Sejarah Melayu atau sulalatus salatin...cnck
February 6, 2018 | Author: cnck | Category: N/A
Short Description
assigment...
Description
Ahli-ahli sejarah professional enggan mengguna teks klasik Melayu tradisional kerana isi kandungannya termasuk mitos, khayalan dan legenda. Sejauhmanakah anda bersetuju dengan komen tersebut dengan merujuk teks-teks tertentu.
Para Sejarawan moden seperti J.C.Bottoms, R.O Wistedt dan sebagainya telah menolak dan enggan menggunakan teks klasik Melayu kerana kandungannya termasuk mitos, khayalan dan lagenda. Istilah sejarah moden barat lebih menjurus kepada pendapat R.G.Collingwood yang telah menyatakan semua sejarah adalah sejarah pemikiran yang harus bersifat objektif, humanistik, rasional.1
Mitos ialah cerita rakyat
yang mempunyai unsur keajaiban, unsur luar biasa pada manusia dan makhluk-makhluk
lain.
Manakala
lagenda
adalah
unsur-unsur
keistimewaan seseorang tokoh seperti ketangkasan, ketebalan, kekuatan dan sebagainya.2 Melalui pendirian inilah karya tradisional telah ditolak. Berdasarkan isu ini saya akan membahaskan berdasarkan teks Klasik Sejarah Melayu .Jelasnya, Sejarah Melayu memang mempunyai unsurunsur ini. Sejarah Melayu ditulis oleh Tun Sri Lanang (TSL)
atau nama
sebenarnya Tun Muhammad. Beliau adalah bendahara kerajaan Johor1
Muhd Yusof Hashim, Ilmu Sejarah : Falsafah, Pengertian dan Kaedah, ( Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997), ms. 8. 2 Ali Ahmad, Karya-Karya Sestera bercorak Sejarah, ( Selangor : Ampang Press, 1987), ms 1114.
Riau. Pada abad ke-20, Abdullah Munshi telah menukar judul karya kepada Sejarah Melayu. Terdapat 29
buah ras khas Sejarah Melayu
yang mempunyai pelbagai versi yang telah disalin dari teks asalnya. Sejarah Melayu adalah bercorak prosa-riwayat yang merangkumi kisah raja Melaka dari sebelum penubuhan Melaka sekitar 1400 sehingga penyerangan Portugis di Melaka pada 1511. Memang diakui bahawa SM itu mempunyai banyak kelemahan tetapi patut dilihat sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana dihasilkan mengikut cara yang sesuai dengan kehendak zaman dan masyarakatnya. Daripada beberapa pandangan diatas, Saya berpegang teguh bahawa SM
memang mempunyai banyak kelemahan tetapi
pada bahagian-bahagian tertentu, SM masih boleh digunakan sebagai sumber sejarah. Seperti yang telah dikatakan oleh seorang sarjana, , jika kita pandai memilih mana bahan yang berupa fantasi dan mana bahan yang berupa fakta, tentu sekali SM amat berguna dari segi sejarah.3 Maka, penggunaan SM secara berhati-hati dan digandingkan dengan sumber lain boleh digunakan sebagai sumber sejarah. SM memang tidak dapat diterima sebagai sejarah dalam pensejarahan moden kerana:
3
Abu Hassan Sham, Beberapa Aspek Dari Sejarah Melayu, ( Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors, 1977,) ms.123.
Pertama, Sejarah Melayu mempunyai unsur mitos, khayalan dan lagenda sekadar untuk membina karisma kesultanan melayu melaka . Hal ini diakui oleh Yusof Iskandar.4 Cerita-cerita mitos ini dapat dilihat dalam 3 perkara iaitu berhubung asal-usul raja, pembukaan negeri dan mitos kedatangan agama Islam. Contohnya
Pengislaman Raja Kecil Besar
dikatakan dari mimpinya bertemu Nabi Muhammad s.a.w dan Nabi sendiri mengislamkannya tetapi dari sudut sejarah pula berbeza. Menurut catatan Tome Pires, Barbossa dan Valentijin
mendapati kedatangan
islam bukannya melalui mimpi tetapi melalui perkahwinan antara Raja Melaka dengan Puteri Pasai beragama Islam.5 Kisah ini jelas berunsur mitos dan mitos ini sengaja di ada-adakan oleh Tun Sri Lanang untuk membina karisma, kebesaran, keistimewaan , keunggulan nenek moyang raja-raja Melaka. sekadar untuk
Oleh itu, Jelas membuktikan Sejarah Melayu ditulis meningkatkan institusi raja-raja diperkuatkan dengan
konsep ‘daulat dan derhaka’
tanpa meletakkan asas kebenaran yang
sepatutnya. Unsur dongengan ini jelas terpesong daripada penulisan sejarah yang dianjurkan oleh Collingwood
iaitu ‘ kerasionalan’ dan
‘kemanusiaan’.6
4
Abd.Rahman Kaeh, Sejarah Melayu: Satu perbicaraan Kritis dari pelbagai bidang, (Kuala Lumpur : Heinemann Edicational Book,1974), ms.45. 5 Mustafa Mohd Isa, Kajian teks Melayu klasik terpilih , ( Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 1999), ms. 71. 6 Rahman Kaeh, Sejarah Melayu: Satu perbicaraan Kritis, ms 22
Kedua, Sejarah Melayu bertujuan memegahkan orang Melayu Melaka. Sejarah Melayu melalui lagendanya seperti Hang Tuah, Badang, batu belah batu bertangkup dan sebagainya cuba mewujudkan tokohtokoh yang dilebih-lebihkan kekuasaannya melebihi manusia biasa. Contohnya kisah Badang yang menjadi gagah perkasa akibat memakan muntah hantu. “…jikalau engkau hendakkan gagah…makanlah muntahku…Setelah itu oleh badang dicubanya segala pohon kayu hampirnya yang besar-besar itu, dengan sekali bantunnya habis patah-patah”7 Motif ini bertujuan mewujudkan satu persepsi yang menyanjung dan
mempamerkan
kehebatan
masyarakat
Melayu
yang
sering
digambarkan mempunyai kekuatan luar biasa dan kepakaran yang tinggi. Ironisnya pula, kisah ini memperlihatkan pula kepatuhan kesanjungan si Badang terhadap Sultannya yang terbukti apabila perkara pertama yang difikirkan badang setelah gagah nanti adalah untuk berkhidmat pada Sultannya.“
…aku
meminta
kuat
dan
gagah,
supaya
aku
kuat
mengerjakan tuanku”8 Isu ini memperlihatkan unsur kemegahan orang Melayu yang mempertingkatkan lagi kewibawaan kesultanan Melayu. Hal ini di akui oleh Mohd Taib Osman yang menyatakan bahawa Sejarah 7
A. Samad Ahmad (peny.), Sulalatus Salatin Sejarah Melayu , (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003), ms 48-49. 8 A. Samad Ahmad . Sejarah Melayu. Ms 48.
Melayu berusaha memegahkan orang-orang Melayu Melaka serta menunjukkan keberanian dan kehandalan orang melayu dengan kekuatan yang luar biasa tanpa berjejak di atas bumi yang nyata.9
Sejarah Melayu tidak boleh dikata sumber sejarah dalam erti kata sebenar kerana tidak mengandungi tarikh-tarikh dalam penulisannya. Sumber sejarah yang kukuh perlulah mengandungi tarikh-tarikh yang nyata. tetapi Sejarah Melayu
ditulis dalam kisah-kisah yang pendek
tersusun mengikut kronologi tanpa tarikh dan tidak mementingkan tarikh. Susunan kronologi sesuatu sejarah tidak boleh diagak mengikut sultannya sahaja. Angka-angka tahun tidak diberikan untuk mengukuhkan sesuatu peristiwa dan fakta-fakta sejarah.10
Banyak peristiwa-peristiwa penting
dalam Sejarah Melayu yang tidak bertarikh seperti penawanan Melaka oleh Portugis dan perang dengan Siam. Sedangkan tarikh-tarikh ini penting bagi tujuan paparan dan pengkajian sejarah. Menurut Taib Osman, tarikh berperanan penting dalam menetapkan sesuatu peristiwa itu berlaku dan boleh dibandingkan dengan sejarah-sejarah lain. 11
9
Mohd Taib Osman, “Tuhfat Al –Nafis, Corak Histografinya: Persamaan dan Penyimpangan dari Tradisi Histiografi Melayu,” dalam Sastera Sejarah: Interprestasi dan Penilaian,peny. Zahrah Ibrahim (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986) ms 256-257. 10 Rahman Kaeh, Sejarah Melayu: Satu perbicaraan Kritis .ms 23 11 Mohd Taib, Tuhfat Al –Nafis,, ms.258.
Ketiga, SM tidak diterima sebagai dokumen sejarah dalam erti kata sebenar kerana tidak mempunyai sumber rujukannya. Sumber merupakan unsur penting dalam pensejarahan moden. Menurut Oxford English Dictionary, Sumber atau source bermaksud sesebuah karya yang menyediakan maklumat atau bukti yang bersifat tulen berkenaan sesuatu fakta, kejadian atau siri hal-hal tertentu.12 Tanpa sumber, sesuatu fakta sejarah adalah diragui dan tidak diterima. Sumber adalah saksi dan bukti dalam perbicaraan. Thucyidides menyatakan bahawa penyelidikan sejarah terletak berdasarkan bukti-bukti yang sahih sahaja.13 Sumber diperlukan bagi menggelakkan berlakunya penyelewengan fakta, sama ada fakta tersebut berlaku penambahan atau pengurangan dan bagi menentukan kewarasan tentang sesuatu isi kandungan.
Malangnya,
Sejarah Melayu tidak menerangkan sama sekali sumber-sumber yang diperolehinya
14
Tun Sri Lanang gagal dalam memuatkan dengan jelas
kaedah-kaedah penyelidikan, tidak menyenaraikan nama-nama saksi dengan terperinci . Hal yang sama telah dilakukan oleh Thucyidides yang mendapat
kritikan
Collingwood
yang
menganggap
lebih
banyak
mengandungi imaginasi dan bukannya sejarah.15 12
Suntralingam R, Pengenalan Kepada Sejarah. ( Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1985), ms 28-29 Collingwood R.G Idea sejarah.(terj) Muhd yusof Ibrahim, ( Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985), ms.8. 14 Mohd Taib, Tuhfat Al –Nafis, ms. 259. 15 Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayuddin Haji Yahya, Sejarah dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998) , ms. 67. 13
Keempat,
Sejarah Melayu lebih
bercorak sastera, budaya dan
politik sesebuah kerajaan. Melalui penulisan Sejarah Melayu terdapat terlalu banyak unsur -unsur sastera yang dimasukkan didalamnya selain unsur mitos, khayalan dan lagenda.
Pengarang banyak memasukkan
unsur seperti penilaian, bahasa berlapis, simile, monolog dan sebagainya. Contohnya, ialah unsur monolog yang berlaku dalam Sejarah Melayu. Monolog ialah tutur kata atau pengucapan oleh sesuatu watak secara bersedirian. 16” Maka gajah itu dilanggarkan baginda ke Bailarong baginda sendiri habis roboh-roboh. Maka titah baginda. “Demikianlah kelak bailarong Raja Melaka ku langgarkan dengan gajahku ini.”17 Pengarang memasukkan unsur monolog sedangkan secara nyatanya seeorang individu tidak akan dapat mendengar individu lain bermonolog. Malahan unsur kesusteraan Sejarah Melayu menjadi karya agung sastera melayu yang tidak ada tolak bandingnya.18 Sejarah Melayu juga berunsur politik kerana kisahnya yang berkisar Istana dan berniat meningkatkan keagungan pemerintah. Sejarah Melayu itu sendiri telah dinamakan Sulalatus Salatin (Pertuturan segala raja-raja). Hal ini ditegaskan dengan artikel Abdul Rahman Ismail bahawa Sejarah Melayu 16
Mustafa, Kajian teks Melayu klasik , ms.70 A. Samad, Sejarah Melayu , ms.173. 18 Mustafa, Kajian teks Melayu klasik, ms. 71 17
selain sastera adalah dokumen yang memuatkan satu bentuk pemikiran politik seperti yang dikehendaki oleh golongan istana. Manakala keadaan rakyat tidak diberi tempat dalam penulisannya.19 Sifat sastera yang wujud bercanggahan dengan cara dan methodologi penulisan sejarah. Oleh itulah, Sejarah Melayu telah ditolak oleh ahli sejarah sebagai tidak bersifat ilmiah. Maka tidak hairanlah apabila J.C. Bttoms dalam Malaysian Historical Sources menyatakan sejarah bagi orang Melayu hanyalah sebagai satu hiburan.20 Kelima,
motif
penulisan
Sejarah
Melayu
adalah
untuk
menyukakan raja-raja. Sejarah Melayu adalah karangan tulisan golongan istana iaitu Tun Sri Lanang untuk meyukakan golongan pemerintah. Kisah-kisah rakyat adalah diketepikan. Malahan pengarang sendiri ada menyebutkan “Supaya akan menyukakan duli ke hadrat baginda”.21 Hal ini bermakna
berkemungkinan
besar
perkara-perkara
yang
tidak
menyukakan dan tidak menguntungkan institusi raja dan pemerintah akan diketepikan dalam Sejarah Melayu. Apatah lagi penulisan ini merupakan karya hasilan istana. Hal ini turut dibincangkan oleh Abdul Rahman Haji Ismail bahawa memandangkan tujuan penulisannya dan perkembangan
19
Abdul Rahman Haji Ismail , “ Sejarah Melayu: Antara Sejarah dan Dakyah”, Kajian Malaysia, Jil III, No 2. (1985), ms. 30 20 J.C.Bottoms “Some Malay Historical Sorces: A Bibliographical Note.” Beberapa aspek dari Sejarah Melayu.”(Kuala Lumpur: Utusan Publication, 1977), ms.3. 21 A. Samad (peny.), Sejarah Melayu ,ms 3.
yang membawa kepada terhasilnya Sejarah Melayu adalah sukar membuktikan tiada unsur pendakyahan dalam Sejarah Melayu.22
Kewujudan unsur Anakronisme mempertikaikan kesahihan Sejarah Melayu. Anakronisme bermaksud kesilapan meletakkan sesuatu peristiwa , tokoh dan sebagainya dengan zaman yang sebenarnya. Terdapat banyak unsur ini dapat dilihat apabila mengkaji Sejarah Melayu. Antaranya diceritakan bahawa Melaka dan Majapahit telah menjalinkan hubungan muhibah menerusi perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Raden Kirana, puteri Patih Aria Gajah Mada. Catatan sejarah pula membuktikan sebaliknya iaitu kegemilangan kerajaan Majapahit pada abad ke-14 manakala kegemilangan Melaka pada abad ke-15. Malah, Sultan Mansur Shah dicatatkan dalam sejarah memerintah antara 14591477, sedangkan Patih Gajah Mada telah pun meninggal sekitar 1365 iaitu lebih 1 abad.23 Jesteru, ini menunjukkan bahawa SM sangat disangsikan dari segi sejarahnya.
Namun begitu,menolak SM seratus peratus adalah tidak adil. SM tidak dapat lari daripada fakta sejarah malahan masih ada beberapa 22
Abdul Rahman “ Sejarah Melayu: Antara Sejarah dan Dakyah”, Kajian Malaysia, ms 30. Mohd Supian Sabtu, “Pengukuhan Melaka oleh Parameswara: Kesan , Perkembangan dan Kronologi Numistik”, Parameswara Pengasas Empayar Melaka, peny. Mohd Yusof Hashim ( Selangor: Unique Communications, 2005) ,hal 51. Ms 45-68. 23
bahagian didalamnya yang masih boleh digunakan dalam membina semula sejarah. Dari
sudut
politik,
Pengarang
dengan
cemerlang
telah
menghuraikan jurai keturunan raja Melaka secara lebih terperinci. Pengarang telah memperlihatkan urutan masa pemerintahan
raja-raja
Melayu Melaka yang sebenar bersesuaian dengan maklumat sejarah kini. Sebagai contoh, ialah kronologi urutan zaman pemerintahan Sultan Muzzaffar Syah sehinggalah kejatuhan negeri itu ke tangan Portugis semasa
pemerintahan
Sultan
Mahmud
Syah.24
Selain
itu,
SM
memperlihatkan wujudnya hubungan diplomatik antara Negeri Cina dengan Melaka. Hubungan ini nyata ada di sebutkan dalam sumbersumber seperti sumber cina Yung Lo Shih-lu (TM 1425-1430), Hsuan-te Shih-Tu TM (1438), Tai Zhong Shi Lu dan Liang Liji yang memperlihatkan wujudkan hubungan Melaka dengan Kerajaan Cina.25 Contohnya, Sejarah Ming Dinasti TM 1368-1643 menyebutkan “…dalam bulan kesepuluh tahun 1403 , Maharaja telah menghantar Yin Ch’Ing sebagai utusan China ke Negeri Melaka”26
24
Ibid, ms 51 Mohd Yusof Hashim, “Parameswara dan Pembukaan Kerajaan awal Melaka”, Parameswara Pengasas Empayar Melaka, Peny. Mohd Yusof Hashim , ( Selangor: Unique Communications, 2005), hal 13-17 (1-17) 26 Haji Awang Mohd et al, “Permaisura” , Parameswara Pengasas Empayar Melaka, Peny. Mohd Yusof Hashim , ( Selangor: Unique Communications, 2005)Hal 42.Ms 38-44 25
Dari Sudut ekonomi, SM mengambarkan bahawa Melaka sebagai pusat perdagangan yang sangat maju dan menjadi tumpuan. TSL mengambarkan: “ Adapun pada zaman itu negeri Melaka terlalu sekali ramainya, segala pedagang pun berkampung, maka dari Ayer leleh datang ke Kuala Muar Pasar tiada berputusan, jika orang dari Melaka datang ke Jugra tiada mebawa api, barang di mana berhenti disana adalah rumah orang… Kerana masa itu rakyat Melaka Sembilan belas laksa banyaknya yang didalam negeri itu juga.”27 Gambaran kegemilangan Melaka ini bukannya hanya satu cerita yang diada-adakan tetapi turut tertulis dalam sumber-sumber sejarah tempatan dan luar seperti Arab, Portugal dan Cina serta penemuan-penemuan arkeologi dan syiling Melaka yang membuktikan Melaka pada abad ke -15 dan awal abad ke-16 adalah merupakan antara pelabuhan entreport terbesar didunia. Hal ini terbukti apabila sumber Arab melaporkan bahawa Kalah (Melaka) merupakan pusat pertemuan antara pedagang yang datang dari Jazirah dan Oman dengan kapal-kapal dari Cina.28 Tome Pires pula telah mencatatkan bahawa saudagar Gujerat mengunjungi Melaka setiap tahun dengan empat buah kapal yang tinggi muatannya.29
27
A. Samad , Sejarah Melayu , ms 244 Herman Susilo “ Kesejarahan dan Hubungan Kesejaraha Antara Palembang dan Melaka Pada abad V hingga XV dan asal-usul Parameswara” ,Parameswara Pengasas Empayar Melaka, Peny. Mohd Yusof Hashim , ( Selangor: Unique Communications, 2005), hlm.32- ms30-37 29 Abdul Rahman Hj Ismail dan Mahani Musa, “ Zaman Melaka dan Kemunculan Tenaga Politik dan Kenegaraan Baharu”, Malaysia : Sejarah Kenegaraan dan Politik. ( Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka , 2005 ), ms. 100. 28
Hal ini membuktikan bahawa Melaka pada abad ke 15 adalah sebuah pelabuhan terkenal seperti yang tertulis dalam Sejarah Melayu. Sejarah
Melayu
menonjolkan
beberapa
unsur
mitos
untuk
menyindir pemerintah. Selain mitos-mitos yang sengaja diadakan untuk meningkatkan kreadibiliti Diraja terdapat juga mitos yang digunakan untuk menyindir secara halus perbuatan raja-raja Melayu yang kejam dan tidak bertimbang rasa.
Contohnya peristiwa todak menyerang Singapura.
Peristiwa todak mengisahkan seorang budak dibunuh oleh Sultan Temasik setelah menyelamatkan Temasik daripada serangan Todak.30 Dr A. A.Cense yang mengkaji kisah ini telah membuat kenyataan bahawa individu tidak seharusnya terburu-buru dalam membuat kesimpulan bahawa sesuatu cerita yang tertentu itu lagenda tempatan, dari mana suatu peristiwa sejarah tertentu boleh didapati.31 Beliau merujuk mitos ini kepada serangan yang berlaku dari bahagian Selatan India oleh askaraskar yang membawa panji berlambangkan ikan todak. Keempat, Sejarah Melayu memperlihatkan ciri sosial dan budaya masyarakat melayu.
Sejarah Melayu penting dalam merakamkan nilai
budaya dan adat istadat masyarakat melayu
yang meliputi institusi
pemerintahan dan rakyat biasa. Antaranya ialah adat-adat yang wujud di
30
A. Samad , Sejarah Melayu , ms. 67-69 P.E. de Josselin de Jong. “ Ciri Sejarah Melayu” Sastera Sejarah: Interpretasi dan Penilaian , peny Zahrah Ibrahim, ( Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986 ), ms. 45. 31
istana,
adat
menyembah
raja,
pertabalan,
kemangkatan,
adat
perkahwinan , kematian dan sebagainya yang di ceritakan didalam Sejarah Melayu. Paling penting, ialah corak susunan sosial yang telah dinyatakan dalam Sejarah Melayu dengan melambangkan kekuasaan raja di peringkat atasnya dan diakhiri dengan golongan rakyat yang di anggap sebagai memberikan taat yang tidak berbelah bagi. Abdul Rahman Kaeh (1974) telah membuat Susunan hierarki masyarakat Melayu yang terbahagi kepada 4 iaitu didahului oleh raja, bangsawan, rakyat biasa dan golongan Hamba. Hirearki ini jika di perhatikan boleh ditingkatkan melalui kepakaran dan kebolehan masing-masing seperti yang terpamer dari Cerita Hang Tuah dan Badang yang dinaikkkan ketaraf Bangsawan kerana kebolehan dan ketangkasan Mereka.32
PENUTUP Oleh itu, berdasarkan hujahan diatas jelas mempamerkan bahawa SM bukanlah sebuah karya sejarah dalam erti kata yang sebenarnya kerana jauh terpesong daripada corak penulisan sejarah moden. Namun begitu, masih terdapat beberapa kandungannya yang memperlihatkan 32
Rahman Kaeh ,Sejarah Melayu: Satu perbicaraan kritis. ms.29.
ciri-ciri sejarah dan berguna dalam membina semula sejarah bangsa Melayu.Malahan,
Sejarah
Melayu
sekurang-kurangnya
dapat
mempamerkan corak pemikiran masyarakat zaman tersebut.
Mao telah
menyiapkan tentera merah dan kesatuan gerila
bertindak sebagai tentera nasional yang sejati. Mereka datang dari rakyat dan berjuang untuk rakyat33Tentera rakyat ini disokong dan dilatih rakyat tanpa belanja oleh pemerintah.-109
BIBLIOGRAFI Abdul Rahman Haji Ismail .1985. “ Sejarah Melayu: Antara Sejarah dan Dakyah”. Kajian Malaysia, Jil III, No 2: Hal 25-35. Abdul Rahman Hj Ismail dan Mahani Musa. 2005. “ Zaman Melaka dan Kemunculan Tenaga Politik dan Kenegaraan Baharu”, ms. 69-119. Dalam: Malaysia : Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka . 33
Tiongkok, ms 108,
Abd.Rahman Kaeh. 1974. Sejarah Melayu, Satu perbicaraan Kritis dari pelbagai bidang. Kuala Lumpur : Heinemann Edicational Book ltd. Ali Ahmad. 1987. Karya-Karya Sestera bercorak Sejarah. Selangor: Ampang Press. Abu Hassan Sham. 1977.Beberapa Aspek Dari Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors. A. Samad Ahmad.2003. Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Collingwood R.G. 1985. Idea sejarah.(terj) Muhd yusof Ibrahim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Herman Susilo. 2005. “ Kesejarahan dan Hubungan Kesejarahan Antara Palembang dan Melaka Pada abad V hingga XV dan asal-usul Parameswara” ms30-37. Dalam: Parameswara Pengasas Empayar Melaka. Disunting oleh Mohd Yusof Hashim .Selangor: Unique Communications. Haron Daud. 1992.” Pensejarahan Masyarakat Melayu Di Dalam Aspek Kepercayaan dan Pemikiran”. Persidangan Kebangsaan isu-isu Sejarah. 17-18 (ogos): 93-118.
Mohd
Supian Sabtu. 2005. “Pengukuhan Melaka oleh Parameswara: Kesan , Perkembangan dan Kronologi Numistik”. ms 45-68. Dalam: Parameswara Pengasas Empayar Melaka. penyunting Mohd Yusof Hashim . Selangor: Unique Communications.
Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayuddin Haji Yahya. 1998. Sejarah dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhd Yusof Hashim. 1997. Ilmu Sejarah : Falsafah, Pengertian dan Kaedah,. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Mustafa Mohd Isa. 1999.
Kajian teks Melayu klasik terpilih . Pulau
Pinang: Universiti Sains Malaysia. P.E. de Josselin de Jong. 1986. “ Ciri Sejarah Melayu”. ms.17-36. Dalam: sastera sejarah: Interpretasi
dan Penilaian. Disunting Zahrah
Ibrahim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Suntralingam R. 1985. Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. ,
View more...
Comments