Sejarah Perkembangan Tamadun Islam Di Andalus Dan Pengaliran Ke Eropah - Safwah

April 14, 2018 | Author: Izhan Abd Rahim | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

fghjjjjjjjjjj...

Description

TAJUK 9 : SEJARAH PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM DI ANDALUS (SEPANYOL) DAN PENGALIRAN KE EROPAH : FAKTOR DAN KESAN

DISEDIAKAN OLEH

: SAFWAH BINTI BASIR

MATRIK NO

: 2016605736

KUMPULAN

: NBMSF2A

SUBJEK

: CTU151

DISEDIAKAN UNTUK : WAN ISMAIL BIN MUHAMAD

ISI KANDUNGAN NO.

TAJUK

MUKA

1

PENGHARGAAN

SURAT 2

2

PENDAHULUAN

3-4

3

FAKTOR PERKEMBANGAN KEILMUAN DI ANDALUSIA

5-10

4

KESAN KEBANGKITAN EROPAH

11-13

5

KESIMPULAN

14

8

RUJUKAN/BIBLIOGRAFI

15

PEMARKAHAN 1

PENDAH UL UAN

/1

2

I SI DAN H URA I AN

/8

3

KES I M PULAN

/2

4

RUJ UKAN/BIBL I OGR AFI

/2

5

ETI KA M OR AL & PRO FES I ONAL

/2 JUMLAH

1

/15

1) PENGHARGAAN Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak UiTM khasnya Encik Wan Ismail Bin Mohamad kerana memberi sokongan dan kelulusan kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus ini. Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan sekelas kerana telah meluangkan banyak masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Seterusnya, saya juga berterima kasih kepada semua rakan seperjuangan yang telah memberikan nasihat dan galakan kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini. Khas untuk ibu bapa saya yang tercinta, Encik Basir Bin Pairin dan Puan Fatimah Binti Mohamad, jutaan terima kasih dirakamkan kerana memberikan sokongan moral dan kewangan kepada saya sepanjang masa. Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.

2

2) PENDAHULUAN 2.1

SEJARAH

PER KEM BANGAN TAM ADUN I SLA M DI ANDAL US (SEPANYO L)

DAN PENGALI RAN KE ER OP AH

Andalusia atau Andalus bermaksud “kehijauan di penghujung musim panas ” merupakan sebuah kerajaan islam (711M-1492M) yang terkenal dan merupakan suatu daerah yang terlalu asing di mana tidak terfikir pada mata kasar manusia pada awal abad pertumbuhan islam di Timur Tengah. Andalus juga kini adalah sebahagian daripada negara maju iaitu Sepanyol/Sicily dan juga Portugal. Islam telah melahirkan mujahid seperti Musa Bin Nusair, Tariff dan Tariq Bin Ziyad yang menjadi tokoh-tokoh terunggul dan pemerintah Bani Umayyah di Andalus dan beberapa kerajaan kecil selepasnya telah berjaya menghasilkan satu ketamadunan yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kuasa sebelum ataupun sezaman dengannya. Tetapi akhirnya runtuh yang berpunca daripada kelemahan dan perpecahan di kalangan umat islam sendiri. Andalusia telah menduduki oleh bangsa Phoenician yang menemui wilayah Cadiz, pada abad ke 9SM. Kemudian, Grek menakluki Andalusai pada abad ke 3SM. Di bawah pemerintahan Rumawi antara 210 hingga 206SM, Andalusia telah menjadi tempat kelahiran kerajan Trajan dan Theodosius I. kemudian, pada abad ke 5M andalus jatuh ke tangan bangsa Yahudi dan Vandal dan diikuti oleh pemerintahan kerajaan Visigoth pada tahun 530M. Pada tahun 711M, kerajaan islam iaitu, kerajaan Bani Umayyah berjaya menakluki Andalusia daripada cengkaman pemerintahan Visigoth yang bersifat kuku besi. Kemudian,

3

kerajaan-kerajaan kecil menguasai Andalusia selepas kejatuhan kerajaan Bani Umayyah bermula dari tahun 1031M. Secara geografinya, Andalus terletak di benua Eropah dan mempunyai keluasannya kirakira 504,750KM persegi. Kawasan jajahan Andalusia termasuklah Portugal, Selatan Perancis hingga Pulau Elearic dan terkecuali daripada bahagian utara yang di bawah taklukan Kristian Leon. Andalusia meliputi sebahagian besar semenanjung Iberia yang terletak di bahagian selatan.

4

3) FAKTOR PERKEMBANGAN KEILMUAN DI ANDALUSIA 3.1 SI KAP P EMERI NTAH

Amir-amir menjalankan pemerintahan dnegan tegas dan mengambil tindakan segera. Contohnya Abdul Rahman I, telah mengambil pelbagai langkah untuk menyelesaikan masalah yang berlaku seperti mengukuhkan pentadbiran dan benteng negara dengan menubuhkan division tentera yang diketuai oleh hamba-hamba dari utara Pyrenees dan juga berhati-hati memilih pemimpin selepasnya kelas. Selain itu, Abdul Rahman II (822-852) banyak mendirikan insitusi keilmuan di setiap Kota Andalus dan juga menggalakkan saujana-saujana dari luar Andalus datang mengajar di institusi tersebut untuk masyarakat umum. Hisyam I terkenal kerana berjasa dalam menegakkan hukum islam, dan Hakam I dikenali sebagai pembaharuan dalam bidang ketenteraan. Sedangkan Abdul Rahman II dikenali sebagai pentadbir yang cintakan ilmu.

3.2 SI KAP M ASYARAKAT

Masyarakat islam Andalus menaruh perhatian besar terhadap kegiatan keilmuan. Minat mereka dalam mencari dan mendalami berbagai bidang ilmu pengetahuan amat dikagumi. Setiap lapisan masyarakat Andalus bermula daripada para pemerintah sehingga masyarakat awam tidak kira lelaki atau wanita, sama-sama berlumba-lumba untuk mempelajari dan mendalami pelbagai cabang ilmu pengetahuan. Minat mereka terhadap pelajaran tidak terbatas atau cukup di dalam

5

negara mereka sahaja, tetapi mereka sanggup merantau dan mengembara semata-mata untuk mencari dan menambahkan ilmu pengetahuan. Masyarakat Andalus juga amat berminat dalam pengumpulan buku-buku ilmiah daripada pelbagai bidang. Minat mengumpulkan buku ini dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat di Andalus termasuk wanita dan golongan hamba. Bagi golongan wanita yang miskin, mereka juga tidak melepaskan peluang untuk melibatkan diri dalam bidang keilmuan dengan bekerja sebagai penyalin kitab suci al-Quran dan buku-buku ilmiah lain.

3.3 GES AAN AL -Q URAN DAN H ADI S

Islam

menegaskan

umatnya

untuk

mengambil

berat

terhadap

kemajuan

ilmu

pengetahuan. Melalui al-Quran dan al-Sunnah, umat islam digesa supaya berusaha menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada dengan menggunakan akala fikiran yang telah dikurniakan oleh Allah. Umat islam wajib mempelajari semua bidang ilmu yang berkait dengan keperluan dan kepentingan masyarakat islam. Tanpa pengusaan yang sewajarnya terhadap ilmu-ilmu tersebut dan tidak memungkinkan umat islam mencapai kestabilan dan keselesaan dalam kehidupan sebagai individu, masyarakat dan negara.

Kehadiran islam di Andalus telah mencetuskan suasana keilmuan. Ramai kalangan umat islam yang berhijrah ke Andalaus memainkan peranan penting dalam bidang perkembangan intelektual. Andalus berjaya menghasilkan ramai cendikiawan dan muncul sebagai sebuah obor yang menyinari Eropah yang berada dalam kegelapan itu. Sejarah mencatatkan bahawa di bawah pemerintahan dan pentadbiran islam hampir tidak ada rakyat Andalus yang buta huruf. Malah umat islam dan masyarakat Andalus sama-sama bergabung tenaga dan terus mengorak langkah 6

kearah kemajuan hidup yang lebih menyeluruh mencukupi seluruh dimensi spiritual, fizikal dan intelektual.

3.4 KES UNGG UHAN ULAM A

Faktor yang mempercepatkan perkembangan ilmu pengetahuan di Andalus ialah kesungguhan pada ulama. Semasa pembukaan Andalus pada cendikiawan dan ulama islam telah sama-sama datang sebagai tentera. Mereka membawa bersama ilmu dan pengalaman untuk dikembangkan dan dicurahkan kepada penduduk Andalus. Pada peringkat awal, ulama berperanan menerangkan akidah dan menyelesaikan soal-soal asas yang dihadapi seperti ilmu syariat dan bahasa. Kemudian mereka turut menyebarkan ilmu pengetahuan dan memberikan glaakan kepada masyarakat untuk mendpatkan ilmu.

3.5 AKTIVITI

PENTER JEMAHAN

Pusat penterjemahan yang terpenting di Andalus ialah di Toledo. Pelbagai karyaa arab diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin. Antara penterjemah yang terbaik ialah Bathras Al-Funsi dan Hanna Al-Eshbily. Pusat-pusat pendidikan Arab-Latin banyak disediakan di Toledo dan Seville. Golongan yahudi juga banyak memainkan peranan memterjemahkan karya arab ke bahasa latin. Antaranya ialah Solomon ben Gabirol dan Moses Be Maimoon yang merupakan sarjana dan ahli falsafah terkenal. Ilmi-ilmu yang diterjemahkan adalah meliputi bidang kejuruteraan, astronomi, kimia, perubatan, falsafah dan sebagainya.

7

Ringkasnya, aktiviti penterjemahan ini telah mencipta sejarah untuk masyarakat Eropah yang pada ketika itu berada dalam zaman kegelapan pada abad pertengahan telah beransur-ansur menuju ke zaman Renaissance. Tetapi malangnya, perkembangan ilmu sains dan teknologi di barat tidak seperti perkembangan ilmu dalam tamadun islam kerana ilmuan mereka memisahkan ilmu dari agama yang menafikan Tuhan sehingga melahirkan fahaman Ateis dan materialism. Oleh sebab itu, barat moden muncul dengan sikap permusuhannya terhadap agama.

3.6 KES TABIL AN ANDALUS I A

Kestabilan politik, ekonomi dan sosial di Andalusia turut menjadi penyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan. Keistimewaan komuniti Andalusia yang bersiafat multi-racial seperti islam, yahudi dan kristian mewujudkan daya saing dan budaya ilmu memberangsangkan. Ia juga melahirkan ulama dan ahli fikir daripada pelbagai bangsa. Sikap dan corak pentadbiran pemerintah yang tidak membezakan antara islam dan bukan islam member dorongan kepada semua lapisan masyarakat untuk mendapatkan ilmu, fenomena kepelbagaian bangsa, budaya and tamadun telah memperkayakan dan memantapkan identiti, komuniti dan intelektual. Di samping sikap pemerintah, kerjasama para ulama dan cendikiawan serta penyertaan masyarakat secara kolektif meningkatkan kecemerlangan ilmu pada masa itu. Pemerintah turut menggalakkan wanita dalam aktivi keilmuan. Mereka diberi kesempatan untuk belajar daripada peringkat kanak-kanak hingga dewasa. Selepas itu mereka dilibatkan pula dalam usaha-usaha mengumpul dan mengemaskini buku-buku di perpustakaan. Antara yang terkenal ialah Maznah, penulis kepada Khalifah Nasirudindullah and Aisyah Binti Ahmad Khadim, seorang yang mahir dan pakar dalam kesusasteraan dan seni khat.

8

3.7 PER KEM BANGAN PER PUS TAKAAN

Perpustakan merupakan institusi yang memainkan peranan penting bagi pertumbuhan seterusnya perkembangan institusi pengajian ilmu. Ia merupakan tempat untuk mengumpul bahan-bahan atau sumber-sumber ilmu pada zaman lalu dan kini yang digunakan sebagai rujukan bagi menimba ilmu pengetahuan. Ketika institusi perpustakaan sedang giat berkembang di wilayah islam di bahagian timur di bawah kekuasaan Bani Abbasyiah di Baghdad, Andalusia di bawah pemerintahan Bani Umayyah juga giat membangun dan memperkembangkan institusi tersebut. Perpustakaan Diraja Cordova adalah perpustakaan rasmi pertama didirikan di Andalusia yang diasaskan oleh Abdul Rahman II. Perpustakaan ini kemudiannya diperbesarkan oleh Abdul Rahman III. Perpustakan ini memiliki ratusan ribu kitab dalam ratusan ribu judul. Al-Hakam II mengambil inisiatif menghantar wakil-wakilnya mencari dan mengumpulkan buku-buku yang terdapat di seluruh jajahan islam. Buku–buku tersebut disimpan dalam perpustakaan Diraja Cordova. Beliau juga mengalakkan rakyat Andalusia belajar di Timur Tengah terutama di Kahera, Baghdad dan Damsyik untuk mendalami ilmu perubatan, arkitektur dan sains tulen. Mereka digalakkan membeli dan membawa buku-buku balik ke Andalusia setelah tamat pengajian. Pada zaman Al-Hakam II terdapat sebanyak 70 buah perpustakaan awam tidak termasuk perpustakaan Diraja dan 1000 buah institusi pengajian tinggi yang terdapat di semua bandar yang mempunyai perpustakaan masing-masing. Ratusan pekerja terlibat bertugas di setipa perpustakaan yang didirikan berhampiran setiap university. Pekerja-pekerja juga ditugaskan

9

menyalin dan menghias buku-buku baru serta mengedarkannya secara percuma kepada para sarjana di seluruh Negara. Terdapat juga perpustakaan persendirian yang didirikan oleh golongan bangsawan dan para sasterawan. Perpustakaan persendirian terkenal ada zaman itu ialah Ibn Futais di Cordova. Perpustakaan Yusuf bin Ismail, salah seorang menteri Granada mempunyai perpustakaan terkenal di Granada. Kaum wanita juga tidak ketinggalan dalam usaha membuat koleksi buku dan menubuhkan perpustakaan. Antara wanita termasyur yang memiliki perpustakaan peribadi ialah Aisyah binti Ahmad Mohd. Khadim yang merupakan salah seorang wanita terpelajar pada zaman itu. Perpustakaan beliau adalah antara yang mempunyai koleksi buku terbanyak.

10

4) KESAN KEBANGKITAN EROPAH 4.1 BIDANG P EMI KIRAN

Ahli falsafah islam Ibnu Tufyal dengan karyanya “Hay Ibn Yaqzan” yang mengungkapkan bahawa manusia mengetahui Allah tanpa wahyu dan guru telah mempengaruhi pemikiran orang barat. Karya ini telah diterjemahkan dalam bahasa Latin oleh Roger Bacon. Begitu juga Ibn Ruysd, telah mempengaruhi ahli falsafah Eropah sejak abad ke-12M lagi. Pada abad ke-16 Masihi, falsafah Ibn Ruysd telah diamalkan secara rasmi oleh golongan terpelajar di Itali.

4.2 BIDANG MATEM ATIK

Ramai penuntut eropah yang datang mengajar di Andalus. Penuntut-penuntut ini telah muncul sebagai pakar dalam bidang tersebut termasuklah Adalard telah menterjemahkan karya Al-Khawarizmi yang menulis tentang teori geometri dalam matematik dan saintifik. Beliau telah menggunakan nombor-nombor Arab dalam terjemahannya. Seterusnya Gelbert of Aurillic juga salah seorang pakar yang mempelajari ilmu matematik dan astronomi yang pada ketika itu masih dilarang di Eropah. Beliaulah yang memperkenalkan bentuk angka arab Andalus yang dikenali dengan huruf Al-Ghubbar ke Eropah.

11

4.3 BI DANG AS TRO NOMI

Terdapat beberapa karya karangan Abi Ma’syar dan jugaa K hawarizmi telah diterjemahkan ke Bahasa Latin oleh Adalard of Bath dan John of Seville. Ini telah dibuktikan dengan beberapa istilah yang dipinjam daripada bahasa arab untuk kajian mereka.

4.4 BI DANG SENI BI NA

Seni bina islam turut mempengaruhi cirri-ciri seni bina Eropah. Antara binaan menara dan kubah terkemuka di San Miguel De Escolada turut merupakan kubah yang terpengaruh. Keadaan yang sama berlaku dalam binaan kubah-kubah Perancis iaitu di akhir kurun 11M seperti di hospital, Sarini-Balaise dan kubah gereja Saint-Croux De Oloron yang terdapat persamaan dengan kubah masjid Al-Bab Al-Mardum di Tuyaltulah (Toledo) Hiasan-hiasan berbentuk tumbuan dan geometri yang mempunyai kehalusan kesenian arab sangat berkesan dalam kesenian Eropah dan turut dikenali dengan nama (Ara Bisque) , ditambah juga dnegan khat al-kufi iaitu kesenian yang berbetuk lukisan yang cantik dan halus dan berkembang di eropah dengan pesatnya.

4.5 HUBUNG AN DI PLOMATI K

Perkembangan intelektual yang pesat di Andalus telah menarik perharian raja-raja di Eropah seperti pemerintah Jerman, Perancis, Britain dan Itali. Contohnya Raja Philips telah menghantar dutanya menemui Khalifah Hisham I, semata-mata untuk membuat penyelidikan terhdap undang-undang yang diamalkan di Andalus. Begitu juga dengan raja Jerman yang 12

menghantar satu misi akademik yang diketuai oleh Weelmin. Raja George II dari England pula telah menghantar anak saudaranya Putera Dubani mengetuai 8 rombongan yang terdiri daripada 8 orang ke Andalus pada awal abad ke 15H dengan tujuan untuk menimba ilmu pengetahuan di andalus.

4.6 PEP ERANGAN S AL I B

Tidak dapat dinafikan bahawa cara hidup umat islam yang telah mengalami zaman kegemilangan tamadun berjaya memikat hati tentera Salibiyyah. Contohnya, mereka mula mengenali manisan gula di mana sebelum ini orang Eropah lebih mengenali manisan madu lebah. Perkataan sugar (inggeris) di pinjam daripada perkataan sakkar (arab) oleh orang Eropah semasa perang salib. Mereka juga mengambil berat mengenai kebersihan islam sewaktu perang salib pada masa itu. Perkataan sabun atau soap (inggeris) berasal daripada bahasa Arab iaitu sobun. Mereka telah meniru banyak hal ehwal berkaitan dengan teknologi dan seni peperangan daripada tentera-tentera islam. Contohnya, cara membuat senjata manjanik, menggunkan perisai dan cara komunikasi menerusi burung merpati.

4.7 AKTI VITI PER DAGANG AN

Pedagang-pedagang dari negara-negara islam telah mempunyai hubungan yang rapat dengan para pedagang islam dari Andalus. Pelbagai sistem nilai dan keilmuan islam berjaya dikuasai oleh masyarakat Kristian melalui pada pedagang ini.

13

5) KESIMPULAN Kesimpulannya, sumbangan yang diberikan orang Islam kepada orang Eropah adalah sangat berharga. Kemajuan yang dicapai oleh masyarakat Eropah pada hari ini adalah sumbangan daripada orang Islam. Orang Eropah banyak berhutang budi kepada orang Islam. Tetapi akibat perpecahan umat lslam dan masalah-masalah yang dihadapi oleh kerajaan lslam, tamadun ini tidak dapat dikekalkan malah digantikan dengan kebangkitan Eropah ataupun dikenali sebagai Zaman Renaissance. Zaman kegemilangan dan keunggulan umat lslam hanya ada di Andalus suatu masa dahulu.

Umat lslam di era globalisasi ini pula amat sukar untuk berdiri megah seperti tamadun lslam di Andalus. Namun sumbangan tamadun lslam di Andalus dapat menarik minat orang Barat untuk mengubah hidup mereka yang berada di zaman kegelapan pada masa itu terutamanya dalam bidang ilmu pengetahuan. Oleh itu, kita sebagai umat Islam mesti bersatupadu dalam mempertahankan Islam dari ancaman musuh sama ada melalui fizikal atau mentaliti.

Umat lslam di era globalisasi ini pula amat sukar untuk berdiri megah seperti tamadun lslam di Andalus. Namun sumbangan tamadun lslam di Andalus dapat menarik minat orang Barat untuk mengubah hidup mereka yang berada di zaman kegelapan pada masa itu terutamanya dalam bidang ilmu pengetahuan. Oleh itu, kita sebagai umat Islam mesti bersatupadu dalam mempertahankan Islam dari ancaman musuh sama ada melalui fizikal atau mentaliti.

14

6) RUJUKAN/BIBLIOGRAFI 6.1 - http://kekeringan.blogspot.my/sejarah-peradaban-islam-di-andalusia 6.2 - http://www.tarbawi.my/2013/06/kisah-jatuh-bangun-pemerintahan-islam.html 6.3 - Merduati, Runtuhnya Kekuasaan Islam di Spanyol dan Implikasinya Terhadap Umat Islam di Eropa, Banda Aceh: Ar-Raniry Press, 2007 6.4 - Journey to Andalusia, Marfuah Parji Astutu, Penerbit : Bhuana ilmu popular, cetakan ke-1, 2016 6.5 - Bangkit dan runtuhnya Andalusia, DR. Raghib As-Sirjani, penerbit : Pustaka AL-Kautsar, 2004 6.6 - Pengantar Tamadun Dan Sejarah Pemikiran Islam, Ramawan bin Ab. Rahman, Penerbitan Alambaca Sbn Bhd,Cetakan kedua 2012

15

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF