RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KEFAHAMAN KONSEPTUAL MELALUI KEMAHIRAN PROSES MATEMATIK Tajuk Topik Masa Objektif Hasil Pembelajaran
: Perimeter dan Luas : Perimeter : 8.10 – 9.10 pagi : i) Memahami konsep perimeter untuk menyelesaikan masalah : i) Mengenal pasti perimeter suatu kawasan ii) Menentukan perimeter kawasan yang dilingkungi garis lurus iii) Menyelesaikan masalah yang melibatkan perimeter
KERANGKA AKTIVITI Fasa Aktiviti Cadangan Aktiviti Set induksi 1) Guru meminta murid untuk (5 minit) mengukur sekeliling meja murid masing-masing 2) Guru bertanya soalan kepada pelajar:
Perkembangan
Pengajaran (10 minit) 1) Guru memaparkan rajah A di papan kenyataan dan meminta pelajar untuk mengenal pasti perimeter rajah tersebut. 2) Guru memberi ukuran setiap sisi bagi rajah A , dan murid diminta mencari perimeter bagi rajah tersebut.
Catatan 1) Murid mengukur meja masing-masing. 2) a) ‘Bedasarkan aktiviti yang dijalankan apakah yang akan dipelajari pada hari ini?’. Jawapan: Perimeter b) ‘Apakah yang anda faham tentang perimeter?’ Jawapan: Perimeter ialah jumlah ukuran panjang yang mengelilingi suatu kawasan yang tertutup
3) Guru memaparkan 2 soalan dan meminta pelajar untuk menjawab soalan tersebut.
Jawapan:(3+2+5+2+5+2+3)cm = 22cm
Jawapan: (3+3+6+5+5+5+6)cm =33 cm
Permainan (20 minit) Bahan : Dadu, kotak, kad DADIDU nombor,lembaran markah Arahan Permainan: 1. Bina satu kumpulan yang terdiri daripada 6 orang. 2. Tentukan urutan peserta mengikut arah ikut jam 3. Peserta perlu melambungkan dadu untuk mendapatkan bentuk poligon. 4. Seterusnya, peserta perlu mencabut 3 kad nombor daripada kotak yang disediakan. 5. Peserta perlu mencari perimeter maksimum untuk poligon 6. Catatkan hasil dapatan peserta di dalam lembaran yang disediakan. 7. Pulangkan semula kad nombor dan goncangkan. 8. Peserta kedua dan seterusnya perlu mengulang langkah 1 hingga 6. 9. Setelah peserta ke-6 selesai, jumlah keseluruhan perimeter tersebut. 10. Kumpulan yang mendapat jumlah keseluruhan yang tertinggi adalah pemenang.
Aktiviti Kumpulan (20 minit)
Penutup (5 minit)
1) Murid diminta kekal dalam kumpulan yang sama 2) Guru mengedarkan lembaran kerja 3) Murid mencari jalan penyelesaian dalam kumpulan 4) Guru menyemak jawapan bersama murid 1) Murid diminta merumuskan pembelajaran pada hari ini.
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.