November 22, 2017 | Author: Anuar Che Mat | Category: N/A
Rumusan Artikel : “How School Staff Build Strong Relations With Community” Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, sekolah-sekolah yang berprestasi tinggi mempunyai ciri-ciri dan kualiti yang hamper sama iaitu : 1. Visi, misi, matlamat dan objektif sekolah yang dikongsi bersama seluruh warga sekolah. 2. Standard akademik yang tinggi dan diterjemahkan dengan jelas melalui pendekatan ‘apa murid mesti tahu dan mampu dibuat’. 3. Kepimpinan berkesan yang sentiasa menyokong penuh matlamat dan jangkaan sekolah dan harapan masyarakat. 4. Mempunyai prosedur yang lengkap dalam bidang pengumpulan dan penganalisaan data murid, program dan guru. 5. Hubungan pemuafakatan yang kukuh dengan ibu bapa dan rakan kongsi komuniti. Sebaliknya berlaku kepada sekolah-sekolah berprestasi sederhana, di mana pihak kepimpinan hanya menumpukan empat kualiti yang pertama, dan mengetepikan faktor hubungan pemuafakatan sekolah-komuniti dalam penambahbaikan sekolah. Hubungan pemuafakatan yang boleh didefinisikan sebagai satu usaha saling membantu antara sekolah, ibu bapa dan kouniti untuk menjayakan pendidikan, bukannya satu bidang yang senang untuk dilaksanakan. Pemimpin sekolah perlu merancang dan merekabentuk program pemuafakatan yang bersepadu dan berkesan jika berhasrat untuk menambahbaik aspek hubungan dengan komuniti luar ini. Langkah pertama yang perlu diambil dalam perancangan program pemuafakatan ialah membangunkan hubungan bermakna antara ibu bapa dengan guru. Ia adalah satu usaha secara sistematik melibatkan semua pihak berkepentingan dengan pendidikan murid di sekolah dalam merancang, mengelola dan membuat keputusan bersama berkaitan pendidikan di sekolah. Pemimpin sekolah harus memulakan usaha untuk membina hubungan pemuafakatan yang berdasar saling percaya mempercayai antara guru dan ibu bapa untuk memenuhi keperluan murid. Langkah ini telah terbukti Berjaya dilaksanakan oleh Ms. Lopez dan guru-guru di sebuah sekolah di Amerika syarikat. Ms. Lopez dan warga sekolah telah menganjurkan satu program di mana mereka menjemput ibu bapa datang ke sekolah satu program tahunan. Melalui program ini, pihak sekolah telah merancang pendekatan yang amat proaktif di mana ibu bapa dan guru dapat berinteraksi dan bertukar maklumat berkaitan murid, hal ehwal sekolah, perkembangan akademik, latar belakang dan pengalaman ibu bapa dan guru. Interaksi sosial di dalam program ini menjadi medan permulaan untuk membentuk satu jalinan pemuafakatan yang lebih bermakna di antara ibu bapa dan guru. Pemimpin sekolah sepatutnya mempertimbangkan beberapa faktor yang mempengaruhi keterlibatan ibu bapa semasa merancang program pemuafakatan di sekolah. Antaranya ialah : 1. Maksud dan peranan sebenar ibu bapa dalam pendidikan anak. 2. Pegangan atau kepercayaan yang sesuai dalam memelihara dan mendidik anak.
3. Keupayaan ibu bapa dari segi pengetahuan dan pengetahuan intelektual membantu pendidikan anak dan akses kepada sumber luar untuk khidmat bantu. Pemimpin sekolah juga perlu mengambil kira beberapa kriteria penting semasa merancang program pemuafakatan ibu bapa-guru agar program yang dirancang dapat menyubur dan mengukuhkan persepsi ibu bapa bahawa penglibatan dan kerjasama penting dalam kecemerlangan pendidikan murid. Kriteria tersebuat ialah: 1. Sekolah sentiasa membantu ibu bapa berasa selesa berinteraksi dengan guru dengan cara mewujudkan budaya mengalukan kedatangan ibu bapa ke sekolah. 2. Membantu guru memahami manfaat pemuafakatan ibu bapa-guru. 3. Membantu guru memahami kepentingan perancangan yang teliti program pemuafakatan 4. Menerima dan bersiapsiaga dengan halangan yang bakal wujud dalam pemuafakatan sekolah-komuniti. Kesimpulannya, hubungan pemuafakatan sekolah-ibu bapa dan sekolah-komuniti merupakan elemen penting kejayaan sesebuah sekolah. Peranan ibu bapa dan komuniti sebagai rakan kongsi utama menjadi faktor penyumbang kepada kecemerlangan pendidikan murid. Hubungan mesra yang terjalin antara ibu bapa, komuniti dan guru menjadi pemangkin di dalam membantu pencapaian akademik murid dan kecemerlangan sekolah kea rah mencapai misi, visi dan matlamat yang diimpikan.
Rakan Perbincangan 1. Mohd Paku Ruzi Bin Min 2. Mohd Rizal Bin Yusof 3. Anuar Bin Che Mat
[email protected] [email protected] [email protected]
Maklumat lanjut, layari : http://www.sedl.org/connections/ http://www.nationalpirc.org/engagement_webinars/ http://www.sedl.org/afterschool/toolkits/video/
Antara program pemuafakatan sekolah-ibu bapa yang dijalankan