Sinopsis Buku Ladap aku
May 8, 2017 | Author: mar_hisham8900 | Category: N/A
Short Description
Sinopsis buku ladap aku...
Description
BORANG SINOPSIS KAEDAH PEMBACAAN BUKU NAMA SEKOLAH
SMK SUNGAI LEMBING
1
Nama Pegawai / Kakitangan
NORSULIHA BT YACOB
2
Judul Buku
PENGENALAN PEDAGOGI – PENGURUSAN BILIK DARJAH
3
Nama Pengarang
ESAH SULAIMAN
Tarikh Hantar
17 NOVEMBER 2014
6
Bidang / Fokus
PENGURUSAN DALAM BILIK DARJAH
7
Ringkasan Eksekutif / Sinopsis: ( Jika ruang tidak mencukupi sila gunakan lampiran )
5
4
Tahun diterbitkan: 2004
Buku Pengenalan Pedagogi hasil karya Esah Sulaiman, pensyarah di Fakulti Pendidikan UTM ini dapat membantu kaum pendidik memahami dan menguasai kemahiran mengajar di dalam bilik darjah seiring dengan saranan dalam etika perguruan yang memerlukan guru meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. Buku ini mengandungi 12 bab yang merangkumi segala aspek berkaitan pedagogi untuk membantu para pendidik melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan. Perbincangan awal dimulakan dengan meneroka maksud pedagogi, kepentingan guru menguasai ilmu pedagogi, dan elemen dalam P&P. Selanjutnya, perbincangan mencakupi model pengajaran dan ciri-ciri pengajaran yang berkesan. Strategi pengajaran di bilik darjah juga dibincangkan dan merangkumi beberapa pendekatan serta gaya P&P yang diaplikasi pada masa kini. Antaranya strategi pengajaran KBSM yang menghuraikan pendekatan bersepadu yang meliputi Bahasa Melayu Merentas Kurikulum (BMMK), nilai merentas kurikulum, dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Selain itu, penggunaan objektif pengajaran dalam sesi pengajaran, khususnya objektif tingkah laku turut dibincangkan. Buku ini turut menganalisis komponen dalam perancangan pengajaran dan menyediakan beberapa contoh perancangan pengajaran bagi memenuhi keperluan guru pelatih. Aspek pengurusan bilik darjah, masalah disiplin, dan teknik meningkatkan disiplin di dalam bilik darjah juga dihuraikan dengan berkesan. Untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran guru, isu berkaitan profesionalisme guru turut dibincangkan. Buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan kepada semua pendidik dan sesiapa sahaja yang berminat tentang bidang
8
Pembelajaran yang diperolehi: Esah Sulaiman mengatakan bahawa guru perlu memahami dan mempunyai kemahiran dalam aspek pengurusan bilik darjah, menanangi masalah disiplin di kalangan pelajar dan juga teknik meningkatkan disiplin di dalam bilik darjah
9
Aplikasi dalam organisasi : Buku yang ditulis oleh Esah Sulaiman ini merupakan buku panduan yang khusus ditujukan bagi pendidik yang berdedikasi yang ingin mempromosikan pengajaran yang berkesan dikalangan pelajar Dengan menarik perhatian pelajar cerdas pada subjek yang diajarkan, untuk mendengar lebih dekat apa masalah yang dihadapi pelajar; untuk lebih menafsirkan keputusan ujian dan memanfaatkan positif dari maklumat yang mereka kumpulkan, Buku ini juga boleh digunakan untuk meningkatkan kaedah dalam pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah serta merupakan bahan tambahan penting untuk rujukan.
Disediakan oleh :
.............................................. (NORSULIHA BT YACOB)
Disahkan oleh:
............................................ ( )
BORANG SINOPSIS KAEDAH PEMBACAAN BUKU NAMA SEKOLAH
SMK SUNGAI LEMBING
1
Nama Pegawai / Kakitangan
NORSULIHA BT YACOB
2
Judul Buku
GURU PEMIMPIN 360 DARJAH
3
Nama Pengarang
KHUZAIMAH SULAIMAN
Tarikh Hantar
17 NOVEMBER 2014
6
Bidang / Fokus
PENDIDIKAN - PENGURUSAN SEKOLAH
7
Ringkasan Eksekutif / Sinopsis:
5
4
Tahun diterbitkan: 2010
Buku “Guru Pemimpin 360 Darjah” hasil karya Khuzaimah Sulaiman yang merupakan Pengetua Cemerlang JUSA C. Buku ini mengandungi 8 bab yang merangkumi segala aspek berkaitan pedagogi untuk membantu para pendidik melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan. Perbincangan awal dimulakan dengan meneroka maksud Prinsip Lead Up, Prinsip Lead Across dan Prinsip Lead Down. Bagi memenangi hati sesiapa sahaja, orang itu perlu berpengaruh kerana “Pemimpin sebenar adalah pemimpin yang berpengaruh – tidak lebih dan tidak kurang.” – Maxwell Blurb Pemimpin 360° adalah orang yang mampu mempengaruhi orang di sekelilingnya yang terdiri daripada orang atasannya (bos), rakan sejawat, dan orang bawahan. Guru Pemimpin 360 mampu memberikan sumber inspirasi, motivasi dan bimbingan kepada semua peringkat guru, dari guru biasa di bilik darjah hingga kepada pemimpin atasan bagi menjadi pemimpin 360° yang berkesan dan cemerlang.
8
Pembelajaran yang diperolehi: Khuzaimah Sulaiman mengatakan bahawa seseorang itu perlu mempunyai keistimewaan sendiri untuk menjadi pemimpin yang berkesan dan berkebolehan dalam menguruskan pegawi-pegawai bawahannya dengan jayanya.
9
Aplikasi dalam organisasi : ( Jika ruang tidak mencukupi sila gunakan lampiran ) Buku “Guru Pemimpin 360 Darjah” ini sangat sesuai bagi membantu dalam memberikan sumber inspirasi, motivasi dan bimbingan kepada semua peringkat guru, dari guru biasa di bilik darjah hingga kepada pemimpin atasan bagi menjadi pemimpin 360° yang berkesan dan cemerlang.
Disediakan oleh :
.............................................. ( NORSULIHA BT YACOB )
Disahkan oleh:
............................................ ( )
BORANG SINOPSIS KAEDAH PEMBACAAN BUKU NAMA SEKOLAH
SMK SUNGAI LEMBING
1
Nama Pegawai / Kakitangan
NORSULIHA BT YACOB
2
Judul Buku
MEMBINA IMAGINASI CEMERLANG
3
Nama Pengarang
DR. HM TUAH ISKANDAR AL-HAJ
Tarikh Hantar
17 NOVEMBER 2014
6
Bidang / Fokus
KAUNSELING – MOTIVASI DIRI
7
Ringkasan Eksekutif / Sinopsis:
5
4
Tahun diterbitkan: 2010
Buku ”Membina Imaginasi Cemerlang” hasil karya DR. HM Tuah Iskandar al-Haj mempunyai 320 halaman. Antara isi menarik yang telah dipaparkan dalam buku ini adalah mengenai penggunaan otak kita. Yang mana menurut kajian Dr. Roger Sperry dari Institut California dan Dr. Paul Maclean mengatakan manusia cuma menggunakan potensi otak sebanyak 10% sahaja, 90% lagi hanya menunggu untuk dikembangkan. Otak kiri dan otak kanan mempunyai fungsi yang berlainan : yang mana sekiranya kita ingin menjadi seseorang yang boleh dianggap 'cemerlang' kita perlulah menggunakan kesepaduan dua bahagian otak ini secara harmoni dan sempurna. Sebab itulah apabila seseorang yang tidak hanya terlibat dalam bidang yang diceburinya boleh dianggap hebat dan cemerlang. Dalam bukunya Dr.Tuah memberi contoh seorang yang meminati seni lukis, menceburkan bidang dalam perakaunan sebagai kegiatan sampingan. Macam keadaan sekarang ni, seorang guru boleh menjalankan kegiatan perniagaan sebagai kegiatan sampingan kerana dia meminati bidang itu.
8
Pembelajaran yang diperolehi: DR. HM Tuah Iskandar al-Haj mengatakan bahawa “Binalah angan-angan yang cemerlang untuk mencapai kejayaan. Beliau membimbing pembaca menjadikan angan-angan sesuatu yang berharga dan alat untuk mencapai kecemerlangan hidup.
9
Aplikasi dalam organisasi : Buku ini merupakan satu-satunya buku motivasi Melayu yang mendapat pengiktirafan antarabangsa dan sangat sesuai bagi membantu para guru dan pelajar dalam menjadi insan yang cemerlang
Disediakan oleh :
.............................................. ( NORSULIHA BT YACOB )
Disahkan oleh:
............................................ ( )
View more...
Comments