SEJARAH KERTAS 3 BAB 8

July 10, 2017 | Author: Chang Kian Aun | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Contoh-contoh soalan yang boleh dikemukakan untuk bab ini semasa menjawab Kertas 3 SEJARAH....

Description

SEJARAH TINGKATAN 5 BAB 8-KERTAS 3

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH KEMISKINAN  Menyediakan peluang kepada pendidikan seumur hidup, latihan dan penambahbaikan kemahiran bagi golongan miskin bandar untuk meningkatkan keupayaan dan daya tarikan mereka supaya mudah mencari peluang pekerjaan yang lebih baik terutamanya yang menjanjikan gaji yang lebih lumayan.  Menyediakan program perumahan mampu milik yang berkualiti di kawasan bandar di lokasi yang tidak terlalu jauh daripada nukleus aktiviti ekonomi; dihubungkan dengan sistem pengangkutan awam yang murah, cekap, mudah akses, mampan dari segi alam sekitar, selamat dan boleh diharap

 Pihak pengusaha menawarkan skim pembiayaan pembelian berdasarkan syaratsyarat munasabah yang tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana di Bandar.  Keprihatinan pihak kerajaan kepada warga emas, golongan kurang bernasib baik seperti orang kurang upaya atau yang mempunyai keperluan khas, ibu tunggal dan sebagainya.Contohnya,pihak kerajaan harus berikan wang saraan dan barangan keperluan kepada golongan sebegini pada setiap bulan.

 Memupuk minat keusahawanan di kalangan pendudukan bandar dan desa bandar untuk menggalakkan mereka menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan sebagai langkah untuk membantu menjana pendapatan keluarga,seterusnya menangani masalah kemiskinan  Memperkenalkan banyak program latihan untuk melatih golongan-golongan belia muda bagi meningkatkan kemahiran mereka supaya boleh mendapat pekerjaan yang sesuai besertakan gaji yang lumayan dengan kemahiran yang dimiliki.  Menaikan kadar gaji pekerja swasta dan kerajaan yang mempunyai gaji pokok yang sederhana supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa dan dapat menyara keluarga.  Mengehadkan kemasukan pekerja asing dan menghalang kemasukan pekerja asing secara haram supaya dapat memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat sekali gus menguragkan kadar pengganguran.  Pihak kerajaan juga harus merangka beberapa projek untuk majukan dan membangunkan kawasan pinggir bandar untuk menyediakkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk golongan fakir miskin.

©KIAN AUN

SEJARAH TINGKATAN 5 BAB 8-KERTAS 3  Menjadikan kampung sebagai destinasi pelancongan supaya penduduk kampung dapat menjana pendapatan yang lumayan melalui program Inap Desa(Homestay) dan juga dengan memperkenalkan permainan dan makanan tradisional.  Menempatkan orang-orang tua yang tidak bertanah di kawasan-kawasan penempatan khas yang dilengkapkan dengan perumahan dan kemudahan lain yang sesuai serta pemberian bantuan kewangan yang tertentu bagi memenuhi keperluan hidup seharian mereka.  Bagi individu yang boleh bekerja tetapi kurang sumber ekonomi, terutamanya tanah, mereka akan ditempatkan di skim-skim pembangunan tanah atau digalak menjalankan aktiviti pembuatan berasaskan sumber secara kecil-kecilan.  Bagi mereka yang mempunyai tanah tetapi kekurangan sumber untuk membangunkannya, satu program untuk memajukan pertanian secara berkelompok dan menyusun semula kampung¬kampung akan dilaksanakan.  Bagi kanak-kanak dari keluarga termiskin pula, kemudahan-kemudahan yang sesuai seperti asrama desa, bantuan makanan dan pemakanan serta pengangkutan akan disediakan.  Meningkatkan kecekapan, produktiviti dan pendapatan dari kegiatan¬kegiatan perkebunan kecil dengan pembentukan tanah-tanah bersaiz ekonomi menerusi penyatuan tanah-tanah kebun secara sukarela serta pembukaan tanah baru, terutamanya di Sabah dan Sarawak dimana potensinya masih besar.  Petani-petani digalakkan menambah pendapatan mereka dengan aktiviti-aktiviti pertanian yang lain atau kegiatan luar kebun untuk memperluaskan asas pendapatan dan mengurangkan sebarang kemungkinan kesan buruk akibat dari kejatuhan harga atau kenaikan kos hidup.

 Perkhidmatan sokongan yang lebih baik akan disediakan untuk mempercepatkan pembangunan di skim-skim pertanian setempat.  Sistem kredit khasnya akan dikaji semula untuk memastikan lebih banyak isirumah miskin mendapat peluang kepada kredit secara langsung.

 Infrastruktur pemasaran juga akan diperkukuhkan, terutamanya kemudahan pengangkutan dan penyimpanan hasil keluaran, sebagai satu langkah untuk menstabilkan pendapatan golongan miskin sebagai pemilik pengusaha atau penyewa.  Kerajaan menubuhkan suatu jawatan kuasa khas untuk mengkaji masalah kemiskinan di negara kita dan seterusnya menubuhkan akta-akta yang mampu melindungi hak rakyat miskin di negara ini tanpa mengabaikan kepentingan mereka ©KIAN AUN

SEJARAH TINGKATAN 5 BAB 8-KERTAS 3

sebagai modal insan yang mampu memberikan sumbangan kepeda pembangunan negara.

CARA MENINGKATKAN PENGELUARAN BAHAN MAKANAN(PERTANIAN)

 Meneruskan pelaksanaan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Zon Industri Akuakultur (ZIA), Pusat Fidlot Nasional, Ladang Kontrak dan Pembangunan Usahawan Asas Tani serta projek-projek di bawah NKEA Pertanian bagi meningkatkan pengeluaran sektor tanaman, ternakan, dan perikanan  Membangunkan tanah pertanian secara optimum dengan tanaman selingan singkat masa;

 Membangunkan sistem rantaian bekalan makanan yang lebih terangkum dan kukuh dengan penglibatan Kerajaan, swasta serta petani, penternak dan nelayan;

 Menumpukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) kepada pengeluaran makanan secara mampan termasuklah pembangunan variety dan baka.  Meningkatkan penglibatan pihak swasta menerusi galakan pelaburan untuk menambah kapasiti pengeluaran dan sistem pengeluaran berteknologi tinggi.

 Bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam usaha membendung kenaikan harga bahan makanan

 Kementerian mengadakan dialog bersama dengan persatuan-persatuan pengeluar bahan makanan utama bagi memastikan kenaikan harga pengeluaran berada di paras stabil dan untuk memelihara kepentingan petani/penternak/nelayan/usahawan.  Mewujudkan zon kekal bagi pengeluaran tanaman makanan.

 Menggalakkan penglibatan usahawan dan sektor swasta dalam pengeluaran tanaman makanan  Meningkat dan menyumbang pengeluaran makanan negara yang mencukupi berkualiti dan mapan dalam konteks mengurangkan defisit imbangan perdagangan  Menggalakkan pembangunan rantaian bekalan makanan bersepadu ©KIAN AUN

SEJARAH TINGKATAN 5 BAB 8-KERTAS 3

 Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) menyediakan kawasan kekal bagi mengekalkan pengeluaran makanan khususnya buah-buahan dan sayur-sayuran. Ini bertujuan bagimengatasi masalah kekurangan tanah yang sesuai untuk pengeluaran makanan yangsering dihadapi oleh usahawan dan sektor swasta.  TKPM juga memainkan peranan yang penting dalam menyediakan tapak projek untuk usahawan tani lepasan latihan khasnya daripada Pusat Inkubator Jabatan Pertanian.  Bagi mempastikan peningkatan pengeluaran bahan makanan negara dan penglibatan usahawan dalam bidang pertanian , usaha akan ditumpu kepada pembukaan kawasan baru bagi penyediaan tapak projek dan melengkapkan semua keperluan-keperluan.  Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) harus memajukan dan menggiatkan teknologi bersesuaian yang baru dan yang berkait dalam industri pertanian di Malaysia. Teknologi ini bertujuan meningkatkan penghasilan dan keberkesanan dengan memodenkan sektor pertanian selain membantu meningkatkan pulangan petani.  Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) juga berperanan membantu dalam sektor pertanian khususnya kelapa sawit. MPOB di pertanggungjawabkan untuk meneraju dan membangunkan industri sawit negara. Industri ini merupakan bahan eksport utama ke luar negara contohnya ke Amerika Syarikat.

 Pertanian hiliran juga boleh dilakukan untuk memasarkan sesuatu produk yang lebihlama ke pasaran antarabangsa. Contohnya, buah pisang ialah buah yang cepat busuk dan tidak tahan lama. Hal ini dapat diatasi dengan menghasilkan makanan segera seperti kerepek pisang yang bukan sahaja mempunyai tempoh pasaran ynag lebih lama tetapi juga harga yang tinggi. Oleh itu, para petani yang sedia ada dan yang bakal menceburi bidang ini seharusnya mempunyai pengetahuan yang tinngi tentang strategi pemasaran yang berkesan

 Teknologi moden untuk menggandakan hasil pengeluaran sesuatu produk boleh dilaksanakan dengan menggabungkan teknologi sains dan pertanian. Kaedah ini dipanggil sebagai bioteknologi.bioteknologi menghasilkan manfaat ketara seperti pengurangan kos pengeluaran, peningkatan hasil pertanian, pengurangan penggunaan racun perosak dan racun herba. 

Usaha lain yang dapat dilakukan ialah bantuan kewangan dan perundingan. Pihak bank pertanian khususnya boleh memberi pinjaman kepada para petani untuk memulakan projek pertanian mereka. Contohnya,Agrobank telah menawarkan

©KIAN AUN

SEJARAH TINGKATAN 5 BAB 8-KERTAS 3

Modal Usahawan 1 Malaysia kepada petani kita untuk mengusahakan industry kecil dan sederhana IKS yang berasaskan pertanian.

KEJAYAAN MALAYSIA DALAM BIDANG EKONOMI

          

 



 

©KIAN AUN

Pembukaan tanah pertanian FELDA,FELCRA Pengagihab saham kepada peneroka FELDA Bank Pertanian Malaysia member kemudahan pinjaman Melancarkan Dasar Pertanian Negara Menjadikan pertanian satu industri Melancarkan program pengeluaran berteraskan cluster:zon pengeluaran buah-buahan/zon akuakultur Menjadikan negara hub halal Mengalakan industry berat Perkembangan industri kereta seperti Proton Menubuhkn Multimedia Koridor Raya Multimedia Menubuhkan pembanguanan Koridor Wilayah/Iskandar Malaysia/Koridor Pembangunan Sabah/Koridor Pembangunan Sarawak Pembangunan berasakan K-ekonomi dan K-masyarakat Pelabuhan Pulau Labuan diiktirf sebagai pusat kewangan luar pantai(offshore financial centre)untuk menlengkapkan aktiviti pasara n kewangan dan mengukuhkan ekonmi negara Lapangan Terbang Antaranbangsa Kuala Lumpur(KLIA) muncul di tempat teratas dalam kategori Perkhidmatan Imegresen Lapangan Terbang Terbaik dan Perkhidmatan Petugas Cemerlang Terbaik di Majlis Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax 2010 Malaysia menjadi tuan rumah Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komenwel(CHOGM)pada tahun 1989. Malaysia menjadi tuan rumah kepada Grand Prix F1 yang menunjukkan kejayaan Malaysia menjadi hab sukan permotoran baru di Asia sehingga kini.

SEJARAH TINGKATAN 5 BAB 8-KERTAS 3

NILAI-NILAI YANG PERLU ADA UNTUK BERJAYA DALAM BIDANG EKONOMI

               

Mengamalkan sikap proaktif Meningkatkan ilmu pengetahuan Menguasai teknologi terkini Sentiasa mengamalkan sahsiah yang murni Mementingkan penyelidikan dan pembangunan minda Kecekapan dalam pengursan kewangan Menghargai jasa/sumbangan pemimpin negara dalam membangunkan negara Mengekalkan keamanan negara Berinovasi dan kreatif Memperkaya diri dengan pelbagai kemahiran ICT Memantapkan perpaduan kaum Tidak terlibat dalam gejala negative dalam kehidupan Meningkatkan disiplin diri Memiliki integrity yang tinggi Bersikap terbuka Mempelajari teknologi dan kemahiran luar negara

RUMUSAN Sebagai kesimpulannya,saya bangga menjadi rakyat negara Malaysia kerana Malaysia mempunyai ekonomi yang stabil dan rakyatnya hidup aman dan makmur.Dasar pembangunan ekonomi dan sosial telah digunakan dalam mebina negara Malaysia yang bersatu padu,aman dan sejahtera.

Kesejahteraan Rakyat Malaysia yang menjadi agenda utama pembangunan negara akan dapat dicapai dengan keadilan ekonomi dan perpaduan negara.Kerjasama dan tolak ansur antara kaum yang mujud selama ini telah menyediakan asas kepada negara kita untuk lebih maju pada masa hadapan.

Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Dr.Mahathir Mohamad akan terus memacu kejayaan negara standing dengan negara-negara maju di Barat.Malaysia yang menggunkan acuan kemajuan sendiri malahh mempunyai kelebihan kerana menitikberatkan keseimbangan antara kemajuan fizikal dengan kemajuan rohaniah.

Ikitibar yang dapat saya peroleh ialah ekonomi memainkan peranan yang amat penting dalam memajukan negara.Selain itu,rakyat dan pemimpin juga harus saling ©KIAN AUN

SEJARAH TINGKATAN 5 BAB 8-KERTAS 3

memahami dan bertolak-ansur dalam semua perkara untuk membina negara yang maju dan damai.Saya berharap rakyat Malaysia akan berusaha dengan gigih berusaha dan berdedikasi untuk meningkatkan ekonomi negara agar duduk sama rendah,berdiri sama tinggi seperti negara-negara maju yang lain di dunia.

©KIAN AUN

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF