Sejarah kertas 3 F5 Sejarah Bab 2 2017

May 16, 2018 | Author: Windy Tan | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

F5 Sejarah Bab 2 2017...

Description

BAHAN BANTU MURID BAGI TUGASAN KERTAS 3 SEJARAH SPM 2015 Tema Umum : Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua. Nasionalisme di Malaysia berakar umbi daripada g erakan penentangan pemimpin tempatan terhadap campur tangan British dalam urusan pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

1. PENGENALAN [5 markah] (a) Latar belakang gerakan nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua. 

 

  



Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa-apa sahaja bentuk tekanan atau penjajahan penjajahan terhadap mereka mereka oleh kuasa luar. Penentangan bertujuan untuk membebaskan negara mereka daripada kuasa penjajah. Di Malaysia, penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad ke-19. Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula bermula pada awal abad ke-20. Gerakan pemimpin tempatan berlaku pada awal kedatangan British ke Malaysia. Gerakan ini merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk menjaga kepentingan mereka daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar . Antara pemimpin penentangan ialah Penghulu Dol Said, Dato' Maharaja Lela, Rentap dan Mat Salleh.

(b) Maksud nasionalisme.     

Perasaan cinta atau sayang akan bangsa dan negara. Perasaan ini akan mencetuskan gerakan untuk membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan. Gerakan ini juga akan membebaskan tanah aIr daripada cengkaman ekonomi penjajah dan bebas daripada pengaruh kebudayaan asing / Barat

2. MEMAHAMI [15markah] (a) Sebab-sebab penentangan pemimpin tempatan terhadap British di Tanah Melayu.        

 

Dasar Penjajahan British. Bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya di Tanah Melayu. Penguasaan politik yang luas. Menyebabkan kawasan jajahan terikat dengan undang-undang dan peraturan. Memudahkan British berkuasa tanpa halangan daripada banyak pihak. Berasa tergugat dengan dasar peluasan kuasa British. Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British. Naning dipaksa membayar ufti. Pentadbiran British. British juga memaksa penduduk tempatan supaya mengguna pakai sistem pentadbiran British.

   

 

  



    



    

   



British memperkenalkan pelbagai jenis cukai. Undang-undang dan peraturan tanah yang membebankan penduduk tempatan. Penduduk menentang peraturan yang dikenakan. di Terengganu setiap tanah yang dibuka mesti dapat izin British.

Kehilangan Kuasa Pembesar. Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran di k awasan mereka yang dilantik oleh sultan. Perlantikan ini memberikan pemimpin tempatan kuasa untuk menjaga hal ehwal daerahnya. Seperti soal pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosial. Penjajahan British terhadap daerah mereka menyebabkan pemimpin tempatan kehilangan kuasa. Keadaan ini menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin tempatan yang mendorong mereka menentang British. Eksploitasi Ekonomi. British berhasrat menguasai ekonomi tempatan. Penguasaan untuk kepentingan mereka sendiri. Membuat perjanjian dengan pemimpin tempatan. Bertujuan membenarkan saudagar Negeri-Negeri Selat menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah. Menyebabkan kemarahan penduduk . Kesusahan Rakyat Perubahan yang dibuat oleh British telah membebankan penduduk tempatan. Menyebabkan rakyat tidak bebas . Beban cukai yang menyusahkan. Layanan kasar pegawai British Campur Tangan dalam Adat Tempatan Sikap British yang mencampuri urusan dan adat tempatan orang Melayu. Membangkitkan kemarahan penduduk tempatan. Contohnya JWW Birch yang memaksa penduduk tempatan menerima nilai-nilai British yang berbeza dengan budaya masyarakat tempatan . Campur tangan dalam pertikaian daerah/negeri

(b) Faktor-faktor pemangkin nasionalisme.        

  

Pengenalan sistem Politik Barat Dipekenalkan oleh Sir Andrew Clarke memasuhkan sistem politik tradisional Residen mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan Para pembesar diberi pencen dan tempat mereka diganti oleh pegawai British Mencabar sistem atau amalan tradisi dan menjatuhkan maruah orang Melayu Perkembangan sistem pendidikan Sistem pendidikan Inggeris dan sekolah vernakular Melayu diperkenalkan Lahir golongan intelek Melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsanya

  

 

   

     

        

      

  

        

Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran sedarkan bangsa Melayu Mereka guna idea baru untuk majukan dir i Mereka menolak penjajahan British

Dasar British British galak sesiapa sahaja datang melabur,berniaga,berdagang,bekarja dan menetap di Tanah Melayu Ramai orang asing menetap di Tanah Melayu Jumlah imigran di Tanah Melayu meningkat Wujud persaingan dengan penduduk tempatan Orang asing kuasai ekonomi khasnya bidang perlombongan bijih,perladangan getah dan perniagaan Orang melayu kekal dalam pertanian padi yang tidak dimajukan British British buka bandar baru sebagai pusat pentadbiran Bandar maju daripada segi ekonomi dan perniagaan Pasarana di bandar lengkap Taraf hidup di bandar meningkat Orang Melayu tinggal di kampung dengan segala kekurangan Pendudukan Jepun Perkenal konsep Kesemakmuran Asia Kebebasan negara-negara Asia Bebas menentukan kemajuan masing-masing Galak orang tempatan berkerjasama dengannya Berjanji akan memerdekakan Asia kesengsaraan masa Jepun iaitu kekurangan makanan dan ubatan Kekejaman Jepun menyebabkan penduduk membenci Jepun dan penjajah Barat lain Apabila British perkenal Malayan Union, penduduk Tanah Melayu menentangnya Penguasaan Parti Komunis Malaya (PKM) PKM kuasai 14 hari membangkitkan semangat menentang penjajah Menyebarkan idealogi komunis Komunis kuasai balai-balai polis dan menangkap orang yang menyokong Jepun Wujud konflik perkauman Banyak orang Melayu terbunuh dan rumah dibakar Keganasan komunis dibalas orang Melayu Perak,Johor,Negeri Sembilan dan Pahang Kemunculan Mesin Cetak Berlaku penyebaran ilmu pengetahuan dan penentangan terhadap British Sebar idea penentangan melalui buku,majalah,kitab agama dan lain-lain Gerakan Pan-Islamisme sedunia Merupakan gerakanintelektual Islam seluruh dunia Tujuan membangkitkan pemahaman lebih progresif terhadap Islam Menentang penjajahan Barat ke atas Negara-negara Islam Didokong oleh pelajar-pelajar Islam seluruh dunia Gerakan Reformis dimulakan oleh Syekh Muhamad Abduh Beliau menerangkan bahawa Islam adalah satu cara hidup Menurutnya Islam menekankan kepentingan dunia dan akhirat Islam mendorong umatnya menuju kejayaan

 

     

Ideanya disebar memalui majalah al-manar Gerakan Wahabi di Arab Saudi juga mendesak matlamat yang sama

Kesedaran Politik serantau Kesedaran politik di Indonesia mendorong kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu kesedaran politik dan pendidikan di Indonesia lebih matang dan lahir ramai intelektual Karya penulis Indonesia menjadi bacaan penduduk tanah Melayu Idea kebebasan politik dan penentangan penjajah dalam tulisan mereka tersebar luas Kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu memudahkan penerimaan unsur nasionalisme Indonesia

3. MEMAHAMI [30 markah] (a) Gerakan/ Peristiwa Penentangan (i) Dol Said di Naning, Melaka 

  

  

Faktor penentang adalah kerana British meletakkan Naning sebagai sebahagian wilayah British / jajahan takluk British Dol Said mengingkari arahan British supaya Naning menghantar ufti kepada negeri Melaka British bertindak menghantar tenteranya untuk menakluk Naning Dol said menentang British dengan bantuan ketenteraan daripada Yamtuan Ali dari Rembau/ Syed Shaaban/ Penghulu Renai/ Dato Kelana Sungai Ujong Dol Said berjaya mengalahkan 150 orang tentera British Serangan kali kedua British berjaya mengalahkan kerana Naning ttidak mendapat bantuan Dol Said menyerah diri dan dibawa ke Melaka

(ii) Linggir di Sarawak    



Pemimpin kaum Iban di Saribas Menentang penaklukan James Brooke pada tahun 1849 Menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar Merupakan tindak balas terhadap langkah James Brooke/ Kapten Farquhar menghalang pelayaran mereka di Sungai Sariibas Linggir dan pengikutnya tewas dalam pertempuran tersebut

(iii) Rentap di Sarawak 

        

Pada tahun 1853, Rentap pemimpin kaum Iban menyerang pasukan James Brooke di kubu Nanga Skrang. Kerana tindakan Brooke yang cuba menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang. Dianggap sebagai lanun. Berjaya mengusir Brooke. Brooke membalas dengan membakar kampung mereka. Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok dan bina kubu. Rentap terus diserang oleh pasukan Brooke. Pada tahun 1861, tentera Brooke berjaya mengalahkan Rentap. Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai. Serangannya semakin lemah.

(iv) Syarif Masahor di Sarawak           

Bersama Datu Patinggi Abdul Gapur Penentangan oleh orang Melayu Menolak penguasaan James Brooke di wilayah mereka/ Sungai Rajang Mereka kehilangan kuasa memungut cukai Dan pengaruh terhadap penduduk tempatan 1858, James Brooke membina kubu di Kanowit Syarif Masahor telah menyerang kubu tersebut Beliau dan Datu Patinggi Abdul Gapur menyerang James Brooke di Kuching Tentangan mereka gagal Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei Tetapi beliau telah diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura

(v) Mat Salleh di Sabah Sebab –sebab penentangan Mat Salleh memerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut. SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh. SBUB menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh. mereka melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu. Pegawai-pegawai syarikat bersikap kasar kepada penduduk tempatan.     

Peristiwa penentangan Mat Salleh telah ke Sandakan untuk berbincang dengan SBUB Mat Salleh tidak dilayan oleh SBUB. Gabenor Beaufort telah menyerang dan membakar kampungnya. Mat Salleh terpaksa melarikan diri. Mat Salleh dan para pengikutnya telah melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya. SBUB telah menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh dengan menyerahkan Tambunan kepadanya. SBUB mungkir janji. Mat Salleh sekali lagi menyerang kubu SBUB. Serangan ini dibalas oleh pasukan tentera SBUB dengan menyerang kubu Mat S alleh. Beliau akhirnya tewas dan meninggal dunia pada 31 Januari 1900. 

  



   

(vi) Dato Maharaja Lela di Perak Perjanjian Pangkor ditandatangani oleh Sultan Abdullah dan Andrew Clarke Bantahan terbuka Sultan Abdullah terhadap campur tanga British Membuat kubu di Pasir Salak Dato’ Maharaja Lela bermesyuarat dengan pembesar Durian Sebatang Sultan Abdullah bermesyuarat di Belanja Dato’ Maharaja Lela bersetuju membunuh J.W.W.Birch Sultan Abdullah memaklumkan kepada Raja Ismail 31 Oktober 1875 Mat Arshad di bunuh oleh penduduk setempat 2 November 1875, Birch di bunuh oleh Seputum dan Pandak Lam Di sungai Perak, Pasir Salak 500 orang tentera British menyerang pasir Salak Dato Maharajalela dan Dato’ Sagor berundur ke Kota Lama            

  





Dato Maharajalela telah ditangkap Dato Maharajalela dibicarakan di Matang Perak Dato’Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Indut , Seputum dan Pandak Indut duhukum gantung Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim,Syahbandar dan Temenggung dibuang negeri ke Pulau Seychells. Perak dikuasai sepenuhnya oleh British

(vii) Yam Tuan Antah Sri Menanti dan Dato’ Syahbandar Sungai Ujong (Abdullah Tunggal) di Negeri Sembilan Sebab-sebab penentangan Yam Tuan Antah: British menduduki Sungai Ujong British menyokong Dato’ Kelana menduduki Terachi dan Paroi British menawan Bukit Putus, Jempul dan terachi Pada tahun 1888. Yam Tuan Antah menandatangani perjanjian damai    

Peristiwa penentangan : Yam Tuan Antah dan Dato’ Syahbandar telah menentang kemasukan British di Sungai Ujong Dato’ Syahbandar enggan menandatangani perjanjian dengan Brit ish pada 21 April 1874 Dato’ Syahbandar juga menentang Dato’ Kelana (Syed Abdul Rahman) yang mempelawa British untuk campur tangan dalam pertikaian mereka Mereka berebut kawasan sempadan untuk mengenakan cukai kepada pedagang bijih t imah dari Negeri-Negeri Selat Dengan kerjasama British, Dato’ Kelana berjaya mengalahkan Dato’ Syahbandar untuk menguasai Sungai Ujong Dato’ Syahbandar terpaksa berundur ke Selangor Beliau kembali ke Sungai Ujong dan menandatangani perjanjian dengan British pada 10 November 1874 Dato’ Syahbandar bersetuju meletak jawatan Beliau berhijrah ke Singapura Dato’ Kelana dapat menguasai seluruh Sungai Ujong tetapi tertakluk di bawah penguasaan British   





 

  

(viii) Dato Bahaman di Pahang  



 





Dato’ Bahaman menentang pelantikan J.P. Rodgers sebagai residen pertama di Pahang Beliau menentang pelaksanaan undang-undang British yang bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan Dasar-dasar itu termasuklah sistem kehakiman, pemungutan hasil tanah, sistem cukai dan penubuhan pasukan polis luar Dato’ Bahaman, Tok gajah dan Imam Rasul telah menentang British selama 5 tahun Mereka telah mendapat perlindungan daripada penduduk dan pembesar Terengganu dan Kelantan Dato’ Bahaman telah berpindah ke Bangkok dan diberi perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn Beliau menetap di Chiengmai dan diberi wang sara hidup sebanyak 1000 baht dan meninggal dunia di sana.

(ix)Tok Janggut di Kelantan Sebab –sebab penentangan: Penentangan dilakukan oleh Tok Janggut. Penentangan terhadap penjajahan British berlaku di Pasir Puteh pada tahun 1910. British memperkenalkan Sistem Penasihat British. British memaksa penduduk tempatan menerima pakai sistem cukai yang diperkenalkan.    

Peristiwa penentangan: Tok Janggut membantah perlaksanaan sistem cukai ini. Beliau enggan membayar cukai. Bantahan Tok Janggut tidak dilayan. Pegawai Daerah Pasir Puteh yang mengarahkan pihak polis menangkap Tok Janggut. Polis gagal menangkap Tok Janggut . Pada tahun 1915, Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak, dan rakyat tempatan menyerang Pasir Puteh. Mereka berjaya menawan Pasir Puteh. Sebuah kerajaan baharu telah dibentuk. Engku Besar Jeram sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah. Dengan menggunakan nama Sultan Kelantan, Bri tish telah membawa masuk pasukan tentera dari Negeri Selat. Mereka memulakan serangan pada bulan Mei 1915 di Saring. Serangan British yang tersusun dan penggunaan senjatanya yang lebih moden telah melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya. Tok Janggut telah terkorban dalam serangan itu.      

  



 



(x) Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu Sebab –sebab penentangan: Haji Abdul Rahman Limbong menentang British. Beliau tidak berpuas hati dengan sistem cukai dan undang-undang tanah British yang diperkenalkan kepada orang tempatan.  

Peristiwa penentangan: Pada bulan Julai dan Ogos 1922, Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk kampung membersihkan tanah di Kuala Telemong tanpa kebenaran Brit ish. Pada bulan Mei 1925, kira-kira 300 orang penduduk kampung telah berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin III. Tanah itu meliputi kawasan dari Lubuk Batu hingga Kampung Pelam. Dengan bantuan Tengku Nik Maimunah, mereka dapat disuraikan. Penduduk tempatan melancarkan penentangan bersenjata pada bulan Mei 1928. Kumpulan yang menyerang bangunan kerajaan di Kuala Berang telah berjaya mendudukinya. Kumpulan di Kuala Telemong pula telah bersiap sedia menunggu arahan untuk menentang British. Dengan menggunakan kuasa dan nama Sultan Terengganu, British telah menghantar tiga orang pembesar untuk menawan semula Kuala Berang. British menangkap dan memburu sesiapa sahaja yang menghalangnya. Cara ini memudahkan British kerana rakyat Melayu tidak akan menderhaka kepada sultan. Sepasukan polis seramai 25 orang telah menyerang Kuala Telemong. 



    



  







Pasukan polis berjaya menumpaskan kebangkitan penduduk tempatan dengan mengorbankan sebelas orang. Haji Abdul Rahman Limbong pula telah diserang oleh 50 orang polis yang dibawa dari Singapura. Beliau berjaya ditahan dan dibuang negeri ke Makkah.

(b) Bentuk Perjuangan   

   

  

         

  

            

Melalui saluran ekonomi Menggalakkan syarikat kerjasama Mendesak British mengurangkan kemasukan orang dagang kerana mengancam orang Melayu Menggalakkan orang Melayu berniaga Melarang orang Melayu menjual tanah Menyeru orang Melayu berjimat cermat Mendesak British mewujudkan kawasan kampung khas orang Melayu di Kuala Lumpur Melalui saluran politik Mengkritik British kerana mengurangkan kuasa raja-raja Melayu Mengkritik pembesar dan Raja-Raja kerana tidak melaksanakan kepimpinan yang sewajarnya untuk rakyat Menolak sikap pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan Menuntut diadakan Malay Administrative Service (M.A.S) Melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan Menyeru orang Melayu bersatu dalam sebuah pertubuhan kebangsaan Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan Kesedaran untuk memajukan diri Menyeru masyarakat bersatu padu Mengkritik dasar penjajah yang menekan orang Melayu Membangkitkan persoalan pendidikan/social/ekonomi/politik Menyedarkan dan memajukan bangsa Melalui akhbar Akhbar yang meniupkan semangat kebangsaan sebelum Perang Dunia Kedua. Contohnya akhbar Majlis,Utusan Melayu , Warta Malaya, Warta Negara, Lembaga Malaya dan Fajar Sarawak Melalui Majalah Majalah menyentuh isu pendidikan/ekonomi/bahasa/sastera/politik Menyemai sikap anti penjajah dan anti orang asing Majalah Guru/Pengasuh/Bulan Melayu Pendidikan anak-anak Melayu Perpaduan dalam kalangan orang Melayu Meniupkan semangat cinta akan negara dan menentang penjajahan Membaiki taraf hidup orang Melayu Memajukan bahasa dan sastera Galakkan perpaduan di kalangan guru sebagai pemimpin bangsa Bincang soal penafsiran Islam yang progresif untuk kemajuan ummah Memperluas ilmu dalam semua bidang Memberikan penafsiran kepada persoalan orang Islam

    

     

   

    

     

   

          

Menggesa orang Melayu menjauhkan sifat buruk Menggalakkan perpaduan dalam kalangan guru perempuan Melayu Johor Menggalakkan golongan wanita mendapatkan pendidikan Menggesa wanita menjaga kesopanan dengan nilai Islam dan budaya Timur Menggalakkan wanita menjadi obor memajukan bangsa

Melalui Novel Novel menyeru semangat nasionalisme yang tinggi di k alangan generasi muda Menggesa rakyat menentang penjajah Menuntut rakyat membela maruah bangsa Wanita digalak memajukan diri dan bangsa Contohnya novel Keris Melaka/Putera Gunung Tahan/Anak Mat lela Gila/Melor Kuala Lumpur Keris Melaka-Ahmad Bakhtiar Semangat perjuangan menentang penjajah Barat seperti Portugis Menghargai sumbangan tokoh-tokoh pada zaman Kesultanan Melayu Melaka Menggunakan sejarah sebagai inspirasi dan pedoman perjuangan generasi muda Anak Mat Lela Gila -Ishak Hj Muhammad Semangat menentang penjajah oleh anak muda Menghargai warisan bangsa sendiri Mencintai tanah air Menolak kesenangan demi maruah bangsa Putera Gunung Tahan – Ishak Hj Muhamamd Semangat wira pemuda tempatan menentang penjajah Mencintai tanah air Bangga dengan kebolehan sendiri Seorang gadis tempatan menolak cinta pegawai penjajah Tidak mahu menjatuhkan maruah bangsa Melor Kuala Lumpur – Harun Aminurrashid Emansipasi atau kebebasan wanita menentukan hala tuju Wanita yang mengutamakan pendidikan untuk kebaikan diri Membuang pandangan negatif yang boleh menghalang kemajuan Melalui persatuan Kemunduran orang Melayu dalam pendidikan Kemunduran orang Melayu dalam ekonomi Isu bahasa / mendaulatkan bahasa Melayu Isu sastera Layanan pilih kasih British kepada anak negeri / orang Melayu Perpaduan di kalangan orang Melayu Kelemahan orang Melayu dalam politik / bela politik bangsa Kebajikan terhadap orang Melayu Penempatan orang Melayu di kawasan bandar Masalah kenegerian

     

Melalui kerjasama dengan Jepun Bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British dari Tanah Melayu Menjadikan KMM sebagai badan propaganda Jepun Membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda anti British Mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan Menubuhkan cawangan untuk meluaskan propaganda

4. MENGANALISIS [10 markah] (a) Penentangan pemimpin tempatan sering mengalami kegagalan. Beri pendapat anda, mengapakah keadaan tersebut berlaku?    





    

Penentangan pemimpin tempatan sering mengalami kegagalan kerana tidak bersatu antara pemimpin bersama pemimpin dan ra kyat sesama rakyat bilangan pejuang yang menentang juga sedikit penentangan bersifat setempat dan tidak mendapat kerjasama pembesar daerah atau wilayah lain tiada organisasi yang tersusun kerana bilangan anggota yang sedikit menyebabkan perjuangan tidak terancang strategi pemimpin British lebih berkesan di mana British membina kubu pertahan yang lebih kuat British juga mendapat bantuan dari negara lain seperti India British mempunyai senjata yang moden seperti meriam dan bom manaka pembesar tempatan menggunakan senjata tradisional seperti keris dan tombak British menggunakan tipu muslihat yang berjaya memperdaya Sultan atau pembesar Contohnya dalam Perjanjian Pangkor di Perak dan Perjanjian 1941 di Sarawak

(b) Manfaat yang diperolehi oleh rakyat Malaysia menghargai dan m enghayati perjuangan pemimpin tempatan.           

Bersemangat patriotisme dalam diri setiap warganegara Malaysia Memupuk perpaduan antara kaum. Hebat jati diri anak bangsa terutama generasi muda Berwawasan dalam memajukan negara Berdisiplin dalam kehidupan seharian Mematuhi undang-undang negara setiap masa Berilmu pengetahuan menjamin masa depan yang cerah Tidak putus asa dalam mengejar cita-cita Semangat bekerjasama antara kaum Sanggup berkorban demi mempertahankan negara Menjaga keamanan dan kedaulatan negara. [mana-mana jawapan yang munasabah]

(b) Kesan penentangan pemimpin tempatan terhadap British sehingga awal abad ke-20.   

Dol Said kalahkan tentera British dalam serangan pertama Menggunakan taktik serangan gerila Mendapatkan kerjasama pemimpin tempatan

                  

                            

Menyebabkan British tidak campur tangan hampir 50 tahun British menanggung kerugian Rentap berjaya mengusir James Brooke di Nanga Skrang Brooke mengambil masa yang lama mengalahkan Rentap di Bukit Sadok Syarif Masahor berjaya menyerang Mukah Mat Salleh berjaya menyerang kubu SBUB di Pulau Gaya SBUB terpaksa berdamai dengan Mat Salleh SBUB terpaksa berjanji menyerahkan Tambunan Dato Maharajalela berjaya membunuh JWW Birch Kapten Innes terbunuh British terpaksa meminta bantuan tentera dari India / Hong Kong Dato Bahaman berjaya menawan Lubuk Terua Dato Bahaman berjaya menguasai Tembeling Dan Jeram Ampai Polis gagal menangkap Tok Janggut Tok Janggut berjaya menyerang dan menduduki Pasir P utih Mereka berjaya membentuk kerajaan British terpaksa membawa masuk tentera Negeri Selat Haji Abdul Rahman Limbong ketuai penduduk kampong bersihkan tanah tanpa menghiraukan peraturan tanah Penduduk berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Maimunah British terpaksa meminta bantuan tengku Maimunah menyuraikan penduduk Penduduk menyerang dan berjaya menduduki bangunan kerajaan di K uala Berang British terpaksa menggunakan kuasa dan nama sulta n untuk menawan semula Kuala Berang British berjaya mengalahkan tentera Dol Said Dol Said terpaksa menyerah diri Linggir tewas dalam pertempuran dengan james Brooke James Brooke membakar perkampungan Rentap James Brooke megalahkan Rentap di Bukit Sadok Rentap terpaksa berundur ke Entabai Syarif masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur kehilangan kuasa dan hilang pengaruh terhadap penduduk tempatan Syarif Masahor ditahan dan diserah kepada British di Singapura Datu Patinggi Abdul Gapur ditahan oleh Belanda dan diserah kepada James Brooke SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh Perkampungan Mat Salleh diserang / dibakar SBUB menyerang kubuMat Salleh kali kedua Mat Salleh tewas / meninggal dunia/ terbunuh British menyerang Pasir Salak Dato’Maharaja Lela / Seputum / Pandak Lam / Pandak Indut / dihukum gantung / mati Sultan Abdullah / Ngah Ibrahim / Syahbandar / Temenggung dibuang negeri British menguasai Perak sepenuhnya Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman tertakluk di bawah penguasaan British Anak buah Dato’ Bahaman di tangkap Dato’ Bahaman terpaksa berundur ke Kelantan Dato’ Bahaman berpindah ke Bangkok Tok Janggut terkorban Serangan polis di Kuala Telemong mengorbankan 11 orang penduduk

 

Haji Abdul Rahman Limbong ditahan Dan dibuang negeri ke Makkah

(c) Terdapat sekelompok masyarakat di negara kita yang menganggu gugat keamanan dan keharmonian negara kita. Mengapakah kumpulan tersebut bertindak sedemikian?     

Ketidakpuasan hati terhadap tindakan kerajaan Perancangan ekonomi / sosial tidak berkesan Penyebaran maklumat yang terlalu pantas Kurang kefahaman tentang konsep nasionalisme Pengaruh politik / idealogi negara luar (mana-mana jawapan munasabah)

5. MENGAPLIKASI [10 markah] (a) Peranan saya untuk memperkasakan semangat nasionalisme dalam kalangan rakan-rakan di sekolah ialah:             

Mempelajari sejarah dengan bersungguh-sungguh. Menghayati nilai murni melalui Pendidikan Moral/ Sivik dan Kewarganegaraan. Melaksanakan Kajian Sejarah Tempatan (KST). Berbangga sebagai warganegara. Menganggotai Majlis Kepimpinan Pelajar. Menyertai aktiviti badan beruniform. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti 1M1S. Memupuk semangat perpaduan. Lawatan sambil belajar. Mengibarkan Jalur Gemilang. Menghayati Rukun Negara. Menubuhkan galeri sejarah sekolah. Menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat. [Mana-mana jJawapan yang munasabah]

(b) Peranan generasi muda untuk memelihara k edaulatan negara.             

Sanggup berkorban untuk negara Menghormati pemimpin Mematuhi undang-undang negara Mewujudkan keamanan negara Menjaga keharmonian kaum Mengharumkan nama negara di persada dunia Mengelakkan diri dari gejala negatif Menguasai pelbagai kemahiran Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang tinggi Mempertahankan negara daripada pencerobohan kuasa asing Memperkuatkan pertahanan negara Melahirkan sikap saling menghormati antara masyarakat Menghindari rasuah

  

Patuh kepada ajaran agama Taat kepada raja dan negara Menghargai jasa pemimpin terdahulu (Mana-mana jawapan yang munasabah)

6. MENILAI [10 markah] (a) Semangat nasionalisme dalam kalangan generasi muda semakin luntur. Mengapakah keadaan ini berlaku ?                      

Pengaruh anasir yang negatif Pengaruh budaya asing Kurang didikan agama dan kesedaran sivik Sikap pentingkan diri sendiri Senario politik semasa Menghasut rakyat tempatan bertindak tidak wajar mempertikaikan keputusan / tindakan kerajaan Kurang perasaan cinta pada negara Mengagungkan negara Barat Pengaruh daripada ledakan maklumat / ICT Penyebaran budaya negatif dari luar Gejala sosial yang kian berleluasa Kurang pengetahuan kenegaraan Menjadikan artis Barat sebagai idola Kurang menghayati / memahami sejarah penubuhan Malaysia Musnahnya nilai peradaban manusia kerana pertarungan ekonomi Fahaman politik berbeza Pengaruh media massa Kekurangan ilmu Leka dengan lambakan hiburan dan media so sial Tidak memahami Rukun Negara Nasionalisme berasaskan kaum (mana-mana jawapan munasabah)

(b) Apakah kesan terhadap negara sekiranya rakyat Malaysia tidak memiliki semangat nasionalisme.             

Rakyat berpecah belah. Keamanan dan keharmonian negara terancam. Lahirnya individu yang pentingkan diri sendiri. Ekonomi tidak berkembang. Kemakmuran negara tergugat. Pertumbuhan ekonomi tergendala. Pembangunan negara terbantut. Kedaulatan negara akan terancam. Campur tangan kuasa asing. Politik tidak stabil. Pentadbiran akan kucar kacir. Rakyat tidak menghormati pemimpin. Demonstrasi jalanan berleluasa.

                  

Masyarakat hilang jati diri. Minda masyarakat dijajah. Terpengaruh dengan budaya asing. Budaya lepak dan rempit. Perpecahan kaum Perpecahan parti politik Kepentingan individu menjadi keutamaan Mudah terpegaruh anasir luar Negara menjadi mundur Keamanan negara tergugat Keharmonian hidup rakyat terjejas Berlakunya rusuhan antara kaum Imej dan maruah negara tercalar Pertahanan negara menjadi lemah Peningkatan gejala sosial Tidak menghormati Rukun Negara Tidak wujud kebanggaan menjadi rakyat Malaysia Wawasan 2020 sukar untuk dicapai Hilang jati diri [ Mana-mana jawapan yang munasabah]

(c) Sejauh manakah pihak kerajaan berjaya menanam semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia?           

Melancarkan program Konsep 1 Malaysia Program 1 Murid 1 Sukan di semua sekolah Melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Mengadakan Sambutan Hari / Bulan Kemerdekaan Mengadakan sambutan Hari Malaysia Pendikan Sivik dan Kewarganegaraan diperkenalkan di sekolah Mengadakan program Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Menjadikan subjek Sejarah dan Bahasa Melayu wajib lulus Mengadakan program Rukun Tetangga Melancarkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Memberi Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) (mana-mana jawapan yang munasabah)

(d) Manfaat yang diperolehi hasil dari kemerdekaan negara kita Kedaulatan negara dapat dikekalkan Mempertahankan hak bangsa Maruah bangsa dapat dipelihara Kesejahteraan hidup dapat dijamin Kebebasan dapat dikekalkan Warisan bangsa dapat dipelihara Keadilan dapat ditegakkan Perpaduan dapat dikekalkan Budaya bangsa dapat dilindungi Bebas menentukan hala tuju negara Mengekalkan pemerintahan sendiri           

        

Kemajuan negara dapat dipercepatkan Kemajuan ekonomi negara dapat dicapai Kestabilan politik negara terjaga Kemakmuran negara dijamin Keamanan dapat dikekalkan Keyakinan pelabur asing untuk menanam modal Peningkatan taraf hidup rakyat Tumpuan pelancong ke Negara kita Negara berdaya saing dengan Negara-negara lain [Mana-mana jawapan munasabah]

(e) Terdapat segelintir pihak yang mempertikai sumbangan tokoh pejuang. (i) Mengapakahpertikaian tersebut berlaku               

Kurang faham tentang fakta sejarah Fakta sejarah diputar belitkan Penyebaran maklumat yang tidak tepat Peranan media massa yang tidak bertanggung jawab Membangkitkan isu yang membingungkan rakyat Senario politik semasa Mainan politik golongan tertentu mementingkan hal peribadi / kumpulan tertentu Sikap prejudis dalam golongan masyarakat Sentimen perkauman tidak mempunyai semangat cintakan negara golongan muda tidak memahami perjuangan tokoh dahulu terdapat perbezaan pendapat antara sejarawan negara kita dan Sejarawan barat golongan pelajar tidak mengenali tokoh perjuang dahulu dengan mendalam pihak Barat menipulasi tokoh perjuang kita dengan menpesong fakta sejarah [Mana-mana jawapan yang munasabah]

(f) Kepentingan gerakan nasionalisme.                

Lahir semangat cinta negara sanggup berkorban demi negara Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab Menjaga kepantingan negara Mempertingkatkan kualiti hidup rakyat Mengurus negara dengan lebih baik Menjunjung dan menjaga kesucian Islam Menjujung tinggi perlembagaan negara Memelihara institusi kesultanan memastikan pembangunan negara meningkat Meningkatkan daya saing ekonomi Melahirkan masyarakat yang bersatu Meningkatkan taraf pendidikan Melahirkan rakyat berfikiran positif Sanggup berkorban untuk negara bertanggungjawab menjaga maruah bangsa (mana-mana yang munasabah)

7. MENJANA IDEA [10 markah] (a) Berikan cadangan anda untuk memperkukuhkan semangat nasionalisme kepada generasi muda pada hari ini?               

Memperkuatkan jati diri Menghayati sejarah dan pembentukan bangsa dan negara Mengelakkan pertelingkahan antara kaum Sanggup berkorban mempertahankan negara Mengutamakan kepentingan negara daripada diri sendiri Menghindari salah faham/ prasangka negetif Mengutamakan semangat perpaduan/ muhibah Menjayakan konsep 1Malaysia Mengamalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Memperkenalkan Akta Bahasa Kebangsaan Mengamalkan prinsip Rukun Negara Menganjurkan lawatan ke tempat bersejarah menjayakan kempen penerapan nilai-nilai murni Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara/ PLKN Menganjurkan Sukan Malaysia / SUKMA dua tahun sekali (mana-mana jawapan munasabah)

(b) Langkah-langkah yang perlu diambil untuk mememupuk semangat nasionalisme.              

Belajar mata pelajaran Sejarah penuh penghayatan. Hayati nilai-nilai dalam Pendidikan Moral / Sivik dan Kewarganegaraan. Melaksanakan Kajian Sejarah Tempatan. Menghayati Rukun Negara. Menganjurkan kempen kesedaran cinta akan tanah air. Menjayakan konsep 1 Malaysia. Mengikuti Program Latihan Khidmat Negara. Pengamalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA). Konsep rumah terbuka setiap musim perayaan. Pengagihan ekonomi secara seimbang. Menyokong kempen beli barangan buatan Malaysia. Menyertai sambutan Hari Kebangsaan. [Mana-mana jawapan yang munasabah]

(c) Bagaimanakah keamanan dan keharmonian negara dapat dikekalkan? Memperkukuhkan pentadbiran kerajaan Mengekalkan perpaduan kaum/ persefahaman kaum Memperkukuhkan semangat nasionalisme Memperkasa jati diri bangsa Perancangan ekonomi / sosial yang berkesan Membela kehidupan rakyat (mana-mana jawapan munasabah)      

(d) Bagaimanakah caranya untuk mengelakkan pihak yang mempertikai sumbangan tokoh pejuang tanah air? Menekan nilai kewarganegaraan dan patriotisme Sejarah dijadikan subjek penting/ teras Memupuk semangat setia negara dan bangga kepada negara Peranan media massa menyalur maklumat dengan betul dan berkesan Guru sejarah perlu memberi memberi penerangan dengan jelas Mengawal media alternatif / blog/ laman sesawang Menyekat penyebaran maklumat yang negatif mendedahkan pelajar mengenali tokoh semenjak sekolah rendah lagi mengadakan sudut tokoh pejuang di sekolah menanamkan sifat patriotik terhadap sejarah awal negara kita tidak terpengaruh dengan propanganda Barat tentang pejuang tanah air kita ( Mana-mana jawapan yang munasabah)

          

(e) Peranan anda untuk memperkasa semangat nasionalisme di kalangan rakyat Malaysia.               

Memberi penekanan tentang konsep patriotisme sejak dibangku sekolah Kempen secara besar-besaran Menjalankan aktivit bersesuaian Memperkasa Program Khidmat Negara Peranan media massa Mengadakan lawatan sambil belajar tempat bersejarah Peranan ibu bapa cth menceritakan tentang sejarah kemerdekaan negara Meningkatkan kemahiran sains teknolgi Mengeratkan perpaduan bangsa Mempertahankan identiti bangsa Mencegah budaya liar dan budaya kuning Peranan agama/tokoh agama/ahli akademik/guru Penyertaan program sukarelawan seperti IM4U Mengadakan pameran berkaitan dengan sejarah negara Iklan patriotik dalam media massa dan elektronik [Mana-mana jawapan yang munasabah]

8. MENGHAYATI NILAI [5 markah] (a) Iktibar yang diperolehi daripada perjuangan tokoh nasionalisis tanah air.          

Kepimpinan yang berwibawa Bertindak bijak untuk manfaat semua pihak Mempertahankan kedaulatan negara. Sikap terbuka untuk menerima pandangan Kepentingan ilmu dalam kehidupan sebagai asas kejayaan Dapat memperkukuhkan negara Mengutamakan kepentingan Negara Kenali tokoh-tokoh pejuang negara Hargai jasa-jasa dan pengorbanan pejuang negara Hayati susah payah pejuang negara

           

Bina keyakinan diri Rakyat Malaysia mesti ada semangat juang yang tinggi Lengkapkan diri setiap rakyat dengan ilmu Amalkan semangat kerjasama Pelihara keamanan negara Hindari budaya negatif Suntik semangat juang Pupuk semangat jati diri sejak di bangku sekolah Asuh anak-anak menghormati kedaulatan negara Setiap rakyat mesti sanggup berkorban untuk negara Terapkan semanagat Malaysia Boleh Berwaspada dengan musuh negara [Mana-mana jJawapan yang munasabah]

(b) Nyatakan nilai-nilai murni yang boleh dicontohi.                               

Setiap kita perlu cintakan negara Masyarakat perlu bersatu padu Bekerjasama dalam mencapai matlamat negara Berganding bahu membangunkan negara Berani menghadapi cabaran Bijaksana membuat keputusan Semangat kental menghadapi cabaran Bertindak wajar dalam menangani cabaran Semangat perjuangan perlu dipupuk dalam kalangan generasi muda Sanggup berkorban apa saja Berhati-hati dengan orang asing Berfikir sebelum bertindak Meningkatkan ilmu pengetahuan daripada masa ke semasa Memperkukuhkan pertahanan negara Bersatu teguh bercerai roboh. Setia kepada raja/pemimpin Tabah menghadapi cabaran Menguasai teknologi pertahanan Semangat juang yang kental untuk mempertahankan negara Mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman musuh Memiliki jati diri yang kuat Tidak mudah menerima pengaruh luar Tidak mudah berputu sasa dalam menghadapi cabaran Semangat setia negara yang tinggi Sanggup berkorban demi agama, negara dan bangsa Semangat berkerjasama dengan rakyat sentiasa diperkukuh Semangat musyawarah dalam mengatasi masalah/konflik yang timbul Berani mengemukakan idea/pendapat demi kebaikan bersama Berfikiran rasional bagi menjamin tindakan yang tepat Bersikap terbuka dalam menerima kebaikan dari luar Berkongsi maklumat untuk meningkatkan kemajuan (mana-mana jawapan munasabah)

9. KESIMPULAN [5 markah] (a) Pengetahuan 







Pengetahuan yang saya peroleh ialah negara kita telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 hasil perjuangan tokoh-tokoh nasionalis terdahulu. Selain itu saya juga dapat mengetahui bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan berjaya kerana wujudnya perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini yang berbilang bangsa. Pada abad ke-19 dan abad ke-20 mengetengahkan ramai pemimpin tempatan daripada pelbagai latar belakang bangkit menentang penjajah. Berlaku perubahan pentadbiran penjajah yang mendatangkan pelbagai kesulitan kepada penduduk tempatan. [Mana-mana jawapan yang munasabah]

(b) Nilai-nilai murni 



 

Nilai yang saya peroleh ialah semangat kerjasama antara kaum telah berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara yang bebas dan berdaulat. Nilai kedua yang saya peroleh ialah keberanian tokoh-tokoh nasionalis tanah air memperjuangkan maruah dan kedaulatan bangsa daripada penjajahan. Seterusnya berani mempertahankan negara. Akhirnya kita juga perlu berusaha membangunkan negara. [Mana-mana jawapan yang munasabah]

(c) Unsur patriotisme 



Unsur patriotisme yang saya peroleh ialah setiap kita perlu mempunyai semangat cintakan negara Selain itu kita juga perlu berkorban apa saja demi mempertahankan tanah air tercinta [mana-mana jawapan yang munasabah]

(d) Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang. 





  

Harapan saya agar Malaysia menjadi sebuah negara yang maju hasil perpaduan dan kerjasama erat antara kaum di Malaysia. Di samping itu para pemimpin perlu berusaha merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman, maju dan berperanan penting dalam arus pembangunan dunia. Negara Malaysia berada dalam keadaan aman damai, makmur dan rakyat hidup bersatu padu. Pemimpin dan rakyat perlu bekerjasama untuk menjayakan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Seterusnya memiliki semangat cinta akan negara supaya dapat bersama-sama menjayakan Program Transformasi Kerajaan (GTP). [Mana-mana jawapan yang munasabah]

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF