Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin (1)

January 26, 2017 | Author: Ana Mardiyah | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin (1)...

Description

TAJUK SHEIKH MUHAMMAD TAHIR JALALUDDIN

SUBJEK SEJARAH TAMADUN ISLAM DI ASIA TENGGARA

DISEDIAKAN UNTUK DR. IZZIAH SURYANI BT MAT RESAD @ ARSHAD

DISEDIAKAN OLEH NUR RAIHAN NAJEEHA BINTI JOHAR

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM SESI 2015/2016

1.

40 Tokoh Ulama Johor Siri Pertama Sheikh Tahir Jalaluddin (1869-1956)

Seorang pejuang Islam pada abad ke-20 ini telah memberikan sumbangan yang besar dalam menyebarkan idea reformasi Islam iaitu Sheikh Tahir Jalaluddin. Kehidupan beliau sepanjang 87 tahun ini memberikan perkembangan dalam gerakan reformis Islam. Beliau serta rakan-rakannya telah menerbitkan sebuah majalah bulanan di Singapura iaitu majalah Al-Imam. Al-Imam bermaksud pertalian yang sangat kuat dengan semangat keislaman dan sifat intelektual mereka sebagai anak-anak muda yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke Mesir serta dapat merasai sendiri perkembangan baru yang berlaku di Mesir. Seiring dengan pendidikan beliau di Mesir yang

mendalami

bidang

ilmu

keagaman,

telah

memulakan

perjalanan beliau sebagai seorang reformis Islam. Gerakan reformasi Islam pimpinan Sheikh Tahir Jalaluddin ini bertujuan untuk memecahkan benteng-benteng kekolotan adat-adat lama yang dipengaruhi oleh agama Hindu atau aliran-aliran baru dari Barat yang merosakkan di kalangan orang Melayu, terutama kalangan muda Islam supaya berusaha kearah kemajuan dalam segala bidang menurut prinsip-prinsip Islam. Gerakan ini juga mendapat tentangan daripada para ulama tradisional di tanah Melayu. Hal ini memberi kesan terhadap beliau di Johor dimana beliau tidak dipilih sebagai mufti. Walau bagaimanapun beliau telah dilantik menjadi Inspektor sekolah-sekolah Agama di Johor, dan tidak diberikan jawatan kerajaan pada masa itu kerana pengaruh fahaman yang sedang disebarkannya. Keperibadian beliau sangat disegani dan dihormati oleh keluarganya. Beliau merupakan seorang yang tegas pendirian terutama

sekali

dalam

hal-hal

bersangkutan

dengan

agama.

Ketegasan ini amat wajar mengikut pendapatnya kerana reformasi yang dianjurkannya bukan bertujuan untuk mengubah agama kepada sesuatu yang baru tetapi memperbetulkan ajaran Islam yang telah banyak disalahfahamkan.

2.

Tokoh Ulama Nusantara Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin Al-Falaki

“Remaja adalah zaman penuh cabaran maksiat. Oleh itu, setiap anak muda mesti pandai menjaga diri agar budi kehidupan sentiasa terpelihara.” Demikian adalah merupakan pesanan yang pernah diberikan oleh seorang tokoh agama tanah air iaitu Sheikh Muhammad

Tahir

Jalaluddin

Al-Falaki

atau

nama

penuhnya

Muhammad Tahir bin Sheikh Muhammad. Sheikh Muhammad Tahir merupakan pelopor gerakan Islam Islamiyyah Negara seangkatan dengan rakan sezamannya seperti Syed Sheikh Al-Hadi, Sheikh Muhammad Salim Al-Kalali dan Haji Abbas Muhammad Taha. Mereka adalah pengasas majalah bulanan Al-Imam yang diterbitkan di Singapura pada tahun1906. Reformasi berkenaan tercetus daripada gerakan pembaharuan Islam di Mesir yang dipelopori oleh golongan muda Islam di sana yang diterajui oleh Sheikh Muhammad Abduh pada tahun1845 hingga 1905. Sheikh Muhammad Abduh menyalurkan pemikiran menerusi majalah Al-Manar di Kaherah pada tahun1896. Bentuk reformasi itu berteraskan ajaran atau seruan untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar berpandukan kepada al-Quran dan Hadis tanpa terikat kepada segala tradisi dan khurafat yang diwarisi daripada Hindu dan pengaruh Barat. Reformasi itu juga mengajak

umat Islam berusaha mendapatkan ilmu untuk mencapai kemajuan tanpa bertaklid buta. Selepas tamat pengajian, beliau muncul sebagai ahli falak yang mahir dan disebabkan itu telah diberi gelaran Al-Falaki. Beliau mula menyebarkan pembaharuan dalam kefahaman Islam hasil daripada pengaruh yang diterima ketika belajar di Mesir. Sheikh Tahir Jalaluddin juga pernah berkhidmat sebagai guru di beberapa buah sekolah antaranya Sekolah Agama Johor Bahru, Madrasah Al-Masyhor dan Madrasah Al-Haji Taib. Kehadiran beliau di madrasah Al-Haji Taib ini sedikit sebanyak berjaya menyebarkan fahaman Kaum Muda pada waktu itu yang bersesuaian dengan sistem pendidikan yang agak moden oleh madrasah ini dengan perjuangan Kaum Muda yang sentiasa cuba mengubah masyarakat Islam supaya berkembang setaraf dengan masyarakat Barat 3.

Ulama Silam Dalam Kenangan Sheikh Tahir Jalaludiin, 1869-1956 Reformis Islam

Beliau dilahirkan pada 7 November 1869 di Ampek Angkek, Bukit Tinggi,

Sumatera

Barat

dan

lahir

dari

keturunan

Melayu

Minangkabau. Nama sebenarnya Muhammad Tahir bin Sheikh Muhammad. Pendidikan beliau tidak berpeluang bersekolah di Minangkabau atau di Tanah Melayu sebaliknya beliau telah belayar ke Mekah setelah umurnya genap 12 tahun. Tujuannya adalah untuk mempelajari ilmu-ilmu agama Islam dan mendalami pelbagai ilmu yang bersangkutan dengannya. Sepanjang 12 tahun di Mekah, Sheikh Ahmad Khatib iaitu sepupunya banyak mempengaruhi jiwa Sheikh Tahir terutama sekali berhubung dengan masalah amalan Islam dalam masyarakat Melayu di Indonesia dan Tanah Melayu yang banyak bercampur aduk dengan adat resam Melayu asli. Gurunya yang utama semasa di Mekah ialah Sheikh Ahmad Khatib. Kealiman Sheikh Ahmad Khatib memang tidak dapat diragui

lagi oleh sesiapa pun. Di samping menjadi imam bagi pengikut mazhab Syafie di Masjid al-Haram, beliau juga menjadi mufti kepada pengikut mazhab Syafie dalam memberikan segala fatwa apabila timbul sebarang persoalan daripada para pengikut mazhabnya pada waktu itu. Kesempatan Sheikh Muhammad Tahir belajar dan tinggal bersama-sama dengan Sheikh Ahmad Khatib sesungguhnya telah banyak mempengaruhi beliau dalam bidang keagamaan. Banyak daripada ajaran-ajaran gurunya telah mempengaruhi jiwanya. Kebolehan Sheikh Tahir mengajar dalam bahasa arab amat mengagumkan.

Selain

daripada

bahasa

arab,

beliau

juga

menggalakkan supaya setiap orang mempelajari bahasa Inggeris. Hal ini terbukti apabila kesanggupan beliau menggaji seorang serani utuk mengajar bahasa Inggeris di Sekolah Haji Taib. Ketegasan beliau untuk memasukkan mata pelajaran bahasa Inggeris sebagai suatu perkara yang wajib dipelajari dapat mematahkan tentangan ulama yang mendakwa bahawa belajar bahasa Inggeris itu kufur. Hal ini

ternyata

menunjukkan

ketegasan

Sheikh

Tahir

dalam

mempertahankan agar bahasa Inggeris tetap diajar kepada umat Islam walaupun mendapat tentangan para ulama tradisional. 4.

Tokoh-tokoh Ulama Semenanjung Melayu (1) Sheikh Tahir Jalaluddin Al-Falaki (1869-1956)

Sheikh Tahir Jalaluddin telah melanjutkan pelajarannya di Universiti al-Azhar Mesir pada tahun1310 Hijrah. Beliau mempelajari bahasa Arab, Matematik dan Ilmu Falak di samping ilmu-ilmu syariah yang lain. Beliau berjaya memperolehi ijazah ‘Alimiyyah di samping beliau turut terpengaruh dengan pemikiran pembaharuan Syed Jamaluddin al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh. Beliau bersahabat baik dengan Sheikh Muhammad Rashid Redha dan menulis makalah di dalam majalah al-Manar yang diterbitkan oleh Sheikh Rashid Redha.Majalah al-Manar yang diterbitkan di Kaherah pada tahun

1896, adalah bertujuan menyuluh orang-orang Islam kembali kepada ajaran yang diredhai Allah, menentang dan membasmi kepercayaan-kepercayaan karut dan tahyul serta membawa konsep Islam yang maju dan dinamis. Gerakan pembaharuan yang dilakukan beliau di Singapura pada tahun 1906 adalah untuk memperjuangkan ajaran agama Islam yang murni. Kota Singapura dipilih sebagai medan bagi melancarkan gerakan pembaharuan di mana kefahaman orang Melayu kepada agama Islam pada waktu itu amat sempit iaitu hanya dalam perkara-perkara yang berhubung dengan akhirat sematamata di samping pemikiran mereka masih terus dikuasai adat resam Hindu. Pandangan sempit tentang Islam ini bukan sahaja menjadi milik orang Melayu, tetapi juga berlaku di kalangan umat Islam di tempat-tempat lain. Selepas al imam, terbit pula majalah-majalah lain seperti Neraca (1911). Pengasuh (1918) yang menjadi penyambung kepada cerdik pandai Islam waktu itu menyuarakan fahaman pembaharuan yang mereka ambil daripada pengalaman cerdik pandai Islam di Mesir. Selepas penutupan majalah al-Imam, Sheikh Tahir Jalaluddin pergi ke Sumatera Timur atas jemputan almarhum Sultan Sulaiman Sharif al-Alam Shah. Kemudian beliau telah kembali ke Perak kerana menerima perlantikan sebagai Hakim Besar Taiping dan Ipoh daripada Sultan Perak.

5.

Prosiding Nadwah Ulama Nusantara 111 Reformasi

Islam

Melayu-Indonesia

Muhammad Thahir Jalal al-Din

:

Peranan

Syaikh

Reformasi Islam bercorak Mesir dibawa oleh Syaikh Muhammad Thahir Jalal al-Din Al-Azhariy pertama kali ke Dunia Melayu Indonesia.

Tokoh

reformis

ini

menyebarkan

idea-idea

pembaharuannya pertama kali di Singapura dan Semenanjung Melayu melalui beberapa gerakan. Fakta Sejarah menyatakan bahawa reformasi Islam dikembangkan oleh beberapa orang tokoh terutama melalui gerakan dan pemikiran yang dilakukan Syaikh Muhammad Thahir Jalal al-Din al-Azhary yang telah menyebar di Minangkabau

dan

seterusnya

menyebar

ke

seluruh

wilayah

Indonesia atau Nusantara. Terdapat dua perkara yang penting dalam gagasan reformasi dan modenisasi ini iaitu bidang pendidikan dan penerbitan jurnal Islam. Keadaan Syaikh Muhammad Thahir Jalal al-Din yang sentiasa berpindah randah dari satu tempat ke tempat lain dalam tempoh masa yang lama untuk mengembangkan ajaran reformis Islam dan modenisasi telah menjadikan Singapura sebagai daerah transit dari segala-galanya seperti hasil pertanian, ilmu pengetahuan, dan pemikiran keagamaan termasuklah masalah pembaharuan sistem pendidikan dan model media massa Islam. Singapura telah menjadi tempat yang kondusif

bagi para ulama untuk mengembangkan

pemikirannya. Beliau juga terlibat dalam penulisan karya seperti majalah Al-Imam, al-Munir dan Pengasuh bersama dengan sahabatsehabat yang lain Syaikh Tahir telah melakukan perjalanan intelektualnya dari Makkah, Mesir dan Semenanjung Tanah Melayu. Beliau juga pernah berkahwin dengan seorang gadis Minang dan kedatangan beliau pada waktu itu di Minangkabau telah mengembalikan semangat reformasi. Setelah mengelilingi beberapa tempat di Sumtera Barat untuk meyebarkan semangat perjuangan, berbau politik, menentang penjajah dan tidak menggunakan unsur “komunis” melainkan dari sumber Tauhid Islam sendiri. Peranan Syaikh Muhammad Thahir Jalal

Al-Din Al-Azhariy sangat besar dalam upaya reformasi Islam di kawasan Melayu Indonesia dimana peranannya sangat menonjol adalah bidang pembaharuan lembaga dan sistem pendidikan Islam dan dakwah Islam melalui media cetak. 6.

Prosiding Nadwah Ulama Nusantara IV Sumbangan Sheikh Tahir Jalaluddin (1860-1965M) terhadap perkembangan Fiqh di Nusantara

Sheikh Tahir Jalaluddin merupakan seorang ulama terkenal di Nusantara yang banyak memberi sumbangan besar terhadap perkembangan

ilmu

khususnya

ilmu

fiqh.

Beliau

juga

turut

mencetuskan beberapa pemikiran baru yang bertentangan dengan pemikiran

sebenar

ulama-ulama

tradisional

iaitu

Kaum

Tua

khususnya dalam memahami isu-isu fiqh. Hal ini dapat dibuktikan menerusi artikel-artikel yang ditulis oleh beliau dalam majalah dan surat khabar seperti al-Imam, al-Ikhwan, Semangat Islam, Saudara, Bumiputera, Pengasuh dan lain-lain lagi. Antara perbahasan ulama tradisional dalam majalah al-Imam mengenai sebuah artikel tentang majlis membaca Maulud Nabi adakah dituntut oleh syarak untuk berdiri ataupun tidak. Menurut Ulama Tradisional berdiri ketika marhaban adalah sunat. al-Imam menjawab bahawa tiada satu hadis pun yang sahih yang dapat menjadi sandaran kepada amalan mengadakan Majlis Maulad tersebut. Perbahasan lain menerusi majalah al-Munir mengenai tentang hukum solat jumaat diringi dengan solat zohor. Menurut ulama Tradisional sekiranya ahli jemaah jumaat tidak mencapai 40 orang maka mereka boleh meneruskan solat Jumaatnya dan lebih elok untuk mereka mengulanginya dengan bersembahyang zohor sebagai ihtiyat. Pandangan ini dibantah oleh al-Munir kerana melihat perbuatan tersebut tidak berdasarkan al-Quran, Sunnah, Ijmak, Qiyas dan juga pandangan para sahabat dan imam mujtahid.

Selain daripada perbahasan fiqh yang dipaparkan melalui majalah-majalah terbitan beliau, beliau juga merupakan seorang ulama yang mahir dan dapat mengaplikasikan kajian ilmu falak moden dan tradisional dalam penulisan fiqh yang berkaitan dengan kajian ilmu falak seperti penentuan arah kiblat, malah beliau juga turut menghasilkan penulisan fiqh Khilafiyyah. Penulisan karya Khilafiyyah ini telah membuka lembaran baru kepada umat Islam dalam

memahami

melonggarkan

fiqh

dengan

ketaksuban

lebih

kepada

mendalam

sesuatu

dan

dapat

mazhab.

Karya

Khilafiyyah merupakan suatu penulisan fiqh yang mengandungi perbezaan pendapat dan pandangan tentang sumber-sumber hukum dalam masalah-masalah tertentu. 7.

Gerakan Sosial dan Politik Kelantan Majalah Pengasuh

Majalah Pengasuh merupakan sebuah majalah yang tertua di Negeri Kelantan diterbitkan pada tahun 1918 sehingga tahun 1941. Pengasuh terdiri daripada mereka yang terkenal dengan sikap yang dinamis dan progresif seperti Tok Kenali Haji Muhammad Yusuf dan Datuk Laksamana Haji Muhammad bin Haji Muhammad Said. Beberapa orang dari Indonesia juga turut terlibat dalam memberi sumbangan kepada Pengasuh, seperti Haji Muhammad Yusuf Lubis dari

Sumatera.

Beliau

pernah

menyindir

Inggeris

kerana

mengamalkan dasar pilih bulu terhadap pegawai-pegawai Melayu. Tuan Sheikh Tahir Jallalludin dan Tuan Haji Zainal Abidin bin Ahmad atau Zaaba yang sangat rapat dengan Tok Kenali. Majalah Pengasuh ini cuba membawa perubahan sosial dalam masyarakat Melayu dan telah menggalakkan orang-orang Melayu supaya mengikuti perkembangan dalam majalah dan akhbar seperti al-Ikhwan yang mempunyai misi yang sama dengan Pengasuh.

Terdapat satu kenyataan di dalam Pengasuh berkenaan mengenai derma khairat masjid Kota Baharu yang telah dipungut oleh Majlis Agama Islam. Majalah ini telah mengkritik masyarakat melayu kerana didapati di antara nama-nama penderma terdapat seorang bukan melayu yang beragama Hindu yang bekerja sebagai tukang dobi telah menderma lebih banyak dari orang-orang Islam sendiri. Pengasuh juga telah berjuang memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang perlu dimuliakan oleh bangsa-bangsa asing dan telah menyeru orang-orang Melayu supaya mengejar ilmu pengetahuan. Hal ini adalah kerana untuk melindungi orang Melayu dari dijajah oleh bangsa-bangsa asing.

8.

Koleksi Ulama Nusantara (Jilid1) Sheikh Tahir Jalaluddin Al-Azhari Ahli Falak Dunia Melayu

Nama

lengkap

Syeikh

Muhammad

Tahir

bin

Muhammad

bin

Jalaluddin Ahmad bin ‘Abdullah al-Minangkabawi al-Azhari. Beliau lahir di Cangking, Minangkabau jam 4.45 bersamaan hari selasa pada 4 Ramadhan 1286 H/8 Disember 1869 M. Telah wafat di Kuala Kangsar, Perak pada 22 Rabiulawal 1376 H/26 Oktober 1956 M. Pendidikan awal diterima pada tahun 1296 H/1879 M di Makkah bersama Syeikh Ahmad Khatib bin Abdul Lathif dan telah dipelihara oleh Syeikh Muhammad Saleh al-Kurdi. Syeikh Ahmad al-Fathani juga termasuk salah seorang guru kepada Syeikh Tahir Jalaluddin. Catatan perkahwinan beliau menunjukkan telah berkahwin beberapa kali dan antara isteri-isterinya ialah ‘Aisyah binti Syeikh Muhammad bin Syeikh Ismail al-Khalidi, Kaltsum binti Haji Ibrahim, Jamilah binti Haji Abdul Karim dan Aisyah binti Haji Mustafa bin Datuk

Menteri

Sati.

Selain

yang

tersebut

masih

ada

lagi.

Penggembaraan beliau diantaranya adalah di beberapa kerajaan

Nusantara iaitu di Singapura pertama kali menjejakkan kaki pada 9 Ramadhan 1305 H/20 Mei 1888 M. Pengarang ingin menceritakan bahawa Syeikh Tahir Jalaludin pernah menggembara di beberapa Negara seperti Mekkah kemudian Mesir lalu menjejakkan kaki kembali di tanah Melayu iaitu di beberapa buah negeri seperti Singapura, Riau, dan Perak. 9.

Warisan Kelantan IV Catatan Sepintas Lalu : Beberapa perbandingan Antara Kelantan – Minangkabau

Penulis menceritakan tentang beberapa perbandingan diantara Kelantan dan Minangkabau yang sedikit sebanyak mempunyai persamaan

khususnya

peranan

tokoh

ulama

dalam

bidang

pendidikan. Tokoh ulama yang terkenal di Kelantan adalah seperti Tok Kenali, Haji Mohamad Said dan Haji Nik Mahmud Ismail mempunyai persamaan dalam membawa pembaharuan bersamasama dengan Sheikh Tahir Jalaluddin, Sheikh Haji Abdullah Ahmad dan Abdul Karim Amrullah yang telah membawa pembaharuan di Tanah Minang dan khususnya Sheikh Tahir Jalaluddin di Tanah Melayu di samping menegmukakan idea melakukan pembaharuan melalui media massa. Hal ini menjadi keuntungan buat Kelantan kerana menerusi idea yang dipelopori oleh Sheikh Tahir Jalaluddin membuatkan Kelantan mempergunakan insitusi tradisional kerajaan Kelantan sebagai alat bagi mempraktikan perubahan. Sejarah Sheikh Tahir Jalaluddin tentang pendidikan awal yang diterima olehnya adalah di Mekah dan Mesir. Hal ini turut menjadi persamaan dengan tokoh ulama Kelantan seperti Tok Kenali yang turut menerima pendidikan di Mekah dan juga Mesir dan dari situlah bermulanya reformasi fikiran pembaharuan dalam kalangan mereka. Dengan sekembalinya Sheikh Tahir Jalaluddin dari Mekah, maka satu pembaharuan pemikiran telah bermula menerusi majalah al-Imam

dipropagandakan juga penubuhan Madrasah Al-Iqbal di Tanglin Street Singapura. Pembaharuan Pemikiran Islam dan perubahan sistem pendidikan bukan sahaja terjadi di Singapura tetapi juga di tanah asal Sheikh Tahir Jalaluddin di tanah Minangkabau di mana murid-murid beliau adalah seperti Sheikh Haji Abduh Karimamrullah. 10.

Ulama Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan Gerakan Ulama Reformis

Sebuah buku yang menjelaskan tentang gerakan kebangkitan umat Islam pada abad ke-20 yang bermula daripada kemunculan tokohtokoh reformis Islam lulusan Mekah dan Mesir. Antara sumbangan besar daripada gerakan reformis yang diketengahkan oleh penulis ialah penubuhan madrasah yang merupakan sistem pendidikan Islam yang tersusun menggantikan pendidikan pondok, penerbitan majalah-majalah dan penubuhan kelab-kelab Islam sehingga dapat disimpulkan

sebagai

bermulanya

gerakan

nasionalis

atau

ulama

tudak

kemerdekaan di kalangan orang Melayu. Menerusi

penerbitan

majalah,

para

meminggirkan usaha untuk merangsang minda generasi yang lebih dewasa melalui akhbar-akhbar. Penerbitan al-Imam amat penting dalam sejarah kemerdekaan Negara dimana tokoh utama yang muncul di sebalik al-Imam ialah murid-murid Sheikh Ahmad alFathani iaitu Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh al-Hadi, dan Sheikh Abbas Taha. Tujuan al-Imam ini ialah “mengingatkan mana yang lalai dan menjaga mana yang tidur dan menunjukkan mana yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebajikan”. Akhbar ini adalah untuk mengajak umat Islam supaya kembali kepada al-Quran dan Sunnah. Sheikh Tahir Jalaluddin juga terlibat dalam terbitan akhbar alIkhwan bersama-sama sahabatnya iaitu Syed Sheikh al-Hadi pada

tahun1925 dan selepas itu telah berlaku perlambakan majalah, akhbar-akhbar, novel dan lain-lain yang mana tujuannya adalah sama iaitu untuk membetnuk pemikiran baru umat Islam yang lebih maju, dan matang. 11.

Radikalisme Melayu Perak 1945-1970 Aliran Pemikiran Radikalisme Melayu

Penulis mendedahkan tentang keterlibatan Sheikh Tahir Jalaluddin dalam gerakan Ikhwanul Muslimin yang mana aliran pemikiran ini bermula melalui gerakan Ikhwanul Muslimin di bawah kepimpinan para ulama reformis seperti al-Syahid Hassan al-Banna dan alSyahid

Syed

Qutub

telah

dapat

menanam

dan

meledakkan

semangat gerakan Islam untuk menentang penjajah Barat di Bumi Mesir pada waktu itu. Gerakan Ikhwanul Muslimin merupakan sebuah wahana yang menghubungkan masyarakat Melayu dengan dunia Islam dan secara tidak langsung memainkan peranan penting dalam mendidik dan membentuk minda masyarakat Melayu agar menjiwai Islam secara lebih mendalam. Kehadiran

tokoh

ulama

tempatan

seperti

Sheikh

Tahir

Jalaluddin , Sheikh Junid Thala dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir melalui insitusi

madrasah

berjaya

mendapat

sambutan

yang

cukup

menggalakkan dalam kalangan masyarakat Melayu. Kepimpinan dan keilmuan dalam kalangan ulama Melayu ini bukan sekadar menjadi guru pondok, namun mereka juga bertindak sebagai penasihat dan pakar rujuk masyarakat. Semangat jihad yang diperjuangkan gerakan Ikhwanul Muslimin tersebar di Tanah Melayu melalui Sheikh Tahir Jalaluddin pada tahun 1896-1956 yang pernah menuntut ilmu di Timur Tengah. Beliau dibantu oleh Sheikh Muhammad Salim alKalali, Syed Sheikh Al-Hadi, Syed Muhammad Aqil dan Haji Abbas Muhammad Taha.

Dalam buku ini juga menekankan tentang Sheikh Tahir Jalaluddin yang memainkan peranan sebagai ulama dalam sistem pendidikan Islam dimana telah membuka minda dan memajukan pemikiran masyarakat Melayu pada waktu itu. Beliau diterima sebagai pakar rujuk dan pemimpin yang boleh mewujudkan penjajaran semula daya dalam masyarakat. Hal ini telah membentuk kehidupan baru sehingga perjalanan komuniti atau perkampungan yang berkisar kepada persekolahan dan ulama pondok mengalami transformasi dari segi bentuk dan isi. 12.

Jurnal Pengajian Melayu Pengaruh Tafsir Al-Manar dan Kesannya kepada Perjuangan Reformis Tempatan memartabatkan Pendidikan Orang-orang Melayu

Artikel

ini

membincangkan

tentang

pengaruh

Tafsir

al-Manar

mengenai isu-isu pendidikan orang Melayu yang ditekankan oleh mereka yang mempunyai pemikiran yang dipengaruhi oleh Tafsir alManar itu sendiri. Tafsir al-Manar ini adalah mengenai idea pembaharuan dalam segenap aspek, agama, politik, sosial, dan kemasyarakatan. Kelahiran tafsir ini berjaya mencetus perubahan terutamanya terhadap pemikiran orang-orang Melayu. Antara isu-isu yang banyak diketengahkan adalah tentang isu pendidikan dimana ulama-ulama tempatan seperti Sheikh Tahir Jalaluddin al-Azhari dan rakan-rakannya perjuangkan. Pandangan dan saranan khususnya yang berkaitan dengan kpentingan pendidikan yang dikemukakan dalam majalah al-Manar dan Tafsir al-Manar disebarkan kepada masyarakat tempatan dalam pelbagai bentuk samada ucapan atau tulisan. Sheikh Tahir Jalaluddin berpendapat bahawa antara punca kemunduran umat Islam adalah melalui kegagalan umat Islam menuntut ilmu pengetahuan yang dituntut oleh Islam dengan lebih mendalam. Kekurangan ilmu

pengetahuan tentang Islam ini menyebabkan mereka gagal berbakti kepada

diri,

agama

dan

Negara.

Namun,

permasalahan

ini

mencetuskan perbezaan pendapat dengan ulama tradisional yang hanya

memberi

fokus

kepada

kepada

ilmu-ilmu

agamadan

ketuhanan sahaja dan menolak sistem pendidikan secular barat. Bagi mengatasi permasalahan ini, ulama aliran al-Manar seperti Sheikh Tahir Jalaluddin dan lain-lain memberi galakan kepada orang-orang

Melayu

supaya

mempelajari

segala

jenis

ilmu

pengetahuan seperti psikologi, pendidikan, perubatan, astronomi dan lain-lain kerana menurut beliau Tuhan tidak menjadikan setiap perkara di alam ini sia-sia. Oleh itu khazanah alam perlu dikaji berdasarkan ilmu yang akhirnya menimbulkan kenyakinan yang teguh kepada pencipta. Sesungguhnya pengaruh al-Manar dan kesannya dalam perjuangan memartabatkan pendidikan orangorang Melayu adalah amat jelas. 13.

Jurnal Al-Muqaddimah Sheikh Tahir Jalaluddin dan Karya Bertulisan Jawi Beliau di Arkib Negara Malaysia

Dalam artikel ini dapat dilihat mengenai karya-karya hasil nukilan Sheikh Tahir Jalaluddin adalah menlambangkan kepada pemikiran dan kecenderungan beliau terhadap sesebuah seperti falak dan gerakan

pembaharuan.

perkembangan

tulisan

Pengarang jawi

ini

juga

dikenali

mejelaskan menerusi

tentang teori-teori

kedatangan Islam ke Tanah Melayu adalah berkaitan kepada kelahiran tulisan Jawi di Tanah Melayu ini. Sheikh Tahir Jalaluddin banyak menulis karyanya dalam tulisan Jawi pada abad ke-20 dimana pengkaji dapat mengkaji dan memilih beberapa karya untuk dijadikan sampel bagi mengkaji tulisan Jawi yang digunakan oleh tokoh ini.

Pengarang mendapati bahawa

terdapat 1916 bahan dalam

koleksi persendiriann Sheikh Tahir Jalaluddin yang terdapat dalam Arkib Negara Malaysia. Selain daripada penulisan karya bertulisan Jawi, beliau juga telah menghasilkan beberapa buah buku yang diterbitkan di Pulau Pinangbagi menyebarkan pandangan golongan reformis serta untuk menangkis pandangan Kaum Tua iaitu Ulama Tradisional

yang

umumnya

telah

mempengaruhi

pandangan

golongan Istana di Negeri-negeri Melayu pada masa itu. Antara buku terbitan beliau adalah Takyit Tazkirat Mutabbi al-Sunnat dan Risalah Penebas Atas Bidaah. Hasil daripada pengkajian pengarang ini adalah bahawa telah menklasifikasikan

koleksi

persendirian

Sheikh

Tahir

Jalaluddin

berdasarkan tiga subjek utama iaitu berdasarkan versi atau bahasa, tahun dan bidang. Tambahan pula, pemgarang mengkategorikan versi atau bahasa kepada enam iaitu versi Melayu-Jawi, versi Arab, versi Melayu-Jawi dan Arab atau Arab dan Melayu-Jawi, bahasa Inggeris, versi campuran serta versi tidak pasti dimana masingmasing mempunyai hasil jumlahnya yang tersendiri. Sheikh Tahir juga menulis dalam banyak bidang seperti ibadat atau soal jawab agama, fiqh atau falak, sejarah atau Sejarah Islam, pendidikan dan lain-lain. Beliau merupakan seorang tokoh yang sangat aktif dalam menulis dan kebanyakan hasil tulisan adalah tulisan Jawi. 14

Jurnal al-Hikmah Ulasan Buku

Penulis mengulas tentang sebuah buku yang bertajuk

Islam

Embedded : The Historical Development of the Pan Malaysian Islamic Party PAS (1951-2003) yang mana buku itu adalah berkisar tentang sejarah perjuangan dan perkembangan PAS yang bermula pada tahap awal kemunculan , penubuhan dan perkembangannya sehinggalah ke tahun-tahun terakhir iaitu pada tahun 2013. Di

dalam buku ini telah dipaparkan mengenai isu peranan Islam di dalam

perkembangan

politik

Melayu-Muslim

moden.

Konflik

pemahaman dan pendekatan antara Kaum Tua dan Kaum Muda menjadi titik penceritaan menerusi tokoh-tokoh seperti Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh al-Hadi, Haji Abbas Mohd Taha dan lain-lain lagi serta media yang mereka gunakan untuk menyebarkan reformasi yang diperjuangkan. Melalui perjuangan ini telah muncul gerakan-gerakan radikal di Tanah Melayu dan Hizbul Muslimin yang dianggap

sebagai

“ibu

keponakan”

asal

kepada

PAS

yang

kemudiannya diharamkan oleh British. 15

Artikel Persatuan Sejarah Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin al-Falaki, Pelopor Gerakan Islah Islamiyyah di Tanah Melayu

Artikel ini menjelaskan tentang kehidupan seorang tokoh reformis Islam yang mana pada awalnya pemikiran beliau dipengaruhi oleh tokoh Islah iaitu Sayyid Jamal ad-Din al-Afghani dan Muhammad Abduh. Konsep Islah yang diperjuangkan oleh kedua orang tokoh ini menarik minat beliau untuk mendalami pengetahuannya dalam bidang itu. Selama 20 tahun menuntut ilmu di Mekah, beliau berkesempatan menjadi seorang mutawif bagi orang-orang Jawi menunaikan Haji sambil berkesempatan menurunkan kitab-kitab agama dari Mekah untuk dijual di Pulau Pinang. Selain dikenali di Mekah, Sheikh Tahir Jalaluddin juga dikenali di Perak. Hal ini adalah kerana kealiman dan keahliannya dalam ilmu falak, maka beliau dilantik menjadi Pemeriksa Kiblat Masjid oleh Sultan Perak dan diberi kuasa mengarah Penghulu, Kadi dan Naib Kadi di Perak supaya menurut aturan kiblat yang telah ditetapkannya. Kealiman beliau dalam ilmu agama ini juga menyebabkan Sultan Perak berkenan melantik beliau menjadi Ahli Masyuarat Orang-orang Besar dan Ulama Perak. Di Johor pula, Sheikh Tahir

Jalaluddin menjadi seorang guru agama di Sekolah Agama Johor Baharu dan menjadi Pemeriksa Pelajaran Agama untuk daerah Muar dan Batu Pahat. Beliau juga diberi jawatan sebagai guru ilmu falak di Jabatan Agama Johor. Sheikh Tahir Jalaluddin berpendapat bahawa orang Islam di alam Melayu ini sering terpengaruh dengan pemikiran barat tanpa merujuk kepada al-quran dan as-sunnah dahulu. Dalam bukunya “Kai tata-qaddama ummatul-Melayu” atau “Bagaimana caranya orang Melayu hendak maju” dimana telah menegur sikapsikap orang Melayu yang terlalu terikut-ikut dengan adat orang Arab. Beliau juga telah menyarankan agar sistem pentadbiran agama dirombak semula kerana menampakkan gejala kelemahan dan kejatuhannya seperti para golongan ahli ulama tidak perlu untuk melakukan perubahan kerana diri mereka disanjung mulia oleh masyarakat. Hal ini tidak boleh dibiarkan kerana akan menyebabkan

percanggahan

umat

Islam.

Langkah

untuk

memperbetulkan ini adalah bergantung kepada inisiatif dan daya usaha ketua agama kerana menurut beliau langkah itulah yang memelihara

agama

mereka.

Tambahan

pula,

beliau

sangat

mengambil berat tentang sistem pembelajaran sekolah-sekolah dan menyarankan agar kaedah pembelajaran yang digunakan perlulah mengikut kesesuaian zaman dan perkembangan alam fikiran kanakkanak yang mendapat pendidikan Barat.

16

Jurnal

Transformasi

Pemikiran

Pembaharuan

dan

Modeisme di Malaysia : Satu Penitian Awal Jurnal ini mengupas tentang perkembangan pemikiran Islam melalui proses perubahan bentuk dan corak pemikiran Islam di dunia Islam. Dalam konteks Malaysia, benih-benih kebangkitan semula melalui perkembangan pemikiran dan aliran modenisme ini dapat dilihat melalui penerbitan majalah berkala yang paling awal iaitu Al-Imam

pada tahun 1906-1908. Majalah ini diusahakan oleh sekumpulan intektual ulama pembaharuan Muslim yang berpusat di Singapura, terdiri daripada Sheikh Muhammad al-Kalali, Syeikh Muhammad bin Aqil, Haji Abbas bin Muhammad Taha (1885-1945), Sayyid Syeikh alHadi (1867-1934), dan Sheikh Muhammad Tahir bin Jalaluddin alAzhari (1869-1957). Kumpulan ini dipanggil Kaum Muda, atau golongan berfahaman reformis berbeza dengan Kaum Tua yang identitinya tradisionalis-konservatif. Terma Kaum Muda dan Tua tidak dapat dipastikan dengan tepat bila dan siapa mula-mula memakai gelaran ini. Menurut Roff, terma Kaum Muda dan Tua ini mempunyai makna yang berbagai-bagai sebagaimana yang digunakan oleh orang Melayu di Malaya. Namun Roff tidak menggunakan terma Kaum Muda dengan maksud khusus kepada modenis tetapi lebih umum kepada reformis Islam dan jelas bagi beliau gerakan modenis (reformis) Kaum Muda di Tanah Melayu tidak pernah berjaya membawa

kepada

sokongan

massa

yang

hebat

ke

arah

menyemarakkan protes sosial atau politik. 17

Syeikh Tahir Jalaluddin Pemikir Islam Syeikh Tahir Jalaluddin dan Persoalan Epistemologi Islam

Sheikh Tahir Jalaluddin secara holistiknya telah berjaya menguasai berbagai-bagai bidang ilmu antaranya Fiqh, Tauhid, Saraf, Bayan, Falak

dan

lain-lain.

Antara

yang

menariknya

adalah

beliau

mempelajari bahasa Inggeris dan bahasa Belanda. Beliau amat peka dengan pandangan futuristik yang berkaitan isu globalisasi dengan maksud kehadiran tanpa diundang kuasa-kuasa penjajah Barat seperti Inggeris dan Belanda di Alam Melayu. Fikiran kritisnya persis membayangkan kewujudan anak-anak watannya yang akan menjadi pak turut atau tali barut Benggali Putih di bawah dasar “divide dan rule” yang angkuh dan rakus itu. Menurut beliau, keupayaan menguasai bahasa ibunda kedua-dua penjajah tersebut sebagai

salah satu prasyarat untuk membolehkan mampu beraksi di pentas perjuangan kebebasan dan kemerdekaan. Secara

lazimnya,

sikap

dan

sifat

prihatin

Sheikh

Tahir

Jalaluddin terhadap konsep epistemologi dalam kalangan intelektual Melayu mendapat perhatian yang amat serius daripada beliau. Keseriusan

yang

keintektualan.

dimaksudkan

Menurut

beliau

ialah termasuk

dari

aspek

disiplin

di

dalamnya

kualiti

keterampilan agamawan dalam membawa imej konstruktif terhadap Islam sebagai agama agung yang sempurna lagi sesuai dalam pelbagai situasi dan keadaan. Kritikan beliau dapat dilihat menerusi rencana

bersiri

di

dalam

majalah

Al-Ikhwan

yang

berjudul

“Membetulkan Perjalanan Agama atau Peraturan Perjalanan Kaum Islam’. 18

Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat Balai cerap astrofiqh di Malaysia : Kesinambungan ilmu falak syarie dari Asia Barat

Jurnal ini melihat kepada perkembangan Balai Cerap Astrofiqh di Malaysia yang merupakan satu kesinambungan ilmu falak dari Asia Barat. Kesinambungan ini pada mulanya datang dari para ulama alam Melayu. Para ulama ini telah menuntut ilmu falak di Asia Barat seperti Sheikh Muhammad Arshad al-Banjari (1710-1812M), Sheikh Mohammad Tahir Jalaluddin (1969-1956M), Sheikh Mohammad bin Ismail Daud al-Fatani dan Sheikh Abdullah Fahim dan ramai lagi. Mereka juga merupakan ulama yang arif dalam bidang ilmu fiqh di samping turut menguasai bidang ilmu falak sepertimana AlKhawarizmi, Al-Kindi, Al-Batani, Al-Fazari, Al- Buzjani dan lain-lain lagi. Sheikh Mohammad Tahir Jalauddin merupakan ulama falak yang kedua selepas Sheikh Muhammad Arshad al-Banjari. Beliau

dikenali sebagai Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin al-Falaki alAzhari. Permulaan beliau menuntut ilmu falak adalah semasa beliau menuntut ilmu di Mesir, Universiti al-Azhar. Selain dari ilmu falak, beliau juga turut mempelajari bidang ilmu yang lain seperti ilmu alQuran dan hadis, tauhid, fiqh dan usul fiqh, tafsir dan ilmu hisab. Di dalam jurnal ini juga ada menceritakan tentang nama sesebuah pusat Balai cerap astrofiqh diambil sempena nama-nama ulama alam melayu dalam ilmu falak antaranya ialah Pusat Falak Sheikh Tahir yang terletak di Pulau Pinang mengambil nama tokoh falak negara kita iaitu Sheikh Mohammad Tahir Jalaluddin (1869-1956M). Sheikh Tahir juga telah menulis hasil karangan beliau iaitu Natijah

al-Umur

dan

Jadual

Pati

Kiraan.

Natijah

al-Umur

ini

membincangkan tentang kaedah-kaedah pengiraan dalam kalendar Hijri dan Gregorian, kaedah penentuan arah kiblat dan pengiraan waktu solat. Manakala Jadual Pati Kiraan telah menunjukkan kaedah pengiraan waktu solat dan penentuan arah kiblat. Kesemua warisan yang telah ditinggalkan oleh ulama falak ini telah menjadi rujukan ahli-ahli falak dan akademik masa kini untuk disebarkan kepada masyarakat. 19

Jurnal Sain Sosial dan Kemanusiaan Mesir dan Hubungan awal dengan Masyarakat Melayu

Hubungan Mesir dengan masyarakat Melayu ini dapat dilihat melalui pelbagai aspek antaranya perdagangan, pendidikan, ekonomi dan politik. Ingin difokuskan disini adalah dari aspek pemdidikan. Kemajuan

sesebuah

perkembangan

dalam

kerajaan bidang

amat

bergantung

intelektual

khusunya

kepada bidang

pendidikan. Hubungan pendidikan antra Mesir dengan Alam Melayu ini dapat dilihat menerusi peristiwa pemergian pelajar Melayu ke Mesir untuk menyambung pengajian. Hal ini dapat dilihat menerusi tokoh-tokoh ulama yang melanjutkan pelajaran di Mesir, Universiti

al-Azhar seperti Sheikh Tahir Jalaluddin.

Universiti al-Azhar bukan

sahaja merupakan universiti tertua di dunia, tetapi alumni universiti tersebut juga berjumlah puluhan ribu orang dari seluruh dunia. Namun begitu, hubungan Mesir dengan masyarakat Melayu dalam bidang pendidikan hanya berlaku secara aktif pada tahun 1890-an. Sheikh Tahir Jalaluddin merupakan salah satu penuntut di universiti tersebut selama 12 tahun. Penetapan beliau yang sangat lama di Mesir telah menyebabkan beliau mengikut pemikiran Islah yang tujuannya mengikut kepada pemikiran berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Konsep Islah ini dapat dilihat menerusi akhbar dan majalah islah yang terbit pada waktu itu. Antara intipatinya berkenaan penyalahgunaan konsep “Qadak dan Qadar’ terutama mereka yang menggelar diri mereka sebagai guru agama. Di dalam rencana tentang “Qadak dan Qadar’ yang diketengahkan oleh beliau menerangkan tentang kejayaan manusia di dunia ini berpunca daripada usaha dan ikhtiarnya dan tidak ada kaitan sama sekali dengan faktor “Qadak dan Qadar”. 20

Jurnal Pengajian Media Malaysia Majalah terbitan Al-Arqam dalam penerbitan majalah agama

di Malaysia Perkembangan majalah berunsurkan agama pada abad ke-20 menyumbang kepada perkembangan tradisi penulisan dalam bidang agama. Pelopor penerbitan majalah Islam adalah mereka yang latar belakangnya mempunyai pengalaman menuntut ilmu di Timur Tengah iaitu Sheikh Mohammad Tahir Jalaluddin al-Azhari dari Minangkabau yang menjadi pengarang al-Imam yang pertama. Hasil dari majalah al-Imam itu adalah merupakan satu permulaan untuk majalah lain diterbitkan pada masa akan datang seperti al-Arqam. Majalah-majalah lain yang diterbitkan adalah seperti Pengasuh, alManar, dan lain-lain.

Selain jabatan agama yang terbitkan majalah, majalah agama juga diterbitkan oleh Persatuan kebudayaan dan kebajikan. Maka perkembangan

tokoh

ulama

dalam

penulisan

majalah

ini

menunjukkan perkembangan yang lebih mendalam terutama di Malaysia dalam penerbitan majalah agama berbentuk tulisan jawi . Umumnya al-Arqam ini adalah suatu badan dakwah islamiah yang cergas

dalam

penerbitan

majalah

di

Negara

ini

dimana

isi

kandungannya adalah sama dengan al-Imam Cuma diperbaharui mengikut kehendak zaman.

RUJUKAN Alias Mohamed. 1984. Gerakan Sosial & Politik Kelantan. Insular Publishing House. Kuala Lumpur. Abu Hanifah Haris & Mohammad Redzuan Othman. 2014. Mesir dan Hubungan Awal dengan Masyarakat Melayu. Jurnal of Sciences and Humanities 1(1) : 57-72 Abd Latif Juffri & Masnorindah Mohd Masry. 2010. 40 Tokoh Ulama Johor. Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Ugama Malaysia Barat. Johor

Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, Hakim Zainal, Izziah Suryani Mat Resad, Maheram Ahmad, Md Nor Abdullah, Napisah Karimah Ismail & Zamri

Arifin.

2011.

Ulama

Pemacu

Transformasi

Negara.

Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV, hlmn. 272-278. Farid Mat Zain, Jaffary Awang & Rabitah Mohd Ghazali. 2006. Ketokohan dan Pemikiran Ulama Melayu. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara 111. Hlm. 365-374. Ibnor Azli Ibrahim, Mohd Razlan Ahmad & Mohd Hafiz Safiai. 2013. Balai Cerap Astrofiqh di Malaysia: Kesinambungan Ilmu Falak Syarie dari Asia Barat. Jurnal Antarabangsa Asia Barat. 5(2) : 35-50 Ismail Che Daud. 1988. Tokoh-tokoh Ulama Semenanjung (1). Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Kota Bharu. Ismail

Mat.

1992.

Ulama

Silam

dalam

Kenangan.

Universiti

Kebangsaan Malaysia. Bangi. Ishak Saat. 2011. Radikalisme Melayu Perak 1945-1970. Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang. Kamarudin Salleh. 2012. Transformasi Pemikiran Pembaharuan dan Modenisme di Malaysia : Satu Penelitian Awal. Jurnal Pemikiran Islam Antrabangsa. Jil 2 : 23-37 Kamarudin Salleh. 2014. Ulasan Buku. Jurnal al-Hikmah 6(1) : 136140

Mohd Sarim Haji Mustajab. 1977. Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin al-Falaki , Pelopor Gerakan Islah Islamiyyah di Tanah Melayu. Persatuan Sejarah Malaysia. Mustaffa Abdullah. 2012. Pengaruh Tafsir al-Manar dan Kesannya kepada

perjuangan

Reformis

Tempatan

memartabatkan

pendidikan orang-orang Melayu. Jurnal Pengajian Melayu jil 19 : 108-125 Nik Mohamed. 1985. Warisan Kelantan IV. United Selangor Press Sdn Bhd. Kuala Lumpur. Noorzahidah Mohd Zain & Ahmad Faisal. 2014. Sheikh Tahir Jalaluddin dan Karya Bertulisan Jawi Beliau di Arkib Negara Malaysia. Jurnal al-Muqaddimah. 2(1) : 29-38 Riduan Mohanad Nor & Nohd Fadli Ghani. Ulama’ Dalam sorotan Perjuangan Kemerdekaan. MHI Publication. Selangor Roosfa Hashim. t.th. Majalah Terbitan al-Arqam dalam penerbitan Majalah Agama di Malaysia. Jurnal Pengajian Media Malaysia hlmn : 33-45 Sohaimi Abdul Aziz. 2003. Sheikh Tahir Jalaluddin Pemikir Islam. Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang Tajuddin Saman. Tokoh Ulama Nusantara. Berita Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur Wan Mohd Shaghir Abdullah. 2004. Koleksi Ulama Nusantara Jilid 1. Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah. Kuala Lumpur.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF