Sains Tahun 5 Peperiksaan Pertengahan Tahun (Mei) 2015
July 13, 2017 | Author: Nurhi Akin | Category: N/A
Short Description
Ujian Sains Tahun 5...
Description
Bahagian A (30 markah) Bahagian ini mengandungi 30 soalan. Anda diberi empat jawapan iaitu A, B, C, dan D untuk setiap soalan. Pilih jawapan yang betul untuk setiap soalan. Masa yang dicadangkan untuk menjawab bahagian ini ialah 45 minit. 1. Antara pernyataan berikut, yang manakah BENAR tentang peraturan bilik sains? A. Murid boleh masuk ke dalam bilik sains pada bila-bila masa. B. Murid dibenarkan masuk ke dalam bilik sains di bawah pengawasan ibu bapa. C. Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik sains tanpa kebenaran guru. D. Ketua kelas dibenarkan masuk ke dalam bilik sains tanpa kebenaran guru. 2. Rajah 1 menunjukkan dua longgok buku yang diletakkan berhampiran dengan nyalaan penunu Bunsen.
Rajah 1 Mengapakah tindakan ini sangat berbahaya dan dilarang? A. Boleh mengakibatkan kebakaran. B. Mengganggu tugas memanaskan bahan kimia. C. Menghalang pergerakan murid di dalam bilik sains. D. Menyukarkan murid menjalankan aktiviti sains. 3. Seorang murid menjatuhkan sebuah bikar ke atas lantai. Dia kemudiannya memungut serpihan kaca dan mencampakkannya ke dalam bakul sampah. Apakah tindakan yang harus kamu ambil jika kejadian ini berlaku? A. Lapor kepada guru apabila ada masa lapang. B. Lapor kepada guru dengan serta-merta. C. Lapor kepada guru pada waktu rehat. D. Lapor kepada guru selepas sekolah. 4. Mengapakah kita mesti sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan bilik sains? A. Supaya dapat dipuji oleh guru. B. Supaya bilik sains kelihatan cantik. C. Supaya bilik sains bebas daripada lalat. D. Untuk mengelakkan kemalangan. 5. Apakah pemerhatian yang dapat dibuat berdasarkan gambar dan maklumat dalam Rajah 2?
1
A. B. C. D.
Rajah 2 Tikus di dalam bekas kaca sangat aktif. Tikus tidak sesuai hidup di dalam bekas kaca. Setiap bekas kaca mengandungi seekor tikus. Tikus di dalam bekas kaca mati selepas enam jam.
6. Rajah 3 menunjukkan sepasu pokok bunga di halaman rumah yang diletak di dalam sebuah kotak hitam. Pokok bunga itu disiram air dua kali sehari.
Rajah 3 Ramalkan keadaan pokok selepas lima hari. A. Pokok ini akan berbunga. B. Bilangan daun pokok ini akan bertambah. C. Daun-daun pokok ini akan menjadi kuning. D. Daun-daun pokok ini akan menjadi lebih berkilat. 7. Rajah 4 menunjukkan susunan radas yang disediakan dalam satu penyiasatan untuk mengkaji keperluan asas haiwan. Selepas seminggu, siput di dalam bekas P didapati masih hidup tetapi siput di dalam bekas Q sudah mati.
Rajah 4 Apakah inferens yang boleh dibuat tentang keadaan siput di dalam bekas Q? A. Kekurangan air. B. Kekurangan udara. C. Kekurangan makanan. D. Kekurangan pasangan membiak. 2
8. Antara peralatan berikut, yang manakah sesuai digunakan untuk menimbang berat buah nanas? A.
C.
B.
D.
9. Antara pernyataan berikut, yang manakah TIDAK BETUL tentang kemahiran melakar spesimen? A. Spesimen yang dilakar mesti dilabelkan. B. Lakaran dibuat dengan menggunakan pensel. C. Semua lakaran mesti diwarnakan dengan cantik. D. Pembaris digunakan untuk melukis garisan label. 10. Rajah 5 menunjukkan seekor ikan buntal.
Rajah 5 Apakah ciri khas ikan itu untuk melindungi diri daripada musuh? A. Tanduk. B. Sisik keras. C. Duri tajam. D. Cangkerang keras. 3
11. Maklumat berikut menunjukkan ciri-ciri khas haiwan untuk melindungi diri daripada musuh.
P – Tanduk tajam Q – Kuku tajam R – Bulu tebal S – Kulit tebal Antara ciri berikut, yang manakah dapat digunakan untuk mengumpulkan badak sumbu dan kerbau dalam kumpulan yang sama? A. P dan Q B. P dan S
C. Q dan S D. R dan S
12. Antara yang berikut, yang manakah BUKAN ciri atau tingkah laku unta untuk menyesuaikan diri di kawasan gurun? A. Bonggol untuk menyimpan lemak. B. Berendam dalam pasir untuk menyejukkan badan. C. Bulu yang tebal membantu memantulkan cahaya matahari yang cerah. D. Bulu mata yang tebal dan panjang untuk melindungi mata daripada pasir. 13. Antara maklumat berikut, yang manakah TIDAK BENAR?
Haiwan
Caranya melindungi diri daripada cuaca melampau
A.
Penguin
Mempunyai lapisan lemak yang tebal di bawah kulit.
B.
Beruang kutub
Mempunyai telinga yang kecil.
C.
Burung bangau
Berendam dalam air yang sejuk.
D.
Tupai
Tidur sepanjang musim sejuk.
14. Rajah 6 menunjukkan satu model haiwan yang direka cipta.
4
Ciri-ciri haiwan rekaan ini: Saiz badan seperti kucing. Berbulu panjang dan tebal. Bulu boleh kembang menjadi keras dan tajam apabila
diganggu. Mempunyai taring dan kuku yang tajam.
Rajah 6 Antara yang berikut, yang manakah TIDAK BETUL tentang kegunaan ciri-ciri haiwan itu? A. Menyerang musuh dengan kuku dan taring yang tajam. B. Bulu yang tebal menyejukkan badan semasa musim panas. C. Kembangkan bulu apabila diserang untuk menakutkan musuh. D. Mempertahankan diri dengan bulu yang keras dan tajam apabila diganggu. 15. Rajah 7 menunjukkan cara ibu kucing menyusui dan menjaga anak-anaknya.
Menyusui anak
Menjaga anak
Rajah 7 Apakah tujuan tindakan kucing itu? A. Melindungi anak kucing. B. Memastikan kemandirian spesies kucing. C. Memastikan anak-anak kucing mendapat makanan. D. Memastikan anak-anak kucing tidak berlawan antara satu sama lain. 16. Bagaimanakah penyu memastikan keselamatan telurnya? I. Bertelur pada waktu malam. II. Menimbus telurnya di dalam pasir. III. Mengeram telurnya sehingga menetas. IV. Membawa anak-anak yang baru menetas ke dalam laut. A. B. C. D.
I dan II I dan IV II dan III III dan IV
17. Rajah 8 menunjukkan satu kaedah pengelasan haiwan.
5
Haiwan
X Menghasilkan beberapa biji telur. Mengeram telur sehingga menetas.
Y Menghasilkan banyak telur. Membiarkan telur menetas sendiri.
Rajah 8 Antara haiwan berikut, yang manakah dikelaskan dengan BETUL dalam kumpulan X dan Y?
X
Y
A.
Ayam
Nyamuk
B.
Ular
Buaya
C.
Itik
Banggau
D.
Penyu
Siput
18. Antara tindakan berikut, yang manakah TIDAK membantu memastikan kemandirian spesies? A. Bergerak dalam kumpulan. B. Mencari makanan untuk anak. C. Membiarkan anak haiwan melindungi dirinya sendiri. D. Membawa anak haiwan bersama ke mana-mana. 19. Antara haiwan dan cara penjagaan anaknya, yang manakah TIDAK BETUL?
A.
Kucing
Menyerang apabila anaknya diganggu.
B.
Kanggaru
Membawa anak di dalam kantungnya.
C.
Rusa
Melindungi anak dengan kuku dan taring yang tajam.
D.
Kala jengking
Membawa anaknya di belakang badannya.
6
20. Rajah 9 menunjukkan empat jenis hidupan.
Rajah 9 Antara rantai makanan berikut, yang manakah BETUL? A. P Q R S B. Q S P R C. R P S Q D. S Q R P 21. Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber tenaga utama dalam pemakanan hidupan? A. Tumbuhan. B. Manusia. C. Haiwan. D. Matahari. 22. Rajah 10 menunjukkan satu siratan makanan.
Rajah 10 Pengelasan manakah yang betul?
Herbivor
Karnivor
Omnivor
A.
P
Q, S, T
R, U
B.
Q
S, T
R, U
C.
R, U
T
Q, S
D.
T
R, S, U
Q
7
23. Rajah 11 menunjukkan satu siratan makanan.
Rajah 11 Berapakah rantai makanan yang terdapat dalam siratan makanan ini? A. 4 B. 5 C. 6 D. 7 24. Rajah 12 menunjukkan satu siratan makanan.
Rajah 12 Apakah yang akan berlaku jika bilangan N berkurang? A. Bilangan O berkurang. C. Bilangan L berkurang. B. Bilangan M berkurang. D. Bilangan P bertambah. 25. Antara pernyataan berikut, yang manakah TIDAK BENAR? A. Sejenis haiwan boleh menjadi sumber makanan kepada haiwan lain. B. Kepupusan spesies tumbuhan tertentu boleh menyebabkan sesetengah spesies haiwan menjadi pupus. C. Kepupusan spesies haiwan tertentu boleh menyebabkan sesetengah spesies haiwan lain menjadi pupus. D. Manusia tidak dipengaruhi oleh kepupusan sebarang spesies tumbuhan ataupun haiwan. 26. Rajah 13 menunjukkan sepohon pokok keladi.
8
Rajah 13 Apakah ciri khas tumbuhan itu untuk melindungi dirinya daripada musuh? A. Daun yang beracun. B. Buah yang berbau busuk. C. Daun yang menghasilkan getah. D. Bulu halus pada permukaan daun. 27. Satu penyiasatan dijalankan oleh sekumpulan murid ke atas seekor siput dan sejenis daun. Rajah 14 menunjukkan pemerhatian yang dibuat selepas dua jam.
Rajah 14 Apakah kesimpulan yang dapat dibuat melalui penyiasatan itu? A. Daun itu beracun. B. Daun itu berbau busuk. C. Semua daun dimakan oleh siput. D. Siput memerlukan makanan untuk hidup. 28. Rajah 15 menunjukkan sejenis tumbuhan yang hidup di kawasan gurun. Antara pernyataan berikut, yang manakah TIDAK BENAR tentang penyesuaian tumbuhan ini dengan cuaca yang melampau?
Rajah 15 A. B. C. D.
Mempunyai batang yang boleh menyimpan air. Mempunyai akar yang panjang untuk mencari air. Mempunyai batang yang berbulu halus untuk menyerap kelembapan. Mempunyai daun berbentuk jarum untuk mengurangkan kehilangan air.
29. Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri lalang untuk melindungi dirinya apabila angin kencang bertiup? I. Akar banir yang memegang pokok dalam tanah. 9
II. III. IV. A. B. C. D.
Batang yang berkulit tebal supaya tidak dimusnahkan oleh angin kencang. Daun yang kurus dan panjang supaya tidak mudah koyak oleh tiupan angin. Batang yang mudah lentur supaya tidak mudah patah apabila ditiup angin kencang. I dan II I dan IV II dan III III dan IV
30. Antara tumbuhan berikut, yang manakah boleh menggulungkan daun semasa cuaca panas untuk mengurangkan kehilangan air? I. Pokok keladi. II. Pokok pisang. III. Kaktus. IV. Rafflesia. A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV
Bahagian B (20 markah) Bahagian ini mengandungi 4 soalan. Jawab semua soalan. Masa yang dicadangkan untuk menjawab bahagian ini ialah 30 minit.
1. Rajah 1 menunjukkan seorang murid yang sedang menjalankan satu aktiviti sains yang melibatkan pemanasan air.
Rajah 1 a) Ramalkan dua kemalangan yang mungkin berlaku. 1. ____________________________________________________________ 2. ____________________________________________________________ (2 markah) b) Nyatakan langkah-langkah kemalangan di (a).
yang
10
boleh
diambil
untuk
mengelakkan
1. ___________________________________________________________ 2. ____________________________________________________________ (2 markah) c) Apakah yang harus dilakukan dengan segera oleh murid tersebut jika berlakunya sebarang kecederaan di dalam bilik sains? ______________________________________________________________ (1 markah)
2. Jadual 1 menunjukkan keputusan satu penyiasatan untuk membandingkan masa yang diambil untuk melarutkan kuantiti gula pasir yang berbeza dalam 750 ml air. Jisim gula (g) Masa gula melarut (s)
50 5
100 8
150 13
200 20
Jadual 1 a) Apakah tujuan penyiasatan ini? ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ (1 markah) b) Nyatakan satu pemboleh ubah yang perlu dimalarkan dalam penyiasatan ini. 1. ___________________________________________________________ (1 markah) c) Nyatakan : (i)
Pemboleh ubah dimanipulasi, ________________________________________________________
(ii)
Pemboleh ubah bergerak balas, ________________________________________________________ (2 markah)
d) Nyatakan satu hubungan antara pemboleh ubah yang dimanipulasi dengan pemboleh ubah bergerak balas dalam penyiasatan ini. 11
______________________________________________________________ ______________________________________________________________ (1 markah)
3. Satu penyiasatan dibuat untuk mengkaji bilangan penyu yang datang ke sebuah pantai untuk bertelur dari tahun 2011 hingga tahun 2014. Carta palang dalam Rajah 2 menunjukkan maklumat yang dikumpul.
Bilangan penyu
Tahun 2011
2012
2013
2014
Rajah 2 a) Tuliskan satu pemerhatian yang dapat dibuat tentang bilangan penyu yang datang untuk bertelur dari tahun 2011 hingga tahun 2014. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ (1 markah) b) Nyatakan satu sebab (inferens) untuk pemerhatian di (a). ______________________________________________________________ (1 markah) c) Apakah corak perubahan bilangan penyu yang datang untuk bertelur dari tahun 2011 hingga tahun 2014? ______________________________________________________________ (1 markah) d) Nyatakan dua cara penyu memastikan keselamatan telurnya. 1. ___________________________________________________________ 12
2. ___________________________________________________________ (2 markah) 4. Rajah 3 menunjukkan satu siratan makanan di sebuah sawah padi.
Belalang
Padi
Burung Pipit
Tikus
Katak
Ular Rajah 3
a) Tuliskan tiga rantai makanan berdasarkan siratan makanan dalam Rajah 3. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ (3 markah) b) Apakah yang akan berlaku jika semua pokok padi termusnah akibat kemarau? ______________________________________________________________ (1 markah) c) Apakah kepentingan siratan makanan? ______________________________________________________________ (1 markah)
KERTAS SOALAN TAMAT
13
View more...
Comments