rph tembikar kepingan

September 12, 2017 | Author: Amia Adam | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download rph tembikar kepingan...

Description

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PSV Bidang : Kraf Tradisional Tarikh : 10 oktober 2011 Hari: Selasa Masa : 9.00pagi Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual Tahun : 5 Mutiara Bilangan Murid :21 orang Tajuk : Pasu Tembikar Objektif pembelajaran : Pada akhir pembelajaran : i)

Memahami cara-cara menghasilkan tembikar menggunakan teknik kepingan

ii)

Menyatakan jenis tembikar dan teknik ragam hias

iii)

Menghargai kraf tradisional

Hasil pembelajaran : Aras 1 : murid menggunakan plastesin untuk menghasilkan pelbagai bentuk tembikar Aras 2 : menguasai kemahiran psikomotor dan memahami langkah-langkah untu menyediakan tembikar. Aras 3: mereka corak dan motif yang mudah pada tembikar.

Alat dan bahan: Plastesin,pembaris,pensil mekanikal. Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat atau menggunakan tembikar sebelum ini. Pengetahuan Generik :kemahiran psikomotor dan amali. Nilai : tekun,rajin,jimat,dan menghargai.

Langkah/Masa

Isi Kandungan

Aktiviti P&P

Catatan/Strategi

Guru memastikan murid

Murid-murid berada dalam

Intrapersonal

dalam keadaan bersedia

keadaan bersedia untuk

Set induksi

untuk memulakan

belajar.

(5 minit)

pembelajaran.

BBM : contoh tembikar,kotak.

Guru meletakkan sebuah kotak di atas meja.

Guru bertanya kan kepada

Murid menjawab tekaan guru.

murid-murid apakah kandungan dalam kotak tersebut sambil memberi beberapa petunjuk.

Guru menunjukkan isi

Murid melihat tembikar yang

kandungan kotak iaitu

ditunjukkan oleh guru.

tembikar yang diperbuat daripada plastesin.

Guru menerangkan tajuk yang akan dipelajari pada

Murid mendengar tajuk

hari ini.

pelajaran pada hari ini dengan teliti

Langkah 1 15 minit

Guru menerangkan apa itu

BBM :tembikar

tembikar dan teknik penghasilan tembikar.

Murid mendengar arahan guru dan melihat alat dan bahan

Pengenalan alat bahan -guru menerangkan alat

yang akan digunakan pada hari ini.

bahan yang akan digunakan pada hari ini.

Tunjuk cara -guru mengambil satu plastesin dalam kotak.

Murid melihat dan mendengar tunjuk cara guru dengan teliti.

-guru membahagikan plastesin tersebut kepada

Murid bertanyakan jika tidak

banyak bahagian.

faham.

-guru membentukkan bahagian-bahagian tersebut menjadi bentuk kepingan.

-guru mengambil kepingan plastesin tersebut dicantum dan dibentukkan menjadi seperti tembikar yang ditunjukkan oleh guru.

-guru meneruskan cantuman plastesin tadi sehingga siap

-guru mempamerkan hasil pada murid.

Gerak Kerja Murid Langkah 2 (25 minit)

Proses : -memotong plastesin kepada beberapa bahagian

Dua orang murid mengambil sekotak plastesin untuk dibahagikan.

Visual ruang

Murid memotong plastesin kepada beberapa bahagian kecil.

Intrapersonal

Amali

-membentuk plastesin menjadi kepingan -mencantum kepingan plastesin -kemasan

Guru membimbing murid ketika aktiviti dijalankan.

Murid mengambil bahagian kecil plastesin dan membentuk menjadi kepingan. Murid mencantum kepingankepingan plastesin menjadi sebuah pasu tembikar. Murid membuat kemasan dan menghias tembikar dengan mengukir dengan pensil picit. Murid meneruskan kerja kemasan sehingga siap

Sesi apresiasi dan refleksi Langkah 3 (10 minit)

Verbal linguistik Guru menilai hasil kerja murid berdasarkan unsur seni i) Bentuk ii) Rupa Guru memberikan markah dan memilih hasil terbaik untuk dipamerkan. Guru memberikan pujian kepada semua murid yang berjaya menyiapkan tembikar.

Murid mempamerkan hasil kerja masing-masing di atas meja.

Intrapersonal Visual ruang

Murid menyatakan pendapat masing-masing hasil kerja masing-masing dan rakanrakan.

Nilai : Menghargai usaha rakanrakan dan diri sendiri.

Nilai: Penutup (5 minit)

Mengemas kelas

Murid mengemas barang dan alat yang digunakan serta membuang sampah dan sisasisa kerja.

Bekerjasama Menjaga kebersihan

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF