Sejarah Kertas 3 1294
October 20, 2017 | Author: Md Firdaus Md Zin | Category: N/A
Short Description
spm 2015...
Description
PM SEJARAH KERTAS 3 1294/3 (2015) Sekalung Penghargaan Terima Kasih dan Kredit Kepada : GURU-GURU SEJARAH PPD SANDAKAN, SABAH TEMA / TAJUK 10.2: NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA Tema Umum: Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua Nasionalisme di Malaysia berakar umbi daripada gerakan penentangan pemimpin tempatan terhadap campur tangan British dalam urusan pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak Tema Spesifik: Berdasarkan Fokus Kajian Berikut:
1 Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang British (Abad ke 19)
2 Gerakan Nasionalisme sehingga Perang Dunia Kedua (Abad ke 20)
PANDUAN PERUNTUKAN MASA MENGIKUT ASPEK/KONSTRUK
Format
Aspek/Konstruk
Markah
Masa
1. Pengenalan
1. Memahami
5 Markah
10 minit
2. ISI Dan HURAIAN
2. Memahami
30 Markah
50 minit
3. Menganalisis
15 Markah
20 minit
4. Mengaplikasi
10 Markah
15 minit
5. Menilai
10 Markah
15 minit
6. Mencipta
10 Markah
15 minit
7. Menjana Idea
10 Markah
15 minit
8. Nilai / Iktibar / Patriotisme
5 Markah
10 minit
9. Merumus
5 Markah
10 minit
100 Markah
2 jam 40 minit
3. Kesimpulan Jumlah Keseluruhan
Catatan: Pelajar disarankan untuk mematuhi panduan ini supaya pelajar dapat menjawab kesemua soalan. Gunakan 20 minit lagi untuk menyemak jawapan anda. TEKNIK MENJAWAB SOALAN KERTAS 3
1. Pastikan anda membawa buku teks dan bahan ilmiah serta bahan bercetak yang berkaitan dengan tajuk. 2. Pastikan anda menulis nombor soalan. 3. Jawapan mesti ditulis dengan ayat yang lengkap. Jawapan dalam bentuk poin dilarang sama sekali. 4. Mulakan jawapan anda dengan pangkal ayat atau kehendak perincian soalan. Contoh soalan. Jelaskan latar belakang gerakan nasionalisme. Contoh jawapan. Latar belakangan gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat…. 5. Jawapan perlu ditulis dalam struktur ayat lengkap. 5. Sebaiknya satu isi merangkumi fakta, huraian dan contoh. 5. Mengaikan isi denga isi berikutnya menggunakan penanda wacana. 5. Jawpan KBAT perlu ada penyambut/ huraian/ keterangan atau ayat berlapis. 5. Tidak perlu ayat yang panjang dan meleret-leret. PANDUAN MENJAWAB SOALAN SPESIFIK Soalan 1: Pengenalan [5 Markah] (a) Jelaskan maksud dan latar belakang nasionalisme Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara. Perasaan ini akan mencetuskan gerakan untuk membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan. Contohnya penjajahan British di Tanah Melayu. Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk penjajahan oleh kuasa luar. Penentangan di dorong oleh hasrat membebaskan negara daripada kuasa penjajah. Di Malaysia penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad ke-19. Gerakan ini bertujuan untuk menjaga kepentingan mereka daripada oleh penjajah. Contohnya sejak abad ke-19, penentangan telah dilakukan oleh beberapa pemimpin tempatan seperti Dol Said, Dato’ Maharajalela, Rentap dan Mat Salleh. Gerakan nasionalisme secara menyeluruh telah bermula pada awal abad ke-20. Soalan 2: Memahami [15 markah] Soalan 2a: Sebab-sebab / faktor-faktor penentangan
Huraikan sebab-sebab penentangan pemimpin tempatan terhadap British di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pada abad ke-19.
Antara sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap British di Tanah Melayu ialah dasar penaklukan British. Penentangan terhadap British oleh masyarakat tempatan adalah disebabkan oleh dasar penaklukan British di daerah mereka seperti di Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan
Sabah. Dasar penaklukan British terhadap Negeri-Negeri Melayu bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan kuasa politiknya. Melalui dasar ini, penguatkuasaan politik British menjadi luas dan kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya. Contohnya, Penentangan Dol Said terhadap British kerana mengambil alih Melaka daripada Belanda. Ini kerana Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti. Selain itu, eksploitasi terhadap ekonomi tempatan menjadi sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap British di Tanah Melayu. Penentangan terhadap British berlaku kerana British ingin menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingannya. Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh British dengan pemimpin tempatan. Menerusi perjanjian ini, saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah . Ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British. Seterusnya, perlaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan. British memperkenalkan sistem cukai, undang-undang, dan peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Peraturan British juga bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan. Contohnya, tanah boleh dibuka mengikut keperluan mereka dan tidak perlu membayar cukai. British telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan. Sebagai contoh, di Terengganu, penentangan berlaku kerana British menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mesti mendapat kebenaran British dan tanah dikenakan cukai. Campur tangan British dalam adat resam tempatan turut membawa kepada penentangan penduduk tempatan. British telah memaksa penduduk tempatan menerima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan. Misalnya di Perak, J.W.W. Birch telah campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu, iaitu amalan menggunakan orang suruhan. Tindakan Birch telah ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan. Di samping itu, pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh. Ini kerana British telah mengambil kawasan pentadbiran mereka. Sebelum penjajahan, kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh sultan untuk mentadbir kawasan tersebut. Perlantikan ini memberi kuasa untuk kepada mereka untuk menjaga hal ehwal daerahnya seperti soal pentadbiran, ekonomi dan sosial.. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pemimpin tempatan sehingga mendorong mereka menentang British. Akhir sekali, kesulitan penduduk tempatan. Penduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British yang menyulitkan kehidupan mereka. Mereka telah memberi sokongan kepada penentangan pemimpin tempatan. Kesetiaan kepada pembesar tempatan sebagai ketua turut mendorong penduduk tempatan memberikan kerjasama dalam menentang British. Soalan 2b: Faktor-faktor pemangkin / kebangkitan / pencetus semangat nasionalisme (i) Huraikan faktor-faktor pemangkin nasionalisme sehingga perang dunia kedua
Faktor-faktor pemangkin kebangkitan semangat nasionalisme ialan tindakan Sir Andrew Clarke telah memperkenalkansistem politik barat. Ini telah memusnahkan sistem politik tradisional tempatan. British telah meletakkan seorang residen yang mengambil alih pentabdiran negeri daripada pembesar tempatan. Para pembesar diberikan pencen dan tempat mereka digantikan oleh pegawai British. Bagi orang tempatan perubahan ini mencabar sistem atau amalan tradisi mereka dan juga menjatuhkan maruah mereka. Hal ini membangkitkan kebencian penduduk tempatan terhadap British. Faktor pemangkin seterusnya ialah sistem pendidikan Inggeris dan vernakular Melayu yang diperkenalkan pada akhir abad ke-19, telah melahirkan golongan intelek melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsanya. Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu. Mereka telah menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British. Selain itu, dasar British dalam mentadbir Tanah Melayu telah menggalakkan sesiapa sahaja yang datang untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu. Ramai orang asing telah datang ke Tanah Melayu dan menetap di sini. Kemasukan orang asing yang berterusan telah meningkatkan jumlah imigran dan menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan. Mereka menguasai ekonomi Tanah Melayu dalam bidang perlombongan bijih timah, perladangan getah dan perniagaan. Orang Melayu mula kekal dengan pertanian padi yang tidak dimajukan oleh British. Seterusnya, British juga telah membuka bandar baru sebagai pusat pentadbirannya sedangkan orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan segala kekurangan. Kemajuan ekonomi seperti perniagaan serta kewujudan prasarana contohnya elektrik, perkhidmatan pos, telefon, sekolah, hospital dan lain-lain telah meningkatkan taraf hidup di bandar. Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar bandar dengan imigran dan penduduk di bandar. Ternyata, dasar British telah memundurkan lagi taraf hidup orang Melayu. Hal ini disedari oleh golongan intelek melayu dan mereka menjadikannya isu gerakan nasionalisme Melayu. Faktor pendudukan Jepun juga menjadi pemangkin terhadap gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Pihak Jepun dengan konsep kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan Negara-negara Asia untuk menentukan kemajuan masing-masing. Dengan konsep ini Jepun menggalakkan orang tempatan berkerjasama dengannya dan berjanji akan memerdekakan mereka. Bagaimanapun kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan dan ubat-ubatan serta kekejaman pentadbiran Jepun menyebabkan sebilangan besar penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan sama ada oleh kuasa Barat atau Timur. Bagi mereka semua penjajah tetap zalim dan menekan kehidupan orang tempatan. Seterusnya, penguasaan Parti Komunis Malaya (PKM) selama 14 hari pada tahun 1945 juga telah membangkitkan semangat menentang penjajahan dan memulakan penyebaran ideologi komunis. Dalam tempoh itu, PKM telah menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam. Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap sebagai penyokong Jepun. Gerakan ini telah mencetuskan konflik perkauman. Banyak orang Melayu
terbunuh dan rumah mereka dibakar oleh anggota PKM. Serangan mereka telah dibalas oleh orang Melayu di Perak, Johor, dan Pahang. Kemunculan mesin cetak telah memberikan kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong penentangan terhadap British. Perkara ini berlaku kerana melalui buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain idea menentang penjajah itu dapat disebarkan. Faktor pemangkin seterusnya ialah Gerakan Pan Islamisme yang telah membangkitkan kesedaran semangat kebangsaan Tanah Melayu. Gerakan Pan Islamisme merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam untuk menentang penjajahan Barat ke atas Negara-negara Islam. Gerakan ini didokong oleh pelajar Islam dari seluruh dunia. Gerakan reformis islam yang dimulakan oleh Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti Al-Azhar Mesir telah tersebar luas. Dalam tulisannya beliau telah memberikan kupasan bahawa islam ialah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat, disamping mendorong umatnya menuju kejayaan. Tulisan Syeikh Muhammad Abduh ini disebarkan dalam majalah al-Manar. Selain itu gerakan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi juga mendesak matlamat sama. Faktor yang terakhir ialah kesedaran politik serantau yang berlaku di sekitar Asia Tenggara, terutama di Indonesia turut mendorong kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu. Indonesia yang amat rapat dengan Tanah Melayu dari segi geografi dan budaya telah mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Kesedaran ini telah melahirkan ramai golongan intelektual. Contohnya, Zaba yang banyak mengkritik dasar British. Soalan 3: Memahami [30 markah] Soalan 3a: Peristiwa Kebangkitan Pemimpin Tempatan menentang Pentadbiran British
Tanah Melayu
Penghulu Dol Said di Naning.
Penjajah Inggeris telah berjaya menduduki Melaka selepas Perjanjian InggerisBelanda pada tahun 1824. Pihak British telah mendakwa bahawa Naning merupakan sebahagian daripada wilayah Melaka. Oleh itu, British menganggap Naning berada dibawah kekuasaan mereka. Oleh itu, Naning terpaksa membayar cukai ke Melaka iaitu 1/10 daripada hasil yang terdapat di Naning. Selain itu, British juga telah mengarahkan supaya semua kesalahan-kesalahan jenayah yang berlaku di Naning diselesaikan di Melaka kerana British menyalahkan tindakan Dol Said yang menyelesaikan kesalahan jenayah di Naning pada tahun 1828. Faktor penentangan di oleh Penghulu Dol Said berlaku apabila beliau menolak dakwaan British yang mengatakan Naning berada di bawah wilayah British. Beliau juga telah menolak tindakan British yang meletakkan Naning didalam wilayah mereka dengan tidak membayar ufti 1/10 yang dituntut British kepada Melaka. Peristiwa penentangan di Naning berlaku apabila tindakan Penghulu Dol Said yang menolak untuk membayar ufti kepada Melaka telah menyebabkan British
menghantar tentera ke Naning untuk menawan Naning pada tahun 1831. Penghulu Dol Said telah berjaya menewaskan serangan British yang membawa seramai 150 tentera British yang dipimpin oleh Kapten Wylie dalam usaha mereka menawan Taboh. Kejayaan Penghulu Dol Said menewaskan tentera British ini kerana Naning telah mendapat bantuan daripada Yamtuan Ali, Syed Shaba, Penghulu Remai dan Rchat, Dato Kelana Sungai Ujong serta Penghulu Gemencheh. Pada Jun 1832, British sekali lagi telah menghantar seramai 1200 orang tentera untuk menawan Naning. British telah berjaya menewaskan Penghulu Dol Said kerana Naning telah menghadapi serangan ini sendirian dengan tidak dibantu oleh sesiapa. Kekalahan Naning kepada British telah menyebabkan Penghulu Dol Said terpaksa menyerah diri kepada British pada Febuari 1833. Oleh itu 1.2 Tok Janggut di Kelantan Faktor penentangan menentang British di Kelantan oleh Tok Janggut berlaku apabila British memperkenalkan Sistem Penasihat British di Kelantan. Selain itu, pihak British telah memaksa penduduk tempatan untuk menerima pakai sistem cukai yang diperkenalkan oleh mereka. Peristiwa penentangan Tok Janggut di Kelantan bermula apabila beliau telah membantah sistem cukai yang telah diperkenalkan oleh British. Beliau enggan untuk membayar cukai sebagai tanda bantahan kepada sistem cukai yang diperkenalkan oleh British namun tindakan beliau tersebut tidak dilayan oleh Pegawai Daerah Pasir Puteh. Sebaliknya British telah mengarahkan pihak polis untuk menangkap Tok Janggut tetapi gagal. Pada tahun 1915, Tok Janggut bersama-sama dengan Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak serta rakyat tempatan telah membuat pakatan untuk menyerang Pasir Puteh. Mereka telah berjaya menawan daerah Pasir Puteh seterusnya membentuk sebuah kerajaan baru di Pasir Puteh. Kerajaan baru itu diketuai oleh Engku Besar Jeram sebagai raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah. Bagi menawam semula Pasir Puteh, British telah menggunakan nama sultan bagi menentang Tok Janggut. Oleh itu, British telah membawa masuk pasukan tentera daripada Negeri-Negeri Selat dengan kapal perang H.M.S.Cadmus yang telah mendarat di Tumpat Kelantan. British telah memulakan serangan mereka pada Mei 1915 di Saring. Serangan British yang tersusun dan penggunaan senjata yang moden telah berjaya melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya. Selain itu, Tok Janggut juga telah terkorban semasa serangan yang dilakukan oleh British. Mayat beliau telah diarak ke seluruh pecan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dengan kepala di bawah sebagai amaran kepada masyarakat tempatan supaya jangan berani menentang British. 1.3 Dato Maharajalela di Perak Penentangan di Perak dipimpin oleh Dato Maharaja lela dengan dibantu oleh semua pembesar dan sultan. Sebab-sebab penentangan ialah residen J.W. W Birch memungkiri fungsinya sebagai penasihat seperti yang terkandung dalam Perjanjian Pangkor 1874. Para pembesar menolak system cukai yang menghapuskan hak mereka. Para pembesar menolak pengguasaan British terhadap kawasan mereka Sebab yang ketiga para pembesar menolak campur
tangan British dalam adat resam dan hal ehwal tempatan. Contoh larangan menggunakan hamba. J.W.W. Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak pandai berbahasa Melayu. Peristiwa penentangan bermula apabila Dato Maharaja Lela bermesyuarat dengan pembesar Melayu di Durian Sebatang untuk menentang undang- undang British pada 21 Julai 1875. Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Anduk, Seputum telah membunuh J.W. W Birch pada 2 Nov 1875 di Sungai Perak, Pasir Salak. Pihak British dengan 500 orang tentera melancarkana serangan terhadap Pasir Salak . Dato Maharaja lela dan Dato Sagor melarikan diri ke Kota Lama. Pada 20 November 1877 Dato Maharaja lela, Dato Sagor dan Pandak Lam, Seputum dan Pandak Indut dijatuhkan hukuman gantung. Sultan Abdullah , Menteri Ngah Ibrahim , syahbandar dan laksamana telah dibung negeri ke Pulau Seychelles. 1.4 Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk kampong membersihkan tanah di Kuala Telemong tanpa menghiraukan peraturan tanah British. Pada Mei 1925, kira-kira 300 penduduk kampong telah berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin III. Tindakan ini telah membimbangkan pihak British. Namun dengan jasa baik Tengku Nik Maimunah, mereka dapat di suraikan. Kemuncak kemarahan rakyat ialah pada Mei 1928, iaitu dengan melakukan serangan bersenjata terhadap bangunan kerajaan di Kuala Berang. Mereka telah berjaya menawan bangunan kerajaan tersebut. Manakala satu kumpulan lagi berkumpul di Kuala Telemong bersiap sedia menunggu arahan untuk menentang British. Dengan menggunakan kuasa dan nama sultan, British menghantar tiga pembesar untuk menawan semula Kuala Berang serta menangkap dan memburu sesiapa sahaja yang menghalangnya.Ini memudahkan British menghadapi penentangan rakyat kerana orang Melayu tidak akan menderhaka kepada sultan. Sepasukan polis seramai 25 orang telah menyerang Kuala Telemong dan berjaya menumpaskan kebangkitan penduduk tempatan dengan membunuh sebelas orang. Haji Abdul Rahman Limbong telah diserang oleh 50 orang polis yang dibawa dari Singapura. Haji Abdul Rahman Limbong berjaya di tahan dan telah dibuang negeri ke Makkah. 1.5 Dato Bahaman di Pahang Pada tahun 1888, Dato’ Bahaman dan pembesar-pembesar Pahang yang lain bangkit menentang Residen British pertama di Pahang, iaitu J.P. Rodgers. Dato’ Bahaman menentang perlaksanaan undang-undang British yang bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan seperti system kehakiman, pungutan hasil tanah, sistem cukai, dan penubuhan pasukan polis luar. Ini kerana undang-undang tersebut telah menghakis kuasa Dato Bahaman sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Dato Bahaman dan rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan Iman Rasul telah bersatu menentang British selama lima tahun. Siri penentangan Dato Bahaman ialah pada 1890 iaitu menentang pembinaan Balai Polis Lubuk Terua, Pada 1891-menyerang British kerana menangkap anak buahnya, pada 1892- menyerang dan menawan semula Lubuk Terua, 1894-
Menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Dan akhir sekali pada 1895- Akibat tekanan British, Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan. Dato Bahaman dan rakan- rakan mendapat pelindungan daripada penduduk dan pembesar Terengganu dan Kelantan Dato’ Bahaman kemudiannya menetap di Hulu Kelantan. Manakala Tok Gajah dan keluarganya menetap di Hulu Terengganu. Pada tahun 1896, Dato Bahaman berpindah ke Bangkok dan diberikan perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn. Beliau telah menetap di Cheing Mai dan diberikan wang sara hidup sebanyak 1000 baht. Dato’ Bahaman kemudiannya meninggal di sana. 1.6 Yam Tuan Antah di Negeri Sembilan Penentangan oleh pembesar tempatan terhadap penguasaan British telah dilakukan oleh Yam Tuan Antah Sri Menanti dan Dato’ Syahbandar Sungai Ujong, iaitu Abdullah Tunggal. Keduaduanya telah menentang kemasukan British di Sungai Ujong. Malah Dato’ Syahbandar Sungai Ujong enggan menandatangani perjanjian dengan British pada 21 April 1874. Dato’ Syahbandar juga menentang Dato’ Kelana Sungai Ujong, iaitu Syed Abdul Rahman yang mempelawa British untuk campur tangan dalam pertikaian mereka. Kedua-dua pemimpin tempatan ini, berebut kawasan sempadan untuk mengenakan cukai kepada pedagang bijih timah dari Negeri-Negeri Selat. Dengan kerjasama British, Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman berjaya mengalahkan Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal untuk menguasai Sungai Ujong. Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal terpaksa berundur ke Selangor. Bagaimanapun, beliau kembali semula ke Sungai Ujong dan menandatangani perjanjian dengan British pada 10 November 1874. Dato’ Syahbandar bersetuju meletakkan jawatan dan berhijrah ke Singapura. Dengan itu, Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman dapat menguasai seluruh Sungai Ujong tetapi tertakluk di bawah penguasaan British.
Sarawak
Rentap
Rentap pemimpin Iban menentang James Brooke pada tahun 1853 kerana bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap sebagai lanun. Beliau telah menyerang pasukan James Brooke di kubu Nanga Skrang bagi menghalang kezaliman James Brooke di daerah tersebut. Rentap dan pengikutnya berjaya mengusir James Brooke tetapi tentera James Brooke telah bertindak balas dengan membakar kampung mereka. Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok, namun sekali lagi mereka diserang oleh James Brooke. Tentera James Brooke berjaya mengalahkan Rentap pada tahun 1861. Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai dan serangannya semakin lemah.
2.2 Linggir Linggir iaitu pemimpin Iban di Saribas menentang penaklukan James Brooke pada tahun 1849 dengan menyerang kapalNemesis dekat Batang Lupar. Serangan ini merupakan tindak balas terhadap langkah James Brooke dan kapten Farquhar menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas. Bagaimanapun, Linggir dan pengikutnya tewas dalam pertempuran tersebut. 2.3 Syarif Masahor Penentangan orang Melayu di bawah pimpinan Syarif Masahor dan Datuk Patinggi Abdul Gapur berlaku kerana mereka menolak penguasaan James Brooke di wilayah mereka, iaitu di Sungai Rajang pada tahun 1857. Hal ini disebabkan mereka kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan. Pada tahun 1858, James Brooke telah membina sebuah kubu di Kanowit. Syarif Masahor telah menyerang kubu tersebut. Beliau dan Datuk Patinggi Abdul Gapur kemudian menyerang James Brooke di Kuching. Bagaimanapun, tentangan mereka gagal. Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi beliau telah diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura. Datu Patinggi Abdul Gapur melarikan diri ke Betawi tetapi beliau berjaya ditahan oleh Belanda dan diserahkan kepada James Brooke.
Sabah
Mat Salleh
Di Sabah, terdapat beberapa penentangan oleh pemimpin tempatan terhadap Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Bagaimanapun, penentangan terbesar telah dilakukan oleh Mat Salleh. Beliau ialah pemerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut. Namun, pihak SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh. Bukan sahaja mereka menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh, malah mereka turut melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu. Pegawai-pegawai syarikat itu juga bersikap kasar kepada penduduk tempatan. Mat Salleh telah ke Sandakan berbincang dengan SBUB pada tahun 1895, tetapi tidak dilayan. Sebaliknya, gabenor Beaufort telah menyerang dan membakar kampungnya. Mat Salleh terpaksa melarikan diri. Pada tahun 1897, beliau dan para pengikutnya telah melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya. Ekoran itu, SBUB telah menawarkan pelan damai pada Mat Salleh, iaitu menyerahkan Tambunan kepadanya. Namun, SBUB mungkir janji dan hal ini menyebabkan Mat Salleh sekali lagi menyerang kubu SBUB. Serangan ini dibalas oleh pasukan tentera SBUB dengan menyerang kubu Mat Salleh. Beliau akhirnya tewas dan meninggal dunia pada 31 Januari 1900. Soalan 4a: Menganalisis [10 markah] (i) Buktikan Kejayaan pemimpin tempatan menentang British pada abad ke 19. Penghulu Dol Said Penghulu Dol Said mengingkari arahan British supaya naning menghantar 1/10 hasil sebagai ufti kepada Melaka. Penghulu Dol Said Berjaya mengalahkan 150 orang tentera British pimpinan Kapten Wyllie. Dato’ Maharaja Lela
Sultan Abdullah dan Dato’ Maharaja Lela serta pembesar Perak telah melakukan bantahan terbuka terhadap campur tangan British di Perak. Dato’ Maharajalela juga berjaya membina kubu di Pasir Salak. Selain itu, kejayaan lain yang lebih besar ialah berjaya membunuh residen British di Perak iaitu J.W.W. Birch. Dato’ Bahaman Dato’ Bahaman menyerang British kerana menangkap anak buahnya. Dato’Bahaman menyerang dan berjaya menawan semula Lubuk Terua. Beliau juga berjaya menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Tok Janggut Kejayaan yang di capai oleh Tok Janggut ialah ketika menentang British di Pasir Puteh dan berjaya menawan daerah tersebut. Penawanan daerah Pasir Puteh berjaya membentuk sebuah kerajaan di mana Engku Besar Jeram telah di lantik sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah. Haji Abdul Rahman Limbong Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk membersihkan tanah di Kuala Berang tanpa menghiraukan peraturan tanah British. Beliau juga bersama penduduk tempatan melancarkan penentangan bersenjata pada tahun 1928. Mereka telah menyerang dan berjaya menduduki bangunan kerajaan di Kuala Berang. Rentap Di Sarawak, Rentap telah menyerang tentera James Brooke di Kubu Nanga Skrang dan berjaya mengusir James Brooke dari kawasanya. Mat Salleh Akhir sekali ialah kejayaan pemimpin Mat Salleh di Sabah,yang melakukan serangan mengejut terhadap Kubu SBUB di Pulau Gaya. Ini menyebabkan SBUB terpaksa menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh dengan menyerahkan Tambunan kepadanya.
Jelaskan keberkesanan penentangan pemimpin tempatan terhadap British pada abad ke-19.
Keberkesanan penentangan pemimpin tempatan terhadap Bitish pada abad ke19 ialah kejayaan Dato Maharajalela menyatukan pembesar dan Dalam peristiwa ini, penduduk Melayu untuk sama-sama menentang British. Dalam peristiwa ini Sepuntum berjaya membunuh J.W.W Birch dan Kapten Innes menyebabkan British terpaksa meminta bantuan daripada tentera SHTI di Hong Kong dan India. Selain itu, keberkesanan penentangan pemimpin tempatan juga dapat dilihat melalui kejayaan Dol Said dalam mengalahkan British semasa serangan ke atas Naning pada tahun 1831. Kebijaksanaan Dol Said mendapatkan bantuan tentera dari Yam Tuan Ali Rembau, Syed Shahban dan Penghulu Remai dapat mengalahkan tentera British seramai 150 orang.
Seterusnya, kejayaan Mat Salleh melancarkan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya telah memaksa SBUB mengadakan pelan damai kepada Mat Salleh dan berjanji akan menyerahkan Tambunan. Sehubungan dengan perkara di atas, perjuangan Tok Janggut juga berjaya mencabar British. Keberkesanan perjuangan Tok Janggut terbukti apabila pihak polis yang diarahkan menangkap Tok Janggut gagal menangkapnya. Malah beberapa pembesar tempatan juga telah menyerang Pasir Puteh dan mereka Berjaya mendudukinya. Di samping itu, perjuagan Tuan Haji Abdul Rahman Limbong juga memperlihatkan keberkesanan pada tahap awal. Beliau bersama rakyat Telemong telah beberapa kali mengingkari peraturan tanah yang ditetapkan oleh British. Beliau mengetuai penduduk kampong membuka tanah pada tahun 1922 dan 1925. Seterusnya, perjuangan Dato Bahaman juga memperlihatkan keberkesanannya kerana berjaya menyerang British dan menawan semula Lubuk Terua yang telah dikuasai oleh British. Dato Bahaman dan pengikut juga berjaya menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. (iii) Strategi perjuangan pemimpin tempatan menentang penjajahan British. Dol Said menggunakan taktik dengan cara mendapatkan bantuan ketenteraan daripada Yam Tuan Ali dari Rembau, Syed Shaban, Penghulu Remai dan Rechat, Dato’ Kelana Sungai Ujung serta Penghulu Gemencheh telah berjaya mengalahkan 150 orang tentera British. Rentap menentang penaklukan James Brooke dengan menyerang Kapal Nemesis dekat Batang Lupar. Syarif Masahor telah menyerang kubu James Brooke di Kanowit. Seterusnya, menyerang James Brooke di Kuching bersama-sama dengan Datu Patinggi Abdul Gapur. Mat Salleh telah menggunakan strategi melalui perbincangan tetapi tidak dilayan oleh pihak SBUB. Mat Salleh dan pengikutnya telah melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya. Dato’ Maharaja Lela membuat bantahan terbuka terhadap campur tangan British dan mengarahkan pengikutnya untuk membunuh J.W.W. Birch di Sungai Perak, Pasir Salak. Dato’ Bahaman menyerang dan menawan semula Lubuk Terua. Kemudian menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak dan rakyat tempatan menyerang Pasir Puteh dan berjaya mendudukinya. Haji Abdul Rahman Limbong mengetahui membersihkan tanah di Kuala Telemong dan tanah milik Tengku Nik Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin III. Haji Abdul Rahman Limbong menyerang bangunan kerajaan di Kuala Berang dan telah berjaya mendudukinya. (iv) Tindak balas British terhadap kebangkitan pemimpin tempatan Tindakan British terhadap penentangan di Tanah Melayu ialah, di Naning British telah menghantar tenteranya untuk menakluki Naning pada tahun 1831 tetapi
dikalahkan oleh penghulu Dol Said. Pada akhir tahun 1832, seramai 1200 orang tentera telah dihantar oleh British sekali lagi menyerang Naning dan berjaya mengalahkan penghulu Dol Said. Seterusnya di Perak pula, pihak British dengan 500 orang tentera melancarkan serangan terhadap Pasir Salak dan kawasan yang terlibat. Mereka yang terlibat seperti Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Lam, Seputum dan Pandak Indut dihukum gantung. Manakala Sultan Ibrahim dibuang negeri ke Johor dan Sultan Abdullah dan yang lain dibuang ke Pulau Seychelles. Di Kelantan pula, British telah menggunakan nama sultan Kelantan bagi membawa masuk pasukan tentera dari negeri selat dengan kapal Perang H.M.S Cadmus yang mendarat di Tumpat dan memulakan serangan pada bulan Mei 1915 di Saring. Tok Janggut terkorban dan mayatnya di arak di seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki ke atas sebagai amaran kepada penduduk tempatan yang menentang British. Tindakan British di Terengganu pula ialah pihak British menggunakan kuasa dan nama sultan Terengganu dan menghantar tiga orang pembesar untuk menawan semula Kuala Berang dan menangkap serta memburu sesiapa sahaja yang menghalang mereka. Selain itu, British juga mengarahkan seramai 25 orang polis menyerang Kuala Telemong dan berjaya mengorbankan seramai 11 orang penentang. Manakala Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap dan dibuang ke Makkah. Bagi menghadapi tentangan di Sarawak, James Brooke telah bertindak membakar kampung Rentap dan menyerang sekali lagi apabila Rentap berundur ke Bukit Sadok. Di Sabah pula, Gabenor Beufort telah menyerang dan membakar kampung Mat Salleh apabila beliau membuat perundingan di Sandakan tentang kedudukannya. Tindak balas di atas serangan Mat Salleh terhadap kubu SBUB telah menamatkan penentangan terhadap British di Sabah. Soalan 4b: Menganalisis [10 markah]
Jelaskan keberkesanan peranan pertubuhan dan kesatuan dalam memupuk semangat nasionalisme di negara ini.
Keberkesanan pertubuhan dalam memupuk semangat nasionaisme di negara ini dapat dilihat melalui penubuhan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) oleh Mohammad Eunos Abdullah. Tujuan penubuhan KMS ialah menjaga kepentingn sosioekonomi penduduk Melayu Singapura. Melalui desakannya, beliau memperoleh sebuah kawasan penempatan khas bagi orang melayu di Singapura. Selain itu, Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) di tubuhkan oleh S.M Zainal Abidin B.A. Persatuan ini ditubuhkan dengan tujuan menggalakkan ahli-ahlinya berkenal-kenal dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri sendiri dan bangsa serta menggalakkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Seterusnya, Persatuan Negeri-negeri yang ditubuhkan di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Persatuan-persatuan ini berjaya menggabungkan tenaga
intelektual Melayu untuk membincangkan nasib orang melayu dalam soal ekonomi. Ini bertujuan untuk menggalakkan perpaduan orang melayu. Di samping itu, di negeri Sarawak pula, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak yang telah ditubuhkan oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah pada tahun 1939. Persatuan ini ditubuhkan untuk mengeratkan perpaduan Melayu. Selain itu untuk menggalakkan masyarakat memperolehi pendidikan untuk kemajuan bangsa. Malahan persatuan ini turut menjaga maruah bangsa dan menegakkan ajaran agama Islam. Salah satu lagi keberkesanan dapat dilihat melalui penubuhanKesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1939. Tokohnya ialah Ibrahim Haji Yaakob dan Mustapha Husein. KMM bertujuan menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda melayu, meningkatkan tahap pendidikan orang melayu, bekerjasama dengan Jepun menghalau British, menjadi propaganda Jepun dengan membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda anti-British dan menyediakan kader-kader yang dikenali sebagai tentera semut untuk menentang British. Akhir sekali, Kongres Melayu 1939 dan 1940. Tujuan pertubuhan ini membincangkan kemunduran orang Melayu dalam pendidikan dan layanan pilih kasih British terhadap anak negeri, Resolusi kongres dengan menggambarkan perpaduan melayu untuk mengatasi permasalahan sosioekonomi dan politik mereka yang lemah dan akhir sekali orang melayu dapat mengatasi perasaan kenegerian yang memisahkan mereka selama ini.
Terangkan kesan gerakan nasionalisme sehingga membawa kepada penyatuan orang Melayu dalam persatuan.
Kesan gerakan nasionalisme membawa kepada kesan positif dalam penyatuan orang Melayu. Persatuan Sahabat Pena (PASPAM) antara pertubuhan yang wujud hasil daripada gerakan nasionalisme. Ditubuhkan pada 1934 yang dipimpin oleh S.M Zainal Abidin. Penubuhannnya bertujuan untuk menggalakkan ahlinya berkenal-kenal dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri dan bangsa. Hal ini secara tidak langsung telah menggalakkan perpaduan dan persaudaraan dikalangan orang Melayu di seluruh semenanjung Tanah Melayu Pertubuhan negeri juga telah ditubuhkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu seperti di Perak (1937), Selangor (1938), Negeri Sembilan (1938) dan Pahang (1938). Objektif utama penubuhan persatuan negeri ini adalah untuk menggabungkan tenaga intelektual Melayu bagi membincangkan nasib orang Melayu dalam soal ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan. Disamping itu,kesan dari gerakan nasionalisme juga telah mewujudkan sebuah persatuan separa politik yang dikenali sebagai Kesatuan Melayu Muda (KMM). Kesatuan ini dipimpin oleh Ibrahim Hj Yaakob. Objektifnya untuk menggalakkan perpaduan dikalangan pemuda Melayu di seluruh semenanjung dan meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu. Manakala di Sarawak pula, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (1939) telah ditubuhkan Persatuan ini dipimpin oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah. Tujuan penubuhannya adalah untuk mengeratkan perpaduan Melayu, menggalakkan pendidikan, manjaga budaya dan maruah bangsa serta menegakkan ajaran agama Islam.
Di Sabah, walaupun kesedaran untuk berpersatuan tidak menonjol tetapi masih terdapat cawangan Persatuan Sahabat Pena yang bergiat di Jesselton (Kota Kinabalu), Labuan dan Tawau. Walaubagaimanapun, kegiatannya mirip kepada kegiatan persatuan di Semenanjung. Anggota-anggotanya terdiri daripada peniaga kecil, pegawai rendah kerajaan dan guru sekolah Melayu. Soalan 5a: Mengaplikasi [10 markah]
Bagaimanakah kita memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan pada abad ke 19 dalam memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia.
Antara usaha bagi memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan dalam memupuk semangat nasionalisme adalah menghayati perjuangan pemimpin tempatan yang sanggup berjuang untuk kedaulatan negara. Seterusnya, bagi memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan dalam memupuk semangat nasioanilsme dengan menghidupkan semula watak-watak mereka melalui filem dan drama agar menjadi tatatpan rakyat Malaysia hari ini. Kita juga boleh memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan melalui pameran yang menarik dan kreatif di muzium yang dilawati untuk menimbulkan kesedaran tentang kehebatan perjuangan pemimpin tempatan Di samping itu, aktiviti penulisan seperti menulis esei bertemakan perjuangan pemimpin tempatan juga mampu memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Aktiviti ini sesuai dilakukan sempena sambutan bulan kemerdekaan yang perlu dibuka penyertaan untuk pelbagai lapisan masyarakat. Seterusnya, perjuangan pemimpin tempatan dimanfaatkan untuk memupuk semangat nasionalisme dengan memuatkan peristiwa berkenaan dalam silibus pembelajaran bagi murid sekolah rendah dan menengah agar dapat mencontohi keberanian dan kegigihan para pejuang lampau. Selain itu, kita dapat memupuk semangat nasionalisme dengan mengenali pejuang-pejuang terdahulu serta menghayati hasil perjuangan mereka dalam membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. Seterusnya, menghargai jasa-jasa dan pengorbanan para pejuang bangsa terutamanya dalam kalangan generasi muda. Dalam pada itu juga, semangat nasionalisme ini dapat dipupuk dengan memelihara keamanan yang sudah sekian lama dikecapi untuk meneruskan legasi pembangunan negara secara berterusan. Kita juga wajar mencontohi sikap perjuangan pemimpin tempatan seperti berani dalam mempertahankan hak walaupun mereka tidak mempunyai senjata yang canggih. Malahan mereka juga tidak mudah putus asa kerana sentiasa berusaha untuk mempertahankan kedaulatan negara. Akhirnya, kita hendaklah sentiasa menyedari bahawa pembangunan yang dikecapi sehingga kini tidak akan tercapai tanpa pengorbanan dan perjuangan tokoh-tokoh terdahulu. Justeru melalui penghayatan ini kita dapat memupuk semangat cintakan negara. (ii) Melalui semangat nasionalisme warga Malaysia mampu mempertahankan kedaulatan negara. Berikan alasan anda.
Semangat nasionalisme yang ada pada warga Malaysia sememangnya mampu mempertahankan kedaulatan negara, ini kerana semangat nasionalisme akan mengukuhkan jati diri bangsa Malaysia seterusnya mendorong kepada semangat setia negara yang tinggi dan semangat sanggup berkorban untuk negara. Di samping itu, dapat melahirkan warga Malaysia yang tidak mudah terpengaruh dengan agenda anasir luar dan mengelakkan diri daripada perkara-perkara negatif seperti rasuah, penyalahgunaan dadah dan pemerdagangan orang. Selain itu, semangat nasionalisme bukan sahaja memupuk semangat sifat bekerjasama antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan bersama-sama menjaga maruah bangsa Malaysia yang berdaulat. Selanjutnya semangat nasionalisme akan mengekalkan perpaduan antara kaum. Perpaduan antara kaum akan dapat memastikan keamanan negara dan kemajuan yang dirancang akan tercapai. Selain itu, warga Malaysia yang memiliki semangat nasionalisme akan patuh kepada ajaran agama masing masing. Masyarakat yang patuh kepada ajaran agama akan mematuhi undang-undang dan mudah diuruskan. Seterusnya warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme akan melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang berguna dan menguasai pelbagai kemahiran seperti ilmu komputer, sains dan teknologi. Masyarakat berpengetahuan amat diperlukan untuk merealisasikan wawasan negara. Soalan 5b: Mengaplikasi [10 markah]
Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan keberkesanan yang boleh dicapai oleh negara melalui media massa untuk mengekalkan kedaulatan negara
Media Massa merupakan medium berkesan dalam membantu negara mengekalkan kedaulatan negara. Buktinya, media massa dapat menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada umum dengan lebih cepat.Malahan maklumat berkaitan dengan dasar baru kerajaan dapat di peroleh dan di akses dengan lebih mudah sama ada melalui media sosial, internet mahupun melalui media penyiaran seperti berita dan hebahan umum. Di samping itu, media massa juga dapat menyampaikan maklumat dengan tepat kepada umum. Hampir 90% maklumat yang disampaikan melalui media massa adalah sahih dan boleh dipercayai. Oleh yang demikian, kebanyakan rakyat Malaysia kebanyakkannya bergantung sepenuhnya kepada media massa untuk mendapatkan berita terkini. Keberkesanan media massa juga dapat dilihat dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di media massa. Hal ini dapat dilihat melalui penyampaian berita, rancangan-rancangan ilmiah dan forum yang kebanyakkannya disampaikan dengan menggunakan bahasa Melayu. Hal ini sekaligus membantu ke arah perpaduan kaum di negara ini. Selain itu, media massa juga merupakan agen perpaduan dan medium penting dalam mengekalkan keamanan negara. Buktinya, penyiaran berita yang
berkaitan dengan perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan dapat menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Mesej berunsurkan semangat keberanian dan kerjasama juga jelas berjaya disampaikan melalui programprogram radio atau siaran rancangan televisyen. (ii) Jelaskan ciri-ciri warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi. Antara ciri warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi adalah mempunyai semangat cintakan negara yang kental. Perasaan sayangkan negara diterjemahkan dengan mematuhi undang-undang negara. Malahan perasaan bangga menjadi warga Negara Malaysia melangkaui semangat perkauman dan kenegerian. Selain itu , menghormati tokoh-tokoh negarawan yang banyak berjasa sebelum dan selepas kemederkaan perlu dipupuk sebagai tanda penghargaan kepada mereka. Jasa dan pengorbanan mereka perlu diingati dan dihargai serta dijadikan sumber inspirasi terutama kepada generasi muda. Seterusnya, setiap warga Malaysia mesti berpegang teguh dengan prinsip Rukun Negara yang menjadi panduan kepada semua warga. Nilai agama dan budaya perlu diamalkan demi memperkukuhkan jati diri sebagai rakyat Malaysia yang baik. Warga Malaysia seharusnya berani,bijak dan yakin dalam sebarang tindakan demi menjaga nama baik negara sama ada di dalam dan di luar negara. Di samping itu, mempunyai semangat juang untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman penceroboh atau anasir asing. Ini penting untuk mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara. Warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi akan mengutamakan perpaduan dan sanggup bekerjasama dengan pelbagai kaum untuk memastikan kesejahteraan dan keamanan negara.Warga Malaysia juga sewajarnya mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai melambangkan penyatuan bangsa. Seterusnya, warga Malaysia juga mesti menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan seperti teknologi dan kemahiran ICT untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.Akhir sekali warga Malaysia seharusnya mengutamakan pembelian barangan buatan Malaysia sebagai sumbangan dalam pembangunan ekonomi negara. Soalan 6 : Menilai [10 Markah] (i) Adakah anda bersetuju bahawa perjuangan pemimpin tempatan tidak berjaya. Berikan hujah anda. Saya tidak bersetuju dengan pernyataan ini walaupun dari segi perjuangan menentang penjajah itu gagal namun kesan yang ditinggalkan ekoran penentangan tersebut telah menaikkan semangat patriotisme yang sangat tinggi dalam kalangan penduduk Tanah Melayu .Contohnya perjuangan Dato’ Maharajalela, Pandak Lam, Pandak Indut, Dato, Sagor dan Seputum sehingga titisan darah terakhir. Perjuangan mereka telah menunjukkan semangat setia negara yang mendalam kerana
sanggup berkorban untuk bangsa dan tanahair tercinta. Akhirnya kemerdekaan mampu kita perolehi pada 31 Ogos 1957 Selain itu juga, sifat bekerjasama dan tolong menolong antara pemimpin dengan pengikut dalam menentang penjajahan British telah menyumbangkan ke arah kejayaan generasi hari ini. Contohnya kemenangan Dol Said menentang British pada 1831 mendapat bantuan ketenteraan dari Yam Tuan Ali, Syed Shaban, Penghulu Ramai dan Rechat, Dato Kelana Sungai Ujong serta Penghulu Gemenchah. Sifat inilah yang akhirnya menjadikan Malaysia negara yang aman dan makmur walaupun terdiri daripada berbilang kaum, agama dan kebudayaan. Di samping itu, penentangan ini jelas memperlihatkan sikap tidak mudah putus asa. Buktinya perjuangan sehingga ke titisan darah yang terakhir yang ditunjukkan oleh pejuang tempatan seperti Tok Janggut, Mat Salleh dan Rentap sebenarnya telah mampu mengugat kedudukan British di Tanah Melayu. Sikap ini yang telah diaplikasi oleh generasi hari ini mampu melahirkan ramai atlet sukan yang bertaraf antarbangsa seperti Dato Lee Chong Wei, Pandalela Rinong, Dato Nicol David dan ramai lagi. Kesabaran perjuangan pemimpin tempatan yang lampau sebenarnya mencetuskan kebimbangan pihak penjajah yang akhirnya mengakui kehebatan para pemimpin dan kemudian akur untuk membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan. Kesabaran ini juga yang diamalkan oleh generasi hari ini yang akhirnya menjadikan negara Malaysia sebuah negara industri yang akhirnya mampu menghasilkan kereta nasional yang boleh dipasarkan di luar negara. Seterusnya, keberanian perjuangan tokoh tempatan telah memberi inspirasi dan mampu melahirkan ramai pemimpin negara yang mampu bersuara dan mengeluarkan pendapat dalam arena perbincangan antarabangsa seperti Persidangan PBB. Buktinya keberanian Perdana Menteri kita dalam membela nasib mangsa yang terlibat dengan kemalangan kapal terbang MH17 yang ditembak jatuh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Perdana Menteri lantang untuk membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan. (ii) Pada pendapat anda, apakah peranan yang patut dimainkan oleh penulis akhbar bagi mengekalkan politik yang stabil di Malaysia pada hari ini? Pada pendapat saya, peranan yang patut dimainkan oleh penulis akhbar bagi mengekalkan politik yang stabil di Malaysia pada hari ini ialah hanya menyiarkan berita yang benar atau sahih sahaja. Ini penting supaya rakyat memahami perkembangan semasa politik tanah air yang sebenar. Seterusnya, penulis akhbar perlu kerap memaparkan isu yang menggalakkan kerjasama dalam masyarakat. Contohnya, menulis berita mengenai aktviti gotong-royong dan aktiviti Rukun Tetangga yang melibatkan pelbagai kaum di negara ini. Di samping itu,penulis akhbar juga perlu menyediakan ruangan khas untuk memberi kesedaran tentang kepentingan perpaduan kaum. Hal ini bertujuan untuk memupuk perpaduan kaum yang menjadi nadi kestabilan politik sehingga hari ini. Contohnya, gambar sukan yang memupuk perasaan muhibbah antara pelbagai kaum
Selain itu, penulis akhbar tidak seharusnya menimbulkan isu-isu sensitif yang boleh menyemarak api perkauman. Sebaliknya penulis boleh membantu mengekalkan politik yang stabil melalui bahasa. Contohnya, memartabatkan Bahasa Melayu sebagai perhubungan utama di negara Malaysia. Ini kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan alat penyatuan antara kaum seperti yang termaktub dalam perlembagaan 152. Akhir sekali ialah penulis akhbar perlu berusaha untuk meningkatkan perasaan cinta akan bangsa dan negara terutama dalam kalangan generasi muda. Contohnya menyediakan ruangan Sejarah untuk mengetahui tentang peristiwa penting negara seperti kemerdekaan dan perjuangan pemimpin tempatan. Ini penting agar rakyat tidak melupakan sejarah perjuangan negara demi mengekalkan politik yang stabil di Malaysia pada hari ini. (iii) Sekiranya anda adalah seorang penulis akhbar, majalah atau novel pada hari ini, apakah tema penulisan yang akan anda pilih untuk menaikkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat? Berikan alasan anda. Sekiranya saya adalah seorang penulis akhbar, majalah atau novel pada hari ini, tema penulisan yang akan saya pilih untuk menaikkan semangat nasionalisme kalangan rakyat ialah tema Perpaduan. Ini kerana Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum tetapi mampu hidup dengan aman dan makmur. Sebagai contoh, tema perpaduan yang ditonjolkan melalui pengamalan Rumah Terbuka oleh kaum-kaum yang menyambut perayaan masing-masing pada setiap tahun dan diraikan secara bersama dengan rasa gembira. Hal ini pasti akan berjaya menaikkan dan menyuburkan semangat nasionalisme kalangan rakyat. Seterusnnya ialah tema Malaysia Boleh merupakan slogan yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Slogan ini merupakan ciptaan terulung yang berjaya mengikis persepsi orang luar bahawa Malaysia adalah negara kampung. Pada asalnya, slogan ini dicipta untuk menyuntik semangat atlet Malaysia dalam arena sukan tetapi slogan ini akhirnya telah berkembang dan berjaya melakukan transformasi besar dalam aspek politik, ekonomi dan sosial sehingga dikagumi oleh negara luar. Contohnya, kejayaan dua orang pendaki negara iaitu Mohandas dan Magendran yang berjaya sampai ke puncak Gunung Everest kerana semangat Malaysia Boleh! Semangat ini tentunya akan terus menaikkan semangat nasionalisme kalangan rakyat. Selain itu, tema Keistimewaan Malaysia. Dalam tema ini, saya akan memaparkan keistimewaan Malaysia yang mempunyai kepelbagaian etnik dan budaya etnik terutama di Sabah dan Sarawak. Ini kerana, Sabah dan Sarawak mempunyai lebih 32 etnik yang terdiri daripada pelbagai budaya, makanan dan adat tradisi. Hal ini pasti menimbulkan semangat kebanggaan kalangan rakyat Malaysia kerana mempunyai keunikan yang tersendiri. Seterusnya ialah tema Kejayaan Rakyat Malaysia. Semua kejayaan yang pernah dicipta oleh rakyat Malaysia akan dikumpulkan dalam ‘Malaysia Boof Of Record’ untuk dijadikan inspirasi oleh generasi pada hari ini. Contohnya, kejayaan Datuk Sheikh Muzaffar sebagai angkasawan pertama negara dan Datuk Nicol David sebagai pemain nombor satu dunia dalam sukan Skuasy. Melalui penulisan ini, pastinya akan menyuntik semangat generasi muda untuk terus
melakar kejayaan dan seterusnya menaikkan semangat nasionalisme kalangan rakyat. Akhir sekali ialah tema Patriotik. Tema ini mengangkat perjuangan tokoh-tokoh yang sering dilupakan setiap kali sambutan ulangtahun kemerdekaan negara. Contohnya, perjuangan Tok Janggut di Kelantan, Rosli Dhobi di Sarawak dan Mat Salleh di Sabah. Melalui tema ini adalah diharapkan generasi pada hari ini akan sentiasa merasa bersyukur kerana hidup dalam suasana aman damai dan berusaha untuk menjaga keamanan negara. Untuk itu, semangat nasionalisme harus subur sentiasa dan mekar mewangi setiap masa demi kedaulatan negara tercinta. Soalan 7: Menjana Idea [10 markah] 7a. Cabaran dan langkah 7a (i) Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh negara dalam usaha memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat. [5 markah ] Cabaran yang dihadapi dalam usaha memupuk semangat nasionalisme adalah kesukaran mengukuhkan perpaduandi Malaysia kerana kepelbagaian kaum yang terdapat dalam negara. Selain itu pengaruh luar juga menyebabkan kurangnya semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat kerana mereka lebih tertarik dengan budaya luar berbanding budaya sendiri, Perkembangan teknologi yang melalaikan juga menyebabkan kurangnya semangat nasionalisme terutama dalam kalangan remaja. Mereka lebih suka berhibur daripada membaca dan mencari maklumat berkaitan sejarah negara. Disamping itu kurang kerjasama pelbagai pihak berwajib dalam mengadakan program-program yang berunsur patriotisme menyebabkan semanagat nasionalisme kurang dihayati. Akhir sekali wujudnya jurang perbezaan pendidikan seperti memilih sekolah mengikut kelompok kaum masing-masing. Ini menyebabkan sukar untuk menwujudkan semangat nasionalisme dalam diri pelajar. 7a (ii) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas. (5 Markah) Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran dalam memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat adalah semua rakyat haruslah mengukuhkan perpaduan dengan menjayakan konsep 1 Malaysia yang dapat menyatupadukan semua kaum dan menwujudkan perpaduan. Selain itu pihak yang berkenaan contohnya pihak media haruslah menapis pengaruh luar sebelum disiarkan. Rakyat juga haruslah bijak memilih maklumat yang disampaikan. Seterusnya ibu bapa haruslah memantau penggunaan teknologi supaya anakanak hanya mengakses maklumat yang positif dan bermanfaat. Ini penting supaya anak-anak mempunyai ilmu pengetahuan tanpa mengenepikan nilai-nilai murni seperti berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
Kerajaan wajib meningkatkan kerjasama daripada pelbagai pihak untuk menganjurkan program-program berunsurkan nasionalisme. Contohnya, Syarahan kemerdekaan dan kuiz kenegaraan. Akhir sekali menubuhkan sekolah wawasan boleh menaikkan semangat nasionalisme rakyat kerana pelajar boleh bergaul dan bekerjasama dalam satu sekolah walaupun berlainan kaum. 7b. Sebab dan kesan 7b(i) Jelaskan sebab-sebab semangat nasionalisme semakin luntur dalam kalangan generasi muda pada hari ini. Semangat nasionalisme semakin luntur dalam kalangan generasi muda hari ini adalah disebabkan generasi muda kinitidak mempunyai semangat cinta akan tanah air . Mereka juga tidak memahami maksud sebenarpatriotisme. Selain itu, generasi muda juga mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang negatif dari media massa ataupun internet. Generasi muda juga terlalu leka dengan lambakan hiburan yang menyeronokkan. Di samping itu,generasi muda turut terpengaruh dengan budaya asing yang kini semakin berleluasa di negara kita. Seterusnya, kurang didikan agama dan kesedaran sivik juga menyebabkan semangat nasionalisme semakin luntur dalam jiwa generasi muda. Selain itu,sikap suka mementingkan diri sendiri juga antara sebabnya. Tidak dapat dinafikan bahawa semangat nasionalisme juga semakin luntur kerana generasi muda kini tidak memahami konsep Rukun Negara. Generasi muda juga kurang menghayati perjuangan tokoh-tokoh tempatan. Seterusnya,kurangnya ilmupengetahuan turut menyebabkan kurangnya semangat nasionalisme dalam diri generasi muda kini. 7b(ii) Nyatakan kesan yang akan berlaku sekiranya sikap ini tidak dibendung. Kesan yang akan berlaku sekiranya sikap ini tidak dibendung ialah generasi muda akan berpecah belah. Selain itu, keamanan dan keharmonian negara juga akan terancam. Seterusnya, lahirnya individu yangmementingkan diri sendiri. Di samping itu, generasi muda juga akan hilang jati diri. Seterusnya, minda generasi muda akan mudah dijajahdan terpengaruh dengan anasiranasir luar. Gejala sosial dalam kalangan generasi muda turut meningkat dan sukar dibendung. Selain itu,perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia tidak akan wujud. Generasi muda juga tidak akanmenghormati Rukun Negara. Seterusnya, pertahanan negara juga akan menjadi lemah.Wawasan 2020 turut tidak akan tercapai. Soalan 8 : Iktibar / nilai / patriotisme [5 Markah] Iktibar /Nilai/Unsur Patriotisme yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji.
Antara iktibar yang diperoleh ialah kita hendaklah sentiasa menunjukkan kecintaan kepada negara untuk mengekalkan kedaulatan negara. Selain itu, kita haruslah bekerjasama dalam mencapai matlamat negara. Kita juga perlu berganding bahu untuk membangunkan negara supaya negara kita setanding dengan negara-negara maju. Seterusnya, kita mestilah berani dan tabah menghadapi cabaran. Disamping itu, kita haruslah setia kepada pemimpin dan berhati-hati dengan orang asing supaya negara kita tidak lagi dijajah semula. Antara nilai yang kita perlu amalkan ialah sentiasa menunjukkan semangat kekitaan dan kesamarataan dalam apa jua tindakan yang dilakukan. Selain itu, kita perlu menunjukkan kerjasama dan hidup saling hormat-menghormati di antara pelbagai kaum di Malaysia. Kita juga perlu menunjukkan nilai menghargai dan menghormati agama kaum lain. Kita juga sentiasa saling memahami dan bertoleransi dalam apa jua perkara yang dilakukan. Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai unsur patroitik, kita perlu bersifat terbuka dengan menyokong perubahan dari semasa ke semasa untuk kearah kebaikan. Selain itu, perpaduan harus diamalkan sepanjang masa supaya keamanan negara dapat dikekalkan. Sebagai rakyat juga, kita perlu berbangga dengan kejayaan dan keunikan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya. Akhir sekali kita juga wajar menunjukkan penghormatan terhadap kepimpinan negara dan sentiasa bersyukur dengan kemerdekaan Malaysia yang sudah Soalan 9 : Kesimpulan [5 Markah] Pengetahuan Antara Pengetahuan yang saya perolehi ialah mengetahui usaha masyarakat tempatan penjajahan oleh kuasa luar. Penentangan di dorong oleh hasrat membebaskan negara daripada kuasa penjajah. Abad ke-19 dan abad ke-20 mengetengahkan ramai pemimpin tempatan daripada pelbagai latar belakangan bangkit menentang penjajah. Perubahan pentadbiran penjajah mendatangkan pelbagai kesulitan kepada penduduk tempatan. Penjajahan British telah meninggalkan pelbagai impak dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Nilai Murni Antara nilai murni yang dapat diterapkan ialah semangat juang yang kental dalam mempertahankan tanah air. Selain itu mempertahankan kedaulatan negara dengan memiliki sikap berani menentang musuh. Disamping itu, memiliki jati diri yang tinggi agar tidak mudah menerima pengaruh luar. Selanjutnya tidak mudah berputus asa dengan menunjukkan semangat setia negara yang tinggi. Akhirnya kesangupan bekorban demi agama, bangsa dan negara dengan mengetepikan kepentingan diri. Unsur Patriotik Antara unsur patriotik yang boleh diterapkan dalam diri ialah cinta akan negara yang tinggi dan berkorban nyawa. Contohnya penentangan Tok Janggut. Selain itu, bersatu padu dan mempunyai semangat kekitaan bagi mewujudkan keharmonian negara. Harapan dan masa depan
Harapan saya agar rakyat Malaysia dapat memperkukuh semangat nasionalisme yang tinggi. Hal ini juga, supaya dapat pertahan negara daripada campur tangan kuasa asing dan seterusnya dapat mengekalkan kedaulatan negara. Akhir sekali semoga rakyat Malaysia saling menghormati antara satu sama lain untuk mewujudkan keamanan. https://docs.google.com/document/d/1j9I5_YmYrp67ropbWXjf03yZ0S9R73VNCpL m84aqqmU/edit?usp=sharing
View more...
Comments