Sastera Islam

July 17, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Sastera Islam...

Description

 

  1. PENGENALAN KAJIAN

Konsep sastera Islam merujuk kepada karya-karya yang bersifat keislaman dengan memanifestasikan ciri-ciri dakwah yang membawa kepada kesedaran rohani dan prinsip tauhid. Shahnon Ahmad berpendapat sastera Islam adalah sastera kerana Allah SWT untuk manusia sejagat. Perbincangan tentang sastera Islam sememangnya sudah lama kedengaran khususnya dalam tahun 1970an, bermula dengan gagasan oleh Mohd Yusof Zaky Yaacob, kemudian merebak kepada polemik sastera Islam antara Shahnon Ahmad dan Kassim Ahmad. Polemik antara Shahnon Ahmad dan Kassim Ahmad yang disiarkan di dalam beberapa keluaran Dewan Sastera pada tahun 1984 ini kemudiannya mengheret beberapa pengkritik lain seperti Rahman Shaari, Mohd Kamal Hassan, Mohd Affandi Hassan, Abdul Rahman Hanapiah, Shafie Abu Bakar dan lain-lain lagi. Polemik mengenai sastera Islam timbul pada dekad 70an dan 80an ini apabila timbulnya dua pihak yang bertentangan prinsip dalam membicarakan tentang konsep dan teori sastera Islam. Satu pihak yang menerima sastera Islam di alam Melayu dan satu lagi pihak yang cuba memberi tafsiran yang bertentangan mengenai sastera Islam. Satu pihak begitu optimistik serta menghayati Islam secara bersungguh-sungguh dalam memperkenalkan sastera Islam dalam dunia sastera Melayu. Satu lagi pihak yang pesimistik, serta meragukan untuk disesuaikan di dalam dunia sastera Melayu pada masa itu. Golongan ini terdedah kepada pengaruh sekular yang di bawa oleh Barat.

Polemik sastera Islam antara Shahnon Ahmad dan Kassim Ahmad bermula pada dekad 70an apabila Shahnon Ahmad menulis tentang pandangannya mengenai sastera Islam pada bulan Julai 1977 di Dewan Bahasa. Beliau begitu tegas dengan pendiriannya sehingga dua tahun kemudian beliau mengeluarkan saranannya iaitu beliau tidak akan

 

  dipengaruhi oleh aliran-aliran khususnya dari Barat yang boleh menggoyah keyakinannya terhadap sastera Islam. Pandangan Shahnon Ahmad mengenai sastera Islam dibalas dengan kenyataan sinis daripada Shamsudin Osman (Dinsman) pada tahun 1977 melalui tulisannya terhadap kemunculan sastera Islam iaitu Soalnya Kenapa Kita Mesti Bercakap tentang Sastera Islam. Pada tahun yang sama S. Othman Kelantan dengan tulisannya

iaitu Konsep Sastera Islam  dan Ismail Hamid Hamid dengan tulisannya iaitu Kesusasteraan Islam dan Masyarakat  juga memberi pandangan mereka mereka mengenai sastera Islam sebagai

menerima kumunculan sastera Islam di alam Melayu. Rasa pesimis terhadap kemunculan sastera Islam juga terus berlanjutan apabila Sahlan Mohd Saman mengetengahkan pandangannya melalui artikel pada tahun 1978  iaitu Apa Perlunya Sastera Islam? 

Dekad 80an adalah zaman kebangkitan polemik sastera Islam. Dekad ini memperlihatkan kehangatan berpolemik antara dua tokoh sastera Melayu iaitu Shahnon Ahmad dan Kassim  Ahmad mengenai sastera Islam. Hal ini dapat dilabelkan mengenai Shahnon Ahmad dan Kassim Ahmad kepada timbulnya dua pihak di dalam sastera Melayu. Shahnon Ahmad adalah antara pihak yang cuba membawa sastera Islam ke alam Melayu manakala Kassim  Ahmad pula adalah pihak yang memberi tafsiran berbeza mengenai sastera Islam. Permasalahan timbul bertitik tolak daripada kenyataan Shahnon Ahmad menolak konsep Seni untuk Masyarakat dan Seni untuk Seni kerana baginya kedua-dua konsep itu bertolak dari dasar yang bercanggah dengan Islam. Beliau juga menolak ASAS 50 kerana baginya tindak-tanduk watak-watak dalam karya ASAS 50 adalah tindakan yang mengikut kebendaan dan bukannya tindakan mengenai pengabdian kepada Allah. Sehubungan itu, beliau mengeluarkan konsepnya iaitu Seni untuk Allah. Lantaran daripada kenyataan itu, Shahnon Ahmad Ahmad

mendapat tentangan kuat daripada Kassim Ahmad yang yang merupakan

orang kuat di dalam ASAS 50. Kassim Ahmad membalas kenyataan Shahnon Ahmad yang menolak ASAS 50 dengan menyatakan bahawa Shahnon Ahmad berfikiran sempit dan

 

  meneliti dengan baik mengenai nilai-nilai yang terdapat di dalam karya-karya ASAS 50 adalah nilai yang terkandung di dalam Islam. Selain itu juga Kassim Ahmad mengupas buku Kesusasteraan dan Etika Islam  karya Shahnon Ahmad yang dikatakan sebagai gagal menyampaikan satu huraian yang memuaskan tentang teori sastera Islam.

Kenyataan Kassim Ahmad itu diterima oleh Shahnon yang menyifatkan bahawa buku tersebut hanyalah berlegar kepada teologi dan sejarah Islam kerana bagi Shahnon Ahmad perkara ini disengajakan oleh beliau supaya perkara ini perlu menjadi kewajaran untuk diperkukuhkan terlebih dahulu sebelum menyentuh soal-soal definisi sastera Islam itu sendiri. Shahnon Ahmad kemudiannya menyentuh soal definisi yang ditekankan oleh Shahnon Ahmad iaitu sastera itu kerana Allah dan berhikmah untuk manusia. Kassim  Ahmad mengulas definisi tersebut dengan mengatakan bahawa ia kabur tetapi akhirnya beliau menerima definisi itu berbanding dengan konsep di dalam ASAS 50.

Permasalahan sekali lagi timbul antara mereka apabila Kassim Ahmad tidak mahu mengaku kalah dan mengulangi bahawa sesetengah pendapat Shahnon Ahmad tidak jelas dan menimbulkan kesulitan. Kassim Ahmad sekali lagi menyentuh soal definisi sastera Islam yang dikatakan adalah tidak jelas sedangkan karya-karya sastera Islam perlulah jelas dan dihasilkan sebagai ibadah kepada Allah dan bertujuan untuk manusia. Polemik ini menjadi semakin hangat apabila Kassim Ahmad seolah-olah mendapat idea baru untuk menolak definisi yang dikemukakan oleh Shahnon Ahmad. Kassim merumuskan bahawa Shahnon tidak menerangkan mengapa seni itu dicipta. Dalam kenyataan itu, Kassim Ahmad menjelaskan kekaburan definisi sastera Islam yang dinyatakan oleh Shahnon Ahmad.

Bertitik tolak daripada permasalahan yang timbul ini, polemik antara Shahnon Ahmad dan Kassim Ahmad berlarutan dan masing masing tetap dengan pendirian mereka. Akhirnya

 

  polemik konsep sastera Islami dengan menggunakan istilah Sastera Islam menyebabkan timbulnya

lebih

banyak

masalah

daripada

menyelesaikan

masalah.

Shahnon

 Ahmad mengatakan sastera Islam mesti ditulis oleh orang beragama Islam sahaja. Maka timbul isu daripada Kassim Ahmad bagaimana status sastera agung dunia yang ditulis oleh orang bukan Islam yang kandungannya tidak bertentangan dengan Islam. Apakah Islam menolak khazanah itu sebagai khazanah yang bermanfaat dibaca oleh orang Islam? Selain itu juga bagaimanakah status karya-karya yang ditulis sebelum si penulis masuk Islam, ataupun sebelum si penulis keluar Islam. Shahnon Ahmad juga mengatakan karya sastera Islam mesti ditulis dengan adanya niat mahu menulis kerana Allah semata-mata. Maka timbul isu daripada Kassim Ahmad bagaimanakah kriteria ini dapat dipastikan kerana isu niat si penulis adalah sesuatu yang hanya diketahui oleh yang empunya diri. Bagaimana mungkin seseorang itu mengetahui apa niat individu lain. Selain itu juga, niat yang betul belum tentu menjamin karya yang dihasilkan itu Islamik. Shahnon Ahmad juga mengatakan karya sastera Islam mestilah kandungannya dengan terang dan jelas selaras dengan pandangan Islam. Kassim Ahmad menyatakan timbul masalah kekaburan tentang kriteria keselarasan kandungan karya dengan pandangan Islam. Sebagai contoh, bagaimanakah status karya yang bertemakan pandangan Syiah, apakah ia dapat diterima sebagai sastera Islam dalam konteks masyarakat yang anti-syiah?

Kesan polemik di antara antara dua tokoh ini cukup besar pengaruhnya bukan sahaja sahaja di Malaysia tetapi juga di Singapura dan Indonesia. Misalnya, Kompas, 24 November 2002 melaporkan konsep ‘Seni untuk masyarakat’ yang menjadi motif perjuangan Asas ’50 berteraskan nasionalisme, sejak begitu lama menguasai alam pemikiran sastera Melayu, merosot apabila tercetusnya polemik sastera di antara dua sasterawan besar Shahnon Ahmad dan Kasim Ahmad pada pertengahan tahun 1980-an.

Sejak itu, tradisi tradisi sastera yang

berunsurkan Islam semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat. Sesuai dengan

 

  zaman kebangkitan Islam, ramai sasterawan di Malaysia dan Indonesia sudah mulai kembali menghayati karya-karya sastera yang berunsurkan Islam dan sufi. Di Indonesia sastera Islam dipelopori oleh penyair besar Abdul Hadi WM. Fenomena sastera Islam di Indonesia dapat dilihat dengan jelas dalam tahun-tahun 70an. Menurut Abdul Hadi WM (1989: 83), sastera Islam dapat dikatakan menjadi suatu fenomena meluas dengan kemunculan penulis angkatan 70an yang cenderung menulis karya-karya sufistik. Kehadiran karya-karya khususnya genre puisi yang bersifat kesufian oleh penulis-penulis seperti Abdul Hadi WM, Kuntowijoyo, Danarto, Sutardji Calzoum Bachri dan M. Fudoli Zaini dalam tahun 70an telah diterima khalayak sastera dengan begitu baik. Kelompok penyair ini diteruskan pula oleh penulis-penulis awal 80an yang mempunyai kecenderungan sama. Antara penyair tersebut ialah Afriza Malna, Hamid Jabbar, Kriapur, D. Zawawi Imron, Emha Ainun Nadjib dan Heru Hamka. Kemunculan mereka diperkukuhkan dengan pengenalan gagasan sastera transcendental oleh Kuntowijoyo di Temu Sastra pada 6 hingga 8 September 1982. Majlis sastera ini telah dihadiri oleh khalayak sastera yang penting dan telah mendapat sambutan hangat. Faktor kebangkitan umat Islam di seluruh dunia ketika itu telah menjadi antara faktor terpenting dalam menyuburkan sastera Islam di Indonesia pada ketika itu.

Polemik sastera Islam pada dekad 70-an dan 80-an belum ada akhirnya. Melalui polemik antara kedua-dua tokoh ini timbulnya beberapa aliran atau kelompok di dalam dunia sastera Melayu khusunya dalam membincangkan mengenai sastera Islam. Dalam teori Takmilah, Shafie Abu Bakar cuba untuk merealisasikan kesusasteraan Islam seperti yang dituntut dalam al-Quran. Teori takmilah muncul daripada pembentangan beberapa siri kertas kerja yang membincangkan teori dan konsep sastera Islam. Pada peringkat awal, satu kertas kerja telah dibentangkan oleh Shafie Abu Bakar yang berjudul Sastera Islam : Teori Pengindahan dan Penyempurnaan dalam Rangka Tauhid  di Port Dickson pada 23 – 31

Oktober 1992 untuk mencari pengertian sebenar teori sastera Islam. Perbincangan umum

 

  dalam kertas kerja tersebut telah memberi ilham kepada Shafie Abu Bakar untuk nmenggagaskan satu kerangka teori yang boleh digunakan sebagai landasan kritikan dan analisis karya. Istilah Takmilah mula diketengahkan sebagai satu gagasan setelah Shafie membentangkan kertas kerja berjudul Takmilah : Teori Sastera Islam   sempena Nadwah Sastera Islam antarabangsa anjuran Dewan Bahasa Pustaka (DBP) pada 1 – 3 Disember 1993. Lanjutan daripada itu beliau telah menjelaskan idea mengenai teori Takmilah dalam Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka pada 5 hingga 8 September 1993. Beliau membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Teks Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin: Sebagai model Sastera Islam”. Dr Shafie Abu Bakar menggunakan istilah Takmilah dengan

pengolahan

teks

yang

dipilih

tetapi

bukan

sebagai

judul

utama

kertas

kerja.

 Aplikasi teori ini kemudianya telah dilakukan oleh Shafie Abu Bakar terhadap kumpulan puisi ‘Kau dan Aku’ karya A. Aziz Deraman dengan judul “Kau dan Aku: Analisis Takmilah”.

Selain daripada teori Takmilah, salah satu teori yang turut memperkatakan sastera Islam ialah Teori Pengkaedahan Melayu yang diperkenalkan oleh Hashim Awang iaitu seorang sarjana dan pengkritik terkenal tanah air dari Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya dalam Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu 1 di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 29 Oktober hingga 1 November 1989. Beliau telah mengemukakan teori ini dengan merujuk kepada kitab Taj-al-mulk  yang mengandungi pelbagai ilmu dan panduan hidup yang cukup popular dalam kalangan generasi tua. Menurut beliau, kitab itu membincangkan enam perkara pokok iaitu mengenai manusia, kesihatan (perubatan) manusia, sifat dan geraklaku manusia, mimpi dan firasat, cakerawala dan perumahan. Semua unsur ini dilihat memiliki

fungsi

yang

khusus

dalam

kehidupan

manusia.

Secara

ringkas,

teori

Pengkaedahan Melayu dibahagikan kepada dua pendekatan iaitu Pengkaedahan Alamiah yang merujuk secara langsung kepada faktor alam yang menjadi latar kehidupan

 

  masyarakat Melayu. Melayu. Di dalamnya dibahagikan kepada Pendekatan Gunaan, Gunaan, Pendekatan Moral dan Pendekatan Firasat. Sementara pendekatan kedua pula ialah Pengkaedahan Keagamaan yang bersandarkan kepada keimanan yang yang bersendikan nilai keimanan dan ketakwaan yang bertunjangkan akidah agama Islam. Bahan rujukan utamanya ialah alQuran dan Hadis. Pembentukannya bertujuan menonjolkan sifat-sifat keagungan Allah dan mempertingkatkan ketakwaan terhadapNya. Dalam pendekatan ini terdapat tiga pendekatan yang saling berhubungkait iaitu Pendekatan Dakwah, Pendekatan Masyarakat dan Pendekatan Seni.

Melalui Pendekatan Dakwah, sastera dilihat sebagai wadah untuk mempertingkatkan nilai ketakwaan atau ketaatan seseorang insan kepada Allah. Pendekatan ini berfungsi ke arah memperkembangkan keunggulan Islam melalui nilai murni dan keistimewaan Islam yang boleh menimbulkan daya kesedaran. Paparan permasalahan dan pergolakan masyarakat dalam karya juga sebenarnya boleh memberi keindahan, makna kesenian dan kebaikan. Pendekatan Dakwah mampu memberi kesan baik dalam aplikasinya terhadap kajian sastera Islam kerana persoalan yang dipaparkan mampu memberi kesan keimanan dan ketakwaan.

Mutakhir ini, perkembangan perkembangan karya-karya berunsur Islam kian meningkat dengan adanya pertandingan-pertandingan yang dianjurkan di peringkat negeri mahupun kebangsaan. Pertandingan-pertandingan ini seperti Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Sayembara Novel Berunsur Islam anjuran kerajaan Terengganu, PELITA dan GAPENA serta Peraduan Cerpen Berunsur Islam anjuran Jabatan Perdana Menteri telah berjaya melahirkan ramai penulis yang bernuansakan Islam termasuklah  Anjanglie sendiri. Pemilihan karya-karya berunsurkan Islam sebagai antara pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan seperti novel 1515, Advencer si Peniup Ney dan Detektif

 

  Indigo oleh Faisal Tehrani, Pia karya Hartini Hamzah dan antologi puisi Fort Margherita oleh

Mohd Salim Ali dengan sendirinya telah membuktikan penerimaan khalayak terhadap sastera Islam.

Karya puisi berunsurkan Islam hasil tulisan SN Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) telah meletakkan sastera Islam berada dalam kedudukannya yang tersendiri. Karya-karya beliau seperti Dalam Meditasi (1972) dan Mim (1999), membawa Kemala memasuki dunia mistik yang bersifat kerohanian. Panel Hadiah Karya Sastera 1972 menganggap Meditasi sebagai puisi terindah, kuat dan berat. Kumpulan sajaknya yang lain ialah  Ayn (1983, 1989), Pelabuhan Putih (1989), Titir Zikir (1995) dan Tanah Kudup (2006). Sajak-sajak Kemala

pernah memenangi Hadiah Sastera Malaysia, diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa asing dan diterbitkan dalam penerbitan antarabangsa seperti Horison, Hemisphere,  Asiaweek dan Journal Pacific. Kemala juga sering diundang ke festival puisi antarabangsa seperti di Indonesia, Republik Korea dan Yugoslavia. Disebabkan sumbangan berharga kepada kesusasteraan Malaysia, Kemala telah dianugerahi pingat Ahli Mangku Negara dari Yang Di-Pertuan Agong dan gelaran Datuk. Pada tahun 1986, Kemala menerima S.E.A Write Award daripada Kerajaan Thailand. Selain itu, Kemala juga pernah dilantik sebagai panel hakim Hadiah Sasatera Malaysia dan panel hakim Hadiah Sastera Sabah. Selain daripada Kemala sendiri, penyair-penyair lain seperti Shamsudin Othman dengan antologi Taman Percakapan (2006),  Rahimidin Zahari dengan Sekepal Tanah (Kumpulan Puisi) DBP

(1995)

dan Suhaimi Haji Muhamad dengan antologi

Wujud  (1997)

telah

menyemarakkan lagi perkembangan sastera bercorak Islami di tanah air. Karya-karya ini membuktikan sastera Islam dapat diterapkan dengan baik oleh penulis yang menghayati pengisian sebenar sastera Islam. Dalam Islam, citra sastera yang dituntut adalah berasaskan amar makruf dan nahi mungkar. Dalam karya-karya ini, terdapat pelbagai citra manusia sebagai suri teladan kepada manusia lain. Pengkajian citra sastera Islam dalam

 

  puisi adalah sangat berkait dengan keperluan insaniah manusia. Ini disebabkan puisi banyak merakam tingkahlaku manusia.

2. PERMASALAHAN KAJIAN

Penulis antologi sajak Retak di Jalanan iaitu Anjanglie adalah merupakan penulis yang telah menghasilkan tiga kumpulan sajak iaitu Selat Kasih (2008), Ajarkan Aku Bertukang (2009)  dan Retak di Jalanan (2013).  Dalam ketiga-tiga kumpulan sajak beliau, Retak di Jalanan  dipilih kerana di dalamnya terkandung banyak citra sastera Islam Islam yang sesuai untuk untuk dilihat dari perspektif sastera Islam. Sehubungan ini kedudukan Anjanglie dalam perkembangan kesusasteraan Melayu lebih banyak dilihat dilihat dari sisi keupayaannya mengungkapkan citra Islam berdasarkan pengalaman peribadinya .

 Adalah menjadi satu kerugian kepada dunia kesusasteraan sekiranya karya-karya beliau yang bermanfaat ini tidak dikaji dan tidak mendapat perhatian sewajarnya. Justeru, kajian ini adalah

diharapkan

akan

dapat

menyebarluaskan

pemikiran-pemikiran

Islam

yang

terkandung di dalamnya.

Selain itu juga, kajian ini dibuat demi memastikan Anjanglie lebih dikenali dalam dunia kesusasteraan di Malaysia. Walaupun beliau baru menghasilkan 3 kumpulan puisi, namun keberadaannya menjangkau ruang sempadan antara penyair lama dan penyair baru. Justeru kajian ini memberi fokus kepada beliau dengan harapan beliau akan lebih dikenali sebagai penyair bernuansakan dakwah Islam.

 

  3. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk : 3.1

mengenalpasti dan menganalisis citra Islam dalam puisi-puisi pilihan karya  Anjanglie dengan menumpukan kepada puisi-puisi yang dimuatkan dalam kumpulan puisi Retak di Jalanan. Analisis ini penting kerana hasil kajian ini berguna untuk memahami citra Islam secara lebih mendalam dan seterusnya digunapakai terhadap puisi berunsur Islam.

3.2

mengangkat Anjanglie sebagai penulis Kedah yang berwibawa kerana citra Islam yang menunjangi sajak-sajaknya begitu konsisten dengan aliran pemikiran sastera Islam yang masih belum dibongkar oleh ol eh pengkaji.

4. SKOP KAJIAN

Kumpulan puisi Retak di Jalanan  merupakan himpunan 83 buah puisi karya Anjanglie yang dihasilkan sejak pembabitan beliau dalam penulisan puisi pada tahun 1990 sehingga 2008. Kajian ini memberi tumpuan kepada kumpulan puisi Retak di Jalanan  kerana kebanyakan karyanya menampilkan persoalan keagamaan. Oleh itu adalah diyakini bahawa karyanya dapat menyerlahkan unsur sastera Islam.

5. KAJIAN LEPAS

Setakat ini, tiada lagi pihak yang mengkaji pemikiran Islam dalam karya-karya Anjanglie terutamanya dari aspek teori sastera Islam dan keindahan bahasanya. Namun begitu, kajian ke atas atas kumpulan puisi puisi lain mengikut teori sastera Islam

telah dibuat oleh

 

  Mohamad Rosli bin Mohd Hussin (1995) pelajar dari Jabatan Bahasa, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Beliau telah menekuni kesesuaian tema sajaksajak Muhammad Hj. Salleh dari perspektif Islam. Kajiannya bertajuk “Sajak-sajak Muhammad Hj. Salleh dari Perspektif Islam”.  Hasil kajiannya mendapati bahawa sajak-

sajak Muhammad Hj. Salleh yang bertemakan kemanusiaan dan kemasyarakatan, alam dan cinta tidak mencerminkan budaya Islam.

Selain daripada itu, Samsina bt Hj. Abdul Rahman dalam kajian peringkat doktor falsafahnya telah membuat kajian bertajuk “ Unsur-unsur Tasawuf dalam Puisi-puisi Melayu Moden di Malaysia dan Indonesia : Analisis Perbandingan” . Beliau telah

mengkaji puisi-puisi 21 orang penyair dari Malaysia dan Indonesia. Samsina Hj. Abdul Rahman telah mendapati pemaparan unsur-unsur tasawuf dalam puisi moden di Malaysia lebih awal berbanding di Indonesia.

Berdasarkan perbincangan di atas, jelas menunjukkan bahawa kajian citra Islam mengikut teori Sastera Islam masih kurang dilakukan. Atas kesedaran inilah, maka kajian Citra Islam : Analisis Terhadap Kumpulan Puisi Retak di Jalanan karya Anjanglie adalah amat bermakna.

6. KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini akan dapat : 6.1

menambah bilangan kajian kesusasteraan di Malaysia amnya dan di negeri Kedah khususnya.

6.2

menyumbang kepada perkembangan kesusasteraan di Malaysia.

6.3

menjadi sumber rujukan kepada penulis-penulis di Malaysia.

6.4

menjadi bahan kajian penulis-penulis di negeri Kedah.

 

 

7. KAEDAH KAJIAN

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah perpustakaan (Kaedah Kajian Apa, Mengapa,Bagaimana) iaitu dengan merujuk kepada bahan-bahan tulisan seperti tesis, jurnal, kertas kerja serta tulisan-tulisan ilmiah di beberapa perpustakaan antaranya Perpustakaan Negeri dan Perpustakaan Daerah. Selain itu, maklumat dan sumber rujukan juga diperoleh melalui dalam talian. Bahan rujukan yang dipilih bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang sahih yang ditulis oleh pakar atau pengkaji yang berkaitan dengan bidang kajian ini. Dalam hal ini, sumber rujukan yang berkaitan dengan aspek kajian akan dipilih dan digunakan sebagai sumber rujukan. Sumber rujukan yang dipilih ini

digunakan

untuk

memantapkan

konsep,

mengukuhkan

huraian

mahupun

memperoleh contoh-contoh yang berkaitan. Selain itu, bagi mendalami pemikiran penulis, sesi temubual turut diadakan. Sesi ini diadakan secara bersemuka dan juga temubual secara atas talian menggunakan medium perhubungan sosial. 

8. ORGANISASI KAJIAN

Kajian ini terdiri daripada 4 bab. Bab pertama merupakan bab pendahuluan. Di dalam bab ini terkandung pengenalan kajian, permasalahan kajian, objektif kajian, skop kajian, kajian lepas, kepentingan kajian dan kaedah kajian. Bab kedua pula merujuk kepada konsep dan teori sastera Islam.Bab ketiga menumpukan kepada analisis terhadap citra Islam di dalam kumpulan puisi Retak di Jalanan.  Bab keempat menumpukan kepada rumusan terhadap kajian.

 

 

TEORI SASTERA ISLAM Teori Takmilah

Menurut Shafie Abu Bakar teori Takmilah yang dibina secara berhubung rapat dengan falsafah dan prinsip-prinsip keislaman adalah bersifat syumul (menyeluruh) dan holistik. Sifat syumul dijelaskan iaitu ia mesti bertolak dari falsafah tauhid yang bersifat doktirinik yang kukuh dalam islam. Dari sifat ‘Kamal Allah’ yang menjadi unsur bagi Takmilah sebagai elemen mendidik dan tajmilah (keindahan/estetik) sebagai elemen seni dan sastera yang meningkatkan martabat insan seperti yang tergambar pada sifat Rasulullah S.A.W. Teori Takmilah boleh digunakan ke atas semua karya sastera untuk mengesan nilai keislamannya. Teori ini berperanan sebagai pengukur nilai Islam dalam sesebuah karya. Sebenarnya, teori ini menekankan kepada tiga komponen penting iaitu pengkarya, karya dan khalayak. Pengkarya ialah orang yang menghasilkan karya sama ada karya sastera mahu pun non-sastera. Karya pula ialah hasil karangan yang diusahakan oleh pengkarya. Manakala khalayak pula merupakan orang yang menikmati karya yang dihasilkan oleh pengkarya. Semua komponen ini berfokuskan kepada mentauhidkan Allah. Pengkarya seharusnya seorang yang berilmu serta penuh ketakwaan. Karya yang dihasilkannya pula mencerminkan kesempurnaan Allah sebagai Tuhan Penguasa Alam. Justeru, karya sastera dalam teori Takmilah bermula dan berakhir dalam kerangka tauhid. Hal ini dapat dijelaskan dalam rajah di bawah.

 

 

Tauhid Sastera Tauhid

Rajah 1 : Kedudukan Sastera dalam Kerangka Tauhid

Beliau menegaskan ada dua komponen utama iaitu Komponen Falsafah yang mewarnai nilai-nilai seperti kebaikan, kebenaran, kemulian, dan ketinggian serta Komponen Seni yang mewarnai karya melalui teknik-teknik berkarya itu sendiri. Kedua-dua komponen ini merangkumi nilai baik dan buruk yang ditegaskan dalam teori ini adalah sebagai pendorong Dr Shafie Abu Bakar . Beliau juga mengenengahkan nilai-nilai yang tidak diketemui dalam teori-teori kesusasteraan yang terdahulu agar dapat digunakan dalam menganalisis karya-karya. Teori ini dikatakan bersifat holistik kerana prinsip-prinsipnya yang tujuh melibatkan segala aspek iaitu Ketuhanan, Kenabian, Keislaman, Keilmuan, Karya, Pengkarya dan Khalayak. Tujuh prinsip tersebut adalah seperti berikut iaitu yang pertamanya ialah prinsip ketuhanan yang bersifat Kamal. Sifat Kamal dan sifat Jamal  Allah terpancar pada mahkluk ciptaanNya. Dia merupakan Tuhan Yang Maha Indah, Maha Sempurna dan Maha Berkuasa. Sifat-sifat ini dapat diterjemahkan ke dalam karya sastera. Dengan cara sebegini, keimanan khalayak akan menjadi lebih teguh. Ini jelas dapat dilihat dalam Al-Quran umpamanya pada maksud Al-Quran: “Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang

 

  Membentuk rupa makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.”(surah al-Haysr (59) : 22-24).

Kamal 

Qadir

Jamal

Alim

 Allah Rajah 2 : Prinsip Ketuhanan yang Bersifat Kamal

Kedua ialah prinsip kerasulan sebagai insan Kamil. Prinsip ini mengambil contoh Rasulullah (saw) sebagai model insan kamil. Prinsip ini dapat difahami melalui tiga konsep ideal keinsanan iaitu insan kamil, insan khalifah dan insan Rabbani. Manusia sebagai insan khalifah ditegaskan seperti dalam maksud ayat Al-Quran dalam surah alBaqarah ayat 30, surah al-An’am ayat 165 dan surah al-Tin ayat ayat 4. Dengan meningkatkan ketakwaan, manusia akan menjadi semakin dekat dengan Allah. Sastera sebagai santapan jiwa manusia berupaya mendukung amanah Allah membentuk insan khalifah dan dan insan Rabbani. Secara rajah, prinsip kerasulan sebagai insan kamil adalah sebagaimana yang ditunjukkan di dalam rajah 3 di bawah.

 

 

Kamil

Rabbani

Rajah 3 :

Ahsan

Khalifah

Prinsip Kerasulan sebagai Insan Kamil

Ketiga pula ialah Prinsip keislaman yang bersifat Akmal. Allah berfirman dalam surah alZariyat ayat 56 yang bermaksud “ Serulah ke jalan Tuhanmu dengan penuh hikmah (perkataan yang tegas dan benar yang dapat membezakan antara yang batil) dan peringatan (dengan cara) yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang terbaik.”  

 Ayat ini menunjukkan bahawa sastera dapat mentakmilahkan jiwa manusia khususnya yang berhubungan dengan ‘hablum minallah’  (hubungan dengan Allah) dan ‘hablum minannas’ (hubungan dengan manusia). Sebagaimana yang ditunjukkan di dalam rajah

4

di

bawah,

hubungan

takmilah

dengan

Islam

dalam

prinsip

mentakmilahkan akidah manusia berasaskan syariat Islam.  Akmal

Syariat

Ihsan

Akidah

Islam Rajah 4 : Prinsip Keislaman Bersifat Akmal

ini

berupaya

 

 

Prinsip keempat ialah prinsip ilmu dengan sastera yang bersifat Takamul. Dalam prinsip ini peranan akal dan hati dalam menangani ilmu jelas kelihatan. Ilmu adalah maklumat yang akan menjadi ilmu sebenar apabila dimanfaatkan. Allah berfirman dalam surah Yusuf ayat ke 2 yang bermaksud “Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa AlQuran dengan berbahasa Arab agar kamu berfikir.”  Hanya manusia berfikir sahaja akan

memahami sebenar-benar tujuan Al-Quran diturunkan. Begitu juga dengan sastera yang memerlukan ketinggian akal pengkarya untuk mengungkap pemikirannya. Sastera juga memerlukan keindahan bahasa untuk menyampaikan ilmu secara berkesan. Hanya khalayak berilmu sahaja yang dapat membongkar ketinggian bahasa dan seterusnya menghadam setiap akal pemikiran yang cuba disampaikan oleh pengkaryanya.

Takamul

 Akal

Intuisi

Hati

Ilmu Rajah 5 : Prinsip Sastera yang Bersifat Takamul

 

 

Kelima ialah prinsip sastera sendiri yang bercirikan estetika dan bersifat Takmilah. Prinsip ini melihat hubungan antara takmilah dengan karya.Ia melihat kepada peningkatan mutu sesebuah karya sama ada dari aspek lahiriah mahupun maknawi. Kesempurnaan dua aspek ini bererti karya tersebut mempunyai nilai estetika yang tinggi sejajar dengan konsep takmilah.

Takmilah

Lahiriah

Estetika

Maknawi

Karya Rajah 6 : Prinsip Sastera Bercirikan Estetika dan Bersifat Takmilah

Prinsip keenam ialah prinsip pada pengkarya yang seharusnya mengistikmalkan diri. Ia membawa maksud perkara yang mendorong pengarang mendalami, menguasai, melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu bukan sahaja ilmu sastera tetapi juga ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu lain demi mencari kesempurnaan dalam berkarya. Pengkarya juga harus memenuhi tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah. Pengkarya seharusnya berilmu kerana sastera berupaya untuk menjadi medium dakwah yang paling berkesan. Hubungan pengkarya dengan ilmu dapat dilihat di dalam rajah 7 di bawah.

 

 

Takmilah

Keislaman

Estetika

Ilmu Sastera

Pengkarya Rajah 7 :

Prinsip Pengkarya Seharusnya Mengistikmalkan Diri

Sementara prinsip terakhir pula ialah prinsip khalayak bertujuan memupuk mereka kearah insan Kamil.

Prinsip ini menekankan tujuan akhir penciptaan karya. Sastera

Islam seharusnya berunsur pendidikan, berdakwah dan dapat meningkatkan ketauhidan seseorang

pembaca.

Pengkarya

harus

menonjolkan

kebesaran,

kesempurnaan Allah. Gambaran ini dapat dilihat dalam rajah 8 di bawah.

Takmilah

Individu

Estetika

Jamaah

Khalayak Rajah 8 : Prinsip Sastera dan Khalayak

keesaan

dan

 

  Takmilah menekankan aspek kesempurnaan dan keindahan melalui pengarang dan karya kepada pembaca, berdasarkan sifat ketuhanan yang Uluhiyyah dan Rububiyyah. Konsep dan prinsip Teori Takmilah menuntut pengkarya mejadi seorang yang berilmu. Pengkarya akan dapat melahirkan karya yang bersifat takmilah sekiranya karya-karya mereka

berlandaskan

ilmu.

Selain

itu,

khalayak

akan

dapat

meningkatkan

kesempurnaan tauhidnya setelah menikmati karya tersebut.

TEORI PENGKAEDAHAN MELAYU

Dalam Kolokium Membina Teori Sastera Sendiri, Hashim Awang(1999) memperjelaskan terdapat dua hakikat utama iaitu: hakikat keberadaan bangsa Melayu sebagai warga dunia. Bangsa Melayu adalah bangsa yang berdaulat, iaitu bangsa yang memiliki ciri-ciri keistimewaan dan keutuhan tersendiri iaitu ia mampu membentuk corak tamadun dan sistem kepercayaan yang berlandaskan kepada agama Islam, ia adalah bangsa yang berbudaya, berteknologi, beradab, berilmu, dan berdaya cipta atau kreatif. Selain itu, bangsa Melayu juga bergerak atas dasar cara hidup dan pandangan dunia yang jelas; kehidupannya

tersusun

dalam

sistem-sistem

pemerintahan,

perundangan,

perekonomian, pendidikan dan pergaulan serta sosial yang bertunjangkan tradisi dan agama. Ia memiliki tanggapan dan teori alam semesta atau kosmologi tertentu yang khusus. Kehidupannya menjadi amat erat dan intim dengan alam semesta; daya fikir dan daya ciptanya sering menyingkap rahsia keadaan, keteraturan dan kesatuan alam tersebut dan bangsa Melayu juga adalah bangsa yang berbudi bahasa; pergerakan dan pengucapannya dan mengutamakan ketertiban dan kehalusan. Wujudnya keistimewaan bangsa Melayu sebagai suatu bangsa besar di dunia melahirkan pula hakikat kedua yang turut menjadi penyumbang dalam pengukuhan rasional

tadi. Hakikat

kedua

yang

dimaksudkan

ini

adalah

hakikat

bahawa

kesusasteraan Melayu sebagai satu antara penghasilan daya fikir dan daya cipta terpenting bangsa Melayu; memiliki teori ciptaannya yang tersendiri dan khusus; ciptaanya adalah berlandaskan kepada aqidah Islam da dan n budaya Melayu. Landasan

 

 

tersebut menghasilkan tiga bentuk kesusasteraan Melayu yang ditunjangi tiga teras utama iaitu teras kebajikan, teras ketakwaan, dan teras ketatasusilaan: i.

Teras

kebajikan,

menimbulkan

karya-karya

kesuasteraan

Melayu

yang

kebanyakannya bersifat didaktik, iaitu kesusasteraan yang memaparkan persoalanpersoalan moral dan didikan ke arah pembinaan kemajuan dan peningkatan taraf hidup serta budi pekerti bersama-sama semangat nasionalisme bangsa Melayu. ii. Teras

ketakwaan,

menggerakkan

karya-karya

kesusasteraan

Melayu

untuk

membangkitkan persoalan-persoalan tentang pemupukan rasa kemanusiaan dan kasih sayang antara sesama manusia, sama ada yang berlainan atau pun bersamaan agama dan bangsa. Semua perasaan ini dikaitkan pula dengan kecintaan terhadap bangsa, agama dan watan. Tumbuhnya kecintaan ini pula memperkukuhkan ketaatan dan ketakwaan kepada Tuhan, yang memang turut tergarap sebagai antara persoalan-persoalan terpenting dalam kesusasteraan Melayu. Di sini juga ditimbulkan soalan-soalan kepentingan bangsa Melayu dan Islam memahami serta mendalami ilmu agama dengan baik dan betul; ini ditekankan untuk memperlihatkan keindahan dan keunggulan agama Islam di samping dapat menggambarkan citra umat Islam yang tulen. iii. Teras ketatasusilaan pula membawa maksud bahawa penciptaan kesusasteraan Melayu amat mementingkan adab atau teknik penulisan khusus yang dapat melahirkan nilai keindahan atau nilai seni dalam penciptaan ini, lazimnya pengarang Melayu memulakan penulisan dengan memuji kebesaran dan kekuasaan Allah. Ini diikuti dengan ucapan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, lalu kemudiannya dijelaskan niat dan tujuan murninya menghasilkan meng hasilkan karya.Selepas itu, barulah penulisan

teks

atau

penulisan

karya

sebenar

terlaksana,

manakala

pada

pengakhiran teks dinyatakan secara ringkas antara pengajaran atau moral yang diperolehi

daripada

karya. Dalam ketatasusilaan ini

ditekankan juga

aspek

penggunaan bahasa yang indah serta jelas dengan penyelitan dan penyerian dalam bentuk puisi yang bernilai; selalunya pengarang Melayu dituntut supaya tidak menggunakan

kata-kata

atau

menyusun

ayat

yang

boleh

mengelirukan

 

 

pembaca. Niat yang tersirat dalam penulisan haruslah ikhlas serta baik sehingga boleh terhindar dari segala fitnah atau tersinggung pada pihak-pihak tertentu. Bertolak dari itu, lahirlah Pengkaedahan Melayu yang dimaksudkan sebagai teori sastera Melayu yang terbentuk berasaskan sepenuhya kepada budaya dan sikap hidup(weltanschauung ),

pandangan

dunia(world

view),

perspektif

alam

semesta(kosmologi), dan agama (Islam) orang-orang Melayu yang memiliki ciptaanciptaan karya mereka yang tinggi dan unik. Berdasarkan inilah, dua pengkaedahan yang dianggap paling bersesuaian dan bermakna yang telah diterokai oleh Hashim Awang, iaitu Pengkaedahan Alamiah dan Pengkaedahan Keagamaan. Kedua-dua kaedah ini saling berkaitan di antara satu dengan yang lain.

1. Pengkaedahan Alamiah Menurut Hashim Awang(1998:8) sesebuah karya yang hendak dikaji, dikritik atau dinilai sepertimana kita melihat alam yang memberi segala kebaikan, hikmah, teladan atau rasa keajaiban dan keindahan kepada manusia. Oleh itu, hasil sastera  juga diumpamakan sedemikian rupa. Pengkaedahan Alamiah ini dapat dicirikan seperti berikut: i.

Alam semesta dijadikan sebahagian daripada diri dan kehidupan mereka.

ii.

Pegangan agama Islam diperkukuhkan dengan alam semesta adalah ciptaan  Allah dan ciptaan itu berada dalam keadaan yang indah, berimbang dan bersukatan, baik pada kuantiti mahupun kualitinya.

iii.

Allah mencipta alam semesta dengan penuh kebijaksaan, nilai dan matlamat.

iv.

Manusia pula merupakan sebahagian daripada alam semesta ciptaan Allah, manusia

dicipta

untuk

menjadi

khalifah

yang

diamanahkan

dengan

tanggungjawab untuk memelihara dan memanfaatkan alam semesta dengan sebaik mungkin.

 

 

Berdasarkan tanggapan - tanggapan tersebut, Pengkaedahan Alamiah terbentuk kepada tiga pendekatan iaitu: Pendekatan Gunaan, Pendekatan Moral dan Pendekatan Firasat. 1.1 Pendekatan Gunaan Pendekatan Gunaan memberikan penekanan besar dan luas terhadap kegunaan dan kebajikan sastera, baik dari aspek isi atau bentuknya yang berteraskan kebajikan dan ketatasusilaan. Hashim Awang(1999) melihat atau mengandaikan sastera dengan Pendekataan Gunaan dalam ciri-ciri berikut: i.

Sastera satu antara objek-objek daripada ciptaan alam; ciptaan berlaku dengan keizinan atau restu Allah.

ii.

Ciptaan sastera adalah bersebab, berhikmah dan berfungsi tertentu. Ia dilihat melalui unsur intrinsik dan ekstrinsik yang merangkumi latar belakang penciptaan, masyarakat, pembaca, pengarang dan ideologi.

iii.

Ciptaan sastera harus dilihat sebagai alat yang boleh memberi manfaat atau kegunaan besar kepada manusia dan kehidupan luaran dan dalamannya.

1.2 Pendekatan Moral Pendekatan Moral pula didasari daripada Pendekatan Gunaan iaitu sastera berupa kejadian dan objek, namun kejadiannya berdasarkan Pendekatan Moral, bukan lagi berbentuk sesuatu kewujudan yang menyamai alat atau benda yang memberi kegunaan,

tetapi

kejadian

yang

bersifat

pengalaman

hidup

manusia

iaitu

pengalaman yang dilalui manusia tertentu dan maklumat yang berkaitan dengan manusia serta dunianya termasuklah kejiwaan, kepercayaan(agama), kebudayaan, kemasyarakatan, kebangsaan dan persekitaran.

 

 

Ciri-ciri Pendekatan Moral seperti berikut: i.

Ia dapat memberi kemanfaatan yang lebih jauh dan besar daripada fungsinya sebagai suatu alat, iaitu kemanfaatan yang berkaitan dengan kebatinan dan keperibadian manusia.

ii.

Sastera dalam konteks ini bukan lagi berfungsi untuk menyumbangkan sesuatu faedah, tetapi menyingkapkan dan menyatakan pengalaman.

iii.

Sastera

sebagai

penyingkapan

dan

pernyataan

pengalaman

boleh

mengambil bentuk-bentuk peristiwa yang dilalui oleh manusia tertentu dan  juga segala maklumat yang berkaitan dengan mereka serta suasana persekitaran. iv.

Sastera

dilihat

sebagai

perakam

peristiwa,

perbuatan

dan

perilaku

manusia. Semua yang terakam ini dapat ditinjau sebagai pengibaratan atau pengiktibaran kepada pembaca dan pengguna sastera. v.

Sastera juga dalam konteks ini perlu dikaji sebagai sumber maklumat dan ilmu pengetahuan.

1.3 Pendekatan Firasat Pendekatan Firasat berlandaskan kepada tanggapan bahawa sastera adalah satu kejadian

alam

semesta

yang

memberikan

dan

memperkayakan

pengalaman

hidup. Mengikut Hashim Awang(1989:63) kejadian itu dikaitkan dengan mimpi, iaitu suatu pengalaman hidup masyarakat Melayu sering dianggap bermakna kepada kehidupan untuk ditemukan pengertian atau pencarian makna mimpi, dikenali sebagai takbir, iaitu proses menemukan makna menerusi tafsiran lambang atau alamat tertentu. Hashim Awang mencirikan Pendekatan Firasat seperti berikut: i.

Sastera perlu dilihat sebagai memiliki sifat-sifat zahir dan batin atau yang

 

 

sering disebut sebagai yang tersurat dan yang tersirat. Sifat zahir menjadi penanda atau dalam masyarakat Melayu diistilah sebagai alamat untuk mendapatkan makna yang tersirat atau penanda. ii.

Sastera

dianggap

sebagai

wacana

berlapis

atau

berkias

yang

memerlukan kerja-kerja penafsiran untuk menentukan makna atau isi dan tujuan sebenar yang mahu disampaikan oleh pengarang. iii.

Dalam sastera terkandung makna atau isi yang tersembunyi; makna atau sisinya perlu dianalisis serta ditemukan melalui penafsiran sifat-sifat luarannya atau melalui sistem tanda dan lambang yang ternukil.

iv.

Sastera dalam konteks ini juga harus dilihat dan dikaji sebagai pembentukan wacana yang berperlambangan.

2. Pengkaedahan Keagamaan Pengkaedahan Keagamaan yang dimaksudkan oleh Hashim Awang sebagai pendekatan yang bersandarkan keimanan yang bersendikan akidah agama Islam. Sumber yang paling besar dan utama yang menjadi rujukan ialah Al Quraan dan Hadis. Sumber pembentukkannya pula bersandarkan tujuan menonjolkan sifatsifat keagungan Allah dan mempertingkatkan ketakwaan terhadapNya. Pengkaedahan ini, bersendikan nilai-nilai estetika dan moral yang bersandarkan kepada pegangan yang benar dan kudus iaitu kepercayaan kepada kewujudan  Allah dan keyakinan kepada sifat-sifat kebesaran, kekuasaan, kekayaan, dan kesempurnaanNya. Pengkaedahan Keagamaan diutarakan melalui tiga pendekatan iaitu Pendekatan Seni, Pendekatan Kemasyarakatan dan Pendekatan Dakwah.

 

 

2.1 Pendekatan Seni Pendekatan

seni

digunakan

untuk

meneliti

nilai-nilai

estetika

yang

ada

padanya. Pendekatan ini menilai aspek unsur keindahan dalam karya sastera. Ia menjadikan karya sastera sebagai persoalan pokok. Menurut Hashim Awang(1994:13) hakikat seni Islam, juga seni persuratannya bukanlah peniruan (mimesis) sepi dalam seni Barat, tetapi berasaskan bentuk (constructional atau structural: a all –nazam). Dengan itu seni Islam memberi keutamaan kepada pemikiran dan makna itu diberi bentuk sehabis indah dan unik melalui stylization . Ciri-ciri Pendekatan Seni: i.

Keindahan dalam sastera adalah keindahan yang melandaskan dirinya kepada nilai-nilai estetika Islam dan tidak bertentangan dengan akidah serta ajaran Islam.

ii.

Keindahan itu dapat dikenalpasti menerusi pelbagai aspek atau unsur pembinaannya: yang berbentuk harafiah dan dalaman, gaya penceritaan, kaedah pendedahan tema dan watak, pemakaian sudut pandangan dan gaya bahasanya.

iii.

Keindahan itu itu dipentingkan adalah penggunaannya, iaitu penelitian sastera bagi menemukan dan kemudiannya menghasilkan kembali kepada memperkukuhkan tapak-tapak asas yang murni lagi suci iaitu keimanan, ketakwaan, dan kecintaan kepada Allah.

2.2 Pendekatan Kemasyarakatan Pendekatan ini dianggap sebagai alat pendedahan segala macam persoalan yang bertujuan untuk mencari kebaikan dan keadilan dalam masyarakat seperti yang dituntut oleh agama Islam. Dalam konteks ini, sastera Islam dianggap sebagai pencipta yang berfungsi khusus dengan membawa perutusan besar untuk mensejahterakan dan membahagiakan umat manusia.

 

 

Ciri-ciri Pendekatan Kemasyarakatan: i.

Sastera dianggap lumrah untuk m mendedahkan endedahkan dengan jelas, benar dan berani permasalahan mengenai kemungkaran, ketidakadilan, penipuan, kepuraan, rasuah dan segala permasalahan yang dianggap punca kepada kepincangan masyarakat dan keimanan insan.

ii. Persoalan k kemasyarakatan emasyarakatan dilihat daripada kaca mata Islam Islam dan tidak digunakan sebagai bahan propaganda yang membohongi kenyataan realiti melainkan adalah untuk mencari kesejahteraan hidup bermasyarakat dan pengukuhan keimanan serta ketakwaaan insan. iii. Pendekatan ini menumpukan kepada soal-soal soal-soal isi dan tema yang memancarkan permasalahan dalam masyarakat dan kajian juga wajar terarah kepada latar belakang hidup pengarang untuk melihat keselarian dengan persoalan kebajikan masyarakat yang dipaparkan dalam karyanya. iv. Pendekatan ini juga memungkinkan kajian ke arah soal-soal syariah, ibadat, moral, ekonomi, sosial dan politik dari sudut keIslaman. 2.3 Pendekatan Dakwah Pendekatan Dakwah menekankan aspek-aspek yang menyentuh segala persoalan yang berkaitan dengan penonjolan kebesaran dan sifat-sifat keagungan Allah dalam hasil kesusasteraan Islam.Sastera juga dilihat sebagai satu wadah untuk mempertingkatkan nilai ketakwaan sesorang insan terhadap  Allah. Ciri-ciri Pendekatan Dakwah: i.

Pendekatan ini juga dilihat sebagai mengandungi persoalan yang memaparkan tentang sifat-sifat kemuliaan dan ketinggian Allah, serta sastera dapat dijadikan sebagai ‘kitab’ yang darinya insan dapat mengenali dengan lebih dekat dan khusyuk

terhadapNya. Seterusnya,

menimbulkan

kehormatan yang lebih besar dan suci kepada Allah.

rasa

kecintaan

dan

 

 

ii.

Pendekatan ini mempunyai persoalan tentang kemurnian dan kelebihan agama Islam yang daripadanya akan dapat menimbulkan daya tarikan yang lebih mendalam terhadap kesucian agama Islam, baik daripada kalangan insan muslim mahupun bukan muslim.

iii.

Pendekatan ini banyak bertumpu kepada aspek-aspek tema dan amanat yang mengarah kepada penyerahan permasalahan tersebut.

iv.

Aspek watak dan perlakuan serta peribadi watak juga menjadi daya penarik untuk dikaji dengan kaitannya dengan sifat-sifat mulia seorang insan muslim.

Secara ringkasnya Pengkaedahan Melayu boleh dilihat di dalam rajah 9 di bawah.

Pengkaedahan Melayu Pengkaedahan Alamiah

Pengkaedahan Keagamaan

Pendekatan Gunaan

Pendekatan Seni

Pendekatan Moral

Pendekatan Kemasyarakatan

Pendekatan Firasat

Pendekatan Dakwah

Rajah 9 : Pengkaedahan Melayu

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF