Sejarah Tingkatan 3 (Haji Abdul Rahman Limbong)

July 23, 2017 | Author: NoR HaZMi BiN KaMaRuZaMaN... | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Untuk Maklumat Lanjut Sila Tadah Tangan Dan Minta Yang Berada Di Atas Langit Itu..... Maklumat Lanjut Email Kepada NHK ...

Description

BIODATA HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG NAMA : Haji Abdur Rahman bin Haji Abdul Hamid bin Haji Abdul Qadir atau lebih dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Limbong kerana beliau kerap ke Limbong , Kemaman untuk mengajar. TARIKH LAHIR : Tahun 1285 H/ 1868M KEMATIAN : Meninggal dunia di Mekah , 1347 H / 1929M KETURUNAN : Datuk neneknya berasal dari Patani dan Terengganu.

PENDIDIKAN HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG 

Haji Abdul Rahman Limbong mendapat pendidikan asas ilmu-ilmu Islam sejak kecil di Mekah.

 Diantara gurunya ialah : •

Haji Tun Muhammad, salah seorang ayah saudaranya yang mengajarnya ketika kanak-kanak.



Haji Ya’qub dan Haji Musa yang tinggal di Paya Bunga mengajarnya ketika pulang ke Terengganu.



Tok Ku Paloh.



Haji Abdul Rahman Limbong juga seperti gurunya Tok Ku Paloh, adalah seorang pengamal Tarikat Sammaniyah.



Haji Abdur Rahman Limbong adalah seorang sufi yang pernah menjadi peguam.

DAKWAH HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG Setelah menguasai ilmu yang padu dan memadai Haji Abdul Rahman Limbong aktif mengajar masyarakat di Hulu Terengganu. Kitab-kitab yang beliau ajar meliputi beberapa disiplin ilmu, antaranya ialah al-Ajrumiyah hingga kepada Mutammiman dan Tashil Nail al-Amani mengenai ilmu nahu, semuanya dalam bahasa Arab. Matn Umm al-Barahin, mengenai ilmu tauhid. Untuk lebih memantapkan juga diajarkan kitab-kitab tauhid bahasa Melayu, yang pasti tidak diabaikan ialah Faridah al-Faraid dan ad-Durr ats-Tsamin. Kitab fikah bahasa Arab yang pernah diajarkan oleh Haji Abdul Rahman Limbong ialah Kitab Tahrir dan ilmu tasawuf iaitu Hidayah as-Salikin dan ad-Durr an-Nafis keduaduanya dalam bahasa Melayu. Selain mengajar, Haji Abdul Rahman Limbong adalah seorang ulama yang suka mengembara atau merantau ke beberapa buah negeri di dalam mengembangkan syiar Islam. Antara tempat yang pernah menerima kunjungan beliau adalah Beserah dan Kuantan di Pahang, Kelantan, Patani, Kedah, Sambas di Kalimantan, Jambi dan Riau di Sumatera dan Brunei.

FAKTOR KEBANGKITAN TANI  Penguatkuasaan Undang-Undang Binatang Buas. •

Undang-undang Kawalan Binatang Buas tahun 1923 melarang penduduk memburu binatang liar.



Mereka yang ingkar dikenakan denda 500 dolar dan senapang mereka akan dirampas.

 Pas Kebenaran Yang Membebankan • Peraturan tanah baru tahun 1921 menghendaki petani yang ingin membuka tanah dan bercucuk tanam mendapatkan pas kebernaran dengan bayaran 50 sen. •

Peraturan sama dikenakan jika menebang pokok dan mengutip hasil hutan (daun nipah , buah salak , rotan , daun palas ).



Peraturan ini membebankan petani yang sedia miskin.

 Peraturan Tanah Baru. • Peraturan tanah tahun 1924 mewajibkan penduduk mendaftar tanah mereka dengan bayaran 2.50 ringgit setiap seorang  Pengaruh Pemimpin Agama. •

Pemimpin agama memainkan peranan penting dalam kebangkitan antiBritish



Haji Abdul Rahman Limbong menegaskan tanah adalah hak Allah dan rakyat bebas mengerjakannya tanpa membayar cukai kepada kerajaan.

• Haji Musa Abdul Ghani menyifatkan peraturan british bertentangan dengan syariah Islam.  Cukai Yang Dikenakan British. • di

Dalam tahun 1920-an, Inggeris campur tangan untuk mentadbir tanah lokasi Kuala Telemong hingga ke Ulu Telemong.

• Setiap ekar tanah yang dibuka oleh rakyat dikenakan cukai oleh penjajah Inggeris.

KEBANGKITAN TANI (1922-1928)  Tahun 1922 •

Petani di Kuala Telemong menentang peraturan baru dengan membersihkan tanah tanpa mengambil pas kebernaran.



British menangkap 43 orang petani dan mendakwa mereka di mahkamah.



Haji Abdul Rahman Limbong bertindak sebagai peguam



Pihak British gagal mematahkan hujahnya bahawa tanah yang dibuka oleh rakyat itu adalah hak Allah bukannya hak negeri dan adalah tanah pusaka peninggalan orang-orang tua mereka yang datang dari Johor bersama-sama dengan Sultan Zainal Abidin I , Sultan Terengganu yang pertama.



Mahkamah menerima hujah tersebut dan mebebaskan mereka.

 Tahun 1925 • Seramai 300 – 500 orang petani berkumpul di Kuala Telemong ubtu bercucuk tanam. •

Mereka membersihkan 200 hektar tanah milik Tengku Nik Maimunah dan 400 hektar tanah kerajaan.



Tindakan itu dilakukan setelah mengetahui British akan memberi konsesi tanah tersebut kepada saudagar Cina.



British mendesak Sultan Sulaiman supaya bertibdak terhadap Haji Abdul Rahman Limbong.

• Haji Abdul Rahman Limbong menjelaskan kepada sultan bahawa pentadbiran British di daerah Kuala Berang menindas rakyat.

 Tahun 1928 •

British mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap petani yang enggan membayar cukai.



Ancaman itu menyebabkan 1000 orang petani berhimpun di Marang , Kuala Berang dan kuala Telemong.



Mereka mengisytiharkan perang terhadap British.



Mereka menduduki balai polis dan bangunan kerajaan di Kuala Berang serta mengibarkan bendera merah.



British meminta bantuan tentera dari Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.



Pertempuran berlaku di Padang Kacong.



Serami 12 orang petani terkorban dan semua pemimpin petani ditangkap termasuklah Haji Abdul Rahman Limbong.



Mereka dibicarakan di Terengganu.



Haji Abdul Rahman Limbong dijatuhi hukuman buang negeri ke Makkah atas tuduhan menghasut serta mencetuskan kebangkitan.

Walau bagaimanapun, menurut laporan oleh H. W. Thomson dan J. L. Humphreys, Haji Abdul Rahman Limbong dan pengikutnya dilabel sebagai sebagai penderhaka kepada kerajaan Terengganu. Akhirnya Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap dan dibuang ke Singapura dan selanjutnya dibuang ke Mekah dalam tahun 1928. Setahun kemudian, ulama pejuang Islam berbangsa Melayu itu meninggal dunia di sana.

Gambar ketika penduduk Limbong menunggu keputusan hakim terhadap kesalahan Haji abdul Rahman Limbong di luar mahkamah.

DAH HABIS

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF