resepi turun temurun

March 1, 2017 | Author: Nur Hajar | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download resepi turun temurun...

Description

KERISI GORENG BEREMPAH resepi : DayangJack@DapurKu SaYang Bahan-bahan : 4 ekor ikan kerisi sederhana (dibersihkan) 3 ulas bawang putih (ditumbuk) 1 inci halia (ditumbuk) 1 sudu makan serbuk kari ikan 1 sudu makan serbuk kunyit 1/2 sudu makan cili serbuk garam secukup rasa 1 tangkai daun kari Cara-cara : Gaulkan bahan-bahan di atas hingga sebati dan perap selama 30 minit. Kemudian gorenglah hingga keemasan atau hingga masak. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama nasi putih.

SINGGANG B.E.L.U.M.C.U.B.A.B.E.L.U.M.T.A.H.U 1 ekor ikan tongkol / aya (saiz sedang) (potong kecil & basuh bersih) *2 in kunyit hidup *2 in lengkuas *2 ulas bawang putih *3 ulas bawang merah *3 biji cili padi merah 2 keping asam gelugor air secukupnya garam gula serbuk perisa hiris nipis bahan bertanda * masukkan semua bahan dalam kuali @ periuk bersama ikan & air rebus sehingga ikan masak bolehlah ditambah perisa, garam & gula ikut citarasa masing2 siap untuk dihidang panas, mudah & cepat kan? (sedap dihidang bersama sambal tempoyak & ulam ulaman)

CENDAWAN GORENG TEPUNG resipi : Denuanza sumber : K.Nor 1 senduk tepung gandum (guna senduk cedok nasi tu) 1 senduk tepung beras 2 sudu besar serbuk kari 1 sudu kecil serbuk cili 1 sudu kecil garam sedikit lada sulah / lada hitam -gaul semua bahan di atas sampai sebati masa nk guna ceduk la byk mana yg nk guna Utk cendawan ni: sepeket cendawan 1 biji telur- x yah asing putih kuning, membazir! - gaul2 cendawan ngan telur -pastu masukkan satu persatu dlm tepung sambil ratakan bg semua kena tepung tu..(tepung tu x yah bancuh) -goreng dlm minyak yg byk dan panas sampai garing kekuningan

PAPRIK CAMPUR Bahan2: 1 keping chicken breast -potong dadu 5-6 ekor udang (nak letak sotong pun boleh) sedikit sayur (bunga kobis, carrot, kacang panjang) 1 biji bawang besar – potong empat/bulat 2 batang serai 3 helai daun limau purut 2 biji bawang putih -cincang 1 biji cili merah – hiris 2 biji tomato – potong 4 1 sudu besar cili kisar i sudu besar sos tiram 2-3 biji cili padi 1 sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos cili 1 cawan air 3 sudu minyak masak garam dan gula Cara: Panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili kisar. Bila garing masukkan ayam, kacau hingga masak. Masukkan semua jenis sos kacau, serai dan daun limau purut dan dikuti sedikit air. Masukkan udang dan sayur (semua jenis sayur, bawaqng dan cili). Kacau hingga masak Rasakan garam dan gula Sedia untuk dihidang * k.nor tak guna ayam tp hanya guna udang dan sotong. ** k.nor hanya letak 1/2 cawan air sbb tak nak buat berkuah sgt.

SARDIN MASAK KICAP PEDAS resipi : K.Nor@SecubitGaram Bahan: 1 tin kecil sardin ~ k.nor guna brand Pertima 2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang 3 ulas bawang merah ~ dimayang 1 sudu besar cili mesin 5 - 7 sudu besar kicap manis 5 biji cili api ~ diketuk 1/2 cawan air 1/2 labu bawang besar ~ dipotong bulat 1 biji limau kasturi sedikit garam minyak

Cara: Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi. Masukkan cili mesin dan tumis lagi hingga garing. Masukkan pula kicap dan sos dalam tin sardin. Masak sekejap dan masukkan air dan garam. Masak lagi hingga mendidih. Masukkan ikan sardin dan cili api, biarkan merenih. Masukkan hirisan bawang besar, kacau seketika dan padamkan api. Perahkan limau kasturi ke dalam masakan dan kacau rata. Angkat dan hidangkan.

Masak Lemak Ciliapi Ikan Masin & Nenas Bahan 500 gm iakn masin talang 1 biji nenas [potong kecil] 1 biji keledek oren 2 biji terung bulat 1 batang serai [ketuk] 2 cawan santan pekat [1 biji kelapa] Bahan Mesin 20 biji ciliapi 1 inci kunyit hidup 3 ulas bawang merah 1 cawan air Cara 1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk. 2. Masak sehingga mendideh. 3. Masukkan santan pekat Kacau supaya tidak pecah minyak. 4. Bila telah mendidehtutup api dan angkat. 5. Hidangkan dengan nasi putih

Siakap Sweet-Sour

Bahan-Bahan: 1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan] garam dan kunyit Bahan untuk sos: 5 ulas bawang merah (dimayang) 3 ulas bawang putih (dimayang) 1 cm halia (dihiris halus) 1/2 cawan sos tomato 3 sudu besar sos cili 2 biji cili merah (dipotong nipis) 1/2 cawan air. 1 biji tomato (belah 6) 1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek) Garam dan gula secukup rasa minyak Cara: 1. Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing. Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata. 2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia. 3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. 4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula. 5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi. 6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan 1 ekor ayam [potong 8 dan bersihkan] 3 s/b rempah kari ayam/daging 3 s/b cili mesin 1 s/b serbuk kunyit 3 s/b tepung goreng ayam 3 ulas bawang merah ] 2 ulas bawang putih ] mesin halus 6 inci halia ] 3 batang serai ] garam Cara 1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama beberapa jam 2. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing.

ASAM PEDAS IKAN PARI bahan 500 gm ikan pari [bersihkan] 10 biji bendir 1 biji buah tomato [belah 4] 1/2 cawan jus asam jawa 5 tangkai daun kesum 4 s/b minyak masak garam bahan mesin 20 tangkai cili kering 1 labu bawang besar 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 s/k kunyit serbuk 3 cawan air Cara 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak dan wangi. 2. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendideh. 3. Masukkan ikan & garam dan biarkan sehingga mendideh lagi. 4. Masukkan buah tomato, daun kesum dan bendir. 5. Perlahankan api dan biarkan sehingga naik minyak dan sayur lembut. 6. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih dan ikan masin.

SAMBAL GORENG TEMPE DAN IKAN BILIS Bahan 1 paket tempe...]potong kecil dan goreng dalam minyak dan toskan 1 biji kentang..] 1 cawan ikan bilis.. goreng garing dan toskan Sambal [mesinkan] 20 tangkai cili kering 2 labu bawang besar 2 ulas bawang putih sikit belacan..jika suka 1 s/b cuka minyak garam gula Cara memasak 1. Tumiskan sambal sehingga garing dan masukkan cuka. Masukkan garam dan gula sikit. 2. Bila dah naik minyak dan pekat baru masukkan ikan bilis, kentang dan tempe tadi. 3.Gaul rata dan angkat dari kuali. 4. Hidangkan bersama nasi panas...ikan goreng dan sayur lemak kobis...

Asam Rebus Ikan

Bahan 3 ekor ikan kembung [boleh gunakan ikan lain] 5 keping asam keping 2 tangkai daun kesum air secukupnya sedikit kunyit serbuk garam Bahan mesin 3 biji cili merah 1 cm belacan 3 ulas bawang merah Cara 1. Ikan dibersihkan. 2. Masukkan semua bahan kecuali ikan dan daun kesum dalam periuk dan amsak sampai mendideh. 3. Masukkan ikan dan daun kesum.Biarkan mereneh selama 5 minit. 4. Tutup api dan hidangkan.

Goreng Telur Ikan

Bahan 300 gm telur ikan tenggiri 1 s/k kunyit 1 s/k garam 3 s/b minyak 2 s/b sos cili 1 biji buah tomato [belah 8] Bahan hiris 2 biji cili merah 2 biji cili hijau 2 ulas bawqang putih 1 labu bawang besar Cara 1. Panaskan minyak dan gorengkan telur ikan sehingga garing. 2. Masukkan semua bahan hiris dan kacau rata. 3. Masukkan sos cili dan buah tomato. Kacau rata. 4. Angkat dan hidangkan

Sambal Ikan Bilis & Petai

Bahan 250 gm ikan bilis 30 biji buah petai 1 labu bawang besar [potong gelang] 1 cawan jus asam jawa Minyak Garam Gula Bahan Mesin 30 tangkai cili kering 10 biji bawang merah 2 ulas bawang putih Cara 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak. 2. Masukkan jus asam jawa. Kacau rata dn biarkan sehingga naik minyak. 3. Masukkan ikan bilis, petai , bawang besar dan garam serta sedikit gula. Masakkan sehingga pekat dengan api kecil. 4. Bila dah nampak pekat boleh tutup api dan masukkan dalam mangkuk hidangan.

SAYUR LEMAK PUCUK KAYU Bahan 2 ikat sayur pucuk kayu [RM1.00] 2 biji kkeledek oren [buang kulit dan potong kecil] 2 cawan santan pekat [1 biji kelapa] 2 cawan air 3 ulas bawang merah [hiris] ikan bilis garam serbuk kunyit Cara 1. Sayur diambil daunnya sahaja. Basuhkan dan tos kering. 2. Masukkan demua bahan ekcuali santan dan sayuran. 3. Masakkan sehingga mendideh dn keledek lembut. 4. Masukkan sayuran dan santan pekat. Biarkan mendideh. 5. Masukkan santan pekat dan rasalan garam. 6. Bila mendideh boleh angkat dan hidangkan.

Pucuk Paku Goreng Budu

Bahan 500 gm pucuk paku > potong dan bersihkan 3 urat kacang panjang ] 2 s/b minyak 2 s/b budu Bahan Tumbuk 50 gm ikan bilis 5 tangkai cili merah 10 tangkai ciliapi 3 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih Cara 1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi. 2. Masukkan sayur pucuk paku dan budu. [jangan masukkan garam sbb budu dah masin] 3. Kacau rata dan tutup kuali sebentar. 4. hidangakn dalam pinggan bersama nasi putih.

KOBIS GORENG Bahan 500 gm kobis manis 1 batang kecil carrot 100 gm isi ayam [hiri nipis] 3 uals bawang merah [hiris] 1 ulas bawang putih [hiris] garam minyak Cara 1. Sayur dipotong kecil dan basuh. Toskan. 2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih shingga wangi. 3. Masukkan ayam, kobis dan carrot. Kacau rata. 4. Rasakan garam. 5. Hidangkan.

TUMIS SAWI Bahan 300 g sawi hijau 50 gm kobis 1 tangkai cili merah ] 2 ulas bawang merah ] hiriskan 1 ulas bawang putih ] 1 s/b udang kering [ramaskan] minyak garam Cara 1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah dan bawang putih dan udang kering sehingga wangi. 2. Masukkan sawi, kobis, cili dan garam. Kacau rata. 3. Bila telah layu tutup api dan hidangkan.

Sup Telur

Bahan 4 biji telur 2 biji kentang [potong kecil] 1 batang carrot [potong kecil] 1 pokok sawi minyak ata kailan [potong pendek] air secukupnya minyak garam Bahan tumis [tumbuk kasar] 3 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih 1 s/k lada hitam Cara 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi. 2. Masukkan air secukupnya dan masukkan kentang dan carrot.Biarkan emndideh dan lembut. 3. Masukkan telur masa air menggelegak. 4. Bla dah nampak telur masak baru masukkan sawi dan tutup api. 5. Hidangkan.

Sayur Lemak Kobis

Bahan 1 biji kobis manis [yg kecil dan ada warna hijau sikit2 tu] 1 biji carrot kecil 1 labu bawang besar [mayang] 2 biji cili merah [mayang] 2 1s/besar udang kering/ikan bilis 2 cawan santan pekat garam sikit air Cara 1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk dan renehkan sehingga mendideh. 2. Bila dan mendideh masukkan santan pekat dan kacau sehingga mendideh sekali lagi. 3. Tutup api dan hidangkan bersama sebarang masakan sambal tumis.

SAYUR CENDAWAN MASAK LEMAK

Bahan-bahannya 3 paket cendawan tiram, dibersihkan 2 paket jagung muda, dibelah dua 1 biji kentang, dipotong panjang 1 ikat su'un, direndam 4 ekor udang, dibersihkan 1 kotak santan 2 cawan air garam secukup rasa serbuk perasa, jika suka Bahan untuk dikisar 1 biji bawang besar 6 batang cili padi Thailand 1 ulas bawang putih 2 cm kunyit hidup 2 cm belacan Cara-caranya 1. Masukkan kentang dan bahan yang telah dikisar dalam periuk bersama 2 cawan air dan masak sehingga kentang empuk. 2. Bila kentang sudah empuk, sederhanakan api dan masukkan jagung, su'un dan juga udang berserta garam dan serbuk perasa. 3. Setelah jagung setengah masak, masukkan cendawan tiram dan tuang santan. Jika kuahnya kurang boleh masukkan sedikit air lagi. Rasa kuahnya jika kurang garam boleh tambah. Bila kuah mendidih, boleh tutup api dan jangan tutup periuk kasi kuah sejuk baru tutup takut cendawann terlalu layu.

MEE REBUS Trg Style resipi : K.Nor@SecubitGaram Bahan2: 1 bungkus mee kuning 200gm daging/isi ayam 5 bj bawang merah ~ dihiris nipis 3 ulas bawang putih ~ dicincang 1 - 1 1/2 sudu besar serbuk lada hitam - sebaiknya yg baru ditumbuk 2 liter air Bebola ikan/sotong 2 - 3 bj telur Lobak merah Sawi/kobis secukupnya 2 bj tomato ~ dipotong 6 atau 8 1 biji cili merah ~ dihiris Garam dan gula secukup rasa Daun saderi ~ dihiris Minyak Cara: Panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga layu. Masukkan bawang putih dan tumis lagi hingga wangi. Masukkan hirisan daging dan goreng hingga daging berubah warna. Kemudian masukkan lada hitam,goreng seketika dan masukkan air secukupnya. Masak hingga mendidih dan daging empuk, kemudian masukkan bebola ikan/sotong. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam kuah (JANGAN dikacau), biarkan telur masak kemudian masukkan lobak merah yg dihiris. Masukkan pula sawi/kobis serta garam dan sedikit gula. Kemudian masukkan mee, tomato dan hirisan cili merah. Kacau perlahan-lahan. Masak sekejap hingga kuah mendidih (mee masak/kembang sedikit). Angkat dan hidangkan. Taburkan hirisan daun saderi dan hidangkan bersama Sambal Kicap Cili.

SAMBAL KICAP CILI Bahan: 3 biji cili merah atau 9 biji padi 1/2 cawan kicap manis 1 sudu besar cuka secubit gula Cara: Hiris cili merah atau cili padi. Campurkan kesemua bahan termasuk cili kedalam sebuah bekas. Gaul sebati. Biarkan 15 - 30 min, kemudian bolehlah dihidangkan.

BUNCIS GORENG BELACAN resipi : K.Nor @ SecubitGaram Bahan2: 150gm kacang buncis 3 biji bawah merah 2 ulas bawang putih 1bj cili merah 5bj cili padi 1 sudu besar belacan ~ lebih sedap kalau belacan tu dibakar dahulu secubit garam dan gula secukup rasa minyak Cara2 Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili dan belacan. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 tumbuk serta garam dan gula secukup rasa. Boleh juga dimasukkan sedikit serbuk pati ayam jika suka. Goreng sehingga pecah minyak. Jangan buka api besar, nanti rempah2 ni cepat hangit. (boleh masukkan sedikit air jika terlalu kering) Masukkan kacang buncis yg dah dipotong dan goreng sekejap. Jgn lama2 nanti kacang jd lebur sgt dan hilang zat. Boleh lah diangkat dan dihidangkan.

KACANG PANJANG GORENG HATI & PEDAL

Bahan: 5 urat kacang panjang ~ dipotong 5 ketul hati + pedal ayam ~ dipotong 2 ulas bawang putih ~ dicincang 1 labu bawang besar ~ dipotong bucu (wedges) 1 bj cili merah ~ dipotong serong 1 sudu besar kicap manis 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu kecil serbuk lada hitam ~ seeloknya yg baru ditumbuk sedikit air garam dan sedikit gula minyak

Cara: Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan bawang besar. Goreng hingga layu dan masukkan hati dan pedal ayam. Masukkan pula kicap manis, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam. Goreng seketika dan masukkan sedikit air (lebih kurang 1/4 cawan) . Bila hati dan pedal ayam telah masak (dan air sedikit kering) masukkan kacang panjang, cili merah, garam dan sedikit gula. Kacau rata. Goreng sehingga kacang lembut sedikit tp jgn terlalu lama. Angkat dan hidangkan..

SOTONG GORENG KARI resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2: 400gm sotong ~ dibersihkan dan dipotong 3 ulas bawang putih ~ dicincang 1 labu bawang besar ~ dihiris nipis 1/2 in halia ~ dihiris nipis 1 bj lada merah 2 sudu besar serbuk kari 2 tangkai daun kari 2 urat kacang panjang ~ dipotong 1 bj tomato ~ dipotong 6 atau 8 garam & sedikit gula 1/2 cawan air 1 sudu besar jus limau nipis/kasturi minyak Cara2: Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga layu. Masukkan bawang putih dan halia. Bila tumisan dah berbau wangi, masukkan serbuk kari yg dibancuh dgn sedikit air dan daun kari. Goreng seketika. Masukkan air dan kacau. Masukkan separuh dari hirisan tomato dan biarkan ia menjadi lembut. Tekan dgn belakang senduk/sudip sehingga tomato menjadi hancur/benyek. Masaklah sehingga pecah minyak dan masukkan garam dan sedikit gula (jika suka). Masukkan sotong dan masaklah hingga kuah agak pekat dan masukkan baki tomato, lada merah dan jus limau nipis. Kacau2 sekejap dan boleh la diangkat. Hidangkan panas2.

AYAM GORENG BEREMPAH My Style Bahan: 1/2 ekor ayam 1 sudu besar cili mesin ~ boleh ganti dgn 1/2 sudu besar cili serbuk 1 sudu besar serbuk ketumbar 1/2 sudu besar serbuk jintan putih 1/2 sudu besar serbuk jintan manis 1 sudu besar serbuk kari 1 sudu kecik serbuk kunyit 1 sudu besar tepung jagung garam 1 sudu kecil cuka atau perahan jus limau nipis 2 tangkai daun kari minyak Cara: Gaul semua bahan dgn ayam dan perap lebih kurang 1/2 jam. Goreng ayam dlm minyak panas hingga garing. Angkat dan toskan.

PAPRIK AYAM

Bahan-bahan ½ ekor ayam - dipotong kecil2 4 ulas bwg merah - ditumbuk 2 ulas bwg putih - ditumbuk 1 labu bwg besar - dimayang 2 btg serai - dititik 2 biji buah tomato - dipotong 4 5 biji cili padi - ditumbuk bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis 1 sudu besar cili mesin ~ ni k.nor tambah bahan2 perasa Cara-cara Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing). Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap. (tumis dulu cili mesin sekejap jika ikut stail k.nor yg masukkan cili mesin) Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

AYAM GORENG KUNYIT

Bahan: 1 kpg dada ayam ~ dihiris nipis 1 sudu kecil serbuk kunyit 1/2 sudu kecil garam 1 labu bawang besar ~ dihiris bulat 5 biji cili padi ~ dihiris serong 2 tangkai daun kari sedikit gula ~ optional minyak Cara: Gaul ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar dan daun kunyit. Goreng hingga wangi dan masukkan ayam, cili padi dan sedikit gula. Goreng lagi hingga ayam masak dan sedikit garing. Padamkan api dan bolehlah dihidangkan.

TELUR IKAN GORENG 300gm telur ikan ~ bersihkan dan toskan 1/2 sudu teh garam 1 sudu teh kunyit serbuk 1 labu bawang besar ~ dihiris bulat 2 ulas bawang putih ~ dihiris nipis 2 biji cili merah/hijau ~ dipotong serong 2 tangkai daun kari tomato/tomato cherry Gaul telur dgn garam dan serbuk kunyit. Panaskan sedikit minyak dan goreng telur ikan hingga masak/garing. Masukkan kesemua bahan2 lain dan goreng sekejap. Angkat dan hidangkan dgn nasi panas.

DAGING BLACK PEPPER

Bahan2: 500gm daging batang pinang 1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas 1 biji lada benggala hijau 1 biji lada merah 3 sb kicap manis 2 sb sos tiram 1 cawan air 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air 1/2 sudu garam halus dan 1/2 sb gula minyak utk menggoreng Cara: Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih. ## Kalau nak guna daging biasa pun boleh, hiris nipis2 dan rebus dgn sedikit air sehingga daging tu empuk. Pastu skip aje la step no 3.

UDANG GORENG DAUN KUNYIT CILI API Bahan-bahan: 350 gm udang saiz sederhana 1/2 sudu kecil garam 1/2 sudu kecil serbuk kunyit 3 biji bawang merah ~ dihiris 2 ulas bawang putih ~ dihiris 5 - 7 biji cili api merah dan hijau ~ dihiris 1 helai daun kunyit ~ dihiris halus 2 biji limau kasturi ~ diambil air sedikit garam sedikit gula minyak secukupnya

Cara membuatnya: Gaulkan udang bersama garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng udang sehingga bertukar warna dan hampir masak. Angkat dan ketepikan. Tinggalkan lebih kurang 3sudu besar minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Masukkan cili api dan hirisan daun kunyit. Kacau. Masukkan pula udang yg dah digoreng tadi, garam dan sedikit gula. Kacau hingga sebati. Biarkan masak sekejap dan masukkan perahan limau kasturi. Padamkan api dan kacau hingga sebati. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

SOTONG MASAK LADA HITAM resipi : K.Hanieliza (Buku Masakan Makanan Laut) sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan A 300gm sotong (dipotong kecil) 1 labu bawang besar (dipotong gelang) 3 sudu besar sos lada hitam 1 sudu besar ladan hitam (ditumbuk kasar) 1 pokok daun bawang garam (sekiranya perlu) Bahan B (kesemuanya dihiris) 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1 bj cili merah Cara2: Panaskan minyak dan tumiskan bahan B hingga layu. Masukkan sotong, lada hitam, bawang besar, cili merah dan sos lada hitam. Kacau rata dan biarkan mendidih sebentar. Tutup api dan taburkan daun bawang. Sedia dihidangkan. tip dr K.Liza: garam tidak perlu ditambah kerana sos lada hitam sudah masin

#tip dr K.Nor :) sotong tak perlu dimasak lama utk mengelakkan dr rasa liat/keras boleh gak dicuba cara ni: (ni kaedah K.Nor ya.. bukan nak menunjuk pandai.. terpulang pd cara masing2)     

panaskan sedikit minyak dan goreng dulu sebentar sotong yg dah ditoskan sehingga keluar air. angkat dan ketepikan.(jgn goreng terlalu lama) panaskan sedikit minyak yg lain, baru la ditumis bahan2 B hingga layu dan masukkan sos lada hitam, lada hitam tumbuk dan bawang besar. masukkan air sotong td dan masak hingga sedikit pekat baru la dimasukkan sotong. kacau2 hingga rempah2 mesra dgn sotong dan bolehlah dihidangkan.

SINGGANG SOTONG my style 500gm sotong 3 biji cili merah (kalau nak pedas boleh tambah cili api) 1 biji bawang besar 1 in kunyit hidup 1/2 in lengkuas 2 btg serai - diketuk 3 kpg asam gelugur daun kesum secubit belacan garam dan sedikit gula (jika suka) 500 ml air - terpulang, jika nak lebih kuah boleh tambah

Bersihkan sotong, potong ikut citarasa anda dan toskan airnya. Blend cili, bawang dan kunyit hingga halus. Masukkan air dan bahan2 yg telah diblend kedalam periuk (kalau guna periuk tanah lg umph..) dan masukkan juga lengkuas, serai, asam gelugur dan belacan. Masaklah hingga mendidih dan biarkan lebih kurang 5 minit barulah masukkan sotong, daun kesum serta garam dan gula secukup rasa. (Masakan sy memang letak gula sbb sy tak gunakan pak aji ya..) Biarkan mendidih seketika dan padamkan api. Sotong tak sedap dimasak lama2 sbb nanti isinya liat dan keras.

TELUR DADAR BERMAYONIS 3 bj telur 2- 3 sudu besar mayonis 1 labu bawang besar ~ dipotong dadu 2 bj cili merah ~ dibelah dua dan hiris daun saderi ~ dihiris sedikit garam sedikit minyak Masukkan minyak ke dalam frying pan dan panaskan. Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk dan masukkan mayonis. Pukul dgn garfu hingga sebati. Masukkan kesemua bahan2 lain dan gaul lg hingga sebati. Tuangkan adunan telur dan goreng hingga telur dadar masak.

Telur Dadar Udang 4 bj telur isi udang ~ potong kecik 3 sudu besar susu cair 1 bj bawang besar ~ potong dadu 1 bj cili merah ~ potong dadu daun kucai/daun saderi/daun bawang ~ dihiris garam sedikit minyak Campurkan kesemua bahan2 dan kacau hingga sebati. Panaskan minyak dlm frying pan. Tuang adunan telur ke dalam frying pan dan goreng hingga masak.

SAMBAL UDANG BERPETAI

Bahan2: 400 gm udang petai ~ dibuang kulit 2 sudu besar cili mesin 1 labu bawang besar ~ dikisar 2 ulas bawang putih ~ dikisar 1/2 in halia ~ dikisar 1 batang serai ~ diketuk 2 sudu besar kicap air asam jawa secukupnya air garam dan gula minyak

Cara: Panaskan minyak,masukkan cili mesin dan tumis hingga garing. Masukkan bahan yg dikisar dan serai. Bila bahan tumisan hampir kering, masukkan 1/4 cawan air. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak. Masukkan kicap, garam, dan gula. Biarkan garing sedikit dan masukkan air asam jawa dan 1/2 cawan air. Biarkan merenih dan kuah hampir pekat. Masukkan udang dan petai. Kacau dan biarkan udang masak (bertukar warna kemerahan) dan kuah sedikit pekat/kering. Angkat dan sedia utk dihidangkan.

ASAM PEDAS MELAKA KICK Bahan2nya :

4 ketul ikan pari / parang / tenggiri (dibasuh bersih)

3 biji bawang merah 1 biji bawang putih 2 cm halia 1 mangkuk cili kering kisar 3 cm belacan 2 cm kunyit hidup 1 sudu besar lada hitam (optional) (bawang merah, putih, halia, cili, belacan, kunyit n lada blend skali) 3 batang serai - dititik 1 sudu teh halba (optional) daun kesum + bungan kantan bendi / terung (potong la ikut patern korang suke..) air asam jawa garam + gula minyak

Caranya :

Panaskan minyak.... Then masukkan halba... nampak mcm kuning2 tu then terus masukkan bahan2 yang diblend tadi... masukkan serai jugak...

Masak sampai benda blend tu garing n masak... (if my MIL, dia masak sampai merecik2 sambal tu kat dapur2 dia... nk bagi masak n garing punya pasal..) Dah garing, masukkan gula.. agak2 ye jgn la manis sgt... masukkan daun kesum n bunga kantan.. masukkan ikan... kacau2 sket then masukkan air asam jawa.... (boleh masuk asam jawa lu b4 ikn) banyaknye asam jawa tu bergantung kesukaan u all nk buat kuah tu pekat ke cair... kalau cair sgt tak sedap pulak... masam tu u all boleh agak2 jugak.. jgn sampai masam gilerrr... then last, masukkan bendi or terung... then perasakan dengan garam... biar dia mendidih then boleh tutup api....

petua ala2 Diana

1. asam pedas melaka ni kalau letak belacan lagi kick.. kalau sape2 yg gatal hidung tu, jangan la letak... kang aku tak tanggung... 2. kalau nak rasa kesedapan lagi.. biar masak awal 3 @ 4 jam b4 nak makan... lagi lama lagi sedap coz baru sebati rasa dia tu... 3. lagi pekat, lagi sedap... 4. menggunakan ikan fresh, lagi terasa kesedapannya.. sampai boleh hirup itu kuah... 5. Asam pedas asli melaka ni, lepas korang dah basuh tangan walau sabun pon, bau dia masih melekat kat tangan... for sure menjadi la tuh.. hehehehe

Daging Black Pepper

Bahan-bahan ( 4 - 5 org makan ) 500gm daging batang pinang 1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas 1 biji lada benggala hijau 1 biji lada merah 3 sb kicap manis 2 sb sos tiram 1 cawan air 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air 1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula minyak utk menggoreng Cara-cara Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih. (kalu gune dging bese, juz rebus jer n blh skip langkah 3)

Singgang sotong

Bahan-bahan ( 4 - 5 orang makan ) 500gm sotong 3 biji cili merah (kalau nak pedas boleh tambah cili api) 1 biji bawang besar 1 in kunyit hidup 1/2 in lengkuas 2 btg serai - diketuk 3 kpg asam gelugur daun kesum secubit belacan garam dan gula 500 ml air - terpulang, jika nak lebih kuah boleh tambah Cara-cara Bersihkan sotong, potong ikut citarasa anda dan toskan airnya.

Bahan2 yg digunakan Blend cili, bawang dan kunyit hingga halus. Masukkan air dan bahan2 yg telah diblend kedalam periuk (kalau guna periuk tanah lg umph..) dan masukkan juga lengkuas, serai, asam gelugur dan belacan. Masaklah hingga mendidih dan biarkan lebih kurang 5 minit barulah masukkan sotong, daun kesum serta garam dan gula secukup rasa. (Masakan sy memang letak gula sbb sy tak gunakan pak aji ya..) Biarkan mendidih seketika dan padamkan api. Sotong tak sedap dimasak lama2 sbb nanti isinya liat dan keras. Bolehlah dihidangkan dan lauk ni sedap dimakan dgn ikan goreng dan sambal belacan..

Resepi Meatballs Ala IKEA 1- meatball jenama MARINA secukupnya digoreng tanpa minyak dan api sederhana. pastikan selalu balikbalikkan. jangan sampai hangus.Emm..kalau takde jenama Marina,belasah jela meatball jenama apapun.. 2 - kentang goreng secukupnya.Pilihan WMR ialah fries kerinting..haha 3 - 1 sudu jem strawberry/blueberry/mixed fruit

Bahan-bahan untuk kuah Meatball@gravy : -2 sudu butter -1 1/2 sudu tepung gandum -Sebiji bawang besar kuning/hijau dipotong dadu dan digoreng sehingga layu tetapi jgn sampai hangit (diblend pon boleh) -sebiji tomato yang gemuk yang dipotong dadu -1 1/2 cawan air sejuk, * -100ml susu segar/susu cair * -3 sudu sos tomato * -3 sudu sos tiram * -2 sudu kicap manis * 2 sudu lada hitam * -1 kiub ayam/ daging* -sesudu gula * - tak letak pun sebab dah cukup rasa

Cara-caranya: 1.Goreng bawang besar terlebih dahulu sehingga layu. 2. Cairkan butter lepas tu masukkan tepung gandum, goreng sampai bertukar menjadi warna coklat. 3. Masukkan bawang yang dah digoreng awal tadi bersama tomato 4. Bila dah layu2, masukkan semua bahan yang bertanda (*) dan masak sehingga mendidih. 5. Sejukkan kuah seketika dan blend kuah tersebut supaya lebih hancur. (mungkin ada bawang besar dan tomato yang tidak hancur ketika dimasak tadi) 6. tuang semula dalam periuk dan didihkan sebentar. kacau sentiasa. apabila sudah mendidih, tutup api dan tuang atas meatball. YUMMY...!! Senang je kan..moh kita mencuba bersama-sama..hik hik

Bahan-bahan 

1 ulas bawang besar kuning (diced)



1 biji tomato (diced)



1/2 cawan susu segar



3 sudu mentega (ganti dengan minyak jagung, lebih sihat)



2 sudu tepung gandum



1 cawan air



2 sudu sos tiram



3 sudu kicap manis



1/2 sudu serbuk lada hitam



gula dan garam secukup rasa

nota 1: saya tak guna kiub ayam, gabungan semua di atas dan berikan rasa yang sedap sangat nota 2: kacau sekerap mungkin, mengelakkan sos dari berketul-ketul Cara-caranya 

Tumiskan sebentar bawang besar kuning dengan sedikit minyak jagung. Tumiskan sekali tomato bersama-sama bawang besar tadi.



Dan layu, angkat dan letak dalam pinggan.



Dalam kuali yang sama, tuangkan sedikit minyak jangung, masukkan tepung gandum dan goreng hingga warna bertukar coklat (api sederhana).



Masukkan air dan susu segar, biar mendidih sebentar.



Masukkan pula sos tiram, kicap, gula, garam dan lada hitam. Biar mendidih lagi.



Akhir sekali, masukkan bawang dan tomato yang telah ditumis tadi.

nota: sebab nak betul-betul macam meatball ikea, saya blend sos yang dah siap tadi hingga halus. rasa semua bahan bersatu dengan sedapnya.

UDANG GORENG TELUR MASIN resipi asal : Zila4ever (Ketam Goreng Telur Masin) diubahsuai : K.Nor@SecubitGaram Bahan2: 350 gm udang 1/2 sudu kecil garam 1/2 sudu kecil serbuk kunyit minyak ~~~~~ 3 sudu besar butter 3 biji bwg putih - di cincang 9 - 10 bj cili padi ~ dihiris serong 2 tangkai daun kari 1 biji telur masin + 1 bj kuning telur ~ direbus hingga masak 1 sudu kecil gula 5 sudu besar susu segar Cara: Asingkan telur masin dari kulit dan hancurkan. Ketepikan. Udang dibersihkan dan digaul dgn garam dan

serbuk kunyit. Goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak) Panaskan butter dlm kuali kemudian tumis bawang putih, cili padi dan daun kari. Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih,daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yg dihancurkan tadi. Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sbb dah ada rasa masin dr telur masin) Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi. Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan. Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/#ixz z2ZjvP0BEa

IKAN MASAK CUKA resipi : K.Nor@SecubitGaram Bahan2: 3 keping ikan tongkok @ boleh guna ikan tenggiri/kembung 1/2 sudu kecil garam 1/2 sudu kecil serbuk kunyit 1 labu bawang besar ~ dipotong baji/wedges 2 ulas bawang putih ~ dihiris 1'2 in halia ~ dihiris 2 biji cili merah ~ dihiris serong 5 - 7 biji cili padi 1/2 sudu kecil biji sawi 1/2 sudu kecil serbuk kunyit 400ml air 3 sudu besar cuka 1/2 batang lobak merah ~ dipotong 1/2 batang timun ~ dipotong (buang bahagian empulur) garam dan gula secukup rasa Cara:

Goreng ikan yg telah dilumurkan garam dan serbuk kunyit hingga masak dan sedikit garing. Ketepikan. Buangkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar sahaja dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga terbit bau. Masukkan cili merah, cili padi, biji sawi dan serbuk kunyit. Goreng seketika. Masukkan air dan cuka dan biarkan hingga mendidih. Masukkan garam dan gula, lobak merah dan ikan yg telah digoreng tadi. Biarkan mereneh sekejap (supaya rasa masam2 kuah meresap pd isi ikan) dan masukkan timun. Masak seketika kemudian bolehlah dihidangkan. Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/sear ch?updated-max=2013-07-17T17:37:0007:00&max-results=3#ixzz2ZjvqvMgo

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF