Sejarah 3 SPM 2015

October 1, 2017 | Author: ckg rmy | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

sumbangan Barisan Guru Sejarah Bachok Kelantan...

Description

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

MAKSUD NASIONALISME Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan negara dan bangsa. Perasaan tersebut membawa kepada gerakan membebaskan tanah air. Nasionalisme tidak terhad kepada pembebasan kuasa politik sahaja, tetapi juga pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan pengaruh kebudayaan asing. Gerakan nasionalisme

juga

merupakan

usaha

masyarakat

tempatan

menentang apa sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar. Penentangan masyarakat tempatan didorong oleh hasrat untuk membebaskan negara mereka daripada kuasa penjajah. Penentangan terhadap British telah dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad ke-19. Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula telah bermula pada awal abad ke-20.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

1

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

LATAR BELAKANG PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

Penentangan terhadap British oleh pemimpin dan rakyat tempatan bermula pada abad ke-19. Gerakan penentangan ini berlaku pada awal kedatangan British ke Malaysia. Gerakan ini merupakan reaksi masyarakat tempatan untuk menjaga kepentingan mereka daripada dicerobohi oleh orang luar. Penentangan berlaku disebabkan dasar penaklukan British terhadap daerah mereka. Penentangan berlaku di Naning, Pahang, Perak, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah. Antara pemimpin penentangan itu termasuklah Penghulu Dol Said, Dato’ Maharaja Lela, Rentap, Mat Salleh dan lain-lain. Walaupun penentangan tersebut tidak mencapai kejayaan, namun ia menjadi pemangkin kepada kebangkitan nasionalisme selepasnya.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

2

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

SEBAB PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP PENGLIBATAN BRITISH

Penentangan terhadap British adalah disebabkan dasar penaklukan British terhadap Negeri-Negeri Melayu. Dasar tersebut bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya. Dengan itu tanah jajahannya menjadi luas dan kawasan tersebut akan terikat dengan perintah dan peraturannya. Contohnya Naning dipaksa menjadi tanah jajahan British dan dikehendaki membayar ufti. Penghulu Dol Said menentang kehendak British dan hal ini menyebabkan berlakunya peperangan. Pihak British juga ditentang kerana hasrat mereka untuk menguasai sumber ekonomi tempatan. Mereka menguasai sumber ekonomi melalui perjanjian dengan pemimpin tempatan. Menerusi perjanjian ini, saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan perlombongan dan perdagangan bijih timah. Hal ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan.

Penentangan oleh pemimpin tempatan adalah kerana British telah memaksakan pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan. British telah memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan tanah. Contohnya di Terengganu, British telah menetapkan setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mestilah mendapat keizinan mereka dan dikenakan cukai tanah. Peraturan ini sangat bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan. Penentangan juga berlaku kerana campur tangan British dalam adat resam tempatan. British memaksa mereka menerima nilai-nilai British yang bertentangan dengan amalan budaya masyarakat tempatan. Sebagai contohnya di Perak, J.W.W. Birch telah melarang amalan menggunakan orang suruhan. Tindakan beliau itu ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

3

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

Penjajahan British terhadap daerah mereka menyebabkan pemimpin tempatan kehilangan kuasa memungut cukai. Mereka juga kehilangan pengaruh ke atas anak buah dan kawasan pegangannya. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin tempatan dan mendorong mereka menentang British. Penentangan juga berlaku kerana kesulitan yang dialami oleh penduduk tempatan. Penduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British. Kesetiaan kepada pembesar tempatan menyebabkan mereka memberikan kerjasama untuk menentang British.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

4

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

PERISTIWA PENENTANGAN PENGHULU DOL SAID DI NANING

Penentangan oleh Penghulu Dol Said berlaku antara tahun 1831 – 1833. Beliau tidak bersetuju dengan tindakan British meletakkan Naning sebagai jajahan takluknya. Dol Said enggan menghantar satu persepuluh hasilnya sebagai ufti kepada British di Melaka. British menghantar tentera untuk menakluki Naning pada tahun 1831. Pasukan British ditentang oleh Penghulu Dol Said. Penghulu Dol Said yang dibantu oleh Penghulu Rembau, Penghulu Remai, Dato’ Kelana Sungai Ujong dan Penghulu Gemencheh telah berjaya mengalahkan tentera British British menyerang Naning sekali lagi pada tahun 1832. Pada kali ini Penghulu Dol Said tidak dibantu oleh sesiapa pun. Penghulu Dol Said mengalami kekalahan. Penghulu Dol said terpaksa menyerah diri dan dibawa ke Melaka.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

5

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

PERISTIWA PENENTANGAN LINGGIR, RENTAP DAN SYARIF MASAHOR DI SARAWAK

James Brooke menjalankan dasar penaklukannya ke atas daerah Saribas pada tahun 1849. Linggir sebagai pemimpin kaum Iban di Saribas enggan menyerahkan daerah tersebut menyebabkan beliau bertindak menentang James Brooke. James Brooke dan Kapten Farquhar telah menghalang pelayaran Linggir di sungai Saribas. Linggir bertindak menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar namun beliau dan pengikutnya tewas dalam pertempuran tersebut. James Brooke juga berusaha menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang. James Brooke menganggap orang Iban di sungai Skrang sebagai lanun. Rentap telah menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang bagi menghalang kezaliman itu. Rentap berjaya menghalau James Brooke. Tentera James Brooke telah bertindak balas dengan membakar kampung Rentap. Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok. Mereka diserang sekali lagi oleh tentera James Brooke. Tentera James Brooke berjaya mengalahkan Rentap pada tahun 1861. Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai dan serangannya semakin lemah. James Brooke berusaha menguasai Sungai Rajang. Tindakan James Brooke itu menyebabkan Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur kehilangan kuasa memungut cukai dan kehilangan pengaruh terhadap penduduk tempatan. Oleh itu, mereka menolak penguasaan James Brooke di wilayah mereka. James Brooke telah membina sebuah kubu di Kanowit. Syarif Masahor telah menyerang kubu tersebut. Beliau dan Datu Patinggi Abdul Gapur kemudiannya menyerang James Brooke di Kuching. Walau bagaimanapun penentangan mereka gagal. Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei. Beliau diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

6

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

PERISTIWA PENENTANGAN MAT SALLEH DI SABAH

Pihak SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh sebagai pemerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut. Pihak SBUB bukan sahaja menduduki daerah Tambunan dan Sungai Sugut tetapi mereka juga telah memperkenalkan cukai kepala dan surat perahu. Pegawai SBUB juga bersikap kasar kepada penduduk tempatan. Mat Saleh pergi ke Sandakan untuk berbincang dengan SBUB, tetapi beliau tidak dilayan dilayan. Gabenor Beaufort telah bertindak menyerang dan membakar kampung Mat Saleh menyebabkan Mat Salleh terpaksa melarikan diri. Pada tahun 1897, Mat Saleh dan pengikutnya membuat serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya. SBUB mahu berdamai dengan Mat Saleh dan sanggup menyerahkan Tambunan kepada Mat Saleh. Bagaimanapun, SBUB telah mungkir janji menyebabkan Mat Saleh menyerang semula. SBUB menyerang balas kubu Mat Salleh dan Mat Salleh terkorban.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

7

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

PERISTIWA PENENTANGAN DATO’ MAHARAJA LELA DI PERAK

Penguasaan British di Perak telah ditentang oleh pembesar dan sultan. Penentangan tersebut berlaku kerana residen telah memungkiri fungsinya sebagai penasihat seperti yang termaktub dalam Perjanjian Pangkor. Para pembesar menolak sistem cukai yang menghapuskan hak mereka. Para pembesar juga menolak penguasaan British terhadap kawasan mereka. Para pembesar menolak campur tangan British dalam adat resam dan hal ehwal tempatan. J.W.W. Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu. Sultan Abdullah, Dato’ Maharaja Lela dan pembesar Melayu Perak membantah campur tangan British. Dato’ Maharalela membina kubu di Pasir Salak. Dato’ Maharaja Lela bermesyuarat dengan pembesar Melayu di Durian Sebatang. Mereka membantah undang-undang British. Dato’ Maharaja Lela juga bermesyuarat dengan Sultan Abdullah dan pembesar Melayu di Belanja.

Dato’ Maharaja Lela mengambil tanggungjawab

untuk membunuh J.W.W. Birch. J.W.W Birch dibunuh di Pasir Salak oleh Seputum, Pandak Lam dan lain-lain atas arahan Dato’ Maharaja Lela. British menyerang Pasir Salak. Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor melarikan diri ke Kota Lama. Dato’ Maharaja Lela. Dato’ Sagor, Pandak Lam, Seputum

dan Pandak Induk dihukum mati. Sultan Abdullah, Menteri Ngah

Ibrahim, Syahbandar dan Laksamana dibuang negeri ke Pulau Sychelles.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

8

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

PERISTIWA PENENTANGAN YAMTUAN ANTAH DAN DATO’ SYAHBANDAR ABDULLAH TUNGGAL DI SUNGAI UJONG

Yam Tuan Antah menentang British kerana British menduduki Sungai Ujong. Yam Tuan Antah menentang Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman yang mengundang British untuk menyelesaikan pertelingkahannya dengan Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal. British dibenarkan menduduki Terachi dan Paroi. British menyerang Yam Tuan Antah dan berjaya menawan Bukit Putus, Jempol dan Terachi. Yam Tuan Antah dipaksa menandatangani perjanjian damai dengan British Dato’ Syahbandar

Abdullah Tunggal dan Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman

berebut kawasan sempadan memungut cukai. Dato’ Kelana meminta British campur tangan dalam pertikaian tersebut. Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal enggan menandatangani perjanjian dengan British pada 21 April 1874. Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal menyerang Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman kerana mempelawa British campur tangan. Dato’ Syahbandar dikalahkan oleh Dato’ Kelana yang dibantu oleh British. Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal berundur ke Selangor. Dato’ Syahbandar dijemput pulang ke Sungai Ujong. Beliau dipaksa menandatangani perjanjian dengan British. Beliau bersetuju meletakkan jawatan dan berhijrah ke Singapura. Sungai Ujong dikuasai oleh Dato’ Kelana di bawah penguasaan British.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

9

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

PERISTIWA PENENTANGAN DATO’ BAHAMAN DI PAHANG

Dato’ Bahaman menentang undang-undang British yang bertentangan dengan adat resam tempatan. Contohnya sistem kehakiman, pemungutan hasil tanah, sistem cukai dan penubuhan pasukan polis luar. Ini adalah kerana undang-undang tersebut telah menghakis kuasanya sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Imam Rasul bersatu menentang British. Pada tahun 1890, Dato’ Bahaman menentang pembinaan balai polis di Lubuk Terua. British telah menangkap anak buah Dato’ Bahaman. Pada tahun 1892, Dato’ Bahaman menyerang British dan berjaya menawan balai polis Lubuk Terua. Beliau juga menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Dato’ Bahaman diserang oleh British dan beliau berundur ke Kelantan. Dato’ Bahaman mendapat perlindungan daripada pembesar Kelantan dan Terengganu. Dato’ Bahaman menetap di Hulu Kelantan manakala Tok Gajah menetap di Hulu Terengganu. Dato’ Bahaman ke Bangkok dan diberi perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn. Beliau menetap di Chieng Mai dan diberi wang sara hidup 1,000 baht.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

10

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

PERISTIWA PENENTANGAN TOK JANGGUT DI KELANTAN

Tok Janggut membantah pelaksanaan Sistem Penasihat di Kelantan. Tok Janggut juga membantah pelaksanaan sistem cukai ke atas penduduk tempatan. Beliau enggan membayar cukai. Namun, bantahan Tok Janggut tidak dilayan oleh Pegawai Daerah Pasir Puteh. Pihak polis diarah supaya menangkap Tok Janggut tetapi gagal. Pada tahun 1915, Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said dan Che Ishak telah menyerang Pasir Puteh dan berjaya mendudukinya. Mereka membentuk kerajaan dengan Engku Besar Jeram sebagai Raja, Tok Janggut Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah. British membawa masuk pasukan tentera dari Negeri Selat dan membuat serangan ke atas Kampung Saring. Tok Janggut terkorban dalam serangan itu. Mayatnya diarak ke seluruh pekan Kota Bharu.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

11

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

PERISTIWA PENENTANGAN HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG DI TERENGGANU

Haji Abdul Rahman Limbong membantah sistem cukai dan undang-undang tanah yang diperkenalkan oleh British. Pada bulan Julai dan Ogos 1922, Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk kampung membuka tanah di Kuala Telemong tanpa menghiraukan peraturan tanah. Pada bulan Mei 1925, beliau sekali lagi berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah tetapi dapat disuraikan oleh British. Kemarahan kepada British menyebabkan penduduk tempatan melancarkan serangan bersenjata pada 1928. Mereka berjaya menduduki bangunan kerajaan di Kuala Berang. Penduduk Kuala Telemong juga bersiap sedia menunggu arahan untuk menentang British. Dengan menggunakan nama Sultan, British menghantar pembesar dan berjaya menawan semula Kuala Berang. Sepasukan polis menyerang Kuala Telemong dan berjaya menangkap Haji Abdul Rahman Limbong. Beliau dibuang negeri ke Makkah.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

12

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

CARA PENENTANGAN YANG DILAKUKAN OLEH PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH Bentuk penentangan yang dilakukan oleh pemimpin tempatan terhadap British ialah mengingkari arahan British. Sebagai contohnya, Penghulu Dol Said enggan menghantar satu persepuluh hasil padi Naning sebagai ufti kepada British di Melaka. Tok Janggut enggan membayar cukai apabila British memaksakan penduduk Pasir Puteh menerima pakai sistem cukai British. Selain itu, pemimpin tempatan mengambil langkah berunding dengan pihak British untuk menyelesaikan masalah pelaksanaan sistem cukai. Sebagai contohnya Mat Salleh pergi ke Sandakan untuk berunding dengan pihak SBUB mengenai pelaksanaan cukai kepala dan surat perahu. Tok Janggut pergi berunding dengan Pegawai Daerah Pasir Puteh tentang pelaksanaan sistem cukai di Pasir Puteh. Di samping itu, pemimpin tempatan bertindak menyerang British. Sebagai contohnya Linggir bertindak menyerang kapal Nemesis yang melalui sungai Saribas. Rentap telah menyerang pasukan James Brooke di Kubu Nanga Skrang dan berjaya mengusirnya. Syarif Masahor menyerang kubu James Brooke di Kanowit. Syarif Masahor bersama Datu Patinggi Abdul Gapur juga menyerang James Brooke di Kuching. Bentuk penentangan lainnya ialah pemimpin tempatan bertindak menguasai bangunan pentadbiran kerajaan. Sebagai contohnya Dato’ Bahaman dan pengikutnya menyerang dan menguasai Balai Polis Lubuk Terua. Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam dan lain-lain menyerang dan menguasai Pejabat Tanah Pasir Puteh. Selain itu, pemimpin tempatan membunuh pegawai British. Sebagai contohnya Seputum dan Pandak Lam membunuh J.W.W. Birch di Pasir Salak atas arahan Dao’ Maharaja Lela. Tok Janggut dan pengikutnya telah membunuh pegawai polis British iaitu Sarjan Che Latiff. Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

13

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

LANGKAH PIHAK BRITISH MENANGANI PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN Pihak British menangani penentangan pemimpin tempatan dengan cara menyerang daerah tersebut. Sebagai contohnya pihak British menyerang Naning yang enggan membayar ufti kepada British di Melaka. James Brooke bertindak menyerang dan membakar kampung Rentap di Nanga Skrang apabila Rentap berusaha menghalang kezalimannya ke atas orang Iban. Pihak British juga menggunakan tipu muslihat untuk mematahkan penentangan pemimpin tempatan. Contohnya pihak SBUB menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh. Mereka sanggup menyerahkan Tambunan kepada Mat Salleh apabila mereka diserang mengejut. Bagaimanapun pihak SBUB mungkir janji. Pihak British telah menggunakan nama sultan untuk mematahkan penentangan pemimpin tempatan. Contohnya, pihak British menggunakan nama Sultan Kelantan untuk membawa masuk tentera dari Negeri Selat untuk menyerang Tok Janggut di Kampung Saring. Pihak British menggunakan nama Sultan Terengganu untuk menawan semua Kuala Berang setelah ditawan oleh Haji Abdul Rahman Limbong. Pihak British bertindak memburu habis-habisan pemimpin tempatan. Sebagai contohnya, pihak British memburu Rentap sehingga Rentap terpaksa berundur ke Bukit Sadok dan akhirnya ke Ulu Sungai Entabai. Pihak British menangkap pemimpin tempatan yang mengetuai penentangan. Contohnya pihak British menangkap Penghulu Dol Said dan dibawa ke Melaka. Pihak SBUB menangkap Datu Patinggi Abdul Gapur walaupun beliau melarikan diri ke Betawi. Pihak British membuang negeri pemimpin tempatan yang menentangnya. Contohnya pihak British telah membuang negeri Sultan Ismail, Sultan Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim ke Pulau Sychelles. Pihak British juga membuang negeri Haji Abdul Rahman Limbong ke Makkah.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

14

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

Pihak British membunuh pemimpin tempatan. Contohnya pihak British telah menjatuhkan hukuman mati ke atas Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Seputum, Pandak Lam dan Pandak Induk. Pihak British juga membunuh Tok Janggut dan Mat Salleh dalam pertempuran antara kedua-dua pihak.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

15

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

SEBAB PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TIDAK MENCAPAI KEJAYAAN

Penentangan pemimpin tempatan terhadap British tidak berjaya kerana masyarakat tempatan tidak bersatu. Pemimpin dan rakyat tidak bersatu hati. Berlaku juga perpecahan dalam kalangan pengikut. Selain itu, penentangan juga tidak berjaya disebabkan penentangan bersifat setempat. Penentangan tidak berlaku di seluruh negeri. Contohnya, penentangan terhadap British di Kelantan hanya berlaku di daerah Pasir Puteh sahaja. Manalaka, penentangan di Perak hanya berlaku di Pasir Salak sahaja. Pemimpin tempatan tidak mempunyai organisasi yang tersusun. Mereka tidak menubuhkan badan yang boleh menyatukan masyarakat tempatan dalam satu organisasi. Perkara ini menyebabkan mereka tidak dapat merancang strategi penentangan secara berkesan. Strategi penentangan kurang berkesan. Penentangan hanya dilakukan secara terbuka. Masyarakat tempatan tiada kubu untuk bertahan. Taktik serangan tidak dirancang dengan teliti. Teknologi

persenjataan

kurang

canggih.

Masyarakat

tempatan

hanya

menggunakan senjata tradisional seperti keris, tombak, pedang dan sebagainya. Peralatan senjata tersebut tidak dapat menewaskan senjata moden yang digunakan oleh pihak British. Pemimpin tempatan terpedaya dengan tipu muslihat British. British menggunakan nama Sultan untuk mematahkan serangan kerana mereka tahu orang Melayu sangat taat kepada baginda. British menawarkan pelan damai walaupun pada akhirnya mereka mungkir janji.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

16

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

STRATEGI UNTUK MEMASTIKAN PENENTANGAN TERHADAP BRITISH BERJAYA

Penentangan pemimpin tempatan terhadap British pasti akan berjaya sekiranya menggunakan strategi penentangan yang berbagai-bagai. Contohnya melakukan penentangan secara terbuka, penentangan secara gerila, serangan mengejut, tunjuk perasaan, perbincangan dan sebagainya. Penentangan juga perlu dilakukan secara serentak di pelbagai tempat supaya pihak British tidak berupaya mengagih-agihkan tenteranya. Strategi yang kedua ialah mengukuhkan semangat perpaduan masyarakat tempatan. Pemimpin tempatan patut membangkitkan kesedaran masyarakat tentang keburukan tindakan yang dilakukan oleh pihak British. Strategi yang berikutnya ialah mengadunkan penggunaan kelengkapan senjata tradisional dan senjata moden. Senjata tradisional digunakan untuk melakukan serang hendap. Mereka juga boleh mengubahsuaikan senjata tradisional supaya dapat digunakan untuk pertempuran jarak jauh. Strategi yang seterusnya ialah menambahkan bilangan penentang. Pemimpin tempatan hendaklah melatih golongan muda kerana mereka lebih agresif dan bersemangat. Pemimpin juga perlu menyediakan latihan ketenteraan dengan cara mengajar taktik peperangan dan kemahiran menggunakan senjata. Strategi lainnya pula ialah mendapatkan sokongan istana. Pemimpin tempatan hendaklah sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan sultan agar mereka mengetahui tipu muslihat British yang menggunakan nama Sultan. Sokongan istana juga menyebabkan pihak British lebih berhemah dalam tindakan mereka.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

17

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

TINDAKAN BRITISH TERHADAP PEMIMPIN TEMPATAN ADALAH TIDAK WAJAR KERANA MEREKA BUKAN PEMBERONTAK Tindakan British yang menghapuskan penentangan pemimpin tempatan dengan melalui kekerasan adalah. Pemimpin tempatan menentang British kerana mempertahankan kedaulatan wilayah mereka. Contohnya, Penghulu Dol Said mempunyai alasan apabila beliau enggan membayar ufti kepada British di Melaka. Hal ini adalah kerana Naning adalah wilayah yang merdeka, bukannya tanah jajahan British. Tindakan pihak British menyerang dan membakar kampung adalah perbuatan yang melampau. Pemimpin tempatan menentang British kerana membela penduduk tempatan daripada dizalimi oleh pihak British. Contohnya, Rentap menentang James Brooke kerana menghalang kezaliman James Brooke yang hendak menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang. Tindakan British membunuh pemimpin adalah perbuatan tidak bermoral. Syarikat Borneo Utara British (SBUB) telah membunuh Mat Salleh di Sabah. Pihak British juga membunuh Tok Janggut dan menggantungkan mayatnya kepala ke bawah dianggap menghina tokoh agama tempatan. Kedua-dua tokoh tersebut tidak memberontak. Mereka membantah pelaksanaan cukai yang membebankan penduduk tempatan. Mereka cuba berunding, tetapi tidak dilayan. Sebaliknya, mereka ditentang dan dibunuh. Tindakan British membunuh Dato’ Maharaja Lela, Pandak Lam, Seputum dan Pandak Induk adalah terlalu zalim. Pemimpin tempatan tersebut cuba menghalang British melaksanakan dasar mereka yang bertentangan dengan budaya tempatan. Contohnya, J.W.W. Birch cuba menghapuskan amalan orang suruhan yang diamalkan dalam budaya orang Melayu. Mereka juga cuba mempertahankan kuasa Raja Melayu yang semakin hilang akibat pelaksanaan Sistem Residen.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

18

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

Tindakan British membuang negeri Sultan Abdullah dan Menteri Ngah Ibrahim ke Pulau Sychelles adalah tidak wajar. Ini adalah kerana mereka cuba mempertahankan kedaulatan tanah air mereka daripada dikuasai oleh British. Tindakan British membuang negeri Haji Abdul Rahman Limbong ke Makkah adalah tidak wajar kerana beliau tidak bersetuju dengan peraturan tanah Barat yang bertentangan dengan amalan masyarakat tempatan.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

19

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

PERANAN PELAJAR MEMUPUK SEMANGAT NASIONALISME Untuk memperkasakan semangat nasionalisme dalam kalangan rakan-rakan di sekolah, saya akan menggalakkan mereka belajar bersungguh-sungguh mata pelajaran yang berkaitan nasionalisme seperti mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan menjalankan Kajian Sejarah Tempatan. Langkah tersebut dapat membangkitkan perasaan bangga menjadi warganegara Malaysia dalam kalangan pelajar. Di samping itu, saya menggalakkan rakan-rakan melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum seperti menyertai aktiviti Kelab dan Persatuan Sejarah. Melalui aktiviti Bicara Tokoh Negara, mereka mengetahui pahit jerih tokoh tempatan mempertahankan kedaulatan tanah air. Melalui aktiviti perkhemahan badan beruniform sekolah pula, semangat perpaduan dapat dipupuk untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu-padu. Selain itu, saya akan menganjurkan program berbentuk patriotik di peringkat sekolah. Kami akan mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Melalui program tersebut, kami akan mengibarkan Jalur Gemilang yang menjadi kebangggaan negara. Kami akan mengulas Lagu Negaraku yang diperdengarkan, serta menyanyikannya dengan penuh semangat. Langkah tersebut akan membangkitkan semangat cinta akan negara. Saya juga akan menganjurkan lawatan sambil belajar. Kami akan melawat muzium, Memorial Tunku Abdul Rahman dan mengikuti persidangan Parlimen. Di muzium, kami dapat mengkaji penglibatan tokoh nasionalis dalam sejarah kemerdekaan tanah air. Di Parlimen, kami mengetahui bagaimana proses penggubalan undangundang dilakukan dalam pemerintahan dan pentadbiran negara. Pengetahuan yang diperoleh dapat melahirkan semangat untuk mengekalkan dan mempertahankan pemerintahan demokrasi di negara kita. Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

20

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

Saya juga akan menganjurkan program kemasyarakatan seperti Khidmat Masyarakat. Kami akan menyertai misi memberi bantuan kepada masyarakat yang terjejas akibat banjir, ribut, gempa bumi dan sebagainya. Kami akan membantu menjalankan kerja pembersihan semula kawasan yang terjejas. Penglibatan ini dapat menanam perasaan saling membantu dalam jiwa pelajar.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

21

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT NASIONALISME Pihak sekolah menerapkan nilai-nilai patriotik dalam kalangan pelajar di sekolah. Usaha tersebut dapat dilaksanakan dengan memberi kesedaran kepada pelajar melalui Kem Jati Diri. Pihak sekolah menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam program sambutan’Bulan Kemerdekaan’ di sekolah.Para pelajar didedahkan dengan program mengenang jasa tokoh pejuang negara. Selain itu pihak sekolah mengisi program

mata

pelajaran

sejarah

dengan

Kuiz

Sejarah,Pertandingan

Ikon

Sejarah,menghasilkan Buku Skrap Tokoh Nasionalis Tanah Air dan lain-lain agar pelajar dapat mengambil iktibar daripada perjuangan mereka. Ibubapa berperanan memupuk semangat patriotisme di peringkat akar umbi. Ibubapa haruslah menyerlahkan semangat patriotisme dengan memasang bendara jalur gemilang di rumah dan kenderaan apabila menjelang hari kemerdekaan supaya menjadi contoh yang boleh diteladani anak-anak. Pihak kerajaan patut menjayakan

Konsep 1 Malaysia melalui kursus Biro

Tatanegara ( BTN) kepada penjawat awam. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) patut diteruskan kerana program ini melahirkan semangat jati diri yang tinggi dalam kalangan generasi muda. Kementerian Penerangan Malaysia perlu menyuburkan semangat

patriotik

melalui

televisyen

dan

radio.

Jabatan

Penerangan

perlu

mengadakan kempen cinta negara kepada masyarakat. Media arus perdana hendaklah memperbanyakkan tayangan filem yang berunsurkan patriotisme seperti filem Bukit Kepong, Paloh, Leftenan Adnan, Sarjan Hasan dan lain-lain. Anggota masyarakat digalakkan mengadakan majlis rumah terbuka sempena sambutan perayaan kaum masing-masing. Majlis tersebut membolehkan masyarakat beramah mesra yang akan mengeratkan hubungan sahabat handai, jiran tetangga dan masyarakat pelbagai kaum. Hubungan yang erat menjadi simbol perpaduan, kemakmuran dan keamanan negara. Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

22

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

Masyarakat Malaysia juga hendaklah

SPM 2015

bersama-sama menyambut Hari

Kemerdekaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September sebagai hari perpaduan negara. Sepanjang sambutan itu, kita akan sama-sama menyanyikan Lagu Negaraku serta mengadakan persembahan kebudayaan pelbagai kaum. Kita akan menjayakan kempen mengibarkan Jalur Gemilang dan menyertai aktiviti perarakan kemerdekaan. Penyertaan ini akan membangkitkan perasaan bangga menjadi warga Malaysia.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

23

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

SEMANGAT PERJUANGAN PEMIMPIN TEMPATAN YANG WAJAR DICONTOHI

Semangat pemimpin tempatan yang wajar kita contohi ialah sanggup berkorban demi bangsa dan negara. Mereka sanggup mendahulukan kepentingan bangsa dan negara daripada kepentingan diri dan keluarga. Penjawat awam patut mencontohi semangat ini dalam menjalankan urusan pentadbiran kerajaan. Penjawat awam mestilah mengelakkan pembabitan keluarga dalam urusan kerajaan. Pejuang-pejuang tempatan memiliki semangat taat kepada raja dan negara. Mereka sanggup mengorbankan nyawa menentang pihak British demi mengekalkan kelangsungan institusi beraja di Malaysia. Remaja disarankan memiliki sikap sedemikian

agar

mereka

sanggup

mempertahankan

sistem

pemerintahan

Demokrasi Berparlimen dan Raja Beperlembagaan berkekalan. Pejuang Kemerdekaan juga berjiwa kental dalam perjuangan. Sifat ini perlu diterapkan kepada generasi muda melalui Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), kursus Biro Tata Negara, Kem Bina Semangat dan sebagainya. Pejuang masa lalu juga menunjukkan sikap kerjasama yang amat tinggi. Pemimpin tempatan menyedari mereka tidak dapat menandingi senjata moden pihak British semasa penentangan mereka. Namun disebabkan kerjasama antara pemimpin dengan rakyat, mereka dapat member tentangan sengit. Masyarakat hari ini patut mengambil iktibar bahawa perpaduan akan menyebabkan kita menjadi kuat.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

24

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

CARA MENZAHIRKAN SEMANGAT NASIONALISME Pihak Sekolah dan Pelajar Pihak sekolah menerapkan nilai-nilai patriotik dalam kalangan pelajar di sekolah. Usaha tersebut dapat dilaksanakan dengan memberi kesedaran kepada pelajar melalui Kem Jati Diri. Pihak sekolah menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam program sambutan’Bulan Kemerdekaan’ di sekolah.Para pelajar didedahkan dengan program mengenang jasa tokoh pejuang negara. Selain itu pihak sekolah mengisi program

mata

pelajaran

sejarah

dengan

Kuiz

Sejarah,Pertandingan

Ikon

Sejarah,menghasilkan Buku Skrap Tokoh Nasionalis Tanah Air dan lain-lain agar pelajar dapat mengambil iktibar daripada perjuangan mereka. Ibu Bapa dan Keluarga Ibubapa berperanan memupuk semangat patriotisme di peringkat akar umbi. Ibubapa haruslah menyerlahkan semangat patriotisme dengan memasang bendara jalur gemilang di rumah dan kenderaan apabila menjelang hari kemerdekaan supaya menjadi contoh yang boleh diteladani anak-anak. Kerajaan Pihak kerajaan patut menjayakan

Konsep 1 Malaysia melalui kursus Biro

Tatanegara ( BTN) kepada penjawat awam. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) patut diteruskan kerana program ini melahirkan semangat jati diri yang tinggi dalam kalangan generasi muda. Kementerian Penerangan Malaysia perlu menyuburkan semangat

patriotik

melalui

televisyen

dan

radio.

Jabatan

Penerangan

perlu

mengadakan kempen cinta negara kepada masyarakat. Media arus perdana hendaklah memperbanyakkan tayangan filem yang berunsurkan patriotisme seperti filem Bukit Kepong, Paloh, Leftenan Adnan, Sarjan Hasan dan lain-lain.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

25

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

Masyarakat Anggota masyarakat digalakkan mengadakan majlis rumah terbuka sempena sambutan perayaan kaum masing-masing. Majlis tersebut membolehkan masyarakat beramah mesra yang akan mengeratkan hubungan sahabat handai, jiran tetangga dan masyarakat pelbagai kaum. Hubungan yang erat menjadi simbol perpaduan, kemakmuran dan keamanan negara. Masyarakat Malaysia juga hendaklah

bersama-sama menyambut Hari

Kemerdekaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September sebagai hari perpaduan negara. Sepanjang sambutan itu, kita akan sama-sama menyanyikan Lagu Negaraku serta mengadakan persembahan kebudayaan pelbagai kaum. Kita akan menjayakan kempen mengibarkan Jalur Gemilang dan menyertai aktiviti perarakan kemerdekaan. Penyertaan ini akan membangkitkan perasaan bangga menjadi warga Malaysia.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

26

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

CIRI WARGANEGARA YANG MEMPUNYAI SEMANGAT NASIONALISME Warganegara yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi sentiasa menghargai jasa tokoh pejuang tanah air. Mereka sentiasa menyanjung perjuangan Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Bahaman, Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan lainlain. Mereka tidak bersikap memperlekehkan perjuangan tokoh-tokoh tersebut. Warganegara yang patriotik sentiasa mempertahankan nama baik negara. Mereka tidak akan sekali-kali memburukkan nama negara. Mereka akan memberikan penerangan sejelas-jelasnya jika ada pihak yang cuba menjatuhkan imej negara. Warganegara yang memiliki semangat nasionalisme ialah mereka yang menghormati lambang negara. Mereka menghormati Lagu Negaraku dan lambanglambang negara yang lain. Mereka akan mengutuk sesiapa sahaja yang bertindak menghina lambang negara seperti memijak bendera, mengubah lirik atau nada Lagu Negaraku dan sebagainya. Rakyat Malaysia

yang cintakan negara adalah mereka yang

sentiasa

mendokong prinsip Rukun Negara. Mereka menghayati nilai yang terkandung dalam falsafah Rukun Negara agar perpaduan kaum dapat diperkukuhkan. Warganegara yang setia mestilah taat kepada raja dan pemimpin negara. Hal ini adalah kerana ketaatan tersebut dapat memastikan pembangunan negara berjalan dengan lancar. Selain itu warganegara yang baik ialah mereka yang menjaga adat dan nilai masyarakat tempatan daripada budaya asing. Amalan terhadap budaya kita sendiri dapat memperkukuhkan jati diri seseorang.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

27

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

KEJAYAAN YANG DICAPAI HASIL PENGHAYATAN SEMANGAT NASIONALISME Kejayaan Malaysia hasil pengamalan semangat patriotik ialah Malaysia mengungguli acara sukan antarabangsa. Sebagai contohnya kejayaan pasukan hoki menduduki rangking terbaik di peringkat dunia. Dato’ Nicol David dan Dato’ Lee Chong Wei muncul sebagai pemain skuasy dan badminton nombor satu dunia. Malaysia berjaya menyerlahkan semangat “Malaysia Boleh” apabila mencipta kejayaan dalam penampilan solo dalam berbagai-bagai bidang. Dato’ Azhar Mansor menjulang nama negara apabila berjaya belayar mengelilingi dunia secara solo. Dato’ Abdul Malik Mydin pula berjaya menyeberangi Selat Inggeris, manakala Dato’ Maznah Zulkifli berjaya dalam ekspedisi menawan kutub Utara. Malaysia menempa kejayaan dalam seni bina dan perancangan bandar. Pembinaan menara Petronas dan Menara Berkembar KLCC yang muncul sebagai binaan tertinggi di dunia pada zamannya. Bandar Putrajaya tersohor sebagai pusat pentadbiran moden yang bercirikan seni bina bandar terancang. Malaysia juga berjaya menerokai angkasa lepas. Dato’ Dr. Sheikh Muzaffar muncul sebagai angkasawan pertama negara ke angkasa lepas. Malaysia berjaya melancarkan beberapa buah satelit untuk membolehkan kita bersaing dalam bidang penyiaran di peringkat global. Penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan NGO di peringkat antarabangsa banyak menempa kejayaan. Kelab Putra Malaysia dan Pertubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia menghantar sukarelawan untuk membantu negara yang terjejas akibat pergolakan politik, bencana alam, krisis kemanusiaan dan sebagainya. Malaysia berjaya menghasilkan pakar ekonomi bertaraf dunia iaitu Dato Seri Zetty Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara menerima anugerah gabenor bank negara terbaik dunia. Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

28

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

GEJALA YANG MENUNJUKKAN SEMANGAT NASIONALISME SEMAKIN LUNTUR Gejala yang menunjukkan semangat nasionalisme semakin luntur dapat dilihat apabila terdapat segelintir masyarakat di negara kita yang menghina pemimpin negara secara terbuka. Sikap ini menyebabkan maruah tokoh negara jatuh dan imej negara tercemar. Sikap membelakangkan undang-undang negara menjadi budaya baru dalam masyarakat kita hari ini. Masyarakat kita hari ini sering menganjurkan perhimpunan haram untuk menyatakan perasaan tidak puas hati mereka, padahal banyak cara lain yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Keadaan ini boleh mencetuskan huru-hara dan menjejaskan perkembangan ekonomi negara. Kakitangan kerajaan tidak amanah dalam menjalankan tugas. Banyak penjawat awam mengamalkan rasuah dalam melaksanakan tugas pentadbiran mereka. Rahsia kerajaan dibocorkan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Keadaan ini menyebabkan pentadbiran negara menjadi tidak cekap serta menghilangkan keyakinan pelabur luar untuk melabur modal di negara kita. Semangat Nasionalisme rakyat Malaysia semakin luntur kerana kurang perasaan cinta akan budaya sendiri.

Perkembangan Teknologi maklumat dan komunikasi

mempercepatkan penyebaran budaya luar. Rakyat yang tidak mempunyai jati diri akan mudah terpengaruh dengan budaya asing yang bersifat negatif seperti budaya punk, black metal, hippies dan sebagainya. Perkembangan ini akan meruntuhkan nilai-nilai budaya baik masyarakat.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

29

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

KESAN YANG BERLAKU JIKA RAKYAT TIDAK MEMILIKI SEMANGAT NASIONALISME Sekiranya rakyat tidak memiliki semangat nasionalisme, masyarakat akan berpecah belah. Keamanan dan keharmonian negara tergugat. Keadaan ini akan melahirkan individu yang mementingkan diri sendiri. Mereka akan menggunakan situasi masyarakat yang berpecah belah dengan isu perkauman yang boleh meruntuhkan kestabilan politik negara. Sekiranya rakyat tidak memiliki semangat nasionalisme, ekonomi negara tidak berkembang. Pertumbuhan ekonomi tergendala. Kemakmuran negara tergugat kerana pembangunan negara terbantut. Sekiranya rakyat tidak memiliki semangat nasionalisme, politik negara menjadi tidak stabil. Pentadbiran negara akan kucar-kacir. Demonstrasi jalanan menjadi budaya baru. Pentadbiran yang kucar-kacir tidak dapat membendung situasi demikian. Kedaulatan negara akan terancam. Negara mudah terdedah kepada campur tangan kuasa asing Sekiranya rakyat tidak memiliki semangat nasionalisme, rakyat tidak menghormati pemimpin. Imej pemimpin dan negara terjejas di mata dunia. Sekiranya rakyat tidak memiliki semangat nasionalisme, Masyarakat hilang jati diri. Minda masyarakat dijajah. Mereka mudah terpengaruh dengan budaya asing. Dengan itu, budaya baru bersifat negatif lahir dalam masyarakat. Perkara ini akan meruntuhkan tamadun bangsa yang kaya dengan nilai ketimuran.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

30

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

SEBAB WUJUD SIKAP MEMPERKECILKAN SUMBANGAN PEJUANG TEMPATAN Terdapat pihak yang mempertikalkan perjuangan dan sumbangan tokoh pemimpin tempatan. Mereka tidak belajar sejarah menyebabkan

mereka tidak

memahami fakta sejarah. Mereka tidak mengenali tokoh pejuang tanah air menyebabkan mereka tidak menghargai jasanya. Terdapat juga pihak tertentu yang sengaja memutarbelitkan fakta sejarah untuk kepentingan politik. Mereka menggunakan media baru untuk memesongkan pemikiran dan tanggapan generasi muda terhadap perjuangan tokoh nasionalis dahulu. Hal ini menimbulkan sikap prejudis terhadap sumbangan tokoh negara tersebut. Sikap

mempertikaikan

perjuangan

tokoh

tempatan

berlaku

disebabkan

penjajahan minda oleh penjajah yang sekian lama tertanam dalam fikiran sebahagian masyarakat kita. Penyebaran ideologi politik menyebabkan masyarakat berpegang kepada doktrin penjajah yang mengatakan bahawa tokoh yang menentang British adalah pemberontak dan pengkhianat bangsa.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

31

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

CARA MENGELAKKAN TANGGAPAN NEGATIF TERHADAP PEMIMPIN TEMPATAN Tanggapan negatif terhadap perjuangan pemimpin tempatan dapat dielakkan. Kurikulum pendidikan mestilah menekankan aspek sejarah tanah air. Mata pelajaran Sejarah patut diperkenalkan di peringkat sekolah rendah supaya sejarah negara diketahui sejak kecil lagi. Langkah Kementerian Pendidikan menjadikan mata pelajaran wajib lulus dalam SPM adalah langkah yang berkesan kerana berjaya menanamkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar. Selain itu, kempen mengenali dan menyanjung tokoh negara mestilah sentiasa dilancarkan. Pertandingan mengarang dan menghasilkan buku skrap berkaitan ketokohan pemimpin perlu diadakan bukan sahaja dijalankan di sekolah sahaja, malah boleh diperluaskan. Cara ini dapat menanam semangat cinta akan tanah air dalam diri remaja. Dalam hal-hal tertentu, penguatkuasaan undang-undang amat perlu untuk mendisiplinkan masyarakat agar tidak memperlekehkan jasa pejuang tempatan. Mereka yang menghina tokoh pemimpin negara hendaklah disaman dan dibawa ke muka pengadilan. Undang-undang yang tegas dikuatkuasakan supaya menjadi iktibar kepada masyarakat. Kerajaan patut mengawal selia laman sosial yang digunakan untuk memesongkan pemikiran masyarakat. Langkah ini dapat mengurangkan penyebaran maklumat palsu dan bersifat negatif. Maklumat yang sahih tentang tokoh negara patut disampaikan kepada rakyat melalui media perdana agar masyarakat lebih mengenali jasa dan perjuangan tokoh negara.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

32

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

KEPENTINGAN MENGHAYATI SEMANGAT NASIONALISME

Penghayatan semangat patriotisme dalam kalangan warganegara dapat melahirkan semangat cinta akan negara dan dapat memupuk masyarakat yang sanggup berkorban demi kepentingan negara. Penghayatan semangat nasionalisme menyebabkan kita mempunyai jati diri yang tinggi dan sanggup menjaga maruah bangsa. Setiap rakyat berani mempertahankan kedaulatan negara daripada belenggu penjajah. Penghayatan semangat nasionalisme juga dapat melahirkan rakyat yang berfikiran positif. Kita bersedia dengan fikiran terbuka untuk menerima unsur baik dari luar yang boleh memberi kepentingan kepada negara. Rakyat juga akan bersifat kreatif. Mereka berfikir secara kritis untuk menghasilkan sesuatu yang lebih inovatif. Semangat nasionalisme akan mewujudkan negara yang aman dan harmoni serta melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Semangat toleransi kaum diamalkan sesuai dengan prinsip Pakatan Murni yang berasaskan kontrak sosial semasa kita menuntut kemerdekaan dahulu. Semangat perpaduan yang kukuh dapat menjana kemajuan ekonomi

negara.

Perkembangan

ekonomi

yang

mapan

akan

menyebabkan

kemerdekaan negara dapat dikekalkan.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

33

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

PENTINGNYA KEAMANAN NEGARA Keamanan dan keharmonian perlu dikekalkan untuk menarik pelabur asing melabur di negara kita yang dapat memastikan pendapatan negara terus meningkat. Hasilnya, rakyat hidup dalam makmur dan tenteram. Keamanan juga dapat menjamin keselamatan negara dan pada masa yang sama akan

dikunjungi pelancong asing.

Industri pelancongan akan meningkat sekaligus menambahkan lagi pendapatan negara. Keamanan dan keharmonian perlu dikekalkan untuk mewujudkan negara dan bangsa yang berdaulat. Justeru, generasi akan datang dapat mewarisinya. Di samping itu, keamanan dan keharmonian juga membolehkan pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan jayanya yang sekaligus akan meningkatkan imej negara. Keamanan dan keharmonian membolehkan negara diiktiraf dunia luar dan dikenali di mata dunia. Contohnya, Malaysia pernah dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB dan Tan Sri Razali Ismail telah dilantik sebagai Pengerusi Perhimpunan Agung PBB. Selain itu, keamanan dan keharmonian boleh memajukan negara selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020 tercapai. Malahan, kemerdekaan dapat dipertahankan kerana anasir-anasir luar yang cuba menjatuhkan kerajaan dapat ditangkis. Keamanan dan keharmonian juga patut dikekalkan agar kerajaan dapat menjalin hubungan serantau dan antarabangsa. Dengan itu, Malaysia akan mendapat bantuan sekiranya ditimpa musibah dan masalah.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

34

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

CABARAN YANG DIHADAPI UNTUK MEMPERKASAKAN SEMANGAT NASIONALISME

Cabaran yang dihadapi dalam usaha memperkasakan semangat nasionalisme dalam kalangan generasi muda ialah pengaruh budaya luar. Budaya LGBT, K-Pop, punk dan black metal bukan sahaja menjadi gaya hidup mereka, tetapi juga telah menghakis nilai-nilai tradisi masyarakat Timur. Cabaran yang kedua ialah fenomena kurang minat untuk menguasai ilmu pengetahuan. Perkara ini menyebabkan wujudnya fenomena buta sejarah dalam kalangan masyarakat kita. Oleh sebab mereka tidak mengetahui hal-hal kenegaraan, sudah tentulah tidak akan terbit perasaan cinta akan negara dan bangsa dalam jiwa mereka. Cabaran yang berikutnya ialah gejala keruntuhan akhlak remaja. Fenomena ini mengundang berlakunya gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah, pergaulan bebas, merosakkan harta awam dan sebagainya. Pengamalan budaya bersifat negatif ini akan melunturkan nilai-nilai kemanusiaan dalam diri generasi muda. Cabaran yang seterusnya ialah penyebaran dakyah politik berhaluan kiri yang bertujuan untuk meruntuhkan pemerintahan negara. Generasi muda cepat terpengaruh dengan ideologi baru menyebabkan berlakunya gejala yang bersifat perkauman yang memecahbelahkan masyarakat seperti pergaduhan kaum, provokasi tentang hak kaum tertentu dan sebagainya.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

35

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

CADANGAN MENGATASI CABARAN UNTUK MEMPERKASAKAN SEMANGAT NASIONALISME Pihak sekolah menerapkan nilai-nilai patriotik dalam kalangan pelajar di sekolah. Usaha tersebut dapat dilaksanakan dengan memberi kesedaran kepada pelajar melalui Kem Jati Diri. Pihak sekolah menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam program sambutan’Bulan Kemerdekaan’ di sekolah.Para pelajar didedahkan dengan program mengenang jasa tokoh pejuang negara. Selain itu pihak sekolah mengisi program

mata

pelajaran

sejarah

dengan

Kuiz

Sejarah,Pertandingan

Ikon

Sejarah,menghasilkan Buku Skrap Tokoh Nasionalis Tanah Air dan lain-lain agar pelajar dapat mengambil iktibar daripada perjuangan mereka. Ibubapa berperanan memupuk semangat patriotisme di peringkat akar umbi. Ibubapa haruslah menyerlahkan semangat patriotisme dengan memasang bendara jalur gemilang di rumah dan kenderaan apabila menjelang hari kemerdekaan supaya menjadi teladan kepada anak-anak. Pihak kerajaan patut menjayakan

Konsep 1 Malaysia melalui kursus Biro

Tatanegara ( BTN) kepada penjawat awam. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu diteruskan kerana program ini melahirkan semangat jati diri yang tinggi dalam kalangan generasi muda. Kementerian Penerangan Malaysia perlu menyuburkan semangat

patriotik

melalui

televisyen

dan

radio.

Jabatan

Penerangan

perlu

mengadakan kempen cinta negara kepada masyarakat. Media arus perdana hendaklah memperbanyakkan tayangan filem yang berunsurkan patriotisme seperti filem Bukit Kepong, Paloh, Leftenan Adnan, Sarjan Hasan dan lain-lain. Anggota masyarakat digalakkan mengadakan majlis rumah terbuka sempena sambutan perayaan kaum masing-masing. Majlis tersebut membolehkan masyarakat beramah mesra dan mengeratkan hubungan sahabat handai, jiran tetangga dan masyarakat pelbagai kaum. Hubungan yang erat mewujudkan perpaduan, kemakmuran dan keamanan negara. Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

36

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

Masyarakat Malaysia juga hendaklah

SPM 2015

bersama-sama menyambut Hari

Kemerdekaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September sebagai hari perpaduan negara. Sepanjang sambutan itu, kita hendaklah sama-sama menyanyikan Lagu Negaraku serta mengadakan persembahan kebudayaan pelbagai kaum. Kita perlu menjayakan kempen dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan menyertai aktiviti perarakan kemerdekaan. Penyertaan ini akan membangkitkan perasaan bangga menjadi warga Malaysia.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

37

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

NILAI / IKTIBAR YANG BOLEH DIPELAJARI DARIPADA PERJUANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

Kita patut mencontohi pemimpin tempatan masa lampau yang mempunyai semangat juang yang kental. Kita patut belajar daripada sifat pemimpin masa lampau yang tidak mudah berputus asa dalam perjuangan. Sifat tersebutlah yang menyebabkan mereka gigih berjuang hingga mencapai kejayaan. Kita juga patut mencontohi sikap pemimpin tempatan yang mematuhi ajaran agama. Mereka berani menegakkan kebenaran. Mereka menolak pengenalan sistem cukai dan undang-undang British kerana pembaharuan tersebut bercanggah dengan budaya dan nilai tempatan. Mereka memiliki jati diri yang tinggi menyebabkan mereka tidak mudah menerima pengaruh luar. Kita patut mencontohi sifat pemimpin masa lampau yang mempunyai semangat setia negara yang tinggi menyebabkan mereka sanggup berkorban untuk bangsa dan tanah air. Mereka sedia mempertahankan kedaulatan tanah air walaupun menghadapi pelbagai halangan daripada pihak British. Kita patut mencontohi sifat pemimpin tempatan yang mempunyai disiplin yang tinggi menyebabkan mereka dapat mewujudkan kerjasama antara pemimpin dengan pengikutnya.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

38

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

SPM 2015

KESIMPULAN (i) Pengetahuan daripada tugasan (ii) Nilai Murni kepada diri, bangsa dan negara (iii) Unsur patriotisme (iv) Harapan menjadi bangsa dan negara Malaysia cemerlang Pengetahuan Daripada tugasan yang saya laksanakan, saya dapat mengetahui tentang konsep nasionalisme dari kaca mata masyarakat kita. Saya juga dapat mengetahui tentang sebab-sebab pemimpin tempatan menentang British. Saya mengetahui bahawa mereka bukanlah pemberontak sebaliknya merekalah tokoh yang mempertahankan kedaulatan tanah air dan nilai tempatan. Nilai / Iktibar Nilai

yang boleh dipelajari untuk diri saya, negara dan bangsa ialah kita mestilah

mempunyai semangat juang yang kental agar kita sentiasa bersedia untuk mempertahankan tanah air. Selain itu, kita mestilah berani menegakkan kebenaran agar kita sanggup mempertahankan kedaulatan tanah air dan nilai-nilai masyarakat kita. Unsur Patriotisme Unsur patriotisme yang kita boleh hayati daripada tugasan yang dibuat ialah kita hendaklah memiliki semangat setia negara yang tinggi supaya kita tidak mudah berputus asa dalam perjuangan. Kita hendaklah memiliki jati diri yang tinggi supaya kita tidak mudah menerima pengaruh luar. Harapan Saya berharap negara kita akan menjadi negara yang maju agar bangsa Malaysia dapat menikmati taraf hidup yang tinggi. Saya berharap negara kita akan kekal merdeka agar bangsa Malaysia dapat menikmati hasil kekayaan negara.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3

39

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF