Sejarah Kaum Iban

September 4, 2017 | Author: Yew Hooi Kheng | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Sejarah Kaum Iban...

Description

SEJARAH KAUM IBAN Secara umumnya, Kaum Iban

merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak. Mereka tinggal di Pulau Borneo dan

kebanyakan mereka terdapat di negeri Sarawak iaitu di Bahagian Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, dan Kanowit. Masyarakat Iban adalah sebahagian daripada masyarakat bumiputera Sarawak yang terkenal dengan penempatan di rumah panjang.

Pada zaman dahulu, rumah panjang masyarakat Iban biasanya dibina di tebing sungai kerana sungai merupakan perhubungan dan pengangkutan utama di kawasan pedalamam terutamanya di negeri Sarawak. Hal ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja, berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. Pada masa kini, ramai juga di antara mereka yang telah bekerja dan terus menetap di Bandarbandar seperti Kuching dan Miri.

Masyarakat Iban pada asasnya merupakan penduduk di kawasan pedalaman yang berpindah-randah, tetapi tinggal berdekatan dengan sungai yang merupakan nadi pengangkutan dan sumber perikanan yang penting. Mereka tinggal berkampung di rumah panjang yang terletak di tebing sungai dan di tepi jalan raya. Kebanyakan masyarakat Iban sekarang telah menetap di bandar-bandar besar di sekitar Negeri Sarawak. Namun demikian,ciri-ciri asal tradisi mereka tetap dikekalkan.

Amalan cara hidup yang diamalkan oleh kaum Iban adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang, tolak-ansur dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain. Kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima agama Kristian sebagai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.

Rentap adalah seorang panglima perang orang Iban yang tinggal di ulu Sungai Sekrang. Pada tahun 1853, Rentap telah mengetuai pasukan orang Iban yang menyerang pasukan British di Skrang yang diketuai oleh William Brereton. Rentap yang menjadi

ketua

pemerintahan

orang Brooke

Iban

telah

menentang

kerana Brooke merancang

membanteras amalan kutipan cukai oleh ketua-ketua tempatan yang dianggap sebagai lanun sedangkan ia merupakan sumber pendapatan tradisi ketua-ketua tempatan.

Pada zaman dahulu, masyarakat dikenali dengan kepahlawanannya, keberanian dan kekejaman terhadap musuh dan dikenali sebagai "Headhunter". Ini adalah kerana sebagai tanda kemenangan terhadap pihak musuh, ketua pahlawanan tersebut hendaklah membawa pulang kepala musuh tersebut dan kepala tersebut akan digantung di rumah panjang. Masyarakat Iban lagi didedahkan lagi dengan sejarah-sejarah pahlawan-pahlawan dan tokoh-tokoh terkenal seperti Keling, Rentap dan Tun Jugah.

Brooke turut juga mengganggu cara hidup tradisional orang Iban yang mengamalkan kegiatan memotong kepala dengan beberapa pembaharuan. Justeru itu, pada tahun 1853, Rentap bersama pasukannya menyerang kubu-kubu di Sungai Skrang. Pihak British telah diserang hendap oleh orang-orang Rentap. Walau bagaimanapun pengikut Brooke telah membakar 20 buah rumah panjang tempat kediaman Rentap. Dengan itu Rentap terpaksa berundur dan membina tempat kediaman di sungai Lang iaitu di ulu Sungai Skrang. Namun begitu, angkatan Brooke berjaya menyerang rumah panjang Rentap dan ia dengan sebilangan pengikut berundur dan membina kubu di sebuah bukit bernama Bukit Sadok. Mulai dari tahun 1875, kerajaan Brooke telah membuat tiga percubaan untuk menangkap Rentap. Namun pada tahun 1861 barulah mereka berjaya menguasai Bukit Sadok setelah membawa beberapa buah meriam yang dikenali sebagai "Bujang Sadok". Kubu-kubu dan rumah-rumah tempat kediaman Rentap dan orang-orangnya habis dibakar oleh kerajaan Brooke pada 20 oktober 1861. Rentap kemudian berundur ke Ulu Entabai. Kemudian Rentap dan pengikutnya berpindah ke Bukit Sibau iaitu kawasan yang terletak di Ulu Wak, Pakan. Beberapa tahun kemudian, Rentap meninggal dunia di situ pada usia lebih kurang 70 tahun. Rentap merupakan pejuang sejati kerana beliau tidak pernah untuk tunduk kepada pemerintahan Brooke sehingga ke akhir hayatnya. Sehingga ke hari ini makam pahlawan Rentap telah di baik pulih oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasanya.

SISTEM KEPERCAYAAN ORANG IBAN  Animisme Kaum Iban mengamalkan amalan animisme dan setiap kepercayaan mereka dipengaruhi oleh alam semula jadi. Mereka mendiami kawasan hutan rimba yang keadaan keselamatannya tidak menentu, memang wajarlah jika terdapat kepercayaan yang boleh memberikan suasana harmonis dengan alam dan roh. Keadaan persekitaran seperti inilah yang telah membentuk kepercayaan masyarakat Iban.

SISTEM KEPERCAYAAN ORANG IBAN  Mimpi merupakan salah satu sumber alamat tetang sesuatu yang bakal terjadi di masa akan datang dan diterjemah oleh Beliau dan Manang. Mereka mempercayai manusia yang hidup hanya dapat melihat atau bertemu dengan semangat dan rohhanya melalui mimpi.  Mereka mempercayai kehidupan selepas mati yang menyerupai kehidupan di dunia.

SISTEM KEPERCAYAAN ORANG IBAN

Dalam Kepercayaan Iban, mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun- temurun dan ditulis di dalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai raban bansa' dengan berpandukan nasihat 'Beliau' dan'Lemambang'. Contohnya:  Penempatan dan mendirikan rumah atau kawasan tanah yang hendak didirikan rumah tersebut hendaklah disemak terlebih dahulu.  Percaya pada petanda-petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung beragai. Bunyi yang dikeluarkan oleh binatang-binatang ini adalah petunjuk dan alamat untuk menentukan kesesuaian tapak. Semua petanda akan ditafsirkan oleh 'Beliau' atau 'Manang' bagi mematuhi adat supaya tidak mendatangkan malapetaka.  Bagi menghindar alamat yang boleh mendatangkan malapetaka, biasanya upacara 'Ngintu Burung' dan 'belian' akan dijalankan mengikut 'Adat' yang dirujuk kepada Tuai raban bangsa.

SISTEM KEPERCAYAAN ORANG IBAN  Masyarakat Iban juga mengamalkan sistem perubatan “Manang”. “Manang” adalah seperti bomoh atau pawang dalam kalangan orang Melayu menganggap status:  Manang sebagai tinggi dan mesti dihormati.  Manang dianggap sebagai golongan istimewa.

** Manang sering berperanan meyakinkan masyarakat Iban bahawa setiap penyakit atau keuzuran dapat diatasi dengan amalan penjagaan kesihatan yang diwarisi.

“Sistem perubatan “Manang” Sistem ini juga dapat diselaraskan dengan amalan pantang larang serta kepercayaan tertentu. Sesiapa yang melanggarnya akan disumpah dan dibalas dengan keuzuranyang lebih teruk. Faktor ghaib pula melibatkan semangat dan unsur ghaib, serta juga pantang larang seperti “kempunan”. Masyarakat Iban percaya bahawa ala mini dikuasai oleh suatu kuasa yang tertinggi dan dibantu oleh satu organisasi dalam mengatur hal ehwal manusia. Selain kuasa tertinggi, masyarakat Iban mempunyai kepercayaan animisme bahawa makhluk-makhluk lain atau kuasa-kuasa ghaib yang sering mengganggu kesihatan mereka. “Manang” juga boleh menggunakan makhluk-makhluk tersebut untuk mencapai hasrat mereka atau hasrat individu tertentu sehingga membawa kecelakaan atau keuzuran kepada seseorang.

SISTEM KEPERCAYAAN ORANG IBAN  Percaya Kewujudan Dewa Kebanyakan dewa mereka dikaitkan dengan kehidupan seharian terutamanya kegiatan harian mereka. Misalnya, kepercayaan mereka kepada Pulang Gana. Mereka akan melakukan upacara pemujaan yang ditujukan kepada roh kesuburan, jika upacara ini tidak dilakukan maka padi tidak akan menjadi dan masyarakat ini akan kebuluran. Mereka mempercayai tentang Aki Lang Menaul Nyakai atau Singgalang Burung iaitu dewa yang paling berkuasa yang merupakan dewa perang dan asas kepada semua adat.

SISTEM KEPERCAYAAN ORANG IBAN

 Tujuh jenis burung

Sebanyak tujuh jenis burung (menantu kepada Singgalang Burung) selalu hadir dalam semua upacara budaya dan ritual pengubatan yang dijalankan oleh orang Iban. Burung ini melambangkan penghormatan masyarakat Iban terhadap alam semulajadi. Oleh sebab itu, mereka selalu mengaitkan burung dengan petanda ataupun alamat.  Binantang Masyarakat ini mempercayai masyarakat binatang hidup seperti manusia Iban juga. Binatang itu boleh bertukar rupa menjadi manusia jika mereka berhubung dengan manusia dan dengan mudah dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan manusia.

SISTEM KEPERCAYAAN ORANG IBAN Setiap rumah panjang mesti mempunyai tokoh-tokoh pemimpin seperti “Tuai Rumah” dan “Tuai Burong”. Tugas “Tuai Rumah” biasanya melibatkan :  Hubungan antara keluarga  Masalah lain yang berkaitan dengan alam nyata. Tugas “Tuai Burong” berkaitan  Hubungan manusia dengan makhluk ghaib.  Mengetuai sesuatu upacara ritual  Perubatan tradisional.

SISTEM KEPERCAYAAN ORANG IBAN  Percaya Kewujudan Dewa Sebagai contohnya, Mereka yang boleh menganyam, bertenun dan seterusnya mempunyai kepakaran dalam mencampurkan warna asli untuk tenunan ikat sangat disanjung tinggi dan mereka itu diberi status tinggi dengan gelaran Indu Takar.

Pada zaman tradisi status Indu Takar ini adalah sangat berp restij dan kaum wanita mesti mengadakan ritual Kayau Indu atau Gawai Engkuni iaitu suatu ritual khas berkaitan dengan seni tenunan pua kumbu. Ritual tersebut tidak boleh dilakukan sembarangan kecuali wanita yang telah mendapat petunjuk seperti telah disuruh oleh Dewi Kumang atau Indai Abang melalui mimpi.

SISTEM KEPERCAYAAN ORANG IBAN Bungai Nuing adalah seorang dewa perang yang gagah, berani dan suka bercakap besar. Selain itu, dia juga selalu suka mendahului dewa-dewa yang lain apabila pergi berperang atau ngayau dan dipercayai juga Bungai Nuing telah mendapat banyak kepala musuh. Selain daripada gagah dan berani menewaskan musuh, dia juga boleh menjelma dan membantu orang Iban yang memerlukannnya sekiranya dipuja dengan cara miring. Miring bermaksud satu upacara ritual yang digunakan sama ada untuk memuja dewa-dewi, atau pun untuk mententeramkan hantu semangat.

Bungai Nuing dipercayai boleh memberi azimat atau tangkal supaya orang yang memakainya menjadi berani, kuat dan senang menewaskan lawannya dan tangkal atau azimat itu akan diterima biasanya melalui mimpi misalnya dalam mimpi orang berkenaan bertemu dengan Bungai Nuing dan Bungai Nuing akan mengarahkannya ke tempat-tempat tertentu untuk mengambil azimat dan juga mengajar orang berkenaan bagaimana menggunakan azimat tersebut supaya berkesan. Oleh kerana penenun-penenun itu sangat percaya kepada kehebatan dewa Bungai Nuing.

PANTANG LARANG KAUM IBAN

PANTANG LARANG KETIKA MAKAN

Pantang larang sewaktu makan mesti diikut oleh masyarakat Iban jika mereka mahu sentiasa sihat. Contohnya:

 Seseorang harus menjaga kebersihan diri dan tangan.  Mereka dilarang meminum air sebelum dan semasa makan. - Rasionalnya minum sebelum makan boleh membuat mereka kurang makan nasi sementara minum semasa makan boleh mengakibatkan mereka lemah tenaga batin.  Selepas makan, mereka dilarang tidur atau mandi. - Rasionalnya kerana tidur sejurus selepas makan boleh menyebabkan proses penghadaman terganggu dan perut menjadi buncit.  Mandi selepas makan pula boleh mengakibatkan seseorang lemah sendi dan sakit kepala.

PANTANG LARANG KETIKA TIDUR Pantang larang ketika tidur hanya tertakluk di luar rumah. Contohnya :

 Mereka dilarang menunjuk ke dahan reput di atas pokok.  Mereka juga dilarang tidur di kawasan yang terlalu bersih atau terlalu cantik kerana mereka percaya kawasan sebegitu berpenunggu.

PANTANG LARANG UNTUK BERSUKAN Dalam penjagaan kesihatan masyarakat Iban, bersukan juga mempunyai pantang larangnya. Contohnya :  Mereka tidak dibenarkan mandi selepas bersukan - Rasionalnya kerana mandi boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami kembang badan, tangan dan khususnya kaki. Mereka percaya bahawa air mandian boleh masuk ke dalam liang roma yang terbuka selepas bersukan.

PANTANG LARANG UNTUK BUDAYA MENGURUT Masyarakat Iban mengamalkan budaya mengurut untuk mengelakkan sakit badan dan tegang urat. Bagi mereka, mengurut dapat meredakan ketegangan perasaan, ketakutan, dan seterusnya memberi kedamaian dan ketenangan. Contoh Pantang larangnya :  Masyarakat Iban dilarang mandi selepas berurut kerana boleh menambahkan lagi kesakitan dan keuzuran.

PANTANG LARANG SEWAKTU MENGANDUNG

Dalam tempoh tujuh bulan sewaktu mengandung, wanita Iban dan suaminya dikenakan pelbagai pantang larang, antaranya seperti berikut:

 Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja.  Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana akan menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak.  Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah.  Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan.  Mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya si bayi tidak berkepala besar.  Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh.  Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat didalam rahim semasa dilahirkan.

ADAT RESAM KAUM IBAN

 Aspek Kelahiran Kaum Iban banyak mengamalkan pantang larang dan adat-adat tertentu dalam aspek kelahiran. Peranan bidan juga sangat penting semasa membuat persiapan menyambut kelahiran dan juga selepas bersalin. Adat-adat tersebut dapat dilihat dari peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas lahir.

SEWAKTU MENGANDUNG Dalam tempoh tujuh bulan sewaktu mengandung, wanita Iban dan suaminya dikenakan pelbagai pantang larang iaitu:  Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja.  Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana dibimbangi akan menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak.  Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah.  Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan.  Mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya si bayi tidak berkepala besar.  Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh.  Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat di dalam rahim semasa dilahirkan.

SEWAKTU BERSALIN Berikut merupakan beberapa adat yang dilakukan oleh masyarakat Iban semasa menyambut kelahiran bayi : .• Pontong Dalam masyarakat Iban, sebaik sahaja bayi dilahirkan, buluh yang dipanggil Pontong akan dipalu untuk memanggil jiran-jiran. Selain pontong, tembakan senapang juga turut digunakan. • Potong Tali Pusat dan Berurut Sejurus selepas bayi dilahirkan, tali pusatnya akan segera dipotong dan bayi akan dimandikan. Seterusnya bayi dibedung dengan kain Pua Kumbu atau selimut yang ditenun cantik. Ketika bersalin, si isteri akan dibantu oleh seorang bidan dan dia akan memastikan ibu dan bayi dalam keadaan baik dan teratur. Seterusnya badan si ibu akan diurut oleh bidan bertujuan untuk menghilangkan rasa sengal-sengal badan akibat bersalin tadi. Selepas diurut, badan si ibu akan diusap pula dengan ubat yang diperbuat daripada halia dan entemu yang dibalut dengan tekalung, sejenis kain yang dibuat daripada kulit kayu.

SELEPAS BERSALIN Adat-adat berikut diamalkan oleh kaum wanita Iban selepas bersalin: 

Berpantang Wanita Iban akan berpantang selama tiga puluh hari selepas melahirkan anak. Dalam tempoh berpantang itu, ibu akan diberi makan nasi dan ikan salai atau ikan kering yang kadang-kadang dicampur dengan pucuk paku dan buah pulur. Semua makanan tersebut pula perlu dicampurkan dengan halia atau air rebusan halia supaya dapat memanaskan badan.

SELEPAS BERSALIN Adat-adat berikut diamalkan oleh kaum wanita Iban selepas bersalin: 

Berdiang/Bersalai Selepas bersalin, wanita kaum Iban perlu menjalani satu amalan yang dipanggil berdiang atau bersalai, di mana si ibu perlu duduk dekat dengan unggun api. Kayu yang digunakan untuk unggun api ini mestilah dari jenis kayu yang baik. Antara jenis kayu yang lazim digunakan ialah kayu malam, manding atau langsat. Kayu-kayu ini juga dikatakan mampu menyembuhkan penyakit ibu yang baru bersalin. Jika kayu yang digunakan untuk berdiang tersebut basah atau dari jenis beracun, dibimbangi asapnya akan memudaratkan si ibu dan bayi. Si ibu perlu berdiang atau bersalai selama empat puluh satu hari. Dalam tempoh itu, si ibu perlu menggariskan kapur pada tiang atau dinding rumah untuk menghitung hari kelahiran. Kesihatan si ibu dianggap pulih seperti sediakala apabila selesai menjalani adat-adat ini.

 Tanggal Pusat Adat melihat matahari atau merasa garam dijalankan apabila bayi sudah tanggal pusat iaitu ketika bayi berusia empat hari. Bayi tersebut akan dibawa oleh nenek atau saudara perempuannya ke tanju atau luar anjung untuk melihat matahari sambil mulut bayi tersebut dirasakan dengan garam. Pada masa itu juga, doa atau mentera dibacakan agar kesihatan bayi sentiasa terpelihara.

SELEPAS BERSALIN Adat-adat berikut diamalkan oleh kaum wanita Iban selepas bersalin: 

Menamakan Bayi Kaum Iban begitu mementingkan adat memberi nama kepada anak-anak mereka yang baru lahir. Nama yang baik mempunyai kesan ke atas masa hadapan kanak-kanak tersebut. Lazimnya sebelum memberi nama yang rasmi, anak-anak kaum Iban akan diberi nama timangan. Bayi yang baru lahir itu seterusnya akan diberi nama sempena nama salah seorang daripada nenek moyangnya yang pernah berjasa dan handal. Tujuannya supaya bayi itu akan mewarisi jasa serta mengikut jejak langkah nenek moyangnya itu. Seterusnya upacara memilih nama akan dijalankan di mana kepalan nasi akan diletak di atas papan yang tertulis nama-nama yang dipilih itu. Kemudian seekor ayam akan dilepaskan untuk membuat pilihan dan ini dikenali sebagai Manok Tawai. Kepalan nasi yang dipatuk oleh ayam tersebut akan menjadi pilihan untuk menamakan bayi tersebut. Kemudian barulah nama itu dihebohkan kepada saudara mara yang terdekat.

 Aspek Perkahwinan Perkahwinan dalam masyarakat Iban agak unik kerana terdapat beberapa peraturan yang dilakukan sebelum seseorang itu layak menjadi suami isteri. Dalam masyarakat Iban, usia pengantin lelaki perlu melebihi dua puluh dua tahun. Ini disebabkan dalam usia yang sebegini, pihak lelaki telah bersedia untuk berkahwin. Bagi pihak si gadis pula, tiada umur khusus yang ditetapkan. Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat Iban ialah perkahwinan yang mematuhi kehendak adat. Pihak yang melanggar mana-mana adat perkahwinan dikehendaki membayar denda untuk mengelakkan pasangan suami isteri ditimpa kesusahan. Usaha mencari pasangan bergantung pada keadaan di rumah itu, kalau keluarga itu besar, anak-anak mereka lambat dikahwinkan. Sebaliknya, apabila anggota keluarga di rumah itu kecil, anak-anak mereka akan dikahwinkan secepat mungkin dengan harapan menantu dapat membantu keluarga membuat kerja-kerja tertentu.

Terdapat beberapa peringkat tertentu dalam perkhawinan kaum Iban iaitu peringkat merisik, meminang, bertunang, majlis perkahwinan dan selepas majlis perkahwinan.

MERISIK Dalam masyarakat Iban, perkahwinan biasanya ditentukan oleh pengantin lelaki. Sekiranya seorang teruna telah berkenan kepada seorang gadis, ibu bapanya atau wakil akan bertandang ke rumah gadis untuk merisik. Perjumpaan kedua belah pihak ini juga dikenali sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian dan sebagainya. Keluarga pihak lelaki akan menghantar rombongan meminang gadis jika hasil pertemuan itu menggalakkan.

MEMINANG DAN BERTUNANG Rombongan pihak lelaki biasanya tidak kurang daripada lima orang dan paling ramai dua puluh orang yang terdiri daripada orang-orang tua. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian atau mas kahwin serta lain-lain yang berkaitan. Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki menanggalkan lapit atau ikat pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan. Seterusnya kedua belah pihak akan berbincang tentang tarikh dan hari perkahwinan. Mulai saat itu, perempuan itu tidak boleh lagi menerima kunjungan teruna selain tunangnya. Dua atau tiga hari kemudian wakil pihak lelaki akan memaklumkan berita pertunangan tersebut kepada saudara-mara dan jiran tetangga.

MAJLIS PERKAHWINAN Pelbagai persiapan akan dibuat untuk majlis perkahwinan yang bakal tiba. Bagi pihak keluarga lelaki mereka akan menyediakan perbelanjaan serta barang yang harus diberikan kepada keluarga perempuan. Keluarga perempuan juga membuat pelbagai persiapan termasuk memburu binatang untuk disembelih pada hari perkahwinan. Untuk mengundang tetamu, kedua-dua pihak melantik wakil masingmasing untuk menguruskan jemputan kahwin. Wakil itu membawa beberapa tali bersimpul yang menunjukkan berapa hari lagi perkahwinan akan dilangsungkan. Sekiranya tali itu mempunyai lima simpulan, bermakna perkahwinan itu akan berlangsung dalam masa lima hari lagi. Wakil khas akan meninggalkan tali bersimpul itu kepada tuai rumah atau ketua rumah panjang yang bertanggungjawab membuka simpulan tali itu setiap hari.

Upacara Miring - Upacara Akad Nikah Pada hari perkahwinan, rombongan lelaki biasanya berarak ke rumah panjang pengantin perempuan dengan menaiki perahu yang dihiasi kain pua kumbu sekiranya pengantin melalui jalan sungai . Jika tidak, pengantin akan berjalan kaki mengikut jalan darat. Sepanjang perjalanan, rombongan yang berpakaian menarik itu akan memukul gong. Sebaik sahaja sampai di hadapan rumah pengantin perempuan, tembakan meriam akan dilepaskan. Kemudian mereka mandi beramairamai di sungai sebelum memakai pakaian tradisional. Sampai di tangga rumah panjang, kepala rombongan pengantin lelaki dipelawa menyembelih seekor babi sebagai penghormatan dan pada masa itu juga tembakan senapang akan kedengaran secara balas-membalas. Di kepala tangga rumah itu pula, terdapat rangka yang berbentuk seperti kota. Ketua rombongan pengantin lelaki terlebih dahulu terpaksa membuka tiga buah kota iaitu di kepala tangga, di tengah rumah dan di hujung rumah.

Setelah itu, rombongan pihak lelaki dalam kalangan kaum wanita akan masuk ke bilik pengantin perempuan, manakala yang lelaki duduk di ruai. Mengikut adat tetamu perempuan hanya dapat masuk ke dalam bilik pengantin perempuan dengan menggunakan bahasa berirama untuk membuka pintu bilik yang dipalang dengan lembing dan ditutup oleh pua kumbu. Para tetamu seterusnya akan dijamu dengan sejenis arak iaitu tuak dan pelbagai jenis air seperti air haus, air dahaga dan air untung. Sambil itu mereka akan bergurau senda dan beramai-ramai menyanyikan lagu dan memukul gendang. Mereka juga akan berpusing di rumah selama tiga kali. Sesudah itu air minuman akan dihantar kepada setiap tetamu dan ini dinamakan air penyuci. Sekiranya perkahwinan berlangsung pada waktu siang, selepas makan tengah hari barulah kedua-dua pihak berbincang tentang perihal pengantin dan susur galur mereka. Sekiranya dilangsungkan pada waktu malam, perbincangan dilakukan selepas tengah malam. Mereka akan berbincang dan golongan yang tertua akan melakarkan hubungan antara pengantin lelaki dan perempuan yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Sebelum perbincangan diadakan, tuai rumah sekali lagi akan menghidangkan minuman keras yang dipanggil air perangsang kepada para tetamu.

Setelah mengetahui hubungkait kekeluargaan, denda akan dikenakan kepada mereka. Selepas itu barulah ibu bapa pengantin perempuan meminta berian. Terdapat nilai berian yang telah ditetapkan dalam kalangan masyarakat Iban. Pihak perempuan juga meminta bayaran memecah tangga iaitu sebilah beliung, bayaran pembuka pintu iaitu sebatang lembing, bayaran pembuka kelambu iaitu sebilah pedang dan pemberian kecil yang lain. Pihak lelaki pula meminta pencuci kaki , sebuah tempayan, sepasang tempat menggantung gong, penolak haluan iaitu sebatang sumpitan, kajang perahu iaitu sehelai kain pua kumbu dan beberapa pemberian kecil lagi. Selepas menjelaskan segala berian, mereka menetapkan pula syarat berhubung dengan berian sekiranya berlaku perceraian. Permintaan tersebut akan hilang setelah berlakunya perceraian yang tidak nyata. Sekiranya perceraian disebabkan oleh pihak lelaki, si suami wajib membayar balik berian yang diterimanya dahulu dan tambahan sebanyak RM50 sebagai denda. Sekiranya berlaku percubaan untuk mencemarkan nama mana-mana pihak, pihak yang bertanggungjawab akan dikenakan denda yang lain.

Upacara Membelah Pinang

Seterusnya upacara membelah pinang atau mengulang pinang akan dijalankan. Seorang perempuan akan membawa keluar tepak sirih dan kemudian membelah pinang tersebut . Pecahan pinang itu akan menentukan tempoh masa pengantin perempuan wajib tinggal di rumah suaminya. Kemudian seorang lemambang atau bomoh akan mengadakan upacara menidurkan anak dan mengejutkan anak itu semula dengan beberapa rangkap pantun. Seterusnya pinang tersebut akan diagihkan kepada tetamu sekiranya tiada kesalahan adat yang dilakukan oleh kedua belah pihak. Jika tidak pengantin baru akan mandi di sungai untuk membersihkan diri. Untuk adat ini juga mereka perlu memegang sehelai kain yang panjangnya tujuh ela supaya kesalahan semasa perkahwinan itu akan hilang pada setiap individu. Selepas mandi, mereka menyembelih seekor babi sebagai korban dan juga sebagai penebus dosa pengantin. Setelah menyucikan diri, pasangan pengantin akan memakai pakaian masing-masing untuk pergi ke rumah pengantin lelaki pula. Di sepanjang jalan, rombongan perlu kelihatan gembira kerana segala kesalahan telah dihapuskan. Seterusnya sambutan yang meriah diadakan pula di rumah pengantin lelaki.

SELEPAS MAJLIS PERKAHWINAN Pada sebelah malamnya, kedua pengantin diiringi oleh pengapit masing-masing dan akan disandingkan di atas gong atau kerusi yang dialas kain tenun. Adat ini juga boleh disamakan dengan adat bersanding dalam kalangan masyarakat Melayu. Pasangan ini akan disaksikan oleh hadirin di rumah panjang tersebut. Seterusnya seseorang yang dipanggil tukang ganyang akan memulakan upacara. Ayam yang telah diikat kakinya kemudian dilepaskan dan mentera pun dibaca. Ayam yang telah disembelih itu akan diambil darahnya untuk disemah kepada pengantin. Istiadat ini akan diakhiri dengan jamuan makan dan minum.

Selepas mengadakan majlis di rumah pengantin lelaki, sekali lagi majlis diadakan di rumah pengantin perempuan. Sungguhpun mereka telah sah sebagai pasangan suami isteri, mereka tidak boleh tidur bersama. Si suami masih tidur di ruai iaitu di bilik tetamu. Sebarang bunyi-bunyian yang didengar sepanjang berada di situ akan mempunyai maksud yang tersendiri samada baik atau sebaliknya. Ada pasangan yang terpaksa dipisahkan buat sementara waktu kerana mendapat petanda buruk.

 Aspek Kematian Masyarakat Iban menguruskan sesuatu kematian itu mengikut adat-adat tertentu. Setiap adat yang dilakukan mempunyai maksud dan tujuan yang tertentu.

KEMATIAN Perkara yang perlu dilakukan sebaik sahaja mendapati seseorang itu mati ialah:  Merapatkan mulutnya. Ini dilakukan oleh ahli keluarganya. Kemudian mayat dimandikan, disikat dan dikenakan pakaian yang sebaik-baiknya.  Kedua-dua pintu rumah panjang juga perlu digalang dengan dua batang alu. Mereka percaya, jika perkara ini tidak dilakukan, hantu si mati akan membawa pulang roh si mati.  Kemudia mayat diletakkan di tengah-tengah rumah panjang dan dilingkungi dengan pua kumbu yang dipanggil sapat.

Istilah Pua secara tersurat bermaksud selimut dan kumbu pula kain untuk bertudung atau berlindung dari sejuk atau panas tetapi dalam konteks budaya Iban pua kumbu sebenarnya kain tenunan yang diguna khusus untuk tujuan ritual seperti ritual mandi untuk bayi, upacara perkahwinan, ritual-ritual yang berkaitan dengan ngayau, ritual kematian.

KEMATIAN Semua barang yang mahu dibekalkan bersama-sama mayat disediakan. Barang-barang itu dianggap sebagai bekalan si mati di dunia keduanya kelak (dunia selepas mati). Mayat itu juga tidak boleh ditinggalkan bersendirian. Seterusnya, seorang wanita yang mahir ditugaskan membaca doa. Dengan doa itu, roh si mati dipercayai dapat dibawa ke syurga tanpa sebarang halangan. Doa itu akan dibaca berterusan sehinggalah mayat dibawa keluar dari rumah panjang. Sepanjang malam sebelum pengebumian dijalankan, orang tua-tua akan berbincang tentang jangka masa berkabung dan berpantang. Apabila mayat itu dimasukkan ke dalam keranda, mayat itu disuakan makanan menggunakan pinggan. Kemudian, pinggan itu dipecahkan dan dibuang ke tanah melalui celahan lantai. Mayat itu kemudiannya ditaburi beras supaya petara tidak menyiksa mayat itu. Keranda itu diperbuat daripada kayu yang baik oleh tukang mahir di kampung itu. Keranda itu biasanya dihias dengan ukiran yang mempunyai motif tradisional.

PERAYAAN GAWAI

Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964. Pada hari pesta Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan. Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan oleh salah seorang daripada mereka sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan persembahan. Bahan persembahan yang basah dengan darah ayam jantan itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai.

Setelah upacara persembahan selesai, perayaan Gawai secara tradisi dimulakan. Seluruh masyarakat berkumpul sekitar 'ranyai' atau pokok istiadat yang dibawa masuk ke dalam dan diletakkan di serambi umum di rumah panjang. Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan makanan dan minuman tuak. Perayaan Gawai merupakan masa untuk semua orang bersuka-ria sambil menjamu hidangan bersama air tuak. Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai adalah Ngajat Lesong. Penari akan menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan menggunakan giginya.

Ketika perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada manik-manik yang diwarisi turun-temurun dan tidak ternilai harganya, akan dipakai untuk dipamerkan. Anak dara orang Iban juga akan mengenakan perhiasan perak yang menonjolkan lagi kecantikan paras rupa mereka. Pesta Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat dibuang.

Masyarakat Iban memiliki bahasa yang sama dan mereka dibezakan melalui dialek. Perbezaan dialek yang ketara ialah dari sudut sebutan dan contoh-contoh dialek itu seperti Saribas, Skrang, Rejang, Balau, Undop, Batang Ai dan Sebuyau. Setelah masyarakat Iban bertembung dengan masyarakat lain misalnya China dan Melayu maka berlakulah proses peminjaman bahasa. Peminjaman bahasa daripada bangsa Melayu dan China telah memperkayakan lagi bahasa Iban (Howell, 1992 :16-17). Masyarakat Iban seperti juga masyarakat Melayu dan China iaitu memiliki seni rupa tersendiri misalnya seni tenunan. Dalam seni tenunan mereka telah mencipta beberapa alat-alat tenunan seperti sarong dan pua kumbu. Untuk menghias kain tenunan pua kumbu, mereka menggunakan motif-motif yang cantik dan terdapat daripada motif tersebut dicipta melalui pengaruh ngayau atau headhunting.

Hari Gawai merupakan upacara adat bagi menjelaskan tentang kepentingan upacara ini khususnya dalam meneruskan kehidupan masyarakat ini. Pemujaan ini dilakukan demi kepentingan lahiriah yakni memperolehi makanan. Kepercayaan ini bukanlah suatu bentuk keagamaan kerana bagi masyarakat Iban tidak terdapat bentuk pemujaan yang berkonsepkan rohaniah. Ini disebabkan kesemua pemujaan berbentuk lahiriah seperti pemujaan Pulang Gana semasa hari Gawai. Tuai burung yakni Aki Angum Gua dalam cerita Meludai menilik berdasarkan alamat yang dijelaskan oleh Meludai. Burung atau binatang lain boleh memberi petanda baik atau buruk kepada orang Iban. Mereka mempercayai tafsiran tuai burung kerana beranggapan kehidupan mereka dipenuhi dengan kekaburan khususnya yang berkaitan dengan masa hadapan. Oleh itu, tafsiran ini amat penting dalam menentukan masa hadapan seseorang khususnya berkaitan dengan pertanian mahupun kehidupan mereka. Jika tafsiran itu berkaitan dengan sesuatu bencana, maka mereka akan lebih berhati-hati supaya tidak menjadi seperti Meludai yang mengingkari pesanan Aki Angum Gua.

Masyarakat Iban di Sarawak begitu kuat berpegang kepada adat dan budaya. Mereka berpegang kepada peribahasa, biar sesat di belantara, asal jangan sesat adat.

Miring ialah upacara persembahan atau berdoa kepada tuhan bagi memberkati permintaan dan mendapat perlindungan daripada sesuatu ancaman. Miring diadakan bagi memberkati penduduk dan membawa kebahagiaan, kedamaian dan keharmonian dalam masyarakat. Dalam masyarakat Iban, miring diadakan sebelum aktiviti penting diadakan atau sesudah malapetaka dan kejadian tidak diingini menimpa.

Pada zaman silam, miring diadakan sebelum rombongan melancarkan ngayau atau menerokai kawasan baru serta ketika penghuni berpindah ke rumah panjang baru. Terdapat empat tahap penggunaan piring, iaitu tiga, lima, tujuh, dan sembilan. Tiga dianggap sebagai miring biasa misalnya, untuk mereka yang mengalami mimpi buruk atau apabila hendak bersawah, manakala lima piring adalah untuk mendirikan rumah panjang, tujuh piring adalah untuk aktiviti yang lebih tinggi seperti untuk berjalai atau mengembara jauh, dan sembilan piring untuk peperangan.

Ngayau, merupakan tradisi kaum Iban pada suatu masa dahulu. Ramai pihak berpendapat atau berfahaman bahawa,"lelaki iban yang berjaya memperolehi kepala dalam ekspedisi ngayau akan menjadi rebutan atau kegilaan ramai wanita" kerana ia melambangkan keberanian dan satu jaminan dan kepercayaan bahawa lelaki tersebut mampu menjaga keselamatan wanita yang dikahwininya.

Kini tradisi memburu kepala atau "ngayau" tidak lagi diamalkan dan telah diharamkan oleh terutamanya pada zaman penjajahan lagi. Aktiviti "Ngayau" dijalankan adalah untuk mendapat penghormatan pada mata masyarakat. Dalam erti kata lain, "ngayau" juga berperanan untuk menaikan taraf sosial seseorang. Orang yang pernah memperolehi kepala dalam aktiviti "ngayau" yang disertainya akan digelar sebagai "Bujang Berani", serta dikaitkan dengan hal-hal sakti. Ternyata bahawa masyarakat Iban Tradisional tidak memandang "Ngayau" sebagai perkara yang memudaratkan. Malah berdasarkan cerita lisan masyarakat Iban juga, "ngayau" sentiasa dikaitkan dengan bebagai-bagai unsur positif. Misalnya, "Ngayau sebagai lambang keberanian, Simbol Kelelakian, serta martabat Sosial.

Rutin sambutan perayaan Gawai di Sarawak

Perayaan Gawai di rumah panjang bermula dua hari sebelum 1 Jun dan ia dimulakan dengan aktiviti gotong royong membersihkan halaman rumah serta kubur datuk nenek masing-masing.

Pada siang 31 Mei pula, lazimnya penghuni rumah panjang akan mengadakan pelbagai kegiatan termasuk pertandingan menyumpit, lumba lari, sukaneka dan sepak takraw.

Pada malam menjelang Gawai, penduduk akan berkumpul di ruai (serambi) ketua rumah panjang dan membawa makanan masing-masing menunggu detik 12 malam. Tepat jam 12 malam, mereka akan melaungkan jeritan `wooo haaa' tiga kali dan disusuli upacara meminum air tuak yang menandakan perasmian Gawai.

Mulai saat itu, pelbagai acara diadakan termasuk ngajat (tarian tradisional), gendang tandak (joget) dan pukulan gendang berterusan sehingga awal pagi, 1 Jun.

Sekitar jam 9 pagi, 1 Jun, upacara berdoa beramai-ramai diadakan di tiang khas berdekatan rumah dikenali tiang pengingat. Ini sebagai tanda kesyukuran dan meminta kepada tuhan supaya hasil usaha mereka berjaya.

Pagi itu juga, mereka yang mempunyai anak kecil akan memandikan beramai-ramai dalam upacara „meri anak mandi' (memandikan anak). Ia bertujuan meminta restu dari dewa sungai supaya anak mereka mempunyai kehidupan yang sejahtera pada masa depan.

Bagi mereka yang tidak pernah berkunjung ke rumah panjang, pagi 1 Jun adalah masa terbaik untuk melawat kerana ketika sesi ‟ngalu ka temuai' (sesi menyambut tetamu), semua orang boleh „ngabang' (melawat) walaupun tidak mengenali penghuni rumah berkenaan.

Ketika upacara `ngalu ka temuai', semua „pengabang' (pelawat) akan diminta turun ke tanah semula dan berbaris untuk mengelilingi seluruh serambi rumah sambil disambut dengan tuak oleh wakil setiap keluarga.

Pada sebelah malam, lazimnya ramai pasangan mengambil peluang melangsungkan upacara „melah pinag' (persandingan atas gong).

Banyak lagi upacara diadakan sempena Gawai dan kemeriahannya berlangsung sebulan. Upacara menutup Gawai dikenali sebagai ngiling tikai (menggiling tikar).

Perayaan Kaum Iban

Perayaan Gawai secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat Sarawak dan Kalimantan Barat, tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta menuai Gawai Dayak yang disambut oleh masyarakat Iban, Bidayuh, dan Orang Ulu di Sarawa k untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada biasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun.

Jenis-jenis Hari Gawai yang lain termasuk Gawai Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang, Gawai Mangkung Tiang, Gawai Manang dan Gawai Antu. Gawai Batu (permulaan musim menanam padi), Gawai Burung (perayaan berkaitan dengan sesuatu tanda atau mimpi yang tidak baik), Gawai Bersimpan (kesyukuran setelah selesai menuai) dan Gawai Antu (perayaan untuk roh orang-orang yang sudah meninggal dunia). Antara yang paling penting ialah Gawai Kenyalang dan Gawai Antu.

Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.

TARIAN NGAJAT IDENTITI ISTIMEWA MASYARAKAT IBAN Tarian ngajat adalah merupakan

indentiti

utama masyarakat Iban yang menjadi kebanggaan

kebudayaan di Sarawak. Keunikan dalam setiap persembahan tarian ngajat inilah menjadikan suku kaum ini terlalu istimewa dan tersendiri. Keindahan tarian ngajat yang terdapat dalam masyarakat ini adalah unik dan asli kerana ianya merupakan satu indentiti komuniti Iban yang penuh dengan dunia mistik dan keajaiban serta membezakan kaumnya dari suku-suku kaum pribumi lain di Sarawak.

 Gagung ( Baju Burung) Penari ngajat akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung dan memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya. Penari-penari akan memakai kain merah yang yang diikat pada bahagian pinggang hingga ke paras lutut dan memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Di tubuhnya dipakaikan sejenis baju yang dibuat dari bulu-bulu burung tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.  Rentak tarian Tarian ini tarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Satu jenis tarian ini lagi ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.  Muzik/ Lagu Iringan Lagu iringan dibunyikan dari alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.

Tarian Hari Gawai Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam hasil menuai padi sepanjang tahun ini. Perayaan Gawai ( Pesta Menuai ) merupakan perayaan utama bagi suku kaum Iban yang merupakan 30% daripada jumlah penduduk Sarawak dan etnik yang terbesar di negeri tersebut yang disambut pada awal bulan Jun setiap tahun. Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang. Ngajat dengan kata lain adalah sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak.  Jenis Tarian ngajat Tarian ngajat dibahagikan kepada pelbagai jenis tarian iaitu Ngajat Lesong, Ngajat Bunuh, Ngajat Induk, Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu ), Ngajat Pua Kumbu dan Ngajat Kuta ( persembahan ngajat Tradisional ). Tarian biasanya di persembahkan semasa meraikan kejayaan atau menyambut kepulangan pahlawanpahlawan Iban yang baru balik dari medan perang dan juga meraikan kejayaan hasil dari cucuk tanam mereka yang merujuk kepada tanaman padi.

 Ngajat berbunuh Di persembahkan oleh kaum lelaki dari masyarakat berkenaan, tarian ini merupakan satu peniruan atau pengulangan yang di lakukan oleh mereka sebagaimana yang yang mereka lakukan semasa menghadapi musuh-musuh ketika mereka mengadakan aktiviti harian seperti memburu.  Ngajat Induk Merupakan persembahan yang dipersembahkan oleh golongan wanita yang memaparkan kelembutan dan kehalusan seni budaya serta adat istiadat masyarakat pribumi itu sendiri. Tarian yang dipersembahkan mempunyai maksud yang tersirat serta menggambarkan aktiviti seharian masyarakat Iban.  Ngajat Lesong Merupakan tarian yang di persembahkan oleh golongan lelaki sahaja. Persembahan ngajat jenis ini hanya dibenarkan untuk ditarikan oleh kaum lelaki kerana ianya memerlukan penari lelakinya untuk menari sambil menggigit lesong. Kekuatan dan kegagahan yang di tunjukkan dalam persembahan tarian ngajat jenis ini hanya sesuai dipersembahkan oleh golongan lelaki sahaja.

 Ngajat Ngalu Temuai Dipersembahkan bagi tujuan menyambut kedatangan tetamu khas yang datang. Biasanya tarian ini dipersembahan ketika upacara perasmian atau pembukaan sesuatu majlis rasmi yang dihadiri oleh banyak tetamu-tetamu terhormat dan orang ramai.  Ngajat Kuta Merupakan jenis tarian persembahan ngajat yang menggabungkan penari lelaki dan perempuan. Biasanya diadakan bagi upacara sambutan seperti perasmian sesebuah persembahan kebudayaan dan sebagainya.  Ngajat Pua Kumbu Merupakan salah satu daripada jenis persembahan yang terdapat dalam tarian ngajat. Persembahan ngajat jenis ini lazimnya di persembahkan oleh golongan wanita. Memandangkan nama tarian ini ialah Pua Kumbu sudah pasti penari akan menari sambil membawa kain pua kumbu sebagai alat dalam persembahan mereka.

Makanan Tradisi Kaum Iban

 HINAVA Hinava atau nama lainnya iaitu Hinava Ginapan merupakan salah satu makanan kaum Iban di Sarawak. Makanan ini selalunya disajikan semasa Hari Gawai. Pada zaman pemerintahan kesultanan Brunei, seorang pelayar dari China telah singgah di Sarawak. Di sana, pelayar tersebut telah memperkenalkan sejenis makanan yang dipanggil Hinava. Dahulunya ia berbentuk bulat dan diperbuat daripada isi ikan sahaja. Pelayar tersebut juga memperkenalkan makanan itu kepada masyarakat Iban. Setelah masyarakat Iban tahu cara untuk membuatnya, mereka menambahkan isi ikan yu, udang,sotong dan sebagainya. Isi ikan juga dipotong menjadi kecil.

 UMAI Makanan Kebudayaan dari kaum Iban yang pedas.

 AYAM PANSUH Salah satu dari makanan tradisional kaum Iban setiap kali perayaan Krismas dan Hari Gawai.

 CAKAR AYAM Makanan tradisional kaum Iban yang pasti ada di rumah panjang setiap kali perayaan Gawai.

 IDIN BELACAN Makanan tradisional orang iban.

 PEKASAM ENSABI Makanan tradisional kegemaran orang Iban merupakan sejenis sayur sawi jeruk yang begitu popular di rumah panjang. Rasanya yang masam dan sedikit masin amat sedap dinikmati dengan hidangan nasi panas, dan sehingga kini hidangan yang diwarisi sejak zaman nenek moyang terus digemari.

 TUAK Tuak merujuk kepada sejenis minuman beralkohol tradisi yang popular dalam kalangan masyarakat asli atau bumiputera. Tuak pada asasnya merupakan sejenis minuman yang terhasil dari pemeraman bahan tertentu. Jenis bahan tersebut bergantung kepada suku kaum yang menghasilkannya. Di Malaysia terdapat dua jenis tuak yang diketahui iaitu tuak beras, tuak kelapa dan tuak nipah.  Tuak beras Tuak (beras) ialah sejenis minuman masyarakat kaum Iban pada masadahulu. Biasanya Tuak diperbuat daripada sejenis beras dipanggil “Beras Pulut”. Beras tersebut akan direndam bersama air di dalam tempayan atau dikenali sebagai “Tajau”. Proses tersebut akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu sebelum ia boleh diminum dan beras tersebut juga akan menjadi sejenis makanan dipanggil “Nasi Tapai”. Namun pada masa kini proses pembuatan tuak berlainan sedikit iaitu selain dibuat menggunakan beras pulut, ia juga dicampur dengan gula pasir supaya rasanya manis. Biasanya Tuak akan dihidangkan pada perayaan tertentu seperti perayaan gawai dayak, gawai hantu, gawai burung dan sebagainya. Selain daripada mayarakat Iban, terdapat juga masyarakat lain seperti Bidayuh, Orang Ulu juga membuat tuak dengan cara mereka sendiri. Tuak juga boleh membawa kesan yang mudarat seperti mabuk, khayal, muntah sekiranya diminum berlebihan.

 Tuak nipah/kelapa Tuak(nipah/kelapa) merupakan sejenis minuman kaum asli. Biasanya tuak ini dihasilkan dari menyadap mayang kelapa/nipah. Mayang kelapa atau nipah akan sekiranya dibiarkan akan menjadi buah dan akan dipotong dan air manis yang menitik dari tandan yang dipotong itu akan dikumpulkan dalam bekas buluh. Air ini dikenali sebagai air nira yang boleh diminum tanpa kandungan alcohol. Selepas itu air ini akan diperam sehingga kandungan gula di dalamnya bertukar menjadi alcohol melalui proses penapaian selama beberapa hari. Tuak kelapa/nipah ini akan diminum selepas beberapa hari. Biasanya Tuak akan dihidangkan pada perayaan tertentu seperti majlis perkahwinan dan sebagainya. Sekiranya tuak kelapa/nipah ini dibiarkan terlalu lama, ia akan menjadi cuka secara semula jadi tanpa perlu mencampurkan bahan asing.

PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI IBAN

Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu Kain Sirat dan Dandong. Kain Sirat dikenali juga sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan, mempamerkan bahagian yang berhias. Dandong pula merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barangbarang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.

PAKAIAN TRADISIONAL WANITA IBAN

Terbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang, Kalambi dan Bedong. Bidang merupakan sejenis kain sarung yang sempit dan panjangnya cuma separas lutut. Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF