sadari

November 1, 2017 | Author: Ivan Ho | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

sadari...

Description

PEMERIKSAAN PAYUDARA

SENDIRI (PSP)

Apakah yang menyebabkan kanser payudara? • Penyebab sebenarnya kanser payudara tidak di ketahui. Setiap wanita berusia 20 tahun keatas adalah berisiko menghidap kanser payudara.

Faktor-faktor berikut mungkin menambahkan risiko wanita menghidap kanser payudara: Usia meningkat Ada keluarga yang menghidap kanser payudara. Telah mendapat kanser pada satu payudara. Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun) • Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun. • Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak hawani. • • • •

CARA MELAKUKAN PSP

A. Melihat Perubahan Di Hadapan Cermin • Kedudukan 1 Tanggalkan pakaian anda pada paras pinggang, dan lihat diri anda di hadapan cermin

• Kedudukan 2 Angkat kedua-dua tangan ke atas kepala anda. Periksa payudara anda dari berbagai sudut.

• Kedudukan 3 Berdiri tegak di hadapan cermin dengan tangan anda di sisi.miring ke kiri dan ke kanan untuk melihat perubahan pada payudara.

• Kedudukan 4 Tegangkan otot-otot bagian dada anda dengan memegang pinggang dan melihat ke bawah.

B. Melihat Perubahan Dengan Cara Berbaring • Langkah 1: Gunakan tangan kiri anda untuk memeriksa payudara kanan anda. Gunakan telapak jarijari anda untuk memeriksa BENJOLAN atau PENEBALAN

• Langkah 2: Gerakkan tangan anda perlahanlahan ke bawah ke arah garis Bra menggunakan putaran ringan dan tekanan kuat di setiap tempat. Di-bagian bawah garis Bra bergerak lebih kurang dua sentimeter ke kiri dan terus kearah atas menuju tulang selangka anda dengan melakukan putaran dan tekanan. Bergeraklah ke atas dan ke bawah mengikut urutan dan meliputi seluruh kawasan yang di tujukkan.

• Langkah 3 : Bermula di bagian atas payudara anda, buat putaran yang besar. Bergeraklah sekeliling payudara anda dengan memerhatikan benjolan atau penebalan yang luar biasa.

• Langkah 4 : Menggunakah kedua-dua belah tangan, tekan payudara anda untuk melihat sama ada terdapat lelehan dari puting payudara.

• Langkah 5 : Memeriksa Ketiak Anda

Jatuhkan tangan kanan anda ke sisi dan rasa ketiak anda dengan teliti untuk merasakan benjolan.

Contoh-contoh gambar Kanser Payudara

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF