Resepi Nasi Ayam

March 1, 2017 | Author: fadzilismail | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Resepi Nasi Ayam...

Description

RESEPI NASI AYAM

Bahan-bahan ( Untuk 2 org Makan ) • •

-Bahan Utama1.5 pot Beras



2 biji Buah Tomato (dikisar)



-Bahan yang dihiris-



1/2 biji Bawang Besar



1 ulas Bawang Putih



1/2 cm Halia



1 batang Serai



-Lain2 bahan-



Kulit Kayu Manis & Bunga Lawang



Sedikit Kismis



Sedikit garam



3 sudu makan minyak masak

Cara-cara 1. Masukkan Minyak dalam periuk Nasi. 2. Bila Minyak sudah panas, tumis Kayu Manis & Bunga Lawang bersama bahan yang dihiris sehingga naik bau. 3. Masukkan beras yang sudah dibasuh. 4. Masukkan Tomato yang dikisar & tambah air secukupnya untuk menanak nasi. 5. Masukkan sedikit garam & kacau sedikit (supaya sebati) 6. Masukkan kismis. 7. Tutup periuk hingga nasi masak. 8. *Nasi ni tak buh susu cair, sebab mmg xsuka bubuh,..tapi rasanye memang best.., cubalah!! :) 9. Bila nasi masak, boleh dihidangkan & untuk menarik lagi taburkan daun sup & bawang goreng...

NASI GORENG BLACK PEPPER

Bahan-bahan ( untuk 2 org makan ) • •

3 cawan Nasi Putih Bebola ikan



Sayur campur



1 biji telur



2 sudu besar kicap



Garam secukup rasa



3 sudu besar serbuk lada hitam



Bawang putih ditumbuk lumat



2 sudu besar minyak



Bawang goreng, Daun bawang dan daun sup utk hiasan

Cara-cara 1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih. Goreng sampai naik bau. 2. Masukkan sayur campur dan bebola ikan. Biarkan sayur dan bebola ikan masak sedikit. 3. Masukkan nasi. Gaul rata. 4. Pukul telur bersama kicap, lada hitam dan garam. Masukkan telur ke dalam nasi . Kacau rata. Biarkan nasi dan telur masak bersama 5. Hiaskan dgn bawang goreng, daun sup dan daun bawang serta cili merah dan hijau. 6. Sedap dimakan dgn grilled fish beserta tartar sauce.

RESEPI NASI TOMATO Bahan-bahan : 5 cawan beras Basmathi (cuci, rendam 20 minit dan toskan) 1/2 cawan susu cair 4 biji tomato (dicincang halus) 1/2 cawan sos tomato 2 sudu besar mentega / minyak sapi 5 sudu besar minyak masak 1 helai daun pandan (disimpul) Air (ikut sukatan beras iaitu 5 cawan) Garam secukup rasa Bahan Tumis : 3 biji buah pelaga 3 kuntum bunga cengkih 2 kuntum bunga lawang 1 batang kayu manis 3 ulas bawang putih - dihiris halus 5 biji bawang merah - dihiris halus 1 inci halia - dihiris halus Bahan Hiasan : bawang goreng, kismis, kacang pis dan hirisan daun sup / daun bawang (i tak berapa suka daun sup / daun bawang ni sebab tu takde dalam gambar). Cara-cara : 1. Dalam periuk, panaskan minyak dan masukkan mentega. Bila mentega cair, masukkan kesemua Bahan Tumis dan daun pandan. Tumis hingga wangi.

2. Kemudian, masukkan tomato cincang dan tomato sos, kacau dan biarkan sebentar. Tuangkan susu dan air, masak sehingga mendidih. Tutup api. 3. Masukkan beras ke dalam periuk nasi. Selepas itu, tuangkan bahan-bahan yang dimasak pada cara nombor 2 tadi ke dalam periuk nasi. Letakkan garam (anggaran 3/4 sudu kecil) dan gaul sehingga rata. Masak seperti biasa dan balik-balikkan nasi bila betul-betul masak. 4. Hiaskannya dengan bahan hiasan sebelum dihidangkan. 5. Lepas tu baca bismillah dan makan!

NASI TOMATO

Bahan-Bahannya:5 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit. Toskan 1/2 cawan susu cair (mat guna santan) 4 biji tomato, cincang halus 1/2 cawan sos tomato 2 camca besar mentega 5 camca besar minyak masak 1 helai dun pandan, disimpul 3 ulas bawang putih, dihiris 5 biji bawang merah, dihiris 1 inci halia, dihiris halus (mat cuma titik kan saja halia tu) 3 biji buah pelaga* 3 kuntum bunga cengkih* 1 kuntum bunga lawang* 1 batang kayu manis*(*rempah tumis) Air, ikut sukatan beras (mat lebihkan 1/2 cawan lagi) Garam secukup rasa Bahan Hiasan:Kacang pis Hirisan daun sup/daun bawang Bawang goreng Cara membuatnya:-

1. Dalam periuk, panaskan minyak dan masukkan mentega. Bila mentega cair, tumis rempah tumis, bawang putih, bawang merah, halia dan daun pandan. Tumis hingga wangi. 2. Masukkan tomato cincang dan tomato sos, kacau dan biar masak. Tuang susu dan air, masak hingga mendidih. Matikan api. 3. Masukkan beras dalam rice cooker. Tuang no.2 ke dalam rice cooker tadi, masukkan garam (anggaran 3/4 camca teh), gaul beras hingga rata dengan semua rempah2. Masak seperti biasa dan balik2kan nasi bila betul2 masak. 4. Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang, kacang pis dan bawang goreng sebelum dihidangkan....

LONTONG

Bahan Kuah Lodeh:- (sayur2ran ikut kuantiti masing2) Kobis, dihiris sederhana halus 1/2 biji sengkuang, dihiris memanjang Fucuk, direndam dan potong kecil 1 batang lobak merah, hiris nipis Kacang panjang, dihiris serong 2 keping tauhu, potong dadu sederhana besar Soo Hoon, direndam dan kerat pendek2 3 keping tempe, potong kecil 2 batang serai, dititik 1 inci lengkuas, diketuk 1 camca besar cili kisar 1 biji kelapa, diparut 1/2 cawan isi udang 2 camca teh udang kering, rendam 10 minit dan toskan* 10 biji bawang merah kecil* 4 ulas bawang putih* 1 cm kunyit hidup*(*dikisar halus) Garam dan sedikit gula Bahan Lain:Sambal tumis Telur rebus, dibelah 2

Nasi impit/Ketupat Serunding (tak letak, sebab tak buat..hehe) Cara membuatnya:1. Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan no.1. Tuang 1 liter air lagi dan ramas, perah untuk santan no.2. Ketepikan (kalau rasa nak lebih, boleh tambah air) 2. Dalam periuk, panaskan 1/2 cawan minyak masak dan tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Masukkan udang, lobak merah, sengkuang, fucuk dan tempe, gaul rata dan tuang santan no.2. Biar mendidih hingga hingga sayur lembut. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Bila mendidih, masukkan suu hoon dan akhir sekali tuang santan no.1. Kacau dan biar mendidih atas api perlahan untuk 5 minit. Rasa dan jika ok boleh dimatikan api. 3. UNTUK PENYEDIAAN LONTONG:- Letak nasi impit dalam bekas sesuai. Tuang kuah lodeh dengan isi2nya sekali. Letak telur, sambal tumis dan serunding (jika ada) sebagai pelengkap..Boleh lah makan lepas tu...hmmmm...

NASI PILAF resipi : K.Hanieliza sumber : K.Nor@SecubitGaram Bahan A: 4 cawan beras basmati 4 cawan air 1/2 cawan susu cair 4 sudu makan minyak sapi 1 cawan kacang pis ~ k.nor skip 1/2 cawan kismis 50 gm bawang goreng 1 pokok daun ketumbar ~ dipotong 5 tangkai daun pudin ~ dipotong 1/2 cawan gajus goreng garam secukup rasa Bahan B (Tumisan): 1 in kulit kayu manis 2 biji bunga lawang 6 biji bunga cengkih 4 helai daun pandan ~ dikoyak dan disimpul 1 labu bawang besar ~ dicincang halus 1 ulas bawang putih ~ dicincang halus

Cara: Basuh beras dan rendam selama 1 jam. Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumiskan bahan B sehingga wangi. Masukkan air, susu cair, beras dan garam. Masak lah seperti nasi biasa sehingga kering. Taburkan kacang pis, daun ketumbar, daun pudina, kismis, bawang goreng dan kacang gajus. Sedia utk dihidangkan.

Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2013/07/nasi-pilaf.html#ixzz2dYHnwvpR

BALTI CHILI CHICKEN Adapted & Sources:-From Shehzad Husain via My Favourite Recipes sumber : Ayu@curlybabesatisfaction & K.Nor Ingredients 1 whole chicken, skinned and cut into pieces 1 tbsp ginger paste +1 tbsp garlic paste 2 tbsp chilli powder 1 tbsp turmeric powder salt & seasoning to taste 5 lime juice (Marinate them and put aside.) 11/2 tbsp ground coriander 1 tsp cumin seeds powder 8 large fresh green chillies sliced slantly 2 medium onions,diced 3 garlics chopped 1 tbsp lime juice 4 curry leaves 1 tbsp roughly chopped fresh coriander 2 tomatoes cut to wedges water to estimate or depends on how much gravy needed

Method Heat the oil and fry the marinated chicken till cooked, but not till crispy. Drained chicken. Using the same oil pour some away if oil is too much. Lower the heat slightly and add the sliced green chillies. Fry until the skins start to change colour. Add in diced onion,chopped garlics, curry leaves, ground coriander, cumin powder, salt & seasoning, and fry for a few seconds, stirring continuously. Add some water if mixture is too dry. Add in back the chicken pieces and stir-fry for 7 - 10 minutes, or until the chicken is incorporated with gravy.Add tomatoes, add more water if needed. Stir well. Sprinkle on the lime juice and add in coriander leaves. Add the tomatoes mix all, ready to serve with naan or paratha. Ayu just served with plain white rice. (sori la ya, K.Nor tak sempat nak translate.. nak kejar masa ni :)

Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2013/07/balti-chili-chicken.html#ixzz2dYIF9x00

Nasi Pilaf ala Nasya

BAHAN-BAHAN : • • • • • • •

2 cawan beras basmati (dicuci bersih dan rendam 1/2 jam) 2 ketul paha ayam 1 batang karot (disagat kasar) 2 sdb pati tomato 2 sdb pati ayam 3 sdb ghee 1 labu bawang besar (dicincang)

1 batang kulit kayu manis • 2 biji pelaga • 5 kuntum bunga cengkih • 1 helai daun bay • 1 1/2 sdt garam • 4 1/2 cawan air • sedikit pewarna kuning untuk ayam CARA : •

Di dalam periuk, panaskan minyak sapi.

tumiskan serai dan rempah tumis hingga wangi

masukkan bawang cincang dan tambahkan garam pada langkah ini

gaul rata dan masak hingga bawang layu

kemudian campakkan ayam yang telah diseksikan ini...

balik-balikkan dan masukkan pati tomato

tuangkan 4 1/2 cawan air dan masukkan juga daun bay

jangan lupa pati ayam, tutup periuk dan renihkan hingga

mendidih dan ayam 1/2 masak

keluarkan ayam dan toskan. Sementara itu, pastikan sukatan sup adalah 3 1/2 cawan (agak2 laa)

tambahkan karot

kacau rata dan

masukkan beras yang telah di tos

masak hingga mendidih dan

kering

airnya. Tutup periuk dan masak lagi dengan api perlahan

kaiskan nasi dengan garfu,jika masih belum masak tunggu 5 minit lagi hingga

nasi tanak. Sementara itu,

mandikan ayam dengan sedikit pewarna kuning

gaul rata dan panggang hingga masak

nasi sedia dihidangkan bersama

acar tomato

PILAF TOMATO Resepi:Mumtaj Begum Omar @ Asmah Ampun Sedapnya Sumber:Ayu

Laili Mintak

Bahan-bahan: 1 kg beras Basmathi - cuci bersih, rendam selama 10-15 minit dan tos airnya *Air mengikut paras beras dan lebihkan 1 cawan lagi 5 cm kayu manis 5 biji buah pelaga 2 helai daun bay 1 biji bawang besar hiris halus 1 sudu makan pes halia dan pes bawang putih 2 biji lada merah dibelah jangan putus 3 sudu makan pes tomato 1/2 cawan daun pudina 1/4 cawan susu sejat Garam secukupnya+secubit serbuk perasa Secukup minyak atau ghee untuk menumis Sedikit kacang gajus goreng Cara: 1.Tuang ke dalam periuk nasi letrik, air, susu sejat dan garam.Ketepikan. 2.Panaskan sedikit minyak atau ghee di dalam kuali dan tumis kayu manis, pelaga dan daun bay sehingga meletup-letup dan wangi.Masukkan hirisan bawang dan lada merah. 3.Tumis lagi sehingga bawang lembut dan wangi.Masukkan pes halia/ bawang putih dan tumis selama 5 minit lagi, sehingga keharumannya dapat

dihidu.Barulah dimasukkan pes tomato dan daun pudina.Biarkan sehingga keluar minyak.Matikan api. 4.Tuangkan semua rempah yang panas, ke dalam periuk nasi letrik.Kacau sekali sahaja.Tutup periuk dan biarkan sehingga mendidih.Seterusnya buka tutup periuk, tuang semua beras yang telah dicuci dan toskan.Kacau sekali sahaja, tabur di atasnya kacang gajus goreng, gemburkan nasi dengan garfu sehingga kembang dan bergaul rata dengan gajus. 5.Tutup periuk nasi. AYAM SOSHA ISTIMEWA Resepi:Hajah Fatimah Hj Ahmad @Asmah Laili Mintak Ampun Sedapya Sumber;Ayu Bahan-bahan: 1 ekor ayam-buang kulit dan segala lemak, potong 12 (lumur kepingan ayam dengan sedikit, kunyit dan garam.Goreng lembab 1/2 masak). 5 cm kayu manis 5 biji pelaga 3 kuntum bunga cengkih 3 sudu makan lada kering 2.5 cm halia* 5 biji bawang putih* 10 biji bawang merah* (*kisar halus) 1/2 sudu teh kunyit serbuk 1 tin kecil tomato puree 1/2 cawan tomato sos

1/2 cawan hirisan daun pudina 1/2 cawan hirisan daun ketumbar Sedikit madu atau gulap pasir 2 biji tomato, setiap satu dibelah 4 1/2 kg bawang kecil, dijadikan bawang goreng 1/2 cawan kismis digoreng dan ketepikan 1/2 cawan gajus digoreng dan ketepikan 1 biji tomato dihiris untuk hiasan Sedikit kacang peas untuk tabur Sedikit minyak untuk menumis Garam 2 perasa secukupnya Cara; 1.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis kayu manis, pelaga dan bunga cengkih hingga wangi.Masukkan lada kisar dan tumis lagi hingga cantik.Masukkan bahan kisar, dan tumis garing.Barulah dimasukkan serbuk kunyit.Kacau rata.Masukkan pula tomato puree dan tomato sos, balik-balikkan.Tabur 3/4 bahagian daun pudina dan ketumbar, tinggalkan 1/4 untuk hiasan.Tuangkan sedikit air.Masukkan hirisan tomato, madu atau gula dan sedikit garam.Renihkan dengan api kecil sehingga pekat. 2.Jika terlalu pekat, tuang sedikit air.Masukkan kismis goreng, gaul rata.Masukkan bawang goreng.Barulah dimasukkan kepingan ayam goreng.Gaul supaya ayam dan rempah sebati.Renehkan lagi sehingga ayam empuk, lembut dan meresap.Akhir sekali masukkan gajus goreng.Gaul sampai rata. 3.Semasa menghidang, taburkan hirisan daun pudina/ daun ketumbar, hirisan tomato dan kacang peas.Enak disajikan dengan nasi minyak mahupun nasi beriani.Sebaik-baiknya masak hari ini dan hidangkan pada keesokan hari.

Shish tawook bahan marinate plain yogurt ... cuka - umi x letak lemon juice - ummi pakai limau nipis je kicap mustard - ummi x letak garlic - kisar paprika italian spices serbuk lada hitam serbuk kayu manis serbuk kari ayam bhgn dada - potong dadu besar2 garam/gula bahan lain: capsicum hijau, merah, kuning bawang besar cara2: - perap semua bahan pada ayam selama 2-3 jam. - bila nk bakar, cucuk pada lidi satay atau besi pjg tu ( xtau nk panggil apa ). selang seli ngn capsicum n bawang

AYAM PANGGANG BLACK PEPPER bahan2nya: bahan A 2 ketul ayam bahagian peha 4 keping ayam bhgn sayap 1/2 sudu lada hitam (kisar) sedikit lada sulah garam dan gula. bahan B (utk kuah) 1 sudu lada hitam (kisar) 1 labu bawang besar (potong dadu) 1/2 sudu tepung jagung (bancuh dgn 1 cawan air) minyak garam dan gula caranya: bahan A bersihkan ayam dan toskan gaulkan semua bahan A pada ayam tadi. tak perlu marinate. letakkan dalam dulang pembakar yang dilapik dgn aluminium foil.

susun ayam atas dulang tersebut bakar pada suhu 170 degree hingga masak. setelah masak, letakkan ayam tadi dalam pinggan. bahan B (utk kuah) tumis bawang besar yg telah dipotong dadu tadi hingga garing. masukkan lada hitam dan air yang telah dicampur dengan tepung jagung. kacau terlalu pekat, vboleh tambah sedikit air lagi. masukkan garam dan gula. juga serbuk perasa jika suka. sesuaikan rasanya...bila sedikit mendidih, tutup api dan tuang ke atas ayam td.

NASI ARAB MAQLUBAH Bahan-bahan untuk nasi : 1 kg daging kambing (direbus biasa dengan sedikit air guna 'pressure cooker') 4-5 batang - cili hijau (dipotong tidak terlalu nipis) 1-2 paket rempah beriani Maggi (ada gambar bawah ni nanti, jangan gelabah!) 2 cawan beras basmathi (selalu guna yang Moghul Faiza Basmathi, basuh dan rendam dalam 15 minit sebelum dimasak) 2 biji kentang - dipotong sederhana besar dan digoreng *(optional) 2 biji terung - dipotong sederhana besar dan digoreng *(optional) Sedikit bunga kobis - dipotong dan digoreng *(optional)

Cara-cara memasak : - Masukkan air sehingga melepasi lebih kurang 1 inci dari paras daging kambing yang telah direbus empuk dalam periuk tadi - Masukkan 1-2 paket rempah beriani Maggi, dikacau & masukkan cili hijau yang dah dipotong tadi - Masukkan garam secukup rasa dan rasa. Masa ni pun dah terbau dan terasa kelazatannya.... oh! - Sediakan periuk nasi dan susun daging kambing paling bawah sekali beserta kentang, terung & bunga kobis (Shiela jarang letak sayuran ni semua sebab nanti nasi akan jadi sangat berminyak, tu yang tulis optional tu...) - Masukkan beras dan 4 cawan air rebusan tadi & ready to cook!

- Setelah masak, telangkupkan periuk dalam pinggan atau dulang besar & ready to eat! (Maksud maqlubah itu sendiri ialah 'upside down' maka haruslah menelangkupkannya!)

Nasi Arab Maqlubah Bahan-bahan..(untuk 10 orang makan) (A) 1 ekor ayam dipotong 10 4 cawan beras super 5%(saya guna beras Basmathi) Rempah yang dibancuh dengan secawan air.(B) 6 sudu besar serbuk ketumbar 2 sudu besar rempah kari 1 sudu besar rempah sup(serbuk) 12 cawan air biasa

Sayur-sayuran(C) 2 batang lobak merah(potong dadu besar) 2 batang terung panjang (potong dadu besar) 2 biji kentang (potong 8) bunga kobis dipotong sederhana besar(saya tak letak) Cara: Goreng dalam minyak baru hingga keperangan. Goreng asing2.

Salata(D) 2 biji timun(potong dadu) 3 biji tomato(potong dadu) 5 sudu besar cuka garam dan gula secukup rasa. Cara: Campur semua. Simpan dalam peti.

Sos(E) 5 biji cili merah 2 biji cili padi 1 biji tomato 1/2 cawan sos cili 1/2 cawan air Cara: 1- Masukan semuanya e dala pengisar dan kisar hingga hancur. Keluarkan dan tambah garam, gula secukup rasa. Lebihkan manis untuk sos yang sedap.

Tumis(F) 5 ulas bawang merah (mayang) 2 ulas bawang putih (dihiris) 1 inci halia (Dihiris halus) 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 3 kuntum bunga cengkih 3 kuntum buah pelaga Cara : 1- Panaskan 5 sudu minyak. Tumiskan bahan tumis hingga keperangan dan berbau wangi. 2- Masukkan rempah. Kacau rempah supaya tidak hangus. Tumis hingga pecah minyak. 3- Masukkan 12 cawan air ke dalam periuk. Masukkan ayam. Masak hingga mendidih dan ayam masak. 4- Masukkan garam secukupnya. Cara masak nasi 1- Basuh beras, rendam 10minit dan toskan.(Basmati). Masukkan ketulan ayam. Susun atas bereas. Taburkan sayuran atas ayam. 2- Masukkan 8 cawan air rebusan ayam tadi e dalam periuk nasi.(kacau air rebusan setiap kali menceduk supaya remah tidak mendap) 3- Masak nasi macam biasa. Sup 1- Masak semula air rebusan untuk dijadikan sup Tambah air, garam secukup rasa.

NASI MAQLUBAH Sumber: Iresepi Bahannya: 3 gelas beras Basmati atau beras Thailand Sunwhite. 1 peket syairiyyah (vermicelli) ~ (tak letak) 1 biji terung besar (bazinjan) 1 ketul kentang besar 1 bunga kobis (zahri) 3 biji lemon (potong) 1 biji bawang besar(potong dadu) 1 batang kayu manis.

Air Rempah (baharat). 2 sudu besar serbuk kunyit (kurkum/usfur) 2 sudu besar rempah campuran (baharat musyakkal) 2 sudu besar serbuk cumin (jintan) (kammon) 2 sudu besar rempah kabsah 2 sudu besar rempah kari 2 sudu besar rempah lada putih 2 sudu besar serbuk halia (zanjabil) ***kalau tidak ada rempah di atas, masukkan rempah-rempah yang anda ada.

Caranya: BAHAGIAN (A) • Basuhkan beras. Rendam beras selama 20 minit.

Bersihkan ayam dan potong 8 bahagian (mengikut kesesuaian) • Rendam ayam selama setengah jam dalam perahan lemon dan sedikit air. • Sementara itu panas air setengah periuk besar. • Setelah air menggelegak, masukkan ayam yang telah direndam dengan lemon tadi. • Masukkan 1 sudu besar setiap rempah-rempah di atas. • Masukkan bawang besar yang telah dipotong dadu sebatang kayu manis. • Rebus ayam tersebut hingga masak. BAHAGIAN B • Kupaskan kulit terung. • Potong terung anggaran 1/2 inci tebal. • Terung direndam dengan sedikit garam (supaya apabila digoreng, terung tidak menyerap banyak minyak) • Kupas kentang. Potong kentang 1/2 inci tebal 6. Potong bunga kobis. • Panaskan minyak. • Goreng terung sehingga kekuningan dan angkat. • Goreng kentang sehingga kekuningan dan angkat. • Goreng bunga kobis hingga kekuningan dan angkat. • Goreng syaiiriyyah hingga garing dan angkat. •

BAHAGIAN C • •

Beras ditoskan dan letakkan dalam besen. Gaul beras denga sedikit garam.

Masukkan satu sudu besar setiap rempah dan gaulkan dengan beras. • Masukkan syairiyyah dan gaulkan bersama beras. • Biarkan seketika. • Sediakan periuk di atas api. • Masukkan 1/4 campuran beras di atas. • Masukkan ayam (dari sup) • Masukkan 1/4 beras di atas. • Masukkan terung goreng. • Masukkan1/4 beras. • Masukkan kentang goreng. • Masukkan 1/4 beras. • Masukkan bunga kobis goreng. • Akhir sekali masukkan sup ayam yang telah ditapis. • Kalau sup ayam tidak cukup, tambah air panas sehingga air mencecah 1 inci (2 jari) atau lebih sikit dari paras beras dan campuran. (jangan tambah air sejuk.) • Masak di atas api sederhana atau di dalam rice cooker. • Selepas masak semuanya nasi tadi, perlulah ditelangkupkan periuk tadi didalam bekas atau talam yang bersesuaian, ini kerana bersempena dengan nama maqlubah yaitu diterbalikkan atau ditelangupkan. Tapi ianya adalah adat bagi masyarakat arab untuk dihidang dan dijamah beramai-ramai. •

Di sebabkan NASI MAQLUBAH tiada kuah sebab lauk dah dimasakkan sekali dengan nasi so Zue mixkan dengan kuah dalca dan acar. DALCA

Sumber: Potret Kasih Bahannya: 300 g isi ayam atau daging ( dipotong kecil) 4-5 biji kentang ( potong 4-6 bahagian) 2 batang terung panjang ( potong kecik) 6 batang kacang panjang ( potong memanjang 1 inci) 1 batang karot ( potong memanjang) 2 cawan santan pekat air secukupnya ( anggaran 4-5 cawan air ) 1 cawan kacang dhal ( rendam dan rebus hingga empuk) 1 labu bawang besar ( di tumbuk) 3 ulas bawang putih ( ditumbuk) 1 inci halia (ditumbuk) 1 batang kayu manis 2 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga 3 biji bunga cengkih 3 sudu besar serbuk kari daun kari secukupnya ( bancuh dengan sedikit air) daun ketumbar minyak untuk menumis

garam, perasa Caranya: Tumis daun kari,bahan tumbuk, bunga cengkih, kayu manis, pelaga dan bunga lawang hingga wangi kemudian masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air. • Masukkan daging/isi ayam dan kentang, masak hingga kecut dan empuk . • Kemudian masukkan air, santan, dhal, sayur-sayuran. Bila sayur sudah masak, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. • Taburkan dengan bawang goreng dan daun ketumbar. •

Nasi maqlubah Bahan-bahan ( 4-5 Orang ) 1. 3 sudu besar REMPAH MAQLUBAH 2. 175 gram beras basmati + 175gram beras mesir /jepun 3. 1 ekor ayam ( boleh dipotong 4) 4. 2 biji bawang besar 5. 10 biji bawang putih 6. 7 biji terung 7. 2 biji kentang XL 8. 1 btg cili hijau 9. 2biji tomato (lebih pun boleh) 10. 3 sudu besar minyak sapi 11. garam Cara-cara 1.Rendam beras 15 minit, basuh dan toskan 2.goreng terung dan kentang yang telah dipotong, ( boleh tambah bunga kobis jika suka ) 3.Hiris bawang besar, tomato ( hiris bulat) dan cili hijau 4.panaskan kuali kemudian masukkan minyak sapi/ minyak masak ( miyak sapi lebih enak) 5.goreng kayu manis, cengkih, pelaga, bawang putih, 1 biji bawang besar 6.masukkan ayam di kedalam kuali bersama bawang yang sedang digoreng tadi ( AYAM BOLEH DIPOTONG 4 ATAU LEBIH UNTUK MEMUDAHKAN PROSES MENGGORENG) 7.taburkan 3/4 serbuk rempah nasi maqlubah ke dalam kuali. biarkan sebertar kemudian balikkan ayam ( untuk dapatkan stok ayam) jangan goreng terlalu lama.

8.keluarkan ayam , taburkan 1/4 baki serbuk nasi maqlubah, bwg putih yang ditumbuk dan 3/4 sudu kecil garam halal gel dan 1 sudu minyak sapi/minyak masak 9. bakar ayam dalam oven selama 1 jam, suhu 190 darjah. selepas 1/2 jam balikkan. -BOLEH GRIL ATAS ARANG /GRIL ELEKTRIK, GORENG DAN GOLEK 10.Masukkan 2 cwn setengah air ( 500ml) kedalam periuk tadi. Didihkan. ( air mestilah mendidih sebelum dituang ke atas beras supaya nasi lebih kembang dan gembur) 11.Di dalam rice cooker susunkan bwg besar, tomato, kentang goreng, terung goreng 12.masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan di atas bwg besar, tomato, kentang goreng, terung goreng tadi. masukkan 2 sudu kecil garam halal gel 13.tuangkan air rebusan rempah/ayam tadi. kemudian on kan suiz rice cooker. tunggu nasi masak 80% gaulkan perlahan-lahan. kemudian tutup balik biarkan sampai 100% masak. 14.setelah masak,letak dulang diatas periuk dan terbalikkan periuk (jadinya dulang kat bawah periuk katatas) angkat periuk perlahan2 supaya semua nasi keluar dengan baik.. 15.letakkan ayam di atas nasi. makan dengan salatah harrah ( salad ) dan solsoh harrah ( sos ) dah siap....

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF