Download Sepanjang Menyertai Bengkel Dual Language Program...
Description
Refleksi Dual Language Program(DLP) Disediakan oleh : Nur Amalia Binti Yusof
Bengkel Dual Language Program(DLP) telah dilaksanakan di Balai kerapatan Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar pada 15 dan 16 November 2018 yang dikendalikan oleh Puan Nordiana binti Yusof dan Puan Hajah Rugayah Binti Tambi melibatkan pelajar opsyen sains dan elektif sains.
Saya sebelum ini sudah melaksanakan sesi PdPc menggunakan Bahasa Inggeris mengikut program DLP dalam subjek sains, namun pelbagai halangan yang menyebabkan saya tidak dapat bertutur dengan baik seperti kurang pengetahuan kata kerja dalam bahasa inggeris yang menjadikan sesi PdPc yang saya jalankan tidak berjalan dengan lancar. Sesuai dengan aktiviti yang dilaksanakan semasa program ini, dimana saya didedahkan pelbagai cara yang menjadikan saya sebagai guru pelatih, dapat membuat persediaan yang lebih baik sekiranya saya diberi peluang untuk melaksanakan sesi PdPc secara DLP seperti menterjemahkan pelbagai kata kerja bahasa melayu kepada bahasa inggeris.
Melalui program ini juga, saya telah memperbetulkan persepsi terhadap pelaksanaan DLP dimana setiap guru pelatih kebanyakkannya kurang mahir dalam penggunaan bahasa inggeris juga dapat melaksanakan PdPc dengan baik. Hal ini kerana bahasa inggeris yang dituturkan perlu teliti dalam penggunaan ayat yang betul tetapi tidak semestinya mematuhi hukum tatabahasa yang ditetapkan dalam bahasa inggeris. Penambahbaikan boleh dilaksanakan setelah guru pelatih mahir berbahasa inggeris kerana guru sains juga perlu menguasai kebolehan berbahasa inggeris bagi memudahak murid memahami apa isi pengajaran yang disampaikan serta dapat membantu murid meningkatkan penguasaan bahasa inggeris dengan lebih tepat.
Program ini juga telah dilaksanakan dengan lancar, namun aktiviti yang dilaksanakan semasa program tidak mengikut jadual yang ditetapkan. Malah, kelemahan saya sendiri sebagai peserta program juga gagal dalam pengurusan dalam masa yang baik. Hal ini mungkin kerana sesi aktiviti yang mengambil masa yang agak lama bagi menyediakan bahan pembentangan dan melibatkan
perbincangan dengan kebolehan ahli yang pelbagai. Selain itu, pengelibatan ahli yang menyertai program ini juga tidak menyeluruh. Hal ini kerana, terdapat juga ahli dalam sesetengah kumpulan yang tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang dilaksanakan.
Pelbagai input tambahan mengenai pelaksanaan DLP disampaikan melalui program ini bagi membantu guru pelatih mempraktikkannya di dalam bilik darjah namun kemahiran komunikasi dalam bahasa inggeris bukan sahaja terletak pada pengetahuan bahasa inggeris. Penambahbaikan dapat dilaksanakan dengan memotivasikan guru pelatih untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris supaya guru pelatih tidak terbeban dengan melaksanakan sesi PdPc dalam bahasa inggeris.
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.