RIBA ASSIGNMENT1
July 23, 2017 | Author: Ifrah Sajida | Category: N/A
Short Description
Download RIBA ASSIGNMENT1...
Description
RIBA Secara umumnya, kita mengetahui hukum riba sepertimana pendapat para ulama’ yang bersepakat bahawa hukum riba dan bermuamalah dengannya adalah haram. Oleh itu, sebarang muamalah, jual beli atau perniagaan yang disertai dengan riba adalah tidak sah. Ia termasuk salah satu daripada dosa-dosa besar. Definisi Riba Riba berasal dari perkataan Arab iaitu ziyadah yang pada bahasanya bererti tambahan atau lebihan atau tumbuh dan membesar. Malah secara teknikalnya riba adalah perbuatan mengambil tambahan dari harta yang asal atau modal secara senyap. Dalam istilah syarak pula riba mengandungi tiga bentuk definisi berdasarkan bentuk-bentuk urusniaga tertentu sepertimana berikut:
a) Hutang – iaitu bayaran lebih daripada pinjaman asalnya mengikut perjanjian yang telah disyaratkan.
b) Jual beli riba – iaitu akad ke atas pertukaran barang tertentu yang tidak diketahui sama ada mempunyai persamaan pada timbangan atau sukatan yang diakui oleh syarak.
11
c) Pertukaran matawang dan bahan-bahan jenis ribawi seperti menangguhkan penyerahan salah satu bahan yang ditukarkan atau dijual beli.
Menyentuh soal riba dalam konteks perniagaan Islam, sebenarnya ada banyak pendapat yang menyatakan bahawa riba adalah pengambilan tambahan, baik yang dilakukan dalam transaksi jual beli mahupun secara pinjam meminjam. Hakikatnya, riba adalah bertentangan dengan prinsip muamalat Islam. Namun, apa yang dimaksudkan dengan riba dalam mana-mana ayat alQuran adalah setiap penambahan yang diambil tanpa adanya satu transaksi pengganti atau penyeimbang yang dibenarkan syariah. Seperti transaksi jual beli, gadai, sewa, atau bagi hasil upahan.
11
Hukum Riba Sudah jelas dalam Islam bahawa riba ini tidak kira mana-mana jenis riba pun telah diharamkan oleh Allah s.w.t. Para ulamak telah bersepakat bahawa hukum riba dan bermuamalah dengannya adalah haram. Sebarang muamalah, jual beli atau perniagaan yang disertai dengan riba adalah tidak sah. Larangan ini boleh dibuktikan melalui Al-Quran iaitu firman Allah s.w.t di dalam surah al-Baqarah ayat 275 : Maksudnya: “Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba” (275) Allah s.w.t juga telah mengisytiharkan perang terhadap orang yang mengamalkan riba di muka bumi ini melalui firmannya di dalam surah al-Baqarah ayat 279:
Maksudnya: “Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), Maka Ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), Maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.” (279)
11
Larangan yang terdapat dalam hadis pula ialah seperti :
“Satu dirham wang riba yang dimakan oleh seseorang dengan sedar adalah lebih dahsyat tiga puluh enam kali dari dosa satu perbuatan zina.” (Riwayat Ahmad)
“Rasulullah melaknat (mengutuk) orang yang memakan (mengambil) riba, memberi (membayar) riba, kedua-dua saksi dan penulisnya, dan baginda bersabda, golongan ini semuanya adalah sama.” (Riwayat Muslim)
Hendaklah kita jelas bahawa pengharaman riba ini bukan sahaja terhadap orang yang mengambil riba sahaja, bahkan orang yang memberi riba juga dihukumkan berdosa. Ini adalah kerana, mengikut salah satu kaedah umum fiqh iaitu ‘Apa yang haram diterima haram juga untuk diberi’.
11
Jenis-jenis Riba Untuk memudahkan kefahaman, Imam Shafie berpendapat bahawa riba boleh dibahagikan kepada dua kategori. Iaitu Riba Al-Buyu’ yang membabitkan jual beli dan Riba Al-Duyun yang membabitkan hutang piutang.
1) Riba Al-Buyu’ Riba dalam kelompok ini lebih kepada riba jual beli. Ia terbahagi kepada dua iaitu Riba Fadhl dan Riba Nasiah. Penjelasan jenis riba adalah seperti berikut :
Riba Fadhl Riba jenis ini merujuk kepada aktiviti jual beli antara bahan ribawi sama sejenis tetapi tanpa persamaan timbangan atau sukatan semasa berlakunya jual beli tersebut. Riba Fadhl merujuk kepada lebihan kuantiti dan berat sesuatu barang. Dalil pelarangannya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. “Emas dengan emas, perak dengan perak, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, serupa dengan serupa, unjuk-berunjuk (secara tunai); sesiapa juga yang membayar lebih atau meminta (mengambil) lebih maka dia telah terlibat dengan riba. Orang yang mengambil dan yang membayar adalah sama.” ( Riwayat Muslim, al-Tarmizi, al-Nasa’i)
11
Contoh Riba Fadhl ialah membeli beras dan dibayar dengan beras. Riba berlaku apabila sukatan atau timbangan tidak sama seperti satu kilo beras Gred A dijual beli dengan dua kilo beras Gred B. Contoh lain pula ialah pertukaran emas dengan perak. Emas dan perak merupakan barang yang berbeza dari segi nilainya. Walaupun emas dan perak sama timbangan beratnya semasa pertukaran berlaku, tetapi kualitinya tidak sama maka akan berlaku riba disitu. Riba Nasiah Riba ini berlaku antara bahan ribawi sama jenis tetapi melibatkan penangguhan bayaran, iaitu tanpa penyerahan di waktu yang sama. Riba Nasiah berlaku kerana adanya perbezaan, perubahan atau tambahan yang diambil kerana penundaan pembayaran hutang untuk dibayarkan pada tempoh yang baru. Contoh
Riba
Nasiah
ialah
membeli
gula
dan
dibayar dengan gula juga tetapi urusniaga ini tidak dilakukan dengan serentak. 2) Riba Al-Duyun Riba jenis ini berlaku apabila wujud lebihan yang dijanjikan untuk diberi kepada pemiutang. Lebihan ini diletakkan sebagai syarat kepada sesuatu kemudahan kewangan atau pinjaman atau pemberian kredit dari urusniaga jual beli yang tertangguh. Riba hutang piutang ini terbahagi kepada dua jenis:
11
Riba al-Qard Riba ini ialah meminjamkan wang kepada seseorang dengan syarat ada kelebihan atau keuntungan yang harus diberikan oleh peminjam kepada pemberi pinjaman. Riba jenis ini dilarang di dalam Islam berdasarkan hadis Imam Bukhari dalam “Kitab Tarikh”nya, meriwayatkan sebuah Hadits : “dari Anas ra bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Bila ada yang memberikan pinjaman (wang maupun barang), maka janganlah ia menerima hadiah (dari yang meminjamkannya)”.(HR. Imam Bukhari) Hadis di atas menunjukkan bahawa peminjam tidak boleh memberikan hadiah kepada pemberi pinjaman dalam bentuk apapun, lebih-lebih lagi jika si peminjam menetapkan adanya tambahan atas pinjamannya. Contoh Riba al-Qard ialah Ahmad meminjamkan Ali sebanyak RM 2000, dia meminta Ali membayar semula sebanyak RM 2300. Lebihan RM300 merupakan riba. Riba al-Jahiliyyah Riba al-Jahiliyyah adalah bayaran lebih dari hutang asal yang dikenakan ke atas orang yang berhutang sekiranya hutang tidak dijelaskan pada tempoh yang ditetapkan.
11
Contoh bagi Riba al-Jahiliyyah ialah Akmal meminjamkan wang sebanyak RM200 kepada Halim dengan perjanjian yang Halim harus membayar hutang tersebut pada 1 Mac 2010. Jika Halim menangguhkan pembayaran hutangnya dari waktu yang telah ditetapkan maka Halim dikehendaki membayar tambahan daripada penangguhannya kepada Akmal. Maka tambahan inilah yang disebut riba.
11
Kesan Riba Kepada Negara dan Masyarakat Islam mengharamkan amalan riba ini kerana ia memberi kesan yang besar ke atas kehidupan manusia. Menurut Al- Maududi, keburukan riba boleh dilihat dari segi akal, dari segi sosial, dari segi akhlak dan dari segi ekonomi.
a) Dari segi akal Riba tumbuh di dalam diri manusia dan menjadikan mereka mempunyai sifat rakus, tamak, kedekut, ego dan sebagainya. Sifat-sifat ini akan menebal dan akhirnya menjadi darah daging yang sukar untuk dikikis lagi.
b) Dari segi sosial dan akhlak Riba mendorong pemakannya hidup senang-lenang tanpa bekerja dan berusaha sedangkan Islam menggalakkan umatnya untuk berusaha dan bekerja. Merupakan penindasan terhadap orang-orang miskin di mana pihak pemberi hutang akan bertambah kaya sementara penerima hutang akan bertambah miskin dan tertekan. Mewujudkan ketidakpuasan hati dalam masyarakat.
11
Menyebabkab sifat kasih-sayang, sikap tolong-menolong dan mengasihani antara satu sama lain hilang. Boleh merosak dan merenggangkan hubungan antara orang kaya pemakan riba dengan orang miskin dan menimbulkan perasaan benci dan iri hati di kalangan mereka. Konflik boleh berlaku akibat ketidakpuasan hati di kalangan peminjam seperti rompakan, pembunuhan dan lain- lain.
c) Dari segi ekonomi Riba yang tinggi akan memusnahkan daya penarik pelabur Menyebabkan kekurangan pekerjaan dan pendapatan. Ia juga merosakkan perkembangan ekonomi dan mengakibatkan kan inflasi. Riba diperoleh tanpa mengusahakan sesuatu dan meletakkan kesemua risiko ke atas bahu peminjam.
11
Kesimpulan Aktiviti riba masa kini cukup berleluasa dalam masyarakat moden. Ini adalah kerana sistem kewangan konvensional yang bertapak kukuh di dunia pada hari ini adalah berdasarkan sistem riba. Di Malaysia, keterlibatan secara langsung di dalam aktiviti riba seperti membuat pinjaman dengan bank konvensional, menyertai aktiviti pelaburan yang beunsurkan riba seperti Swish Cash dan banyak lagi haruslah dielakkan dan dijauhkan sama sekali. InsyaAllah di masa akan datang kita boleh berkongsi lagi mengenai bentuk-bentuk riba moden yang terdapat di Malaysia. Pengharaman riba masih merupakan elemen yang penting dalam perniagaan Islam untuk mewujudkan sebuah ekonomi yang bertanggungjawab secara sosial. Minat kepada pelaburan secara Islam meningkat, di mana pasaran saham antarabangsa telah melancarkan indeks pasaran secara Islam mengikut panduan yang diberi Al Quran. Ini berkaitan dengan pengaruh etika Islam yang menekankan kepada konsep keadilan sosial dan keadilan di dalam pembahagian kekayaan melalui pengharaman riba. Apabila Quran mengharamkan urusniaga yang melibatkan riba tujuannya adalah untuk melindungi mereka yang tidak
11
berkemampuan daripada mereka yang kaya yang mungkin mengambil kesempatan daripada mereka. Oleh itu, pengharaman riba oleh Islam hendaklah dilihat sebagai satu usaha untuk memperbaiki etika manusia bahawa semua manusia mestilah dilayan dengan adil, bukannya sebagai halangan kepada perniagaan.
11
View more...
Comments