  datuk dan Alang Abdul Rauf sedia mematuhinya, ”apa yang aku buat jangan  ditegur,” tambah datuk lagi. Serentak saya dan Alang Abdul Rauf  anggukkan kepala. Kami (saya dan Alang Abdul Rauf) berpandangan sama  sendiri. Saya tidak tahu apa yang dirasai oleh Alang Abdul Rauf tetapi,  hati kecil saya tetap gementar dan cemas.    Datuk berdiri di muka pintu. Kedua belah kakinya dikangkangkannya  sedikit. Sepasang tangannya diluruskan untuk beberapa minit saja.  Kemudian, sepasang tangannya itu terus memeluk tubuhnya dengan kejap.  Matanya, tidak merenung halaman rumah.    Angin dinihari yang berputar di ruang pintu menggerakkan bahagian tepi  baju yang dipakai oleh datuk. Isteri Alang Abdul Rauf masih belum  sedarkan diri, kerana rasa dingin yang beransur kuat membuat saya  menegakkan sepasang lutut dan terus memeluknya. Datuk melangkah memijak  mata tangga pertama hingga ke lima. Saya dan Alang Abdul Rauf merangkak  perlahan‐lahan ke muka pintu. Duduk di situ. Datuk memijak bumi dan  terus mara ke arah lembaga berkain putih.    Datuk berdiri berdepan dengan lembaga berkain putih dalam jarak yang  cukup dekat. Andainya, datuk meluruskan tangannya ke depan sudah pasti  ia boleh menyentuh tubuh lembaga itu. Tetapi, datuk tidak akan berbuat  demikian. Ia tetap memeluk tubuhnya. Saya terdengar suara datuk menyebut  Bismillah.... dan disambut dengan beberapa ayat dan al quran. 

Page 1590 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Selesai saja datuk menamatkan pembacaannya, saya terdengar deru angin  yang amat kuat, lembaga berkain putih terus berpusing perlahan‐lahan,  kemudian bertukar dengan cepat dan ligat macam gasing dalam deru angin  itu juga terdengar bunyi suara orang berkata‐kata yang sukar difahami  maknanya.    Lembaga berkain putih itu jadi pipis dan memanjang tanpa berhenti  berpusing. Pakaian datuk nampak bergerak‐gerak dengan hebatnya. Tetapi,  tubuhnya tidak bergerak walau satu inci pun dan tempat ia berdiri.    Saya tersentak bila terpandangkan lembaga yang berkain putih itu menjadi  seketul, macam batang kayu sebesar pemeluk dan bergolek ke kiri dan  kanan. Semuanya tidak dipedulikan oleh datuk. Ia tetap terpacak di situ,  macam paku terlekat di pipi.    Dari bentuk batang kayu lembaga berkain putih itu bertukar lagi. Tegak  memanjang dan tidak berhenti berpusing sambil mengeluarkan suara yang  menderu seperti angin. Makin lama. lembaga itu makin tinggi melepasi  bumbung rumah dan pepokok yang ada di sekitar halaman rumah.    Bentuknya juga turut bertukar, menjadi nipis macam asap. Bahagian  bawahnya mengecil dan tajam, macam kayu yang sudah dipertajamkan untuk  dibuat turus pagar, bahagian yang tajam itu bagaikan tidak menyentuh  bumi dan tetap berpusing dengan ligatnya. 

Page 1591 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Bahagian atasnya tetap dalam bentuk asal. Terus menjulang bagaikan mahu  bercantum dengan dada langit. Cukup tinggi dan sayup mata memandangnya,  tidak berhenti dan berpusing sambil mengeluarkan angin dan bunyi dengung  yang amat, kuat, memekakkan anak telinga. Datuk menundukkan kepalanya  merenung bumi, bunyi dengung itu beransur perlahan dan lemah.    Muka saya dan Alang Abdul Rauf terasa panas macam terkena bahang api,  muka kami berpeluh. Isteri Alang Abdul Rauf masih tidak bergerak. Saya  tidak tahu apakah rasa dan bahang panas itu dialami juga oleh datuk atau  tidak. Datuk tetap tertegun di tengah halaman macam tadi, bagaikan tidak  terasa apa‐apa.    Alang Abdul Rauf dan saya dikejutkan oleh satu ledakan yang amat kuat.  Seluruh kawasan halaman terang‐benderang. Lembaga berkain putih yang  meninggi separas langit terus ghaib, saya lihat datuk terlentang di atas  bumi untuk beberapa saat. Datuk bangun dan masuk ke rumah seluruh badannya  berpeluh, macam orang jatuh dalam danau.    “Apa dia benda tu?” Tanya Alang Abdul Rauf.    “Syaitan, sengaja mengusik kita,” balas datuk selamba lalu duduk  mencangkung di depan isteri Alang Abdul Rauf. Datuk menyuruh Alang Abdul  Rauf menyentap kaki isterinya dengan sekuat hati. Isteri Alang Abdul  Rauf terjaga dan cuba menerpa ke arah keris yang terlentang di atas 

Page 1592 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

lantai. Alang Abdul Rauf menghalangnya.    Isterinya termenung. Datuk hembus muka isteri Alang Abdul Rauf dua kali  berturut‐turut. Isteri Alang Abdul Rauf sandarkan badannya ke dinding.  Ia kelihatan letih dan seperti orang hilang akal. Alang Abdul Rauf resah  melihat keadaan isterinya itu.    “Biarkan di situ, kejap lagi dia pulih macam biasa,” ujar datuk.    “Kenapa dia jadi macam tu?” Alang Abdul Rauf minta kepastian dari datuk.  Saya lihat datuk termenung sejenak, “tiba‐tiba saja bini saya jadi  berani, saya tahu dia memang penakut,” sambung Alang Abdul Rauf dengan  wajah yang agak gusar.    Datuk mengeluh kecil sambil matanya merayap ke tiap sudut dinding. Datuk  menyuruh saya merapatkan daun pintu. Saya enggan melakukannya, bila  didesak untuk kali yang kedua saya terpaksa mematuhi dengan perasaan  yang kecut. Bila daun pintu selesai saya rapatkan, saya terus duduk  kembali dekat Alang Abdul Rauf.    “Seseorang yang terlalu takut, biasanya tenggelam punca dan perhitungan,  bila sampai pada tahap ini, dia akan menjadi berani membabi buta, masa  itulah syaitan meresap ke tubuhnya, akibatnya apa yang kamu lihat  sekarang,” terang datuk sambil merenung muka saya dan Alang Abdul Rauf  berulang kali. 

Page 1593 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Bagaimana mahu mengatasinya, bila dah jadi macam tu?” soal Alang Abdul Rauf.    “Kita bacalah ayat‐ayat suci yang boleh menghalau syaitan, minta bantuan  dan pertolongan dari Allah, biasanya bila syaitan dah masuk, kita jadi  lupa, sebelum terjadi kita mesti bersedia.”    “Oh, begitu,” Alang Abdul Rauf menarik nafas dalam dalam, kemudian  anggukkan kepalanya dua tiga kali.    Isteri Alang bergerak ke kiri dan ke kanan, mukanya yang jadi pucat,  kelihatan kemerah‐merahan. Ia menegur suami dan datuk dengan penuh sopan.    “Mengucap dua kalimah syahadat,” kata‐kala itu ditujukan oleh datuk  untuk isteri Alang Abdul Rauf. Isteri Alang Abdul Rauf terus mengucapkan  berkali‐kali. Datuk tersenyum panjang melihat isteri Alang Abdul Rauf  bangun dan menuju ke dapur. Ia terus menjemput kami ke ruang dapur untuk  makan malam.    “Sebelum tidur, suruh bini kamu sembahyang sunat dua rakaat, minta pada  Allah supaya dijauhkan dari gangguan syaitan,” bisik datuk pada Alang  Abdul Rauf, sebaik saja selesai makan malam. Alang Abdul Rauf memberi  persetujuan untuk mematuhi apa yang dikatakan oleh datuk.    Saya dan datuk bersyukur pada Allah, sepanjang malam hingga fajar pagi, 

Page 1594 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tidak ada perkara yang tidak diingini terjadi. Paling menggembirakan  hati, seisi rumah dapat menunaikan sembahyang subuh bersama‐sama datuk.    “Tengah hari sikit, kira‐kira matahari di tengah pucuk kelapa dara, kami  nak beransur ke tempat lain,” ujar datuk sambil menjamah kuih makanan pagi.    “Nak ke mana agaknya?”    “Nak balik ke tempat sendiri, dah lama benar tinggalkan orang rumah,”  balas datuk lalu menghirup kopi. Alang Abdu Rauf dan isterinya berbalas  senyum.    Saya tunduk merenung lantai tetapi, mulut tidak berhenti mengunyah lepat  pisang berinti kelapa. Kalau datuk rindukan nenek, saya juga  rindukannya. Dan saya memang berharap datuk tidak menukarkan  rancangannya. Kalau boleh saya mahu datuk berangkat segera. Saya  berhenti minum kopi dan berhenti menjamah lepat pisang lalu membasuh tangan.    Tepat jam sepuluh pagi, rumah Alang Abdul Rauf kami tinggalkan, sambil  melangkah menuju ke pekan Batu Gajah, ada serangkai, cerita yang  tersusun dalam tempurung kepala untuk saya persembahkan pada nenek.    Saya dapat membayangkan bagaimana rupa wajah nenek bila mendengar cerita  yang mengerikan. Nenek pasti mempamerkan gusi dan giginya bila mendengar  cerita lucu. 

Page 1595 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Semuanya mendorong dan membangkitkan keinginan saya untuk melihat wajah  nenek. Peluh terus mercik di dahi. Celah ketiak dan pangkal paha mula  terasa bergetah. Perjalanan kali ini amat menyeronokkan. Datuk cukup  ramah dan rajin bercerita.    “Saya terasa pening tuk,” saya mengadu padanya.    “Hum, kamu ni, kena panas sikit terus sakit kepala, bukankah dah aku  cakapkan dengan kamu amalkan petua yang aku berikan dulu.”    “Petua?” Saya terkejut dan memperlahankan langkah.    “Ha, kamu dah lupa?” Nada suara datuk keras.    Saya terus mengkedutkan dahi. Mengingati apa yang pernah datuk tuturkan  pada saya. Usaha saya tidak berhasil. Kalau saya nyatakan padanya. Pasti  saya kena marah. Dari kena marah ada baiknya saya membisu dan terus  melangkah dalam panas terik.    “Kamu ingat petua tu, Tamar,” pertanyaan itu membuat hati saya cemas.    “Tak ingat, saya tak ingat tuk.”    “Jadi, apa yang kamu ingat?” Sergah datuk. Langkahnya mati. Biji matanya 

Page 1596 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

terbeliak. Saya terus membatu.    “Bukankah sudah aku katakan pada kamu, bila mandi, tidak kira pagi atau  malam, mesti dimulakan dari kaki, ke badan dan akhirnya ke kepala.”    “Saya baru ingat tuk.”    “Lagi apa pesan dan petua dari aku.”    “Dalam sebulan mesti makan pucuk manggis untuk dijadikan ulam, kurangkan  makan cili api.”    “Ha tahu pun kamu. ada lagi petuanya, cuba kamu ingati Tamar.”    “Setiap kali bangun pagi, mesti duduk mencangkung memeluk lutut sambil  merapatkan kepala ke kepala lutut kemudian tegakkan lima kali  berturut‐turut, hingga sendawa.”    “Hum tahu, amalkan. InsyaAllah kalau petua itu kamu amalkan setiap hari,  kamu tak mudah kena sakit kepala atau pening.”    Saya anggukkan kepala sambil membuat wajah minta dikasihani. Datuk  tersenyum melihat telatah saya yang melucukan itu. Dengan lembut sekali  telapak tangannya menepuk bahu kanan saya berkali‐kali. Penuh kemanjaan  dan kemesraan. Saya tersengih panjang. 

Page 1597 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Langkah selanjutnya, adalah langkah yang cukup rancak. Peluh yang  mengarisi dahi terus saya kesat dengan telapak tangan. Saya dan datuk  sudah pun melintasi kawasan tanah lombong yang ditinggalkan. Pepasir  nampak berkilau‐kilau ditikam matahari yang amat terik. Tetapi, angin  yang amat ramah membekalkan rasa sejuk ke seluruh badan.    Sesekali terlihat beberapa ekor burung gagak, mengkais‐kais pepasir  lombong. Secara diam‐diam saya mengambil seketul batu lalu melemparkan  ke arah beburung gagak itu. Saya tersenyum melihat beburung gagak itu  berterbang sambil berbunyi. Datuk berdehem dua tiga kali berturut‐turut.  Tandanya, datuk kurang senang dengan apa yang saya lakukan.    Saya dan datuk sampai ke pekan Batu Gajah dan terus menuju ke stesen  bas. Cara kebetulan bas yang dingini memang sudah ada menanti. Tanpa  membuang masa kami terus naik bas berwarna biru gelap berjalur merah.  Belum pun sempat tempat duduk jadi panas, bas pun bergerak.    Sampai di pekan kecil Pusing, turun lagi menanti bas lain yang akan  membawa kami ke kampung halaman yang sudah lama ditinggalkan. Kerana bas  yang dikehendaki belum tiba datuk terus duduk di bangku kayu di kaki  lima kedai. Saya minta kebenaran dari datuk untuk merayau sekitar pekan  kecil itu. Permintaan saya diperkenankan. Saya amat gembira.    TUPAI 

Page 1598 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Saya terus menuju ke kedai yang menjual burung dan binatang. Saya  terpikat dengan arnab, kucing, tupai dan musang. Dari situ saya masuk  agak jauh ke perut kedai menuju ke tempat aneka jenis burung, sedang  saya asyik memperhatikan beburung tersebut. Seorang lelaki berusia  sekitar empat puluhan masuk ke kedai.    Lelaki itu berbincang dengan penjual burung. Lama juga mereka  berbincang, bila saya amati ternyata mereka berbincang tentang harga  burung. Terkejut juga hati saya bila lelaki Melayu itu sanggup membeli  seekor burung dengan harga yang amat tinggi. Burung yang mahu dibeli  bukanlah jenis burung yang baik, malah tidak diminati oleh orang langsung.    “Setuju,” tanya penjual burung.    “Saya setuju, kaau tujuh ratus pun saya sauggup bayar.”    “Orang Melayu tak suka burung tu, orang Melayu kata burung jenis ini,  bawa sial.”    “Saya nak buat ubat, sudahlah jangan banyak cakap,” bentak orang yang  mengingati burung tersebut. Penjual burung terus pergi ke bahagian  belakang kedai.”    “Ini dia burungnya, awak tengok,” penjual buning segera menayangkan 

Page 1599 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

seekor burung bubut (setengah orang menyebutnya sebagai burung but‐but)  yang berbulu agak kekuning‐kuningan dan bermata merah. Si pembeli  membelek‐belek burung itu seketika.    Penjual burung masukkan burung itu ke dalam karung kertas. Setelah  menyelesaikan pembayarannnya. Pembeli terus membawa burung itu keluar.    Sebaik saja pembeli burung itu hilang di balik bangunan kedai, saya  merasakan ada sesuatu yang aneh pada diri pembeli burung tersebut.  Kenapa burung yang tidak berapa digemari oleh masyarakat Melayu dibeli  dengan harga yang begitu mahal sekali.    Tidak sukar mencarinya, asalkan sanggup keluar masuk belukar kecil atau  di kawasan sawah terutama setelah musim menuai padi. Mungkin si pembeli  mempunyal maksud yang tertentu? Timbul pertanyaan dalam diri saya.    “Eh kamu”    Satu tepukan singgah di bahu kiri. Wajah si penjual burung nampak  terkejut. Saya toleh ke belakang. Bola mata saya mencakup wajah datuk  dalam keadaan yang kurang tenang.    “Nak beli burung encik,” si penjual burung aju pertanyaan pada datuk.  Datuk gelengkan kepala. Telapak tangannya masih melekat di bahu saya.   

Page 1600 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Kamu tahu, kerana kamu asyik tengok burung bas dah tinggalkan kita,”  rungut datuk telapak tangannya tidak lagi berada di bahu saya. Tidak ada  sesuatu yang dapat saya katakan padanya.    Datuk terus mengheret saya keluar dari kedai burung. Si penjual burung  memandang perbualan datuk dengan mata yang terkebil‐kebil dan terus  tersenyum panjang. Saya disuruh duduk di bangku kayu dan tidak  dibenarkan ke mana‐mana. Saya menyesali diri sendiri kerana terlalu  asyik memikirkan  diri si pembeli burung yang aneh.    “Tuk.”    “Hum kenapa Tamar?”    “Orang beli burung but‐but nak buat apa tuk?”    “Manalah aku tahu! kenapa kau tak tanya sendiri,” datuk seperti  melepaskan geram pada saya. Dan saya terima dengan kerdipan mata kecewa.  Bunyi kenderaan yang lalu dijalan terus menyumbat lubang telinga. Bunyi  kenderaan itu bagaikan menyorak diri saya sendiri.    “Setahu aku burung jenis itu diindungi oleh pihak Jabatan Mergastua, tak  boleh ditangkap apa lagi dijual, burung jenis tu dah nak pupus,” kali  ini nada suara datuk cukup lembut bersahaja, menghilangkan rasa sesal 

Page 1601 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dalam diri saya.    “Burung jenis tu susah membelanya, biasanya orang tak suka membelanya,  kata orang burung itu bawa padah buruk pada si pembelanya,” lanjut  datuk. Keinginan saya untuk mengetahui cerita selanjutnya kian  menjadi‐jadi dalam hati.    “Kalau dah bawa sial buat apa dibeli?” Saya menyoal. Datuk menarik nafas  panjang. Beberapa orang yang lalu di kaki lima kedai merenung ke arah  datuk. Siapa pun akan merasa pelik melihat orang tua memakai baju butang  lima yang dibuat dari kain keras, berseluar hitam dari kain kilat yang  tidak sesuai dengan warna baju. Paling melucukan datuk memakai selipar  kulit yang tapaknya senget sebelah.    “Biasanya, orang mencari burung tu untuk ubat patah, tapi burung yang  ditangkap untuk dibuat ubat patah mestilah burung yang di hutan bukannya  dibeli,” datuk seperti merungut.    “Kalau beli di kedai, tak boleh ke tuk?”    “Ada tujuan lain yang tak baik.”    “Saya tak faham cakap tuk.”    “Nak buat aniaya sesama manusia, ini kerja syaitan,” datuk mengeluh. 

Page 1602 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Saya angguk kepala. Bas yang dinanti pun tiba.    “Cepat Tamar.”    Datuk tarus menarik tangan saya. Kami berlari ke pintu bas. Berhenti  sebentar di situ memberi laluan pada orang yang mahu turun.    Bila orang habis turun, kami pun terus naik bas. Saya memilih bangku  kosong di belakang pemandu.    Tidak ada bantahan dari datuk. Tidak ada perkara yang kami cakapkan  dalam perut bas. Saya lebih banyak tidur dan memandang keindahan  kiri‐kanan jalan.    KISAH    Dari pukul dua petang hingga sampai waktu maghrib, bermacam‐macam kisah  saya sampaikan pada nenek di anjung rumah berbumbung limas. Kalau kisah  lucu saya persembahkan, nenek ketawa terkekeh, kalau kisah seram yang  dihidangkan wajah nenek nampak cemas.    Masuk saja waktu maghrib, datuk terus mengajak saya ke surau, Sampai di  surau saya disuruh melaungkan azan. Berkumandang suara saya ke seluruh  kampung. Selesai menunaikan fardhu maghrib dan isyak, barulah saya dan  datuk pulang ke rumah. Sambung kembali cerita dengan nenek. 

Page 1603 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

 

SBDJ (Jilid 05) Siri 84: Belah Perut Burung    TERASA lucu sekali, bila nenek yang sudah tua itu, masih bertanya pada  saya, kalau datuk terpikat pada wanita lain atau bercerita mahu kahwin  lain.    "Datuk tu baik, ke mana‐mana dia tak pernah lupa dengan nenek, nama  nenek selalu dipujinya di depan kawan‐kawan," ujar saya pada nenek. Ia  tersenyum. Pipinya yang sudah berkedut kelihatan berpelohong ke dalam  dan bibirnya kelihatan seperti menajam, melindungi giginya yang sudah  hampir separuh tercabut dari gusi.    "Kenapa nenek tanya macam tu?"  "Kamu tahu Tamar, orang lelaki kalau badannya sihat, sampai umur  seratus tahun pun nafsu dan keinginannya tetap kuat," sanggah nenek.  Saya diam, tidak kuasa melawan cakapnya. Kalau dilawan mungkin boleh  melukakan perasaannya.    Malam itu, hampir pukul dua belas baru saya masuk ke bilik tidur. dan  datuk tetap dengan kegemarannya membaca Quran dan melakukan sembahyang  sunat tengah malam sebelum masuk tidur.    Kali ini, saya dengan datuk agak lama berada di kampung. Hampir enam  bulan tidak ke mana‐mana. Datuk tetap dengan kegemarannya memburu 

Page 1604 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

binatang pada sebelah petang. Waktupagi dihabiskan di kebun getahnya.  Menanam anak‐anak getah di celah pepohon getah yang sudah tua.    Menurut datuk bila anak‐anak getah itu membesar dan boleh ditoreh.  Pokok‐pokok getah yang tua dan tidak mengeluarkan susu akan ditebang.  Dalam seminggu cuma dua pagi saja saya menolong datuk.    Saya ada tugas lain yang diberikan datuk, saya disuruh mengurus kebun  pisang. Menjual buah pisang dan menjual getah dari para penoreh di  kebunnya adalah urusan saya. Saya kira taraf saya dengan taraf seorang  kerani.    Walaupun saya tidak dibayar gaji tetap tetapi, pada setiap bulan saya  menerima wang antara tiga puluh hingga empat puluh sebulan, bergantung  pada hasil penjualan getah dan pisang.  Dengan wang itu, sayaboleh ke mana‐mana dan berjaya membeli sebuah  basikal lumba.    Saya berhasrat mahu menjadi seorang jaguh lumba basikal yang terkenal.  Demi hasrat tersebut, pada setiap petang saya kayuh basikal keliling  kampung, berlagak sebagai seorang juara.  Kawan‐kawan rapat dan karib terus mengkagumi dan memuji saya kerana  berani kayuh basikal lumba dengan laju. Bila dipuji begitu, saya terasa  yang diri saya ini memang benar‐benar seorang juara.   

Page 1605 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Anehnya, kehebatan dan kebolehan saya setakat keliling kampung saja.  Tidak berani masuk gelanggang. Mimpi untuk jadi juara tetap datang dalam  tidur saya. Datuk kurang senang melihat saya keliling kampung dengan  basikal lumba, dia bimbang kalau perbuatan saya itu boleh menimbulkan  fitnah atau mendorong saya mengusik anak dara kampung.    Bagi menghindar kejadian yang tidak diingini terjadi, datuk  mengesyorkan supaya saya mengikuti ilmu persilatan dengan seorang jaguh  silat yang tinggal kira‐kira sepuluh batu dari kampung kami. Apa yang  datuk utarakan itu segera saya patuhi.    "Aku mahu kamu pergi ke tempat kamu belajar silat dengan basikal," kata  datuk dengan senyum. Terasa agak berat mahu kayuh basikal lumba ke  tempat silat. Belajar silat kira‐kira pukul sembilan malam dan tamat  kira‐kira pukul sebelas atau dua belas. Kemudian, kayuh basikal sepuluh  batu pulang ke rumah.    Bagaimana? Kalau sedang saya asyik kayuh basikal dalam gelap, tiba‐tiba  harimau muncul di tengah jalan. Apa yang mesti saya lakukan?  Menentangnya atau lari saja. Macam‐macam yang saya fikirkan bila datuk  menyuruh saya kayuh basikal ke tempat belajar silat.  "Sulit tuk," saya membantah.  "Apa yang sulitnya Tamar," datuk beliakkan biji mata.  "Jumpa gajah atau harimau tengah malam, hancur tulang‐tulang saya  dipatah‐patahkannya." 

Page 1606 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

"Kerana itu aku suruh kamu belajar silat, biar berani dan boleh  mempertahankan diri bila diserang binatang atau manusia."    "Cara datuk mengajar saya supaya jadi berani ganjil sekali," nada suara  saya agak keras. Datuk terus menggosok pangkal hidungnya berkali‐kali  sambil merenung basikal lumba yang saya sandarkan ke perdu pokok kelapa.    "Bagaimana? kalau kau setuju aku belikan motosikal untuk kamu, asalkan  kamu mahu belajar jadi manusia berani," satu peluang yang terbaik dari  datuk, tidak wajar dilepaskan begitu saja.    "Saya setuju tuk."  "Ada syaratnya Tamar."  "Syarat? Apa syaratnya tuk," saya terkejut.    "Mudah saja, kau belajar dulu enam bulan, lepas itu baru aku belikan  motorsikal, itu pun bila kamu dah lulus ujian memandu." tersenyum simpul  datuk memandang ke arah saya. Mudah sungguh ia mengeluarkan syarat  tetapi, bebannya terasa amat berat sekali untuk saya laksanakan.    Setelah difikirkan dengan teliti dan masak‐masak, saya terima dengan  syarat yang diajukan pada saya. Senyum datuk bertambah lebar. Petang itu  juga, datuk membawa saya menemui guru silat. Melihat bentuk tubuhnya  yang tegap, misai melintang dan penuh janggut serta jambang menghiasi  wajah membuat saya gementar. 

Page 1607 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Saya membayangkan kalau pembukanya yang datang gagal saya tepis, pasti  saya jatuh terlentang ke bumi. Kalau hinggap dirusuk, sudah pasti tulang  rusuk patah. tetapi, kerana mahukan motosikal. Semua rintangan sanggup  saya hadapi.    Tanpa diduga sedang asyik berborak di halaman rumah pendekar. Secara  mengejut pendekar melepaskan satu penumbuk kencang ke arah saya, kerana  pernah belajar beberapa langkah silat tumbukan itu berhasil saya tepiskan.    "Dah tahu rupanya," puji pendikar sambil memintal misai lebatnya.  Telapak tangannya yang lebar itu terus menepuk bahu saya berkali‐kali.  Datuk tersenyum, datuk mana yang tidak merasa bangga bila cucu  kesayangan dipuji di depan mata. Saya bersyukur pada Allah swt kerana  menghadiahkan kegembiraan padanya.    Setelah berbincang lebih kurang setengah jam. Kami pun meninggalkan  rumah pendekar tersebut. Dua hari kemudian, saya pun memulakan latihan.  Saya berharap kali ini, datuk tidak akan pergi ke mana‐mana. Biarlah  datuk duduk terus di kampung meneruskan kebiasaan yang diminatinya. Saya  sudah bosan mahu mengikuti datuk ke mana‐mana.    Apa yang saya bimbangkan selama ini benar‐benar terjadi. Ketika saya  pulang dari belajar silat, saya terserempak dengan seekor harimau yang  baring melintang di jalan raya. Saya terus melakukan brek kecemasan. 

Page 1608 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Saya tercampak atas tanah. Harimau yang terkejut terus bangun, membuka  mulutnya lebar‐lebar sambil menjilat tubuhnya dengan tenang.    Saya cuba bangun tetapi, saya rasakan sepasang tempurung lutut saya  jadi lemah. Saya jadi lembik dan jatuh lagi. Saya serahkan hidup atau  mati saya pada keadaan. Entah macam mana, saya jadi berani dengan  tiba‐tiba. Saya berhasil bangun dan mengangkat basikal lumba yang  tersadai atas rumput. Harimau liar itu bergerak di depan saya.    Saya ikuti pergerakannya dengan teliti. Saya tentang matanya yang  bersinar dalam gelap. Bila harimau bergerak ke arah saya. Saya undur  perlahan‐lahan basikal lumba saya jadikan benteng pertahanan. Bila  harimau itu menerkam ke arah saya terlebih dahulu terkena basikal lumba  sebelum melakukan serangan ke atas saya.    Saya bersyukur bila harimau itu tidak menerkam ke arah saya. Harimau  itu cuma mengaum panjang sebanyak dua kali. Kemudian masuk ke hutan di  sebelah kanan.  Saya terus lompat atas basikal lumba dan mengayuhnya dengan laju tanpa  menoleh ke belakang. Apa yang saya alami tidak saya ceritakan pada  datuk, biarlah peristiwa itu menjadi kenangan diri yang paling berharga  buat saya.    DATANG  Suatu hari guru silat datang menemui datuk. Saya jadi cemas kalau guru 

Page 1609 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

silat tersebut membawa berita yang kurang menyenangkan tentang diri saya  pada datuk. Saya terus mengintip perbualan mereka dari bawah rumah.    "Saya nak mengajak awak ke Permatang Pauh," terdengar suara guru silat.  "Ada apa di sana?" Soal datuk.    "Adik ipar saya sakit, isterinya, adik saya menulis surat minta saya  balik tengok keadaan suaminya yang teruk."    "Kalau kamu mengajak aku ke sana untuk mengubatnya, aku minta maaf, aku  tak pandai."    "Tidak terniat dalam hati, saya cuma nak ajak awak berjalan sauja, adik  ipar saya tu, sekarang ni diubat dan dijaga oleh bomoh, manalah tahu  kalau awak nak berkenalan dengannya."    Mereka berhenti bercakap sebentar. Sama‐sama menikmati, air kopi dan  kuih yang dihidangkan. Saya masih tidak mahu bergerak dari bawah rumah.  Saya mahu mengikuti dan mendengar keputusan yang bakal diambil oleh  datuk. Saya yang berada di bawah rumah terus berdebar.    "Apa sakit adik ipar kamu tu?" Datuk minta penjelasan.    "Pada mulanya, dia demam, tidak berala lama lepas itu, perutnya terus  buncit macam orang mengandung, sudah puas dibawa berubat ke mana‐mana 

Page 1610 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tapi tak mahu hilang."    "tak bawa ke hospital." soal datuk lagi.  "Sudah, doktor sendiri tidak tahu apa jenis penyakit yang ditanggungnya."  "Berubat dengan bomoh tu, macam mana?"    "Menurut isterinya ada kurang sikit, bomoh tu memang handal, namanya  terkenal di tempat saya hingga ke Selatan Siam.    "Kalau begitu aku ingin nak belajar darinya. Bila kamu nak balik ke  Permatang Pauh."  "Dua hari lagi."    "Kalau aku dengan cucu aku pergi, tak menyusahkan diri kamu," tambah  datuk.  Saya yang berada di bawah ruma tergamam sejenak. Saya mengambil  keputusan keluar dari bawah rumah. Naik ke atas rumah lalu berdiri di  muka pintu. Guru silat angkat tangan pada saya bersama segaris senyum  yang memanjang. Saya juga angkat tangan.    "Tak jadi hal, rumah peninggalan orang tua saya besar, sekarang ni  kosong, awak boleh duduk di situ, setakat makan minum awak berdua selama  dua tiga hari kamu kerabat saya boleh tanggung," balas guru silat penuh  semangat. Datuk termenung. saya terus duduk di sisinya. Guru silat garu  pangkal keningnya dua tiga kali. 

Page 1611 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Biar kami bawa beras, ikan dan apa yang patut," dengan wajah selamba  datuk menuturkan kata‐kata. Guru silat gelengkan kepalanya dua tiga kali  sambil tidak berkata.  "Untuk menyenangkan awak," balas datuk.    "Susah dengan awak ni, selalu memikirkan tentang diri orang lain, tidak  mahu menyusahkan orang lain dalam hidup awak," guru silat bersuara  diakhiri dengan ketawa memanjang. Datuk hanya tersenyum saja.    Guru silat minta diri untuk pulang. Datuk dan saya menghantarnya hingga  ke kaki tangga. Terasa di hati ingin melarang datuk supaya jangan pergi  ke Permatang Pauh. Tetapi, apa yang ada dalam hati saya, tidak terdaya  mahu saya luahkan. Takut kena marah.  BERANGKAT    Masa yang dijanji pun tiba. Kami bertiga pun berangkat ke Permatang Pauh  dengan menaiki bas. Sebelum sampai ke tempat yang dituju kami terpaksa  singgah di beberapa buah bandar, bertukar bas.    Kami sampai di Permatang Pauh, kira‐kira pukul dua petang. Kampung asal  guru silat memang menarik. Dikelilingi sawah yang sayup maa memandang.  Saya terpesona melihat matahari petang yang memancarkancahaya kekuningan  ke atas bebuah padi yang sedang menguning emas.   

Page 1612 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Kali ini, saya merasa beruntung dan bertuah. Datuk tidak mengongkong  kebebasan diri saya. Satu perubahan yang amat mengejutkan dari datuk.  Saya boleh pergi ke mana‐mana dalam kawasan kampung guru silat.    Dua hari berada di tempat tersebut, saya sudah berkenalan dengan  beberapa orang pemuda yang sebaya dengan saya di kampung itu. Saya  berkawan dengan Zubir, Usman dan Abdul Fatah. Mereka membawa saya  melawat ke Bukit Bendera, Batu Feringgi dan beberapa tempat yang menarik.    Kadang‐kadang mereka mengajak saya mandi laut di kawasan yang sekarang  sudah didirikan hotel Rasa Sayang. Sebelum itu, di sekitar kawasan  tersebut terdapat perkampungan dan rumah orang Melayu. Cara kebetulan  pula ayah saudara Zubir tinggal di tempat tersebut, menjadi nelayan pantai.    Semua yang saya alami itu, merupakan satu pengalaman baru dan membuat  saya ingin tinggal lebih lama di tempat tersebut. Abdul Fatah  mencadangkan supaya saya bekerja di Pelabuhan Pulau Pinang seperti  dirinya. Cadangan itu saya tolak, tetapi Zubir berjanji untuk mencarikan  saya pekerjaan di Kebun Bunga yang selalu menjadi tumpuan para pelancong  kerana bunga dan monyetnya yang jinak.    Cadangan Zubir memang menarik hati saya. Harapan untuk memperolehi kerja  tersebut amat cerah kerana abangnya menjadi pegawai dan diberi kuasa  memilih orang untuk bekerja di tempat tersebut.   

Page 1613 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Jawapan saya pada cadangan itu : "Nanti aku fikirkan, kemudian aku  beritahu kamu keputusannya."    "Bila aku boleh dapat tahu?"    "Biar aku balik dulu ke kampung, kemudian aku tulis surat pada kamu."    "Kalau begitu aku daftarkan nama kamu dulu."    "Ya, kalau baik apa yang kamu fikirkan patut," balasku.    Jawapan itu memberikan kegembiraan pada tiga sahabat baru, awal‐awal  lagi mereka sudah bermuafakat untuk menyewa rumahdi sebuah kampung  Melayu yang letaknya tidak jauh dari Persiaran Gurney. Kalau tidak silap  saya, kampung itu disebut Kelawai. Kata mereka saya amat sesuai untuk  tinggal di sebuah rumah sewa sama mereka.    Kebebasan yang diberikan oleh datuk itu, membuat saya tidak berminat  untuk mengikuti datuk pergi ke rumah adik ipar guru silat yang terlantar  sakit. Hal itu kurang menyenangkan hati datuk.    "Tamar, petang ni usah ke mana‐mana ikut aku," ujar datuk dengan tenang  di tengah rumah peninggalan orang tua guru silat. Saya berhenti dari  menyikat rambut dan terus termenung.   

Page 1614 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Saya dapat membayangkan kehampaan kawan‐kawan, bila saya tidak dapat  menyertai mereka perti ke Padang Kota seperti yang dijanjikan. Saya  terlepas peluang untuk berdiri di tepi feri sambik menikmati deru ombak  dan melihat matahari hampir terbenam di permukaan laut seperti yang  selalu kami lakukan ketika menyeberangi selat kecil yang memisahkan bumi  Pulau Pinang dengan Tanah Besar.    "Saya dan janji dengan kawan tuk."    "Tuk nak ajak saya tengok orang sakit tu."    "Ya."    "Kalau begitu, biar saya beritahu kawan‐kawan yang saya tak dapat pergi  ke sana, nanti dia orang tertunggu‐tunggu saya."    "Pergi cepat."    Saya terus menemui kawan‐kawan. Ternyata mereka agak terkejut dengan  berita yang saya sampaikan. Akhirnya, mereka dapat menerimanya setelah  saya terangkan keadaan yang sebenar. Saya terharu bila mereka  membatalkan hasrat yang sudah dirancang tanpa penyertaan saya. Kagum  saya dengan semangat setia kawan yang diberikan itu.    LIHAT 

Page 1615 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Hasrat datuk saya tunaikan. Ia gembira dan malam itu lebih kurang pukul  sepuluh saya sudah pun berada di rumah adik ipar guru silat. Terharu  saya melihat seorang lelaki terlentang di lantai dengan perut yang membukit.    Di depan lelaki itu digantung tali belati yang diikat pada alang rumah.  Bila lalaki itu mahu duduk ia terpaksa menggunakan tali belati itu  sebagai tempat berpaut.    Satu pemandangan dan keadaan yang amat mengharukan perasaan saya. Bila  lelaki itu sudah duduk, isterinya segera meletakkan tiga bantal di  belakangnya untuk dijadikan tempat bersandar. Tanpa bantuan bantal dan  tali tersebut, lelaki itu tidak mampu duduk.    Menurut isteri lelaki itu, suaminya jarang makan dan minum tetapi,  perutnya tetap membesar. Bercakap tidak boleh banyak, kalau bercakap  suaminya akan mengalami sesak nafas dan penat adakalanya terus pengsan.    "Sudah enam bulan lebih," kata bomoh yang merawat adik ipar guru silat  pada datuk. Saya lihat datuk anggukkan kepala kemudian terus bertanya :    "Bagaimana, ada harapan nak sembuh."    "Entahlah, saya cuma berusaha kalau diizinkan Allah sembuhlah dia,"  bomoh itu merendah diri. 

Page 1616 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  "Dah lama awak berikhtiar?" tanya datuk lagi.    "Baru lagi, perkara ini diberitahu pada saya dah lambat, kalau cepat,  barangkali saya dapat berusaha lebih baik lagi." dengan tenang bomoh  yang berusia lebih tua dari datuk memberi penerangan.    Datuk termenung panjang. Kemudian merenung ke arah adik ipar guru silat  yang terlentang. Datuk menarik nafas panjang. Guru silat yang berada di  sisinya terus membisu. Isteri suami malang menatap sayu ke arah suaminya.    "Minta maaf, masuk malam ni dah tiga malam saya ikut awak mengubat,  orang sakit ni, macam mana kalau saya turut menolong awak," datuk cuba  memberikan khidmatnya. Bomoh yang duduk disebelahnya terus tunduk.    Saya kira, permintaan datuk tidak akan diperkenankan. Mana ada bomoh  yang suka kerjanya diganggu atau mahu bekerjasama dengan orang lain.    "Boleh," satu jawapan yang amat mengejutkan dari si Bomoh. Muka datuk  nampak berubah. Begitu juga dengan muka guru silat. Datuk segera bangun  dan mendekati si sakit. Datuk pegang tangan pesakit merasai denyut  nadinya.Datuk kembali duduk di sisi bomoh. Buat beberapa minit, tidak  ada percakapan yang terjadi di antara kami.    "Awak setuju tak, kalau saya katakan sakit orang ni memang teruk," datuk 

Page 1617 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

renung muka bomoh. Tiada jawapan yang datuk terima dari bomoh tersebut.  Cara mendadak saja bomoh bangun lalu duduk bersandar di dinding sambil  melunjurkan sepasang kakinya. Songkok hitam diletakkan atas lantai.   

SBDJ (Jilid 06) Siri 85: Katak Ganjil    “BIARKAN mereka datang,” kata bomoh dalam keadaan tidak sedar, saya  merenung menerusi tingkap dan pintu yang terbuka sendiri.    “Beri jalan,” suara bomoh lembut. Saya terasa papan rumah seperti  dipijak orang. Angin malam kian kuat terus masuk ke rumah. Beberapa  helai daun mempelam melayang ke rumah.    Datuk tidak melakukan sesuatu. Ia melihat apa yang terjadi dengan  perasaan tenang tetapi penuh persediaan kewaspadaan untuk menghadapi  sebarang kemungkinan yang tidak baik. Guru silat bangun lalu berdiri  tidak jauh dari arah rusuk kanan bomoh tua. Saya pula mengisut  perlahan‐lahan menuju ke tepi dinding.         Berusaha mahu menjarakkan diri dengan datuk, guru silat dan bomoh tua.  Andainya, bomoh tua kemasukan roh datuk nenek dan tidak sedarkan diri,  mengamuk atau membaling tempat bara api saya boleh mengelakkan diri  dengan terjun menerusi pintu yang terbuka. 

Page 1618 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Bomoh tua yang bercakap seorang diri itu, memperlahankan suaranya,  sesekali ia menumbuk lantai, suaranya seperti orang yang kena cekik.  Lagi sekali bomoh tua itu rebah atas lantai.    Suasana dalam rumah menjadi sunyi. Bomoh tua terus bangun. Gosok kelopak  matanya berkali‐kali, macam orang baru bangun tidur. Renung kiri, kanan  dengan sinar mata yang garang.    “Eh, kamu kenapa datang dekat aku, tengok sekarang datuk nenek aku dah  lari, kamu tolak dia, sekarang dia dah merajuk,” bomoh terus marah‐marah  dengan guru silat. Saya tergamam, tidak ada sesiapa pun yang berdiri  dekatnya, sebelum guru silat menghampirinya.    “Saya tak nampak apa‐apa,” mulut celupar saya bertanya. “Kamu tahu, biji  mata kamu semuanya tak nampak dia, kecuali aku, batin aku dengan batin  roh datuk nenek aku sudah bersatu,” kemarahan bomoh tua meluap‐luap.  Tidak terduga oleh saya perkara tersebut boleh jadi begitu.    Supaya keadaan, tidak menjadi kacau‐bilau, datuk segera minta maaf.  Nasib baik bomoh tua mahu memaafkannya. Saya segera terfikir kenapa  banyak sangat upacara yang mesti dijalankan untuk mengubati orang yang  sedang sakit.    Apakah bomoh tua itu tidak terfikir cara yang dilakukannya itu 

Page 1619 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

menambahkan beban orang yang memang sudah sakit itu. Saya jadi bosan  dengan keadaan yang sedang saya hadapi.    Saya juga terfikir, perkara itu sahaja dilakukan untuk  melambat‐lambatkan tugasnya. Bila sudah larut malam baru kerja itu  dijalankan dengan sempurna. Ini satu taktik, kata hati saya. Bomoh itu,  menjalankan upacaranya kembali. Kali ini isteri si sakit duduk di depannya.    “Akulah panglima raja Melayu,” suara bomoh berubah, parau dan garang.  Isteri si sakit tunduk.    “Siapa nama panglima?” Soal isteri si sakit.    “Datuk Maharajalela, panglima Perak yang datang untuk menyempurnakan  hajat anak cucu.”    “Terima kasih kerana panglima sudi datang ke rumah kami.”    “Hum...aku faham, aku dahaga dan lapar.”    “Tunggu, panglima.”    Isteri si sakit pun meletakkan setalam hidangan di depan bomoh tua yang  menjelma menjadi Datuk Maharajalela. Saya segera rapat pada datuk yang  duduk tidak jauh dari bomoh yang sudah berada di zaman lampau itu. 

Page 1620 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Saya lihat dalam talam itu ada dua butir telur ayam, sebutir sudah  direbus dan sebutir tidak. Ada dua cawan, satu berisi kopi, satu berisi  air biasa. Ada dua kepal pulut, satu berwarna kuning dan satu berwarna  putih.    Asap kemenyan terus menguasai ruang rumah. Dalam berbisik guru silat  memberitahu saya, barang‐barang ini memang menjadi syarat setiap kali  bomoh tua itu menjalankan tugasnya. Dan barang‐barang itu sentiasa  berubah, mengikut malam bomoh tua itu datang.    Isteri si sakit tahu, kalau bomoh tua datang malam Selasa, persediaannya  cuma dua biji pisang. Satu masak dan satu tidak. Malam Jumaat,  persediaannya seperti yang saya lihat sekarang.    Biasanya, setelah selesai menjalankan upacara tersebut, bomoh tua akan  memberitahu pada orang yang diubatinya siapa pula yang akan  mendampinginya pada malam berikut dan apa kegemaran orang yang  mendampinginya itu mesti disediakan.    Semua makanan yang dihidangkan itu dimakan oleh bomoh tua yang sudah  diresapi roh panglima itu. Semuanya dimakan separuh saja. Tekak saja  menjadi loya bila melihat bomoh tua itu makan. Air liurnya meleleh,  macam orang kena sawan babi. Sesiapa pun tidak sudi makan sisa makanan yang  ditinggalkannya itu. 

Page 1621 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Membazir dan jadi habuan ayam. Itupun kalau ayam tersebut sudi. Fikir  saya. Datuk terus termenung sambil mengerutkan dahinya. Bomoh tua itu  selesai makan.    “Apa hajat cucu,” bomoh tua bersuara.    “Suami saya sakit, sudah ramai panglima yang datang tapi sakitnya tak  kurang juga, sekarang saya minta tolong pada Pahlawan Perak.”    “Hummmmmmm.,” bomoh tua itu tunduk, “Sakit suami kau kena buatan orang,  dua tiga hari lagi sembuhlah dia, beri aku kemenyan dan daun kunyit.”    Isteri si sakit serahkan barang yang dikehendaki. Bomoh tua  membelek‐belek barang tersebut dan diserahkan pada isteri si sakit.    “Kemenyan tu usap ke muka tujuh senja, daun kunyit potong kecil dan  diberikan ia makan pada setiap pagi, dan faham cakap aku.”    “Faham.”    “Ada apa‐apa lagi yang nak minta.”    “Tak ada apa‐apa, kalau tak kurang saya panggil panglima lagi.”   

Page 1622 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Boleh, lain kali aku nak datang dengan Tok Janggut dari Kelantan,  sediakan makanannya, ayam percik sama nasi dagang. Aku nak balik.”    Bomoh tua itu jatuh ke lantai kembali. Kemudian bangun dan tersenyum,  seolah‐olah tidak ada sesuatu yang dilakukan di depan kami. Ia bersalam  dengan kami.    Bomoh tua itu bertanya pada isteri si sakit apa yang terjadi. Isteri si  sakit pun menceritakan apa yang terjadi. Bomoh tua pun anggukkan kepala.  Senyumnya bertambah lebar merenung ke arah kami.    “Kamu dah banyak kali tengok aku mengubat orang, tapi aku rasa pelik  kenapa malam ini baru kamu nak tolong aku?” Bomoh tua ajukan pertanyaan  pada datuk.    “Saya nak belajar,” jawab datuk.    “Hisss kamu, dah tua‐tua nak belajar, hati dah tumpul otak tak boleh  terima pelajaran lagi, aku belajar sejak kecil tahu.”    “Saya faham,” kata datuk menahan rasa malu yang amat sangat. Bomoh tua  tersenyum. Pintu dan tingkap yang terbuka tertutup rapat kembali. Saya  tidak sedar, waktu bila tingkap dan pintu rapat.    “Boleh saya sentuh tubuh si sakit,” datuk minta izin dari bomoh tua. Ia 

Page 1623 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

anggukkan kepala. Senyumnya tidak juga berakhir di kelopak bibir. Saya  tahu, senyum itu tidak jujur. Senyum menyindir. Datuk rapat pada si  sakit. Pergelangan tangan si sakit di rabanya berkali‐kali. Datuk minta  segelas air sejuk pada isteri si sakit.    Segelas air sejuk berada dalam tangan datuk. Mulut datuk bergerak  lancar. Datuk serahkan gelas berisi air itu pada si sakit. Datuk suruh  si sakit minum air tersebut. Baru sekali teguk saja, si sakit itu terus  tersedak, air di mulut bersembur dan terkena muka bomoh tua.    “Ini semua kerja syaitan, si sakit disihir orang,” datuk renung muka  bomoh tua. Saya lihat bomoh tua tersengih sambil mengesat kesan air di  mukanya.    “Tidak ada harapan nak baik,” ujar bomoh tua.    “Jangan cakap macam tu, kalau Allah izinkan semuanya elok, kalau  janjinya sudah sampai kita tak boleh buat apa‐apa,” suara datuk  merendah. Bomoh tua gelengkan kepala.    “Kalau kamu dah pandai sangat, kamu ubat sendiri. Aku tak mahu campur,”  bomoh tua meledakkan kemarahannya.    “Jangan begitu sama sama kita berusaha menolong orang yang sakit,” datuk  memujuk. Tetapi, pujukan itu tidak berjaya melembutkan hatinya. 

Page 1624 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Minta maaf, kalau saya katakan yang kita boleh berusaha, marilah sama  kita menolongnya,” rayu datuk.    “Tidak kamu uruskan aku nak tengok sejauh mana kamu sanggup”, bomoh tua  itu seolah‐olah mencabar datuk. Saya lihat datuk termenung panjang.  Macam ada sesuatu yang difikirkannya.    “Minta maaf, menurut petua datuk nenek saya orang yang sakit ini disihir  dengan menggunakan anak kucing hitam. Kemudian akan disusuli dengan  menggunakan burung but‐but. Orang yang mengambil upah membuat kerja ini  bukan sebarang orang,” datuk mengeluarkan apa yang ia tahu, mengikut  petua denyut nadi dan gerak darah dalam urat saraf. Bomoh tua menjuihkan  bibirnya ke depan. Datuk tidak terhenti setakat itu saja. Ia terus  melanjutkan kata‐katanya:    “Kerja pertama dah berjalan, hasilnya perut si sakit bengkak, dalam dua  tiga minggu lagi kerja kedua akan dijalankan, kalau kita tak sekat kerja  kedua ini, hanya Allah yang dapat menentukan hidup mati si sakit,” ujar  datuk. Suaranya kali ini bertambah keras penuh dengan keyakinan. Bomoh  tua kerutkan dahi.    “Macam mana caranya, orang tu buat kerja,” tiba‐tiba saja bomoh tua soal  datuk. Mahu menguji sejauh mana kebolehan dan kemampuan datuk.   

Page 1625 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Perut anak kucing hitam itu dibelah, isi perut anak kucing itu  dibalutkan dengan kain putih dan dimasukkan ke dalam perutnya semula  lalu ditanam sekitar kawasan rumah, bila terlangkah pada orang yang  ditujukan, sebulan kemudian perut orang itu buncit, bila kain dalam  perut anak kucing reput, orang yang kena tuju tu, tamat riwayat,” jelas  datuk.    Guru silat menggaru pangkal dagunya berkali‐kali. Wajahnya nampak resah.  Ekor mata saya masih tertumpu ke arah bomoh tua yang menjentik‐jentik  lantai dengan jarinya. Isteri si sakit termenung sedangkan si sakit yang  terbaring mengerdipkan kelopak matanya berkali‐kali.    “Bagaimana dengan adik ipar saya?” Mendadak saja guru silat bertanya.  Bomoh tua berdehem panjang, bagaikan memberitahu yang pertanyaan itu  harus ditujukan pada dirinya, bukan pada datuk. Perbuatan guru silat itu  menjatuhkan mariabat dirinya.    “Adik ipar awak baru dikenakan peringkat awal, saya yakin kain pembalut  perut anak kucing hitam tu belum hancur lagi, kita masih boleh berusaha.”    “Kalau sudah sampai peringkat kedua bagaimana?” Desak guru silat. Datuk  lagakan gigi atas dengan gigi bawah berkali‐kali.    “Peringkat kedua, perut burung but‐but dibelah, semua isi perutnya  dikeluarkan, dimasukkan kembali bersama tanah biasa lalu dijahit, ini 

Page 1626 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

cukup merbahaya, bila perut burung but‐but hancur, perut adik ipar awak  juga pecah.”    “Dahsyat, bagaimana kita nak mengatasinya,” cemas sekali guru silat  bersuara.    “Kita mohon pertolongan pada Allah,” jawab datuk menenangkan perasaan  guru silat. Lagi, sekali saya merenung ke bomoh tua yang sikapnya agak  berubah dari tadi. Tidak memperlihatkan sikap marah‐marah dan sombong.    “Bagaimana kalau semua kerja ni awak ambil,” terdengar suara bomoh tua.  Datuk segera mendekatinya. Perlahan‐lahan datuk genggam tangannya erat‐erat.    “Marilah kita bekerjasama untuk menolong orang yang sakit,” kata datuk.  Bomoh tua gelengkanan kepala seraya berkata:    “Awak uruskan cara awak, saya cara saya, kita tengok siapa handal.”    “Bukan itu niat saya.”    “Sudahlahhhh...,” bomoh tua terus bangun. Meninggalkan rumah adik ipar  guru silat. Hilang dalam kepekatan malam yang garang.    Saya terus mengerutkan dahi melihat sikap bomoh tua yang di luar dugaan.  Guru silat merenung wajah datuk dan datuk membalas senyuman tersebut 

Page 1627 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dengan segaris senyum. Tetapi, rasa cemas dan bimbang tergambar di wajah  isteri si sakit.    “Agaknya, dia dah tak mahu nak mengubat aku,” tanya si sakit (adik ipar  guru silat) dengan nada kehampaan. Guru silat menarik nafas panjang.    Datuk meraba dagunya berkali‐kali. Isteri si sakit merenung lantai.    Di luar, terdengar sayup‐sayup suara pungguk. Desiran angin yang  melanggar dedaun jelas kedengaran. Sesekali terdengar lolongan anjing  yang panjang. Saya melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali.    “Bersabarlah,” kata datuk sambil memandang muka guru silat dan si sakit.  Isteri si sakit menarik nafas kelegaan. Sepasang mata hitamnya merauti  paras saya.    “Berapa lama saya harus bersabar, tak tahan rasanya saya menderita  begini,” tiba‐tiba saja si sakit bersuara.    “Bersabarlah, saya cuba berusaha. Saya rasa, saya dapat tahu siapa yang  membuatnya, beri saya masa tiga hari dan dengan izin Allah, saya  berjaya,” datuk memberikan pengakuan.    Kata‐kata yang datuk hamburkan itu membuat guru silat tersenyum lagi. Si  sakit cuba tersenyum dan isterinya anggukkan kepala. Di wajahnya 

Page 1628 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

terpamer seribu harapan pada datuk.    “Saya cuma berusaha dan yang menentukan semuanya adalah Allah, kita  mohon pertolongan pada Allah. Niat kita baik, setiap kerja yang balk  diberkati Allah,” datuk menambah.    “Saya faham, kita cuma berusaha yang menentukan semuanya adalah kuasa  Allah,” sahut guru silat. Datuk anggukkan kepala.    Saya terus menggosok mata dua tiga kali. Terasa amat mengantuk sekali.  Guru silat terus menguap panjang.    “Bagaimana, kita balik dulu,” guru silat bersuara sambil melunjurkan  kaki kanannya. Kemudian, ia terus memicit pangkal pahanya berkali‐kali.  Deru angin malam di luar bertambah kuat.    “Terpulang, kalau nak balik pun elok juga,” balas datuk.    “Kalau begitu, biarlah kami balik dulu,” guru silat memberitahu isteri  si sakit. Isteri si sakit pun anggukkan kepala.    Guru silat segera bangun melangkah tenang menuju ke pintu dengan diikuti  oleh datuk dan saya. Sebaik saja saya berdiri di halaman rumah terdengar  bunyi kucing mengiau panjang. Dengan pertolongan cahaya lampu, saya cuba  mencari kucing yang mengiau. Tidak nampak bayang kucing dan hati saya 

Page 1629 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

mula berdebar.    “Kenapa tercegat, macam patung,” guru silat menepuk bahu kiri saya dua  kali. Datuk terus merenung ke arah saya. Guru silat melihat langit yang  hitam.    “Macam nak hujan, tak ada sebiji bintang pun di langit,” guru silat  seperti merungut. Datuk dongak ke langit.    “Langit gelap belum tentu nak hujan,” balas datuk sambil memulakan  langkah pulang.    Baru dua puluh tapak melangkah, guru silat mematikan lampu picitnya.  Perbuatannya itu menimbulkan keraguan dalam diri saya. Cepat‐cepat saya  memegang bahagian tepi baju datuk.    “Kenapa?” datuk bersuara.    “Saya macam terdengar benda terbang atas kepala” suara guru silat cemas.    “Angin,” kata saya.    “Bukan angin, macam ada benda lain,” sahut guru silat lalu menyerahkan  lampu picit pada datuk.   

Page 1630 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

BURUNG    Angin malam terus bertiup sesekali kilat memancarkan cahayanya dituruti  dengan bunyi guruh. Datuk menyuluh ke kiri dan ke kanan. Saya terdengar  bunyi benda terbang macam burung mengelilingi kepala saya berkali‐kali.    “Burung keliling kepala saya tuk."    Datuk pun menyuluh ke arah kepala saya. Datuk terkejut melihat seekor  burung berpusing‐pusing atas kepala saya sambil mengeluarkan bunyi yang  tidak pernah saya dengar. Guru silat segera mendekati saya dan bersedia  untuk menangkap burung yang tidak diketahui jenisnya.    “Aduh burung cakar mata saya" jerit guru silat. Datuk suluh muka guru  silat. Saya terkejut melihat pipi guru silat berdarah. Datuk kesat darah  di pipi guru silat dengaa sapu tangan. Burung yang tidak diketahui  jenisnya itu terus melakukan serangan pada guru silat. Tetapi, kali ini  guru silat sudah bersedia untuk menepis serangan burung tersebut dengan  tangannya.    “Jangan tahan dengan tangan, nanti lengan kamu dicakarnya, cari kayu,”  datuk mengeluarkan arahan. Guru Silat segera mencapai dahan kayu dan  bersedia untuk memukul burung aneh yang mahu menyerangnya. Buat beberapa  saat, suasana menjadi tenang. Burung aneh, tidak melakukan sebarang  serangan. 

Page 1631 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Jalan, jangan tunggu, burung tu tak datang lagi,” suara datuk meninggi.  Saya dan guru silat segera mematuhinya. Berjalan malam dalam keadaan  cemas memang tidak menyeronokkan, setiap benda yang didengar membuat  bulu roma berdiri. Dua tiga kali langkah saya terhenti akibat diganggu  oleh bunyi ranting kering yang patah akibat dirempuh angin.    Dalam keadaan yang tidak begitu selesa, saya terasa pipi kanan ditampar  oleh kepak burung dan dituruti dengan cakaran kilat. Saya mula terasa  pipi pedih dan berdarah:    “Burung tu, serang saya tuk.”    “Padamkan lampu, agaknya dia tak boleh tengok cahaya,” kata guru silat.  Datuk segera memadamkan lampu picit. Atas arahan datuk, kami berbuat  demikian.    “Kita berjalan semula, agaknya burung tu tak ganggu kita lagi,” suara  guru silat tertahan‐tahan. Agaknya, ia sudah tidak sanggup lagi duduk  bertinggung. Tidak ada bantahan dari datuk tetapi, datuk mengingatkan  kami yang ia akan menyalakan lampu picit di tangan bila difikirkan  perlu. Teryata perjalanan kami lancar sekali.    Sebaik saja sampai di kaki rumah tempat saya dan datuk menginap, secara  mendadak saja seekor burung puyuh hinggap di anak tangga ketiga, sambil 

Page 1632 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

mengembang‐ngembangkan kepaknya. Sesekali membuka mulutnya macam minta  makan. Guru silat menerpa ke arah burung puyuh tersebut untuk menangkapnya.    “Jangan,” datuk melarang.    “Kenapa? Bukankah dia nak datang menyerah diri.”    “Belum tentu burung puyuh tu betul betul burung puyuh barangkali benda  lain yang menyerupainya”    “Ah ,” guru silat seperta mengeluh. Matanya merenung ke arah datuk  dengan seribu tanda tanya. Datuk hanya menjawab dengan sebuah senyuman.    Burung puyuh terus meniti di anak tangga sambil melebarkan kedua belah  kepaknya. Sesekali, berbunyi bertalu‐talu. Suara burung puyuh itu  ternyata berjaya memikat hati guru silat yang selama ini dikenali  sebagai peminat burung puyuh. Matanya, tidak berkedip melihat telatah  burung puyuh malam di anak tangga.    “Suaranya bagus, boleh jadi pemikat, gerak jalannya boleh jadi jaguh  sabung puyuh,” guru silat seperti meratap kehebatan si puyuh malam yang  dilihatnya.    “Aku tahu, aku juga pernah jadi peminat puyuh tapi, puyuh yang kita  tengok ini, belum tentu puyuh betul,” datuk menahan keinginan yang 

Page 1633 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

bersarang dalam dada si guru silat.    Si guru silat yang mempunyai berpuluh‐puluh anak murid itu kecewa dengan  sikap datuk. Cepat‐cepat datuk mengeluarkan kain ikat kepala berwarna  merah dari dalam saku bajunya. Kain itu dikibaskannya ke arah burung  puyuh malam tiga kali berturut‐turut. Burung puyuh itu bersuara nyaring  dan melawan kibasan kain ikat kepala datuk.    “Kau lihat sendiri,” kata datuk setelah burung puyuh itu hilang dengan  serta‐merta bila datuk mahu menyerkupnya dengan kain ikat kepala. Guru  silat kedutkan dahi sambil menarik nafas panjang. Matanya merenung ke  kiri dan ke kanan terasa sedikit rasa cemas dan bimbang.    “Sudah, mari kita naik,” datuk terus menarik tangan guru silat. Saya  mengikutnya dari belakang. Bila pintu rumah dibuka, lagi sekali kami  dikejutkan dengan kehadiran burung puyuh malam di tengah rumah. Saya  lihat mata burung puyuh itu memandang tepat ke arah saya semacam ada cahaya  kemerah‐merahan di biji matanya. Saya jadi cemas.    “Jangan diganggu biarkan di situ,” datuk mengingatkan saya dan guru  silat. Serentak saya bersama guru silat anggukkan kepala. Saya terkejut  bila burung puyuh malam itu menerkam ke arah kaki guru silat, tanpa  mempedulikan ingatan datuk, guru silat terus menangkap burung puyuh  tersebut.   

Page 1634 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Biar kita tangkap dan pelihara, apa yang terjadi kita tanggung  sendiri,” guru silat renung muka datuk.    “Terpulanglah pada kamu tapi, lagi sekali aku ingatkan, berhati‐hatilah  dengan burung itu.”    “Saya faham.”    Guru silat terus membawa burung puyuh ke ruang dapur. Dimasukkan ke  dalam raga buluh dan ditutup dengan papan. Diletakkan atas para dapur.  Datuk hanya menggeleng‐gelengkan kepala takjub dengan keberanian guru  silat yang sanggup menanggung apa saja kesusahan.    “Kita yakin, burung itu burung puyuh biasa,” bisik guru silat  menyakinkan datuk. Tanpa mengucapkan sesuatu datuk tersenyum sambil  meraba‐raba misainya. Datuk mengambil air sembahyang dan terus membaca  Quran. Guru silat duduk bersila di tengah ruang rumah.    KATAK    Di luar hujan mula turun dengan selebat‐lehatnya bersama dengan bunyi  halilintar dan petir. Saya yang kedinginan terus membungkus tubuh dengan  kain pelekat. Bunyi jam tua yang tergantung di tiang seri rumah jelas  kedengaran. Saya renung ke arah jam tua. Sudah pukul dua pagi.   

Page 1635 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Ribut di luar,” kata guru silat.    “Ya, saya terdengar bunyi dahan patah,” kata saya.    “Jarang ribut kuat macam ni, saya bim...,” guru silat tdak dapat  meneruskan kata‐katanya diganggu oleh halilintar yang amat kuat. Telinga  saya jadi berdesing.    Saya segera bangun. Datuk dekat guru silat. Gegaran dan halilintar dan  petir membuat semua tingkap rumah terbuka. Tempias air hujan masuk  mencurah‐curah dalam rumah. Semua tikar basah tetapi, datuk tetap  meneruskan pembacaan ayat‐ayat suci dengan khusyuk sekali. Cahaya kilat  terus menyambar ke dalam, membuat saya jadi resah tidak menentu.    “Burung puyuhku,” guru silat segera bangun dan saya bagaikan ditolak  sesuatu kuasa mengikutnya ke ruang dapur. Guru silat membuka penutup  raga perlahan‐lahan. Saya yang menggigil kesejukan terus menjenguk ke raga.    “Ya, Allah,” guru silat bersuara, mukanya pucat.    “Kenapa?”    “Kau lihat sendiri Tamar.”    “Tak mahu, masa penutup dibuka tadi, saya dah perasan yang burung itu, 

Page 1636 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

bertukar menjadi katak.”    “Ajaib,” guru silat mengeluh.    Dan memang diduga sama sekali, di tengah suasana hujan yang menggila  bersama petir dan halilintar, katak yang berada daiam raga terus  melompat keluar. Bentuknya agak menakutkan, sepasang biji matanya  tersembul, memancarkan cahaya kemerahan bercampur kebiru‐biruan.    Di bawah bahagian mulutnya, terdapat warna hijau bercampur putih,  kelihatan lembik dan bergerak tanpa berhenti. Mulutnya luas dan tapak  kakinya macam tapak kaki itik serta berkuku panjang dan tajam. Kulit  seluruh badannya lembik seolah‐olah dagingnya berada di luar. Dari celah  pelipat kakinya keluar air kental, tidak ubah macam air liur.     

SBDJ (Jilid 06) Siri 86: Lidahnya Keluar    KATAK aneh terus membesarkan badannya. Sama besarnya dengan raga rotan  di sisinya. Suaranya garang dan menakutkan sesekali suaranya kedengaran  seperti suara budak yang berumur enam bulan menangis. Melihat keadaan  yang tidak pernah saya lihat itu membuat saya ketakutan dan terus  meninggalkan guru silat sendirian.    Saya terus memeluk tubuh datuk yang sedang membaca Quran. Entah apa  malangnya diri saya. Datuk terus menolak hingga saya tersungkur di 

Page 1637 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

sisinya. Tanpa menghiraukan kesakitan yang saya tanggung, datuk terus  membaca Quran tanpa mempedulikan tempias hujan yang sudah membasahi  sebahagian dari bajunya.    “Tolong, tolong katak serang aku.”    Suara guru silat bertempik dalam suasana gemuruh hujan dan angin malam  yang amat hebat. Datuk merenung ke wajah saya sambil menutup Quran.    “Mari ikut aku, tengok apa yang jadi,” datuk terus bangun dan melangkah  menuju ke ruang dapur. Tanpa banyak cakap saya menurut saja.    “Ya Allah, apa dah jadi,” kata saya dengan kedua belah kepala lutut  menggigil. Biji mata saya terbeliak merenung ke arah guru silat yang  terlentang di lantai. Mukanya terdapat kesan‐kesan air kental yang  berbuih. Selalunya air seperti itu hanya terdapat dari mulut katak. Guru  silat menggolek ke kiri dan ke kanan macam orang kesakitan.    “Jangan pegang dia,” datuk melarang bila saya mahu menjamah bahu kiri  guru silat. Saya terlihat bahagian depan baju guru silat terkoyak dan  ada kesan kena cakar tapi, anehnya, bahagian yang kena cakar itu tidak  mengeluarkan darah. Daging dan tulang dada guru silat jelas kelihatan.    “Kita mesti tolong dia tuk.”   

Page 1638 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Biarkan di situ, dia sebenarnya tidak apa‐apa, curna penglihatan kita  saja yang nampak dirinya teruk.”    “Tapi, ini bukan main‐main tuk.”    “Eb, Tamar kamu faham cakap aku tak?” Datuk terus memekik dan darah saya  tersirap. Rupanya tindakan saya memanaskan darah datuk yang dingin di  malam yang gemuruh dengan hujan, petir dan halilintar.    “Mana raga burungnya Tamar?” Tanya datuk.    “Itu,” jari telunjuk saya tertuju ke arah raga buluh di tepi tiang seri.  Datuk terus menuju ke situ sambil menarik lengan kanan saya.    “Kau tengok, apa yang ada di dalam Tamar.”    Saya jenguk ke dalam raga. Apa yang menakjubkan hati dan perasaan saya  bila terlihat burung puyuh duduk di tengah raga buluh dabm keadaan  kesejukan. Matanya merenung lembut pada saya seolah‐olah minta dikasihani.    “Apa yang kamu nampak di dalamnya Tamar?”    “Burung puyuh, tuk”    “Jadi, kau tak nampak katak? Bukan begitu Tamar.” 

Page 1639 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Ya, tuk,” saya anggukkan kepala.    Saya mula merenung ke setiap sudut dapur, mencari katak aneh yang tidak  diundang. Usaha saya tidak berhasil tetapi, saya masih dapat melihat  kesan air liur katak yang melekat di lantai. Apa yang telah saya alami  bersama guru silat sebentar tadi, saya ceritakan pada datuk.    Panas juga hati saya melihat sikap datuk. Dia seperti tidak kisah dengan  apa yang saya katakan. Datuk seolah‐olah menganggap apa yang saya  sampaikan padanya satu cerita dongeng yang tidak wujud. Datuk lagi  sekali mendekati raga rotan yang berisi burung puyuh. Kali ini, dia  bertindak di luar apa yang saya fikirkan.    Datuk terus menangkap burung puyuh. Diangkat tinggi‐tinggi melepasi  kepalanya. Kemudian disusupnya ke celah kangkang sebanyak tiga kali  berturut. Akhirnya,kepala burung puyuh diludah lima kali berturut‐turut.  Datuk terus mendekati tingkap. Berdiri di situ dalam rimbasan tempias  hujan yang menggila, lampu dalam rumah terus padam.    Kilat terus mencabar dengan hebatnya. Dari pancaran cahaya kilat itu,  saya dapat melihat wajah datuk yang serius, rambutnya agak mengerbang  disentuh angin malam menggila. Bersama pancaran kilat dan tempias hujan  serta hembusan angin, datuk mencampakkan burung puyuh keluar. Sebaik  sahaja burung puyuh itu terlepas dari tangannya terdengar bunyi petir 

Page 1640 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

yang amat kuat, dituruti dengan bunyi suara orang ketawa dan menangis  memanjang.    “Mana katak sial, biar aku lanyak sampai mampus,” guru silat terus  bangun. Calar di wajah dan dadanya terus hilang. Bajunya yang koyak  dibabagian dada sudah bercantum kembali. Lampu yang padam menyala semula.    “Bersabar, jangan turutkan perasaan,” datuk menenangkan perasaan guru  silat. Saya menghela nafas panjang. Datuk mengajak guru silat duduk di  ruang tengah rumah.    “Duduk di sini, kita ikhtiar untuk menyelesaikan semuanya,” tambah  datuk. Guru silat terus anggukkan kepala. Setuju dengan apa yang  dikatakan oleh datuk.    Hujan lebat, petir dan halilintar mula berkurangan tetapi rasa dingin  tetap menguasai diri saya. Datuk memperkemaskan silanya. Datuk menyuruh  saya merapatkan semua tingkap yang terbuka. Perintahnya, saya patuhi  dengan perasaan cemas dan takut.    Megah juga rasa hati, bila semua daun tingkap berhasil saya rapatkan  dengan baiknya. Saya terus mendekati datuk dan guru silat. Bersila macam  mereka.    “Belum pernah saya mengalami perkara macam ini,” ujar guru silat. 

Page 1641 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Matanya liar merenung ke kiri dan ke kanan.    “Ini juga satu pengalaman dalaxn hidup kamu.”    “Saya faham. Apa yang patut kita buat."    “Tak ada apa yang patut kita buat sekarang kita tidur dan lupakan semua  yang terjadi.”    “Haaaaaaaa,” mulut guru silat terlopong dengan rasa cemas. Datuk  tersenyum panjang.    Keadaan yang agak tenang itu berkocak kembali, diganggu oleh tendangan  yang kuat. Bomoh tua terpacak di ambang pintu. Tidak terdapat kesan air  hujan di pakaiannya meskipun hujan turun dengan lebat. Kedatangan bomoh  tua yang tidak diduga itu mencemaskan perasaan kami.    “Ada apa hal datang waktu begini?” Soal datuk.    “Mencari burung puyuh saya yang hilang.” jawabnya.    “Burung puyuh?” Ulang guru silat dan bersedia untuk menyambung  kata‐katanya kembali tetapi, tidak diteruskan kerana datuk mengenyitkan  mata ke arahnya dua kali berturut‐turut.   

Page 1642 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Kami tak nampak burung tu di sini,” datuk memberikan jawapan. Terbayang  keraguan dan kesangsian di wajah bomoh tua. Tanpa mengucapkan sesuatu  bomoh tua terus meninggalkan kami sambil menjeling ke arah daun pintu  yang terkopak. Tugas membaiki pintu yang terkopak dilakukan oleh guru silat.    “Pelik juga saya memikirkan apa yang terjadi,” rungut guru silat. Datuk  tidak memberikan sebarang pendapat berhubung dengan rungutan yang  diluahkan oleh guru silat. Datuk terus menyandarkan badannya ke dinding  sambil mengedutkan dahi. Hujan dan petir terus berhenti sama sekali.  Kokok ayam mula terdengar sayup‐sayup. Saya terus merebahkan badan dan  kelopak mata terasa amat berat.    Bila saja mahu terlelap, saya terdengar suara guru silat dalam keadaan  yang cemas. Kelopak mata segera saya buka lebar‐lebar. Datuk saya lihat  mash tersandar di dinding dengan kedua belah kelopak matanya tertutup  rapat. Saya renung ke arah guru silat.    Tanpa mengucapkan sesuatu, guru silat meluruskan telunjuknya pada benda  yang tergantung di tulang bumbung rumah. Apa yang saya lihat ialah  sekujur tubuh manusia tergantung di situ dengan tali terjerut di  lehernya. Saya lihat kaki orang yang tergantung itu bergerak‐gerak,  macam berjalan di awang‐awangan. Bila saya renung ke mukanya, darah saya  tersirap badan saya menggeletar.    Saya segera memejamkan mata, tidak sanggup saya melihat lidahnya yang 

Page 1643 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

terjelir keluar dengan sepasang biji matanya tersembul, bahagian mata  hitamnya bagaikan mahu tercabut dan terbuai‐buai sedangkan bahagian mata  putihnya seperti melekat pada kedua belah pipinya. Sepasang tangannya  bergerak ke kanan dan ke kiri.    Dalam keadaan yang serba tidak kena itu, saya terdengar bunyi benda  jatuh, bila saya buka kelopak mata dan melihat ke arah benda yang jatuh  itu, saya terlihat orang yang tergantung sudah berada di lantai. Bangun  perlahan‐lahan seperti menerkam ke arah guru silat. Dan guru silat yang  selama ini saya kagumi kehandalannya mengatur langkah dan buah silat  ternyata tidak sanggup menentang makhluk yang menuju ke arahnya.    Guru silat terus cabut dan melanggar dinding rumah, dinding rumah  terkopak dan guru silat tercampak ke tanah bersama jeritan yang  memanjang di malam yang sudah mendekati waktu subuh. Anehnya, bila guru  silat jatuh ke tanah, manusia yang terjatuh di lantai terus hilang. Saya  sudah tidak terdaya mahu bergerak, saya cuba menjerit tetapi suara saya  tidak keluar.    Dalam keadaan yang berhempas‐pulas untuk mendekati datuk itu, saya lihat  datuk terjaga sambil mengucap beberapa kali.    “Aku tertidur dan mimpi yang bukan‐bukan,” kata datuk lalu  menggesel‐gesel kelopak matanya. Renung kiri, renung kanan mencari guru  silat. 

Page 1644 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Mana dia guru silat Tamar?”    “Terjun ke tanah ikut dinding.”    “Kenapa ikut dinding, bukankah pintu ada,” datuk segera merenung ke arah  dinding yang terlopong. Saya hampir mahu ketawa melihat telatah datuk  yang agak terkejut dengan peristiwa tersebut.    Terdengar suara guru silat mengeluh di tanah. Datuk dan saya segera  mendapatkan guru silat yang menggeliat menahan kesakitan. Waktu saya dan  datuk menghampiri guru silat, terdengar azan subuh. Langit subuh  kelihatan cerah dan bersih.    “Kau luka?” Tanya datuk.    “Tak ada, cuma pangkal paha saya yang sakit.”    “Kenapa kamu pecahkan dinding?”    “Entah,” guru silat menjawab pendek dan terus membongkok dan meluruskan  badannya beberapakali hingga mulutnya mengeluarkan sendawa yang panjang  macam orang kekenyangan. Saya ketawa dengan telatahnya.    Dengan terjengkut‐jengkut guru silat melangkah mengikut datuk menuju ke 

Page 1645 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

perigi mengambil air sembahyang. Setelah sembahyang subuh, datuk terus  mandi embun dan guru silat membuka beberapa langkah bunga silat dengan  tujuan untuk menguatkan tubuhnya.    WARUNG    Lebih kurang pukul tujuh pagi, kami bertiga menuju ke sebuah warung  untuk sarapan. Datuk hanya minum kopi pekat dan sepotong pulut udang.  Beberapa orang pelanggan yang datang ke warung menegur guru silat. Salah  seorang lelaki menegurnya berbadan tegap. Berjambang tanpa misai.    “Dah banyak malam kau dudak di rumah lama, pesaka orang tua kamu, wah  kamu memang berani,” ujar lelaki itu sambil menepuk bahunya. Guru silat  ketawa kecil.    “Rumah orang tua sendiri, apa yang ditakutkan,” guru silat membalas  cakap kawannya. Datuk dan saya berpandangan saya merasakan macam ada  sesuatu rahsia yang tersembunyi di rumah yang kami duduk. Muka kawan  guru silat saya renung.    “Kalau sampai tiga orang duduk di situ, tak hairanlah kalau kami tak  mengalami apa‐apa kejadian buruk,” tambah guru silat dengan nada suara  separuh meninggi. Ekor matanya menjeling lembut ke arah saya dan datuk.  Saya meraba pinggir bibir yang mulai dirayapi tunggul misai sulung.   

Page 1646 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Sambil meraba itu, saya membayangkan bila misai saya tumbuh dengan  suburnya, akan saya bentuk menjadi misai yang menarik macam misai  seniman P Ramlee yang berbentuk huruf M. Bila saya tersenyum, misai saya  akan mengembang cantik. Pasti, ada orang yang memuji dan mengagumi misai  milik saya itu. Saya senyum sendirian melayani angan‐angan yang bermain  dalam tempurung kepala.    “Kau hati‐hatilah, rumah lama memang ada penunggu. Lebih‐lebih lagi  kalau rumah tu ada orang mati berdarah,” sambung kawan guru silat dan  membunuh angan‐angan yang berlegar‐legar dalam kepala saya. Hati saya  bertambah yakin pasti ada sesuatu yang luar biasa berlaku di rumah  tersebut tetapi, guru silat sengaja tidak mahu menceritakan pada saya  dan datuk.    Perbuatannya itu membuat saya kurang percaya dan yakin atas kebaikan  yang diperlihatkannya pada saya dan datuk. Siapa tahu, guru silat yang  kelihatan baik itu sebenarnya berniat kurang baik terhadap saya dan  datuk. Mungkin ia mengundang saya dan datuk datang ke kampungnya untuk  mengubat adik iparnya hanya sebagai alasan untuk memperdayakan kami.    “Aku nak tengok berapa lama kamu boleh duduk di rumah orang tua kamu,”  kawan guru silat ketawa kecil.    “Dengan izin Allah, aku boleh duduk beberapa lama yang aku suka,” balas  guru silat sambil merenung muka datuk. 

Page 1647 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Cakap dia betul, kalau diizinkan Allah tidak ada yang ganggu kami,”  cara mengejut datuk meningkah cakap guru silat. Saya lihat wajah kawan  guru silat segera berubah.    Mungkin perubahan itu terjadi, kerana ia tidak menduga datuk yang sejak  tadi membatu mahu ikut campur dalam percakapan di warung. Kawan‐kawan si  guru silat menanti wajah datuk sejenak, macam mencari sesuatu di wajah  datuk.    “Mungkin, pak cik betul, mungkin tidak, kadang‐kadang manusia selalu  bercakap macam pak cik untuk menutup kelemahan diri sendiri, cuba  berlagak berani dalam takut.” dengan tenang kawan guru silat meluahkan  kata‐kata yang saya kira agak keterlaluan untuk seorang tua seperti datuk.    Kagum juga saya melihat telatah datuk, tidak memperlihatkan rasa marah.  Malah dengan sopan bahu kawan guru silat itu ditepuknya berkali‐kali.  Guru silat terus meughirup kopi dengan tenang tanpa mahu merenung ke  arah pelanggan yang masuk ke warung kopi.    Entah mengapa, guru silat bertindak demikian. Kebanyakan pelanggan yang  datang menegurnya dengan hormat tetapi tidak dijawabnya. Sesekali guru  silat itu melepaskan keluhan kecil dengan wajah yang tidak damai.    “Semua orang di sini kenal saya, maklumlah kampung halaman sendiri,” 

Page 1648 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

guru silat seperti mengeluh dan kata‐katanya itu sampai ke telinga kawannya.    “Itu kenyataan,” sahut kawannya. Guru silat mengedutkan keningnya. Muka  kawannya ditatap lagi dengan sinai mata yang garang. Kawannya terus  menghulurkan tangan sambil berkata:    “Maafkan aku kalau apa yang aku katakan tadi menyinggung perasaan kamu,  aku tahu kamu tak suka kisah lama diungkit‐ungkit kembali.”    “Ya, tapi aku tak terdaya menutup mulut orang.”    “Kau hadapilah semuanya dengan tenang, aku nak balik.”    “Nanti sebelah petang kalau ada masa aku datang ke rumah kamu,” kawannya  terus menepuk bahunya dua kali berturut‐turut. Dan kawannya meninggalkan  warung.    Guru silat melihat dengan tenang ke arah motosikal yang terletak di tepi  jalan. Guru silat melambaikan tangan ketika kawannya memandu motosikal  ke arah pekan Bukit Mertajam. Bila motor kawannya hilang dari pandangan,  guru silat segera merenung ke arah datuk.    “Macam mana, kalan kita balik,” guru silat mengajukan pertanyaan pada  datuk. Saya segera minum sisa air kopi dalam cawan.   

Page 1649 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Ya, kita balik” sahut datuk.    “Pak Achin, tolong kira berapa semuanya,” teriak guru silat pada pemilik  warung. Pemilik warung segera menghampirinya.    “Seringgit lima kupang semuanya,” kata pemilik warung.    Guru silat keluarkan wang dan saku. Dengan senyum pemilik warung  menerima wang tersebut. Mereka berjabat tangan sejenak.    “Jangan lupa esok datang lagi minum di sini.”    “lnsya‐Allah, kalau panjang umur kami datang,” datuk menjawab. Pemilik  warung tersengih sambil merenung ke muka guru silat.    “Apa rumah lama tu dah tak buat kacau lagi?” Pemilik warung mengajukan  pertanyaan. Muka guru silat yang tadi dihiasi dengan senyum segera  bertukar menjadi resah dan cemas.    “Tak ada perkara lain yang Pak Achin nak tanya?”    “Bukan apa‐apa, cuma nak tahu aje.”    “Entah, saya tak tahu,” suara guru silat keras. Pemilik warung tercengang.   

Page 1650 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Guru silat segera menarik tangan datuk keluar dari warung. Saya terpaksa  mengikut. Lebih kurang sepuluh rantai meninggalkan waning, datuk segera  menyoal guru silat.    “Apa rahsia yang ada di rumah kamu?”    “Hum,” guru silat berhenti melangkah.    “Tak ada apa‐apa,” katanya selamba.    “Mustahil, kalau tak ada apa‐apa tentu orang tak menyebutnya, usahlah  merahsiakan semuanya dari aku.” tambah datuk lagi. Guru silat merenung  ke arah kiri jalan raya agak sepi dengan sebarang kenderaan.    “Bapa saudara saya...,” guru silat berhenti bercakap, “Kenapa dengan  bapa saudara kamu?”    “Gantung diri di rumah tu.” guru silat membuka rahsia.    “Puncanya?” Datuk mendesak.    “Saya sendiri, tak tahu.”    Hati saya terasa lapang. Guru silat sudah menyelesaikan keraguan yang  menyelubungi diri saya. Tetapi perasaan seram tetap menguasai hati kecil 

Page 1651 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

saya membuat saya enggan melangkah pulang ke rumah arwah orang tua guru  silat. Datuk terus menggosok pangkal telinga kanannya sambil mengedutkan  dahi.    “Jangan berhenti, terus jalan,” kata datuk bila melihat guru silat mahu  memberhentikan langkahnya. Saya terus meraba pangkal kening yang mula  ditumbuhi peluh‐peluh halus. Matahari terus bersinar garang. Langit  cerah dengan gumpal awan yang putih bersih.    “Saya tak suka mengingati semua yang terjadi tetapi, orang lain yang  memaksa saya untuk mengingati semua kisah pahit itu.” sepasang kelopak  mata guru silat bergerak lemah. Air mukanya membayangkan rasa kesal yang  amat pahit.    “Sudahlah, usah fikirkan semuanya itu,” datuk terus memujuknya.    “Saya cuba melupakannya tetapi, bila ada peristiwa macam ini, hati saya  terasa sakit.”    “Sabarlah,” tingkah datuk. Setelah itu perjalanan jadi rancak. Tidak ada  perkara yang mahu diperkatakan. Masing‐masing melayani perasaan yang  bersarang di tempurung kepala.    “Kita tak usah balik ke rumah,” satu cadangan yang tidak diduga datang  dari guru silat. Mengejutkan hati dan perasaan saya serta datuk. 

Page 1652 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Habis kita nak ke mana?” Soal saya tanpa sabar.    “Ke rumah adik saya,” jawab guru silat secepat kilat.    “Bagus juga, kalau begitu aku setuju,” balas datuk.    Kami pun berbelok ke kanan menuju ke rumah adik guru silat. Sebaik saja,  sampai dekat pokok ara besar. Bomoh tua muncul di depan kami. Wajahnya  nampak cemas tetapi dipaksanya tersenyum. Muka kami ditentangnya  sejenak. Direnung ke atas, ke bawah berkali‐kali, bagaikan meragui diri  kami.    “Nak kemana?” Bomoh tua bertanya sambil melipat lengan baju kanannya  separas siku. Hujung seliparnya menekan rerumput hijau di gigi jalan.    “Kamu dipanggil untuk mengubatnya?” Bomoh tua mengajukan pertanyaan.  Biji matanya menatap tubuh datuk dan atas ke bawah, dan bawah ke atas  macam mencari sesuatu di tubuh datuk yang terpaku di depannya.    “Kami tak dipanggil. Sebagai abang saya mesti menengok adik ipar saya,”  jelas guru silat.    “Bukankah adik ipar awak dalam jagaan saya.”   

Page 1653 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Ya saya tahu,” guru silat angguk kepala.    “Kau tahu pantang‐larangnya?”    “Apa pantang‐larangnya?” Guru silat seperti terkejut.    “Kamu tak boleh tengok adik ipar waktu matahari belum condong.”    “Hum...,” guru silat seakan‐akan mengeluh dan terus merenung muka datuk  dan saya.    Dari kerutan di dahi datuk, saya dapat menduga rasa hairan dan terkejut  bersarang dalam dadanya. Saya kira belum pernah datuk menemui dukun dan  bomoh yang ada pantang‐larang untuk melihat orang sakit. Datuk menentang  biji mata bornoh tua dengan tepat.    “Tengok saudara sendiri pun tak boleh,” datuk mengecilkan mata kanan.  Guru silat terus termenung, terkejut dengan pantang‐larang yang tidak  pernah difikirkannya selama ini.    “Berubat dengan saya, ikut syarat saya,” suara bomoh tua bertambah  keras. Datuk terus mendekati guru silat. Mereka berbisik sejenak. Bomob  tua kelihatañ resah.    “Biarlah, saya langgar syarat, saya nak tengok adik ipar saya,” ternyata 

Page 1654 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kata‐kata yang diucapkan oleh guru silat it menimbulkan semacam  kemarahan pada bomoh tua. Mukanya jadi merah dan nafasnya  tercungap‐cungap, bila melihat datuk dan guru silat meneruskan perjalanan.    “Eh, nanti dulu,” jerit bomoh tua.    Laungannya tidak diperhiraukan. Kami terus melangkah dalam panas yang  kian terik. Angin ketika itu, tidak terasa bertiup. Badan saya terus  berpeluh.    “Eh nanti dulu,” pekik bomoh tua lagi.    Laungannya tidak kami pedulikan. Kami terus melangkah.    “Padah buruknya, adik ipar kamu yang terima,” kata‐kata itu membuat guru  silat berhenti melangkah lalu menoleh belakang merenung bomoh tua yang  sedang membuka sepasang tangannya dengan lebar, macam burung membuka sayap.    “Jangan pedulikan, teruskan hajat kita,” bisik datuk pada guru silat.    “Tapi, saya bimbang.”    “Jangan bimbang, dia manusia biasa macam kita,” datuk memberikan  semangat dan memaksa guru silat meneruskan langkah yang terhenti. Guru  silat menurut saja arahan datuk. 

Page 1655 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Dua tiga kali saya mengesat peluh yang mercik di dahi begitu juga dengan  datuk yang tidak putus‐putus melurut rambut di pangkal telinga kanannya  dengan tapak tangan kiri. Suara bomoh tua sudah tidak kedengaran lagi  dan kami merasakan perjalanan terasa aman dan damai. Tidak ada gangguan  dari sesiapa.    Saya merasa bertuah dalam cuaca yang terik itu, terasa hembusan angin  menyentuh kulit muka. Rambut yang terjuntai atas dahi terbuai‐buai. Kami  memasuki sebuah lorong kecil yang di kiri kanannya ditumbuhi dengan  pepohon senduduk yang merimbun. Dari kanan lorong saya terdengar bunyi  sesuatu yang bergerak aras dedaun kening. Bila di renung tidak ada  sesuatu yang dapat saya lihat.    “Aduh,” jerit guru silat serentak dengan itu saya lihat guru silat  terjatuh atas tanah. Saya jadi cemas tetapi, datuk bertindak cepat  membangunkan guru silat serta memberi rawatan mengejut padanya.    Saya menjeling ke kanan sepasang kaki yang dibalut dengan seluar kelabu  tegak kaku di depan saya. Dan bahagian atas lutut terdapat kain pelekat  dua warna, putih dan biru dalam bentuk kotak kecil. Warna putih dalam  kotak dikelilingj oleh garis‐garis biru halus. Keadaan kain itu, seperti  orang mengikat kain samping.    “Aku terpaksa bertindak untuk menjaga nama baik dan pantang‐larang aku,” 

Page 1656 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

cepat‐cepat saya dongakkan kepala. Mata saya dengan mata bomoh tua  bertembung. Dengan tenang bomoh tua mengapit rokok daun ke bibir.  Perlahan‐lahan ia mengalih pandangan matanya pada guru silat.    “Kau jangan tunjuk pandai di sini,” bomoh tua seperti mengherdik datuk  yang dalam keadaan terpinga‐pinga.    “Apa salah dia tuk bomoh?” Tanya guru silat. Malang sungguh nasib guru  silat, pertanyaan ikhlas dijawab dengan buah silat dari kanan tetapi,  guru silat yang sudah bersedia terus membuang dan menepis buah silat  dari bomoh tua. Tindakan itu memanaskan lagi hati bomoh tua yang memang  sudah panas.    Mungkin, ia merasai dirinya tercabar. Bomoh tua terus membalas dengan  pukulan buah silat yang kencang. Satu pergaduhan di bawah pancaran  matahari pagi terjadi di depan mata saya dan datuk. Dua manusia yang  memang handal dalam bidang mempertahankan diri bertarunng dengan hebat  seolah‐olah pertarungan itu tidak akan berhenti selagi salah seorang  daripada yang bertarung itu rebah atau tewas.    “Ah,” jerit bomoh tua, serentak dengan itu rumput di kiri kanan lorong  terus layu, macam terkena bahang api yang amat kuat. Guru silat masih  dalam bentuk kekuda pertahanan silat yang cukup kejap. Siku kanannya  rapat ke dada dengan genggaman penumbuk harimau jantan, manakala tangan  kanannya ke depan dengan telapak tangan terkembang, macam ekor ikan 

Page 1657 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

menolak arus air.   

SBDJ (Jilid 06) Siri 87: Tongkat Berukir Kepala Ular    DARI ilmu yang saya perolehi ternyata guru silat mempergunakan rentak  dan buah silat mendinding diri sambil mencari tempat yang baik untuk  melepaskan satu pukulan, biasanya pukulan begitu hanya akan digunakan  bila keadaan sudah terdesak.      “Hai...,” pekik bomoh tua. Sekujur tubuhnya hilang dari pandangan saya.  Bomoh tua muncul di belakang datuk dan saya. Wajahnya mula berpeluh.      Tanpa menoleh ke arah bomoh tua, datuk terus bersuara dengan lantang:      “Sudahlah, buat apa kita bergaduh sama sendiri, tak ada untungnya, rugi  bangsa sendiri.”      “Ini urusan aku.”      “Ini nasihat, terpulanglah pada awak sama ada nak percaya atau tidak,” 

Page 1658 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

balas datuk lalu berpaling ke arah bomoh tua. Aneh bomoh tua sudah tidak  berada di situ lagi.      Dalam beberapa detik saja bomoh tua munculkan diri di sebelah kanan  guru silat. Kemudian terus hilang dan tempat yang ditinggalkannya  kelihatan asap nipis mengembang atas permukaan rumput kiri kanan jalan.  Datuk terus mendekati guru silat.      “Mari kita ke rumah adik ipar awak,” datuk tarik tangan guru silat.  Kami meneruskan perjalanan ke rumah adik ipar guru silat. Bila kami  sampai di halaman rumah, seekor katak puru melompat di depan kami dua  tiga kali dan terus menghilang di bawah dedaun kering. Bomoh tua muncul  di anak tangga pertama dan terus memijak anak tangga dan masuk ke rumah  tanpa memanggil nama tuan rumah.      Kehadiran bomob tua yang mendadak itu, tidak diperhiraukan oleh datuk.  Setelah memberi salam pada tuan rumah dan menerima jawapan kami dijemput  ke dalam rumah.      “Mana bomoh tadi,” tanya guru silat dan adik iparnya yang terbaring  tercengang. Renung kiri, renung kanan. Isterinya yang berada di sisinya 

Page 1659 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

berhenti menyuapkan nasi bubur ke mulutnya.      “Tak ada sesiapa yang datang,” ujar isteri si sakit pada abangnya si  guru silat. Saya memandang ke arah datuk penuh, tanda tanya. Datuk  bagaikan tahu dengan apa yang bergoak dalam dada segera memberi jawapan.      “Cuma sangkaan kita saja dia datang.”      “Tapi, kita nampak dia naik ke rumah,” kata guru silat.      “Itu hanya pandangan mata kita saja, maklumlah kita berpanas, pandangan  kita juga boleh jadi bermacam‐macam.”      “Hum...,” keluh guru silat dan terus duduk.      “Selepas kami balik, macam mana keadaannya,” datuk ajukan pertanyaan  pada isteri si sakit.     

Page 1660 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Tak boleh tidur, badan saya terasa bisa‐bisa dan mahu marah tak tentu  fasal,” si sakit menjawab.      “Saya juga tak boleh tidur, setiap kali mahu tidur saya rasa macam ada  orang berjalan dalam rumah,” celah isteri Si sakit. Menurutnya, ia  terpaksa berjaga hingga siang, kecuali waktu menjelang pagi baru terlelap.      Keterangan yang disampaikan oleh isteri si sakit membuat datuk dan guru  silat termenung panjang. Bahang panas dari luar terasa amat perit di  seluruh tubuh. Isteri si sakit bangun dan terus menuju ke dapur. Datang  kembali membawa tiga cawan kopi bersama sepiring kuih.      “Begini saja, lupakan semuanya, mari kita berikhtiar ikut petua dan  cara tradisional,” datuk menawarkan diri.      “Apa yang perlu saya buat” Tanya isteri Si sakit. Datuk termenung  sejenak. Kedutkan dahi sambil meraba pangkal dagunya berkali‐kali. Guru  silat juga termenung.      “Saya ingat kita cuba buat ubat mengeluarkan panas dari badannya, 

Page 1661 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

sediakan pucuk pisang yang belum kembang dan mempulur batang pisang,  satu baldi air dari kaki bukit” datuk mengeluarkan arahan.      “Lain‐lain tak ada?” Tanya guru silat.      “Tak ada, cuma itu saja petua yang saya tahu.”      “Bila nak di mulakan?” Guru silat bertanya lagi.      “Lepas waktu Asar.”      “Kalau begitu, saya sediakan barang yang dihajati,” itu janji isteri Si  sakit. Datuk anggukkan kepala tanda setuju.      Setelah memberikan syarat serta pesan, datukpun mengajak kami pulang  dan berjanji pada isteri si sakit akan datang selepas waktu Asar.  Perjalanan kali ini terasa tenang dan aman tidak ada sebarang gangguan  yang tidak diingini.   

Page 1662 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Sebaik saja sampai di rumah pesaka, saya terus duduk berehat di  bahagian anjung rumah, melihat dedaun kelapa yang bergerak lembut  disentuh angin. Datuk kembali membaca Quran. Guru silat pula berkeadaan  agak luar biasa. Seluruh bilik yang ada dalam rumah diperiksa.      Semua barang dalam bilik yang tidak digunakan terus dikeluarkan  diletakkan di ruang tengah. Antara barang yang menarik minat saya ialah  sebatang tongkat yang kepalanya diukir seperti ular berkepala dua.      “Cantik,” kata saya.      “Ya,” jawab guru silat, “tapi tongkat ini jarang digunakan oleh ayah  saya,” tambah guru silat sambil membelek‐belek bahagian hujung tongkat  yang dibuat dari kayu keras dan tahan lama.      “Kalau tak digunakan, buat apa disimpan?” Saya terus merisik rahsia.  Guru silat menggigit hujung kuku ibu jari kanan sambil tersenyum ke arah  saya. Pada hemat saya orang yang membuat tongkat tersebut memang seorang  yang teliti dan rajin. Bukanlah satu perkara mudah untuk mencari kayu  keras yang berurat cantik. 

Page 1663 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    Kemudian kayu itu dibentuk menjadi batang tongkat yang menarik,  berkepalakan ukuran ular kepala dua. Di bahagian hujung dilekatkan  dengan timah warna kuning. Di bahagian badan tongkat diukir dengan awan  larat, lalu disapu dengan sejenis cecair untuk mengilatkannya.      “Sebenarnya, tongkat ni tongkat pesaka diwarisi oleh orang tua saya  dari nenek,” ada sedikit kebanggaan dalan nada suara guru silat ketika  menceritakan riwayat tongkat di depannya itu.      “Kalau begitu, sudah banyak keturunan yang menyimpannya?” Tanya saya.      “Kira‐kiranya begitulah, kalau tak silap saya umurnya dah lebih dari  tiga ratus tahun.”      “Hebat, kalau dah begitu, kenapa tak disimpan di tempat yang baik dan  boleh dijadikan bahan sejarah keturunan tuk guru,” saya meluahkan  pendapat yang ikhlas. Guru silat termenung, kemudian Ia mengeluh kecil  macam ada sesuatu yang terbuku dalam kalbunya.   

Page 1664 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Satu pendapat yang baik, says juga pernah terfikir macam tu, tapi...,”  guru silat tidak meneruskan kata‐katanya.      “Kenapa?” Saya terus mendesak.      “Tak ada waris yang mahu menyimpannya, kata mereka, tongkat ni keras  ada pembawanya, kalau tak tahan orang yang menyimpannya, boleh jatuh  sakit.”      “Huh...,” saya tersentak dengan keterangan itu.      Saya termenung, memikirkan kata‐kata yang diluahkan oleh guru silat  itu. Apakah dia bercakap benar atau sekadar mahu memperolok‐olokkan  saya. Guru silat segera mengambil sehelai kain dan terus menggosok  batang tongkat. Badan tongkat nampak bersinar dan urat‐urat kayu yang  berselirat kelihatan terserlah.      “Sekarang, saya nak campakkan tongkat ni ke dalam sungai,” guru silat  raba kepala tongkat dan terus berdiri. Saya terus menggigit lidah. 

Page 1665 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    “Tak ada faedahnya menyimpan tongkat ni, buat menyusahkan hati kaum  keluarga saja,” tambah guru silat dan terus sandarkan tongkat ke  dinding. Ia mula mengemaskan barang‐barang yang berselerak. Dimasukkan  ke dalam peti kayu hitam dan terus ditempatkan di sudut ruang.      “Opppp” guru silat terus melompat dan buka silat. Ia terkejut besar  kerana tongkat yang disandarkan tepi dinding jatuh sendiri. Datuk  tersenyum berdepan dengan peristiwa yang amat melucukan itu. Guru sila  matikan langkah silat dan ia turut senyun dan akhirnya ketawa kecil.      “Terkejut” katanya pada datuk menutup kelemahan diri sendiri.      “Hum,” datuk anggukkan kepala.      “Saya nak ajak Tamar buang tongkat ke sungai,” guru silat minta  kebenaran dari datuk. Saya lihat datuk kedutkan kening kemudian sepasang  matanya tertumpu ke arah saya sejenak, lepas itu datuk renung tongkat  atas lantai berkali‐kali.   

Page 1666 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Macam mana boleh tak?” Guru silat minta kepastian.      “Boleh,” jawab datuk.      “Huh...,” batin saya bersorak riang.      “Apa kau tak sayang dengan tongkat lama tu,” soal datuk dengan tenang  pada guru silat. Perlahan‐lahan guru silat gelengkan kepala sambil  bersuara:      “Tidak, tak ada faedahnya disimpan menyusahkan keturunan.”      “Kalau dah begitu keputusannya, terpulanglah pada kamu aku tak masuk  campur,” ungkap datuk tenang.      “Mari,” guru silat tarik tangan saya. Tanpa buang masa saya terus  bangun ikut langkah guru silat.   

Page 1667 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  IKAN      Setelah melalui kawasan yang ditumbuhi dengan pokok dengan pepohon  senduduk, kami sampai ke tebing sungai yang airnya mengalir jernih.  Anak‐anak ikan bagaikan berlari‐lari di celah‐celah bebatu yang tertegun  menahan arus air sungai yang deras dan dalam itu.      “Di situ tempat kamu, bukan di rumah,” suara guru silat agak keras dan  terus mengangkat tongkat berkepala ular separas dada. Tongkat itu terus  dicampakkannya ke dalam sungai. Tongkat tenggelam timbul lalu melanggar  bebatu besar. Akhirnya hilang dari penglihatan saya dan guru silat.      “Biar dihanyutkan air sungai hingga ke laut Selat Melaka,” guru silat  bersuara penuh kepuasan. Ia tersenyum dan mencekak pinggang di tepi  tebing sambil kaki kanannya memijak seketul batu yang berada di tepi  tebing.      “Ini sebagai permulaan,” bisik guru silat pada saya ketika melintasi  sebatang parit kecil yang mengalirkan air ke sawah.   

Page 1668 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Lepas tu nak buat apa pula?”      “Semua yang ada dalam peti hitam nak aku buangkan ke laut.”      “Bukankah itu barang‐barang lama yang berharga.”      “Pada orang lain mungkin berharga, pada aku tak ada nilainya,” suara  guru silat meninggi sambil menyapu peluh di dahi dengan jari  kelingkingnya. Saya tidak kuasa membantah cakapnya. Ternyata sikap saya  itu menyenangkan hatinya. Guru silat terus bersiul‐siul kecil.      “Semuanya dah selesai?” sambut datuk di kaki tangga dengan segaris  senyum terpamer di bibir. Saya anggukkan kepala tetapi, guru silat terus  mengedutkan dahi luasnya sepasang kening lebatnya turut bergerak macam  ada sesuatu yang difikirkannya. Guru silat berhenti di kepala tangga  menatap wajah datuk sejenak.      “Sudah,” katanya pendek.   

Page 1669 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Baguslah, aku harap kamu tak menyesali perbuatan yang kamu buat ni,”  sanggah datuk.      “Tidak,” satu ketegasan terungkap dari mulut guru silat. Penuh  ketenangan dan yakin dengan apa yang dilakukannya itu memang kena pada  tempatnya. Tanpa banyak cakap guru silat terus naik ke rumah dan duduk  di ruang tengah lalu menyandarkan badan ke dinding. Saya juga turut  berbuat demikian.      Setelah menunaikan sembahyang Asar, kami bertiga segera bersiap untuk  pergi ke rumah si sakit. Tidak ada persediaan tertentu yang datuk  lakukan. Saya menarik nafas dalam‐dalam, bila terlihat di tangan datuk  ada besi kecil sepanjang dua inci.      “Dari mana dapat besi itu,” secara spontan guru silat mengajukan  pertanyaan. Matanya tertumpu pada besi di tangan kanan datuk.  Perlahan‐lahan datuk menatap besi tersebut, beberapa saat kemudian datuk  menjelaskan, besi tersebut ditemuinya di bawah tangga. Ia tertarik  lantas mengambilnya.     

Page 1670 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Besi itu juga nak dibawa ke sana?” Guru silat minta kepastian.      “Rasanya, memang ada niat nak membawanya,” jawab datuk.      “Menyusahkan saja.”      “Kadang‐kadang besi buruk macam ni ada juga gunanya.”      “Terpulanglah pada awak,” nada suara guru silat agak kecewa.      “Mari kita pergi,” ajak datuk. Saya dan guru silat segera memenuhinya.      MATAHARI      Kerana pancaran matahari tidak begitu keras, perjalanan ke rumah si  sakit terasa seronok dan tenang. Datuk dan guru silat jalan bersaingan,  saya mengekor dari belakang. Tidak ada perkara penting dan menarik yang  dibualkan sepanjang perjalanan. Guru silat lebih suka menceritakan 

Page 1671 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tentang sawah padi, tentang zaman kanak‐kanaknya waktu di kampung.      Kadang‐kadang datuk dan guru silat ketawa, bila berdepan dengan  kisah‐kisah yang lucu. Saya cuma tumpang senyum dari belakang tetapi,  mata saya tetap liar merenung ke arah pepohon ke kiri kanan jalan.  Seronok rasa hati melihat beburung melompat di ranting dan dahan kayu.  Angin petang yang bertiup lembut menghantarkan sebuah kesegaran di tubuh.      “Apa pendapat awak tentang bomoh tua tu?” Terdengar pertanyaan dari  guru silat. Datuk tidak menjawab pentanyaan tersebut tetapi, datuk  memperlahankan langkahnya, matanya renung kiri kanan, macam mencari  sesuatu.      “Bagaimana pendapat awak tentang bomoh tua tu?” Ulang guru silat minta  sebuah kepastian yang jitu. Datuk tetap kelihatan tenang. Langkahnya  kembali bertenaga dan penuh semangat. la seolah‐olah merasakan  pertanyaan itu tidak wajar dijawab. Satu pentanyaan yang sengaja  diada‐adakan untuk mengisi masa.      “Bagaimana?” Untuk kali ketiga guru silat minta kepastian.   

Page 1672 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Tak ada apa‐apa, dia hanya manusia biasa,” jawab datuk dalam nada  suara yang merendah.      “Tapi, saya rasa dia tu lain macam aje, mahu cari musuh dengan kita.”      “Itu pendapat kamu, sudahlah. Pedulikan tentang dirinya, banyak hal  lain yang nak kita fikirkan,” datuk terus tepuk belakang guru silat.      Rupanya tepukan datuk itu mematikan hasrat hati guru silat untuk  memperkatakan tentang diri bomoh tua. Saya kira guru silat puas hati.  Saya berharap, selepas ini tidak ada pertanyaan yang ada berhubung‐kait  dengan bomoh tua itu akan dibangkitkan oleh guru silat. Sesungguhnya  saya sudah muak dan bosan dengan pertanyaan seperti itu. Ternyata  harapan saya terkabul. Mereka tidak lagi memperkatakan perkara yang  tidak saya senangi itu.        “Saya ingatkan tadi tak datang,” riang benar suara isteri Si sakit  menyambut kami di muka pintu. Datuk tidak menjawab cuma tersenyum sambil  meraba besi kecil yang berada dalam saku bajunya.   

Page 1673 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Kalau dah janji tu, hujan ribut pun kami datang,” secara mendadak guru  silat bersuara yang diakhiri dengan ketawa kecil. Saya dan datuk  berpandangan lalu tersenyum. Kami pun naik ke rumah Si sakit.      Semua barang‐barang yang dipesan oleh datuk sudah berada di ruang  tengah rumah. Diisi dalam talam tembaga. Datuk dan guru silat terus  duduk bersimpuh depan dulang tembaga. Isteri Si sakit terus ke dapur  untuk membuat kopi. Saya sandarkan badan ke dinding sambil merenung ke  arah dedaun di depan rumah yang melintuk‐liuk disentuh angin petang.      Hembusan angin terasa menyentuh wajah saya. Datuk dengan tenang  menggosok pucuk pisang dengan belakang tangan kirinya sebanyak tiga  kali. Selepas itu ia menjentik mempulur batang pisang dengan ibu jari  kaki kanan tiga kali berturut‐turut. Kelopak bibirnya kelihatan bergerak  perlahan‐lahan.      “Bawa barang‐barang ni ke tempat si sakit,” ujar datuk. Saya dan guru  silat segera membawa pucuk pisang dan mempulurnya dekat si sakit.  Beberapa saat kemudian, isteri Si sakit datang lalu meletakkan air kopi  di tempat kami mula‐mula duduk tadi. Datuk menyuruh isteri si sakit  membentangkan tikar mengkuang di tengah ruang rumah. Perintah datuk 

Page 1674 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dipatuhi.      “Bukakan, pucuk pisang tu, letakkan atas tikar, kemudian letakkan si  sakit atas pucuk pisang itu,” mata datuk tajam merenung muka guru silat.  Saya lihat guru silat mengangguk.      Tidak lama kemudian, isteri si sakit dan guru silat mengangkat si sakit  dan terus diletakkan atas pucuk pisang. Datuk pula meletakkan mempulur  batang pisang atas dada Si sakit, diatur memanjang hingga ke pergelangan  kaki si sakit.      Si sakit tidak membantah, merelakan dirinya diperlakukan apa saja,  asalkan sakitnya sembuh. Sepuluh minit sudah berlalu, si sakit kelihatan  resah.  Mukanya berkerut, hujung hidungnya kelihatan merah macam udang kena  bakar. Dari lubang hidungnya keluar air jernih. Perut buncit nampak  berombak. Kulit perutnya juga jadi merah.      “Tunggu di sini, jangan ke mana‐mana,” kata datuk lalu turun ke halaman  rumah. Datuk berlari ke sebelah kanan rumah masuk dalam semak samun.  Datuk keluar dari semak samun dengan sedahan daun gelenggang di tangan. 

Page 1675 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Datuk naik ke rumah dan letak daun gelenggang atas perut Si sakit.      “Kenapa tak cakap awal‐awal, kalau cakap tadi, saya boleh cari dan  sediakan,” isteri si sakit bersuara dalam nada kesal. Sepasang matanya,  merenung sayu ke wajah datuk yang begitu minta dengan kata‐kata yang  diluahkannya.      “Kalau cakap tadi tentu tak susah,” isteri si sakit berusaha menarik  perhatian datuk. Kali ini perlahan‐lahan datuk angkat muka lalu  menentang wajah isteri si sakit. Datuk menarik nafas panjang‐panjang.      “Bukan niat nak tunjuk pandai atau nak sakitkan hati tuan rumah, memang  begitu caranya,” nada suara datuk lemah, terbayang rasa kesal dalam  kerdipan matanya. Isteri si sakit termenung panjang. Guru silat segera  mendekati isteri si sakit dan membisikkan sesuatu ke telinga isteri si  sakit segera anggukkan kepala.      Pucuk pisang yang hijau segera kelihatan beransur kecut dan bertukar  menjadi hitam, begitu juga dengan mempulur batang pisang. Apa yang  menakjubkan saya getah yang terdapat pada mempulur tersebut tidak  meleleh atau mengenai badan Si sakit, malah getah pisang itu terus beku 

Page 1676 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dan menjadi seketul. Si sakit terus menggeliat ke kiri dan ke kanan. Dia  terus berdengkur dan wajahnya berkerut bagaikan menahan rasa sakit yang  amat sangat. Saya pandang muka datuk dan guru silat.      Kulit perut si sakit yang bengkak kelihatan bertambah merah macam buah  tomato yang cukup masak. Saya jadi takut melihatnya. Pucuk pisang  kelihatan seperti terbakar. Mempulur batang pisang yang ada atas badan  si sakit terus menjadi hitam macam kayu arang dan kelihatan berasap.      Saya tidak sanggup merenung perut si sakit, kulit perutnya bertambah  tegang dan merah. Urat‐urat perutnya juga kelihatan mengeras dan  menegang. Saya berdoa, semoga perut si sakit tidak akan meletup. Saya  memejamkan mata.      Tiba‐tiba saya terdengar si sakit bertempik, serentak dengan itu  mempulur pisang yang berada di atas tubuhnya berterbangan lalu mengenai  dinding rumah. Datuk segera menerkam ke arahnya dan mengambil daun  gelenggang yang jatuh di sisinya.      Tiga helai daun gelenggang datuk aturkan sebaris atas dahi si sakit.  Perlahan‐lahan datuk tepuk dahi si sakit lima kali berturut‐turut. Si 

Page 1677 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

sakit terus batuk bertalu‐talu. Saya lihat kulit tubuhnya yang tadi  merah menyala mula beransur pulih dan akhirnya kemerahan yang terdapat  di tubuhnya terus ghaib.      “Air,” minta Si sakit.      “Berikan air, campurkan dengan air limau dan halia, sebelum diberikan  padanya, serahkan pada saya dulu,” itu permintaan datuk.      “Baik.” Isteri Si Sakit segera bangun.      “Bagaimana, ada harapan panasnya keluar dari badan,” tiba‐tiba saja  guru silat bertanya pada datuk.      Datuk gosok batang hidungnya berkali‐kali sambil menarik nafas. Saya  terus merenung keluar dan sesekali menjeling ke arah si sakit yang  terkapar menyerahkan dirinya pada keadaan.      Isteri si sakit datang lalu menyerahkan gelas yang berisi air pada 

Page 1678 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

datuk. Datuk meletakkan punggung gelas itu atas telapak tangan kirinya  kira‐kira dua minit. Kemudian saya terdengar datuk membaca surah  Al‐Fatihah tiga kali berturut‐turut.      “Berikan padanya,” datuk serahkan gelas itu pada isteri si sakit,  kemudian isteri si sakit terus membantu suaminya meneguk air dalam  gelas. Saya lihat suaminya terus minum penuh nafsu. Seluruh badannya  kelihatan seperti berasap. Datuk segera mendekati si sakit lantas  memicit pergelangan kaki Si sakit. Si sakit mengeluh menahan kesakitan.      “Bawa dia ke tempat asalnya,” kata datuk sambil mengangkat tubuh si  sakit dengan dibantu oleh guru silat dan isteri si skit. Saya segera  mengambil pucuk pisang yang hangus itu dan dibuang melalui tingkap,  begitu juga dengan mempulur batang pisang. Dalam beberapa saat saja  keadaan rumah itu kembali bersih.      “Cuba petua saya ni, mudah‐mudahan bengkak perutnya boleh hilang.”      “Cuba ambil daun gelenggang tua dan rebus, airnya diminum tiga kali  sehari, kemudian daun yang direbus itu disapukan pada perutnya yang  bengkak dan buncit, dengan izin Allah bengkak perutnya akan sembuh, 

Page 1679 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

cubalah. Ini ikhiar kita,” datuk memberikan panduan.      Cepat kilat guru silat renung ke arah saya. Kami berbalas senyum. Ibu  jari tangan segera saya tegakkan. Guru silat anggukkan kepala. Di  wajahnya terbayang kepuasan yang amat sangat kerana datuk sudi  berikhtiar dan berusaha untuk mengubati si sakit.      “Lagi ada apa‐apa yang mesti saya buat,” tanya isteri si sakit. Datuk  gelengkan kepala sambil meraba‐raba pangkal dagunya berkali‐kali. Mata  datuk tertumpu ke arah si sakit yang kelihatan tenang.      “Apa yang awak pesan, saya patuh,” itu janji isteri Si sakit.      “Buatlah itu dulu, saya masih berusaha,” janji datuk yang amat  menyenangkan buat si sakit dan isterinya.      CONDONG      Matahari petang kian condong. Kicau burung terdengar riang. Beberapa 

Page 1680 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

ekor burung gagak liar berbunyi sambil hinggap di dahan mempelam dan  cempaka.    Hembusan angin terasa amat lemah sekali. Saya lihat jam lama yang  tersangkut di dinding rumah. Sudah hampir pukul enam setengah petang.  Rasa bosan mula bersarang dalam dada saya. Mahu rasanya mengajak datuk  pulang.      “Minum, air kopi dah sejuk,” guru silat mewakili isteri si sakit  menjemput kami. Datuk cuma menghirup dua kali saja kopi panas yang sudah  beransur sejuk itu. Datuk mintak diri dan isteri si sakit mengizinkannya  dengan iringan senyum.      “Malam ni datang lagi?” Tanya isteri si sakit.      “Saya tak tahu nak kata apa, kena tanya dia,” guru silat menuding jari  telunjuknya ke arah datuk yang berdiri di kaki tangga.      “Kalau tak ada apa‐apa, lepas Isyak kami datang,” kata datuk lalu  melangkah.     

Page 1681 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Baru tiga langkah datuk melangkah, dia segera kedutkan kening sambil  meraba besi kecil dalam sakunya. Langkahnya terhenti, guru silat dan  saya agak terkejut dan ragu dengan tindakan mengejut dari datuk itu.      Lebih mengejutkan lagi, bila datuk berpatah balik ke kaki tangga.  Berhenti di situ, datuk keluarkan besi kecil dari sakunya. Datuk  keliling rumah tiga kali berturut‐turut, langkah pertama dimulainya  dengan kaki kanan, menuju ke arah matahari naik.      Bila semuanya sudah selesai. Datuk terus menuju ke pohon rambai yang  jaraknya lebih kurang tiga puluh kaki dari sudut sebelah kiri rumah.  Datuk berdiri dekat perdu rambai. Dengan tenang datuk duduk membongkok  lalu menggali tanah di situ dengan besi kecil yang dibawanya.      Saya dan guru silat segera berlari menghampirinya, tanpa menghiraukan  kami, datuk terus menggali tanah di pangkai perdu rambai. Mukanya  kelihatan merah dengan peluh‐peluh halus meruap di kiri kanan pipinya.      “Apa yang dicari?” Tercungap‐cungap guru silat menyoal.     

Page 1682 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Hum...,” keluh datuk dan terus mengorek.      “Boleh saya tolong.”      “Tak payah, tunggu saja di sini, tengok dan perhati apa yang aku buat,  bila aku minta tolong kamu tolong.”      “Saya faham,” guru silat mengalah.      “Hum...,” nada suara datuk terkulum. Ia terus menggali tanah di pangkal  perdu rambai sedalam yang boleh.      “Lihat,” suara datuk separuh meninggi.      Datuk segera menatang satu bungkusan sebesar penumbuk. Saya dan guru  silat berpandangan. Tidak berani mahu mengajukan sebarang pertanyaan  pada datuk. Dengan hati‐hati datuk letakkan bungkusan itu atas tanah.  Sukar untuk mempastikan warna kain pembalut bungkusan tersebut akibat  dilekati tanah yang tebal. 

Page 1683 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    SBDJ (Jilid 06) Siri 88: Mayat Berdiri    KERANA kau waris terdekat pada si sakit, kau berhak mengambilnya dan  berhak membuat keputusan,” datuk jeling ke arah guru silat. Muka guru  silat terus jadi pucat. Dia seperti mahu mengelak dari menyentuh  bungkusan tersebut.    “Tak payah,” katanya.    “Mana boleh cakap macam tu, awak ada hak, ambillah.”    “Eh, saya tak mahu, nanti bala datang pada saya.”    “Ambillah, tak mengapa.”            “Saya tak mahu,” guru silat undur tiga tapak ke belakang. Datuk jadi  serba‐salah.    “Kalau kau mahu aku berikhtiar menyembuhkan orang yang sakit, kau harus  mendengar cakap aku,” nada suara datuk mula keras. Guru silat melangkah 

Page 1684 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tiga tapak ke depan. Berdiri di sisi datuk.    “Macam mana? Kau setuju nak ambil bungkusan ni, kalau kau tak mahu biar  aku tanam semula,” datuk minta satu kepastian yang muktamad. Kelopak  mata guru silat terkebil‐kebil. Dia masih buntu untuk membuat satu  keputusan yang tegas. Dalam keadaan yang tidak menentu itu, datuk terus  bersuara:    “Bagaimana? Mahu atau tidak.”    “Mahu,” jawab guru silat.    “Bagus,” datuk tersenyum.    “Boleh saya ambil sekarang?”    “Nanti dulu.”    “Hum, ah...,” guru silat bagaikan mengeluh.    Datuk terus mengambil sehelai daun rambai kering. Daun rambai itu  diramasnya hngga hancur. Guru silat terpegun melihat gerak‐geri datuk.  Saya dongakkan kepala melihat putik rambai yang berjuntaian di dahan dan  nampak terbuai‐buai dirempuh angin.   

Page 1685 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Ke mari,” datuk panggil guru silat.    “Kenapa?”    “Marilah, jangan banyak cakap.”    Guru silat segera menghampiri datuk. Saya agak terkejut, bila datuk  terus menyambar tangan kiri guru silat lalu dipulas kebelakang, anehnya  guru silat tidak bertindak. Menyerahkan diri pada keadaan seperti kena  pukau.    Dalam keadaan diri guru silat berada antara sedar dengan tidak itu,  datuk segera mengepal tanah lalu digaulkan dengan daun rambai yang sudah  diramasnya itu. Kedua belah telapak tangan guru silat segera  dilumurkannya dengan tanah dan daun rambai.    “Sekarang, kau ambillah bungkusan itu.”    Guru silat segera mendekati pangkal pokok rambai. Direnungnya bungkusan  yang kelihatan seketul itu. Guru silat masib ragu‐ragu untuk bertindak  selanjutnya.    “Ambillah, jangan tangguh lagi,” perintah datuk.    “Saya takut.” 

Page 1686 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Jangan takut, ambillah.”    “Tak ada bala yang dalang.”    “Tak ada, jangan buang masa lagi,” datuk mula marah. Direnungnya muka  guru silat dengan renungan yang tajam.    Tanpa membuang masa lagi, guru silat terus ambil bungkusan tersebut.  Datuk suruh guru silat letakkan bungkusan sebesar penumbuk itu atas daun  rambai kering. Semuanya dipatuhi oleh guru silat dengan tenang dan  teratur sekali.    “Sekarang kamu langkah bungkusan itu dua kali,” itu arahan datuk yang  dipatuhi oleh guru silat. Datuk tersenyum dan terus menghampiri guru  silat. Datuk membisikkan sesuatu ke telinga guru silat. Saya lihat guru  silat tersenyum dan anggukkan kepala beberapa kali. Guru silat terus  duduk mencangkung menghadapi bungkusan sebesar penumbuk.    Saya segera mendekati. Kain pembalut bungkusan itu ternyata berwarna  hitam pekat dan diikat dengan tali guni yang juga dilumur dengan warna  hitam. Tanah yang melekat pada bungkusan itu nampak lembap dan berair.    “Buka,” kata datuk.   

Page 1687 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Guru silat terus membukanya, saya terlihat kain berwarna kuning.    “Buka lagi, biasanya ada tiga lapis kain dan tiga warna,” lanjut datuk  dengan penuh keyakinan.    Guru silat terus membukanya. Kain kuning terbentang atas daun kering.  Saya renung kain putih yang membalut bungkusan itu. Saya kira kain putih  itu adalah kain lapisan yang terakhir. Guru silat buka kain putih, saya  terlihat kain warna biru dan bau hapak mula menusuk lubang hidung dan  saya renung muka datuk. Dia kelihatan tersengih dan menyuruh guru silat  membuka kain warna biru.    Bila kain warna biru dibuka dari ikatannya, darah gemuruh mula menguasai  urat saraf saya. Dua tiga kali saya pejam celikkan kelopak mata. Saya  terlihat bulu burung tersusun. Kepala burung dibalut dengan kain merah.  Badan burung yang sudah dicabut bulunya kelihatan kering. Di bahagian  paha burung yang sudab dicabut bulunya kelihatan kering. Di bahagian  paha burung yang sudah kering itu terdapat beberapa bilah jarum di  samping kulit limau nipis yang sudah kering.    “Ke tepi,” kata datuk.    Guru silat dan saya ke tepi memberi ruang untuk datuk bertinggung sambil  melihat badan burung. Datuk ambil sebatang ranting. Badan burung  ditolaknya hingga badan burung tersebut terlentang dengan kedua belah 

Page 1688 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kakinya menghala ke dada langit. Saya terlihat pada bahagian burung itu,  terdapat kesan jahitan.    “Perut burung ni dibelah kemudian dijahit semula,” kata datuk sambil  menekan perut burung itu. Bau hapak kian terasa. Setiap kali datuk tekan  hujung ranting, kelihatan air keluar dari celah jahitan. Datuk menyuruh  saya mencari pucuk keladi rimba. Saya tidak dapat memenuhi permintaan  datuk itu, mana mungkin mencari daun keladi rimba di tengah kampung.    “Tak apa, kau pergi ambil mengkuang di bawah rumah,” ujar datuk sambil  menunjuk ke arah sesikat mengkuang dibawah rumah Si sakit. Saya segera  ke situ. Datang kembali pada datuk dengan sehelai mengkuang berduri.  Datuk ambil daun mengkuang. Tanpa minta pertolongan dari saya dan guru  silat datuk terus ambil bangkai burung terus diletakkan atas daun mengkuang.    Bila daun mengkuang itu dilipatkan untuk dijadikan pembalut pada badan  burung tersebut, saya lihat dun mengkuang menikam kulit burung ketika  itu juga kami terdengar jeritan si sakit dari arah rumahnya. Suaranya  lantang bagaikan menahan kesakitan yang amat sangat. Datuk tidak  memperhiraukan jeritan itu.    Datuk terus membalut badan burung dengan daun mengkuang, dilipat jadi  tiga segi macam kuih koci. Setelah itu datuk tindih dengan besi yang  dibawanya. Suara jeritan si sakit terus sambung‐menyambung. Datuk terus  menutup bungkusan itu dengan daun‐daun kering. Kemudian datuk bakar. 

Page 1689 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Suara jeritan si sakit terus berkurangan. Tidak sampai sepuluh minit  bulu dan badan burung terus menjadi abu.    Apa yang menghairankan saya, kain yang jadi pembalut badan burung tidak  dibakar oleh datuk. Dilipat tiga segi dan dibalut dengan daun rambai  muda. Datuk isi dalam saku seluarnya. Lubang yang dikorek oleh datuk  segera ditimbus kembali, tanpa meninggalkan sebarang kesan, memang sukar  untuk dijejaki oleh orang lain.    Datuk terus mengajak kami pulang. Tindakan datuk itu menimbulkan  keraguan dalam diri guru silat. Pada sangkaan guru silat, tentulah datuk  pergi ke rumah si sakit, bertanya khabar kenapa si sakit menjerit.    “Tak pergi ke rumah si sakit?” Guru silat memberanikan diri bertanya.    “Tak payah.”    “Kenapa?”    “Usah banyak tanya, mari kita balik,” kata‐kata terakhir itu mematikan  semangat guru silat untuk bertanya selanjutnya.    Waktu kami melintasi halaman rumah, isteri Si sakit sudahpun berdiri di  muka pintu sambil melaung‐laung nama guru silat dan datuk berkali‐kali.   

Page 1690 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Singgahlah dulu, tengok perangai suami saya yang lain macam ni” suara  isteri si sakit lantang.    “Minta maaf, kami dah lambat,” sahut guru silat.    “Singgah sekejap aje, tengok muka suami saya yang hitam sebelah dan suka  menjilat‐jilat lantai.”    “Sabar, lepas senja, hitam di mukanya hilang dan dia berhenti menjilat  lantai.” balas datuk tanpa memperlihatkan langkahnya.    Jawapan dari datuk itu amat menghampakan hati isteri si sakit. Dia tidak  terdaya untuk melanjutkan kata‐kata, hanya kelihatan kecil saja yang  terungkap dari kedua belah kelopak bibirnya. Saya hanya tunduk merenung  rerumput di tepi jalanan dalam warna hari yang beransur samar‐samar itu.  Di hujung langit sudah kelihatan warna kemerah‐merahan.    Beburung kelihatan terbang sekawan demi sekawan pulang ke sarang. Bunyi  gemersik angin yang menyentuh dedaun di hujung ranting jelas kedengaran.  Sesekali terdengar pekik gagak yang pulang senjakala. Saya terus  melangkah tanpa mahu merenung ke kiri dan ke kanan. Saya tahu  pemandangan sekitar saya memang tidak menarik, penuh dengan pepohon yang  tidak dapat memberikan sebarang keindahan.    Saya dapat mengesan yang perangai datuk berkeadaan lain macam. Kelihatan 

Page 1691 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

seperti keresahan yang tidak menentu. Macam ada sesuatu yang mengganggu  fikirannya. Wajahnya, membayangkan rasa tidak aman yang memanjang. Bila  datuk berada dalam keadaan demikian, saya rasa jalan paling selamat yang  wajar saya pilih ialah membisu seribu bahasa dan patuhi dengan apa yang  diperintahnya.    Kami terus melangkah dalam cuaca yang beransur gelap. Agas dan nyamuk  terasa menyerang pipi dan batang hidung. Langkah kaki sering saja  terhenti akibat tersepakkan akar dan tunggul kayu di tepi jalan. Kicau  burung tidak kedengaran lagi.    “Ah sial, tak ada tempat lain kamu nak cari makan,” saya merungut lalu  menampar pipi sebelah kiri. Aduh! Kepala sakitnya, nyamuk tak mati, pipi  sendiri yang terasa pedih. Hati saya terus membara dan marah tidak tentu  arah. Bagi melepaskan geram, saya sepak sepotong kayu di tepi jalan  dengan sekuat hati. Guru silat segera menoleh ke arah saya.    “Kenapa?” Tanyanya perlahan.    “Jemu,” sahut saya perlahan.    “Kejap lagi kita sampai,” guru silat cuba menenangkan perasaan saya.  Ketika itu juga, datuk berhenti me1angkah. Sepasang matanya merenung  tajam ke arah saya, memancarkan rasa marah.   

Page 1692 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Ada apa Tamar?”    “Tak ada apa‐apa tuk.”    “Aku dengar kamu macam merungut, cakap apa yang kamu tak puas hati.”    “Tak ada apa‐apa tuk.”    “Hum,” suara datuk parau dan terus berhenti merenung wajah saya. Apa  yang dialami sebentar tadi, bagaikan mengingati diri saya supaya  hati‐hati. Jangan mengeluh tidak tentu fasal. Perbuatan begitu boleh  mengganggu diri datuk.    “Oh uuuuuuuuppppppppppp.”    Guru silat segera melompat. Langkah saya dan datuk terus kaku. Mata kami  tertumpu ke dada jalan, seekor katak puru merayap dengan tenang ke gigi  jalan, kemudian menghilangkan diri dalam rimbunan rerumput di situ. Saya  melihat datuk tersenyum. Hatinya terusik dengan telatah guru silat yang  mudah terperanjat. Datuk segera menghampiri guru silat.    “Orang macam awak ni, sebaik‐baiknya jangan mudah terkejut dan melatah.  Cubalah kawal perasaan,” datuk memberikan nasihat. Guru silat terus  menarik nafas dalam‐dalam. Ekor matanya masih menjeling ke arah saya.   

Page 1693 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Saya cuba mengatasinya.”    “Cubalah, pendekar kalau mudah melompat dan terkejut tak baik nanti  pihak lawan tahu sejauh mana kekuatan kita.”    “Saya faham,” suara guru silat lemah.    Datuk terus melagakan gigi atas dengan gigi bawah dua tiga kali. Saya  berhenti melangkah dan terus menggeliat dua tiga kali. Pangkal belikat  dan pangkal paha mula terasa sakit. Guru silat segera menghampiri saya.    “Tak jauh lagi, tak usah berhenti, jalan saja,” bisiknya ke telinga saya.    “Paha saya sakit.”    “Tak apa, kejap lagi sampailah,” guru silat terus menarik tangan saya.  Datuk menjeling tajam ke arah saya. Tidak ada pilihan lain untuk saya,  melainkan meneruskan perjalanan.    Saya merenung tajam ke depan. Nampak berbalam bentuk rumah peninggalan  arwah orang tua guru silat. Hati saya riang, pada hemat saya, lebih  kurang lima minit lagi sampailah ke rumah tersebut dengan syarat tidak  berhenti di mana‐mana.    “Ha, langkah panjang‐panjang biar cepat sampai,” usik guru silat. 

Page 1694 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Langkah pendek pun sampai, dah dekat,” balas saya sambil tersenyum.  Guru silat ketawa kecil sampai menepuk bahu kanan datuk dua tiga kali.  Datuk segera merenung ke arahnya.    “Kenapa?” Tanya datuk.    “Tak ada apa‐apa.”    “Kalau tak ada apa‐apa, buat apa ditepuk?” Datuk seperti kesal tetapi,  guru silat terus tersenyum lebar.    “Aku rasa malam ni, semuanya selesai,” cetus datuk ketika memasuki  halaman rumah pesaka. Saya menelan air liur dan tertanya‐tanya dalam  hati maksud dari kata‐kala yang diluahkan oleh datuk.    “Apa yang awak cakapkan tadi,” guru silat menyoal lalu merempuh saya  yang berdiri tidak jauh dari datuk. Saya terdorong ke sebelah kiri.  Marah juga rasa hati melihat sikap guru silat yang main langgar tanpa  memikirkan tentang orang lain.    “Maafkan aku Tamar, aku tak sengaja terlanggaran kamu.”    “Tak apa,” balas saya dengan sedikit rasa kesal dalam hati. Guru silat  terus mendekati datuk yang sudah hampir dengan kaki tangga. Muka datuk 

Page 1695 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

direnungnya.    “Apa yang awak katakan tadi? Saya tak dapat dengar jelas,” nada suara  guru silat merendah. Datuk menarik nafas panjang. Matanya masih tertumpu  ke wajah guru silat.    “Malam ni, semuanya selesai,” datuk senyum.    “Maksud awak.”    “Dengan izin Allah yang kuasa, orang yang sakit beransur sihat dan orang  yang berbuat jahat akan menerima padahnya,” cukup tenang datuk  melafazkan kata‐kala itu.    “Awak bergurau?” Guru silat minta kepastian.    “Saya tak bergurau, dengan izin Allah semuanya berjaya.”    “Ha...” mulut guru silat terlopong.    “Dengan izin Allah,” ulang datuk. Guru silat segera mengatupkan mulutnya  kembali, Wajahnya seperti orang dungu.    Geli rasa hati melihat telatahnya. Saya mengharapkan guru silat  mengeluarkan berbagai‐bagai pertanyaan. Apa yang saya harapkan tak 

Page 1696 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

menjadi kenyataan. Guru silat terus termenung. Bila guru silat tidak  mahu bertanya, ertinya saya tidak ada peluang untuk menerima cerita dari  datuk.    Guru silat terus duduk di anak tangga bongsu. Merenung ke arah pepohon  di kiri kanan halaman yang kaku dalam suasana kelam yang kian mencengkam.    “Biar kita ke telaga dulu, mandi dan ambil air sembahyang,” datuk terus  melangkah. Lagi sekali guru silat tergamam dan terkejut dengan apa yang  datuk lakukan. Kenapa datuk tidak mahu menggunakan air paip seperti  selalu? Kenapa mesti menggunakan air perigi? Timbul pertanyaan dalam  diri saya. Cepat‐cepat saya renung muka guru silat.    “Kenapa datuk kamu Tamar? Lain macam saja hari ini.”    “Entah, saya tak tahu sebabnya.”    “Pelik juga air paip ada, kenapa air telaga yang dicari.”    “Biarkan, datuk saya dengan caranya.”    “Ah, pelik, banyak perkara pelik yang dibuatnya,” keluh guru silat  sambil merenung wajah saya sejenak. Kami berbalas senyum.    “Biar saya pergi ke bilik air dulu,” kata saya pada guru silat yang 

Page 1697 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

masih termenung panjang. Agaknya, ia masih memikirkan tentang  tindak‐tanduk datuk yang dianggapnya agak luar biasa.    “Pergilah Tamar.”    “Baiklah.”    PULAS    Saya pun terus menuju ke bilik air yang terletak di bahagian belakang  rumah. Saya pulas kepala paip dan terus basuh muka. Dari basuh muka ada  baik mandi terus, fikir saya dan terus membuka baju dan seluar. Beberapa  saat kemudian seluruh badan saya dibasahi dengan air paip. Badan terasa  segar dan bertenaga.    Sebaik sahaja saya keluar dari bilik air, guru silat pula masuk. Datuk  masih lagi berada di perigi. Saya terus duduk di anak tangga bongsu,  merenung hari yang kain gelap. Tidak lama lagi saya kira, suara azan  pasti berkumandang menguasai seluruh kampung.    Saya tents mengelamun dan menyusun rancangan dalam kepala, saya  bercadang petang esok, saya mahu minta izin dan datuk untuk ikut  kawan‐kawan ke Kuala Juru, melihat perahu nelayan.    Lamunan saya terganggu oleh suara guru silat di kamar mandi. Saya tidak 

Page 1698 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tahu kenapa nada suara guru silat meninggi. Mungkin ada sesuatu yang  kurang menyenangkan hatinya, fikir saya sendirian sambil memanjangkan  leher meninjau ke arah bilik air. Tiba‐tiba secara mendadak guru silat  keluar dari bilik air. Berlari ke arah saya dengan wajah yang cemas.    “Kenapa?”    “Aku macam ternampak mayat orang berdiri dekat pintu bilik air, bila aku  pandang lagi sekali, mayat itu hilang.”    “Ah, pandangan mata saja tu, maklumlah kita letih,” saya mententeramkan  perasaan guru silat.    Ternyata perasaan guru silat tidak tenteram dengan kata‐kata yang saya  luahkan. Rasa takut masih dapat dikesan di wajahnya. Saya terus mengajak  guru silat naik ke rumah. Sebaik saja, saya duduk di bangku usang, datuk  pun sampai dengan wajah yang amat tenang.    “Kita jemaah di surau?” Datuk ajukan pertanyaan pada guru silat. Saya  lihat guru silat mengerutkan dahi, buah halkumnya nampak bergerak bila  ia menelan air liur.    “Saya nak sembahyang di rumah,” jawab guru silat.    “Kalau begitu, biar aku dengan Tamar ke surau, kau sembahyang seorang di 

Page 1699 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

rumah.”    “Eh, begini saja, biar saya dan Tamar sembahyang di rumah, awak seorang  saja pergi ke surau.”    “Tak apa, saya ikut cakap awak,” jawapan datuk itu ternyata amat  menggembirakan hati guru silat.    Datuk tukar pakaian. Tanpa mengucapkan sesuatu ia terus meninggalkan  saya dan guru silat. Sebaik saja datuk sampai dekat pohon jati, suara  Azan terus berkumandang. Datuk mempercepatkan langkahnya.    Saya dan guru silat sembahyang di rumah. Setelah selesai sembahyang,  saya disuruh oleb guru silat ke dapur untuk memasak air panas. Hasrat  guru silat itu tidak saya bantah, setelah menyalakan api dan meletakkan  cerek atas tungku. Saya kembali duduk di sisi guru silat.    “Malam ni, kita makan di rumah, aku masak lauk dan nasi,” kata‐kata yang  amat menyenangkan dari guru silat. Saya segera terfikir, lauk apa yang  mahu dimasaknya? Ikan bilis, ikan goreng? Semuanya bahan‐bahan ini tidak  ada dalam simpanan guru silat.    “Ikan tak ada, sayur tak ada, nak masak apa?” Tanya saya, guru silat  menggigit bibir sambil memperkemaskan silanya.   

Page 1700 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Ada Tamar.”    “Ada di mana?”    “Ada saya beli semalam, saya simpan dalam almari, saya beli ikan kurau  kering, kita buat masak lemak, biar pecah perut kita malam ni. Dah  kenyang makan baru kita pergi ke rumah si sakit. Kau setuju Tamar.”    “Setuju,” jawab saya cepat dan tegas.    “Bagus,” guru silat tegakkan ibu jari kanannya.    “Sekarang, kamu pergi basuh beras dan letakkan periuk nasi atas tungku,”  satu arahan terkeluar secara spontan dari kedua belah kelopak bibir guru  silat. Kali ini, saya agak keberatan untuk mematuhi perintahnya itu.  Masak nasi kerja leceh. Guru silat bagaikan tahu apa yang ada dalam hati  saya.    “Kau tak suka masak nasi, Tamar?”    “Ya, kerja leceh.”    “Tak apa, kau buat kopi sudahlah, masak nasi dan lauk biar saya buat.  Kau setuju bukan?”   

Page 1701 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Setuju,” suara saya riang dan terus bangun menuju ke ruang dapur untuk  membuang kopi.    Baru lima langkah, saya melangkah guru silat segera mendekati saya.  Cepat‐cepat Ia menarik tangan saya. Perbuatannya itu amat mencemaskan  hati saya.    “Kenapa?”    “Kau tengok tu,” guru silat meluruskan jari telunjuknya ke arah dinding.  Saya kerutkan dahi. Dua tiga kali kelopak mata saya pejam celikkan. Saya  yakin, apa yang saya lihat di depan mata bukannya hanya sekadar tersilap  pandang, saya yakin, saya sedang melihat sesuatu yang benar. Dada saya  jadi berdebar.    “Kau nampak Tamar?”    “Nampak.”    “Kau sendiri tengok aku membuangnya ke dalam sungai, siang tadi.”    “Ya, pelik macam mana tongkat yang dah dibuang ada dalam rumah semula.  Siapa yang membawanya?”    “Itulah yang memeningkan kepala aku sekarang,” guru silat seperti 

Page 1702 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

mengeluh. Ia terus menarik tangan saya mendekati tongkat yang tersandar  di dinding. Saya hanya menurut saja tetapi, saya rasa gementar dan cemas  tetap berada dalam hati.    “Cuba kan tengok Tamar.”    Saya terus membongkok dan menatap tongkat tersebut. Memang itulah  tongkat yang dicampakkannya ke dalam sungai. Anehnya, macam mana boleh  berada di rumah kembali.    “Cuba kau pegang Tamar.”    “Tak mahu, pak gurulah pegang.”    “Cubalah Tamar.”    “Minta maaf, pak guru,” ujar saya dengan nada suara yang lembut bersama  wajah yang minta dikasihi. Guru silat terus mengambil kain pelekat yang  berada tidak jauh darinya.    Kain pekekat dicampakkan oleh guru silat ke arah tongkat tersebut. Kain  pelekat terus melekat di kepala tongkat dan terus memberat ke kanan.  Tongkat itu terus jatuh berdentum. Bunyinya cukup kuat tidak padan  dengan bentuk dan berat tongkat.   

Page 1703 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Kau berani pegang Tamar?”    “Minta maaf pak guru.”    “Kalau kau tak berani biar aku pegang tapi, kau mesti tunggu di situ.”'    “Baik pak guru.”    Guru silat terus mendekati tongkat yang berbalut dengan kain pelekat.  Dalam jangkaan saya, sudah pasti guru silat terus memegang tongkat yang  berada dalam kain itu. Jangkaan saya salah. Guru silat terus menyentap  kain pelekat dengan sekuat hati hingga kain pelekat terpisah dengan tongkat.    Tongkat pun tergolek di tepi dinding kepalanya yang berbentuk dua kepala  ular itu mengarah pada saya dan guru silat. Saya tiba‐tiba merasa seram.    “Saya rasa tak ada apa‐apa pak guru, cuba pegang,” saya terus mengajukan  cadangan. Guru silat menggigit bibir. Ia masih bimbang dan ragu untuk  melakukan dengan apa yang saya katakan. Guru silat menggenggam penumbuk.  Matanya tertumpu ke wajah saya. Perlahan‐lahan guru silat mendekati  tongkat tersebut.    “Cubalah pak guru.”    “Ya, aku cuba, kalau syaitan kita binasa.” 

Page 1704 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Nanti dulu.”    “Kenapa Tamar.”    “Cuba pak guru baca beberapa ayat dan Quran...,” kata saya mengingatkan  guru silat. Saya jadi hampa dan agak kecewa kerana saranan saya tidak  diterima oleh guru silat.    “Tak payah,” katanya pendek.    Saya tidak dapat berbuat apa‐apa. Apa yang mampu saya buat ialah melihat  dengan sepasang mata tindak‐tanduk guru silat yang kian ghairah untuk  memegang tongkat.    Guru silat terus menyambar tongkat tersebut. Dalam sekelip mata saja  tongkat aneh itu sudah berada dalam tangan guru silat. Saya lihat  wajahnya cukup riang.    “Memang benar, tongkat ini tongkat pesaka,” suara guru silat penuh  keriangan. Ia terus menarik tangan saya untuk menjamah badan tongkat.  Saya menolak, cepat‐cepat saya menarik tangan saya yang dipegangnya.   

SBDJ (Jilid 06) Siri 89: Cawan Bergerak Sendiri   

Page 1705 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“KENAPA Tamar?”    “Saya tak mahu pak guru.”    “Kamu takut, kalau tongkat ni bukan tongkat sebenar, tongkat palsu.”    “Hum...” saya tertunduk merenung lantai.    Guru silat terus menggosok‐gosok batang tongkat dengan secebis kain  kuning. Saya hanya tersenyum merenung ke arah guru silat. Saya terus ke  dapur membuat air kopi. Datang ke ruang tengah dengan dua cawan kopi  yang masih panas.    Guru silat senang hati melihat dua cawan kopi yang berasap di depannya.  Ia terus letak tongkat atas lantai. Dengan tenang guru silat menghirup  kopi.  Bila guru silat berpusing ke kanan. Cawan kopi yalig dipegangnya  terlepas dari tangan. Jatuh atas lantai. Air kopi melimpah dan serpihan  tembikar cawan berserakan. Telinga saya mula diasak oleh bunyi deru  angin yang amat kencang di luar. Muka guru silat terus menjadi pucat.    “Kenapa pak guru?”    “Tongkat tadi dah hilang, kau lihat sendiri.”   

Page 1706 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Ya,” ungkap saya cemas sambil merenung ke arah lantai yang beberapa  saat tadi terdapat sebatang tongkat berada di situ.    Saya jadi menggelabah, selera untuk minum kopi terus mati.    Badan terus terasa dingin, desiran angin bertambah hebat bunyinya di  luar. Saya mula terlihat dedaun tingkap yang rapat seakan‐akan  bergerak‐gerak seperti ada sesuatu yang menekannya dari luar.    “Aku rasa ada sesuatu yang tak kena di rumah ni. Sekarang kau tengok  sendiri Tamar. Bukankah sudah aku katakan tongkat pesaka itu memang  berpuaka.”    “Ya,” saya mengangguk dengan nasa gementar.    “Sepatutnya tadi, aku bakar saja tongkat sial itu,” sebaik guru silat  berkata demikian, terasa seluruh rumah bergegar dan bergoyang. Cawan  kopi jatuh dan air kopi terus melimpah di lantai. Saya dan guru silat  terpaksa berpaut pada dinding.    Anehnya, gegaran itu cuma berlaku beberapa minit saja. Bila keadaan  kembali tenang, saya pun terdengar suara Azan berkumandang. Bunyi deru  angin yang hebat terus menyepi. Guru silat yang tersandar di dinding  meluruskan kedua belah kakinya. Sepasang matanya merenung tajam ke arah  lelangit rumah. 

Page 1707 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Aku pening Tamar.” Sebaik saja guru silat mengakhiri kata‐katanya, Ia  terus terkulai di situ. Saya jadi cemas, tidak tahu apa yang harus saya  lakukan untuk mengatasi keadaan yang agak gawat itu. Entah macam mana,  saya merasai badan saya melayang‐layang.    Tiba‐tiba saya terasa ada sesuatu yang menghentak pangkal bahu sebelah  kanan. Pandangan saya jadi berpinar‐pinar. Sayup‐sayup terdengar gema  besi berlaga sama sendiri yang amat memekakkan.    Seluruh sendi saya terasa lemah. Saya tidak terdaya berdiri. Badan  terasa melayang‐layang. Ketika itu juga saya terasa berada di satu tanah  yang lapang. Saya melihat bermacam‐macam jenis binatang dari yang  berkaki empat hingga berkaki dua dan termasuk dari jenis yang melata  atas bumi.    Di hujung tanah lapang, saya melihat api yang cukup besar. Bahangnya  terasa menyentuh kulit tubuh. Badan saya berpeluh dan api yang marak itu  kian mendekati saya.    Cara yang paling baik dan terselamat dari hangus dimamah api ialah  berlari ke mana‐mana dengan sekuat hati. Saya pun berlari arah ke utara  dengan sekuat hati. Tidak saya duga api yang marak itu terus memburu  saya. Apa yang terdaya saya lakukan ialah berlari dan terus berlari  hingga sampai ke kawasan pinggir gunung. Sebaik saja sampai di situ, 

Page 1708 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

seorang lelaki berbadan besar dengan rambut hitam lebat menutup kedua  belah sayap bahunya, ketawa ke arah saya.    Lelaki berbadan besar itu mengambil seketul batu besar di kaki gunung.  Batu itu dilemparkannya ke arah saya. Tidak ada kesempatan untnk saya  menyelamatkan diri. Saya terpaksa menyerahkan diri pada keadaan. Batu  itu terus menghempap badan saya.    Kesakitan yang dirasai membuat saya menjerit dengan sekuat hati. Mungkin  kerana saya menjerit terlalu kuat membuat lelaki berbadan tegap itu  menjadi marah. Mulut saya terus ditendangnya dengan sekuat hati.    QURAN    Sayup‐sayup saya terdengar suara orang membaca Quran. Makin lama, makin  jelas kedengaran. Saya amati pembacaan tersebut. Ternyata suara yang  saya dengar itu sedang membaca ayat al‐Kursi. Saya cuba mengikutinya  dengan perlahan‐lahan dalam hati.    Saya bagaikan digerakkan oleh tenaga ghaib untuk mengucap dua kalimah  syahadat. Sebaik saja saya selesai mengucap, kelopak mata saya terus  terbuka. Apa yang saya lihat wajah datuk yang sedang membaca ayat  al‐Kursi. Saya renung ke kanan, saya lihat di depan guru silat terletak  satu baldi air. Di tepi baidi tersusun dua tiga biji buah limau nipis  dan sehelai kain hitam. Guru silat terkapar di situ dengan mulut yang 

Page 1709 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

terbuka.    “Bangun Tamar.”    “Bila tuk balik dari surau?”    “Dah lama. Kamu berdua dirasuk syaitan. Waktu aku sampai tadi aku tengok  kamu berlari dalam rumah. Si guru silat berenang atas lantai.”    “Ha...,” saya terkejut mendengar penjelasan dari datuk. Saya cuba  mengingati apa yang telah berlaku.    Lagi sekali saya merenung ke arah guru silat. Perlahan‐lahan saya  kedutkan dahi, bila melihat kiri kanan bibirnya meleleh dengan air liur.  Badan guru silat menggeletik macam ikan kena penukul. Datuk mengepal  tangan kiri dan terus didekatkan ke hujung hidung. Mulutnya kelihatan  bergerak‐gerak macam membaca sesuatu.    “Huuuuppppp...,” pekik datuk lalu membuka buku limanya, kelima‐lima jari  kirinya terkembang dan mengarah kepada guru silat. Datuk terus menepuk  lantai tiga kali berturut‐turut.    Serentak dengan itu, guru silat terus melompat sambil melepaskan buah  silat yang cukup kencang ke dinding. Kakinya terus menendang baldi air.  Guru silat terus bersilat dengan semahu‐mahunya. Gerakan dan 

Page 1710 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tendangannya cukup pantas.    Datuk terus membongkok dan merangkak perlahan‐lahan mengambil buah limau  yang masih belum menjadi mangsa kaki guru silat. Dua kali datuk menepis  tendangan guru silat yang hampir mengenai rusuk kirinya.    Datuk berjaya mencekup sebiji limau. Cepat‐cepat datuk membalingkan ke  arah saya. Dengan kepandaian tersendiri saya menyambut buah limau  tersebut dengan penuh bergaya. Datuk memberi isyarat yang Ia memerlukan  dua biji lagi limau nipis.    Saya lihat kedua‐dua biji buah limau yang dikehendaki itu berada di  hujung kaki guru silat, Bukan mudah untuk mendapatkannya. Silap langkah,  bukan buah limau yang dapat tetapi, penendang dari guru silat yang boleh  menghilangkan gigi dan membengkakkan pipi. Paling malang, kalau buah  himau yang dikehendaki dipijak oleh guru silat yang sudah diresapi syaltan.    Perlahan‐lahan datuk mengisut ke arah kaki guru silat. Tiba‐tiba guru  silat bertempik dan melompat lalu melepaskan satu tendangan yang kencang  ke arah datuk.    Secepat kilat datuk menyambar telapak kaki guru silat lalu  memusingkannya dengan sekuat hati, ditolak ke belakang hingga guru silat  jatuh terlentang. Ketika itu, datuk terus sambar buah limau. Dicampakkan  pada saya bagaikan penjaga pintu gol yang handal saya menyambut buah 

Page 1711 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

limau tersebut.    “Ah..."    Guru silat terus menyerang datuk. Macam tadi juga, datuk tetap bertahan  dan mengelak. Memang bukan tujuan datuk mahu beradu kuat dengan guru  silat. Matlamat utama datuk mengambil sebiji lagi buah limau nipis  supaya jumlahnya menjadi tiga biji dalam tangan saya.    Memang sukar untuk datuk mengambil buah limau yang terakhir ini. Guru  silat bagaikan tahu apa yang diingini oleh datuk. Ekor matanya, tetap  merenung ke arah buah limau tersebut.    Hati saya berdebar bila guru silat mengangkat kaki kanannya untuk  memijak buah limau. Saya berdoa supaya cita‐citanya tidak  dilaksanakannya. Doa saya diperkenankan oleh Allah. Guru silat  menjauhkan kakinya beberapa inci dari buah limau.    Dengan hujung ibu jari kanannya ia mencuit buah limau. Buah limau itu  bergolek ke arah tiang seri. Datuk tersenyum. Kerjanya menjadi mudah,  saya kira, beberapa saat lagi limau yang sebiji itu pasti berada dalam  tangan saya.    Datuk merendahkan badannya. Perlahan‐lahan datuk golekkan badannya  menuju arah buah limau. Malang sungguh nasib datuk, kali ini guru silat 

Page 1712 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

terus bertindak macam orang gila.    Dengan sebatang kayu di tangan, guru silat terus menikam ke arah datuk  bertubi‐tubi.    Mujurlah, datuk bergolek ligat macam gasing. Tikaman yang dilakukan oleh  guru silat tidak kena badan datuk. Guru silat terus marah, ia cuba  melepaskan tendangan yang bertalu‐talu ke arah datuk.    Semuanya dapat ditepis oleh datuk dengan aman dan tenang. Dalam suasana  yang berdentum‐dentum dengan bunyi telapak kaki di lantai serta  ditingkah dengan bunyi tepisan tangan dan kaki dari datuk menjadikan  dengan guru silat.    Suara datuk dan guru silat saling tingkah‐meningkah. Saya terlupa dengan  keadaan di luar, terlupa pada malam, terlupa pada bunyi cengkerik dan  katak. Antara terhibur dan cemas saya menyaksikan peristiwa datuk dengan  guru silat.    “Wahhhhhh...”    Datuk menjerit dengan kuatnya. Saya lihat datuk berjaya menyambar tangan  guru silat dan terus dipulas ke belakang sambil menekan ke kanan. Guru  silat berusaha melepaskannya tetapi tidak terdaya. Pegangan datuk cukup  kuat dan kejap. 

Page 1713 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Dengan lembut dan perlahan‐lahan datuk menekan tangan guru silat ke  bawah hingga badan guru silat melengkung dan akhirnya tersembab di  lantai. Datuk segera mengambil buah limau di 1antai dan terus diserahkan  pada saya.    “Basuh limau itu Tamar.”    Saya terus ke dapur dan membasuh buah limau. Datang kembali mendekati  datuk. Guru silat tertiarap di lantai dengan kedua belah kaki dan  tangannya terkedang. Bunyi nafasnya cukup kuat, macam nafas kerbau.    “Tamar.”    “Ya, ada apa tuk.”    “Kau belah dua semua limau tu, perah airnya dalam cawan. Campurkan  dengan garam dan cabai. Lepas itu kau diangkan dekat api.”    “Baik tuk.”    “Buat sekarang jua.”    Saya segera mematuhi saranan yang datuk luahkan. Saya terus ke dapur.  Menyediakan barang‐barang yang dikehendakinya. Sepeninggalan saya ke 

Page 1714 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dapur, saya tidak tahu apa yang datuk lakukan terhadap guru silat.    Satu perkara yang pasti bila saya datang ke ruang tengah kembali, saya  lihat guru silat sudah berubah kedudukan. Kalau tadi ia tertiarap, kini  ia terlentang mengandah ke tulang bumbung dengan sepasang kaki dan  tangan rapat ke tubuh.    SILAT    Datuk terus merenung wajah guru silat. Kelopak mata guru silat dibukanya  perlahan‐lahan. Telinga kiri guru silat dihembusnya bertalu‐talu. Badan  saya mula terasa sejuk dan suara pungguk merayu bulan sayup‐sayup  kedengaran. Desiran angin mula tçrdengar.    “Ambilkan aku pisau Tamar.”    “Pisau tak ada, di mana saya nak cari tuk.”    “Ambil dalam beg kecilku. Bawah kain pelekat ada pisau belati cap kuda  terbang. Pergi ambil sekarang.”    “Baiklah,”jawab saya lemah. Saya segera pergi ke beg kecil datuk yang  terletak di sudut dinding. Saya punggah isinya hingga bertabur atas  lantai. Akhirnya, saya jumpa dengan pisau belati yang dimaksudkan oleh  datuk. Saya segera menyerahkan padanya. 

Page 1715 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Datuk keluarkan pisau belati dari sarungnya. Ditatapnya mata pisau itu  dengan teliti. Datuk tegakkan badan dengan sepasang matanya tertumpu ke  dinding. Saya hanya melibat gerak‐geri datuk dengan hati‐bati.Datuk  terus menimang‐nimang mata pisau belati di telapak tangan.    “Ke mari Tamar.”    Saya segera mendekati datuk.    “Tekan kedua belah kakinya.”    “Baik tuk,” saya terus menekan kedua belah kaki guru silat. Datuk angkat  pisau belati tinggi‐tinggi. Kemudian, badan pisau belati dilarikan pada  buah betis guru silat.    “Tamar.”    “Ya tuk.”    “Aku mahu meluahkan kaki guru silat ini. Bila darahnya keluar kau terus  taruh air limau di tempat lukanya. Bila dia menjerit kau tutup mulutnya  dengan kain pelekat,” datuk mengeluarkan arahan. Datuk pun mengambil  kain pelekat di atas lantai. Kain pelekat itu dilangkah dua kali.   

Page 1716 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Nah kain pelekat ni, letak dekat kepala lutut kamu. Ingat, apa yang aku  pesan Tamar.”    “Ingat tuk.”    “Kamu mesti tenang dan jangan takut.”    “Baik tuk.”    “Huhhhhhh..,” datuk menatap wajah saya sejenak. Bahu kanan saya  ditepuknya tiga kali berturut‐turut. Datuk melakukan semuanya itu untuk  memperteguhkan dan menguatkan semangat saya.    Saya terkejut besar bila datuk membenamkan hujung belati ke buah betis  guru silat. Saya lihat darah pekat meleleh di kulit betis dan menitik  atas lantai. Saya bagaikan terpukau melihat semuanya itu. Saya lupa  dengan pesan datuk.    “Hei apa lagi?” sergah datuk.    “Apa? Apa benda,” saya seperti orang bangun tidur, tidak tahu apa yang  mesti saya lakukan. Muka datuk kelihatan merah padam. Saya mencampakkan  pisau belati yang ada kesan darah ke dinding. Pisau belati terpancak di  situ.   

Page 1717 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Bodoh,” pekik datuk sambil merampas air limau dalam cawan. Tidak  memadai dengan itu, datuk terus menolak saya hingga terjatuh. Saya terus  membatu, tidak berani membantah. Semuanya kerana kelalaian dan kesalahan  saya.    “Tak boleh harap,” kutuk datuk.    “Maafkan saya tuk, saya tak sengaja.”    “Hummmmmmmmmm...”    Datuk terus menuangkan air limau ke atas buah betis guru silat yang  sudah dilukakan oleh datuk. Saya lihat seluruh badan guru silat bergerak  ke kiri dan ke kanan.    Sepasang kakinya juga bergerak ke kiri ke kanan. Guru silat mengeruh  macam lembu kena sembelih. Saya sudah bersedia dengan kain pelekat.  Kalau ia menjerit, sudab pasti kain pelekat menutup mukanya.    Lama juga saya menanti. Guru silat tidak menjerit tidak mengeluh. Dia  membuka kelopak matanya perlahan‐lahan. Merenung lelangit rumah. Datuk  terus mengesat kesan darah di kaki. Air limau tidak lagi dituangkan pada  tempat yang luka.    “Tamar?” Guru silat bersuara. 

Page 1718 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Cuba mengucap pak guru.”    “Ashadu..” guru silat terus mengucap dengan tenang.    “Bagaimana pak guru,” saya menyoalnya kembali. Guru silat termenung  macam ada sesuatu yang difikirkannya. Datuk terus mendiamkan diri.    “Datuk kamu tak balik lagi Tamar?”    “Dah balik,” sahut datuk lalu mendekati guru silat. Mereka berpandangan.  Datuk memicit bahu kanan guru silat beberapa kali. Macam digerakkan oleh  sesuatu, saya terus bangun mengambil cawan dan pisau belati.    Semua barang‐barang itu saya letakkan di tempat di bahagian dapur.    Saya datang semula mendapatkan datuk dan guru silat. Kali ini guru silat  sudah pun duduk. Ia bagaikan tidak terasa apa‐apa yang terjadi pada kakinya.    “Saya baru berjumpa dengan orang besar, saya berlawan dengannya. Dia  kalah tetapi dia berjanji nak mencari saya,” guru silat membuka rahsia  dirinya. Datuk tersenyum.    “Kau sebenarnya tak ke mana‐mana, kau pengsan,” datuk menjelaskan  keadaan sebenar. 

Page 1719 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Ya, saya ingat apa yang jadi patda saya dan Tamar, mana tongkat tadi,  Tamar, agaknya dah hilang terus,” guru silat ajukan pertanyaan pada  saya. Cepat‐cepat saya mengangkat kedua belah sayap bahu sambil  menggelengkan kepala.    “Kalau ikut langkah dan petua, kamu berdua dirasuk syaitan, ingatan dan  fikiran kamu dipisahkan dari pancaindera kamu, kalau tidak ditolong,  kamu boleh jadi lari ke hutan, masuk gunung atau gua,” terang datuk.    “Semuanya kerana tongkat sial,” sahut guru silat.    “Bukan kerana tongkat, kamu lalai, kamu lupa kuasa Allah, kamu tidak  mengingatinya pada setiap saat,” sanggah datuk. Guru silat terdiam.    Datuk terus menarik balutan di kaki guru silat. Bila balut itu terbuka,  saya tidak dapat melihat kesan luka atau parut. Kaki guru silat tetap  berkeadaan seperti biasa. Cuma sesekali guru silat terasa sakit bila  melipatkan kakinya.    Datuk segera menepuk bahagian kaki yang dikatakan sakit tu, dua kali  tepuk, guru silat terus menyatakan tidak terasa sebarang sakit.    “Tak usah banyak cerita lagi, bersiap sekarang juga kita pergi rumah si  sakit,” datuk keluarkan arahan. Matanya masih merenung ke setiap sudut 

Page 1720 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

ruang rumah.    “Dah jauh malam begini, tuk nak pergi juga?” Sanggah saya.    “Dah pukul sebelas malam,” guru silat menyokong pendapat saya.    “Tak usah banyak cakap, kalau terlalu banyak cakap satu kerja pun tak  jadi, ingat, manusia dipegang pada janji, kerbau dipegang pada tali,”  tekanan suara agak keras dan meninggi. Kedua‐dua biji matanya  dibeliakkan ke arah guru silat dan saya.    Dengan rasa kesal saya segera tukar seluar dan baju. Saya tidak tahu apa  perasaan guru silat ketika itu. Dari gerak‐geri dan riak wajahnya  ternyata ia tidak menyimpan rasa kecewa atau hampa. Guru silat tetap  mematuhi perintah datuk.    “Kita belum makan lagi tuk.”    “Tak usah gaduh fasal makan, kalau rezeki kita ada, kite makan di  mana‐mana, kalau tak ada. kita minum kopi saja,” datuk menyelesaikan  masalah yang menghantui diri saya.    “Tak usah bimbang Tamar, bila semuanya sudah selesai kita balik nanti,  aku masak nasi untuk kamu,” itu janji dari guru silat yang cukup  menggembirakan. 

Page 1721 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  LANGKAH    Sebelum membuka langkah menuju ke rumah si sakit,datuk mengambil masa  sejenak untuk membaca surah Yasin. Selesai baca Yasin datuk balut kepala  dengan kain merah. Pakai seluar hitam dan baju hitam tetapi, tidak  memakai samping hitam seperti kebiasaannya.    Kali ini datuk mengenakan kain samping berwarna kuning. Cara ikatnya  juga tidak seperti selalu. Ikatannya lebih banyak ke kanan.    “Tongkat tadi Tamar,” jerit guru silat.    Sepasang mata saya tertuju ke arah tongkat yang di dinding. Kepalanya  yang terukir bentuk dua kepala ular nampak berkilau‐kilau. Datuk juga  merenung ke arah tongkat tersebut. Datuk tidak memperlihatkan rasa  terkejut. Ia cuma tersenyum.    “Inilah tongkat yang berpuaka itu,” guru silat beritahu pada datuk. Saya  lihat datuk tersenyum. Datuk menyuruh saya membuka tingkap sebelah kanan  dengan seluas‐luasnya. Cakap datuk saya patuhi.    Bila tingkap terdedah, apa yang saya lihat ialah kegelapan yang pekat.  Pepohon kelihatan kaku tetapi, di lantai masih ada bintang mengerdip.  Tiba‐tiba saja saya terasa seram. Bulu tengkuk saya meremang dengan 

Page 1722 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

tiba‐tiba.    Datuk membuka kain ikat kepalanya. Dengan hati‐hati kain itu dililitkan  ke hujung jari kelingking. Dan jari kelingking itu diarahkannya pada  tongkat yang tersandar di tepi dinding. Ketika itu terasa angin masuk  dengan deras ke dalam rumah melalui jendela yang terdedah.    Beberapa helal daun kering dan reranting kecil yang dibawa angin  bertaburan atas lantai. Suara orang ketawa terdengar sayup‐sayup  ditingkah dengan bunyi lolongan anjing yang memanjang. Suara jampuk dan  burung hantu bersahut‐ sahutan.    Tidak memadai dengan reranting dan daun kering, angin yang bergerak  kencang itu membawa pasir dan tanah merah serta serpihan batu nisan.  Semuanya bertabur di atas lantai. Saya lihat baju dan seluar datuk  bergerak‐gerak ikut rentak angin yang bertiup.    Guru silat macam ditolak sesuatu. Ia terhuyung‐hayang ke kiri dan ke  kanan macam orang mabuk. Datuk tidak peduli apa yang berlaku dalam  rumah. Ia berdiri lurus. Jari kelingkingnya yang berbalut itu  digerakkannya ke kanan dan ke kiri, membentuk sebuah bulatan di udara.  Matanya tidak berkerdip merenung ke arah tongkat di dinding.    Urat‐urat di mata datuk kelihatan merah dan seakan‐akan timbul. Makin  lama saya merenung mata datuk, saya seperti melihat bebunga api yang 

Page 1723 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

membara dalam kolam matanya. Wajah datuk kelihatan serius. Misainya  kelihatan seakan‐akan bergerak ke kanan. Datuk angkat jari kelingking  hala ke barat daya. Tongkat di tepi dinding terus bergerak, terangkat  antara lantai dan letangit rumah.    Muka datuk kelihatan berpeluh. Datuk terdorong ke belakang macam ada  sesuatu yang menumbuk dadanya dengan kencang. Datuk melawan hingga ia  kembali berdiri tegak. Mulut datuk kelihatan bergerak‐gerak. Dengan  kekuatan yang ada di tubuhnya datuk macam melemparkan sesuatu ke arah  tingkap yang terdedah. Ketika itu juga saya melihat tongkat tersebut  melayang sambil mengeluarkan cahaya.    Tongkat itu meluru keluar. Datuk masih tidak berganjak dari tempat ia  berdiri. Biji mata guru silat terbeliak melihat peristiwa yang memang  tidak pernah diduganya.    Saya terkejut bila terjadi ledakan kecil di tempat tongkat aneh itu  berdiri sebentar tadi. Bila ledakan itu berhenti kelihatan asap hitam  berkepul lalu menguasai ruang rumah.    Datuk terus menepuk tangan tiga kali berturut‐turut. Tepuk pertama asap  yang tebal beransur kurang. Tepuk kedua asap bentambah nipis dan tepuk  ketiga asap yang ada terus hilang dan guru silat yang tadi kelihatan  lemah mula bertenaga. Mukanya, jadi merah dan bersedia menghadapi apa saja.   

Page 1724 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Kita diuji lagi, semuanya ada hubungan dengan si sakit,” kata datuk  tenang sambil membuka lilitan kain di jari kelingking.    Kain itu terus dililitnya ke kepala. Datuk sapu mukanya dengan telapak  tangan kiri berturut‐turut.    “Apa kita akan diuji lagi?” Guru silat minta kepastian.    “Tak tahu, tak berani nak cakap, kalau ada ujian yang datang kita tentang.”    “Kalau kita kalah apa macam?”    “Segala‐galanya kita serahkan pada Allah,” suara datuk merendah. Saya  dan guru silat berpandangan.   

SBDJ (Jilid 06) Siri 90: Ilmu Pukau Kucing    Atas perintah datuk, tingkap yang terdedah saya rapatkan. Guru silat,  saya lihat terus menggeliat. Dedaun dan pepasir yang bertaburan atas  lantai segera disapunya. Datuk nampak tenang tetapi, dahinya berkerut.  Bila rumah sudah bersih, datuk segera ambil tiga biji bantal. Saya  hanya melihat datuk menyusun tiga bantal itu selari di ruang rumah dan  letakkan bersetentangan dengan tulang bumbung. Saya tidak tahu kenapa  datuk berbuat demikian? Kerja datuk itu, macam kerja orang bodoh.  Kebuntuan dalam kepala saya segera berakhir, bila guru silat mengajukan 

Page 1725 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

pertanyaan pada datuk:  “Kenapa bantal diletakkan macam tu?”  “Petua orang tua‐tua.”  “Petua apa?”  “Petua menghalang syaitan dari menumpang tidur.”  “Banyak sangat guna petua. Kenapa tak gunakan ayat‐ayat Quran untuk  halau syaitan.”  “Kita berusaha mencari sesuatu yang baik. Kalau apa yang kita buat  tidak bercanggah dengan hukum agama, apa salahnya kita gunakan. Kita  gunakan kedua‐duanya untuk kebaikan, ini lebih baik dan berkesan.”  “Betul juga cakap awak tu, kita mencari sesuatu yang baik,” suara guru  silat lembut. Datuk anggukkan kepala beberapa kali. Saya segera menggaru  pipi kanan.  “Sekarang, awak dah tahu rahsianya,” datuk terus menepuk belakang guru  silat beberapa kali sambil ketawa. Saya cuma tersenyum melihat keramahan  dan kemesraan yang terjalin.  “Saya dah faham, saya mahu belajar dari awak lagi,” sahut guru silat  bila ketawa datuk berhenti.  “Boleh, asalkan awak sabar.”  “Lebih dari sabar mahu saya buat, apa yang awak cakap semuanya nak saya  patuhi.”  “Ini sudah cukup baik,” senyum datuk kian melebar.  “Saya tetap baik untuk selama‐lamanya,” tingkah guru silat.  Lagi sekali datuk dan guru silat berbalas tampar‐menampar bahu. Mereka  ketawa dan melangkah serentak menuju ke ambang pintu. Wajah keduanya, 

Page 1726 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kelihatan tenang dan penuh keyakinan. Saya mengikuti dari belakang.  Tugas merapatkan daun pintu dan menguncikannya adalah tanggungjawab  saya. Senang rasa hati saya bila tugas itu dapat saya laksanakan dengan  sempurna.    “Berhati‐hati sebelum memulakan langkah,” ujar datuk sebaik saja sampai  di anak tangga terakhir. Sepasang matanya menatap wajah saya dan guru  silat, penuh kelembutan. Saya anggukkan kepala tetapi, guru silat  mempamerkan gigi dan gusi pada datuk.  “Tamar."  “Ya, tuk.”  “Mulakan melangkah dengan kaki kanan sambil membaca Bismillah, serahkan  semuanya pada Allah.”  “Saya faham tuk.”  “Kamu ni, bila aku ingatkan, jawabnya faham. Bila disuruh buat kamu  selalu terlupa.”  Saya segera menundukkan muka. Sindiran datuk cukup tajam tetapi saya  tidak terdaya untuk menafikan kebenaran dari kata‐katanya itu. Guru  silat merenung ke arah saya sambil melemparkan senyum. Saya bertambah  malu. Kulit muka terasa tebal.    “Orang muda memang selalu lupa,” secara mendadak guru silat bersuara.  Mungkin guru silat mahu memberikan kekuatan semangat pada saya.  “Perangai buruk macam tu, mesti dibuang,” balas datuk.  “Betul juga cakap awak,” sahut guru silat, lalu menghulurkan kaki  kanannya memijak tanah. Kami pun meninggalkan kawasan rumah pusakan  peninggalan orang tua guru silat.   

Page 1727 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Perjalanan menuju ke rumah si sakit di malam yang kian larut itu,  membekalkan rasa bimbang dan cemas dalam hati saya. Dengan pertolongan  Allah yang Maha Besar dan Maha Kuasa, kami tidak menghadapi sebarang  masalah. Tidak ada perkara yang tak diingini terjadi. Cuma sesekali,  kami diganggu oleh bunyi suara harimau di kaki langit.    Suara ngauman harimau itu tidak mendatangkan rasa takut atau cemas.  Datuk sudah pun memberikan kata‐kata semangat. Kata datuk, harimau yang  mengaum tidak akan menangkap manusia. Harimau juga tidak akan menyerang  manusia, bila manusia berjalan tiga sederet waktu malam.    Sebagai manusia, saya tidak dapat menerima bulat‐bulat cerita yang  datuk tuturkan. Hati kecil saya terus berdetik cemas, bila terdengar  bunyi dahan yang bergeselan sama sendiri. Suara dari geselan itu,  adakalanya memanjang dan adakalanya pula pendek macam orang mengeluh.  Bunyi geselan dahan itu terus ditingkah oleh suara monyet malam yang  dikejutkan oleh sesuatu.    Suasana malam terasa amat menyeramkan. Kalau berjalan seorang diri,  sudah pasti saya tidak sanggup melakukannya. Saya tidak tahu, kenapa  datuk kali ini tidak mahu bercakap banyak. Kalau guru silat bertanya  sesuatu, datuk seperti keberatan untuk menjawabnya. Datuk lebih kerap  beristighfar, bila kaki atau tubuhnya terlanggar sesuatu. Perjalan di  larut malam itu berakhir di rumah si sakit.  PATUH  Beberapa kaki mahu sampai ke kaki tangga rumah si sakit, datuk menyuruh  kami membaca surah Al‐Ikhlas tiga kali berturut‐turut. Perintah itu kami  patuhi. 

Page 1728 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Biar aku yang ketuk pintu,” datuk renung muka guru silat.    “Silakan,” sahut guru silat.  Datuk terus ketuk pintu rumah si sakit, tiga kali berturut‐turut.  Isteri si sakit buka pintu dan mempersilakan kami masuk. Sebaik saja  kami duduk berdepan dengan si sakit yang kelihatan tenang dan aman itu,  secara tidak diduga bomoh tua pun sampai. Tanpa memberi salam, ia terus  berdiri di ambang pintu. Wajahnya kelihatan masam dan bengis.    Saya menarik nafas sambil menjeling ke arahnya. Tidak ada kata‐kata  yang terungkap dari mulut bomoh tua. Hati saya menjadi cemas dan  bimbang. Saya berdoa semoga tidak akan tercetus sebarang pertengkaran  atau perkelahian.    “Apa khabar, sila duduk,” suara datuk lembut.  “Tak payah,” jawab bomoh tua lalu memusingkan badan ke kanan. Isteri si  sakit merenung muka guru silat.    “Maafkan kami, kalau kami tersilap,” guru silat bersuara.    “Saya juga macam tu,” sahut isteri si sakit.  “Tak payah,” cukup keras suara bomoh tua. Datuk segera memusingkan  tubuhnya, memberikan belakang pada kami yang berada dalam rumah. Datuk  tunduk merenung lantai, terkejut dengan sikap bomoh tua.  Perlahan‐lahan bomoh tua melangkah, menuju ke muka pintu. Daun pintu  sebelah kanannya ditumbuk dengan sekuat hati. Perbuatannya itu  menimbulkan rasa marah pada guru silat.    “Biadap, kurang ajar,” kutuk guru silat dan bersedia untuk menerkam ke  arah bomoh tua yang sedang menekan kiri kanan belikatnya dengan sepasang  tangan. 

Page 1729 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Biar saya ajar dia,” guru silat minta izin dari datuk.  “Jangan, musuh jangan dicari.”  “Saya tahu tapi, si tua kutuk ni dah melampau.”  “Sabar dulu.”  “Hati saya tak boleh sabar lagi.”  “Kau mengucap dan kemudian bacalah Surah Al‐Ikhlas, semoga Allah akan  memberi kesabaran pada kamu.”  Guru silat menarik nafas panjang. Saya lihat mulutnya berkumat kamit  dan saya yakin, guru silat tersebut mematuhi apa yang diperintah oleh  datuk. Semua biji mata yang berada dalam rumah tertumpu ke arah bomoh  tua yang sedang memijak anak tangga. Dalam beberapa saat saja bomoh tua  hilang ditelan kegelapan malam.    Semua yang ada dalam rumah berpandangan sama sendiri. Masing‐masing  mahu mendengar apa yang mahu dikatakan oleh datuk. Dalam keadaan yang  agak kurang tenteram itu, saya melihat satu bungkusan melayang dari luar  masuk ke rumah. Bungkusan itu tersadai atas lantai.  “Siapa pula yang baling kita dengan daun keladi,” isteri si sakit  bersuara. Wajahnya nampak cemas dan bersedia untuk mengambil bungkusan  dari daun keladi untuk dicampak kembali keluar rumah.  “Jangan sentuh,” pekik datuk.  “Kenapa?” Sanggah guru silat.  “Tunggu dulu,” jawab datuk tenang.  Tiba‐tiba kami terhidu bau najis manusia. Saya yakin bau itu datangnya  dari bungkusan daun keladi yang ada di depan kami.  “Awak ada tercium bau busuk?” soal datuk. 

Page 1730 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Ya,” sahut isteri si sakit.  “Bau najis tu datang dari bungkusan daun keladi, kalau ada sesiapa yang  sentuh daun keladi itu, mungkin seluruh badannya berbau busuk sampai  mati,” datuk memberi penjelasan.  Saya kedutkan dahi, tidak sanggup rasanya menghadapi dugaan seperti  ini. Kenapa datuk harus melalui pekerjaan yang sukat dan menyulitkan  ini? Timbul pertanyaan dalam kepala saya. Semuanya ini berpunca dari  bomoh tua sial, kutuk batin saya sambil menggigit bibir.  “Ambilkan saya segenggam beras dan segelas air,” datuk renung muka  isteri si sakit. Tanpa bersuara, isteri si sakit terus bangun ambil  segenggam beras dan secawan air lalu menyerahkan pada datuk. Datuk  rendamkan beras dalam cawan beberapa minit sambil telapak tangannya  menutup permukaan cawan.  “Ada apa‐apa masalah, agaknya kamu susah nak bernafas?” tanpa  bertangguh‐tangguh guru silat mengajukan pertanyaan. Si sakit tersenyum  sambil bersuara lembut.  “Tak ada apa‐apa.”  “Hum,” guru silat seperti mengeluh sambil merenung ke arah saya dan datuk.  Isteri si sakit segera bangun menuju ke daput. Gegendang telinga saya  menangkap bunyi sudu berlaga dengan cawan. Saya senyum sendirian. Isteri  si sakit sedang membancuh kopi. Sebentar lagi tekak kami pasti basah dan  rasa mengantuk pasti tidak terasa lagi. Ramalan saya memang tepat,  isteri si sakit meletakkan kopi dan kuih di depan kami.  “Minumlah buat hilang mengantuk,” katanya penuh sopan.  “Terima kasih,” ucap saya setelah isteri si sakit meletakkan cawan kopi 

Page 1731 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

di depan saya.  “Agaknya, ada rancangan malam ni?” Guru silat renung muka datuk.  “Tengok keadaan,” pendek saja jawapan dari datuk.  “Dah jauh malam ni,” si sakit seperti merungut.  “Ya, dah dekat pukul satu,” sahut saya.  “Patutlah terasa sejuk,” tingkah guru silat.  Di luar desiran angin malam yang melanggar dedaun melahirkan suara  dalam nada yang gemersik. Suara burung hantu dan kokok ayam bersama  bunyi cengkerik berpadu menghiasi suasana malam yang kian tua. Bagi  mengurankan rasa sejuk, saya terus menghirup air kopi dan menjamah  goreng keledek yang masih panas.    “Kadang‐kadang saya jadi bingung dengna perangai bomoh tua tu,” si  sakit membuka rahsia. Badannya kelihatan berpeluh. Buncit di perutnya  kelihatan menurun dan urat‐urat hijau yang timbul di permukaan perutnya  turut berkurangan.  “Apa benda yang kau bingungkan?” celah datuk.  “Bomoh tua tu suka marah‐marah tak tentu fasal. Baik pagi, petang dan  malam, bila datang terus marah‐marah,” si sakit membuka rahsia.  “Pelik juga memikirkan perangainya,” guru silat bagaikan mengeluh.  “Siang tadi, ada dia datang?” datuk mencungkil rahsia.  “Ada, petang tadi dia datang dan marahkan kami, ikut sedap mulutnya.  Pedih hati kami yang mendengarnya,” rahsia yang dicari sudah pun  terbongkar.  Isteri si sakit terus anggukkan kepala, mengiakan apa yang diucapkan  oleh suaminya. Air kopi terus saya hirup. Guru silat perlahan‐lahan 

Page 1732 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

meraba pangkal hidungnya. Datuk masih merenung ke arah si sakit yang  tidak dapat bergerak dengan bebas. Bunyi dedaun yang berlaga sama  sendiri, akibat dirempuh angin malam jelas kedengaran.   

SBDJ (Jilid 06) Siri 91: Cahaya Di Lantai    Saya tergamam mendengar arahan yang bertalu‐talu dari datuk dalam  keadaan cemas itu.        “Saya panas, badan saya berbahang,” sahut guru silat sambil mengangkat  tikar mengkuang separas kepalanya.      “Teruskan, baca surah Al‐Ikhlas sebanyak yang boleh,” datuk memberi  arahan.        “Baiklah.”      Bunyi dengung tidak juga berkurangan, seluruh ruang rumah mula  terang‐benderang dengan cahaya merah dan hijau. Percikan cahaya itu  terkena badan terasa pedih dan sakit.     

Page 1733 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  Kepala saya mula terasa pening tetapi, mata saya masih dapat melihat  kecekapan guru silat membungkus badan si sakit dengan tikar lalu  digolekkan ke tepi dinding. Benda bulat yang bercahaya itu terus  mengecil dan akhirnya hilang. Telinga saya terasa macam pekak.      Bila datuk yakin keadaan beransur aman dan tenang, ia mula melangkah  menuju ke arah guru silat yang sedang membuka tikar mengkuang untuk  mengeluarkan si sakit yang berada di dalamnya.      Sayang, baru tiga tapak datuk melangkah kelihatan satu sinaran cahaya  muncul cara tiba‐tiba di tengah bumbung rumah. Cahaya itu jatuh  berdentum atas lantai. Rumah terasa bergegar dan akibat dari gegaran  itu, saya terdorong ke kanan. Mulut saya berlaga dengan papan dinding.  Bibir saya pecah dan berdarah.        “Kepala manusia,” jerit saya macam kena histeria bila melihat kepala  tanpa badan terlekap atas lantai, betul‐betul di tempat cahaya dari  bumbung jatuh. Bahagian lehernya terlekap atas papan dengan darah merah  melimpah di permukaan lantai. Badan saya terus menggeletar.     

Page 1734 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Saya renung ke arah isteri si sakit yang terkulai di tepi dinding.  Wajahnya pucat. Dadanya nampak berombak membuang dan menarik nafas  cemas. Ia kelihatan bagaikan tidak bermaya. Guru silat terdiam, begitu  juga dengan si sakit terus diam dalam gulungan tikar mengkuang.        Dalam keadaan yang takut dan cemas itu, saya terus merenung ke arah  kepala tanpa badan di atas lantai. Wajahnya amat menakutkan. Kulitnya  kelihatan kasar dan penuh parut bekas jerawat. Rambutnya panjang dan  lebat menutup sebahagian dari permukaan mukanya. Dahinya dililit dengan  kulit ular sawa.        Paling menakutkan bila melihat hidung yang besar dan dempak itu  bergerak setiap kali menarik dan melepaskan nafas, tidak ubah macam  perut katak yang bernafas. Mata kirinya terpelohong seolah‐olah macam  ada kepala ular tedung terjengkul di situ. Biji mata sebelah kanannya  tersebul sebesar telur ayam. Ia bagaikan tersengih ke arah saya  mempamerkan giginya yang bersiung di sebelah kiri.        Kepala itu bergerak ke arah saya dengan menyemburkan air liur kental  berwarna kekuningan macam nanah. Saya bagaikan kena pukau tidak terdaya  menggerakkan badan.   

Page 1735 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Tuk, tolong saya,” saya menjerit.      “Kamu jangan bergerak Tamar,” sahut datuk.        “Saya ikut cakap datuk, saya takut tuk.”      “Duduk diam‐diam di situ.”      Saya pun mengeraskan badan. Kepala itu terus bergerak dengan darah yang  berlimpah‐limpah. Sesekali saya terpandang kepala ular tersembul dari  mata kirinya. Tanpa disedari seluar yang saya pakai terus basah. Bau  busuk dari kepala tanpa badan mendekati saya membuat saya mahu muntah.        “Hupppp,” jerut datuk lalu menerkam ke arah kepala tersebut sambil  melepaskan satu sepakan kencang. Kepala atas lantai melayang ke udara  macam bola. Berlegar‐legar di udara serentak dengan itu terdengar bunyi  suara orang bersorak dan menangis.       

Page 1736 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Angin dan ribut kedengaran menggila di luar rumah. Terdengar bunyi  dahan dan pokok tumbang dirempuh angin yang amat kuat. Bunyi suara  harimau, gajah dan kerbau serta lembu kedengaran menguasai ruang rumah.  Saya tidak tahu dari mana suara tersebut datang.        Kepala yang berlegar‐legar di awang‐awangan itu, terus bergerak dari  sudut ke sudut ruang. Darah bercucuran menitik atas lantai dari bahagian  bawah kepala iaitu di bahagian leher yang terpotong. Darah segar itu  terus mengembang di lantai. Guru silat terpaksa menutup kepala dan badan  isteri si sakit dnegan kain untuk mengelakkan dari terkena titik‐titik  darah dari kepala tanpa badan yang terbang.        Datuk terus meniarap dan menggerakkan badannya seperti ular menuju ke  arah guru silat. Gerakan badan datuk tidak dapat berjalan lancar seperti  yang diharapkan. Kepala tanpa badan yang terapung‐apung di awang‐awangan  itu terus berlegar‐legar mengikut gerakan badan datuk. Apa yang  menakjubkan darah yang menitik tidak menimpa tubuh datuk. Darah itu  bagaikan ditolak kuasa ghaib menuju ke dinding.        “Kita lawan, biar saya pukul kepala tu dengan kayu,” guru silat  mengemukakan pertanyaan. Tiada jawapan dari datuk. Suara orang bersorak  dan menangis bertambah hebat dan kuat.   

Page 1737 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    “Jangan bertindak,” jawab datuk. Serentak dengan itu saya lihat datuk  terus bangun.        Kepala terbang menuju ke arah datuk. Berhenti betul‐betul di depan muka  datuk atau dengan kata lain mereka bertentang wajah. Saya mengerutkan  dahi, bila terlihat ular keluar dari mata sebelah kiri kepala tanpa  badan. Lidah ular yang bercabang itu hampir saja mahu menjamah muka  datuk tetapi, datuk segera bertindak dengan menjatuhkan badannya ke  lantai.        Paling menakjubkan bila saya melihat kepala tersebut ikut sama jatuh  atas lantai. Dari mulutnya bersemburan air liur.        Bagi mengelakkan air liur itu mengenai mata dan muka, cepat‐cepat datuk  menekupkan mukanya ke lantai sambil memusingkan badannya secepat yang  boleh. Serentak dengan itu, kaki datuk memberi satu pukulan libas yang  amat kencang pada kepala tersebut.        Tendangan yang cepat dan kuat dari kaki datuk menyebabkan kepala itu 

Page 1738 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

melayang ke kanan lalu melanggar dinding. Dua keping papan dinding  terlucut dari pakunya. Serentak dengan itu, saya terdengar suara orang  menjerit kesakitan. Datuk segera bangun dan menerkam ke arah dinding  yang terkopak.        Isteri si sakit terus diangkat oleh guru silat, dibawa ke bilik di  bahagian bawah rumah. Manakala si sakit masih berada dalam bungkusan  tikar mengkuang. Suasana malam terasa gamat dengan berbagai0bagai bunyi  yang tidak pernah saya dengar. Lantai terasa terumbang‐ambing dan  bumbung bagaikan bergoyang.        “Ke mana kepala sial tu Tamar? Hilang begitu saja,” pekik datuk sambil  mencari kepala ganjil yang tidak diundang itu. saya gelengkan kepala dan  merasa hairan dengan kepala ganjil yang ghaib dengan tiba‐tiba. Datuk  merenung melalui lubang dinding yang terkopak. Apa yang datuk lihat  hanya kegelapan malam yang sedang bermaharajalela.      “Ke mari Tamar.”      Saya terus mendekati datuk dan sama‐sama merenung keluar. Saya terlihat  seperti ada seketul bara api yang sedang marak di permukaan tanah. Bara 

Page 1739 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

api itu kelihatan sekejap mengecil dan sekejap mengembang macam ada  manusia yang meniupnya.        “Kau tahu apa benda tu Tamar?”      “Itulah mata syaitan.”      “Mata syaitan,” saya terkejut.        “Ya,” jawab datuk lalu mengambil papan dinding yang jatuh di lantai  untuk dipasang ke tempatnya kembali.        Sebaik saja datuk mengangkat papan dinding separas lutut, seketul  cahaya meluru masuk ikut lubang lalu terkana papan dinding yang dipegang  oleh datuk. Papan itu terlepas dari tangan datuk dan datuk terjatuh  tetapi, datuk berusaha untuk bangun. Usaha datuk berhasil. Benda bulat  yang bercahaya sebesar buah mempelam itu berpusing ligat atas lantai.        Benda bulat berhenti berpusing dan terus hilang diganti dengan kepala 

Page 1740 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

aneh. Bentuk dan keadaannya tetap macam tadi. Datuk renung kepala itu  dengan renungan tajam. Semua pancaindera datuk tertumpu ke situ dan saya  kira renungan itu adalah renungan makrifat penuh kebatinan. Datuk  menggunakan apa yang ada pada dirinya untuk menegakkan kebenaran.        “Mahu menguji aku?” Datuk bersuara keras.        Wajahnya nampak berkerut. Renungan datuk yang tajam itu ditentang oleh  sepasang mata dari kepala aneh. Mata kanan kepala yang tersembul terus  mengecil menjadi macam mata manusia biasa. Begitu juga dengan mata  sebelah kiri yang tadi sering mengeluarkan kepala ular tedung, juga  bertukar menjadi mata manusia biasa.        Datuk terus duduk bersila di lantai. Sepasang tangannya diletakkan atas  kedua belah kepala lutut. Matanya tidak berkedip menentang sepasang mata  dari kepala aneh. Semua urat‐urat di lengan dan tangan datuk kelihatan  timbul dan tegang begitu juga dengan urat di leher dan muka. Peluh‐peluh  halus mula meruap di dahi dan pipi.      Tiba‐tiba datuk terlentang, macam kena tendangan yang kuat. Kedua belah  tangannya terkapar dengan jejarinya terbuka dan bengkok. Seluruh badan 

Page 1741 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

datuk menggeletar dan tersentak‐sentak seperti terkena kejutan letrik.  Kepala aneh terus terlompat‐lompat. Mulutnya mula tersengih mempamerkan  gigi besarnya. Suara angin dari luar begitu keras dan kuat masuk ke  dalam perut rumah. Saya menggeletar dan rasa takut mula menguasai diri.        Datuk cuba bangun tapi tidak berdaya, dalam keadaan yang samar‐samar  saya melihat sepasang kaki yang berbulu tebal memijak bahagian dada  datuk membuat datuk sukar bernafas. Datuk terus berjuang cuba  menggerakkan badannya ke kanan dan ke kiri. Saya cuba menjerit tetapi,  suara saya tidak keluar. Saya terdengar jeritan si sakit memanjang dan  meninggi.        Dengan sepenuh tenaga datuk menghentakkan siku kanannya ke lantai  sambil memusingkan badannya ke kanan. Tangan kirinya melepaskan penumbuk  ke kaki berbulu. Sebaik saja tumbukan itu terkena pada sasarannya, kaki  yang berbulu itu terus ghaib. Jeritan si sakit terus bergema. Datuk  tumbuk lantai lagi sekali. Kali ini jeritan si sakit terus mati.      Datuk terus bangun. Berdiri gagah dengan kedua belah kakinya  terkangkang. Kedua belah tangannya diluruskan ke depan. Datuk tarik  nafas panjang sambil membengkokkan kaki kanannya. Badannya terus  direndahkan. Datuk hulurkan kaki kanan ke arah dinding.   

Page 1742 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    “Hupppppppp,” suara datuk keras dan saya lihat datuk melompat hingga  kepalanya tersentuh tulang bumbung. Datuk bagaikan berada di awangan  beberapa saat.      Ketika berada di awang‐awangan itu, datuk kembangkan sepuluh jari  tangan dan jari kakinya. Bila semua jari tangan dan kaki terkembang  datuk segera membengkokkan badannya. Tubuh datuk yang seketul itu  kelihatan berpusing beberapa kali sebelum menyentuh lantai.      Semua gerakan yang datuk lakukan, saya perhatikan dengan teliti. Datuk  duduk bersila di lantai kembali. Kepala aneh terus bergolek dari sudut  ke sudut ruang rumah. Lidahnya yang terjelir mengeluarkan darah kental  bukannya air liur. Darah kental itu melekat di lantai. Saya mula terhidu  bau hanyir.        Sedang saya mengesan dari arah mana bau hanyir itu datang, saya  dikejutkan oleh bunyi kaki orang berlari dalam rumah. Saya segera angkat  kepala dan saya terlihat isteri si sakit berdiri di depan saya, seluruh  badannya dibaluti dengan kekabu. Susah untuk saya melihat biji mata dan  wajahnya.   

Page 1743 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    Saya menelan air liur bila melihat isteri si sakit, mengoyakkan bantal  panjang yang dibawanya. Semua kekabu itu berterbangan lalu mengenai muka  dan badan datuk. Saya lihat, datuk tidak berusaha menepis kekabu yang  melekat di hidungnya. Dibiarkannya kekabu itu berada di situ.        Isteri si sakit terus merapati datuk sambil melepaskan beberapa  tendangan yang kencang. Datuk mengelak ke kiri dan ke kanan. Kerana  tendangannya tidak mengenai tubuh datuk, isteri si sakit jadi marah. Dia  berusaha melepaskan tendangan yang bertalu‐talu. Datuk bertindak, kaki  kanan iseri si sakit datuk tangkap dan pusing ke kiri dengan sekuat hati.        Tubuh isteri si sakit jatuh atas lantai. Serentak dengan itu, terdengar  suara jeritan dari isteri si sakit. Guru silat segera mendekatinya untuk  memberi bantuan.        “Duduk, jangan dekat dia,” suara datuk keras tanpa merenung ke arah  guru silat.      “Dia sakit,” sahut guru silat. 

Page 1744 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    “Jangan bantah cakap aku,” sergah datuk. Guru silat patuh dengan cakap  datuk.      Datuk terus memulas kaki isteri si sakit dengan sekuat hati hingga  perempuan malang itu terkencing dan terus diam. Terkulai di lantai,  tidak sedarkan diri. Kepala aneh segera mendekati isteri si sakit untuk  menjilat dahi wanita yang terkapar.        Belum pun sempat lidah yang panjang dan berwarna merah garang menyentuh  dahi isteri si sakit, datuk segera menepuk lantai dengan tangan kanan.  Dia terus melompat dan menerkam ke arah kepala aneh. Bagaikan kilat  datuk menarik telinga kiri kepala aneh itu.        “Tuk, mulutnya gigit lengan tuk,” jerit saya bila melihat mulut dari  kepala aneh itu menggigit lengan datuk. Guru silat segera bangun dan  mendekati datuk untuk menolong. Baru tiga langkah guru silat melangkah,  satu tamparan kencang mengenai pangkal lehernya.        Guru silat tersembam dan tidak berdaya bangun. Saya mencapai sepotong 

Page 1745 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

kayu untuk membantu, saya juga menerima satu tendangan di rusuk kiri.  Pandangan saya berpinar. Lantai rumah terasa bergoyang dan saya  terhuyung‐hayang lalu jatuh.        Saya cuma dapat melihat lelehan darah di lengan kanan datuk. Gigi tajam  dari mulut kepala aneh terus terbenam dalam lengan daging datuk. Muka  datuk berkerut menahan rasa sakit. Datuk hentak kepala aneh ke dinding  dengan harapan gigitan di lengan akan dilepaskan. Usaha datuk itu tidak  berhasil, malah lidah dari mulut kepala aneh itu mula membelit leher  datuk. Saya lihat datuk sukar bernafas. Datuk terus terhuyung‐hayang dan  akhirnya datuk jatuh atas lantai.        Datuk terus bergolek atas lantai. Datuk berusaha menghentak kepala aneh  pada tiang seri beberapa kali. Gigitan di lengan tidak juga terlepas,  begitu juga dengan belitan lidah di leher datuk. Muka datuk berpeluh dan  pucat. Batang lehernya terus dilumur darah dari kepala aneh itu. dengan  sekuat tenaga datuk hayunkan kepala aneh itu ke tiang seri hingga  gigitan di lengan datuk terlepas. Belitan lidah di leher juga terbuka.        Datuk segera mengambil bantal panjang yang koyak dan terus menyerkup  kepala aneh. Kepala aneh itu terus menggelupur dalam bantal panjang.  Kekabu berhamburan dan berterbangan. Datuk memegang hujung bantal itu 

Page 1746 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

dengan sekuat hati.        “Tamar, mari tolong aku.”      Saya segera menghampiri datuk, saya diarahkan datuk untuk memotong  lengan baju kirinya separa siku. Perintahnya saya patuhi lengan baju  yang sudah dipotong itu segera saya apitkan ke celah ketiak. Kemudian  saya serahkan pada datuk.      “Sudah kamu ikut petua yang aku berikan.”      “Sudah tuk.”      “Sekarang kamu pergi dekat guru silat, bisikkan surah Al‐Ikhlas  sebanyak tiga kali, kemudian bacakan surah Al‐Kursi sekali.”      “Baik tuk.”     

Page 1747 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Saya segera mendekati guru silat. Apa yang dipesan oleh datuk segera  saya tunaikan. Saya berhasil, guru silat boleh bangun. Tanpa menerima  perintah dari datuk, saya ajak guru silat mendekati isteri si sakit. Apa  yang saya lakukan pada guru silat, itu jugalah yang saya lakukan pada  isteri si sakit. Saya tidak tahu, kenapa semuanya itu saya lakukan. Saya  seperti didesak oleh suara hati saya untuk berbuat demikian.        Kepala aneh yang sudah datuk sumbatkan dalam bantal panjang itu terus  bergerak‐gerak, berusaha mahu keluar dari dalam bantal tersebut. Datuk  terus mengikat hujung bantal panjang dengan kain lengan baju kiri. Datuk  gantungkan kepala aneh yang berada dalam bantal panjang ke paku di tiang  seri. Bantal itu terus bergerak ke kiri dan ke kanan diiringi dengan  bunyi deru angin yang amat kuat. Datuk segera mendekati kami.      “Bawa perempuan ni ke dapur dan mandikan dengan air. Bila dah selesai  dimandikan, kunci dalam biliknya,” datuk keluarkan arahan. Deru angin  yang kuat terus ditingkah dengan bunyi petir dan hujan lebat. Dalam  keadaan yang haru‐biru itu, semua perintah datuk dapat dilaksanakan  dengan jayanya. Kami mendekati datuk lagi untuk mendengar arahan  selanjutnya.        TERKEJUT 

Page 1748 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

    Saya dan guru silat terkejut, bila melihat datuk mengoyakkan gulung  tikar yang membalut tubuh si sakit. Saya mengucap panjang, tubuh si  sakit dah dipenuhi dengan bulu macam bulu di badan orang utan. Wajah si  sakit juga berubah seperti muka beruk jantan mempamerkan sepasang taring  yang cukup tajam. Si sakit cuba bangun untuk menyerang datuk.        “Jangan apa‐apakan dia, dia tak boleh melakukan apa‐apa pada kita,”  kata datuk pada guru silat yang cuba mahu menutup si sakit dengan tikar  mengkuang. Tujuan guru silat berbuat demikian untuk menghalang si sakit  yang berubah rupa itu dari menyerang datuk. Cakap datuk memang betul, si  sakit cuma terdaya duduk saja. Setelah itu ia jatuh terlentang kembali.      Cara mendadak saja kami alihkan pandangan pada bantal panjang yang  tersangkut di tiang seri. Bentuk dan keadaan bantal sudah berubah, jadi  lebih panjang. Bahagian atas dan bawah terikat, macam mayat yang sudah  dikafankan terbuai‐buai diterpa angin yang berputar dalam ruang rumah.        “Haaaaaa,” saya terkejut sambil membeliakkan biji mata.       

Page 1749 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Ada tangan terjulur bersama kuku yang panjang dari dalam bantal  tersebut. Saya juga melihat sebahagian dari kain tersebut diresapi  dengan darah. Terdengar suara orang menangis dan mengilai dalam deru  hujan dan angin yang amat keras.        “Macam mana boleh jadi begitu, bantal panjang bertukar jadi kain kafan  dan ada mayat pula di dalamnya? Mayat siapa pula!”      “Tak usah banyak cakap, kita tengok saja,” jawab datuk pada rungutan  guru silat. Saya renung muka guru silat yang kehampaan.        Datuk terus termenung panjang. Mulutnya nampak bergerak‐gerak macam  membaca sesuatu. Apa yang dibacanya, saya sendiri pun tidak tahu.        “Bantal itu tetap bantal, cuma pandangan mata kita saja ditipu oleh  iblis,” datuk bersuara lembut. Dia terus bergerak tiga langkah ke  belakang. Berhenti.        Bergerak ke kanan tiga langkah. Berhenti. Bergerak ke kiri tiga  langkah. Berhenti. Datuk tarik nafas dalam dan matanya tidak berkedip 

Page 1750 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

merenung ke arah bantal panjang yang nampak seperti kain kafan.        Tiba‐tiba yang ditenung oleh datuk terlucut dari tempatnya. Jatuh  berdentum atas lantai. Rumah terasa bergoyang. Benda ganjil itu terus  bergolek, keadaannya juga sungguh luar biasa. Ada waktunya kelihatan  menipis, ada masanya membulat, ada ketikanya memanjang. Sepasang mata  datuk terus menyorok ke arah benda ganjil itu, tidak kira ke mana benda  itu bergolek.        Saya lihat bantal panjang yang tadi bersarungkan kain warna merah muda  sudah bertukar dengan kain biru muda. Tangan dan kuku yang terjulur  tetap seperti tadi, malah kukunya yang tadi nampak berwarna putih pucat  sudah bertukar menjadi kemerah‐merahan. Urat‐urat di belakang tangannya  mula timbul seperti akar yang timbul di permukaan bumi.        Datuk masih berdiri. Sepasang kakinya bagaikan terpaku di lantai.  Perlahan‐lahan datuk angkat kaki kanannya agak tinggi dari biasa  kemudian menghentakkan ke lantai. Benda yang bergolek terus terangkat  seperti ditarik sesuatu hingga ke paras palang pintu.        Sebelum benda ganjil itu jatuh, datuk segera mengambil tikar lalu 

Page 1751 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

digulungkannya dengan cepat sekali. Tikar mengkuang yang sudah digulung  itu segera ditegakkan, ditempat yang diduga benda ganjil itu akan jatuh.        Bila tikar sudah ditegakkan di tempat yang datuk fikirkan sesuai, datuk  segera berlari mendekati kami. Wajahnya kemerah‐merahan dan penuh dengan  peluh. Saya lihat peluh tersebut menuju ke hujung dagu lalu jatuh atas  dada datuk.        “Sekarang bersedia,” kata datuk lalu merenung muka saya dan guru silat.  Saya menggigit bibir, saya mencari tujuan sebenar kata‐kata yang datuk  ucapkan itu. Dan saya kira guru silat juga tidak dapat menangkap maksud  dari kata‐kata yang datuk hamburkan itu.        “Sedia apa?” tanya guru silat.        “Bukankah sudah aku cakapkan tadi,” jawab datuk.        “Awak tak beri apa‐apa arahan pun.”     

Page 1752 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Betulkah saya tak beri arahan?”      “Betul tuk,” balas saya dan guru silat anggukkan kepala. Datuk terus  gosok pangkal hidungnya beberapa kali. Sinar matanya lembut tertumpu ke  wajah saya.        Datuk senyum dan saya sudah ‘arif benar dengan perangai datuk. Bila dia  senyum begitu, ertinya secara tidak langsung datuk mengakui kesilapan  yang dilakukannya secara tidak sengaja.        “Kita mesti cepat bertindak, mari kita baca ayat Al‐Kursi sebelum benda  itu jatuh atas tikar yang saya tegakkan tadi,” ujar datuk. Saya dan guru  silat segera anggukkan kepala. Dan kami segera berdiri di sisi datuk.        Kami pun membaca ayat suci yang dikatakan oleh datuk dalam hati dengan  teliti dan sebutan yang betul. Sebaik saja pembacaan kami berakhir,  benda ganjil tadi terus jatuh atas tikar mengkuang yang ditegakkan, kami  terdengar bunyi petir yang amat kuat di luar rumah.        Tikar mengkuang yang ditegakkan terus rebah dengan sendirinya. Terdapat 

Page 1753 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

api kecil di sekeliling tikar yang rebah itu. api itu terus marak, macam  disiram petrol.        Ternyata, api itu marak hanya untuk beberapa minit saja. Kemudian api  itu terus padam. Tidak jauh dari tikar tersebut terdapat bantal panjang  dalam keadaan yang elok, tidak ada yang koyak. Keadaannya tetap seperti  asal.        Bunyi angin yang menguasai ruang rumah terus hilang. Dekat tiang seri  dapat tempurung kelapa jantan yang dibaluti sabut nipis. Tempurung  kelapa jantan itu tergolek di situ. Tiba‐tiba anak telinga saya  menangkap suara azan memecah subuh yang bening. Keadaan dalam rumah jadi  tenteram.        “Kau pergi buka bilik orang yang kau kunci tadi,” datuk keluarkan  arahan pada guru silat. Saya lihat guru silat keberatan untuk memenuhi  permintaan datuk.        “Kenapa diam, pergilah buka,” sergah datuk.     

Page 1754 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Tapi.”      “Tak ada tapi, dia tak akan menjerit atau mencekik kamu, syaitan yang  menguasainya sudah lari,” kata datuk. Guru silat segera pergi ke tempat  yang diarahkan. Datuk dan saya segera mendekati si sakit. Datuk tepuk  dahi si sakit tiga kali. Tanpa diduga, si sakit terus bangun.        “Apa macam,” itu yang diucapkan oleh si sakit pada datuk.        “Kau bagaimana pula?”      “Saya rasa badan saya segar, macam tak ada sesuatu yang saya tanggung,”  jawab si sakit dengan senyum. Dia terus bangun. Berjalan dalam ruang  rumah. Bila dia mahu keluar datuk segera memegang bahunya.      “Kenapa?”      “Kau belum boleh pijak bumi selagi matahari belum terbit. Kalau badan  kau dah sihat, pergilah mandi. Kita sembahyang subuh kemudian kau 

Page 1755 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

buatlah sembahyang syukur pada Allah yang menghilangkan penyakit yang  kamu tanggung selama ini.”      “Baik,” jawab si sakit dan terus menuju ke bilik mandi.        Saya menggigit bibir, lelaki yang setiap kali malam saya lihat  terlantar dengan perut buncit dan bila mahu bangun terpaksa menggunakan  bantuan tali, kini sudah boleh bergerak ke mana saja. Melihat  gerak‐gerinya, lelaki itu bagaikan tidak pernah mengalami sebarang sakit.   

SBDJ (Jilid 06) Siri 92: Bomoh Tua Bawa Bencana    Kuku di ibu jari saya gigit dan sepasang mata merauti wajah datuk. Cara  mengejut dan tidak diduga, datuk terus menepuk bahu kanan saya.    “Pergi ambil air sembahyan, Tamar.”    “Sejuk tuk.”    “Pergilah, jangan banyak cakap,” suara datuk meninggi. Saya terus  merenung ke arah bilik air. Saya terdengar banyak air berjatuhan di  lantai. Saya senyum.   

Page 1756 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Ada orang di bilik air tuk, terpaksa tunggu dia keluar,” suara saya  tersangkut‐sangkut.    “Siapa?”    “Si sakit tadi tuk.”    “Hum.. aku lupa, kalau begitu kau pergi mandi di telaga.”    “Saya takut tuk.”    “Ha kamu,” datuk beliakkan biji mata sambil menggaru pipi kanannya  beberapa kali. Saya tahu datuk mula marah.    Tetapi, saya merasa bertuah dan beruntung kemarahan yang mula berbunga  di hati datuk segera menurun kerana kehadiran guru silat dan isteri si  sakit di sisi datuk. Senyum pun terkembang di bibir datuk. Tidak lama  kemudian si sakit yang berada di bilik mandi pun datang. Matanya tidak  berkedip merenung wajah isterinya. Dan isterinya terus menatap sekujur  tubuh suaminya.    “Bengkak perut dah hilang dan kau boleh berjalan, boleh mandi sendiri,”  si isteri bersuara. Wajahnya dibalut keriangan yang amat panjang. Si  isteri segera mahu mendekati si suami. Tanpa rasa segan si isteri angkat  tangan kanan menyentuh pipi suaminya. 

Page 1757 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Jangan sentuh dia,” datuk bersuara keras. Semua biji mata tertumpu ke  arah datuk. Semuaya merasa hairan dan kurang senang dengan sikap datuk.    “Dia suami saya.”    “Saya tahu, tapi bersabarlah untuk beberapa jam. Bila kita dah selesai  sembahyang Subuh dan bumi sudah cerah disinar matahari, kamu boleh buat  apa yang kamu suka,” kata datuk.    “Kenapa tak boleh buat sekarang?”    “Ini cara dan petua kalau awak mahu ikut, kalau tak mahu ikut pun tak  apa tetapi, kalau petua dan syarat orang tua‐tua dilanggar ada masanya  boleh membawa padah,” satu ingatan yang bersahaja dari datuk. Isteri si  sakit menggigit bibir dan menelan air liur. Sedia mematuhi perintah datuk.    “Kita sembahyang Subuh di sini?” tanya guru silat.    “Ya, di mana lagi? Kalau bukan di sini?” Balas datuk.    “Imamnya?”    “Saya kata datuk. Guru silat tersenyum dan tanpa banyak bicara dia  segera menuju ke bilik air mengambil air sembahyang. 

Page 1758 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  DOA    Sebaik saja selesai menunaikan fardhu Subuh, kami semua membaca doa.  Selesai baca doa, isteri si sakit terus ke dapur untuk menyediakan  sarapan pagi.    Guru silat turun ke halaman rumah lalu melakukan senaman kecil untuk  menggerakkan darah dan menegangkan urat. Datuk terus membaca beberapa  ayat suci. Si sakit yang baru sembuh masih duduk bersimpuh di sisi  datuk. Saya kira tentu ada sesuatu yang mahu diajukannya pada datuk.    Sangkaan saya tidak salah, sebaik saja datuk berhenti membaca ayat‐ayat  suci, lelaki bermata cengkung itu menghampiri datuk.    “Berapa lama saya tak boleh bersama isteri saya?”    “Sekejap lagi bolehlah, kau pergi berdiri dekat tingkap dan lihat  matahari. Bila matahari sudah terbit, kenakan seluruh tubuh kamu dengan  sinar matahari, lepas tu kamu bolehlah bersama.”    “Terima kasih, saya ingatkan sampai berbulan‐bulan.”    “Tidak,” datuk tersenyum.   

Page 1759 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Datuk mengajak saya turun ke halaman rumah. Cakapnya saya turuti. Saya  dan datuk melakukan senaman harimau menangkap musuh dan beberapa senaman  lain hingga badan saya berpeluh dalam dingin pagi. Selesai menjalani  senaman datuk mengajak saya berjalan keliling kampung sambil membasahkan  kulit dengan air embun.    Saya membantah ajakan datuk itu. Tidak sanggup rasanya dalam cuaca pagi  yang samar‐samar dan dingin itu menyentuh air embun di hujung daun untuk  disapukan ke kulit tubuh. Protes saya menimbulkan rasa kurang senang  dalam hati datuk. Kerana tidak mahu ketegangan yang terjadi itu  berlanjutan, saya segera mengalah. Datuk gembira. Bila kami mahu  memulakan langkah, guru silat terus bersuara.    “Nak ke mana tu?”    “Mandi embun.”    “Jangan lama‐lama, nanti ada masalah di rumah saya tak tahu nak  mengatasinya.”    “Belum matahari keluar kami balik,” jawapan itu amat menyenangkan diri  guru silat. Senyumannya terus terukir di bibir dan dia meneruskan  latihan silatnya.    Berjalan dalam suasana dingin begini tidak boleh lambat‐lambat. Langkah 

Page 1760 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

mesti dipercepatkan, biar semua sendi bergerak lancar lalu melahirkan  peluh yang boleh menghilangkan rasa sejuk dan dingin. Sedang saya dan  datuk asyik menghulurkan jejari pada air embun di hujung daun, kami  terdengar bunyi orang memijak sesuatu dari hutan kecil di sebelah kanan.  Langkah datuk dan saya segera berhenti.    “Ada binatang buas tuk.”    “Pada hemat aku, itu bukannya bunyi langkah binatang.”    “Kalau bukan binatang langkah apa tuk?”    Datuk terus membisu lalu membongkok kepala lutut kanannya ditemukan  dengan permukaan bumi. Manakala lutut kirinya tetap tegak menentang dada  langit. Kelima‐lima jari kirinya dikembangkan dan terus diletakkan di  atas tanah. Hidungnya dihalakan ke arah angin datang. Hidung datuk  nampak kembang kempis menghidu sesuatu.    “Manusia Tamar,” mata datuk bersinar merenung ke arah hutan kecil.    Dahinya berkedut tetapi wajahnya tetap tenang serta bersedia menghadapi  sebarang kemungkinan. Barangkali, ada orang kampung yang menggunakan  hutan kecil itu sebagai jalan pintas untuk pergi ke suatu tempat, fikir  saya dalam hati.   

Page 1761 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Manusia dari mana tuk?” saya menyoal kembali.    “Entah, pedulikan, mari kita pergi,” datuk segera menarik tangan saya.  Kami meneruskan perjalanan yang terhenti.    Tidak beberapa jauh melangkah, datuk berhenti kembali. Macam ada sesuatu  yang tidak menyenangkannya. Dan saya sendiri pun merasakan ada sesuatu  yang mengikuti segala gerak dan langkah kami. Dalam saat‐saat tertentu,  benda yang serasa ada itu bagaikan wujud di depan saya dan datuk tetapi,  sukar untuk dilihat apatah lagi untuk dirasa dan dipegang.    RESAH    Keadaan yang dihadapi membuat saya resah dan gelisah. Saya segera  memujuk datuk supaya pulang ke rumah adik guru silat. Datuk gelengkan  kepala sambil tumit kaki kirinya menghentak‐hentak tanah beberapa kali.  Tanpa diduga, datuk terus membengkokkan badan dan kedua belah tangannya  menepuk bumi tiga kali berturut‐turut.    “Kerja kamu dah selesai,” saya segera merenung ke kiri.    Saya lihat bomoh tua berdiri di situ. Matanya tidak berkedip merenung ke  arah saya. Aneh sekali kenapa dia tidak mahu memandang wajah datuk?  Apakah ini cuma satu helah darinya untuk memperdayakan datuk?  Bermacam‐macam pertanyaan bermain dalam kepala saya. 

Page 1762 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Aku hanya menyelesaikan kerja kamu yang belum selesai,” balas datuk  sambil membelakanginya.    Saya kira, cara datuk itu amat merbahaya. Kenapa dia memberi belakang  pada bomoh tua, kenapa datuk tidak mahu menentang muka bomoh tua?    “Tapi kamu tidak pernah minta izin dari aku,” saya terdengar suara bomoh  tua. Apa yang bermain dalam kepala saya terus hilang.    “Ya, niat saya ikhlas untuk menolong,” suara datuk rendah.    “Cara kamu menyakitkan hati aku.”    “Apa! Kerana aku menolong hamba Allah yang sakit. Boleh membuat kamu  marah, aku tak faham dengan cara kamu.”    “Ya, aku nak beri kamu faham sekarang.”    “Terangkan.”    “Kamu sepatutnya jangan campur dalam hal ini. Kerja aku dengan orang  yang minta tolong belum selesai.”    “Kamu terima upah untuk menjahanamkan orang lain.” 

Page 1763 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Kerana si sakit itu memang jahat.”    “Kalau kamu dah tahu dia jahat, kenapa kamu ubati dia?”    “Aku mahu mempermainkan orang yang mengupah aku dan orang yang sakit.”    “Kamu memang iblis,” pekik datuk.    Bomoh tua itu hilang dari pandangan saya. Datuk tergamam bila bomoh tua  muncul di depannya dan mengajak beradu tenaga.    “Itu bukan cara aku. Dalam hidup aku, menjual dan membeli bukan cara  aku. Kita hamba Allah dan umat Nabi Muhammad S.A.W kita disuruh  berbaik‐baik,” jawab datuk dengan nada suara yang rendah.    “Agaknya kamu takut, ilmu kamu tidak sebanyak mana,” bomoh tua seperti  mengejek datuk.    “Tak usahlah kita nak tunjuk handal. Kita lupakan semuanya. Kalau saya  tersalah, maafkan saya,” datuk hulurkan tangan pada bomoh tua.  Cepat‐cepat bomoh tua menepis huluran tangan datuk sambil membuka  langkah untuk menyerang datuk.    “Kalau benar awak handal, jawab pertanyaan saya. Kalau semua jawapan 

Page 1764 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

awak betul, saya ikut awak,” datuk memberi cadangan.    “Kamu mempermainkan aku.”    “Aku ikhlas, aku tak mahu bermusuh dengan sesiapa pun.”    “Bohong,” suara bomoh tua meninggi. Dia terus menyerang datuk dengan  sebatang kayu.    Datuk tidak bergerak dari tempatnya, menanti serangan bomoh tua dengan  tenang. Datuk hanya mengangkat ibu jari kanannya dan kayu di tangan  bomoh tua terpelanting dengan sendirinya. Bomoh tua jatuh terlentang  macam ada sesuatu yang menolaknya.    Bomoh tua cuba bangun dan datuk cepat‐cepat memusingkan ibu jari  kanannya menunjuk ke bumi, bomoh tua tidak terdaya bangun. Bila datuk  menegakkan ibu jarinya, bomoh tua dapat bangun dan berdiri berdepan  dengan datuk, bersedia untuk melepaskan penumbuk pada datuk.    Lagi sekali datuk meluruskan ibu jarinya ke bawah. Bomoh tua jatuh  terlentang terkapar‐kapar.    “Cuma itu saja yang ada pada aku, bangunlah,” kata datuk tenang sambil  memeluk tubuh. Bomoh tua tidak mahu bangun. Dia duduk bersila di tanah.  Jari kelingkingnya terus menguis‐nguis tanah. 

Page 1765 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Apa yang mahu kamu tanyakan pada aku?”    “Aku cuma nak menyatakan rasa kesal, kerana kamu seperti orang yang  beragama tetapi membuat kerja terkutuk.”    “Sudahlah, cakap perkara apa yang mahu kamu tanyakan padaku.”    “Kamu beragama Islam?” datuk memulakan pertanyaan.    “Ya, aku percayakan Allah, Quran dan hari kiamat serta malaikatnya,”  jawab bomoh tua penuh keyakinan.    Matahari mula memunculkan diri di kaki langit. Saya terus menyandarkan  badan pada sebatang pokok yang berdaun lebat.    “Sebagai orang Islam aku cuma nak tanya tiga perkara. Harap kamu dapat  memberikan jawapannya.”    “Silakan, apa perkara yang nak kamu tanya sila kemukakan. Fasal agama,  adat, ilmu dunia, ilmu akhirat, silakan,” bomoh tua terus ketawa kecil.    Jari kelengkengnya tidak berhenti menguis tanah. Tidak memperlihatkan  sebarang rasa kebimbangan. Bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.  Datuk raba telinga kemudian terus duduk bertinggung. Muka bomoh tua 

Page 1766 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

direnung dengan tepat tanpa berkedip. Kali ini bomoh tua menentang wajah  datuk.    “Silakan, aku menanti,” bomoh tua seperti mendesak.    “Sebagai orang Islam, aku mahu tahu dari mana kamu datang?” datuk  menyambut cabaran dari bomoh tua.    “Apa, ini saja soalannya?”    “Ini soalan pertama, dua soalan lagi akan menyusul kemudian,” terang  datuk dengan tenang.    “Aku mahu kamu terus mengemukakan tiga soalan sekali. Aku tak mahu  satu‐satu, cara itu melambatkan.”    “Baiklah, kalau itu kemahuan kamu. Soalan pertama aku mahu tahu dari  mana kamu datang,” datuk berhenti bercakap dia. Dia menahan air lir  sambil batuk kecil.    “Apa kamu buat dan ke mana kamu nak pergi?” datuk menambah soalannya.    Bomoh tua kerutkan dahi sambil melagakan gigi atas dengan gigi bawahnya  dua tiga kali.   

Page 1767 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Dah habis soalan kamu.”    “Dah habis,” jawab datuk tegas.    Bomoh tua menggigit kuku di ibu jari kanannya. Matanya merenung ke kiri  dan ke kanan. Sesekali dia garu telinga yang tidak gatal. Saya kira  bomoh tua masih mencari jawapannya. Saya juga berfikir, apakah jawapan  yang tepat pada soalan yang datuk kemukakan. Saya kira, inilah kali  pertama datuk mengemukakan soalan yang sedemikian. Agak aneh dan luar  biasa sekali pada tanggapan saya.    “Soalan yang mudah, anak cucu aku sendiri boleh jawab. Kamu tahu yang  tak pergi sekolah pun dah tahu jawapannya, ha.. ha…,” bomoh tua ketawa  berdekah‐dekah.    “Jawab sekarang, usah ketawa,” suara datuk meninggi.    “Dari Allah aku datang, aku dilahirkan untuk membuat amalan dan akhirnya  aku pergi pada‐Nya juga. Apa kau sudah puas hati sekarang.”    “Kurang puas hati.”    “Sebabnya?” bomoh tua beliakkan biji mata. Cepat‐cepat dia berdiri dan  terus mencekak pinggang.   

Page 1768 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Misai tebalnya dipulas beberapa kali, macam lanun dalam drama purbakala  yang mahu memperkosa gadis jelita dalam bilik tidur.    “Jawapan kamu masih ada kurang. Membayangkan kamu kurang pengetahuan,”  suara datuk lembut.    “Kurang ajar. Cakap apa yang kurang, kalau kamu tak cakap buruk padahnya.”    “Baiklah. Jawapan pertama begini: dari setitik mani kedua orang tua,  kita dijadikan oleh Allah dan dikeluarkan dari rahim ibu. Tidak kira  orang itu keturunan baik‐baik atau tidak, sama ada berkulit hitam atau  putih semuanya keluar dari lubang yang satu,” datuk berhenti bercakap.  Dia menarik nafas dalam‐dalam.    “Jawapan yang kedua pula?” bomoh tua juihkan bibir ke bawah. Datuk  segera gosok pangkal hidung. Perbuatan datuk itu menimbulkan keresahan  dalam diri bomoh tua.    “Jawapan kedua apa dia? Cepat cakap. Aku tak ada masa nak dengar  temberang kamu.”    “Baiklah sekarang aku…..,” datuk berhenti bersuara.    “Eh, cakaplah. Jangan berdalih lagi.” Bomoh tua mula marah.   

Page 1769 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Sekarang kau sudah tahu dari mana asal‐usul kita, kau tahu kenapa kita  dijadikan? Apa yang patut kita buat,” datuk berhenti lagi.    “Eh, aku mahu jawapan dari soalan kedua,” kali ini suara bomoh tua  meninggi. Matanya mula menahan marah. Datuk masih bertenang.    “Aku baru memulakan jawapan untuk soalan kedua. Sekarang aku sambung  kembali. Allah mencipta manusia dan jin semata‐mata untuk mengabdikan  diri pada‐Nya. Jadi kita semua hamba Allah harus ikut perintah‐Nya.  Tidak boleh membesarkan diri, tak boleh minta disanjung atau dipuja  kerana kita ini hamba Allah,” datuk menggaru pangkal pipi sebelah  kanannya. Bomoh tua terus merenung bumi. Sinar matahari mula memancar  lembut menjamah bumi dan dedaun.    “Jawapan yang ketiga pula apa dia?” Desak bomoh tua.    “Kamu sudah tahu asal kita, tahu apa yang mesti kita buat waktu berada  di dunia. Dan akhir sekali ke mana kita akan pergi,” datuk senyum panjang.    “Akhirnya kita mati,” mendadak bomoh tua mencelah.    “Jawapan yang kurang tepat,” sanggah datuk.    “Habis,” apa yang tepat?”   

Page 1770 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

“Kita akan kembali pada yang menciptanya. Segala apa yang kita buat di  dunia diperhitung. Perbuatan jahat dibalas jahat, perbuatan yang baik  menerima yang baik. Masa menghitung segala kebaikan dan kejahatan kita  tidak dibezakan sama ada orang itu keturunan diraja atau hamba, semua  duduk bersama. Hanya di dunia saja manusia mencipta perbezaan. Kau faham  sekarang.”    “Sudahlah. Kamu nak jual temberang, kamu khianat kerja aku,” cara  mengejut bomoh tua naik darah.    Melihat keadaan yang tidak begitu aman, datuk segera menjeling serta  melakukan serangan. Belum pun sempat datuk menemui tempat yang dihajati,  bomoh tua melepaskan penumbuk sulung ke arah bahu kiri datuk. Nasib  datuk dapat mengelak. Bomoh tua terdorong ke depan lalu tersandar di  pohon halban liar.    Datuk segera mengangkatnya. Rupa‐rupanya bomoh tua tidak mahu menjalikan  persahabatan dengan datuk. Sebaik saja dia dapat berdiri, tanpa membuang  masa dia terus melepaskan satu penumbuk lagi. Datuk tidak terdaya  mengelakkannya. Penumbuk yang agak kencang itu terkena pangkal telinga  datuk. Saya lihat datuk terhuyung‐hayang macam orang mabuk. Bomoh tua  menerpa ke arah datuk untuk melepaskan serangan.    Kasihan. Atur langkah bomoh tua tersilap. Walaupun datuk  terhuyung‐hayang tetapi dia tidak kurang tenaga dan akal. Tendangan 

Page 1771 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

bomoh tua disambutnya dengan satu tepisan yang kencang. Bomoh tua jatuh  terkangkang atas tanah.    “Bunuh saja tuk. Bila dah mati mayatnya kita buangkan ke sungai,” secara  tidak disengajakan kata‐kata itu terungkap dari mulut saya. Bomoh tua  yang kesakitan renung muka saya.    “Kamu jangan biadab Tamar,” sergah datuk.    “Saya tak sengaja tuk.”    “Jaga mulut, jangan celupar sangat.”    “Maafkan saya tuk.”    “Sudahlah, bukan keturunan kita jadi pembunuh. Sikap kita berbaik dengan  semua orang.”    Bomoh tua bangun, hulur tangan pada datuk. Dengan wajah yang tenang dan  damai datuk menyambut huluran tangan itu.    “Kita sesama hamba Allah. Buat apa kita bermusuhan,” suara bomoh tua  merendah.    “Saya sependapat dengan awak.” 

Page 1772 of 1773

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

  “Kalau awak dah sependapat dengan saya, awak kenalah menghormati saya  dan menunaikan permintaan saya.”    “Apakah ini satu syarat?” tanya datuk sambil menatap biji mata bomoh  tua. Saya lihat bomoh tua seperti terkejut mendengar pertanyaan dari  datuk. Bomoh tua menggaru hujung kening kanannya.    “Terpulanglah pada kamu sendiri. Kalau kamu memikirkan itu sebagai  syarat, dia akan menjadi syarat. Kalau kamu fikirkan itu bukan syarat,  dia tidak jadi syarat,” penjelasan dari bomoh tua berbelit‐belit dan  berteka‐teki serta mempunyai maksud yang tertentu.    Datuk kerutkan dahi. Dia perlu berhati‐hati membalas kata‐kata bomoh  tua. Silap jawab diri akan terperangkap.    “Saya tidak menganggap itu syarat tetapi apa yang awak minta pada saya  itu juga yang saya minta pada awak,” balas datuk.         

Page 1773 of 1773

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF