sigmund freud
September 22, 2017 | Author: mintok | Category: N/A
Short Description
Download sigmund freud...
Description
SEKOLAH DAN MASYARAKAT Aktiviti 3.2 Sigmund Freud terkenal sebagai ahli psikologi yang memperkenalkan konsep id, ego dan superego dalam analisis personaliti a.
Huraikan makna konsep-konsep id, ego dan superego.
b. Bandingkan pandangan ahli psikologi Freud dengan pandangan sosiologi tentang pembentukan tingkah laku.
Jawapan. a)
Menurut Sigmund Freud (SF) teori perkembangan psikoseksual dipengaruhi
oleh faktor seksual yang merupakan pendorong untuk tingkah laku manusia dan mempengaruhi perkembangan personalitinya. (suppiahms53). SF mengatakan teori perkembangan personaliti terbentuk dari tiga komponen iaitu id, ego dan superego. Komponen pertama ialah ID. Menurut SF id merupakan bahagian personaliti yang mengandungi naluri seksual dan agresif. Id diwarisi sejak lahir dan beroperasi atas prinsip keseronokan (pleasure principle). Id bagi SF amat mementingkan kepuasan serta merta di mana ID mengandungi libido, iaitu tenaga seksual yang menggerakkan kebanyakan daripada tingkah laku manusia.(supiah57) Libido
juga
dianggap sebagai keinginan seksual seseorang individu. Menurut SF libido perlu dikawal bagi mengelakkan sebarang konflik yang boleh mendatangkan kesan tindakan yang tidak buruk dari seseorang individu.Seseorang yang tidak dapat mengawal libidonya tidak akan dapat berfikir secara waras di mana nafsu menjadi keutamaan dalam melakukan sesuatu tindakan. Justeru itu, peranan ego diperlukan bagi
mengawal
psikoseksual
libido
iaitu
seseorang
untuk
bersesuaian
mengawal
id
dengan
seseorang
matlamat dan
asal
teori
mengurangkan
kebergantungan terhadap peranan ego. http://en.wikipedia.org/wiki/Libido
Secara umumnya, tahap id seseorang boleh dikurangkan secara psikologi dan fizikal. Melalui psikologi tahap id seseorang boleh dikurangkan jika individu mengalami situasi seperti kehilangan tahap “privicay” ,tekanan, gangguan seksual semasa kecil, trauma, tahap seksual dan sebagainya. Manakala melalui faktor fizikal
pula seperti tahap testoren dalam
aliran darah seseorang, kesan pengambilan
ubat – ubatan , gaya hidup, kekurangan keinginan seksual dan lain –lain lagi. Namun demikian, menurut SF tahap id yang dapat dikawal atau dikurang tidak bermakna akan mempengaruhi tahap kesuburan dan menyebabkan mati pucuk seseorang. Komponen kedua ego. Ego berdasarkan SF dianggap sebagai
faktor yang
penting mengawal ID. Menurut SF ego berfungsi sebagai pengawal kehendak yang tidak dapat dipuaskan oleh id. Kewujudan ego dalam diri seseorang bertentangan dengan id disebabkan ego wujud dan berkembang melalui proses berperingkat dan beroperasi di atas prinsip realiti. Prinsip realiti bermaksud peranan ego yang cuba untuk mengawal dan membawa id berdasarkan tindakan yang realistik yakni tindakan yang membawa kebaikan bukan keburukan. Menurut SF ego berperanan sebagai orang tengah di antara ID dan superego. Peranan ego bertujuan untuk menyeimbangkan permintaan antara id dan superego. Hakikatnya, ego berperanan memastikan supaya ID and superego atas prinsip realiti yakni pertimbangan akal fikiran manusia dan persekitaran manusia sama ada logik atau tidak logik. Pertimbangan ego menurut SF berdasarkan pemikiran yang intelektual, justeru itu ego akan menggunakan 2 kaedah apabila menghadapi situasi kecemasan iaitu menggunakan pengalaman serta kekuatan pemikiran yang berdasarkan prinsip realiti. Menurut SF...”The ego is that part of the id which has been modified by the direct
influence of the external world ... The ego represents what may be called reason and common sense, in contrast to the id, which contains the passions ... in its relation to the id it is like a man on horseback, who has to hold in check the superior strength of the horse; with this difference, that the rider tries to do so with his own strength, while the ego uses borrowed forces [Freud, The Ego and the Id (1923)] Berdasarkan petikan di atas SF freud mengibaratkan ego dan id seperti penunggang kuda dan kuda. Ego diibarat seperti penunggang kuda manakala id sebagai kuda. Justeru itu, walaupun kuda tersebut bebas bergerak namun penunggang kuda akan mengawal mengikut perjalanan yang betul. Walaupun kuda tersebut enggan mengikut penunggang kuda tersebut akan menggunakan paksaan untuk memastikan kuda tersebut mengikut haluan yang betul.
Konsep ketiga ialah super ego. Tujuan utama super ego adalah untuk mencapai kesempurnaan. Di mana super ego akan bertindak mengikut norma -norma masyarakat yang akan cuba untuk menahan desakan id dan memujuk ego supaya memilih matlamat yang bermoral dan realistik. (supiah58) Super ego wujud dalam diri seseorang sejak lahir lagi hasil didikan untuk menjadi seseorang individu yang bermoral selaras dengan kehendak – kehendak masyarkat yang bermoral. Secara umumnya, super ego mempunya 2 ciri utama iaitu “conscience” suara hati dan “ego ideal” keunggulan ego. Suara hati diperolehi hasil daripada pelaksanaan hukuman oleh ibu bapa ke atas anaknya manakala keunggulan ego diperolehi apabila ganjaran diperolehi daripada seseorang apabila berjaya melakukan sesuatu. Contohnya ibu bapa yang memberikan hadiah kepada anaknya selepas berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Soalan b.
Bandingkan pandangan ahli psikologi freud dengan pandangan sosiologi
tentang pembentukan tingkah laku. Ahli psikologi freud seperti Herrikson dan sebagainya kebanyakkan membincangkan tentang perubahan tingkah laku berdasarkan suatu model yang jelas. Selain itu, pandangan ahli freud dalam membincangkan pembentukan tingkah laku berkisar daripada proses pembentukkan tingkah laku seorang kanak – kanak. Bagi ahli psikologi freud zaman kanak – kanak merupakan suatu zaman yang amat penting di mana asas tingkah laku seorang manusia bermula daripada zaman kanak – kanak lagi. Ini bermakna sekirannya proses pembentukkan tingkah laku seseorang individu mempunyai masalah pada peringkat tersebut maka ini akan mempengaruhi bukan saja tingkah laku yang buruk malahan minda individu tersebut. Salah seorang ahli psikologi freud ialah Herrikson. Herrikson sebenarnya banyak dipengaruhi oleh pandangan freud dalam mebicarakan soal teori perkembangan. Herrikson melalui karyanya yang bertajuk Childhood and society telah mendapat pengiktirafan daripada konferen kanak – kanak white house. Melalui karya ini, beliau telah memgemukakan teori perkembangan Psikososial. Berdasarkan teori ini Herrikson telah memgemukakan 8 peringkat yang perlu dilalui seseorang kanak – kanak di mana setiap peringkat tersebut mempunyai masalah ? krisis yang perlu diatasi atau pun diselesaikan oleh kanak – kanak tersebut. Jika
kanak – kanak tersebut tidak dapat mengatasi masalah pada suatu peringkat maka dia akan gagal pada peringkat – peringkat berikutnya. Ini secara langsung dapat digambarkan kanak – kanak yang gagal pada tahap tersebut akan menjadi seseorang insan yang tidak sempuran bukan sahaja dari tingkah laku malahan daripada mindanya. Herikkson telah membahagikan peringkat ini kepada 8 tahap berdasarkan rajah di bawah. Tahap Pertama
Peringkat Umur 0 hingga 1 tahun
Ciri – Ciri Pembentukan perasaan percaya ( basic trust) lawan tidak
Kedua
1 hingga 3 tahun
percaya (mistrust) Tahap autonomi (autonomy) lawan rasa malu dan sangsi
Ketiga Keempat Kelima
(shame and doubt) 3 hingga 6 tahun Tahap inisiatif (initiative) lawan rasa bersalah (guilt) 6 hingga 12 tahun Tahap industry (industry) lawan rasa rendah diri (inferiority) 12 hingga 20 tahun Tahap identity (identity) lawan kekeliruan peranan (role
Keenam Ketujuh Kelapan
confusion) 20 hingga 40 tahun Tahap intimasi (intimacy) lawan pengasingan diri (isolation) 40 hingga 65 tahun Tahap generativity lawan pemusatan kendiri (stagnation) 65 tahun ke atas Kesepaduan ego (ego intergrity) lawan putus asa (despair) (usia tua)
Sumber: Supaih Berdasarkan jadual di atas setiap tahap amat penting khususnya dalam membina tingkah laku seseorang kanak – kanak. Jika diperhatikan rajah di atas peranan ibu bapa amat penting dalam memastikan seorang kanak-kanak dapat melalui setiap tahap dengan jaya. Tahap satu hingga 5 menuntut peranan ibu bapa dalam mendidik kanak – kanak tersebut. Hasil yang diperolehi jika berjaya akan memastikan kanak – kanak tersebut dapat mengatasi tahap keenam hingga kelapan di mana tahap ini akan banyak dipengaruhi oleh peranan masyarakat kerana pada tahap ini kanak – kanak tersebut telah hidup dalam masyarakat yang kompleks. Berdasarkan jadual di bawah menunjukan sifat yang wujud berdasarkan 8 tahap Tahap Satu Dua Tiga Empat Lima
sifat Menanam Sifat Sabar Membina keazam yang kental Membina perasaan bermakna - perasaan melakukan yang baik Membina persaingan dalam diri Membina keyakinan diri untuk hidup dalam masyarakat
Enam Tujuh Lapan
Kekuatan psikososial (kasih sayang) Memikirkan hidup berkeluarga Mewujudkan rasa kesepaduan bagi mengelakkan perasaan putus asa.
Pandangan ahli freud dalam pembentukan tingkah laku pula berbeza dengan pandangan ahli sosiologi yang lain. Misalnya Karl max yang merupakan tokoh yang radikal di Eropah ketika itu. Karya beliau Das kapitalis merupakan hasil daripada cetusan idea dan pandangan beliau terhadap situasi masyarakat di Eropah ketika itu. Malahan das kapitalis merupakan salah satu faktor kewujudan republik komunis Russia selepas kematian beliau. Bagi Karl Max pembentukan tingkah laku seseorang ataupun tingkah laku sebuah masyarakat dimulai dengan teori konflik. Teori konflik berdasarkan Amir Hassan mengatakan bahawa teori konflik membicarakan mengenai peranan stuktur sosial. Bagi Max yang juga merupakan pengasas kepada aliran max mengatakan sesuatu perubahan dalam masyarakat sama ada yang berkaitan dengan perubahan dalam ekonomi, politik dan sebagainya mestilah dimulai dengan konflik. Di mana dalam konflik ini sudah pasti akan mewujudkan satu perubahan tingkah laku dan pemikiran masyarakat. Misalnya konflik di antara kelas yang membabitkkan kelas sosial tinggi dan rendah membabitkan isu ketidakseimbangan pembahagian kekayaan menyebabkan rakyat menentang golongan kelas atasan dan akibatnya boleh dilihat dalam revolusi boslshenik di Rusia ketika itu di mana golongan petani bangkit untuk menentang golongan atasan atas ketidupuasan hati. Tindakan radikal yang tercetus sinonim dengan pandangan Max bahawa konflik boleh berlaku dalam pelbagai bentuk sama ada berbentuk revolusi ataupun adaptasi dan konflik tidak akan berubah dan pasti berlaku di mana akan wujudnya pihak yang menang dan pihak yang kalah. Perubahan tingkah laku akibat teori konflik ini secara langsung menyumbang kepada perubahan sosial secara menyeluruh. Misalnya kesan penubuhan republik komunis China di mana kelas sosial tidak wujud, kekayaan dikongsi bersama antara pihak pemerintah dengan rakyat. Selain itu, tingkah laku masyarakatnya mestilah berpandukan prinsip – prinsip dan ideologi komunis. Kesimpulannya, pandangan ahli psikologi freud dengan pandangan ahli sosiologi jelas mempunyai perbezaannya. Setiap ahli sosiologi mempunyai asas atau pandangan yang berbeza –beza terhadap pembentukan tingkah laku seseorang individu. Namun demikian, titik kesamaan Pandangan ahli – ahli freud dan sosiologi dapat dilihat dari segi faktor masyarakat yang memberikan peranan penting dalam pembentukan tingkah laku manusia.
View more...
Comments