Simpai Tamatan Talian Atas

March 3, 2019 | Author: Dzaki Rayyan Rafiqi | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Simpai Tamatan Talian Atas...

Description

TALIAN ATAS - SIMPAI TAMATAN Simpai Tamatan dilakukan pada penghujung tiang atau tiang yang berada di tengah jika kabel tidak mencukupi, sebab yang mungkin panjang kabel dalam 1 drum adalah hanya lebih kurang 500m sahaja.

Gambar 1: Simpai Tamatan

Membuat simpai tamatan adalah lebih sukar berbanding berba nding simpai terus dan simpai sudut. Untuk membuat simpai ini memerlukan tenaga yang banyak untuk membengkokkan pengalir aluminium. Biasanya semasa latihan saiz pengalir aluminium yang diguna kan adalah 50mm2 tetapi semasa ujian atau keadaan sebenar adalah 100mm2. Peralatan dan bahan yang diperlukan untuk Simpai Tamatan: (1) Pengalir aluminium 100mm2 (2) Penebat Belenggu (3) Dawai pengalir  (4) Pemotong dawai (5) Besi perapat (alat yang digunakan untuk membuat lilitan) (6) Penukul (7) Pita pengukur  (8) Pemotong pengalir  Langkah-langkah membuat simpai tamatan:

Langkah 1: Bengkok pengalir menjadi 90 darjah (dua bahagian) Pastikan panjang antara  bengkokan adalah sama dengan lilitan bulatan Penebat Belenggu.

Langkah 2: Bengkok pengalir supaya menjadi lengkungan berbentuk C.

Langkah 3: Rapatkan kedua-dua bahagian pengalir A dan B. Ikatkan dengan dawai supaya tidak terbuka.

Langkah 4: Mula lilit dawai pada kedudukan seperti gambarajah di bawah.

Langkah 5: Lilit dawai seperti gambarajah 1. Guna besi perapat untuk merapatkan kedudukan antara dawai. Potong dawai dan pengalir yang berlebihan di bahagian hujung. Pintal dawai akhir di hujung dengan kemas.

Langkah 6: Bengkokkan dawai pengalir 45 darjah seperti dalam Gambar 1 dan habiskan lilitan  pada jarak yang bersesuaian kemudian pintal dawai pengalir di hujung sudut tersebut.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF