RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR TAHUN 2 PENDEKATAN TEMATIK Hari/Tahun Tahun Bil. Murid Masa Mata Pelajaran Tema Tajuk
: : : : : : :
Rabu/2013 2 13 10:10 – 11:10 Bahasa Malaysia HIDUP HARMONI Lagu “Marilah Rasa” STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
1.3 Mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul.
1.3.3 Mendengar, memahami dan memberi respons secara lisan dan gerak laku berdasarkan pesanan mengikut urutan yang betul. 3.3.4 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan bahan grafik dengan betul.
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid ini i. Mendengar secara berkesan dengan memberikan respons yang betul sekurang-kurangnya tiga daripada empat ayat perintah yang diberikan oleh guru dalam permainan “Simon berkata” ii. Mendengar, memahami dan memberi respons secara lisan atau tingkah laku berdasarkan arahan yang diberikan oleh guru tentang cara membuat kuih mengikut urutan yang betul. Sistem Bahasa Tatabahasa
: Morfologi
Pengisian Kurikulum/Elemen Merentas Kurikulum Ilmu : Muzik dan seni visual Nilai Murni : Berdisiplin, berkerjasama, keberanian Kreativiti : Pergerakan kreatif – Imaginasi dan visualisasi. Strategi Pembelajaran Kemahiran Berfikir Kecerdasan Pelbagai Kemahiran belajar cara belajar Pembelajaran kontekstual
: : : :
Mencirikan, Menjanakan idea, menghubungkait Muzik, interpersonal dan Kinestetik Mendengar dengan berkesan, tulisan mekanis, bacaan luncuran Menghubung kait pengalaman diri dengan amalan hidup secara harmoni.
Bahan Bantu Mengajar
1 2 3 3 4
Jenis Buku teks Bahasa Malaysia Tahun 2 Lembaran kerja kumpulan Kad pesanan Lembaran kerja Borang pentaksiran
Bilangan 1 6 set 3 set 13 set 13 set 1
Pengetahuan Sedia Ada Murid pernah menonton rancangan memasak dalam televisyen.
Isi Pelajaran
Langkah dan Aktiviti
Catatan
Set induksi ( 5 Minit) Permainan 1. Simon berkata “ semua berdiri’. 2. ‘duduk’ 3. Simon berkata “ semua tepuk tangan” 4. Baiklah semua angkat tangan 5. Simon berkata “ lompat” 6. Baiklah, berhenti.
Jangkaan tingkah laku Murid mungkin duduk/ angkat tangan dan berhenti melompat walaupun tanpa ayat “simon berkata”.
Pesanan tentang cara-cara membuat kuih. Anisa: Kawan-kawan, emak saya berpesan, jikalau hendak membentuk kuih ulundu wade, beginilah caranya. Kawan-kawan: Baiklah, Anisa. Bagaimanakah caranya? Pertama: Mula-mula sediakan adunan. Kedua: Kemudian, bentuklah adunan menjadi bulat. Ketiga: selepas itu tekan menjadi leper. Akhir sekali: Buat lubang di tengah-tengahnya.
Guru menerangkan peraturan permainan bahasa “simon berkata”. Guru memulakan permainan bahasa dengan arahan yang bermula dengan ayat “simon berkata” dan seterusnya tanpa ayat “simon berkata”. Guru mengaitkan set induksi dengan isi pelajaran pada hari ini iaitu kemahiran mendengar dan bertutur.
Langkah 1 (15 minit) Aktiviti 1 Murid diminta mendengar guru membacakan pesanan dan urutan membuat kuih daripada buku teks. Murid diminta untuk melakukan aksi mengikut pesanan yang dibacakan oleh guru. Aktiviti 2 Guru akan memilih dua orang murid untuk berdialog dalam dua peranan iaitu murid yang membacakan pesanan dan murid yang akan memberikan respons yang betul dalam buku kerja. Aktviti ini diteruskan dengan memilih dua murid lagi untuk melakukan dua peranan yang berbeza. Aktiviti ini diteruskan sehingga keenam-enam pesanan yang terdapat dalam buku kerja mendapat respons yang betul.
2
BBB Guru KB Mencirikan BCB Mendengar dengan berkesan dan memberikan respons yang betul Nilai murni Berdisiplin
BBB Buku Teks KB Mencirikan BCB Mendengar dengan berkesan dan memberikan respons dengan betul Pembelajaran kontekstual Menghubungkait dengan pengalaman dan hidup harmoni.
Langkah 2 (15 minit) Ayat tunggal: tanpa kata hubung Ayat majmuk: dengan kata hubung ( dan, sambil,lalu, kerana)
Aktiviti 1 Guru akan membantu murid mengingat kembali bentuk ayat tunggal dan ayat majmuk. Guru membimbing murid membina ayat berdasarkan gambar yang diberi. Aktiviti 2 Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid secara berkumpulan. Murid diminta untuk membina ayat tunggal dan ayat majmuk daripada gambar yang diberikan. Murid diminta untuk membentangkan hasil tugasan kumpulan.
Langkah 3 ( 20minit )
Guru membahagikan kelas kepada dua kumpulan besar. Murid akan diberi penerangan tentang permainan bahasa yang kedua. Murid akan berbaris panjang dalam satu barisan bagi kedua-dua kumpulan. Guru akan memberikan kepada murid yang paling depan sebuah sampul surat dan guru akan membacakan isi kandungan sampul tersebut kepada murid tersebut. Murid pertama akan menyampaikan pesanan tersebut kepada murid kedua secara berbisik dan murid seterusnya sehingga habis. Murid terakhir akan membentangkan pesanan yang diterima dan dibandingkan dengan isi kandungan yang ada pada sampul. Guru mengucapkan tahniah kepada kumpulan yang berjaya menyampaikan pesanan dengan betul.
3
BBB Gambar KB Mendengar, bertutur dan menulis. Teknik Pembelajaran berasaskan projek KP Intrapersonal Verbal Linguistik Nilai Murni Keberanian Kerjasama Disiplin
BBB Gambar puzzle Pendekatan Berpusatkan murid Teknik Didik Hibur KP Interpersonal Visual Spatial Nilai Murni Keberanian Kerjasama Disiplin Penilaian Objektif Pemerhatian ( kebolehan murid mendengar, memahami dan menyampaikan pesanan dengan betul)
Pengukuhan Lembaran kerja membina ayat tunggal dan ayat majmuk diberikan kepada murid. BBB Kognitif Rumusan isi pelajaran Mendengar, memahami dan memberikan respons yang betul. Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk.
Penutup (5 Minit) Murid diminta menghantar lembaran kerja yang diberikan oleh guru. Guru membuat rumusan tentang isi pembelajaran pada hari ini.
KB Merumus Nilai Berkerjasama KP Verbal linguistik Intrapersonal
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.