Report Akhir Latihan Industri

September 8, 2017 | Author: Aini Mokhtar | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Panduan menulis laporan latihan industri bagi pelajar politeknik...

Description

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

NORASHIMA BINTI MOHMED (03DKA11F2017)

LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA) IBU PEJABAT KEJORA, JLN. DATO’ HJ. HASSAN YUNUS, BANDAR PENAWAR, 81900 KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TA’ZIM

JUN 2013

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

OLEH

NORASHIMA BINTI MOHMED (03DKA11F2017)

DI LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA) IBU PEJABAT KEJORA , JLN. DATO’ HJ HASSAN YUNUS, BANDAR PENAWAR, 81930 BANDAR PENAWAR,JOHOR DARUL TAKZIM

Laporan Akhir Latihan Industri Ini Dikemukan Kepada Jabatan Kejuruteraan Awam Bagi Memenuhi Sebahagian Dari Syarat Penilaian Latihan Industri Dan Penganugerahan Diploma Kejuruteraan Awam

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

JUN 2013

PENGESAHAN PELAJAR

“Saya akui laporan akhir latihan industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan

:

NamaPelajar

:

NORASHIMA BINTI MOHMED

No. Pendaftaran

:

03DKA11F2017

Tarikh

:

01 NOVEMBER 2013

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani. Segala puji dan syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya dan keredhaanNya, kami telah dapat menyelesai dan menyiapkan laporan Latihan Industri ini dengan baik dan jayanya sebagaimana yang telah disyaratkan untuk penganugerahan Diploma Kejuruteraan Awam. Pada kesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan setinggitinggi terima kasih dan penghargaan kepada En.Mohd Hairuddin Bin Mohd Yasin kerana sudi menerima saya sebagai pelajar latihan industri dan Puan Rosnita Binti Mohamad sebagai penyelia kepada saya dalam usaha menjayakan latihan industri ini. Sesungguhnya dengan kepercayaan, bimbingan, dan panduan yang diberikan secara berterusan maka latihan industri ini dapat dijayakan dengan sebaik mungkin. Tidak lupa para pensyarah dan rakan sepejuangan yang sudi memberikan kerjasama yang baik sepanjang waktu latihan industri ini dijalankan. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa dan bakti yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak di dalam penghasilan latihan industri ini. Sekian, terima kasih.

ISI KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

BAB 1

BAB 2

Judul

i

Pengesahan Pelajar

ii

Penghargaan

iii

Isi Kandungan

iv

Senarai Rajah

viii

Senarai Jadual

ix

Senarai Lampiran

x

Senarai Simbol

xi

PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI 1.1 Pendahuluan

1

1.2 Objektif Latihan Industri

3

1.3 Objektif Laporan

4

1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

5

LATAR BELAKANG ORGANISASI 2.1 Pengenalan Organisasi

6

2.2 Latar Belakang Penubuhan Organisasi

7

2.3 Bahagian-Bahagian dan Unit-Unit Di KEJORA 2.3.1 Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia

7

7

2.3.2 Bahagian Kewangan

8

2.3.3 Bahagian Perancangan Strategik

8

2.3.4 Bahagian Hartanah

9

2.3.5 Bahagian Teknologi Maklumat

9

2.3.6 Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani

10

2.3.7 Bahagian Perancang Bandar dan Desa

10

2.3.8 Bahagian Pelancongan

11

2.3.9 Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa 2.3.10 Bahagian Kerajaan Tempatan / (LBJT)

12

2.3.11 Unit Ekonomi dan Usahawan

12

2.3.12 Unit Teknikal

12

2.4 Objektif, Visi dan Misi

BAB 3

BAB 4

11

13

2.4.1 Objektif

13

2.4.2 Visi

13

2.4.3 Misi

13

2.5 Piagam Pelanggan

14

2.6 Struktur Carta Organisasi KEJORA

18

2.7 Maklumat Bahagian (Unit Teknikal)

19

2.7.1 Latar Belakang Bahagian

19

2.7.2 Objektif Bahagian

19

2.7.3 Fungsi Bahagian

20

2.7.4 Carta Organisasi Bahagian

21

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI 3.1 Pengenalan

22

3.2 Ringkasan Mingguan Latihan Industri

23

LAPORAN TEKNIKAL 4.1 Pengenalan Projek

37

4.2 Pembinaan Suction Tank, Elevated Tank dan Pump House 4.3 Jenis Tangki

40

4.4 Preliminaries Works

44

4.4.1 Pengenalan 4.4.2 Susun Atur Tapak dan Kemudahan Perkhidmatan di Tapak Bina 4.4.2.1 Jalan Sementara

41

44 44 44

4.4.2.2 Pejabat Tapak

45

4.4.2.3 Tandas 4.4.2.4 Stor Menyimpan Alatan dan Bahan-Bahan 4.4.2.5 Papan Tanda

45

4.4.2.6 Pagar Sekeliling Tapak Projek

46

4.4.2.7 Bekalan Elektrik dan Bekalan Air

46

45 45

4.4.3 Pemantauan Perlaksanaan Kerja

46

4.4.4 Ujian Tanah

47

4.5 Kerja-Kerja Tanah

47

4.5.1 Pengenalan

47

4.6 Kerja-Kerja Cerucuk

49

4.6.1 Pengenalan

49

4.6.2 Jenis-Jenis Cerucuk

49

4.6.3 Perlaksanaan Kerja

52

4.6.4 Prosedur Kerja Perlantakan Cerucuk

53

4.6.5 Prosedur Pelaksanaan Topi Cerucuk

56

4.7 Ujian Bebanan

58

4.7.1 Pengenalan

58

4.7.2 Perlaksanaan Kerja Ujian Beban

60

4.7.3 Penilaian Ujian

62

4.7.4 Cara Mengatasi Kegagalan Ujian Beban

63

4.8 Kerja-Kerja Konkrit

64

4.8.1 Pengenalan

64

4.8.2 Peralatan Yang Digunakan

65

4.8.3 Bahan Binaan

67

4.8.3.1 Pengenalan

67

4.8.3.2 Bahan Untuk Kerja Konkrit

67

4.8.3.3 Bancuhan Konkrit

71

4.8.3.4 Ujian Yang Dilakukan

75

4.8.3.5 Langkah-Langkah Kerja Konkrit

83

4.8.3.6 Pengawetan Konkrit atau Curing

89

4.8.3.7 Penanggalan Acuan Konkrit

91 91

BAB 5

4.8.3.7.1 Pemeriksaan Konkrit KESIMPULAN

BAB 6

KOMEN DAN CADANGAN

97

RUJUKAN LAMPIRAN

93

SENARAI RAJAH NO

TAJUK

MUKA

RAJAH 2.2

SURAT Logo Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)

4.1

Bahan

gentian

kaca

digunakan

dalam

pembinaan Suction Tank

13

43

4.2

Pemasangan gentian kaca di Suction Tank

43

4.3

Spun Pile

51

4.4

RC Pile

51

4.5

Kerja-Kerja Penanaman Cerucuk di Suction Tank

4.6

Kerja-Kerja Penanaman Cerucuk di Elevated Tank

4.7

Load Test di Elevated Tank (Piling Point No. 56)

4.8

Load Test di Elevated Tank (Piling Point No. 15)

4.9

Jenis-Jenis Penurunan

4.10

Ujian

Penurunan

Ujian

Penurunan

55

59

59 77

(Runtuhan

sebanyak

(Runtuhan

sebanyak

900mm) 4.11

55

100mm)

79

79

4.12

Ujian Kiub

82

4.13

Ujian Penuangan Konkrit di Suction Tank

84

SENARAI JADUAL

NO.

TAJUK

MUKA

JADUAL 4.1

SURAT Jenis-Jenis

Tangki

Simpanan

dan

Fungsinya 4.2

Peralatan, Loji dan Mesin Yang Digunakan Dalam Kerja-Kerja Tanah

4.3

Peralatan Yang Digunakan Dalam Kerja Konkrit

4.4

42

48

66

Antara Jenis-Jenis Kecacatan Pada Elemen Yang

Telah

Mengatasi

Dikonkritkan

dan

Cara

92

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN

TAJUK

1

Carta Aliran

2

Borang Senarai Kecacatan

3

Surat Kelambatan dan Lanjutan Masa (EOT)

4

Surat Siap Kerja

5

Borang Laporan Ujian Kiub

6

Borang Permohonan Pemeriksaan Tapak

SENARAI SIMBOL KEJORA

-

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara

RWS

-

Ranhill Water Services Sdn. Bhd.

P.P

-

Pegawai Penguasa

UT

-

Unit Teknikal

KKLW

-

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

SBKS

-

ICT

-

Serah Balik Kurnia Semula Information and Communications Technology

KAS

-

Kemudahan-kemudahan Awam dan Sosial

PSI

-

Pembangunan Sosial dan Institusi

GDayaW

-

Program Gerakan Daya Wawasan

JKR

-

Jabatan Kerja Raya

SPKR

-

Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat

PBR

-

Program Bina Rumah

PPP

-

Program Peningkatan Pendapatan

PLK

-

Program Latihan Kemahiran

EOT

-

Sijil Lanjutan Masa

BMP

-

Bilik Mesyuarat Pengerusi

PPJHK

-

Perakuan Pelarasan Jumlah Harga Kontrak

PPSM

-

Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia

CIDB

-

Construction Industry Development Board Malaysia

JPD

-

Jalan Perhubungan Desa

LAD

-

Denda Lewat

CPC

-

Sijil Perakuan Siap Kerja

CNC

-

Sijil Perakuan Tidak Siap Kerja

CMGD

-

Sijil Perakuan Membaiki Kecacatan

CE

-

Civil Engineering

LP

-

Laporan Penilaian

SST

-

Surat Setuju Terima

BKPP

-

Borang Kelulusan Perancangan Projek

SH

-

Sebutharga

PBT

-

Pengambilalihan Tanah

UPEN

-

Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor

D&B

-

Design and Build

M&E

-

Mechanical and Electrical

C&S

-

Civil and Structure

CPM

-

Critical Path Method

TNB

-

Tenaga Nasional Berhad

SAJ

-

Syarikat Air Johor

RC

-

Reinforcement Concrete

PDA

-

Pile Dynamic Analysis

KDH

-

Kejora Development Holding

BS

-

British Standard

BAB 1 PENGENALAN

1.1

Pendahuluan Latihan Industri adalah salah satu perkara wajib yang harus dilaksanakan oleh pelajar Politeknik untuk mendapatkan Sijil ataupun Diploma. Bagi pelajar yang mengambil peringkat Sijil akan menjalani latihan industri pada semester yang ketiga manakala pelajar yang mengambil peringkat Diploma pula akan menjalani latihan industri pada semester yang keempat. Pelajar akanditempatkan di syarikat di jabatan kerajaan ataupun swasta. Pelajar boleh memilih sendiri tempat untuk menjalani latihan industri dengan syarat tempat yang dipilih bersesuaian dengan bidang yang diambil. Pelajar akan menjalani latihan industri dalam tempoh yang ditetapkan iaitu selama enam bulan. Pelajar perlulah memanfatkan tempoh yang diberi untuk mendapatkan pengetahuan yang luas tentang alam pekerjaan yang sebenar.

Pelajar perlu mematuhi semua peraturan Politeknik dan peraturan syarikat. Tahap disiplin yang tinggi perlulah dipamerkan untuk menunjukkan minat pelajar dalam pekerjaan. Pihak Politeknik akan memberikan sebuah buku untuk pelajar dan pelajar perlu menulis aktiviti yang dilakukan ketika menjalani Latihan Industri. Selain itu, pelajar juga diamanahkan untuk menjaga privasi syarikat. Pelajar juga diberikan sebuah buku reflektif jurnal untuk menulis aktiviti mingguan. Pelajar dikehendaki menghantar buku tersebut untuk disemak dan mendapatkan tandatangan penyelia setiap dua minggu sekali. Selain itu, pelajar yang akan menjalankan latihan industri perlu bersiap sedia untuk menjalani latihan industri. Pemakaian yang kemas akan menunjukkan keperibadian seseorang pelajar. Pelajar perlu menjaga nama baik Politeknik dengan cara menujukkan sikap yang baik dan sopan. Jika pelajar gagal menunjukkan prestasi yang baik atau melanggar mna-mana peraturan maka pihak Politeknik atau syarikat berhak memberhentikan pelajar tersebut. Pelajar yang gagal harus mengulangi semula latihan industri. Sekiranya pelajar tersebut gagal melebihi dua kali maka pihak Politeknik akan terus memberhentikan pelajar. Hal ini bermakna pelajar tidak dapat menjalankan semester akan datang bersama rakan-rakan yang lain.

1.2

Objektif Latihan Industri Latihan industri adalah perkara yang diwajibkan dalam pengajian di Politeknik. Untuk mencapai wawasan 2020 kerajaan mewajibkan latihan industri untuk pelajar politeknik. Selain dapat menghasil calon pemegang Diploma yang lebih bersedia untuk menempuh pekerjaan pada masa akan datang, latihan industri ini juga bertujuan untuk memberikan pengalaman kepada pelajar. Objektif latihan lndustri adalah seperti berikut: 1) Membina keyakinan diri pelajar. 2) Mendedahkan pelajar tentang alam pekerjaan yang sebenar. 3) Melahirkan pelajar yang amanah. 4) Pelajar dapat mempraktikan teori yang telah diajar atau sebaliknya. 5) Menambah pengetahuan teknikal. 6) Meluaskan tahap pergaulan pelajar dengan kumpulan masyarakat pekerja. 7) Membentuk pelajar kearah profesionalisme, bijak berkomunikasi dan berdaya saing. 8) Memberi kesedaran tentang kepentingan akademi. 9) Menyediakan laporan selepas tamat Latihan Industri.

1.3 Objektif Laporan Akhir Latihan Industri Setelah tamat menjalani latihan industri, pelajar diwajibkan menyediakan laporan latihan industri. Pelajar perlu membuat laporan tersebut mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik. Laporan ini bertujuan menilai tahap keberkesanan latihan industri yang telah dijalankan oleh pelajar. Laporan ini juga bertujuan untuk melatih pelajar menguasai kemahiran dalam mencari pengalaman sebelum memasuki alam pekerjaan. Pelajar diwajibkan menghantar laporan ini dalam waktu yang telah ditetapkan oleh Politeknik. Selain itu, pelajar juga dapat berlatih untuk membuat penyediaan laporan sebelum bekerja. Laporan ini juga menguji tahap disiplin pelajar samada pelajar dapat menghasilkan laporan mengikut tempoh yang ditetapkan. Laporan ini juga membantu pelajar untuk berkomunikasi sesama pekerja, pengarah dan rakan-rakan untuk mendapatkan maklumat tentang laporan. Jika pelajar tidak dapat menyiapkan laporan maka pelajar akan didenda atau diberhentikan oleh pihak Politeknik. Pelajar perlu mengikut jadual yang telah diberikan oleh pihak Politeknik supaya pelajar dapat menyiapkan laporan mengikut masa yang ditetapkan. Sikap disiplin yang tinggi diperlukan oleh pelajar supaya pelajar dapat menyiapkan laporan tersebut.

1.4

Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar Latihan industri yang telah dijalankan oleh setiap pelajar mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Pelajar dapat melalui alam pekerjaan yang sebenar sebelum tamat pengajian. Pelajar juga akan lebih bersedia untuk menempuhi alam pekerjaan di masa akan datang. Ketika pelajar menjalankan latihan industri, pelajar akan didedahkan dengan tugasan-tugasan yang dilakukan di syarikat yang telah ditetapkan. Pendedahan awal tentang pekerjaan akan membuatkan pelajar lebih yakin untuk dalam bidang teknikal. Pelajar akan menyedari tentang kepentingan akademi. Pelajar juga akan lebih bersemangat dalam kerja berkumpulan. Dengan adanya latihan industri pelajar akan mendapat pengalaman yang lebih luas. Oleh itu, pelajar perlulah memanfaatkan tempoh yang diberikan untuk menjalani latihan industri. Pelajar juga perlu mempraktikan apa yang dipelajari di Politeknik di syarikat.

BAB 2 LATAR BELAKANG SYARIKAT

2.1

Pengenalan Latar Belakang KEJORA Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) adalah sebuah agensi kemajuan wilayah yang diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Telah ditubuhkan pada 1 Jun 1972 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972 (Akta 75) dan Enakmen (Penyerahan Tugas-Tugas) Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972 (Enakmen Bil. 7 1972) yang memberi fungsi dan kuasa-kuasa tertentu untuk membangunkan Wilayah Johor Tenggara. Wilayah KEJORA terletak di dua (2) daerah iaitu Kota Tinggi dan Kluang meliputi kawasan seluas 300,364 hektar. KEJORA berfungsi seperti yang termaktub dalam Akta seperti memaju, menggalak, membantu mengusahakan pembangunan ekonomi

dan

mengusahakan

sosial

dalam

pembangunan

kawasan tempat

Johor

Tenggara

tinggal,

dan

pertanian,

perusahaan, dan perdagangan dalam kawasan Johor Tenggara. Selain itu, KEJORA mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan

kegiatan-kegiatan yang tersebut di atas dalam kawasan Johor Tenggara. 2.2

Latar Belakang Penubuhan Organisasi Telah ditubuhkan pada 1 Jun 1972 di bawah Akta 75, Akta

Lembaga

Kemajuan

Johor

Tenggara,

Enakmen

Bil.7/1972 Enakmen Kejora dan Enakmen Lembaga Kemajuan Johor

Tenggara

bertanggungjawab

1972.Secara untuk

umumnya

memajukan

KEJORA

kawasan

Johor

Tenggara yang mempunyai keluasan 300,364 hektar. 2.3

Bahagian-bahagian dan unit-unit di KEJORA KEJORA mempunyai dua belas (12) bahagian dan unit di mana setiap bahagian mempunyai tugas dan peranan masingmasing. Kesemua bahagian dan unit serta tugas dan peranan di KEJORA adalah seperti berikut : 2.3.1.1.1 Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia Menyediakan perkhidmatan dalam bidang-bidang Pentadbiran Am, Kontrak dan Bekalan, Pengurusan Sumber

Manusia

dan

Perhubungan

Awam/Koporat/Kualiti kepada anggota KEJORA dan

masyarakat

yang

dapat

memenuhi

kehendak

pengurusan dan kepuasan pelanggan. 2.3.1.1.2 Bahagian Kewangan Menguruskan sumber kewangan dan aset KEJORA secara berhemah dan telus berdasarkan arahan dan peraturan kerajaan ke arah mencapai objektif penubuhan KEJORA. 2.3.1.1.3 Bahagian Perancangan Strategik Membantu

merealisasikan

wawasan

untuk

memajukan kawasan Johor Tenggara menerusi aktiviti

Perancangan,

Pelarasan,

Pelaporan,

Pemantauan serta Penilaian ke atas pelaksanaan program-program dan aktiviti-aktiviti pembangunan fizikal dan sosial.Penumpuan diberikan kepada Bandar-bandar baru, pusat-pusat penempatan dan kampung-kampung penyediaan awam

dan

tradisional

prasarana, sosial,

yang

melibatkan

kemudahan-kemudahan pembangunan

ekonomi,

pembangunan sosial, dan institusi serta usahausaha untuk merapatkan jurang digital antara penduduk luar Bandar dengan bandar.

2.3.1.1.4 Bahagian Hartanah Melaksanakan tugas-tugas mendapatkan hak milik tanah

daripada

Kerajaan

pembangunan

Negeri

bagi

projek-projek

tujuan

perumahan,

perindustrian, pelancongan, pertanian dan projek kemudahan awam dan memberi perkhidmatan kepada

bahagian-bahagian

melaksanakan

projek

di

KEJORA

pembangunan

dalam seperti

menyediakan perakuan Serah Balik Kurnia Semula (SBKS). 2.3.1.1.5 Bahagian Teknologi Maklumat Membangun

dan

mengurus

selia

teknologi

maklumat yang berkesan sebagai input kepada pihak pengurusan dalam melaksanakan dasar dan mengatur strategi bagi mempertingkatkan taraf hidup dan sosio ekonomi penduduk di wilayah KEJORA dan membentuk masyarakat yang mampu memanfaatkan ICT untuk tujuan kesejahteraan hidup serta menilai dan melaporkan kemajuan pelaksanaan

projek-projek

pembangunan

kepada pengurusan KEJORA dan Kementerian.

ICT

2.3.1.1.6 Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani Memaju, menyelaras dan memantau pembangunan lapan (8) perojek pembangunan pertanian iaitu, Pembangunan Pembangunan

Projek

Tanaman

Projek

Campuran,

Ternakan

Haiwan,

Pembangunan, Projek Akuakultur, Pembangunan Ladang

Fertigasi,

Infrastruktur

Pembangunan,

Pertanian,

Projek

Pembangunan

Agro

Pelancongan, Pembangunan Kompleks PPPHT dan Pembangunan Projek Ekonomi Pertanian. 2.3.1.1.7 Bahagian Perancang Bandar dan Desa Menghasilkan pelan-pelan tataatur dan pelan-pelan pembangunan serta Kawalan Pembangunan dan Kelulusan Pelan Pembangunan selain menyelia dan memantau dijalankan

projek-projek di

melaksanakan

dalam

pembangunan

wilayah

tugas-tugas

KEJORA

pengurusan

yang dan yang

berkaitan dengan jabatan.Selain itu, bahagian ini membuat penyediaan maklumat-maklumat projek pembangunan yang berkaitan dengan jabatan.

2.3.1.1.8 Bahagian Pelancongan Menjadikan sektor pelancongan sebagai salah satu pemangkin

utama

bagi

pertumbuhan

ekonomi

Wilayah Johor Tenggara menerusi penyelidikan pelbagai kemudahan dan tarikan pelancongan sama ada kerajaan dan pihak swasta. 2.3.1.1.9 Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa Merancang

dan

menyelaras

wilayah

KEJORA

bandar

baru,

dengan

pusat-pusat

pembangunan

penumpuan

di

kepada

penempatan

dan

kampung-kampung tradisional dari segi penyediaan Kemudahan-kemudahan Awam dan Sosial (KAS), pembangunan ekonomi dan program Pembangunan Sosial

dan Institusi (PSI) dan membangunkan

masyarakat termiskin serta pelaksanaan Program Gerakan Daya Wawasan (GDayaW).

2.3.1.1.10 Bahagian Kerajaan Tempatan / (LBJT) Melaksanakan kuasa pentadbiran dan perkhidmatan di Bandar-Bandar Baru KEJORA mengikut Seksyen 7 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Undang-undang Kecil serta undang-undang yang dikuatkuasa serta meningkatkan

mutu

perkhidmatan

Kerajaan

Tempatan KEJORA dalam melaksanakan kerjakerja penyelenggaraan dan kebersihan di BandarBandar

Baru

KEJORA

kemudahan-kemudahan

dengan

yang

lebih

mengadakan baik

untuk

kesejahteraan masyarakat. 2.3.1.1.11 Unit Ekonomi dan Usahawan Merancang strategi, menyelaras dan memantau pembangunan ekonomi dalam sektor-sektor tertentu di Wilayah KEJORA. 2.3.1.1.12 Unit Teknikal Unit Teknikal telah diwujudkan di KEJORA sebagai satu

bahagian

penyeliaan

dan

yang bertanggungjawab pemantauan

untuk

projek-projek

pembangunan yang dijalankan di dalam Wilayah KEJORA

serta

melaksanakan

tugas-tugas

pengurusan yang berkaitan dengan jabatan dan menyediaan

maklumat-maklumat

pembangunan yang berkaitan.

projek

2.4

Objektif, Misi dan Visi KEJORA 2.4.1

Objektif Objektif KEJORA berdasarkan kepada tiga objektif "Dasar Ekonomi Baruiaitu i.

mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi.

ii.

mewujudkan peluang-peluang pekerjaan.

iii.

mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di Wilayah Johor Tenggara.

2.4.2

Visi KEJORA Menjadikan Wilayah KEJORA Makmur dan Sejahtera Pada Tahun 2020.

2.2.2

Misi KEJORA Menerajui Pembangunan Wilayah Johor Tenggara Melalui Pemerkasaan Modal Insan dan Pemapanan Ekonomi Secara Strategik dan Berkesan.

Rajah 2.2 LogoKEJORA

2.5

PIAGAM PELANGGAN Piagam Pelanggan KEJORA seperti berikut:1. KEJORA komited dalam melaksanakan program

peningkatan

taraf social ekonomi penduduk luar Bandar menerusi penyediaan kemudahan pembangunan

awam social

dan

amenity

termasuk

social individu,

serta

program

keluarga

dan

masyarakat. 2. Projek-projek kemudahan awam serta ameniti sosial yang diluluskan dan mula dilaksanakan dalam tempoh 90 hari daripada tarikh kelulusan dan diserahkan kepada pihak berkaitan tidak lewat dari 7 hari setelah projek siap. 3. Bantuan dan sumbangan berbentuk kewangan yang diluluskan disalurkan selewat-lewatnya 7 hari sebelum program atau aktiviti dijalankan. 4. KEJORA sentiasa komited membantu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Masyarakat Bandar (JKKMB) supaya program pembangunan sosial dan institusi dapat dilaksanakan dengan berkesan termasuklah penyaluran peruntukan tahunan, latihan AJK, mesyuarat bersama dan kehadiran di dalam aktiviti.

5. Komited untuk membantu golongan miskin tegar dan miskin Wilayah KEJORA melalui Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat

(SPKR),

Program

Bina

Rumah

(PBR),

Program

Peningkatan Pendapatan (PPP), Program Pembangunan Minda Insan (PPMI) dam Program Latihan Kemahiran (PLK), iaitu penyelenggaraan data profail peserta serta penyediaan dan perlaksanaan pelan tindakan. 6. Permohonan menyewa tanah kawasan tanaman campuran diluluskan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh iklan ditutup. 7. Permohonan sewaan premis/bengkel diluluskan dalam tempoh 60 hari dari tarikh iklan ditutup. 8. Skim pinjaman usahawan diluluskan dalam tempoh 60 hari dari tarikh penerimaan permohonan bayaran yang lengkap. 9. Meluluskan permohonan kelulusan pelan : i.

Kelulusan Pelan Susunatur, Pelan Bangunan, Pelan Kerja Tanah, Pelan Pindaan dan Pelan Ubahan dan Tambahan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan lengkap iaitu telah memenuhi keperluan Jabatan Teknikal.

ii.

Meluluskan Pelan Ubahan dan Tambahan dan Pelan Pindaan yang tidak melibatkan Jabatan Teknikal (tidak melalui OSC) dalam tempoh tidak melebihi 30 hari.

iii.

Meluluskan Pelan Pindaan dan Pelan Ubahan dan Tambahan Rumah Ringkas (Pelan yang di kenakan fee minima RM 35.00) dalam tempoh tidak melebihi 14 hari.

10. Memastikan kesemua permohonan lesen perniagaan baru diproses dalam tempoh 7 hari bekerja bagi permohonan lesen yang tidak berisiko dan 30 hari bekerja bagi permohonan lesen perniagaan yang berisiko setelah permohonan yang lengkap diterima termasuk ulasan dari Jabatan Teknikal yang lain seperti Jabatan Bomba. 11. Perkhidmatan mengangkut sampah sarap di kawasan kediaman, perniagaan dan kilang bermula antara jam 7.30 pagi hingga 1.00 tengahari, iaitu sebanyak tiga kali seminggu mengikut kawasan. Pembersihan kawasan tapak pasar malam dilakukan lebih kurang 12.00 malam pada hari-hari tertentu. 12. Semua aduan pelanggan akan diberi maklumbalas dalam tempoh 14 hari selepas aduan diterima. 13. Urusan jualbeli lot industri, diproses sebagaimana berikut: i.

Permohonan untuk membeli lot industri diluluskan dan ditawarkan dalam tempoh 45 hari dari tarikh iklan ditutup.

ii.

Surat perjanjian jualbeli lot industri antara pembeli dan KEJORA disempurnakan dalam tempoh 30 hari daripada bayaran 10% dijelaskan.

iii.

Permohonan tanah lot industri dimajukan kepada Kerajaan Negeri dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penerimaan dokumen-dokumen lengkap daripada pihak syarikat.

iv.

Permohonan pertukaran nama syarikat, aktiviti syarikat dan mencagarkan lot industri kepada institusi kewangan dimajukan kepada Kerajaan Negeri dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.

14. Permohonan pelepasan gadaian akan diselesaikan dalam tempoh 18 hari daripada tarikh penerimaan permohonan yang lengkap. 15. Menyediakan, menyiapkan dan membekalkan maklumat aktiviti dalam tempoh 14 hari daripada permohonan diterima. 16. Memberi layanan mesra, adil dan saksama kepada semua pelanggan.

2.6 STRUKTUR ORGANISASI KEJORA 2.6.1

Struktur Organisasi KEJORA

2.7 Maklumat Bahagian (Unit Teknikal) 2.7.1

Latar Belakang Bahagian Mesyuarat Pengurus Bahagian Bil 4/2011 bertarikh 1 Mac 2011 dan perbincangan susulan dengan tuan pengurus besar pada 12 April 2011 telah bersetuju untuk mewujudkan Unit Teknikal bagi melaksanakan kerja-kerja Pembangunan projek dengan lebih teratur.

2.7.2

Objektif Bahagian Unit Teknikal telah diwujudkan di KEJORA sebagai satu bahagian yang bertanggungjawab untuk : i) Penyeliaan

dan

pemantauan

projek-projek

pembangunan yang dijalankan di dalam Wilayah KEJORA. ii) Melaksanakan tugas-tugas pengurusan yang berkaitan dengan jabatan. iii) Penyediaan maklumat-maklumat projek pembangunan yang berkaitan.

2.7.3 i.

Fungsi Bahagian Merancang projek-projek pembangunan (fizikal) bersama bahagian lain.

ii.

Menyelia pembangunan projek bermula daripada pengeluaran dokumen

tawaran

projek

sehingga

proses

pengeluaran

perakuan muktamad. iii.

Mengurus proses perlantikan perunding.

iv.

Menyediakan

pelan

rekabentuk

dan

anggaran

kos

pembangunan fizikal. v.

Menyediakan khidmat teknikal untuk penentuan rekabentuk dan kos yang diperlukan daripada bahagian-bahagian yang lain.

2.8

STRUKTUR ORGANISASI BAHAGIAN 2.8.1

Carta Organisasi Unit Teknikal En. Hairudin b.Mohd Yasin (Ketua Unit Teknikal)

Unit Pentadbiran

Venugopal a/l K.B Dharan (Pemb. Tadbir N22)

Murnee bt Isman (Pemb. Tadbir N17) Mokhtar b. Mohd Salleh (Pemb. Am N4)

Ahmad Razali b. Sunarwi (Pemb. Am N4)

Unit Projek Rosnita bt Mohamad (Jurutera) Noorazlan b. Ahmad Sihab (Jurutera Awam) Mohd Azri b. Zunaidak (Jurutera Elektrik)

Unit Ukur Bahan Intan Farhana bt. Mohd Roslan (Jurukur Bahan)

Noorzeyanna bt. Md Jawat (Pen.Jurukur Bahan)

Norazlinda bt. sahat (Pen. Jurutera Awam) Zaidi b. Abd. Rahman (Pen. Peg. Senibina) Noriza bt. Jaffar (Pelukis Pelan J22)

Hj.Rosli bin Hj. Surip (Juruteknik Awam)

Sharifah bt Minhaj (Pelukis Pelan J22)

Siti Aisah bt. Mohamad (Juruteknik Awam)

Khairul Amri b. uding (Pelukis Pelan J17)

Ramli b. Shafie (Juruteknik Awam)

Shalan bin Yahya (Pelukis Pelan J17)

Hj. Rozahan bin A.Kadir (Pelukis Pelan J17)

BAB 3 RINGKASAN MINGGUAN LATIHAN INDUSTRI

3.1 Pengenalan Latihan Industri boleh dijalankan di jabatan kerajaan atau firma swasta supaya pelajar dapat membezakan suasana kerja sebenar dengan suasana di politeknik. Pelajar juga terdedah kepada cabaran dan masalah yang akan dilalui setelah bekerja kelak. Pelajar yang menjalani Latihan Industri mestilah merekodkan setiap kerja yang dilakukan di tempat Latihan Industri dijalankan di dalam buku laporan harian. Ringkasan mingguan ialah ringkasan bagi kegiatan atau kerja yang dilakukan semasa menjalani Latihan Industri iaitu di Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). Skop kerja yang dilakukan adalah merangkumi pelbagai perkara yang berkaitan dengan kos kejuruteraan awam yang di ambil semasa menuntut di Politeknik POLIMAS seperti kejuruteraan jalan, kejuruteraan binaan dan juga kejuruteraan senggara. Tujuan ringkasan aktiviti ini disediakan adalah sebagai petunjuk untuk ulangkaji dan memenuhi syarat bagi melengkapkan proses Latihan Industri ini.Pelajar perlu menghantar buku reflektif jurnal 2 minggu sekali untuk mendapatkan tandatangan penyelia dan buku tersebut perlulah disemak oleh penyelia.

3.2 Ringkasan Mingguan Latihan Industri MINGGU PERTAMA (17.06.2013 - 21.06.2013) Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu pertama ialah: 1. Membaca profil syarikat dan kod etika untuk mengetahui tentang syarikat dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi di syarikat. 2. Mengemaskini dan menyusun fail minit mesyuarat dalam almari yang telah ditetapkan. 3. Membantu menyiapkan surat untuk minit mesyuarat. MINGGU KEDUA (24.06.2013 – 28.06.2013) Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kedua ialah: 1. Mengemaskini senarai projek tender pada tahun 2009-2013. 2. Belajar cara berkomunikasi mencari maklumat berkaitan tender di unit teknikal. 3. Belajar membuat Bill Of Quantitidalam bentuk microsoft excel. 4. Pergi lawatan tapak di Mini RTC Bukit Raja projek membaikpulih pusat komputer.

MINGGU KETIGA (01.07.2013 – 05.07.2013) Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu ketiga ialah: 1. Memperbetulkan semula senarai tender dan laporan sebutharga. 2. Mengemaskini dan menyusun fail minit mesyuarat dalam almari yang telah ditetapkan. 3. Menghadiri perhimpunan bulanan bagi bulan Julai 2013. 4. Fotostat beberapa dokumen. 5. Menaip beberapa muka depan untuk dokumen sebutharga. MINGGU KEEMPAT (08.07.2013 – 12.07.2013) Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu keempat ialah: 1. Menaip semula Bill of Quantityuntuk kg jaya sepakat. 2. Menaip beberapa muka depan untuk dokumen sebutharga 3. Fotostat dokumen untuk rujukan pelanggan. 4. Mengemaskini dan menyusun fail minit mesyuarat dalam almari yang ditetapkan. MINGGU KELIMA (15.07.2013 – 19.07.2013) Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kelima ialah: 1. Mengira jarak crusher runbagi setiap projek. 2. Pergi ke tapak di bandar mas untuk mengukur jalan yang rosak di setiap bahagian. 3. Belajar baca pelan dan melipat pelan.

4. Menyenaraikan status bayaran bagi setiap syarikat. 5. Fotostat dan menyusun dokumen untuk dibuat lampiran. MINGGU KEENAM (22.07.2013 - 26.07.2013) Antara aktiviti yang dijalankan pada minggu keenam ialah: 1. Masukkan data ke dalam sistem. 2. Membantu untuk scan surat masuk ke dalam my surat yang hendak di hantar ke bahagian lain. 3. Membantu menyediakan surat mesyuarat tapak. 4. Pergi ke lawatan tapak di bilik fail. MINGGU KETUJUH (29.07.2013 - 02.08.2013) Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu ketujuh ialah 1. Membantu menyediakan borang pelantikan jawatan Jurutera Residen dan Penyelia Tapak secara kontrak bagi projek tender kejora. 2. Membantu menyediakan surat untuk mesyuarat tapak. 3. Membantu

memperbetulkan

semula

kesalahan

sebutharga

SH1643. 4. Membantu memasukkan sebutharga dari excel ke dalam eperolehan. 5. Membantu menyediakan surat akuan sumpah untuk perakuan muktamad. 6. Menghadiri perhimpunan bulanan untuk bulan ogos 2013

7. Fotostat 1 dokumen senarai kuantiti. MINGGU KELAPAN (05.08.2013 – 07.08.2013) Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kelapan ialah: 1. Menghantar perakuan bayaraan interim kepada unit kewangan. 2. Membantu membuat salinan fotokopi untuk surat penyerahan tapak. 3. Mendapat tugasan dari En.Azri (Jurutera Elektrik) untuk membuat laporan penilaian bagi sebutharga SH1648. 4. Mendapat tugasan dari En.Noorazlan (Jurutera Awam) untuk membuat laporan penilaian bagi sebutharga SH1634. 5. Kemaskini buku jurnal refleksi. 6. Mengemas semua ruang di unit teknikal sempena Hari Raya Aidilfitri. MINGGU KESEMBILAN (12.08.2013 – 16.08.2013) Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kesembilan ialah: 1. Mencari maklumat yang berkaitan dengan syarikat untuk dimasukkan ke dalam laporan akhir latihan industri sesi jun 2013. 2. Membantu Cik Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) membuat pembetulan dalam laporan penilaian sebutharga SH1634.

3. Mendapat tugasan dari En.Azri (Jurutera Elektrik) untuk membuat laporan penilaian sebutharga SH1683 dalam bentuk microsoft word dan memberi softcopy setelah siap. 4. Mendapat tugasan dari Cik Linda (Jurutera Awam) untuk membuat laporan penilaian sebutharga SH1700 dalam bentuk microsoft word dan memberi softcopy and hardcopy kepada Cik Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) setelah siap. 5. Mendapat tugasan dari Cik Noorzeyanna (Pen.jurukur bahan) untuk membuat kadar harga pembinaan jalan dalam bentuk microsoft excel dan memberi softcopy and hardcopy setelah siap. 6. Belajar dan mendengar keterangan mengenai pelan bersama Pn.Noriza (Pelukis Pelan) 7. Pergi ke tapak di bilik fail bersama En.Azri (Jurutera Elektrik) untuk melihat keadaan semasa. 8. Mendapat tugasan dari Cik Noorzeyanna (pen.jurukur bahan) untuk menyemak semula penyata akaun dan analisis kecukupan modal. 9. Pergi ke lobi untuk mendapatkan senarai nama staff kejora.

MINGGU KESEPULUH (19.08.2013 – 23.08.2013) Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kesepuluh ialah: 1. Mendapat tugasan dari En.Gopal (Pem.Tadbir) untuk menyemak no.siri di setiap barang (borang daftar inventori) dalam bilik setiap pegawai di unit teknikal. 2. Pergi tapak di johor lama bersama Hj. Rozahan (pelukis pelan) untuk melihat proses yang sedang dijalankan di tandas masjid johor lama. 3. Membantu En.Azri (Jurutera Elektrik) bagi mendapatkan no.VOT dan TARIKH IKLAN untuk laporan penilaian di unit kewangan. 4. Mendapat tugasan dari Cik Noorzeyanna (Pen. jurukur bahan) untuk menyiapkan kadar harga. 5. Mendapat tugasan dari En.Noorazlan (Jurutera Awam) untuk menghantar pelan kepada En.Mazlan (unit PSPD) untuk dicop dan minta borang hijau darinya. 6. Mendapat

tugasan

dari

Pn.Murnee

(Pem.tadbir)

untuk

menghubungi setiap syarikat yang terlibat dalam mesyuarat yang diadakan oleh unit teknikal (bagi memastikan pihak mereka maklum dan menghantar wakil untuk mesyuarat tersebut).

MINGGU KESEBELAS (26.08.2013 – 30.08.2013) Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kesebelas ialah: 1. Mendapat

tugasan

dari

Pn.Murnee

(Pem.Tadbir)

untuk

menghubungi setiap syarikat yang terlibat dalam mesyuarat yang diadakan oleh unit teknikal (memaklumkan tentang terdapat pindaan waktu mesyuarat tersebut). 2. Membantu

Cik

Noorzeyanna

(Pen.Jurukur

Bahan)

untuk

memasukkan item sebutharga dari microsoft excel kedalam ePerolehan. 3. Pergi ke tapak bina projek RAPID di punggai bersama En.Noorazlan (Jurutera Awam), Pn.Rosnita (Jurutera) dan Cik Intan (Jurukur Bahan) untuk mengukur dan mengecek barang yang digunakan di tapak. 4. Pergi ke tapak bina di kg.jaya sepakat dan kg. Sri pekan bersama Cik Linda (pen.jurukur awam) untuk penyerahan tapak dan memantau proses kerja yang dijalankan. 5. Membantu menysusn dokumen tender di tempat yang disediakan. 6. Menyemak no.siri setiap barang di ruang unit teknikal bagi memastikan setiap barang mempunyai no.siri.

MINGGU KEDUA BELAS (02.09.2013 – 06.09.2013) Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kedua belas ialah: 1. Membantu En.Azri (Jurutera Elektrik) menyiapkan dokumen outcome dalam bentuk word dan membuat salinan fotokopi bagi borang selidik Outcome. 2. Membantu En.Gopal (Pem.Tadbir) bagi meminta maklumat mengenai

peratusan

prestasi

projek

setiap

pekerja

yang

memegang projek tersebut. 3. Sesi perjumpaaan bersama penyelia Pn.Rosnita (Jurutera) untuk perbincangan mengenai Progress report akhir. 4. Membantu En.Noorazlan (Jurutera Awam) bagi menyediakan Power Point untuk laporan anugerah kualiti pengurusan projek. 5. Sesi pemantauan penyelia dari Politeknik Mersing (Cik Azreen bt Khamis). 6. Menghadiri perhimpunan bulanan bagi bulan september 2013. 7. Menghadiri program membudayakan al-quran di KEJORA. 8. Membantu En.Gopal (Pem.Tadbir) bagi mengemaskini dokumen sebutharga daripada tahun 2010-2013.

MINGGU KETIGA BELAS (09.09.2013 – 13.09.2013) Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu ketiga belas ialah 1. Membantu

En.Noorazlan

(Jurutera

Awam)

menyiapkan

hardcopyslide presentation sebanyak 25 salinan dan menghantar kepada Pn.Noorazah (Unit Perancangan Strategik). 2. Membantu

Cik

Noorzeyanna

(Pen.Jurukur

Bahan)

fotostat

dokumen dan mengira semula jumlah sebutharga bagi setiap projek. 3. Membantu

En.Zaidi

(Pen.Peg.Senibina)

bagi

menyiapkan

sebutharga dalam bentuk microsoft excel 4. Membantu membuat salinan gambar dari kamera ke pendrive. 5. Membantu Azwani (Pelajar Praktikal) membuat tag nama untuk unit teknikal. 6. Membantu Cik Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) memasukkan sebutharga AK600 ke dalam sistem e-Perolehan. 7. Faxs surat dan menelefon untuk memaklumkan bagi mesyuarat tapak ke 2 (RAPID) kepada 8 buah syarikat. 8. Masuk mesyusarat mengenai sukaneka sempena cuti malaysia. 9. Lawatan tapak di (RAPID) bersama En.Noorazlan (Jurutera Awam) dan berbincang mengenai projek tangki air di pejabat tapak RWS.

MINGGU KEEMPAT BELAS (16.09.2013 – 20.09.2013) Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu keempat belas ialah: 1. Melawat tapak bersama Pn.Sharipah (Pelukis Pelan) di kg.sayang untuk melihat projek pondok rela 2. Sesi bergotong-royong di setiap unit sempena bulan 5S. 3. Pergi ke tapak di masjid johor lama bersama Hj.Rozahan (Pelukis Pelan) bagi penyerahan siap kerja. 4. Menyusun atur pelan-pelan di bilik pelupusan sementara di unit teknikal. MINGGU KELIMA BELAS (23.09.2013 – 27.09.2013) Antara aktiviti yang dijalankan pada minggu kelima belas ialah: 1. Membantu Cik Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) menyemak dokumen sebutharga untuk disahkan oleh Dato’ Hj Azizan B. Md. Rais (Pengurus Besar KEJORA). 2. Membantu En.Noorazlan (Jurutera Awam) mengisi borang untuk di faxskan ke syarikat lain. 3. Membantu Pn.Rosnita (Jurutera) bagi melengkapkan dokumen lampiran

untuk Laporan Penuh Anugerah Kualiti Pengurusan

Projek Tahun 2013. 4. Melihat Progresss Project longkang di Jalan Murni, Jalan Pembangunan dan Jalan Perumahan timur Bandar Penawar.

5. Membantu Cik Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) membuat salinan fotokopi dokumen lampiran. MINGGU KEENAM BELAS (30.09.2013 – 04.10.2013) Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu keenam belas ialah: 1. Membantu cik Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) menyiapkan dokumen sebutharga daripada format Microsoft Word ke format Microsoft Excel. 2. Mendapat arahan untuk bersama En.Azri (Jurutera Elektrik) bagi memantau progress di tapak bina bangunan Ibu Pejabat KEJORA. 3. Menolong mengisi borang CIDB yang tidak lengkap untuk pekerja. 4. Mendapat arahan untuk bersama En.Azri (Jurutera Elektrik) bagi penyerahan siap kerja di kawasan tempat letak kereta Tg. Balau dan kawasan tanah perkuburan bandar penawar. 5. Membantu En.Ramli (Juruteknik Awam) melengkapkan dan menyiapkan dokumen Bayaran Interim 1 dan surat lanjutan masa (EOT). 6. Mendapat arahan untuk bersama En.Noorazlan (Jurutera Awam) bagi meminta gambar yang berkenaan projek untuk Laporan Akhir di pejabat RWS Teluk Ramunia.

MINGGU KETUJUH BELAS (07.10.2013 – 11.10.2013) Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu ketujuh belas ialah: 1. Membantu Cik Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) membukukan dokumen perakuan pelarasan jumlah harga kontrak (PPJHK). 2. Membantu En.Azri (Jurutera Elektrik) bagi menyemak dan melengkapkan senarai lukisan/pelan lampu jalan untuk dipasang di 14 buah kampung. 3. Membantu Cik Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) membuat salinan hardcopy (print) bagi profil syarikat CIDB untuk tawaran tender/sebutharga/arahan kerja-SULIT. 4. Menghadiri perhimpunan bulanan bagi bulan Oktober 2013. 5. Membantu Cik Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) menyiapkan surat dokumen pusat komuniti. 6. Membantu En.Noorazlan (Jurutera Awam) menyiapkan laporan penilaian SH1703.

MINGGU KELAPAN BELAS (14.10.2013 – 18.10.2013) Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kelapan belas ialah: 1. Mengurus surat keluar / masuk ke dalam sistem. 2. Pemantauan tapak untuk pemasangan longkang di jalan murni. 3. Pemantauan tapak di The Wetlands Belukar Durian, Sedili. 4. Penyerahan siap kerja di jeti sedili kechil, kota tinggi. MINGGU KESEMBILAN BELAS (21.10.2013 – 25.10.2013) Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kesembilan belas ialah: 1. Pemantauan tapak di Kg. Sayang. 2. Bersama-sama Encik Azri (Jurutera Elektrik) untuk membuat Pemantauan Tapak dipersimpangan Petronas Desaru-Bandar Penawar. 3. Penyerahan siap kerja di Kg.Jaya Sepakat. 4. Mendapat arahan untuk bersama-sama Puan Aisah (Juruteknik Awam) ke Penyerahan Siap Kerja dan memantau progress project di Pengerang (Inspection besi for Elevated Tank) 5. Mendapat arahan untuk bersama-sama Encik Noorazlan (Jurutera Awam) ke Mesyuarat Tapak Kali Ke-3 di Pejabat Tapak RWS di Teluk Ramunia.

MINGGU KEDUA PULUH (28.10.2013 – 01.11.2013) Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kedua puluh ialah: 1. Memantau progress kerja untuk cube test dan compaction test di anak syarikat Kejora Development Holdings. 2. Membantu Puan Rosnita (Jurutera) membuat Surat Panggilan Sesi Taklimat Pembentangan Projek Bagi Tujuan Perunding dan memperbetulkan kesalahan di dalam minit mesyuarat. 3. Mendapat arahan untuk mengikuti Encik Shalan (Pelukis Pelan) ke Kampung Belukar Durian melihat progress work bagi pembinaan chalet dan jambatan gantung. 4. Mendapat arahan untuk bersama-sama Haji Rosli (Juruteknik Awam) ke pemantauan kerja-kerja Coring Test bagi sepanjang jalan ke Muzium Johor Lama. 5. Memulangkan badge kepada Puan Marliana di Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia.

BAB 4 LAPORAN TEKNIKAL

4.1 Pengenalan Projek Pihak Petronas akan membangunkan sebuah Hub Industri Minyak dan Gas di Pengerang, Kota Tinggi, Johor. Lanjutan dari itu, sebanyak tiga (3) buah kampung yang akan dibuatpengambilalihan tanah (PBT) iaitu, Kampung Sungai Kapal, Kampung Langkah Baik dan Kampung Teluk Empang bagi Fasa 1, manakala bagi Fasa 2 ialah Kampung Jawa, Kampung Batu Mas dan Kampung Sebong. Di Fasa 2, terdapat empat (4) buah kampung yang disediakan lotnya. Tetapi hanya tiga (3) buah kampung sahaja yang terdapat di Fasa 2.Sebuah lagi kampung belum ditentukan lagi nama kampungnya, tetapi lot untuk sebuah kampung itu memang disediakan. Dalam mesyuarat diantara pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPEN) dengan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), pihak UPEN meminta KEJORA melaksanakan projek Cadangan Pembinaan Tangki Air dan Pemasangan Paip Retikulasi Untuk Pembangunan Perumahan dan Insfrastruktur di Plot A Bagi Penduduk Yang Terlibat Dengan Pembangunan Hub Industri Minyak dan Gas di Pengerang, Kota

Tinggi, Johor.Bagi projek ini, kaedah turnkey telah digunakan.Kaedah ini adalah salah satu kaedah conventional yang telah sekian lama digunakan di Malaysia.Seperti yang diketahui makna kaedah ini ialah perjanjian di antara dua pihak yang bersetuju di mana satu pihak menawarkan kerja (majikan) dan satu pihak lagi bersedia menjalankan kerja-kerja yang ditawarkan (kontraktor).Turnkey pula bermakna menyerahkan kunci apabila projek siap kelak.Kontrak turnkey yang ditakrifkan di dalam bahan rujukan membawa maksud satu perjanjian di antara majikan yang mencadangkan projek dengan kontraktor di mana kontraktor bertanggungjawab merekabentuk, menyiapkan dan membiayai kos-kos pembinaan sehingga projek yang dicadangkan siap (Hand Over).Majikan hanya membuat pembayaran setelah projek siap (apabila kontraktor menyerahkan kunci). Kontraktor mempunyai kuasa ke atas projek dan boleh menentukan apa yang patut dilakukan ke atas projek yang sedang dijalankan. Ini kerana kontraktor adalah sebagai majikan sehinggalah projek diserahkan. Pihak kontraktor akan mengeluarkan modal untuk menjalankan projek dan memastikan projek berjalan mengikut apa yang terkandung dalam perjanjian untuk memastikan projek dapat disiapkan dan diserahkan secara sempurna bagi mendapatkan bayaran daripada majikan. Di sini kontraktor hendaklah memberi jaminan bahawa rekabentuk yang dicadangkan dan dipersetujui oleh majikan adalah yang terbaik.Ini penting kerana kontraktor bertanggungjawab terhadap majikan di atas apaapa kecacatan yang timbul dari kesilapan rekabentuk.Ini bermakna

kontraktor bertanggungjawab

walaupun itu bukanlah berpunca dari

kesalahan dan kecuaiannya. Dalam hal ini, pihak KEJORA bertindak sebagai pemilik projek telah bersetuju untuk melantik Syarikat Air Johor (SAJ) untuk melaksanakan projek tersebut.Tetapi SAJ tidak mempunyai lesen untuk melaksankan projek pembinaan.Pihak SAJ telah mencadangkan anak syarikat mereka iaitu, Ranhill Water Services Sdn. Bhd. (RWS) sebagai kontraktor untuk melaksankan projek pembinaan ini. Sekiranya sesuatu projek menggunakan kaedah turnkey, maka secara automatik kaedah Design and Build digunakan.Maka dengan itu, pihak RWS diminta untuk mencari atau melantik pihak perunding dan subkontraktor yang berkaitan. Pihak Perunding yang dilantik oleh pihak RWS ialah perunding dari Syarikat RAF Consult Sdn. Bhd. sebagai Juruperunding Sivil dan Struktur, perundingdari Syarikat NHK Ultimate Consult Sdn. Bhd. bertindak sebagai Juruperunding Mekanikal dan Elektrik dan perunding dari syarikat Pakatan Ukur Bahan Sdn. Bhd. sebagai Perunding Jurukur Bahan. Pegawai Penguasa bagi projek ini ialah Pengurus Besar KEJORA, manakala

Wakil

Pegawai

Penguasa

ialah

Ketua

Unit

Teknikal,

KEJORA.Mesyuarat Serah Tapak telah dilakukan pada 9Julai2013 dan sekali gus merupakan tarikh bermulanya proses pemibinaan. Tarikh siap projek dijangka pada 8Januari2015.Jangka masa pembinaan di dalam kontrak ialah selama 18 bulan.

Kaedah Design and Build digunakan secara automatik kerana kaedah turnkey telah digunakan. Jumlah harga di dalam kontrak ialah RM16,978,831.43. Kaedah Design and Build merupakan satu konsep di mana hanya satu pihak sahaja dipanggil iaitu RWS yang akan memeterai kontrak

dengan

pihak

KEJORA

untuk

menjalankan

kerja-kerja

perancangan, kerja reka bentuk dan kerja pembinaan mengikut kehendakkehendak yang telah dinyatakan dan dipersetujui dengan pihak KEJORA. Setelah projek itu siap dibina dengan sempurna, RWSakan menyerahkan projek tersebut kepada pihak KEJORA untuk dilengkapkan dengan landskap, hiasan dalaman, peralatan serta kelengkapan-kelengkapan lain yang tidak termasuk didalam kontrak. 4.2 PembinaanSuction Tank, Elevated Tank dan Pump House Dalam projek ini, cadangan membina tangki air melibatkan tiga elemen iaitu, pembinaan tangki air (Elevated), tangki air (Suction) lengkap dengan pam serta kuarters pekerja dan kerja-kerja elektrikal dan mekanikal untuk operasi.

4.3 Jenis Tangki Tangki simpanan juga dikenali sebagai tangki agihan, kerana selain menyimpan air tangki ini juga berfungsi mengagihkan air kepada pengguna. Terdapat pelbagai jenis tangki simpanan yang digunakan dan lazimnya diletakkan pada aras yang lebih tinggi dari kawasan bekalan bagi memastikan tekanan yang diperlukan untuk pengagihan mencukupi sehingga ke kawasan yang paling jauh dari tangki simpanan. Tangki ini dibina daripada pelbagai jenis bahan.Bahan-bahan yang biasa digunakan untuk membina tangki ialah konkrit, keluli dan bahan gentian seperti kaca dan plastik.Bagi projek ini, bahan gentian kaca digunakan dalam pembinaan suction tank.Jadual 4.1 menunjukkan jenis-jenis tangki simpanan dan fungsinya.

Jadual 4.1 : Jenis-Jenis Tangki Simpanan dan Fungsinya. Bil

Jenis Tangki

1.

Tangki Simpanan Loji

Fungsi Menyimpan air yang telah diolah di loji rawatan sebelum disalurkan untuk diagihkan kepada pengguna melalui tangki

pengimbang

dan

tangki

perkhidmatan. 2.

Tangki Pengimbang

Menerima bekalan air bersih dan mengagihkan

kepada

satu

atau

beberapa tangki perkhidmatan. Tangki pengimbang juga perlu menyimpan bekalan

air

dalam

kuantiti

yang

banyak. Muatan minimum ialah 450m³ dan maksimum 9000m³ 3.

Tangki Perkhidmatan

Tangki perkhidmatan ialah tangki yang

a. Tangki bentuk cendawan

membekalkan air yang diterima dari

b. Tangki bentuk silinder

tangki pengimbang untuk diagihkan

c. Tangki segi empat

kepada

kawasan

kawasan perindustrian.

agihan

perumahan Terdapat

seperti atau pelbagai

bentuk tangki perkhidmatan seperti bentuk cendawan, silinder dan segi empat.

Rajah 4.1 : Bahan gentian kaca digunakan dalam pembinaan Suction Tank

Rajah 4.2 : Pemasangan gentian kaca di Suction Tank

4.4 Preliminaries Works 4.4.1

Pengenalan

Dalam sebuah projek pembinaan, preliminaries adalah salah satu perkara yang paling utama di mana ia telah dipersetujui oleh keduabelah pihak iaitu pihak KEJORA dan RWS dan telah termenterai di dalam tender kontrak yang telah dikeluarkan. Ini termasuklah dokumen-dokumen yang terlibat seperti terkandung di dalam kehendak permulaaan syarat-syarat am. Contonhya, sample dan ujian, pemeriksaan tapak, insurans untuk kemalangan dan kerosakan harta benda, Insurans of Workmen Compensation/ SOCSO, contoh-contoh bahan atau ketukangan, susun atur tapak, program kerja Critical Path Method (CPM), gambar kemajuan kerja dan segala dokumen yang berkaitan. 4.4.2 Susun Atur Tapak dan Kemudahan Perkhidmatan Di Tapak Bina 4.4.2.1 Jalan Sementera Adalah penting bagi sesebuah tapak projek menyediakan jalan keluar masuk bagi kemudahan untuk laluan jentera.Selain itu, ianya bagi memudahkan bahan-bahan binaan dibawa masuk dengan mudah dan cepat.

4.4.2.2 Pejabat Tapak Merupakan tempat untuk menjalankan mesyuarat tapak dan tempat menyimpan segala dokumen penting mengenai tapak serta

carta-carta

program

kerja.

Kontraktor juga

akan

menyediakan segala kelengkapan dan alatan bagi keselesaan Pegawai Penguasa dan semua yang terlibat dari pihak KEJORA.Bagi projek ini, pejabat tapaknya di Teluk Ramunia. 4.4.2.3 Tandas Keperluan ini juga akan disediakan oleh pihak kontraktor bagi kemudahan kedua-dua belah pihak. 4.4.2.4 Stor Menyimpan Alatan dan Bahan-Bahan Stor memainkan peranan penting bagi menyimpan segala alat kelengkapan yang akan diguna di dalam projek. Stor akan dipastikan selamat dan terjamin daripada dicuri. Ianya juga untuk mengelakkan bahan-bahan yang mudah rosak terdedah pada cuaca. 4.4.2.5 Papan Tanda Papan tanda akan disediakan oleh pihak kontraktor kerana ia telah tertakluk di dalam tender projek. Lukisan pelan bagi papan tanda juga disediakan mengikut spesifikasi KEJORA.

4.4.2.6 Pagar Sekeliling Tapak Projek Merupakan salah satu daripada langkah keselamatan yang harus dipatuhi oleh pihak kontraktor. Tujuannya adalah untuk memastikan orang awam tidak memasuki kawasan pembinaan yang

boleh

mengakibatkan

kemalangan

yang

tidak

disengajakan atau disengajakan. 4.4.2.7 Bekalan Elektrik dan Bekalan Air Pihak kontraktor juga akan memastikan segala bekalan kemudahan ini disediakan di tapak projek. Kontraktor akan memohon kepada TNB dan kepada SAJ bagi memenuhi keperluan ini. Pemasangan bekalan ini akan dipasang oleh sub-kontraktor. 4.4.3 Pemantauan Perlaksanaan Kerja Secara amnya, tugas KEJORA adalah memantau perjalanan segala aktiviti di tapak pembinaan bagi setiap kerja yang dilakukan untuk memastikan aktiviti yang akan dilakukan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Antara skop aktiviti yang dilihat adalah kerja ukur, kerja tanah, penyediaan pelan tapak, penyiasatan tapak, kerja-kerja awalan, kerja substruktur dan superstruktur, kerja kayu, kerja-kerja konkrit dan sebagainya yang terlibat dalam pembinaan.

4.4.4 Ujian Tanah Dalam projek pembinaan tangki air ini, ujian yang dilakukan ke atas tapak bina adalah menggunakan ujian Proba Mackintos. Secara amnya, penyiasatan tanah adalah satu langkah yang paling utama dalam sesebuah pemibinaan yang dilaksanakan. Tujuan ujian ini dilakukan adalah untuk mengelak masalahmasalah pada struktur pembinaan. Antara masalah yang mungkin timbul adalah berlakunya enapan tanah dan boleh menjejaskan struktur yang lain. 4.5 Kerja-Kerja Tanah 4.5.1

Pengenalan

Dalam melaksanakan kerja-kerja penggalian, beberapa aspek penting harus diambil kira. Pihak kontraktor mestilah memastikan kawasan

pengalian

berada

dalam

keadaan

selamat

bagi

memudahkan untuk membuat anggaran bagi segala keperluan untuk kawasan kerja tersebut mengikut had kerja yang telah diberikan mengikut spesifikasi. Sepanjang pemantauan saya ke tapak bina, segala kerja tanah telah siap dilaksanakan, kerja yang sedang dilakukan adalah kerja-kerja perlantakan cerucuk. Jadual di sebelahadalah peralatan, loji dan mesin yang digunakan dalam kerja-kerja tanah.

Jadual 4.2 : Peralatan, Loji dan Mesin Yang Digunakan Dalam Kerja-Kerja Tanah Bil.

Jentera dan

Kegunaan

Mesin 1.

JCB

Digunakan untuk kerja pengorekan, memunggah tanah dan mengangkut barang.

2

Bad Pusher

Digunakan untuk kerja-kerja seperti meratakan tanah pada ketebalan yang diperlukan.

3.

Mesin Compact

Diguna

bagi

kerja-kerja

seperti

pemadatan tanah bagi mencapai kehendak yang diperlukan. 4.

Mini Roller

Digunakan

bagi

meratakan

permukaan tanah terutama selepas menggunakan mesin compact.

4.6

Kerja Cerucuk 4.6.1 Pengenalan Asas

bangunan

merupakan

elemen

terpenting

dalam

sesebuah binaan di mana ianya berfungsi untuk menanggung dan mengagihkan beban daripada struktur bangunan terus ke lapisan tanah. Beban yang ditanggung adalah beban hidup, beban mati, beban angin yang akan disebarkan dengan selamat tanpa berlaku kerosakan pada bangunan. Asas juga mesti

mempunyai

kedalaman

yang

mencukupi

bagi

mengukuhkan kedudukan bangunan dari dipengaruhi oleh keadaan tanah sekeliling. Asas yang digunakan mestilah mempunyai daya ketahanan dari serangan bahan kimia yang terdapat dalam tanah. Dalam projek ini, spun pile digunakan untuk pembinaan elevated tank. Manakala square pile digunakan dalam pembinaan suction tank. 4.6.2 Jenis-Jenis Cerucuk Cerucuk boleh dibahagikan kepada dua jenis mengikut keadaan tanah iaitu : i)

Cerucuk Tanggung Hujung (End Bearing Pile)

ii)

Cerucuk Geseran (Friction Pile)

Cerucuk tanggung hujung adalah cerucuk yang dilantak sehingga ke lapisan tanah keras iaitu setelah mencapai set yang telah ditetapkan, di mana beban yang di bawa dari bangunan akan terus disebarkan ke permukaan tanah keras. Cerucuk geseran pula adalah cerucuk yang tidak mencapai permukaan tanah keras tetapi telah mencapai set yang telah ditetapkan sewaktu kerja perlantakan dijalankan, di mana beban akan ditanggung oleh geseran antara permukaan cerucuk dengan permukaan tanah. Panjang cerucuk yang digunakan adalah 12m bagi starter pile dan 6m bagi sambungan. Set perlantakan bagi cercucuk pula adalah 24m. sekiranya kerja perlantakan cerucuk telah mencapai 24m dalam, maka hentakan akan dihentikan. Cerucuk yang digunakan mestilah telah cukup usia dan mendapat kelulusan sebelum digunakan. Segala kerja perlantakan cerucuk adalah mengikut pelan yang telah ditetapkan dan akan diawasi oleh penyelia tapak dari pihak kontraktor dan wakil dari pihak KEJORA.

Rajah 4.3 : Spun Pile

Rajah 4.4 : RC Pile

4.6.3 Perlaksanaan Kerja a) Maklumat Cerucuk Apabila cerucuk tiba di tapak bina, pemeriksaan dan pengesahan adalah perlu dilakukan supaya cerucuk yang dibekalkan telah mencapai usia 28 hari. Cerucuk mestilah tertera tarikh ianya dibuat, kelas cerucuk, berat cerucuk dan nombor rujukan. Selain itu, memeriksa rekod ujian bagi setiap cerucuk adalah penting dan menyemak jumlah cerucuk yang dibekalkan mengikut pesanan yang telah ditetapkan. b) Pelan Terperinci Setelah semua maklumat telah lengkap diperolehi, pelan kedudukan cerucuk pada bangunan perlu disertakan bagi memudahkan kerja perlantakan berjalan lancar dan menepati kedudukan yang telah ditetapkan. Pelan tersebut juga akan melampirkan lukisan topi cerucuk dan saiz acuan.

c) Aktiviti Menanam Cerucuk Sebelum aktiviti perlantakan cerucuk dilakukan, kedudukan cerucuk mestilah tepat pada tanda yang telah ditetapkan mengikut pelan yang sedia ada. Bahan-bahan dan alatan yang digunakan untuk kerja perlantakan cerucuk adalah mesin perlantak, drop hammer (bergantung pada diameter pile), mesin welding, minyak antiras atau pencegah karat dan driving cap. 4.6.4 Prosedur Kerja Perlantakan Cerucuk 1) Jarak cerucuk yang hendak dilantak mestilah sama dengan jarak yang terdapat pada borang perlantakan cerucuk. 2) Semasa mendirikan cerucuk, pastikan cerucuk mengikut kedudukan yang telah ditanda dan mengikut pelan. Kepugakan cerucuk dipastikan dengan menggunakan timbang air atau pelambab antara dua sudut berbeza. 3) Pada peringkat awal, perlantakan dilakukan perlahan-lahan mengikut ketinggian sebenar jatuhan penukul apabila kedudukan telah stabil. 4) Rekod perlantakan akan dicatat pada borang perlantakan yang disediakan. 5) Setiap kedalaman 0.3m, bacaan bilangan hentakan akan direkod pada borang sehingga mencapai set.

6) Starter pile yang digunakan berukuran 12m dan akan disambung

menggunakan

cerucuk

6m

panjang.

Sambungan akan dibuat selagi belum mencapai set. Sambungan dibuat menggunakan welding dan disapu dengan cat antiras atau cat cegah pengaratan. Perlantakan akan diteruskan selepas 15 minit bagi memastikan sambungan betul-betul kukuh. 7) Kepugakan akan diperiksa seklai lagi sebelum kerja perlantakan dilakukan. 8) Setelah mencapai set, graf akan diletak pada cerucuk dan bacaan akan diambil pada 10 hentakan terakhir di mana setiap satu kotak graf mewakili 1mm dan sekiranya set yang ditetapkan oleh RWS adalah 24mm, maka graf yang terhasil mestilah tidak melebihi 24mm tersebut. 9) Semasa mengambil set, jatuhan penukul hendaklah diperlahankan untuk memastikan graf yang terhasil lebih berkesan.

Rajah 4.5 : Kerja-Kerja Penanaman Cerucuk di Suction Tank

Rajah 4.6 : Kerja-Kerja Penanaman Cerucuk di Tangki Elevated

4.6.5 Prosedur Perlaksanaan Topi Cerucuk atau Pile Cap Selepas kerja-kerja lantakan cerucuk dilakukan disetiap point yang ditetapkan mengikut pelan, kerja pemotongan cerucuk akan dilakukan untuk membuat topi cerucuk. Terdapat 3 jenis topi cerucuk iaitu 1 point, 2 point dan 3 point. Berikut adalah langkah-langkah bagi kerja membuat topi cerucuk : i.

Selepas kerja piling siap dilakukan, permukaan keliling tanah pada cerucuk akan dikorek sedalam 1.5m dalam.

ii.

Bentuk cerucuk bergantung pada beban yang hendak ditanggung di mana sekiranya beban yang ditanggung besar nilainya, bentuk tiga segi atau 3 point digunakan.

iii.

Cerucuk akan dipotong mengikut panjang yang telah ditetapkan

sehingga

hanya

menampakkan

50mm

sahaja. iv.

Kotak bentuk dipasang mengikut saiz yang ditetapkan dalam pelan. Saiz pile cap biasanya mengikut standard spesifikasi.

v.

Besi bagi pile cap akan dimasukkan terlebih dahulu sebelum

pile

plug

dimasukkan.Pile

plug

akan

dimasukkan 1m dalam keadaan cerucuk dan besinya akan diikat pada besi topi cerucuk.

vi.

Saiz besi pula bergantung pada beban yang ditanggung dan rekabentuk topi cerucuk mengikut lukisan pelan.

vii.

Lapisan kedap atau lean concrete dilakukan pada permukaan tanah yang telah dipadatkan.

viii.

Pemeriksaan besi pada topi cerucuk akan dilakukan oleh Pegawai Penguasa bersama Perngurus Projek untuk mendapatkan kelulusan sebelum dikonkrit.

ix.

Selepas tempoh konkrit tamat, pengawetan atau curing pada topi cerucuk akan dilakukan menggunakan guni basah.

x.

Tamat tempoh pengawetan, semburan anai-anai akan dilakukan yang bertujuan untuk membentuk satu rintangan bahan kimia untuk tempoh jangka masa panjang di tanah di bawah lantai bangunan untuk mencegah serta menghalang kehadiran anai-anai.

xi.

Selepas semua kerja di atas dilakukan pada semua point yang terdapat pada pelan, permukaan yang digali akan ditimbus semula dan dipadatkan.

4.7

Ujian Bebanan 4.7.1 Pengenalan Terdapat dua kaedah dalam menjalankan ujian beban iaitu kaedah PDA (Pile Dynamic Analysis) dan Load Test (Maintain Load Test). Ujian ini dijalankan untuk menguji kekuatan cerucuk untuk menampung beban yang akan menampung beban yang akan ditanggung bagi mengelak berlakunya lebihan beban dan kegagalan cerucuk yang dilantak. Selain itu, ianya juga untuk memastikan kerja melantak cerucuk mencapai kedalaman yang maksimum (end bearing) PDA pula beroperasi menggunakan teknologi moden di mana penggunaan computer digunakan untuk mendapatkan keputusan. Cara ini mengambil masa yang singkat dan cepat. Namun, keputusannya tidak begitu tepat. Kaedah Maintain Load Test pula mengambil masa selama 2 hari atau 48 jam. Beban akan dikenakan berperingkat-peringkat dan diturunkan juga berperingkat dan cara ini lebih berkesan berbanding kaedah PDA.

Rajah 4.7 : Load Test di Elevated Tank (Piling Point No.56)

Rajah 4.8 : Load Test di Eleveted Tank (Piling Point No.15)

4.7.2 Perlaksanaan Kerja Ujian Beban Terdapat tiga (3) peringkat dalam kerja ujian beban iaitu : a.

Penambahan Beban

b.

Maintained Load (Tida Penambahan Beban)

c.

Penurunan Beban i.

Penambahan Beban Beban diletakkan di atas cerucuk semasa menambahkan

berat

berperingkat-peringkat

sama nilai hingga berat iaitu berat beban dua kali beban working load(berat beban + 10% berat maksimum) Penambahan

beban

dibuat

secara

8peringkat untuk bangunan dan bagi kerja jalan, 12 peringkat dilakukan. Bacaan pemendapan cerucuk akan dibaca pada Dial Gauge bagi setiap 15 minit untuk jam pertama dan 30 minit untuk jam kedua.

Penambah beban akan dibuat setelah bacaan pemendapan atau kadar pemendapan tidak melebihi 0.25mm atau 0.01 inci dalam satu jam. Sekiranya perbezaan pemendapan melebihi had di atas, penambahan tidak akan dibuat lagi sebaliknya bacaan setiap 15 minit diteruskan sehingga kadar pemendapan tidak melebihi kadar 0.25 mm/jam. Gred graf pemendapan melawan masa akan ditunjukan pada setiap beban penambahan. ii.

Maintained Load (Tida Penambahan Beban) Beban

untuk

maintained

load

adalah

penambahan beban mencapai beban maksimum (2 kali working load). Beban maksima ujian akan dikekalkan

selama

24

jam

dan

bacaan

pemendapan dibuat pada setiap satu jam.

iii.

Penurunan Beban Penurunan beban dibuat secara peringkat pada kadar berat yang sama nilai dan dilakukan pada setiap satu jam. Bacaan pemendapan diambil pada setiap 15 minit. Bagi bacaan ujian beban berakhir setelah 1 jam bebanan sifar di mana bacaan diambil pada setiap 15 minit.

4.7.3 Penilaian Ujian Residual Settlement selepas bebanan disifarkan tidak melebihi 6.5mm. Jumlah pemendapan telah melebihi 12.5mm ketika beban pada paras working load. Jika jumlah pemendapan telah melebihi 38.0mm atau 10% daripada garis pusat cerucuk yang mana nilai terendah pada bebanan maksima ujian (2kali working load).

4.7.4 Cara Mengatasi Kegagalan Ujian Beban Berikut adalah langkah bagi mengatasi sekiranya berlaku kegagalan ujian beban ditapak bina : i)

Kerja Ukur Aras atau Survey Level Survey Level harus diperiksa terlebih dahulu. Sekiranya Dial Gauge tidak bertindak balas, ini menunjukkan terdapat kesalahan pada Gauge. Load

juga

akan

diplotkan

dan

Settlement

menggunakan Survey Level. ii)

Kesalahan Bacaan Ketika mengambil bacaan pada Dial Gauge pastikan permukaan unitnya betul.

iii)

Pemeriksaan Graf Load Graf Load harus dipastikan dengan teliti.

iv)

Jika Masih Berlaku Kegagalan Maintained

Load

akan

dipercepatkan

(bergantung pada bahagian yang gagal). Perlu menggunakan pile yang lain untuk ditetapkan. v)

Jika Berlaku Dua Kegagalan Load Buat penyemakan rekod cerucuk dan pastikan Damn Grade The Pile, 1 Psi = 14.223kg sq in.

Faktor-faktor penting sebelum ujian beban dibuat ialah memastikan Hydrolic Jack tidak bocor dan mempunyai simpanan, memastikan jarak antara alatan atau susunan batu, pastikan pile yang digunakan mempunyai permukaan yang rata dan diluluskan serta memastikan berat konkrit blok yang digunakan ialah 1tan. 4.8

Kerja-Kerja Konkrit 4.8.1 Pengenalan Dalam kerja-kerja konkrit di tapak bina, beberapa aturcara perlaksanaan

kerja

konkrit

telah

dipraktikalkan

bagi

memperoleh kualiti pengkonkritan yang menepati sfesifikasi kerja bagi menjaga mutunya. Bagi projek pembinaan tangki air ini, bancuhan konkrit yang digunakan adalah konkrit siap campur (ready mix). Memandangkan

industri

konkrit

siap

campur

sedang

membangun, maka ramai kontraktor akan menggunakan kaedah ini dalam projek pembinaan mereka. Kebaikan cara ini adalah bekalan konkrit akan dibekalkan berterusan mengikut masa yang ditetapkan dan mutunya lebih terjamin.

Gred konkrit yang digunakan adalah Gred 35 yang memenuhi kehendak KEJORA dan menepati kehendak pihak RWS. Kilang pembekal konkrit sebaik-baiknya terletak hamper dengan tapak bina iaitu tidak melebihi 4km. dalam projek ini pembekal konkrit adalah Syarikat Long Yong Sdn. Bhd. dan Kejora Development Holding. Sewaktu lawatan yang dibuat sepanjang tempoh bekalan konkrit dihantar ke tapak bina, pihak pembekal menggunakan sukatan yang dipersetujui oleh pihak KEJORA dan RWS setelah lulus ujian percubaan. Hasil daripada keputusan itu, konkrit siap campur ini boleh dibancuh dan dibekalkan ke tapak bina. 4.8.2 Peralatan Yang Digunakan Dalam menghasilkan konkrit yang bermutu, penggunaan mesin dan jentera moden diperlukan bagi menjimatkan masa dan

memudahkan

kerja

konkrit

selain

menjimatkan

penggunaan tenaga kerja. Jadual di bawah menunjukkan peralatan-peralatan yang digunakan dalam kerja konkrit.

Jadual 4.3 : Peralatan Yang Digunakan Dalam Kerja Konkrit Bil. 1.

Peralatan Jentera Kren

Kegunaan Diguna untuk mengangkut bancuhan konkrit siap campur dari lori ke tapak bina.

2.

Langkau

Diguna untuk meletakkan bancuhan konkrit yang akan diangkat oleh kren.

3.

Mesin

Diguna

Penggetar

yang terperangkap di dalam bancuhan tanpa

untuk

mengeluarkan

menyebabkan

udara

pengasingan

bahan-bahan dan untuk mendapatkan ketumpatan konkrit yang maksimum. 4.

Perkakas

Diguna untuk mendapatkan kemasan

Kemasan

yang

dikehendaki

akibat

daripada

bancuhan konkrit yang tumpah semasa penuangan. 5.

Guni Basah

Digunakan untuk memastikan konkrit yang dituang, diawet untuk mencapai kekuatan

maksimum

ketahanlasakkan konkrit.

dan

4.8.3 Bahan Binaan 4.8.3.1 Pengenalan Konkrit adalah bahan yang terhasil daripada campuran batu baur, simen, pasir dan air mengikut nisbah yang ditetapkan

untuk

mendapatkan

kekuatan

yang

diperlukan. Kekuatan konkrit bergantung pada nisbah bancuhan. 4.8.3.2 Bahan Untuk Kerja Konrit Bahan-bahan di atas akan diuji oleh pihak KDH dan Long Yong yang bertanggungjawab untuk menentukan sifat bahan tersebut mematuhi kehendak spesifikasi. Kadar pensampelan dan ujian bagi bahan-bahan hendaklah mematuhi arahan Pegawai Penguasa atau sebagaimana yang disyorkan di dalam kontrak. Segala kerja pensampelan dan ujian yang dijalankan adalah di luar bidang kuasa KEJORA. Maka KEJORA

hanya

pensampelan.

akan

meluluskan

ujian

dan

i)

Simen Simen yang digunakan mestilah simen yang telah diluluskan. Simen yang biasa digunakan adalah simen Portland dan mestilah mematuhi kehendak Piawai Malaysia M.S 7.13. Perakuan ujian oleh pembekal secara amnya boleh diterima sebagai bukti keutuhan bahan tersebut, namun Pegawai Penguasa mungkin memerlukan ujian tambahan dilakukan ke atas manamana simen yang disyaki rosak yang disebabkan oleh faktor usia atau kerosakkan pada kampit. Pegawai Penguasa boleh mengarahkan supaya simen dibawa keluar dari tapak bina jika didapati kampit simen mengalami kerosakkan. Dalam projek ini, Simen Portland Biasa digunakan. Kontraktor

biasanya

akan

memilih

simen

Portland biasa atau simen Portland cepat keras, tetapi tiada bayaran tambahan dibuat sekiranya simen yang lebih mahal digunakan. Simen hendaklah dihantar ke tapak bina dalam kenderaan yang bertutup untuk mengekalkan mutunya. Di tapak bina, simen mestilah disimpan di dalam stor untuk dilindungi daripada cuaca dan akan dikeluarkan mengikr giliran penghantaran ke

dalam stor. Bekalan simen pukal hendaklah disimpan di dalam silo yang diluluskan. ii)

Batu Baur Penggunaan bau baur mestilah mematuhi Piawaian Malaysia M.S 74. Semua batu baur hendaklah dari jenis yang kuat, tahan lasak, bersih dan tidak mengandungi bahan-bahan perosak yang boleh member kesan kepada kekuatan dan ketahanlasakkan konkrit dan tetulang.

Batu

baur

hendaklah

terlindung

dari

pencemaran dan batu baur yang mempunyai saiz yang berlainan disimpan secara berasingan. Terdapat dua jenis batu baur iaitu batu baur halus dan batu baur kasar. a) Batu Baur Halus : Batu baur halus hendaklah dari pasir yang terdapat dikawasan air tawar. Ianya hendaklah mengandungi selut atau bahan-bahan halus yang lain dan melebihi 3% mengikut isi padu apabila diuji mengikut Piawaian Malaysia M.S 7.5 dan juga tidak mengandungi bahan-bahan organic yang boleh menampakkan dengan

warna

kecerahan

yang

warna

gelap No.3

berbanding apabila

diuji

mengikut

Piawaian

Malaysia

yang

sama.

Penggunaan pasir dari pecahan batu adalah tidak dibenarkan. b) Batu Baur Kasar : Batu baur kasar hendaklah terdiri daripada pecahan batu baur keras kecuali bagi kerja bawah tanah, di mana hanya pecahan batu granit sahaja yang oleh digunakan.

Batu

baur

mestilah

bersih

dari

mengandungi ketul-ketul tanah liat yang melebihi 1% mengikut berat. Contoh batu baur yang kering hendaklah tidak menunjukkan pertambahan berat yang melebihi 8% setelah direndam dalam air dan diuji mengikut Piawaian Malaysia M.S 7.5 dan hendaklah mempunyai bentuk yang sesuai dan tidak menyerpih dengan indeks sepihan tidak melebihi 35. Saiz maksimum batu baur adalah batu baur 19mm. c) Penggredan Batu Baur Analisa untuk penggredan batu baur hendaklah mengikut Piawaian Malaysia M.S 7.5 dan hendaklah mengikut

had-had

yang

ditetapkan

di

dalam

spesifikasi. Penggredan di antara had-had yang ditentukan hendaklah mengikut sepertimana yang

diluluskan oleh Pegawai Penguasa. Jika didapati perlu, batu baur halus hendaklah dibasuh atau ditapis untuk mematuhi piawai yang disebut di atas kehendak Pegawai Penguasa. iii)

Air Air yang digunakan dalam kerja konkrit mestilah bersih dan bebas dari unsur-unsur yang memudaratkan dan hendaklah

mendapat

kelulusan

Penguasa.

Kontraktor

hendaklah

dari

Pegawai

mengatur

untuk

membekal dan menyimpan air yang secukupnya di tapak bina untuk kegunaan membancuh dan mengawet konkrit.

Air

juga

hendaklah

menepati

kehendak

Piawaian Malaysia M.S 7.3. 4.8.3.3

Bancuhan Konkrit Bancuhan konkrit hendaklah sepertimana yang ditentukan di dalam spesifikasi dan sepertimana yang telah diluluskan oleh P.P. Campuran konkrit hendaklah dikadarkan mengikut salah satu cara berikut : i.

Campuran direkabentuk..

ii.

Nisbah air simen.

a)

Campuran Konkrit Nominal Kecuali jika selainnya diluluskan oleh P.P, konkrit hendaklah

dikadarkan

sepertimana

yang

terkandung di dalam spesifikasi. Kuantiti untuk simen, batu baur halus dan kasar hendaklah ditentukan dengan timbangan berat dan air dengan sukatan isipadu. Batu baur halus dan kasar hendaklah disukat secara berasingan. Penimbang sukatan hendaklah digunakan untuk menimbang berat simen, batu baur halus dan kasar. Kejituan berat yuang ditunjukkan oleh penimbang

sukatan

hendaklah

sentiasa

diperiksa dan hendaklah dipastikan supaya berada dalam lingkungan 2 ½ % daripada jumlah berat sebenar batu baur dan simen dalam satu sukatan. Kadaran campuran bahan-bahan tersebut adalah bertujuan untuk kegunaan kerja kecil di tapak bina yang terpencil dan hanya boleh digunakan dengan kelulusan P.P. Dalam situasi ini, kuantiti simen hendaklah ditentukan dengan timbangan berat dan untuk batu baur halus dan kasar dengan sukatan isipadu. Isipadu batu-batu

baur hendaklah disukat dengan menggunakan kotak penyukat yang diluluskan. Timbangan berat dan sukatan isipadu batu-batu baur halus dan kasar seperti yang terkandung di dalam spesifikasi

adalah untuk

bahan-bahan dalam keadaan kering. Ujian ke atas batu baur hendaklah dilakukan dua kali sehari atau lebih kerap lagi sekiranya difikirkan perlu oleh P.P. Kandungan air di dalam batu baur hendaklah di ambil kira apabila menentukan kuantiti air yang akan di masukkan ke dalam campuran. Nisbah air simen yang betul akan menghasilkan

kekuatan

konkrit

yang

akan

mampu dikerjakan dan dipadatkan secukupnya dengan menggunakan penggetar. Sekiranya adalah

keras

didapati

campuran

semasa

konkrit

bancuhan,

pengubahsuaian hendaklah dilakukan dengan menambah kadaran kedua-dua air dan simen tanpa menambah nisbah air simen tersebut. Kadaran simen hendaklah ditambah sekiranya kekuatan kiub kerja jatuh di bawah paras yang ditentukan.

b)

Campuran Konkrit Direkabentuk Campuran konkrit direkabentuk boleh digunakan dan hendaklah menepati perakuan Kod Amalan C.P 114. Gred-gred konkrit yang digunakan hendaklah sepertimana yang ditunjukkan di dalam jadual di bawah ini dan jadual ini adalah menggantikan Jadual 4 dari Kod Amalan C.P 114. Simen, batu baur halus dan kasar dan air hendaklah menepati fasal-fasal yang ditentukan di dalam spesifikasi sebelum daripada ini. Sekiranya

kontraktor

memilih

untuk

menggunakan campuran konkrit direkabentuk, dia hendaklah mengambil kerja seorang pekerja yang cekap dan mempunyai kelayakan yang sesuai untuk mereka bentuk campuran tersebut, untuk mengawasi dan mengarahkan semua peringkat kerja persediaan dan peletakan konkrit. Percontohan,

pembuatan,

pengujian

kiub-kiub

dilaksanakan

oleh

kontraktor

P.P

hendaklah

pengawetan kerja

atau

dan

hendaklah wakilnya

menyediakan

dan

semua

kemudahan. Kontraktor atau wakilnya boleh hadir semasa kiub kerja ini dibuat dan diuji.

Berikut

adalah

butiran

yang

perlu

dikemukakan oleh kontraktor sebelum P.P boleh membenarkan sebarang campuran direkabentuk digunakan. a. Keadaan dan sumber bahan. b. Butir-butir lengkap campuran-campuran percubaan, kesemuanya menepati Kod Amalan C.P 114 dan Piawaian British B.S 1881. c. Kuantiti

yang

dicadangkan

mengikut

timbangan berat bagi setiap bahan untuk menghasilkan satu meter padu konkrit yang dipadatkan secukupnya. 4.8.3.4

Ujian Yang Dilakukan Ke Atas Konkrit Bagi memastikan bancuhan konkrit sesuai dan telah mengikut standard yang telah ditetapkan. Maka terdapat dua jenis ujian yang biasa dilakukkan di tapak bina untuk menguji kekuatan konkrit iaitu ujian penurunan dan ujian kiub. Ujian-ujian ini akan dilakukkan sebaik sahaja bancuhan konkrit sampai di tapak bina.

a)

Slump Test Tujuan utama ujian penurunan adalah untuk memastikan konkrit yang dikehendaki mengikut prosedur yang ditetapkan. Ia dilakukan sebelum kerja penuangan konkrit pada struktur bangunan dijalankan. Ujian ini perlu dijalankan ke atas semua truck mixer yang masuk ke tapak. Terdapat 3 jenis penurunan yang kerap kali terjadi iaitu penurunan sebenar (true slump), penurunan ricih (shear) dan penurunan runtuh (collapse). Peralatan Dan Bahan i.

Ferastrem berbentuk kon setinggi 300mm . berdiameter bahagian atas 100mm dan diameter bahagian bawah 200mm dan terdapat dua pemegang sisi.

ii.

Rod pemadat diperbuat daripada keluli. Berdiameter 600mm.

iii.

Pembaris

iv.

Plat tapak

16mm

dan

pajangnya

Rajah 4.9 : Jenis-Jenis Penurunan

Prosedur Kerja 1. Letakkan plat tapak yang telah dilembabkan diatas permukaan lantai yang rata. 2. Letakkan kon ferastem di atas plat. 3. Tahan kon ferastem menggunakan kedua-dua belah kaki pada pemegang kaki. 4. Masukan konkrit pada lapisan pertama dan dihentak menggunakan rod besi sebanyak 25 hentaman 5. Masukkan konkrit untuk lapisan kedua dan dihentak menggunakan rod besi sebanyak 25 hentaman. 6. Masukkan konkrit untuk lapisan ketiga dan dihentak menggunakan rod besi sebanyak 25 hentaman permukaannya

kemudian

diratakan

pada

7. Angkat kon acuan dengan berhati-hati secara pugak. 8. Biarkan konkrit bergerak secara sendiri tanpa ada sebarang gegaran 9. Setelah runtuhan stabil terbalikkan kon acuan dan letakkan rod besi diatas acuan. 10. Bacaan diambil dan dicatatkan.

Rajah 4.10 : Ujian Penurunan (Runtuhan sebanyak 900mm)

Rajah 4.11 : Ujian Penurunan (Runtuhan sebanyak 100mm)

b) Ujian Kiub (Cube Test) Tujuan

ujian

persampelan

ini

adalah

untuk

150mm kiub

mendapatkan

yang seragam

agi

menentukan ketumpatan kekuatan mampatan. Ujian ini juga dilakukkan sebaik sahaja bancuhan tiba di tapak bina. Peralatan yang digunakan adalah : i)

Acuan

besi

tuang

keluli

(150mm

x

150mm) ii)

Klip penahan

iii)

Plat tegak, bolt dan nat

iv)

Bar penghentak (25mm, 1.8kg)

Prosedur Ujian Kiub a) Sebelum konkrit dimasukan ke dalam acuan, pastikan acuan bersih dan telah disembur minyak bagi memudahkan acuan dibuka. b) Konkrit dimasukkan sebanyak 3 lapisan dan setiap lapisan dihentak 35 kali. c) Acuan akan dibiarkan selama 24 jam dan setiap kiub

akan

dikenalpasti.

ditanda

untuk

lebih

mudah

d) Selepas acuan dibuka, kiub akan dimasukkan ke dalam tangki yang disediakan untuk tujuan pengawetan. e) Pastikan paras air tangki melebihi ketinggian kiub. Tempoh ujian kiub yang dilakukkan di tapak bina ini ialah 7 hari dan 28 hari. Setelah mencapai tempoh tersebut, kiub akan di bawa ke makmal konkrit untuk ujian tekanan ke atas kiub. Tujuan ujian ini adalah untuk

memastikan

konkrit

tersebut

mematuhi

piawaian yang ditetapkan. Sewaktu ujian tekanan ini dilakukkan, ianya hendaklah diwakili oleh pihak RWS dan pihak KEJORA. Alat yang digunakan untuk ujian ini adalah mesin menguji kekuatan konkrit (concrete compression test machine).

Rajah 4.12 : Ujian Kiub

4.8.3.5

Langkah-Langkah Kerja Konkrit a) Perletakkan Konkrit Terdapat beberapa keadah dalam perletakan konkrit,

antaranya

ialah

menggunakan

langkau, pam, sebuk penyampai dan kaedah tremi.

Dalam

projek

ini,

kaedah

yang

digunakan adalah kren dan langkau. Kren dan Langkau Ini adalah kaedah yang biasa digunakan dalam pembinaan

bagi

struktur

yang

tinggi.

Langkau

digunakan untuk mengangkut konkrit baru dari tempat penyediaan ke tempat perletakan. Kren menara pula diguna untuk mengangkat langkau dan kren ini biasanya

digunakan

apabila

pembinaan

struktur

melebihi 30m. campuran konkrit yang diguna mestilah mempunyai cirri-ciri rekabentuk tertentu yang telah ditetapkan.

Rajah 4.13 : Penuangan Konkrit di Suction Tank

Penggunaan bahan tambah dalam bancuhan konkrit adalah penting supaya kandungan air dapat dikurangkan. Campuran konkrit yang diadun dengan bahan tambah dapat membentuk satu campuran yang mempunyai nilai turun yang tinggi dan kebolehkerjaan yang baik. Konkrit yang telah siap dibancuh hendklah dituang secepat yang boleh. Tujuannya adalah untuk mengelakkan berlakunya pengasingan bahan-bahan dan untuk mengelak dari pencemaran. Cara-cara pengendalian dan pengangkutan konkrit yang sesuai

adalah

mustahak

untuk

mengelak

berlakunya

pengasingan dalam bancuhan dan bagi memudahkan kerja-kerja penuangan konkrit berjalan lancar. Semakan berikut adalah penting semasa kerja konkrit dilakukan, antaranya adalah : Ketika Mengangkat Konkrit a) Semua laluan mestilah bebas daripada sebarang halangan yang boleh menyebabkan konkrit lewat sampai ke tapak bina. b) Persediaan yang sesuai penting untuk mengelakkan konkrit berlaku pengasingan, kehilangan bahanbahan dan terdedah pada pencemaran. Ketika Menuang Konkrit a) Konkrit yang telah siap dan tiba di tapak bina mestilah dituang dalam tempoh 45 minit selepas dibancuh. b) Ujian penurunan dan ujian kiub akan dilakukan terlebih dahulu sebaik sahaja konkrit tiba di tapak bina sebelum kerja dijalankan. c) Semasa kerja konkrit dilakukan, Juruteknik akan memantau sepanjang kerja penuangan konkrit sehingga siap bagi memastikan kerja-kerja ini berjalan lancer.

d) Tenaga kerja mestilah cukup bagi memastikan tiada berlaku sebarang pergerakan tetulang. e) Cara penuangan mestilah betul untuk mengelakkan pengasingan bahan-bahan. Jarak jatuh mestilah tidak melebihi 1.5m dengan menggunakan tingkap atau pelongsor. f) Konkrit hendaklah dituang berlapis-lapis dan tidak melebihi 600mm setiap lapis. b) Pemadatan Konkrit Pemadatan penyusunan

konkrit

adalah

semula

dan

satu

proses

penghimpitan

partikel-partikel daripada simen, pasir dan batu-baur dengan cara mengeluarkan udara yang terperangkap di dalamnya. Pemadatan dilakukan dengan sempurna selepas konkrit dituang ke dalam acuan. Pemadatan

yang

tidak

sempurna

akan

menyebabkan ruang berongga wujud dan ini akan memudahkan air meresap masuk ke dalam tetulang yang boleh menyebabkan baerlaku pengaratan pada tetulang. Konkrit yang sedemikian bukan sahaja mempunyai

kekuatan mampat yang rendah malahan ketahanlasakan konkrit akan turut terjejas. Terdapat dua cara bagi pemadatan iaitu

alat

penggetar

benam

dan

meja

penggetar (biasanya diguna di makmal). Pemilihan saiz penggetar bergantung pada ukuran acuan dan susunan tetulang di dalam acuan. Sekiranya kedudukan tetulang terlalu rapat, maka penggetar yang lebih kecil digunakan. Sekiranya penggetar tidak dapat dimasukkan ke dalam acuan yang kecil, maka

pemadatan

dari

bahagian

luar

dibenarkan. Ini dilakukan dengan menggetar bahagian luar dinding acuan supaya konkrit dapat bergerak dan memenuhi ruang acuan. Sebagai stiffeners.

contoh Cara

toang ini

penyokong

mestilah

atau

mendapat

persetujuan dari Pegawai Penguasa terlebih dahulu. Tujuan untuk mengeluarkan udara yang terperangkap di dalam acuan adalah untuk mendapatkan ketumpatan konkrit yang maksimum. Masalah yang mungkin timbul

jika terdapat udara di dalam acuan adalah kekuatan konkrit, ikatan antara konkrit dan tetulang terjejas dan rekabentuk konkrit tidak kemas. Berikut adalah syarat sewaktu kerja pemadatan dilakukan : a) Kelengkapan alatan mestilah digunakan dengan betul oleh pekerja-pekerja mahir. b) Apabila menggunakan penggetar pastikan ; i.

Ketika penggetar dimasukkan, pastikan ia turun secepat mungkin mengikut beratnya sendiri kerana ia membolehkan udara yang terperangkap pada bahagian bawah acuan

lapisan

konkrit

terkeluar

ke

permukaan dahulu. ii.

Alat penggetar dibiarkan selama 10 saat dan tempoh sebenar bergantung kepada kebolehkerjaan dan saiz penggetar.

iii.

Alat

hendaklah

dikeluarkan

perlahan-

lahan. iv.

Ketinggian alat penggetar mestilah tidak melebihi 500 mm untuk elak pengasingan.

v.

Sewaktu pemadatan, elakkan terkena tetulang kerana ini boleh menjejaskan ikatan tetulang dalam acuan.

4.8.3.6

Pengawetan Konkrit atau Curing

Pengawetan adalah proses penyenggaraan terhadap konkrit yang baru dituang supaya ia sentiasa dalam keadaan lembab untuk jangka waktu tertentu. Bagi projek ini tempoh masa yang diambil bagi kerja curing adalah selama 7 hari dan bahan yang diguna adalah guni. Air sangat diperlukan bagi konkrit yang baru dituang untuk memudahkan tindak balas kimia antara komponen simen dan air dan proses ini dilakukan sehingga konkrit benar-benar keras. Konkrit yang diawet dengan sempurna akan lebih kuat dan padu da lebih tahan lama jika dibandingkan dengan konkrit yang tidak diawet. Tujuan sebenar pengawetan adalah untuk mengelak air dipermukaan konkrit kering terlalu cepat akibat proses penyejatan. Sekiranya ini berlaku, permukaan konkrit akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan retakan apabila berlaku pengecutan. Tempoh pengawetan yang biasa dilakukan adalah selama 7 hari dan sebaikbaiknya

adalah

28

hari

untuk

membolehkan

keseluruhan komponen-komponen konkrit bertindakbalas dengan secukupnya. Cara Pengawetan dilakukan, i.

Permukaan konkrit akan diletakkan dengan guni basah.

ii.

Air akan disembur sekurang-kurangnya dua kali sehari bagi memastikan air tidak akan kering.

iii.

Proses ini akan dilakukan berterusan sehingga waktu yang ditetapkan.

Kerja pengawetan penting dalam pembinaan kerana : i.

Mencegah dari berlaku retakan akibat dari proses penggecutan.

ii.

Untuk meningkatkan kepada lelesan.

iii.

Meningkatkan kekuatan konkrit agi satu jangka masa yang panjang.

iv.

Untuk

meningkatkan

ketahanlasakkan dilakukan,

konkrit.

konkrit

kebolehtetapan Sewaktu

hendaklah

dn

pengawetan

dilindungi

dengan

lembapan yang sempurna dan mestilah berterusan menggunakan ditetapkan.

guni

basah

selama

tempoh

yang

4.8.3.7

Penanggalan Acuan Konkrit. Tujuannya adalah untuk memastikan acuan ditanggalkan dengan cara yang paling efisyen dan untuk memastikan kemasan konkrit. Wakil Pegawai Penguasa akan memastikan acuan ditanggalkan

dengan

betul

dan

mengikut

spesifikasi yang ditetapkan. 4.8.3.7.1 i.

Pemeriksaan Konkrit

Selepas

penanggalan

acuan

dan

kerja

pengawetan dilakukan, konkrit akan diperiksa oleh Pegawai Penguasa bagi memastikan kerja menepati

Spesifikasi

Lukisan.

Sebarang

kecacatan akan dicatat. ii.

Pemeriksaan termasuklah ketepatan pembukaan mengikut

rekabentuk,

contohnya

jejalur,

lengkungan dan kepugakan. iii.

Pengeringan

permukaan

konkrit

yang

baru

didedahkan bermula dari acuan ditanggalkan dan seterusnya diawet dengan sempurna. iv.

Semua

acuan

digunakan

dan

mestilah

topang

yang

mendapat

hendak kelulusan

Pegawai Penguasa. Topang diguna apabila

acuan dibuka untuk membantu menyokong konkrit yang masih muda. Jadula 4.4Antara Jenis-Jenis Kecacatan Pada Elemen Yang Telah Dikonkrit dan Cara Mengatasi. Bil.

Kecacatan

Cara Mengatasi

1.

Honeycomb

Hendaklah

dibuang

sekurang-kurangnya

25mm ke dalam konkrit dan ditampal menggunakan simen sikar. 2.

Pengasingan

Diperbaiki menggunakan mortar dan ini bergantung pada tahap kecacatan.

3.

Rongga

Penampalan mortar digunakan.

4.

Keretakan

Kecacatan ini memerlukan perhatian serius kerana jenis dan corak keretakan hendaklah dipastikan dahulu.

5.

Dimensi melebihi had dan

Wakil Pegawai Penguasa perlu menentukan

salah penjajaran

tahap had berkenaan dan menetapkan kaedah pembaikan.

6.

Kerosakan

fizikal

pada

Tahap kerosakan perlu ditafsir oleh Wakil

bahagian struktur sewaktu

Pegawai

Penguasa

sebelum

sebarang

penanggalan acuan

keputusan dibuat ke atas kerja pembaikan.

BAB 5 KESIMPULAN

Pada keseluruhannya, latihan industri ini telah banyak memberikan pengajaran dan pengalaman yang tidak ternilai kepada saya. Sepanjang tempoh 20 minggu (satu semester) di Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), saya telah diberikan banyak pendedahan melalui tunjuk ajar serta bimbingan daripada kakitangan di Unit Teknikal, KEJORA terhadap pengalaman sebenar dalam alam pekerjaan. Melalui latihan industri ini, banyak manfaat yang dapat diperolehi oleh pelatih terutamanya sebagai cabang dalam memotivasi dan mendisiplinkan diri dalam menggunakan peluang yang ada sama ada melalui tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh syarikat atau jabatan tempat latihan industri. Dengan kesedaran untuk memikul tanggungjawab yang diberikan, ini secara tidak langsung pelatih akan mempelajari cara-cara untuk membuat sesuatu kerja dengan betul dan mengikut apa yang diarahkan oleh pihak majikan. Oleh yang demikian, penglibatan pelajar secara aktif dapat membantu dan memberikan pemahaman atau pengetahuan yang lebih daripada teknik-teknik

yang dipelajari dengan mengabungkan antara teori dan praktikal yang dilalui sendiri melalui kemahiran di tempat kerja.Walau bagaimanapun, hubungan yang baik di antara pelatih dan kakitangan firma dapat memupuk keberkesanan komunikasi dan sifat hormat-menghormati di antara satu sama lain. Melalui program latihan industri ini juga dapat memberikan pelajar untuk merasai suasana alam pekerjaan dan cara untuk bekerja. Selain itu dapat memberikan pelajar untuk mempelajari cara untuk berkomunikasi dalam suasana bekerja. Sebelum memulakan program latihan industri juga diberikan pendedahan melalui kelas softskill. Dalam kelas ini ianya mengajar kita untuk berkomunikasi dan semuanya ini dapat diaplikasikan semasa program berjalan. Program ini juga memastikan pelajar dapat menyesuaikan diri dalam suasana pekerjaan. Melalui latihan ini jugalah pelatih dapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada kakitangan firma yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang yang diceburi. Bagi mendapatkan keberkesanan daripada latihan industri ini, pelatih juga didedahkan dengan cara melakukan kerja khususnya pembinaan sebenar yang tidak dilakukan di politeknik. Dengan kemahiran yang telah saya perolehi, saya dapat melengkapkan diri bagi mencapai wawasan 2020 dan menjadi modal insan yang berguna pada masa hadapan. Ia juga merupakan pelengkap untuk saya terus maju ke hadapan tanpa rasa takut dan malu bagi meneruskan pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

Di samping itu, latihan industri juga merupakan latihan yang banyak memberi pengetahuan dalam cara-cara melaksanakan sesuatu pembinaan. Ia merangkumi pelbagai peringkat iaitu sebelum pembinaan, semasa pembinaan dan peringkat akhir pembinaan. Dengan itu, saya dapat melihat dan mempelajari kaedah pembinaan tersebut secara lebih terperinci. Secara keseluruhannya, latihan industri dapat memberikan ilmu yang bermanfaat kepada para pelajar. Hal ini kerana ianya bukan sahaja dapat melahirkan pelajar yang berkebolehan dalam pelbagai bidang malahan dapat menyahut hasrat kerajaan yang mahukan lepasan dari institusi-institusi pengajian di negara ini menerajui negara dalam pelbagai bidang ekonomi, sains dan kejuruteraan. Akhir sekali, para pelatih juga dapat meningkatkan kemahiran dan memupuk keyakinan serta meningkatkan prestasi diri masing-masing kerana banyak pengetahuan dan pengalaman yang berguna dapat diperolehi ketika menjalani latihan industri ini. Oleh itu, sebagai kesinambungan daripada program latihan industri ini, program ini amat penting dan melatih pelajar untuk lebih berdikari dalam usia yang masih muda.

BAB 6 KOMEN DAN CADANGAN

Sepanjang tempoh saya menjalani Latihan di Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), saya telah memperolehi banyak pengetahuan dan pengalaman yang berguna samaada dari segi teori mahupun amali. Unit Teknikal, KEJORA merupakan unit di bawah tanggungjawab Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan). Unit Teknikal menguruskan kerja-kerja kontrak dengan melaksanakan program-program tender, sebutharga dan arahan kerja berkerjasama dengan perunding-perunding yang dilantik. Selain itu, Unit Teknikal menjalankan kerjakerja pengurusan dan penyeliaan projek dari mula hingga selesai serta memantau program-program kontrak berdasarkan kepada Laporan Kemajuan Kerja Semasa sesebuah kontrak (secara sebutharga atau tender). Unit ini lebih menekankan kepada penyediaan projek pembangunan seperti menyediakan kemudahan awam dan sosial, jalan raya, bekalan api, air dan telekomunikasi dan bertanggungjawab di atas segala urusan perlantikan perunding, pengiklanan, penilaian, pemanggilan tawaran dan tawaran setuju terima dan penyeliaan kontrak sehingga perakuan tuntutan pembayaran Interim.

Sesuatu yang amat positif dapat saya lihat di sini, sebagai pemaju, mereka memberikan perkhidmatan yang bermutu serta perlindungan kepada pengguna yang dijamin member impak yang besar kepada sesebuah keluarga.Bebanan kerja semakin hari semakin bertambah demi memberikan pekhidmatan dan perlindungan

yang terbaik.

Komen dan cadangan saya

kepada KEJORA bukanlah untuk kepentingan diri tetapi untuk kemajuan agensi ini. Komen dan cadangan saya adalah seperti berikut : Kerjasama Kerjasama antara semua anggota di Unit Teknikal dan KEJORA yang lain amat baik sepanjang perkhidmatan saya. Semasa saya menjalani latihan di sini, saya diberikan tunjuk ajar tentang proses pekerjaan dengan baik. Komunikasi Di Unit Teknikal dan KEJORA, semua kakitangan berkomunikasi dengan baik dan sedia memberikan tunjuk ajar tanpa diminta. Secara keseluruhannya komunikasi di antara pekerja setakat ini di dalam keadaan yang baik. Saya berharap agar komunikasi sesama pekerja dapat dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa supaya tidak timbul masalah komunikasi di antara pekerja. Disiplin Masalah disiplin pekerja masih perlu diperbaiki.Elakkan daripada melambatlambatkan tugas masing-masing dan pastikan sesuatu kerja dapat diselesaikan pada waktunya. Selain itu masalah dari segi masa juga perlu di atasi kerana ada sesetengah pekerja tidak peka dengan waktu masuk kerja.

BIBLIOGRAFI / RUJUKAN

Ab. Aziz bin Abd. Latif, Ismail bin Yusof, Abdul Aziz in Abu Bakar (2003). Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 5. Edisi 2003.Dewan Bahasa dan Pustaka. Yusop bin Paal, Werdah binti Abdul Halim, Sarifah binti Daud (2002). Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 4. Edisi 2002.Dewan Bahasa dan Pustaka. Laman

Web

Rasmi

Lembaga

Kemajuan

Johor

Tenggara.

http://www.kejora.gov.my/ Siti Aisah binti Mohamad (2005).Laporan Latihan Industri- Jabatan Kerja Raya Kluang, Karung Berkunci 518, 86000 Kluang. Edisi 2005.Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah.

LAMPIRAN

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF