RETORIK PEMUJUKAN

October 20, 2017 | Author: Khairul Idzwan | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download RETORIK PEMUJUKAN...

Description

ZAZA ISZARUL & CO KUMPULAN B [LWH1B] • Fatimah Zahirah binti Mohd Damanhuri • Isabilla Najah binti Zaini • Khairul Idzwan bin Kamarudzaman • Siti Nurzafirah binti Mohd Padzil • Siti Safura binti Ab. Rahman

KES CURI

Tuan majistret, sebelum menjatuhkan hukuman kepada yang tertuduh, pihak mahkamah perlu memberi perhatian sewajarnya terhadap segenap aspek kes ini sebelum hukuman dijatuhkan kepada tertuduh. Pihak peguambela berpendapat bahawa hukuman yang lebih ringan perlu dijatuhkan kepada tertuduh yang telah melakukan kesalahan mencuri buku iaitu suatu kesalahan yang diperuntukkan dalam seksyen 378 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau didenda atau keduaduanya sekali. Jika kesalahan tersebut adalah kesalahan ulangan, tertuduh boleh dihukum penjara, denda serta disebat. Tuan, tertuduh perlu dijatuhkan hukuman yang ringan

kerana tertuduh merupakan

seorang anak muda yang baru berusia 22 tahun. Tertuduh merupakan seorang pelajar tahun ketiga yang cemerlang dalam jurusan ekonomi di Universiti Malaya. Sebagai seorang pelajar, tertuduh telah berjaya mendapat Anugerah Dekan untuk dua semester berturut-turut. Hal ini menunjukkan bahawa tertuduh merupakan seorang yang cemerlang prestasi akademiknya. Tidak mustahil sekiranya tertuduh mampu berjasa kepada negara suatu hari nanti. Tambahan pula, kesalahan yang dilakukan adalah kesalahan kali pertama dan nilai buku yang dicuri hanya RM 150. Walaupun tertuduh telah melakukan satu kesalahan, namun hukuman yang bakal dikenakan haruslah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Tuan majisteret, latar belakang tertuduh juga perlu diambil kira sebelum hukuman dijatuhkan kepadanya. Tertuduh merupakan anak sulung dari tujuh orang adik beradik dan tertuduh merupakan seorang anak yatim. Tertuduh berasal dari keluarga miskin dan bagi menampung kos pembelajaran tertuduh dan adik-adiknya, tertuduh membantu ibunya menjual nasi lemak dan pisang goreng pada waktu terluang. Hal ini menjukkan bahawa tertuduh merupakan harapan kepada keluarganya dan hukuman yang berat akan memberi kesan yang lebih negatif kepada keluarga tertuduh. Berdasarkan sebab-sebab yang telah dinyatakan di atas, saya selaku peguambela tertuduh dengan ini merayu kepada mahkamah yang mulia agar menjatuhkan hukuman yang paling ringan kepada tertuduh. Pihak mahkamah perlu meneliti setiap aspek sebelum menjatuhkan hukuman terhadap anak guam saya. Hal ini adalah supaya hukuman yang bakal dijatuhkan tidak akan menyebabkan prejudis berlaku kepada tertuduh.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF