Sepanjang menjalani program Bina Insan Guru 6, saya merasakan bahawa motivasi untuk menjadi guru yang cemerlang semakin berkobar-kobar. Jelas kelihatan akan perkaitan yang begitu rapat dengan dunia pendidikan apabila seminar dan bengkel yang telah dijalankan merupakan persediaan yang begitu baik kepda semua guru pelatih. Kesan ini turut mencoretkan banyak ilmu kepada saya untuk menjadi guru yang berinovasi kelak.
Program seminar guru inovatif memberikan impak yang cukup bermakna apabila ilmu yang berguna dikongsikan daripada guru cemerlang yang cukup berpengalaman. Sedar saya akan pembangunan teknologi maklumat yang cukup pantas seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Keperluan teknologi maklumat seiring dengan pembangunan masyarakat merupakan tititk tolak kepada perlunya penggunaan ICT dalam pendidikan. Perkongsian bermakna daripada guru cemerlang pada seminar tersebut untuk menghasilkan bahan dari teknologi maklumat begitu menarik minat saya. Pengetahuan tentang software baru seperti audatcity dan sebagainya menarik minat saya untuk mencuba dan mengaplikasikannya di sekolah kelak.
Sorotan daripada bengkel yang telah dilaksanakan juga, saya berpendapat bahawa pengisian yang terdapat dalam bengkel tersebut memberi pengalaman yang begitu mantap. Adanya idea-idea yang berguna untuk diaplikasikan di sekolah semasa praktikum serta apabila menjadi guru kelak. Segala kekurangan dan lompongan diri sendiri dapat diatasi dengan penambahan dan perkongsian ilmu dari guru cemerlang tersebut.
Tuntasnya, adalah perlu bagi kita menjadi seorang guru pelatih yang cintakan ilmu. Ilmu juga adalah keperluan semasa dan pencariannya pula adalah sepanjang masa. Saya berharap agar jiwa semakin terdidik untuk mejadi pendidik yang cerdik.
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.