Salahuddin Al-Ayyubi
February 21, 2018 | Author: Zaid Maher Khirel Azman | Category: N/A
Short Description
Sejarah...
Description
ISI KANDUNGAN
1.
SALAHUDDIN AL-AYUBI DAN SEJARAH
MUKA SURAT
2-4
PERMULAANNYA 2.
ERA KEGEMILANGAN
3. SISTEM EKONOMI
4.
SISTEM POLITIK PADA ZAMAN
5-9
9-15
15-16
SOLEHUDDIN AL-AYUBI 5.
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL AYUBI
16-17
KEPADA ASPEK SOSIAL 6.
RUJUKAN
18
1. SALAHUDDIN AL-AYUBI DAN SEJARAH PERMULAANNYA
1
Nama asal Salahuddin al-Ayubi adalah Abu al-Muzaffar Yusuf Bin Ayub
Bin Syadzi. Beliau juga digelar sebagai Malik an-Nasir
Salahuddin.
Salahuddin
berasal
daripada
suku
kaum
Kurdi
Radawiyah. Suku kaum Radawiyah merupakan suku puak yang utama
dalam
kabilah
Hadzbaniyah
yang
merupakan
kabilah
terbesar dalam kalangan bangsa Kurdi.1 Salahuddin al-Ayubi dilahirkan pada tahun 532-H di Kubu Tikrit. Salahuddin al-Ayubi terkenal sebagai seorang pemimpin yang berwibawa.
Ayahnya
berkerja
bagi
kerajaan
Turki
di
bawah
pemerintahan Imad ad-Din Zangi di sebelah Utara Syria. Salahuddin menghabiskan masa mudanya di Ba’lbek dan Damsyik, di mana ketika ini Salahuddin lebih menumpukan kepada pengajian ilmu agama berbanding dengan latihan ketenteraan. Oleh itu, kejayaan Salahuddin dalam bidang ketenteraan merupakan sesuatu yang di luar jangkaan. Apabila umur Salahuddin sampai ke fasa pekerjaan., beliau mendapat peluang pekerjaan bersama bapa saudara beliau 2, Asad ad-Din Shirkuh, yang merupakan Panglima Tentera di bawah pemerintahan Nuruddin Zangi. Tujuan Shirkuh ke Mesir adalah atas perintah Nuruddin Zangi demi menyelamatkan penduduk Mesir daripada jatuh ke tangan Amalric I (Frankish, Kristian Latin), Raja Jerussalem pada masa ini.3 Shawar, iaitu Wazir di Mesir telah membuat satu perjanjian damai dengan Frankish, dan Franks bersetuju dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan. Antaranya ialah Frankish akan menghantar timbalan beliau di Mesir, angkatan tentera Frankish 1 Humphreys, R. S. (1977). From Saladin to the Mongol: The Ayyubids of Damascus. New York: State University of New York Press.
2 Lyons, M. C., and Jackson, D. E. P. (1982). Saladin: The Politics of Holy War Cambridge: Cambridge University Press.
3 Hill, G. F. (1947). A History of Cyprus (Vol. 2). Cambridge: Cambridge University Press. 2
akan mengawal pintu masuk Mesir untuk menghalang kemasukan tentera Nuruddin dari memasuki Mesir, dan Frankish akan menerima 100,000 dinar tahunan daripada Mesir4. Namun perjanjian ini hanyalah berlaku antara Shawar dan beliau. Al-‘Adid, pemerintah di Mesir ketika itu tidak menyedari tindakan, dan apabila beliau menyedari perkara ini semuanya telah terlambat dan berada di luar kawalan. Shawar telah menurunkan Al-‘Adid
dari
kuasa
beliau
dan
mengambil
alih
sepenuhnya
penguasaan terhadap Mesir ketika itu. Frankish terus pulang ke Negara beliau, namun telah meninggalkan di beberapa tempat di Mesir, terutamanya di Cairo, pegawai-pegawai atasan beliau. Anak lelaki Shawar, iaitu al-Kamil Suja’ menghantar perutusan kepada Nuruddin berkenaan keadaan di Mesir dan memohon agar Nuruddin merubah keadaan tersebut.5
Apabila perutusan dari Al-‘Adid sampai ke Nuruddin, beliau memanggil Asad Ad-Din dari Hims unutk menyelamatkan Mesir dari tawanan Frankish. Asad Ad-Din telah menunggu saat ini, menjadi tidak sabar kerana beliau telah lama menunggu masa untuk menawan Mesir. Nuruddin telah memberikan Asad Ad-Adin sebanyak 200,000 dinar dan bekalan yang diperlukan. Beliau juga memberikan kuasa kepada Asad Ad-Din untuk memilih angkatan tenteranya sendiri. Asad Ad-Din telah membawa bersamanya 2,000 tentera, dan mengumpulkan sebanyak 6,000 tentera dari Turki, dan meneruskan perjalanan ekspidisi bersama Nuruddin ke Damsyik.
6
4 al-Maqdisi, I. A. S. A. R. The Noble Dynasties : The History Of Nur al-Din & Saladin. Jeddah: Islamic Education Foundation.
5 ibid 3
Salahuddin
al-Ayubi,sebaliknya
tidak
bersetuju
dengan
rancangan ke Mesir, walaupun ekspidisi ini merupakan permulaan kegemilangan
pemerintahan
beliau.
Hakim
Abu
al-Mahasin
menukilkan: Sultan Salahuddin memberitahu aku, “ Tidak seperti yang lain, aku adalah pihak yang tidak bersetuju tentang rancangan ekspidisi ke Mesir. Aku pergi bersama bapa saudaraku Asad Ad-Din dengan rasa berat hati. Mungkin ini maksud dalam firman Allah ,7 Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. Al-Baqarah 216 Pada tahun 1169 masihi (564 H) Mesir telah diambil alih semula oleh Asad ad-Din. Beliau mengalahkan kesemua musuh dan berjaya membunuh Shawar8 Setelah Asad Ad-Din mencapai kemenangan di mesir, Al-‘Adid melantik Asad AdDin menjadi Ketua Menteri. Beliau memegang jawatan ini selama 2 Bulan 5hari sebelum beliau diserang sesak nafas dan meninggal secara tiba-tiba. Setelah Salahuddin mengambil alih kuasa pemerintahan dari Asad Al-Din as-Shirkuh, sekumpulan Putera Nuruddin yang berada di Mesir memberi arahan agar Salahuddin mengambil alih Kementerian. Bagaimanapun, Al-‘Adid menghantar utusan kepada Salahuddin untuk memberikan beliau kuasa melebih kuasa kementerian di Mesir dan memastikan agar Salahuddin akan menggantikan bapa saudaranya.
6 al-Maqdisi, I. A. S. A. R. The Noble Dynasties : The History Of Nur al-Din & Saladin. Jeddah: Islamic Education Foundation. p 127
7 Ibid, p 127 8 Ibid, p 129 4
Alasan atas tindakan al-‘Adid adalah kerana kedangkalan kelemahan Salahuddin. Beliau beranggapan jika beliau melantik Salahuddin ketika Salahuddin tiada angkatan tentera, Salahuddin akan berada di bawah pemerintahan al-‘Adid dan taat kepadanya. Al-‘Adid juga beranggapan jika beliau berjaya menguasai Tentera Levant, rakyat akan patuh di bawah pemerintahan beliau. Dengan ini beliau boleh mengusir yang tidak berkenaan di Mesir dan mengembalikan Mesir seperti sebelum serangan orang Frank. Tambahan pula, beliau mempunyai angkatan tentera Levant yang akan mempertahankan Mesir berhadapan dengan Nuruddin dan Frank. Namun, azam Salahuddin menyebabkan rancangan al-‘Adid terbantut. Salahuddin menjadi timbalan Nuruddin di Mesir. Salahuddin membantu rakyat Mesir dan memberikan dana yang telah dikutip sebelum ini oleh Asad Ad-Din. Tambahan pula beliau mengarahkan agar al-‘Adid memberikan sedekah kepada rakyat, dan al-‘Adid tidak mampu membantah. Rakyat Mesir ketika itu sukakan akan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Salahuddin, dan pengaruh al-‘Adid pula menjadi semakin lemah. Maka di sini bermulalah era kegemilangan kepimpinan Salahuddin al-Ayubi di mata Umat Islam ketika itu. Kegemilangan krpimpinan beliau terus ditunjukkan dan antara kemuncak kejayaan beliau ialah menewaskan tentera Salib dan berjaya mengambil alih semula pemerintahan di Jerusalem.
2. i.
ERA KEGEMILANGAN Salahuddin Sebagai Menteri Kerajaan Fatimiah Asaduddin Syirkuh meninggal setelah dua bulan
memegang teraju menteri kerajaan Fatimiah. Salahuddin berkabung kerana kematian bapa saudaranya itu selama tiga hari. Sementara itu, khalifah mula memikirkan untuk memilih Salahuddin sebagai menterinya. Beliau telah membuat keputusan untuk melantik Salahuddin sebagai menterinya bagi menggantikan Asaduddin Syirkuh, walaupun umur Salahuddin pada masa itu terlalu muda dan
5
masih ramai panglima-panglima agung yang lain yang turut serta dalam barisan tentera Syam9. Ahli sejarah menjelaskan sebab pemilihan ini ialah khalifah bermaksud ingin mengawal Salahuddin dan menjadikan beliau orang
suruhannya,
tetapi
keadaan
tidak
menyebelahinya.
Salahuddin dilantik menjadi menteri ketika berumur 32 tahun 10 setelah
terlatih
dalam
beberapa
peperangan
dan
mecedok
pengalaman yang berharga ketika bersama bapa saudaranya Asaduddin Syirkuh. Inilah yang menyebabkan kedudukannya begitu cemerlang11. Salahuddin seorang menteri yang baik. Beliau berjaya mengambil hati rakyat Mesir supaya tidak berpakat dengan amiramir yang lain menentangnya. Beliau memberikan bantuan yang melimpah ruah kepada rakyat dan berurusan dengan mereka dengan lembut dan penuh toleransi, menyebabkan beliau sangatsangat disukai dan dikasihi oleh rakyat jelata. Diantara faktor yang meningkatkan
lagi
kemasyhurannya
ialah
kejayaan
beliau
mengalahkan tentera salib Perancis yang menyerang Dimyat dan Ghizzah serta kejayaan beliau menguasaai bandar Aqabah. Bandar ini adalah kunci Laut Merah bagi para jemaah haji Mesir khususnya dan kaum muslimin amnya untuk ke Mekah Mukarramah. Kejayaan menguasai jalan penting ini menjadi faktor utama kepercayaan dan keikhlasan penduduk Mesir kepada beliau. Ini sekaligus menjadi faktor utama mereka meninggalkan mahzab syiah
dan
kalangan
bergabung ahli
Sunnah
dengan Wa
saudara-saudara
Al-Jamaah,
di
mereka
bawah
dari
panji-panji
9 Syed Alwi Alatas, Biografi Agung Salahuddin Al-Ayyubi, Penakluk Tentera Salib, 73. 10 Ibid, 75. 11 Ibid, 73. 6
Salahuddin, yang memerangi musuh-musuh Allah, golongan kuffar dan tentera Salib yang zalim dan penghasad dengki itu12.
ii.
Kemenangan Salahuddin Dalam Pertempuran Hittin Sebelum ini telah dijelaskan Salahuddin berjaya
membentuk sebuah kerajaan besar yang merangkumi utara Iraq atau Kurdistan, Syam, Mesir, Barqah dan lain-lain. Kejayaan Salahuddin ini memudahkan beliau menyediakan persiapan bagi memerangi tentera salib dan membebaskan Baitul Maqdis serta wilayah-wilayah
lain
yang
tunduk
kepada
pemerintahan
dan
kekuasaan mereka. Salahuddin menunggu kesempatan yang baik untuk bertindak dan memberi pengajaran kepada mereka dengan pengajaran yang mereka tidak akan lupa buat selama-lamanya, disebabkan oleh keganasan dan jenayah-jenayah yang mereka lakukan
ke
atas
Baitul
Maqdis,
Masjidil
Al-Aqsa
dan
para
penduduknya sebelum itu. Masa untuk bertindak bagi Salahuddin tiba, apabila Raynald pemerintah Salib di Karak menyerang kafilah dagangan Salahuddin pada tahun 582H. Wilayah Karak terletak antara negara Mesir dan Syam. Salahuddin sendiri mempunyai perjanjian dengan kerajaan ini. Di antara perjanjian ialah kafilah-kafilah dagangan Islam dibenarkan berulang-alik antara Mesir dengan Syam dengan aman dan selamat. Begitulah sebaliknya13. Hasil pencerobohan Raynald ke atas kafilah dagangan Islam manakala harta benda
mereka dirampas. Ahli-ahli sejarah
melaporkan ketika kafilah dagangan kaum muslimin jatuh ke tangan Raynald, beliau mempersendakan agam Islam dan Nabi Besar Muhammad SAW. Raynald pernah berkata: 12 Ibid, 80. 13 http://www.academia.edu/9941613/Perang_Hattin_1182, 4. 7
"Jika anda semua yakin kepada ajaran Muhammad, panggillah ia supaya membebaskan anda semua dan menyelamatkan anda dari keadaan yang sedang anda tempuhi sekarang" Apabila berita ini sampai ke pengetahuan Salahuddin, beliau begitu marah terhadap akan apa yang berlaku, sehingga beliau bersumpah jika beliau berjaya menawan Raynald, beliau akan membunuhnya dengan tangan beliau sendiri. Pencerobohan yang dilakukan oleh pihak Salib ini memberi ruang kepada Salahuddin melancarkan perang menentang tentera Salib, maka pada 4 Julai 1187M
bersamaan
(24
Rabi’al-Awwal
583H)
tercetuslah
pertempuran besar antara kedua belah pihak dan tarikh tersebut menyaksikan
kemenangan
berpihak
kepada
tentera
Islam14.
Pertempuran besar ini menyebabkan banyak tentera Salib yang terkorban, menurut Ibn al-Athir, ”jika melihat jumlah tentera Salib yang terkorban seolah-olah tiada seorang pun yang ditangkap hidup-hidup, apabila melihat jumlah yang menjadi tawanan perang seolah-olah tiada seorang pun yang terkorban” ini menunjukkan betapa ramainya jumlah tentera Salib bagi menghadapi peperangan ini15. Dalam kalangan tawanan tersebut juga terdapat beberapa pemimpin besar pasukan Salib antaranya adalah Raja Guy of Lusignan, Amalric, Reynald of Chatillon dan beberapa pemimpin kawasan lain. Ketika para pemimpin tawanan ini dibawa menghadap Sultan Salahuddin, Raja Guy of Lusignan diberi layanan yang baik oleh Salahuddin kerana sebagai hormat kepada seorang raja, namun sebaliknya Salahuddin sudah lama menantikan untuk mengotakan janjinya membunuh Reynald of Chatillon atas segala perbuatanya mengkhianati perjanjian dengan pihak Islam dan 14 Syed Alwi Alatas, Biografi Agung Salahuddin Al-Ayyubi, Penakluk Tentera Salib, 229. 15 Ibid, 232. 8
menghina nabi Muhammad S.A.W., tanpa mengambil masa yang lama, Salahuddin terus memenggal kepala Reynald. Manakala para pemimpin lain dan Raja Guy dihantar ke Syria sehingga beberapa tempoh lalu mereka dibebaskan16.
iii.
Penaklukan kembali Al-Quds Selepas kejayaan besar Salahuddin dan pasukannya
dalam peperangan Hattin, Salahuddin tidak menunggu lama untuk terus membuka kota-kota lain yang masih dibawah pemerintahan Salib. Pada 8 Julai (28 Rabi’al-Akhir) tentera Islam memasuki kota Acre dengan penduduknya sendiri meninggalkan kota tersebut dan para tahanan muslim yang telah lama ditahan di bawah Salib berjaya dibebaskan.
Selain itu, masjid-masjid yang telah
ditukar fungsinya kepada gereja oleh pihak Salib ditukarkan kembali menjadi masjid. Al-Afdal iaitu anak kepada Salahuddin dilantik sebagai penguasa di kota tersebut, manakala Salahuddin dan pasukannya meneruskan misi membebaskan kawsan-kawsan lain yang masih di bawah Salib antaranya kota Tibnin(Toros), Sidon, Beirut,
Jubayl,
Ascalon
dan
kota-kota
sekitar
kota
al-Quds
(Jerusalem)17. Setelah hampir dua minggu menguasai Ascalon, Salahuddin dan angkatan tenteranya berangkat menuju ke kota alQuds (Jerusalem) bagi merealisasikan impian seluruh umat Islam pada waktu itu untuk melihat al-Quds kembali berada dibawah pemerintahan Islam. Bagi menghadapi serangan dari pihak Islam, tentera Salib telah memperkuatkan pertahanan kota al-Quds dengan menyiapkan alat-alat pertempuran dan mengatur strategi 16 Jurnal Al-Tamaddun Bil. 7(1) 2012, 70. 17 Syed Alwi Alatas, Biografi Agung Salahuddin Al-Ayyubi, Penakluk Tentera Salib, 238. 9
pertahanan. Menurut Ibn al-Athir dan Ibnu Shaddad, jumlah tentera Salib dalam kota al-Quds pada ketika itu adalah seramai 60 000 orang dan jumlah tersebut tidak termasuk kanak-kanak dan wanita18.
Pada
Salahuddin
hari
dan
Jumaat
25
pasukannya
September
sampai
ke
1187 kota
(20
Rajab)
al-Quds
dan
menempatkan angkatan tenteranya di bahagian utara kota al-Quds atau lebih spesifik lagi adalah di sekitar gerbang kota itu yang bernama Gerbang Damaskus di mana lokasinya adalah lebih stategik untuk melakukan serangan19. Salahuddin dan pasukannya bergegas mempersiapkan pelbagai peralatan pertempuran dan terus memulakan serangan ke atas kota al-Quds. Sekali-sekala pasukan Salib turut membalas serangan daripada tentera Islam dan acap kali mereka menghantar kumpulan-kumpulan kecil ke luar benteng bagi menyerang pasukan Muslim dan kemudian masuk kembali ke dalam kota. Namun, itu semua tidak menggentarkan pihak Muslim, bahkan tentera Islam semakin bersemangat untuk dapatkan kembali al-Quds20. Melihat akan semangat tentera Islam yang jitu dan begitu
bersungguh-sungguh,
tentera
Salib
menjadi
semakin
gementar dan mereka yakin bahawa kota al-Quds itu pasti akan jatuh
juga
kepada
pihak
Muslim.
Namun
apa
yang
lebih
membimbangkan pihak Salib adalah mereka takut jika pihak Muslim akan membalas dendam akan apa yang telah tentera Salib lakukan kepada saudara-saudara Semuslim mereka pada Perang Salib Pertama walaupun perkara tersebut sudah berlalu hampir satu abad lamanya. Disebabkan perkara tersebut, pihak Salib cuba membuat rundingan
dengan
menjanjikan
penyerahan
kota
al-Quds
(Jerusalem) kepada pihak Islam dengan syarat mereka dibiarkan 18 Ibid, 245. 19 Ibid, 246. 20 Ibid, 247. 10
keluar dari kota itu dengan selamat. Walaupun pada awalnya Salahuddin menolak rundingan tersebut, namun atas desakan Balian dan ugutannya bahawa akan membunuh semua yang ”bernyawa” dalam kota tersebut, maka Salahuddin bersetuju dengan syarat tersebut bagi mengelak lebih ramai yang tidak berdosa terkorban21. Akhirnya, setelah selama 88 tahun kota ini di bawah pemerintahan Salib ianya diserahkan secara rasmi ke tangan pihak Muslim pada hari Jumaat 2 Oktober 1187 (27 Rajab) di mana jika dilihatkan tarikh tersebut bertepatan dengan peristiwa Isra’ Mi’raj. Peristiwa bersejarah ini begitu dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam pada waktu tersebut. Bagi tentera Salib mereka perlu keluar dari kota tersebut dengan membayar pampasan bagi setiap diri mereka, manakala bagi penduduk al-Quds mereka diberi pilihan samada keluar dengan membayar wang tebusan ataupun dibolehkan menetap di dalam kota al-Quds dengan dikenakan jizyah, Setelah kota ini dikuasai, tawanan-tawanan Muslim yang mencecah ribuan orang berjaya dibebaskan, Salib yang berada di puncak the Dome of the Rock diturunkan dan beberapa bangunan di al-Quds diubah fungsinya sebagai madrasah dan tempat pertemuan sufi serta beberapa masjid yang dijadikan gereja oleh pihak Salib berjaya dikembalikan fungsinya menjadi masjid semula22.
3. SISTEM EKONOMI
Sistem Ekonomi pada zaman pemerintahan Salahudin Al Ayubi dipengaruhi oleh pemerintahan kerajaan Abasiyyah. Pemerintahan Salahudin Al Ayubi mengfokuskan perluasan kuasi dimana banyak 21 Ibid, 249. 22 Ibid, 254. 11
penaklukan
yang
dilakukan
semasa
pemerintahan
baginda
seperti,baginda telah menakluk Mesir dari kerajan Fatimiyyah yang berpegang kepada mazhab syiah ( bukan syiah seperti sekarang ) dimana
baginda
telah
menjatuhkan
kerajaan
tersebut
dalam
jawatan sebagai Jeneral perang. Setelah beberapa peristiwa yang lain, baginda telah mengisyhtiharkan dirinya sebagai Sultan dan pemerintahan baginda dikenali sebagai dinasti Ayubiyyah. Pada zaman pemerintahan kerajaan Islam Abasiyyah pelbagai bidang telah berkembang dari segi pemerintahan, politik, ekonomi, social, dan kawasan jajahan. Ini terbukti apabila terdapat artikel yang ditulis oleh Al-Maqrizi yang menyatakan bahawa telah wujud sistem ekonomi yang baik pada zaman tersebut sehinggakan perdagangan tersebar meluas, bukan sahaja dalam linkungan negara-negara taklukan sahaja, malah sehingga ke India dan Eropah. Mereka telah menjalinkan hubungan ekonomi dengan baik diantara negara-negara taklukan dan Eropah. Ini terbukti apabila wujud perjanjian perdagangan antara Kerajaan Abasiyyah dengan Eropah. Mereka telah membangunkan ekonomi dengan baik sehingga ramai
pedagang
berdagang
di
pelabuhan
mereka.
Pusat
pemerintahan Salahudin Al Ayubi berpusat di Negara Mesir. Maka Sungai Nil menjadi laluan kapal dagangan berlabuh. Sumber ekonomi Kerajaan Abasiyyah boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Antaranya adalah Perdagangan, Pertanian, Perindustrian Pengurusan Baitul mal dan Percukaian. Hasil daripada sistem ekonomi ini kerajaan Abasiyyah sangat kukuh dan kuat apabila sumber ekonomi ini diuruskan dengan baik dan
efisen.
meluaskan
Ia
membantu
kawasan
untuk
kerajaan
pemerintahannya,
Islam
seterusnya
Abasiyyah mempunyai
wilayah yang besar. Bukan itu sahaja, proses perkembangan ilmu seperti
kajian
matamatik,
berkaitan
kejuruteraan,
perubatan, terjemahan
astronomi dan
dan
geografi,
sebagainya
juga 12
dipengaruhi oleh sistem ekonomi negara. Sebagai contoh Sultan Harun Ar-Rashid memerintah supaya memperluaskan bidang ilmu dan pendidikan ini serta memberi bantuan kewangan, tempat tinggal, dan sebagainya untuk cendiakawan menjalankan kajian dan kerjanya. Ini terjadi di Baghdad sehinggakan ia menjadi laluan sesak para pedagang dan menjadikan Baghdad sebuah pusat ekonomi yang besar dan terpenting. Pertanian. Sebelum Kerajaan Abasiyyah mengambil alih pentadbir sistem khalifah daripada kerajaan Umayyah, para petani ditindas dengan dikenakan nilai cukai yang amat tinggi sehingga menyebabkan petani berasa rugi. Namun, apabila Kerajaan Abasiyyah mengambil alih, iamenjaga kepentingan petani, membela dan menghormati mereka, bahkan meringankan nilai cukai atau cukai hasil bumi dan ada juga yang dihapuskan sama-sekali. Buruh tani yang diambil dari Afrika timur dibawa masuk ke kawasan Baghdad dan Mesir untuk tujuan bertani sehingga wujudnya desa-desa kecil untuk kediaman petani
yang
bekerja
di
situ.
Selain
itu,
telah
berlaku
penambahbaikan kepada petani, antaranya : a) Merperkukuhkan ahli zimah dan mawaly dengan adil dan menjamin hak miliknya. b) Mengambil tindakan keras terhadap pegawai yang berlaku keras terhadap petani. c) Memperluaskan daerah pertanian di berbagai wilayah. d) Membangun dan menambahbaikan saliran air. e) Membangun dan menambahbaikan perhubungan ke daerah pertanian. Pada abad ke 14 ilmu pertanian telah dititk beratkan sehingga terdapat buku yang diterbikan yang berjudul Bughyat Al Fallahin 13
dimana ia menceritakan tentang cara bercucuk tanam dengan betul. Selain itu terdapat juga ilmu astrologi yang menerangkan tentang memilih hari, musim dan tempat bercucuk tanam yang baik. Selain dari itu,ahli ilmu dari Syria pada zaman Abasiyyah telah menambahbaikan kincir air dari teknologi Parsi untuk membantu mengalirkan
air
ke
kawasan
pertanian
dan
perindustrian.
Pemerintah telah menjalankan hubungan baik antara negara-negara lain seperti negara taklukan dan Eropah dimana wujud aktiviti pertanian yang benihnya dibawa dari negara luar. Mesir menanam pokok kapas dan ternakan sutera. Manakala Syria menanam kurma,buah buahan, zaitun dan sebagainya.
Perindustrian. Dalam bidang pengindustrian pula, khalifah pemerintahan zaman Abasiyyah mementingkan perkembangan baru. Dimana telah wujud pelbagai barangan dan telah dikeluarkan dengan jumlah yang banyak untuk tujuan eksport ke luar disamping untuk tujuan sendiri atau kegunaan rakyatnya. Perkembangan perindustrian ini dapat dilihat dengan jelas pada zaman pemerintahan Khalifah Harun Ar Rasyid. Khalifah Harun Ar Rasyid telah memerintahkan wazirnya iaitu Yahya Al Barmiki untuk mendirikan sebuah kilang kertas yang pertama di Baghdad. Selain itu, terdapat juga industri lain yang dibangunkan pada zaman ini. Syria adalah antara sebuah wilayah taklukan khalifah ini yang mengeluarkan dan mengilangkan hasil kapas kepada fabrik dan kain. Wilayah Baghdad juga ad mengeluarkan barangan seperti kaca, tembikar,barangan perhiasan dan sutera. Morroko pula mengeluarkan barangan berasaskan kulit. Manakala wilayah Toledo, Sepanyol menghasilkan alatan perang seperti pedang, meriam dan sebagainya. Terdapat juga beberapa negara yang menghasilkan
14
dadah,
minyak
wangi,
karpet,
satin,
barangan
logam
dan
sebagainya. Penghijrahan
orang
Islam
ke
barat
(Andalusia)
telah
membantu pertumbuhan perindustrian disana seperti pemprosesan jeruk, makanan dan sebagainya. Penguasaan Islam telah meluas sehingga ke Afrika Utara dan Afrika Selatan. Di bumi tersebut terdapat banyak bahan logam yang bernilai seperti emas, perak dan besi. Ia telah dibangunkan secara meluas dan menjadikan ia sebagai
sumber
ekonomi
empayar
Abasiyyah.
Selain
itu
pemprosesan rempah ratus hasil dari tanaman yang luas juga berkembang. Seterusnya ia dieksport ke negara luar hasil dari permintaan yang tinggi. Perindustrian ini memberi impak yang besar kepada ekonomi kerajan
tersebut
dan
kerajaan
telah
membantu
dengan
menyediakan gudang-gudang untuk simpanan produk keluaran. Disamping itu juga, khalifah juga telah melantik wazir yang bertanggungjawab untuk mengawal dan memerhati harga pasaran barang-barang ini. Khalifah juga telah membawa masuk buruh dari Afrika dan juga negara taklukannya dimana mereka diminta untuk bekerja dan dibayar gaji. Hasil dari itu perkembangan industri ini lebih pesat dan membangun. Antara kota-kota yang terkenal dengan industrinya adalah Basrah dimana ia mengeluarkan industri sabun dan gelas, kaufah pula terkenal dengan industri suteranya, Khuzasta terkenal dengan industry sutera yang bersulam, Damaskus terkenal dengan industri selendang dan wolnya. Selain itu, Mesir juga terkenal dengan industri tekstil yang pelbagai, Syam sebuah kota yang terkenal dengan industri seramik dan gelas bahkan wujud gelas berwarna, Andalusia pula terkenal dengan industri pembuatan kapal, barangan kulit dan industri senjata. Perdagangan. 15
Ekonomi berkembang pesat apabila berlaku perluasan bidang ekonomi dimana perdagangan antara salah satu sumbernya. Aktiviti perdagangan yang luas telah berlaku pada ketika itu dimana ia melalui jalan darat dan laut. Apabila para pelayar dan perantau telah menemui jalan dan melakar peta, maka aktiviti perdagangan lebih luas dan mudah antara benua dan wilayah. Disamping itu juga, kerajaan khalifah juga telah memainkan peranannya
dimana
mereka
telah
mempertingkat
dan
membaikpulih sistem dan kemudahan di pelabuhan. Khalifah Abasiyyah telah menyediakan pengawal laut atau tentera laut untuk mengawal persisiran pantai, mengawal dan menjaga keharmonian pelabuhan. Kerajaan juga telah menyediakan tempat istirehat untuk para pedagang luar dan gudang simpanan yang sempurna. Ini adalah hasil dari cukai yang pelabuhan yang dibayar oleh para pedagang kepada khalifah. Selain ditekankan oleh khalifah akan bidang pertanian dan perindutrian, mereka juga memberikan perhatian yang cukup besar kepada bidang perdagangan. Pelbagai usaha telah dimajukan untuk memudahkan para pedagang yang berlabuh dan menjalankan proses perniagaannya. Antara usaha-usaha yang dilakukan adalah mereka membangunkan perigi dan tempat istirehat dijalan-jalan yang dilewati oleh kafilah dagang. Khalifah juga telah menubuhkan armada-armada
dagangan
untuk
menjaga
kemaslahatan
di
pelabuhan dan persisiran pantai. Ia bertujuan untuk menghalang dari serangan lanun-lanun yang ingin menyerang kapal dagangan. Hal ini menarik minat para pedagang untuk berdagang di situ.
Percukaian dan Baitul mal. Ketika pemerintahan dikuasai Khalifah Harun al-Rasyid (170193 M), pertumbuhan ekonomi berkembang dengan pesat dan kemakmuran
Daulah
Abbasiyyah
mencapai
puncaknya.
Ia 16
membangunkan dan menubuhkan Baitul Mal untuk menguruskan kewangan
Negara
dan
melantik
seorang
Wazir
yang mengetuai beberapa dewan. Pendapatan Baitul Mal digunakan untuk kepentingan ilmiah dan penerjemah buku yunani. Selain itu juga, ia juga bertujuan membiayai pertahanan dalam hal penyediaan bahan makanan, pakaian musim panas, dingin dan gaji
pegawai. Selain itu,
Khalifah Harun juga sangat menitikberatkan masalah percukaian, sehingga beliau menunjukkan kepada Abu Yusuf untuk menyusun sebuah kitab rujukan mengenai ekonomi syariah yang berjudul alKharaj. Kestabilan politik dan kekuasaan Dinasti Abbasiyyah amat kukuh kerana ia telah di dukung oleh kemajuan bidang ekonomi. Kota Bagdad menjadi tumpuan kerana laluan perdagangan antara Negara. Dipersatukannya bekas wilayah Bizantium dan kekaisaran Sassaniah ke dalam satu undang-undang dan autoriti tunggal
menyebabkan
Baghdad
menjadi
pusat
kekuasaan
ekonomi yang
utama. Pendapatan dari jizyah juga merupakan sumber negara. Jizyah adalah cukai per kepala yang dipungut dari penduduk bukan muslim kepada pemerintah islam. Ini kerana ia sebagai wujudnya taat setia dan
jaminan
perlindungan yang
mereka
akan
dapat dari
pemerintahan Islam. Pada masa Harun Al-Rasyid terdapat klasifikasi pembayaran Jizyah. Mereka yang kaya di kenakan jizyah sebanyak 48 dirham, gologam ekonomi pertengahan dikenakan 24 dirham, sedangkan golongan bawahan hanya 12 dirham per kepala. Sumber pendapatan lain adalah dari zakat,as syur At tijarah, dan, kharaj. Secara amnya hasil negara pada masa dinasti abasiyyah di gunakan untuk membayar gaji pegawai, membiayai perkara-perkara pertahanan dan pengurusan tentara. Selain itu ia
17
juga
membiayai
pengembangan
ilmu
pengetahuan,
dan
pengembangan secara fisik serta kesejahteraan masyarakat.
Mata Wang Pada awalnya kerajaan Khalifah Abasiyyah menggazetkan penggunaan dinar dan dirham. Dimana dinar dari emas dan dirham dari perak sebagai alat tukar antara manusia ketika itu untuk proses jual beli. Mata wang dinar emas ini diambil dari wilayah kekusaan barat iaitu dari Byzantian, manakala dirham perak pula diambil dari wilayah timur iaitu Sassaniah. Menurut Azumridi Azra, penggunaan kedua-dua mata wang ini memiliki dua kebaikan. Pertama adalah,mata wang dinar ini perlu diperkenalkan pada wilayah- wilayah yang hanya kenal mata wang dirham sahaja. Kedua adalah ia bagi mengelakan penyimpanan emas sahaja diamana ia dapat dikurangkan simpanannya.Bukan hanya sekadar dibuat perhiasan sahaja dengan emas itu. Namun mata wang emas dan perak ini menyukarkan para pedagang untuk membawanya jauh.Ia juga member risiko yang besar terhadap penyimpannya. Maka telah wujud idea cek. Cek berasal dari perkataan bahasa arab iaitu “shakk”. Cek adalah pengkreditkan pertukaran mata wang bagi sesuatu proses jual beli.
4.
SISTEM POLITIK PADA ZAMAN SOLEHUDDIN AL-AYUBI
Salahuddin
dilahirkan
keluarga Kurdish di Tikrit dan
di dihantar
dalam
sebuah
ke Damsyik untuk
menghabiskan pelajarannya. Ayahnya,Najm ad-Din Ayyub, ialah gabenor wilayah Baalbek. Selama 10 tahun Salahuddin tinggal di 18
Damsyik di kawasan istana milik Nur ad-Din. Salahuddin menerima latihan ketenteraan daripada bapa saudaranya, Shirkuh yang juga ketika itu merupakan panglima kepada Nur al-Din dan sering mewakili
Nur
al-Din
dalam
kempennya
menentang Kerajaan
Fatimiyyah di Mesir sekitar tahun 1160.23
Salahuddin kemudiannya mewarisi tugas menentang Kerajaan Fatimiyyah (akhirnya tumpas) daripada bapa saudaranya dan dilantik menjadi panglima pada tahun 1169. Di sana, dia mengambil alih tugas sukar mempertahankan Mesir daripada diserang tentera Salib dibawahKerajaan Latin Baitulmuqaddis pimpinan Almaric I. Kemampuan
Salahuddin
diragui
pada
peringkat
awal
perlantikkannya sebagai panglima. Tiada sesiapa yang menyangka beliau dapat bertahan lama ekoran terdapat banyak perubahan dalam kerajaan dalam tahun sebelumnya seperti perebutan kuasa oleh gabenor-gabenor yang sedia ada dalam mendapat perhatian khalifah. Sebagai seorang ketua tentera asing dari Syria, Salahuddin tiada kuasa ke atas askar-askar Mesir yang terdiri daripada golongan Syiah yang ketika itu dipimpin oleh Khalifah Al-Adid.
Apabila
khalifah
bulan September 1171, mengumumkan
itu
Salahuddin
meninggal
dunia
mengarahkan
nama
Mustadi (Khalifah Abbasiyyah di Baghdad)
para
Khalifah semasa
solat
pada imam Al Jumaat.
Sekarang, walaupun Salahuddin yang memerintah Mesir tetapi hanya sebagai wakil Nur ad-Din. Selepas dilantik menjadi pemimpin Mesir, Salahuddin melakukan perubahan terhadap ekonomi Mesir, menyusun semula angkatan tentera, dan menuruti nasihat ayahnya 23 H. A. R. Gibb, Riwayat Hidup Salahuddin Al-Ayubbi: Hasil kerja Imad ad-Din dan Baha ad-Din. Clarendon Press, 1973.
19
supaya mengelak daripada sebarang konflik dengan Nur ad-Din. Beliau menunggu sehingga Nur ad-Din meninggal dunia sebelum memulakan beberapa siri kempen ketenteraan. Pada awalnya terhadap beberapa kerajaan-kerajaan Muslim yang kecil kemudian ke
atas
tentera
tahun 1174,
Salib.
beliau
mengisytiharkan
Dengan
kewafatan
menjadi Sultan Mesir.
kemerdekaan
daripada
Nur
ad-Din
Beliau
pada
kemudian
kerajaan Seljuk dan
mengasaskan Kerajaan Ayubbiyyah. Beliau turut mengembalikan ajaran Sunah Waljamaah di Mesir.24
5.
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL AYUBI KEPADA ASPEK
SOSIAL
Sumbangan beliau terserlah dalam tiga aspek, iaitu agama, pendidikan
dan
kesihatan.
Beliau
banyak
berusaha
untuk
menyebarkan agama Islam. Beliau mengambil berat tentang keutuhan agama Islam. Selain mendirikan masjid di merata-rata tempat, beliau juga melaksanakan undang-undang Islam. Beliau juga mengembalikan semula pengaruh Mazhab Sunni di Mesir. Masjid-masjid
yang
dibina
menjadi
pusat pembelajaran yang
penting, iaitu ilmu tafsir. Sultan Salehuddin juga memberikan perhatian terhadap sistem pendidikan prasekolah dengan membina banyak sekolah. Pembinaan hospital, gedung ubat-ubatan dan ruang khas di Hospital untuk pesakit wanita oleh beliau dalam aspek pembangunan kesihatan. Beliau juga memberi penekanan kepada pemulihan banteng kota Kaherah yang diawasi oleh al-Tawasyi iaitu seorang jurutera bangunan. Benteng ini dibina untuk mengawal negara daripada 24 Baha ad-Din, Sejarah Salahuddin Al-Ayubbi yang Hebat dan Gemilang, ed. D. S. Richards, Ashgate, 2002. 20
diceroboh musuh. Beliau juga mengarahkan pembinaan kubu Qal’ah al-Jabal bagi membendung saki-baki musuh yang masih ada di Kaherah. Selain itu, Salehuddin al-Ayyubi juga membangunkan Pasar alRaudah dan al-Gizah. ‘Diwan Armada’ turut ditubuhkan untuk menyelia urusan pembinaan kapal-kapal perang dan armada perang yang besar.. Sebagai seorang yang cintakan ilmu pengetahuan, beliau membina banyak sekolah dan menjemput golongan ulama dan cerdik
pandai.
Sistem
pendidikan
pra
sekolah
iaitu
al-Katib
diperkenalkan bagi menggalakkan kanak-kanak mempelajari al Quran, menghafal hadis serta meningkatkan kemahiran seni khat selain diajar asas ilmu matematik, syair, kata-kata hikmat serta beribadat.
21
RUJUKAN 1. al-Maqdisi, I. A. S. A. R. The Noble Dynasties : The History Of Nur alDin & Saladin. Jeddah: Islamic Education Foundation. 2. Gabrieli, F. C., E.J. . (1984). Arab historians of the crusades. London: Routledge & Kegan. 3. Hill, G. F. (1947). A History of Cyprus (Vol. 2). Cambridge: Cambridge University Press. 4. Humphreys, R. S. (1977). From Saladin to the Mongol: The Ayyubids of Damascus. New York: State University of New York Press. 5. Lane-Poole, S. (1906). Saladin and the Fall of the Kingdom of Jerusalem. London: G. P. Putnam's Sons. 6. Lyons, M. C., and Jackson, D. E. P. (1982). Saladin: The Politics of Holy War Cambridge: Cambridge University Press. 7. Runciman, S. (1990). A Histroy of the Cursades: The Kingdom of Jerusalem and the Frankish East 1100-1187 (Vol. 2). London: Penguin.
8. Syed Alwi Alatas, Biografi Agung Salahuddin Al-Ayyubi, Penakluk Tentera Salib 9. Jurnal Al-Tamaddun, universiti Malaya. 10. http://www.academia.edu/9941613/Perang_Hattin_1182 11. Baha ad-Din, Sejarah Salahuddin Al-Ayubbi yang Hebat dan Gemilang, ed. D. S. Richards, Ashgate, 2002. 12. H. A. R. Gibb, Riwayat Hidup Salahuddin Al-Ayubbi: Hasil kerja Imad ad-Din dan Baha ad-Din. Clarendon Press, 1973.
22
23
View more...
Comments