Sinopsis Buku Bacaan Ilmiah

September 14, 2017 | Author: muhaini | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

SINOPSIS...

Description

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SKK SK RANCHA-RANCHA

Kod Sekolah: WBA1017

1.

Nama Guru

MUHAINI BT MUNING

2.

Judul

SINERGI DALAM PENGURUSAN SEKOLAH

3. Bidang: PENDIDIKAN

4.

Tarikh Pembentangan

-

5. Masa:-

6.

Tempat Pembentangan

7.

Sinopsis

-

Buku ini mengandungi panduan praktis dalam mewujudkan pasukan pengurus sekolah cemerlang. Buku ini juga menceritakan tentang peranan sekolah sebagai institusi social yang penting pada Negara. Ia menyediakan modal insan dari segi tenaga kerja berkemahiran, separa mahir dan staf biasa. Bukan itu sahaja, kandungan buku ini juga banyak membincangkan peranan pegetua, pentadbiran, guru-guru, pelajar, kakitangan sokongan, dan ibu bapa sebagai satu pasukan dalam mewujudkan sekolah cemerlang. Buku yang bertajuk sinergi dalam pengurusan sekolah ini juga menyentuh dengan lebih mendalam mengenai tajuk-tajuk utama seperti pengetua sebagai peneraju kecemerlangan, pasukan mengurus kecemerlangan,guru pendukung kecemerlangan, pelajar sebagai penunjuk aras kecemerlangan, dan ibu bapa sebagai rakan kongsi. 8.

Nilai Pengetahuan / Pengajaran Nilai pengetahuan yang saya perolehi melalui buku ini ialah mengenai peranan seorang guru dalam mewujudkan sekolah yang cemerlang. Namun nilai yang paling saya sukai dalam buku ini ialah nilai kerja secara berpasukan dalam sekolah bagi membentuk satu pasukan yang efisien dalam melaksanakan tugas dan peranan masing-masing. Selain itu,buku yang bertajuk sinergi dalam pengurusan sekolah ini juga banyak memberikan pengetahuan baharu dalam pengurusan sekolah sama ada sebagai pengetua,pentadbiran,guru-guru,kakitangan sokongan, ibu bapa dan pelajar.

9.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Dapat menambahkan pengetahuan sedia ada tentang skop peranan guru yang sangat penting dalam organisasi skolah.

Disediakan oleh, ........................................................ ( )

Disahkan oleh, ........................................................ ( ) Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SKK SK RANCHA-RANCHA

Kod Sekolah: WBA1017

1.

Nama Guru

MUHAINI BT MUNING

2.

Judul

MENGURUS KANAK-KANAK YANG SUSAH BELAJAR

3. Bidang: PENDIDIKAN

4.

Tarikh Pembentangan

-

5. Masa:-

6.

Tempat Pembentangan

7.

Sinopsis

-

Buku ini membicarakan beberapa perkara yang berkaitan dengan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Dalam buku ini juga ianya meneroka mengenai topic pembelajaran serta berkenanaan masalah-masalah yang menghalang proses pembelajaran. Bukan itu sahaja, buku ini juga membincangkan cara menangani masalah pembelajaran serta meneroka kehendak-kehendak yang perlu dimiliki oleh kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran. Secara keseluruhannya, buku ini memberikan semua maklumat yang diperlukan oleh guru-guru terutama guru pendidikan khas. Pelbagai ilmu pengetahuan yang dapat diperolehi daripada buku ini kerana banyak tip-tip yang relevan bagi menangani masalah kanak-kanak seperti kanak-kanak disleksia,lemah keseluruhan pembelajaran, lambat mengingat semula, sukar mengikut arahan, lemah kemahiran kognitif dan sebagainya. 8.

Nilai Pengetahuan / Pengajaran Melalui pembacaan daripada buku ini saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai pelbagai masalah pembelajaran yang dihidapi oleh kanak-kanak. Selain itu juga, saya dapat mengetahui tip-tip yang sesuai yang boleh di amalkan bagi menghadapi kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran.

9.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Aplikasi dalam p&p yang boleh diguna pakai melalui pembacaan saya daripada buku ini ialah saya dapat mengetahui cara-cara untuk menangani masalah kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran.

Disediakan oleh, ........................................................ ( )

Disahkan oleh, ........................................................ ( )

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU 1.

Nama Guru

2.

Judul

4.

Tarikh Pembentangan

6.

Tempat Pembentangan

7.

8.

MUHAINI BT MUNING AKTIVITI BAHASA -

3. Bidang: PENDIDIKAN 5. Masa:-

Sinopsis Buku ini mengandungi huraian dan contoh cadangan aktiviti yang boleh dijadikan panduan guru di peringkat sekolah rendah. Buku ini juga dapat membantu guru memahami konsep-konsep penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga buku ini membantu guru untuk mengendalikan pengurusan bilik darjah dengan lebih berkesan. Isi kandungan buku ini juga banyak membantu guru tentang melaksanakan aktiviti bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran serta cara untuk mengendalikan pengurusan bilik darjah dengan lebih berkesan. Hal ini demikian kerana bagi menghasilkan satu pengajaran yang berkesan ,guru bukan sahaja perlu memilih bahan yang sesuai bahkan juga perlu merancang aktiviti-aktiviti yang relevan dengan isi dan objektif pembelajaran. Bukan itu sahaja dalam buku ini juga terkandung beberapa saranan bagaimana untuk mengendalikan aktiviti bercerita, berdrama dan bermain boneka. Melalui penglibatan murid-murid dalam aktiviti ini,guru bukan sahaja dapat mencungkil,mengasah dan memupuk bakat seni malahan secara tidak langsung murid juga dapat menggunakan bahasa yang betul dari aspek tatabahasa, pemilihan kosa kata, pembentukan ayat dan juga intonasi. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Nilai pengetahuan yang saya perolehi daripada buku ini ialah saya dapat menambahkan pengetahuan saya dari aspek memilih bahan bantu mengajar yang sesuai bagi mencapai objektif pembelajaran. Selain itu, aktiviti bahasa yang terdapat dalam buku ini juga dapat menambahkan idea saya untuk membuat sesuatu kelainan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

9.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Aplikasi yang boleh saya gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ialah aktivitiaktiviti bahasa yang relevan dengan isi dan objektif pembelajaran.

Disediakan oleh, ........................................................ ( )

Disahkan oleh, ........................................................ ( )

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU 1.

Nama Guru

2.

Judul

4.

Tarikh Pembentangan

6.

Tempat Pembentangan

7.

Sinopsis

MUHAINI BT MUNING MODUL AKTIVITI GALAKAN MEMBACA DAN LITERASI MAKLUMAT -

3. Bidang: PENDIDIKAN 5. Masa:-

-

Buku galakan membaca dan literasi maklumat mengandungi panduan dan sumber rujukan kepada guru-guru sekolah untuk dijadikan aktiviti sokongan galakan membaca dan kemahiran maklumat disekolah. Buku ini juga membantu guru-guru dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pembacaan dalam kalangan pelajar yang menjurus kea rah penguasaan kemahiran membaca dan memupuk tabiat membaca yang berterusan.

8.

Nilai Pengetahuan / Pengajaran Buku ini memberikan nilai pengetahuan yang banyak kepada saya. Antara nilai pengetahuan yang saya perolehi dalam buku ini ialah saya dapat menerapkan kemahiran mengendalikan maklumat seperti kemahiran perpustakaan, kemahiran membaca, kemahiran mencatat nota, menyampai maklumat dan kemahiran berfikir

9.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran yang boleh saya perolehi daripada buku ini ialah saya dapat mempelbagaikan kaedah atau aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya aktiviti membaca, murid dikehendaki memilih satu buku cerita yang disukai kemudian menyatakan watak-watak dalam cerita dan memilih watak yang paling disukai. Selepas itu,murid akan menyatakan watak yang paling disukai dan menyatakan sebab.

Disediakan oleh, ........................................................ ( )

Disahkan oleh, ........................................................ ( ) Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU 1.

Nama Guru

MUHAINI BT MUNING

2.

Judul

SINERGI DALAM PENGURUSAN SEKOLAH

3. Bidang: PENDIDIKAN

4.

Tarikh Pembentangan

-

5. Masa:-

6.

Tempat Pembentangan

7.

Sinopsis

8.

Nilai Pengetahuan / Pengajaran

9.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

-

Disediakan oleh, ........................................................ ( )

Disahkan oleh, ........................................................ ( )

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF