Sajak Tingkatan 4 www.sibermerdeka.com.my
July 11, 2017 | Author: KeeShengMing | Category: N/A
Short Description
Sinopsis, Nilai Pengajaran, Latar masyarakat, dan lain-lain yang dalam sajak www.sibermerdeka.com.my. Antologi Jaket Kul...
Description
Tajuk Sajak: www.sibermerdeka.com.my Maksud Sajak Rangkap 1: Penyajak telah membuat perancangan pada dirinya, iaitu untuk keluar daripada kepompong kesusahan hidupnya. Dia perlu menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang. Rangkap 2: Penyajak tidak mahu pemikirannya terkongkong sebaliknya akan memikirkan perihal susuah senang bagi mengelakkan dirinya daripada dipermain-mainkan. Rangkap 3: Banyak dugaan dan cabaran yang perlu ditempuh oleh penyajak dalam kehidupan. Kesemuanua itu untuk menguji keimanannya. Rangkap 4: Dalam keadaan berhati-hati, penyajak terpadaya juga oleh tipu muslihat yang begitu licik. Penyajak bernasib baik kerana cepat sedar akan tipu muslihat tersebut. Rangkap 5: Penyajak telah mempersiapkan dirinya jika berhadapan dengan sesuatu masalah. Dia juga perlu berani menghadapi sesuatu yang tidak dijangka akan terjadi dalam kehidupannya. Rangkap 6: Penyajak tidak lagi berasa takut oleh halangan dan rintangan yang memburk-burukkannya. Rangkap 7: Sekiranya terdapat sebarang masalah yang timbul, penyajak akan mengambil pendekatan yang terbaik bagi menganganinya. Penyajak memiliki pendirian tersendiri dan tidak akan mengulangi kesilapan yang telah dilakuka n sebelum ini. Rangkap 8: Banyak peristiwa pahit manis telah ditempuh oleh penyajak sepanjang kehidupannya. Dalam usia yang sudah meningkat tua, penyajak mengingatkan dirinya agar tidak lagi mempersiasiakan kehidupan sebaliknya mengisi masa tersebut untuk menambahkan amal ibadat kepada Tuhan.
Tema Tema sajak ini telah ketabahan seorang insan untuk mendepani dugaan hidup. Hal yang demikian kerana penyajak pernah terpedaya oleh tipu muslihat yang licik tetapi sabar menghadapinya. Selain itu, penyajak juga tabah menghadapi segala dugaan dalam hidup dan berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan yang pernah dilakukannya. Persoalan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Perlunya perancangan dan persediaan untuk mengharungi cabaran hidup. Kehidupan ini penuh dengan tipu muslihat dan pancaroba. Keinginan untuk tidak mengulangi kesilapan. Keinsafan untuk membaiki sisa-sisa kehidupan. Kekuatanan diri dalam melawan musuh. Keyakinan untuk menghadapi masa depan apabila memiliki pendirian yang teguh. Keinginan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.
Bentuk Sajak 1. Sajak ini berbentuk bebas. 2. Sajak ini terdiri daripada lapan rangkap. 3. Bilangan barisnya tidak sama; rangkap pertama ada empat baris, rangkap kedua ada empat baris, rangkap ketiga ada tiga baris, rangkap keempat ada tiga baris, rangkap kelima ada lima baris, rangkap keenam ada lima baris, rangkap ketujuh ada tujuh baris, dan rangkap kelapan ada lapan baris. 4. Jumlah patah kata dan suku kata dalam setiap baris sejak ini juga tidak sama. Misalnya, pada rangkap kelapan baris pertama ada lapan patah kata dengan sembilan belas suku kata. Sebaliknya pada rangkap pertama baris pertama ada tiga patah kata sahaja dengan tujuh suku kata. 5. Lima akhir rima sajak ini bebas; abac, abac, abb, abc, abbcd, abcbc, abcdeae, aabcadad. Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi 1.
Pemilihan kata yang indah dan ayat atau baris yang dibentuk adalah puitis. Contohnya:
bagai siang memanggil malam – rangkap 8, baris 4 2. Anafora. Contohnya: aku berlatih menangkis angin – rangkap 5, baris 2 dan 3 aku berlatih memunggah awan – rangkap 5, baris 2 dan 3 3. Metafora. Contohnya: (a) kebun diriku (b) parlimen diriku (c) arus ingatan
(d) pangkalan usia (e) warga fikirku 4. Sinkope. Contohnya: yang tak diduga klimaksnya – rangkap 5, baris 5 5. Personifikasi. Contohnya: (a) ombak gelora menampar pantai aman – rangkap 3, baris 2 (b) Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia - rangkap 8, baris 8 6. Unsur bunyi: (a) asonansi (perulangan bunyi vokal). Contohnya: i. aku tanam saujana rancangan Dalam contohnya ini, terdapat perulangan bunyi vokal a sebanyak sembilan kali. ii. Aku panggil diriku bermesyuarah Dalam contohnya ini, terdapat perulangan bunyi vokal u sebanyak tiga kali. (b) aliterasi (perulangan bunyi konsonan). Contohnya: i. peristiwa datang peristiwa pergi Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan p sebanyak dua kali. ii. Dalam dewan diriku Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan d sebanyak tiga kali. Nada Sajak ini bernada melankolik. Nada melankolik sesuai dengan sajak tersebut yang menggambarkan perasaan penyajak berusaha untuk menghadapi pelbagai cabaran hidup yang akhirnya ingin menghambakan diri kepada kepada Tuhan yang esa. Nilai 1.
Nilai rasional. Contohnya, penyajak mempunyai perancangan agar hidupnya tidak susah
lagi. 2. Nilai kebebasan. Contohnya, penyajak tidak mahu kehidupannya dipermain-mainkan. 3. Nilai kebijiaksan. Contohnya, penyajak akan berhujah dengan dirinya sebelum membuat sesuatu keputusan. 4. Nilai keinsafan. Contohnya, penyajak tidak akan mengulangi kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini. 5. Nilai berwaspada. Contohnya, penyajak sedar akan tipu daya dan akan lebih berwaspada pada masa akan datang. 6. Nilai penghargaan. Contohnya, penyajak tidak mahu hidup ini dipersia-siakan. 7. Nilai ketakwaan. Contohnya, penyajak akan menjadi insan yang taat kepada Tuhan.
Pengajaran
1. 2. 3. 4. 5.
Kita Kita Kita Kita Kita 6. Kita
hendaklah rasional dalam mengabil sesuatu tindakan. perlulah berfikir semasak-masaknya sebelum mengambil sesuatu keputusan. hendaklah insaf akan kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini. perlulah berwaspada akan tipu muslihat pihak lawan. hendaklah menghargai umur yang diberikan oleh Tuhan. perlulah bertakwa kepada Tuhan.
View more...
Comments