Rumusan Dan Petikan Umum (Jawapan)

August 14, 2017 | Author: Fizah Hafizah | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

ulangkaji...

Description

ANSWER (1) Soalan 1 : Rumusan Pendahuluan Petikan membincangkan manfaat kunyit yang digunakan oleh pelbagai masyarakat untuk tujuan perubatan. Isi­isi tersurat (khasiat kunyit dalam bidang perubatan) 1 Ibu kunyit membantu wanita yang baru bersalin membersihkan dan mengecutkan rahim 2 Penggunaan kunyit bersama lada hitam dapat memanaskan badan 3 Mengubat pelbagai penyakit dalaman dan luaran tubuh 4 Menyembuhkan luka dan mengurangkan kesakitan 5 Melancarkan peredaran darah manusia 6 Menghilangkan lebam dan darah beku 7 Menghilangkan bisa akibat patukan ular tedung 8 Sebagai salah satu bahan herba yang amat mujarab sebagai pencuci 9 Mengubati penyakit kulit dan gatal­gatal 10 Mempunyai sifat antibarah dan antiradang  Isi­isi   tersirat   (cara­cara   untuk   menyedarkan   masyarakat   tentang   kepentingan tumbuhan herba untuk perubatan) 1 Ceramah atau kempen tentang kepentingan tumbuhan herba untuk perubatan 2 Media massa memperbanyak artikel tentang kepentingan tanaman herba 3 Pertandingan menulis artikel tentang kepentingan herba dalam perubatan  4 Memperbanyak produk kesihatan berasaskan tumbuhan herba 5 Mewujudkan lebih banyak taman-taman botani untuk tujuan rekreasi dan penyelidikan Penutup Kesimpulannya, penggunaan kunyit dalam bidang perubatan perlu mendapat sokongan daripada masyarakat supaya perubatan berasaskan herba dapat berkembang maju seiring dengan perkembangan dalam bidang perubatan moden. Soalan 2(a) ­ Petikan Umum (i) Maksud   rangkai   kata   'ubat   penyakit   kronik'   ialah   penawar   untuk   mengubati gangguan kesihatan yang kritikal. (ii) Keistimewaan­keistimewaan   kunyit   ialah   sebagai   rempah­ratus   untuk menyedapkan  masakan.   Kunyit   juga   digunakan   dalam   perubatan   tradisional   untuk   merawat pelbagai penyakit. Selain itu, kunyit juga digunakan dalam upacara keagamaan dan pemujaan. (iii) Pada   pendapat   saya,   sebab   sebilangan   masyarakat   enggan   berubat   dengan menggunakan kunyit walaupun tumbuhan herba ini dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit adalah kerana tumbuhan kunyit belum terbukti keberkesanannya sebagai ubat yang   diyakini   oleh   masyarakat.   Seterusnya,   masyarakat   pada   masa   kini   lebih mempercayai perubatan moden yang mudah dan ringkas. Selain itu,  keadaan ini berlaku

1

ANSWER kerana   kurangnya   promosi   tentang   perubatan   tradisional   khususnya   kunyit   dalam kalangan masyarakat. ____________________End Of Answer______________________ (2)

Soalan 1 : Rumusan Pendahuluan Petikan   membincangkan   kepentingan   menyertai   kegiatan   kokurikulum   (Ko­k)   dalam kalangan murid sekolah. Isi­isi tersurat (faedah menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah) 1 Melahirkan murid yang aktif dan kreatif 2 Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek 3 Memanfaatkan masa dengan melakukan aktiviti yang berfaedah 4 Mengasah bakat untuk lebih yakin dan berani 5 Menyemai minat dan hobi 6 Membentuk disiplin dan sahsiah pelajar 7 Melahirkan murid yang cemerlang  8 Menjadikan pencapaian seimbang antara akademik dengan kokurikulum 9 Memperoleh nilai tambah dalam aspek kemahiran 10 Melahirkan murid yang berfikiran  positif, matang dan berwibawa Isi­isi tersirat (kesannya dari segi kesihatan) 1 Menyihatkan tubuh badan 2 Mencerdaskan minda 3 Melancarkan peredaran darah dalam badan 4 Menambahkan metabolisme badan 5 Terhindar daripada pelbagai penyakit kronik 6 Mengelakkan obesiti Penutup Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu untuk menggalakkan murid­murid menyertai aktiviti Ko­k supaya negara dapat melahirkan golongan yang cerdas dan cergas demi masa depan negara. Soalan 2(a) ­ Petikan Umum (i) Maksud rangkai kata 'mengasah bakat istimewa ialah mengembangkan kebolehan semula jadi yang luar biasa. (ii) Tiga cara aktiviti Ko­k dapat memupuk perpaduan dalam kalangan murid adalah dengan   mendedahkan   mereka   dengan   semangat   muafakat,   bekerjasama   dan tolong­menolong. Selain itu, penglibatan murid­murid dalam aktiviti Ko­k dapat mewujudkan   semangat   setia   kawan.   Seterusnya,   murid­murid   dapat   diterapkan dengan daya kepimpinan dan pengurusan serta cara untuk berorganisasi apabila bersama­sama menjalani aktiviti Ko­k. (iii) Pada pendapat saya, murid­murid kurang berminat untuk menyertai aktiviti Ko­k kerana  2

ANSWER mereka   beranggapan   bahawa   kegiatan   kokurikulum   meletihkan.   Mereka   juga beranggapan bahawa Ko­k membuang masa. Seterusnya, mereka beranggapan bahawa penglibatan dalam Ko­k tidak diambil kira dalam bidang kerjaya. Selain itu, kesedaran dalam   diri   murid­murid   tentang   kepentingan   aktiviti   Ko­k   amat   kurang   kerana   tiada galakan daripada keluarga. _____________________End Of Answer______________________ (3)

Soalan 1 : Rumusan Pendahuluan Petikan membincangkan kesan negatif internet terhadap masyarakat pada hari ini. Isi­isi tersurat (keburukan internet dalam masyarakat) 1 Menyalahgunakan kemudahan internet untuk kepentingan sendiri 2 Laporan yang disiarkan berdasarkan khabar angin dan tuduhan liar 3 Menimbulkan sentimen perkauman dalam masyarakat yang berbilang kaum 4 Menggunakan internet untuk memburuk­burukkan dan menabur fitnah 5 Meningkatnya kejadian buli siber dan gangguan siber 6 Menjejaskan pertumbuhan dan pembangunan negara 7 Meningkatkan kos penyelenggaraan 8 Menjejaskan dan menjatuhkan maruah dan imej individu dan keluarga 9 Mewujudkan masyarakat antisosial 10 Menjejaskan kesihatan seseorang Isi­isi tersirat (langkah­langkah mengatasinya) 1 Tindakan undang­undang terhadap pesalah siber 2 Kempen kesedaran tentang penggunaan internet 3 Mengehadkan tempoh beroperasi di kafe siber 4 Ibu bapa memantau anak­anak yang menggunakan internet 5 Guru-guru mendidik murid-murid menggunakan internet secara bijak Penutup Kesimpulannya,  pengguna  internet  mestilah  menggunakan  internet  dengan  bijak  demi kesejahteraan hidup semua pihak. Soalan 2(a) ­ Petikan Umum (i) Maksud rangkai kata 'jaringan telekomunikasi' ialah rangkaian perhubungan. (ii) Isu­isu   sensitif   yang   boleh   menjejaskan   hubungan   antara   kaum   di   negara   kita ialah penyebaran artikel, khabar­khabar angin dan gosip. Selain itu, hal­hal yang berkaitan dengan agama sesuatu kaum juga boleh menjejaskan hubungan yang sedia wujud antara kaum. Seterusnya, tindakan mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu juga dapat menjejaskan hubungan antara kaum di negara kita. (iii) Pada   pendapat   saya,   dua   cara   internet   dapat   membantu   murid­murid meningkatkan prestasi akademik adalah dengan melayari laman web yang banyak di internet terutama yang berkaitan dengan pendidikan untuk keperluan murid­ murid   mendapatkan   ilmu   pengetahuan   yang   baharu   sebanyak   yang   mungkin. Dengan internet juga murid­murid juga dapat menambahkan pengalaman apabila 3

ANSWER berinteraksi  dengan rakan terutama  tentang  pelajaran  melalui pertukaran e­mel atau bual bicara. _____________________End Of Answer______________________

(4) Soalan 1 : Rumusan Pendahuluan Petikan membincangkan cara-cara menanamkan minat membaca dalam kalangan murid. Isi-isi tersurat (usaha menanam minat membaca dalam kalangan murid oleh pihak sekolah) 1 Pelaksanaan Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam) 2 Guru menggalakkan pelajar berkunjung ke perpustakaan untuk membuat rujukan 3 Menyediakan ruang kecil sebagai 'Medan Membaca' 4 Mempergiat kempen membaca di peringkat sekolah 5 Mengadakan pertandingan perbahasan, pidato dan bercerita 6 Menyediakan pondok bacaan berserta bahan bacaan 7 Membaca buku oleh guru bersama murid semasa perhimpunan sekolah 8 Menjemput murid membaca ulasan atau sinopsis buku yang dibaca oleh mereka 9 Melanggan surat khabar dan majalah 10 Memperluas aktiviti akhbar dan majalah dalam kelas Isi-isi tersirat (faedah-faedah membaca) 1 Menambahkan ilmu pengetahuan 2 Banyak maklumat yang kita peroleh 3 Melahirkan masyarakat yang berpengetahuan 4 Dapat menggunakan masa lapang dengan aktiviti membaca 5 Membaca merupakan satu hiburan 6 Melancarkan pertuturan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris Penutup Kesimpulannya, kita haruslah bekerjasama untuk menyemai minat membaca khususnya dalam kalangan murid supaya generasi masa depan negara berilmu dan berwawasan. Soalan 2(a) - Petikan Umum (i) Maksud rangkai kata 'desakan peperiksaan' ialah keperluan ujian. (ii) Beberapa cara oleh ibu bapa untuk menyemai minat membaca dalam kalangan anak-anak mereka adalah dengan menjadi teladan kepada anak-anak dengan cara membaca buku di hadapan mereka. Ibu bapa juga boleh menyediakan kemudahan bilik bacaan atau perpustakaan mini di rumah. Selain itu mereka juga boleh menyediakan bahan bacaan yang sesuai dengan peringkat umur anak-anak mereka. (iii) Pada pendapat saya, empat punca yang menyebabkan seseorang murid itu kurang berminat untuk membaca ialah ibu bapa kurang memberi galakan. Selain itu, murid tersebut kurang kesedaran tentang faedah dan manfaat membaca. 4

ANSWER Seterusnya, harga bahan-bahan bacaan di pasaran yang tinggi. Akhir sekali, pengaruh televisyen, komputer, internet dan sebagainya. _____________________End Of Answer______________________

(5)

Soalan 1 : Rumusan Pendahuluan Petikan membincangkan kepentingan industri kecil dan sederhana (IKS) di negara kita. Isi-isi tersurat (faedah industri kecil dan sederhana (IKS) 1 Wadah bagi menghasilkan perkhidmatan dan produk atau kerja tangan yang dihasilkan oleh masyarakat kampung 2 Memberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan ekonomi negara 3 Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk kampung 4 Mengurangkan kadar penghijrahan penduduk desa ke pusat-pusat bandar 5 Meningkatkan warisan budaya negara 6 Menarik perhatian pelancong untuk datang ke negara kita 7 Produknya yang terkenal menjadi identiti sesebuah kampung 8 Menggalakkan penduduk desa melibatkan diri dengan aktiviti perniagaan 9 Dahulu aktiviti ini diusahakan secara kecil-kecilan, kini usahawan IKS semakin banyak 10 Modal dan kos penyelenggaraan yang rendah Isi-isi tersirat (kekangan yang dihadapi untuk memajukan industri tersebut) 1 Sikap masyarakat yang kurang berminat dengan bidang pertanian 2 Kurang penggunaan teknologi moden bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran 3 Pasaran yang terhad kerana kurangnya promosi 4 Kurang penyelidikan dan kajian yang menyeluruh 5 Harga pasaran yang terlalu murah Penutup Kesimpulannya, masyarakat perlu menyokong penghasilan produk IKS agar hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih banyak usahawan IKS bertaraf global menjadi kenyataan. Soalan 2(a) - Petikan Umum (i) Maksud rangkai kata 'unik dan bermutu' ialah lain daripada yang lain serta bernilai tinggi. (ii) Tiga langkah untuk memajukan industri kecil dan sederhana (IKS) di negara kita ialah pelancaran dan penyusunan semula program Satu Daerah Satu Industri. IKS juga dapat dimajukan dengan cara perkongsian teknologi dan kemahiran dengan negara-negara jiran bagi menghasilkan produk tempatan yang berkualiti. Selain itu, perubahan daya fikir, budaya kerja dan kualiti produk dilakukan oleh

5

ANSWER usahawan IKS bagi menjamin produk yang dihasilkan oleh mereka lebih berdaya maju dan kekal lama di pasaran. (iii) Pada   pendapat   saya,   dua   cara   usahawan   IKS   dapat   bersaing   dengan   jenama produk atau perkhidmatan yang kukuh dan terkenal di pasaran adalah dengan melakukan inisiatif  yang berbeza  sama ada dalam bentuk penghasilan  produk atau  penjenamaan. Cara ini penting bagi memajukan jenama dan produk yang baharu ke peringkat global. Selain itu, usahawan IKS juga perlu mendapatkan pengiktirafan standard yang diterima pakai   di   peringkat   antarabangsa.   Cara   ini   penting   bagi   meningkatkan   keyakinan pengguna di pasaran tempatan dan global. _____________________End Of Answer______________________ (6)

Soalan 1 : Rumusan Pendahuluan Petikan membincangkan peranan guru dalam bidang pendidikan di negara kita. Isi-isi tersurat (kepentingan guru dalam bidang pendidikan) 1 Tunggak utama kepada keberkesanan pendidikan 2 Menyampaikan pelbagai ilmu pengetahuan 3 Melahirkan generasi yang prihatin, cekap dan berwawasan 4 Mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid 5 Membentuk murid yang berbudi pekerti, berdikari, rajin dan bertanggungjawab 6 Melahirkan masyarakat yang beriman, berakhlak, berteknologi dan berwawasan 7 Membentuk sikap berkasih sayang antara murid dengan murid dan murid dengan guru 8 Membentuk disiplin murid yang baik 9 Mendidik murid menghormati guru dan rakan sebaya 10 Memberi nasihat, bimbingan dan dorongan Isi-isi tersirat (masalah-masalah yang dihadapi untuk memperkasa profesion keguruan) 1 Beban tugas yang terlalu banyak termasuk tugas mengajar, berkursus dan perkeranian 2 Wujud jurang antara guru di pendalaman dengan guru di bandar 3 Kekurangan guru yang benar-benar mahir dengan subjek yang diajar 4 Kekurangan guru untuk menampung jumlah murid yang besar 5 Banyak masa terbuang kerana karenah birokrasi Penutup Kesimpulannya, semua pihak harus menghargai kerjaya sebagai guru agar bidang ini dapat diperkasa bagi melahirkan modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Soalan 2(a) - Petikan Umum (i) Maksud rangkai kata 'tugas dan tanggungjawab' ialah kewajiban yang harus dilaksanakan dengan penuh amanah. (ii) Kriteria-kriteria yang harus dimiliki oleh seseorang guru dalam menjamin kejayaan   dan   keberkesanan   dalam   bidang   pendidikan   negara   ialah   keluhuran peribadi   yang   tinggi,   iaitu   kesedaran,   keinsafan   dan   tanggungjawab   sebagai

6

ANSWER

(iii)

pendidik. Seseorang guru juga mesti mempunyai   ilmu   pengetahuan   yang secukupnya.   Selain   itu,   guru   juga   perlu   melengkapkan   diri   dengan   pelbagai kemahiran seiring dengan keperluan semasa. Pada pendapat saya, profesion keguruan lebih banyak dimonopoli oleh golongan wanita berbanding golongan lelaki kerana golongan wanita lebih penyabar untuk menggalas tugas mengajar murid yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Selain itu, golongan wanita bijak mengurus berpuluh-puluh orang murid dalam satu-satu kelas kerana biasa mengurus anak-anak di rumah. Seterusnya, golongan wanita juga dapat menerima suasana di tempat kerja yang sama dalam jangka masa yang panjang berbanding golongan lelaki yang lebih menyukai cabaran kerja di luar pejabat. Akhir sekali, golongan wanita juga biasa dengan kerja-kerja perkeranian berbanding golongan lelaki yang lebih berminat dengan bidang teknikal.

_____________________End Of Answer______________________

7

ANSWER

(7)

Soalan 1 : Rumusan Pendahuluan Petikan membincangkan usaha-usaha memartabatkan seni batik di Malaysia. Isi-isi tersurat (langkah-langkah memartabatkan batik Malaysia) 1 Mewajibkan anggota perkhidmatan awam kecuali anggota beruniform memakai batik pada setiap 1 dan 15 hari bulan pada setiap bulan 2 Diwajibkan untuk memakai batik buatan tempatan 3 Memberi nafas baharu kepada industri batik negara untuk terus berkembang 4 Menghidupkan seni warisan negara 5 Kerajaan menggalakkan pengusaha batik melakukan penyelidikan 6 Pengusaha batik digesa agar menggunakan teknologi yang baharu 7 Penguasa batik menghasilkan rekaan yang menarik dan berkualiti 8 Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia mengadakan program pemasaran dan promosi di tempat-tempat yang strategik dan lokasi­lokasi baharu di serata dunia 9 Memperkenalkan batik buatan tempatan dengan menambahkan jumlah koleksi 10 Kerjasama   antara   syarikat­syarikat   tempatan   dengan   agen­agen   di   luar   negara melalui penganjuran majlis­majlis fesyen Isi-isi tersirat (masalah yang dihadapi untuk memajukan industri batik) 1 Kurang sambutan daripada masyarakat 2 Promosi terhadap batik tempatan kurang 3 Pengusaha batik khususnya IKS kekurangan modal 4 Kurang penggunaan teknologi moden 5 Pasaran yang tidak menyeluruh Penutup Kesimpulannya, industri batik perlu terus dipertahankan dalam usaha untuk memartabatkan batik tempatan agar warisan kebudayaan dan kesenian negara ini dapat diwarisi oleh generasi demi generasi. Soalan 2(a) - Petikan Umum (i) Maksud rangkai kata 'warisan agung' ialah tinggalan paling unggul. (ii) Faktor­faktor pemeliharaan  seni batik sebagai warisan tradisi khazanah bangsa adalah   untuk   memartabatkan   seni   batik   di   negara   kita   oleh   setiap   generasi. Tindakan   ini   penting   supaya generasi sekarang dapat mengenali warisan dan

8

ANSWER

(iii)

kebudayaan negara kita. Selain itu, tindakan ini perlu untuk membentuk jati diri yang kukuh dalam kalangan rakyat Malaysia. Pada pendapat saya, dua kesan yang timbul sekiranya orang ramai mengagungagungkan batik dari negara luar berbanding batik keluaran tempatan ialah seni batik yang menjadi warisan dan kebudayaan negara kita akan lenyap atau pupus secara perlahan-lahan. Generasi muda tidak lagi mengenali asal usul seni kraf tempatan. Selain itu, pengusaha batik akan mengalami kerugian sekali gus memungkinkan industri ini ditutup. Pekerja di kilang-kilang batik akan hilang sumber pendapatan dan menyebabkan berlakunya pengangguran dalam kalangan masyarakat.

_____________________End Of Answer______________________ (8)

Soalan 1 : Rumusan Pendahuluan Petikan membincangkan sebab-sebab berlakunya jenayah dalam kalangan murid. Isi-isi tersurat (punca-punca berlakunya jenayah murid) 1 Salah laku murid disembunyikan demi menjaga nama baik 2 Pengaruh media massa 3 Kurang kesedaran dalam kalangan murid 4 Pengaruh perbandaran terhadap murid luar bandar 5 Ibu bapa mementingkan kebendaan 6 Ibu bapa kesuntukan masa sehingga lupa tanggungjawab untuk mendidik anakanak 7 Ibu bapa kurang memberikan kasih sayang terhadap anak 8 Ibu bapa memberikan sepenuh kebebasan kepada anak-anak 9 Pengaruh oleh rakan sebaya yang senasib 10 Sikap sesetengah guru yang kurang mengambil berat disiplin murid yang bermasalah Isi-isi tersirat (langkah-langkah untuk mengatasinya) 1 Mengadakan kem motivasi untuk menginsafkan diri 2 Mewujudkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling 3 Ibu bapa memantau perilaku anak-anak 4 Ibu bapa memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak 5 Guru-guru mengambil berat masalah murid yang kurang berdisiplin 6 Kawalan terhadap kemasukan filem asing 7 Penguatkuasaan undang-undang Penutup Kesimpulannya, jenayah dalam kalangan murid perlu ditangani dengan bijak dan saksama agar pewaris kepimpinan negara mempunyai jati diri dan pembentukan sahsiah yang unggul. Soalan 2(a) - Petikan Umum (i) Maksud rangkai kata 'terpampang di dada akhbar' adalah tersiar di muka hadapan berita

9

ANSWER (ii)

Tanggungjawab yang harus dipikul oleh golongan murid bagi memacu kegemilangan negara adalah dengan menjadi pewaris kepimpinan negara yang unggul dalam pelbagai bidang. Mereka juga harus dapat menentukan kesinambungan kepimpinan negara bagi mengekalkan kemerdekaan dan meningkatkan kemajuan yang telah tercapai. Selain itu, mereka juga perlu membentuk masyarakat yang berwibawa dan berdaya saing untuk mencapai pelbagai kemajuan untuk agama, bangsa dan negara. (iii) Pada pendapat saya, akibat yang akan dihadapi jika usaha untuk membanteras kegiatan jenayah dalam kalangan murid gagal ditangani dengan berkesan ialah masa depan golongan remaja akan menjadi gelap atau hancur. Tanpa didikan dan ilmu di dada, mereka akan menimbulkan pelbagai masalah sosial kepada masyarakat dan negara. Jenayah dalam kalangan mereka pula akan terus berleluasa demi meneruskan kelangsungan hidup mereka dengan cara yang mudah. Keadaan yang wujud ini akan mencemarkan imej ibu bapa dalam kalangan masyarakat selain mencalarkan imej negara di mata dunia kerana mempunyai rakyat yang tidak produktif. _____________________End Of Answer______________________

10

ANSWER

(9)

Soalan 1 : Rumusan Pendahuluan Petikan membincangkan langkah-langkah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid di sekolah. Isi-isi tersurat (usaha untuk memupuk semangat perpaduan di sekolah) 1 Menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar bermula dengan Penyata Razak 1956 2 Sistem persekolahan dan kurikulum yang sama melalui Laporan Rahman Talib 1960 3 Membentuk kumpulan diskusi majmuk dalam kelas 4 Jadual bertugas yang mencerminkan kumpulan perpaduan 5 Penghayatan untuk melahirkan rasa bangga menjadi warganegara Malaysia 6 Menyemai semangat setia kawan, tolak ansur dan toleransi 7 Penerapan nilai-nilai rohani dan budaya pelbagai kaum 8 Penubuhan sekolah wawasan dengan gabungan pelbagai aliran 9 Berkongsi kemudahan di sekolah 10 Melibatkan murid dengan pelbagai aktiviti kokurikulum Isi-isi tersirat (cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru) 1 Kurang penghayatan tentang semangat nasionalisme 2 Nilai-nilai murni kian terhakis dalam kalangan murid 3 Semangat perkauman yang masih menebal 4 Perbezaan budaya membataskan pergaulan 5 Bersikap pasif bagi mengelakkan sensitiviti antara kaum Penutup Kesimpulannya, usaha untuk mengukuhkan perpaduan dan integrasi perlu disambut baik oleh setiap kaum demi kesejahteraan anak bangsa dan negara yang tercinta. Soalan 2(a) - Petikan Umum (i) Maksud rangkai kata 'penentu hala tuju negara' ialah golongan yang memastikan arah dan masa hadapan tanah air. (ii) Beberapa kesan buruk sistem persekolahan yang berasingan mengikut kaum adalah dapat memecahbelahkan perpaduan kaum apabila semangat perkauman menebal dalam kaum masing-masing. Selain itu, semangat perpaduan yang luntur

11

ANSWER

(iii)

berserta kelemahan integriti dan patriotisme akan menyebabkan negara bergolak kerana wujudnya dorongan untuk bertelagah sesama sendiri. Akhir sekali, keharmonian dan kebebasan yang kita nikmati kini tidak akan dapat bertahan lama kerana masyarakat akan mementingkan kepentingan kaum masing-masing. Pada pendapat saya, perpaduan kaum amat dipentingkan oleh pemerintah di setiap negara yang mempunyai masyarakat majmuk kerana kerajaan dapat memberikan sepenuh tumpuan terhadap pembangunan sama ada dari segi ekonomi, sosial mahupun politik. Selain itu dengan wujudnya perpaduan, rakyat di negara tersebut dapat hidup dalam suasana yang aman damai, saling bertolak ansur serta mempunyai semangat bekerjasama yang tinggi yang akan membawa kemajuan terhadap negara. Akhirnya, perpaduan kaum yang kukuh akan membuat sesebuah negara itu bertambah kuat untuk berdaya maju dan berdaya saing dengan negaranegara lain melalui penggemblengan idea dan tenaga daripada rakyatnya yang pelbagai kaum.

_____________________End Of Answer______________________

12

ANSWER

(10)

Soalan 1 : Rumusan Pendahuluan Petikan membincangkan implikasi buruk tabiat merokok terhadap kehidupan dan kesihatan perokok. Isi-isi tersurat (kesan-kesan buruk tabiat merokok) 1 Penyebab pelbagai jenis penyakit kronik 2 Orang yang merokok akan mengalami kesukaran pernafasan 3 Melemahkan akal fikiran seseorang 4 Mendedahkan perokok wanita terhadap barah payudara dan barah pangkal rahim 5 Berhadapan dengan risiko maut akibat serangan jantung 6 Membahayakan janin dalam kandungan 7 Bayi oleh perokok wanita berhadapan dengan pelbagai risiko 8 Pemindahan nikotin kepada bayi secara langsung menerusi susu badan 9 Peruntukan wang yang banyak untuk membeli rokok 10 Tidak mementingkan kebersihan Isi-isi tersirat (langkah-langkah untuk mengatasinya) 1 Mengambil ubat pencegah ketagihan merokok yang disahkan kementerian kesihatan 2 Ibu bapa meninggalkan amalan merokok supaya anak-anak tidak mencontohinya 3 Mengutamakan gaya hidup sihat 4 Bergiat aktif dalam sukan 5 Menyertai kempen antirokok Penutup Kesimpulannya, amalan merokok hendaklah dihentikan dalam kalangan masyarakat agar mereka dapat hidup dengan sihat sepanjang hayat. Soalan 2(a) - Petikan Umum (i) Maksud rangkai kata 'penyebab ketagihan' ialah punca yang menimbulkan rasa ingin benar akan sesuatu. (ii) Faktor-faktor yang mendorong sesetengah wanita merokok ialah mereka menjadikan tabiat merokok sebagai lambang gaya hidup moden. Mereka juga beranggapan bahawa dengan merokok mereka akan dipandang sebagai seseorang yang mempunyai gaya yang tersendiri. Selain itu, sesetengah wanita juga

13

ANSWER

(iii)

merokok dengan harapan dapat menurunkan berat badan bagi mendapatkan berat badan yang ideal. Pada pendapat saya, dua sebab murid-murid sekolah menjadikan tabiat merokok sebagai lambang kedewasaan ialah pertamanya, mereka mencontohi watak-watak utama dalam filem yang ditayangkan menerusi televisyen. Banyak filem sama ada filem tempatan ataupun luar negara memaparkan hero yang merokok sebagai seorang yang matang dan bijak membuat keputusan. Sebab yang kedua ialah pengaruh daripada orang dewasa yang sering merokok di hadapan mereka sejak kecil. Larangan agar kanak-kanak dan remaja tidak merokok hanya sekadar di mulut tanpa diikuti oleh contoh yang baik apabila datuk, bapa atau abang mereka bebas merokok semasa berada di rumah.

_____________________End Of Answer______________________ (11)

Soalan 1 : Rumusan Pendahuluan Petikan membincangkan implikasi kemalangan jalan raya. Isi-isi tersurat (kesan-kesan kemalangan jalan raya) 1 Pesalah dikenakan tindakan undang-undang 2 Mangsa kemungkinan mengalami kecacatan seumur hidup 3 Menimbulkan trauma kepada mangsa yang terselamat 4 Kerugian dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 5 Peruntukan yang tinggi untuk tujuan baik pulih, insurans dan bil perubatan 6 Menjejaskan produktiviti negara 7 Kehilangan tenaga pakar daripada golongan muda 8 Negara kehilangan aset yang berharga 9 Pelabur asing hilang keyakinan 10 Bilangan pelancong akan berkurangan Isi-isi tersirat (langkah-langkah untuk mengatasinya) 1 Memberi perkhidmatan kaunseling kepada pemandu 2 Memberikan bimbingan kepada pemandu yang baharu 3 Melahirkan pemandu yang berhemah tinggi 4 Peranan pelbagai pihak untuk mengatasi masalah kemalangan jalan raya 5 Menghasilkan kenderaan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi 6 Menilai semula isu-isu semasa keselamatan jalan raya Penutup Kesimpulannya, orang ramai perlu mematuhi segala peraturan dan berhati-hati ketika berada di jalan raya agar kadar kemalangan jalan raya di negara kita dapat dikurangkan. Soalan 2(a) - Petikan Umum (i) Maksud rangkai kata 'menjana ekonomi' ialah menghasilkan pendapatan. (ii) Tiga ciri individu yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya ialah seseorang yang gemar bersosial dengan rakan-rakan di luar rumah lebih cenderung untuk ditimpa kemalangan. Seterusnya, individu yang tidak bertimbang rasa juga cenderung untuk mengalami kemalangan atau menyebabkan kemalangan kerana kerap bertindak di luar dugaan demi menjaga kepentingan diri. Selain itu, individu yang memiliki sifat psikotik juga menyumbang kepada 14

ANSWER

(iii)

kemalangan kerana sikap mereka yang agresif dan tidak memahami masalah orang lain. Dua punca lain berlakunya kemalangan jalan raya selain kecuaian manusia ialah pertamanya, struktur atau keadaan jalan raya yang rosak dengan teruk. Jalan yang sempit dan berlubang-lubang membahayakan pengguna terutama penunggang motosikal. Punca yang kedua ialah kurangnya penguatkuasaan oleh pihak yang berwajib. Ketiadaan pihak polis dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka ruang kepada pengguna jalan raya untuk menunjukkan lagak mereka sebagai hero jalan raya.

_____________________End Of Answer______________________ (12)

Soalan 1 : Rumusan Pendahuluan Petikan membincangkan implikasi penerokaan hutan terhadap kesejahteraan rakyat dan negara. Isi-isi tersurat (kesan-kesan penerokaan hutan) 1 Permukaan tanah terdedah terhadap hakisan 2 Mudah berlakunya tanah runtuh 3 Kerap terjadi banjir kilat 4 Kehilangan pusat tadahan air hujan semula jadi 5 Tebing-tebing sungai akan runtuh dan cetek 6 Hidupan sungai terancam dengan air yang cetek 7 Kemusnahan kawasan rekreasi 8 Pendapatan masyarakat orang Asli terjejas 9 Kepupusan pokok kayu yang bernilai tinggi 10 Haiwan hilang habitat dan sumber makanan Isi-isi tersirat (usaha-usaha untuk melestarikan kawasan hutan) 1 Mewartakan lebih banyak kawasan hutan simpan 2 Mewujudkan lebih banyak kawasan tadahan air 3 Penguatkuasaan yang ketat terhadap kerja-kerja pembersihan hutan 4 Memperkasa kempen cintai hutan dan sungai kita 5 Memperluas aktiviti penanaman semula pokok-pokok hutan 6 Pembanterasan aktiviti pembalakan secara haram Penutup Kesimpulannya, semua pihak hendaklah memainkan peranan dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar agar kehidupan semua makhluk di atas muka bumi sejahtera sepanjang masa. Soalan 2(a) - Petikan Umum (i) Maksud rangkai kata 'projek gergasi' ialah aktiviti pembangunan yang besar. (ii) Beberapa kepentingan hutan demi keseimbangan ekologi ialah hutan sebagai sumber penghasilan oksigen yang paling utama. Manusia dan haiwan menyedut oksigen yang dilepaskan oleh tumbuh-tumbuhan manakala karbon dioksida yang dilepaskan oleh manusia dan haiwan pula digunakan oleh tumbuh-tumbuhan.

15

ANSWER

(iii)

Kitaran ekologi ini menunjukkan hubungan yang sempurna untuk meneruskan kelangsungan hidup. Pada pendapat saya, sebilangan masyarakat di negara kita bersikap tidak endah tentang kepentingan hutan walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk menyedarkan mereka berlaku kerana tiadanya pengetahuan tentang kepentingan hutan. Mereka juga berpendapat tugas menjaga hutan bukan tugas mereka kerana telah ada pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan hutan seperti Jabatan Hutan, PERHILITAN dan sebagainya. Selain itu, ada sesetengah pihak menganggap tindakan mereka merosakkan hutan tidak salah kerana tujuan mereka adalah untuk mencari rezeki.

_____________________End Of Answer______________________ (13)

Soalan 1 : Rumusan Pendahuluan Petikan membincangkan kegunaan sains dan teknologi kepada manusia pada masa kini. Isi-isi tersurat (kepentingan sains dan teknologi dalam kehidupan manusia) 1 Sebagai pembinaan tamadun manusia 2 Meningkatkan kesejahteraan manusia 3 Menyumbangkan pelbagai teknologi untuk kegunaan rakyat 4 Banyak kepakaran tempatan dimanfaatkan 5 Pelbagai kaedah rawatan berjaya dicipta 6 Ciptaan pelbagai peralatan perubatan 7 Menyumbangkan perkembangan dalam sektor pertanian 8 Sektor pembinaan dapat membina bangunan pencakar langit 9 Mempercepat kerja-kerja di sektor perkilangan 10 Melahirkan masyarakat yang bermaklumat Isi-isi tersirat (cara-cara untuk memupuk minat terhadap sains) 1 Memupuk budaya sains sejak kanak-kanak 2 Guru subjek Sains perlu kreatif mengajar subjek ini 3 Meningkatkan pemahaman tentang sains secara amali 4 Melawat pusat penyelidikan sains 5 Penjenamaan semula jurusan sains Penutup Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama untuk meningkatkan penguasaan sains dan teknologi dalam kehidupan agar masyarakat dan negara dapat berkembang maju dari semasa ke semasa. Soalan 2(a) - Petikan Umum (i) Maksud rangkai kata 'mempercepat penyembuhan penyakit kronik' adalah menyegerakan pemulihan gangguan kesihatan yang sukar diubati. (ii) Masalah-masalah yang timbul akibat penyalahgunaan ciptaan sains ialah berlakunya peperangan untuk menguji keupayaan senjata perang yang dicipta oleh negara-negara tertentu. Banyak nyawa rakyat terkorban dan negara yang menjadi mangsa pula musnah. Bahan kimia yang dicipta untuk kemudahan

16

ANSWER manusia pula menjejaskan kesihatan kerana digunakan dengan cara yang tidak betul demi mengaut keuntungan yang cepat. (iii) Pada pendapat saya, kesan terhadap negara akibat masalah kemerosotan jumlah murid aliran sains di sekolah dan pelajar jurusan sains di pusat­pusat pengajian tinggi ialah negara akan kekurangan golongan penyelidik dalam bidang sains dan teknologi. Anak watan pula tidak mampu  menghasilkan  teknologi yang baharu sekadar menjadi pengguna teknologi yang dibawa dari negara luar. Selain itu, negara menjadi sukar untuk bersaing dengan negara luar dalam bidang­bidang yang kritikal. Akhir sekali, rakyat tidak mampu   untuk   meneroka   sumber   khazanah   alam   dan   mengharapkan   pakar­pakar   dari negara luar untuk menguruskannya. _____________________End Of Answer______________________ (14)

Soalan 1 : Rumusan Pendahuluan Petikan membincangkan langkah-langkah mengatasi obesiti dalam kalangan murid-murid di sekolah. Isi-isi tersurat (tindakan mengatasi obesiti di sekolah) 1 Guru menerap tentang pemakanan yang seimbang dalam pengajaran 2 Guru menasihati murid mengambil makanan pada saiz yang sedikit 3 Kantin sekolah tidak menjual makanan yang berlemak 4 Larangan menjual makanan yang banyak gula kepada penjaja di luar pagar sekolah 5 Mengadakan ceramah tentang amalan pemakanan yang sihat 6 Melakukan senaman beramai-ramai sebelum bermula kelas 7 Pihak sekolah membuat pemantauan tentang Indeks Berat Badan (BMI ) murid 8 Guru merekodkan pertumbuhan murid dalam kad laporan 9 Mendapatkan nasihat pakar profesional kesihatan melalui PIBG 10 Kempen gaya hidup sihat di peringkat sekolah Isi-isi tersirat (kesan masalah itu terhadap murid-murid) 1 Murid-murid mudah menjadi letih 2 Murid-murid tidak bersemangat 3 Mendapat penyakit kronik pada usia yang muda 4 Sering menghadapi masalah pernafasan 5 Sukar melakukan kerja-kerja atau aktiviti yang lasak 6 Sukar bergerak dengan cergas Penutup Kesimpulannya, usaha untuk mengatasi masalah obesiti dalam kalangan murid sekolah perlu mendapat kerjasama yang padu daripada pelbagai pihak agar kesihatan generasi muda kekal terjamin. Soalan 2(a) - Petikan Umum (i) Maksud rangkai kata 'gaya hidup sihat' ialah amalan yang dilakukan bagi menjamin tubuh badan berada dalam keadaan yang baik. 17

ANSWER (ii)

Faktor-faktor yang mungkin menggagalkan usaha murid-murid untuk mengurangkan badan berat yang berlebihan ialah terpengaruh dengan pelbagai jenis makanan yang menarik yang ada di pasaran pada masa kini. Seterusnya, tekanan yang dihadapi juga menyebabkan seseorang itu makan dengan kerap dan dalam kuantiti yang banyak. Selain itu, selera makan yang sukar dikawal dalam kalangan murid juga menjadikan usaha untuk mengurangkan berat badan yang berlebihan tidak akan berjaya. (iii) Pada pendapat saya, dua peranan ibu bapa untuk mengelakkan anak-anak mereka menghadapi masalah obesiti ialah pertamanya dengan menyediakan bekalan makanan dan minuman kepada anak-anak sewaktu ke sekolah. Makanan yang dibawa dari rumah dapat dipastikan keseimbangan keperluan nutriennya oleh ibu bapa berbanding dengan membiarkan anak-anak membeli makanan mereka sendiri mengikut selera. Peranan yang kedua ialah ibu bapa sentiasa memantau pemakanan anak-anak. Pemantauan yang rapi dapat menjamin anak-anak mereka mendapat corak pemakanan yang sesuai dengan usia dan keperluan diri. ____________________End Of Answer______________________

18

ANSWER

(15)

Soalan 1 : Rumusan Pendahuluan Petikan membincangkan punca-punca jurusan kemahiran semakin diminati oleh banyak murid. Isi-isi tersurat (faktor-faktor aliran vokasional menjadi pilihan banyak murid) 1 Pelancaran transformasi Vokasional Teknik (Voctech) oleh kerajaan 2 Perubahan sikap ibu bapa terhadap pendidikan teknik dan vokasional 3 Peningkatan taraf politeknik membolehkannya menawarkan kursus peringkat ijazah 4 Pembinaan dan pembangunan kerjaya generasi muda 5 Sekolah vokasional dinaikkan taraf kepada sekolah teknik 6 Pembangunan negara yang menitikberatkan sektor perindustrian 7 Peluang kerja lebih luas dengan peningkatan sektor industri 8 Banyak tenaga kerja yang berkemahiran diperlukan 9 Kerjasama antara institusi latihan kemahiran seperti sekolah vokasional, sekolah teknik, Institut Kemahiran Mara (IKM) dan Giat Mara 10 Wujud hubungan yang erat antara institusi latihan kemahiran dengan sektor industri Isi-isi tersirat (kesan-kesannya terhadap pembangunan negara) 1 Dapat membantu kerajaan untuk memacu pembangunan negara 2 Mempercepat usaha kerajaan untuk mencapai status sebagai negara berpendapatan tinggi 3 Pendapatan pekerja kolar biru setaraf dengan pendapatan pekerja kolar putih dalam negara 4 Bidang perindustrian negara akan lebih berkembang maju 5 Menjamin bekalan pekerja yang berkemahiran dan terlatih dalam negara mencukupi Penutup Kesimpulannya, perkembangan pendidikan teknik dan vokasional perlu mendapat sokongan daripada rakyat agar perkembangannya sejajar dengan kemajuan teknologi dan keperluan tenaga kerja negara. Soalan 2(a) - Petikan Umum

19

ANSWER (i) (ii)

(iii)

Maksud rangkai kata 'bermutu dan berprestij' ialah baik serta mempunyai status. Sebab-sebab pendidikan dalam jurusan kemahiran kurang mendapat perhatian masyarakat pada masa dahulu adalah kerana mereka menganggap jurusan ini hanya untuk murid yang lemah dan gagal dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Lulusan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) pula dianggap tidak setaraf dengan lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila gagal untuk melanjutkan pelajaran ke manamana pusat pengajian tinggi setelah tamat tingkatan lima. Selain itu, ibu bapa juga kurang menggalakkan anak-anak mengambil jurusan kemahiran kerana takut mereka dicap sebagai murid yang lemah. Pada pendapat saya, dua faktor jurusan kemahiran dapat menjamin masa hadapan yang baik kepada golongan pelajar pada hari ini adalah kerana pendapatan yang lumayan ditawarkan oleh majikan terhadap kerjaya yang berasaskan kemahiran. Hal ini demikian kerana dasar kerajaan yang lebih mengarah kepada bidang perindustrian memerlukan banyak golongan pekerja yang berkemahiran tinggi. Selain itu, jurusan kemahiran yang semakin banyak ditawarkan di universitiuniversiti tempatan menjadikan pandangan negatif masyarakat terhadap bidang kemahiran telah berubah apabila banyak kejayaan diperoleh melalui bidang ini.

_____________________End Of Answer______________________

20

ANSWER

(16)

Soalan 1 : Rumusan Pendahuluan Petikan ini menceritakan tentang perkembangan blog Isi-isi tersurat (faedah-faedah perkembangan blog) 1 Sebagai satu wadah yang bebas dan terbuka 2 berkongsi tentang sesuatu yang menarik bersama pelayar internet 3 blog dapat menjadi salah satu dari tapak permulaan untuk menceburi bidang penulisan 4 Dapat meningkatkan keyakinan diri penulis 5 Menjana pemikiran yang positif, kreatif dan kritis 6 Saluran komunikasi untuk meluahkan pendapat yang bernas tentang sesuatu isu 7 Membantu golongan remaja dalam proses menuju kematangan 8 Golongan remaja dan berfikiran terbuka 9 Saluran untuk berdebat dan menyuarakan pendapat secara matang 10 Menjadi satu ruang untuk memperoleh pendapatan secara mudah dalam memasarkan sesuatu barangan atau produk secara maya Isi-isi tersirat (cara-cara untuk mempopularkan blog sendiri) 1 Melayari blog orang lain dengan kerap dan meninggalkan komen 2 Menggunakan kaedah pautan laman blog 3 Memastikan semua komen yang ada di blog dibalas 4 Mengekalkan cara penulisan yang menarik 5 Mempunyai pendapat yang bernas agar pengunjung blog sentiasa menanti entri terbaharu Penutup Kesimpulannya, pemilik blog perlu lebih peka dan terbuka dari segi pemikiran dan pandangan untuk berkongsi pendapat agar fungsi blog tidak disalahgunakan untuk tujuantujuan yang negatif. Soalan 2(a) - Petikan Umum (i) Maksud rangkai kata 'tapak permulaan' ialah langkah pertama. (ii) Kelebihan-kelebihan menggunakan laman blog untuk memasarkan sesuatu produk atau perkhidmatan adalah dapat menjimatkan masa dan tenaga.

21

ANSWER Perniagaan secara maya ini juga dapat memperoleh keuntungan yang berlipat ganda. Selain itu, cara ini dapat memberikan kebebasan kepada pengguna untuk memilih sesuatu barangan tanpa pengaruh sesiapa. (iii) Pada pendapat saya, dua ciri yang perlu ada pada pemilik blog pertamanya ialah individu itu mestilah mempunyai kemahiran membaca, berfikir, mentafsir dan menulis serta penguasaan asas tatabahasa yang kukuh. Dengan itu, dia tidak akan menggunakan bahasa yang rancu dalam penulisan atau menulis dengan menggunakan singkatan seperti penulisan untuk sistem pesanan ringkas (SMS). Keduanya, pemilik blog itu mestilah mempunyai jati diri yang kukuh. Semangat cinta akan negara yang menebal dapat mengelakkan pemilik blog menggunakan ruang tersebut untuk memecahbelahkan masyarakat, menghina institusi diraja, kerajaan dan sebagainya. _____________________End Of Answer______________________ (17)

Soalan 1 : Rumusan Pendahuluan Petikan membincangkan faktor-faktor yang menyebabkan pengangguran dalam kalangan graduan. Isi-isi tersurat (punca-punca graduan menganggur) 1 Bukanlah kerana tiada pekerjaan tetapi kerana sikap individu itu sendiri 2 Kurang latihan industri 3 Kurang kemahiran berkomunikasi 4 Penguasaan bahasa Inggeris lemah 5 Kurang kemahiran menyelesaikan masalah 6 Suka bertukar-tukar kerja 7 Kurang keyakinan diri 8 Terikat dengan tempat kelahiran 9 Memilih pekerjaan terutama kerja makan gaji 10 Memilih pekerjaan yang berpendapatan yang lumayan Isi-isi tersirat (kesan-kesan terhadap masyarakat dan negara) 1 Guna tenaga tidak digunakan dengan sepenuhnya 2 Peluang pekerjaan yang ada diambil oleh pendatang asing 3 Masyarakat tertekan kerana tiada sumber pendapatan 4 Meningkatkan golongan yang stres dalam negara 5 Mewujudkan pelbagai masalah sosial dalam negara Penutup Kesimpulannya, punca-punca pengangguran dalam kalangan graduan perlu ditangani oleh pelbagai pihak agar pembangunan negara dapat ditingkatkan sekali gus mengelakkan pembaziran guna tenaga. Soalan 2(a) - Petikan Umum (i) Maksud rangkai kata 'aset penting negara' ialah harta yang amat bernilai terhadap tanah air. (ii) Langkah-langkah untuk menangani isu pengangguran dalam kalangan graduan adalah dengan memberikan kesedaran, dorongan dan latihan kerjaya seperti yang dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia. Seterusnya, kerajaan memberikan

22

ANSWER galakan sama ada berbentuk khidmat nasihat, latihan ataupun pinjaman modal. Selain bantuan pelbagai pihak, para graduan sendiri perlu mengambil sikap positif untuk mengubah pemikiran mereka bagi membaiki kekurangan diri dan berfikiran terbuka. (iii) Pada pendapat saya, dua sebab sikap malas menjadi salah satu punca sesetengah individu tidak bekerja di negara ini adalah kerana terdapat individu yang terlalu dimanjakan oleh keluarga. Mereka beranggapan dapat bergantung hidup selamanya dengan ibu bapanya. Selain itu, sikap malas juga wujud kerana kurang kesedaran terhadap masa hadapan dengan harapan akan ada pihak-pihak tertentu tampil untuk menghulurkan bantuan sekiranya kehidupan mereka sesak. _____________________End Of Answer______________________

(18) Soalan 1 : Rumusan Pendahuluan Petikan membincangkan sebab-sebab gejala sosial meningkat dalam kalangan remaja di negara kita. Isi-isi tersurat (punca-punca yang menyebabkan indeks gejala sosial semakin melonjak) 1 Perubahan bidang ekonomi negara mempengaruhi cara hidup masyarakat 2 Ibu bapa mengambil mudah soal mengasuh anak 3 Remaja tidak mempunyai hubungan rapat dengan keluarga 4 Remaja disisihkan oleh sekolah kerana lemah dalam akademik 5 Remaja yang kecewa mengisi kekosongan dengan menubuhkan kumpulan sendiri 6 Dasar pendidikan negara yang lebih cenderung kepada sains dan teknologi 7 Sistem pendidikan yang menekankan kejayaan akademik 8 Perkembangan teknologi dan komunikasi yang semakin canggih 9 Sikap remaja suka mencuba perkara yang baharu 10 Pengaruh rakan sebaya dapat mengubah perkembangan sosial dan psikologi remaja Isi-isi tersirat (peranan pelbagai pihak untuk mengatasi masalah ini) 1 Jabatan agama mengubah suai pendekatan didikan agama 2 Ibu bapa perlu memperuntukkan masa yang berkualiti untuk keluarga 3 Kerajaan mengawal bahan tontonan berunsur negatif 4 Pemimpin masyarakat mewujudkan pelbagai program jati diri 5 Sekolah perlu lebih banyak guru lelaki sebagai model kepada murid lelaki Penutup Kesimpulannya, masalah sosial dalam kalangan remaja perlu dibanteras agar mereka dapat meneruskan kelangsungan pembangunan negara dan bangsa yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Soalan 2(a) - Petikan Umum (i) Maksud rangkai kata 'perisai konkrit' ialah benteng yang kukuh. (ii) Kesan-kesan proses perbandaran terhadap masyarakat ialah kehidupan masyarakat berubah daripada kehidupan tradisi kepada kehidupan moden dan kebaratan.

23

ANSWER Proses perbandaran juga menyebabkan perubahan juga dari segi bidang ekonomi negara, iaitu daripada pertanian kepada perindustrian yang berasaskan sains dan teknologi. Selain itu, proses perbandaran juga telah menukarkan sikap masyarakat seperti prihatin kepada sikap mementingkan diri sendiri. (iii) Pada pendapat saya, dua masalah yang akan timbul jika gejala sosial dalam kalangan remaja tidak diatasi dengan sebaik-baiknya ialah kita tidak akan mempunyai golongan pelapis untuk memimpin negara. Masyarakat akan memandang rendah terhadap negara kita kerana gagal memimpin golongan remaja yang menjadi aset negara. Selain itu, negara akan berhadapan dengan kehancuran kerana rakyat tidak lagi mempunyai jati diri, mementingkan diri dan rasuah pula berleluasa. Akhirnya, tanah air kita akan tergadai kerana pemimpin negara yang lemah. _____________________End Of Answer______________________ (19)

Soalan 1 : Rumusan Pendahuluan Petikan membincangkan kepentingan gagasan 1Malaysia terhadap rakyat dan negara kita. Isi-isi tersurat (faedah merealisasikan gagasan 1Malaysia) 1 Memupuk   perpaduan   dalam   kalangan   rakyat   Malaysia   yang   berbilang   kaum, bangsa dan agama 2 Menyedarkan rakyat betapa pentingnya perpaduan 3 Mewujudkan kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bahagi terhadap negara 4 Mengelakkan tanah air kita daripada dijajah 5 Melahirkan rakyat yang berilmu dan berintegriti 6 Mewujudkan persefahaman dan perpaduan 7 Menjadi asas untuk menjamin kestabilan 8 Mencapai kemajuan dan pembangunan untuk rakyat dan negara 9 Nasib setiap kelompok etnik dan masyarakat terbela 10 Melahirkan warganegara yang berkualiti dan aktif dalam menunaikan tanggungjawab Isi­isi tersirat (cara­cara untuk mencapai gagasan tersebut) 1 Menanam semangat cinta akan negara 2 Menghayati falsafah Rukun Negara 3 Membina identiti nasional dan identiti budaya 4 Meningkatkan pendidikan semua golongan bagi mewujudkan masyarakat minda kelas pertama 5 Mewujudkan pembangunan belia bagi semua kaum Penutup Kesimpulannya, gagasan 1Malaysia harus diterima oleh rakyat agar kerajaan dapat meneruskan agenda membina negara ke arah pembangunan, kemajuan serta ketamadunan bangsa dan negara. Soalan 2(a) - Petikan Umum (i) Maksud rangkai kata 'kelangsungan kegemilangan negara' ialah kesinambungan kecemerlangan tanah air.

24

ANSWER (ii)

(iii)

Contoh-contoh bagi menunjukkan usaha untuk merealisasikan gagasan 1Malaysia ialah galakan kerajaan terhadap penyertaan rakyat yang berbilang bangsa dalam bidang sukan di peringkat negara ataupun antarabangsa. Seterusnya, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan kaum dalam kalangan remaja melalui aktiviti berkumpulan. Selain itu, sokongan terhadap penyerlahan bakat oleh golongan yang berbakat daripada pelbagai bangsa dan agama dalam pelbagai bidang contohnya reka cipta dapat menyumbang ke arah merealisasikan gagasan ini. Sebagai murid yang berwawasan, dua persediaan yang perlu saya lakukan untuk menjayakan gagasan 1Malaysia adalah dengan meletakkan prestasi akademik sebagai keutamaan. Saya akan berusaha dan beriltizam pada setiap masa untuk mencapai prestasi yang terbaik untuk menjadi masyarakat minda kelas pertama. Selain itu, saya akan bersaing secara sihat untuk memenuhi keperluan pasaran kerja. Saya akan sentiasa belajar untuk menambahkan kemahiran yang menjadi keperluan semasa agar saya tidak ketinggalan dalam bidang pendidikan dan pekerjaan.

_____________________End Of Answer______________________

25

ANSWER

(20)

Soalan 1 : Rumusan Pendahuluan Petikan membincangkan punca-punca industri buku di negara kita kurang berkembang. Isi-isi tersurat (faktor-faktor yang menyebabkan industri buku negara kurang berkembang) 1 Kurang amalan membaca dalam kalangan penduduk 2 Kurangnya daya membeli buku 3 Sistem pengedaran dan pengangkutan yang lembap 4 Saiz penduduk yang kecil 5 Jumlah pengeluaran yang sedikit menyebabkan buku menjadi mahal 6 Keadaan penjualan buku yang tidak memberangsangkan 7 Kekurangan perkakasan dan perisian dari segi teknologi dan kepakaran 8 Tugas kakitangan bidang penerbitan tidak dapat berkembang kerana faktor-faktor dalaman 9 Kegiatan menulis buku belum menjadi budaya dalam masyarakat 10 Masalah birokrasi untuk memberikan pengiktirafan terhadap penulis buku Isi-isi tersirat (cara-cara untuk mengatasinya) 1 Mewujudkan pelbagai kempen membaca yang menarik 2 Memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat sejak kecil 3 Mempertingkat amalan membaca dalam kalangan masyarakat dewasa 4 Melahirkan lebih banyak penulis dengan ganjaran dan pengiktirafan yang lebih baik 5 Melakukan perancangan yang strategik untuk memperkembangkan industri buku negara Penutup Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berusaha untuk memastikan perkembangan industri buku negara agar dapat berdiri sama tinggi dengan negara pengeluar buku yang telah maju di dunia. Soalan 2(a) - Petikan Umum (i) Maksud rangkai kata 'kemelut yang membelenggu' ialah masalah-masalah yang dihadapi.

26

ANSWER (ii) Contoh-contoh yang menunjukkan kepentingan buku dalam masyarakat ialah buku sebagai wadah paling berkesan untuk mendidik masyarakat. Buku juga dapat mewujudkan ilmu dan nilai yang sesuai dengan budaya kita. Selain itu, buku dapat membangunkan daya intelek, sosial dan budaya selari dengan aspirasi bangsa. (iii) Pada pendapat saya dua kewajaran industri buku negara harus dijana oleh buku bahasa Melayu bukannya buku bahasa asing supaya kita tidak lagi sekadar menjadi pengguna buku mereka. Kita dapat bersaing dengan penerbit luar negara jika kita mampu mengeluarkan buku dalam bahasa sendiri. Selain itu, kita dapat menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penunjang industri buku negara. Dengan cara itu, kita berpeluang untuk menjadi pengeluar buku dalam bahasa ibunda seperti Indonesia, Korea, Jepun dan China. _____________________End Of Answer______________________

27

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF