RESEPI MASAKAN KAMPUNG

July 17, 2018 | Author: fissya08 | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download RESEPI MASAKAN KAMPUNG...

Description

1.

ASAM PEDAS PEDA S IKAN PARI

BAHAN-BAHAN: 1/2 kg ikan pari (boleh di gantikan dgn ikan lain) 5 tangkai daun kesum 1 kuntum bunga kantan di hiris 2 biji tomato di belah dua 4 biji kacang bendi asam jawa secukupnya garam dan gula minyak untuk menumis Bahan Untuk Di Tumbuk 13 tangkai cili kering - jika suka pedas tambah lagi 9 ulas bawang kecil 5 ulas bawang putih 1 inci halia 1 inci kunyit 1 inci lengkuas sedikit belacan - boleh di bakar dulu jika suka 1-3 batang serai di titik CARA-CARA: 1. Ikan di potong dan di bersihkan. 2. Panaskan minyak minyak dan tumis bahan yang yang di tumbuk. Goreng hingga wangi. 3. Masukkan daun kesum, bunga kantan, serai, air asam jawa dan air secukupnya. Biarkan mendidih. 4. Masukkan ikan dan dan garam serta sedikit sedikit gula secukup ras. ras. Biarkan mendidih. 5. Kemudian masukan tomoto dan kacang bendi. ***Tips**** 1. Selain daun kesum atau bunga kantan, letakkan beberapa helai daun kari pun boleh mewangikan masakan.

2.

KERABU KERAB U MANGGA MANGG A MUDA

BAHAN-BAHAN: 10 biji mangga muda - dicincang halus memanjang 2 biji kelapa parut - digoreng dan dikisar kasar 200gm kacang tanah - digoreng & ditumbuk kasar 100gm udang kering - dikisar halus 5 ulas bawang merah - dihiris 50gm cili padi - dihiris halus Secukup rasa gula, sos ikan & garam. Masukkan semua bahan-bahan di atas dan gaulkan kesemua sehingga sebati.Siap!!!

1

3.

UDANG DAN ASPARAGU ASPA RAGUS S

Bahan-Bahan: 10 ekor udang besar: dibuang kulit kepala & sesungut saje. 1 ikat sayur asparagus, yang gemuk-gemuk lagi bagus. Di kerat panjang 2 inci. 1 tiub tauhu elur (japanese tofu) ada dijual disuper market. 2 ulas bawang putih di cincang halus Sikit garam & lada sulah Sedikit minyak untuk menumis dan sedikit minyak bijan. Caranya: 1. Di dalam minyak yang panas, tumis bawang putih, dah wangi, masukkan udang dan digoreng sambil alih-alihkan selama 1-2 min saje. 2. Kemudian masuk asparagus, kacau lagi 1 min. 3. Kemudian masukkan atu paket tauhu telur tadi dan dikacau cepat2. 4. Bila udang masak taruk garam dan lada sulah dan m. bijan. Masakan ini dimasak sekejap saja. Udang tak boleh dimasak lama-lama takut keras dan tak sedap nanti.

4.

MEE MEE KETA KE TAM M

1. Bahan-bahannya 1 kg mee basah 2 ekor ketam - dibuang karapes & dipotong dua sos tomato ] sos cili ] secukup rasa sedikit kicap ] 1 ketul kiub ikan bilis 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih serbuk sup adabi @ sup punjut sayur-sayuran - sawi, karot, pucuk jagung, tomato buah, tauge, bunga kobis, & kobis (option) minyak untuk menumis 2 -3 cawan air atau ikut suka, kalau nak kuah banyak tambah le air, kemudian tambah lerr bahan-bahannya sebiji telur. 2. Kaedahnya 1. Panaskan minyak 2. Tumis bawang putih & bawang merah yg telah ditumbuk 3. Masukkan air dan ketam kemudian rebus sehingga mendidih 4. Masukkan serbuk sup, sos cili dan sos tomato, kicap, kiub ikan bilis, garam dan gula secukup rasa, tomato buah 5. Rebus lagi. Rasa kuah kalau dah ok, masukkan telur dan sayur 6. Tauge dan mee dicelur 3. Hidangan Bubuh mee dalam mangkuk, kemudian letakkan tauge di atasnya kemudian bolehlah dituangkan kuah panas-panas panas-panas dan terus dimakan. dimakan. rasanya macam mee bandung, bandung, tapi kuahnya sedap sebab ada ketam.

2

3.

UDANG DAN ASPARAGU ASPA RAGUS S

Bahan-Bahan: 10 ekor udang besar: dibuang kulit kepala & sesungut saje. 1 ikat sayur asparagus, yang gemuk-gemuk lagi bagus. Di kerat panjang 2 inci. 1 tiub tauhu elur (japanese tofu) ada dijual disuper market. 2 ulas bawang putih di cincang halus Sikit garam & lada sulah Sedikit minyak untuk menumis dan sedikit minyak bijan. Caranya: 1. Di dalam minyak yang panas, tumis bawang putih, dah wangi, masukkan udang dan digoreng sambil alih-alihkan selama 1-2 min saje. 2. Kemudian masuk asparagus, kacau lagi 1 min. 3. Kemudian masukkan atu paket tauhu telur tadi dan dikacau cepat2. 4. Bila udang masak taruk garam dan lada sulah dan m. bijan. Masakan ini dimasak sekejap saja. Udang tak boleh dimasak lama-lama takut keras dan tak sedap nanti.

4.

MEE MEE KETA KE TAM M

1. Bahan-bahannya 1 kg mee basah 2 ekor ketam - dibuang karapes & dipotong dua sos tomato ] sos cili ] secukup rasa sedikit kicap ] 1 ketul kiub ikan bilis 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih serbuk sup adabi @ sup punjut sayur-sayuran - sawi, karot, pucuk jagung, tomato buah, tauge, bunga kobis, & kobis (option) minyak untuk menumis 2 -3 cawan air atau ikut suka, kalau nak kuah banyak tambah le air, kemudian tambah lerr bahan-bahannya sebiji telur. 2. Kaedahnya 1. Panaskan minyak 2. Tumis bawang putih & bawang merah yg telah ditumbuk 3. Masukkan air dan ketam kemudian rebus sehingga mendidih 4. Masukkan serbuk sup, sos cili dan sos tomato, kicap, kiub ikan bilis, garam dan gula secukup rasa, tomato buah 5. Rebus lagi. Rasa kuah kalau dah ok, masukkan telur dan sayur 6. Tauge dan mee dicelur 3. Hidangan Bubuh mee dalam mangkuk, kemudian letakkan tauge di atasnya kemudian bolehlah dituangkan kuah panas-panas panas-panas dan terus dimakan. dimakan. rasanya macam mee bandung, bandung, tapi kuahnya sedap sebab ada ketam.

2

5.

PUDING PUD ING ROTI

Bahan-Bahannya: 1/2 buku roti santan dr 1 biji kelapa gula dan garam secukup rasa Cara-Caranya: 1. susunkan roti roti lapis demi lapis dalam loyang. Selepas tuh curahkan curahkan santan kelapa yang dicampurkan dengan gula dan garam ke atas roti tersebut. 2. lepas tuh kukuslah sampai roti dan santan dah sebati.. OPTION : 1. kalau tak nak lapis-lapiskan pun boleh... kita ramas-ramas sampai sebati dengan gula dan santan tu, kalau nak bagi lagi sedap, untuk sebuku roti tu, bolehlah tambahkan 3-4 camca besar margerin. 2. Kemudian, kalau nak bagi menyelerakan dan berkhasiat untuk kanak-kanak (orang dewasa pun suka jugak), kurangkan gula tapi tambah kismis, sedap youuuuu... tapi nak membakar tu makan masa sikit.... Kalau nak hasilnya senang dipotong, (keras sikit), tambahkan roti tapi kurangkan santan... tapi kalau suka yang lembik-lembik (kena makan dengan sudu), lebihkan santan....

6.

IKAN PINDANG PIND ANG SERANI

Bahan-Bahan: 1/2 cawan minyak masak 100g asam jawa 500g ikan siakap 2 biji cili merah / hijau dibelah dua garam Bahan A 3 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 3cm kunyit hidup 1.5cm halia 3cm belacan Cara: 1. Panaskan minyak didalam periuk dan tumis bahan A hingga naik bau. 2. Masukan air asam jawa dan biarkan ia mendidih, kemudian masukan ikan, cili merah dan garam secukupnya. 3. Biarkan sehingga ikan masak

3

7.

BUBUR LAMBUK 

Bahan-Bahan Beras (agak2 jangan terlalu banyak) Santan [asingkan pati (pekat) & cair] 1/2 sudu teh Halba Serbuk Lada Hitam Kentang / karot - didadukan Udang kering - diblendkan Halia sebesar ibujari Bawang Merah Daun Bawang Daun Sup Udang/Ayam/Daging (fresh) Garam secukup rasa Cara-Caranya 1. Basuh beras, rebus dengan air biasa dulu bersama Daging hingga separuh kembang dan daging empuk. (U/P : Daging hendaklah dimasak dahulu kerana liat) 2. Kemudian masukkan ayam, kacau diikuti dengan masukkan halba dan halia yang dihiris. 3. Masukkan santan cair dan rebus lagi. 4. Bila nasi dah agak kembang elok, masukkan garam secukup rasa, udang kering, karot, kentang, serbuk lada hitam dan udang serta pati santan. Kacau. 5. Sediakan dapur satu lagi. Goreng bawang merah yang dihiris tadi hingga kekuningan. 6. Angkat bersama-sama sedikit minyak (jangan terlalu banyak nanti berminyak sangat) dan masuk kedalam periok bubur tadi. Masukkan daun bawang /sup yang dihiris. Kacau. Actually tak banyak beza dengan bubur TANPA SANTAN.

8.

SAYUR KANGKONG

Bahan-Bahannya:1 ikat sayur kangkung - diasingkan daun dan batangnya beberapa ekor udang basah - kalau nak lebih sedap - lebihkan kuantitinya 2 ulas bawang merah 7 biji cili padi - kalau nak lebih pedas, lebihkan cili segenggam kelapa parut - ambil santannya (anggaran air 1/4 cawan ) garam dan gula secukup rasa, sedikit minyak untuk menumis Cara-Caranya:1. Tumbuk bawang merah bersama cili padi. 2. Panaskan minyak, tumiskan bahan yang ditumbuk tadi. Biarkan hingga berwarna keperangan. 3. Masukkan udang, kacau hingga udang setengah masak. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 4. Batang kangkung yang telah diasingkan tadi dimasukkan dahulu, kacau hingga hampir layu, kemudian tuangkan santan yang telah diperah tadi. Kacau lagi hingga mendidih. 5. Akhir sekali masukkan daun kangkung dan kacau hingga sebati dan layu kesemuanya. 6. Hidangkan panas-panas, dijamin terbuka selera.InsyaAllah

4

8.

BUNCIS DENGAN HATI

Bahan-Bahannya : 600 gm kacang buncis 150 gm hati 1 cawan santan pekat 4 labu bawang merah 2 ulas bawang putih 3 sudu besar rempah kurma 1 sudu besar minyak Garam secukup rasa Cara-Caranya: Potong kacang buncis serong-serong sepanjang 2.5 cm. Potong hati sebesar 2 cm. Panaskan minyak. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang. Kacau hingga lembut. Masukkan rempah, kacau supaya tidak melekat. Masukkan hati dan goreng selama 10 minit. Masukkan garam. Masukkan kacang dan balik-balikkan. Masukkan santan pekat. Masak hingga empuk.

9.

SIAKAP SOS TIRAM

Bahan-bahannya: 1 ekor ikan siakap yang sedang 3 ulas bawang merah- dikisar ½ sudu besar bawang putih 2 sudu besar sos tiram 1 biji limau nipis 1 sudu kecil lada sula 1 biji telur seri murni ½ cawan tepung sagu garam secukup rasa Daun salad sebagai hiasan Sosnya: 2 batang lada merah- dikisar halus ½ sudu kecil bawang putih 5 sudu besar sos tomato 5 sudu besar sos cili 3 sudu besar air limau kasturi 1 sudu besar gula pasir

Cara-caranya: Ikan siakap dibersihkan, dibelah seperti "fillet". Kemudian isi ikan, dipotong anggaran 1 ½ cm. Kepala ikan dan tulangnya jangan dibuang, ambil sedikit tepung sagu, gaul kepala dan tulangnya hingga rata, goreng hingga garing. Gaulkan bawang merah, bawang putih yang telah dikisar, sos tiram, air limau nipis, lada sula dan garam hingga rata, masukkan isi ikan dan kacau hingga rata.

5

Kemudian isi ikan dcelupkan ke dalam telur yang telah dipukul, masukkan tepung sagu, gaul hingga rata. Kemudian digoreng hingga garing. Hiaskan isi ikan di atas tulang ikan tadi, hiaskan dengan daun salad. Satukan bahan-bahan sos, kacau rata dan masak sebentar. Hidangkan dengan ikan di atas.

10.

UDANG MASAK LEMAK NENAS

Bahan-bahannya : 10 ekor udang(sedrhana besar) 8 biji cili kering 2 biji cili merah ½ biji nanas 5 ulas bawang merah 2 batang serai 1 inci kunyit hidup ½ inci belacan 2 cawan santan sedikit kerisik sedikit gula Caranya : Bersihkan udang dan toskan. Taburkan sedikit gula diatasnya. Tumbuk cili kering,cili hidup,kunyit hidup,serai,belacan dan bawang merah hingga lumat. Masukkan santan ke dalam kuali & biarkan sehingga mendidih, barulah dimasukkan rempah yang telah ditumbuk tadi, masukkan sedikit minyak masak dan masukkan udang lalu dibalik-balikkan. Angkat udangnya terlebih dahulu.Masukkan nanas dan sedikit garam. Bila kuahnya telah sebati masukkan udang dan kerisik. Angkat dan hidangkan.

11.

CHICKEN CHOP

Bahan-Bahannya : 4 - 8 keping daging ayam yang telah dibuang tulang & diketuk ½ cawan jus limau ½ cawan air bawang putih 1 sk serbuk lada hitam 2 sb kicap pekat 2 biji telur dipukul 1 cawan tepung jagung bubuh sedikit garam untuk perasa minyak untuk menggoreng hiasan - timun, tomato kentang goreng dan daun salad 1. 2. 3. 4. 5.

Ayam diperap bersama jus limau, air bawang putih, kicap dan serbuk lada hitam. celupkan didalam tepung jagung & telur yang telah dipukul sedikit. goreng kepingan ayam didalam minyak yang sederhana panas. angkat & hias dengan timun, tomato, kentang goreng dan daun salad. hidang bersama sos chicken chop.

6

SOS / Gravy 150gm sos cili 1 s.k. gula (optional) 2 cawan stok ayam 1 s.b. brown gravy (boleh dapat di super/mrkt - dalam paket) 3 ulas bawang putih - kisar halus 3 cm halia kisar halus 100 gm sos tomato sedikit garam Serbuk lada hitam kasar (ikut suka) 1. Tumis halia bersama bawang putih, masukkan gula, sos tomato, sos cili, garam dan air rebusan (stok ayam). 2. Angkat dan siram ke atas chicken chop.

12.

TOMYAM CAMPUR

Bahan-BahanNya : 50 gm udang basah - dibuang kulit 50 gm sotong - potong ikut suka 100 gm isi ayam - dipotong dadu 1 biji buah tomato - potong ikut suka 3 batang serai - di titik 4 biji cili padi - di ketuk 1 biji bawang besar - di hiris bulat 2 ulas bawang putih - diketuk 1 - 2 biji limau nipis 2 - 3 helai daun limau purut 1 camb kicap sotong ( kicap cair Thailand) sedikit bunga kobis dan carrot - potong ikut suka daun sup & daun bawang 1/2 camb sos tomato siam - optional garam, gula dan ajinomoto secukupnya. 4-5 cawan air Cara-Caranya :: Didihkan lebih kurang 4 cawan air di dalam periuk. Bila air mendidih, masukkan serai, bawang putih dan daun limau purut. Kemudian masukkan ayam, udang dan sotong. Apabila ia mendidih, masukkan pula bawang besar, garam, gula, ajinomoto, sayursayuran, cili padi, sos tomato, kicap siam dan buah tomato. Ingat proses memasaknya mesti cepat. maksud saya api dapur mesti besar untuk memastikan tomyam anda lebih enak. Dan akhir sekali, angkat dan taburkan dengan daun sup dan daun bawang. * jangan ikut sukatan ni 100 % sebab saya pakai agak je...

7

13.

SIAKAP STEAM

Bahan-Bahannya : 1 ekor ikan siakap dibuang sisik dan isi perut. pepper 0.5" halia dipotong halus 1 biji Bawang besar potong bulat 6 ulas bawang putih 3 sudu besar kicap cair Daun bawang dipotong panjang sikit garam 6 / 7 sudu besar air ( for kuah) unless nak berkuah, bubuh lebih sikit dan kicap lebih sikit 4/5 Asam makan bulat yang dipekat , selalu dijual dekat tempat titsbit. kalau tak nak pun takapa. Ganti asam jawa sikit aje. Anyway Nanti balik rumah cari nama packet tu. Cara-Caranya : Periuk kukus siapkan masak air. Bubuh ikan yang dilumur garam dan pepper dalam pinggan besar . Tuang kicap cair dan air. Letak halia atas ikan. Tabur bawang besar. letak asam kelilikng ikan. Tabur daun bawang. Sementara tu tuang 2/3 sudu minyak dalam kuali dan goreng bawang putih kemudian tuang bawang putih bersama dengan minyak yang panas tu atas ikan. Kemudian bubuh dalam periuk kukus & tutup. Kalau air tak masak lagi selalunya saya biar 45 min plus ikan habis masak.so around 30 min if air dah mendidih.

14.

AYAM GORENG AIR KELAPA ( Style Indon )

Bahan-bahannya: 1 ekor ayam dipotong 8 keping 2 biji limau kasturi 5 ulas bawang merah 1 sudu besar bawang putih 1 sudu teh halia 1 sudu teh kunyit serbuk 2 helai daun kunyit 2 helai daun salam 2 batang serai 4cm lengkuas 1litre air kelapa 100ml air kelapa 70gm tepung beras ½ sudu teh bicarbonate of soda Garam secukup rasa Cara-caranya: Bersihkan ayam, campurkan bahan-bahan kisar seperti bawang besar, bawang putih, halia, kunyit serbuk, serai dan lengkuas,kecuali daun kunyit dan daun salam. Rebus hingga ¾ masak. Angkat ayamnya, ambil air ayam dalam 100ml dan ambil rempah-rempah yang tertinggal. Air ayam, tepung beras dan soda kuih dikacau rata ketepikan. Panaskan minyak, goreng ayam hingga kekuning-kuningan, dan toskan minyaknya.

8

Satukan adunan tepung beras soda kuih dan air ayam, bubuh sedikit garam, goring adunan hingga kekuning-kuningan. Hidangkan ayam di pinggan dan taburkan adunan tepung beras atas ayam

15.

KARI IKAN MASIN

Bahan-bahan 300 gm ikan asin - dikerat 3 sm tebal. 400 gm terung bulat (warna ungu). ¼ sudu teh halba 2 tangkai daun kari 1 bungkus rempah kari ikan 2 sudu teh asam jawa, garam & gula secukup rasa ½ sudu teh jintan putih sedikit serbuk kunyit Dikisar hingga halus 30 tangkai lada kering 10 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1 sudu besar kelapa parut Bahan-bahan untuk ditumis 1 tangkai daun kari 1 biji bawang besar ¼ sudu teh biji sawi 2 sudu besar minyak Cara membuatnya Campurkan bahan-bahan berikut dalam sebuah periuk: ikan asin, terung, halba, daun kari,  jintan putih, serbuk kunyit, rempah kisar, air asam jawa dan garam. Tutup dan biarkan mendidih. Setelah airnya mendidih, dikacau dan kecilkan apinya. Direnih sehingga terungnya empuk, masukkan bahan tumis, ditutup anggaran 1 minit supaya rasa rempahnya menyerap.

16.

NASI AYAM

NASI Bawang kecil 6 biji Halia seinci Daun Sup 2 tangkai Beras 4 pot Air + kuah sup separas beras garam secukup rasa Cara-cara: 1) Bawang kecil dihiris halus, halia dipotong jangan terlalu kecil

9

2) Basuh beras masukkan garam, air & bahan (1), daun sup dipatah-patah je baru naik bau dan masak. *Kalau nak nasi jadi kuning sikit, tumis bahan (1) dengan planta baru masuk dlm beras. AYAM Ayam 9 ketul Halia seinci Bawang putih 4 biji Kunyit seinci kicap manis 3 sudu besar serai 3-4 batang Garam secukup rasa Cara-cara: 1) Bahan-bahan diblend & diperap (lagi lama perap lagi meresap rempah tu) 2) Goreng ayam SAMBAL Cili merah 10 biji Bawang putih 3 biji Sos tomato / cuka 1 sudu besar garam secukup rasa Cara-cara: 1) Blend cili & bawang putih 2) Masak dalam periuk & tambah sos tomato / cuka & garam * Ingat! Ada orang tak leh makan cuka...

17.

NASI DAGANG

Bahan-bahan: 5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa) 2 cawan santan pekat 4 cawan santan cair 2 sudu besar halba 10 ulas bawang merah kecil, mayang halus 6 ulas bawang putih, mayang halus 1½ inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis) Garam dan gula secukup rasa. Cara memasak: 1.. Didihkan air didalam periuk kukusan 2.. Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam 3.. Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus 4.. Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak 5.. Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar 6.. Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-

10

sedikit), bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya. 7.. Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa. Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang Bahan A Dua ekor ikan tongkol sederhana besar 5 keping asam gelugor 2 inci halia, ditumbuk kasar 3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar 3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar Sesudu makan garam dan sesudu teh gula Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci) Bahan B Santan pekat dari satu biji kelapa 3 keping asam gelugor 5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk 4 ulas bawang putih, ditumbuk 1 inci halia, ditumbuk Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan) 1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa. 2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan") Garam secukup rasa Minyak untuk menumis Cara memasak: Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan. Pijarkan minyak di dalam periuk Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih Masukkan santan pekat dan asam gelugor. Bila mendidih masukkan gula merah Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor) Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang. Sambal kelapa untuk Nasi Dagang Bahan-bahan: Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang 4 sudu makan gula kabung (manisan) Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja Cara memasak: Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya. Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun.

11

18.

TELUR BUNGKUS

Bahan-Bahan: 5 biji telur 200 gm daging lembu - dicincang 200 gm sayur campur (jagung, lobak merah dan kacang pis) 3 ulas bawang putih - dicincang 1 labu bawang besar - dipotong dadu 1 cm halia - dicincang 1 sudu besar rempah ikan 2 sudu besar sup tomato Sedikit garam Cara: Tumis bawang putih, halia hingga wangi kemudian masukkan bawang besar. Biarkan bawang besar layu dan masukkan rempah kari serta daging cincang. Kemudian tambahkan sup tomato, garam dan perasa. Akhir sekali masukkan sayuran campur. Biarkan sebentar hingga semuanya masak dan bolehlah diangkat. Pukul telur hingga kembang. Panaskan kuali dan goreng seperti membuat telur dadar. Apabila telur setengah masak, letakkan intinya ditengah-tengah dan lipatkan telur supaya intinya tidak terkeluar. Ulangi langkah yang sama sehingga adunan telur habis.

19.

KETAM GORENG TAUCHU

Bahan-Bahannya: Ketam...(ini dah tentulah) Bawang merah Bawang putih Cili kering yang siap dikisar Kicap manis Kipas Udang Oyster Sauce Tauchu Sedikit lada hitam yang ditumbuk halus Tomota Sauce Sedikit gula, Air, Garam Cara-Caranya. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili kering. Biarkan sehingga cili betul-betul garing. Setelah bahan-bahan di atas garing masukkan Tauchu (lebih kurang 2-3 sudu bergantung kepada berapa ekor ketam - tidak boleh terlalu banyak juga sebab tauchu ni telah sedianya masin) , kicap manis kipas udang , oyster sauce , tomato sauce , sedikit lada hitam , gula , sedikit air dan garam secukup rasa. Masukkan ketam dan gaulkan sehingga sebati . Tutupkan kuali semasa menunggu ketam masak supaya sos kita tidak kering dan hangus. Cubalah....

12

P/S Tips : Halia tidak digunakan kerana penggunaannya akan menghilangkan rasa isi ketam.

20.

IKAN BAKAR SUMBAT

Bahan-Bahan 3 ekor ikan kembung (sederhana besar) ½ biji kelapa parut daun pisang dan lidi sedikit minyak

Tumbuk 5 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 6 tangkai lada kering (direndam dahulu) 1 inci halia

Perasa garam secukup rasa gula secukup rasa Ikan Tumbuk lada kering, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat. Kemudian masukkan kelapa dan tumbuk semula supaya sebati. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi ke dalam perut ikan yang telah dibersihkan. Sapukan sedikit minyak pada ikan. Bungkus ikan dengan daun pisang dan kemaskan dengan lidi. Bakar sehingga ikan masak kira-kira 15 minit. Ikan siap dihidang. Sesuai dimakan dengan nasi.

21.

IKAN SUMBAT ISTIMEWA

Bahan-bahan 8 ekor ikan kembung sederhana besarnya 12 sudu makan cili kisar sedikit belacan dua sudu makan air asam jawa pekat gula secukupnya garam dan perasa secukupnya minyak untuk menggoreng

Cara-cara Bersihkan ikan dan belah tepinya. Kesemua bahan-bahan diatas digaul hingga sebati. Rasanya mestilah manis.

13

Panaskan minyak. Masukkan dua sudu makan cili yang digaul tadi kedalam ikan. Goreng hingga garing. Setelah habis menggoreng, cili yang lebih ditumis hingga garing. Selepas itu tuangkan keatas ikan tadi. Enak jika dimakan panas-panas bersama nasi.

22.

IKAN TIGA RASA

Bahan-Bahan 1 ekor Ikan Kerapu cili padi - di hiris kasar 1 biji bawang besar - dipotong bulat 3 biji bawang kecil - dirajang 2 ulas bawang utih - dirajang sedikit oyster sauce, fish sauce sedikit minyak bijan 1 senduk kecil lemon paste sedikit daun ketumbar atau daun pudina sedikit tepung jagung air dan garam secukupnya Cara-cara Ikan dibersihkan, kemudian dilumurkan dengan garam dan digoreng setengah garing dan diangkat. Tumis bawang putih, bawang kecil, cili padi dan bawang besar hingga layu dengan minyak bekas ikan tadi dan sedikit minyak bijan. Setelah layu, masukkan sedikit fish sauce, oyster sauce dan lemon paste, dikacau rata dan masukkan sedikit air (jika ingin lebih berkuah, lebihkan air). Setelah mendidih, tuangkan campuran tepung jagung dan air dan di kacau hingga pekat. Masukkan daun ketumbar atau daun pudina dan segera diangkat. Tuangkan kuah keatas ikan yang telah digoreng tadi dan hidangkan ketika panas.

23.

IKAN CENCARU GORENG BERCILI

Bahan-Bahannya 4 ekor ikan cencaru yang sederhana besar (dalam 8 inci panjang X 3 inci lebar tengahbiarkan dgn kulit sekali) belah belakang dari hujung kepala ke ekor - jangan putus, buang insang dan perut - cuci bersih dan tos. Gaulkan dan perap 15 minit dengan : 1 sudu besar serbuk kunyit 1/2 sudu besar garam Kisar bersama hingga halus: 35 tangkai cili kering - potong dan rebus 2 labu bawang besar 2 ulas bawang putih 1 cawan air Bahan lain : 1 labu bawang besar - dihiris bulat kasar 1 sd besar garam

14

1/2 sd teh serbuk perasa 3 sd besar gula 2 sd besar asam jawa dibancuh dengan 2/3 cawan air dari baki2 kisaran cili dalam blender 2 cawan minyak Goreng ikan dengan minyak hingga garing. Angkat dan tinggalkan 1 cawan minyak lalu tumis bahan kisar bersama garam - petua cepat garing, hingga garing dan naik minyak (kira kalu dah jadi cam tahi minyak tu dah garingla). Masukkan air asam jawa dan kacau lagi hingga garing, masukkan gula, serbuk perasa (bahan2 perasa ni actually secukup rasa anda-tapi better ada rasa2 manis2 masam sikit). Masukkan bawang dan kacau sekejap hingga gegelang bercerai - api jgn besar sangat nanti cepat hangus pasal ramuan ni tade air added. Masukkan ikan dan kacau rata dan ratakan ramuan juga dalam bahagian dalam belakangnya. Angkat dan hidangkan. Boleh makan dengan nasi, bubur lambuk, nasi lemak dan roti canai. Ikan cencaru boleh digantikan dengan ikan kembung, ikan selar atau cutlets - ikan tenggiri atau parang dan sebagainya.

24.

SOTO AYAM

Untuk soto nasi impit, rebus ketupat segera Untuk mee hoon soto, celur mee hoon dgn air panas sehingga lembut Kuah Soto (ayam / daging) ½ ekor ayam direbus dan diambil isinya. tulang ayam tadi masukkan balik dalam air rebusan. 5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci halia 1 inci lengkuas 1 sudu teh ketumbar 1 sudu teh jintan halus 1 sudu teh jintan kasar 1 sudu besar rempah kurma minyak untuk tumis, garam caranya: 1. Sangai ketumbar dan jintan atas kuali (sangai tu maksudnya goreng tanpa minyak). Blend halus. 2. Bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas ditumbuk halus. 3. Tumiskan bahan ini sampai garing sikit dan masukkan rempah yang sudah diblendkan bersertakan rempah kurma. Jangan lupa tumiskan sekali dengan garam. 4. Bila nampak dah sebati dan kering, masukkan air rebusan dan tulang ayam tadi. Air ditambah sekiranya nampak pekat. Bila dah didih, taburkan daun sup dan daun bawang. Hidangkanler.

15

Untuk Sambal Kicap: 5 biji cili padi (ikut suka) ] kisar 1 sudu gula pasir ] kesemua 1 ulas bwg putih ] bahan dan ½ cwn kicap masin ] cukupkan air limau nipis (ikut citarasa) ] rasanya hidangkan bersama bahan hiasan. Bahan-Bahan lain : taugeh kacang tanah - digoreng suhun - digoreng daun sup/bawang bawang goreng nasi himpit/mee/mee hoon tauhu - digoreng & dipotong kecil2 fish ball - direbus & dipotong kecil2 ½ ekor ayam direbus & disiat ½ ekor ayam digoreng & disiat cili api - dimesin & campurkan dengan kicap manis & kicap masin

25.

MEE BANDUNG

Bahan-Bahannye : 1 kg Mee kuning 400 g Sawi 250 g Udang sederhana 200 g Sotong 4 biji Kentang - rebus & blend 4 biji Tomato ½ botol Sos Cili 3 sb Sos Tomato 3 ketul Fish cake 10 tangkai Cili kering 1 biji Bawang besar 4 ulas Bawang putih 100 g Udang kering 6 cawan Air Telur - ikut bil orang yang makan Minyak , Garam Daun sup & bawang goreng Cara-Caranya : Kuahnya (kalau boleh masak dalam periuk) 1) Blend bawang besar, bawang putih, cili kering & udang kering sehingga lumat & tumis 2) Masukkan sotong sampai separuh empuk, masukkan udang 3) Tambahkan sos cili, sos tomato, air & garam. Didihkan. 4) Lepas tu masukkan kentang blend & masak sampai mendidih.

16

Telurnye (dalam kuali lain tau) 1) Ambil sedikit kuahnya utk memasak telur. Masak telur satu persatu. Lastly masukkan fish cake, mee, sawi & tomato dalam periuk tadi. Hidangkan dan taburkan daun sup dan bawang goreng. Bolehlah dihidangkan utk. 4-5 org.

26.

IKAN KERAPU GORENG ALA KANTONIS

Ikan Kerapu 2 keping lebih kurang dibasuh dan diperap dengan sedikit garam dan cuci bersih-bersih. Perap garam dan kemudian cuci untuk tujuan hilangkan bau hanyir ikan. Ikan tidak perlu diperap dengan apa-apa dan selepas bersihkan dengan garam, terus goreng sahaja! Bahan-Bahannya: * Minyak masak untuk mengoreng * Halia sebesar ½ tapak tangan - potong halia seperti bentuk hirisan (macam potong timun buat laksa tapi nipis-nipis. Buat banyak2 sikit. * kicap cair Cara Memasak: 1. Goreng ikan Kerapu (ikut suka kalau suka garing) 2. Selepas ikan selesai digoreng, angkat dan letak atas piring 3. Ambil lebihan minyak goreng ikan tadi sebanyak 4 - 5 sudu besar dan gorengkan hirisan halia sehingga keemasan. 4. Apabila halia selesai disediakan tadi (# 3), angkat hali dengan minyaknya sekali dan curahkan ke dalam ikan. Maka sekarang permukaan ikan atas dipenuhi dengan hirisan halia yang harum. 5. Curahkan satu sudu besar kicap cair ke merata minyak bersama ikan dan halia tadi. 6. Makan isi ikan dan cicah bersama minyak yang telah dicurahkan kicap tadi dalam piring.

27.

KURMA DAGING/ AYAM/ KAMBING

(Hidang Untuk 4 Orang) Daging/ayam dipotong kiub 1 botol natural yogurt (size kecik macam Nestle punya, kalau tak suka masam, kurangkan) 1 biji bawang besar - mayang 3 ulas bawang putih - tumbuk 1/2 inci halia - tumbuk 1 tbsp ketumbar sebuk 1 tbsp jintan putih serbuk 1 tsbp cili serbuk 1/4 tbsp kunyit serbuk 2 helai bay leaves Kulit kayu manis Buah pelaga

17

Cengkih Minyak masak/minyak sapi / butter untuk menumis Cara-Caranya: 1. Tumis bawang besar sampai brown colour. 2. Masukkan bawang putih & halia tumbuk. 3. Masukkan kulit kayu manis, pelaga & cengkih, tumis sampai wangi. 4. Masukkan rempah2 serbuk, tumis sampai wangi. 5. Masukkan daging/ayam, kacau sebentar. 6. Masukkan yogurt & bay leaf. 7. Lastly, masukkan garam & sedikit gula (utk menggantikan serbuk perasa..). 8. Kalau agak2 daging tu masih liat, masukkan sikit air, tutup periuk (kacau sekali-sekala) & biar kuah sampai pekat. Colour kurma ni tak macam kurma yg biase tu, kelabu, tapi merah kekuningan. Ok, selamat mencuba.

28.

IKAN BILIS GORENG SERABAI

Ambil segengam ikan bilis, basuh dan toskan, Kopek kulit ubi kentang dalam tiga biji kemudian  potong kecil ikut suka. Basuh dan toskan. Bawang besar, cili kering dan cli api agak-agak lah sendiri. Kemudian goreng ubi kentang sampai kekuningan, angkat, masukkan pula ikan bilis, goreng sampai garing. Semasa mengoreng pastikan minyak cukup panas. Campurkan ikan bilis dan kentang goreng dalam satu bekas. Masukkan pula cili kering yang dipotong tiga sampai garing dan angkat. Kemudian tutup api, masukkan bawang merah yg sudah dipotong bulat dan cili api. Angkat dan taburkan atas ikan bilis dan ubi kentang bersama cili kering. Siap.

29.

KHAILAN IKAN MASIN

Goreng sebarang ikan masin sampai garing, masukkan bawang merah dan putih. Gaul sekali sampai naik bau. Masukkan sayur khailan yang sudah dibasuh dan dipotong-potong kecil. Kacau lagi jangan sampai terlalu masak. Masuk sedikit serbuk pati ayam. Okey... dah siap.

18

30.

KARI KEPALA IKAN

BAHAN2

Kepala ikan merah dibersihkan , belah dua atau biarkan seketul santan kelapa sederhana pekat asam jawa serbuk rempah kari ikan istimewa  bawang putih dan merah tumbuk   bawang besar potong bulat2 daun kari halba campur   biji sawi serbuk cili istimewa  bendi mangga muda tomato buah potong dadu garam secukup rasa  panaskan minyak dan masuk kan biji sawi, biar kan dia meletup2, masuk kan halba campur dan sedikit daun kari, masukkan dan tumis bahan tumbuk, kacau semuanya sampai wangi, masukkan serbuk lada diikuti dengan serbuk kari, kacau lagi sampai pecah minyak, masukkan air asam  jawa dan kemudian santan, kacau sekejap kemudian masukkan kepala ikan dan mangga muda yang dipotong2 leper, dah masak masukkan bendi, tomato daun kari, bawang besar dan garam, kacau sekejap dan angkat.

31.

GULAI NENAS IKAN KERING

Bahan-bahan ( 4-6 orang makan ) • • • • • • • • • • •

1 ekor ikan kering/ikan masin yg besar (biasanya ikan talang/ikan duri) 1 ekor ikan kembung kecil 1/2 ulas bawang besar  1 batang serai 1 biji kelapa 20 biji cili padi 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau 1/2 biji nenas asam keping garam secukup rasa

19

Cara-Cara sediakan semua bahan-bahan gulai...ikan kering dipotong...bawang besar dihiris...serai diketuk...cili merah dan hijau dipotong...nenas dipotong kecil... masukkan ikan kering, ikan kembung kecil, serai, bawang besar, serbuk kunyit dan cili padi yang telah dikisar ke dalam periuk... sediakan santan pekat dan santan cair daripada 1 biji kelapa...ketepikan santan pekat tersebut... masukkan santan cair dan nenas ke dalam periuk berisi bahan-bahan kering tadi...masak di atas api sederhana sehingga mendidih/ikan kering masak... akhir sekali, tambahkan santan pekat, cili merah dan hijau...kacau perlahanlahan...tunggu sehingga mendidih...masukkan asam keping serta garam secukup rasa...

32.

MASAK LEMAK CILI PADI UDANG & REBUNG

Bahan-bahan ( 8 orang ) • • • • • • • • •

1 Bungkus Rebung Jeruk ( RM 1.80 ) 1 Kg Udang Sederhana 4 Ulas Bawang Merah 2 Ulas Bawang Putih 2 Cm Kunyit Hidup 1 Helai Daun Kunyit ( Dipotong Halus ) 1 Keping Asam Keping 10 Batang Cili Kampung (Bagi Yang Kuat Pedas ) 1 Kotak Santan Pekat

Cara-cara 1. Tumbuk @ Blender Bawang Kecil, Bawang Putih, Kunyit Hidup & Cili Kampung. 2. Tumis Rencah Yang Sudah Ditumbuk @ Diblender Tadi Dengan Menggunakan Sedikit Minyak Masak  3. Bila Tumisan Tadi Sudah Naik Bau, Masukkan Air Ikut Sukatan Sendiri. 4. Bila Air Sudah Mendidih, Masukkan Santan Pekat, Asam Keping, Garam & Serbuk  Perasa, Perlahankan Api Supaya Tak Pecah Santan. 5. Bila Dah Mendidih Masukkan Udang & Rebung, Kemudian Daun Kunyit Yang Dipotong Halus Tadi, Kacau Sampai Udang Dan Rebung Masak, Matikan Api Dan Siap Untuk  Dimakan Bersama Nasi putih Nyum... Nyum...

20

33.

ASAM REBUS IKAN TERUBUK 

Bahan-bahan ( 3-4 orang makan ) • • • • • • • • • • • • • • • • • •

1 ekor ikan terubok sederhana besar (ikan parang pun boleh) 3 ulas bawang merah 2 biji cili merah 5-6 biji cili padi 3-4 sudu makan cili giling 1-2 sudu teh serbuk kunyit 1-2 ulas asam keping 1 batang serai 3-4 cawan air  segenggam daun kesum 1 biji cili merah 1 biji cili hijau 1-2 biji tomato 4-5 batang bendi garam secukup rasa *bahan opsyenal* 1 batang bunga kantan Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara 1. ikan terubok dibelah dua dan dipotong tiga...kisarkan bawang merah, cili merah, cili padi dan cili giling...serai diketuk...tomato dipotong empat... 2. masukkan bahan-bahan dikisar ke dalam periuk bersama air, serbuk kunyit, asam keping, serai dan daun kesum...panaskan di atas api sederhana...masukkan ikan...masukkan bunga kantan dan tempoyak kalau suka... 3. masukkan pula cili merah dan cili hijau...untuk mengelakkan bendi daripada berlendir,  bendi dipotong dua sambil dimasukkan satu-persatu ke dalam periuk...akhir sekali, masukkan tomato... 4. biarkan mendidih...bubuhkan garam secukup rasa...sedia untuk dihidangkan :P

21

34.

AYAM GORENG REMPAH

BAHAN2 Ayam kampung, ayam dara, siap dipotong kecil ikut suka. bawang merah dan putih ditumbuk/giling bersama dengan serai kunyit hidup dan halia muda.  jintan manis dan putih ditumbuk halus. kayu manis ditumbuk betul2 halus/serbuk kayu manis. sedikit rempah kari. sedikit lada putih. garam secukup rasa Gaul kan ayam bersama bahan2 atas, perapkan semalaman atau sekurang2nya 3  jam. Panaskan minyak masak, dan goreng garing.

35.

ASAM PEDAS IKAN PARANG

BAHAN2 Ikan parang siap dibersihkan dan dipotong kecil bawang merah ditumbuk bawang putih ditumbuk cili merah/cili kering ditumbuk halus2 serai dan kunyit hidup ditumbuk halus2 lengkuas ditumbuk halus2 buah keras ditumbuk halus2 asam jawa daun kesom bunga kantan bendi garam secukup rasa minyak masak air masuk kan minyak masak dalam kuali, panaskan, masukkan bahan2 tumbuk dan tumis sampai naik bau wangi, dah pecah minyak, masukkan air dan air asam jawa, kacau sampai mendidih baru masukkan ikan, dah masak masukkan bendi bunga kantan dan daun kesom, masukkan garam, dah siap.

22

36.

MEE KOLOK SARAWAK 

Bahan-bahan: 1 gulung mee kering 3 ulas bawang putih - dimayang 2 sudu minyak masak 2 sudu sos tiram 2 sudu kicap pekat 2 sudu kicap cair 4 helai daun sawi – potong kecil Sedikit taugeh – jika suka ½ cawan hirisan daging atau ayam rebus 3 cawan air rebusan daging/ ayam 1 kiub pati ayam ½ labu bawang besar – potong halus Garam , gula, lada sulah dan serbuk perisa secukup rasa Sedikit hirisan daun bawang dan bawang goreng untuk taburan

Cara Penyediaan: Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan bawang besar dan kacau hingga layu. Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair dan air rebusan daging/ayam. Masukkan mee. Biarkan seketika sehingga sedikit lembut. Masukkan garam, gula dan serbuk perisa secukup rasa. Kacau seketika. Masukkan sawi, taugeh, daging/ayam rebus. Masak hingga mee lembut dan sawi layu. Angkat ke dalam pinggan hidangan. Tabur daun bawang dan bawang goreng.  Tambahkan lada sulah jika suka.

37.

AYAM GORENG GAJUS

Bahan-bahan: 100 gram margarine 200 gram daging ayam dipotong dadu 100 gram gajus 4 keping cendawan kering 1 tangkai lada hijau - dihiris 2 tangkai lada merah - dihiris 100 gram rebung dihiris panjang 2 ulas bawang putih - ditumbuk 2 sudu teh kicap cair 1 sudu tepung jagung 23

2 hiris halia - potong nipis Garam secukup rasa

Cara penyediaan: Rendam cendawan hingga lembut dan potong 4 segi kecil. Panaskan margarine dan goreng gajus hingga kekuningan. Satukan tepung jagung, kicap, halia bersama ayam. Panaskan 2 sudu margarine dan tumis bawang putih hingga perang. Masukkan bawang besar, ayam, rebung, kacau dan biarkan selama 2 minit. Masukkan baki perencah yang digaul bersama ayam tadi diikuti 3 camca besar air dan gaul rata. Rasakan dan tambah garam jika perlu. Sudah masak, taburkan gajus dan cili. Gaul sebentar dan angkat unruk disajikan.

38.

HATI GORENG PEDAS

1 mangkuk hati ayam 8 tangkai cili api – hiris halus 2 ulas bawang putih – hiris halus 4 biji bawang besar – hiris halus Sedikit minyak masak untuk menumis

Cara Penyediaan: Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan yang telah dihiris sehingga naik bau. Masukkan hati ayam dan gaul hingga masak. Angkat dan hidangkan

39.

AYAM MASAK HALIA

Bahan-bahan: 250 gm ayam - potong kecil-kecil 1 sudu makan kicap pekat 1 sudu makan kicap cair ½ sudu makan minyak bijan 4 cm halia – hiris halus 1 sudu kecil serbuk lada hitam 1 sudu makan minyak masak. 1 sudu makan sos tiram 24

1 sudu teh gula garam secukup rasa 1 tangkai cili merah – hiris halus Sedikit daun bawang - hiris Cara penyediaan: Perapkan ayam dengan kicap pekat, kicap cair, minyak bijan, halia dan serbuk lada hitam selama setengah jam. Panaskan minyak masak dan masukkan kesemua ayam bersama bahan perapan serta sos tiram dan gula. Goreng sehingga ayam masak. Masukkan garam secukup rasa jika kurang masin.  Tabur daun bawang dan cili merah sebelum dihidangkan.

40.

AYAM MASAK TOMATO

Bahan-bahan: 1 ekor ayam 30 tangkai cili kering 5 ulas bawang putih 2 bawang besar – hiris bulat-bulat 2 biji buah tomato 1 cawan tomato sos 1 sudu makan gula 5 cm halia 1 bunga lawang 2 cm kayu manis ½ cawan mnyak masak 2 cawan santan pekat dari sebiji kelapa 2 cawan kacang peas 3 cengkih 2 sudu teh serbuk kunyit Garam dan gula secukup rasa Minyak masak Cara penyediaan: 1. Bersihkan ayam dan potong kecil. Toskan dan gaul bersama serbuk kunyit dan garam. 2. Panaskan minyak untuk goreng ayam. Goreng ayam hingga garing. 3. Tumbuk/kisar cili kering hingga halus. Tumbuk kasar bawang merah dan halia. 4. Panaskan 3 sudu makan minyak masak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar/tumbuk bersama cengkih dan bunga lawang. 5. Masukkan santan dan masak hingga mereneh. 6. Masukkan tomato sos, gula, garam dan kayu manis. Kacau selalu. 7. Masukkan ayam yang telah digoreng, gaul rata dan biarkan mereneh selama 5 25

minit. 8. Masukkan bawang besar, tomato dan kacang peas. 9. Balik-balikkan ayam hingga sebati dengan kuah merah. Tutup api. 10. Hidangkan dengan nasi.

41.

AYAM GOLEK 

Bahan-bahan: 1 ekor ayam - bersihkan 5 ulas bawang putih 4 cawan santan dari sebiji kelapa 1 sudu teh biji ketumbar 1 sudu makan asam jawa 3 biji telur rebus Garam secukup rasa Pedal dan hati ayam

Cara penyediaan:  Tumbuk atau kisar bawang putih bersama biji ketumbar hingga halus. Hiris pedal dan hati ayam halus-halus dan gaul bersama 1 sudu bahan tumbuk/kisar. Cincang telur rebus dan campur dengan campuran pedal dan hati. Gaul rata dan sumbatkan ke dalam perut ayam. Tutup bahagian ayam yang tebuka dengan sematan lidi. Satukan santan, asam jawa, garam dan lebihan bahan yang telah ditumbuk/kisar. Masukkan ayam ke dalam periuk dan masukkan kesemua bahan campuran. Masak sehingga terbit minyak. Keluarkan ayam dan bakar dalam oven/ salai hingga masak. Hidangkan bersama sos cili ala Thai.

42. SATAY KAJANG 26

Bahan-bahan: 1.5 kg ayam — buang tulangnya 1 sudu teh jintan putih ½ sudu teh serbuk kayu manis 8 bawang merah (bawang kecil) – potong dadu 1 sudu teh ketumbar 2.5 cm kunyit hidup 1 sudu teh gula 1 serai 2 sudu makan kacang tanah – bakar tanpa minyak Garam secukup rasa 2 sudu makan minyak masak Cara Penyediaan: 1. Potong kiub daging ayam. Tos dan ketepikan. 2. Kisar/tumbuk ketumbar, jintan putih, kunyit, kacang, garam dan gula. Gaulkan bahan-bahan yang telah dikisar/tumbuk dengan serbuk kayu manis, bawang merah dan 1 sudu minyak masak. Lumur ayam dengan adunan ini dan perap selama beberapa jam atau semalaman. 3. Cucuk 5 ketul daging ayam dengan lidi satay. Buat hingga habis. 4. Masak satay di atas bara arang. Balik-balikkan hingga masak sambil di percik minyak masak dengan serai yang telah diketuk. Gunakan kipas tangan untuk mengawal bara arang. 5. Hidangkan dengan kuah kacang. Resepi Kuah Kacang Bahan-bahan: 300.gm kacang tanah – goreng tanpa minyak hingga garing 2.5 cm halia Seulas lengkuas 3 sudu makan cili kisar 2 serai 1 cawan gula 1 bawang besar ½ cawan air asam jawa Garam secukup rasa Cara Penyediaan: 1. Kisar kacang tanah kasar, ketepikan. 2. Kisar serai, halia dan lengkuas hingga halus. 3. Hiris bawang besar, goreng hingga layu. 4. Masukkan cili kisar dan kesemua bahan yang telah dikisar kecuali kacang. 5. Masukkan air asam jawa, kacang, gula dan garam. Teruskan masak sehingga kuah pekat.

43.

KERABU KERANG DENGAN PUCUK PAKU 27

Bahan-bahan: Secekak pucuk paku - ambil daun dan batang lembut,celur ½ kg tauge - celur 1 kg kerang - rebus dan ambil isi 2 sudu kerisik 3 biji bawang merah - hiris 5 biji limau nipis - ambil jusnya 3 tangkai cili merah - kisar 10 tangkai cili padi - kisar Sedikit belacan - dibakar dan tumbuk Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan: Masukkan kesemua bahan di dalam mangkuk. Gaul rata. Hidangkan.

44.

SUP UDANG THAI

Bahan-bahan: 350 gram udang besar 1 sudu makan minyak masak 1 batang serai – cincang kasar 2 helai daun limau purut – cincang 1 tangkai lada hijau – buang biji dan cincang 1.2 liter air rebusan ayam atau ikan (stok) 1 biji limau nipis 1 sudu makan sos ikan 1 tangkai cili api – buang biji dan cincang halus 1 biji bawang besar – hiris nipis Garam dan lada sulah secukup rasa 1 sudu makan daun ketumbar cincang – untuk taburan

Cara penyediaan: Bersihkan udang, asingkan kepala dan kulit, tinggalkan sedikit kulit dan ekor. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan kepala dan kulit udang. Goreng sehingga bertukar warna menjadi kemerahan anggaran selama 3-4 minit. Masukkan serai, daun limau purut, lada hijau dan stok.

Ambil sedikit hirisan kulit limau nipis. Sagat kulit limau nipis yang tinggal. Masukkan kulit yang telah disagat ke dalam periuk. Biarkan sehingga ramuan mendidih. 28

Setelah mendidih, kecilkan api, tutup periuk dan biarkan mereneh selama 20 minit.  Tapis air rebusan tadi. Buang bahan yang ada dalam periuk dan masukkan semula air rebusan tadi. Perah limau nipis, masukkan sos ikan, garam dan lada sulah secukup rasa pada air rebusan. Panaskan atas api sederhana sehingga mendidih. Kecilkan api, masukkan udang dan biarkan masak selama 2-3 minit. Masukkan cili api dan hirisan bawang besar. Kacau seketika dan tutup api. Sendukkan ke dalam mangkuk dan taburkan daun ketumbar. Hidangkan panaspanas.

45.

IKAN MASAK ASAM REBUS

Bahan-bahan: 2 ekor Ikan kembung/ selar atau 1 ekor ikan bawal atau tenggiri 1 batang serai - diketuk 1 asam gelugur (asam keping) Sedikit daun kesum Garam dan gula secukup rasa 2 cawan air Bahan-bahan kisar/tumbuk/giling: 2 tangkai cili merah 5 tangkai cili padi - tak perlu jika tak mahu pedas 1 cm kunyit hidup 3 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 1 cm halia 1 cm belacan

Cara Penyediaan: Satukan ikan bersama serai, air dan bahan-bahan yang telah dikisar/tumbuk/giling di dalam periuk dan panaskan hingga mereneh, anggaran selama 10 minit. Masukkan asam keping dan daun kesum. Biarkan mereneh lagi selama 3 minit.  Tutup api dan hidangkan bersama nasi.

46.

TELUR BISTIK 

Bahan-bahan:

29

Bahan untuk telur3 biji telur 3 sudu makan daging kisar Garam secukup rasa Minyak masak untuk goreng telur Bahan untuk Sos2 ulas bawang merah, dicincang 2 ulas bawang putih, dicincang 1 cm halia. dimayang 1 batang lada merah, dihiris halus ½ cawan sos cili ½ cawan sos tomato ¼ cawan sos tiram 1 kiub ayam 2 batang jagung muda, dipotong serong Sedikit bunga kobis, potong kecil Sedikit lobak merah, potong nipis 1 biji tomato, dibelah 8 1 sudu makan tepung jagung, bancuh dengan sedikit air Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis Sedikit daun sup dan daun bawang, dihiris

Cara penyediaan: Masukkan telur, daging cincang dan garam dalam mangkuk. Pukul hingga mesra. Panaskan minyak, goreng bancuhan telur seperti masak telur dadar. Angkat dan ketepikan Untuk sos: Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada merah sehingga naik bau. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kiub ayam. Kacau sehingga mesra. Masukkan jagung muda, bunga kobis dan lobak merah. Kacau hingga mesra. Masukkan sedikit air. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan tomato, kacau sosnya sehingga sayur-sayuran masak.  Tuang sos diatas telur yang telah didadar tadi. Tabur dengan daun sup/ daun bawang. Enak dihidangkan panas-panas dengan nasi putih atau nasi goreng cina.

47.

NASI DAGING AIR ASAM

Bahan-bahan: 30

1 kilo beras basmathi ½ kilo daging 1 bungkus rempah sup bunjut Adabi 1 sudu besar rempah kurma 1 inci halia 1 batang kulit kayu manis 2 biji buah pelaga Sedikit mentega/ minyak sapi ½ cawan tomato puree 1 cawan susu cair 1 sudu teh garam Cara penyediaan: Rebus daging bersama rempah sup bunjut, rempah kurma dan garam sehingga empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasi.  Tumis halia, kulit kayu manis dan buah pelaga didalam periuk nasi hingga naik bau. Masukkan beras dan kacau seketika. Masukkan air rebusan daging. Kalau beras disukat satu cawan pastikan air rebusan  juga satu cawan. Bila beras sudah mula kembang, masukkan tomato puree dan susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak. Hidangkan nasi daging dengan *air asam dan daging yang telah direbus tadi. Untuk buat air asam, satukan buah tomato, hirisan bawang besar, hirisan cili merah, air asam jawa pekat, perahan limau kasturi, sedikit belacan, garam dan gula secukup rasa.

48.

DAGING MASAK LADA HITAM

Bahan-bahan: 500 gram daging batang pinang (dipotong nipis dan direbus sehingga empuk) 15 gram serbuk lada hitam Gula dan garam secukup rasa 5 ulas bawang merah (dicincang halus) 3 ulas bawang putih (dicincang halus) ½ inci halia (dicincang halus) 2 biji cili merah (dicincang halus) 1 kuntum bunga kantan (dicincang halus) 1 labu bawang besar (dicincang halus) 10 batang kacang buncis (dicelur sebentar) 4 batang kacang botol (dicelur sebentar) 2 helai daun kubis (dihiris halus) 31

15 ml air asam jawa

Cara penyediaan: Dengan menggunakan mangkuk, gaulkan daging bersama lada hitam, garam, gula dan bahan-bahan yang telah dicincang. Apabila bahan telah sebati, masukkan pula air asam jawa. Hidangkan daging lada hitam ini bersama-sama sayur-¬sayuran seperti kacang buncis, kacang botoli dan kubis yang telah dicelur terlebih dahulu.

32

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF