Saman dan Penyata Tuntutan

October 9, 2017 | Author: Muaz Shukor | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Contoh saman...

Description

DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA SAMAN NO. ___________________________2016

ANTARA

KOPUTRA (KOPERASI PELABURAN KAKITANGAN BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD)

... PLAINTIF

DAN

AEROLAFFENDI BIN MOHAMAD BUANG (NO. K/P : 851229-13-5399) WRIT SAMAN Kepada : AEROLAFFENDI BIN MOHAMAD BUANG Lot 1478, Lorong Piala 9, Taman Sukma, 93050 Kuching, Sarawak. Dan/atau AEROLAFFENDI BIN MOHAMAD BUANG No. 6-2, Anggun Puri Condo, Jalan Dutamas Raya, 50340 Kuala Lumpur. Dan/ atau AEROLAFFENDI BIN MOHAMAD BUANG CIMB Bank Berhad, Level 21, Menara Bumiputra Commerce, 50350 Kuala Lumpur.

... DEFENDAN

KAMI PERINTAHKAN kamu bahawa dalam tempoh Empat Belas (14) hari selepas penyampaian writ ini kepada kamu, termasuklah hari penyampaian itu, kamu hendaklah menyebabkan kehadiran untuk diri kamu dalam kausa atas guaman Plaintif yang dinamakan di atas.

DAN AMBIL PERHATIAN bahawa, jika kamu ingkar berbuat demikain, Plaintif boleh meneruskan untuk mendapatkan Penghakiman dan Perlaksanaan. DISAKSIKAN OLEH

,

Pendaftar

di

Mahkamah

Majistret Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Bertarikh pada

haribulan

2016.

……………………………………………….. …………………………………… Peguamcara bagi Plaintif, Pendaftar, TETUAN ZAINAL ITHNIN & PARTNERS Mahkamah Rendah Shah Alam

MEMORANDUM YANG HENDAK DITURUNKAN PADA WRIT Writ ini tidak boleh disampaikan lebih daripada dua belas (12) bulan kalender selepas tarikh di atas melainkan jika diperbaharui melalui Perintah Mahkamah. Defendan boleh hadir bersama dengan memasukkan kehadiran sama ada secara sendiri atau melalui peguamcara di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Defendan yang hadir sendiri boleh jika dikehendakinya memasukkan kehadirannya melalui pos dan borang-borang yang tertentu berserta sampul surat beralamat sendiri kepada Pendaftar, Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

PENGINDORSAN HENDAKLAH DIBUAT PADA WRIT SEBELUM PENGELUARAN Tuntutan Plaintif ialah untuk : (a)

Jumlah sebanyak RM 4,233.95 setakat 21 Januari 2016;

(b)

Faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah RM 4,233.95 dikira dari pemfailan Writ Saman ini sehingga ke tarikh penyelesaian sepenuhnya;

(c)

Kos dalam tindakan ini pada dasar peguamcara dan anakguam; dan

(d)

Relif selanjutnya yang mahkamah yang Mulia ini anggap adil dan/atau bersuaimanfaat dan/atau berpatutan.

Dan RM

(atau sekian banyak wang sebagaimana yang dibenarkan setelah

ditetapkan) untuk kos, dan juga, jika Plaintif dapat Perintah untuk penyampaian ganti, jumlah wang selanjutnya sebanyak RM

(atau sekian banyak wang sebagaimana

yang dibenarkan setelah ditetapkan). Jika amaun yang dituntut dan kos sebanyak RM dibayar kepada Plaintif atau peguamcaranya dalam dua belas (12) hari selepas penyampaian Writ ini (termasuklah hari penyampaian), prosiding seterusnya akan ditangguhkan, tetapi jika ternyata daripada pengindorsan pada Writ itu bahawa Plaintif

adalah bermastautin di luar wilayah terjadual, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Peruntukkan Kawalan 1953, atau adalah bertindak mengikut Perintah atau bagi seseorang yang bermastautin sedemikian, prosiding akan hanya ditangguhkan jika amaun yang dituntut dan kos dibayar ke dalam Mahkamah dalam masa yang tersebut itu dan notis pembayaran itu diberikan kepada Plaintif atau peguamcaranya.

(Jika Plaintif mendakwa atau Defendan didakwa, atas sifat wakil, hal ini mestilah dinyatakan dalam pengindorsan tuntutan ini).

PENGINDORSAN TENTANG PEGUAMCARA DAN ALAMAT WRIT SAMAN ini dikeluarkan oleh Tetuan Zainal Ithnin & Partners, Peguambela dan Peguamcara bagi Plaintif yang mempunyai alamat penyampaiannya di No 7-2-1, Tingkat 2 Jalan Medan PB4A, Pusat Bandar Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Bangi, Selangor Darul Ehsan. (Tel: 03-89250234/0244/0264

Faks : 03-89250269)

[Ruj : ZCN/LIT/KOP/ABMB/872/15(NAR)]

DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA SAMAN NO. ___________________________2016

ANTARA

KOPUTRA (KOPERASI PELABURAN KAKITANGAN BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD)

... PLAINTIF

DAN

AEROLAFFENDI BIN MOHAMAD BUANG (NO. K/P : 851229-13-5399)

... DEFENDAN

PENYATAAN TUNTUTAN 1.

Plaintif adalah sebuah syarikat koperasi pelaburan berlesen yang ditubuhkan di Malaysia dan mempunyai alamat di Wisma KOPUTRA, No.43A & 43B, Jalan Sungai Besi Indah 1/19, Taman Sg.Besi Indah, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

2.

Defendan adalah pada semua masa yang material merupakan pelanggan Plaintif yang mempunyai alamat penyampaiannya di Lot 1478, Lorong Piala 9, Taman Sukma, 93050 Kuching, Sarawak dan/atau No. 6-2, Anggun Puri Condo, Jalan Dutamas Raya, 50340 Kuala Lumpur dan/atau CIMB Bank Berhad, Level 21, Menara Bumiputra Commerce, 50350 Kuala Lumpur.

3.

Atas permohonan Defendan, Plaintif telah menawarkan satu kemudahan Pembiayaan Peribadi di bawah prinsip Bai’ Al-Inah melalui Surat Perjanjian bertarikh 16 Januari 2015 (“Surat Perjanjian Tersebut”) berjumlah RM 2,363.00 sahaja (“Kemudahan tersebut”).

6.

Mengikut Konsep Bai’ Al-Inah tersebut, Plaintif akan menjual asetnya iaitu Satu Unit Telefon Bimbit keluaran Samsung, jenis model Note 4 tahun 2015 kepada

Defendan secara tangguh dan membelinya semula daripada Defendan Pertama secara Tunai. 7.

Antara terma-terma dan syarat-syarat yang telah dipersetujui oleh Defendan merangkumi, inter-alia:(a)

Jumlah Harga Belian pihak Plaintif adalah sebanyak RM 2.363.00 dan jumlah Harga Jualan pihak Plaintif adalah sebanyak RM 2.646.56;

(b)

Defendan hendaklah membayar Harga Jualan tersebut secara ansuran untuk tempoh selama 2 tahun (24 bulan) berkuatkuasa daripada tarikh Defendan Pertama menerima Kemudahan tersebut.

(c)

Defendan akan didapati melakukan kemungkiran sekiranya Defendan gagal membuat bayaran apa-apa jumlah wang yang perlu dibayar menurut terma-terma kemudahan tersebut;

(d)

Segala wang yang terhutang hendaklah dibayar balik bila tuntutan pembayaran balik dibuat;

(e)

Defendan juga bertanggungan membayar kos guaman Plaintif atas dasar peguam-klien;

8.

Defendan telah menggunakan kemudahan tersebut.

9.

Defendan kemudiannya telah gagal dalam mengendalikan Kemudahan tersebut dengan sempurna di mana Defendan telah gagal melaksanakan obligasi pembayaran balik.

10.

Plaintif akan merujuk kepada Perjanjian tersebut dan segala dokumen yang relevan untuk kesan-kesan penuh terma-terma yang terkandung di dalamnya pada hari perbicaraan.

11.

Oleh kerana kegagalan Defendan dalam membuat pembayaran balik bagi kemudahan pembiayaan yang telah ditawarkan oleh Plaintif tersebut,

maka

Plaintif melalui Peguamcaranya Tetuan Zainal Ithnin & Partners telah mengeluarkan satu Notis Tuntutan & Penamatan bertarikh 22hb Februari, 2016 bagi menuntut pembayaran ansuran bulanan yang tertunggak sebanyak RM

4,233.95 setakat 21 Januari 2016 dan sekaligus menamatkan kemudahan tersebut serta menuntut Defendan untuk menjelaskan keseluruhan jumlah yang tertunggak

sebanyak

RM

4,233.95

setakat

21

Januari

2016.

Walaubagaimanapun, Defendan didapati gagal serta enggan dan/atau ingkar serta cuai memenuhi tuntutan notis tersebut. 12.

Oleh yang demikian, Plaintif memohon kepada Mahkamah yang Mulia untuk penghakiman seperti berikut:(a)

Jumlah keseluruhan wang tertunggak sebanyak RM 4,233.95 setakat 21 Januari 2016.

(b)

Faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah RM 4,233.95 dikira dari pemfailan Saman ini sehingga ke tarikh penyelesaian sepenuhnya;

(c)

Kos dalam tindakan ini pada dasar peguamcara dan anakguam; dan

(d)

Relif selanjutnya yang mahkamah yang Mulia ini anggap adil dan/atau bersuaimanfaat dan/atau berpatutan.

Bertarikh pada

haribulan

2016.

......................................................... Tetuan Zainal Ithnin & Partners Peguamcara Plaintif

PENYATAAN TUNTUTAN ini dikeluarkan oleh Tetuan Zainal Ithnin & Partners, Peguamcara bagi pihak Plaintif yang beralamat penyampaian di No 7-2-1, Tingkat 2 Jalan Medan PB4A, Pusat Bandar Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Bangi, Selangor Darul Ehsan. (Tel: 03-89250234/0244/0264

Faks : 03-89250269)

[Ruj : ZCN/LIT/KOP/ABMB/872/15(NAR)] DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA SAMAN NO. ___________________________2016

ANTARA

KOPUTRA (KOPERASI PELABURAN KAKITANGAN BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD)

... PLAINTIF

DAN

AEROLAFFENDI BIN MOHAMAD BUANG (NO. K/P : 851229-13-5399)

... DEFENDAN

MEMORANDUM KEHADIRAN AMBIL PERHATIAN BAHAWA : 1.

Saya mengakui tuntutan Plaintif dan saya menawar untuk membayarnya, dengan kos atas amaun itu, pada ........................... atau secara ansuran sebanyak RM ..................... sebelum bermula dari ....................... (a) (b) (c) (d) (e)

Pekerjaan saya ialah ........................................................................................ Jumlah pendapatan saya dari segala sumber ialah RM ..................... sebulan Saya mempunyai ................ orang tanggungan Sewa saya ialah RM .................... sebulan Bayaran-bayaran bulanan tetap saya yang lain ialah RM ......................

2.

Saya pertikaikan tuntutan Plaintif dan ingin menggunakan khidmat seorang peguambela dan peguamcara

3.

Saya pertikaikan tuntutan Plaintif kerana sebab-sebab yang berikut :

4.

Saya mempunyai tuntutan balas terhadap Plaintif sebanyak RM ..................... Alamat saya untuk penyampaian ialah .................................................................. Bertarikh pada

haribulan

2016

……………………………. Defendan / Peguamcara

Kepada : 1.

Pendaftar Mahkamah Rendah Shah Alam.

2.

Tetuan Zainal Ithnin & Partners Peguambela & Peguamcara 7-2-1, Tingkat 2, Jalan Medan PB4A, Pusat Bandar, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. [Ruj : ZCN/LIT/KOP/ABMB/872/15(NAR)]

ARAHAN-ARAHAN KEPADA DEFENDAN 1.

Potong mana-mana perenggan yang tidak berkenaan

2.

Jika kamu mengakui tuntutan itu dan menghendaki masa untuk membayar atau membayar secara ansuran bekalkan butir-butir yang dikehendaki dalam perenggan 1.

3.

Nyatakan alamat di mana notis-notis dan dokumen-dokumen lain boleh disampaikan kepada kamu.

4.

Lengkapkan dan tandatangani notis dalam dua salinan. Sertakan praecipe berharga RM4/- dan poskan atau hantarserahkannya kepada Pendaftar, Mahkamah Rendah di Shah Alam. Salinan yang satu lagi hendaklah diposkan atau dihantarserahkan kepada Plaintif yang alamatnya untuk penyampaian ialah seperti pada saman itu. Notis-notis itu hendaklah sampai kepada Pendaftar dan plaintif tidak lewat daripada 7 hari selepas penyampaian sama ini, termasuklah hari penyampaian.

5.

Kelengahan membayar atau mengembalikan notis boleh menambahkan kos.

6.

Kiriman kepada Mahkamah melalui pos mestilah melalui KIRIMAN POS ATAU KIRIMAN WANG SAHAJA, yang kena dibayar kepada Pendaftar dan di palang “& CO”. BAYARAN POS MESTILAH DIBAYAR DAHULU.

7.

Melainkan jika kamu bayar atau buat pengakuan dan cadangan pembayaran itu disetujuterima, kamu mestilah hadir di Mahkamah pada hari kembalikan bagi saman.

KEPADA PLAINTIF 8.

Jika kamu memilih untuk menyetujuterima amaun yang diakui oleh Defendan dan cadangan tentang bayaran itu, maka kamu mestilah, dalam masa 2 hari selepas penerimaan Notis ini, menghantarkan Notis Kepada Pendaftar dan Kepada Defendan dalam Borang 36 dan kamu kemudiannya tidaklah perlu hadir di pendengaran dan Penghakiman akan dicatatkan mengikut pengakuan dan cadangan Defendan.

9.

Jika kamu tidak memilih untuk menyetujuiterima amun yang diakui oleh Defendan atau cadangan tentang pembayaran itu, maka kamu mestilah, dalam masa 2 hari selepas penerimaan notis ini, menghantarkan Notis kepada

Pendaftar dan kepada Defendan dalam Borang 36 dan hadir di Mahkamah pada hari Pendengaran.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF